The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vlizag8933, 2023-05-25 08:18:42

PDF DISLEKSIA BPKHAS KPM

PDF DISLEKSIA BPKHAS KPM 2023

Keywords: Disleksia

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK (DISLEKSIA)


Mahfuzah Zainol PhD in Occupational Therapy, Faculty of Health Sciences, UKM (2023) Masters (Ed) Special Education, UKM (2015) Dip (Ed) Special Education, IPG Ilmu Khas, Cheras, KL (2011) BSc (Hons) Occupational Therapy, Cardiff University, UK (2010) • Handwriting Specialist Certified #2162, Learning Without Tears (2021) – UKM Postgraduate Grant Award • Sensory Integration Certification #1269, University of Southern California (USC) (2019) • Training of Trainer (ToT), Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia, recognised by Human Resource Development Fund (HRDF) (2019)


Masalah Pembelajaran Spesifik Kesukaran dalam kemahiran matematik Kesukaran dalam kemahiran membaca Kesukaran dalam kemahiran menulis


Sukar mengaplikasikan konsep matematik Sukar membaca perkataan Masalah Pembelajaran Spesifik Kesukaran menguasai konsep nombor dan matematik Sukar memahami apa yang dibaca Kesukaran dalam ejaan Kesukaran dalam penulisan


• Pegangan pensil yang kurang selesa. • Kemahiran motor halus yang lemah. • Mengadu sakit tangan apabila menulis. • Tulisan yang kurang jelas, pelbagai bentuk dan tidak konsisten (huruf besar, huruf kecil). • Menulis atau menyalin dengan perlahan. • Kesukaran menulis atas garisan. • Sering mengelak aktiviti menulis. • Penggunaan perkataan yang terhad dalam penulisan. • Memberi terlalu banyak atau terlalu sedikit maklumat. • Penggunaan tanda bacaan yang tidak konsisten. Kesukaran dalam kemahiran menulis


Sukar untuk: mengira mengingat ayat matematik memahami nilai menganggar jarak memberitahu masa mencongak mengaplikasi konsep dan formula. Kesukaran dalam kemahiran matematik


1. Suka mengganti perkataan 2. Sering kali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari 3. Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri 4. Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor 5. Kesukaran mempelajari bahasa lain 6. Lemah dalam kefahaman Kesukaran dalam kemahiran membaca


Disleksia ialah satu keadaan kesukaran spesifik dalam pembelajaran merujuk kepada kesukaran mengeja dan membaca dan berkait rapat dengan masalah neurobiologi dan keturunan (The International Dyslexia Association, 2008). Murid yang mempunyai disleksia kebiasaannya mempunyai masalah fonologi bahasa dan pemahaman dalam bacaan seterusnya mengganggu perkembangan penguasaan bahasa.


Kementerian Pendidikan Malaysia Murid disleksia “murid yang mempunyai kesukaran atau ketidakbolehan individu menguasai kemahiran membaca walaupun telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran formal yang mencukupi sekurang-kurangnya 6 bulan”. (Manual Instrumen Senarai Semak Disleksia, 2011)


Disleksia Merupakan “masalah dalam membaca secara tepat dan lancar serta kefahaman dalam membaca”. (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder, 2013)


Merupakan “masalah dalam membaca secara tepat dan lancar serta kefahaman dalam membaca”. Disleksia merupakan paten dalam kemahiran membaca. (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder, 2013)


SARINGAN DAN ASSESSMENT MASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK DISLEKSIA


Diagnosis untuk disleksia memerlukan gabungan profesional seperti : Diagnostic test • Academic ax Psikologis klinikal • IQ assessment Terapi carakerja • Visual perception skills ax, cogntive ax, handwriting ax, motor skills ax Terapi pertuturan dan bahasa • Speech assessment in auditory comprehension, phonological awareness etc


Disleksia bukan sejenis penyakit yang boleh didiagnos melalui cara perubatan. Tidak memerlukan ujian darah dalam mendiagnosis seseorang individu dengan disleksia.


Saringan adalah penilaian awal yang lebih pendek, ringkas dan tidak formal untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mempunyai masalah dan memerlukan assessment atau program tertentu untuk mengatasi masalah tersebut.


INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA (ISD) OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN • Instrumen yang membantu guru mengesan murid yang mungkin mempunyai ciriciri kesukaran membaca atau disleksia. • Dilaksana oleh guru bahasa Melayu yang mengajar murid tersebut sekurang-kurangnya 6 bulan. • Hanya screening sahaja (pengesanan).


Assessment ialah penilaian yang lebih kompleks dan spesifik untuk mengetahui masalah kanak-kanak bagi merancang program atau intervensi yang sesuai dengan kanak-kanak tersebut. Assessment bagi kanak-kanak disleksia ialah assessment untuk kemahiran membaca.


Antara ujian penilaian (assessment) yang boleh digunakan dalam penilaian disleksia ialah seperti :


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK (DISLEKSIA)


Pendekatan Strategi Kaedah Teknik Aktiviti Al-Quran Teori


STRATEGI PENGAJARAN UNTUK MURID MASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK DISLEKSIA


Pembayang latar berwarna untuk membantu murid membaca dengan lebih berkesan (terutamanya mengurangkan kesan huruf bergerak-gerak pada latar kertas putih).


Bahan bantu mengajar berkonsepkan sensori untuk meningkatkan tumpuan dan ingatan murid semasa belajar mengeja dan membaca.


Komputer atau mesin taip bagi murid disleksia yang menghadapi masalah koordinasi motor dan kawalan mata tangan yang teruk semasa aktiviti kemahiran tulisan tangan.


Bahan bantuan visual dan audio visual seperti gambar atau video untuk membantu meningkatkan kefahaman murid disleksia dalam aspek bahasa dan pemahaman.


Menggunakan tetingkap ayat bagi mengurangkan gangguan visual semasa membaca teks yang panjang. READING WINDOW


Kaedah mengajar membaca yang pelbagai bagi memenuhi keperluan dan kekuatan murid disleksia untuk lebih memahami kaedah membaca. Contohnya adalah kaedah membaca secara fonik atau sensori.


Mengurangkan penggunaan perkataan dan teks Meringkaskan penerangan kepada bentuk ’point form’ atau kata kunci,


Memberikan arahan secara bertulis dan lisan Mengulang arahan bagi memastikan kefahaman murid dicapai


Menggunakan senarai semak tugasan untuk murid Memberikan nota selepas pengajaran kepada murid


Memberikan panduan dan contoh cara menjawab soalan dengan betul. Memberikan kelonggaran cara untuk menjawab soalan selain daripada cara bertulis. Ujian/ peperiksaan secara lisan


5 KAEDAH MENGAJAR MEMBACA MURID DENGAN MASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK DISLEKSIA


Dalam kaedah ini, setiap huruf mempunyai bunyi tersendiri, seperti :


Sesuai untuk murid yang auditori, suka mendengar atau menyanyi.


Sight words ialah perkataan yang sering muncul dalam sesuatu bahasa. Teknik pandang-sebut. ‘Sight words’ ini dihafal oleh murid tanpa perlu mengeja. Sesuai untuk murid jenis visual.


Teknik Orton Gilingham adalah pendekatan untuk mengajar membaca menggunakan rangsangan otak. Teknik ini diasaskan oleh Orton, seorang pakar fizik dan patologi, dan Gilingham, seorang pakar dalam psikologi dan pendidikan.Teknik ini merupakan gabungan beberapa kaedah sensori iaitu :


Teknik ini sangat sesuai digunakan untuk murid disleksia yang mempunyai masalah dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira.


Teknik Orton-Gilingham menggalakkan guru menggabungkan penggunaan kepelbagaian sensori untuk mengajar murid disleksia mengeja dan membaca. Kepelbagaian teknik sensori. Kreativiti guru amat diperlukan dalam mengajar murid disleksia untuk membaca kerana kemampuan murid disleksia berbeza bagi setiap individu.


Teknik Barton ialah teknik khas untuk mengajar murid disleksia membaca. Teknik ini dipengaruhi oleh teknik OrtonGilingham yang menggunakan kaedah kepelbagaian sensori. Teknik Barton ini mempunyai 10 tahap bagi mengajar membaca.


Antara kaedah mengajar membaca yang lain untuk murid dengan kesukaran membaca yang boleh dipraktikkan oleh guru ialah seperti :


Click to View FlipBook Version