The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Flavia Angel, 2023-11-08 10:57:53

BUKU PROGRAM SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA 2023

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2023 IPGKG
PISMP AMBILAN JUN 2020

Keywords: IPGKG

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KECENDERUNGAN GURU PELATIH MENGGUNAKAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Nur Amirah Syakinah Binti Azmi PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] Dzulkifli Bin Mohd Aspah Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] ABSTRAK Peta pemikiran I-Think merupakan satu program yang diperkenalkan pada tahun 2011 bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) individu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kecenderungan guru pelatih menggunakan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk Kajian ini berbentuk kuantitatif. Kajian ini menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan data di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Data dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Sciences Version 23.0). Data dianalisis secara deskriptif bagi mencari taburan kekerapan, peratusan dan min. Ujian kolerasi juga dijalankan untuk melihat hubungan antara tahap kecenderungan dan tahap penggunaan peta pemikiran I-Think oleh guru pelatih. Hasil kajian mendapati tahap kecenderungan dan tahap penggunaan guru pelatih Bahasa Melayu terhadap peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian ini sangat membantu dalam mengembangkan dan menerapkan lagi kepentingan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendedahan kepada pemikiran i-Think sangat penting dalam usaha meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan guru pelatih serta penerapan pembelajaran abad ke-21. Kata kunci: Peta pemikiran i-Think, guru pelatih, kecenderungan, KBAT PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN TULISAN JAWI BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU KEPADA MURID SJKC Nur Fizatul Anisa Binti Jasini PISMP Bahasa MelayuAmbilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel: [email protected] Puan Aqeela Alia Binti Ahmad Jabatan Pengajian Melayu e-mel: [email protected] ABSTRAK Pengajaran tulisan Jawi telah disertakan dalam DSKP Bahasa Melayu untuk tahap 2 bermula pada tahun 2018 sehingga kini. Menyedari bahawa guru kurang menguasai serta mempunyai masalahdalam pengajaran ini, maka pengkaji telah melaksanakan kajian tinjauan dengan menggunakan sebahagian daripada model CIPP iaitu konteks(C) dan input (I) terhadapguru Bahasa Melayu.Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui persepsi guru terhadap pengajaran tulisan Jawi bagi mata pelajaran Bahasa Melayukepada murid SJKC, aktiviti PdP yang dilaksanakan oleh guru sertapunca guru kurang menguasai pengajaran tulisan Jawi. Reka bentuk kajian adalah secara kualitatif bertema. Seramai 12 orang guru Bahasa Melayu tahap 2 di 4 buah sekolah (SJKC) daerah Papar telah dipilih sebagai responden. Analisis dokumen, pemerhatian serta transkripsi temu bual digunakan sebagai instrumen. Hasil dapatan kajian menunjukkan kebanyakan responden bersetuju bahawa pengajaran tulisan Jawi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu memberi manfaat kepada murid di SJKC walaupun segelintir responden tidak melaksanakannya. Untuk aktiviti PdPnyapula, kebanyakan respondenmenggunakan tayangan video pengajaran tulisan Jawi di Youtube serta menggabungjalinkan pengajaran tulisan Jawi dengan seni. Rata-rata responden juga mengatakan bahawa punca guru kurang menguasai pengajaran tulisan Jawi kerana kurang pendedahan tentangnya. Menerusi data tambahan pula mengatakan bahawa pihak sekolah telah mengeluarkan borang persetujuan bagi pengajaran tulisan Jawi dilaksanakan di sekolah. Kebanyakan ibu bapa tidak bersetuju pengajaran ini dilaksanakan. Implikasinya, kita dapat mengetahui bahawa semua guru tanpa mengira bangsa berasa terkesan dengan kemasukan silibus pengajaran tulisan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu walaupun ada segelintirnya mempunyai asas tentang pengajaran ini. Kata Kunci : pengajaran tulisan Jawi, guru BahasaMelayu, persepsi, aktivitiPdP, punca 150


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN PETAMERI BAGI PENGGUNAAN KATA PEMERI ‘IALAH’ DAN ‘ADALAH’ DALAM PENULISAN AYAT BAHASA MELAYU Nursamirah binti Johan @ John Mudi PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel: [email protected] Nur Aqeela Alia binti Ahmad e-mel: [email protected] Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk membantu meningkatkan kefahaman tentang penggunaan kata pemeri bagi murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tahun 3. Hal ini selaras dengan permasalahan yang difokuskan iaitu kesalahan penggunaan kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ dalam penulisan bahasa Melayu. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan perancangan tindakan sistematik berasakan Model Kemmis dan McTaggart (1988). Data-data dikumpul menerusi instrumen ujian awal, ujian akhir, kajian dokumen, pemerhatian dan temu bual. Hasil tinjauan awal melalui instrumen ujian awal, kajian dokumen dan pemerhatian, mendapati bahawa keenam-enam peserta kajian tidak mengetahui penggunaan kata pemeri yang tepat dalam penulisan ayat. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah mengaplikasikan permainan bahasa PETAMERI bagi membantu murid untuk meningkatkan dan mengukuhkan lagi kefahaman murid tentang kata pemeri. Pelaksanaan intervensi PETAMERI dalam pembelajaran kata pemeri memberi impak positif apabila murid melibatkan diri secara aktif dan menunjukkan keputusan yang amat memuaskan. Peningkatan ini membuktikan bahawa tindakan yang diaplikasikan amat relevan dan memberikan kesan baik terhadap penggunaan kata pemeri peserta kajian. Penggunaan aplikasi PETAMERI juga dapat membantu para guru untuk menyediakan BBM atau BBB yang menarik di samping menerapkan kemahiran TMK dalam pembelajaran murid. Kata Kunci: Penggunaan kata pemeri, kata pemeri, PETAMERI PENGAPLIKASIAN KIT TOBHIZZA BAGI PENGAJARAN KATA NAMA KHAS DALAM KALANGAN MURID TAHAP 2 Nur Syahadahtul Anggun binti Abd Rahim PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel: [email protected] Encik Yahya bin Yassin Jabatan Pengajian Melayu e-mel: [email protected] ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan bertujuan meningkatkan penguasaan murid dalam kalangan tahap dua sekolah rendah untuk menguasai penggunaan kata nama khas dalam penulisan melalui pengaplikasian intervensi Kit TOBHIZZA. Kajian ini berpaksikan dua objektif iaitu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam penggunaan kata nama khas mengikut konteks serta meningkatkan penguasaan kata nama khas mengikut konteks dalam kalangan murid tahap dua berpandukan intervensi yang diperkenalkan. Kajian tindakan merupakan reka bentuk kajian yang dipilih dengan menggunakan pendekatan kualiitatif. Pemilihan peserta kajian melibatkan empat orang murid tahap dua sekolah rendah jenis kebangsaan yang terletak di daerah Menggatal, Sabah. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen, senarai semak, ujian awal dan ujian akhir serta temu bual. Data-data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif. Melalui data yang dikumpul, terdapat kesan yang ketara hasil daripada pengaplikasian kit intervensi dalam penulisan kata nama khas murid tahap dua. Lantaran itu, kajian ini membuktikan bahawa penggunaan intervensi yang menarik dan efektif dalam pengajaran kemahiran tatabahasa bagi aspek kata nama khas khususnya dapat meningkatkan daya ingatan dan penguasaan kata nama khas mengikut konteks selaras dengan objektif umum dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kata Kunci: Intervensi Kit TOBHIZZA, Kata Nama Khas, Tatabahasa 151


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIKAN TEKNIK J-2FOK UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID MEMBINA AYAT KATA KERJA TRANSITIF TAHAP 2 Nur Syazwani binti Mohd Shah PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel: [email protected] Yahya bin Yassin Jabatan Pengajian Melayu [email protected] ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan bertujuan bagi meningkatkan penguasaan murid dalam membina ayat menggunakan kata kerja transitif dengan mengaplikasikan teknik J-2FOK dalam kalangan murid Tahun 5. Kajian ini berorientasikan dua objektif utama iaitu mengenal pasti tahap penguasaan murid dalal membina ayat menggunakan kata kerja transitif dan mengenal pasti tahap keupayaan teknik J-2FOK dalam membantu murid membina ayat menggunakan kata kerja transitif. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Peserta kajian dipilih adalah berdasarkan kaedah peserta bertujuan. Pemilihan peserta kajian melibatkan enam orang murid Tahun 5 dari sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan yang signifikan melalui pengaplikasian teknik J-2FOK dalam meningkatkan penguasaan murid dalam membina ayat menggunakan kata kerja transitif dalam kalangan murid Tahun 5. Implikasinya, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan teknik yang efektif dan menarik dalam pengajaran kata kerja transitif dapat meningkatkan kefahaman serta penguasaan murid dalam topik tersebut. Bukan itu sahaja, murid juga mampu meningkatkan kefahaman tatabahasa selaras dengan garis panduan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Kata kunci : Kata kerja transitif, membina ayat, tatabahasa, teknik J-2FOK ELEMEN DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN SUKAS BAGI MURID TAHUN SATU Siti Salina binti Ab Hajis Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] Puan Arbiah binti Maddahiri Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka melalui penerapan elemen didik hibur SuKaS. SuKaS ialah singkatan daripada ‘Suku Kata Ekspres’, iaitu bagi menangani masalah murid tidak dapat membaca suku kata terbuka dengan baik. Peserta kajian terdiri daripada lapan orang murid tahun satu di Sekolah Jenis Kebangsaan daerah Papar, Sabah. Kajian ini merujuk kepada model Kemmis & Mc Taggart (1988) yang mencadangkan empat fasa iaitu merancang, bertindak, membuat pemerhatian dan mereflek. Pengkaji menggunakan instrumen pengumpulan data seperti ujian awal dan akhir, pemerhatian melalui senarai semak, temu bual guru dan analisis dokumen. Tinjauan awal mendapati segelintir murid Tahun 1 tidak lancar membaca suku kata terbuka dan tidak melibatkan diri secara aktif dalam proses PdP yang dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerapan elemen didik hibur SuKaS dapat meningkatan kemahiran membaca suku kata terbuka dalam kalangan murid, di samping meningkatkan minat dan motivasi murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pengkaji berharap kajian ini dapat membantu pengajaran guru serta pembelajaran murid yang lebih menarik dan berkesan melalui penerapan elemen didik hibur SuKaS. Kata Kunci: SuKaS, Elemen Didik Hibur, Kemahiran Membaca, Suku Kata Terbuka 152


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN KIT TeKoZik DALAM KEMAHIRAN MEMBACA BAGI TAHAP SATU Surani binti Norhashim Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu Emel: [email protected] Puan Arbiah binti Maddahiri Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu ABSTRAK Kajian dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap penggunasaan kemahiran membaca perkataan peserta kajian. Kajian ini juga bertujuan untuk membantu dan meningkatkan pengguasaan kemahiran membaca peserta kajian dengan menggunakan intervensi Kit TeKoZik. Pelaksanaan kajian ini melibatkan beberapa peserta kajian. Peserta kajian tahun 2 di salah sebuah sekolah rendah sekolah kebangsaan jenis Cina di daerah, Papar. Hasil daripada pemerhatian awal, didapati murid mengalami masalah kesukaran dalam kemahiran membaca perkataan. Hal ini berpunca kerana murid masih belum menguasai kemahiran membaca perkataan dengan baik. Oleh itu, Kit Tekozik telah dibina dan diperkenalkan kepada peserta kajian yang tidak menguasai kemahiran membaca. Pendekatan merupakan pendekatan kualitatif dan reka bentuk kajian tindakan menggunakan model Kemmis dan McTaggart (1988). Kaedah pengumpulan data yang digunakan melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data dikumpul dengan pemerhatian berdasarkan borang senarai semak yang diperhatikan, temubual guru dan murid, dan analisis dokumen rakaman video. Hasil analisis daripada instrumen mendapati bahawa Pengaplikasian TeKoZik dapat membantu pengguasaan kemahiran membaca perkataan dalam kalangan peserta kajian. Kata Kunci: Perkataan, TeKoZik, Membaca, Pendekatan, Kualitatif PENGAPLIKASIAN KIT BanMu DALAM PENGAJARANKATA GANTI NAMA 2K BAGI MURID TAHUN LIMA SJKC Ting Wei Poh PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institu Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mail: [email protected] Arbiah binti Maddahiri Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kit BanMu dalam pengajaran kata ganti nama 2K bagi murid Tahun 5 di SJKC Kota Kinabalu, Sabah. Kajian tindakan diadaptasikan dengan reka bentuk kajian kualitatif. Seramai 6 orang murid Tahun 5 dirangkumi sebagai peserta kajian. Seorang guru Bahasa Melayu yang berpengalam juga dipilih sebagai peserta kajian untuk memberikan pandangan secara kritis pada keberkesanan kit BanMu ini. Kajian tindakan kualitatif ini diadaptasikan dengan Model Tindakan Kurt Lewin (1946) beserta Teori Pemerolehan Bahasa dan Teori Pembelajaran Kognitif Multimedia. Dapatan kajian ini dikutip melalui ujian awal dan ujian akhir, analisis dokumen, pemerhatian serta temu bual. Data kumpulan dianalisis secara tematik berdasarkan tema-tema yang telah dibentuk melalui objektif kajian. Sesungguhnya pada hemat pengkaji, hasil kajian ini dapat dijadikan panduan PdP kepada murid dan guru secara efektif dari segi kefahaman kata ganti nama 2K. Hal ini kerana, BanMu bersifat digital menghiburkan murid dan meningkatkan semangat mereka untuk mempelajari tatabahasa kerana bersesuaian dengan trend pengajaran TMK masa ini. Adalah amat wajar satu kaedah pengajaran terbaik lagi berkesan disusun dan diaplikasikan pada masa depan untuk bakal-bakal pendidik dan peneraju masa depan bagi meningkatkan mutu pendidikan dan metodologi pengajaran supaya lebih telus, teratur dan berkesan dalam mendidik murid-murid SJKC dalam mengenali kata ganti nama diri ”Kami” dan ”Kita” pada masa-masa akan datang. Kata kunci: kit BanMu, kata ganti nama 2K, Tahun 5, menghiburkan, meningkatkan semangat. 153


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENERAPAN NILAI MURNI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BAGI GURU PRAKTIKUM IPG KAMPUS GAYA: SATU TINJAUAN Voon Ru Juan PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya Emel: [email protected] Rozita Binti Buyoh, PhD Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Penerapan nilai murni merupakan elemen merentas kurikulum yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan pelaksanaan guru praktikum semasa menerapkan nilai murni dalam PdP bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti perkaitan antara pengetahuan dan pelaksanaan penerapan nilai murni dalam PdP bahasa Melayu. Seramai 48 orang guru praktikum IPG Kampus Gaya major bahasa Melayu PISMP Ambilan Jun 2022 terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif, iaitu taburan frekuensi, peratusan, dan min serta statistik inferensi, iaitu kolerasi Pearson. Kajian ini telah menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi daripada kajian Mohamad Khairi Othman (2016). Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan program SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 29. Melalui analisis yang dijalankan, dapatan skor min digunakan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan pelaksanaan penerapan nilai murni oleh guru praktikum semasa PdP Bahasa Melayu adalah pada tahap yang tinggi. Hasil kajian menunjukkan min tahap pengetahuan guru praktikum untuk menerapkan nilai murni dalam PdP Bahasa Melayu adalah 4.63. Bagi soalan kajian kedua, skor min pelaksanaan penerapan nilai murni oleh guru praktikum dalam PdP Bahasa Melayu adalah 4.06. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan antara pengetahuan dan pelaksanaan penerapan nilai murni dalam PdP Bahasa Melayu iaitu nilai (r) sebanyak 0.545 (r = 0.545, P = 0.001) p < 0.05. Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada bidang pendidikan tentang cara penerapan nilai murni dengan berkesan dalam kalangan guru praktikum untuk diaplikasikan dalam situasi pengajaran sebenar kelak. Kata kunci: penerapan nilai murni, guru praktikum, pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu HUBUNGAN KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU TERHADAP PENGGUNAAN PAPAN PINTAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU: SATU TINJAUAN Wennie Chien Wen Wen PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya Emel: [email protected] Rozita Binti Buyoh, PhD Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Papan pintar merupakan suatu alat bantu mengajar dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah pada abad ke-21. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran dan sikap guru terhadap penggunaan papan pintar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan antara kemahiran dan sikap guru terhadap penggunaan papan pintar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Sampel kajian melibatkan seramai 90 orang guru Bahasa Melayu yang dipilih secara rawak untuk dijadikaan responden. Kajian ini dijalankan di beberapa Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi iaitu taburan frekuensi, peratusan, min dan kolerasi Pearson. Kajian ini telah menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi daripada kajian iaitu kajian Norhisham Muhamad, Muhammad Zulazizi Mohd Nawi & Norhaniza binti Daud (2021). Program SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 29. digunakan untuk menganalisis data. Melalui data yang dianalisis, hasil kajian menunjukkan tahap kemahiran guru terhadap penggunaan papan pintar dalam PdP bahasa Melayu berada di tahap yang tinggi (m=4.03). Sikap guru terhadap penggunaan papan pintar dalam PdP bahasa Melayu berada di tahap yang tinggi (m=4.21). Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan antara kemahiran dengan sikap guru terhadap penggunaan papan pintar dalam PdP bahasa Melayu iaitu nilai (r) sebanyak 0.93 (r= 0.93, P=0.01) p<0.05. Hasil kajian ini diharapkan dapat menyumbang kajian berkaitan penggunaan dan peningkatan kemahiran papan pintar serta menekankan pembelajaran berasaskan multimedia interaktif dalam PdP untuk meningkatkan profesionalisme guru Bahasa Melayu. Kata Kunci: papan pintar, kemahiran, sikap, guru Bahasa Melayu, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu 154


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA Penggunaan Peta Po-Graf ABCKUP dalam Mengembangkan Isi Penulisan Karangan Bahasa Melayu Murid Tahun 5 SJKC Zarlina binti Mohd Mustakim PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya E-Mel: [email protected] Jacqueline Teo Fuey Phean Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan menambah baik masalah murid SJKC dalam mengembangkan idea bagi penulisan karangan jenis fakta. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid Tahun 5 dari sekolah rendah jenis kebangsaan di daerah Menggatal, Sabah. Di samping itu, pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan berasaskan Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946) digunakan dalam kajian ini. Data dikumpulkan dengan menggunakan pelbagai instrumen iaitu anaisis dokumen, temu bual, senarai semak serta ujian awal dan akhir. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga pola kesalahan yang ketara dilakukan oleh peserta kajian apabila mengembangkan idea dalam penulisan karangan iaitu lebih idea dalam satu perenggan, tiada huraian atau pengembangan idea, dan tiada contoh atau kesan yang menyokong huraian. Selain itu, hasil kajian juga mendapati Peta Po- Graf ABCKUP mampu meningkatkan penguasaan murid dalam mengembangkan idea bagi karangan jenis fakta. Murid didapati telah menyatakan idea kemudian mengembangkannya menggunakan huraian serta disokong dengan contoh dan kesan. Kesimpulannya, penggunaan teknik ini mampu membantu murid mengembangkan idea dengan lebih baik menggunakan idea, huraian, contoh serta kesan dalam karangan jenis fakta. Kata Kunci: Kemahiran Pengembangan Idea, Penulisan Karangan, Huraian, Contoh 155


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA OPSYEN BAHASA MELAYU (SJKC 3) 156


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA APLIKASI LAGU CiTunYangSud DALAM PENGAJARAN CIRI-CIRI PANTUN BAGI MURID TAHUN 2 Aaronlie Timen PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] Connie C. Ah Gang Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk membantu murid-murid menguasai ciri-ciri pantun khususnya pembayang dan maksud pantun dalam kalangan murid tahap satu sekolah rendah. Kajian ini dibuat untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam mengenal pasti pembayang dan maksud pantun. Kajian ini juga dilaksanakan untuk mengetahui kesan aplikasi lagu CiTunYangSud dalam membantu murid untuk mengenal pasti pembayang dan maksud pantun. Peserta kajian dipilih berdasarkan kepada kaedah peserta bertujuan. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid Tahun 2 yang bersekolah di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di daerah Penampang, Sabah. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah temu bual, pemerhatian, analisis dokumen dan ujian. Dapatan kajian kajian menunjukkan bahawa aplikasi lagu CiTunYangSud memberikan impak yang positif iaitu murid boleh mengenal pasti pembayang dan maksud pantun dengan lebih mudah. Implikasinya, kajian ini menunjukkan pengaplikasian lagu dalam pengajaran dan pembelajaran sememangnya memberikan kesan yang positif di samping membantu murid untuk meningkatkan penguasaan bagi sesuatu topik pembelajaran. Kata kunci: Lagu CiTunYangSud, pantun, teknik nyanyian, didik hibur KESALAHAN ASPEK EJAAN DAN TANDA BACADALAM PENULISAN BAHASA MELAYU Abby Nurazianieta Binti Lati PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] Connie C. Ah Gang Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini merupakan satu kajian kes yang dijalankan untuk mengkaji masalah berkaitan aspek ejaan dan tanda baca dalam penulisan bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) daerah Penampang. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti jenis kesalahan ejaan dan tanda baca yang dilakukan oleh murid dalam penulisan bahasa Melayu serta punca kesalahan ejaan dan tanda baca berlaku dalam penulisan bahasa Melayu murid. Peserta kajian dipilih berdasarkan kaedah peserta bertujuan. Pemilihan peserta kajian melibatkan lima orang murid tahun tiga yang mempunyai tahap penguasaan sangat terhad iaitu tahap satu bagi aspek ejaan dan tanda baca dalam penulisan bahasa Melayu. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah Triangulasi Kaedah yang merangkumi kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen bagi meningkatkan kesahan dalam kajian ini. Segala hasil data yang diperoleh dalam kajian kes ini dianalisis secara deskriptif menggunakan pendekatan kualitatif. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa masalah kesalahan aspek ejaan dan tanda baca masih berlaku sehingga kini. Buktinya, semua peserta kajian melakukan kesalahan ejaan dan tanda baca dalam penulisan mereka. Kesalahan ejaan yang dilakukan ialah menggunakan huruf kecil pada kata nama khas manakala kesalahan tanda baca pula ialah tidak meletakkan tanda noktah di akhir ayat. Seterusnya, dapatan kajian juga menunjukkan dua daripada lima peserta kajian menggunakan huruf besar pada kata sendi nama dan mengabaikan tanda baca koma dalam ayat. Hal ini menunjukkan peserta kajian masih kurang menguasai penggunaan huruf besar dan huruf kecil dengan betul serta kurang menitikberatkan penggunaan tanda baca noktah dan koma dalam penulisan menjadikan ayat yang ditulis tidak gramatis dan tiada penekanan dalam pembacaan. . Hasil kajian ini diharapkan boleh membantu pihak-pihak yang terlibat dalam meningkatkan penguasaan murid bagi aspek ejaan dan tanda baca untuk mengelakkan masalah ini daripada terus berlaku dalam penulisan bahasa Melayu di samping memudahkan proses penyampaian ilmu melalui komunikasi bertulis. Kata kunci: ejaan, tanda baca, huruf besar, huruf kecil, noktah, koma, penulisan 157


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PERMAINAN “KAD-I” DALAM PEBELAJARAN KATA IMBUHAN BAGI MURID TAHUN 3 Albertyn Ngo PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] Connie C. Ah Gang Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Murid Tahun Tiga masih didapati sering melakukan kesalahan kata imbuhan dalam penulisan. Justeru, kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti masalah murid terhadap penggunaan kata imbuhan dan seterusnya mengenal pasti kesan penggunaan permainan Kad-I dalam membantu murid menguasai kata imbuhan. Reka bentuk bagi kajian yang dipilih adalah kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Pemilihan peserta kajian melibatkan empat orang murid Tahun Tiga dari sebuah sekolah rendah kebangsaan cina yang terletak di daerah Papar, Sabah. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini iaitu analisis dokumen, ujian awal, pemerhatian, temu bual dan ujian akhir. Data dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan positif menggunakan permainan Kad-I untuk murid meningkatkan pengusaan terhadap kata imbuhan awalan dan akhiran dalam kalangan murid Tahun Tiga. Impaknya, kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan bermain iaitu permainan Kad-i yang digunakan untuk meningkatkan pengusaan murid dalam menulis kata imbuhan yang betul semasa penulisan. Penguasaan kata imbuhan ini sangat membantu murid dalam menghasilkan penulisan yang gramatis dan baik. Kata kunci : “Permainan Kad-I”, Kata Imbuhan; Awalan & Akhiran , Tatabahasa PENGAPLIKASIAN KIT JADUAL DAN FORMULA GBPS DALAM MEMBINA AYAT MAJMUK YANG GRAMATIS Amanda Chieng Zhi Hang PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya emel: [email protected] Pn. Nur Aqeela Alia Binti Ahmad Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya emel: [email protected] ABSTRAK Tatabahasa merupakan satu cabang linguistik umum yang diketahui sebagai rujukan atau peraturan umum dalam membina bentuk-bentuk bahasa yang betul bagi sesuatu bahasa. Pengajaran tatabahasa perlu diajari agar muridmurid dapat menguasai aspek tatabahasa dengan cekap sehingga dapat membentuk frasa atau ayat sendiri dari Tahap 1. Namun, pengkaji mendapati bahawa murid Tahun 4 menghadapi masalah dalam membina ayat majmuk yang gramatis. Oleh itu, kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid Tahun 4 dalam membina ayat majmuk yang gramatis melalui pengaplikasian kit Jadual dan Formula GBPS. Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah jenis kebangsaan di daerah Putatan dengan kumpulan sasaran murid Tahun 4. Pengkaji mengenal pasti tahap penguasaan murid Tahun 4 dalam membina ayat majmuk yang gramatis serta cara murid Tahun 4 membina ayat majmuk yang gramatis selepas pengaplikasian kit Jadual dan Formula GBPS. Enam orang murid Tahun 4 yang terdiri daripada empat orang lelaki dan dua orang perempuan telah dipilih berdasarkan kriteria pemilihan peserta kajian. Model kajian tindakan adalah berpandu kepada Model Kurt Lewin (1946) yang mengandungi empat langkah yang penting, iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Reka bentuk kajian tindakan ini ialah kaedah kualitatif dengan menggunakan metode analisis kandungan. Instrumen pengumpulan data yang digunakan ialah kaedah pemerhatian, temu bual serta analisis dokumen. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapat peningkatkan tahap penguasaan dan kemahiran enam orang peserta kajian dalam membina ayat majmuk yang gramatis selepas pengaplikasian kit Jadual dan Formula GBPS. Kata Kunci: tatabahasa, kajian kualitatif, ayat majmuk, kit jadual dan formula GBPS 158


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF PAT-SP DALAM PEMBELAJARAN AYAT TUNGGAL DENGAN PELUASAN SUBJEK DAN PREDIKAT Angela Lee Xing Xing PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Insititut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] Nur Aqeela Alia Binti Ahmad Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam membina peluasan ayat tunggal dan mengenal pasti kesan pengaplikasian multimedia interaktif PAT-SP dalam membantu murid membina peluasan ayat tunggal. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tindakan dengan kaedah kualitatif. Sehubungan itu, pemilihan peserta kajian dilakukan secara persampelan bertujuan dan seramai enam orang murid Tahun 5 dari sebuah sekolah rendah di daerah Putatan telah dipilih sebagai peserta kajian. Data pula dikumpul menggunakan pelbagai instrumen seperti analisis dokumen, temu bual, pemerhatian, serta ujian awal dan ujian akhir. Data dianalisis melalui kaedah analisis kandungan dan analisis pola. Kelemahan murid dalam kajian ini diatasi dengan menggunakan intervensi multimedia interaktif PAT-SP yang mengaplikasikan kepelbagaian elemen multimedia berteraskan pendidikan abad ke-21. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan penggunaan multimedia interaktif PAT-SP yang positif untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dalam peluasan ayat tunggal. Tindakan ini telah membantu murid mengenal pasti peluasan ayat tunggal dengan tepat dan boleh membina peluasan ayat tunggal mengikut konteks dengan betul. Tuntasnya, pengaplikasian multimedia interaktif PAT-SP adalah berkesan sebagai bahan bantu belajar untuk membantu murid meningkatkan kemahiran membina peluasan subjek dan predikat dalam ayat tunggal. Kata kunci: multimedia interaktif PAT-SP, peluasan ayat tunggal, murid tahun 5 TEKNIK RABANBEZ DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 3 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT BANDING BEZA Annatasya Eva Juvita Taming PISMP Program Ijazah Sarjana Mudah Perguran Ambilan Jun 2020 IPG Kampus Gaya Emel: [email protected] Puan Khadijah Binti Adenan Ketua Jabatan Pengajian Bahasa Melayu ABSTRAK Menulis merupakan saluran yang membolehkan seseorang untuk mengeluarkan idea, perasaan dan pengalaman. Kemahiran menulis ialah antara kemahiran yang wajib dikuasai oleh murid-murid semasa alam persekolahan. Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid tahun 3 menguasai kemahiran menulis ayat banding beza dengan menggunakan Teknik RaBanBez. Kajian ini melibatkan enam orang murid daripada sekolah jenis kebangsaan cina di Kota Kinabalu, Sabah. Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif iaitu kajian tindakan. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Triangulasi kaedah pengumpulan data digunakan untuk meningkatkan kesahan data. Melalui penganalisisan data, murid-murid didapati tidak dapat menulis ayat banding beza dengan lengkap kerana kurang yakin akan bahan grafik yang disediakan. Selain itu, murid-murid juga tidak menggunakan kata hubung dalam penulisan ayat banding beza serta penyusunan struktur ayat yang tidak gramatis. Berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi, Teknik RaBanBez telah dibina dalam bentuk maujud. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pada penguasaan murid dalam menulis ayat banding beza selepas pengaplikasian intervensi. Intervensi dalam bentuk maujud ini bukan sahaja menambah baik kemahiran menulis murid malah berupaya untuk menarik minat murid kerana intervensi tersebut berunsurkan didik hibur. Oleh itu, pengkaji telah menyumbang dalam memperbaiki amalan pengajaran kemahiran menulis dengan menerapkan pembelajaran abad ke-21. Kata Kunci: kemahiran menulis, Teknik RaBanBez, banding beza 159


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGIMPLEMENTASIAN KIT CELIK PERENGGAN DALAM PENGEMBANGAN ISI KARANGAN BAHASA MELAYU BAGI MURID TAHAP 2 Arliana binti A Anas PISMP Bahasa Melayu SJKC Ambilan Jun 2020 [email protected] Khadijah binti Adenan Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Norafidah Noralidin (Ph.D) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu murid mengembangkan isi karangan Bahasa Melayu agar karangan yang dibina mempunyai hubungan dan kesinambungan antara satu sama lain dengan mengaplikasikan Kit Celik Perenggan dalam kalangan murid Tahap 2. Kajian ini berorientasikan dua objektif iaitu mengenal pasti pola kesalahan murid semasa mengembangkan isi karangan Bahasa Melayu serta mengenal pasti kesan penggunaan Kit Celik Perenggan semasa mengembangkan isi karangan Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Pemilihan peserta kajian melibatkan empat orang murid Tahap 2 dari sebuah sekolah di Papar, Sabah. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen iaitu ujian awal dan ujian akhir, temu bual serta pemerhatian menerusi nota lapangan dan dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kit Celik Perenggan berkesan untuk meningkatkan kemahiran pengembangan isi karangan dalam kalangan murid Tahap 2. Di samping itu, peserta kajian berupaya untuk memberikan idea utama dengan huraian tepat berdasarkan soalan karangan yang diberikan. Implikasinya, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan teknik yang efektif dan menarik dalam pengajaran penulisan isi karangan dapat mengurangkan kesilapan dalam mengembangkan isi karangan Bahasa Melayu. Kata Kunci: kemahiran menulis, karangan, Kit Celik Perenggan PENGGUNAAN PERMAINAN SLAID INTERAKTIF DALAM PEMBELAJARAN KATA NAMA AM TAHUN 2 Bong Siaw Chen PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 E-mel : [email protected] Encik Dzulkifli Bin Mohd Aspah Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam pembelajaran kata nama am menerusi permainan slaid interaktif. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan telah digunakan dalam kajian ini menggunakan model tindakan Kemmis dan McTaggart. Kaedah persampelan bertujuan telah digunakan dalam pemilihan peserta kajian. Peserta kajian terdiri daripada lima orang murid Tahun 2 yang lemah dalam memahami kata nama am. Temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian telah dipilih sebagai instrumen kajian dan dapatan kajian dihuraikan secara deskriptif berdasarkan tema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa intervensi permainan slaid interaktif telah meningkatkan pemahaman dan penguasaan murid untuk mengenal pasti jenis dan contoh kata nama am. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat dua masalah yang berlaku iaitu peserta kajian tidak memahami maksud kata nama am dan tidak dapat mengelaskan kata nama am dalam kumpulan yang betul dan tidak dapat mengenal pasti jenis dan contoh kata nama am. Sehubungan dengan itu, permainan slaid interaktif ini merupakan satu kaedah pembelajaran yang seronok dan menarik kerana murid boleh belajar kata nama am sambil bermain. Justeru, kajian ini diharapkan dapat menjadi salah satu usaha guru untuk menjadikan proses PdPc lebih menarik dan memotivasikan murid untuk belajar kata nama am. Kata Kunci: Kata Nama Am, Permainan Slaid Interaktif, pembelajaran menarik 160


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGGUNAAN ‘SMARTBOARD’ DALAM PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID TAHUN 5 DI SJKC Carlmax Jumuin PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] Encik Dzulkifli Bin Mohd Aspah Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan Smartboard dalam pembelajaran kemahiran membaca murid tahun 5 di SJKC berdasarkan model kajian Kardos dan Smith (1979) dengan melibatkan teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner (1983). Kajian ini berfokus kepada penggunaan Smartboard dari segi tahap penggunaan Smartboard dari perspektif guru dan murid serta kesan penggunaannya untuk dalam pembelajaran kemahiran membaca kepada murid Tahun 5 dalam proses PdP Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini berbentuk kajian kes dengan menggunakan pendekatan kualitatif dalam pengumpulan dan penganalisisan data. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian, temu bual, serta analisis dokumen. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap penggunaan Smartboard dalam kalangan murid serta kesan penggunaan Smartboard dalam pembelajaran kemahiran membaca murid Tahun 5. Hasil perbincangan pula mempamerkan tahap penggunaan Smartboard dan kesan penggunaan Smartboard dalam pembelajaran kemahiran membaca murid Tahun 5 yang menunjukkan kesan positif terhadap murid. dapat ditegaskan bahawa penggunaan Smartboard untuk pembelajaran kemahiran membaca murid Tahun 5 ini sememangnya dapat memberikan justifikasi yang wajar dalam pengintergrasian teknologi digital dalam meningkatkan mutu dan kualiti PdP. Kata kunci: penggunaan, Smartboard, pembelajaran, kemahiran membaca APLIKASI KIT ‘PEWA 3M’ DALAM PENGAJARAN MENULIS PERENGGAN ISI BAGI KARANGAN FAKTA MURID TAHUN LIMA Chao Wan Ching PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel: [email protected] Hafifi Hafidz Horace, PhD Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran penulisan perenggan isi karangan fakta dengan Kit ‘PeWa 3M’ dalam kalangan murid Tahun Lima. Pengkaji telah menjalankan kajian tindakan di sebuah Sekolah Kebangsaan (Cina) di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Melalui kajian tindakan, pengkaji ingin mengenal pasti tahap penguasaan murid Tahun Lima dalam menulis perenggan isi bagi karangan fakta. Bukan itu sahaja, pengkaji juga ingin mengenal pasti cara murid menulis perenggan isi dalam karangan fakta dengan Kit ‘PeWa 3M’. Peserta kajian yang dipilih adalah terdiri daripada lima orang murid Tahun Lima yang mempunyai masalah dalam penulisan perenggan isi bagi karangan jenis fakta. Pengkaji menggunakan Model Lewin sebagai salah satu model kajian tindakan yang meliputi empat langkah tindakan asas dalam satu kitaran iaitu mereflek, merancang, bertindak serta memerhati. Instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data adalah melalui kaedah triangulasi iaitu analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Hasil dapatan mendapati bahawa peserta kajian dapat menulis perenggan isi karangan fakta selepas intervensi Kit ‘PeWa 3M’ dilaksanakan. Secara kesimpulannya, intervensi ini berjaya dijalankan kerana peserta kajian dapat menguasai cara untuk menulis perenggan isi karangan fakta selepas pengaplikasian Kit ‘PeWa 3M’. Kata Kunci: kajian tindakan, kemahiran menulis, perenggan isi karangan fakta, Kit ‘PeWa 3M’, kaedah triangulasi 161


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN KIT SUKAYAT DALAM KEMAHIRAN MEMBACA AYAT MURID TAHUN 2 Chieng Leh Shiuan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah e-mel: [email protected] Hafifi Hafidz Horace, PhD Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas bahasa Melayu untuk murid sekolah rendah kerana kemahiran ini merupakan asas pembentukan diri ke arah menerima ilmu pengetahuan. Namun, masih terdapat murid yang lemah dalam kemahiran membaca terutamanya sebutan dan intonasi mereka yang kurang tepat. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti perkara yang dihadapi oleh murid Tahun 2 dalam kemahiran membaca serta mengenal pasti cara murid menguasai kemahiran membaca dengan menggunakan Kit SuKAyat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan juga reka bentuk kajian tindakan. Peserta kajian terdiri daripada lima orang murid Tahun 2 dari sebuah sekolah di daerah Kota Kinabalu, Sabah dan seorang guru subjek Bahasa Melayu. Instrumen kajian yang digunakan bagi mengumpul data ialah analisis dokumen, pemerhatian serta temu bual. Hasil dapatan kajian menunjukkan Kit SuKAyat adalah berkesan dalam membantu murid untuk menguasai kemahiran membaca. Kajian ini diharapkan dapat menjadi satu rujukan kepada guru bahasa Melayu dalam meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca. Kata kunci: kemahiran membaca, Kit SuKAyat, sebutan, intonasi Teknik SAMBaMB Dalam Kemahiran Mebina Ayat Tunggal Bagi Murid Tahun 4 Chung Pei Yii PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Pn. Arbiah Maddahiri Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dalam kalangan murid Tahun 4 dengan menggunakan teknik SAMBaMB. Kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan teknik guru dalam pengajaran kemahiran membina ayat tunggal dengan menggunakan teknik SAMBaMB. Model kajian tindakan Stephen Kemmis digunakan dengan lima peserta yang menghadapi kesulitan dalam membina ayat tunggal. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, analisis dokumen, dan temu bual, lalu dianalisis secara manual. Pengkaji menerapkan teori Thorndike untuk mengintegrasikan teknik SAMBaMB sebagai latihan tambahan serta teori Pembelajaran Gagne untuk merancang teknik tersebut. Hasil kajian menunjukkan peningkatan dalam panjang ayat, struktur ayat, dan kecekapan waktu murid, serta peningkatan minat dan motivasi mereka dalam pembelajaran. Kajian ini menegaskan peranan penting guru dalam memperkayakan kemahiran murid dalam membina ayat tunggal. Kata kunci: ayat tunggal, murid tahun 4, guru, peningkatan minat, motivasi 162


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KIT AuGa DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA KVKV BAGI MURID TAHUN 1 Cynthia Anabella Anak Kasim PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya Emel: [email protected] Puan Arbiah binti Maddahiri Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu penguasaan murid dalam kemahiran membaca suku kata KVKV bagi murid tahun satu. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid tahun satu dari sebuah sekolah di daerah Kota Kinabalu. Peserta kajian dipilih berdasarkan analisis dokumen terhadap kemahiran membaca. Reka bentuk yang digunakan dalam kajian tindakan ini ialah pendekatan kualitatif. Model Kemmis dan McTaggart (1988) digunakan untuk menjalankan kajian ini. Data pula dikumpul menggunakan pelbagai instrumen iaitu analisis dokumen, temu bual, senarai semak pemerhatian serta keputusan ujian awal dan ujian akhir. Data kajian dianalisis secara deskriptif. Kelemahan murid dalam kajian ini diatasi dengan menggunakan intervensi Kit AuGa yang mengandungi elemen multimedia serta mengaplikasikan teknik bermain sambil belajar bertunjangkan kepada Pembelajaran Abad ke-21. Dapatan kajian menunjukkan intervensi Kit AuGa dapat membantu murid mempelajari dan membaca suku kata KVKV. Secara keseluruhannya, penggunaan intervensi ini merupakan salah satu pemudah cara untuk mengatasi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran membaca khususnya pada suku kata KVKV. Kata Kunci : Kemahiran membaca, suku kata, KVKV, Kit AuGa APLIKASI PETA POKOK TInTaDiMence DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 4 MEMAHAMI ISI KANDUNG BAHAN YANG DIBACA Danny Key bin Masuaning PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] Encik Othman bin Abdul Aziz Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini memfokuskan masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 4 dalam memahami isi kandung bahan yang dibaca. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan kajian ini bertujuan untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 4 dalam memahami isi kandung bahan yang dibaca serta mengetahui kesan pengaplikasian Peta Pokok TInTaDiMence terhadap kecekapan murid untuk memahami isi kandung petikan yang dibaca. Intervensi Peta Pokok TInTaDiMence dibina berdasarkan teknik membaca KWLH dan SQ3R serta menggabungjalinkan Peta I-THINK. Peserta kajian ini terdiri daripada empat orang murid Tahun empat yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Pelaksanaan kajian ini berpandukan model kajian tindakan Kurt Lewin (1946) yang telah diadaptasi mengikut kesesuaian pengkaji. Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang menggunakan pendekatan kualitatif dan data yang dikumpul dianalisis menggunakan analisis pola dan dihurai secara deskriptif. Justeru itu, kaedah triangulasi data digunakan bagi mengumpul data mentah daripada instrumen analisis dokumen terhadap ujian awal dan akhir, pemerhatian dan temu bual. Hasil analisis data tersebut menunjukkan kesan yang positif iaitu intervensi Peta Pokok TinTaDiMence dapat meningkatkan kecekapan murid memahami kandungan bahan bacaan. Kata kunci: Peta Pokok TInTaDiMence, kemahiran membaca, teknik membaca. 163


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN PERMAINAN TRE-BA UNTUK MENGUASAI SEBUTAN DALAM PERKATAAN KVKVK Dayana Jackson PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Emel: [email protected] Encik Othman Abd Aziz Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian dijalankan bagi menangani isu dan masalah yang dihadapi oleh peserta kajian iaitu kurang penguasaan dalam sebutan bagi perkataan KVKVK semasa membaca. Isu ini dikesan semasa pengkaji menjalankan praktikum fasa 1 di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang terletak di daerah Kota Kinabalu. Bagi membendung isu yang dihadapi, pengkaji telah menghasilkan satu bahan intervensi yang dinamakan sebagai Permainan Tre-Ba. Bahan ini mengandungi elemen-elemen yang dapat membantu peserta kajian untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam sebutan perkataan KVKVK. Justeru, hasil dapatan kajian dapat menunjukkan peningkatan penguasaan peserta kajian melalui perbandingan markah antara ujian awal dan ujian akhir. Sehubungan itu, kesan pengaplikasian Permainan Tre-Ba dalam meningkatkan penguasaan sebutan perkataan KVKVK juga dapat dilihat melalui paparan data yang dibina oleh pengkaji. Reka bentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah kajian kualitatif yang lebih bersifat deskriptif iaitu menerangkan data secara pernyataan. Terdapat tiga instrumen yang digunakan untuk mengumpul data kajian iaitu transkripsi temu bual, senarai semak pemerhatian separa berstruktur dan analisis dokumen. Semua instrumen ini dapat membuktikan kesahihan data dan dapat menyokong dapatan kajian dengan sangat relevan. Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan dapat menyumbang dalam bidang pendidikan khususnya kepada guru-guru di sekolah dalam menambahbaik amalan pedagogi bilik darjah. Kata kunci: Pengaplikasian, Permainan Tre-Ba, sebutan, perkataan, KVKVK PENGAPLIKASIAN KIT AKROSTIK IMBUHAN BAGI MEMBANTU PENGUASAAN IMBUHAN AWALAN MENMURID TAHUN 4 Dayang Nurul Jannah Binti Datu Kamaruddin PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel : [email protected] Encik Yahya Bin Yassin Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk membantu murid Tahun 4 yang mempunyai masalah berkaitan aspek tatabahasa dalam topik imbuhan awalan meN-. Murid Tahun 4 mempunyai masalah dalam pembinaan perkataan yang betul menggunakan imbuhan awalan meN-. Kajian ini mencadangkan penggunaan teknik akrostik untuk memudahkan murid mengingati huruf-huruf awal dalam sesuatu perkataan yang sesuai digunakan bersama imbuhan awalan meN- yang tertentu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah penguasaan imbuhan awalan meN- dalam kalangan murid Tahun 4 dan mengenal pasti kesan penggunaan kit akrostik imbuhan awalan meN- dalam kalangan murid Tahun 4. Peserta kajian terdiri daripada lima orang murid di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Papar. Data dikumpul menggunakan ujian pra dan pasca, pemerhatian serta temu bual. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang berorientasikan Model Penyelidikan Kemmis & McTaggart (1988). Dapatan kajian menunjukkan peningkatan markah yang ketara bagi kesemua peserta kajian dan tiada peserta yang gagal dalam ujian pasca setelah intervensi dilaksanakan. Justeru, pengaplikasian kit akrostik bagi membantu penguasaan imbuhan awalan meN- dalam kalangan murid Tahun 4 adalah berkesan. Kelemahan murid dalam pembinaan perkataan menggunakan imbuhan awalan meN- dapat dibantu melalui penggunaan kit yang dihasilkan. Kata Kunci: kit akrostik, imbuhan awalan meN-, tatabahasa. 164


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA TEKNIK AVUZARZAD MEMBANTU MURID SJKC MENYAMBUNG HURUF JAWI BAGI SUKU KATA TERBUKA Diyanah Qusyairah binti Mohd Fauzi PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya Emel : [email protected] Yahya bin Yassin Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Gaya Emel : [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menulis dan menyambung huruf jawi dengan betul menggunakan teknik AVUZARZAD. Objektif bagi kajian ini membantu murid menyambung huruf jawi bagi suku kata terbuka dengan betul dan mengkaji keupayaan teknik AVUZARZAD untuk mengatasi masalah menyambung huruf jawi bagi suku kata terbuka. Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah sekolah jenis kebangsaan cina yang terletak dalam daerah Kota Kinabalu, Sabah. Peserta kajian terdiri daripada 6 orang murid Tahun 5 yang dipilih berdasarkan hasil ujian awal yang dijalankan dalam kelas. Instrumen kajian yang digunakan ialah analisis dokumen, pemerhatian dalam kelas dan temu bual bersama murid Tahun 5 dan guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Analisis dokumen terdiri ujian awal dan ujian akhir yang mengandungi 5 soalan. Hasil daripada kedua-dua ujian tersebut mendapati bahawa intervensi yang diperkenalkan adalah berjaya kerana terdapat peningkatan yang memberangsangkan pada hasil jawapan peserta kajian. Oleh itu, pengaplikasian teknik AVUZARZAD ini mampu membantu murid dan guru SJKC untuk menyambung huruf jawi bagi suku kata terbuka dengan betul. Kata Kunci : teknik AVUZARZAD, aspek seni bahasa, huruf jawi, suku kata terbuka PENGAPLIKASIAN PERMAINAN MONOPOLI SIMBAH DALAM PENGUASAAN SIMPULAN BAHASA TAHUN 3 ENJIE IVY DOUMI PISMP BAHASA MELAYU SJKC AMBILAN JUN 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] GLEN DENVER MENSULIUS Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang mendalam. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan merancang penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh murid dalam mempelajari simpulan bahasa dan maksudnya. Kajian ini dijalankan berfokus kepada pengaplikasian permainan Monopoly SimBah iaitu permainan yang menerapkan teknik Kad Imbasan Bergambar yang boleh diaplikasikan sama ada secara permainan berkumpulan dalam usaha meningkatkan penguasaan simpulan bahasa murid tahun tiga. Oleh itu, kajian ini menyediakan bentuk pengaplikasian permainan secara digital menggunakan konsep Monopoly Game dan kad imbasanbergambar digital bersifat interakif. Instrumen yang digunakan ialah temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen. Peserta kajian ini melibatkan seramai lapan orang murid tahun tiga dari salah sebuah sekolah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan permainan Monopoli SimBah ini membantu peserta kajian dalam mentafsir gambar dan menyatakan maksud simpulan bahasa dengan betul. Penggunaan Monopoli SimBah ini disarankan untuk diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu bagi melatih murid mempelajari simpulan bahasa. Signifikan kajian ini adalah dapat dimanfaatkan oleh semua guru Bahasa Melayu untuk mempelbagaikan teknik pengajaran guru dalam aspek seni bahasa. Kata kunci: simpulan bahasa, teknik, monopoli, SimBah, kad imbasan bergambar, permainan 165


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KIT PIRAMID BRPS MEMBANTU MURID DALAM MENCIPTA PANTUN DUA KERAT SECARA BERPANDU Ezza Waznah Binti Sutacno PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] Rahmah binti Abdul Ghani (Ph.D) Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi E-mel: [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh murid dalam kemahiran mencipta pantun dua kerat secara berpandu. Masalah murid dalam mencipta pantun dua kerat secara berpandu dapat dilihat apabila murid tidak dapat memadankan rima akhir yang bersesuaian bagi mencipta pantun. Murid yang dipilih untuk menjadi peserta kajian mempunyai tahap penguasaan yang lemah dalam mencipta pantun dua kerat secara berpandu. Kajian ini dijalanlan berfokuskan kepada penggunaan “Kit Piramid BRPS” dalam usaha untuk meningkatkan tahap penguasaan murid bagi mencipta pantun dua kerat secara berpandu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan yang mengadaptasi Model Kemmis & Mc Taggart. Instrumen kajian yang digunakan merangkumi pemerhatian, temu bual serta ujian awal dan akhir. Kajian ini melibatkan empat orang peserta kajian iaitu murid tahun tiga dari salah sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Papar. Hasil dapatan kajian menunjukkan pengaplikasian “Kit Piramid BRPS” dapat meningkatkan keupayaan dan tahap penguasaan murid dalam kemahiran mencipta pantun dua kerat secara berpandu. Selain itu, penggunaan “Kit Piramid BRPS” ini juga membolehkan pengkaji untuk mengetahui perbezaan tahap prestasi setiap peserta kajian sebelum dan selepas teknik ini diaplikasikan dalam pembelajaran pantun dua kerat. Diharapkan agar kajian ini dapat memebri manfaat kepada golongan pendidik dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Kata Kunci: Kit Piramid BRPS, Mencipta, Pantun dua kerat secara berpandu KIT DAKS MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN MEMBINA AYAT MAJMUK DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 Flerley binti Masulin PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] Rahmah binti Abdul Ghani (Ph.D) Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan bagi membantu murid meningkatkan penguasaan dalam membina ayat majmuk. Dalam hal ini, penggunaan kata hubung yang salah serta melakukan pengulangan subjek dan kata kerja yang sama dalam membina ayat majmuk merupakan masalah yang dikenal pasti berlaku dalam kalangan murid tahun tiga. Oleh itu, seramai enam orang murid tahun tiga dari sebuah SJKC di daerah Kota Kinabalu, Sabah dipilih sebagai peserta kajian. Justeru, kajian ini memberi fokus kepada pengaplikasian Kit DAKS yang menerapkan aktiviti nyanyian dan permainan dalam usaha membantu murid untuk memahami fungsi kata hubung sekaligus dapat membina ayat majmuk yang gramatis. DAKS merupakan akronim bagi empat jenis kata hubung iaitu “dan”,”atau”, “kerana” serta “sambil” yang difokuskan dalam kajian ini. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual yang dianalisis menggunakan kaedah kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kit DAKS yang diperkenalkan ini dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran membina ayat majmuk. Penggunaan Kit DAKS ini disarankan kepada semua guru bahasa Melayu untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi meningkatkan kemahiran murid dalam aspek membina ayat majmuk. Kata kunci: ayat majmuk, Kit DAKS, nyanyian, permainan 166


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KIT TABACA: MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN TANDA BACA DALAM KEMAHIRAN MENULIS BAGI MURID TAHUN 5 Floraccel Midin PISMP Bahasa Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] Rozita Buyoh, Ph.D Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Penguasaan kemahiran menulis yang baik dimulakan dengan mengukuhkan asas menulis seperti penggunaan tanda baca. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan penulisan tanda baca dalam kemahiran menulis. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap keberkesanan pengaplikasian Kit TaBaca dalam penguasaan penulisan tanda baca dalam kemahiran menulis. Kajian ini menggunakan pendekatan secara kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan. Terdapat tiga instrumen pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji iaitu ujian awal dan akhir, pemerhatian dan temu bual yang dianalisis dan dilaporkan secara deskriptif. Peserta kajian melibatkan lima orang murid tahun 5 dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Penampang, Sabah. Hasil dapatan kajian menunjukkan pengaplikasian Kit TaBaca yang dihasilkan oleh pengkaji dapat membantu peserta kajian menggunakan tanda baca dalam kemahiran menulis dengan betul. Kajian ini memfokuskan pengaplikasian Kit TaBaca dalam bentuk multimedia interaktif untuk meningkatkan penguasaan penggunaan tanda baca dalam kemahiran menulis bagi peserta kajian. Kit ini diintergrasikan dengan elemen warna dan memfokuskan 6 tanda baca iaitu tanda noktah, tanda koma, tanda soal, tanda seru, huruf besar dan huruf kecil. Signifikan kajian ini adalah dapat dijadikan rujukan kepada guru-guru bahasa Melayu dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan khususnya dalam aspek penulisan tanda baca. Kata kunci: kemahiran menulis, tanda baca, Kit TaBaca, bahasa Melayu PENGGUNAAN PEI SI DALAM PEMBELAJARAN SAJAK BAHASA MELAYU SJKC Marshaliza Binti Mohd Shukri @ Shamson PISMP Bahasa Melayu Ambulan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel : [email protected] Rozita Binti Buyoh, Ph.D Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Kemahiran aspek seni bahasa mampu mendidik murid untuk melahirkan idea secara kreatif melalui keindahan bahasa. Lantaran itu, kajian tindakan ini dijalankan bagi menyelesaikan masalah murid dalam kemahiran aspek seni bahasa iaitu pembelajaran sajak bahasa Melayu SJKC. Kajian ini dijalankan berfokus kepada penggunaan Pei Si dalam pembelajaran mengubah suai sajak secara berpandu. Pei Si merupakan bahan bantu mengajar yang menggunakan teknik sinonim dengan penerapan elemen permainan dalam bentuk digital. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah dalam pengajaran dan pembelajaran sajak dan mengenal pasti kesan penggunaan Pei Si dalam mengubah suai sajak secara berpandu. Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988) telah digunakan dalam kajian tindakan ini. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian yang dianalisis secara kualitatif. Peserta kajian ini terdiri daripada empat orang pelajar dari sekolah kebangsaan cina di daerah Papar. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan terdapat masalah kurang pendedahan sajak secara meluas dan kesalahan penggunaan kata sinonim dalam mengubah suai sajak. Bagi hasil dapatan kedua, dikenal pasti kesan penggunaan Pei SI dapat membantu murid mengubah suai sajak dan terdapat peningkatan penguasaan murid dalam mengubah suai sajak secara berpandu selepas pelaksanaan Pei Si. Implikasi kajian ini untuk memperkaya kajian berkaitan aspek seni bahasa agar menjadi panduan kepada guru bahasa melayu tentang pembelajaran sajak. Kata kunci: aspek seni bahasa, sajak, Pei Si 167


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA APLIKASI IMAV DALAM KEMAHIRAN MENULIS DIGRAF ‘KH’ DAN ‘SY’ SECARA IMLAK TERHADAP MURID TAHUN 3 Masfiratul Helma binti Azaree PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] Puan Jacqueline Teo Fuey Phean Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mencari penyelesaian terhadap masalah murid dalam kemahiran menulis perkataan digraf ‘kh’ dan ‘sy’ secara imlak. Kajian ini dijalankan berfokus kepada penggunaan Multimedia Imlak Audio Visual (IMAV) dalam usaha meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran menulis perkataan digraf ‘kh’ dan ‘sy’ secara imlak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tindakan yang diadaptasi berdasarkan Model Kemmis & Mc Taggart. Antara instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu dokumen analisis dalam bentuk ujian awal dan akhir, pemerhatian serta soal selidik. Peserta kajian terdiri daripada enam orang murid tahun 3 daripada sebuah sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu. Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan Multimedia IMAV dapat membantu murid mengeja perkataan digraf ‘kh’ dan ‘sy’ dengan mudah dan meningkatkan tahap pengusaan murid dalam kemahiran menulis perkataan digraf ‘kh’ dan ‘sy’ secara imlak. Purata perbandingan ujian pada sebelum dan selepas tindakan menunjukkan peningkatan sebanyak 72% daripada 16% kepada 88%. Selain itu, pengaplikasian Multimedia IMAV juga disarankan sebagai bahan bantu mengajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu yang melibatkan topik digraf. Signifikan kajian ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru bahasa Melayu untuk mempelbagaikan bahan bantu mengajar terutamanya aspek kemahiran menulis dalam kalangan murid. Kata kunci: digraf ‘kh’ dan ‘sy’, kemahiran menulis, imlak perkataan, multimedia IMAV IMPLEMENTASI KAD FORMULA SuKKeP DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT SUSUNAN SONGSANG BAGI MURID TAHUN 5 MUHAMMAD HAZIQ AIMAN BIN MUHAMED JEFRI PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2020 [email protected] AG AHMAD BIN HAJI AG SIRING @ PENGIRAN AWANG AHMAD BIN HAJI PENGIRAN AWANG SIRING JABATAN PENGAJIAN MELAYU ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji kesan Kad Formula SuKKeP dalam membantu murid tahun 5 membina ayat susunan songsang. Kajian ini juga bertujuan untuk memerihalkan amalan penambahbaikan guru dalam pengajaran kemahiran membina ayat susunan songsang menggunakan Kad Formula SuKKeP. Model kajian tindakan Kemmis dan McTaggart digunakan dengan lima peserta kajian yang menghadapi kesulitan dalam membina ayat susunan songsang. Data dikumpul melalui pemerhatian, ujian pra dan pos, analisis dokumen dan temu bual, sebelum dianalisis secara manual. Pengkaji menerapkan teori pembelajaran kognitif dan kaedah Mnemonik dalam penerapan Kad Formula SuKKeP bagi meningkatkan keupayaan mengingat murid semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang amat ketara dalam kemahiran membina ayat susunan murid termasuklah mengenal pasti konstituen subjek dan predikat, menggunakan kaedah pendepanan seluruh predikat dan kecekapan waktu murid membina ayat. Implementasi Kad Formula SuKKeP juga meningkatkan minat dan motivasi murid dalam pembelajaran. Kajian ini menegaskan peranan penting guru dalam memperkasakan kemahiran murid dalam membina ayat susunan songsang. Kata kunci: Kad Formula SuKKeP, ayat susunan songsang, murid tahun 5, Teori Kemmis dan McTaggart, Teori pembelajaran kognitif, Model kajian tindakan Kemmis dan McTaggart 168


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA 169


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA OPSYEN SEJARAH (SK 1) 170


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGGUNAAN WORDWALL UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 5 DALAM TOPIK MAKNA WARNA DAN LAMBANG BENDERA KEBANGSAAN Aerick Poisie PISMP Sejarah Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2020 [email protected] En Teo Tsai Vun Jabatan Pendidikan Holistik ABSTRAK Kajian ini memfokuskan masalah tahap penguasaan yang rendah dalam kalangan murid Tahun Lima berkaitan dengan topik makna warna dan lambang bendera kebangsaan. Pelaksanaan kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan tahap penguasaan peserta kajian dalam topik makna warna dan lambang bendera kebangsaan melalui intervensi Wordwall dan juga mengetahui kesan penggunaan Wordwall ke atas peserta kajian. Peserta kajian terdiri daripada dua murid lelaki dan dua murid perempuan Tahun Lima di salah sebuah Sekolah Kebangsaan di daerah Penampang, Sabah. Pelaksanaan kajian ini menggunakan model yang dirangka oleh Kemmis & McTaggart (1988). Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang menggunakan pendekatan kualitatif. Justeru itu, kaedah triangulasi data digunakan bagi mengumpul data mentah daripada instrumen ujian awal dan akhir, pemerhatian dan temu bual. Analisis kandungan dengan pendekatan kualitatif digunakan bagi menganalisis data secara deskriptif dan bertema. Dapatan kajian menunjukkan kesan positif iaitu, intervensi Wordwall telah berjaya meningkatkan tahap penguasaan murid dalam topik makna warna dan lambang bendera kebangsaan dengan baik serta kesan penggunaan Wordwall ke atas peserta kajian juga dapat dikenal pasti dari aspek perasaan dan kemahiran. Kata kunci: Wordwall, Gamifikasi digital, Makna warna dan lambang bendera kebangsaan PENGAPLIKASIAN PERMAINAN GIANT MOKSHAPAT DALAM MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN BAGI TAJUK 7 PERJUANGAN MENENTANG CAMPUR TANGAN DAN PENJAJAHAN TAHUN 5 Ahmad Hasbullah Zaki Bin Ariffin PISMP Sejarah Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya E-mel: [email protected] Dr Sapihi bin Hj Dulamit Ketua Jabatan Sejarah ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk suatu penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh murid untuk mempelajari tajuk Perjuangan Menentang Campur Tangan dan Penjajahan Tahun 5 dalam mata pelajaran Sejarah. Kajian ini berfokus kepada Permainan “Giant Mokshapat” untuk meningkatkan tahap penguasaan murid bagi tajuk Perjuangan Menentang Campur Tangan dan Penjajahan Tahun 5. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan dengan mengadaptaso Model Kemmis & Mc Taggart. Instrumen yang digunakan ialah temu bual separa berstruktur, pemerhatian, ujian awal dan akhir serta analisis dokumen. Peserta Kajian yang dipilih terdiri daripada lima orang murid tahun 5 di sebuah sekolah terletak di daerah Penampang, Sabah. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Permainan “Giant Mokshapat” ini dapat meningkatkan penguasaan murid bagi tajuk Pejuangan Menentang Campur Tangan dan Penjajahan. Di samping itu, penggunaan Permainan “Giant Mokshapat” ini juga dapat memperlihatkan perbezaan prestasi murid sebelum dan selepas permainan ini diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Permainan “Giant Mokshapat” ini juga boleh diaplikasikan dalam meningkatkan penguasaan murid untuk memperlajari tajuk lain dalam mata pelajaran Sejarah. Penggunaan Permainan “Giant Mokshapat” ini disarankan untuk diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah bagi meningkatkan minat murid. Signifikan kajian ini adalah dapat dimanfaatkan oleh semua guru Sejarah untuk mempelbagaikan teknik pengajaran guru. Kata Kunci : Permainan, Giant Mokshapat, Penguasaan, Didik Hibur. 171


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGINTEGRASIAN PERMAINAN E.I.B DALAM MEMPELAJARI MAKNA DAN LAMBANG PADA BENDERA KEBANGSAAN Alessandra anak Da’os PISMP Sejarah Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya E-mel: [email protected] Sabto Hj. Azis Jabatan Kecemerlangan Akademik Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan tahap penguasaan murid Tahun 5 dalam mempelajari makna dan lambang pada bendera kebangsaan dengan pengintegrasian Permainan E.I.B (Envelope Information Board).Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam mempelajari makna dan lambang pada bendera kebangsaan dan membantu meningkatkan penguasaan murid dalam mempelajari makna dan lambang pada bendera kebangsaan menggunakan Permainan E.I.B. Kajian ini juga dilaksanakan untuk menganalisis keberkesaan latihan intervensi permainan papan E.I.B dalam menyelesaikan masalah murid kurang menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang berpunca daripada kaedah dan teknik pengajaran mata pelajaran Sejarah yang membosankan. Reka bentuk kajian ini menggunakan proses pengumpulan data dalam bentuk kualitatif yang melibatkan kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen berdasarkan ujian awal dan ujian akhir sebagai alat instrumen kajian. Pemilihan peserta kajian melibatkan empat orang murid Tahun 5 dari salah sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Penampang, Sabah. Kajian ini dilaksanakan dalam dua kitaran berpandukan model Kemmis dan McTaggart (1988) dengan penganalisisan data secara deskriptif. Hasil daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan murid terhadap topik makna dan lambang pada bendera kebangsaan telah meningkat melalui peningkatan markah dalam ujian akhir. Natijahnya, kajian ini menunjukkan bahawa pengintegrasian teknik Permainan E.I.B ini bersesuaian dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah dan membantu murid meningkatkan penguasaan terhadap topik makna dan lambang pada bendera kebangsaan. Kata kunci: Permainan E.I.B, Makna, Lambang, Bendera Kebangsaan, PENGINTEGRASIAN “RISTO:TOK_MEKA” DALAM PENGUASAAN TOPIK TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA BAGI MURID TAHUN 4 Andolia Joseph PISMP Sejarah SK 1 Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] Sabto Hj Azis Jabatan Kecemerlangan Akademik Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid untuk menguasai topik Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka dan mengenal pasti “RISTO:TOK_MEKA” berupaya meningkatkan penguasaan murid terhadap topik Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka Sejarah Tahun 4. Kajian dilaksanakan berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual separuh berstruktur, pemerhatian serta ujian awal dan ujian akhir untuk mengumpul data serta dianalisis menggunakan analisis kandungan dan analisis pola diikuti dengan penyemakan data menggunakan triangulasi kaedah. Interaksi secara sehala dan sumber pengajaran yang kurang memberangsangkan menyebabkan kualiti pengajaran Sejarah adalahtidak relevan untuk menyampaikan maklumat pembelajaran secara berkesan. Kajian dilaksanakan di sebuah sekolah kebangsaaan daerah Penampang dengan melibatkan empat peserta kajian berpandukan adaptasi Model Kemmis dan McTaggart (1988) iaitu dua gelungan kitaran. Dapatan kajian berkaitan penguasaan murid menunjukkan peningkatan ketara berdasarkan markah ujian akhir, pemerhatian semasa pelaksanaan tindakan bersifat positif dan temubual peserta kajian selepas tindakanmenggunakan “RISTO:TOK_MEKA” telah berupaya mengatasi isu yang dikenalpasti. Implikasinya, tindakan tersebut menjelaskan “RISTO:TOK_MEKA” berupaya menentukan aspek kesahan hasil dan proseskerana berupaya meningkatkan penguasaan murid secara menyeluruh dan positif untuk mengenal pasti maksud, ciri-ciri dan peranan tokoh terbilang dengan spesifik. Oleh itu, kajian menunjukkan bahawa integrasi elemen digital dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah berasaskan kepada strategi berpusatkan murid, kaedah konstruktivisme dan teknik nyanyian serta ulangan berjaya mengatasi masalah yang telah dikenalpasti. Penelitian lanjut “RISTO:TOK_MEKA” dilaksanakan hendaklah secara berterusan untuk memastikan aspek kepenggunaannya dapat ditambah baik bagi meningkatkan kebolehpercayaan keberkesanannya dari semasa ke semasa dalam bidang pendidikan terutamanya mata pelajaran Sejarah termasuklah boleh dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat. Kata Kunci: Digital, Integrasi, “RISTO:TOK_MEKA”, Sejarah Tahun 4, Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka 172


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGGUNAAN “DJ AUNI” DALAM PENGUASAAN KRONOLOGI FAKTA ZAMAN PRASEJARAH BAGI MURID TAHUN EMPAT Auni Durani binti Afindi PISMP Pendidikan Sejarah Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya Emel: [email protected] Puan Carole Anne Justin Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Mata pelajaran Sejarah telah wujud dan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sekolah rendah sejak tahun 2014. Kajian tindakan ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan fakta Zaman Prasejarah mengikut kronologi tahun melalui penggunaan intervensi “DJ AUNI” bagi murid tahun 4. Fokus kajian tertumpu kepada maksud dan nama-nama Zaman Prasejarah mengikut kronologi. Peserta kajian yang dipilih bagi menjalankan kajian ini ialah tiga orang murid tahun empat daripada sebuah SK di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Reka bentuk kualitatif berdasarkan kajian tindakan telah dipilih sebagai kaedah dalam kajian ini. Kajian kualitatif ini dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual separa terbuka. Elemen didik hibur telah digunakan bagi menjadikan proses PdP lebih interaktif dan menarik. Analisis tringulasi data juga telah digunakan bagi ketiga-tiga kaedah ini. Tambahan pula, kajian ini juga dijalankan berdasarkan model Kemmis and Mc Taggart yang melibatkan empat fasa. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan “DJ AUNI” telah meningkatkan tahap penguasaan kronologi fakta Zaman bagi murid tahun empat serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dalam PdP Sejarah. Perkara ini telah mendorong pengkaji untuk mendidik dan memberi bimbingan kepada murid-murid dengan kaedah yang berlainan dalam mengajar bidang Sejarah. Sebagai seorang guru Sejarah, pengkaji percaya bahawa setiap murid akan dapat menguasai fakta Sejarah apabila mereka berasa seronok dan gembira. Pengkaji berharap agar pelaksanaan kajian lanjutan dapat diwujudkan dengan mengembangkan lagi penggunaan melodi muzik yang pelbagai. Kata Kunci: “DJ AUNI”, fakta Zaman Prasejarah, murid Tahun 4 di SK, kronologi, maksud Zaman Prasejarah, nama-nama Zaman Prasejarah. House 5: Dalam Kemahiran Memahami Rukun Negara Tahun 6 Arbiah binti Amut PISMP Pendidikan Sejarah Ambilan Jun 2020 Insitut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mail: [email protected] Dr Shukiman bin Sukardi Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu guru mata pelajaran Sejarah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sejarah dengan berkesan. Penggunaan model 'House 5' dalam mata pelajaran Sejarah secara khususnya bagi tajuk Rukun Negara Tahun 6 dinilai dari aspek kemahiran memahami, iaitu peranan Rukun Negara dalam kehidupan seharian. Kajian ini turut melibatkan lima orang peserta kajian yang dipilih berdasarkan analisis dokumen latihan murid, temu bual bersama guru dan murid dan pemerhatian yang dijalankan semasa tinjauan awal. Berdasarkan temu bual yang dijalankan bersama peserta kajian, fakta sejarah sukar dihadam kerana kaedah pedagogi yang digunakan membosonkan. Justeru, pengaplikasian 'House 5' dibina untuk menyampaikan fakta sejarah berdasarkan tajuk yang dipilih dalam Dokumen Standard Kandungan dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 6. Selepas menjalankan intervensi, pengkaji mendapati peserta kajian lebih mudah mengingat lima prinsip Rukun Negara dan peranan dalam kehidupan seharian dalam jangka masa panjang. Kata Kunci: Model ‘House 5’, Rukun Negara, Kemahiran Memahami 173


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN TRAIN KTM 1957 DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 5 TENTANG KRONOLOGI USAHA-USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN Hassan Alasy’ari bin Abdul Rahman Sejarah Pendidikan Rendah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Emel: [email protected] Dr Sapihi bin Hj Dulamit Ketua Jabatan Sejarah ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi melihat impak intervensi Train KTM 1957 terhadap peningkatan penguasaan murid dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah terutamanya dalam subtopik Usaha-Usaha Ke Arah Kemerdekaan. Setelah menganalisis lembaran kerja murid, didapati sebilangan murid telah menghadapi masalah dalam mengingat fakta usaha-usaha ke arah kemerdekaan. Justeru itu, mereka dipilih menjadi peserta kajian. Menerusi temu bual yang dijalankan, mereka menyatakan bahawa berlaku kesukaran dalam mengingat fakta sejarah melalui kaedah chalk and talk. Justeru itu, pengkaji memperkenalkan intervensi Train KTM 1957 iaitu pembelajaran yang berkonsepkan permainan dalam kajian ini bagi memudahkan murid menguasai kronologi usaha-usaha ke arah kemerdekaan yang terkandung dalam sukatan pembelajaran Sejarah Tahun 5. Pengkaji menggunakan konsep triangulasi dalam pengumpulan data yang merangkumi kaedah analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian yang mengambil tempoh masa selama dua bulan. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa terdapat respon yang positif daripada peserta kajian. Intervensi ini membantu mereka dalam menguasai sekaligus mengingat dan memahami kronologi usaha-usaha ke arah kemerdekaan. Hasil ujian yang dijalankan merekodkan berlaku peningkatan dalam pencapaian markah dalam kalangan peserta kajian daripada ujian yang dijalankan sebelum dan selepas tindakan intervensi. Oleh itu, intervensi ini berpotensi dalam mewujudkan suasana pembelajaran bermakna dalam mata pelajaran Sejarah. Pengkaji mencadangkan intervensi ini perlu menjalani proses transformasi daripada aspek grafik, audio dan animasi supaya menjadi lebih menarik dan boleh diakses dalam semua jenis peranti elektronik. Kata kunci: penguasaan, kemerdekaan, mata pelajaran Sejarah, mengingat, memahami JIRUDAT : MEMBANTU MURID MENINGKATKAN KEFAHAMAN DALAM MENGENALI RUMAH IBADAT MENGIKUT AGAMA DI MALAYSIA Izzul Syahmie bin Zulkifle [email protected] Carlmilla Freddie J. Simol Jabatan Holistik Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan meningkatkan kebolehan murid tahun 6 memahami, mengenali dan menamakan rumah ibadat mengikut agama di Malaysia dengan melalui penggunaan “JIRUDAT”. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid tahun 6 di salah sebuah sekolah rendah di daerah Penampang, Sabah. Intervensi yang dijalankan merupakan gabungan dua elemen pembelajaran berpusatkan murid iaitu lembaran kerja dan permainan yang juga berperanan membantu murid mengenali, memahami dan menamakan rumah-rumah ibadat. Instrumen kajian yang digunakan ialah senarai semak, ujian awal dan akhir, pemerhatian dan temu bual Data yang dikumpul telah dianalisis secara statistik deskriptif serta ditunjukkan dalam rajah, jadual dan teks. Hasil analisis data mendapati bahawa seramai 4 orang peserta kajian menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian akhir berbanding ujian awal. Perubahan positif berdasarkan ujian awal dan akhir ke atas peserta kajian selepas aplikasi intervensi turut mempamerkan perubahan yang memberangsangkan. Hasil dapatan daripada temu bual juga menunjukkan perubahan minat yang positif terhadap sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan permainan “JIRUDAT” dapat membantu murid memahami, mengenali dan menamakan rumah ibadat mengikut agama di Malaysia. Cadangan kajian seterusnya ialah penyelidik menggunakan permainan “JIRUDAT” dalam tajuk-tajuk yang lain yang melibatkan reka bentuk bangunan bersejarah ataupun lokasi-lokasi bersejarah berpandukan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi matapelajaran Sejarah. Kata kunci : rumah ibadat, “JIRUDAT”, agama 174


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN “TEKNIK LESMo” DALAM PROSES MENEROKA LATAR BELAKANG DAN FAKTOR PENENTANGAN TOKOH PAHLAWAN TEMPATAN Max Allereson Bin Masungking PISMP Pendidikan Sejarah Ambilan Jun 2020 IPG Kampus Gaya [email protected] Dr. Sapihi Bin Dulamit Jabatan Sejarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor dan masalah yang dihadapi oleh murid untuk menguasai topik latar belakang dan faktor penentangan tokoh pahlawan tempatan dan mengkaji keberkesanan intervensi “Teknik LESMo” dalam membantu murid meningkatkan penguasaan terhadap topik latar belakang dan faktor penentangan tokoh pahlawan tempatan. “Teknik LESMo” merupakan satu aktiviti yang mengintegrasikan elemen nyanyian dan pergerakan ringkas yang bersifat santai dan menghiburkan.Peserta kajian adalah seramai 4 orang murid tahun 5. Kajian ini dilaksanakan dengan berpandukan kepada adaptasi Model Kemmis dan McTaggart (1988) yang telah diselesaikan dalam 1 kitaran sahaja setelah objektif kajian berjaya dicapai. Data kajian dikumpul menggunakan tiga jenis kaedah pengumpulan data iaitu analisis dokumen berdasarkan ujian awal dan ujian akhir, temu bual dan pemerhatian. Hasil analisis dapatan kajian menunjukkan intervensi “Teknik LESMo” memberikan kesan positif terhadap penguasaan topik latar belakang dan faktor penentangan tokoh pahlawan tempatan. Dapatan temu bual dan pemerhatian menyokong dapatan analisis dokumen terhadap ujian awal dan ujian akhir yang menunjukkan peningkatan pencapaian peserta kajian dalam menyatakan latar belakang iaitu nama kawasan penentangan tokoh dan faktor penentangan tokoh pejuang terhadap penjajah. Hal ini membuktikan keberkesanan intervensi “Teknik LESMo” dalam membantu murid-murid yang menghadapi masalah serupa terutamanya dalam topik yang sama.Justeru, intervensi “Teknik LESMo” amat berkesan dalam menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang lebih menyeronokkan kerana menerapkan konsep pendekatan didik hibur melalui aktiviti nyanyian dan pergerakan ringkas. Kata Kunci: Intervensi “Teknik LESMo”, Nyanyian, Pergerakan Ringkas, Pendekatan Didik Hibur, Nama Kawasan Penentangan, Tokoh Pahlawan Tempatan, Faktor Penentangan PENGGUNAAN LAMAN WEB “PEJUANG INTERAKTIF” DALAM PENGUASAAN TAJUK PERJUANGAN KEMERDEKAAN NEGARA BAGI TAHUN 5 Mardhiyyah Binti Norawi PISMP Pendidikan Sejarah Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya Emel: [email protected] Carole Anne Justin Jabatan Perancangan, Penyelidikan, dan Inovasi ABSTRAK Dalam era globalisasi ini, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam bidang pendidikan telah berleluasa dan berkembang dengan pesat di seluruh dunia. Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid bagi tajuk Perjuangan Kemerdekaan Negara Tahun 5 yang memerlukan murid untuk memahami fakta dan kronologi perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Kajian ini melibatkan tiga orang murid tahun 5 yang terdiri daripada dua orang murid perempuan dan seorang murid lelaki. Murid-murid ini mempunyai tahap penguasaan tinggi dan sederhana dalam subjek Sejarah. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian kualitatif ini adalah ujian awal dan akhir, soalan temu bual berstruktur separa terbuka, dan borang senarai semak. Data daripada instrumen-instrumenini ditriangulasikan untuk meningkatkan kesahan dalam pengumpulan data sepanjang penyelidikan dijalankan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan laman web “Pejuang Interaktif” telah meningkatkan minat dan tahap penguasaan peserta kajian terhadap tajuk Perjuangan kemerdekaan Negara. Kajian ini juga telah meningkatkan kadar penggunaan laman web “Pejuang Interaktif” dalam kalangan peserta kajian. Pengkaji mencadangkan kajian terhadap kepelbagaian TMK yang boleh digunakan dalam PdP Sejarah sebagai tindakan susulan kepada kajian ini. Dengan ini , pengkaji berharap untuk meneruskan kajian terhadap penggunaan TMK dengan laman web pada masa akan datang. Kata Kunci : teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), laman web “Pejuang Interaktif”, Perjuangan Kemerdekaan Negara,murid tahun 5, kronologi perjuangan pejuang kemerdekaan negara. 175


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA MENINGKATKAN PENGUASAAN DAN KEFAHAMAN KRONOLOGI TOKOH PERJUANGAN TEMPATAN Mohamad Aidee Aiman Bin Nazri PISMP Sejarah SK1 Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya E-mel: [email protected] Sapihi Bin Hj Dulamit, PHD Jabatan Sejarah ABSTRAK Fakta Sejarah yang banyak sudah pasti menyukarkan murid dalam memahami kronologi sejarah. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kronologi yang merangkumi biodata tokoh,sebab penentangan dan peristiwa penentangan dalam Perjuangan Kemerdekaan Negara bagi murid tahap 2. Kajian ini adalah bagi mengenal pasti keberkesanan dan kesan ReadBot untuk meningkatkan tahap penguasaan murid. ReadBot merupakan satu bentuk inovasi yang dapat membantu murid-murid memahami Perjuangan Kemerdekaan Negara dengan lebih mudah dan berkesan sekali gus merancakkan lagi penglibatan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran di bilik darjah. ReadBot merupakan intervensi yang menggabungkan bahan maujud, bahan multimedia, video pengajaran, pengajaran digital, aktiviti Pak-21, kuiz Worldwall dan pendekatan bermain sambil belajar. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tindakan dengan penggunakan pendekatan kualitatif dengan mengadaptasi Model Tindakan Stephen Kemmis dan McTaggart (1989). Kajian ini melibatkan murid tahun 5 di sebuah sekolah kebangsaan (SK) yang terletak di Daerah Kinarut, Sabah. Peserta kajian ini terdiri daripada 4 orang murid yang dikesan lemah dalam menguasi topik Perjuangan Kemerdekaan Negara (Unit 7.2). Sepanjang pelaksanaannya pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen pengumpulan data ujian awal dan akhir,analisis dokumen, temubual dan pemerhatian.Hasil analisis ujian awal dan akhir menunjukkan bahawa keempat-empat peserta kajian menunjukkan peningkatan penguasaan selepas pelaksanaan tindakan. Dapatan temu bual dan pemerhatian dapat menyokong dapatan ujian awal dan akhir berikutan peserta kajian dapat menjawab ujian akhir dengan jawapan yang tepat berkaitan biodata tokoh,sebab penentangan dan peristiwa penenangan. Justeru, dapat disimpulkan bahawa ReadBot amat bermanfaat untuk diimplementasikan dalam Pdp Sejarah sekolah rendah kerana ia memudahkan murid-murid untuk memahami dan mengingat fakta-fakta khusus mengenai tajuk pembelajaran sekali gus mewujudkan pembelajaran yang menarik dan lebih efisien. Kata Kunci: Kronologi, ReadBot, Meningkatkan Penguasaan, Multimedia PERMAINAN INILAH BARISAN KITA: PENGAPLIKASIANNYA DALAM SEJARAH TAHUN 6 TOPIK PEMIMPIN NEGARA MALAYSIA MOHAMAD ZIYAD BIN MOHD AZMI PISMP Sejarah Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya E-mel: [email protected] DR. SAPIHI BIN DULAMIT Ketua Jabatan Sejarah, IPG Kampus Gaya ABSTRAK Fakta sejarah yang melibatkan kronologi tempat, masa dan juga jawatan sudah pastinya sukar untuk difahami oleh murid yang masih berada di sekolah rendah. Sehubungan itu, kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat sama ada pengaplikasian aktiviti “Permainan Inilah Barisan Kita” dapat meningkatkan penguasaan murid serta berkesan untuk diaplikasikan dalam pengajaran Sejarah tahun 6, topik pemimpin negara Malaysia. “Permainan Inilah Barisan Kita” merupakan aktiviti dalam bilik darjah yang menggabungkan pendekatan bermain sambil belajar dan pembelajaran kolaboratif. Kajian ini melibatkan murid tahun 6 di sebuah sekolah kebangsaan (SK) yang terletak di Daerah Papar, Sabah. Peserta kajian ini terdiri daripada 5 orang murid yang dikesan lemah dalam menguasai topik pemimpin negara Malaysia (Unit 7). Kajian berbentuk kualitatif ini mengadaptasi Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946). Sepanjang pelaksanaannya pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen pengumpulan data iaitu ujian awal & akhir, analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Hasil analisis ujian awal & akhir menunjukkan bahawa kelima-lima peserta kajian menunjukkan peningkatan penguasaan selepas pelaksanaan tindakan. Dapatan analisis dokumen dan pemerhatian dapat menyokong dapatan ujian awal & akhir berikutan peserta kajian berjaya menyatakan biodata ringkas serta menyenaraikan Perdana Menteri Malaysia mengikut kronologi. Tambahan, analisis pemerhatian dan temu bual juga menunjukkan bahawa permainan ini berkesan untuk diaplikasikan dalam pengajaran Sejarah berikutan peserta kajian berasa seronok serta penglibatan mereka dapat ditingkatkan. Justeru, dapat disimpulkan bahawa aktiviti “Permainan Inilah Barisan Kita” amat bermanfaat untuk diaplikasikan dalam PdP Sejarah sekolah rendah kerana ia menerapkan konsep belajar sambil bermain dalam kumpulan. Kata Kunci: bermain sambil belajar, pembelajaran kolaboratif, meningkatkan, kronologi 176


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGIMPLEMENTASIAN EASY-MAP DALAM MEMBANTU MURID MENGHAFAL FAKTA PERISTIWA PEMBUKAAN MELAKA Mohd Annas Eizzan bin Alizan PISMP Sejarah Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Emel: [email protected] Puan Carlmilla Freddie J. Simol Jabatan Holistik ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti pola kesalahan murid dalam menghafal fakta peristiwa pembukaan Melaka dan kesan pengaplikasian Easy-Map dalam membantu murid menghafal fakta peristiwa pembukaan Melaka dengan betul. Peserta kajian terdiri daripada 4 orang murid tahun 4 di salah sebuah sekolah yang terletak di daerah Papar, Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan dengan mengaptasi Model Kurt Lewin yang mempunyai empat langkah utama dalam kajian tindakan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Instrumen yang digunakan termasuklah temu bual, pemerhatian, ujian awal dan akhir serta analisis dokumen. Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan intervensi Easy-Map dapat meningkatkan tahap hafalan murid terhadap tajuk peristiwa pembukaan Melaka. Selain itu, penggunaan intervensi Easy-Map juga dapat memperlihatkan perbezaan prestasi murid sebelum dan selepas ianya diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan intervensi Easy-Map disarankan untuk diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok serta dalam masa yang sama berkesan. Signifikan kajian ini adalah dapat dimanfaatkan oleh semua guru Sejarah untuk mempelbagaikan strategi pengajaran dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Kata kunci: fakta peristiwa pembukaan Melaka, menghafal, intervensi, Easy-Map PENGGUNAAN KeNeMAS DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN MURID BAGI NAMA NEGERI, IBU NEGERI DAN BANDAR DIRAJA SEJARAH TAHUN 6 Mohd Andy Rezmeewan Chin PISMP Sejarah Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu e-mel: [email protected] Sapihi bin Hj. Dulamit (Ph.D) Jabatan Sejarah ABSTRAK Pembelajaran mengenai negeri-negeri di Malaysia merupakan pembelajaran asas yang dipelajari dalam pendidikan Sejarah tahun 6, namun ia masih sukar difahami dan dipelajari dalam kalangan murid dengan berkesan. Sehubungan itu, kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan serta pendekatan kualitatif berfokuskan penggunaan intervensi KeNeMAS untuk meningkatkan pemahaman murid tahun 6 mengenai pembelajaran nama negeri, ibu negeri dan bandar diraja dalam Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan intervensi KeNeMAS dalam meningkatkan pemahaman murid berdasarkan isi pembelajaran tersebut. Model kajian Kurt Lewin (1948) telah digunakan dan diadaptasi untuk menjalankan kajian ini dengan ujian awal dan akhir, temu bual dan pemerhatian sebagai instrumen kajian. Seramai lima orang murid tahun 6 dari sebuah sekolah kebangsaan di daerah Papar, Sabah telah terlibat sebagai peserta kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan intervensi KeNeMAS dapat meningkatkan pemahaman murid mengenai nama negeri, ibu negeri dan bandar diraja serta berupaya memudahkan pembelajaran dengan lebih efektif, mewujudkan kolaborasi antara murid dan melibatkan murid dengan lebih aktif untuk belajar. Dalam pada itu, kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan oleh guru-guru Sejarah mengenai kepentingan bahan bantu mengajar yang menerapkan elemen multimedia untuk mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Kata Kunci: KeNeMAS, nama negeri, ibu negeri, bandar diraja, multimedia 177


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA ARENA TEMPUR KMM:MENINGKATKAN PEMAHAMAN MURID TAHUN 4 DALAM TOPIK TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA MOHD FARHANIZAM BIN NASIMAN PISMP Sejarah Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu e-mel: [email protected] SAPIHI BIN HJ. DULAMIT (PH.D) Jabatan Sejarah ABSTRAK Tokoh Terbilang kesultanan Melayu Melaka (TTKMM) merupakan salah satu topik yang dipelajari dalam subjek Sejarah tahun 4. Berdasarkan sesi pembelajaran dan pembelajaran (PdP) yang lalu di sebuah sekolah di Daerah Papar, pengkaji mendapati murid-murid tahun 4 mempunyai masalah dalam topik dan kurang berminat dalam sesi PdP. Oleh itu, kajian penyelidikan ini berpaksikan dua objektif iaitu mengenal pasti sama ada permainan digital Arena Tempur KMM membantu murid dalam meningkatkan kefahaman mereka dalam Topik TTKMM dan mengenal pasti kesan permainan digital Arena Tempur KMM ke atas murid. Kajian ini dilaksanakan menggunakan reka betuk kajian tindakan dengan pendekatan kualitiatif berlandaskan Model Kajian tindakan Kurt Lewin (1946). Dalam usaha mengumpul data, pengkaji telah menggunakan instumen pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Kajian ini melibatkan murid tahun 4 di sebuah sekolah kebangsaaan (SK) yang terletak di Daerah Papar. Empat orang murid dikenalpasti bermasalah dalam topik ini telah menunjukkan peningkatan penguasaan selepas menjalankan intervensi. Hal ini dibuktikan melalui analisis dokumen ujian Awal dan Ujian Akhir peserta kajian menunjukkan peningkatan markah yang ketara. Selain itu, dapatan kajian temu bual dan pemerhatian menunjukkan kesan yang positif kepada motivasi murid berikutan murid berasa seronok dan juga terlibat aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Oleh kerana itu, pengkaji telah menyimpulkan bahawa permainan ini berkesan dalam mengatasi masalah pembelajaran muriad disamping menyediakan sesi PdP yang menarik. Kata kunci: Arena Tempur KMM, permainan digital, Sejarah, Topik Kesultanan Melayu Melaka PENGAPLIKASIAN “TEKNIK SUISHH” DALAM MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN KBAT DALAM KALANGAN MURID BAGI TAJUK RUKUN NEGARA MOHD IZZADY IZWAN BIN ABDULLAH [email protected] Dr Sapihi bin Hj Dulamit Ketua Jabatan Sejarah ABSTRAK Pengaplikasian KBAT dalam meningkatkan penguasaan murid dalam Sejarah serta memastikan perkembangan murid sebagai warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab semestinya sukar diaplikasikan. Berikutan daripada itu, kajian Tindakan ini telah dilaksanakan bagi mengenal pasti sama ada pengaplikasian “Teknik SuIsHH” dapat meningkatkan tahap penguasaan murid serta keberkesanannya dalam pengajaran pendidikan Sejarah tahun 6 bagi tajuk Rukun Negara. “Teknik SuIsHH” merupakan satu teknik pemudahcara bagi murid untuk menjawab soalan KBAT dengan mengaplikasikan pendekatan teknik mnemonik akronim dan kaedah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Kajian ini melibatkan murid tahun 6 di sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Papar, Sabah. Peserta kajian yang diplih terdiri daripada 5 orang murid yang dikategorikan sebagai lemah dalam menguasai kemahiran menjawab soalan KBAT bagi tajuk Rukun Negara. Kajian berbentuk kualitatif ini telah mengadaptasikan Model Kemmis dan McTaggart (2014) melalui satu kitaran. Sepanjang pelaksanaannya, pengkaji telah mengaplikasikan beberapa jenis instrumen kajian seperti ujian pra-pasca, pemerhatian dan temu bual bagi mendapat hasil dapatan yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Hasil analisis dapatan kajian mendapati kelima-lima peserta kajian menunjukkan peningkatan tahap penguasaan berdasarkan instrumen ujian. Tambahan lagi, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa teknik ini berkesan untuk diguna pakai di dalam pengajaran Sejarah berikutan daripada peserta kajian yang menunjukkan respons positif terhadap pengaplikasian “Teknik SuIsHH” bagi menjawab soalan KBAT. Justeru, dapat disimpulkan bahawa, aktiviti “Teknik SuIsHH” amat berkesan dan mampu memberikan impak positif jika diaplikasikan dalam PdP Sejarah sekolah rendah kerana ia mampu membantu murid untuk menjawab soalan KBAT dengan mudah dan menepati skema yang ditetapkan. Kata Kunci: KBAT, Teknik SuIsHH, Pemudahcara, Rukun Negara, tahap penguasaan 178


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN KIT “BIJAK PM” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID BAGI TAJUK PEMIMPIN NEGARA DI MALAYSIA TAHUN 6 MUHAMMAD IZHAR BIN HERMAN [email protected] Dr Sapihi bin Hj Dulamit Ketua Jabatan Sejarah ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mencari suatu penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh murid mempelajari mata pelajaran Sejarah. Kajian ini memfokuskan kepada pengaplikasian Kit “Bijak PM” dalam meningkatkan penguasaan murid bagi tajuk pemimpin negara di malaysia tahun 6. Seramai lima orang murid Tahun 6 yang telah terlibat sebagai peserta kajian dari salah sebuah sekolah di daerah Papar, Sabah. Seterusnya, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan dengan mengadaptasi Model Kemmis & McTaggart. Instrumenyang digunakan termasuklah temu bual berstruktur, pemerhatian, ujian pra dan pasca serta analisis dokumen. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Kit Bijak PM ini dapat meningkatkan penguasaan murid Tahun 6 bagi tajuk pemimpin negara di Malaysia sekaligus meningkatkan kecenderungan dalam mengingat fakta-fakta bagi tajuk tersebut. Dalam pada itu, keberkesanan kit ini dapat dilihat daripada pengimplamentasian unsur-unsur warna dan grafik serta penerapan unsur digital di dalamnya. Penggunaan kit atau BBM sebegini adalah disarankan untuk diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah bagi meningkatkan kefahaman sekaligus menarik minat murid dalam pembelajaran. Signifikan kajian ini adalah dapat dimanfaatkan oleh semua guru Sejarah untuk mempelbagaikan teknik pengajaran selaras dengan perkembangan zaman masa kini. Kata Kunci: Kit Bijak PM, Penguasaan Tajuk, Pemimpin Negara, Tahun 6 PENGAPLIKASIAN LAMAN SESAWANG BITARA SEBAGAI METOD PENGUASAAN MURID TAHUN 6 DALAM MENGINGAT NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA MUHAMMAD IZZUDDIN BIN IRIANTO PISMP Sejarah Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya [email protected] ENCIK MANALAN A/L RAJOO Jabatan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana pengaplikasian laman sesawang BITARA dapat meningkatkan penguasaan murid tahun 6 dalam tajuk negeri-negeri di Malaysia. Laman sesawang BITARA merupakan tindakan yang menggabungkan kaedah didik hibur dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Kajian tindakan ini dijalankan di sebuah Sekolah Kebangsaan (SK) yang terletak di daerah Papar, Sabah. Peserta kajian terdiri daripada 5 orang murid tahun 6 yang dikategorikan sebagai lemah dalam menguasai tajuk negerinegeri di Malaysia (Unit 2). Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan kepada kaedah ujian dan pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Data dianalisis secara kualitatif, iaitu dengan mengadaptasi Model Kajian Tindakan Kemmis McTaggart (1998). Dalam pelaksanaan tindakan, pengkaji menggunakan instrumen pengumpulan data iaitu ujian awal & akhir, pemerhatian dan temu bual. Hasil analisis ujian awal & akhir menunjukkan penguasaan tajuk bagi kelima-lima peserta kajian adalah meningkat selepas pelaksanaan tindakan. Dapatan pemerhatian dan temu bual dapat menyokong dapatan ujian awal & akhir berikutan peserta kajian berjaya mengingat asal usul nama negeri-negeri di Malaysia. Analisis terhadap kaedah pemerhatian dan temu bual juga menonjolkan kesan laman sesawang BITARA dalam pengajaran sejarah apabila penglibatan peserta kajian secara sepenuhnya sepanjang sesi dengan berasa seronok. Oleh itu, pengkaji mencadangkan laman sesawang BITARA digunakan untuk murid-murid tahun 6, khususnya kepada murid yang tidak dapat mengingat nama-nama negeri di Malaysia yang menerapkan konsep belajar sambil bermain yang berpusatkan murid. Kata Kunci: Didik hibur, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Laman sesawang BITARA, negeri-negeri di Malaysia, model Kemmis McTaggart 179


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN AKTIVITI WORD-SEARCH BAGI MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGINGATI NAMA TOKOH-TOKOH TEMPATAN Najwa Amni binti Mohamad PISMP Ambilan Jun 2020 Opsyen Sejarah (SK) IPG Kampus Gaya [email protected] Roselyn Gubal Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki penggunaan aktiviti Word-Search dalam membantu murid-murid Tahun 5 mengingati nama tokoh-tokoh tempatan. Keadaan ini disebabkan oleh kandungan dalam buku teks mata pelajaran Sejarah yang mengandungi banyak fakta yang perlu diingat oleh murid-murid. Kesukaran murid-murid dalam mengingat fakta menyebabkan pengabaian terhadap penghayatan sejarah tanah air malahan mengakibatkan semangat cintakan watan akan terhakis. Objektif utama kajian ini adalah untuk membantu murid-murid Tahun 5 mengingati nama tokoh-tokoh tempatan yang terdiri seramai 10 orang yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah. Sehubungan dengan itu, kumpulan yang akan disasarkan ialah murid-murid Tahun 5 seramai enam orang yang akan dipilih berdasarkan kecerdasan intelek mereka. Pemilihan kumpulan sasaran adalah mengikut keperluan serta merujuk reka bentuk kajian yang digunakan. Keseluruhan kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif melalui pendekatan kajian tindakan. Justifikasi pemilihan reka bentuk kajian ini berdasarkan kaedah pengumpulan data triangulatif yang melibatkan pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Hasil analisis data menunjukkan bahawa pengaplikasian intervensi Word-Search menerusi pendekatan bermain sambil belajar mampu membantu murid-murid untuk mengingati nama tokoh-tokoh tempatan. Malahan, berupaya menarik minat dan tumpuan mereka untuk kekal fokus semasa proses PdP Sejarah dijalankan. Cadangan tindakan susulan daripada kajian ini difokuskan kepada para guru dan pihak sekolah untuk membudayakan kaedah bermain sambil belajar menerusi pengaplikasian Word-Search dalam sesi PdP. Kata kunci: kaedah bermain sambil belajar, Sejarah, pengajaran dan pembelajaran, guru. PERMAINAN “MIBOARD” DALAM MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN FAKTA MURID TAHUN 5 DALAM TOPIK CAMPUR TANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA ASING Muhd. Irman Nabil Bin Sarbini PISMP Sejarah Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] Dr. Sapihi Hj. Dulamit Ketua Jabatan Sejarah IPG Kampus Gaya ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan permainan “MiBoard” dalam membantu murid Tahun 5 untuk meningkatkan penguasaan fakta berkenaan topik campur tangan dan penjajahan kuasa asing dalam mata pelajaran Sejarah. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan di sebuah sekolah di daerah Papar. Hasil ujian pengesanan awal mendapati bahawa peserta kajian tidak menguasai fakta dalam topik berkenaan campur tangan dan penjajahan kuasa asing dan dinilai belum mencapai tahap minimum kerana mendapat markah yang rendah. Bagi melaksanakan intervensi permainan yang dirancang, model Kurt Lewin (1946) telah digunakan sebagai pendekatan kajian. Data dikumpul dan dianalisis berdasarkan tiga instumen yang membentuk triangulasi data iaitu temu bual, pemerhatian serta ujian awal dan akhir. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa permainan “MiBoard” dapat membantu peserta kajian dalam meningkatkan penguasaan fakta dalam topik berkenaan campur tangan dan penjajahan kuasa asing. Kata Kunci: Permainan “MiBoard”, penguasaan fakta, campur tangan dan penjajahan kuasa asing, keberkesanan, triangulasi 180


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN TEKNIK NYANYIAN (LAGU TPT) DALAM MENGINGAT NAMA DAN TEMPAT PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN Naninurlisa binti Shaiful Anuar PISMP Sejarah (SK) [email protected] Roselyn Gubal Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu murid untuk mengingat fakta nama dan tempat perjuangan tokoh tempatan dalam kalangan murid tahun 5 bagi mata pelajaran Sejarah. Kajian ini mengaplikasikan Lagu Tokoh Pejuang Tempatan (TPT) dengan memfokuskan teknik nyanyian sebagai medium dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) guru. Fokus kajian ini adalah bagi menyelesaikan masalah murid dalam kemahiran mengingat fakta sejarah dengan baik. Kesukaran murid untuk mengingat fakta perlu diatasi agar dapat merangsang minat mereka terhadap mata pelajaran Sejarah. Peserta kajian terdiri daripada sembilan orang murid Tahun 5A dari salah satu sebuah sekolah rendah di daerah Papar, Kota Kinabalu, Sabah. Kajian yang dilaksanakan adalah berbentuk kajian kualitatif yang dikumpulkan berdasarkan aspek pemerhatian, analisis dokumen, temu bual, ujian awal dan ujian akhir. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Lagu TPT berupaya untuk membantu murid dalam mengingat fakta nama tokoh dan lokasi perjuangan tempatan dengan baik. Pencapaian peningkatan murid boleh dilihat berdasarkan perbandingan ujian sebelum dan selepas intervensi. Huraian dan interpretasi data dilakukan satu per satu untuk menganalisis ujian dan temu bual bersama murid. Kesannya, intervensi ini bukan sahaja membantu guru mewujudkan PdP yang menyeronokkan malah dapat meningkatkan ingatan serta pencapaian murid dalam topik pembelajaran tersebut. Justeru, kajian ini penting bagi membantu murid-murid tahun 5 mengingat nama-nama tokoh pejuang tempatan agar mereka bukan sahaja tahu nama tokoh malah mereka boleh kelaskan negeri dan peristiwa bagi setiap tokoh pejuang tempatan dengan baik. Kata Kunci : teknik nyanyian, lagu, menyeronokkan, pengajaran dan pembelajaran, mengingat, PAK-21 PENGAPLIKASIAN MENARA BEKEMBAR KeMeA: MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGUASAI FAKTA-FAKTA PENGENALAN SEJARAH KERAJAAN MELAYU AWAL Nur Aisya Binti Asri PISMP Sejarah Pendidikan Rendah [email protected] Dr. Widayati Binti Harun Jabatan Penyelidikan IPG Kampus Gaya ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan membantu murid tahun empat menguasai pembelajaran Sejarah mengenai namanama dan lokasi kerajaan Melayu Awal. Penguasaan dalam kajian ini lebih berfokus kepada kemahiran murid dalam mengingat fakta-fakta topik tersebut yang diterjemahkan melalui penuturan jawapan atau pernyataan bertulis. Selain itu, kajian ini juga bertujuan menggalakkan penglibatan aktif murid dalam pembelajaran topik berkaitan. Oleh itu, pengkaji telah membina intervensi yang diberi nama Menara Berkembar KeMeA bagi membimbing murid menghafal dengan lebih mudah, pantas dan tersusun khususnya bagi lima orang murid di sebuah sekolah daerah Papar, Sabah yang dipilih menjadi peserta kajian. Hal ini dikatakan kerana intervensi yang dihasilkan mengetengahkan teknik Mnemonik jenis Akrostik Anekdot dan nyanyian sebagai pendekatan pembelajaran yang membantu kemudahan mengingat. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi melalui tiga kaedah iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen, intervensi Menara Berkembar KeMeA jelas mempamerkan keberhasilan murid menguasai nama-nama dan lokasi kerajaan Melayu Awal. Dalam pada itu, intervensi Menara Berkembar KeMeA ini juga berjaya menarik keterlibatan murid secara aktif di dalam topik pembelajaran pengenalan Sejarah Kerajaan Melayu Awal. Ringkasnya, kajian ini telah memberi kesedaran kepada pengkaji untuk sentiasa bertaggungjawab memenuhi tugas hakiki sebagai seorang guru dalam menyampaikan pengajaran yang bermakna. Menerusi kajian ini, pengkaji telah dapat menyemai nilai kreativiti dan sikap proaktif menyelesaikan masalah-masalah di dalam pengajaran. Kata Kunci : Pengaplikasian, Penguasaan, Pengenalan, Kerajaan, Melayu 181


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA ‘Kit Bijak Bendera’: MENGUASAI MAKNA WARNA DAN LAMBANG PADA BENDERA KEBANGSAAN BAGI MURID TAHUN LIMA Nur Athirah Binti Mohd Zaino Abiddin PISMP Pendidikan Sejarah Ambilan Jun 2020 IPG Kampus Gaya Emel: [email protected] Dr Kamsiah Widayati Roda Harun Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Gaya ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menguasai fakta makna warna dan lambang pada bendera kebangsaan dalam kalangan murid tahun lima melalui penggunaan intervensi ‘Kit Bijak Bendera’. ‘Kit Bijak Bendera’ ini menggabungkan kaedah peta dakap dan didik hibur yang dijalankan ke atas peserta kajian bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.Peserta kajian terdiri daripadalima orang murid tahun 5, dari sebuah sekolah yang terletak di daerah Papar, Sabah. Data awal telah dikumpulkan melalui kaedah analisis dokumen bagi mengenal pasti masalah kajian tindakan ini. Model Kemmis Mc Taggart digunakan sebagai rujukan dan panduan sepanjang menjayakan kajian tindakan ini. Dapatan kajian menunjukkan murid mencapai peningkatan dalam menguasai makna warna dan lambang pada bendera kebangsaan dengan jelas setelah menggunakan Kit Bijak Bendera. Murid dapat mengingat dan menyatakan makna warna dan lambang pada bendera kebangsaanselain dapat menjawab dengan betul dan tepat lembaran kerja yang diberikan. Data yang dikumpulkan membuktikan ‘Kit Bijak Bendera’ merupakan satu intervensi yang dapat membantu guru-guru dan pihak sekolah meningkatkan kemahiran menguasai topik Identiti Jalur Gemilang dengan berkesan. Pengkaji mencadangkan ‘Kit Bijak Bendera’ boleh ditambahbaik dengan menerapkan elemen nyanyian, pergerakan dan pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pelaksanaan tindakan intervensi tersebut. Diharapkan kajian tindakan ini dapat meningkatkan motivasi kepada guru-guru Sejarah untuk sentiasa menyesuaikan amalan pedagogi dalam bilik darjah agar memberikan kesan positif kepada murid-murid. Kata Kunci: jalur gemilang, makna warna dan lambang bendera kebangsaan, kit bijak bendera, model Kemmis Mc Taggart PENGAPLIKASIAN PERMAINAN “PUZZLE IT OUT” DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 5 MENGUASAI FAKTA SEJARAH TOKOH-TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN Nur Irdinah Binti Kamil PISMP Sejarah Ambilan 2020 [email protected] Dr. Kamsiah Widayati Roda Harun Jabatan Penyelidikan Inovasi dan Profesionalisme Keguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan murid-murid Tahun 5 terhadap fakta sejarah tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dengan menggunakan intervensi permainan “Puzzle It Out”. Kajian tindakan ini dijalankan keatas lima orang murid Tahun 5 di salah sebuah sekolah di daerah Kota Kinabalu, Sabah yang memperoleh markah terendah dalam ujian awal yang dijalankan. Kajian tindakan ini menggunakan reka bentuk kajian berdasarkan Model Kurt Lewin (1946). Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen, pemerhatian serta temu bual yang dianalisis secara kualitatif. Dapatan tinjauan awal menunjukkan lima orang murid mengalami kesukaran dalam menguasai sejarah tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan. Namun, setelah menggunakan intervensi “Puzzle It Out”, hasil dapatan kajian menunjukkan berlakunya peningkatan terhadap kebolehan peserta kajian menguasai fakta sejarah tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan. Peserta kajian dapat menyatakan nama, latar belakang serta sumbangan setiap tokoh pejuang kemerdekaan dengan betul dan tepat. Data yang dikumpulkan membuktikan bahawa intervensi permainan “Puzzle It Out” merupakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu meningkatkan penguasaan murid terhadap fakta sejarah secara berkesan melalui kaedah pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Pengkaji mencadangkan intervensi “Puzzle It Out” boleh ditambahbaikkan dengan menghasilkan intervensi “Puzzle It Out” berbentuk digital. Kata Kunci: Permainan, Puzzle It Out, Menguasai, Sejarah, Tokoh Kemerdekaan. 182


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA Roda-LOGY : APLIKASI BAGI MENGUASAI KRONOLOGI PERISTIWA RIWAYAT HIDUP HANG TUAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH MURID TAHUN 4 Nur Syazwina Sima binti Ismail PISMP Sejarah Ambilan Jun 2020 Emel: [email protected] Dr Kamsiah Widayati Roda Harun (Ph.d) Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini meneroka pembinaan sebuah aplikasi untuk menguasai kronologi peristiwa riwayat hidup Hang Tuah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Tahun 4. Aplikasi ini mengetengahkan kaedah bermain sambil belajar dalam penggunaannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan iaitu sebanyak lima orang murid tahun empat dari sebuah sekolah kebangsaan harian di sekitar Kota Kinabalu, Sabah dipilih menjadi peserta kajian. Kaedah pengumpulan data adalah melalui kaedah analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Didapati kesemua peserta kajian dapat meningkatkan kemahiran menguasai kronologi riwayat hidup Hang Tuah dengan bantuan aplikasi Roda-LOGY dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 4. Dapatan lain juga menunjukkan keberkesanan Roda-LOGY terhadap fakta sejarah riwayat hidup Hang Tuah mengikut susunan kronologi yang betul dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 4. Diharapkan bahawa aplikasi Roda-LOGY dapat memudahkan guru-guru Sejarah menyelesaikan masalah murid dalam kronologi riwayat hidup Hang Tuah dalam topik Hang Tuah Sebagai Laksamana Melaka. Kata Kunci: Roda-LOGY, murid tahun empat, kemahiran menguasai kronologi, riwayat hidup Hang Tuah PENGAPLIKASIAN “JN-SMART BOARD” BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH DALAM TAJUK JATA NEGARA Slyvester Seliyang Anak Lanau PISMP Sejarah Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya E-mel: [email protected] Sapihi bin Hj Dulamit Jabatan Sejarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan minat serta mengurangkan kesilapan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah terutamanya dalam tajuk Jata Negara dengan mengaplikasikan “JN-Smart Board” dalam kalangan murid-murid Tahap 2. Kajian ini adalah bagi mengenal pasti kesilapan menulis lambang serta menyenaraikan dengan pasti lambang pada Jata Negara berpandukan maksudnya dengan betul melalui pengaplikasian “JN-Smart Board”. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Pemilihan peserta kajian pula melibatkan empat orang murid Tahun 5 dari sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Papar, Sabah. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah merangkumi analisis dokumen, ujian awal, pemerhatian, temu bual dan ujian akhir. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan kaedah analisis kandungan serta analisis pola dan bertema lalu disemak menggunakan triangulasi kaedah. Dapatan kajian membuktikan bahawa terdapat kesan pengaplikasian “JN-Smart Board” untuk menyenaraikan lambang pada Jata Negara berpandukan maksudnya dengan betul dalam kalangan murid-murid Tahap 2. Implikasinya, kajian ini menunjukkan bahawa keberkesanan penggunaan intervensi dalam pengajaran Jata Negara berasaskan tahap pencapaian murid mampu meningkatkan minat serta mengurangkan kesilapan menulis lambang pada Jata Negara berdasarkan maksudnya dengan berkesan. Kata kunci: “JN-Smart Board”, Sejarah, Jata Negara, Lambang 183


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN PERMAINAN “3T” DALAM MENINGKATKAN PENGUKUHAN TOPIK TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA, SEJARAH TAHUN 4 Timothy Donis Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] Dr Sapihi Bin Hj Dulamit Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan pemahaman dan penguasaan murid terhadap Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka, Sejarah tahun 4 melalui penggunaan Permainan “3T”. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti keberkesanan Permainan “3T” dalam meningkatkan penglbatan murid dalam aktiviti PdP Sejarah khususnya dalam topik Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka. Peserta kajian yang terlibat adalah terdiri daripada enam orang murid tahun 4 di sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di persisiran daerah Papar, Sabah. Kajian yang dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan yang mengaplikasikan Model Kemmis & Mc Taggart (1988). Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Dalam kajian ini, permasalahan murid mengenai pembelajaran Sejarah iaitu menghafal fakta sejarah semata-mata kini dapat diselesaikan. Murid kini mampu memahami dan menguasai topik Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka. Penggunaan Permainan “3T” turut dapat mewujudkan suasana PdP yang menyeronokkan dan mampu menarik minat murid untuk menglibatkan diri dalam aktiviti PdP Sejarah. Kata Kunci: Permainan “3T”, Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka, Penguasaan, Penglibatan, Menyeronokkan 184


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA OPSYEN SEJARAH (SK 2) 185


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA TEKNIK 5 JARI 4W 1H MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN INGATAN MURID TAHUN 5 DALAM UNIT 5 Abang Nur Iman bin Abang Shuhardi PISMP Pendidikan Sejarah Ambilan Jun 2020 IPG Kampus Gaya [email protected] Nor Amin Bin Lawisau Jabatan Sejarah IPG Kampus Gaya [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan murid tahun 5 dalam Unit 5 mengenai fakta perjuangan menentang campur tangan dan penjajahan oleh tokoh tempatan dengan menggunakan “Teknik 5 Jari 4W 1H”. “Teknik 5 Jari 4W 1H” ini menggunakan teknik mnemonik yang di mana setiap jari juga membawa maksud tersendiri. Maksud setiap jari ialah seperti ibu jari “Who” (Tokoh menentang siapa?), jari telunjuk “Where” (Di mana tokoh menentang?), jari tengah “When” (Bilakah tarikh penentangan tokoh), jari manis “How” (Bagaimana tokoh menentang) dan jari kelingking “Why” (Kenapa tokoh menentang) yang diintegrasikan dalam aplikasi nota digital interaktif Genially serta lembaran kerja Teknik 5 Jari 4W 1H. Peserta kajian terdiri daripada 5 orang murid di sekolah daerah Kota Kinabalu, Sabah. Pengkaji telah menggunakan reka bentuk kajian tindakan berbentuk kualitatif yang diadaptasikan daripada Model Kajian Kemmis dan McTaggart (1988). Pengkaji menggunakan tiga jenis instrumen pengumpulan data iaitu, analisis dokumen (ujian awal, ujian kitaran 1 dan ujian akhir), temu bual berstruktur dan pemerhatian berstruktur. Hasil dapatan kajian 1 dapat dilihat pada sebelum intervensi, selepas intervensi kitaran 1 dan selepas intervensi kitaran 2. Hasil dapatan 2 kesan “Teknik 5 Jari 4W 1H” telah berjaya memberikan kesan positif. Justeru kajian ini menunjukkan bahawa Teknik 5 Jari 4W 1H dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan murid tahun 5 dalam Unit 5. Kata kunci: kefahaman, ingatan, Teknik 5 Jari 4W 1H, mnemonik, nota digital interaktif Genially PENGAPLIKASIAN KOMIK BAGI MENGENALI TOKOH DAN MEMAHAMI PERISTIWA KESULTANAN MELAYU MELAKA Arnel Macilus Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] Nor Amin Lawisau Jabatan Sejarah IPG Kampus Gaya [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pencapaian murid dalam PdP sejarah berkenaan Topik 5 dalam DSKP sejarah Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka. Berdasarkan tinjauan awal murid didapati tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dan tidak menunjukkan minat terhadap sesi PdP sejarah di dalam kelas. Perkara ini ini terjadi akibat daripada bahan bantu mengajar yang digunakan tidak menarik dan tidak dapat meningkatkan tahap kognitif murid serta menggunakan kaedah pengajaran yang masih tradidional. Penggunaan bahan bantu mengajar terlihat tidak begitu efektif kerana mengelirukan murid dengan ayat yang terlalu panjang serta kurangnya penggunaan bahan bergambar. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilaksanakan bagi melihat kesan pengaplikasian Komik Sejarah terhadap tahap pencapaian murid berdasarkan topik sejarah tersebut. Seramai lima orang murid daripada Tahun 4 yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua orang perempuan di sebuah sekolah sekitar Sepanggar telah dipilih sebagai peserta kajian. Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang menggunakan pendekatan kualitatif. Kajian ini dilaksanakan dalam satu lingkaran berpandukan model Lewin (1946). Kaedah kajian yang telah digunakan untuk mengumpul data ialah ujian awal dan akhir. Instrumen kajian yang telah digunakan pula ujian dan borang senarai senarai semak. Hasil analisis data mendapati bahawa tahap pencapaian dan pemahaman murid telah meningkat berdasarkan peningkatan markah dalam ujian akhir. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan pengaplikasian intervensi Komik Sejarah telah membantu murid dalam meningkatkan pemahaman murid terhadap topik sejarah yang berkenaan. Kata Kunci: Bahan Bantu Mengajar, Tahap Kognitif, Komik Sejarah 186


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGGUNAAN “KAD IMBASAN PMM” DALAM MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MURID TAHUN ENAM BAGI TAJUK PEMIMPIN NEGARA MALAYSIA Azaz Azani Bin Juakim [email protected] En. Nor Amin Lawisau [email protected] Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan murid tahun 5 dalam Unit 5 mengenai fakta perjuangan menentang campur tangan dan penjajahan oleh tokoh tempatan dengan menggunakan “Teknik 5 Jari 4W 1H”. “Teknik 5 Jari 4W 1H” ini menggunakan teknik mnemonik yang di mana setiap jari juga membawa maksud tersendiri. Maksud setiap jari ialah seperti ibu jari “Who” (Tokoh menentang siapa?), jari telunjuk “Where” (Di mana tokoh menentang?), jari tengah “When” (Bilakah tarikh penentangan tokoh), jari manis “How” (Bagaimana tokoh menentang) dan jari kelingking “Why” (Kenapa tokoh menentang) yang diintegrasikan dalam aplikasi nota digital interaktif Genially serta lembaran kerja Teknik 5 Jari 4W 1H. Peserta kajian terdiri daripada 5 orang murid di sekolah daerah Kota Kinabalu, Sabah. Pengkaji telah menggunakan reka bentuk kajian tindakan berbentuk kualitatif yang diadaptasikan daripada Model Kajian Kemmis dan McTaggart (1988). Pengkaji menggunakan tiga jenis instrumen pengumpulan data iaitu, analisis dokumen (ujian awal, ujian kitaran 1 dan ujian akhir), temu bual berstruktur dan pemerhatian berstruktur. Hasil dapatan kajian 1 dapat dilihat pada sebelum intervensi, selepas intervensi kitaran 1 dan selepas intervensi kitaran 2. Hasil dapatan 2 kesan “Teknik 5 Jari 4W 1H” telah berjaya memberikan kesan positif. Justeru kajian ini menunjukkan bahawa Teknik 5 Jari 4W 1H dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan murid tahun 5 dalam Unit 5. Kata kunci: kefahaman, ingatan, Teknik 5 Jari 4W 1H, mnemonik, nota digital interaktif Genially SIKAP DAN MINAT MURID TAHUN ENAM TERHADAP PENGGUNAAN SUMBER DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH Bernard Kong Chee Ying PISMP Pendidikan Sejarah Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] Teo Tsai Vun Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan untuk (1) meninjau tahap kesediaan murid tahun enam dari segi sikap terhadap penggunaan sumber digital dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah, (2) mengenal pasti tahap minat murid enam terhadap penggunaan sumber digital dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah dan (3) menentukan sama ada terdapat hubungan antara tahap kesediaan dari segi sikap dan tahap minat murid tahun enam terhadap penggunaan sumber digital dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada 50 orang murid tahun enam di sebuah sekolah daerah Penampang, Sabah iaitu Sekolah Kebangsaan St. Aloysius Limbanak. Dapatan kajian yang didapati dalam kajian ini diperoleh melalui borang soal selidik sebagai instrumen utama kajian. Data profil responden dan objektif (1) dan (2) dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif manakala data bagi objektif (3) dianalisis dengan menggunakan statistik inferensi yang sesuai iaitu ujian Spearman’s Rho. Temu bual juga dilaksanakan terhadap 5 orang responden bagi memperoleh maklumat tambahan. Hasil dapatan kajian menunjukkan responden memiliki tahap kesediaan yang baik dari segi sikap dan tahap minat yang tinggi terhadap penggunaan sumber digital dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Kajian ini juga mendapati bahawa wujudnya hubungan signifikan tetapi berada pada tahap sederhana antara tahap kesediaan responden dari segi sikap dan tahap minat mereka terhadap penggunaan sumber digital Sejarah. Kata Kunci: kesediaan, sikap, minat, sumber digital, Sejarah 187


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA TEKNIK MA-RI: MENINGKATKAN INGATAN DAN PEMAHAMAN MURID DALAM TOPIK RUKUN NEGARA SEJARAH TAHUN 6 Cyril Jaiton@James [email protected] Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Nor Amin Bin Lawisau [email protected] Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Jabatan Sejarah ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menangani masalah murid tahun enam yang lemah dalam mengingati Prinsip Rukun Negara dan memahami maksud setiap Prinsip Rukun Negara dalam subtopik Rukun Negara. Pengkaji telah membina satu intervensi untuk membantu murid meningkatkan tahap ingatan dan pemahaman mereka terhadap Prinsip Rukun Negara iaitu Intervensi Teknik MA-RI dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Teknik MA-RI dilaksanakan melalui strategi berasaskan bahan iaitu melalui bahan maujud dan buku nota digital yang dibina oleh pengkaji bagi membantu pengaplikasi intervensi ini. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti keberkesanan penggunaan Teknik MA-RI dalam meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) pengkaji. Intervensi Teknik MA-RI ini merupakan satu perkara yang baru dalam PdP Sejarah. Penghasilan teknik atau kaedah seperti ini dapat meningkatkan amalan PdP pengkaji secara langsung. Peserta kajian ini terdiri daripada 6 orang murid tahap 2 di sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Penampang, Sabah. Kajian yang dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian tindakan yang mengaplikasikan Model Kemmis dan McTaggart. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen, pemerhatian dan temubual. Dalam kajian ini masalah ingatan dan pemahaman murid terhadap Rukun Negara dapat diselesaikan melalui Intervensi Teknik MA-RI ini. Teknik MA-RI ini dapat menarik minat murid, memudahkan murid mengingat lima Prinsip Rukun Negara, memahami maksud setiap prinsip tersebut kerana menggunakan teknik yang seronok, ringkas dan mudah difahami. Kata kunci: Prinsip Rukun Negara, Ingatan, Pemahaman, Amalan Pengajaran dan Pembelajaran, Intervensi Teknik MA-RI KESEDIAAN GURU PELATIH SEJARAH TERHADAP AMALAN DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH SEKOLAH RENDAH Dayang Hafizha Mirrah binti Awang Spawi PISMP Pendidikan Sejarah Ambilan Jun 2020 IPG Kampus Gaya [email protected] Nor Amin bin Lawisau Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap kesediaan guru pelatih Sejarah terhadap penerapan amalan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah, mengenalpasti tahap penerapan amalan didik hibur guru pelatih Sejarah dan mengenalpasti hubungan antara tahap kesediaan dengan tahap penerapan amalan didik hibur guru pelatih Sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah sekolah rendah sepanjang Praktikum Fasa 1. Kajian tinjauan ini menggunakan borang soal selidik berbentuk Google Form yang melibatkan sampel seramai 85 orang guru pelatih Sejarah IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Analisis data menggunakan perisian IBM SPSS 29.0 yang melibatkan analisis deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai) serta analisis inferensi (Korelasi Pearson). Hasil kajian rintis berdasarkan Cronbach Alpha bagi setiap keseluruhan item menunjukkan tahap kebolehpercayaan adalah 0.930. Hasil kajian mendapati tahap kesediaan guru pelatih Sejarah terhadap amalan didik hibur berada pada tahap yang tinggi. Tahap penerapan amalan didik hibur dalam kalangan guru pelatih juga berada pada tahap yang tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan guru pelatih Sejarah dengan penerapan amalan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Implikasi kajian diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada guru Sejarah selaku pelaksana kurikulum untuk memberi penekanan terhadap strategi pembelajaran dan pengajaran murid yang lebih efektif melalui amalan didik hibur. Kata Kunci : Kesediaan, Guru pelatih Sejarah, Penerapan, Amalan, Didik hibur 188


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA TEKNIK RAHMAN-MAMU-ISAN: MENINGKATKAN TAHAP PENGETAHUAN MURID TAHUN ENAM DALAM TOPIK PEMIMPIN NEGARA MALAYSIA Del Piero Petrus [email protected] Nor Amin Bin Lawisau [email protected] Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Jabatan Sejarah ABSTRAK Kemahiran mengingat merupakan kemahiran yang perlu ada untuk menguasai mata pelajaran Sejarah. Dalam hal ini, Sejarah merupakan mata pelajaran yang memerlukan murid mengingat fakta-fakta penting untuk memahami dan mendalami topik yang dipelajari. Penyelidikan tindakan ini adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan Teknik RAHMAN-MAMU-ISAN dalam meningkatkan tahap pengetahuan murid Tahun Enam dalam topik Pemimpin Negara Malaysia. Penggunaan teknik RAHMAN-MAMU-ISAN secara khususnya adalah untuk meningkatkan kemahiran mengingat dan menyusun urutan Perdana Menteri. Instrumen ujian, pemerhatian dan temu bual telah digunakan untuk mengumpul data di dalam kajian yang dijalankan dan dapatan data dilaporkan dalam bentuk deskriptif dan dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan. Pengumpulan data adalah merangkumi ujian awal dan akhir, pemerhatian sebelum dan selepas serta temu bual bersama murid dan guru Sejarah. Teknik RAHMAN-MAMU-ISAN adalah teknik yang membolehkan murid untuk mengorgansasi idea dengan lebih baik dan tersusun. Pelaksanaan Teknik RAHMAN-MAMU-ISAN, telah menunjukkan peningkatan yang signifikan terhadap kemahiran murid dalam mengingat dan menyusun urutan Perdana Menteri. Sepanjang kajian dijalankan, ianya turut membantu pengkaji untu memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui pelaksanaan Teknik RAHMAN-MAMU-ISAN. Proses pengumpulan data yang dilalui pengkaji telah membantu memberikan kesedaran terhadap amalan PdP yang boleh ditambahbaik oleh pengkaji sendiri. Teknik RAHMAN-MAMU-ISAN yang diperkenalkan telah berjaya membantu untuk menyelesaikan isu murid dan turut memberikan impak yang positf kepada amalan pengkaji khususnya di dalam pengajaran. Teknik RAHMANMAMU-ISAN adalah penting untuk dilaksanakan untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih mudah dan menyeronokkan kepada murid termasuklah guru Sejarah. Kata Kunci: Perdana Menteri, Mengingat, Menyusun, Teknik RAHMAN-MAMU-ISAN, Amalan Pengajaran dan Pembelajaran PENGGUNAAN GRAFIK UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGUASAI KRONOLOGI PEMBUKAAN MELAKA OLEH PARAMESWARA Denis Wong Lee Wuong [email protected] En. Nor Amin Lawisau [email protected] Institusi Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kronologi murid Tahun 4 iaitu menguasai tajuk kronologi pembukaan Melaka oleh Parameswara dengan melalui kaedah penggunaan grafik. Peserta kajian dalam kajian ini adalah terdiri daripada 3 orang murid perempuan dan 2 orang murid lelaki Tahun 4 di sebuah sekolah daerah Penampang, Sabah. Dapatan kajian yang didapati dalam kajian ini adalah melalui borang senarai semak pemerhatian, kaedah temu bual serta ujian pra dan ujian pasca yang terdiri daripada 2 kitaran. Hasil analisis data daripada borang senarai semak telah mendapati bahawa 5 orang peserta kajian tersebut telah menunjukkan penglibatan aktif dalam pengajaran pengkaji. Selain itu, melalui dapatan temu bual, kesemua peserta kajian menyatakan bahawa kaedah penggunaan grafik ini dapat meningkatkan minat mereka dan banyak membantu mereka dalam kemahiran kronologi bagi tajuk tersebut. Melalui ujian pra dan pasca pula, pencapaian kesemua peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang banyak. Justeru itu, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kaedah penggunaan grafik ini dapat meningkatkan penglibatan peserta kajian serta meningkatkan kemahiran kronologi murid Tahun 4. Kaedah ini boleh diaplikasikan untuk tajuk-tajuk lain dalam Mata Pelajaran Sejarah. Kata Kunci: kemahiran kronologi, kaedah penggunaan grafik, Mata Pelajaran Sejarah 189


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KESEDIAAN GURU SEJARAH SEKOLAH RENDAH TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN ABAD KE21 DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH DEXTER JOHN VICTOR PISMP Sejarah Pendidikan Rendah Email: [email protected] DR HENRY NICHOLAS LEE Jabatan Pendidikan Holistik Institut Pendidikan Guru, Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru Sejarah sekolah rendah terhadap pelaksanaan Pengajaran Abad Ke-21 dalam mata pelajaran Sejarah. Kajian ini memberi fokus kepada tiga aspek utama iaitu aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan reka bentuk tinjauan dengan menyasarkan 40 buah sekolah rendah yang dipilih secara rawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian ialah seramai 165 orang guru Sejarah yang dipilih secara rawak di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Alat kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 29. Data deskriptif ditunjukkan dalam bentuk frekuensi, peratus dan min, manakala analisis statistik inferens iaitu Ujian-t, ANOVA sehala dan Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis nol kajian pada aras signifikan p < 0.05. Dapatan kajian menunjukkan kesediaan guru berada pada tahap yang tinggi untuk semua aspek yang dikaji. Analisis Ujian-t terhadap kesediaan guru mengikut bidang pengkhususan bagi aspek pengetahuan tidak menunjukkan perbezaan signifikan, namun terdapat perbezaan signifikan bagi aspek kemahiran dan sikap. Analisis Ujian-t terhadap kesediaan guru bagi ketiga-tiga aspek yang dikaji tidak menunjukkan perbezaan signifikan mengikut jenis sekolah dan kedudukan sekolah, namun terdapat perbezaan signifikan mengikut kehadiran guru dalam kursus PAK21. Ujian ANOVA untuk ketiga-tiga aspek yang dikaji tidak menunjukkan perbezaan signifikan mengikut pengalaman mengajar guru, tetapi berbeza secara signifikan mengikut pengalaman mengajar Sejarah. Analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan sangat kuat dan signifikan antara aspek pengetahuan dengan aspek kemahiran. Melalui Korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan yang sangat kuat dan signifikan antara aspek pengetahuan dengan aspek sikap. Kata kunci: Pengajaran Abad Ke-21, Kesediaan, Guru Sejarah, Sekolah rendah KESEDIAAN GURU SEJARAH DALAM “PERKONGSIAN NILAI” DI SEBUAH SEKOLAH DI DAERAH PENAMPANG: SATU KAJIAN KES ELIYANA BINTI HASSAN PISMP AMBILAN JUN 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] NOR AMIN BIN LAWISAU Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji akan tahap amalan dimensi kewarganegaraan di dalam Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik (EKNS) dalam kalangan guru sejarah, serta mengkaji akan faktor-faktor yang mempengaruhi penerapan amalan ini dalam kalangan guru. Melalui EKNS, dimensi kewarganegaraan yang telah menjadi pilihan pengkaji adalah dimensi kewarganegaraan ‘Perkongsian Nilai’. Hal ini dipilih kerana ianya relevan dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang keempat, iaitu perpaduan, dengan sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian. Dapatan kajian lalu menunjukkan akan penerapan nilai melalui dimensi kewarganegaraan dalam kalangan murid semata. Dengan mengaplikasikan teori pembelajaran seperti Teori Sosial-Kognitif Albert Bandura, kajian ini ingin menunjukkan peranan guru sebagai ejen dalam mewujudkan aspirasi yang telah dinyatakan dengan mengkaji tahap penerapan amalan tersebut semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Kajian ini merupakan sebuah kajian kes berbentuk kualitatif di mana, data diperoleh daripada kaedah temu bual separa berstruktur, analisis data dokumen serta daripada kaedah pemerhatian. Peserta kajian pula terdiri daripada semua guru yang mengajar subjek Sejarah di sekolah yang menjadi lokasi kajian. Dapatan kajian menunjukkan penerapan EKNS melalui dimensi perkongsian nilai oleh guru sejarah dipengaruhi oleh faktor-faktor internal dan eksternal. Di mana faktor ini mempengaruhi akan keberhasilan penerapan perkongsian nilai di dalam PdP peserta kajian. Kata Kunci: EKNS, kewarganegaraan, nilai, nilai sivik, perkongsian nilai, guru 190


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA APLIKASI KP-PES: MEMUPUK KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA SEJARAH BERKAITAN KESAN PENJAJAHAN BAGI MURID TAHUN 5 Elly Ezora Roni PISMP Pendidikan Sejarah Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya [email protected] Nor Amin Bin Lawisau Jabatan Sejarah, IPG Kampus Gaya [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini diaksanakan bertujuan untuk menangani masalah murid Tahun 5 yang lemah dalam mengingati fakta Sejarah dalam subtopik Kesan Campur Tangan dan Penjajahan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi KP-PES melalui pendekatan didik hibur yang diintegrasikan dengan elemen teknologi maklumat dan komunikasi. Pengisian dalam aplikasi KP-PES ini selaras dengan Teori Kecerdasan Pelbagai yang menggariskan pelbagai kecerdasan manusia seperti kecerdasan linguistik, kecerdasan muzik dan kecerdasan interpersonal. Antara pengisian aktiviti dalam aplikasi android ini merangkumi halaman “Tahukah Anda”, aktiviti nyanyian lagu Kesan Penjajahan, aktiviti melengkapkan lirik disusuli dengan latihan pengukuhan. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tindakan menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengadaptasikan Model Penyelidikan Tindakan Kemmis dan MC Taggart (1988). Pemilihan peserta kajian melibatkan empat orang murid Tahun 5 dari sebuah sekolah kebangsaan di daerah Penampang, Sabah. Kajian menggunakan tiga kaedah utama dalam pengumpulan dan penganalisisan data iaitu analisis dokumen melalui ujian awal dan ujian akhir, pemerhatian menggunakan nota lapangan, serta temu bual berstruktur. Data dianalisis secara deskriptif serta ditriangulasikan untuk mendapatkan kesahan data dan meningkatkan kebolehpercayaan data. Dapatan kajian mengenal pasti faktor peserta kajian tidak mengingat fakta sejarah berkaitan kesan campur tangan dan penjajahan adalah disebabkan oleh dua faktor utama iaitu tidak mengetahui maksud istilah dan tidak mengetahui perbezaan setiap aspek dalam kesan penjajahan. Kajian juga mendapati bahawa aplikasi KP-PES ini memberi kesan dalam menambah baik amalan pedagogi pengkaji melalui peningkatan tahap pengetahuan dan penglibatan peserta kajian. Kesimpulannya, penggunaan aplikasi android ini membantu peserta kajian menghadapi kesukaran mempelajari subtopik Sejarah yang mengandungi terlalu banyak fakta Sejarah. Kata Kunci: Aplikasi KP-PES, Pendekatan Didik Hibur, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teori Kecerdasan Pelbagai PERMAINAN DIPUZTREEMAP: MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 4 DALAM TOPIK HUBUNGAN DIPLOMATIK KERAJAAN MELAYU AWAL Fendy Yip Jun Yan PISMP Pendidikan Sejarah Ambilan Jun 2020 [email protected] Dr. Henry Nicholas Lee Jabatan Pendidikan Holistik ABSTRAK Kajian tindakan ini diaksanakan bertujuan untuk menangani masalah murid Tahun 4 yang tidak memahami topik Hubungan Diplomatik Kerajaan Melayu Awal dan kurang melibatkan diri dalam PdP Sejarah. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan Permainan DiPuzTreeMap melalui kaedah belajar sambil bermain yang berasaskan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Pengisian dalam Permainan DiPuzTreeMap ini selaras dengan Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget yang menggariskan keupayaan murid untuk mengklasifikasikan fakta sejarah dalam memahami topik dengan lebih teratur. Antara ciri-ciri Permainan DiPuzTreeMap merangkumi halaman soalan objektif, soalan puzzle, peta pokok dan lagu Hubungan Diplomatik. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tindakan menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengadaptasikan Model Kemmis dan McTaggart (1988). Pemilihan peserta kajian melibatkan lima orang murid Tahun 4 di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Papar, Sabah. Kajian menggunakan empat kaedah dalam pengumpulan dan penganalisisan data iaitu analisis dokumen melalui latihan pengukuhan, ujian awal dan ujian akhir, pemerhatian berstruktur, borang soal selidik serta temu bual separa berstruktur. Data dianalisis secara deskriptif serta ditriangulasikan untuk mendapatkan ketepatan data dan meningkatkan kebolehpercayaan data. Dapatan kajian membuktikan bahawa TMK sebagai kaedah berkesan untuk pembelajaran berpusatkan murid melalui perkaitan ciri-ciri Permainan DiPuzTreeMap yang memudahkan pembelajaran dan keupayaan murid dalam menjawab soalan secara bertulis. Kajian juga mendapati bahawa murid berminat untuk mempelajari Sejarah selepas menggunakan Permainan DiPuzTreeMap melalui analisis perasaan, tingkah laku positif dan kesungguhan murid dalam mempelajari Sejarah. Kesimpulannya, penggunaan Permainan DiPuzTreeMap membantu murid memahami topik yang difokuskan dan menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam PdP Sejarah. Kata Kunci: Permainan DiPuzTreeMap, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kefahaman Murid, Penglibatan Murid, Hubungan Diplomatik 191


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA Penerapan Kaedah Role Play Dalam Topik Peristiwa Pembukaan Negeri Melaka Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Gillgray Gabriel PISMP AMBILAN JUN 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] Nor Amin Bin Lawisau Jabatan Sejarah [email protected] ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan untuk membantu murid tahun 4 meningkatkan tahap pencapaian dalam mata pelajaran sejarah serta membantu murid dalam menguasai kronologi peristiwa bersejarah. Justeru, dalam kajian ini pengkaji telah menerapkan kaedah role play topik peristiwa pembukaan Melaka bagi meningkatkan tahap pencapaian mata pelajaran sejarah dan membantu murid untuk menguasai kronologi peristiwa bersejarah. Kajian ini telah menggunakan pendekatan berbentuk kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan. Seterusnya, kajian ini telah melibatkan seramai 5 orang peserta kajian yang terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Manakala, kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah analisis dokumen, temu bual serta pemerhatian. Selain daripada itu, kaedah triangulasi data telah digunakan dalam kajian untuk menyemak data bagi meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data melalui perbandingan data-data yang dikumpul iaitu melalui perbandingan antara data temu bual, ujian awal dan ujian akhir serta data pemerhatian. Berdasarkan kajian ini, terdapat peningkatan pada tahap pencapaian murid dalam mata pelajaran sejarah peserta kajian dan tahap ingatan peserta kajian terhadap mata pelajaran sejarah. Buktinya, terdapat peningkatan tahap pencapaian PK1, PK2, PK3, PK4, PK5 dari ujian awal sehingga ujian akhir adalah sebanyak 100%. Dalam hal ini, kesemua peserta kajian mendapat markah tertinggi dalam ujian yang diberikan. Manakala, dari aspek membantu murid untuk menguasai kronologi peristiwa bersejarah, PK1, PK2, PK3, PK4, PK5 dari ujian awal sehingga ujian akhir adalah sebanyak 100%. Secara keseluruhannya, melalui kajian ini kaedah role play telah berjaya membantu peserta kajian untuk meningkatkan tahap pencapaian mata pelajaran sejarah dan membantu murid dalam menguasai kronologi peristiwa bersejarah. Kata Kunci: Tahap pencapaian, menguasai kronologi peristiwa bersejarah, penerapan kaedah role play. FLIP IT PRO: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT AGAMA DAN AJARAN BAGI MURID TAHUN 6 Isma Harith bin Ismail PISMP Sejarah Ambilan Jun 2020 Emel: [email protected] Nor Amin bin Lawisau Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Emel: [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti aplikasi Flip it Pro dalam menguasai agama dan ajaran tahun enam dan menentukan Flip it Pro dalam membantu menambah baik amalan pedagogi guru. Secara umumnya, terdapat 5 nama agama dan 2 nama ajaran yang wajib diketahui oleh murid-murid darjah enam melalui subjek Sejarah.Selain daripada nama-nama agama dan ajaran, terdapat juga nama-nama kita bagi setiap agama dan ajaran yang perlu dipelajari oleh murid tahun enam melalui subjek Sejarah. Maka, kebolehan murid dalam kemahiran mengingat aspek agama dan ajaran dapat meningaktakan pengetahuan murid-murid mengenai agama dan ajaran yang wujud di Malaysia untuk memupuk nilai hormat menghormati antara satu sama lain.Rentetan itu, pengkaji telah mengambil keputusan untuk memperkenalkan intervensi Flip it Pro dimana intervensi ini membolehkan murid mengingat nama-nama agama dan ajaran serta nama kitab bagi setiapnya melalui dua aktiviti iaitu nyanyian dan menyuaipadankan warna.Kajian yang dijalankan ini adalah bersifat kualitatif dan mengadabtasi Model Penyelidikan Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1986). Berdasarkan kaedah persampelan, seramai empat orang murid dari sebuah sekolah di daerah Penampang, Sabah yang terdiri daripada empat orang murid lelaki dan satu orang murid perempuan terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah ujian awal dan ujian akhir, temubual dan senarai semak akan dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan dan kemahiran mengingat aspek agama dan ajaran meningkat serta amalan pedagogi guru dapat ditingkatkan selepas pengaplikasian Flip it Pro. Kesimpulannya, kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada para guru dalam meningkatkan amalan pedagogi guru dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran. Kata Kunci: Flip it Pro, penguasaan, agama dan ajaran, amalan pedagogi, nama kitab 192


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENERAPAN DAN REFLEKSI KENDIRI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH DALAM KALANGAN PELAJAR PISMP OPSYEN SEJARAH Khairul Daniel Bin Mohd Zainie PISMP Pendidikan Sejarah Ambilan Jun 2020 IPG Kampus Gaya [email protected] NorAmin Bin Lawisau Jabatan Sejarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penerapan dan tahap refleksi kendiri pengajaran Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam kalangan pelajar PISMP Opsyen Sejarah di IPG Kampus Gaya semasa Praktikum Fasa 1. Aspek-aspek penerapan KPS yang dikaji melibatkan lima konstruk iaitu kemahiran memahami kronologi, kemahiran meneroka bukti, kemahiran imaginasi, kemahiran interpretasi dan kemahiran merasionalisasi. Pendekatan kajian ialah kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik. Sampel kajian melibatkan 107 orang respondenyang dipilih secararawak dalam kalangan pelajar PISMP Opsyen Sejarah di IPG Kampus Gaya. Kajian rintis dijalankan terhadap 30 orang pelajar dari IPG yang tidak terlibat dalam sampel kajian dan hasil kajian rintis menunjukkan keseluruhan konstruk berdasarkan analisis Cronbach Alpha berada pada tahap yang tinggi iaitu 0.849. Dapatan kajian menunjukkan tahap penerapan dan tahap refleksikendiri pengajaran KemahiranPemikiran Sejarah dalam kalangan pelajar PISMP Opsyen Sejarah berada pada tahap tinggi secara keseluruhannya. Analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam kalangan pelajar PISMP Opsyen Sejarah dengan jantina. Kajian turut menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan tahap refleksi kendiri pengajaran KPS dalam kalangan pelajar PISMP Opsyen Sejarah berdasarkan jantina. Kajian menunjukkan penguasaan KPS yang tinggi membantu pelajar PISMP Opsyen Sejara hmencapai objektif yang digariskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institut Pendidikan Guru Malaysia dalam melahirkan guru Sejarah yang kompeten, berkualiti dan menguasai asas bagi disiplin ilmu Sejarah. Kata Kunci : Penerapan, Refleksi Kendiri, Kemahiran Pemikiran Sejarah, Pelajar PISMP Opsyen Sejarah. PENGETAHUAN DAN KESAN PELAKSANAAN SET INDUKSI DALAM PDP SEJARAH DI KALANGAN GURU PELATIH Leonarachel Anak Petrus PISMP Pendidikan Sejarah Ambilan Jun 2020 IPG Kampus Gaya Emel: [email protected] Nor Amin Bin Lawisau Jabatan Sejarah IPG Kampus Gaya Emel: [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan guru pelatih terhadap set induksi dan kesan pelaksanaan set induksi oleh guru pelatih semasa PdP Sejarah sewaktu praktikum fasa satu. Pendekatan kajian ialah kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Proses kajian dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik Google Form sebagai instrumen. Instrumen kajian terdiri daripada beberapa bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Sampel kajian melibatkan 85 orang guru pelatih yang dipilih secara rawak dalam kalangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Kajian rintis dijalankan terhadap 30 orang guru pelatih yang tidak terlibat dalam sampel kajian dan hasil kajian rintis menunjukkan keseluruhan konstruk berdasarkan analisis Cronbach Alpha berada pada tahap yang tinggi iaitu 0.92. Dapatan kajian dianalisis menggunakan IBM Statistical Package for the Social Science (IBM SPSS) Version 29. Skor min, sisihan piawai dan analisis Korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru pelatih terhadap set induksi (min=4.50) dan kesan pelaksanaan set induksi oleh guru pelatih semasa PdP Sejarah sewaktu praktikum fasa satu (min= 4.67) berada pada tahap tinggi secara keseluruhannya. Hasil analisis ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan diantara tahap pengetahuan guru pelatih terhadap set induksi dan kesan pelaksanaan set induksi oleh guru pelatih semasa PdP Sejarah sewaktu praktikum fasa satu (p<0.05, r = 0.63). Hipotesis nol ditolak. Justeru, tahap pengetahuan guru pelatih dalam set induksi memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah di kalangan guru pelatih. Kata Kunci : set induksi, tahap pengetahuan, guru pelatih, praktikum, kesan pelaksanaan 193


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGUASAAN BAHASA MELAYU DALAM MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN SEJARAH MURID: SATU KAJIAN KES Lusriani binti Baharuddin PISMP Sejarah Ambilan Jun 2020, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] Nor Amin bin Lawisau Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] ABSTRAK Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar utama yang digunakan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah kebangsaan. Tahap penguasaan bahasa Melayu seseorang murid akan mempengaruhi dan memberi kesan kepada pembelajaran Sejarah murid kerana bahasa menjadi medium penyampaian maklumat serta ilmu pengetahuan di dalam bilik darjah. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana penguasaan bahasa Melayu mempengaruhi pembelajaran dan prestasi murid tahap dua dalam mata pelajaran Sejarah serta mengenal pasti langkah penyelesaian yang dilaksanakan oleh guru Sejarah dalam menangani isu tahap penguasaan bahasa Melayu agar tidak memberi kesan negatif terhadap pembelajaran dan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sejarah. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Kes yang dikaji ialah kesan tahap penguasaan bahasa Melayu terhadap pembelajaran murid tahap dua. Seramai lapan orang murid daripada kelas tahun 5 dan tahun 6 serta dua orang guru Sejarah dipilih sebagai peserta kajian melalui kaedah persampelan bertujuan. Data dikumpul melalui kaedah temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian seterusnya data dianalisis menggunakan pendekatan bertema. Hasil kajian mendapati, antara kesan tahap penguasaan bahasa Melayu terhadap pembelajaran Sejarah murid ialah menjejaskan kebolehan murid menjawab soalan bertulis dan lisan, penggunaan struktur bahasa Melayu yang tidak betul, penglibatan semasa PdP Sejarah dan kesan kepada pencapaian prestasi murid. Oleh itu, langkah penyelesaian yang dilaksanakan oleh guru ialah dengan mempelbagaikan kaedah PdP Sejarah, penggunaan bahan yang sesuai dengan tahap penguasaan murid serta penggunaan istilah bahasa Melayu yang mudah difahami. Kajian ini memberi implikasi kepada pemilihan pendekatan dan strategi pengajaran guru bagi kelas yang muridnya terdiri daripada pelbagai tahap penguasaan bahasa Melayu. Kata Kunci: Kesan, Penguasaan Bahasa Melayu, Pembelajaran Sejarah, Murid tahap dua, Langkah penyelesaian guru PENGADAPTASIAN PAL-T DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TERHADAP PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH Muhammad Ameerudin Bin Shamsul bahari PISMP Pendidikan Sejarah Ambilan Jun 2020 IPG Kampus Gaya [email protected] Nor Amin Lawisau Jabatan Sejarah IPG Kampus Gaya [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini telah dijalankan bagi melihat keberkesanan pengaplikasian intervensi PAL-T dalam meningkatkan kefahaman peserta kajian terhadap mata pelajaran Sejarah Tahun 5. Seramai 4 orang murid Tahun 5 dari sebuah sekolah rendah di sekitar Kota Kinabalu, Sabah telah dipilih sebagai peserta kajian berdasarkan pemerhatian awal, temubual dan analisis dokumen peserta kajian berdasarkan 2 kitaran. Permasalahan kajian adalah peserta kajian tidak memahami topik pembelajaran yang difokuskan. Justeru itu, dapatan kajian ini dilakukan secara kualitatif melalui proses triangulasi data. Hasil analisis data daripada borang senarai semak telah mendapati bahawa 4 orang peserta kajian tersebut telah menunjukkan minat yang memuaskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, melalui dapatan temu bual, peserta kajian menyatakan bahawa mereka seronok dah mudah memahami konteks pembelajaran yang difokuskan melalui pengaplikasian intervensi PAL-T. Melalui analisis dokumen iaitu ujian kitaran 1 dan ujian kitaran 2, pencapaian peserta kajian menunjukkan peningkatan yang ketara. Justeru itu, dapatan kajian ini menunjukkan pengadaptasian intervensi PAL-T ini dapat meningkatkan kefahaman peserta kajian untuk menguasai tajuk 7, Perjuangan Kemerdekaan Negara. Penggunaan intervensi ini diaplikasikan untuk standard kandungan 7.2, Perjuangan Menentang Campur Tangan dan Penjajahan, Sejarah Tahun 5. Kata Kunci: PAL-T, meningkatkan, kefahaman, pembelajaran, Sejarah, Tahun 5 194


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN TEKNIK SBTSK DALAM MENGUASAI TAJUK PERJUANGAN MENENTANG CAMPUR TANGAN DAN PENJAJAHAN SEJARAH TAHUN 5 MUHAMMAD IRFAN RAHIMIE BIN JEFRI PISMP SEJARAH AMBILAN JUN 2020 [email protected] Dr. Henry Goh Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) ABSTRAK Kajian tindakan yang dijalankan adalah bertujuan bagi mengatasi isu dan masalah yang dikenal pasti oleh pengkaji berkenaan dengan tahap pengetahuan serta kemahiran mencari kata kunci murid dalam tajuk Perjuangan Menentang Campur Tangan dan Penjajahan menggunakan Teknik SBTSK. Reka bentuk kajian tindakan ini adalah melibatkan kajian kualitatif iaitukajian ke atas sesuatu situasi dan individu bagi memperoleh data mahupun maklumat dengan terperinci. Model kajian tindakan yang digunakan dalam proses pelaksanaan ialah melibatkan Model Kemmis & Taggart 1988 yang melibatkan empat langkah kajian dalam satu kitaran merangkumi proses merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Peserta kajian yang terlibat dalam pelaksanaan kajian tindakan ini adalah serama 8 orang murid Tahun 5 dari sebuah sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kaedah pengumpulan data adalah melibatkan instrumen pemerhatian, ujian pra dan pos, analisis dokumen serta temu bual. Dalam pada itu, dapatan kajian yang diperoleh dianalisis secara deskriptif berdasarkan hasil pengumpulan data yang dilakukan. Maka dengan itu, dapatan kajian telah memberikan hujah bahawa murid-murid yang terlibat sebagai peserta kajian mampu meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mencari kata kunci dalam tajuk Perjuangan Menentang Campur Tangan dan Penjajahan menggunakan Teknik SBTSK. Malah, berdasarkan hasil keputusan ujian pra dna pos memperlihatkan bahawa terdapat peningkatan terhadap murid-murid yang terlibat sebagai peserta kajian. Oleh itu, Teknik SBTSK berhasil membuktikan keberkesanan dan mencapai objektif dalam meningkatan pengetahuan dan kemahiran mencari kata kunci murid. Kata kunci: kajian tindakan, pengetahuan, kemahiran mencari kata kunci, murid Tahun 5, Teknik SBTSK AMALAN DIMENSI KEWARGANEGARAAN “TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA” DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 DI SEBUAH SEKOLAH DAERAH PENAMPANG: SATU KAJIAN KES Shazirah Awanis Binti Budullahapit PISMP Pendidikan Sejarah Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya [email protected] Nor Amin Bin Lawisau IPG Kampus Gaya [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan dimensi kewarganegaraan tanggungjawab warganegara dan mengenal pasti faktor persekitaran yang mempengaruhi penerapan amalan dimensi kewarganegaraan dalam kalangan murid Tahun 5. Dapatan kajian lepas mendapati bahawa nilai kewarganegaraan dalam diri murid-murid semakin pudar menyebabkan tanggungjawab sebagai seorang warganegara semakin berkurang. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi reka bentuk kajian iaitu kajian kes. Pengumpulan data menggunakan instrumen temu bual separa berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen. Triangulasi kaedah digunakan untuk menganalisis data. Peserta kajian dalam kajian ini terdiri daripada murid-murid Tahun 5 sahaja yang dipilih berdasarkan pemilihan secara bertujuan (purposive sampling). Dapatan kajian menunjukkan muridmurid Tahun 5 di sekolah tersebut ada mengamalkan amalan dimensi kewarganegaraan iaitu tanggungjawab warganegara. Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat beberapa faktor persekitaran yang mempengaruhi penerapan amalan dimensi kewarganegaraan tanggungjawab warganegara dalam kalangan murid tahun 5. Implikasi kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan terhadap mata pelajaran Sejarah mempengaruhi amalan dimensi kewarganegaraan tanggungjawab warganegara dalam kalangan murid Tahun 5. Tambahan pula, kajian ini boleh memberikan pandangan kepada pendidik dan penyelidik untuk merangka strategi pengajaran yang lebih efektif yang dapat merangsang minat pelajar dalam memahami dan mengamalkan nilai-nilai kewarganegaraan. Kata Kunci: Amalan, Dimensi Kewarganegaraan, Tanggungjawab, Sejarah 195


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN INDEPENDENCE LANDMARK DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID-MURID TAHUN LIMA TERHADAP KRONOLOGI SEJARAH KEMERDEKAAN 1957 Siti Nur Ainur Nasiha Binti Suhaimi PISMP Pendidikan Sejarah Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya [email protected] Nor Amin Bin Lawisau Jabatan Sejarah, IPG Kampus Gaya [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan Independence Landmark bagi meningkatkan penguasaan berkaitan kronologi Ke Arah Menuntut Kemerdekaan 1957 serta kesannya terhadap amalan penambahbaikan pedagogi guru dari segi meningkatkan penglibatan aktif murid. Secara umumnya, kronologi merupakan satu proses menyusun urutan kejadian atau peristiwa sejarah secara teratur. Maka, kebolehan murid-murid memahami sejarah mengikut kronologi dapat mengelakkan daripada berlakunya anachronisms atau kekeliruan masa dalam sejarah kerana mereka mampu untuk membina semula susunan kejadian peristiwa dengan tepat. Rentetan itu, pengkaji telah mengambil keputusan untuk memperkenalkan intervensi Independence Landmark di mana intervensi ini memerlukan pelajar menyusun dan menerangkan fakta-fakta sejarah berkaitan dengan sejarah kemerdekaan 1957. Intervensi ini memfokuskan kepada tiga perkara utama iaitu tarikh, nama peristiwa serta huraian kepada sesuatu peristiwa tersebut. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kualitatif dan mengadaptasikan Model Penyelidikan Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988). Berdasarkan kaedah persampelan, seramai lima orang murid Tahun Lima dari sebuah sekolah di daerah Putatan, Sabah yang terdiri daripada dua orang lelaki dan tiga orang perempuan terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan iaitu ujian awal dan akhir, temu bual serta borang pemerhatian menggunakan nota lapangan akan dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan serta penglibatan aktif peserta kajian semakin meningkat selepas pengaplikasian Independence Landmark. Kesimpulannya, kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru Sejarah dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, khususnya berkaitan dengan kronologi kemerdekaan 1957. Kata Kunci: Independence Landmark, kronologi, tahap penguasaan, penglibatan aktif PARAMELAKA: APLIKASI PENGUASAAN TAJUK PERISTIWA PENGEMBARAAN PARAMESWARA MURID TAHUN EMPAT Siti Nurliyana binti Ab Halim PISMP Sejarah Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] Dr.Shukiman bin Sukardi (Ph.D) Jabatan Penyelidikan Holistik [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan aplikasi ParaMelaka bagi membantu meningkatkan penguasaan berkaitan peristiwa pengembaraan Parameswara dalam kalangan murid tahun empat. Oleh itu, kajian ini mengenal pasti pola kesalahan murid dalam mengingat peristiwa pengembaraan Parameswara serta mengkaji amalan penambahbaikan pedagogi guru yang dapat membantu meningkatkan penguasaan murid mengenai peristiwa pengembaraan Parameswara menggunakan aplikasi ParaMelaka. Dalam topik peristiwa pengembaraan ParaMelaka, peserta kajian menghadapi kesukaran untuk mengingati kronologi peristiwa pengembaraan Parameswara dengan baik disebabkan faktor sikap, motivasi dan pendekatan pedagogi guru yang bercorak konvensional. Hal ini telah mempengaruhi tahap penguasaan peserta kajian dalam topik tersebut. Rentetan itu, pengkaji mengambil keputusan untuk memperkenalkan sebuah aplikasi yang dinamakan ‘ParaMelaka’ sebagai intervensi dalam PdP Sejarah. Intervensi ParaMelaka dibangunkan berasaskan elemen multimedia menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam intervensi ParaMelaka, pengkaji menfokuskan dua aspek utama berdasarkan topik peristiwa pengembaraan Parameswara, iaitu urutan lokasi persinggahan Parameswara dan kronologi peristiwa pengembaraan Parameswara. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kualitatif dan mengadaptasikan Model Penyelidikan Kemmis dan Mc Taggart (1989). Bagi mencapai objektif kajian, tiga orang murid tahun empat di sebuah sekolah di daerah Putatan telah dipilih sebagai peserta kajian. Hasil dapatan kajian melalui instrumen ujian awal dan ujian akhir, borang pemerhatian berstruktur, dan temu bual dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan berlaku peningkatan tahap penguasaan murid dalam peristiwa pengembaraan Parameswara selepas penggunaan aplikasi ParaMelaka. Kesimpulannya, kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru Sejarah dalam usaha mewujudkan proses PdP yang berkesan, khususnya dalam topik peristiwa pengembaraan Parameswara. Kata Kunci: Mengingat Kronologi, Tahun Empat, Pengembaraan Parameswara, ParaMelaka, Multimedia 196


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA Pengaplikasian “Tap-Tap Pejuang Tempatan” yang berasaskan Filter Instagram dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Sejarah Siti Razidah Binti Majin PISMP AMBILAN JUN 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] Winday Binti Sini@Siani Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini bertujuan bagi membantu murid tahun 5 mengatasi masalah penguasaan fakta murid dan masalah murid tidak minat subjek sejarah. Justeru, dalam kajian ini pengakaji telah mengaplikasikan filter Tap- Tap Pejuang Tempatan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) sejarah bagi mengatasi masalah penguasaan fakta sejarah dan masalah murid tidak meminati subjek sejarah. Kajian ini telah menggunakan pendekatan berbentuk kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan. Selain itu, kajian ini telah melibatkan seramai 5 orang peserta kajian yang terdiri daripada 3 orang murid perempuan dan 2 orang murid lelaki. Manakala, kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Seterusnya, kaedah triangulasi telah digunakan dalam kajian untuk menyemak data bagi meningkatkan kesahan data melalui perbandingan data-data yang dikumpul iaitu perbandingan antara temu bual, ujian awal dan ujian akhir serta data pemerhatian. Berdasarkan kajian ini, terdapat peningkatan dalam penguasaan fakta sejarah peserta kajian dan tahap minat peserta kajian terhadap subjek sejarah. Buktinya, peningkatan penguasaan PK1 dari ujian awal ialah sebanyak 100%, PK2 ialah sebanyak 100%, PK3 ialah sebanyak 100%, PK4 ialah sebanyak 80% dan PK5 ialah sebanyak 80%. Manakala, dari aspek peningkatan tahap minat peserta kajian terhadap sejarah ialah PK1 meningkat sebanyak 80%, PK2 sebanyak 100%, PK3 sebanyak 100%, PK4 sebanyak 100% dan PK5 sebanyak 60%. Secara keseluruhannya, menerusi kajian ini filter Tap-Tap Pejuang Tempatan telah berjaya membantu peserta kajian untuk menguasai fakta sejarah dan menarik minat mereka untuk belajar sejarah. Kata Kunci: Penguasaan fakta, minat terhadap sejarah, filter Tap-Tap Pejuang Tempatan,Instagram PENGAPLIKASIAN PERMAINAN BINGO UNTUK MENINGKATKAN DAYA INGATAN MURID BAGI SUBTOPIK SEJARAH KEMERDEKAAN STEPHANIE LEE JIA LING PISMP AMBILAN JUN 2020 SEJARAH SK 2 [email protected] Encik Chai Ming Chan Jabatan Bahasa ABSTRAK Murid-murid mula mempelajari Pendidikan Sejarah sejak tahun 4 lagi mulai tahun 2014. Sejarah tidak diminati oleh murid-murid. Secara umumnya, murid-murid sukar untuk mengingati fakta sejarah dan tidak minat mempelajari subjek sejarah. Dengan ini, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengatasi masalah muridmurid dengan pengaplikasian permainan BINGO sebagai satu alat ulang kaji sambil bermain. Permainan BINGO yang direka adalah berdasarkan tajuk Sejarah Kemerdekaan 1957. Seramai 4 orang tahun 5 telah dipilih sebagai peserta kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tindakan. Kajian ini berharap agar BINGO boleh diguna pakai oleh guru Sejarah di seluruh Malaysia dengan meningkatkan daya ingatan dan minat murid dalam pembelajaran sejarah. Hal ini dapat memenuhi hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2023 untuk melahirkan murid yang mempunyai identiti nasional. Dapat kajian menunjukkan bahawa intervensi BINGO berjaya meningkatkan daya ingatan dan minat murid. Kata kunci: Permainan, daya ingatan, minat, Sejarah 197


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA B.C.L: PENGGUNAANNYA DALAM MENGAJAR PERMAINAN TRADISIONAL SUBJEK SEJARAH TAHUN 6 Wan Muhamad Hariz Hazwan Wan Sazali PISMP AMBILAN JUN 2020 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA [email protected] Shukiman Sukardi [email protected] ABSTRAK Kaedah permainan adalah antara kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid berkenaan sesebuah tajuk. Penting bagi guru untuk melaksanakan aktiviti yang berpusatkan murid supaya murid dapat memahami isi pembelajaran dengan lebih baik dan berasa seronok ketika belajar. Kaedah berpusatkan guru seperti soal jawab, ceramah, kuliah akan menyebabkan murid bosan lalu tidak fokus kerana tidak berinteraksi dengan rakan-rakan dan tiada rangsangan kepada minda mereka seperti tayangan video dan aktiviti kolaboratif. Murid masa kini kurang terdedah dengan permainan tradisional kerana mereka lebih gemar untuk bermain gajet. Ini akan menyebabkan permainan tradisional semakin dilupakan walhal permainan tradisional adalah satu elemen penting dalam subjek sejarah dan budaya Malaysia. Pengkaji melaksanakan kajian ini untuk mengenalpasti pengetahuan dan pengamalan murid dalam permainan tradisional Congkak, Batu Seremban dan Paramapdham serta pemahaman murid terhadap aspek nilai murni dalam permainan tradisional. Kajian ini melibatkan tiga orang murid tahun 6 di sekolah di Kota Kinabalu. Pendekatan kajian ini adalah kajian kualitatif iaitu menggunakan kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan temubual. Selain itu, kaedah kepustakaan digunakan untuk mencari maklumat tentang permainan tradisional, kaedah mengajar, panduan kajian, serta kajian lepas untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai kajian. Melalui triangulasi data pengkaji mendapati bahawa muridmurid mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang sederhana dan tinggi terhadap permainan tradisional. Kepentingan kajian ini adalah supaya murid-murid dapat mengekalkan dan mengamalkan tradisi masyarakat terdahulu disamping mendapat nilai-nilai murni yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Secara keseluruhannya, B.C.L berjaya meningkatkan pengetahuan murid tentang permainan tradisional dan pemahaman tentang aspek nilai murni dalam permainan tradisional. Kata Kunci: Kaedah permainan, Permainan tradisional, Nilai-nilai murni, Subjek Sejarah. PIRAMID SMaZaKeMM: APLIKASI KEMAHIRAN MENGUASAI DALAM TOPIK STRUKTUR MASYARAKAT KESULTANAN MELAYU MELAKA BAGI SEJARAH TAHUN EMPAT Wan Nur Haifa’ul Insyirah binti Wan Ismail PISMP Sejarah Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] Winday Sini @ Sini Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Murid menghadapi masalah untuk menguasai mata pelajaran sejarah kerana fakta yang perlu diketahui terlalu banyak. Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan murid Tahun 4 dalam topik Struktur Masyarakat Zaman Kesultanan Melayu Melaka menggunakan Piramid SMaZaKeMM. Peserta dalam kajian ini terdiri daripada lima orang murid tahun 4 yang mempunyai tahap penguasaan yang lemah dalam topik Struktur Masyarakat Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Data dikumpulkan melalui tiga kaedah iaitu kaedah pemerhatian, kaedah analisis dokumen dan kaedah temu bual. Kajian ini Hasil analisis data menunjukkan bahawa kesemua peserta kajian berjaya menguasai topik Struktur Masyarakat Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan beberapa fokus kajian. Melalui ujian akhir menggunakan lembaran kerja, pemerhatian menggunakan borang senarai semak dan temu bual yang ditranskripsi menujukkan kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan prestasi dalam menguasai topik Struktur Masyarakat Kesultanan Melayu Melaka selepas pengaplikasian Piramid SMaZaKeMM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Piramid SMaZaKeMM amat memberi impak dalam membantu murid-murid dalam menguasai topik Struktur Masyarakat Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kata Kunci: Kemahiran penguasaan, Struktur masyarakat Kesultanan Melayu Melaka, Sejarah tahun 4 198


PENGGUNAAN TEKNIK JEJARI KEWARGANEGARAAN: BAGI MENYATAKAN ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT Yasmine Natasha binti Jamil PISMP Pendidikan Sejarah Ambilan Jun 2020 IPG Kampus Gaya [email protected] Nor Amin Bin Lawisau IPG Kampus Gaya [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan membantu murid untuk menyatakan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik (EKNS) oleh murid tahap dua khususnya tahun empat dalam subtopik Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka. Peserta kajian ini terdiri daripada 5 orang murid yang dikenal pasti mempunyai masalah menyatakan EKNS secara lisan mahupun bertulis. Data diperolehi melalui beberapa instrumen kajian seperti ujian awal dan ujian akhir, kaedah pemerhatian, dan temu bual. Kajian yang dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan yang mengaplikasikan Model Kemmis dan McTaggart. Intervensi yang dijalankan ke atas murid-murid ini adalah dengan menggunakan Teknik Jejari Kewarganegaraan iaitu menerusi idea menyambung beberapa perkataan menjadi satu ayat agar murid lebih mudah untuk menyatakan EKNS dengan betul. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan Teknik Jejari Kewarganegaraan ini dapat meningkatkan pemahaman dan membantu murid-murid untuk menyatakan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik dalam subtopik Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka dengan betul. Kata Kunci: Elemen Nilai Sivik dan Kewarganegaraan, Teknik Jejari Kewarganegaraan, Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka, Tahun Empat SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA 199


Click to View FlipBook Version