lagu di mana hanya kedengaran perkataan....Dooooo..........Dooo
...Doo...sahaja. Entah mana hilangnya perkataan KOMAN,hanya tuhan saja
yang tahu. Yang pastinya kami semua tengah penat dan lelah. Kami tidak
berani untuk berhenti berjalan, kerana ada jurulatih yang sentiasa
mengekori kami. Jika ada di antara kami yang ditangkap berjalan kami akan
mendapat habuannya ia itu di pukul dengan kayu dan kami dihambat tidak
ubah seperti seekor keldai yang sarat dengan muatan.
Keadaan cuaca yang amat panas dan tiupan angin persisiran pantai yang
panas menambahkan lagi azab kami. Boleh dikatakan di sepanjang
perjalanan kami terpaksa melalui jalan tarmac yang semakin panas di
bawah sinaran matahari. Dalam pada itu tiada sebarang pokok yang berada
di sepanjang perjalanan yang boleh kami gunakan sebagai tempat berteduh
daripada kepanasan pancaran cahaya matahari. Kira-kira setelah 5 batu
perjalanan, keadaan kumpulan kami menjadi bertambah teruk dan
kebanyakan anggota sudah berpecah dan tidak berlari di dalam satu
kumpulan lagi. Keadaan ini membuat Sarjan Misai [Jurulatih Kanan] yang
berada bersama kumpulan kami menjadi marah. Bila anggota sudah tidak
boleh berjalan di dalam kumpulan dan mereka telah mula berpecah, yang
menjadi sasaran kemarahan Sarjan Misai adalah siswa-siswa [Pegawai yang
mengikuti kursus]. Kami akan dimarahi, dimaki dan akan dipukul serta diberi
pelbagai hukuman lain kerana sebagai ketua kami dianggap gagal untuk
mengawal anggota di dalam kumpulan kami .
Bagi mengatasi masalah anggota yang suka tercicir dan terkeluar daripada
kumpulan Den telah memperkenalkan satu peraturan baru. Mana-mana
anggota yang lemah disuruh berada di barisan hadapan dan yang kuat
berada di barisan belakang. Di dalam perjalanan semua anggota di
kehendaki memegang bahagian belakang pack anggota yang berada di
hadapan. Sekiranya mereka tidak memegang seperti mana yang telah
diarahkan kepala mereka akan diluku. Denjuga memberi arahan supaya
orang sebelah boleh meluku mana-mana anggota yang bersebelahan yang
gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan.
101
Peraturan yang kami lakukan itu telah berjaya mengatasi masalah keciciran
anggota semasa perjalanan. Semua anggota di dalam kumpulan Den berjaya
berjalan di dalam satu kumpul. Walau bagaimanapun, tindakan tersebut
menyebabkan pergerakan kumpulan Den agak lambat. Tetapi kebaikannya ,
walaupun kami lambat kami tetap bergerak di dalam satu kumpulan.
Akhirnya kami sampai juga ke garisan penamat di dalam satu kumpulan
walaupun di dalam keadaan yang terhuyung hayang.Tindakan Den itu
mendapat pujian dari Sarjan Misai. Menurutnya kerjasama di dalam satu
kumpulan adalah penting dan sangat diutamakan di dalam komando. Tidak
guna ada di antara kumpulan yang sampai dahulu tetapi mempunyai
anggota yang tercicir dan tertinggal di bahagian belakang.
Pada waktu senja selepas kami menamatkan larian tersebut, kami pun
berangkat balik ke kem. Selepas makan malam, kami telah diarahkan untuk
berkumpul semula. Pada masa ini, jurulatih telah memberi taklimat
tambahan berkaitan peraturan kursus dan sebagainya. Taklimat yang akhir
diberi sebelum kami dibenarkan tidur adalah berkaitan dengan tempat tidur
kami. Kami telah diarahkan untuk membuat basha sendiri (khemah dengan
menggunakan poncho) dalam masa 5 minit selepas mendapat arahan untuk
tidur. Sebaik sahaja arahan diberi, kami pun berlari kesatu sudut di mana
terdapat kayu-kayu yang telah dikumpulkan. Kemudiannya kami pacakkan
kayu tersebut untuk dijadikan basha di batas-batas yang pada petang tadi
kawan Den sangka sebagai batas tapak semaian. Mana-mana anggota yang
tidak sempat menyiapkan basha termasuk Den dalam masa yang ditetapkan
telah dipanggil oleh jurulatih. Kami telah direndam di dalam kolam
kumbahan yang berhampiran. Selepas basah kuyup dan berbau yang tidak
menyenangkan, kami disuruh membuat senaman tambahan. Kira-kira sejam
kemudian baru kami dibenarkan untuk membuat basha untuk tidur.
Malam itu Den tidur dengan memakai baju yang basah dan berbau yang
tidak berapa menyenangkan. Sebenarnya kami bukan tidak ada pakaian
'simpanan' cuma kami berpendapat bahawa ia memang tidak sesuai untuk
digunakan pada waktu itu. Ini disebabkan jika kami menukar dengan
memakai pakaian kering kami takut terdapat kemungkinan yang kami akan
102
direndam sekali lagi, jika ada sebarang kesalahan yang dilakukan oleh
pengawal bertugas. Selain dari itu kami tidak boleh menjemur pakaian
basah dengan sewenang-wenangnya di kawasan kem dan biasanya pakaian
basah akan disimpan di dalampack dan ini akan menyebabkan pack kami
akan turut basah. Adalah menjadi satu peraturan penting di mana kami
mesti menentukan bahawa pack kami sentiasa dikemaskan dan bersedia
untuk bergerak pada bila-bila masa sahaja. Oleh sebab itu suka atau tidak,
pada malam itu, Den tidur juga dengan pakaian yang basah, hatta kasut pun
tidak dibuka, namun begitu ia tidak sedikit pun menghalang Den dari
menikmati tidur yang lena. Walau bagaimanapun amat baru rasanya
menghayati kenikmatan tidur, tiba-tiba terdengarjeritan:
"Bangun..bangun, Woit basik (merujuk kepada kami) bangun dan baris
segera."
Arahan itu dikuti dengan bunyi tembakan senjata M16 yang menggunakan
peluru kapur dan juga bunyi tiupan wisel yang bertalu-talu. Den sempat
melihat jam tangan yang pada masa itu masa menunjukkan jam 0220
pagi.Opsss rasa-rasa baru sekejap tadi melelapkan mata, kalau ikut kiraan
tidak sampai pun 45 minit. Den pun bergegas bangun dan mengemas basha
dan seterusnya berlari menuju ke tempat perhimpunan. Kira-kira sepuluh
minit selepas daripada tembakan pertama tadi, semua anggota AK telah
siap berbaris bersama pack dan senjata masing-masing. Dalam hati mulalah
membayangkan yang bukan-bukan. Apa pula yang bakal kami terima lepas
ini.
Sebaik sahaja semua anggota telah siap berbaris, Sarjan Misai pun mula
memberi ceramah. Soalan pertama yang terkeluar dari mulutnya adalah:
"Kamu tahu kenapa kamu semua dikejutkan ?”
Kami menjawab hampir serentak “Tidak Staf !”sehingga hilang kesunyian
malam itu. Sarjan Misai terus memandang tepat ke arahan
Densambiltangannya mencekak pinggang dan berkata:
103
"Sebabnya pengawal yang bertugas tidur semasa mengawal. Oleh sebab itu
kamu semua akan dihukum."
"Pulak dah...apa hal lak kami yang lain kena sedangkan yang bersalah
adalah guard tadi.”kata hati Den.
Sarjan Misai seterusnya mengarahkan kami untuk masuk ke kolam yang
dikenali sebagai "lubang beruang", lebih kurang macam tempat kerbau
mandi lumpur. Baunya jangan cerita. Bayankanlah kolam yang berukuran 5
x 6 kaki tu dimasuki oleh lebih kurang 180 orang! Meriah sungguh suasana
malam itu, sambil bertolak-tolakkan dan berpusu-pusu semua berebut-
rebut untuk memasuki ke dalam kolam tersebut. Sesiapa yang lambat akan
mendapat habuan. Nasib baik kedalaman kolam itu lebih kurang 3 kaki aje,
kalau tidak mungkin ada yang mati lemas disebabkan bertolak-tolak dan
berasak-asak semasa memasuki kolam tersebut. Setelah kira-kira 30 minit
Sarjan Misai mengarahkan kami keluar dan mana-mana anggota yang tidak
basah sampai hujung kepala diarah untuk masuk semula ke dalam kolam
untuk membasahkan keseluruhan tubuh badan dengan air kolam tersebut.
Setelah selesai upacara tersebut, Sarjan Misai dan Prebet Nasi Tambah
[PNT] mula memberi syarahan panjang lebar tentang tugas-tugas seorang
senteri (pengawal) dan kepentingannya. Kebanyakan daripada kami tunduk
dan diam seolah-olah insaf dan memberi perhatian terhadap khutbah yang
disampaikan. Sebenarnya kebanyakan daripada kami pada masa itu adalah
sedang tidur sambil berdiri. Hairan juga bila difikirkan semula, dalam
keadaan basah kuyup dan berbau yang tidak menyenangkan kami masih
boleh tidur lagi. Bagi kami pada masa tersebut "sekelip mata ada tidur.
"Gelagat kami yang tidur semasa berdiri itu telah dikesan oleh PNT, apa lagi
pada masa itu Den dapat melihat jelas rakan-rakan diketuk dan diluku oleh
PNT. Luku meluku adalah satu hukuman spontan di dalam latihan kami pada
waktu itu.
104
Sarjan Misai menjadi marah bila dia mengetahui ramai daripada AK yang
boleh tidur semasa beliau berkhutbah. Kami telah diarahkan untuk berbaris
di kawasan ‘basket ball court' yang pada waktu itu hanya diterangi oleh dua
lampu kalimantang. Kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan, yang
mana satu kumpulan terdiri dari hampir 80 orang. Kumpulan Den telah
diarahkan untuk membuka baju. Dalam hati Den tertanya-tanya apa pula si
Misai nie nak buat kali ini. Rupa-rupanya kami dikehendaki bermain
"futsal".Den tidak dapat hendak membayangkan pada masa tersebut,
bagaimana bunyi bising dan jeritan yang dihasilkan oleh AK semasa bermain
futsal dengan menggunakan bola khas iaitu "kelapa komeng". Sakit badan
dibuatnya. Sudah lah tempat itu kecil dan sesak, mana-mana AK yang keluar
dari kawasan basketball court tersebut akan disebat dengan pelepah kelapa
oleh PNT yang berada di situ. Sesiapa yang duduk berlegar dan tidak turut
bermain di dalam di dalam court tersebut akan kena belasah juga. Suka atau
tidak, kami akan berkerumun di mana kelapa komeng itu berada seperti
semut mengerumuni gula dan kami saling tendang-menendang antara satu
sama lain untuk memastikan permainan tersebut berterusan dan
memastikan kami tidak dibelasah dengan pelepah kelapa.
Lepas 30 minit baru lah permainan tersebut dihentikan. Keadaan kami pada
masa itu memang berasa teramat letih di tahapmaksima. Tiada sebarang
gol yang dapat dijaringkan, yang dapat diperhatikan adalah ramai di antara
kami yang mengalami bengkak-bengkak di bahagian kaki dan badan.
Maklumlah kasut yang kami pakai pula jenis ‘spike boot’, kalau kena sedas
memang lebam. Permanian futsal yang sebegitu adalah merupakan satu
permainan yang sering dimainkan oleh anggota AK terutamanya pada
waktu dini hari. Bezanya bola yang digunakan akan berubah mengikut cita
rasa jurulatih. Ada yang menggunakan mes tin, ada yang menggunakan
water bottle dan ada yang menggunakan kelapa komeng atau kelapa
hijau...itu kira ok juga kerana kami pernah juga menggunakan tin biskut
yang besar..lagi haru dibuat nya.
Kira-kira pada jam 4 pagi barulah kami dilepaskan untuk tidur, di mana
prosedur yang sama juga dikenakan, iaitu siapkan basha dalam masa 5 minit
105
dan pada minit ke-6 tiada lagi pergerakan mahupun sebarang suara. Pada
masa itu Den tidak pernah terfikir bahawa permainan yang baru Den tahu
itu, menjadi terkenal pada masa kini menjadi sukan kegemaran remaja dan
dikenali sebagi futsal.
Begitulah rutin kami pada sepanjang tempuh peringkat kem. Pada waktu
siang kami akan sibuk dengan kelas dan latihan yang telah dirancang.
Sepanjang peringkat kem, perkara yang menjadi keperluan utama kepada
semua peserta kursus adalah untuk mendapatkan makanan dan tidur yang
secukupnya. Walau bagaimanapun pada hakikatnya kedua-dua perkara
itulah yang paling sukar untuk kami nikmati. Walaupun kami diberi makan 6
kali sehari, ia sebenarnya tidak mencukupi kerana, pada hakikatnya
makanan yang dibekalkan adalah terhad dan biasanya kami memang tiada
berpeluang untuk mendapat lebih makanan. Biasanya proses pembahagian
makanan akan dibuat dengan cara yang amat ketat sekali. Semasa waktu
makan, anggota dikehendaki beratur dengan ‘mes tin’ dan ‘water cup’
masing-masing. Anggota yang ditugaskan membahagikan makanan akan
dipantau sepanjang masa dan kerja ini biasanya diberikan kepada siswa.
[Pegawai yang mengikuti kursus Ak dikenali sebagai Siswa]
Selepas anggota yang berbaris makanan, mereka dikehendaki menunggu
sehingga semua anggota selesai mengambil makanan masing-
masing,sebelum dibenarkan makan. Dan jika pada masa itu ada anggota
yang tidak memperoleh ayam,atau daging atau mana-mana lauk sama
seperti semua anggota lain biasanya siswa dan anggota yang ditugaskan
memberi makanan akan dipersalahkan dan dikenakan denda. Perkara ini
memang selalu terjadi kerana biasanya rumah masak akan hanya
membekalkan jumlah lauk mengikut bilangan anggota kursus yang ada. Dan
sudah menjadi kebiasaan, ada lauk atau makanan yang dibawa itu akan
hilang semasa di dalam perjalanan. Bagi mengatasi masalah ini, siswa
biasanya akan berkorban dengan memberikan bahagian mereka kepada
mereka yang tidak dapat makanan yang sepatutnya. Selain dari itu, usaha
yang selalu dibuat bagi mengatasi masalah ini adalah dengan membuat
pemantauan rapi semasa proses pengagihan makanan dilaksanakan.
106
Perkara ini dilaksanakan di mana Den akan, berdiri dan memegang sebatang
kayu di tempat anggota mengambil makanan.Pada masa itu arahan akan
diberikan supaya anggota yang ditugaskan untuk memberi makanan tidak
boleh pandang muka anggota yang sedang mengambil makanan.Begitu juga
sebaliknya. Ini adalah kerana untuk mengelakkan mereka berdua [si
pemberi dan pengambil] berkomunikasi dengan apa jua cara sekalipun
hatta dilarang mengenyitkan mata. Jika ada di antara anggota tersebut
[pemberi dan penerima] berkomunikasi sama ada dengan cara berbisik,
menggunakan mata dan sebagainya, maka kepala mereka akan diketuk
Pendekatan itu berjaya mengurangkan masalah tidak cukup bekalan
makanan terutamanya apabila menunya lauk ayam atau ikan.
Biasanya jika siswa yangbertugas itu adalah Den, maka yang pastinya,
diakhir sesi pengagihan makanan tersebut ada kepala anggota yang
ditugaskan memberikan makanan bengkak akibat diketuk. Bayangkanlah
kalau dia mengangka tmuka untuk melihat anggota yang menghulurkan mes
tin, itu maka kepalanya akan diketuk dan jika ada 180 anggota yang
mengambil makanan agak-agaknya berapa kali kepala anggota yang
memberi makanan itu akan diketuk sehingga berakhirnya sesi pengagihan
makanan tersebut. Tindakan yang diambil itu agak kejam bunyinya, tetapi ia
cukup berkesan dan mengurangkan masalah ketidakcukupan makanan.
Masa itu Den berpegang teguh kepada pepatah Inggeris ‘We have to be
cruel in order to be kind !’
Selain dari itu masalah kelaparan yang melampau yang dialami oleh
kebanyakan anggota ada kalnya berpunca daripada tindakan jurulatih
sendiri. Biasanya di dalam satu minggu sekurang-kurang 4 ke 5 kali kami
terpaksa memakan makanan kami di dalam keadaan tergesa-gesa. Tindakan
yang biasa dibuat oleh jurulatih adalah dengan mengarahkan kami semua
bergerak masuk ke laut dengan tangan kanan memegang ‘mes tin’ yang
berisi nasi dan lauk dan tangan kiri memegang ‘water cup’ yang berisi air
minuman kami. Kami akan diarahkan berendam hingga air laut berada di
paras dada. Pada masa itu , jurulatih akan memberi arahan bahawa, bunyi
wisel pertama adalah untuk mula menjamah makanan kami, bunyi wisel
107
kedua adalah untuk kami merendamkan diri sehingga tidak kelihatan kepala
dan pada wisel ketiga kami dikehendaki mengangkat ‘mes tin‘ dan ‘water
cup’ yang pada waktu itu makanan dan minuman tadi ‘dibasuh’ dengan
menggunakan air laut. Selang masa antara satu tiupan dengan tiupan
selanjutnya ialah tidak lebih 1 minit.
Apa bila tiupan wisel pertama dibunyikan, iaitu isyarat untuk kami mula
menjamah makanan, kami menghadapi masalah kerana, satu tangan
memegang ‘mes tin’ yang berisi makanan dan satu tangan lagi memegang
‘water cup’ berisi minuman. Apa yang biasa dilakukan semasa tiupan
pertama dibunyikan, ialah meminum air di dalam ‘water cup’ itu dahulu
selepas itu, ‘water cup’ tersebut akan dikepitkan di celah paha yang berada
di dalam air, kemudian dengan pantas Den akan makan makanan yangada
di dalam ‘mess tin’‘ seperti orang yang amat kelaparan dengan menyuapkan
makanan tersebut secara bertalu-talu. Sebaik sahaja tiupan wisel kedua
dibunyikan biasanya kami tidak akan sempat menghabiskan makanan
tersebut, kami terpaksa menyelam dan membasuh peralatan kami dengan
air laut dan bila tiupan wisel ketiga dibunyikan, kami akan bergerak ke
pantai sambil menunjukkan kepada jurulatih bahawa mess tin dan water
cup kami telah dibersihkan.
Semasa itu sebenarnya selera makan memang sudah tidak ada lagi kerana
makanan kami biasanya sudah bercampur dengan air laut. Tetapi demi
kesinambungan hidup, kami akan telan juga kerana kalau tidak kami akan
kebuluran. Bila kami kebuluran dan tidak berdaya untuk melaksanakan
latihan, biasanya kami akan dikeluarkan daripada kursus atas tiket masalah
kesihatan .
[13]
108
TARZAN COURSE .
Setiap pagi semua anggota AK akan bangun pagi dalam pukul 5 pagi. Setelah
siap mengemas basha kami, kami akan berbaris untuk membuat 'area
cleaning'. Ada kumpulan yang diarahkan untuk mengambil minuman pagi di
‘cook house’ yang terletak kira-kira 3 km dari Kem Betutu. Kumpulan
tersebut akan berjalan kaki dan membawa 'container' yang akan digunakan
untuk membawa makanan bagi 180 anggota. Den selalu 'volunteer’untuk
mengikuti kumpulan ini, tetapi biasanya 'siswa' tidak akan dipilih.
Perjalanan untuk mengambil ration minuman pagi itu agak jauh dan agak
membebankan kerana kumpulan tersebut akan mengangkat makanan dan
minuman dengan berjalan kaki. Walau bagaimanapun pada hakikat
sebenarnya ia adalah berbaloi. Ini adalah kerana pada masa tersebut tim itu
akan berpeluang untuk mendapat makanan lebih dengan membawa balik
saki-baki makanan yang lebih dari 'cook house'. Makanan lebihan itu boleh
diperoleh dengan meminta kepada anggota cook. Biasanya sebelum mereka
mendapat bekalan tambahan tersebut, mereka akan terima pelbagai
senaman tambahan dari anggota cook, tetapi pada dasarnya ia memang
berbaloi...kerana sepanjang latihan, AK sentiasa kelaparan
kerana...Input..Does Not Equal To Output...!
Sementara itu, anggota lain biasanya akan diberi kawasan untuk
dibersihkan. Mana-mana daun yang gugur hendaklah dikutip dan
109
dibersihkan. Kalau pada malam hari tu hujan atau angin kuat, lagi banyaklah
kerja kami. Walau bagaimanapun dalam keadaan begitu, pada pagi yang
hening itu, masih ada juga anggota yang akan cuba curi peluang untuk tidur.
Den pernah menangkap seorang anggota AK yang sedang memegang
penyapu tetapi tidur sambil berdiri. Ada juga yang tidur dengan
bersandarkan kepada pagar, seolah-olah seperti kelawar. Pendek kata, dua
perkara yang sangat-sangat berharga bagi anggota AK pada waktu peringkat
kem itu adalah makan dan tidur. Ini adalah kerana kami tidak dapat
menikmati kedua-dua perkara itu dengan sewajarnya semasa kursus.
Pada hari pertama minggu kedua kami diarahkan untuk berbaris dengan
hanya memakai pakaian PT Komando iaitu baju PT loreng, seluar loreng dan
kasut spike bersama senjata. Pada jam lebih kurang, 7:30 selepas sarapan
pagi, kami telah berbaris semula untuk mengikuti sesi latihan pada hari itu.
Latihan pagi itu dimulakan dengan larian keliling Kem Sungai Udang yang
pada jaraknya adalah lebih kurang 6 km. Kami berlari di dalam kumpulan,
semua AK nampaknya ceria kerana, kebiasaannya kami akan berlari
bersama 'pack' yang beratnya hampir 30 kilo (selain dari pakaian dan
peralatan persendirian yang disimpan di dalam pack, semua anggota AK
dikehendaki membawa 5 kilo pasir yang dibungkus dan sentiasa berada di
dalam pack.) Kami sampai di garisan penamat di dalam kumpulan dan ini
adalah satu petanda yang baik kerana, kami akan didenda, jika ada anggota
daripada kumpulan kami yang tertinggal.
Di garisan penamat, kami telah diberi arahan untuk membuat latihan
"Tarzan Course". Siri latihan ini adalah satu-satunya latihan yang tidak
disukai ramai peserta kursus.Tarzan Course adalah merupakan satu siri
halangan yang dibina antara 6 tiang konkrit (menara) yang mempunyai
ketinggian 30 kaki. Untuk naik kehalangan pertama, kami terpaksa menaiki
tangga tali, setinggi 30 kaki. Tangga ini amat sukar untuk dinaiki kerana ia
sentiasa bergoyang. Dan bila berjaya saja sampai ke tempat untuk melalui
halangan pertama, tenaga kami biasanya pada masa itu sudah tinggal
setengah. Kami akan bernafas macam naga kerana sudah kepenatan
Maklumlah baru lepas lari mengelilingi kem. Jarak di antara halangan
110
Menara 1 dan halangan Menara 2 adalah 30 meter, Halangan-halang yang
perlu dilalui adalah :
a. Halangan Pertama Adalah "Merentas Satu Tali”. Untuk
merentasi halangan ini kamikena berpijak pada satu tali yang
direntang dan berjalan dengan bantuan satu tali lagi yang
direntang pada ketinggian di atas kepala.Memang sukar untuk
berjalan kerana tali-tali tersebut tidak lah setegang sebagaimana
tali "sarkas". Walau bagaimana, halang ini masih dianggap
mudah dan tidak membahayakan tetapi ia tetap meletihkan .
b. Halangan Kedua - Jambatan Tali. Untuk merentasi halangan ini
kami kena berpijak pada satu tali yang direntang dan berjalan
dengan bantuan dua tali lagi yang direntang pada ketinggian di
paras pinggan. Halangan ini adalah mudah untuk dilalui dan ia
tidak mendatangkan sebarang kesukaran kepada peserta kursus.
c. Halangan Ketiga -Laluan Beam Konkrit. Ia merupakan satu
beam konkrit yang berukuran lebarnya 6 inci,dan mempunyai
keluasan yang hanya cukup untuk tapak kaki berpijakdi atas
beam konkrittersebut. Halangan ini agak bahaya juga, kerana
ramai anggota AK yang telah terjatuh kebawah . Biasanya jika
ada anggota yang terjatuh merekaakan termasuk ke dalam
kolam yang berlumpur yang disediakan di bawah .Di dalam pada
itu ada juga yang tidak bernasib baik di mana ketika jatuh
daripada aras ketinggian 30 kaki tersebut mereka tidak jatuh ke
dalam kolam yang disediakan tetapi terjatuh di luar dan terkena
tebing kolam di bawah. Biasanya jika ini berlaku anggota akan
mendapat kecederaan parah. Ada di antara mereka yang patah
dan ada juga kes yang mana melibatkan anggota meninggal
dunia disebabkan terhantuk pada tebing kolam yang diperbuat
daripada simen konkrit. Itu
111
d. Halangan Keempat-Log Balak. Ia adalah merupakan halangan
paling mudah dan digemari ramai anggota . Ia merupakan
halangan kayu balak yang dipasang secara melintang. Semasa
melalui halangan tersebut anggota dikehendaki duduk dan
berengsot (Kata orang kampung Den) di atas kayu balak sehingga
ke halangan seterusnya. Biasanya jarang berlaku sebarang
kemalangan semasa merentasi halangan. Selain dari itu ramai
anggota yang akan mengambil masa yang lama semasa
merentasi halangan ini kerana pada masa inilah paling sesuai
anggota untuk berehat dan mengambil nafas.
e. Halangan Kelima-Merentas Dua Talian. Halangan ini merupakan
halangan "double rope crossing". Semasa merentasi halangan ini,
anggota komando terpaksa meniarap di atas dua tali dan
seterusnya bergerak seolah-olah merangkak sehingga ke menara
ke 6. Halangan ini amat memenatkan dan biasanya anggota AK
yang merentasi halangan ini mudah terjatuh disebabkan
kepenatan yang melampau.
f. HalanganKeenam Merentas Satu Talian. Ia merupakan
halangan di mana anggota dikehendaki melintas pada satu tali
yang telah direntang. [Single Rope Crossing]. Halangan ini adalah
lebih sukar jika dibandingkan dengan halangan yang sebelumnya
iaitu Double Rope Crossing. Biasanya ramai anggota gagal
melalui di halangan ini, kerana masalah untuk mengimbangkan
badan yang berada di atas satu tali yang direntang. Walau
bagaimanapun sebelum terjatuh biasanya anggota dikehendaki
mengantungkan diri pada tali tersebut. Jika ini berlaku, biasanya
anggota dikehendaki meminta kebenaran terlebih dahulu
sebelum melepaskan pegangan pada tali itu. Semasa peringkat
ini mereka dikehendaki melaksanakan kawad tertentu sebelum
boleh menjatuhkan diri. Kawad yang biasa dilakukan sebelum
melepaskan pegangan pada tali ialah, anggota dikehendaki
112
meminta kebenaran dan kemudiannya memberi tabik hormat
sebelum menjatuhkan diri ke dalam kolam yang disediakan di
bawah. Sebelum melepaskan pegangan tangan pada tali
tersebut. AKbiasanya akan menjerit seperti berikut :
‘Komando selamat pagi Staf, saya..1234455 Truper Soandso
minta kebenaran untuk jatuh staf !"
Bila jurulatih memberi isyarat OK baru anggota boleh
melepaskan tangan dan terjun ke dalam kolam berlumpur yang
berada di halangan tersebut.
g. Halangan Ketujuh Tarzan Swing. Halangan ini merupakan
halangan yang terakhir dalam siri merentas halangan Tarzan
Course Cara nya adalah bergayut dengan menggunakan tali dan
kemudian bila sampai di penghujung, anggota akan melepaskan
pegangan tangan pada tali tersebut dan mendepakan kedua-dua
tangan supaya dapat menangkap jaring yang dipasangkan di
hadapan halangan tersebut. Halangan ini amat berbahaya
kerana semasa kursus yang Den ikuti sahaja tidak kurang 9 orang
yang cedera seperti patah tangan, kaki dan ada juga yang telah
meninggal. Apa pun sebab nak jadi komando kami buat tanpa
memikirkan sebarang risiko dan bahaya yang mungkin menimpa
diri.
Sepanjang peringkat kem, lebih kurang 5 minggu, kami terpaksa menjalani
latihan 'tarzan course' sekurang-kurangnya sebanyak 10 kali. Biasanya kami
tidak menghadapi sebarang masalah jika kami melaksanakan latihan ‘tarzan
course’ dengan berpakaian PT komando dan senjata, tanpa membawa
bersama pack. Tetapi bila berpakaian FSMO lengkap, ia biasanya akan
menimbulkan banyak masalah dan ramai di antara kami yang terpaksa
membuat ulangan ke atas beberapa halangan kerana ia agak sukaruntuk
dilaksanakan semasa berpakaian lengkap bersama senjata dan berat pack
yang dibawa akan menyusahkan lagi pergerakan semasa merentasi
113
halangan-halangan tersebut. Pada masa itu Allah sahaja yang mengetahui
betapa azabnya untuk melepasi kesemua halangan-halangan tersebut.
Keadaan akan menjadi lebih sukar dan azab lagi bila latihan tersebut dibuat
waktu malam dan semasa latihan tersebut, diadakan pula ada sound effect
seperti bunyi tembakan senjata GPMG dengan menggunakan peluru hidup
dan thunder flash.25. Situasi akan menjadi lebih buruk lagi jika ada 'para
flare'26 yang ditembak pada waktu malam kerana, ia akan mengganggu
pandangan dan konsentrasi semasa melalui halangan tersebut. Apa-apa pun
itu adalah pengalaman Den semasa menjalari latihan "Tarzan Course"
semasa kursus AK dulu.
Selain dari itu semasa peringkat kem, AK juga didedahkan dengan beberapa
latihan didikan ketabahan yang lain seperti Absailing, Repelling Fast Roping
Junam Maut dan sebagainya. Latihan absailing dan repelling biasanya
dibuat di menara latihan serba guna. AK di kehendaki membuat latihan
absailing/repelling secara berpakaian lengkap tempur [FSMO]27 dari menara
serba guna itu pada ketinggian 100 kaki. Latihan ini memerlukan kami
menuruni bangunan tinggi/ puncak bukit yang tinggi dengan menggunakan
tali. Latihan ini adalah merupakan latihan mendidik ketabahan dan bagi
membiasakan AK melaksanakan skil absailing dan repelling di dalam tugas
operasi sebenar. Pada mulanya memang timbul perasaan gayat dan fobia
pada ketinggian, tetapi perkara itu dapat diatasi setelah kami melalui
latihan beberapa kali tanpa mengira waktu malam atau siang. Selain dari itu
kami juga dikehendaki membuat latihan ‘fast roping’ iaitu turun dari
kawasan tinggi seperti bangunan, helikopter dan sebagainya dengan hanya
menggelongsor dan hanya menggunakan kekuatan tangan dan kaki. Latihan
ini memerlukan kepantasan, kegigihan kekuatan mental dan fizikal yang
tinggi.
Sementara itu latihan Junam Maut atau lebih dikenali sebagai Junam Selesa
di kalangan anggota komando pula mengehendaki AK menuruni satu
25Thunder Flash -bom dummy-bunyinya hampir sama dengan bunyi bom tangan sebenar.
26 Para Flare – Suar cahaya yang digunakan oleh tentera dengan tujuan untuk menerangi
kawasan tertentu di waktu malam.
27 Field Service Marching Order. Pakaian loreng lengkap bersama pack dan senjata.
114
kawasan tinggi dengan menggunakan satu tali yang di pasang secara
menjunam dengan meletakkan satu tali sebagai takal. AK dikehendaki
memegang takal tali itu dan kami dikehendaki menggelongsor sehingga ke
hujung tali yang diikat ke bawah. Secara rengasnya kesemua latihan ini
dilaksanakan adalah untuk menguji semangat ketabahan kami di dalam
menghadapi satu-satu situasi genting. Latihan ini juga merupakan antara
beberapa teknik dan mode yangbiasa digunakan oleh anggota komando
semasa peringkat ‘penyusupan’ di dalam menjalani satu-satu operasi.
115
KAWASAN LAPANG UMPAMA BATAS UNTUK PERTANIAN YANG MENJADI
TEMPAT TIDUR AK SEMASA PERINGKAT KEM DI BETUTU, SG UDANG KEM.
116
KOLAM YANG SERING DIGUNAKAN UNTUK AK BERENDAM DAN
BERKUBANG
BANGUNAN YANG MERUPAKAN DEWAN UTAMA BAGI ANGGOTA AK.
117
LONGKANG YANG TIDAK AKAN DEN LUPAKAN SEUMUR HIDUP BILA
MELAWAT BETUTU . JANGAN DITANYA APA KISAHNYA.
KESAN PENINGGALAN ANGGOTA BASIK , ‘PACK PASIR’ YANG SENTIASA
MENGHUNI PACK ANGGOTA BASIK SEMASA PERINGKAT KEM.
118
TUGU SAKA DI PERKAMPUNGAN BETUTU
119
LALUAN UNTUK MENAIKI MENARA TARZAN COURSE. SEBAIK SAHAJA
SAMPAI DI ATAS, BIASANYA ANGGOTA SUDAH KEPENATAN
ANGGOTA DI KEHENDAKI MERANGKAK SEMASA MELALUI
HALANGAN INI.
120
HALANGAN LOG : SALAH SATU HALANGAN YANG PALING MUDAH .
ANTARA HALANGAN YANG PALING SUKAR DI DALAM SIRI TARZAN
COURSE
121
BEAM WALK HALANGAN YANG SUKAR DAN MERBAHAYA
AKSI ANGGOTA YANG MEMBUAT LATIHAN JUNAM SELESA
122
[14]
PERJALANAN MASIH JAUH
Masa terus berlalu, badan sudah bertambah kurus, tulang rangka sudah
mula menimbulkan dirinya.Tempuh masa peringkat kem sudah sampai ke
penghujungnya. Daripada jumlah 180 orang yang mula-mula ada dalam
Kump A, kursus AK, cuma sudah tinggal dalam 120 orang. Yang lain sudah
banyak yang gugur atas bermacam-macam sebab. Siswa yang dulunya ada 5
kini sudah tinggal 2 orang dan dalam kumpulan B masih ada 3 orang lagi
siswa, yang lainnya semua sudah kecundang. Den masih bernasib lagi
kerana terselamat sampai tahap kini. Semasa hari terakhir kami hendak
meninggalkan kem dan bergerak ke kawasan latihan seterusnya, telah
diadakan satu majlis perpisahan. Majlis ini bukannya majlis yang macam
biasa-biasa tu. Majlis ini ada kelainan sedikit dan corak sambutannya pun
turut berbeza dari majlis perpisahan yang biasa dibuat orang. Majlis
perpisahan ini sungguh ringkas tetapi amat bermakna bagi kami anggota
AK.
Pada pagi hari terakhir peringkat kem, kami telah diarahkan berbaris
lengkap bersenjata dan berpakaian FSMO . Bezanya kali ini, pack pasir yang
seberat 10 kilo yang biasanya berada di dalam pack tempur kami telah
dikeluarkan. Kami telah diarahkan supaya mengendong pack pasir itu
seolah-olah kami sedang mengendong seorang bayi. Kemudiannya akan
123
membawa pack pasir 10 kg yang selama ini menjadi beban dalam pack kami
dan bergerak mengikut rentak ‘slow march’ sambil mendendangkan lagu
‘Bertemu dan Berpisah”, dan menuju ke tempat pengebumian pack pasir
tersebut yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kami berbaris. Apa
yang menghairankan dan mengharukan semasa upacara itu berjalan,
kelihatan ramai AK yang akan tunduk dengan penuh sayu dan ada yang
menitiskan air mata seolah-olah merasa sedih sangat untuk meninggalkan
Kem Betutu. Ini mungkin disebabkan sepanjang tempoh sebulan semasa
berada di situ, banyak perkara dan pengalaman pahit manis yang tidak
mudah dilupakan begitu sahaja oleh setiap AK. Walau bagaimanapun
selepas daripada acara itu, kami pun bergerak menaiki kenderaan menuju
destinasi seterusnya di kawasan lapangan sasar untuk latihan menembak
peluru hidup yang jaraknya lebih kurang 60 km dari Betutu.
Kami sampai di kawasan latihan Asahan pada waktu hari telah gelap. Seperti
biasa selepas makan, kami terlibat dengan acara-acara tambahan yang
diadakan pada waktu malam sekiranya tiada latihan yang dibuat. Pada masa
ini kami tidur di satu kawasan lapang dengan bertilamkan tanah dan
berbumbung langit. Sebelum terlelap sempat juga kami melihat keindahan
langit pada waktu malam dengan ditaburi oleh bintang-bintang. Pada masa
itu Den termenung sambil mengenangkan nasib, tahap pertama sudah
berjaya dilalui, apakah Den akan berjaya untuk mengharungi tahap
seterusnya ? Hanya tuhan saja yang tahu! Malam itu kami tidur dengan
bertemankan agas dan nyamuk dan menjelang paginya kami basah sebab
bermandikan embun.
Kira-kira 5 hari kami berada di kawasan lapangan sasar tersebut. Lima hari
itulah kami tidur di kawasan lapang. Kami kepanasan macam cacing di siang
hari dan kami kesejukan di malam hari kerana bermandikan embun. Latihan
yang dilaksanakan semasa di sana semuanya menggunakan peluru
hidup.Latihan agak bahaya kerana sepanjang latihan kami sentiasa bermain
dengan peluru hidup. Kami berlari di kawasan yang telah dipasang bom, dan
dituruti dengan tembakan GPMG yang hanya 2 kaki di atas kepala. Pendek
kata masa tu memang hebat, kalah filem perang Melayu, maklumlah
124
semunya peluru hidup yang tidak hidup hanya sasaran di hadapan dan ada
juga anggota AK yang hidup, tapi tak boleh hendak bergerak seperti orang
hidup kerana mungkin mereka panik, takut dengan simulasi letupan bom
dan peluru hidup yang digunakan di dalam latihan tersebut. Yang pastinya
bagi mereka ini, sudah dijanjikan dengan tiket untuk keluar kursus sebaik
sahaja latihan tersebut tamat.
Sepanjang latihan menggunakan peluru hidup itu dilaksanakan kami
terpaksa berhati-hati sebab selain tembakan GPMG secara berterusan yang
dilepaskan 2 kaki di atas kepala kami, terdapat juga bom-bom yang
dipasang di tempat-tempat yang telah ditandakan. Selain dari itu kami juga
berhati-hati kerana senjata yang kami guna juga mempunyai peluru hidup.
Di akhir latihan lebih kurang 17 anggota AK telah dikeluarkan dari kursus
kerana 'tidak berkemampuan untuk berfikir dan bertindak dengan penuh
keyakinan semasa berada di dalam situasi "pertempuran"dan juga atas
sebab-sebab keselamatan.
Keesokannya bermula satu latihan yang mencabar di dalam kursus AK, iaitu
"long march". Latihan ini adalah satu-satunya latihan yang tidak ada
sebarang paksaan daripada pihak jurulatih. Sementara itu sekiranya
anggota tidak mahu mengikut latihan ini, ia adalah dibenarkan dan sebaik
sahaja dia keluar daripada latihan ini, ia akan diberikan ganjaran dengan
penuh kemewahan makanan, minuman, dan rehat yang secukupnya.
Semasa latihan long march ini, kami dikehendaki berjalan kaki dengan
membawa 'complete FSMO, ration untuk 14 hari, senjata dan segala
kelengkapan perang individu. in menjadikan purata berat pack kami antara
35-40 kilo. Kami di kehendaki berjalan sejauh hampir 120 batu (mengikut
kiraan atas peta kalau sebenarnya lebih daripada itu) dalam masa 3 hari dua
malam. Perjalanan akan mengikut leg (tahap) tertentu.Kami akan berhenti
untuk makan selama 1 jam dan tidur selama 4 jam. Sekiranya kami lambat
sampai di checkpoint di mana yang telah ditetapkan, kami akan kerugian
masa untuk memasak dan makan sebab, selepas satu jam, semua anggota
mesti teruskan pergerakan.
125
Perjalanan kami bermula dengan pendakian Gunung Ledang dan ia bermula
pada waktu pagi. Semasa berhenti rehat untuk makan di puncak Ledang,
Den dimaklumkan sudah lebih 10 anggota menarik diri, sebab semasa itu
cuaca agak panas dan ramai yang tidak berpeluang untuk memasak tengah
hari dan makan, kerana lambat sampai. Mereka ini yang tidak dapat rehat
dan makan dengan secukupnya merasa tidak yakin boleh meneruskan
perjalanan seterusnya. Pada masa itu perjalanan untuk ke garisan penamat
masih jauh lagi. Keadaan menjadi lebih teruk lagi, apabila kami melalui jalan
raya, kerana pada masa tersebut, sebuah trak 3 ton dikhaskan untuk
membuat siaran propaganda akan bergerak secara perlahan mengekori
kami dan ada kalanya mendahului kami. Di dalam trak tersebut terdapat
beberapa anggota AK yang telah keluar dari kursus dan mereka telah
diarahkan untuk memujuk anggota-anggota AK yang sedang melaksanakan
latihan berjalan jarak jauh [Long March] untuk berhenti dari meneruskan
perjalanan dan menaiki kenderaan tersebut. Mereka akan melaksanakan
perang psikologi dan meracuni fikiran kami yang sedang berjalan dengan,
memujuk dan memanggil-manggil kami untuk menikmati makanan dan
minuman coke sejuk dari atas kenderaan yang mereka naiki. Mana-mana
anggota yang tidak tahan godaan akan terus menaiki kenderaan tersebut
dan secara automatik mereka akan terkeluar daripada kursus.
Setiap kali kenderaan propaganda itu melintas di hadapan Den akan tunduk
dan menyanyi kuat-kuat secara solo. Ini adalah kerana tidak mahu
mendengar rayuan dan pujukan anggota tango28untuk mengikut mereka.
Dalam masa yang sama seboleh yang mungkin Den tidak akan pandang
mereka, kerana, takut tergoda dengan kenikmatan yang dijanjikan.
Sesesungguhnya latihan ini benar-benar mencabar kekuatan fizikal dan
mental para anggota kursus. Kebanyakan daripada mereka yang gagal di
masa latihan ini adalah disebabkan "ketiadaan tenaga" kerana kekurangan
makanan, sebab bila sampai di checkpoint untuk makan, mereka keletihan
dan tidak sempat untuk memasak makanan yang dibekalkan. Semasa itu
tiada makanan yang sudah dimasak yang di sediakan untuk AK yang
28Tango : Gelaran yang diberi kepada anggota AK yang telah diturunkan skot dan kelaur
daripada kursus AK.
126
menjalani latihan long march. Mereka hanya dibekalkan rangsum kering
yang perlu dimasak. Bila tiba di CP untuk berehat biasanya keadaan mereka
sudah penat dan masa pula suntuk, ini bermakna memang sukar untuk
mereka memasak makanan sendiri. Biasanya di dalam situasi itu, walaupun
hati berkata boleh lagi untuk meneruskan perjalanan, tetapi pada hakikat
sebenarnya badan dan keadaan fizikal mereka sudah tidak boleh untuk
meneruskannya lagi, akhirnya mereka akan gugur juga di tengah jalan.
Den bernasib baik, kerana di sepanjang perjalanan itu Den mengamalkan
petua-petua yang diberikan oleh senior tentang bagaimana hendak
mengharungi latihan 'long march’. Pertamanya, persiapan minyak bawang
(minyak masak + bawang putih).Minyak ini akan disapu pada tapak kaki
setiap kali berada di CP. Keduanya, bila sampai sahajaCP, perkara yang
pertama mesti dilakukan adalah memasak air panas dahulu dan
kemudiannya membuat air gula. Air gula ini kalau boleh hendaklah diminum
seberapa banyak yang mampu dan kemudiannya, minum pula air putih
sebanyak yang mampu semasa perjalanan. Kemudian barulah mula
memasak nasi sebab selalunya bila nasi sudah dimasak biasanya anggota
tidak akan sempat untuk dimakan. Tetapi nasi itu boleh dibuat bekalan dan
dimakan sambil berjalan.
Walaupun kita terpaksa berjalan sebelum sempat memakan nasi itu tidak
menjadi masalah kerana kita masih memperoleh tenaga dari air gula yang
telah dimasak dan diminum terlebih awal. Bagi memastikan bahawa kita
akan sentiasa mempunyai tenaga yang berterusan, maka kita boleh
memakan nasi yang telah dimasak tadi di dalam perjalanan. Satu lagi
nasihat yang berguna yang diberikan oleh senior adalah, semasa berjalan,
hendaklah berjalan dengan hati yang tenang dan jangan timbul sebarang
persoalan tentang berapa jauh lagiCP, boleh ke sampai dan sebagainya.
Soal-soalan tersebut akan mengganggu konsentrasi kita untuk meneruskan
perjalanan. Dan petua yang paling penting sekali semasa melaksanakan
latihan long march ini adalah jangan pandang pada trak propaganda dan
kuncu-kuncu yang berada di dalamnya. Ini adalah kerana ia amat bahaya.
Dan sudah ramai anggota AK yang kecundang kerana tidak tahan godaan
127
yang dilakukan oleh anggota-anggota yang berada di dalam trak
propaganda itu. Keadaan akan menjadi lebih kritikal lagi kalau ada di antara
anggota yang berada di dalam trak propaganda tersebut adalah kawan
anda. Jika situasi ini wujud bermakna terdapat kemungkinan bahawa akan
lebih tinggi kebarangkaliannya anda akan termakan dan mengikuti 'tim
propaganda’itu. Oleh yang demikian semasa berjalan adalah dinasihatkan
untuk selalulah tunduk dan tawaduk, seolah-olah insaf dan sedang
bertafakur. Dalam pada itu cuba bercakap seorang diri (bercakap bukan
berfikir) dengan memberikan kata semangat dan perangsang pada diri
sendiri dan cuba bayangkan perkara yang indah-indah di sepanjang masa
perjalanan tersebut. Dan petua yang akhir sekali, jikalau anda
berkemampuan untuk tidur sambil berjalan maka laksanakanlah tetapi ia
hendaklah dilakukan secara buddy-buddy sistem [berteman]. Kaedahnya
begitu mudah anda hanya perlu berjalan sambil tidur dengan memegang
pack buddy anda, pada tempoh tersebut buddy anda akan menjadi
pemandu anda sementara anda tidur, tapi anda kena pastikan jangan
sampai buddy pun tidur...alamatnya kedua-dua akan menempah bahaya.
Alhamdulillah berkat mengamalkan petua-petua yang diberi Den berjaya
bertahan sehingga ke saat-saat penghujung jalan. Pada hari ketiga latihan
tersebut dan ketika itu sudah hampir berada di peringkat akhir perjalanan
Den telah didatangi oleh jurulatih yang kononnya cuba memberi kata-kata
perangsang kepada Den dan tiga rakan yang lain yang merupakan kumpulan
paling hadapan pada waktu itu. Menurut jurulatih tersebut kami sudah
hampir sampai ke garisan penamat yang terletak kira-kira 10 km dari situ.
Pada masa itu Den macam tak percaya bahawa kami berempat adalah
kumpulan pertama yang akan sampai di garisan penamat.
Masa itu semangat memang tinggi, tapi Den tetap kekalkan 'rentak
perjalanan’Den, sebab bagi Den 10 km kalau kata jurulatih itu Den tak
percaya kerana pada analisa Den tempat penamat tu mesti dah terlalu
dekat dalam 2-3 km atau masih ada lebih kurang 20 km lagi. Sebabnya Den
sudah masak dengan perangai jurulatih ini. Ada kemungkinan jarak garisan
penamat yang jurulatih kata 30 km itu sebenarnya dalam 2-3 km sahaja ,
128
jadi kalau lemah semangat, mungkin akan tarik diri. Tetapi ada juga
kemungkinan yang sebenarnya masih jauh lagi, tapi nak bagi semangat
supaya anggota meneruskan perjalanan. Apa pun Den tidak mahu termakan
dengan kata-kata jurulatih itu.Pada ketika itu apa yang bermain di fikiran
adalah memujuk hati supaya tidak terpengaruh dengan kata-kata semangat
yang telah disampaikan oleh jurulatih tersebut. Justeru itu Den teruskan
perjalanan dengan mengekalkan tempo dan rentak perjalanan tanpa
memberi sebarang reaksi kepada ucapan jurulatih itu. Walau bagaimanapun
kata-kata perangsang tersebut telah berjaya mempengaruhi tiga lagi
anggota yang ada bersama di dalam kumpulan pendahulu tersebut. Mereka
kelihatan berseri-seri dan penuh bersemangat dan bertenaga untuk
mempercepatkan pergerakan mereka mungkin dengan harapan agar
mereka boleh sampai segera ke garisan penamat. Apa yang diperhatikan
sebaik sahaja mereka mendengar kata-kata perangsang tersebut mereka
telah mengorak langkah dan berjalan dengan lebih pantas lagi
meninggalkan Den keseorangan dan menyebabkan Den terkeluar dari
kumpulan pendahulu tersebut. Pada masa itu jam dalam pukul 9:00 malam,
Den pandang belakang tidak kedengaran sebarang suara lain dan tidak juga
kelihatan sebarang kelibat manusia yang berada di belakang Den. Ini
membawa maksud kumpulan yang belakang Den masih jauh lagi. Beberapa
minit kemudian 3 orang rakan yang berada di hadapan tadi dilihat
meneruskan perjalanan dengan pantas sekali hingga dalam beberapa minit
sahaja kelibat mereka sudah hilang.
Apa yang terfikir di dalam kepala Den pada masa itu untuk melupakan rasa
kepenatan adalah membuat pengiraan terhadap jarak dan masa yang Den
jangka akan sampai di garisan penamat berdasarkan kepada maklumat yang
diberi oleh jurulatih tadi. Otak Den bertindak seperti sebuah kalkulator pada
waktu itu. Andaian jarak ke garisan penamat ialah 10km lagi dan dengan
kelajuan perjalanan sekarang iaitu, pada jarak 100 meter adalah 3 minit.
bermakna kalau 1km adalah 30 minit. Oleh itu masa perjalanan untuk 10 km
akan mengambil masa 300 minit atau bersamaan 5 jam. Dengan mengambil
kira masa kontingensi [rehat/berhenti dan sebagainya] 1 jam, bermakna
masa yang diambil untuk ke garisan penamat adalah 6 jam. Berdasarkan
129
kepada maklumat tersebut mengikut pengiraan kasar, jam pada waktu itu
menunjukkan pukul 9 malam ini bermakna Den akan sampai ke garisan
penamat dalam pukul 3 pagi. [9:00 ditambah 6 jam perjalanan].
Berdasarkan kepada pengiraan tersebut Den merasa yakin jika tempo
perjalanan sekarang dikekalkan, Insyallah Den akan tetap sampai ke garisan
penamat pada masa yang ditetapkan sebelum jam 8 pagi esok. Justeru itu
Den bertekad untuk berjalan di dalam tempo yang sama supaya tidak
menghadapi sebarang masalah di sepanjang perjalanan tersebut.
Akhirnya telahan Den benar belaka, perjalanan ke garisan penamat yang
dikatakan hanya 10 km sahaja sebenarnya adalah lebih kurang 7-8 km
sahaja. Bila sampai di garisan penamat, Den adalah orang yang ketiga
sampai. Den bertanya kepada rakan Den, mana perginya Siswa Salam yang
bergerak bersama kumpulan pendahulu tadi, menurut kawan Den, dia
terjatuh dalam longkang di tepi lorong kelapa sawit semasa berlari dan
menyebabkan kakinya terseliuh. Dia tidak dapat meneruskan perjalanan
yang berbaki di dalam 5 km lagi. Mereka tidak dapat nak menolong kerana
masing-masing dalam keadaan kepenatan yang melampau dan Siswa Salam
telah give up dan minta kebenaran untuk menaiki "trak propaganda". Den
sempat jumpa Salam di kawasan penamat pada pagi keesokannya. Dia kata
pada Den:
“Sorry laa Kuat (nick name Den masa tu), aku tak dapat nak teruskan,
selepas jatuh semalam, kaki aku bengkak dan tak boleh nak berjalan, sebab
itu aku naik trak tango.”
Den kata: “Kan masa itu jarak ke garisan penamat dah dekat sangat,
kenapa kau tak bertahan sahaja. Sayang betuk la skot!”
Semasa itu Salam jawab: “Betul skot, tapi masa itu aku tak tahu, dan aku
terfikir juga mungkin jarak 10 km yang jurulatih cakap itu hanya sebagai
nak mendorong dan memberi semangat kepada kita sahaja. Lagipun kalau
aku teruskan, aku tentu tidak akan dapat menjalankan latihan di peringkat
seterusnya kerana kecederaan yang aku alami itu agak teruk sangat.
130
Menurut anggota perubatan yang periksa aku tadi, aku kena dibawa ke
hospital pagi ini untuk di X-Ray kaki aku yang cedera ini.”
“Tak apalah skot, ini dah kali ke-3 kau dah gagal, untuk kali keempat nanti
mungkin Den akan joint kau sekali lagi.”kata Den secara bergurau.
Pada perbarisan pagi itu, kami tiada sebarang aktiviti latihan, kami
dibenarkan berehat dan membuat pentadbiran sendiri di kawasan hutan
tersebut sebelum kami memasuki fasa Latihan Hutan. Dan pada hari itu
adalah merupakan hari kami berpesta, menghabiskan segala ration yang
dibawa, sebelum menjelang esok, kerana kami akan memasuki fasa ‘jungle
survival’ di mana ‘no outside food allowed...!’
Semasa perbarisan itu kumpulan AK A dan B telah bergabung. Dari 180
yang mula-mula mengikuti latihan tersebut di dalam kumpulan A, kini kami
hanya tinggal 78 orang sahaja dan kumpulan B yang jumlahnya pun hampir
sama, kini tinggal dalam 86 orang sahaja. Ramai yang gugur di peringkat
long march ini bukan kerana mereka tidak bersedia dari segi fizikal tetapi
kebanyakan mereka tidak bersedia dari segi mental dan tidak tahu ‘how
long is long march’. Kebanyakan mereka tiada membuat persediaan mental
dan fizikal yang secukupnya. Selain dari itu mereka gagal untuk mengawal
emosi dan perasaan mereka dan mudah terpengaruh dengan bisikan dan
ajakan rakan-rakan tango yang menaiki kenderaan propaganda. Dari situ
baru Den perasaan bahawa latihan komando bukan mementingkan latihan
dari segi fizikal sahaja, malah ia turut mengambil kira daripada aspek
kekuatan mental. Sepanjang masa mengharungi latihan ‘long march’ itu tu
kata-kata semangat yang sentiasa membuat Den melalui dengan jayanya
adalah ‘Kekuatan Mental Mengatasi Segala-galanya’. Slogan itu juga yang
sering menjadi perangsang untuk Den terus mengharungi kursus AK
tersebut.
131
[15]
FASA 2 –PERINGKAT HUTAN
LATIHAN PEPERANGAN HUTAN DAN IKHTIAR HIDUP
Sebagaimana yang di jadualkan, pada malam selepas penamat ‘long march',
kami telah mengadakan parti di kawasan pinggir hutan tersebut (jungle
party) . Malam itu kami makan besar, semua saki baki pack ration29yang ada
pada simpanan kami habis digunakan. Ada di antara anggota AK yang
kreatif, telah mengumpulkan biskut-biskut ration dan jem nenas dan
dibuatnya kek. Ada juga yang membuat nasi beriani kurma, dengan
memasak nasi dan dicampurkan dengan daging kurma yang dibekalkan
bersama ration. Masa itu juga ada di antara kami yang bertukar-tukar ration
antara satu sama lain. Mana-mana ration yang kami tak suka seperti kari
ayam dalam tin, ikan sadin atau kacang peas kami tukar dengan ration yang
kami kehendaki. Pendek kata pada hari itu, kawasan tempat kami
berkampung agak bising seperti pasar kerana borong kerana masing-masing
sibuk mengiklankan produk yang hendak ditukarkan, masa tu prinsip sistem
barter (barter trade) di laksanakan dengan sepenuhnya.
Dan pada malam itu, kami berkumpul di sekeliling unggun api dan diberi
taklimat berkaitan dengan latihan yang akan dilaksanakan pada esok hari,
29 Makanan yang dibekalkan kepada anggota semasa di dalam operasi atau latihan luar.
132
iaitu fasa latihan hutan. Selepas taklimat di adakan pula sesi hiburan yang
merapu-rapu yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih. Dan seperti biasa di
akhir sesi persembahan akan diadakan pertandingan nyanyian. Pada masa
tu diperhatikan ramai juga AK yang berbakat dalam bidang nyanyian. Dan
juara nyanyian yang diisytiharkan di dalam pertandingan nyanyian pada
malam itu ialah Mat Bunga, dengan lagu ‘Bunga Tanjung’. Mat Bunga
adalah ‘buddy’ Den dan dia telah menerima hadiah sepotong gula kabung
[gula Melaka]. Suara Mat Bunga memang merdu dan bila dia menyanyikan
lagu Bunga Tanjung biasanya semua akan diam dan menghayati kemerduan
suaranya. Menurut cerita selepas kursus AK, Mat Bunga telah dipanggil
untuk menyertai band Kor Gerak Khas, sayangnya Mat Bunga tidak boleh
menyanyi bersama kugiran kerana selalu tak boleh nak masuk kod. Walau
bagaimanapun semenjak malam tu, setiap kali kalau ada kelapangan,
sebelum melelapkan mata, Den akan menyuruh Mat Bunga menyanyikan
lagu ‘Bunga Tanjung'..dan bermula pada malam itu, Mat Bunga adalah
'kaset player" bergerak dan bila Den kata :
"Mat Bunga, kasi satu lagu !" Dia akan automatik menyanyi lagu Bunga
Tanjung, kecuali Den bagi tahu, "tukar," Maka lagu Alleycats akan
berkumandang, Andainya Aku Pergi Dulu.”
Pada pagi berikutnya, jam lebih kurang kami telah berbaris dan telah
diberikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri dari 8-10 anggota setiap
kumpulan. Kami telah diarahkan untuk bergerak ke kawasan latihan hutan
yang terletak kira-kira 15 km dari tempat tersebut. Selama beberapa hari di
dalam hutan, kami diajar dan dilatih dan mempraktikkan "seni peperangan
di hutan " (jungle warfare ). Bab ini Den tak boleh nak cerita lebih sebab
banyak isu-isu yang berklasifikasi "tidak sesuai untuk tatapan umum".
Secara ringkasnya, lepas menjalari latihan itu. Anggota AK tidak akan ada
masalah untuk beroperasi dan hidup di dalam hutan. Ilmu "perhutanan"
inilah yang sangat-sangat diminati oleh tentera-tentera pasukan khas asing
dan sebab itu mereka beria-ia nak membuat latihan bersama dengan
komando kita. Melalui pengalaman melaksanakan latihan hutan bersama
133
tentera asing, terutamanya negara barat kebanyakan dari mereka apabila
melibatkan bab-bab latihan hutan ini mereka agak tidak profesional dan
terlalu emosional. Dalam bahasa mudah ‘mereka tidak tahan dan mudah
menyerah’. Bila berjalan dalam hutan kebanyakan dari mereka susah untuk
bergerak secara taktikal dan senyap. Pertama sebab badan mereka yang
bersaiz macam badak itu, kedua mereka sensitif dengan nyamuk dan agas
ketiga, bila tersangkut dengan duri, habis terkeluar perkataan
...F@#$%...Sh@#$%% ! dan sebagainya.
Selepas kami selesai menjalari latihan hutan, kami memasuki fasa survival
hutan pula. Daripada segi penggunaan tenaga, peringkat ini adalah
peringkat yang relaks dan biasanya tiada aktiviti yang keras dijalankan
kecuali PT Hawaii30 setempat di waktu pagi. Pada peringkat ini, tiada secebis
kain yang melekat di badan. Kami hanya membawa pouches, senjata
persendirian, parang. Mancis dan garam dibekalkan secara berkumpulan.
Kami akan membina pondok yang mempunyai ketinggian sekurang-
kurangnya 4 kaki daripada paras bumi dan tinggal antara 8-10 anggota pada
setiap pondok. Mula-mula perasaan segan dan malu antara satu sama lain
amat menebal bila melihat keadaan kami, yang hanya menggunakan daun
dan kulit kayu sebagai pakaian kami.Walau bagaimanapun perasaan itu
hilang setelah 20 minit berlalu. Pakaian kami untuk sepanjang tempoh itu
adalah "fesyen yang menggunakan hasil semula jadi". Kalau kami
terserempak dengan orang asli pada waktu itu, pasti orang asli akan lari
lintang pukang, kerana terkejut yang kami lebih asli daripada mereka !
Dalam pemikiran kami pada waktu itu adalah untuk cari makan, cari makan.
Sebelum tidur setiap malam kami akan berbincang pasal nak cari makan,
cari makan..berbeza dengan cerita Labu Labi...cari kayu, cari kayu....!
Makanan utama kami sepanjang tempuh tersebut adalah umbut,daun kayu,
tumbuhan-tumbuhan hutan dan kalau nasib kami baik ,jerat mengena dapat
kami makan ‘daging' dari species yang merangkak,menjalar dan memanjat.
30 Ia dipanggil PT Hawaii, kerana pada masa itu kami tiada berpakaian dan hanya
menggunakan daun-daun yang dijadikan sebagai pakaian kami. Justeru itu kami tidak boleh
membuat sebarang pergerakkan yang terlalu agresif .
134
Biasanya pada setiap 2 hari kami akan diberi sedikit beras untuk dijadikan
bubur dan dicampur dengan sayur-sayuran hutan dan serbuk penyedap
rasanya adalah hanya garam. Masuk hari ketujuh, kebanyakan daripada
kami mula menampakkan rangka-rangka yang sasa. Pada tempuh tersebut
kami pun telah mula belajar menangkap dan memakan binatang-binatang
jenis dua alam dan yang merangkak dan memanjat yang biasanya tak
dimakan orang!
Rutin kami setiap hari, bangun pagi,dalam jam 5 30, bersih kawasan, dan
kemudiannya membuat latihan senaman Hawaii setempat. Senaman ini
lebih kepala senaman ringan seperti larian setempat, push up, dan
sebagainya dan disebabkan pakaian kami pada waktu itu hanya
menggunakan daun-daun yang ikat sekeliling pinggang (bagi yang rajin serta
pemalu dan bagi yang malas hanya sehelai daun pun dah memadai ). Ada
juga yang nakal dan pemalas hanya mengikatkan seutas tali sekeliling
pinggang dan tidak menggunakan sebarang daun tetapi bila terserempak
dengan jurulatih, dia akan capai saja mana-mana daun yang berdekatan dan
menutup di bahagian depan sahaja. Kalau nasib tidak baik tercapai daun
yang ada duri atau serangga, maka akan menjeritlah si pemakainya pada
ketika itu. Bila Den teringat dan fikirkan benda-benda ini, Den akan senyum
sendirian.
Pada keseluruhannya peringkat ini banyak menguji ketahanan mental jika
nak dibandingkan dengan fizikal. Pada peringkat ini ada satu bentuk
hukuman yang dikenakan amat menyeksa walaupun di dalam jangka masa
pendek. Setiap pesalah semasa latihan ini akan ditempatkan di dalam
sangkar yang berukuran 2 1/2 kaki tinggi, 5 kaki lebar dan 5 kaki panjang. Di
dalam sangkar yang dibina di atas tanah nie akan diletakan dengan duri-duri
rotan. Mana-mana anggota yang bersalah setelah dibicarakan oleh "jungle
court" yang dikendalikan oleh jurulatih sebagai presiden dan beberapa
anggota AK yang dilantik sebagai ahlinya. Biasanya pesalah yang telah
dijatuhkan hukum akan dimasukkan di dalam sangkar tersebut. Hukuman
minima adalah 30 minit dan maksima 2 jam. Bila pesalah memasuki sangkar
itu dan sudah berada di dalam satu posisi yang selesa, pesalah biasanya
135
tidak akan bergerak lagi ini adalah sebab ia agak sukar untuk bergerak
kerana setiap pergerakan akan mengakibatkan tubuh badannya terkena
cucukan duri rotan yang sengaja diletakkan di dalam sangkar tersebut.
Walau bagaimana untuk memastikan setiap pesalah pasti akan bergerak,
pengawal sangkar akan menyimbah air kepada pesalah setiap 10 minit. Den
pernah merasakan pengalaman dimasukkan ke dalam sangkar tersebut
selama 1 jam atas kesalahan. “Tidur semasa mengawal....! Perasaan Den
masa tu .....? Jangan ditanya !
Diakhir latihan tersebut kami telah dijamu dengan masakan bubur lambuk
yang kami rasa sangat enak sekali. Hirupan air kopi tanpa gula selepas
tempoh survival tersebut membuat Den menghargai aroma kopi sehingga
ke hari ini dan sejak dari itu Den memang suka minum kopi tanpa
gula.Pengalaman-pengalaman peringkat hutan dan survival ini banyak
membantu kami semasa terlibat di dalam operasi-operasi yang
dilaksanakan semasa berkhidmat di dalam kor Gerak Khas. Semasa operasi
sebenar kami pernah kehabisan makanan selama 2 minggu dan pada
peringkat klimaksnya kami menjadikan umbut-umbut pokok, binatang yang
menjalar dan memanjat serta dua alam dijadikan santapan kami . Semuanya
ini berjaya dilalui dengan berkat latihan yang telah kami lalui semasa AK.
Walaupun ada yang menggagap nya sebagai teruk dan keterlaluan tapi bagi
Den ia memang berbaloi sebab ia menjadikan anggota komando kita sangat
verstail dan mempunyai instinct survival yang tinggi !!!!
136
LATIHAN HUTAN : PENYAMPAIAN PERINTAH GERAKAN
SALAH SATU LATIHAN SURVIVAL PERINGKAT HUTAN
137
ANGGOTA BASIK YANG MELANGGAR PERATURAN YANG TELAH DI
TETAPKAN AKAN DIBICARAKAN OLEH ‘JUNGLE MILITARY COURT’ DAN
AKAN DI PENJARAKAN SEBAGAIMANA GAMBAR DI ATAS.
SALAH SATU LATIHAN DILAKSANAKAN SEMASA LATIHAN PERINGKAT
HUTAN ADALAH TIDUR DI ATAS POKOK
138
ANTARA AKTIVITI YANG BIASA DILAKSANAKAN UNTUK MENGISI MASA
LAPANG DI WAKTU MALAM SEMASA PERINGKAT SURVIVAL HUTAN.
139
SUASANA PERBARISAN PAGI SEMASA PERINGKAT SURVIVAL HUTAN .
PENYAMPAIAN TAKLIMAT SEBELUM MELAKSANAKAN AKTIVITI HARIAN
SUMPAH ! POTONG AYAM..KAMI TAK BUAT !
Sehari selepas latihan peringkat hutan tamat, kami telah bersiap untuk
membuat latihan membaca peta jarak jauh. Keseluruhan jarak perjalanan
tersebut adalah dalam 150 km. Latihan ini agak relaks dan kami bergerak
dengan menggunakan kebijaksanaan sendiri dari satu CP ke satu CP, yang
pentingnya asal kami tidak ditangkap kerana menaiki sebarang "boraq"31.
Mana-mana kumpulan yang sampai dulu di CP yang ditetapkan biasanya
akan mendapat kelebihan daripada segi rehat yang cukup dan makanan
yang fresh yang diberikan di CP.
Bagi Den dan kawan-kawan peringkat ini adalah peringkat makan angin,
kerana walaupun kena berjalan jauh, tapi kalau pandai menggunakan
kompas(bertanya rakyat) dan peta dan pandai menggunakan ilmu "terbang"
tanpa dikesan oleh jurulatih,kami akan selamat. Semuanya bergantung
kepada inisiatif ketua kumpulan dan juga "luck". Sekiranya ditangkap
menaiki kenderaan bermakna kami akan digagalkan dan dilarang mengikuti
kursus tersebut.
Kumpulan Den pernah hampir-hampir ditangkap oleh jurulatih Sarjan Misai,
semasa di dalam cubaan kami untuk ‘mengugut’ pemandu lori kelapa sawit
untuk menghantar kami ke satu destinasi yang berhampiran dengan CP.
Kejadian itu berlaku semasa pada awal pagi, di sebuah ladang kepala sawit.
Semasa melalui jalan di dalam sebuah ladang kelapa sawit kami telah
terdengar bunyi kehadiran sebuah lori hantu yang biasa digunakan untuk
mengangkut buah kelapa sawit. Melihat keadaan itu, Den telah menahan
lori tersebut dan telah meminta kebenaran untuk menumpangkan kami.
Mungkin kerana kasihan melihat keadaan kami. Pemandu lori yang
berbangsa India itu telah membenarkan kami menaiki lori tersebut. Semasa
kami sibuk untuk memanjat lori hantu itu di dalam keheningan subuh pagi,
31 Boraq ; Merujuk kepada penggunaan sebarang kenderaan semasa latihan tersebut.
140
Den perasaan ada sebuah motor kapchai di belakang dan pada masa itu
kedengaran sayup-sayup jeritan suara Sarjan Misai yang mungkin
penunggang motosikal kap chai tersebut;
"Hoi.kau budak basic, turun dari lori tu..! Berani kau ya !....."
Bila DenDengar ada jeritan tu, Den terus berlari dan duduk disebelah
pemandu lori yang kami panggil sebagai Anae saja dan mengarahkan lori
tersebut untuk bergerak dengan berkata:
“Bro Aneh, kasi cepat jalan, kalau tidak you sama kita orang akan mati,
sebab belakang sana tu ada orang jahat kejar sama kami, dia ada bawa
senapang sama peluru hidup, nanti you pun kena tangkap bawa balai polis
juga sebab angkut kita orang...!!!”
Sebaik sahaja mendengar kata-kata tersebut, Anea tadi kelihatan seolah-
olah terkejut dan panik. Beliau pun terus menekan paddle minyak dan pada
ketika itu, di kesunyian pagi itu telah dipecahkan dengan bunyi lori yang
mengaum dengan kuatnya itu. Bagai nak pecah bunyi enjinnya ketika itu.
Walau bagaimanapun lori tersebut tidak mengecewakan kami di mana
walaupun menghasilkan bunyi dengan penuh kegarangan, ia tetap
meluncur dengan laju dan meninggalkan motor kap chai yang dipandu oleh
Sarjan Misai itu.
Bila Den tengok belakang, Den nampak lampu motor kap chai tu makin
lama makin kecil....!! Lega rasanya hati sebab Den pasti Sarjan Misai tidak
akan dapat kejar lori kami kerana jalan tanah merah dalam ladang kelapa
sawit itu bukannya rata, kalau Sarjan Misai nak merempit juga malam tu,
Den pasti terdapat kebarangkalian besar motor dia akan terperuk masuk
dalam lopak-lopak di jalan tanah merah itu atau pun mungkin akan
termasuk ke dalam parit-parit yang berada di sebelah jalan.Semasa itu Den
senyum sendirian dan berkata di dalam hati:
"Yahooo...ambik kau Sarjan Misai, kau selalu mengenakan orang kali ini kau
terkena juga .!!” gelak besar Den !!!!
141
Selepas itu baru Den teringat untuk memeriksa dan memastikan sama ada
semua ahli kumpulan Den selamat menaiki lori tersebut . Den terus berdiri
dan menjengah ke belakang sambil memegang pintu lori dan menjerit
untuk bertanya kepada Mat Banting, salah seorang anggota tim Den:
"Zam, semua dah naik lori ke ? Ada yang tertinggal ke . .? “
Mat Banting pun terus periksa sambil memanggil nama seorang demi
seorang anggota tim .
"....Mat Bunga, ..! Yeap."jawab Mat Bunga. "Din Jambu ...?...Ado "! jawab
Din. "Mat Kuyu ?.”...tak ada jawapan.. “Mat Kuyu..!.Mat Kuyu....? "
Senyap dan tiada sebarang jawapan balas dari Mat Kuyu.
Mat Banting menjerit balik kepada Den dan berkata: " Tuan Mat Kuyu tak
ada ?”
Maklumat tersebut membuatkan Den jadi panik sekejap sebab kalau hilang
seorang bermaksud Den akan gagal! Dan dalam masa yang sama tembelang
kami pasti akan pecah kerana menaiki kenderaan semasa latihan tersebut.
Nasib Mat Kuyu pula masih tidak diketahui. Adakah dia selamat, adakah dia
mengalami kecederaan semasa cuba menaiki lori itu tadi, adakah dia
tertinggal dan berjaya ditangkap oleh Sarjan Misai !!. Bermacam-macam
perkara yang timbul di dalam pemikiran Den waktu itu. Keadaan menjadi
lebih kecuh lagi bila dalam masa yang sama Anea tadi menarik tangan Den
sambil menyuruh Den duduk di bahagian hadapan lori dan berkata:
“Aii Tuan mana kita mahu pergi nie.. ??? nanti kalau polis buat road blok
susah saya !".
142
Bagi menenteramkan Anea yang dari tadi sibuk dan membising, Den duduk
semula dan berkata dengan Anea itu:
“Aneh..lu tolong diam sekejap, saya mahu kira orang saya, satu sudah
hilang...! Kalau dia tak ada bukan saya saja susah Aneh lagi susah, kerana
mungkin Aneh sudah langgar sama dia masa dia mahu naik ini lori tadi..!”
Bila mendengar jerkah Den itu Aneh tu jadi panik dan terus diam.Kemudian
Den menjengah semula ke belakang dan menyuruh Mat Banting untuk
mengira berapa orang ada kat belakang lori tu:
Jawab Mat Banting, "4 termasuk saya .."
Den kata :"Kalau 4 dah cukuplaa sebab kita berlima... kalau bukan Mat
Kuyu siapa pulak yang lagi sorang lagi tu ?”
Kemudian Den Dengar Mat Banting kata:
" Tuan, memang cukup, yang satu tu memang Mat Kuyu, masa saya panggil
dia tadi, dia tidur, pasal tu dia tak dengar ...!”
Tidur ..? Woit dalam situasi yang kelam kabut dan mencemaskan sehingga
hampir ditangkap oleh Sarjan Misai, si Mat Kuyu boleh tidur ? Den diam dan
senyum sahaja, tanpa perlu berkata apa-apa. Dalam hati kecil pada waktu
itu menyimpan penuh dendam dan menyimpan keazaman untuk
menghukum si Mat Kuyu.
Jauh juga kami menaiki 'boraq' yang dipandu oleh Anea itu. Dianggarkan
bantuan Anea itu telah memendekkan perjalanan kami di antara 10 ke-15
km dan telah menjimatkan masa perjalanan di antara 3 ke-4 jam. Ini tidak
termasuk dengan penjimatan dari segi yang lain seperti tenaga dan keringat
serta makanan dan minum yang terpaksa digunakan jika berjalan kaki.
Lebih kurang 5 km dari CP yang hendak dituju Den mengarahkan Aneh itu
untuk memberhentikan lori hantu itu di tepi jalan yang agak sunyi. Sebaik
143
sahaja lori tersebut berhenti, semua anggota tim telah turun dengan pantas
dan bergerak menuju ke kawasan semak samun yang berhampiran. Semasa
itu Den sempat mengucapkan terima kasih kepada Aneh tadi dan sebagai
imbuhan terhadap kerja sama yang telah diberikan, kami memberikan
ration ‘ayam kari'dan jem untuk dia. Dari riak air mukanya, kelihatan dia
agak gembira menerima pemberian Den walaupun ia hanya merupakan
berbentuk makanan dan tidak berupa wang ringgit sebagaimana yang
mungkin dia jangkakan.
Sejurus kemudian semasa berada di tempat persembunyian di kawasan
semak samun itu, satu sesi taklimat telah diadakan. Taklimat itu sangat
penting, kerana semua anggota tim mesti mempunyai alibi yang sama dan
tahu apa yang hendak diceritakan kepada jurulatih semasa di CP nanti jika
ditanya mengenai sebarang perkara berkaitan dengan perjalanan kami
nanti. Dan yang paling penting semua cerita kami mestilah sama saling
menyokong antara satu sama lain dan tidak boleh menimbulkan sebarang
keraguan kepada jurulatih yang bertanya. Ini adalah kerana biasanya di CP
jurulatih akan bertanya bermacam-macam soalan berkaitan apa yang kami
jumpa atau lalui dari satu CP ke satu CP. Kalau ada antara ahli kumpulan
memberi cerita yang tidak sama berkaitan dengan perjalanan mereka,
jurulatih biasanya mengesyaki bahawa kumpulan itu menggunakan 'boraq'.
Sebelum itu pernah terjadi di mana ada satu tim yang telah gagal dalam sesi
ujian dan soal jawab yang telah diadakan oleh jurulatih. Diberitakan semasa
di soal siasat dan disiat-siat oleh jurulatih, mereka mengaku menaiki
kenderaan. Akibatnya , mereka semua diturunkan skot dan gagal di dalam
AK tersebut.
Bagi mengelakkan perkara begitu berlaku kepada tim kami,satu tindakan
proaktif dan berkesan perlu diambil bahagi menghadapi kemungkinan
tersebut. Cara yang terbaik yang perlu dilakukan adalah telah memberi
taklimat berkaitan dengan perjalanan tersebut supaya semua anggota tahu
apa yang harus diceritakan dan yang lebih penting lagi versi cerita yang
diberikan adalah versi yang sama dan tidak bercanggah di antara satu sama
lain.
144
Justeru itu, satu taklimat yang begitu komprehensif dan jalan cerita yang
logik dan mudah dipercayai telah diberikan kepada semua ahli kumpulan.
Bagi memastikan semua anggota tahu dan faham versi cerita yang akan
disampaikan kepada jurulatih di CPitu nanti, mereka seterusnya diuji
dengan pelbagai soalan, jika jawapannya tak memuaskan hati Den, Mat
Bunga yang berada disebelah Den akan meluku kepala mereka yang salah.
Bagi mensensasikan lagi cerita kami dan merealisasikan taktik yang kami
buat itu berjaya Den telah mengarahkan kepada Mat Kuyu untuk berpura-
pura sakit semasa sampai di CP. Dari sana dia dikehendaki minta kebenaran
kepada jurulatih yang menjaga CP tersebut untuk berjumpa dengan anggota
medikal untuk mendapatkan rawatan. Sakitnya....???? Den suruh dia bagi
tahu sakit BUASIR !!! Sebab biasanya bila ada anggota yang mengadu sakit
buasir kepada anggota sudah pasti anggota perubatan tidak akan periksa
sebaliknya anggota yang melapur itu akan hanya diberi ubat dan disuruh
berehat...! Den suruh Mat Kuyu berbuat demikian kerana Mat Kuyu ini
selalu "off the tangent " dan lurus macam bendul. Den takut dia terlepas
cakap atau tidak tahan kena soal siasat dengan jurulatih.
Setelah Den berpuas hati dengan persiapan dan soal balas serta taklimat
yang telah diberikan, Den telah mengarahkan kumpulan untuk bergerak ke
CP yang berada tidak jauh dari situ. Selain dari itu, sebagai langkah untuk
menjamin tindakan tipu helah kumpulan kami berjaya, semua anggota
adalah dilarang daripada mengambil sebarang makanan berat pada pagi itu.
Tujuannya agar mereka kelihatan benar-benar letih dan tidak bermaya,
semasa melapur di CP seolah-olah telah melalui satu perjalanan yang jauh
dan sukar. Ia dilaksanakan dengan harapan semasa sampai di CP nanti kami
akan mudah untuk mendapat simpati daripada jurulatih dan mereka
percaya bahawa kami sememangnya penat setelah berjalan jauh. Sebagai
aksi tambahan yang boleh menjamin keberkesanan tipu helah kami, kami
dengan sengaja melewat-lewatkan masa untuk sampai di CP tersebut.
Semuanya dibuat dan dirancang untuk mengukuhkan lagi dakwaan kami
bahawa kami tidak menaiki sebarang kenderaan untuk sampai ke CP itu.
145
Sebaik sahaja sampai di CP, kami lihat Sarjan Misai sedang menyoal siasat
satu tim lain. Dari apa yang dapat kami dengar pada masa itu, Sarjan Misai
begitu bersungguh-sungguh menanya tim tersebut sama ada tim tersebut
ada menaiki lori kelapa sawit atau tidak pada awal pagi hari itu.
Den nampak juga ada anggota basik yang tengah berendam di dalam lopak
air kerana mereka tidak mengaku bahawa mereka ialah tim yang menaiki
lori tersebut. Dalam pada itu Den pun terus melapur di CP kepada Kpl Aru.
Dia pun bertanya bermacam-macam berkaitan dengan perjalanan kami.
Seperti yang telah dirancang oleh kami. Segala soalan yang dikemukakan
kepada kami dapat dijawab dengan yakin memuaskan hati Kpl Aru. Semasa
sesi soal jawab dengan Kpl Aru, Mat Kuyu tidak terlibat kerana beliau telah
diarahkan untuk mendapatkan rawatan di tempat medikal. Setakat ini Mat
Kuyu berjaya memainkan peranannya dengan baik dan berkesan sekali. Di
dalam pada itu kami masih mendengar jeritan Sarjan Misai yang sedang
aktif menyoal siasat tim yang sampai terdahulu dari kami. Sehingga ke hari
ini masih jelas dalam ingatan Den apa yang Sarjan Misai jeritkan pada tim
tersebut .Katanya:
" Kau tahu lahabou....aku nyaris-nyaris masuk parit pasal nak kejar kau
orang semua. Habis motor aku masuk ke dalam lopak dan kau tengok seluar
dan baju aku nie, habis kena lumpur . Kau semua bernasib baik kerana aku
tidak dapat mengejar kau, Kalau tidakaku akan pastikan kau menyesal
dilahirkan oleh ibu kau ...!!!’
Pada masa itu kami hanya mampu senyum sahaja, tanpa perlu berkata apa-
apa. Dalam hati Den berkata :
“Hahaha...ambik kau Sarjan Misai padan muka kau ..!!!”
Kira-kira lima minit kemudian, Sarjan Misai datang ke tempat di mana tim
kami berkumpul. Sebaik sahaja sampai, beliau telah memulakan soal
siasatnya kepada kami. Soalan pertama yang terkeluar dari mulutnya adalah
146
di mana perginya seorang lagi anggota kami.Den terus menjawab dengan
tenang dan penuh dengan keyakinan:
“Maaf staf, semasa perjalanan tadi salah seorang anggota saya mengalami
masalah kesakitan yang amat sangat, jadi sebab itu kami lewat ..!”
Kelekuk ! secara tiba-tiba Sarjan Misai meluku kepala Den dan berkata:
“Woi siswa, aku tanya di mana pergi seorang lagi budak kau, bukan pasal
apa kau lewat !"
Kelekuk! sekali lagi kepala Den diluku. Pada masa itu mata Den terkebil-
kebil dan buat-buat keliru. Sebenarnya Den memang sengaja memberi
jawapan sebegitu rupa, supaya Den akan kelihatan keliru di hadapan Sarjan
Misai. Harapan Den agar dia akan merasa simpati dengan Den dan tidak
akan memanjangkan isu siapa yang naik kenderaan itu lagi! Sebaik sahaja
menerima luku yang kedua Den terus menjawab:
"Ohhh si Mat Kuyu staf, dia yang saya kata sakit tadi yang menyebabkan
kami lambat sampai...!”
Kelekuk..sekali lagi Den diluku dan kali entah apa sebabnya dan kali ini
kelihatan Sarjan Misai seolah-olah tersenyum.Di dalam hati Den rasa
hendak tergelak pun ada sambil berkata, nampaknya teknik Den menjadi
kali nie..kena luku kena luku lah, janji rahsia tak pecah ...!! Den terus
menjawab:
“Si Mat Kuyu sedang mendapat rawatan staf sebab dia kena buasir...!!”
“Haaaa itu yang aku nak tahu tadi, ini aku tanya lain, kau jawab lain.”
Herdik Sarjan Misai kepada Den yang pada ketika itu mendiamkan diri
sambil menundukkan kepala seolah-olah insaf dan redha diluku oleh Sarjan
Misai. Selepas itu Sarjan Misai bergerak ke bawah khemah yang disediakan
147
untuk jurulatih dan mula memanggil kami seorang demi seorang dan
memulakan soal siasatnya. Di dalam episod ini Si Mat Kuyu terlepas dan
Den merupakan orang yang terakhir berjumpa Sarjan Misai. Sebaik sahaja
sampai di bawah khemah tersebut, soalan pertama dia tanya adalah:
“Siswa, baik kau cakap betul-betul, RKK (tim) kau ni naik kenderaan atau
tidak?”
Pada masa itu dengan muka seolah-olah menagih simpati Den terus
menjawab:
“Sumpah, kami tak buat ! Staf tahu kan, saya ini siswa, saya tahu kalau naik
kereta dan ditangkap bermaksud saya akan turun skot. Staf tahu yang saya
tak akan buat sebarang kerja bodoh macam itu, takkan lah pasal nak naik
kereta dan nak senang sekejap saya sanggup memperjudikan nasib saya
untuk mendapatkan bere hijau, staf."
Den menjawab dengan penuh emosi sambil merenung tepat ke matanya
bagi meyakinkan Sarjan Misai bahawa Den bercakap benar. Pada masa itu
kelihatan Sarjan Misai hanya mendiamkan diri sambil termangu mendengar
kenyataan Den. Melihat keadaan itu, dalam hati Den berkata:
“ Wah nampaknya Sarjan Misai ini percaya dengan yang telah diucapkan.”
Peluang itu diambil untuk meneruskan lakonan Den supaya Sarjan Misai
benar-benar percaya bahawa Den bercakap benar, lalu Den berkata:
“Staf, staf pun sudah lama kenal saya, sebelum saya masuk AK nie kan,
Sumpah kami tak buat.....!Staf pun tahu semasa saya di kolej dulu saya
pelajar terbaik siap masuk surat khabar lagi...tak kan saya nak buat benda-
benda yang boleh merosakkan karier saya. Lagi pun staf, saya tahu satu
hari nanti saya akan jadi pemimpin kepada budak-budak nie...takkanlah
saya nak buat benda-benda yang tak elok.Saya pun tak mahu nanti bila
lepas kursus dia orang bising dan kata ‘alah ...tuan Naza tu, masa basik dulu
148
pun kaki menuang juga...!!Saya tak nak benda nie berlaku pada saya dan
saya pun nak mereka hormat saya nanti...”
Pada ketika itu Staf Misai memandang Den dengan renungan yang dalam
seolah-olah cuba mempercayai kata-kata yang telah diberikan, beberapa
saat kemudian beliau berkata:
“Ok Siswa, aku percaya kau....tapi kalau kau dengar atau tahu siapa yang
naik kenderaan kau bagi tahu aku, lebih-lebih lagi kumpulan yang naik lori
kelapa sawit di FELDA Moakil pagi tadi..!”
“OK staf, saya akan bagi tahu, saya pun geram juga menengar benda tu...!!
Kita berjalan macam nak mati dia orang sedap-sedap aje naik kereta. Ini
semua nak sabo orang laa nie.”
Kata Den seolah-olah membenci sangat tim yang menaiki kenderaan tu..!!!!
Kira-kira setengah jam kemudian kami pun dilepaskan untuk bergerak ke CP
seterusnya. Kami berjalan dengan tunduk dan insaf. Kira-kira 5 km dari CP
kami berhenti untuk berehat. Pada masa itu Den sempat bercerita
dengananggota yang lain tentang apa yang berlaku semasa disoal siasat
tadi. Sebaik sahaja mendengar kisah itu,kami semua tergelak besar. Lalu
Den berkata dengan penuh kemegahan:
“Ambil kau Sarjan Misai...sekeras-keras hati kau, dan sebagus-bagus kau
sebagai jurulatih komando, termakan juga kau dengan lakonan sentimental
Den...!!!!”
Kami gelak dengan sepuas hati, dan yang lebih menggelakkan kami adalah
kerana dia menyuruhDen menjadi agen dia pula supaya menangkap, tim
mana yang menaiki kenderaan pada pagi itu. Selepas puas bergelak ketawa,
Dentelah berpesan kepada semua anggota bahawa:
149
“Ingat ! cerita kita naik kenderaan itu jangan diberi tahu kepada
sesiapapun....sehinggalah kita dapat bere hijau. Sebab, kalau mereka tahu
tentu kita tak akan diluluskan di dalam kursus ini, walaupun satu hari lagi
kursus akan tamat.”
Kami semua berjanji seia dan sekatadan kemudiannya kami meneruskan
perjalanan ke CP berikutnya. Tetapi pada kali ini kami tidak akan menaiki
kenderaan lagi. Pada masa itu Den berpendapat bahawa nasib mungkin
menyebelahi kami semasa cubaan pertama tetapi mungkin tidak pada
cubaan yang kedua!
150