The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vlizag8933, 2023-05-25 08:18:42

PDF DISLEKSIA BPKHAS KPM

PDF DISLEKSIA BPKHAS KPM 2023

Keywords: Disleksia

BAHAN PENGAJARAN UNTUK MURID MASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK DISLEKSIA


Guru meletakkan panduan kad huruf atau nombor di hadapan kelas atau meja agar mereka boleh menulis dan membentuk huruf dengan betul dan tidak terbalik.


Memberikan arahan yang mudah dan berstruktur. Guru dan ibu bapa perlu memberikan arahan satu persatu agar mereka boleh memproses maklumat dengan betul dan tepat.


Mempelbagaikan bentuk pembacaan agar tidak streotaip kepada satu kaedah sahaja. Sebagai contoh, membaca buku di komputer, kertas berwarna-warni, di atas permukaan daun, di atas pasir, di atas tepung dan lain-lain yang dirasakan sesuai dengan aktiviti pembelajaran.


Menggunakan komputer atau alat elektronik yang terkini bagi mengajar membaca. Guru dan ibu bapa seharusnya memperkemas pengetahuan dalam bidang teknologi dan aplikasi tertentu untuk kaedah pengajaran dan pembelajaran murid disleksia. Guru boleh keluar daripada dunia pensel dan kertas untuk mengajar murid disleksia membaca atau mengenal huruf dengan betul.


Letakkan kedudukan murid disleksia lebih dekat dengan guru atau di barisan hadapan agar murid disleksia lebih peka kepada guru yang berada pada jarak yang lebih dekat.


Menggunakan bantuan aplikasi audio dalam program membaca murid disleksia. Guru dan ibu bapa perlu mengetahui perisian-perisian terkini yang boleh membantu murid disleksia membaca sambil mendengar agar pemahaman terhadap pembacaan ditingkatkan.


Penilaian penulisan karangan untuk murid disleksia lebih difokuskan kepada isi kandungan dan jalan cerita yang mempunyai kesinambungan (coherency) yang baik berbanding pengejaan perkataan.


Guru meletakkan murid disleksia berpasangan dengan rakan yang boleh membantunya dalam tugasan akademik seperti mengingatkan untuk menyalin dan menyelesaikan tugasan sebelum guru keluar.


TAMAT Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version