The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cheguridhwan81, 2020-04-13 08:24:15

Buku Jalan Pintas

Buku Jalan Pintas

Kemudian menyambung MA di Universiti Islam Antarabangsa, Islamabad dalam bidang Tafsir dan
Hadith [ 3 Tahun]. Penguasaan Bahasa Perancis, Jerman, Rusia dan Belanda serta Parsi perlu dipelajari
semasa berada di Pakistan dan India.

Kemudian menyambung MA di Universiti al Azhar dalam bidang Syariah, Fiqh Muqaran diserta
Sijil Kemahiran Fatwa dari Darul Ifta [3 tahun]. Kemudian, boleh sambung Phd [3 tahun]di Universiti al
Azhar atau Universiti Amerika, Kaherah atau Universiti Kaherah dalam bidang Pengajian Syariah.

Selama 13 tahun menuntut ilmu adalah pengorbanan seorang anak kepada Allah, ibubapa dan
umat Islam. Menuntut ilmu kerana Allah, memenuhi impian dan doa ibubapa serta membantu umat Islam.

Pelan Pendidikan

Bidang pengajian ialah Usuludin atau Syariah disertakan dengan kemahiran bahasa selain bahasa Inggeris
dan Arab yang terbahagi dua iaitu bahasa ilmu dan bahasa dakwah. Diwajib 2 bahasa ilmu dan dua bahasa
dakwah yang perlu dikuasai. Antara bahasa ilmu ialah Bahasa Jerman, Rusia, Perancis, Belanda dan Jepun
manakala bahasa dakwah ialah Bahasa Mandarin, Sepanyol, Portugal dan Tamil.

Pelan Pendidikan Ustaz Dr Zaharudin Abdul Rahman [UZAR] yang mahu melahirkan ulama hasil
gabungan pengajian102 seperti di bawah

Pra Sarjana Muda Sarjana Muda Sarjana PhD Pasca PhD
Pelajar Pintar dan Belajar di mana-mana Di Universiti al Azhar Di Universiti Islam di Darul Ulum,
cemerlang dalam SPM universiti di Jordan. atau Universiti Madinah atau Pakistan
Kaherah Ummul Qura mendalami
pengajian hadith
seterusnya ke jangka masa 4 tahun selama 6 bulan

Diploma Tahfiz di Darul Kelebihan Pada masa yang sama Tidak dibenarkan Pengajian sarjana
Quran atau Pusat Tahfiz. 1.Pensyarah pelbagai membuat sarjana di pelajar balik ke bertempoh
latarbelakang dari Darul Ifta Malaysia atau setahun di UK
(seeloknya mempunyai Universiti al Azhar, bekerja. seperti Markfield
asas hafazan al Quran di Ummul Qura, Iraq, Jangka masa 5 tahun Institute
peringkat menengah) Madinah dan lain-lain. Cuti semester
Kelebihan belajar atau Kelebihan
Maahad Tahfiz Kerajaan 2. Bahasa Arab Fushah 1. Mesir terkenal menuntut ilmu di
Negeri dengan pusat Yaman

102 UZAR, Jangan Berhenti Berlari, KL:GI, 2012

151

3.Sistem pengajian lebih pendidikan Islam 1. Belajar
pemikiran dan
a. IMTIAZ tersusun terkenal di dunia metodelogi ilmu
Barat
b. Maahad Tahfiz 2. Ramai ulama 2. Mengasah
Bahasa Inggeris
Negeri-negeri 4.Berfikiran terbuka dan 3. Banyak pengajian 3. keterbukaan

toleransi talaqi

4. Pusat penerbitan

5. Pengajian talaqi di luar kitab agama yang

waktu belajar dan semasa terkenal

cuti semester. 5. Pesta buku kedua

terbesar di dunia

* Tulisan Italic adalah pendapat penulis

Model Pengajian Madrasah Deobandi

Pra Sarjana Muda Sarjana Muda Sarjana PhD Pasca PhD
Pelajar Pintar dan usia Universiti Nahdatul Sarjana 1
12-13 tahun Ulama, Lucknow, India. Universiti Kaherah Pengajian sarjana
Universiti Islam atau bertempoh
seterusnya ke jangka masa 4 tahun Antarabangsa Universiti Terbuka setahun di UK
Islamabad, Pakistan. Amerika. seperti Markfield
1. Pusat Tahfiz swasta Kelebihan Institute
1.Mengutamakan sastera Kemahiran Bahasa Tidak dibenarkan
a. Sri Petaling Bahasa Arab. Parsi dan Sastera Parsi pelajar balik ke Kelebihan
b. Kubang Bujuk Malaysia atau 1. Belajar
c. Darul Kautsar 2. mengutamakan Kemahiran Bahasa bekerja. pemikiran dan
penulisan Urdu/Hindi dan metodelogi ilmu
Seterusnya masuk ke Sastera Urdu. Kemahiran Bahasa Barat
3.Sistem pengajian lebih Jerman. 2. Mengasah
1. Pengajian Kitab tersusun dan Sarjana 2 Bahasa Inggeris
sistem deobandi (6-8 3. keterbukaan
tahun) di institusi
tersebut 4.Berfikiran terbuka dan Universiti Kaherah Cuti semester
belajar atau
2. Ke Afrika Selatan toleransi menuntut ilmu di
(Sistem Deobandi) Yaman atau Sudan
Atau menjadi Pakar

5. Pengajian talaqi di luar Fatwa belajar di Darul

waktu belajar dan semasa Ifta Mesir, Darul Ifta

cuti semester di Deoband, Madinah,

Maghribi dan

152

madrasah seperti Darul Tunisia.Menguasai
Ulom Deoband. fuqh 4 mazhab.

Kemahiran Bahasa
Rusia dan Bahasa
Perancis

Jangka masa 5 tahun

Sistem Pendidikan Moden

Pra Sarjana Muda Sarjana Muda Sarjana PhD Pasca PhD
Pelajar Pintar dan Belajar di mana-mana Universiti ternama Universiti ternama di Darul Ulum,
cemerlang dalam SPM universiti ternama dunia dunia dunia Pakistan
di negara seperti mendalami
seterusnya ke 1. Amerika Syarikat atau atau pengajian hadith
2. Britain selama 6 bulan
Diploma Tahfiz di Darul 3. Kanada Universiti Darus UNIDA
Quran atau Pusat Tahfiz. 4. Jerman Pengajian diploma
5. Perancis Salam, UNIDA Gontor. lanjutan di insitusi
(seeloknya mempunyai 6. Rusia pengajian Islam di
asas hafazan al Quran di 7. Belanda Timur Tengah
peringkat menengah) seperti Universiti
Antara contoh universiti al Azhar.
Maahad Tahfiz Kerajaan tersebut
Negeri
1. Universiti Wisconsin
a. IMTIAZ Madison, Amerika
b. Maahad Tahfiz
Negeri-negeri 2. Universiti Chicago

Atau 3. SOAS, Universiti
London
SBP, MRSM dan sekolah
ternama/tersohor. 4. Universiti McGill,
Montreal, Kanada

153

UNIDA, Gontor

Universiti al Fatani,
Thailand

jangka masa 4 tahun

Kelebihan
1.Pensyarah yang pakar

2. Penguasaan pelbagai
bahasa termasuk bahasa
latin, parsi, ibrani.

3.Sistem pengajian lebih
tersusun

4.Berfikiran terbuka dan
toleransi

5. Kemudahan bertaraf
dunia seperti
perpustakan.

Model Pengajian Pondok

Pra Sarjana Muda Sarjana Muda Sarjana PhD Pasca PhD
Pelajar Pintar dan usia Belajar di mana-mana Belajar di mana-mana Universiti di Sudan di Darul Ulum,
12-13 tahun universiti di Maghribi universiti di Tunisia Pakistan
atau Universiti al Azhar + atau Algeria Tidak dibenarkan mendalami
Pusat Tahfiz Darul Ifta. pelajar balik ke pengajian hadith
Jangka masa 2-3 Malaysia atau selama 6 bulan
(3 tahun) jangka masa 4 tahun tahun bekerja.
Pengajian sarjana
seterusnya ke Kelebihan Cuti semester bertempoh
1. Pengajian talaqi di luar belajar atau setahun di UK
Pondok waktu belajar dan menuntut ilmu di seperti Markfield
semasa cuti semester. Yaman, Mekah Institute

154

1.Pondok Pasir Tumboh 2. Kuasai Bahasa Kelebihan
2. Pondok Lubok Tapah Perancis, Sepanyol dan 1. Belajar
3. Pondok Pesantren di Itali. pemikiran dan
Indonesia metodelogi ilmu
4. Pondok di Patani Barat
2. Mengasah
(3-5 Tahun) Bahasa Inggeris
3. keterbukaan
Seterusnya

Thanawi V

(1 tahun)

Model Pengajian Sekolah Arab

Pra Sarjana Muda Sarjana Muda Sarjana PhD Pasca PhD
Pelajar Pintar dan usia Belajar di mana-mana Di Universiti al Azhar Di Universiti di Darul Ulum,
12-13 tahun universiti di Maghribi atau mana-mana Kaherah atau Pakistan
atau Universiti Islam universiti di Jordan Universiti al Azhar mendalami
Sekolah agama aliran Madinah + al Azhar. atau Universiti pengajian hadith
Thanawi/Arab sama ada Jangka masa 2-3 Terbuka Amerika selama 6 bulan
kerajaan atau swasta. jangka masa 4 tahun tahun
Tidak dibenarkan Pengajian sarjana
atau Kelebihan Disamping belajar di pelajar balik ke bertempoh
Pondok 1. Pengajian talaqi di luar Darul Ifta Malaysia atau setahun di UK
(5 tahun) waktu belajar dan bekerja. seperti Markfield
Seterusnya semasa cuti semester. Institute
Cuti semester
2. Kuasai Bahasa Perancis belajar atau Kelebihan
dan Jerman menuntut ilmu di 1. Belajar
Yaman, Mekah dan pemikiran dan
Thanawi V Sudan metodelogi ilmu
Barat
(1 tahun) 2. Mengasah
Bahasa Inggeris
3. keterbukaan

155

Model Pengajian Turki

Pra Sarjana Muda Sarjana Muda Sarjana PhD Pasca PhD
Pelajar Pintar dan usia Belajar di mana-mana di Darul Ulum,
12-13 tahun universiti di Turki atau al mana-mana universiti Di Universiti Pakistan
Azhar mendalami
Tahfiz di Madrasah di Jordan Kaherah atau pengajian hadith
Hayrat Vakfi jangka masa 4 tahun selama 6 bulan
atau Universiti al Azhar
Maahad Sulaimaniyyah Kelebihan Pengajian sarjana
1. Pengajian talaqi di luar Jangka masa 2-3 bertempoh
waktu belajar dan setahun di UK
semasa cuti semester. tahun Tidak dibenarkan seperti Markfield
Institute
2. Kuasai Bahasa Turki pelajar balik ke
Klasik, Jerman dan Rusia. Kelebihan
Disamping belajar di Malaysia atau 1. Belajar
pemikiran dan
Darul Ifta jika di Mesir bekerja. metodelogi ilmu
Barat
Cuti semester 2. Mengasah
belajar atau Bahasa Inggeris
menuntut ilmu di 3. keterbukaan
Yaman, Mekah dan
Sudan

Bidang Pengajian Usuludin Syariah Sejarah Pengajian Kawasan
(Aqidah+al Quran) (perbandingan (Uthmaniyyah+ Pengajian Melayu
Pengajian Bahasa mazhab + Andalusia+ Islam di
(Arab+Parsi+Turki) atau Ekonomi) Asia Tengah + Afrika atau
Falsafah Pengajian Arab
atau Barat)
Sastera atau
Pengajian Asia
atau
Linguistik Tenggara

156

Sistem Pengajian Tradisional Islam

Islam adalah tamadun yang mewujudkan pelbagai tamadun. Teras tamadun Islam ialah tauhidik. Antara
tamadun Islam yang tersohor ialah Daulah Abbasiyyah, Daulah Moghul, Daulah Uthmaniyyah dan Daulah
Umaiyyah di Andalusia. Dalam tradisi keilmuan, muncul sistem pengajian Islam seperti sistem pengajian
deobandi, sistem pengajian al Azhar dan Sistem Pengajian Pondok.

Setiap struktur organisasi perlu mempunyai kepimpinan. Dalam sistem pengajian
pondok/madrasah, pemimpinnya ialah guru. Kekuatan sistem pengajian Islam terletak kepada [1] guru,
[2] sistem pengajian, [3] metodelogi, [4] institusi termasuk prasarana keilmuannya dan [5] bahan yang
diajar/silibus.

Kaedah talaqqi dengan guru merupakan kaedah paling penting dalam sistem pengajian Islam.
Kaedah talaqqi adalah kaedah berguru melibatkan antara murid dengan guru berwibawa dan berautoriti
dalam ilmu-ilmu Islam. Kaedah berguru yang berkesinambungan atau talaqqi muttasil sangat penting
untuk pengabsahan ilmu dan menjamin keterpeliharaan ilmu daripada pegangan yang menyesatkan.103
Ilmu-ilmu Islam terpelihara dengan pengajian bersanad104.

Guru berwibawa dan berautoriti dalam keilmuan sangat penting dalam sistem pengajian Islam.
Antara metode pengajaran seorang guru ialah al sama’ (dengar), al Qira’ah (membaca), ijazah
(kebenaran), munawalah (pemberian), kitabah (surat menyurat), I’lam (pemberitahuan), wasiyyah
(wasiat) dan wijadah (mendapat).105 Guru berwibawa dan berautoriti ini juga belajar dengan guru
berwibawa dan berautoriti. Ia berterusan kepada sumber asal ilmu. Jika al Quran, sanad bersambung
kepada Allah, jika sunnah Rasulullah SAW sanad bersambungan kepada diri baginda dan jika kitab sanad
bersambungan kepada penulis kitab.

Baca dan belajar tanpa berguru menyebabkan kefahaman seseorang boleh terpesong daripada
apa yang hendak disampaikan oleh sumber asal.

Tanpa berguru, murid yang dihasilkan berkebarangkalian berakhlak tetapi tidak beradab. Guru
yang mendorong adab kepada diri seseorang murid.

103 Zaidi Abdullah, Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal Jamaah, SA: KI, 2014.
104 susur galur atau sandaran atau rantai ilmu diperolehi daripada sumber asal.
105 Zaidi Abdullah, kertas kerja Kejayaan Sistem Pengajian Ulama Silam

157

Metode-motode dalam pengajian ilmu hadith sangat berkesan memelihara ilmu dan pengajian
ilmu secara sistematik. Asasnya ialah Riwayah dan Dirayah. Pengajian ilmu hadith menerbitkan kaedah-
kaedah ilmu yang teliti dalam mencari dan memeliharakan ketulenan ilmu dan sumbernya.

Pengajian tradisional dan pengajian Islam moden perlu digabung-jalin bagi memperkuatkan dan
membaiki kelemahan dalam kedua-dua sistem pengajian tersebut.

Kematangan Seorang Ulama

Kematangan seseorang ulama berlaku apabila seseorang ulama itu bersikap terbuka dan saling hormat
menghormati pandangan yang berbeza dengan mereka. Antara sebab kematangan seorang ulama ialah

1. Keluasan bahan bacaan dan ‘gila’ membaca. Membaca buku pelbagai aliran pemikiran
2. Mempelbagaikan guru daripada pelbagai aliran pemikiran dan pandangan. (jangan benci Imam al-Ghazali

dan jangan benci Imam Ibnu Tamiyyah)
3. Peningkatan usia dan pengalaman hidup
4. Pengembaraan dan pengaulan dengan pelbagai pihak serta muzakarah-ziarah para ulama. (sebagaimana

Buya Hamka)
5. Terbuka dan menghormati pelbagai pandangan dan bukan pandangan kita yang paling betul walaupun

pandangan kita adalah benar disisi hujah dan sumber ilmu (dalam konteks ilmu-ilmu Islam).
6. Mempelbagaikan sistem pengajian dan tempat pengajian dalam membuka ufuk pemikiran agar lebih

terbuka.
7. Turun ke lapangan masyarakat
8. Kerangka Pemikiran (manhaj) yang betul iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah
9. Dan tidak suka berdebat secara terbuka. Dahulukan muzakarah secara tertutup dengan orang berilmu.

Kebodohan terbesar ialah berdebat dengan orang bodoh.

Ulama dan Kerjaya

“Sesiapa yang belajar memahami agama Allah pasti Allah mencukupkan hemah dan rezekinya dari mana-mana (sumber) yang
dia tidak diketahui’106

Seorang penuntut ilmu dan ulama mesti mempunyai kerjaya agar tidak berlaku fitnah kepada
agama. Jangan sampai mempergunakan agama untuk mencari makan anak isteri atau menambah
pendapatan.

106 Hadith ini dari Kitab al-‘Ilm dalam Musnad Abu Hanifah.

158

Persoalan tentang kerjaya ialah kelalaian seseorang disebabkan oleh kerjayanya sehingga lupa
akan tugas agamanya. Justeru, ulama dahulu mempunyai kerjaya yang bersifat ‘merdeka’ masanya dan
arahannya yakni bekerja sendiri seperti tukang jahit, tukang baiki jam, peniaga buku dan penulis. Kerjaya
yang paling sesuai bersifat mengajar seperti pensyarah atau guru madrasah.

Bagi ulama yang berkerja dengan kerajaan, wujudkan tempoh akhir perkhidmatan agar tidak
selesa bekerja dan berkhidmat dengan kerajaan. Tempoh sebaiknya berkhidmat ialah 10 tahun. Bekerja
dengan kerajaan menyebabkan seorang ulama diikat oleh masa dan arahan orang atasan. Ia bukan suatu
yang baik untuk dakwah.

Ulama mesti mengajar dan menulis. Tanpa mengajar dan menulis, sifat keulamakan masih tidak
lengkap.

Seorang ulama juga perlu memahami dan memahiri kitab-kitab lama. Mereka juga mesti mengkaji
kitab-kitab lama sebagaimana usaha Tuan Guru Wan Shaghir pemilik Khazanah Fathaniyyah. Pengkajian
kitab lama dan manuskrip lama mengembalikan kita kepada asali kita iaitu Islam bertunjangkan al Quran
dan al Sunnah yang dikenali Ahli Sunnah Wal Jamaah. Justeru, seorang ulama sejati mesti juga turun ke
sekolah pondok untuk menadah kitab walaupun kita sudah ada PhD.

Krisis Aqidah dan Kehilangan Adab

Dua permasalahan besar umat Islam pada hari ini ialah Krisis Aqidah dan Kehilangan Adab-Akhlak. Kedua-
dua permasalahan ini berpunca daripada pokok pangkal masalah ialah krisis ilmu. Krisis ilmu secara
tepatnya ialah masalah terhadap kefahaman ilmu sehingga mengelirukan seseorang.

Islam adalah agama yang berasaskan ilmu pengetahuan. Komponen penting asas dalam ilmu
pengetahuan ialah [1] keyakinan-iman-aqidah, [2] perubahan-pembebasan dan [3] bahasa.

Perkara [1] disebabkan definisi ilmu dalam Islam ialah tanda; petunjuk. Istilah ‘ilm berasal
daripada perkataan ‘alamah iaitu ‘tanda, penunjuk atau petunjuk yang dengannya sesuatu atau
seseorang dikenali’.107 Seseorang muslim dikenali disebabkan ilmu mereka yang membolehkan mereka
beramal dan berakhlak dengan Islam.

107 Wan Mohd Nor Wan Daud, Masyarakat Islam Hadhari, KL: DBP, 2006.

159

Perkara [2] membawa kepada perubahan-pembebasan seseorang daripada kejahilan ditunjuki
oleh cahaya kebenaran iaitu al Quran. Seorang muslim yang ditunjuki oleh al Quran akan berubah kepada
lebih Islamik dan membebaskan diri mereka daripada perkara yang syirik terutamanya syirik dalam hati.

Perkara [3] menyatakan dalam bahasa mengandungi pandangan sarwajagat dan kerangka
pemikiran yang tersendiri sehingga mengubah-mempengaruhi kelakuan dan tindakan seseorang.

Menurut Syed Muhamad Naquib al Attas, ilmu ialah ‘merujuk kepada Allah sebagai punca/pemberi
segala ilmu, ia (ilmu) adalah ketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang. Apabila merujuk kepada
diri sebagai pentafsir, ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada makna tentang sesuatu’. Dalam
pentakrifan al Attas, kita boleh mengambil ibrah:

1. Allah adalah sumber ilmu. Allah memimpin ilmu, kemudian barulah ilmu memimpin manusia. Kebenaran
mutlak itu ada pada ilmu yang Allah SWT nyatakan kebenarannya iaitu sumber ilmu daripada al Quran..

2. Ketibaan diri kepada makna dan ketibaan makna kepada diri adalah darjah kefahaman seseorang terhadap
makna iaitu pada BAHASA yang digunakan sehingga mewujudkan peningkatan terhadap keyakinan-
keimanan.

Ilmu yang betul dan benar mempengaruhi sifat keadilan yang ada dalam diri untuk membuat pilihan
dalam mengatur dan meletakkan pemikiran dan tindakan mereka pada landasan yang betul dan benar.
Kegagalan mengatur-meletakkan pemikiran dan tindakan pada landasan yang betul-benar
menjerumuskan kita ke dalam kehilangan adab dengan menzalimi diri sendiri.

Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, kehilangan adab berlaku kerana

1. Ilmu tidak dapat diajar atau disampaikan kepada murid kecuali mereka telah mempunyai adab yang tepat
dengan ilmu pengetahuan, pelbagai disiplin dan autoritinya yang sah.

2. Sikap dan proses penyamaan. Seperti al Quran sama sahaja dengan buku. Islam sama sahaja dengan agama
lain.

3. Perjuangan berdasarkan tujuan dan maksud yang salah.
4. Kebingungan dalam bidang ilmu pengetahuan akan merosakkan susunan akhlak dan pendidikan suatu

masyarakat.
Ciri-ciri Ulama

1. Tidak terpengaruh dengan pemikiran ciptaan manusia, tidak mencampur aduk antara pemikiran Islam
dengan pemikiran ciptaan manusia dan tidak terjebak dalam aktiviti yang boleh membawa fitnah.

160

2. Ulama mesti menghadkan pengaulan dengan orang ramai. Pengaulan mesti berlandaskan aktiviti yang
dirancang atau diprogram.

3. Menziarahi pemimpin dan alim ulama yang lain.
4. Mengelak diri daripada terlibat dalam politik kepartian dan tidak menolak politik.
5. Mendokong kesyumulan Islam termasuk perundangan Islam.
6. Bersikap pendamai sebagaimana sifat Saidina Usman, Saidina Ali dan Saidina Hassan Bin Ali yang

mengorbankan jawatan dan diri mereka untuk pendamaian umat Islam. Mengelak daripada fitnah dan
konflik. Bersifat pemaaf dan jauhi dengki mendengki.
7. Memahami pemikiran, kebudayaan dan tamadun Barat.
8. Mengetahui hak ehwal semasa. Setiap kuliah dirakam untuk sebaran dakwah.
9. Jangan mencari populariti, pangkat, kuasa dan perempuan.
10. Jangan mempergunakan agama Islam untuk kepentingan diri, syarikat, kumpulan dan keluarga. Jauhi
perniagaan bermodalkan agama.
Akhir Kalam

Manusia bergantung kepada [1] niat/tujuan dan [2] kadar ilmu yang mereka miliki. Setiap penilaian yang
seseorang manusia lakukan mesti dilihat dari segi [1] sumber ilmu yang benar, [2] kaedah-kaedah ilmu
yang betul dan benar dan [3] niat yang lurus dan benar.

Segala pandangan manusia belum tentu benar, hanya pandangan Allah dan Nabi Muhammad
SAW sahaja yang benar. Oleh kerana Nabi Muhammad SAW sudah wafat, pentafsiran agama Islam mula
dan mudah diputar belit oleh pihak yang berkepentingan dan mengikut kehendak akal-nafsu mereka
sahaja termasuk kalangan mereka lulusan agama atau ulama sendiri. Justeru, carilah guru yang berwibawa
ilmunya, belajar dan fahami isi kandungan al Quran dan hadith, berakhlak-beradab dalam setiap urusan
terutamanya ketika berlaku khilaf, jaga hati daripada sifat mazmumah dan masukkan sifat mahmudah,
jaga pancaidera dan lidah, berhati-hati dengan imiginasi seks dan wanita, dan berwaspada dengan
kekayaan dunia.

Sesiapa kita, ikutlah hujah dan pandangan Islam yang benar. Biar kita mati dengan tenang dalam
pandangan Islam yang benar. Kita mati, orang yang menilai pandangan kita dan menfitnah kita juga akan
mati. Dalam Alam Kubur dan Alam Akhirat, biarlah Allah menentukan amalan baik-buruk kita semasa
hidup kita di dunia. Hiduplah bertaqwa.

20/6/2016
1.17 pagi

161

Bab 11
Alam Mahasiswa: Perahu Masa Depan

"Kita bangga membaca buku-buku karya manusia tetapi tidak pernah dalam hidup
kebanyakan kita untuk mengkaji walaupun sekali khatam
Karya Agung Tuhan kita dalam QuranNya"
Almarhum Syeikh Abdul Halim Mahmood,
bekas Rektor Universiti Azhar, Mesir.

Falsafah kehidupan Islam semakin terhakis dalam masyarakat Islam. Sumber ilmu Islam iaitu al Quran, al
Sunnah dan akal cuba diserang daripada pelbagai penjuru.

Anak muda dan mahasiswa dihidangkan dengan banyak persoalan tentang pemikiran dan ideologi
yang berkiblatkan Barat. Ini tidak termasuk dengan kebejatan sosial yang lain.

Pemikiran Barat sendiri perlu dipelajari, ditapis dan dikritik agar sesuai dengan aqidah dan akhlak
Islam.

Anak muda dan mahasiswa mempunyai 4 kelebihan menurut Imam Hassan al Banna iaitu
keimanan, keikhlasan, semangat dan usaha. Sebabnya, asas keimanan ialah hati yang bersih, asas usaha
ialah keazaman yang membara, asas keikhlasan jiwa yang suci dan asas semangat ialah keinginan yang
kuat. Anak muda dan mahasiswa adalah tonggak kepada kebangkitan Islam [Surah al Kahfi: 13].

LEDAKAN UBUDIYYAH108

Ubudiyyah dalam kerja bermaksud bekerja semata-mata kerana Allah dengan meletakkan setiap kerja
yang dilakukan sebagai ibadah yang akan memperolehi ganjaran pahala di akhirat ’bekerja’ akan mencapai
tahap ibadah apabila dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Antara syarat ubudiyyah ;

108 Penulis merujuk tulisan Ustazah Fatimah Sulaiman

162

1. Niat yang ikhlas.
2. Kelurusan aqidah.
3. Pekerjaan yang dilakukan tidak melanggar atau bercanggah dengan hukum syarak
4. Pelaksanaannya selaras dengan prinsip syariat dan akhlak Islam[Surah al Nahl: 89].
5. Amalan atau kerja hendaklah dilakukan seelok-eloknya dan sebaik mungkin.
6. Bekerja jangan sampai menganggu atau melalaikan ibadah pokok terutamanya solat.

Segala bakat, kebolehan, buah fikiran, ilmu pengetahuan dan kesedaran yang ada pada diri seseorang
menjadi ubudiyyah apabila ia ditujukan kerana Allah.109 Ia selaras dengan firman Allah dengan maksudnya
“dan tidaklah Ku jadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mengabdikan diri mereka kepadaKu”
(Surah Adh Dhariyat:56)

Segala penyelesaian perlulah mengikut saranan al Quran dan hadith.

AQIDAH PERJUANGAN110

Ada kalangan anak muda sosialis bertanya ke mana hala tuju selepas demonstrasi?. Sebelum menanya
kami, tanya dulu dia, ke mana hala tuju sosialis selepas kehidupan ini?. Semuanya sekitar niat yang akan
menentukan siapa kita dan ke mana halatuju teragung kita, syurga atau neraka di akhirat kelak. Menurut
Muhammad al Ghazali, kepada apakah Nabi Muhammad SAW menyeru manusia?. Jawapannya kepada:

1. Keesaan yang mutlak
2. Alam Akhirat [Surah az Zalzalah:7-8]
3. Penyucian Jiwa yakni beriltizam dengan melakukan ibadah yang disyariat oleh Allah [Surah al An’am: 151-

153].
4. Memelihara kesatuan Umat Islam [Surah al Muddatssir: 38-48]

Perkataan aqidah dari segi bahasa bermaksud satu ikatan yang mengikat sesuatu kepada sesuatu yang
lain. Aqidah merupakan satu ikatan keyakinan yang mengikat diri seseorang dengan satu keyakinan dan

109 Muhammad Nur Anuar, Ledakan Ubudiyyah Dalam Kalangan Budaya Politik Pelajar, Alor Setar: Pustaka Ikhwan,1986
110 Dalam subtopic ini, penulis banyak merujuk Fadzil Mohd Nor, Aqidah Perjuangan, Shah Alam:DPF, 2003.

163

menjadikan kehidupannya lebih terarah dan terpimpin. Aqidah mengikat seorang muslim untuk hidup
berasaskan dasar keyakinan yang disebut iman iaitu kepercayaan.

Dasar kehidupan seorang muslim adalah dasar keimanan. Iman itu melahirkan penyerahan diri kepada
Allah. Iman boleh bertambah atau berkurang. Dan ada beberapa perkara tertentu yang boleh
membatalkan iman.

Antara perkara yang membatalkan iman ialah111,

1. mengingkari sifat rububiyyah atau mencelanya
2. mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan sifat-sifatnya
3. mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah
4. Mengingkari atau mencela Rasulullah atau kerasulannya.

Segala tindakan mahasiswa jangan sesekali membawa ke arah kemungkaran apatah lagi perkara yang
boleh membatalkan keimanan. Ada sesetengah mahasiswa Islam mengkaji, mengamal dan hidup
berpandukan ideologi dan pemikiran ciptaan manusia. Ada yang lebih teruk mempertuhankan dan
menganggap ideologi ciptaan manusia lebih benar daripada ajaran Islam.

Kita boleh membaca, mengkaji dan diskusi tentang apa-apa perkara, cuma jangan lupakan Allah dan
berhati-hati dalam ucapan dan tindakan agar tidak tersasul sampai membatalkan keimanan.

THE IDEA OF PROGRESS112

Idea Kemajuan (the idea of progress) seringkali dikaitkan dengan kepercayaan bahawa setiap
perkembangan dari satu keadaan kepada suatu keadaan semestinya satu kemajuan. Ia bermula dengan
keadaan tidak memuaskan kepada keadaan lebih memuaskan, telah maju pada masa lepas, sedang maju
dan akan berkembang maju lebih besar pada masa depan atau akan menikmati masa depan penuh

111 Abdul Hadi Awang, Muqadimah Aqidah Musllimin, Batu Caves: Ahnaf, 1985.
112112 Penulis banyak merujuk tulisan Dr Muhammad Abu Bakar. Muhammad Abu Bakar, Potret Masa 1, PJ:Gateway, 1994 dan
Muhammad Abu Bakar, Idea Kemajuan dalam Pemikiran dan Golongan Fundamentalis Islam, dlm., Islamika 2.

164

bahagia dan sempurna. Contoh, matlamat akhir kaum marxis ialah masyarakat tanpa kelas yang
diwujudkan melalui proses dialektik. Dan dalam erti yang lebih mudah, ia adalah perubahan.

Dalam pentafsiran tamadun Barat, mereka menolak kehadiran agama dalam idea kemajuan
mereka. Apabila negara ummat Islam terpengaruh dengan idea kemajuan Barat, mereka menjadikan idea
kemajuan Barat sebagai pengukuran, wujud pengasingan cita-cita Islam dan cita-cita Barat (dualisme)
serta penyebaran falsafah sekular dalam masyarakat Islam.

Pada peringkat politik, idea permisahan agama dengan politik sebagaimana di Barat menceraikan
agama daripada politik. Pada peringkat peribadi, Islam hanyalah pegangan moral. Islam dijadikan agama
pentanggungjawaban seorang individu. Proses deislamisasi dalam idea kemajuan menyebabkan
penekanan hanya pada kekayaan material, berpolitik mementing mempertahankan kuasa bukannya alat
untuk beribadah, hidup hanya bereksperimen padahal hidup adalah pelaksanaan anjuran Allah dan
Rasulullah. Mereka mengikut jalan fikir serupa dengan cara berfikir ahli falsafah Barat seperti Bertrand
Russell, Jean Paul Satre dan lain-lain. Mereka menerima sepenuhnya pemikiran Barat tanpa memikirkan
hala tuju seterusnya para pemikir tersebut, bahagia atau tidak, bertuhan atau tidak, ke syurga atau ke
neraka, berdasarkan aqidah Islam atau tidak?.113

Oleh kerana falsafah Islam merujuk kepada arahan al Quran dan Hadith, idea kemajuan wajib
mengikuti kedua-dua sumber ilmu Islam yang utama tersebut. Manusia yang berjaya adalah manusia yang
bertaqwa. Menurut Muhammad Asad ‘mentaati sunnah adalah kewujudan dan kemajuan mengikut
Islam’ manakala Syed Muhammad Naqiub al Attas menyatakan ‘perubahan, pembangunan dan kemajuan
mengikut kacamata Islam ialah pengembalian kepada Islam yang tulen yang dianjur dan diamalkan oleh
Rasulullah’.

Ibrah daripada idea kemajuan bertunjangkan Islam, gerakan mahasiswa Islam yang
menggerakkan intelektualisme perlulah beringat jangan sesekali terjerumus dalam perangkap idea dan
gagasan pemikiran Barat yang meminggirkan agama Islam dan menuju ke arah atheis. Islam memerlukan
syariat, bukannya Islam Amerika yang berteori, diskusi sembang kencang dan berdebat tanpa lilitan
aqidah dan tanpa syariat.

113 Sila baca Syed Muhammad Naquib al Attas, Ma’na Kebahagiaan dan Pengalamannya Dalam Islam, KL: IBFIM, 2014. Prof al
Attas, makna kebahagiaan terletak dalam istilah sa’adah yang mempunyai pertalian di akhirat dan di dunia.

165

Kemajuan dan pembangunan mengikut Islam bukannya berlandaskan materialistik tetapi
kemajuan dan pembinaan diri insan sebagai individu berkualiti dari segi iman, taqwa dan akhlak. Daripada
iman-taqwa, kemudian diikuti kemajuan dan pembangunan-pembinaan akal seterusnya kepada
kemajuan dan pembangunan budaya dan material.

Kualiti Individu Seseorang Mahasiswa

Mahasiswa mesti mempunyai kualiti diri sebagai individu. Kualiti diri yang dimaksudkan ialah;

1. Mempunyai worldview Islam yang jernih dan lurus berdasarkan tauhidik
2. Akhlak berdasarkan tauladan Rasulullah SAW
3. Al Quran dan al Sunnah sebagai sumber ilmu Islam yang paling berautoriti dan menjadi panduan dan

rujukan dalam setiap perkara.
4. Mencari guru berwibawa untuk memperlengkapkan diri menjadi insan berkualiti.
5. Mencipta suasana ilmu dalam diri dan persekitaran dengan membaca buku bidang sains sosial,

mewujudkan kumpulan diskusi, ziarah-perbincangan dengan ulama-sarjana, belajar bahasa asing
[dikategorikan sebagai bahasa Islam, Bahasa Dakwah dan Bahasa Ilmu] dan menghadiri majlis ilmu.

Pesanan Imam Hassan al Banna

Mahasiswa memerlukan worldview dan pegangan yang Islamik [Surah al Nisa: 174-175]. Islamlah yang
mencorak kehidupan manusia [Surah al Baqarah: 138] melalui perubahan worldview. Mahasiswa perlu
meninggalkan medan bercakap/pidato/forum beralih ke medan bekerja yang serius dan produktif [Surah
al Saf:2-4].

Islam mengiktiraf dan mengakui KUASA Rakyat. Islam mewajibkan setiap muslim memerhati
tindak-tanduk kerajaan. Mereka perlu memberi NASIHAT, bantuan dan membahaskan perbelanjaan yang
dilakukan oleh kerajaan. Islam mewajibkan pemerintah mengutamakan kepentingan rakyat dengan
memberi KEADILAN kepada yang berhak dan menghukum sesiapa yang bersalah. Islam mewajibkan
rakyat taat setia kepada pemerintah selagi pemerintah berada di jalan yang betul. Rakyat perlu
memastikan pemerintah berada dalam batas undang-undang dan mengembalikannya ke landasan yang
benar [Surah al Maidah: 48-50].

166

Imam Hassan al Banna tidak bersetuju dengan amalan politik kepartian. Amalan politik kepartian
menjerumuskan negara ke arah perbalahan dan konflik sesama sendiri atau secara dalaman.

Politik Kampus

Di kampus, seseorang mahasiswa perlu mengetahui dan mengutamakan tugas asasi mereka sebagai
penuntut ilmu. Ketinggian ilmu melahirkan kepakaran yang bakal membantu umat Islam dan negara pada
masa hadapan. Terdapat tiga elemen penting semasa berada di universiti iaitu [1] pengalaman dalam
organisasi dan kepimpinan, [2] membina jaringan persahabatan dan pengaruh dan [3] meningkatkan
kemahiran komunikasi. Tiga perkara yang dilakukan semestinya tidak melampaui batas kita sebagai
penuntut ilmu. Jangan sesekali mengabaikan tugas asasi kita.

Seseorang mahasiswa boleh menyertai politik tetapi bukan politik kepartian walaupun dilatih atau
ditarbiah oleh parti politik. Seseorang mahasiswa boleh menyertai politik kampus. Seseorang mahasiswa
boleh menyertai politik negara atas konteks kebersamaan dalam sesuatu isu bukannya menjadi orang
suruhan kepada parti politik [Surah al Qasas: 55]. Politik menurut Imam Hassan al banna merujuk kepada
ertikata politik yang mutlak iaitu mengambil berat soal dalaman dan luaran ummah tanpa terikat
dengan mana-mana parti.

Seseorang mahasiswa yang terlibat dalam politik kepartian atau politik negara secara terbuka
boleh membuka ruang kepada tindakan disiplin, tahanan polis atau kes mahkamah bakal menganggu
tugas asasi sebagai mahasiswa. Mahasiswa sebagai insan terpelajar perlu mengelak menjadi HERO Jadian
dan boneka untuk kepentingan politik pihak tertentu.

Kita tidak boleh mengimbau zaman Anwar Ibrahim, lagenda gerakan mahasiswa Malaysia.
Pendekatan seharusnya berbeza mengikut zaman. Pada zaman ini, tak berbaloi kamu menjadi HERO untuk
parti politik.

Intelekualisme Mengakari Gerakan Mahasiswa?
‘Saya tidak risau dengan anak muda berusia 30 tahun ke bawah, sememangnya mereka mempunyai
semangat, tenaga, idea dan kedegilan yang mereka ada untuk berusaha mencari identiti, spritual,

167

pelajaran, pengalaman dan membaca buku sebanyak mungkin. Usia 30 hingga 35 tahun, mereka
memantapkan pilihan pegangan mereka dan usia 40 tahun, pegangan telah menjadi darah dagingnya’-
Duan Lias

Menurut Sheikh Syakib Arsalan, antara faktor ketertinggalan umat Islam ialah kebodohan dan
jumlah ilmu pengetahuan yang mereka ada. Adakah mahasiswa yanng kononnya terpelajar mempunyai
kedua-dua faktor berkenaan?. Justeru, para mahasiswa perlu menjalani proses pembinaan
intelektualisme semasa alam kampus.

Raja Ahmad Aminullah pernah menceritakan dalam bukunya tentang pengembaraan beliau ke
Mexico. Beliau melihat penduduk Mexico mengupayakan dunia ilmu mereka melalui wacana hatta di
kedai buku mahupun galeri seni meskipun penduduk miskin adalah majoriti rakyat Mexico. Mereka
merakyatkan ilmu untuk rakyat bawahan.

Wacana, baca buku, diskusi dan menulis, itu semua boleh menyemarakkan intelektualisme.
Menurut kamus dewan, intelektualisme ialah pengabdian kepada penggunaan intelek atau daya fikir.
Manakala satu lagi maksud ialah doktrin yang menekankan bahawa pengetahuan terhasil dengan
penaakulan tulen.

Di universiti, mahasiswa adalah anak muda yang merdeka bebas daripada pengawasan ibubapa.
Mereka bertindak mengikut akal dan hati nurani sendiri. Risiko dan tanggungjawab atas diri mereka
sendiri. Kecenderungan ini membuka ruang mencari indentiti tersendiri melalui intelektualisme.

Apa yang sangat penting dengan intelektualisme dalam gerakan mahasiswa?. Peranan penting
intelektualisme dalam gerakan mahasiswa memberi panduan dalam perjuangan mereka. Mahasiswa yang
mempunyai intelektualisme harus menjelaskan masalah kepada masyarakat dan cuba mencari
penyelesaian masalah dan mengemukakan alternatif dalam usaha mengatasi masalah rakyat dan negara.
Jika mereka berjaya menghasilkan idea atau menyelesaikan masalah, kejayaan itu perlu disebar luas
kepada masyarakat.

Dalam pembinaan intelektualisme gerakan mahasiswa, paling penting ialah membaca, mengkaji,
berbincang dan menulis. Tanpa budaya membaca, gerakan mahasiswa tidak akan berjaya membina

168

intelektualisme mereka. Budaya membaca bukannya membaca bahan picisan tetapi bahan ilmiah.
Pembacaan haruslah merentasi ideologi dan aliran pemikiran. Kerencaman pemikiran yang menghasilkan
keraguan telah menjadi kecanduan wacana-diskusi memerlukan kita mencari penawar untuk menghilang
ketagihan atau kecanduan tersebut dengan worldview Islam.

Intelektualisme juga dapat dibina dengan aktiviti bersama pensyarah mereka. Mereka boleh
ziarah dan bersoal jawab dengan para pensyarah. Dalam perbincangan dengan para pensyarah,
mahasiswa boleh bertanya dan berdialog tentang bahan bacaan yang mereka baca dan kaji. Dengan itu
para mahasiswa boleh mengembangkan lagi pemikiran mereka.

Mereka juga perlu aktif dalam kumpulan perbincangan berbentuk forum dan diskusi buku.
Mereka juga menubuhkan kumpulan sendiri untuk meningkatkan kefahaman mereka terhadap bahan
yang dibaca. Kumpulan ini mengadakan perlu mengadakan majlis ilmu untuk berkongsi hasil dapatan.

Dengan adanya intelektualisme, barulah perjuangan mahasiswa dilakukan dengan kefahaman
bukannya emosi. Melalui kefahaman idea-idea ini, gerakan mahasiswa boleh bangkit memperjuangkan
isu yang difahami oleh mereka.

Pimpinan mahasiswa boleh memasuki kursus kepimpinan dan pemikiran seumpama yang
dianjurkan oleh Sekolah Politik [IKD], Sekolah Demokrasi [DAP]dan Wacana Pandangan Alam Islam atau
Worldview of Islam Series [WISE- dianjur oleh Himpunan Keilmuan Muslim-HAKIM].

Kita memerlukan pengalaman yang pelbagai dalam intelektualisme untuk menambahkan
pengetahuan kita dalam sesuatu perkara. Dan paling penting kita memerlukan Pandangan Alam Islam
yang jernih dalam mendepani serangan pemikiran dari pelbagai penjuru alam. Sebagai asas Pandangan
Alam Islam, buku di bawah boleh dijadikan asas kelurusan dan kejernihan pemikiran kita:

1. Islam dan Sekularisme karya Syed Muhammad Naquib al Attas
2. Prolegomena to the Metaphysics of Islam karya Syed Muhammad Naquib al Attas.
3. Himpunan Risalah Imam Hassan al Banna.
4. Fiqhud Da’wah karya Muhammad Natsir.

169

Untuk meneliti pemikiran Syed Muhammad Naquib al Attas, buku Falsafah dan Amalan Pendidikan
Syed Muhammad Naquib al Attas tulisan Wan Mohd Nor Wan Daud dan buku Risalah Untuk Kaum
Muslimin tulisan Syed Muhammad Naquib al Attas sendiri boleh dijadikan permudah-cara dalam
menghadami pemikiran beliau. Pada zaman ini, umat Islam kurang tiga perkara;

1. Pemimpin yang boleh menyatukan umat Islam.
2. Sarjana yang memahami pemikiran dan ketamadunan Barat dan Islam.
3. Pendebat merangkap sarjana perbandingan agama sebagai Dr Zakir Karim Naik.

Gerakan mahasiswa seharusnya bersedia dan berusaha untuk mengasuh anggotanya supaya
melahirkan pemimpin-sarjana berdasarkan ketiga-tiga perkara di atas.

Worldview Islam yang lurus dan jernih adalah kunci intelektualisme gerakan mahasiswa yang Islamik.

Pengaruh Organisasi Luar Melalui Pengkaderan.
Organisasi luar yang saya maksudkan ini adalah organisasi politik atau badan bukan kerajaan (NGO).
Organisasi yang mengadakan latihan dan program pengkaderan.

Sistem pengkaderan yang menghasilkan ramai mahasiswa mentaati organisasi luar bukannya
ketaatan kepada Islam. Oleh sebab itu, ada sesetengah kelompok mahasiswa mengadakan protes
terhadap sistem pengkaderan tersebut dengan mengelak atau memutuskan hubungan dengan parti
politik atau NGO terbabit. Ini berlaku apabila sistem pengkaderan ini dianggap menjadi alat indoktrinisasi
terhadap para mahasiswa oleh parti atau NGO secara melampau-paksaan.

Ada kelompok mahasiswa ingin ‘indiependen’ bukannya wakil [cawangan?] sesebuah parti atau
NGO di kampus. Kelompok mahasiswa bukannya hamba atau orang suruhan parti di luar kampus. Mereka
mempunyai jiwa merdeka dan mahu kebebasan bukannya dikongkong dan mengakuri arahan pihak luar.

Pada hemat saya, gerakan mahasiswa yang mempunyai hubungan dengan pihak luar bukanlah
satu ‘dosa’ besar atau perkara yang haram. Kita bebas tetapi berpihak. Saya suka pandangan Hasbie
Muda [anggota AMANAH], “saya fikir tiada masalah jika persatuan-persatuan tersebut mempunyai
hubungan dengan pertubuhan luar tetapi mereka perlu diberi kebebasan agar tidak terikat dengan

170

sebarang arahan atau peraturan yang bersifat mengekang. Biarlah hubungan kumpulan tersebut dengan
pertubuhan induknya sebagai perhubungan rakan kongsi dan bukannya hubungan antara pemberi
arahan dan pelaksana arahan.” Menurut Nazree Yunus pula, mantan Presiden PMIUM dan Pengerusi
GERAK [anggota PKR] “Realitinya Gerakan Mahasiswa dan Gerakan Anak Muda akan berpihak kepada
perjuangan Kebenaran & Keadilan”

Penulis pernah mendengar cerita seseorang tentang sebuah gerakan mahasiswa Islam [GMI] di
negara ini melanggar arahan Tuan Guru Haron Taib, Ketua Dewan Ulama PAS agar demonstrasi tidak
dilakukan dalam kampus. Sahabat penulis itu mendakwa GMI itu telah memutuskan hubungan Dewan
Ulama PAS dan Jabatan Pembangunan Mahasiswa Dewan Pemuda PAS.

Contoh lain, PMUM mempunyai hubungan baik dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM)
ranting Pantai. Menariknya, Syed Hamid mantan pimpinan Kelab Sosialis Universiti Malaya telah aktif
dalam PSRM ranting Pantai. Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI) merupakan ‘sayap
mahasiswa’ Partai Keadilan Sejahtera (PKS), bahkan ramai kader KAMMI yang mengasaskan PKS. Jamaat
Islami di Pakistan dan Bangladesh mempunyai sayap politik kampus mereka, Chatra Shibir.

Sebenarnya, pengaruh luar juga menjadi salah satu sebab pihak penguasa dan HEP mengongkong
gerakan mahasiswa. Pihak penguasa dan HEP mendakwa gerakan mahasiswa dipengaruhi oleh
pembangkang.

Pada hemat penulis, realitinya memang gerakan mahasiswa menjalinkan hubungan dengan pihak
luar. Statusnya sahaja yang membezakan mereka sama ada cawangan atau rakan kongsi. Penulis juga
berpendapat bahawa hubungan dengan pihak luar bergantung kepada keperluan zaman dan atas
kebaikan bersama untuk kesejahteraan rakyat-negara.

Orientasi Isu Mahasiswa ke Orientasi Isu Rakyat

Gerakan mahasiswa mempunyai tanggungjwab terhadap rakyat terpinggir dan tertindas. Dalam
menangani isu ini, penulis melihat kebajikan masyarakat mesti dijaga dan dibela oleh gerakan mahasiswa.

171

Ada juga mahasiswa mendekati isu-isu rakyat atas nama ideologi pegangan mereka. Ada kalangan
mahasiswa ini dari kelompok sosialis dan anarkis. Ada mahasiswa menjalankan aktiviti kebajikan seperti
Buku Jalanan, Dapur Jalanan dan Sekolah Jalanan.

Gerakan mahasiswa mahu pihak penguasa dan pihak berkenaan memudah cara dalam
mendepani isu rakyat tanpa penindasan dan bersifat pro rakyat. Seorang pemimpin mahasiswa menulis,
isu mahasiswa meliputi hanya 10%, manakala isu rakyat meliputi 90%. Justeru, gerakan mahasiswa perlu
bijak memilih isu dan perlu melakukan pengkajian terlebih dahulu. Perjuangan isu mahasiswa kurang
sokongan kerana majoriti mahasiswa bukan hardcore GMI adalah pasif dan menjaga periuk nasi mereka.
Jadi perjuangan mereka akan kelihatan hambar dan tidak berjaya mempengaruhi massa kampus dan
memburukkan reputasi gerakan mahasiswa di mata rakyat.

Jika mahasiswa berjuang dengan menggunakan pendekatan orientasi isu rakyat terutamanya isu
orang muda seperti isu PTPTN, isu tanah, isu kos hidup, minyak dan rasuah, perjuangan mahasiswa akan
mendapat simpatis daripada rakyat. Ini akan memarakkan lagi perjuangan mahasiswa untuk kebaikan
rakyat. Contoh, kita melihat perjuangan mahasiswa Universiti Trisakti pada tahun 1998, pemimpin
mahasiswa memperjuangkan isu rakyat dimana ekonomi Indonesia terus merosot ketika itu. Begitu juga
demonstrasi Baling, ia berlaku disebabkan petani mengalami kemerosotan harga getah yang memiskinkan
mereka yang tersedia miskin.

Untuk berjaya dalam perjuangan mahasiswa, pemimpin mahasiswa memerlukan kebijaksanaan
memanipulasi isu rakyat dan berkebolehan membuat keputusan semerta (sewajibnya dengan doa, solat
istikharah dan tawakal). Pemimpin gerakan mahasiswa perlu memainkan peranan penting agar gerakan
mahasiswa memenuhi asiprasi rakyat bukan sahaja dalam lingkungan mahasiswa sahaja.

Radikalisme Anak Muda.
Pengolakkan dan konflik sekitar anak muda akan mempengaruhi mereka untuk bertindak lebih radikal.
Keradikalan ini bermula sudah lama dan sejak zaman berzaman. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,
faham ‘jebat” yang sering bertentangan dengan faham ‘Tuah’. Ia diteruskan lagi dengan perseteruan
antara kaum muda dengan tua, dan kewujudan Kesatuan Melayu Muda, Angkatan Pemuda Insaf dan lain-
lain.

172

Menurut kamus Dewan, radikalisme ialah satu fahaman (kepercayaan) yang radikal dalam politik
atau fahaman yang mahu perubahan mendadak dalam arena politik dan sosial. Revolusioner adalah orang
yang menyokong revolusi. Ungkapan Revolusioner dan radikal dilihat keras ekoran menerima konsep
radikal daripada sarjana Barat.

Kerajaan seringkali berpandangan negatif terhadap kehadiran student power di negara ini dengan
tuduhan militan, revolusioner dan mengucar-kacir masyarakat. Sikap revolusioner perlu bagi
membangunkan sebuah negara yang adil dan maju. Shahnon Ahmad mendefinisi sikap revolusioner;
‘Revolusioner adalah bersuara keras dan bertindak keras meruntuh dan menghancur sesuatu itu
disertakan pula dengan daya cipta untuk membina yang baru sebagai ganti yang lapuk yang diruntuh dan
dirubah’.

Mahasiswa sebagai golongan intelektual perlu bersikap pemberani yang berlandaskan ilmu dan
pengalaman yang dijernihkan oleh kebenaran yang diyakini bukannya bersikap surealis; bersuara kuat
untuk meruntuh dan menghancur tanpa penciptaan dan pembinaan semula. Seorang revolusioner
mengharapkan jiwa tertekan kerana dengan jiwa itulah dia akan bangun untuk mengantikan penindas-
penindas.

Sikap radikal, revolusioner dan militan mahasiswa tidak perlu dibimbangi. Tun Abdul Razak,
mantan Perdana Menteri Malaysia yang kedua pernah berkata; “Jikalau kita tinjau belakang semasa kita
masih menuntut, tentulah kita dapat melihat perkara itu dari sudut yang betul”.

Kebangunan sesuatu bangsa akan dicerakin oleh mahasiswa yang sedar akan tanggungjawab
mereka dalam masyarakat dan negara kerana hidup mereka biar berjasa.

Pendekatan kekerasan yang dimaknakan disini ialah pendekatan demonstrasi. Kebiasaannya
demonstrasi dimulai dengan ceramah dan nyanyian semangat serta slogan-slogan. Semasa era 1970an,
demonstrasi dimulakan selepas pidato di sudut pidato.

Masalah yang timbul ialah apabila pihak berkuasa memprovokasi pihak mahasiswa sehingga
mahasiswa bertindak spontan menggunakan kekerasan.

173

Kejadian demonstrasi perlu dikaji dari segi personaliti dan psikologi para mahasiswa. Semangat,
emosi dan keyakinan diri daripada jiwa memberontak menghasilkan tindakan yang keras. Fikir sebelum
bertindak dan jangan menjadikan sahabat mahasiswa lain sebagai kambing hitam dikala pimpinan utama
mahasiswa terselamat daripada dikenakan tindakan. Akhirnya, kebanyakan daripada mereka setelah
dewasa mengetawakan sifat mereka semasa muda.

Gerakan mahasiswa adalah salah satu cabang gerakan anak muda. Kelompok anak muda
memainkan peranan sebagai kumpulan pendesak atau kelompok anti establishment. Kelompok pendesak
ini bukannya sahaja menentang HEP dan kerajaan tetapi turut bertembung dengan kelompok pro
establisment sehingga menimbulkan konflik.

Aktor Politik Mahasiswa

Gerakan mahasiswa sangat bergantung kepada aktor-aktor mereka. Watak dan falsafah perjuangan aktor
adalah tunjang kepada aktivisme gerakan mahasiswa. Cuma persoalan yang timbul, adakah tindakan aktor
politik mahasiswa berdasarkan kepentingan diri, ideologi atau perjuangan mahasiswa/rakyat?.

Mari kita lihat perubahan pendekatan PBMUM setelah dipimpin oleh aktor yang berlainan.
Kemenangan Mahadzir khir dalam perebutan tampuk Presiden PBMUM mengubah pendekatan PBMUM
daripada pendekatan radikal kepada pendekatan sederhana. Perubahan PBMUM zaman Awang Had
Salleh lebih kepada sastera, Sanusi Osman kepada komitmen politik, zaman Anwar dan Nordin Razak ialah
zaman radikal. Pada era 1998 hingga 2014, gerakan mahasiswa mengalami perubahan ketara dari segi
pendekatan faktor Anwar memainkan gerakan besar kepada penyatuan mahasiswa Nasionalis-Islamis
dengan Mahasiswa pro PAS.

Kehebatan aktor politik mahasiswa mencakupi keberanian, kemampuan kewangan, jaringan
pengaruh, kepetahan berpidato, kegeniusan dan penampilan beragama mereka. Beza dua orang aktor
politik mahasiswa terletak pada keberanian mereka dalam menangani sesuatu isu. Jika pemimpin
mahasiswa tidak berani, perjuangan mereka akan kelihatan hambar di mata masyarakat dan politikus.

Aktor politik mahasiswa perlu berhati-hati agar tidak menjadi kuda tunggangan pihak tertentu
yang mempunyai kepentingan politik. Aktor politik mahasiswa jangan sesekali percaya dengan janji

174

politikus. Aktor politik mahasiswa juga perlu berhati-hati dengan teman seperjuangan atau senior yang
mementori kerana mereka juga mempunyai kepentingan politik. Tidak padan kita naik turun mahkamah
sehingga selepas alam kampus dikala senior yang mementori kita sudah menjadi PTD dan politikus terus
menang dalam pilihanraya.

Panduan Ideologi

Ideologi berkaitan dengan politik. Ideologi mengerakkan politik kemahasiswaan dalam sesuatu isu.
Persoalan politik mahasiswa dinukilkan oleh Raja Azlan, Pro Canselor Universiti Pulau Pinang.
Menurutnya, mahasiswa harus bertanggungjawab terhadap masyarakat dan perlu melakukan sesuatu
untuk rakyat. Oleh itu, gerakan mahasiswa haruslah menggunakan tenaga-idea mereka bagi mendepani
permasalahan masyarakat dan negara.

Kerajaan seharusnya memberi kelonggaran dalam politik. Khoo Kay Kim mencadangkan agar
kerajaan hanya mengawal gerakan mahasiswa bukannya menghalang penglibatan mahasiswa dalam
gelanggang politik kerana mahasiswa adalah sebahagian daripada masyarakat yang mempunyai hak
mengundi. Tekanan yang diberikan oleh kerajaan menaikkan semangat mahasiswa bangkit melawan
kerajaan yang mencabar hak mereka. Mereka mahu mengekalkan image the student dan sebarang
gelombang yang menganggu perjuangan mereka akan ditentang.

Sebelum kita berbahas tentang ideologi, marilah kita melihat latarbelakang watak aktor pimpinan
mahasiswa. Latarbelakang keluarga, buku dibaca, sekolah dah jurusan diambil sangat mempengaruhi
panduan ideologi seseorang. Jurusan seseorang pimpinan mahasiswa dalam PBMUM sebelum tahun 1972
sangat mempengaruhi perjuangan PBMUM. Sebelum tahun 1972, Mahadzir Khir dan Ismail Daud sahaja
daripada bidang lain iaitu sejarah, semua Presiden PBMUM datang daripada jurusan pengajian Melayu.
Begitu juga dalam PMIUM, selepas era kebangkitan mahasiswa pro PAS, jarang sekali PMIUM dipegang
oleh bukan kalangan mahasiswa daripada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Sebab itu semangat
pejuangan Islam berbeza kerana Presiden PMIUM sangat dekat dengan perjuangan Islam.

Kampus sendiri mempunyai kepelbagaian pemikiran dalam kalangan warga varsiti terutamanya
para mahasiswa dan para pensyarah. Ledakan ubudiyyah dan pencernaan ideologi telah berlaku dalam

175

kampus sehingga mencetuskan pertembungan fikrah sesama mahasiswa yang berada dalam proses
pembentukkan identiti diri.

Mahasiswa sendiri telah memilih aliran fikiran yang mereka idamkan. Ada yang hanyut dengan
hedonisme, Marxisme, Sosialisime, Liberalism dan faham Islam.

Secara mudahnya, ideologi bermaksud suatu ilmu yang mengkaji sesuatu idea atau pemikiran. Di
bawah ada beberapa definisi tentang ideologi;

1. Menuruf Prof Rahman Shaari, ideologi dalam politik ialah idea, pemikiran atau pegangan yang dapat
mempengaruhi pengikut untuk berada dalam prosedur tertentu. Manakala, perbedaan antara pejuang ideologi
politik dengan pejuang politik sosial ialah pejuang ideologi sosial tidak menghendaki orang lain mengundi
kumpulannya.

2. Menurut Frans Magnis Suseno, ideologi dimaksud sebagai keseluruhan sistem berfikir, nilai-nilai dan sikap dasar
rohaniah sebuah gerakan, kelompok sosial atau individu.

3. Menurut Taqiyuddin An-Nabhani, ideologi(Mabda’) adalah suatu aqidah aqliyah yang melahirkan peraturan.
Aqidah yang dimaksudkan adalah suatu idea dasar yang menyeluruh mengenai alam semesta, manusia, dan
kehidupan.

Dalam gerakan mahasiswa, ideologi adalah sumber pegangan dalam membentuk corak berfikir dan
cara bertindak para mahasiswa. Menurut Altbach, perjuangan mahasiswa berasaskan ideologi politik
tertentu. Antara ideologi yang berpengaruh dalam gerakan mahasiswa di Malaysia ialah sosialisme,
nasionalisme dan ‘faham Islam’. Pertembungan antara ideologi menyumbang kepada pembentukan
pemikiran mahasiswa bahkan mencetuskan kehangatan pertembungan politik dalam politik kampus.

Jemaah Islam Kampus [JIK] dan Kuasa Ketiga

Politik negara mempengaruhi politik kampus. Politik dalaman gerakan Islam akan mempengaruhi politik
dalaman gerakan mahasiswa Islam (GMI) atau Jemaah Islam Kampus (JIK). Ada JIK mempunyai hubungan
sebagai rakan kongsi, rakan kebersamaan dalam sesuatu isu dan ‘cawangan’ gerakan Islam di luar kampus.
Status hubungan JIK dengan gerakan Islam di luar kampus mempengaruhi perjalanan organisasi JIK.

Dalam JIK, ada pertembungan dalaman antara dua kelompok yang berbeza aliran. Kemenangan
kelompok yang bertembung banyak memberi impak kepada perjalan JIK dan entiti-entiti yang dikuasai

176

oleh JIK seperti PMI. JIK bukan hanya dikuasai oleh kelompok yang menang tetapi pengaruh senior-senior
terdahulu juga masih menebal dalam JIK sehingga mencetuskan pengeseran dalaman disamping
hubungan tidak baik dengan gerakan Islam di luar dan gerakan mahasiswa Islam induk peringkat
kebangsaan.

Sewajarnya, generasi semasa yang menguasai JIK perlu bersikap neutral dan tidak memihak
kepada para senior mereka yang sudah tentu mahu mempengaruhi JIK. Pada masa yang sama, mereka
telah menyertai parti-parti tertentu yang mahu menjadikan JIK sebagai kuda tunggangan mereka. Justeru,
JIK perlu menegaskan bahawa senior mereka boleh menasihati tetapi jangan sesekali cuba membawa
kepentingan parti politik mereka ke dalam JIK.

JIK kena profesional dalam hubungan dengan gerakan mahasiswa Islam peringkat kebangsaan dan
gerakan Islam. Walaupun ada JIK mengisytiharkan diri mereka bebas daripada pengaruh mana-mana
pihak, JIK masih perlu bersama dalam isu yang memerlukan kebersamaan terutamanya isu rakyat dan
negara. Kebersamaan dalam isu tidak semestinya menjadi ‘cawangan’ gerakan Islam.

Nasihat Untuk JIK

1. Persahabatan, budi pertolongan, pengaulan dan kekerapan bersama dalam perjuangan jangan sesekali melunturkan
aqidah perjuangan kamu dan mempengaruhi prinsip dan pendirian kita dalam perjuangan.

2. Jangan sesekali mencampur-adukkan pemikiran Islam dengan pemikiran Barat. Permulaan untuk terherot daripada
Islam apabila hujah-dalil kita banyak dicampur-aduk dengan pemikiran Barat atau asing sehingga akhirnya, hujah-
dalil didominasi oleh hujah-dalil pemikiran Barat dan asing bukan lagi dalil-hujah Islam. Hujah-dalil pemikiran
manusia mengatasi hujah-dalil wahyu.

3. Jangan sesekali mencampur-adukkan perjuangan Islami dengan puak Sekularisme-Pluralisme-Pluralisme (SEPILIS).
Kebersamaan dalam tahaluf hanya bersifat longgar bukannya melanggar prinsip Islam. Kita telah melihat bagaimana
sesetengah pimpinan gerakan Islam tertentu yang menyertai pertubuhan beraliran SEPILIS tenggelam dek pimpinan
SEPILIS.

4. Penyertaan dalam diskusi, forum, kursus dan latihan serta pembacaan buku aliran SEPILIS tidak bermakna kalian
menjadi SEPILIS tetapi berpeluang menjadi SEPILIS sebagaimana tokoh Islam yang hebat, Nucholish Madjid yang
terjerumus ke lubang SEPILIS. Jangan termakan dengan kebaikan mereka tetapi lihatlah aqidah mereka bercelaru

177

menolak Islam. Kuat iman dan luruskan worldview dalam mendalami aliran SEPILIS dan berdoa agar hidayah
bersamamu.

5. Tidak bersetuju bukan menandakan putus persahabatan atau bermusuh. Tidak bersetuju kerana prinsip dan pendirian
dalam perjuangan.

6. Keputusan politik kebanyakannya ijtihad. Jika ada dalil bersumberkan wahyu, kita boleh menilai untuk mengikuti ijtihad
tersebut. Dalam politik, pertama Dasar Politik berdasarkan Perlembagaan, kedua, pendekatan digunakan dan ketiga,
ketokohan. Ketokohan sentiasa membuatkan kita tertipu kerana banyak ucapan tidak diamalkan dan tidak
dilaksanakan, banyak ucapan indah daripada rupa, ramai berucap hatinya berbolak-balik iman dan pendirian mereka,
dan ramai yang berucap tiada kualiti kerja. Berjuang berdasarkan dasar bukannya tokoh.

7. Untuk selamat dalam politik. Jadikan perundangan Islam dan negara Islam sebagai KPI semasa mahu memilih
sesebuah gerakan Islam. Mana-mana tokoh Islam atau gerakan berbau Islam yang menolak atau beralasan untuk
melambatkan hudud atau negara Islam, tolaklah politik mereka walaupun pendapat tersebut datang daripada ulama
besar.

8. Bahaya pragmatik yang berakar kepada matlamat menghalalkan cara dan mahukan populariti. Jika mereka bercakap,
mereka bercakap berdasarkan kesesuaian audien walaupun ia bersifat tidak benar dan mahu memuaskan hati
penonton. Pendirian mereka tidak tetap dan berubah demi kemenangan dan kepentingan diri. Tiada dalil wahyu kecuali
kemahuan nafsu mereka. Jika di Kelantan, hujah mereka berdasarkan ayat-ayat al Quran, jika di Kuala Lumpur, hujah
mereka berdasarkan kalimat Shakespeare. Mereka bersifat dualisme dalam satu isu. Lihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik
Mat dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mereka memperkenalkan Islam dengan dalil wahyu dimana-mana tempat dan
waktu, dan rujukan juga wahyu. Tidak salah menggunakan hujah para pemikir Barat atau Timur tetapi jangan sampai
dalil wahyu dengan pendapat para pemikir hanya setaraf atau lebih malang hujah pemikir tersebut mendominasi
daripada dalil wahyu.

9. Mahasiswa mesti kritikal terhadap sumber ilmu dari segi kebenaran. Jangan sesekali mudah menerima ilmu atau
maklumat dapat rujukan sumbernya. Jangan mudah menerima pemikiran Barat tanpa mengkritiknya.

Solusi

Mahasiswa mesti istiqamah dengan gagasan Islam. Mahasiswa kena betulkan worldview Islam mereka.
Jangan sesekali terpengaruh dan berjuang untuk SEPILIS. Politik kepartian bukanlah segalanya.

Kita lihat orang politik, hari ini musuh dan esok kawan. Jangan sesekali terpengaruh dengan
pujukan dan janji orang politik, jika tidak kamu akan kecewa.

178

Senior kamu bukan segalanya. Tokoh politik yang kamu gauli dan mendekati bukan segalanya.
Pengaulan dan hubungan rapat dengan tokoh atau pemimpin tertentu bukan segalanya.

Segalanya bergantung kepada kebenaran ilmu, adab seseorang dan istiqamah dalam perjuangan.
‘Zaman muda, zaman melawan. Lawan jangan sampai hilang keimanan’

179

Bab 12
Menyantuni Alam Politik

Menerima Islam secara keseluruhan bermakna kita mengakui politik Islam. Kita wajar menyokong gerakan
politik Islam sebagai alternatif kepada pemerintah pada hari ini kerana korupsi, kronisme dan nepotisme
[KKN] dan krisis iman-akhlak semakin teruk.

Pandangan Alam [Worldview] Islam

Siapa kita?
Ke mana arah tujuan kita?
Apakah wasilah kita gunakan dalam kehidupan ini?

Dalam setiap perkara sama ada dalam pemikiran dan pendekatan, ketiga-tiga persoalan di atas perlu
diambil kira dan didepani sebelum berfikir dan bertindak.

Secara mudahnya, pandangan alam [worldview] ialah pandangan seseorang yang dipengaruhi
oleh identiti, istilah-bahasa, nilai, konsep dan ideologi sendiri yang ada dalam dalam pemikiran dan
budaya sesebuah masyarakat. Worldview Islam ialah pandangan seseorang terhadap alam [konsep, nilai,
istilah-bahasa, identiti,] berdasarkan pandangan tauhidik. Kerangka pemikiran tersendiri ini berbeza
dengan kerangka pemikiran Barat.

Worldview Islam membentuk suatu gagasan yang akan berjaya jika wujud keyakinan yang kuat
agar gagasan tersebut didokongi, wujudnya keikhlasan dalam mendokonginya, semangat membara dan
kesediaan untuk berkorban dalam merealisasikannya. Gagasan yang dimaksudkan ialah Islam yang suci,
agama yang tiada cacat cela, tiada keburukan dan tidak akan menyesatkan sesiapa yang menganutinya
[Surah Ali Imran: 18. Surah al Maidah: 3]. Gagasan Islam ini membangun atas landasan Islam [yakni al
Quran], menjadikan Islam satu-satu rujukan, berjuang demi Islam, memartabatkan kalimah Islam, hanya
menerima Islam sebagai pemimpin, tidak akan tunduk kepada mana-mana hukum selain hukum Islam dan
tidak mengantikan Islam dengan sistem, metodelogi, konsep dan ideologi yang lain selain Islam [Surah Ali
Imran: 85].

180

Landasan Islam ialah al Quran yang menjadi sumber ilmu menyuluhi kebenaran untuk mendapat
petunjuk Allah SWT [Surah Saba’: 46-50] dalam kehidupan seharian. Al Quran bukan sahaja menjadi bahan
hafazan tetapi membina worldview, kerangka pemikiran dan akhlak seseorang muslim. Seorang muslim
wajib mengambil Rasulullah SAW [Surah Ali Imran: 110. Surah al Baqarah: 143] sebagai aspirasi kehidupan
mereka dalam usaha menjadi muslim yang baik. Imam Hassan al Banna merangkumkan gagasan Islam ini
kepada lima prinsip di bawah;

1. Allah adalah matlamat kami
2. Rasulullah adalah pemimpin kami
3. Al Quran adalah perlembagaan hidup kami
4. Jihad adalah jalan kami
5. Mati syahid adalah cita-cita kami

Kelima-lima ini menjadi prinsip dalam merealisasikan worldview Islam dalam konteks Imam Hassan al
Banna.

Worldview Islam boleh disimpulkan dengan berpasak kepada tauhid yakni merasa yakin dan menjadi
saksi bahawa, ‘TIADA TUHAN SELAIN ALLAH’. Daripada kalimah inilah worldview Islam terbentuk
sekaligus menjadi panduan tindakan seseorang muslim. Tauhidlah yang memberi rupa kepada peradaban
Islam berbeza dengan tamadun Barat.[Ismail al Faruqi].

Hamid Fahmi Zakarsyi menyatakan worldview Islam adalah pancaran konsep-konsep dasar yang ada
dalam wahyu. Proses penurunan wahyu secara kronologi itu telah membentuk pemikiran dan worldview
Islam dalam pembinaan ketatanegaraan dan budaya masyarakat Madinah. Dimulai dengan tahap
tauhidik, tahap penyataan konsep-istilah dan tahap membentuk tradisi keilmuan berdasarkan konsep-
istilah tadi. Maka, peradaban Islam telah bermula di Madinah.

Maszlee Malik pula telah membahagikan worldview Islam kepada beberapa elemen:

1. Konsep Tauhid sebagai Pandangan Alam Islam.
2. Homo Islamicus dan peranannya.
3. Etika dan akhlak yang mantap.
4. Kefahaman berteraskan manhaj yang benar dan jelas

181

5. Hidup atas semangat Islah.
6. Superpower Islam
7. Menjadi ejen perubahan sosial dan pekerja kemanusiaan.
8. Ibadat yang sempurna.

Dalam Islam, tauhid adalah pasak kepada worldview masyarakat Islam [Surah al Baqarah: 2, Surah al
Zukhruf: 45]. Manusia akan menjadi hamba kepada Allah SWT [Surah al Zariyat:56] dan kematian adalah
pengakhiran penilaian amalan di dunia [Surah al Mulk: 2]. Menurut Maszlee Malik, kerangka tauhid
memberi kuasa memilih kepada manusia untuk menentukan corak kehidupan mereka sama ada ke syurga
atau ke neraka [Surah al Syams: 8-10. Surah al Nahl: 36. Surah al Ma’dah: 56. Surah al Mujadilah: 19, 22.].

Homo Islamicus menjadikan kehidupan Rasulullah SAW sebagai panduan asasi dalam kehidupan
seorang mukmin. Dua tugas utama Homo Islamicus ialah [1] mengabdikan diri kepada Allah dan [2]
memakmurkan dunia mengikut panduan Allah melalui rasul-Nya. Memakmurkan dunia termasuk
menyebarkan kalimah syahadah ke seantero dunia untuk dakwah [Surah al Baqarah: 143. Surah Ali Imran:
144, 110].

Rasulullah SAW mempunyai akhlak yang agung [Surah al Qalam: 4]. Kita mesti mengamal dan
menyebarkan akhlak tersebut kepada umat Islam dan selurih manusia. Dalam menjayakan kehidupan
yang berkualiti dan saleh, sewajarnya seseorang itu merapati para ulama [Surah at Taubah: 119] untuk
membentuk suasana yang lebih Islamik.

Penulis tertarik dengan pembinaan intelektualisme generasi awal ABIM sebagaimana dinyatakan oleh
Siddiq Fadzil. Mereka berusaha memahami semula Islam, sejarah dan tamadunnya lewat karya tokoh-
tokoh Islam yang rata-rata memaparkan Islam dalam citra asli yang segar dengan latar konteks realiti dan
semangat zaman. Siddiq Fadzil menyatakan lagi, ‘pembinaan tradisi haraki dan intelektualismenya
generasi awal ABIM mengamalkan sikap terbuka yang kalkulatif dan terukur, dalam pengertian kesediaan
belajar dan memanfaatkan segala sumber (ilmu dan pengalaman) yang relevan termasuk sumber-sumber
luar negara (kesarjanaan dan gerakan Islam di pelbagai rantau dunia) dengan tetap mengakar pada realiti
(sejarah dan sosio budaya) KeMalaysiaan’.

Untuk meluruskan worldview Islam kita, penulis mencadangkan agar kita membaca karya di bawah;

182

1. Risalah Untuk Kaum Muslimin karya Syed Muhammad Naquib al Attas
2. Islam dan Sekularisme karya Syed Muhammad Naquib al Attas
3. Prolegomena to the Metaphysic of Islam karya Syed Muhammad Naquib al Attas
4. Himpunan Risalah Imam Hassan al Banna
5. Ceramah-ceramah Hassan al Banna
6. Towards Understanding Islam karya Maulana Abul Ala’ al Maududi
7. Islamic Way of Life karya Maulana Abul Ala’ al Maududi
8. Petunjuk Sepanjang Jalan karya Sayyid Qutb
9. Muqawwimat al Tasawwur al Islamiy karya Sayyid Qutb
10. Khasa’is al Tasawwur Islamiy karya Sayyid Qutb
11. Al Tawhid: Kesannya Terhadap Pemikiran dan Kehidupan karya Ismail al Faruqi
12. The Reconstruction of Religious Thought in Islam karya Muhammad Iqbal
13. Ensiklopedia Sirah karya Afazlur Rahman
14. Himpunan Ceramah-ceramah Imam Hassan al Banna

Insha Allah, dengan pembacaan 14 buah karya di atas, kita dapat meluruskan dan memantapkan
worldview Islam kita yang tulen.

Homo Islamicus
Siapa kita?. Kita diibaratkan kain putih yang mengikuti bagaimana kita diwarnakan.

Pengalaman, latar belakang, sistem pendidikan, guru dan suasana persekitaran kita banyak
mempengaruhi worldview kita dalam bertindak. Kita perlu memilih warna diri kita yang memungkinkan
kita sebagai manusia liberal, manusia sekular, manusia komunis dan lain-lain. Worldview mana yang
mendominasi pemikiran kita.

Fokus utama Islam ialah pada pembinaan diri individu, diikuti oleh keluarga, masyarakat, negara,
empayar dan alam. Nabi Muhammad adalah contoh tauladan paling agung dan utama yang menjadi
model melahirkan individu yang disebut oleh para sarjana Islam sebagai Manusia Sempurna atau Manusia
Universal atau Insan Adabi. Justeru, dalam pembinaan seorang individu, Syed Muhammad Naquib al Attas
memperjuangkan konsep manusia yang baik selaras dengan konsep Manusia Sempurna tadi berbanding
menghasilkan Warganegara yang Sempurna.

Manusia yang Baik atau Insan Adabi merangkumi makna dinyatakan ini, “Manusia Baik ialah
manusia yang beradab yakni orang yang insaf sepenuhnya bertanggungjawab dirinya kepada Tuhan Yang

183

Hak; memahami dan menyelenggarakan penunaian keadilan terhadap dirinya dan diri-diri lain dalam
masyarakatnya; yang terus berupaya meningkatkan setiap aspek dalam dirinya menuju kesempurnaan
sebagai insan adabi”[Syed Muhammad Naquib al Attas].

Pada hemat penulis, homo Islamicus adalah manusia yang baik. Kita mesti menganggap diri kita
sebagai homo Islamicus, barulah worldview Islam mudah meresap ke dalam pemikiran dan tindakan kita.
Kita kena buang worldview asing yang menempel dalam pemikiran kita. Worldview Islam juga perlu
mendominasi pemikiran kita dan berupaya menge-nyahkan isme-isme yang terlekat pada pemikiran kita.

Selagi kita tidak menganggap diri kita sebagai homo Islamicus, worldview Islam hanya
pengetahuan setaraf dengan worldview asing ciptaan manusia. Ini disebabkan keyakinan atau keimanan
kita masih pada tahap yang rendah. Keyakinan atau keimanan perlu disemai dengan ilmu yang benar.
Keakuran kepada sumber ilmu Islam yakni wahyu dapat menguatkan lagi keimanan kita. Dalil kita bukan
pada hujah manusia tetapi dalil wahyu yang datang daripada Tuhan Yang Hak.

Takrif Melayu dan Politik
‘Raja jangan menjadi musang, menteri jangan menjadi tikus’- Syair Politik Tok Kenali

Menurut Perlembagaan Malaysia, Melayu ialah ‘seorang yang menganuti agama Islam, lazim
bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu’. Ciri Melayu tersebut bergandingan dengan
Islam sebagai Agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Hak Istimewa Orang
Melayu dan pemerintahan beraja. Unsur tradisi dalam dalam Perlembagaan Malaysia ini banyak
membentengi Orang Melayu dan Agama Islam daripada dicerobohi dan dicabuli oleh keganasan
Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme (SEPILIS) dan menjaga semangat muhibbah dalam kalangan
rakyat Malaysia.

Ilmu politik Islam tidak mementingkan bentuk atau sistem pemerintahan kerana kualiti dalam
kepimpinan datang daripada individu insan adabi atau Manusia yang Baik.

Demokrasi atau monarki bukanlah persoalan besar. Paling penting berusaha memberi
kesejahteraan kepada rakyat dan mendidik rakyat supaya menjadi insan yang bertaqwa.

184

Politik moden bergantung kepada sejarah, realiti semasa dan kehendak rakyat. Politik moden
yang terkenal dan popular di dunia pada hari ini mengunakan sistem pemerintahan demokrasi.

Malaysia mempunyai tradisi pemerintahan beraja.Ia mempunyai pengaruh Hindu, kemudian
diIslamisasi kepada ciri-ciri Islam berdasarkan pertimbangan aqidah dan syarak. Sistem pemerintahan
beraja dalam tradisi Melayu bersifat ada raja baru terbentuk kerajaan berbeza dengan tradisi Eropah
dimana faktor tanah menjadi unsur penting dalam pembinaan sesebuah kerajaan. Khoo Kay Kim
menyatakan perkataan ‘kerajaan’ itu sendiri membawa makna, ‘keadaan mempunyai seorang raja’.

Sebelum kedatangan Islam, raja menjadi sumber kekuasaan yang memancarkan kehidupan dan
kebudayaan orang Melayu. Raja mempunyai kekuatan luar biasa dan berasal daripada keturunan dewa
atau dewata. Apabila Islam datang ke Alam Melayu, sumber kehidupan adalah ‘addin’ iaitu satu cara hidup
yang berpasakkan tauhid yakni segala berpunca daripada Allah. Pemerintahan berorientasikan syariat.

Perbezaan pemerintahan Hindu dengan Islam berdasarkan worldview masing-masing:

HINDU ISLAM
Raja sebagai penjelmaan tuhan iaitu Devaraja Bayangan Allah di muka bumi

Penitisan atau keturunan tuhan Dewa Siva dan Dewa Disebabkan ketokohan, taqwa, akhlak

Vishnu. Kuasa mutlak ditolak

Berorientasikan raja. Raja dan rakyat bertanggungjawab kepada Allah

Raja mempunyai shakti Daulat

Kepimpinan Islam

Asal usul kepimpinan Islam bukanlah mengamalkan sistem pemerintahan beraja melalui dinasti.
Rasulullah SAW tidak menjelaskan bentuk pemerintahan tetapi Rasulullah SAW secara tak langsung
menjelaskan prinsip-prinsip atau asas pemerintahan sepanjang 10 tahun baginda memerintah Madinah.

185

Oleh itu, sistem atau bentuk pemerintahan tidak mutlak dan boleh disesuaikan mengikut kesesuaian
tempat dan semangat zaman.

Perkara yang paling penting daripada sistem atau bentuk pemerintahan ialah prinsip yang perlu ada
bagi seseorang individu yang dilantik sebagai pemimpin. Kepimpinan Islam terletak kepada siapa
orangnya [individu], barulah diikuti dengan sistem atau bentuk pemerintahan. Antara syarat asas
pemimpin Islam [Abdul Hadi Awang] ialah

1. menganuti Islam
2. berilmu terutamanya dalam hukum syarak
3. memahami masalah semasa
4. adil
5. kemampuan maknawi dan jasmani
6. lelaki
7. berpengaruh

Sistem pemerintahan Islam ialah sistem berasaskan Syura dimana rakyat diberi peluang untuk terlibat
dalam pengesahan pelantikan seseorang pemimpin.

Hikmah Rasulullah SAW tidak melantik penganti baginda ialah memberi peluang kepada manusia
melakukan ijtihad dalam urusan pelantikan pemimpin dan bentuk pemerintahan mengikut kesesuaian
zaman. Terdapat tiga kaedah pelantikan zaman khalifah;

1. Kaedah mesyuarat secara terbuka dihadiri oleh penduduk Madinah dalam pelantikan Khalifah Abu Bakar
2. Kaedah mencadangkan seorang pemimpin sebagaimana Khalifah Umar al Khattab dan disahkan oleh rakyat.
3. Kaedah mencadangkan beberapa pemimpin dan disyurakan oleh majlis khas untuk menilai calon pemimpin, kemudian

mendengar pendapat rakyat dan majlis melantik berdasarkan pendapat rakyat. Kemudian pemimpin disahkan oleh
rakyat.

Pemerintahan beraja mengikut dinasti keluarga bermula sejak zaman Daulah Umaiyyah. Pelantikan
pemimpin berdasarkan keturunan dan diwarisi oleh keturunan keluarga tersebut.

Prinsip asas kepimpinan Islam [Ahmad Redzuwan Mohd Yunus] ialah

186

1. Berpandukan al Quran dan al sunnah
2. Menegakkan kebenaran
3. Syura
4. Keadilan
5. Kebebasan
6. Bai’ah

Dalam pelantikan pemimpin, pengesahan rakyat atau bai’ah menunjukkan Islam mengiktiraf KUASA
RAKYAT dalam menentukan persetujuan dan pengabsahan seseorang pemerintah.

Kekuasaan dalam Negara Islam hanyalah kepunyaan Allah bukannya kepunyaan mutlak rakyat dan
bukan kepunyaan sekelompok elit atau individu tertentu. Yang mentadbir negara adalah masyarakat yang
mewakilkan kuasa mereka kepada seorang pemimpin. Allah SWT sebagai penguasa alam mengangkat
manusia sebagai KhalifahNya [Surah al Baqarah: 30] melalui amanah yang diwajibkan untuk melaksanakan
Islam sebagai satu cara hidup. Menurut ulama, khalifah ialah ‘menggalang ganti Rasulullah SAW (selepas
wafatnya) di dalam memelihara agama dan mentadbir dunia dengannya (yakni dengan agama).

Konsep Khalifah dalam kepimpinan inilah yang mewajibkan diri kita sebagai rakyat beragama Islam
dan menyakini Islam sebagai satu cara hidup yang merangkumi semua aspek kehidupan dalam ekonomi,
sosial dan politik memilih pemimpin dalam kalangan beragama Islam yang taat. Pemimpin Islam akan
memelihara atau menjaga agama dan mentadbir dunia dengan agama. Akhlak dan iman pemimpin ini
akan mewujudkan integriti dan prestasi yang baik dalam pembangunan dan kemajuan selari dengan
amanah, tanggungjawab dan mendahului kepentingan rakyat.

Memilih Pemimpin Dalam Kalangan Bukan Islam.

“Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah (Shuaib), ambillah dia (Musa) bekerja, Sesungguhnya
sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang QAWIYY, lagi AMEEN” [Surah al-Qasas: 26]

“Jadikanlah daku (Nabi Yusuf) pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya aku adalah seorang yang
teliti dalam penjagaan (HAFEEZ), lagi mengetahui cara mentadbirkannya (ALEEM)” [Surah Yusuf: 55]

QAWIYY : Kekuatan atau prestasi
AMEEN : Sifat amanah atau integriti
HAFEEZ : Sifat amanah atau integriti

187

ALEEM : ilmu (termasuk kemahiran) yang boleh membina prestasi

Integriti dan prestasi adalah elemen penting dalam menilai seseorang pemimpin. Punbegitu
paling penting kita mengetahui siapa Nabi Musa AS dan Nabi Yusuf AS. Mereka adalah manusia yang
beriman dan bertaqwa dengan Allah SWT. Kemudian barulah kita menilai integriti dan prestasi Nabi Musa
dan Nabi Yusuf. Syarat pertama memilih pemimpin adalah [1] Islam, beriman, berakhlak dan bertaqwa
kepada Allah. Kemudian,[2] pemimpin itu memimpin negara Islam dengan sumber Islam iaitu al Quran
dan hadith, [3] kemudian barulah integriti dan prestasi dan seterusnya [4] pelaksanaan perundangan Islam
dan Negara Islam. Pada hemat saya, setiap pemimpin perlu mempunyai kekuatan dalaman yakni [1],
kemudian kekuatan luaran.

Menurut Syamsuddin Arif, dalam tradisi intelektual Islam, ada tiga persoalan yang selalu
dibicarakan terkait kepemimpinan politik dalam negara. Pertama, soal pemimpin yang kurang layak
(imāmatul mafḍūl). Kedua, soal pemimpin yang suka maksiat (imāmatul fāsiq). Dan ketiga, soal pemimpin
non-Muslim (imāmatul kāfir).

Dalam dunia politik hari ini, kebanyakan politikus yang terlibat dalam politik sudah tentu
kelompok yang sudah layak menjadi pemimpin melalui ilmu dan pengalaman kepimpinan di pelbagai
peringkat. Perkara yang membezakan seseorang pemimpin di antara mereka lebih baik atau kurang baik
sahaja.

Dalam persoalan pemimpin non muslim, Islam menolak pelantikan non muslim bagi jawatan
utama dan penting dalam Negara Islam. Ia bukanlah diskriminasi tetapi sebagai langkah kestabilan politik
dan kesejahteraan rakyat majoriti Islam. Umat Islam dilarang daripada memilih pemimpin non Muslim
yang tidak bekerjasama dengan pihak Islam.114

Ada sesetengah pihak mendakwa bahawa di Barat demokrasi dan kebebasan adalah subur, hak
asasi manusia terjaga, budaya lebih bertamadun, lebih adil dan ‘aku nampak muslim di Barat dan Jepun’
ulangi bicara mereka. Syarat keadilan, kemajuan dan kebebasan umpamanya adalah Islam dan iman.
Tanpa Islam dan iman, keadilan yang diperjuangkan adalah palsu dan melampaui batasan yang Allah SWT
nyatakan dalam al Quran. Pada guna kita mempunyai keadilan dalam sosial yang baik tetapi LGBT

114 Surah al Maidah: 51, Surah al Nisa’: 144.

188

dibenarkan atas nama keadilan tersebut. Adakah keadilan ini yang kita carikan?. Kita boleh mencontohi
Barat dan Jepun tetapi jangan mengambil budaya dan pandangan alam mereka yang menyesatkan aqidah
kita.

Pemerintahan Beraja Menurut Tradisi Melayu-Islam

‘rakyat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya, jikalau tiada akar nescaya pohon tiada akan berdiri’. Demikianlah Raja -
raja Melayu itu dengan segala rakyatnya’ – Tun Sri Lanang.

Bahasa mempengaruhi pemikiran sesebuah peradaban. Bahasa bukan sekadar bahasa tetapi
pengistilahan kata dasar bahasa itu membentuk pemikiran bangsa tersebut. Justeru, teori kepimpinan
Melayu tidak boleh disamakan dengan teori kepimpinan Barat.

Menurut kamus dewan, pimpin ialah dibimbing; dipandu; dituntun dan ditunjuk Kepimpinan pula
ialah keupayaan memimpin. Rumusan Shaharir Mohamad Zin menyatakan pimpin bermakna memegang
tangan seseorang dengan tidak terlucutnya menuju ke arah yang dipersetujui bersama. Perkara ini
menunjukkan seseorang pemimpin perlu memimpin dan memegang ‘tangan’ (kekuasaan-mentadbir)
rakyat dengan amanah.

Teori kepimpinan Barat terutamanya Bahasa Inggeris menggunakan perkataan ‘lead’ bermakna
menyebabkan (seorang atau seekor haiwan) mengikut seorang yang membawanya dengan tangan
(membimbing), bakdul, tali dan lain-lain ketika maju ke hadapan. Lead berasal daripada perkataan latin
iaitu kaedan bermakna ‘menyebabkan perginya seseorang daripada Jermaik, laithan yang bermakna
‘kembara’.

Pemimpin dalam tradisi Melayu perlu mempunyai sifat ‘memimpin’ rakyat dengan amanah ke
arah kebahagiaan dunia dan akhirat.

Asas kepimpinan Melayu ialah sumpah setia (Wa’ad) antara Seri Teri Buana (raja) dengan Demang
Lebar Daun (rakyat) dinukilkan kata demi kata dalam karya agung Melayu Sulalatus Salatin (Sejarah
Melayu),

189

Maka sembah Demang Lebar Daun….Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke
bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan
jangan ia difadihatkan, dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh, tuanku; jangan duli
tuanku aibi. (A. Samad Ahmad, 1984:1985).

Demikianlah suara rakyat Melayu menuntut komitmen penguasa agar menghormati maruah dan
kehormatan diri setiap warga umat sebagai manusia mulia.

Seri Teri Buana yang menyetujui tuntutan tersebut dengan memberikan komitmen tegas,
“kabullah hamba….” Kemudiannya diberi amaran bernada sumpahan, “Jikalau raja Melayu itu
mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya”.

Penyerahan kuasa rakyat kepada raja dan keturunannya bukan menandakan orang Melayu taat
membuta tuli. Wa’ad ini menjadi kesaksian kedaulatan raja berlangsung selagi selama raja itu adil dan
amanah serta menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat. Raja yang zalim akan dibinasakan oleh Allah
SWT.

Kedatangan Islam telah membawa konsep baru dalam pemerintahan beraja dimana raja diberi
taraf sebagai ‘Bayangan Allah di muka bumi’ dalam usaha menentang konsep persamaan taraf raja
dengan Tuhan mengikut zaman Hindu Buddha. Konsep Bayangan Allah di Muka Bumi menjadi teras
kepada institusi pemerintahan agar mengikut syariah Islam dan melindungi ciri-ciri rohaniah dan
kekudusan dalam institusi beraja.

Ketaatan kepada Raja bukanlah berpunca mitos atau membuta-tuli melainkan taat kepada
perintah Allah SWT melalui ketaatan kepada pemerintah yang beriman.

Dalam Itqan ul-Muluk fi Ta’dilus-Suluk merupakan Perlembagaan Terengganu yang dikuatkuasa pada
tahun 1911. Perlembagaan ini mempunyai pengaruh Islam iaitu

1. Islam sebagai agama Rasmi
2. Terengganu dikenali sebagai Kerajaan Islamiyyah Melayuwiyyah menunjuk pemerintah mahu membangunkan ‘Negara

Islam’.
3. Kuasa Sultan tidak boleh mengatasi keluhuran undang-undang yang berpandu syariah.

190

4. Sultan boleh disingkirkan sekiranya tidak memenuhi kelayakan atau gagal dalam pemerintahan.
5. Penubuhan Jemaah Mesyuarat Negeri berlandaskan Syura-musyawarah.
6. Jemaah Pangkuan Negeri menentukan pembentukan kerajaan dimana ia berpengaruh dan berperanan untuk melantik

Sultan.

Perlembagaan Acheh diwujudkan pada tahun 1633 dan dikenali sebagai Qanun al-‘Asyi Darus Salam.
Sultan dibantu oleh 3 Balai Musyawarah;

1. Balairung Seri mengumpul hulubalang
2. Balai Gading menghimpun 22 ulama besar Acheh
3. Balai Mahkamah Rakyat dianggotai oleh 73 wakil setiap mukim di Acheh. Balai ini berperanan berbincang dan

memutuskan rancangan bagi kepentingan rakyat.

Jelas, sistem pemerintahan Melayu-Islam berlandaskan Islam dan kuasa rakyat. Cuma sesetengah
Sultan dan anggota keluarga bersifat melampau sehingga Tun Mahathir bersama anggota parlimen
meminda Perlembagaan Malaysia menghapuskan imuniti raja. Jika di Terengganu lebih kepada
pengembalian kuasa rakyat manakala di Acheh menumpukan kepada pengasingan kuasa. Sekitar politik
pemerintahan beraja, KEADILAN, SYURA DAN AMANAH sangat penting dalam mewujudkan
pemerintahan yang adil, stabil dan sejahtera.

Tahaluf Siyasi

Tahaluf Siyasi berpandukan ta’awun ala birri wa al takwa (kerjasama atas kebaikan dan takwa). Di negara
majmuk, pihak Islam menghadapi kesukaran untuk kerjasama atas dasar takwa kerana sifat Islam pihak
Islam yang mahu penubuhan Negara Islam dan pelaksanaan hukum Hudud. Realiti politik Malaysia
umpamanya berteraskan perkauman menyukar perpaduan kebangsaan. Pada masa yang sama
perpaduan kaum atau permuafakatan kaum itu sendiri adalah realiti politik Malaysia. Jika pihak Islam
mahu memerintah Malaysia, mereka perlu melakukan tahaluf siyasi dengan kaum lain.

Majlis Syura Ulama PAS telah memberi beberapa garis panduan dalam tahaluf siyasi Pakatan Rakyat
yang perlu diikuti oleh pemimpin dan anggota PAS iaitu

1. Tahaluf mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta
membuka ruang untuk perlaksanaan Islam.

191

2. Tahaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dapat dipertahankan.
3. Intima’ hendaklah diberikan kepada kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bukan kepada
Pakatan Tahaluf.
4. Tahaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah.
5. Matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan Tahaluf secara mutlak.
6. Majlis Syura Ulamak mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siyasi berdasarkan

kepada maslahah dan mafsadah syar'iyyah dari semasa ke semasa.

Nasihat Bukan Pecat

Perlumbaan bukannya persaingan
Menegur bukannya menjatuhkan
Kritikan membina bukannya kritikan membinasa
Kesejahteraan rakyat bukannya kemenangan individu atau parti politik.

Politik jika tidak dibelai dengan iman dan ukhwah, ia bagaikan mencurah minyak ke dalam api.
Politik itu sumber utama fitnah yang menghuru-hara negara dan mengancam kesejahteraan rakyat
melalui persengketaan puak politik.

Kesalahan atau kelemahan pemerintah perlu dinasihat atau ditegur. Dalam Islam, rakyat
mempunyai hak mengawasi pemimpin dengan meluruskan pemimpin yang melakukan penyelewengan
dan salah guna kuasa.

‘agama itu (ertinya) nasihat’. Para sahabat bertanya, untuk siapa?. Jawab Rasulullah demi Allah,
demi KitabNya, demi Rasul, dan demi penguasa muslimin dan orang Islam seluruhnya’ [Riwayat Muslim]

Seorang pemimpin Islam perlu berjiwa besar dan berlapang dada dengan nasihat rakyat. ‘...jika aku betul
maka tolonglah aku, jika aku silap maka betulkanlah’ [Abu Bakar]

‘... siapa yang melihat aku menyeleweng maka luruskan aku’ [Umar al Khattab]. Bahkan Umar al
Khattab bersyukur kerana ada rakyat yang mahu betulkan beliau dengan pedang.

Selagi pemerintah tidak kafir, rakyat tidak boleh menjatuhkan pemerintah secara revolusi atau di
jalanan. ‘Sekali revolusi, ia bakal melahirkan berkali-kali revolusi’. Ia akan menjejaskan kestabilan politik

192
















Click to View FlipBook Version