The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Setahun-Bersama-Kerajaan-MADANI (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by perpustakaan LP, 2024-01-14 22:36:34

Buku Setahun-Bersama-Kerajaan-MADANI (1)

Buku Setahun-Bersama-Kerajaan-MADANI (1)

SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI i 01a TP.indd 1 01/12/2023 4:28 PM


ii SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 11 31 47 1 25 39 v 19 15 Perdana Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) PRAKATA Ketua Setiausaha Negara Kementerian Kewangan (MOF) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Kementerian Perdagangan dan Komoditi (KPK) Kementerian Pengangkutan (MOT) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Kementerian Ekonomi 5 6 2 8 3 4 7 1 Diterbitkan oleh: Pejabat Perdana Menteri Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya, Malaysia Hak cipta Terpelihara ©️ 2023 Cetakan Pertama ... Disember 2023 ISBN 978-629-97348-1-9 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Reka bentuk dan cetak oleh: Matang Cipta Bina Sdn Bhd 01a TP.indd 2 02/12/2023 11:03 AM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI iii Kandungan 53 119 169 77 179 89 115 161 73 173 125 83 109 157 147 61 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Kementerian Kesihatan (KKM) Kementerian Pertahanan (MINDEF) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) JPM (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Kementerian Kerja Raya (KKR) Kementerian Perpaduan Negara (KPN) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) JPM (Hal Ehwal Agama) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Kementerian Luar Negeri (KLN) Kementerian 12 Sumber Manusia (KSM) 18 25 20 26 27 29 28 15 21 14 24 19 13 9 10 185 Soal Jawab Bersama KSN 141 Kementerian Pendidikan 23 (KPM) 133 Kementerian Komunikasi 22 dan Digital (KKD) 99 JPM (Undang-Undang dan 17 Reformasi Institusi) 93 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos 16 Sara Hidup (KPDN) 67 Kementerian Dalam Negeri 11 (KDN) 01a TP.indd 3 01/12/2023 4:28 PM


iv SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 01a TP.indd 4 01/12/2023 4:28 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI v A ssalamualaikum, salam perpaduan dan salam Malaysia MADANI. Putaran ganas globalisasi dan kerencaman geopolitik, ketidaktentuan ekonomi dunia, dinamika fabrik sosial, kepantasan teknologi digital, serta perubahan iklim telah menandai cabaran baharu yang lebih besar buat negara. Alhamdulillah, Malaysia di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI kini telah berada di trajektori yang tepat untuk muncul sebagai sebuah negara yang maju, berpendapatan tinggi, berasaskan ciri nilai kemampanan, kesejahteraan, keyakinan, ihsan, hormat dan daya cipta dalam kalangan rakyatnya. Setelah setahun pentadbiran Kerajaan MADANI, aspirasi baharu yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri dan keseluruhan anggota Jemaah Menteri telah berjaya dibangunkan. Ini meliputi Agenda Malaysia MADANI, Kerangka Ekonomi MADANI, Kajian Separuh Penggal RMKe-12, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, serta Belanjawan MADANI 2024. Dalam hal ini, saya yakin dan percaya Kerajaan MADANI akan terus melaksanakan program-program pembangunan berorientasikan rakyat dalam skala dan capaian yang lebih meluas. Ini semestinya akan dilakukan dengan dukungan penuh oleh para penjawat awam, syarikat berkaitan kerajaan, badan bukan kerajaan, serta sektor swasta. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali Ketua Setiausaha Negara 24 November 2023 PRAKATA KETUA SETIAUSAHA NEGARA 01a TP.indd 5 01/12/2023 4:28 PM


vi SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 01a TP.indd 6 01/12/2023 4:28 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 1 1 Perdana Menteri S elepas Parlimen tergantung selama lima hari pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kemelut terungkai hasil kebijaksanaan Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan titah memohon parti-parti politik mengenepikan perbezaan untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan demi rakyat. Titah baginda dijunjung Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa parti lain yang sepakat memberi kepercayaan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri. Pada 24 November 2022, Anwar mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10, sekali gus membentuk Kerajaan MADANI. ANGKAT SUMPAH JAWATAN PERDANA MENTERI 01 PERDANA MENTERI.indd 1 01/12/2023 4:26 PM


2 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI EKONOMI MADANI: MEMPERKASA RAKYAT D ato’ Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai 2023 sebagai kerangka baharu ekonomi Malaysia bagi mengangkat darjat dan martabat negara menerusi penstrukturan semula ekonomi negara. Berteraskan dua tumpuan utama, Ekonomi MADANI akan memperkukuh daya tahan ekonomi negara untuk mendepani pelbagai tantangan saat ini dan masa depan, sekali gus merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia peneraju ekonomi Asia dan menjana limpahan hasil kepada rakyat. MALAYSIA MADANI G agasan Malaysia MADANI diluncurkan pada 19 Januari 2023 sebagai sebuah kerangka visi baharu buat negara. Gagasan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI ini menjadi suatu ikhtiar nirmala yang bersepadu dan holistik, bertunjangkan dasar-dasar yang berorientasikan masa depan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang madani, maju, terampil dan terangkum. Malaysia MADANI mewakili enam rukun iaitu M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAt), N (keyakiNan) dan I (Ihsan). Ia menjadi dasar utama bagi memperkukuh lapan keperluan iaitu ekonomi dan kewangan, perundangan, institusi, pendidikan, kemasyarakatan, kebudayaan, bandar dan luar bandar. MESYUARAT KHAS KABINET PERTAMA Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pertama pada 5 Disember 2022 sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10. 01 PERDANA MENTERI.indd 2 01/12/2023 4:26 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 3 NIMP 2030 NIMP 2030 merupakan projek yang akan memberi nafas baharu dalam merencana hala tuju perindustrian negara bagi pertumbuhan fasa ekonomi negara seterusnya selaras dengan persekitaran global yang kian mencabar. Pelan ini dijangka memerlukan jumlah pelaburan sebanyak RM95 bilion sepanjang tempoh tujuh tahun pelaksanaannya. Dilancarkan pada 1 September 2023, NIMP 2030 antara lain menyasarkan untuk meningkatkan nilai tokokan pembuatan sebanyak 6.5 peratus kepada RM587.5 bilion menjelang 2030, pertumbuhan 2.3 peratus bagi pekerjaan dalam sektor pembuatan dan peningkatan 9.6 peratus bagi gaji penengah sektor pembuatan daripada RM1,976 kepada RM4,510. NETR NETR adalah titik permulaan dalam usaha mengarusperdanakan peralihan tenaga dalam naratif pembangunan negara. Sebanyak 10 projek rintis dilaksanakan ketika fasa pertama NETR yang berpotensi menjana pelaburan berjumlah RM25 billion dan membuka 23,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi. Dalam majlis pelancaran NETR fasa kedua pada 29 Ogos 2023, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM2 bilion sebagai dana awal bagi Fasiliti Peralihan Tenaga Negara. KSP RMKe-12 KSP RMKe-12 dilaksanakan untuk memperbaharui dasar sedia ada dengan mengambil kira isu dan cabaran besar yang berisiko menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara yang disasarkan. Bertunjangkan matlamat meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, KSP RMKe-12 dipacu tiga fokus utama iaitu memperkukuh kemampanan, membangunkan masyarakat sejahtera dan mencapai negara berpendapatan tinggi. EKONOMI & PELABURAN B eberapa dasar utama dilancarkan untuk menstruktur semula ekonomi negara, antaranya Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12). 01 PERDANA MENTERI.indd 3 01/12/2023 4:26 PM


4 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Pertemuan Maya Bersama Elon Musk Dalam pertemuan secara maya bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 14 Julai 2023, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX merangkap CEO Tesla Inc, Elon Musk menyatakan persetujuan membuka Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman Tesla di Cyberjaya, Selangor. Perbincangan itu turut terkait penyertaan syarikat SpaceX menerusi perkhidmatan satelit Starlink untuk menyumbang kepada capaian internet yang lebih laju dan meluas terutamanya di kawasan pedalaman dan institusi pengajian tinggi (IPT). LAWATAN KERJA, BILATERAL & HUBUNGAN DIPLOMATIK S elaras ikrar menggunakan hubungan baik dengan negara luar bagi menarik pelaburan ke Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggunakan lawatan rasmi dan kunjungan hormat sebagai wadah penting untuk memulihkan imej Malaysia serta menarik sebanyak mungkin pelaburan asing bagi menstruktur semula ekonomi negara, selain memperkukuh hubungan bilateral dengan negara-negara sahabat. Sepanjang 2023, beliau mengadakan 22 lawatan rasmi ke luar negara, tidak termasuk pertemuan dua hala di sela-sela persidangan antarabangsa, selain menerima 17 kunjungan hormat dan lawatan negara daripada delegasi asing pelbagai peringkat. Semua lawatan rasmi yang diketuai Perdana Menteri telah berjaya memeterai pelbagai perjanjian penting serta menarik pelaburan terikat bernilai RM275.41 bilion setakat Oktober 2023, dengan lebih 42 peratus atau RM117.58 bilion dijangka direalisasikan menjelang hujung 2023. Sidang media bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Dato’ Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keterujaan pada hasil Permukiman Pemimpin-Pemimpin MalaysiaSingapura Ke-10 yang merungkai beberapa isu tertunggak antaranya kawalan ruang udara, bekalan air dan persempadanan Batu Puteh, selain memperkukuh persahabatan keduadua negara. Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Presiden Iran, Seyed Ebrahim Raisi sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, Amerika Syarikat pada 20 September 2023. 01 PERDANA MENTERI.indd 4 01/12/2023 4:26 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 5 Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden China, Xi Jinping dalam kunjungan ke negara itu pada 29 Mac 2023. Lawatan rasmi ke China merekodkan komitmen pelaburan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM170 bilion hasil pemeteraian 19 memorandum persefahaman (MoU), dengan RM92.88 bilion daripadanya dijangka direalisasikan menjelang akhir 2023. Kenyataan Negara disampaikan Perdana Menteri di UNGA 78 menarik perhatian dunia apabila beliau lantang menegur kuasa besar yang semakin meminggirkan platform Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengkritik perbuatan membakar Al-Quran di beberapa negara serta menempelak Israel yang mencabuli undang-undang antarabangsa. Indonesia menjadi negara pertama dikunjungi Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan berjaya mencapai kesepakatan bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk menyelesaikan beberapa isu tertangguh membabitkan Tenaga Kerja Indonesia (TKI), Perkhidmatan Domestik Indonesia (PDI), penyelarasan pengambilan pekerja dan persempadanan. Dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 pada Mei di Labuan Bajo, Perdana Menteri antara lain menyentuh isu krisis di Myanmar, selain mengusulkan penubuhan Dana Kewangan Asia (AMF) sebagai usaha memperkukuh keupayaan ekonomi rantau ini. Ketika sidang ke-43 pada September di Jakarta, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah satu-satunya pemimpin yang menyuarakan pandangan berhubung penindasan berterusan Israel ke atas Palestin. Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengunjungi Turkiye pada 15 Februari 2023 selepas menerima jemputan secara peribadi daripada Presiden Turkiye, Recep Tayyib Erdogan, bagi menzahirkan sokongan moral susulan negara itu dilanda gempa bumi terburuk dalam tempoh 80 tahun. 01 PERDANA MENTERI.indd 5 01/12/2023 4:26 PM


6 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI LAWATAN PEMIMPIN ANTARABANGSA KE MALAYSIA S elain mengadakan lawatan rasmi ke luar negara, Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut menerima 17 kunjungan hormat dan lawatan negara daripada delegasi asing pelbagai peringkat. Lawatan sulung yang diterima selepas dilantik sebagai Perdana Menteri adalah keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah pada 28 November 2022, disusuli beberapa kunjungan lain. Ini termasuklah daripada Timor-Leste, Jerman, Singapura, Korea Selatan, Abu Dhabi, Indonesia, Turkiye, Filipina, China, New Zealand, Thailand, Belanda dan Jepun, yang telah memperkukuh hubungan bilateral dan menarik pelaburan asing ke Malaysia. KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berangkat tiba ke Malaysia empat hari selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, sebelum disusuli Lawatan Negara ke Malaysia sempena Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Ke-24 pada 2 Ogos 2023. Lawatan Negara oleh Frank-Walter Steinmeier pada 17 Februari 2023 adalah yang pertama dalam tempoh 26 tahun membabitkan Presiden Jerman ke Malaysia. Lawatan itu membincangkan potensi kerjasama kedua-dua negara dalam bidang biodiversiti, ekologi dan perubahan iklim. Dalam pertemuan di Parlimen pada 22 Mei 2023, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi, Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan sempat berbincang pelbagai perkara terkait kepentingan bersama antaranya hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa. 01 PERDANA MENTERI.indd 6 01/12/2023 4:26 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 7 Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Presiden Indonesia, Joko Widodo menerima sambutan luar biasa ketika lawatan santai di Chow Kit, Kuala Lumpur. Kunjungan itu sempena lawatan kerja Jokowi ke Malaysia, yang menyaksikan beberapa memorandum persefahaman (MoU) berkaitan sempadan, ekonomi, perdagangan dan pelaburan dimeterai. Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos Jr. yang bertemu pada 26 Julai 2023 sepakat menyokong keputusan ASEAN terkait konsensus lima perkara (5PC) bagi memastikan keamanan di Myanmar, selain bersetuju meneroka peluang ekonomi industri halal Malaysia-Filipina. Mesyuarat dua hala diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin pada 11 Oktober 2023 menghasilkan kesepakatan untuk Malaysia-Thailand menubuhkan pasukan petugas bagi melonjak kerjasama dalam sektor pertanian, pelancongan, keselamatan, perdagangan dan perniagaan, termasuk sektor halal. Ketika bertemu Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte pada 1 November 2023, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menzahirkan hasrat untuk mendapatkan kepakaran Belanda bagi menambah baik sistem tebatan banjir di Malaysia. Perbincangan kedua-dua pemimpin turut menyentuh soal perkembangan industri sawit dan konflik Palestin-Israel. Pertemuan empat mata dan mesyuarat bilateral diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawat dari Jepun, Fumio Kishida pada 5 November 2023 meneroka kaedah memperluas kerjasama kedua-dua negara terkait lapangan perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan dan keselamatan tenaga serta maklumat dan komunikasi. Sewaktu bertemu Naib Presiden China, Han Zheng pada 9 November 2023, Perdana Menteri menyampaikan hasrat menyeru China untuk bersama Malaysia dan pelbagai negara lain dalam memastikan konflik PalestinIsrael segera berakhir dan bantuan kemanusian disalurkan tanpa halangan. 01 PERDANA MENTERI.indd 7 01/12/2023 4:26 PM


8 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI PALESTIN K onflik terbaharu antara Palestin dan Israel sejak 7 Oktober 2023 begitu mengesankan sanubari Dato' Seri Anwar Ibrahim yang begitu rapat dalam perjuangan memerdekakan rakyat Palestin daripada kekejaman dan kezaliman rejim Zionis Israel. Berdepan kegilaan Israel yang sanggup memusnahkan rumah, hospital dan sekolah di Gaza hingga meragut puluhan ribu nyawa termasuk bayi, kanak-kanak dan wanita, Perdana Menteri bertindak menggembleng kesepakatan dunia Islam supaya bergerak senada dan sederap dalam menuntut hak kemanusiaan buat rakyat Palestin, di samping menempelak sikap munafik negara Barat. Penyerahan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) Kerjasama kerajaan dan pihak swasta untuk mengumpul dana bantuan kemanusiaan menerusi AAKRP berjaya menghimpunkan RM81 juta hanya dalam tempoh tiga hari. Lawatan Rasmi ke Arab Saudi, Turkiye dan Mesir Sidang Kemuncak GCC-ASEAN di Riyadh, Arab Saudi pada 20 Oktober 2023 menjadi wadah antarabangsa pertama digunakan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menyatakan pendirian Malaysia yang menuntut hak rakyat Palestin dikembalikan, menggesa koridor bantuan kemanusiaan disegerakan dan mengecam kemunafikan komuniti antarabangsa terhadap pencabulan hak asasi manusia dan pembantaian warga Palestin. Perdana Menteri kemudian menghimpunkan kesepakatan dunia Islam dalam isu Palestin dengan melakukan kunjungan ke atas Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud di Istana Yamamah, Riyadh, sebelum bertemu Presiden Turkiye, Recep Tayyib Erdogan dan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi. 01 PERDANA MENTERI.indd 8 01/12/2023 4:26 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 9 Himpunan Malaysia Bersama Palestin Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 24 Oktober 2023 menjadi kemuncak solidariti Malaysia bersama Palestin dengan puluhan ribu rakyat hadir bersama-sama pimpinan NGO dan kerajaan untuk menyatakan kemarahan terhadap kezaliman rejim Zionis Israel. Berucap di hadapan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, Perdana Menteri menegaskan peri penting semua negara berpadu dalam satu suara mendesak genjatan senjata di Semenanjung Gaza supaya pembantaian ke atas warga awam termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi oleh rejim Israel ditamatkan. Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Di Sidang Kemuncak Tergempar OIC di Riyadh, Arab Saudi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendesak bantuan kemanusiaan disalurkan segera kepada warga Gaza dan Tebing Barat, menuntut gencatan senjata serta menggesa OIC membantah keras penempatan haram Israel, selain mendesak rejim Zionis diheret ke muka pengadilan kerana mencabuli undang-undang antarabangsa. Mesyuarat Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Ke-30 01 PERDANA MENTERI.indd 9 01/12/2023 4:26 PM


10 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI M atlamat menoktahkan kemiskinan tegar menjadi antara iltizam utama kerajaan yang disuarakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023. Sepanjang tahun, pelbagai usaha digerakkan pelbagai agensi dan kementerian dan hasilnya, usaha menoktahkan kemiskinan tegar menunjukkan kemajuan ketara. Data terkini menunjukkan kadar kemiskinan tegar merudum daripada kira-kira anggaran 1 peratus atau 78,000 isi rumah pada 2020 kepada 0.2 peratus atau hanya 18,000 isi rumah ketika ini. Usaha menoktahkan kemiskinan tegar dijangka lebih tangkas selepas sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sedia digunakan mulai Januari 2024. Menerusi PADU yang yang mengandungi profil semua individu dan isi rumah rakyat serta pemastautin tetap di Malaysia, usaha membasmi kemiskinan tegar dapat dilaksanakan dengan lebih tepat tanpa sebarang keciciran dan pertindihan pemberian bantuan oleh agensi Persekutuan dan negeri. MENOKTAHKAN KEMISKINAN TEGAR K etika membentangkan Belanjawan 2023, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan enggan membiarkan isu sekolah dan klinik daif berlarutan kerana menganggap tidak masuk akal untuk rakyat perlu terus SEKOLAH & KLINIK DAIF berdepan isu itu ketika ini. Bagi memastikan isu lampau itu diatasi menjelang akhir 2023, beliau menyediakan peruntukan RM1.2 bilion dalam belanjawan sulungnya sebagai Perdana Menteri, sebelum mengumumkan peruntukan tambahan RM1.4 bilion pada Julai 2023. Projek di bawah Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) itu merekodkan kejayaan membanggakan apabila projek rintis baik pulih bangunan daif di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi disiapkan hanya dalam tempoh tiga bulan, manakala 1,200 klinik daif akan dibaik pulih, dengan 436 klinik diselesaikan sepanjang 2023 membabitkan peruntukan RM111 juta. Selain itu, hasrat Perdana Menteri mahu melihat isu tandas sekolah rosak yang berlaku di hampir semua 10,000 sekolah seluruh negara diatasi segera, terlunas apabila semua baik pulih tandas di 8,354 sekolah berjaya disempurnakan, membabitkan peruntukan RM630.77 juta. 01 PERDANA MENTERI.indd 10 01/12/2023 4:26 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 11 Kementerian 2 Kewangan B elanjawan 2023 bertemakan ‘Membangun Malaysia MADANI’ membabitkan peruntukan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka. Pembentangan Belanjawan 2023 • Menteri: DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM • Timbalan Menteri: DATUK SERI HAJI AHMAD HAJI MASLAN STEVEN SIM CHEE KEONG 02 MOF.indd 11 01/12/2023 4:29 PM


12 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI STR adalah antara inisiatif di bawah Konsep Payung Rahmah bertujuan membantu golongan rentan dan kurang berkemampuan mendepani cabaran kos sara hidup. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kredit e-tunai bernilai RM200 diberikan secara ‘one-off’ melalui salah satu penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet. eBeliaRahmah tahun ni telah ditingkatkan jumlahnya berbanding tahun lalu iaitu RM150. Selain bertujuan untuk terus memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia, eBeliaRahmah ini juga sedikit sebanyak meringankan beban kewangan mereka. eBeliaRahmah 02 MOF.indd 12 01/12/2023 4:29 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 13 Lebih 210,000 penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data e-Kasih adalah penerima SARA yang menerima sumbangan sebanyak RM600 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM130 juta, bagi mendapatkan keperluan barangan makanan asas seperti beras, minyak masak, telur, roti dan lain-lain di lebih 600 pasaraya/kedai runcit di seluruh Malaysia. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 02 MOF.indd 13 01/12/2023 4:29 PM


14 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI B elanjawan 2024 bertemakan ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ membabitkan peruntukan tertinggi dalam sejarah negara, bernilai RM393.8 bilion yang mana RM303.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM2 bilion pula disediakan untuk simpanan luar jangka. Pembentangan Belanjawan 2024 02 MOF.indd 14 01/12/2023 4:29 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 15 S ebagai sebuah kementerian yang dipertanggungjawabkan dengan portfolio luar bandar, KKDW membangunkan dokumen Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) dan Pelan Strategik Kementerian Pembangunan Luar Bandar (2021-2025). Kedua-dua dokumen ini menjadi panduan dan rujukan asas bagi semua pembangunan program/projek/aktiviti KKDW dalam usaha mencapai Visi KKDW iaitu menerajui pembangunan infrastruktur asas dan sosioekonomi luar bandar menjelang 2025 melalui pelaksanaan Misi KKDW iaitu melengkapkan infrastruktur asas berkualiti dan mempertingkat kemampanan sosioekonomi masyarakat luar bandar berteraskan pembangunan inklusif dan holistik. Program/projek/aktiviti kementerian sepanjang 2023 merangkumi beberapa teras utama iaitu Kesejahteraan Rakyat, Modal Insan, Keusahawanan, Penghayatan Islam, dan Keterjaminan Makanan. Kementerian Kemajuan Desa dan 3 Wilayah • Menteri: DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI • Timbalan Menteri: DATUK HAJAH RUBIAH WANG 03 KKDW.indd 15 01/12/2023 4:30 PM


16 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI B agi meningkatkan akses perhubungan di luar bandar, KKDW telah menyiapkan sebanyak 1,500 projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) dan 388 projek kemudahan asas seperti surau, titi, balai raya, dewan serbaguna dan lainlain kemudahan asas di bawah Program Ameniti Sosial (PAMS). Menyedari kepentingan penduduk luar bandar memiliki kediaman, KKDW telah membina sebanyak 3,030 rumah baharu dan membaik pulih 12,246 rumah khusus bagi golongan miskin dan miskin tegar menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Seramai 700 orang telah mendapat manfaat daripada usaha KKDW dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat desa melalui Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK). Bagi menghargai sumbangan Pembantu Pendidikan Masyarakat Sukarela (PPMS), KKDW telah menaikkan Elaun PPMS daripada RM500 kepada RM800 sebulan yang memberi manfaat kepada 9,439 PPMS. Meluluskan peruntukan sebanyak RM63.75 juta, yang memberi manfaat kepada 318,642 pekebun kecil getah di seluruh negara, di mana masingmasing menerima bantuan berjumlah RM200 seorang. Menyalurkan bantuan secara one off melalui KKDW bagi setiap rumah yang mengalami kerosakan semasa banjir pada 2021 dan 2022 sebanyak RM5,000 melibatkan sebanyak 5,100 buah rumah. KESEJAHTERAAN RAKYAT 03 KKDW.indd 16 01/12/2023 4:30 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 17 M empertingkatkan peluang pendidikan masyarakat desa dengan memberi latihan dan pengiktirafan Sijil Latihan Profesional/Diploma TVET Tahfiz. Malah 90% graduan yang menyertai Program Jaminan Pekerjaan Institusi TVET@ KKDW memperolehi pekerjaan. Memperkukuh Program Pembasmian Kemiskinan Bagi Kesejahteraan Masyarakat Luar Bandar melalui Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), yang berjaya membantu 105 peserta (100%) mendapatkan pekerjaan. Mendorong 379 Pelajar Orang Asli hingga berjaya memasuki IPTA/IPTS di seluruh Malaysia. Mewujudkan kolaborasi di antara institusi TVET tempatan dengan lebih 200 pemain industri yang terdiri daripada syarikat-syarikat seperti Petronas, khususnya melalui MARA. M enggalakkan aktiviti perniagaan dan meningkatkan taraf ekonomi dalam kalangan Orang Asli dengan menubuhkan Urus Setia Pembangunan Ekonomi Orang Asli melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). KKDW telah melaksanakan Mini KUD@NS FEST, Mini KUD@Sungai Petani, Mini KUD & Karnival Usahawan Orang Asli@Sungai Besar sepanjang tahun sebagai platform pemasaran produk usahawan luar bandar dan melaksanakan KUD Putrajaya yang terbesar dengan kehadiran 1 juta pengunjung. MODAL INSAN KEUSAHAWANAN 03 KKDW.indd 17 01/12/2023 4:30 PM


18 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI PENGHAYATAN ISLAM Memperkasa penghayatan Islam dan ilmu AlQuran seawal usia melalui Program Pra Tahfiz KEMAS, dengan sasaran untuk melahirkan seramai 100 ribu huffaz cilik menjelang 2026. Memperkenalkan Program Penghayatan Pendidikan Islam (PPI) 2.0 di 10,740 TABIKA KEMAS seluruh negara sebagai nilai tambah kepada kurikulum Pendidikan Islam sedia ada melalui kolaborasi di antara Yayasan Pahang, Yayasan PINTA dan UPSI. KETERJAMINAN MAKANAN Menggerakkan usaha membangunkan estet padi FELCRA di Seberang Perak, dengan keluasan lebih 4,000 hektar dengan hasil keluaran kasar untuk 2 musim setahun sehingga pertengahan 2023 sebanyak 40,000 metrik tan. Mengusahakan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah dalam membangunkan antara 15,000 hingga 20,000 hektar tanah untuk penanaman padi secara berkelompok yang berupaya memberi hasil hampir 300,000 tan padi setahun. Menyokong usaha menangani isu keterjaminan makanan negara menerusi Projek Ternakan Ayam Pedaging FELCRA dengan sasaran pengeluaran 600,000 per pusingan/ 3.6 juta per tahun dengan tuaian pertama sebanyak 30,000 ekor ayam pada September 2023. 03 KKDW.indd 18 01/12/2023 4:30 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 19 T imbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof telah merasmikan International Rubber Research Development Board (IRRDB) International Rubber Conference (IRC) 2023 di Kuala Lumpur. Bertemakan Natural Rubber in Net Zero World: Challenges and Opportunities, IRC 2023 ini dianjurkan secara bersama oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan IRRDB bermula pada 20 sehingga 21 Februari 2023. Persidangan ini melibatkan penyertaan daripada 20 buah negara pengeluar dan pengguna getah iaitu Malaysia, China, Perancis, India, Indonesia, Jepun, Nigeria, Filipina, Sri Lanka, Thailand, Vietnam, Liberia, Guatemala, Ivory Coast, Cameroon, Cambodia, Papua New Guinea, Brazil, Bangladesh dan Singapura. Objektif penganjurannya adalah untuk menyediakan platform bagi perkongsian maklumat dan hasil penyelidikan tentang getah kepada semua pemain industri getah selain memperkukuh jaringan kerjasama antara pihak yang berkaitan. Hasil perkembangan terkini dalam sektor getah serta perkongsian kaedah baharu dijangka akan menjana idea baharu bertujuan memperkasa keseluruhan rangkaian sektor getah Malaysia dan negaranegara serantau. Kementerian Perladangan dan 4 Komoditi INTERNATIONAL RUBBER RESEARCH DEVELOPMENT BOARD (IRRDB) INTERNATIONAL RUBBER CONFERENCE (IRC) 2023 • Menteri: DATO’ SRI HAJI FADILLAH HAJI YUSOF • Timbalan Menteri: DATUK SITI AMINAH ACHING 04 KPK.indd 19 01/12/2023 4:30 PM


20 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI T ujuan MIFF adalah untuk mempromosikan industri perabot Malaysia kepada dunia. MIFF juga disenaraikan sebagai pameran perabot nombor satu di Asia Tenggara dan terus konsisten berada di antara 10 teratas di seluruh dunia. M ajlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Pensijilan Kayu: Exploring Future Frontiers bersama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC). Persidangan antarabangsa yang turut diadakan secara hibrid ini membentangkan hasil Projek Penyelidikan The Impact of Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof telah hadir merasmikan Malaysian International Furniture Fair 2023 (MIFF) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. MALAYSIAN INTERNATIONAL FURNITURE FAIR (MIFF) 2023 PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENSIJILAN KAYU: Exploring Future Frontiers on Forest Management, Industry and Trade yang telah dilaksanakan oleh MTCC dan LESTARI selama tiga tahun yang bermula pada akhir 2019. 04 KPK.indd 20 01/12/2023 4:30 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 21 T imbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri ke-11 (MM11) di bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC). Ia selaras dengan keputusan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ke-24 CPOPC pada 15 Disember 2022 bahawa Malaysia telah dilantik semula sebagai pengerusi dan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Ke-25 (SOM25) dan MM11. Malaysia bersama Indonesia bertemu kepimpinan Kesatuan Eropah (EU) bagi mendapatkan penjelasan dan jaminan bahawa minyak sawit yang dihasilkan pekebun kecil di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) tidak terjejas dengan pelaksanaan Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR). Mesyuarat ini turut dihadiri Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Yang Terhormat Airlangga Hartarto dan Timbalan Menteri Makanan dan Pertanian dan Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi (CMEA), Indonesia, Dr. Musdhalifah Machmud. MESYUARAT MENTERI-MENTERI KE-11 (MM11) DI BAWAH MAJLIS NEGARA-NEGARA PENGELUAR MINYAK SAWIT (CPOPC) T imbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof mengetuai delegasi Malaysia ke Nairobi, Kenya mulai 3 hingga 7 Julai 2023 bagi memberi ucap tama dan merasmikan Malaysian Palm Oil Forum – East Africa Region 2023. Forum ini diadakan untuk meneroka potensi pengembangan eksport minyak sawit di pasaran Afrika Timur, di samping memperkukuh kerjasama dua hala antara Malaysia dan Kenya dalam industri minyak sawit. Lawatan Timbalan Perdana Menteri ini memberi fokus pada komitmen Malaysia dalam mempromosi pengeluaran minyak sawit mampan dan memperkukuhkan hubungan ekonomi dengan Kenya serta negara Afrika yang lain. MALAYSIAN PALM OIL FORUM – EAST AFRICA REGION 2023 04 KPK.indd 21 01/12/2023 4:30 PM


22 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI I dea penganjuran program ini merupakan cetusan hasrat murni Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof untuk menterjemah komitmen padu kerajaan menerusi KPK serta agensi di bawahnya bagi menjamin kesejahteraan pekebun kecil di lapangan menerusi sesi dua hala untuk memperoleh maklum balas secara bersemuka tentang situasi semasa yang mereka lalui. Program Trek Komoditi Zon Utara telah diadakan pada 10 hingga 12 Jun 2023, manakala Trek Komoditi Zon Tengah pula diadakan pada 5 hingga 6 Ogos 2023 yang memfokuskan kepada beberapa sektor antaranya getah, sawit, koko dan kayu-kayan. Selain sesi sembang santai, Menteri Perladangan dan Komoditi melawat kebun getah, ladang koko, ladang sawit dan lawatan ke plot tanaman TREK KOMODITI ZON UTARA (PERAK, PULAU PINANG, KEDAH, PERLIS) DAN TREK KOMODITI ZON TENGAH SEMENANJUNG pokok Batai dan Eucalyptus yang diusahakan oleh penduduk kampung. Pada tahun 2022, keseluruhan pekebun kecil sektor Agrikomoditi berjumlah seramai 801,002 orang yang mana 335,264 orang berada di Semenanjung, 101,177 orang di Sabah dan 131,960 orang di Sarawak. Pekebun kecil dalam sektor sawit adalah berjumlah 446,061 orang, terdiri daripada pekebun persendirian seramai 213,460 manakala pekebun kecil tersusun pula berjumlah 232,601 orang. Di bawah kategori pekebun kecil tersusun sektor sawit, 100,060 orang adalah di bawah FELDA, 89,440 orang di bawah FELCRA,14,389 orang bersama RISDA manakala 28,712 orang lagi di bawah kategori Lain-lain. Sektor getah meliputi 310,797 orang, sektor koko diwakili oleh 5,317 orang, 38,182 orang adalah daripada sektor lada sementara sektor kenaf merekodkan 645 orang. 04 KPK.indd 22 01/12/2023 4:30 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 23 KPK dengan kerjasama PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) melancarkan Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai di Stesen PETRONAS di Putrajaya. Tiga stesen PETRONAS dikenal pasti sebagai pusat pengumpulan minyak masak terpakai iaitu stesen PETRONAS Subang Bestari, Kota Kemuning 1 dan Putrajaya 1. Penjualan minyak masak terpakai di stesen PETRONAS memberi sedikit pulangan kepada penjual. Hasil jualan akan PELANCARAN PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI DI STESEN PETRONAS DI PUTRAJAYA dikreditkan dalam akaun aplikasi Setel dan boleh ditebus untuk mengisi minyak atau membeli barangan di Kedai Mesra. Sebagai salah satu inisiatif ekonomi kitaran agrikomoditi, PETRONAS akan menggunakan minyak masak terpakai ini sebagai salah satu sumber bahan mentah utama bagi menghasilkan bahan api penerbangan lestari atau Sustainable Aviation Fuel (SAF). 04 KPK.indd 23 01/12/2023 4:30 PM


24 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI T imbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, telah merasmikan Majlis Pelancaran Model Baharu Projek Rintis Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) dan Projek Rintis Getah Asli Mampan Malaysia (MSNR). Model Baharu projek rintis IPL bertujuan membantu pekebun kecil getah menambah pendapatan dengan galakan untuk beralih kepada penghasilan susu getah (lateks) berbanding getah sekerap (cup lump), selain membantu PELANCARAN MODEL BAHARU PROJEK RINTIS INSENTIF PENGELUARAN LATEKS (IPL) DAN PROJEK RINTIS GETAH ASLI MAMPAN MALAYSIA (MSNR) meningkatkan pengeluaran lateks bagi menampung bekalan lateks di sektor hiliran negara. Projek rintis MSNR merupakan persediaan LGM bagi menyediakan industri getah Malaysia melaksanakan pematuhan MSNR di peringkat kebangsaan, selain meneraju penghasilan getah asli dan produk getah mampan dunia. Projek rintis MSNR akan dimulakan di beberapa negeri terpilih di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan penyertaan oleh pekebun kecil, peniaga getah dan kilang pemprosesan. P ersidangan Biodiesel Sawit ke-4 anjuran Persatuan Biodiesel Malaysia (MBA) bertemakan Balancing Carbon Neutrality, Energy Security & Social Impact memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai perkembangan industri biodiesel sawit dalam mengimbangi neutral karbon, serta keselamatan penggunaan tenaga yang lebih bersih dan mampan. Komitmen kerajaan terhadap industri biodiesel sawit meliputi penyelidikan dan inovasi yang berterusan dengan aspirasi untuk memperluaskan penggunaan biodiesel sawit. Justeru, inisiatif kerjasama antara KPK dan PETRONAS membuktikan dedikasi terhadap agenda biodiesel Malaysia dan PETRONAS sebagai syarikat tenaga pertama yang memulakan inisiatif sedemikian. 4TH PALM BIODIESEL CONFERENCE: BALANCING CARBON NEUTRALITY, ENERGY SECURITY AND SOCIAL IMPACT 04 KPK.indd 24 01/12/2023 4:30 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 25 Kementerian 5 Pengangkutan P ada 12 Julai 2023, Jemaah Menteri bersetuju supaya kerajaan melaksanakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Inisiatif ini dilaksanakan mulai 15 Ogos 2023 melalui kaedah pemberian credit shell di mana syarikat penerbangan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi pembelian tiket penerbangan laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana satu syarikat penerbangan sama ada Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan FireFly), AirAsia atau Batik Air melalui laman sesawang syarikat penerbangan itu. Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan Inisiatif Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan • Menteri: LOKE SIEW FOOK • Timbalan Menteri: DATUK HAJI HASBI HAJI HABIBOLLAH 05 MOT.indd 25 01/12/2023 4:31 PM


26 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Transformasi Strategik Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) P engumuman transformasi strategik ini merupakan satu lembaran baru dalam sejarah pengangkutan udara di Malaysia. Susulan daripada kelulusan pembangunan LTSAAS oleh Jemaah Menteri, Malaysia bakal menjana pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan serta mewujudkan peluang pekerjaan yang bernilai tinggi dalam negara. Loke Siew Fook telah mengumumkan Lapangan Terbang Subang atau dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) akan ditransformasi menjadi sebuah hab aeroangkasa dan penerbangan bisnes di rantau Asia-Pasifik dan sebagai city airport yang unggul. Ia memberi fokus terhadap pembangunan Aerospace Ecosystem, General Aviation/ Business Aviation (GA/BA) dan city airport/secondary airport. LTSAAS ini dijangka dapat menampung kapasiti maksimum 8 juta penumpang setahun pada masa hadapan. adalah pada 31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan. Pelaksanaan inisiatif ini selanjutnya diperluaskan kepada pelajar politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi serta pelajar matrikulasi dan institut pendidikan guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bermula pada 6 Oktober 2023. Inisiatif ini memanfaatkan lebih 56,000 pelajar daripada universiti awam, politeknik, kolej komuniti, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru dengan implikasi kos keseluruhan yang dianggarkan berjumlah RM16.8 juta. Pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan ini dapat mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman semasa cuti semester pengajian. 05 MOT.indd 26 01/12/2023 4:31 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 27 P erdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan MRT Laluan Putrajaya di Depoh MRT Serdang pada 16 Mac 2023 yang lalu. Pembukaan sepenuhnya MRT Laluan Putrajaya sepanjang 57.7 km sebagai salah satu penyelesaian mobiliti. Warga ibu kota kini boleh memanfaatkan perkhidmatan 36 Stesen MRT dari Kwasa Damansara melalui pusat bandar Kuala Lumpur hingga ke Putrajaya. Rapid Rail Sdn Bhd selaku operator mengendalikan operasi MRT bagi keseluruhan Laluan Putrajaya. Aplikasi PULSE 2.0 yang lebih mesra pengguna dan intuitif telah diperkenalkan kepada orang ramai dalam membantu menambah baik pengalaman penumpang rel. Perdana Menteri dengan berbesar hati telah mengumumkan tambang percuma bagi penumpang yang masuk atau keluar di mana-mana 36 buah stesen di sepanjang laluan ini termasuk perkhidmatan bas perantara bagi stesen-stesen MRT Laluan Putrajaya mulai jam 3 petang hari tersebut sehingga 12 tengah malam, 31 Mac 2023. Perdana Menteri telah memberi penekanan terhadap kepentingan produktiviti negara, di mana beliau menyentuh tentang kesukaran dan tekanan yang dihadapi oleh orang ramai dalam perjalanan harian mereka ke tempat kerja. Penggunaan perkhidmatan awam seperti MRT dapat membantu dalam menangani isu kesesakan jalan raya. Lebih 8 juta penduduk di Lembah Klang kini menikmati MRT Laluan Putrajaya akses rel yang lebih baik menerusi Laluan Putrajaya, yang menyediakan sambungan dengan perkhidmatan rel lain seperti LRT, ERL, KTM dan Monorel di 10 titik pertukaran seperti Titiwangsa dan Ampang Park. Ini membantu menyumbang secara signifikan nisbah yang disasarkan sebanyak 40% penggunaan pengangkutan awam (modal share) di dalam wilayah Greater Kuala Lumpur. 05 MOT.indd 27 01/12/2023 4:31 PM


28 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Pelancaran Pas Tanpa Had myBAS50 Dan Bas Elektrik myBAS Johor Bahru P rogram Transformasi Perkhidmatan Bas Berhentihenti (SBST) adalah satu program yang diwujudkan oleh kerajaan pada tahun 2015 untuk menambaik baik perkhidmatan bas berhenti-henti dengan fokus kepada aspek keboleharapan, ketersediaan dan ketepatan masa perkhidmatan menggunakan jenama myBAS. Program ini menyediakan perkhidmatan bas berhentihenti yang terbaik kepada rakyat dengan menggunakan peranti aplikasi teknologi terkini dalam sistem pemantauan operasi. Program ini dimulakan di Kangar dan Seremban pada tahun 2015, di Ipoh pada tahun 2016 dan seterusnya di Kuala Terengganu pada tahun 2018. Pada 2022, perkhidmatan diperluaskan ke Johor dengan jenama myBAS Johor Bahru. Dalam usaha memastikan rakyat mendapat perkhidmatan bas yang boleh diharap, Kerajaan memperuntukan RM 150 juta dalam Belanjawan 2023 untuk memperluaskan program SBST ke Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu. Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) di Johor M yBAS Johor Bahru telah dilancarkan pada 20 Februari 2022 dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan bas berhentihenti di Johor Bahru melibatkan lima (5) koridor iaitu Koridor Kota Tinggi, Koridor Masai, 05 MOT.indd 28 01/12/2023 4:31 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 29 P ada 15 Ogos 2023, Kementerian Pengangkutan telah memperkenalkan satu lagi inisiatif bagi membantu mengurangkan kos hidup rakyat melalui pengenalan Pas myBAS Konsesi iaitu pas bulanan tambang percuma bagi golongan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas, golongan Koridor Kulai, Koridor Gelang Patah dan Koridor Pontian. Ia meliputi jajaran perkhidmatan sejauh 1,052 kilometer dalam usaha menggalakkan penggunaan bas sebagai mod pilihan rakyat. Pada 28 Mac 2023, Kementerian Pengangkutan Malaysia telah melancarkan Pas Tanpa Had myBAS50 yang menawarkan penggunaan tanpa had selama 30 hari untuk kesemua laluan perkhidmatan myBAS Johor Bahru. Perkhidmatan ini diaktifkan bermula 1 April 2023 dan khas untuk semua warganegara Malaysia. Penumpang hanya perlu membayar RM50 untuk menikmati perjalanan tanpa had selama 30 hari menggunakan mana-mana perkhidmatan myBAS Johor Bahru. Ianya telah berjaya membantu penumpang berjimat sehingga 80% daripada perbelanjaan bulanan mereka untuk kos pengangkutan. Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanakdan murid sekolah berumur 7 hingga 18 tahun. Inisiatif ini memberi manfaat kepada kira-kira 2,500 orang pengguna sehari dari golongan sasar ini melalui pembiayaan kos perjalanan yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan. Inisiatif myBAS Konsesi Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook mengumumkan pelaksanaan inisiatif pendigitalan pada 10 Februari 2023 melibatkan pengenalan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) dan Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) persendirian untuk individu warganegara. Beliau turut mengumumkan pelaksanaan urusan Pelesenan Kenderaan, Pelesenan Pemandu dan Penguatkuasaan Bersepadu yang boleh diakses secara dalam talian menerusi aplikasi MyJPJ. Pendigitalan LLM Dan LKM Persendirian 05 MOT.indd 29 01/12/2023 4:31 PM


30 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Pas MyRail Life ialah pas perjalanan diberikan secara percuma kepada pelajar sekolah Tahun 1 sehingga Tingkatan 6 dan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi meringankan beban mereka yang menggunakan perkhidmatan kereta api. Pelaksanaan inisiatif ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook, dan mula berkuat kuasa pada 15 Februari 2023. Pas ini boleh digunakan bagi perkhidmatan: KTM Komuter Sektor Lembah Klang Laluan Pulau Sebang – Batu Caves – Pulau Sebang Laluan Pelabuhan Klang – Tanjung Malim – Pelabuhan Klang. KTM Komuter Sektor Komuter Utara Laluan Ipoh – Butterworth – Ipoh Laluan Butterworth – Padang Besar – Butterworth KTM Intercity Shuttle Timuran (DMU) laluan Gemas -Tumpat – Gemas. Sehingga Oktober 2023, seramai 28,003 orang penerima manfaat OKU : 7,761 Pelajar : 19,475 Pelajar Tingkatan 6 : 767 Pas MyRail Life Meringankan Beban Kewangan Kumpulan Sasar (pelajar dan OKU) JPJ melaksanakan Program Bantuan Lesen Memandu MyLESEN B2 (Motosikal) kepada golongan B40 yang dilancarkan pada 30 Mei 2023. Inisiatif ini memanfaatkan 9,000 peserta dari seluruh negara dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM2.7 juta menerusi Belanjawan 2023, merangkumi kos ujian dan latihan kepada calon dengan kadar RM300 setiap calon di bawah Program MyLesen B2. Inisiatif ini adalah antara usaha kerajaan untuk melahirkan pemandu kenderaan bermotor yang kompeten dan selamat serta meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pematuhan peraturan dan pembudayaan keselamatan jalan raya. Program Bantuan Lesen Memandu MyLESEN B2 (Motosikal) 05 MOT.indd 30 01/12/2023 4:31 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 31 K ementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyokong ikhtiar Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Enam nilai teras Malaysia MADANI turut diterapkan oleh KPKM dalam memajukan sektor pertanian negara serta memastikan keterjaminan bekalan makanan. Antara pencapaian inisiatif-inisiatif KPKM yang menerapkan nilai teras Malaysia MADANI adalah seperti berikut: SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Mini Sekinchan KPKM membuat perubahan baharu seiring dengan kemajuan teknologi menerusi satu model baharu di bawah Program SMART SBB dengan membawa kejayaan pelaksanaan padi di kawasan Sekinchan, Selangor untuk di aplikasi ke kawasan padi yang lain. Model baharu ini dikenali sebagai SMART SBB Mini Sekinchan yang menerapkan amalan pertanian berhasil tinggi dengan mempraktikkan Knowledge, Attitude and Practice yang dilancarkan pada 9 Mei 2023 dan dilaksanakan di kawasan terpilih di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), IADA Kemasin Semerak dan IADA KETARA. Dari segi pencapaian, pelaksanaan program ini di Kampung Lat Seribu, Simpang Ampat, Perlis berjaya meningkatkan hasil pengeluaran padi daripada 7.0 tan metrik per hektar kepada 10.45 tan metrik per hektar. Program pemberian bantuan jentera pertanian kepada para pesawah yang terlibat dengan Projek Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Mini Sekinchan MADA bertempat di Kampung Lat 1000, Simpang Empat, Perlis. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan 6 Makanan SATU TAHUN MALAYSIA MADANI: MENYUBURKAN SEKTOR AGROMAKANAN NEGARA • Menteri: DATUK SERI HAJI MOHAMAD SABU • Timbalan Menteri: CHAN FOONG HIN 06 KPKM.indd 31 01/12/2023 4:31 PM


32 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI P rogram intervensi telur ayam merupakan salah satu inisiatif KPKM untuk memastikan keterjaminan makanan dengan P rogram Jualan Agro MADANI merupakan penjenamaan semula daripada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) dan Jualan Agro RAHMAH yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui tiga (3) Agensi Pelaksana iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Program ini menawarkan jualan pelbagai barangan keperluan agromakanan seperti produk segar sayursayuran, buah-buahan, ikan, ayam, daging dan telur secara terus dari ladang pada harga 10 ke 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran tempatan sebagaimana disasarkan. Sehingga 20 Oktober 2023, sebanyak 3,597 program dilaksanakan di seluruh negara dengan nilai jualan RM62.01 juta dan penjimatan sebanyak RM18.42 juta. Jumlah usahawan yang telah menyertai Program Jualan Agro MADANI adalah seramai 51,295 usahawan dengan jumlah pengunjung sebanyak 1.71 juta orang. Jualan Agro MADANI Program Intervensi Pengedaran Telur Ayam mengedarkan telur ayam kepada rakyat secara konsisten melalui outlet-outlet peruncitan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berpandukan harga yang ditetapkan kerajaan. FAMA melaksanakan intervensi bermula 11 November 2022 sehingga kini dengan mengedarkan 529,000 tray telur ayam (15.87 juta biji telur ayam) di seluruh negara. Program ini bertujuan untuk mengimbangi keperluan bekalan telur ayam dalam negara melalui ketersediaan bekalan di outlet peruncitan dan pusat operasi FAMA di seluruh negara. 06 KPKM.indd 32 01/12/2023 4:31 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 33 P ada awal Disember 2022, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) bersetuju menyumbang RM60 juta kepada pesawah. Sumbangan ini diberikan secara berperingkat yang mana RM10 juta disalurkan kepada KPKM pada hujung 2022 dan diagihkan kepada tiga negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sumbangan kedua dibuat oleh BERNAS pada April 2023 sebanyak RM20 juta dan diagihkan kepada pesawah di lima negeri iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan secara berperingkat. Pesawah daripada negeri-negeri lain akan menerima bantuan khas ini apabila baki berjumlah RM30 juta disalurkan oleh BERNAS kelak. Dianggarkan seramai 240,000 pesawah di seluruh negara akan menerima manfaat daripada sumbangan BERNAS ini untuk membantu meringankan kos sara hidup pesawah. P rogram Intervensi Pengedaran Beras Putih Tempatan (BPT) dilancarkan pada 8 September 2023 oleh KPKM sebagai langkah jangka pendek untuk mengatasi isu kekurangan bekalan Beras Putih Tempatan (BPT). Langkah intervensi pengedaran BPT ini bertujuan memastikan bekalan BPT dapat memenuhi keperluan pengguna dan menjamin kestabilan bekalan BPT di pasaran, sekali gus memberi manfaat secara langsung kepada pengguna. Penglibatan FAMA dan LPP dalam mengedar dan memasarkan BPT ini telah bermula pada 14 September 2023 dengan sasaran pengedaran sehingga 9,062 tan metrik bersamaan 906,250 kampit BPT berakhir Disember 2023 yang bernilai RM23.1 juta. Sehingga kini, FAMA dan LPP telah mengedarkan 341,439 kampit BPT (3,414 tan metrik) sehingga Oktober 2023. Sebanyak 170,000 isi rumah telah mendapat manfaat daripada program ini. Program Intervensi Pengedaran Beras Putih Tempatan (BPT) Bantuan Khas BERNAS kepada Pesawah Berjumlah RM60 juta 06 KPKM.indd 33 01/12/2023 4:31 PM


34 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Geran Agropreneur Muda Geran Agropreneur Muda bertujuan membantu agropreneur muda meminimumkan kos kewangan untuk memulakan projek atau perusahaan pertanian dan agromakanan. Geran ini diberi kepada golongan muda berumur 18 hingga 40 tahun dalam bentuk barangan (nilai maksimum RM20,000 setiap individu) dan tidak perlu dibayar balik. Selain itu, khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif turut disediakan dan dilaksanakan oleh jabatan/ agensi pembimbing di bawah kementerian. Sehingga Oktober 2023, seramai 466 peserta telah menerima Geran Agropreneur Muda berjumlah RM9.23 juta. Kerajaan MADANI telah menyalurkan Bantuan Khas Kepada Pesawah-Pesawah MADA berjumlah RM26.68 juta yang dimanfaatkan oleh 44,481 orang pesawah di Kawasan Muda (MADA). Setiap pesawah menerima RM600 untuk tempoh 3 bulan atau semusim. Bantuan ini sebagai tanda menyelami gerak nadi pesawah sejajar dengan agenda Malaysia MADANI. Bantuan Wang Ihsan dan Bantuan Khas Kepada Pesawah MADA Terjejas Akibat Bencana 06 KPKM.indd 34 01/12/2023 4:31 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 35 P rojek ini dilaksanakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat menggunakan kaedah menternak ayam cara moden iaitu mengguna pakai sistem reban tertutup dan dikawal selia menggunakan sistem internet kebendaan (IOT) bagi meningkatkan pengeluaran agromakanan serta mengurangkan kebergantungan kepada hasil luar negara. Pada September 2023, PPK Kuala Langat berjaya membekal kapasiti 30,000 ekor pada pengeluaran pertama dengan berat anak ayam sebanyak 66,716.74 kg bagi projek ternakan ayam 1 tingkat secara tertutup dan dipasarkan ke pasaran terbuka oleh integrator yang memberi tawaran terbaik kepada PPK Kuala Langat. Hasil jualan ayam hidup bagi projek ini untuk pengeluaran pertama adalah RM390,292.95. Pengeksportan Nangka Segar ke China M alaysia dan China telah menandatangani protokol laluan pasaran nangka segar ke China pada 1 April 2023. Usaha untuk memperoleh laluan pasaran ini telah berjalan hampir 20 tahun. Pada 17 September 2023, YAB Perdana Menteri telah merasmikan Pavilion Malaysia di Ekspo China-ASEAN ke-20 Projek Ternakan Ayam Pedaging Dengan Infra Tertutup (CAEXPO) di Nanning China yang menandakan kejayaan kumpulan pertama eksport nangka varieti J33 ke China. Peristiwa ini amat bermakna kerana proses bagi merealisasikan misi ini bermula diusahakan sejak 2014. Kerajaan menyasarkan nilai eksport nangka ke China mencecah nilai RM22.1 juta menjelang 2025. 06 KPKM.indd 35 01/12/2023 4:31 PM


36 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Program Mekanisasi dan Automasi Agromakanan (M&A) adalah inisiatif bagi meningkatkan penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi dalam sektor agromakanan yang merangkumi sub sektor tanaman, ternakan, perikanan dan industri asas tani. Program M&A berbentuk perolehan jentera, pembekalan alat ganti jentera pertanian, S elaras pendekatan penyasaran semula subsidi secara berfasa, Kerajaan bersetuju menamatkan sepenuhnya subsidi dan kawalan harga ayam bermula 1 November 2023. Subsidi serta kawalan harga bagi telur ayam gred A, B dan C diteruskan menggunakan mekanisme sedia ada. Sejak Februari 2022 hingga September 2023, Kerajaan menanggung RM3.8 bilion untuk subsidi ayam dan telur. Rasional penamatan subsidi secara pukal bagi ayam adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati warga asing dan golongan berpendapatan tinggi, selain bagi menyokong kemampanan industri pengeluaran ayam tempatan. Langkah ini terbukti tidak menyebabkan harga ayam melambung tinggi melebihi harga siling iaitu RM9.40 sekilogram seperti didakwa. Sehingga November 2023, harga ayam kekal antara RM7.39 hingga RM9.40 sekilogram dan tiada peningkatan harga sepanjang rantaian bekalan dicatatkan. pembangunan infrastruktur ladang dan kemudahan kejenteraan, pembangunan modal insan, pemindahan teknologi, kajian, promosi dan inovasi dalam bidang mekanisasi dan automasi pertanian melalui Jabatan dan Agensi di bawah KPKM kepada golongan sasar seperti petani, penternak, nelayan, peladang dan pengusaha industri asas tani di seluruh negara. Untuk tempoh 1 Disember 2022 hingga 26 Oktober 2023, seramai 58,813 peserta di seluruh negara telah menerima manfaat daripada Program M&A yang berjumlah RM15 juta. Aspek bekalan juga adalah stabil dan mencukupi untuk keperluan pengguna. KPKM akan terus bekerjasama erat bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan kestabilan bekalan ayam di pasaran serta memantau rapat aktiviti pencatutan yang dilaporkan. Program Mekanisasi dan Automasi Agromakanan Penamatan Kawalan Harga dan Subsidi Ayam 06 KPKM.indd 36 01/12/2023 4:32 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 37 Bank Bergerak Agrobank I nisiatif ini bertujuan menyediakan perkhidmatan perbankan utama dan memberi kesedaran kepada masyarakat luar bandar untuk menjadi komuniti bank dengan mengguna pakai teknologi terkini yang sesuai dengan keperluan harian mereka sambil meningkatkan sosio ekonomi. Perkhidmatan perbankan asas dan utama disediakan dengan menyediakan deposit, pengeluaran, dan onboarding digital, termasuk perkhidmatan notari. Perkhidmatan ini meliputi 16 daerah di tiga negeri iaitu Sarawak – Padawan, Bau, Lundu, Sematan, Linggan, Pantu, Tebedu dan Sebuyau; Sabah – Tawau, Lahad Datu dan Beaufort; dan Kelantan – Bachok, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan Kota Bharu. Program Pembangunan Belia Tani di Kalangan Siswazah (PROBEST) P rogram Pembangunan Belia Tani di Kalangan Siswazah (PROBEST) adalah program pembangunan komuniti bertujuan mewujudkan peluang kepada golongan belia di universiti, terutamanya daripada kalangan asnaf atau B40 menjana pendapatan serta menimba pengetahuan dari segi latihan/bimbingan teknikal dan keusahawanan dalam sektor pertanian /penternakan daripada pakar industri. PROBEST dilaksanakan oleh Agrobank dengan tujuh universiti setakat ini iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM, Jasin), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kolej Pertanian/ universiti-universiti lain. Sehingga Oktober 2023, seramai 90 mahasiswa terlibat dengan PROBEST dengan jumlah kos program sebanyak RM3 juta. 06 KPKM.indd 37 01/12/2023 4:32 PM


38 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI I nstitut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menghasilkan empat hibrid yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran buah kelapa. Hibrid yang dibangunkan adalah hasil kacukan antara pokok-pokok daripada jenis tinggi dan rendah yang terdapat dalam janaplasma kelapa MARDI di MARDI Bagan Datuk. Pelancaran empat (4) kelapa hibrid MARDI telah dilaksanakan pada 14 Ogos 2023 oleh YB Datuk Mohd. Zolkafly Harun, Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Makanan, Negeri Perak melibatkan: i. Kelapa hibrid MYLAG: Kelapa hibrid berhasil tinggi dengan potensi hasil sebanyak 25,000 biji/ha/ tahun. Merupakan kelapa kacukan dari Malayan Yellow Dwarf (MYD) dan Laguna Tall (LAGT). ii. Kelapa hibrid MARLECA: Kelapa hibrid dengan Pelancaran Empat Varieti Kelapa Hibrid MARDI buah bersaiz besar dan pertumbuhan pokok yang agak perlahan dan lambat tinggi dengan potensi hasil sebanyak 25,000 biji/ha/ tahun. Merupakan kelapa kacukan Malayan Red Dwarf (MRD) dan Niu Leka (NLAD). iii. Kelapa hibrid CARENI: Kelapa hybrid untuk minuman segar dengan potensi hasil sebanyak 32,000 biji/ha/tahun. Merupakan kelapa kacukan Cameroon Red Dwarf (CRD) dan Nias Green Dwarf (NGD). iv. Kelapa hibrid CARECA: Kelapa hybrid untuk minuman segar dengan potensi hasil sebanyak 32,000 biji/ha/tahun. Merupakan kelapa kacukan Cameroon Red Dwarf (CRD) dan Catigan Green Dwarf (CTAD). Secara keseluruhannya, inisiatif Malaysia MADANI telah memberikan impak yang positif kepada sektor pertanian dan agro makanan negara. Dengan menyeluruh dan bersepadu, inisiatif ini membawa pelbagai faedah kepada para petani, pengeluar makanan, dan pengguna. Diharapkan usaha ini dapat diteruskan dengan kestabilan dan kemajuan, menjadikan Malaysia sebagai pemain utama dalam bidang pertanian dan agro makanan di peringkat global. 06 KPKM.indd 38 01/12/2023 4:32 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 39 7 Kementerian Ekonomi P elan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) diluncurkan oleh Perdana Menteri pada 29 Ogos 2023 bagi mengemudi peralihan sektor tenaga untuk mencapai aspirasi pelepasan gas rumah kaca (GHG) sifar bersih seawalawalnya pada 2050 di samping mengimbangi trilema tenaga. NETR menggariskan enam pemacu peralihan tenaga iaitu kecekapan tenaga (EE), tenaga boleh baharu (TBB), hidrogen, biotenaga, mobiliti hijau dan pemerangkapan, penggunaan, dan penyimpanan karbon (CCUS). NETR telah mengenal pasti 10 projek dan inisiatif flagship dan 50 inisiatif tambahan untuk dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi. NETR berhasrat menjadikan Malaysia peneraju serantau dalam peralihan tenaga melalui pendekatan keseluruhan negara. Bagi menterjemah hasrat NETR, Belanjawan 2024 menyediakan Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga Negara (NETF) berjumlah RM2 bilion. PELAN HALA TUJU PERALIHAN TENAGA NEGARA (NETR) Selain itu, institusi kewangan juga menyediakan dana pembiayaan dengan nilai keseluruhan RM200 bilion untuk mendorong industri beralih ke arah ekonomi rendah karbon. Salah satu inisiatif flagship di bawah NETR ialah pengenalan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023 yang diluluskan Dewan Rakyat pada Oktober 2023 bagi mengawal selia penggunaan cekap tenaga dan konservasi tenaga serta menambah baik dan meningkatkan kecekapan tenaga selain mengelakkan pembaziran. Pelaksanaan projek dan inisiatif flagship NETR dijangka menjana jumlah pelaburan lebih daripada RM25 bilion, mewujudkan 23,000 peluang pekerjaan dan mengurangkan pelepasan GHG lebih daripada 10,000 Gg CO2 bersamaan setahun. Selain itu, Kerajaan telah mempercepatkan dan mempertingkatkan pemasangan sistem solar di bangunan Kerajaan di seluruh Malaysia melalui peruntukkan sebanyak RM80 juta. • Menteri: MOHD RAFIZI RAMLI • Timbalan Menteri: DATO HAJJAH HANIFAH HAJAR TAIB 07 KE.indd 39 01/12/2023 4:32 PM


40 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Secara keseluruhan, NETR akan meningkatkan nilai tambah keluaran dalam negeri kasar (KDNK) daripada RM25 bilion pada 2023 kepada RM220 bilion menjelang 2050 dan mewujudkan 310,000 peluang pekerjaan menjelang 2050 dalam aktiviti bernilai tambah tinggi sepanjang rantaian nilai sektor tenaga seperti EV, EE, TBB dan naiktaraf sistem grid P asukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) yang diperkenalkan pada 11 Januari 2007 merupakan pasukan petugas tertinggi yang dipertanggungjawabkan untuk menangani birokrasi dalam urusan perniagaan antara peniaga dan Kerajaan. Pada masa ini Mesyuarat PEMUDAH dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Ekonomi dan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara daripada pihak Kerajaan dan Penasihat Gabungan Persatuan Perniagaan Malaysia (Federation of Malaysian Business Associations – FMBA) Datuk Wira (Dr.) Hj. Ameer Ali Mydin daripada pihak industri. Keanggotaan semasa mesyuarat PEMUDAH adalah dalam kalangan wakil sektor awam yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan/Agensi yang dikenal pasti serta wakilwakil dari sektor swasta yang terdiri daripada tokoh-tokoh berpengalaman mewakili pelbagai persatuan perniagaan. Sehingga 2 November 2023, mesyuarat PEMUDAH telah menyentuh 15 kertas perbincangan: (i) pasaran buruh; dalam industri padi dan beras; (xi) industri modal teroka; dan (xii) bekalan tenaga boleh baharu (RE) di Kawasan perindustrian. PEMUDAH dijangka akan diperkasa dan ditambahbaik sebelum akhir 2023 merangkumi isu-isu perbincangan berkaitan dasar serta inisiatif memudahkan urusan menjalankan perniagaan, menggalakkan pelaburan asing dan domestik dalam negara di samping mengenalpasti titik permasalahan dan mencadangkan penyelesaian kepada karenah birokrasi dan beban peraturan yang dihadapi pihak industri dalam menjalankan perniagaan. SPECIAL TASK FORCE TO FACILITATE BUSINESS (PEMUDAH) (ii) kebergantungan terhadap pekerja asing; (iii) pas ekspatriat; (iv) program Academy in Industry; (v) prosedur berkaitan permit pembinaan, Unit Pusat Setempat (OSC) 3.0 Plus dan Kelulusan Pelan Pemajuan serta lesen eksport; (vi) produktiviti perkhidmatan pembersihan; (vii) Platform Crowdfunding Peer-to-Peer (P2P) dalam Sistem e-Perolehan Kerajaan; (viii) Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR); (ix) Malaysia’s Business Ready (B-Ready); (x) beban peraturan tidak wajar termasuk penstoran tenaga. Pelaksanaan NETR dijangka mengurangkan pelepasan GHG oleh sektor tenaga sebanyak 32% pada 2050. 07 KE.indd 40 01/12/2023 4:32 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 41 I nisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) telah dilancarkan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada 26 Februari 2023 di Stesen LRT Cempaka bertujuan membantu golongan miskin tegar, miskin dan B40 meningkatkan pendapatan secara mampan. Sebanyak tiga inisiatif rintis dilaksanakan di bawah IPR iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN). Selain meningkatkan pendapatan, ketiga-tiga inisiatif rintis ini membantu mengatasi INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR) isu keterjaminan makanan, peluang pekerjaan dan kos sara hidup yang tinggi. Di bawah ketiga-tiga inisiatif ini, Kerajaan menyediakan geran kepada peserta untuk tempoh dua tahun sahaja. Susulan pelancaran ini, sejumlah 100 unit vending machine INSAN telah ditempatkan di beberapa buah lokasi tumpuan awam di seluruh negara. Setakat ini, peserta IPRINSAN telah berjaya meraih purata jualan harian antara RM90 hingga RM400. P ada 9 Mei 2023, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli meninjau dan mempromosi lima unit vending machine IPR-INSAN yang ditempatkan di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur. Vending machine ini dikendalikan lima peserta yang terdiri daripada golongan B40, miskin dan miskin tegar. Sehingga 10 November 2023, sejumlah 100 unit mesin layan diri ini telah ditempatkan di lokasi strategik dan tumpuan orang ramai di seluruh negara, antaranya di hospital awam, institusi pengajian tinggi (IPT), stesen pengangkutan awam dan kilang-kilang pembuatan. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menggalakkan penjualan makanan berkualiti tinggi pada harga berpatutan dan memberi ruang kepada peserta memasarkan produk makanan mereka menggunakan vending machine tanpa perlu berhadapan dengan kesukaran mendapatkan permit dan tapak perniagaan. INISIATIF USAHAWAN MAKANAN (INSAN) Hasil inisiatif IPR-INSAN setakat ini menunjukkan impak positif kepada pendapatan peserta apabila mereka berjaya meraih purata jualan harian antara RM90 hingga RM400. 07 KE.indd 41 01/12/2023 4:32 PM


42 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI INISIATIF OPERATOR PERKHIDMATAN (IKHSAN) D i bawah Inisiatif Usahawan Tani atau INTAN, tumpuan diberikan kepada tanaman strategik seperti cili dan jagung bijirin sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah import. Kerajaan memberikan bantuan berbentuk input dan peralatan moden pertanian, latihan dan khidmat nasihat teknikal serta elaun sara hidup semasa tempoh menunggu penuaian hasil tanaman. Sehingga 6 November 2023, sejumlah 1,020 peserta diluluskan menyertai program IPR-INTAN di 16 lokasi membabitkan kawasan tanaman berkeluasan 818 ekar di seluruh negara. INISIATIF USAHAWAN TANI (INTAN) P ihak syarikat SWM Environment Sdn Bhd melaksanakan proses temuduga pemilihan peserta berkelayakan di bawah Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) pada 11 Oktober 2023 di Pejabat Satelit SWM, Seremban, Negeri Sembilan. Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) bermatlamat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dalam sektor yang dikenali sebagai 3D iaitu Dirty, Dangerous and Difficult. Melalui inisiatif ini, Kementerian Ekonomi akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mewujudkan peluang pekerjaan dengan gaji yang setimpal bagi kerja-kerja pembersihan di premis awam. Kerajaan akan menjadi pemudah cara dalam urusan pelantikan pekerja, menyediakan peralatan dan kelengkapan serta memberi bantuan elaun tambahan bulanan kepada peserta. Sehingga 6 November 2023, sejumlah 1,032 peserta telah menyertai program ini di 9 lokasi seluruh negara. 07 KE.indd 42 01/12/2023 4:32 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 43 K ementerian Ekonomi bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menerbitkan rancangan realiti TV bertajuk INNOVATHON bertujuan mengarus perdanakan budaya inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya bagi golongan muda. Rancangan realiti TV INNOVATHON yang dilancarkan pada 14 April 2023 menerima 1,033 projek inovatif dalam uji bakat yang diadakan secara fizikal di enam bandar daripada 8 Mei sehingga 17 Mei 2023. Daripada jumlah ini, 56 projek inovatif dipilih untuk bersaing dalam lapan episod INNOVATHON, di mana peserta berkaitan diberi bimbingan dan pendedahan kepada perundangan harta intelek, pembangunan perniagaan dan produk. Musim pertama INNOVATHON ditayangkan di RANCANGAN REALITI TV INNOVATHON saluran ASTRO selama 8 minggu bermula pada 15 Julai 2023 hingga 2 September 2023 dan menarik lebih 8 juta penonton dalam lingkungan umur 25 hingga 34 tahun. Melangkah ke hadapan, Kerajaan MADANI memperuntukan RM7 juta bagi meneruskan INNOVATHON pada 2024 sebagai rancangan bersiri untuk meningkatkan penghasilan teknologi tempatan dan menyumbang ke arah pertumbuhan yang dipacu oleh inovasi. I nisiatif BMT dilaksanakan secara bersasar berdasarkan profil ketua dan ahli isi rumah miskin tegar serta potensi lokaliti yang dipilih. Program yang dicadangkan merangkumi aktiviti penjanaan pendapatan, kemahiran teknikal serta peluang pekerjaan bagi membolehkan Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) miskin tegar menjana pendapatan secara mampan. Sejumlah 1,901 KIR miskin tegar telah diluluskan projek BMT di seluruh negara. Pelaksanaan pendekatan yang berasaskan kepada konsep lokaliti ini turut diberi tumpuan kepada daerah-daerah yang mempunyai bilangan kadar kemiskinan tegar yang tinggi di seluruh negara. INISIATIF BASMI MISKIN TEGAR (BMT) Sekumpulan penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Tungau, Pos Lenjang, Lipis mengusahakan tanaman cili bara. Berdasarkan perkongsian Pejabat Daerah dan Tanah Lipis, cili bara yang dituai oleh peserta ini adalah sebanyak 193 kilogram. 07 KE.indd 43 01/12/2023 4:32 PM


Click to View FlipBook Version