SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA OPSYEN BAHASA MELAYU (SK 1) 100
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PERKAITAN KONSEP KENDIRI DAN GAYA PEMBELAJARAN TERHADAP MOTIVASI PELAJAR OPSYEN BM AMBILAN JUN 2020 IPGK GAYA Abdul Rasit bin Masri [email protected] PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Encik Othman bin Abdul Aziz Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkaitan konsep kendiri dan gaya bembelajaran terhadap motivasi pelajar opsyen bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 IPGK Gaya. Kajian ini melibatkan seramai 92 orang responden opsyen bahasa Melayu yang terdiri daripada pelajar Ambilan Jun 2020. Kajian ini merupakan kajian berbentuk deskriptif dan menggunakan instrumen soal selidik Google Form dengan skala lima mata bagi mengukur tiga konstruk iaitu konsep kendiri, gaya pembelajaran dan motivasi pelajar. Ketiga-tiga konstruk dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 26.0 bagi mendapatkan statistik dalam bentuk peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian mendapati bahawa konstruk konsep kendiri pelajar mencapai nilai pekali Alpha Cronbach sebanyak 0.901 melepasi tahap kebolehpercayaan yang diperlukan dalam kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa gaya pembelajaran visual adalah gaya pembelajaran yang paling dominan diamalkan oleh responden kajian dengan skor min 4.32 (SP=0.92), kedua ialah gaya pembelajaran auditori dengan skor min 4.18 (SP=0.85) diikuti gaya pembelajaran kinestetik dengan skor min 4.00 (SP=0.95). Konstruk motivasi pelajar diuji menggunakan ujian kolerasi pearson dan menunjukkan nilai r=0.71 menunjukkan kolerasi positif yang kuat antara konsep kendiri dan gaya pembelajaran. Dapatan ini membuktikan bahawa terdapatnya hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dengan motivasi pelajar serta gaya pembelajaran dengan motivasi pelajar. Maka, dapatlah disimpulkan bahawa objektif kajian tercapai dan hipotesis alternatif (Ha) diterima. Diharapkan agar kajian ini mampu membantu pelbagai pihak khususnya pelajar untuk sentiasa meningkatkan tahap konsep kendiri dan mengaplikasikan gaya pembelajaran yang bersesuaian agar dapat meningkatkan motivasi pelajar. Kata Kunci: Konsep Kendiri, Gaya Pembelajaran, Motivasi Pelajar PENGAPLIKASIAN RUMUS ‘SaGu KHubungA’ DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 5 MEMBINA AYAT MAJMUK GABUNGAN ABERA ALBERT AKANG IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu Sabah PISMP Bahasa Melayu (SK) [email protected] AG AHMAD HAJI AG SIRING @ PENGIRAN AG AHMAD BIN HAJI PENGIRAN AG SIRING ABSTRAK Kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat majmuk gabungan. Pengkaji mengaplikasikan rumus ‘SaGu KHubungA’ dalam membantu murid mengatasi masalah dalam membina ayat majmuk. Pengkaji telah melaksanakan kajian di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Papar, Sabah dan mengambil murid tahun 5 sebagai peserta kajian. Seramai lima orang murid yang dipilih sepanjang pelaksanaan kajian dilakukan. Kajian ini merupakan sebuah kajian tindakan yang menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan Model Kurt Lewin (1946). Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan instrumen kajian berbentuk analisis dokumen, pemerhatian, latihan pengukuhan dan temu bual. Hasil analisis data selepas pengaplikasian rumus ini mendapati bahawa murid tidak mengalami masalah lagi dalam membina ayat majmuk gabungan dengan betul. Secara keseluruhannya, murid telah mahir dalam membina ayat majmuk dengan pengaplikasian rumus ini dan meningkatkan kemahiran tatabahasa murid. Kata Kunci: Ayat majmuk gabungan, rumus ‘SaGu KHubungA’, murid, tatabahasa 101
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN KIT SuBaPan SEBAGAI TEKNIK MELAFAZKAN PANTUN BAGI MURID TAHUN 2 Afiq Najwan Bin Budin PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] Dr Rahmah Binti Abdul Ghani (Ph.d) Jabatan Ilmu Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan bertujuan bagi meningkatkan penguasaan murid dalam melafazkan pantun dengan mengaplikasikan Kit SuBaPan dalam kalangan murid Tahun 2. Kajian ini berpegang teguh pada dua objektif utama iaitu mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam melafazkan pantun dengan intonasi yang betul dan mengenal pasti keberkesanan penggunaan Kit SuBaPan sebagai teknik melafazkan pantun dengan intonasi yang betul. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Peserta kajian yang dipilih adalah berdasarkan kaedah peserta bertujuan. Pemilihan peserta kajian adalah seramai lima orang murid Tahun 2 dari sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Papar, Sabah. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah senarai semak pemerhatian, analisis dokumen, ujian awal, temu bual dan ujian akhir. Data dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan yang signifikan melalui penggunaan Kit SuBaPan dalam meningkatkan tahap penguasaan dalam melafazkan pantun dengan intonasi yang betul bagi murid Tahun 2. Konotasinya, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan teknik melafazkan pantun melalui Kit SuBaPan dapat meningkatkan kemahiran aspek seni bahasa iaitu dalam pembelajaran pantun selaras dengan garis panduan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tuntasnya, diharapkan agar intervensi yang dihasilkan ini dapat membantu dan memudahkan murid untuk mengasah kemahiran melafazkan pantun dengan betul sekaligus digunakan secara meluas oleh semua guru di dalam bilik darjah. Kata kunci: Kit SuBaPan, seni bahasa, intonasi, kemahiran melafazkan pantun Mengubah Suai Sajak Melalui Penerapan Formula "CaKe-U" dalam Kalangan Murid Tahun 4 ‘Ain Zulaikha binti Zamali PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya E-mel: [email protected] Puan Jacqueline Teo Fuey Phean Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan bertujuan bagi menerangkan makna sebenar bahan seni Bahasa dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 melalui pengaplikasian formula CaKe-U. Kajian ini berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Kaedah analisis teks ke atas petikan sajak yang perlu diubah suai melalui pemerhatian terhadap lima orang murid Tahun Empat sebagai peserta kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa masih terdapat murid yang tidak dapat mengubah suai sajak dengan baik. Justeru itu, kajian tindakan ini dilaksanakan untuk mengatasi isu yang sedang melanda dalam kalangan murid-murid iaitu mengubah suai sajak dengan menggunakan formula CaKe-U. Terdapat, tiga kaedah analisis data yang digunakan iaitu ujian sebelum dan selepas, pemerhatian dan temu bual. Dapatan kajian ini mendapati bahawa berlakunya peningkatan positif dalam kalangan peserta kajian selepas menggunakan formula CaKe-U untuk mengubah suai sajak iaitu meningkat sebanyak 87.8% secara purata. Kajian ini diharapkan dapat memberi pendekatan baharu kepada warga pendidik, terutama sekali para guru Bahasa Melayu di peringkat pendidikan rendah untuk merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih mencabar dan menyeronokkan supaya dapat memberikan impak pembelajaran yang lebih efisien dan berkualiti kepada muridmurid. Kata kunci: Formula CaKe-U, Sajak, Seni Bahasa, Kajian Tindakan, Bahasa Melayu, Ubah Suai Sajak. 102
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN TEKNIK PKM-TAP TERHADAP MURID TAHUN EMPAT DALAM PEMBELAJARAN KATA MAJMUK MANTAP Aufa Hamiza Binti Munajar PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] Puan Khadijah binti Adenan Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Dalam Bahasa Melayu hanya terdapat 15 kata majmuk yang sudah dianggap mantap dan utuh. Oleh sebab itu, murid perlu menghafal dan mengingatkan kata majmuk mantap ini untuk mengurangkan kesalahan ejaan. Namun begitu masih terdapat murid yang kurang menguasai 15 kata majmuk mantap terutama semasa sesi pembelajaran berbentuk syarahan. Murid juga mudah bosan dan hilang fokus semasa pembelajaran kata majmuk mantap berbentuk syarahan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis tahap penguasaan murid tahun empat terhadap 15 kata majmuk mantap. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid dan mengkaji kesan penggunaan Teknik PKM-TAP dalam pembelajaran kata majmuk mantap bagi murid tahun empat. Kajian ini berbentuk kajian tindakan menggunakan pendekatan kualitatif. Kaedah mengumpul data yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah tringulasi iaitu pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Dalam kajian ini instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data ialah menggunakan borang temu bual, borang senarai semak pemerhatian, borang refleksi, ujian awal dan ujian akhir. Peserta kajian terdiri daripada 5 orang murid iaitu dua orang murid perempuan dan tiga orang murid lelaki. Hasil dapatan kajian mendapati masalah dalam tahap penguasaan murid ialah kesukaran dalam mengenal pasti kata majmuk mantap dan kekeliruan dalam mengeja kata majmuk mantap menggunakan ejaan yang betul. Hasil kajian juga mendapati kesan penggunaan Teknik PKM-TAP iaitu peserta kajian berhasil mengenal pasti lima belas kata majmuk mantap dan menunjukkan peningkatan dalam ujian awal dan ujian akhir. Ini menunjukkan Teknik PKM-TAP dapat membantu murid menguasai 15 kata majmuk mantap dengan berkesan, murid juga lebih seronok dan berminat untuk belajar kata majmuk mantap. Kesimpulannya, kesan penggunaan Teknik PKM-TAP ini dapat membantu murid menguasai 15 kata majmuk mantap dengan baik. Melalui kajian ini diharapkan Teknik PKM-TAP dapat meningkatkan lagi minat murid untuk belajar di samping menguasai kata majmuk dengan lebih efektif dan menyeronokkan. Kata kunci: Kajian tindakan, Kata majmuk mantap, Teknik PKM-TAP PENGAPLIKASIAN GAMIPAN DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 2 MENCIPTA PANTUN EMPAT KERAT SECARA SEPARA TERKAWAL Bexly Rexzan Basas PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] Glen Denver Mensulius Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat kesan intervensi GamiPan ini dalam membantu murid Tahun Dua mencipta pantun empat kerat secara separa terkawal. Melalui tinjauan awal yang telah dilakukan, pengkaji mendapati murid masih mengalami kesukaran untuk mencipta pantun empat kerat walaupun secara separa terkawal. Hal ini terjadi kerana murid masih tidak mengetahui dan memahami ciri-ciri struktur luaran bagi pantun empat kerat. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan bagi melihat kesan pengaplikasian GamiPan yang telah dihasilkan oleh pengkaji dalam membantu murid Tahun Dua khususnya untuk mencipta pantun empat kerat secara separa terkawal. Dalam kajian ini, seramai lima orang murid telah dipilih sebagai peserta kajian yang terdiri daripada dua orang murid perempuan dan tiga orang murid lelaki di sebuah sekolah yang terletak di daerah Papar, Sabah. Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang menggunakan pendekatan campuran antara kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini dilaksanakan dalam satu lingkaran berpandukan model Kemmis dan McTaggart (1988). Kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah analisis dokumen melalui instrumen ujian awal dan ujian akhir, temu bual melalui instrumen soalan berstruktur dan transkripsi temu bual, serta pemerhatian melalui instrumen borang senarai semak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan positif melalui pengaplikasian GamiPan ini dalam membantu murid mencipta pantun empat kerat secara separa terkawal. Natijahnya, hasil analisis data yang telah dilakukan mendapati penguasaan peserta kajian dalam mencipta pantun empat kerat secara separa terkawal telah meningkat berdasarkan ujian akhir yang dilakukan. Konklusinya, dapatan kajian membuktikan bahawa pengaplikasian intervensi GamiPan telah membantu murid dalam mencipta pantun empat kerat secara separa terkawal. Kata kunci: Pantun Empat Kerat, GamiPan, Aspek Seni Bahasa 103
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGARUH BAHASA PERTUTURAN HARIAN MURID BUKAN PENUTUR NATIF DALAM KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA MELAYU Oleh Christabel Anabella Maxcimus PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel: [email protected] Rozita Buyoh, Ph.D Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Penguasaan kemahiran bertutur bahasa Melayu bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi dalam kalangan murid bukan penutur natif. Sehubungan itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran bertutur bahasa Melayu serta melihat pengaruh bahasa pertuturan harian murid bukan penutur natif dalam kemahiran bertutur bahasa Melayu mereka. Kajian ini dijalankan berbentuk kajian kes secara pendekatan kualitatif yang melibatkan 18 orang murid tahap satu dan tahap dua di dua buah sekolah rendah di daerah Papar. Prosedur pengumpulan data dilaksanakan melalui ujian bertutur bahasa Melayu, senarai semak pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kaedah pengekodan berdasarkan pengaruh bahasa pertuturan murid. Berdasarkan analisis data, tahap penguasaan kemahiran bertutur bahasa Melayu murid bukan penutur natif berada pada tahap baik dan memuaskan. Standard Prestasi daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu telah diadaptasi untuk menilai kemahiran bertutur bahasa Melayu murid. Selain itu, antara pengaruh bahasa pertuturan harian dalam kemahiran bertutur bahasa Melayu yang dapat dikenal pasti ialah dari segi pengaruh bahasa kolokial, bahasa ibunda dan bahasa Inggeris serta kesalahan-kesalahan bahasa lain. Signifikan kajian ini adalah dapat memperkaya kajian tentang pengaruh bahasa pertuturan harian murid dalam kemahiran bertutur bahasa Melayu mereka. Dapatan kajian yang diperoleh seterusnya dapat menjadi panduan kepada guru atau pihak sekolah untuk merancang intervensi yang sesuai bagi mengatasi pengaruh bahasa pertuturan harian murid bukan penutur natif dalam kemahiran bertutur bahasa Melayu. Kata kunci: Bahasa pertuturan harian, kemahiran bertutur, bahasa Melayu, bukan penutur natif APLIKASI TEKNIK AbAn BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN TERHADAP HURUF BESAR DAN NOKTAH PADA AWAL DAN AKHIR AYAT: SUATU KAJIAN. Dg Nur Ain Syahira binti Mohd Asly PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya Emel: [email protected] Othman bin Abd. Aziz Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid-murid mengenal pasti penggunaan huruf besar dan tanda baca noktah pada pangkal dan akhir ayat melalui penggunaan teknik AbAn. Pesrta kajian terdiri daripada empat orang murid tahun enam di sebuah Sekolah Kebangsaan di Papar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan. Model kajian yang dipilih ialah Model Kurt Lewin. Data dikumpul dengan menggunakan lima instrumen iaitu temu bual, latihan, ujian awal dan akhir serta pemerhatian melalui borang senarai semak yang telah disediakan. Melalui tinjauan awal, pengkaji mendapati bahawa keempat-empat orang murid tersebut kurang memahami penggunaan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda baca noktah pada akhir ayat. Justeru, satu intervensi teknik AbAn telah dijalankan dengan menggunakan pendekatan akronim iaitu ‘AbAn’ yang merujuk kepada ‘A’ merupakan Ah! (mengenal pasti perkataan pada pangkal ayat), ‘b’ merupakan besar (huruf besar), ‘A’ kedua iaitu Ah! (mengenal pasti perkataan pada akhir ayat) dan ‘n’ merupakan noktah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam menggunakan huruf besar pada pangkal ayat dan meletakkan tanda noktah pada akhir ayat selepas intervensi teknik AbAn diimplementasikan kepada peserta kajian tersebut. Signifikan kajian ini ialah intervensi yang dilaksanakan dapat mempelbagaikan teknik dalam pengajaran tatabahasa. Kata Kunci: Pangkal Ayat, Akhir Ayat, Huruf Besar, Tanda Noktah 104
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN MUZIK DALAM SUKATE KV+KV BAGI TAHUN 1 FATNIN NAJAH BINTI AHMAD FOAD PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Emel: [email protected] PUAN ARBIAH MADDAHIRI Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Kajian tindakan ini dilaksanakan adalah bagi membantu murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka (kv+kv) dengan mengaplikasikan teknik didik hibur iaitu muzik. Pengaplikasian muzik ini disediakan dalam bentuk bahan bantu mengajar (BBM) yang diberikan nama sebagai ‘Bu-SuKa’ supaya mudah digunakan dan difahami oleh guru mahupun murid-murid. Kajian ini dijanlankan di sebuah sekolah kebangsaan di dareah Papar, yang menfokuskan kepada murid-murid dari Tahap Satu iaitu Tahun Satu. Seramai lima orang peserta kajian terlibat dalam kajian tindakan ini. Kaedah pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan kaedah triangulasi data, iaitu penggabungan antara pelbagai instrumen kajian seperti pemerhatian, analisis dokumen serta temu bual. Kajian ini juga dilaksanakan secara kualitatif, dengan menggunakan Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946). Pengaplikasian muzik dalam kemahiran membaca suku kata ini dihasilkan dengan menggunakan lagu popular kanak-kanak iaitu ‘Semut Berkawad’, manakala lirik lagu yang dihasilkan adalah ciptaan daripada pengkaji sendiri. Dapatan kajian dilakukan dengan penglibatan daripada lima orang peserta kajian yang telah dikenal pasti sebagai kumpulan yang mengalami masalah dalam kemahiran membaca suku kata. Dapatan kajian juga menunjukkan impak positif daripada kelima-lima peserta kajian terhadap pengaplikasian muzik dalam membantu penguasaan kemahiran membaca suku kata, sekaligus membuktikan bahawa penggunaan BBM dalam pengajaran melahirkan suasana bilik darjah yang menyeronokkan. Kata Kunci : Pengaplikasian Muzik, Bahan Bantu Mengajar, Suku Kata Terbuka (KV+KV), Kemahiran Membaca. PENGAPLIKASIAN K-FLIP DALAM PROSES PENGHASILAN PANTUN EMPAT KERAT BAGI MURID TAHUN 3 Hazrel Noel Hermes George PISMP Bahasa Melayu (SK) [email protected] Ag Ahmad Bin Haji Ag Siring @ Pengiran Awang Ahmad Bin Haji Pengiran Awang Siring ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid dalam membina pantun empat kerat secara berpandu. Pengkaji mengaplikasikan bahan bantu mengajar (BBM) ‘K-Flip’ dalam membantu murid mengatasi masalah dalam membina pantun empat kerat secara berpandu. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Pengkaji telah melaksanakan kajian di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Papar, Sabah dan mengambil murid Tahun 3 sebagai peserta kajian. Seramai lima orang murid telah dipilih dalam kajian yang dilaksanakan. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan instrumen kajian berbentuk analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian melalui hasil analisis data selepas pengaplikasian BBM ini mendapati bahawa murid menunjukkan peningkatan dalam kemahiran membina pantun empat kerat secara berpandu. Implikasinya, murid dapat menguasai kemahiran membina pantun empat kerat melalui pengaplikasian BBM ‘K-Flip’ dan menunjukkan bahawa penggunaan teknik yang bersesuaian dalam pengajaran membina pantun secara berpandu dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran murid dalam membina pantun empat kerat secara berpandu. Kata Kunci: bahan bantu mengajar (BBM), pantun, BBM ‘K-Flip’, membina 105
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGGUNAAN RODA MAT APPS DALAM PENGAJARAN KATA SENDI NAMA “DARI” DAN “DARIPADA” BAGI TAHUN 4 MASYITAH BINTI MOHD ANUAR PISMP BAHASA MELAYU (SK) [email protected] ARBIAH BINTI MADDAHIRI JABATAN PENGAJIAN MELAYU ABSTRAK Kajian penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid tahu 4 menguasai kata sendi nama “dari” dan “daripada”. Ini selaras dengan permasalahan yang difokuskan iaitu kelemahan dalam menguasai kata sendi nama “dari” dan “daripada” dalam konteks ayat Bahasa Melayu. Penyelidikan ini memberi peluang kepada pengkaji untuk menambahbaik amalan pengajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid tahun 4 di sebuah sekolah sekitar daerah Papar. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan perancangan tindakan berasaskan Model Kurt Lewin (1946). Data-data dikumpul menerusi instrumen analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Hasil tinjauan awal melalui instrumen analisis dokumen dan temu bual menunjukkan bahawa tahap penguasaan peserta kajian terhadap kata sendi nama “dari” dan “daripada” berada pada tahap yang sangat lemah. Peserta kajian masih tidak memahami konsep serta tidak dapat membezakan penggunaan kedua-dua kata sendi nama tersebut. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah mengimplimentasikan bahan bantu mengajar iaitu Roda MAT APPS bagi membantu peserta kajian dalam menguasai kata sendi nama “dari” dan “daripada”. Pelaksanaan tindakan berasaskan Roda MAT APPS ini menunjukkan keputusan yang amat memuaskan. Peserta kajian dilihat menampilkan sikap positif dan penglibatan yang aktif yang membolehkan mereka mencapai peningkatan skor prestasi dalam ujian akhir. Melalui peningkatan ini, membuktikan bahawa tindakan yang diaplikasikan dapat memberi impak positif terhadap penguasaan kata sendi nama “dari” dan “daripada” peserta kajian. Tuntasnya, penggunaan Roda MAT APPS ini terbukti berkesan bagi membantu peserta kajian menguasai kata sendi nama “dari” dan “daripada” dalam konteks ayat. Kata Kunci : Tahap penguasaan, Roda MAT APPS, Kata sendi nama, ayat. PENERAPAN LEMBAYUNG PaGaSiBa DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIMPULAN BAHASA MOHD ADLI HAIKAL BIN MOHD FAUZI PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel: [email protected] ENCIK AG AHMAD BIN HJ AG SIRING @ PENGIRAN AWANG AHMAD BIN HAJI PENGIRAN AWANG SIRING Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel: [email protected] ABSTRAK Simpulan bahasa merupakan salah satu daripada cabang seni bahasa Bahasa Melayu yang seharusnya dikuasai dan dipelajari oleh masyarakat khususnya murid-murid. Namun, tahap penguasaan murid dalam aspek simpulan bahasa pada masa kini semakin membimbangkan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bermatlamat untuk mengenalpasti pola kesalahan yang sering dilakukan oleh murid semasa mempelajari simpulan bahasa dan melihat kesan penerapan intervensi Lembayung PaGaSiBa yang berbentuk didik hibur dengan menekankan penggunaan bahan visual dalam membantu menangani masalah yang dihadapi oleh murid-murid seterusnya membantu murid untuk menguasai dan mengingati simpulan bahasa beserta maknanya. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan telah dipilih bagi diimplementasikan dalam kajian ini dengan menggunakan model tindakan Lewin (1946). Pemilihan peserta kajian telah dijalankan berdasarkan kaedah persampelan bertujuan. Peserta kajian terdiri daripada lima orang murid Tahun 5 dengan pelbagai tahap pencapaian dalam topik simpulan bahasa bermula dari pencapaian rendah, sederhana dan tinggi. Instrumen kajian yang telah diimplementasikan dalam kajian ini ialah analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Hasil dapatan data dari ketiga-tiga instrumen kajian yang digunakan akan ditriangulasikan dan dihuraikan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa intervensi Lembayung PaGaSiBa telah meningkatkan penguasaan murid dan membantu murid mengingati simpulan bahasa dengan lebih efisien dan efektif. Sehubungan dengan itu, intervensi Lembayung PaGaSiBa dilihat sebagai satu kaedah pembelajaran yang menarik, seronok serta mesra pengguna kerana murid-murid dapat belajar sambal bermain. Justeru, diharapkan bahawa kajian ini berupaya menjadi salah satu usaha yang berkesan dalam menangani masalah murid dalam pembelajaran simpulan bahasa di samping menjadikan sesi P&P lebih interaktif, berimpak dan menyeronokkan kepada murid sekali gus membantu murid menguasai dan mengingati simpulan bahasa dengan lebih berkesan. Kata Kunci: Simpulan bahasa, pola kesalahan, intervensi Lembayung PaGaSiBa, penguasaan, kaedah pembelajaran, efektif 106
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN “BuNoIn” DALAM PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA (KAMI DAN KITA) MURID TAHUN EMPAT MUHAMMAD MU’AZ BIN MAT RASID PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 InstitutPendidikan Guru Kampus Gaya Emel: [email protected] Encik Yahya Bin Yassin Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap penggunaan kata ganti nama yang tepat terutamanya penggunaan kami dan kita. Kajian penggunaan kata ganti nama ini juga bertujuan membetulkan kesalahan yang diterapkan dalam pertuturan dan penulisan seharian mereka. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan ini dipilih sebagai rangka proses menjalankan penyelidikan tindakan berlandaskan model tindakan Lewin. Pemilihan peserta kajian juga dipilih selepas ujian awal dilaksanakan. Peserta kajian ini terdiri daripada kalangan murid tahun empat yang mempunyai pencapaian yang sederhana dalam penguasaan subjek Bahasa Melayu. Tiga instrumen utama diketengahkan iaitu pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual, sebagai penghuraian data secara deskriptif berdasarkan tema kajian. Dapatan kajian, menunjukkan bahawa intervensi yang dijalankan menggunakan kit “BuNoIn” telah meningkatkan penguasaan murid kepada penggunaan kata ganti nama diri pertama (kami dan kita) dengan tepat. Walau bagaimanapun, dapatan kajian juga memperoleh tiga jenis pola kesalahan yang berlaku dalam kalangan peserta kajian antaranya ialah tidak memahami konsep kami dan kita, keliru dalam penggunaan kami dan kita dan juga sukar menyatakan perbezaan kami dan kita dalam bentuk lisan. Justeru, bahan bantu mengajar seperti kit “BuNoIn” ini merupakan satu medium untuk mengatasi masalah tertumpu selain daripada kit yang mampu menjadikan pembelajaran lebih menarik, seronok dan mudah digunakan. Oleh yang demikian, diharapkan bahwa kajian ini berupaya untuk menjadikan sesi Pembelajaran dan Pengajaran lebih interaktif dan murid-murid dapat memahami penggunaan kata ganti nama kami dan kita dalam ayat. Kata Kunci: kit “BuNoIn”, Instrumen, deskriptif, penggunaan PENGAPLIKASIAN KEMATIF DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA TANYA MURID TAHUN 5 Muhammad Nafizuddin bin Mohd Kamal [email protected] PISMP Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Encik Yahya bin Yassin [email protected] Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid serta meningkatkan kemahiran tatabahasa murid dalam penggunaan kata tanya dalam konteks ayat tanya yang betul melalui intervensi yang dikenali sebagai KeMaTif. Seramai lima orang murid tahun lima dipilih sebagai peserta kajian iaitu dua orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Peserta kajian dipilih berdasarkan hasil keputusan ujian awal yang terdiri daripada tahap sederhana dan lemah berserta temu bual guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Intervensi yang digunakan merupakan perisian perkhimatan komunikasi video dalam talian berbentuk animasi bilik darjah yang dilengkapi dengan nota interaktif kata tanya yang dilengkapi dengan bahan grafik, audio, peta i-Think, contoh penggunaannya dalam ayat tanya serta kuiz gamifikasi bahasa yang dapat merangsang minda dan memudahkan murid untuk mengingat dan memahami kata tanya. Instrumen kajian terdiri daripada analisis dokumen, rekod pemerhatian dan temu bual separa berstruktur yang menggunakan pendekatan kualitatif. Analisis dokumen terhadap ujian awal dilakukan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid serta mengenal pasti kesalahan penggunaan kata tanya yang sering dilakukan dalam kalangan murid. Manakala, analisis dokumen lembaran kerja murid dan ujian akhir berserta sesi temu bual yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan intervensi KeMaTif dalam meningkatkan penguasaan penggunaan kata tanya dalam kalangan murid. Hasil kajian telah menunjukkan sampel telah dapat meningkatkan penguasaan dalam penggunaan kata tanya dalam konteks ayat tanya dengan betul dan tepat. Kata Kunci: kata tanya, tahap penguasaan, KeMaTif, kuiz gamifikasi bahasa 107
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KIT PANDAI JAWI : MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN TULISAN JAWI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 Nik Nur Alia Huda Binti Mohd Laha Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya PISMP Bahasa Melayu SK 1 Ambilan Jun 2020 E-mel : [email protected] Dzulkifli Bin Mohd Aspah Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel : [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan tulisan Jawi dalam Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 5. Penguasaan tulisan Jawi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu perlu diterapkan dalam kalangan murid bermula peringkat sekolah rendah lagi. Tahap penguasaan tulisan Jawi dalam Bahasa Melayu mestilah diperkukuh agar mereka boleh menguasainya dengan baik. Kajian penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu meningkatkan tahap penguasaan murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 5. Kajian ini berorientasikan dua objektif yang utama iatu mengenal pasti tahap penguasaan tulisan Jawi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terhadap murid Tahun 5 dan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan murid Tahun 5. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualittatif. Pemilihan peserta kajian melibatkan enam orang murid Tahun 5 dari sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Papar, Sabah. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen, ujian awal, borang penilaian, temu bual dan ujian akhir. Data dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan yang signifikan melalui penggunaan bahan intervensi Kit Pandai Jawi dalam meningkatkan tahap penguasaan tulisan Jawi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 5. Kit Pandai Jawi ini memainkan peranan penting dalam membantu murid untuk memahami dan menguasai tulisan Jawi Bahasa Melayu dengan lebih mudah dan seronok. Oleh itu, Kit Pandai Jawi ini juga mampu untuk meningkatkan tahap penguasaan tulisan Jawi murid Tahun 5 selaras dengan garis panduan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kata Kunci : Kit Pandai Jawi, Tahap Penguasaan, Tulisan Jawi. PENGAPLIKASIAN KIT KeTaWa DALAM MENGATASI KESALAHAN LAZIM TANDA BACA HURUF BESAR, KOMA DAN NOKTAH PENULISAN TAHUN 4 Noor Hazirah Amira binti Imran PISMP Ambilan Jun 2020 Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] Encik Dzulkifli bin Mohd Aspah Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] ABSTRAK Kajian ini merupakan suatu kajian tindakan yang dijalankan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid dalam menguasai kemahiran menulis menggunakan tanda baca huruf besar, koma dan noktah dengan betul. Kajian ini berfokus kepada usaha dalam mengatasi kesalahan lazim tanda baca huruf besar, koma dan noktah yang sering ditemui dalam penulisan murid Tahun 4 melalui pengaplikasian kit yang dinamakan Kit Kenali Tanda Warna (KeTaWa). Kajian ini telah mengambil sampel seramai enam orang murid Tahun 4 dari sebuah sekolah di daerah Papar, Sabah dan sampel ini turut terdiri daripada murid daripada pelbagai aras bagi menguji keberkesanan kit yang telah dihasilkan. Kajian ini juga menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan yang mengadaptasikan Model Kurt Lewin (1946) dan menerapkan Teori Pelaziman Operan iaitu Hukum Latihan yang dipelopori Edward Lee Thorndike. Instrumen yang telah digunakan dalam kajian ini termasuklah temu bual tidak berstruktur, rakaman, dan analisis dokumen. Data-data yang diperoleh daripada kajian ini dianalisis melalui analisis kandungan mengikut kesesuaian instrumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaplikasian Kit KeTaWa ini memberi impak yang baik iaitu dapat membantu murid mengenalpasti kesalahan lazim tanda baca yang terdapat dalam penulisan dan mengurangkan kesalahan-kesalahan lazim tersebut semasa menulis. Justeru itu, kit dilihat dapat membantu murid mengatasi kesalahan lazim tanda baca huruf besar, koma dan noktah dalam penulisan. Tuntasnya, kit ini telah menerima maklum balas yang positif dan boleh digunakan bagi membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran menulis dengan baik. Kata Kunci: kemahiran menulis, tanda baca, Kit KeTaWa 108
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA ANALISIS PENGAPLIKASIAN AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21) MELALUI PENGAJARAN PERIBAHASA KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH NUR FARAH AIN BINTI AMRAN PISMP Bahasa Melayu SK Ambilan Jun 2020 Email: [email protected] NUR AQEELA ALIA BINTI AHMAD Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Email: [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengesan sejauh manakah tahap pengaplikasian elemen dan aktiviti pembelajaran abad ke-21 diaplikasian dalam pengajaran peribahasa (Perumpamaan) dalam kalangan guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Aspek-aspek Pembelajaran Abad ke-21 yang dikaji melibatkan tiga konstruk iaitu Elemen PAK21, Aktiviti PAK-21, Kelebihan Aktiviti tersebut terhadap pengajaran peribahasa (Perumpamaan). Pendekatan kajian ialah kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik. Sampel kajian melibatkan 70 orang guru yang dipilih secara rawak dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah daerah Papar. Kajian rintis dijalankan terhadap 30 orang guru Bahasa Melayu Lepasan IPGM dan hasil kajian rintis menunjukkan keseluruhan konstruk berdasarkan analisis Cronbach Alpha berada pada tahap yang tinggi iaitu 0.874. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengaplikasian elemen PAK-21 dalam pengajaran peribahasa (perumpamaan) oleh guru Bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi secara keseluruhannya. Analisis menunjukkan terdapat 7 aktiviti PAK-21 yang kerap digunakan oleh para guru dalam pengajaran peribahasa (Perumpamaan) berserta justifikasinya. Tambahan pula, hasil analisis mendapati bahawa terdapat kelebihan yang tersendiri dalam aktiviti-aktiviti PAK-21 apabila diaplikasikan dalam pengajaran peribahasa (Perumpamaan). Kajian menunjukkan penguasaan Aktiviti PAK-21 dapat membantu guru mencapai objektif seperti yang telah ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kata Kunci : Elemen PAK-21, Aktiviti PAK-21, Pengaplikasian, Peribahasa (Perumpamaan) PENGGUNAAN “CE TA FRA” MEMBANTU MURID MENJAWAB SOALAN PENULISAN DALAM PEMAHAMAN PETIKAN BAHASA MELAYU Oleh Nur Hafizah binti Julaimi PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel : [email protected] Puan Nur Aqeela Alia binti Ahmad Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel : [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu lima orang murid Tahun Empat dalam menjawab soalan pemahaman Bahasa Melayu yang menititkberatkan penggunaan ayat lengkap. Kajian ini dilaksanakan ekoran daripada masalah murid yang tidak menggunakan ayat lengkap semasa menjawab soalan pemahaman petikan Bahasa Melayu. Justeru, sebuah intervensi telah diperkenalkan iaitu Teknik “Ce Ta Fra” dalam usaha meningkatkan penguasaan murid dalam menjawab soalan pemahaman petikan menggunakan ayat lengkap. Peserta kajian ini dipilih dari sebuah sekolah kebangsaan di daerah Papar. Latihan latih tubi secara berperingkat turut dilaksanakan bermula dengan petikan soalan aras mudah dan seterusnya sederhana dan sukar. Perkara ini adalah bagi melatih peserta kajian menjawab soalan petikan yang terdiri daripada aras kesukaran yang berbeza di samping menggunakan intervensi yang diperkenalkan. Selain itu, penggunaan teknik “Ce Ta Fra” dapat memperlihatkan perbezaan prestasi murid sebelum dan selepas teknik ini diaplikasikan dalam meningkatkan penguasaan bagi menjawab soalan pemahaman petikan menggunakan ayat lengkap. Data kajian ini dikumpul melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan teknik Ce Ta Fra dapat membantu lima orang peserta kajian ini dalam aspek kemahiran menulis ayat lengkap semasa menjawab soalan pemahaman petikan bahasa Melayu. Kata kunci: soalan pemahaman petikan, teknik “Ce Ta Fra”, latihan latih tubi, lima peserta kajian, penggunaan ayat lengkap. 109
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA IMPAK TUGAS TAMBAHAN TERHADAP KEMENJADIAN GURU PELATIH BAHASA MELAYU Nur Syuhada binti Amsyur PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] Hafifi Hafidz Horace, PhD Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Menurut Zamri & Anita (2020), para guru terutamanya bakal guru perlu memiliki kemahiran dan keupayaan menjadi seorang yang profesional dan pakar dalam bidangnya. Dalam konteks ini, guru perlulah berfikiran inovatif, kreatif serta efektif dalam penyampaiannya dengan mengaplikasikan pelbagai pendekatan serta strategi pengajaran bagi mengoptimumkan pencapaian murid (Nor Hadibah, 2020). Dalam menghadapi cabaran pengajaran dan pembelajaran (P&P) abad ke-21, bakal guru perlulah bersiap dari segi mental dan fizikal. Namun, ledakan tugas tambahan yang lebih tertumpu kepada tugas bukan akademik sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi serta motivasi guru-guru di sekolah. Hal ini disokong melalui oleh Chaudhry et al. (2011) yang menyatakan penambahan beban tugas mengakibatkan guru berasa tidak bersemangat dan secara tidak langsung mencacatkan prestasi kerja guru tersebut. Dalam konteks ini, guru pelatih menghadapi kekangan masa dalam mengimbangi tugasan akademik iaitu persediaan RPH dan pemfailan portfolio dan tugasan tambahan iaitu tugasan sampingan yang diberikan oleh pihak sekolah seperti melatih murid, menghias sekolah dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan melalui kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan berpandukan kepada Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946). Kajian ini melibatkan lima orang guru pelatih bahasa Melayu di IPGK Gaya. Data kajian ini dikumpul dan dianalisis melalui kaedah triangulasi data iaitu analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Hasil dapatan menunjukkan peserta kajian menghadapi tugas-tugas tambahan di sekolah. Namun begitu, peserta kajian juga menyedari bahawa tugasan tersebut amat membantu dalam kemenjadian diri mereka. Kata kunci: tugas tambahan, guru pelatih, tekanan, motivasi PENGAPLIKASIAN SOALAN BERCAPAH MELALUI PELAKSANAAN KBAT DALAM PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU Nurul Arbiatul Syafiqa binti Edy Yusup PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] Hafifi Hafidz Horace, PhD Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Kemahiran berfikir merupakan salah satu daripada enam aspirasi KBAT di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Proses kemahiran berfikir dirangkumkan secara efektif dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menekankan aspek perkembangan intelek ke arah melahirkan individu yang berfikiran kritis dan kreatif. Namun, realiti masa kini memaparkan bahawa murid mengalami kesukaran dalam mengemukakan idea pada aras tinggi. Ini adalah kesan daripada sikap guru yang kurang mengemukakan soalan beraras tinggi dalam menguji kemahiran berfikir murid untuk berfikir secara matang. Faktor lain yang menjadi penghalang kemahiran berfikir murid dari terus berkembang adalah guru hanya menggunakan teknik penyoalan yang berkisar pada aras kognitif rendah atau sederhana sahaja. Oleh itu, itu kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti teknik penyoalan dan jenis soalan bercapah yang biasa digunakan oleh guru Bahasa Melayu sekali gus menambah baik amalan pengajaran guru dalam menggunakan dan menyampaikan soalan sebagai salah satu asas dalam perkongsian kandungan pelajaran kepada murid-murid. Kajian ini dilaksanakan melalui kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Ia berpandukan kepada Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946). Kajian ini melibatkan guru-guru Bahasa Melayu di beberapa buah sekolah rendah daerah Papar, Sabah. Data kajian dianalisis menggunakan analisis bertema menggunakan tiga kaedah pengumpulan data yang ditriangulasikan iaitu analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian dan instrumen kajian seperti Rancangan Pengajaran Harian (RPH), bahan pengajaran, transkrip temu bual, perakam suara, perakam video dan senarai semak. Hasil dapatan menunjukkan penggunaan teknik penyoalan dan jenis soalan bercapah yang sesuai mampu meningkatkan kemahiran berfikir murid. Hasil analisis data menunjukkan pelibatan aktif murid semasa P&P apabila berlaku sesi penyoalan di dalam kelas melalui pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru. Jelaslah bahawa soalan dan penyoalan membantu individu berfikir secara mendalam dan meluas. Secara amnya, hasil dapatan kajian tindakan ini boleh dijadikan garis panduan oleh guru-guru bagi melaksanakan aktiviti soalan dan penyoalan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara lebih sistematik dan efektif. Konklusinya, teknik penyoalan khususnya soalan bentuk bercapah membantu dalam meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid-murid pelbagai aras. Kata kunci: soalan bercapah, teknik penyoalan, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 110
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN MuzISya DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 5 MENDENDANGKAN SYAIR BAHASA MELAYU. Nurul Faizah binti Nordin PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya emel : [email protected] Puan Jacqueline Teo Fuey Phean Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi memberi penyelesaian alternatif kepada masalah yang dihadapi oleh murid sekolah rendah terutamanya tahun 5 dalam mendendangkan syair Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan dengan befokuskan kepada pengaplikasian MuzISya (Muzik Irama Syair) dalam usaha untuk membantu meningkatkan tahap penguasaan murid dalam mendendangkan syair. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang mengadaptasi Model Kurt Lewin 1948 sebagai panduan dalam menjalankan proses kajian iaitu berpaksikan kepada empat langkah iaitu mereflek, merancang, bertindak, dan memerhati. Kajian ini melibatkan enam orang murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan di daerah Kinarut, Papar sebagai peserta kajian. Pelaksanaan kajian ini dijalankan dengan berpandukan dua objektif iaitu mengenal pasti tahap pengetahuan sedia ada murid tentang jenis irama syair dan mengkaji tahap penguasaan murid selepas penggunaan MuzISya dalam membantu murid tahun 5 mendendangkan syair. Melalui objektif ini, pengkaji telah menggunakan tiga kaedah dalam triangulasi data iaitu Temu Bual, Pemerhatian dan Analisis dokumen bagi menjawab persoalan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan MuzISya dapat membantu dalam meningkatkan tahap penguasaan murid dalam mendendangkan syair bahasa Melayu. Hasilnya, tahap penguasaan murid meningkat kepada aras yang lebih tinggi yang membawa makna, peserta kajian boleh mendendangkan syair dengan jenis irama yang sesuai. Tambahan lagi, penggunaan MuzISya ini diihat dapat meningkatkan keyakinan murid dalam mendendangkan syair kerana adanya bantuan muzik iringan semasa mereka bersyair. Tuntasnya, kajian ini membawa signifikan yang cukup jelas kerana dapat dimanfaatkan oleh semua guru Bahasa Melayu untuk mempelbagaikan teknik pengajaran serta menggunakan elemen didik hibur dalam sesi pengajaran dan Pembelajaran. Kata Kunci : Irama syair, Seni bahasa, Muzik irama syair, MuzISya, sekolah rendah PENGAPLIKASIAN RUMUS SELOKA BERENTAK DALAM PENGAJARAN KAGANTAK TAHUN 5 Nurul Fatin Athirah binti Mohd Fauzy PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] Connie C. Ah Gang Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan bagi membantu murid tahun lima dalam mengenal pasti cara untuk mengkategorikan tiga jenis kata ganda berentak seperti pengulangan vokal, pengulangan konsonan dan bebas dengan contoh-contoh yang betul melalui pengaplikasian Rumus Seloka Berentak dalam pengajaran KaGanTak Tahun 5 bagi kemahiran tatabahasa dalam subjek Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Peserta kajian yang dipilih adalah berdasarkan tahap pencapaian melalui kaedah peserta bertujuan. Pemilihan peserta kajian melibatkan enam orang murid Tahun 5 dari sebuah sekolah di daerah Papar, Sabah. Kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji ialah melalui analisis dokumen, temu bual, dan pemerhatian. Data yang dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaplikasian Rumus Seloka Berentak dapat memberi kesan positif dalam membantu murid mengkategorikan contoh-contoh kata ganda berentak berdasarkan tiga jenis dengan betul. Implikasinya, kajian ini menunjukkan bahawa pengaplikasian rumus seloka berentak bersesuaian dalam pengajaran KaGanTak kerana wujudnya unsur seni bahasa yang memudahkan murid memahami jenis-jenis KaGanTak secara berseloka. Penghasilan rumus ini bukan sahaja untuk murid mengingat tetapi membantu mereka untuk memahami dan mengkategorikan tiga jenis KaGanTak dengan contoh-contoh yang betul. Kata kunci: Rumus Seloka Berentak, KaGanTak, Teknik Nyanyian Seloka, Tatabahasa, Seni Bahasa 111
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA TAHAP KECEKAPAN TATABAHASA DAN KESEDIAAN PELAJAR PISMP BAHASA MELAYU TERHADAP PEMBELAJARAN TERARAH KENDIRI Richo Terryson Radius @ Dius PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 E-mel: [email protected] Rozita Buyoh, Ph.D Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Aspek tatabahasa wajar dikuasai oleh pelajar PISMP Bahasa Melayu kerana mereka merupakan bakal guru bahasa Melayu. Pembelajaran terarah kendiri juga sangat penting kerana dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk mencapai kejayaan optimum dalam pembelajaran bahasa. Walau bagaimanapun, kajian berkaitan tatabahasa dan pembelajaran terarah kendiri dalam kalangan pelajar PISMP Bahasa Melayu masih kurang dijalankan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan atas objektif mengenal pasti tahap kecekapan tatabahasa dan mengenal pasti tahap kesediaan pembelajaran terarah kendiri tentang tatabahasa dalam kalangan pelajar PISMP Bahasa Melayu. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan. Seramai 130 orang pelajar PISMP Bahasa Melayu dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan dua instrumen iaitu ujian kecekapan tatabahasa dan soal selidik yang disatukan dalam bentuk Google Forms. Ujian kecekapan tatabahasa mengandungi 40 item yang melibatkan aspek morfologi dan sintaksis manakala soal selidik mengandungi 15 item yang menggunakan skala Likert lima mata. Hasil dapatan dianalisis menggunakan analisis deskriptif dalam perisian SPSS versi 29 melalui nilai markah, peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati tahap kecekapan pelajar PISMP Bahasa Melayu berada pada tahap yang memuaskan apabila kerana 69.2% daripada jumlah responden mencapai markah antara 40% hingga 59%. Kajian turut mendapati bahawa pelajar PISMP Bahasa Melayu mempunyai tahap kesediaan yang tinggi terhadap pembelajaran terarah kendiri dalam tatabahasa dengan min setiap konstruk mencapai min yang tinggi iaitu motivasi (4.34), kesedaran (4.59) dan strategi pembelajaran (4.34). Kajian ini memberi implikasi kepada pelajar, guru dan masyarakat untuk menambah baik penguasaan tatabahasa serta memperkaya kajian tentang tatabahasa dan pembelajaran terarah kendiri. Kata kunci: kecekapan tatabahasa, kesediaan, pembelajaran terarah kendiri, pelajar PISMP Bahasa Melayu PENGAPLIKASIAN KIT BURGER OSuKa.Ke dan OKa.SuKe dalam MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MEMBINA AYAT PASIF Siti Hadjar Nasuha Binti Mohd Ridzuan PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Emel : [email protected] Puan Khadijah Binti Adenan Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Penguasaan kemahiran membina ragam ayat aktif dan ayat pasif merupakan satu keperluan bagi murid di sekolah rendah sebagai salah satu usaha meningkatkan hasil penulisan ayat mahupun karangan bahasa Melayu yang lebih gramatis. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor murid sukar membina ragam ayat bagi jenis ayat pasif serta menentukan kesan penggunaan Kit BURGER OSuKa.Ke dan OKa.SuKe dalam meningkatkan kemahiran murid membina ayat pasif. Hasil pemerhatian awal telah didapati bahawa ramai murid tahun 6 daripada sebuah sekolah daerah Papar yang masih belum menguasai ragam ayat pasif kerana mereka menyamakan struktur ragam ayat aktif dengan ayat pasif. Kajian tindakan dengan pendekatan kualitatif dan mengaplikasikan Model Kajian Tindakan Kemmis dan MacTaggart (1988) telah dijalankan. Pengumpulan data pula dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, analisis dokumen, temu bual berstruktur serta ujian awal dan akhir. Dapatan kajian membuktikan bahawa terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan murid sukar membina ayat pasif dan berlaku peningkatan bagi kemahiran membina ayat pasif peserta kajian setelah menggunakan Kit BURGER OSuKa.Ke dan OKa.SuKe dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rasional kajian ini dilaksanakan adalah mampu meningkatkan motivasi dan menvariasikan kemahiran belajar tatabahasa bagi subjek Bahasa Melayu tahap dua sekolah rendah. Kata Kunci : Kit BURGER OSuKa.Ke dan OKa.SuKe, Ayat Pasif, Ragam Ayat, Ayat Aktif 112
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA IMPLEMENTASI “Kit TaPoYat” DALAM PENGAJARAN POLA AYAT DASAR BAHASA MELAYU TAHUN 2 Suziyanah binti Sukardi PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] Puan Connie C. Ah Gang Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji pengimplementasian “Kit TaPoYat” dalam membantu untuk meningkatkan prestasi murid dalam pengajaran pola ayat dasar. Pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan ini di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Papar, Sabah. Selain itu, pengkaji juga telah memilih seramai 6 orang peserta kajian yang terdiri daripada murid tahun 2 aliran perdana di sekolah tersebut. Reka bentuk bagi kajian tindakan ini merangkumi pendekatan kualitatif dengan pengaplikasian Model Kurt Lewin (1948) sebagai model kajian tindakan yang dirujuk. Kaedah pengumpulan data yang diaplikasikan melibatkan pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen selaras dengan instrumen kajian yang digunakan. Seterusnya, data yang dikumpul akan ditriangulasikan bagi mendapatkan hasil dapatan kajian yang jitu dan sahih. Hasil daripada analisis dapatan kajian membuktikan bahawa peserta kajian dapat mencapai objektif yang telah digariskan oleh pengkaji iaitu dapat meningkatkan pemahaman sekali gus prestasi mereka terhadap pengajaran pola ayat dasar melalui pengaplikasian “Kit TaPoYat”. Secara konklusinya, murid telah mahir menyenaraikan jenis-jenis pola ayat, mengkategorikan pola ayat dengan betul dan membina ayat berdasarkan pola ayat dasar dengan tepat setelah pengkaji menggunakan “Kit TaPoYat” dalam pengajaran pola ayat dasar. Kata Kunci: “Kit TaPoYat”, pola ayat dasar, menyenaraikan, mengkategorikan, membina ayat. 113
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA OPSYEN BAHASA MELAYU (SK 2) 114
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA TAHAP PENGUASAAN JAWI DALAM KALANGAN MURID GENERASI ALPHA: KAJIAN KES DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR Adibah Liyana binti Lutfi PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] Othman bin Abd. Aziz Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Tulisan Jawi merupakan salah satu tulisan yang gunakan dalam bahasa Melayu dan perlu dikuasai oleh masyarakat di Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif memperkenalkan tulisan Jawi melalui pengisian aspek seni bahasa dalam bahasa Melayu untuk memperkaya pengetahuan murid mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu. Namun berdasarkan sorotan kajian lepas pengkaji mendapati bahawa kebanyakkan murid generasi Alpha tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kemahiran membaca dan menulis Jawi dalam kalangan murid generasi Alpha dan mengetahui sejauh mana tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis Jawi dalam kalangan murid-murid generasi Alpha. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan menggunakan pendekatan kualititatif. Subjek kajian terdiri daripada 21 orang murid tahun lima aliran perdana di sebuah sekolah yang terletak di daerah Papar. Instrumen kajian yang digunakan adalah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Selain itu, data akan dianalisis secara deskriptif menggunakan analisis pola dan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tahap penguasaan Jawi dan tahap penguasaan Jawi subjek kajian berada di tahap cemerlang. Namun terdapat beberapa subjek kajian berada di tahap lemah dan adanya kemahiran tulisan Jawi yang perlu dititikberatkan kerana pencapaian yang tidak memberangsangkan. Kesimpulannya kajian ini dapat membantu meningkatkan tahap pencapaian murid dalam kemahiran membaca dan menulis Jawi serta membantu guru mencari teknik pengajaran yang sesuai terhadap masalah yang dihadapi oleh murid dalam kemahiran membaca dan menulis Jawi. Kata kunci: Tulisan Jawi, Penguasaan, Bahasa Melayu, Generasi Alpha, Sekolah Rendah PENGAPLIKASIAN PANAH IRAMA MEMBANTU MURID TAHUN SATU MELAFAZKAN PANTUN DENGAN INTONASI YANG BETUL Anis Athirah binti Haron PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel : [email protected] Encik Othman bin Abd. Aziz Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Pantun merupakan aspek seni bahasa yang perlu diterapkan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu. Namun demikian, terdapat sebilangan murid yang belum menguasai cara melafazkan pantun dengan intonasi yang betul. Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan berorientasikan dua objektif utama iaitu meningkatkan penguasaan murid melafazkan pantun empat kerat dengan intonasi yang betul menggunakan panah irama serta mengidentifikasi pengaplikasian panah irama dalam membantu murid tahun satu melafazkan pantun empat kerat dengan intonasi yang betul. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tindakan yang menggunakan pendekatan kualitatif. Pemilihan peserta kajian terdiri daripada enam orang murid tahun satu dari sekolah kebangsaan yang bertempat di Papar, Sabah. Model kajian ini adalah berpaksikan kepada Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988). Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen menerusi ujian awal dan ujian akhir, senarai semak pemerhatian dan temu bual bersama peserta kajian. Data kajian dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaplikasian panah irama dapat membantu murid meningkatkan penguasaan mereka dalam melafazkan pantun empat kerat dengan intonasi yang betul. Implikasinya, kajian ini membuktikan bahawa pengaplikasian panah irama memudahkan murid untuk memahami dan menguasai cara melafazkan pantun dengan intonasi yang betul. Kepentingan kajian ini kepada guru adalah dapat dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang boleh diaplikasikan dalam proses PdP aspek seni bahasa. Kajian ini turut berkepentingan untuk membantu pihak sekolah mengasah bakat murid dalam aspek melafazkan pantun. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan tambahan untuk kegunaan pengkaji lain di masa depan. Kata kunci : panah irama, murid tahun satu, pantun empat kerat 115
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA IMBAWAL GUGAN: MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBUHAN AWALAN MEN- PADA KATA DASAR BERMULA HURUF P, T, K, S Carol Irene Paukin PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel: [email protected] Puan Jacqueline Teo Fuey Phean Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Imbuhan merupakan salah satu komponen tatabahasa yang penting kerana sering digunakan dalam penggunaan bahasa seharian sama ada dalam bentuk percakapan mahupun penulisan. Walau bagaimanapun proses pengimbuhan bukanlah suatu proses yang mudah difahami kerana bersifat kompleks dan menimbulkan kekeliruan kepada murid. Oleh itu, kajian ini berpaksikan kepada dua objektif iaitu mengenal pasti tahap penguasaan murid terhadap topik imbuhan awalan meN- dan kesan penggunaan Teknik IMBAWAL GuGan terhadap topik imbuhan awalan meN- yang mencantumkan imbuhan awalan meN- dengan kata dasar yang bermula huruf p, t, k dan s. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif berdasarkan Model Kemmis & Mc Taggart (1988). Kajian ini juga melibatkan lima orang peserta kajian daripada kelas Tahun 4 di salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Papar, Sabah. Instrumen kajian yang telah digunakan adalah lebih berfokus kepada ujian pra dan ujian pos, senarai semak pemerhatian sebelum dan selepas serta soal selidik sebelum dan selepas. Dapatan kajian menunjukkan kesalahan imbuhan awalan telah dikenal pasti serta penggunaan Teknik IMBAWAL GuGan yang diaplikasikan jelas menunjukkan peningkatan murid terhadap penguasaan topik imbuhan awalan meN- pada kata dasar yang bermula huruf p, t, k dan s yang digugurkan. Signifikan kajian ini adalah dapat dimanfaatkan oleh semua guru Bahasa Melayu untuk mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam aspek tatabahasa. Kata Kunci: Tatabahasa, Imbuhan Awalan meN-, Teknik, IMBAWAL GuGan PENGAPLIKASIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF KIT SIM-BA DALAM PEMBELAJARAN SIMPULAN BAHASA Catherina Elvasia Anak Usin PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel: [email protected] Dr. Rahmah binti Abdul Ghani (Ph.D) Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang masih kukuh martabatnya sebagai warisan budaya negara. Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang mendalam. Kajian penyelidikan ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dalam pembelajaran simpulan bahasa. Kajian yang dijalankan ini berorientasikan dua objektif utama yang menjadi fokus kajian iaitu mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam mempelajari simpulan bahasa serta mengenal pasti kesan penggunaan multimedia interaktif Kit Sim-Ba dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap simpulan bahasa. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Dalam pelaksanaan kajian ini, pengkaji telah memilih peserta kajian berpandukan peserta bertujuan. Peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai lima orang murid Tahun 3 dari sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Papar, Sabah. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini termasuklah senarai semak pemerhatian, temu bual, ujian awal dan ujian akhir serta latihan pengukuhan. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa pengaplikasian multimedia interaktif Kit Sim-Ba memberikan impak yang positif terhadap pembelajaran simpulan bahasa kerana mampu meningkatkan tahap penguasaan murid dalam mempelajari topik simpulan bahasa. Implikasinya, kajian ini menunjukkan bahawa pengaplikasian Kit Sim-Ba membolehkan murid menguasai simpulan bahasa dengan mudah di samping mendorong guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran abad ke-21 yang berpaksikan sains dan teknologi. Kata Kunci: Simpulan bahasa, multimedia, interaktif, Kit Sim-Ba 116
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN TEKNIK IN-NA-BOL BAGI MEMBANTU MURID DALAM MENDEKLAMASIKAN SAJAK Chrisabelle Brenda Tay PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel: [email protected] Rahmah binti Abdul Ghani (Ph.D) Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Aspek seni bahasa merupakan salah satu aspek yang penting untuk dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Aspek seni bahasa ini merupakan modul sokongan daripada empat kemahiran utama iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Namun, penguasaan murid terhadap aspek seni bahasa khususnya dalam sajak adalah masih lemah. Murid masih kurang mahir dalam mendeklamasikan sajak dengan menggunakan intonasi yang betul. Oleh itu, kajian ini berorientasikan kepada dua objektif iaitu mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam mendeklamasikan sajak dan kesan penggunaan Teknik In-Na-Bol dalam meningkatkan kemahiran murid mendeklamasikan sajak. Teknik ini menggunakan simbol dan warna bagi menentukan intonasi yang terdapat dalam sajak. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tindakan yang menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan Model Kemmis dan McTaggart (1988). Kajian ini melibatkan enam orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah di daerah Papar, Sabah. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian awal dan ujian akhir, pemerhatian dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid dalam mendeklamasikan sajak masih lemah dan pengaplikasian Teknik In-Na-Bol dalam mendeklamasikan sajak ini telah membantu murid meningkatkan kemahiran mereka dalam mendeklamasikan sajak. Impaknya, kajian ini membantu murid untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam mendeklamasikan sajak serta membantu guru mempelbagaikan teknik pengajarannya selaras dengan Pembelajaran Abad ke-21 Kata kunci: seni bahasa, sajak, Teknik, In-Na-Bol MENGENAL PASTI TAHAP PENGUASAAN MEMBACA AYAT TUNGGAL MURID TAHUN 2 DI SEBUAH SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) : KAJIAN KES Dayang Abdah Khalidah binti Abang Husaini PISMP Bahasa Melayu (SK) Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya emel: [email protected] Nur Aqeela Alia binti Ahmad Jabatan Pengajian Melayu emel: [email protected] ABSTRAK Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan yang betul, intonasi, jeda dan kelancaran yang sesuai. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran membaca ayat tunggal murid serta mengetahui faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan membaca murid Tahun 2 dalam Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah daerah Papar. Seramai 20 peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian kes dengan berpandukan Teori Perkembangan Havighurst (1986). Kajian ini menggunakan kaedah triangulasi data seperti instrumen temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen yang dianalisis secara deskriptif. Menerusi dapatan kajian, terdapat beberapa murid yang masih menghadapi masalah dalam kemahiran membaca ayat tunggal terutamanya dari aspek sebutan dan intonasi yang betul. Sebanyak 35% peserta kajian mencapai Tahap Penguasaan 2, 25% mencapai Tahap Penguasaan 5, 20% Tahap Penguasaan 4 dan 10% masing-masing mencapai Tahap Penguasaan 3 dan Tahap Penguasaan 6. Antara faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan membaca murid Tahun 2 ialah faktor keluarga, faktor minat dalam membaca dan faktor bahasa daerah. Implikasi kajian menunjukkan persekitaran sekeliling murid mempengaruhi sebahagian besar penguasaan murid dalam pendidikan. Maka, guru serta ibu bapa haruslah bekerjasama untuk memastikan murid dapat menguasai kemahiran membaca Bahasa Melayu agar dapat memahami serta menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dengan lebih cekap dan efisien. Kata kunci: kemahiran membaca, tahap penguasaan, ayat tunggal, Bahasa Melayu, faktor yang mempengaruhi 117
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN “KIKATIF” MELALUI TEKNIK BELAJAR SAMBIL BERMAIN UNTUK PENGUASAAN KATA ADJEKTIF Ellizander Lamit PISMP Bahasa Melayu (SK) Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] Nur Aqeela Alia binti Ahmad Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk menyelesaikan masalah penguasaan kata adjektif yang lemah dalam kalangan peserta kajian. Oleh itu, kajian ini berfokus kepada penggunaan intervensi KIKATIF. Intervensi ini dijalankan dalam bentuk permainan interaktif digital dan maujud. Berdasarkan tinjauan awal murid, awal mula kajian ini perlu dilaksanakan adalah disebabkan pengkaji mendapati bahawa murid Tahun 2 masih mempunyai penguasaan kata adjektif yang agak terbatas sehingga mereka tidak berupaya menggunakan kata adjektif mengikut konteks ayat yang betul. Perkara ini terbukti berdasarkan hasil ujian awal murid. Seramai enam orang murid yang terdiri daripada empat orang lelaki dan dua orang perempuan di sebuah sekolah sekitar Kota Kinabalu telah dipilih sebagai peserta kajian. Selain itu, kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang menggunakan pendekatan kualitatif. Kajian ini dilaksanakan dalam satu lingkaran lengkap sahaja yang diadaptasikan melalui model Kemmis dan McTaggart (1998). Terdapat tiga kaedah kajian yang telah digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data iaitu melalui ujian awal dan ujian akhir serta temu bual. Instrumen kajian yang telah digunakan pula ialah ujian, pemerhatian berstruktur dan temu bual berstruktur. Seterusnya, hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan KIKATIF dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan kata adjektif dalam kalangan murid. Malah, impak positif pengaplikasian KIKATIF ini dapat dilihat melalui peningkatan yang signifikan dalam ujian akhir murid. Tambahan lagi, intervensi ini boleh digunakan lagi oleh guru bahasa Melayu untuk pembelajaran jenis kata adjektif yang seterusnya dan berpotensi untuk dikomersialkan. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa pengaplikasian KIKATIF sesungguhnya telah membantu murid dalam meningkatkan penguasaan kata adjektif dan objektif pun dapat dicapai dengan jayanya. Kata kunci: Kata Adjektif, Tatabahasa, KIKATIF, Permainan APLIKASI TEKNIK BENKIJO DALAM MEMBANTU MURID MENGUASAI PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN Flavia Angel Malanjun PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] Puan Connie C. Ah Gang Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Penjodoh bilangan merupakan antara aspek tatabahasa yang sepatutnya dikuasai oleh murid. Walau bagaimanapun, murid sering menghadapi kekeliruan dalam penggunaan penjodoh bilangan yang banyak. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan untsuk mengenal pasti masalah murid serta mengenal pasti kesan teknik BenKiJo dalam penggunaan penjodoh bilangan. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan perancangan yang sistematik berasaskan Model Tindakan Kurt Lewin (1946). Data-data dikumpul melalui instrumen ujian awal, ujian akhir, temu bual, dan pemerhatian. Hasil tinjauan awal melalui instrumen ujian awal dan temu bual mendapati tahap penguasaan murid dalam penjodoh bilangan masih berada pada tahap yang lemah. Kajian ini mengambil enam peserta kajian dari tahap penguasaan yang berbeza iaitu pada tahap lemah, sederhana dan sangat baik. Teknik BenKiJo dihasilkan untuk membantu murid memahami dan mengenal pasti penjodoh bilangan berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Pengkaji mengimplimentasikan Teknik BenKiJo untuk membantu murid menguasai penggunaan penjodoh bilangan bagi Tahun Satu. Penguasaan dalam pemahaman dan penggunaan penjodoh bilangan dapat membantu murid untuk mengenal pasti penjodoh bilangan dengan betul sejajar dengan ciri-ciri yang sesuai. Tuntasnya, pengaplikasian Teknik BenKiJo dapat memberi sumbangan dalam aspek tatabahasa. Kata Kunci: Tatabahasa, Penjodoh Bilangan, Teknik BenKiJo, Mengenal Pasti 118
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN TEKNIK NOMAHU DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 2 MENGUASAI TANDA BACA Intan Shahera binti Mohamad PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] Connie C. Ah Gang Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penggunaan tanda baca noktah, koma dan kemahiran menulis huruf besar dalam kalangan murid sekolah rendah dengan menggunakan intervensi NoMaHu. Pengkaji menggunakan NoMaHu untuk menangani isu kekeliruan murid terhadap fungsi tanda baca noktah, koma dan penggunaan huruf besar semasa menulis ayat. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid tahun 2 dari sebuah sekolah rendah di Sabah. Reka bentuk kajian adalah berdasarkan model Kemmis & McTaggart (1988). Pengkaji mengumpulkan data dengan menggunakan instrumen seperti temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen seterusnya dianalisis secara kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan NoMaHu dapat meningkatkan penguasaan tanda baca koma, noktah dan penggunaan huruf besar semasa menulis ayat. Oleh itu, pengkaji berharap agar penulisan kajian ini menjadi titik tolak kepada pengkaji lain untuk menyumbangkan idea agar dapat mencari kaedah atau menghasilkan intervensi yang sama fungsinya secara tidak langsung dapat membantu murid yang bermasalah dalam penulisan bahasa Melayu. Kata Kunci: Tanda Baca Koma dan Noktah, Menulis, NoMaHu, Kemahiran Menulis TACSo : Membantu Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis Pendahuluan Karangan Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Mohd Amirul Hakim Bin Jamidia PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya E-mel : [email protected] Encik Ag Ahmad Bin Hj. Ag Siring @ Pengiran Awang Ahmad Bin Haji Pengiran Awang Siring Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kemahiran menulis merupakan kemahiran bahasa yang paling kompleks untuk dikuasai oleh murid kerana kemahiran ini melibatkan keupayaan kebahasaan dan kehalusan bahasa. Oleh itu, kajian penyelidikan ini dilaksanakan bertujuan bagi meningkatkan kemahiran menulis murid khususnya dalam membina pendahuluan karangan yang menekankan aspek kohesi dan koheren dalam penulisan. Kajian ini berorientasikan dua objektif yang utama iaitu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam membina pendahuluan karangan serta mengenal pasti cara murid menguasai kemahiran menulis pendahuluan karangan menggunakan teknik TACSo. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Peserta kajian yang dipilih adalah berdasarkan kaedah peserta bertujuan. Pemilihan peserta kajian melibatkan lima orang murid Tahun 5 dari sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Papar, Sabah. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen, temu bual, senarai semak pemerhatian dan ujian diagnostik awal dan ujian akhir. Data dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan yang signifikan melalui penggunaan teknik TACSo dalam meningkatkan kemahiran menulis murid dalam membina pendahuluan karangan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa penggunaan teknik yang efektif dan menarik dapat membantu murid dalam mengolah pendahuluan karangan dengan lebih baik serta mampu meningkatkan kemahiran menulis murid. Implikasinya, kajian tindakan ini berupaya untuk membantu murid dalam menjana idea bagi membina perenggan pendahuluan karangan di samping menekankan aspek kohesi dan koheren dalam penulisan. Kata Kunci : Teknik TACSo, Kemahiran Menulis, Karangan, Pendahuluan 119
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN KIT 5D DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA ADJEKTIF MURID TAHAP 2 Muhammad Faris Akmal bin Muhamad Kamal PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] Pn. Khadijah@Aswati binti Adenan Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Kata Adjektif merupakan aspek penting dalam pengajaran aspek tatabahasa. Walau bagaimanapun, sebahagian besar murid tidak dapat menguasai kemahiran tersebut. Oleh itu, kajian ini berorientasikan dua objektif yang utama iaitu mengenal pasti penguasaan kata adjektif dalam kalangan murid tahun 4 serta mengenal pasti kesan penggunaan Kit 5D dalam meningkatkan penguasaan kata adjektif. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif dengan berpandukan model Kemmis dan McTaggart (1988). Di dalam model tersebut ada menyatakan empat langkah iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Pengumpulan data dilaksanakan melalui tiga instrumen utama iaitu temu bual separa berstruktur, pemerhatian menggunakan senarai semak dan analisis dokumen yang merangkumi ujian awal dan akhir. Peserta kajian ini melibatkan seramai lima orang murid tahun empat dari salah sebuah sekolah rendah di daerah Papar, Sabah. Hasil dapatan kajian memperlihatkan terdapat pola-pola kesalahan peserta kajian semasa menjawab soalan berkenaan Kata Adjektif. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pengaplikasian Kit 5D berupaya membantu peserta kajian dalam meningkatkan penguasaan kata adjektif. Pengaplikasian Kit 5D ini disarankan untuk diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu bagi melatih murid mempelajari kata adjektif. Signifikan kajian ini adalah dapat dimanfaatkan oleh semua guru Bahasa Melayu untuk mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran dalam aspek tatabahasa. Kata Kunci: Aplikasi, Kit 5D, Penguasaan Kata Adjektif, Tatabahasa PENGAPLIKASIAN KIT RoPeNgan DALAM TOPIK PENJODOH BILANGAN MURID TAHUN 4 Muhammad Hamdii bin Harun PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu e-mel: [email protected] Hafifi Hafidz Horace, PhD Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Penjodoh bilangan merupakan salah satu komponen penting dalam aspek tatabahasa bahasa Melayu yang perlu dipelajari oleh murid. Walau bagaimanapun, masih masih ramai murid yang mengalami kesulitan dalam memahami dan mengaplikasi aturan tatabahasa dalam bahasa Melayu termasuklah masalah penggunaan penjodoh bilangan yang tidak tepat. Kajian penyelidikan ini dilaksanakan bagi mencari penyelesaian masalah murid dalam mempelajari kata penjodoh bilangan. Kajian ini berteraskan kepada dua objektif utama iaitu mengenal pasti jenis kesalahan penggunaan penjodoh bilangan dan mengenal pasti kesan kit RoPeNgan terhadap tahap kefahaman murid Tahun 4 mengenai penjodoh bilangan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan dengan mengadaptasikan Model Kemmis & McTaggart. Kajian ini terdiri daripada lima orang murid dari sebuah Sekolah Kebangsaan di daerah Papar, Sabah. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini termasuklah analisis dokumen hasil kerja dan lembaran kerja murid, pemerhatian, dan temu bual separa berstruktur. Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan Kit RoPeNgan meningkatkan kefahaman murid mengenai kata penjodoh bilangan. Selain itu, pangaplikasian Kit RoPeNgan ini memperlihatkan perbezaan prestasi murid sebelum dan selepas kit ini diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kit RoPeNgan ini disarankan untuk diaplikasikan dalam subjek bahasa Melayu khususnya kemahiran tatabahasa bagi melatih murid dalam meningkatkan penguasaan kata penjodoh bilangan. Signifikan kajian ini adalah dapat dimanfaatkan oleh semua guru bahasa Melayu untuk mempelbagaikan teknik pengajaran guru dalam kemahiran tatabahasa. Kata Kunci: Penjodoh bilangan, Tatabahasa, Kit RoPeNgan 120
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN TEKNIK GPA TERHADAP KEMAHIRAN MENJANA IDEA DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAGI MURID TAHUN ENAM Murniati binti Tamin PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel: [email protected] Hafifi Hafidz Horace, PhD Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kemahiran penulisan karangan dari aspek karangan keperihalan merupakan salah satu aspek yang perlu dikuasai oleh murid-murid di sekolah. Namun begitu, masih terdapat segelintir murid tahun 6 yang tidak mampu menghasilkan karangan keperihalan dengan baik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi murid dalam penulisan karangan keperihalan dan melihat kesan pengaplikasian Teknik GPA iaitu Teknik Gambaran & Peta Alir. Kajian ini mengetengahkan penggunaan salah satu Peta i-Think untuk digunakan dalam membina draf karangan. Peta i-Think ialah satu alat berfikir yang dipersembahkan dalam lapan jenis peta secara visual yang mudah digunakan oleh murid-murid. Peta alir dipilih dalam kajian ini kerana peta ini sesuai diaplikasikan dalam aktiviti merangka isi karangan dengan tersusun, sistematik dan berkesan mengikut turutan plot penceritaan. Teknik ini memerlukan murid untuk berimaginasi bagi menjana idea dalam bentuk gambaran melalui lakaran pada peta alir. Seramai lima orang murid tahun enam di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Papar, Sabah telah dipilih sebagai peserta kajian dalam pelaksanaan penyelidikan ini. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif. Data telah dikumpulkan menggunakan kaedah analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Analisis data merangkumi hasil kerja murid, senarai semak pemerhatian dan transkripsi temu bual. Secara keseluruhannya, dapatan kajian membuktikan Teknik GPA dapat membantu murid dalam kemahiran menjana idea terhadap penghasilan karangan keperihalan. Oleh yang demikian, Teknik GPA boleh dipertimbangkan untuk digunakan secara meluas dalam usaha meningkatkan kemahiran menulis karangan keperihalan sekolah rendah. Kata Kunci: Peta i-Think, peta alir, kemahiran menjana idea, karangan keperihalan. TEKNIK J-HAIWAN MENINGKATKAN PENGUASAAN MENGECAM DAN MENYEBUT HURUF JAWI DALAM BAHASA MELAYU TAHUN 5 Nor Afrina binti Ahmad PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel: [email protected] Yahya bin Yassin Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Tulisan Jawi diperkenalkan dalam KSSR Semakan 2017 bagi subjek Bahasa Melayu Tahap 2 sebagai pengisian tambahan kemahiran seni bahasa. Namun, sebahagian besar generasi terutamanya generasi muda kurang menguasai tulisan Jawi. Oleh hal yang demikian, kajian ini berorientasikan dua objektif iaitu mengenalpasti tahap penguasaan Jawi murid dan keupayaan teknik J-Haiwan dalam meningkatkan penguasaan huruf tunggal Jawi murid tahun 5. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk model tindakan Stephen Kemmis & Mc Taggart (1988). Seramai empat orang peserta kajian yang terdiri daripada tiga murid lelaki dan seorang murid perempuan di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Papar. Instrumen yang digunakan untuk menganalisis dapatan kajian ialah ujian awal, ujian akhir, temu bual dan pemerhatian. Berdasarkan analisis dapatan kajian, pengkaji dapat mengetahui tahap penguasaan Jawi murid dan berlaku peningkatan markah pada ujian akhir berbanding ujian awal. Hal ini menunjukkan bahawa peserta kajian berjaya menunjukkan peningkatan penguasaan dalam mengenal, mengecam dan menyebut huruf tunggal Jawi berdasarkan peribahasa. Signifikan kajian ini bukan sahaja membantu murid mengenal huruf Jawi dengan lebih seronok tetapi membantu guru mempelbagaikan bahan bantu mengajar berasaskan multimedia interaktif bertepatan dengan pembelajaran abad ke-21. Kata kunci: Huruf Jawi, peribahasa, multimedia interaktif, J-Haiwan 121
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGGUNAAN TEKNIK RAJAH POKOK MENINGKATKAN PENGUASAAN PENULISAN ISI KARANGAN NARATIF SEPARA BERPANDU DALAM KALANGAN MURID TAHUN TIGA Norafieda binti Khazani PISMP Bahasa Melayu (SK) Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] Yahya bin Yassin Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Penulisan karangan merupakan salah satu kemahiran menulis yang perlu dikuasai oleh murid tahun tiga selaras dengan kehendak dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Walau bagaimanapun, ada dalam kalangan mereka yang masih tidak dapat mengeluarkan dan mengolah isi karangan naratif separa berpandu. Kajian ini dilaksanakan berlandaskan dua objektif iaitu, mengenal pasti masalah murid dalam membina isi karangan naratif separa berpandu bagi murid tahun tiga dan seterusnya mengenal pasti penggunaan teknik rajah pokok dapat meningkatkan penguasaan penulisan isi karangan naratif separa berpandu. Pengaplikasian teknik ini dapat membantu murid untuk menjana dan menyusun idea dengan baik serta mengembangkan idea menjadi satu karangan yang lengkap. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tindakan yang menggunakan pendekatan kualitatif. Kajian ini melibatkan lima orang peserta kajian yang terdiri daripada murid tahun tiga dari sebuah sekolah rendah kebangsaan di daerah Papar, Sabah. Data dikumpul menggunakan kaedah analisis dokumen, temu bual dan senarai semak pemerhatian. Kemudian, penganalisisan data dilakukan secara deskriptif melalui analisis kandungan dan analisis pola bertema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara masalah murid dalam membina isi karangan naratif separa berpandu ialah mereka tidak dapat mengeluarkan, mengolah dan mengembangkan isi utama bagi membentuk sebuah perenggan isi karangan. Seterusnya, dapatan kajian turut membuktikan bahawa penggunaan teknik rajah pokok dapat meningkatkan penguasaan penulisan isi karangan naratif separa berpandu dalam kalangan murid tahun tiga. Implikasinya, pelaksanaan kajian ini menandakan bahawa penggunaan teknik rajah pokok dapat membantu murid tahun tiga mengeluarkan idea dan mengolah isi karangan naratif separa berpandu dengan baik. Kata kunci : Teknik Rajah Pokok, Menulis, Perenggan, Isi, Naratif, Separa Berpandu PENGAPLIKASIAN KIT KOWA SEMASA MELAGUKAN SYAIR DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH Nur Fakhriah Binti Jahari PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah E-mel: [email protected] Encik Dzulkifli bin Mohd Aspah Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan pengaplikasian Kit KoWa dalam meningkatkan kemahiran murid mempersembahkan dan melagukan syair menggunakan irama syair Selendang Delima. Aspek seni bahasa merupakan salah satu komponen yang terkandung dalam Kurikulum Standard Bahasa Melayu yang menekankan keindahan bahasa secara didik hibur. Terdapat pelbagai jenis kesenian bahasa Melayu dalam komponen ini seperti pantun, syair, sajak, drama, nyanyian, peribahasa, tulisan khat dan sebagainya. Namun, kajian ini hanya memfokuskan kepada syair Melayu sahaja. Syair merupakan bait-bait puisi yang memiliki bahasa yang indah serta irama yang menarik semasa mempersembahkannya. Kajian yang dijalankan ini berbentuk kualitatif dan mengadaptasikan Model Kemmis & McTaggart. Pengkaji menghasilkan Kit KoWa secara digital yang boleh diakses tanpa menggunakan Internet. Berdasarkan kaedah persampelan, seramai empat orang murid Tahun 3 dari salah sebuah sekolah rendah di daerah Papar, Sabah mengalami masalah dalam mempersembahkan dan melagukan syair menggunakan irama syair yang betul. Instrumen yang digunakan termasuklah ujian awal dan akhir, pemerhatia dan temu bual serta data dianalisis secara kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid dalam melagukan syair meningkat selepas pengaplikasian Kit KoWa. Secara keseluruhannya, kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada guru-guru Bahasa Melayu dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan khususnya bagi aspek seni bahasa. Kata kunci: Kit KoWa, Syair, Irama Selendang Delima, Aspek Seni Bahasa, Tahun 3 122
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGIMPLIMENTASIAN KIT BIM UNTUK MEMBANTU MURID MENGUASAI KATA BERIMBUHAN AWALAN Nur Izham bin Lasun Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Emel: [email protected] Encik Dzulkifli bin Aspah Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Morfologi merupakan aspek tatabahasa yang penting untuk dikuasai oleh murid. Namun, terdapat segelintir murid yang tidak mampu menguasai aspek ini. Oleh itu, kajian penyelidikan ini berpaksikan kepada dua objektif utama iaitu mengenal pasti masalah murid Tahun 2 dalam menguasai kata berimbuhan awalan (beR-, meN- dan meM-) dan mengenal pasti kesan pengaplikasian kit BIM meningkatkan penguasaan kata berimbuhan awalan (beR-, meN- dan meM-) dalam kalangan murid Tahun 2. Kajian penyelidikan ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan dengan pendekatan secara kualitatif berorientasikan model kajian tindakan Kemmis & McTaggard (1988). Peserta kajian yang dipilih adalah berdasarkan kaedah peserta kajian bertujuan. Peserta kajian yang dipilih adalah seramai 5 orang dalam kalangan murid Tahun 2 dari sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Papar, Sabah. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen, pemerhatian, temu bual dan juga ujian pra serta ujian pos. Data dianalisis secara deskriptif, naratif dan tematik. Dapatan kajian memaparkan impak yang signifikan melalui pengaplikasian kit BIM dalam meningkatkan penguasaan murid mengenai kata berimbuhan awalan (beR-, meN- dan meM-). Implikasi kajian ini adalah membantu murid meningkatkan tahap penguasaan dalam aspek kata berimbuhan awalan iaitu dapat mengenal pasti dan membina ayat menggunakan kata berimbuhan awalan dalam pembinaan struktur ayat yang gramatis. Kata kunci: Morfologi, tatabahasa, deskriptif, naratif dan tematik. Penggunaan Teknik BuKAy Bagi Mengatasi Masalah Kemahiran Membaca Dalam Kalangan Murid Tahap 1 Nur Maisarah Aqilah binti Zeini PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya E-mel : [email protected] Puan Arbiah Maddahiri Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kemahiran membaca merupakan asas pembentukan diri ke arah menimba ilmu pengetahuan. Kemahiran ini meliputi keupayaan membaca dengan baik, kebolehan memahami fakta serta membuat interprestasi secara bijak dan analitis. Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang dijalankan untuk mengatasi masalah kemahiran membaca dalam kalangan murid tahap 1. Kajian ini berfokuskan untuk mengenal pasti masalah murid tahap 1 dalam kemahiran membaca kata dan ayat melalui teknik BuKAy. Kajian ini juga dilaksanakan berdasarkan Model Kurt Lewin (1948). Model ini juga mempunyai empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Kumpulan sasaran bagi kajian ini ialah murid tahun dua yang mengalami masalah dalam membaca kata dan juga ayat. Selain itu, reka bentuk penyelidikan ini ialah berbentuk kualitatif. Pengumpulan data pula dilaksanakan melalui tiga instrumen iaitu pemerhatian, analisis dokumen dan juga transkripsi temu bual. Pengkaji menggunakan pengumpulan data pemerhatian yang terdiri daripada senarai semak kesalahan sebutan perkataan, senarai semak binaan ayat, transkripsi temu bual guru dan peserta kajian serta analisis dokumen yang terdiri daripada ujian awal dan ujian akhir. Data kajian dianalisis secara deskriptif. Kajian ini juga telah mengubah gaya pembelajaran lebih menarik melalui penggunaan intervensi BuKAy secara digital. Hasil dapatan mendapati bahawa berlakunya peningkatan positif dalam masalah kemahiran membaca sebelum sesi intervensi dilaksanakan ke atas peserta kajian. Secara keseluruhannya, kajian ini menekankan kepentingan penggunaan BuKAy bagi mengatasi masalah kemahiran membaca dalam kalangan murid tahap 1. Kata Kunci: BuKAy, kemahiran membaca, digital 123
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA TEKNIK NYANYIAN SURIRAM DALAM PENULISAN KARANGAN TAHUN 6 Nur Shafiqa Aqila binti Mat Sani PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] Puan Arbiah binti Maddahiri Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Dalam kemahiran menulis, proses menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai terutamanya penulisan karangan berformat. Masalah penguasaan format karangan dalam kalangan murid merupakan salah satu isu serius dalam penulisan karangan. Perkara ini berlaku kerana murid masih sukar untuk mengingat format karangan surat kiriman rasmi yang membuatkan penulisan karangan dihasilkan itu tidak betul. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti masalah murid dalam menghasilkan karangan surat kiriman rasmi serta kesan teknik nyanyian SuRiRam dalam meningkatkan penguasaan murid menghasilkan karangan jenis ini mengikut format yang betul. Kajian ini bertumpu kepada enam orang murid Tahun Enam yang dipilih sebagai peserta kajian. Pengkaji telah memilih Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988) dalam melaksanakan kajian ini. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tindakan yang menggunakan pendekatan kualitatif. Pengumpulan data pula dijalankan melalui tiga instrumen utama iaitu ujian awal dan akhir, pemerhatian serta temu bual. Data-data yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif menerusi analisis bertema dan pola kesalahan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik nyanyian SuRiRam ini dapat membantu peserta kajian mengenal dan mengingat format karangan surat kiriman rasmi sekali gus meningkatkan penguasaan mereka dalam menghasilkan karangan tersebut mengikut format yang betul. Oleh itu, kajian ini dilihat boleh diteruskan pada masa hadapan dengan membuat penambahbaikan terhadap intervensi teknik nyanyian SuRiRam ini agar guru dapat mengaplikasikan teknik ini sebagai Bahan Bantu Belajar (BBB) dalam bilik darjah untuk membantu murid dalam menghasilkan karangan surat kiriman rasmi mengikut format yang betul. Kata Kunci: Teknik nyanyian SuRiRam, menulis, karangan berformat, surat kiriman rasmi APLIKASI KIT KALENDAR KaGanTak DALAM MEMBANTU MURID MENGUASAI PENGGUNAAN KATA GANDA BERENTAK BAHASA MELAYU TAHUN 3 Nurfarain binti Jamal PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] Ag Ahmad bin Ag Siring @ Pengiran Awang Ahmad Bin Haji Pengiran Awang Siring Jabatan Ilmu Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah aplikasi Kit Kalendar KaGanTak dalam meningkatkan kemahiran murid dalam penguasaan kata ganda berentak. Pendekatan Kajian lalah pendekatan Kualitatif. Kaedah yang dijalankan adalah berdasarkan temubual, pemerhatian dan ujian. Kajlan dilaksanakan di salah sebuah sekolah rendah di daerah kota Kinabalu dan peserta Kajlan adalah seramal 5 orang . Dapatan kajian menunjukkan bahawa kumpulan peserta Kajian in mempunyai peningkatan dalam pemahaman yang lebin baik dalam ujian akhir berbanding ujian awal yang dilaksanakan pada awal kajian. Oleh itu, adalah dicadangkan supaya kaedah aplikasi Kit Kalendar KaGanTak ini diguna pakal di dalam bilik darjah sebagal salah satu daripada pendekatan alternatit kepada pembelajaran abad ke 21 yang berteraskan inovasipembelajaran. Kata Kunci : KaGanTak, Kata Ganda Berentak, Tatabahasa, Keberkesanan 124
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN TEKNIK AB-ABC DALAM MEMBANTU MURID TAHUN LIMA MENGUASAI TOPIK PENUKARAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF Nurul Syazwani Binti Syarifuddin PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Emel : [email protected] Pn. Khadijah Binti Adenan Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Pembinaan ayat pasif merupakan topik yang diajarkan dalam kemahiran tatabahasa Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, sebahagian besar murid tidak menguasai kemahiran tersebut. Kajian ini berpaksikan dua objektif utama iaitu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid sewaktu membina ayat pasif serta mengenal pasti keberkesanan pengaplikasian Teknik AB-ABC dalam mengatasi masalah tersebut. Peserta kajian terdiri daripada enam orang murid daripada sebuah sekolah kebangsaan di daerah Papar. Kajian ini merupakan kajian tindakan dengan pendekatan kualitatif yang berpandukan perancangan tindakan Model Kurt Lewin (1946). Data dikumpul melalui instrumen ujian sebelum, ujian selepas, pemerhatian dan temu bual. Hasil pengumpulan data awal telah mendapati bahawa peserta kajian telah melakukan kesalahan dalam membina ayat pasif. Rentetan itu, pengkaji menjalankan Teknik AB-ABC bagi membantu peserta kajian memperbaiki kesalahan mereka. Pelaksanaan teknik ini didapati telah menunjukkan kesan yang sangat ketara terhadap kemahiran membina ayat pasif peserta kajian. Sikap positif dan keberanian peserta kajian menjadikan mereka lebih yakin untuk membina ayat pasif sehingga mereka dapat mencapai markah yang tinggi dalam ujian selepas. Pengkaji berharap agar kajian ini dapat membantu guru dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap pembinaan ayat pasif. Kata Kunci : Kekeliruan, Ayat aktif, Ayat pasif, Teknik AB-ABC Pengaplikasian Teknik Tekapan dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis Tulisan Berangkai Murid Sekolah Kebangsaan Raihan Syahril bin Burhansyah PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya E-mel: [email protected] Encik Glen Denver Mensulius Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan bertujuan meningkatkan penguasaan kemahiran menulis tulisan berangkai bagi murid Tahun 3. Kajian ini berorientasikan dua objektif utama iaitu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam kemahiran menulis tulisan berangkai dan mengenal pasti kesan penggunaan teknik tekapan terhadap penguasaan murid dalam kemahiran menulis tulisan berangkai dari aspek bentuk huruf kecil. Reka bentuk kajian ini berpaksikan pendekatan kualitatif yang dilaksanakan berpandukan Model kajian tindakan Kurt Lewin (1948) yang disesuaikan. Peserta kajian yang dipilih adalah berdasarkan kaedah peserta bertujuan. Pemilihan peserta kajian melibatkan enam orang murid Tahun 3 dari sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Papar, Sabah. Kaedah pengumpulan data yang diterapkan dalam kajian ini ialah analisis dokumen, pemerhatian serta temu bual. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan yang signifikan melalui penggunaan teknik tekapan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menulis tulisan berangkai dari aspek bentuk huruf kecil bagi murid Tahun 3. Implikasinya kajian ini membuktikan bahawa pengaplikasian teknik yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran tulisan berangkai mampu membantu murid meningkatkan penguasaan mereka. Signifikannya kajian ini menjadi wadah bagi mengoptimumkan penguasaan serta kefahaman murid terhadap topik tulisan berangkai selain membentuk variasi dalam teknik pembelajaran tulisan berangkai. Kata Kunci: Teknik tekapan, kemahiran menulis, tulisan berangkai, huruf kecil. 125
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN KIT ‘KAGANA’ DALAM PENGAJARAN KATA GANTI NAMA DIRI ORANG BAGI MURID TAHUN 4 Su Amira Sephia binti Sulaiman PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] Dr. Rozita binti Buyoh Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) tatabahasa di sekolah rendah, pemahaman terhadap golongan kata bahasa Melayu amat penting bagi membolehkan murid menggunakannya dalam pelbagai konteks dengan baik. Sebagai tamsilan, pemahaman topik kata ganti nama diri; orang (KGNDO) khususnya kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga. Hal ini demikian kerana murid yang tidak faham atau keliru terhadap penggunaan kata ganti nama akan melakukan kesilapan yang banyak dan mengakibatkan kemerosotan prestasi dalam penggunaan bahasa Melayu. Justeru, satu kajian telah dilaksanakan apabila pengkaji mendapati masalah murid tidak menguasai KGNDO dengan baik. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengetahuan murid dalam membezakan KGNDO serta membantu murid menguasai kata ganti nama diri melalui Kit KAGANA. Kit ini mengandungi multimedia interaktif dan bahan maujud. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian tindakan. Kajian ini dilakukan berdasarkan empat langkah yang disarakan dalam Model kajian tindakan; Model Kemmis dan Mc. Taggart (1998) yang diaplikasikan iaitu iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Persampelan kajian dipilih melalui persampelan bertujuan berdasarkan hasil pemerhatian, temu bual dan analisis ujian awal. Justeru kajian ini telah melibatkan seramai lima orang murid sebagai peserta kajian dari sebuah sekolah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ialah kaedah pemerhatian, ujian sebelum dan selepas, analisis dokumen dan temubual. Dapatan hasil kajian akan dianalisis secara deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan pengaplikasian Kit KAGANA berjaya membantu murid mengenali dan membezakan penggunaan KGNDO dengan baik. Kata Kunci: Tatabahasa, Kata Ganti Nama Diri; Orang, Kit KAGANA, multimedia interaktif, bahan maujud. PENGAPLIKASIAN TEKNIK TEMAKRIBA DALAM PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENCIPTA PANTUN EMPAT KERAT Wan Nur Anisa binti Wan Raghali PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel: [email protected] Rozita Buyoh, Ph.D Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kemahiran mencipta pantun merupakan elemen penting yang diajarkan dalam aspek seni bahasa. Walau bagaimanapun, sebahagian besar murid tidak menguasai kemahiran tersebut. Oleh itu, kajian ini berorientasikan dua objektif yang utama, iaitu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam kemahiran mencipta pantun empat kerat serta mengenal pasti kesan penggunaan teknik TeMakRiBa dalam pembelajaran kemahiran mencipta pantun empat kerat. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Model Kajian Kemmis dan Mc Taggart (1988) digunakan dalam kajian ini. Peserta kajian terdiri daripada enam orang murid Tahun 3 dari sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Penampang, Sabah. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data-data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif berdasarkan kod dan tema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik TeMakRiBa berkesan dalam membantu murid Tahun 3 menguasai kemahiran mencipta pantun empat kerat. Implikasinya, kajian ini boleh dijadikan rujukan oleh guru dalam menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran mereka serta menjadi panduan kepada pengkaji lain untuk meluaskan skop kajian yang berkaitan dengan pantun. Kata kunci: Teknik TeMakRiBa, Kemahiran Mencipta Pantun Empat Kerat, Seni Bahasa 126
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGIMPLEMENTASIAN PETA POKOK SIBUDI DALAM MEMBINA AYAT MAJMUK GABUNGAN Yunie Marlinie binti Sahiron PISMP Bahasa Melayu (SK) Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] Rozita binti Buyoh Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Ayat majmuk gabungan merupakan elemen penting yang diajarkan dalam aspek Tatabahasa. Walau bagaimanapun, sebahagian besar murid tidak mampu menguasai kemahiran tersebut. Oleh itu, kajian ini berpaksikan kepada dua objektif yang utama iaitu mengenal pasti masalah murid dalam membina ayat majmuk gabungan serta mengenal pasti kesan penggunaan Pokok SiBuDi terhadap penguasaan murid dalam membina ayat majmuk gabungan. Teori Struktural Bloomfield (1983) dijadikan sebagai pegangan dalam mengukuhkan lagi kajian ini dari aspek struktur binaan ayat. Peserta kajian terdiri daripada lima orang murid Tahun 3 di salah sebuah sekolah rendah kebangsaan di daerah Penampang. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah senarai semak pemerhatian, ujian awal, ujian akhir dan temu bual yang dianalisis secara kualitatif iaitu analisis deskriptif dan bertema. Pendekatan kajian menggunakan reka bentuk kajian tindakan Model Kurt Lewin (1946) yang mengemukakan empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Triangulasi kaedah digunakan untuk menyemak data yang telah dikumpul. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan intervensi Peta Pokok SiBuDi telah memberi kesan yang positif dalam meningkatkan penguasaan peserta kajian meningkatkan penguasaan dalam membina ayat majmuk gabungan. Kata kunci: Peta Pokok SiBuDi, ayat majmuk gabungan, kajian tindakan, Model Kurt Lewin (1946) 127
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA OPSYEN BAHASA MELAYU (SJKC 1) 128
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGGUNAAN TEKNIK Per-e-Da DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBENTUK KATA GANDA SEPARA Emmy Anik PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya emel:[email protected] Jacquline Teo Fuey Phean Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid mengaplikasikan teknik Per-e-Da untuk mengatasi masalah dalam kemahiran membentuk kata ganda separa berdasarkan kata dasar. Teknik Per-e-Da ini adalah akronim kepada perkataan ‘huruf pertama kata dasar’, ‘huruf e’ dan ‘kata dasar’. Jumlah peserta kajian yang terlibat sepanjang kajian ini dijalankan adalah seramai empat orang yang terdiri daripada tiga perempuan dan satu lelaki. Peserta kajian yang dipilih ini ialah daripada murid tahun 3 di sebuah sekolah. Kata ganda separa ini juga telah disusun dalam bentuk jadual yang mempunyai rumus agar murid dapat membentuk kata ganda separa dengan mudah. Pengkaji menggunakan satu kitaran model dalam kajian ini iaitu melalui pendekatan Model Kurt Lewin (1946). Instrumen kajian yang dilaksanakan ialah ujian awal dan ujian akhir, senarai semak, pemerhatian, temu bual dan kaedah analisis iaitu analisis dokumen bagi ujian awal dan ujian akhir. Berdasarkan hasil analisis data, peserta kajian telah menunjukkan peningkatan penilaian ujian akhir berbanding dengan ujian awal. Oleh hal yang demikian, keputusan kajian menunjukkan bahawa pengaplikasian teknik Per-e-Da berkesan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran membentuk kata ganda separa berdasarkan kata dasar. Kata kunci: Kesan teknik Per-e-Da, kata dasar, jadual, murid tahun tiga, kata ganda separa. KEMAHIRAN MEMINDAH MAKLUMAT MURID TAHUN 4 Hawa Aqielah Binti Nasir PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah e-mel: [email protected] Khadijah Adenan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Norafidah Noralidin (Ph.D) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Pemindahan maklumat yang berkesan dihasilkan melalui pembacaan dan pembinaan kesimpulan baharu yang diperoleh melalui pengamatan bahan bacaan. Penguasaan dan penerapan kemahiran memindah maklumat tidak hanya tertumpu pencarian idea atau fakta untuk dipindahkan dalam bentuk yang ringkas dan padat malah boleh merangsang kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang menjadi aspek utama dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam memindah maklumat menggunakan peta pemikiran dalam kalangan murid yang menjadi pendorong tahap penguasaan yang kurang memuaskan bagi kemahiran memindah maklumat dalam bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan secara kualitatif dengan reka bentuk kajian kes dan peserta kajian terdiri daripada empat orang murid Tahun 4 dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) di daerah Penampang. Instrumen pengumpulan data yang diaplikasikan ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen manakala data yang diperolehi telah dianalisis mengikut tema dan dilaporkan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kelemahan memindah maklumat berpunca daripada kesukaran mengenal pasti kata kunci, penguasaan sintaksis yang rendah, kurangnya latihan memindah maklumat dan penggunaan kosa kata yang rendah menyebabkan murid menghadapi kesukaran dalam memindahkan maklumat dalam peta pemikiran. Kesan daripada masalah yang dikenal pasti menjadi pendorong kepada wujudnya kelemahan kemahiran memindah maklumat dalam kalangan murid bagi mata pelajaran bahasa Melayu. Maka, kajian ini diharapkan agar menyedarkan pelbagai pihak dan para pengkaji pada masa hadapan untuk menghasilkan sebuah intervensi dalam pengaplikasian kemahiran maklumat yang mampu melatih murid untuk meningkatkan penguasaan kemahiran tersebut untuk dijadikan sebagai kaedah pembelajaran yang menarik. Kata kunci: Kemahiran memindah maklumat, kemahiran berfikir aras tinggi, peta pemikiran, bahasa Melayu, kaedah pembelajaran. 129
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN TEKNIK SibuLAK DALAM MEMBINA AYAT TUNGGAL DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4. Hazirahtul Nabilah binti Ruslan [email protected]. Puan Arbiah Maddahiri Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Menulis merupakan kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai yang diketengahkan oleh Nik Safiah Karim dan Abdul Shukor Shaari (2011) berbanding dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain. Kemahiran membina ayat juga merupakan antara 5 kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh murid sejak tahun 1 lagi. Lantaran itu, kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid tahun 4 untuk meningkatkan kemampuan murid dalam pembinaan ayat berdasarkan bahan multimedia iaitu video animasi kanak-kanak serta memupuk minat terhadap aktiviti pembinaan ayat melalui teknik SibuLAK. 3 orang murid Tahun 4 dari sebuah sekolah kebangsaan Kota Kinabalu, Sabah telah dipilih sebagai peserta kajian tindakan ini. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah melalui ujian awal dan ujian akhir. Analisis data dilakukan secara kualitatif. Berdasarkan analisis dapatan kajian yang dilakukan, peningkatan dalam membina ayat tunggal amat memberangsankan dapat dilihat terhadap ujian akhir peserta kajian. Secara keseluruhannya, keputusan kajian ini menunjukkan bahawa teknik SibuLAK adalah berkesan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya. Kata kunci : membina ayat, Teknik SibuLAK, bahasa Melayu, tahun 4. PENGGUNAAN APLIKASI IHK DALAM PENULISAN KARANGAN JENIS BERITA BAHASA MELAYU TAHUN 5 Ira Richel Benedict PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya E-mel: [email protected] Puan Arbiah Maddahiri Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah murid dalam menulis isi karangan berita dan juga meningkatkan kemahiran murid dalam menulis isi karangan jenis berita melalui intervensi yang dikali sebagai aplikasi IHK. Seramai tiga orang murid tahun lima telah dipilih sebagai peserta kajian iaitu sebanyak2 orang murid perempuan dan 1 orang murid lelaki.Peserta kajian dipilih berdasarkan ujian diagnostik yang telah dijalankan yang mana mempunyai masalah yang paling ketara dalam menulis isi karangan jenis berita berbanding murid-murid yang lain. Proses meningkatkan kemahiran muridmenulis isi karanganjenis berita meliputisatu kitaran yang terdiri daripada 3 langkah dalam pelaksanaan intervensi. Aplikasi yang diwujudkan dilengkapi dengan teknik penyoalan IHK yang dapat membantu dan merangsang daya berfikir murid dalam mencariidea. Instrumen kajian terdiri daripada ujian bertulis, analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur yang menggunakan pendekatan kualitatif. Analisis dokumen terhadap ujian awal dilakukan untuk mengenalpasti masalah murid dalam menulis isi karangan. Manakala, analisis dokumen latihan murid serta ujian akhir dan temu bual dijalankan bagi melihat keberkesanan intervensi aplikasi IHK dalam meningkatkan kemahiran menulis isi karangan berita murid. Hasil kajian menunjukkan bahwa kesemua peserta kajian mampu mengatasi masalah yang dihadapi dalam menulis isi karangan jenis berita dan peserta kajian juga mampu menulis karangan jenis berita dengan labih baik. Kata Kunci:karangan jenis berita, aplikasiIHK, kualitatif 130
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGGUNAAN KIT ADJEKTIF (ADJ) MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA ADJEKTIF PANCAINDERA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 Janet Bong Lin Wen PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Emel: [email protected] Yahya bin Yassin Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan pemahaman dalam penggunaan kata adjektif pancaindera dalam kalangan murid tahun 3. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh muridmurid dan kesesuaian dengan topik yang diajar menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan bahan maujud dan multimedia yang dibangunkan oleh guru pelatih. Kajian ini dilaksanakan terhadap murid tahun 3 di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di kawasan Kota Kinabalu. Instrumen kajian yang telah pengkaji gunakan ialah pemerhatian, soal selidik, ujian awal dan ujian akhir. Melalui hasil tinjauan awal ini, data-data yang diperoleh pengkaji gunakan sebagai petunjuk untuk mengenal pasti masalah murid tidak mahir atau menghadapi kesukaran dalam memadankan ayat dengan kata adjektif pancaindera yang sesuai. Seramai lima orang murid telah dijadikan peserta kajian sepanjang kajian ini dijalankan. Untuk mendepani masalah kesukaran untuk memahami penggunaan kata adjektif pancaindera ini dalam kalangan murid tahun 3, pengkaji telah menggunakan KIT.ADJ, iaitu gabungan bahan maujud dan powerpoint sebagai tindakan yang interaktif. Kajian ini penting untuk membantu pengkaji menentukan tindakan tepat dalam mengatasi masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa KIT.ADJ berjaya meningkatkan pemahaman murid tahun 3 terhadap kata adjektif pancaindera. Kata kunci: kata adjektif pancaindera, KIT.ADJ, bahan maujud, powerpoint, interaktif APLIKASI KIT E-MAJMUK MENINGKATKAN PENGUASAAN AYAT MAJMUK DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 Karen Yii Kai Xin PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Emel: [email protected] Yahya bin Yassin Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memudahkan murid-murid menggugurkan, meluaskan dan menyusun semula subjek atau predikat untuk menghasilkan ayat majmuk dengan mengaplikasikan ‘kit E-Majmuk’ dalam kalangan murid Tahun 4. Kajian ini adalah mengenal pasti pembinaan ayat majmuk menggunakan ‘kit E-Majmuk’. Reka bentuk yang dipilih ialah kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Peserta kajian yang dipilih seramai enam orang murid Tahun 4 dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C). Kaedah pengumpulan data dan analisis data yang digunakan untuk melaksanakan kajian ialah kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Data dianalisis dengan analisis kandungan. Dapatan kajian akan menunjukkan keberkesanan ‘kit E-Majmuk’ dalam pengajaran ayat majmuk dan dapat menghasilkan ayat majmuk secara gramatis. Kata kunci: ‘Kit E-Majmuk’, ayat majmuk, tatabahasa 131
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN KIT “SKG” UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA GANDA SEPARA DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH SJKC Liau Sing Ing PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] Glen Denver Mensulius Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam penguasaan kata ganda separa dan kesan pengaplikasaian Kit “SKG” untuk meningkatkan penguasaan kata ganda separa dalam kalangan murid sekolah rendah SJKC. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah gabungan, iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Instrumen kajian yang dijalankan adalah berdasarkan temubual, pemerhatian dan ujian. Kajian ini dilaksanakan di salah sebuah sekolah rendah di Kota Kinabalu dan peserta kajian adalah seramai 4 orang. Dapatan kajian menujukkan bahawa kumpulan peserta kajian ini mempunyai peningkatan dalam tahap penguasaan dan pemahaman yang lebih baik dalam ujian akhir berbanding ujian awal yang dilaksanakan pada peringkat awal kajian. Oleh hal yang demikian, adalah dicadangkan supaya Kit “SKG” ini diguna pakai di dalam bilik darjah sebagai salah satu daripada pendekatan alternatif kepada pembelajaran abad ke-21 yang berteraskan inovasi pembelajaran. Kata Kunci: Kit “SKG”, Kata Ganda Separa, Tatabahasa, Pengaplikasian MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK GABUNGAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2 MENGGUNAKAN RUMUS ‘T1+T2(P)’ DENGAN APLIKASI AMG. Liticia Jane Anak Libentius PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya E-mel:[email protected] Dr. Rozita Binti Buyoh Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini merupakan satu kajian tindakan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk gabungan dengan menggunakan rumus T1+T2(P). Ayat majmuk gabungan merujuk kepada penggabungan dua atau lebih ayat yang mempunyai makna berkaitan untuk membentuk satu unit komunikasi. Kajian tindakan ini dijalankan dalam konteks penulisan ilmiah dalam bidang pendidikan. Kajian tindakan ini dijalankan dalam kalangan murid Tahun 2 di sebuah sekolah tempat pengkaji melaksanakan praktikum fasa 1. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan pengajaran tatabahasa ayat majmuk gabungan memberikan kesan positif dalam peningkatan pemahaman dan kemahiran tatabahasa murid. Murid-muid yang terlibat dalam pembelajaran tatabahasa ayat majmuk gabungan menunjukkan peningkatan dalampenulisan ayat majmuk yang betul dan efektif. Guru-guru juga melaporkan peningkatan dalam prestasi murid dan pemahaman mereka tentang struktur ayat majmuk gabungan. Pemerhatian dan refleksi setiap pelaksanaan tindakan dicatat. Analisis data secara kualitatif diadakan. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran membina ayat majmuk menggunakan rumus ‘T1+T2(P)’ meningkat. Penemuan kajian ini memberi tumpuan kepada kepentingan integrasi pengajaran tatabahasa ayat majmuk gabungan dalam kurikulum bahasa di sekolah rendah. Kajian ini mencadangkan bahawa pendekatan pengajaran yang melibatkan latihan, penerangan, dan kaedah yang tepat dapat meningkatkan kemahiran tatabahasa ayat majmuk gabungan.Oleh itu, hasil kajian ini memberikan panduan kepada pendidik untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa ayat majmuk gabungan. Kata Kunci: meningkatkan, ayat majmuk gabungan, rumus T1 + T2 (P), aplikasi AMG 132
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGGUNAAN SLIDESMANIA DALAM PENGAJARAN KATA HUBUNG GABUNGAN TERHADAP MURID Loh Woan Yie PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel: [email protected] Hafifi Hafidz Horace, PhD Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan SlidesMania bagi mengatasi masalah murid-murid Tahun 2 yang tidak mahir menggunakan kata hubung gabungan dalam konteks dengan betul. Peserta kajian ini terdiri daripada 4 orang murid daripada kelas Tahun 2 di sebuah sekolah di sekitar Putatan, Sabah. Oleh itu, ujian diagnostik akan dijalankan untuk memilih peserta kajian yang mempunyai masalah yang ketara dalam menggunakan kata hubung gabungan dalam konteks berbanding murid-murid lain. Penyelidikan tindakan ini telah menggunakan Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946). Menurut Lewin (1946), kajian tindakan ialah satu lingkaran (spiral) langkah-langkah yang terdiri daripada empat langkah iaitu langkah mereflek (reflect), langkah merancang (plan), langkah bertindak (act), dan langkah memerhati (observe) terhadap keberkesanan tindakan yang telah dilakukan. Kajian ini mengaplikasikan unsur didik hibur yang berpusatkan murid dalam pelaksanaan permainan yang ada dalam SlidesMania diharapkan dapat menimbulkan keseronokan dan motivasi dalaman murid bagi mengenal pasti kata hubung gabungan dalam konteks. Seterusnya, kaedah mengumpul data dalam kajian ini termasuklah ujian diagnostik, ujian awal dan ujian akhir, analisis dokumen temu bual berstruktur dan analisis borang senarai semak. Hasil analisis mendapati bahawa penggunaan mutlimedia interaktif SlidesMania ini dapat membantu dan menambah baik murid-murid Tahun 2 menggunakan kata hubung gabungan dalam konteks. Kata kunci: “SlidesMania, Kata Hubung Gabungan, Tahun 2” PENGGUNAAN BAHAN MULTIMEDIA INTERAKTIF TE-GA DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR TAHUN 4 Michael Angelo Benjoron PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Emel: [email protected] Hafifi Hafidz Horace, PhD Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan bahan multimedia interaktif Te-Ga dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan salah satu kemahiran bahasa yang perlu dikuasai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Penggunaan bahan pembelajaran berbentuk gambar dan video mewujudkan suasana pembelajaran yang statik dan menyebabkan murid tidak melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang memberi impak kepada tahap penguasaan yang rendah dalam kemahiran mendengar dan bertutur. Justeru, penggunaan bahan multimedia interaktif Te-Ga membantu dalam meningkatkan penglibatan murid dalam sesi pembelajaran. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan mengadaptasi model kajian tindakan Kurt Lewin. Peserta kajian yang terlibat adalah seramai lima orang murid Tahun 4 dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Tamparuli. Instrumen yang digunakan dalam kajian ialah analisis dokumen, pemerhatian, temu bual, rakaman audio dan senarai semak. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan bahan multimedia interaktif Te-Ga dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur melalui penglibatan murid dalam sesi pembelajaran yang menarik. Secara keseluruhannya, kajian ini boleh menjadi panduan untuk guru-guru Bahasa Melayu dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan melalui penggunaan bahan multimedia interaktif. Kata kunci: Kemahiran mendengar dan bertutur, Bahan, Bahan multimedia interaktif Te-Ga, Tahap penguasaan murid 133
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN TEKNIK ‘SuKkOP’ MELALUI APLIKASI DIGITAL BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 4 DALAM MEMBINA AYAT AKTIF Mohammad Amir Faisal Bin Mohammad Shamil PISMP Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2020 Emel: [email protected] Glen Denver Mensulius Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh murid untuk membina ayat aktif. Kajian ini berfokus kepada penggunaan teknik ‘SuKkOP’ iaitu aplikasi digital yang menggunakan akronim Subjek (Su), Kata kerja (Kk), O (Objek) dan P (Penerangan) untuk memudahkan murid . Berdasarkan tinjauan masalah semasa pengajaran yang lalu, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid Tahun 4 yang tidak dapat membina ayat aktif. Seramai empat orang peserta kajian dari sebuah sekolah di daerah Tamparuli, Sabah telah dipilih untuk kajian. Pengkaji menjalanan ini berdasarkan kepada Model Penyelidikan Kurt Lewin (1946). Instrumen yang digunakan untuk mengukur kajian ini antaranya termasuk temu bual berstruktur, pemerhatian secara berstruktur, ujian awal dan ujian akhir. Hasil dapatan kajian mendapati semua peserta menunjukkan peningkatan dalam membina ayat aktif selepas menggunakan teknik ‘SuKkOP’. Ini menunjukkan bahawa teknik ‘SuKkOP’ dapat membantu murid membina ayat aktif dalam aspek tatabahasa. Kata Kunci : Membina ayat, teknik SuKkOP, murid tahun 4, aplikasi digital PENGGUNAAN MEDIA INTERAKTIF SeGRa DALAM MEMAHAMI MAKNA SAJAK TERHADAP MURID SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA Mohd Azuwan bin Reji PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya Emel: [email protected] Khadijah binti Adenan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Gaya Norafidah Noralidin (Ph.D) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk memudahkan pemahaman makna sajak dalam kalangan murid di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. Peserta kajian terdiri daripada lima orang murid tahun lima dari sebuah sekolah di daerah Papar. Pemilihan peserta adalah dengan sampel bertujuan iaitu dikategorikan sebagai murid lemah dalam memahami makna sajak. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan digunakan dalam kajian ini. Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946) digunakan untuk menjalankan kajian ini. Data pula dikumpul menggunakan pelbagai instrumen iaitu analisis dokumen, refleksi, temu bual, pemerhatian, nota lapangan, latihan pengukuhan, senarai semak serta ujian awal dan ujian akhir. Data dianalisis secara deskriptif dan berdasarkan tema. Kelemahan murid dalam kajian ini diatasi dengan menggunakan intervensi Media Interaktif ‘SeGRa’ yang mengaplikasikan pembelajaran masteri bertunjangkan Pendidikan Abad Ke 21. Dapatan kajian menunjukkan intervensi Media Interaktif ‘SeGRa’ telah membantu murid dalam menyatakan makna sajak dengan jelas, dapat membina ayat baharu bagi menggambarkan makna sajak dan dapat membina ayat yang sesuai dengan makna atau konteks sajak. Secara keseluruhannya, penggunaan intervensi ini merupakan salah satu pemudah cara untuk mengatasi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran makna sajak. Kata Kunci: Media Interaktif, SeGRa, makna, ayat, konteks 134
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN KIT E-FONIK MEMBANTU MURID MENGUASAI KETEPATAN EJAAN KATA PINJAMAN DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU Mohd Hizamie bin Rosman PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Emel: [email protected] Othman bin Abd Aziz Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid sekolah rendah Tahun Dua menguasai ketepatan ejaan kata pinjaman dalam penulisan bahasa melayu. Ini bertepatan dengan masalah yang dihadapi iaitu murid melakukan kesilapan atau ketidaktepatan ejaan kata pinjaman dalam penulisan bahasa Melayu. Dalam hal ini, kata-kata pinjaman.tidak dieja dan ditulis mengikut ejaan bahasa asal. Peserta kajian yang dipilih terdiri daripada lima orang murid daripada sekolah di daerah Penampang, Sabah. Kajian yang dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif. Kajian ini menggunakan model tindakan Model Kemmis dan Mac Taggart (1988). Pengumpulan data bagi kajian ini ialah menggunakan instrumen seperti soal selidik, pemerhatian, ujian awal, ujian akhir, dan kajian dokumen. Hasil dapatan awal melalui kaedah kajian dokumen, pemerhatian dan soal selidik mendapati kelima-lima peserta kajian tidak menguasai ketepatan ejaan kata pinjaman. Peserta kajian melakukan kesilapan dalam ejaan dengan menulis kata pinjaman dengan ejaan bahasa asal pada lembaran ujian awal. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah mengaplikasikan Kit E-Fonik bagi membantu peserta kajian atau murid menguasai ketepatan ejaan kata pinjaman dalam penulisan bahasa Melayu. Pengaplikasian Kit E-Fonik ini menunjukkan kesan dan keputusan yang positif. Peserta kajian menampilkan penglibatan yang aktif dan tumpuan yang tinggi. Di samping itu, peserta kajian menulis jawapan dengan betul pada semua soalan ujian akhir. Perubahan ini membuktikan bahawa Kit E-Fonik amat relevan dan memberi kesan positif terhadap penguasaan ejaan kata pinjaman peserta kajian. Intihannya, pengaplikasian Kit E-Fonik ini terbukti memberi kesan positif untuk membantu peserta kajian atau murid menguasai ketepatan ejaan kata pinjaman dalam penulisan bahasa Melayu. Kata Kunci: ejaan, kata pinjaman, kit, fonik, penulisan. PENGAPLIKASIAN TEKNIK ‘JA-SKot’ MELALUI PENGECAMAN BAHAN GRAFIK DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL Muhammad Najmi bin Shukordi PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel:[email protected] Othman Bin Abd Aziz Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kemahiran membina ayat tunggal merupakan kemahiran bahasa yang perlu dikuasai serta difahami dalam pelbagai konteks secara lisan dan bertulis oleh murid. Lantaran ini, penyelidikan kajian tindakan ini bertujuan untuk melihat pengaplikasian teknik ‘JA-SKot’ dalam kemahiran membina ayat tunggal mengikut konteks. Teknik ‘JA-SKot’ terbentuk daripada teknik mnemonik akronim iaitu Ja (Jadual), S (Siapa), K (Kata kerja), o (objek) dan t (tempat) yang digunakan dalam proses intervensi. Teknik ini menggunakan kaedah penjadualan melalui pengecaman gambar grafik agar ayat tunggal yang dibina mudah disusun mengikut struktur yang betul. Fokus kajian adalah bagi membantu mengatasi kelemahan murid dalam kemahiran membina ayat tunggal mengikut konteks yang betul. Seramai tiga orang murid tahun dua terlibat sebagai peserta kajian. Reka bentuk penyelidikan ini bersifat kualitatif dengan menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Proses pengumpulan data telah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur, temu bual berstruktur dan analisis dokumen yang merangkumi ujian awal, akhir dan lembaran kerja sebagai hasil tugasan murid. Hasil dapatan kajian tersebut dianalisis secara bertema dan deskriptif. Keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan berlaku peningkatan dalam penguasaan kemahiran membina ayat tunggal mengikut konteks melalui proses intervensi pada kitaran pertama menggunakan teknik ‘JA-SKot’ dan proses intervensi kitaran kedua menggunakan “Teknik Pelekat Warna JA-SKot”. Penggunaan teknik ini diharapkan dapat digunakan dengan meluas oleh semua guru dalam bilik darjah, dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat tahap tinggi dalam kalangan murid. Kata kunci: Kemahiran membina ayat tunggal, tatabahasa, teknik mnemonik akronim, teknik ‘JA-SKot’, “Teknik Pelekat Warna JA-SKot” 135
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGGUNAAN PAPIN DALAM MEMBANTU MURID MENGUASAI ASPEK TATABAHASA JENIS KATA NAMA Nurin Hannani Hii Li Ying binti Mohd Firdaus PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] Connie C. Ah Gang Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Murid Tahun Dua didapati masih kurang menguasai kata nama am dan kata nama khas. Maka, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa dalam jenis kata nama bahasa Melayu dengan menggunakan bahan PAPIN. Kajian ini adalah bagi mengenal pasti kesalahan tatabahasa yang dilakukan murid mengenai kata nama am dan kata nama khas serta mengenal pasti kesan penggunaan bahan PAPIN dalam meningkatkan pengetahuan murid dalam jenis kata nama. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Peserta kajian yang dipilih adalah berdasarkan kaedah peserta bertujuan. Pemilihan peserta kajian melibatkan empat orang murid Tahun Dua dari sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen, pemerhatian, dan temu bual. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan positif penggunaan bahan PAPIN untuk memahami dan mengenal pasti kata nama am dan kata nama khas dalam kalangan murid Tahun Dua. Implikasinya, kajian ini menunjukkan bahawa model visual, audio, dan kinestetik yang digunakan dalam PAPIN dapat meningkatkan penguasaan dalam memahami dan mengenal pasti kata nama am dan kata nama khas dengan betul. Penguasaan jenis kata nama ini sangat membantu murid dalam kemahiran menulis dalam bahasa Melayu. Kata kunci: PAPIN, Tatabahasa, Kata Nama APLIKASI TEKNIK PePATS UNTUK MEMBANTU MURID DALAM KEMAHIRAN MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR TUNGGAL Nurrahmah Hanum Binti Rosli PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel : [email protected] Connie C. Ah Gang Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu dalam meningkatkan kemahiran membina ayat berdasarkan gambar tunggal. Peserta dalam kajian ini terdiri daripada empat orang murid daripada kelas Tahun 4 di sebuah sekolah di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Peserta kajian pula dipilih berdasarkan ujian awal yang telah dilakukan. Melalui ujian tersebut, pengkaji mendapati murid-murid ini memerlukan bimbingan dan teknik yang sesuai untuk membina ayat berdasarkan gambar tunggal. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan teknik PePATS bagi membantu meningkatkan kemahiran tersebut. Teknik ini didapati berkesan dan sangat praktikal dilaksanakan di dalam kelas serta dapat merangsang daya fikir murid dalam membina ayat. Kaedah yang digunakan bagi pengumpulan data adalah ujian awal dan akhir, analisis dokumen, temu bual separa berstruktur dan senarai semak. Hasil analisis mendapati bahawa penggunaan teknik ini dapat meningkatkan kemahiran membina ayat berdasarkan gambar tunggal. Kata kunci : Teknik PePATS, Membina ayat, Gambar Tunggal 136
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA Penguasaan Kata Nama Am Dan Kata Nama Khas Melalui Permainan Interaktif Ak Menggunakan Aplikasi RPG Playground Nurul Fatimah Binti Halil PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Emel: [email protected] Nur Aqeela Alia Binti Ahmad Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Kajian tindakan ini meneroka penggunaan aplikasi RPG Playground penguasaan tatabahasa kata nama am dan kata nama khas. Pengkaji telah mencipta permainan interaktif aK menggunakan aplikasi RPG Playground. Aplikasi RPG Playground memberi kebebasan kepada pengkaji untuk mengembangkan alur cerita atau skenario yang khusus berhubungan dengan konsep tatabahasa kata nama khas dan kata nama am.Kajian ini melibatkan tiga peserta kajian yang terdiri daripada murid Tahun 4 dan data yang diperoleh dianalisis melalui pendekatan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan menunjukkan peningkatan dalam pemahaman konsep kata nama am dan kata nama khas di kalangan peserta kajian dengan penggunaan permainan interaktif melalui aplikasi RPG Playground. Dalam kajian ini, pengkaji juga menyediakan cadangan tindakan susulan mengoptimalkan pemanfaatan permainan ini dalam konteks pengajaran tatabahasa. Kajian ini memberikan perspektif mendalam tentang potensi permainan interaktif dalam meningkatkan pembelajaran aspek kata nama am dan kata nama khas. Implikasi praktikal dan komersial juga dibincangkan, dengan kesimpulannya bahawa permainan interaktif RPG Playground adalah alat berharga dalam pendidikan tatabahasa dan mempunyai potensi yang besar untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kata Kunci: aplikasi RPG Playground, permainan interaktif murid Tahun 4, kata nama am, kata nama khas PENGAPLIKASIAN KAEDAH NYANYIAN DALAM MEMBEZAKAN KATA NAFI BAHASA MELAYU TAHUN 4 Nurul Hafiqah Erry Binti Basri PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel: [email protected] Puan Nur Aqeela Alia Binti Ahmad Jabatan Pengajian Melayu e-mel: [email protected] ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengingkatkan penguasaan kata nafi dalam Bahasa Melayu dengan mengaplikasikan Kaedah Nyanyian Dalam Kata Nafi bagi murid Tahun 4. Kajian ini adalah bagi mengenal pasti kesilapan penggunaan Kata Nafi dan mengenal pasti kesan pengunaan kaedah nyanyian untuk meningkatkan tahap penguasaan murid. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Peserta kajian yang dipilih adalah peserta yang sememangnya mempunyai tahap yang lemah dan disarankan oleh guru pembimbing. Pemilihan peserta kajian melibatkan lima orang murid Tahun 4 dari sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini iaitu analisis dokumen, ujian awal, senarai semak, pemerhatian, dan ujian akhir. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan pengaplikasian kaedah nyanyian untuk meningkatkan penguasaan kata nafi murid Tahun 4. Kesannya adalah peserta kajian dapat membezakan kata nafi dengan betul serta dapat meningkatkan kemahiran penggunaan kata nafi melalui kaedah nyanyian. Implikasinya, kajian ini menunjukkan bahawa pengaplikasian kaedah nyanyian bersesuaian dalam pengajaran Kata Nafi mengikut tahap pencapaian murid dapat mengurangan kesilapan dan seterusnya meningkatan penguasaan Kata Nafi Bahasa Melayu. Kata Kunci: kata nafi, nyanyian 137
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGGUNAAN MEDIA INTERAKTIF ‘MARI MENGENAL HURUF VOKAL’ DALAM PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA KV+KV Rezzy Elyana Robin PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya Emel: [email protected] Norafidah binti Noralidin (Ph.D) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan dengan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dalam kemahiran membunyikan huruf vokal dan membaca suku kata KV+KV. Seramai enam orang peserta kajian telah dipilih dalam kalangan murid Tahun 1 di sebuah sekolah di daerah Papar. Peserta kajian dipilih menggunakan kaedah bertujuan dan terdiri daripada murid yang tidak dapat membunyikan 4 daripada 6 bunyi vokal serta tidak menguasai kemahiran membaca suku kata KV+KV. Kajian ini merupakan sebuah kajian tindakan dan menggunakan model Kurt Lewin (1946) sebagai panduan untuk melaksanakan kajian. Hasil dapatan kajian ini dihurai menggunakan kaedah kualitatif. Dalam kajian ini, pengumpulan data dijalankan menggunakan beberapa instrumen seperti ujian awal dan ujian akhir, analisis dokumen, temu bual, pemerhatian, nota lapangan dan senarai semak. Penganalisisan data untuk kajian ini berdasarkan tema dan ditulis secara deskriptif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa intervensi media interaktif ‘Mari Mengenal Huruf Vokal’ dapat mengatasi kelemahan murid dalam membunyikan huruf vokal dan membaca suku kata KV+KV. Hal ini dapat dilihat setelah murid menggunakan intervensi ‘Mari Mengenal Huruf Vokal’ ini, murid dapat membunyikan huruf vokal dengan betul dan dapat membaca suku kata KV+KV dengan tepat. Jelaslah bahawa intervensi yang telah dihasilkan ini dapat membantu murid dan guru dalam mengatasi masalah kemahiran membaca seperti suku kata KV+KV. Kata Kunci: media interaktif ‘Mari Mengenal Huruf Vokal’, huruf vokal, suku kata KV+KV MASALAH PENGUASAAN KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA MELAYU PENUTUR NATIF MURID TAHUN 4 Sanddralysa Godon PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah e-mel: [email protected] Norafidah Noralidin (Ph.D) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Tujuan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bahasa Melayu di sekolah adalah untuk mewujudkan asas kewarganegaraan yang tinggi dalam jiwa murid khususnya dalam kalangan murid bukan berbangsa Melayu. Dalam pada itu, faktor pendorong kepada penguasaan kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu yang baik pula dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor sosial. Oleh itu, kajian kes ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu penutur natif. Pendekatan kajian ini adalah secara kualitatif dengan reka bentuk kajian kes dan peserta kajian terdiri daripada seorang murid Tahun 4 dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) di daerah Penampang. Instrumen pengumpulan data yang digunakan ialah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen dan data pula dianalisis berdasarkan tema seterusnya dilaporkan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masalah kemahiran bertutur dicetuskan oleh 4 faktor sosial, iaitu ibu bapa, guru, rakan dan peserta kajian itu sendiri. Secara terperincinya masalah berpunca daripada pertuturan guru dalam dwibahasa semasa kelas bahasa Melayu, murid kurang bergaul semasa di sekolah, interaksi dengan guru dan rakan sekelas dilaksanakan menggunakan bahasa natif dan penggunaan bahasa Mandarin sepenuhnya dalam perbualan bersama ibu bapa. Kesan daripada masalah ini menyumbang kepada masalah perkembangan kemahiran bertutur bahasa Melayu khususnya penutur natif. Justeru, kajian ini diharapkan akan membantu dalam usaha untuk mengenal pasti intervensi yang bersesuaian dalam meningkatkan kemahiran bertutur khususnya untuk penutur natif bahasa Mandarin. Selain itu, persekitaran sosial yang kondusif untuk menggalakkan pertuturan bahasa Melayu perlu diwujudkan agar penguasaan kemahiran bertutur dapat ditingkatkan. Kata kunci : masalah, penguasaan kemahiran bertutur, bahasa Melayu, penutur natif 138
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN TEKNIK ‘Su SUKA Sirat’ DALAM KEMAHIRAN MEMBINA RUMUSAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN. Shahiqmah binti Seli PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Emel: [email protected] Dzulkifli bin Aspah Jabatan PengajianMelayu Emel: [email protected] Institusi Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dalam membina rumusan berdasarkan bahan rangsanganyang terdapat dalam bahagian C dalam UjianAkhir Sesi Akademik. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid tahun lima dari sebuah sekolah di daerah Papar. Peserta kajianyang dipilih terdiridaripada murid yang mempunyai tahap pencapaian sederhana yang didapati masih kurang menguasai kemahiran membina rumusan berdasarkan bahan rangsangan dengan baik. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan digunakan sebagai panduan dalam kajian. Model penyelidikan tindakan Kurt Lewin (1946), digunakan sebagai panduan dalam menjalankan kajian ini. Data dikumpul menggunakan beberapa instrument iaitu ujian awal dan ujian akhir, latihan pengukuhan, senarai Semak, temu bual, nota lapangan dan refleksi murid. Masalah yang dihadapi oleh peserta kajian ini boleh diatasi dengan menggunakan intervensi penggunaan teknik ‘Su SUKA Sirat’ dalam meningkatkan kemahiran membina rumusan berdasarkan bahan rangsangan. Dapatan ujian awal mendapati bahawa peserta kajian tidak menggunakan penanda wacana dalam membina rumusan, menggunakan kata hubung yang kurang sesuai serta kesalahan format.Justeru, setelah intervensi dilaksanakan, peserta kajian akhirnya berupaya untuk menggunakan penanda wacana yang betul, penggunaan kata hubung yang sesuai serta mematuhi formatyang betul dalam membina rumusan. Secara keseluruhannya, pengaplikasian intervensi ‘Su SUKA Sirat’ ini berupaya meningkatkan penguasaan peserta kajian dalam membina rumusan berdasarkan bahan rangsangan dengan lebih baik. Kata Kunci: Teknik Su SUKA Sirat, membina rumusan, bahan rangsangan model Lewin, kualitatif. PENGGUNAAN KIT INTERAKTIF DAN VIDEO ANIMASI SUB DALAM PENGAJARAN KATA ADJEKTIF SIFAT, UKURAN DAN BENTUK Shekinah Leong Lee Hua PISMP Bahasa MelayuAmbilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel: [email protected] Rozita Buyoh, Ph.D Jabatan PengajianMelayu Institusi Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Aspek tatabahasa terutamanya kata adjektif kurang dikuasai oleh murid terutamanya bukan penutur natif. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah murid Tahun Dua untuk menguasai kata adjektif SUB. Objektif kedua adalah untuk mengenal pasti cara murid menguasai kata adjektif sifat, ukuran dan bentuk (SUB) dengan menggunakan Kit Interaktif SUB dan Video Animasi SUB. Pendekatan kajian ini ialah kualitatif dan menggunakan reka bentuk kajian tindakan. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan Model Kemmis dan Mc Taggart (1988), serta teori yang digunakan ialah Teori perkembangan kognitif Jean Piaget (1896-1980) dan Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia (Mayer, 2001). Kajian ini dilaksanakan terhadap enam orang murid Tahun Dua di sebuah sekolah rendah. Data kajian dianalisis berdasarkan instrumen iaitu ujian bertulis, lembaran kerja, pemerhatian dan temu bual. Hasil dapatan kajian menunjukkan pola kesalahan peserta kajian dalam aspek tatabahasa kata adjektif SUB. Kajian ini juga mendapati kesan positif pengaplikasian Kit Interaktif SUB dan Video Animasi SUB terhadap murid yang lemah dalam memahami konsep kata adjektif SUB. Kedua-dua bahan bantu mengajar (BBM) tersebut menggambarkan kata adjektif secara konkrit bagi meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap kata adjektif SUB. Dengan pendekatan secara visual dan praktikal yang melibatkan deria penglihatan, deria pendengaran dan deria sentuhan, kajian ini didapati meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap kata adjektif SUB. Kata Kunci: Kit Interaktif SUB, Video Animasi SUB, kata adjektif SUB, masalah, tahap penguasaan 139
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGGUNAAN INOVASI ‘POKOK LAGU KSN’ BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM TOPIK KATA SENDI NAMA Siti Nor Rajaikah Wati Jaidi PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Emel: [email protected] Dzulkifli bin Aspah Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Murid Tahun Empat didapati masih belum mampu menguasai kemahiran aspek tatabahasa iaitu kata sendi nama. Maka, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam topik kata sendi nama menggunakan Pokok Lagu KSN. Kajian ini adalah bagi mengenal pasti pola kesalahan murid dalam penggunaan kata sendi nama dan kesan pengaplikasian Pokok Lagu KSN terhadap penguasaan murid tentang kata sendi nama. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Peserta kajian yang dipilih adalah berdasarkan kaedah persampelan bertujuan. Peserta kajian melibatkan lima orang murid Tahun Empat dari sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini iaitu analisis dokumen, ujian awal, ujian akhir, pemerhatian, serta temu bual. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan positif penggunaan Pokok Lagu KSN terhadap penguasaan murid dalam kata sendi nama. Implikasinya, kajian ini menunjukkan bahawa pengaplikasian seni dalam pendidikan seperti muzik dan visual yang digunakan dapat membantu dalam meningkatkan penguasaan dalam kata sendi nama. Penguasaan dalam kata sendi nama ini amat membantu murid dalam menghasilkan ayat yang betul dan gramatis di dalam penulisan mereka. Kata kunci: Penggunaan, Pokok Lagu KSN, kata sendi nama, penguasaan, PENGGUNAAN KAEDAH KAD IMBASAN DALAM MEMBANTU MURID MEMBINA AYAT TUNGGAL Siti Nurain Binti AbdulRauf PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel: [email protected] Nur Aqeela Alia Binti Ahmad Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi mencari penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi oleh murid untukmemperolehi idea semasa membina ayat tunggal. Kajian ini adalah berfokuskan kepada penggunaan kaedah kad imbasan yang menjadi bahan rangsangan kepada murid untuk memperolehi idea semasa membina ayat tunggal. Reka bentuk kajianyang digunakan oleh pengkaji ialah kajian tindakandengan mengaplikasikan pendekatan kualitatif yang berpandukan kepada model Kurt Lewin iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Peserta kajian terdiri dariapada lima orang murid tahun 3 dari salah sebuah sekolah yang terletak di daerah Penampang, Sabah. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah ujian awal dan ujian akhir, pemerhatian serta temu bual sebagai kaedah pengumpulan data kajian.Data dianalisis secaradeskriptif dan hasil dapatan kajian mendapati bahawaterdapat pola permasalahan peserta kajian dalam memperolehi idea semasa membinaayat tunggal sebelumintervensi penggunaan kad imbasan dilaksanakan. Rentetan daripada itu, hasil dapatankajian menunjukkan penggunaan kaedah kad imbasan dapat meningkatkan penguasaan murid terhadap penguasaan topik ayat tunggalterutamanya membantu murid untuk memperolehi idea semasa membinaayat tunggal dalam kalangan pesertakajian. Penggunaan kaedah kad imbasansememangnya sudah lama diperkenalkan dalam pedagogi pengajaran, namun, intervensi yang ditambahbaik oleh pengkaji dapat membantu murid untuk membina ayat tunggal berdasarkan hasil dapatankajian selepas intervensi dilaksanakan. Oleh hal yang demikian,intervensi ini boleh dimanfaatkan oleh semua guru bahasa Melayu untuk menghasilkan kaedah pengajaran yang kreatif dan efektif di samping dapat membantu meningkatkan penguasaan murid bagi aspek tatabahasa dan juga kemahiran menulis. Kata Kunci: Kaedah Kad Imbasan,Permasalahan, Memperolehi Idea, Ayat Tunggal,Aspek Tatabahasa 140
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA IMPAK PENGGUNAAN CERPEN DALAM PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID TAHUN 6 TEO WEI SOON PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah Emel: [email protected] ENCIK DZULKIFLI BIN MOHD. ASPAH Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pengaruh penggunaan cerpen dalam peningkatan penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid tahun 6. Kajian ini menekankan aspek kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu, dan peserta kajian terdiri daripada murid tahun 6 di sebuah SJK (C). Kajian ini menggunakan pelbagai instrumen, termasuk analisis dokumen, pemerhatian, dan temu bual separa berstruktur untuk mengumpul data yang relevan. Hasil kajian ini memberikan bukti bahawa penggunaan cerpen dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberikan impak positif terhadap penguasaan kemahiran membaca murid tahun 6. Peningkatan dalam tahap penguasaan kemahiran membaca murid adalah jelas, dan elemen-elemen seperti minat membaca dan pemahaman teks telah berkembang dengan jelas. Kesimpulannya, penggunaan cerpen adalah satu pendekatan yang berkesan dalam meningkatkan kemahiran membaca murid tahun 6, yang sangat penting dalam dunia pendidikan kontemporari. Kata Kunci: Kemahiran membaca, cerpen, murid tahun 6 141
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA OPSYEN BAHASA MELAYU (SJKC 2) 142
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPLIKASIAN RUMUS TamLak DALAM MEMBINA AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF Divionne Fowler James PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya E-mel: [email protected] Othman bin Abd. Aziz Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan aspek tatabahasa dalam kalangan murid Tahap Dua dalam membina ragam ayat. Kajian ini adalah bagi mengenal pasti kelemahan murid dalam membina ayat aktif dan ayat pasif mengikut konteks dan menilai kesan pengaplikasian rumus TamLak dalam meningkatkan penguasaan murid dalam membina ayat aktif dan ayat pasif. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah, kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah triangulasi. Kajian ini melibatkan lima orang peserta kajian Tahun Lima yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Kajian ini telah dijalankan di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Papar. Kaedah pengumpulan data yang digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah, analisis data, ujian awal, pemerhatian, temu bual dan ujian akhir. Hasil data yang diperoleh, dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaplikasian rumus TamLak memberi kesan kepada murid untuk membina ayat aktif dan ayat pasif mengikut konteks dengan tepat. Implikasinya, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan teknik yang sesuai dalam pengajaran aspek tatabahasa khususnya ragam ayat dapat meningkatkan kebolehan murid. Kata kunci: Rumus TamLak, Ragam Ayat, Tatabahasa, Kaedah Triangulasi, Teknik Mnemonik PENGGUNAAN KIT FUNGANDA DALAM PENGAJARAN KATA GANDA PENUH DAN SEPARA BAGI MURID TAHUN LIMA Edwin Law Lik Yang Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Email: [email protected] Othman bin Abdul Aziz Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan kit FUNGANDA dalam menyelesaikan isu kekeliruan kata ganda penuh dan kata ganda separa yang dialami oleh murid Tahun Lima di sebuah SJKC daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan selitan penggunaan Model Kajian Tindakan McBride & Schistak. Penghasilan kit FUNGANDA telah disokong oleh Teori Pembelajaran Kognitif Multimedia. Seramai lima orang murid Tahun Lima telah dipilih sebagai peserta kajian dengan menggunakan kaedah pensanpelan bertujuan. Data dikumpul melalui kaedah ujian awal dan akhir, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Dari dapatan kajian, kajian ini telah berjaya meningkatkan tahap penguasaan murid pada kata ganda penuh dan separa melalui aplikasi FUNGANDA selepas membandingkan prretasi murid antara ujian awal dan akhir. Hasil dapatan kajian ini penting khususnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), guru-guru Bahasa Melayu dan pengkaji yang lain untuk memperkasakan pedagogi Bahasa Melayu melalui kit digital secara kreatif. Turut dicadangkan kajian lanjut dijalankan untuk meneroka kaedah PdP Bahasa Melayu secara TMK yang lebih inovatif dalam menyelesaikan isu kata ganda penuh dan separa di SJKC. Kata kunci: kit FUNGANDA, kata ganda penuh, kata ganda separa, murid, Tahun Lima, memperkasakan pedagogi Bahasa Melayu 143
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGAPKLIKASIAN TEKNIK PILIH-BINA DALAM PEMBELAJARAN MEMBINA AYAT MAJMUK TERHADAP MURID TAHUN 3 SJKC Ivy Chai Ying Wei PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru KampusGaya E-mel: [email protected] Puan Khadijah binti Adenan Emel: [email protected] Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Kajian tindakanini membawa tujuan untuk meningkatkan kemahiran ayat majmuk dengan menggunakan teknik Pilih-Bina bagi murid Tahun 3 SJKC. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah jenis kebangsaan (cina) di bahagian menggatal. Melalui kajian tindakan ini, pengkaji mengenal pasti tahap penguasaan murid Tahun 3 dalam kemahiran membina ayat majmuk. Seterusnya, pengkaji juga mengenal pasti cara murid Tahun 3 menguasai kemahiran ayat majmuk dengan teknik Pilih-Bina. Peserta kajian terdiri daripada lima orang murid yang menghadapi masalah dalam kemahiran membina ayat majmuk bahasa Melayu. Model kajian tindakan diaplikasikan ialah Model Lewin yang menyarankan empat langkah kajian tindakan sebagai asas dalam satu kitaran. Langkah kajian tindakan itu merangkumi langkah mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Reka bentuk kajian ini ialah kaedah kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Data awal ini dikumpulkan melalui kaedah triangulasi, iaitu menggunakan instrumen analisis dokumen,temu bual dan pemerhatian. Hasil analisis data mendapati kesemua peserta kajian yang dipilih menunjukkan peningkatan dalam menguasai kemahiran membina ayat majmuk. Kesimpulannya, peserta kajian menunjukkan peningkatan dalam kemahiran membina ayat majmuk selepas pengaplikasian teknik Pilih-Bina. Kata Kunci: Kajian Tindakan, Teknik Pilih-Bina, Kemahiran Membina Ayat Majmuk, Kaedah Triangulasi, ModelLewin PENGGUNAAN TEKNIK SU-KAT DALAM KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL BERDASARKAN GAMBAR BAGI MURID TAHUN 3 DI SJKC Izzah Insyirah binti Noel@Erot PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020, IPG Kampus Gaya E-mel: [email protected] Khadijah binti Adenan Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu ABSTRAK Teknik Su-Kat merupakan sebuah bahan bantu mengajar yang diinovasikan dan diilhamkan hasil daripada pemerhatian yang dibuat kepada beberapa murid tahun 3 di sekolah jenis kebangsaan Cina di Papar mengenai konsep pembinaan ayat tunggal berdasarkan gambar yang sebenar. Kajian tindakan ini disasarkan kepada muridmurid tahun 3 bagi meningkatkan kemahiran membinal ayat tunggal dengan menerapkan Teknik Su-Kat dalam pembelajaran. Su-Kat merujuk kepada singkatan komponen ayat tunggal iaitu subjek dan predikat pada asasnya, namun kajian ini dijalankankan bagi membinal ayat tunggal berdasarkan gambar. Kaedah analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual digunakan bagi membantu proses pengumpulan data. Temu bual digunakan untuk melihat sejauhmana Teknik Su-Kat mampu membantu murid-murid dalam membina ayat tunggal berdasarkan gambar yang sebenar. Maka, reka bentuk kajian tindakan yang digunakan ialah Kemmis & Mc Taggart. Penggunaan teknik ini adalah untuk meningkatkan kefahaman murid tentang konsep ayat tunggal berdasarkan gambar dengan lebih koheren melalui intervensi yang telah dirancang. Kata kunci: Teknik Su-Kat, ayat tunggal, subjek, predikat 144
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGGUNAAN PENDEKATAN GAMIFIKASI DIGITAL (KAGA) DALAM PENGUASAAN KATA GANDA SEPARA BAGI MURID TAHUN 4 SJKC John Siaw Zheng Bin Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu [email protected] En. Glen Denver Mensulius Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu ABSTRAK Kajian kuasi-eksperimen ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan pendekatan gamifikasi digital KaGa terhadap penguasaan kata ganda separa murid Tahun 4 SJKC berbanding murid yang tidak menggunakan pendekatan gamifikasi digital KaGa. Melalui metodologi kuasi-eksperimen, kajian ini dilakukan ke atas sampel yang terdiri daripada 40 orang murid yang dibahagikan kepada dua kumpulan: kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan kesan positif gamifikasi digital dalam meningkatkan penguasaan kata ganda separa terhadap murid Tahun 4 SJKC. Ujian t sampel bebas telah digunakan untuk melihat sama ada perbezaan antara purata skor kumpulan rawatan dan kawalan adalah secara statistik signifikan, dan hasilnya adalah 0.002 dengan p < .05. Oleh itu, terdapat perbezaan signifikan dalam tahap penguasaan ujian pasca keduadua kumpulan. Selain itu, nilai kuantiti pengaruh yang telah dikira adalah 1.051 dan kerana nilai ini adalah secara statistik lebih besar daripada0.8, ini menunjukkan bahawa perbezaan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan cukup besar untuk dianggap sebagai signifikan. Berdasarkan nilai p yang diperoleh dalam kajian ini, hipotesis alternatif diterima yang membawa kepada kesimpulan bahawa penggunaan pendekatan gamifikasi digitaldalam penguasaan kata ganda separa murid Tahun 4 SJKC adalah signifikan berbanding murid yang tidak menggunakan pendekatan gamifikasi digital KaGa. Kata Kunci: Kata Ganda Separa, Pendekatan Gamifikasi Digital, Tahun 4, SJKC,KaGa Penggunaan ‘RiA WarWan’ Dalam Pengajaran Murid Tahun 2 bagi Mengenal Pasti Rima Akhir Pantun 4 Kerat Khairilazhar bin Ari Pudin PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 IPG Kampus Gaya E-mel: [email protected] Jacqueline Teo Fuey Phean Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan bertujuan bagi meningkatkan tahap penguasaan murid dalam mengenal pasti rima akhir pantun empat kerat dengan mengaplikasikan inovasi RiA WarWan dalam kalangan murid tahun 2. Kajianini berorientasikan dua objektif yang utama iaitu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam memahami rima akhir pantun empat kerat serta mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam mengenalpasti rima akhir pantun empatkerat selepas inovasiRiA WarWan diaplikasikan. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Peserta kajian yang dipilih adalah berdasarkan kaedah peserta bertujuan. Pemilihan peserta kajian melibatkan lima orang murid sekolah rendah tahun 2 dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yangterletak di daerah Papar, Sabah. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen, ujian awal, nota lapangan pemerhatian, temu bual dan ujian akhir. Data dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan yang signifikan melalui penggunaan inovasiRiA WarWan dalam meningkatkan kefahamanmurid terhadap konsep dan pemilihan perkataan dalam bentuk rima akhir pantun empat kerat dalam kalangan murid tahun 2. Implikasinya, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan intervensi yang efektif dan menarik dalam pengajaran rima akhir pantun empat kerat dapat mengurangkan kesilapan dalam pemilihan perkataan yang menepatibentuk rima akhir pantun bahasa Melayu serta mampu menambahpengetahuan murid dalam aspek seni bahasa selaras dengan objektif umum dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). Kata kunci: Inovasi RiA WarWan, Rima Akhir Pantun Empat Kerat, Seni Bahasa 145
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGGUNAAN KIT KERULIS DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID TAHAP SATU: SATU KAJIAN KES Md Zahidi Zein bin Lazim PISMP Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu Dr. Rozita Buyoh Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu ABSTRAK Kemahiran membaca merupakan proses mengecam lambang tulisan, menzahirkannya melalui bunyi dan diterjemahkan kepada sesuatu yang bermakna. Literasi maklumat menjadi kurang berkesan apabila murid tidak menguasai kemahiran membaca secara sepenuhnya. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan objektif untuk mengukur tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca dan mengenal pasti kesan penggunaan Kit KeRuLis dalam pengajaran kemahiran membaca. Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengambil reka bentuk kajian kes. Terdapat dua model yang digunakan dalam penyelidikan ini iaitu Model Laberge-Samuels (1974) dan Model kognitif Waugh dan Norman (1965) yang menjadi panduan kepada ciptaan Kit KeRuLis. Peserta kajian melibatkan murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan Mandalipau, Papar. Data diperolehi melalui triangulasi pengkaedahan penyelidikan iaitu analisis dokumen, temu bual ke atas guru dan pemerhatian ke atas murid untuk menjawab persoalan kajian. Data kajian dianalisis dengan secara diskriptif dengan membahagikan pola data kepada empat tema iaitu vokal, konsonan, suku kata terbuka dan perkataan dua suku kata terbuka dan empat item yang mengkaji tingkah laku murid dalam penggunaan Kit KeRuLis. Analisis data yang dipersembahkan melalui pendekatan kualitatif menunjukkan peningkatan tahap. Kajian mendapati bahawa Kit KeRuLis memberikan kesan positif dan relevan untuk digunakan dalam pengajaran literasi bahasa berdasarkan pembuktian dapatan kajian dalam penyelidikan ini. Tuntasnya, penyelidikan ini dapat memperkaya kajian berkaitan kemahiran membaca dan bahan ini dapat digunakan oleh guru-guru untuk mengajarkan literasi bahasa. Kata kunci – Kit KeRuLis, pengajaran kemahiran membaca BAPLIKASI PIRAMID PANTUNDALAM MENGENAL PASTIMAKSUD PANTUN 4 KERAT SECARABERPANDU Mitchelle bt. Maxwell PISMP Bahasa MelayuAmbilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] Encik Ag Ahmad bin Ag Hj. Siring JabatanPengajian Melayu E-mel: [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang penggunaan Aplikasi Piramid Pantun yang berfungsi sebagai alat untuk membolehkan mereka mengenal pasti maksud pantun empat kerat secara berpandu. Hal ini adalah selaras dengan permasalahan yang dikesan di dalam bilik darjah semasa melaksanakan Praktikum Fasa 1 di sebuah sekolah iaitu murid tidak dapat mengenal pasti maksudpantun 4 kerat secaraberpandu. Kumpulan sasarandalam kajian ini terdiri daripadaempat orang murid Tahun 4 yang telah dikenal pasti tahap penguasaan mereka dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Tahap penguasaan mereka dalam ketiga-tiga kemahiran tersebut adalahpada tahap sederhana dan lemah. Pengkaji telah menggunakan triangulasi data iaitu temu bual, ujian pra dan pasca serta pemerhatian untuk meningkatkan lagi kesahandan kebolehpercayaan data.Hasil dapatan telah menunjukkan bahawa keempat-empat peserta kajian mampu menjawab soalan pasca dengan baik selepas diperkenalkan dengan Aplikasi Piramid Pantun berbanding sebelum diperkenalkan dengan intervensi tersebut. Kata kunci: Aplikasi Piramid Pantun, mengenalpasti, pantun empat kerat, tahun 4 146
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA APLIKASI SAOK DALAM MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR BAGI MURID TAHUN 3 Monica Genut Anak Legai PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] Connie C. Ah Gang Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji tentang pengaplikasian teknik SAOK dalam membina ayat berdasarkan gambar. Idea tentang kajian ini timbul apabila didapati beberapa murid Tahun 3 menghadapi masalah dalam membina ayat berdasarkan gambar. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kajian tindakan dengan menerapkan pendekatan kualitatif yang berpandukan Model Kemmis & McTaggart (1988). Persampelan data dijalankan di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Papar. Peserta kajian terdiri daripada lima orang murid Tahun 3 yang dipilih berpandukan tahap penguasaan murid yang berbeza dalam membina ayat berdasarkan gambar. Instrumen yang dilaksanakan bagi pengumpulan data ialah ujian awal dan ujian akhir, analisis dokumen, latihan pengukuhan, temu bual dan pemerhatian. Istilah SAOK merupakan akronim yang merujuk kepada (S) ialah ‘Siapa’ iaitu menamakan watak dalam gambar, (A) ialah ‘Aktiviti’ iaitu penggunaan kata kerja yang menunjukkan sesuatu perlakuan, (O) ialah ‘Objek’ yang merujuk kepada benda yang digunakan oleh watak dan (K) ialah ‘Keterangan’ iaitu pelengkap ayat dengan menyatakan tempat, masa, cara atau sebab. Hasil analisis menunjukkan bahawa teknik SAOK berkesan meningkatkan penguasaan murid Tahun 3 dalam membina ayat berdasarkan gambar. Kata kunci: teknik SAOK, membina ayat, gambar, murid Tahun 3 PENGAPLIKASIAN KAD UNO DALAM PEMBELAJARAN KATA ADJEKTIF TERHADAP MURID TAHAP 1 Nazratul Lailiyah binti Basri PISMP Pendidikan Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel : [email protected] Connie C. Ah Gang Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Pemahaman dan penggunaan kata adjektif yang betul dalam kalangan murid sekolah rendah merupakan satu aspek tatabahasa yang perlu dipertingkatkan. Hal ini kerana murid Tahun 3 didapati masih melakukan kesalahan kata adjektif dalam pembelajaran. Justeru, kajian ini bertujuan meningkatkan kefahaman kata adjektif dengan pengaplikasian Kad Uno. Kajian ini bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam aspek kata adjektif dan mengenal pasti kesan pengaplikasian Kad Uno dalam penggunaan kata adjektif murid tahap 1. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tindakan dengan menggunakan kualitatif. Peserta kajian yang dipilih adalah berdasarkan tahap penguasaan murid bagi mata pelajaran bahasa Melayu iaitu rendah dan sederhana. Lapan orang murid Tahun 3 dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Papar telah dipilih sebagai peserta kajian. Kaedah mengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini iaitu menganalisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan positif pengaplikasian Kad Uno dalam pembelajaran kata adjektif dalam kalangan murid Tahun 3. Implikasinya, kajian ini membuktikan bahawa pengaplikasian bermain sambil belajar iaitu Kad Uno yang digunakan untuk pembelajaran kata adjektif dapat meningkatkan penguasaan murid. Penguasaan tersebut sangat membantu murid menguasai golongan kata dalam bahasa Melayu. Kata Kunci : Kad Uno, kata adjektif, aspek tatabahasa 147
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENERAPAN VIDEO ANIMASI SIMBA BAGI AKTIVITI BERCERITA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 Norhaida Binti Arbin PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mail: [email protected] Hafifi Hafidz Horace, PhD Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Kajian ini mengetengahkan penerapan video animasi sebagai inisiatif yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam melaksanakan aktiviti bercerita. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk menganalisis tahap penguasaan bercerita murid bagi topik simpulan bahasa dan kesan melalui penerapan video animasi SimBa. Kajian dilaksanakan dalam kalangan murid Tahun 3 di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang terletak di Papar, Sabah. Pengumpulan data menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen sebelum dan selepas aktiviti dilaksanakan. Langkah-langkah tindakan yang diambil adalah berpandukan Model Penyelidikan Kurt Lewin (1946) bagi menjalankan kajian secara terancang. Hasil dapatan menunjukkan tahap penguasaan murid bagi aktiviti bercerita adalah pelbagai mengikut kebolehan dan keupayaan murid. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat kesan yang positif kepada murid setelah penerapan video animasi di dalam kelas kerana murid dapat bercerita dengan lebih baik. Implikasi daripada kajian ini ialah pengkaji berupaya menganalisis tahap penguasaan bercerita murid bagi topik simpulan bahasa serta mengenal pasti kesannya kepada murid dalam PdP. Melalui kajian ini juga dapat memantapkan lagi keupayaan bercerita murid menggunakan gaya bahasa yang indah dan santun selaras dengan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Kata kunci: penerapan, video, animasi, SimBa, bercerita PENGGUNAAN KAEDAH NYANYIAN LAGU KAMTAP BAGI TOPIK KATA MAJMUK MANTAP DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 Normi binti Asmin PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya e-mel: [email protected] Hafifi Hafidz Horace, PhD Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Aspek tatabahasa merupakan merupakan salah satu aspek yang penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Kemahiran aspek tatabahasa merujuk kepada aspek morfologi dan sintaksis bahasa yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid-murid. Kajian tindakan yang dilaksanakan bertitik tolak dengan masalah yang dihadapi murid dalam mengingati 15 kata majmuk mantap. Dalam hal ini, pengkaji telah membina satu intervensi bagi membantu murid dalam mengingati kata majmuk mantap dengan mudah, iaitu kaedah nyanyian lagu KAMTAP. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam mengingati kata majmuk mantap dan kesan penggunaan kaedah nyanyian lagu KAMTAP dalam kalangan murid Tahun 5. Peserta kajian terdiri daripada 10 orang murid Tahun 5 daripada sebuah sekolah di daerah Papar dan mempunyai tahap penguasaan yang berbeza dalam PdP. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif yang menggunakan model kajian tindakan Model Kemmis & Mc.Taggart (1988). Model kajian ini menyarankan empat langkah kajian dalam satu kitaran, iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Dapatan kajian dikumpulkan dengan menggunakan pelbagai instrumen, iaitu temu bual, pemerhatian, analisis dokumen dan rakaman video. Secara keseluruhannya, penggunaan kaedah nyanyian lagu KAMTAP merupakan satu kaedah pemudah cara untuk mengatasi masalah dalam PdP terutamanya bagi topik kata majmuk mantap. Hal ini begitu kerana penggunaan kaedah ini dapat membantu murid mengingati 15 kata majmuk mantap dengan lebih mudah melalui pengaplikasian 15 kata majmuk menjadi lirik lagu yang mengandungi elemen muzik dan video. Kata kunci: Kaedah Nyanyian Lagu KAMTAP, Aspek Tatabahasa, Kata Majmuk Mantap, Elemen Didik Hibur (Nyanyian), Model Kemmis & Mc. Taggart (1988) 148
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID TAHUN 2 DI SJKC Nur Ain Hakimah binti Sulaiman PISMP Bahasa Melayu SJKC 2 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota KInabalu e-mel: [email protected] Glen Denver Mensulius Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota KInabalu e-mel: [email protected] ABSTRAK Pengusaan kemahiran membaca masih lemah dalam kalangan murid terutamanya di SJKC. Murid menghadapi masalah membaca seperti tidak menyebut perkataan dengan betul dan tepat, tidak menyebut perkataan yang dieja, dan sering kehilangan perkataan yang tidak jelas atau tidak boleh disebut. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan dan faktor pengaruh kemahiran membaca. Kajian ini berfokuskan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu yang melibatkan murid tahun 2. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan dan menggunakan pendekatan kualitatif sebagai kaedah pengumpulan data. Instrumen kajian ini ialah analisis dokumen, senarai semak dan temu bual. Dapatan kajian ini akan membantu guru untuk mengenal pasti strategi pengajaran yang lebih berkesan melalui faktor pengaruh kemahiran membaca murid. Penguasaan kemahiran membaca amat penting bagi memastikan murid dapat menguasai semua ilmu dan fasih dalam berkomunikasi. Kesimpulannya, guru bahasa Melayu, ibu bapa dan murid perlulah bekerjasama mengambil inisiatif untuk meningkatkan kemahiran membaca murid-murid di SJKC agar bahasa Melayu tidak dilupakan sebagai bahasa Kebangsaan dalam meningkatkan perpaduan masyarakat. Kata kunci: Kemahiran membaca, mata pelajaran Bahasa Melayu, murid tahun 2 di SJKC, tahap penguasaan kemahiran membaca, faktor pengaruh kemahiran membaca PENGAPLIKASIAN PETA MINDA “IMBaKUP” DALAM PENGAJARAN BAGI KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU TAHAP 2. Nur Aliah Natahsa Binti Nordin Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Emel:[email protected] Dzulkifli Bin Mohd Aspah Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Emel:[email protected] ABSTRAK Kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang kompleks. Dalam kajian ini, murid-murid tahun 5 di sebuah sekolah jenis kebangsaan papar, Sabah didapati masih sukar untuk melakukan penulisan karangan kerana tidak mempunyai idea untuk mengembangkan isi karangan tersebut. Kajian tindakan ini adalah disasarkan kepada murid-murid tahun 5 bagi meningkatkan kemahiran menulis karangan bahasa Melayu dengan menerapkan peta minda ‘IMBaKUP’ dalam isi karangan. Peta minda ‘IMBaKUP’ ini digunakan dalam kajian untuk melatih murid-murid melahirkan dan menghuraikan isi- isi penting dalam karangan berdasarkan tajuk karangan yang diberi. Kaedah Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui pemerhatian,temu bual dan Ujian awal dan akhir . Temu bual dan Ujian awal dan akhir digunakan untuk melihat sejauhmana peta minda ‘IMBaKUP” mampu membantu murid-murid dalam mengembangkan idea isi karangan yang diberikan.Dengan menggunakan model Kemmis & Mc Taggart sebagai reka bentuk kajian tindakan ini. Peta minda ini, mampu membantu murid-murid lebih fokus dan mengingat sesuatu dengan mudah. Selain itu, penggunaan peta minda ini juga adalah untuk menyusun idea mereka agar lebih teratur dan berkesinambungan. Kata kunci: Peta minda “IMBaKUP”, kemahiran menulis, Penulisan karangan 149