The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainanurinsara81, 2021-07-31 04:59:51

WIM Tanaman T2 - Deraf Rintis

WIM Tanaman T2 - Deraf Rintis

NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/P(1/2) Muka : 7 Dpd : 7

SOALAN:

1. Terangkan dengan ringkas definisi keratan tanaman.
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

2. Nyatakan tiga jenis peralatan dan bahan kerja yang digunakan dalam penyemaian keratan
tanaman.
I. _____________________________________________________________________
II. _____________________________________________________________________
III. _____________________________________________________________________

3. Nyatakan tiga kategori ranting yang boleh dibiakkan secara keratan.
I. _____________________________________________________________________
II. _____________________________________________________________________
III. _____________________________________________________________________

4. Melalui Teknik Kelaran, akar perlu dikelar sepanjang______ hingga _______cm.
Kedalaman kelaran pula ialah ½ daripada____________ akar.

5. Berikan dua nama dagangan bagi hormon pengakaran yang terdapat di pasaran.
I. _____________________________________________________________________
II. _____________________________________________________________________

RUJUKAN:

1. Bahagian Sayur- sayuran, (2001), Pakej Teknologi Kangkung, Terbitan Jabatan Pertanian.
ISBN 983-047-080-6

2. Bahagian Buah-buahan, (2001) Pakej Teknologi Limau Bali, Terbitan Jabatan Pertanian.
ISBN 983-047-018-4

3. Bahagian Buah-buahan, (2001) Pakej Teknologi Jambu Batu, Terbitan Jabatan Pertanian.
ISBN 983-047-084-9

4. Abdul Rahim Mohd Rashid, (2003), Seri Taman, Terbitan Berita Publishing Sdn. Bhd.
ISBN 967-969-521-2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUTRAJAYA.

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM / PROGRAM TAHAP 1
CODE AND NAME

TAHAP / LEVEL

NO DAN TAJUK MODUL/ M06 PENYEMAIAN KERATAN TANAMAN
MODULE NO AND TITLE

NO DAN PERNYATAAN 02.06 SEMAI KERATAN TANAMAN
TUGASAN TASK(S) NO
AND STATEMENT SEMAI KERATAN TANAMAN MENGGUNAKAN KERATAN
RANTING, AKAR DAN DAUN, SCATEURS, KAYU PEMBUAT
OBJEKTIF MODUL / ALUR/LUBANG, HORMON PENGGALAK AKAR, RACUN KULAT,
OBJECTIVE MODULE BEKAS SEMAIAN, POLIBEG, MEDIA SEMAIAN DAN MANUAL
TANAMAN SUPAYA RANTING, AKAR DAN DAUN DIPOTONG
DARI POKOK TERPILIH, DIKERAT/ RENCUNG, DIRAWAT
DENGAN RACUN KULAT, DICELUP DENGAN HORMON
PENGAKARAN, DISEMAI MENGIKUT KEDALAMAN YANG
SESUAI DAN MEDIA SEMAIAN DIPADATKAN.

NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/P(2/2) Muka : 1 Drpd : 6

TAJUK : PENYEMAIAN KERATAN TANAMAN

TUJUAN :

Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelatih mengenai penyediaan bekas
dan media semaian, seterusnya mempelajari kaedah penyemaian keratan ranting, akar dan daun seperti
yang terdapat dalam manual tanaman.

NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/P(2/2) Muka : 2 Drpd : 6

PENERANGAN:

Penyemaian keratan tanaman

Penyemaian keratan tanaman perlulah dilaksanakan dengan cermat, bermula dari penyediaan bekas
dan media semaian, kaedah penyemaian, penyiraman dan memberi teduhan pada semaian. Keratan
tanaman sebenarnya merujuk pada tiga bahagian utama iaitu ranting, daun dan akar. Terdapat
beberapa perbezaan antara ketiga- tiganya, khususnya merujuk kepada teknik penyemaian.

1. BEKAS SEMAIAN

Istilah bekas semaian merujuk pada bekas percambahan bahan tanaman untuk tujuan
pembiakbakaan. Penggunaan bekas ini bersifat sementara, memandangkan anak benih tanaman
yang sudah cukup tempoh akan dipindah ke lapangan atau bekas tanaman yang kekal seperti pasu.
Terdapat beberapa jenis bekas semaian yang sering digunakan di nurseri. Bekas- bekas semaian ini
terdiri dari pelbagai jenis material. Contohnya plastik, kayu dan simen. Pemilihan bekas semaian
bergantung kepada fungsinya, samada perlu sentiasa dialih atau berkedudukan tetap. Bekas semaian
berasaskan plastik adalah disyorkan untuk semaian yang perlu sentiasa dialih, ini kerana ia lebih
ringan dan mudah dikendali.

1.1 Jenis- Jenis Bekas Semaian

• Kotak semaian kayu
• Takung semaian plastik
• Takung konkrit/ simen
• Polibeg
• Dulang berbilang sel (tray cell)
• Pasu

1.2 Ciri- Ciri Bekas Semaian Yang Baik

• Ringan dan mudah dikendali
• Mempunyai pemegang
• Mempunyai lubang saliran

2. MEDIA PENGAKARAN

Pasir sungai Organan

Media campuran

Tanah atas

NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/P(2/2) Muka : 3 Drpd : 6

Gambar 3: Media semaian dan media tanaman/ pemasuan.

Media pengakaran penting untuk pertumbuhan bahan tanaman. Contoh media tanaman ialah John
Inne’s Potting Mixture (3:2:1 atau 7:3:2.), manakala John Inne’s Seedling Compost (2:1:1) merupakan
media yang disyorkan untuk penyemaian bahan tanaman, samada keratan, biji- behih atau tut.
Angka dalam kurungan mewakili nisbah tanah atas : bahan organan : pasir sungai. John Inne’s
Potting Mixture (3:2:1 atau 7:3:2.) digunakan untuk tujuan pemasuan dan penanaman dalam polibeg,
manakala John Inne’s Seedling Compost (2:1:1) digunakan untuk penyemaian bahan tanaman dalam
lain- lain bekas semaian. Bahan tanaman bergantung pada media untuk pegangan akar,
mendapatkan sumber air dan nutrien.

2.1 Tanah Atas (Top Soil)
• Sokongan kepada akar pokok.
• Membekalkan nutrien makro (N, P dan K).
• Membekalkan oksigen.

2.2 Bahan Organan (Hasil Daripada Reputan Hijau Atau Organisma)
• Mengekalkan kelembapan tanah.
• Meningkatkan daya penyerapan air.
• Memperbaiki struktur tanah dan saliran.
• Memperbaiki pengudaraan dalam tanah.
• Meningkatkan aktiviti mikrob dalam tanah untuk tujuan penggemburan tanah.
• Meningkatkan Kadar Pertukaran Kation (KPK) / Cation Exchange Capasity (CEC) – nutrien tidak
terikat dan mudah diambil oleh tanaman.
• Contoh bahan organan ialah baja kandang, sekam padi bakar, Malameal Special (darah dan
tulang), Peatgro (tanah gambut proses) dan kompos.

2.3 Pasir Sungai
• Berperanan memperbaki saliran dan pengudaraan dalam tanah.
• Pasir sungai bersaiz 0.1-1.0 mm disyorkan sebagai campuran media semaian (diayak untuk
mendapatkan saiz yang dikehendaki).
• Pasir pantai tidak digalakkan kerana kandungan garam yang tinggi, manakala pasir lombong pula
terlalu halus dan padat.

3. PENYEMAIAN KERATAN TANAMAN

3.1 Keratan Ranting

• Lubang semaian disedia menggunakan kayu pembuat alur/ lubang. Kedalaman lubang semaian
ialah 1/3 daripada panjang keratan.

• Keratan yang telah dicelup ke dalam hormon pengakaran ditanam ke dalam lubang semaian
secara condong untuk mengukuhkan kedudukan (tidak tercabut apabila disiram).

• Tanah di sekeliling pangkal keratan dipadatkan.
• Semaian disiram dua kali sehari, pada waktu pagi dan petang.

NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/P(2/2) Muka : 4 Drpd : 6

3.2 Keratan Akar

• Alur disedia menggunakan kayu pembuat alur/ lubang. Kedalaman alur mestilah berdasarkan
diameter keratan akar yang akan disemai.

• Keratan akar yang telah dicelup hormon pengakaran dibaringkan ke dalam alur.
• Keratan akar ditimbus dengan media semaian.
• Semaian disiram dua kali sehari, pada waktu pagi dan petang.

3.3 Keratan Daun

• Alur disedia menggunakan kayu pembuat alur/ lubang. Kedalaman alur ialah 1/3 daripada
panjang keratan.

• Keratan daun yang telah dicelup hormon pengakaran ditanam condong ke dalam alur untuk
mengukuhkan kedudukan, supaya tidak mudah tercabut apabila disiram.

• Media di sekeliling pangkal keratan dipadatkan.
• Semaian disiram dua kali sehari, pada waktu pagi dan petang.

4. PENYIRAMAN DAN TEDUHAN UNTUK SEMAIAN

Kerja penyemaian sebaik- baiknya dilakukan di nurseri yang telah dipasang naungan (tolynet). Ia
bertujuan memudahkan kerja- kerja penyediaan media semaian dan penyenggaraan seperti
penyusunan, penyiraman, pembajaan, pemangkasan dan pengerasan (hardening). Semaian
memerlukan naungan 50% cahaya untuk membiasakannya dengan keadaan sebenar di lapangan
dan menjamin pertumbuhan yang sempurna.

NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/P(2/2) Muka : 5 Drpd : 6

SOALAN:

1. Nyatakan empat jenis bekas semaian.
I. _______________________________________________________________________
II. _______________________________________________________________________

III. _______________________________________________________________________
IV. _______________________________________________________________________

2. Berikan tiga ciri- ciri bekas semaian yang baik.
I. _______________________________________________________________________
II. _______________________________________________________________________

III. _______________________________________________________________________

3. Nyatakan nama penuh bagi media semaian JIS dan apakah bahan yang diwakili oleh
nisbah 2:1:1
JIS - _____________________________________________________________________

Nisbah 2 11
Bahan

4. Berikan dua sebab pasir pantai dan pasir lombong tidak sesuai digunakan sebagai
media semaian.
I. ______________________________________________________________________
II. ______________________________________________________________________

5. Senaraikan tiga jenis bahan organan yang sesuai digunakan sebagai campuran dalam
media semaian
I. ______________________________________________________________________
II. ______________________________________________________________________
III. ______________________________________________________________________

NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/P(2/2) Muka : 6 Drpd : 6

6. Nyatakan kerja- kerja penyenggaraan yang biasa dilakukan selepas penyemaian bahan
tanaman.
I. ______________________________________________________________________
II. ______________________________________________________________________
III. ______________________________________________________________________

RUJUKAN:

1. Bahagian Sayur- sayuran, (2001), Pakej Teknologi Kangkung, Terbitan Jabatan Pertanian.
ISBN 983-047-080-6

2. Bahagian Buah-buahan, (2001) Pakej Teknologi Limau Bali, Terbitan Jabatan Pertanian.
ISBN 983-047-018-4

3. Bahagian Buah-buahan, (2001) Pakej Teknologi Jambu Batu, Terbitan Jabatan Pertanian.
ISBN 983-047-084-9

4. Abdul Rahim Mohd Rashid, (2003), Seri Taman, Terbitan Berita Publishing Sdn. Bhd.
ISBN 967-969-521-2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUTRAJAYA.

KERTAS TUGASAN

KOD NAMA DAN AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM / PROGRAM TAHAP 1
CODE AND NAME M06 PENYEMAIAN KERATAN TANAMAN
TAHAP / LEVEL
NO DAN TAJUK MODUL/ 02.06 SEMAI KERATAN TANAMAN
MODULE NO AND TITLE
NO DAN PERNYATAAN SEMAI KERATAN TANAMAN MENGGUNAKAN KERATAN
TUGASAN /TASK(S) NO RANTING, AKAR DAN DAUN, SCATEURS, KAYU
AND STATEMENT
PEMBUAT ALUR/LUBANG, HORMON PENGGALAK
OBJEKTIF PENCAPAIAN AKAR, RACUN KULAT, BEKAS SEMAIAN, POLIBEG,
AKHIRAN / TERMINAL
PERFORMANCE MEDIA SEMAIAN DAN MANUAL TANAMAN SUPAYA
OBJECTIVE RANTING, AKAR DAN DAUN DIPOTONG DARI POKOK

NO KOD / CODE NO TERPILIH, DIKERAT/ RENCUNG, DIRAWAT DENGAN
RACUN KULAT, DICELUP DENGAN HORMON

PENGAKARAN, DISEMAI MENGIKUT KEDALAMAN YANG
SESUAI DAN MEDIA SEMAIAN DIPADATKAN.

AF-010-1/M06/T(1/2) Muka : 1 Drp : 3

NAMA PELATIH /
TRAINEE’S NAME

TAJUK : PENYEDIAAN KERATAN TANAMAN

TUJUAN :
Kertas tugasan ini bertujuan menguji kefahaman pelatih berkaitan tajuk Penyediaan Keratan
Tanaman seperti yang telah dipelajari dalam kertas penerangan AF-010-1/M06/P(1/2).

NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/T(1/2) Muka : 2 Drp : 3

ARAHAN :
Jawab semua soalan di bawah dengan merujuk kepada kertas penerangan AF-010-1/M06/P(1/2).

1. Nyatakan tiga jenis keratan tanaman yang lazim dibiakkan di nurseri. (6 markah)

I. ________________________________________________________________

II. ________________________________________________________________

III. ________________________________________________________________

2. Berikan dua contoh tanaman yang dibiak menggunakan kaedah keratan (4 markah)
daun :

I. ________________________________________________________________
II. ________________________________________________________________

3. Senaraikan dua kebaikan pembiakan kaedah keratan. (4 markah)

I. ________________________________________________________________

II. ________________________________________________________________

4. Nyatakan tiga kategori keratan ranting. (6 markah)

I. ________________________________________________________________

II. ________________________________________________________________

III. ________________________________________________________________

5. Nyatakan ukuran ranting yang disyorkan bagi tujuan penyemaian keratan (4 markah)
tanaman.
I. Diameter : ___________________cm

II. Panjang : ___________________cm

NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/T(1/2) Muka : 3 Drp : 3

6. Seperti yang telah dipelajari, pangkal keratan ranting perlu direncung (4 markah)
atau dipotong serong, manakala hujungnya pula dipotong mendatar.
Nyatakan rasional perbezaan kaedah potongan tersebut.

I. ________________________________________________________________

II. ________________________________________________________________

7. Berikan dua teknik pembiakan keratan akar. (4 markah)

I. ________________________________________________________________

II. ________________________________________________________________

8. Senaraikan tiga jenis racun kulat yang boleh digunakan untuk rawatan (6 markah)

keratan tanaman.

I. _________________________________________________________________

II. _________________________________________________________________

III. _________________________________________________________________

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUTRAJAYA.

KERTAS TUGASAN

KOD NAMA DAN AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM / PROGRAM TAHAP 1
CODE AND NAME M06 PENYEMAIAN KERATAN TANAMAN
TAHAP / LEVEL
02.06 SEMAI KERATAN TANAMAN
NO DAN TAJUK MODUL/
MODULE NO AND TITLE SEMAI KERATAN TANAMAN MENGGUNAKAN KERATAN

NO DAN PERNYATAAN RANTING, AKAR DAN DAUN, SCATEURS, KAYU
TUGASAN /TASK(S) NO PEMBUAT ALUR/LUBANG, HORMON PENGGALAK
AND STATEMENT
AKAR, RACUN KULAT, BEKAS SEMAIAN, POLIBEG,
OBJEKTIF PENCAPAIAN MEDIA SEMAIAN DAN MANUAL TANAMAN SUPAYA
AKHIRAN / TERMINAL
PERFORMANCE RANTING, AKAR DAN DAUN DIPOTONG DARI POKOK
OBJECTIVE TERPILIH, DIKERAT/ RENCUNG, DIRAWAT DENGAN

NO KOD / CODE NO RACUN KULAT, DICELUP DENGAN HORMON
PENGAKARAN, DISEMAI MENGIKUT KEDALAMAN YANG

SESUAI DAN MEDIA SEMAIAN DIPADATKAN.

AF-010-1/M06/T(2/2) Muka : 1 Drp : 3

NAMA PELATIH /
TRAINEE’S NAME

TAJUK : PENYEMAIAN KERATAN TANAMAN

TUJUAN :
Kertas tugasan ini bertujuan menguji kefahaman pelatih berkaitan tajuk Penyemaian Keratan
Tanaman seperti yang telah dipelajari dalam kertas penerangan AF-010-1/M06/P(2/2).

NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/T(2/2) Muka : 2 Drp : 3

ARAHAN:
Jawab semua soalan di bawah dengan merujuk kepada kertas penerangan AF-010-1/M06/P(2/2).

1. Nyatakan tiga jenis bekas semaian yang lazim digunakan di nurseri. (6 markah)

I. ________________________________________________________________

II. ________________________________________________________________

III. ________________________________________________________________

2. Senaraikan 3 jenis nutrien makro yang dibekalkan oleh tanah atas (top soil). (6 markah)

I. _________________________________________________________________

II. _________________________________________________________________

III. _________________________________________________________________

3. Berikan dua contoh media campuran yang digunakan untuk penyemaian (4 markah)
keratan :

I. ________________________________________________________________

II. ________________________________________________________________

4. Senaraikan tiga bahan yang digunakan dalam penyediaan media campuran. (6 markah)

I. ________________________________________________________________
II. ________________________________________________________________
III. ________________________________________________________________

5. Mengapakah lubang pada media perlu disediakan terlebih dahulu sebelum (2 markah)
menyemai?

__________________________________________________________________

NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/T(2/2) Muka : 3 Drp : 3

6. Berikan tiga jenis penyenggaraan yang dilakukan di nurseri selepas kerja (6 markah)
menyemai.

I. ________________________________________________________________

II. ________________________________________________________________

III. ________________________________________________________________


Click to View FlipBook Version