The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cheguridhwan81, 2020-04-13 08:24:15

Buku Jalan Pintas

Buku Jalan Pintas

pemikiran yang benar. Paling penting ialah niat yang betul dan matlamatnya keredhaan Allah SWT.
Pentafsiran terhadap Islam bukannya berakhir Islam mengikuti kehendak kita tetapi kita mesti
mengikuti kehendak Islam.

Ada yang berpandangan, selama ini kita hanya mengikuti pentafsiran ulama terhadap Islam
bukannya Islam yang sebenar. Mereka mendakwa Imam Syafie, Imam Malik dan Imam al Ghazali itu
hanyalah manusia biasa. Mereka juga seperti kita yang ada nafsu. Kelihatan pandangan mereka benar.
Adakah kita menganggap iman, amalan dan ilmu Imam Malik, Imam Syafie dan Imam al Ghazali setaraf
dengan kita? Kita persoalkan diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum mempersoalkan ulama-ulama Islam
silam.

Allah SWT dan Rasulullah SAW Hilang Dalam Kehidupan Orang Muslim

Allah SWT semakin kurang dikenali, kurang dirasai kewujudan dan kehadiran-Nya kerana ilmu tauhid
seperti Sifat 20 dan Nama-nama Allah semakin kurang dilazimi. Kitab-kitab tauhid terutamanya karangan
ulama Melayu silam sudah kurang dipelajari. Allah dapat dikenali dan diyakini melalui [1] al Quran dan as
Sunnah. [2] Sifat dan Nama Allah dan [3] Sains dan Alam. Manakala Rasulullah SAW dapat dikenali melalui
[1] kitab hadith dan [2] kitab sirah Rasulullah SAW.

Malangnya, anak muda pada zaman ini lebih berminat dengan Rawl, Habermas, Marx berbanding
mengenali Rasulullah SAW. Buku-buku sirah Rasulullah SAW semakin ditinggalkan.

Ada yang berminat mempelajari Islam tetapi bukan dipelajari untuk mengenali kewujudan Allah
SWT dan mengambil ibrah kisah Nabi Muhammad SAW. Mereka berminat dengan falsafah, tareqat, sanad
dan watak-watak luar biasa. Mereka sibuk mengkaji Al-Hallaj, Al-Sahruwardi, Basysyar, Al-Rawandi dan
Shah Waliyullah. Mereka minat falsafah dan kesufian bukannya cara hidup Islam. Tidak mereka sedar,
kemuncak kepada falsafah dan kesufian itu adalah keyakinan kepada Allah sebagai Tuhan Semesta Alam.

Belajar Islam

Membaca buku-buku Islam tetapi masih mendokong SEPILIS. Bermanfaatkah apa yang kita baca?

51

Bacaan yang bermanfaat adalah bacaan yang menambahkan iman dan pahala kita. Ia bermaksud
dengan membaca buku tersebut kita dapat menambah keyakinan kita kepada Allah dan Rasul-Nya dengan
mengamalkan apa yang dibaca dan menolak apa yang dilarang.

Baca buku bukan untuk tahu tetapi untuk faham. Baca buku untuk amal bukannya modal nak
berdebat.

Pemikiran Bercampur-aduk

Mencari sumber ilmu lain selain Al-Quran menyebabkan pemikiran seorang muslim akan kacau-bilau.

Rasulullah SAW membentuk Generasi Quranik yang bersih hatinya; bersih pemikirannya; bersih
pandangan hidupnya; bersih perasaannya dan murni jalan hidupnya daripada sebarang unsur-unsur yang
lain selain daripada landasan Ilahi yang terkandung dalam Al-Quran.

Apabila sumber ilmu Islam dicampur-aduk dengan pemikiran Yunani dan Romawi, pemikiran umat
Islam menjadi kacau-bilau. Kehadiran ideologi Barat menambah kecelaruan itu.

Generasi Quranik yang ditarbiyyah oleh Nabi Muhammad hanya ada satu sumber panduan yang
TUNGGAL iaitu AL-QURAN. Kita akan rosak jika mencari sumber panduan lain selain daripada Al-Quran.
Sumber panduan lain menyebabkan pemikiran bercampur-aduk yang akhirnya seseorang itu terpesong
daripada ajaran Islam yang sebenar.

Rasulullah SAW murka apabila melihat Saidina Umar al-Khattab memegang kitab Taurat. Sabda
baginda ‘Demi Allah sekiranya nabi Musa masih hidup bersama-sama kamu sekarang pun, tidak halal
baginya melainkan mesti mengikuti ajaranku’. Justeru, pembacaan kita terhadap buku-buku selain
daripada al-Quran dan kitab hadith adalah bertujuan menambahkan tahu dan keyakinan bertuhan
bukannya menghakiskan keyakinan kita dalam bertuhan.

Pengkudusan Ulama

‘Fahami agama dengan menghadiri kuliah pengajian ilmu’

52

Hassan al Banna menyatakan,‘Kata-kata manusia boleh diterima dan boleh ditolak kecuali kata-kata
manusia yang maksum iaitu Nabi s.a.w. Segala yang datang daripada generasi silam yang diredai Allah
jika bertepatan dengan kitab dan sunnah kita akan terima. Jika tidak, kitab Allah dan sunnah rasulNya
lebih utama untuk diikut. Walau bagaimanapun kita tidak akan mengecam atau mengkritik mana-mana
individu yang tidak sependapat. Kita serahkan kepada niat mereka. Mereka telahpun menyampaikan apa
yang telah mereka kemukakan.’

Sesetengah ulama merasakan mereka sahaja tahu tentang agama Islam. Sememangnya mereka
tahu kerana mereka mendapat pendidikan Islam secara formal. Tahu tidak semestinya beramal. Tahu
belum tentu mempunyai niat yang lurus dan ikhlas dalam menyampaikan Islam.

Kita menghormati pandangan ulama bukannya taksub kepada mereka. Pelajari agama Islam
dengan ramai guru dan pelbagai pendekatan (selagi patuh syariah dan memenuhi pendirian ASWJ) supaya
sifat taksub dan fanatik serta ekstrem dapat dibendung.

Kita boleh menolak pandangan ulama. Kita boleh memilih pandangan ulama yang sesuai dengan
kemampuan kita. Pilihlah pandangan ulama yang paling dekat dengan Al-Quran dan As-Sunnah dan
hujahnya paling kuat diantara hujah-hujah yang dikemukakan oleh para ulama.

Dalam Islam, kemuliaan bukan terletak kepada gelaran ulama. Kemuliaan Islam terletak kepada
taqwa kita kepada Allah SWT. Biarlah Allah sahaja menilai kita bukannya penilaian manusia. Cuma
pastikan amalan kita mengikut syariat dan menepati Al-Quran dan As-Sunnah.

Aqal

Beraqal mengambarkan kecerdikan, kebijakan dan kearifan seseorang. Perpatah Melayu menyatakan,
‘pemimpin arif pemimpin sejati, sempurna akal mulia pekerti’.

Hamka menyatakan, aqal ertinya ialah ikatan. Perpatah Melayu juga menyatakan ‘mengikat
binatang dengan tali, mengikat manusia dengan aqalnya’. Pada istilahnya, aqal adalah pengetahuan akan
perkara yang mesti diketahui.

53

Aqal sebagai alat ilmu atau alat berfikir. Buya Hamka menyatakan, ‘aqallah alat untuk berfikir,
dialah hulu hikmat. Lantaran aqal, datanglah taklif perintah agama.

Aqal tidak boleh bersendirian, jika tidak aqal sejahtera, aqal sihat dan aqal waras tidak dapat
dihasilkan. Aqal memerlukan undang-undang/peraturan syariat dan syariat berhajat kepada aqal tetapi
aqal itu sendiri tidak boleh mengatasi undang-undang syariat dengan mengakuri dan mematuhinya.

Menurut Buya Hamka, aqal terbahagi dua iaitu [1] didapatkan dengan pancaindera dan [2]
permulaannya dari dalam hati sendiri. Pengaktif aqal bagi [1] dan [2] ialah Al-Quran. Daripada Al-Quran,
aqal dibina dan diislah agar diri manusia menjadi seorang yang berTAQWA.

Jika kita memilih nafsu dan bisikan syaitan sebagai pengaktif aqal, iman kita akan tergugat, akhlak
kita terbejat dan diri kita akan hanyut dalam keasyikan dunia yang sementara ini. Justeru, perbanyakkan
pembacaan Al-Quran.

54

Bab 5
Benteng Menangani Sekularisme-Pluralisme-Liberalisme (SEPILIS)

Dalam Gerakan Islam

‘Membaca buku untuk menjadi siapa dan siapa kita.
Membeli buku menentukan siapa kita dan mahu menjadi siapa’

Dalam bab ini, kita dapat:
1. Mengetahui cara menangani SEPILIS
2. Memperkuatkan diri dengan kekuatan dalaman untuk menolak SEPILIS.

Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud RA berkata, pada suatu hari, Rasulullah SAW membuat
garisan dengan tangan kanan baginda, kemudian bersabda, ‘ini adalah jalan Allah yang lurus’. Kemudian
baginda mengariskan dengan tangan kiri baginda, kemudian bersabda, ‘ini jalan-jalan (garisan) tidak ada
mana-mana jalan melainkan di atasnya Syaitan mengajak kamu semua kepadanya’. Kemudian baginda
SAW membawa ayat al Quran (dari Surah al An’am: 153) yang bermaksud, ‘Dan bahawa sesungguhnya
inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu
menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari
jalan Allah, dengan demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa’ (Riwayat al Hakim
dan al Nasaie)

Penyusupan masuk kelompok SEPILIS dan ejen musuh Islam ke dalam Gerakan Islam bukanlah
suatu yang mustahil. Kita telah melihat bagaimana Muhammadiyyah dan Nahdatul Ulama, dua
pertubuhan Islam terbesar di dunia mengalami krisis fikrah apabila kelompok SEPILIS menyusup masuk
dan akhirnya memdominasi kepimpinan pertubuhan tersebut.

Budaya berorganisasi membuka ruang dan peluang penyusupan ini apabila organisasi
mengamalkan sistem keahlian terbuka. Ia juga berlaku apabila ahli tidak menyertai sistem pentarbiyyahan
jemaah atau sistem pentarbiyyahan dicemari oleh kelompok SEPILIS.

55

Benteng menangani kelompok SEPILIS dapat dilakukan dengan tiga tunjang iaitu [1]kekuatan
dalaman individu, [2] suasana kesolehan dalam gerakan Islam dan [3] dasar yang terkandung
Perlembagaan gerakan Islam.

Pandangan Alam Islam

Pandangan Alam Islam ialah Islam sebagai addin atau satu sistem kehidupan. Syed Muhammad Naquib al
Attas melihat pandangan alam Islam menurut hukum metafizik, yakni berasaskan sumber epistemologi,
yang menjadi asas kepada kerangka dalam mentelaah sesuatu perkara termasuk falsafah, bahasa, politik
dan sebagainya.

Sistem metafizik adalah tentang sesuatu yang ada dalam kotak pemikiran manusia. Setiap
perbahasan dan persoalan bermula dari dalam pemikiran manusia. Perkara ini berbeza corak pemikiran
sesetengah ilmuwan dan teknorat yang berfikir daripada luar pemikiran yakni secara fizik. Mereka
menganggap perkara dalam pemikiran suatu yang tidak penting. Justeru, mereka bersifat pragmatis
dengan mengurus sesuatu secara fizik. Cara mereka berfikir adalah kurang tepat kerana setiap tindakan
berasal daripada dalam pemikiran. Pemikiranlah sumber perlakuan atau tindakan yang bersifat fizik.
Setiap orang mesti mengetahui apa yang berlaku dalam pemikirannya.

Istilah pandangan alam (world view) dalam Islam merujuk kepada makna rasional dan realiti yang
tiada titik sempadan, meliputi kehidupan di dunia dan juga akhirat. Pandangan alam Islam memerlukan
kerangka berfikir secara Islami yang memenuhi kehendak dan matlamat dunia-akhirat.

Kerangka berfikir adalah sebuah pemahaman yang melandasi pemahaman-pemahaman yang lain.
Maksudnya, kerangka berfikir menjadi sebuah asas atau dasar untuk memandu pemikiran seseorang
individu dalam menangani kepelbagaian pemikiran yang diperolehinya melalui pembacaan, pemerhatian,
pengalaman atau wacana. Kerangka berfikir mempunyai kemampuan istimewa untuk menapis, menerima
atau menyerap sesuatu maklumat. Kemampuan kerangka berfikir ini membezakan antara manusia
dengan makhluk yang lain, muslim dengan kafir dan mukmin dengan muslim.

Seperti dijelaskan pada ayat berikut: “dan Allah mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda)
itu seluruhnya, kemudian Allah mengajukannya kepada para malaikat sambil berkata, ‘sebutkanlah

56

kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar’ mereka menjawab ‘maha
suci Engkau, tiada yang kami ketahui selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya
Engkaulah yang maha mengetahui dan maha bijaksana. Allah berfirman, ’hai Adam, beritahukanlah
kepada mereka nama-nama benda ini’. Maka setelah diberitahukannya, Allah berfirman, ’bukankah
sudah Ku-katakan kepadamu bahawa sesungguhnya aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan
mengetahui apa yang kamu zahirkan dan yang kamu sembunyikan’.” (Q.S. Al-Baqarah: 31-33).

Kerangka berfikir secara Islam yang menghasilkan pandangan alam Islam dibentuk daripada
konsep-konsep kunci dan istilah berasal daripada sumber rabbani iaitu al Quran dan Hadis. Keistimewaan
sumber rabbani ialah difahami dan diamalkan secara keseluruhan-syumul-holistik, berprinsip yang tetap
dan dinamik dalam pendekatan.

Individu dalam gerakan Islam perlu mempunyai pandangan alam Islam yang benar bukannya
palsu. Pandangan alam Islam yang palsu dapat dilihat apabila mereka mencampur-aduk pandangan-
pandangan pemikir Barat dengan pandangan bersumber al Quran dan al Sunnah. Istilah-istilah dan
konsep-konsep kunci yang mereka gunakan berasal dari Barat dan difahami mengikut kehendak Barat
tanpa kritikan. Kefahaman yang palsu ini menghasilkan pandangan alam yang palsu sekaligus tindakan
mereka terpesong daripada prinsip dan akhlak Islam.

Dalam membina kerangka pemikiran yang unggul, para sarjana dan ulama Islam perlu mengali
khazanah yang terdapat dalam al-Quran, as Sunnah dan kitab-kitab karangan ulama terdahulu dalam
memantapkan istilah-istilah Islam. Umpamanya, konsep keadilan dan insan boleh dimantapkan dan
digunakan dalam pandangan alam Islam berbanding konsep keadilan disisi pemikiran Barat. Anak muda
Islam juga wajar menggunakan konsep dan istilah-istilah yang digali daripada sumber Islam. Keterujaan
terhadap Bahasa Inggeris antara punca pemilihan anak muda Islam terhadap istilah dan konsep Barat.

Kelurusan Aqidah

Aqidah yang sebenar menuntut daripada seorang muslim menjelmakannya dalam tiga bentuk iaitu
1. Dalam bentuk fikrah dan kefahaman
2. Dalam bentuk pegangan hati atau qalbi
3. Dalam bentuk amali atau penghayatan

57

Setelah sempurna penjelmaan aqidah dalam diri seorang muslim dalam tiga bentuk di atas, maka
sempurnalah hubungan muslim dengan Allah SWT.i

Persoalan aqidah adalah persoalan sejauh manakah darjat keyakinan/keimanan seseorang
muslim kepada Allah?. Sabda Rasulullah SAW, ‘iman itu bukanlah dengan angan-angan (yakni teori
sahaja) dan bukan hiasan (yakni dalam bentuk hiasan pakaian atau hiasan perkataan) tetapi ia adalah
sesuatu bentuk yang TETAP tidak bergoyang di HATI yakni KEYAKINAN dan pegangan hati nurani muslim
dan diiakan dengan PERBUATAN. Didalam riwayat yang lain diturunkan dengan perkataan’

Gabungan keyakinan dengan perbuatan/amalan menentukan sejauh-mana darjat keimanan dan
keyakinan kita kepada Allah. Keyakinan terhadap Allah memberi kekuatan untuk kita menolak semua
perkara yang tidak datang daripada Allah yang menyalahi aqidah dan tidak menguntungkan umat Islam.

Menjadi keanehan apabila seorang Islamis menyertai gerakan sekular dan liberal yang jelas
menolak Islam sebagai Addin yang syumul. Islam diletakkan dalam biro kecil yang dikabur sebagai contoh
dengan nama Biro Kemantapan Agama berbanding gerakan Islam yang menjadikan Islam sebagai dasar
penting dalam Perlembagaan organisasi.

Memperagamakan Aqal

Menurut Hamid Fahmi Zakarsyi, ‘sebab seseorang yang dilahirkan sebagai Muslim sekalipun tidak wajib
beriman dan ber-Islam kecuali setelah dia dapat menggunakan akalnya ataupun mencapai umur aqil dan
baligh. Bahkan hadis Nabi menegaskan bahawa dasar keberagamaan dalam Islam itu adalah fikiran, tanpa
fikiran bererti tidak ada keberagamaan religiusiti (al-dīn ‘aqlun la dīna liman la ‘aqla lah). Ertinya beriman
dalam Islam itu berdasarkan pada peningkatan tahap akal, dan ilmu ‘aqliyah itu bertujuan untuk beriman.
Dalam hal ini Nabi menegaskan bahawa: Barangsiapa tambah ilmunya, tapi tidak tambah petunjuknya,
maka ia akan tambah jauh dari tuhannya (al-hadis).

Hadis ini dapat diertikan begini: barangsiapa ilmunya tidak mengandungi iman maka
bertambahnya ilmu hanya akan menambah kesesatan. Logiknya, kerana ‘ilm itu mengandungi iman dan
sebaliknya, maka sudah barang tentu bertambahnya ‘ilm itu akan menambah kekuatan iman.’ii

58

Ilmu ialah ketibaan makna yakni sampainya makna kedalam fikiran (dhihin) dan sampainya fikiran
ke dalam makna. Ini mengindikasikan bahawa jiwa yang dimaksud al-Ghazalī adalah fikiran. Bererti ilmu
itu berada di dalam jiwa. Menurut Tuan Guru Haji Salleh Musa, Sik, aqal satu sifat yang Tuhan bubuh
(letak) dalam hati (jiwa) sanubari dan bersambung sampai kepada otak kepala. Perkara ini bermakna ilmu
yang memandu aqal sehingga sampai ke otak manusia.

Aqal bergantung kepada ilmu yang diperolehi oleh seseorang manusia. Al Quran sebagai sumber
ilmu Islam merupakan pengaktif aqal yang mendorong manusia mendapat ilmu atau pengetahuan. Aqal
dapat mengidrak al Quran dan al Hadis.

Bahasa menghasilkan istilah dan konsep-konsep kunci ilmu pengetahuan boleh mempengaruhi
aqal sekaligus mempengaruhi keyakinan, pandangan alam, kepercayaan dan tindakan seseorang. Awas!,
kita perlu berwaspada dengan penyusupan masuk pemikiran SEPILIS menggugat aqal kita agar tidak
mengherotkan iman kita.

Kita perlu memperagamakan aqal dengan ilmu bersumberkan al Quran. Al-Quran sebagai sumber
khabar sadiq yang mutawatir menyatakaniii: ‘sesungguhnya Kami menurunkan al Quran dalam bahasa
Arab agar kamu berfikir dengan aqal’

Pengalian istilah dan konsep-konsep kunci dalam al Quran dan berbahasa Arab membolehkan
aqal kita diIslamkan sekaligus mempengaruhi Pandangan Alam Islam dan akhlak kita dalam tindakan.

Sumber Hukum dan Ilmu Islam.

Fasal (7), Hukum-hukum dan kekuasaan: ‘Adapun hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah
kitab Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW serta Ijmak Ulamak dan Qias yang terang dan nyata yang
tertakluk kepada hukum tertinggi Islam’

Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias menjadi tonggak pegangan Gerakan Islam, PAS.
Sumber hukum inilah rahsia kekuatan PAS kerana setiap institusi dalam PAS mesti mengakuri keempat-
empat sumber hukum ini.

59

Majlis Syura Ulama (MSU) memandu PAS dengan sumber hukum ini agar tidak terbabas dalam
laluan yang ditentukan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Justeru, pandangan-pandangan peribadi para
ulama dan pemimpin PAS akan tertolak setelah MSU membuat keputusan rasmi PAS dalam sesuatu isu
termasuk pandangan Presiden dan Mursyidul Aam PAS sendiri.

Selain kelompok SEPILIS yang menyusup masuk ke dalam gerakan Islam, gerakan Islam juga
diancam oleh kelompok ekstrem dan kelompok membuncit perut (mencari habuan dunia) yang terdapat
didalamnya. Oleh itu, penggerak gerakan Islam tidak boleh patah hati atau kecewa dengan perangai,
percakapan dan tindakan kelompok-kelompok pelampau dalam gerakan Islam. Kelompok-kelompok
sebegini akan tetap ada dimana-mana. Penggerak gerakan Islam perlu meneruskan perjuangan
berdasarkan Perlembagaan, arahan MSU dan di bawah arahan ulama yang rabbani.

Mengetahui Tujuan Kehidupan Manusia

Manusia dilahirkan dengan keadaan berakal fikiran, mempunyai mata hati dan daya kesedaran
sebagaimana ia mempunyai gharizah (naluri), pancaindera dan perasaan manusia menurut keadaan
semulajadinya:iv

1. Terpengaruh dengan segala yang difikirkan dan dilihatnya
2. Menghargai sebarang budi dan kebaikan, dan menghormati tempat terbitnya serta bersyukur dan

berterima kasih kepada pemberinya.
3. Mengagungkan yang mempunyai kebijaksanaan dan pengetahuan yang lebih tinggi daripadanya

dan menghormatinya.
4. Tunduk patuh kepada yang mempunyai kekuasaan yang mengatasinya
5. Mencintai keamanan, keadilan dan kesejahteraan.

Ketinggian martabat manusia disebabkan hakikat rohani dimana manusia dapat memahami hakikat
sesuatu, pendapat dan akidah kepercayaan. Timbul pula keinginan manusia mengkaji dan berbahas apa
yang dilihat dan difikirkanya untuk dijadikan keyakinan dan kepercayaannya demi kebahagiaan dan
keselamatannya. Maka, timbullah pertanyaan, dari mana datangnya alam ini?; ke mana sesudah mati atau
berakhirnya alam ini?; Siapa yang pencipta alam ini?.

60

Manusia juga adalah makhluk yang lemah, banyak melakukan kesilapan dan kurang serba serbi
memerlukan pertolongan, perlindungan dan pimpinan terutamanya dalam persoalan ketuhanan. Jika
tidak, hakikat rohani mereka disesatkan oleh alam sekeliling dan kehendak aqal-nafsu mereka sendiri.
Justeru, manusia perlu tahu apa yang paling penting dalam kehidupan ini dan tujuan mereka dicipta.

Paling penting sekali dalam Islam dan kehidupan iniv ialah mengenal Tuhan yang menjadikan kita.
Hakikat Makrifatullah disimpulkan oleh ulama tauhid sebagai ‘asas mengenal agama ialah mengenal
Allah’. Sekiranya asas makrifat tidak kuat dan kukuh yakni peringkat keraguan dan sangkaan semata-mata,
maka inilah sebabnya seseorang tidak merasakan tanggungjawab dalam melakukan amalan dan
menjalankan hukum-hukum dengan sepenuhnya. Mengenal Allah itu wajib pada syarak dan wajib pada
aqal. Untuk menjadi seorang yang bertaqwa dan seorang mukmin, dekati Allah dengan rasa kehambaan
(ubudiah).

Manusia juga mesti tahu apa yang mereka buat?, apa yang kita kata?, apa yang kita kerjakan?. Fikir
terlebih dahulu akan manfaat atau mudharat sebelum melakukan sesuatu. Ada manfaat, teruskan. Ada
mudharat, tinggalkan.

Kita mesti sedar kita akan mati; ada alam kubur; ada hari pembalasan; dibangkitkan di akhirat. Fikirkan
pahala dan dosa, syurga dan neraka, azab kubur dan keselamatan dalam alam kubur dan di akhirat
sebelum melakukan sesuatu.

Ketiga-tiga perkara di atas biarlah menjadi asas kita berfikir dan bertindak agar tidak terpengaruh
dengan kehendak aqal-nafsu dan kepentingan kumpulan yang kita dokongi sahaja. Berfikir dan bertindak
berdasarkan nas-nas al Quran bukannya bersifat pragmatis dengan matlamat menghalalkan cara demi
kekuasaan politik dan kemenangan pilihanraya.

Tanzil

Tanpa Lampu Tanzil para Rasul dari Adam hingga Mustafa
Gagal mengenal Allah dalam samar akal dan pengalaman saja
Tanzil menyinari Sifat dan kaitan-Nya dengan ciptaan
Penuh keyakinan, tanpa mainan syak dan gurauan zan.
[Wan Mohd Nor Wan Daud, Sinar Ilahi]

61

Konsep Tanzil dalam al Quran menyatakan bahawa kepalsuan tidak terdapat dalam Islam termasuk dalam
wahyu [surah Fusshilat: 42]. Islam ditanzilkan oleh Allah SWT melalui Malaikat Jibril secara beransur-
ansur. Al Quran menusuk ke dalam hati-jiwa seseorang mukmin dan akhirnya mengerakkan mukmin tadi
untuk melaksanakan Islam dalam kehidupannya. Pada waktu yang sama juga, seseorang Islam memiliki
sifat rasul yakni memberi peringatan. Peringatan ini perlu berdasarkan istilah [bahasa] dan makna [makna
kepada makna] yang benar, jelas dan tepat [Surah Asy Syu’ara’: 192-195].

‘Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci al Quran’ [rujuk Surah Ali
‘Imran: 7] Keabsahan Tanzil terletak kepada Dia yakni Allah mentanzilkan atau menurunkan al Quran
kepada Nabi Muhammad SAW. Apa yang adipenting disini ialah al Quran telah membuktikan bahawa al
Quran sendiri diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad. Perkara ini menunjukkan al Quran datang
daripada Allah SWT dan bersifat kebenaran mutlak.

Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, Agama [Islam] itu berasas pada TANZIL daripada
Tuhan kepada insan yang dilangsungkan oleh-Nya kepada nabi atau rasul-Nya [pengakuan terhadap
kerasulan Nabi Muhammad] bagi anutan segenap manusia. Berikut dari pengakuan ini maka kita
mengikrarkan bahawa agama Islam BUKAN TEORI, bukan hasil renungan-renungan para bijaksana dan
failasuf, bukan hasil renungan insan, bukan hasil ciptaan insan sebagaimana kebudayaan itu hasil usaha
dan dayaciptanya dalam menghadapi keadaan sekeliling.

Md Asham Ahmad menyatakan bahawa kenyataan Allah yang di-tanzil-kan kepada PesuruhNya
Muhammad SAW. Dan apa yang dia fahami pada keinsafannya adalah kefahaman yang benar terhadap
hakikat yang diperkatakan kerana ia datang dari seorang yang benar [yakni Muhammad] yang telah
menyampai kepadanya perutusan yang benar [yakni al Quran] melalui bahasa yang mempunyai cukup
kewibawaan [Surah Yusuf:2] bagi memperikan hakikat dan kebenaran seperti yang dikehendaki.
Kebenaran itu adalah ‘kebenaran disisi Allah’, maka tidak boleh tidak agama berkenaan mesti
memberikan BUKTI pengakuan Tuhan terhadap kebenarannya.

Kesempurnaan bukti kebenaran yang dimiliki oleh Islam melalui Tanzil membuktikan Islam paling
sempurna dan menyakinkan. Keyakinan dan kesempurnaan ini membuktikan tiada keraguan pada Islam
[Surah al Baqarah: 2].

62

Keabsahan Tanzil membuktikan bahawa Islam adalah hakikat kebenaran disisi Allah yang sebenar dan
tulen. Antara hujah-hujahnya:

1. Ayat al Quran menguatkan al Quran sebagai wahyu Allah SWT Surah al Anbiya: 5, Surah al Ankabut: 48-49,
Surah al Haaqah: 44-47

2. Gaya al Quran bukan ciptaan manusia, Surah al Baqarah: 23-24
3. Nabi Muhammad SAW turun ditegur-nasihati dalam al Quran menandakan bahawa al Quran bukan ciptaan

baginda. Surah al Anfaal: 67, Surah Abasa: 1-10
4. Ayat al Quran berkaitan perkara ghaib, Surah al Fath: 27
5. Ayat al Quran menyatakan tentang alam raya. Surah al Anbiya: 30, Surah Yaasin: 38-40, Surah as Syura: 29,

Surah al An’am: 125
6. Bersifat rahim, surah al Mukminun: 12-14
7. Islam bersifat Ilahi, Surah an Nahl: 17
8. Penerapan Islam secara keseluruhan, Surah al Baqarah: 85
9. Al Quran untuk selamatkan manusia, Surah Yusuf: 111

Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, terdapat dua ciri khas Tanzil iaitu [1] wahyu Islam
diperuntukkan untuk semua umat manusia secara keseluruhannya (tanpa menbezakan waktu dan
tempat) dan [2] hukum-hukum yang suci yang terkandung dalam wahyu itu tidak memerlukan
pengembangan lebih lanjut dalam agama iti sendiri.

Kemampuan manusia meliputi akal, fizikal, emosi dan rohaniah manusia adalah terbatas( Surah al
Israa: 85, Surah an Nisa’: 28). Imam Shafie pernah berkata, ‘akal mempunyai batas tempatnya berhenti
sama seperti penglihatan mempunyai batas tempatnya berhenti’. Akal manusia yang terbatas
memerlukan wahyu [Surah an Nisa’: 165] dalam memberi panduan agar kehidupan manusia mencapai
kebahagiaan dan selamat di dunia mahupun akhirat.

Peranan Bahasa Arab

‘Al Quran ialah kitab dalam bahasa Arab, merupakan ‘bahan’ yang bakal membentuk tamadun Islam’ –
Seyyed Hossein Nasr.

63

Keyakinan hasil daripada keadilan dalam memilih keyakinan berdasarkan sumber ilmu dan kaedah-kaedah
ilmu. Ilmu pula difahami dengan bahasa. Bahasa adalah alat dan sarana keagamaan, kebudayaan dan
peradaban.

Kebanyakan mahasiswa dan para sarjana kita diherotkan pemikiran mereka disebabkan boleh
kekacauan dan kekeliruan dalam memahami kata dasar istilah. Keherotan memahami kata dasar istilah
mempengaruhi pandangan alam seseorang dan kerangka pemikiran orang tersebut. Oleh kerana
mahasiswa dan para sarjana tersebut mendapat pendidikan sekular, terpengaruh dengan sekularisme dan
dididik oleh para orientalis, kata dasar istilah yang dipelajari berasul-usul daripada bahasa asing yang
dipengaruhi oleh tamadun mereka.

Pengaulan Dalam Islam

‘Kita, apa yang kita baca dan siapa sahabat kita’

Imam al-Muhasibi menyatakan, ‘jangan engkau bergaul melainkan orang yang berAKAL dan berTAQWA
dan janganlah kamu mendampingi melainkan orang ALIM yang CELIK’ . Orang alim yang celik ialah orang
alim yang WARAK dan berAMAL dengan ILMUnya serta menjadikan AKHIRAT sebagai MATLAMATnya..

Rasulullah SAW pernah ditanya, ‘Siapakah teman-teman yang baik?. Baginda SAW menjawab:
Siapa yang mengINGATkan kamu kepada ALLAH dengan melihat wajahnya, menambahkan ILMU dengan
mendengar bicaranya dan mengingatkan akan hari AKHIRAT bila melihat amalannya’

Kebanyakan anak muda pada hari ini tidak menjaga pengaulan mereka. Mereka bercampur gaul
dalam pelbagai aktiviti termasuk kursus-kursus atau wacana yang dianjurkan oleh kelompok SEPILIS
sehingga terpengaruh dengan pemikiran SEPILIS. Mereka menjadikan pengalaman mereka dengan orang
agama sebagai pengalaman buruk yang penuh doktrinisasi, pemikiran jumud, penuh pelabelan,
terkongkong dan sempit.

Kita tidak menafikan sesetengahnya betul tetapi itu tidak mengambarkan Islam yang sebenar.
Wajar kita kembali kepada al-Quran dan as Sunnah, banyak membaca, berguru dengan pelbagai guru dan
banyak mengembara serta pengaulan tidak bersifat statik.

64

Bergaul dan bersahabat untuk meningkatkan taqwa, ilmu, amal dan masa depan hari akhirat kita.
Menghadiri majlis atau program yang dianjur oleh kelompok SEPILIS untuk belajar dan pengkongsian ilmu
bukannya mengikuti pemikiran mereka. Punbegitu jangan benarkan pemikiran itu mengikis keyakinan
kita. Sesungguhnya orang paling rugi ialah kelompok yang sudah datang kebenaran kepada mereka tetapi
mereka memilih kembali kejahilan dan kemaksiatan.

Hujah: Melihat ‘Apa’ dan ‘Siapa’
‘Lihat hujahnya bukan pada sahsiah orangnya?’

Hukum-hukum Islam dibina pada asas-asas yang kuat, kukuh dan mapan kerana Islam mempunyai sumber
ilmu dijamin kebenarannya. Dua sumber ilmu Islam datang daripada Allah SWT dan dipraktikalkan oleh
Nabi Muhammad SAW. Sumber ilmu Islam yang lain adalah al-ijma’ yang dilihat sebagai kesepakatan
dalam kalangan orang-orang yang terbaik dalam umat Islam dan satu lagi sumber ilmu Islam yang
memberi ruang yang luas kepada umat Islam untuk mengatur kemaslahatan mereka termasuk qiyas, al-
istishab dan lain-lain.

Islam tertegak berdasarkan hujah-hujah para ulama bukannya pada diri ulama tersebut. Perkara
ini bermakna kelemahan, kesilapan, kelalaian dan kesalahan ulama adalah persoalan peribadi bukannya
persoalan sumber ilmu jika tujuan dan kaedah-kaedah ilmu yang betul dan benar. Hujah mengatasi
keperibadian diri seseorang ulama.

Pada hari ini, dunia ilmu mengalami krisis: kehakisan ilmu [Ontologi dan Epistemologi];
Kehilangan Adab. Sumber ilmu Islam dicerobohi dengan pentafsiran yang menyeleweng oleh ulama palsu
dan intelektual sekular anak buah orientalis. Justeru, kita bukan sahaja perlu melihat hujah tetapi
latarbelakang siapa yang mengutarakan hujah.

Melihat siapa dalam penghujahan sumber ilmu bukanlah asing dalam tradisi keilmuan Islam
kerana tradisi ilmu Islam bermula dengan pendekatan ini. Sumber ilmu Islam terutamanya pengajian
hadith dijaga oleh pengajian ilmu secara bersanad iaitu daripada Rasulullah SAW sehingga kepada
penyebutnya yang ada pada saat ini.

65

Pengajian ilmu secara bersanad sangat ditekankan dalam pengajian hadith. Sanad adalah
rangkaian perawi bermula awal hingga kepada Nabi Muhammad SAW. Contohnya Al-Bukhari > Musaddad
> Yahyaa > Syu’bah > Qatadah > Anas > Nabi Muhammad SAW. Manakala Isnad pula adalah sandaran
hadis pada periwayatnya.

Dengan mengenali orang yang berhujah, kita dapat menilai tahap keimanan berdasarkan akhlak,
cara hidup, perjuangan, kumpulan yang mereka sertai dan tujuan hujah tersebut dikemukakan.

Antara ciri-ciri mereka yang keliru dan menyesatkan ini ialah [1] berfikiran dualisme yakni
bercampur aduk hujah agama dengan hujah pemikiran ciptaan manusia sehingga hujah agama terpinggir.
Dualisme kebenaran adalah kesesatan yang membawa kecelaruan aqidah. [2] Mereka mendakwa mereka
sebagai kelompok reformis-progresif dalam Islam tetapi mereka membawa perjuangan mengikut
kehendak para orientalis dari Barat. Mereka teruja dengan pemikiran Barat. [3] Mereka mengangkat
pemikiran tokoh atau ulama Islam tertentu tanpa melihat kesyumulan Islam sebagai addin. [4] Gaya
hidup mereka tidak mengambarkan Islam sebagai addin. Mereka bersifat selektif dengan memilih
mengamalkan Islam yang sesuai dengan selera mereka sahaja.

Disini, kita dapat mengenali siapa liberalis, sekularis atau pluralis walaupun hujah-hujah mereka
dibaluti dengan sumber al Quran, al Sunnah dan pendapat para ulama. Maka, kewajiban kita menolak
hujah-hujah mereka.
‘Hujah mereka benar tetapi tujuan mereka batil’

Antara Hujah dan Akhlak

Islam adalah satu cara hidup yang bergantung kepada hujah yang benar dan sahih. Hujah yang benar dan
sahih merujuk kepada al Quran dan al Sunnah. Islam tidak menghalang umatnya merujuk kepada sumber
lain yang disifatkan ‘hikmah yang tercicir’ dengan syarat sumber tersebut tidak melanggari syariat dan
tidak melampaui sumber al Quran dan al Sunnah.

Sebilangan orang mengatakan akhlak perlu mendahului ilmu, manakala sebilangan yang lain
mengatakan ilmu perlu menghasilkan akhlak dan adab. Sebenarnya, segalanya berpunca daripada ilmu.
Ilmu yang benar memberi keyakinan dan kesedaran sehingga seseorang berakhlak dan beradab.

66

Ketinggian darjat seseorang ulamak silam yang mantap apabila mereka melengkapkan ilmu tauhid, ilmu
fiqah dan ilmu tasawuf dalam pengamalan hidup mereka

Penghujahan adalah satu proses ilmu yang berdasarkan sumber paling berautoriti yang
melahirkan keyakinan, kesedaran dan kefahaman untuk perubahan diri, orang sekeliling dan masyarakat.
Dalam konteks Islam, perubahan tersebut ke arah lebih bertuhan.

Keyakinan, kefahaman dan kesedaran ibarat akar pokok manakala buahnya adalah akhlak. Ilmu
pula adalah bajanya. Jika kita menggunakan baja yang salah atau tidak membajai pokok, keyakinan,
kesedaran dan kefahaman yang dihasilkan adalah salah sekaligus menghasilkan buah yang ‘salah’.

Ada yang berpendapat kita boleh menerima idea atau hujah seseorang walaupun peribadi
(akhlak) mereka buruk seperti tak solat dan tak menutup aurat. Jawapannya, ya.

Walau bagaimanapun, jika ada dua pertembungan antara hujah orang berakhlak Islami dengan
seseorang yang tidak berakhlak Islami, keutamaan paling utama ialah hujah orang berakhlak Islam kerana
ilmu seseorang itu menghasilkan akhlak (akhlak yang sebenar bukannya lakonan), maksudnya ilmu
berbekas pada diri atau ilmu telah menghasilkan keyakinan kepada diri seseorang bukannya hanya
sembang kencang atau berwacana-falsafah sahaja.

Islam, antara ilmu dan praktis, hujah dan akhlak, keyakinan dan kefahaman, kesedaran dan
perubahan, individu dan negara, cara hidup dan budaya.

Ingat! ilmu itu untuk membentuk pandangan sarwajagat (alam atau hidup) Islam, membina
amalan yang benar dan tujuannya adalah untuk menambah keyakinan bertuhan. Jika tidak, kita
mengadaikan akhirat kita.

Mempertahankan Tradisi Keilmuan Islam

Berkata al Hafiz Abu Bakar al Khatib al Baghdadi : “Tidak diambil sesuatu ilmu, melainkan daripada lidah-
lidah ulama”

67

Tradisi keilmuan Islam ialah sistem pengajian bersanad. Tujuan sistem pengajian bersanad pada
mulanya untuk memastikan kesahihan riwayatvi.

Menurut Mohd Khafidz Soroni, Periwayatan secara bersanad diteruskan kerana ia adalah satu
kemuliaan dan keistimewaan yang dapat dilihat dari sudut-sudut berikut;

1. Merupakan pertalian yang bersambung-sambung sampai kepada Rasulullah SAW
2. Merupakan iqtida’ (tauladan) terhadap para salafus-soleh dalam tradisi belajar dan mengajar.
3. Merupakan satu jati diri dan ikatan ilmu yang hanya dimiliki oleh umat Islam, maka ia adalah satu

kebanggaan buat mereka.
4. Merupakan satu usaha berterusan memelihara persambungan sanad hingga ke hari kiamat.
5. Merupakan satu rahmat dan barakah.

Periwayatan bersanad berkembang dalam pengajian al Quran, pengajian hadith dan pengajian
berkitab. Pedagogi talaqqi digunakan dalam periwayatan bersanad ini. Talaqqi dari segi bahasa diambil
daripada perkataan iaitu pelajar bersemuka atau berhadapan dengan guru. Kaedah berguru menampilkan
melalui:

1. Musyafahah pula bermakna dari mulut ke mulut (pelajar belajar al-Quran dengan memerhati
gerak bibir guru untuk mendapatkan sebutan makhraj yang betul).

2. Mendengar (al-sama’)
3. Ijazah
4. Bacaan di depan guru (al Qira’ah)
5. Pemberitahuan (I’lam)
6. Pemberian (munawalah)

Tradisi keilmuan Islam melalui sistem pengajian bersanad ini memberi jaminan bahawa kefahaman
pelajar yang mempelajari Islam adalah selaras dan benar. Kesilapan pada sesebuah kitab dapat dijelaskan
oleh guru.

Pengajian bersanad juga sangat mementingkan keperibadian guru yang mengajar. Perkara ini penting
dalam menjaga keaslian dan autoriti ilmu Islam agar tidak dipengaruh oleh anasir-anasir asing yeng
menyesatkan.

68

Membaca Tanpa Guru: Berguru Dengan Syaitan?

Kebanyakan yang terpengaruh dengan SEPILIS adalah kelompok yang suka membaca dan berwacana.
Mereka menyukai dan mendalami ilmu dengan membaca tanpa guru. Akibatnya, ilmu yang diperolehi
menimbulkan keraguan dalam diri sehingga berlaku konflik dalaman sehingga ada yang terjerumus ke
dalam lembah SEPILIS.

Membaca tanpa guru bukanlah bermakna berguru dengan syaitan. Orang yang ‘berguru dengan
syaitan’ adalah orang yang membaca tanpa iman dan kerangka pemikiran yang benar. Sebelum belajar
melalui membaca buku, kita mesti belajar melalui berguru.84 Guru boleh memimpin kita agar memahami
sesuatu ilmu dengan kefahaman dan kaedah yang betul. Apabila kita mengetahui kefahaman dan kaedah
ilmu yang betul, baru kita menambah pengetahuan dengan membaca buku.

Allah SWT sendiri mentanzilkan al Quran dengan surah al ‘Alaq: ‘Bacalah dengan (menyebut)
nama Tuhanmu yang menciptakan’ (Surah al ‘Alaq: 1)

Baca dengan iman yang menyakini Allah yang menciptakan sesuatu atau makhluk. Bacaan yang
boleh mendekatkan diri dengan Allah SWT bukannya menjauhi diri daripada Allah SWT sehingga
mempertuhankan akal sendiri dan pemikiran ciptaan manusia. Baca untuk menjadi hamba Allah yang
saleh bukannya penderhaka yang berhambakan aqal dan nafsu sendiri serta syaitan.

Ulama Memimpin Umat
‘Cari sebuah parti yang didalamnya ramai ulama’- Pak Da Eil

Di atas adalah rumusan Pak Da Eil (Ulama besar Melayu di Makkah) tentang parti politik. Dasar Islam dan
ramai ulama dalam sesebuah parti bernuasa Islam, insya Allah kita selamat dunia dan akhirat walaupun
parti Islam itu mundur, kalah dan dianggotai oleh ahlinya yang lemah iman dan akhlak. Ulama dan Dasar
Islam dalam parti tersebut adalah penawar yang boleh mengubati penyakit tersebut dengan izin Allah.

84 Rasulullah SAW sendiri belajar melalui berguru yakni melalui perantaraan antara baginda dengan Malaikat Jibril.

69

Sheikh Ismail Al Fathani atau Pak Da Eil adalah guru muktabar yang mengajar di Makkah Al
Mukaramah. Beliau sangat alim. Sheikh Ismail merupakan tokoh guru yang masyhur di Makkah.

Keistimewanya PAS paling besar adalah martabat ulama dalam PAS itu sendiri. Menurut Dr
Hammam Said, mantan Muraqib Ikhwanul Muslimin Jordan, kekuatan PAS ialah “Kewujudan para ulama
pada peringkat tertinggi adalah jaminan paling besar bagi parti ini. Kerana hubungan umat dengan para
ulama adalah satu hubungan yang kuat. Apabila terdapat ulama di situ, maka kepimpinan tersebut
berjalan di atas dasar al-Kitab (al-Quran) dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ini menjadikan orang ramai berasa
tenteram dan selesa dengan kepimpinan tersebut.”

“Jika kepimpinan itu hanya semata-mata bersifat politik, pragmatisme dan urusan politiknya
datang dari luar (rujukan) Islam, luar dari al-Kitab dan as-Sunnah… akhirnya orang ramai tidak lagi
bersatu di bawah kepimpinan sebegitu.”

Dalam usaha memperkasakan kepimpinan ulama, PAS telah mewujudkan Majlis Syura’ Ulamak
yang berperanan menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan Perlembagaan PAS.
Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan. Dan
memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS.

Kehadiran ramai ulama boleh membendung gejala SEPILIS daripada merebak dalam kumpulan
dan masyarakat Islam.

Ulama Moderat, Pragmatis, Progresif dan Populis

Pada zaman mutakhir ini, kita perlu berhati-hati dengan sesetengah ulama palsu. Ketinggian ilmu dan imej
ulama mereka menyebabkan kita mudah tertipu. Mereka berselindung disebalik jubah, hujah/nas dan
janggut mereka. Mereka berselindung dengan slogan dan pidato yang menawan hati. Mereka
berselindung disebalik nama progresif, islah, reformis dan mempertahankan tradisonalis.

Ulama adalah orang beraqal yang menjaga batas-batas syariat yang terkandung dalam al-Quran
dan Sunnah Rasulullah SAW serta ijtihad para imam terutamanya Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam
asy-Shafie dan Imam Ahmad Hanbali.

70

Keaslian agama Islam terletak pada [1] al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah
SAW, ‘Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh pada kedua-
duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku’ Disebut dalam
riwayat yang lain, ‘kitab Allah (al-Quran) dan kaum kerabat terdekatku’ (Riwayat Malik dalam al Muwatta’
no 1594).

Keaslian agama Islam kedua[2] terletak kepada kefahaman ulama al-salaf al-soleh yakni zaman
Rasulullah SAW, zaman sahabat, zaman tabi’in. Sabda Rasulullah SAW, ‘sebaik-baik kamu adalah orang
yang hidup sezaman denganku, kemudian orang yang (hidup) mengiringi mereka, kemudian orang yang
(hidup) mengiringi mereka’ (Riwayat Bukhari: 2651).

Pentafsiran Islam oleh ulama generasi kini perlu diterima dengan berhati-hati dan penuh teliti
kerana mereka mudah terpengaruh dengan persekitaran, guru mereka, aliran pemikiran, pertubuhan
mereka sertai, buku yang dibaca dan kepentingan peribadi mereka. Kita sukar mengesani niat mereka ke
atas sesuatu pendapat tetapi kita boleh menilai apa yang mereka zahirkan melalui akhlak dan tindakan
mereka. Para ulama mesti sentiasa beramal dengan menguatkan yang ZAHIR dan menjauhi yang
SYUBHAH.

[3] Ulama juga perlu sentiasa menjaga (memeriksa-muhasabah) niat mereka dan mengetahui
kehendak serta tujuan mereka melakukan sesuatu. Lazimilah takut kepada Allah SWT terutamanya
angkara dosa tangan dan lidah.

Neo-Taklidisme ialah bertaklid dengan proses pembelajaran bukannya taklid membabi-buta
sehingga menghasilkan ketaksuban dan kejumudan. Disamping bertaklid, hendaklah juga seseorang ilmu
belajar bagaimana proses ijtihad ulama ke atas dalil tersebut. Justeru, setiap perbuatan dan dalil yang
diterima mesti dengan hujah-hujah yang sahih dan mendekati sumber ilmu Islam yang berautoriti iaitu al
Quran, as Sunnah dan kitab ulama muktabar.

71

Panduan Bagi Pemimpin Memilih Pembantunya.

Memilih pembantu, pemimpin pelapis atau timbalan ketua merupakan permasalahan besar dalam
sesebuah organisasi. Kehadiran pemimpin pelapis datang melalui [1] lantikan ketua atau perwakilan, [2]
latihan untuk menjadi pemimpin dan [3] spontan tanpa disangka-sangka sebagaimana yang berlaku dalam
kisah Nabi Daud dan Thalut. Di Malaysia, kisah Tun Mahathir menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Dato
Seri Mohamad Nizar menjadi Menteri Besar Perak antara contoh kenaikan spontan.

Contoh klasik bagaimana Tun Mahathir memilih Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana
Menteri. Tun Mahathir menurunkan Tun Musa Hitam, merestui pihak [Tim Wawasan] yang menentang
Tun Ghafar Baba, memecat Dato Seri Anwar Ibrahim, mendesak calon pilihannya sebagai Perdana
Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga meletak jawatan dan kini berusaha agar Dato Seri Mohd
Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Penulis tertarik dengan pendapat Tuan Guru Dato Bentara Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Berita
Harian, 4.12.2004, ‘Golongan pelapis dalam parti tidak perlu dilatih kerana ia terjadi dengan sendiri
menerusi pelbagai cara seperti pengaulan, berkecimpung’

‘Kadangkala kita latih orang tetapi apabila tiba masanya dia tidak berkelayakan, setiap orang
letak sebagai pemimpin rumah tangga, pemimpin masyarakat terjadilah dia pemimpin kena guling ialah
orang yang sengaja letak dirinya sebagai pelapis’

Dalam banyak keadaan, timbalan ketua atau pemimpin pelapis yang cuba merampas kuasa dan
mengancam kestabilan dalam organisasi.

Tuan Guru Yahya Othmanvii yang terkenal dengan pendekatan Ikhwanul Muslimin melalui ‘al
sofwah al mukhtarah’ menyatakan hujah penting dalam memilih pemimpin pelapis dengan hujah hadith
di bawah; Daripada Abi Said dan Abi Hurairah RA, ‘bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, ‘Allah SWT
tidak menghantar seorang nabi/khalifah/pemerintah, melainkan ada baginya dua kumpulan penasihat,
satu kumpulan menurutnya membuat kebajikan, kebaikan dan kumpulan ini mengalakkannya ke arah itu,
dan satu kumpulan lagi menyuruhnya dan mengalakkannya ke arah kejahatan dan menyuruhnya ke arah
itu’ (Riwayat al Bukhari)

72

Daripada Ummul Mukminin, Saidatina Aisyah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, ‘apabila Allah
SWT menghendaki kebaikan kepada pemerintah, Allah jadikan kepadanya menteri yang benar. Sekiranya
dia terlupa diperingatkannya, jikalau dia ingat dibantunya, sekirannya Allah mahukan selain daripada itu,
maka dijadikan padanya menteri yang jahat. Jika dia terlupa, tidak diperingatkannya, dan sekiranya dia
ingat tidak dibantunya’ (Riwayat Abu Daud)

Pemimpin pelapis perlu dilatih agar kelompok SEPILIS tidak berjaya menyusup masuk ke dalam
saf kepimpinan gerakan Islam. Sudah tibanya, PAS mengamalkan keahlian bertapis sebagaimana Ikhwanul
Muslimin. ‘Syura pemilihan pimpinan dijalankan dengan meletak bukannya pertandingan’.

Sistem pengkaderan di kampus seharusnya 100% diambil oleh Dewan Ulama PAS Pusat bukan lagi
Dewan Pemuda PAS Pusat dan dimentori oleh tokoh-tokoh tertentu dalam PAS. Sistem pengkaderan juga
perlu diterangkan secara ilmiah dan berbentuk kajian tentang pemikiran Barat.

Manual Pembanterasan SEPILIS

Anak muda dan anggota gerakan Islam mesti menghindari pemikiran SEPILIS dan para penggiatnya
sebagaimana disarankan oleh Ustaz Zulkifli Ismail (dengan olahan oleh penulis) di bawah;

1. Jika kita tiada kemampuan ilmu, hujah dan keupayaan berdebat, hendaklah menjauhi program wacana
mereka. Jika tidak kita mudah terpengaruhi dengan mereka. Orang yang tiada kelayakan berijtihad tidak
layak, tidak mampu berlaku adil dan akan bersifat bermudah-mudahan mengeluarkan pandangan dalam
persoalan agama.

2. Menilai ajaran agama dengan aqal adalah pendekatan falsafah bukan pendekatan Islam. Ia cara pemikiran
kelompok sesat zaman lampau seperti muktazilah.

3. Mencampur-adukkan manhaj falsafah dalam persoalan agama adalah agenda halus Barat untuk menyerang
Islam dan menghancurkan keyakinan umat Islam terhadap Islam.

4. Kemuliaan sebenar seseorang ialah menerima ilmu bersumberkan wahyu bukannya falsafah.
5. Wajib menolak usaha merosakkan Islam melalui pemikiran falsafah sekular dan metodenya dalam

mentafsir agama Islam.

73

Bab 6
Aku Mahu Menjadi Sekular!

Dalam bab ini, kita dapat:
1. Mengetahui definisi sekularisme-pluralisme-liberalisme
2. Mengetahui ciri-ciri sekularisme.

Ibrah Daripada Ahmad Wahib85

Usia muda, semangat, berbekalkan ilmu dan bahan baca dan igauan buruk dalam pengalaman beragama
atau organisasi agama antara faktor JIWA KACAU dan JIWA MEMBERONTAK. Itulah gambaran awal
terhadap seluruh anak muda berwatak AHMAD WAHID. Ahmad Wahid hanyalah watak yang mahu
ditonjolkan mewakili anak-anak muda berjiwa fikir sepertinya. Jiwa fikir seperti berfikir mahu meruntuh
dan mengubah sistem, mahu menghapuskan ketidakbenaran dan kelemahan dalam agama dan berkata
TIDAK kepada pihak berkuasa.

Seterusnya, kita akan melihat elemen-elemen terpilih yang ada dalam penulisan Ahmad Wahib yang
mewakili jiwa fikir yang kacau dan memberontak melawan agama dan pihak berkuasa.

Batas Berfikir

“Sebagian orang meminta agar saya berpikir dalam batas-batas Tauhid, sebagai konklusi globalitas ajaran Islam. Aneh,
mengapa berpikir hendak dibatasi. Apakah Tuhan itu takut terhadap rasio yang diciptakan oleh Tuhan itu sendiri? Saya percaya
pada Tuhan, tapi Tuhan bukanlah daerah terlarang bagi pemikiran. Tuhan ada bukan untuk tidak dipikirkan “adanya”.

Tuhan bersifat wujud bukan untuk kebal dari sorotan kritik. Sesungguhnya orang yang mengakui ber-Tuhan. Tapi menolak
untuk berpikir bebas berarti menolak rasionalitas eksistenasinya Tuhan. Jadi dia menghina Tuhan karena kepercayaannya
hanya sekedar kepura-puraan yang tersembunyi.”

“Saya sungguh tidak mendewa-dewakan kekuatan berpikir manusia sehinga seolah-olah absolut. Kekuatan berpikir manusia
itu memang ada batasnya, sekali lagi ada batasnya! Tapi siapa yang tau batasnya itu? Otak atau pikiran sendiri tidak bisa
menentukan sebelumnya. Batas kekuatan itu akan diketahui manakala otak kita sudah sampai di sana dan percobaan
percobaan untuk menembusnya selalu gagal. Karena itu manakala “keterbatasan kekuatan berpikir, maka jelas statement
ini tidak berarti dan mungkin salah besar. Otak itu akan melampaui batas kekuatannya. Kalau sudah terang begitu, apa
gunanya kita mempersoalkan batas, kalau di luar batas itu sudah di luar kemampuannya? Hal ini sudah dengan sendirinya, tak
perlu dipersoalkan. Berikanlah otak itu kebebasan untuk bekerja dalam keterbatasannya, yaitu keterbatasan yang hanya otak

85 “almarhum sedang menghadapi pergulatan pikiran yang keras dalam proses pencariannya. Hal itu tidak terlalu mengherankan.
Almarhum Ahmad Wahib berasal dari lingkungan agama yang terkenal sangat teguh, Madura. Dalam pendidikan, almarhum
adalah mahasiswa fakultas eksakta, Fakultas Ilmu Pasti dan Alam. Sedang kegiatannya dalam gerakan mahasiswa
mengantarkannya ke dalam lingkaran masalah-masalah agama dan kemasyarakatan” [H.A Mukti Ali, Pengolakan Pemikiran Islam-
Catatan Harian Ahmad Wahid, ms ix]

74

itu sendiri yang tahu. Selama otak itu masih bisa bekerja atau berpikir, itulah tanda bahwa ia masih dalam batas
kemampuannya. Dalam batas-batas kemampuannya dia bebas. Jadi dalam, tiap tiap bekerja dan bepikir otak itu bebas.” –
Ahmad Wahib

Apa kegunaan brek kenderaan? Ia digunakan untuk berhenti atau berhenti kecemasan setelah bergerak

dalam kelajuan. Setiap wilayah ada sempadan, setiap negara atau organisasi ada undang-undang atau

peraturan. Semua itu adalah batas atau sempadan. Dalam berfikir, kita perlukan batas dan sempadan agar

kita tidak terkeluar atau sesat. Surah al ikhlas umpamanya menjadi batas untuk fikiran kita berfikir tentang

Tuhan. Jika kita melewati sempadan surah itu, kita akan sesat dan boleh jadi kafir.

Akal

“Saya pikir hanya dua yaitu Al-Qur’an dan Sunnah. Bila akal dimasukkan dalam deretan itu, menjadi tidak proporsional. Akal
di sini bukan sebagai sumber, tapi sebagai alat untuk menggali kedua sumber tadi. Apa konsekuensinya bila akal dipakai
sebagai alat dan bagaimana kalau sebagai sumber? Kalau dipakai sebagai alat, karena akal itu macam-macam, sumber pun
macam-macam, walaupun dalam ruang lingkup Qur’an dan Hadist, maka akan timbul macam-macam Islam. Dan bila akal
dipakai sebagai sumber, maka segala sesuatu yang merupakan produk akal yang kita rasa tak bertentangan dengan Qur’an
dan Hadist, lalu bernama Islam.”

“Dan malahan menyulitkan pemikiran-pemikiran kita selanjutnya, mana yang telah ditentukan Tuhan dan mana yang
disesuaikan dengan akal kita. Saya kira kita harus membedakan antara Islam—saya pakai sebagai kata benda, yang identik
dengan ajaran—dengan Islamistis yang berarti sesuai atau tidak bertentangan atau senafas dengan ajaran Islam”

“Ini akal bebasku yang berkata, akal bebas yang meronta-ronta untuk berani berpikir tanpa disertai ketakutan akan dimarahi
Tuhan. Dan hanya karena kepercayaanku akan adanya Tuhan serta bahwa Al-Qur’an itu betul-betul dari Tuhan serta
Muhammad itu betul-betul manusia sempurna, maka aku pada resultante terakhir tetap berpendapat bahwa Islam itu secara
total baik dan sempurna. Akalku sendirilah yang tidak mampu meraba kesempurnaan tadi. Kalau begitu hormatku terhadap
ajaran-ajaran Islam adalah karena alasan-alasan formal belaka, bukan material. Betulkah?”

“Bila menilai sesuatu kita sudah bertolak dari suatu asumsi bahwa ajaran Islam itu baik dan faham-faham lain di bawahnya,
lebih rendah. Ajaran Islam kita tempatkan pada tempat yang paling baik. Dan apa yang tidak cocok dengannya kita taruh dalam
nilai di bawahnya. Karena Islam itu paling baik dan kita ingin menempatkan diri pada yang paling baik, maka kita selalu
mengidentikkan pendapat yang kita anggap benar sebagai pendapat Islam.”

“Dia dengan kekuatan akalnya yakin bahwa ide-ide luar itu baik dan karena itu tidak berani berpikir dan berpendapat bahwa
ide-ide luar itu lebih baik dari Islam (karena asumsinya ide-ide Islam itu paling baik), maka tidak ada alternatif lain kecuali
berkata bahwa ide-ide itu sesuai dengan ajaran Islam. Ini tidak disadari karena tidak ada kebebasan berpikir dalam dirinya”

“Sesungguhnya kalau kita berani berpikir bebas, kita harus berani membedakan dua hal, yaitu: 1. Pendapat Islam: 2.
Kebenaran menurut akal kita. Ini untuk mencegah kemurnian pemahaman Islam”

Kemampuan berpikir manusia itu memang terbatas, tapi batas itu sendiri kita tidak tahu. Persoalannya apakah keterbatasan
kita itu akan kita gunakan secara maksimum ataukah akan kita gunakan setengah-setengah. [34]

perubahan dalam subyek-dalam hal ini pikiran kita sendiri-dan menjadilah Islam “baru” itu nanti sebagai Islam menurut kita
sendiri dan bukan “Islam baru” menurut Islam itu sendiri.

Islam itu pada asasnya terletak pada kefahaman RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN. KeTAATan dan

penghayatan kepada kedua-dua RUKUN ini boleh menyelesaikan segala kekusutan, kecelaruan dan

kekeliruan dalam jiwa-fikir seseorang terhadap agama Islam. Tetapi malangnya, kita mahu melawan Islam.

75

Islam juga terletak kepada sumber ilmu yang WAJIB dirujuk iaitu AL QURAN dan AS SUNNAH. Jika
kita FAHAM, TAAT, HADAM, HAYATI, AMAL dan ISTIQAMAH mengamalkannya, tiada persoalan yang kita
akan timbulkan.

Tanpa pentafsiran ulama sekalipun, kita boleh TAAT dalam beragama dengan merujuk al Quran
dan as Sunnah. Kemudian doa. Untuk dapat hidayah. Malangnya, kita kata membaca al Quran dan tafsir
sendiri tetapi akhlak dan amal Islam kita tidak berubah. Hidup masih berfoya-foya, aurat tidak ditutup dan
lain-lain. Orang macam inikah mahu mentafsir sendiri Islam?

Sekularisme dan Pensekularan

“Fiqh merupakan hasil sekularisasi ajaran Islam di suatu tempat dan waktu. Menurut saya, Qur’an dan Hadist itu fiqh pertama

di kalangan umat islam. Sehingga Al-Qur’an merupakan hasil sekularisasi ajaran Islam di zaman nabi. Pelakunya Tuhan
sendiri. Dan hadist saya pikir, merupakan hasil sekularisasi ajaran Islam di Zaman nabi. Pelakunya: Muhamad.[47]”

“Sekularime itu anti agama tapi sekularisasi itu netral agama. Sekularisme itu sendiri walaupun untuk mencapainya
memerlukan sekularisasi (sebagai proses appproach), dia bersikap tidak senang terhadap sekularisasi, karena keterbukaan dan
kebebasan yang diberikan oleh sekularisasi itu bagi pencaharian hakekat lebih lanjut beyond this world and this time.
Sekularisasi tidak menghalangi kita untuk mencari kemungkinan adanya atau menganut adanya the other significance of
realities, other/ different than those which can be measured by the method of natural science. Sekularisasi itu adalah opened
process sedang sekularisme adalah closed system.”

“Sekularisasi yang dilambari oleh pemahaman bahwa tidak ada nilai yang tetap dan yang tetap hanya Tuhan (iman dan taqwa)
akan melahirkan “God without religion”. Pada hemat saya, sekularisasi yang bertolak pada pemikiran bahwa “religion is private
business” tidak mengharuskan lahirnya suatu anutan: “God without religion”, karena “religion is private business” akan
membekali setiap pribadi dengan nilai-nilai tertentu yang abadi dan universal yang harus ditegakkan dalam kehidupan
bersamanya di samping beberapa landasan spiritual dan tugas ritual yang harus ada dalam kehidupan pribadinya.”

“Tentang sekularisasi perlu diingat bahwa disukai atau tidak, proses sekularisasi mesti terjadi. Sekularisasi merupakan proses
sosiologis yang tidak bisa dicegah andaikata kita suka dan merupakan proses yang pasti datang sendiri andaikata kita memang
mengharapkannya.” – Ahmad Wahib

Islam, dari Islam, melalui Islam, untuk Islam. Islam mempunyai sumber ilmu, kaedah ilmu dan ahli ilmu
yang tersendiri. Maka, Islam tidak perlu menumpangi ideologi dan kaedah ilmu yang lain. Memcampur-
aduk Islam dengan ideologi dan kaedah ilmu yang lain boleh mengelirukan pemikiran dan sesat.

Kebenaran

Aku adalah aku, pada saat sakratul maut!’

saya aqidah itu demokratis, yaitu aqidah mencintai sekaligus juga menghargai “anti aqidah”, walaupun aqidah tidak
menyetujui isinya. Hanya dengan demikian orang akan sampai pada aqidah yang sebenar-benarnya dan bukan “pseudo
aqidah” atau “aqidah slogan”. Biarlah semua ulama-ulama tua dan calon-calon ulama itu berbeda pendapat dengan saya. Saya
ingin berbicara langsung dengan Tuhan dan berkenalan langsung dengan Muhammad. Saya yakin bahwa Tuhan mencintai dan
menghargai pikiran-pikiran yang meragukan sebagai ajarannya. Tuhan memberi hak hidup dan memberi kesempatan pada
“musuh-musuhnya” untuk berpikir, untuk kemudian menjadi “sahabat-sahabatnya. [ms 35]

76

Kalau kita berani berkata bahwa orang yang beragama non- Islam itu masuk neraka, atau seorang pencuri itu tak akan masuk
syurga, maka hal itu berarti bahwa kita telah berani memegang jabatan Tuhan, sebab hanya Tuhanlah yang tahu ke mana tiap-
tiap orang itu dimasukkan.

Yang penting bagi kita ialah berbuat dan bertanggung jawab. Kebenaran adalah sesuatu yang kita usahakan mendapati dan
kesalahan adalah sesuatu yang kita usahakan menghindari. Dalam sikap demikian, maka kemungkinan melakukan kebenaran
atau kesalahan adalah hirarkis di bawah pentingnya

Menggunakan akal dalam meninggalkan obyektivitas menuju subyektivitas untuk sampai pada kebenaran. [36]— Ahmad
Wahib

Kebenaran itu bukan pada aqal kita. Kebenaran itu terletak kepada sejauh mana kita TAAT kepada Allah
dan TAAT kepada ajaran Islam. Baca al Quran dan hadith, kemudian TAAT. Tetapi kamu baca al Quran dan
hadith, kemudian kamu mempersoalkan al Quran dan hadith. Disini, kamu sebenarnya bukan mencari
kebenaran tetapi keliru dalam mencari kebenaran. Mencari kebenaran untuk menyakini kewujudan Allah
dan TAAT kepada Allah bukan sekadar permainan aqal melalui wacana, forum dan baca buku.

Liberalisme

“Saya pikir, salah satu sikap seorang demokrat ialah tidak melakukan teror mental terhadap orang yang mau bersikap lain.

Membiarkan orang lain menentukan sikap dengan perasaan bebas, tanpa ketakutan, sesuai dengan isi hatinya sendiri
merupakan pencerminan sikap seorang demokrat. Tugas kaum demokrat menyampaikan pertimbangan-pertimbangan
dengan tenang terhadap kelemahan-kelemahan dari sikap tadi serta konsekuensi-konsekuensi yang bisa timbul. Target kaum
demokrat bukanlah “supaya dia menentukan sikap seperti kita punya sikap” melainkan “supaya dia menginsyafi, dengan sadar
akan kelemahan sikapnya”. Kaum demokrat tidak suka bila orang lain itu sependapat atau sesikap dengan dia karena terpaksa,
karena ngeri akan serangan-serangan keras ataupun segala macam teror mental.”

“Ini penting dalam pembinaan berpikir bebas, membebaskan diri kita dari tirani dalam diri kita sendiri. Kita harus berani
membebaskan diri dari dua tirani yang yakni 1. Tirani kesombongan: sok Islam tulen, sok ikhlas, sok moderen, sok intelektual,
sok moralis, sok suci, sok nuchter dan lain sebagainya: 2. Tirani ketakutan: konservatif, atheis, kolot, kafir, Mu’tazilat,
disorientasi, lemah ideologi, imannya diragukan, sekularis, kebarat-baratan, dan lain-lainnya.”— Ahmad Wahib

Kepalsuan ideologi terletak kepada keindahan fikir yang terlampau ideal. Islam pula meliputi niat
(keyakinan), fikiran, tingkah laku fizikal dan satu cara hidup seharian kita. Prinsip-prinsip Islam boleh
membangunkan peradaban. Intipati Islam itu pada sifat WUJUD pada ALLAH dan TAAT kepadaNya. Jangan
sampai kebebasan itu menyesatkan kita sebab kebebasan ini menerbangkan kita pada bumi realiti yang
perlu bertuhan dan beragama.

Ancaman Kebenakkan Akal

Premis 1. Wahyu sentiasa benar. Tidak ada kritik atau sisi buruk wahyu. Kebenarannya mutlak.

Premis 2. Oleh itu iman, akidah atau kepercayaan muslim sentiasa benar.

Premis 3. Oleh itu hujah agamawan yang berlandaskan wahyu akan sentiasa benar.

Premis 4: Tradisi itu menjamin kebenaran

77

Hujah-hujah di atas disebabkan oleh:
1. Pengkudusan ulama
2. Muslim yang malas menimba ilmu dan serba cukup.
3. Masa silam lebih baik daripada sekarang. Mempertahankan hujah muktabar tanpa fikir.
4. Premis 2, 3, dan 4 tidak menyimpan kebenaran mutlak boleh dikritik
5. Wacana agama lebih berorientasikan ideologi bukannya realiti.
6. Premis 2, 3 dan 4 ialah Islam dalam fikran manusia. Islam yang ditafsir. Sejenis ideologi dan pentafsiran manusia.

— Pemimpi Ahmad Wahib

Kelihatan benar tetapi mengelirukan. Satu fikiran yang menyatakan “Islam itu hasil pentafsiran ulamak”.
Mentafsir Islam memerlukan [1] niat yang ikhlas, [2] sumber ilmu yang benar iaitu al Quran dan as Sunnah,
[3] mahir kaedah ilmu dan [4] ulama berwibawa dan berautoriti. Bukan semua orang boleh tafsir Islam
kerana tiada keupayaan dari segi ilmu.

Pentafsir al Quran terbaik adalah Rasulullah SAW. Ikutilah Rasulullah SAW. Adakah kalian mahu
mengikuti Rasulullah? Pentafsiran al Quran yang terbaik ialah pentafsiran al Quran dengan al Quran dan
kemudiaannya al Quran ditafsir dengan hadith. Kebanyakan kelompok sekularis mahu menafsirkan al
Quran mengunakan aqal, lintasan hati dan nafsu masing-masing. Ia satu kefahaman yang salah.

Sejauh manakah kita istiqamah mengamalkan ajaran Islam sebagai satu cara hidup yang
menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan kita? Sejauh mana kita beriman dan berakhlak dengan Islam?
Sejauhmanakah kita menyakini Allah itu WUJUD sebagai Tuhan kita? Kita tak PERLU mengemukakan
persoalan tentang Islam jikalau kita sendiri tidak mahu berusaha mengamalkan Islam secara keseluruhan.
“Gua kenal siapa Lu, Lu pun kenal siapa Gua kan”

Keadilan

Ada sebilangan orang pihak Islam menyatakan keadilan hanya tercapai dari sumber wahyu Islam sahaja, tidak dari sumber
lain.

Dakwaan ini tidak tepat. Hujahnya adalah, jika benar keadilan itu hanya tercapai melalui wahyu sahaja, sudah pasti keadilan
tidak akan berlaku pada kalangan orang bukan Islam.

Keadilan terbahagi dua jenis iaitu [1] keadilan yang benar disisi Allah dan [2] keadilan yang baik disisi
manusia. Keadilan yang benar disisi Allah ialah mengesakan Allah dan mengakui keadilanNya secara
menyeluruh sehingga membawa pengakuan syahadah. Keadilan yang benar yang wajib dilakukan oleh
manusia ialah mengenali Allah dengan cara yang benar iaitu menganuti Islam dan mengikut ajaran al
Quran. Justeru, keadilan bergandingan dengan akidah tauhid [Surah Ali Imran: 18; Surah al Hadid: 25]
melambangkan bahawa keadilan sebenar ialah keadilan yang benar disisi Allah ditanzilkan dalam al Quran

78

dan diamalkan oleh Rasulullah SAW. Konsep keadilan dalam Islam iaitu meletakkan sesuatu pada tempat
sepatutnya.

Dalam Islam, pertama sekali membicara keadilan mesti kembali kepada punca diri sendiri:
seseorang itu boleh melakukan keadilan atau melakukan kezaliman pada diri sendiri. Pahala atau dosa
milik individu bukannya negara dan masyarakat menjadi pertimbangan diri semasa ingin melakukan
sesuatu agar melakukan keadilan dan tidak menjerumuskan kepada perbuatan zalim.

Manusia pertama iaitu Nabi Adam dan Hawa mengunakan istilah ‘zalim’ dalam pengakuan
keinsafan [Surah al A’raf: 23] mereka setelah tertewas dengan pujukan Iblis. Al Quran mensifatkan orang
jahat, kafir dan salah sebagai orang yang zalim terhadap diri sendiri.

Secara umumnya, keadilan yang baik disisi manusia adalah kesaksamaan dan samarata.
kesaksamaan sebagai keadilan (justice as fairness). Pada pandangan Barat, keadilan adalah suatu perkara
yang berlangsung dalam rangka dua pihak merujuk kepada negara dan masyarakat iaitu antara seorang
dengan orang lain; rakyat dengan pemerintah; masyarakat dengan negara. Jika kita meneliti teori
keadilan sosial Rawls, Amaryat Sen dan lain-lain , ia melibatkan dua pihak.

Keadilan yang baik disisi manusia belum tentu benar disisi Allah. Justeru, setiap perlakuan perlu
kembali kepada tanda aras keadilan dalam Islam iaitu al Quran dan al Sunnah. Kelompok yang berkenaan
hanya mahu menjauhi keadilan daripada digandingkan dengan akidah tauhid.

Agama Itu Peribadi

“Yang berbeda adalah titik tolak hati masing-masing, yaitu bahwa yang satu dalam menentukan pakaiannya tidak kehilangan
referensinya terhadap ajaran agama, sedang yang lain sudah melepaskan hubungan dengan ajaran agama. Yang satu merasa
bahwa Tuhan “merestui” pakaiannya, sedang yang lain sudah tidak lagi mempersoalkan ada tidaknya restu Tuhan.”
“bahwa tiap-tiap pribadi membawa nafas Islam termasuk nilai-nilai dasar sosialnya dalam kehidupan dirinya serta terciptanya
nilai-nilai dasar itu dalam masyarakat sebagai akibat cita yang pertama. Bila untuk ini Muhammad atau Khalifah Rasyidin
membentuk negara teokratis, itu ada¬lah karena menurut pertimbangan basic demands waktu itu” – Ahmad Wahib

Setiap amalan seseorang bergantung kepada niat seseorang menjadi agama itu seakan-akan peribadi.
Tetapi Islam bukan sekadar agama sebagaimana konsep agama yang difahami oleh Barat. Islam itu satu
cara hidup yang lengkap dan menyeluruh merangkumi ekonomi, politik dan sosial. Seseorang muslim yang

79

beriman MESTI terikat dengan Islam dalam semua perihal kehidupan mereka, barulah mereka menjadi
seorang Islam yang sejati yakni seorang mukmin.

Ijtihad

“Jadi ijtihad merupakan usaha: 1. Menyusun “konsepsi” (pikiran-pikiran) Islam yang meliputi masalah aqidah, ibadah,
akhlaq. Di sini akal sebagai alat. Sedang; 2. Menjawab persoalan-persoalan kemanusiaan yaitu penjabaran konsepsi islam di-
bidang ahklaq dan khilafah termasuk ilmu dan filsafat. Disini akal sebagai sumber kreasi”. 12 Pebruari 1970
“penafsiran-penafsiran Islam kita dengan tuntutan-tuntutan/kebutuhan-kebutuhan (baca: keperluan) kemanusiaan dan
perkembangan pola pemikiran manusia. Dengan demikian sejak sekarang ini dan seterusnya rumusan pemikiran Islam kita
akan merupakan suatu kontinyuitas dari tahap-tahap perkembangan ide yang terus menaik.”— Ahmad Wahib

Ijitihad, kembalilah kepada ahli ilmu bukannya kita dalam kelompok orang awam ini pandai pandai
berijtihad sendiri. Hak kita hanya memilih ijtihad bukannya membuat ijtihad sebagaimana ahli ilmu.
Pilihlah ijtihad yang paling dekat dengan al Quran dan as Sunnah. Dan Ahli Ilmu dikalangan orang
bertaqwa, berakhlak dan WARAK.

Pluralisme

“Saya pikir ini sama saja masalahnya dengan agama Allah. Das Sollen: Hanya satu agama. Das Sein: macam-macam agama.
Tiap-tiap agama harus merasa bahwa dialah agama Allah. Dialah yang universal dan abadi. Kalau pemahaman itu berubah,
bukan karena obyeknya berubah tapi karena subyeknya atau otak di kepala itu yang lain atau karena otak yang mengamati
obyek itu yang berbeda. Tapi ini tidak boleh disengaja. Memang ada unsur subyektivitas. Tapi subyektivitas di sini tidak boleh
disengaja.”
‘Haruskah Aku Memusuhi Mereka yang Bukan Islam dan Sampai Hatikah Memasukkan Mereka ke Dalam Neraka?’
“Aku bukan nasionalis, bukan katolik, bukan sosialis. Aku bukan Budha, bukan Protestan, bukan westernis. Aku bukan komunis.
Aku bukan humanis. Aku adalah semuanya. Mudah mudahan inilah yang disebut muslim. Aku ingin bahwa orang memandang
dan menilaiku sebagai suatu kemutlakan (absolute entity) tanpa menghubung-hubungkan dari kelompok mana saya
termasuk serta dari aliran apa saya berangkat. Memahami manusia sebagai manusia. 9 Oktober 1969” – Ahmad Wahib

80

Pengalaman Tragis Beragama

Ahmad Wahib menyatakan,

‘lebih banyak terbentuk karena sari-sari pengalaman yang selalu kuperas dari seluruh arena kehidupan yang beraneka-ragam
berikut celah-celahnya yang menarik. Aku pernah hidup di lingkungan pondok pesantren yang diracuni dengan skandal-
skandal homo-seksualnya. Aku pernah hidup sekeluarga dengan suatu keluarga abangan yang memelihara anjing. Aku pernah
satu rumah dengan suatu keluarga Katolik yang cukup fanatik. Aku pernah mempunyai teman seorang komunis yang paling
rapat bergaul denganku disekolah menengah (sekarang dia meringkuk di tahanan golongan A)’.

‘Aku pernah mengaji, mohon-mohon berkat dikuburan keramat sebelum aku sadar seperti aku sekarang. Aku pernah masuk
di gang-gang pelacuran dengan bulu kudukku berdiri. Aku pernah mengagumi bagaimana penjual-penjual jamu di alun-alun
Yogya berbohong. Setiap arena itu mengurniai aku ide-ide baru yang tidak kumiliki sebelumnya. Aku tidak tau bagaimana cara
dari pengalaman-pengalaman ini membentuk pribadiku. Aku tidak tahu apakah pengalaman itu hanya memiliki. Kadar
pengaruh yang insidental simptomatis, dus sewaktu-waktu bisa tersepak, ataukah itu telah mengangap di bawah sadar bisa
tersepak, ataukah itu telah mengendap di bawah sadar dan menemukan bentuk pengaruh yang rasional. Aku tidak tahu lagi,
di manakah emosiku dan di manakah rasioku. Aku tak mampu membedakannya.’

‘Aku seorang muslim, sebagaimana muslim Indonesia umumnya, merupakan hasil refleksi masyarakat. Dan kini setelah
kurang lebih lima tahun aku mencoba merenungkan kembali, mengendapkan dan mengolah pengalaman-pengalaman itu,
maka aku kini menjelma menjadi muslim Indonesia yang memberontak. Berontak terhadap sikap-sikap umat dan bangsa yang
ada. Mungkin pengalaman-pengalaman emosionalku terlalu berpengaruh.’

Igauan buruk dalam beragama menjadi alasan kita menghukumi agama. Tidaklah pula kita mengatakan ia
sebagai pengalaman peribadi sebagaimana kita menganggap agama itu peribadi. Pengalaman buruk
dalam beragama, tidaklah sewajarnya kita menyalahkan agama Islam yang sempurna ini. Kesalahan
sebenarnya kepada individu yang mengamalkan agama. Iman berbolak-balik dan tidak berakhlak
seseorang individu banyak menjatuhkan imej agama Islam. Masyarakat tidak menilai dan melihat
kelemahan dan kesilapan individu tetapi menghukum agama Islam. Itu tidak adil. Belajar ilmu al Quran,
belajar cara hidup Rasulullah SAW (melalui kitab sirah dan kitab hadith) dan bergaul dengan orang
saleh/baik.

Al Quran

‘Tuhan, aku ingin tanya apakah nilai-nilai dalam agama-Mu tetap atau berubah-ubah? Tuhan, mana sajakah dari ajaran- Mu

itu yang betul-betul merupakan fundamen yang tak bisa berubah-ubah lagi, yang harus menjadi pedoman dalam
perkembangan nilai-nilai dalam masyarakat?’

‘Dan biarkanlah tiap orang memahamkan Qur’an dan Sunnah itu menurut dirinya sendiri.’ – Ahmad Wahib

[1]
Sejarah tamadun Islam membuktikan bahawa Al-Quran boleh ditafsir. Kita pernah mendengar pentafsiran
al-Quran daripada Saidina Umar al Khattab dan Saidina Abdullah Abbas. Khazanah ilmu tafsir al-Quran

81

sangat banyak seperti Kitab Tafsir Ibnu Katsir dan Tafsir Sayyid Qutb. Persoalan yang timbul ialah
kelayakan orang yang mentafsirkan al-Quran.

Bukan semua orang boleh dan mampu mentafsir al-Quran terutamanya agamawan kini yang
mudah dikritik dan dikecam. Tokoh agung dan berwibawa, Saidina Abu Bakar sendiri kurang
mengeluarkan pandangan tentang pentafsiran ayat-ayat al Quran dibimbangi salah dalam
mentafsirkannya.“Siapa saja yang menafsirkan atau mengatakan sesuatu mengenai al-Qur’an tanpa
landasan ilmu [yang memadai] atau dengan pandangannya sendiri maka ia telah menempah tempat
duduknya di neraka” (HR Imam Tirmidzi).

Seorang yang layak mentafsirkan al-Quran mesti menguasai bahasa Arab dan ilmu hadis secara
mendalam dan komprehensif, bukan setengah-setengah atau sepotong-sepotong. Jika prasyarat ini sudah
dipenuhi, seseorang perlu mengikuti prosedur yang berlaku:

1. menafsirkan suatu ayat dengan ayat lain
2. menafsirkan ayat al-Qur’an dengan Sunnah/hadis Rasulullah SAW
3. menafsirkannya dengan keterangan para mufassirin dari kalangan Sahabat, Tabi’in, dan para ulama salaf.

[2]
Setelah membaca al-Quran, akal kita seringkali menghasilkan pertanyaan dan pandangan. Ia berlaku
kerana al-Quran adalah sumber ilmu dan ‘rakan’ mengajak kita berfikir. Cuma hasil pandangan dan
pemikiran kita tidak semestinya benar kerana ia perlu disahkan melalui kaedah-kaedah ilmu al-Quran.
Dibimbangi pandangan dan pemikiran kita itu mengikut hawa nafsu diri sendiri.

Imam al-Ghazali telah membahagikan jenis penafsiran yang dilarang dan dikecam terbahagi kepada tiga.
Pertama, jika kita menafsirkan al-Qur’an dengan pendekatan linguistik semata-mata, tanpa menghiraukan
keterangan hadis dan riwayats. Kedua, jika kita sengaja melompati dan menafikan tafsir literal seraya
membuat tafsiran allegoris. Ketiga, apabila sebelum menafsirkan al-Qur’an kita sudah terlebih dulu
mempunyai gagasan, teori, pemikiran, ideologi, keyakinan atau tujuan tertentu, lantas al-Qur’an kita
tafsirkan sesuai dengan dan menurut apa yang kita yakini.

82

Monopoli Pentafsiran Islam86

Agama dilihat sebagai cabang produk budaya atau hanya Proses Pengalaman Manusia
Ketulenan Islam menghalang kelahiran kejamakan tafsir atas pengalaman beragama
Campurtangan tafsir manusia dan monopoli pentafsiran oleh sesetengah pihak
Agama sebagai hegemoni ilmu, wacana dan institusi sosial dibuka seluas-luasnya untuk dikritik
Jasad terpisah daripada sumber kekudusan agama

Ahli Ilmu Islam mesti menepati syarat-syarat seorang ilmuwan Islam atau ulamak. Pada hari ini, ada juga
ulamak yang mempunyai pandangan yang keliru dan bahkan ada yang mendokong kelompok SEPILIS.
Mereka memberi pandangan yang mengelirukan. Kita tidak tahu niat dan agenda sebenar mereka.

Pandangan ulamak mesti merujuk SUMBER al Quran dan hadith dengan kaedah-kaedah ilmunya.
Ulama mesti WARAK dan AKHLAK. Tiga elemen penting yang perlu ada pada seseorang yang mengaku
seorang ulamak yang sejati. Insya Allah, BACA al Quran dan terjemahan, Baca dan Amal Hadith, Belajar
Ilmu secara berguru dengan ramai guru dan doa hidayah dapat menjadi benteng kita daripada
terpengaruh dengan ulamak ‘jahat’.

Perbincangan Tentang Sekularisme

Sekularisme boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu [1] Sekularisme Falsafah dan [2] Sekularisme
bukan falsafah. Falsafah ialah pandangan hidup (baca: alam) yang menyeluruh yang meliputi semua
aspek: material, moral dan spritual.87

86 Agama hasil ciptaan manusia ekoran ia adalah produk tafsiran para ulama. Itu antara dakwaan para sekularis. Imam Ibnu
Tamiyyah tafsir al Quran dengan ra’yi (pendapat sendiri) adalah haram. Pada beliau, tafsir al-Quran al Quran sendiri, Sunnah Nabi,
Sahabat Nabi, pendapat Tabi’in Ijma’ mereka. Jika ada perselisihan para Tabi’in, pilih pendapat lebih dekat kepada Bahasa al
Quran dan Sunnah. Imam Jarullah az Zamakhsyari dan Imam al Ghazali menyatakan boleh menafsir al Quran dengan pendapat
sendiri yang sihat. Syaratnya, alim, sesuai dengan pokok alasan dengan Bahasa Arab, tidak menyalahi pokok ajaran Islam
(usuluddin al Qath’iyah), tidak boleh menurut hawanafsu sendiri, tidak boleh mengambil satu ayat untuk menguatkan pendirian
yang sudah ditentukan terlebih dahulu, mesti menyelidik tafsir terdahulu, memerhati uruf (kebiasaan) yng telah berlaku pada
lafaz dalam al-Quran, mengetahui uslub Bahasa dan susunan, tidak menyalahi dasar yang diterima oleh Nabi Muhammad. Ini
bermaksud bukan mudah kita nak menafsir al Quran.
87 Kassim Ahmad, Jalan yang Lurus, Pekan Ilmu: Ampang, 2014.

83

Dalam tamadun Barat, ada dua aliran utama iaitu [1] aliran humanis dan republikan yang
disifatkan materialisme falsafah. Aliran kedua [2] ialah aliran liberal-kolonial yang disifatkan humanisme
falsafah. Dua aliran ini membentuk dua jenis aliran sekularisme.

Sesetengah sarjana menyatakan bahawa sekularisme terbahagi kepada dua bentuk yang popular
ialah Anglo-American (Amerika Syarikat-Britain) dan French Republican (Perancis).

Sekularisme dikatakan perlu dibincang dari pelbagai sudut seperti sudut falsafah, politik dan
sosiologi. Perbincangan dari sudut berbeza menghasilkan pandangan-pandangan dan keputusan-
perbuatan yang berbeza. Ia jelas berbeza dengan wacana ilmu dalam Islam yang bersifat syumul-holistik-
keseluruhan yang saling berkaitan antara satu sama lain.

Segala perbincangan bermula dengan satu niat, diikuti dengan sumber ilmu dan kaedah-kaedah
ilmu yang menyuluhi aqal dalam menyatakan pandangan-pandangan yang diterjemahkan melalui
perbuatan atau kelakuan. Proses membentuk pandangan alam seseorang individu sangat mempengaruhi
kelakuan yang akhirnya membentuk struktur sesuatu pandangan alam dalam institusi yang dianggotainya.

Pembahagian sekularisme berjenis-jenis, berversi-versi yang pelbagai itu adalah percubaan
menghalalkan sekularisme dalam masyarakat.

Definisi Sekularisme-Pluralisme-Liberalisme

Pengertian Sekularisme secara etimologi sekularisme berasal dari kata saeculum (bahasa latin),
mempunyai erti dengan dua konotasi waktu dan lokasi: waktu menunjukkan kepada pengertian ‘sekarang’
atau ‘kini’, dan waktu menunjuk kepada pengertian ‘dunia’ atau ‘duniawi’.

Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al Attas menyatakan istilah al-waqi’iyyah lebih mendekati
definisi sekularisme berbanding istilah ‘almaniyyah kerana ia lebih merujuk kepada kedisinikinian. Istilah
al-waqi’iyyah mempunyai kaitan dengan faham positivisme.

Pluralisme Agama ialah satu faham menyamakan semua agama. Ia terbahagi kepada 4 iaitu [1]
Civil Religion, [2] Global Theology, [3] Transcendent Unity of Religion dan [4] Syncretisme. Mereka

84

menyatakan pendekatan agama adalah sama tetapi hakikat sebenar agama ialah menuju pada tuhan yang
satu.

Liberalisme ialah satu faham kebebasan yang ada pada setiap individu. Kebebasan mengalakkan
sifat pragmatis dan individualistik dalam kalangan individu dan masyarakat. Fahaman ini menerima pakai
pemikiran Barat dalam kehidupan mereka.

Ciri-ciri SEPILIS

Dibawah adalah perihal falsafah berdasarkan pandangan Dr Muhammad Uthman el Muhammady.

Fahaman Perihal
Pandangan Muhammad Uthman el Muhammady
Sekularisme yang mengajarkan pemisahan total antara hidup jasmani dan rohani,
keagamaan dan keduniaan. Memang ada yang bersifat keduniaan
Pluralisme antara kegiatan-kegiatan manusia tetapi semuanya terletak di bawah
kawalan hukum agama.
Liberalisme Yang mengajar manusia tentang satu faham yang menyamakan semua
Pasca Modenisme agama berdasarkan Satu Tuhan melalui pelbagai agama. Ia terbahagi
empat iaitu [1] Global Teologi, [2] Agama Sivil, [3] Transcendent Unity of
Religions dan [4] Sinkretisme.
Sarjana Islam yang berasal dari Barat dan mendapat pendidikan di Barat
terpengaruh dengan pemikiran pluralisme. Antaranya, Rene Guenon,
Frthjof Schuon, Martin Lings, Titus Burckhardt dan Seyyed Hossen Nasr,
Yang mengajar tentang kebebasan yang diberikan kepada individu
tanpa batasan. Individu lebih penting daripada masyarakat dan individu
bebas daripada ikatan nilai-nilai agama.
Digerakkan oleh kelompok reformis Islam ala Barat dengan alasan untuk
meningkatkan pemikiran dan kemajuan umat Islam.
Pandangan Muhammad Uthman el Muhammady
yang mengajarkan semuanya nisbi, tidak tetap mutlak dan menentu,
meta-naratif dalam bentuk agama-agama besar tidak berguna, dan
nilai-nilai baik dan buruk tidak boleh dipakai. Ini menyanggahi akidah
Ahlis-Sunnah yang mengajarkan ada ajaran yang mutlak yang tidak
berubah-ubah seperti Tauhid, wahyu, kenabian, dan akhirat, ada
bentuk-bentuk ibadat yang tetap dan pasti, ada yang baik dan buruk
yang tetap dan tentu.

85

Saintisme Pandangan Muhammad Uthman el Muhammady
yang mengajarkan hanya teori-teori dan penemuan-penemuan sains
sahaja yang boleh dipakai sebagai ilmu yang benar, yang lain yang
bercanggah dengannya seperti kenyataan-kenyataan dalam ajaran
agama dan teks-teks suci mesti ditolak atas alasan bercanggahan
dengan sains dan teori-teorinya. Ini bercanggah dengan epistemologi
atau faham ilmu Sunni yang mengajarkan adanya tempat yang wajar
untuk sains dalam skemanya tetapi kebenaran-kebenaran yang mutlak
dalam agama dan wahyu bukan bidang yang boleh dihakimi oleh sains
dan teori-teorinya.
teori-teori tentang asal usul manusia dan agama dalam kaji sosial
(sosiologi)– ini yang perlu diawasi.
teori-teori dalam sains seperti evolusi dan yang sepertinya yang perlu
diawasi, termasuk kenyataan-kenyataan tentang tenaga (energy), dan
benda (matter).
teori-teori psikologi seperti konsep seks yang menentu segala dalam
fahaman Sigmund Freud, penafsiran pengalaman jiwa oleh Carl Jung dan
yang sepertinya yang perlu diawasi. Kita boleh mempelajarinya untuk
bahan bandingan tetapi untuk menjadi pegangan diperlukan
pengamatan yang tajam dan kewaspadaan intelektuil yang tinggi.

SEPILIS dan Aqal

Bermulanya Iman, Islam dan ihsan daripada seorang individu. Iman, Islam dan Ihsan yang difahami dengan
kaedah yang benar melahirkan kefahaman dan keyakinan seseorang. Kefahaman dan keyakinan yang
benar ini membentuk kerangka pemikiran dan pandangan alam yang memotori perbuatan dan lisan
seseorang. Kejernihan pandangan alam dan kerangka pemikiran seseorang diterjemahkan dalam sistem
kehidupan mereka membolehkan kewujudan maratil amal: individu; keluarga;masyarakat; negara;
kekhalifahan.

Pandangan alam dan kerangka pemikiran sudah tentu berkaitan dengan aqal. Beraqal
mengambarkan kecerdikan, kebijakkan dan kearifan seseorang. Perpatah Melayu menyatakan, ‘pemimpin
arif pemimpin sejati, sempurna akal mulia pekerti’.

86

Hamka menyatakan, aqal ertinya ialah ikatan. Perpatah Melayu juga menyatakan ‘mengikat
binatang dengan tali, mengikat manusia dengan aqalnya’. Pada istilahnya, aqal adalah pengetahuan akan
perkara yang mesti diketahui.

Menurut Dr Syed Muhammad Naquib al Attas, aqal merujuk ‘suatu kejadian yang sedar lagi giat
yang mengikat dan menahan perkara-perkara yang diketahui itu dengan kata-kata atau bentuk-bentuk
simbolik’. Pernyataan Prof al Attas mengambarkan bahawanya pengaruh bahasa atau istilah kata dasar
termasuk bentuk simbolik sangat penting dalam membentuk pandangan alam dan penyedaran kepada
seseorang.

Menurut al Marbawi, aqal itu ialah memahami hakikat sesuatu. Dapat memahami maksud. Pada
pandangan Dr Muhammad Uthman el Muhammady, hakikat aqal ialah merealisasikan atau menyedari
sesungguhnya bahawa La ilaha illa’Llah iaitu mengetahui bahawa akhirnya Hakikat Yang Mutlak itu adalah
Esa-Nya jua.

Menurut Buya Hamka, aqal terbahagi dua iaitu [1] didapatkan dengan pancaindera dan [2]
permulaannya dari dalam hati sendiri.

Tuan Guru Salleh Musa dari Sik dalam syarah kitab Bakurah Amani menyatakan, aqal ialah satu
sifat yang Tuhan bubuh (letak) dalam hati sunubari dan bersambung kepada otak kepala.

Hati sunubari  Otak Kepala

Bahagian hukum aqal boleh dilihat dalam jadual di bawah

Hukum Aqal Penerangan Penjelasan

Wajib ‘aqli Dhohuri

Perkara yang tiada diterima aqal akan tiadanya, Menghukum sesuatu itu tetap adanya dengan

Wajib ‘aqli hakikatnya mesti menerima ada tiada berkehendak kepada bahasan dan

mendirikan kenyataan

1<2
Wajib ‘Aqli Nazhori
Sesuatu perkara yang perlukan seseorang itu
untuk berfikir dan juga memerlukan dalil
seperti kewujudan Allah SWT.

87

Seseorang perlu berfikir dengan aqal serta

mengemukakan perbahasan-perbahasan yang

kukuh bersertakan dalil-dalilnya.

Mustahil ‘Aqli Dhohuri

Mustahil ‘aqli Perkara yang tiada diterima aqal akan tiadanya, Menghukum sesuatu tetap tiada dengan tiada
Harus ‘aqli
hakikatnya mesti tiada berkehendak kepada bahasan dan mendirikan

dalil

2< 1

Mustahil ‘Aqli Nazhori

Sesuatu perkara yang perlu difikirkan dan

mendirikan dalil-dalil

Harus ‘Aqli Dhohuri

Perkara yang diterima aqal adanya dan tiadanya Menghukum sesuatu boleh terima ada dan

dengan jalan berganti-ganti, maka hakikatnya boleh tiada secara berganti-ganti dengan tidak

menerima ada dan tiada. berkehendakkan bahasan dan mendirikan dalil

Harus ‘Aqli Nazhori

Sesuatu perkara yang perlu difikirkan dan

mendirikan dalil

Aqal boleh menerima ilmu nazhariyyah yakni pengetahuan yang berkehendakkan fikir dan boleh
mentadbir segala pekerjaan/perbuatan dan menyelesaikan persoalan/permasalahan pemikiran yang
sukar dan terpancar pelbagai manfaat dan bahagia kepada manusia.

Aqal tidak boleh bersendirian, jika tidak aqal sejahtera, aqal sihat dan aqal waras tidak dapat
dihasilkan. Aqal memerlukan undang-undang/peraturan syariat dan syariat berhajat kepada aqal tetapi
aqal itu sendiri tidak boleh mengatasi undang-undang syariat dengan mengakuri dan mematuhinya

Imam Hassan al-Banna menyatakan,‘Adakalanya penelitian syarak tidak meliputi penelitian aqal
dan demikian jualah sebaliknya. Namun keduanya tidak berselisih pada perkara qat’i (muktamad):
Hakikat ilmiyyah yang sahih tidak bercanggah dengan kaedah syarak yang thabit. Dan setiap perkara
dzanni dan keduanya ditakwilkan agar sejajar dengan perkara qat’i. Sekiranya keduanya adalah perkara
dzanni maka pandangan syarak-lah yang lebih utama untuk diikuti sehinggalah pandangan aqal itu thabit
(kebenarannya) atau ia gugur dengan sendirinya’

88

Saluran ilmu Islam terbahagi 3 iaitu [1] pancaindera yang sejahtera, [2] khabar yang benar dan [3]
aqal yang sihat [ditambahi dengan waras dan sejahtera].

Aqal mempunyai dua fungsi atau peranan yang boleh bertindak sebagai [1] sumber ilmu dan [2]
alat berfikir. Para ulama mengunakan aqal dalam sumber perundangan Islam setelah tiada nas dalam
perkara yang ingin diselesaikan Antara sumber ilmu dan perundangan Islam berdasarkan aqal ini dikenali
sebagai Qiyas dan al Masalih al Mursalah.

Dalam Islam, tiga perkara yang sangat penting sebelum ada taklif bagi para mukallaf iaitu [1] niat,
[2] baligh dan [3] beraqal. Tiga syarat inilah mengabsahkan setiap amalan orang beriman.

Aqal sebagai alat ilmu atau alat berfikir. Buya Hamka menyatakan, ‘aqallah alat untuk berfikir,
dialah hulu hikmat. Lantaran aqal, datanglah taklif perintah agama.

Aqal adalah alat untuk mengenal Tuhan. Aqal juga membolehkan kita mengenal-bezakan perkara
yang baik dan buruk, iman dan kufur. Aqal juga digunakan untuk manusia mengkaji kejadian alam [untuk
mengenal Allah melalui kebesaran kejadian alam milik Allah] dan meningkatkan pembangunan tamadun
dan kesejahteraan manusia. Dengan ini, manusia yang beraqal ialah manusia yang mengunakan aqal
mereka yang boleh mengikat diri mereka dengan simpulan tali iman dengan kemas.

Imam Hassan al Banna menyatakan, ‘Islam membebaskan aqal fikiran dan mengesa untuk
memerhatikan alam semesta, menjujung martabat ilmu dan alim ulama, serta mengalu-alukan perkara
yang baik lagi bermanfaat. Hikmah adalah barang yang hilang daripada orang mukmin, sesiapa yang
menemuinya maka dialah yang paling berhak terhadapnya’

Islam telah membebaskan aqal daripada penjara taklid dan hawa nafsu yang mengheret manusia
kepada kesesatan. [Surah al-Baqarah: 170]

Ada sesetengah manusia menyalah-gunakan aqal. Dalam faham Islam, istilah aqal itu membawa
diri seseorang itu beriman dengan mengikat diri orang tersebut dengan iman dan Islam. Muhammad
Uthman el Muhammady menyatakan Al Quran memanggil orang sesat dalam Islam sebagai orang yang

89

tidak dapat mengunakan aqal: la ya’qilun iaitu mereka yang tidak dapat mengunakan aqal dengan cara
yang sebenarnya. Mereka tidak mengenali Allah walaupun ada aqal.

Aqal rosak apabila pengaktifnya bukan Al-Quran. Mereka menzalimi diri sendiri kerana memilih
nafsu mereka sebagai pengaktif aqal.[Surah al-Qasas: 50]

Bahasa Mempengaruhi Pandangan Alam Manusia

Kebudayaan Barat mengunakan istilah bahasa yang berasal daripada bahasa Latin. Istilah bahasa
mempengaruhi corak kefahaman seseorang yang menganuti Kebudayaan Barat atau mendapat
pendidikan Barat. Antara perkataan itu ialah intellectus (intelligence) dan ratio (reason). Intellectus
berfungsi merenung hakikat rohani manakala ratio adalah alat memahami dan menguasai alam zahir-
tabii.

Berlaku pertembungan antara intellectus telah menindas ratio berlaku pada abad ke 4 hingga 13
Masihi ekoran ajaran Augustine yang terpengaruh dengan pemikiran Plato. Selepas abad ke 13, Aquinas
telah memasukkan pemikiran Aristotle dan pandangan alam Romawi ke dalam pandangan alam Kristian.
Ratio lebih kedepan dan diutamakan berbanding intellectus.

Apabila mereka melakukan penduaan—memisahkan dua hakikat dan kebenaran terhadap alam
tabii dan alam rohani. Daya kebolehan intellectus dan ratio disangsikan. Akhirnya mereka menerima
dorongan daya-kasih atau love sebagai dasar kepercayaan.

Selepas abad ke 13 Masihi, penggunaan ratio memberi cabaran besar apabila muncul kelompok
mencabar aqidah agama Kristian dengan memutuskan hubungan dengan hakikat kerohanian termasuk
mempersoalkan kewujudan Tuhan. Faham ini dikenali rationalisme. Kemudian muncul naturalisme atau
faham alam tabiie ke dalam pandangan alam Kristian mengakibatkan keruntuhan agama Kristian Lama
ekoran kemaraan Falsafah Sains dan kelompok sekular sehingga mewujudkan agama Kristian Baru.

Kesimpulan

90

Kebanyakan sekularis dan sebahagian Islamis seringkali mengaitkan sekularisme dengan masyarakat
Islam. Kita perlu meneroka dimana kepincangan sebenar sekularisme.

Islam jelas menolak sekularisme dan sekularisasi kerana permisahan antara urusan dunia dengan
Islam.

Penganut sekularisme menganggap sains adalah pencapaian tertinggi aqal dan tidak ada lain
selepas itu. Mereka menolak pentafsiran metafizik terhadap alam.

Pengaktif aqal yang paling benar adalah Al-Quran. Al-Quran diaktifkan mengunakan Bahasa Arab
yang akan mempengaruhi kefahaman yang membentuk pandangan alam seseorang manusia dimana
seseorang manusia akan memahami istilah-istilah yang diaktifkan oleh Al-Quran. Kefahaman ini akan
mempengaruhi pemikiran dan tindakan mereka dalam kehidupan mereka.

Islam mempunyai pandangan hidup yang sangat berbeza dengan pandangan hidup Barat. Ia akan
akan membawa pengeseran yang berterusan antara Barat dengan Islam.

91

Bab 7

Penyelewengan Intelektual Sekular dan Ulama

‘Atas nama toleransi dan dialog, jangan gadai iman dan Islam kamu’

Para ulama seperti Imam Abu Hassan al-Ashaari dan ulama Alam Melayu seperti Syeikh Daud al Fatani
dan Zainal Abidin Bin Muhammad Zain al Fatani menyatakan: “Ketahui olehmu bahawa sebab mendatang
dapat ilmu yang baharu itu tiga perkara:

1. khabar yang sadiq (benar) iaitu khabar Allah, khabar Rasulullah dan khabar mutawatir sekira-kira sampai
bilangan yang banyak yang tiada tasawwur pada aqal muafakat oleh mereka itu atas dusta.

2. Aqal gharizi
3. Segala pancaindera yang lima yang sejahtera.”88

Inilah pegangan paling asas bagi para ulama, intelektual, pelajar, pemimpin, wartawan dan
masyarakat Islam supaya diri kita tidak tersesat dengan pelbagai pemikiran yang menyusup masuk ke
dalam pemikiran umat Islam pada masa kini.

Asas pandangan alam (worldview) dan kerangka pemikiran (framework) perlu ditunjangi oleh 3
perkara di atas.

Seorang ulama dari negeri Melaka, Zulkifli Ismail Muhammad dalam bukunya Ancaman Bahaya
Sekularisme menyatakan 22 penyelewengan intelektual sekular. Penyelewengan ini menunjukkan mereka
menganuti fahaman muktazilah moden atau neo-muktazilah. Antara penyelewengan tersebut ialah

1. Menjadikan aqal sebagai rujukan tertinggi dalam memahami agama
2. Menolak tafsir ma’thur
3. Menolak tafsir lughawi
4. Menolak hadith sebagai panduan hukum agama
5. Menolak petunjuk al Quran dalam perkara furuk.
6. Menolak syarat-syarat ijtihad yang muktabar
7. Menolak panduan lughah dalam memahami nas-nas syarak
8. Mengutamakan maslahah aqli dari dalil-dalil al Quran dan sunnah
9. Memisahkan Maqasid Syariah dari prinsip Maslahah Syarak

88 Mohd Zaidi Abdullah, Manifesto, SH: KI, 2006.

92

10. Memahami Aulawiyyat menurut aqal dan bukannya syarak
11. Menggunakan dalil uruf yang fasid
12. Memalsukan makna dan cara penggunaan kaedah-kaedah fiqh
13. Mengunakan dalil-dalil syarak tanpa mengikut urutan keutamaan
14. Mengunakan hujah yang tidak berasal dari dalil-dalil syarak
15. Meragukan kesahihan ajaran fiqh Islam
16. Menolak hukum bida’ah
17. Memakai fahaman Murjiah dalam masalah aqidah
18. Memakai fahaman Qadariah dalam masalah aqidah
19. Memakai fahaman pluralisme dalam masalah aqidah
20. Mengaitkan tajdid agama dengan penerimaan disiplin sains sosial
21. Memahamkan tajdid agama secara materialistik
22. Menolak kepimpinan ulama muktabar di dalam ilmu-ilmu agama.

Sheikh Dr. Yusuf al Qaradhawi dalam bukunya, Fatwa: Antara Ketelitian dan Kecerobohan telah
mengariskan faktor-faktor ketergelinciran para ulama dalam berfatwa atau berijtihad pada dewasa ini.
Antara faktor-faktor tersebut seperti di bawah:

1. Jahil (tidak mengerti) atau lupa akan nas-nas Syariat
2. Kefahaman yang menyimpang
3. Tidak dapat memahami realiti kehidupan secara benar
4. Mengikut dorongan hawa nafsu
5. Tunduk dan menyerah kepada realiti yang sudah terpesong
6. Taklid dan mengikut arus pemikiran Barat
7. Bersikap jumud (statik) pada fatwa-fatwa lama tanpa mengambil kira perubahan atau keadaan semasa.

Menjadikan aqal sebagai rujukan tertinggi dalam memahami agama

Umumnya, aqal mesti dipandu oleh syarak. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa aqal dan ijtihad
menduduki tempat selepas al Quran dan Sunnah. Pandangan aqal yang selaras dengan nas-nas syarak
dapat diterima, tetapi kedudukannya di akhir sekali selepas al Quran dan Sunnah.

Keutamaan rujukan tertinggi dalam memahami agama Islam meletakkan al Quran sebagai tempat
pertama, kemudian diikuti oleh Sunnah, kemudian ijma’ ulama dan akhirnya pandangan individu yang
tidak melanggari al Quran, Sunnah dan ijma’ ulama. Justeru, kita wajib pastikan pemikiran dan akhlak kita

93

sentiasa mengakuri kehendak al Quran, Sunnah dan Ijma’Ulama bukannya membiarkan diri kita mengikut
kehendak aqal-nafsu tanpa batasan.

Islam tidak merendahkan pandangan aqal. Buya Hamka menyatakan tidak tercapai ilmu tanpa
aqal. Sebab itu Islam agama ilmu dan aqal.

Al-Quran mengajar manusia beriman berfikir untuk taat dan orang bukan Islam berfikir dan
menyelidik untuk beriman kepada Allah SWT.

Tujuan hakiki aqal ialah makrifat Allah SWT, mengenal Allah sekenal-kenalnya dan mengakui
kewujudan-Nya, taat akan perintah-Nya dan tidak melanggar apa yang Allah SWT larang.

Memahami Islam Melalui Kaedah-kaedah Ilmu yang Sebenar

Islam tidak boleh difahami melalui kacamata orientalis melalui ilmu-ilmu seperti ilmu sosiologi. Islam
hanya boleh difahami oleh seorang berniat ikhlas, yakin-beriman dan beramal dengan Islam dan
berkepakaran dalam kaedah-kaedah ilmu Islam.

Memahami Islam yakni memahami Islam melalui sumber yang paling benar, al Quran dan al
Sunnah. Al Quran dan Al Sunnah merupakan sumber rujukan bagi semua muslim untuk mengetahui
hukum-hakam dalam Islam. Al-Quran perlu difahami selari dengan kaedah Bahasa Arab.

Menurut Zaidi Abdullah, penbendaharaan kata amat berperanan dalam mewakili maksud yang
ingin diketengahkan. Perkara ini bermakna penbendaharaan kata bahasa Arab mempengaruhi pemikiran
umat Islam di seluruh dunia.

Antara ilmu penting dalam memahami al Quran ialah ilmu nahu, ilmu lughah, ilmu saraf, ilmu
balaghah, ilmu qiraat, ilmu usul fiqh, ilmu al fiqh dan ilmu asbab al-nuzul.

94

Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Ahli Sunnah Wal Jamaah terbahagi kepada beberapa kumpulan besar iaitu [1] Asya’irah, [2] Maturidiah,
[3] Salafiah (berkiblat kepada pandangan Imam Ibnu Taimiyyah) dan [4] Wahabiah (Berkiblat kepada
pandangan Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab). Walaupun mereka berselisih secara keras antara satu
sama lain, pertelingkahan dan perselisihan ini tidak tersasar daripada dasar-dasar aqidah.

Menurut Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam bukunya Fahaman & Ideologi Umat Islam,
perselisihan pendapat dan pentafsiran itu adalah perbezaan fahaman dalam mentafsirkan teks yang sama
dan kadangkala kerana perbezaan masa dan tempat serta cabaran yang dihadapi dan keperluan hujah
menghadapi cabaran luaran.

Konflik berpanjangan antara kelompok salaf dan khalaf dapat dihindari jika setiap daripada
mereka saling hormat-menghormati pandangan dan beradab dalam melontar pandangan serta berlapang
dada dengan perbezaan pandangan.

Kedua-dua pihak sepakat dalam beberapa perkara yang boleh menjadi pokok kepada penyatuan dan
pendamaian:

1. Kedua-dua bersepakat menyucikan Allah dari menyerupakan Allah dengan makhluk.
2. Kedua-dua pihak memutuskan bahawa makna bagi lafaz-lafaz itu adalah pada hak Allah bukannya

pada zahir seperti mana yang dilafaz itu pada makhluk.

Sebagai ahli Sunnah Wal Jamaah, kita mesti menolak sebarang fahaman lain seperti pluralisme,
jabariah, qadariah, murjiah, syiah dan muktazilah yang menyimpang daripada kefahaman Islam yang
sebenar.

Penyelewengan Ilmiah Ulama.

Sesetengah ulama dan lulusan agama termasuk hafiz al-Quran terpengaruh dengan pemikiran SEPILIS
sanggup menjadi pendokong tegar SEPILIS. Mereka seringkali cuba mengalih pandangan dengan
pandangan mengelirukan dan meragukan tentang agama Islam. Antaranya dalam isu

1. Maqasid Syariah

95

2. Islam sebagai rahmat untuk alam
3. Tiada Paksaan Dalam beragama
4. Membezakan syariat dengan fiqh
5. Wasatiyyah

Mereka tidak mempunyai niat yang ikhlas kerana Allah SWT. Hati mereka kotor dengan agenda
tersirat bertuankan akal dan nafsu mereka. Kita memang tidak boleh menilai hati seseorang tetapi kita
boleh menilai diri seseorang: pandangan; pengaulan; sahabat; bahan baca; lisan; tulisan; pertubuhan yang
disertai dan aktiviti mereka. Jika kita mengenal diri mereka, maka dapatlah kita mengenal hati budi dan
pemikiran mereka.

Hati merupakan tempat berkumpulnya nur hidayah. Nur hidayah ini mempengaruhi aqal dan naluri
kita agar melakukan perbuatan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

Imam al Ghazali mengajar kita agar ikhlaskan niat. Niatkan dalam segala urusan kita untuk
menghidupkan SYARIAT Nabi Muhammad SAW dan memperbaiki akhlak kita serta memecahkan
keinginan nafsu kita yang sering menyuruh untuk berbuat jahat dan keburukan.

Segala penghujahan dan perbuatan para ulama su (jahat) mempunyai kepentingan duniawi. Mereka
mencari kedudukan dan habuan dunia. Mereka bersifat politikal dan materialistik.

Pengaulan para ulama su’ bukan kalangan orang yang soleh. Mereka gemar dan selesa bergaul dengan
kelompok sekularis, gay, liberalis dan pluralis. Sifat mereka moderat dan pragmatis dalam sesuatu isu atau
perkara.

Siapa Guru Kamu?

Tradisi keilmuan Islam sangat menitik-beratkan siapa guru kita. Imam al Ghazali mewajibkan kita mencari
guru yang mursyid bukan sahaja mengajar ilmu pengetahuan tetapi boleh menta’dibkan (mengajar adab)
kita dan menunjukkan jalan Allah SWT.

Imam al Ghazali mengariskan sifat-sifat guru yang mursyid seperti di bawah:

96

1. Guru yang berpaling daripada mencintai dunia dan mencintai pangkat
2. Beliau telah berguru dengan guru yang mursyid. Pembelajaran dan penta’diban secara bersanad dan

bersalasilah sehingga sampai kepada Rasulullah SAW.
3. Guru yang berjaya mendidik diri beliau sendiri agar mengamalkan Islam.
4. Dengan belajar dengan guru yang mursyid, akhlak pelajar semakin mulia dan baik.

Tradisi Ilmu Islam bukan sahaja menitik-beratkan sumber-sumber ilmu yang benar, berkualiti dan
berintegriti, ia juga menitik-berat kaedah ilmu dan siapa orang sumbernya. Antaranya ciri-ciri orang
sumber itu ialah

1. Seorang mukallaf iaitu akil baligh
2. Beragama Islam
3. Orang sumber yang adil yakni berintegriti, berwibawa dan bertaqwa.
4. Orang sumber memiliki ketelitian dan sikap berhati-hati dalam menerima pendapat.
5. Jujur dan berterus terang dalam memberi maklumat tentang sumber.

Umat Islam perlu menolak daripada belajar atau menuntut ilmu daripada orang yang mempunyai ciri di
bawah:

1. seorang yang zindiq yakni orang zahirnya Islam tetapi batinnya kafir. Mereka memiliki sifat skeptik, agnostik,
relatif, sophis dan ateis. Pakaian mereka adalah pakaian ulama dan sarjana. Peranan mereka menimbulkan
keraguan dalam kalangan anggota masyarakat.

2. Sengaja dan berani berdusta atas nama Rasulullah SAW.
3. Kurang teliti dan kurang berhati-hati
4. Bukan pakar
5. Memutar-belit hujah-hujah mengikut kehendak akal dan nafsu.
6. Memanipulasi pandangan-pandangan ulama
7. Melanggar perintah Allah SWT.

Boleh Mengkafirkan Ulama?

Jika kita meneliti perbalahan antara ulama-ulama, kita akan melihat kritikan dan kata-tulis para ulama
yang bertentangan sehingga pada tahap melampau seperti kafir mengkafir dan tuduhan zindiq. Ulama
besar juga berkonflik sesama mereka. Antaranya kes konflik Imam al Bukhari dengan gurunya, Imam
Sakhawi dengan Imam Sayuti dan Imam Malik dengan Muhammad Bin Ishak.

97

Kita perlu berlapang dada dengan perbalahan ini dan bersangka baik. Barangkali ada ilmu-ilmu
yang belum pernah kita tahu dan lazimi.

Kita tidak wajar mengkafirkan orang lain dan WAJIB menjauhi sejauh yang mungkin daripada
mengkafirkan orang lain walaupun disitu ada tempat atau syarat-syarat tertentu membolehkan kita
mengkafirkan orang tertentu. JANGAN SESEKALI mengkafirkan orang lain.

Imam Hassan al Banna menyatakan, ‘Kita tidak mengkafirkan seorang muslim yang mengucapkan dua
kalimah syahadah dan beramal dengan segala tuntutan dan melaksanakan kefardhuannya – hanya
berdasarkan pendapat atau maksiat dilakukannya – melainkan:

 mengakui kalimah kufur
 mengingkari perkara agama yang sedia ketahui secara dharuri.
 mendustakan Al-Quran yang jelas maknanya
 mentafsirkannya menurut gambaran yang tidak sealiran dengan teknik bahasa Arab pada semua

keadaan.
 atau ia melakukan suatu amalan yang tidak dapat ditafsirkan selain dari kufur

Di atas, Hassan al-Banna telah menjelaskan batas antara iman dan kufur agar kita tidak mudah
menghukum seseorang dengan gelaran kafir.

Adapun kafir-mengkafir diantara ulama, kita menolak perbuatan mereka dan menghormati mereka.
Kita mengambil ilmu yang bermanfaat daripada mereka bukannya sifat-sifat atau perbalahan para ulama
kita. Mereka memiliki ilmu yang tinggi dan amal yang banyak yang boleh menjadi modal berhujah di depan
Allah SWT di akhirat kelak sebab apa mereka menyatakan sedemikian terhadap lawan mereka. Ilmu dan
amal kita tidak cukup untuk menjadi modal di akhirat kelak.

Jika kita menemui ulama atau sarjana Islam dan pemimpin Islam hatta orang biasa yang memiliki
syarat-syarat yang boleh dikafirkan, JANGAN SESEKALI mengkafirkan mereka. Biarlah orang yang ahli atau
layak menyatakan penghukuman kafir bukannya kita yang menjatuhkan hukum.

Kita hanya mampu mendoakan hidayah kepada orang lain bukannya mengkafirkan orang lain.

98

Kesimpulan
Tanpa kedudukan, pangkat, populariti, nama dan pengaruh, segala pandangan kita tidak ada harga dan
tidak dihormati.

Pentingnya niat yang ikhlas dalam setiap perbuatan kerana Allah. Hindari mempunyai agenda
tersirat.

Berfikir dalam kerangka pemikiran Islam. Tunduk dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya tanpa
banyak persoalan.

Terima Islam secara keseluruhan bukannya berdasarkan akal dan nafsu kita.
Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas adalah sumber ilmu tertinggi yang menjadi asas kerangka
pemikiran kita.

99

Bab 8

Kebudayaan Barat

Pemikiran dan pendekatan Barat datang daripada Kebudayaan Barat. Apa jua pemikiran yang pelbagai
nama mempunyai sifat asasi yang sama dengan pemikiran-pemikiran Barat yang lain walaupun kelihatan
berlawanan antara satu lain.

Muslim Demokrat sebagaimana Masyarakat Madani (Sivil) atau Pasca Islamisme suatu ketika
dahulu hanya sebuah faham yang dijana sesuai dengan semangat zaman ini. Pemikiran Muslim Demokrat
bertunjang akar Kebudayaan Barat yang disaluti dengan unsur-unsur yang kelihatan Islamik. Ia satu
percubaan mengelabui penglihatan ‘tauhidik’ umat Islam agar terpengaruh dengan kefahaman ini.

Menurut Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, istilah ‘Barat’ bukan hanya merujuk
kepada tempat atau bangsa tetapi merujuk kepada suatu pandangan alam. Pandangan alam ialah apa
yang ditanggap dalam renungan akal fikri mengenai alam semesta. Kebudayaan Barat diadun daripada
tradisi Kebudayaan Kristian-Yahudi, tradisi Kebudayaan Yunani Kuno-Romawi Purba dan diserapi oleh
kebudayaan Kaum Biadap Eropah seperti Gaul, Teuton dan lain-lain.

Asasl Usul Kebudayaan Barat

1. Asas Kebudayaan Barat: Yunani Kuno-Romawi Purba dan Yahudi-Kristian
Pelbagai pandangan para sarjana tentang asal-usul Kebudayaan Barat. Sesetengah sarjana menyatakan
asal-usul kebudayaan Barat terletak kepada tahap ilmu. Tahap keilmuan inilah yang menerbitkan pelbagai
aktiviti sosial, perekonomian, budaya dan politik.

Pada asalnya, Kebudayaan Barat berteraskan Agama Kristian dan Yahudi tetapi penyelewengan
pihak gereja menyebabkan masyarakat Eropah memungkiri agama Kristian dan Yahudi. Raja-raja dan
intelektual mereka mula menentang penguasaan pihak gereja sehingga agama Kristian dipenjara di dalam
gereja sebagai urusan keagamaan sahaja.

Penggerak Kebudayaan Barat terbahagi kepada kumpulan iaitu pemerintah-raja, kelompok
intelektual-sarjana, ahli falsafah dan saintis, kumpulan pedagang–kapitalis, perkembangan teknologi dan

100


Click to View FlipBook Version