[17]
PERINGKAT PAYA
Phewwittt ..Malboro Satu !
Selepas satu CP sehingga ke satu CP tim kami berjalan dan selamat sampai
tanpa sebarang masalah.Lagi pun setelah terlepas daripada insiden menaiki
lori di CP sebelumnya, kami tidak lagi berani untuk menaiki sebarang
kenderaan. Pendek kata kami berjalan dan keringat sereta titik peluh kami
pada masa itu adalah halal kerana kami tidak membuat sebarang tindakan
yang menyalahi peraturan yang telah ditetapkan semasa latihan Membaca
Peta jarak jauh tersebut. CP terakhir adalah di kawasan pantai yang
mempunyai hutan paya bakau yang terletak di pantai negeri Melaka.
Diakhir latihan, setelah semua tim sampai (pada masa ini Kump A dab B dah
bergabung) kira-kira hanya ada dalam 130 lebih sahaja anggota yang layak
untuk ke peringkat seterusnya ia itu ikhtiar hidup di kawasan paya [swamp
survival]. Kami telah diberi masa berehat dan masa untuk membersihkan
diri sebelum memulakan latihan peringkat paya pada hari berikutnya.
Seperti biasa pada malamnya, kami diberikan taklimat sebelum memasuki
peringkat paya dan diakhiri dengan persembahan yang ‘tidak
151
menghiburkan’ dan menyeksakan pada malam itu. Walaupun jiwa terseksa
pada waktu tersebut, kami sudah mula menghitung hari, bilakah kursus
tersebut akan tamat...!
Setelah hampir dua bulan lebih, kami memang tidak tahu langsung apa yang
berlaku di dunia luar. Malam itu pemikiran Den asyik tertumpu pada latihan
yang akan dijalankan esok dan pada masa itu timbul pula pelbagai
persoalan.
Berjayakah Den mengharunginya ? Adakah Den akan kecundang pada
peringkat ini ?
Ini adalah kerana pada waktu itu hanya ada dua orang siswa sahaja yang
berjaya sampai ke peringkat latihan paya. Den dan Sam. Sam adalah peserta
veteran, dan itu merupakan percubaannya yang ketiga untuk mendapatkan
bere hijau. Jikalau dia gagal bermakna dia akan dihantar balik ke pasukan
asal dan tidak akan berpeluang untuk mencuba lagi. Sementara itu Den
ialah kategori novis , jika ikut adat dalam 8 tahun kebelakangan pada waktu
itu, tidak ada seorang siswa pun yang berkategori seperti Den akan lulus
semasa percubaan kali pertama. Mengikut mitos yang Den ketahui,
biasanya siswa yang pertama kali mengikuti kursus akan gagal atau akan
digagalkan oleh jurulatih dengan alasan siswa harus dinilai dengan 'sekeras-
kerasnya" sebelum layak menjadi pegawai bere hijau. Mitos itu lah yang
Den menung dan risaukan sebelum Den terlelap pada malam tu.
Pada keesokannya pagi-pagi lagi kami dah berbaris dengan hanya
bersenjatakan tombak kayu dan tempurung kelapa serta sehelai pakaian
dalam. Kami seterusnya telah diarahkan untuk bergerak kekawasan paya
dan memulakan "spa mandian berlumpur." Seluruh badan kami disapukan
dengan lumpur, dari kepala hingga ke hujung kaki. Kami kemudiannya
diarahkan untuk berjemur di kawasan lapang bagi memastikan lumpur-
lumpur tersebut kering. Seterusnya, lumpur yang kering di badan itu akan
menjadi pakaian kami untuk sepanjang tempuh peringkat paya.Sebaik
sahaja selesai upacara mandikan tersebut pada pagi itu, kami telah
152
diarahkan untuk bergerak masuk ke dalam kawasan paya bakau dan mula
membuat basha kami secara persendirian. Keadaan kami pada masa itu
tidak ubah seperti kerbau yang baru lepas berkubang.Mula-mula kami
terasa geli juga, tetapi lama-kelamaan perkara itu sudah tidak
mendatangkan apa-apa kesan pada kami.
Rutin kami pada tempoh tersebut adalah sangat membosankan di mana
pada setiap pagi kami perlu membuat mandian lumpur terdahulu sebelum
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang lain. Biasanya selepas berbaris pagi,kami
akan ke kawasan paya bakau untuk mencari makan. Semasa air surut kami
akan mengharungi pantai yang berlumpur untuk mencari kerang, belut,
siput dan apa juga kehidupan yang boleh menjadi makanan. Menu
kegemaran kami adalah ikan belacak tetapi ia amat sukar untuk ditangkap.
Selain dari itu tiada makanan tambahan diberi kepada kami. Dalam tempoh
tersebut ramai di antara kami yang mengalami masalah perut yang sering
meragam, maklumlah terlalu banyak memakan makanan laut seperti siput ,
kerang dan sebaginya.
Waktu malam pula adalah tempoh yang amat memeritkan. Selepas kami
bermandikan lumpur pada petang hari dan menikmati juadah makan malam
kami, biasanya kami akan berada di basha masing-masing. Semasa
peringkat awal memasuki latihan paya, kami menyangka mungkin jurulatih
tidak akan menganggu kami dan membiarkan kami berehat sahaja pada
waktu malam, tetapi yang sebenarnya, kami akan diarah untuk berkumpul
setiap 45min-1 jam sekali di satu kawasan lapang. Isyarat untuk berkumpul
ialah dengan tembakan sejata M 16 ataupun ‘para flare’. Kami dikehendaki
berada di tempat berkumpul 5 minit selepas isyarat diberikan. Mana-mana
anggota yang lambat akan terima habuannya. Keadaan paya bakau yang
penuh dengan kayu bakau dan berlumpur serta keadaan yang gelap amat
menyukarkan kami untuk bergerak. Sukar untuk dibayangkan situasi ini
dalam bentuk penulisan. Pendek kata keadaannya amat mengazabkan.
Setelah hampir seminggu, keadaan fizikal dan mental anggota kursus
menjadi lebih teruk lagi. Ada di kalangan AK yang telah berjumpa dengan
153
jurulatih dan minta untuk keluar daripada mengikuti kursus. Kami memang
sudah tidak berapa bermaya dan lesu pada ketika itu. Pernah satu ketika,
pada waktu siang semasa kami sedang mendengar khutbah daripada
jurulatih, sebiji kelapa terjatuh di dalam parit yang berhampiran. Pada masa
itu, kami semua hampir serentak memandang ke arah kelapa yang jatuh
dan terapung itu. Melihat reaksi kami pada masa itu jurulatih seolah-olah
mengetahui hati kecil kami dan berkata:
“Ok siapa yang nak kelapa tu, pergi ambil..”
Bila mendengar kata-kata tersebut, hampir sepuluh orang AK bingkas
bangun dan terus terjun ke parit itu dan sambil berebut-rebut untuk
mendapatkan kelapa yang sememangnya makanan yang lazat pada waktu
itu. Perebutan untuk mendapatkan kelapa itu hampir mencetuskan
'pertelagahan’ antara AK tadi. Bagi mengelakkan keadaan menjadi huru-
hara, jurulatih telah mengarahkan agar kelapa tersebut diserahkan saja
kepada beliau. Jurulatih tersebut telah mengambil kelapa komeng itu dan
menjadikan ia sebagai tempat duduknya dan seolah-olah tiada apa-apa
yang berlaku sambil meneruskan khutbahnya Pada masa itu mata
kebanyakan dari AK adalah tertumpu kepada kelapa itu, termasuk Den...!
Dalam hati Den berkata:
"Kalau laa Den dapat kelapa itu kan sedap...!!!fuhhhh air kelapa
ais”....bayang Den...sambil menelan air liur...!!!
Den hampir putus asa pada peringkat ini, kelaparan yang amat melampau
dan dalam masa yang sama ada suara syaitan kecil sudah berbisik di
telingaDen;
"Buat apa kau tahan lagi...kau ingat kau baru kali pertama ambil kursus ini,
kau pasti tidak akan lulus. Kau ingat jurulatih senang-senang nak bagi siswa
lulus dengan sekali percubaan saja. Kalau kau berhenti sekarang lebih baik
sebab kau tidak payah susah-susah lagi. Walau macam mana pun kau akan
tetap gagal juga..."
154
Hati kecil Den yang seolah-olah sudah termakan dengan pujukan syaitan itu
terus mengiakan bisikan syaitan kecil tadi berkata, “Betul juga tu!”
Seolah-olah terpengaruh dengan bisikan yang telah diberikan itu, yang pada
masaitu tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah bisikan syaitan yang
sebenarnya atau bisikan hati naluri yang hampir berputus asa. Situasi
menjadi lebih kritikal bila mengingatkan mitos tentang kebarangkalian
untuk pegawai lulus di percubaan kali pertama itu. Entah macam mana
keadaan itu telah memberikan idea kepada Den untuk membuat satu
perancangan. Den bertekad akan keluar daripada kursus ini, bukan dengan
cara sukarela atau minta dikeluarkan. Den telah membuat keputusan untuk
keluar dengan cara berhemah dan dihormati, cara yang mana Den
disingkirkan dan bukan Den yang minta....! Ini semua kerana nak jaga
maruah dan keegoan diri. Sekurang-kurangnya bila dikeluarkan nanti orang
tidak akan berkata:
“Alaaaa lembek betul kau..tak tahan...minta keluar...."
Woooo selisih empat puluh empat malaikat.Den tidak mahu perkara itu
berlaku pada Den.Akhirnya pada waktu hening subuh pagi di penghujung
latihan peringkat paya itu, Den telah bergerak dengan cara yang paling
taktikal, tiada sebarang bunyi semasa pergerakan merangkak keluar menuju
ke basha jurulatih. Mula-mulaDen merangkak, kemudian Den meniarap dan
setiap dua atau tiga kali pergerakan, berhenti dan memandang sekeliling.
Bila dirasakan keadaan adalah selamat, pergerakan diteruskan sehingga
akhirnya sampai di basha Sarjan Misai. Bunyi yang kedengaran pada waktu
itu adalah dengkuran Sarjan Misai.
"Poooh..Furr,...Pohhhh...Furrr!!"
Bunyinya tidak ubah seperti lori hantu mendaki bukit. Sebaik sahaja
menjumpai pack kepunyaan Sarjan Misai yang terletak di bawah
‘hammock’nya, Den punggah barang kepunyaannya dan pada masa itu
155
menjumpai 3 kotak rokok malboro, beberapa bungkus maggie. Den terus
mengambil sekotak rokok dan sebungkus maggie sahaja. Kemudian Den
bergerak ke belakang secara perlahan-lahan, papp... Den terlanggar meja
GX dan di atas meja itu di bawah kesamaran cahaya lampu pelita kelihatan
beberapa buku roti dan jem. Melihat perkara itu Den sempat mencapai
sebuku roti dan setin jem yang sudah terbuka. Pada masa itu kedua–dua
tangan sudah penuh memegang maggie dan rokok. Pada masa itu timbul
idea untuk meletakkan kotak rokok tersebut di mulut seolah-olah sedang
menggigit pisau rambo pula rasanya. Sambil memegang roti dan jem di
tangan kiri, maggie di tangan kanan dan rokok di mulut , Den berundur dari
kawasan musuh. Semasa itu semua taktik dan teknik untuk merapat ke
sasaran diaplikasikan dengan sepenuhnya. Pada masa itu terlintas untuk
memberi rasa ucapan terima kasih pada jurulatih yang telah mengajar pasal
ilmu tersebut. Akhirnya Den berjaya juga sampai ke basha dengan selamat
dan sejahteranya sambil tersenyum kerana berjaya menyamun harta Sarjan
Misai.
Sebaik sahaja sampai di basha, tanpa berlengah-lengah lagi Den pun makan
lah roti yang ada itu, dengan penuh kelahapan. Selepas itu, memandangkan
tiada bekas yang boleh digunakan untuk memasak maggie yang telah disita,
maka maggie tersebut dimakan begitu sahaja. Setelah selesai makan, Den
terlentang seperti ular sawa kekenyangan. Sejurus kemudian, rokok yang
turut disita dari pack Sarjan Misai tadi dibuka dan sebatang rokok ditarik
keluar dengan penuh gaya seperti orang kaya baru layaknya. Selepas itu,
sambil berbaring dengan kaki bersilang panggung, rokok itu dinyalakan
dengan menggunakan putung kayu yang diambil dari unggun api yang
dipasang. Pada masa itu Den merasakan kenikmatan yang amat sangat,
kenikmatan kenyang dan kenikmatan menyedut rokok kelas A berjenama
Malboro. Sambil itu sempat Den mengucapkan terima kasih diangin lalu
kepada Sarjan Misai di atas sumbangan yang diberikan.
Fuhhhhhhh,...Fuhhh Den menghembuskan asap rokok tersebut sambil
berkata di dalam hati kecil:
156
”Alangkah nikmatnya hidup ini !!!”
Tak sampai sebatang pun lagi...tiba-tiba, kepala terasa pening yang amat
sangat. Pada masa itu perkara yang terlintas di dalam kepala adakah Den
keracunan makanan. Manalah tahu sarjan Misai nak buat dajal, dia letakkan
racun tikus ke, racun serangga ke di atas roti tadi dengan harapan kalau ada
anggota yang membuat misi seperti Den maka anggota tersebut akan
mudah dikesan. Pada masa itu hati kecil Den terus cuba menyangkal dengan
berbisik secara sendirian:
“Ehhhh tak kan laah, kemungkinan pening yang sedang dihadapi berpunca
dari rokok tadi, maklumlah agak lama benar Den sudah tidak merokok.”
Walau bagaimana pun, sebaik sahaja menghembuskan asap rokok yang
terakhir, usaha dibuat untuk musnahkan semua bukti yang ada seperti
bekas tin jem, plastik roti dan kotak rokok. Setelah selesai Den meneruskan
tidur. Sebelum terlelap Den sempat memikirkan bahawa:
“Kalau kena tangkap dan turun skot pun selepas ini, Den senang hati sebab
sudah berjaya mencuri makanan dan rokok Sarjan Misai. Semasa itu terfikir
bahawa kalau kena turun skot,sekalipun, Den sudah tidak kisah kerana
ditangkap semasa melaksanakan operasi sulit...hahahhaa..baru mancho
dan komando namanya.”
Tiba-tiba terdengar bunyi tembakan ‘Tumbbb..tumbbbb’ dan ia
mengejutkan Den yang sedang lena dibuai mimpi. Bunyi tembakkan
tersebut merupakan isyarat untuk kami semua berkumpul kerana hari
sudah siang. Sebaik sahaja terjaga Den merasa hairan disebabkan pada
masa tersebut matahari baru sahaja terbit diufuk timur, takkan pagi ini
berbaris lebih awal dari yang biasa. Ini mesti ada sesuatu hal yang
menyebabkan Sarjan Misai mengarahkan kami berbaris awal. Walau
bagaimana, tanpa melengahkan masa Den bingkas dengan pantasnya dan
terus berlari di dalam bencah lumpur menuju ke tempat perbarisan. Di
dalam masa yang sama seperti ada suara halus yang berbisik, walau apa
157
pun Den pasti suara halus tersebut bukan suara halus setan, sebaliknya
suara ‘my guidiance angel’yang seolah-olah mengingatkan:
“Wahai Sahabat! Bersihkan mulut kamu dahulu, kerana, mulut kamu masih
berbau rokok dan ini akan menimbulkan syak wasangka kepada sesiapa
sahaja yang berada dekat dengan kamu !”
Secara ringkasnya pesanan suara “good samarithan” itu pun dilaksanakan
dengan segera lalu Den mencedok air laut yang sedang pasang itu dan
berkumor-kumor. Sebaik sahaja sampai di kawasan perbarisan, kelihatan
Sarjan Misai terjerit-jerit seperti kera kena belacan sambil memaki hamun
kami. Pada ketika itu seorang anggota memaklumkan kepada Den punca
kemarahan Sarjan Misai adalah tentang isu rokoknya yang telah dicuri!
Selepas itu kami semua di denda dengan pelbagai bentuk hukuman,
direndam dan dibelasah. Bayangkanlah pada masa itu kami tidak
berpakaian dan bila dibelasah dengan pelepah kelapa maka berbiratlah
badan kami. Selain dari itu kami juga diugut untuk membuat pengakuan dan
ada sampai pada satu peringkat itu tawaran lumayan telah dibuat oleh
Sarjan Misai bagi sesiapa yang dapat memberi maklumat hingga
tertangkapnya si pencuri tersebut. Habuan yang bakal disogokkan oleh
Sarjan Misai kepada pemberi maklumat tersebut adalah 3 kali makanan
sehari untuk dua hari. Menunya roti canai untuk sarapan pagi, nasi ayam
untuk makanan tengah hari dan nasi beriani gam untuk santapan malam.
Dari segi habuan yang ditawarkan memang sungguh lumayan untuk kami
yang berada di dalam situasi tersebut. Berbalik pada isu Sarjan Misai tadi,
daripada reaksi dan kemarahan yang ditunjukkan oleh beliau,dapat dibuat
kesimpulan bahawa keegoan dan kemasyhuran Sarjan Misai selama ini telah
tercabar dan telah tercalar. Semuanya ini kerana tindakan drastik seorang
anggota basik yang pada hakikat sebenarnya telah hampir berputus asa.
Selain daripada keegoan yang tercabar, beliau juga menjadi mangsa gelak
dan usikan oleh jurulatih yang lain kerana kegagalan beliau menghalang
pencuri yang telah berjaya menyeludup masuk ke bashanya dan mencuri
harta yang tidak ternilainya...sekotak rokok Kelas A berjenama Malboro.
158
Walaupun Sarjan Misai sudah menggunakan pelbagai pendekatan dengan
mendera, membelasah, memujuk dan menawarkan dengan habuan
lumayan, kesudahannya seorang pun tidak mengaku dan akhirnya pencuri
sebenarnya gagal dikesan. Kesudahannya Sarjan Misai berputus asa kerana
tidak dapat menangkap pencuri yang paling dikehendaki. Apa pun pada
masa itu, apa yang Sarjan Misai tidak mengetahui adalah tindakkan beliau
itu tidak berjaya mengesan pencuri tersebut kerana ia dilakukan oleh
seorang anggota yang telah bertekad untuk melaksanakan operasi itu dan
telah bersedia untuk menerima segala kemungkinan sehingga ke peringkat
turun skot jika ditangkap.
Walau bagaimanapun mungkin fasal sudah termaktub bahawa apa juga
harta yang hilang dari basha Sarjan Misai itu sebenarnya adalah sudah
ditentukan untuk bahagian Den dan bukannya rezeki Sarjan Misai. Ini semua
berkemungkinan kerana Sarjan Misai tidak pernah membayar zakatnya
pada waktu itu, maka rezekinya ditarik Allah. [Den bergurau sahaja].
Walaupun sepanjang masa penderaan itu muka Den kelihatan sedih dan
murung seperti meminta simpati tetapi jauh di dalam sudut hati, Den
tergelak besar! Dalam masa yang sama hati Den berkata:
“Ambik kau sekali lagi Sarjan Misai, masuk kes ini dah dua kali keegoan kau
dicabar dan tercalar disebabkan Den ! Se kaudu-kaudu 32hati kau, jangan
ingat semua anggota basik yang mengikuti kursus tersebut adalah lurus
bendul dan taat setia pada peraturan sebagaimana yang terpancar di air
muka mereka, terutamanya Den. Ini adalah kerana ada di antara mereka
yang sebenarnya lebih kaudu dari Sarjan Misai . Orang itu selalu berada di
depan mata kau tapi kau tidak perasan kerana mungkin kerana kau terlalu
perasan bahawa Den suka membodek kau. Den merupakan orang yang
suka membodek untuk hidup, bukan hidup untuk membodek !”
32Maaf tiada dijumpai ertinya di dalam Kamus Dewan, tetapi dalam bahasa kampung Den ia
membawa maksud ‘hati kering’.
159
Walau apa pun, satu pelajaran yang amat berguna bukan sahaja kepada
Den malah kepada semua anggota yang lain ialah, kalau nak buat jahat buat
seorang diri dan sebabnya apa-apa maklumat pun tidak akan pecah kecuali
kita yang pecahkan sendiri..!Dan kalau prinsip ini dipegang, maka pepatah
lama buat jahat jangan sekali sudah tentu boleh ditukar kepada buat jahat
biarlah berkali-kali, asalkan ia dilaksanakan seorang diri! Terutamanya jika
kita berhadapan dengan orang seperti Sarjan Misai.
Ini ialah kerana semasa zaman Den mengikuti kursus basik, Sarjan Misai
adalah satu-satunya jurulatih yang paling digeruni, beliau tidak segagah Ali
Cabang, tidak sewarak Sarjan Aduka, tidak seganas Nordin Awang Liku dan
tidak selucu Osman Mario, tetapi suaranya bagaikan gegak gempita, amat
menakutkan para peserta kursus. Satu lagi karakter Sarjan Misai, dalam
keadaan biasa, ia jarang mendera atau menghukum anggota basik [dua isu
sebelum ini dikecualikan; kes naik lori hantu dan kes kehilangan malboro]
tetapi entah apa sebabnya, aura yang dibawanya sangat menggerunkan
penuntut. Mungkin kerana misainya kah ? Mungkin kerana suaranya kah ?
hanya Allah sahaja yang tahu.
Lagi satu karakternya yang membuatkan kami selalu sakit hati dengannya
kerana beliau ini adalah pakar nasi tambah. Maksudnya, suka mengapi-
apikan jurulatih, suka menokok tambah cerita dan suka menambah
burukkan situasi yang biasnya sudah teruk. Akibatnya kami semua akan
teruk didenda atau dihukum disebabkan perangai nasi tambahnya. Kami
begitu ‘membencinya’ semasa berkursus tetapi amat merindukannya
selepas tamat kursus. Sarjan Misai amat popular semasa zaman Den
menghadiri AK sehingga namanya disebut-sebut di dalam rangkap lagu
Bubur Kacang yang sering dinyanyikan kami semasa menjalani latihan
jasmani waktu itu. Di mana rangkapnya berbunyi seperti ini:
OOiii bubur kacang, bubur kacang,
Pulutttt Merahh.....
Jangan Makan Banyak, Makan Banyakk...
Nanti Sarjan Misai Marah ....!
160
Sehingga ke hari ini, kadang kala ada ketikanya bila disebut bubur kacang
atau Beras Merah, Den teringat fasal peristiwa lampau semasa menghadiri
kursus yang mana Sarjan Misai menjadi karakter utamanya. Dan jika perkara
itu yang terlintas di kepala Den pada waktu itu, biasanya Den akan senyum
sendirian sambil berfikir ‘Di mana kah kau sekarang Sarjan Misai ? Semoga
kehidupan kau sentiasa diberkati Allah. Amin.
161
[18]
LATIHAN PERAIRAN
Setelah hampir seminggu kami mengharungi peringkat paya, akhirnya masa
yang telah ditunggu-tunggu telah tiba. Pada hari ke-8 dengan secara
rasminya tamatlah latihan peringkat paya yang amat menyeksakan kami itu.
Sebagai meraikan hari tersebut, kami telah diberi makan bubur lambuk dan
juga beberapa hidangan juadah yang lazat-lazat (roti bantal, jem nenas dan
bubur kacang pulut merah ). Masa itu kami melantak bagi nak rak. Selera
makan kami macam jin, semua makanan yang diberikan habis dengan
begitu cepat sekali. Maklumlah bila berada di kawasan paya nie, naluri
kelaparan itu biasanya melampaui tahap biasa.
Semasa perbarisan akhir pada peringkat paya itu, kami telah dimaklumkan
dari 350 anggota AK yang mula-mula mengikuti kursus tersebut (Kump A
dan B) kini hanya tinggal kira-kira 120 sahaja yang berjaya untukke
peringkat akhir. Den termenung sekejap, macam tak percaya yang Den dan
Sam masih lagi berjaya mengikuti kursus tersebut apatah lagi bila
mengenangkan yang Den sudah mencuri makanan dan rokok Sarjan Misai,
syukur Alhamdulillah,...akhir nya berjaya juga Den mengharungi peringkat
paya dan meneruskan latihan di peringkat akhir.
162
Pada sebelah tengah harinya kami telah bergerak ke balik ke Kem sungai
Udang. Sebaik sahaja sampai di kawasan bekas peninggalan kami semasa
peringkat kem dahulu, kami telah dibenarkan membuat pentadbiran
selamat dua hari. Masa itu kami gunakan dengan sebaik mungkin untuk
membersihan diri dan beristirahat sebelum memulakan latihan perairan.
Dua hari kemudian kami telah mula menjalani latihan perairan seperti
membuat serangan mengejut pantai, mendayung jauh dan pelbagai latihan
asas perairan. Sepanjang masa latihan perairan itu tidak banyak masalah
atau kesukaran yang kami hadapi walaupun ia masih lagi amat
menyeksakan. Ini adalah kerana mungkin pada masa itu kami telah lali dan
sudah menjadi ‘seasoned’ dengan pelbagai kesukaran dan kepayahan.
Semasa itu tanda-tanda kami sudah mempunyai ‘mentaliti sebagai seorang
anggota komando’ telah mula kelihatan.Ini semua mungkin hasil dari jerit
perit latihan yang telah kami lalui sepanjang dua bulan setengah sebelum
itu.
Walau bagaimana pun masih ada cerita-cerita yang ‘advanture dan ‘trill’
yang kami lalui semasa latihan perairan tersebut. Ada satu ketika semasa
kami menjalani latihan jarak jauh, beberapa buah bot kami telah terbalik di
sekitar Pulau Besar Melaka. Pada hari itu kami telah mula mendayung dari
Teluk Gong, Melaka menuju ke kawasan Pulau Besar Melaka. Kami telah
mendayung hampir sepanjang hari dan hanya berhenti berehat di kawasan
laut untuk makan tengah hari. Sehari suntuk berada di kawasan laut dan
dikerah untuk mendayung adalah merupakan satu pengalaman yang amat
tidak menyenangkan. Ada di antara kami yang tertidur semasa mendayung
akibat mengalami kepenatan yangmelampau. Biasanya jika kami ditangkap
tidur semasa mendayung kami akan hanya disuruh terjun ke laut dan
kemudiannya naik kembali ke bot atau pun kena ‘ketuk dengan ‘paddle bot’
Ada juga diantara kami yang tidak tahan dengan gelora di laut,
menyebabkan mereka mabuk laut. Bila perkara ini berlaku, petua yang
diberikan oleh orang yang biasa ke laut adalah dengan meminum sedikit air
laut, dan dipercayai akan hilang rasa mabuk laut itu, tetapi bila petua ini
disampaikan oleh jurulatih kami ia telah dibuat sedikit perubahan dengan
163
menyuruh kami meminum se’mess tin’ air laut ia itu kira-kira 800ml.
Akibatnya bukan sahaja kami hilang rasa mabuk laut, kami juga akan
muntah akibat meminum terlalu banyak air laut.
Suasana latihan perairan juga tidak banyak bezanya dengan latihan-latihan
peringkat lain yang telah dilalui terdahulu. Selain daripada latihan taktikal
dan teknik dan ilmu peperangan di permukaan air, kami masih juga
membuat aktiviti yang sama bertujuan untuk mempertingkatkan kekuatan
mental dan fizikal kami seperti latihan berenang, ‘river crossing, dan PT Bot.
Secara umumnya pada peringkat ini pakaian kami akan sentiasa basah dan
biasanya ia akan kering di badan begitu sahaja. Secara peribadi, latihan
perairan ini tidaklah seteruk mana, jika nak dibandingkan dengan fasa
latihan terdahulu. Ini mungkin kerana pada waktu itu kami sudah lali
dengan latihan sebegitu. Diakhir latihan tidak ramai anggota yang
digugurkan selepas latihan fasa ini. Ada satu ketika semasa kami sedang
menjalani latihan perairan di kawasan Betutu Laut Kem Sungai Udang telah
berlaku satu peristiwa yang pasti tidak akan Den lupakan. Pada satu pagi tu,
selepas kami selesai membuat pembersihan kawasan, kami telah
dibenarkan untuk menikmati minuman pagi. Semasa tempoh minum pagi
itu kami tidak sedikit pun diganggu oleh mana-mana jurulatih. Pendek Kata
hari itu kami menikmati minuman pagi dengan selesa dan nyaman sekali
tanpa sebarang gangguan.
Sebaik sahaja kami selesai menikmati minuman pagi, kami telah berbaris
semula untuk menerima taklimat bagi melaksanakan latihan seterusnya
pada waktu itu. Semasa Sarjan Sepah sedang memberi taklimat latihan
kursus, tiba-tiba kelihatan Sarjan Black datang menghampiri Sarjan Sepak
sambil berbisik dan berkata sesuatu yang tidak dapat Den pastikan. Apa
yang Den nampak masa itu Sarjan Sepah angguk-geleng, angguk geleng
seolah-olah faham dengan apa yang Sarjan Black tu katakan. Sebaik sahaja
selesai membisikkan sesuatu kelihatan Sarjan Sepah beredar dan
meninggalkan Sarjan Black bersama kami yang sedang berbaris itu. Pada
sangkaan Den mungkin ada hal kecemasan yang mesti diuruskan oleh Sarjan
164
Sepah pada masa itu tugas memberi taklimat itu telah diserahkan kepada
Sarjan Black. It’s seems normal and nothing to worry about.
Sejurus kemudian, Sarjan Black pun mula berkhutbah kepada kami.
“Kau orang basik, memang pemalas, degil dan suka curi tulang…bla.bla..!”
Wah apa hal Sarjan Black ini bercakap dengan memberi mukadimah dengan
bernada marah dan memaki hamun kami nie. Ini mesti ada kes yang tak
betul nie. Sarjan Black meneruskan ucapan dengan kata-kata maki hamun
dan memarahi kami, menurutnya:
“Kau orang nie dah nak penghujung kursus masih lagi tidak boleh
bekerjasama dan masih suka mencuri tulang dan suka menyabo antara satu
sama lain…..bla…bla..bla..”
Kemudian Sarjan Black bertanya:
“Siapa siswa yang bertugas pagi ini semasa membuat pembersihan
kawasan?”
“Saya Staf”, Jawab Den sambil melangkah setapak ke hadapan.
Soalan seterusnya kepada Den:
“Kau periksa atau tidak kawasan sekeliling sebelum kau membenarkan
budak basik mula minum pagi ?”
“Periksa Staf !” Jawab Den dengan ringkas.
“Kalau kau periksa, kenapa masih ada longgokan daun yang tidak diangkat
di bahagian belakang bangunan stor tu lagi, kau tipu aku ya Siswa ?”
165
“Tak Staf , saya periksa tadi dan mungkin saya tidak perasan yang ada lagi
sampah yang tak diangkat Staf, Salah saya Staf.”
“Memang betul itu memang salah kau siswa, dan yang lain pun sama, tidak
ada semangat kerjasama langsung untuk membantu siswa.!”
Sebaik sahaja Sarjan Black berkata demikian Den dah dapat bayangkan
bahawa ia membawa maksud terdapat kemungkinan besar kami semua di
hukum. Bagi semua itu merupakan lumrah dan menjadi kebiasaan. Sebelum
ini kami pun kami dah jenuh dihukum atas dasar tiada semangat kerjasama
atau ‘espirit de corps’. Macam Den pernah katakan dulu, kami dah lali dan
dah tak kisah akan hukuman beramai-ramai yang bakal terima. Nak-nak
masa tu kami dah di penghujung kursus’, badan kami dah ‘tak lekang dek
panas dan reput dek hujan”.
Sarjan Black kemudiannya memanggil Den supaya keluar baris dan bergerak
ke arahnya. Sebaik sahaja Den berada bersebelahan Sarjan Black dan
menghadap anggota lain yang sedang berbaris, Sarjan Black mula bersyarah
kepada anggota yang berada di dalam perbarisan:
“Kamu semua sepatutnya memberi kerjasama kepada pegawai kamu, Siswa
Den. Tanpa kerjasama kamu Siswa nie tak boleh di persalahkan semata-
mata kerana tidak akan dapat memastikan kebersihan kawasan sekitar
sentiasa dijaga. Kamu semua telah SABO Siswa Den, kamu semua mesti
dihukum.”
Bila mendengar kata-kata tersebut, hati Den menjadi lega sedikit kerana,
dalam hati ini berkata seolah-olah Sarjan Black menyebelahi Den. Pada
masa itu, dalam kepala Den terfikir, ini mungkin pasal Sarjan Black nak
bodek Den nie. Maklumlah kursus dah nak tamat, kalau Den lulus nanti,
mungkin Den akan jadi ketua Troop Sarjan Black nanti, maklumkan Sarjan
Black adalah daripada unit X Ray Sqn, 21 Kdo, sama unit dengan Den. Itulah
yang dapat bayangkan kenapa Sarjan Black seolah-olah menyebelahi Den
pada pagi itu. Bagi Den waktu itu, dah tak kira lagi, dia nak bodek ke, dia nak
166
ampu ke, dia nak cari makan untuk kemudahan dia di masa hadapan, Den
tak peduli, janji Den tak dihukum pagi itu. Fuhhhh itu pun dah cukup baik.
Seterusnya Sarjan Black berkata :
“Baiklah disebabkan kamu semua tidak bekerjasama dan menyabo Siswa
Den, maka saya nak siswa Den menghukum kamu dengan melempang
setiap seorang daripada kamu, bermula daripada bahagian barisan
hadapan.”
“Siswa Den, lakukan, kalau kau lempang main-main aku akan suruh
anggota lempang kau balik, faham tu Siswa ?”
“Faham Staf”, Balas Den dengan penuh semangat.
Lepas itu Den terus menghampiri anggota pertama yang berbaris. Sebaik
saja Den sampai, Den mula melempang seorang demi seorang anggota
basik dengan sekuat hati Den. Kalau Den lempang perlahan nanti Den pula
akan dilempang semula. Akhirnya setelah puas melempang,Den sampai ke
penghujung barisan,masa tu tangan pun dah naik sakit. Penat melempang
guna tangan kanan, Den guna tangan kiri. Sedas kiri dan sedas kanan.
Akhirnya berjaya juga den melempang kesemua hampir 120 anggota basik
itu. Fuhhhhh..puas nak menghabiskannya. Sebaik sahaja selesai, Sarjan
Black terus berkata :
“Bagus Siswa Den, itu caranya nak mengajar anggota-anggota kamu yang
tidak mahu bekerjasama dan nak menyabo ketua mereka. ”
Masa itu Den diam, tapi dalam hati Den berkata:
“Fuhhh..ini dah kira satu sejarah dalam hidup Den kerana berpeluang
melempang 118 dalam satu hari, walaupun penat, tapi merupakan satu
rekod yang paling membanggakan Den….”
167
118 pingggg..nasib tak pengsan aje !
Kemudian Den mendengar Sarjan Black memberi arahan:
“Baris….Baris Sediappp! Bergerak ke kanan bertiga-tiga kekanan
pusinggggggg….!”
Selepas itu Den mendengar Sarjan Black berkata :
“PERHATIAN ! KOMANDO !(JAWAB SEMUA ANGGOTA), PERHATIAN!
KOMANDO!, PERHATIAN, KOMANDO !
“…OK sekarang saya nak seorang demi seorang datang ke depan dan
melempang Siswa Den, sesiapa yang saya dapati tidak melempang beliau
sebagaimana sepatutnya, saya akan suruh Siswa Den melempang
balik….faham tak ?!!!
“Faham Staf!!”
Seperti guruh di langit jawapan yang diberi oleh anggota yang berbaris itu.
Dari nada dan riak air muka mereka, mereka gembira kerana diberi peluang
untuk membalas perbuatan Den tadi. It’s a payback time ! Dari situ bermula
detik yang lebih bersejarah dari apa yang Den anggap bersejarah sebentar
tadi. Dari situ Den telah dilempang seorang demi seorang penuntut kursus
sehingga selesai semuanya iaitu kalau tidak silap Den 118 anggota basik.
Pada masa itu Den rasa kulit muka Den tebal, bukan kerana malu tetapi
disebabkan sakit dan bengkak akibat dari 118 pelempang oleh kawan-
kawan Den tadi. Lebih kurang 3 hari barulah rasa kesakitan itu hilang…!!Dari
saat itu barulah Den tahu akan nilai kerjasama dan ‘espirit decorps’. Dalam
matriks mudah nilai kerjasama dan espirit de corps adalah 118-1.Cuma
nasib Den baik sebab struktur muka Den tidak disconfigured ….kalau tidak
sudah tentu sekarang Den sudah buat plastic surgery !!!
168
[19]
ESCAPE AND ENVASION
TINJAUAN RAPAT
Selepas taman latihan perairan kami telah bergerak ke satu kawasan di
sekitar selatan Johor untuk menjalani latihan akhir ‘serangan mengejut’ dan
seterusnya kami dikehendaki melaksanakan ‘Escape and Evasion’ [E&E] di
mana sebaik sahaja selesai melaksanakan serangan mengejut. Semasa
latihan serangan mengejut akhir atau lebih dikenali sebagai serangan
pantas ‘raid’. Den dan dua anggota lagi telah diarahkan untuk membuat
“tinjauan rapat” ke atas sasaran. Dua orang lagi kawan Den yang turut sama
ialah Mat Rock dan Gondang.
Bagi memudahkan kerja dan bagi mengelakkan daripada dikesan, kami
telah berpecah di satu tempat [DP]33 semasa menghampiri sasaran. Semasa
perjalanan datang kesasaran kami telah mengikuti satu lorong kampung
Cina di mana dan di kawasan tersebut terdapat satu kandang babi yang
agak besar. Den memilih jalan tersebut kerana Den pasti itu jalan paling
selamat dan musuh tidak akan berada di kawasan tersebut. Semasa berada
di titik berpecah, Den telah memberi taklimat akhir kepada tim. Den telah
mengingatkan mereka apamaklumat yang hendak dicari, jangka
masamereka membuat tinjauan rapat dan segala tindakanserta merta yang
33 Disbussing Point –Tempat berpecah
169
lain. Dari situ setelah memberi taklimat akhir kami telah bergerak menuju
ke kawasan tinjauan masing-masing.
Kira-kira baru 5 minit kami bergerak dari tempat kami berpecah, Den
terdengar bunyi letupan dan diikuti dengan cahaya yang terang benderang.
Semasa itu Den pasti bahawa salah seorang dari tim Den telah terpijak “trip
flare”dan ia menyebabkan kawasan tersebut, terang benderang di sinar
cahaya dari pada pancaran ‘trip flare’ tersebut. Ini bermakna tinjauan rapat
kami telah gagal. Kehadiran kami telah diketahui musuh. Tindakan yang
harus kami ambil apabila mengetahui bahawa kehadiran kami diketahui
musuh adalah dengan bergerak menuju ke RV Kecemasan. Walau
bagaimanapun masa tu Den tidak berganjak lagi kedudukan Den, mungkin
panik, mungkin marah dengan situasi itu. Dalam pada masa yang sama Den
nampak pihak musuh sudah berlari sambil menembak ke udara..tidak ubah
seperti Red Indian dapat senapang..sambil menjerit-jerit..
”Tangkap basik tu , jangan bagi lari…Kita buat lauk malam ini !!!”
Mereka berlari menuju ke arah Selatan di mana kawasan trip flare yang
bercahaya tadi. Pada masa tu dalam kepala Den terus teringat si Mat Rock
yang berada di kawasan tersebut !
“…Abihlaa kau Mat Rock malam nie….kena siang34 dek musuh!!”
Walau bagaimanapun dalam hati kecil Den berharap sangat agar Mat Rock
dapat meluluskan diri dan balik ke pangkalan dengan selamat hendaknya.
Sejurus kemudian Den pun bergerak dengan agak pantas berpatah balik
menuju ke titik berpecah (DP) tadi sebagaimana yang telah dirancang tadi ,
bahawa jika kehadiran kami dikesan musuh kami di kehendaki berkumpul
semula di DP. Dan beberapa minit kemudian Den nampak kelibat Gondang.
Sebaik sahaja dia sampai Den beritahu Gondang, bahawa si Rock dah
terpijak trip flare dan dari apa yang Den nampak tadi ramai musuh sedang
berkejar ke arah dia. Dalam pada itu tiba-tiba Den dengar bunyi suara orang
34 Didera / dibelasah .
170
bercakap dengan agak kuat dan di belakang mereka kelihatan ada sebuah
motor yang bergerak secara perlahan ke arah kami. Pada masa itu, Den
pasti musuh sedang bergerak ke arah kami dan membuat ‘clearance
sweeping’ untuk mencari kami. Pada masa itu Den dan kawan, tak tunggu
lagi, terus lari kerana Den nampak musuh dah mula berlari menuju ke arah
kami. Masa itu Den dan kawan Den berlari sepantas mungkin macam “pelari
utusan di hutan Amazon”. Pada waktu itu habis semua semak samum kami
redah, longkang besar tidak mendatangkan sebarang masalah. Kami lari
sekuat hati kerana takut ditangkap musuh. Masa itu kawan Den yang
seorang lagi, si Mat Rock sudah hilang entah ke mana dan kami tidak
sempat menunggu kehadirannya di DP sebagaimana yang telah dijanjikan.
Kami kemudian terus berlari dan berlari menuju ke Emergency RV yang
telah ditetapkan yang terletak kira-kira 1 km dari kawasan sasaran. Bila
hampir sampai di sana, kami nampak land rover musuh dan dua buah motor
kapcai sudah berada di kawasan tersebut. Masa itu Den amat pasti bahawa
mereka itu semua mesti musuh yang sedang mencari kami. Melihat
kehadiran mereka, Den terus menarik tangan Gondang dan bergerak
menuju ke kawasan paya yang berhampiran. Pelan pertama yang terlintas
di kepala pada masa itu adalah untuk masuk ke dalam kawasan paya
tersebut dan seterusnya menyeberangi ‘tasik/kolam’yang berada di situ.
Walau bagaimanapun niat itu terhenti kerana pada masa itu Den sendiri
tidak tahu kawasan persekitaran kolam tersebut, berapa kedalaman dan
keluasannya.Setelah berfikir sejenak dan sempat membuat ‘quick mental
appreciations’ [QMA]35 bagi mencari penyelesaian kepada situasi itu.
Akhirnya keputusan dibuat dengan membatalkan niat ‘untuk menyeberangi‘
kolam tersebut. Ini adalah kerana, pada masa itu terlintas di fikiran bahawa
kami membawa senjata dan berpakaian lengkap, walaupun tanpa pack, tapi
ia amat merbahaya jika kami cuba berenang melintasi kolam/tasik tersebut
tanpa sebarang peralatan keselamatan seperti tali atau jaket keselamatan.
Oleh yang demikian Den terus membatalkan niat untuk menyeberangi tasik
itu.
35Pengiraan Keadaan. Kaedah menganalisis situasi dan mencari jalan penyelesaian terbaik
di dalam situasi genting yang diajar kepada anggota tentera.
171
Pada masa itu perasaan panik dan ketakutan pun mula menyelubungi kami.
Kami percaya bahawa kami telah dikepung. Hasil dari QMA tadi, opsyen lain
yang ada pada kami untuk menyelamatkan diri adalah,melalui kawasan
kampung Cina dan kawasan kandang babi. Semasa itu terlintas pula di
kepala bahawa kalau kami bergerak menuju ke kawasan perkampungan
Cina, kehadiran kami akan lebih mudah dikesan musuh kerana kami pasti di
kawasan tersebut terdapat banyak anjing yang akan menyahut dan
menyalak kegembiraan menyambut kedatangan kami. Jika ini berlaku
bermakna pihak musuh akan mengetahui lokasi kami dan ia pasti akan
memudahkan mereka untuk mengepung dan menangkap kami. Demi
keselamatan dan kesejahteraan kami pada malam itu, Den terpaksa
membuat sedikit perubahan di dalam rancangan asal untuk melepaskan diri
daripada kepungan musuh itu. Setelah membuat QMA untuk kali keduanya,
Gondang telah mencadangkan supaya kami bergerak melalui kawasan
kebun getah dan menyusuri kawasan kampung Cina dan seterusnya menuju
ke jalan utama untuk balik ke pangkalan kami. Walau bagaimanapun pada
masa itu, terlintas pula di dalam fikiran Den bahawa opsyen itu agak
bahaya. Pada masa itu Den teringat tentang petua sifu Den tentang tips
yang perlu diingat semasa hendak lari daripada kepungan musuh.
‘Berfikirlah sebagaimana musuh kamu sedang berfikir untuk menangkap
kamu !’ Bila Den aplikasikan petua itu Den seolah-olah sudah mendapat
ilham bahawa Den percaya pihak musuh pasti sedang berkeliaran di
kawasan kebun getah kerana ia adalah kawasan kegemaran ‘budak basik‘
untuk bersantai dan berehat semasa di dalam latihan dan merupakan laluan
pilihan utama budak basik kerana ia adalah lebih mudah dan selesa .
Opsyen itu pun Den buangkan dan mula berfikir secara QMA untuk kali
ketiganya.
Semasa itu, hasil dari aplikasi petua yang diberikan oleh sifu Den itu
‘Berfikirlah sebagaimana musuh kamu sedang berfikir untuk menangkap
kamu’ Den sudah dapat bayangkan dan faham sangat sifat dan hati budi
serta gerak laku musuh pada waktu itu. Yang pasti mereka memang
berkehendak sangat untuk menangkap kami malam pada malam itu.
172
Maklumlah kehadiran kami di situ telah diketahui, maka dalam apa jua
keadaan mereka akan cari kami walaupun memerlukan mereka untuk
mencari sehingga sampai ke lubang cacing. Jika mereka gagal juga untuk
menangkap kami malam itu, maka ia merupakan satu kegagalan dan
merupakan satu kes yang memalukan bagi skuadron tersebut. Dalam erti
kata mudah, ego mereka akan tercalar dan tercabar. Jadi tidak hairanlah,
sebaik sahaja kehadiran kami telah dikesan dengan kecuaian Mat Rock
hingga menyebabkan ‘trip flare’ itu menyala, hanya dalam sekejap masasaja
kawasan itu sudah dipenuhi dengan musuh. Mereka mencari sambil
menjerit dan menyuruh kami keluar dan menyerah diri. Ada di antara
mereka yang telah mengeluarkan kata-kata pujukan dan rayuan kepada
kami,
“Woit…basic !!!….aku tahu kau orang ado menyorok dalam kawasan
semak/ tu …Menyerahlaa..!!! Kalau tidak lagi teruk nanti ..!!!”
Semasa itu hati kecil Den berbisik:
“Apa ? kami disuruh menyerah diri….?? .Boleh Jalan laa…! If you want to get
me, you come and catch me!..I will never retreat nor surrender! “
Semasa mendengar kata-kata tersebut ia memang menakutkan kami. Kami
tahu dan sudah dapat bayangkan bahana dan bala yang bakal kami hadapi.
Untuk menyerah adalah satu-satunya perkataan yang tidak ada di dalam
kamus kami sebagai anggota basik. Sebabnya bila kami menyerahkan diri
bermakna kami akan di perlakuan dengan sesuka hati oleh musuh. Azab dan
seksanya dah boleh kami gambarkan. Satu lagi kalau kami menyerah
bermakna peluang untuk kami lulus kursus asas ini adalah amat tipis sekali .
Ini adalah kerana kami akan dianggap penakut dan tidak mempunyai
semangat melawan. Pada masa itu Den sudah bertekad dan tidak akan
menyerah diri. Biarlah Den ditangkap baru “macho sikit”daripada menyerah
diri. Walau bagaimanapun pada masa itu fikiran Den tengah ligat berfikir
173
“Bagaimana nak melepaskan diri daripada kepungan musuh ini? ‘Think !
think ! think there must be a better way !”
Akhirnya seolah-olah sebiji mentol yang sedang bercahaya terang di dalam
kepala Den. Yes ! Den dapat satu idea yang dianggap terbaik pada waktu itu
walaupun ia merupakan satu idea yang menjijikkan. Disebabkan terdapat
kemungkinan yang Gondang tidak akan bersetuju dengan idea bernas itu,
maka tidak dimaklumkan kepada Gondang. Sebaliknya tanpa berfikir
panjang Den kemudiannya mengajak Gondang, untuk bergerak dari
kawasan semak samun tadi dan seterusnya menuju ke kawasan paya. Dari
situ kami merangkak dan mengharungi kawasan paya sehingga tiba di
tepian tasik. Pergerakan kami amat taktikal sekali tetapi agak pantas dan
kami bersyukur kerana cuaca yang gelap pada malam itu memudahkan lagi
kami keluar dari kawasan kepungan. Semasa berhenti di tepi tasik itu, Den
mendengar Gondang bertanya,
“Tuan kita nak kena seberang tasik ini ke?”
Jawab Den ringkas…“Tak”.
Kemudian si Gondang tu bertanya lagi.
“Abih tuan, macam mana kita nak balik ke pangkalan nie..kita dah kena
kepong…?”
Semasa itu telinga Den sudah mula panas. Dalam hati kecil Den berkata .
“Si Gondang ini dok sibuk bertanya musuh berada disekeliling, kepala otak
Den dok memikir nak melepaskan diri daripada musuh dia dok sibuk putt
peekk..putt..pek.”
Bagi menenteramkan keadaan,Den luku kepala si Gondang dan berkata:
174
“Syihhh…musuh ada sekeliling kita, jangan nak memekak dan banyak
tanya…Kau percaya den tak ..?”
Jawab Gondang,perlahan dan sayu bunyinya seolah-olah sedang berbisik,
“….Cayooooo Tuan…”
Bunyinya agak manja, ini berkemungkinan akibat daripada efek lukuan Den
tadi. Lalu Den kata,
“Kau ikut ajo Den ok..!”
Kami seterusnya bergerak masuk ke dalam tasik dan dari situ kami bergerak
dengan menyusuri tebing sehingga ke kawasan kandang khinzir yang
terletak kira-kira 300 meter. Dari situ pergerakan kami amat taktikal dan
amat berhati-hati kerana kami takut kehadiran kami akan dikesan musuh
atau anjing yang berada di kawasan itu. Dalam masa yang sama kami takut
terlepas pautan di tebing kolam. Kami sampai di kawasan kandang tersebut
kira-kira 30 minit kemudian. Sebaik sahaja mendarat {keluar dari tasik}
…kami bergerak menghampiri kandang khinzir yang terletak tidak jauh dari
situ. Dari sinaran api kawasan bangsal itu kami nampak ada dua petak
“kandang” yang tiada kehadiran khinzir. Den pun bergerak dan memasuki
petak tersebut dan daripada kejauhan kami masih mendengar bunyi salakan
anjing dan kenderaan serta suara orang yang sayup-sayup yang mungkin
sedang mencari kami. Pada masa itu, melihat Den berdiri agak lama di tepi
petak kandang khinzir itu, Gondang pun bertanya,
“Tuan, apa pelan tuan seterusnya .Takkan kita nak tunggu kat sini sahaja ?”
Jawab Den: “Gondang kau dengar tak bunyi salakan anjing dan kenderaan
yang sayup-sayup tu? Ini bermakna adalah tidak selamat untuk kita
bergerak keluar dari kawasan ini pada masa ini. Opsyen yang kita ada ialah,
kita rehat di sini dahulu dan Den yakin musuh tak akan masuk ke kawasan
ini untuk mencari kita.”
175
Gondang menganggukkan kepalanya seolah-olah faham dengan situasi
terkini .
Malam itu Den membuat keputusan untuk tidur sahaja di dalam petak
tersebut kerana Den yakin kalau ada musuh pun di sekitar kawasan tersebut
mereka tidak akan berani untuk masuk dan melihat di dalam kandang
tersebut. Pada permulaannya terasa geli juga untuk memasuki tempat itu,
keadaan menjadi bertambah ‘trill’ lagi bila kami dapati ia dipenuhi dengan
lumpur, sama ada ia lumpur sebenar atau najis kami tak pasti. Apa yang
kami lakukan, kami bersihkan ia sehingga kami pasti ia adalah lantai simen.
Lalu kami duduk. Ia satu keadaan yang amat tidak selesa dan disulami
dengan bau-bau yang tidak sedap, tapi pada waktu itu harus diingat bahawa
bau kami pun waktu tu apa kurangnya, pendek kata kami boleh adaptasi diri
dengan persekitaran dan situasi tempat itu. Akhirnya tanpa memikirkan soal
keselesaan kami kuatkan semangat dan tabahkan hati untuk tidur sambil
duduk sahaja. Tapi bila kami sedar keesokannya, kami tidur dengan selesa
sekali seperti di atas tilam de vono. Sepanjang malam itu kami tidur dengan
lena sekali, dengkuran si Gondang yang mula-mula mengganggu tidur Den
tidak begitu mengancam lagi kerana ia telah tenggelam dengan dengkuran
dan dengusan jiran sebelah petak kami malam itu. Denguran Den ? entah
tak pasti pula sebab sudah tidur lena, sama ada ia sama taraf dengan
dengkuran jiran Den atau bunyi traktor panjat bukit, hanya mereka yang
tidur sebelah Den sahaja yang mengetahui.
Kira-kira pukul 6 pagi kami sedar dan setelah memerhatikan keadaan agak
selamat kami bergerak balik ke pangkalan dengan penuh kekesalan kerana
“tinjauan rapat” kami menemui kegagalan. Den telah maklumkan kepada
Gondang agar jangan menceritakan kepada anggota lain di mana kita orang
tidur malam tadi…kalau mereka tanya katakan sahaja…kami lari masuk
kawasan paya..Full Stop.!!! Sebaik sahaja sama di pangkalan kami
dimaklumkan bahawa Mat Rock telah balik lebih awal sedikit daripada kami.
Bila ditanya bagaimana dia boleh melepaskan diri daripada kepungan
musuh malam tadi. Jawab Mat Rock dia masuk dalam kolam dan tidak tidur
176
sehingga dia bergerak balik pada jam lebih kurang 4 pagi. Mat Rock
bertanya kami macam mana pula kami berjaya melepaskan diri , Den malas
nak jawab,Den kata,
“..Kami tidur dalam paya !”
Perkara pertama Den buat semasa sampai di kawasan pangkalan pada pagi
itu adalah membuangkan baju dan seluar yang dipakai malam tu. Kasut
tidak dapat nak dibuangkan sebabkan ketiadaan ada kasut spare kalau tidak
teruk Den berkaki ayam pulak, cukup Den samak saja kasut itu.Walau
bagaimana pun Den bersyukur kerana kami semua selamat.
Malam berikutnya tim lain pula ditugaskan untuk membuat tinjauan rapat
dan mereka berjaya kembali dan membawa maklumat-maklumat yang
diperlukan untuk rancangan serangan mengejut yang akan dilaksanakan.
Serangan mengejut ini merupakan latihan serangan terakhir kami sebelum
kami memasuki peringkat akhir kursus iaitu Escape and Evasion. Semasa
lima hari berada di pangkalan, kami sibuk membuat persiapan dan
perancangan untuk melaksanakan serangan mengejut terakhir kami.
Pada masa itu semangat dan moral kami adalah sangat tinggi kerana kami
telah hampir sampai ke penghujung kursus. Bilangan asal kami yang hampir
350 anggota kini hanya tinggal lebih kurang 100 ke 110 anggota sahaja.
Dalam pada itu hanya dua orang siswa yang masih bertahan sehingga ke
tahap itu. Mereka adalah Sam dan Den. Sebagaimana yang pernah Den
katakan dulu, Sam adalah siswa favaorite yang akan lulus kursus basik kali
ini , kerana ini merupakan percubaan kali ketiga buatnya. Manakala situasi
Den pada waktu itu tidak lah begitu baik dan agar sukar untuk menjamin
yang Den akan lulus. Ini adalah kerana ia merupakan percubaan pertama
Den, dan sebagaimana yang pernah di perkatakan dahulu, peluang untuk
Siswa lulus di kali pertama menghadiri kursus asas komando adalah ‘very
rare’. Den tidak dapat memberi sebarang penjelasan yang kukuh berkaitan
dengan ‘fenomena’ ini dan ia lebih merupakan kepada satu tanggapan
berdasarkan kepada ‘unwritten rules and practices’ di dalam komando.
177
Alasan mudah yang biasa diperkatakan berkaitan isu ini adalah kerana,
dengan melalui dua atau tiga kali kursus asas ini akan menjadikan pegawai
komando benar-benar terlatih, cekal, mempunyai ketahanan mental yang
kuat. Apa pun tanggapan yang dibuat, bagi Den secara peribadi , kalau
pegawai itu lulus dalam sekali percubaan itu bermakna pegawai itu ada
klasss gitu..!
Selepas siap semua persiapan, saat yang ditunggu pun tiba. Kami telah
melancarkan satu serangan mengejut ke atas sasaran musuh pada waktu
dini hari. Suasana pada subuh itu amat meriah sekali. Keadaan kawasan
yang pada mulanya gelap gelita telah diterangi dengan pelbagai cahaya dari
‘trip flare, para flare, seolah-olah sedang meraikan pesta. Keheningan pagi
itu pula di sulam dengan bunyi-bunyi dentuman bom dummy, tembakan
senjata M16 dan tembakan peluru hidup GPMG. Semuanya ini menjadikan
keadaan seolah-olah di dalam satu pertempuran sebenar.
178
[21]
2 JAM YANG MENYEKSAKAN
Sebaik sahaja selesai, kami telah berkumpul semula di kawasan RV yang
telah di rancang selepas serangan. Dari sana kami telah diarahkan untuk
berpecah di dalam tim masing-masing dan bergerak menuju ke satu CP
tertentu. Ini bermakna latihan terakhir kami iaitu E& E telah bermula. Di
dalam perjalanan kami mesti mengelakkan ditangkap " musuh". Musuh kali
ini bukanlah terdiri daripada jurulatih atau standard Sarjan Misai.Mereka
terdiri dari anggota-anggota komando yang terlatih dan segala pergerakan
mereka adalah tidak dikawal. Sekiranya mereka berjaya menangkap kami,
kami akan dijadikan POW (Prisoner of War ) selama 2 jam, dan dalam dua
jam tersebut macam-macam boleh berlaku. Musuh ini tidak mengetahui
secara terperinci berkaitan dengan pergerakan kami, mereka cuma diberi
kawasan am gerakkan kami dan mereka dikehendaki mencari dan
menangkap kami. Mereka bebas untuk membuat road block (bersama pihak
polis) dan mereka pula dibantu dengan pelbagai kenderaan seperti
landrover, motor kapchai, trak. Jumlah mereka juga bukanlah sedikit ,
hampir 2 platun [70 anggota]. Daripada segi kelengkapan, kebebasan
bergerak dan juga pengalaman, musuh sudah tentu jauh lebih baik daripada
kami.
179
Pada pagi di tempat perlepasan itu, tim Den yang terdiri dari Mat Kuyu, Mat
Banting, Mat Bunga dan Mat Lara (ganti Din Jambu yang telah diturunkan
skot di peringkat paya kerana "kelaparan yang melampau dan sakit" ) telah
berbincang dengan terperinci bagaimana kami hendak bergerak ke CP
pertama dengan selamat tanpa ditangkap oleh pihak musuh. Den pastikan
Grid Reference dan Tanda Panduan di tempat yang hendak dituju itu dihafal
dan diingat oleh semua anggota tim. Jika berlaku apa-apa semasa di dalam
perjalanan seperti terserempak dengan musuh dan kami terpaksa
berpecah, kami sudah tahu apa tindakan selanjutnya dan ke mana kami
akan tuju. Den melarang sebarang penandaan dibuat di atas peta dan tidak
membenarkan sebarang nota berkaitan dengan perjalanan tempat yang
kami ingin tujui ditulis di atas mana-mana kertas. Kami juga berbincang
bersama dengan anggota tim tentang kemungkinan untuk mendapatkan
bantuan 'agen' yang boleh membantu kami daripada segi kenderaan dan
juga kewangan. Sebabnya semasa tempoh AK kami memang tidak berduit
dan tidak boleh menyimpan duit. Kami bernasib baik kerana Mat Lara
adalah orang yang berasal dari kawasan latihan yang hendak kami tuju.
Kemungkinan kami untuk mendapat bantuan agen adalah tinggi tetapi
menurut Mat Lara itu akan hanya berlaku kalau kami sampai di CP 7 atau
kelapan dan ia sudah dekat dengan leg terakhir. Walau apa pun harapan
kami tetap tinggi kerana kami sudah ada tempat nak " mengadu ".
Setelah semua persiapan dibuat dan semua anggota sudah tahu apa yang
hendak dilakukan, Den pun mengarahkan semua anggota untuk tidur
dahulu. Ini adalah bertujuan agar semua anggota mendapat rehat yang
cukup.Tetapi niat sebenar Den adalah untuk membiarkan tim-tim lain
bergerak dahulu dan kalau boleh Den hendak bergerak sebagi tim yang
terakhir sekali. Alasannya pada pandangan Den tim-tim yang bergerak
dahulu, boleh digunakan sebagai ‘buffer tim’" Den. Maknanya kalau ada
musuh di kawasan tersebut, mereka akan bertembung dahulu dan mereka
akan dikejar oleh musuh dan pada pengiraan Den, pada masa tersebut
adalah masa yang sesuai untuk kami menyusup keluar dari kawasan
musuh...!!! Jadi kalau kena tangkap, mereka lah yang akan kena tangkap
dulu....!!! Jika situasi itu berlaku, ia akan meninggikan lagi kebarangkalian
180
Den untuk terlepas daripada tangkapan musuh. Ini bukan kes nak
menganiaya orang. Ini adalah situasi di mana kita gunakan akal kita untuk
terus survive. Lagi pun pergerakan tim-tim adalah bebas, ikut suka siapa
yang bergerak hendak dahulu siapa yang hendak bergerak kemudian.
Sesungguhnya tiada paksaan di dalam kes ini. Jadi isu aniaya menganiaya
orang tidak ada kena mengena langsung.
Setelah masuk hari ketujuh, kumpulan kami adalah satu-satunya tim yang
tidak pernah terserempak atau ditangkap oleh musuh lagi. Bila kami sampai
sahaja di CP kami dengar banyak cerita yang menyayat hati dan
menakutkan yang diceritakan oleh anggota-anggota yang pernah ditangkap
musuh. Pada masa itu ada beberapa orang dari anggota AK yang kepalanya
telah dicukur ditandakan dengan huruf X. Ini bermakna mereka telah
ditangkap oleh anggota musuh dari X-Ray Skuadron, Rejimen 21 Komando.
Sehingga ke CP7 kami masih selamat lagi,tapi dalam hati kami masih ada
kerisauan kerana kami ada 3 CP lagi untuk ditempuhi.
Semasa melapur di CPke-7, kami sudah mendengar beberapa jurulatih
berkata-kata tentang kehebatan tim kami. Ada juga yang berkata bahawa
kalau tidak kena tangkap musuh ia bermakna seseorang itu tidak lengkap
untuk menjadi anggota komando kerana tiada pengalaman yang selalunya
dilalui oleh semua anggota AK. Pada masa itu Den tidak ambil kisah dengan
kata-kata tersebut, bagi Den pada masa tu, janji Den selamat! Kami
bergerak agak lewat dari CP ke-7, dan hari sudah semakin senja dan
keadaan pada masa itu agak berangin dan hampir hujan. Kira-kira 5 km dari
tempat CP kami bergerak tadi, Den telah mengarahkan kepada anggota
untuk rehat dan tidur dulu dan akan meneruskan pergerakan di awal pagi.
Mat Bunga tidak bersetuju dengan arahan Den itu dan dari situ bermula sesi
debat antara kami di kawasan pinggir ladang getah, untuk membuat
keputusan sama ada untuk tidur dahulu memandangkan keadaan cuaca
yang mula sejuk dan berhujan itu.
Mat Bunga : "Tuan..dalam keadaan dan cuaca begini adalah masa yang
paling sesuai untuk kita bergerak,kerana bila hujan, saya
181
rasa musuh mesti tidak akan keluar dan mungkin tengah
dok sedap sembang kat mana-mana kedai kopi atau
tengah sedap tidur...sebab tu masa ini sepatutnya kita
gunakan untuk bergerak."
Dari segi logiknya memang betul kata Mat Bunga itu dan ia disokong oleh
anggota yang lain...kecuali Den...!!
Den : "Mat Bunga cuba kau tengok dalam tim ini berapa orang yang sama
pemikiran dengan kau ?”
Mat Bunga: " Semua kecuali tuan ".
Den : "Kau tahu apa sebabnya aku tak setuju dengan kau?”
Mat Bunga : “Tak tahu tuan.”
Den : "Sebabnya sedangkan empat dari kita berlima mempunyai
pemikiran macam kau, dan Den percaya ramai lagi tim-tim yang
lain mempunyai pemikiran yang sama dan termasuk
musuh...iaitu, cuaca yang sejuk , hujan lebat, memang sesuai
untuk tidur atau berehat . Ini bermaksud ...idea atau kefahaman
kamu semua terlalu common, dah mudah difahami...”
Hujah Den dengan megahnya dan berbaur kesombongan, lalu Den sambung
lagi:
“...begitu juga di pihak musuh....kalau musuh itu bodoh dan tak terlatih, dia
orang mungkin tengah tidur dan rehat macam sangkaan kau..tapi kalau
musuh tu pandai, inilah masa yang sedap dan senang untuk menangkap
anggota AK...teori ini Den panggil teori "reversed psikologi"...Lagi pun
musuh itu dah boleh baca fikiran kita...kalau ikut firasat Den masa inilah
musoh sedang sibuk berkeliaran mencari kita..!”
182
Mat Bunga : “Entah laa tuan, saya hanya memberi cadangan...mungkin juga
ada betulnya cakap tuan.”
Den : “Ok yang lain macam mana....nak teruskan perjalanan atau nak tidur
dan rehat sehingga awal pagi esok...baru kita bergerak ?”
Mat Banting : “Tapi tuan dalam hati, saya rasa yakin bahawa dalam
keadaan macam ini musuh tidak akan keluar mencari kita.
Sebab mereka pun nak rehat juga dan dalam keadaan
cuaca yang macam ini memang sesuai untuk rehat dan
tidur dan keluar susah-susah untuk mencari kita.”
Den : “Apa pula kata kau Mat Kuyu...?” Tiada sebarang respond dari Mat
Kuyu.
“Mat Kuyu kau dengar tak apa Den cakapkan ?”
Mat Banting : “Tak Dengar laa tu tuan, Mat Kuyu sedang kun....!!!”
Den : “Zam kau luku kepalo si Mat Kuyu tu, orang tongah meeting dio boleh
tidur laie.!!!..haaa Mat Lara apo lak kato kau ?“
Mat Lara : “Saya rasa elok kita tidur dulu dan rehat, sebab sekurang-
kurangnya kita dah pasti tak akan bersusah payah untuk bergerak dalam
hujan nie dan dah pasti malam nie kita boleh tidur lena, sebab musuh tak
akan dapat tangkap kita...kalau nak kena pun, biarlah bukan malam nie,
sebab macam tuan kata tadi cuaca dan keadaan begini memang sedap
untuk tidur...!!”
Den : “Lain lain macam mana....setuju tak ..?”
Lain Lain : “Setuju tuaannnnnnnnnnn....”
Den : “OK ...KITA TIDUR DULU.....!!!”
183
Malam tu kami tidur dengar lena sekali, walaupun hujan turun Den
melarang anggota tim untuk memasang ponco. Sebabnya kami khuatir
bahawa tempat tidur kami pada malam tersebut boleh dikesan oleh musuh
dan satu lagi untuk memudahkan kami bertindak sekiranya musuh datang.
Kami tidur dengan menggunakan ponco sebagai selimut. Keadaan yang
sejuk itu membuat kami begitu selesa tidur walaupun berselimutkan ponco.
Kami lena diulit mimpi walaupun sesekali kami terjaga disebabkan biji-biji
getah dan ranting halus yang jatuh di atas ponco kami semasa hujan renyai-
renyai. Tiba-tiba Den dikejutkan dengan bunyi tembakan senapang peluru
kapur dan mendengar jeritan:
“Bangun..! Bangun ...senang banyak kau ..”
Dan diikut dengan beberapa tendangan di belakang badan dan kaki Den.
Den yang pada masa itu masih bergulung di dalam ponco, menjadi
panik..dan berkata habis lah kali ini. Bila Den tarik sahaja ponco dan
menjengah keluar, Den nampak ada kira-kira 5 orang anggota musuh yang
dah berada di situ. Mereka kelihatan berada di dalam keadaan
kegembiraan,mungkin kerana telah berjaya menangkap kami. Pada masa itu
kami memang tidak berpeluang untuk melarikan diri. Senjata dan pack kami
telah dirampas, kalau pun kami berjaya melarikan diri daripada kepungan
mereka, ia sudah tidak bermakna kerana kami pasti akan digagalkan dan
keluar daripada kursus tersebut. Dalam keadaan kelam kabut itu,Den telah
diarahkan untuk menanggalkan pakaian sambil menerima tendangan
bertubi-tubi dari pelbagai sudut. Dalam pada itu Den dapat mendengar
dengan jelas perbualan salah seorang dari mereka yang sedang bercakap
menggunakan walkie;
“X ray 01, sini X ray 04: Kami dapat sekumpulan lembu sedang nyenyak
tidur. Ini lembu baik, masih fresh lagi dan belum pernah kena lagi. Kalau
minat datang ke lokasi aku sekarang....ganti !”
Kemudian Den dengar satu pihak lagi menjawab:
184
“ Xray 01 : mana lokasi anda ganti.”
“ X Ray 04 : di kebun getah berhampiran dengan kilang papan Ah Tong
Sawmill batu 14 Jalan Segamat Labis...ganti .”
“X Ray 01 :tunggu sampai kami datang, jangan makan sorang ganti!”
Dalam pada masa yang sama kami telah diarahkan berkumpul di trek ladang
getah tersebut. Kami berlima saling pandang memandang antara satu sama
lain. Apalah nasib kami, disebabkan hujan dan cuaca yang dingin dan
mungkin kerana keletihan, kami telah tertidur dan telah ditangkap oleh
musuh yang telah meronda di kawasan tersebut pada awal-awal pagi. Den
tak menyalahkan sesiapapun dalam hal ini, kerana Den beranggapan insiden
ini tidak akan berlaku sekiranya ada di antara kami yang sedar awal dan
bersiap lebih awal untuk meninggalkan kawasan tersebut. Walau apa pun
penyesalan sudah tidak berguna lagi. Kami terpaksa menghadapi kenyataan.
Bagi Den tidak guna untuk mencari salah siapa hingga menyebabkan kami
ditangkap. Sebagai seorang ketua Den bertanggungjawab sepenuhnya
untuk mengawal keadaan supaya tidak menjadi lebih teruk lagi.
Kesimpulannya kami KO fasal terlebih tidur ! Sedangkan Den sendiri tak
sedar dan lena dibuai mimpi apa lagi yang Den nak harapkan daripada anak-
anak buah.Den pun teringat pantun Melayu masa tu “ kumbang jarak
kumbang jagung, sebab terlajak tidur jadi kami semua mesti tanggung ..!”
Dalam pada itu sempat juga Den teringat kata-kata Mat Lara..”kalau nak
kena pun bukannya malam tadi, di mana keadaan yang amat baik untuk
kami berehat dan tidur,” betul sangkaan Mat Lara bahawa malam itu kami
tidak kena apa-apa, tapi pagi itu kami kena beb !!!
Salah seorang daripada musuh yang memang Den kenali kerana Den pernah
bertugas di Skuadron X Ray sebelum ini, ialah Truper Ali, walau
bagaimanapun pada masa itu Den bernasib baik kerana Truper Ali tidak
begitu mengenali Den. Beliau telah mengarahkan kami semua untuk
185
menanggalkan pakaian kami dan hanya berseluar dalam. Seterusnya tangan
kami diikat ke belakang. Kami telah diarahkan untuk duduk melutut..adoi
mak sakitnya lutut, disebabkan trek tersebut mempunyai batu-batu kecil,
walau bagaimanapun kami tetap buat kerana kami takut untuk membantah.
Kami seterusnya telah diarahkan untuk membuat ‘side roll’36 di atas trek
tersebut dengan tangan yang terikat di belakang. Seksanya waktu tu, sebab
dengan keadaan tangan yang terikat, kami mempunyai masalah untuk
menggulingkan badan ke kiri atau ke kanan dan setiap pergerakan adalah
amat menyakitkan. Kemudian kami diarahkan untuk melutut sekali lagi.
Para musuh mula bertanya pelbagai soalan kepada kami .
Musoh 1 : “Siapa ketua kamu ? Siapa di antara kamu ini adalah siswa ?
Kami hanya diam dan tidak menjawab walaupun sepatah. Masa itu Den rasa
terharu juga sebab geng Den tidak ada seorang pun yang memberitahu
musuh bahawa Den adalah siswa. Musuh memang mencari siswa kerana
bagi mereka ini lah peluang untuk melanyak pegawai sebelum mereka
memakai bere hijau.Sebab bila sudah memakai bere hijau nanti, siswa-siswa
inilah yang akan melanyak mereka balik. Itu yang musuh berkehendakkan
sangat mengambil kesempatan terhadap siswa semasa kursus Asas
Komando. Sepanjang tempoh kursus, taraf kami sebagai pegawai tidak akan
diguna pakai langsung. Kami akan tetap dilayan sebagaimana anggota biasa
dan kami pun tidak akan dipanggil dengan gelaran Tuan oleh jurulatih
sebaliknya hanya memanggil kami sebagai Siswa.
M2 : (Pangkatnya truper (Prebet) : “Ok kau orang tak nak bagi tahu siapa
ketua kau, tak apa...sekarang buka mulut kamu semua...!!!!”
Sebelum latihan E&E bermula kami telah diberi taklimat bahawa sekiranya
kami ditangkap kami hanya boleh memberi tahu nama, no dan pangkat
kami sahaja kepada musuh: jika kami memberi maklumat lain berkaitan
dengan “operasi” (latihan kami) dan jika musuh membuat laporan, kami
boleh digugurkan dari mengikuti kursus. Memandangkan musuh tidak
36Mengguling badan sambil berbaring.
186
bertanya nama, no dan pangkat kami, maka sebab itu lah kami semua
berdiam diri.
Melihat keadaan kami semua yang tidak menjawab sebarang pertanyaan
yang diajukan kepada kami, salah seorang daripada musuh telah
mengarahkan kami untuk membuka mulut. Sebaik sahaja kami membuka
mulut, M1 telah menyumbat mulut kami dengan kepingan getah “segerap“
( susu getah yang telah beku di dalam mangkuk getah). Pada masa itu mulut
kami semua penuh dengan getah segerap dan kami tidak boleh untuk
bercakap atau berkata apa-apa, malah tak boleh nak senyum pun.Bau getah
tu...alahai malas nak diceritakan. Bagi mereka yang pernah menoreh getah
pasti akan faham dengan apa yang cuba diterangkan .
M3: “OK sekarang bagi tahu siapa nama kamu dan ke mana kamu nak
tuju?”
Dari riak mukanya dan pandangan matanya, Den berpendapat bahawa
soalan tersebut ditujukan kepada Den. Den cuba nak menjawab, dengan
mulut yang telah disumbat dengan getah segerap itu dan jawapan yang
terkeluar itu adalah :
“Nahmo saahyoooo Truepoorrr Nahhaaa Nohmommmborr sembihlang
kohong thee gooo..ommmpek duooo duooo .sotaaaahhapp” ( Nama saya
truper Naha..nombor 903422..staf ).
Pingggggg.....pipi Den berdesing terkena sedas penampar oleh M3. Masa itu
Den rasa nak tergelak pun ada bila mendengar suara Den tak ubah macam
suara orang mempunyai masalah kerosakan ‘peti suara’.
M3 pun berkata : “Aku tak faham apa kau cakap ....ulang sekali lagi....itu
pun kau tak boleh nak cakap ke ...?”
187
Den mengulangi sekali lagi, tapi bunyinya lebih kurang sama sahaja macam
tadi. Mana nak betul cakapnya sebab pada masa itu mulut Den sudah
penuh dengan getah beku yang berbau busuk ...!
Pingggg sekali lagi Den kena pelampang dan di ikut dengan tendangan side
kick, tergolek Den macam buah nangka jatuh. Selepas itu soalan yang sama
ditanya pada anggota tim yang lain. Dan jawapannya hampir semuanya
sama. Mereka juga turut merasai apa yang Den telah rasai. Masa itu Den
nak gelak pun ada bila mendengar mereka menjawab dengan mulut yang
penuh dengan getah segerap itu. Dan bagi pihak musuh pula, adegan itu
sungguh menghiburkan mereka selain ia membuatkan mereka gelak, ia juga
memberi alasan yang kukuh kepada mereka untuk melempang dan
memukul kami mengikut kemahuan mereka kerana kami tidak dapat
menjawab soalan yang telah mereka kemukakan.
Kira-kira...30 minit kemudian setelah puas kami di “perlakukan” oleh musuh
tadi, kelihatan tiga motor kapchai dan satu motor “scrambler” dan diikuti
dengan 1 x landrover datang ke lokasi kami ditahan itu. Mereka semua
adalah anggota-anggota musuh yang telah dipanggil tadi. Gelagat mereka
pada waktu itu tak ubah macam “red indian dapat senapang”....terjerit-
jerit...seolah-olah keseronokan kerana berpeluang untuk “memperlakukan
kami”. Riak air muka dan kata-kata mereka menggambarkan kegembiraan
dan kebanggaan kerana berjaya menangkap kami untuk pertama kalinya.
Pada masa itu Den merasa keresahan yang amat sangat. Apa taknya,Den
takut ada di antara mereka yang akan mengenali Den kerana sebelum
memasuki AK unit Den adalah dari Troop 3 , X:RAY Sqn 21 Kdo dan musuh-
musuh tersebut adalah dari unit yang sama. Keadaan ini bukanlah satu
advantage kepada Den walaupun mereka daripada unit yang sama, malah
mereka akan menjadi anak buah Den. Bagi mereka inilah peluang untuk
menghentam siswa sebelum siswa tersebut menghentam mereka pada hari
hadapan.Sebaik sahaja gerombolan serigala (musuh ) itu tiba, salah seorang
berkata kepada M3 :
188
“...Ishhhhh apalaa kau nie...tak baik buat di orang macam tu, kan getah
segerap tu kotor...suruh di orang tu keluarkan .”
M3, menjawab “Baik colour” ( Staf Sarjan di dalam Komando dipanggil
Colour ).
Lepas tu Colour tu kata.. “ laaa Siswa bla-bla..pun ada sama ke...?”
Bila Colour tu berkata demikian aje Den rasa kepala Den bagai nak pecah .
Alamak pecah tembelang kata hati Den.Tadi Den tak mengaku bahawa Den
adalah siswa, bila datang Si Colour Sepah nie, dia pecah rahsia lak...(Colour
Sepah ini adalah troop Sarjan Den di X-ray Sqn ,sebab dia kenal Den ).
Sebaik sahaja Colour tu berkata demikian. Den dapat rasakan serangan dan
tumbukan serta tamparan bertubi-tubi sampai kat muka, kepala dan juga
badan Den.Masa itu Den tidak boleh nak mengelak sebab sudahlah tangan
terikat, serangan pula datang dari pelbagai sudut dan arah.Den ingat kalau
letak Mr T pun pada masa itu mesti Mr T pun akan turut tumbang juga.
Selanjutnya, colour tadi telah mengarahkan supaya kami semua meluahkan
getah segerap yang masih berada pada mulut kami waktu itu. Pada saat ini
Den jangkakan bahawa nasib baik juga Colour Sepah ini ada, sekurang-
kurangnya, kami tidak dilayan seteruk tadi. Walau bagaimanapun sangkaan
Den meleset sama sekali. Sebaik sahaja kami meluahkan getah tersebut,
kami telah disuap dengan sesudu (sudu makan) cili api yang telah di
blender yang dibuat khas untuk POW macam kami. Mak
oiiiiiiipodeh,..sepodeh podehnyo [pedas se pedas-pedasnya].
Walaupun biasanya kalau setakat ikan sembilang masak lemak cili padi dan
asam pedas serta sambal tumis menjadi kegemaran dan Den boleh tahan,
tapi kali ini Den memang tak boleh tahan. Ini mungkin fasal faktor bahan
kimia yang ada pada getah segerap itu tadi memedaskan lagi cili padi yang
telah sememang nya telah pedas sejak azali lagi. Masa tu Den lihat mulut
semua anggota tim tercungap-cungap macam ikan kaloi terlepas di
daratan.Kembang kuncup mulut kami menahan kepedasan. Kami
189
seterusnya diarahkan untuk terjun di dalam parit kecil berhampiran trek
tersebut dan dibenarkan untuk minum air. Kedalaman parit itu adalah lebih
kurang sehingga ke paras buku lali kami sahaja. Bayangkan pada masa itu
tangan kami masih terikat lagi...agak-agaknya macam mana kami nak
minum air tersebut ?...Sebaik sahaja berada di dalam parit tersebut kami
mula “menyudu“ macam itik. Adohai...!!! air parit itu pula..ada macam-
macam rasanya, maklumlah lepas hujan air yang agak keruh.Den rasa
macam air tanah pun ada, macam air rumput pun ada tetapi walau apa jua
rasanya kami terus telan bagi meredakan kepedasan yang kami hadapi.
Selepas ini kami dijadikan ‘punching bag’ oleh golongan musuh yang berhati
serigala tersebut. Kami pun sudah tidak mampu untuk menjawab sebarang
persoalan yang diberi kerana belum soalan diajukan dan belum sempat
kami nak menjawab, kami sudah diberi habuan seperti sepakan, tendangan,
penampar dan diluku serta di pukul dengan kayu. Pendek kata kami menjadi
serba salah kerana walaupun kami menjawab, kami akan tetap dibelasah.
Azabnya tuhan sahaja yang tahu. Ada di antara kami yang cuba
bersandiwara dan berlakon seolah-olah tengah nazak menahan kesakitan
akibat dibelasah, malangnya sandiwara kami tidak menjadi, sebaliknya kami
dibelasah lebih teruk lagi. Akhirnya apa yang mampu kami buat ada hanya
bersuara dan meminta maaf kepada mereka,dan meminta ihsan dengan
berkata
“Ampun staf !, Maaf Staf,! Sakit Staf !’
Apa yang minta diampunkan atau minta dimaafkan Den pun tak pasti. Yang
pasti perkataan itu menghiburkan segerombolan musuh tersebut. Setelah
hampir dua jam kami ditawan akhirnya kami dilepaskan. Color Sepah,
sebelum pergi dari kawasan tersebut sempat berpesan kepada Den.
“Siswa, sekali lagi kau kena tangkap, jangan mimpi kau nak pakai bere
hijau.”
190
Kata-katanya lembut tapi membawa makna yang penuh mendalam. Setelah
musuh berlalu pergi, kami tidak bercakap sepatah pun antara satu sama
lain. Masing-masing terus mengenakan pakaian dan menunggu arahan
selanjutnya dari Den. Den seterusnya telah mengadakan satu “post
mortem” untuk mengenal pasti kelemahan kami sehingga tertangkap. Kata
Den :
“OK...Den tak mahu sesiapa pun dipersalahkan di dalam hal ini. Anggap ini
sebagai satu dugaan dan juga sebagai satu balasan tuhan ke atas kita
semua terhadap apa juga kesalahan yang telah kita lakukan semasa kursus
ini. FullStop.. No finger pointing !!..Ok !...”Kata Den .
“OK tuan.” jawab anggota Den hampir serentak.
Itu adalah post mortem yang paling pendek Denrasa dalam dunia, di mana
kata-kata pembukaan oleh pengerusi (Den) dan dituruti dengan kata-kata
penutup dengan menggunakan kuasa veto yang ada pada waktu tersebut.
Setelah berehat dan memulihkan tenaga yang hilang, kami pun bergerak
menuju ke CP ke 8. Dalam perjalanan Den berkata kepada Mat Bunga, satu
lagu Mat Bunga pun terus respons,
‘Bunga Tanjung.....cantik berseri...warnamu..indah....’
Waktu itu mode Den tidak sedap dan Den terus kata . TUKAR.!
Lagu seterusnya dari Mat Bunga ..Alleycats : ‘Andainya Aku Pergi Dulu.’
Lagu itu pun Den tidak ada mode nak mendengarnya, lalu Den petik jari dan
kata “Tukar !”
Mat Bunga terus mendendangkan lagu Sudirman, ‘Biarlah Sensara
KuTanggung Sendiri.....’
191
“Haahha..lagu ni sedap sikit...”kata hati Den dan arahkan Mat Bunga..”OK
kasi main sampai habis....”
Kami pun meneruskan perjalanan menuju ke CP 8 dengan tunduk dan
syahdu sambil mendengar lagu... Biarlah Sengsara Ku Tanggung Sendiri
yang disampaikan oleh Mat Bunga , kaset player bergerak tim kami.
192
[22]
KOMANDO MEREMPIT !
Kira-kira 5 jam kemudian kami sampai di Chek Point ke-8. Pada waktu itu
keadaan Den agak teruk dan ada di antara kami yang sudah mula berjalan
terenjut-enjut dan bersepah. Den mengalami pembengkakan melampau di
bahagian lutut. Sementara itu Mat Banting mengalami kepecahan dan
melecet yang agak melampau juga sehingga mereka terpaksa berjalan
menggunakan kasut shoalin (macam kasut kung fu tu ) begitu juga dengan si
Mat Kuyu yang mengalami "kepijaran" melampau di bahagian alat sulitnya
akibat dilumur dengan cili blender semasa kami ditawan ( Semua anggota
kami diperlakukan dengan perkara yang sama, tetapi, kami tidak lah seteruk
si Mat Kuyu..sebabnya syihhhh isu sensitif, tak boleh Den nak katakan di
sini.) Ketibaan kami di CP ini tidak lah seceria dan semegah mana jika
dibandingkan ketika kami melapur di CP-CP sebelum ini. Kami tidak
menjerit, kami tidak banyak bercakap .
Peristiwa kami di jadikan POW telah memberi kesan yang mendalam di
dalam tingkah laku kami. Kali ini kami lebih ‘berhemah’, tidak banyak
bercakap dan tidak bersembang ‘tinggi‘dengan tim-tim lain sebagaimana
yang lazimnya. Jurulatih di CP tempat kami melapur pun mentertawakan
kami bila mereka mengetahui bahawa tim Den telah ditangkap oleh musuh.
Rasa-rasanya hilang 'macho" dan tergugat kredibiliti kami pada waktu
193
tersebut sebagai tim 'the slickers’...sebab kejayaan kami sebelum ini di
mana berjaya mengelak dari ditangkap oleh pihak musuh sehingga ke CP ke-
7. Tim Den tidak banyak menceritakan kepada rakan-rakan yang lain
tentang butiran peristiwa bagaimana kami dijadikan tawanan oleh musuh
dan apa yang telah kami lalui semasa tempoh tersebut. Bagi kami , biarlah
peristiwa tersebut menjadi pengalaman ngeri bagi kami dan biarlah derita
kami tanggung sendiri.
Selepas melapur dan mendapat taklimat daripada jurulatih berkaitan
dengan pergerakan ke CP 9, kami telah berkumpul dan seperti biasa
berbincang bagaimana kami nak melaksanakan pergerakan seterusnya.
Semasa ini, walaupun belum memberi sebarang kata pembukaan, kelihatan
air muka semua anggota tim terpancar dengan sinar kejernihan dan
senyuman,lebih-lebih lagi muka si Mat Lara. Den tahu dan sudah dapat
membaca hati mereka, bahawa mereka ingat Den akan bersetuju dengan
"rancangan tidak rasmi" yang telah dibuat, dibincangkan dan diperdebatkan
semasa perjalanan ke CP 8 selepas kami dilepaskan daripada tawanan
musuh. Rancangan tidak rasminya, kami akan mendapatkan bantuan pada
peringkat ini memandangkan kami mempunyai alasan yang kukuh untuk
berbuat demikian. Pada masa itu memang belum ada sebarang kata putus
mahupun arahan yang dikeluarkan oleh Den tentang langkah yang harus
diambil bagi mengharungi CP 8 dan seterusnya. Setelah berfikir secara
mendalam, terdapat beberapa alasan dan justifikasi yang kuat pada waktu
tersebut untuk kami menggunakan khidmat agen untuk pergerakan
seterusnya. Keputusan Den untuk berbuat demikian adalah berdasarkan
kepada faktor-faktor berikut:
a. 3 dari anggota tim kami mengalami "kecederaan melampau" yang
boleh menjejaskan peluang kami untuk sampai pada waktu yang
telah ditetapkan.
b. Memandangkan hanya dua CP sahaja yang tinggal ( CP 9 dan 10)
Den menjangkakan bahawa musuh akan lebih tertumpu di
kawasan yang agak kecil. Dengan kepadatan tim-tim dan bilangan
194
musuh yang boleh di diletakkan di dalam kawasan itu,
kemungkinan besar untuk ditangkap sekali lagi adalah tinggi. Dan
pada masa itu Den risau dengan ingatan tulus ikhlas dari colour
Sepah " tangkap sekali lagi..turun skot!”dan Den tak memandang
mudah perkara itu. Jadi adalah lebih baik menggunakan
perkhidmatan agen kerana jika kami ditangkap dan dibelasah
sekali lagi, sekurang-kurangnya masa dan tenaga kami tidaklah
membazir begitu sahaja. Dan dengan menggunakan khidmat
agen, kalau kena turun skotpun kami tetap akan berpuas hati.
Senario ini adalah lebih baik jika kami meneruskan perjalanan
tanpa sebarang bantuan daripada agen dan kami ditangkap,
kerana kami akan tetap juga diturunkan skot.
c. Tim kami telah berada di kawasan yang mana kami boleh
mendapat bantuan agen yang boleh memudahkan pergerakan
kami. Peluang ini hendaklah digunakan dengan sewajarnya.
Sekurang-kurangnya kami boleh mengaplikasikan pelajaran untuk
"contact agent " yang telah kami pelajari.
d. Dan alasan yang terakhir dan Den sendiri sahaja yang
memikirkannya adalah "terdapat kemungkinan besar yang Den
akan digagalkan di dalam AK ini, kerana Den adalah antara dua
siswa yang tinggal. Sam adalah veteran manakala Den adalah
novis (kali pertama) jadi kebarangkalian tinggi yang Den akan
digugurkan. Semangat Den agak lemah pada waktu bila
teringatkan "trend" ini. Den mengambil keputusan untuk
menggunakan perkhidmatan agen untuk dua CP terakhir.
Berdasarkan kepada sebab musabab di atas tadi, Den telah memperincikan
lagi rancangan pergerakan untuk ke CP 9 sebagaimana yang telah
dibincangkan semasa pergerakan ke CP 8 selepas ditawan musuh.
Rancangan amat mudah . Kami akan berhenti di satu RV (Rendezvous Point)
(Titik Pertemuan) yang difikirkan selamat dan sesuai. Dari situ, Mat Lara
secara solo akan bergerak ke kawasan perkampungan berhampiran untuk
195
meminta bantuan dari segi pakaian dan pengangkutan. Selepas menukar
pakaian awam Mat Lara secara solo dikehendaki bergerak ke kampungnya,
tidak jauh dari kawasan itu, sementara kami menunggu beliau di RV tadi
untuk mendapatkan kenderaan dari keluarganya untuk mengambil kami
dan membawa kerumah beliau. Dari sana kami akan menaiki kenderaan lagi
dan bergerak menuju ke CP 9. Sekiranya rancangan in berjaya, prosedur
yang sama juga akan dilaksanakan di selepas CP 9 untuk CP 10 (penamat).
Senang, ringkas dan padat rancangan kami. Sama ada ia berjaya atau tidak
kami serahkan nasib kami pada Allah.
Kira-kira 5km dari CP 8, kami pun mencari satu tempat yang paling strategik
untuk dijadikan RV. Tempat tersebut juga mesti membolehkan kami
membuat pemantauan sekeliling dari jalan raya utama dan juga trek yang
menghampiri kawasan kami. Sebaik sahaja kami tiba di RV tersebut, Den
dan Mat Bunga, telah membuat tinjauan kawasan (recce) bagi memastikan
kesesuaian tempat tersebut untuk dijadikan RV dan juga kami nak
menetapkan RV alternatif (RV ini digunakan jika musuh telah mengetahui
kedudukan kami mesti beredar dan berkumpul semula di RV Alternatif)
Sementara itu Mat Lara sedang sibuk membuat persiapan untuk
penyusupan keluar dari kawasan tersebut untuk melaksanakan operasi sulit
dan penting .
Setelah semuanya selesai, Den telah mengarahkan Mat Lara memberi
taklimat semula tentang apa yang harus dia lakukan di dalam operasi sulit
itu. Mat Lara memberi taklimat dengan jelas dan penuh yakin. Kemudian
Den "test" dia dengan pelbagai soalan "Tindakan Serta Merta (TSM)"
tentang apa yang harus dilakukan kalau timbul sesuatu situasi itu, seperti
jika dia terserempak dengan musuh, jika dia kembali ke RV dan dapati kami
tiada di situ dan sebagainya. Selepas berpuas hati dengan penerangan Mat
Lara,Den pun melepaskan beliau pergi dengan doa semoga berjaya! Mat
Lara pun bergerak dengan hanya memakai seluar loreng, t-shirt loreng dan
kasut Kung Fu menuju ke kampung terdekat.Apa yang berlaku sepanjang
masa operasi Mat Lara, kami tak tahu.
196
Malam itu Den tidur dalam keadaan ‘tidur-tidur ayam'sahaja. Ini bukan
kerana takut kepada musuh yang mungkin menghampiri kami pada malam
itu, tetapi kerana asyik memikirkan apakah yang berlaku pada Mat
Lara.Berjaya ke dia untuk sampai ke kampungnya? Adakah dia ditangkap
musuh dan sebagainya. Pada waktu itu, kami memang sudah bersedia jika
kami ketahui kehadiran musuh. Kami sudah tahu bagaimana hendak
bertindak dan ke mana hendak dituju, jika kedudukan kami diketahui
musuh. Kali ini kami lebih bersedia dan bagi memastikan kami benar-benar
bersedia, Den telah memasangkan beberapa trip flare dan juga rintangan
tali yang diikat dengan water bottle yang boleh menghasilkan bunyi jika
dilanggar oleh sesuatu objek. Sambil berbaring kami berborak dan
bersembang. Sesekali Den menyuruh Mat Bunga mendendangkan lagu.
Bezanya kali ini dia menyanyi secara berbisik, lain pula suara masa Mat
Bunga bila menyanyi lagu sambil berbisik..(meremang bulu tengkuk Den
masa tu..lain macam rasanya.) Den pula masa itu antara dengar dan tak
dengar saja.Bila Den terlelap, tak pula dapat dipastikan. Tiba-tiba, Den
dikejut oleh Mat Bunga,
" Tuan bangun, Mat Lara sampai .."
Bila terdengar sahaja nama Mat Lara, Den bingkas bangun sepantas kilat.
Mat Lara menghampiri Den dan berkata :
“OK tuan kita boleh bergerak sekarang, saya datang dengan tiga kawan
saya bersama 4 buah moto kap chai. Kita boleh naik moto ke rumah saya.
Mula-mula saya ingat nak membawa lori atau van, tapi saya rasa tak
selamat tuan, sebab saya dengar polis ada buat road block,..dan saya takut
musuh ada bersama polis..itu pasal saya bawa moto aje ."
Selepas itu Den bertanya kepada beliau :
“OK, apa pelan pergerakan ke sana ?”.
197
Mat Lara : “Setiap orang akan menaiki moto tuan, saya ada bawa beberapa
baju civis untuk geng kita pakai, dan saya bawa juga dua beg, untuk kita
‘dismantle‘ senjata kita dan masukkan ke dalam beg tersebut : pack
terpaksa kita letak antara penunggang dan pembonceng".
Den :“Wah pandai kau yo Lara, kau dah fikirkan benda-benda tu
semua...Ok, bagi Den 5 minit.”
Den pun mengarahkan Mat Banting dan Mat Kuyu untuk membuka pagar
water bottle tadi, sementara Den dan Mat Bunga, membuka 2 trip flare
yang telah dipasang.Setelah semuanya bersiap, Den menyuruh Mat Lara
memanggil kawan-kawan dia yang menunggu tidak jauh dari situ. Setelah
berkenalan, Den pun mula memberi taklimat pergerakan. Den difahamkan
jarak dari lokasi tersebut ke rumah Mat Lara adalah kira-kira 30 km. Den
maklumkan kepada semua "riders" bahawa:
a. Pergerakan mereka adalah bebas, dan tidak boleh secara
berkumpulan, siapa boleh sampai dulu lagi bagus.
b. Keduanya jika ditahan oleh askar atau orang berpakaian awam
semasa dalam perjalanan, jangan berhenti, ..rempppp..itt..Den
arahkan mereka untuk gunakan segala skil merempit yang ada
pada mereka asalkan tidak ditahan dan teruskan perjalanan
kecuali kalau road blok dan polis beruniform ada bersama.
Pandai-pandailah bagi alibi dan cari jalan nak melepaskan diri.
c. Kalau ditahan atau ditangkap,jangan maklumkan ke mana dan
apa tujuan kami, selepas ditawan dikehendaki bergerak ke RV
alternatif (sebuah masjid 7 km dari rumah Mat Lara) dan
bukannya terus ke rumah Mat Lara. Setelah 2 jam di RV
alternatif baru bergerak ke rumah Mat Lara. Ini bagi
mengelakkan daripada musuh untuk mengesan di mana
sebenarnya kami.
198
d. Kalau boleh elakkan dari berhenti dimana-mana tempat kecuali
keadaan terpaksa, kalau tidak terus bergerak ke rumah Mat
Lara. Den juga arahkan pergerakan akan berselang 5 minit setiap
satu motor dengan moto yang lain dan Den akan bergerak
dahulu diikuti, Mat Kuyu, Mat Bunga, Mat Banting .
Setelah selesai memberi taklimat pada semua‘riders’, kami menukar
pakaian kami, senjata di ‘dismantle’ dan dimasukkan ke dalam beg. Malam
tu Denme makai kain pelikat dan baju Melayu Johor.Di garisan permulaan,
Den menaiki moto yang dipandu oleh Mat Lara.Setelah semuanya siap,
pada malam tu, Den pun bergerak sebagai peserta rempit
pertama....vrooommm..vrommmm..kapchai Mat Lara mengaum dan
meninggalkan RV tersebut....Kami merempit tak ubah macam‘crazy frog’
malam tu......
Kira-kira 45 minit kemudian Den sampai di rumah Mat Lara. Kami berhenti
di bahagian dapur rumah dia dan seterusnya Den berjumpa dan berkenalan
dengan Mak dan Bapak Mat Lara. Ibu Mat Lara mengajak Den untuk masuk
ke rumah. Mula-mula hajat hendak masuk itu ada juga, tetapi bila melihat
reaksi adik perempuan Mat Lara yang pada waktu itu ada di belakang
ibunya, sedang menutup mulut, Den jadi segan dan pada waktu Den terfikir,
mungkin adik Mat Lara menutup mulut kerana, tidak tahan dengan bau
badan Den. Den pun membatalkan niat untuk masuk ke rumah tersebut,
sebaliknya Den katakan yang Den nak duduk kat luar dahulu ( di belakang
rumah ) kerana nak menunggu kawan-kawan yang lain. Mak Mat Lara ,
macam faham dan seolah-olah dapat membaca hati Den. Dia menghulurkan
secawan kopi panas untuk Den. Sambil menunggu kawan-kawan yang lain,
Den bersembang dengan ayah Mat Lara dan menghisap rokok “gudang
garam” pemberian ayah Mat Lara. Masa itu kepala Den pening, disebabkan
Den sudah lama tidak merokok dan memang tidak boleh hisap rokok
keretek itu, tapi pasal hendak jaga hati ayah Mat Lara, Den teruskan juga
menghisap rokok tersebut.
199
Kira-kira 30 minit kemudian, semua riders selamat sampai di destinasi yang
dituju. Kami bernasib baik kerana semasa perjalanan kami tidak
menghadapi sebarang halangan. Sebaik sahaja semua sampai, Mat Lara
+mengajak kami memasuki rumah beliau kerana, ibunya telah menyediakan
makanan. Setelah berfikir seketika, Den maklumkan kepada Mat Lara,
bahawa Den berasa tidak selesa untuk masuk dan makan di dalam rumah
kerana keadaan kami yang agak kotor, berbau dan kami tidak mahu
menimbulkan suasana yang tidak selesa kepada keluarga Mat Lara. Walau
bagaimanapun Mak dan ayah Mat Lara , berkeras mahukan kami makan di
dalam rumah dan katanya makanan sudah siap terhidang. Den seterusnya
memohon maaf kepada mereka kerana Den tidak sampai hati hendak
masuk ke dalam rumah mereka dengan keadaan kami pada waktu itu. Den
percaya kalau kami buka kasut aje, nescaya akan hilang selera makan kami
pada waktu itu. Akhirnya Mak dan ayah Mat Lara mengalah dan
mengarahkan agarMat Lara membentangkan tikar di belakang rumah di
malam buta itu untuk kami bersantap.
Setelah tikar di bentang, lauk dihidangkan, Mat Lara memasang beberapa
batang lilin untuk menerangi kawasan tersebut. Lauk yang dihidangkan
pada malam itu kalau tak silap Den adalah kari ayam, sambal tumis sotong,
sayur sawi goreng ikan bilis dan telur dadar. Kami menyantap dengan
begitu selesa sekali malam itu sambil diterangi dengan lampu lilin. Sambil
makan Den berseloroh dan berkata :
“Wah..senang banyak kita malam nie, dah lah tak payah berjalan, boleh
buat ‘candle ligth dinner’ (CLD) lagi.”
Anggota yang lain tidak ambil kisah dengan kata-kata itu, Cuma Mat Kuyu
saja yang bersuara.
“ Tuan ‘candle ligth dinner’ tu apa ?”
Bila mendengar pertanyaan Mat Kuyu tu, Den tersenyum sendirian dan
berkata “
200