The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tamimuddari7, 2017-09-03 23:17:07

DENCDO E BOOK

DENCDO E BOOK

siap, Den mula membuat pemeriksaan kelengkapan pakaian dan peralatan
satu persatu sebelum bergerak ke kawasan serang hendap.

“Kasut Kombat” – Check !

“Baju Loreng” - Check !

“Bere.” – Den berpendapat tidak perlu dipakai kerana ‘cap badge’ harimau
yang berada di beret tersebut adalah daripada jenis logam yang terang
seperti perak. Ia adalah tidak sesuai dipakai kerana ia boleh memberi
pantulan cahaya dan dalam keadaan itu amat mudah untuk dikesan oleh
pihak musuh jika mereka melalui kawasan serangan hendap kami. Lalu Den
mengarahkan Asri supaya tidak memakai beret semasa berada di
kedudukan serang hendap dan ia hendaklah disimpan di dalam pouches.
“Pouches”- Memandangkan kami baru sahaja melapur ke pasukan peralatan
tersebut tidak di ‘issue’13 kan lagi - OK kerana ada sebab munasabah.

“Pack 70” - Peralatan tersebut itu juga tidak di ‘issue’ lagi - Kira Ok kerana
ada sebab yang munasabah.

“Torchligth”- Check !- Memang Den ada membawanya.

“Pen/buku Nota” : Check ! Sebagai Pegawai Muda peralatan ini memang
sentiasa perlu dibawa bersama tanpa mengira apa juga situasi ataupun
pakaian yang dipakai.

“Disc Pengenalan Diri [ dog tag] – Check!

“Senjata – Peralatan tersebut tidak dapat diperoleh. Walau bagaimana ia
merupakan peralatan penting yang mesti ada bagi memastikan kejayaan
operasi pada waktu itu. Untuk itu Den telah mencadangkan agar diadakan
juga senjata ‘dummy’ bagi merealisasi dan mensensasikan lagi operasi kami

13Issue , istilah yang biasa digunakan di dalam ATM yang membawa maksud ‘dibekalkan
oleh pihak Kuartermaster pasukan.’

51

pada pagi itu. Asri telah mencadangkan agar kami menggunakan batang
penyapu sahaja. Den setuju, tetapi memandang tiada batang penyapu yang
boleh diperoleh pada waktu itu, kami membuat keputusan untuk
menggunakan batang kayu ‘mop’ yang berada di tandas sebagai gantinya.”

Setelah selesai pemeriksaan, dan merasakan semua keperluan peralatan
dan kelengkapan yang diperlukan telah ada. bergerak ke kawasan operasi
kami. Walau bagaimanapun, semasa hendak bergerak, baru di perasan
bahawa muka Asri kelihatan berseri-seri tanpa sebarang penyamaran muka.
Perkara ini dianggap penting kerana jika kami tidak memakai krim
penyamaran ia merupakan perlanggaran salah satu prinsip asas di dalam
serangan hendap ia itu Mengekalkan Kerahsiaan. Den bertanya kepada Asri
sama ada beliau mempunyai 'cream camoflauge’ Asri menjawab:

“Tiada. Mana lak aku nak tahu bahawa benda itu kita kena pakai pada hari
pertama berada di sini!”

Betul juga kata Asri itu, sebelum melapur ke unit Den sendiri tidak terfikir
yang kami perlu menggunakan krim tersebut apa tah lagi pada hari pertama
kami melapur. Walau bagaimanapun, ada atau tidak,suka atau tidak kami
mesti juga memakai krim tersebut kerana takut akan menerima akibatnya
nanti. Pada masa itu pemikiran kami sedang aktif berfikir bagi mencari jalan
penyelesainya. Akhirnya Den mendapat ilham untuk menggunakan kiwi
kasut sebagai pengganti krim penyamaran kami. Kami bersetuju untuk
memakai kiwi kasut sebagai ganti nya. Den pun mengambil kiwi kasut hitam
yang memang ada dibawa bersama dan mula menyapunya ke muka Asri
dan Asri juga berbuat demikian ke muka Den. Kami membuat corak harimau
belang. Selepas mengenakan krim tersebut kami berpandangan satu sama
lain dan tergelak besar. Walau bagaimana penggunaan kiwi tersebut tidak
memberi impak yang besar kepada Den. Ini adalah kerana warna kulit Den
lebih kurang sama dengan warna kiwi tersebut. Bila disapu dengan kiwi itu,
Den kelihatan seperti orang minyak saja, dalam pada masa itu sempat Den
berkata,

52

“Wah ! ini baru komando betul ini, baru nampak ganas dan menakutkan!”

Seterusnya kami melangkah keluar dari bilik itu dengan bangga dan penuh
semangat yang berkobar-kobar. Semasa di dalam perjalanan menuju ke
tempat operasi, Den terasa macam masih ada kekurangan lagi. Den pun
memberi isyarat kepada Asri supaya berhenti dan seterusnya berbisik di
pangkal telinga Asri:

“Asri aku rasa macam ada yang kurang lagi laa dengan persiapan dan
kelengkapan kita ini.”

Lalu Asri membalas sambil berbisik:

“Laa apa lagi , aku rasa dah kira ok laa nie.”
Semasa itu baru Den perasan bahawa badan kami tidak mempunyai
sebarang penyamaran lain seperti daun, rumput sebagaimana lazimnya jika
kami membuat latihan serang hendap. Den mencadangkan kepada Asri
supaya membuat penyamaran kepada pakaian kami. Tetapi Asri
membantah dan menyatakan bahawa ia adalah tidak perlu kerana kami
hendak membuat operasi serang hendap di kawasan bangunan dan
bukannya di kawasan hutan. Pada mulanya Den bersetuju tetapi
kemudiannya Den terfikir bahawa jika kami tidak memakai sebarang
penyamaran terdapat kemungkinan yang kami akan menghadapi masalah
nanti.

Akhirnya Asri setuju dengan cadangan Den untuk menggunakan
penyamaran daun pada pakaian kami. Dari situ, kami terus bergerak ke
kawasan tanaman pokok mangga yang banyak terdapat di wisma tersebut.
Suasana keadaan pada waktu itu masih lagi gelap. Sebaik sahaja sampai di
bawah salah satu pohon mangga, kami terus mematahkan dahan untuk
mengambil daunnya dan jadikannya sebagai penyamaran pada tubuh badan
dan pakaian kami. Habis daun pokok mangga di kawasan itu kami patahkan
pada pagi itu. Tiba-tiba Den terasa kepedihan di beberapa bahagian badan,
kepala dan telinga macam digigit kerengga. Sejurus kemudian, dapat

53

dirasakan hampir keseluruhan badan dipenuhi dengan kerengga yang
sedang rakus menggigit batang tubuh Den. Pada masa itu Den sudah tidak
boleh menahan diri lagi lalu ‘membuka langkah taici’ dan terkinja-kinja
seperti beruk kena belacan untuk membuang kerengga yang banyak
merayap di badan kami pada waktu itu. Dalam masa yang sama kelihatan
Asri juga membuat reaksi yang serupa diikuti dengan bunyi suaranya yang
merungut dan menjerit tetapi di dalam nada berbisik:

“Aduh !.aduh....ini semua fasal kau laa Zar nak sangat buat penyamaran!
Kita nak buat serang hendap, kita pula yang diserang hendap , macam ini
boleh gagal misi kita ini Zar.”

Reaksi Den waktu itu hanya mampu tergelak besar tetapi di dalam versi
berbisik. Suara yang keluar dari mulut hanya bunyi:
“Kihhh..kih...!kehh.heheh”

Ini adalah kerana takut rahsia kehadiran kami akan terpecah bila suara kami
boleh didengari oleh musuh-musuh yang tidur di bangunan berhampiran
dengan kawasan pokok tersebut. Semasa itu pelbagai perasaan yang timbul
dalam fikiran geli ada, seronok ada sambil menahan sakit akibat digigit oleh
kerengga-kerengga tadi. Akhirnya kami membatalkan rancangan kami untuk
menggunakan daun mangga tersebut sebagai penyamaran kami dan
bergerak keluar dari kawasan tersebut sambil tersenyum dan menitis air
mata kegelian.

Dalam jam 6:15 kami tiba di lokasi yang serang hendap kami yang
beralamat di Tingkat Satu Pintu no 2, Bangunan JKR 2565, ia itu kediaman
baru Wisma Sri Perkasa, Kem Sungai Udang. Sebaik sahaja sampai, kami
mengambil kedudukan meniarap betul-betul berhadapan dengan pintu bilik
musuh kami. Selepas itu kami terus membuat persiapan dan pemeriksaan
ke atas peralatan utama untuk kami ‘spring ambush’ ia itu jam loceng dan
memastikan ia berfungsi dan telah set pada ketepatan 100%. Kemudiannya
ia diletakkan betul-betul di hadapan pintu itu. Setelah semuanya siap, kami
menghalakan senjata kayu mop kami di hadapan pintu bilik musuh sambil

54

tunggu masa yang sesuai untuk 'spring ambush' (mula melepaskan
tembakan). Pada masa itu kami tidak bercakap sepatah pun takut musuh
kami mendengar perbualan kami. Dalam diam-diam tanpa kami sedari kami
pun terlelap ketika menunggu untuk memulakan serangan.

Tiba-tiba , kami tersedar kerana jam loceng yang telah dikunci berbunyi,
pada waktu jam menunjukkan pukul 6:30. .Kami pun memulakan serang
hendap tersebut dengan melepaskan tembakan bertubi-tubi dibantu
dengan bunyi ‘sound effects’ dari mulut kami:

Trummp..Trummm.. Tummmm. Tummmm.. .Bommmmmmmmm..
Berrrrrrrrr .Berrrr...Piyuuu.Peeeyuuuuuuu..Bommm..Bommm’

Tujuan serang hendap kami pada pagi itu adalah untuk mengejutkan senior
kami supaya bangun daripada tidur mereka. Tiba-tiba, pintu bilik yang kami
sasarkan sebagai sasaran serang hendap dibuka dan kelihatan musuh kami
keluar dan membuka lampu beranda. Pada masa itu keadaan sekeliling
telah terang benderang disinari lampu neon yang berada di beranda
tersebut. Melihat keadaan itu kami pun terus bangun dan melaksanakan
tindakan seterusnya ia iaitu berkokok seperti ayam jantan.

“Kookkooo..Kokoko..!!.. Selamat pagi tuan, jam sudah pukul :6:30, hari dah
siang... Kookkooo..Kokoko. Serang hendap kami sudah selesai tuan dan
berjaya Tuan ".

Pada masa itu dalam hati tuhan sahaja yang tahu bagaimana seksanya
hendak menahan diri daripada tergelak kerana melaksanakan misi yang
tidak semenggah14 itu. Kalau lah rakan-rakan daripada unit yang lain tahu
bahawa inilah kerja kami setiap pagi sebagai Pegawai Komando sudah tentu
jenuh kami di kutuk oleh rakan-rakan tersebut.

Sebaik sahaja selesai melapur situasi terkini berkaitan dengan misi tersebut,
musuh kami mula membuat pemeriksaan terhadap kelengkapan dan

14Kamus Dewan 4: patut, senonoh, layak; kelakuannya tidak ~ tidak senonoh kelakuannya.

55

peralatan serta pakaian kami dari hujung kaki sehingga ke hujung rambut.
Pada waktu itu kami berdiri tegak dan tidak ubah seperti tiang lampu. Tiba-
tiba terasa berdentam di kepala akibat diluku oleh musuh itu dan bila Den
menjeling ke kanan kelihatan Asri juga diluku oleh musuh kami itu.
Kemudian musuh bertanya:

“Kau tahu sebab apa kamu berdua kena luku ?”

Den tidak pasti apa jawapan yang sebenarnya lalu mengambil keputusan
untuk mendiamkan diri. Walau bagaimanapun Asri memberi reaksi yang
positif dan menjawab,

“Tahu tuan, sebab kami tidak pakai pouches dan membawa pack. !!”
Keletuk! Sekali lagi kepala Asri diluku dan pada masa itu Den berpendapat
itu mungkin disebabkan Asri telah memberi jawapan yang salah. Dalam
masa yang sama Den rasa bersalah pula kerana terus mendiamkan diri.
Hendak menjawab, tidak pasti jawapannya, dan takut pula akan menerima
habuan yang sama. Pada masa itu tindakan yang terbaik yang patut diambil
adalah dengan mendiamkan diri. Kemudian musuh kami itu mengajukan
soalan lagi:

“Semasa serang hendap kena bawa pack ke ?”

Perrghh..ini soalan memerangkap ini kata hati Den. Walau bagaimanapun
kali ini Den bertindak tidak mahu mendiamkan diri, kerana terlalu lama
mendiamkan diri pun tidak baik dan ia akan menampakkan yang Den tidak
mempunyai semangat kerja sama untuk membantu Asri yang telah
menerima lebih bilangan luku berbanding dengan Den. Atas dasar semangat
setia kawan dan berkongsi bersama kesengsaraan yang sedang dihadapi,
Den menjawab soalan yang telah diajukan tadi dengan penuh keyakinan’

“Tidak Tuan!”

56

Seolah-olah mengetahui jawapan sebenar soalan tersebut. Tekaan Den
memang tepat bila musuh itu mengajukan soalan balas seterusnya:

“OK kalau begitu apa pula sebab dan alasannya yang boleh kau berikan ?”

Bila mendengar soalan yang berikutnya itu, fikiran sudah menjadi tidak
ketentuan kerana tidak pasti akan apakah jawapan yang terbaik yang boleh
diberikan pada masa tersebut. Entah dari mana datangnya ilham, tiba-tiba
terkeluar dari mulut jawapan kepada persoalan yang diberikan tadi .

“Menurut kefahaman saya tuan, biasanya terdapat beberapa kumpulan
yang terlibat semasa melaksanakan serang hendap. Antaranya Kumpulan
Pemusnah, kumpulan penyekat kiri dan kanan, kumpulan sentri [pengawal]
dan kumpulan pertahanan belakang. Dalam konteks ini, biasanya semua
anggota yang terlibat di dalam serangan hendap tidak dibenarkan
membawa pack mereka bersama dan pack tersebut hendaklah diletakkan
bersama dengan kumpulan pertahanan belakang. Ini adalah bertujuan
untuk memastikan bahawa tidak akan membuat banyak pergerakan
semasa berada di dalam kedudukan kumpulan masing-masing. Dengan cara
ini pergerakan anggota akan lebih mudah dikawal dan prinsip kerahsiaan
yang menjadi keperluan utama di dalam serang hendap dapat
dilaksanakan.”

Fuhhh !!! fasih dan lancar saja jawapan yang telah diberikan dan pada
waktu dan ketika itu Den pasti bahawa hujah yang telah diberikan telah
mendapat persetujuan daripada musuh tadi bila dia berkata:

“Huh..tahu pun , Jadi apa kesalahan kamu?”

Perrhh ! apa pula lagi yang dibebelkan oleh pak komando ini, tak habis-
habis dengan soalan yang hendak mengenakan kami. Pada masa itu kami
tidak pasti dan tidak tahu apa jawapan yang harus diberikan. Bagi
mengambil jalan mudah dan selamat dan dengan harapan tidak akan di luku

57

lagi jika memberi jawapan yang salah, Den mengambil keputusan untuk
membisu seribu bahasa.

Apa yang bermain di kepala pada waktu itu, seolah-olah dapat dibaca oleh
Asri ,di mana dia turun mendiamkan diri tanpa memberi sebarang respons
kepada soalan yang telah diajukan kepada kami. Dalam pada itu tanpa
diduga kepala Den diluku lagi oleh musuh itu dan kali ini bukan sahaja sekali
malah lebih dari tiga kali begitu juga dengan Asri yang kelihatan cuba
menundukkan kepalanya seolah-olah menahan kesakitan akibat di luku
berkali-kali oleh musuh. Situasi itu membuatkan Den rasa hendak tergelak
pun ada kerana, bila kami menjawab dan jawapannya salah kepala kami
akan diluku sekali sahaja dan jika kami mendiamkan diri tanpa memberi
sebarang jawapan kepala kami akan diluku juga tetapi di dalam jumlah yang
lebih.

Dari situ Den telah membuat keputusan untuk terus menjawab apa juga
soalan yang bakal diberikan oleh musuh itu, walaupun tidak pasti akan
jawapannya sebenarnya. Rasionalnya adalah kerana, pada pengiraan Den,
lebih baik menjawab walaupun salah kerana kami akan hanya diluku sekali
sahaja. Sebaliknya jika mendiamkan diri bermakna kepala akan diluku lebih
dari sekali.

Selepas itu musuh berkata:

“Sebabnya kamu berdua tidak memakai bere!”

Rupa-rupanya itulah kesalahan kami yang telah dimaksudkan oleh musuh
tadi. Walau bagaimanapun Den tidak berpuas hati dengan keterangan
beliau berkaitan kesalahan kami tidak memakai bere semasa melaksanakan
serang hendap. Entah kenapa agaknya pada masa itu tiba-tiba mulut gatal
untuk menjawab dan mungkin sudah menjadi prinsip Den jika ada perkara
yang tidak betul dari segi prinsipnya Den akan membantah walaupun ia
datangnya daripada pihak atasan. Mungkin disebabkan sifat semula jadi ini
lah yang menyebabkan karier Den di dalam perkhidmatan tidak sejauh

58

mana semasa berkhidmat lebih dari 26 tahun di dalam ATM. Sebagai reaksi
tidak bersetuju dengan kesalahan yang dinyatakan itu:

“Tuan, saya berpendapat bahawa semasa serang hendap adalah tidak
sesuai untuk kami memakai pakai bere disebabkan cap badge komando
diperbuat dari bahan jenis metal dan berwarna cerah. Perkara ini akan
menyebabkan musuh mudah mengesan kehadiran kami, di kawasan operasi
tuan.”

Jawapan diberi dengan bangganya dan Den memang rasa begitu yakin
bahawa alasan yang diberikan adalah betul dan bertepatan dengan prinsip
yang penting di dalam melaksanakan serang hendap ia itu menjaga
kerahsiaan. Sebaik sahaja selesai mengucapkan alasan tersebut, Keletuk !,
terasa kepala diluku lagi dan pada masa itu rasa menyesal pula bersuara
memberi pendapat dan alangkah baik jika membisu dan mengiakan sahaja
kata musuh itu. Sejurus kemudian, musuh tadi bersuara:

“Itu boleh disamarkan dengan hanya menggunakan sehelai daun, biul !
Opss dan bercerita fasal penyamaran, kenapa kamu tidak membuat
sebarang penyamaran terhadap tubuh badan kamu selain dari muka kamu
yang sebebarnya sudah tidak perlu disamarkan lagi ?”

Ke situ pula pak komando itu melalut. Den menjadi serba salah sama ada
hendak menjawab atau tidak soalan itu. Belum sempat membuka mulut,
Asri telah menjawab terlebih dahulu :

“Tuan, kami membuat serangan hendap di kawasan bandar tuan, kami rasa
penyamaran daun adalah tidak sesuai dengan keadaan sekeliling operasi
kami tuan !”

Kelekuk ! Kepala Asri diluku untuk entah keberapa kalinya. Kemudian
musuh itu berkata:

59

“I don’t’ care men! Biasanya serang hendap dibuat di kawasan hutan, jadi I
am expecting you all will use leafs as your camouflage!”

Alahai, pada masa itu, rasa hendak jawab balik sahaja hujah dangkal yang
diberikan oleh musuh itu. Memanglah perkara itu mudah dibuat tapi dia
tidak tahu usaha menggunakan daun sebagai penyamaran memang sudah
kami buat, tapi masalah serangga yang membuatkan kami membatalkan
niat kami untuk menggunakan daun sebagai penyamaran.

Selepas itu musuh memberi syarahan yang panjang lebar pasal teknik dan
taktik serang hendap . Pada masa itu Den baru tahu bahawa senior ini ‘kaki
cong’15 dan ALOK16 orangnya. Agak lama juga kami berdiri terpacak di situ
mendengar khutbah darinya. Di dalam masa itu juga beberapa kali kepala
kami diluku bila kami gagal memberi jawapan yang betul kepada
pertanyaan yang diajukan kepada kami. Lebih kurang 30 minit kemudian
barulah kami dilepaskan dan pada masa itu rasa kepala Den sudah mula jadi
lali akibat diluku.

Aktiviti serang hendap itu terus berlaku dari hari ke hari mengikut
permintaan daripada senior . Ada kalanya ia dilakukan mengikut cita rasa
mereka. Ada di antara mereka yang suka dikejutkan dengan bunyi
tembakan senjata automatik, kalau versi senjata M-16 kira ok juga tapi ada
yang mahu versi senapang Point 22, haru juga dibuatnya kerana bunyi
senjata tersebut pehhh..pehhh macam bunyi bunga api das sahaja dan yang
lebih mengharukan lagi adalah kerana bunyi versi ini biasanya kurang
berkesan. Perkara ia akan menyebabkan lagi susah untuk mengejut dan
membangunkan mereka daripada tidur. Dalam pada itu ada juga yang suka
bunyi letupan dan dentuman bom. Den memang menggemari versi bunyi ini
kerana ia akan menyebabkan mereka lebih cepat sedar dan bangun
daripada tidur. Selain dari itu ada juga yang suka bunyi binatang seperti

15 Istilah yang biasa digelar kepada anggota di dalam ATM yang pandai bersembang tetapi
kebenaran tentang apa yang diperkatakannya adalah sangat diragui.

16 ‘Aksi [action] Lebih Otak Kosong, gelaran yang diberi kepada anggota yang pandai
bergaya danberpidato tetapi tahap pengetahuannya adalah kurang.

60

ayam, anjing dan kucing. Walau bagaimanapun versi yang paling Den suka
sekali ialah versi PT dan diikuti dengan nyanyian lagu wajib. Semasa versi ini
Den dikehendaki berlari setempat dan rapat di sebelah katil . Bila tiba waktu
untuk spring ambush, Den akan berlari setempat dan bersuara hait! hait!
hait ! [seperti askar Jepun sedang berkawad] Sebaik sahaja senior itu sedar
Den dikehendaki menyanyi lagu wajib iaitu;
“Tong..Tong..Tong Tong Terkitong Kitong. Ari Mambo Sumantara, Ari Ari
Washa.Mah Hibo Maha Haru.Mak Klak Plapp Lapplap Palapl ….Piionnng !!”
dan mengulanginya sebanyak 3 kali sehingga senior itu bangun.
Kegiatan tersebut berjalan hampir 3 bulan kerana pada masa itu edah
sebagai anggota baru wisma telah tamat. Bila dilihat dan dikenang semula
akan aktiviti itu daripada segi moralnya memang perkara tersebut banyak
menyusahkan, tetapi ia juga menjadi kenangan manis Sebenarnya ada juga
kebaikannya aktiviti itu, kerana di sepanjang tempuh itu Den tidak pernah
gagal untuk menghadiri PT pagi walaupun sering tidur lewat.

61

6 ANGGOTA KADET YANG MEMOHON UNTUK MENJADI PEGAWAI
KOMANDO.

DUDUK DARI KIRI PKR HARUN, MEJ HARUN HITAM, [SOPASUS] KAPT
AZMAN MAMAT [SOPASUS] PKK NAZAR,
62

BERDIRI DARI KIRI : PK SHAMSUL, PK KAMARUZAMAN, PK AZMIN DAN PK
AZHARI
63

SAAT BERSEJARAH PENERIMAAN TAULIAH DARI ALMAHRUM SULTAN
ISKANDAR YANG DIPERTUAN AGONG PADA WAKTU ITU.

64

SALINAN KERATAN AKBAR SEMPENA PENTAULIAHAN DEN
65

TUGU GAH YANG BERADA DI HADAPAN PINTU MASUK UTAMA
KEM SUNGAI UDANG

CABARAN UNTUK MENJADI ANGGOTA KOMANDO . ADA BERANI ?
66

LAMBANG SKUADRON X-RAY : 21 KDO. UNIT PERTAMA DEN
SEBAHAGIAN DARI PELAPEK UNIT-UNIT GERAK KHAS

MARKAS 21 GGK 11 REJIMEN
GERAK KHAS

REJIMEN 21 KOMANDO REJIMEN 22 KOMANDO
67

[8]

‘THE GREEN JAKO &JACKO’

Pagi berikutnya kira-kira jam 7:30 selepas minum pagi, kamisudah
bersiapdengan pakaian ‘bush jacket’. Kami dikehendaki melapur diri secara
rasmi ke Pejabat Markas, Rejimen 21 Komando Matlamat kami yang
pertama adalah untuk melapur diri kepada Ajutan pasukan jarak Wisma Sri
Perkasa dengan pejabat Markas Rejimen agak jauh juga iaitu hampir 1 km.
Kalau berjalan dan mengikut jalan pintas kami boleh sampai ke lokasi kira-
kira dalam masa 10 minit. Walau bagaimanapun kami tidak berani untuk
mengikuti jalan pintas dan dalam masa yang sama kami tidak juga
dibenarkan untuk menaiki kenderaan di sepanjang tempoh tiga bulan
pertama kami di sana.

Justeru itu , kami terpaksa melalui jalan utama dan berlari untuk ke pejabat
Markas Rejimen. Semasa berlari itu, tangan kanan kami memegang tongkat
dan tangan yang sebelah lagi digunakan untuk memegang ‘brief case’.
Maklumlah hari itu ialah hari pertama kami hendak mula bekerja sebagai
seorang Lt Muda jadi kami kenalah membuat penampilan yang baik sebagai
seorang pegawai muda komando. Walau bagaimanapun kami menghadapi
masalah kerana terpaksa berlari dari tempat penginapan kami sehingga ke
Pejabat Markas dengan berpakaian ‘Bush Jacket’. Pakaian kami yang tebal
dan juga peralatan yang kami bawa menyebabkan kami terpaksa berlari di
dalam keadaan yang tidak selesa dan terhuyung hayang. Sebaik sahaja

68

sampai ke destinasi yang dituju,pakaian kami telah habis basah kerana
berpeluh dan situasi itu amat merimaskan kami.

Kira-kira lima belas minit kemudian, kami sampai ke destinasi yang hendak
dituju. Sebaik sahaja sampai Den terus bertanya kepada RP17 yang
mengawal kawasan pejabat Markas Rejimen tentang di mana kedudukan
pejabat Ajutan pasukan. Sebaik sahaja mendapat maklumat tersebut kami
terus menaiki tingkat satu dan menuju ke pejabat Ajutan. Sejurus itu kami
sampai di muka pintu pejabat dan kami terus menghentak kaki dan berdiri
di dalam keadaan sedia, lalu mengetuk pintu dan selepas memberi salam.
Sebaik sahaja salam diberi tetapi tidak dibalas oleh Ajutan yang pada itu
sedang merenung jauh,kami meminta kebenaran untuk masuk ke pejabat
tersebut.

Sebaik sahaja sampai di pintu masuk pejabat tersebut kelihatan Ajutan yang
berpangkat Kapten itu sedang bercakap dengan seseorang dengan
menggunakan talian telefon. Mungkin beliau telah mendengar salam yang
telah Den berikan tadi, kerana pada masa itu Den lihat beliau seolah-olah
melambai-lambaikan tangan dan menyuruh kami masuk ke pejabat
tersebut. Melihat isyarat itu, Den terus masuk dan diikuti oleh Asri dan
seterusnya kami berdiri tegak di hadapan Ajutan yang masih lagi bercakap
melalui talian telefon pada waktu itu. Semasa itu dalam hati sudah mula
membuat penilaian diri ajutan itu. Daripada segi rupa paras dan gerak
gayanya, dia mungkin seorang yang lemah lembut dan tidak seganas
pegawai-pegawai komando lain yang menyambut kehadiranDen semalam.
Dalam hati terus membuat kesimpulan bahawa Ajutan ini mungkin seorang
pegawai yang baik dan berhemah. Sebaik sahaja melihat Ajutan tersebut
meletakkan ganggang telefon, Den terus melaporkan diri:

“Selamat Pagi Tuan , Saya 3004637 Lt Muda Nazar bin Talib melapur diri
tuan!”

17RP –Rejimental Polis , merupakan anggota polis pasukan dan berbeza dari MP iaitu
Military Police atau Polis Tentera .

69

Pada masa itu Den lihat Ajutan tersebut bangun dari kerusinya dan bergerak
menghampiri kami. Sebaik saja sampai, tanpa sebarang patah perkataan,
Ajutan tersebut terus meluku Den. Pada masa itu perkara pertama yang
terlintas di kepala ialah hendak mencari kesalahan yang telah dilakukan
sehinggakan diluku sebegitu rupa. Dalam pada itu, timbul perasaan hendak
tergelak pun ada kerana walaupun kami diluku lagi untuk ke sekian kalinya,
kali ini lukuan tersebut tidak memberi sebarang kesan kepada kami. Perkara
ini bukannya kerana kami sudah lali diluku,tetapi kali ini bere yang kami
pakai dapat menyerap kesan hentakkan luku tersebut. Perkara tersebut
menyebabkan kami tidak merasa sebarang kesakitan yang melampaui jika
dibandingkan dengan apa yang kami terima sebelum ini. Pada masa itu Den
sudah pun membuat kesimpulan bahawa budaya luku meluku ini memang
budaya komando . Sejurus kemudian Ajutan itu bertanya kepada kami:

“Siapa yang ajar kamu cara melapur macam itu ?”

Semasa itu pelbagai perkara bermain difikirkan, apa pula salah kami pada
kali ini. Semasa di Cawangan Kadet hatta di mana-mana unit sekalipun di
dalam Tentera Darat, rasanya itulah cara yang paling selalu dan sesuai
digunakan semasa melaporkan diri dipasukan. Pada masa itu sangkaan Den
Ajutan itu memang sengaja hendak ‘mengenakan’ kami. Beliau seterusnya
mengarahkan Lt Muda Asri pula untuk memberi ‘demo’ cara melapur yang
betul. Dan Den lihat Asri menarik nafas panjang dan terus bersuara:

“Assalamualaikum Warahmatullahlah hiwabarakahtuh Tuan! Saya
T3005XXX Lt Muda Mohd Asri bin Arshad melapur diri tuan !”

Sebaik sahaja mendengar Asri memberi salam dalam hati terus berkata
mungkin fasal tadi Den tidak mengucapkan salam sehingga menyebabkan
cara melapur Den tidak diterima oleh Ajutan. Mungkin Ajutan ini orang yang
warak agaknya dan mahu menerapkan nilai-nilai Islam di dalam
pentadbirannya.

“Wah pandai juga si Asri ini membaca gerak hati Ajutan tersebut.”

70

Detik hati kecil Den. Walau bagaimana dengan tidak semena-menanya
sebaik sahaja selesai si Asri memberi demo yang terbaik,

‘Keletuk!’

Kepala si Asri pula diluku. Den yang rasa hendak tergelak melihat kejadian
itu cuba menahan dan mengawal diri dengan sebaik mungkin kerana takut
Den pula yang akan diluku. Akhirnya Ajutan tadi terus memaklumkan
kesalahan kami dengan berkata:

“Mana perginya perkataan KOMANDO tu….?”

Bila disebutkan perkataan itu, baru diingat, padanlah RP semasa berjumpa
dengannya di bawah tadi memberi tabik hormat kepada kamidengan
berkata:

“KOMANDO..selamat pagi…Tuan”

Semenjak hari itu barulah kami tahu bahawa salah satu budaya Komando
adalah menggunakan perkataan ‘KOMANDO!’ sebelum memberi salam atau
ucapan selamat atau semasa hendak menjawab panggilan telefon. Sedang
kami berdiri tegak dan bersoal jawab dengan Ajutan tiba-tiba Den perasan
ada kelibat manusia di bahagian belakang kami. Sejurus kemudian kelihatan
Ajutan berdiri tegak dan memberi hormat sambil mengucapkan selamat
pagi kepada manusia yang melalui di bahagian belakang kami. Pada masa
itu terlintas di kepala bahawa orang yang diberi hormat tadi mesti besar
pangkatnya dan kalau tidak masa kan Ajutan boleh memberi tabik hormat
kepadanya. Kemudian kedengaran suara makhluk yang berada di belakang
kami itu berkata:

“Siapa dia orang ini ?”

71

Pada masa itu Ajutan terus memberi jawapan kepada persoalan yang telah
diajukan oleh makhluk tadi,

“Green Jacko yang baru melapur tuan !”

Semasa itu Den dapat merasakan bahawa suara tersebut merujuk kepada
kami berdua. What? Mereka mengelar kami “GREEN JAKO” ? Pada masa itu
perasaan rasa terkedu dan tidak faham dengan istilah yang telah mereka
labelkan kepada kami. Bila mendengarperkataan GREEN JAKO, apa yang
dapat dijangkakan adalah:

“Mungkin kerana kami pada waktu baru lagi ditauliahkan sebagai
pegawai muda sebab itu dianggap ‘green’ masih mentah dan kurang
pengalaman. Dan ‘Jako pula diandaikan sebagai‘ J jadi A anggota KO -
komando .Ini bermakna Green Jako membawa maksud:

“Pegawai Muda/Anggota Baru yang bakal menjadi Komando!”

Dan berdasarkan kepada keadaan semasa kami yakin makna isitlah itu
menepati ciri-ciri yang ada pada kami. Itulah analisis ringkas yang dapat
dibuat pada waktu itu di atas gelaran yang baru dilabelkan kepada kami
‘The Green Jako.’ Tiba-tiba Ajutan yang pada mulanya disangka baik dan
berhemah itu melemparkan soalan kepada kami sambil ‘menaikkan bulu
kening matanya’dan tidak ubah seperti aksi Salleh Kamil di dalam filem
P.Ramlee saja lagaknya,dan bertanya kepada kami:

“Kamu tahu apa Itu maksud “GREEN JACKO”

“Ehh..boleh tahan juga Ajutan ini ya, Ada ketokohan sebagai seorang
samseng juga ya.”

Bisik hati kecil Den. Dan disebabkan hendak menyanggah keegoan yang
telah ditunjukkan oleh Ajutan itu, dengan rasa penuh keyakinan pada diri

72

sendiri Den terus menjawab berdasarkan analisis ringkas yang telah dibuat
terdahulu dari itu.Dengan penuh megah, soalan itu dijawab:

“Tahu Tuan ! Green Jako membawa maksud ‘Pegawai Muda/Anggota Baru
yang bakal menjadi Komando. Di dalam konteks ini perkataan green
membawa maksud masih mentah dan kurang pengalaman dan JAKO pula
adalah merupakan ringkasan daripada perkataan berikut‘ J -Jadi A- Anggota
KO-komando Tuan !”

Sebaik sahaja memberi definisi penuh Green Jako sebagaimana yang telah
dipersoalkan, diri ini merasa megah semegahnya. Kalau diri ini boleh
bertukar menjadi merak pada waktu itu, pasti bulu merak itu sudah
berkembang megah. Apa tidaknya dalam sekelip mata Den berjaya
memberi analisis yang tepat dan lengkap terhadap kemusykilan yang
dipersoalkan. Masa itu timbul perasaan teramat bangganya dalam diri ini.
Tapi entah macam mana, tiba-tiba terasa beberapa ketukan di kepala dan
nasib baik pada waktu itu Den masih memakai beret lagi, jadi kuranglah sikit
kesan kesakitan yang dirasai. Rupa-rupanya Ajutan tadi amat marah dengan
lagak dan gaya Den semasa memberi penjelasan berkaitan istilah Green
Jako. Atas sebab itu kepala Den diluku bertalu-talu. Masa itu Den terus diam
dan menyesali diri kerana menunjuk pandai dengan tidak kena pada
tempatnya.Seterusnya Ajutan tersebut mula menerangkan bahawa istilah
sebenarnya adalah:

“GREEN JACKO” dan dieja dengan huruf J,A,C,K,O dan bukan JAKO. Ia
merupakan gelaran yang diberi khas untuk anggota komando yang tidak
mempunyai pelapik beret dan mereka ini tidak lulus kursus asas komando
lagi dan tak layak untuk memakai beret hijau [Green Bere] dan lanyard biru
lagi dan contoh yang paling tepat sekali adalah orang macam kamu berdua
! Ada faham !”

“Faham Tuan!” Jawab kami yang hampir serentak dan kemudian kelihatan si
Asri sedang tersenyum panjang. Dalam hati Den berkata:

73

“Lahaboau kau Asri, kau boleh gelakkan Den pula ya!”

Selepas itu Ajutan beredar dan memasuki pejabat CO. Kira-kira sepuluh
minit kemudian Ajutan telah keluar dari pejabat tersebut dan telah
mengarahkan supaya kami berdua masuk dan berjumpa dengan Pegawai
Memerintah. Sebaik sahaja berada di hadapan bilik CO, kami mengetuk
pintu dan meminta kebenaran untuk masuk ke bilik itu. Sebaik sahaja kami
mendapat kebenaran masuk dari CO, kami terus bergerak menuju ke
hadapan meja beliau dan memberi tabik hormat dan kemudiannya berdiri
sambil menunggu agenda selanjut. Dari situ bermulalah khutbah yang
panjang lebar yang diberikan oleh CO bermula dengan ucapan daripada
ucapan selamat datang sehinggalah ke peringkat bab-bab disiplin,kerja dan
perjalanan kerjaya kami sebaginya. Sepanjang khutbah yang memakan
masa hampir 45 minit itu, respons yang dapat kami beri kepada CO adalah:

“Yes Sir ! Yes Sir ! Yes Sir !”

Macam lagu Baa Baa Black Sheep pula. Di penghujung khutbahnya beliau
telah menanyakan satu soalan cepu emas kepada kami:

“Kamu berdua ini adakah mempunyai minat atau tidak untuk menjadi
anggota Komando? Kalau tidak berminat kamu beritahu sekarang. Ini
adalah kerana untuk menjadi anggota komando ia hendaklah dibuat secara
sukarela tanpa sebarang paksaan kerana bukan mudah untuk menjadi
anggota komando kerana banyak cabaran dan dugaan yang harus dilalui.
Kamu hendaklah berfikir dengan semasak-masaknya sebelum membuat
sebarang keputusan. Sekarang adakah kamu sudah bersedia dan berminat
untuk menjadi anggota komando ?”

”MINAT TUAN !” jawab Dendengan lantang.

”TIDAK MINAT TUAN !” …jawab Asri dengan lebih lantang lagi .

74

Jawapan Asri membuat Den terkejut juga sebab isu itu telah diselesaikan
semalam di mana Asri bersetuju untuk terus mengikut kursus Asas
Komando bersama Den. Dan dari pagi tadi tidak timbul isu yang dia nak
keluar daripada komando. Pada masa itu Den berpendapat kemungkinan
besar bahawa Asri telah nekad untuk membuat keputusan keluar daripada
unit komando di peringkat awal lagi. Sebaik sahaja Asri menyatakan
hasratnya yang tidak berminat untuk menjadi anggota komando itu, Den
telah disuruh keluar oleh CO dari pejabat. Pada masa itu tinggallah Asri
seorang diri bersama CO dan Ajutan. Apa yang terjadi atau dibincangkan di
dalam bilik itu tidak dapat dipastikan kerana Den telah keluar dan berada di
bilik Ajutan.

Beberapa minit kemudian Den telah diarahkan oleh Ajutan untuk melapur
ke Pegawai Pemerintah18 [OC] Skuadron X-Ray. Menurut ceritanya
Skuadron X-Ray merupakan satu skuadron yang paling digeruni jika
dibandingkan dengan skuadron-skuadron yang lain kerana sejarah dan
legasi yang telah dikisahkan mengenainya. Bendera skuadron ini
mempunyai gambar tengkorak kepala orang dan terdapat dua tulang paha
manusia yang disusun bersilang menggambarkan huruf X. Cogan katanya
"MEMBUNOH TERUS MEMBUNOH". Selain dari itu terdapat 21 bintang yang
berada di kain bendera itu. Menurut ceritanya setiap bintang itu mewakili
seorang komunis/musuh yang berjaya dibunuh oleh anggota skuadron X
RAY semasa era menentang Parti Komunis Malaya dan semasa operasi khas
lain.

Semasa sampai di skuadron tersebut didapati bahawa OC tiada di
pejabatnya dan telah dimaklumkan bahawa beliau telah pergi ke Kelab
Balak19. Den pun terus bergegas ke lokasi tersebut dan sebaik sahaja sampai
di sana didapati Asri tiada di situ. Kemudiannya difahamkan oleh salah
seorang daripada pegawai muda di situ bahawa Asri sudah balik ke bilik,
dan beliau dijangka akan dihantar ke unit asalnya iaitu Rejimen Askar

18 Pegawai Pemerintah [officer In charge-OC] . Ketua Skuadron di dalam unit Gerak Khas.
19 Ia adalah tempat di mana para pegawai dan PTT Kanan Rejimen 21 Komando makan
semasa rehat pada jam 10:00 pagi.

75

Melayu di dalam masa yang terdekat. Sesungguhnya penarikan diri Asri
tidak mematahkan semangat Den dalam perjuangan untuk memperoleh
bere hijau untuk melayakkan Den menjadi pegawai komando. Dari detik itu
bermulalah hari pertama Den bekerja di unit komando yang penuh dengan
kesengsaraan dan dugaan sebagai anggota Green Jacko. Dan yang lebih
menyedihkan lagi pada masa itu semuanya dilalui secara bersendiri tanpa
seorang rakan yang boleh membantu ! Dan pada waktu itu kalau menangis
pun tidak akan ada orang yang akan mendengarnya .

76

[9]

KEPELBAGAIAN DAN KEMERIAHAN PT KOMANDO

Menjalanikehidupan sebagai anggota Green Jacko adalah tempoh yang
paling menjemukan. Ini adalah kerana pada setiap hari Den akan mengikuti
rutin kehidupan yang sama dan kebanyakannya ialah aktiviti-aktiviti yang
tidak trill atau adventure. Semasa tempoh tersebut amat jarang sekali Den
diberi peluang untuk melaksanakan penugasan mahupun aktiviti-aktiviti
yang dilakukan oleh anggota-anggota komando terlatih yang lain. Den
seolah-olah berada di dalam kumpulan orang yang kurang upaya. Den tidak
layak dan tidak boleh melaksanakan peranan dan tugas yang biasa
dipertanggungjawabkan kepada Rejimen 21 Komando seperti terlibat
dengan operasi, latihan bersama tentera asing mahupun latihan taktikal
peringkat Rejimen atau peringkat Gerup Gerak Khas seperti Latihan Boraq20
dan sebagainya. Situasi ini membuatkan Den merasa tidak sabar-sabar
untuk mengikuti kursus Asas Komando bagi melayakkan diri menjadi
anggota komando yang terlatih dan seterusnya diberi peluang
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang sama seperti anggota
komando yang lain.

Walaupun Den biasanya dikecualikan untuk turut terlibat di dalam aktiviti-
aktiviti komando yang melibatkan tugas dan peranan unit komando, tetapi

20Latihan Boraq merupakan latihan taktikal tahunan Gerup Gerak Khas yang melibatkan
ketiga-tiga unit tempur Gerak Khas ia itu Rejimen 11 Gerak khas, Rejimen 21 dan 22
Komando.

77

Den tidak dikecuali dan dimestikan untuk mengikuti latihan Physical
Training (PT) pada setiap hari bersama-sama anggota komando terlatih
yang lain. Selain dari PT yang biasa-biasa dibuat di dalam mana-mana unit
tentera yang lain, di dalam komando pula ada pelbagai PT yang pelik-pelik
yang cipta khas untuk anggota komando. Asal usul dan macam mana serta
siapa yang memperkenalkan PT tersebut tidak pula dapat dikenal pasti.Yang
pastinya bila melaksanakan PT tersebut biasanya kami akan mengalami
kepenatan yang melampaudan ada juga elemen keseronokan yang
diselitkan bersama. Satu lagi perkara yang diperhatikan berkaitan dengan
perlaksanaan PT di unit komando ini perlaksanaannya adalah bergantung
pada kreativiti dan kehendak ketua yang bertanggungjawab semasa
perbarisan PT pagi itu. Sebenarnya terdapat banyak jenis dan cara PT
komando. Sebahagian dari PT Komando yang masih lagi menjadi ingatan
Den semasa berkhidmat di dalam unit komando dulu adalah;

a. PT Kaki Ayam.Biasanya PT ini mengehendaki anggota komando
membuat larian di atas jalan tarmac dan mengelilingi Kem
Sungai Udang tanpa memakai kasut. Ia biasanya dilakukan di
dalam satu kumpulan dan di sepanjang perjalanan biasanya
akan diselang seli dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti
sesi angkat–mengangkat orang dalam pelbagai aksi seperti
horse and jockey , darling carry, fireman liftd an sebagainya.
Biasanya selepas PTini ramai anggota yang akan mengalami
kecederaan di bahagian kaki seperti melecet, berdarah dan
sebagainya. Den tidak pasti apa hikmah dan kebaikannya di
dalam melaksanakan PT seperti ini. Apa yang boleh difikirkan
tentang kebaikan PT ini ialah ia banyak menguji dan melatih
kekuatan mental berbanding daripada melatih kekuatan fizikal
anggota. Perkara ini Den perasaan semasa melaksanakan ujian
jalan jarak jauh [Long Mac] 120 km di dalam kursus Asas
Komando. Semasa latihan itu terdapat ramai anggota yang telah
mengalami kecederaan kepada kaki seperti melecet,
pendarahan, tercabut kuku dan sebagainya. Apa yang
menyebabkan mereka tetap boleh berjalan ke garisan penamat

78

bukan disebabkan mereka mempunyai kekuatan fizikal yang luar
biasa tetapi ia disebabkan oleh kekuatan metal mereka yang
telah dilatih untuk terus bergerak di dalam keadaan sedemikian.

b. PT Bot. Biasanya PT ini melibatkan kerjasama 8-10 anggota di
dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan akan membawa bot besi
dengan mengangkat bot tersebut dan meletakkannya di
bahagian bahu. Kemudian kumpulan tersebut akan
berlari/berjalan mengelilingi kem pada jarak antara 2-3km. Ia
memerlukan kerja sama yang erat di antara anggota di dalam
kumpulan tersebut. Sekiranya ada di antara mereka yang
menuang dan tidak bekerja sama, biasanya mereka tidak akan
sampai ke garisan penamat kerana pasti ada di antara anggota
di dalam kumpulan tersebut yangakan mengalami kecederaan.
Kelemahan senaman ini adalah jika ada di antara anggota di
dalam kumpulan tersebut yang mempunyai perbezaan
ketinggian/rendah yang ketara di antara mereka, bermakna
yang rendah akan merasa lebih mudah untuk melaksanakan PT
tersebut sementara itu yang tinggi akan mengalami
kesengsaraan. Ketua kumpulan hendaklah bijak di dalam
mengatur anggota ketika hendak mengangkatbot tersebut.
Semasa melaksanakan PT ini anggota tidak dibenarkan
menggunakan sebarang pelapik bahu dan ini menyebabkan
ramai anggota akan mengalami kesakitan dan kecederaan di
bahagian bahu selepas melaksanakan PT ini. Dalam konteks
kebaikan fizikal PT ini bukannya boleh membina anggota fizikal
dan tubuh badan yang gah atau membina otot bahu yang sasa
dan kuat selain daripada hanya menyakitkan sahaja. Tetapi
sebenarnya ia lebih tertumpu pada latihan spiritual seperti
memupuk semangat kerjasama di dalam satu kumpulan dan
juga melatih ketahanan mental di dalam menghadapi kesakitan
dan kesukaran.

79

Selain dari itu terdapat juga pelbagai PT lain dan di dalam pelbagai versi
yang dibuat di Kem Sungai Udang semasa Den di sana dan di antaranya
yang masih diingati lagi adalah

a. PT log atau PT Balak.
b. PT Merentas Dataran di Kawasan hutan Simpan Sungai Undang .
c. PT Larian Pantai.
d. PT Bkt Mentangur.

Dalam pada itu ada juga beberapa jenis PT yang telah diubahsuai dan
dikhaskan untuk tujuan menghukum atau mendenda mana-mana anggota
yang membuat kesalahan kecil atau anggota yang telah dikenakan hukuman
tahanan. Antaranya yang masih diingat lagi dan diamalkan eksklusif hanya
diamalkan di dalam unit tertentu sahaja adalah seperti :

a. PT BATU NESAN. PT ini memang terkenal di unit Rejimen 11
Gerak Khas semasa era Den menjadi Ajutan di pasukan tersebut.
Ia telah diilhamkan oleh CO Rejimen 11 Gerak Khas pada masa
itu. Semuanya bermula semasa beliau melawat tapak projek
pembinaan Desa Tun Razak. Semasa melaksanakan lawatan
kawasan, beliau dapati banyak tiang-tiang konkrit yang
berukuran lebih kurang 5” x 5” dan panjangnya hampir 8 kaki
yang hendak dilupuskan. Dari terbuang begitu sahajaCO itu
berpendapat lebih baik jika tiang-tiang itu dikitari semula.
Justeru itu dia telah mengarahkan agar tiang tersebut dipotong
pendek dengan ukuran 2 kaki setengah setiap satu. Setelah
selesai Den bertanya kepada beliau untuk apakah tiang tersebut
dipotong sedemikian rupa, Jawapannya ringkas darinya:

“Gantikan log balak-balak yang ada di Balai Pengawal dengan
tiang ini.”

80

Semenjak hari itu21 bila ada anggota yang terpaksa menjalani
hukuman memikul balak, ia digantikan dengan tiang konkrit
tadi. Den tidak nampak sebarang kebaikan daripada aktiviti PT
Batu Nisan ini selain daripada ia berkesan sebagai satu hukuman
kerana saiz dan beratnya yang mampu memberi keazaban
kepada mereka yang memikulnya.

b. PT TONG DRAM. PT ini dilaksanakan untuk orang yang ditahan
di Unit Rejimen 21 Komando. Ia dilaksanakan dengan
membekalkan anggota yang dihukum dengan seutas tali jerami
yang panjang hampir dua meter, bersama satu tong dram
minyak diesel 200kg yang kosong. Tong dram yang kosong itu
kemudiannya akan diisikan dengan air pada skala 1/5 daripada
kapasiti maksimum tong tersebut. Pesalah akan disuruh bawa
tong tersebut keliling kem. Orang yang dihukum diberi
kebebasan sama ada hendak berlari atau berjalan asalkan
sepanjang pergerakan tersebut tong tadi tidak boleh mencecah
tanah. Biasanya apa yang dilakukan oleh anggota pesalah
ialahdengan membelit tali kepada tong tersebut dan kemudian
mengangkatnya dengan menggunakan bahagian belakang
badan dan berjalan seperti unta padang pasir. Kebaikan dan
kelebihan yang boleh diperoleh dari PT versi ini adalah ia
melatih kekuatan mental dan fizikal anggota di samping ia
sebagai satu kaedah menghukum yang amat memberi kesan
kepada anggota yang menerimanya.

Dan sekarang ini difahamkan bagi anggota komando di Kem Mersing
pelbagai PT Panjat Bukit di dalam beberapa versi telah diperkenalkan
seperti Bukit Senafas, Bukit Salam, Bukit 4x 4 dan sebagainya. Sejauh mana
kebenarannya tidak pula dapat Den pastikan kerana maklumat ini diterima
dari salah seorang bekas pegawai komando yang pernah berkhidmat di situ.
Walau apa pun jenis PT yang diperkenalkan biasanya ia dibuat atau direka
cipta secara spontan oleh pegawai-pegawai komando yang mempunyai

21Den tidak pasti adakah ia masihmenjadi amalan lagi di unit Rejimen 11 Gerak Khas.

81

daya kreativiti dan inovatif yang amat tinggi. Walaupun kebanyakan versi PT
yang diamalkan di kem komando tidak sama atau tidak wujud di dalam
doktrin Latihan Senaman Jasmani yang dikeluarkan oleh Cawangan Jasmani
Tentera Darat, ia sebenarnya dicipta dengan tujuannya untuk
mempelbagaikan latihan dan membuatkannya lebih menarik.

82

[10]

MISI PERTAMA : KARPET MERAH

Setelah beberapa bulan bertugas di unit komando. Den sudah mula biasa
dengan suasana dan cara hidup komando. Dalam masa tiga bulan pertama
Den tidak pernah keluar ke bandar untuk beriadah. Sungguhpun begitu Den
selalunya berpeluang keluar waktu malam bersama pegawai-pegawai kanan
dengan tujuan untuk makan luar bersama. Sepanjang tempoh tiga bulan
pertama itu juga Den tidak ada peluang langsung untuk berinteraksi dengan
dunia luar. Keluarga pun tak pernah dihubungi dalam masa tersebut, sebab
masa itu tiada kemudahan untuk berkomunikasi seperti sekarang.

Sewaktu tempoh hidup sebagai Green Jacko, Den agak aktif di dalam bidang
sukan. Semasa zaman itu Den mewakili Gerak Khas,Tentera Darat dan ATM
di dalam bidang sukan ragbi. Selain dari itu terlibat juga di dalam pasukan
hoki Kor Gerak Khas. Akibat daripada aktiviti tersebut Den telah terlepas
dua kali untuk mengikuti siri kursus pemanasan dan ia menyebabkan niat
Denuntuk mengikuti kursus asas komando yang sebenarnya terpaksa
ditangguhkan. Pada masa itu adalah menjadi kebiasaan di mana tempoh
menjadi anggota Green Jacko adalah di antara 3 bulan sehingga anggota
berjaya mengikuti kursus asas komando itu. Adalah menjadi amalan jika
seseorang anggota gagal 3 atau empat kali selepas diberi peluang mengikuti

83

kursus AK, mereka akan dihantar pulang ke unit asal mereka. Di dalam pada
itu, bagi pegawai selagi mereka tidak lulus kursus AK, biasnya mereka akan
dianggap sebagai pegawai ‘OKU’ dan biasanya tidak akan diberikan tugas-
tugas yang penting dan utama di dalam apa juga aktiviti yang dijalankan
oleh pasukan. Ini adalah kerana sudah menjadi tanggapan umum di dalam
pasukan komando bahawa anggota yang tidak mempunyai bere hijau
dianggap mentah, tidak berpengetahuan dan tidak boleh dipercayai untuk
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang penting sebagaimana
anggota komando yang terlatih.

Begitulah hinanya diri Dendi kaca mata pegawai-pegawai komando yang
telah layak danlulus kursus AK pada waktu itu. Walau bagaimanapun ia
tidak melemahkan semangat kerana Den percaya, bahawa, harinya akan
tiba di mana Den pasti akan diberi tugas dan tanggung jawab yang penting
dalam menjayakan aktiviti komando sebagaimana pegawai komando yang
lain. Dan jika peluang itu sampai, Den akan buktikan bahawa Den boleh !

Setelah hampir setahun di sana, pada awal bulan April,Markas GGK dan
unit-unit di bawah naungannya sedang sibuk membuat persiapan untuk
menyambut hari jadi kor. Mengikut sejarah penubuhan pasukan komando
ini bermula ketika konfrontasi yang melibatkan Persekutuan Malaysia-
Indonesia pada tahun 1965. Difahamkan tarikh penubuhannya adalah bulan
April 1965.22Walau bagaimana pun, tarikh ulang tahun hari GGK ini
disambut pada awal minggu pertama pada bulan Ogos pada setiap tahun.
Kenapa perkara ini terjadi Den tidak tahu. Biasanya sambutan akan dibuat
selamat 3 hari dan akan dibuat di Kem Sungai Udang, Melaka. Pelbagai
acara yang meriah telah diaturkan. Semasa hari sambutan HUT Kol
Kehormat Grup Gerak Khas, pada tahun tersebut, Almarhum Sultan Johor
akan turun hadir bersama Sultanah dan juga kaum kerabat Diraja Johor.
Memandangkan Almarhum adalah merupakan Kolonel Kehormat Gerak
Khas pada waktu tersebut, sudah tentulah satu persiapan rapi perlu
dilaksanakan untuk menyambut rombongan Diraja.

22Tarikh sebenar Den tidak pasti.

84

Pada satu pagi kira-kira sebulan sebelum acara tersebut, Den telah dipanggil
oleh Ajutan dan telah diberi tahu bahawa akan terlibat sama semasa
sambutan Hari Jadi Kor yang bakal menjelang. Walau bagaimana beliau
tidak memberi tahu secara spesifik akan tugas yang bakal dilaksanakan.
Kata Ajutan:

“Kau tahu hari jadi Kor dah dekat dan kau akan diberi satu penugasan khas
yang sangat penting. Kau jangan “kokap23” (gagal) kerana tugas ini amat
penting.”

Den pun terus menjawab:

“’Tidak Tuan ! Saya tidak akan mengecewakan Tuan!”

Dalam hati rasa amat bangga kerana baru kali pertama diberi peluang untuk
menjadi orang penting di dalam unit komando. Apa tah lagi pada masa itu
Den masih berstatus Green Jacko dah telah diberi satu penugasan penting.
Ini merupakan satu perkembangan baik dan tanda-tanda bahawa pucuk
pimpinan Rejimen 21 Komando telah mula mempunyai keyakinan ke atas
keupayaan Den. Fuhh..meremang bulu roma masa tu. Bangga sungguh diri
ini kerana sekurang-kurangnya Pegawai Memerintah kini sudah mempunyai
kepercayaan kepada Den, kalau tidak takkan dia beri penugasan ini. Lepas
tu Ajutan berkata:

“Kau tahu apa tugas yang akan diberikan kepada kau semasa Hari Jadi Kor
tu nanti ?”

Den tak pasti dan terus jawab: “TidakTuan!”

Masa itu Den sudah buat persiapan mental dan sudah pun bersedia untuk
diluku, kerana menjawab tidak tahu. Dalam komando jawapan TIDAK TAHU
adalah bukan merupakan satu jawapan dan biasanya kalau tahap pegawai

23Istilah Cock Up biasa digunakan di dalam dunia tentera yang membawa maksud gagal,
tidak sempurna dan bermasalah semasa melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab.

85

muda seperti Den, memang kepala akan kena luku. Tapi kali ini kepala Den
tidak diluku, baik pula si Ajutan hari ini, detik hati yang kehairanan dengan
situasi itu. Dan kemudian Ajutan memberikan arahan selanjutnya dengan
berkata:

“OK tak apa, lepas ini kau pergi jumpa Mejar Black dan dia akan beritahu
kamu tugas dan tanggungjawab kamu. Bermula dari hari ini kamu akan
bertugas di bawahnya pengawasannya dan kau akan dibantu oleh
beberapa anggota lain.OK kau boleh pergi sekarang !”

Sebaik sahaja selesai menerima arahan tersebut Den pun keluar dan berlari
dengan pantas menuju ke pejabat Mejar Black, Skuadron Zulu untuk
menerima arahan selanjutnya daripada beliau. Perasaan bangga kerana
telah diberi kepercayaan untuk turut menjadi AJK semasa Hari Jadi
Kormembuatkan Den rasa tidak sabar untuk berjumpa dengan Mejar Black.

Sesampai sahaja di pejabat Mejar Black, Den disuruh masuk dan disuruh
duduk. Den rasa pelik juga, kerana dilayan begitu. Ini adalah kerana
menurut kebiasaannya amat jarang pegawai muda seperti Den diberi
peluang untuk duduk semasa berjumpa dengan pegawai kanan seperti
Mejar Black. Dalam hati Den sudah dapat merasakan bahawa apa juga tugas
yang bakal diberikan nanti, ia mesti merupakan satu tugas yang agak
penting juga. Sangkaan Den ini adalah berdasarkan kepada cara Den dilayan
dan kalau tidak, takkan Mejar Black memberi layanan yang baik semacam
aje. Perkara ini menambahkan lagi keegoan Den. Sebaik sahaja duduk,
Mejar Black mula memberi taklimat ringkas berhubung dengan tarikh, masa
dan jadual atur cara yang akan dilangsungkan sepanjang tiga hari sambutan
Hari Jadi Kor pada tahun itu. Sebaik sahaja selesai taklimat ringkas dan juga
soal jawab yang dikemukakan semasa taklimat, Mejar Black pun berkata:

“OK sekarang aku nak bagi tahu tugas kau.”

Pada masa itu Den berikan sepenuh tumpuan dan fokuskan segala alat deria
yang ada untuk mengetahui penugasan sebenar yang bakal dilaksanakan. Ini

86

adalah kerana sudah sampai masanya Den hendak membuktikan kepada
seluruh warga 21 Komando pada waktu itu bahawa walaupun masih
berstatus Green Jacko, Den berkemampuan untuk mengalas dan
melaksanakan tugas yang diberikan malah mungkin lebih baik daripada
mereka. Saat itu Den macam tidak percaya sahaja bila Mejar Black berkata :

“Semasa sambutan hari Jadi kor nanti kamu saya tugaskan untuk menjadi
‘officer in charge’ kumpulan tim karpet merah kedua . Antara tugas dan
bertanggungjawab kamu adalah memastikan keperluan karpet merah bagi
semua acara yang melibatkan Baginda Sultanah Johor. Karpet merah
semasa acara di Wisma,Betutu Laut semasa ketibaan di LP dan di
bla..blaa..bla bla..laa.”

Entah apa lagi maklumat yang diberikan pada masa itu, Den sudah tidak
berapa mendengarkannya lagi malah minat untuk mengetahuinya pun
sudah menjadi tawar. Semangat untuk bekerja yang sangat berkobar-kobar
sebentar tadi yang pada bacaan skala 10, iaitu bacaan yang maksima kini
telah jatuh merudum hingga ke tahap 1 dan kalau ada skala negatif mungkin
ia akan menunjukkan bacaan di bawah sifar. Pada masa itu kepala Den rasa
semacam sahaja:

“... Pinngggg... !! WHAT, DEN KENA IN CHARGE KARPET ??????..”

Pada mulanya Den ingat mesti kena buat tugas yang penting-penting,
seperti eskot VIP dan sebagainya. Sebaliknya Den kena in charge karpet !
Den memang rasa sedih sangat masa tu, malu pun ada pada diri
sendiri.Lepas itu Dendengar Mejar Black berkata sesuatu mungkin
disebabkan beliau perasaan bagaimana remuk dan kecewa hati Den bila
diberitahu tentang tugas yang bakal dilaksanakan. Mungkinuntuk memujuk
hati Den,Mejar Black berkata dengan nada yang seperti memujuk bahawa:

“ Saya faham perasaan kamu, tetapi kamu mesti ingat bahawa sebagai GJ
kau tak layak lagi nak jadi AJK yang penting-penting...buat masa ini kau jadi
in charge karpet dulu dan itu pun dah kira OK.”

87

Pada masa itu Den malas nak bercakap panjang lagi. Den pun
menganggukkan kepala dan minta kebenaran untuk terus beredar dari
pejabat itu.Den melangkah keluar dengan perasaan sedih danhiba, kerana
penugasan itu tidak seperti yang diharapkan.Walau bagaimanapun Den
tetap menerima dan melaksanakan tugas tersebut dengan penuh
keikhlasan. Pada minggu terakhir sebelum acara sambutan itu dilaksanakan
pasukan Den sudah mula sibuk mengambil karpet di pejabat Kuarter Master
dan mula membersihkannya. Kemudiannya kami mula membuat latihan
membuka dan memasang karpet gulung berwarna merah tersebut di
tempat-tempat yang bakal dihadiri oleh Baginda Sultanah. Semasa latihan
ini, Dentelah melatih anggota dan memberi tumpuan di dalam aspek-aspek
berikut:

a. Kepantasan membuka dan menggulung karpet.Ini adalah penting
kerana biasanya pembentangan karpet merah untuk keperluan
Baginda Sultanah akan hanya dibuat pada saat-saat akhir
ketibaannya di satu-satu lokasi. Ini adalah bagi memastikan
bahawa karpet itu sentiasa bersih dan tidak digunakan /dipijak
oleh orang lain selain dari Sultanah dan ‘entourage’nya sahaja.

b. Penandaan tempat titik permulaan karpet tersebut mula di
bentang dan titik akhir penghujung karpet itu di bentang.Ini bagi
memastikan jarak laluan ‘entourage’ akan diliputi karpet dan
karpet itu tidak serong atau senget selepas dibentangkan.

c. Kebersihan karpet.

d. Tindakan serta-merta yang harus dibuat jika karpet itu didapati
kotor, mempunyai kesan tapak kasut dansebagainya setelah
karpettersebutdibentangkan.

Perkara ini mungkin nampak remeh dan terlalu kecil di kaca mata
kebanyakan orang terutamanya masyarakat awam, tetapi di dalam

88

komando ia dianggap sebagai satu perkara penting. Sebarang masalah kecil
seperti karpet yang dibentangkan itu senget, kotor atau mempunyai kesan
lalau tapak kasut sebelum ia dilalui oleh Kol Yang Dipertua atau Sultanah, ia
boleh menimbulkan pelbagai implikasi lain. Dalam konteks ini, penugasan
tersebut walaupun nampak mudah dan remeh tetapi keperluan untuk
memastikan semuanya berjaya lancar tanpa sebarang masalah adalah
penting. Semua aspek akan diambil kira [Attention to the details] .

Tiba hari sambutan, segala-galanya berjalan lancar seperti yang telah
dirancang. Den pun sudah boleh dikatakan jadi pakar untuk menggulung
dan membukakarpet ini. Maklumlah hasil latihan yang pesat dan rehearsal
telah berulang kali dilakukan.Tugas utama apabila rombongan Sultanah tiba
untuk majlis tertentu, Den akan memberi arahan untuk membuka/pasang
karpet merah kegunaan laluan mereka. Di dalam perkara ini Denmesti
memastikan bahawa karpet yang dipasang sentiasa berada di dalam
keadaan kemas, lurus, bersih supaya semasa rombongan Tuanku berjalan di
atasnya, tidak akan timbul sebarang masalah.

Pada hari pertama upacara Sambutan hari Jadi Kor itu, Den tidak
menghadapi sebarang masalah dengan tugas dan tanggungjawab yang telah
diamanahkan. Semuanya berjalan lancar seperti mana yang telah dirancang.
Walau bagaimanapun berlaku insiden kecil pada hari kedua yang telah
menjejaskan kredibiliti Den. Mengikut atur cara yang telah dirancang untuk
hari kedua, pada waktu sebelah malamnya, Sultanah dan rombongannya
akan hadir di Wisma Sri Perkasa untuk Majlis Ramah Mesra bersama
anggota BAKAT24 GGK. Mengikut perancangan, Mej Black akan berada di
tempat penginapan rombongan Diraja di Sri Mentagor. Mejar Black akan
memaklumkan kepada Den yang berada di Wisma sebaik sahaja rombongan
Sultanah bergerak dari sana, menuju ke Wisma dengan menggunakan
walkie talkie. Transkrip perbualan kami yang masih Den ingat lagi di malam
tersebut adalah seperti berikut:

24 BAKAT : Badan Kebajikan Isteri Angkatan Tentera.

89

Mej Black : “05 di sini 01 ganti .” [05 adalah kod panggilan Dendan 01
adalah kod panggilan Mejar Black.

Den : “05 terima, kirim ganti... Roger...”(Pada masa itu Den masih
tidak mahir lagi berkomunikasi menggunakan walkie-talkie)

Mej Black: “01..Maklum Rombongan No 2 [Sultanah] telah bravo
[bergerak]ke lokasi anda...ganti.”

Ini adalah isyarat yang ditunggu–tunggu oleh tim karpet merah. Ia memberi
pelepasan supaya tim boleh bertindak untuk mula membentangkan karpet
dan menunggu ketibaan rombongan. Ini adalah kerana karpet tidak boleh
dipasang lebih awal lagi kerana dikhuatiri, ia akan kotor, atau akan
dilaluioleh orang yang berada di tempat itu yang menunggu ketibaan
rombongan diraja.

Den : “01 Terima !Roger. !”

Dalam masa yang sama Dentelah memberi isyarat ‘thumbs up’ pada tim
karpet yang telah memang bersedia untuk membentangkan karpet pada
waktu itu.Sebaik sahaja karpet mula dibentangkan, Den perasaan ada
beberapa kesan tapak kasut di atas karpet dan ia amat ketara sekali.
Melihat keadaan itu Den terus menghubungi Mej Black dalam keadaan
panik dan kelam kabut:

Den: “01 di sini 05!Masalah Besar Ganti.....!”

Mej Black : “Masalah Besar ? Apa Dia ?”

Pada masa itu beliau sudah tidak menggunakan tata cara yang rasmi lagi
kerana dia juga mungkin panik bila mendengar Den menyatakan bahawa
ada masalah besar.

90

Den : “Eehhhhhh...02 Karpet berabuk/ didapati ada kesan tapak kaki
dan usaha sedang dibuat untuk membersihkan kesan
tersebut..ganti..!”

Mej.Black:“Kepala hanguk kau pergi cari penyapu cepat, Sultanah dah nak
sampai tu !”

Jarak Sri Mentagor ke Wisma Sri Perkasa adalah di dalam 500 meter sahaja
dan dijangkakan tempuh masa pergerakan dari lokasi tersebut adalah 5
minit).Den pun membalas di dalam keadaan panik dan gelabah:

Den: “Terima Diterima. Dan difahami, dah jumpa penyapu sedang
dibersihkan....aaa..dan sultanah pun dah sampai ganti.....”

Mej Black : “05...kau tunggu aku kat belakang mess sekarang, aku akan ke
sana...kau nie, itu pun kau tak boleh nak tentukan ke....tunggu
akudi sana...”

Kata Mejar Black setelah dia mengetahui bahawa rombongan Sultanah
telah sampai ke lokasi itu. Dan daripada bunyi suaranya macam marah saja,
Den dapat membuat kesimpulan bahawa beliau sebenarnya memang
marah:

Den : “Ok tuan...ok tuan...saya tunggu..”

Lepas sahaja rombongan Sultanah beredar menuju ke majlis, Den terus
bergerak ke tempat yang telah diarahkan oleh Mej Black. Sebaik sahaja Den
sampai di sana kelihatan Mejar Black sudah menunggu di luar Land Rover
yang dinaikinya. Sebaik sahaja menghampirinya dan belum sempat Den
memberi salam dan hormat, Keletuk. !..kepala Den kena luku dengan walkie
talkie.. Kemudian baru keluar pertanyaan dari Mejar Black:

“Kenapa kau tak check tadi ? Kenapakah kau tak siap kan penyapu? Kau nie
memang menyusahkan aku saja!”Keletuk! kepala Den diluku sekali lagi.

91

“Lepas nie kalau kau buat masalah lagi ..siap kau!”

Mej Black terus beredar dari situ dan meninggalkan Den yang pada masa itu
masih lagi dalam kekeliruan dan kesakitan akibat diluku dengan radio walkie
talkie tanpa memberi peluang untuk Den membela diri walau sepatah pun.
Pada masa itu terfikir pula den, kenapa lah Den memaklumkan kepada dia
fasal isu tapak kasut di karpet merah itu. Kalau didiamkan dan terus
mengambil langkah TSM untuk membersihkannya mungkin tidak ada
masalah yang timbul. Walau bagaimanapun mungkin kerana panik dan
gelabah, pada masa itu, maklumlah masih muda remaja lagi waktu itu,
makan ia dilaporkan juga.

Itu adalah pengalaman pertama Den menjadi AJK penting di dalam
sambutan hari jadi kor yang pertama bagi Den. Dari hari itu Den belajar
bahawa kesilapan adalah sesuatu yang tak sepatutnya berlaku oleh mana-
mana anggota komando, apalagi kalau semasa operasi sebenar. Den ingat
lagi ungkapan yang selalu dikata-kata oleh komando. Lalai Sesaat, Derita
Seumur Hidup. Maksudnya...sebagai anggota komando anda tidak boleh
silap ! dan silap bukanlah satu alasan.! Pening juga bila memikirkannya
kerana apa yang Den tahu manusia tak sunyi daripada buat kesilapan. Tapi
apa yang komando mahu...komando tak boleh buat silap. Begitulah nilai
yang tinggi yang diletakkan kepada seorang anggota komando.

[11]

92

PRA BASIC - LATIHAN PEMANASAN

Hampir setahun lebih Den menjalani kehidupan sebagai Green Jacko di unit
21 Komando. Dalam tempuh tersebut pelbagai masalah dan halangan yang
telah dilalui. Semuanya agak sukar untuk diceritakan secara terperinci.
Setelah lebih setahun barulah Den telah dicalonkan untuk mengikut kursus
pemanasan asas komando yang dikendalikan oleh unit 21 Komando. Ia
merupakan kursus persediaan sebelum menghadiri kursus Asas Komando
sebenar yang dianjurkan oleh Pusat Latihan Peperangan Khas [PULPAK] .
Jika Den berjaya melalui kursus pemanasan tersebut barulah Den akan
mengikuti kursus AK yang sebenarnya. Azam Den pada waktu itu adalah
untuk lulus kursus asas komando (AK) semasa percubaan pertama. Walau
bagaimana pada ketika itu seolah-olah seperti sudah ada satu ‘unwritten
rules’ yang mana untuk pegawai biasanya mereka akan hanya lulus di dalam
percubaan yang kedua dan ketiga.

Mengikut maklumat yang diterima pada waktu semenjak 8 tahun
kebelakangan tidak ada seorang pun pegawai yang lulus asas komando di
dalam percubaan yang pertama. Sejauh mana kebenaran ‘rekod’ itu tidak
dapat dipastikan kerana ia datang daripada sumber-sumber tidak rasmi,
Walau bagaimanapun Den menganggap ‘tradisi’ itu sebagai satu cabaran
buat diri Den. Den dimaklumkan bahawa, biasanya pegawai yang lulus di
dalampercubaan yang kedua atau yang ketiga bukanlah disebabkan
masalah mereka tidak mempunyai daya tahan fizikal mental dan fizikal yang

93

baik tetapi mereka sengaja tidak diluluskan di percubaan pertama bagi
memastikan bahawa pegawai yang lulus itu benar-benar mempunyai jati
diri dan kekuatan mental yang kuat sebagai pegawai komando. Dakwaan in
juga tidak dapat Denhendak disahkan kesahihannya.

Sejak mendapat berita bahawa Den akan mengikuti kursus pemanasan asas
komando, Den telah mula bekerja keras. Tanpa mengira siang mahupun
malam, bila ada kesempatan saja Den akan berlari tidak kira sama ada
berlari kosong seperti Mr Forest Gump atau membawa pack. Dalam pada itu
Den banyak bertanya dengan senior-senior tentang apa yang perlu dibuat
bagi menghadapi kursus tersebut. Pelbagai nasihat dan petua telah
diberikan oleh senior-senior Den. Ada yang memberi petua, untuk menjaga
kaki supaya tidak pecah, disuruhnya sediakan minyak bawang. Minyak itu
hendaklah disapukan pada keseluruhan tapak kaki sekurang-kurangnya dua
kali sehari. Tujuannya supaya kaki tidak akan melecet semasa berlari, lebih-
lebih lagi semasa ‘long march’ dan juga peringkat ‘Escape and Envasion
[E&E]. Ada yang memberi petua, supaya banyakkan minum air putih dan
dimasak dengan gula. Menurutnya, semasa latihan memang banyak
menggunakan tenaga, kalau nak harapkan makan nasi saja memang tidak
mencukupi, apatah lagi masa makan kadang-kadang tidak menentu. Dengan
adanya air gula itu sekurang-kurang ia dapat memberi tenaga. Selain dari itu
ada pelbagai lagi petua dan nasihat yang diberikan oleh senior untuk terus
‘survive’ di dalam kursus tersebut.

Akhirnya seperti yang telah dirancang, kira-kira sebulan kemudian Den telah
melapur ke Skuadron Latih 21 Komando untuk mengikuti kursus
pemanasan. Semasa menghadiri kursus pemanasan tersebut, kami tidak
ada dibeza-bezakanantara peringkat bawah dan juga pegawai. Semuanya
dilayandengan cara yang sama. Pegawai yang menghadiri kursus tersebut
akan hanya dikenali sebagai ‘siswa’ oleh jurulatih. Latihan dan modul yang
dilaksanakan semasa kursus pemanasan adalah sama dengan modul yang
akan dilalui semasa menjalani latihan Asas Komando atau lebih dikenali
sebagai Basik Komando.

94

Cara pelaksananya tidak lah sekeras seperti menghadiri kursus basik yang
sebenarnya. Walau pun begitu, biasanya di akhir kursus pemanasan ramai
juga anggota yang tidak lulus atau menarik diri kerana tidak dapat mencapai
standard atau tahap kecerdasan mental dan fizikal yang dikehendaki bagi
melayakkan mereka untuk mengikuti kursus AK yang sebenarnya. Tujuan
kursus pemanasan Asas Komando diadakan lebih merupakan sebagai tahap
menyediakan anggota daripada segi mental dan fizikal sebelum mereka
boleh mengikuti kursus Asas Komando yang sebenarnya. Modul yang
digunakan semasa kursus pemanasan adalah sama dengan modul kursus
Asas Komando yang sebenarnya di mana secara umumnya ia meliputi
beberapa fasa seperti berikut:

a. Fasa 1 : Peringkat Kem . Latihan lebih menitik beratkan kepada
unsur membina tenaga fizikal dan kekuatan mental. Antara
aktiviti yang dilaksanakan meliputi perkara berikut :

• Latihan Jasmani, Merempuh Halangan,Tarzan Course dan
Jalan Lasak pada jarak 2km sehingga 25km.

• Latihan Absailing, Repelling, Junam Maut .

• Latihan Taktik Pasukan Khusus seperti Serangan Hendap,
dan sebagainya.

• Latihan Ilmu Medan Perang, Taktik Peperangan Hutan,
Membaca Peta dan Menembak.

• Latihan Menembak Peluru Hidup dan diakhiri dengan
latihan Jalan Jauh (Long March) pada jarak minimum
120km mengikut kiraan atas peta, pada jarak sebenar
biasanya lebih dari itu.

95

b. Fasa 2 : Latihan hutan yang melibatkan Teknik dan Taktik
Peperangan Hutan, Ikhtiar Hidup, Serangan Mengejut diakhiri
dengan Latihan Membaca Peta Jarak Jauh.

c. Fasa 3 : Latihan Peringkat Paya; Ikhtiar Hidup di kawasan
paya.Latihan Akhir Perairan.

d. Fasa 4 : Latihan akhir Serangan Mengejut dan diakhiri dengan
Latihan Escape and Envasion [E&E].

Keadaan semasa latihan pemanasan itu dibuat seolah-olah semacam
menghadiri kursus AK yang sebetulnya. Masa pemanasan sahaja hampir
25% sudah tidak tahan dan minta untuk "turun skot" dengan pelbagai
alasan dan tidak mahu mengikuti latihan lagi. Masa itu tuhan saja yang
tahun bagaimana perasaan Den. Kalau ikut-ikut kan hati memang nak cabut
lari saja daripada kursus tersebut,tapi entah macam mana dengan kuasa
Allah, Den lepas juga peringkat itu. Pada dasarnya latihan pemanasanini
lebih merupakan sebagai satu proses penapisan untuk memilih calon-calon
yang layak untuk menghadiri kursus Asas Komando yang sebenarnya.
Semasa peringkat ini para peserta sudah boleh membayangkan
bagaimanakah situasi yang bakal dilalui jika mereka mengikuti kursus Asas
Komando nanti. Walau bagaimanapun jika peserta berjaya melalui kursus
pemanasan ini bukan bermakna peluang untuk mereka berjaya di dalam
kursus asas komando yang sebenarnya adalah tinggi kerana daripada
pengalaman Den semua azab dan kesengsaraan yang dilalui semasa
menghadiri kursus ini, hanya merupakan 10% dari apa yang dialami di
dalam kursus Asas komando sebenarnya.

Justeru itu kejayaan mengharungi kursus pra basik atau pemanasan basik
tidak boleh dijadikan sebagai satu sandaran atau jaminan bahawa anggota
akan berjaya melalui kursus basik komando yang sebenarnya dengan
mudah. Dah nama pun kursus pemanasan, ia diadakan sebagai satu
persediaan awal sebelum anggota mengikuti kursus asas basik yang
sebenarnya. Walaupun ia mempunyai modul dan pendekatan kursus yang

96

hampir sama dengan kursus basik sebenar tetapi daripada segi
perlaksanaannya ia lebih banyak kepada usaha membimbing dan mendidik
anggota tentang bagaimana untuk menghadapi kursus asas basik yang
sebenarnya.

[12]

97

FASA 1 : PERINGKAT KEM

SELAMAT DATANG KE BETUTU

Lebih kurang sebulan selepas selesai menjalani latihan pemanasan AK,
Dentelah diarahkan untuk melapur ke Kem Betutu, tempat di mana kursus
AK peringkat kem akan dilaksanakan. Pada hari melapur, kalau tidak silap
Den, seramai 350 anggota dan 9siswa yang melapur. Den agak gembira
kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama semasa di kolej dulu.
Ada dua orang siswa dari Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPT) yang turut
hadir, 6 lagi ialah siswa "tango" (gagal kursus AK terdahulu, Den seorang aje
ambil kali pertama). Kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan,
Kumpulan Kursus AK A dan B. Kumpulan AK B, telah ditempatkan di Kem
Betutu Laut dan Kump A ia itu kumpulan Den, di Betutu Darat. Semasa
berbaris mendengar taklimat, salah seorang rakan Den telah bertanya satu
soalan ‘bodoh’ dan kalau ikut dengan soalan yang hanya boleh dijawab
dengan penampar sahaja . Beliau bertanya kepada Den:

“Kenapa kat kawasan lapang tu banyak sangat batas, seperti kebun sayur
aje ?”

Lalu Den pun menjawab dengan niat hendak memberi jawapan ‘bodoh’
kepada ‘soalan bodoh yang telah dikemukakan tadi:

98

“Itu adalah tempat di mana semua anggota AK akan diajar untuk bercucuk
tanam sayur-sayuran, salah satu cara untuk ikhtiar hidup ! ".

Kawan itumembalas:

"Tak sangka pula nak jadi komando ini pun kena pandai bertani ya...dan
yang tu kolam air yang keruh itu untuk apa lak ...?" Tanya kawan Den lagi....

Dendenganpenuh keyakinan memberi jawapan yang diketahui tiada
kebenarannya:
“Oh itu tempat untuk membela ikan dan tempat anggota belajar
menangkap ikan dengan hanya menggunakan tangan, nak belajar survival
laa katakan."

"Nampaknya kalau pencen besok kita sudah tentu pandai untuk menanam
sayur-sayuran dan membela ikan kolam"...kata kawan Den.

Den pun memberi hujah sokongan :

“Mesti laa sebab itu susah kita nak dengar komando mati sebab tak makan,
sebab kita telah diajar cara nak survival..." kata Den..

Semasa itu dalam hati berdetik:

“Apa lah bengap benar serta lurus bendul kawan Den ini. Takkan dia tak
tahu bahawa batas yang dimaksudkan tadi sebenarnya adalah tempat tidur
AKpada waktu malam dan kolam yang dimaksudkan tadi adalah lubang
beruang, kawasan kumbahan di mana anggota AK biasanya akan direndam
oleh juru latih.”

Walau bagaimanapun, tak apalah, kata hati Den dalam masa terdekat nanti
pasti dia akan tahu kegunaan batas dan kolam yang dimaksudkannya
tadi.Selepas mendengar taklimat, kami pun diarah untuk menikmati
makanantengah hari yang telah disediakan. Kami beratur untuk

99

mendapatkan bahagian masing-masing.Semasa kami menikmati sajian
tengah hari yang pada dasarnya adalah ‘boleh telan aje’ kami dapati
beberapa buah trak 3 tan telah tiba. Den tak pasti apa pula agenda lepas
makan nanti kerana, ‘KAMI MEMANG TAK PERNAH MENGETAHUI APAKAH
JADUAL LATIHAN KAMI.’

Apa yang kami tahuselepas makan, kami telah diarahkan untuk menaiki
kenderaan tersebut dan bergerak keluar dari Kem Sungai Udang. Dalam trak
kami rasa keliru kerana tidak tahu ke mana kami dibawa dan untuk tujuan
apa. Lebih kurang 25 minit kemudian, trak tersebut berhenti di kawasan
pantai di Pangkalan Balak,Masjid Tanah. Pada waktu itu jam menunjukkan
pukul 1315 tengah hari. Kami telah diarah untuk berkumpul mengikut
platun masing-masing. Selepas beratur baru lah kami dimaklumkan bahawa
kami akan menjalari latihan 'speed march’ tak jauh katanya,hanya 10 batu
saja. Den terkejut sekejap, ini adalah disebabkan perut masih penuh dan
kenyang kerana baru sahaja lepas makan, matahari pula tidak mengasihani
kami, panas terik dan kami pula disuruh berlari. Alangkah seksanya waktu
itu. Apa yang dapat dibayangkan pada waktu itu pada kelazimannya, waktu
itu adalah masa yang paling sesuai untuk tidur saja.

Tak sampai 4 jam kami mula melapur di Kem Betutu, kami sudah mula rasa
akan keperitan dan bahang mengikuti kursus AK. Hari itu kami terpaksa
berlari sambil membawa pack yang lengkap dan bersenjata. Situasi pada
masa itu seolah-olah tidak menyebelahi kami kerana terpaksa berlari,
dengankeadaan perut yang tengah kenyang dan cuaca yang panas terik.
Walauapa pun kami memulakan larian dengan penuh semangat. Mula-mula
larian kami diiringdengannyanyian yang penuh semangat dan ikuti dengan
teriakan:

KOMANDO !...KOMANDO...! KOMANDO!

Tetapi di pertengahan larian tersebut bunyi yang kedengaran hanyalah
bunyi senjata yang berlaga dengan pack, bunyi 'water bottle" yang berkocak
yang sangat mengganggu jiwa serta suara-suara sumbang yang menyanyi

100


Click to View FlipBook Version