The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

koleksi penulisan amalan terbaik ppdt 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gulson, 2022-11-09 01:56:46

legasi kepimpinan amalan terbaik ppdt 2022

koleksi penulisan amalan terbaik ppdt 2022

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 141

Luasong, Tawau. Jika perkara ini berlaku kesan positif ini sudah tentu akan dapat
memberikan manfaat yang besar kepada pencapaian matlamat visi dan misi KPM
amnya dan khususnya terhadap kecemerlangan sekolah.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Kelangsungan yang berterusan amat diperlukan dalam pelaksanaan program ini
terutamanya dari aspek pemantauan penyelenggaraan yang konsisten bagi
memastikan pencapaian matlamat yang disasarkan berada pada tahap yang
optimum. Kerjasama daripada PIBG, PIBK dan stake holders boleh diperluaskan
lagi bagi mendapatkan pelbagai sumber keperluan yang boleh membantu sekolah
seperti dari aspek sumbangan pelbagai kemahiran dan sebagainya.

Program BIDARKIT hanyalah merupakan satu alternatif melalui terapi
persekitaran yang sedikit sebanyak dijangka akan membantu kepada penyelesaian
masalah „kelelahan mental‟ atau emosi warga sekolah dan ianya bukanlah sumber
rawatan utama kepada permasalahan ini. Oleh yang demikian, rawatan perubatan,
program sesi kaunseling dan peranan guru besar dalam usaha menanganinya
secara bijaksana adalah penting bagi memastikan semua warga dapat
melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan.

KESIMPULAN

Kesan jangka pendek dan jangka panjang dari pendekatan ini telah dapat
mengurangkan masalah tekanan emosi dan keyakinan diri para guru dan warga
sekolah amnya. Keadaan ini telah memperlihatkan peningkatan komitmen dan
kesedaran kerja berpasukan dalam kalangan guru-guru untuk melaksanakan
amanah dan tanggungjawab sebagai pendidik terutamanya dalam melaksanakan
pengajaran PDPR dalam tempoh sekatan pergerakan pendemik covic-19, mereka
telah menunjukkan komitmen yang tinggi bekerjasama menyiapkan tugasan setiap
hari dalam perlaksanaan PdPR secara atas talian mahupun secara luar talian untuk
memastikan murid-murid tidak ketinggalan dalam pelajaran. Kualiti kerja yang
produktif serta sikap proaktif dalam kalangan guru memberikan kesan positif
terhadap pencapaian murid dalam akademik.

Perbandingan dalam pencapaian PBD antara tahun 2019 – 2020 telah
menunjukkan peningkatan yang positif pencapaian akademik dalam kalangan
murid-murid tahun 1 hingga tahun 6. Peranan dan galakan guru besar yang
sentiasa memberikan motivasi dan cakna terhadap permasalahan dan keperluan
guru merupakan sebahagian daripada pemangkin kepada perubahan yang lebih
baik dalam konteks kecekapan dan kerajinan bagi menggalas tanggungjawab
sebagai guru dan warga sekolah amnya.

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 142

RUJUKAN

Daljit Sigh Karam. (2017). Terapi hutan untuk pesakit psikiatrik. Berita Harian, 1
Ogos 2017.

Kaplan, S. (1995). The restorative benefits of nature: Toward an integrative
framework. Journal of Enviromental Psychology, 15(3), 169-182.

Parson,T.(1959). The school class as a social system. Havard Education Review,
29:297-318

Raja Maria Diana binti Raja Ali. (2011). Faktor-Faktor Yang Mendorong Tekanan
Kerja (Stres) Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Daerah Pasir
Puteh. Kertas Penyelidikan Fakulti Pendidikan dan Bahasa, 3.

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 143

“REST & GO” MENGATASI MASALAH KETIDAKHADIRAN DALAM
GERKO

SHOFIAN BIN ABDUL GHANI

SK SERUDONG BARU, TAWAU
[email protected]

BIDANG FOKUS

Ketidakhadiran pelajar dalam aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO)
merupakan salah satu masalah yang sering berlaku di sekolah rendah.Masalah
ketidakhadiran pelajar dalam perjumpaan GERKO amat membimbangkan dan
perlu diambil tindakan segera. Intervensi “Rest & Go” dirancang adalah berpunca
dari permasalahan ketidakhadiran dalam setiap perjumpaan GERKO yang
dilaksanakan pada setiap hari Rabu.

Hasil kajian ini, diharap agar masalah ini dapat dibendung secara holistik supaya
pelajar dapat menyertai GERKO seperti yang dirancang oleh pihak sekolah.

PENGENALAN PROJEK

Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) merupakan aktiviti yang wajib disertai oleh
semua murid sekolah rendah tahap dua yang terdiri daripada murid Tahun 4, Tahun
5 dan Tahun 6 sahaja. Kajian ini dijalankan disebuah sekolah rendah dalam zon
Balung, Tawau. Aktiviti GERKO merupakan aktiviti yang dirancang oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu para pelajar agar seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleks (JERI) untuk meningkatkan
pencapaian dalam bidang sukan, malah dapat membantu pelajar meningkatkan
prestasi dalam bidang akademik. Antara kegiatan GERKO yang dilaksanakan di
sekolah rendah adalah melibatkan sukan dan permainan, kelab dan juga unit
beruniform. Namun begitu, masalah ponteng melibatkan pelajar sekolah rendah
secara berterusan dalam aktiviti GERKO telah menyebabkan peratus kehadiran
menurun, malah masalah ponteng melibatkan pelajar sekolah harian sentiasa
meningkat dari semasa ke semasa (Fives, C. J., Kong. G., DiGiuseppe, R., & Fuller,
R., 2011). Oleh itu, langkah intervensi yang saya gunakan “Rest & Go” ini
digunakan untuk mengatasi pelajar yang bermasalah agar purata peratus kehadiran
pelajar dalam aktiviti GERKO dapat ditingkatkan. “Rest & Go” adalah akronim
daripada perkataan Re-schedule, Re-structure ataupun Re-time Gerko di mana
masa pelaksanaan Gerko di awalkan iaitu sebelum sesi pengajaran dan
pembelajaran iaitu bermula jam 7.20 am -10.20 am adalah bertitik tolak dari
kebanyakkan sekolah-sekolah zon Balung melaksanakan selepas sesi pengajaran
dan pembelajaran iaitu pada pukul 1.30 pm- 4.30pm petang setiap hari Rabu
ataupun pada hari Sabtu. Disebabkan pelaksanaan perjumpaan gerko ini di buat
selepas sesi pengajaran dan pembelajaran kebanyakkan pelajar yang pulang ke

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 144

rumah tidak akan kembali semula ke sekolah untuk mengikuti gerko. Ini adalah
disebabkan kebanyakkan pelajar tinggal berhampiran dengan sekolah. Berpunca
daripada permasalahan ini, maka tercetuslah idea untuk saya mengambil langkah
intervensi untuk membuat penjadualan semula bagi mengatasi masalah
ketidakhadiran pelajar dalam perjumpaan gerko.

LATAR BELAKANG

Ditubuhkan pada 1965, lokasi sekolah adalah berada di antara 2 buah kampung
iaitu Kg Serudong Baru dan Kg Iban Kuala Nansang. Dengan kedudukannya yang
berada diantara kedua-dua kampung ini,kebanyakan pelajar yang bersekolah disini
adalah dari dua kampung berkenaan.

Bertitik tolak dari keadaan di atas pelajar kebanyakkannya tinggal berhampiran
dengan sekolah dan akan pulang selepas waktu persekolahan dan datang semula
sebelum waktu perjumpaan GERKO.

Berikutan dengan keadaan di atas, kebanyakan pelajar tidak mahu kembali semula
ke sekolah untuk mengikuti aktiviti GERKO. Keadaan demikian menyebabkan
peratus kehadiran pelajar pada perjumpaan GERKO menurun dan sangat
mengkhawatirkan. Oleh yang demikian, pencapaian dalam bidang kokurikulum
sangat mendukacitakan.

ISU YANG DIKENALPASTI

Tercetusnya intervensi “Rest & Go” adalah berpunca dari permasalahan
ketidakhadiran pelajar dalam perjumpaan Gerko setiap hari Rabu selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran iaitu pada pukul 1.30 pm sehingga 4.30 pm. Seratus
peratus pelajar tinggal berhampiran dengan sekolah, setelah selesai sesi pengajaran
dan pembelajaran 12.40 pm mereka semua akan pulang dan kembali ke sekolah
sebelum jam 1.30 pm untuk menyertai aktiviti gerko. Namun peratusan kehadiran
pelajar amatlah mengecewakan. Rentetan dari permasalahan ini saya
mencadangkan kepada pentadbiran sekolah bagi persekolahan sesi 2018 untuk
penjadualan semula aktiviti gerko ini diawalkan sebelum sesi pengajaran dan
pembelajaran bermula.

Intervensi “Rest & Go” yang saya laksanakan ini adalah untuk meningkatkan
jumlah kehadiran GERKO dalam kalangan murid Tahap 2. Masalah utama yang
perlu saya atasi ialah kecelaruan perlaksanaan program ini dikalangan guru dan
murid kerana kurang terbiasa dengan perubahan masa penjadualan pelaksanaan
GERKO ini. Ibarat “Betulkan yang biasa, biasakan yang betul” adalah sedikit
sebanyak menyumbang kepada kekangan-kekangan program ini.

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 145

Impak intervensi ini, dengan penerimaan guru dan murid untuk membiasakan
penjadualan semula pelaksanaan “Rest & Go” ini, maka peningkatan peratusan
kehadiran murid menampakkan perubahan menggalakkan.

ANALISA KEPERLUAN PROJEK

Berikut merupakan hasil pemerhatian yang telah dibuat terhadap beberapa orang
murid daripada 20 orang yang dipilih. Berdasarkan gambarajah di bawah
merupakan evidens kad GERKO 2017 dan 2018 dari beberapa orang pelajar.

Berdasarkan kad GERKO 2017 & 2018, menunjukkan terdapat perbandingan
kehadiran yang sangat ketara. Berikut adalah hasil analisis perbandingan yang di
buat, untuk melihat peratusan kehadiran GERKO murid.

Rajah 1 : Graf Perbandingan Kehadiran Gerko Sk.Serudong Baru

Jadual 1 : Analisis Perbandingan Peratusan Kehadiran GERKO

JAN FEB MAC APR MEI JUN JULAI OGOS

2017 20 13 15 9 8 10 10 10

2018 20 20 18 18 16 17 18 20

Jadual 2 :Statistik Pencapaian SK.Serudong Baru

KEBANGSAAN 2016 2017 2018 2019 2020 2021
NEGERI - - - 2 - -
DAERAH 2 - 2 3 1 -
ZON 5 1 1 1 - 1
4 4 4 4 1 1

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 146

MATLAMAT PROJEK

Masalah ponteng GERKO yang dikira dari peratusan kehadiran perlu di atasi agar
dapat dikurangkan dari semasa kesemasa.Setiap kali perjumpaan dilaksanakan
didapati bahawa kehadiran pelajar semakin menurun. Langkah yang bijak perlu
diambil bagi mengatasi masalah ini. Diharapkan dengan pendekatan ini, ia
membantu pihak sekolah untuk mengatasi masalah diatas. Ia juga diharapkan akan
dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum samaada dalam
sekolah atau diluar sekolah.

INISIATIF PROJEK

Penyelidik memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini ,beliau meminta
kebenaran pentadbiran (Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan Lain) agar
membenarkan intervensi “REST & GO” ini dilaksanakan pada 2018 untuk

membendung masalah dan punca mereka tidak menyertai aktiviti
GERKO.Mesyuarat dan pemakluman kepada ibu bapa dilaksanakan agar

pelaksanaan projek ini dapat dijalankan dengan lancar .

PELAKSANAAN PROJEK

Penjadualan semula bagi mengatasi masalah ketidakhadiran pelajar dalam
perjumpaan gerko “Rest & Go” ini digunakan untuk mengatasi pelajar yang

bermasalah agar purata peratus kehadiran pelajar dalam aktiviti GERKO dapat
ditingkatkan. “Rest & Go” adalah akronim daripada perkataan Re-schedule, Re-

structure ataupun Re-time Gerko di mana masa pelaksanaan Gerko di awalkan iaitu

sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu bermula jam 7.20 am -10.20 am

adalah bertitik tolak dari kebanyakkan sekolah-sekolah zon Balung melaksanakan

selepas sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu pada pukul 1.30 pm- 4.30pm petang

setiap hari Rabu ataupun pada hari Sabtu.

PENCAPAIAN PROJEK

Berdasarkan data diatas membuktikan bahawa impak yang sangat besar terhadap
pencapaian pelajar yang meningkat setiap tahun dan secara berterusan. Ini
membuktikan bahawa program yang saya laksanakan menunjukkan keberkesanan
yang positif dan berimpak tinggi.

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 147

TAHUN PERKARA PENCAPAIAN PERINGKAT
2017
2018 Kejohanan Bola Tampar Tempat ke 2 Daerah
MSSDT Pasukan Perempuan
2019 Pertandingan Bola Tampar 2 orang Negeri
2020 Anugerah BATHKP 2 orang Kebangsaan
2021 Nyanyian solo 1 orang Daerah
Kejohanan Bola Tampar 6 orang Negeri
Kejohanan Sepak Takraw 1 orang Negeri
Anugerah BATHKP 1 orang Kebangsaan
Anugerah BATHKPC 2 orang Negeri
MSS Negeri Sabah 1 orang Negeri
Karnival Kebudayaan 1 orang Antarabangsa
Kejohanan Bola Tampar 2 orang Negeri
Bakat Irama Malaysia 1 orang Negeri

Pencapaian - pencapaian yang telah dicapai membuktikan bahawa ia telah berhasil
dan walaupun ia sekolah yang kecil dan berada di luar bandar namun ia mampu
bersaing dengan sekolah-sekolah lain.

KEKUATAN PROJEK

Projek ini mendapat sokongan penuh daripada barisan pentadbiran sekolah ,guru-
guru penasihat dan ibu bapa. Mereka telah banyak membantu Unit Kokurikulum
dalam menjayakan projek ini dengan memastikan perjalanan GERKO dapat
berjalan lancar seperti yang telah dirancang .
Komitmen semua pihak dapat membantu kejayaan pelaksanaan projek ini.

CABARAN PELAKSANAAN PROJEK / AKTIVITI

Di awal perancangan pelaksanaan projek ini ,ia mendapat sedikit tentangan dari
pihak pentadbiran. Perjumpaan demi perjumpaan diadakan bagi mencari jalan
penyelesaian untuk melaksanakan projek ini. Pada awalnya , ia ada sedikit
keganjalan dalam pelaksanaannya kerana pertukaran masa pelaksanaan GERKO.
Surat pemakluman diedarkan kepada ibu bapa untuk memaklumkan pertukaran
masa pelaksanaan GERKO. Guru-guru penasihat juga dimaklumkan tentangnya
melalui perjumpaan dan mesyuarat. Pertukaran masa GERKO ini pada awalnya
menyebabkan sedikit kucar kacir ,namun setelah beberapa kali pelaksanaan dibuat
ia dapat berjalan seperti yang telah dirancang.

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 148

CADANGAN PELAKSANAAN PROJEK

Projek ini dilaksanakan pada awal pagi sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran
dimulakan pada setiap hari Rabu. Ia dilaksanakan bermula jam 7.20 - 10.20 pagi.
Unit Kokurikulum amat mengharapkan guru-guru penasihat melaksanakan projek
ini dengan aktiviti-aktiviti menarik minat murid dalam perjumpaan GERKO dan
tidak membosankan. Pengisian aktiviti yang menarik dapat menggalakkan pelajar
untuk hadir pada masa GERKO . Selain itu, masa pelaksanaan pada awal pagi amat
sesuai agar badan sihat dan otak cerdas .

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi mengekalkan dan meningkatkan kehadiran pelajar dalam GERKO ini ,salah
satu cara ialah dengan memberikan hadiah galakan kepada murid-murid yang
berkehadiran penuh . Selain daripada hadiah galakan, sijil juga boleh diberikan
kepada murid yang berkenaan. Ia juga boleh diperluaskan untuk diberikan kepada
guru-guru penasihat yang menunjukkan komitmen yang tinggi.

KESIMPULAN

Kejayaan demi kejayaan yang dirai telah membuktikan bahawa projek ini telah
menunjukkan bukti yang ia sesuai dilaksanakan pada awal pagi . Pencapaian -
pencapaian yang dicapai sangat mendorong kepada keberhasilan dan kemenjadian
pelajar dalam aktiviti Kokurikulum.

Ini menunjukkan bahawa murid-murid di sekolah ini mampu berdaya saing dengan
sekolah - sekolah yang berada di luar bandar dan dibandar.

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 149

LAMPIRAN 1

KAD KEHADIRAN GERKO

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 150

LAMPIRAN 2

Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Daerah Tawau
Azzy Bradley Anak Peter mewakili zon ke peringkat Daerah Tawau

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 151

Ahli-ahli Pandu Puteri Tunas dalam pengemaskinian buku log untuk pertandingan
ke peringkat negeri

Ahmad Danny Johan bagi pertandingan Bakat Irama Malaysia
KEJAYAAN-KEJAYAAN YANG DICAPAI

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 152

RUJUKAN

Asmah Ismail (2017). Kaunseling kelompok: Proses Kemahiran dan Isu. Asmawati Desa
(2015). Pengantar Psikologi, Kuala Lumpur: Sj. Learning.

Aminah Hashim & Asmah Ismail. (2000). Kaunseling kelompok: Modul untuk
pelajar. Bahan tidak diterbitkan.

Ariane, Hartmut & Heidi (2013). This is my family: Differencesin children‟s family
drawing across cultures. Journal of Cross-Cultural Psychology.1-18.

Bastemur, S., Dursun-Bilgin, M.,Yildiz, Y., & Ucar, S. (2016). Alternative Therapies: New
Approaches in Counseling. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 217, 1157-
1166.

Fives, C. J., Kong. G., DiGiuseppe, R., & Fuller, R. (2011). Anger, Aggression and
irrational beliefs in adolescents. Cognitive Therapy and Research, 35(3), 199-208,
doi; 10.1007/s10608-009-9293-3.

Lilian, K., David, H., Sonia, S.&Mark, D. (2017). Family drawings before and after
treatment for child conduct problems: Fluidity of family dysfunction. Journal of
Children and Family Studies, 26, 3476-3489.




Click to View FlipBook Version