191 viii. Perjanjian jual beli perisian ix. Jaminan perisian termasuk naik taraf x. Perkhidmatan selepas jualan. Baca dan nilai kertas cadangan daripada pembekal perisian Apabila kita mendapat kertas cadangan daripada pembekal perisian automasi, teliti dahulu kertas cadanganya.Apakah kertas cadangan yang diberikan kepada kita adalah sesuai dengan perancangan yang telah buat.Sekiranya sebahagian besar daripada maklumat yang ada adalah sama dengan perancangan kita, maka kita boleh menerima pembekal tersebut sebagai salah satu daripada pilihan.Penelitian kertas ini akan membawa kita kelangkah yang seterusnya.Jika kertas cadangan yang diberikan oleh pembekal labih banyak yang bercanggah daripada perancangan kita, maka tak perlulah kita memasukkan nama pembekal tersebut dalam langkah seterusnya. Bandingkan rupabentuk perisian yang ada dipasaran dengan keperluan yang kita perlukan dalam Pusat Sumber. Dalam langkah ini apa yang perlu kita lakukan ialah melawat sekolah-sekolah yang telah menggunakan perisian automasi.Melalui lawatan ini kita akan mendapat maklumat awal tentang rupabentuk sesuatu perisian.Rupabentuk perisian memainkan peranan yang penting dalam memastikan penggunaan yang cekap.Kalau rupabentuk perisian tersebut agak sukar untuk digunakan, maka pengurusan yang cekap tidak akan diperolehi.Kesukaran menggunakan perisian tersebut akan menyebabkan kita terpaksa mempelajari perisian tersebut dalam jangkamasa yang lama.Perisian yang mesra pengguna adalah satu pilihan yang tepat, kerana kita tidak memerlukan masa yang lama mempelajarinya.Perkara lain yang perlu diambil kira ialah susunatur menu,grafik dan warna .Warna yang terang sudah tentu akan menyebabkan mata kita cepat letih menggunakannya.Penggunaan grafik yang tepat seperti ikon akan mempercepatkan kita memudahkan kita menggunakan perisian tersebut.Bentuk menu yang mesra pengguna akan memudahkan kita menggunakan perisian tersebut. Menjemput pembekal berbincang mengenai proposal yang kita sediakan Satu langkah bijak yang harus kita laksanakan sebelum membuat pembelian ialah memanggil pembekal untuk berbincang mengenai proposal.Dalam perbincangan ini beberapa perkara yang mungkin kita terlepas pandang dalam proposal mungkin akan diberitahu oleh pembekal.Beberapa kemungkinan perubahan kepada proposal akan dilakukan berdasarkan hasil perbincangan ini. Meminta pembekal mengadakan demontrasi perisian Apabila kita berpuashati dengan hasil perbincangan dengan pembekal, bolehlah kita membuat temujanji untuk demontasi perisian disekolah.Bagi menghasilkan satu keputusan yang terbaik, seharusnya kita menjemput bersama dalam sessi ini ialah beberapa orang guru yang mahir dalam penggunaan komputer dan perisian.Mungkin dalam sessi demontrasi ini kita akan mendapat beberapa maklumat baru tentang kelemahan dan kelebihan perisian tersebut.Pastikan kita tidak membuat keputusan terburu-buru dalam sessi demontrasi ini.Biarkanlah pembekal menerangkan kesemua yang perlu diberitahu tentang perisiannya.Apabila selesai pastikan kita menjanjikan sesuatu keputusan yang pasti kepada pembekal tersebut.Adakan beberapa sessi ini dengan pembekal yang lain untuk menentukan kita membuat pilihan yang terbaik. Pastikan skim latihan yang disediakan
192 Satu perkara yang tidak boleh diambil mudah dalam pemilihan ialah latihan.Ini sangat penting kerana latihan yang bakal diberikan oleh pembekal akan memudahkan kita menggunakan perisian yang dibeli.Dalam sessi perbincangan dengan pembekal, pastikan kita bincangkan dengan lanjut mengenai latihan yang bakal diberikan jika perisian tersebut dibeli daripada pembekal tersebut.Latihan yang cukup dari pembekal akan memstikan kita dapat menggunakan perisian tersebut dengan cekap.Sesetengah pembekal ada menyediakan perisian latihan yang dibekalkan bersama dengan perisian yang dibeli.Ini adalah satu kelebihan yang harus kita fikirkan dalam menentukan pembelian perisian. Perjanjian jual beli perisian Adalah suatu yang jarang kita fikirkan dalam pembelian perisian iaitu adanya perjanjian.Perlu kita ingat bahawa perjanjian ialah satu kontrak bertulis diantara penjual dan pembeli.Segala butir-butir penting harus dimasukkan dalam kontrak iaitu; i. Harga perisian yang dibeli ii. Tempoh pembayaran perisian iii. Modul-modul yang terdapat dalam perisian yang dibeli iv. Tempoh latihan yang diberikan v. Jangkamasa jaminan perisian vi. Perkhimatan lepas jualan yang akan diperolehi vii. Naik taraf perisian Jaminan perisian termasuk naik taraf Jaminan perisian adalah satu perkara yang sangat penting dalam pembelian.Ini akan memastikan kita mendapat perlindungan dalam satu tempoh jangkamasa.Kerosakan perisian atau perkakasan akan menyebabkan kita menghadapi masalah sekiranya tiada jaminan ini.Naik taraf perisian juga penting sekiranya perisian perlu diubah.Kadangkala selepas kita menggunakan perisian tersebut barulah kita temui kekurangannya.Jika ada tempoh jaminan ini, maka kita boleh mendapat perkhidmatan naik taraf dengan percuma. Perkhidmatan selepas jualan. Dalam menggunakan suatu perisian yang baru, kita akan menghadapi pelbagai masalah sampingan.Untuk memastikan kita boleh mendapat perkhidmatan selepas jualan daripada pembekal, pastikan perkara ini dimasukkan dalam perjanjian.Perkhidmatan selepas jualan ini akan memudahkan kita mendapat perkhidmatan daripada pembekal dengan percuma.Bagi membolehkan kita mendapat perkhimatan lepas jualan yang berkualiti, pastikan pembekal perisian ini adalah pembekal yang berhampiran dengan sekolah kita.Jika sekolah kita berada diselangor dan syarikat yang membekal perisian berada diKelantan, sudah tentulah perkhidmatan selepas jualan agak sukar diperolehi.Melainkan jika pembekal mempunyai pusat perkhidmatan selepas jualan dikawsan berhampiran dengan sekolah kita. SENARAI VENDOR AUTOMASI PUSAT SUMBER SEKOLAH SOFTWARE TRADING Tel: 03-55410236 No. 4, Jalan Singa 20/D Fax: 03-55424523 Seksyen 20,40300 Shah Alam Selangor Darul Ehsan PERMATA SOFTWARE dotCOM Tel: 0342801407 No. 6-2,Jalan AU 1A/4C, Fax: 03-42801407
193 Taman Keramat Permai 54200 Kuala Lumpur MULTIPLE PORTFOLIO SDN. BHD. Tel: 04-4412515 No. 22A, Lengkok Cempaka 1, Fax: 04-4425516 Persiaran Cempaka, Bandar Amanjaya 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman APPLIED COMPUTER SYSTEMS SDN BHD Tel: 03-77284675 27A, Jalan SS 21/1A, Fax:03- 77285128 Damansara Utama,47400 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan INSTITUT IT GEMENCHEH Tel: 06-4319860 5083 Taman Regent Fax: 06-4319860 73200 Gemencheh Negeri Sembilan Darul Khusus PINTARAN IT SDN. BHD Tel: 03-27155833 17.01 17th Floor Fax: 03-27155933 Bangunan MAS Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur ASR SYNERGY SDN BHD Tel: 03-78047862 309 Block C, Glomac Business Centre, Fax:03-78046530 No. 10 Jln SS 6/1 Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan NVE Solutions Sdn. Bhd. Tel: 604-3975503 No 24, 1st Floor, Lorong Arowana 2 Fax:604-3975046 Arowana Business Centre 13500 Permatang Pauh Pulau Pinang
194 SURAT PERJANJIAN PEMBELIAN PERISIAN AUTOMASI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR. Pada hari ini………………bulan……………………………Tahun …………… yang bertanda tangan di bawah ini: 1. SMK. Sri Langat : Ketua Pentadbir sekolah ini bertindak sebagai penangungjawab di atas nama sekolah selanjutnya disebut sebagai PIHAK PERTAMA 2. ABC Trading Sdn Bhd : Syarikat yang bertanggungjawab sebagai penjual perisian automasi, selanjutnya disebut sebagai PIHAK KEDUA Kedua belah pihak secara bersama-sama telah sepakat mengadakan Perjanjian Jual Beli dengan ketentuan sebagai berikut: Pasal 1 PIHAK PERTAMA membeli perisian Automasi Pusat Sumber daripada PIHAK KEDUA dan PIHAK KEDUA bersetuju menjual perisian tersebut dengan modul minima iaitu . a. Material - Kemasukan data bahan buku dan bukan buku. b. Circulation - Pinjaman, Pemulangan, Tempahan dan Denda c. Catalogue - Kad Pengarang, Kad Judul dan Kad Pekara. d. Seaching - Pengarang, Penerbit, Judul, Pekara dan Jenis Media. Pasal 2 PIHAK PERTAMA bersetuju membeli perisian ini dengan HARGA yang ditawarkan sebanyak RM 1400.00 ( Ringgit Malaysia: Satu Ribu Empat Ratus Sahaja ) merangkumi; a) Perisian Automasi ePerpustakaan b) Barcode Scanner c) Barcode Label Pembayaran ini hendaklah dijelaskan dalam tempoh 60 hari dari tarikh perjanjian ini dengan 2 (dua ) kali pembayaran. Pasal 3 PIHAK KEDUA bersetuju menjual perisian dengan perkhidmatan selepas jualan yang ditawarkan seperti berikut: a. Jaminan perisian selama satu (1) tahun dari tarikh perjanjian. b. Membuat pemasangan perisian yang dijual ke dalam komputer pihak pertama. c. Memberikan latihan percuma selama lapan (8) jam atau satu (1) hari kepada dua (2) orang staff pihak pertama. d. Perkhidmatan lawatan sokongan teknikal sekurang-kurangnya sebanyak dua (2) kali dalam tempoh jaminan perisian. e. Perkhidmatan penambah baikkan perisian ( upgrading ) secara percuma dalam tempoh jaminan selama satu (1) tahun.
195 Pasal 4 Hak cipta perisian ini adalah milik PIHAK KEDUA dan PIHAK PERTAMA adalah di larang untuk membuat sebarang pemasangan perisian di luar pemisnya. Pasal 5 Surat Perjanjian ini dibuat tiga (3)rangkap, satu ditandatangani oleh PIHAK PERTAMA dan satu lainnya ditandatangani oleh PIHAK KEDUA dan salinan ketiga ditandatangani oleh pihak PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR atau WAKILNYA sebagai saksi kepada perjanjian ini. Pasal 6 Hal-hal yang tidak termaktub dalam perjanjian ini adalah di atas budi bicara PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA. PIHAK KEDUA PIHAK PERTAMA (………………………...……) ( ………………………………) PIHAK SAKSI (………………………...……)
196 Contoh Oleh Pustaka 14.0 PENGENALAN Pengautomasian Pusat Sumber Sekolah dibangunkan khusus untuk mengurus Pusat Sumber Sekolah bagi memanfaatkan keupayaan computer dalam pengurusan memproses bahan, mengurus dan merekodkan perolehan, mengurus dan merekodkan pinjaman dan pemulangan bahan secara sistematik. Sistem PUSTAKA telah dibangunkan oelh ASR Synergy Sdn Bhd. Sistem ini dibangunkan bersama dengan pelbagai pihak antaranya pendidik, guru perpustakaan, pustakawan bertauliah dan pakar pembangunan perisian tempatan. Perisian ini juga boleh beroperasi di dalam dua keadaan sama ada bersendirian (standalone) atau di dalam sesebuah rangkaian setempat ( local area network ) Sehingga kini Pusat Sumber Sekolah (PSS), Sekolah Kebangsaan Selayang Utama telah membina rangkaian setempat yang melibatkan 4 buah komputer. Ini bertujuan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses kemasukkan data bahan serta data murid. 14.1 SISTEM YANG DIGUNAKAN 14.1.1 PENGENALAN ASR Sdn Bhd telah membangunkan satu perisian perpustakaan / pusat sumber yang diberi nama PUSTAKA. Perisian Pustaka dibangunkan secara bersama dengan pelbagai pihak antaranya pendidik, guru perpustakaan, pustakawan bertauliah dan pakar pembangunan perisian tempatan. Perisian ini juga boleh beroperasi di dalam dua keadaan sama ada bersendirian ( standalone ) atau di dalam sesebuah rangkaian setempat ( local area network ) PUSTAKA merupakan satu perisian di institusi pendidikan yang mengandungi system pengurusan perpustakaan yang melibatkan proses peminjaman dan pemulangan buku perpustakaan, penyimpanan bahan-bahan digital dan penghasilan laporan bagi tujuan perancangan. Kesimpulannya, perisian PUSTAKA merupakan sebuah perisian yang mempermudahkan pengoperasian sesebuah perpustakaan/ pusat sumber dengan lebih efektif.
197 14.2 MENU SISTEM 14.2.1 Senibina Sistem Sistem ini dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu Pelayan ( Server ) dan Pengguna ( Klient) . Ia akan dihubungkan menggunakan satu rangkaian setempat (LAN) yang membolehkan sistem ini berinteraksi dalam pengoperasian sesebuah perpustakaan. Gambarajah sistem secara logical ditunjukkan seperti di bawah: Pengguna Rangkaian Keselamatan Modul Utama Pengguna 1 Pengguna 3 Pengguna n Pengguna 2 Intranet Tahap Capaian Keselamatan Data Pengkalan Data Pengurusan Keahlian Pengurusan Bahan Sistem Kod Bar Proses Transaksi Carian Laporan Bantuan
198 14.2.2 Reka bentuk Implmentasi Sistem 14.2.2.1 Secara fizikalnya implementasi perisian PUSTAKA di dalam persekitaran rangkaian setempat (LAN ) adalah seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah. 127.00.120.10 HKUSE 1 127.00.120.10 Pengguna Pengguna Pengguna Pengguna Pengguna 14.2.2.2 Komponen-kemponen yang ditunjukkan di atas merupakan perkakasan yang diperlukan bagi menjalankan operasi di sesebuah pusat sumber / perpustakaan yang menggunakan perisian PUSTAKA. Komponen-komponen tersebut terdiri daripada : A – Pelayan ( Server ) Keperluan Minima - Pentium II - OS Win 98/ME/2000/XP - 64 MB RAM - 50 MB HDD A C B B B
199 B – Pengguna ( Klient) Keperluan Minima - Pentium II - OS Win 98/ME/2000/XP - 64 MB RAM - 50 MB HDD - Pelayan Internet Explorer 5.0 C – Hub / Switch ( Pusat Sambungan ) Keperluan Minima - Persekitaran Rangkaian Setempat ( LAN ) - 8 Port 10/ 100 MB 14.2.2.3 Penerangan rajah implementasi PUSTAKA A – Pelayan ( Server ) Merupakan lapisan yang mengandungi pangkalan data sistem. Lapisan ini menyimpan jadual, atribut, hubungan dan rekod sistem. B – Pengguna ( Klient ) Lapisan pengguna perlu menggunakan computer sama ada Desktop PC, atau Notebook untuk berinteraksi dengan sistem ini. Komputer pelanggan perlu mempunyai sistem pengoperasian sama ada Microsoft Windows 98 atau Microsoft Windows 2000. Seterusnya computer tersebut perlu dirangkaian dengan system intranet ( LAN ). C – Hub ( Pusat Sambungan ) Merupakan lapisan yang menghubungkan di antara komputer kien dengan pelayan. Intranet digunakan sebagai protokol rangkaian. 14.2.3 Proses dan Pelaksanaan 14.2.3.1 Pelaksanaan Perisisan PUSTAKA edisi Lanjutan melibatkan proses di peringkat setempat ( Intranet ) menggunakan kaedah LAN. Proses ini akan melibatkan penggunaan teknologi pelayan – pelanggan ( klient server ). 14.2.3.2 Pelayan ( Server ) merupakan satu alat bertujuan merangkaikan pelanggan-pelanggan ( klient ) di dalam sesebuah rangkaian. Ia juga bertujuan menyimpan segala data-data yang di input masuk oleh para pelanggan. Pelayan mestilah dipasang dengan perisian PUSTAKA Fail. 14.2.3.3 Pelaksanaan PUSTAKA di setiap Pelanggan ( Klient ) melibatkan pemasangan perisisan di setiap komputer , kemasukan data oleh pustakawan dan dirangkaikan kepada Pelayan ( Server ) menggunakan kaedah LAN bagi keperluan bergabung dengan pelanggan yang lain. 14.2.4 Keistimewaan Sistem 14.2.4.1 Kebolehan Sistem
200 i. Pengurusan Keahlian Maklumat ahli yang terkini dan lengkap akan dimasukkan ke dalam pangkalan data. Selain daripada maklumat asas ahli seperti nama, alamat dan kelas, gambar ahli juga boleh dimasukkan ke dalam sistem di mana nombor ahli akan dijana secara automatik. Gambar ahli tersebut akan digunakan oleh modul percetakan kad ahli. Selain itu, apabila pelajar-pelajar tersebut meningkat tahun persekolahannya, ianya boleh dinaikkan tahap secara serentak dengan hanya menggunakan aplikasi yang ringkas dan mudah. ii. Kad Ahli Apabila semua maklumat tentang biodata, termasuk gambar ahli dimasukkan ke dalam pangkalan data, kad ahli akan terus boleh dipaparkan dengan menekan butang menu ahli dan memasukkan nombor ahli. Kad ahli boleh dijana dalam dua bentuk sama ada melantang atau menegak mengikut kesesuaian sebelum ianya dicetak. Kad ahli juga boleh dicetak dikedua-dua belah mukasurat. iii. Pengurusan Bahan Bahan di perpustakaan akan disimpan di dalam pangkalan data bahan / buku tersebut adalah tajuk, pengarang, penerbit dan beberapa lagi maklumat asas tentang bahan / buku tersebut termasuk juga maklumat tambahan iaitu kata kunci, abstrak isi kandungan, saiz, bilangan muka surat dan gambar buku. iv. Sistem Kod Bar Sistem barkod yang digunakan akan melancarkan petugas perpustakaan bagi melakukan transaksi peminjaman dan pemulangan buku. Setiap pelajar juga akan dilengkapi dengan kad pelajar atau kad perpustakaan bagi tujuan peminjaman dan pemulangan buku di perpustakaan. Dengan menggunakan sistem barkod ini petugas perpustakaan tidak perlu menaip atau mencatat butiran peminjaman atau pemulangan kerana maklumat yang lengkap akan disimpan oleh system dengan hanya mengimbas barkod pada buku serta kad perpustakaan pengguna. v. Proses Transaksi Transaksi terbahagi kepada dua iaitu peminjaman dan pemulangan. Proses peminjaman boleh dilaksanakan dengan pantas dengan adanya system kod bar. Ahli hanya perlu memberikan kad ahli dan bahan yang akan dipinjam kepada pustakawan untuk proses memasukkan butir-butir bahan / buku dan ahli ke dalam pangkalan data.
201 Proses Pemulangan bahan / buku adalah lebih mudah dan pantas lagi iaitu ahli hanya perlu membawa bahan / buku yang dipinjam sahaja tanpa perlu membawa kad ahli. Ini adalah kerana semua maklumat tentang transaksi ahli tersebut sebelum itu seperti peminjaman / pemulangan bahan /buku telahpun direkodkan di dalam pangkalan data termasuk juga maklumat tentang bahan / buku terakhir yang dipinjam oleh ahli tersebut. vi. Carian Berbilang Terminal Carian berbilang terminal membolehkan ramai pengguna membuat carian bahan dalam satu masa secara serentak. Bagi PUSTAKA, carian dilakukan secara intranet di perpustakaan di sesebuah sekolah atau institusi. Oleh itu pihak sekolah atau institusi boleh meletakkan terminal carian di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai sama ada di bilik guru, kantin, bilik darjah dan sebagainya. vii. Tahap Capaian ( Security ) Tahap capaian ini akan mengawal capaian / akses seseorang pegguna itu terhadap maklumat yang terdapat di dalam pangkalan data PUSTAKA. Sebagai contoh, jika ia masuk sebagai operator bahan, maka dia hanya boleh melakukan aktiviti yang melibatkan bahan sahaja. Dalam kes ini, hanya pentadbir system sahaja yang boleh melakukan kesemua aktiviti yang terdapat di dalam perisian PUSTAKA ini. viii. Laporan Laporan terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu laporan tentang ahli dan bahan / buku. Laporan ini akan dijana secara automatik dengan pengguna hanya perlu memilih criteria atau bentuk laporan yang dikehendaki. ix. Graf Graf merupakan satu modul yang boleh menghuraikan sesuatu maklumat secara gambarajah. Modul ini membolehkan pengguna memilih senarai graf maklumat yang ingin di perolehi menggunakan graf Bar 2D atau 3D atau Carta Pai. x. Bantuan Bantuan adalah satu bentuk tutorial atau panduan untuk rujukan pustakawan tentang penggunaan perisian PUSTAKA. Pustakawan atau pengguna mempunyai pilihan sama ada untuk membaca kesemua topic yang terdapat di dalam menu bantuan ataupun dengan memilih topic-topik tertentu melalui aplikasi carian. Menu ini juga amat berguna untuk rujukan pengguna baru yang tidak diberikan latihan secara formal tentang penggunaan PUSTAKA.
202 xi. Kemudahan Back-up Data Back – up data sangat penting kerana system berkomputer terdedah kepada risiko kerosakan media penyimpanan data. Oleh yang demikian dengan adanya kemudahan back-up data, data boleh disimpan pada media lain selain di dalam cakera keras ( hard disk ). Oleh yang demikian, sekiranya terdapat kerosakkan pada pangkalan data atau sistem, data yang sebenar boleh digunakan kembali tanpa perlu membuat kemasukkan data. 14.2.4.2 Kelebihan Perisian - Pengurusan sesebuah pusat sumber akan dapat dijalankan dengan lebih cekap, berkesan dan efisen. - Penjimatan mada dalam proses transaksi peminjaman / pemulangan. - Penjanaan laporan yang cepat dengan kesilapan minima dalam masa yang singkat. - Menaiktaraf penggunaan Teknologi Maklumat di sesebuah institusi.
203 BAB 15 PROGRAM BACAAN NILAM
204 BAB 15 PROGRAM BACAAN SEKOLAH PROGRAM BACAAN NILAM 1. Pengenalan Pelbagai program dan aktiviti membaca telah dan sedang dijalankan di sekolah-sekolah sehingga kini. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan satu program yang menggabungkan kesemua aktiviti membaca yang dinamakan NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca). NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca. 2. Matlamat Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dikalangan murid-murid. 3. Objektif 3.1 Menjadikan murid banyak membaca 3.2 Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca 4. Tahap NILAM 4.1 Tahap Pertama : JAUHARI 4.2 Tahap Kedua : RAKAN PEMBACA (RP) 5. Tahap Pertama : JAUHARI 5.1 Membina Kemahiran dan menanam minat membaca 5.2 Wajib kepada semua murid yang telah menguasai kemahiran asas membaca 5.3 Buku adalah dipinjam dari PSS, Perpustakaan Awam, Perpustakaan Desa, pinjaman daripada kawan dan hak persendirian. 5.4 Kemampuan murid membaca sepanjang tahun dapat diklasifikasikan seperti SR 1 dan SM 1 dalam lampiran 1 5.5 Sistem ganjaran JAUHARI 5.5.1 Berdasarkan kadar bacaan murid diberi pengiktirafan yang diterakan dalam Buku Rekod Kemajuan Murid, Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah 5.5.2 Pengiktirafan ini boleh digunakan sebagai Kriteria pemilihan ke sekolah kawalan, Sekolah Berasrama Penuh, Kelas Ekspress atau temuduga untuk penajaan. Cadangan pengiktirafan seperti lampiran 2. 6. Tahap Kedua : RAKAN PEMBACA 6.1 Mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca 6.2 Telah melepasi tahap satu dan telah membaca 100 buah buku 6.3 Markah direkod dalam buku khas. Format dicadangkan seperti lampiran 3 6.4 Cara perlaksanaan RAKAN PEMBACA
205 6.4.1 Proses di tahap RAKAN PEMBACA ini ialah pelajar menerima panduan daripada guru pembimbing yang dikhaskan untuk mereka. Dicadangkan 10 orang pelajar yang berkebolehan dibimbing oleh seorang guru. 6.4.2 Murid dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. Murid akan memilih dan meminjam buku dari Pusat Sumber Sekolah untuk dibawa pulang. Buku-buku ini akan dipinjam dan dibaca oleh rakan, keluarga dan jiran. 6.4.3 Pengiraan markah berdasarkan aktiviti yang dicadangkan seperti: Bercerita Membaca Bersama Bicara Buku Meminjam Buku 6.4.4 Cadangan markah bagi aktiviti seperti di atas ialah Bercerita 1 sesi x jumlah pendengar Membaca Bersama 1 sesi x jumlah pembaca Bicara Buku 1 sesi x jumlah pendengar Meminjam Buku 1 sesi x jumlah peminjam Contoh Kiraan Markah Bercerita 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah Membaca Bersama 1 sesi x 3 pembaca = 3 markah Bicara Buku 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah Meminjam Buku 1 sesi x 5 peminjam = 5 markah JUMLAH = 18 markah 6.4.5 Sistem Ganjaran RP Segala aktiviti RP yang dijalankan oleh murid direkodkan dalam buku khas, disemak dan dinilai oleh guru pembimbing yang ditentukan. Contoh anugerah yang diberi adalah seperti berikut: Markah Pengiktirafan 100 – 199 Gangsa 200 – 299 Perak 300 – 399 Emas 400 ke atas NILAM 7. Strategi Pelaksanaan 7.1 Satu buku panduan pelaksanaan program perlu disediakan mengikut kesesuaian sekolah. Perkara-perkara berikut perlu disediakan dengan jelas dalam buku panduan berikut: 7.1.1 Jenis aktiviti dan cara pelaksanaannya 7.1.2 Peranan warga sekolah 7.1.3 Penglibatan ibu bapa 7.1.4 Jenis bahan bacaan 7.1.5 Spesifikasi bacaan 7.1.6 Rekod Bacaan 7.1.7 Pengesanan dan penilaian 7.1.8 Lain-lain
206 7.2 Menubuhkan jawatankuassa Program Bacaan Sekolah 7.3 Mesyuarat Guru 7.4 Pengesanan dan penilaian program 7.5 Penyediakan bahan yang mencukupi adalah penting untuk keberkesanan dan kejayaan program 7.5.1 Buku Bacaan 7.5.2 Rekod Bacaan 7.5.3 Bahan Panduan 7.6 Penggredan Buku Penggredan bertujuan menentukan kesesuaian buku dengan tahap Kebolehan membaca murid-murid. Proses penggredan buku dijalankan seperti berikut: 7.6.1 JK Kerja menentukan kriteria menggred buku. Diantara perkara yang diambil kira ialah kesukaran perkataan yang digunakan, bidang ilmu dan muka surat. Penggredan berbeda diantara buku Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris 7.6.2 Buku yang digredkan perlu ditentukan cara mengenalinya. Cara yang mudah ialah dengan melekatkan tanda warna mengikut warna yang ditentukan oleh pihak sekolah. Tanda warna dilekatkan dikulit dan dikad pinjaman 8. Kawalan / Pengumpulan Data 8.1 Rekod Bacaan Individu 8.1.1 Rekod Bacaan disediakan sebagai dokumen pembacaan murid. Disamping itu pengisian rekod melatih murid mengingati pengarang dan judul buku yang dibaca. 8.1.2 Rekod Bacaan dibina dalam bentuk yang mudah diisi supaya tidak menjadi satu bebanan dan tidak memakan masa yang panjang membuat Catatan. Murid diberi peluang untuk menulis atau membuat lakaran. Diharapkan dengan cara ini mereka seronok merekod bacaan masing-masing. 8.2 Rekod Bacaan Kelas 8.2.1 Rekod Bacaan Kelas disediakan sebagai dokumen pembacaan setiap kelas untuk memudahkan pihak PSS dan jawatankuasa program bacaan membuat pemantauan. Rekod ini akan disimpan secara berpusat di PSS diakhir tahun bagi memudahkan pengesanan maklumat pembacaan terperinci apabila diperlukan. 8.3 Rekod Bacaan Sekolah 8.3.1 Rekod Bacaan Sekolah dibuat setiap akhir tahun. Segala maklumat mengenai pembacaan direkodkan dan dihantar ke PSPN Selangor ( Contoh-contoh rekod-rekod bacaan di atas seperti dilampirkan) 9. Pengisian Butiran Bacaan 9.1 Laporan butiran bacaan disediakan dengan: 9.1.1 Guru mengisi butiran bacaan ke dalam kad kemajuan setiap tahun berdasarkan entri dalam buku dalam maklumat bacaan yang telah disahkan 9.1.2 Sekiranya kad kemajuan murid tidak memperuntukkan ruang untuk merekod bacaan ini dengan menggunakan stamp dimana-mana ruang kosong di dalam kad kemajuan bagi setiap tahun persekolahan. Contoh stamp:
207 9.1.3 Pada akhir tahun persekolahan (Tahun 6/ Tingkatan 5 ) jumlah buku dihitung dan diberi anugerah mengikut ganjaran yang ditentukan. 9.1.4 Pencapaian keseluruhan dicatat ke dalam: Kad Kemajuan Surat Berhenti Sekolah Surat Akuan Sekolah 10. Dasar membaca NILAM 10.1JK Program Bacaan Sekolah PSPN Selangor telah menetapkan dasar membaca yang standard, iaitu membaca sebuah buku samada buku fiksyen atau bukan fiksyen. Bacaan ringan berbentuk majalah dan akhbar tidak dikira 10.2Buku fiksyen mesti dibaca sehingga selesai 10.3Buku bukan fiksyen hendak dibaca sebuah buku atau beberapa muka surat 10.4Bilangan buku yang dibaca adalah berdasarkan purata bilangan muka surat yang telah dibaca 10.5Bagi berlaku adil kepada semua murid atau pelajar pengiraan berdasarkan purata berikut: 10.5.1 Tahap 1 - 30 muka surat 10.5.2 Tahap 2 - 60 muka surat 10.5.3 Menengah Rendah - 100 muka surat 10.5.4 Menengah Atas - 150 muka surat 11. Contoh aktiviti Galakan Membaca 11.1Rekod Kreatif / Papan Pamer Kreatif, Khemah Membaca 11.2Program Cakna 11.310 minit Bersama Buku 11.4Gerak Buku 11.5KBKK Dalam Pembacaan SEKOLAH RENDAH Tahun Asas Sedehana Tinggi Tertinggi 1 9 x 1 = 9 18 x 1 = 18 18 x 1½ = 27 18 x 2 = 36 2 18 x 1 = 18 18 x 2 = 36 18 x 3 = 54 18 x 4 = 72 3 18 x 1 = 18 18 x 2 = 36 18 x 3 = 54 18 x 4 = 72 4 18 x 1 = 18 18 x 2 = 36 18 x 3 = 54 18 x 4 = 72 5 18 x 1 = 18 18 x 2 = 36 18 x 3 = 54 18 x 4 = 72 Projek NILAM (Tahap JAUHARI Tahun : _________________ Bilangan Buku Yang Dibaca : ______________ Pencapaian : Asas / Sederhana / Tinggi / Tertinggi Tanda tangan guru : ………………………………..
208 6 18 x ½ = 9 18 x 1 = 18 18 x 1½ = 27 18 x 2 = 36 Jumlah 90 180 270 360 JADUAL SR 1 SEKOLAH MENENGAH Tingkatan Asas Sedehana Tinggi Tertinggi 1 18 x 1 = 18 18 x 2 = 36 18 x 3 = 54 18 x 4 = 72 2 18 x 1 = 18 18 x 2 = 36 18 x 3 = 54 18 x 4 = 72 3 18 x ½ = 9 18 x 1 = 18 18 x 1½ = 27 18 x 2= 36 4 18 x 1 = 18 18 x 2 = 36 18 x 3 = 54 18 x 4 = 72 5 18 x ½ = 9 18 x 1 = 18 18 x 1½ = 27 18 x 2 = 36 Jumlah 72 144 216 288 JADUAL SM 1 18 = Pinjaman buku 2 minggu sekali bagi 36 minggu dalam setahun. Jumlah 36 minggu setahun ialah minggu persekolahan, tidak mengambil kira Minggu aktiviti sukan dan peperiksaan. Nota : Murid Tahun 6, tingkatan 3 dan Tingkatan 5 dianggap mempunyai peluang pada 6 bulan pertama untuk menyertai program ini dengan aktiviti diperlahankan pada 6 bulan kedua SEKOLAH RENDAH Jumlah Bacaan / Buku Pengiktirafan 90 – 179 Gangsa 180 – 269 Perak 270 – 359 Emas 360 keatas NILAM JADUAL SR 2 SEKOLAH MENENGAH Jumlah Bacaan / Buku Pengiktirafan 72 – 143 Gangsa 144 – 215 Perak 216 – 287 Emas 288 ke atas NILAM JADUAL SM 2
209 Contoh Kad Rakan Pembaca KAD MARKAH RAKAN PEMBACA RP Program NILAM NAMA : TAHUN / TINGKATAN : Bil Tarikh Aktiviti Bil. Buku / Sesi Jumlah: Pendengar / Pembaca / Peminjam Markah T.T Guru