The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Setahun-Bersama-Kerajaan-MADANI (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by perpustakaan LP, 2024-01-14 22:36:34

Buku Setahun-Bersama-Kerajaan-MADANI (1)

Buku Setahun-Bersama-Kerajaan-MADANI (1)

144 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI P emberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi sesi persekolahan 2023/2024 diperluas kepada semua murid warganegara tanpa mengira had pendapatan ibu bapa/ penjaga. Pemberian BAP pada sesi persekolahan sebelum ini P rogram Rancangan Makanan Tambahan (RMT) memberi manfaat kepada murid sekolah rendah, terutamanya di kawasan luar bandar dan golongan berpendapatan rendah bagi meningkatkan tahap kesihatan, keadaan fizikal dan menambah baik amalan pemakanan mereka. Kriteria kelayakan murid RMT ialah warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) dalam kategori miskin tegar, iaitu Pendapatan Isi Rumah (PIR) murid adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional 2019. Selain itu, murid di Sekolah Orang Asli/ Penan atau Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga layak menerima RMT. Pada 2023, bilangan sekolah yang menerima RMT adalah sebanyak 7,398 sekolah dengan peruntukan sebanyak RM547 juta. Bilangan murid penerima RMT seramai 753,752 murid. Pada 2023, KPM juga menyediakan Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) untuk semua murid prasekolah di SK SBK. Perkara ini memberikan manfaat kepada 200,000 murid prasekolah. Pemberian Bantuan Awal Persekolahan dihadkan kepada murid dengan pendapatan ibu bapa/penjaga tidak melebihi RM3,000. BAP disalurkan seawal Januari 2023 bagi meringankan beban ibu bapa/penjaga untuk membuat persediaan sesi persekolahan yang bermula pada Mac. Sehingga 25 Oktober 2023, seramai 5,105,567 murid telah mendapat manfaat sebanyak RM765,835,050. Pemberian BAP kepada semua murid warganegara bagi sesi persekolahan 2024/2025 akan diteruskan dengan kadar RM150 seorang yang dijangka memberikan manfaat kepada 5,245,200 murid dengan peruntukan berjumlah RM788,130,000. Rancangan Makanan Tambahan 23 KPM.indd 144 01/12/2023 4:45 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 145 P endidikan manusiawi memastikan tiada murid yang terpinggir tanpa mengira bangsa, agama dan status sosial. Bagi memastikan hasrat tersebut tercapai, KPM mengambil inisiatif memperkasakan Program Sekolah Komprehensif 9 (K9) dan memperkenalkan Program Sekolah Komprehensif 11 (K11) secara rintis. Program Sekolah K9 dan program Sekolah K11 bermatlamat menyediakan peluang pendidikan pada peringkat rendah sehingga menengah di sekolah yang sama khususnya di kawasan pedalaman, lokasi sekolah menengah yang jauh, mengurangkan bebanan kewangan ibu bapa dan di kawasan bentuk muka bumi yang mencabar. Inisiatif ini dapat membantu mengatasi masalah keciciran dalam kalangan murid. Ketika ini, terdapat 17 buah Sekolah K9 dan dua buah Sekolah K11 yang sedang beroperasi. P endidikan digital merupakan kesinambungan inisiatif Sekolah Bestari yang menekankan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai dengan menggunakan teknologi digital secara kreatif, inovatif dan beretika. KPM telah merangka Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang dapat mengoptimumkan potensi murid untuk menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap berkaitan teknologi serta literasi digital. Hal ini seiring dengan hasrat KPM untuk melahirkan murid yang holistik, seimbang, dinamik, tangkas, fleksibel dan adaptif dalam mendepani keperluan dan cabaran kehidupan masa hadapan. DPD digubal untuk Peluasan Program Sekolah Komprehensif 9 (K9) Dan Program Sekolah Komprehensif 11 (K11) Dasar Pendidikan Digital melahirkan generasi celik digital dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan era ekonomi digital. Selain melahirkan bakat digital yang berpengetahuan, berkemahiran dan beretika dalam penggunaan teknologi digital secara bersepadu, kreatif dan inovatif. 23 KPM.indd 145 01/12/2023 4:45 PM


146 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI P rogram Gotong-royong MADANI KPM 2023 dianjurkan sepanjang Julai hingga September 2023. Program ini inisiatif bawah Belanjawan 2023 yang memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi pelaksanaan program gotong-royong di semua sekolah KPM seluruh negara. KPM bertanggungjawab memastikan sekolah mempunyai persekitaran yang bersih, cantik dan selamat serta kebersamaan pengurusan KPM dalam aktiviti gotong-royong di sekolah. Program gotong-royong ini juga bertujuan memupuk perpaduan dan semangat kerjasama dalam kalangan Program Gotongroyong MADANI KPM 2023 warga pendidik, ibu bapa dan masyarakat setempat. Hal ini selaras dengan hasrat Perdana Menteri yang ingin memperkasakan peranan komuniti yang merupakan teras negara Malaysia MADANI. 23 KPM.indd 146 01/12/2023 4:45 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 147 Kementerian 24 Perpaduan Negara S epanjang 2023, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif bagi menyokong agenda membangun Malaysia MADANI. Pendekatan ini selaras dengan Dasar Perpaduan Negara (DPN) yang dibangunkan oleh KPN bertemakan Perpaduan Dalam Kepelbagaian. Program dan inisiatif yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada Kerangka Perpaduan Malaysia MADANI yang dipayungi di bawah satu program flagship Kembara Perpaduan Malaysia MADANI. Program flagship ini bermatlamat untuk menyebar luas pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap usaha-usaha Kerajaan bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu. KEMBARA PERPADUAN Program flagship Kembara Perpaduan Malaysia MADANI adalah berpaksikan kepada objektif dan teras DPN iaitu patriotisme dan demokrasi, identiti nasional dan ekosistem perpaduan. Semua program dan inisiatif yang dilaksanakan menelusuri ke seluruh pelosok negara dari bandar ke desa, prasekolah ke institusi pendidikan tinggi dan pemimpin ke akar umbi dalam usaha memberi pengetahuan dan kefahaman menyeluruh melibatkan kerjasama semua pihak termasuklah pemimpin, agensi Kerajaan, pihak swasta, penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT), pelajar sekolah, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) dan masyarakat keseluruhannya. PENCAPAIAN DAN INISIATIF DI BAWAH KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA (KPN) Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang merasmikan Majlis Peluncuran Eksplorasi Rukun Negara. • Menteri: DATUK AARON AGO ANAK DAGANG 24 KPN.indd 147 01/12/2023 4:46 PM


148 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Eksplorasi Rukun Negara peringkat Sekolah. Bacaan Ikrar oleh Pelajar di Majlis Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Institut Pendidikan Tinggi. EKSPLORASI RUKUN NEGARA (ERN) Tiga kluster program di bawah flagship Kembara Perpaduan Malaysia MADANI adalah seperti berikut; Semarak Kenegaraan Kluster ini melibatkan program-program yang akan membangkitkan semangat patriotik dan cintakan negara. Semua pihak yang terlibat akan didedahkan dengan pengetahuan dan kefahaman tentang perlembagaan negara, kontrak sosial serta semangat Rukun Negara. Kerajaan juga memutuskan semua program rasmi Kerajaan perlu disertakan dengan bacaan Rukun Negara secara penuh termasuk mukadimahnya. Semarak Perpaduan Kluster ini memberi fokus kepada menyemarakkan lagi semangat perpaduan berasaskan konsep fahamhormat-terima serta sikap bersetuju untuk tidak bersetuju. Sambutan Minggu Perpaduan buat julung kalinya diadakan di seluruh negara dan disertai lebih 100,000 peserta pelbagai etnik dan budaya. Selain itu, seramai 22,000 peserta menyertai Kejohanan Liga Sukan Uniti. Komuniti Rahmah Program dan inisiatif dirangka bagi membina komuniti yang mampan khususnya dalam kawasan Rukun Tetangga yang menjunjung nilai- nilai kemanusiaan dengan saling hormat menghormati, mengasihi antara satu sama lain. Antara program yang dilaksanakan ialah Gerak Rahmah Bantuan Bakul Rahmah dan Tuisyen Rahmah dengan penglibatan semua pihak termasuk agensi Kerajaan, swasta dan NGO. O bjektif utama program Eksplorasi Rukun Negara (ERN) adalah untuk meningkatkan penghayatan Rukun Negara sebagai agen penyatupaduan rakyat Malaysia dan menyediakan ruang, peluang dan suasana kepada rakyat Malaysia yang merupakan katalis perpaduan untuk berinteraksi dalam program dan aktiviti yang dianjurkan. Pada 14 Ogos 2023, program Eksplorasi Rukun Negara peringkat sekolah telah diadakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Jumlah keseluruhan murid terlibat bagi bacaan ikrar serentak program Eksplorasi Rukun Negara (ERN) peringkat sekolah pada hari tersebut adalah seramai 36,211 murid melibatkan Tabika Perpaduan, Pra-Sekolah KPM, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Pada 2 Oktober 2023 Universiti Putra Malaysia menjadi universiti pertama melafazkan ikrar Rukun Negara dalam siri Kembara Perpaduan KPN membabitkan 3,200 pelajar baharu UPM dan 300 staf UPM. 24 KPN.indd 148 01/12/2023 4:46 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 149 INI WARISAN KITA O bjektif utama penganjuran program “Ini Warisan Kita” adalah bagi melestarikan perpaduan dengan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan masyarakat pelbagai kaum tentang khazanah warisan negara ini. Kementerian turut menyediakan Geran Ini Warisan Kita kepada pertubuhan dan Program Warisan Masyarakat Siam di Kelantan. SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN Penganjuran Sambutan Minggu Perpaduan pada 20 hingga 26 Mei 2023 di seluruh negara merupakan salah satu program di bawah Kembara Perpaduan Malaysia MADANI bagi menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Majlis pelancaran Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 21 Mei 2023. Majlis ini turut disertai oleh Tuan Yang Terutama Yang Di - Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud serta Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Kementerian juga telah berjaya merekodkan dua pencapaian dalam Malaysia Book of Records iaitu pameran rumah etnik yang terbanyak dan pemakaian baju etnik teramai. persatuan untuk menganjurkan program penghayatan khazanah warisan etnik dan negara. Selain dapat meningkatkan pengalaman feel good factor, program ini berupaya menyuntik semangat cinta kepada tanah air melalui penghayatan terhadap kepelbagaian khazanah yang diwarisi sejak turun temurun lagi. 24 KPN.indd 149 01/12/2023 4:46 PM


150 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Program Warisan Masyarakat Chetti & Portugis di Melaka. Pameran 5 etnik minoriti iaitu Siam, Baba Nyonya, Chetti, Portugis dan Orang Asli Mahmeri di pusat beli belah IOI City Mall. Program Warisan Masyarakat Siam di Kelantan. Program Ini Warisan Kita di SMK Perempuan Methodist, Klang, Selangor. 24 KPN.indd 150 01/12/2023 4:46 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 151 Sekitar program galeri UNITI. Majlis Pelancaran Galeri Maya Eksplorasi Negara. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat melalui platform yang lebih santai. Melalui program ini, masyarakat berpeluang mempelajari dan memahami keunikan dan kepelbagaian adat, budaya, dan kaum. Selain elemen kepelbagaian budaya, segmen kenegaraan yang menerapkan semangat patriotisme turut disusun sepanjang program berlangsung. Galeri Maya Eksplorasi Negarawan adalah satu produk yang dibangunkan oleh Arkib Negara Malaysia (ANM) berkonsepkan lawatan secara maya bagi menyebar luas maklumat dan pemahaman mengenai tokoh-tokoh negarawan di Malaysia. Pelancaran ini selari dengan inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ yang dibawa oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bagi menyemai, memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan melalui rasa cinta kepada negara. GALERI MAYA EKSPLORASI NEGARAWAN GALERI UNITI 24 KPN.indd 151 01/12/2023 4:46 PM


152 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Muzium Negara memperkenalkan inisiatif Citra Nusa@Muzium bagi meningkatkan kesedaran dan penghayatan terhadap khazanah warisan negara. Program ini bertujuan menjadikan muzium sebagai platform integrasi kaum, sesuai dengan fungsinya sebagai guardian of heritage yang mengumpul, memelihara serta melestarikan koleksi warisan sejarah, seni dan budaya masyarakat berbilang kaum di negara ini. Program Citra Nusa@ Muzium merupakan program permuziuman berteraskan warisan seni dan budaya yang berkonsepkan ‘karnival’ atau ‘fiesta’. Antara Program Citra Nusa@Muzium adalah: i. Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan di Kuching, Sarawak. ii. Sambutan 60 Tahun Muzium Negara. iii. Pameran Malaysia Tanah Airku iv. Citra Nusa@Muzium Matang v. Citra Nusa@Muzium Kota Kayang vi. Citra Nusa@Muzium : Magis Belantara vii. CitraNusa @Muzium Nostalgia Anak Kampung CITRA NUSA@ MUZIUM Perasmian sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2023 telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Majlis Sambutan 60 Tahun Muzium Negara yang diadakan pada 1 September 2023 telah dirasmikan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. 24 KPN.indd 152 01/12/2023 4:46 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 153 Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang telah melancarkan Pusat Tuisyen KAMI di KRT Taman Sri Serdang, Selangor. Pertandingan Sari Tari/Sembah. Pengunjung bergambar dengan replika bangunan-bangunan bersejarah di pameran bergerak “Pameran Malaysia Tanah Airku.” K ementerian Perpaduan Negara (KPN) meluncurkan pelaksanaan Tuisyen KAMI selari dengan agenda kerajaan dalam Reformasi Pendidikan seperti yang dinyatakan iaitu memastikan Pendidikan sebagai hak asasi setiap rakyat. Ia adalah program pendidikan tambahan yang dilaksanakan KPN menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Program ini digerakkan oleh Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT). Tuisyen ini memberi fokus kepada enam mata pelajaran teras bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam. PROGRAM TUISYEN KAMI 24 KPN.indd 153 01/12/2023 4:46 PM


154 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI P rogram Wacana Perpaduan: Mendepani Defisit Sosial yang diadakan pada 4 Julai LIGA SUKAN UNITI Program-program yang dilaksanakan di bawah Liga Sukan Uniti. Sekitar sesi Wacana Pepaduan yang diadakan di Bangi Avenue Convention Centre. WACANA PERPADUAN Program ini menghimpunkan 800 peserta dalam kalangan Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN), Ahli MexUnity, pemimpin agama, ahli akademik, pelajar universiti awam dan swasta, belia, pemimpin masyarakat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), guru-guru dan penjawat awam daripada pelbagai Kementerian dan agensi. Program wacana ini akan diteruskan pada tahun hadapan dengan diadakan di zon utara, selatan, timur, Borneo dan Lembah Klang. Kementerian Perpaduan Negara (KPN) komited memberikan peluang pendidikan kepada golongan yang memerlukan. Sebanyak RM7.6 juta biasiswa dan tajaan program menerusi pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) dengan lapan organisasi telah dibuat bagi membantu pelajar kurang berkemampuan. Selama 57 tahun YTAR ini telah membantu memberikan biasiswa kepada lebih 9,000 belia. Yayasan ini turut menyasarkan untuk membantu lebih 1,000 pelajar bagi tempoh lima tahun akan datang. Penerima Biasiswa YTAR. BIASISWA YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN (YTAR) 2023 mengupas tentang isu dan cabaran berhadapan perpaduan masyarakat (defisit sosial) dan keupayaan mendepaninya dalam era membangun Malaysia MADANI. 24 KPN.indd 154 01/12/2023 4:46 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 155 i. Cakna Ekonomi Komuniti (Ekonomi dan Sara Hidup) Projek Ekonomi Komuniti KRT ini merangkumi Kebuniti MADANI KRT, projek akuagro, penternakan, produk makanan dan minuman, projek berasaskan kraftangan, community based tourism (CBT) dan perkhidmatan bertujuan memastikan tahap keterjaminan makanan negara tercapai dengan mengoptimumkan penggunaan tanah terbiar. Ia melibatkan penyertaan dan kerjasama komuniti daripada 243 KRT bagi melaksanakan Projek Ekonomi KRT yang melibatkan peruntukan sebanyak RM7.4 juta. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang ke Kebuniti MADANI Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Mutiara, Alor Setar, Kedah. INISIATIF KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) ii. Pendidikan Berkualiti untuk Semua (Pendidikan) Pelaksanaan program ini membabitkan penyediaan infrastruktur sedia ada seperti pusat-pusat kompleks Perpaduan/ fasiliti sedia ada KRT dan memanfaatkan tenaga pengajar dari kalangan ahli RT untuk berkongsi ilmu bersama komuniti yang lain. 24 KPN.indd 155 01/12/2023 4:46 PM


156 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Objektif utama penganjuran program ini adalah bagi meningkat serta mengukuhkan persefahaman dan keharmonian antara penganut pelbagai agama, selain program yang berlangsung di seluruh negara bermula dari 18 hingga 26 Februari 2023 ini memberi manfaat kepada lebih 1,500 golongan kurang bernasib dari institusi kebajikan terpilih. iii. RT Cares (Kesejahteraan dan Kualiti Hidup) Program RT Cares merupakan sistem sokongan komuniti bagi memastikan kelangsungan dan kesejahteraan komuniti melalui pemerkasaan tanggungjawab komuniti Rukun Tetangga selaku frontliner. RT Cares telah memberi manfaat kepada hampir 10 ribu orang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.2 juta. Program ini berkonsep social outreach iaitu pendampingan sosial komuniti Rukun Tetangga melalui dua gerak kerja iaitu: a. Kotak Rahmah Merangkumi sumbangan makanan dan keperluan asas untuk membantu komuniti yang terkesan dengan krisis ekonomi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup. b. Ziarah Rahmah Perpaduan Program sokongan sosial kepada anggota komuniti dalam kesusahan, kesempitan atau keuzuran dengan mengadakan lawatan ke rumah bagi bertanyakan khabar, membantu dan menyampaikan keperluan asas atau kewangan. SAMBUTAN MINGGU KEHARMONIAN ANTARA PENGANUT AGAMA SEDUNIA 24 KPN.indd 156 01/12/2023 4:46 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 157 Jabatan Perdana Menteri 25 (Hal Ehwal Agama) P elan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia MADANI 2023-2027 atau dikenali sebagai Pelan Transformasi Al-Falah (PTF) merupakan dokumen panduan yang dinamik dalam menetapkan hala tuju 14 agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) secara terancang dan bersasar bagi mencapai objektif dan sasaran untuk tempoh lima tahun. PTF ini digubal selaras dengan visi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menjadi peneraju pengurusan hal ehwal Islam dan kesejahteraan Malaysia MADANI. Buku Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani (Al-Falah) telah dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Naim Hj. Mokhtar pada 11 Oktober 2023. MASJID WILAYAH, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) 11 OKTOBER 2023 PELAN TRANSFORMASI HAL EHWAL AGAMA MENUJU MALAYSIA MADANI (AL-FALAH) • Menteri: DATO’ SETIA DR. HAJI MOHD NA’IM HAJI MOKHTAR 25 JPM HEA.indd 157 01/12/2023 4:47 PM


158 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI I nisiatif “Menoktahkan Miskin Tegar” di bawah Hal Ehwal Agama diteruskan dan dipertingkatkan dengan pelbagai program kebajikan dan pembangunan sekitar Wilayah Persekutuan antaranya Jejak Gelandangan, Kembara Kasih Asnaf 2023 di perairan Labuan, Tabung Waqaf Pendidikan dan Pelancaran Mobilepreneur MAIWP. P rogram Halal on Track merupakan program anjuran JAKIM hasil cetusan serta inisiatif terus oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Penganjuran program ini merupakan langkah yang amat penting dalam usaha membantu pemain industri khususnya dalam kalangan usahawan untuk mematuhi Manual serta Standard berkaitan produk dan perkhidmatan halal. Program ini juga mensasarkan untuk mempercepatkan proses pengeluaran sijil halal dalam tempoh maksimum 23 hari selepas semua dokumen dilengkapkan dan semua peraturan dipatuhi pihak industri. PROGRAM HALAL ON TRACK DEWAN TUNKU CANSELOR, UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) 9 OKTOBER 2023 WILAYAH PERSEKUTUAN MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP) INISIATIF MENOKTAHKAN MISKIN TEGAR SEPANJANG 2023 P enganjuran Global Halal Summit (GHaS 2023) oleh JAKIM dengan kerjasama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), MATRADE, Halal Development Corporation (HDC) dan Jabatan Standard Malaysia (DSM) adalah manifestasi kepada status Malaysia sebagai peneraju global industri halal. Sehingga kini, cap dagangan atau logo Halal Malaysia telah didaftar dan diguna pakai di 26 negara selain Malaysia MALAYSIA PENERAJU GLOBAL INDUSTRI HALAL MALAYSIA INTERNATIONAL TRADE AND EXHIBITION CENTRE (MITEC), KUALA LUMPUR JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) 9–15 SEPTEMBER 2023 termasuk Amerika Syarikat, Brazil, Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Kazakhstan. Buat julung kalinya, pemain industri di luar negara boleh membuat permohonan secara terus kepada JAKIM bagi pensijilan Halal Malaysia melalui inisiatif ‘International Direct Application for Malaysian Halal Certification’. 25 JPM HEA.indd 158 01/12/2023 4:47 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 159 I JPAM 2023 merupakan kesinambungan IJPAM 2022 yang bermatlamat untuk meningkatkan kesepaduan dan kebersamaan antara agensi agama sama ada di peringkat persekutuan dan negeri bagi mencapai kecemerlangan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia. Acara utama IJPAM Sabah 2023 adalah Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Program ini telah dihadiri hampir 2,000 peserta yang mewakili semua agensi agama di seluruh negara. KOTA KINABALU, SABAH JAKIM DENGAN KERJASAMA KERAJAAN NEGERI SABAH DAN PERSATUAN KAKITANGAN PERKHIDMATAN UGAMA (PKPU) O bjektif program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan sebenar dan menyeluruh kepada pengamal media di Malaysia berhubung konflik Palestin dan Israel. Empat panel khas telah dijemput untuk membentangkan topik-topik mengikut kepakaran masing-masing iaitu, M. Shahool Hameed (Aktivis Palestin), Howard Lee (Ahli Parlimen, Ipoh Timur), Zairul Zainal Abidin (Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia (IRM)) dan Muslim Imran (Pengarah Asia Middle East Centre (AMEC)). Program disempurnakan dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar dan mendapat PROGRAM WACANA PENGAMAL MEDIA: SOLIDARITI PALESTIN STUDIO PENYIARAN DIGITAL TV ALHIJRAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) & TV ALHIJRAH 24 OKTOBER 2023 sambutan memberangsangkan pengamal media dengan kehadiran lebih 30 orang wartawan daripada Media Prima, BERNAMA, Kosmo, Utusan Malaysia, TV AlHijrah, The Sun, Reuters dan lain-lain. IJTIMAK PERDANA AGENSI AGAMA SELURUH MALAYSIA (IJPAM) 30 SEPTEMBER HINGGA 5 OKTOBER 2023 25 JPM HEA.indd 159 01/12/2023 4:47 PM


160 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI L embaga Tabung Haji terus diiktiraf di peringkat antarabangsa daripada kerajaan Arab Saudi apabila merangkul dua Anugerah Labaittom berturut-turut tahun ini bagi kategori Perkhidmatan Bimbingan Haji Terbaik Dunia Islam pada Januari lalu dan juga bagi Kategori Kepuasan Tertinggi Dalam Perkhidmatan bagi Pejabat Urusan Haji pada Jun baru-baru ini. P rogram Majlis Ilmu Madani adalah sesi berkongsi ilmu selari dengan usaha memberi kefahaman bagi memberi peluang kepada umat Islam untuk bersama-sama mendengar kupasan ilmu penuh hikmah dan PENGIKTIRAFAN PERKHIDMATAN HAJI TERBAIK MAKKAH, ARAB SAUDI KEMENTERIAN HAJI & UMRAH ARAB SAUDI SEPANJANG 2023 MAJLIS ILMU MADANI KOMPLEKS SERI PERDANA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) SEPANJANG 2023 bijaksana oleh para ulama dari dalam dan luar negara selain menterjemahkan konsep negara MADANI yang digagaskan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri kepada orang ramai. menterjemahkan konsep negara MADANI yang digagaskan oleh kerajaan ... 25 JPM HEA.indd 160 01/12/2023 4:47 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 161 Kementerian 26 Belia Dan Sukan Hannah bersama pengunjung di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri di Program Perkhemahan Keluarga. K ementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik konsep MADANI yang membawa maksud menggabung jalin amalan sedia ada dengan kaedah baharu yang direka untuk menangani isu-isu baru dan ketidakpastian. Justeru, 2023 KBS telah menggabung jalin amalan sedia ada dengan kaedah baharu untuk memperkenalkan pelbagai inisiatif yang memberi kebaikan dan manfaat bukan sahaja untuk atlet dan industri sukan malah untuk merakyatkan sukan; memperkasakan belia dan merakyatkan fasiliti KBS yang sedia ada. Enam nilai teras MADANI menjadi panduan dan ilham untuk KBS membuat perubahan dengan mengambil kira pandangan setiap lapisan masyarakat dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia maju dalam sukan dan golongan belia diperkasakan. • Menteri: HANNAH YEOH TSEOW SUAN • Timbalan Menteri: ADAM ADLI ABD HALIM 26 KBS.indd 161 01/12/2023 4:48 PM


162 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI S ehingga Oktober 2023, sebanyak 19 aktiviti Tayangan Skrin Besar telah dilaksanakan di 151 lokasi di seluruh negara melibatkan 231,642 peserta antaranya Pestabola Merdeka (Malaysia vs India); Final Pestabola Merdeka (Malaysia vs Tajikistan); Final Piala FA (JDT vs KL City FC); dan Separuh Akhir 1 dan 2 AFF Mitsubishi Electric 2022. PROGRAM SKRIN BESAR PROGRAM SKILLS FOR LIFE P rogram Skills for Life 2023 adalah inisiatif KBS melalui Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) sebagai usaha dan inisiatif kementerian menangani peningkatan kos sara hidup rakyat. Program Skills For Life menawarkan latihan kemahiran asas menggunakan kaedah ‘Do It Yourself’ kepada komuniti, khususnya golongan belia setempat. Seramai 5,758 belia menyertai aktiviti yang telah dilaksanakan iaitu senggaraan elektrik asas, pembaikan asas kenderaan dan penyaman udara, menggunting rambut, penyediaan masakan tradisional kelas bahasa. Hannah dan bekas Menteri KBS meluangkan masa bersamasama penyokong Harimau Malaya di Dataran Merdeka. Hannah bersama penyokong Malaysia yang hadir ke tayangan Big Screen. Hannah melihat kemahiran salah seorang pelajar ILKBS menggunting rambut. 26 KBS.indd 162 01/12/2023 4:48 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 163 MEWAJIBKAN PEGAWAI PENGIRING BAGI ATLET PARA KE KEJOHANAN ANTARABANGSA JAWATANKUASA ROAD TO GOLD (RTG) P ada Februari 2023, KBS mengumumkan Pegawai Pengiring wajib mengiringi atlet para negara di pertandingan antarabangsa. Langkah itu bertujuan memastikan keselamatan dan segala keperluan atlet para negara dijaga sepanjang masa demi memastikan fokus serta tumpuan mereka tidak terjejas. T ujuan utama projek ini diumumkan oleh menteri adalah untuk menyelaraskan usaha negara meraih pingat emas di Sukan Olimpik. Bagaimanapun, mengambil kira struktur dan kaedah pelaksanaan projek Olimpik sebelum ini dan baki tempoh setahun sahaja untuk menghadapi Sukan Olimpik Paris tahun hadapan, Jawatankuasa ini akan menyediakan rangka kerja jangka panjang meliputi dua perlawanan iaitu Paris 2024 dan Los Angeles 2028. RTG ialah program tambah nilai untuk Program Podium sedia ada (program persediaan atlet elit di bawah ISN) yang memfokuskan kepada program persediaan atlet elit meliputi latihan harian, latihan di luar negara termasuk lebih pendedahan kepada pertandingan dalam dan luar negara, penyediaan perkhidmatan jurulatih, kakitangan sokongan sains sukan dan perkhidmatan perubatan serta program bina badan. 26 KBS.indd 163 01/12/2023 4:48 PM


164 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Kod Sukan Selamat Kod dibangunkan KBS itu adalah garis panduan mengenai persekitaran sukan yang selamat, selain menekankan peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani sebarang bentuk gangguan dan penderaan dalam sukan. Konservasi Harimau Malaya Pada Mac 2023, KBS dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan usaha untuk memulihara Harimau Malaya. Bagi setiap tiket yang dijual untuk perlawanan membabitkan Harimau Malaya, RM1 akan disumbangkan sebagai usaha pemuliharaan Harimau Malaya. Hannah mendengar salah satu pembentangan agensi dalam KBS Open Day 2023. Melancarkan Sekolah Rukun Negara Program Sekolah Rukun Negara adalah inisiatif i-LEAD, agensi di bawah KBS, untuk meningkatkan keutuhan dalam aspek kenegaraan dan perpaduan berteraskan penghayatan kepada prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan, bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman golongan belia mengenai sistem demokrasi di Malaysia. Antara objektif pelaksanaan program tersebut adalah meningkatkan kesedaran dan kefahaman golongan belia tentang sistem Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan; dan memantapkan semangat patriotik, jati diri dan kesepaduan nasional untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Objektif program termasuklah juga untuk menyebarluas konsep Malaysia MADANI berteraskan pemahaman terhadap prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Sehingga Oktober 2023, seramai 88,166 belia telah menyertai program Sekolah Rukun Negara. 103 Jenis Sukan disenaraikan dalam Perintah Pembangunan Sukan KBS telah meminda dan mengemaskini senarai aktiviti yang dikira sebagai sukan di bawah Jadual Pertama melalui Perintah Pembangunan Sukan (Pindaan Jadual Pertama) 2023 [P.U. (A) 60/2023] bertarikh 9 Mac 2023 dan berkuat kuasa mulai 10 Mac 2023. Pindaan ini menyenaraikan 103 sukan berbanding 51 jenis sukan sebelum ini. Senarai ini kali terakhir dikemaskini adalah pada tahun 2004. 26 KBS.indd 164 01/12/2023 4:48 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 165 Pada Mei 2023, KBS menawarkan kelas renang percuma kepada kanak-kanak B40 bagi mengurangkan kejadian lemas dalam kalangan komuniti B40. KLAS Renang Fasa 1 disertai seramai 739 kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun yang melengkapkan pembelajaran dan latihan dengan purata 90 peratus penguasaan kemahiran Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang asas berenang terutamanya pembinaan keyakinan di dalam air dan pelbagai teknik kemahiran renang. KLAS Renang Fasa 2 yang bermula pada September hingga Disember 2023 diperluaskan ke 36 lokasi di seluruh negara dengan sasaran penyertaan seramai 5,760 orang kanak-kanak. P ada Jun 2023, KBS melancarkan fasa baharu Rakan Muda yang menampilkan 10 Gaya Hidup yang direka untuk menarik minat belia masa kini. Program Rakan Muda adalah program pemupukan minat, penggilapan bakat dan penyerlahan potensi diri melibatkan anak muda yang berumur 15 hingga 30 tahun. Gaya hidup tersebut merangkumi dua gaya hidup baharu iaitu Rakan Demokrasi dan Rakan Litar. Sehingga hari ini seramai satu juta orang telah menyertai Rakan Muda dengan mengikuti lebih 3,600 program yang diadakan di seluruh negara. Nafas Baharu Rakan Muda Hannah bersama sebahagian peserta Rakan Muda di UKM Bangi. 26 KBS.indd 165 01/12/2023 4:48 PM


166 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Jawatankuasa Tertinggi Pembangunan Sukan (HLC) J awatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerajui pembangunan bakat sukan berprestasi tinggi dengan memberi tumpuan kepada model pembangunan bakat bagi sukan yang banyak menawarkan pingat iaitu sukan tempur, olahraga dan renang, selain mencungkil bakat dalam kalangan anggota tentera dan penguat kuasa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). 26 KBS.indd 166 01/12/2023 4:48 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 167 Merakyat Fasiliti Perbadanan Stadium Malaysia Inisiatif 1 Sukan 1 Fasiliti P ada Julai 2023, mengumumkan fasiliti di bawah Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dibuka kepada sekolah untuk hari sukan mereka. Stadium yang disediakan untuk sekolah ialah Stadium Nasional Bukit Jalil, Kompleks Sukan Jalan Duta dan Kompleks Sukan Bukit Kiara. PSM menerima 19 permohonan sehingga hari ini dan 17 daripadanya telah diluluskan sehingga bulan Disember 2023. Hannah Yeoh melihat peralatan sukan di Jualan Sukan Rahmah. I nisiatif 1 Sukan 1 Fasiliti adalah usaha KBS untuk menyokong Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dalam usaha mereka untuk mendapatkan tempat latihan yang tetap bagi tujuan pembangunan prestasi dan bakat sukan. 26 KBS.indd 167 01/12/2023 4:48 PM


168 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Perkhidmatan Klinik Kesihatan Wanita Untuk Atlet Wanita di Institut Sukan Negara Penginapan Youth Capsule K BS telah melancarkan Youth Capsule (Y-Capsule) @IYCResidence pada harga RM10/hari pada September 2023. Untuk belia yang sedang menjalani latihan industri, mencari pekerjaan atau yang bekerja tetapi tidak mempunyai tempat tinggal. Y-Capsule ini menyediakan 54 katil dengan set kelengkapan tidur (selimut, bantal, sarung bantal, cadar). Fasiliti ini turut menyediakan tandas dan bilik mandi, ruang pantri, peralatan memasak guna sama (peti sejuk, periuk nasi, dapur induction), dobi layan diri berbayar, ruang rehat dan ruang seterika. S ebagai tanda keprihatinan bagi menangani isu-isu kesihatan atlet wanita, Institut Sukan Negara (ISN) telah mengambil inisiatif mewujudkan Klinik Kesihatan Wanita yang dibuka pada 4 Oktober 2023 dan beroperasi setiap hari Rabu, jam 9.00 pagi hingga 1.00 Hannah merasmikan Y-Capsule. Hannah bersama warga Institut Sukan Negara (ISN) yang menawarkan perkhidmatan di Klinik Kesihatan Wanita. tengah hari di Pusat Perubatan Sukan Negara, ISN. Antara perkhidmatan diberikan adalah khidmat perundingan dan konsultasi, pemeriksaan kesihatan wanita, rujukan luar dan sesi pendidikan kesihatan wanita. 26 KBS.indd 168 01/12/2023 4:48 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 169 Kementerian 27 Sumber Manusia KARNIVAL ASPIRASI MADANI K ementerian Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Karnival Aspirasi MADANI dengan mempromosikan kempen Ayuh Daftar Suri@PERKESO dalam usaha menarik lebih ramai suri rumah mendaftar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2023. Pencarum akan mendapat bayaran balik lebih daripada jumlah caruman yang dikeluarkan iaitu RM120 setahun sekiranya berlaku kemalangan. Turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ts. Mustapha Sakmud; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu; Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia, Dato’ Hajah Norison Ramli, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed. • Menteri: SIVAKUMAR A/L VARATHARAJU NAIDU • Timbalan Menteri: MUSTAPHA @ MOHD YUNUS SAKMUD 27 KSM.indd 169 01/12/2023 4:48 PM


170 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI U saha murni TalentCorp melalui Kementerian Sumber Manusia berjaya mencapai matlamat program YES! Rock the School dengan penyertaan lebih 2,000 pelajar, guru dan kaunselor daripada 15 sekolah yang mengambil bahagian. Program anjuran bersama Kementerian Pendidikan (KPM) bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar berkaitan bidang kerjaya yang menarik dan bergaji lumayan. M emorandum Kerjasama (MoC) bersama pihak industri dan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) menjurus kepada pelaksanaan programprogram TVET yang berimpak tinggi. MoC menjadi platform kerjasama meliputi semua institusi TVET awam di bawah 12 Kementerian dengan pihak GLC dan syarikat swasta berdasarkan kesesuaian bidang dan skop yang dipersetujui secara bersama. TRANSFORMASI PROGRAM TVET ANTARA GLC, SYARIKAT SWASTA DAN KERAJAAN PROGRAM YES! ROCK THE SCHOOL 2023 Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama ahli MTVET Kementerian berbincang mengenai pelaksanaan program MTVET serta menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) pada 5 Oktober 2023 di Zenith Hotel, Putrajaya. 27 KSM.indd 170 01/12/2023 4:48 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 171 K ementerian Sumber Manusia bekerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi membangunkan program peningkatan kemahiran untuk penggiat gig dengan menumpukan ekonomi digital. Sehubungan itu, KSM menerusi PERKESO memberi fi insentif Latihan micro-credential serta latihan dalam bidang TVET kepada penggiat gig yang berhasrat meningkatkan kemahiran baharu seperti pengekodan atau analisis data dan sebagainya. PROGRAM BINA KERJAYA PENGGIAT GIG Seorang peseta Program Kerjaya Penggiat GIG menyuarakan soalan dan pandangan berkenaan masa depan pekerja GIG di Malaysia. K ementerian Sumber Manusia menerusi Human Resources Development Corporation (HRD Corp) berjaya mendukung hasrat kerajaan dalam memartabatkan pembelajaran dan latihan sepanjang hayat menerusi NTW 2023. Program ini menjadi inspirasi kepada sektor swasta dan industri dalam memperkenalkan kaedah pembangunan kemahiran yang lebih inovatif dan kreatif. PROGRAM NATIONAL TRAINING WEEK (NTW) 2023 Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar melawat pameran teknologi yang dihasilkan peserta terlibat. 27 KSM.indd 171 01/12/2023 4:48 PM


172 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI S istem Latihan Dual Nasional (SLDN) bertujuan memberi peluang kepada kumpulan sasar iaitu pencari kerja dan pekerja sedia ada untuk menyertai latihan semula dan peningkatan kemahiran (reskilling and upskilling) di tempat kerja bagi meningkatkan kompetensi dan kebolehpasaran. SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) Antara penerima sijil SLDN, Siti Noratikah yang mengikuti program anjuran TalentCorp. P rogram ini merupakan inisiatif terbaharu Kementerian Sumber Manusia dalam mendekati masyarakat di luar bandar. Pengisian program yang efektif antaranya menyediakan ruang dan peluang pekerjaan bagi yang berkelayakan di samping memperkasa tenaga kerja yang lebih dinamik serta berdaya saing sekali gus menyumbang kepada kemajuan sosio ekonomi negara secara keseluruhannya. PROGRAM JELAJAH MADANI Sesi bergambar bersama penerima faedah PERKESO dan sumbangan komputer riba kepada yang berkelayakan. Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar turut meluangkan masa melawat aktiviti dekorasi kek serta memotong kek sebagai tanda perasmian Program Jelajah MADANI tersebut. 27 KSM.indd 172 01/12/2023 4:48 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 173 PENGUKUHAN MODAL INSAN P engukuhan modal insan menerusi perlantikan tetap 5,489 Pegawai Perubatan, 551 Pegawai Pergigian, 786 Pegawai Farmasi, 3,187 Jururawat, 8, 159 Paramedik dan perlanjutan semula kontrak (contract of service) 2,779 anggota Sains Kesihatan Bersekutu dan Paramedik. Kementerian 28 Kesihatan • Menteri: DR. ZALIHA MUSTAFA • Timbalan Menteri: LUKANISMAN AWANG SAUNI 28 KKM.indd 173 01/12/2023 5:37 PM


174 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI KERTAS PUTIH KESIHATAN LULUS DI PARLIMEN K ertas Putih Kesihatan telah dibentangkan dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 15 Jun 2023. BAIK PULIH DAN NAIK TARAF KLINIK DAIF KKM 436 klinik daif dibaiki dan dinaikkan taraf di seluruh negara menerusi inisiatif Bitara MADANI. Klinik kesihatan ibu dan anak, Jalan Maharaja Lela, Perak. SEBELUM SELEPAS 28 KKM.indd 174 01/12/2023 4:48 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 175 BILANGAN PROJEK FASILITI KESIHATAN SIAP DIBINA 20 projek pembinaan fasiliti kesihatan siap dibina dan diserahkan kepada KKM. Kompleks Dewan Bedah, ICU dan Wad Tambahan Hospital Kuala Lumpur. Blok Tambahan Hospital Segamat. Blok Patologi Hospital Sultanah Aminah. Hospital Tanjung Karang. Hospital Pendang. Klinik Kesihatan Bandaraya Miri. Pusat Jantung Hospital Serdang. Klinik Kesihatan Bandar Raub. 28 KKM.indd 175 01/12/2023 4:48 PM


176 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI INOVASI PERKHIDMATAN KESIHATAN L abel ubat mesra OKU penglihatan merupakan inovasi perkhidmatan kesihatan. Sebanyak 250 fasiliti KKM telah menyediakan perkhidmatan label ubat mesra OKU. PENDIGITALAN PERKHIDMATAN KESIHATAN B ayaran tanpa tunai di fasiliti KKM telah bermula pada Oktober 2022 merupakan inisiatif di bawah Pendigitalan Perkhidmatan Kesihatan. Sebanyak 3,837 cashless terminal telah dipasang di klinik kesihatan dan hospital KKM. 28 KKM.indd 176 01/12/2023 4:49 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 177 SKIM PERUBATAN MADANI S kim Perubatan MADANI merupakan inisiatif untuk memenuhi keperluan kesihatan kumpulan B40 sejajar dengan Tonggak 1 Kertas Putih Kesihatan iaitu akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti. Skim Perubatan MADANI ini juga merupakan insentif yang diberikan untuk meringkan beban kewangan kumpulan tersebut menerusi Penjagaan Kesihatan Primer Akut iaitu rawatan pesakit luar merangkumi demam, selsema, cirit birit, muntah, terseliuh, sakit kepala, dan trauma ringan seperti luka ringan. PROGRAM MADANI AFIAT SELURUH NEGARA M adani Afiat merupakan agenda KKM bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia sejajar dengan Tonggak Kedua Malaysia MADANI. Program Madani Afiat bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai pentingnya penjagaan kesihatan disamping memberi fokus kepada aktiviti “Touch Point” dengan lawatan dari rumah ke rumah sambil membuat saringan kesihatan. Skim yang berkonsepkan Public-Private-Partnership ini menyokong inisiatif Bitara MADANI bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan KKM. 28 KKM.indd 177 01/12/2023 4:49 PM


178 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN MENERUSI KLINIK PERGIGIAN BERGERAK P erkhidmatan pergigian secara outreach menerusi Klinik Pergigian Bergerak (KPB) adalah perkhidmatan mesra masyarakat yang diberikan di luar fasiliti pergigian KKM bertujuan untuk meningkatkan aksesibiliti perkhidmatan pergigian kepada masyarakat. Sebanyak 42 buah KPB di seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan pergigian di sekolah, komuniti terpinggir seperti masyarakat Orang Asli, populasi miskin bandar seperti Program Perumahan Rakyat (PPR), Institusi Warga Emas, Pusat Dalam Komuniti (PDK) dan kem-kem kesihatan dalam komuniti. Klinik Pergigian Bergerak Jenis Trailer Klinik Pergigian Bergerak Jenis Trailer Klinik Pergigian Bergerak Jenis Coaster Klinik Pergigian Bergerak Jenis Bas Klinik Pergigian Bergerak Jenis Caravan 28 KKM.indd 178 01/12/2023 4:49 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 179 Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan 29 Tugas-Tugas Khas) PERJANJIAN MALAYSIA 1963 (MA63) I su-isu tertunggak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dimeterai 60 tahun lalu menjadi antara fokus utama untuk ditangani oleh pentadbiran Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Justeru, Jawatankuasa Teknikal MA63 telah diwujudkan untuk membolehkan Kerajaan Persekutuan berbincang bersama-sama Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri Sabah bagi menyelesaikan perkara-perkara berbangkit. Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 Bilangan 1 Tahun 2023 Beberapa keputusan berkaitan perkara/tuntutan asas MA63 telah dipersetujui seperti berikut: a) Persetujuan Bagi Penyelesaian Isu Pentadbiran Badan Kehakiman di Sabah dan Sarawak; b) Semakan Semula Kadar Pemberian Khas Negeri Sabah dan Sarawak Kepada RM 300 juta secara interim; c) Memuktamadkan Formula Pemberian Khas Kepada Negeri Sabah dan Sarawak Dalam Tempoh Setahun; d) Pindaan RUU LHDNM Bagi Pelantikan Wakil Sabah dan Sarawak Sebagai Anggota LHDNM e) Penubuhan Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan dan Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Negeri Sabah dan Sarawak; f) Cadangan Penukaran Status Pelabuhan Bintulu Sebagai Pelabuhan Persekutuan Kepada Pelabuhan Negeri; dan g) Pembangunan Kawasan Sempadan SabahSarawak-Kalimantan. Sesi bergambar bersama Pengerusi dan ahli mesyuarat sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 Bilangan 1 Tahun 2023 dimulakan. • Menteri: DATUK ARMIZAN MOHD ALI • Timbalan Menteri: DATUK UGAK ANAK KUMBONG 29 JPM Sabah Sarawak.indd 179 01/12/2023 4:49 PM


180 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Beberapa keputusan berkaitan perkara/tuntutan asas MA63 telah dipersetujui seperti berikut: a) Penyerahan kuasa kawal selia LPG kepada Kerajaan Negeri Sarawak; b) Penyerahan semula kuasa pentadbiran ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Kerajaan Negeri Sabah; c) Pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan; d) Pemberian kuasa (empowerment) mengenai pelesenan dan penangkapan ikan laut dalam kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak; e) Pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sabah dan Negeri Sarawak sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182 (AP182); f) Pindaan Akta LHDN 1995 bagi melantik perwakilan tetap Kerajaan Negeri Sabah Dan Sarawak Sebagai Anggota Lembaga Hasil Dalam Negeri; g) Penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas di Negeri Sabah; dan h) Pentadbiran badan kehakiman di Sabah dan Sarawak. Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (Mtpma63) Bilangan 1 Tahun 2023 Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2023 yang telah diadakan pada 20 Januari 2023 bertempat di Kuching, Sarawak. 29 JPM Sabah Sarawak.indd 180 01/12/2023 4:49 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 181 Beberapa keputusan berkaitan perkara/tuntutan asas MA63 telah dipersetujui seperti berikut: a. Butiran Agenda Pendidikan Dan Kesihatan Dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) – Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perlembagaan Persekutuan; dan b. Cadangan Penubuhan Platform Rundingan Tetap Dua Kali Setahun Peringkat Tertinggi Di Antara Keduadua Peringkat Kerajaan Berhubung Agenda Pendidikan Dan Agenda Kesihatan. Sesi bersama media sejurus selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2023 tamat. Mesyuarat Penyelarasan MA63 Mengenai Isu Pembangunan Pendidikan Dan Kesihatan Di Negeri Sabah Dan Sarawak Mesyuarat Penyelarasan MA63 Mengenai Isu Pembangunan Pendidikan dan Kesihatan di Negeri Sabah dan Sarawak pada 28 Ogos 2023 yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri di JPM (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Menteri Pendidikan dan Menteri Kesihatan. 29 JPM Sabah Sarawak.indd 181 01/12/2023 4:49 PM


182 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Jabatan Perdana Menteri D elegasi Perdana Menteri Berlepas Ke Turkiye Sokongan Moral Kepada Presiden Dan Rakyatnya Yang B ulan Pertahanan Awam telah dilancarkan bersempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam yang diraikan saban tahun pada setiap 24 Mac. Majlis Pelancaran diadakan di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia pada 7 Mac 2023 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Turut diadakan Jamuan Makan Tengah Hari bersama Pasukan Penyelamat Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Malaysia ke Turkiye bagi menghargai usaha pasukan penyelamat MAS-01 dan MAS-10 yang telah berjaya dalam operasi mencari dan menyelamat tragedi gempa bumi di Gaziantep,Turkiye. Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Pertahanan Awam 2023 dan Jamuan Makan bersama Pasukan Penyelamat Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Malaysia ke Turkiye Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-71 2023 Dilanda Bencana Gempa Bumi (Misi Mencari & Menyelamat (SAR) Di Wilayah Gaziantep, Turkiye). 29 JPM Sabah Sarawak.indd 182 01/12/2023 4:49 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 183 Majlis Perasmian KAMPUNG SIAGA 221: Komuniti Berdaya Tahan Bencana Kampung Siaga 221 adalah merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memperkukuh fungsi dan peranan APM. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesiapsiagaan komuniti setempat dalam menghadapi sebarang ancaman kecemasan, bencana dan musuh. Program ini sedang digerakkan secara berperingkat dengan memberi fokus kepada kawasan-kawasan terdedah risiko bencana dan kecemasan yang dikenal pasti. Lawatan Kerja Rasmi Pertama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (HESSTTK) ke lbu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali membuat lawatan di Gaziantep, Turkiye meninjau keadaan anggota PASPA yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat gempa bumi Turkiye dan Syria. Misi bantuan kemanusiaan MAS-10 telah melibatkan seramai 20 Pegawai dan Anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) yang bermula 9 hingga 23 Februari 2023. Lawatan Kerja Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (HESSTTK) Ke Penugasan Operasi SAR di Turkiye 29 JPM Sabah Sarawak.indd 183 01/12/2023 4:49 PM


184 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Datuk Armizan Mohd Ali berkesempatan untuk turun padang melihat operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) dan APM Hulu Selangor turut bersama pasukan keselamatan lain dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Fathers Organik Farms, Batang Kali setelah mendapat laporan daripada PKOD Hulu Selangor. O bjektif pelaksanaan Op Ramah adalah untuk mendekati komuniti dalam memberi panduan dan kesedaran awam kepada penduduk setempat dengan menyerahkan brosur nasihat kepada orang awam tentang perkara-perkara yang Lawatan Kerja Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (HESSTTK) ke Penugasan Operasi SAR Tanah Runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor OP RAMAH Menteri berkaitan dengan Monsun Barat Daya. Op Ramah juga membentuk kerjasama strategik dengan pelbagai agensi dalam memantau, mengawasi, mencegah dan bertindak menangani sebarang kemungkinan ancaman dan risiko bencana. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (HESSTTK) Ke Pusat Pemindahan Sementara SMK Sri Semantan, Temerloh, Pahang Operasi Pembenihan Awan (OPA) Operasi ini menyasarkan kawasan sekitar Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam, Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada tindakan awal bagi mengatasi penyusutan air di empangan tersebut. Setakat 12 Jun 2023, peratus kapasiti air di Empangan Air Itam adalah 48.6% dan 44.4% di Empangan Teluk Bahang. Bagi melaksanakan OPA, pesawat C-130 Hercules digunakan untuk membawa empat tangki mengandungi campuran 800 kilogram garam dan 6,000 liter air yang disediakan pihak MET Malaysia. 29 JPM Sabah Sarawak.indd 184 01/12/2023 4:49 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 185 Soal Jawab Bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Bin Ali 1. Apa pandangan Tan Sri terhadap prestasi keseluruhan Kerajaan MADANI sepanjang setahun pentadbiran? Pada pandangan saya, negara kita setelah setahun pentadbiran Kerajaan MADANI telah berjaya meletakkan negara untuk berada di trajektori yang tepat bagi terus membangun sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ini kerana YAB Perdana Menteri dalam tempoh setahun ini, telah memfokuskan kepada perkara fundamental dan asas seperti penyusunan semula pentadbiran menerusi agenda Malaysia MADANI, penstrukturan semula ekonomi menerusi kerangka Ekonomi MADANI, serta menekankan kepada keperluan untuk kerajaan dan perkhidmatan awam memiliki tatakelola pentadbiran yang amanah dan berintegriti tinggi. Selain itu, beliau turut memastikan segala program dan inisiatif utama kebajikan rakyat diberi perhatian dan keutamaan. Ini dapat dilihat menerusi iltizam kerajaan di dalam dokumen Belanjawan 2023, Kajian Separuh Penggal RMKe-12, Ekonomi MADANI serta Belanjawan 2024. 2. Apa perubahan signifikan di bawah Kerajaan MADANI yang dilihat menjadi titik penting dalam usaha menempatkan semula hala tuju dan pencapaian Malaysia ke tingkat lebih tinggi? Sebagai KSN, saya diberi peranan oleh Jemaah Menteri untuk memastikan pelaksanaan reformasi sektor awam dilakukan secara strategik, tidak silo, berdasarkan konsep the whole of government approach. Dalam hal ini, titik penting yang menjadi pemacu utama usaha reformasi ini ialah kepercayaan YAB Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri kepada penjawat awam untuk mendukung dan menterjemahkan pelaksanaan agenda Malaysia MADANI, kerangka Ekonomi MADANI, Pelan Peralihan Tenaga Baharu, Kajian Separuh Penggal RMKe-12 dan Belanjawan 2024 kepada realiti kejayaan yang benar-benar dapat dirasai oleh rakyat. Seterusnya ialah, kalau kita lihat bagaimana ketekunan, kegigihan, semangat dan komitmen luar biasa yang dipamerkan oleh YAB Perdana Menteri di setiap mesyuarat, pertemuan sama ada di peringkat domestik atau global, program dan acara, maka kita perlu sedar bahawa titik perubahan paling penting itu harus bermula dengan diri kita sendiri sebagai rakyat Malaysia untuk mendukung aspirasi dan cita-cita yang dihasratkan. 3. Bagaimana Tan Sri melihat penerimaan penjawat awam terhadap budaya kerja baharu di bawah Kerajaan MADANI, khususnya dalam aspek inovasi, memperkukuh tatakelola serta mengawal perbelanjaan dan ketirisan? Soal Jawab KSN.indd 185 01/12/2023 4:49 PM


186 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI YAB Perdana Menteri dan Jemaah Menteri Kerajaan MADANI amat menitikberatkan budaya kerja baharu berasaskan nilai MADANI. Kalau kita lihat maksud MADANI, ia memfokuskan kepada usaha untuk membina masyarakat yang maju dari segi pemikiran, kerohanian serta pembangunan. Menyedari makna dan hakikat ini, maka YAB Perdana Menteri menggagaskan nilai MADANI meliputi kemampanan, ihsan, hormat, daya cipta, kesejahteraan dan keyakinan. Dalam hal ini, saya telah membawa visi The G.R.E.A.T Civil Service yang merujuk kepada good governance, responsibility, empathy, accountability dan tenacity of purpose. Visi ini bertujuan menyokong nilai MADANI untuk diimplementasikan dalam perkhidmatan awam. Seterusnya, YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Ekonomi MADANI dan Belanjawan 2023 telah memberi amanah kepada saya untuk mengetuai Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi atau STAR dan dianggotai oleh para ahli KSU dan KP. Dalam hal ini, kita telah mengetengahkan inovasi baharu pentadbiran di mana ketua projek inisiatif STAR dipilih dalam kalangan pegawai kanan di kementerian atau jabatan, berbeza berbanding kementerian/ jabatan pemilik inisiatif. Menerusi kaedah ini, tatakelola pentadbiran diurus dengan pandangan yang lebih menyeluruh dan holistik, tembok silo diruntuhkan, serta menyemarakkan lagi sense of belongings dalam kalangan penjawat awam. Selain itu, dalam usaha memastikan perbelanjaan berhemah dilaksanakan bagi memberi tumpuan pengagihan peruntukan yang lebih banyak kepada inisiatif dan program kebajikan dan pembangunan rakyat, kita telah mengarahkan agar perbelanjaan berhemat dapat dilaksanakan dalam agensi kerajaan bagi mengelakkan ketirisan dan pembaziran. 4. Berdasarkan pencapaian sepanjang setahun lalu, apa yang boleh diperbaiki oleh anggota pentadbiran Kerajaan MADANI bagi merealisasikan agenda perubahan yang disasarkan dan apakah yang boleh diharapkan rakyat untuk tahun kedua dan seterusnya di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI? Setahun telah berlalu di mana negara berada di fasa pemulihan ekonomi serta perancangan yang lebih telus dan sistematik disusun, maka kini kita di fasa seterusnya iaitu mempercepatkan pelaksanaan pembangunan demi kemajuan negara. Dalam hal ini, saya melihat kita harus melakukan dua perkara; pertama mempercepatkan pelaksanaan projek dan inisiatif pembangunan, dan kedua, memastikan setiap inisiatif yang dirangka menyentuh denyut nadi dan degup jantung rakyat. Dalam usaha mempercepatkan pelaksanaan projek dan inisiatif, kita tidak boleh sekadar memiliki KPI yang hanya memfokuskan kepada output, yakni jumlah program, bilangan mesyuarat, atau berapa sesi libat urus dilakukan sahaja, lebih dari itu, kita mesti memfokuskan kepada outcome iaitu keberkesanan dan impak yang bakal dirasai oleh rakyat. Sebagai contoh, bagaimana inisiatif bantuan yang kita laksanakan boleh mengeluarkan rakyat daripada kelompok miskin tegar. Atau bagaimana inisiatif latihan kemahiran yang kita buat dapat mengurangkan kadar pengangguran serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada pelbagai lapisan rakyat. Dalam memastikan inisiatif yang kita laksanakan benar- benar menyentuh hati nurani rakyat, program yang kita laksanakan tidak boleh sekadar program yang berdasarkan ulangan belanjawan terdahulu, atau program syok sendiri yang kita rangka berdasarkan apa yang kita nak, tetapi lebih penting adalah kita harus tanya apakah sebenarnya yang diperlukan oleh rakyat. Maka, apabila kita mengetahui apa yang diperlukan berdasarkan analisis, turun padang bertemu sendiri kumpulan masyarakat awam serta mereka yang terpinggir, maka kita akan melaksanakan program dan inisiatif yang lebih bersifat menyeluruh dan membumi sifatnya. Inilah harapan rakyat pada tahun kedua Kerajaan MADANI kelak. Soal Jawab KSN.indd 186 01/12/2023 4:49 PM


Click to View FlipBook Version