NO KOD / CODE NO AF-010-1/M03/P( 1/1 ) Muka : 5 Dpd : 11
2. Kaedah Membuat Batas
2.1 Mengukur dan menanda batas.
i. Gunakan kayu pancang untuk memacak kepada satu sudut di kawasan tanah
yang telah di bajak dan digemburkan.
ii. Dengan menggunakan pita ukur tarik memanjang batas mengikut panjang batas
yang hendak dibina, contoh 9m dan mengikut keluasan kawasan dan dicucuk
dengan kayu pancang .
iii. Dengan menggunakan pita ukur tarik melebar mengikut lebar batas yang
hendak dibina contoh 90cm – 120cm dan seterusnya dan ditanda dengan
menyucuk satu lagi kayu pancang.
iv. Dari pancang tersebut tarik pita ukur memanjang batas dan ditanda dengan
kayu pancang yang ke empat.
v. Dengan menggunakan tali, ikat tali mengikut ketinggian batas yang hendak
dibina contoh 30-40cm maka terbentuklah empat segi batas yang akan dibina
seperti contoh dengan ukuran kira-kira 15cm tinggi, 90-120cm lebar dan
panjang mengikut kesesuaian contoh 9m.
vi. Dengan kaedah yang sama buatkan tanda dengan kayu pancang empat persegi
dengan jarak adalah 45cm – 60cm yang merupakan jarak antara batas dan
juga sebagai alur batas.
9m
Rajah 5 : Contoh saiz dan ukuran batas yang akan dibina
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M03/P( 1/1 ) Muka : 6 Dpd : 11
Gambar 2 : Aktiviti mengukur dan membina batas tanaman
2.2 Peralatan dan kegunaan peralatan menanda batas.
i. Kayu pancang (rujuk gambar 2)
- Digunakan untuk menanda batas yang telah diukur panjang
ii. Pita pengukur (rujuk gambar 2)
- Digunakan untuk mengukur batas dari segi tinggi, lebar dan panjang
iii. Tali (rujuk gambar 2)
- Digunakan untuk mengikat di kayu pancang yang telah ditandakan batas
2.3 Membina batas dengan menggunakan traktor 2-roda dan implemen pembatas
(ridger).
Traktor dua roda atau lebih dikenali sebagai ‘power tiller’ boleh digunakan untuk
pelbagai aktiviti pertanian seperti membajak, menggembur tanah, mengepam air,
menarik treler dan lain-lain aktiviti pertanian. Dalam aktiviti membuat batas, sejenis
implemen pasang iaitu ‘ridger’.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M03/P( 1/1 ) Muka : 7 Dpd : 11
Gambar 3 : Penggunaan traktor 2 roda untuk Gambar 4 : Penggunaan garden tiller untuk
menggembur dan membentuk batas menggembur dan membentuk batas
Langkah-langkah penggunaan traktor 2 roda adalah:
i. Laras dan pasangkan ridger atau pembatas kepada traktor 2-roda.
Gambar 5: Traktor & Ridger
ii. Hidupkan enjin traktor 2-roda dan mula memandu traktor dengan perlahan dan
laraskan kedudukan ridger bagi menentukan kedalaman alur serta ketinggian
batas. Mulakan membina batas dari bidang tepi ladang dan mamandu traktor
sepanjang batas. Batas yang tinggi hendaklah dicangkul terlebih dahulu
sebelum melangkah kepada batas yang lain. Kurangkan kelajuan mengikut
keadaan seperti semasa membelok, pada tanah yang tidak rata dan pada masa
memandu ke belakang.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M03/P( 1/1 ) Muka : 8 Dpd : 11
iii. Batas boleh dibuat dengan traktor 2-roda dengan ukuran lebarnya 90cm, tinggi
15cm dan panjang yang sesuai dengan kehendak masing-masing, contoh 9m.
iv. Buat batas mengikut arah dari utara ke selatan untuk menjamin supaya
tanaman memperolehi sinaran cahaya matahari yang mencukupi.
v. Di antara setiap batas hendaklah dibuat ruang dalam linkungan 45cm – 60cm
dengan kedalaman 30cm. Ruang ini bertindak sebagai alur tempat saliran dan
tempat laluan pada waktu perawatan dan pemeliharaan tanaman dilakukan.
vi. Batas yang dibina haruslah lurus serta mempunyai alur yang dalam lurus.
Gambar 6 : Batas tanaman yang dibentuk dengan menggunakan traktor 2 roda
2.4 Keselamatan penggunaan alatan dan jentera.
i. Operator ladang yang mengendalikan alatan dan jentera perlu mematuhi arahan
keselamatan dan panduan penggunaan jentera berpandukan buku panduan
penggunaan jentera yang disediakan oleh pengilang/pembekal jentera tersebut.
ii. Kebanyakan kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian / kelalaian serta
kurangnya pengetahuan kemahiran dalam pengendalian alat dan jentera ladang.
iii. Terdapat banyak kes kemalangan yang melibatkan pengendali alatan dan jentera
ladang. Berikut ialah contoh kes yag biasa berlaku iaitu ;
• Pemandu traktor dihempap oleh traktor yang terbalik
• Gagal mengendalikan engkol hingga menyebabkan kecederaan pada muka
dan kepala akibat engkol tersebut melantun setelah enjin dihidupkan
• Tangan terkena tali sawat yang tidak mempunyai penutup
• Kaki terkena bilah rotor semasa rotor sedang berpusing
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M03/P( 1/1 ) Muka : 9 Dpd : 11
iv. Langkah-langkah keselamatan yang harus dipatuhi oleh pengendali jentera :
• Patuhi langkah keselamatan dalam pengendalian traktor dua roda
• Dapatkan bimbingan tenaga pengajar sebelum mengedalikan jentera
• Memahami dengan teliti tentang prosedur untuk memasang implemen pada
jentera
• Berhati-hati dan beri sepenuh tumpuan semasa mengendalikan jentera
Gambar 7 : Gunakan engkol dengan
cermat dan berhati-hati
Gambar 8 : Beri sepenuh tumpuan semasa
mengendalikan jentera
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M03/P( 1/1 ) Muka : 10 Dpd : 11
Jawab semua soalan dibawah:-
1. Nyatakan ukuran bagi setiap batas untuk sayur-sayuran daun, buah tembikai dan
tanaman orkid monopodium.
i. ____________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________
iii. ____________________________________________________________
2. Terangkan dengan ringkas cara membuat batas dengan traktor 2-roda.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
3. Nyatakan dua jenis implemen pembatas ?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
4. Nyatakan dua (2) peralatan yang digunakan untuk membuat batas..
i. ____________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________
5. Terangkan dengan ringkas cara mengukur dan menanda batas.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
6. Nyatakan dua jenis peralatan menanda batas ?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M03/P( 1/1 ) Muka : 11 Dpd : 11
RUJUKAN:
1. Bahagian Buah-buahan (1997), Pakej Teknologi Tanaman Buah-buahan ( Nenas, Tembikai,
Pisang, Durian, Rambutan, Nangka, Cempedak Ciku, Jambu, Jambu Batu, Manggis )
Terbitan Jabatan Pertanian. ISBN 983-047-080-6
2. Bahagian Tanaman Industri dan Bunga (2000), Pakej Teknologi Tanaman Hiasan ( Orkid,
Bunga Keratan) , Terbitan Jabatan Pertanian
3. Redaksi Agromedia Pustaka, (2005), Menanam Sayuran Di Halaman Rumah, Terbitan
Synergy Media Books. ISBN 983-197-413-1
4. J.M. Shippen, C.R. Ellin, C.H. Clover, Diterjemahkan Oleh Abdul Gafar Abdul Rahman,
(1993), Asas Jentera Ladang, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, ISBN 983-62-3299-0
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUTRAJAYA.
KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA AF- 010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM /
PROGRAM CODE AND
NAME
TAHAP / LEVEL TAHAP 1
NO DAN TAJUK M03 PENYUNGKUPAN BATAS TANAMAN
MODUL/ MODULE NO
AND TITLE
NO DAN 01.03 BUAT BATAS TANAMAN (SAYUR-SAYURAN,
PERNYATAAN BUAH- BUAHAN & HIASAN)
TUGASAN TASK(S) NO 01.05 BUAT SUNGKUPAN BATAS TANAMAN SECARA
AND STATEMENT MANUAL
OBJEKTIF MODUL / SUNGKUP BATAS TANAMAN MENGGUNAKAN TRAKTOR
OBJECTIVE MODULE
2-RODA, PERALATAN UNTUK MEMBUAT BATAS
NO KOD / CODE NO TANAMAN, PERALATAN SUNGKUPAN DAN BAHAN
SUNGKUPAN SUPAYA KAWASAN BATAS DIUKUR,
DITANDA, BATAS DIBINA MENGIKUT UKURAN YANG
TELAH DITETAPKAN, BAHAN SUNGKUPAN DISEDIAKAN,
DIHAMPAR RATA DI PERMUKAAN BATAS, KEMAS,
RAPAT DAN RAPI MELIPUTI KESELURUHAN
PERMUKAAN BATAS MENGIKUT SPESIFIKASI MANUAL
TANAMAN..
AF-010-1/M03/P( 2/2 ) Muka : 1 Drp : 7
TAJUK : PENYUNGKUPAN BATAS TANAMAN
TUJUAN :
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelatih mengenai kaedah
penyungkupan batas tanaman dengan selamat tanpa membahayakan keselamatan diri dan
tidak merosakkan peralatan yang digunakan.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M03/P( 2/2 ) Muka : 2 Dpd : 7
PENERANGAN :
1.0 Membuat Sungkupan.
1.1 Definisi sungkupan dan penyungkupan.
i. Sungkupan ialah bahan yang digunakan untuk menutup permukaan tanah
berhampiran dengan pangkal tanaman.
ii. Penyungkupan ialah satu proses menutup permukaan tanah dengan bahan-
bahan tertentu dengan cara yang disyorkan.
1.2 Tujuan dan faedah sungkupan
Tujuan menyungkup permukaan tanah di sekeliling pangkal tanaman adalah untuk :
i Mengawal pertumbuhan rumpai.
ii Mengurangkan hakisan tanah, terutamanya di lereng bukit.
iii Mengelakkan bijibenih atau anak benih tanaman dan baja daripada dihanyutkan air.
iv Memelihara kelembapan tanah.
v Merendahkan suhu tanah.
vi Mengelakkan berlakunya kepadatan tanah.
vii Menjadi baja bila reput bagi sungkupan daripada bahan tanaman.
viii Plastik silvershine menghindari dari serangga perosak seperti kutu dan trips.
2.0 Jenis-Jenis Sungkupan
Terdapat berbagai jenis sungkupan yang biasa diamalkan dalam pertanian termasuk
kaedah yang dipraktikkan secara tradisi ataupun moden. Antara jenis-jenis sungkupan
ialah:
2.1 Sungkupan batas – menutup keseluruhan batas tanaman dengan menggunakan
medium seperti plastik silvershine, sisa tumbuhan dan alin-lain
Gambar 1 : Batas tanaman yang yang ditutup dengan plastik silvershine
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M03/P( 2/2 ) Muka : 3 Dpd : 7
2.2 Sungkupan pangkal pokok – sungkupan yang digunakan untuk menutup seluruh
permukaan tanah hingga ke pangkal pokok
Gambar 2 : Sungkupan dengan menggunakan sisa
tanaman pada pangkal pokok
2.3 Sungkupan tebing – sungkupan yang digunakan untuk menutup seluruh
permukaan tanah yang berada di lereng bukit mengikut kontur tanaman.
Gambar 3 : Sungkupan menggunakan sisa organik pada
lereng bukit untuk tanaman kekacang
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M03/P( 2/2 ) Muka : 4 Dpd : 7
2.4 Sungkupan alas polibeg – sungkupan yang digunakan untuk menutup seluruh
permukaan tanah di mana diletakkan polibeg-polibeg anak semaian di atasnya.
Gambar 4 : Polibeg diletak di atas plastik silvershine
3.0 Bahan-Bahan Sungkupan
Terdapat berbagai-bagai jenis bahan yang boleh dijadikan sungkupan termasuklah:-
i Tumbuhan seperti rumput-rumput kering, daun-daun lalang kering, jerami padi, daun-
daun kayu dan pelepah daun pokok kelapa, pokok kelapa sawit dan pokok palma.
ii Bahan pembalut terpakai seperti guni, kertas, plastik dan kain.
iii Bahan kompos spara reput.
iv Bahan jejaring semaian.
v Bahan plastik silvershine.
4.0 ALAT KERJA PENYUNGKUPAN
Bagi sungkupan plastik 'silvershine', peralatan yang perlu disediakan ialah :
i. Kayu bulat garispusat 3 – 5 cm, panjang 2.0 meter
• Untuk dimasukkan ke dalam lubang plastik silvershine
ii. Kayu hujung bercabang pangkal tajam garispusat 3 – 5 cm, panjang 30 – 50 cm
• Untuk disangkutkan kayu yang dimasukkan ke dalam lubang plastik sungkupan
• Sediakan 2 batang
iii. Cangkul
• Untuk membelah tepi batas dan menarik tanah ke tepi plastik 'silvershine’
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M03/P( 2/2 ) Muka : 5 Dpd : 7
5.0 KAEDAH MENYUNGKUP BATAS.
Kaedah menyungkup menggunakan plastik silvershine ada dua cara yang biasa digunakan
bergantung kepada kemudahan yang ada di pusat latihan.
i. Menggunakan tenaga 1 orang untuk menarik plastik silvershine yang disangkutkan pada
kayu cabang Y.
ii. Menggunakan tenaga 3 orang atau lebih di mana seorang atau 2 orang menarik plastik
silvershine yang dipegang oleh 2 orang yang lain.
Rajah 1 : Contoh kaedah memasang plastik silvershine secara
manual pada batas tanaman
Gambar 5 : Batas yang telah siap disungkup
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M03/P( 2/2 ) Muka : 6 Dpd : 7
Jawab semua soalan dibawah:-
1. Berikan empat (4) jenis sungkupan.
i. ____________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________
iii. ____________________________________________________________
iv. ____________________________________________________________
2. Nyatakan lima (5) jenis bahan yang boleh dijadikan sungkupan.
i. _______________________________________________________________
ii. _______________________________________________________________
iii. _______________________________________________________________
iv. _______________________________________________________________
v. _______________________________________________________________
3. Nyatakan enam (6) tujuan menyungkup permukaan tanah di sekeliling pangkal tanaman.
i. _____________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________
iii.______________________________________________________________
iv.______________________________________________________________
v.______________________________________________________________
vi._____________________________________________________________
4. Nyatakan tiga faedah penyungkupan batas.
i. _______________________________________________________________
ii. _______________________________________________________________
iii. _______________________________________________________________
5. Terangkan dengan ringkas cara penyungkupan menggunakan tenaga satu orang dan
tiga orang.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M03/P( 2/2 ) Muka : 7 Dpd : 7
RUJUKAN:
1. Bahagian Buah-buahan (1997), Pakej Teknologi Tanaman Buah-buahan ( Nenas, Tembikai,
Pisang, Durian, Rambutan, Nangka, Cempedak Ciku, Jambu, Jambu Batu, Manggis ) Terbitan
Jabatan Pertanian. ISBN 983-047-080-6
2. Bahagian Tanaman Industri dan Bunga (2000), Pakej Teknologi Tanaman Hiasan ( Orkid, Bunga
Keratan) , Terbitan Jabatan Pertanian
3. Redaksi Agromedia Pustaka, (2005), Menanam Sayuran Di Halaman Rumah, Terbitan Synergy
Media Books. ISBN 983-197-413-1
4. J.M. Shippen, C.R. Ellin, C.H. Clover, Diterjemahkan Oleh Abdul Gafar Abdul Rahman, (1993),
Asas Jentera Ladang, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, ISBN 983-62-3299-0
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUTRAJAYA.
KERTAS TUGASAN
KOD NAMA DAN AF- 010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM / PROGRAM
CODE AND NAME L1
TAHAP / LEVEL M03 PENYUNGKUPAN BATAS TANAMAN
NO DAN TAJUK MODUL/ 01.03 BUAT BATAS TANAMAM (SAYUR-SAYURAN,
MODULE NO AND TITLE BUAH-BUAHAN & HIASAN
NO DAN PERNYATAAN 01.05 BUAT SUNGKUPAN BATAS TANAMAN SECARA
TUGASAN /TASK(S) NO MANUAL
AND STATEMENT
OBJEKTIF PENCAPAIAN SUNGKUP BATAS TANAMAN MENGGUNAKAN
AKHIRAN / TERMINAL
PERFORMANCE TRAKTOR 2-RODA, PERALATAN UNTUK MEMBUAT
OBJECTIVE
BATAS TANAMAN, PERALATAN SUNGKUPAN DAN
BAHAN SUNGKUPAN SUPAYA KAWASAN BATAS
DIUKUR, DITANDA, BATAS DIBINA MENGIKUT UKURAN
YANG TELAH DITETAPKAN, BAHAN SUNGKUPAN
DISEDIAKAN, DIHAMPAR RATA DI PERMUKAAN BATAS,
KEMAS, RAPAT DAN RAPI MELIPUTI KESELURUHAN
PERMUKAAN BATAS MENGIKUT SPESIFIKASI MANUAL
TANAMAN.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M03/T(1/1) Muka : 1 Drp : 4
NAMA PELATIH /
TRAINEE’S NAME
TAJUK : PENYUNGKUPAN BATAS TANAMAN
TUJUAN :
Kertas tugasan ini adalah bertujuan menguji kefahaman pelajar didalam tajuk kaedah
membuat batas dan membuat sungkupan tanaman sepertimana yang dipelajari dalam
kertas penerangan AF-010-1/MO3/P(1/2).
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M03/T(1/1) Muka : 2 Drp : 4
Jawab semua soalan di bawah dengan merujuk kepada kertas penerangan AF-010-
1/M03/P(1/2)
1. Nyatakan ukuran bagi setiap batas untuk sayur-sayuran daun, buah tembikai
dan tanaman orkid monopodium.
i. ______________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________
iii. ______________________________________________________________
(Markah 3)
2. Apakah ciri-ciri batas yang baik?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(2 markah)
3. Nyatakan dua tujuan penyediaan batas?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(2 markah)
4.. Nyatakan dua tujuan mengukur dan menanda batas ?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(2 markah)
5. Apakah fungsi kandungan udara yang cukup?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(2 markah)
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M03/T(1/1) Muka : 3 Drp : 4
6. Bagaimanakah caranya tali digunakan dalam menanda batas?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(2 markah)
7. Apakah definisi sungkupan dan penyungkupan ?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(2 markah)
8. Namakan dua jenis sungkupan yang biasa diamalkan dalam pertanian?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(2 markah)
9. Apakah empat (4) jenis bahan yang boleh dijadikan sungkupan ?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(2 markah)
10. Berikan lima (5) tujuan menyungkup permukaan tanah?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(2 markah)
11. Apakah kegunaan kayu hujung bercabang Y?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(2 markah)
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M03/T(1/1) Muka : 4 Drp : 4
12. Nyatakan tiga faedah penyungkupan batas.
i________________________________________________________________
ii_______________________________________________________________
iii_______________________________________________________________
(3 markah)
13. Terangkan dengan ringkas cara penyungkupan menggunakan tenaga satu orang
dan tiga orang.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
RUJUKAN:
1. Bahagian Sayur-sayuran, (1997), Pakej Teknologi Tanaman Sayur-sayuran (
Bayam, Kangkong, Sawi, Cili, Bendi, Timun, Petola, Peria, Kacang Panjang,
Kacang Buncis dan lain-lain ) Terbitan Jabatan Pertanian. ISBN 983-047-
035-0
2. Bahagian Buah-buahan (1997), Pakej Teknologi Tanaman Buah-buahan (
Nenas, Tembikai, Pisang, Durian, Rambutan, Nangka, Cempedak Ciku,
Jambu, Jambu Batu, Manggis ) Terbitan Jabatan Pertanian. ISBN 983-047-
080-6
3. Bahagian Tanaman Industri dan Bunga (2000), Pakej Teknologi Tanaman
Hiasan ( Orkid, Bunga Keratan) , Terbitan Jabatan Pertanian
4. Redaksi Agromedia Pustaka, (2005), Menanam Sayuran Di Halaman Rumah,
Terbitan Synergy Media Books. ISBN 983-197-413-1
5. Lee Chew Kang, Diterjemahkan Oleh Rukayah Aman, (1983), Menanam
Sayur Keperluan Sendiri, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
6. J.M. Shippen, C.R. Ellin, C.H. Clover, Diterjemahkan Oleh Abdul Gafar Abdul
Rahman, (1993), Asas Jentera Ladang, Terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka, ISBN 983-62-3299-0
JPK
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUTRAJAYA.
TRAINING MANUAL
(Written Instructional Material)
JOB TITLE PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM CODE AF-010-1
LEVEL 01
MODULE
M06 PENYEMAIAN KERATAN TANAMAN
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Aras 7-8, Blok D4, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Date of approval:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUTRAJAYA.
KERTAS KERJA
KOD NAMA DAN AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM / PROGRAM TAHAP 1
CODE AND NAME
TAHAP / LEVEL
NO DAN TAJUK MODUL/ M06 PENYEMAIAN KERATAN TANAMAN
MODULE NO AND TITLE
NO DAN PERNYATAAN 02.06 SEMAI KERATAN TANAMAN
TUGASAN TASK(S) NO
AND STATEMENT SEMAI KERATAN TANAMAN MENGGUNAKAN KERATAN
OBJEKTIF MODUL / RANTING, AKAR DAN DAUN, SCATEURS, KAYU
OBJECTIVE MODULE PEMBUAT ALUR/LUBANG, HORMON PENGGALAK AKAR,
NO KOD / CODE NO RACUN KULAT, BEKAS SEMAIAN, POLIBEG, MEDIA
SEMAIAN DAN MANUAL TANAMAN SUPAYA RANTING,
AKAR DAN DAUN DIPOTONG DARI POKOK TERPILIH,
DIKERAT/ RENCUNG, DIRAWAT DENGAN RACUN KULAT,
DICELUP DENGAN HORMON PENGAKARAN, DISEMAI
MENGIKUT KEDALAMAN YANG SESUAI DAN MEDIA
SEMAIAN DIPADATKAN.
AF-010-1/M06/K(1/3) Muka : 1 Drpd : 8
TAJUK : SEMAI KERATAN RANTING TANAMAN
TUJUAN :
Pelatih mesti boleh:
1. Pilih dan potong ranting yang ditentukan.
2. Sedia bekas semaian.
3. Dapatkan JIS 2:1:1 dan JIP 3:2:1 atau 7:3:2.
4. Rawat keratan ranting menggunakan racun kulat.
5. Semai keratan ranting.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/K(1/3) Muka : 2 Drp : 9
ARAHAN :
Kertas kerja ini mengandungi langkah-langkah menyemai keratan ranting/ batang di dalam John
Inne’s Seedling Compost (2.1.1) dan John Inne’s Potting Mixture (3:2:1 atau 7:3:2). Pelatih
dikehendaki melaksanakan kerja-kerja tersebut seperti yang ditunjukkan di dalam gambar dengan
menggunakan peralatan dan perkakasan yang disediakan.
LUKISAN, DATA DAN JADUAL :
Gambar 1 : Semaian keratan batang Codiaeum sp.
PERALATAN/PERKAKASAN/BAHAN :
1. Peralatan dan bahan di nurseri.
i. Keratan ranting/ batang tanaman
ii. Scateurs
iii. Kayu pembuat alur/lubang
iv. Hormon penggalak akar
v. Racun kulat
vi. Bekas semaian
vii. Pasu semaian
viii. Polibeg
ix. Media semaian
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/K(1/3) Muka : 3 Drp : 9
LANGKAH KERJA
BUTIRAN KERJA
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/K(1/3) Muka : 4 Drp : 9
1. Sedia keratan ranting. 1.1 Potong ranting yang sihat dan subur dari pokok terpilih.
1.2 Potong ranting berdiameter 0.5-1.0 cm sepanjang15 cm.
Pangkal dipotong rencung manakala hujung dipotong
mendatar.
1.3 Buang daun pada keratan.
• Keratan lembut – tinggalkan 2 helai daun paling muda (daun
yang tinggal dipotong separuh)
• Keratan sederhana – tinggalkan maksimum 4 helai daun
(daun yang tinggal dipotong separuh)
• Keratan keras – buang semua daun
Lembut
Sederhana
Keras
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/K(1/3) Muka : 5 Drp : 9
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
2. Sedia bekas semaian. 2.1 Dapatkan polibeg bersaiz 6” x 9” dan bekas semaian plastik.
3. Dapatkan media 3.1 Isi media semaian ke dalam polibeg/ bekas semaian.
semaian.
4. Rawat keratan ranting. • John Innes Seedling Compost (2:1:1) diisi ke dalam
bekas semaian plastik
• John Innes Potting Mixture (3:2:1 atau 7:3:2) diisi ke
dalam polibeg
4.1 Celup luka keratan ranting dengan racun kulat.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/K(1/3) Muka : 6 Drp : 9
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
5. Celup pangkal keratan 5.1 Celup pangkal keratan ke dalam hormon pengakaran.
dengan hormon
pengakaran.
6. Semai keratan 6.1 Buat lubang pada media semaian menggunakan kayu pembuat
alur/ lubang
6.2 Tanam keratan pada kedalaman 1/3 daripada panjang keratan
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/K(1/3) Muka : 7 Drp : 9
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
6.3 Padatkan media di sekeliling pangkal keratan.
7. Siram semaian. 7.1 Siram semaian dengan air secukupnya.
7.2 Tempatkan semaian di bawah teduhan 50 % cahaya.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/K(1/3) Muka : 8 Drp : 9
BIL TAHAP PENCAPAIAN SENARAI SEMAK KERJA TIDAK CATATAN
A. PROSES KERJA TERIMA
TERIMA
1 Sedia keratan ranting.
2 Sedia bekas semaian.
3 Dapatkan media pengakaran.
4 Rawat keratan ranting.
5 Guna hormon penggalak akar.
6 Semai keratan ranting.
7 Siram semaian dan beri teduhan.
B. HASIL KERJA
1 Pilih dan potong ranting mengikut ukuran yang tepat.
2 Sedia bekas semaian yang betul.
3 Isi JIS 2:1:1, JIP 3:2:1 dan 7:3:2 ke dalam bekas
semaian yang betul.
4 Rawat luka keratan ranting dengan racun kulat.
5 Celup pangkal keratan ranting dengan hormon penggalak
akar.
6 Semai keratan ranting dalam JIS 2:1:1, JIP 3:2:1
dan JIP 7:3:2
7 Siram dan ditempatkan semaian di bawah teduhan
50% cahaya.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/K(1/3) Muka : 9 Drp : 9
BIL TAHAP PENCAPAIAN TERIMA TIDAK CATATAN
C. SIKAP TERIMA
1 Sedia menyiapkan tugasan
2 Kerjasama dalam kumpulan.
3 Tanggungjawab dan menepati masa.
D. KESELAMATAN KERJA
1 Prosedur kerja yang betul.
2 Gunakan peralatan keselamatan semasa bekerja.
3 Persekitaran kerja yang bersih.
4 Kemas dan simpan peralatan setelah selesai tugasan.
(Tandatangan & Nama Calon) (Tandatangan & Nama PP)
Tarikh Tarikh
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUTRAJAYA.
KERTAS KERJA
KOD NAMA DAN AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM / PROGRAM TAHAP 1
CODE AND NAME
TAHAP / LEVEL
NO DAN TAJUK MODUL/ M06 PENYEMAIAN KERATAN TANAMAN
MODULE NO AND TITLE
NO DAN PERNYATAAN 02.06 SEMAI KERATAN TANAMAN
TUGASAN TASK(S) NO
AND STATEMENT SEMAI KERATAN TANAMAN MENGGUNAKAN KERATAN
OBJEKTIF MODUL / RANTING, AKAR DAN DAUN, SCATEURS, KAYU
OBJECTIVE MODULE PEMBUAT ALUR/LUBANG, HORMON PENGGALAK AKAR,
NO KOD / CODE NO RACUN KULAT, BEKAS SEMAIAN, POLIBEG, MEDIA
SEMAIAN DAN MANUAL TANAMAN SUPAYA RANTING,
AKAR DAN DAUN DIPOTONG DARI POKOK TERPILIH,
DIKERAT/ RENCUNG, DIRAWAT DENGAN RACUN KULAT,
DICELUP DENGAN HORMON PENGAKARAN, DISEMAI
MENGIKUT KEDALAMAN YANG SESUAI DAN MEDIA
SEMAIAN DIPADATKAN.
AF-010-1/M06/K(2/3) Muka : 1 Drpd : 8
TAJUK : SEMAI KERATAN AKAR TANAMAN
TUJUAN :
Pelatih mesti boleh:
1. Pilih dan potong akar yang ditentukan.
2. Sedia bekas semaian.
3. Dapatkan JIS 2:1:1 dan JIP 3:2:1 atau 7:3:2.
4. Rawat keratan akar menggunakan racun kulat.
5. Semai keratan akar.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/K(2/3) Muka : 2 Drpd : 8
ARAHAN :
Kertas kerja ini mengandungi langkah-langkah menyemai keratan akar di dalam John Inne’s Seedling
Compost (2:1:1), John Inne’s Potting Mixture (3:2:1 atau 7:3:2) dan pasir sungai. Pelatih
dikehendaki melaksanakan kerja-kerja tersebut seperti yang ditunjukkan di dalam gambar dengan
menggunakan peralatan dan perkakasan yang disediakan.
LUKISAN, DATA DAN JADUAL :
Gambar 1 : Semaian keratan batang Codiaeum sp.
Gambar 1. Akar Kesidang yang telah siap digali.
PERALATAN/PERKAKASAN/BAHAN :
1. Manual Tanaman.
2. Peralatan dan bahan di nurseri.
i. Keratan ranting/ batang tanaman
ii. Scateurs
iii. Kayu pembuat alur/lubang
iv. Hormon penggalak akar
v. Racun kulat
vi. Bekas semaian
vii. Pasu semaian
viii. Media semaian
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/K(2/3) Muka : 3 Drpd : 8
LANGKAH KERJA
BUTIRAN KERJA
1. Sedia keratan akar.
1.1 Teknik Kelaran
• Gali sekeliling zon akar sehingga menampakkan akar primer
(utama).
• Buat kelaran sepanjang 10 cm. Kedalaman kelaran ialah 1/3
daripada diameter akar. Kelaran dibiarkan selama sebulan
sebelum dipotong dan disemai.
1.2 Teknik semai terus
• Gali sekeliling zon akar sehingga menampakkan akar primer
(utama).
• Potong akar sepanjang 10 cm.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/K(2/3) Muka : 4 Drpd : 8
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
2. Sedia bekas semaian. 2.1 Dapatkan bekas semaian seperti takung plastik dan pasu
semaian. Pastikan bekas tersebut mepunyai lubang saliran.
3. Dapatkan media 3.1 Isi media semaian ke dalam bekas semaian.
semaian.
4. Celup keratan dengan • John Inne’s Potting Mixture (3:2:1 atau 7:3:2) diisi ke
racun kulat dalam pasu semaian.
• John Inne’s Seedling Compost (2:1:1) dan pasir sungai
di gunakan untuk penyemaian di dalam takung plastik.
4.1 Celup luka keratan dengan racun kulat.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/K(2/3) Muka : 5 Drpd : 8
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
5. Celup pangkal keratan 5.1 Celup pangkal keratan ke dalam hormon pengakaran.
dengan hormon
pengakaran.
6. Semai keratan 6.1 Semai keratan mengikut langkah kerja berikut :
• Buat lubang pada media semaian menggunakan kayu
pembuat alur/ lubang
• Tanam dan kambus keratan hingga tertutup.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/K(2/3) Muka : 6 Drpd : 8
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
7. Siram semaian. 7.1 Siram semaian dengan air secukupnya.
7.2 Tempatkan semaian di bawah teduhan 50 % cahaya
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/K(2/3) Muka : 7 Drpd : 8
BIL TAHAP PENCAPAIAN SENARAI SEMAK KERJA TIDAK CATATAN
A. PROSES KERJA TERIMA
TERIMA
1 Sedia keratan akar.
2 Sedia bekas semaian.
3 Dapatkan media pengakaran.
4 Rawat keratan akar (jika berkenaan).
5 Guna hormon penggalak akar (jika berkenaan).
6 Semai keratan akar.
7 Siram semaian dan beri teduhan.
B. HASIL KERJA
1 Pilih dan potong/ kelar akar mengikut ukuran yang tepat.
2 Sedia bekas semaian yang betul.
3 Isi JIS 2:1:1, JIP 3:2:1 dan 7:3:2 ke dalam bekas
semaian yang betul.
4 Rawat luka keratan akar dengan racun kulat.
(jika berkenaan)
5 Celup pangkal keratan akar dengan hormon penggalak
Akar (jika berkenaan).
6 Semai keratan akar dalam JIS 2:1:1, JIP 3:2:1
dan JIP 7:3:2
7 Siram dan ditempatkan semaian di bawah teduhan
50% cahaya.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/K(2/3) Muka : 8 Drpd : 8
BIL TAHAP PENCAPAIAN TERIMA TIDAK CATATAN
C. SIKAP TERIMA
1 Sedia menyiapkan tugasan
2 Kerjasama dalam kumpulan.
3 Tanggungjawab dan menepati masa.
D. KESELAMATAN KERJA
1 Prosedur kerja yang betul.
2 Gunakan peralatan keselamatan semasa bekerja.
3 Persekitaran kerja yang bersih.
4 Kemas dan simpan peralatan setelah selesai tugasan.
(Tandatangan & Nama Calon) (Tandatangan & Nama PP)
Tarikh Tarikh
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUTRAJAYA.
KERTAS KERJA
KOD NAMA DAN AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM / PROGRAM TAHAP 1
CODE AND NAME
TAHAP / LEVEL
NO DAN TAJUK MODUL/ M06 PENYEMAIAN KERATAN TANAMAN
MODULE NO AND TITLE
NO DAN PERNYATAAN 02.06 SEMAI KERATAN TANAMAN
TUGASAN TASK(S) NO
AND STATEMENT SEMAI KERATAN TANAMAN MENGGUNAKAN KERATAN
OBJEKTIF MODUL / RANTING, AKAR DAN DAUN, SCATEURS, KAYU
OBJECTIVE MODULE PEMBUAT ALUR/LUBANG, HORMON PENGGALAK AKAR,
NO KOD / CODE NO RACUN KULAT, BEKAS SEMAIAN, POLIBEG, MEDIA
SEMAIAN DAN MANUAL TANAMAN SUPAYA RANTING,
AKAR DAN DAUN DIPOTONG DARI POKOK TERPILIH,
DIKERAT/ RENCUNG, DIRAWAT DENGAN RACUN KULAT,
DICELUP DENGAN HORMON PENGAKARAN, DISEMAI
MENGIKUT KEDALAMAN YANG SESUAI DAN MEDIA
SEMAIAN DIPADATKAN.
AF-010-1/M06/K(3/3) Muka : 1 Drpd : 8
TAJUK : SEMAI KERATAN DAUN TANAMAN
TUJUAN :
Pelatih mesti boleh:
1. Pilih dan potong bahagian daun yang ditentukan.
2. Sedia bekas semaian.
3. Dapatkan JIS 2:1:1 dan JIP 3:2:1 atau 7:3:2.
4. Rawat keratan daun menggunakan racun kulat.
5. Semai keratan daun.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06(3/3) Muka : 2 Drpd : 8
ARAHAN :
Kertas kerja ini mengandungi langkah-langkah menyemai keratan daun di dalam John Inne’s
Seedling Compost (2:1:1) dan John Inne’s Potting Mixture (3:2:1 atau 7:3:2). Pelatih dikehendaki
melaksanakan kerja-kerja tersebut seperti yang ditunjukkan di dalam gambar dengan menggunakan
peralatan dan perkakasan yang disediakan.
LUKISAN, DATA DAN JADUAL :
Gambar 1 : Semaian keratan Lidah jin (Sanseiveria)
PERALATAN/PERKAKASAN/BAHAN :
1. Manual Tanaman.
2. Peralatan dan bahan di nurseri.
i. Keratan daun tanaman
ii. Scateurs
iii. Kayu pembuat alur/lubang
iv. Hormon penggalak akar
v. Racun kulat
vi. Bekas semaian
vii. Polibeg
viii. Media semaian
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06(3/3) Muka : 3 Drpd : 8
LANGKAH KERJA
BUTIRAN KERJA
1. Sedia keratan daun.
1.1 Lidah jin (Sanseiveria)
• Potong daun yang sihat dan subur dari pokok terpilih.
• Potong daun sepanjang 10 cm.
1.2 Resam batu (Begonia)
A. Keratan tangkai daun
• Potong daun yang sihat dan subur dari pokok terpilih.
• Potong tangkai daun sepanjang 5 cm.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06(3/3) Muka : 4 Drpd : 8
LANGKAH KERJA
BUTIRAN KERJA
B. Keratan daun
• Pilih pokok yang subur, kemudian potong daun matang.
• Kerat helai daun menjadi bentuk ”V” mengikut uratnya.
2. Sedia bekas semaian. 2.1 Dapatkan polibeg, bekas semaian plastik, dan pasu semaian.
3. Dapatkan media 3.1 Isi media semaian ke dalam bekas semaian.
semaian.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06(3/3) Muka : 5 Drpd : 8
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
4. Rawat keratan daun. 4.1 Celup luka keratan daun dengan racun kulat.
5. Celup pangkal keratan 5.1 Celup pangkal keratan daun ke dalam hormon pengakaran.
dengan hormon
pengakaran.
6. Semai keratan 6.1 Buat lubang pada media semaian menggunakan kayu pembuat
alur/ lubang
6.2 Tanam keratan daun pada kedalaman 1/3 daripada panjang
keratan
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06(3/3) Muka : 6 Drpd : 8
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
6.3 Padatkan media di sekeliling pangkal keratan.
7. Siram semaian. 7.1 Siram semaian dengan air secukupnya.
7.2 Tempatkan semaian di bawah teduhan 50 % cahaya.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06(3/3) Muka : 7 Drpd : 8
BIL TAHAP PENCAPAIAN SENARAI SEMAK KERJA TIDAK CATATAN
A. PROSES KERJA TERIMA
TERIMA
1 Sedia keratan daun.
2 Sedia bekas semaian.
3 Dapatkan media pengakaran.
4 Rawat keratan daun.
5 Guna hormon penggalak akar.
6 Semai keratan daun.
7 Siram semaian dan beri teduhan.
B. HASIL KERJA
1 Pilih dan potong bahagian daun mengikut ukuran yang
tepat.
2 Sedia bekas semaian yang betul.
3 Isi JIS 2:1:1, JIP 3:2:1 dan 7:3:2 ke dalam bekas
semaian yang betul.
4 Rawat luka keratan daun dengan racun kulat.
5 Celup pangkal keratan daun dengan hormon penggalak
akar.
6 Semai keratan daun dalam JIS 2:1:1, JIP 3:2:1
dan JIP 7:3:2
7 Siram dan ditempatkan semaian di bawah teduhan
50% cahaya.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06(3/3) Muka : 8 Drpd : 8
BIL TAHAP PENCAPAIAN TERIMA TIDAK CATATAN
C. SIKAP TERIMA
1 Sedia menyiapkan tugasan
2 Kerjasama dalam kumpulan.
3 Tanggungjawab dan menepati masa.
D. KESELAMATAN KERJA
1 Prosedur kerja yang betul.
2 Gunakan peralatan keselamatan semasa bekerja.
3 Persekitaran kerja yang bersih.
4 Kemas dan simpan peralatan setelah selesai tugasan.
(Tandatangan & Nama Calon) (Tandatangan & Nama PP)
Tarikh Tarikh
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUTRAJAYA.
KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM / PROGRAM TAHAP 1
CODE AND NAME
TAHAP / LEVEL
NO DAN TAJUK MODUL/ M06 PENYEMAIAN KERATAN TANAMAN
MODULE NO AND TITLE
NO DAN PERNYATAAN 02.06 SEMAI KERATAN TANAMAN
TUGASAN TASK(S) NO
AND STATEMENT SEMAI KERATAN TANAMAN MENGGUNAKAN KERATAN
OBJEKTIF MODUL / RANTING, AKAR DAN DAUN, SCATEURS, KAYU PEMBUAT
OBJECTIVE MODULE ALUR/LUBANG, HORMON PENGGALAK AKAR, RACUN KULAT,
NO KOD / CODE NO BEKAS SEMAIAN, POLIBEG, MEDIA SEMAIAN DAN MANUAL
TANAMAN SUPAYA RANTING, AKAR DAN DAUN DIPOTONG
DARI POKOK TERPILIH, DIKERAT/ RENCUNG, DIRAWAT
DENGAN RACUN KULAT, DICELUP DENGAN HORMON
PENGAKARAN, DISEMAI MENGIKUT KEDALAMAN YANG
SESUAI DAN MEDIA SEMAIAN DIPADATKAN.
AF-010-1/M06/P(1/2) Muka : 1 Drpd : 7
TAJUK : PENYEDIAAN KERATAN TANAMAN
TUJUAN :
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelatih mengenai kaedah memilih,
memotong dan merawat keratan tanaman menggunakan peralatan yang betul dengan selamat tanpa
membahayakan keselamatan diri dan rakan kerja.
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/P(1/2) Muka : 2 Dpd : 7
PENERANGAN:
Keratan tanaman merupakan salah satu bahagian yang digunakan dalam pembiakbakaan tanaman.
Kaedah pembiakan tersebut merupakan kaedah pembiakan tampang yang biasa digunakan di nurseri-
nurseri komersil. Selain faktor teknik yang mudah, kaedah ini turut mempunyai peratus kejayaan yang
tinggi terutamanya bagi tanaman hiasan dan beberapa jenis komoditi buah- buahan dan sayur-
sayuran. Adalah penting untuk mempelajari bagaimana ia disediakan kerana setiap kategori keratan,
mempunyai kaedah penyediaan yang tersendiri.
Gambar 1. Penyemaian keratan batang Puding (Codiaeum sp.)
1. DEFINISI KERATAN TANAMAN
Kaedah pembiakan tanaman secara vegetatif/ tampang/ aseks menggunakan bahagian ranting/ akar/
daun yang disemai ke dalam media semaian. Tidak semua jenis tanaman sesuai dibiakkan dengan
kaedah ini. Berikut antara tanaman yang boleh dibiakkan secara keratan ranting, akar dan daun:
• Ranting/ batang
- Pitaya
- Kangkung
- Puding
• Akar
- Sukun
- Belimbing buluh
- Kesidang
• Daun
- Setawar
- Resam batu
- Lidah jin
2. KEBAIKAN PEMBIAKAN KAEDAH KERATAN TANAMAN
• Proses penyediaan mudah dan cepat
• Cepat mengeluarkan hasil
• Mengekalkan ketulenan baka
• Pertumbuhan pokok dan mutu hasil yang seragam
• Mengatasi masalah pembiakan tanaman tanpa biji
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/P(1/2) Muka : 3 Dpd : 7
3. KELEMAHAN PEMBIAKAN KAEDAH KERATAN TANAMAN
• Anak pokok mewarisi penyakit daripada induk
• Ketiadaan akar tunjang menyebabkan pokok mudah tumbang
4. PERALATAN DAN BAHAN KERJA Kegunaan
.
Jenis Peralatan dan Bahan Kerja
Bahagian tanaman yang akan digunakan untuk tujuan
pembiakbakaan.
Gambar 2: Keratan tanaman
Memotong keratan ranting, akar dan daun tanaman.
Gambar 3: Scateaurs
Media pengakaran digunakan untuk tujuan percambahan
bahan tanaman.
Gambar 4: Media pengakaran
Bekas untuk mengisi media semaian/ media tanaman, di
mana bahan tanaman akan disemai sementara sebelum
dipindah ke polibeg/ lapangan. Bekas semaian perlu memiliki
lubang saliran untuk tujuan pengaliran air siraman yang
berlebihan.
Gambar 5: Bekas semaian plastik
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/P(1/2) Muka : 4 Dpd : 7
Jenis Peralatan dan Bahan Kerja Kegunaan
Bekas untuk mengisi media semaian/ media tanaman, di
mana bahan tanaman akan disemai sementara sebelum
dipindah lapangan.
Gambar 6: Polibeg
Pengawalatur tumbuhan yang bertindak meransang/
menggalakkan pertumbuhan akar bahan tanaman.
Gambar 7: Hormon penggalak akar
Digunakan untuk membuat lubang pada media sebelum
menyemai. Tujuannya mengelakkan salutan hormon
tertanggal ketika keratan dicucuk ke media semaian/
tanaman.
Gambar 8: Kayu pembuat alur/ lubang
Digunakan untuk merawat keratan ranting agar bebas
daripada serangan fungus/ kulat.
Gambar 9: Racun kulat
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/P(1/2) Muka : 5 Dpd : 7
5. PEMILIHAN BAHAGIAN KERATAN
Secara amnya, pemilihan bahagian keratan sama ada ranting, akar atau daun adalah mengikut
panduan berikut :
5.1 Kategori
• Pemilihan kategori keratan yang sesuai akan memastikan pertumbuhan akar dan pucuk yang
aktif.
• Terdapat tiga kategori bagi keratan ranting iaitu keratan lembut (berwarna hijau), sederhana
(berwarna hijau dan sedikit coklat) dan keras (berwarna coklat).
• Keratan akar mengutamakan penggunaan akar primer. Bahagian paling hampir dengan pangkal
pokok dikategorikan sebagai zon pengakaran paling aktif.
• Bagi keratan daun pula, ciri- ciri yang ditekankan ialah penggunaan daun matang dan mempunyai
urat daun primer yang merentasi zon keratan yang disediakan.
5.2 Saiz
• Diameter ranting yang disyorkan ialah 0.5- 1.0 cm dan panjang di antara 15-30 cm.
• Bagi keratan akar pula, tiada saiz spesifik yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, penggunaan
akar primer adalah digalakkan.
• Keratan daun juga tidak menghadkan saiz tertentu untuk tujuan pembiakan, memadai jika
kematangan dan kesuburan daun diambil kira.
5.3 Sihat
• Keratan yang sihat dan subur menyumbang kepada pertumbuhan pokok yang sempurna,
mengelakkan jangkitan penyakit daripada induk dan meningkatkan potensi kejayaan semaian.
6. PENYEDIAAN BAHAGIAN KERATAN
6.1 Keratan Ranting
• Pilih pokok yang sihat dan subur
• Pilih dan potong ranting yang kurang bercabang
• Potong ranting dalam julat 15 cm panjang
• Pangkal ranting direncung, manakala hujung ranting dipotong mendatar. Perbezaan bentuk
potongan ini bertujuan membezakan pangkal dan hujung keratan serta meluaskan zon
pengakaran.
• Potong tangkai daun :
! Keratan keras - potong semua tangkai daun.
! Keratan sederhana - tinggalkan maksimum 4 helai daun bahagian atas. Daun dipotong separuh
untuk mengurangkan transpirasi.
! Keratan lembut – potong semua daun di bahagian bawah, tinggalkan pucuk muda sahaja.
6.2 Keratan Akar
6.2.1 Teknik Semai Terus
• Gali sedikit tanah di sekeliling zon akar
• Potong akar berhampiran pangkal pokok sepanjang 10-15 cm
NO KOD / CODE NO AF-010-1/M06/P(1/2) Muka : 6 Dpd : 7
6.2.2 Teknik Kelaran
• Gali sedikit tanah di sekeliling zon akar
• Buat beberapa kelaran pada akar tersebut sepanjang 10-15 cm. Kedalaman kelaran ialah ½
daripada diameter akar.
6.3 Keratan Daun
6.3.1 Resam Batu (Begonia sp.)
• Pilih daun yang matang, sihat dan subur.
• Potong daun menjadi bentuk “V” selari mengikut uratnya.
• Daripada sehelai daun boleh diperolehi sehingga 4 keratan, bergantung pada saiz daun.
6.3.2 Lidah Jin (Sansevieria sp.)
• Pilih daun yang sihat dan subur.
• Potong kepada beberapa bahagian sepanjang 10 cm.
• Bilangan keratan yang diperolehi bergantung kepada panjang daun induk.
7. RAWATAN KERATAN TANAMAN
Keratan tanaman lazimnya dibuat rawatan dengan racun kulat untuk mencegah jangkitan kulat pada
bahagian keratan yang luka. Serangan kulat boleh menyebabkan keratan reput dan mati. Racun kulat
jenis debu kering dan cecair sesuai digunakan untuk tujuan tersebut. Antara racun kulat yang biasa
digunakan ialah Thiram, Benlate dan Captain. Bahagian luka dicelup ke dalam racun kulat debu
kering atau cecair yang telah siap dibancuh.
8. HORMON PENGGALAK AKAR
Hormon penggalak akar digunakan bertujuan meransang dan mempercepatkan proses pengakaran
keratan. Hormon penggalak akar ini berbentuk debu kering. Pangkal keratan tanaman boleh dicelup
terus ke dalam hormon atau dibancuh dengan sedikit air untuk mendapatkan salutan hormon yang
lebih menyeluruh.
8.1 Hormon Penggalak Akar Yang Terdapat Di Pasaran
Berikut merupakan nama dagangan bagi beberapa jenis hormon penggalak akar yang biasa
digunakan di nurseri komersial:
• Hortomon A
• Hortomon B
• Seradix no. 1 ( keratan lembut )
• Seradix no. 2 ( keratan sederhana )
• Seradix no. 3 ( keratan keras )