The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Setahun-Bersama-Kerajaan-MADANI (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by perpustakaan LP, 2024-01-14 22:36:34

Buku Setahun-Bersama-Kerajaan-MADANI (1)

Buku Setahun-Bersama-Kerajaan-MADANI (1)

94 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Program Bakul RAHMAH I nisiatif Bakul RAHMAH adalah sumbangan berbentuk bakul makanan (keperluan harian) yang memberi keutamaan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar di seluruh negara. Sehingga 15 Oktober 2023, sebanyak 93,982 Bakul RAHMAH telah diedarkan di seluruh negara. S ebanyak RM150 juta diperuntukkan sepanjang 2023 untuk jualan barang keperluan harian yang terdiri daripada barang makanan (mentah atau siap) melibatkan peruncit (pasar raya besar, pasar raya, pasar raya mini dan kedai runcit) dengan pengurangan harga antara 10% hingga 30% berbanding harga pasaran di 222 kawasan parlimen serta 640 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan tumpuan kepada kawasan penempatan B40. Sehingga 15 Oktober 2023, Jualan RAHMAH telah dilaksanakan di lebih 2,723 lokasi di seluruh negara dengan merekodkan lebih 4.1 juta kehadiran pengunjung. Program Jualan RAHMAH S ejumlah RM225 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program ini yang bertujuan menyeragamkan harga tujuh barangan asas iaitu beras putih, gula putih bertapis kasar, minyak masak PROGRAM COMMUNITY DRUMMING sawit tulen (paket 1kg), tepung gandum, gas petroleum cecair, petrol RON95 dan diesel bersubsidi. Hampir 62 peratus daripada keseluruhan belanjawan diperuntukkan kepada Sarawak, 34 peratus lagi untuk Sabah manakala selebihnya untuk Semenanjung Malaysia. Inisiatif ini membolehkan tujuh barangan itu dijual di kawasan pedalaman di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak pada harga yang sama seperti harga di bandar terdekat. Sehingga Oktober 2023, program ini melibatkan 194 zon dan meliputi 805 kawasan pengedaran yang telah memberi manfaat kepada hampir 1.15 juta penduduk. 16 KPDN.indd 94 01/12/2023 4:36 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 95 PENGUATKUASAAN 1. OPS MANIS OPS MANIS dan OPS MANIS 2.0 dijalankan dari 3 Mei 2023 sehingga 31 Oktober 2023 bagi pemantauan bekalan dua kilang pengeluar gula di Malaysia ke seluruh negeri serta tindakan pemeriksaan, kes dan siasatan aduan. Bagi menangani isu kekurangan bekalan gula putih bertapis, KPDN telah mengenal pasti 205 pemborong utama dan mewujudkan jaringan kerjasama kekal bersama pihak kilang gula yang membekalkan gula putih bertapis untuk menyegerakan penghantaran bekalan di premis yang terlibat. Pemeriksaan OPS MANIS sehingga 30 Oktober 2023 adalah 16,017 premis dengan 472 aduan diterima dan 46 kes telah dihasilkan. 2. OPS TIRIS Pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, di mana wujud ketirisan dalam pelaksanaan subsidi diesel dengan anggaran hampir RM10 bilion nilai subsidi diesel telah diselewengkan pada 2022. KPDN mengambil tindakan segera dengan mewujudkan task force bersama agensi yang berkaitan bagi mengenalpasti punca ketirisan dan mencari jalan penyelesaian bagi mengenal pasti punca ketirisan. Sepanjang pelaksanaan OPS TIRIS bermula 1 Mac 2023 sehingga 31 Oktober 2023, sebanyak 13,252 pemeriksaan telah dijalankan di seluruh negara merangkumi stesen minyak, pemborong, pengilang, kuari, pos kawalan dan lainlain premis. Hasil daripada pemeriksaan tersebut, sejumlah 664 kes termasuklah 331 kes serahan agensi yang diterima daripada rakan agensi strategik iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Secara keseluruhan sebanyak 5,472,392 liter minyak diesel telah dirampas dengan nilai anggaran berjumlah RM11,937,358.00. Seramai 444 orang warganegara tempatan, 87 orang warganegara asing dan 2 orang penduduk tetap yang menjadikan jumlah keseluruhan 533 orang telah ditahan sepanjang tempoh yang sama pelaksanaan OPS TIRIS ini. 3. OPS JAMIN KPDN telah berkolaborasi secara sepadu di antara penguat kuasa KPDN dan penguat kuasa KPKM iaitu Kawalselia Padi dan Beras (KPB) melalui OPS JAMIN bagi memastikan pengguna sentiasa mendapat keterjaminan bekalan beras yang mencukupi dengan harga yang stabil dan terkawal. Berdasarkan statistik penguatkuasaan di bawah OPS JAMIN oleh KPDN bermula 7 Julai 2023 sehingga 31 Oktober 2023, sebanyak 40,421 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh Negara melibatkan pelbagai peringkat rantaian pengedaran termasuklah di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5 kes telah diambil ke atas peniaga kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999, 5 kes melibatkan Akta Perihal Dagangan 2011 dan 7 kes melibatkan Akta Timbang dan Sukat 1972 menjadikan 17 kes secara keseluruhannya telah diambil tindakan oleh KPDN. Selain itu, sebanyak 354 aduan melibatkan aduan harga, bekalan dan lain-lain berkaitan beras diterima dalam tempoh yang sama dan telah disalurkan kepada KPKM untuk tindakan lanjut. 16 KPDN.indd 95 01/12/2023 4:36 PM


96 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 4. OPS MENU 3.0 Pelaksanaan OPS MENU 3.0 bertujuan memantau dan menangani isu harga makanan bermasak dan ia telah pun bermula pada 23 Januari yang lalu. Sehingga 31 Oktober 2023, sebanyak 13,642 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, sebanyak 85 tindakan kes telah diambil ke atas peniaga yang melakukan kesalahan di bawah OPS MENU 3.0 ini melibatkan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011. MAJLIS TINDAKAN KOS SARA HIDUP NEGARA – NACCOL Majlis telah bersidang sebanyak empat kali sejak Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Pengerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara. Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara merupakan mesyuarat pertama Perdana Menteri selepas memimpin Kerajaan Perpaduan MADANI. i. Program Pemberdayaan Pemasaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sehingga 10 September 2023, sebanyak 2,147 program telah dilaksanakan di seluruh negara dan telah merekodkan nilai jualan berjumlah RM40.9 juta dengan penjimatan sebanyak RM12.1 juta. ii. Dasar Subsidi dan Kawalan Harga Ayam dan Telur Ayam Kementerian meneruskan Penentuan Harga Maksimum bagi Ayam dan Telur Ayam dengan menetapkan harga maksimum Ayam Standard pada RM9.40 sekilo dan Telur Ayam Gred A, B dan C yang telah berjalan sejak setahun yang lalu bagi memberikan kestabilan harga kepada kedua-dua komoditi penyumbang sumber protein utama penduduk Negara ini. Majlis Tindakan ini berperanan sebagai badan utama bagi menangani isuisu dan cabaran berhubung kenaikan kos sara hidup. Selain memperkukuh dan menyelaras pelaksanaan strategi-strategi dan pelan tindakan berkaitan isu sara hidup dengan berkesan. Keputusan-keputusan penting hasil daripada mesyuarat: 16 KPDN.indd 96 01/12/2023 4:36 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 97 PROGRAM EKONOMI SEMPADAN Pelaksanaan Program Ekonomi Sempadan dijalankan secara rintis bermula 1 Februari sehingga April 2023. Kini terdapat dua stesen minyak tanpa subsidi di Perlis (Padang Besar dan Wang Kelian). Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Bil.1/2023 pada 13 April 2023 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri bersetuju agar pelaksanaan Program Ekonomi Sempadan diperluaskan kepada negeri-negeri bersempadan yang lain. Pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme Imbalance Cost Pass-Through. Rasionalisasi subsidi elektrik bagi pengguna domestik, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), industri dalam sektor pertanian TARIF ELEKTRIK DI SEMENANJUNG DI BAWAH MEKANISME IMBALANCE COST PASSTHROUGH serta beberapa industri terpilih lain terus diberikan sehingga Disember 2023 yang secara tidak langsung dapat mengawal harga barangan makanan yang dikenakan kepada pengguna. PELAKSANAAN SKIM SIMEN RAHMAH Sejak 15 Mei 2023 hingga 7 September 2023, sebanyak empat projek pemajuan perumahan mampu milik telah diluluskan dengan melibatkan sebanyak 305,142 kampit atau 15,000 tan simen bagi pembinaan sebanyak 1,206 unit rumah. 16 KPDN.indd 97 01/12/2023 4:36 PM


98 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI “Kosongkan jadual saya 23 Julai 2023, saya nak balik kampung, rehat.” Sungguh. Tanggal 23 Julai 2023 menjadi saksi pemergian abadi Bapa RAHMAH Malaysia, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub. RAHMAH – antara sumbangan terbesar Allahyarham untuk Malaysia. Suatu daya usaha yang menyentuh enam nilai teras MADANI terutamanya Hormat, Keyakinan, dan Ihsan dalam menongkah cabaran kos sara hidup dek tekanan ekonomi global dan krisis rantaian bekalan dunia. Benar, RAHMAH bukanlah inisiatif yang datangnya selepas persidangan polisi, bukan juga dihasilkan setelah pembentangan kertas kerja berjela, tetapi ia terbit daripada luhurnya nurani seorang pemimpin berjiwa hamba, yang cakna akan kesusahan warga, yang mahukan kebaikan dan kasih sayang buat semua. Perjalanan RAHMAH itu bermula di saat negara bertarung dengan pandemik dunia. Ketika rakyat sedang sengsara, Salahuddin menjinjing rapi beberapa bakul berisi makanan, dibawa dari rumah ke rumah. Tatkala bakul dihulur, wajah sugul mereka yang dirundung kondisi semasa, bertukar ceria. P161 Parlimen Pulai menjadi saksi permulaan Bakul RAHMAH. Seusai angkat sumpah selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin duduk termenung. Matanya redup, bibirnya rapat terkatup namun mindanya tangkas merencana acara. “Yang penting rakyat,” ujarnya lembut. “Saya ingin KPDN menjadi Rumah RAHMAH, Rumah Kasih Sayang buat rakyat Malaysia. Mana yang boleh kita mudahkan, kita permudahkan.” Pesanan ini acap kali beliau ulang sebagai paksi jati diri tenaga kerja kementerian. Memasuki Januari, kurang sebulan memikul tugasan, Malaysia menyaksikan pelayaran pertama Inisiatif Payung RAHMAH. Jualan RAHMAH, Menu RAHMAH, Pakej RAHMAH, dan Bakul RAHMAH bersilih ganti pelancarannya. Hampir setiap hari KPDN di bawah kepimpinan Salahuddin membawa berita baik untuk rakyat. Hampir setiap hari jua Allahyarham menggembleng tenaga, memerah otak, menangkis segala keraguan, gigihnya semangat beliau menebarkan nilai rahmah dalam jiwa manusiawi selari dengan aspirasi Ihsan Malaysia MADANI. Hidupnya didedikasikan buat rakyat. “No one can go hungry in Malaysia,” lantang suara Salahuddin tatkala membentangkan idea Menu RAHMAH di Parlimen. Beliau pegang kata-katanya hingga akhir hayat. Bantuan dihulur kiri dan kanan sehabis kudrat. Loved by friends, respected by opponents. Tiada siapa yang berdaya menjadi musuh kepada sosok lemah lembut dan rendah hati Salahuddin. Tutur katanya, gerak lakunya, besar hatinya; sentiasa bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja tak kira ideologi, agama, dan usia. Andai ditohmah dan diragui, tidak sesekali semangatnya terhenti. Sabar – itulah kunci. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) Sempat Salahuddin memetik Surah Al-Ahzab ayat 21 dalam ucapan terakhirnya di Jelajah Jualan RAHMAH, Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah. “Apa pun jawatan kita hari ini, sedarlah ia hanya sementara,” suatu pesanan yang tidak mungkin kita lupa. Ringkas, padat, tetapi penuh tawaduk. Begitulah akhlak Allahyarham, penyampaiannya sentiasa bersulam al-Quran dan hadis. Percakapannya sentiasa berisi ilmu. Nasihatnya sentiasa sarat dengan pengajaran. “Sebenarnya ini impian dia, memang dia cakap biarlah dia meninggal sewaktu bekerja untuk rakyat,” kata Iskandar, anak sulung Allahyarham. “Kami dah lama terima, ayah memang milik rakyat,” tenang cerita Iskandar pada warga media. Namun dalam ketenangan itu pastinya tersimpan jiwa yang gundah-gulana. “Tabah, cekal, setia. Benarlah kata pujangga. Di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada wanita hebat yang menjadi sayap kiri,” demikian coretan Datin Seri Fatimah Taha di laman Facebook beliau sewaktu Aidilfitri. Siapa sangka, ia menjadi nukilan Hari Raya terakhir bersama sang suami. A good man, gone too soon. Syakirin Husnal adalah bekas Setiausaha Akhbar kepada Allahyarham Salahuddin di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Belasungkawa Oleh Syakirin Husnal 16 KPDN.indd 98 01/12/2023 4:36 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 99 P ada 24 Februari 2023, semasa ucapan pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri menyatakan hasrat Kerajaan untuk menambah baik perkhidmatan bantuan guaman bagi kes jenayah supaya rakyat miskin atau golongan yang memerlukan mendapat manfaat akses kepada keadilan yang lebih baik dan berkesan. Susulan itu, satu Program Libat Urus Hala Tuju Perkhidmatan Bantuan Guaman Bagi Kes Jenayah di Malaysia telah diadakan pada 11–12 April 2023 dan dihadiri seramai 80 peserta mewakili Kementerian/ Jabatan Persekutuan, badan peguam, pertubuhan masyarakat madani (CSO), badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik dalam bidang undang-undang untuk berkongsi input, maklum balas dan kepakaran. Seterusnya pada 11 Mei 2023, satu sesi perkongsian ilmu diadakan bersama Bekas Duta Besar Amerika Syarikat ke East Timor yang juga Bekas Penasihat Am Imigresen dan Naturalisasi Amerika Syarikat, Mr. Grover Joseph Rees bersama Hakim James Park Taylor untuk mendapatkan input serta pandangan berhubung pewujudan Pejabat Pembelaan Awam di Amerika Syarikat dalam menawarkan perkhidmatan bantuan guaman bagi kes-kes jenayah. Susulan itu, Kerajaan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Akta Pembelaan Awam (JAPA) dengan keanggotaannya terdiri daripada kalangan ahli akademik dalam bidang perundangan. PENGGUBALAN AKTA PEMBELAAN AWAM Jabatan Perdana Menteri 17 (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) • Menteri: DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID • Timbalan Menteri: RAMKARPAL SINGH A/L KARPAL SINGH 17 JPM (Undang2 Reformasi).indd 99 01/12/2023 4:51 PM


100 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI P erjanjian Tuan Rumah (Host Country Agreement - HCA) berkait Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Asian International Arbitration Centre - AIAC) yang dahulunya dikenali sebagai Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration (KLRCA) telah ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan Asian-African Legal Consultative Organization (AALCO) pada 15 Mac 2023 berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun sehingga 14 Mac 2028. Pembaharuan perjanjian ini secara tidak langsung akan meletakkan Malaysia kekal menjadi destinasi penyelesaian secara alternatif (Alternative Dispute Resolution - ADR) di dalam dan luar negara di rantau Asia melalui AIAC sebagai penyedia perkhidmatan (service provider) kepada pihak-pihak yang mempunyai pertikaian yang ingin diselesaikan secara pantas, lebih mudah serta melibatkan kos yang jauh lebih rendah berbanding kaedah penyelesaian pertikaian konvensional seperti perbicaraan Mahkamah. Ini sekali gus dapat memberikan akses keadilan yang lebih luas kepada semua pihak. PEMBAHARUAN (AGREEMENT BETWEEN THE GOVERNMENT OF MALAYSIA AND THE ASIAN-AFRICAN LEGAL CONSULTATIVE ORGANIZATION RELATING TO THE ASIAN INTERNATIONAL ARBITRATION CENTRE) IN MALAYSIA Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan The AsianAfrican Legal Consultative Organization Relating to the Asian International Arbitration Centre di Kuala Lumpur. 17 JPM (Undang2 Reformasi).indd 100 01/12/2023 4:51 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 101 T imbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (UndangUndang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh telah membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat pada 16 Mac 2023 dan Dewan Negara pada 6 April 2023. Kedua-dua RUU berkenaan diluluskan keduadua pihak dengan sokongan sebulat suara daripada kesemua pembahas tanpa sebarang pindaan. Pindaan ini melibatkan perbuatan menjejaki (tracking) seseorang melalui apa jua cara (by any means) boleh menjadi kesalahan menghendap. Penambahbaikan ini khusus bagi menangani kes-kes di mana seseorang dijejaki tanpa elemen secara fizikal oleh mana-mana orang dengan menggunakan apa-apa peralatan (device) atau apa-apa kaedah lain contohnya kamera tersembunyi atau GPS tracker bagi tujuan menghendap dan si pelaku juga tidak berada berdekatan dengan mangsa ketika melakukan perbuatan tersebut. Dengan kelulusan keduadua RUU itu, perlakuan menghendap (stalking) akan menjadi satu kesalahan jenayah yang membolehkan pelaku disiasat dan dikenakan hukuman di bawah Kanun Keseksaan. Pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah pula memberikan mahkamah kuasa, atas permohonan, untuk mengeluarkan suatu perintah perlindungan terhadap seseorang yang sedang disiasat atau dituduh dengan kesalahan menghendap yang bertujuan untuk melindungi mangsa perlakuan menghendap tersebut. Kedua-dua pindaan ini diwartakan pada 5 Mei 2023 dan dikuatkuasakan pada 31 Mei 2023. Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh hadir membentangkan RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Turut hadir pegawai-pegawai BHEUU, Jabatan Peguam Negara dan wakil NGO yang terlibat. AKTA KANUN KESEKSAAN (PINDAAN) 2023 DAN AKTA KANUN TATACARA JENAYAH (PINDAAN) 2023 BERKENAAN KESALAHAN MENGHENDAP (STALKING) 17 JPM (Undang2 Reformasi).indd 101 01/12/2023 4:51 PM


102 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI M enteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said telah membentangkan Rang UndangUndang (RUU) KesalahanKesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 dan RUU Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat pada Mac 2023, sebelum diluluskan di Dewan Negara pada 6 April 2023. Pembentangan dan sesi perbahasan RUU KesalahanKesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 dan RUU Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. AKTA KESALAHAN – KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK – KANAK (PINDAAN) 2023 DAN AKTA KETERANGAN SAKSI KANAK – KANAK (PINDAAN) 2023 Pindaan-pindaan ini termasuk penggantian terminologi ‘pornografi kanak-kanak’ dengan ‘bahan penganiayaan seksual kanakkanak’, mewujudkan peruntukan bagi kesalahan persembahan seksual oleh kanak-kanak dan kesalahan pemerasan seksual kanak-kanak, pembayaran pampasan bagi mangsa kanakkanak, menaikkan had umur saksi kanak-kanak, memberi kuasa kepada Mahkamah untuk melarang soalan-soalan tidak wajar kepada saksi kanakkanak serta memperuntukkan mengenai pendengaran khas bagi saksi kanak-kanak untuk memberikan keterangan yang dirakam terlebih dahulu. Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 [Akta A1687] dan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 [Akta A1688] telah mendapat tandatangan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong pada 15 Jun 2023 dan diwartakan pada 21 Jun 2023. Kedua-dua Akta ini telah berkuatkuasa pada 11 Julai 2023. 17 JPM (Undang2 Reformasi).indd 102 01/12/2023 4:51 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 103 R ang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) (No. 2) 2023, RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2023 dan RUU Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 diluluskan di Parlimen pada 21 Jun 2023. RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) (No. 2) 2023 digubal bagi memansuhkan seksyen 309 Kanun Keseksaan [Akta 574] iaitu kesalahan percubaan membunuh diri di Malaysia. RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2023 pula digubal untuk meminda Jadual Pertama kepada Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] susulan Pembentangan dan sesi perbahasan RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) (No. 2) 2023, RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2023 dan RUU Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. AKTA KANUN KESEKSAAN (PINDAAN) (NO. 2) 2023, AKTA KANUN TATACARA JENAYAH (PINDAAN) (NO. 2) 2023 DAN AKTA KESIHATAN MENTAL (PINDAAN) 2023 pindaan yang dibuat kepada seksyen 305 dan seksyen 306 Kanun Keseksaan serta pemotongan seksyen 309 Kanun Keseksaan [Akta 574]. RUU Akta Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 bertujuan mewujudkan “pegawai intervensi krisis” di bawah Akta Kesihatan Mental 2001 [Akta 615] yang bertanggungjawab menangkap mana-mana orang yang bercelaru mental dan seterusnya dihantar kepada fasiliti kesihatan bagi menjalani pemeriksaan lanjut. Individu yang didapati mempunyai kecelaruan mental akan dirujuk kepada pakar perubatan bagi tujuan pemulihan dengan sewajarnya. 17 JPM (Undang2 Reformasi).indd 103 01/12/2023 4:51 PM


104 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI D akwaan Final Award yang diperolehi Dr Gonzalo Stampa pada 28 Februari 2022 telah menarik perhatian global berikutan pertikaian undangundang antarabangsa yang berterusan antara Kerajaan Malaysia dan beberapa warga Filipina yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu. Pertikaian itu bertitik tolak daripada Perjanjian 1878 di antara Sultan Jamalul Kiram II, Alfred Dent dan Baron von Overbeck. Kerajaan Malaysia berpendirian menolak Final Award itu dengan tidak mengiktiraf kesahihannya dan kini dalam usaha memastikan ianya dibatalkan melalui tindakan undang-undang di negara-negara Eropah. Sehubungan itu, Kerajaan telah menubuhkan Sekretariat Khas bagi menangani tuntutan ini dan Malaysia akan terus mencabar tindakan penuntutpenuntut ini di mana-mana bidang kuasa sedia ada atau yang berpotensi di masa akan datang bagi mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan Malaysia. Selain tindakan perundangan, Kerajaan juga sedang mengambil tindakan melalui media dan hubungan diplomatik. Pada 12 April 2023, Kerajaan melancarkan laman sesawang rasmi Malaysia iaitu malaysia-sulucase.gov.my sebagai sebuah repositori maya bagi semua maklumat berkaitan kes tuntutan pihak yang mengaku sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II (Sultan Sulu) terhadap Malaysia. Laman sesawang malaysiasulucase.gov.my adalah satu langkah Kerajaan untuk memberikan naratif sejarah dan kronologi kes perundangan di pelbagai bidang kuasa yang betul dan sahih, menangkis tohmahan penuntut yang membuat pelbagai kenyataan tidak benar serta membolehkan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa mengikuti perkembangan kes ini secara telus dan benar. Pelancaran Laman Web PELANCARAN LAMAN WEB RASMI ‘Malaysia-SuluCase.gov.my’. MALAYSIA- SULUCASE.GOV.MY 17 JPM (Undang2 Reformasi).indd 104 01/12/2023 4:51 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 105 B ahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri telah membentangkan Kertas Cadangan Pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) Siri 17 Bilangan 1 Tahun 2023 pada 6 Julai 2023. Pembentangan kertas cadangan itu merupakan langkah penting bagi memastikan pihak berkepentingan dimaklumkan dan memahami cadangan pindaan Akta 711 dan seterusnya menjamin sokongan penuh terhadap cadangan pindaan tersebut. Cadangan pindaan ini diyakini dapat membantu Kerajaan untuk mewujudkan masyarakat MADANI yang akan sentiasa menolak perbuatan salah laku, rasuah dan pelanggaran integriti dalam kehidupan seharian. P embinaan Mahkamah Baharu Pengerang, Johor telah dilaksanakan bermula pada 19 Mei 2022 dan dijangka siap pada 3 April 2024. Setakat ini, kerja-kerja yang sedang dijalankan di tapak pembinaan adalah pemasangan tiang menggunakan Sistem IBS blok bangunan, kerja-kerja konkrit raft foundation pondok pengawal dan kerja-kerja pemasangan longkang. PEMBINAAN MAHKAMAH BAHARU PENGERANG, JOHOR Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said bergambar kenangan bersama delegasi lawatan kerja di tapak pembinaan Mahkamah Baharu Pengerang, Johor. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said meninjau kemajuan semasa kerja-kerja di tapak bagi pembinaan Mahkamah Baharu Pengerang, Johor. CADANGAN PINDAAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] 17 JPM (Undang2 Reformasi).indd 105 01/12/2023 4:51 PM


106 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Keputusan Mahkamah Rayuan Perancis Keputusan Mahkamah Rayuan Perancis pada 6 Jun 2023 memihak kepada Malaysia dengan membatalkan Perintah Exequatur yang dikeluarkan Mahkamah Paris pada 29 September 2021 yang mengiktiraf “Preliminary Award” bertarikh 25 Mei 2020 oleh Dr Gonzalo Stampa. Kemenangan Malaysia di Mahkamah Rayuan Perancis membuktikan strategi ofensif melibatkan pelbagai agensi yang dilaksanakan sekarang adalah berkesan. Keputusan Mahkamah Rayuan Belanda Pada 27 Jun 2023, Perdana Menteri mengumumkan keputusan Mahkamah Rayuan Belanda yang menolak permohonan daripada Pihak Penuntut yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu untuk pengiktirafan dan penguatkuasaan Final Award di Belanda yang dikeluarkan secara tidak sah oleh Dr. Gonzalo Stampa pada 28 Februari 2022 di Paris. Keputusan ini mengesahkan pendirian Malaysia bahawa keseluruhan proses timbang tara, termasuk Final Award yang dikeîuarkan adalah tidak sah. Oleh itu, Pihak Penuntut tidak mempunyai asas perundangan untuk merampas aset Malaysia di Belanda. Penghakiman bersejarah ini juga merupakan petunjuk bahawa apa-apa usaha lanjutan oleh Pihak Penuntut dan pembiaya mereka untuk menguatkuasakan Final Award ini di bidang kuasa lain adalah sia-sia. Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah-langkah yang perlu, termasuk memperolehi pembayaran kos daripada Pihak Penuntut, rentetan keputusan Mahkamah Rayuan Paris pada 6 Jun 2023 yang mengekalkan penentangan Malaysia terhadap “Penghakiman Awal” Dr. Stampa terhadap bidang kuasa. Kemenangan Malaysia serta usaha berterusan ini membuktikan bahawa Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap aspek kedaulatan dan keselamatan serta tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan serta kedaulatan Malaysia pada setiap masa dan akan terus mengambil segala tindakan yang perlu bagi menghentikan tuntutan Sultan Sulu dengan menggunakan segala kuasa, hak dan sumber yang ada. KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN PERANCIS DAN BELANDA BERHUBUNG ISU TUNTUTAN WARGA FILIPINA YANG MENGAKU SEBAGAI WARIS SULTAN JAMALUL KIRAM II (SULTAN SULU) TERHADAP MALAYSIA Akta Hukuman Mati Mandatori 2023 telah berkuat kuasa pada 4 Julai 2023 manakala Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023[Akta 847] telah berkuat kuasa pada 12 September 2023. Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 ini bukan melibatkan pemansuhan hukuman mati sepenuhnya (total abolition). Bagi kesalahankesalahan yang menyebabkan kematian, Mahkamah masih boleh menjatuhkan hukuman mati, tertakluk kepada budi bicara Mahkamah. Bagi kesalahankesalahan yang menyebabkan kematian, Mahkamah masih boleh menjatuhkan hukuman mati, tertakluk kepada budi bicara Mahkamah dengan mengambil kira prinsip penghukuman (sentencing principles). Ini bermaksud, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman mati bagi kes-kes yang sangat kejam (heinous crime). Proses pemfailan semakan hukuman telah selesai dilakukan dalam tempoh 90 hari selepas tarikh kuat kuasa Akta 847 dan dijalankan secara berperingkat dengan keutamaan diberikan mengikut umur, keadaan kesihatan, tempoh pemenjaraan atau sebarang pertimbangan lain. Berikutan penguatkuasaan Akta 847 ini, banduanbanduan diberi peluang untuk mengemukakan permohonan semakan semula hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat ke Mahkamah Persekutuan berdasarkan prinsip kesamarataan selaras dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Ini membuktikan bahawa prinsip restorative justice dalam sistem keadilan jenayah di Malaysia adalah sentiasa terpelihara. AKTA PEMANSUHAN HUKUMAN MATI MANDATORI 2023 [AKTA 846] DAN AKTA SEMAKAN HUKUMAN MATI DAN PEMENJARAAN SEPANJANG HAYAT (BIDANG KUASA SEMENTARA MAHKAMAH PERSEKUTUAN) 2023 [AKTA 847] 17 JPM (Undang2 Reformasi).indd 106 01/12/2023 4:51 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 107 A kta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 [Akta 847] telah berkuat kuasa pada 12 September 2023. Subseksyen 2(1) dan 4(1) Akta 847 sebagaimana di atas masing-masing memperuntukkan bidang kuasa sementara (temporary jurisdiction) kepada Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula– (i) hukuman mati mandatori yang telah diputuskan oleh Mahkamah di bawah Akta 574, Akta 206, Akta 37, Akta 234, Akta 365 dan mana-mana permohonan rayuan pengampunan yang telah ditolak oleh Lembaga Pengampunan; dan (ii) hukuman pemenjaraan sepanjang hayat Proses pemfailan akan dijalankan secara berperingkat manakala keutamaan diberikan mengikut umur, keadaan kesihatan, tempoh pemenjaraan atau sebarang pertimbangan lain. Akta ini telah dikuatkuasakan mulai 12 September 2023. Pindaan perundangan yang melibatkan dasar hukuman dan hukuman alternatif terhadap hukuman mati mandatori jelas merupakan perubahan positif kepada sistem keadilan jenayah di Malaysia. Ia merupakan kaedah yang lebih holistik untuk individu mendapatkan keadilan yang sewajarnya. Di samping itu, pelaksanaan dasar hukuman alternatif ini juga menunjukkan komitmen Kerajaan terhadap pembaharuan institusi dan memastikan kebajikan masyarakat umum sememangnya menjadi keutamaan. AKTA SEMAKAN HUKUMAN MATI DAN PEMENJARAAN SEPANJANG HAYAT (BIDANG KUASA SEMENTARA MAHKAMAH PERSEKUTUAN) 2023 [AKTA 847] S esi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara School of Oriental and African Studies (SOAS) Arbitration & Dispute Resolution Centre (SADRC), University of London dengan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) telah diadakan pada 21 September 2023 di SOAS University of London, United Kingdom. MOU ini juga bersejarah memandangkan julung-julung kali AIAC menandatangani dengan sebuah institusi pengajian tinggi di UK. MoU ini dimeterai bagi kerjasama mempromosikan penyelidikan dan penyelesaian pertikaian selaras dengan amalan terbaik antarabangsa. Kedua-dua institusi juga kekal komited untuk meneroka rangkaian perkongsian yang lebih luas dalam membangunkan timbang tara dan penyelesaian pertikaian alternatif di rantau Asia, Afrika dan Timur Tengah. SESI MENANDATANGANI MOU ANTARA SCHOOL OF ORIENTAL AND AFRICAN STUDIES (SOAS) ARBITRATION & DISPUTE RESOLUTION CENTRE (SADRC), UNIVERSITY OF LONDON DENGAN PUSAT TIMBANG TARA ANTARABANGSA ASIA (AIAC) Sesi menandatangani memorandum persefahaman (MOU) di antara School Of Oriental And African Studies (SOAS) Arbitration & Dispute Resolution Centre (SADRC), University of London dengan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC). 17 JPM (Undang2 Reformasi).indd 107 01/12/2023 4:51 PM


108 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI P enganjuran sesi kolokium timbang tara edisi antarabangsa ini adalah bertujuan untuk meneroka dua fokus utama iaitu implikasi Konvensyen New York dan imuniti berdaulat serta proses dan keunikan prosedur timbang tara. Kolokium ini turut dihadiri oleh Menteri Luar Negeri Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia TYT Dato’ Zakri Jaafar, anggota Sekretariat Khas, Wakil dari Kementerian Keadilan United Kingdom (Ministry of Justice) Puan Holly O’Callaghan, Wakil Kedutaan Singapura di United Kingdom dan tetamutetamu jemputan dari agensiagensi di Malaysia. Sesi kolokium tersebut dihadiri sekitar 150 pengamal undang-undang, penimbang tara antarabangsa, ahli akademik dan pelajar-pelajar di United Kingdom. Program juga dihadiri secara maya menerusi aplikasi Zoom yang telah mendapat pendaftaran seramai 225 orang. Sesi kolokium ini juga mendapat liputan luas dalam media tempatan dan perhatian media yang berpusat di London, United Kingdom. Peserta memberikan tumpuan semasa kolokium PENGANJURAN KOLOKIUM TIMBANG TARA ANTARABANGSA 2023: KEDAULATAN DAN KEKEBALAN NEGARA DALAM TIMBANG TARA KOMERSIAL P embangunan Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia adalah satu inisiatif untuk melindungi, menghormati dan mengatasi pelanggaran hak asasi manusia yang secara khususnya disebabkan oleh aktiviti-aktiviti perniagaan. Proses penyediaan Laporan National Baseline Assessment (NBA) telah dimulakan sejak tahun 2022 dan Laporan Akhir NBA ini adalah merupakan satu dokumen yang penting dalam proses seterusnya iaitu proses pembangunan NAP. Tindakan ini juga telah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang–Undang dan Reformasi Institusi) semasa program Unveiling Insights and Actions: Malaysia’s Baseline Assessment on Business and Human Rights pada 25 Oktober 2023 (Khamis) yang dianjurkan secara bersama antara BHEUU, Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, United Nation Development Program Malaysia serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang–Undang dan Reformasi Institusi) memberi penerangan mengenai persediaan Kerajaan untuk menghasilkan Pelan Tindakan Kebangsaan setelah National Baseline Assessment selesai. PELAN TINDAKAN KEBANGSAAN DALAM PERNIAGAAN DAN HAK ASASI MANUSIA (NATIONAL ACTION PLAN FOR BUSINESS AND HUMAN RIGHTS – NAPBHR) 17 JPM (Undang2 Reformasi).indd 108 01/12/2023 4:51 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 109 Y ang Berhormat Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) mengumumkan bahawa NRECC bersama Suruhanjaya Tenaga telah meneliti semula pengoperasian dan prinsip asas bagi langganan program GET bagi memastikan ianya selaras dengan tuntutan umum komitmen Environmental Social Government (ESG) yang diperlukan oleh syarikat korporat. Program ini yang bermula pada 1 Januari 2023 menyediakan pilihan langganan tenaga elektrik hijau oleh syarikat utiliti kepada pengguna elektrik bagi membolehkan pengguna terutamanya pengguna komersial dan industri memenuhi komitmen ESG. Program GET merupakan salah satu daripada usaha Kerajaan untuk menggalakkan penerapan dan penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam kalangan pengguna elektrik bagi menyokong aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan campuran TBB dalam pembekalan elektrik negara kepada 70% pada tahun 2050. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan 18 Perubahan Iklim PROGRAM TARIF ELEKTRIK HIJAU (GET) 2023 • Menteri: NIK NAZMI NIK AHMAD • Timbalan Menteri: DATO’ SRI HUANG TIONG SII 18 NRECC.indd 109 01/12/2023 4:37 PM


110 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI I GEM adalah program antarabangsa yang menjadi acara utama kementerian yang melaksanakan portfolio berkaitan teknologi hijau, alam PAMERAN DAN PERSIDANGAN TEKNOLOGI HIJAU SERTA PRODUK EKO ANTARABANGSA MALAYSIA 2023 (IGEM) sekitar dan perubahan iklim. Objektif penganjuran IGEM adalah untuk meningkatkan potensi perniagaan industri berasaskan teknologi hijau, menyokong pertumbuhan hijau di Malaysia serta meningkatkan kesedaran mengenai aplikasi teknologi hijau dan amalan hijau kepada pihak-pihak berkepentingan. IGEM 2023 telah diadakan pada 4 hingga 6 Oktober 2023 dan berjaya mencapai matlamat berikut: • Potensi pelaburan yang dijana: RM5.265 bilion • Bil. Pengunjung yang direkodkan: 55,594 orang • Bil. Pempamer: 502 Pameran 18 NRECC.indd 110 01/12/2023 4:37 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 111 M enteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad telah menghadiri Program Penanaman Pokok Bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai bermatlamat meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kawasan berhutan dan memupuk semangat cintakan hutan kepada segenap lapisan masyarakat. Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, jabatan, agensi kerajaan, syarikat swasta dan korporat, badan bukan kerajaan, institusi-institusi pendidikan dan orang awam. Sejumlah 75.67 juta pokok dan 1.627 spesies pokok telah ditanam. PROGRAM PENGHIJAUAN MALAYSIA: KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK, 30 JANUARI 2023 (ISNIN) 18 NRECC.indd 111 01/12/2023 4:37 PM


112 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI S OP Perlombongan NR-REE di Malaysia telah dipersetujui di peringkat Jemaah Menteri bagi tujuan pemakaiannya ke negeri-negeri lain. pemakaiannya ke negerinegeri lain. SOP ini merangkumi prosedur-prosedur utama bagi aktiviti perlombongan NR-REE menggunakan kaedah in-situ leaching yang lebih mesra alam. SOP Perlombongan NR-REE di Malaysia telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 10 Mac 2023. M esyuarat Penyelesaian Isu Bekalan Air di Kelantan dan Sabah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah memutuskan antaranya untuk mempercepatkan pelaksanaan projek-projek yang boleh memberi dampak segera terhadap bekalan dan kualiti air kepada rakyat. SOP PERLOMBONGAN NR-REE PENYELESAIAN ISU BEKALAN AIR DI KELANTAN, SABAH DAN LABUAN Seterusnya, sebuah task force yang dianggotai Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri diwujudkan yang turut melibatkan NRECC, Kementerian Ekonomi serta Kementerian Kewangan untuk membuat perancangan teliti berdasarkan keutamaan, serta memperkemaskan langkah penyelesaian dan meningkatkan keberkesanan pengurusan dan tatakelola operator air. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Isu Bekalan Air Negeri Kelantan dan Sabah telah diadakan pada 13 Jun 2023 manakala Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Isu Bekalan Air Negeri Kelantan dan Sabah telah diadakan pada 21 Jun 2023. Peruntukan berjumlah RM1.1 bilion telah diluluskan di bawah peruntukan Belanjawan 2024 bagi mengatasi isu bekalan air di Negeri Kelantan, Sabah dan WP Labuan. 18 NRECC.indd 112 01/12/2023 4:37 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 113 Mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-80 (MTN80) pada 12 September 2023 ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan turut dihadiri oleh Menteri-Menteri Besar, KetuaKetua Menteri dan Timbalan Premier Sarawak serta MenteriMenteri Persekutuan. Turut hadir daripada NRECC adalah Timbalan Menteri NRECC, Dato’ Huang Tiong Sii dan mantan Ketua Setiausaha NRECC, Dato’ Haji Rosli Isa. Majlis Tanah Negara (MTN) adalah forum antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri yang berperanan menggubal dasardasar negara bagi memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan bagi maksud perlombongan, pertanian, perhutanan atau apa-apa maksud lain dan mentadbirkan apa-apa undang-undang mengenainya. MAJLIS TANAH NEGARA (MTN) KE-80 MTN Ke-80 telah meluluskan dua kertas dasar iaitu: i. Dasar Pelupusan Tanah bagi Talian Penghantaran Elektrik Bervoltan Tinggi, dan ii. Keputusan Majlis Mineral Negara Ke-2 Pada 8 Mei 2023. Kelulusan dasar oleh MTN dijangka dapat terus merancakkan pembangunan ekonomi negara daripada sudut pembangunan infrastruktur tenaga elektrik serta kemajuan industri mineral di ketigatiga peringkat iaitu huluan, pertengahan dan hiliran. 18 NRECC.indd 113 01/12/2023 4:37 PM


114 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Pembinaan loji rawatan kumbahan dan rangkaian paip pembetungan bagi meningkatkan liputan perkhidmatan pembetungan di 13 bandar-bandar utama. Pencapaian setakat Suku Kedua Tahun 2023: 86.73%. Terdapat 33 projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi (PTBBT) akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 dengan kos berjumlah RM11.8 bilion. Berdasarkan maklumat kepadatan penduduk di lokasi-lokasi projek, dianggarkan sehingga 2.6 juta rakyat dapat dilindungi daripada bencana banjir apabila keseluruhan projek tersebut siap pada tahun 2030. Sebagai persediaan negara menghadapi bencana, Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi (PTBBT) dengan peruntukan sebanyak RM250 juta pada 2024 akan dilaksanakan demi perlindungan masyarakat setempat khususnya di Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor. PTBBT merangkumi tindakan bagi memastikan jaminan sumber bekalan air bersih, mengatasi banjir dan PENINGKATAN LIPUTAN SISTEM PEMBETUNGAN DI BANDAR-BANDAR UTAMA SEBANYAK 89% MENJELANG 2030 PROJEK TEBATAN BANJIR BERKEUTAMAAN TINGGI pembangunan sistem ramalan amaran banjir. Pelaksanaan projek ini akan memberi impak positif dari segi pengurangan keluasan banjir yang terkesan di kawasan yang mengalami kekerapan banjir yang kritikal, penjimatan daripada kerugian akibat banjir dan pengurangan penduduk dan harta benda yang terkesan akibat banjir di samping berupaya meningkatkan aktiviti ekonomi dan seterusnya menarik minat serta keyakinan pelabur apabila masalah banjir di Malaysia dapat dikurangkan. Surat Setuju Terima (SST) bagi 24 projek/kontrak dijangka akan dikeluarkan mulai Oktober sehingga Disember 2023. Manakala 23 projek/ kontrak akan dikeluarkan SST bermula pada suku tahun pertama (Q1) 2024 dan 1 projek/kontrak akan dikeluarkan SST pada suku tahun pertama (Q1) 2025. 18 NRECC.indd 114 01/12/2023 4:37 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 115 M inggu Usahawan Negara (MUN) dan Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) 2023 Peringkat Kebangsaan telah dianjurkan bermula 7 hingga 9 Julai 2023 di Dataran Merdeka. Selain sambutan di peringkat kebangsaan, MUN dan Minggu PMKS 2023 telah diadakan di lima (5) lokasi lain iaitu Pulau Pinang (Zon Utara), Sarawak, Melaka (Zon Selatan), Pahang (Zon Pantai Timur) dan Sabah. Sambutan MUN dan Minggu PMKS Peringkat Kebangsaan pada tahun ini dimeriahkan dengan 200 reruai di karnival jualan dan gerai pameran bertujuan meningkatkan kesedaran umum tentang produk dan perkhidmatan PMKS daripada pelbagai industri serta memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan masyarakat. Bertemakan “Sokong Lokal, Sokong PMKS”, MUN dan Minggu PMKS turut bertindak sebagai platform hebahan maklumat mengenai program pembangunan PMKS yang ditawarkan oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. MUN dan Minggu PMKS juga merupakan platform hebahan maklumat mengenai program pembangunan PMKS yang ditawarkan oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Kementerian Pembangunan 19 Usahawan dan Koperasi MINGGU USAHAWAN NEGARA (MUN) DAN MINGGU PMKS 2023 • Menteri: DATUK EWON BENEDICK • Timbalan Menteri: SARASWATHY A/P KANDASAMI 19 KUSKOP.indd 115 01/12/2023 4:37 PM


116 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI K USKOP dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka menganjurkan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) MADANI Peringkat Kebangsaan bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka pada 6 hingga 8 Oktober 2023. Showcase yang berlangsung selama tiga hari ini berjaya menarik seramai lebih 56 ribu pengunjung dengan jualan tunai sebanyak RM1.59 juta. Penganjuran program ini bertujuan untuk menyediakan medium pemasaran produk/ perkhidmatan SDSI yang berkualiti, meningkatkan imej Showcase SDSI MADANI Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 menarik seramai lebih 56 ribu pengunjung dengan jualan tunai sebanyak RM1.59 juta. SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI) MADANI PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023 produk/ perkhidmatan SDSI, memberi pendedahan kepada umum bahawa keluaran SDSI adalah berpotensi dan berkualiti serta memperluaskan rantaian perniagaan. Sebanyak 14 pavilion negeri dan wilayah persekutuan dibuka dengan penyertaan seramai 146 usahawan SDSI dari seluruh negara bagi pameran Jualan Usahawan SDSI daripada empat kluster SDSI iaitu produk makanan & minuman (F&B), inap desa (homestay), produk kraf dan produk/perkhidmatan kesihatan. Turut diadakan adalah Jualan Anekarasa MADANI melibatkan 43 usahawan bagi mempromosi dan memperkenalkan pelbagai menu yang unik dan terkenal dari seluruh negara. Selain itu, Program Padanan Perniagaan (PADANIAGA) juga diadakan bagi membantu usahawan dan koperasi terutamanya usahawan SDSI untuk meningkatkan peluang dalam memperluaskan akses pasaran, dan mewujudkan hubungan antara PMKS dan koperasi dengan pasar raya besar, syarikat multinasional dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan menyediakan peluang rantaian perniagaan. 19 KUSKOP.indd 116 01/12/2023 4:37 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 117 PROGRAM PENGUKUHAN MIKRO MADANI K ementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menerusi agensinya, SME Corp. Malaysia telah diberi peruntukan sebanyak RM100 juta untuk memperkasakan perusahaan mikro melalui Program Pengukuhan Mikro MADANI (Mikro MADANI). Program ini menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk geran dan pinjaman serta baucar untuk Pendaftaran Status PMKS yang dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 20,000 perusahaan mikro di seluruh negara. Terdapat lima (5) inisiatif utama iaitu: i. Geran Perniagaan Mikro (GPM) menyediakan geran padanan sehingga RM200,000 bagi menyokong perusahaan kapasiti perusahaan mikro. ii. Pembiayaan Perniagaan Mikro (Micro Biz Financing – MBF) bagi menyediakan pembiayaan modal kerja sehingga RM200,000 pada kadar serendah 2%. iii. Geran Perniagaan Belia Mikro@TUBE menawarkan geran permulaan perniagaan sehingga RM30,000 kepada golongan belia berumur 18–30 tahun. iv. Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plus Sabah dan Sarawak menawarkan geran padanan sehingga RM250,000 bagi menyokong pembangunan kapasiti perusahaan mikro di Sabah dan Sarawak. v. Baucar Status PMKS bernilai RM100 untuk perusahaan mikro mendapatkan bantuan bersasar untuk PMKS. Program ini juga menawarkan penyelesaian kepada isu yang sekian lama membelenggu PMKS di Malaysia terutamanya perusahaan mikro, iaitu kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan. 19 KUSKOP.indd 117 01/12/2023 4:37 PM


118 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI I nisiatif KUSKOP melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia membantu meringankan beban masyarakat terutama di kalangan golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat khususnya barangan keperluan harian. Program yang dilaksanakan di premis perniagaan koperasi menawarkan barangan keperluan harian pada harga sehingga 20% lebih murah berbanding pasaran tempatan. Sehingga 31 Oktober 2023, sebanyak 68 program Jualan MADANI Koperasi telah diadakan di seluruh negara Datuk Ewon Benedick bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ketika perasmian Hari Koperasi Negara. JUALAN MADANI KOPERASI yang memberi manfaat kepada 365,400 orang terdiri daripada kalangan anggota koperasi dan masyarakat setempat. Program ini merekodkan pendapatan jualan sebanyak RM5,709,132 kepada 144 koperasi yang dilantik sebagai pengurus jualan. Penganjuran Jualan MADANI Koperasi dengan pemberian insentif harga sebanyak RM1,448,500 telah memberikan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan asas dengan harga yang berpatutan. EKSPO BUSINESS IN TRANSFORMATION (BITe) 2023 P erbadanan Nasional Berhad (Pernas) telah merasmikan Ekspo Business In Transformation (BITe) pada 4 Mac 2023 yang bertujuan mempromosi program Business In Transformation (BIT) Pernas untuk melahirkan lebih ramai usahawan baharu dalam bidang francais dan pra-francais. Program ini juga memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui produk dan perkhidmatan Pernas serta mengenali Pernas dengan lebih dekat. Program BIT merupakan program mentransformasikan perniagaan kecil ke arah francais dengan merangsang pertumbuhan model-model perniagaan ekonomi baharu, mampu milik, unik dan berdaya maju diperkenalkan pada 2013, sebanyak 140 syarikat dari pelbagai sektor telah mendaftar dalam program BIT. Melalui program ini, Pernas berjaya melahirkan 1,400 usahawan pra-francaisi serta memberi peluang pekerjaan kepada lebih 2,800 orang. Program BITe turut membantu para usahawan BIT mempromosikan pakej dan model perniagaan mereka kepada orang ramai selari dengan usaha Pernas dalam mewujudkan pakej prafrancais mampu milik. 19 KUSKOP.indd 118 01/12/2023 4:37 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 119 Kementerian 20 Luar Negeri S ejak penubuhan Kerajaan MADANI, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah mengadakan 35 lawatan dua hala ke 27 buah negara di seluruh dunia. Lawatan-lawatan ini diadakan untuk meningkatkan lagi hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara berkaitan dalam usaha menambah baik kerjasama strategik dalam pelbagai bidang termasuk politik, perdagangan, pertahanan, sekuriti, pendidikan dan kebudayaan. Lawatan ini juga bertujuan meneroka peluang baharu untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan di Malaysia yang boleh menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara serta sebagai platform wacana untuk membincang dan menangani isu-isu sejagat. Pertemuan Perdana Menteri bersama Presiden Republik Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan di Turkish House, New York, 21 September 2023. Pertemuan Menteri Luar, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir bersama Menteri Luar China, Qin Gang. LAWATAN DUA HALA PERDANA MENTERI DAN MENTERI LUAR NEGERI • Menteri: DATO’ SERI DIRAJA DR. ZAMBRY ABD KADIR • Timbalan Menteri: DATUK MOHAMAD ALAMIN 20 KLN.indd 119 01/12/2023 4:38 PM


120 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI P ada 2023, Malaysia telah menerima beberapa lawatan daripada pembesar negara-negara luar. Lawatan pembesar luar adalah antara kaedah memperkuat hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara luar, di mana lawatan ini memberi peluang kepada pemimpin luar bertemu dengan pemimpin Malaysia dan berbincang mengenai isu-isu bilateral, regional, dan antarabangsa. Selain itu, lawatan pembesar luar negara berpotensi membuka peluang untuk pelaburan dan perniagaan antara kedua-dua negara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Brunei Darussalam diraikan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah AlMusta’in Billah di Istana Negara pada 3 Ogos 2023. LAWATAN PEMIMPIN LUAR NEGARA KE MALAYSIA Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Joko Widodo menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman di antara Menteri Luar kedua-dua negara. 20 KLN.indd 120 01/12/2023 4:38 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 121 P erdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan yang pada 5 hingga 7 September 2023 di Jakarta, Indonesia. Perdana Menteri diiringi Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Abdul Aziz, serta pegawai-pegawai kanan kerajaan. Selain Sidang Kemuncak ASEAN ke-43, Perdana Menteri juga menghadiri sidang-sidang kemuncak berkaitan antara ASEAN dan tujuh Rakan Dialog iaitu, Australia, China, Jepun, India, Republik Korea, Amerika Syarikat dan Kanada, serta Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga, Sidang Kemuncak Asia Timur, dan Sidang Kemuncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Di luar Sidang Kemuncak ASEAN, Perdana Menteri turut menghadiri Upacara Perasmian ASEAN-Indo Pacific Forum (AIPF) pada 5 September 2023. AIPF memberi ruang bagi para pemegang taruh untuk berbincang secara inklusif bagi meneroka kerjasama yang akan menggalakkan perkembangan ekonomi yang berdaya tahan, mampan, transformatif dan kreatif di rantau ini. Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan membolehkan Malaysia berkongsi dan bertukartukar pandangan mengenai usaha-usaha pembinaan komuniti ASEAN, Komuniti ASEAN Pasca 2025, hubungan ASEAN dengan rakan kongsi luar, serta isu-isu serantau dan antarabangsa. Penyertaan Malaysia juga menunjukkan komitmen berterusan negara terhadap kerjasama serantau dalam mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di Asia Tenggara. SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-43 20 KLN.indd 121 01/12/2023 4:38 PM


122 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI P erdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA 78) di New York, Amerika Syarikat, pada 20 hingga 24 September 2023. Ini merupakan penglibatan pertama Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Perhimpunan Agung PBB setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke10. Perdana Menteri telah menyampaikan Kenyataan Negara semasa sesi Debat Umum pada 22 September 2023 dengan tema “Rebuilding trust and reigniting global solidarity: Accelerating action on the 2030 Agenda and its Sustainable Development Goals (SDG) towards peace, prosperity, progress and sustainability for all.” Tema ini memberi tumpuan dalam meningkatkan semula momentum dan mempercepatkan tindakan ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan, selain memberi penekanan kepada negara-negara anggota untuk mengambil tindakan yang bersepadu bagi mencapai keamanan dan keselamatan; memberi insentif terhadap kepimpinan yang berani dan tegas dalam memerangi perubahan iklim; dan meningkatkan usaha-usaha untuk memastikan hak asasi manusia dipenuhi oleh semua. Perdana Menteri bersama Menteri Luar Negeri; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta delegasi Malaysia di UNGA78 di New York, Amerika Syarikat. Perdana Menteri menyampaikan Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa–Bangsa Bersatu (UNGA) ke–78. PERHIMPUNAN AGUNG PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (UNGA) SESI KE-78 NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT 20 KLN.indd 122 01/12/2023 4:38 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 123 S ehingga November 2023, seramai 704 orang warganegara Malaysia telah dilaporkan menjadi mangsa kepada sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan atau lebih dikenali sebagai job scam di luar negara. Daripada jumlah tersebut, seramai 500 orang mangsa telah berjaya dihantar pulang ke Malaysia dari negara Kemboja, Myanmar, Laos, Thailand dan Peru. Sementara itu, 18 orang mangsa lagi kini berada di dalam depoh tahanan negara-negara tersebut sebelum dihantar pulang ke tanah air. Buat masa ini, Kementerian Luar Negeri melalui Perwakilan- Perwakilan Malaysia di negara-negara terbabit sedang menggiatkan usaha bersama pihak berkuasa untuk terus menghulurkan bantuan kepada mangsa job scam ini dan seterusnya membanteras jenayah ini sepenuhnya. Ketibaan mangsa Sindiket Macau Scam disambut oleh Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin bersama-sama wakil daripada Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri dan Polis Diraja Malaysia. M alaysia telah menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi yang melanda Turkiye, Syria dan negara - negara sekitar. Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) pula bertanggungjawab mengumpul, menyelaras dan menyalurkan apa-apa sumbangan kemanusiaan yang diterima daripada rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin. MANGSA PENIPUAN SINDIKET PEKERJAAN DIPLOMASI KEMANUSIAAN 20 KLN.indd 123 01/12/2023 4:38 PM


124 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-78 PERTUBUHAN BANGSA - BANGSA BERSATU (PBB) S ambutan Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan di Taman Tugu, Kuala Lumpur pada 24 Oktober 2023. Dalam ucapan perasmian Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin menyatakan komitmen berterusan Malaysia untuk mengukuhkan kerjasama dengan PBB. Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia akan terus menjadi rakan kongsi yang menepati nilai-nilai universal dalam Piagam PBB, selaras dengan Kerangka Malaysia MADANI. YB Datuk Mohamad Alamin bersama Ms. Karima El Korri, United Nation Resident Coordinator (UNRC) bagi Malaysia, Singapore and Brunei Darussalam, bersama komuniti antarabangsa. K ementerian Luar Negeri dengan kerjasama Sejahtera Centre for Sustainability and Humanity, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menganjurkan Sambutan Hari ASEAN ke-56 pada 8 Ogos 2023 bertemakan “Promoting Regional Sustainable Growth”. Tema sambutan Hari ASEAN menggariskan kepentingan usahausaha bersama ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) untuk kepentingan semua terutamanya apabila dunia sedang berhadapan dengan geopolitik dan ekonomi global yang tidak menentu memberi kesan kepada kesejahteraan sosioekonomi rakyat. Sambutan ini melibatkan penyertaan wakil dari perwakilanperwakilan Diplomatik Negara Anggota ASEAN dan RakanRakan Luar ASEAN, Organisasi Antarabangsa, kementeriankementerian dan agensi-agensi, sektor swasta, pertubuhanpertubuhan bukan kerajaan (NGOs) dan pelajar Malaysia. Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir hadir merasmikan Hari Asean ke-56 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak. Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry dan wakil-wakil negara anggota ASEAN menanam pokok di Taman ASEAN Sejahtera sebagai simbolik semangat kekitaan ASEAN. SAMBUTAN HARI ASEAN KE-56 20 KLN.indd 124 01/12/2023 4:38 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 125 Kementerian Pelancongan, Seni dan 21 Budaya S epanjang 2023, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melaksanakan beberapa lawatan kerja rasmi ke luar negara dalam usaha memperkukuh kerjasama dua hala dan menyelesaikan beberapa isu berbangkit berkaitan dengan hal ehwal industri pelancongan, mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan dan menarik lebih ramai pelancong asing ke Malaysia. MALAYSIA KEKAL DESTINASI UNGGUL BAGI PELANCONG MUSLIM M alaysia diumumkan sebagai Destinasi Mesra-Muslim Terbaik (OIC) dan Destinasi Mesra-Wanita Muslim Terbaik oleh CrescentRating dan Mastercard semasa Majlis Halal in Travel Awards yang berlangsung di Singapura. Malaysia juga mengekalkan kedudukan teratas dalam carta Destinasi Mesra-Muslim Terbaik dalam laporan Global Muslim Travel Index (GMTI) 2023. LAWATAN RASMI KE LUAR NEGARA • Menteri: DATO SRI TIONG KING SING • Timbalan Menteri: KHAIRUL FIRDAUS AKBAR KHAN 21 MOTAC.indd 125 01/12/2023 4:43 PM


126 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Lawatan Rasmi ke China Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing mengadakan lawatan rasmi ke China bersama delegasi MOTAC dan Tourism Malaysia. Antara mesyuarat yang dilakukan termasuklah bersama Menteri Kebudayaan dan Pelancongan China, TYT Hu Heping; Menteri di Jabatan Perhubungan Antarabangsa China (IDCPC), TYT Liu Jianchao; Datuk Bandar Chong Qing, TYT Hu Henghua dan Pengarah Pentadbiran Penerbangan Awam China, TYT Song Zhiyong. Delegasi MOTAC turut mengadakan mesyuarat dengan penggiat industri utama di China antaranya JD.Com, China Construction Bank, Ctrip Beijing dan Beijing BTG International Travel Service, selain menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Tourism Malaysia dengan beberapa syarikat China bagi membawa lebih ramai pelancong China ke Malaysia. Mesyuarat Menteri Pelancongan ASEAN (M-ATF) di Yogyakarta, Indonesia Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing menghadiri Mesyuarat Menteri Pelancongan ASEAN 2023 (M-ATF) di Yogyakarta, Indonesia bersama delegasidelegasi MOTAC dan Tourism Malaysia bagi memperkukuh kerjasama antara negaranegara ASEAN bagi menstabil dan meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi pelancongan ASEAN. Dalam lawatan itu, beliau antara lain menjemput rakan sejawatan dari Indonesia, TYT Sandiaga Uno untuk melawat Malaysia sambil membincangkan peluang dan potensi kerjasama dalam bidang pelancongan perubatan. 21 MOTAC.indd 126 01/12/2023 4:43 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 127 Mesyuarat Penubuhan Pakatan Warisan Budaya Di Asia (ACHA) Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing menghadiri Mesyuarat Penubuhan Pakatan Warisan Budaya di Asia (ACHA) di Xi’an, China bersama delegasi MOTAC dan Tourism Malaysia sebagai komitmen negara dalam melindungi warisan budaya di seluruh benua secara bersama dan mempromosikan dialog antara pelbagai peradaban. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing menghadiri Mesyuarat Agung UNWTO Sesi Ke-25 di Samarkand, Uzbekistan. Dalam persidangan itu, Malaysia dan Uzbekistan telah menjalin kerjasama strategik dalam bidang pelancongan melalui memorandum persefahaman. Mesyuarat Bersama Pertubuhan Pelancongan Sedunia (UNWTO) untuk Asia Timur dan Pasifik serta Asia Selatan Ke-35 di Cambodia Ketika menghadiri Mesyuarat Bersama UNWTO untuk Asia Timur dan Pasifik serta Asia Selatan Ke-35, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing menyeru keperluan mengukuhkan daya tahan Mesyuarat Agung UNWTO Ke-25 dan kesiapsiagaan industri pelancongan berdepan cabaran baharu atau luar jangka. Beliau turut menekankan kepentingan pelancongan sebagai pemacu pertumbuhan keseluruhan di rantau ini, termasuk dalam sektor berkaitan seperti hartanah, pengangkutan, dan perdagangan. 21 MOTAC.indd 127 01/12/2023 4:43 PM


128 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI K etika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU), Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, menyampaikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Hab Umrah kepada semua jemaah Islam terutamanya dari rantau Asia Tenggara seperti Singapura, Thailand, Brunei, Filipina, Myanmar, Kemboja, China, Korea Selatan dan Jepun. Kerajaan percaya inisiatif ini dapat memacu dan merancak industri pelancongan negara secara keseluruhannya dan bukan sekadar sebagai negara transit kepada jemaah Islam menerusi penawaran pakej pelancongan Mesra Muslim. M OTAC melancarkan Sistem Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan (TOURLIST) bagi menggantikan Sistem Pelesenan Industri Pelancongan (SPIP) yang ditutup bermula 1 Oktober 2022. TOURLIST memanfaatkan sejumlah 20,000 penggiat industri pelancongan dan boleh dicapai melalui laman sesawang dan aplikasi telefon pintar. Antara fungsi utama TOURLIST adalah permohonan lesen industri pelancongan dalam talian, automasi permohonan pendaftaran dan penggredan hotel dan spa, kelulusan automatik permohonan pengecualian pemandu pelancong, pengeluaran lesen secara janaan komputer, pemantauan aduan yang cekap dan pembayaran dalam talian. SISTEM PELESENAN DAN PENGUATKUASAAN PELANCONGAN (TOURLIST) MALAYSIA SEBAGAI HAB UMRAH 21 MOTAC.indd 128 01/12/2023 4:43 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 129 PROGRAM WARISAN@LENGGONG J abatan Warisan Negara (JWN) dengan kerjasama Tourism Perak Management Berhad menganjurkan Program Warisan@Lenggong bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-11 Pengiktirafan Lembah Lenggong Sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO). Lembah Lenggong diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 30 Jun 2012 di bawah Konvensyen Mengenai Perlindungan Budaya dan Warisan Semulajadi Dunia. Kini, Lembah Lenggong merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang ke953 di dunia dan yang keempat di Malaysia selain Taman Kinabalu (Sabah), Taman Negara Gunung Mulu (Sarawak) dan Tapak Warisan Dunia Melaka dan George Town. FESTIVAL & ACARA KEBUDAYAAN DAN PELANCONGAN P enganjuran festival dan acara kebudayaan menjadi antara inisiatif utama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sepanjang 2023 bagi merancakkan sektor pelancongan domestik. Festival ini membuka peluang untuk mempromosikan keunikan dan kepelbagaian budaya di Malaysia sebagai antara tarikan utama pelancongan di negara ini, di samping mendekatkan masyarakat tempatan dan antarabangsa dengan kegiatan seni dan produk pelancongan di Malaysia. Antara festival yang dianjurkan ialah: 21 MOTAC.indd 129 01/12/2023 4:43 PM


130 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Hari Kebangsaan Kraf (HKK) 2023 HKK 2023 anjuran Kraftangan Malaysia bertujuan mengumpul semua usahawan kraf di seluruh Malaysia di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Program ini menjadi platform mempromosi dan menyokong produk kraf tempatan yang disertai 550 usahawan yang mengusahakan produk seperti batik dan tenunan, aksesori peribadi, beg serta kraf tangan berunsur rotan dan makanan tradisional. M ATTA Fair 2023 yang dirasmikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing adalah pameran produk pelancongan terbesar dalam negara sejak pandemik COVID-19. Dalam perasmian, beliau mengumumkan keputusan MOTAC melanjutkan tempoh sah lesen agensi pelancongan dari tiga tahun kepada lima tahun sebagai langkah menggalakkan pemulihan industri pelancongan. Pesona Langkawi Seni, Budaya Dan Pelancongan 2023 MOTAC dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menganjurkan program Pesona Langkawi Seni Budaya dan Pelancongan 2023 selama empat hari bertempat di Dataran Lang dan Gunung Raya Tower House, Gunung Raya, Langkawi, Kedah, bersempena penganjuran Langkawi International Maritime And Aerospace Exhibition (LIMA‘23). Antara pengisian termasuklah Persembahan Khas Muzikal Tari Keajaiban Puteri Langkawi, Persembahan Colors of Malaysia, Permainan Tradisional, Pertandingan Battle of The Buskers, Persembahan Muzik Asli dan Cak Lempong, Larian Sarong, Senam Seni, Pameran, Food Fusion dan Community Based Arts. MATTA Fair 2023 21 MOTAC.indd 130 01/12/2023 4:43 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 131 Program Penyemarakan Seni Budaya Program Penyemarakan Seni Budaya adalah platform utama mempromosi dan mempertingkatkan kesedaran serta pengetahuan masyarakat terhadap kepentingan seni budaya melalui pelaksanaan program di setiap kompleks JKKN negeri. Program ini menyediakan peluang dan ruang berkarya kepada semua penggiat industri daripada setiap peringkat. Majlis Ngiling Bidai Ngiling Bidai adalah simbolik kepada penutup sambutan Gawai yang merupakan satu acara penting kepada masyarakat khususnya di Sarawak. Walaupun kebiasaannya diraikan di rumah panjang, MOTAC kali ini membawa keunikan budaya Ngiling Bidai ke hotel untuk diraikan bersama tetamu lain, sekali gus menjadikan Ngiling Bidai sebagai antara produk pelancongan budaya yang boleh diketengahkan. MOTAC dengan kerjasama rakan strategik Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Istana Budaya menganjurkan Festival Budaya Putrajaya 2023 di Dataran Putrajaya untuk mendekatkan pelancong tempatan dan antarabangsa dengan kegiatan seni budaya dan pelancongan Malaysia serta mempromosi pelbagai produk pelancongan negara ini. Antara pengisian termasuklah pembabitan 80 gerai pelbagai jenama kopi dan menu pilihan juadah serasi kopi, Putrajaya Culture Fun Run & Gathering, persembahan pentas, penjagaan seni, pencungkilan bakat, pameran, demonstrasi makanan warisan, penjualan produk kraf dan pertandingan serta kuiz seni, budaya dan pelancongan. Penganjuran Festival Budaya Putrajaya kali ini turut mencatat nama dalam Malaysia Book of Records melalui penganjuran Konsert Mega Dikir Barat & Paluan Rebana berskala antarabangsa pertama yang diiringi Orkestra Tradisional Malaysia. Festival Budaya Putrajaya 2023 21 MOTAC.indd 131 01/12/2023 4:43 PM


132 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI Festival Seni Hidup 2023 Festival Seni Hidup (LACF 2023) menampilkan penglibatan 13 negara iaitu Malaysia, Argentina, Azerbaijan, Belarus, Filipina, India, Indonesia, Kazakhstan, Mauritius, Mexico, Republik Arab Mesir, Sri Lanka dan Uzbekistan. Sebanyak 20 warisan budaya tidak ketara diketengahkan dengan 10 daripadanya tersenarai di bawah UNESCO seperti Mak Yong & Songket (Malaysia), Chhau (India), Tango (Argentina & Belarus), Sega Mauritius Tradisional (Mauritius), Azerbaijani Mugham (Azerbaijan), Megkhambagu (Filipina), Korkyt Ata (Kazakhstan), Lazgi & Bakhshi (Uzbekistan). Lain-lain persembahan termasuklah Sayau Moginum, Seladai, Mek Mulung, Pensol (Malaysia), Piriang Injak Badarai dan Tapuak Gelembong (Republik Indonesia), Tarian Rakyat Mexico (Mexico), Pooja dan Gajaga Wannama (Sri Lanka). The Echoes of ASEAN Bronze The Echoes of ASEAN Bronze menghimpunkan 23 delegasi dari 10 negara ASEAN untuk menyertai projek kebudayaan ini yang menarik kira-kira 20,000 penonton menghadiri konsert yang diadakan pada 28 dan 29 Oktober 2023 di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu, Sabah. Projek ini membolehkan peserta berkongsi amalan terbaik dan bertukar pengalaman dalam kalangan Negara Anggota ASEAN melalui bengkel, persembahan seni dan muzik, selain mengukuhkan kerjasama kebudayaan melalui gubahan, dokumentasi dan persembahan muzik. 21 MOTAC.indd 132 01/12/2023 4:43 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 133 Kementerian 22 Komunikasi dan Digital S ehingga Ogos 2023, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah memperkenalkan tujuh inisiatif Pakej RAHMAH di bawah Malaysia MADANI sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat menerusi pakej perkhidmatan internet mudah alih dan internet tetap pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran kepada golongan sasar iaitu B40, warga emas, orang kurang upaya (OKU), Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Inisiatif-inisiatif tersebut termasuklah: i. Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Fixed Internet Broadband); ii. Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Home Internet); iii. Pakej Perpaduan Program Perumahan Rakyat/ Perumahan Awam (PPR/PA) @MYKABEL; iv. Kuota Internet Tambahan Percuma dan Pulangan Tunai untuk Pengguna Pakej Prabayar sempena Hari Raya Aidilfitri; v. Pakej RAHMAH Allo; vi. Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam; dan vii. Insentif Rebat RAHMAH Pengamal Media IMPAK PAKEJ INTERNET PERPADUAN 1. Lonjakan pengguna 5G Malaysia sebanyak 2 juta pada Ogos 2023 berbanding 404,323 pengguna pada Disember 2022. Kadar lonjakan ialah 514 peratus. Fahmi Fadzil melancarkan Pakej RAHMAH Jalur Lebar Tetap Allo. • Menteri: AHMAD FAHMI MOHAMED FADZIL • Timbalan Menteri: TEO NIE CHING 22 KKD.indd 133 01/12/2023 4:44 PM


134 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 2. Seramai 50,991 orang telah melanggan Pakej 5G RAHMAH setelah sebulan dilancarkan iaitu pada 31 Ogos 2023. 3. Kebaikan Pakej 5G RAHMAH, semua syarikat telco perlu menyediakan 60GB data 5G dengan caj tidak melebihi RM60 sebulan dan penambahan peranti 5G yang bernilai RM1,099 pada harga RM240 sahaja. 4. Penurunan harga jalur lebar menerusi Pakej RAHMAH dalam tempoh 10 bulan (Disember 2022 hingga Oktober 2023). ● Harga Internet prabayar diturunkan kepada RM5 sebulan untuk golongan sasar. ● Harga Internet jalur lebar diturunkan sebanyak RM20 sebulan untuk golongan sasar. ● Harga jalur lebar Allo diturunkan kepada RM69 sebulan untuk kelajuan 100Mbps. ● Memperkenalkan Pakej 5G RAHMAH dengan harga hanya RM60 untuk data 60GB dan telefon 5G bernilai RM1,099 dengan harga hanya RM240. ● Diskaun RM10 sebulan untuk penjawat awam. ● Rebat Internet sebulan untuk pengamal media berdaftar. ● Harga jalur lebar TM diturunkan untuk semua pakej. 5. Sebanyak 31,092 kad sim RM5/sebulan telah terjual dalam tempoh selepas dilancarkan. Ekonomi Digital Pelaburan Ekonomi Digital meningkat 279 peratus dalam enam bulan pertama tahun 2023 dengan jumlah RM28.4 bilion berbanding enam bulan pertama tahun 2022 iaitu sebanyak RM7.5 bilion. Keselamatan Siber Jelajah Anti-Scam Kebangsaan yang diterajui oleh CyberSecurity Malaysia telah diadakan di lima lokasi (sehingga November 2023) iaitu: i. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor; ii. Perlis; iii. Sarawak; dan iv. Sabah v. Kelantan Kelima-lima siri jelajah ini telah berjaya memberi pendedahan dan kesedaran tentang penipuan dan scam kepada hampir 10,000 peserta (hadir fizikal dan dalam talian). Fahmi Fadzil bergambar bersama -sama penerima Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Home Internet). 22 KKD.indd 134 01/12/2023 4:44 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 135 P rogram Naratif Khas Bersama Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim disiarkan secara langsung di saluran TV1. Dihoskan oleh Sayed Munawar dan Ismail Adnan, program tersebut mengupas isu-isu semasa negara sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10. Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 yang dilanarkan sempena sambutan Hari Keselamatan Internet (Safer Internet Day - SID) 2023. Bertujuan memberi pendidikan dan kesedaran kepada pengguna berkaitan kaedah mengenali panggilan scam, tatacara serta modus operandi scam terkini selain berkongsi tips dan panduan menghindari diri daripada menjadi mangsa scam atau ancaman siber. NARATIF KHAS BERSAMA PERDANA MENTERI JELAJAH ANTI-SCAM KEBANGSAAN 2023 Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjawab pertanyaan semasa sesi wawancara. Fahmi Fadzil melancarkan Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023. 22 KKD.indd 135 01/12/2023 4:44 PM


136 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI MAJLIS PELANCARAN LOGO DAN TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2023 Fahmi Fadzul dan Teo Nie Ching, bergambar bersamasama pengunjung yang hadir. CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan “Cyber Security Industry Town Hall“ bersama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sebagai antara ‘CYBER SECURITY INDUSTRY TOWN HALL’ BERSAMA YB FAHMI FADZIL Perjanjian Persefahaman (MoU) antara IPPTAR dan UPSI. inisiatif di bawah Program ini merupakan salah satu inisiatif bawah Program Kerjasama CyberSecurity Malaysia (CyberSecurity Malaysia Collaboration Program - CCP). Ia diadakan sebagai satu platform perbincangan, pertukaran pandangan strategik dan penyelesaian yang boleh diambil tindakan bagi meningkatkan tahap keselamatan siber di Malaysia bersama pihak Industri. Fahmi meluangkan masa bersama lebih 350 wakil industri yang hadir dan berpeluang berdialog, bertukar pandangan serta menjawab persoalan pihak industri bagi tujuan penambahbaikan ekosistem keselamatan siber sekali gus menyumbang kepada kemajuan bidang tersebut di Malaysia. 22 KKD.indd 136 01/12/2023 4:44 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 137 Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang dirasmikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan simbolik penghargaan dan pengiktirafan kepada pengamal media serta industri kewartawanan yang mendukung konsep kesejahteraan dan kemampanan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI. Sambutan HAWANA 2023 berlangsung di Ipoh, Perak dari 27 hingga 29 Mei dengan tema ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’ dengan memberi penekanan kepada isu kebebasan media dalam menjalankan tugas. Sambutan kali ketiga ini diisi dengan pelbagai aktiviti seperti forum media yang juga melibatkan wartawan dari negara ASEAN, karnival mini, boling dan pertandingan mencari harta karun. SAMBUTAN HAWANA 2023 Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah beramah mesra bersama para pengamal media ketika majlis santapan malam bagi meraikan kira-kira 300 pengamal media sempena HAWANA 2023. MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023. 22 KKD.indd 137 01/12/2023 4:44 PM


138 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI S eramai lebih 100,000 orang membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyaksikan acara gilang gemilang Sambutan Hari Kebangsaan 2023. Kehadiran serta sokongan orang ramai dalam acara ini membuktikan semangat patriotik yang kekal subur dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai usia, bangsa, agama dan latar belakang. Sambutan kali ini dimeriahkan dengan persembahan Tim Akrobatik Army Red Warrior Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan penglibatan 42 peserta dan penampilan khas 66 motosikal Royal Enfield. Turut dipamerkan ialah aksi terjunan tepat VAT69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM), persembahan 400 pergendangan, 36 kumpulan pancaragam dan persembahan khas Hari Kebangsaan 2023 bertajuk “Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” oleh 1,500 orang peserta. Acara perbarisan dan perarakan yang menjadi tarikan utama sambutan telah dijayakan oleh 17,262 peserta melibatkan 67 kontinjen yang dibahagikan kepada sembilan komponen iaitu kenegaraan, perpaduan Malaysia MADANI, ekonomi, perbankan, telekomunikasi, industri kreatif dan penyiaran, sukan negara, kesejahteraan serta keselamatan negara. Turut dipertontonkan ialah 534 aset kenderaan taktikal pelbagai guna serta aset haiwan sebanyak 100 ekor. Acara tahunan ini diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri dan isteri, Timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta ahli-ahli Jemaah Menteri. Sambutan Hari Kebangsaan 2023 turut diraikan secara serentak di seluruh negara. SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2023 Perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023. 22 KKD.indd 138 01/12/2023 4:44 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 139 KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama tetamu kehormat. Tarian kebudayaan dipersembahkan olehpeserta perarakan di hadapan lebih 10,000 pengunjung. Kontinjen perbarisan membawa bendera 14 negeri ketika perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2023. 22 KKD.indd 139 01/12/2023 4:44 PM


140 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI T imbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof telah merasmikan Majlis Pelancaran Rangkaian Persendirian 5G Komersial Pertama di Malaysia - MCMC dan PETRONAS. PETRONAS menjadi syarikat pertama di Malaysia menggunakan rangkaian persendirian 5G bagi tujuan komersial. Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil. Pelancaran Rangkaian Persendirian 5G Komersial Pertama di Malaysia Gimik pelancaran oleh Timbalan Perdana Menteri. PELANCARAN RANGKAIAN PERSENDIRIAN 5G KOMERSIAL PERTAMA DI MALAYSIA 22 KKD.indd 140 01/12/2023 4:44 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 141 Kementerian 23 Pendidikan P elbagai inisiatif dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memperkasakan sektor pendidikan negara yang dijajar berdasarkan Tujuh Teras Nadi Keunggulan KPM merangkumi komunikasi lebih cekap dan telus antara kementerian dengan sekolah dan semua pihak yang berkepentingan dalam pemegang taruh pendidikan. Penekanan kepada aspek karamah insaniah, menoktahkan kemiskinan multidimensi, mengatasi keciciran pendidikan serta masalah literasi dan numerasi, memberikan fokus kepada kebajikan guru serta meningkatkan infrastruktur dan keupayaan pendidikan digital di sekolah. Pelaksanaan Pembinaan Semula Bangunan Daif di Sekolah P ada 24 Februari 2023, melalui pengumuman Belanjawan 2023, Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) yang diketuai Ketua Setiausaha Negara ditubuhkan bagi menerajui penambahbaikan perkhidmatan awam tanpa batasan kementerian atau agensi. Selaras dengan tindakan susulan bagi memastikan projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah dapat disegerakan, STAR mengambil inisiatif untuk memperkasakan pelaksanaan projek ini. Tiga projek telah dipilih sebagai projek rintis, iaitu projek SK Bandar Baru Bangi di Selangor serta • Menteri: FADHLINA SIDEK • Timbalan Menteri: LIM HUI YING 23 KPM.indd 141 01/12/2023 4:45 PM


142 SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI SK Tan Sri Ghazali Jawi dan SK Seri Adika Raja di Hulu Perak, Perak. Tender projek di SK Bandar Baru Bangi telah diiklankan pada 17 April 2023 dengan menggunakan proses perolehan secara kaedah pra kelayakan terpilih. Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan pada 11 Mei 2023 dan kerja-kerja pembinaan di tapak bermula pada 26 Mei 2023. Skop kerja telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian 1 yang melibatkan skop pembinaan empat bilik darjah dan tandas yang telah siap dan Sijil Perakuan Siap (CPC) dikeluarkan pada 22 Ogos 2023. Pembinaan empat bilik darjah dan tandas berkenaan berjaya disiapkan dalam tempoh tiga bulan seperti yang dirancang dengan menggunakan kaedah reka bentuk Pelan Prakelulusan (PAP) serta kaedah Sistem Binaan Perindustrian (IBS), iaitu menggunakan Sistem Panel Dinding Ringan. Bahagian 2 pula, melibatkan penyelenggaraan bumbung dan kemudahan lain yang akan disiapkan pada 23 Ogos 2024. 23 KPM.indd 142 01/12/2023 4:45 PM


SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 143 I dea asal pelaksanaan projek dicetuskan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat memastikan semua sekolah mempunyai tandas yang lengkap berfungsi dan bersih demi keselesaan murid dan warga institusi pendidikan di bawah KPM. Projek tersebut melibatkan 8,354 buah sekolah kerajaan di bawah KPM, namun tidak melibatkan sekolah bantuan kerajaan serta sekolah swasta yang lain. KPM memperuntukkan sejumlah RM630.77 juta dengan setiap sekolah menerima sebanyak RM70,000. Pada 7 Ogos 2023, Perdana Menteri bersetuju meningkatkan peruntukan daripada RM70,000 kepada RM100,000 bagi penyelenggaraan tandas di Sabah dan Sarawak. Bagi institusi pendidikan yang lain iaitu Kolej Matrikulasi, Institut Aminuddin Baki dan Institut Pendidikan Guru diperuntukkan sebanyak RM200,000 untuk setiap institusi. Setakat 31 Oktober 2023, sebanyak 4,823 projek bersamaan dengan 60.1% siap dilaksanakan di seluruh negara. KPM dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Pembangunan Daerah menjalankan pemantauan rapi untuk memastikan semua projek penyelenggaraan tandas disiapkan mengikut jadual. Selain daripada kerja Projek Penyelenggaraan Tandas Institusi Pendidikan KPM penyelenggaraan tandas, sekiranya tandas sedia ada berfungsi dengan baik dan dalam keadaan yang kondusif, peruntukan ini juga boleh digunakan untuk membuat kerja-kerja pembaikan lain yang diperlukan oleh pihak sekolah. 23 KPM.indd 143 01/12/2023 4:45 PM


Click to View FlipBook Version