“Laaa..Mat Kuyu itu pun kau tak tahu ke?”
Mat Kuyu menjawab dan bunyinya amat ikhlas “ ..pernah dengar tuan, tapi
tak tahu apa maksudnya ..”
Den kata : “..CLD tu adalah kita makan sambil diterangi oleh cahaya lilin,
biasanya suasana macam gini dianggap romantik dan sesuai untuk orang
tengah bercinta. “
Mat Kuyu pun berkata: “ Wah kalau macam itu, lepas kursus ini aku nak
makan “CLD “ laa dengan girlfriend aku kat Medan Ikan Bakar Umbai..”
Bila mendengar kata-kata Mat Kuyu itu, Den senyum sendiri dan berkata:
“Woit Mat Kuyu,kalau kau makan kat Umbai tu, manalak kau nak dapat
suasana “diterangi cahaya lilin “ masa makan, kat tempat tu sudah cerah
dengan lampu-lampu, dan kalau kau nak tengok juga lilin menyaladi situ,
setahu Den lilin yang dibuat halau lalat adalah...! Tempat tu tak sesuai
untuk buat CLD, tempat yang sesuai adalah di hotel-hotel bertaraf 4 atau 5
bintang...baru kelas gitu”,
“Kalau macam tu cancel laa tuan, buat perhabis duit aku aje makan hotel
macam tu”. Kata Mat Kuyu.
Lepas makan, kami dihidangkan dengan minuman air kopi. Suasana malam
itu amat nyaman sekali. Hari itu adalah antara hari-hari yang paling bahagia
di sepanjang hidup kami semasa menghadiri AK. Lepas makan, kami pun
tidur di kawasan belakang rumah Mat Lara, dengan hanya beralaskan
poncho dan berbumbung langit.
Pada keesokannya, pagi-pagi lagi kami telah bangun dan berkemas. Ibu Mat
Lara telah menyediakan nasi lemak dan juga air kopi dan juga beberapa
jenis kuih-kuih untuk kami sebagai sarapan pagi. Selepas sarapan kami
201
bergerak ke CP yang terletak kira-kira 3 km dari rumah Mat Lara. Setelah
hampir di kawasan CP 9, Den berhenti dan memberi taklimat kepada
anggota tim seperti biasa berkaitan perjalanan kami. Ini adalah penting
untuk memastikan bahawa semua anggota mempunyai cerita yang sama.
Setelah selesai , kami pun melapur di CP 9. Kali ini penampilan tim kami
adalah berbeza, kami tidak bercakap banyak dan tidak lagi bermegah. Kami
juga tidak menceritakan kepada kawan-kawan lain apa yang berlaku di
sepanjang perjalanan kami. Semasa itu kami telah mendapat maklumat
bahawa 3 tim telah digugurkan daripada mengikuti kursus kerana
‘dipercayai telah memeras ugut’, pekerja Indonesia di sebuah kongsi. Masa
itu Den tak ambil tahu sangat fasal cerita itu. Sebaik sahaja selesai melapur
kami berehat sebentar dan 30 minit kemudian kami meneruskan perjalanan
menuju ke CP 10, iaitu CP terakhir.
Kami tidak bergerak ke arah CP 10, sebaliknya kami telah berpatah balik ke
rumah Mat Lara. Kami sampai di rumah Mat Lara, kira-kira pukul 12 00
tengah hari. Sebaik sahaja sampai kami terus menikmati juadah makan
tengah hari yang telah disediakan oleh keluarga Mat Lara. Selepas makan,
Den pun memberi taklimat untuk meneruskan pergerakan ke CP 10 yang
terletak kira-kira 45 km dari situ. Kali ini ia turut di hadiri oleh ayah Mat Lara
selaku pemandu van dan dua orang rakan Mat Lara selaku‘tonto’.
Rancangan pergerakan amat mudah, dari rumah Mat Lara kami akan terus
menaiki van yang akan dipandu oleh ayah Mat Lara dan menuju ke CP 10 .
Pergerakan akan didahului oleh dua rakan Mat Lara yang akan menaiki dua
moto kapchai dan bertindak sebagai tonto. Tugas mereka adalah untuk
memastikan bahawa , laluan kami adalah bebas daripada sebarang sekatan
musuh. Jika mereka melihat atau mengetahui kehadiran musuh, mereka
akan berpatah balik dan memaklumkan kepada kami yang akan bergerak 15
minit selepas mereka bergerak. Ini adalah kerana kami akan menaiki van
yang tertutup dan jika van tersebut ditahan, bermakna kami tidak akan
berpeluang untuk melarikan diri. Apa yang mungkin mampu kami buat pada
masa itu adalah serahkan nasib kami pada tuhan.
202
Setelah semua bersedia untuk bergerak, kami menaik van putih yang Den
sendiri tidak pasti kepunyaan siapa, tetapi yang Den tahu ia akan dipandu
oleh ayah Mat Lara. Semasa menaiki van hanya perasaan perkataan berikut
di pintu van tersebut :
“WAK JAMARI SUNTONO ENTERPRISE. 3 ORANG PEKERJA. BARANG-
BARANG PERSENDIRIAN SAHAJA “
Setelah kira-kira 15 minit kedua-dua tonto itu bergerak, van tersebut mula
meninggalkan rumah Mat Lara. Semasa di dalam van kami hanya berdiam
dan banyak menghabiskan masa dengan berdoa dan berzikirdan memohon
kepada Allah agar perjalanan kami selamat sambil menghabiskan saki baki
rokok yang masih ada di dalam simpanan kami. Di sepanjang perjalanan,
dua kali tonto telah mengarahkan agar ayah Mat Lara, menggunakan jalan
lain kerana mengikut maklumat daripada tonto bahawa pihak musuh
sedang berkeliaran di kawasan tersebut. Nasib baiklah ayah Mat Lara amat
mahir dengan jalan-jalan ‘short cut’ di kawasan tersebut. Kami akhirnya
berjaya mengelak daripada melalui jalan-jalan yang dikuasai musuh. Setelah
hampir sejam, kami dapati van tersebut berhenti di sebuah rumah usang di
dalam ladang kelapa sawit.
Selepas menurunkan semua peralatan kami, Den pun bersalaman dan
mengucapkan salam perpisahan. Den seterusnya mengarahkan agar semua
anggota tim duduk di dalam rumah usang tersebut sementara Den dan Mat
Bunga membuat tinjauan kawasan bagi memastikan kedudukan kami yang
sebenarnya dan juga CP yang hendak kami tujui. Kira-kira 2 jam kemudian
Den balik dari recce dan telah memastikan kedudukan sebenar dan juga
kedudukan CP 10 yang hanya terletak kira-kira 1km dari tempat kami.
Setelah mengesahkan kedudukan kami berasa amat lega kerana kami pasti
musuh tidak akan beroperasi di kawasan tersebut kerana kedudukannya
yang terlalu hampir dengan CP. Ini adalah kerana, mengikut arahan latihan
yang diberikan, pihak musuh tidak boleh beroperasi di dalam lingkungan
5km dari mana-mana kawasan CP. Masa itu Den yakin ,seyakin-yakinnya
bahawa musuh tidak akan menangkap kami lagi dan kami secara teorinya
203
telah berjaya untuk menamatkan latihan tersebut dengan hanya sekali
dijadikan orang tahanan perang [POW].
Walaupun telah hampir benar dengan CP 10, Den tidak mahu melapur pada
hari itu , kerana ia adalah amat tidak logik jika diketahui oleh jurulatih
bahawa kami boleh bergerak sejauh 45 km hanya dalam beberapa jam
sahaja. Sebenarnya kami diberikan 72 jam untuk sampai ke CP terakhir. Jadi
Den telah bercadang untuk berkhemah dan berkampung di kawasan itu
untuk 48 jam lagi, dua hari terakhir ini kami gunakan sepenuhnya untuk
kami berehat tidur dan mengubati kecederaan kami. Malam tersebut kami
tidur di dalam pondok usang itu dengan penuh kelenaan tiada sebarang
gangguan (melainkan gangguan nyamuk sesekali ) . Kami berjaya di tahap ini
adalah kerana kemampuan tonto memberi maklumat segera kepada kami
bagi mengelakkan dari diburu musuh. Malam itu Den tidur dengan penuh
kesyukuran kepada Allah kerana telah memudahkan perjalanan kami dan
ucapan terima kasih kepada keluarga Mat Lara, kap chai riders dan kedua
tonto yang telah membantu kami sepanjang perjalanan dari CP 8,9 dan 10.
Malam itu Den meminta Mat Bunga, mendendangkan lagu khas..sebagai
mengenang jasa mereka-mereka yang telah membantu Den, lagu SERIBU
BINTANG ....nyanyian ALLEYCATS dan Mat Bunga mengakhiri nya dengan
ucapan. TERIMAAAAAAAA KASIHHHHHHH !! Kami semua tidur dengan
senyuman pada malam itu.
204
[22]
MENJUNJUNG BERE HIJAU
Setelah dua hari kami ‘senang banyak’ dan ‘berkampung’ di dalam ladang
kelapa sawit tersebut, kami pun membuat persiapan untuk bergerak
menuju ke CP 10 , iaitu tempat penamat kami. Walaupun kami semua
berasa ‘fresh’ dan ‘segar’ kerana telah mendapat rehat dan tidur yang
cukup, bau kami tetap sama dan Den mahu mengekalkan begitu sehingga
ke garisan penamat. Sebelum bergerak, seperti biasa Den akan memberi
satu taklimat ringkas. Kali ini tiada sebarang arahan berkaitan “Tindakan
Serta Merta “ yang diberikan kerana keyakinan kami amat tinggi bahawa
perkara itu tidak diperlukan. Den Cuma merancang untuk mengadakan satu
lakonan dan drama sedih dan menyayat hati, semasa kami melapur di CP
10. Rancangan kali ini adalah untuk menarik simpati jurulatih dan supaya
kami tidak banyak ditanyakan berkaitan perjalanan kami. Den akan
memegang watak si capik, yang mana Den akan berjalan seperti orang capik
dan bertongkat ketika menghampiri garisan penamat, sementara itu Mat
Kuyu akan di papah oleh Mat Bunga dan Mat Banting dan Mat Lara
ditugaskan untuk membawa pack dan senjata Mat Lara. Semuanya ini
dirancang adalah untuk meraih simpati dari jurulatih agar mereka tidak
banyak bertanya tentang perjalanan kami. Setelah semua bersedia , kami
pun memulakan langkah .
205
Setelah kami berjalan selama kira–kira 30 minit, kami pun telah nampak
akan kelibat CP 10, di mana khemah dipasang dan kami dapat lihat ramai
anggota AK yang telah berada di kawasan tersebut dan keadaan mereka
adalah amat riuh sekali. Kira kira 300 meter dari CP, kami mula memainkan
peranan kami. Den berjalan seperti orang capik (terenjut-enjut) seolah-olah
mengalami kesakitan lutut yang melampau, sementara itu Mat Kuyu telah
dipapah oleh Mat Banting dan Mat Bunga dan di belakang sekali kelihatan
kelibat Mat Lara yang berjalan seperti unta Bahgdad dengan membawa
pack dan senjata si Mat Kuyu. Kira-kira 100 meter dari garisan penamat ,
Den nampak Kapt Shahrol dan Sarjan Misai menunggu ketibaan kami . Masa
itu Den terdengar jeritan dari Sarjan Misai:
“..Woi komando, larilaaa, takkan kau orang berjalan lagi…dah nak mampos
sangat ke ?”
Bila mendengar jeritan Sarjan Misai, Den menjadi tak selesa.
“Apo laie Sarjan Misai nie, tak habis-habis nak torture orang”.
Demi menjaga hati Sarjan Misai, Den pun buat-buat berlari, macam orang
capik sambil menggunakan tongkat, si Mat Lara yang mula-mula jalan di
belakang Den, telah berlari memotong Den, macam keldai yang sarat
dengan bagasi, sementara itu Mat Banting dan Mat Bunga tetap
mengekalkan temponya kerana mereka sedang memapah si Mat
Kuyu.Sebaik sahaja sampai, kami mendengar jeritan dan sokongan serta
kata-kata semangat dari AK yang lain. Mereka semuanya kelihatan ceria dan
bergelak ketawa. Kami terus melapur di khemah dan berjumpa dengan
Sarjan Misai. Masa tu Sarjan Misai cuma berkata:
“…OK bagus siswa kamu berjaya sampai juga akhirnya. Lepas ini kamu
boleh joint tim yang lain dan berehat. Kalau kamu rasa sakit dan perlukan
rawatan, pergi ke khemah perubatan. Malam ini jam 8 berkumpul untuk
makan malam dan kamu semua boleh bergerak sekarang …!!!”.
206
Masa itu Den macam tidak percaya mendengar kata-kata dari Sarjan Misai.
“Apa ??? kami tak perlu nak beri sebarang taklimat sebagaimana yang
lazimnya, tak perlu disoal dan tiada sebarang kata-kata atau perbuatan
mendera pada kali ini. Apa dunia nak kiamat ke…???”
Den macam susah nak menerima situasi itu..!!! Ini bermakna semua
lakonan kami untuk meraih simpati daripada jurulatih tadi adalah sia-sia
belaka !!!!
“Cehhh..buang masa ajo, lakonan kami sikit pun tak di hargai dan tak
mendapat perhatian yang sewajarnya…”bentak hati Den.
Apa-apa pun, kami tetap gembira kerana, “dosa-dosa” kami semasa
pergerakan dari CP 8,9 dan 10 masih tidak dibalas lagi.
Malam itu ada sedikit kelainan dari malam-malam yang lain. Kami makan
tanpa sebarang gangguan, kami dibenarkan untuk membuat pentadbiran
masing-masing tanpa sebarang gangguan. Kami tidur di tempat lapang dan
tiada lagi jeritan dan kejutan pada waktu malam yang menghantui kami.
Secara teorinya, latihan AK telah tamat, cuma kami masih tak mengetahui
siapakah yang bakal gugur pada saat-saat akhir. Memang menjadi lumrah
Kursus AK, pada hari terakhir atau sebelum upacara penyampaian bere
hijau dan pisau dilaksanakan akan ada seorang dua AK yang akan
digugurkan. Dan saat itu adalah yang paling kami takutkan kerana ia
mungkin terjadi pada kami. Bagi Den, peluang untuk perkara itu berlaku
pada Den adalah tinggi memandangkan Den adalah siswa novis dan ia
pernah berlaku pada siswa lain sebelum itu. Sebab itulah, pada malam itu
walaupun latihan AK telah tamat secara rasminya, tetapi selagi upacara
penganugerahan bere hijau tidak dilaksanakan Den tidak menunjukkan
sebarang reaksi kegembiraan kerana pada waktu itu apa yang Den fikirkan
adakah Den akan digugurkan daripada kursus pada saat akhir. Den tidur
dengan seribu kebimbangan, walaupun sepatutnya tiada apa lagi yang nak
dibimbangkan pada saat itu.
207
Pada keesokannya, selepas minum pagi, semasa berbaris kami telah
dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami difahamkan bahawa
terdapat sedikit perubahan dari segi modul kursus AK kami pada kali ini.
Kami dimaklumkan kami akan menjalani satu lagi latihan untuk tempoh 48
jam. Pada masa itu barulah kami tahu bahawa kami menjalani latihan
sebagai orang tahanan selama 48 jam. Sebaik sahaja selepas taklimat
tersebut kami diarahkan untuk menanggalkan baju kami. Kemudiannya
kedua tangan kami diikat dari belakang dan mata kami ditutup. Kami semua
diarahkan untuk duduk berkumpul di satu kawasan lapang di penghujung
Lapangan Terbang Segamat. Kawasan itu ada terbuka dan agak panas.
Bermula jam 0900 pagi, latihan menjadi orang tahanan telah bermula.
Sepanjang masa latihan itu kami hanya dibenarkan duduk di kawasan
lapang tersebut. Keadaan menjadi lebih terseksa jika kami hendak
membuang air kecil. Ada jurulatih yang baik akan membawa anggota ke
kawasan semak samun dan membuka ikatan tali agar mudah untuk berqada
hajat, ada yang nakal akan hanya menyuruh kami berdiri di situ dan
menyuruh kami berqada hajat kecil tanpa membuka ikatan tangan kami.
Akibatnya anggota tersebut akan berqada hajat kecil di dalam seluarnya.
Bila ini berlaku bermakna anggota itu akan terus berkeadaan begitu
sehingga ia kering dengan sendirinya, dan baunya sudah tidak memberi
apa-apa kesan kepada kami.
Waktu makan adalah waktu yang paling menyeksakan. Semasa makan kami
akan hanya diberi dua keping biskut kering dan seteguk air. Kami terpaksa
makan dengan tangan terikat di bahagian belakang dan biskut tersebut
akan disumbat ke mulut kami oleh jurulatih. Kemudian kami akan diarahkan
untuk membuka mulut sementara jurulatih akan menuangkan air ke dalam
mulut kami. Pada waktu itu mata kami tertutup dan tangan kami terikat di
bahagian belakang. Waktu tengah hari, keadaan menjadi lebih tidak selesa
kerana kami terpaksa berada di kawasan lapang tanpa berbaju. Keadaan
cuaca yang panas terik menyebabkan kepijaran melampau pada kulit kami.
Pada masa itu azabnya hanya tuhan sahaja yang mengetahui.
208
Selepas tempoh 48 jam, kami terpaksa melalui sesi terakhir di dalam soal
siasat itu. Kami akan menjalani latihan soal siasat yang dikendalikan oleh
pihak musuh. Kami terpaksa melalui tiga sesi di mana masa yang
diperuntukkan adalah 30 minit setiap sesi.
Sesi pertama adalah agak santai di mana kami akan dipujuk dan umpan oleh
musuh dengan kata-kata manis dan pelbagai habuan, dengan syarat kami
memberitahu musuh apa maklumat yang mereka tanya. Pada masa ini
biasanya kami akan diberi minum dan makan dan ada sampai ke peringkat
dibenarkan menghisap rokok. Kalau kami enggan bekerjasama dengan
musuh, tiada sebarang hukuman yang dikenakan, tetapi kalau kami mahu
bekerjasama dengan pihak musuh kami akan diberi dengan pelbagai
imbuhan. Biasanya yang bekerjasama dengan pihak musuh dengan
memberi segala maklumat yang diminta oleh musuh bermakna kami akan
gagal dalam sesi tersebut.
Sesi kedua adalah campuran antara tindakan kasar dan ganas daripada
musuh dan juga tindakkan lembut dan lebih memujuk. Pada peringkat ini
biasanya kami akan menjadi keliru dengan kehendak musuh. Suasana sesi
soal siasat itu kadang-kadang dibuat dengan baik dan berhemah tetapi
dalam sekelip mata sahaja ia boleh berubah kepada ganas dan kasar.
Pada sesi ketiga pula soal siasat dijalankan secara ganas dan sadis. Badan
kami akan disimbah dengan air dan kemudiannya akan dibelasah dengan
getah paip atau kayu. Keadaan itu mengingatkan Den semasa zaman kanak-
kanak Den, di mana ibu Den akan memukul Den dengan getah paip jika
melakukan perkara-perkara yang menjadi larangnya. Semasa melalui sesi
tersebut Den melakukan aksi lakonan terbaik dengan menjerit dan merayu
kepada pihak musuh supaya tidak membelasah Den.
Akhirnya Den berjaya juga mengharungi sesi tersebut walaupun badan Den
ketika itu lebam-lebam akibat dibelasah. Walau bagaimanapun sesi tersebut
terpaksa dihentikan dan dibatalkan pada waktu tengah hari setelah jurulatih
mendapati ramai anggota basik yang mengalami kecederaan akibat
209
dibelasah oleh musuh-musuh semasa sesi soalan siasat itu. Akhirnya latihan
tersebut ditamatkan lebih awal daripada masa yang dijangkakan. Sebaik
sahaja latihan itu dibatalkan kami semua diarahkan untuk bergerak balik ke
kawasan perkhemahan kami dan di benarkan untuk berehat dan membuat
pentadbiran sendiri. Malam itu kami tidur dengan lena sekali tanpa
sebarang gangguan daripada pihak jurulatih.
Pada keesokan paginya, kami telah diarahkan untuk membuat persiapan
“kawasan serangan mengejut” yang akan digunakan untuk demonstrasi
serangan mengejut semasa perbarisan tamat latihan. Ada kumpulan yang
diarahkan untuk menyediakan model kawasan serangan di khemah
berhampiran tempat perbarisan tamat latihan. Pbt Sudin telah dipanggil
untuk mengetuai kumpulan tersebut dan pada waktu itu kami semua dah
menjangkakan yang Pbt Sudin adalah bakal penerima anugerah komando
terbaik di dalam kursus kami. Ini adalah kerana, biasanya pelatih terbaik
dikehendaki memberi taklimat serangan yang akan dilaksanakan semasa
upacara tamat latihan kepada tetamu kehormat yang akan menyampaikan
bere hijau dan di dalam kes kami beliau adalah Panglima GGK sendiri.
Setelah dua hari kami berjaya menyiapkan kawasan sasaran yang
diperlukan. Ia lebih kepada mock up bangunan,kubu musuh, stor senjata
dan peluru musuh serta pusat komunikasi musuh. Seterusnya kami telah
dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah kumpulan
yang akan terlibat di dalam demonstrasi serangan dan kumpulan kedua
adalah mereka yang tidak terlibat dan akan bersedia di tempat permulaan
untuk perbarisan penyampaian bere hijau.
Den telah diletakkan di dalam kumpulan demo, tetapi peranan Den adalah
kecil sahaja, iaitu sebagai pembantu ketua kumpulan letupan. Sementara
itu Sam telah dilantik sebagai ketua kumpulan serangan. Den rasa tidak
sedap hati sebab sebagai siswa Den sepatutnya dilantik sebagai ketua
kumpulan letupan, tetapi ini tak berlaku. Dari saat itu , hati Den dah mula
gelisah.
210
“Ini mesti kes kena gugur pada saat-saat akhir ini” kata hati Den.
Selain dari itu Sam juga telah dilantik sebagai ketua perbarisan semasa
tamat latihan dan Ajutannya adalah Pbt Sudin. Ini menguatkan lagi
sangkaan kami bahawa Sudin akan dipilih sebagai komando terbaik. Perkara
itu Den tidak berapa kisah, tapi yang Den risaukan adalah sama ada Den
akan dianugerahi bere hijau atau tidak.
Pagi yang dinantikan pun tiba, semasa perbarisan pagi, Sarjan Misai, telah
memberi taklimat terakhirnya sebagai jurulatih kami. Berapi-api kata-kata
semangat yang dihamburkan kepada kami oleh Sarjan Misai. Kemudian tiba
bab sedih yang dinanti-nantikan ramai. Masa itu Den sudah bersiap dan
berada bersama dengan kumpulan letupan sebelum memasuki kawasan
demonstrasi. Sarjan Misai, dengan suara yang tenang menyatakan:
“OK nama-nama yang saya panggil sila keluar dan jumpa saya di khemah
jurulatih selepas nie…98445…Pbt..bla,,blaa.. 983435 Pbt huhhuu.. 398537
Pbt ishh.sihkkk..” kata Sarjan Misai.
Wah Den rasa lega sebab nama Den tak dipanggil, Den lulus laa nie
kot…kata hati Den. Sejurus kemudian Kapt Shahrol berkata kepada Sarjan
Misai.
“Sarjan..panggil Siswa..hahahaha (Den)..sekali , jumpa saya.”
Bila dengar sahaja nama Den disebut, Den rasa nak menjerit, rasa-rasanya
bagai kepala Den dihempap kelapa saja …!!..Den terus pusing kanan,
hormat sedas dan berlari menuju ke tempat Kapt Shahrol. Masa itu Den
cuba tabahkan hati..dan berkali-kali…berkata dalam hati :
“ As I expected..as I expected…ok be clam, be cool..this is not the end of the
world or my world for that matter…!”
211
Den cuba nak memujuk hati Den, yang hairannya Den tak menangis pun
biarpun terasa sedih yang amat sangat. Bila sampai saja di tempat Kapt
Shahrol dia berkata dengan ringkas:
“OK saya nak kamu pergi ke khemah gerakan (bilik gerakan - berhampiran
tempat perbarisan kira-kira 200meter dari situ ) dan berjumpa dengan OC
(Ketua Cawangan Komando )…pergi sekarang.!!!.”.
Bila mendengar sahaja arahan tersebut, Den pun berlari sepantas kilat
dengan menjinjing senjata Den.
“Tak apalah...turun skot pun tak apa sekurang-kurangnya Den dah lalui
semuanya….InsyAllah kali kedua Den akan berjaya…” kata Den lagi di dalam
hati.
Sebaik sahaja sampai di bilik gerakan, Den terus masuk dan melapur pada
OC yang ada di situ. Masa itu Den lihat, Pbt Sudin sudah ada di dalam
khemah tersebut sambil memberi taklimat dan Den dengar suara dia
tergagap-gagap semasa memberi taklimat. OC terus bertanya kepada Den:
“Kamu tahu sebab apa kamu dipanggil ?”
“Tidak Tuan, tapi saya rasa saya akan diturunkan skot Tuan ..” jawab Den.
“OK”kata OC dengan senyum.
“You have 45 minutes to familiarize with the model and the attack orders
and to rehears and I want you to present it when the Panglima comes.”
Rasa-rasanya itulah yang Den dengar perkataan yang terkeluar dari mulut
OC. Sebaik sahaja menerima arahan itu Den terus menerima kayu penunjuk
(pointer) dan juga Q cards berkaitan skrip persembahan yang akan
diberikan dari Pbt Sudin. Walaupun masa agak singkat dan Den berada di
dalam keadaan tertekan, Den berjaya menyampaikan satu taklimat yang
212
memuaskan hati Panglima GGK pagi itu. Apa taknya, bila dia baling spanner
(istilah menyoal dengan tujuan untuk menduga) Den akan menepis dan
mengilas soalan dia. Dia bagi jurus tiga Den jawab jurus 5,wah macam cerita
Laksamana DoReMI pula rasanya. Dalam kepala Den, sentias teringat satu
petua yang perlu diamalkan semasa memberi taklimat atau membuat
persembahan yang berkesan, “If you cannot convinced them, confused
them”. AkhirnyaPanglima GGK tu rasa puas hati dan mungkin juga dia
sudah puas digoreng oleh Den.
Selesai taklimat, Den diarahkan oleh OC untuk memasuki perbarisan
penganugerahan bere hijau, sementara itu kawan-kawan Den sudah pun
memulakan gerakan untuk membuat serangan. Setelah semuanya selesai
majlis penganugerahan bere hijau itu dilaksanakan dengan penuh gilang
gemilangnya. Den masa tu hanya boleh mengukirkan senyuman yang
panjang dan manis sekali.Kalau ikutkan hati memang Den hendak menjerit
saja, tetapi Den masih boleh mengawal diri.Bangga memang Den bangga
apatah lagi Den berjaya menjunjung bere hijau dalam percubaan pertama.
Inilah yang menambahkan lagi kemegahan Den.
Selepas perbarisan, Den dimaklumkan bahawa, Sudin tidak dapat memberi
taklimat dengan baik dan selalu gagap dan gugup, sebab itu walaupun dia
dipilih sebagai penuntut terbaik, dia tak boleh nak memberi taklimat
tersebut dengan baik. Pasal kredibiliti Den dalam aspek memberi taklimat
ini, ke banyakkan daripada jurulatih memang sudah tahu, sebab itu Den
digantikan pada saat-saat akhir. Lepas itu baru Den tahu kalaupun Den tidak
disuruh untuk memberi taklimat tersebut, Den memang lulus kursus
tersebut, Den tidak diberikan peranan penting di dalam serangan dan juga
semasa perbarisan kerana menurut jurulatih ia adalah kerana mereka
sangkakan kaki Den sakit betul dan disebabkan mereka melihat Den
berjalan macam orang capik sebab itu mereka tak berikan sebarang
peranan penting kepada Den semasa perbarisan anugerah bere hijau. Masa
itu, barus emua pertanyaan yang sering bermain di kepala Den terjawab.
Lakonan Den menjadi tetapi hampir memakan diri.....Apa-apa pun.....hari tu
Den dah “Break the trend..dan tradition..”...Sebab Den adalah siswa yang
213
lulus hanya setelah sekali sahaja menghadiri kursus asas sejak 8 tahun
kebelakangan itu. Sepanjang tempoh beberapa bulan pertama, semasa
beruniform mata kanan Den bagai orang mengalami masalah pandangan
kerana sentiasa menjeling di bahagian bahu kanan untuk memastikan
bahawa Den memakai landyard biru dan tangan Den selalu memegang
hujung bere hijau untuk memastikan bahawa ia mempunyai pelekat
komando bagi nak meyakinkan diri Den bahawa sekarang DEN KOMANDO !
214
GAMBARAN ANGOTA SEMASA PERINGKAT PAYA SELEPAS BERMANDI
LUMPUR
HATI KUMAN SAMA DICICAH, HATI GAJAH SAMA DILAPAH, DAGING
PANGGANG SAMA DI RATAH
215
AKTIVITI MENCARI MAKANAN SEWAKTU PERINGKAT PAYA
LATIHAN AYAMAN SEMASA PERINGKAT PAYA
216
MEMBINA BASHA DI KAWASAN HUTAN PAYA BAKAU
TUNDUK, INSAF, TAKAFUR ATAU TIDUR ? SEMASA PERBARISAN TAMAT
LATIHAN ASAS KOMANDO.
217
HARI YANG BERSEJARAH BUAT DEN. PENGANUGERAHAN BERE HIJAU DAN
PISAU KOMANDO OLEH BRIG JEN DATO RAMLI SELAKU PANGLIMA GERUP
GERAK KHAS PADA WAKTU ITU.
218
DIPLOMA YANG DEN PEROLEHI SETELAH MENYABUNG NYAWA
SELAMA 3 BULAN
219