The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu 2 SPM untuk calon sederhana

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ajanah Mohamed, 2020-09-28 21:02:53

BAHASA MELAYU 2 SPM MODUL JUS

Modul kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu 2 SPM untuk calon sederhana

Keywords: Bahasa Melayu,Sederhana

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

iii Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]

- Kita hendaklah memelihara mata dengan bijaksana.
Cth: Kita haruslah dipelihara mata dengan sebaik-baiknya supaya tidak melihat

sesuatu
perkara yang dilarang oleh Tuhan.(rangkap 1)

- Kita tidak seharusnya terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak
mendatangkan kemudaratan.
Cth: Nafsu makan perlu dikawal supaya tidak melakukan perbuatan yang dilarang.

(rangkap 5)
- Kita perlulah menjaga tutur kata supaya disenangi masyarakat.

Cth: Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak
manfaatnya.(rangkap 3)

- Kita hendaklah sentiasa bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Cth: Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat.(rangkap 6)

Praktis 2

i. Apakah saranan penulis dalam rangkap kedua gurindam di atas.
[2 markah]

- Menjaga pendengaran
- Menghindari diri daripada mendengar segala hasutan/fitnah dan perkara negatif

ii. Peribahasa Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya mengingatkan kita
untuk menjaga pertuturan dalam kehidupan.
Pada pendapat anda, huraikan tiga sebab kita perlu menjaga tutur kata ketika
berkomunikasi?
[3 markah]

- Mengelakkan berlaku pertelingkahan/pergaduhan/perselisihan faham
- Supaya tidak menyakitkan hati orang lain
- Agar suasana harmoni dalam masyarakat dapat dikekalkan
- Supaya tali silaturahim dapat dieratkan

iii Huraikankan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut.
[4 markah]

- Persoalan manfaat memelihara penglihatan dalam kehidupan.
Cth: Mata haruslah dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu
perkara yang dilarang oleh Tuhan. (Rangkap 1)

- Persoalan kebaikan memelihara tutur kata.
Cth: Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaat.
(Rangkap 3)

- Persoalan pentingnya memelihara pendengaran.
Cth: Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan kejian. (Rangkap
2)

- Persoalan semangat penting dalam kehidupan.
Cth: Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat. (Rangkap 6)

145

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 3

i.
Kemukakan maksud rangkap gurindam di atas.

[2 markah]

- Anggota kaki perlu dipelihara daripada melangkah ke tempat-tempat yang
mendorong kepada maksiat.

ii. Akhir-akhir ini golongan remaja banyak terlibat dalam masalah sosial.
Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang dapat mengelakkan diri daripada
melakukan perbuatan negatif?

[3 markah]

- Mendalami ilmu agama untuk meningkatkan keimanan
- Bergaul dengan rakan yang berakhlak mulia
- Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti berfaedah

iii Huraikan dua nilai yang dikemukakan dalam gurindam tersebut. [4 markah]

- Nilai kebijaksanaan (1m)
Cth: Bijak dalam menuturkan kata-kata (1m)

- Nilai kesederhanaan (1m)
Cth: Sentiasa bersederhana ketika memperoleh rezeki(1m)

- Nilai kesabaran(1m)
Cth : Sentiasa bersikap sabar untuk memelihara anggota badan terutamanya mata
daripada melihat sesuatu yang ditegah oleh Tuhan (1m)

Praktis 4
i. Nyatakan maksud maksud rangkap keempat gurindam di atas.

[2 markah]

- Tangan perlu dipelihara daripada mengambil sesuatu yang bukan hak kita.

ii. Dalam rangkap kedua gurindam, penulis mengingatkan kita agar menjaga

pendengaran.

Pada pendapat anda, wajarkah kita bertindak sedemikian?

Jelaskan dua alasan anda. [3 markah]

- Wajar
Alasan:

1. Supaya diri terhindar daripada mempercayai sesuatu yang belum pasti/khabar
angin/ negatif.

2. Supaya pergaduhan atau perselisihan faham dapat dielakkan.

146

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

- Tidak wajar:

Alasan:
1. memberi peluang kepada diri untuk menilai kebenaran sesuatu perkara.

2. menjadikan diri lebih rasional dalam membuat pertimbangan sebelum membuat
keputusan.

iii Huraikankan dua pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga gurindam tersebut.

[4 markah]

- Kita haruslah menjaga pertuturan semasa berkomunikasi
Alasan: supaya terhindar daripada terlibat dalam perselisihan faham/
pertelingkahan.

- Kita mestilah berfikir dan berhati-hati sebelum menuturkan kata-kata.
Alasan: agar tidak melukakan hati orang lain.

- Kita mestilah bersopan-santun ketika berbicara.
Alasan: supaya diri disenangi oleh orang lain/masyarakat.

Praktis 5

i. Nyatakan maksud maksud rangkap kelima gurindam di atas.
[2 markah]

- Nafsu makan perlu dikawal supaya tidak melakukan perbuatan yang dilarang
seperti pembaziran.

ii. Pada pendapat anda, wajarkah kita mengambil berat tentang penjagaan pemakanan?
Jelaskan dua alasan anda.
[3 markah]

- Wajar
Alasan:
• agar dapat mengelakkan diri daripada menghidap penyakit berbahaya
seperti diabetis dan masalah jantung.
• dapat mengurangkan kos rawatan penyakit berbahaya
• agar kesihatan tubuh badan lebih terjamin.

iii Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut.

[4 markah]

- Persoalan manfaat memelihara penglihatan dalam kehidupan.
Cth : Mata haruslah dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu
perkara yang dilarang oleh Tuhan. (Rangkap 1)

- Persoalan kebaikan memelihara tutur kata.
Cth: Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaat.

(Rangkap 3)

147

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

- Persoalan pentingnya memelihara pendengaran.
Cth: Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan kejian. (Rangkap
2)

- Persoalan semangat penting dalam kehidupan.
Cth: Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat. (Rangkap 6)

Sajak : Sang Gembala Kuda [2 markah]

Praktis 1.
i. Nyatakan dua lambang kekuasaan sang gembala kuda.

- cemeti
- Suara yang kuat

ii. Raja ialah simbol kekuasaan sesebuah negara. [3 markah]
Pada pendapat anda,bagaimanakah raja mengukuhkan kekuasaannya?

- Mewujudkan undang-undang yang ketat
- Menakluk kawasan lain
- Membina sebuah bangunan yang agung
- Mengiktiraf dirinya sebagai raja berkuasa mutlak

iii Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

- Keberanian - sang gembala kuda berani memacu kuda peliharaannya
- Tanggungjawab - sang gembala kuda memberi kuda peliharaannya makan jerami
- Kegigihan - sang gembalakuda gigih menunggang kuda tanpa letih
- Ketabahan - sang gembala kuda tabah menghadapi kesakitan yang ditanggungnya.

Praktis 2. [2 markah]
i. Apakah maksud frasa ‘Cemeti keberanian di tangan’.

- pemimpin mempunyai kuasa/autoriti/wewenang

ii. Masalah penyalahgunaan kuasa telah menjadi satu wabak penyakit yang telah lama
menular dalam kehidupan masyarakat.

Pada pendapat anda,apakah kesannya kepada negara jika masalah tersebut tidak
dibendung.

[3 markah]

- rasuah semakin berleluasa

- negara akan mundur dan rakyat akan lebih miskin akibat penindasan
- berlakunya penentangan rakyat terhadap pemerintah.

148

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

iii Huraikan dua persoalan yang diketengahkan dalam sajak.

[4 markah]
- kebijaksanaan seorang pemimpin untuk mengekalkan kuasanya.
- kesetiaan orang bawahan terhadap pemimpin kerana habuan.
- kekuasaan mampu mengawal orang bawahan dan mengekalkan kedudukan.
- keberanian seorang pemimpin menghadapi pelbagai cabaran.
- penganiayaan terhadap orang bawahan untuk mengekalkan kuasa.

Praktis 3.
i. Berikan maksud rangkap kedua berdasarkan sajak.

[2 markah]

- untuk mengekalkan kuasa, pemimpin ini memberikan pelbagai kemewahan kepada

ketua-ketua kecil yang menyokong penuh kepemimpinannya. Segala pemberian ini
diterima sepenuhnya dan ketua-ketua kecil ini perlulah setia. Oleh sebab mereka
telah menerima pelbagai kemewahan daripada pemimpin atasan, ketua-ketua kecil

akan berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada rakan atau orang di
kawasannya supaya mentaati pemimpin mereka.

ii. Pada pendapat anda, apakah simbolik penggunaan cemeti dalam sajak tersebut?

[3 markah]

- simbol kuasa yang ada pada gembala kuda untuk mengawal kuda-kuda
jagaannya.

- simbol keberanian untuk menakutkan kuda-kuda jagaannya
- sebagai senjata semasa menjalankan tugas

iii Huraikan dua pengajaran yang diketengahkan berdasarkan sajak.

[4 markah]
- Kita mestilah menggunakan kuasa dengan betul apabila menjadi seorang

pemimpin.
- Kita mestilah setia kepada pemimpin yang jujur, amanah, dan bertanggungjawab.
- Seorang pemimpin tidak seharusnya mengamalkan rasuah untuk mengekalkan

kuasa.
- Seorang pemimpin tidak seharusnya menggunakan orang bawahan untuk

mengekalkan kedudukan kita.

149

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 4. [2 markah]
i. Berikan maksud tanpa membawa keletihannya.

- tidak mempedulikan kepenatannya

ii. Pada pendapat anda, wajarkah penggembala kuda bertindak kasar terhadap kuda-
kudanya?

[3 markah]

- Wajar:
- kuda haiwan yang liar dan ganas

- cara untuk mendisiplinkan kuda
- banyak kuda yang perlu dikawal

iii Huraikan tema yang digarap berdasarkan sajak.

[4 markah]

- Kekuasaan seseorang pemimpin yang mempergunakan orang bawahannya untuk
mengekalkan kuasa.

Praktis 5. [2 markah]
i. Berikan maksud menentang semua kebobrokan

- melawan segala kemusnahan

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghindari sifat mementingkan
diri?

Kemukakan empat cadangan.
[3 markah]

- mewujudkan sikap suka akan hidup bekerjasama dalam kehidupan
- meletakkan kehendak orang lain lebih utama daripada kehendak kita
- menghindari sika suka mengambil kesempatan terhadap kelebihan orang lain
- melatih diri suka akan amalan berkongsi

iii Huraikan dua latar masyarakat yang digambarkan dalam sajak.
[4 markah]

- Masyarakat yang bijaksana untuk mengekalkan kuasanya.
- Masyarakat yang setia dan patuh kepada pemimpin
- Masyarakat yang menggunakan kuasa mengawal orang bawahan dan mengekalkan

kedudukan.
- Keberanian seorang pemimpin menghadapi pelbagai cabaran.

150

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

SAJAK : GELANGGANG

Praktis 1.

i. Berikan maksud ‘jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.”

[2 markah]

- semua pihak hendaklah tidak cuba membakar perasaan yang boleh menggugat
kerukunan masyarakat

ii. Pada pendapat anda, apakah aktiviti yang boleh dilakukan bagi mewujudkan
perpaduan di sekolah?

Berikan dua contoh.

[3 markah]

- mengadakan kempen perpaduan kepada pelajar sekolah
- mengedarkan risalah/ceramah tentang kepentingan perpaduan
- mengadakan rumah terbukan atau carnival di sekolah semasa musim perayaan
- mengadakan program/sukan yang melibatkan pelajar pepbagai kaum
- pendidikan di sekolah yang menekankan kerjasama erat antara pelajar pelbagai

kaum

iii Huraikan tema yang dipaparkan dalam sajak tersebut.

[4 markah]

- Kepentingan mempertahankan kedaulatan tanah air – bekerjasama
mengamalkan perpaduan – memupuk semangat setia dan saying kepada negara
– menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara.

Praktis 2. [2 markah]
i. Berikan maksud rangkai kata ‘kita dan taat hingga ke akhir hayat.’

- kita setia mempertahankan negara hingga ke hujung usia

ii. Pada pendapat anda, wajarkah keamanan negara wajar dijaga dan dipelihara?

[3 markah]

Wajar kerana:
- agar dipandang tinggi oleh negara lain
- untuk mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang

kaum

151

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

- supaya negara dalam keadaan aman dan selamat
- untuk memajukan ekonomi negara

iii Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak.

[4 markah]

- Kita hendaklah berkorban tenaga dan nyawa demi kedaulatan negara yang
tercinta.

- Kita mestilah menghargai pengorbanan para pejuang negara yang berjuang
memerdekakan negara.

- Kita haruslah bekerjasama membangunkan negara agar mencapai kemajuan
yang diimpikan.

- Kita tidak seharusnya bersengketa sesama sendiri demi keamanan dan
keharmonian negara.

- Kita hendaklah berani menentang sebarang anasir yang dapat menggugat
kestabilan dan keharmonian negara kita.

- Kita hendaklah mempunyai perasaan cinta akan negara tanpa berbelah bagi.

- Kita hendaklah berkorban tenaga dan nyawa demi kedaulatan negara yang
tercinta.

Praktis 3.

i. Berikan dua larangan penyajak terhadap pembaca untuk memelihara keamanan
negara ini.

[2 markah]

- jangan bermain api kelak membinasakan semasa sendiri

- elakkan pertelingkahan sesama sendiri

ii. Pada pendapat anda, apakah 152sesama yang menyebabkan sesebuah negara
dijajah?
[3 markah]
- tidak ada kerjasama antara pemimpin dengan rakyat
- rakyat tidak bersatu padu
- wujud perbalahan dan persengketaan 152esame sendiri
- wujudnya perbuatan belot daripada pihak dalaman

iii Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

- Persoalan jasa para pejuang terdahulu – negara ini hasil daripada perjuangan
nenek moyang

- Persoalan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara – generasi kini
bertanggungjawab kedaulatan negara dengan sepenuh hati.

- Persoalan kepentingan perpaduan dalam masyarakat – keamanan dan

152

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

kemakmuran negara hasil daripada perpaduan pelbagai kaum
- Persoalan keberanian menangkis pengaruh luar yang negative – generasi muda

perlu menangkis segala tohmahan

Praktis 4. [2 markah]
i. Berikan maksud rangkai kata ‘kukuhkan ukhuwah’.

- Eratkan persaudaraan

ii. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menjejaskan semangat perpaduan di
negara kita?

Berikan dua faktor.

[4 markah]

- sikap segelintir masyarakat yang mementingkan diri sendiri
- tempat tinggal yang berasingan mengikut kaum tertentu
- perbezaan fahaman parti politik
- ketidakcekapan berkomunikasi

iii Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak.

[4 markah]

- Nilai kerjasama (1m) – setiap kaum menjalinkan kerjasama yang erat untuk
mencapai kemerdekaan )1m)

- Nilai cinta akan negara (1m) – rakyat bersatu padu untuk memajukan negara dan
mengekalkan kedaulatan negara (1m)

- Nilai amanah (1m) – setiap rakyat diingatkan agar amanah ketika melaksanakan
tanggungjawab kepada negara (1m)

- Nilai pengorbanan (1m) – pendekar sanggup berkorban demi negara tercinta
(1m)

- Nilai tanggungjawab (1m) – rakyat negara ini sama-sama bertanggungjawab
menjaga kedaulatan negara daripada ancaman musuh (1m)

- Nilai kerjasama(1m)– setiap kaum menjalinkan kerjasama yang erat untuk
mencapai kemerdekaan (1m)

153

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 5.

i. Nyatakan dua saranan penyajak yang dapat menyatupadukan pelbagai kaum di
negara ini.

[2 markah]

- memelihara negara dengan sepenuh hati/ikhlas dan bersungguh-sungguh
- memelihara kedaulatan negara daripada anasir jahat

ii. Pihak kerajaan menjalankan pelbagai usaha untuk memastikan perpaduan kaum
sentiasa terpelihara.

Pada pandangan anda, apakah kepentingan perpaduan kaum di negara kita.

[3 markah]

- dapat meningkatkan semangat cinta akan negara/patriotism
- dapat menarik pelancong asing ke negara kita
- dapat mengekalkan kemerdekaan dan keharmonian negara
- dapat meningkatkan ekonomi negara

iii Huraikan dua latar masyarakat yang digambarkan dalam sajak tersebut.

[4 markah]

- masyarakat yang saling bekerjasama – setiap kaum menjalinkan kerjasama yang
erat untuk mencapai kemerdekaan.

- masyarakat yang cinta akan negara – rakyat bersatu padu untuk memajukan
negara dan mengekalkan kedaulatan negara.

- masyarakat yang sanggup berkorban untuk negara tercinta– pendekar sanggup
berkorban demi negara tercinta.

- masyarakat yang bertanggungjawab – rakyat negara ini sama-sama
bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada ancaman musuh.

SEJADAH RINDU
Praktis 1
i. Berikan maksud rangkap kedua sajak di atas.

[2 markah]

- Penyajak juga menggunakan seluruh pancainderanya untuk memohon

keampunan sebelum dia meninggal dunia pada masa yang telah ditentukan oleh
Tuhan

154

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

ii. Pada pendapat anda, sebelum bertaubat apakah perkara-perkara yang mesti
dilakukan?
[3 markah]

- meninggalkan perbuatan ditegah oleh agama
- berjanji tidak akan mengulangi
- melaksanakan perintah tuhan
- menyesal melakukan dosa dan tidak mengulangi perbuatan tersebut

iii Huraikan dua persoalan sajak dikaji.

[4 markah]

- Keinsafan atas dosa lalu yang telah dilakukan – penyajak menginsafi kesalahan
yang perlu dilakukan dan berjanji tidak mengulangi kesalahan yang
dilakukannya

- Ketaatan terhadap perintah Tuhan – penyajak berjanji akan mentaati perintah
Tuhan supaya terhindar daripada sebarang godaan hidup

- Keikhlasan ketika memohon keampunan kepada Tuhan – penyajak memohon
keampunan daripada Tuhan dengan hati yang ikhlas.

- Keampunan yang diharapkan hanyalah daripada Pencipta – penyajak
mengharapkan Tuhan mengampuni setiap dosa yang dilakukannya kerana
pengampunan hanya dia peroleh daripada Tuhan.

Praktis 2
i. Huraikan tema sajak dikaji.

[2 markah]

- Ketuhanan serta ketaatan kepada agama – Penyajak memohon keampunan
daripada Tuhan terhadap dosa silam yang dilakukannya. Penyajak memohon
keampunan dengan bersungguh-sungguh sebelum dia meninggal dunia

ii. Nyatakan pendapat anda, ciri-ciri orang yang beriman. [3 markah]

- Rajin menuntut ilmu agama
- Tidak melakukan maksiat
- Memiliki sifat-sifat yang terpuji

155

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

iii Huraikan dua pengajaran yang ingin disampaikan oleh penyajak berdasarkan sajak
di atas.
[4 markah]

- Kita hendaklah insaf setelah banyak melakukan dosa lalu. Penyajak benar-benar
insaf atas dosa yang telah dilakukan lalu memohon keampunan daripada Tuhan

- Kita wajarlah taat akan perintah Tuhan. Sebagai manusia, penyajak taat akan
perintah Tuhannya dengan melakukan segala suruhan-Nya.

- Kita hendaklah ikhlas apabila memohon keampunan daripada Tuhan. Penyajak
begitu sebak amat ketika memohon keampunan daripada Tuhan

Praktis 3

i. Berikan maksud rangkai kata Hati ini luluh dalam rangkap keempat sajak di atas.
[2 markah]

- Perasaan yang hancur berkecai

ii. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan pegangan agama
seseorang longgar.
[3 markah]

- Terpengaruh dengan budaya kuning
- Kurang didikan agama

- Kurang pengetahuan ilmu agama dalam diri

- Keruntuhan institusi kekeluargaan

iii Huraikan nilai kemanusiaan sajak yang dikaji. [4 markah]

- Keinsafan penyajak menginsafi segala dosa yang pernah dilakukan
- Ketaatan penyajak taat akan perintah Tuhan dan hanya memohon kemaafan

daripada-Nya
- Keikhlasan penyajak begitu ikhlas ketika memohon keampunan daripada Tuhan

Praktis 4 :
i. Berikan maksud rangkap terakhir sajak di atas.

[2 markah]

- Penyajak juga melafazkan doa kepada Yang Maha Esa agar mengizinkannya
menjadi insan yang sentiasa taat kepada perintah-Nya. Penyajak juga menaruh

harapan agar dia tidak lupa bahawa dunia ini tidak kekal abadi selamanya

156

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

ii. Nyatakan perubahan-perubahan yang perlu dilakukan setelah bertaubat.
[3 markah]

- Tinggalkan perkara yang ditegah oleh agama
- Menyesali dosa-dosa silam
- Melakukan segala kebaikan
- Melaksanakan perintah tuhan
- Tidak mengulangi lagi kesilapan

iii Berikan dua nilai yang terdapat berdasarkan sajak di atas.

[4 markah]

- Nilai keinsafan (1m)- penyajak menginsafi segala dosa yang pernah
dilakukan(1m)

- Nilai ketaatan (1m) - penyajak taat akan perintah Tuhan dan hanya memohon
kemaafan daripada-Nya (1m)

- Nilai keikhlasan (1m) - penyajak begitu ikhlas ketika memohon keampunan
daripada Tuhan (1m)

Praktis 5:

i. Berikan maksud rangkap keempat sajak di atas.

[2 markah]

- Penyajak berasa sedih amat dan jiwanya yang tersentuh dengan lafaz-lafaz cinta
yang disusun rapi ketika dia memohon keampunan daripada Pencipta dengan
perasaan yang berdebar-debar

ii. Berdasarkan pendapat anda , apakah ciri-ciri orang yang beriman? [3 markah]

- Rajin menuntut ilmu
- Tidak melakukan perkara maksiat
- Taat kepada Tuhan
- Memiliki sikap-sikap yang terpuji seperti amanah/tanggungjawab

iii Huraikan dua persoalan dalam sajak tersebut. [4 markah]

- Keinsafan atas dosa lalu yang telah dilakukan
- Ketaatan terhadap perintah Tuhan

157

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

- Keikhlasan ketika memohon keampunan kepada Tuhan.
- Keampunan yang diharapkan hanyalah daripada Pencipta

SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
Praktis 1
i. Apakah maksud rangkap kedua sajak di atas.

[2 markah]

Impian penyajak yang ingin hidup bahagia hanya menjadi angan-angan -
Penyajak mencari kehidupannya sendiri untuk mengubat hati yang luka kerana

anak-anak enggan menjaganya

ii. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak tidak ada tandingannya. Oleh sebab itu
anak-anak harus menyayangi mereka.

Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang perlu dilakukan oleh anak-anak untuk
membuktikan kasih sayang mereka terhadap ibu bapa?

[3 markah]

menyambut atau meraikan hari istimewa bersama dengan ibu bapa
membawa ibu bapa pergi melancong
menjaga kebajikan ibu bapa seperti merawat ketika mereka sakit

iii Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

Kita haruslah memberikan kasih sayang kepada ibu bapa.

Cth: Anak-anak penyajak sepatutnya memberikan kasih sayang kepada ibu
mereka (penyajak) dengan cara menjaga dan menggembirakan hatinya.

Kita haruslah menjaga ibu bapa terutamanya semasa hari tua mereka.
Cth: Anak-anak penyajak tidak sepatutnya mengabaikan tanggungjawab

mereka menjaga penyajak.

Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran kehidupan.
Cth: Penyajak tetap tabah dalam mengharungi kehidupan seorang diri pada
usia tuanya walaupun tidak dihiraukan oleh anak-anaknya.

158

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 2
i. Apakah saranan penulis dalam rangkap kedua sajak di atas.

[2 markah]

Jagalah ibu bapa kita dengan rasa penuh tanggungjawab dan secara kerjasama
antara adik-beradik.

Anak-anak tidak seharusnya melupakan jasa ibu bapa yang telah bersusah
payah menjaga kita sejak kecil.

ii. Anak-anak bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan ibu bapa.
Pada pendapat anda, huraikan tiga tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa?
[3 markah]

- Membantu dan meringankan beban ibu bapa dengan cara membantu mereka
melakukan kerja-kerja rumah.

- Kerap menziarahi mereka jika tinggal berjauhan.
- Belajar bersungguh-sungguh agar beroleh kejayaan kerana dapat

menggembirakan hati mereka.

iii Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

- Persoalan pengabaian tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa.

Cth: Penyajak telah diabaikan oleh anak-anaknya sehinggakan dia berasa
hidupnya sunyi.
- Persoalan kasih sayang seorang ibu

Cth: Ibu yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil.
- Persoalan kebahagiaan hidup merupakan impian semua orang

Cth: Seorang ibu berharap agar anak-anak dapat memberikan kebahagiaan
pada hari tuanya.

- Persoalan tanggungjawab dan kesanggupan berbakti kepada ibu
Cth: Anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan
membesarkan mereka.

159

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 3 [2 markah ]

i. cinta dalam rahim dilupai

Kemukakan maksud frasa di atas.
- Kasih sayang / sejak dalam kandungan tidak dikenang

ii. Belakangan ini media massa sering memaparkan berita tentang pengabaian warga
emas.
Pada pendapat anda, bagaimanakah menyedarkan masyarakat agar menghargai
warga emas
[3 markah]

- Media massa perlu memperbanyak tayangan dokumentari atau iklan
bertemakan penghargaan terhadap warga emas.

- Penganjuran kempen kesedaran tentang kepentingan warga emas dalam
masyarakat.

- Guru perlu menjadi suri teladan dengan menasihati murid agar menghormati
ibu bapa dan warga emas.

iii Huraikan dua nilai yang dikemukakan dalam sajak tersebut. [4 markah]

- Nilai tanggungjawab (1m)

Cth: Anak-anak perlu insaf terhadap tanggungjawab menjaga kebajikan ibu
kandung/ ibu bapa dan memberikan kebahagian kepadanya/ mereka (1m)
- Nilai kasih sayang (1m)

Cth: ibu yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil tetap
mendoakan perkara yang baik terhadap anaknya (1m)

- Nilai keinsafan (1m)
Cth: Kita harus sedar bahawa hanya Tuhan saja yang kekal dan seharusnya

kita perlu menginsafi kesalahan yang dilakukan (1m)

Praktis 4 [2 markah

i. Nyatakan maksud rangkap pertama sajak di atas.
]

- Fikiran penyajak sering dihimbau oleh nasib malang yang mengongkongi
hidupnya dan tidak pernah berubah.

- Tiada sesiapa yang datang menziarahinyasehinggakan dia berasa kesunyian.

ii. Dalam rangkap kedua sajak, penulis menggambarkan pengabaian tanggungjawab
anak-anak terhadap ibu bapa.

Pada pendapat anda, mengapakah anak-anak sanggup bertindak sedemikian?
[3 markah]

160

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

- Anak-anak zaman kini terlalu sibuk mengejar kemewahan dan kebendaan.
- Peningkatan kos sara hidup membuatkan anak-anak menumpukan kerjaya

untuk menyara keluarga.
- Terdapat segelintir anak-anak yang kurang kesedaran terhadap tanggungjawab

dan berasa terbeban menjaga ibu bapa mereka.

iii Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga sajak tersebut.
[4 markah]

- Kita haruslah tabah mengharungi cabaran kehidupan.
Cth: Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan
hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh.

- Adik-beradik haruslah bertolak ansur menjaga ibu bapa.
Cth: Anak-anak penyajak tidak ada perasaan bertolak ansur untuk menjaga ibu
mereka.

- Kita haruslah bertanggungjawab menjaga ibu bapa.
Cth: Anak-anak perlu bertanggungjawab menjaga kebajikan ibu kandung/ ibu
bapa dan memberikan kebahagian kepadanya/ mereka.

Praktis 5 [2 markah ]
i. Nyatakan maksud frasa semoga disirami benih keinsafan.

- Mudah-mudahan hidup dipenuhi rasa kesedaran

ii. Belakangan ini bilangan penghuni pusat jagaan orang-orang tua semakin meningkat.
Pada pendapat anda, wajarkah anak-anak menghantar ibu bapa ke pusat jagaan
orang-orang tua?

Jelaskan dua alasan anda.
[3 markah]

- Tidak.
Alasan: 1. Ibu bapa merupakan insan yang telah menjaga kita sejak kecil
sehingga dewasa.
2. Tanggungjawab anak-anak untuk menjaga kebajikan ibu bapa
merupakan tuntutan dalam semua agama di dunia.

- Setuju
Alasan: 1. Kebajikan ibu bapa dari aspek pengurusan diri dan makan minum
lebih terjaga sekiranya anak-anak terpaksa menjalankan tugas di luar
kawasan.

161

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

iii Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

- Persoalan nasib warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anak
Cth: Anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan

membesarkan mereka.
- Persoalan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa

Cth: Anak-anak perlu sedar terhadap tanggungjawab untuk menjaga kebajikan

ibu kandung/ ibu bapa dan memberikan kebahagian kepadanya/ mereka.
- Persoalan kasih sayang seorang ibu

Cth: Seorang ibu yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil
sehinggalah anak-anaknya dewasa.

KUDUP PERANG

Praktis 1
i Berikan maksud rangkap keempat sajak tersebut

[2 markah]

- Penyajak juga tidak berasa Hang Jebat seorang pengkhianat kerana Hang
Jebat dilihat sebagai individu yang berjuang untuk keadilan walaupun
menyimpan perasaan dendam

ii Setujukah anda jika Hang Jebat dinobatkan sebagai pahlawan? [3 markah]
Berikan pandangan anda.

Setuju:
- Beliau berani menentang kezaliman

Beliau berani menuntut keadilan
- Beliau tidak takut mengambil tindakan

Tidak setuju:

- Beliau tidak setia kepada raja
- Beliau mengambil tindakan sendiri
- Tindakan beliau mengancam nyawa orang lain

162

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

iii Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

Pengorbanan diri untuk orang lain
Cth kesanggupan berkorban demi menegakkan kebenaran dan keadilan
-
Kesan peperangan
Cth dalam peperangan berlaku tipu daya dan muslihat serta telah membangkitkan
- perasaan dendam antara satu sama lain
Menegakkan keadilan
Cth menjadi tanggungjawab setiap orang untuk menghentikan kezaliman dan
- penindasan demi menegakkan keadilan

Praktis 2

i Nyatakan kesan perang yang digambarkan dalam rangkap kelima?

[2 markah]

- Melecurkan lidah muslihat
- Memindahkan kebenaran pada tempatnya

- Mewarnakan keindahan pada hodohnya
- Menjungkitkan amarah pada damainya.

ii Jasa den pengorban pahlawan akan disanjung dan diingati oleh ahli masyarakat.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menghargai jasa seorang pahlawan?
[3 markah]

Cara:
Memberi pingat/anugerah/ganjaran

- Menamakan jalan/kampung
- Menulis tentang pahlawan/biografi
- Membuat filem/menerbitkan/dokumentari

Memberikan saraan hidup

iii Huraikan dua pengajaran yang diketengahkan dalam sajak.

[4 markah]

- Kita perlu menjadi warganegara yang setia kepada negara.

- Kita hendaklah berani untuk berjuang untuk menegakkan keadilan

- Kita hendaklah mengkaji sejarah untuk mengelakkan kesalahan yang sama

berulang kembali.

- Kita hendaklah berusaha menyelesaikan perselisihan dengan cara yang
aman.

163

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 3

i Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penyajak berdasarkan rangkap

pertama

[2 markah]

- Penyajak mengingatkan seorang yang bergelar panglima akan sentiasa
melakukan kekejaman dan perasaan dendam

- Penyajak berterima kasih kerana masih berpeluang menikmati kehidupan
sambil mencari-cari pahlawan yang sebenar

ii Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pahlawan sejati? [3 markah]

- Mempunyai semangat juang yang tinggi
- Mempunyai kemahiran dalam bidang pertempuran
- Berani berhadapan dengan musuh

iii Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas

[4 markah]

Nilai keadilan (1m)
cth : Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan saksama (1m)
Nilai keberanian (1m)
cth: Penyajak berani mencari jawapan dan kepastian antara pahlawan dengan

pengkhianat (1m)
Nilai ketaatan (1m)
cth: Pembesar taat setia akan perintah Raja/Sultan(1m)
Nilai kebijaksanaan (1m)
Cth: Pemimpin bijaksana menghadapi cabaran dalam pemerintahannya (1m)

Praktis 4

i Berikan maksud ‘kerana takhta setia terbina di istana wanga’ yang terdapat dalam
rangkap pertama sajak.

(2 markah)

- Taat akan perintah raja

164

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

ii Pemimpin yang berwibawa sentiasa disayangi oleh rakyat jelata.
Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang dapat menonjolkan
kewibawaannya sebagai pemimpin masyarakat yang disegani?
[3 markah]

- Mempunyai ilmu pengetahuan
- Sedia berkongsi pengetahuan
- Sedia berkongsi kemahiran
- Bersikap matang dan rasional ketika melakukan sesuatu tindakan

iii Huraikan tema yang diketengahkan dalam sajak di atas.

[4 markah]

- Kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui
sesebuah organisasi – Ketika menjadi seorang pemimpin, ada kezaliman
dilakukan terhadap penentang dasar. Hal ini menimbulkan perasaan dendam
dan tidak berpuas hati. Akibatnya, keadaan menjadi tidak tenteram dan sukar
mengembalikan keamanan.

Praktis 5

i Berikan maksud , [2 markah]
teramat lara kita menjahit semula
perca-perca bahagia.

Keharmonian sukar dipulihkan semula

ii Pada pendapat anda, apakah perkara yang perlu dilakukan oleh pemimpin
supaya mereka ditentang oleh golongan bawahan?
[3 markah]

Ikhlas menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin

Tidak mementingkan diri sendiri dan bersikap adil

Mengadakan pertemuan dengan anggota masyarakat atau kakitangan untuk
meninjau pandangan dan masalah yang dihadapi.

Bersikap rasional dan menerima pendapat orang lain.

165

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

iii Huraikan dua latar masyarakat yang digambarkan dalam sajak.

[4 markah]

Masyarakat pemimpin yang tidak adil terhadap golongan bawahannya

Cth: Pemimpin bertindak tidak adil dan menzalimi mereka yang menentang
dasar kepimpinannya sehingga menimbulkan perasaan dendam

Masyarakat yang taat setia kepada pemimpin atas kepentingan diri sendiri

Cth: Sikap segelintir masyarakat yang terlalu taasub kepada pemimpin walaupun
pemimpin itu bersikap tidak rasional dan menzalimi pihak lain.

Masyarakat yang berani menentang pemimpin yang zalim

Cth: Terdapat ahli masyarakat yang berani menentang pemerintah yang
bertindak zalim sehingga menimbulkan keadaan tidak aman.

166

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

SKEMA SOALAN 3(a)

Praktis 1

i. Sepanjang jalan ke tempat pelancongan itu terdapat beberapa kios menjual buah-
buahan, minuman dan surat khabar.

ii. Haji Salim menjalankan perniagaan menyewa kanopi kepada sesiapa yang ingin
mengadakan majlis perkahwinan di kampungnya.

iii. Apabila musim menuai padi, Jasni sering belajar di dangau sambal membantu
ibu dan ayahnya menuai padi.

iv. Cikgu Jinih Santih telah menempah dua buah chalet di Simpang Mengayau
Kudat untuk keluarganya semasa cuti sekolah baru-baru ini.

v. Pasangan yang baru berkahwin itu telah membeli sebuah pangsapuri mewah di
Kota Kinabalu.

vi. Kebanyakan pusat beli-belah di bandar menyediakan kafeteria di dalam
bangunannya untuk memudahkan orang ramai makan setelah membeli-belah.

Praktis 2

i. “Salleh,tolong pikul guni ini sampai ke rumah nenek,” pinta Nenek Kiah kepada
cucunya
Apabila musim durian peraih biasanya membeli buah durian secara pukal.

ii. “Saya akan pilih calon yang layak memegang tugas sebagai Yang Dipertua
Pelajar,” tegas Cikgu Abendego kepada semua pelajar.
Rozana masih belum pulih daripada demam selesama sejak minggu lepas.

iii. Encik Dolah sengaja palu gendang itu untuk mengetahuikekuatan bunyi gendang
tersebut sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Hati Rohaya sangat pilu apabila mendengar kematian sahabatnya akibat penyakit
jantung berlubang.

Praktis 3

i. Kebanyakan rumah pangsapuri yang dibina oleh pihak pemaju menggunakan
kaedah pasang siap.

ii. Setiap bulan air laut mengalami keadaan pasang besar menyebabkan paras air
melimpah hingga ke daratan.

iii. “Cepat, pasang layar segera, kita nak bertolak!” arah Nakhoda kepada anak-anak
kapalnya.

iv. Pada waktu tengah hari, air laut akan pasang turun.
v. Puan Siti terpaksa pasang jaga di rumahnya kerana dia dan keluarga

meninggalkan rumah selama seminggu.

167

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 4
i. Pelibatan dalam aktiviti kokurikulum ialah salah satu daripada prasyarat untuk
masuk ke universiti.
ii. Editor itu diarahkan menulis prakata pada buku rujukan bahasa Melayu yang
akan diterbitkan pada bulan depan.

iii. Bayi yang dilahirkan pramatang itu diletakkan di unit rawatan rapi Hospital
Kota Kinabalu.

iv. Kerajaan berusaha memastikan prasarana di setiap kampung dilengkapi untuk
kebajikan masyarakat setiasa terjaga.

v. Pratonton filem Tombiruo yang diadakan di sebuah hotel terkemuka baru-baru
ini mendapat sambutan masyarakat yang menggalakkan.

Praktis 5
i. Kucing yang saya bela sejak tiga tahun yang lalu telah mati.
ii. Penganiayaan majikan terhadap adik angkat saya itu akan saya bela.

iii. Kakak membantu ibu memasak rendang daging kambing untuk dibawa ke rumah
abang di Kota Kinabalu.

iv. Anak-anak muda yang tidak bersekolah itu selalu melepak di bawah pohon
rendang berhampiran dengan kafe siber.

v. Ibu menyuruh kakak memasak gula itu sehingga berwarna perang sebelum
dimasukkan ke dalam dalam adunan kek kukus.

vi. Perang antara antara dua kuasa besar itu tidak berkesudahan sehingga rakyatnya
sentiasa berada dalam ketakutan

Praktis 6
i. Adik menggalas beg setiap hari ke sekolah.
ii. Murid itu menjinjing beg plastik yang berisi gula-gula yang diberikan oleh guru
kelas mereka.

iii. Perempuan tuan itu menjunjung bakul yang berisi padi.
iv. Ibu mengelek adik sambal memasak kerana adik selalu menangis.
v. Setiap hari Pak Abu mengandar raga sayurnya menuju ke pasar.
vi. Pekerja-pekerja di pasar raya itu keletihan kerana mengangkat kotak-kotak yang

besar.

168

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 7
(i) Kerja-kerja melarik kayu jati untuk dibuat kaki kerusi itu dilakukan dengan penuh
hat-hati.
(ii) Pemuda berbaju hitam itu berjalan sambal melirik ke arah gadis yang sedang
menunggu bas di Perhentian Bas Inanam.
(iii) Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang terhempas di Lautan Hindi
menjurus kepada pencarian kotak hitam pesawat untuk mengenal pasti punca nahas
tersebut.
(iv) Sterra Hidian menjirus sayur-sayuran di belakang rumahnya dua kali sehari pada
musim kemarau.
(v) Nimrod menuntun tangan adiknya ketika melintas jalan untuk ke kedai yang
berhampiran rumah mereka.
(vi) Para pelajar tidak digalakkan menonton rancangan televisyen sehingga larut malam
kerana boleh menjejaskan kesihatan mereka.

Praktis 8
(i) “Tolong angkat tangan masing-masing apabila cikgu memanggil nama kamu nanti”,
kata Cikgu Sarun Lambut kepada murid-muridnya.
(ii) Angkatan tentera Malaysia sentiasa mengawal sempadan Malaysia Thailand untuk
mengelakkan aktiviti penyeludupan senjata api secara berleluasa.
(iii) Keesokan harinya rombongan itu diberangkatkan ke ibu kota melalui jalan sungai.
(iv) Keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong ke majlis
konvokesyen di Universiti Kebangsaan Malaysia itu disambut dengan penuh meriah.
(v) Berita pengangkatan Datuk Jilid Kuminding sebagai duta Malaysia ke Paris menjadi
kebanggakan masyarakat Kimarang Kota Marudu.
(vi) Ayah menyuruh abang mengangkat beg pakaiannya ke dalam kereta sebelum
bertolak ke Kota Kinabalu.

169

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 9
(i) Suasana sunyi bertukar gegak apabila para penyokong pasukan bola sepak Sabah
membanjiri Stadium Likas.
(ii) Keadaan menjadi gegak gempita kerana askar-askar Portugis mula membedil
bertalu-talu untuk menawan kota Melaka.
(iii)Air kopi yang Siti buat untuk emak terasa sedikit pahit kerana terlebih serbuk kopi.
(iv) Pengalaman pahit getir yang dialami oleh penduduk kampung semasa
pemerintahan Jepun amat memilukan hati.
(v) Hanif berasa amat penat setelah mengayuh basikalnya dengan cepat selama setengah
jam.
(vi) Segala kesusahan dan penat lelah Mak Limah menyekolahkan anak-anak berbalas
apabila anak-anaknya berjaya dalam memperoleh ijazah masing-masing.

Praktis 10
(i) – Apabila hari sudah larut malam, kawasan perumahan itu sunyi sepi kerana semua
penduduknya telah tidur.
- Garam yang Nora masukkan ke dalam air sejuk itu masih belum larut walaupun dia
sudah mengacaunya berkali-kali..
(ii) – Penduduk kampung Kanibongan terpaksa melalui jalan yang berlumpur untuk
keluar membeli-belah di pekan.

- Semua jalan untuk mencapai perdamaian telahpun diusahakan untuk mengelak
perpecahan antara dua pihak yang saling bersengketa.

(iii) Semenjak akhir-akhir ini, rumput dan semak tumbuh meliar di kawasan tanah
perkuburan itu kerana tidak ada sesiapa yang berusaha membersihkannya.

- “Buku latihan karangan kamu telah saya semak dan saya mendapati isi tidak
dihuraikan dengan baik”, kata CikguJanti kepada pelajarnya.

170

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 11
(i) Besi itu hangat kerana diletakkan di dalam unggun api.

Perlawanan akhir badminton antara Dato Lee Chong Wei dengan Lin Dan
mendapat sambutan hangat daripada penonton.
(ii)Keadaan sungat yang genting itu menyukarkan laluan kapal besar.
Mangsa peperangan terpaksa melalui kehidupan yang genting kerana kekurangan
makanan.
(iii)Daun-daun kering gugur ke bumi kerana ditiup angin kencang.
Datuk Mat Salleh gugur ke medan perangn kerana ditembak oleh pihak musuh.

Praktis 12
(i) Murid Tahun 1 itu diam seketika apabila dimarahi oleh guru.

Encik Jason Daik diam di Kampung Taginambur sejak lima tahun yang lalu.
(ii)Gambar yang tergantung itu tanggal setelah ditiup angin semalam.

Tanggal 31 Ogos setiap tahun merupakan ulang tahun hari kebangsaan negara
Malaysia.
(iii)Kopi Tenom yang disediakan oleh emak pagi tadi sangat tawar kerana tidak
dimasukkan gula.
Hati pemuda itu menjadi tawar setelah mengetahui gadis pujaannya dipinang orang.

Praktis 13
(i) Sebatang kayu telah dipakukan pada tiang untuk dijadikan tetupai tiang tersebut.
(ii)Dedaun kering yang gugur itu bertaburan di atas jalan raya.
(iii)Bebenang pada skru itu sudah tiada kerana skru itu telah digunakan berulang kali.
(iv)Tukang rumah menggunakan sesiku untuk membuat garisan lurus pada permukaan
papan yang hendak dipotong.
(v)Sup yang dimasak oleh ibu rasanya sedap kerana dimasukkan bebola ikan.
(vI) Lelangit adik berdarah kerana tertusuk tulang ikan ketika makan di sebuah restoran.

171

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 14
(i) Ibu menyingsing lengan baju kurungnya ketika menyiang ikan di dapur.
(ii)Pakar bedah di hospital itu berjaya menyelamatkan nyawa pesakit kronik.
(iii)Ayah membeli pita ukur untuk mengukur ketinggian pintu rumah kami.
(iv)Ibu menggunakan kanta sentuh untuk membaca kerana ibu mengalami masalah
penglihatan.
(v) Program hiburan itu terpaksa dibuat ubah suai kerana siarannya tergendala seketika.
(vi)Latihan bola sepak merupakan program jangka pendek untuk mencungkil bakat
pemain baharu kelab tersebut.

Praktis 15
(i) Encik Sarun Lambut sedang menebang pokok rambutan tua di belakang rumahnya.
(ii) Encik Erik mencantas dahan pokok langsat yang berbuah lebat itu.
(iii)Encik Jhonny Apong sedang menebas semak-samun di kebun buah-buahannya.
(iv) Pasangan pengantin itu memotong kek untuk diberikan kepada para tetamu.
(v) Kakak menghiris bawang dengan menggunakan pisau yang tajam.
(vi) Kumpulan militan itu telah memenggal kepala tebusan mereka apabila permintaan
mereka tidak dipenuhi oleh pihak berkuasa.

Praktis 16
(i) Pelajar SMK Narinang perlu belajar bersungguh-sungguh agar memperoleh kejayaan
cemerlang dalam peperiksaan SPM.
(ii) Nurul sampai di rumah ketika ayahnya sedang tidur.
(iii) Apabila harta si mati hendak dibahagikan pertelingkahan pasti berlaku antara adik
beradik.
(iv) Dr Jessel Ginturun tidak menyalahkan sesiapa sekalipun cermin keretanya pecah.
(v) Kelas tambahan Bahasa Melayu petang ini ditangguhkan sekiranya tiada sambutan
pelajar Tingkatan 5.
(vi)Sementara menanti padi di sawah masak, petani itu menanam jagung dahulu.

172

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 17
(i) Pasangan pengantin itu sangat cocok bagai pinang dibelah dua.

Abang memesan 100 cucuk sate kepada pekedai itu.
(ii) Ibu menggunakan kaedah tekat untuk menghias bunga pada baju itu.

Kita haruslah mempunyai tekad yang tinggi jikaingin berjaya dalam peperiksaan
SPM.
(iii) Pihak polis menjalankan siasatan dengan telus bagi mengelakkan salah faham
rakyat.

Jika hendak menolong orang, biarlah dengan tulus dan ikhlas supaya sentiasa
diberkati.

Praktis 18
(i) Klinik Dr Jauty Kurpong sentiasa dikunjungi pesakit kerana jururawatnya peramah
dan bersikap mesra pelanggan
(ii) Permainan tradisional harus didedahkan kepada generasi muda supaya warisan
bangsa itu dapat bertahan sampai bila-bila.
(iii) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengumumkan tarikh luput
bagi menebus rebat telefon pintar dilanjutkan selama sebulan lagi.
(iv) Salah faham antara pembeli rumah di Bandar Sierra dengan pihak pemaju Syarikat
Wong Kork tentang kemudahan yang perlu disediakan oleh pihak syarikat harus
diselesaikan segera.
(v) Pegawai akaun itu disiasat oleh pihak berkuasa tentang salah guna dalam
pengurusan kewangan syarikat.
(vi) Harga barangan tiruan lebih murah kerana pengeluar tidak perlu membiayai kos
untuk mempromosi produk tersebut.

Praktis 19
(i) Ketika hujan lebat petang semalam, sekonyong-konyong sebatang pokok di bahu
jalan itu tumbang lalu menimpa beberapa buah kenderaan yang diletakkan di situ.
(ii) Semenjak Encik Abu meninggal dunia, Saiful termangu-mangu di jendela rumah
kerana terkenang akan arwah ayahnya.
(iii) Suara Kamarul yang mengucapkan selamat tinggal kepada saya sebelum berpindah
kerana mengikut keluarganya masih terngiang-ngiang di telinga saya.

(iv) Zali berjalan terhincut-hincut kerana kakinya cedera setelah terjatuh semasa latihan
bola di padang sekolah petang tadi.

173

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

(v) Cermin muka yang telah pecah ini membuat rupa saya kelihatan terherot-herot.
(vi) Matanya berkedip-kedip apabila terkena cahaya lampu suluh itu.

Praktis 20
(i) Pasukan bahas Sekolah Menengah Kebangsaan Narinang telah menjadi juara
pertandingan peringkat daerah.
(ii)Mereka sedang berbahas tentang isu hangat dalam persidangan itu.
(iii) Perwakilan itu sedang membahaskan usul-usul yang dibentangkan.
(iv) Perbahasan peringkat akhir antara Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan dengan
Sekolah Menengah Kebangsaan Arshad disiarkan di televisyen.
(v) Pembahas pasukan pencadang terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang
perempuan.
(vi) Bahasan pihak pembangkang cukup mantap hingga menyakinkan pihak juri.

SKEMA 3 (b) - SINTAKSIS
Praktis 1
(i) Meena menyuruh Ayu tidur dahulu dan menyambung kerjaya itu semula pada esok
hari.
(ii) Foong memberitahu Khairul bahawa rakan mereka itu tidak perlu dibantu kerana
rakan mereka itu anak hartawan.
(iii) Bernard menanyai Ali sama ada ada pada pgi itu dia yang mengetuk pintu biliknya.

Praktis 2
(i) Lili menegah Mimi daripada melalui pokok itu kerana terdapat sarang tebuan pada
pokok itu.
(ii) Akmal berkata bahawa da bukan mengintai adiknya itu sebaliknya dia
mengawasinya.
(ii) Bapa memberikan wang itu kepada saya untuk dijadikan sebagai belanja dan
menyuruh saya menyimpan bakinya di dalam tabung.
Praktis 3
(i) Inspektor Alex bertanya kepada Konstabel Konol tentang identiti lelaki berbaju
merah yang sedang memerhatikan murid-murid di perhentian bas itu.

174

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

(ii) Presiden menanyai Menteri Dalam Negeri sebab pengganas tersebut berjaya masuk
ke dalam bangunan parlimen yang dikawal ketat oleh anggota keselamatan yang sangat
terlatih.
(ii) Janet menyatakan kepada Valinda bahawa amat malang nasib anak kecil itu yang
baru sahaja kehilangan ibubapanya dalam kemalangan jalan raya yang mengerikan.

Praktis 4
(i) Wani bercadang mengikuti kursus niaga anjuran kerajaan.
(ii) Fiza menyokong cadangan Wani. Fiza yakin akan kemampuan Wani menimba
pengalaman dan pengetahuan daripada krsus tersebut.
(iii) Wani mahu menjadi peniaga yang berjaya suatu hari nanti.
(iv) Fiza yakin Wani akan berjaya mencapai cita-citanya.
(v) Wani mengucapkan terima kasih kepada Fiza.

Praktis 5
1. Adam : Apa khabar, Johan?
2. Johan: Saya baik-baik sahaja. Sudah lama kita tidak berjumpa, ya!
3.Adam : Memang benar. Sejak Johan berpindah ke sekolah Teknik.
4. Johan : Saya minta maaf. Saya tinggal di asrama, susah sedikit hendak keluar.
5. Adam : Tidak mengapa. Tumpukan perhatian kepada pelajaran awak.
6. Johan : Terima kasih atas nasihat awak Adam. Saya tidak akan lupa.

Praktis 6
(i) “Bagiku kaulah wanita yang paling cantik pernah aku temui,” kata Azrul kepada
Rahayu.
(ii) “Suhaila,mengapa kamu tidak datang ke sekolah tiga hari yang lalu?” tanya Cikgu
Rahimah kepada Suhaila.
(iii) “Apa halnya kau telefon aku ke sini Ramli? Kau tahu, aku terpaksa simpan kerja
aku”, kata Chong Ming kepada Ramli.
(iv) “Fiy,lepas peperiksaan SPM ni aku nak ikuti kursus membaiki komputerlah,” kata
Ibrahim kepada Wafiy.
(v) “Lydia,awak tahu tak kenapa sudah tiga hari berturut-turut Noraini tidak ikut latihan
bola jarring?” tanya Cikgu Malinda

175

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

(vi) “Pagi-pagi lagi dah mengelamun, Lili”, tegur Kumari

Praktis 7
(i) Golongan muda merupakan modal insan yang tidak kepada negara
(ii) Golongan muda pelapis untuk memimpin negara pada masa akan datang
(iii) Golongan muda perlu melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan
(iv) Golongan muda perlu melengkapkan diri masing-masing dengan segala kemahiran
(v) Golongan muda perlu mampu bersaing di peringkat antarabangsa
(vi) Pembinaan sahsiah juga harus sentiasa dipupuk dari semasa ke semasa.

Praktis 8
(i) Siapakah ketua kampung itu.
(ii) Mengapakah atlet itu mendapat angerah itu?
(iii)Di manakah Program sahsiah diri akan diadakan?
(iv)Bilakah para peserta dari Kuala Lumpur dijangka tiba?
(v) Bagaimanakah perpaduan dapat diwujudkan?
(vi) Apakah yang digunakan untuk menghiasi pelamin itu?

Praktis 9
(i) Ayat pasif
(ii) Ayat pasif
(iii) Ayat aktif
(iv) Ayat aktif
(v) Ayat aktif
(vi) Ayat pasif

176

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 10
(i) Kita mesti bertolak dari sini sekarang kerana hari sudah semakin gelap.
(ii)Pasukan sukarela akan memberikan bantuan kepada penduduk kampung yang
dilanda malapetaka.
(iii)Encik Kamarul bukan ayah Suzana tetapi auah saudaranya.
(iv)Saiful dan adiknya pemain pasukan bola sepak sekolah.
(v) Cikgu Zaharin masuk ke kelas lalu mengedarkan borang biasiswa kepada para
pelajar.
(vi) Walau adik Lee Keat berusia empat tahun tetapi dia petah bercakap.

Praktis 11
(i) Sedang membaca buku mereka di bawah pohon yang rendang itu.
(ii)Untuk menangani masalah ini saya akan mengambil tindakan yang tegas.
(iii) Jika mahu meningkatkan ilmu pengetahuan kalian perlulah mendalami ilmu ini.

Praktis 12
(i) Latihan intensif akan dijalani oleh para pelajar Tingkatan Lima itu selama seminggu.
(ii)Beberapa buah filem telah saya terbitkan antara tahun 2014 hingga 2017.
(iii) Taman sains di belakang sekolah akan kami bersihkan pada setiap petang Jumaat.

Praktis 13.
(i) - Sambutan Hari Guru diadakan.

- Kami telah menghadiahi Encik Leong sebatang pen.
(ii) - Pada petang itu, Ramlah yang baru sahaja pulang dari pejabat.

- Ramlah membuatkan ayahnya kopi panas.
(iii) - Rosman datang lewat ke sekolah pagi tadi

- Bas sekolah yang dinaikinya rosak di tengah jalan.

177

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 14
(i) Bilakah kereta Halim terlibat dalam kemalangan?
(ii)Siapakah pengasas produk kecantikan yang popular itu?
(iii)Di manakah pertandingan akhir memanah akan diadakan?
(iv)Bagaimanakah permuafakatan antara pengarah syarikat itu diadakan?
(v)Apakah yang digunakan oleh Ustazah Mariam untukmenghasilkan tulisan khat?
(vi)Mengapakah Melaka menjadi destinasi pelancongan?

Praktis 15
(i) Pak Abu telah menjual sawah di hujung kampung itu kepada seorang lelaki beberapa
hari yang lalu.
(ii) Belum pernah terdetik di hati Linda untuk meninggalkan kerjayanya sekarang
walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah.
(iii) Pasangan anak beranak itu berlatih dengan bersungguh-sungguh bagi memenangi
pertandingan badminton yang akan datang.

Praktis 16.
(i)FN +FN
(ii)FN + FS
(iii)FN +FK
(iv) FN +FA
(v)FN +FK
(vi) FN +FK

Praktis 17
(i) Telah diisytiharkan Mualim sebagai daerah kesebelas dalam negeri Perak oleh
DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
(ii) Sering dikunjungi oleh pengunjung dari seluruh negara Pasar Kemboja di Parit
Buntar.
(iii) Telah mendapat tajaan Pasukan bola sepak negeri Perak daripada Syarikat Al-
Ikhsan sebanyak RM500,000.00 setahun.

178

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 18
(i) Subjek –Abang

Predikat- di pejabat ketika kejadian kebakaran berlaku di rumahnya
(ii) Subjek – Kedalaman maksimum Lautan Hindi

Predikat- dianggarkan melebihi 7450 meter
(iii) Subjek – nelayan

Predikat- tidak turun ke laut untuk menangkap ikan pada musim tengkujuh.
(iv) Subjek – Jambatan Kedua Pulau Pinang

Predikat- sangat indah kerana keistimewaan reka bentuknya
(v) Subjek – Atlet itu

Predikat- begitu gigih menjalani latihan sehingga berjaya menjadi johan
(vi) Subjek – terbukti bahawa dia

Predikat- seorang yang berpendidikan tinggi berdasarkan tutur katanya.

Praktis 19.
(i) Riduan mengucapkan selamat pagi kepada setiausaha.
(ii)Setiausaha membalas ucapan selamat pagi dan memberitahu bahawa di sana Syarikat
Walit serta menyatakan hasratnya untuk mengetahui orang yang sedang bercakap itu.
(iii)Riduan memperkenalkan dirinya bahawa dia dari Syarikat Sonsoluyon. Riduan
menyatakan keinginannya untuk bercakap dengan Puan Nor Hayati.
(iv) Setiausaha memberitahu bahawa Puan Nor Hayati sedang sibuk dengan pelanggan
sambal menanyakan perkara yang mahu dibincangkan olehnya.
(v) Riduan menyatakan bahawa dia ingin bertanya tentang bekalan baja yang ditempah
dari syarikat ini pada minggu lepas.
(vi) Setiausaha meminta Riduan supaya tunggu sebentar.

179

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 20
(i) Ayat majmuk gabungan
(ii)Ayat majmuk komplemen
(iii)Ayat majmuk relatif
(iv) Ayat majmuk pancangan keterangan
(v) Ayat majmuk gabungan
(vI)Ayat majmuk komplemen

SKEMA SOALAN 3 (c) MENGENAL PASTI KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN

No Kesalahan Pembetulan Kesalahan Pembetulan
Soalan ekopelancongan kekayaan
ejaan profesion imbuhan penerangan
1 eko-pelancongan se-Malaysia mengayakan mengetengahkan
2 profesyen rakyat keterangan mengesyorkan
3 semalaysia e-mel mengenengahkan menyampaikan
4 Rakyat antidadah mensyorkan dilancarkan
5 e-mail mendukung menyamai memasyarakatkan
6 anti-dadah dipantau dilancar pelupusan
7 mendokong produknya kemasyarakatan menyasarkan
8 di pantau prihatin melupuskan mencintai
9 prodaknya dilanda mensasarkan menghulurkan
perihatin terseksa menyintai menggembleng
10 di landa senario menghulur percakapan
tersiksa adakalanya mengembleng dicampuradukkan
11 sinario proaktif bercakap menjejaskan
Ada kalanya kafeteria dicampuradukan menyediakan
12 pro-aktif losen menjejas melembutkan
13 kafetaria elektronik persediaan pembelajaran
14 losyen songket melembuti terkenal
eletronik automatik pelajaran pemprosesan
15 songkit tulen dikenal menghasilkan
otomatik gemuruh Pemoresesan mengagumkan
16 tulin ekspedisi hasilan digalakkan
17 gemuroh ambulans mengkagumkan dikejarkan
18 ekspidisi Februari digalakan kemasukan
19 ambulan Seseorang dikejar berlebihan
20 Febuari kemasukkan
Sesaorang melebihi

180

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

SKEMA SOALAN 3 (d) MENGENAL PASTI KESALAHAN ISTILAH/KATA
DAN KESALAHAN BAHASA

No. Kesalahan Pembetulan Kesalahan Pembetulan
bahasa
soalan istilah/kata memimpin/menuntun terbatuk
1 menjinjing Bola sepak terbatuk-batuk apabila
2 Sepak bola pengurniaan bila Dua jam setengah
3 pemberian Banjir kilat Dua setengah jam Antara langkah
4 Banjir mendadak Antara langkah -
langkah tetapi
5 disukai digemari/diminati dan ini
kini Berbagai- bagai /
6 keceriaan kecemerlangan berbagai pelbagai
daripada
7 berkepentingan bertanggungjawab / dengan Sejak itu
Sejak daripada itu ke
berkuasa kepada Berbagai- bagai/
Pelbagai-bagai Pelbagai
8 mampan mantap/kukuh

9 menyentuh menyinggung

10 setempat serantau

11 Persatuan Pertubuhan Bangsa-

Bangsa-bangsa Bangsa Bersatu

Bersatu

12 Terkedu-kedu Teresak-esak Orang curi Dicuri orang
Lain-lain urusan Urusan- urusan
13 berleluasa meluas lain
Oleh kerana Oleh sebab
14 surat permit Semua peserta- Semua peserta/
15 dirayakan diraikan peserta peserta - peserta
Di antara antara
16 disuraikan diselesaikan Semua mangsa- Semua mangsa /
17 baru baharu mangsa mangsa- mangsa
di kepada
18 Tamsilan Taksiran Beberapa pegawai Beberapa orang
19 menyemak memantau pegawai
Adakah Apakah
20 perlawanan pertandingan

181

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

SKEMA PERIBAHASA

MENYATAKAN MAKSUD PERIBAHASA

Praktis 1

i Orang yang berkecuali atau tidak menyebelahi mana-mana pihak
ii Orang yang dijadikan umpan/alat untuk melaksanakan hajat orang lain
iii Putus hubungan yang tidak dapat disambung lagi

[ 6 markah]

Praktis 2

i Bahasa melambangkan keperibadian sesuatu bangsa
ii Tidak pernah bercerai (pasangan suami isteri yang saling mencintai dan tidak pernah

bercerai)
iii Orang yang sentiasa tenang sikap dan tingkah lakunya

[6 markah]

Praktis 3

i Orang yang sangat rajin
ii Orang susah yang baru memperoleh kesenangan
iii Ilmu yang banyak tidak akan berguna kalau tidak disebarkan

[6 markah]

Praktis 4

i Berbelanja lebih besar daripada pendapatan
ii Orang yang rajin
iii Tidak menyerah kalah sebelum berlawan

[6 markah]

Praktis 5

i Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan
ii Mengerjakan sesuatu sedikit demi sedikit lama-lama berhasil juga
iii Kata sepakat yang dicapai menerusi mesyuarat atau perbincangan

[6 markah]

Praktis 6

i Mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan di mana sahaja kita berada
ii Hilang tempat bergantung
iii Setiap orang akan melakukan kesilapan atau kesalahan

[6 markah]

182

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 7

i Orang lain diutamakan berbanding keluarga sendiri
ii Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan sebaik-baik menurut

keyakinan diri sendiri
iii Orang besar atau tinggi kedudukannya/besar pengaruhnya yang merendah diri tidak

akan jatuh martabatnya
[6 markah]

Praktis 8

i Nasib yang baik akan menyebabkan seseorang itu selamat atau mendapat rezeki, jika
bernasib malan seseorang itu akan menghadapi masalah

ii Orang yang malas akan hanya bekerja atau melakukan sesuatu apabila disuruh
iii Orang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak

[6 markah]

Praktis 9

i Sesuatu yang tidak kekal lama
ii Orang jahat yang bijak sekalipun, akhirnya akan tertangkap juga
iii Orang yang tidak menghargai sesuatu yang diperoleh

[6 markah]

Praktis 10

i Sesuatu usaha tentu ada hasilnya
ii Mahu mendidik orang lain membuat sesuatu dengan betul tetapi diri sendiri tidak

betul
iii Sekiranya sesuatu kerja itu tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh, pasti tidak

berhasil
[6 markah]

183

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

MENYATAKAN PERIBAHASA BERDASARKAN MAKSUD

Praktis 1

i Bertumpu dahulu baru melompat
ii Bunga bukansekuntum kumbang bukan seekor
iii Orang mengantuk disorongkan bantal

[6 markah]

Praktis 2

i cincin dengan permata
ii Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi
iii Jalan yang bengkang-bengkok

[6 markah]

Praktis 3

i telunjuk lurus,kelengkeng berkait
ii lain bengkak,lain bernanah/Orang lain makan nagka,orang lain yang kena

getahnya
iii Baik berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak

[6 markah]

Praktis 4

i Seperti kerbau dicucuk hidung
ii Lain dulang lain kaki, lain orang orang lain hati/ rambut sama hitam, hati lain-

lain
iii Umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang

[6 markah]

Praktis 5

i Seperti lembu/kerbau dicucuk hidung/Pak turut/Ikut telunjuk
ii Pendayung sudah ditangan,perahu sudah di air.
iii Durian runtuh/Yang bulat tak datang bergolek,yang pipih tak datang

melayang/Tuah ayam nampak di kaki,tuah ayam siapa yang tahu.
[6 markah]

184

Praktis 6 MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
i Tiada beban batu digalas
ii dalam tangan [6 markah]
iii Belakang parang jika diasah lagikan tajam.

Praktis 7

i bagai pinang dibelah dua
ii bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
iii belut pulang ke lumpur/ haruan pulang ke lubuk

[6 markah]

Praktis 8

i Pecah tembelang
ii Air tenang jangan disangka tiada buaya
iii Bidan terjun

[6 markah]

Praktis 9

i Seperti gadis sudah berlaki
ii Nujum Pak Belalang
iii Jiwa besar

[6 markah]

Praktis 10

i Tali barut
ii Seperti anjing makan muntahnya
iii Seperti ayam dimakan tungau

[6 markah]

185

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

SKEMA MEMBINA AYAT BERDASARKAN PERIBAHASA

Praktis 1

i Kebanyakan peneroka buat duit betul pada masa harga kelapa sawit melambung
ii Berita penglibatannya dalam kumpulan samseng itu menjadi bualan tetapi tiada siapa

yang dapat membuktinya, perkara ini samalah dengan ombak kedengaran, pasirnya

tidak kelihatan
iii Dia tidak disukai orang kerana suka mengumpat ke sana ke mari padahal dia sendiri

tidaklah baik sangat, perangainya itu tidak ubah seperti mengata dulang paku serpih,

mengatakan orang awak yang lebih

[6 markah]

Praktis 2

i Zulfadli telah pulang ke kampungnya setelah merantau hampir dua dekad,

kepulangannya itu seperti ikan pulang ke lubuk

ii Kami sentiasa berbincang untuk mendapat kata sepakat sebelum mengambil sesuatu

tindakan kerana pegangan kami hanyalah muafakat membawa berkat
iii Sesudah mana sekalipun sesuatu perkara itu kalau diusahakan dengan cara sehari

selembar benang,lama-lama menjadi kain

[6 markah]

Praktis 3

i Setiap ibu bapa melayani dan menuruti kemahu anak-anak bagai menatang minyak
yang penuh sekalipun mereka terpaksa mengorbankan keselesaan hidup sendiri

ii Beliau dihormati dan disanjung orang kerana kebijaksanaannya seperti ayahnya juga
walau di mana-mana pu berada, hal ini menepati maksud peribahasa benih yang baik
jatuh ke laut menjadi pulau

iii Kerja yang susah akan menjadi senang apabila semua anggota masyarakat bersatu hati
dan berpegang pada prinsip hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
[6 markah]

Praktis 4

i Dia selalu kesempitan wang kerana sikapnya yang boros lagipun cara berbelanja yang

diamalkannya tidak ubah seperti orang besar pasak daripada tiang
ii Hidupnya tidak berubah semenjak dahulu ekoran dia malas berusaha, tabiatnya itu

menepati maksud bidalan orang penyegan susah makan
iii Rakyat negara ini hendaklah sentiasa berudi bahasa kerana hilang bahasa lenyap

bangsa

[6 markah]

186

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 5

i Peranan golongan wanita dalam pembangunan negara tidak boleh dinafikan kerana

tangan yang mengayun buaian itu boleh menggoncang dunia
ii Kita tidak wajar berlengah-lengah apabila melakukan sesuatu lagipun bertangguh itu

pencuri masa
iii Yunus tetapi bersabar menerima celaan teman-temannya kerana baginya sabar itu

sebahagian daripada iman

[6 markah]

Praktis 6

i Adat resam ialah lambing budaya masyarakat kita yang tak lapuk dek hujan, tak lekang
dek panas dan tidak wajar dilupakan.

ii Walaupun zaman telah berubah dengan gaya hidup masyarakat yang sudah moden,
adat resam yang diamalkan oleh datuk nenek tidak dlupakan kerana masyarakat masih
berpegang pada pepatah lama, iaitu yang lama dikelek, yang baharu didukung

iii Generasi muda perlu mengamalkan adat resam nenek moyang dengan mengamalkan
sikap di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung agar adat resam warisan budaya
kita tetap kekal selama-lamanya.
[6 markah]

Praktis 7

i Max bersungguh-sungguh mengulang kaji pelajaran siang dan malam demi mencapai

cita-cita ke menara gading menjadi kenyataan kerana baginya alang-alang berdakwat

biar hitam.

ii Amira Rosa kembali semula menetap di kampung halamannya walaupun sudah 15

tahun merantau di India kerana setinggi-tinggi terbang bangau akhirnya hinggap di

belakang kerbau
iii Encik Jason menunaikan janjinya untuk menghadiahi anaknya sebuah basikal kerana

baginya kata dikotakan.

[6 markah]

Praktis 8

i Setelah berjaya, Aiman bersikap seperti kacang lupakan kulit kerana dia malu hendak

berjumpa dengan keluarganya yang miskin.
ii Warisan budaya Melayu terus dipertahankan kerana nilainya tak lapuk dek hujan,

tak lekang dek panas.
iii Kita mesti berhati-hati ketika berbelanja supaya tidak menyesal seperti kata pepatah

sudah terhantuk baru tengadah

[6 markah]

187

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 9

i Penduduk di kawasan itu tanpa mengira kaum seling membantu ketika kawasan
tersebut dilanda banjir kerana bagi mereka, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah

ii Tidak ada apa-apa keputusan dibuat dalam mesyuarat yang diadakan malam tadi
kerana semua ahli jawatankuasa bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing

iii Beberapa buah syarikat terpaksa gulung tikar kerana menghadapi masalah kewangan
sebagai akibat krisis ekonomi dunia.
[6 markah]

Praktis 10

i Saya amat kesal dengan sikap segelintir kakitangan syarikat ini yang ibarat harapkan

pagar,pagar makan padi kerana telah mencuri pelbagai dokumen penting.
ii Para penduduk di kawasan taman itu sentiasa bermuafakat untuk mengadakan sesuatu

program kerana muafakat membawa berkat
iii Siswazah yang menganggur perlulah berusaha untuk mendapatkan pekerjaan yang

sesuai dengan kelulusan mereka kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pilih

tidak datang melayang

[6 markah]

MENYATAKAN PERIBAHASA BERDASARKAN AYAT

Praktis 1

i Harapkan pagar, pagar makan padi
ii Rumah siap pahat berbunyi
iii Layang-layang putus tali

[6 markah]

Praktis 2

i Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul
ii Seperti burung dalam sangkar,mata lepas badan terkurung
iii Berlunjur ikut selimut

[6 markah]

Praktis 3

i Durian runtuh/reseki terpijak
ii Berani kerana benar, takut kerana salah
iii Sesat di hujung jalan,balik ke pangkal jalan

[6 markah]

188

Praktis 4 MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
i air dicincang tidak akan putus
ii durian runtuh [6 markah]
iii di mana ada gula di situ ada semut

Praktis 5

i patah tempat bergantung/antan patah lesung hilang
ii bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
iii rumah siap pahat berbunyi

[6 markah]

Praktis 6 [6 markah]
i Ibarat teluar sesangkak, pecah satu pecah semua [6 markah]
ii Ditelan mati emak, diluah mati bapa
iii Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

Praktis 7
i Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pengkal lengan
ii Seperti kera mendapat bunga
iii Bunga dedap

Praktis 8

i Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
ii Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
iii Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

[6 markah]

Praktis 9

i tiada beban batu digalas/menjolok sarang tebuan
ii dalam tangan
iii belakang parang jika diasah lagikan tajam

[6 markah]

Praktis 10

189

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

i bagai ayam disambar helang

ii air yang tenang jangan disangka tiada buaya
iii tepuk tangan sebelah tak akan berbunyi

[6 markah]

MENYATAKAN PERIBAHASA YANG SAMA MAKSUD

Praktis 1
(i) bagai api dalam sekam
(ii) biduk lalu kiambang bertaut
(iii) gagak pulang ke benua

Praktis 2
(i) Bagaimana acuan begitulah kiuhnya
(ii) Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
(iii) Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal lengan.

Praktis 3
(i) Pucuk dicita ulam mendatang
(ii) Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
(iii) bagaimana tepuk begitulah tarinya

Praktis 4
(i) Seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya
(ii) Gajah seekoar gembala dua
(iii) Seperti memalu ular dalam benih; ular biar mati, benih jangan rosak

Praktis 5
(i) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
(ii) Ibarat bungda dedap, sedap dipakai layu dibuang
(iii) Orang mengamuk disorongkan bantal

Praktis 6
(i) Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas
(ii) Bagaimana acuan begitulah kuihnya
(iii) Menjolok sarang tebuan

Praktis 7
(i) lidah biawak
(ii) Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga
(iii) Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur/ sedang

rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari

Praktis 8
(i) Air dicincang tidaka akan putus/biduk lalu kiambang bertaut
(ii) anak badak dihambat-hambat/Tiada beban batu digalas
(iii) Api dalam sekam/Musuh dalam selimut

190

Praktis 9 MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
(i) Bagaimana acuan,begitulah kuihnya KERTAS 1103/2

(ii) Belakang parang jika diasah lagikan tajam [6 markah]
(iii) Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Praktis 10
(i) Seperti abu di atas tunggul
(ii) Seperti cincin dengan permata

(iii) Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

[6 markah]

SKEMA MEWUJUDKAN SITUASI YANG DAPAT DIKAITKAN DENGAN
PENGGUNAAN PERIBAHASA.

Praktis 1
i Duit terpijak

ii Cakap tinggi/Cakap atas
iii Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

[6 markah]

Praktis 2 [6 markah]
i Bagai aur dengan tebing [6 markah]
ii Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
iii Kalah jadi abu, menang jadi arang

Praktis 3
i Menuding jari
ii Bersembunyi di sebalik telunjuk
iii Kena batang hidung sendiri

Praktis 4
i Aur dengan tebing
ii Usaha tangga kejayaan

iii Muafakat membawa berkat

[6 markah]

191

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 5
i Bagai mencurah air ke daun keladi
ii Cacing naik ke mata

iii Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

[6 markah]

Praktis 6
i Ayam tambatan

ii Muafakat membawa berkat
iii Genggam bara api biar sampai jadi arang

[6 markah]

Praktis 7
i Gelap mata
ii Mata duitan
iii Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya

[6 markah]

Praktis 8
i Menuding jadi
ii Melentur buluh biarlah dari rebungnya

iii Lepas tangan

[6 markah]

Praktis 9
i Bidan terjun

ii Menjaga tepi kain orang lain
iii Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

[6 markah]

Praktis 10
i Layang-layang putus tali

ii Bersengkang mata
iii Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

[6 markah]

SKEMA MEWUJUDKAN DIALOG YANG DAPAT DIKAITKAN DENGAN
PENGGUNAAN PERIBAHASA.

Praktis 1

192

(i) Makan angin MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
(ii) Kutu rayau KERTAS 1103/2

(iii) Mata pencarian [6 markah]

Praktis 2
(i) Seperti baung kena ketuk
(ii) Seperti murai dicabut ekor

(iii) Membuang masa

[6 markah]

Praktis 3
(i) Bahasa menunjukkan bangsa/Bahasa jiwa bangsa
(ii) Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih

(iii) Mata pena lebih tajam daripada mata pedang

[6 markah]

Praktis 4
(i) Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
(ii) Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

(iii) Jauh berjalan luas pandangan/pemandangan

[6 markah]

Praktis 5
(i) Ikut hati mati, iku rasa binasa
(ii) Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum berbuat

(iii) Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

[6 markah]

Praktis 6
(i) Cubit paha kiri, paha kanan terasa sakit juga
(ii) melukut di tepi gantang

(iii) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan

[6 markah]

Praktis 7
(i) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung/masuk kandang kambing
mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

(ii) Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
(iii) Jauh berjalan luas pandangan/pemandangan

[6 markah]

193

MODUL JUS BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2

Praktis 8
(i) Bahasa Menunjukkan Bangsa/Bahasa Jiwa Bangsa/Bahasa Melambangkan Bangsa
(ii) hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
(iii) mata pena lebih tajam daripada mata pedang
[6 markah]

Praktis 9
(i) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan

(ii) Buang yang keruh ambil yang jernih
(iii) Memulangkan paku buah keras

[6 markah]

Praktis 10
(i) Genggam bara api biar sampai jadi arang
(ii) Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

(iii) Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

[6 markah]

194


Click to View FlipBook Version