The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu 2 SPM untuk calon sederhana

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ajanah Mohamed, 2020-09-28 21:02:53

BAHASA MELAYU 2 SPM MODUL JUS

Modul kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu 2 SPM untuk calon sederhana

Keywords: Bahasa Melayu,Sederhana

SIDANG REDAKSI CSL BAHASA MELAYU SPM
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

Pengerusi : Dr.Mistirine Radin
Timbalan Pengerusi Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
Penyelaras
: Abidin bin Marjan
Editor Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
Panel Penulis Pendidikan Negeri Sabah

: Aljanah Mohamed
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

: Juilis Mokujal
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SMK Narinang, Kota Belud

: Juilis Mokujal
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SMK Narinang, Kota Belud

Hasbi Bin Muin
SMKA Kota Kinabalu

Pereka Grafik : Sulaiman Hj. Suhaili
SMK Pengiran Omar II, Sipitang

i

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

Yang Berbahagia Dr. Mistirine Radin
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

Salam sejahtera kepada semua pendidik dan calon SPM
di negeri Sabah.

Sabah Hebat!
Katakan Tidak Kepada Nombor 16.

Kita bersyukur kepada Tuhan kerana dengan keizinan
dan limpah-Nya, Modul CSL Bahasa Melayu dapat
dihasilkan. Oleh itu, saya merakamkan setinggi-tinggi
tahniah kepada Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran,
Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan panel penulis Modul
CSL atas komitmen dalam menghasilkan modul yang
sangat bermanfaat ini.

Prakarsa penghasilan modul ini merupakan Projek Peningkatan Prestasi Bahasa
Melayu SPM Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang bertujuan untuk memenuhi hasrat
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) supaya setiap murid memperoleh keputusan
yang terbaik dalam peperiksaan. Atas keperluan tersebut, Jabatan Pendidikan Negeri
Sabah telah melaksanakan program bersama dengan semua Ketua Panitia Bahasa
Melayu Menengah Sabah pada 9 Jun 2020 yang lalu untuk menghasilkan modul
pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam PdP dan mampu memugar
kecemerlangan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Impak daripada program tersebut, tiga modul yang dihasilkan iaitu Modul
Mandiri (calon cemerlang), Modul JUS (calon sederhana) dan Modul Motamim (calon
lemah) oleh panel penulis yang terdiri daripada Guru Cemerlang, Pegawai SISC+,
Ketua Bidang Bahasa, Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Pemeriksa Kertas Bahasa
Melayu SPM akan digunakan secara maksimum untuk memastikan mata pelajaran
Bahasa Melayu mencatat keputusan cemelang dalam SPM pada tahun ini.

Oleh itu, saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada panel
penulis modul kerana berusaha gigih sehingga dapat menghasilkan Modul CSL Bahasa
Melayu SPM. Saya berharap setiap guru di Sabah dapat memanfaatkan modul ini
dalam PdPc masing-masing. Melalui kesungguhan dan komitmen semua guru Bahasa
Melayu, saya pasti prestasi Bahasa Melayu terus dipacu ke arah kecemerlangan.

Sekian dan selamat maju jaya.

ii

SETINTA KATA

Tuan Haji Abidin bin Marjan
Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Sabah Hebat!
Katakan Tidak Kepada Nombor 16.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia
dan izin-Nya, kita diberikan kekuatan dan kesihatan untuk
menggalas tanggungjawab hakiki dengan penuh dedikasi.
Program Peningkatan Akademik Pengarah bersama Ketua
Panitia Bahasa Melayu Sekolah Menengah pada bulan Jun lepas telah dapat dizahirkan
melalui Modul CSL Bahasa Melayu dapat dihasilkan. Oleh itu, saya merakamkan
setinggi-tinggi tahniah kepada Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pelajaran
Negeri Sabah dan panel penulis Modul CSL atas inisiatif menghasilkan modul ini.

Dalam peperiksaaan SPM tahun lepas, KPM telah mengetengahkan isu
pencapaian murid yang gagal dalam peperiksaan SPM walaupun 11 tahun berada dalam
alam persekolahan. Salah satu punca kegagalan murid yang dikenal pasti ialah murid
tidak dapat menjawab dengan baik soalan peperiksaan Bahasa Melayu sama ada Kertas
1 dan Kertas 2. Murid juga dikenal pasti tidak menguasai cara memahami teks serta
teknik menjawab soalan dengan betul. Oleh yang demikian, untuk membantu murid
lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM maka Modul Mandiri (Calon
Cemerlang), Modul JUS (Calon Sederhana) dan Modul Motamim (Calon Lemah)
dihasilkan untuk memenuhi keperluan pembelajaran murid di negeri Sabah.

Modul ini sangat relevan digunakan oleh guru dan murid sebagai bahan latih
tubi berfokus menjelang peperiksaan SPM pada tahun ini. Saya berharap agar pihak
yang berkenaan baik guru mahupun murid dapat memanfaatkan modul ini dengan
sebaik mungkin demi meningkatkan prestasi subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan
SPM tahun ini.

Oleh itu, saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih dan tahniah
kepada panel penulis modul kerana berusaha gigih sehingga dapat menghasilkan Modul
CSL Bahasa Melayu SPM. Modul ini diharapkan dapat membantu guru dalam proses
pembelajaran dan pemudahcaraan seterusnya dapat melonjakkan prestasi murid dalam
peperiksaan awam khasnya SPM.

Sekian dan selamat maju jaya.

iii

DARI MEJA EDITOR

Pencapaian murid dalam peperiksaan SPM khususnya bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu perlu dipertingkat melalui
pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk
memastikan setiap murid mencapai keputusan yang
cemerlang. Malangnya, apabila keputusan diumumkan
bilangan murid yang gagal subjek Bahasa Melayu semakin
membimbangkan. Oleh itu, cetusan idea Dr. Mistirine
Radin (Pengarah Pendidikan Negeri Sabah) untuk
menghasilkan modul pengajaran untuk meningkatkan
pencapaian pelajar SPM di negeri Sabah wajar dilaksanakan
dengan sebaik mungkin.

Modul Jawab Untuk Sukses (JUS) yang dihasilkan oleh panel penulis
merupakan modul latih tubi berfokus yang dihasilkan khusus untuk membantu calon
sederhana. Modul ini merangkumi soalan Rumusan dan Pemahaman, KOMSAS,
Tatabahasa dan Novel sebagai bahan latih tubi berfokus. Latihan lengkap dan berfokus
peperiksaan dalam modul ini pastinya membantu murid kategori sederhana untuk
memahami dan menjawab soalan Kertas 2 dengan penuh keyakinan.

Dari aspek teknikalnya, modul JUS menepati standard peperiksaan SPM sebenar
kerana modul ini dihasilkan oleh guru berpengalaman sebagai pemeriksa, penggubal
soalan dan jurulatih utama Bahasa Melayu di peringkat negeri dan kebangsaan. Semoga
Modul JUS memudahkan PdP rakan guru untuk memastikan setiap murid dapat
dibantu dan seterusnya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.

Salam hormat.

Sabah Hebat! Katakan Tidak Pada Nombor 16.

Juilis Mokujal
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SMK Narinang, Kota Belud

iv

BIL KANDUNGAN MUKA
SURAT
1 Sidang Redaksi CSL Bahasa Melayu SPM
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah i

2 Sekapur Sirih Seulas Pinang ii
iii
3 Setinta Kata iv
1-21
4 Dari Meja Editor
22-62
5 Bahagian A:
Rumusan dan Pemahaman 63-111

6 Bahagian B: 112-132
Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) 133- 194

7 Bahagian C: 195
Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

8 Bahagian D :
Novel

9 Skema Jawapan

9 Penghargaan dan Senarai Penyumbang

v

BAHAGIAN A:
RUMUSAN DAN PEMAHAMAN

SPM ANALISIS RUMUSAN
Nov 2015 Punca-punca berkurangnya bekalan air bersih dan cara-cara
Nov 2016 menyedarkan masyarakat supaya berhemat dalam penggunaan air
Nov 2017
Cara-cara memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja
Nov 2018 dan kepentingan memupuk semangat patriotisme.

Nov 2019 Faedah-faedah pembelajaran Komponen Sastera

(KOMSAS) dan cara-cara pihak sekolah menarik minat murid

mempelajari KOMSAS.

Persediaan-persediaan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan
dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan
masalah pengangguran.

Peranan-peranan PIBG dan cara-cara menarik minat ibu bapa
bergiat aktif dalam PIBG

1

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Sumber : Soalan SPM Tahun 2019

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan-peranan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan cara-cara menarik minat ibu bapa bergiat
aktif dalam PIBG. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Teknik mudah membina pendahuluan rumusan: Calon pilih salah satu teknik
tersebut.

Teknik Satu

Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3 Elemen 4

subjek peranan-peranan (Isu) (Lokasi/Sasaran)
Petikan tanggungjawab- Persatuan Ibu di sekolah.
membincangkan tanggungjawab/ Bapa dan Guru

tugas-tugas (PIBG)

Petikan membincangkan tanggungjawab-tanggungjawab Persatuan Ibu Bapa dan

Guru (PIBG) di sekolah.

2 markah

Teknik Dua

Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3 Elemen 4

(subjek) peranan-peranan (Isu) (Salin tugasan kedua)
Rumusan tanggungjawab- Persatuan dan cara-cara menarik
membincangkan tanggungjawab/ Ibu Bapa dan minat ibu bapa bergiat
tugas-tugas Guru (PIBG) aktif dalam PIBG

Rumusan membincangkan tanggungjawab-tanggungjawab Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG dan cara-cara menarik minat ibu bapa bergiat aktif dalam PIBG –

2 markah

Kenal pasti dan gariskan peranan-peranan PIBG

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ialah entiti utama sesebuah sekolah dan
asas penubuhannya termaktub dalam Akta Pendidikan 1961. Objektif penubuhan PIBG
perlulah mendukung visi yang selari dengan dasar-dasar negara seperti Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sehubungan
dengan itu, PIBG berfungsi S1-sebagai wahana yang membolehkan ahli berkongsi
maklumat melalui pelbagai medium. Namun demikian,penglibatan ibu bapa dalam
menjayakan aktiviti PIBG masih rendah.

Perlembagaan PIBG menetapkan bahawa keahliannya hendaklah terdiri daripada
guru sekolah tersebut dan ibu bapa yang anak mereka menuntut di sekolah itu. Pihak
PIBG perlu S2-mengadakan program-program yang dapat menemukan ibu bapa dengan
guru-guru yang mengajar anak mereka untuk menjalinkan ukhuwah antara kedua-dua
pihak. Seterusnya, PIBG juga dapat S3-merapatkan hubungan sesama ibu bapa demi

2

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

kebajikan anak-anak mereka. Mereka dapat berjumpa dan bertanya khabar semasa
perjumpaan Mesyuarat Agung PIBG dan program gotong-royong yang diadakan dengan
pihak sekolah. Misalnya,PIBG dijadikan platform oleh pihak luar untuk melaksanakan
sebarang aktiviti yang memberikan faedah kepada sekolah. Selain itu, pihak PIBG juga
boleh S4- membantu untuk menyelesaikan masalah ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan
tindakan segelintir guru.

Selari dengan perlembagaannya, PIBG boleh bertindak untuk S5 melengkapkan
prasarana fizikal sekolah seperti penyediaan akses jalur lebar,perpustakaan yang lengkap
dan kemudahan sukan yang berkualiti. Bagi meningkatkan pencapaian akademik pula,
PIBG boleh S6 -menubuhkan tabung pendidikan untuk menambahkan sumber kewangan
yang apat memberikan manfaat kepada warga sekolah. Dalam hal ini, PIBG perlu
merancang dan melaksanakan pelbagai program seperti aktiviti amal dan mendapatkan
sumbangan daripada pihak tertentu. Malah, pihak PIBG juga dapat S7-membantu dalam
menjayakan sesuatu program yang dirancang oleh pihak sekolah dengan melibatkan diri
secara langsung dalam semua program. PIBG juga boleh bertindak S8-sebagai penganjur
aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dengan mengadakan hari kerjaya, forum perdana dan
pemeriksaan kesihatan. Namun demikian, terdapat sesetengah ahli PIBG, khususnya ibu
bapa tidak memberikan kerjasama terhadap aktiviti-aktiviti tersebut.

Sesungguhnya, PIBG dapat S9- membantu pihak sekolah untuk meningkatkan
kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum dengan mengambil langkah yang
konkrit,sistematik dan pragmatik. Hal ini dikatakan demikian kerana kejayaan dalam
membangunkan modal insan bukan hanya terletak pada bahu pihak sekolah mahupun
pihak kerajaan tetapi turut didukung oleh ibu bapa. Oleh itu,usahlah kita memandang
enteng akan kewibawaan PIBG.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Keakbraban Pemangkin Kerjasama Ibu bapa- Sekolah’,

oleh Dr.Suresh Kumar N Vellymalay
Pendidik, Mei 2017

ISI TERSURAT: Peranan-peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru

(PIBG)

Tugas-tugas sebagai wahana yang membolehkan ahli berkongsi maklumat
PIBG ialah melalui pelbagai medium.

Selain itu, merapatkan hubungan sesama ibu bapa

Di samping itu, melengkapkan prasarana fizikal sekolah

Seterusnya, menubuhkan tabung pendidikan

Selanjutnya, membantu dalam menjayakan sesuatu program

Akhir sekali, sebagai penganjur aktiviti-aktiviti kemasyarakatan

dan membantu pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan

akademik, sahsiah dan kokurikulum

Peringatan Calon pilih isi tersurat yang ringkas dan padat.

3

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

ISI TERSIRAT

Isi Tersirat: Cara-cara menarik minat ibu bapa bergiat aktif dalam
PIBG.
Tip: Calon kemukakan dua cara PIBG tarik minat ibu bapa
T1- menentukan hala tuju/misi/objektif /matlamat dengan jelas
T2- mengadakan jaringan dan kerjasama dengan institusi pendidikan
T3- memantapkan sistem pengurusan dan pentadbiran
T4-menyediakan insentif/bantuan/geran kepada PIBG
T5-menyediakan bilik PIBG yang kondusif
T6- menyediakan laman sosial PIBG

KESIMPULAN

Ada 7 elemen kesimpulan rumusan

Elemen 1 –Penanda wacana Kesimpulannya

Elemen 2 – satu/pelbagai semua pihak

Elemen 3- kata bantu hendaklah

Elemen 4 – kata kerja menyokong

Elemen 5 – tema/isu peranan-peranan PIBG di sekolah

Elemen 6 – kata hubung agar

Elemen 7 – harapan dapat meningkatkan imej sekolah

Rumusan Lengkap:

Rumusan membincangkan tugas-tugas Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan cara-
cara menarik minat ibu bapa bergiat aktif dalam PIBG

Tugas-tugas PIBG ialah sebagai wahana yang membolehkan ahli berkongsi
maklumat . Selain itu, merapatkan hubungan sesama ibu bapa. Di samping itu, menjadi
perantara pihak tertentu dengan pihak sekolah. Seterusnya,melengkapkan prasarana
fizikal sekolah. Akhir sekali, menubuhkan tabung pendidikan dan membantu dalam
menjayakan sesuatu program.

Cara-cara menarik minat ibu bapa bergiat aktif dalam PIBG ialah menentukan
hala tuju PIBG dan menyediakan laman sosial PIBG

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah menyokong peranan-peranan PIBG di
sekolah agar dapat meningkatkan imej sekolah.

[91 patah perkataan]

Pendahuluan 2 Rumusan

Isi Tersurat P-2

S1 2 S-12

S3 2 T-4

S4 2 K-2

S6 2

S7 2 Isi -20

4

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

S8 2 Bahasa-10

Isi Tersurat Jumlah :30
T1 2
T7 2

Kesimpulan 2

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata memandang enteng.

[2 markah]

Tip:

Calon wajib tukar kedua-dua perkataan yang diuji dengan perkataan yang

sinonim.

memandang mengambil/menganggap

Enteng mudah/ringan

Maksud rangkai kata memandang enteng ialah mengambil mudah

[2 markah]

❖ mengambil mudah [1 markah] – tidak gramatis

❖ Maksud rangkai kata memandang enteng ialah mengambil enteng

[1 markah] -calon hanya tukar satu perkataan yang diuji sahaja

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa masalah yang dihadapi oleh PIBG.
Nyatakan masalah-masalah tersebut
(3 markah)
Skema:
P1 penglibatan ibu bapa dalam menjayakan aktiviti PIBG masih
rendah
P2 sesetengah ahli PIBG khususnya ibu bapa,tidak memberikan
kerjasama
Jawapan lengkap:
Masalah -masalah yang dihadapi oleh PIBG ialah penglibatan ibu bapa
dalam menjayakan aktiviti PIBG masih rendah. Selain itu, sesetengah
ahli PIBG khususnya ibu bapa,tidak memberikan kerjasama.
[3 markah]

Jawapan gramatis tetapi tidak cukup isi:

Masalah -masalah yang dihadapi oleh PIBG ialah penglibatan ibu bapa
dalam menjayakan aktiviti PIBG masih rendah.

[2 markah]

5

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

(iii) Kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG amat penting kerana di
situlah wadah terbaik untuk berbincang tentang kecemerlangan anak-anak.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan
kehadiran ibu bapa dalam Mesyuarat Agung PIBG?

(4 markah)

Ulasan Jawapan Calon – Calon SPM 2019 kehilangan markah bagi soalan ini
kerana tidak dapat mengemukakan jawapan yang menepati kehendak soalan.

Skema:

Langkah-langkah/Cara-cara/Tindakan/Prakarsa
meningkatkan kehadiran ibu bapa dalam Mesyuarat
Agung PIBG
P1 memberikan elaun kehadiran
P2 menyediakan jamuan
P3 lokasi mesyuarat yang menarik
P4 mengundang perasmi yang popular
P5 mengadakan cabutan bertuah/hadiah
P6 menyediakan pengangkutan percuma
P7 menghantar surat jemputan awal

Jawapan gramatis:

Pada pendapat saya,langkah-langkah untuk
meningkatkan kehadiran ibu bapa dalam Mesyuarat
Agung PIBG ialah memberikan elaun kehadiran kepada
setiap ahli PIBG yang menghadiri mesyuarat. Tindakan
seterusnya ialah menyediakan jamuan selepas mesyuarat
supaya ahli PIBG dapat makan sebelum balik. Di
samping itu, mengadakan cabutan bertuah sebelum dan
selepas Mesyuarat Agung PIBG. Seperkara lagi yang
boleh dilaksanakan untuk menarik ibu bapa menghadiri
Mesyuarat Agung PIBG ialah menyediakan
pengangkutan percuma kepada setiap ahli PIBG yang
mempunyai masalah pengangkutan. Melalui cara
tersebut, tiada alasan ahli PIBG tersebut tidak dapat
hadir.

[4 markah]

6

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Jawapan tidak tepat:
Langah-langkah untuk mengingkatkan kehadiran

ibu bapa dalam Mesyuarat Agung PIBG ialah guru-guru
harus memberi dorongan kepada ibu bapa untuk
menghadiri Mesyuarat Agung PIBG supaya mereka
menyedari akan kepentingan Mesyuarat Agung PIBG
[X]. Selain itu,kerajaan harus mewajibkan kehadiran ibu
bapa dalam Mesyuarat Agung PIBG [X]

[0 markah]

Praktis 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara
melahirkan masyarakat berbudi bahasa dan kesan terhakisnya amalan berbudi bahasa
dalam masyarakat. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah

perkataan.

Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3 Elemen 4
(Klausa mula ) (Isu)
cara-cara (Salin tugasan kedua-
Rumusan (tukar perkataan Tidak perlu tukar)
membincangkan
sinonim)

Pendahuluan lengkap

Rumusan membincangkan …………………………………………………………………..

Langkah 1:

Tugasan pelajar : Membaca petikan dengan teliti. Guru meminta pelajar membaca
dengan suara yang lantang.

Sejak zaman-berzaman, generasi tua terasuh dengan budaya dan adat sopan yang
menitikberatkan nilai-nilai budi dalam setiap perbuatan dan perbualan. Mereka sentiasa
meletakkan budi bahasa sebagai pelengkap kehidupan berhemah. Budi bahasa lazimnya
merujuk kepada tutur kata, kelakuan dan sopan santun yang meliputi akhlak mulia.
Untuk menyuburkan amalan yang mulia ini, kerajaan melancarkan Kempen Budi
Bahasa dan Nilai Murni. Justeru, kesedaran sivik masyarakat umum mestilah
ditingkatkan oleh semua pihak untuk melahirkan warganegara yang berhemah tinggi.

Sementara itu, amalan berterima kasih hendaklah disuburkan semula. Alangkah
eloknya tradisi masyarakat silam ini diamalkan secara menyeluruh di mana-mana sahaja
pada setiap masa. Dalam kehidupan bermasyarakat, nilai kerjasama dan tolong-

7

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

menolong tidak boleh diabaikan. Amalan ini akan menyemai perasaan hormat-
menghormati di samping mengeratkan hubungan sesama anggota masyarakat. Antara
amalan harian yang perlu kita lakukan untuk mengembalikan warisan silam itu
termasuklah budaya berbahasa yang sopan dan berakhlak mulia.

Ibu bapa bertanggungjawab dalam mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak
supaya membesar dengan akhlak yang terpuji. Cabarannya hebat kerana ibu bapa kini
terhimpit oleh tuntutan kerjaya masing-masing. Pada peringkat sekolah pula, guru-guru
perlu mendidik murid mereka supaya berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai
murni kerana banyak masa murid dihabiskan di sekolah. Satu langkah drastik yang
dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dengan memperkenalkan
mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Oleh sebab itu, amalan berbudi
bahasa wajib kita laksanakan baik di sekolah atau di rumah. Malahan amalan ini perlu
dihayati dan diamalkan oleh seluruh rakyat. Dengan perkataan lain, setiap orang
bertanggungjawab dalam mengekalkan nilai budi bahasa itu.

Jika hal ini dapat diwujudkan, maka usaha untuk mencapai taraf negara maju
menjelang tahun 2020 akan berhasil kerana nilai-nilai murni merupakan satu daripada
ukuran kemajuan bangsa dan negara. Budi bahasa dan amalan murni tidak dapat
bercambah tanpa usaha untuk memupuknya. Rakyat dan kerajaan mesti berusaha
bersama-sama untuk mewujudkan masyarakat yang berhemah dan berbudi bahasa.
Untuk tujuan itu, kita perlu ingat-mengingati supaya amalan murni yang kian terhakis
itu menjadi amalan pada setiap masa. Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni
merupakan kemuncak tindakan kerajaan untuk menerapkan amalan mulia ini dalam
fikiran, perilaku dan hati budi warganegara Malaysia dalam pelbagai lapisan
masyarakat. Kempen ini diharapkan dapat meneguhkan keperibadian dan
mempamerkan jati diri dan imej Malaysia yang positiif kepada masyarakat
antarabangsa.

Langkah kedua.

Guru meminta pelajar menulis semula ISI TERSURAT dalam jadual.

Isi tersurat 2m
Cara-cara melahirkan masyarakat berbudi bahasa ialah S1- 2m
2m
Kedua, S2 2m
Ketiga, S3 2m
Selain itu, S4 2m
Seterusnya, S5
Selanjutnya S6

8

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Isi tersirat

Kesan terhakisnya amalan berbudi bahasa dalam masyarakat ialah T1 …..dan T2 ……..

Kesimpulan

Elemen 1 -Penanda wacana
Elemen 2 – sasaran /pelbagai pihak
Elemen 3- kata bantu
Elemen 4 – tema/isu
Elemen 5 – kata hubung
Elemen 6 - harapan

Soalan 2(a) – Petikan umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat anda
sendiri.
i. Berikan maksud rangkai kata ukuran kemajuan.

[ 2 markah ]

Rangkai kata Cari padanan kata yang sesuai
ukuran
kemajuan

Maksud rangkai kata ukuran kemajuan ialah ……………………………………

ii. Mengapakah kerajaan melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni

[ 3 markah ]

Tip: Jawapan terdapat dalam petikan:

P1- untuk menyuburkan amalan yang mulia
P2- menyemai perasaan hormat-menghormati
P3- mengeratkan hubungan sesama anggota masyarakat

9

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

iii. Pada pandangan anda, jelaskan faktor-faktor yang menentukan kejayaan
kempen tersebut.

[ 4 markah ]

Tip: Calon perlu memberikan pendapat yang bernas tentang faktor-faktor yang
dilakukan untuk menentukan kejayaan kempen.

Jawapan yang diharapkan daripada calon :

Kata kunci : Faktor-faktor penentu kejayaan kempen
P1 Kerjasama pihak ibu bapa terhadap kempen yang dilaksanakan
P2 Kolaboratif antara pihak media dan agensi yang bertanggungjawab
P3 Sokongan padu pihak NGO terhadap kempen yang dilaksanakan

Praktis 2:

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara
memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja dan kepentingan memupuk semangat
patriotisme. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3 Elemen 4
(Klausa mula ) cara-cara (Isu) (Salin tugasan kedua-
(tukar perkataan
Rumusan sinonim) Tidak perlu tukar)
membincangkan

Pendahuluan lengkap

Rumusan membincangkan …………………………………………………………………..

Langkah 1:

Tugasan pelajar : Membaca petikan dengan teliti. Guru meminta pelajar membaca
dengan suara yang lantang.

Patriotisme pada umumnya dikaitkan dengan semangat kecintaan dan
pengorbanan yang kuat untuk negara. Semangat cinta akan negara ini perlu disemai dan
dipupuk dalam kalangan remaja kerana semangat itu tidak hadir sendiri tanpa
memahami sejarah negara secara jelas. Sejak akhir-akhir ini, semangat patriotisme
dikatakan semakin menipis dalam diri remaja kerana generasi pascamerdeka itu tidak

10

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

pernah merasai jerih perih seperi yang dialami pejuang kemerdekaan tanah air suatu
ketika dahulu. Mereka juga berasa selesa dengan kehidupan hari ini. Sehubungan
dengan itu, semangat patriotisme mesti disemai melalui sistem pendidikan khususnya
dalam mata pelajaran Sejarah, bermula dari peringkat sekolag rendah lagi. Pada masa
yang sama, penerapan elemen sejarah melalui mata pelajaran lain seperti Bahasa
Melayu, Kajian Tempatan dan Kesusasteraan Melayu turut dapat menyemai semangat
tersebut.

Untuk membina semangat patriotisme dan rasa cinta remaja terhadap negara,
pelbagai aktiviti menarik boleh dilaksanakan melalui aktiviti kokurikulum di sekolah
seperti Persatuan Sejarah, Kelab Rukun Negara dan Kelab Setia. Di samping itu,
kempen sayangi negara hendaklah diadakan secara berterusan. Media elektronik seperti
televisyen san radio perlu menyiarkan dokumentari tentang pejuang kemerdekaan dan
menayangkan filem-filem yang berkaitan dengan peristiwa bersejarah negara kita.
Penyabaran maklumat tentang peristiwa bersejarah melalui laman sosial perlu
dilaksanakan dengan harapan remaja dapat menggunakan kreativiti mereka dengan
memuat naik peristiwa-peristiwa sejarah secara interaktif supaya semangat patriotisme
dapat diterapkan. Selain itu, program sambutan bulan kemerdekaan perlu dijalankan
untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Program-program
seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik, pementasan teater dan drama yang
bercorak kenegaraan boleh dianjurkan oleh badan bukan kerajaan, pihak sekolah dan
agensi-agensi kerajaan supaya mesej semangat cinta akan negara sampai kepada golongan
sasaran. Namun, program tersebut kurang berjaya dalam mencapai matlamatnya kerana
kurangnya penghayatan para remaja dalam aktiviti bercorak kenegaraan tersebut.

Dalam memupuk semangat patriotisme, ibu bapa turut memainkan pernana
penting dengan menunjukkan teladan kepada anak-anak. Misalnya, ibu bapa bersama
anak-anak mengibarkan Jalur Gemilang atau melawat tempat-tempat bersejarah tanah
air. Akan tetapi, terdapat segelintir ibu bapa yang kurang berperanan dalam menerapkan
semangat patriotisme dalam jiwa anak-anak mereka menyebabkan hasrat memupuk
semangat patriotisme terjejas. Para remaja juga perlu dididik dan diterapkan konsep
berpegang pada prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara yang terdapat dalam Rukun
Negara. Penerapan terhadap prinsip ini diharap dapat melahirkan remaja yang
bersemangat patriotisme dalam meniti arus globalisasi. Oleh itu, setiap rakyat negara ini
perlu mempunyai semangat patriotisme dalam mempertahankan maruah bangsa, agama
dan negara tercinta.

11

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Langkah kedua.
Guru meminta pelajar menulis semula ISI TERSURAT dalam jadual.

Isi tersurat

Cara-cara memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja ialah S1….. 2m

Kedua, S2. 2m

Ketiga, S3 2m

Selain itu, S4 2m

Seterusnya, S5 2m

Selanjutnya S6 2m

Isi tersirat

Kepentingan memupuk semangat patriotisme ialah………..T1 dan T2……………………..

Kesimpulan

Elemen 1 -Penanda wacana Kesimpulannya,
Elemen 2 – sasaran /pelbagai
pihak
Elemen 3- kata bantu
Elemen 4 – tema/isu
Elemen 5 – kata hubung
Elemen 6 - harapan

12

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Soalan 2(a) – Petikan umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat anda
sendiri.

i) Berikan maksud rangkai kata golongan sasaran.

[ 2 markah ]

Rangkai kata Cari padanan kata yang sesuai

golongan

sasaran

Maksud rangkai kata golongan sasaran ialah ………………………………………

ii) Pengarang menyatakan beberapa faktor yang menyebabkan semangat
patriotisme semakin menipis dalam kalangan remaja.
Apakah faktor-faktor tersebut?
[ 3 markah ]

Tip: Jawapan terdapat dalam petikan:

Faktor-faktor :
P1- generasi pascamerdeka tidak pernah merasai jerih perih seperti yang dialami
pejuang kemerdekaan tanah air suatu ketika dahulu.
P2- mereka berasa selesa dengan kehidupan hari ini.
P3-kurangnya penghayatan golongan remaja dalam aktiviti bercorak
kenegaraan.
P4- ibu bapa yang kurang berperanan dalam menerapkan semangat patriotisme
dalam jiwa anak-anak mereka.

iii) Pejuang-pejuang kemerdekaan telah berjaya menanamkan semangat patriotisme
dalam jiwa rakyat Malaysia sehingga kini.

Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang dapat dilakukan agar jasa-jasa
mereka kekal subur dalam jiwa generasi akan datang?

[ 4 markah ]

13

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Tip: Calon perlu memberikan pendapat yang bernas tentang perkara-perkara yang
dapat dilakukan agar jasa-jasa mereka kekal dalam jiwa generasi akan datang

Jawapan yang diharapkan daripada calon:

Kata kunci : Perkara-perkara yang dapat dilakukan
P1 Pengkaryaan/ pengkisahan/ karya biografi berkaitan tokoh/ pejuang
P2 Pameran berkaitan tokoh/ pejuang.
P3 Membina galeri khas berkaitan tokoh/pejuang.
P4 Filem/ drama bangsawan berkaitan perjuangan tokoh.
P5 Pertandingan mencipta karya lagu/ muzik berkaitan tokoh/ pejuang
P6 Membina tugu peringatan/ tanda kenangan berkaitan tokoh / pejuang
P7 Menamakan jalan-jalan / bangunan-bangunan dengan nama tokoh /

pejuang.

Praktis 3

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca
berkurangnya bekalan air bersih dan cara-cara menyedarkan masyarakat supaya
berhemat dalam penggunaan air. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120

patah perkataan.

Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3 Elemen 4
(Klausa mula ) punca-punca (Isu) (Salin tugasan kedua-

(tukar perkataan Tidak perlu tukar)
sinonim)

Rumusan
membincangkan

Pendahuluan lengkap

Rumusan membincangkan …………………………………………………………………

Langkah 1:

Tugasan pelajar : Membaca petikan dengan teliti. Guru meminta pelajar membaca
dengan suara yang lantang.

Air merupakan sumber yang penting untuk kelestarian dan kelangsungan
kehidupan. Air diperoleh secara semula jadi daripada pelbagai sumber dan sungai
merupakan sumber air yang utama di negara ini. Negara kita mempunyai lebih daripada
150 batang sungai yang menjadi sumber air mentah utama. Walau bagaimanapun,
Malaysia terdedah kepada risiko kekurangan bekalan air jika sumber air tersebut tidak

14

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

dijaga dan diurus dengan baik. Oleh itu, pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air
sangat perlu diberikan perhatian bagi menjamin bekalan air yang mencukupi.

Peningkatan permintaan air oleh pengguna akibat pertambahan bilangan
penduduk menyebabakan berlakunya penyusutan bekalan air. Krisis air juga berlaku
disebabkan oleh sikap pengguna yang sering menggunakan air secara berlebihan.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara purata setiap rakyat Malaysia
menggunakan 380 liter air sehari, iaitu melebihi keperluan biasa yang disarankan oleh
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebanyak 50 liter sehari. Keadaan ini berlaku
kerana sikap sebahagian rakyat Malaysia yang tidak menghargai air sehingga melakukan
pembaziran. Sumber bekalan air negara juga terjejas disebabkan oleh pembangunan
yang tidak terancang. Hal ini demikian kerana aktiviti pembalakan dan perancangan
bandar tidak diurus dengan baik. Sehubungan dengan itu, semua pihak yang
bertanggungjawab perlu mengambil inisiatif untuk menangani isu pembalakan dan
pembangunan yang tidak terancang itu.

Malaysia juga pernah dilanda beberapa episod krisis air kesan daripada
perubahan iklim, misalnya fenomena El Nino yang telah menyebabkan berlakunya
kemarau panjang. Pada masa itu, kerajaan terpaksa mencatu bekalan air akibat sumber
air yang semakin susut. Selain itu, pelepasan sisa toksik daripada aktiviti industri ke
sungai-sungai telah menyebabkan air tercemar. Hal ini telah menimbulkan kesulitan
kepada penduduk di negara ini, terutamanya bagi penduduk yang menjadikan sungai
sebagai sumber air. Di samping itu, kewujudan tapak pelupusan sampah berhampiran
sungai yang menghasilkan air licik telah mencemarkan air sehingga menyebabkan
berkurangnya sumber bekalan air bersih. Keadaan yang berlaku ini menunjukkan kualiti
air sungai semakin merosot.

Selain faktor-faktor di atas, masalah kecurian air juga menjadi salah satu sebab
berlakunya krisis air. Sehubungan dengan itu, terdapat keperluan yang mendesak bagi
mewujudkan satu dasar yang menyeluruh untuk dijadikan panduan dalam
melaksanakan urus tadbir sumber air yang baik dan bersepadu. Sesungguhnya, masa
depan dan nasib sumber air negara terletak di tangan kerajaan dan rakyat.

Langkah kedua

Guru meminta pelajar menulis semula ISI TERSURAT dalam jadual.

Isi tersurat

Punca-punca berkurangnya bekalan air bersih ialah S1………………………………….. 2m

Kedua, S2. 2m

Ketiga, S3 2m

Selain itu, S4 2m

15

Seterusnya, S5 MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
Selanjutnya S6 KERTAS 1103/2

2m

2m

Isi tersirat

Cara-cara menyedarkan masyarakat supaya berhemat dalam penggunaan air ialah…….T1
dan T2……….

Kesimpulan Kesimpulannya,
Elemen 1 -Penanda wacana

Elemen 2 – sasaran /pelbagai
pihak

Elemen 3- kata bantu

Elemen 4 – tema/isu

Elemen 5 – kata hubung

Elemen 6 - harapan

Soalan 2(a) – Petikan umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan
ayat anda sendiri.

i) Berikan maksud rangkai kata menimbulkan kesulitan.
[ 2 markah]

Rangkai kata Cari padanan kata yang sesuai
menimbulkan
kesulitan

Maksud rangkai kata menimbulkan kesulitan ialah …………………………………..

16

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

(ii) Dalam petikan terdapat beberapa langkah untuk mengatasi masalah
kekurangan air bersih.

Apakah langkah-langkah tersebut.

[ 3 markah ]

P1-Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air.
P2-Semua pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil inisiatif untuk

P3-menangani isu pembalakan dan pembangunan yang tidak terancang.
P4-Mencatu bekalan air.

P5-Mewujudkan satu dasar yang menyeluruh untuk dijadikan panduan dalam
melaksanakan urus tadbir sumber air yang baik dan bersepadu.

(iii) Negara kita telah beberapa kali menghadapi krisis bekalan air.
Huraikan pendapat anda tentang cara yang berkesan bagi menangani krisis
tersebut.
[4 markah]

Cara berkesan menangani krisis (Fokus kepada pihak kerajaan)
P1- Membina lebih banyak empangan.
P2- Berkongsi bekalan air antara negeri.
P3- Mencari sumber air alternatif/ penyulingan air laut.
P4- Mengimport air bersih.
P5- Dasar pengagihan bekalan air.

Praktis 4

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah-
faedah pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dan cara-cara pihak sekolah menarik
minat murid mempelajari KOMSAS. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi

120 patah perkataan.

Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3 Elemen 4
(Klausa mula ) faedah-faedah (Isu) (Salin tugasan kedua-

Rumusan (tukar perkataan Tidak perlu tukar)
membincangkan sinonim)

Pendahuluan lengkap
Rumusan membincangkan …………………………………………………………………

17

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Langkah 1:

Tugasan pelajar : Membaca petikan dengan teliti. Guru meminta pelajar membaca
dengan suara yang lantang.

Pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dalam pendidikan Bahasa Melayu
di semua sekolah menengah diperkenalkan mulai tahun 2000. Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah memilih beberapa buah karya sastera untuk dijadikan teks yang
wajib dipelajari dan ditaksir dalam peperiksaan awam. Pemilihan karya sastera tersebut
merangkumi semua genre utama yang mencakupi pelbagai tema. Langkah tersebut
menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin luas. Hal ini telah menjadikan proses
pendidikan Bahasa Melayu tidak lagi hanya berfokus kepada penulisan karangan,
tatabahasa dan pemahaman semata-mata.

KOMSAS yang diajarkan juga dapat meningkatkan minat membaca dalam
kalangan murid. Murid dapat menikmati keseronokan dunia pembacaan apabila mereka
dapat menghayati pelbagai karya yang ditulis oleh pengarang-pengarang tanah air.
Melalui pembelajaran KOMSAS pelbagai istilah asas kesusasteraan seperti tema,
persoalan, perwatakan, gaya bahasa dan beberapa istilah lain dapat difahami dan
seterusnya mampu melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera. Berbanding
dengan penulisan yang berbentuk fakta dan ilmiah, penulisan karya sastera lebih
menarik kerana digarap melalui penggunaan gaya bahasa yang puitis dan kosa kata yang
pelbagai. Secara tidak langsung, murid-murid dapat memperluas perbendaharaan kata
yang boleh digunakan dalam penulisan dan pertuturan. Di samping itu, pembelajaran
KOMSAS dapat membantu murid untuk meningkatkan kemahiran berbahasa seperti
kemahiran bertutur, membaca dan menulis.

Karya yang dipilih sebagai teks KOMSAS bukan sahaja mengambil kira aspek
penceritaan atau jalan cerita tetapi juga berdasarkan gaya bahasa yang menarik. Selain
itu, nilai-nilai murni yang boleh dijadikan teladan turut diambil kira. Pertimbangan
tersebut sangat penting agar pembacaan dan perbincangan karya KOMSAS di dalam
kelas dapat memberikan banyak pengajaran kepada murid. Karya yang dipilih itu pula
tidak terhad kepada karya-karya moden seperti novel, cerpen dan sajak malah KOMSAS
turut mengetengahkan karya-karya lama yang berbentuk prosa seperti prosa tradisional
serta puisi seperti pantun, gurindam dan syair. Dengan mendalami dan mengapresiasi
karya-karya sastera tradisional tersebut, murid menjadi lebih peka untuk menghargai
kesusasteraan warisan bangsa. Sebagai usaha positif untuk menyemarakkan
penghayatan KOMSAS, pihak KPM sentiasa menukar teks KOMSAS yang digunakan
dalam tempoh tertentu. Perubahan tersebut dilakukan untuk memberi peluang kepada
lebih ramai penulis agar karya mereka diterbitkan dan seterusnya dikaji oleh murid-
murid.

18

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Sesungguhnya pembelajaran KOMSAS yang telah dilaksanakan lebih sepuluh
tahun itu dapat mematangkan murid dalam berfikir dan berkomunikasi. Namun begitu,
pihak KPM perlu melaksanakan kajian semula secara holistik supaya pembelajaran
KOMSAS dapat memberikan impak yang lebih menyeluruh. Kajian ini perlu dilakukan
agar matlamat pembelajaran KOMSAS dapat dicapai dengan baik.

Langkah kedua
Guru meminta pelajar menulis semula ISI TERSURAT dalam jadual.

Isi tersurat

Faedah-faedah pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) ialah S1….. 2m
2m
Kedua, S2. 2m
2m
Ketiga, S3 2m
2m
Selain itu, S4

Seterusnya, S5

Selanjutnya S6

Isi tersirat
Cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS ialah…….T1 dan
T2……….

Kesimpulan

Elemen 1 -Penanda wacana Kesimpulannya,
Elemen 2 – sasaran /pelbagai
pihak
Elemen 3- kata bantu
Elemen 4 – tema/isu
Elemen 5 – kata hubung
Elemen 6 - harapan

19

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Soalan 2(a) – Petikan umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan
ayat anda sendiri.

i) Berikan maksud rangkai kata menikmati keseronokan. [ 2 markah
]

Rangkai kata Cari padanan kata yang sesuai

menikmati

keseronokan

Maksud rangkai kata menikmati keseronokan ialah ……………………………….

ii) Dalam petikan, pengarang menjelaskan bahawa pelbagai pertimbangan diambil
kira semasa memilih karya sastera untuk dijadikan teks KOMSAS.

Nyatakan pertimbangan-pertimbangan tersebut. [ 3 markah ]

Pertimbangan-pertimbangan :
P1- mencakupi pelbagai tema.
P2- mengambil kira teknik penceritaan/ jalan cerita.
P3- mengambil kira gaya Bahasa yang menarik.
P4- nilai-nilai murni yang boleh dijadikan teladan diambiil kira.

iii) Negara kita masih memerlukan ramai penulis yang berminat untuk
menghasilkan karya sastera.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk
mencapai hasrat tersebut.

[4 markah]
Langkah-langkah
P1- Mengadakan kursus/ bengkel/seminar penulisan karya sastera.
P2- Mengadakan pertandingan penulisan karya sastera.
P3- Menyediakan pelbagai anugerah kepada pengarang/ penulis
P4- Menubuhkan sebuah pusat/ akademi pengarang/ penulis /fakulti sastera di
universiti
P5- Tokoh sasterawan memberikan bimbingan/ tunjuk ajar kepada
pengarang/penulis muda.

20

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

P6-Menyediakan skim khas /ganjaran bersesuaian untuk pengarang/penulis.
P7-Menyediakan peluang kerjaya yang luas kepada mereka yang mengambil
kursus-kursus berkaitan sastera.

Maksud rangkai kata memandang enteng ialah …………………………………….
i) Pengarang mengemukakan beberapa masalah yang dihadapi oleh PIBG.

Nyatakan masalah-masalah tersebut.
[ 3 markah ]

Masalah-masalah:
P1- penglibatan ibu bapa dalam menjayakan aktiviti PIBG masih rendah.
P2- sesetengah ahli PIBG khususnya ibu bapa, tidak memberikan kerjasama.

ii) Kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG amat penting kerana di situlah
wadah terbaik untuk berbincang tentang kecemerlangan anak-anak.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan kehadiran ibu
bapa dalam Mesyuarat Agung PIBG?
[4 markah]

Langkah-langkah:
P1- memberikan elaun kehadiran.
P2- menyediakan jamuan.
P3- lokasi mesyuarat yang menarik.
P4- mengundang perasmi yang popular.
P5- mengadakan cabutan bertuah/ hadiah/ buah tangan
P6- menyediakan pengangkutan percuma.
P7- menghantar surat jemputan awal/ promosi besar-besaran.
P8- pemilihan hari/ masa mesyuarat yang sesuai.
P9- menggabungkan mesyuarat PIBG dengan program lain di sekolah.

21

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

BAHAGIAN B:
KOMPONEN SASTERA DALAMA BAHASA MELAYU

(KOMSAS)

ANALISIS CERPEN & DRAMA

Cerpen SPM Cerpen SPM Drama SPM Drama SPM
Ting 4 Ting 4 Ting 5
Kaduk Jun Ting 5 Jun
Ayam dan 2017 Cinta 2019 Berkhidmat Jun Bukan Nov
Raja Ahmad untuk 2018 Gila 2017
Munsyi Mutawakkil Nov Negara
Hipertensi 2018
Jaket Kulit Nov
Kijang dari Nov Gerhana 2016
Istanbul 2019 Manusia

SOALAN DAN JAWAPAN CONTOH :

SOALAN 2 (b) : PEMAHAMAN PETIKAN PROSA MODEN [9m]

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kedua-dua belah tanganku menggigil di dalam poket jaket kain. Kedua-dua belah kakiku
yang bersarung stoking bulu kambing di dalam kasut kulit, turut terasa dingin.

Aku tidak dapat membayangkan jika aku menjadi wanita tua yang menjual makanan
burung di situ. Pakaiannya hanya kain kapas nipis. Tudungnya ditarik menutupi
sebahagian mukanya yang merah kesejukan. Kakinya berstoking lusuh. Kasutnya, aku
tidak pasti sama ada aku sedang melihat warna stoking kehijauan di hujung kasutnya yang
koyak, atau warna kasutnya.

Aku membeli tiga piring makanan burung dan memberinya LT5 walaupun harga satu
piring cuma LT1. Wanita tua itu menyusun sepuluh jari sebelum mengarahkan jarinya ke
dada sebagai tanda terima kasih. Aku menaburkan bijirin. Beratus-ratus burung merpati
berterbangan turun dari kubu tinggalan kerajaan Uthmaniah. Nasib burung itu jauh lebih baik
daripada nasib wanita tua itu, dapat makanan percuma dan gambarnya diabadikan dalam
kamera sedangkan wanita tua itu seakan-akan figura hidup yang tidak disedari
kewujudannya.

Seorang remaja kurus datang menghampiriku. Di tangannya terdapat sebuah beg
plastik hitam yang besar. Matanya melingas ke kanan kiri. Dia bercakap separuh berbisik.

22

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

“Black market, black market. Good price.” Aku teringat akan pesanan Encik Yuskel
tentang bahaya membeli barang di tepi jalan. Aku menggelengkan kepala tanda tidak
berminat. Remaja itu menghampiri Kak Chah dan Shahmeem. “Perfume. Wallet. Jacket.
Please!”

(Dipetik daripada Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul, Maskiah
Haji Masrom, Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul, Dewan
Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan gambaran keadaan wanita tua seperti yang dinyatakan dalam petikan
tersebut.

JAWAPAN PEMAHAMAN TEKS [2 markah]

Gambaran keadaan wanita tua seperti dalam petikan ialah pakaiannya hanya kain kapas yang
nipis. Tudungnya ditarik menutupi sebahagian mukanya yang merah kesejukan.

INGAT!

Jawapan seperti ini akan ditolak ½ daripada markah calon kerana hanya menyalin jawapan daripada petikan tanpa
menukar kepada ayat sendiri.

Gambaran keadaan wanita tua seperti dalam petikan ialah dia berpakaian hanya daripada kain
kapas yang nipis. Selain itu, tudung yang dipakainya ditarik menutupi sebahagian mukanya
yang telah merah kesejukkan.

INGAT!

Jawapan seperti ini akan diberi 2 markah kerana calon membina ayat sendiri berdasarkan jawapan daripada petikan.

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah aku tidak sanggup menjadikan dirinya sebagai
penjual wanita tua yang menjual makanan burung di Egyptian Market?

Kemukakan tiga alasan anda. JAWAPAN KBAT/PENDAPAT [3
markah] SEN

Pada pendapat saya, aku tidak sanggup menjadikan dirinya sebagai penjual wanita tua
yang menjual makanan burung di Egyptian Market adalah kerana cuaca yang sejuk.
Selain itu, pendapatan dengan menjual makanan burung tidak menentu. Akhir sekali,
kesihatan diri aku akan terganggu kerana faktor usia yang sudah tua.

23

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

(iii) Jelaskan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain

daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

JAWAPAN ASPEK KOMSAS

Satu nilai murni dalam petikan ialah nilai baik hati. Contohnya, penulis menyerahkan
wang sebanyak LT5 untuk harga makanan burung yang hanya berharga LT1.
Manakala satu nilai murni yang tidak terdapat dalam petikan ialah nilai kesabaran.
Sebagai contoh, penulis bersabar dengan tindakan peniaga yang menggunakan kata-
kata kesat dan memaksanya membeli jaket ketika urusan jual beli.

MUNSYI

Praktis 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SETIAP kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan
pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata bonda,
ilmu agama saya masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang, saya akan hanyut dibawa arus
hedonisme dan modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata
bonda lagi, bahasa ibunda saya juga masih lemah. Bahasa yang membesarkan saya
dengan segala adat resam dan nilai budaya warisan turun-temurun. Bahasa yang
diwarisi nenek moyang sejak zaman-berzaman.

Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada yang kerdil ini tidak akan mampu
mengekang ledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi
bermaruah. Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang
menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya. Kebanyakannya tergadai maruah
dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.

“Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang!
Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan
kita yang masih ada, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati
Allah.

24

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

i. Nyatakan alasan bonda tidak membenarkan Mel bermastautin di kota.

[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah generasi muda sekarang terlalu mudah terpengaruh
dengan gejala yang tidak sihat?

Kemukakan dua faktor.

[3 markah]

iii Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai yang lain
daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]

Praktis 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat
lama di pangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk
menjengah wajah kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan
keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai
warga kota.

Kata bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisinya. Kota yang
sekadar dibangunkan dengan kempen dan slogan itu sarat dengan api prasangka dan
runcing prejudis para warganya yang berbilang bangsa dan bercampur aduk pula budaya
dan bahasa pertuturannya. Manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaksuban dan
kepentingan diri sendiri.

Mereka dipecah-pecahkan oleh ideologi, puak dan etnik, warna kulit, bahasa
percakapan serta fahaman politik sehingga mengundang resah dan amarah. Lantas
masing-masing bangun untuk berjuang menegakkan identiti sendiri.

Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah
hitam dekad lampau. Sejarah yang meninggalkan parut luka sentiment yang bukan
sedikit. Sejarah suram yang berparut duka angkara gelodak emosi dan kesumat yang
mengalir dalam dada setiap warganya sejak sekian lama.

25

i. Nyatakan tujuan Mel berhijrah ke kota. MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menyuburkan
semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat bandar?
[3 markah]

iii Huraikan satu perwatakan Mel yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
perwatakannya yang lain daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]

Praktis 3

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Cerita bonda suatu hari tatkala saya asyik membelek-belek kitab-kitab lama bertulisan
Jawi di dalam almari yang memperincikan sejarah asal usul bumi mewah ini. Saya
pandang mata bonda dalam-dalam mencari pengertian sebenar saya anak generasi
baharu yang belum mengerti segala-galanya. Saya faham bonda hanya ingin
menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam diri saya, anak-anak generasi material
ini. Harapan bonda moga-moga saya menjadi pejuang yang berani mempertahankan
nilai-nilai dan kepentingan bangsa saya sendiri yang sedikit demi sedikit mula terhakis di
atas tanah sendiri.

“Tapi, dunia ini sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman
perjuangan menentang musuh penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang
mengejar harta, pangkat dan kekayaan di bumi mewah ini. Tanah air ini bukan milik
bangsa kita sahaja. Kita hidup dengan perkongsian hak dan identiti yang sama rata.
Sejarah lama tidak perlu dibangkitkan lagi.” Bonda merenung mata dengan ekor
pandangan yang penuh prejudis. Dihela nafas panjang-panjang menahan rasa sebelum
bersuara, “Mel, sejarah bukan buta. Sejarah ialah guru yang tidak pernah berdusta.
Bangsa yang membaca dan mengkaji sejarah silam tidak akan melakukan kesilapan kali
kedua. Lihat bangsa Yahudi yang terus mencipta kejayaan besar dari zaman ke zaman
kerana mengkaji sejarah lampau. Mereka membina agenda besar untuk bangsa dan
keturunannya.”

26

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

i. Nyatakan kebaikan yang diperoleh oleh bangsa yang mengkaji sejarah.

[2 markah]

ii. Semangat patriotisme dalam generasi muda boleh disemai melalui pembelajaran
sejarah baik di peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menyemai semangat patriotik dalam jiwa
remaja di negara ini?

[3 markah]

iii Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran
yang lain daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]

Praktis 4

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”
Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum

menjemput saya masuk.
Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum

menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.
Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan

kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan
hidup dengan dengan setiap patah slanga dan klausa yang memperdagangkan maruah
dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak
muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan
merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki perempuan berpelesiran dalam
pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa. Mereka bergelak
tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi
keliru tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang
dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya jadi buntu. Malah
berasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang telah hilang
identiti dan jati diri di negara mewah ini.

27

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

i. Apakah yang disaksikan oleh Mel pada minggu-minggu pertama dia berada di kota?

[2 markah]

ii. Anak-anak muda sekarang gemar menggunakan bahasa Melayu yang bercampur aduk
dengan bahasa asing sehingga memunculkan istilah bahasa rojak yang mengelirukan.

Pada pendapat anda, apakah kesan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan generasi
muda di negara ini?

[3 markah]

iii Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar
masyarakat yang lain daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]

Praktis 5

Seminggu selepas itu, ketika saya sampai di kampung pinggir kota itu, keadaan sudah
kelam-kabut. Jentera-jentera berat bersiap sedia merobohkan rumah-rumah kayu usang.
Puluhan anggota penguat kuasa mengawal suasana sekitar yang dipanaskan dengan
demonstrasi penduduk membantah pencerobohan itu.

Saya mencari Munsyi. Saya bimbang akan puluhan buku lama yang dihadiahkan
oleh bonda kepada Munsyi. Ketika sesi meroboh bermula, saya jadi terkedu melihat
puluhan buku ini ranap dan berkecai bersama-sama ranapnya rumah Munsyi dihentam
taring-taring tajam jentera berat yang melanggar dan meredah apa-apa saja. Air mata
saya menitis sedih dan pilu bukan sahaja mengenang khazanah berharga yang musnah,
tetapi membayangkan satu-satunya tanah rizab milik bangsa di kota besar ini akan
berpindah kepada tuan-tuan saudagar asing yang bakal mengaut keuntungan di bumi ini.

Selepas kejadian itu, berhari-hari saya cuba menjejak Munsyi, namun kelibatnya
langsung tidak saya temui. Saya bertanya setiap orang, ke mana perginya gerangan
orang tua itu, namun tiada sesiapa mengetahui pejuang bahasa ibunda itu
menghilangkan diri.

i. Mengapakah Mel berasa sedih dan pilu?

[2 markah]

ii. Demonstrasi jalanan bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik untuk menyelesaikan
sesuatu masalah.
Pada pendapat anda, mengapakah penganjuran demonstrasi tidak digalakkan untuk
menyatakan bantahan terhadap sesuatu isu yang tidak disenangi?
[3 markah]

28

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

iii Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan yang
lain daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]

DRAMA: BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Praktis 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soaln yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

POSMEN: Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah ini?

AIMAN: Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?

POSMEN: Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik terpilih
untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus program itu. Kalau umur
abang
macam adik, pasti abang tak akan lepaskan peluang ini.

AIMAN: Abang buang saja surat ini.Saya tak berminat langsung. Buat apa nak bersusah
payah sertai program macam ini. Ayah saya banyak duit. Apa yang saya nak, semua
boleh dapat. Buang masa dan tenaga saja program macam ini. Untuk orang susah
bolehlah. Maklumlah, dapat makan percuma enam kali sehari, tempat tidur dan pakaian
semua diberikan. Siap dapat RM50.00 lagi... ha...ha...ha.

POSMEN: Tak baik cakap macam itu, banyak faedahnya program seperti ini. Cuba
jangan fikir tentang duit dan makan minum tu. Cuba fikirkan tentang kemahiran dan
pengalaman yang akan diperoleh nanti.

i. Mengapakah Aiman tidak berminat untuk menyertai Program Latihan
Khidmat Negara?
[2 markah]

ii. Pada pandangan anda ,apakah faedah-faedah yang akan diperoleh apabila
menyertai Program Latihan Khidmat Negara?
[3 markah]

iii. Huraikan satu latar tempat berdasarkan petikan dan satu lagi latar tempat
berdasarkan keseluruhan drama yang dikaji.
[4 markah]

29

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soaln yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri

NEK SINAH: Nak Aiman, mari makan.Nek dah siapkan makanan kegemaran
Aiman,ayam masak pedas.

AIMAN: Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Neksinah
tu Cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum nak makan lagi. Saya
nak tunggu Kak Dapnia balik. Saya nak makan dengan dia.

NEK SINAH: Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon
baritahu yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di universiti. Malam
baru dia pulang. Datin juga sibuk, malam baru dia pulang.

AIMAN: Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ini
sentiasa sibuk saja. Macamlah esok nak kiamat.

NEK SINAH: Tak baik cakap begiti. Mereka pastinya ada urusan yang penting.

i. Siapakan Nek Sinah berdasarkan petikan yang telah diberi?

[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan?
[3 markah]

iii. Huraikan satu nilai murni berdasarkan petikan drama dan satu nilai murni
berdasarkan keseluruhan drama.
[4 markah]

30

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 3.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soaln yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri

SUNDARANI: Kau dapat masuk kem mana?

AIMAN: Kem? Kem Majidi. Hahaha.

SUNDARANI: Sejak bila pula kem itu jadi Kem Latihan Khidmat Negara? Setahu aku,
kem itu untuk askar saja. Macam Kem Pulada.

AIMAN: Kau ini lurus bendul betullah. Aku bergurau saja. Cepat betul kau percaya
perkara yang aku cakap. Bahaya orng macam kau ini, senag kena tipu. Kau sibuk tanya
aku, kau dapat kem mana?

SUNDARANI: Kem De Bana, Jempol.

AIMAN: Di mana kem itu? Tak pernah dengar pun nama tempat itu.

SUNDARANI: Buta sejarah betul kau ini. Jempol kan dalam kawasan Negeri Sembilan.

AIMAN: Manalah aku tahu. Aku biasa berjalan ke luar negara. Kalau dalam Malaysia
manalah aku tahu. Tak ada apa-apa yang menarik pun sama saja.

SUNDARANI: Pernah dengar peribahasa “hujan emas di negeri orang, hujan batu di
negeri sendiri”? Tahu maknanya?

AIMAN: Tahu.

i. Apakah maksud peribahasa “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri”

[2 markah]

ii. Bagaimanakan cara-cara yang boleh kita lakukan untuk menggelak dari ditipu.
[3 markah]

iii. Huraikan satu pengajaran berdasarkan petikan drama dan satu pengajaran
berdasarkan keseluruhan drama.

[4 markah]

31

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 4.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri

CIKGU DAHARI: Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remasa seperti
kalian. Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara.

SUNDARANI: Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?

CIKGU DAHARI: Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama
ringkasnya PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru
menamatkanpersekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan untuk membina sahsiah
diri.Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotik dalam
kalangangenerasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan
membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat
kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari luar kerana dilaksanakn
menurut cara Malaysia.

AH TIAU: Apakah objektifnya, cikgu?

CIKGU DAHARI: Tiga objektif yang digariskan , iaitu yang pertama, menanam
semangatpartiotik dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Kedua,
memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional dan yang ketiga,
membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

SYUHADA: Saya lihat logo PLKN sangat menarik. Tentu ada makna yang tersirat.

i. Nyatakan objektif Program Latihan Khidmat Negara?

[2 markah]

ii. Pada pendapat anda apakah kemaslahatan yang diperoleh oleh pelajar apabila
menyertai Program Latihan Khidmat Negara?

Kemukakan tiga kemaslahatan.

[3 markah]

iii Huraikan satu persoalan berdasarkan petikan drama di atas dan satu persoalan
berdasarkan keseluruhan drama.
[4 markah]

32

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 5

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri

AIMAN: Daddy pasti dapat membantu saya kali ini, saya yakin daddy dapat selesaikan
masalah saya. Daddykan selalu menjadi penyelamat saya.

KHIR GHAZALI: Masalah apa? Cuba terangkan satu persatu. Ini tidak, terus yakin.
Aiman fikir daddy ada kuasa sakti yang sekali sebut terus bertukar menjadi permintaan
yang dimahukan. Apa masalahnya?

AIMAN: Sebenarnya nama saya terpilih untuk menyertai PLKN selepas selesai SPM.

KHIR GHAZALI:Baguslah, apa pula masalahnya?

AIMAN: Masalahnya saya tak mahu pergi. Saya nak minta daddy tolong dapatkan
pengecualian untuk saya. Saya tak suka program macam itu!

KHIR GHAZALI: Kalau itu yang Aiman nak daddy bantu, daddy akan kata tidak.
Daddy mahu Aiman pergi sertai PLKN itu. Banyak faedah yang akan Aiman dapat.
Cubalah berfikir seperti orang dewasa. Aiman bukan budak-budak lagi.Jadilah manusia
yang sentiasa dahagakan ilmu dan pengalaman.Jangan hanya pandai meminta daripada
berusaha.

i. Nyatakan masalah yang dihadapi oleh Aiman.

[2 markah]

ii. Sekiranya anda daddy Aiman ,apakah yang anda akan lakukan supaya Aiman
berminat menyertai PLKN?
[3 markah]

iii Huraikan satu perwatakan Aiman berdasarkan petikan di atas dan satu lagi
perwatakan berdasarkan keseluruhan drama.
[4 markah]

33

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

ANALISIS PROSA TRADISIONAL

TINGKATAN 4 SPM TINGKATAN 5 SPM
Kepimpinan Melalui Burung Terbang Jun 2017
Teladan Nov 2016 dipipiskan Lada
Nov 2018 Nov 2017
Jun 2019 Jun 2018

Nov 2019

SOALAN DAN JAWAPAN CONTOH :

SOALAN 2 (c) : PEMAHAMAN PETIKAN PROSA TRADISIONAL [8m]

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah.
Maka kata patih Gajah Mada, “Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh
memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku, “Jangan tiada dikasihi anakku
ini,”kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku

hendak dijadikan penggawa agung.”

Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari
pun terlalu sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.

Maka sembah Kertala Sari, “Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka
dan Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan

seorang kula juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira
ambil. Adapun jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati,

tiada mahu manira jadi penggawa.”

Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu
sukacita, seraya diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya
persalin.

Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk mengadap Seri Betara.
Maka sembah Patih Gaja Mada, “Adapun penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh
paduka Betara pergi ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana
ketujuhnya.”

(Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan, dalam
Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul, Dewan Bahasa dan

Pustaka)

(i) Berikan maksud mati dengan pekerjaan? JAWAPAN : MAKSUD/SINONIM
[2 markah]

MATI DENGAN PEKERJAAN

MENINGGAL DUNIA/TERBUNUH AKIBAT PERBUATAN

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------

INGAT!
Cari maksud rangkai kata berdasarkan konteks ayat dalam petikan menggunakan idea
sendiri.

Jawapan :
Maksud mati dengan pekerjaan ialah meni3n4ggal dunia akibat perbuatan.

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

(ii) Apakah reaksi dan tindakan Patih Gajah Mada setelah mendengar kata-kata yang

diucapkan oleh Kertala Sari? JAWAPAN DALAM PETIKAN [3 markah]

Reaksi dan tindakan Patih Gajah Mada setelah mendengar kata-kata yang diucapkan oleh
Kertala Sari ialah ia pun terlalu sukacita, seraya diperjamunya makan minum dan
bersuka-sukaan dan diberinya persalin.

INGAT!

Jawapan seperti ini akan ditolak ½ daripada markah calon kerana hanya menyalin jawapan daripada petikan tanpa
menukar kepada ayat sendiri.

Reaksi dan tindakan Patih Gajah Mada setelah mendengar kata-kata yang diucapkan oleh
Kertala Sari ialah terlalu sukacita/gembira. Selain itu, Kertala Sari dihidangkan makanan
dan minuman. Akhir sekali, Kertala Sari diberi persalinan/pakaian.

INGAT!

Jawapan seperti ini akan diberi 3 markah kerana calon membina ayat sendiri berdasarkan jawapan daripada petikan.

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Patih Gajah Mada ingin melantik Kertala Sari

sebagai penggawa agung? JAWAPAN KBAT/PENDAPAT [3 markah]

SEN

Pada pendapat saya, Patih Gajah Mada ingin melantik Kertala Sari sebagai

penggawa agung adalah kerana ingin membakar semangat juang Kertala Sari

untuk melawan musuh. Selain itu, pelantikan ini supaya Kertala Sari boleh

membalas dendam atas kematian bapanya yang telah dibunuh oleh Laksamana.

Akhir sekali, pelantikan ini untuk menghargai jasa bapa Kertala Sari yang

terkorban di tangan Laksamana Melaka.

35

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Praktis 1
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Alkisah maka tersebutlah perkataan Seri Betara majapahit dan Patih Gajah Mada dan peri
mengatakan penjurit ketujuh bercakap kepada Seri Betara dan patih Gajah Mada hendak
mengalahkan negeri Melaka itu dengan seorang dirinya, peri mengatakan tatkala
Laksamana membunuh penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina itu. Beberapa lamanya
didengar oleh Patih Gajah Mada penjurit yang tujuh bersaudara yang dititahkan Seri Betara
pergi ke Melaka itu sudah mati. Maka Patih pun hairan. Maka patih Gajah Mada pun fikir
dalam hatinya. “Ada pun negeri Melaka itu sukar binasa maka puas hatiku. Adapun seperti
khabar penjurit tujuh bersaudara yang di Bukit Cina itu, jika tiada ia mati, nescaya alahlah
Melaka itu.

Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu.
Maka Patih Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi bertanyakan
anaknya yang bernama Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari Daha
atau belumkah. Maka orang Patih Gajah Mada pun pergilah kepada bininya Petala Bumi.

Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta
daripada emas dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak
dicurinya. Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada
ibunya, “Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?”

Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun
menangis, seraya berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang
Melayu, bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”

i. Berikan maksud jika tiada ia mati, nescaya alahlah Melaka itu? [2 markah]

ii. Berdasarkan petikan di atas, apakah tindakan-tindakan ibu Kertala Sari selepas

mendengar

pertanyaan anaknya itu tentang bapanya? [3 markah]

iii “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu, bernama
Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”

Pada pandangan anda, apakah keistimewaan yang ada pada Laksamana sehingga

sukar ditewaskan oleh penjurit tujuh bersaudara itu? [3 markah]

36

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 2

Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.”
Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya
yang pergi. Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun belayarlah.

Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah
di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya
kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar
masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.

Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih
Kerma Wijaya. Tatkala itu, Kertala Sari pun masuk sedia kala berjalan keluar masuk
bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.

Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih
Kerma Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Karma
Wijaya pergi menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari
segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang.
Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana; maka ia pun fikir dalam hatinya,
“Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau
demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi
kepetangan.”

i. Berikan maksud penjurit besar lagi kepetangan?

[ 2 markah]

ii. Nyata strategi-strategi yang telah digunakan oleh Kertala Sari dalam usaha mengenal
pasti Laksamana.
[3 markah]

iii Pada pendapat anda, mengapakah Kertala Sari menyamar diri ketika berada di
Melaka?
[3 markah]

37

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 3

Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah
rumah saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali
pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu
dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja
berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohon ampun, adapun patik sekalian ini habis
kecurian tinggal sehelai sepinggang.”

Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya
menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas negeriku!
Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri
ini.”

Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang
berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun
menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada
kampungnya. Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal,
terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal
pada kampungnya.

Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari
orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca
pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang
kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang
kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.

i. Berikan maksud datanglah pula bala atas negeriku. [2 markah]

ii. Apakah reaksi Temenggung selepas menerima titah daripada baginda sultan?
[3 markah]

iii Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu tergamak mencuri harta orang lain?
[3 markah]

38

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 4

Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu, katanya, “Teririk
bangkai pula aku ini!”

Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompat
menikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya.

Maka Laksamana pun berkata, “Ceh, mati engkau olehku!”
Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pula mengusir
Laksamana. Dua tiga langkah maka ia pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh
Laksamana dihirisnya syahwatnya lalu ia kembali ke rumah.
Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente
mati; maka segera dikeratnya telinga dibawa kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah
tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.”
Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja
katanya, “Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.”
Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada
raja. Maka baginda pun menjadi hairan.
Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan
kelakuan ini. Siapakah juga yang sungguh ini?”
Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi maka
sungguh; tambahan Laksamana belum datang.
Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syawat dan keris Kertala Sari.
Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik,
jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh dia, menentang matanya pun
tiada dapat.” Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu
kembali.

i. Apakah tindakan yang dilakukan oleh Laksamana terhadap Kertala Sari? [2 markah]

ii. Berdasarkan petikan, nyatakan perkara-perkara yang telah berlaku kepada mayat

Kertala Sari? [3 markah]

iii “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada
. Laksamana, tiada akan dapat membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.”

Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.

Sekiranya anda raja, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil terhadap orang

yang berbohong? [3 markah]

39

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 5

Maka segala orang yang kehilangan itu pun semuanya berhimpun masuk ke dalam
pergi mengenal segala harta, seorang pun tiada tinggal. Maka kata seorang, “Ini harta patik,
tuanku.”

Maka seorang, “Ini pun ia harta patik, tuanku.”
Maka kata seorang, “Ini tuanku benda patik.”
Kata seorang, “Ini bantal patik tuanku.”
Setelah habis dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja, “Hai segala kamu
sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana, sebahagi
akan orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan
Laksamana.”
Maka sembah orang itu, “Daulat tuanku, mana titah patik junjung.”
Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, jika demikian, sahaja aniayalah duli yang
maha mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta. Yang sebahagi itu akan patik. Dalam
pada itu pun, mana kasih hatinya hendak memberi akan patik.”
Maka titah baginda, “Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?”
Maka sembah mereka itu, “Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana. Demi
Allah dan Rasul-Nya, dengan tulus ikhlas patik sekalian.” Masing-masing pun memberikan
segala hartanya akan Laksamana.
Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi.
Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan
pada segala fakir miskin dan sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada
penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun
habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana.
Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara,
jikalau tiada Laksamana, tiadalah putus. Maka negeri Melaka pun kararlah.

i. Berikan maksud harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana?

[2 markah]

ii. Berdasarkan petikan di atas, apakah cadangan Sultan Melaka kepada tuan-tuan
empunya harta yang hartanya telah dijumpai semula?
[3 markah]

iii Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara, jikalau
tiada Laksamana, tiadalah putus.

Sekiranya anda merupakan Raja Melaka, bagaimanakah anda menghargai jasa dan

pengorbanan pegawai seperti Laksamana? [3 markah]

40

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

ANALISIS PUISI TRADISIONAL DAN PUISI MODEN

PUISI TRADISIONAL

Tingkatan 4 SPM Tingkatan 5 SPM
Syair Bidasari Jun Beberapa Petua Hidup Nov 2016

2019 (Gurindam) Nov 2018

Gurindam Dua Belas Berbuat Istana Zaman Dahulu

(Fasal yang Ketiga) (Seloka)

PUISI MODEN (Sajak)

Tingkatan 4 SPM Tingkatan 5 SPM
Sang Gembala Kuda Sejadah Rindu

Aku Membaca Lagi Nov 2018 Pesan Lelaki kepada Jun 2017
Gadis Kampus
www.sibermerdeka.com.my Nov 2019 Erti Hidup Bereti

Gelanggang Jun 2018 Kudup Perang

SOALAN DAN JAWAPAN CONTOH :

SOALAN 2 (d) : PEMAHAMAN PETIKAN PUISI [9m]

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SEJADAH RINDU

Terkedu aku
Di sejadah rindu
Mengungkap kalimah syahdu
Bait bicara tersentuh kalbu
Merekah keinsafan di hati yang beku
Mengenang dosaku yang terdahulu

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan
Kupohon kembali nafas kehidupan

Dalam keterhadan dan keterbatasan insan
Moga terbuka ruang keampunan
Sebelum saat aku dinisankan
Di masa yang kautetapkan

41

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Air mata menjadi saksi
Keikhlasan menjadi bukti

Akhirnya
Aku sujud menghadap Ilahi

Di keheningan yang sepi
Lafaz taubat mengiringi
Nafas sebak kian mengikuti

Hati ini luluh
Jiwa yang kaku tersentuh
Ayat-ayat cinta tersusun kukuh
Di sejadah rindu yang lusuh
Kemaafan yang kupohon sungguh
Dari pencipta dalam gemuruh

Ungkapkan doa pada Yang Esa

Izinkanlah aku menjadi manusia

Yang taat sentiasa

Pada perintah Maha Kuasa
Agar aku tidak lupa

Dunia ini hanya bersifat sementara

MOHD. HAIKAL AMINUDDIN
Antologi Sejadah Rindu

Tingkatan 5

(i) Apakah doa penyajak dalam sajak “Sejadah Rindu”? [3
markah]

JAWAPAN PEMAHAMAN TEKS

Doa penyajak dalam sajak Sejadah Rindu ialah moga terbuka ruang keampunan
dan izinkanlah aku menjadi manusia yang taat sentiasa pada perintah Maha

Kuasa.

INGAT!

Jawapan seperti ini akan ditolak ½ daripada markah calon kerana hanya menyalin jawapan daripada petikan
tanpa menukar kepada ayat sendiri.

Doa penyajak dalam sajak Sejadah Rindu adalah memohon kepada Tuhan agar

diberi peluang dan dibukakan ruang keampunan sebelum dia meninggal dunia.
Selain itu, penyajak memohon agar Tuhan mengizinkannya menjadi manusia yang
taat kepada perintah-Nya.

INGAT!

Jawapan seperti ini akan diberi 2 markah kerana calon membina ayat sendiri berdasarkan jawapan daripada
petikan.

(ii) Apabila melakukan kesalahan, seseorang itu perlu bertaubat kepada Tuhan.

42

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Pada pendapat anda, mengapakah seseorang perlu menginsafi atas kesalahan yang

dilakukan kepada Tuhan? JAWAPAN KBAT/PENDAPAT SENDIRI [3
markah]

Pada pendapat saya, seseorang perlu menginsafi atas kesalahan yang dilakukan
kepada Tuhan supaya tidak terus hanyut melakukan dosa dan terjerumus ke

lembah kemaksiatan sehingga mati. Selain itu, perbuatan mengakui kesalahan diri
dan meminta ampun atas dosa serta kesalahan yang kita lakukan merupakan

tuntutan agama Islam. Akhir sekali, manusia merupakan insan biasa yang tidak
lepas daripada melakukan kesilapan dan perlu diberi peluang untuk berubah ke

arah kebaikan.

(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. JAWAPAN ASPEK KOMSAS
[4 markah]

Satu persoalan dalam petikan ialah persoalan tentang keikhlasan dalam memohon

keampunan daripada Pencipta. Contohnya, penyajak benar-benar mengharapkan
pengampunan daripada Tuhan atas dosa-dosanya hingga dia menitiskan air mata.
Akhir sekali persoalan tentang keinsafan atas segala dosa silam. Contohnya,

penyajak menginsafi dosa-dosanya yang terdahulu dan bertaubat di atas sejadah
rindu.

PUISI TRADISIONAL
Praktis 1

Baca petikan gurindam di atas dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS
( Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,
Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

43

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.

i. Nyatakan maksud rangkap ketiga gurindam di atas.

[2 markah]

ii. Peribahasa terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa menuntut kita
agar menjaga tutur kata.
Pada pendapat anda, apakah kesan buruk yang akan dihadapi sekiranya oleh
Seseorang yang tidak menjaga pertuturannya?
[3 markah]

iii Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut.

[4 markah]

Praktis 2
i. Apakah saranan penulis dalam rangkap kedua gurindam di atas.

[2 markah]

ii. Peribahasa Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya mengingatkan kita
untuk menjaga pertuturan dalam kehidupan.

Pada pendapat anda, huraikan tiga sebab kita perlu menjaga tutur kata ketika

berkomunikasi? [3

markah]

iii Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut.

[4 markah]

44


Click to View FlipBook Version