The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

koleksi penulisan amalan terbaik ppdt 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gulson, 2022-11-09 01:56:46

legasi kepimpinan amalan terbaik ppdt 2022

koleksi penulisan amalan terbaik ppdt 2022

KOMPILASI

Amalan Terbaik Legasi
Kepimpinan

Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
2022

Diterbitkan Oleh:
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

Tingkat 5, Wisma Persekutuan
Peti Surat 499, 91007 Tawau,

Sabah

Diterbitkan Oleh:
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
Tingkat 5, Wisma Persekutuan
Peti Surat 499, 91007 Tawau,
Sabah

Urusan Penerbitan
Sektor Perancangan
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
Tingkat 5, Wisma Persekutuan
Peti Surat 499, 91007 Tawau,

ISBN 978-629-97559-0-6

HAK CIPTA TERPELIHARA ©. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh
diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar ke dalam sebarang
bentuk atau sebarang alat jugapun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta
rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pegawai
Pendidikan.Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Tawau terlebih dahulu.

ISBN 978-629-97559-0-6

Pengurus Penerbitan:
Dr Gulson Begum binti Hj Khalid

Reka Letak Halaman:
Puan Lydia binti Halusran

Dicetak oleh;
Leang Le Printing Sdn Bhd
TB 4351 & 4352 Kompleks Perindustrian
3 Km , Sin Onn Road, 9100 Tawau

SIDANG REDAKSI
KOMPILASI AMALAN TERBAIK LEGASI KEPIMPINAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAWAU 2022

PENAUNG
En. Zamri Haji Pehakan
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

PENASIHAT
Hjh Norlela Ansley
Timbalan Pegawai Pendidikan
Sektor Perancangan

KETUA EDITOR
Dr Gulson Begum Haji Khalid

SENARAI EDITOR
Rashidi Mohamad Yassin

Dr. Lena Anuar
Dr Faridah Mat Noor
Mohd Yahya Mohd Juda
Fazira Jane Abdullah

Hastute M.Yunus
Siti Normah Katta
Hayana Seri@ Nartie
Sahrah Abd Hapid

Sabariah Asli
Juliah Angkaus
Mardhiyah Abd Noor
Aite @ Surati
Subadiah La Madi

AJK PELAKSANA
Abdul Nasip@ Jamaluddin Martin

Mazran Kasman
Ahmad Roshni Khalid
Mohd Zamzairi Nordin@ Nurdin

Raihana Kadir
Usbahnah Osman

Tema Pelaporan Amalan Terbaik

Tema : Pengurusan

Tajuk 1 : PaBiKa Perbelanjaan Terancang, Pengurusan Kewangan
Tajuk 2 Cemerlang
Tajuk 3
: Paksi: Kepimpinan Instruksional Sebagai Pembudayaan
Kecemerlangan

: Pengurusan Kewangan: Melangkah Sedekap Mencapai
Kecemerlangan

Tema : Kurikulum

Tajuk 4 : Two-J: Penghijauan SKKKT “Our Trees, Our Life”
Tajuk 5
Tajuk 6 : Bilik Darjah Ku Syurgaku: Bilik Darjah Abad 21

Tajuk 7 : PA5B: Kaedah Penulisan Aktiviti Dalam RPIT

Tajuk 8 : Pelan Benih KERJA ITU SATU IBADAH Mendukung
Tajuk 9 Kecemerlangan Sekolah

: Program Cakna Akademik

: Program Practice Until Reach Success (PURE)

Tema : Pembangunan Murid

Tajuk 10 : Bidarkit: Terapi Minda Warga SK. Luasong Tawau

Tajuk 11 : “Rest & Go” Mengatasi Masalah Kehadiran Perjumpaan
Gerko Dalam Kalangan Murid Di SK. Serudong Baru

Pewasit :
Dr Jamelaa Bibi Abdullah
Institut Aminuddin Baki Genting Highlands

Tema KANDUNGAN Halaman

Bil

- Kata Alu-aluan
- Dari Meja Ketua Editor
- Senarai AJK dan Sidang Editor
- Profail Penulis Kompilasi

Jurnal Amalan Terbaik

Pengurusan

1 PaBiKa Perbelanjaan Terancang, 1
Pengurusan Kewangan Cemerlang
Hjh Rasinah Binti Bansil
SK Blok 31

2 Paksi: Kepimpinan Instruksional Sebagai 14
Pembudayaan Kecemerlangan
Djuhriah@ Juriah Bte Ahmad
SMK Jambatan Putih, Tawau

3 Pengurusan Kewangan: Melangkah 25
Sederap Mencapai Keunggulan
Faridah Binti Hj Ali
SMK Umas Umas, Tawau

Kurikulum

4 Two-J: Pandang Ke Hadapan Cipta 41
Kejayaan
Fatimah Haji Makhdirol

SK. Kem Kabota, Tawau

5 Bilik Darjah Syurgaku : Merealisasikan 60
Kelas Abad 21
Sulaiman bin Wabi
SK Taman, Tawau

6 PA5B: Kaedah Penulisan Aktiviti Dalam 76
RPH
Haji Haerom bin Marjuki
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

7 Pelan Benih Mendukung Kecemerlangan 91
Sekolah: KERJA ITU SATU IBADAH
Abdul Samad Bin Hj. Uda
SK Pasir Putih

8 Cakna Akademik: Guru Mengajar, Murid 104
Belajar
Ustaz Hasni Bin Hassan
SM Islamiah, Tawau

9 Program Practice Until Reach Success 119
(PURE) 128
Dr Rabe Bin Juhari 143
SMK Merotai Besar, Tawau

Pembangunan Murid

10 Bidarkit: Terapi Minda Warga SK.
Luasong Tawau
Ahmad Termizi Bin Hj Mohd Noor
SK Luasong, Tawau

11 “Rest & Go” Mengatasi Masalah
Ketidakhadiran Gerko
Shofian bin Abdul Ghani

SK. Serudong Baru, Tawau

Sekapur Sirih
Pengarah Pejabat Pendidikan Negeri Sabah
‫اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته‬

Salam Sejahtera
Salam JPN Sabah: “Sepakat Sabah Hebat”

Tahniah diucapkan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Tawau atas
inisiatif menerbitkan Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 2022.
Sesungguhnya penerbitan Kompilasi ini merupakan satu usaha murni untuk
menghimpunkan projek-projek amalan terbaik serta coretan budaya kepimpinan
cemerlang oleh barisan kepimpinan PPD Tawau yang bersara pada tahun 2022 hingga
2023. Saya yakin, untuk menghasilkan buku ini memerlukan komitmen yang tinggi
dan warga PPD Tawau berjaya mendepani cabaran bagi memenuhi harapan untuk
menghasilkannya, tahniah. Adalah diharapkan agar penerbitan buku yang
menghimpunkan pengalaman, pengetahun dan kerja buat cemerlang bakal pemimpin
yang akan bersara dapat dimanfaatkan sebagai pemugaran idea dalam pelbagai ruang
dan pengalaman untuk menjana kecemerlangan sistem pengurusan sekolah. Semoga
warga Pejabat Pendidikan Daerah Tawau terus mengorak langkah dalam dunia
penyelidikan dan penerbitan sebagai salah satu strategi merealisasikan kecemerlangan
pendidikan negeri Sabah.

Penghargaan juga dirakamkan kepada semua penulis yang telah memberi
komitmen yang tinggi dalam menghasilkan penulisan laporan amalan terbaik ini. Anda
sememangnya pemimpin yang hebat, kerana sentiasa bertenaga, mempunyai idea
dan diberi kudrat menjana idea bagi menghasilkan penulisan yang amat bermakna ini.
Sesungguhnya legasi budaya kerja kecemerlangan tuan pasti mampu mencetus
motivasi dan idola kepada barisan kepimpinan muda dalam melaksanakan
transformasi sekolah ke arah yang lebih baik.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas kepada Pejabat
Pendidikan Daerah Tawau atas penerbitan kompilasi ini dan sesungguhnya penerbitan
ini dapat memberi ruang dan peluang kepada barisan pemimpin yang akan bersara
untuk mencoretkan amalan terbaik kepimpinan mereka yang bernilai untuk
dihadiahkan kepada warga pemimpin lain. Sudah pasti rangkaian pengalaman mereka
yang dijelmakan dalam bentuk penulisan ini akan terus berkembang dan dapat
memberi manfat kepada para pemimpin sekolah untuk menghasilkan tindakan yang
positif dan berkesan dalam mentadbir urus dan memimpin organisasi sekolah.
Semoga usaha kita ini sentiasa beroleh rahmat dari Allah S.W.T.

Sekian Terima Kasih.

Datuk Tah Nia Binti Haji Jaman
Pengarah
Pejabat Pendidikan Negeri Sabah

Seulas Pinang
Pegawai Pendidikan Daerah Tawau

‫اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته‬

Salam JPN Sabah ‘Sepakat Sabah Hebat’
Salam PPD ‘Tawau, L.E.A.D.S : Ikhlas Memacu Kecemerlangan’

Syabas dan tahniah kepada semua warga Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
dan barisan pengetua dan guru besar yang menyumbang laporan hasil amalan
terbaik mereka di dalam buku Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan, Pejabat
Pendidikan Daerah Tawau 2022. Terima kasih juga kepada Sektor Perancangan dan
Sipartners+ Pejabat Pendidikan Daerah Tawau bersama barisan Editor kerana berjaya
merealisasikan penerbitan buku kompilasi ini.

Sesungguhnya penerbitan buku ini merupakan satu usaha di peringkat pejabat
pendidikan untuk memberi ruang dan peluang kepada barisan kepimpinan berkongsi
pengalaman, pengetahuan dan budaya kerja yang positif untuk dijadikan panduan
pempimpin lain. Projek-projek serta amalan kepimpinan yang terkandung dalam buku
ini merupaakn hasil usaha penulis dalam menyelesaikan dan menagani pelbagai isu
yang dihadapi di organisasi masing-masing bagi merealisasikan kecemerlangan
organisasi. Penulis buku ini terdiri dari warga pemimpin yang akan bersara pada
2022-2025. Oleh itu, agak satu kerugian besar sekiranya pengalaman mereka yang
bermakna ini tidak dikongsikan bersama. Oleh itu PPD Tawau berusaha menyediakan
platform perkongsian melalui penerbitan buku ini.

Akhir kata, Pejabat Pendidikan Daerah Tawau mengucapkan ribuan terima
kasih kepada penolong pegawai di pejabat Pendidikan Daerah Tawau, pengetua, guru
besar dan penolong kanan yang turut sama berusaha gigih menyumbang hasil
penulisan laporan amalan terbaik dalam pengurusan untuk tujuan perkongsian.
Melalui penerbitan buku ini, segala idea dan pengalaman penulis dapat digarapkan
dan dikongsi bersama warga pendidik lain sebagai pemangkin budaya proaktif dan
kreatif dalam mengurus organisasi. Selain itu, penerbitan buku ini juga diharapkan
dapat membantu pemimpin sekolah merealisasikan bidang pengurusan dalam
Standard Kepimpinan Pengurusan Guru Malaysia dalam Standard 1 & 2. Semoga
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau terus utuh merancang pelbagai strategi bagi
membimbing dan menyokong kecemerlangan pemimpin sekolah daerah Tawau

Sekian, Terima Kasih.

Zamri Bin Haji Pehakan
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

Dari Meja Ketua Editor

A W Wssalamualaikum arahmatullahi abarakatuh

Salam JPN Sabah:Sepakat Sabah Hebat
Salam PPD Tawau : ’ Tawau, L.E.A.D.S : Ikhlas Memacu Kecemerlangan’

Pertama saya mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana Kompilasi Amalan
Terbaik Legasi Kepimpinan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau 2022 berjaya
dihasilkan. Penerbitan buku ini merupakan gambaran permuafakatan dan
komitmen bersepadu antara warga Pejabat Pendidikan dan warga kepimpinan
sekolah di daerah Tawau. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua
penulis dan juga barisan rakan editor yang telah meneruskan budaya penulisan
dan penerbitan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau.

Selaras dengan usaha untuk mempekasakan peranan pentadbir dan guru
melalui penambahbaikan berterusan melalui pengurusan, maka buku ini
diterbitkan dengan menjemput barisan pemimpin utama PPD Tawau, penolong
pegawai dan pengetua serta guru besar yang akan bersara pada 2022-2025 untuk
berkongsi amalan terbaik untuk dijadikan panduan dalam pengurusan organisasi.
Tahniah kepada semua penulis kerana berjaya mempamerkan hasil penulisan
laporan yang unik dan menarik berdasarkan pemikiran reflektif dan
penambahbaikan berterusan demi kecemerlangan organisasi. Usaha murni ini
sudah pasti dapat menyuntik idea ke arah anjakan pemikiran pemimpin lain selari
dengan usaha Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan transformasi
pendidikan perkongsian amalan terbaik.

Akhir kata, Sektor Perancangan dan Sipartners+ PPD Tawau mengambil
kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah, Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Majlis Guru Besar, Majlis
Persatuan Pengetua Sekolah Daerah Tawau serta semua pihak yang telah
bersama secara langsung atau tidak langsung dalam merealisasikan penerbitan
buku ini.
Sekian, Selamat Membaca.

Dr. Gulson Begum Binti Haji Khalid
Ketua Editor
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 2022

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 1

PABIKA PERBELANJAAN TERANCANG,
PENGURUSAN KEWANGAN CEMERLANG

PUAN HAJAH RASINAH BINTI BANSIL
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Blok 31 Tawau

[email protected]

BIDANG FOKUS

Bidang fokus penulisan jurnal ini ialah mengenai Keberkesanan Program PaBiKa
dalam Pelan Pengurusan Kewangan Sekolah. Guru besar diberi tanggungjawab
untuk mengurus setiap ringgit yang diberikan kepada sekolah melalui Geran Per
Kapita PCG. Guru besar perlu mahir dalam kedua-dua bidang pengurusan
pentadbiran dan pengurusan kewangan sekolah. Guru besar sebagai ketua sekolah
adalah individu yang dipertanggungjawab dalam menentukan tadbir urus berkaitan
kewangan sekolah dengan cekap dan berkesan.

PENGENALAN

Kepimpinan sekolah pada era ini menjadi tunjang kepada kecemerlangan sekolah
serta kemenjadian murid yang berkesan. Hoy dan Miskel (2008) menyatakan
kepimpinan merupakan satu proses sosial di mana seorang ahli kumpulan atau
organisasi mempengaruhi berdasarkan faktor dalaman dan luaran, pemilihan
matlamat, aktiviti organisasi, motif dan kebolehan individu, hubungan kuasa dan
perkongsian pandangan. Guru besar mempunyai pengaruh yang besar dalam
memimpin banyak perkara di sekolah termasuklah dalam pengurusan sekolah.
Pengurusan kewangan yang cekap di peringkat sekolah sangat penting kerana pihak
sekolah menerima pelbagai jenis peruntukan dan bantuan dari kerajaan antaranya
ialah bantuan geran per kapita (PCG) (Rosli Mohamed, 2012).

PaBiKa merupakan sebuah program yang dihasilkan selaras dengan hasil yang
ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dalam
anjakan ke10 yang memfokuskan kepada keberkesanan murid yang dihasilkan bagi
setiap ringgit yang diperuntukkan. Fokus anjakan ini amat penting kerana ianya
mempengaruhi penggunaan setiap ringgit yang dimanfaatkan oleh sekolah ke arah
kemenjadian serta kecemerlangan sekolah. Tambahan lagi, PaBiKa dilaksanakan
menepati kehendak SKPMG2 dalam Standard 2 yang memfokuskan pengurusan
kewangan. PaBiKa merupakan program menyeluruh mengenai pengurusan sekolah
yang lebih sistematik. PaBiKa merangkumi program Pantau, Bimbing dan
Kerjasama yang dilaksanakan di peringkat sekolah. PaBiKa dilaksanakan bermula
dari bahagian pentadbir sekolah disusuli dengan ketua panitia, guru-guru
seterusnya murid-murid di sekolah. Program ini telah menunjukkan
keberkesanannya setelah sekolah berjaya mencapai audit cemerlang dalam bidang
kewangan pada tahun 2020 sehingga 2022.

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 2

LATAR BELAKANG

SK BLOK 31 TAWAU, terletak di sebuah perkampungan yang dinamakan
Rancangan Blok 31 di bahagian Zon Balung dalam daerah Tawau. Jarak dari
bandar Tawau lebih kurang 30 KM. Bangunan Sekolah Kebangsaan Blok 31,
Tawau ini mula didirikan dalam tahun 1984. Sekolah ini mula beroperasi pada 14
Oktober 1985 dengan bilangan guru seramai 6 orang dan murid seramai 69 orang
iaitu 38 lelaki dan 31 perempuan. Kini, Sekolah Kebangsaan Blok 31 Tawau
mempunyai 302 murid berdaftar dengan kekuatan seorang pentadbir, 3 orang
penolong kanan dan 29 orang guru, 3 anggota kumpulan pelaksana (AKP), sebuah
kelas prasekolah dan sebuah kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Status Sekolah Kebangsaan Blok 31 Tawau ini adalah berbentuk bantuan geran
(PCG). Semua urusan berkaitan pengurusan kewangan haruslah dicatat atau
direkod di dalam Buku Tunai. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai bantuan
kewangan yang terdiri daripada bantuan kewangan daripada kerajaan dan wang
SUWA (Sumbangan Wang Awam).

Melalui hasil dapatan yang diperolehi, pengurusan kewangan sekolah tidak pernah
mencapai tahap audit cemerlang. Daripada dapatan ini, saya memikirkan cara
menyelesaikan isu tersebut dengan mewujudkan program PaBiKa yang
berfokuskan kepada semua bidang pengurusan serta kepimpinan di sekolah.
Program ini bermula pada tahun 2019 dimana program ini dapat menyelesaikan
beberapa perkara dalam pengurusan termasuklah cara penyediaan dokumentasi dan
ketidakpatuhan dalam pengurusan kewangan.

ISU YANG DIKENALPASTI

Sebagai guru besar, saya membuat semakan pengurusan kewangan melalui
beberapa kaedah termasuklah pemerhatian, semakan dokumentasi dan perbualan
tidak rasmi. Antara isu dan cabaran yang saya lihat perlu diselesaikan dalam
pengurusan kewangan sekolah ialah :

i. Sekolah belum mencapai tahap audit kewangan cemerlang.
ii. Dokumentasi kewangan yang tidak lengkap dan berlaku ketidakpatuhan serta

menepati garis panduan kewangan.(Surat Pekeliling Kewangan SPK,2021)
iii. Guru dan AKP kurang mahir serta kurang mempunyai pengetahuan dalam

pengurusan kewangan.

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 3

Jadual 1 : Keputusan audit kewangan sekolah selama 5 tahun bermula
2017-2021

Tahun Keputusan
2017 Memuaskan
2018 Memuaskan
2019
2020 Baik
2021 Cemerlang
Cemerlang

ANALISA KEPERLUAN PROJEK

Berdasarkan data perolehan serta isu dalam pengurusan kewangan sekolah yang
dikenalpasti, saya mengambil inisiatif untuk berkolaborasi bersama Pegawai Unit
Kewangan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pegawai Audit Kewangan Daerah
Tawau dan Jurulatih Kewangan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau untuk tujuan
mendapatkan bimbingan mengenai pengurusan kewangan.

Selain itu, saya perlu membimbing dan melaksanakan pemantauan kepada guru dan
kakitangan sekolah dalam memastikkan keakuran pengurusan kewangan ditepati
serterusnya bekerjasama dengan semua pihak semasa pelaksanaan sesuatu program.
Semua jenis dokumen, buku tunai dan beberapa perkara diteliti dan dijadikan
dokumentasi serta dianalisis semasa audit kewangan dijalankan di sekolah.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif program PaBiKa dalam bidang pengurusan kewangan ialah :

i. Memastikkan sekolah mencapai audit kewangan cemerlang.
ii. Memastikkan semua guru dan AKP berpengetahuan dan mahir serta mematuhi

kepatuhan dalam mengurusan kewangan berdasarkan Surat Pekeliling
Kewangan (SPK), 2021.

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 4

INISIATIF PROGRAM

a) Proses Membina Hubungan dengan Pihak Luar

Semasa melaksanakan program PaBiKa ini, saya telah membina beberapa
hubungan luar bersama beberapa pihak iaitu Pegawai Unit Kewangan Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah, Pegawai Audit Kewangan Daerah Tawau dan Jurulatih
Kewangan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau.

Medium yang digunakan adalah secara bersemuka dan dalam talian dimana ianya
berlaku sepanjang masa mengikut keperluan. Disamping itu, saya sentiasa merujuk
kepada Surat Pekeliling Kewangan (SPK), 2021.

Hubungan Pegawai Unit Kewangan
Luar Jabatan Negeri Sabah

Pegawai Audit Kewangan
Daerah Tawau

Jurulatih Kewangan Pejabat
Pendidikan Daerah Tawau

Rajah 2 : Hubungan Luar dalam Pelaksanaan Pelan Pengurusan Kewangan

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 5

A. Pelaksanaan program i. Guru dan AKP diberi taklimat,
Pelan Pengurusan Kewangan Sekolah bengkel mengenai Program PaBiKa.

Proses Pelaksanaan Program ii. Perincian takwim dan Pelan
(Pelan Kewangan Pengurusan Sekolah) Pengurusan Kewangan melalui
Program PaBiKa diperjelaskan
Taklimat /Bengkel
iii. Bengkel penyediaan perbelajawan
ABM mengurus kewangan mengikut
(Anggaran Belajawan Mengurus) agihan bantuan Perkapita (PCG)
tahun semasa.
Pelaksanaan Perbelanjaan semua unit
kewangan peringkat sekolah iv. Guru dan AKP yang
bertanggungjawab dibimbing
Semakan Dokumen Kewangan sebelum menyediakan agihan kewangan
kelulusan perbelanjaan mengikut keperluan
(PaBiKa)
Jika berlaku
ketidakpatuhan pada
dokumen kewangan yang

disediakan,
kitaran Program PaBiKa

bermula semula

Audit Dalaman v. Guru terlibat
(PaBiKa) menyediakan semua
dokumentasi bersesuaian
Selesai dengan tujuan
perbelanjaan

vi. Audit dalaman dilaksanakan bagi menyemak semula dokumentasi yang telah lengkap.
Jika berlaku ketidakakuran kepada dokumentasi dan etika perbelanjaan ,guru dan AKP
akan dibimbing berdasarkan kitaran yang terdapat dalam PaBiKa semula.

vii. Proses perbelanjaan akan dikira selesai jika semua dokumentasi kewangan berjaya
dipatuhi dan menepati kehendak serta peraturan kewangan yang telah ditetapkan

Rajah 3 : Proses Pelaksanaan PaBiKa dalam Pelan Pengurusan Kewangan

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 6

PaBiKa bermula dengan adanya perancangan yang dilaksanakan hasil
perbincangan semua warga sekolah. Dalam bidang pengurusan sekolah, Pelan
Pengurusan Kewangan menjadi rujukan kepada kakitangan yang terlibat dimana
setiap perbelanjaan perlu melalui proses serta wajib mengikut kepatuhan . Guru
besar bertanggungjawab menjadi ketua, penasihat dan penggerak kepada aliran
kerja yang dilaksakan. Saya selaku guru besar melaksanakan bengkel dan taklimat
bagi memastikkan semua warga sekolah memahami pelan, program dan takwim
perbelanjaan yang perlu dilaksanakan sepanjang tahun. Disini bermulalah,
program PaBiKa iaitu bimbingan berkesan dilaksanakan.

Bengkel yang dijalankan juga merangkumi penyediaan perbelajawan mengurus
kewangan mengikut agihan bantuan Perkapita (PCG) tahun semasa. Guru dan
Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang bertanggungjawab dibimbing
menyediakan agihan kewangan mengikut keperluan. Jika berlaku ketidakpatuhan
pada dokumen kewangan yang disediakan, kitaran Program PaBiKa bermula
semula. Guru terlibat menyediakan semua dokumentasi bersesuaian dengan tujuan
perbelanjaan.

Audit dilaksanakan bagi menyemak semua dokumentasi yang suda lengkap.
Memastikan semua kepatuhan kepada pengurusan kewangan menepati Surat
Pekeliling Kewangan (SPK). Jika berlaku ketidakakuran kepada dokumentasi dan
etika perbelanjaan ,guru dan AKP akan dibimbing berdasarkan kitaran yang
terdapat dalam PaBiKa semula. Proses perbelanjaan akan dikira selesai jika semua
dokumentasi kewangan berjaya dipatuhi dan menepati kehendak peraturan
kewangan yang telah ditetapkan

PENCAPAIAN PROGRAM

Sepanjang berkhidmat di SK Blok 31 Tawau, beberapa pencapaian sekolah telah
dicapai dan menjadi coretan indah kepada saya dan semua warga sekolah.
Pencapaian terhasil daripada semua penglibatan warga sekolah yang sentiasa
berkerjasama dan guru besar menjadi paksi rujukan. Saya sentiasa memberi
peluang kepada semua warga sekolah menjalankan program yang membuka
peluang kepada kemenjadian murid dan memanfaatkan setiap ringgit yang
dibelanjakan.

Dalam tempoh pelaksanaan PaBiKa, sekolah telah berjaya mencapai objektifnya
pada tahun berikutnya melalui keputusan audit kewangan sekolah pada tahun 2020
sehingga 2022. Selain itu, sekolah juga telah berjaya mendapat Anugerah
Pengurusan Kewangan Cemerlang Sekolah Rendah Peringkat Daerah Tawau pada
Tahun 2020.

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 7

Jadual 2 : Pencapaian sekolah dalam pengurusan kewangan 2020 -2022

Tahun Pencapaian
2020  Keputusan Audit Kewangan Cemerlang

2021  Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang
2022 Sekolah Rendah Peringkat Daerah Tawau.

 Keputusan Audit Kewangan Cemerlang
 Keputusan Audit Kewangan Cemerlang

KEBERKESANAN PROGRAM

Keberkesanan Program PaBiKa dapat dilihat apabila pengurusan kewangan sekolah
telah mematuhi dan diuruskan mengikut peraturan kewangan dan digunakan secara
efisien dan optimum.

Semua aktiviti yang dirancang di sekolah dapat dilaksanakan mengikut prosedur
dan peraturan serta keakuran yang telah ditetapkan oleh kerajaan melalui surat-
surat Pekeliling Kewangan dan Perakaunan Sekolah; Arahan Perbendaharaan; dan
Akta Pendidikan 1996.

Tambahan lagi,program PaBiKa sentiasa memastikkan pengurusan kewangan
berkesan dilakukan sekaligus dapat mengelak sebarang pembaziran dan
penyelewengan daripada berlaku. PaBika juga dilihat memberi impak dalam
membantu pengurusan dokumen kewangan dapat disediakan dengan mematuhi
standard pengurusan kewangan yang dikehendaki.

KEBERKESANAN Pengurusan kewangan
PaBiKa sekolah dapat dipatuhi

secara efisien

Perbelanjaan melibatkan
aktiviti dan program sekolah

dilaksanakan mengikut
prosedur

Pembaziran dan
penyelewengan
perbelanjaan dapat

dielakkan

Rajah 4: Keberkesanan PaBiKa dalam Pelan Pengurusan Kewangan Sekolah

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 8

KEKUATAN PROGRAM

Amalan program PaBiKa meyakinkan saya bahawa tanggungjawab menjaga dan
memastikan aspek pengurusan kewangan sekolah dijalankan mengikut prosedur
dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan melalui surat-surat Pekeliling
Kewangan dan Perakaunan Sekolah.

Kekuatan PaBiKa dapat dilihat apabilia pengurusan kewangan sekolah dapat
dilaksanakan dengan baik dengan ada bimbingan berterusan dan kerjasama
daripada semua warga sekolah. Amalan berkerjasama ini merapatkan jurang dan
hubungan antara pentadbir dan warga sekolah yang sentiasa memastikkan sesuatu
perkara dirancang, dibincang serta diselesaikan bersama.

Kekuatan Program Bimbingan dan Kerjasama menjadi satu amalan
PaBiKa berterusan antara pentadbir dan warga sekolah

Merapatkan jurang dan hubungan antara
pentadbir dan warga sekolah

Rajah 5: Kekuatan PaBiKa dalam Pelan Pengurusan Kewangan Sekolah

CABARAN PELAKSANAAN PROGRAM

Menjadi seorang ketua, cabaran dan halangan akan menjadi kekuatan kepada guru
besar untuk membina sekolah yang diimpikan. Cabaran saya semasa melaksanakan
program PaBika hanyalah apabila saya memerlukan masa dan usaha lebih untuk
melatih guru-guru serta kakitangan sekolah untuk mengubah budaya kerja yang
sedia ada.

Program PaBiKa memberi ruang dan peluang kepada saya untuk membentuk cara
kerja kakitangan dan guru untuk menguruskan kewangan dengan baik dan
cemerlang.

Isu dan Cabaran :
• Masa diperlukan dalam usaha melatih kakitangan dan

warga sekolah mengubah cara budaya kerja yang lama
dan sedia ada

Rajah 6: Isu dan Cabaran Pelaksanaan PaBiKa di Sekolah

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 9

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Setiap perancangan dan usaha membangunkan kecemerlangan sekolah memerlukan
masa dan percubaan yang dilaksanakan berulang kali bagi memastikan matlamat
serta halatuju dapat dicapai secara optimum. Program PaBiKa ini adalah hasil yang
dapat menujukkan gaya kepimpinan saya yang mementingkan bimbingan dan
kerjasama padu barisan pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah seterusnya
kepada ibubapa serta murid di sekolah.

Berdasarkan pengalaman menjadi pentadbir, pengetahuan, pengalaman dan ilmu
pengetahuan sangat penting dan menjadi keutamaan. Walaubagaimanapun,
cadangan penambahbaikan diperlukan untuk setiap program dapat berdiri dengan
kukuh dan diguna pakai dalam pelbagai situasi. Melalui program PaBiKa ini,
cadangan berbentuk sebuah inovasi dalam pengurusan kewangan seperti database
audit secara dalam talian dan senarai semak digital diperlukan untuk menjadikan
program dapat diperhalusi,bersifat lebih mesra pengguna dan lebih efektif
dilaksanakan.

Cadangan Penambahbaikan :
• Inovasi Pelaksanaan Pengurusan Kewangan

dilaksanakan secara digital dan lebih bersifat mesra
pengguna.

Rajah 7: Cadangan Penambahbaikan Pelaksanaan PaBiKa

KESIMPULAN

Secara umum, kejayaan pelaksanaan pengurusan kewangan sekolah amat
bergantung pada sikap dan kefahaman guru besar, pembantu tadbir kewangan dan
guru -guru di sekolah sebagai pelaksana atau “pemain utama” terhadap perubahan
dasar ini. Jika sesebuah sekolah ingin mencapai tahap kecemerlangan, pengurusan
kewangan perlu dilaksanakan dengan cekap dan berkesan (Reynolds et al., 2001).
Justeru, pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan amat bergantung kepada
kebijaksanaan kepimpinan sekolah untuk merancang sebelum perbelanjaan
dilakukan.

Tambahan lagi, guru besar memainkan peranan yang penting bagi menentukan hala
tuju kewangan sekolah yang telah diberikan kepada pihak sekolah. Peranan guru
besar amat penting dari segi pembahagian dan juga jika terdapat sebarang masalah
yang timbul yang berhubung kait dengan PCG dalam kalangan guru-guru di
sekolah masing-masing. Guru besar hendaklah bijak dalam menentukan dan

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 10

membuat kewangan kerana jika terdapat masalah yang, para guru boleh
memberikan pendapat dan juga maklum balas mereka kepada guru besar.

Kesimpulannya, PaBika telah berjaya menjadikan pelaksanaan pengurusan
kewangan di sekolah lebih telus, berwibawa dan sekaligus berjaya meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan program-program pendidikan di sekolah saya. Apa
yang saya harapkan daripada penulisan jurnal ini dapat memberi garis panduan dan
perkongsian kepada semua warga pendidik dalam pentadbir kewangan. Semoga
program ini menjadi cetusan idea, memberi manfaat dan dapat disebar luas dalam
memastikan kecemerlangan kewangan sekolah direalisasikan, amanah tetap
dilaksanakan seterusnya kita mampu melahirkan generasi anak didik yang berjaya
dalam pelbagai bidang.

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 11

RUJUKAN

Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan. (2021). Surat Pekeliling Kewangan
dan Perakaun Sekolah (SPK), 2021. Malaysia. Putrajaya.

Hoy, W. K., & Miskel, C. G. (2008). Educational Administration: Theory, research,
and practice (6th ed.). Boston: McGraw Hill.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Retrieved from
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPPM/Preliminary-Blueprint-

BM.pdf

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2).(2002), Retrieved
https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/skpmg2

Reynolds D. Hopkins, D., Potter, D & Chapman, C. (2001).
School improvementfor schools facing challenging circumstances: A
review of research and practice. London: Department for Education and
Skills

Rosli Mohamed. (2012). Tatacara Pengurusan Perakaunan Wang Sekolah. Edisi
2012. Kuala Lumpur: Bahagian Akaun, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Undang-undang Malaysia, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). 1996. Percetakan
Nasional Berhad,Kuala Lumpur.

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 12

LAMPIRAN 1

Puan Hajah Rasinah binti Bansil,
Guru Besar SK Blok 31 Tawau menjadi peneraju kepada Program PaBiKa

Program PaBika dijelaskan
dalam Pelan Pengurusan
Kewangan setiap tahun.
Pemantauan dengan
mengadakan bengkel serta
mesyuarat verifikasi
dijalankan setiap kali
berdepan dengan isu.

Bimbingan yang berterusan
agar setiap perkara
dijalankan mengikut
kepatuhan

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 13

LAMPIRAN 2

Audit dalaman dilaksanakan bersama pegawai yang terlibat dalam
kewangan, kerani yang menguruskan kewangan serta pegawai audit
dalaman sekolah mengukuhkan lagi kepatuhan kepada pengurusan

kewangan yang dilaksanakan.

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 14

'PAKSI'
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL SEBAGAI PEMBUDAYAAN

KECEMERLANGAN

DJUHRIJA @ JURIAH BINTI AHMAD
SMK Jambatan Putih Tawau Sabah
[email protected]

BIDANG FOKUS

Pemimpin sekolah memainkan peranan sebagai individu yang mengetuai matlamat
sekolah. Oleh itu, setiap sekolah perlu mempunyai visi dan misi yang perlu dicapai.
Budaya kerja sekolah yang positif juga perlu dibentuk oleh pemimpin sekolah
supaya membantu dalam menjadikan sekolah cemerlang. Gaya kepimpinan
pemimpin sekolah merupakan agen perubahan dalam membentuk budaya kerja
dalam kalangan warga sekolah. Justeru itu, projek ini memfokuskan bidang
Pengurusan Sekolah – Kepimpinan SLT.

PENGENALAN PROJEK

Dalam usaha mentransformasikan sistem pendidikan yang bermutu tinggi, berdaya
saing dan menghasilkan modal insan yang mampan, memenuhi keperluan ekonomi
dan membangunkan negara, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 dijadikan garis dasarnya. Adanya kepimpinan yang berwibawa dalam
sesebuah organisasi maka dasar pendidikan negara akan berjaya dilaksanakan.
Amalan kepimpinan pengetua menyumbang kepada kecemerlangan dan
keberkesanan sebuah institusi pendidikan. Namun begitu, kesepakatan di antara
pemimpin dan warga sekolah amatlah diperlukan dalam menentukan matlamat
serta hala tuju untuk mewujudkan sekolah yang berkesan. Pemimpin yang
berpemikiran kreatif berupaya untuk membuat perancangan, pelaksanaan, penilaian
dan perubahan selari dengan keperluan sistem pendidikan negara.

Gaya kepimpinan instruksional dikenal pasti dapat meningkatkan prestasi sekolah
kerana apa sahaja tindakan dan perbuatan pengetua mempengaruhi guru dan
seterusnya meningkatkan prestasi pembelajaran murid. Proses kesinambungan
pengajaran di antara guru, murid dan kurikulum termasuk tugas pengetua dalam
menyelesaikan hal-hal pemantauan, pentaksiran, pembangunan profesionalisme
dan latihan dalam perkhidmatan kepada guru adalah kepimpinan instruksional.

Oleh itu, pelaksanaan budaya kerja PAKSI merupakan satu usaha bagi
meningkatkan budaya kerja berkualiti. Stail kepimpinan pemimpin mempengaruhi
budaya kerja yang unggul dalam membentuk sesebuah organisasi yang mampu
berdaya saing mencapai kecemerlangan. Budaya Kerja PAKSI merupakan projek di

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 15

bawah pimpinan Juriah binti Ahmad. Projek ini menyasarkan kepada semua warga
sekolah SMK Jambatan Putih.

LATAR BELAKANG

SMK JAMBATAN PUTIH TAWAU ditubuhkan pada 7 Januari 2002 dengan
nombor pendaftaran xea3074. Sekolah ini terletak di Jalan Eastern, 9 kilometer dari
bandar Tawau dan bersebelahan dengan Kolej Tingkatan Enam Tawau.

Bilangan murid dalam daftar bagi SMK Jambatan Putih adalah seramai 729 orang
murid. Majoriti murid sekolah ini berketurunan Melayu dan minoriti diikuti dengan
bangsa yang lain. Kebanyakan murid sekolah ini merupakan penduduk setempat
yang tinggal berdekatan dengan sekolah. Sekolah ini mempunyai 67 orang guru, 9
orang anggota kumpulan pelaksana, 5 orang pekerja pembersihan dan 4 orang
pengawal keselamatan.

Pada 16 March 2018, Juriah binti Ahmad mulai mentadbir SMK Jambatan Putih
sebagai Pengetua Cemerlang. Pada peringkat permulaan, budaya kerja PAKSI telah
diperkenalkan dan diterapkan kepada semua warga SMK Jambatan Putih.

ISU YANG DIKENAL PASTI

Isu yang dikenalpasti dalam projek ini ialah warga sekolah perlu dibantu dalam
meningkatkan kualiti budaya kerja mereka. Walaupun mereka mempunyai budaya
kerja tersendiri namun kurang dan tidak berfokus. Oleh itu, mereka perlu
dibimbing bagi meningkatkan kualiti budaya kerja. Dengan adanya pengaruh
kepimpinan pengetua yang berkesan secara tidak langsung dapat meningkatkan
prestasi guru seterusnya meningkatkan keberkesanan organisasi sekolah. Bagi
mempengaruhi seseorang, pengetua sebagai pemimpin di sekolah perlulah
menyediakan suasana yang membolehkan seseorang tersebut untuk bekerja secara
efektif. Oleh hal yang demikian, budaya kerja PAKSI telah diperkenalkan bagi
menangani isu ini.

ANALISIS KEPERLUAN PROJEK

Bertitik tolak daripada isu tersebut maka pengetua telah mengambil inisiatif untuk
meningkatkan kualiti budaya kerja warga sekolah. Projek ini bertujuan untuk
membantu warga sekolah meningkatkan kualiti budaya kerja yang unggul dalam
kalangan warga sekolah.

OBJEKTIF PROJEK

Projek ini dirangka bagi mencapai objektif berikut:
a) Meningkatkan kualiti budaya kerja
b) Mewujudkan suasana kerja yang produktif

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 16

INISIATIF PROJEK

Antara salah satu inisiatif projek ini ialah menggunakan gaya kepimpinan
instruksional pengetua dalam pelaksanaan budaya kerja PAKSI kepada warga
sekolah. Dalam konteks projek ini, kepimpinan instruksional pengetua merujuk
kepada tiga dimensi yang terdapat dalam Model Kepimpinan Instruksional
Hallinger dan Murphy (1985). Tiga dimensi yang berkaitan dengan peranan
pengetua sebagai pentadbir sekolah iaitu (i) Menentukan misi sekolah, (ii)
menguruskan program pengajaran dan (iii) mewujudkan iklim pembelajaran
sekolah.

Jadual 1 : Model kepimpinan instruksional oleh Hallinger dan Murphy (1985)

Dimensi Elemen
Menentukan Misi Sekolah Merangka matlamat sekolah
Menyampaikan matlamat sekolah
Menguruskan Program Menyelia dan menilai pengajaran
Pengajaran Menyelaras kurikulum
Memantau kemajuan murid
Mewujudkn Iklim Pembelajaran Menjaga masa instruksional
Sekolah Mengekalkan ketampakan (visibility)
Menyediakan insentif untuk guru
Menggalakan pembangunan professional
Menguatkuasakan standard akademik
Menyediakan insentif kepada murid

Inisiatif lain yang seterusnya ialah meletakkan papan tanda / poster di kawasan
sekitar sekolah. Hal ini bertujuan untuk mengingati warga sekolah budaya kerja
baharu yang perlu mereka ikuti.

Rajah 1 : Budaya kerja PAKSI SMK Jambatan Putih

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 17

PELAKSANAAN PROJEK
Terdapat dua cara pelaksanaan projek ini. Antaranya ialah:
a) Meletakkan papan tanda / poster di sekitar kawasan sekolah seperti buku

perancangan dan takwim, bilik mesyuarat dan pejabat sekolah. Hal ini
bertujuan supaya warga sekolah sentiasa mengingati budaya kerja mereka
yang baharu. Hasil daripada inisiatif ini mendapati budaya kerja warga
sekolah mengalami perubahan yang ketara ke arah yang lebih baik.

Gambar 1 : Buku perancangan dan takwim 2022

Gambar 2 : Bilik mesyuarat

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 18

Gambar 3 : Pejabat sekolah
b) Warga sekolah diwajibkan untuk menggunakan perkataan „PAKSI‟ apabila

melibatkan penghantaran tugasan ataupun dalam bentuk arahan. Perkara ini
boleh dilakukan melalui lisan mahupun tulisan. Inisiatif ini juga merupakan
salah satu cara supaya warga sekolah sentiasa mengingati budaya kerja
mereka untuk pantas melaksanakan sesuatu pekerjaan. Hasil daripada
inisiatif ini mendapati tugasan yang diberikan telah dilaksanakan lebih awal
dan kualiti kerja sangat memberangsangkan.

Gambar 4 : Mesej ringkas pentadbir sekolah melalui aplikasi telegram

Gambar 5 : Mesej ringkas guru sekolah melalui aplikasi telegram

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 19

PENCAPAIAN PROJEK

Usaha pengetua bagi menerapkan budaya kerja yang berkualiti dalam kalangan
warga sekolah akhirnya membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan.
Berikut merupakan hasil maklum balas yang mana responden terdiri daripada
warga sekolah. Hasil maklum balas ini menunjukkan inisiatif yang dilakukan dapat
meningkatkan kualiti budaya kerja dan mewujudkan suasana kerja yang produktif.

Jadual 2 : Maklum balas responden

Bil Perkara Tidak Setuju Sangat
Setuju (%) Setuju
Saya berpendapat pengetua
(%) 0.00 (%)
mempunyai gaya kepimpinan
0.00 12.50 100.00
1 instruksional iaitu seorang pemimpin 0.00
yang mampu menjadi agen perubahan 0.00 12.50 87.50
0.00
dan mewujudkan persekitaran sekolah 0.00 0.00 100.00
0.00 87.50
yang kondusif. 0.00 100.00
0.00 100.00
Sejak budaya kerja PAKSI ini

2 diperkenalkan saya berasa kualiti kerja

saya bertambah lebih baik.

Saya pantas menyiapkan tugasan yang

3 diberi sebelum tarikh akhir

penghantaran.

4 Hasil tugasan kerja lebih berkualiti
kerana saya menyiapkan lebih awal

5 Cara kerja saya lebih sistematik dan
produktif

6 Saya mempunyai integriti yang tinggi

KEKUATAN PROJEK

Kekuatan projek yang telah dirancang sebenarnya bergantung kepada kesungguhan
dan kerja kuat di samping keupayaan semua pihak dalam menerima perubahan
serta kesanggupan para pentadbir dalam membentuk kebersamaan dalam kalangan
warga sekolah. Sokongan yang padu daripada warga sekolah yang mempunyai
harapan untuk melihat transformasi sekolah supaya berdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah dengan sekolah-sekolah berhampiran merupakan kekuatan yang ada
dalam menjayakan budaya kerja PAKSI. Berikut merupakan hasil maklum balas
penerimaan budaya kerja PAKSI.

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 20

Jadual 3 : Maklum balas responden

Bil Perkara Tidak Setuju Sangat
Setuju (%) Setuju
Saya menerima baik amalan budaya
1 kerja PAKSI yang telah diperkenalkan (%) 0.00 (%)

oleh pengetua 0.00 100.00
Saya berpendapat budaya kerja
2 PAKSI ini dapat meningkatkan 0.00 12.50 87.50
kecemerlangan sekolah.

Selain itu, kepimpinan instruksional pengetua juga memainkan peranan sebagai
sumber kekuatan projek ini. Berikut merupakan ciri kepimpinan pengetua:
a) Memimpin secara pramatik atau mengikut situasi.
b) Tegas dan bersikap autokratik, tetapi dalam masa yang sama boleh dibawa

berbincang.
c) Melaksanakan „empowerment‟ dan pemantauan.
d) Bersikap terbuka dengan warga sekolah.
e) Membuat keputusan secara kolaboratif.

CABARAN PELAKSANAAN PROJEK
Proses yang paling mencabar dalam melaksanakan projek ini adalah proses
„menjual idea‟ dan „membeli hati‟. Pada peringkat awal, segelintir warga sekolah

susah untuk menerima perubahan budaya kerja. Atas semangat pengetua, usaha

mendekati warga sekolah telah membuahkan hasil.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pada dasarnya, projek ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan dan
berpotensi menjadi amalan. Selain itu, menerusi projek ini juga secara tidak
langsung dapat memotivasikan dan memberi inspirasi kepada warga
sekolah tentang perlunya budaya kerja yang berkualiti. Kejayaan projek ini
adalah hasil kerjasama warga sekolah. Oleh itu, budaya kerja ini
sememangnya perlu dikongsi kepada organisasi lain yang mana mahu
melakukan perubahan dalam organisasi mereka.

KESIMPULAN
Projek yang dijalankan telah berjaya menyatupadukan warga sekolah dengan
budaya kerja yang berkualiti. Penerimaan baik budaya kerja daripada warga
sekolah merupakan antara faktor yang membantu meningkatkan budaya kerja.
Gaya kepimpinan instruksional pengetua yang mantap dan berkesan juga dapat
membantu mewujudkan suasana kerja yang kondusif. Hal ini terbukti bahawa
penerimaan baik budaya kerja warga sekolah dengan gaya kepimpinan
instruksional pengetua merupakan antara penyumbang kejayaan kepada projek ini.

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 21

RUJUKAN

Abdul Wahab Mohd Arshad. (2011). Kepimpinan Instruksional Ke Arah
Transformasi Sekolah : Satu Perkongsian Pengalaman, Prosiding Kolokium
Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-7. Percetakan Nasional Malaysia
Berhad, Kedah Darul Aman

Abdullah, J. B., & Kassim, J. M. (2011). Amalan Kepimpinan Instruksional dalam
Kalangan Pengetua Sekolah Menengah di Negeri Pahang: Satu Kajian
Kualitatif. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Carter. (2007). “Overview of Leadership in Organizations”.
http://www.managementhelp.org/ldrship/ldrship.htm#anchor4623.

Cleland, D.I. (2004). “Field Guide To Project Management”. 2nd. Ed. New Jersey:
John Wiley.

Jabatan Asas Pendidikan dan Komuniti. (2018). Kompilasi Amalan Terbaik
Pengurusan Perhubungan Luar 2018. Unit Penerbitan Institut Aminuddin
Baki Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia:
Dasar, cabaran, dan pelaksanaan ke arah perpaduan nasional.
Sosiohumanika.

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 22

LAMPIRAN 1

Gambar 6 : Anugerah Tokoh Kepimpinan 2022 (Kategori Sekolah
Menengah)

Gambar 7 : Pencapaian Cemerlang Prestasi Pembayaran Bil dan Tuntutan
2021

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 23

LAMPIRAN 2

Gambar 8 : Anugerah Tokoh Guru daerah Lahad Datu (2016)
Gambar 9 : Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi (2016)

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 24

LAMPIRAN 3

Gambar 10 : Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 8 (2014)

Gambar 11 : Tawaran Baru kepada Pengetua (2012)

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 25

PENGURUSAN KEWANGAN MELANGKAH SEDERAP MENCAPAI
KEUNGGULAN

FARIDAH BINTI HJ. ALI
Pengetua, SMK Umas-Umas

[email protected]

BIDANG FOKUS

Amalan baik yang difokuskan dalam projek ini ialah berkenaan dengan pengurusan
kewangan sekolah yang unggul dan selari dengan prosedur dan peraturan yang
telah ditetapkan oleh kerajaan melalui surat-surat Pekeliling Kewangan dan
Perakaunan. Oleh itu pihak pentadbiran dalam projek ini akan memfokuskan
penggunaan borang senarai semak yang diguna pakai oleh pentadbir sebelum
menandatangani cek untuk memastikan aliran pengeluaran kewangan mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan serta semua kakitangan yang terlibat dalam
pengurusan kewangan akan dapat mematuhi tatacara perbelanjaan wang dengan
betul.

PENGENALAN PROJEK

Pengurusan kewangan merupakan salah satu tanggungjawab yang penting dan
menjadi keutamaan dalam sesebuah organisasi. Perkara ini boleh dianggap sebagai
nadi penggerak kepada setiap perancangan dan program yang dijalankan sepanjang
tahun. Pendapat ini disokong oleh Soaib Asimiran (2003) yang menyifatkan
sumber kewangan sebagai faktor penentu dan pengawal utama kepada sistem
pengurusan organisasi sekolah. Perkara ini kerana setiap aktiviti yang dirancang
memerlukan kos dan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan bahan dan
peralatan yang diperlukan untuk menjayakan sesuatu aktiviti yang akan atau sedang
diadakan. Pengetua merupakan pegawai yang diamanahkan untuk memastikan
pengurusan kewangan sekolah selari dengan prosedur dan peraturan yang telah
ditetapkan oleh kerajaan melalui surat-surat Pekeliling Kewangan dan Perakaunan
sekolah melalui Arahan Perbendaharaan; dan Akta Pendidikan (Akaun dan Audit),
1962 yang dikeluarkan di bawah Akta Pendidikan 1996. Oleh yang demikian,
pengurusan sekolah perlu ditadbir secara cekap dan berhemah agar kewangan yang
diperolehi dapat dibelanja dan diurus mengikut tatacara pengurusan kewangan
yang betul dan memenuhi matlamat sekolah. Dengan kata lain, segala urusan
berkaitan pengurusan kewangan haruslah dicatat atau direkod di dalam Buku Tunai,
Subsidiari dan Daftar Bil.

Peraturan akaun dan audit dalam akta pelajaran menetapkan supaya pengurusan
sekolah menyimpan rekod-rekod kewangan secara teratur dan semua akaun sekolah
bagi tahun semasa mesti dihantar untuk diaudit sebelum tahun berikutnya.

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 26

LATAR BELAKANG

SMK UMAS-UMAS TAWAU (SMKUT), ditubuhkan pada 08.Januari.1990.
Penubuhan sekolah ini adalah atas usaha pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) SMKUT, Jawatankuasa Bertindak Peneroka dan Pengurusan FELDA
Wilayah Sabah. Sekolah ini terletak kira-kira 58 km dari pusat Bandar Tawau dan
mengambil masa selama 1 jam 8 minit untuk sampai dari Bandar Tawau. Tujuan
penubuhan sekolah adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak peneroka dan
sekitarnya melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi dan
membantu warga peneroka untuk mendapatkan peluang pendidikan yang lebih baik
daripada sebelumnya. Sehingga kini pelajar di tingkatan satu hingga tingkatan
enam seramai 894 termasuk 12 orang pelajar PPKI

Bermula penubuhan sekolah ini, maka pengurusan pentadbiran sekolah juga silih
berganti dengan pengetua-pengetua yang berpengalaman dan komited terhadap
kemajuan sekolah dan anak didik di sekolah ini. Begitu juga dengan pengurusan
kewangan sekolah yang ada pasang dan surut dalam pencapaian audit sekolah.
Usaha penambahbaikan pengurusan kewangan dari satu pentadbir ke satu pentadbir
terserlah dan sentiasa ada penambahbaikan dari tahun ke tahun. Hal ini terbukti
dari laporan penemuan audit oleh Bahagian Audit Sekolah (BAS).

BAS merupakan Bahagian Audit Sekolah yang akan mengesah dan memberi
pendapat terhadap penyata kewangan sekolah. BAS juga akan melaksanakan
pengauditan pengurusan kewangan sekolah. Pengauditan ini adalah untuk
menentukan pematuhan kepada peraturan kewangan khususnya kawalan dalaman
pengurusan terimaan, bayaran, pengurusan rekod/dokumen perakaunan/kewangan
dan pengurusan aset/stor serta memberi penarafan terhadap prestasi pengurusan di
sekolah.

Rasional melaksanakan penarafan ini adalah kerana masih terdapat sekolah yang
tidak serius dalam meningkatkan prestasi pengurusan kewangan walaupun telah
diberi teguran berulang oleh BAS. Dengan memberi penarafan ini akan dapat
membantu meningkatkan kesedaran sekolah agar lebih gigih memperbaiki,
mempertingkatkan dan memperkasakan prestasi pengurusan kewangan dari masa
ke masa. Sekolah yang diberi tahap penarafan cemerlang boleh dijadikan sebagai
tanda aras/role model kepada sekolah-sekolah lain.

Dari teguran-teguran audit dari tahun ke tahun maka pengurusan sekolah SMK
Umas-Umas sentiasa peka dan berusaha membuat penambahbaikan dalam
peningkatan pengurusan kewangan sekolah agar boleh mencapai tahap cemerlang.
Berdasarkan sistem penarafan ini bagi setiap pematuhan terhadap peraturan
kewangan akan dikategorikan mengikut markah pencapaian. Secara umumnya,
sekolah akan diberi tahap pencapaian pengurusan kewangan berdasarkan markah
keseluruhan seperti berikut.

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 27

Jadual 1

TAHAP MARKAH PENARAFAN
KESELURUHAN
CEMERLANG
BAIK 95% - 100%
85% - 94%
MEMUASKAN 70% - 84%

KURANG 50% - 69%
MEMUASKAN
TIDAK MEMUASKAN 49% kebawah

ISU YANG DIKENALPASTI

Antara isu yang dikenalpasti dan perlu dibuat penambahbaikan ialah Pengurusan
kewangan JPKA tidak berdasarkan kepada pekeliling yang sepatutnya. Merujuk
kepada perkara 2.6.1(d) dan perkara 12.3.2 TPPKWS, JPKA dan JPKAK perlu
mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya tiga(3) bulan sekali selepas tamat
tempoh setiap suku tahun. Bagaimanapun berdasarkan penemuan semakan audit
perkara ini gagal dipatuhi oleh pihak sekolah.Selain itu merujuk perkara 2.7
TPPKWS,pengurus sekolah hendaklah mengadakan pemeriksaan mengejut peti
besi atau peti wang tunai dalam penyimpanan wang awam, setem atau barang-
barang lain yang berharga. Semakan dilakukan oleh Juruaudit Dalam. Pemeriksaan
seharusnya dilakukan oleh Pengurus Sekolah. Oleh itu pihak pentadbir memainkan
peranan penting dalam mengingatkan JK kewangan agar dapat mematuhi peraturan
dan pekeliling yang telah ditetapkan serta memastikan mesyuarat pengurusan
kewangan melaksanakan mesyuarat sekali dalam tiga bulan seperti yang telah
ditetapkan dan mengingatkan diri sendiri dalam membuat pemeriksaan mengejut di
bawah bidang kuasa.

Pihak pentadbiran menyedari isu lain yang dikenalpasti ialah kawalan bayaran
sebelum ini tidak terkawal dengan baik dan penyediaan penyata penyesuaian bank
yabg tidak tepat. Oleh itu pentadbiran sekolah harus membuat tindakan agar
berusaha mempertingkatkan kawalan dan pematuhan terhadap prosedur dan
peraturan pengurusan kewangan sekolah. Antara tumpuan dan penambahbaikan
yang perlu diberi perhatian oleh pengurusan sekolah agar perkara ini tidak berulang,
perlu menentukan setiap urusan terimaan dan bayaran hendaklah mematuhi
peraturan kewangan sedia ada. Melaksanakan pemantauan yang berkala terhadap
urusan kewangan dan rekod serta dokumen kewangan.

Pihak pengurusan sekolah menyedari bahawa latihan dalaman pengurusan
kewangan kepada semua kakitangan sekolah yang terlibat dengan pengurusan
pengeluaran kewangan sekolah (KB, PK dan unit-unit tertentu) kurang dibuat. Oleh

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 28

itu, sebuah program perlu dilaksanakan kepada semua guru agar dapat mengubah
cara fikir dan sikap guru terhadap pengurusan kewangan sekolah. Pihak sekolah
akan mengadakan program perkembangan staf dengan membuat program
pendedahan pengurusan kewangan dengan melibatkan Bahagian Kewangan
PPD/JPN/Agensi kerajaan seperti Jabatan Audit dan Badan Pencegah Rasuah agar
guru- guru didedahkan nilai-nilai positif seperti akauntabiliti, transparent, amanah
dan tanggungjawab dalam pengurusan kewangan sekolah yang telus. Latihan yang
berterusan dan mencukupi perlu diberi kepada pegawai yang terlibat dalam urusan
kewangan.

Konsep belanja „sampai habis‟ perlu diterangkan kepada semua yang terlibat
dengan pengurusan kewangan agar mereka dapat berbelanja dengan lebih efisien
dan peruntukan yang diterima dapat dibelanja hingga habis.

ANALISA KEPERLUAN PROJEK

Pengurusan kewangan adalah penting di sekolah kerana tanpa peruntukan
kewangan yang mencukupi, program dan aktiviti sekolah tidak dapat dijalankan
secara lebih berkesan. Muhammad Faizal A. Ghani,et al. (2013) menyatakan bagi
mengekalkan kualiti pendidikan, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan
sejumlah wang yang tinggi untuk sektor pendidikan. Oleh itu projek ini bertujuan
memastikan pengurusan pengeluaran kewangan sekolah diurus tadbir dengan baik
dan teratur mengikut pekeliling kewangan dan perakaunan sekolah.

Pihak pentadbiran dalam projek ini penggunaan borang senarai semak (rujuk
lampiran) yang diguna pakai oleh pentadbir sebelum menandatangan cek untuk
memastikan aliran pengeluaran kewangan mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan.

MATLAMAT PROJEK

Bagi memastikan pengurusan kewangan sekolah dapat diuruskan dengan baik dan
efisien, carta organisasi pengurusan kewangan amatlah penting untuk disediakan.
Perkara ini akan memudahkan pihak sekolah memantau dan memastikan setiap
pihak yang bertanggung jawab memainkan peranan dalam melaksanakan tugas
masing-masing. Malahan dengan terbentuknya organisasi kewangan, membolehkan
pihak sekolah mempunyai rujukan dalam mengendali serta mengatasi sebarang
masalah berkaitan pengurusan kewangan. Adanya organisasi kewangan akan
mempertingkatkan lagi keberkesanan struktur pengurusan kewangan sekolah dalam
melaksanakan tugas pengurusan kewangan di sekolah atas arahan pentadbir dan
harus akur dengan pekeliling kewangan yang berkuatkuasa agar kewibawaan
sekolah tidak dipertikaikan.

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 29

Pihak pengurusan sekolah dan jawatankuasa kewangan dapat memperkasa
penggunaan borang senarai semak bagi memastikan kawalan pengurusan kewangan,
pengurusan bantuan, kawalan terimaan dan kawalan perbelanjaan dapat diurus
tadbir dengan baik.

INISIATIF PROJEK

Inisiatif bersama dilaksanakan agar pengurusan kewangan lebih efisien,
pengurusan sekolah dan jawatankuasa kewangan telah berbincang dan
menghasilkan satu borang senarai semak (rujuk lampiran) yang boleh diguna pakai
oleh pentadbir sebelum menandatangani cek bagi memastikan semua kawalan yang
melibatkan pengurusan kewangan dapat di tadbir urus dengan baik.

Perkongsian tatacara penulisan kertas kerja yang betul bagi membelanjakan
peruntukan agar memberi impak maksima kepada pelajar juga perlu didedahkan
kepada semua jawatankuasa atau unit yang terlibat dalam membelanjakan wang.
Kertas kerja adalah penting sebagai rujukan dalam merancang untuk membuat
projek atau aktiviti yang melibatkan pelajar. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4,
kertas kerja bermaksud makalah (artikel atau rencana) bertulis yang mengandungi
perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan tertentu. Pada umumnya
kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan,
bukti dan segala butiran yang dirasakan perlu bagi memastikan idea atau cadangan
yang dinyatakan dalam kertas kerja ini mudah difahami dan dipertimbangkan untuk
mendapatkkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan dan
kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.

Pengurusan pembelian dan pembayaran yang dibuat oleh pihak sekolah juga
hendaklah mengikut tatacara kewangan, mematuhi undang-undang serta peraturan
yang ditetapkan melalui pekeliling yang terkini dari masa ke masa dengan
memastikan wujudnya struktur dan sistem pengurusan kewangan yang berkesan.
Di samping itu perlu wujud sistem kawalan dalaman yang mantap terhadap
pendapatan dan perbelanjaan. Rekod dan dokumen kewangan yang berkaitan
diselenggarakan dengan lengkap dan kemaskini.

PELAKSANAAN PROJEK
Bagi memastikan pelaksanaan projek dapat berjalan seperti yang dirancang, ada
beberapa perkara yang perlu diambil tindakan agar projek amalan baik ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Antara perkara yang perlu di ambil tindakan ialah
menguatkuasakan penggunaan senarai semak dalam pengurusan pengeluaran cek
sekolah. Pembinaan borang senarai semak ini di bincang bersama dengan
jawatankuasa kewangan agar perkara-perkara yang ada dalam senarai semak
(rujuk lampiran 1) ini sesuai dengan tatacara yang berkaitan dengan pematuhan
kepada peraturan kewangan khususnya kawalan dalaman pengurusan terimaan

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 30

bayaran, bayaran yang di keluarkan dalam bentuk cek dan pengurusan
rekod/dokumen perakaunan/kewangan di sekolah.

Selain dari itu perbincangan bersama dengan AJK kewangan sekolah dibuat bagi
mewujudkan satu carta organisasi ahli-ahli yang bertanggung jawab dalam
melaksanakan tugasan yang diberi dan memudahkan pihak sekolah memantau dan
memastikan setiap pihak yang bertanggung jawab memainkan peranan dalam
melaksanakan tugas masing-masing. Malahan dengan terbentuknya organisasi
kewangan, membolehkan pihak sekolah mempunyai rujukan dalam mengendali
serta mengatasi sebarang masalah berkaitan pengurusan kewangan. Adanya
organisasi kewangan akan mempertingkatkan lagi keberkesanan struktur
pengurusan kewangan sekolah dalam melaksanakan tugas pengurusan kewangan di
sekolah atas arahan pentadbir dan harus akur dengan pekeliling kewangan yang
berkuatkuasa agar kewibawaan sekolah tidak dipertikaikan.

PENCAPAIAN PROJEK

Dalam memastikan laporan audit ada peningkatan dari tahun ke tahun struktur
pengurusan kewangan yang berkesan telah diwujudkan dan memastikan dua (2)
aspek utama kawalan pengurusan iaitu akauntabiliti pengurus sekolah dan
pengurusan rekod/dokumen kewangan diurus tadbir dengan baik.

Pencapaian projek berdasarkan kepada penemuan audit sepanjang tiga tahun SMK
Umas-Umas, tahap pematuhan terhadap peraturan kewangan serta pengurusan
kewangan sekolah adalah seperti berikut:-

Jadual 2

TAHUN TAHAP

2019 BAIK

2020 BAIK

2021 CEMERLANG

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 31

Jadual 3

DAPATAN AUDIT

2019

2020

2021

Dengan usaha yang berterusan tanpa mengenal putus asa dari tahun ke tahun
dengan mewujudkan penggunaan senarai semak agar prestasi terus meningkat
akhirnya pengurusan kewangan dapat mencapai cemerlang dalam pematuhan
terhadap pengurusan kewangan.

KEKUATAN PROJEK

Mewujudkan satu pengurusan kewangan yang bersistematik dan mengelakkan
salah laku pengurusan kewangan. Bagi menentukan sama ada struktur pengurusan
dan prosedur kewangan yang berkesan telah diwujudkan, semakan audit dalaman
bagi kawalan pengurusan akauntabiliti dan pengurusan rekod dan dokumen
kewangan di sekolah. Audit sekolah juga akan membuat semakan meliputi
kawalan buku resit rasmi, penerimaan wang, kemasukan pungutan ke bank,
perakaunan terimaan/hasil dan Akaun Belum Terima. Sehubungan dengan ini
pentadbir mengharapkan pemantauan secara menyeluruh dan berterusan terhadap
perkara ini dipatuhi serta semua rekod berkaitan diselenggara dengan teratur dan
kemaskini bagi terus mengekalkan prestasi pencapaian semasa.

Pihak pengurusan telah mewajibkan penggunaan borang senarai semak oleh
pentadbir sebelum menandatangan cek. Dengan amalan ini dapat
mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan, ini dapat melihat komitmen
pegawai yang bertanggungjawab terhadap semua kawalan pengurusan kewangan di
sekolah.

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 32

CABARAN PELAKSANAAN PROJEK

Dalam mendapatkan data di lapangan, penulis menggunakan kajian lapangan
dengan menggunakan kaedah temu bual dan Observation. Temu bual atau yang
dikenal dengan istilah interview adalah suatu proses interaksi dan komunikasi dari
dua orang atau lebih (subjek dan objek). Metode ini dilakukan untuk mendapatkan
maklumat dengan bertanya langsung kepada responden. Patton (1980) menyatakan
terdapat tiga jenis teknik temubual iaitu temubual formal, temubual tidak formal
dan temubual terbuka. Fontana dan Frey (1994) Merriem (1998) juga menyatakan
terdapat tiga jenis temubual iaitu temubual berstruktur, temubual separa berstruktur
dan temubual tidak berstruktur.

Secara umum, temu bual dapat dilakukan dalam dua bentuk, iaitu temu bual tidak
berstruktur dan temu bual berstruktur. Temu bual tidak berstruktur adalah temu
bual yang dilakukan hanya bersumber kepada garis-garis besar permasalahan yang
akan ditanyakan. Dalam projek ini saya telah memilih temu bual tidak berstruktur
untuk mendapat maklumat. Ketika proses temubual dijalankan, soalan-soalan
berkaitan isu berbangkit bila dianggap perlu, penulis akan menanyakan secara serta
merta kepada responden. Pengumpulan data melalui kaedah temubual terhadap 3
orang ketua bidang, 3 orang ketua panitia, 2 orang guru dan 2 orang kerani yang
terlibat dalam pengurusan kewangan. Observation akan dilakukan terhadap semua
ketua bidang, ketua panitia dan unit-unit yang terlibat dalam pengurusan kewangan.
Dapatan daripada hasil temubual yang dikemukakan dan jawapan yang diperolehi
semasa sesi temubual terhadap 3 orang ketua bidang, 3 orang ketua panitia, 2 orang
guru dan 2 orang kerani yang terlibat dalam amalan pengurusan kewangan
mendapati bahawa pentadbir sekolah mempunyai pengetahuan dalam mengurus
kewangan dan telah memainkan peranan penting dalam membuat keputusan
dengan baik dalam mengurus perbelanjaan secara sistematik dengan sumber
kewangan yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada sekolah.

Observation adalah satu cara pengumpulan data tanpa melibatkan komunikasi
secara langsung dengan responden. Dengan kata lain, observasi adalah
pengumpulan data tanpa bertanya kepada responden. Observation yang dilakukan
oleh penulis adalah terhadap 30 orang guru yang terdiri dari ketua bidang, ketua
panitia dan unit-unit yang terlibat dalam pengurusan kewangan, dengan cara
memperhatikan etika yang diamalkan ketika mengurus kewangan. Kelebihan
Observation adalah penulis boleh mendapatkan data yang tidak penulis perolehi
daripada temu bual. Ada beberapa data yang tidak responden nyatakan boleh
didapatkan dengan cara Observation di tempat bekerja. Data yang didapatkan akan
direkodkan oleh penulis untuk dianalisis dengan data temu bual.

Dapatan dari Observation yang dibuat mendapati bahawa pematuhan kepada
tatacara dan tindakan yang telah dibuat oleh jawatankuasa dan unit-unit yang

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 33

terlibat dalam pengurusan kewangan sekolah dapat di urus dengan baik dan
mematuhi peraturan dan ketetapan seperti yang telah diarahkan.

Selain dari itu penggunaan senarai semak dokumen yang lengkap sebelum
menandatangani cek menghadapai cabaran dalam mengaplikasikan dalam setiap
urusan-urusan yang melibatkan pengeluaran cek, namun usaha yang berterusan
akhirnya borang senarai semak ini banyak membantu dalam memastikan
pengurusan pengeluaran kewangan dapat ditadbir urus dengan baik. Bak kata
pepatah melayu „alah bisa tegal biasa‟, perkara atau kerja yang susah menjadi
senang kalau selalu dibuat.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Setelah melihat pada pengurusan tadbir urus kewangan di sekolah, beberapa
cadangan penambahbaikan boleh dilakukan lagi agar tadbir urus kewangan dapat
mengekalkan status Cemerlang dari tahun ke tahun. Antara tindakan yang boleh
dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah ialah:
 Kursus pendedahan pengurusan kewangan yang berterusan.
 Memperkasakan penggunaan nota minta yang mengikut tatacara yang telah

ditetapkam oleh surat pekeliling kewangan SPK(Bil. 1 Tahun 2021).
 Memperkasakan penggunaan borang senarai semak yang diguna oleh pentadbir

sebelum menanda tangan cek.
 Pegawai yang terlibat dalam pengurusan kewangan akan dihantar ke kursus

serta diberikan latihan yang bersesuaian agar kompetensi kerja terus meningkat
 Menyediakan kursus secara praktikal melibatkan penggunaan sistem

iGFMAS.Pendekatan yang digunakan bagi melaksanakan kursus sistem
iGFMAS adalah secara teori dan hands-on. Kaedah secara hands-on ini
membantu proses pemahaman peserta terhadap teori yang diterangkan oleh
penceramah / fasilitator.
 Sentiasa kemaskini pekeliling selaras dengan pekeliling Perbendaharaan.
Berikut adalah antara senarai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia
(SPANM) dan Garis Panduan Akauntan Negara Malaysia yang telah
dikeluarkan sepanjang tahun 2020:
1. SPANM 1/2020 Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam

Persekutuan 2. SPANM 2/20220 Peraturan Bayaran Bayaran Bantuan
Khas Kewangan Tahun 2020
2. SPANM 3/2020 Tatacara Pengurusan Perakaunan Dan Kewangan Selaras
Dengan Penyusunan Semula Kementerian Tahun 2020
3. SPANM 4/2020 Tarikh Akhir Proses Dokumen Kewangan Bagi Tahun
Kewangan 2020 5. SPANM 5/2020 Tarikh Dan Peraturan Bayaran Gaji
Tahun 2021
4. GPANM 1/2020 Tugasan Kewangan Dan Perakaunan Melalui Penggunaan
Virtual Private Network (VPN) oleh PTJ

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 34

5. GPANM 2/2020 Pelaksanaan Permohonan dan Pembayaran Tuntutan
Perjalanan Dalam Negeri Secara Digital.

KESIMPULAN

Pengurusan kewangan merupakan salah satu aspek yang amat penting dalam
pengurusan sekolah-sekolah di negara kita kerana pengurusan kewangan yang tidak
cekap boleh menimbulkan banyak masalah dan akan mengganggu pengurusan
sesebuah sekolah dan menjejaskan perlaksanaan core business sekolah dalam
pengajaran dan pembelajaran. Seorang Pentadbir sekolah hendaklah sentiasa
bertindak tegas dalam memastikan kewangan diurus dengan cekap dan berkesan
bagi mengelak sebarang penyelewengan pengurusan kewangan sekolah. Seorang
pentadbir (pengetua) wajib memiliki kecekapan dan kebijaksanaan dalam setiap
aspek pengurusan kewangan sekolah. Hal ini memudahkan tugas memantau dan
menyemak rekod-rekod kewangan yang diurus oleh pegawai kewangan sekolah.
Sehubungan dengan ini pentadbir mengharapkan pemantauan secara menyeluruh
dan berterusan terhadap perkara ini dipatuhi serta semua rekod berkaitan
diselenggara dengan teratur dan kemaskini bagi terus mengekalkan prestasi
pencapaian semasa.

Pengurusan kewangan yang efisien dan teratur mengikut ketetapan akta pendidikan
serta menjadi amalan semua kakitangan yang terlibat dalam pengurusan kewangan
akan menghasilkan pentadbiran sekolah yang berkualiti dan unggul. Sikap
pentadbir yang mempunyai gaya kepimpinan birokratik dan diplomatik yang fokus
untuk mencapai matlamat organisasi dan sentiasa memberi sokongan dan
mengambil berat terhadap organisasi akan memastikan projek dapat dilaksanakan
dengan jayanya.

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 35

RUJUKAN

Abdul Rahim bin Affandi (2003).Laporan audit bersyarat:Kajian kes di sebuah
sekolah menengah di Pulau Pinang .

Kertas Projek Sarjana Kepengetuaan, UniversitiMalaya yang tidak
diterbitkan.Azizah Hassan (2004).

Pengurusan kewangan sekolah:Kajian kes di sebuah sekolah menengah
harian biasa bertaraf PTJ di Daerah Kuala Terengganu.

Kertas Projek Sarjana Kepengetuaan, Universiti Malaya yang tidak di terbitkan
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Kewangan. (1999).

Garis panduan perakaunan dan kewangan sekolah. Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional, Kerajaan Malaysia. (1957).

Akta acara kewangan1957. Kuala Lumpur: PercetakanNegara. Kerajaan Malaysia.
(1990).

Arahan perbendaharaan, bab 8. Kuala Lumpur:Percetakan NasionaI.Kerajaan
Malaysia. (1996).

Akta pendidikan 1996. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.

Shahril@Charil Hj Marzuki, (2005) Pengurusan Kewangan di Sekolah Rendah dan

Menengah diMalaysia: Isu, Masalah dan Cadangan untuk Mengatasinya.

Bahagian Audit Sekolah (BAS) (2021) Laporan Pengurusan Kewangan Sekolah

Menengah Kebangsaan Umas-Umas, Tawau, Sabah bagi tahun 2021.

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 36

LAMPIRAN 1

Contoh borang senarai semak

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 37

LAMPIRAN 2

Borang pergerakan dokumen 1GFMAS

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 38

LAMPIRAN 3

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 39

LAMPIRAN 4
SMK UMAS UMAS TAWAU

Lokasi sekolah
Kedudukan sekolah di google map

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 40

LAMPIRAN 5

Kursus Dalaman Semakan menggunakan borang

Serumpun Bak Serai. Sesusun Bak Sirih
Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk

Ahli Jawatankuasa Kewangan Sekolah


Click to View FlipBook Version