1
Penulis:
Zainiah binti Mohamed Isa
Juppri bin Bacotang
Mazlina binti Che Mustafa
Nur Fatin binti Zainuddin
Azizuddin bin Kastari
Tahun Terbitan: 2018
Alamat:
Fakulti Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak
Malaysia
Penghargaan:
Modul ini merupakan dapatan kajian “Pembinaan Sebuah Modul untuk Pecutan Penguasaan
Asas Literasi bagi Kanak-kanak berumur 2+, 3+, dan 4+ Tahun” yang mendapat dana
daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Skim Geran Penyelidikan
Fundamental (FRGS), Kod Penyelidikan: 2013-0062-107-02.
Hak Cipta Terpelihara 2018 © LY2018001965
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian buku ini sama ada dalam
bentuk tulisan atau ilustrasi secara elektronik, fotokopi, mekanik dan lain-lain sebelum
mendapat kebenaran daripada penulis.
2
SENARAI KANDUNGAN
BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT
6
1.0 PENGENALAN 6
7
1.1 Kemahiran Literasi Awal 7
8
1.1.1 Bahasa dan Komunikasi 8
9
1.1.2 Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran 10
13
1.1.3 Fonemik dan Fonetik 15
16
1.1.4 Bacaan dan Kefahaman Naratif 17
19
1.1.5 Tulisan Awal 23
25
1.2 Senarai Aktiviti 28
31
1.3 Panduan Pelaksanaan Aktiviti 34
38
1.4 Kesimpulan 41
2.0 KOMPONEN 1.0: BAHASA DAN KOMUNIKASI 44
Aktiviti 1: Kawan Saya 45
50
Aktiviti 2: Huruf Pertama 53
56
Aktiviti 3: Emosi Saya 57
60
Aktiviti 4: Ahli Keluarga Saya 64
Aktiviti 5: Hidupan Laut
Aktiviti 6: Origami Perahu
Aktiviti 7: Kitaran Hidup Rama-rama
Aktiviti 8: Bahagian Kereta
Aktiviti 9: Cuci Tangan
3.0 KOMPONEN 2.0: KONSEP CETAKAN DAN CETAKAN
PERSEKITARAN
Aktiviti 10: Buku “Menu Saya”
Aktiviti 11: Haiwan di Laut
Aktiviti 12: Koleksi Haiwan Laut
Aktiviti 13: Binaan Nama
Aktiviti 14: Jangan Buang Sampah
Aktiviti 15: Memadan Label
Aktiviti 16: Bingo Huruf
3
Aktiviti 17: Peralatan Sekolah 67
Aktiviti 18: Ejalah Saya 69
4.0 KOMPONEN 3.0: FONEMIK DAN FONETIK 71
Aktiviti 19: Bunyi Haiwan 72
Aktiviti 20: Gelek Gajah 76
Aktiviti 21: Huruf Awal „b‟ 80
Aktiviti 22: Kotak Bunyi 83
Aktiviti 23: Bunyi Vokal 87
Aktiviti 24: Bentuk Huruf „c‟ 90
Aktiviti 25: Roda Impian 92
Aktiviti 26: Bobo 95
Aktiviti 27: Teka Perkataan 99
Aktiviti 28: Ikan di Laut 101
Aktiviti 29: Ayat Saya 104
5.0 KOMPONEN 4.0: BACAAN DAN KEFAHAMAN
NARATIF 108
Aktiviti 30: Keluarga Saya
Aktiviti 31: Puppet Stick Ahli Keluarga 109
Aktiviti 32: Rasa Sayang 112
Aktiviti 33: Gelang Si Paku Gelang 115
Aktiviti 34: Arnab dan Kura-kura 118
Aktiviti 35: Semut dan Belalang 121
Aktiviti 36: Tikus dan Singa 124
Aktiviti 37: Sang Kancil, Kerbau dan Buaya 128
6.0 KOMPONEN 5.0: TULISAN AWAL 131
Aktiviti 38: Mari Mewarna 136
Aktiviti 39: Lakaran Bentuk 137
Aktiviti 40: Nama Saya 141
Aktiviti 41: Ayam 143
Aktiviti 42: Topi Kelasi 146
Aktiviti 43: Apa Dalam Awan? 150
Aktiviti 44: Kereta Api 154
156
4
Aktiviti 45: Ini Ikan Saya. 159
Aktiviti 46: Tiket Bas 162
5
1.0 PENGENALAN
Sebelum ini penguasaan kanak-kanak dalam kemahiran membaca dan menulis dianggap
bermula semasa pengajaran membaca secara standard sama ada di prasekolah ataupun di
sekolah rendah. Namun, kebanyakan kajian menunjukkan pembelajaran kemahiran tersebut
merupakan proses perkembangan sejak awal umur lagi dan berlaku secara berterusan yang
dikenali sebagai kemahiran literasi awal. Kebiasaannya, kanak-kanak yang memasuki
prasekolah dengan pengalaman dan kemahiran literasi awal yang baik juga akan dapat
membaca dan menulis dengan baik. Ini banyak bergantung pada interaksi dan bimbingan
yang diperoleh kanak-kanak daripada golongan dewasa terutamanya ibu bapa dan pendidik.
Justeru, sebuah modul aktiviti kemahiran literasi awal untuk kanak-kanak telah
dibina yang dikenali sebagai Modul Literasi Awal (Modul Lit-A) untuk Kanak-kanak
berumur 4+ Tahun. Modul ini dibina khusus untuk kanak-kanak yang berumur 4 Tahun 3
bulan hingga 5 tahun 2 bulan. Modul ini dapat melengkapkan lagi Kurikulum PERMATA
Negara terutamanya dalam bidang pembelajaran Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan
Literasi Awal untuk kanak-kanak. Ini bermakna, modul ini bukan untuk menggantikan
kaedah pengajaran atau aktiviti yang sedia ada, tetapi merupakan sumber tambahan kepada
ibu bapa dan pendidik untuk mendedahkan kemahiran literasi awal kepada kanak-kanak
dengan lebih awal. Semoga modul ini dapat memberi nafas baharu dalam pembelajaran dan
pengajaran literasi awal bagi kanak-kanak di Malaysia.
1.1 Kemahiran Literasi Awal
Umumnya, kemahiran literasi awal merujuk pada pengetahuan, kemahiran, dan sikap kanak-
kanak tentang asas membaca dan asas menulis sebelum mereka diajar secara standard oleh
ibu bapa atau pendidik. Kebanyakan kajian mendapati, kemahiran literasi awal sesuai
diperkenalkan pada awal umur kanak-kanak lagi iaitu dalam lingkungan umur 2+ hingga 4+
tahun. Dalam Modul Lit-A untuk Kanak-kanak berumur 4+ Tahun, terdapat lima komponen
yang difokuskan iaitu bahasa dan komunikasi, konsep cetakan dan cetakan persekitaran,
fonemik dan fonetik, bacaan dan kefahaman naratif, dan tulisan awal. Kesemua komponen
tersebut pula mempunyai beberapa fokus tertentu yang disusun dari mudah ke susah
mengikut kesesuaian peringkat umur kanak-kanak. Pelaksanaan modul tersebut dijalankan
6
secara berperingkat-peringkat dan bersepadu antara komponen dengan fokus kemahiran
literasi awal. Ini seterusnya dapat meningkatkan tahap kemahiran literasi awal kanak-kanak
dengan lebih berkesan dan menyeluruh.
1.1.1 Bahasa dan Komunikasi
Perkembangan bahasa melibatkan beberapa kemahiran penting yang dapat membantu kanak-
kanak untuk mendengar dan memberi respon apabila orang lain bercakap, memahami makna
perkataan dan konsep, memperoleh maklumat baharu tentang objek, dan mengeluarkan idea
dan pandangan mereka sendiri dengan menggunakan bahasa tertentu. Komunikasi pula
merujuk pada pemindahan maklumat daripada seseorang kepada orang lain melalui
pertuturan, lisan, tulisan, dan bukan lisan (mata, tangan, ekspresi muka, dan bahasa badan).
Antara fokus komponen bahasa dan komunikasi yang ditekankan dalam Modul Lit-A untuk
Kanak-kanak berumur 4+ Tahun adalah seperti berikut;
i) Kemahiran mendengar dengan aktif dalam pelbagai situasi (soalan).
ii) Memberi tumpuan semasa perbualan / aktiviti.
iii) Memberi respon menggunakan mimik muka / bahasa badan.
iv) Penglibatan diri dalam perbualan (mengeluarkan pendapat / persoalan).
v) Penguasaan asas kosa kata (perbendaharaan kata yang diperoleh mengikut umur).
vi) Penguasaan bahasa (bertutur menggunakan bahasa lisan yang betul dan lancar).
vii) Berbahasa mengikut situasi / budaya / sopan-santun.
1.1.2 Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran
Konsep cetakan ialah pemahaman kanak-kanak tentang asas dan kegunaan cetakan,
pemahaman ciri-ciri dan bahagian buku, hubungan antara bunyi dengan huruf, dan
mengetahui fungsi cetakan. Cetakan persekitaran pula lebih merujuk pada simbol, tanda, atau
gambar yang terdapat di sekeliling kanak-kanak, misalnya simbol tandas, simbol, dan logo
makanan. Antara fokus komponen konsep cetakan dan cetakan persekitaran yang ditekankan
dalam Modul Lit-A untuk Kanak-kanak berumur 4+ Tahun adalah seperti berikut;
7
i) Penerokaan bahan bercetak (buku cerita).
ii) Fungsi buku (menunjukkan beberapa bahagian dan ciri buku seperti depan /
belakang / tajuk).
iii) Kefahaman gambar (membezakan antara cetakan dengan gambar).
iv) Peraturan cetakan (mengetahui arah bacaan).
v) Cetakan persekitaran (simbol).
vi) Pengetahuan cetakan teks (huruf / perkataan / frasa / ayat).
vii) Fungsi cetakan (menyedari fungsi cetakan yang membawa mesej).
1.1.3 Fonemik dan Fonetik
Fonemik didefinisikan sebagai kebolehan memanipulasi bunyi-bunyi huruf yang terdapat
dalam perkataan, dan memahami perkataan dibina daripada bunyi-bunyi tunggal yang
bergabung secara berurutan, misalnya “/a/, /y/, /a/, /m/ = ayam”. Fonetik pula merujuk pada
hubungan antara huruf dengan bunyi (fonem), misalnya “i-ikan”, dan “b-bola”. Dalam
konteks bahasa Melayu, pengajaran bacaan dimulakan dengan penyebutan fonetik setiap
bunyi huruf, kemudian penggabungan bunyi huruf menjadi suku kata dan perkataan. Antara
fokus komponen fonemik dan fonetik yang ditekankan dalam Modul Lit-A untuk Kanak-
kanak berumur 4+ Tahun adalah seperti berikut;
i) Mengenal pasti dan memanipulasi bunyi dalam persekitaran.
ii) Pengetahuan tentang bahasa berirama.
iii) Pengetahuan bunyi / nama huruf yang terdapat dalam abjad.
iv) Mengenal pasti hubungan antara bunyi dengan huruf.
v) Menyambung suku kata untuk membina perkatan.
vi) Membina atau mengeja perkataan / frasa / ayat mudah.
1.1.4 Bacaan dan Kefahaman Naratif
Apabila kanak-kanak belum dapat membaca, idea dan konsep diperoleh melalui kemahiran
mendengar dan interaksi individu. Setelah kanak-kanak dapat membaca, idea dan konsep
8
dapat dibina melalui interaksi dengan perkataan dalam teks. Ini bermakna kefahaman
merupakan proses mendapatkan makna daripada komunikasi sama ada melalui lisan, tulisan,
atau lambang-lambang tertentu. Kefahaman naratif pula merujuk pada proses membina
makna daripada aksi, pertuturan, dan teks dalam cerita dengan menghubungkan idea daripada
cerita dengan pengalaman sedia ada, menceritakan semula jalan cerita, dan mengetahui
perkataan baharu untuk memahami konsep tertentu. Antara fokus komponen bacaan dan
kefahaman naratif yang ditekankan dalam Modul Lit-A untuk Kanak-kanak berumur 4+
Tahun adalah seperti berikut;
i) Minat membaca / mendengar cerita.
ii) Memperkenalkan sastera atau budaya tempatan (lagu).
iii) Memahami cerita (meramal / menghubungkan dengan pengalaman atau pengetahuan /
menceritakan semula).
iv) Melakukan aktiviti membaca (bacaan bersama).
v) Respons terhadap bahan bacaan (aktiviti lanjutan).
1.1.5 Tulisan Awal
Tulisan awal ialah usaha kanak-kanak menggunakan tulisan untuk berkomunikasi melalui
penghasilan teks simbolik dalam cara yang bermakna. Misalnya, menghasilkan contengan,
lakaran, lukisan, peniruan gambar, dan seterusnya menulis huruf. Tulisan awal juga
melibatkan kanak-kanak secara aktif dalam mengenal dan menggunakan pelbagai alat tulis
seperti pensil, warna, dan pemadam. Antara fokus komponen tulisan awal yang ditekankan
dalam Modul Lit-A untuk Kanak-kanak berumur 4+ Tahun adalah seperti berikut;
i) Menggunakan alat tulis.
ii) Contengan / lakaran / lukisan yang bermakna kepada kanak-kanak.
iii) Meniru tulisan / gambar.
iv) Teknik menulis (mengetahui titik mula, arah, dan kedudukan tulisan).
v) Membina / menulis nama sendiri.
9
vi) Tulisan rekaan (tulisan rekaan yang difahami oleh kanak-kanak sebelum menguasai
tulisan standard).
vii) Menulis huruf / suku kata / perkataan / frasa / ayat mudah.
viii) Menulis untuk pelbagai tujuan (puisi / cerita / pengalaman).
1.2 Senarai Aktiviti
Modul Lit-A untuk Kanak-kanak berumur 4+ Tahun mengandungi 46 aktiviti yang disusun
mengikut komponen dan fokus seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 berikut;
10
Jadual 1:
Senarai Aktiviti Modul Lit-A untuk Kanak-kanak berumur 4+ Tahun
KOMPONEN FOKUS NAMA AKTIVITI
1.1: Kemahiran mendengar dengan aktif dalam
1.0: Bahasa pelbagai situasi (soalan). 1. Kawan Saya
dan 1.2: Memberi tumpuan semasa perbualan / aktiviti.
Komunikasi 1.3: Memberi respon menggunakan mimik muka / 2. Huruf Pertama
bahasa badan.
2.0: Konsep 3. Emosi Saya
Cetakan dan 1.4: Penglibatan diri dalam perbualan (mengeluarkan
Cetakan pendapat / persoalan). 4. Ahli Keluarga
Persekitaran Saya
1.5 Penguasaan asas kosa kata (perbendaharaan kata
3.0: Fonemik yang diperoleh mengikut umur). 5. Hidupan Laut
dan Fonetik 6. Origami Perahu
1.6: Penguasaan bahasa (bertutur menggunakan 7. Kitaran Hidup
bahasa lisan yang betul dan lancar).
1.7: Berbahasa mengikut situasi / budaya / sopan- Rama-rama
santun. 8. Bahagian
2.1: Penerokaan bahan bercetak (buku cerita). Kereta
2.2: Fungsi buku (menunjukkan beberapa bahagian 9. Cuci Tangan
dan ciri buku seperti kulit depan / belakang / tajuk).
2.3: Kefahaman gambar (membezakan antara cetakan 10. Buku “Menu
dengan gambar). Saya”
2.4: Peraturan cetakan (mengetahui arah bacaan).
11. Haiwan di Laut
2.5: Cetakan persekitaran (simbol).
12. Koleksi
2.6: Pengetahuan cetakan teks (huruf / perkataan / Haiwan Laut
frasa / ayat).
13. Binaan Nama
2.7: Fungsi cetakan (menyedari fungsi cetakan yang 14. Jangan Buang
membawa mesej).
3.1: Mengenal pasti dan memanipulasi bunyi dalam Sampah
persekitaran. 15. Memadan
3.2: Pengetahuan tentang bahasa berirama.
3.3: Pengetahuan bunyi / nama huruf yang terdapat Label
dalam abjad. 16. Bingo Huruf
17. Peralatan
3.4: Mengenal pasti hubungan antara bunyi dengan
huruf. Sekolah
3.5: Menyambung suku kata untuk membina 18. Ejalah Saya
perkatan.
19. Bunyi Haiwan
3.6: Membina atau mengeja perkataan / frasa / ayat
mudah. 20. Gelek Gajah
21. Huruf Awal „b‟
22. Kotak Bunyi
23. Bunyi Vokal
24. Bentuk Huruf
„c‟
25. Roda Impian
26. Bobo
27. Teka Perkataan
28. Ikan di Laut
29. Ayat Saya
11
4.0: Bacaan 4.1: Minat membaca / mendengar cerita. 30. Keluarga Saya
dan 31. Puppet Stick
Kefahaman 4.2: Memperkenalkan sastera atau budaya tempatan
Naratif (lagu). Ahli Keluarga
32. Rasa Sayang
5.0: Tulisan 4.3: Memahami cerita (meramal / menghubungkan 33. Gelang Si Paku
Awal dengan pengalaman atau pengetahuan / menceritakan
semula). Gelang
34. Arnab dan
4.4: Melakukan aktiviti membaca (bacaan bersama).
Kura-Kura
4.5: Respons terhadap bahan bacaan (aktiviti 35. Semut dan
lanjutan).
Belalang
5.1: Menggunakan alat tulis. 36. Tikus dan
5.2: Contengan / lakaran / lukisan yang bermakna
kepada kanak-kanak. Singa
5.3: Meniru tulisan / gambar. 37. Sang Kancil,
5.4: Teknik menulis (mengetahui titik mula, arah, dan
kedudukan tulisan). Kerbau dan
Buaya
5.5: Membina / menulis nama sendiri. 38. Mari Mewarna
5.6: Tulisan rekaan (tulisan rekaan yang difahami 39. Lakaran Bentuk
oleh kanak-kanak sebelum menguasai tulisan
standard). 40. Nama Saya
5.7: Menulis huruf / suku kata / perkataan / frasa /
ayat mudah. 41. Ayam
5.8: Menulis untuk pelbagai tujuan (puisi / cerita /
pengalaman). 42. Topi Kelasi
43. Apa Dalam
Awan?
44. Kereta Api
45. Ini Ikan Saya.
46. Tiket Bas
12
1.3 Panduan Pelaksanaan Aktiviti
Modul Lit-A untuk Kanak-kanak berumur 4+ Tahun mengandungi 46 aktiviti yang dibina
dalam bentuk rancangan pelaksanaan aktiviti (RPA). Setiap RPA tersebut dibina dengan
menggunakan bahasa yang jelas dan mempunyai urutan arahan yang mudah diikuti oleh ibu
bapa atau pendidik.
Antara berikut merupakan panduan pelaksanaan bagi setiap aktiviti yang terdapat
dalam modul ini;
i) Setiap RPA dalam modul ini hanya merupakan cadangan awal daripada penulis
sahaja. Ibu bapa atau pendidik tidak perlu terikat dan mengikut sepenuhnya, tetapi
pelaksanaannya bergantung pada budi bicara dan kebijaksanaan mereka supaya
bersesuaian dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman, dan minat kanak-kanak.
ii) Ibu bapa atau pendidik perlu menjalankannya secara fleksibel dan tidak terhad dalam
tempoh masa yang tetap bagi memastikan kanak-kanak mempunyai kebebasan dan
masa yang mencukupi untuk melengkapkan pelaksanaan setiap aktiviti dalam modul
ini.
iii) Kebiasaannya, setiap aktiviti dalam modul ini dijalankan sekurang-kurangnya dalam
masa 20 hingga 30 minit.
iv) Modul ini tidak semestinya dilaksanakan dalam bentuk yang berstruktur atau formal.
v) Ibu bapa atau pendidik perlu memastikan semua kanak-kanak mendapat peluang yang
sama untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti dalam modul ini sama ada dijalankan
secara individu atau kumpulan.
vi) Terdapat beberapa prinsip pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan kanak-
kanak, ibu bapa, pendidik, dan persekitaran yang ditekankan dalam pelaksanaan
modul ini seperti dalam Jadual 2.
vii) Ibu bapa atau pendidik juga boleh menjalankan setiap aktiviti berdasarkan cadangan
jadual pelaksanaan aktiviti supaya lebih sistematik dan teratur seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 3.
13
Jadual 2:
Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran
Modul Lit-A untuk Kanak-kanak berumur 4+ Tahun
BIL. PIHAK PRINSIP
1. Kanak-kanak 1. Setiap kanak-kanak unik dan berpotensi.
2. Ibu Bapa 2. Penglibatan kanak-kanak secara aktif.
3. Kebebasan dalam memilih bahan.
3. Pendidik 4. Kesaksamaan dalam memperoleh ilmu.
5. Perancangan pembelajaran individu.
4. Persekitaran
1. Penglibatan ibu bapa dan keluarga.
2. Penyediaan persekitaran membaca di rumah.
3. Amalan rutin membaca harian.
1. Bersepadu
2. Menyeronokkan
3. Belajar melalui bermain.
4. Menggalakkan kreativiti.
5. Penilaian berterusan.
6. Keseimbangan antara pembelajaran secara bimbingan dengan
penerokaan.
7. Peluang untuk pengayaan dan keperluan untuk pemulihan awal.
8. Penggunaan media yang pelbagai.
9. Kepelbagaian teknik pembelajaran.
10. Bermula dengan pengetahuan sedia ada dan berterusan.
1. Menjamin kesejahteraan kanak-kanak supaya rasa diterima.
2. Suasana yang ceria dan memberangsangkan.
3. Orang dewasa sebagai role model.
4. Menghargai kepelbagaian agama dan budaya.
5. Suasana pembelajaran yang kondusif (persekitaran yang
menyokong kurikulum).
6. Penghayatan literasi sepanjang hayat.
14
Jadual 3:
Cadangan Pelaksanaan
Modul Lit-A untuk Kanak-kanak berumur 4+ Tahun
MINGGU HARI KOMPONEN NAMA CATATAN
AKTIVITI
ISNIN 1.0: Bahasa dan Komunikasi
SELASA 2.0: Konsep Cetakan dan Sila rujuk
Cetakan di Persekitaran senarai aktiviti
dalam Senarai
1 RABU 3.0: Fonemik dan Fonetik Kandungan atau
KHAMIS 4.0: Bacaan dan Kefahaman Jadual 1.
Naratif
JUMAAT 5.0: Tulisan Awal
PERHATIAN:
Sekurang-kurangnya satu aktiviti mengikut komponen perlu dijalankan oleh ibu bapa atau
pendidik dalam sehari.
Ibu bapa atau pendidik memilih aktiviti mengikut susunan senarai aktiviti yang telah
ditetapkan mengikut komponen dan fokus dari mudah ke susah.
Susunan komponen mengikut hari dalam Jadual 3 diulang bagi minggu yang seterusnya
sehingga semua aktiviti dapat dilaksanakan oleh ibu bapa atau pendidik.
Namun, ini hanya CADANGAN sahaja. Ibu Bapa atau pendidik boleh melaksanakan
aktiviti mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing, asalkan semua aktiviti
dapat dilaksanakan kepada kanak-kanak.
1.4 Kesimpulan
Kemahiran literasi awal harus dipupuk dalam kalangan kanak-kanak sejak awal usia mereka
lagi sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui perancangan yang dilakukan oleh
ibu bapa dan pendidik. Ini kerana kemahiran literasi awal merupakan landasan penguasaan
membaca dan menulis kanak-kanak pada masa hadapan. Kesemua komponen kemahiran
literasi awal yang mempunyai beberapa fokus tertentu perlu dibangunkan secara
berperingkat-peringkat dan bersepadu terhadap kanak-kanak. Ini seterusnya dapat
melengkapkan kanak-kanak dengan kemahiran literasi awal yang baik bagi menempuh dunia
literasi yang lebih standard sama ada di prasekolah mahupun di sekolah rendah.
15
KOMPONEN 1.0:
BAHASA DAN KOMUNIKASI
16
Aktiviti 1 Kawan Saya
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Diri Saya
Sub Tema Anggota Badan
Komponen 1.0 Bahasa dan Komunikasi
Fokus 1.1 Kemahiran Mendengar Dengan Aktif Dalam Pelbagai Situasi
(Arahan / Cerita / Muzik / Ritma / Lagu / Puisi)
Kesepaduan 5.2 Contengan / Lakaran / Lukisan yang Bermakna Kepada Kanak-
Kanak
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Menyebut nama beberapa rakan mereka.
b) Menulis nama mereka dengan bimbingan pendidik.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Kertas.
b) Kad Abjad
c) Krayon.
Kosa Kata: nama kawan.
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik menunjukkan gambar dua kanak-kanak yang berkawan
baik.
2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang kawan baik
mereka.
Perkembangan 1. Pendidik meminta seorang kanak-kanak untuk ke depan.
2. Pendidik bertanyakan nama kanak-kanak tersebut dan meminta
kanak-kanak mengambil huruf pertama namanya dari kad abjad.
3. Kanak-kanak menyebut nama huruf tersebut.
4. Pendidik meminta kanak-kanak duduk dengan kawan baik masing-
masing.
17
Penutup 5. Kanak-kanak mencari kad abjad huruf nama masing-masing.
6. Seterusnya, kanak-kanak mencari kad abjad nama kawan mereka
Pengayaan
Pengukuhan pula.
7. Kanak-kanak menulis nama mereka di atas kertas menggunakan
krayon dengan bimbinngan pendidik.
1. Pendidik bersoal jawab tentang hasil kerja kanak-kanak.
2. Kanak-kanak menyebut semula nama sendiri dan nama kawan baik
mereka.
Kanak-kanak mencantumkan abjad yang terdapat dalam nama mereka.
Kanak-kanak mengeja nama mereka dengan bimbingan pendidik.
18
Aktiviti 2 Huruf Pertama
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Haiwan
Sub Tema Haiwan Ternakan
Komponen 1.0 Bahasa dan Komunikasi
Fokus 1.2 Memberi Tumpuan Semasa Perbualan / Aktiviti
Kesepaduan 3.4 Mengenal Pasti Hubungan Antara Bunyi Dengan Huruf
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Memadankan gambar haiwan dengan huruf awal yang betul (a- ayam, b- burung, i-
ikan).
b) Menyebut bunyi huruf pertama bagi setiap nama haiwan.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Kad imbasan perkataan dan gambar haiwan seperti ayam, burung dan ikan.
b) Kad imbasan huruf awalan.
c) Audio bunyi haiwan.
Kosa Kata: ayam, burung, ikan.
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi Kanak-kanak menjawab teka-teki tentang haiwan berdasarkan bunyi
haiwan diperdengarkan oleh pendidik.
Perkembangan 1. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang ciri-ciri
haiwan dan habitatnya.
2. Pendidik menunjukkan kad imbas haiwan dan bertanya kanak-
kanak huruf pertama bagi nama haiwan tersebut.
3. Langkah 1 dan 2 diulang dengan memberikan contoh haiwan yang
lain.
4. Pendidik meminta kanak-kanak memadankan kad imbasan haiwan
dengan permulaan huruf yang betul.
Penutup Kanak-kanak menyebut semula bunyi huruf pertama nama haiwan.
19
Pengayaan Kanak-kanak mengeja nama haiwan dengan bimbingan pendidik.
Pengukuhan Kanak-kanak menulis huruf pertama nama haiwan dengan bimbingan
pendidik.
20
LAMPIRAN:
Contoh Kad Imbasan Gambar & Perkataan Haiwan
ayam burung
21
Contoh kad Imbasan Huruf Awal
ab
22
Aktiviti 3 Emosi Saya
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Diri Saya
Sub Tema Emosi
Komponen 1.0 Bahasa dan Komunikasi
Fokus 1.3 Memberi Respon Menggunakan Mimik Muka / Bahasa Badan
Kesepaduan 2.5 Cetakan Persekitaran (Simbol / Logo / Huruf / Nombor)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Menunjukkan jenis emosi yang mereka alami seperti gembira / sedih / marah.
b) Menyatakan sebab emosi yang mereka alami.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Kad imbasan emosi seperti gembira, sedih dan marah.
Kosa Kata: gembira, sedih dan marah.
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi Kanak-kanak bermain permainan bebas di dalam bilik darjah selama 5
minit.
Perkembangan 1. Pendidik bersoal jawab kepada kanak-kanak tentang emosi yang
mereka alami, contoh:
a) Apa yang kamu rasa semasa bermain tadi?
2. Pendidik menunjukkan kad imbasan emosi kepada kanak-kanak.
3. Kanak-kanak menunjukkan gambar berdasarkan emosi yang
mereka alami.
4. Kanak-kanak menyatakan sebab mereka mengalami emosi
tersebut.
Penutup Kanak-kanak membuat semula mimik muka emosi seperti yang disebut
oleh pendidik.
Pengayaan Kanak-kanak melukis emosi yang dirasai pada hari itu.
Pengukuhan Kanak-kanak bersoal jawab tentang emosi mereka pada hari itu.
23
LAMPIRAN:
Contoh Kad imbasan Emosi
gembira sedih
24
Aktiviti 4 Ahli Keluarga Saya
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Diri Saya
Sub Tema Keluarga Saya
Komponen 1.0 Bahasa dan Komunikasi
Fokus 1.4 Penglibatan Diri Dalam Perbualan (Mengeluarkan Pendapat /
Persoalan)
Kesepaduan 5.2 Contengan / Lakaran / Lukisan yang Bermakna Kepada Kanak-
Kanak
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Menyebut nama ahli keluarga seperti ayah, ibu, abang, kakak dan adik.
b) Melukis gambar ahli keluarga.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Boneka jari (ahli keluarga).
b) Video „Finger Family’.
c) Kertas lukisan.
d) Warna krayon.
Kosa Kata: keluarga, ayah, ibu, abang, kakak dan adik.
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik duduk sambil menyembunyikan jari di belakang.
2. Kanak-kanak meneka apa yang disembunyikan oleh pendidik.
3. Pendidik mengeluarkan puppet jari yang terdapat di jari pendidik.
4. Kanak-kanak dan pendidik menyanyikan lagu „Finger Family’
sambil bermain puppet jari.
Perkembangan 1. Pendidik berbual dengan kanak-kanak tentang ahli keluarga seperti
ayah, ibu, abang, kakak dan adik.
2. Kanak-kanak bercerita tentang keluarga mereka (ayah, ibu, abang,
kakak dan adik).
25
Penutup 3. Kanak-kanak melukis gambar ahli keluarga mereka.
1. Kanak-kanak bercerita tentang lukisan gambar ahli keluarga.
Pengayaan 2. Pendidik memuji hasil kerja kanak-kanak.
Pengukuhan Kanak-kanak bermain finger puppet “keluarga” secara bersendirian.
Kanak-kanak menceritakan ahli keluarga mereka berdasarkan gambar
ahli keluarga mereka yang sebenar.
26
LAMPIRAN:
Contoh Finger Puppet Keluarga
Contoh Lukisan Kanak-kanak tentang Ahli Keluarga
27
Aktiviti 5 Hidupan Laut
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Haiwan
Sub Tema Haiwan Laut
Komponen 1.0 Bahasa dan Komunikasi
Fokus 1.4 Penglibatan Diri dalam Perbualan (Mengeluarkan Pendapat /
Persoalan)
Kesepaduan 5.2 Contengan / Lakaran / Lukisan yang Bermakna Kepada Kanak-
Kanak
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Bersoal jawab tentang jenis hidupan laut yang terdapat dalam gambar.
b) Mewarnakan gambar hidupan laut mengikut kreativiti sendiri.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Video Laut.
https://www.youtube.com/watch?v=CCEyW_q9AM4
b) Gambar hidupan laut.
http://www.gambar-abc.com/2014/11/ikan-laut.html
c) Krayon.
d) Pensel warna.
Kosa Kata: hidupan laut.
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik menunjukkan video „Haiwan Laut‟ kepada kanak-kanak.
2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang video
tersebut.
Perkembangan 1. Pendidik menunjukkan dan menerangkan cara mewarna lukisan
gambar hidupan laut kepada kanak-kanak.
2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang jenis hidupan
laut yang terdapat dalam gambar tersebut.
28
Penutup 3. Kanak-kanak mewarna gambar lukisan hidupan laut mengikut
kreativiti masing-masing.
Pengayaan
Pengukuhan 4. Kanak-kanak mempamerkan dan menceritakan hasil kerja masing-
masing.
1. Kanak-kanak bersoal jawab semula dengan pendidik tentang
hidupan laut berdasarkan hasil kerja kanak-kanak.
2. Kanak-kanak menampal hasil kerja mereka pada sudut kreativiti
dengan bimbingan pendidik.
Kanak-kanak mencari maklumat tentang hidupan laut di dalam buku
ataupun di internet.
Kanak-kanak meneroka hidupan laut yang sebenar seperti ikan dalam
akuarium.
29
LAMPIRAN:
Contoh Gambar Hidupan Laut
30
Aktiviti 6 Origami Perahu
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Kenderaan
Sub Tema Kenderaan Air
Komponen 1.0 Bahasa Dan Komunikasi
Fokus 1.5 Penguasaan Asas Kosa Kata (Perbendaharaan Kata yang Diperolehi
Mengikut Umur)
Kesepaduan 1.2 Memberi Tumpuan Semasa Perbualan / Aktiviti
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Berinteraksi antara satu sama lain semasa menjalankan aktiviti.
b) Membina origami perahu dengan bimbingan pendidik.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Kertas warna.
b) Besen air.
c) Cara membuat origami perahu.
http://ragammain.xahzgs.com/2015/09/cara-membuat-origami-perahu-untuk-
anak.html
d) Video lagu.
https://www.youtube.com/watch?v=J-SwmZvAr_0
Kosa Kata: perahu, origami, besen, air dan kertas.
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik menunjukkan video lagu tentang perahu kepada kanak-
kanak.
2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang perahu.
Perkembangan 1. Pendidik menerangkan dan menunjukkan cara-cara membuat
origami perahu.
2. Kanak-kanak membuat origami perahu dengan bimbingan
pendidik.
31
Penutup 3. Pendidik membawa besen berisi air untuk mengapungkan origami
Pengayaan perahu yang telah dibuat oleh kanak-kanak.
Pengukuhan
4. Kanak-kanak bermain perahu bersama dengan rakan mereka.
5. Kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain semasa bermain
perahu.
Kanak-kanak menceritakan semula pengalaman semasa bermain
perahu dengan rakan mereka.
Kanak-kanak membuat origami bentuk lain dengan bimbingan
pendidik.
Kanak-kanak melukis dan mewarna perahu dengan bimbingan
pendidik.
32
LAMPIRAN:
Contoh Cara-cara Membuat Perahu
33
Aktiviti 7 Kitaran Hidup Rama-rama
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Haiwan
Sub Tema Serangga
Komponen 1.0 Bahasa Dan Komunikasi
Fokus 1.5 Penguasaan Asas Kosa Kata (Perbendaharaan Kata yang Diperolehi
Mengikut Umur)
Kesepaduan 4.3 Memahami Cerita (Meramal / Menghubungkan Dengan
Pengalaman atau Pengetahuan / Menceritakan Semula)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Menceritakan proses kejadian rama-rama.
b) Melengkapkan carta kitaran hidup rama-rama.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Carta kitaran hidup rama-rama yang lengkap.
b) Carta kitaran hidup rama-rama yang tidak lengkap.
c) Lirik lagu „Rama-rama‟
d) Audio lagu “Rama-rama”.
Kosa Kata: ulat, rama-rama, pupa, larva dan kepompong.
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik menyanyikan lagu „Rama-rama‟ sambil membuat
pergerakan kreatif.
2. Kanak-kanak menyanyikan lagu lagu „Rama-rama‟ sambil
membuat pergerakan kreatif bersama-sama dengan pendidik.
Perkembangan 1. Pendidik menunjukkan carta kitaran hidup rama-rama kepada
kanak-kanak.
2. Pendidik menerangkan proses kitaran hidup rama-rama kepada
kanak-kanak.
3. Kanak-kanak menyebut proses kitaran hidup rama-rama satu demi
34
Penutup satu mengikut urutan.
Pengayaan 4. Kanak-kanak melengkapkan carta kitaran hidup rama-rama yang
Pengukuhan
kosong.
Kanak-kanak menyanyikan semula lagu rama-rama sambil membuat
pergerakan kreatif bersama-sama dengan pendidik.
Kanak-kanak melengkapkan carta kitaran hidup haiwan yang lain
seperti katak dan ikan.
Kanak-kanak mewarna gambar rama-rama mengikut kreativiti sendiri.
35
LAMPIRAN:
Lirik Lagu „Rama-rama‟
Dari Ulat Jadi Kepompong,
Tidur Nyenyak Dalam Kelongsong,
Cukup Masa Kelongsong Pecah,
Pom! Pom! Jadilah Rama-Rama Yang Indah,
Rama-Rama Terbang Merata,
Hisap Madu Di Pohon Bunga
Sungguh Cantik Aneka Warna,
Tapi Sayang Hidup Tak Lama.
36
Contoh Carta Kitaran Hidup Rama-rama
37
Aktiviti 8 Bahagian Kereta
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Kenderaan
Sub Tema Kenderaan Darat
Komponen 1.0 Bahasa Dan Komunikasi
Fokus 1.6 Penguasaan Bahasa (Bertutur Menggunakan Bahasa Lisan yang
Betul dan Lancar)
Kesepaduan 3.2 Pengetahuan Tentang Bahasa Berirama / Lagu
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Menyebut beberapa bahagian kereta seperti tayar, lampu dan cermin.
b) Menyanyikan lagu „Bapaku Pulang‟ sambil membuat pergerakan kreatif.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Model kereta / kereta sebenar.
b) Lirik lagu „Bapaku Pulang‟.
c) Audio lagu „Bapaku Pulang‟.
https://www.youtube.com/watch?v=GHMKFSTJ9zY
Kosa Kata: kereta, tayar, lampu dan cermin.
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik menyanyikan lagu “Bapaku Pulang” sambil membuat
pergerakan kreatif kepada kanak-kanak.
2. Kanak-kanak menyanyi lagu “Bapaku Pulang” sambil membuat
pergerakan kreatif bersama-sama dengan pendidik.
Perkembangan 1. Pendidik membawa kanak-kanak melihat kereta yang sebenar di
luar kelas.
2. Pendidik menunjukkan dan menerangkan bahagian kereta satu
demi satu seperti tayar, lampu dan cermin kepada kanak-kanak.
3. Kanak-kanak menyebut nama bahagian kereta yang ditunjuk oleh
pendidik.
38
Penutup 4. Kanak-kanak diberi peluang menaiki kereta bersama-sama dengan
kanak-kanak lain dan pendidik.
Pengayaan
Pengukuhan 1. Kanak-kanak menyanyikan semula lagu “Bapaku Pulang” sambil
membuat pergerakan kreatif.
2. Kanak-kanak menyebut semula nama bahagian kereta seperti
tayar, lampu dan cermin.
Kanak-kanak menyebut nama kenderaan lain berdasarkan pengalaman
mereka.
Kanak-kanak membina model kereta menggunakan kotak dengan
bimbingan pendidik.
39
LAMPIRAN:
Lirik Lagu “Bapaku Pulang”
Bapaku pulang dari kota,
bapaku belikan kereta,
kereta kecil warna merah,
boleh ku bawa ke sekolah.
Pom...pom...pom...pom...pom
kereta kecilku berbunyi,
marilah adik mari naik,
boleh ku bawa jumpa nenek.
40
Aktiviti 9 Cuci Tangan
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Diri Saya
Sub Tema Keluarga Saya
Komponen 1.0 Bahasa dan Komunikasi
Fokus 1.7 Berbahasa Mengikut Situasi / Budaya
Kesepaduan 4.2: Memperkenalkan sastera atau budaya tempatan (pantun / cerita /
sajak / lagu / puisi / gurindam).
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Mencuci tangan mengikut 7 langkah yang betul dengan bimbingan pendidik.
b) Menyebut 7 langkah cara mencuci tangan dengan betul.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Kendi (Bekas cuci tangan)
b) Video 7 langkah mencuci tangan.
https://www.youtube.com/watch?v=qaZozziokT0
Kosa Kata: kendi, cuci dan tangan.
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik masuk ke kelas sambil membawa kendi.
2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang kegunaan
kendi.
Perkembangan 1. Pendidik menerangkan tentang kepentingan mencuci tangan
dengan betul kepada kanak-kanak.
2. Pendidik menunjukkan video tentang 7 langkah cara mencuci
tangan dengan betul kepada kanak-kanak.
3. Pendidik membawa kanak-kanak ke singki dan mengajar cara
mencuci tangan dengan betul.
4. Kanak-kanak mencuci tangan mereka mengikut 7 langkah yang
betul dengan bimbingan pendidik.
41
Penutup Kanak-kanak menyebut 7 langkah cara mencuci tangan dengan betul.
Pengayaan Kanak-kanak mencuci anggota badan lain mengikut langkah yang
betul seperti gosok gigi.
Pengukuhan Kanak-kanak melengkapkan carta 7 langkah cara mencuci tangan yang
kosong.
42
LAMPIRAN:
Contoh Kendi
43
KOMPONEN 2.0:
KONSEP CETAKAN DAN
CETAKAN PERSEKITARAN
44
Aktiviti 10 Buku “Menu Saya”
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Alam Bahan
Sub Tema Makanan
Komponen 2.0 Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran
Fokus 2.1 Fungsi Buku (Menunjukkan Beberapa Bahagian dan Ciri Buku
Seperti Kulit Depan / Halaman / Belakang / Tajuk / Penulis)
Kesepaduan 4.5 Respons Terhadap Bahan Bacaan (Aktiviti Lanjutan Seperti
Membuat Buku / Berlakon / Mereka Cipta Lagu Selepas Membaca
atau Bercerita)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Menyebut beberapa ciri buku seperti bahagian (depan, dalam, dan belakang), tajuk,
dan penulis.
b) Menghasilkan sebuah buku “Menu Saya” dengan bimbingan pendidik.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Bahagian depan buku “Menu Saya”.
b) Bahagian belakang buku (kosong).
c) Kad imbasan (gambar makanan).
d) Kad imbasan (perkataan makanan).
e) Warna
f) Kertas Warna
g) Gam
Kosa Kata: buku, menu, nasi, epal, dan roti.
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik menerangkan konsep menu atau makanan dalam
kehidupan seharian kepada kanak-kanak.
2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang makanan
kegemaran mereka.
45
Perkembangan 1. Pendidik menunjukkan dan menerangkan gambar makanan kepada
kanak-kanak.
Penutup
Pengayaan 2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang gambar
Pengukuhan tersebut.
3. Kanak-kanak diminta mewarnakan gambar makanan tersebut
dengan bimbingan pendidik.
4. Kanak-kanak diminta melekatkan gambar makanan yang telah siap
diwarna di kertas warna dengan bimbingan pendidik.
5. Kanak-kanak diminta melekatkan perkataan (nama makanan) di
bawah gambar makanan dengan bimbingan pendidik.
6. Pendidik menerangkan perbezaan antara gambar dengan cetakan,
dan fungsi cetakan kepada kanak-kanak.
7. Kanak-kanak diminta mengumpulkan semua hasil kerja kanak-
kanak untuk dijadikan sebuah buku.
8. Pendidik menerangkan kepada kanak-kanak bahawa setiap buku
perlu ada bahagian buku seperti kulit depan dan kulit belakang.
9. Kanak-kanak diminta meletakkan bahagian kulit depan dan kulit
belakang buku dengan bimbingan pendidik.
10. Pendidik menggabungkan buku tersebut dengan mengunakan
stapler.
11. Kanak-kanak diminta menulis nama mereka di kulit depan buku.
12. Pendidik menerangkan ciri-ciri bahagian kulit depan buku iaitu
tajuk dann penulis buku.
Kanak-kanak berkongsi meneroka buku “Menu Saya” dengan rakan
mereka.
Kanak-kanak membuat buku dengan tema lain seperti “Haiwan
Peliharaan Saya”.
Kanak-kanak meneroka buku sebenar seperti buku besar untuk
mengetahui ciri-ciri dan bahagian buku.
46
LAMPIRAN:
Contoh Bahagian Kulit Depan Buku
Saya
Penulis:
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
47
Contoh Kad Imbasan (Gambar Makanan)
48
Contoh Kad Imbasan (Nama Makanan)
49
Aktiviti 11 Haiwan di Laut
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Haiwan
Sub Tema Haiwan Laut
Komponen 2.0 Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran
Fokus 2.2 Penerokaan Bahan Bercetak (Buku Cerita / Buku Maklumat /
Cetakan Persekitaran)
Kesepaduan 3.3 Pengetahuan Bunyi / Nama Huruf yang Terdapat Dalam Abjad
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Menyebut nama haiwan yang terdapat dalam carta.
b) Menyebut bunyi huruf awal bagi nama setiap hidupan laut.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Carta gambar haiwan laut (ikan, penyu, dan udang).
b) Kad imbasan huruf awal nama hidupan laut (i-ikan, u-udang, k-ketam, s-sotong)
Kosa Kata: i-ikan, u-udang, k-ketam, s-sotong
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik menunjukkan carta haiwan laut.
2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang haiwan
tersebut.
Perkembangan 1. Pendidik menerangkan kepada kanak-kanak mengenai carta
haiwan laut satu demi satu kepada kanak-kanak.
2. Kanak-kanak menyebut nama haiwan laut yang terdapat dalam
carta.
3. Pendidik menerangkan bunyi huruf awal bagi setiap nama hidupan
laut.
4. Kanak-kanak menyebut bunyi huruf awal nama hidupan laut
dengan bimbingan pendidik.
Penutup Kanak-kanak menyebut semula nama hidupan laut yang telah
50