The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Setahun-Bersama-Kerajaan-MADANI (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by perpustakaan LP, 2024-01-14 22:36:34

Buku Setahun-Bersama-Kerajaan-MADANI (1)

Buku Setahun-Bersama-Kerajaan-MADANI (1)

44 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) adalah projek infrastruktur kecil untuk manfaat segera kepada rakyat. Kos projek yang dimohon tidak melebihi RM200,000 dan dilaksanakan dalam tahun semasa, memenuhi ciri-ciri best value for money, tiada elemen bermewah-mewah dan amat diperlukan untuk kepentingan/ kegunaan umum. Sebanyak 1,500 permohonan telah diluluskan secara prinsip oleh Kementerian Ekonomi tertakluk kepada siasatan tapak dan penerimaan oleh agensi Kerajaan yang dilantik. INISIATIF KEMUDAHAN RAKYAT (IKR) Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM81.4 juta telah disalurkan kepada agensi Kerajaan yang dilantik untuk pelaksanaan di tapak projek. Pada masa yang sama, Kementerian Ekonomi sedang menunggu maklum balas selanjutnya daripada agensi pelaksana yang lain bagi baki pelaksanaan projek sebagaimana kelulusan prinsip. 07 KE.indd 44 01/12/2023 4:32 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 45 S elaku penasihat ekonomi kepada kerajaan, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) meletakkan keutamaan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara bermula dengan pengurusan subsidi yang lebih bersasar dan mampan, bagi memastikan perbelanjaan kerajaan dapat disalurkan kepada keperluan pembangunan yang memberi nilai tambah lebih tinggi kepada ekonomi negara. Mesyuarat MTEN Bilangan 1/ 2023 pada 15 Mei 2023 secara prinsip bersetuju dengan pelaksanaan subsidi bersasar secara berfasa iaitu: 1. Penyasaran subsidi elektrik melalui Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) diperluaskan mulai Julai – Disember 2023 di mana syarikat selain Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan kategori Domestik D tidak akan menerima subsidi elektrik, manakala pengguna kategori Domestik C pula menerima kadar subsidi lebih rendah berbanding pengguna kategori Domestik A dan B; dan 2. Penyasaran subsidi diesel melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) diperluaskan bagi merangkumi Sektor Pengangkutan Barangan bermula suku tahun pertama 2024. Mesyuarat MTEN Bilangan 5/ 2023 pada 19 September 2023 pula bersetuju dengan program penyasaran semula subsidi RON95 bermula Januari 2024. Bagi memastikan golongan sasar tidak terbeban dengan program penyasaran semula subsidi, MTEN turut bersetuju dengan cadangan pengukuhan sistem perlindungan sosial dan bantuan sosial melalui pemberian bantuan tunai bulanan (subsidi kos sara hidup). Pelaksanaan program penyasaran semula subsidi RON95 dijangka mengukuhkan kedudukan fiskal negara antara RM3.3 bilion hingga RM11.2 bilion pada 2024. PENGUKUHAN FISKAL NEGARA 07 KE.indd 45 01/12/2023 4:32 PM


46 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI PENSTRUKTURAN EKONOMI B agi mendorong dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan menangani masalah kerentanan ekonomi dalam kalangan rakyat, peniaga dan pelabur, Mesyuarat MTEN Bilangan 1/2023 pada 15 Mei 2023 memutuskan untuk mewujudkan Pangkalan Data Utama (PADU) sebagai sebuah pangkalan data bersepadu yang mengandungi profil semua individu dan isi rumah rakyat serta pemastautin tetap di Malaysia yang akan menjadi tunjang kepada pelaksanaan program/inisiatif Kerajaan. PADU akan membantu Kerajaan memastikan sebarang program subsidi dilaksanakan dengan lebih teratur untuk mengelakkan sebarang keciciran dari kalangan penerima isi rumah yang layak. Mesyuarat MTEN Bilangan 3/2023 pada 10 Julai 2023 bersetuju dengan penggubalan Anti-Rent Seeking Act bagi mencegah kegiatan manipulasi ekonomi dan kelebihan politik untuk mendapatkan kelebihan yang tidak adil kepada pemegang taruh seperti skim ‘Ali Baba’ yang tidak memberi nilai tambah kepada ekonomi. Kegiatan “rent seeking” menyebabkan anggaran kerugian sebanyak RM17 bilion sehingga RM18 bilion setahun kepada Kerajaan, yang bersamaan dengan 1% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Mesyuarat MTEN Bilangan 4/ 2023 pada 7 Ogos 2023 pula memutuskan untuk memperkenalkan Model Gaji Progresif (PWM) bagi menyelaraskan semula kadar gaji golongan pekerja bawahan, pekerja berkemahiran dan graduan melalui pelaksanaan kadar gaji minimum dan penetapan kadar gaji permulaan graduan. Model PWM dijangka memberi manfaat kepada 1.62 juta pekerja dan berpotensi meningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 1.59% serta peningkatan nisbah bahagian gaji (wage share ratio) sebanyak 2.1%. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 7 Ogos 2023 telah bersetuju secara prinsip dengan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif. Kerajaan juga bersetuju supaya projek rintis Dasar Gaji Progresif dilaksanakan bermula Jun 2024 dan pertimbangan untuk pelaksanaan secara menyeluruh akan dibuat selepas penilaian projek rintis. Reformasi gaji ini akan membantu negara mencapai 45% bahagian pampasan pekerja kepada keluaran dalam negeri kasar dalam tempoh 10 tahun, sebagaimana sasaran Ekonomi MADANI: Memperkasa 07 KE.indd 46 01/12/2023 4:32 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 47 Kementerian Pembangunan Kerajaan 8 Tempatan B agi mendukung aspirasi Malaysia MADANI seperti yang digariskan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengetengahkan 10 inisiatif utama fokus strategik bagi meningkatkan kesejahteraan serta aspek daya huni rakyat di negara ini. Tumpuan diberikan kepada usaha untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi, memperkukuh keterangkuman sosioekonomi serta meningkatkan kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan rakyat. Berikut adalah 10 inisiatif utama KPKT iaitu: Inisiatif Penyediaan Rumah Mampu Milik KPKT komited menyediakan Rumah Mampu Milik (RMM) untuk golongan B40 dan M40 termasuklah pasangan muda, ibu tunggal dan golongan rentan lain. Antara projek RMM KPKT ialah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB untuk golongan B40, Kediaman Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perumahan PR1MA untuk golongan M40. Bagi penyediaan RMM di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) untuktempoh sehingga 30 Jun 2023, sebanyak 261,901 unit RMM siap dibina dan dalam fasa pembinaan. Jumlah ini menyumbang kepada 52.38% daripada 500,000 unit RMM yang disasarkan. • Menteri: NGA KOR MING • Timbalan Menteri: HAJI AKMAL NASRULLAH MOHD NASIR 08 KPKT.indd 47 01/12/2023 4:33 PM


48 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI K PKT melalui PLANMalaysia dan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) memperkenalkan Program Penarafan Bandar Pintar Malaysia bermula tahun ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah melaksanakan inisiatif Bandar Pintar berpandukan indikator di dalam Malaysia Standard (MS) ISO 37122:2019 (Smart City Indicator). Standard ini adalah piawaian antarabangsa dan berdasarkan amalan terbaik yang disesuaikan dalam konteks Malaysia. Program Penarafan Bandar Pintar Malaysia terdiri daripada empat tahap bandar pintar iaitu: Tahap Pertama - Smart City Early Adopter Tahap Kedua - Developing Smart City Tahap Ketiga - Leading Smart City Tahap Keempat - Visionary Smart City Program penarafan ini dijangka memberikan manfaat kepada pemegang taruh dalam pelbagai aspek termasuk: i. Membantu merangka dasar dan hala tuju bandar pintar yang lebih jelas dan bersistematik; ii. Mempercepatkan pelaksanaan bandar pintar; iii. Meningkatkan imej bandar melalui penerapan inisiatif bandar pintar sekali gus menarik pelaburan dari dalam dan luar negara; dan iv. Menggalakkan penyertaan swasta dan meningkatkan kesedaran awam dalam pelaksanaan bandar pintar; Sebanyak 25 PBT telah menerima penganugerahan ‘Smart City Early Adopter 2023’ antaranya Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Bandaraya Ipoh. Penarafan bandar pintar menyasarkan sekurangkurangnya kesemua 61 PBT bertaraf Majlis Perbandaran ke atas termasuk Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya untuk mencapai status Tahap Pertama: ‘Smart City Early Adopter’ menjelang 2025. P rogram yang dikenali sebagai Lif MADANI merupakan inisiatif membaik pulih, menyelenggara dan mengganti baharu lif yang mengalami kerosakan di kediaman berstrata kos rendah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA). Sepanjang tahun 2023, Kerajaan MADANI memperuntukkan RM50 juta bagi membaik pulih dan menggantikan inisiatif 110 unit lif di perumahan awam berstrata kos rendah di Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Selangor, Perak dan Pulau Pinang yang dijangka siap pada Disember 2023 dan 2024 secara berperingkat. Inisiatif ini memanfaatkan seramai 22,648 penghuni perumahan awam berstrata. Penarafan Bandar Pintar Penyelenggaraan dan penggantian lif usang di PPR dan PA 08 KPKT.indd 48 01/12/2023 4:33 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 49 P rogram ini bertujuan memulih dan meningkatkan ekonomi penjaja dan peniaga kecil dalam kalangan penduduk setempat melalui penyediaan ruang niaga yang seragam dan selamat disertakan dengan pemasangan panel solar dengan kadar sewa yang rendah. KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) menyasarkan penyiapan kiosk sebanyak 3,000 unit di bawah Belanjawan 2023 yang memperuntukkan sebanyak RM50 juta. MyKIOSK Niaga K onsep tandas Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) diperkenalkan atas inisiatif Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bagi menetapkan satu konsep baharu dalam pengurusan tandas awam oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan swasta bagi meningkatkan tahap kebersihan dan mewujudkan keselesaan perkhidmatan asas kepada pengguna. Mulai tahun ini, Garis Panduan Star Rating Kebersihan Tandas Kegunaan Awam di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan telah diterbitkan semula dengan menambah masuk elemen dan kriteria penarafan tandas awam agar mencapai status Bersih, Menawan dan Wangi (BMW). Bagi tahun 2023, sebanyak RM9.46 juta peruntukan telah diluluskan oleh KPKT untuk membaik pulih dan menaik taraf 153 tandas awam PBT di seluruh negara bagi meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan rakyat. Tandas awam bertaraf Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) 08 KPKT.indd 49 01/12/2023 4:33 PM


50 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Inisiatif Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Seluruh Negara I nisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan organisasi bertanggungjawab terhadap rumah ibadat bukan Islam dalam menanggung koskos penyelenggaraan. KPKT telah diperuntukkan sebanyak RM50 juta dan sebanyak 370 projek telah S ebanyak enam projek pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) baharu dan naik taraf BBP telah berjaya disiapkan sepanjang tahun ini dan beroperasi sepenuhnya mengikut Fire Coverage Radius yang ditetapkan. Ia membabitkan BBP Seremban, Negeri Sembilan, BBP & Kuarters Asajaya, Sarawak, BBP & Kuarters Padang Mat Sirat, Langkawi, Kedah, BBP Bandar Tenggara, Johor, BBP Manjalara, Kuala Lumpur dan BBP Semporna, Sabah yang membabitkan kos keseluruhan lebih RM58.36 juta. Melalui pelaksanaan program ini, masa Balai-balai Bomba Baharu 2023 diluluskan sehingga Oktober 2023 melibatkan peruntukan sebanyak RM37.7 juta. Namun, dianggarkan penyaluran bantuan yang dapat dilaksanakan bagi 2023 adalah sebanyak RM25 juta untuk 200 RIBI sebagai penerima manfaat. KPKT juga telah menyediakan Garis Panduan Inisiatif Penyelenggaran RIBI 2023 sebagai panduan dan rujukan dalam memproses dan menimbang permohonan. tindak balas (response time) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi menghadiri sebarang panggilan kecemasan dapat dipercepatkan sekali gus dapat mengurangkan kadar kehilangan nyawa serta kerugian harta benda. 08 KPKT.indd 50 01/12/2023 4:33 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 51 I khtiar Bitara MADANI telah menambah kemudahan perkhidmatan ambulan udara atau EMARS bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kecemasan khususnya di kawasan pedalaman dan perkampungan orang asli yang sukar diakses menerusi jalan darat. JBPM juga merangka strategi bagi meningkatkan keupayaan perkhidmatan kebombaan melalui EMARS khususnya di kawasan yang sukar diakses dengan kerjasama strategik bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA). EMARS memberi impak tinggi kepada mutu perkhidmatan sedia ada, malah menjimatkan perbelanjaan L okasi titik panas tapak pelupusan sisa pepejal haram telah dikenal pasti oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di tujuh negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Sebanyak 1,771 lokasi telah dibersihkan dan dibuat pemerhatian serta kawalan sepanjang masa agar masalah tersebut tidak berulang disamping untuk mengenal pasti pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan kesalahan tersebut. SWCorp juga membuat serbuan dan tangkapan di lokasi-lokasi titik panas yang sering menjadi tumpuan pihak tidak bertanggungjawab membuang sisa pepejal di lokasi yang tidak dibenarkan. Sepanjang tahun 2023 sebanyak 20 kertas siasatan telah dihasilkan berkaitan kesalahan di bawah Akta 672. Penggunaan Helikopter Emergency Air Ambulance Rescue Services (EMARS) Penutupan Hotspot Sampah Haram negara sekurang-kurangnya RM15 juta setahun. Selain membawa doktor, pegawai, peralatan dan bekalan perubatan, EMARS juga menyediakan perkhidmatan yang lebih cepat, cekap dan efektif bagi operasi pemindahan dan penyelamatan mangsa yang memerlukan rawatan perubatan dengan kadar segera termasuklah penyelamatan yang melibatkan kemalangan di lebuh raya. 08 KPKT.indd 51 01/12/2023 4:33 PM


52 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Usaha dan inisiatif sedang dilaksanakan oleh KPKT bagi meningkatkan kecekapan urusan perniagaan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Di dalam mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-41 bertarikh 17 April 2023, Perdana Menteri menyarankan agar Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Peningkatan Penyampaian Perkhidmatan Melalui Ease Of Doing Business PBT mempercepatkan tempoh kelulusan pelan pembangunan. Ia sebagai langkah memudah cara urus niaga untuk meningkatkan keyakinan pelabur asing dalam menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara yang berdaya saing di peringkat global. KPKT menjadi penyelaras bagi memastikan proses kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kejuruteraan dan sebagainya dipercepatkan. Melalui inisiatif ini, tempoh kelulusan khususnya Kebenaran Merancang (KM) akan menjadi lebih pantas iaitu antara 15 hingga 35 hari. Penambahbaikan ini akan menyokong usaha melonjakkan ekonomi negara dengan menggalakkan pelaburan dari dalam dan luar negara dalam pelbagai sektor pembangunan, termasuk perindustrian dan perkhidmatan selari dengan strategi Pelan Induk Perindustrian Baru (NIMP2030). Di bawah inisiatif ini, KPKT menubuhkan struktur tadbir urus Transformasi PBT: Ease of Doing Business yang melibatkan tiga Jawatankuasa iaitu (i) Jawatankuasa Teknikal (Pengerusi: JP JKT dan KP PLANMalaysia); (ii) Jawatankuasa Kerja (Pengerusi: KSU KPKT); dan (iii) Jawatankuasa Pemandu (Pengerusi: Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan). 08 KPKT.indd 52 01/12/2023 4:33 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 53 K ementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengaktifkan pasukan perubatan yang dinamakan sebagai Op Starlight II bagi menubuhkan Hospital Medan Malaysia (HMM) bagi membantu mangsa gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria pada 6 Februari 2023. Seramai 106 pegawai dan anggota perubatan daripada Kor Kesihatan Diraja (KKD) dan 41 orang doktor telah diatur gerak dalam tiga kumpulan dan dihantar secara berperingkat bermula 10 Februari 2023. Pada 15 Februari 2023, HMM mula beroperasi sepenuhnya di Celikhan, Aditaman yang terletak kira-kira 152 kilometer dari Gaziantep, iaitu kawasan paling terjejas akibat gempa bumi di Turkiye. HMM ini berkapasiti 60 buah katil yang turut dilengkapi dengan kemudahan wad, Bilik Pembedahan Unit Rawatan Rapi (Intensive Care Unit Room), Radiologi dan makmal. Ia juga menawarkan sembilan kepakaran iaitu Perubatan Primer, Ortopedik, Pembedahan, Anestesia, Maxilo-Facial, Obstetrik & Ginekologi, Pediatrik, Optalmologi dan Perubatan Kecemasan. Sepanjang pengoperasian selama enam minggu di Turkiye, Pasukan perubatan di HMM telah berjaya merawat seramai 2,415 mangsa termasuk melakukan 83 kes pembedahan. HMM Op Starlight II ini diletakkan di bawah Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohamad Akmar Mohd Dom Kementerian 9 Pertahanan PENGOPERASIAN HOSPITAL MEDAN MALAYSIA (HMM) DI TURKIYE • Menteri: DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD HASAN • Timbalan Menteri: ADLY ZAHARI 09 MINDEF.indd 53 01/12/2023 4:33 PM


54 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI sebagai peneraju operasi dan secara keseluruhannya telah diketuai oleh Brigedier Jeneral Datuk (Dr) Amran Amir Hamzah sebagai Pemerintah Operasi. Sepanjang operasi, mereka telah ditempatkan di Adiyaman dengan bantuan koordinasi dari Kedutaan Turkiye di Malaysia, Kementerian Luar Negeri dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). K erajaan telah meluluskan peruntukan secara one-off sebanyak RM10 juta kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi pembelian aset dan persediaan menghadapi bencana banjir semasa Mesyuarat Kabinet pada 3 Mac 2023. Antara aset bakal dibeli ialah bot getah yang boleh memudahkan usaha menyelamat mangsa banjir terperangkap, terutamanya di kawasan cetek dan lori tujuh tan. ATM akan mengenal pasti keperluan pembelian aset menghadapi banjir dan penempatan aset di beberapa negeri yang kerap menghadapi banjir seperti Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan. PERUNTUKAN RM10 JUTA BAGI PEMBELIAN ASET BANJIR selama enam minggu di Turkiye, Pasukan perubatan di HMM telah berjaya merawat seramai 2,415 mangsa termasuk melakukan 83 kes pembedahan. 09 MINDEF.indd 54 01/12/2023 4:33 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 55 B ayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen diperluaskan kepada veteran yang berusia 60 tahun berkuat kuasa September 2023. Seramai 16,800 veteran ATM tidak berpencen yang berusia 60 tahun dan ke atas menerima manfaat bantuan sebanyak RM300 sebulan. Perkara tersebut telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali setelah mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PA) yang dipengerusikan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. BANTUAN SARA HIDUP (BSH) KEPADA VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) P ameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) bertemakan ‘Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia’ telah berlangsung dengan jayanya pada 23 hingga 27 Mei 2023 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resort World Langkawi (RWL), Langkawi, Kedah. LIMA ‘23 merupakan pameran terbesar pada tahun ini dengan penglibatan sebanyak 525 pempamer mewakili 140 syarikat daripada 30 negara seluruh dunia. Pameran ini juga disertai 119 pesawat yang menyertai pameran statik serta penyertaan daripada lima pasukan aerobatik terkemuka dunia, selain 40 kapal tentera laut dalam dan luar negara. Sebanyak 20 Pavilion negara antaranya China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Belanda, Pakistan, Arab Saudi, Singapura, Korea Selatan, Turkiye, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut memenuhi ruang pameran kali ini. Sebanyak 41 perjanjian atau surat perakuan telah ditandatangan di antara Kementerian Pertahanan dan pihak berkenaan, yang bernilai sebanyak 10.13 bilion. 09 MINDEF.indd 55 01/12/2023 4:33 PM


56 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI P erdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim mengumumkan Kerajaan bersetuju meluluskan pemanjangan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) bagi menggantikan Bayaran Insentif Sabah/Sarawak (BISS) dan Bayaran Insentif Semenanjung Malaysia (BISM) kepada anggota perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa 1 Julai 2023. Seramai 33,586 anggota ATM telah menerima manfaat ini dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM87.8 juta setahun berdasarkan perjawatan pada tahun 2022. BAYARAN INSENTIF WILAYAH (BIW) S ebanyak 49 unit rumah terbiar akan dibangunkan semula untuk dijadikan 47 unit kuarters awam dan sebuah Rumah Transit Kementerian Pertahanan cawangan Sabah di Taman Lok Kawi. Projek ini menelan belanja sebanyak RM25 juta manakala bagi projek sedia ada, kerajaan persekutuan bersetuju memperuntukkan RM213 juta bagi pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Pelbagai Kelas Kem Lok Kawi. PROJEK BAHARU PEMBANGUNAN SEMULA RUMAH TERBIAR DAN RKAT KEM LOK KAWI, SABAH 09 MINDEF.indd 56 01/12/2023 4:33 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 57 K ementerian Pertahanan menyasarkan seramai 10,000 veteran ATM bakal menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) berbanding sekitar 2,500 orang setahun pada sebelumnya. PJM adalah manifestasi penghargaan kerajaan terhadap jasa dan bakti yang dicurahkan veteran ketika darurat merangkumi dua fasa iaitu bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) (mulai 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989) atau operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) (mulai 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990). 10,000 PENERIMA PINGAT JASA MALAYSIA (PJM) 09 MINDEF.indd 57 01/12/2023 4:33 PM


58 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Mereka akan dibimbing dan diberikan modul serta dipantau dalam tempoh dua hingga lima tahun bagi memastikan mereka kompeten untuk bersaing dengan pasaran luar. Setakat ini, jumlah keseluruhan penerima geran adalah berjumlah RM185,000 sejak ianya diperkenalkan pada Julai lalu. PERHEBAT yang berperanan sebagai pemangkin kerjaya kedua veteran ATM akan membimbing dan memantau kemajuan usahawan veteran yang terbabit dalam inisiatif ini. Seramai 22,398 veteran yang tamat latihan peralihan sejak 2018 hingga 2022. Daripada 11,619 orang dihubungi, seramai 7,891 veteran sudah bermajikan, bekerja sendiri dan memilih menjadi usahawan. Kementerian Pertahanan menyasarkan 200 usahawan veteran ATM menyertai PUVET ATM tahun hadapan. P rogram Pemerkasaan Usahawan Veteran (PUVET) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah antara usaha Kementerian Pertahanan dalam membantu veteran ATM mencari kerjaya kedua khususnya dalam bidang keusahawanan. PUVET ATM yang dilaksanakan menerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) memfokuskan kepada pemerkasaan veteran dalam kerjaya kedua dan keusahawanan dalam Strategi Peningkatan Taraf Sosioekonomi Veteran ATM bagi membantu veteran dalam kalangan B40 untuk meningkatkan taraf hidup mereka. PERHEBAT juga dalam proses memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Agro Bank bagi menyediakan Skim Pembiayaan Mikro dalam bentuk geran padanan bernilai RM5,000 setiap seorang. PUVET ATM PERKASA USAHAWAN VETERAN TENTERA 09 MINDEF.indd 58 01/12/2023 4:33 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 59 T imbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari menyasarkan sekurang-kurangnya 800 Program Peduli Veteran (PPV) dilaksanakan setiap tahun bagi memastikan semua veteran tentera menikmati bantuan dan kemudahan yang disediakan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM. PPV bertujuan memastikan kebajikan dan kesejahteraan veteran tentera terus terbela dan sentiasa terpelihara sejajar dengan jasa bakti dan pengorbanan mereka terhadap keamanan dan keselamatan negara. Selain itu, ia juga merupakan antara inisiatif MADANI Kemententerian Pertahanan dalam merealisasikan pelaksanaan dan hala tuju Kertas Putih Pertahanan. PPV ATM yang dilaksanakan ini melibatkan lawatan kebajikan ke rumah veteran yang rataratanya mengalami sakit kritikal, uzur serta hidup dalam keadaan daif. Selain bertanya khabar, turut diselitkan penyampaian sumbangan bantuan peralatan seperti katil pesakit, kerusi roda, tongkat, lampin pakai buang, susu dan penyampaian sumbangan wang tunai serta kotak makanan. Terkini, data veteran tentera yang berdaftar dengan JHEV sehingga 31 Mac lalu berjumlah 178,777 iaitu 108,589 veteran berpencen dan 70,188 veteran tidak berpencen. PROGRAM PEDULI VETERAN (PPV) 09 MINDEF.indd 59 01/12/2023 4:33 PM


60 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI K ementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) bertujuan meringankan beban golongan tidak berkemampuan di kawasan yang telah dikenal pasti seluruh negara. Pada tahun 2023, sebanyak 55 PJM telah dan sedang dilaksanakan di seluruh negara melibatkan projek bina baharu, P erdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan tambahan sejumlah RM200 juta untuk membaik pulih Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di seluruh negara pada 7 Julai 2023. Kelulusan itu diberikan selepas mempertimbangkan banyak kediaman ATM berada pada tahap sangat teruk dan terbiar untuk sekian lama. Antara kemudahan yang bakal dibaik pulih termasuk lif, lampu jalan, jalan berlubang, saluran kumbahan, kerosakan tangki air utama, taman permainan, gelanggang sukan dan dewan serbaguna. Belanjawan 2024 telah memperuntukkan sebanyak RM400 juta bagi penyelenggaraan melibatkan ATM. RM200 JUTA BAIK PULIH RUMAH KELUARGA ANGKATAN TENTERA PROGRAM JIWA MURNI KEMENTERIAN PERTAHANAN baik pulih, selenggara yang meliputi rumah kediaman, masjid, surau, dewan, sekolah dan lain-lain. Sehingga kini, sebanyak 11 projek telah siap sepenuhnya dan 13 projek masih dalam proses baik pulih di bawah Program Jiwa Murni melibatkan negeri Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. 09 MINDEF.indd 60 01/12/2023 4:33 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 61 K ementerian Kerja Raya mengambil berat terhadap isu keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya di Lebuhraya Pasir Gudang (FT17) dan dua projek menaik taraf di laluan tersebut telah diluluskan di bawah pelaksanaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia secara berfasa iaitu Projek Menaik Taraf Lebuhraya Pasir Gudang (FT17) Johor daripada empat lorong kepada enam lorong, Fasa 2B dan Fasa 3. Tinjauan kerja Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi terhadap kerja-kerja menaik taraf laluan di FT17. Kementerian 10 Kerja Raya PEMBINAAN LEBUHRAYA PASIR GUDANG (FT17) Laluan bagi Fasa 2B iaitu dari Persimpangan Bandar Seri Alam/ Taman Rinting ke Persimpangan Pasir Gudang sedang dalam fasa pembinaan, projek yang dilaksanakan secara Reka dan Bina ini dijangka siap pada Oktober 2025. Manakala bagi Fasa 3, iaitu dari Persimpangan Bertingkat Perling hingga ke susur naik Lebuhraya UtaraSelatan (PLUS) pula telah diluluskan di bawah Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Ke-12 (RP3, RMKe-12) dan kini berada di peringkat perancangan bagi pengesahan skop dan kos projek. Kerja-kerja menaik taraf laluan FT17 bagi kedua-dua fasa melibatkan pelebaran jalan sepanjang 5 kilometer bagi Fasa 2B dan baki 7 kilometer bagi Fasa 3 termasuk membaik pulih dan menaik taraf struktur jambatan dan jejantas sedia ada. Pelaksanaan projek menaik taraf FT17 secara keseluruhan akan membantu penyuraian trafik terutama pada waktu puncak. Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak • Menteri: DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI • Timbalan Menteri: DATO’ SRI ABDUL RAHMAN HAJI MOHAMAD 10 KKR.indd 61 01/12/2023 4:34 PM


62 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Taklimat mengenai pelaksanaan projek menaik taraf bersama-sama Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi. RM107.34 juta untuk kerjakerja penyenggaraan jalan bagi keseluruhan laluan persekutuan di Negeri Johor bagi 2023 dan kira-kira RM5.24juta daripadanya adalah khusus untuk penyenggaraan jalan di laluan FT17. K ementerian Kerja Raya mensasarkan pembangunan 20 poin pengecas pantas untuk dilaksanakan dalam tahun 2023 Pembangunan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik yang komprehensif adalah penting untuk menjadi pemangkin penerimaan kenderaan elektrik yang lebih meluas, menjadikan e-mobiliti lebih mudah dan menyediakan kemudahan nilai tambah untuk pengalaman yang lebih baik bagi pengguna EV di lebuh raya secara amnya. Selain daripada 20 poin pengecasan kekal, KKR melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga telah meluluskan projek rintis pengecas bersepadu yang dilengkapi dengan Sistem Simpanan Kuasa Bateri (BESS) serta penggunaan tenaga solar di di empat tapak Lebuhraya PLUS melibatkan STESEN PENGECASAN BERSEPADU KKR komited untuk mencapai matlamat kelestarian Malaysia dan percaya kolaborasi antara KKR, LLM, PLUS Berhad, Gentari Sdn Bhd dan EV Connection Sdn Bhd akan memainkan peranan penting dalam memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menyokong penyelesaian pengangkutan rendah karbon, selari dengan objektif yang terkandung dalam Pelan Malaysia Ke-12 (RMK-12), Pelan Hala Tuju Teknologi Hijau Malaysia (GTMP) dan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB). Sejajar dengan aspirasi Kerajaan MADANI menuju negara neutral karbon, membangunkan infrastruktur pengecas pantas kenderaan elektrik (DCFC) di rangkaian lebuh raya utama negara, merupakan antara inisiatif yang giat diteroka oleh KKR. 16 poin pengecas pantas BESS untuk disiapkan dalam tahun 2023. Empat tapak yang akan menggunakan BESS dan beroperasi pada 2023 adalah di Hentian Sebelah Behrang (Arah Utara dan Arah Selatan) di Perak serta Hentian Sebelah Senawang (Arah Utara dan Arah Selatan) di Negeri Sembilan. Setiap tapak akan mempunyai kapasiti pengecasan DC 300kW yang menyediakan empat poin pengecasan. Penilaian keberkesanan ke atas pengecas bersepadu yang dilengkapi dengan BESS serta penggunaan tenaga solar di 4 lokasi rintis ini akan diteliti sebelum perlaksanaannya diperluaskan lagi pada tahun 2024 di tiga tapak tambahan iaitu R&R Ajil (Arah Utara dan Selatan) dan Perasing, di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). 10 KKR.indd 62 01/12/2023 4:34 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 63 Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad meninjau stesen pengecas bersepadu untuk kegunaan orang ramai. P ersimpangan Bertingkat, Seksyen Sibu Pakej WPC07 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak telah mula beroperasi pada 28 Mei 2023. Pembukaan persimpangan bertingkat ini merupakan berita baik buat penduduk Sibu khasnya menjelang sambutan Perayaan Hari Gawai 2023 yang lalu. PEMBUKAAN PERSIMPANGAN LEBUHRAYA PAN BORNEO (LPB) SARAWAK Tinjauan kerja Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi di Persimpangan Bertingkat, Seksyen Sibu Pakej WPC07 (Persimpangan Bintangor ke Jambatan Sungai Kua). Persimpangan Bertingkat di Seksyen Sibu dapat memudahkan perjalanan seharian pengguna jalan raya di sekitar laluan tersebut. 10 KKR.indd 63 01/12/2023 4:34 PM


64 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI P erasmian pembukaan Seksyen 5B: Kampung Orang Asli Sg. Chandan Ke Kampung Asap sepanjang 16 kilometer (km) dan sebahagian Seksyen 5A (Persimpangan Krau, Raub) sepanjang 600 meter telah disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail bersama Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad pada 24 Jun 2023 yang lalu. Pembukaan satu lagi Seksyen Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang dahulu dikenali sebagai Projek Central Spine Road (CSR) dari Kampung Orang Asli Sg. Chandan ke Kampung Asap mampu menjimatkan masa, kos bahan Perasmian pembukaan Seksyen 5B yang disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail bersama Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad. PERASMIAN PEMBUKAAN SEKSYEN 5B: LINGKARAN TENGAH UTAMA (LTU) api serta mengurangkan kesesakan kerana pengguna yang berulang alik ke Pantai Timur tidak perlu melalui Bandar Bentong dan Bandar Raub terutama ketika waktu puncak, musim perayaan dan cuti umum. Projek LTU di bawah pelaksanaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia adalah merupakan pembinaan jalan baharu dan menaik taraf jalan sedia ada sepanjang hampir 299.4 km dari Kuala Krai, Kelantan ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Bentong, Pahang. LTU dibina berasaskan 4 lorong 2 hala (4- lane dual carriageway) mengikut piawaian JKR R5. Jajaran LTU di Negeri Pahang melibatkan empat pakej utama iaitu Pakej 3 sehingga Pakej 4 sepanjang 169.10 km dan dipecahkan kepada 16 seksyen. Pada masa ini sebanyak tujuh seksyen sedang dalam pembinaan dan sembilan seksyen telah siap. Sebelum ini, pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur dan Bentong perlu melalui Jalan Laluan Persekutuan FT08 (Kuala Lumpur-Kota Bharu) ke Bandar Raub yang mengambil masa lebih 45 minit dengan jarak perjalanan melebihi 30 km. Dengan siapnya Lebuhraya LTU Pakej 5B dan Pakej 5A (Persimpangan Krau), ia akan memendekkan perjalanan dari Simpang Keruntung ke Simpang Krau dengan jarak perjalanan hanya 18.6 km yang mengambil masa 15 minit sahaja. Pembinaan LTU Seksyen 5B ini telah dimulakan pada 14 Mac 2018 dan tarikh siap adalah pada 6 Mac 2023 dengan kos projek sebanyak RM294.6juta. 10 KKR.indd 64 01/12/2023 4:34 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 65 D ilancarkan pada 24 Ogos 2023, Kempen MyJalan merupakan inisiatif di bawah Kementerian Kerja Raya yang dicetuskan oleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Kempen di peringkat Pelekat Kempen MyJalan sedang dilekatkan di kenderaan EV hasil inovasi Jabatan Kerja Raya (JKR) oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool. Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Menteri Besar Perak Dato’ Seri Saarani Mohamad memeriahkan pelancaran kempen MyJalan di samping meraikan individu-individu yang terbabit dalam pembinaan laluan Jalan Raya Timur Barat (JRTB). Sumbangan sagu hati berjumlah RM1,000 diberikan kepada mereka yang terlibat dalam pembinaan JRTB 1974. KEMPEN MYJALAN kebangsaan ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang akauntabiliti pengguna jalan raya bahawa jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Dengan pelancaran aplikasi MyJalan sebagai ‘One Stop Centre’ dan mengamalkan polisi ‘No Wrong Door’ bagi aduan jalan raya, pengguna dialu-alukan untuk menyalurkan semua aduan bagi masalahmasalah jalan raya seperti yang berikut; jalan berlubang, jalan rosak, lampu isyarat, lampu jalan, papan tanda, perabot jalan, tanah runtuh, kemudahan awam atau halangan. Kempen MyJalan juga menyasarkan penambaikan sistem pemantauan penyenggaraan jalan bagi mengatasi antara isu kritikal yang sering dihadapi oleh pengguna iaitu jalan rosak atau jalan berlubang. 10 KKR.indd 65 01/12/2023 4:34 PM


66 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Tinjauan kerja Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi terhadap penggunaan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka di Plaza Tol Loke Yew, BESRAYA. SPT merupakan inisiatif Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuh Raya ke arah memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya membuat bayaran tol menggunakan kad debit, kad kredit dan kad prabayar yang mempunyai logo MyDebit, Visa atau Mastercard, sekali gus memberi alternatif baharu kepada kaedah pembayaran tol sedia ada menggunakan kad Touch ‘n Go, Smart Tag dan Radio Frequency Identification (RFID). Lorong SPT telah dibuka kepada pengguna semasa Ujian Rintis Awam secara berperingkat di lebuh raya – lebuh raya terpilih mulai 3 Ogos 2023 bagi menguji kefungsian dan keberkesanan sistem. SISTEM KUTIPAN TOL SECARA PEMBAYARAN TERBUKA (SPT) Bermula 29 September 2023, pengguna kenderaan kelas 1 (kenderaan persendirian) boleh membuat bayaran tol secara SPT di lebuh raya berikut: i. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA); ii. Lebuhraya Baru Pantai (NPE); iii. Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH); iv. Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE); v. Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP); vi. Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT); vii. Lebuhraya Shah Alam (KESAS); viii. Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART); D i bawah lembayung insitatif Bitara Malaysia Madani, Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia dan syarikat konsesi lebuhraya menyahut inisiatif Bitara Malaysia Madani dengan memastikan infrastruktur yang dibina sepanjang lebuh raya dapat memberikan keselesaan dan keselamatan kepada semua kategori pengguna lebuh raya. Penambahan tempat teduhan penunggang motosikal baharu ini telah bermula sejak suku ketiga 2023. Sebanyak 119 lokasi tambahan telah dikenal pasti untuk dibina. Dari Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi sempat beramah mesra bersama pengguna tempat teduhan penunggang motosikal. Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi bersama-sama warga LLM dan PLUS yang telah menjayakan inisiatif ini. PENAMBAHAN TEMPAT TEDUHAN PENUNGGANG MOTOSIKAL ix. Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX); x. Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE); dan xi. Lebuhraya Kulim – Butterworth (BKE). jumlah ini, 40 lokasi pertama akan disiapkan tahun ini dan selebihnya dijangka siap pada 2024. Jumlah ini bukan jumlah yang statik dan bergantung kepada cadangan lokasi tambahan lain daripada semua syarikat konsesi lebuh raya dari masa ke semasa. 10 KKR.indd 66 01/12/2023 4:34 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 67 Kementerian 11 Dalam Negeri K ementerian Dalam Negeri (KDN) merupakan peneraju kepada aspek keselamatan dan ketenteraman awam. Sejajar dengan tugas dan tanggungjawab sebagai barisan hadapan negara, KDN telah memberikan penekanan khusus kepada 10 bidang utama, iaitu Memelihara Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Mengurus Hal Ehwal Imigresen, Mengawal Kawasan Maritim dan Sempadan Negara, Mengurus Hal Ehwal Pendaftaran Negara, Memulih Pesalah dan MEMPERKUKUH KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM Menangani Kesesakan di Pintu Masuk Negara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal 1 dan 2 Inisiatif ini dilaksanakan bagi mengurangkan tempoh menunggu di Kaunter Imigresen KLIA, Terminal 1 dan 2. Inisiatif yang dilaksanakan adalah: • Peluasan kemudahan Autogate kepada pemegang Pas Lawatan Jangka Masa Panjang; • Penubuhan dan penugasan Quick Response Team (QRT) dalam membantu pemeriksaan di kaunter manual; Melaksanakan Hukuman, Membasmi Pengedaran dan Memulih dan Merawat Penagihan Dadah, Mengurus Hal Ehwal Pertubuhan, Mengurus Sukarelawan, Mengawal Selia Bahan-Bahan Penerbitan dan Kawalan Teks Al-Quran serta Mengawal Selia Penerbitan dan Pengedaran Filem. KDN telah melihat kepada keperluan untuk bersiap siaga dengan ancaman keselamatan memandangkan landskap keselamatan global dan domestik yang telah berubah dengan lebih dinamik, KDN dan agensi-agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan matlamat ‘Keselamatan Tanggungjawab Bersama’ tercapai. • Menteri: DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL • Timbalan Menteri: DATUK SERI DR. SHAMSUL ANUAR HAJI NASARAH 11 KDN.indd 67 02/12/2023 8:51 AM


68 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI • Peluasan Autogate kepada pelawat asing dari 10 buah negara berisiko rendah (Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Australia, New Zealand, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Brunei dan Arab Saudi); • Pertambahan 100 orang QRT (60 orang di Terminal 1 dan 40 orang di Terminal 2); • Penyediaan kaunter Helpdesk; • Pertambahan 10 kaunter baharu (yang akan siap pada Januari 2024); • Promosi kemudahan penggunaan Autogate; dan • Penempatan pegawai baharu. Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Baharu dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah, Johor Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, diiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, telah melakukan lawatan mengejut ke Kompleks ICQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Baharu yang menempatkan Bahagian Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ). Penambahan e-Gate dan pengurusan M-Bike telah mengurangkan masa menunggu dan kesesakan terutamanya ketika waktu puncak untuk ke Singapura. Inisiatif yang dilaksanakan adalah bagi memudah cara kemasukan warga asing ke Malaysia, memelihara kebajikan tahanan imigresen kanak-kanak serta pelaksanaan pemantauan serta pendaftaran pelarian yang lebih teratur. Memperkenalkan Pelan Liberalisasi Visa Fasa 1 (2023) • Pemberian Kemudahan Visa-on-Arrival (VoA). Fasa 2 (2024) • Penambahbaikan Tempoh Sah Laku Visa dan Tempoh Kelayakan Pas Lawatan Pengurusan Warga Asing Sosial; • Pemberian Kemudahan Multiple-Entry-Visa (MEV); • Pemberian Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang untuk Pelajar Antarabangsa yang tamat pengajian; dan • Pemberian Visa Transit Umrah. Baitul Mahabbah Inisiatif penempatan khas sementara ini diperuntukkan untuk kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan ke bawah sementara menanti Jabatan Imigresen Malaysia menyiapkan proses dokumentasi dengan Inisiatif yang dilaksanakan di BSI & KSAB: • Jumlah e-Gate sedia ada digunapakai 20 unit; • Peluasan fungsian e-Gate kepada warga negara Singapura; • Pemasangan baki e-Gate (30 Unit: 20 unit di Zon Bas Masuk & 10 Unit di Zon Bas Keluar) apabila kerja ubahsuai dewan telah disiapkan; • Penubuhan dan penugasan Quick Response Team (QRT) dalam membantu pemeriksaan di kaunter manual; • Penempatan pegawai baru (73 orang); • Penggabungan kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di cawangan Import dan export; • Pembukaan kaunter Golden Service di Bus Driver Lane (BDL); dan • Pelaksanaan Laluan Kontra di kaunter dewan pejalan kaki. 11 KDN.indd 68 01/12/2023 4:34 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 69 Menangani Kesesakan di Penjara Reformasi Penjara • Menambahbaik dan mewujudkan beberapa fasiliti baharu seperti Penjara Satelit dan Pusat Transit Penerimaan (PTP) yang bertindak sebagai tempat saringan awal keselamatan dan penyakit berjangkit. • Pembinaan penjara baharu dan naik taraf penjara sedia ada, kawalan dan keselamatan banduan pada tahap tinggi, fasiliti penjara juga dilengkapi Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEB). Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti Kerajaan peruntukkan RM10,000 hingga RM20,000 untuk setiap pertubuhan yang layak, memberi manfaat kepada 2,000 persatuan penduduk. Objektif GPPK: • Meningkatkan tahap keselamatan dalam komuniti; • Meningkatkan penglibatan pertubuhan dalam hal ehwal keselamatan komuniti setempat; dan • Membudayakan Keselamatan Tanggungjawab Bersama. Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dan Dokumen Pendaftaran Pelarian kerjasama kedutaan asing untuk dihantar pulang. Menteri Dalam Negeri telah merasmikan Baitul Mahabbah pertama pada 4 September 2023 di Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Nilai, Negeri Sembilan. Sehingga Oktober 2023, seramai 18 orang tahanan perempuan dewasa (penjaga) dan 38 orang kanak-kanak termasuk bayi antara 56 orang tahanan yang dipindahkan ke Baitul Mahabbah oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Program Pemulihan Dalam Komuniti • Sistem Parol (Banduan hukuman 1-3 tahun). • Pelepasan Banduan Secara Berlesen (Banduan hukuman bawah 1 tahun). • Pelepasan Secara Perintah Parol. • Perintah Kehadiran Wajib (PKW). 11 KDN.indd 69 01/12/2023 4:34 PM


70 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Agensi Tunggal Kawalan Sempadan Satu agensi tunggal yang akan mengawal selia pintu-pintu masuk negara darat, laut dan udara dan akan mula beroperasi mulai Januari 2024. Inisiatif ini dilaksanakan dengan mengambil contoh agensi sempadan di negaranegara antarabangsa seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia dan Singapura. Fasa pertama melibatkan sembilan pintu masuk iaitu: Kapal Peronda Luar Pesisir Offshore Patrol Vessel (OPV) Kapal Peronda Luar Pesisir Offshore Patrol Vessel (OPV) ini merupakan aset terbaik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk melaksanakan tugas sama ada di pesisir pantai mahupun di laut lepas. Kapal ini direka bentuk mempunyai ketahanan menghadapi laut bergelora sehingga tahap Force 7. OPV ini bersaiz, 83 meter panjang dan 13.7 meter lebar (anggaran sebesar saiz padang bola) dan berdasarkan keupayaan dan rekabentuk, OPV ini mampu untuk dioperasikan selama 21 hari di laut tanpa ulang bekal. Ia berkeupayaan menjadi platform pesawat helikopter mendarat sehingga seberat 11 tan bagi memudahkan pelaksanaan tugas dan fungsi utama Maritim Malaysia di laut. MEMPERKASA KAWALAN SEMPADAN, MARITIM DAN MEMBANTERAS JENAYAH RENTAS SEMPADAN • Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Baharu; • Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah, Johor; • Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam; • Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkesempatan meninjau sekitar kawasan perairan Pulau Langkawi dengan menggunakan bot Zodiac Hurricane Mach II Milpro milik Unit Tindak Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23). (ICQS) Rantau Panjang; • Terminal 1 KLIA; • Terminal 2 KLIA; • Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah; • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak; • Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. 11 KDN.indd 70 01/12/2023 4:34 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 71 MEMBANTERAS GEJALA DADAH DAN SUBSTAN Menangani Penyalahgunaan Dadah Pengurangan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Dadah • KBT Dadah bermaksud kawasan tumpuan yang dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai masalah penagihan dadah serius; • 155 KBT seluruh negara; • Program yang dilaksanakan di KBT bagi memastikan kawasan tidak lagi berisiko tinggi: – Meningkatkan perkhidmatan rawatan; – Meningkatkan kerjasama dengan komuniti; – Menyekat kemasukan dadah; – Pengurangan bilangan penagih baharu; • Sasaran bagi tahun 2023 adalah sebanyak 50% KBT telah bertukar status kepada Kawasan Berisiko Rendah. Mobile Recovery Treatment • Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memperluaskan perkhidmatan rawatan dan pemulihan melalui MRT; • Kesinambungan program rawatan dan pemulihan berteraskan Community Approach agar lebih ramai individu boleh mendapatkan rawatan. Lawatan kerja rasmi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ke Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Haji Abdul Halim Haji Abdul Rahman, Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon. Game Changer Membanteras Gejala Dadah dan Bahan 11 KDN.indd 71 01/12/2023 4:34 PM


72 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Pengukuhan Tadbir Urus dan Tatakelola Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) • Menjalankan fungsi dan kuasa sebagai badan pemantau bebas terhadap pasukan polis dari aspek siasatan aduan salah laku dalam kalangan anggota dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap pasukan polis. • IPCC telah mula beroperasi mulai November 2023. Memelihara kebajikan warga Pelaksanaan projek menaiktaraf kuarters, fasiliti jabatan di bawah KDN dengan peruntukan yang diterima sebanyak RM400 juta. • Fasa 1 : PDRM, PENJARA, AADK, JIM dan APMM (RM200 juta) • Fasa 2 : Pos-pos PGA, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyempurnakan Perasmian Kuarters Kediaman ESSCOM dan Penyerahan Kuarters kepada petugas ESSCOM daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan pegawai awam di Taman Palm Garden. Majlis Menandatangani Perjanjian Pembelian Secara ‘En Bloc’ Pangsapuri Aliff Sejahtera, Johor Bahru untuk kuarters Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di antara PIJ Development Sdn Bhd dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Malaysia. MENTRANSFORMASI INSTITUSI DAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN baik pulih balai kuarters, perolehan kelengkapan (RM145 juta), ESSCOM (RM40 juta), PENJARA (RM15 juta). Pembelian Kuarters ESSCOM dan JIM. 11 KDN.indd 72 01/12/2023 4:34 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 73 P erdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) pada 1 September 2023. NIMP 2030 ialah pelan perindustrian keempat dengan matlamat untuk menggiatkan semula sektor perkilangan negara. NIMP 2030 akan mengambil masa 7 tahun pelaksanaan dan dijangka dapat menawarkan pekerjaan berkemahiran tinggi kepada 3.3 juta orang, mengorak Malaysia ke negara maju, peningkatan automasi dan kemajuan teknologi. Pelaksanaannya dijangka memerlukan pelaburan RM95 bilion. Empat misi NIMP 2030 iaitu untuk memajukan kerumitan ekonomi, teknologi digital, berusaha untuk masa depan bersih-sifar dan untuk melindungi keselamatan ekonomi dan keterangkuman. Ini disokong oleh empat pemboleh iaitu untuk menggerakkan ekosistem pembiayaan, memupuk pembangunan dan tarikan bakat, memudah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan 12 Industri NIMP 2030 Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (tengah) merasmikan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030). Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Perdana Menara MITI Kuala Lumpur. • Menteri: TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ • Timbalan Menteri: LIEW CHIN TONG 12 MITI.indd 73 01/12/2023 4:34 PM


74 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI cara menjalankan perniagaan bagi pelabur dan untuk memperkenalkan rangka kerja tadbir urus seluruh negara. MITI akan bekerjasama secara aktif dengan kementerian, agensi dan sektor swasta lain untuk memanfaatkan kepakaran dan sumber kolektif dalam memupuk pertumbuhan industri. Ini selaras dengan matlamat dan sasaran ekonomi MADANI. Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (tengah ke kanan) bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pengangkutan, Tuan Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha MITI, Datuk Seri Isham Ishak; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Dato’ Seri Dr Zulkapli Mohamed di Majlis Perasmian Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) di Dewan Perdana, Menara MITI, Kuala Lumpur. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong memegang Dokumen Rangka Kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri (iESG) bersama Ketua Setiausaha MITI, Dato’ Hairil Yahri Yaacob (kiri); Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI, Datuk Hanafi Sakari (kanan), tetamu dan warga MITI di Majlis Pelancaran Rangka Kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri (i-ESG) Kebangsaan di Dewan Perdana, Menara MITI. 12 MITI.indd 74 01/12/2023 4:34 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 75 Kerangka Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri (i-ESG) Rangka Kerja Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG) dirangka untuk membantu Malaysia mencapai matlamat kemampanan dan aspirasi sifar bersih dalam tempoh tujuh tahun atau kurang. Rangka kerja yang dilancarkan pada 2 Oktober 2023 ini akan memacu sektor pembuatan, meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kemampanan alam sekitar dan kesaksamaan sosial. Empat tunggak utama rangka kerja ini ialah piawaian, pembiayaan, pembinaan kapasiti dan mekanisme pasaran. Tunggak ini disokong oleh 17 strategi, 50 hasil, dan enam pemboleh ubah. Ini adalah inisiatif penting dalam NIMP 2030, Misi 3: Push for Net Zero. Rangka kerja i-ESG bertujuan menyediakan sektor pembuatan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), untuk menerima prinsip ESG. Di Malaysia, hampir 98% daripada jumlah pertubuhan perniagaan adalah PMKS, menggaji 7.3 juta tenaga kerja dan menyumbang 37.4% daripada KDNK negara. Ia merangkumi i-ESGReady (Program Penilaian Kesediaan) dan i-ESGStart dilaksanakan berfasa iaitu Fasa 1.0 (2024–2026) dan Fasa 2.0 (2027–2030). Sidang media Majlis Pelancaran Rangka Kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri (i-ESG) Kebangsaan. Dari kiri: Timbalan Ketua Setiausaha MITI (Industri), Datuk Hanafi Sakri; Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong, Ketua Setiausaha MITI, Dato’ Hairil Yahri Yaacob. Infografik Rangka Kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri (i-ESG) Kebangsaan. 12 MITI.indd 75 01/12/2023 4:34 PM


76 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI CHEMICAL INDUSTRY ROADMAP (CIR) 2030 Pelan Hala Tuju Industri Kimia (CIR) 2030 P elan Hala Tuju Industri Kimia (CIR) 2030 telah dilancarkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Utama Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 4 Ogos 2023. CIR2030 ini adalah Pelan Hala Tuju pertama untuk industri kimia yang dibangunkan dengan kerjasama antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Majlis Industri Kimia Malaysia (CICM). CIR2030 bakal menjadikan Malaysia pemain kimia terkemuka di Asia Pasifik di mana ini akan menarik pelaburan asing dan mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi. Industri kimia adalah salah satu daripada industri strategik paling bernilai di Malaysia di mana ia menyumbang 6% kepada keluaran dalam negara kasar pada 2022, menggaji sekitar 293,000 pekerja atau 12.5% daripada 2.6 juta jumlah guna tenaga pembuatan. Nilai tambah kasar industri kimia kepada keseluruhan ekonomi Malaysia dijangka berkembang kepada 4.5% atau kira-kira RM40 bilion menjelang 2030. CIR 2030 adalah pelengkap kepada Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030). NIMP2030 dengan pendekatan berasaskan misinya, adalah rancangan bersepadu nasional untuk transformasi industri dan pembangunan industri yang berdaya tahan sehingga 2030. Menteri MITI melihat kepada robot anjing RoboBud yang menyerahkan risalah CIR 2023 sebagai simbolik perasmian CIR 2030, Turut sama bersama Menteri MITI adalah KSU Datuk Seri Isham Ishak (kiri) dan Pengerusi Council Industri Kimia Malaysia (Chairman of the Chemical Industry Council) Datuk Dr. Abd Hapiz Abdulllah (kanan). Menteri MITI, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz bergambar bersama pemenang CICM Responsible Care Awards 2021. Turut sama adalah KSU Datuk Seri Isham Ishak (kiri) dan Pengerusi Council Industri Kimia Malaysia (Chairman of the Chemical Industry Council) Datuk Dr Abd Hapiz Abdulllah (kanan). 12 MITI.indd 76 01/12/2023 4:34 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 77 Kementerian 13 Pendidikan Tinggi KENAIKAN KADAR ELAUN SARA HIDUP (ESH) PELAJAR DI BAWAH PROGRAM PENAJAAN KPT K erajaan sentiasa menitikberatkan soal kebajikan pelajar tajaan dan serius membantu menangani cabaran kenaikan kos sara hidup yang dihadapi. Kenaikan kadar Elaun Sara Hidup (ESH), diumumkan pada 26 Oktober 2023 untuk pelajar sedia ada dan baharu di bawah Program Penajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (PPKPT) bagi peringkat sijil hingga pascasiswazah dalam dan luar negara meliputi: a) Kenaikan kadar ESH pelajar sedia ada dan baharu luar negara di bawah Program MyBrainScience: ● kenaikan 15% kadar ESH bagi pelajar sedia ada dan baharu kecuali peringkat Ijazah Sarjana Pertama di United Kingdom (UK); ● kadar ESH pelajar sedia ada dan baharu di UK diseragamkan daripada 2 kadar A dan B kepada kadar A; dan ● kadar ESH pelajar sedia ada dan baharu di Amerika Syarikat diseragamkan daripada 3 kadar iaitu Kadar A, B dan C kepada dua kadar A dan B sahaja. b) Pelaksanaan kenaikan kadar ESH pelajar sedia ada dan baharu bagi program-program penajaan dalam negara seperti berikut: ● kenaikan kadar ESH pelajar sedia ada dan baharu yang menerima biasiswa dan dermasiswa dalam negara sebanyak RM100 sebulan (Biasiswa Atlet Cemerlang IPT, Biasiswa Pelajar Cemerlang Politeknik, Biasiswa Tokoh Siswa, Dermasiswa B40 • Menteri: DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN • Timbalan Menteri: DATO’ HAJI MOHAMMAD YUSOF APDAL 13 KPT.indd 77 01/12/2023 4:42 PM


78 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI KPT TERUSKAN PELAKSANAAN PROGRAM PENAJAAN MYBRAIN 2.0. K ementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan meneruskan pelaksanaan program penajaan MyBrain 2.0 sebagai kesinambungan program MyBrain15 mulai tahun 2024. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Majlis Pelancaran Program MyBrain 2.0 dan Penyampaian Surat Tawaran Penajaan Tahun 2023 pada 26 Oktober 2023 di Dewan Za’ba, KPT, Putrajaya. Program ini menyasarkan seramai 500 penerima bagi setiap tahun dalam kalangan orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap dan pensyarah Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bagi melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah. Pelaksanaan program ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi setiap ambilan. Permohonan untuk penajaan ini pula dijangka akan dibuka pada Januari 2024. Terdapat 18 program tajaan di bawah Program Penajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (PPKPT). Program-program biasiswa dan penajaan ini ditawarkan dalam pelbagai bentuk dan mensasarkan kumpulan penerima daripada pelbagai kumpulan sasar melibatkan warganegara Malaysia dan pelajar antarabangsa. Penajaan yang diberikan adalah bagi memastikan akses kepada pendidikan tinggi kepada golongan sasar yang layak serta mereka yang memerlukan dan bertindak sebagai satu pengiktirafan secara langsung kepada mereka yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang yang dipilih. TVET dan Program MyBrain 2.0); ● menyeragamkan ESH kepada satu kadar mengikut peringkat pengajian iaitu Diploma (RM730), Ijazah Sarjana Muda (RM800), Sarjana/Doktor Falsafah (RM1,000) tidak termasuk MyBrainScience; dan ● kenaikan RM100 sebulan ESH/Elaun Wang Saku juga diperluaskan kepada pelajarpelajar B40 dan OKU. c) Kenaikan kadar ESH ini berkuat kuasa mulai 2024 dan pertambahan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM30.78 juta melibatkan 24,729 pelajar tajaan KPT. Kenaikan kadar ESH ini merupakan salah satu usaha Kerajaan bagi menangani kenaikan kos sara hidup yang tinggi. Ia juga bagi memastikan pelajar tajaan KPT dapat meneruskan pengajian dalam keadaan yang kondusif dan mampu menyempurnakan pengajian dengan jayanya tanpa perlu memikirkan bebanan kewangan yang semakin meningkat. 13 KPT.indd 78 01/12/2023 4:42 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 79 J ulai dan September 2023 - Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) telah diadakan di beberapa negeri. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan kemudahan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) kepada pelajar yang berjaya mengikuti pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di universiti awam (UA) dan politeknik. Ia bertujuan meringankan beban kewangan dan membantu pelajar untuk membuat persediaan awal bagi pendaftaran di UA dan Politeknik. Kemudahan sebanyak RM1,500 disediakan kepada pelajar yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh PTPTN. Inisiatif pemberian WPP adalah sebagai usaha menjayakan agenda pendidikan negara bagi memastikan semua pelajar di negara ini mampu melangkah masuk ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tanpa sebarang masalah kewangan sekali gus dapat meringankan beban kewangan pelajar dan ibu bapa. MAJLIS PENYERAHAN WANG PENDAHULUAN PINJAMAN (WPP) K erjasama dengan pihak industri dijalin dan diperkukuh bertujuan untuk memberi manfaat yang saling menguntungkan bagi keduadua pihak. Ia membuka ruang dan peluang kepada mahasiswa menjalani latihan industri, kursus dan memperluas peluang kerjaya selepas tamat pengajian. Ia juga memberikan hubungan simbiosis kepada kedua-dua pihak dari aspek kepakaran modal insan, penerokaan sumber pembiayaan, projek penyelidikan, rangkaian profesional, kemudahan dan infrastruktur antara para penyelidik, ahli akademia dan pakar industri. Selain itu, pengalaman, pengetahuan dan kemahiran baharu yang diperolehi mampu meningkatkan relevansi dan kebolehpasaran graduan IPT serta menambah LIBAT URUS INDUSTRI BERIMPAK TINGGI nilai kapasiti dan keupayaan pakar tempatan. Sehingga Oktober 2023, sebanyak enam Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan pihak industri dalam dan luar negara telah ditandatangani. MoU tersebut adalah antara KPT dengan Tata Consultancy Services Malaysia Sdn. Bhd., Technology Depository Agency (TDA), Microsoft Malaysia dan YTL Cement Berhad. Selain itu, MoU antara Konsortium Universiti Malaysia (CMU) dengan Malaysian IndustryGovernment Group for High Technology (MIGHT), TUSAS Malaysia Sdn. Bhd. dan Tusas Academy, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta Mastercard Asia/Pacific Pte Ltd. bagi kerjasama dalam bidang sekuriti siber turut telah dimeterai. 13 KPT.indd 79 01/12/2023 4:42 PM


80 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI M ajlis menandatangani MoU melanjutkan kerjasama Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan The Alliance on Business Education And Scholarship For Tomorrow, A 21st Century Organisation (ABEST21), Jepun dalam bidang jaminan kualiti pendidikan tinggi telah berlangsung di Hotel LeMeridien Putrajaya pada 3 Ogos 2023. Jalinan ini memperkukuh kerjasama kedua-dua organisasi untuk melangkah dan meneroka inisiatif menjurus ke hadapan, terutamanya dalam bidang pendidikan fleksibel serta pembelajaran sepanjang hayat. MoU MELANJUTKAN KERJASAMA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) DENGAN THE ALLIANCE ON BUSINESS EDUCATION AND SCHOLARSHIP FOR TOMORROW, A 21ST CENTURY ORGANISATION (ABEST21), JEPUN MAJLIS MENANDATANGANI MoU DAN MEMORANDUM KERJASAMA (MoC) ANTARA UNIVERSITI DI MALAYSIA DAN UNIVERSITI DI REPUBLIK ISLAM IRAN S ebuah majlis pemeteraian MoU dan MoC antara universiti-universiti di Malaysia dan Republik Islam Iran telah berlangsung pada 7 dan 8 Oktober 2023 di Iran. Majlis tersebut disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin. Secara amnya, Iran merupakan negara yang terkenal dengan pencapaiannya dalam bidang sains dan teknologi. Hubungan kukuh yang terjalin antara Malaysia dan Iran melalui upacara ini dapat dimanfaatkan untuk memacu inovasi dan menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan keduadua negara. 13 KPT.indd 80 01/12/2023 4:42 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 81 P rogram Pembangunan Siswa Sulung 2.0 (SULUNG 2.0) diperkenalkan oleh KPT mulai Semester 1 2023/2024 untuk memberi peluang kepada individu pertama dalam keluarga B40 melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di UA. Program ini melibatkan pelajar sedia ada dengan PNGK 3.0 dan pelajar baharu dengan PNGK 3.0 bagi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf atau pangkat Jayyid Jiddan bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Manfaat yang diberikan kepada Siswa SULUNG 2.0 adalah laluan kemasukan khas SULUNG, pengecualian yuran pengajian universiti dan pembangunan insaniah serta sokongan akademik dan kaunseling. Inisiatif ini PROGRAM SULUNG 2.0 dianggarkan melibatkan penyertaan 10,000 orang di 20 UA dengan implikasi kewangan sebanyak RM30.9 juta setahun melalui pengecualian yuran. SEJAHTERA MAHASISWA IPT P elbagai usaha dari segenap aspek diadun, diatur dan dianjur bagi melahirkan generasi muda yang dinamik, berbudi bahasa, beretika dan berintegriti. Antara yang telah dilaksanakan adalah Sesi Townhall untuk mendapatkan maklum balas pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Pindaan ini antaranya melibatkan pemberian autonomi di bawah Agenda Pemerkasaan Mahasiswa. Menu Siswa Rahmah turut diperkenal di IPT seluruh negara pada harga RM3.50 bermula Disember 2022 hingga Mac 2023 manakala RM5.00 bermula April 2023. Kerajaan memberikan moratorium sewaan kafeteria berjumlah Inisiatif ini disasar menyumbang kepada pembangunan modal insan yang inklusif dan menyokong transformasi sosial bagi membantu meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga B40 ke satu tahap yang lebih baik dan menoktahkan kemiskinan. lebih RM4 juta untuk pengusaha menyediakan hidangan ini dan memberi manfaat kepada lebih 364,912 mahasiswa di semua UA, Politeknik dan Kolej Komuniti. Program Semarak Siswa MADANI pula diadakan bertujuan mempromosi nilainilai teras Malaysia MADANI di samping meningkatkan kesedaran sosial, kepimpinan serta kreativiti dalam kalangan pelajar IPT. Terdapat empat program utama di bawahnya iaitu KPT Prihatin MADANI, Students for Society, Knowledge Transfer Programme (KTP) dan Program TVET @ Komuniti MADANI. Sehingga kini, 80 daripada 100 program yang direncana telah dilaksanakan dan memberi manfaat melalui inovasi dan idea-idea baharu yang tercetus di IPT yang di bawakan oleh mahasiswa terus kepada komuniti. Selain itu, Perkampungan Budaya: Bahtera MADANI 2023 yang menghimpunkan seramai 500 orang pelajar daripada UA, IPTS, Kolej Komuniti dan Institut Pendidikan Guru (IPG) telah diadakan 13 KPT.indd 81 01/12/2023 4:42 PM


82 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Program Temu Anwar menjadi wadah untuk anak muda berdialog dan mengajukan pertanyaan secara terus kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menerusi program ini, pemikiran dan visi golongan muda diselami dan difahami, sekali gus membantu kerajaan mencorak dasar negara supaya ia selari dengan aspirasi mereka. Temu Anwar turut menjadi ruang untuk Perdana Menteri berkongsi hala tuju pembangunan negara bersama golongan mahasiswa, sekali gus menggalakkan pelajar menerapkan nilai-nilai yang boleh membantu menyumbang kepada kejayaan negara. Sehingga September 2023, sejumlah sembilan program Temu Anwar dilaksanakan di dalam dan luar negara melibatkan penyertaan lebih 35,000 anak muda, antaranya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kolej Vokasional Langkawi, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM), selain di Laman MBPJ bersama penunggang perkhidmatan p-hailing. Selain itu, Temu Anwar di Jakarta, Indonesia pada 5 September 2023 sempena lawatan kerja Perdana Menteri bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43, menjadi program sulung yang diadakan di luar negara. selama lima hari di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 15 hingga 19 Oktober 2023. Program ini boleh dijadikan sebagai contoh di mana aktiviti kebudayaan dan kesenian dijadikan instrumen bagi mengeratkan perpaduan dalam kalangan belia dan seterusnya masyarakat Malaysia. TEMU ANWAR Inisiatif Sejahtera Mahasiswa IPT memberi impak menyeluruh dalam pembentukan dan pengembangan iaitu fizikal, mental, rohani dan jasmani. Usaha ini melibatkan mahasiswa di IPT di bawah KPT termasuk awam dan swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti serta merentas kementerian dan masyarakat. 13 KPT.indd 82 01/12/2023 4:42 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 83 Kementerian Sains, 14 Teknologi Dan Inovasi M alaysia Space Exploration 2023 (MSE2030) menggariskan strategi, inisiatif dan program negara sehingga tahun 2030 bagi mencapai matlamat negara membangunkan keupayaan sendiri (self-reliance) dalam teknologi angkasa dan seterusnya mencapai objektif Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030). Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan MYSA menyasarkan sumbangan sehingga RM10 bilion kepada KDNK negara daripada sektor angkasa menjelang tahun 2030 melalui pelaksanaan MSE2030. PELAN TINDAKAN DASAR ANGKASA NEGARA 2030 (MSE2030) • Menteri: CHANG LIH KANG • Timbalan Menteri: DATUK ARTHUR JOSEPH KURUP 14 MOSTI.indd 83 01/12/2023 4:35 PM


84 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI R uang Daya Cipta (RDC) adalah inisiatif MOSTI menerusi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bertujuan memberi peluang kepada masyarakat melakukan aktiviti menggunakan teknologi yang kurang mendapat akses sebelum ini, seterusnya menjana pendapatan masyarakat setempat berasaskan 10–10 STIE Ecosystem. RDC menawarkan pembelajaran, latihan dan bantuan teknikal dengan kelengkapan peralatan dan aplikasi teknologi Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) seperti pencetak 3D, robotik dan dron. Lokasi Ruang Daya Cipta di Kolej Vokasional Keningau yang strategik dijangka dapat memberi akses mudah kepada penduduk setempat dan bakal dimanfaatkan oleh semua komuniti. MESYUARAT MAJLIS SAINS NEGARA (NSC) M esyuarat Majlis Sains Negara (NSC) pertama bagi tahun 2023 telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 7 Jun 2023 bagi membincangkan pelbagai usaha kerajaan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) berteraskan nilai-nilai MADANI. Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa melawat sekitar Pusat Sains Negara yang menjadi lokasi Mesyuarat NSC kali ini. PELANCARAN RUANG DAYA CIPTA KENINGAU, SABAH Latihan dan pembangunan kapasiti yang dijalankan di hab RDC ini turut memberi penekanan untuk melahirkan usahawan berteraskan inovasi dalam golongan B40, golongan terpinggir yang kurang mendapat akses teknologi dan golongan M40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19 membabitkan produk inovasi dan ekonomi digital. 14 MOSTI.indd 84 01/12/2023 4:35 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 85 KARNIVAL MINGGU SAINS NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH & PELANCARAN MALAYSIA TECHLYMPICS 2023 Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang telah merasmikan Karnival Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Kedah dan Pelancaran Malaysia Techlympics 2023 di Dewan CRC, Kulim, Kedah. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan di program ini seperti pameran STI, cabaran sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik (STEM), bengkel, Planet VR, Mini Planetarium, Pencerapan Matahari, Pertunjukan Sains, Pertunjukan Dron dan banyak lagi. Chang Lih Kang bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow melawat ruang pameran di STEM Showcase ‘23 sempena Karnival Minggu Sains Negara 2023 peringkat Pulau Pinang. Mesyuarat bersetuju dengan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR). HETR menyokong Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 di bawah Dasar Tenaga Negara 2022–2040. 14 MOSTI.indd 85 01/12/2023 4:35 PM


86 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI P rogram MCY Summit 2023 diadakan pada 3 dan 4 Ogos 2023 bertemakan Supercharge Your Way to Impact telah dianjurkan bersama Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) selaku rakan strategik. Acara kemuncak tahunan MOSTI ini adalah untuk mengiktiraf pencapaian penyelidik dan usahawan teknologi tempatan yang telah berjaya mengkomersialkan produk/ teknologi/ perkhidmatan hasil research and development (R&D) mereka di pasaran tempatan dan antarabangsa. Sebanyak empat pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU)/ Memorandum Perjanjian (MoA) dilaksanakan yang bernilai RM95 juta. M enteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang melancarkan Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030 pada 20 September 2023. Bersesuaian dengan sifat teknologi nuklear yang dikategorikan sebagai teknologi tinggi, pelaksanaan dasar ini diletakkan di bawah rangka kerja tadbir urus di mana MOSTI akan bertindak sebagai kementerian yang menerajui pelaksanaan dasar ini dan merangka pembangunan dasar yang berkaitan sains dan teknologi nuklear. Majlis Perasmian MCY Summit 2023 oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 4 Ogos 2023. Buku DTNN 2030 boleh dimuat turun di www.mosti.gov.my. PELANCARAN DASAR TEKNOLOGI NUKLEAR NEGARA (DTNN) 2030 MALAYSIA COMMERCIALISATION YEAR (MCY) SUMMIT 2023 14 MOSTI.indd 86 01/12/2023 4:35 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 87 KARNIVAL MINGGU SAINS NEGARA (MSN) 2023 PERINGKAT NEGERI SARAWAK DAN MALAYSIA TECHLYMPICS 2023 PERINGKAT ZON SARAWAK Seramai 500 peserta telah berkumpul bersama-sama dan bersaing di peringkat Zon Sarawak ini bagi melayakkan diri ke Peringkat Akhir Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan November 2023 di Putrajaya. MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEMBARA SAINS BORNEO (KSB) SIRI 2 TAHUN 2023 Majlis Perasmian Penutup KSB Siri 2 Tahun 2023 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup. 14 MOSTI.indd 87 01/12/2023 4:35 PM


88 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI P ersidangan yang dianjurkan oleh MOSTI bersama Suruhanjaya Tinggi British Kuala Lumpur (British High Commission Kuala Lumpur, BHC KL) bertujuan memupuk jalinan kerjasama dan diplomasi teknologi yang lebih kukuh antara UK dan Malaysia bagi menggalakkan perkongsian ilmu terutamanya dalam bidang AI di samping menyediakan platform dialog terbuka bagi membincangkan perkaraperkara berkaitan Pembangunan tadbir urus, standard dan piawaian AI antarabangsa yang inklusif dan bertanggungjawab. PELANCARAN PELAN HALA TUJU TEKNOLOGI DAN EKONOMI HIDROGEN (HETR) Persidangan AI itu turut menghimpunkan pakar-pakar AI dari United Kingdom, China, Singapura, Indonesia serta pakar AI tempatan bagi membincangkan pelbagai topik berkaitan AI. Perbincangan itu memfokus kepada tiga tema utama iaitu Tadbir Urus, Dasar dan Peraturan AI; Perkongsian merangkumi Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi dalam bidang Kesihatan dan Pertanian; dan Pembangunan Bakat serta Kemahiran. H ala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR) telah dibangunkan oleh MOSTI bagi menyokong Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 di bawah Dasar Tenaga Negara 2022– 2040. PERSIDANGAN KECERDASAN BUATAN UNITED KINGDOM – MALAYSIA (UK – MY AI CONFERENCE) 14 MOSTI.indd 88 01/12/2023 4:35 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 89 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan 15 Masyarakat P rogram ini bertujuan meningkatkan tahap advokasi dalam kalangan masyarakat berkaitan Antigangguan Seksual melalui: a) Penyebaran Notis AGS; b) Program Jerayawara; c) Bengkel Kejurulatihan AGS; d) Program Town Hall AGS; dan e) Pusat Sokongan Sosial Setempat. Sehingga 9 November 2023 pencapaian adalah seperti berikut:- a) 3.5 juta orang telah diberi pendedahan berkaitan Advokasi dan Kesedaran mengenai Antigangguan Seksual. b) 65 Program Advokasi dan Kesedaran Antigangguan Seksual dilaksanakan. c) 13 slot temu bual dan penerangan di media sosial dan media massa (seperti TV, radio dan akhbar) mengenai Advokasi dan Kesedaran Antigangguan Seksual. Pelaksanaan Program Advokasi Antigangguan Seksual • Menteri: DATO’ SRI HAJAH NANCY SHUKRI • Timbalan Menteri: AIMAN ATHIRAH SABU 15 KPWKM.indd 89 01/12/2023 4:36 PM


90 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI P endigitalan Kad OKU dilaksanakan untuk meningkatkan bilangan pendaftaran OKU bagi mendapatkan manfaat yang disediakan kerajaan. Pendigitalan Kad OKU ini membolehkan penggunaan Kod QR untuk memudahkan pemegang mengakses kemudahan dan keistimewaan OKU Berdaftar. Tahap keselamatan Kad OKU juga adalah terjamin kerana ciri-ciri pada Kod QR tidak boleh ditiru/ diciplak. Setakat 9 November 2023, sebanyak 47,667 Kad OKU Berdaftar dicetak dengan kod QR. Pendigitalan Kad OKU ini memudahkan golongan OKU membuat pendaftaran di manamana sahaja tanpa perlu datang sendiri ke JKM. Golongan OKU yang berdaftar boleh menikmati manfaat yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta seperti kemudahan pengangkutan awam secara percuma serta pelbagai diskaun seperti yuran pendidikan dan lain-lain lagi. Penerima Manfaat Kempen Kesedaran Reproduktif Wanita (WCaRe) Pendigitalan Kad OKU P rogram ini dilaksanakan bagi meningkatkan jumlah wanita yang menjalani saringan awal ujian mamogram dan ujian HPV DNA bagi meningkatkan penerima intervensi awal selepas mendapat saringan. Ia penting untuk pengesanan awal kanser payudara tahap 1 & 2 serta jangkitan HPV jenis berisiko tinggi. Setakat 9 November 2023 WCaRe sudah memanfaatkan 69,938 wanita merangkumi:- a) Penerima Ujian Mamogram – 31,741 wanita b) Penerima Ujian HPV DNA – 38,197 wanita Impak pelaksanaan inisiatif saringan ini dapat membantu mengurangkan beban kos rawatan kes kanser positif sebanyak RM200,000 hingga RM400,000 bagi setiap pesakit. Ia juga meningkatkan kesedaran golongan wanita dalam menjalani saringan awal kanser payudara dan kanser serviks daripada kawasan luar bandar. 15 KPWKM.indd 90 01/12/2023 4:36 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 91 P rogram ini bertujuan membantu golongan wanita menjana pendapatan bagi memperkukuhkan sistem sokongan terutama dalam bidang ekonomi. Ia juga menggalakkan golongan wanita meneroka peluang pendapatan melalui perniagaan dan mampu menjadi kelompok yang dapat menghulurkan bantuan kepada wanita lain yang sedang berdepan dengan pelbagai cabaran dan tekanan. Sejumlah 7,639 peserta telah menerima manfaat melalui Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM (MyKasih Kapital) setakat 9 November 2023. Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM (MyKasih Kapital) Nilai tambah yang terhasil daripada program ini telah meluaskan bidang perniagaan peserta dari segi ilmu pengetahuan bagi menjana pendapatan ekonomi keluarga. Produk yang dihasilkan oleh peserta dapat dipasarkan di platform yang betul dan berkeupayaan meningkatkan pendapatan isi rumah. MyKasih Kapital juga telah mengurangkan kebergantungan rakyat kepada bantuan sosial kerajaan dan meningkatkan pendapatan isi rumah. Kejayaan program ini telah menarik minat pihak swasta untuk memberi tajaan berupa kiosk perniagaan kepada peserta Wanita Bangkit. 15 KPWKM.indd 91 01/12/2023 4:36 PM


92 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Jelajah K.A.S.I.H Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) P rogram Jelajah K.A.S.I.H Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) diadakan bagi menawarkan perkhidmatan psikososial yang holistik kepada masyarakat secara terus seperti sesi bimbingan dan kaunseling berbentuk immediate relief kepada kumpulan sasar yang memerlukan. Ia bertujuan mengurangkan masalah psikososial (keganasan rumah tangga, penderaan, bunuh diri, penyalahgunaan dadah dan lain-lain) yang berpunca daripada isu kesihatan mental. PSSS turut menyediakan akses segera kepada perkhidmatan Talian Kasih 15999 dalam memberikan perkhidmatan yang cepat kepada klien. Setakat 9 November 2023 Seramai 17,774 klien telah disantuni di seluruh negara. 15 KPWKM.indd 92 01/12/2023 4:36 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 93 I nisiatif Payung RAHMAH telah diumumkan oleh mantan Menteri KPDN, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 10 Januari 2023. Inisiatif Payung RAHMAH diperkenalkan untuk membantu golongan kurang berkemampuan terutamanya miskin tegar mendapatkan bantuan makanan, barang keperluan harian serta mendepani isu kos sara hidup. 4 inisiatif utama telah diperkenalkan iaitu Bakul RAHMAH, Jualan RAHMAH, Pakej RAHMAH dan Kafe RAHMAH (kini dikenali sebagai Menu Siswa RAHMAH). Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos 16 Sara Hidup PAYUNG RAHMAH Program Menu RAHMAH I nisiatif Menu RAHMAH menawarkan makanan tengah hari atau makan malam yang mengandungi satu sumber protein dan satu jenis serat/sayuran (termasuk minuman) pada kadar tidak melebihi RM5.00. Program ini dilancarkan pada 31 Januari 2023 yang dilaksanakan tanpa sebarang dana daripada kerajaan dan disokong melalui penyertaan pemain industri makanan-minuman secara sukarela. Sehingga 15 Oktober 2023, Menu RAHMAH telah merekodkan pendaftaran sebanyak 2,849 premis di seluruh negara dan dijangka akan terus berkembang melalui pelaksanaan Kad Diskaun Khas kepada Pengusaha Menu RAHMAH yang dilaksanakan melalui kerjasama beberapa pasar raya dan pasar raya besar utama. • Menteri: DATUK SERI SALAHUDDIN AYUB • Timbalan Menteri: HAJAH FUZIAH SALLEH 16 KPDN.indd 93 01/12/2023 4:36 PM


Click to View FlipBook Version