The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Literasi Awal (4+ Tahun) (Zainiah Mohamed Isa, Juppri Bacotang etc.) (z-lib.org)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber Al-Fairuz KVSP2, 2022-06-27 09:14:06

Modul Literasi Awal (4+ Tahun) (Zainiah Mohamed Isa, Juppri Bacotang etc.) (z-lib.org)

Modul Literasi Awal (4+ Tahun) (Zainiah Mohamed Isa, Juppri Bacotang etc.) (z-lib.org)

Pengayaan diperkenalkan oleh pendidik.
Pengukuhan Kanak-kanak mengeja nama hidupan laut dengan bimbingan pendidik.
Kanak-kanak memadankan huruf awal dengan nama hidupan laut.

51

LAMPIRAN:

Contoh Carta Hidupan Laut

52

Aktiviti 12 Koleksi Haiwan Laut

Tarikh / Hari

Masa

Umur 4+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema Haiwan

Sub Tema Haiwan Air

Komponen 2.0 Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran

Fokus 2.3 Kefahaman Gambar (Pengetahuan Gambar / Membezakan Antara

Cetakan Dengan Gambar)

Kesepaduan 1.5 Penguasaan Asas Kosa Kata (Perbendaharaan Kata yang Diperolehi

Mengikut Umur)

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

a) Membezakan antara gambar dengan perkataan.

b) Memadankan perkataan dengan gambar.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

a) Model atau kad gambar kerang, kupang, batu karang dll.

b) Kad perkataan haiwan laut (kerang, kupang, batu karang dll).

c) Gambar haiwan (kerang, kupang, batu karang dll).

Kosa Kata: kerang, kepah, batu karang dll

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran

Set Induksi 1. Pendidik melekatkan gambar haiwan di papan putih.

2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang gambar

haiwan tersebut.

Perkembangan 1. Pendidik menunjukkan beberapa model haiwan laut kepada kanak-

kanak.

2. Pendidik menerangkan dan meminta kanak-kanak memadankan

perkataan tersebut dengan gambarnya di papan putih.

3. Kanak-kanak memadankan perkataan dengan gambar haiwan.

4. Pendidik menerangkan perbezaan antara gambar dengan cetakan.

5. Kanak-kanak menunjukkan gambar atau cetakan berdasarkan

53

Penutup arahan pendidik.
Pengayaan Kanak-kanak menyebut semula nama haiwan yang telah dipelajari.
Pengukuhan Kanak-kanak menyebut huruf yang terdapat dalam nama haiwan laut.
Kanak-kanak mengasingkan perkataan dan gambar mengikut kategori
yang sama.

54

LAMPIRAN:

Contoh Kad Imbasan Haiwan Laut

kerang ketam

udang kupang

55

Aktiviti 13 Binaan Nama

Tarikh / Hari

Masa

Umur 4+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema Diri Saya

Sub Tema

Komponen 2.0 Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran

Fokus 2.4 Peraturan Cetakan (Mengetahui Arah Bacaan / Fungsi Tanda

Bacaan)

Kesepaduan 5.5 Membina / Menulis Nama Sendiri

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

a) Membina perkataan nama sendiri mengikut arah yang betul (kiri ke kanan).

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

a) Tag nama pendidik dan kanak-kanak.

b) Blok huruf / huruf magnet

Kosa Kata: nama, saya, bina dan huruf.

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran

Set Induksi 1. Pendidik menunjukkan tag nama dan memberitahu namanya

kepada kanak-kanak.

2. Kanak-kanak menyebut nama sendiri.

Perkembangan 1. Pendidik memberikan tag nama bagi setiap kanak-kanak.

2. Pendidik menerangkan cara membina nama menggunakan blok

huruf.

3. Kanak-kanak membina nama mereka sendiri berpandukan tag

nama yang diberi.

4. Kanak-kanak menyebut nama / bunyi huruf yang terdapat dalam

nama mereka dengan bimbingan pendidik.

Penutup 1. Pendidik memberi pujian terhadap hasil kerja kanak-kanak.

2. Kanak-kanak menyebut semula nama masing-masing.

Pengayaan Kanak-kanak menulis nama mereka menggunakan krayon.

56

Pengukuhan Kanak-kanak menyebut nama sendiri dan nama rakan lain.

Aktiviti 14 Jangan Buang Sampah

Tarikh / Hari

Masa

Umur 4+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema Diri saya

Sub Tema Sekolah Saya

Komponen 2.0 Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran

Fokus 2.5 Cetakan Persekitaran (Simbol / Logo / Huruf / Nombor)

Kesepaduan 1.7 Berbahasa Mengikut Situasi dan Budaya

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

a) Menyebut makna simbol (Jangan membuang sampah merata-rata).

b) Berbual tentang keburukan membuang sampah merata-rata.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Simbol „Jangan membuang sampah merata-rata‟.

b) Sampah.

c) Tong sampah.

Kosa Kata: sampah, jangan, buang dan kutip.

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran

Set Induksi 1. Pendidik berlakon membuang sampah merata-rata tempat di

hadapan kanak-kanak.

2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan tentang keburukan tingkah

Perkembangan laku yang dilakukan oleh pendidik.
1. Pendidik menunjukkan dan menerangkan simbol „Jangan

membuang sampah merata-rata‟ kepada kanak-kanak.

2. Kanak-kanak menyebut maksud simbol tersebut.

3. Kanak-kanak bekerjasama antara satu sama lain untuk mengutip

sampah di persekitaran kelas dan membuangnya ke dalam tong

sampah.

Penutup 1. Pendidik memberi pujian terhadap sikap kanak-kanak yang

57

Pengayaan menjaga kebersihan kelas.
Pengukuhan 2. Kanak-kanak menyebut semula maksud simbol „Jangan Buang

Sampah Merata-rata‟.
Kanak-kanak belajar tentang tong sampah kitar semula.
Kanak-kanak melihat video kesan membuang sampah merata-rata.

58

LAMPIRAN:
Contoh Simbol „Jangan Buang Sampah Merata-rata‟

59

Aktiviti 15 Memadan Label

Tarikh / Hari

Masa

Umur 4+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema Kenderaan

Sub Tema Cetakan Persekitaran

Komponen 2.0 Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran

Fokus 2.5 Cetakan Persekitaran (Simbol / Logo / Huruf / Nombor)

Kesepaduan 1.1 Kemahiran Mendengar Dengan Aktif Dalam Pelbagai Situasi

(Arahan / Cerita / Muzik / Ritma / Lagu / Puisi)

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

a) Mengetahui maksud label di persekitaran.

b) Mengikut arahan dan peraturan yang diberikan.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

a) 2 set yang sama kad label dari persekitaran.

Kosa Kata:

Langkah-Langkah Aktiviti Pembelajaran

Set Induksi 1. Pendidik menunjukkan beberapa label yang biasa terdapat di

persekiataran kepada kanak-kanak.

2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang label

tersebut.

Perkembangan 1. Pendidik menerangkan kepada kanak-kanak mengenai aktiviti

padanan yang akan dijalankan.

2. Pendidik meletakkan kad-kad secara tertutup di atas meja.

Pendidik menunjuk cara membuka kad untuk cari padanan. Jika

kad yang sama, kad tersebut boleh dikeluarkan. Jika tidak sama

letakkan semula.

3. Kanak-kanak mengambil giliran untuk mencari padanan kad yang

sama.

4. Kanak-kanak menyebut nama label yang dapat dipadankan oleh

60

Penutup mereka.
5. Kanak-kanak melakukan aktiviti sambil dibimbing oleh pendidik.
Pengayaan Kanak-kanak dan pendidik bersoal jawab semula mengenai label yang
Pengukuhan digunakan.
Kanak-kanak mencari label dalam majalah atau katalog.
Kanak-kanak menyebut nama label yang terdapat di persekitaran.

61

LAMPIRAN:

Contoh Label

62

63

Aktiviti 16 Bingo Huruf

Tarikh / Hari

Masa

Umur 4+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema Diri Saya

Sub Tema Nama Saya

Komponen 2.0 Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran

Fokus 2.6 Pengetahuan Cetakan Teks (Huruf / Perkataan / Frasa /Ayat)

Kesepaduan 3.6 Membina atau Mengeja Perkataan / Frasa / Ayat Mudah

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

a) Menyebut beberapa nama / bunyi abjad.

b) Mengeja nama sendiri dengan bimbingan pendidik.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

a) Kad bingo dan penanda (tutup botol atau bahan lain).

b) Kad Abjad (A hingga J)

c) Kad Nama Kanak-kanak.

Kosa Kata: nama, huruf, perkataan

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran

Set Induksi 1. Pendidik menunjukkan kad nama kanak-kanak dan menerangkan

nama mereka terdiri daripada beberapa abjad.

2. Kanak-kanak memberitahu abjad permulaan nama mereka.

3. Pendidik mengumpulkan kanak-kanak mengikut abjad permulaan

Perkembangan nama mereka.
1. Pendidik menunjukkan dan menerangkan cara permainan „Bingo

Huruf‟ kepada kanak-kanak.

2. Pendidik memberikan kad bingo dan penutup kepada kanak-kanak.

3. Pendidik menunjukkan kad abjad secara rawak satu demi satu

kepada kanak-kanak.

4. Kanak-kanak menutup huruf yang sama yang terdapat dalam kad

bingo dengan penutup botol.

64

Penutup 5. Kanak-kanak yang habis menutup abjad dalam kad bingo akan
Pengayaan memenangi permainan ini.
Pengukuhan
Kanak-kanak menyebut nama abjad yang telah digunakan.
Kanak-kanak mengeja sendiri nama mereka.
Kanak-kanak bermain bingo sendiri dengan rakan.

65

LAMPIRAN:

KAD BINGO

AcH i E

GJd F B

Buat beberapa kad (Ikut bilangan kanak-kanak) yang ada huruf a ke j secara rawak.

66

Aktiviti 17 Peralatan Sekolah

Tarikh / Hari

Masa

Umur 4+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema Diri Saya

Sub Tema Sekolah saya

Komponen 2.0 Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran

Fokus 2.6 Pengetahuan Cetakan Teks (Huruf / Perkataan / Frasa / Ayat)

Kesepaduan 3.5 Menyambung Suku Kata untuk Membina Perkataan

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

a) Mengeja perkataan yang mudah (buku, pensel, pemadam)

b) Membina perkataan menggunakan abjad bermagnet.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

a) Kad bergambar (buku, pensel, pemadam).

b) Abjad bermagnet.

c) Papan putih.

d) Audio lagu ABC.

Kosa Kata: buku, pensel, pemadam, perkataan, suku kata.

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran

Set Induksi Pendidik mengajak kanak-kanak menyanyi lagu ABC.

Perkembangan 1. Pendidik menunjukkan gambar (buku, pensel, pemadam) kepada

kanak-kanak.

2. kanak-kanak bersoal jawab pendidik dengan tentang gambar

tersebut.

3. Pendidik mengeja perkataan gambar tersebut diikuti kanak-kanak.

4. Kanak-kanak membina perkataan gambar tersebut dengan

menggunakan abjad bermagnet.

5. Pendidik membimbing kanak-kanak melakukan aktiviti tersebut.

Penutup 1. Pendidik memuji hasil kerja kanak-kanak.

2. Kanak-kanak mengeja semula perkataan yang dibina.

67

Pengayaan Kanak-kanak menyusun perkataan lain yang diketahui oleh mereka.
Pengukuhan Kanak-kanak mengeja perkataan yang telah dipelajari dengan
bimbingan pendidik.

68

Aktiviti 18 Ejalah Saya

Tarikh / Hari

Masa

Umur 4+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema Kenderaan.

Sub Tema Kenderaan darat

Komponen 2.0 Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran

Fokus 2.7 Fungsi Cetakan (Menyedari Fungsi Cetakan yang Membawa Mesej

/ Mempunyai Pelbagai Kegunaan)

Kesepaduan 3.6 Membina atau Mengeja Perkataan / Frasa / Ayat Mudah

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Memadankan perkataan dengan gambar kenderaan darat.

b) Mengeja perkataan nama kenderaan darat dengan bimbinngan pendidik.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

a) Gambar kenderaan (kereta, lori, bas, basikal)

b) Kad imbasan perkataan (kereta, lori, bas, basikal)

Kosa Kata: kereta, lori, bas, basikal.

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran

Set Induksi 1. Pendidik menyanyi lagu “Bapaku Pulang” bersama-sama dengan

kanak-kanak sambil membuat pergerakan.

Perkembangan 1. Pendidik menunjukkan dan menerangkan gambar kenderaan

kepada kanak-kanak.

2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang gambar

tersebut.

3. Pendidik menunjukkan kad perkataan dan mengeja perkataan bagi

gambar tersebut kepada kanak-kanak.

4. Kanak-kanak mengeja perkataan tersebut dengan bimbinga

pendidik.

5. Kanak-kanak memadankan perkataan dengan gambar kenderaan.

Penutup Pendidik dan kanak-kanak mengeja semula perkataan yang telah

69

Pengayaan diperkenalkan.
Pengukuhan Kanak-kanak mengeja perkataan yang lain dengan bimbingan
pendidik.
Kanak-kanak memadankan perkataan dan gambar yang disediakan.

70

KOMPONEN 3.0:
FONEMIK DAN FONETIK

71

Aktiviti 19 Bunyi Haiwan

Tarikh / Hari

Masa

Umur 4+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema Haiwan

Sub Tema Haiwan Jinak

Komponen 3.0 Fonemik dan Fonetik

Fokus 3.1 Mengenal Pasti dan Memanipulasi Bunyi Dalam Pertuturan /

Persekitaran

Kesepaduan 2.6 Pengetahuan Cetakan Teks (Huruf / Perkataan / Frasa / Ayat)

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

a) Membunyikan bunyi haiwan seperti ayam, itik, kucing dan burung.

b) Menyebut huruf awal bagi nama haiwan (a-ayam, i-itik, b-burung).

Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Lirik lagu „Saya Ayam‟.

b) Kotak.

c) Kad huruf awalan nama haiwan (a-ayam, i-itik, b-burung).

d) Gambar haiwan (ayam, itik, burung).

e) Komputer riba.

f) Lagu / muzik.

g) Pembesar suara.

Kosa Kata: ayam, itik, burung.

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran

Set Induksi 1. Pendidik dan kanak-kanak menyanyikan lagu „Saya Ayam‟ sambil

membuat pergerakan yang sesuai.

Perkembangan 1. Pendidik menyediakan satu kotak yang mengandungi beberapa

huruf awalan nama haiwan.

2. Pendidik memainkan muzik dan kotak digerakkan dari seorang

kanak-kanak kepada kanak-kanak yang lain.

3. Apabila muzik dihentikan, kanak-kanak yang memegang kotak

72

Penutup akan mengambil salah satu kad dan membunyikan huruf tersebut
dengan bimbingan pendidik.
Pengayaan 4. Kanak-kanak yang lain mencari gambar haiwan yang bermula
Pengukuhan dengan huruf tersebut.
5. Kanak-kanak menyebut huruf awal dan nama haiwan tersebut
secara beramai-ramai.
Kanak-kanak menyanyikan semula lagu „Saya Ayam‟ sambil membuat
pergerakan kreatif bersama-sama dengan pendidik.
Kanak-kanak mengeja nama haiwan dengan bimbingan pendidik.
Kanak-kanak memadankan huruf awal dengan perkataan yang mudah
seperti a-ayah, i-ibu, e-emak, dan o-opah.

73

LAMPIRAN:

Lirik Lagu „Saya Ayam‟

Saya ayam
Kok, kok, kok…

Saya itik
Kwek, kwek, kwek…

Saya burung
Cip, cip, cip…

Kami bunyi
Kok, kok, kok…
Kwek, kwek, kwek…
Cip, cip, cip …

74

Contoh Kad Huruf Awal Perkataan (Nama Haiwan)

ai

ayam itik

75

Aktiviti 20 Gelek Gajah

Tarikh / Hari

Masa

Umur 4+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema Haiwan

Sub Tema Haiwan Liar

Komponen 3.0 Fonemik dan Fonetik

Fokus 3.2 Pengetahuan Mengenai Bahasa Berirama / Lagu

Kesepaduan 2.4 Peraturan Cetakan (Mengetahui Arah Bacaan / Fungsi Tanda

Bacaan)

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Menyanyi lagu „Gajah‟ sambil membuat pergerakan yang sesuai.

b) Membaca ayat tunggal yang mudah dengan sebutan yang betul.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Video lagu „Gajah‟.

- https://www.youtube.com/watch?v=MPBRfH9uqs8
b) Carta lagu „Gajah‟.

c) Gambar gajah.

Kosa Kata: Gajah

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran

Set Induksi 1. Pendidik menunjukkan video lagu „Gajah‟ kepada kanak-kanak.

Perkembangan 2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang gajah.
1. Pendidik menunjukkan carta lagu „Gajah‟ kepada kanak-kanak.

2. Pendidik membacakan perkataan satu demi satu dalam carta lagu

tersebut kepada kanak-kanak (sambil menuding jari pada

perkataan, dari kiri ke kanan).

3. Kanak-kanak mengikut bacaan pendidik.
4. Kanak-kanak menyanyikan lagu „Gajah‟ berpandukan carta

tersebut dengan bimbingan pendidik.

Penutup Kanak-kanak membuat bulatan dan kemudian menyanyi lagu gajah

76

Pengayaan sambil membuat pergerakan yang sesuai.
Pengukuhan Kanak-kanak menghafal lagu „Gajah‟ dan pergerakan yang sesuai.
Kanak-kanak menyanyi lagu „Gajah‟ berpandukan video lagu tersebut.

77

LAMPIRAN:

Lirik Lagu „Gajah Gelek-gelek‟

Gajah berkaki empat,
Gelek, gelek

Gajah belalai panjang,
Gelek gelek

Gading dia panjang,
Tapi tidak makan orang.

Kalau adik ingin tahu,
Apa makanan gajah,

La la la la..
Gajah makan tebu.

(Melodi: Lompat Si Katak Lompat)

78

Contoh Gambar Gajah
79

Aktiviti 21 Huruf Awal „b‟

Tarikh / Hari

Masa

Umur 4+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema Diri Saya

Sub Tema Barangan Peribadi

Komponen 3.0 Fonemik dan Fonetik

Fokus 3.3 Pengetahuan Bunyi / Nama Huruf yang Terdapat Dalam Abjad

Kesepaduan 2.6 Pengetahuan Cetakan Teks (Huruf, Perkataan, Frasa / Ayat)

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Membulatkan huruf „b‟ pada awal perkataan ((baju, bola, dan buku).

b) Menyebut nama objek seperti baju, bola, dan buku.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

a) Barangan sebenar (baju, bola, dan buku).

b) Kad imbasan perkataan (baju, bola, dan buku).
c) Lembaran kerja (bulatkan huruf „b‟ pada awal perkataan baju, bola, dan buku)
d) Lagu „ABC‟.

 https://www.youtube.com/watch?v=CZ3BmywhIMQ

Kosa Kata: baju, bola, buku.

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi Pendidik menyanyikan lagu „ABC‟ bersama-sama dengan kanak-kanak.
Perkembangan 1. Pendidik menunjukkan dan menerangkan nama / bunyi huruf „b‟

kepada kanak-kanak.
2. Kanak-kanak menyebut nama / bunyi huruf „b‟.

3. Pendidik menunjukkan dan menerangkan pelbagai gambar yang
bermula dengan huruf „b‟ seperti baju, bola, dan buku.

4. Kanak-kanak menyebut perkataan pada gambar yang ditunjukkan oleh

pendidik.
5. Kanak-kanak membulatkan huruf „b‟ yang terdapat pada awal

perkataan (baju, bola, dan buku).

80

Penutup 1. Kanak-kanak menyebut semula perkataan yang bermula dengan huruf
„b‟.
Pengayaan
Pengukuhan Kanak-kanak menyebut huruf lain yang terdapat dalam perkataan.
Kanak-kanak menulis huruf „b‟ di atas pasir dengan bimbingan pendidik.

81

LAMPIRAN:

Contoh Kad Gambar

bola

buku

baju

82

Aktiviti 22 Kotak Bunyi

Tarikh / Hari

Masa

Umur 4+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema -

Sub Tema -

Komponen 3.0 Fonemik dan Fonetik

Fokus 3.3 Pengetahuan Bunyi / Nama Huruf yang Terdapat Dalam Abjad

Kesepaduan 5.3 Meniru tulisan

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

a) Mengumpulkan bunyi huruf awal perkataan yang sama.

b) Menyebut nama objek seperti bola, baju, telur, topi, seluar, dan sayur.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

a) 3 kotak bunyi: b, t, dan s.

b) Kad imbasan gambar (bola, baju, telur, topi, seluar, dan sawi).
c) Lagu „ABC‟.

 https://www.youtube.com/watch?v=CZ3BmywhIMQ

Kosa Kata: bola, baju, tikus, topi, seluar, dan sawi.

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran

Set Induksi Pendidik memulakan aktiviti dengan menyanyikan lagu „ABC‟ bersama-

sama dengan kanak-kanak.

Perkembangan 1. Pendidik menerangkan kepada kanak-kanak tentang nama, bentuk,
dan bunyi huruf (b, t, dan s) yang telah dilekatkan di penutup “Kotak
Bunyi”.

2. Kanak-kanak menyebut nama / bunyi huruf (b, t, dan s) dengan

bimbngan pendidik.

3. Pendidik menunjukkan beberapa kad imbasan gambar (bola, baju,

telur, topi, seluar, dan sawi) kepada kanak-kanak.

4. Kanak-kanak mencabut satu kad gambar secara rawak.

5. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang gambar tersebut.

83

Penutup 6. Kanak-kanak menyimpan kad gambar tersebut ke dalam “Kotak
Bunyi” yang disediakan mengikut bunyi huruf awalnya dengan
Pengayaan bimbingan pendidik.
Pengukuhan
7. Aktiviti ini dijalankan sehingga semua kad gambar telah dimasukkan
ke dalam “Kotak Bunyi”.

1. Kanak-kanak menyebut nama / bunyi huruf awal dan nama gambar
yang terdapat dalam setiap “Kotak Bunyi” dengan bimbingan
pendidik.

Kanak-kanak menyebut huruf awal lain yang terdapat dalam perkataan.
Kanak-kanak memadankan huruf awal dengan gambar objeknya (b-baju,
t- topi, s-seluar).

84

LAMPIRAN:

Contoh Kad Imbasan Gambar

baju

bola
sawi

85

seluar
telur
topi

86

Aktiviti 23 Bunyi Vokal

Tarikh / Hari

Masa

Umur 4+ Tahun

Tema Haiwan

Sub Tema Haiwan Jinak

Komponen 3.0 Fonemik dan Fonemik

Fokus 3.3 Pengetahuan Bunyi / Nama Huruf yang Terdapat Dalam Abjad

Kesepaduan 5.4 Teknik Menulis (Mengetahui Titik Mula, Arah, dan Kedudukan

Tulisan)

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Menyebut huruf vokal „a‟, „i‟, dan „u‟.
b) Menulis huruf vokal „a‟, „i‟, dan „u‟.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Lirik lagu „Huruf Vokal‟.
b) Kad imbasan huruf „a‟, „i‟, dan „u‟.

c) Tepung
Kosa Kata: „a‟, „i‟, dan „u‟.

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi Pendidik menyanyi lagu „huruf vokal‟ bersama-sama dengan kanak-kanak.
Perkembangan 1. Pendidik menunjukan dan menerangkan nama / bunyi huruf vokal „a‟,

„i‟, dan „u‟ satu demi satu.
2. Kanak-kanak menyebut nama / bunyi huruf vokal „a‟, „i‟, dan „u‟

dengan bimbingan pendidik.
3. Pendidik menerangkan bentuk dan cara menulis huruf vokal „a‟, „i‟,

dan „u‟ satu demi satu kepada kanak-kanak.
4. Kanak-kanak menulis huruf vokal „a‟, „i‟, dan „u‟ satu demi satu

Penutup menggunakan tepung dengan bimbingan pendidik.
Pengayaan Kanak-kanak menyebut semula huruf vokal „a‟, „i‟, dan „u‟.
Kanak-kanak menulis huruf vokal yang lain („e‟ dan „o‟) menggunakan

tepung dengan bimbingan pendidik.

87

Pengukuhan Kanak-kanak membina bentuk huruf vokal „a‟, „i‟, dan „u‟ menggunakan
doh tepung dengan bimbingan pendidik.

88

LAMPIRAN:

Lirik Lagu „Huruf Vokal‟

Pak Mamat ada kebun
a,e,i,o,u,

dikebunnya ada ayam
a,e,i,o,u,

bunyi ayam aa…aa.. aa…
a,e,i,o,u,

(Melodi Asal: Lagu „Old Mac Donald‟)

89

Aktiviti 24 Bentuk Huruf „c‟

Tarikh / Hari

Masa

Umur 4+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema -

Sub Tema -

Komponen 3.0 Fonemik dan Fonetik

Fokus 3.4 Mengenal Pasti Hubungan Antara Bunyi Dengan Huruf

Kesepaduan 5.4 Teknik Menulis (Mengetahui Titik Mula, Arah dan Kedudukan

Tulisan)

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Menyebut nama / bunyi huruf „c‟.
b) Membina huruf „c‟ dengan menggunakan doh tepung.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

a) Doh tepung.
c) Kad imbasan huruf „c‟.
Kosa Kata: huruf „c‟

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik meletakkan huruf „c‟ di sekeliling kelas.
2. Kanak-kanak mencari dan mengambil huruf „c‟ tersebut dengan

Perkembangan bimbingan pendidik.
1. Pendidik menunjukkan dan menerangkan nama / bunyi huruf „c‟

kepada kanak-kanak.
2. Kanak-kanak menyebut nama / bunyi huruf „c‟.
3. Pendidik menunjukkan dan menerangkan cara menulis huruf „c‟

dengan betul.
4. Kanak-kanak membina huruf „c‟ menggunakan doh tepung dengan

bimbingan pendidik.

Penutup 1. Pendidik memberi pujian terhadap hasil kerja kanak-kanak.
2. Kanak-kanak menyebut semula nama / bunyi huruf „c‟.

90

Pengayaan Kanak-kanak membina bentuk huruf lain dengan menggunakan doh
Pengukuhan tepung.
Kanak-kanak menyebut nama objek yang bermula dengan huruf „c‟
seperti cawan, cicak, dan cermin.

91

Aktiviti 25 Roda Impian

Tarikh / Hari

Masa

Umur 4+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema -

Sub Tema -

Komponen 3.0 Fonemik dan Fonetik

Fokus 3.5 Menyambung Suku Kata untuk Membina Perkataan

Kesepaduan 1.5 Penguasaan Asas Kosa Kata (Perbendaharaan Kata yang Diperolehi

Mengikut Umur)

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Menggabungkan dua huruf menjadi suku kata KV seperti „ka‟ „ki‟ dan „ku‟.

b) Mengeja suku kata dan perkataan dengan bimbingan pendidik.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

a) Roda impian suku kata KV (k + a / i / u).

b) Kad imbasan huruf (k, a, i, dan u).

c) Kad imbasan suku kata (ka, ki dan ku).

d) Kad gambar dan perkataan (kaki, kuku).

Kosa Kata: kaki, kuku.

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi 1. Pendidik menunjukkan dan memusingkan „Roda Impian Suku Kata

KV‟ kepada kanak-kanak.

Perkembangan 2. Kanak-kanak menyebut nama / bunyi huruf yang terdapat dalam
„Roda Impian Suku Kata KV‟ (k + a / i / u).

1. Pendidik menunjukkan dan menerangkan cara permainan „Roda
Impian Suku Kata KV‟ kepada kanak-kanak.

2. Kanak-kanak memusingkan „Roda Impian Suku Kata KV‟ untuk

memilih satu huruf vokal.

3. Kanak-kanak menggabungkan huruf vokal yang diperoleh dengan
huruf „k‟.

92

Penutup 4. Kanak-kanak mengeja suku kata KV (ka / ki / ku) yang terhasil
Pengayaan dengan bimbingan pendidik.
Pengukuhan
5. Kanak-kanak menyambungkan dua suku kata KV menjadi
perkataan seperti ku+ku = kuku, ka+ki=kaki dengan bimbingan
pendidik.

6. Kanak-kanak mencari gambar bagi setiap perkataan tersebut.
7. Kanak-kanak menyebut perkataan tersebut dengan bimbingan

pendidik.
Kanak-kanak mengeja semula dua suku kata KV untuk menjadi
perkataan dengan bimbingan pendidik.
Kanak-kanak mengeja perkataan lain yang mempunyai suku kata
KV+KV seperti mata, muka, dan jari.
Kanak-kanak mengeja suku kata KV (ka, ki, ku) dengan bimbinga
pendidik.

93

LAMPIRAN:

Contoh „Roda Impian Suku Kata KV‟

u
k
ai

94

Aktiviti 26 Bobo

Tarikh / Hari

Masa

Umur 4+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema Diri Saya

Sub Tema Perihal Diri Saya

Komponen 3.0 Fonemik dan Fonetik

Fokus 3.5 Menyambung Suku Kata untuk Membina Perkataan

Kesepaduan 1.1: Kemahiran mendengar dengan aktif dalam pelbagai situasi (arahan /

cerita / muzik / ritma / lagu / puisi).

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
a) Menyebut nama / bunyi huruf „b‟.
b) Menyanyi lagu „Bobo‟ bersama-sama dengan pendidik.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Carta lirik lagu „Bobo‟.
b) Video / audio Lagu „Bobo‟.

 https://www.youtube.com/watch?v=Q8b_7jEhIDg
c) Kad imbasan huruf „b‟.
d) Kad imbasan suku kata „ba‟, „bi‟, „bu‟ dan „bo‟.

Kosa Kata: Bobo, baling dan bola.

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran

Set Induksi Pendidik memulakan aktiviti dengan menyanyikan lagu huruf „Bobo‟

Perkembangan bersama-sama dengan kanak-kanak.
1. Pendidik menunjukkan kad imbasan huruf „b‟ kepada kanak-kanak.
2. Kanak-kanak menyebut nama / bunyi huruf „b‟.
3. Pendidik menunjukkan dan menerangkan suku kata „ba‟, „bi‟, „bu‟ dan

„bo‟ kepada kanak-kanak.

4. Kanak-kanak mengeja suku kata tersebut dengan bimbingan pendidik.
5. Pendidik menyanyikan lagu „Bobo‟ sambil menuding jari pada carta

lirik lagu.

95

Penutup 6. Kanak-kanak menyanyi lagu „Bobo‟ bersama-sama dengan pendidik
berpandukan carta lirik lagu tersebut.
Pengayaan
Pengukuhan Kanak-kanak mengeja suku kata atau perkataan yang terdapat dalam carta
lirik lagu „Bobo‟ dengan bimbingan pendidik.
Kanak-kanak mengeja perkataan lain.
Kanak-kanak memadankan dua suku kata untuk menjadi satu perkataan.

96

LAMPIRAN:

Lirik Lagu „Bobo‟

Bobo baling bola
Bo bo bo

Bobo baca buku
Bu bu bu

Baju Bobo biru
Bi bi bi

97

LAMPIRAN:

Contoh Perkataan yang Bermula huruf „b‟

baju baca

buku bola

biru Bobo

98

Aktiviti 27 Teka Perkataan

Tarikh / Hari

Masa

Umur 4+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema -

Sub Tema -

Komponen 3.0 Fonemik dan Fonetik

Fokus 3.5 Menyambung Suku Kata untuk Membina Perkataan

Kesepaduan 1.5 Penguasaan Asas Kosa Kata (Perbendaharaan Kata yang Diperolehi

Mengikut Umur)

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

a) Membina perkataan daripada suku kata yang diberi.

b) Menyebut perkataan yang ditunjukkan.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

a) Kad imbasan suku kata (ro+ti, su+su, na+si).

b) Kad imbasan gambar (roti, susu, nasi)

Kosa Kata: roti, susu, nasi.

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran

Set Induksi Pendidik meminta kanak-kanak meneka bunyi fonik bagi gambar yang

ditunjukkan.

Perkembangan 1. Pendidik menyediakan satu kotak yang mempunyai beberapa suku

kata. Pasangan suku kata diletakkan di papan putih.

2. Pendidik meminta setiap kanak-kanak untuk mengambil satu suku

kata dan mencari padanannya.

3. Kanak-kanak membaca bersama-sama perkataan yang dibina.

4. Kanak-kanak mencari gambar perkataan tersebut.

Penutup Kanak-kanak mengeja semula perkataan yang telah dipelajari dengan

bimbingan pendidik.

Pengayaan Kanak-kanak membina perkataan lain daripada suku kata.

Pengukuhan Kanak-kanak menyebut perkataan yang ditunjukkan oleh pendidik.

99

LAMPIRAN:

Contoh kad Imbasan Gambar

na si

ro ti

su su

100


Click to View FlipBook Version