BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUTRAJAYA.
TRAINING MANUAL
(Written Instructional Material)
JOB TITLE PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM CODE AF-010-1
LEVEL 01
MODULE
M05 PENYEMAIAN BIJI BENIH
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Aras 7-8, Blok D4, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Date of approval:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUTRAJAYA.
KERTAS KERJA
KOD DAN NAMA AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM / TAHAP 1
PROGRAM CODE AND
NAME
TAHAP / LEVEL
NO DAN TAJUK M 05 PENYEMAIAN BIJI BENIH TANAMAN
MODUL/ MODULE NO
AND TITLE
NO DAN 02.04 SEDIA MEDIA TANAMAN
PERNYATAAN 02.05 SEMAI BIJI BENIH TANAMAN
TUGASAN TASK(S) NO
AND STATEMENT
OBJEKTIF MODUL / SEMAI BIJI BENIH TANAMAN MENGGUNAKAN BAHAN
OBJECTIVE MODULE
MEDIA TANAMAN, BENIH TANAMAN, PERALATAN
MENYEDIA MEDIA DAN MENYEMAI BENIH TANAMAN
SUPAYA MEDIA TANAMAN DIPEROLEHI, CAMPURAN
MEDIA TANAMAN DI BUAT, BIJI BENIH DISEDIAKAN,
DIRAWAT DAN DISEMAI MENGIKUT MANUAL TANAMAN.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/K(1/3) Muka : 1 Drpd : 5
TAJUK : PENYEDIAAN MEDIA TANAMAN
TUJUAN :
Pelatih mesti boleh :
1. Sukat bahan media tanaman.
2. Sedia John Innes Seedling Compost 2:1:1
3. Sedia John Innes Potting Mixture 3:2:1
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/K(1/3) Muka : 2 Dpd : 5
ARAHAN :
Kertas kerja ini mengandungi langkah-langkah menyediakan John Innes Seedling Compost
2:1:1 dan John Innes potting Mixture 3:2:1. Pelatih dikehendaki melaksanakan kerja-kerja
tersebut seperti yang ditunjukkan di dalam gambar dengan menggunakan peralatan,
perkakasan dan bahan yang disediakan.
LUKISAN, DATA DAN JADUAL :
Gambar 1. Campuran media yang telah sedia untuk digunakan.
PERALATAN/ PERKAKASAN DAN BAHAN :
1. Peralatan dan bahan di nurseri :
i. Tanah atas (top soil)
ii. Bahan organan
iii. Pasir sungai
iv. Cangkul
v. Penapis pasir/ tanah
vi. Bekas penyukat
vii. Skop
viii. Sudip tangan
ix. Mesin penggaul tanah
x. Kereta sorong
xi. Penutup hidung
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/K(1/3) Muka : 3 Dpd : 5
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
1. Tapis media.
1.1 Ayak tanah atas dan pasir sungai menggunakan penapis
berukuran 0.5cm
2. Sediakan tanah atas. 2.1 Sukat tanah atas.
• Sukat 2 bahagian tanah atas untuk penyediaan J.I.S 2:1:1
• Sukat 3 bahagian tanah atas untuk penyediaan J.I.P 3:2:1
3. Sediakan bahan 3.1 Sukat bahan organan.
organan. • Sukat 1 bahagian bahan organan untuk penyediaan J.I.S
2:1:1
• Sukat 2 bahagian bahan organan untuk penyediaan J.I.P
3:2:1
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/K(1/3) Muka : 4 Dpd : 5
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
4. Sediakan pasir sungai. 4.1 Sukat pasir sungai.
• Sukat 1 bahagian pasir sungai untuk penyediaan J.I.S 2:1:1
dan 1 bahagian lagi untuk penyediaan J.I.P 3:2:1
5. Lapiskan bahan 5.1 Longgok bahan media secara berlapis.
media.
• Lapisan bawah ialah tanah atas
• Lapisah tengah ialah bahan organan
• Lapisan atas ialah pasir sungai
6. Gaul bahan media. 6.1 Balik-balikkan bahan media sebanyak tiga pusingan.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/K(1/3) Muka : 5 Dpd : 5
BIL TAHAP PENCAPAIAN SENARAI SEMAK KERJA TIDAK CATATAN
A. PROSES KERJA TERIMA
TERIMA
1 Sukat bahan media.
2 Campurkan dan gaul bahan media.
B. HASIL KERJA
1 Bahan media disukat mengikut nisbah..
2 Bahan media digaul hingga bercampur rata.
C. SIKAP
1 Kerjasama dalam kumpulan
2 Tanggungjawab dan menepati masa
D. KESELAMATAN KERJA
1 Prosedur kerja yang betul
2 Gunakan peralatan keselamatan semasa bekerja
(Tandatangan & Nama Calon) (Tandatangan & Nama PP)
Tarikh Tarikh
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUTRAJAYA.
KERTAS KERJA
KOD DAN NAMA AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM / TAHAP 1
PROGRAM CODE AND
NAME
TAHAP / LEVEL
NO DAN TAJUK M 05 PENYEMAIAN BIJI BENIH TANAMAN
MODUL/ MODULE NO
AND TITLE
NO DAN 02.04 SEDIA MEDIA TANAMAN
PERNYATAAN 02.05 SEMAI BIJI BENIH TANAMAN
TUGASAN TASK(S) NO
AND STATEMENT
OBJEKTIF MODUL / SEMAI BIJI BENIH TANAMAN MENGGUNAKAN BAHAN
OBJECTIVE MODULE
MEDIA TANAMAN, BENIH TANAMAN, PERALATAN
MENYEDIA MEDIA DAN MENYEMAI BENIH TANAMAN
SUPAYA MEDIA TANAMAN DIPEROLEHI, CAMPURAN
MEDIA TANAMAN DI BUAT, BIJI BENIH DISEDIAKAN,
DIRAWAT DAN DISEMAI MENGIKUT MANUAL TANAMAN.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/K(2/3) Muka : 1 Drpd : 10
TAJUK : PEMPROSESAN BIJI BENIH TANAMAN
TUJUAN :
Pelatih mesti boleh :
1. Proses biji benih daripada buah matang.
2. Rawat biji benih dengan racun kulat / serangga.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/K(2/3) Muka : 2 Dpd : 10
ARAHAN :
Kertas kerja ini mengandungi langkah-langkah memproses dan merawat biji benih tanaman.
Pelatih dikehendaki melaksanakan kerja-kerja tersebut seperti yang ditunjukkan di dalam
gambar dengan menggunakan peralatan, perkakasan dan bahan yang disediakan.
LUKISAN, DATA DAN JADUAL :
Gambar 1 : Betik yang telah dibelah untuk pemprosesan bij benih.
Gambar 2 : Biji benih palma dirawat dengan bancuhan racun kulat.
PERALATAN / PERKAKASAN DAN BAHAN :
1. Peralatan dan bahan di nurseri :
i. Buah- buahan matang
ii. Pisau
iii. Besen plastik
iv. Penapis/jaring
v. Sarung tangan getah
vi. Penutup hidung (masker)
vii. Penimbang
viii. Sudu penyukat
ix. Racun kulat/ serangga
x. Air
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/K(2/3) Muka : 3 Dpd : 10
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
1. Kupas / belah buah 1.1 Pilih buah yang cukup matang dan kupas / belah buah tersebut.
matang. 1.2 Potong pangkal dan hujung buah
• Keluarkan biji benih.
2. Menyediakan biji 2.1 Tanggalkan selaput biji benih.
benih.
• Betik – ramas dalam penapis untuk membuang sarcotesta
Mangga, rambutan dan palma – hiris isinya dengan pisau.
• Durian, timun dan cili - rendam dalam air.
• Jambu batu - gaul dengan pasir untuk membuang selaput
berlendir.
• Amaranthus - ramas kulit lengai.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/K(2/3) Muka : 4 Dpd : 10
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
3.1 Basuh biji benih dengan air yang bersih.
3. Membersih dan
mengeringkan biji
benih.
3.2 Keringkan biji benih (kering udara).
4. Merawat biji benih. 4.1 Rawatan kering.
• Timbang biji benih sebanyak 100 gram.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/K(2/3) Muka : 5 Dpd : 10
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
• Timbang racun kulat / serangga sebanyak 1 gram.
• Gaul biji benih dengan racun tersebut di dalam besen
plastik. Gunakan sudu atau kayu untuk menggaul.
4.2 Rawatan basah.
• Timbang racun kulat / serangga sebanyak 5 gram.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/K(2/3) Muka : 6 Dpd : 10
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
• Sediakan 2 liter air bersih.
• Bancuh racun tersebut dengan air di dalam besen plastik.
• Rendam biji benih di dalam bancuhan racun tersebut
selama 1 minit.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/K(2/3) Muka : 7 Dpd : 10
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
4.3 Rendaman air suam.
• Timbang racun kulat / serangga sebanyak 5 gram.
• Sediakan 2 liter air suam bersuhu 50˚C.
• Sesuai bagi biji benih palma.
• Bancuh racun dengan air tersebut di dalam besen plastik.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/K(2/3) Muka : 8 Dpd : 10
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
• Rendam biji benih selama satu jam.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/K(2/3) Muka : 9 Dpd : 10
SENARAI SEMAK KERJA
BIL TAHAP PENCAPAIAN TERIMA TIDAK CATATAN
A. PROSES KERJA TERIMA
1 Kupas/ belah buah matang.
2 Buang selaput biji benih.
3 Basuh dan keringkan biji benih.
4 Timbang biji benih.
5 Timbang racun kulat/ serangga.
6 Sedia air bersuhu 50˚c untuk rawatan secara rendaman
air suam.
7 Bancuh racun kulat/ serangga untuk rawatan basah dan
rendaman air suam.
8 Gaul/ rendam biji benih dengan racun kulat.
B. HASIL KERJA
1 Buah matang dikupas/ dibelah.
2 Selaput biji benih dibuang.
3 Biji benih dibasuh dan dikeringkan.
4 Biji benih ditimbang.
5 Racun kulat/ serangga ditimbang.
6 Air bersuhu 50˚c disediakan untuk rawatan secara
rendaman air suam.
7 Racun kulat/ serangga dibancuh untuk rawatan basah
dan rendaman air suam.
8 Biji benih digaul/ direndam dengan racun kulat.
C. SIKAP
1 Kerjasama dalam kumpulan
2 Tanggungjawab dan menepati masa
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/K(2/3) Muka : 10 Dpd : 10
D. KESELAMATAN KERJA
1 Prosedur kerja yang betul
2 Gunakan peralatan keselamatan semasa bekerja
(Tandatangan & Nama Calon) (Tandatangan & Nama PP)
Tarikh Tarikh
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUTRAJAYA.
KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM / PROGRAM TAHAP 1
CODE AND NAME
TAHAP / LEVEL
NO DAN TAJUK MODUL/ M05 PENYEMAIAN BIJI BENIH TANAMAN
MODULE NO AND TITLE
NO DAN PERNYATAAN 02.04 SEDIA MEDIA TANAMAN
TUGASAN TASK(S) NO 02.05 SEMAI BIJI BENIH TANAMAN
AND STATEMENT
SEMAI BIJI BENIH TANAMAN MENGGUNAKAN BAHAN MEDIA
OBJEKTIF MODUL /
OBJECTIVE MODULE TANAMAN, BENIH TANAMAN, PERALATAN MENYEDIA MEDIA
NO KOD / CODE NO DAN MENYEMAI BENIH TANAMAN SUPAYA MEDIA TANAMAN
DIPEROLEHI, CAMPURAN MEDIA TANAMAN DI BUAT, BIJI
BENIH DISEDIAKAN, DIRAWAT DAN DISEMAI MENGIKUT
MANUAL TANAMAN.
AF-010-1/M05/P(1/2) Muka : 1 Drpd : 6
TAJUK : SEDIA MEDIA TANAMAN
TUJUAN :
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelatih mengenai cara membuat
campuran media tanaman menggunakan peralatan yang betul dengan selamat tanpa membahayakan
keselamatan diri dan rakan kerja.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/P(1/2) Muka : 2 Dpd : 6
1. DEFINISI MEDIA TANAMAN
Bahan yang digunakan sebagai media penyemaian bagi membantu percambahan biji benih dan
perakaran tanaman.
1.1 Kebaikan media tanaman
• Memudahkan kerja penyemaian dalam kuantiti yang banyak
• Peredaran udara dalam tanah yang baik membolehkan akar bernafas dengan
sempurna.
• Membolehkan akar lebih aktif untuk menyerap air dan unsur-unsur yang ada didalam
tanah
• Penyerapan air yang lebih tinggi
• Mengandungi unsur-unsur yang mencukupi dan seimbang untuk keperluan pokok.
• Bebas dari serangga dan penyakit
1.2 Media Tunggal
• Pasir sungai
• Tanah gambut
• Tanah atas
• Tanah bakar
• Serbuk sabut kelapa (cocoapeat)
• Peatmoss
1.3 Media Campuran
• John Innes Seedling Compost (JIS) 2 : 1 : 1
• John Innes Potting Mixture (JIP) 3 : 2 : 1 atau 7 : 3 : 2
Nisbah yang dipamerkan mewakili tanah atas : bahan organan : pasir sungai
2. FUNGSI MEDIA TANAMAN
2.1 Tanah Atas (Top Soil)
Gambar 1 : Tanah atas (top soil)
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/P(1/2) Muka : 3 Dpd : 6
• Sokongan kepada akar pokok.
• Membekalkan nutrien makro (N, P dan K).
• Membekalkan oksigen.
2.2 Bahan Organan (Hasil Daripada Reputan Hijau atau Organisma)
Gambar 2 : Bahan Organan
• Mengekalkan kelembapan tanah.
• Meningkatkan daya penyerapan air.
• Memperbaiki struktur tanah dan saliran.
• Memperbaiki pengudaraan dalam tanah.
• Meningkatkan aktiviti mikrob dalam tanah untuk tujuan penggemburan tanah.
• Meningkatkan Kadar Pertukaran Kation (KPK) / Cation Exchange Capasity (CEC) –
nutrien tidak terikat dan mudah diambil oleh tanaman.
• Contoh bahan organan ialah baja kandang, sekam padi bakar, malameal special
(darah dan tulang), peatgro (tanah gambut proses) dan kompos.
2.3 Pasir Sungai
Gambar 3 : Pasir sungai
• Berperanan memperbaki saliran dan pengudaraan dalam tanah.
• Pasir sungai bersaiz 0.1-1.0mm disyorkan sebagai campuran media semaian (diayak untuk
mendapatkan saiz yang dikehendaki).
• Pasir pantai tidak digalakkan kerana kandungan garam yang tinggi, manakala pasir
lombong pula terlalu halus dan padat.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/P(1/2) Muka : 4 Dpd : 6
3. PERALATAN DAN BAHAN MENYEDIAKAN MEDIA CAMPURAN
PERALATAN DAN BAHAN KEGUNAAN
Skop Digunakan untuk menceduk atau menggaul media.
Kereta sorong
Penutup hidung Digunakan untuk memunggah media dari tempat longgokan
bahan untuk dibuat campuran.
Melindungi hidung dan mulut ketika dari debu dan kotoran
ketika menggaul media.
Menyukat media mengikut nisbah yang dikehendaki.
Bekas penyukat
Mengasingkan partikal tanah/ pasir yang kasar dengan yang
halus.
Penapis tanah/ pasir
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/P(1/2) Muka : 5 Dpd : 6
Elemen asas dalam pembuatan media campuran
Membekalkan nutrien makro. Merupakan salah satu elemen
dalam media campuran.
Tanah atas
Elemen asas dalam pembuatan media campuran
Merupakan salah satu elemen dalam media campuran. Ia
berfungsi membekalkan nutrien makro.
Bahan organan
• Mengekalkan kelembapan tanah.
• Meningkatkan daya penyerapan air.
• Memperbaiki struktur tanah dan saliran.
• Memperbaiki pengudaraan dalam tanah.
• Meningkatkan aktiviti mikrob dalam tanah
• Meningkatkan kadar pertukaran kation
Pasir sungai
4. PENYEDIAAN MEDIA CAMPURAN
Media campuran JIP 3:2:1 dan JIS 2:1:1 disediakan dengan menggaul tanah atas, bahan organan dan
pasir sungai mengikut nisbah yang telah ditetapkan, tapis media untuk mendapatkan partikal yang sma
saiz. Bahagian- bahagian media ini disukat menggunakan bekas penyukat seperti baldi. Penyediaan
dalam kuantiti yang banyak boleh juga disukat menggunakan kereta sorong. Bahagian- bahagian
media ini kemudian dilonggok secara berlapis dan dibalik- balikkan sebanyak tiga pusingan
menggunakan skop supaya campuran lebih sekata. Bagi memudahkan kerja menggaul, penggunaan
mesin penggaul adalah disyorkan.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/P(1/2) Muka : 6 Dpd : 6
Jawab semua soalan di bawah:-
1. Senaraikan tiga jenis media tunggal.
I. _______________________________________________________________________
II. _______________________________________________________________________
III. _______________________________________________________________________
2. Berikan dua jenis media campuran yang digunakan untuk penyemaian bahan tanaman.
I. _______________________________________________________________________
II. _______________________________________________________________________
3. Berikan dua fungsi pasir sungai dalam media campuran.
II. _______________________________________________________________________
III. _______________________________________________________________________
4. Nyatakan empat fungsi bahan organan dalam media campuran.
I. _______________________________________________________________________
II. _______________________________________________________________________
III. _______________________________________________________________________
IV. _______________________________________________________________________
5. Berikan tiga jenis nutrien makro yang terdapat dalam tanah atas.
I. _______________________________________________________________________
II. _______________________________________________________________________
III. _______________________________________________________________________
RUJUKAN:
1. Bahagian Sayur- sayuran, (2001), Pakej Teknologi Kangkung, Terbitan Jabatan Pertanian.
ISBN 983-047-080-6
2. Bahagian Buah-buahan, (2001) Pakej Teknologi Jambu Batu, Terbitan Jabatan Pertanian.
ISBN 983-047-084-9
3. Abdul Rahim Mohd Rashid, (2003), Seri Taman, Terbitan Berita Publishing Sdn. Bhd.
ISBN 967-969-521-2
4. Halimathul Saadiah A. Shafiei, (1995), Asas Teknologi Biji Benih, Terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka ISBN 983-62-4577-4
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUTRAJAYA.
KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM / PROGRAM TAHAP 1
CODE AND NAME
TAHAP / LEVEL
NO DAN TAJUK MODUL/ M 05 PENYEMAIAN BIJI BENIH TANAMAN
MODULE NO AND TITLE
NO DAN PERNYATAAN 02.04 SEDIA MEDIA TANAMAN
TUGASAN TASK(S) NO 02.05 SEMAI BIJI BENIH TANAMAN
AND STATEMENT
SEMAI BIJI BENIH TANAMAN MENGGUNAKAN BAHAN MEDIA
OBJEKTIF MODUL /
OBJECTIVE MODULE TANAMAN, BENIH TANAMAN, PERALATAN MENYEDIA MEDIA
NO KOD / CODE NO DAN MENYEMAI BENIH TANAMAN SUPAYA MEDIA TANAMAN
DIPEROLEHI, CAMPURAN MEDIA TANAMAN DI BUAT, BIJI
BENIH DISEDIAKAN, DIRAWAT DAN DISEMAI MENGIKUT
MANUAL TANAMAN.
AF-010-1/M05/P(2/2) Muka : 1 Drpd : 12
TAJUK : SEMAI BIJI BENIH TANAMAN
TUJUAN :
Kertas penerangan ini bertujuan memberi kefahaman kepada pelatih mengenai cara memproses biji benih
dari buah matang dan menyemai biji benih menggunakan peralatan yang betul dengan selamat tanpa
membahayakan keselamatan diri dan rakan kerja.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/P(2/2) Muka : 2 Dpd : 12
1. PENGENALAN
Gambar 1 : Buah longan matang yang sedia diproses untuk penyemaian biji benih.
Tumbuhan boleh dibiak melalui dua kaedah utama iaitu biji benih atau kaedah tampang.
• Penyemaian biji benih merupakan satu proses mendapatkan anak benih dengan menanam dahulu
biji benih di suatu tempat khas dengan penjagaan tertentu sebelum dialih atau ditanam ke
lapangan.
2. KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PEMBIAKAN BIJI BENIH
2.1 Kebaikan
• Kerja pembiakan mudah dilaksanakan
• Pokok tegap kerana mempunyai akar tunjang
• Menyediakan pokok penanti untuk digunakan dalam pembiakan tampang
• Biji benih boleh disimpan lama di tempat yang sejuk, kering, dan suhu yang sesuai
(10ºc)
2.2 Kelemahan
• Lambat mengeluarkan hasil
• Tidak mewarisi baka atau induk
• Pertumbuhan pokok tidak seragam
• Berkemungkinan menghasilkan pokok jantan
• Menghasilkan pokok yang besar dan tinggi (menyukarkan kerja memungut hasil)
3. CIRI- CIRI BIJI BENIH YANG BAIK
• Bernas
• Tidak berpenyakit
• Terhasil daripada buah yang matang dari pokok yang sihat dan segar.
• Mempunyai bentuk dan saiz yang normal
• Mempunyai peratus percambahan yang tinggi (lebih 80%)
• Biji tidak cedera atau cacat (contoh: kulit pecah)
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/P(2/2) Muka : 3 Dpd : 12
4. KATEGORI BIJI BENIH
4.1 Biji Benih Halus :
• Sayur- sayuran :
- Sawi
- Salad
- Bayam
• Tanaman Hiasan :
- Marigold
- Celosia
4.2 Biji Benih Kecil
• Buah- buahan :
- Jambu batu
- Betik
- Manggis
• Sayur- sayuran :
- Kangkung
- Bendi
- Kacang panjang
• Tanaman hiasan :
- Bunga matahari
4.3 Biji Benih Besar :
• Buah buahan :
- Durian
- Mangga
- Nangka
• Tanaman Hiasan :
- Pelbagai jenis palma
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/P(2/2) Muka : 4 Dpd : 12
5. PEMPROSESAN BIJI BENIH
Gambar 2. Rupa bentuk betik yang telah dibelah dan sedia untuk diproses.
5.1 Definisi Pemprosesan Biji Benih
Definisi pemprosesan biji benih ialah satu proses mendapatkan biji benih yang berkriteria
baik dari buah-buah terpilih melalui kaedah pengasingan, pembersihan, pengeringan dan
rawatan.
6. PERALATAN DAN BAHAN MEMPROSES BIJI BENIH
PERALATAN DAN BAHAN KEGUNAAN
Digunakan untuk mengupas dan membelah buah kecil seperti
betik dan jambu. Bagi buah- buahan yang besar seperti
durian, penggunaan parang adalah disyorkan.
Pisau
Merendam biji benih.
Besen Plastik
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/P(2/2) Muka : 5 Dpd : 12
Digunakan untuk memproses biji benih daripada buah-
buahan jenis bergetah.
Sarung Tangan Getah
Menapis / tos biji benih selepas direndam.
Penapis Plastik
Menanggalkan selaput (sarcotesta) pada biji benih betik.
Jenis penapis yang boleh digunakan ialah jaring BRC ½ inci
x ½ inci bagi menapis biji yang besar dan penapis plastik.
Penapis
7. KAEDAH MEMPROSES BIJI BENIH
• Ciri-ciri memilih buah yang baik.
- Buah yang sihat dan tidak berpenyakit
- Buah yang benar-benar masak
- Bentuk buah yang elok dan normal
- Tidak rosak seperti luka, pecah, leban dan berlubang-lubang
• Kupas/ belah buah :
- Belah atau kopek dengan menggunakan parang. Ia sesuai bagi buah yang besar seperti
durian.
- Belah atau potong dengan menggunakan pisau. Ia sesuai untuk bagi buah yang sederhana
besar dan kecil seperti betik dan jambu batu.
- Kupas kulit dengan tangan. Ia sesuai bagi buah yang kecil, berbiji sedikit, tunggal dan
berkulit lembut seperti rambutan dan langsat.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/P(2/2) Muka : 6 Dpd : 12
• Tanggalkan isi/ selaput biji benih:
- Mangga, rambutan dan palma – hiris isinya dengan pisau.
- Durian, mentimun dan cili - rendam dalam air.
- Jambu batu- gaul dengan pasir untuk membuang selaput berlendir.
- Betik – ramas dalam penapis untuk membuang sarcotesta.
- Amaranthus - ramas kulit.
- Kacang panjang dan keembong - pecahkan kulit.
- Koko dan langsat – peram selama 12-24 jam, isinya akan tertanggal sendiri.
• Basuh dan keringkan biji benih:
- Isi biji benih dalam penapis berlubang kecil.
- Basuh biji benih dengan air sebanyak 3 kali.
- Keringkan biji benih ditempat yang teduh.
- Simpan biji benih dalam bekas
8. RAWATAN BIJI BENIH
Gambar 3. Bancuhan racun kulat untuk rawatan biji benih.
Rawatan biji benih merupakan satu kaedah membasmi dan melindungi biji benih dari serangan
penyakit dan perosak.
8.1 Tujuan Merawat Biji Benih
• Mencegah serangan perosak serangga dan kulat dari luar ke atas biji benih.
• Membunuh perosak serangga dan kulat yang ada pada biji benih.
8.2 Jenis- jenis Rawatan
• Rawatan kering – adalah satu kaedah dimana biji benih digaul dengan racun serangga
dan kulat berbentuk debu dengan kadar yang disyorkan sebelum penyemaian dilakukan.
- Biji benih boleh disimpan 6 bulan
- Boleh menghindari perosak/ penyakit.
• Rawatan basah – adalah satu kaedah rawatan yang dimana biji benih direndam dalam
racun serangga atau kulat mengikut kadar yang disyorkan sebelum penyemaian
dilakukan.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/P(2/2) Muka : 7 Dpd : 12
- Biji benih perlu disemai segera
- Boleh menghindari perosak / penyakit.
- Mempercepatkan percambahan biji benih.
• Rendaman air suam – adalah satu kaedah rawatan dimana biji benih berkulit keras
direndam di dalam air suam yang bersuhu 50°C yang bercampur racun serangga atau
kulat.
- Biji benih perlu disemai segera
- Boleh menghindari perosak/ penyakit.
- Mempercepatkan percambahan biji benih.
8.3 Peralatan dan Bahan Merawat Biji Benih
PERALATAN DAN BAHAN KEGUNAAN
Bahan tanaman yang akan dibiakkan menjadi anak pokok.
Biji benih
Mencegah dan merawat biji benih daripada serangan
serangga kulat.
Racun kulat
Mencegah dan merawat biji benih daripada serangan
serangga perosak.
Racun serangga
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/P(2/2) Muka : 8 Dpd : 12
Menimbang biji benih dan racun.
Penimbang
Sudu Mencedok racun kulat / serangga untuk disukat.
Besen Plastik
Menggaul biji benih dengan racun kulat dan racun
serangga.
Melindungi hidung dan mulut daripada racun kimia
Penutup Hidung
Melindungi tangan daripada racun kimia.
Sarung Tangan Getah
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/P(2/2) Muka : 9 Dpd : 12
8.4 Kaedah Rawatan Biji Benih
• Rawatan kering
- Timbang biji benih betik.
- 100 gram biji benih dicampur 1gm racun kulat atau serangga.
- Gaul biji benih dengan racun tersebut di dalam besen plastik.
• Rawatan basah
- Timbang biji benih.
- 5 gram racun dicampur dengan 2 liter air.
- Rendam biji benih dengan bancuhan racun di dalam besen plastik’selama 10 minit.
• Rawatan air suam
- Sedia 2 liter air suam bersuhu 50˚c
- Campur air tersebut dengan 5 gram racun.
- Rendam biji benih dengan bancuhan racun di dalam besen plastik selama 25 minit.
9 PENYEMAIAN BIJI BENIH
Gambar 4. Semaian biji benih durian di dalam bekas semaian plastik.
9.1 Kepentingan Menyemai Biji Benih
• Memudahkan penanaman biji benih halus.
• Memastikan peratus percambahan tinggi.
• Mengelakkan pembaziran biji benih yang mahal.
• Meransang pertumbuhan anak benih yang baik di peringkat awal.
• Membolehkan anak benih terbaik dipilih untuk diubah ke lapangan.
9.2 Kaedah Menyemai Biji Benih
• Tabur rata
- Semai untuk biji benih halus seperti bayam atau sawi.
- Secara manual .
- Gaul biji benih dengan pasir halus pada kadar 1; 10.
- Taburkan biji benih serata di atas permukaan media semaian secara manual.
- Jarak antara biji benih yang terbaik ialah 3-5 cm.
- Kambuskan dengan media semaian setebal 1-2 cm
- Siram air secukupnya
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/P(2/2) Muka : 10 Dpd : 12
• Tabur jalur
- Sesuai bagi biji benih yang bersaiz kecil.
- Buat alur sedalam 2-3 cm. Jarak antara alur ialah 5-10 cm.
- Taburkan biji benih di dalam alur.
- Jarak antara biji benih yang terbaik ialah 3-5 cm.
- Kambuskan dengan media semaian setebal 1-2 cm
- Siram air secukupnya
• Satu persatu
- Buat lubang semaian 2x ganda lebih besar daripada saiz biji benih.
- Jarak antara lubang ialah 5 cm.
- Masukkan satu biji benih bagi setiap lubang.
- Kambus lubang sehingga menutupi biji benih.
- Siram air secukupnya.
9.3 Peralatan dan Bahan Penyemaian Biji Benih
PERALATAN DAN BAHAN KEGUNAAN
Biji benih merupakan bahan tanaman yang akan disemai
supaya bercambah dan tumbuh menjadi anak benih/
pokok.
Biji Benih
Digunakan untuk menyemai biji benih bersaiz kecil dan
sederhana. 2 jenis dulang berbilang sel yang lazim
digunakan iaitu 104 sel dan 51 sel. Ia sesuai digunakan
kerana ringan dan mudah dikendali.
Dulang Berbilang Sel
Digunakan untuk menyemai biji benih bersaiz kecil dan
besar. Biasanya mempunyai kedalaman 10-15cm. Selain
bekas semaian plastik, bekas semaian kayu juga boleh
digunakan untuk tujuan penyemaian biji benih, tetapi
kurang sesuai kerana ia terlalu berat dan sukar dikendali.
Bekas Semaian Plastik
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/P(2/2) Muka : 11 Dpd : 12
Polibeg Digunakan untuk menyemai biji benih sederhana atau
besar seperti durian, rambutan dan nangka.
Media Pengakaran
10 PENYIRAMAN SEMAIAN Media pengakaran merupakan tapak pertumbuhan akar.
John Innes Seedling Compost 2:1:1 digunakan untuk
penyemaian dalam dulang berbiliang sel dan bekas
semaian plastik, manakala John Innes Potting Mixture
3:2:1 atau 7:3:2 untuk penyemaian dalam polibeg.
Gambar 5. Penyiraman semaian biji benih durian.
Penyiraman semaian menggunakan semburan halus amat sesuai. Ini kerana bahan tanaman yang
baru disemai masih belum kukuh pertumbuhan akarnya dalam media. Ia dapat mengelakkan
semaian cedera atau teralih dari media. Penyiraman 2 kali sehari adalah disyorkan untuk
memastikan semaian mendapat air yang mencukupi dan mencapai prestasi percambahan
sebanyak 75%.
10.1 Cara Penyiraman
• Menggunakan penyiram tangan.
• Menggunakan hos getah dan nozel yang boleh dilaras.
• Menggunakan sprinkler system yang lembut sebaran airnya.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/P(2/2) Muka : 12 Dpd : 12
Jawab semua soalan dibawah:-
1. Nyatakan tiga ciri biji benih yang baik.
I. _______________________________________________________________________
II. _______________________________________________________________________
III. _______________________________________________________________________
2. Berikan tiga kategori biji benih.
I. _______________________________________________________________________
II. _______________________________________________________________________
III. _______________________________________________________________________
3. Berikan tiga jenis rawatan biji benih.
I. ______________________________________________________________________
II. ______________________________________________________________________
III. ______________________________________________________________________
4. Senaraikan tiga kaedah menyemai biji benih.
I. ______________________________________________________________________
II. ______________________________________________________________________
III. ______________________________________________________________________
5. Nyatakan tiga kaedah penyiraman semaian.
I. ______________________________________________________________________
II. ______________________________________________________________________
III. ______________________________________________________________________
RUJUKAN:
1. Bahagian Sayur- sayuran, (2001), Pakej Teknologi Kangkung, Terbitan Jabatan Pertanian.
ISBN 983-047-080-6
2. Bahagian Buah-buahan, (2001) Pakej Teknologi Jambu Batu, Terbitan Jabatan Pertanian.
ISBN 983-047-084-9
3. Abdul Rahim Mohd Rashid, (2003), Seri Taman, Terbitan Berita Publishing Sdn. Bhd.
ISBN 967-969-521-2
4. Halimathul Saadiah A. Shafiei, (1995), Asas Teknologi Biji Benih, Terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka ISBN 983-62-4577-4
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUTRAJAYA.
KERTAS TUGASAN
KOD NAMA DAN AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM / PROGRAM
CODE AND NAME TAHAP 1
TAHAP / LEVEL M 05 PENYEMAIAN BIJI BENIH TANAMAN
NO DAN TAJUK MODUL/ 02.04 SEDIA MEDIA TANAMAN
MODULE NO AND TITLE 02.05 SEMAI BIJI BENIH TANAMAN
NO DAN PERNYATAAN SEMAI BIJI BENIH TANAMAN MENGGUNAKAN BAHAN
TUGASAN /TASK(S) NO MEDIA TANAMAN, BENIH TANAMAN, PERALATAN
AND STATEMENT MENYEDIA MEDIA DAN MENYEMAI BENIH TANAMAN
SUPAYA MEDIA TANAMAN DIPEROLEHI, CAMPURAN
OBJEKTIF PENCAPAIAN MEDIA TANAMAN DI BUAT, BIJI BENIH DISEDIAKAN,
AKHIRAN / TERMINAL DIRAWAT DAN DISEMAI MENGIKUT MANUAL TANAMAN.
PERFORMANCE
OBJECTIVE
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/T(1/2) Muka : 1 Drpd : 2
NAMA PELATIH /
TRAINEE’S NAME
TAJUK : SEDIA MEDIA TANAMAN
TUJUAN :
Kertas tugasan ini bertujuan menguji kefahaman pelatih berkaitan tajuk Penyediaan Media
Tanaman seperti yang telah dipelajari dalam Kertas Penerangan AF-010-1/M05/P(1/2).
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/T(1/2) Muka : 2 Drp : 2
Jawab semua soalan di bawah dengan merujuk kepada Kertas Penerangan AF-010-1/M05/P(1/2).
1. Nyatakan definisi media semaian : (2 markah)
________________________________________________________________
________________________________________________________________
2. Nyatakan dua kaedah penyediaan media semaian. (4 markah)
I. ______________________________________________________________
II. ______________________________________________________________
3. Berikan tiga fungsi bahan organan : (6 markah)
I. ______________________________________________________________
II. ______________________________________________________________
III. ______________________________________________________________
4. Senaraikan dua kepentingan media semaian : (4 markah)
I. ______________________________________________________________
II. ______________________________________________________________
5. Namakan dua jenis media campuran yang digunakan untuk menyemai (4 markah)
biji benih:
I. ______________________________________________________________
II. ______________________________________________________________
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUTRAJAYA.
KERTAS TUGASAN
KOD NAMA DAN AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM / PROGRAM
CODE AND NAME TAHAP 1
TAHAP / LEVEL M 05 PENYEMAIAN BIJI BENIH TANAMAN
NO DAN TAJUK MODUL/ 02.04 SEDIA MEDIA TANAMAN
MODULE NO AND TITLE 02.05 SEMAI BIJI BENIH TANAMAN
NO DAN PERNYATAAN SEMAI BIJI BENIH TANAMAN MENGGUNAKAN BAHAN
TUGASAN /TASK(S) NO MEDIA TANAMAN, BENIH TANAMAN, PERALATAN
AND STATEMENT MENYEDIA MEDIA DAN MENYEMAI BENIH TANAMAN
SUPAYA MEDIA TANAMAN DIPEROLEHI, CAMPURAN
OBJEKTIF PENCAPAIAN MEDIA TANAMAN DI BUAT, BIJI BENIH DISEDIAKAN,
AKHIRAN / TERMINAL DIRAWAT DAN DISEMAI MENGIKUT MANUAL TANAMAN.
PERFORMANCE
OBJECTIVE
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/T(2/2) Muka : 1 Drpd : 2
NAMA PELATIH /
TRAINEE’S NAME
TAJUK : SEMAI BIJI BENIH TANAMAN
TUJUAN :
Kertas tugasan ini bertujuan menguji kefahaman pelatih berkaitan tajuk Penyediaan Media
Tanaman seperti yang telah dipelajari dalam Kertas Penerangan AF-010-1/M05/P(2/2).
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M05/T(2/2) Muka : 2 Drp : 2
Jawab semua soalan di bawah dengan merujuk kepada Kertas Penerangan AF-010-1/M05/P(2/2).
1. Berikan dua kelemahan pembiakan biji benih : (4 markah)
________________________________________________________________
________________________________________________________________
2. Nyatakan lima ciri biji biji benih yang baik. (10 markah)
I. ______________________________________________________________
II. ______________________________________________________________
III. ______________________________________________________________
IV. ______________________________________________________________
V. ______________________________________________________________
3. Berikan tiga kategori biji benih : (6 markah)
I. ______________________________________________________________
II. ______________________________________________________________
III. ______________________________________________________________
4. Senaraikan tiga kaedah menanggalkan isi/ selaput biji benih : (6 markah)
I. ______________________________________________________________
II. ______________________________________________________________
III. ______________________________________________________________
5. Namakan dua kaedah menyemai biji benih : (4 markah)
I. ______________________________________________________________
II. ______________________________________________________________
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUTRAJAYA.
KERTAS KERJA
KOD NAMA DAN AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM / PROGRAM
CODE AND NAME TAHAP 1
TAHAP / LEVEL M04 PENYENGGARAAN TAPAK SEMAIAN
NO DAN TAJUK MODUL/ 02.01 SEDIA TAPAK SEMAIAN TANAMAN BUAH-BUAHAN
MODULE NO AND TITLE 02.02 SEDIA TAPAK SEMAIAN TANAMAN SAYUR-
NO DAN PERNYATAAN SAYURAN
TUGASAN /TASK(S) NO 02.03 SEDIA TAPAK SEMAIAN TANAMAN HIASAN
AND STATEMENT SENGGARA TAPAK SEMAIAN MENGGUNAKAN
PERALATAN PENYEDIAAN TAPAK SEMAIAN, BAHAN
OBJEKTIF PENCAPAIAN PENYEDIAAN TAPAK SEMAIAN, BAHAN PENYEDIAAN
AKHIRAN / TERMINAL MEDIA TANAMAN DAN BEKAS SEMAIAN SUPAYA TAPAK
PERFORMANCE SEMAIAN DAN BEKAS MEDIA SEMAIAN DISEDIAKAN,
OBJECTIVE MEDIA SEMAIAN DIISI DALAM BEKAS DAN DISUSUN
DENGAN KEMAS DAN TERATUR MENGIKUT SOP.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M04/K( 1/2 ) Muka : 1 Drp : 7
NAMA PELATIH /
TRAINEE’S NAME
TAJUK : PEMBERSIHAN DAN MENGEMAS TAPAK SEMAIAN
TUJUAN : Kertas kerja ini bertujuan untuk memberi panduan kepada pelatih
mengenai kaedah memotong rumput menggunakan mesin rumput bergalas, menarah
rumput dan mengumpul dan memungut sisa tanaman dengan kaedah yang betul.
ARAHAN :
Kertas kerja ini mengandungi langkah-langkah memotong rumput, menarah rumput
menggunakan cangkul dan mengumpul dan memungut sisa tanaman. Pelatih
dikehendaki melaksanakan kerja-kerja tersebut seperti yang ditunjukkan di dalam rajah
dengan menggunakan peralatan, perkakasan dan mesin yang disediakan.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M02/K (1/2) Muka : 2 Drp : 7
PERALATAN/PERKAKASAN/BAHAN :
1. Memotong rumput:
• Mesin rumput bergalas
• Sarung tangan
2. Menarah rumput
• Cangkul
• Sarung tangan
3. Mengumpul dan memungut sisa tanaman / sampah
• Pongkes
• Plastik sampah
• Pencakar
• Penyapu
• Skop
• Kereta sorong
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
1. Memotong rumput 1.1 Potong rumput dengan kelajuan enjin yang sesuai mengikut
ketebalan rumput
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M02/K (1/2) Muka : 3 Drp : 7
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
1.2 Arahkan mata pisau / nylon yang berputar pada satu ketinggian
yang tetap bagi rumput yang rendah. Bagi rumput yang tinggi
potong pada paras atas dahulu dan diikuti pada paras bawah
1.3 Sekiranya menggunakan mata pisau, pastikan kelajuan enjin
adalah rendah jika berdekatan dengan dinding, tiang atau objek
yang keras
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M02/K (1/2) Muka : 4 Drp : 7
2. Menarah rumput 2.1 Sediakan alatan yang sesuai untuk kerja menarah rumput iaitu
cangkul bermata lurus.
2.2 Tarah rumput dengan sudut tarahan 10º-20º.
2.3 Tarah rumput menggunakan cangkul untuk membersihkan
lorong laluan, sekeliling pokok semaian atau batas semaian
yang memerlukan kawasan bebas rumpai.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M02/K (1/2) Muka : 5 Drp : 7
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
2.4 Tarah rumput di sekitar tepi longkang.
3. Mengumpul dan memungut 3.1 Sapu dan kumpul semua sisa tanaman dan sampah
sisa tanaman / sampah menggunakan penyapu yang keras seperti penyapu buluh /
penyapu lidi / penyapu nylon.
3.2 Sekiranya sisa tanaman dan sampah banyak, kumpulkan ke
beberapa longgokan
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M02/K (1/2) Muka : 6 Drp : 7
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
3.3 Gunakan skop untuk memasukkan longgokan ke dalam bekas
sampah.
3.4 Gunakan kereta sorong untuk mengangkut
bekas-bekas sampah ke tempat pelupusan.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M02/K (1/2) Muka : 7 Drp : 7
BIL TAHAP PENCAPAIAN SENARAI SEMAK KERJA TIDAK CATATAN
A. PROSES KERJA TERIMA
TERIMA
1 Potong rumput menggunakan mesin rumput bergalas.
2 Tarah rumput dengan sudut tarahan 10º-20º
3 Bersih kawasan tapak semaian.
B. HASIL KERJA
1 Rumput dimesin dengan sekata
2 Rumpai ditarah.
3 Sampah dikumpul dan dibuang ke tempat pembuangan
sampah.
4 Peralatan dibersihkan dengan baik
C. SIKAP
1 Kerjasama dalam kumpulan
2 Tanggungjawab dan menepati masa
D. KESELAMATAN KERJA
1 Prosedur kerja yang betul
2 Gunakan peralatan keselamatan semasa bekerja
(Tandatangan & Nama Calon) (Tandatangan & Nama PP)
Tarikh Tarikh
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUTRAJAYA.
KERTAS KERJA
KOD NAMA DAN AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM / PROGRAM
CODE AND NAME TAHAP 1
TAHAP / LEVEL
M04 PENYEDIAAN TAPAK SEMAIAN
NO DAN TAJUK MODUL/
MODULE NO AND TITLE 02.01 SEDIA TAPAK SEMAIAN TANAMAN BUAH-
BUAHAN
NO DAN PERNYATAAN 02.02 SEDIA TAPAK SEMAIAN TANAMAN SAYUR-
TUGASAN /TASK(S) NO SAYURAN
AND STATEMENT 02.03 SEDIA TAPAK SEMAIAN TANAMAN HIASAN
SEDIA TAPAK SEMAIAN MENGGUNAKAN PERALATAN
OBJEKTIF PENCAPAIAN PENYEDIAAN TAPAK SEMAIAN, BAHAN PENYEDIAAN
AKHIRAN / TERMINAL TAPAK SEMAIAN, BAHAN PENYEDIAAN MEDIA
PERFORMANCE TANAMAN DAN BEKAS SEMAIAN SUPAYA TAPAK
OBJECTIVE SEMAIAN DAN BEKAS MEDIA SEMAIAN DISEDIAKAN,
MEDIA SEMAIAN DIISI DALAM BEKAS DAN DISUSUN
DENGAN KEMAS DAN TERATUR MENGIKUT SOP.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M04/K(2/2) Muka : 1 Drp : 11
NAMA PELATIH /
TRAINEE’S NAME
TAJUK : MENGISI MEDIA KE DALAM BEKAS SEMAIAN
TUJUAN : Kertas kerja ini bertujuan untuk memberi panduan kepada pelatih mengenai
kaedah mengisi media tanaman ke dalam polibeg, bekas plastik dan dulang semaian
berbilang sel dan menyusun atur dengan kaedah yang betul.
ARAHAN :
Kertas kerja ini mengandungi langkah-langkah mengisi media ke dalam polibeg, bekas
plastik dan dulang semaian berbilang sel dan cara-cara menyusun dengan betul. Pelatih
dikehendaki melaksanakan kerja-kerja tersebut dengan menggunakan peralatan dan
perkakasan yang disediakan.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M04/K (2/2) Muka : 2 Drp : 11
PERALATAN/PERKAKASAN/BAHAN :
1. Menyedia bekas semaian polibeg:
• Sudip tangan
• Polibeg
• Tanah campuran (2:1:1)
• Plastik hitam
• Pita pengukur
• Gunting
2. Menyedia bekas semaian plastik
• Sudip tangan
• Bekas plastik
• Pasir sungai
3. Menyedia dulang semaian berbilang sel
• Dulang berbilang sel
• Peatmoss
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
1. Menyedia bekas semaian 1.1 Isi tanah campuran ke dalam polibeg
polibeg
1.1.1 Sediakan tanah campuran 2:1:1 (tanah + pasir + bahan
organik)
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M04/K (2/2) Muka : 3 Drp : 11
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
1.1.2 Sediakan peralatan dan bahan.
1.1.3 Isikan 1/3 bahagian beg dengan tanah.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M04/K (2/2) Muka : 4 Drp : 11
1.1.4 Betulkan kedudukan bawah beg (lipat bucu).
1.1.5 Tambah tanah sehingga penuh.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M04/K (2/2) Muka : 5 Drp : 11
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
1.1.6 Hentakkan / padatkan polibeg
1.2 Menyusun polibeg
1.2.1 Sediakan tapak semaian yang rata
1.2.2 Ukur kawasan yang diperlukan