Aktiviti 28 Ikan di Laut
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Haiwan
Sub Tema Haiwan Laut
Komponen 3.0 Fonemik dan Fonetik
Fokus 3.6 Membina atau Mengeja Perkataan / Frasa / Ayat Mudah
Kesepaduan 1.4 Penglibatan Diri Dalam Perbualan (Mengeluarkan Pendapat /
Persoalan)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Membaca ayat mudah daripada perkataan dengan bimbingan pendidik.
b) Mengira jumlah perkataan yang terdapat dalam ayat dengan bimbingan pendidik.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Ikan sebenar dalam bekas lutsinar / akuarium.
b) Carta ayat „Ikan‟.
Kosa Kata: ikan dan laut.
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik membawa ikan sebenar di dalam bekas dan menunjukkan
kepada kanak-kanak.
2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang ikan, seperti:
Siapa pernah lihat ikan?
Di mana ikan tinggal?
Perkembangan Apakah warna ikan ini?
1. Pendidik menunjukkan dan membaca carta ayat „Ikan‟ kepada kanak-
kanak.
2. Kanak-kanak membaca ayat tersebut dengan bimbingan pendidik.
3. Pendidik menunjukkan dan menerangkan cara mengira jumlah
perkataan dalam satu ayat.
4. Kanak-kanak mengira jumlah perkataan dalam satu ayat dengan
101
Penutup bimbingan pendidik.
Pengayaan Kanak-kanak membaca semula carta ayat „Ikan‟ dengan bimbingan
Pengukuhan pendidik.
Kanak-kanak mengira jumlah perkataan yang terdapat dalam ayat yang
lain.
Kanak-kanak membaca ayat mudah dengan bimbingan pendidik.
102
LAMPIRAN:
Contoh Carta Ayat „Ikan‟
Ini ikan.
Ikan ini besar.
Ikan ada di laut.
103
Aktiviti 29 Ayat Saya
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Diri Saya
Sub Tema Perihal Diri Saya
Komponen 3.0 Fonemik dan Fonetik
Fokus 3.6 Membina atau Mengeja Perkataan / Frasa / Ayat Mudah
Kesepaduan 4.1 Minat Membaca / Mendengar Pembacaan / Bercerita
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Membina ayat tentang diri sendiri dengan bimbingan pendidik.
b) Membaca ayat mudah dengan dengan bimbingan pendidik.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Audio lagu ABC.
b) Kad imbasan suku kata.
c) Kad imbasan perkataan.
d) Kertas kosong.
Kosa Kata: mama, mata, saya, suka, baca, buku .
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi Pendidik dan kanak-kanak menyanyikan lagu ABC.
Perkembangan 1. Pendidik menunjukkan dan menerangkan cara menggabungkan dua
suku kata untuk membentuk perkataan (ma+ma, sa+ya, su+ka, ma+ta).
2. Kanak-kanak menggabungkan dua suku kata untuk membentuk
perkataan dengan bimbingan pendidik.
3. Pendidik menunjukkan dan menerangkan cara menggabungkan
beberapa perkataan untuk membentuk ayat mudah, contoh :
a) Suka mama.
b) Saya suka buku.
c) Mama baca buku
4. Kanak-kanak menggabungkan beberapa perkataan untuk membentuk
104
Penutup ayat mudah dengan bimbingan pendidik.
Kanak-kanak membaca semula ayat yang dibina dengan bimbingan
Pengayaan pendidik.
Pengukuhan Kanak-kanak membina ayat mudah yang lain.
Kanak-kanak mencantumkan dua suku kata untuk membentuk perkataan
mudah.
105
LAMPIRAN:
Contoh Kad Imbasan Perkataan
mama
baca
buku
saya
106
Contoh suku kata
ma ma ba ca
bu ku sa ya
su ka ma ta
107
KOMPONEN 4.0:
BACAAN DAN KEFAHAMAN
NARATIF
108
Aktiviti 30 Keluarga Saya
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Diri Saya
Sub Tema Keluarga Saya
Komponen 4.0 Bacaan dan Kefahaman Naratif
Fokus 4.1 Minat Membaca / Mendengar Pembacaan / Bercerita
Kesepaduan 5.2 Contengan / Lakaran / Lukisan yang Bermakna Kepada Kanak-
Kanak
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Bercerita tentang ahli keluarga berdasarkan gambar.
b) Melukis ahli keluarga dengan menggunakan warna krayon.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Lirik lagu „Sayang Semuanya‟.
b) Gambar ahli keluarga.
c) Kertas lukisan.
d) Warna krayon.
Kosa Kata: ahli keluarga.
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik menyanyikan lagu „Sayang Semuanya‟ kepada kanak-
kanak.
2. Kanak-kanak menyanyi lagu „Sayang Semua‟ bersama-sama
dengan pendidik.
Perkembangan 1. Pendidik menunjukkan gambar ahli keluarga kanak-kanak.
2. Kanak-kanak menceritakan ahli keluarga mereka sendiri
berdasarkan gambar tersebut.
3. Kanak-kanak gambar ahli keluarga mereka.
4. Kanak-kanak menceritakan hasil lukisan mereka kepada pendidik.
Penutup 1. Pendidik memberi pujian terhadap hasil kerja kanak-kanak.
109
Pengayaan 2. Kanak-kanak menyanyikan semula lagu „Sayang Semua‟ bersama-
Pengukuhan sama dengan pendidik.
Kanak-kanak mendengar cerita (buku cerita) daripada pendidik.
Kanak-kanak membuat buku skrap tentang ahli keluarga mereka.
110
LAMPIRAN:
Lirik Lagu „Sayang Semuanya‟
Satu.. satu, saya sayang ibu,
Dua.. dua, juga sayang ayah,
Tiga.. tiga, sayang adik kakak,
Satu dua tiga sayang semuanya.
Contoh Gambar Keluarga
111
Aktiviti 31 Puppet Stick Ahli Keluarga
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Diri Saya
Sub Tema Keluarga Saya
Komponen 4.0 Bacaan dan kefahaman naratif
Fokus 4.1 Minat Membaca / Mendengar Pembacaan / Bercerita
Kesepaduan 1.2: Memberi tumpuan semasa perbualan / aktiviti.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Menceritakan tentang ahli keluarga.
b) Membuat boneka keluarga dengan bimbingan pendidik.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Gambar keluarga.
b) Gam.
c) Batang aiskrim.
Kosa Kata: keluarga, ibu, ayah, adik, kakak dan abang.
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik menunjukkan gambar keluarga kepada kanak-kanak.
2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang gambar
tersebut.
Perkembangan 1. Pendidik menunjukkan dan menerangkan cara membuat puppet
stick ahli keluarga.
2. Pendidik memberi gambar ahli keluarga kepada kanak-kanak.
3. Kanak-kanak membuat puppet stick ahli keluarga dengan
bimbingan pendidik.
4. Setelah siap, kanak-kanak bermain puppet stick ahli keluarga
bersama-sama dengan rakan mereka.
Penutup 1. Pendidik memberi pujian terhadap hasil kerja kanak-kanak.
2. Kanak-kanak menceritakan nama ahli keluarga berdasarkan puppet
112
Pengayaan stick ahli keluarga yang telah mereka hasilkan.
Pengukuhan Kanak-kanak melakonkan watak ahli keluarga dengan bimbingan
pendidik.
Kanak-kanak menceritakan tentang ahli keluarga.
113
LAMPIRAN:
Contoh Puppet Stick
114
Aktiviti 32 Rasa Sayang
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Diri Saya
Sub Tema Keluarga
Komponen 4.0 Bacaan dan kefahaman naratif
Fokus 4.2 Memperkenalkan Sastera Dan Budaya Tempatan (Pantun / Cerita /
Sajak / Lagu / Puisi / Gurindam)
Kesepaduan 3.6 Membina atau Mengeja Perkataan / Frasa / Ayat Mudah
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Menyanyikan lagu „Rasa Sayang‟ bersama-sama dengan pendidik.
b) Membaca lirik lagu dengan bimbingan pendidik.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Carta lirik.
https://www.youtube.com/watch?v=PvJsRXA1qWk
b) Komputer riba.
c) Pembesar suara.
Kosa Kata: Lagu „Rasa Sayang‟
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik memperdengarkan lagu „Rasa Sayang‟ tetapi tidak secara
penuh.
Perkembangan 2. Kanak-kanak bersoal ajwab dengan pendidik tentang lagu tersebut.
1. Pendidik menampalkan carta lirik lagu „Rasa Sayang‟ di papan
putih.
2. Pendidik membaca lirik tersebut sehingga habis sambil
menunjukkan perkataan pada carta tersebut.
3. Kanak-kanak membaca lirik tersebut mengikuti bacaan pendidik.
4. Kanak-kanak menyanyi lagu „Rasa Sayang‟ bersama-sama dengan
pendidik.
115
Penutup Kanak-kanak memberi pendapat tentang perasaan sayang.
Pengayaan Kanak-kanak menyanyi lagu lain bersama-sama dengan pendidik.
Pengukuhan Kanak-kanak menyanyi lagu „Rasa Sayang‟ sambil membuat
pergerakan yang sesuai dengan bimbingan pendidk.
116
LAMPIRAN:
Lirik Lagu „Rasa Sayang‟
Rasa sayang heh
Rasa sayang heh
Heh lihat nona jauh
Rasa sayang sayang heh
Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Manakan sama mama seorang.
Rasa sayang heh
Rasa sayang heh
Heh lihat nona jauh
117
Aktiviti 33 Gelang Si Paku Gelang
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Diri Saya
Sub Tema Budaya Saya
Komponen 4.0 Bacaan dan Kefahaman Naratif
Fokus 4.2 Memperkenalkan Sastera dan Budaya Tempatan (Pantun / Cerita /
Sajak / Lagu / Puisi / Gurindam)
Kesepaduan 1.6 Penguasaan Bahasa (Bertutur Menggunakan Bahasa Lisan yang
Betul dan Lancar)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Menyanyi lagu „Gelang Si Paku Gelang‟ bersama-sama dengan pendidik.
b) Meyebut perkataan dengan jelas.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Lagu gelang si paku gelang.
https://www.youtube.com/watch?v=FYQW7Q6MQYQ
b) Manila kad yang ditulis lirik lagu „Gelang Si Paku Gelang‟.
Kosa Kata: Lagu „Gelang Si Paku Gelang‟
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik menunjukkan gelang yang dipakai kepada kanak-kanak.
Perkembangan 2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang gelang.
1. Pendidik menunjukkan video lagu „Gelang Si Paku Gelang‟
kepada kanak-kanak.
2. Pendidik menyanyikan lagu „Gelang Si Paku Gelang‟ kepada
kanak-kanak.
3. Kanak-kanak menyanyi lagu „Gelang Si Paku Gelang‟ bersama-
sama dengan pendidik berulang kali.
Penutup Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang nilai murni yang
terdapat dalam lirik lagu „Gelang Si Paku Gelang‟.
118
Pengayaan Kanak-kanak menghafal lirik lagu „Gelang Si Paku Gelang‟.
Pengukuhan Kanak-kanak melihat video lagu „Gelang Si Paku Gelang‟ berulang
kali.
119
LAMPIRAN:
Lirik Lagu „Gelang Si Paku Gelang‟
Gelang Si Paku Gelang,
Gelang Si Rama Rama,
Pulang, Marilah Pulang,
Marilah Pulang, Bersama Sama....
Pulang, Marilah Pulang,
Marilah Pulang, Bersama Sama....
Jangan Memegang Orang,
Letak Didalam Raga,
Jangan Mengata Orang,
Diri Sendiri Baik Dijaga....
Jangan Mengata Orang,
Diri Sendiri Baik Dijaga....
Gelang Si Paku Gelang,
Gelang Si Rama Rama,
Pulang, Marilah Pulang,
Marilah Pulang, Bersama Sama....
Pulang, Marilah Pulang,
Marilah Pulang, Bersama Sama..
120
Aktiviti 34 Arnab dan Kura-kura
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Haiwan
Sub Tema Haiwan Jinak
Komponen 4.0 Bacaan dan Kefahaman Naratif
Fokus 4.3 Memahami Cerita (Meramal / Menghubungkan Dengan Pengalaman
atau Pengetahuan / Menceritakan Semula)
Kesepaduan 5.8 Menulis untuk Pelbagai Tujuan (Puisi / Cerita / Pengalaman)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Melakonkan watak yang terdapat dalam cerita „Arnab dan Kura-kura‟.
b) Memahami jalan cerita „Arnab dan Kura-kura‟.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Buku Cerita „Arnab dan Kura-Kura‟.
b) Kostum.
c) Prop.
Kosa kata: arnab, kura-kura, bertanding dan sombong.
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik mengingatkan semula kanak-kanak tentang cerita „Arnab
dan Kura-kura‟.
2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang jalan cerita
„Arnab dan Kura-kura‟.
Perkembangan 1. Kanak-kanak memilih watak-watak yang terdapat dalam cerita
„Arnab dan Kura-kura‟.
2. Kanak-kanak memakai kostum watak-watak tersebut.
3. Pendidik membaca cerita sambil kanak-kanak melakonkan cerita
tersebut.
4. Kanak-kanak melakonkan beberapa peristiwa dalam cerita „Arnab
dan Kura-kura‟ dengan bimbingan pendidik.
121
Penutup Kanak-kanak menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita
Pengayaan „Arnab dan Kura-kura‟.
Pengukuhan Kanak-kanak melukis watak yang terdapat dalam cerita „Arnab dan
Kura-kura‟.
Kanak-kanak menyusun kad imbasan jalan cerita „Arnab dan Kura-kura‟.
122
LAMPIRAN:
Contoh Kostum Watak dalam cerita „Arnab dan Kura-kura‟
kura-kura arnab
* Pendidik boleh membuat sendiri kostum haiwan mengikut kreativiti sendiri.
123
Aktiviti 35 Semut dan Belalang
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Haiwan
Sub Tema Serangga
Komponen 4.0 Bacaan dan Kefahaman Naratif
Fokus 4.3 Memahami Cerita (Meramal / Menghubungkan Dengan
Pengalaman atau Pengetahuan / Menceritakan Semula)
Kesepaduan 2.3: Kefahaman gambar (pengetahuan gambar / membezakan antara
cetakan dengan gambar).
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Menceritakan semula mengikut urutan peristiwa yang berlaku dalam cerita.
b) Menyusun kad gambar bersiri mengikut urutan jalan cerita.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Papan flannel.
b) Gambar bersiri cerita „Semut dan Belalang‟.
c) Pita pelekat.
Kosa Kata: semut dan belalang.
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik menunjukkan kad imbasan gambar semut dan belalang
kepada kanak-kanak.
2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang gambar
Perkembangan tersebut.
1. Pendidik bercerita „Semut dan Belalang‟ menggunakan kad
gambar bersiri.
2. Kanak-kanak melekatkan gambar bersiri di papan flannel mengikut
urutan jalan cerita yang dibaca oleh pendidik.
3. Sepanjang aktiviti bercerita, kanak-kanak bersoal jawab dengan
pendidik untuk memberi pendapat dan idea berdasarkan cerita
124
Penutup tersebut.
Pengayaan 4. Setelah cerita tamat, pendidik membuka semula kad gambar bersiri
Pengukuhan
yang telah dilekatkan di papan flannel.
5. Kanak-kanak menyusun semula kad bersiri mengikut urutan jalan
cerita dengan bimbingan pendidik.
Kanak-kanak menyatakan nilai murni yang terdapat dalam cerita
„Semut dan Belalang‟.
Kanak-kanak melakonkan semula cerita “semut dan Belalang‟ dengan
memakai kostum.
Kanak-kanak mewarna gambar semut dan belalang dengan
menggunakan magic colour.
125
LAMPIRAN:
Contoh Gambar Semut dan belalang
126
Contoh Gambar Bersiri Cerita „Semut dan Belalang‟
127
Aktiviti 36 Tikus dan Singa
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Haiwan
Sub Tema Haiwan Liar
Komponen 4.0 Bacaan dan Kefahaman Naratif
Fokus 4.4 Melakukan Aktiviti Membaca (Bacaan Bersendirian / Bacaan
Berdialog / Bacaan Bersama / Bacaan Kuat)
Kesepaduan 2.2: Fungsi buku (menunjukkan beberapa bahagian dan ciri buku
seperti kulit depan / halaman / belakang / tajuk / penulis).
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Membaca buku cerita bersama-sama dengan pendidik.
b) Menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita „Tikus dan Singa‟.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Buku besar „Tikus dan Singa‟.
Kosa Kata: tikus, singa.
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik menunjukkan muka depan buku cerita kepada kanak-
kanak.
2. Kanak-kanak cuba meneka buku cerita tersebut tentang apa.
3. Kanak-kanak meneroka dan menunjukkan bahagian buku cerita
(muka depan, belakang, tajuk, penulis) berdasarkan arahan
Perkembangan pendidik.
1. Pendidik membacakan buku cerita „Tikus dan Singa‟ kepada
kanak-kanak dengan intonasi dan mimik muka yang sesuai.
2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik sepanjang aktiviti
bercerita tentang jalan cerita „Tikus dan Singa‟, seperti;
a) Meramal apa yang akan berlaku seterusnya.
b) Mengaitkan dengan pengalaman kanak-kanak sendiri.
128
Penutup c) Menerangkan gambar atau peristwa yang berlaku dalam
Pengayaan muka surat tertentu.
Pengukuhan
3. Setelah tamat, kanak-kanak menceritakan semula kepada
pendidik tentang cerita terrsebut.
Kanak-kanak menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita
„Tikus dan Singa‟
Kanak-kanak melakonkan watak tikus dan singa dengan bimbingan
pendidik.
Kanak-kanak membuat topeng tikus dan singa dengan bimbingan
pendidik.
129
LAMPIRAN:
Contoh Buku Cerita „Tikus dan Singa‟
130
Aktiviti 37 Sang Kancil, Kerbau dan Buaya
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Haiwan
Sub Tema Haiwan Liar
Komponen 4.0 Bacaan dan Kefahaman Naratif
Fokus 4.5 Respons Terhadap Bahan Bacaan (Aktiviti Lanjutan Seperti
Membuat Buku / Berlakon / Mereka Cipta Lagu Selepas Membaca atau
Bercerita)
Kesepaduan 1.4 Penglibatan Diri Dalam Perbualan (Mengeluarkan Pendapat /
Persoalan)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Bercerita dengan menggunakan puppet lidi dengan bimbingan pendidik.
b) Menyatakan nilai-nilai murni dalam cerita.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Video cerita „Kisah Sang Kancil, Kerbau dan Buaya‟.
https://www.youtube.com/watch?v=HJ5tzkjxs3Q
b) Puppet lidi (kancil, kerbau, dan buaya).
c) Pentas mini cerita.
Kosa Kata: kancil, buaya dan kerbau.
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik menunjukkan video cerita „Sang Kancil, Kerbau dan
Buaya‟ kepada kanak-kanak.
2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang video cerita
Perkembangan tersebut.
1. Kanak-kanak menceritakan semula jalan cerita „Sang Kancil,
Kerbau dan Buaya‟ kepada pendidik.
2. Pendidik menunjukkan dan menerangkan cara bercerita dengan
menggunakan puppet lidi kepada kanak-kanak.
131
Penutup 3. Pendidik membaca cerita „Sang Kancil, Kerbau dan Buaya‟
Pengayaan mengikut urutan jalan cerita.
Pengukuhan
4. Semasa pendidik bercerita, kanak-kanak memainkan puppet lidi
(kancil, kerbau, dan buaya) berdasarkan jalan cerita yang dibaca
oleh pendidik.
Kanak-kanak menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita
„Sang Kancil, Kerbau dan Buaya‟.
Kanak-kanak bercerita menggunakan gambar bersiri yang diletakkan
dalam poket apron.
Kanak-kanak menyusun kad gambar bersiri mengikut urutan jalan
cerita „Sang Kancil, Kerbau dan Buaya‟.
132
LAMPIRAN:
Contoh Cerita „Sang kancil, Kerbau dan Buaya‟
133
Contoh Gambar Watak (Puppet Lidi)
kerbau
kancil
buaya
134
Contoh Pentas Mini Cerita
135
KOMPONEN 5.0:
TULISAN AWAL
136
Aktiviti 38 Mari Mewarna
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Tema Haiwan
Sub Tema Haiwan Liar
Komponen 5.0 Tulisan Awal
Fokus 5.1 Mengenal dan Menggunakan Alat Tulis
Kesepaduan 1.2 Memberi Tumpuan Semasa Perbualan / Aktiviti
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Menyebut nama alat tulis yang digunakan.
b) Mewarnakan gambar haiwan mengikut kreativiti masinng-masing.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Video haiwan.
b) Gambar harimau, singa, gajah dan buaya.
c) Pensel warna.
d) Krayon
e) Pemadam
Kosa Kata: harimau, singa, gajah dan buaya.
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik menunjukkan video haiwan kepada kanak-kanak.
2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang video
tersebut.
Perkembangan 1. Pendidik menunjukkan beberapa alat tulis kepada kanak-kanak.
2. Kanak-kanak menyebut nama dan fungsi alat tulis tersebut.
3. Pendidik menunjukkan dan menerangkan cara mewarna lukisan
dengan betul, contoh;
a) Menggunakan pelbagai jenis warna yang sesuai dengan
gambar.
b) Warna tidak terkeluar daripada garisan.
c) Warna memenuhi gambar.
137
Penutup 4. Kanak-kanak mewarna gambar haiwan mengikut kreativiti
masing-masing.
Pengayaan
Pengukuhan 1. Pendidik memuji dan mempamerkan hasil kerja kanak-kanak pada
dinding kelas.
2. Kanak-kanak menyebut semula nama alat tulis yang telah mereka
gunakan semasa mewarna.
Kanak-kanak mennggunakan alat tulis yang lain untuk mewarna /
menulis / melukis.
Pendidik membimbing kanak-kanak mewarna menggunakan pensel
warna.
138
LAMPIRAN:
Contoh Gambar Haiwan
139
140
Aktiviti 39 Lakaran Bentuk
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Diri Saya
Sub Tema Bentuk
Komponen 5.0 Tulisan Awal
Fokus 5.2 Contengan / Lakaran / Lukisan yang Bermakna Kepada Kanak-
Kanak
Kesepaduan 1.2: Memberi tumpuan semasa perbualan / aktiviti.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Melakar bentuk segi empat, segi tiga dan bulat dengan menggunakan tepung
berwarna.
b) Menyebut bentuk segi empat, segi tiga dan bulat dengan betul.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Kad imbasan bentuk (segi empat, segi tiga dan bulat).
b) Tepung berwarna.
c) Kertas minyak.
d) Surat khabar.
e) Apron
Kosa Kata: segi empat, segi tiga dan bulat.
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik menunjukkan kad imbasan berbentuk segi empat, segi tiga
dan bulat.
2. Kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek yang yang
mempunyai bentuk segi empat, segi tiga dan bulat di dalam kelas.
Perkembangan 1. Pendidik menunjukkan dan menerangkan cara melakar bentuk di
atas tepung berwarna dengan menggunakan jari.
2. Kanak-kanak melakar bentuk pada tepung dengan menggunakan
jari.
141
Penutup 3. Kanak-kanak menyebut nama bentuk yang dihasilkan.
4. Kanak-kanak membuat bentuk lain mengikut kreativiti masing-
Pengayaan
Pengukuhan masing.
1. Pendidik memberi pujian terhadap hasil kerja kanak-kanak.
2. Kanak-kanak menyebut semula bentuk yang telah mereka
hasilkan.
Kanak-kanak membina bentuk dengan menggunakan doh tepung.
Kanak-kanak mengasingkan bentuk segi empat, segi tiga dan bulat
(lego 3D) mengikut kategori yang sama.
142
Aktiviti 40 Nama Saya
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema -
Sub Tema -
Komponen 5.0 Tulisan Awal
Fokus 5.3 Meniru Tulisan / Gambar
Kesepaduan 3.4 Mengenal Pasti Hubungan Antara Bunyi Dengan Huruf
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Membina huruf daripada tanah liat (playdough).
b) Menyebut bunyi huruf dalam nama sendiri.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Kad imbasan nama kanak-kanak.
b) Kertas minyak.
c) Doh tepung.
Kosa Kata: nama kanak-kanak
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik menyanyikan lagu „Nama Saya‟ kepada kanak-kanak.
2. Kanak-kanak menyanyikan lagu „Nama Saya‟ mengikut nama
masing-masing.
Perkembangan 1. Pendidik memberikan kad imbasan nama kanak-kanak.
2. Kanak-kanak menyebut huruf yang terdapat dalam nama mereka
dengan bimbingan pendidik.
3. Pendidik meunjukkan dan menerangkan cara membina huruf yang
terdapat dalam nama dengan menggunakan doh tepung, contoh;
a) Mengguling tanah liat menjadi panjang dan jalur-jalur nipis di
kertas minyak.
b) Membentuk doh tersebut menjadi huruf yang terdapat dalam
nama.
143
Penutup 4. Kanak-kanak membentuk huruf yang terdapat dalam nama mereka
menggunakan doh dengan bimbingan pendidik.
Pengayaan
Pengukuhan 5. Semasa kanak-kanak membuat huruf, jalankan aktiviti bersoal
jawab dengan kanak-kanak tentang huruf tersebut (nama, bentuk,
dan bunyi).
6. Aktiviti ini diulangi oleh sehingga kanak-kanak dapat membentuk
semua huruf yang terdapat dalam nama mereka.
1. Kanak-kanak mempamerkan hasil kerja mereka.
2. Pendidik memberi pujian terhadap hasil kerja kanak-kanak.
3. Kanak-kanak menyebut huruf yang terdapat dalam nama mereka.
Kanak-kanak menulis nama mereka dengan menggunakan pen marker.
Kanak-kanak membina nama mereka menggunakan lego huruf.
144
LAMPIRAN:
Lirik Lagu „Nama Saya‟
Mana Aniza?
Mana Aniza?
Di sini, di sini.
Siapa nama awak?
Nama saya Aniza.
Di sini, di sini.
* Nyanyian lagu diulangi dengan menggantikan nama kanak-kanak yang lain.
(Melodi Asal: Lagu Jari)
145
Aktiviti 41 Ayam
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Haiwan
Sub Tema Haiwan Ternakan
Komponen 5.0 Tulisan Awal
Fokus 5.4 Teknik Menulis (Mengetahui Titik Mula, Arah dan Kedudukan
Tulisan)
Kesepaduan 3.2: Pengetahuan tentang bahasa berirama / lagu.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Menulis perkataan „ayam‟ dengan menggunakan berus warna.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Lirik lagu „Saya Ayam‟
b) Gambar ayam.
c) Kertas lukisan.
d) Berus warna.
e) Warna air.
Kosa Kata: ayam
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik menyanyikan lagu „Saya Ayam‟ sambil membuat
pergerakan kreatif.
2. Kanak-kanak menyanyikan lagu „Saya Ayam‟ sambil membuat
pergerakan kreatif bersama-sama dengan pendidik.
Perkembangan 1. Pendidik menunjukkan gambar ayam kepada kanak-kanak.
2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang ayam.
3. Pendidik menerangkan cara mengeja dan menulis perkataan ayam
kepada kanak-kanak.
4. Kanak-kanak mengeja perkataan ayam dengan bimbingan
pendidik.
146
Penutup 5. Kanak-kanak menulis satu demi satu huruf dalam perkataan ayam
dengan menggunakan berus warna di kertas lukisan dengan
Pengayaan bimbingan pendidik.
Pengukuhan
1. Pendidik memuji dan mempamerkan hasil kerja kanak-kanak.
2. Kanak-kanak mengeja semula perkataan ayam.
Kanak-kanak menulis dua perkataan dalam satu baris.
Kanak-kanak menulis perkataan ayam berpandukan huruf putus-putus.
147
LAMPIRAN:
Lirik Lagu „Saya Ayam‟
Saya ayam kok-kok-kok.
Saya itik kwek-kwek-kwek.
Saya burung pit-pit-pit.
Kami bunyi
kok-kok-kok.
kwek-kwek-kwek.
pit-pit-pit.
148
Contoh Gambar dan Perkataan Ayam
Ayam
149
Aktiviti 42 Topi Kelasi
Tarikh / Hari
Masa
Umur 4+ Tahun
Bil. Kanak-kanak
Tema Kenderaan
Sub Tema Kenderaan Air
Komponen 5.0 Tulisan Awal
Fokus 5.7 Menulis Huruf / Suku Kata / Perkataan / Frasa / Ayat Mudah
Kesepaduan 1.2: Memberi tumpuan semasa perbualan / aktiviti.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Membuat topi kelasi daripada kertas dengan bimbingan pendidik.
b) Menulis nama sendiri di topi kelasi yang telah mereka hasilkan.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Topi kelasi.
b) Gambar kapal.
c) Lagu tema „Spongebob Squarepants’.
d) Langkah-langkah membuat topi kelasi.
e) Kertas A4 berwarna.
Kosa Kata: topi, kelasi, kapal.
Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik memainkan lagu tema „Spongebob Squarepant‟.
2. Pendidik membuat bunyi kapal apabila masuk ke dalam kelas
sambil memakai topi kelasi.
Perkembangan 1. Pendidik menunjukkan gambar kapal kepada kanak-kanak.
2. kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang kapal.
3. Kanak-kanak berdiri dan membuat gaya seperti seorang kelasi
yang sedang mengemudi kapal.
4. Pendidik menunjukkan dan menerangkan cara membuat topi kelasi
daripada kertas.
5. Kanak-kanak membuat topi kelasi menggunakan kertas dengan
150