Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 91
PELAN BENIH MENDUKUNG KECEMERLANGAN SEKOLAH :
KERJA ITU SATU IBADAH
ABDUL SAMAD BIN HJ UDA
Guru Besar Cemerlang, SK Pasir Putih Tawau
[email protected]
BIDANG FOKUS
Fokus utama dalam kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana pencapaian
sekolah dipengaruhi oleh pelan benih yang ditanam di tanah sekolah yang subur.
Pelan benih yang dimaksudkan ialah KERJA ITU SATU IBADAH. Manakala
tanah sekolah dirujuk kepada kekuatan sekolah yang mempunyai modal insan guru
yang hebat, sokongan pihak luar yang mantap, dan latarbelakang murid yang baik.
Fokus kajian turut merungkai bagaimana pelan benih Kerja Itu Satu Ibadah
digunapakai dalam menerajui kepimpinan dan pengurusan guru besar terhadap
hasil kerja guru di sekolah. Kajian turut menjelaskan keupayaan pelan benih dalam
mengubah pengurusan kerja guru di sekolah. Tiga aspek yang difokus dalam pelan
benih iaitu pengurusan, kecemerlangan kerja guru dan hasilnya kepada sekolah.
PENGENALAN PROJEK
Gaya kepimpinan dan pengurusan kerja guru besar berkait rapat dengan kuasa yang
dimiliki bagi mencapai misi dan visi sesebuah sekolah. Azimat ini telah
diinspirasikan oleh guru besar sebagai kekuatan utama dalam menjana
kecemerlangan sekolah di bawah pimpinan berkesan. Kepimpinan guru besar
sebenarnya menjadi amat penting untuk menghasilkan sesebuah organisasi sekolah
itu berkesan, malah kepimpinan guru besar menjadi penghubung keberkesanan
kerja guru di sekolah. Institusi sekolah memerlukan perubahan dan pembaharuan
dalam kepimpinan dan pengurusan guru besar, apatah lagi jika ia melibatkan
kecemerlangan kerja guru bagi memastikan matlamat ini dapat dicapai. Oleh itu,
pelan benih Kerja Itu Satu Ibadah telah direka khusus mengikut acuan sekolah dan
menjadi sangat penting kerana kepimpinan sering dikaitkan dengan aspek
kecemerlangan dan keberkesanan kemenjadian murid dalam konteks yang tinggi.
LATAR BELAKANG
SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTIH telah ditubuhkan pada 02 Januari
1988 yang asalnya bertempat di balai raya kampung Pasir Putih dengan kapasiti
dua buah kelas dan mempunyai 165 orang murid. Pada tahun 1992, sebuah
bangunan projek kilat yang terdiri daripada 3 bilik darjah dan 1 pejabat telah dibina.
Pembesaran sekolah telah menyebabkan pertambahan bilangan murid meningkat
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 92
menjadi 735 orang. Setelah 7 tahun berada di blok sekolah lama, akhirnya pada 9
Mac 1999 bangunan baru telah dibina di kawasan baru dan telah dirasmikan oleh
Tun Abdullah Badawi iaitu Timbalan Perdana Menteri dengan keluasan sekolah
seluas 6.98 ekar. SK Pasir Putih tersergam indah di blok bangunan baharu yang
melibatkan kelas pengajaran, bilik-bilik khas, 4 kelas pra sekolah, 1 bangunan
kantin dan padang sekolah.
ISU YANG DIKENALPASTI
Kesepakatan dalam pentadbiran telah menjadi isu utama dalam mengurus guru.
Mentadbir guru yang ramai bukanlah tugas mudah, tetapi tidak mustahil untuk
dilaksanakan. Melalui kesepakatan maka kecemerlangan dapat dicipta. Cabaran
dalam mengupayakan pelan benih dalam kalangan guru telah mendapat perhatian
daripada guru besar. Tidak semua guru mempunyai kemampuan dan nilai yang
sama. Kekurangan ilmu pengetahuan, pedagogi dan pengurusan menjadi cabaran
utama. Justeru, sistem pentadbiran melalui program yang sistematik dan
kemudahan dalam menyediakan persekitaran yang bersesuaian dapat memberi
pengaruh yang baik untuk perkembangan, pemeliharaan dan perpindahan
pengetahuan sepanjang program tersebut berlangsung. Menurut Bragg (2000),
beliau mendapati bahawa kepimpinan dan pengurusan yang dipraktikkan oleh guru
besar boleh memberi kesan terhadap kerja guru daripada segi kualiti dan
keberkesanan kepimpinan dan pengurusan pentadbiran serta prestasi, komitmen
dan kepuasan kerja guru itu sendiri. Melalui pelan benih yang diusulkan oleh guru
besar iaitu Kerja Itu Satu Ibadah merupakan tonggak besar dalam menyatukan guru
dalam proses kecemerlangan secara holistik. Guru besar selaku ketua jabatan di
sekolah telah diberi amanah dan tanggungjawab untuk merealisasikan aspirasi
pembangunan pendidikan di institusi sekolah (Abas Awang et al., 2002). Menurut
Bragg (2000), tanggungjawab sekolah terhadap misi pengajaran dan pembelajaran,
penyelidikan dan perkhidmatan masyarakat akan menentukan hala tuju institusi
sekolah.
IBADAH dalam sudut pandang guru besar berkait rapat dengan integriti, budaya
kerja cemerlang, amalan kerja sepasukan, dedikasi, adil dan hasil berkualiti. Pelan
benih ini merujuk kepada tanggungjawab guru mendidik pelajar dalam
pencapaian akademik, kokurikulum serta membentuk potensi pelajar secara
menyeluruh. Aspek integriti adalah ketika guru melaksanakan tugas dengan
amanah, mempunyai ciri keprihatinan, penuh kasih sayang, tahap ketabahan yang
tinggi dan tidak mengambil kesempatan. Dalam konteks pengajaran guru di dalam
kelas pula, guru seharusnya mengutamakan kepentingan murid melebihi
kepentingannya sendiri. Guru hendaklah bersikap jujur dan memberi layanan yang
adil kepada murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
(Zarah binti Ahmad, 2014). Ini menunjukan dedikasi seorang guru terhadap
pelajarnya dan tidak mengharapkan sebarang ganjaran daripada tugas yang
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 93
dijalankan. Akibat daripada segelintir guru yang tidak komited dengan etika yang
telah digariskan oleh Kemeterian Pendidikan serta tidak berfikiran wajar dalam
melaksanakan hukuman mahupun keputusan secara terburu-buru, maka masyarakat
akan hilang kepercayaan kepada institusi pendidikan dan tidak memberikan
kerjasama sepenuhnya. Seorang guru yang berintegriti seharusnya sedar bahawa
maruah dan profesyen perguruan adalah di dalam tangan mereka sendiri (NorSalmi
dan Lim, 2012).
Reformasi perlukan penglibatan total seluruh guru yakni bukannya bersifat
individualistik atau melibatkan sekumpulan guru sahaja. Jika tidak, kemajuan
adalah sedikit sahaja dan tidak berjaya dari segi 'school wide improvement.'
Perubahan ke arah peningkatan kualiti guru dan organisasi perlukan kefahaman dan
kesediaan pihak-pihak berikut;
1. Pengurusan atasan (pentadbir)
2. Seluruh kakitangan guru/Staf (Total Involvement)
3. Pasukan-pasukan kerja.
ANALISA KEPERLUAN PROJEK
Masyarakat menganggap guru merupakan satu golongan profesional yang
membentuk modal insan yang cemerlang serta melahirkan satu golongan generasi
yang akan berjaya di masa hadapan. Antara implikasi yang berlaku apabila wujud
masalah dalam bidang pendidikan, ia akan menjejaskan kredibiliti sesorang guru.
Guru wajar diberi penghormatan yang sangat tinggi. Maka, menurut guru besar
guru perlu dibentuk dan dilatih secara konsisten dalam pelan benih utama. Pelan
benih terdiri daripada :
I = Integriti Dalam Kehidupan
B = Budaya Kerja Cemerlang
A = Amalkan Kerja Sepasukan
D = Dedikasi Semasa Melakukan Kerja / Tugas
A = Adil Dalam Semua Tindakan
H = Hasil Yang Berkualiti Dan Mencapai Visi Serta Misi
Oleh itu setiap tindakan guru haruslah difikir secara teliti sebelum
mengimplikasikannya. Sekolah berperanan dalam memberikan sumbangan
pembinaan modal insan. Antara agenda bagi mencapai objektif yang dihasratkan
adalah pembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran sosiobudaya yang
berintegriti dan peningkatan integriti dalam pengurusan jasmani, rohani dan
kesihatan, pemantapan nilai-nilai murni, perpaduan dan pembentukan identiti
sekolah. Sehubungan dengan itu, peranan guru besar atau pengurus sekolah adalah
untuk memantapkan integriti di sekolah dalam memastikan pelajar berkualiti dapat
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 94
dibentuk sejajar dalam pembangunan modal insan terbilang. Guru besar hendaklah
melakukan pemantauan secara berterusan dengan menolak peluang guru
menyalahgunakan kuasa, melakukan penyelewengan dan terkeluar dari landasan
kod dan etika profesyen perguruan yang diamanahkan.
Guru besar boleh memaklumkan atau mengingatkan guru seliaannya sewaktu
mesyuarat atau taklimat bagi memastikan etika profesyen perguruan berada pada
landasan yang betul. Sekiranya, pihak sekolah khususnya guru besar menghadapi
kesukaran dalam mendapatkan kerjasama daripada rakan sejawat atau guru yang
bermasalah serius, individu berkenaan dinasihati menjalani sesi kaunseling
bersama kaunselor sebelum dikenakan tindakan tatatertib (Zarah, 2014). Selain itu,
rakan sejawat juga boleh melaporkan sekiranya berlaku kes yang menjejaskan
integriti dalam organisasi untuk mengharumkan nama sekolah atas kepercayaan
yang dibina untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi serta memiliki
nilai-nilai etika yang tinggi.
Melalui budaya kerja cemerlang pula, guru dididik dengan semangat yang tinggi
dalam menjana kekuatan dalam setiap tugas yang dipertanggungjawabkan. Budaya
ini memainkan peranan besar untuk menghasilkan kemenjadian murid hasil usaha
cemerlang guru. Benarlah kata pepatah benih yang baik dicampak ke laut menjadi
pulau, dicampak ke darat menjadi gunung. Pekerja yang mempunyai prestasi kerja
cemerlang akan sentiasa menjadi buruan organisasi. Organisasi mahu
menggunakan pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kecekapan dan nilai positif
yang dimiliki serta kepakaran yang ada pada pekerja sebegini agar kualiti
perkhidmatan yang ditawarkan berada pada tahap cemerlang. Budaya kerja yang
cemerlang inilah yang diharapkan sebagai manifestasi dari pengurusan kualiti kerja.
Amalan kerja sepasukan adalah tunggak kerjasama dalam melancarkan misi dan
visi sekolah dalam wibawa guru. Tidak semua guru sependapat dan sehaluan,
justeru cabaran ini telah disahut oleh guru besar dalam menjadikan perbezaan yang
wujud sebagai sangat minima. Mustahil organisasi akan menjadi cemerlang
sekiranya terdapat perbezaan pendapat yang besar dan tidak dapat ditepis.
Pimpinan guru besar terlihat sempurna apabila guru mempunyai amalan kerja
bersama tanpa mengira masalah yang terwujud. Pencapaian cemerlang dalam
pelbagai bidang dapat diraih dengan gah hasil amalan kerja berpasukan.
Dedikasi merupakan titik tugas penting dalam setiap pekerjaan. Memahami
pekerjaan sebagai amanah adalah sangat penting dalam usaha melahirkan guru
yang dedikasi, determinasi dan disiplin. Dedikasi bermaksud keupayaan setiap
individu dalam organisasi dalam melakukan tugas masing-masing dengan sebaik
mungkin. Untuk melahirkan guru yang sebaik ini maka wajarlah ia dimulai dengan
penjelasan matlamat. Matlamat ibarat cita-cita dan halatuju penting sekolah.
Pekerja yang dedikasi akan melahirkan masyarakat yang punya hala tuju.
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 95
Pembinaan rasa dedikasi dalam kalangan ahli sebagai pemegang amanah yang
dipertanggungjawab.
Adil dalam semua tindakan membawa pengertian yang sangat mendalam. Adil
dalam tugas perlu disusuli dengan emosi yang stabil dan tidak berat sebelah untuk
semua guru. Jika subur peranan adil dalam organisasi maka jurang prasangka dapat
ditepis, akan wujud suasana tenang banding keadaan tegang. Keadilan bermakna
tidak berlaku sebarang bentuk penindasan, tidak ada yang berkepentingan, tidak
menzalimi dan tidak pilih kasih dalam memberi layanan dan hak kepada orang lain.
Adil membawa makna yang sangat jelas kepada guru. Berbuat adil di dalam kelas
kepada semua murid. Berlaku adil dalam kerja pengkeranian, seperti melayan ibu
bapa yang datang ke sekolah. Pentadibir juga perlu bertindak adil kepada semua
guru dibawah seliannya. Hal yang berkaitan keadilan amat dituntut dalam
persekitaran sekolah. Tuntutan menegakkan keadilan dalam pengurusan organisasi
memerlukan kepimpinan yang bertanggungjawab serta mempunyai kekuatan moral
dan kejujuran yang tinggi. Perlantikan suatu jawatan juga perlu keadilan. Justeru,
pengurusan organisasi sekolah haruslah bermula dengan tonggak adil dalam semua
perkara.
Pelan benih yang terakhir akan ditunjukkan melalui hasil yang berkualiti. Kerja
berkualiti yang menjadi amalan kerja bersama apabila diperkukuhkan dengan
sistem, proses, prosedur dan peraturan yang jelas akan membentuk budaya kerja
murni dan cemerlang. Ia juga merujuk kepada tatacara dan etika kerja yang baik di
kalangan kakitangan pengurusan atasan dan pekerja bawahan. Terdapat tatacara
yang baik iaitu termasuklah rajin, gigih, berdaya cipta, kreatif, inovatif, semangat
kerjasama, kerja berpasukan, integriti, berdisiplin dan bersikap berusaha untuk
meningkatkan prestasi diri dan kerja. Namun, usaha ini perlu dimulakan oleh
pentadbir sekolah seterusnya diturun dan diimplementasikan dalam kalangan
pengurusan pertengahan dan seterusnya diamalkan dan dihayati oleh warga sekolah
(subordinates). Bagi menjadikan sesuatu kerja itu berkualiti, konsep dan nilai yang
dianjurkan dalam sekolah perlu disemai dan dipraktikkan dalam tugasan seharian
supaya akhirnya dapat diserap dan diaplikasikan sebagai budaya kerja yang
berkualiti dalam pengurusan. Kepentingan pelan benih ini akhirnya akan membuah
dapatan lumayan apabila kecemerlangan sekolah dapat dituai dalam pelbagai
bidang pada peringkat yang lebih tinggi dengan hasil yang berkualiti.
MATLAMAT PROJEK
Pencapaian individu dalam sesuatu perkara adalah berbeza di antara seorang
dengan seorang yang lain. Malah seseorang individu mungkin menunjukkan
pencapaian yang berbeza antara satu masa dengan satu masa yang lain ataupun
antara satu situasi dengan satu situasi yang lain. Setiap individu mempunyai bentuk
pencapaian yang berbeza berdasarkan kepada beberapa faktor, antaranya seperti
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 96
pengalaman bekerja, minat terhadap kerja, kesesuaian dengan jawatan yang
disandang, kebolehan fizikal dan intelektual yang berbeza dan perbezaan tahap
motivasi pekerja. Segala tingkah laku individu guru semasa bekerja banyak
dipengaruhi oleh tahap motivasi individu tersebut terhadap tindakan yang
dilakukan. Umumnya sewaktu menceburi bidang pekerjaan, individu akan merasai
dua keadaan sama ada suka atau tidak suka terhadap pekerjaan tersebut. Perasaan
ini adalah hasil daripada pelbagai emosi atau perasaan seseorang individu. Terdapat
banyak domain yang akan mempengaruhi motivasi individu dalam pengurusan. Di
antaranya ialah personaliti, perkembangan intelek dan kognitif, kebolehan dan
keupayaan semulajadi, perkembangan sosial, moral dan sikap.
Justeru, kepentingan guru dalam sesebuah organisasi pendidikan adalah untuk
mencapai sasaran utama iaitu mencapai kualiti khidmat lebih tinggi. Pencapaian
kualiti pengurusan ditunjukkan menerusi pengurangan kesilapan dalam urus tadbir,
masalah pelajar juga dapat diminimumkan terutamanya kes disiplin, mencapai
kesetiaan lebih tinggi dalam kalangan guru, mencapai fokus yang sama, memenuhi
kepuasan pekerja atau pelanggan termasuk ibu bapa, menjaga imej profesion
keguruan, meningkatkan keimanan dan mengawal tingkah laku warga pendidikan.
Integriti merupakan asas penting kesejahteraan guru (Jamiah et.al 2006) dan
membentuk guru yang mempunyai tingkah laku yang baik (Ones et.al 2003, dalam
Jamiah et.al 2006). Sebaliknya, sekiranya integriti terhakis di kalangan guru maka
ia akan menyumbangkan kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan sesuatu
profesyen pekerjaan (Hardingham 2004, dalam Jamiah et.al 2006).
Sehubungan dengan itu, setiap warga sekolah SK Pasir Putih perlu menghayati
setiap nilai pelan benih yang telah ditegaskan dan diulangi oleh guru besar yang
berintegriti baik. Ironinya, sebagai penjawat awam aspek tanggungjawab
disepadukan dalam nilai dan etika perkhidmatan awam. Penghayatan nilai
hendaklah dijadikan amalan hidup dan amalan kerja supaya mencapai
kecemerlangan, kecekapan, malahan organisasi tersebut akan dipercayai dan
dihormati (Zarah binti Ahmad, 2014). Matlamat pelan benih Kerja Itu Satu Ibadah
adalah untuk menyatukan guru dibawah tanggungjawab yang sama demi
kecemerlangan sekolah yang berimpak tinggi kepada pelajar.
PELAKSANAAN PROJEK
Kepentingan Kerja Itu Satu IBADAH dalam Organisasi Sekolah. Kepimpinan
adalah sangat penting dalam mengekalkan budaya organisasi dan modal insan yang
berkualiti. Kepimpinan dalam mengurus perlu mempunyai azam dan iltizam yang
teguh untuk memberikan pedoman serta tunjuk ajar dan melakukan perubahan
untuk kebaikan. Iltizam yang lemah akan menyebabkan merosotnya kecemerlangan
sekolah. Begitu juga pemimpin yang tidak menunjukkan teladan yang baik.
Pemimpin juga perlu mematuhi undang-undang dan prosedur serta peraturan yang
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 97
telah ditetapkan. Sebarang tindakan pemimpin mengeluarkan arahan yang
bercanggah dengan undang-undang, prosedur dan peraturan yang ditetapkan akan
menjejaskan integriti (Sham, 2011). Oleh itu adalah amat penting bagi seorang
pemimpin untuk mengamalkan dan memupuk nilai baik untuk kemajuan diri
sendiri, masyarakat serta kemajuan negara.
Pembentukan matlamat dalaman sekolah merupakan sasaran yang ingin dicapai
oleh seseorang guru besar. Pemimpin sekolah mempunyai matlamat berdasarkan
ciri-cirinya yang tersendiri. Matlamat guru besar adalah untuk mengekalkan
kecemerlangan dengan berpandukan pelan benih yang direka khas mengikut acuan
sekolah. Dengan mengenal pasti ciri-ciri matlamat, guru besar dapat menilai kualiti
dan keberkesanan yang bakal diperoleh daripada matlamat yang akan tercapai.
Menurut Ahmad Atory (1996) 17 sesebuah organisasi tidak akan dapat tercapai
matlamatnya tanpa terlebih dahulu disusun dan di dokong oleh ahli-ahli dalam
organisasi dengan berkesan. Pengkuatkuasaan yang tidak berkesan dan ada kalanya
dilakukan secara terpilih boleh menyebabkan pelan benih di sekolah gagal untuk
dilaksanakan. Tuntasnya, sistem pendidikan yang sedia ada mempunyai prosedur
yang merangkumi pelbagai aspek. Kelemahan dalam prosedur serta garis panduan
dalam menjalankan tugas boleh menyebabkan ketidakcekapan, kecelaruan dan
perselisihan pendapat di kalangan guru. Akhirnya, sekolah akan berdepan dengan
matlamat atau kepentingan yang bertentangan antara satu sama lain. Pertentangan
kepentingan antara guru yang berlaku secara berterusan boleh menyebabkan
kecelaruan dan krisis nilai yang dapat menjauhkan kerjasama antara guru.
Justeru, skop tugas dan tanggungjawab antara guru perlu diperinci dan
dikordinasikan dengan baik dalam pelan benih. Pertindihan dalam tugas juga boleh
mengakibatkan persaingan yang tidak sihat serta pengabaian tanggungjawab.
Dengan wujudnya pertindihan ini, maka secara langsung guru akan mula ragu
dengan kesahihan nilai integriti seseorang pentadbir. Selain itu, persekitaraan
positif amat penting dalam mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai
dan tingkah laku. Budaya kerja cemerlang yang dituai hasil pelan benih secara
tidak langsung dipengaruhi oleh perkembangan persekitaran di sekolah. Budaya
yang menjunjung tinggi pelan benih kerja itu satu IBADAH akan memberi
persekitaran yang sesuai untuk individu guru supaya tidak menyimpang dalam
tingkah lakunya. Budaya yang sebaliknya akan mempengaruhi nilai tidak ambil
peduli, tidak bertanggungjawab dan melepaskan tugas kepada orang lain. Oleh itu,
mengamalkan pelan benih yang subur amat penting bagi seseorang guru agar nilai
kualiti kerjanya kekal bersama dan tidak terjejas akibat pengaruh budaya yang
negatif.
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 98
Rajah 1: Pola Pelan Benih Kerja Itu Satu IBADAH
PENCAPAIAN PROJEK
Setiap individu guru adalah anggota organisasi di sekolah. Tingkahlaku individu
guru merupakan tingkahlaku organisasi. Jika setiap individu di dalam sesuatu
kumpulan bekerja dengan baik maka prestasi kumpulan itu akan menjadi lebih baik.
Jika setiap kumpulan dalam bahagian dapat bekerja dengan baik, seluruh prestasi
bahagian itu juga akan jadi baik. Begitulah seterusnya jika setiap bahagian dalam
sesuatu organisasi bekerja dengan baik, nescaya sekolah akan mencapai
kecemerlangan, menjadi lebih kompetetif dan makmur. Guru besar wajar
menentukan halatuju yang tepat agar pembentukan tingkahlaku guru ke arah yang
lebih berkualiti dan cemerlang dapat dibina.
Sekiranya sekolah tidak mempunyai objektif, arahtuju dan pelan tindakan, maka
organisasi itu menuju kehancuran. Bagi yang ada objektif tetapi tidak mempunyai
pelan tindakan ia seolah-olah bermimpi di siang hari. Begitu juga halnya jika
organisasi mempunyai pelan tindakan yang baik tetapi kurang pula aspek objektif
dan arahtuju yang jelas, maka organisiasi sedemikian dikatakan berjalan dalam
tidur. Jelasnya, pelan benih disuburkan untuk memberi peluang dan ruang yang
jelas kepada guru dalam mengurus tanggungjawab harian agar sentiasa
berpandukan landasan yang betul.
Terdapat beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah hasil pelan benih yang
ditanam di sekolah yang subur. Tindakan menyemarakkan pelan benih Kerja Itu
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 99
Satu Ibadah telah membawa perubahan besar kepada sekolah secara terancang.
Buktinya, kejayaan telah mendampingi SK Pasir Putih dengan pengiktirafan dalam
pelbagai bidang.
Jadual 1 : Pencapaian Sekolah Dalam 3 Bidang Utama
Bidang Pencapaian Tahun Terima
Pengurusan Kewangan Cemerlang 2019-2021
Kurikulum 1. PBD Terbaik Daerah 2020-2021
2019-2021
2. Program Jqaf Terbaik daerah 2021
3. Anugerah Kecemerlangan
Akademik Negeri Sabah
Hal Ehwal Murid Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar
1. SERASI
2. LESTARI 2018-2021
2018-2021
Kokurikulum 1. Ikon Jurulatih Daerah Tawau 2019-2021
2. Ikon Penolong Kanan 2021
Kokurikulum Daerah
3. Ikon Sekolah Sukan Daerah 2018-2021
Tawau
CABARAN PELAKSANAAN PROJEK
Terdapat cabaran yang dialami ketika melaksanakan pelan benih Kerja Itu Satu
IBADAH. Antara isu atau cabaran utama ialah setiap guru mempunyai matlamat
dan sudut pandang yang berbeza. Matlamat merupakan satu bentuk tenaga
psikologi yang akan mendorong individu untuk melakukan sesuatu tingkah laku
yang positif. Seseorang individu terdorong untuk melakukan sesuatu tindakan
apabila mempunyai matlamat atau tujuan yang jelas. Matlamat seseorang pula
berkait rapat dengan tahap keinginan individu untuk cuba memenuhi segala aspek
keperluan dalam hidup. Justeru, sudut fikir dan pandangan guru terhadap sesuatu
perkara adalah berbeza. Setiap guru juga mempunyai kepentingan masing-masing
secara individu. Meletakkan visi dan misi sekolah sebagai sasaran utama adalah
perkara penting yang dilaksanakan secara kolektif. Justeru, penetapan matlamat
dan objektif ke atas setiap tindakan yang ingin diambil akan mendatangkan
motivasi kepada individu guru dan staf. Penentuan untuk melihat sama ada
matlamat dan objektif itu tercapai atau tidak adalah dengan merujuk kepada
kerjasama individu dalam setiap tindakan.
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 100
Melalui pelan benih yang diilhamkan oleh guru besar diharapkan dapat
menyelesaikan perbezaan pendapat dan matlamat antara guru. Hasilnya akan
meletakkan nama SK Pasir Putih sebagai sekolah yang cemerlang di setiap sudut.
Matlamat secara sepakat akan membawa banyak kejayaan secara kolektif.
Perjuangan pelan benih ini juga bertujuan mengangkat martabat seorang guru
menjadi seorang pendidik yang di sanjung tinggi. Benarlah, guru merupakan
pejuang utama kejayaan dalam melahirkan generasi yang berkualiti melalui
penerapan nilai Kerja Itu Satu IBADAH dalam setiap tugasannya. Pengamalan
nilai dalam budaya Kerja Itu Satu IBADAH di sekolah telah melahirkan
pembentukan sahsiah bermoral tinggi dalam membentuk generasi muda yang
berintegriti sebagai pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial.
CADANGAN PENAMBAIKAN UNTUK MASA AKAN DATANG
Setiap organisasi sekolah mempunyai sistem dan prosedur dalam menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan. Ketidakcekapan dalam sistem dan prosedur di
kalangan guru atau kakitangan akan menjejaskan kualiti pendidikan seterusnya
mencemarkan imej organisasi. Antara faktor-faktor yang menjejaskan nilai adalah
kurang ketelusan, kelemahan sistem dan prosedur serta garis panduan, kurang
penguatkuasaan, penguatkuasaan terpilih, kurang pemantauan dan penilaian,
keupayaan sumber manusia dan bahan yang terhad serta kerangka undang-undang
lapuk dan percanggahan undang (Sulaiman 2004).
Dalam setiap tindakan dan amalan setiap individu, guru besar perlu menentukan
matlamat yang sangat jelas. Begitu juga dalam membina identiti sekolah. Langkah
pertama yang perlu dilakukan adalah memperbetulkan matlamat bekerja antara
guru. Matlamatlah yang akan menentukan hasil tindakan atau amalan setiap
individu. Individu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa
yang diharapkan dan guru akan berjuang untuk memperolehi apa yang
dimatlamatkan. Dengan menetapkan matlamat diri yang jelas, guru akan lebih
bermotivasi untuk bekerja. Guru tidak akan melakukan sesuatu kerja dengan sia-sia
walaupun mungkin terpaksa berhadapan dengan kegagalan dalam usaha tersebut.
Justeru, guru besar sebagai pembimbing, penentu hala tuju sekolah perlu jelas
dengan matlamat yang dibawa untuk sekolah. Hasilnya, guru akan
bertanggungjawab dalam memahami dan mengamalkan nilai-nilai dalam tindakan
dan tingkah laku semasa menjalankan tanggungjawab di sekolah.
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 101
Gambar 1 : Sijil Pencapaian dan Pengiktirafan Sekolah
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 102
KESIMPULAN
Pelan benih yang dicetuskan dalam pengurusan sekolah adalah berpandukan etika
dan nilai. Aspek kualiti dalam organisasi sekolah melibatkan individu guru,
sekolah serta pihak kementerian dalam memastikan kualiti pendidikan diberikan
sama rata dalam pelbagai bentuk tugasan. Apa yang penting sekali adalah kawalan
dalaman individu juga berkaitan soal motivasi, kepercayaan dan keteguhan jiwa
dalam mendepani cabaran dalam dunia pendidikan. Secara umumnya, pengurusan
sekolah melalui pelan benih hendaklah disepadukan dengan tugasan harian dalam
kalangan guru dan organisasi supaya menjadi amalan hidup dan amalan kerja bagi
mencapai kecemerlangan, kecekapan, dipercayai dan dihormati.
Guru adalah pemimpin, pemikir, penjelas nilai, intelektual dan pengurus ilmu
untuk memartabatkan profesion keguruan, serta membetulkan tanggapan
masyarakat terhadap dunia pendidikan tanpa memfiksyenkannya. Pendidik juga
merupakan agen atau sebagai mekanisma mencipta pengetahuan creation of
knowledge dan mencipta kebaikan creation of goodness untuk pelajar di bawah
tanggungjawabnya. Ahli psikologi Barat pernah membuat analogi seorang guru
yang pintar dan proaktif ibarat „walking dictionary‟ kerana peranannya memberi
arah kepada orang yang ingin bertanya sesuatu. Justeru, guru juga
perlu membudayakan ilmu untuk disumbangkan kepada pelajar dan rakan
sejawatnya. Nilai tambah yang disuburkan melalui pelan benih hasil cetusan guru
besar telah menyemarakkan lagi semangat, kesungguhan, kejayaan dan
kecemerlangan murid dalam pelbagai bidang mengikut pelan pembangunan
pendidikan.
Dalam pada itu budaya kerja cemerlang yang sudah sedia wujud dalam diri setiap
guru di sekolah perlu diperkuat dalam menjalani tugas seharian. Buktinya, pelan
benih yang diilhamkan dapat mengurangkan kecelaruan tugasan dalam institusi
pendidikan yang juga turut terlibat secara langsung untuk menepati rukun akhlak
dan etika bekerja. Oleh itu setiap individu dalam organisasi sekolah haruslah
mengekalkan contoh baik kepada masyarakat kerana generasi muda negara yang
bakal memimpin negara adalah hasil dari didikan sistem sekolah yang diperlukan.
Dengan itu sebagai warga SK Pasir Putih Tawau, setiap insan guru perlu
mendalami kerja itu satu IBADAH untuk membina masyarakat serta negara yang
maju dan dihormati di mata dunia. Mula langkahnya dari usaha bersama, berpadu
dan saling sepakat. Bukankah yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.
Walaupun SK Pasir Putih sekolahnya terletak di kampung, tetapi usaha dan
kejayaan yang diraih mampu mendepani masa depan negara, kerana cinta
pendidikan bermula dari pelan benih yang terunggul dalam jiwa iaitu Kerja Itu Satu
IBADAH.
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 103
RUJUKAN
Abdul Ghaffar Mahmud. (2010). Mencetus Kegemilangan Melalui Kepemimpinan
Cemerlang. Kertas pembentangan di Seminar Nasional Pengurusan dan
Kepemimpinan Pendidikan Ke-17, Institut Aminuddin Baki.
Aziah Ismail, & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2014). Amalan Autonomi
Dan Akauntabiliti Di Sekolah Berautonomi Dan Impaknya Terhadap
Kesediaan Guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(1), 32–46
Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Ezhar Tamam, Sidek Mohd. Noah, Amini Amir
Abdullah, Norizan Yahaya, Halimah Alma Othman & Hanina Halimatus
Saadiah Hamsatun. (2005). Pemantapan Nilai Integriti Individu sebagai
Teras Pembangunan Staf Berkualiti. Kertas kerja yang dibentangkan di
Seminar Kebangsaan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia pada
2 & 3 Febuari 2005 di Hotel Sofitel, Senai, Johor Bahru.
Megat Ayop Megat Arifin & Abd. Halim Ahmad. (2016). Kepentingan budaya
integriti dan etika kerja dalam organisasi di Malaysia: Suatu tinjauan umum.
Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 12(9), 138-149.
Nur Syafiqa Alias. (2013). Amalan Kepimpinan Lestari Pentadbir Sekolah dalam
Pembangunan Kompetensi Profesionalisme Berterusan Guru. Fakulti
Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 104
CAKNA REFLEX AKADEMIK: GURU MENGAJAR MURID BELAJAR
HASNI BIN HASSAN
Pengetua, Sekolah Menengah Islamiah Tawau
[email protected]
BIDANG FOKUS
Penulisan ini menjelaskan tentang kaedah peningkatan dan kecemerlangan
akademik yang dirancang pihak pentadbir SM Islamiah Tawau yang diterajui oleh
Ustaz Hasni bin Hassan selaku Pengetua Sekolah Menengah Islamiah Tawau.
Berfokus pada bidang akademik iaitu kecemerlangan dalam keputusan SPM
dengan memberi rangka dan panduan kepada semua guru mata pelajaran, khasnya
guru mata pelajaran tingkatan 5. Program Cakna REFLEX Akademik berdasarkan
analisis data telah dirancang untuk diimplementasikan bagi meningkatkan kualiti
pencapaian murid SM Islamiah Tawau ke tahap cemerlang secara tekal dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pengupayaan setiap guru untuk menguasaan data mengenai kedudukan semasa
kebolehan pelajar dan data-data soalan pengujian sama ada berbentuk sumatif atau
formatif boleh mencorakkan pencapaiann akademik pelajar dan kuantiti instrumen
pengujiaan. Termasuk juga pengujian-pengujian yang dilakukan dalam kelas
seperti PBD.
PENGENALAN PROJEK
Kemenjadian murid merupakan salah satu matlamat yang ingin dicapai dalam
sistem pendidikan negara. Kemenjadian murid merujuk kepada kejayaan dalam
melahirkan murid-murid yang berilmu, berakhlak, berketerampilan dan memberi
manfaat kepada orang lain. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial. Maka pendidikan holistik memerlukan rangkupan kejayaan yang
menyeluruh meliputi pelbagai aspek utama antaranya sahsiah, kepimpinan,
pengawalan emosi, keterampilan, perhubungan sosial, kerohanian dan peradaban.
Namun pencapaian akademik telah menjadi kerangka utama dalam menilai prestasi
kejayaan seseorang murid dan menjadi indikator utama dalam keberkesanan
sesebuah organisasi di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan
pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai
kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21 (KPM,2013). Rentetan itu, Sekolah
Menengah Islamiah Tawau (SMIT) telah mengadakan Program Pemantapan
Akademik melalui mekanisme yang dikenali sebagai pendekatan REFLEX.
Program ini di bawah bidang akademik dengan kerjasama ketua-ketua bidang dan
panitia-panitia mata pelajaran Sekolah Menengah Islamiah Tawau yang berupaya
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 105
memberi penjelasan tentang kaedah dan cara peningkatan akademik yang perlu
dilaksanakan oleh semua guru mata pelajaran tingkatan 5.
Program ini menggabungkan beberapa alat untuk merencanakan dan mengatur
gerak kerja pentadbir, guru dan murid di sekolah. Setiap individu yang terlibat
sentiasa prihatin dan cakna dengan keperluan, kaedah dan keberkesaan program.
LATAR BELAKANG
Sekolah Menengah Islamiah Tawau dibina hasil usaha Persatuan Islam Tawau (PIT)
pada tahun 1970. Dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah ketika itu, Yang Amat
Berhormat Tun Datu Hj Mustafa bin Datu Harun pada 29 April 1970. Pada
peringkat permulaan Sekolah Menengah Islamiah Tawau ditadbir oleh Lembaga
Pengelola Sekolah.
Pada 31 Disember 2004, termeterainya MOU antara lembaga Pengelola Sekolah
dengan Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah program Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK). Pendaftaran rasmi pada tahun 2006 akhirnya
menjadikan Sekolah Menengah Islamiah Tawau sebagai sekolah ditadbir bersama
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dan
Lembaga Pengelola Sekolah Islamiah.
Sejak berstatus Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) pada tahun 2006 fokus
utama adalah kemenjadian murid dan kemenjadian sekolah. Walau bagaimanapun
pada awal berstatus SABK kemenjadian murid dalam bidang akademik masih pada
tahap sederhana. Situasi berlaku akibat beberapa kekangan terutamanya ketiadaan
guru pakar kerana belum mendapat mendapat latihan profesional keguruan
daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
ISU YANG DIKENAL PASTI
Kekurangan guru opsyen dan guru mahir merupakan antara isu utama yang
menyumbang kepada pencapaian tidak konsisten sekolah. Pada awal kemasukan
saya di sekolah ini, seramai 18-20 orang guru yang berkhidmat mengajar pelbagai
subjek tanpa mengira opsyen. Disebabkan kekurangan guru opsyen, guru bidang
lain terpaksa mengajar subjek sains dan matematik pada masa itu. Kekangan ini
bertambah rentetan kekerapan guru yang berkursus masih kurang. Bahkan sekolah
menghadapi masalah kekurangan kemudahan seperti bilik darjah, makmal sains
dan peralatan, kemudahan bahan bantu dan ICT. Malahan peruntukan yang
disalurkan tidak mencukupi kerana bilangan murid yang sedikit namun kos
pengurusan dan operasi yang diperlukan tetap tinggi.
Justeru, antara usaha awal yang saya laksanakan pada masa itu adalah dengan
memohon untuk menambah guru mengikut opsyen supaya permasalahan
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 106
kecekapan dan kualiti guru dapat diatasi. Hari ini seramai 41 orang guru
berkhidmat mengajar di sekolah dan hampir 90% mengajar mengikut opsyen.
Pencapaian keputusan SPM dan GPMP antara pelajaran, tidak memuaskan dan
konsisten sepanjang 5 tahun bermula 2012- 2016. Pencapaian SPM dalam tempoh
5 tahun ini ada pasang surutnya dan agak sukar untuk mengenal pasti indikator
tertentu yang menyumbang kepada peningkatan atau penurunan keputusan SPM
pada masa itu.
Bilangan pelajar cemerlang masih terlalu minimum dan tiada seorang pun pelajar
yang mendapat keputusan A untuk semua subjek SPM sehingga tahun 2014.
Bermula 2015 - 2021, bilangan pelajar yang mendapat keputusan A dalam semua
subjek SPM dapat dicapai hampir setiap tahun.
ANALISIS KEPERLUAN PROJEK
Bertitik tolak daripada isu tersebut maka saya selaku ketua pentadbir Sekolah
Menengah Islamiah Tawau telah mengambil inisiatif untuk menggerakkan semua
unit dalam kurikulum yang terdiri daripada ketua-ketua bidang, ketua-ketua panitia
dan guru-guru mata pelajaran untuk menggembleng tenaga meningkatkan kualiti
dan prestasi pencapaian semua mata pelajaran. Pelbagai usaha dijalankan untuk
memastikan pencapaian murid dapat ditingkatkan. Setiap bidang dan panitia
dikehendaki membuat takwim tahunan bagi menggerakkan dan merancang aktiviti
pengajaran yang lebih proaktif dan efisien.
Berdasarkan rekod, keputusan SPM menunjukkan prestasi yang tidak tekal
sepanjang 5 tahun bermula tahun 2012-2016. Melalui pencapaian yang diperoleh
iaitu pada tahun 2012 Gred Purata Sekolah hanyalah 3.84. Kemudian pada tahun
2013 Gred Purata Sekolah meningkat sebanyak 0.60 kepada 3.24. Namun pada
tahun 2014 Gred Purata Sekolah menurun sebanyak 0.41 menjadi 3.65 dan
merosot lagi pada tahun 2015 kepada 3.71. Pada tahun 2016, berlaku sedikit
peningkat sebanyak 0.27 menjadikan Gred Purata Sekolah 3.44. Di sini dapat
dilihat keputusan peperiksaan SPM tidak memberangsangkan dan tidak konsisten.
Terdapat juga pencapaian antara mata pelajaran yang agak jauh perbezaannya.
Untuk memperoleh pencapaian peperiksaan yang terbaik satu progrm peningkatan
akademik yang menyelaras harus diusahakan untuk meningkatkan tahap
pencapaian yang menjurus kepada kemenjadian murid dan sekolah hendaklah
diusahakan serta dilaksanakan mengikut acuan yang ditetapkan. Selain itu,
sokongan dalam kalangan guru hendaklah dimantapkan.
Jadual 1: Pencapaian GPS SM Islamiah Tawau 2012-2016
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 107
MATLAMAT PROJEK
Matlamat utama Program Cakna REFLEX Akademik adalah untuk membantu guru
mengesan perkembangan potensi murid dalam penguasaan akademik berdasarkan
data-data yang diperoleh. Guru dapat membantu meningkatkan prestasi murid
berdasarkan data dan bukan andaian semata. Data yang diperoleh pula mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Seterusnya data yang diperoleh akan
dianalisis dan dirungkai untuk mewujudkan pelan intervensi yang bersesuaian
dalam menyelesaikan permasalahan murid. Bahkan dapat meningkatkan
pencapaian mata pelajaran dan peningkatan pencapaian keputusan SPM Sekolah
Menengah Islamiah Tawau melalui pelan intervensipeningkatan bermula 2017 -
2021.
INISIATIF PROJEK
Program mampan akademik menggunakan pendekatan REFLEX merujuk kepada
penggunaan data-data yang diperoleh berdasarkan pencapaian dan sasaran serta
pelan intervensi yang dirangka untuk memperbaiki keputusan pencapaian murid.
Data-data sedia ada seperti Headcount, PBS, dan analisis item digunakan untuk
mengetahui tahap pencapaian semasa murid. Berdasarkan data-data yang diperolehi,
guru guru akan berdialog membincangkan secara terperinci untuk mengenal pasti
isu-isu relevan yang berkaitan dengan pencapaian murid, mencari punca dan
merangka pelan intervensi yang bersesuaian. Trafflic Light turut digunakan untuk
mengenal pasti kedudukan pelajar secara kelompok dan membantu guru untuk
melaksanakan intervensi secara berkesan.
Berdasarkan rekod prestasi dan pencapaian, sememangnya pendekatan ini dapat
membantu guru mengesan perkembangan potensi murid dalam penguasaan
akademik dan seterusnya berusaha untuk meningkatkan potensi murid, pencapaian
mata pelajaran dan pencapaian sekolah secara keseluruhannya. Dengan mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan pelajar dapat memudahkan guru untuk menentukan
kaedah pengajaran berkesan yang boleh membantu ke arah penambahbaikan
pembelajaran murid. Selain itu, semakan status pelaksanaan dan keberkesanan
program dan pelan intervensi yang dirancang akan dipantau dari semasa ke semasa.
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 108
Saya melakukan pelbagai usaha untuk memastikan pencapaian murid dalam bidang
akademik dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Melalui pengurusan secara
kolektif, setiap bidang dan panitia perlu membuat takwim tahunan bagi merancang
pelbagai aktiviti pembelajaran. Melalui takwim tersebut setiap panita dan guru
mata pelajaran mesti melaksanakan perancangan melalui program dan aktiviti PdP
secara berkesan.
Melalui pendekatan REFLEX guru perlu menilai hasil pencapaian setiap murid.
Berdasarkan hasil pencapaian peperiksaan atau ujian semasa hendaklah direkod
sebagai data yang diproses dan dianalisis sebagai Titik Mula (TOV) untuk
perubahan pencapaian setiap murid. Seterusnya data-data ini disusun dan
dianalaisis dalam tapak Headcount. Data-data yang disusun akan digunakan
sebagai cara untuk melihat keupayaan sedia ada setiap murid berdasarkan
keputusan ujian awal murid. Guru mata pelajaran akan membuat bedah siasat untuk
mencari atau mengenal pasti program sebagai pelan peningkatan akademik.
Melalui data Headcount guru boleh melihat dan menilai potensi berdasarkan
pencapaian yang diperoleh oleh setiap murid. Guru dan penyelia juga boleh
membuat perancangan dan program yang bersesuaian dengan kebolehan murid
dengan tepat. Guru mata pelajaran dapat mengatur strategi pemulihan, pengukuhan,
pengayaan. Berdasarkan keputusan semasa, guru mata pelajaran dapat membuat
sasaran pencapaian murid dalam SPM. Data-data dalam Headcount ini
memudahkan bagi pentadbir sekolah membuat pemantauan serta boleh digunakan
sebagai rujukan ketua panitia semasa mesyuarat.
Seterusnya guru perlu melaksanakan Dialog Pretasi dengan pentadbir sekolah
untuk menilai pencapaian murid dalam setiap mata pelajaran seterusnya
memperbaiki keputusan pencapaian pelajar. Tujuan utama penilaian adalah untuk
membaiki proses perancangan bagi dasar program atau projek yang sama pada
masa hadapan (JPN 2005). Setiap pencapaian yang diperoleh oleh murid hendaklah
dianalisis, direkod dan dicatat dengan menggunakan kaedah Traffic Light. Traffic
Light dilihat sebagai alat untuk menjadi tanda amaran awal seterusnya mampu
mengingatkan murid tentang tahap semasa markah atau gred peperiksaan. Guru-
guru akan mudah melihat dan membuat kelas tambahan yang berfokus berdasarkan
pencapaian semasa murid seperti kelompok murid cemerlang, lulus, nearmiss lulus
dan murid gagal. Jelaslah bahawa Traffic Light sudah pasti memudahkan guru
mengesan kedudukan murid.
Analisis Item juga berkait rapat dengan menggerak keupayaan murid menguasai
topik atau bidang pembelajaran. Analisis yang dilaksanakan oleh guru bertujuan
menentukan kesahan item-item soalan yang diberikan kepada murid. Melalui
analisis item ini, guru akan mendapat maklumat penting mengenai aras soalan yang
dikemukakan kepada murid. Daripada keputusan analisis yang dibuat, guru mata
pelajaran dapat mengenal pasti dan meneliti bahagian atau topik yang belum
dikuasai murid. Hal Ini akan memudahkan guru membuat pemulihan, pengayaan,
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 109
pembetulan berdasarkan topik yang belum dikuasai atau lemah kerana analisis item
ini dibuat selepas peperiksaan atau ujian. Setelah analisis dibuat guru menjelaskan
kepada murid tentang topik-topik yang perlu diberi perhatian. Bahkan guru boleh
merancang kelas bimbingan secara berfokus kepada murid dan pada tajuk-tajuk
yang belum dikuasai.
Seterusnya setiap kali ujian atau pentaksiran dilaksanakan, satu dialog prestasi akan
dibuat. Perbincangan ditumpukan kepada pencapaian semasa murid manakala
program, aktivti dan intervensi berfokus kepada isu serta punca kelemahan yang
perlu dibaiki. Program peningkatan juga hendaklah dirancang dengan berfokus.
Dialog Prestasi dilaksanakan dengan memberi fokus kepada data Headcount,
Analisis Item dan Traffic Light. Perbincagan juga ditumpukan kepada perkara yang
memberi kesan dan mempengaruhi pencapaian murid seperti kehadiran murid
semasa PdP, kehadiran semasa program, dan pematuhan disiplin sekolah.
Melihat kepada data pencapaian semasa dan sasaran yang telah ditetapkan, Traffic
Light dan Analisis Item yang telah dilaksanakan oleh guru, satu usaha menambah
baik perancangan aktivi boleh dilaksanakan dari semasa ke semasa. Sebelum guru
merancang aktiviti-aktiviti, guru hendaklah memberi fokus kepada isu dan punca
masalah yang menghalang peningkatan pencapaian akademik murid. Dari situ guru
akan merancang pelan intervensi kecemerlangan berdaarkan kelemahan dan
kekuatan yang ada pada murid. Setiap aktiviti hendaklah ditetapkan dan satu
penilaian perlu dibuat setelah selesai aktivti sebagai penambaikan. Pelaksanaan
aktivi hendaklah dilaksanakan dengan konsep Plan, Do, Check, Action (PDCA).
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 110
PELAKSANAAN PROJEK
Menganalisis tahap pencapaian semasa murid melalui pendekatan REFLEX
berdasarkan data-data sedia ada:
Rajah 1: Program Cakna Akademik SM Islamiah Tawau
i) Headcount
Data-data headcount yang mengandungi data prestasi murid sebelum (TOV),
prestasi semasa ( AR) dan jangkaaan prestasi akan datang (ETR). Data TOV
diperoleh melalui penilaian dan pentaksiran akhir tahun atau, prestasi semasa (AR)
dan jangkaaan prestasi murid pada masa akan datang (ETR) iaitu penilaian dan
perntaksiran.
Tapak headcount menjadi dasar untuk menganalisis, menilai, merancang dan
mengerakkan program peningkatan akademik. Headcount secara langsung akan
melibatkan ujian sumatif dan formatif. Langkah seterusnya, guru mata pelajaran
akan memaparkan data Headcount kepada murid semasa PdP pada awal tahun dan
dari semasa ke semasa agar pelajar sedar dan mengetahui sasaran murid.
Hakikatnya, guru perlu cakna dengan data-data dalam Headcount agar benar-benar
berfungsi. Headcount perlu dinamik dan boleh diubah mengikut keperluan semasa
berdasarkan pencapaian semasa murid. Hal ini berlaku jika pencapaian semasa
murid telah melebihi ETR, maka guru perlu mengubah sasaran pencapaian
seseorang murid agar sentiasa realistik.
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 111
Jadual 2: Headcount Pelajar 2021 SMIT
ii) Analisis Item
Setiap panitia mata pelajaran perlu membuat penilaian sumatif dan formatif dan
guru mata pelajaran perlu menganalisis data yang diperolehi melalui pencapaian
setiap murid. Menurut Blank (1993) warga pendidik biasanya bercakap tentang 2
jenis peringkat penilaian iaitu formatif san sumatif. Analisis item merupakan satu
bentuk perekodan markah murid mengikut pembahagian soalan. Perolehan setiap
murid berdasarkan item soalan akan dianalisis bertujuan untuk mengetahui
kelemahan dan kekuatan dalam setiap item soalan dan subtopik soalan. Kelemahan
dan kekuatan murid bukan hanya diketahui oleh guru mata pelajaran tetapi perlu
dikongsi bersama murid. Dalam sesi PdP guru mata pelajaran akan memaparkan
analisis item setiap murid agar pelajar berusaha memperbaiki kelemahan dan
berusaha mencapai sasaran setiap item soalan
Jadual 3: Analisis Item Bahasa Melayu SMIT
iii) Traffic Light
Trafflic light turut digunakan untuk mengenal pasti kedudukan pelajar secara
kelompok dan membantu guru untuk melaksanakan intervensi secara berkesan.
Data pencapaian murid akan dilabel mengikut warna hijau untuk cemerlang,
kuning untuk pencapaian sederhana dan merah untuk pencapaian lemah.
Pencapaian lemah akan dipecahkan pada tiga tahap untuk memudahkan guru
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 112
mengenal pasti pendekatan dan kaedah pemulihan yang sesuai pada setiap murid.
Kaedah ini akan memudahkan guru mencari isu dan masalah, punca masalah dan
seterusnya membuat intervensi.
Jadual 4: Traffic Light Murid SMIT
iv) Dialog Prestasi
Dialog Prestasi menjadi satu medan yang digunakan oleh guru dan pentadbir
sekolah bagi membincangkan isu-isu mata pelajaran yang menghalang kemajuan
dan prestasi murid berdasarkan data-data dan fakta yang diperoleh. Postmortem
dijalankan semasa Dialog Prestasi dengan mengenal pasti masalah yang dihadapi
serta keupayaan yang dimiliki oleh guru dan murid. Semasa sesi dialog guru perlu
membentangkan analisis pencapaian murid dalam setiap peperiksaan dan ujian.
Perbincangan ini membuka ruang kepada guru dan pentadbir untuk berbincang dan
berkongsi amalan terbaik bagi menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik.
Tindakan susulan yang mantap dan berfokus akan dilakukan oleh guru agar panitia
mata pelajaran mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
Gambar 1: Dialog Prestasi SMIT 2021 Gambar 2: Dialog Prestasi SPM SMIT
2019
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 113
v) FOKUS - Isu, Punca, Intervensi dan Penilaian
Berdasarkan rekod prestasi dan pencapaian, sememangnya pendekatan ini dapat
membantu guru mengesan perkembangan potensi murid dalam penguasaan
akademik dan seterusnya berusaha untuk meningkatkan potensi murid, pencapaian
mata pelajaran dan pencapaian sekolah secara keseluruhannya. Dengan mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan pelajar dapat memudahkan guru untuk menentukan
kaedah pengajaran berkesan yang boleh membantu ke arah penambahbaikan
pembelajaran murid. Paul (1975) mentakrifkan penilaian sebagai satu
pertimbangan ke atas nilai atau kesan sesuatu program, prosuder atau individu dn
proses di mana keputusan dibuat.
Fokus utama adalah mencari isu dan punca berlaku kelemahan yang dihadapi oleh
setiap murid dalam setiap mata pelajaran. Berdasarkan isu dan punca yang didapati,
guru akan membuat intervensi untuk dilaksanakan bertujuan bagi menyelesaikan
masalah yang dihadapi murid. Program intervensi seperti latih tubi berfokus, kelas
tambahan berfokus, Seminar Kecemerlangan dan Seminar Teknik Menjawab perlu
dilaksanakan kepada calon-calon SPM. Pelaksanaan aktivti atau intervensi
hendaklah dilaksanakan secara teratur dengan menggunakan kaedah PDCA. Setiap
aktiviti dilaksanakan dengan terancang. Selepas pelaksanaan intervensi guru perlu
membuat penilaian berdasarkan objektif program. Semakan status pelaksanaan dan
keberkesanan program dan pelan intervensi yang dirancang akan dipantau dari
semasa ke semasa.
Jadual 5: Isu, Punca dan Intervensi Subjek SMIT
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 114
Gambar 3: Bengkel Teknik Menjawab Fizik
vi) Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan penilaian yang dibuat secara
berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru mata pelajaran. Penilaian
ini dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan,
kebolehan dan pencapaian murid. Tahap pencapaian murid dalam PBS perlu dinilai
dan dianilisis bagi memastikan pencapaian murid sentiasa berkembang dan
meningkat.
PENCAPAIAN PROJEK
Hasil kerja keras dan kebersamaan semua pihak iaitu pentadbir, guru dan murid
indikator kejayaan ternyata benar berdasarkan prestasi pelajar dalam PBS dapat
dicapai dengan semua murid tingkatan 5 berjaya melepasi tahap minima band 3 dan
sejumlah besar pelajar berjaya memperoleh band 5 dan 6. Impak besar program ini
dapat dilihat dengan pencapaian 100% lulus dalam peperiksaan SPM. Bermula
tahun 2017 setiap berlaku peningkatan GPS dalam peperiksaan SPM. Pada tahun
2017 GPS meningkat sebanyak 0.15 daripada 3.44 tahun 2016 kepada 3.29. Pada
2018 GPS meningkat sebanyak 0.29 menjadi 3.0 dan tahun 2019 GPS terus
meningkat menjadi 2.93. Namun tahun 2020 GPS menurunsebanyak 1.42 menjadi
4.35. Kemerosotan ini akibat pandemk covid-19 yang memaksa kerajaan
melaksanakan perintah kawalan pergeraka (PKP). Tahun 2021 GPS berjaya
dipulihkan dan ditingkatkan kembali dengan peningkatan sebanyak 1.22
menjadikan GPS sekolah berjumlah 3.13.
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 115
Jadual 6: Pencapaian GPS SPM SMIT 2012 - 2021
Turut membanggakan apabila SMIT tersenarai dalam 10 buah sekolah terbaik di
negeri Sabah hampir setiap tahun di samping berjaya mengekalkan kedudukan
pertama di negeri Sabah untuk pencapaian peperiksaan STAM beberapa tahun
berturut - turut. Malah kemenjadian murid juga dapat dilihat dengan kejayaan
hampir 100% pelajar-pelajar mendapat tawaran dan penempatan untuk melanjutkan
pengajian di universti-universiti tempatan dan luar negara. Cukup optimis,
kemenjadian murid turut dikukuhkan apabila ramai mantan pelajar SM Islamiah
Tawau berjaya menonjolkan karisma dan kewibawaan mereka ketika berada di
institusi pengajian tinggi. Rentetan itulah, pihak sekolah sentiasa memberi
komitmen yang jitu dan kukuh agar tidak ada pelajar lepasan SPM yang tercicir
daripada melanjutkan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi.
Jadual 7: Senarai Pelajar Terbaik SPM SMIT 2021
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 116
KEKUATAN PROJEK
Hakikatnya pelaksanaan Program Cakna REFLEX Akademik ini berjaya
dilaksanakan dengan komitmen jitu pihak pentadbir yang cekap, berwibawa dan
berkualiti dalam menggerakkan organisasi untuk mencapai objektif sebagaimana
Stoll dan Fink (1996) dalam bukunya „Changing our schools‟ mendefinisikan
kepemimpinan berkesan itu adalah penentu dalam menggerakkan perubahan yang
positif di sekolah atau dalam sistem persekolahan di samping kesungguhan guru-
guru mendokong aspirasi dan hasrat kemenjadian murid melalui kecemerlangan
akademik dapat dilihat melalui aktiviti kelas tambahan, seminar, bengkel, tugasan
dan projek yang dirancang dan dilaksana mengikut takwim.
Kesediaan dan kesudian para guru meluangkan masa dan tenaga untuk membantu,
membimbing serta menjadi pemudah cara kepada para pelajar dalam meningkatkan
prestasi pencapaian pelajar berjalan bukan secara bermusim tetapi sepanjang tahun
sehinggalah pentaksiran dan penilaian selesai dilaksanakan. Situasi ini turut
dijayakan dengan sokongan dan dokongan daripada persatuan ibu bapa dan guru
(PIBG) terutamanya membantu dari aspek kewangan dan buah fikiran. Malah
program ini dilestarikan lagi dengan kesungguhan dan kesediaan pelajar dalam
menerima dan mengikuti program yang dianjurkan untuk mereka.
Gambar 4: Koleksi Anugerah MEKAR SM Islamiah Tawau
CABARAN PELAKSANAAN PROJEK
Pihak sekolah tidak menghadapi sebarang cabaran besar sepanjang Program Cakna
REFLEX Akademik adalah hasil kolaborasi yang terjalin antara antara pihak
pentadbir, guru-guru, pelajar dan ibu bapa. Berkat kesungguhan dan komitmen,
cabaran kecil dapat diatasi oleh barisan guru mata pelajaran tingkatan 5. Berlaku
sedikit kekangan masa dalam memastikan semua program dapat dilaksanakan
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 117
untuk setiap mata pelajaran berjaya diatasi dengan kesungguhan guru-guru
memanfaat masa petang dan hujung minggu untuk melaksanakan pelan intervensi
yang dirancang.
Rajah 2 : Pakej Mata Pelajaran Tingkatan 4 & 5 SMIT
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Saya berharap Program Cakna REFLEX Akademik akan dapat disebarluaskan ke
sekolah-sekolah lain yang berminat. Bahkan jika perlu, menganjurkan bengkel atau
kursus dalam meningkatkan keputusan akademik yang cemerlang dan tekal.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, Program Cakna REFLEX Akademik merupakan satu usaha
bersepadu dalam membantu untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Program yang
dirancang tidak hanya dibuat secara suka-suka bagai melepas batuk di tangga.
Namun kesemua program yang dirancang dan dilaksana berdasarkan data dan
eviden. Diharapkan Program Cakna REFLEX Akademik dapat menyumbang
kepada peningkatan peratus kemenjadian murid dalam akademik sepanjang masa.
Saya menyakini pemantauan berterusan terhadap keberkesanan pelaksanaan
program kepada murid diberi perhatian dan setiap aspek yang menyumbang kepada
kekuatan dan kekurangan program diambil kira untuk menambah baik program dari
semasa ke semasa. Justeru, bagi memastikan keberkesanan dan kelestarian
pendidikan, semua pihak perlu sedar dan memahami tanggungjawab masing-
masing. Hasrat murni mewujudkan insan hebat dengan kemenjadian murid
memerlukan perancangan dan perlaksanaan secara holistik selaras dengan TS25.
Diharapkan dengan sumbangan dan komitmen semua pihak sama ada pentadbir,
para guru, ibu bapa dan para pelajar, dapat memenuhi hasrat Kementerian
Pendidikan Negara yang inginkan kualiti pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 118
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM
(2025). Pelaksanaan Penilaian Program KBSM Sekolah
Blank, R. (1993) Developing a System of Education Indacators: Selecting.
Implementing, and Reporting Indicators. Education Evaluation and Policy
Anaysis, 15(1, Spring):65-80
Paul, L.D. (1976). Handbook of Academic Evaluation. New York: Mc Graw-Hill
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2005). Guru sebagai Pendorong dalam Darjah.
Edisi Kemas Kini, PTS Professional
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1997). Daya Pengaruh dan Perubahan Sikap,
Utusan Publications & Dustributors Sdn Bhd., K.L
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 119
PRACTICE UNTIL REACH SUCCESS PROGRAMME (PURE)
RABE BIN JUHARI ( PHd )
Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Merotai Besar Tawau
[email protected]
BIDANG FOKUS
Program ini berfokus pada bidang akademik yang bertujuan menggantikan semua
aktiviti bersemuka di dalam kelas kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran
(PdP) dalam talian. Oleh itu,pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan
melancarkan Program Practice Until Reach Success ( PURE ) dengan
memperkenalkan penggunaan aplikasi Liveworksheet untuk diterapkan dalam
proses penilaian dan pencapaian pelajar semasa PdP dalam talian iaitu sewaktu
Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) dan terus diguna pakai sehingga ke hari ini.
PENGENALAN PROGRAM
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengisytiharkan satu wabak baharu
yang melanda dunia bermula pada akhir tahun 2019 iaitu Coronavirus atau lebih
dikenali sebagai COVID-19. Wabak ini semakin hari semakin membimbangkan
kerana penyebaran wabak ini telah menyebabkan puluhan ribu manusia maut akibat
penyakit ini. Oleh disebabkan wabak ini, sistem pendidikan di Malaysia telah
menghentikan semua aktiviti bersemuka di dalam kelas dan menggantikan dengan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian. Pelaksanaan proses pengajaran
dan pembelajaran dalam talian ini melibatkan penggunaan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) seperti penggunaan telefon pintar dan komputer riba untuk
menghadiri kelas dalam talian serta penggunaan internet.Konsep ini adalah
bertujuan untuk membincangkan pembelajaran norma baharu yang dilaksanakan
oleh sistem pendidikan Malaysia agar pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Seiring dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia yang menekankan
pembelajaran secara dalam talian, SMK Merotai Besar telah bangkit dengan
Program PURE yang cuba diperkenalkan kepada pelajar dan ia memerlukan
komitmen semua pihak. Oleh itu,pihak sekolah telah mengambil inisiatif dan
mengenal pasti penggunaan aplikasi Liveworksheet untuk diterapkan dalam proses
penilaian dan pencapaian pelajar dalam PdP secara dalam talian.Program ini
dilaksanakan di bawah bidang akademik dengan kerjasama ketua-ketua bidang dan
panitia-panitia mata pelajaran SMK Merotai bagi membangunkan aplikasi
Liveworksheet dan akhirnya diguna pakai sehingga hari ini.
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 120
LATAR BELAKANG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MEROTAI BESAR TAWAU atau
nama ringkasnya SMK Merotai Besar, Tawau ditubuhkan pada awal tahun 1980.
Penubuhan SMK Merotai Besar ini adalah atas cadangan Kementerian Pelajaran
untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang bersekolah di kawasan
terpencil dan tercicir kerana tidak dapat menyambung ke sekolah menengah Bandar
di Tawau. Pada Tahun 1890 hanya terdapat 106 murid dan empat orang guru
termasuk pengetua. Pelajar-pelajar ini datangnya dari empat buah sekolah rendah
sekitar Kg. Merotai Besar iaitu SK. Merotai Besar, SRK. Merotai Kecil,
SRK.Kuala Merotai dan SRK. Tiger.
Sepanjang penubuhan SMK Merotai Besar, sekolah ini mempunyai 11 orang
pengetua dan sekolah ini juga telah muncul sebagai sekolah luar bandar yang dapat
dibanggakan. Ini dapat dibuktikan dari segi pencapaian akademik dan kokurikulum
yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Dalam meningkatkan akademik
ini memberi cabaran kepada pendidik yang perlu menyerap dan beradaptasi dengan
perubahan pesat yang berlaku. Kepelbagaian aktiviti guru dalam aspek pentadbiran,
kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum memberikan cabaran hebat dalam
mempastikan ketekalan pelaksanaan penilaian pencapaian pelajar yang tiada
hentinya.
Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang sebelum ini menggantikan
penilaian UPSR turut dilanjutkan ke peringkat sekolah menengah yang turut
mengekalkan beberapa peperiksaan penting seperti Pentaksiran Tingkatan Tiga
(PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Oleh itu cabaran sangat tinggi untuk guru-guru sekolah menengah untuk terus
kekal melakukan penilaian bukan sahaja untuk pelajar mereka yang akan
menghadapi peperiksaan awam malah PBD. Oleh itu satu pendekatan yang
praktikal, efisien, mudah, cekap dan mesra guru perlu dikenal pasti untuk
mempastikan pelaksanaan tugas penilaian pelajar dapat dilaksanakan dengan
konsisten.
Berpegang kepada prinsip yang dipegang oleh syarikat konglemerat google iaitu
memudahkan cara, maka pihak sekolah telah mengambil inisiatif dan mengenal
pasti penggunaan aplikasi liveworksheet untuk diterapkan dalam proses penilaian
dan pencapaian pelajar.
ISU YANG DIKENAL PASTI
Program ini dilaksanakan selaras dengan pengisytiharan wabak Covid19 apabila
negara telah menutup semua sektor termasuklah sektor pendidikan. Langkah
penutupan sektor pendidikan ini menyebabkan semua sekolah dan pusat pengajian
tinggi ditutup bagi memutuskan rantaian penularan wabak yang berbahaya ini.
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 121
Akibatnya, proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka yang telah
diamalkan sejak zaman dahulu lagi secara terpaksa dihentikan dalam tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ).Oleh itu, program ini dilaksanakan bagi
memastikan murid tidak ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran dan
menggunakan kaedah belajar secara online.
Selain itu, pihak sekolah mendapati pelajar-pelajar SMK Merotai Besar sukar
untuk mengikuti PdP secara dalam talian mengikut jadual yang ditetapkan akibat
kesukaran jaringan internet di Merotai dan kawasan sekitarnya.
Tinjauan guru-guru juga mendapati kehadiran pelajar semasa PdP secara dalam
talian menunjukkan penurunan dari hari ke hari yang akan menyebabkan
kemerosotan pencapaian mereka dalam peperiksaan.
ANALISIS KEPERLUAN PROGRAM
Program ini dilaksanakan apabila hasil daripada tinjauan sekolah yang mendapati
kehadiran penglibatan pelajar semasa PdP dalam talian menunjukkan peratus
penurunan yang drastik. Penurunan ini akan sekaligus mempengaruhi pencapaian
pelajar dalam peperiksaan. Oleh itu, program ini diperkenalkan bagi membantu
pelajar meningkatkan pencapaian akademik dengan menjawab bank soalan tanpa
bantuan guru dan boleh diakses pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM
Membangunkan bank soalan semua subjek Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Bank
soalan dipadankan dengan penggunaan aplikasi Liveworksheet Bank soalan boleh
di akses oleh semua guru melalui laman rasmi sekolah
(www.smkmbtawau.blogspot.com) dan www.cikgukita.com. Pelajar dapat
membuat latihan secara online dan disemak secara kendiri dengan pilihan jawapan
dan markah diperoleh secara automasi setiap kali selepas menjawab. Pelajar dapat
mengulang jawab sehingga mencapai sekurang-kurangnya markah 90 peratus
sebelum menghantar secara online juga kepada guru. Guru dapat merekodkan
markah untuk menilai kefahaman pelajar tanpa menyemak secara manual.
Menjadikan markah menjadi asas dalam meletakkan Tahap Pencapaian pelajar
dalam PBD di samping untuk rekod pencapaian biasa. Membolehkan pengumpulan
eviden pencapaian pelajar secara online dan mudah akses untuk rujukan mana-
mana pihak.
PELAKSANAAN PROGRAM
Program melibatkan semua guru tingkatan 1 hingga tingkatan 5 termasuk pentadbir
sebagai guru yang mengajar sebilangan waktu.
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 122
Pelaksanaan Program
i. Latihan SPLKPM melibatkan semua Penolong Kanan, ketua bidang dan
ketua panitia telah diadakan pada 18 November 2021
Gambar 1: Edaran makluman Bengkel SPLKPM
ii. Latihan seterusnya dilanjutkan melalui Ketua Bidang dan Ketua Panitia
kepada guru-guru di bawahnya mengikut jadual yang ditetapkan oleh bidang
masing-masing
Gambar 2: Peserta Bengkel Binaan Liveworksheet
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 123
iii. Guru Media bertindak sebagai fasilitator utama untuk membimbing guru
sekiranya berhadapan dengan masalah teknikal
Gambar 3 : Bimbingan oleh Guru Fasilitator (Guru Media)
iv. Kerja penyiapan program adalah pada 7 Februari 2022
Gambar 4 : Sesi Praktikal Membina Bahan Menggunakan Liveworksheet
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 124
Gambar 5 : Sesi Perasmian Bengkel Binaan Liveworksheet
PENCAPAIAN PROGRAM
Program yang dilaksanakan ini memudahkan guru untuk menilai pelajar secara
online memandangkan sekolah masih lagi melaksanakan pembelajaran hibrid
kerana sekolah masih berada dalam fasa pandemik covid19.Perkara ini sangat
memberikan impak yang besar dan sangat strategik kepada pelajar yang
berhadapan dengan persediaan SPM 2021 sedangkan tiada guru secara bersemuka
untuk menilai dan merekod pencapaian mereka. Selain itu, Program PURE ini juga
dapat diteruskan semasa pembelajaran bersemuka apabila guru terus melaksanakan
program berkenaan dengan membenarkan pelajar membawa gajet secara terkawal
untuk memahirkan mereka menggunakan aplikasi Liveworksheet. Program ini
juga dapat mencetus minat yang tinggi kepada pelajar kerana mereka dapat menilai
tahap kefahaman mereka selepas melakukan ulangkaji sama ada di sekolah atau
dirumah pada bila-bila masa walaupun tanpa kehadiran guru. Melalui program ini,
dapat menggalakkan pelajar berdikari dan tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya
kepada sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 125
Gambar 6 : Pembelajaran Kaedah Liveworksheet kelas 5F (gajet terkawal)
Gambar 7: Pelajar mencatat pencapaian bagi setiap bab dalam sesi ulangkaji SPM
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 126
Gambar 8: Penyimpanan Eviden secara automasi dalam pembelajaran kelas 5G
(gajet terkawal) Pendidikan Islam
Gambar 9 : Pelajar jawab latihan menggunakan Liveworksheet
KEKUATAN PROGRAM
Program ini memudahkan proses penilaian pelajar sama ada melalui arahan guru
atau secara kendiri. Melalui program ini,proses bank soalan lebih mudah dan tanpa
melibatkan sebarang kos seperti percetakan, penyediaan fail atau sudut dan ruang
penyimpanan. Selain itu, penyediaan eviden menjadi lebih mudah dan boleh
diakses pada bila-bila masa serta dapat dilakukan dalam dua bentuk iaitu lembaran
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 127
offline pelajar atau rekod markah pencapaian pelajar yang direkodkan. Proses
penyediaan liveworksheet ini sangat mudah tanpa memerlukan kemahiran yang
tinggi. Penyediaan bahan lembaran liveworksheet dalam pelbagai bentuk sama ada
berbentuk objektif, esei, padanan, video, graf dan sebagainya. Akhir sekali,
kelebihan program ini ialah tidak melibatkan kos (bergantung kepada terma) dan
bahan yang telah dimasukkan boleh diubahsuai untuk masa akan datang.
CABARAN PELAKSANAAN PROGRAM
Antara cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan Program PURE ini ialah
kekangan masa dan persediaan guru-guru untuk memenuhi Latihan bagi
melaksanakan program ini. Hal ini kerana sekolah masih berada dalam fasa
pandemik covid19 dan menyukarkan guru-guru untuk berbincang. Selain itu,
subjek bahasa dan matematik masih boleh diimplemen tapi memerlukan kaedah
hybrid. Cabaran lain juga ialah kesukaran guru untuk menyediakan bahan bagi
memenuhi keperluan analisis item. Lanjutan itu, konsep ini akan membincangkan
pelbagai cabaran yang wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
talian. Selain daripada itu, pembelajaran norma baharu atau pembelajaran dalam
talian ini tidak hanya memberi sisi pandang yang negatif, akan tetapi masih
terdapat sisi pandang yang positif jika semua pihak memainkan peranan masing-
masing dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Program PURE ini akan cuba diselaraskan penggunaannya untuk semua guru di
SMK Merotai dalam PdP. Selain itu, pelajar-pelajar juga diwajibkan menggunakan
aplikasi Liveworksheet ini setiap hari. AJK Pemantau akan dilantik dikalangan
guru bagi memastikan penggunaan Liveworksheet berjalan lancar.
KESIMPULAN
Sememangnya, bukan senang untuk membina kemahiran pembelajaran secara
dalam talian . Oleh itu, Program PRACTICE UNTIL REACH SUCCESS ( PURE )
menggunakan pendekatan aplikasi Liveworksheet ini merupakan satu kaedah yang
diwujudkan bagi memberi manfaat kepada guru-guru dan pelajar-pelajar.
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 128
BIDARKIT : TERAPI MINDA WARGA SK LUASONG
AHMAD TERMIZI BIN HJ MOHD NOOR
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Luasong, Tawau
[email protected]
BIDANG FOKUS
Usaha untuk menjadikan sekolah sebagai sebuah organisasi menuju ke arah
kecemerlangan dalam pelbagai bidang terutama pengurusan sumber manusia dan
akademik pelajar tidak akan tercapai dengan sikap tunggu dan lihat. Bertitik tolak
dari itu sebagai ketua jabatan saya mengambil langkah mengesan isu strategik yang
perlu diperkasakan agar memberi kesan positif secara menyeluruh kepada warga
SK Luasong yang menjurus kepada budaya kerja secara kolaboratif, proaktif dan
produktif. Dengan itu, program ini dirangka dengan memfokuskan bidang Hal
Ehwal Murid (HEM) iaitu menyediakan bilik darjah, bilik-bilik pentadbiran dan
persekitaran kawasan sekolah yang selesa, kemas dan memberangsangkan.
PENGENALAN
Program BIDARKIT dirancang dengan fokus utama sebagai terapi minda kepada
warga sekolah untuk mengurangkan masalah kelelahan mental dan emosi dalam
kalangan guru dan staf. BIDARKIT merupakan singkatan daripada gabungan dua
perkataan iaitu bilik darjah dan persekitaran. Persekitaran yang memberangsangkan
mampu menyumbang kepada perasaan selesa dan keseronokan bekerja dan juga
sebagai sumber terapi bagi mental dan emosi. Dalam tempoh 6 bulan perlaksanaan,
program ini telah membuahkan hasil yang positif di mana tahap produktiviti dan
kesungguhan bekerja dalam kalangan warga sekolah secara tidak langsung telah
menyumbang kepada peningkatan pencapaian murid dalam pelajaran serta
kecintaan terhadap sekolah.
Beberapa sorotan kajian yang telah dibuat mengenai peri pentingnya mewujudkan
persekitaran yang selesa kepada warga kerja terutama kesan kepada prestasi kerja
guru dan prestasi pembelajaran murid dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
dan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Antara lain menurut Smith
dan Girdano, Individu tidak akan dapat berfungsi dengan berkesan jika dia berada
dalam keadaan tertekan (Smith, 1993; Girdano et al., 1993). Manakala Fejgin,
Pastore dan Judd berpendapat, “Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak
normal, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal
menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan.”
Menurut Profesor Iwao Uehara, pakar terapi hutan daripada Tokyo Universiti Of
Agriculture (NODAI) dalam penyelidikannya terhadap tingkah laku pelajar yang
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 129
belajar di luar dan dalam bilik kuliah, mendapati persekitaran luar yang hijau
merubah emosi pelajar serta lebih menerima diversiti antara satu sama lain (Daljit
Singh, 2017). Manakala (Damanhuri, 2017) Menurut Berto (2005) pendedahan
kepada alam dapat membantu meningkatkan perhatian seseorang setelah terlibat
dengan tugas berat. Apabila kita hadir dalam suasana semula jadi, ia memberikan
sejenis daya tarikan lembut yang mana seolah-olah kita seperti dipukau sehingga
menimbulkan keadaan sukar ditarik dan tertarik kepada unsur-unsur semulajadi
(Kaplan,1995).
Oleh yang demikian Program BIDARKIT memberi penekanan kepada aspek terapi
minda dengan harapan dapat membantu mengatasi masalah warga yang
menghadapi masalah kelelahan mental dan emosi di tempat kerja.
LATAR BELAKANG
SK LUASONG TAWAU merupakan sekolah dalam ladang terletak di kawasan
pedalaman dengan keluasan 2 hektar dan terletak dalam Kawasan Hutan Simpan
Kalabakan. Kawasan tapak sekolah adalah berstatus pajakan dengan kerajaan
negeri. Jarak dari PPD Tawau ialah 115 km, dengan kemudahan prasarana yang
sederhana, menggunakan tenaga kuasa solar di bawah projek KPM dan bekalan
elektrik dari sumber Genset Yayasan Sabah. Mempunyai seramai 190 orang murid
dengan bilangan guru seramai 23 orang, 5 orang AKP, 4 orang pengawal
keselamatan, 3 orang pekerja pembersihan dan 2 orang pekerja kantin.
Perkampungan Luasong berkapasiti penduduk lebih kurang dalam 300 orang
menyumbang kepada 48% jumlah murid sekolah, manakala penempatan penduduk
sekitar Luasong (ladang-ladang) menyumbang kepada 52% jumlah murid sekolah.
ISU YANG DIKENAL PASTI
Organisasi yang cekap mempunyai subsistem yang seragam dan saling berinteraksi
secara aktif antara satu sama lain dan dapat memainkan peranan secara berkesan
untuk manjadikan keseluruhan subunit dalam organisasi dapat berfungsi dengan
baik dan cekap. Terbiasa dengan budaya kerja yang tidak produktif dalam
kalangan sesetengah warga sekolah, lambat bertindak, kurang mengambil berat
dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan dan kurang mempunyai semangat
bekerja dalam pasukan yang akhirnya memberi kesan negatif kepada pencapaian
sekolah dalam hal-hal tertentu terutamanya dalam aspek pencapaian murid.
Salah satu faktor perubahan kepada tingkah-laku dan tindak tanduk manusia
adalah berkait rapat dengan ketahanan emosi dan kesihatan mental. Mental dan
emosi yang sihat berupaya menjadikan seseorang lebih bertenaga dan dapat
melaksanakan aktiviti dengan lebih fokus dalam menjalankan tugasan yang
diamanahkan. Kebanyakan dalam kalangan kita sering mengalami situasi yang
boleh diistilahkan sebagai „kelelahan mental‟ akibat daripada bebanan tugasan
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 130
seharian yang mencabar dengan pelbagai aras kesukaran. Keadaan ini boleh
menjejaskan kesihatan dan gangguan emosi dan jika tidak diatasi boleh
menjejaskan produktiviti kerja di kalangan warga sekolah dan jika ianya berlaku di
kalangan guru sudah tentulah akan memberi kesan langsung terhadap prestasi
pengajaran guru dan ini sudah tentulah akan menjejaskan prestasi pencapaian
murid dalam pelajaran.
ANALISA KEPERLUAN PROJEK
Berdasarkan rajah 1 di bawah, dapat kita kenal pasti beberapa faktor yang
menjurus ke arah isu „kelelahan mental‟ akibat daripada bebanan tugasan seharian
yang mencabar dengan pelbagai aras kesukaran dan cabaran di tempat kerja.
Rajah 1 : Faktor masalah kelelahan mental dan emosi
Rumusan daripada permasalahan di atas maka pendekatan strategi yang diambil
ialah dengan merancang satu program yang menjurus kepada program terapi
minda dan persekitaran dengan menyediakan persekitaran yang kondusif sebagai
terapi kepada warga sekolah yang menghadapi kelelahan mental dan emosi di
tempat kerja. Pendekatan ini dinamakan sebagai Program BIDARKIT sempena
singkatan perkataan bilik darjah dan persekitaran.
OBJEKTIF PROGRAM
Program ini dirangka bagi mencapai objektif berikut :
i. Mengurangkan masalah kelelahan mental dan emosi.
ii. Mewujudkan perasaan „kepunyaan‟ di kalangan warga sekolah tentang apa
sahaja yang terdapat dalam „eko-sistem‟ sekolah.
iii. Mewujudkan amalan kerjasama secara kolaboratif dalam menjalankan
tugas di kalangan warga sekolah.
iv. Meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam akademik.
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 131
INISIATIF POGRAM
Perancangan Program BIDARKIT
BIL PENDEKATAN PROGRAM/AKTIVITI TARIKH
1 Plan Persediaan -Perbincangan dengan GPK September
-Taklimat tentang projek 2019
kepada semua guru dan AKP
-Penubuhan Jawatankuasa
Projek
2 Do Pelaksanaan -Melukis bendera dan jata November
sekolah 2019 – Mac
-Landskap dan mewarna batuan 2020
sekitar sekolah
-Susun atur kelas dan keceriaan
bilik darjah
-Gotong-royong kerjasama
PIBG dan syarikat.
3 Check Penilaian -Pemantauan Januari –
-Mesyuarat secara berkala Oktober
-Laporan Program 2020
4 Action Penambahbaikan -Post Mortem Program November
2020
Jadual 1: Perancangan Projek dengan pendekatan PDCA
Pelaksanaan Program BIDARKIT
Program ini dipecahkan kepada beberapa bahagian dilaksanakan secara gotong-
royong yang melibatkan semua warga sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) dan Syarikat Yayasan Sabah serta rombongan pensyarah
dan penuntut UITM Melaka. Ianya meliputi penyelenggaraan dan penambahbaikan
prasarana bilik darjah termasuk menyediakan sudut pembelajaran dalam bilik
darjah serta menyediakan lanskap kawasan sekitar sekolah yang
memberangsangkan.
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 132
Keceriaan bilik darjah dan
bilik khas
Keceriaan bilik ruang
pejabat
Keceriaan bilik GPK dan Kualiti Terapi
bilik guru Rangsangan
Persekitaran
Landskap persekitaran
sekolah
Dinding bangunan
bermaklumat
Rajah 2 : Kerangka Konsep Program BIDARKIT
i. Gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dan pembinaan landskap
melibatkan warga sekolah dan kerjasama PIBG, Syarikat Yayasan Sabah
dan rombongan mahasiswa UITM.
Gambar 1 : Gotong-royong kawasan sekolah dan pembinaan landskap
ii. Mengecat dinding sekolah oleh barisan staf yang terdiri dari guru dan AKP.
Gambar 2 : Lukisan bendera dan jata negeri
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 133
iii. Pengemaskinian dan susun atur pengurusan bilik darjah yang merujuk
kepada keselesaan struktur kelas iaitu penyusunan perabot, kemudahan
kelas, kedudukan pelajar serta keselesaan pelajar untuk belajar dalam
keadaan yang padat dalam satu masa.
Gambar 3 : Pengemaskinian susun atur bilik darjah
iv. Taklimat Berkala #3A (Aware, Alert, Action)
#3A (Aware, Alert, Action) merupakan Program meningkatkan kesedaran
kesejahteraan psikologi bagi warga Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program ini diselitkan dalam Program BIDARKIT sebagai nilai tambah
dan pemangkin kepada tahap pencapaian objektif program ini. Sesi
taklimat disampaikan oleh guru besar dan dilaksanakan secara berkala
dengan memberikan pendedahan kepada guru-guru dan AKP sebagai
panduan untuk diaplikasikan apabila berdepan dengan masalah yang
mengganggu kesejahteraan psikologi mereka.
Gambar 4 : Sesi Taklimat #3A (Aware, Alert, Action)
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 134
Rajah 3 : Jadual Pelaksanaan Taklimat #3A (Aware, Alert, Action)
PENCAPAIAN PROGRAM
Keberkesanan Program
Hasil kejayaan pelaksanaan projek BIDARKIT dapat dijelaskan melalui beberapa
indikator berikut.
i. Ujikaji Responden
Untuk melihat sejauhmana guru dan AKP mempunyai ketahanan serta
boleh berhadapan dengan masalah tekanan mental dan emosi adalah
dengan cara melihat tahap keupayaan kerjasama dan kecekapan mereka
dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dalam suatu
tempoh masa. Jika sekiranya ada yang tidak dapat menyelesaikannya maka
diandaikan bahawa mereka berhadapan dengan masalah prestasi kerja dan
kecekapan bertindak yang merosot dan mempunyai kaitan dengan
kegagalan pengawalan mental serta berlaku gangguan emosi pada masa
yang diperlukan.
Satu ujikaji telah dijalankan bagi melihat tahap ketahanan dan kecerdasan
mental dan emosi dengan mengesan penguasaan terhadap aspek kecekapan,
kerjasama, proaktif dan kolaboratif dalam melaksanakan amanah yang
dipertanggungjawabkan. Tugasan ini perlu dilaksanakan dengan
melibatkan semua responden yang terdiri daripada kakitangan guru dan
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 135
AKP pada tarikh 09.07.2021, jam 07.16 petang untuk di siapkan secara atas
talian atau online.
Ujikaji ini dilaksanakan tanpa pengetahuan responden. Ujian dijalankan
untuk melihat sejauhmana sikap proaktif, kerjasama dan kecekapan
kakitangan dapat melaksanakan amanah dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Mereka dikehendaki membuat pengemaskinian data peribadi
dan status pemberian vaksinisasi covic-19 dalam sistem e-operasi dalam
tempoh 4 jam. Jadual di bawah menjelaskan hasil ujikaji:
Masa Bilangan selesai Peratus (%) Jumlah Mengikut Tempoh
kemaskini 3.57 (zon masa)
07.16 petang
07:30 petang Guru AKP 12(42.86%)
8:00 petang 1
8:30 petang
9:00 petang 8 3 39.29 10(35.71%)
9:30 petang 4 1 17.86 3(10.71%)
10:00 petang 4 1 17.86
10:30 petang 3 10.71
11:00 petang
3(10.71%)
3 10.71
Jadual 2 : Peratus jumlah kakitangan dapat menyiapkan tugasan dalam 4 zon masa.
ii. Laporan Pengurusan Kewangan Sekolah
Tahun Status audit kewangan
2017 Sangat baik
2018 Cemerlang
2019 Cemerlang
2020 Cemerlang
Jadual 3 : Keputusan Laporan Audit Kewangan SK Luasong
iii. Keputusan Pencapaian Murid dalam PBD 2019 – 2021 (Penilaian Akhir
Tahun)
Tahap Pencapaian Tahap 1 - 10 Mata Pelajaran
Tahap Pencapaian Tahap 2 - 14 Mata Pelajaran
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 136
Tahun/ 2019 2020 2021 (awal tahun)
Darjah Bil % Bil % Bil %
15 4.76 13 5.46 19 10.30
1 2 0.77 0 0.00 23 9.31
2 5 2.50 3 1.24 8 2.87
3 2 0.49 0 0.00 19 5.96
4 0 0.00 0 0.00 0 0.00
5 4 1.02 0 0.00 13 3.4
6 28 1.45 16 0.92 82 4.92
Jumlah
Jadual 4 : Data Headcount Tahap Pencapaian TP 1 dan TP 2
Tahun/ 2019 2020 2021 (awal tahun)
Darjah
Bil % Bil % Bil %
1
2 300 95.20 225 94.50 165 89.70
3
4 257 99.23 289 100 224 90.70
5
6 195 97.50 238 98.80 271 97.10
Jumlah
406 99.51 235 100 300 94.00
354 100 395 100 254 100
389 99.00 341 100 369 96.60
1901 98.55 1723 99.08 1583 95.08
Jadual 5 : Data Headcount Tahap Pencapaian TP 3 hingga TP 6
Impak Program
Impak keberkesanan pelaksanaan program ini dapat dilihat dengan merujuk kepada
sejauh mana pencapaian terhadap objektif yang disasarkan.
v. Impak kepada Warga Guru dan AKP
Umum mengetahui bahawa tingkahlaku manusia adalah berkait rapat dengan
kesihatan mental atau minda yang positif. Setiap individu perlu mempunyai
ketahanan mental pada tahap yang sesuai untuk membolehkan seseorang itu
melakukan sesuatu tindakan pada lingkungan yang wajar. Ini dinilai dari segi
setakat mana individu dapat menonjolkan elemen seperti aspek kecekapan,
sikap proaktif dan dapat berinteraksi secara kolaboratif dalam pasukan.
Berdasarkan keputusan ujikaji jadual 2 yang dilaksanakan pada tarikh
09.07.2021 mendapati peratus guru dan akp dapat menyelesaikan tugasan yang
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 137
diberi secara online adalah pada tahap 100% melepasi sasaran. Di mana
sebanyak 42.86 % dapat menyiapkan dalam tempoh suku masa pertama, 35.71%
dalam tempoh separuh masa kedua dan 21.41% pada masa suku akhir.
Keputusan menunjukkan keseluruhan kakitangan dapat melaksanakan tugasan
dalam tempoh yang ditetapkan. Indikator ini menunjukkan telah berlakunya
perubahan positif kesan dari perlaksanaan program ini terhadap terapi minda
warga sekolah.
Dari segi pengurusan kewangan sekolah, dilihat berlakunya hubungan dan
kerjasama yang erat dalam kalangan warga sekolah yang sentiasa mematuhi
arahan dan pekeliling berkaitan tatacara pengurusan kewangan dan ini
diamalkan di semua peringkat dalam organisasi sekolah. Pematuhan serta
kebersamaan mereka dalam segala aktiviti secara aktif terutamanya dalam
aspek pengurusan kewangan membuahkan hasil yang baik dan sekolah telah
dapat meningkatkan pencapaian dalam keputusan penarafan audit kewangan
sekolah iaitu daripada berstatus sangat baik pada tahun 2017 kepada status
cemerlang berturut-turut pada tahun 2018, 2019 dan 2020 seperti yang
ditunjukkan dalam jadual 3.
vi. Impak kepada murid
Berlakunya peningkatan terhadap pencapaian murid dalam pelajaran
berbanding pencapaian sebelumnya. Aspek kejayaan murid merupakan satu
petunjuk bahawa telah berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan yang dilaksanakan oleh guru terhadap anak didiknya. Dengan kata
lain peningkatan pencapaian ini sudah tentu sangat bergantung rapat dengan
usaha dan dedikasi guru dalam mendidik mereka samada secara bersemuka
mahupun melalui kaedah Pdpr. Merujuk kepada jadual 4 dan jadual 5,
keputusan pencapaian murid dalam pelajaran yang dipetik dari sumber data
headcount dalam penilaian PBD akhir tahun 2019 – 2020.
Data menunjukkan terdapatnya peningkatan pencapaian murid yang
memperolehi TP3 - TP 6 di kalangan murid tahap 2 dalam 14 mata pelajaran
dan tahap satu dalam 10 mata pelajaran iaitu daripada 98.55 peratus tahun 2019
kepada 99.08 peratus pada tahun 2020, manakala telah berlakunya
pengurangan untuk pencapaian TP 1 TP 2 pada kedua-dua tahap berkenaan
iaitu daripada 1.45 peratus pada tahun 2019 kepada 0.92 peratus pada tahun
2020.
Kesan lain yang dapat dilihat ialah lahirnya sikap kecintaan murid terhadap
sekolah di mana mereka tidak sabar menunggu sesi persekolahan dibuka untuk
meneruskan pembelajaran secara bersemuka dengan keadaan prasarana sekolah
yang lebih selesa berbanding pembelajaran di rumah.
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 138
vii. Impak kepada ibu bapa dan komuniti
Kerjasama daripada ibubapa dan stake holders dapat dikekalkan dan pihak
pengurusan sekolah sentiasa menjalinkan hubungan erat bersama komuniti dan
pemimpin setempat bagi memastikan penglibatan mereka sentiasa berterusan
demi untuk kecemerlangan sekolah. Ini berkesinambungan dengan dasar KPM
melalui PPPM 2013 - 2025, anjakan ke 9 iaitu memperkasakan bekerjasama
dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
Gambar 5 : Gotong-royong pembersihan kawasan sekolah
Gambar 6 : Gotong-royong bersama ibu bapa dan komuniti
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 139
viii. Impak persekitaran, landskap sekolah dan bilik darjah.
Dapat mewujudkan perubahan suasana persekitaran dan lanskap sekolah yang
cantik dan menarik dan memberi tarikan kepada pengguna.
Gambar 7 : Landskap luar pejabat sekolah
Gambar 8 : Landskap persekitaran dan bilik darjah
KEKUATAN PROGRAM
Program BIDARKIT yang dilaksanakan mempunyai kekuatan tersendiri yang
boleh ditonjolkan. Kekuatan pertama ialah kerjasama erat barisan staf yang terdiri
daripada guru-guru dan AKP serta PIBG dan komuniti dalam menjalankan gotong-
Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 140
royong terutamanya meskipun melibatkan luar waktu bekerja (sebelah petang) dan
hari Sabtu. Ini kerana staf fleksibel memilih masa dan waktu yang selesa dengan
kelapangan asalkan objektif program ini dapat dicapai seperti yang disasarkan.Ini
ditambah dengan pelaksanaan gotong-royong yang dijalankan pada waktu hari
ganti persekolahan.
Kekuatan kedua yang dapat dilihat ialah suasana SK Luasong yang terletak di
dalam kawasan hutan simpan Kalabakan yang mempunyai keindahan alam
semulajadi. Keindahan alam ini boleh menjadi terapi persekitaran semulajadi yang
baik. Penjagaan dan pemurnian lanskap yang minimum secara tersusun dapat
menjadikan suasana sekolah menjadi indah dan cantik. Ini secara langsung
memberikan murid suasana persekitaran sekolah yang selamat, selesa dan
menggembirakan. Sebagai pentadbir, nasihat dan bimbingan diberikan kepada staf
SK Luasong selain menyediakan persekitaran atau pendekatan terapi alam
semulajadi. Kesan jangka panjang dari pendekatan ini akan dapat mengurangkan
masalah kelelahan mental dan emosi.
Kekuatan kerjasama lanskap alam
BIDARKIT guru, AKP dan semulajadi
komuniti
suasana
sekolah yang
menjadi terapi
Rajah 2 : Kekuatan BIDARKIT
CABARAN PELAKSANAAN PROGRAM
Pelaksanaan program ini sebenarnya dirancang dan dilaksanakan secara berterusan
agar mencapai hasil yang disasarkan. Walau bagaimanapun, kita sedia maklum
apabila dunia dilanda ancaman pandemik virus Covic-19, negara kita tidak
terkecuali menghadapi masalah yang sama dan situasi ini telah sedikit sebanyak
membantutkan proses perlaksanaan program ini di mana warga sekolah dapat
menikmati perubahan ini hanya dalam tempoh lebih kurang 6 bulan berada di
premis sekolah secara bersemuka.
Walaubagaimanapun saya mengharapkan impak jangka panjang program ini akan
dapat memberi kesan secara langsung dalam konteks terapi minda untuk memberi
rangsangan kepada minda dan emosi yang sihat dalam kalangan warga SK