The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

koleksi penulisan amalan terbaik ppdt 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gulson, 2022-11-09 01:56:46

legasi kepimpinan amalan terbaik ppdt 2022

koleksi penulisan amalan terbaik ppdt 2022

Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 41

TWO-J : PANDANG KE HADAPAN CIPTA KEJAYAAN

FATIMAH BINTI HJ MAKHDIROL

Guru Besar, SK Kem Kabota, Peti Surat 1196, 91036 Tawau Sabah
[email protected]

BIDANG FOKUS

Pelaksanaan Projek Two-J : Pandang Ke Hadapan Cipta Kejayaan merupakan
usaha yang berterusan bagi meningkatkan sistem kolaboratif iaitu dengan membina
hubungan jaringan dan jalinan dengan pihak luar serta penglibatan murid dan guru
di Sekolah. Pelaksanaan projek ini berfokus pada bidang pengurusan dalam konsep
jaringan dan jalinan. Kemahiran membina jaringan dan jalinan yang diperoleh
melalui program ini juga telah mengupayakan Pengetua dan Guru Besar (PGB)
untuk membuat permuafakatan strategik dengan pelbagai pihak terutama pihak luar
bagi menyokong pembelajaran murid dan sekolah. Bentuk kerjasama sekolah
dengan pihak luar memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian (Sunardi,
Widiyanti, Solichin, & Yoto, 2017). Justeru perkongsian projek ini dapat
menyebarluaskan dan berkongsi amalan terbaik tentang pengurusan perhubungan
sekolah dengan pihak luar serta menjadi rujukan kepada pemimpin sekolah yang
lain.

PENGENALAN

Pelbagai program yang dijalankan di sekolah yang melibatkan hubungan dengan
komuniti. Hubungan dengan masyarakat setempat dan komuniti luar yang baik
akan membina jaringan dan jalinan yang memberi kebaikan kepada kedua-dua
pihak. Pihak sekolah memerlukan sokongan daripada pihak luar bagi mendapatkan
dana mahupun material untuk menjalankan program sementara pihak luar pula
sering memohon bantuan dari segi murid-murid dan guru untuk melibatkan diri
dalam program mereka. Program yang dilaksanakan iaitu Two-J yang membawa
singkatan Jaringan dan Jalinan. Projek ini juga adalah sempena tag line Sekolah
Pandang Ke Hadapan iaitu dengan memberi perhatian dan tumpuan, memberi
perhitungan ke arah kecemerlangan, Cipta Kejayaan yang membawa makna apa
yang sudah dimiliki, tanpa mengira status lama kini mahupun yang akan datang
semuanya pasti dicapai dengan jayanya.

Projek Two-J : Pandang Ke Hadapan Cipta Kejayaan adalah lebih menjurus kepada
program penghijauan sekolah “Our Trees, Our Life”. Program ini melibatkan
kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG). Namun begitu, kejayaan program
ini banyak bergantung kepada kemahiran Ketua Jabatan di Sekolah untuk
melaksanakannya. Menurut Baharom 2001, PGB yang berjaya mewujudkan
kerjasama dan kolaborasi kerja dengan semua warga sekolah dan masyarakat
menunjukkan mereka mempunyai kepimpinan yang berjaya. Kerjasama antara dua


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 42

pihak membolehkan sesuatu program itu berjaya apabila perundingan dan
komunikasi antara Ketua Jabatan dan PIBG dilakukan. Di sinilah perlunya
komunikasi yang berkesan antara kedua pihak supaya persefahaman dapat
dijalankan. Jika dilihat pada ketika ini, kepentingan jaringan dan jalinan antara
sekolah merupakan salah satu cabang kepimpinan yang menjadi titik tolak
kecemerlangan sekolah. Projek ini melibatkan pelbagai hubungan luar dan
kerjasama yang diwujudkan antara sekolah dengan PIBG, Jabatan Perhutanan
Malaysia Daerah Tawau dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Batalion ke-7
Rejimen Askar Melayu DiRaja (7 RAMD) yang memberikan bantuan, sokongan
dan kerjasama berterusan dari segi akademik, kemahiran, kepakaran, aset kepada
sekolah yang dapat memberi manfaat kepada semua aspek Pendidikan untuk
kemajuan sekolah.

Pokok Kita, Kehidupan Kita itulah tema projek penghijauan peringkat SK Kem
Kabota (SKKKT) bagi tahun 2021. Projek ini dapat membangkitkan rasa sayang
dan cintakan alam sekitar, disamping dapat memupuk minda lestari dikalangan
murid, warga SK Kem Kabota dan juga semua warga pendidik walau di mana jua
berada. "Hijaukan Bumi tanggungjawab bersama" satu laungan keramat pencetus
semangat SKKKT bagi menyemarakkan kempen “Penghijauan Malaysia: Pokok
Kita, Kehidupan Kita” atau “Greening Malaysia: Our Trees, Our Life”. Kita sedar
bahawa kepentingan pokok kepada manusia sejagat memang tidak dapat dinafikan.
Penanaman pokok dalam kuantiti yang banyak boleh mengubah iklim mikro di
sesuatu tempat dan secara tidak langsung dapat membekalkan oksigen kepada
hidupan. Pokok yang besar boleh dijadikan tempat peneduhan dan pengindahan
kawasan. Bermula dengan pendidikan menghormati alam sekitar, secara tidak
langsung membentuk sahsiah dan moral pelajar. Tidak hanya persekitaran sekolah
yang mesra alam, melalui mata pelajaran yang diajar juga secara tidak langsung
dapat mendidik pelajar mengenai kesedaran pentingnya menjaga alam sekitar,
bukan saja secara teori, malah pelajar dibawa keluar kelas untuk aktiviti menanam
pokok secara praktikal. Aktiviti penanaman pokok di sekolah yang dianjurkan oleh
Jabatan Perhutanan Tawau, telah memupuk semangat dan menyemai perasaan
cintakan akan alam sekitar terutamanya dalam kalangan para pelajar sekolah.

LATAR BELAKANG

SK KEM KABOTA terletak di dalam kawasan tentera iaitu Kem Kubota RAMD-
7, Tawau, Sabah. Enrolmen murid iaitu 548 orang dan bilangan guru seramai 42
dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) seramai 4 orang. Keunikan sekolah ini
iaitu murid berbilang kaum dan mewakili penduduk seluruh negara. Murid
SKKKT terdiri daripada pelbagai kaum dan suku kaum Sabah-Sarawak-
Semenanjung seperti Melayu, Iban, Kedayan, Kadazan dan Dusun. Keluasan
Sekolah ini lebih kurang 8.5 ekar dengan hanya mempunyai 4 ekar kawasan
berumput dan berbangunan.


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 43

Sekolah yang sentiasa melibatkan murid dan guru dalam pelbagai program secara
aktif, adalah bersesuaian dengan program penghijauan sekolah diperkenalkan.
Antara program yang telah disertai iaitu program penghijauan negara melalui
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang dilaksanakan selama lima tahun bermula
tahun 2021 hingga 2025. "Tanamlah satu pokok, sekiranya seluruh rakyat Malaysia
tanam (pokok), ia akan mempercepatkan sasaran" (Menteri Tenaga dan Sumber
Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, 2020).

ISU YANG DIKENALPASTI

Sekolah Kebangsaan Kem Kabota (SKKKT) mempunyai kawasan tanah yang luas
dan sesuai dengan penanaman pelbagai pokok. Bilangan pokok di sekeliling
kawasan sekolah adalah kurang dan terhad. Menyedari akan keperluan
pengindahan persekitaran, dengan menglibatkan kerjasama PIBG kerjasama serta
bimbingan daripada pihak Jabatan Perhutanan Daerah Tawau. Hasil tanaman
pokok-pokok akan mendapatkan satu impak terhadap persekitaran SKKKT yang
lebih hijau, bersih, sihat, ceria, kondusif dan selamat di kawasan sekolah.

ANALISA KEPERLUAN PROJEK

Analisa keperluan projek telah dilakukan bagi melihat kepentingan projek ini
dilaksanakan. Pihak sekolah telah menjalankan perbincangan dengan warga
sekolah terutamanya guru-guru SKKKT melalui mesyuarat pengurusan sekolah
dan borang maklumbalas. Berdasarkan Jadual 1 dan Rajah 1 iaitu melihat
perbandingan maklum balas keperluan penanaman pokok bagi memupuk minda
lestari di Sekolah, mendapati respon menunjukkan bahawa guru-guru menyokong
projek tersebut kerana ia adalah salah satu usaha untuk mengindahkan sekolah,
membantu menyokong perlindungan alam sekitar terutamanya ke arah SKKKT
hijau, aktiviti berkenaan yang dilaksanakan dapat mengeratkan lagi hubungan
antara pihak luar dan sekolah.

Jadual 1 : Keperluan Penanaman Pokok Bagi Memupuk Minda Lestari

Bil Item Keperluan Projek Tidak Setuju
Setuju 100%
1. Pokok bernilai penting dalam menjamin kelestarian
persekitaran dan kesihatan. Pokok perlu dipelihara dan 0% 91%
penebangan pokok bukanlah solusi terbaik untuk
mengelakkan pokok tumbang 9%

2. Penanaman Pokok di Kawasan Sekolah bersesuaian
contohnya di Padang ke arah peneduhan warga
SKKKT ketika aktiviti luar bilik darjah dan bersukan


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 44

3. Pokok memberi teduhan dan mengurangkan 5% 95%
pencemaran udara, hakisan tanah dan bertindak sebagai
agen penyerap karbon 26% 74%
5% 95%
4. Penanaman Pokok memupuk minda lestari dikalangan
murid

5. Membuka peluang kepada murid mempelajari kaedah
penanaman dan penjagaan pokok

Maklumbalas dan Perbandingan Item bagi Menyokong
Penanaman Pokok di Sekolah

[VALUE]% [VALUE]% [VALUE]%

100 [VALUE]%

80 [VALUE]%

60

40 [VALUE]%

20 [VALUE]% [VALUE]% 5%
0% Item 5

0

Item 1 Item 2 Item 3 Item 4

Tidak Setuju Setuju

Rajah 1: Maklumbalas dan Perbandingan Item bagi Menyokong Penanaman Pokok

Hasil dari tinjauan saya di SK Kem Kabota, mendapati kawasan tanah cukup luas
namun tidak ada pokok sebagai keceriaan dan tempat peneduhan terutamanya di
kawasan padang dan belakang sekolah (hasil tanaman akan mewujudkan
persekitaran yang lebih hijau, bersih, sihat, ceria, kondusif dan selamat di kawasan
sekolah). Dapatan maklum balas daripada warga sekolah sangat memberansangkan
dan menyokong pihak sekolah. Oleh itu, inisiatif perlu ada dengan merancang satu
program penghijauan yang melibatkan hubungan jaringan dan jalinan
memandangkan kedudukan kewangan sekolah agak lemah dan peruntukan yang di
terima oleh pihak sekolah untuk tujuan membeli pokok-pokok yang bersaiz besar
adalah tidak mencukupi.


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 45

OBJEKTIF PROJEK
Pada akhir projek ini, beberapa objektif telah disasarkan iaitu :
i. Memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai

jenis pokok di kalangan murid dan warga sekolah
ii. Meningkatkan tahap kesedaran ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam

sekitar selain memberi peluang kepada murid mempelajari kaedah amali
penanaman dan penjagaan pokok
iii. Menjayakan Projek Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang dilaksanakan
selama lima tahun bermula tahun 2021 hingga 2025.

INISIATIF PROJEK
Program ini dilihat dapat memberi impak positif terutamanya kepada pemimpin
sekolah dalam bidang pengurusan, penyediaan kemudahan infrastruktur, serta
dalam aspek jaringan dan jalinan. Oleh yang demikian. perancangan awal saya,
iaitu merangka „Pelan Strategik‟ sekolah yang mencakupi kekuatan, kelemahan,
peluang dan ancaman terhadap organisasi iaitu dengan ringkasnya
SWOT. Kerjasama semua pihak dalam organisasi amat perlu untuk mengenalpasti
perkara-perkara tersebut hingga ke akar umbi, mendapat maklumat yang jelas dan

bertindak membuat perancangan dengan lebih berkesan. Melalui analisis S.W.O.T

dapat membantu saya mengenalpasti dan menyemak semula hala tuju dan apakah
kemajuan yang dicapai dalam melaksanakan projek ini serta merancang
peningkatan dan penambahbaikan. Selain itu, dapat membantu saya dalam
merancang dan mewujudkan budaya berfikir dalam pengurusan bagi melihat
sekeliling sebelum melangkah ke hadapan dan seterusnya berlakulah proses
mencari penambahbaikan projek ini.

A. Perancangan
i. Membina analisis SWOT sebagai panduan pengurusan sekolah

Rajah 2 : Perancangan Projek berdasarkan Analisis S.W.O.T


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 46

ii. Membina jaringan dan jalinan
Proses perundingan dan perbincangan telah dilaksanakan di Sekolah bagi
menjayakan jaringan dan jalinan. Rajah 3 menunjukkan proses perundingan dan
perbincangan yang dilakukan di peringkat pengurusan sekolah sebagai panduan.

Rajah 3 : Proses Perundingan dan Perbincangan Pihak Pengurusan Sekolah
Jaringan dan jalinan merupakan usaha proaktif pemimpin sekolah untuk membina
dan menjaga hubungan peribadi dan profesional dengan pihak lain bagi tujuan
mendapatkan manfaat bersama-sama (Forret & Dougherty, 2001). Projek ini
berjaya membawa SKKKT untuk berkolaboratif bersama Jabatan Perhutanan
Tawau khususnya Unit Pertanian Landskap & Perhutanan. Kolaboratif ini dipilih
kerana matlamat projek yang lebih menjurus kepada tanaman pokok hijau dan
Jabatan Perhutanan adalah agensi yang paling tepat untuk dirujuk. Selain itu,
Jabatan Perhutanan turut menyuarakan hasrat untuk memberikan khidmat sosial
korporat kepada pihak sekolah dan ianya menepati objektif khidmat sosial mereka
bagi menjayakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di sektor Pendidikan.
Pada peringkat awal, pihak sekolah mendapat sokongan daripada PIBG Sekolah
dan kemudian menghubungi Jabatan Perhutanan untuk memaklumkan hasrat
projek sekolah dan seterusnya disusuli dengan lawatan awal sebagai usaha
membina jalinan hubungan rasmi di samping memberi gambaran yang lebih
menyeluruh tentang kerjasama projek tersebut. Pada November 2021, beberapa
orang pegawai dari Jabatan Perhutanan meluangkan masa melawat SK Kem
Kabota untuk melihat sendiri kawasan/ tapak penanaman sekolah dan seterusnya
hari yang berikutnya pihak Jabatan Perhutanan yang diwakili lebih kurang 15 orang


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 47

melaksanakan dan melancarkan aktiviti penananam pokok.

Perbincangan dan rundingan antara guru besar dan Jabatan Perhutanan telah
dilaksanakan bagi tujuan menyatakan hasrat antara dua pihak dan pilihan jenis
pokok-pokok yang bersesuaian yang boleh menambahkan keceriaan di Sekolah.
Contoh pokok yang boleh menambahkan keceriaan iaitu pokok Sakura ataupun
nama saintifik iaitu Tabebuia Pentaphylla @ Tecoma/Sakura. Namun begitu, hasil
perbincangan yang diperolehi iaitu Jabatan Perhutanan akan menetapkan beberapa
perkara seperti tarikh pelaksanaan, penyediaan tempat untuk menanam dan
bersesuaian, termasuk ketetapan jenis-jenis pokok yang akan disumbang oleh
Jabatan perhutanan atas faktor stok yang sedia ada. Oleh yang demikian, Sebanyak
40 batang pokok pelbagai jenis berjaya disumbangkan oleh Jabatan Perhutanan
Tawau dan ditanam di sekitar kawasan sekolah. Sumbangan itu membuktikan
bahawa Sekolah mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjaga kehijauan alam
sekitar. Harapan agar program penanaman pokok berkenaan dapat membantu
murid-murid untuk terus komited memelihara dan selamatkan bumi serta
menyokong pelancarkan kempen Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan
Kita” atau “Greening Malaysia: Our Trees, Our Life”.

iii. Komunikasi berkesan

Komunikasi merupakan proses pertukaran maklumat di antara dua pihak, iaitu
pemberi dan penerima maklumat sama ada secara verbal atau bukan verbal.
Pertukaran maklumat, pendapat dan informasi dengan objektif yang spesifik juga
sebahagian daripada proses komunikasi (Seiler & Beall, 2005). Sebagai pemimpin
di sekolah, saya perlu menguasai kemahiran komunikasi bagi mendengar,
menyampaikan buah fikiran dengan yakin serta terbuka menerima pandangan pihak
lain. Dan perkara itu, telah membawa saya untuk menghubungi pihak ATM RAMD
7 tentang hasrat murni sekolah yang memberi impak kepada pihak sekolah dan juga
kepada murid.

B. Pelaksanaan Projek
i. Taklimat dan Tayangan Video/ Montaj

Taklimat telah dilaksanakan pada 21 November 2022 kepada barisan pentadbir dan
beberapa orang guru sebelum penanaman pokok dilaksanakan. Ia bertujuan untuk
memberi maklumat perjalanan projek, matlamat projek dan seterusnya impak yang
akan diperoleh. Hasil usaha saya sebagai pemimpin, maka sekolah berjaya
menjalinkan kerjasama untuk menjayakan projek penanaman pokok. Tempoh yang
diambil untuk membina jalinan ini adalah selama 5 tahun iaitu bermula tahun 2021
hingga 2025.


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 48

Gambar 1: Taklimat, tayangan video/montaj, penyerahan
simbolik termeterai jaringan dan jalinan antara Sekolah
ii. Tunjuk cara penanaman pokok, penerangan dan soal jawab kepada
murid-murid sekolah
Sebelum penanaman pokok dimulakan, pihak Jabatan Perhutanan memberi
penerangan dan maklumat berkaitan dengan cara penjagaan, kepentingan
penanaman pokok, memperkenalkan jenis-jenis pokok/ nama saintifik serta
kegunaan dan kesitimewaan pokok kepada murid-murid yang terlibat. Seterusnya,
murid-murid dibawa ke kawasan penanaman pokok dan memberi peluang secara
individu atau berkumpulan dengan bimbingan kakitangan perhutanan untuk
menanam pokok. Semua murid yang menyertai aktiviti menanam pokok begitu
teruja, mereka dibantu oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Daerah Tawau yang
telah menyediakan lubang tanaman mengikut jarak ditetapkan.

Gambar 2 : Tunjuk cara penanaman, penerangan dan sesi soal jawab


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 49

Gambar 3 : Proses Penanaman Pokok yang dilakukan oleh murid
iii. Membina Jawatankuasa Dalaman Sekolah
Berdasarkan rajah 4, satu jawatankuasa projek dibentuk bagi menjayakan program
penghijauan di sekolah yang melibatkan warga sekolah SK Kem Kabota. Guru
Besar merupakan pengerusi bagi program ini dan program ini dijadikan „projek
angkat‟ bagi kelab Sains & Matematik untuk melaksanakan aktiviti penghijauan
Our Trees, Our Life bersama ahli kelab/murid-murid SK Kem Kabota. Selain itu,
pekerja-pekerja yang menjaga kebersihan sekolah turut terlibat dalam usaha sama
ini bagi membantu proses pelaksanaan, penyelenggaraan dan penjagaan pokok.

Rajah 4: Jawatankuasa Projek Two-J : Pandang Ke Hadapan Cipta Kejayaan


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 50

iv. Melantik Penyelaras Program untuk dijadikan projek Angkat
Pokok yang ditanam dapat membantu guru melaksanakan pembelajaran dan
pemudah cara (PdPc) luar bilik darjah yang sudah pastinya menarik minat murid. Ia
juga membantu murid berkomunikasi terus dengan pokok, mengetahui bahagian
pokok, kegunaan dan kepentingannya (Norhilwati Jahari, 2017). Oleh yang
demikan, Kelab Sains & Matematik dibawah Unit Kokurikulum ditugaskan untuk
menjadikan projek tersebut sebagai “projek angkat” yang akan memastikan
penjagaan pokok dalam keadaan yang baik, antara tugas iaitu menyiram pokok-
pokok yang ditanam dan memastikan pokok-pokok yang ditanam sentiasa terjaga

Gambar 4 : Pelantikan “Projek Angkat” ahli kelab Sains & Matematik

PENCAPAIAN PROGRAM
Keberkesanan Program
Jalinan kerjasama memberi dorongan, kemesraan dan mengeratkan hubungan
antara guru-guru dan semua agensi yang terlibat dengan lebih efektif demi
mencapai manfaat bersama. Setelah projek ini dilancarkan, warga sekolah akan
berasa teruja dengan hasil penanaman pokok, walaupun ianya memakan masa yang
agak lama untuk melihat hasil, namun dapat mewujudkan sikap rasa
tanggungjawab yang tinggi terhadap pokok-pokok tersebut. Di samping itu, dapat
memberansangkan serta meningkatkan bilangan murid meluangkan masa untuk
memastikan pokok yang ditanam itu dalam keadaan baik, subur, dan tidak rosak.
Murid-murid menggunakan masa lapang untuk menjaga pokok -pokok tersebut
sehingga dapat mengenali jenis-jenis pokok yang ditanam di sekolah. Justeru,
amalan negatif seperti merosakkan tumbuh-tumbuhan dan sikap sambal lewa untuk
hadir dalam perjumpaan kokurikulum pada hari sabtu dapat dikurangkan kerana


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 51

menganggap “projek angkat” itu adalah satu tanggungjawab dan amanah diberikan.
Hasil daripada penanaman pokok juga, warga sekolah dan murid berpeluang untuk
menjana sijil penghargaan daripada pihak NGO untuk menyertai program 1 million
plants-any plant anywhere in 365 days.

Gambar 5 : Sijil penghargaan guru dan murid menyertai program
penanaman pokok

Pencapaian dan keberkesanan projek juga dapat dinilai berdasarkan soal selidik
yang ditadbir kepada murid SKKKT. Berikut merupakan hasil dapatan soal selidik
yang dijalankan sebelum projek penanaman ini dilaksanakan. Berdasarkan Rajah 5
data yang diperolehi, 80% murid tidak mengetahui cara penanaman pokok yang
betul. Hanya 6% murid yang mengetahui cara-cara penanaman pokok yang betul
dan sebanyak 14% murid tidak pasti tentang cara penanaman pokok dengan betul.
Seterusnya 83% murid tidak mengetahui nama-nama saintifik pokok, dan tidak
pasti sebanyak 11%. Hanya beberapa orang murid sahaja yang mengetahui nama-
nama Saintifik pokok-pokok yang berada di sekeliling mereka. Seterusnya, bagi
item ketiga iaitu cara penjagaan pokok, 54% murid tidak mengetahui cara–cara
penjagaan pokok yang betul. Hanya 17% murid mengetahui cara penjagaan pokok
yang betul, dan sebanyak 29% murid tidak pasti dengan cara penjagaan pokok
dengan betul. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan kurangnya pendedahan
terhadap cara penjagaan pokok yang betul. Bagi item pengetahuan kegunaan
ataupun keistimewaan pokok, hanya 66% murid yang mengetahui kegunaan dan
keistimewaan pokok. Seterusnya 11% murid tidak mengetahui, dan tidak pasti
sebanyak 23%.


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 52

Maklumbalas Murid terhadap Pengetahuan Penanaman
Pokok

100% 80% 83% 54% 66%
80% 6%14% 6%11% 29% 23%
60% 17% 11%
40%
20%
0%

Mengetahui cara Mengetahui Mengetahui cara Kegunaan/

penanaman nama-nama penjagaan pokok Keistimewaan

pokok dengan saintifik pokok dengan betul pokok

betul

Tahu Tidak Pasti Tidak Tahu

Rajah 5: Dapatan sebelum pelaksanaan penanaman pokok
Selepas dua bulan pelaksanaan projek ini, tinjauan terhadap murid yang sama.

Maklumbalas Murid terhadap Pengetahuan Penanaman Pokok

100% 86% 86%
90% 71% 74%
80%
70% 17% 12% 17% 11% 5% 9%
60% 9% 3%
50%
40%
30%
20%
10%
0%

Mengetahui cara Mengetahui nama- Mengetahui cara Kegunaan/

penanaman pokok nama saintifik pokok penjagaan pokok Keistimewaan pokok

dengan betul dengan betul

Tahu Tidak Pasti Tidak Tahu

Rajah 6: Dapatan selepas pelaksanaan penanaman pokok

Merujuk Rajah 6 memaparkan perbezaan yang begitu ketara selepas dua bulan
pelaksanaan projek ini. Tinjauan terhadap murid yang sama telah dilaksanakan.
Hasil dapatan daripada soal selidik tersebut dapat dilihat melalui carta bar di atas.
12% murid tidak mengetahui cara penanaman pokok yang betul. Sementara murid
yang mengetahui cara-cara penanaman pokok yang betul iaitu sebanyak 71% , dan
sebanyak 17% murid masih tidak pasti tentang cara penanaman pokok dengan betul.
Seterusnya 9% murid tidak mengetahui nama-nama saintifik pokok, dan tidak pasti
sebanyak 17%, dan setelah dua bulan pelaksanan murid dapat mengingat dan


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 53

mengetahui nama-nama saintifik pokok, ianya dapat dilihat nilai peratus sebanyak
72%. Seterusnya, bagi item ketiga iaitu cara penjagaan pokok, hanya 3% murid
tidak mengetahui cara–cara penjagaan pokok yang betul. 11% murid tidak pasti
dengan cara penjagaan pokok dengan betul, 86%mengetahui cara penjagaan pokok
yang betul. Bagi item pengetahuan kegunaan ataupun keistimewaan pokok,
sebanyak 86% murid yang mengetahui kegunaan dan keistimewaan pokok.
Seterusnya 9% murid tidak mengetahui, dan tidak pasti sebanyak 5%.

IMPAK PROGRAM

i. Impak kepada Sekolah

Kemahiran membina jaringan dan jalinan yang diperoleh melalui program
penanaman pokok sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok telah
mengupayakan PGB untuk membuat permuafakatan strategik dengan pelbagai
pihak terutama pihak luar bagi menyokong pembelajaran murid dan sekolah
dan seterusnya dapat memberikan manfaat kepada pihak sekolah. Perkara
tersebut juga jelas menggambarkan kejayaan PGB dalam membina jaringan dan
jalinan dengan pelbagai pihak. Pemikiran secara strategik yang sentiasa
melibatkan penetapan matlamat sekolah, membuat perancangan jangka panjang,
membuat jangkaan, menganalisis persekitaran, dan bekerjasama dengan pihak
luar merupakan satu kemahiran ini harus dipelajari, dipupuk dan diamalkan
oleh setiap pemimpin sekolah (Ridgley, 2012).

ii. Impak Kepada Unit Kokurikulum (Kelab Sains & Matematik)

Pengalaman penanaman pokok dan penjagaan pokok ini seharusnya diberikan
peluang kepada semua unit kelab yang terdapat di Sekolah. Namun begitu kelab
Sains & Matematik diberikan tangunggjawab yang besar dan pengiktirafan
sebagai ketua projek angkat dalam melaksanakan Kempen Penanaman 100 Juta
Pokok tersebut. Secara tidak langsung pihak sekolah memberikan manfaat
khusus kepada murid serta guru bagi mempelbagaikan aktiviti tahunan Kelab
Sains dan Matematik secara keseluruhannya, agar mereka dapat mengetahui
kelebihan menanam, menyiram dan juga menjaga pokok yang telah ditanam.

iii. Impak kepada Murid

Penglibatan murid yang aktif dan sokongan daripada pihak dalaman dan pihak
luar merupakan komitmen yang amat diperlukan untuk menjalankan projek ini.
Diharap projek ini akan memupuk amalan mesra alam dalam kalangan murid
dan melahirkan murid yang mementingkan kesejahteraan alam sekitar.
Sementara itu, kemenjadian murid bukan hanya melihat kepada akademik
sahaja tetapi dilihat nilai sahsiah dalam diri dan kepimpinan murid. Dengan


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 54

pelaksanaan projek ini juga, warga sekolah terutamanya murid dapat
meningkatkan ilmu dan pengetahuan terhadap aktiviti penanaman pokok.

iv. Impak Bersama “Pihak Luar dan Sekolah”

Penyertaan Sekolah yang memberangsangkan hasil daripada kolaborasi dengan
pihak luar dapat memberi manfaat bersama. Win Win Situation adalah hasil
daripada pendekatan keuntungan bersama untuk rundingan dan memenuhi
kepentingan dan memaksimumkan nilai. Dalam rundingan Win Win Situation,
apabila kedua-dua pihak berpuas hati dengan persetujuan mereka,
kemungkinan kejayaan yang berpanjangan adalah lebih tinggi. Contohnya,
pihak sekolah memerlukan pihak luar bagi mendapatkan sokongan dana untuk
menjalankan program dan pihak luar pula sering memohon bantuan dari segi
murid-murid dan guru untuk melibatkan diri dalam program mereka.
Menyedari hakikat ini, pihak luar atau Badan NGO lain akan melihat
keupayaan PGB dan lebih berkeyakinan atas kejayaan yang dibina oleh pihak
sekolah, kerana projek ini satu alternatif terbaik dalam merungkai isu dan
cabaran masyarakat dalam mendepani revolusi perindustri IR4.0.

Justeru itu, kesannya telah membuka peluang lebih luas dan kepercayaan yang
tinggi kepada pihak sekolah bukan sahaja daripada Jabatan Perhutanan malah
pihak ATM 7RAMD, turut memberi sumbangan dana bagi membina Dewan
Terbuka SKKKT, dan sumbangan daripada ahli politik iaitu YB Datuk Nizam
Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan juga diberikan kepada pihak Sekolah
dengan menyalurkan dana dengan pembinaan dan menaiktaraf Dewan tertutup
SKKKT yang cukup luar biasa pada tahun yang sama semasa pelaksanaan
Kempen Penanaman Sejuta Pokok. Gambar 6 dan Gambar 7 menunjukkan
sebelum dan selepas Dewan terbuka dan Dewan tertutup dilaksanakan.

Sebelum Selepas

Gambar 6 : Sebelum dan Selepas Dewan Tertutup dinaiktaraf

Sebelum Selepas

Gambar 7 : Sebelum dan Selepas Dewan Terbuka Dibina


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 55

KEKUATAN PROGRAM

Projek Penghijauan SKKKT : Our Trees, Our Life yang telah dilaksanakan pada
November 2021 telah memberi banyak pengisian yang bermanfaat kepada seluruh
warga SKKKT. Projek ini mendapat sokongan yang jitu daripada pihak pentadbir
sekolah dan ibu bapa murid. Sokongan ini sangat penting dan menjadi sumber
kekuatan yang telah menyemarakkan semangat guru dan murid dalam menjayakan
projek ini. Kesedaran kepada semua warga sekolah ke arah kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar adalah bermakna bagi mempupuk
generasi baru yang berkualiti. Projek ini juga dapat mendidik masyarakat untuk
mencintai alam sekitar dan menyelamatkan tanah daripada terbiar. Hasil daripada
projek ini, kawasan tanah yang luas menjadi lebih ceria dan cantik. Kawasan yang
selama ini terbiar menjadi lebih ceria dengan hasil tanaman pokok terutamanya
tanaman pokok berbunga. Susun atur pokok-pokok juga menjadi lebih kemas dan
teratur. Hal ini selaras dengan matlamat projek iaitu untuk menambahbaik landskap
sekolah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih nyaman dan kondusif.

CABARAN PELAKSANAAN PROGRAM

Terdapat beberapa cabaran pelaksanaan projek yang dialami ketika menjalankan
projek bermula daripada peringkat perancangan hingga pelaksanaan termasuk
proses membina jaringan dan jalinan dengan pihak luar. Sepanjang proses
perancangan Penghijauan SKKKT : Our Trees, Our Life semuanya berjalan dengan
lancar seperti apa yang dirancang. Hal ini disebabkan Guru Besar, guru-guru dan
staf sekolah sangat memberikan kerjasama dan bersifat sentiasa menyokong
perkara yang membawa kebaikan kepada sekolah. Masalah utama yang dihadapi
adalah tempoh penjagaan mengambil masa yang agak lama iaitu tempoh 5 tahun,
namun begitu warga SKKKT sentiasa berpegang teguh dengan slogan sekolah
“Pandang Ke Hadapan Cipta Kejayaan” dan sentiasa berasa bersyukur kerana pihak
Jabatan Perhutanan menyumbangkan 40 jenis pokok kepada pihak Sekolah.
Antaranya „Terminalia catappa, eugenia papillose, Tabebuia Pentaphylla @
Tecoma/Sakura, Eusideroxylon zwagen‟ dan ke semua pokok ditanam di sekitar
kawasan sekolah.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan bagi projek yang dilaksanakan.
Kekuatan yang dapat dilihat setelah projek dijalankan dan disiapkan adalah
kawasan landskap sekolah bertambah menarik dengan pokok bunga berwarna-
warni. Hasil daripada tanaman pokok bunga yang bersaiz besar dan berwarna-
warni ini menimbulkan suasana sekolah yang ceria. Malah landskap yang
berwarna-warni juga boleh mempengaruhi minda murid-murid.


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 56

Projek ini juga akan seterusnya akan memberi peluang kepada guru dalam
melaksanakan sesuatu yang baru. Penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah
memperbanyakkan lagi jenis tanaman di kawasan landskap sekolah. Perkara ini
bukan sahaja menaikkan lagi kecantikan landskap sekolah, malah memberi pelajar
pengetahuan secara tidak langsung berkenaan dengan jenis pokok-pokok yang
ditanam.

KESIMPULAN

Dalam era digital Revolusi Perindustrian 4.0, peranan institusi Pendidikan
khususnya sekolah yang semakin penting terutama dalam menghasilkan
pengetahuan dan kemahiran yang dikongsi bersama komuniti untuk pembangunan
dan kelestarian sesebuah masyarakat (Muhammad Asyraf Mansor, 2021). Dengan
pelaksanaan projek ini, akan dapat memberi pengisian yang bermanfaat kepada
seluruh warga Sekolah Kebangsaan Kem Kabota dalam usaha untuk menarik minat
dan membina kemahiran murid ke arah transformasi sekolah TS25 dan aktiviti
penanaman. Dengan kewujudan projek ini, diharapkan warga sekolah
memanfaatkan peluang yang ada dan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.
Pendedahan berterusan mengenai pembelajaran TS25 berupaya menyediakan
murid sekolah dalam menghadapi persaingan dan cabaran masa hadapan.
Kesedaran pelajar ke arah kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar adalah bermakna bagi mempupuk generasi baru yang berkualiti. Projek ini
juga dapat mendidik masyarakat untuk mencintai alam sekitar.

Kesimpulannya dalam melaksanakan sesuatu program yang besar dan melibatkan
seluruh warga sekolah, komuniti setempat, ibu bapa dan komuniti luar, seorang
PGB perlulah mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan program tersebut.
Kemahiran mengurus sesuatu program iaitu dari A sampai Z perlu ada dalam diri
seorang PGB. Selain itu kemahiran berkomunikasi dengan berkesan oleh seorang
PGB akan memudahkan dalam mengurus staf di bawahnya untuk bekerja dalam
satu pasukan. Pengetua dan Guru Besar yang bijak dapat membangunkan kapasiti
surbodinatnya. Di samping itu kemahiran berkomunikasi juga memudahkan PGB
mendapat sokongan PIBG dan masyarakat luar.


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 57

RUJUKAN

Ahamad bin Hussin, M. R. (2021). Impak Program Kelayakan Profesional
Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL 2.0) Terhadap Pemimpin
Sekolah. Management Research Journal , Vol. 10 Special Issue (2021), 66-
81.

Hadibah Binti Hashim, N. B. (2018). Hubungan Luar Pemacu Kualiti Guru.
Kompilasi Amalan Terbaik Pengurusan Perhubungan Luar, 26-31.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2018). Jurnal Penyelidikan
Pendidikan, 6-12.

Lah, F. C. (2021). Tanam pokok buah di kawasan sekolah. Harian Metro.

Leong Sook Luan, N. A. (2018). Pengkomposan-„Keyhole Garden‟. Kompilasi
Amalan Terbaik Pengurusan Perhubungan Luar, 43-52.

Lokman Bin Mohd Tahir & Normah Binti Abd Kadir. (n.d.). Gaya Pengurusan
Konflik Guru Dalam Kalangan Guru Besar Sekolah Rendah Daerah. Johor:
Fakulti Pendidikan Universiti Mlaysia Sabah.

Mohd Nazri bin Ali, K. R. (2018). Green Generation. Kompilasi Amalan Terbaik
Pengurusan Perhubungan Luar, 1-11.

Mohd Syahidan Zainal Abidin, N. B. (2021). Keberkesanan Program Kepimpinan
Johor Student Leaders Council (JSLC) Tahun 2018-2020. Jurnal
Penyelidikan Pendidikan, 119-129.

Muhammad Asyraf Mansor, M. N. (2021). Impak Program Jalinan Masyarakat
UMCARES KLUSTER. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 20-31.

Rasli, R. b. (2018). Projek 7 Sekolah Indah. Kompilasi Amalan Terbaik
Pengurusan Perhubungan Luar 2018, 53-61.

Roselee, K. E. (2018). Team Pilot Drone Skms. Kompilasi Amalan Terbaik
Pengurusan Perhubungan Luar, 37-42.

Roslan, F. B. (24 November, 2019). Kepimpinan Futuristik Melalui Jaringan serta
Jalinan Sekolah Rendah Harian Biasa dan komitmen Pentadbir. pp. 1-12.

Tan Ko Leong, L. E. (2018). Projek 1kelas 1landskap. Kompilasi Amalan Terbaik
Pengurusan Perhubungan Luar, 88-98.

Yaakob, H. N. (2013). Jalinan Kerjasama Dalam Bidang pendidikan:.
http://tamanilham.blogspot.com.


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 58

Yob, R. b. (2018). PIBK Unggul Memperkasa Sekolah:. Kompilasi Amalan
Terbaik Pengurusan Perhubungan Luar, 72-87.

Zuraidah, Y. D. (2016). Pengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Pengurusan
Konflik dalam Kalangan Pemimpin Sekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia,
165-171.


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 59

LAMPIRAN


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 60

BILIK DARJAH SYURGAKU:
MEREALISASIKAN KELAS ABAD 21

SULAIMAN BIN WABI
Guru Besar, SK Taman Tawau

[email protected]

BIDANG FOKUS

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah diperkenalkan
dan dilaksanakan secara berfasa meliputi pelbagai dimensi. Bagi menjamin
penyampaian kemahiran dalam kalangan murid, peranan bilik darjah dikenal pasti
dan diberikan tumpuan khusus oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
melalui pelancaran inisiatif pembelajaran abad ke-21. Perubahan dalam sistem
pendidikan negara memerlukan pengurusan bilik darjah guru yang berkesan.
Semua pihak yang terlibat perlu menyedari bahawa transformasi tidak mungkin
dapat dielak. Sebagai individu penting, guru sewajarnya kompeten dengan
kemahiran abad ke-21 bagi menyokong perkembangan murid. Mengurus
perubahan demi meningkatkan kualiti dan penyampaian pengajaran adalah misi
penting guru di dalam bilik darjah. Justeru, memastikan perubahan diurus dengan
baik memerlukan akauntabiliti dan perlu dipandang serius bagi menjamin kejayaan
pelaksanaannya

PENGENALAN PROJEK

Perubahan dalam sistem pendidikan negara memerlukan pengurusan bilik darjah
yang berkesan. Semua pihak yang terlibat perlu menyedari bahawa transformasi
tidak mungkin dapat dielak. Sebagai individu penting, guru sewajarnya kompeten
dengan kemahiran abad ke-21 bagi menyokong perkembangan murid. Mengurus
perubahan demi meningkatkan kualiti dan penyampaian pengajaran adalah misi
penting guru di dalam bilik darjah. Justeru, sebagai Ketua Jabatan, peranan saya
adalah memastikan perubahan dilaksanakan dengan baik dan memerlukan
akauntabiliti serta perlu dipandang serius bagi menjamin kejayaan pelaksanaannya.

Fasa pertama pembudayaan bilik darjah abad ke-21 dimulakan pada tahun 2014.
Pada fasa pertama, penjelasan hala tuju berkaitan bilik darjah abad ke-21
disampaikan melalui program-program seperti latihan dalam perkhidmatan (LDP)
dan komuniti pembelajaran profesional (PLC). Penandaarasan beberapa buah
sekolah rintis bilik darjah abad ke-21 turut dilakukan. Seterusnya, pembinaan
modul pedagogi oleh pasukan guru kreatif dibuat merujuk kepada model Sekolah
Bestari dan Sekolah Amanah. Pada masa yang sama, pemantapan Latihan Dalam
Perkhidmatan (LDP) dan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) terus


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 61

dilaksanakan. Sasaran akhir pelaksanaan pembudayaan bilik darjah abad ke-21
adalah pada tahun 2016 yang meliputi semua sekolah di seluruh negara.

Rajah 1: Fasa Pembudayaan Bilik Darjah Abad Ke-21
Sekolah Kebangsaan Taman Tawau (SKTT) telah mengadakan Projek Bilik Darjah
Abad 21pada 2019. Projek ini di bawah anjuran Bidang Kurikulum, PIBG dan
seluruh warga sekolah yang berupaya melaksanakan projek ini dalam memberi
kemudahan yang terbaik dalam membantu meningkatkan prestasi murid-murid.
Konsep bilik darjah abad ke-21 yang dihasratkan ialah mentransformasi bilik
darjah SK Taman Tawau dengan ruang pembelajaran kreatif dan kondusif supaya
lebih menarik dan bermakna . Bilik darjah perlu dirancang, disusun, dipimpin,
dikawal dan dinilai agar mampu merangsang murid untuk terus bersaing, belajar
secara koperatif dan memperoleh kemahiran dengan nilai kolaboratif. Dalam hal ini,
keberkesanan fungsi pengurusan bilik darjah adalah bergantung sepenuhnya kepada
guru.
LATAR BELAKANG
SK TAMAN TAWAU, dahulunya dikenali SK Tawau II telah mula beroperasi
pada bulan Jun 1996, Elemen keceriaan bilik darjah pada awalnya bukan menjadi
fokus utama sekolah. Namun pada tahun 2Februari 2019, saya telah diamanahkan
menjadi guru besar di sekolah ini maka dengan ini, saya perlu bertanggungjawab
sepenuh dalam mengetuai pengurusan bilik darjah,berusaha dan mengambil
inisiatif untuk keceriaan bilik-bilik darjah dengan menggunakan Sumber serta
sumbangan pihak tertentu. Projek Bilik Darjah Abad 21 ini melibatkan usaha padu
seluruh warga sekolah yang terdiri daripada para guru, staf sokongan serta para ibu


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 62

bapa. Keadaan bilik darjah yang sesak dan isu meja yang usang menjadikan konsep
bilik darjah abad 21 sebagai titik tolak untuk menyelesaikan masalah kelas yang
sentiasa menjadi rungutan guru-guru kelas pada awal tahun kehadiran saya di
sekolah ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada
tahun 2013, iaitu dalam konteks pendidikan di Malaysia, bilik darjah merupakan
ruang fizikal sebenar pengajaran dan pembelajaran formal (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013). Hal ini demikian kerana interaksi guru dan murid
kebanyakannya berlaku di dalam bilik darjah fizikal.

Bagi mencapai matlamat yang diharapkan, sokongan kepimpinan sekolah
khususnya terhadap guru amat diperlukan. Guru besar berperanan menentukan
strategi, rancangan dan amalan pengurusan harian untuk membangunkan budaya
pengajaran dan pembelajaran yang efisyen secara meluas di sekolah. Memang
diakui bahawa falsafah kepimpinan, semangat dan kepercayaan serta nilai yang
diketengahkan seseorang guru besar mampu mewujudkan persekitaran sekolah
yang kondusif.

Pengurusan terhadap aspek pengajaran yang dihasratkan melalui bilik darjah abad
ke-21 ialah mentransformasikan bilik darjah dengan kaedah penyampaian
pengajaran kreatif dan menarik. Transformasi ini memerlukan guru merangsang
murid untuk terus bersaing, belajar secara koperatif, dan memperoleh kemahiran
dengan nilai kolaboratif. Oleh itu, guru perlu merancang aktiviti pengajarannya
dengan penuh ketelitian serta peka dengan persekitaran bilik darjah.

ISU YANG DIKENAL PASTI

Pengurusan bilik darjah adalah bersifat dinamik dan mengikut perubahan semasa.
Dasar dan perancangan pendidikan di Malaysia seperti PPPM 2013-2025 dan
pembudayaan bilik darjah abad ke-21 merupakan antara faktor yang menjadikan
pengurusan bilik darjah mengalami perubahan drastik. Kementerian Pendidikan
Malaysia sendiri mengakui pengurusan bilik darjah abad ke-21 menjadi cabaran
getir bagi sekolah. Guru turut menyuarakan pandangan bahawa pengurusan bilik
darjah abad ke-21 mencabar kredibiliti guru kerana tekanan berkaitan peningkatan
pencapaian murid, di samping keperluan mengimbangi kesulitan dari komposisi
murid yang kian berubah serta kemudahan pembelajaran yang kondusif. Penjelasan
ini merupakan indikator penting bahawa masalah pengurusan bilik darjah perlu
ditangani sebaik-baiknya sekiranya ingin mencapai kecemerlangan pendidikan

Pengurusan bilik darjah abad ke-21 di Malaysia merupakan topik baharu dan
perbincangan mengenainya masih terhad. Senario ini berbeza di luar negara kerana
pengurusan bilik darjah merupakan isu paling menonjol dan konsisten dalam
penyelidikan berkaitan guru. Sepanjang pemantauan yang telah laksanakan bahawa


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 63

guru tanpa kemahiran pengurusan bilik darjah akan berhadapan dengan masalah
kesukaran mengarahkan dan mengawal murid semasa proses pengajaran.

Pengurusan pengajaran di dalam bilik darjah adalah interaksi lisan dan fizikal yang
bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran murid. Walaupun pelbagai faktor
mempengaruhi kejayaan murid di sekolah, namun peranan guru tetap memberi
impak besar terhadap kejayaan tersebut. Kurikulum yang disampaikan guru bagi
seluruh bilik darjah, sekumpulan, atau individu murid telah dibuktikan mempunyai
kaitan dengan tindakan meningkatkan prestasi murid. Pada dasarnya, guru lebih
banyak berinteraksi dengan murid dalam konteks pengajaran dan pada masa yang
sama penglibatan murid sepatutnya lebih aktif. Kawalan guru ke atas persekitaran
bilik darjah meliputi harapan, rutin yang konsisten, dan penggunaan masa yang
efisien adalah komponen penting keberkesanan pengurusan bilik darjah dan dapat
meramalkan secara signifikan pencapaian murid yang lebih tinggi.

Hubungan antara pengurusan bilik darjah, hasil akademik, dan tingkah laku murid
dan mendapati pengurusan bilik darjah yang berkesan secara signifikannya dapat
meningkatkan pencapaian akademik. Demikian juga maklum balas positif dalam
kalangan murid terhadap pengajaran guru di dalam bilik darjah sering dikaitkan
dengan peningkatan akademik mereka. Selain itu, pengurusan pengajaran guru
yang kurang kreatif dan lemah, sekali gus mempengaruhi penglibatan kurang aktif
murid di bilik darjah. Masalah-masalah seumpama ini adalah antara punca
penyebab kegagalan pengurusan pengajaran guru.

Guru merupakan penentu kepada pembangunan dan inovasi pendidikan kerana
berperanan sebagai pengguna utama teknologi di bilik darjah. Di mana bagi
mengintegrasikan teknologi dengan baik di dalam bilik darjah, guru perlu memiliki
pengetahuan pedagogi, menguasai kandungan dan berkemahiran dalam
penggunaan teknologi itu sendiri seperti yang dijelaskan. Perlu ditegaskan,
teknologi sendiri tidak memiliki nilai tanpa peranan guru dalam menguruskan bilik
darjah.

ANALISA KEPERLUAN PROJEK

Bilik darjah merupakan ruang fizikal sebenar pengajaran dan pembelajaran formal
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Hal ini demikian kerana interaksi guru
dan murid kebanyakannya berlaku di dalam bilik darjah fizikal. Sungguhpun
demikian, pengajaran dan pembelajaran secara atas talian (online) turut digunakan
semenjak kebelakangan ini sesuai dengan konsep bilik darjah abad ke-21. Oleh itu,
kefahaman berkaitan definisi dan konsep pengurusan bilik darjah dalam amat
penting. Sebagai guru di bilik darjah kontemporari abad ke-21 adalah
bertanggungjawab secara profesional dalam mengamalkan pengurusan berkesan.
Pengurusan yang berkesan adalah signifikan terhadap kejayaan operasi sekolah
abad ke-21, dan menepati keberhasilan positif khususnya akses kepada


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 64

pembelajaran, peningkatan masa untuk pembelajaran kendiri, dan pencapaian
akademik murid (Woolfolk, 2010; Bush, 2011).

Konsep bilik darjah Adeyemo (2012), Manning dan Bucher (2013) menjelaskan
bahawa pengurusan bilik darjah adalah strategi bagi memastikan keselamatan
fizikal dan psikologi di dalam bilik darjah, teknik untuk mengubah tingkah laku
murid dan mengajar disiplin kendiri, kaedah menyusun atur aktiviti harian, serta
teknik pengajaran yang menyumbang kepada tingkah laku positif murid. Dalam erti
kata yang lain, pengurusan bilik darjah berfungsi menyediakan ruang dan sokongan
terhadap keberkesanan pengajaran guru.

MATLAMAT PROJEK

Projek ini bertujuan untuk pembudayaan bilik darjah abad 21 dalam meningkatkan
prestasi murid. Penstrukturan semula bilik darjah bukan sahaja dapat membuka
ruang untuk kemahiran abad ke-21 tetapi juga penerapan kaedah pengajaran dan
penilaian baharu dalam pelaksanaan pendidikan. Seiring maksud konsep bilik
darjah Adeyemo (2012), Manning dan Bucher (2013) menjelaskan bahawa
pengurusan bilik darjah adalah strategi bagi memastikan keselamatan fizikal dan
psikologi di dalam bilik darjah, teknik untuk mengubah tingkah laku murid dan
mengajar disiplin kendiri, kaedah menyusun atur aktiviti harian, serta teknik
pengajaran yang menyumbang kepada tingkah laku positif murid. Dalam erti kata
yang lain, pengurusan bilik darjah berfungsi menyediakan ruang dan sokongan
terhadap keberkesanan pengajaran guru. Menurut kajian James Ang (2014)
menjelaskan istilah pengurusan bilik darjah dikaitkan dengan usaha-usaha
mengendalikan proses pengajaran secara cekap dan berkesan. Pengurusan bilik
darjah sering digunakan bagi merujuk kepada kemampuan mengurus perlakuan
murid supaya tidak mengganggu proses kelangsungan pengajaran. Secara amnya,
pengurusan bilik darjah sinonim dengan pengurusan pengajaran.

Konsep pengurusan bilik darjah adalah meliputi tiga dimensi yang luas dan bebas
iaitu pengurusan pengajaran, pengurusan manusia, dan pengurusan tingkah laku.
Dimensi pengurusan pengajaran termasuk aktiviti-aktiviti seperti mewujudkan
prosedur harian, memantau tugasan, pemantauan kerja individu, dan penyediaan
bahan. Pengurusan manusia pula berpusat kepada bagaimana guru menanggapi
murid, dan bagaimana melihat hubungan mereka dengan murid. Dimensi terakhir
iaitu pengurusan tingkah laku yang menyerupai konsep disiplin bilik darjah namun
memiliki perbezaan khususnya dari segi tumpuan terhadap kaedah praperancangan
guru bagi mencegah salah laku, dan bukan memberikan reaksi apabila masalah
berlaku. Secara terperinci, dimensi ini meliputi penetapan peraturan, pemberian
ganjaran, mewujudkan peluang untuk input dari murid, mengulas kelakuan, dan
memberikan arahan (Martin & Sass, 2010).


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 65

INISIATIF PROJEK

Pihak pengurusan sekolah dan ahli jawatakuasa 3K (keceriaan, keselamatan dan
kesihatan) telah berbincang dan menghasilkan satu kertas kerja (rujuk lampiran)
dalam menjalankan projek bilik darjah abad 21 yang melibatkan semua staf SK
Taman Tawau. Pembahagian tugas-tugas setiap guru dalam melaksanakan bilik
darjah abad 21 mendapat kerjasama yang amat mengalakkan. Kepimpinan pihak
pengurusan terbukti dapat memberikan banyak kebaikan terhadap guru sebagai
anggota organisasi di samping memudahkan guru melaksanakan tugas sebaik
mungkin dalam mewujudkan bilik darjah abad 21.

Kepimpinan guru besar dalam pengurusan bilik darjah abad 21 terbukti dapat
memberikan banyak kebaikan terhadap guru sebagai anggota organisasi di samping
memudahkan guru melaksanakan tugas sebaik mungkin. (English, 2011; Engelhart,
2012; Al-Mahdy, Al-Harthi, & Salah El-Din, 2016; Hung, Tsai, & Wu, 2016; von
Fischer, 2017). Pengurusan sekolah yang bersifat menghargai individu,
membangunkan individu, membina komuniti, memperlihatkan keaslian,
memperkasakan kepimpinan dan berkongsi dalam pengurusan, dipercayai mampu
untuk meningkatkan kesiapsiagaan guru sehingga membawa kepada keberkesanan
organisasi projek bilik darjah abad 21.

Kepimpinan guru besar juga merupakan kunci pendorong tingkah laku guru
melaksanakan tugasnya (Mendels, 2012; Leithwood & Seashore Louis, 2012;
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Kepimpinan tersebut turut meliputi
tanggungjawab dalam menggalakkan pengintegrasian teknologi di dalam bilik
darjah (Ertmer & Ottenbreit-Leftwich, 2010; Gallogray, 2015). Oleh itu, dalam
proses memulakan, melaksanakan, menilai dan mengekalkan perubahan,
kepimpinan guru besar dapat meningkatkan kepercayaan anggotanya (Tai, 2013).
Sebagai tambahan, Gremmen et al. (2016) menyatakan konsep pengurusan bilik
darjah adalah berkaitan dengan keputusan dan tindakan guru berkenaan dengan
organisasi dan struktur bilik darjah, yang harus selaras dengan falsafah guru itu
sendiri dan budaya sekolah.

PELAKSANAAN PROJEK

Dalam melaksanakan projek ini, pihak pengurusan sekolah mengambil langkah
mengutamakan faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan
yang terdapat di sekolah. Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan
asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi
untuk guru dan murid, almari, yang di hiasi dengan penyediaan bahan-bahan
bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan
keceriaan dan kebersihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-
baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 66

pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan telah dilaksanakan
dengan kerjasama semua guru matapelajaran.

Cadangan membina meja bulat telah dibincangkan oleh pihak pengurusan dengan
guru-guru pada awal bulan Mac 2019. Untuk menjayakan projek meja bulat, pihak
pentadbir menggunakan sisa bahan mentah bekalan PPD Tawau dan bahan lain
yang dibeli menggunakan sumbangan dari individu. Tenaga dan kemahiran
bertukang serta mengimpal dibantu oleh ahli PIBG, guru-guru dan AKP. Aktiviti
dilaksanakan secara gotong-royong dan berjaya disiapkan dalam tempoh yang
singkat.

PENCAPAIAN PROJEK

Dengan pelaksanaan projek bilik darjah abad 21 ini, ianya berjaya memperlihatkan
kejayaan guru dalam pengurusan fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang
kondusif. Guru juga berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, mematuhi
setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian daripada
keimanan. Guru berjaya memainkan peranan sebagai pencetus idea, pembimbing,
fasilitator dan suasana pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan, bermotivasi,
bermoral, kreatif, inovatif serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berfokus. Secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan prestasi murid
dalam pentaksiran bilik darjah (PBD).

Pentaksiran merupakan alat atau teknik untuk mengumpul maklumat berkaitan
dengan pembelajaran murid. Dengan kata yang lain, pentaksiran ialah cara guru
mentaksir pembelajaran murid. Menghubungkaitkan pentaksiran dengan
pembelajaran bahawa pentaksiran bukan hanya memainkan peranan sebagai alat
pengukuran pembelajaran murid, tetapi juga sebagai alat untuk pembelajaran murid.
Pentaksiran mendorong pembelajaran. Kerjasama yang erat antara murid,
organisasi pendidikan, kurikulum pembelajaran serta penggunaan pentaksiran dan
maklum balas yang sewajarnya penting dalam menyokong pembelajaran lalu
meningkatkan prestasi murid secara tidak langsung. Jadual di bawah menunjukkan
peningkatan prestasi murid dalam pentaksiran bilik darjah (PBD) dari tahun 2021
sehingga tahun 2022 impak dari pelaksanaan bilik darjah abad 21.


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 67

Jadual 2: Pentaksiran Bilik Darjah 2021

TAHAP PENGUASAAN

BIL TAHUN 1 2 3 4 5 6 TDD
BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL
1 TAHUN 1 54 26% 66 32%
2 TAHUN 2 20 9% 46 22% 41 20% 0 0% 0 0% 1
3 TAHUN 3 0 0% 31 14% 0 0% 1
4 TAHUN 4 7 3% 26 13% 73 34% 110 52% 10 5% 0 0% 1
5 TAHUN 5 5 2% 0 0% 1
6 TAHUN 6 1 1% 8 4% 129 59% 51 23% 0 0% 0 0% 1
0 0% 11 6% 0 0% 1
57 28% 99 49% 14 7%

51 26% 109 55% 30 ##

80 41% 75 39% 27 ##

Jadual 3: Pentaksiran Bilik Darjah 2021

TAHAP PENGUASAAN

BIL TAHUN 1 2 3 4 5 6
BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL %
1 TAHUN 1 16 7% 53 23%
2 TAHUN 2 0 0% 97 43% 61 27% 52 25% 0 0%
3 TAHUN 3 0 0% 0 0% 67 32% 0 0%
4 TAHUN 4 0 0% 0 0% 63 30% 93 45% 70 36% 0 0%
0 0% 6 3% 3 2%
42 20% 103 49%

51 26% 66 34%

KEKUATAN PROJEK

Kerjasama dan komitment dari guru-guru, PIBG dan syarikat pembersihan untuk
mentransformasikan bilik darjah konvesional kepada bilik darjah abad ke -21
merupakan nadi yang menukarkan impian kepada realiti. Keyakinan bahawa projek
ini akan memberikan keselesaan kepada murid dan menyediakan suasana
pembelajaran yang kondusif juga turut menjadi elemen yang menyokong idea
menjadi kenyataan.

CABARAN PELAKSANAAN PROJEK

Dalam merealisasikan projek ini, perkara utama ialah untuk mendapatkan susunan
meja yang teratur iaitu untuk memastikan „lalu lintas‟ di dalam bilik darjah tidak
sesak, guru dapat memastikan semua pelajar boleh dilihat dengan jelas.Pelajar pula
mudah melihat dan mendengar penyampaian guru. Bilik darjah mesti mempunyai
ruang dan tempat yang sesuai untuk guru begerak semasa mengajar. Selain itu
bahan pengajaran guru untuk murid mudah digunakan. Di dalam kelas juga boleh
diletakkan sudut bacaan supaya pelajar dapat mengisi masa lapang dengan
membaca. Papan buletin untuk pamer hasil kerja pelajar perlulah menarik dan


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 68

dihias sebaik mungkin. Artikel atau bahan buletin perlulah digalakkan ditukar
selalu untuk mengelakkan pelajar bosan dengan bahan yang sama. Akhir sekali
penggunaan ruang seperti perabot dan alatan disusun teratur.Idea menggantikan
meja sedia ada dengan meja dapat memenuhi kreteria yang dimaksud di atas.
Pelajar berasa selesa untuk berinteraksi dan melaksanakan aktiviti secara
kolaboratif serta menyemai semangat bekerja dalam satu pasukan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pihak pengurusan sekolah dan guru-guru perlu peka terhadap kemudahan bilik

darjah dari masa ke semasa. Penyelenggaraan kerusi, meja dan kemudahan-

kemudahan asas yang lain perlu dilakukan sekiranya mengalami kerosakan kerana

bilik darjah aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.

Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun

tempat duduk murid dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan murid di

dalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar supaya pengajaran dapat bejalan

dengan lancar. Perlu ditekan kepada semua guru usaha dalam penyediaan bilik

darjah yang selesa adalah untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua hala

antara guru dan murid yang mesra.

KESIMPULAN

Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik
darjah untuk menimba ilmu. Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai
sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Manakala
menurut Akta Pendidikan, murid atau pelajar merupakan seseorang yang menerima
pendidikan atau latihan. Sebaliknya guru bermakna seorang yang mengajar murid –
murid di sekolah atau institusi pendidikan atau menyediakan bahan pelajaran atau
menandakan skrip jawapan di sesebuah sekolah. Pengurusan bilik darjah antara
perkara yang penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
Kemahiran guru dalam memanipulasi saiz dan ruang bilik darjah akan menjadikan
ruang yang sedia ada relevan dan menarik untuk keperluan pelajar. Sehubungan
dengan itu idea menggunakan meja bulat dalam bilik darjah dapat membantu
menjadikan iklim bilik darjah kondusif dan proses pengajaran dan pembelajaran
dapat mencapai objektif yang dihasratkan.


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 69

RUJUKAN

Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz, & Mohammed Zohir Ahmad.
(2010). Gaya-Gaya Kepimpinan Dalam Pendidikan. Selangor: PTS
Professional Publishing Sdn Bhd.

Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz, & Tang Keow Ngang. (2008).
Pincang Laku Kepimpinan Pengetua Menurut Perspektif Guru: Satu
Kajian Kes. Jurnal Pendidikan. 33, 47-60.

Ahmad, A. R., Salleh, M. J., Awang, M. M., & Mohamad, N. A. (2013).
Investigating Best Practice and Effectiveness of Leadership Wisdom
Among Principals of Excellent Secondary School in Malaysia: Perceptions
of Senior Assistants. International Education Studies. 6, 38-46.

Ahmad, A., & Jinggan, N. (2015). Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru dalam
Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar dalam Mata Pelajaran
Sejarah. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. 1-11.

Aliakbari, M., & Darabi, R. (2013). On the Relationship Between Efficacy of
Classroom Management, Transformational Leadership Style, and
Teachers‟ Personality. Procedia-Social and Behavioral Sciences. 93, 716-
721.

Aliakbari, M., & Heidarzadi, M. (2015). The Relationship Between EFL Teachers‟
Beliefs and Actual Practices of Classroom Management. Cogent
Education. 2(1), 1-13.

Alias Baba. (1989). Penyelidikan Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi Selangor:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bahagian Pendidikan Guru.(2016). Kajian Antarabangsa Pengajaran dan
Pembelajaran (TALIS) 2013. Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Bakari, H., Hunjra, A. I., & Niazi, G. S. K. (2017). How Does Authentic
Leadership Influence Planned Organizational Change? The Role of
Employees‟ Perceptions: Integration of Theory of Planned Behavior and
Lewin's Three Step Model. Journal of Change Management. 17(2), 155-
187.

Dikici, A., & Soh, K. (2015). Indexing Creativity Fostering Teacher Behaviour:
Replication and Modification. Higher Education of Social Science. 9(3),
1-10.


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 70

Erna Salamun, & Shafizah Wydiana Zailani. (2013). Tata Laku Sosial dan Emosi
Menerusi HOM Dalam Kelas Bahasa Melayu. Seminar Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

George Tamaki. (2015). Kreativiti Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Pendidikan Seni Visual Di Sekolah Menengah Daerah Kudat, Sabah.
Tesis Doktor Falsafah. Kota Kinabalu, Sabah: Universiti Malaysia Sabah.


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 71

LAMPIRAN 1

Gambar SK Taman Tawau. Sekolah ini terletak berhadapan dengan Kabota Centrel
dan Kabota Square

Proses membina meja bulat untuk bilik darjah abad 21.Guru besar bersama guru-
guru lelaki.


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 72

LAMPIRAN 2

Suasana Bilik Darjah Abad 21 SK Taman Tawau


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 73

LAMPIRAN 3

Suasana Bilik Darjah Abad 21 SK Taman Tawau


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 74

LAMPIRAN 4

Suasana Bilik Darjah Abad 21


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 75

LAMPIRAN 5

Lawatan Penanda Aras Bilik Darjah Abad 21 oleh PPD dan IPG Tawau


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 76

PA5B : PENULISAN AKTIVITI DALAM RPH BERKESAN

HJ HAEROM BIN MARJUKI
SISC+ Sains Matematik, PPD Tawau

[email protected]

BIDANG FOKUS

Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bilangan 3/1999 bertarikh 15 Mac 1999 :
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. Pada perkara 3 (ii) menyatakan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan terjemahan Rancangan
Pengajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti
objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana
objektif dicapai.

Penulisan ini mengetengahkan perkara yang berkaitan dengan perlaksanaan PdP
dalam bilik darjah. Keberkesanan PdP amat berkait rapat dengan cara bagaimana ia
dirancang khususnya dalam penyataan aktiviti yang disediakan. Bagi guru-guru
merancnag aktiviti dalam PdP bukanlah satu perkara yang diluar bidang kemahiran
dan kepakaran guru.

Justeru itu penulisan ini memberi fokus bagaimana guru menulis penyataan aktiviti
dalam Rancangan Pengajaran Harian. Kaedah yang diketengahkan ini merupakan
satu kaedah penulisan yang memudahkan guru menyusun kronologi aktiviti dari
satu tahap ke tahap yang berikutnya bagi memastikan aktiviti lebih menarik dan
mencabar dan setrusnya dapat menerapkan elemen PAK21.

PENGENALAN PROJEK

Memasuki alaf baharu, pendidikan perlu berubah sesuai dengan adaptasi perubahan
zaman. Sistem Pendidikan negara telah menerapkan Pembelajaran Abad Ke-21
(PAK21) bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam dunia yang sedang
berkembang pesat.

Kementerian Pendidikan mendefinisikan PAK21 sebagai satu proses pembelajaran
yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, pemikiran kritis,
kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Inti utama PAK21 ialah orientasi
proses pembelajaran yang lebih berfokus kepada pelajar berbanding guru. Dalam
PAK21, guru bertindak sebagai pemudah cara yang menggalakkan penyertaan aktif
pelajar di dalam kelas

Strategi berpusatkan murid dapat membantu murid lebih memahami apa yang
mereka pelajari. Kajian menunjukkan bahawa strategi berpusatkan murid


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 77

membatu perkembangan dan kebolehan murid dalam mengaplikasi konsep sikap
yang positif, mewujudkan motivasi dan memperkembangkan pribadi dalam
menggalak kemahiran sosial kumpulan. Kaedah ini dapat mewujudkan iklim bilik
darjah serta dapat memperkembangkan aktiviti murid.

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) amat mustahak dalam menentukan corak
pengajaran yang pembelajaran yang bakal dilaksanakan oleh guru dalam bilik
darjah. Bagi memastikan strategi pembelajaran berpusatkan murid dapat
dilaksanakan, perancangan yang dibuat oleh guru semasa dalam menyediakan RPH
adalah amat penting. Justeru itu satu kaedah yang telah dicadangkan untuk
membantu guru-guru melaksanakan pembelajaran menggunakan strategi PAK21
melalui kaedah PENULISAN AKTIVITI DALAM RPH BERKESAN (PA5B).

LATAR BELAKANG

Projek ini merupakan antara pengisian bimbingan yang dikongsikan kepada guru-
guru. Azura (2017) menyatakan terdapat pelbagai aktiviti yang boleh kita tulis,
namun begitu tidak semua yang ditulis di RPH mampu diterjemahkan semasa PdPc.
Ini berikutan kerana terdapat beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan seperti
kekangan masa, ingin mengejar silibus, masalah murid belum menguasai topik
lepas, belum mahir membaca dan sebagainya.

Kaedah penulisan ini merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan bagi
memastikan guru dapat menyediakan satu proses PdPc berpusatkan murid. Kaedah
yang diketengahkan ini begitu mudah dan senang diikuti serta dilaksanakan. Guru
hanya perlu menyatakan siapa pelakunya iaitu siapa yang melaksanakan aktiviti
tersebut. Jadi jika guru merancang untuk murid melakukan aktiviti maka pelaku
aktiviti tersebut mestilah murid. Apa aktiviti yang hendak dijalankan dan setia
aktiviti memerlukan bahan sokongan samada kad aktiviti, bahan mujud atau
gambar dan sebagainya.

Imran Arif (2011) menyebut setiap manusia juga sudah „dibekalkan‟ dengan satu
kebolehan semulajadi iaitu rasa ingin tahu. Jika guru dapat mencantumkan rasa
ingin tahu murid dengan bahan pembelajaran yang dihasratkan, maka murid akan
berupaya berfikir. Jadi, guru perlu mengenalpasti rangsangan yang tepat untuk
murid-muridnya. Tidaklah perlu memperuntukkan satu mata pelajaran khas tentang
berfikir. Apabila ada bahan rangsangan dan permasalahan untuk difikirkan, maka
murid dengan sendirinya akan berfikir.

ISU YANG DIKENALPASTI

Laporan Jemaah Nazir Cawangan Tawau semasa pencerapan dijalankan mendapati
guru tidak melaksanakan PdP berpusatkan murid. Elemen PAK21 tidak diterapkan
dan penekanan kepada menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kepada
murid tidak berlaku. Murid akhirnya tidak aktif dalam proses PdP.


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 78

Situasi sama juga berlaku semasa sesi bimbingan coaching and mentoring SISC+
dalam PdP kepada guru, Elemen KBAT tidak dijelmakan dibilik darjah kerana
strategi PdP PAK21 tidak digunakan. Akhirnya guru tidak merancang aktiviti PdP
yang dapat memberi kesan bermakna kepada murid.

Didapati bahawa guru-guru memahami apa yang dimaksudkan dengan Strategi PdP
PAK21. Guru-guru juga memahami serta menyedari bahawa pembelajaran
berpusatkan murid itu merupakan satu pendekatan yang perlu dilaksanakan pada
masa kini agar kemahiran berfikir dapat dijana melalui aktiviti dan amalan
pembelajaran berkesan.

Bagi memastikan guru-guru dapat melaksanakan PdPc yang berpusatkan murid
berlandaskan strategi pembelajaran PAK21, guru harus bermula dari perancangan.
Perancangan oleh guru perlu dijelmakan dalam penulisan aktiviti dalam RPH,
Iaitu dengan mengarap pengetahuan sedia ada guru dan kaedah penulisan aktiviti
dalam RPH yang efektif.

Melalui sesi libat urus diperingkat PPD, JPN serta berdasarkan pelaporan dan
pembentangan-pembentangan yang dibuat, hampir 90% PdPc yang dilaksanakan
masih kurang berpusatkan murid.

ANALISA KEPERLUAN PROJEK

Hasil dari perlaksanan bimbingan yang dijalankan sepanjang lebih 5 tahun
mendapati ada beberapa perkara yang menjadi kekangan guru kepada penyediaan
proses PdPc yang berpusatkan murid. Perkara tersebut adalah berpunca dari
penyediaan aktiviti melalui penulisan aktiviti yang disediakan antaranya ialah :

A. Penulisan aktiviti terlalu panjang/pendek

Perkara ini berlaku berpunca daripada pemahaman guru terhadap penyediaan RPH.
Sebilangan guru menyediakan RPH ada kerana keperluan untuk mematuhi SPI bil
3/1999 dimana guru dikehendaki untuk menyediakan satu rancangan mengajar.
Oleh yang demikian faktor kesesuaian terhadap apa yang ditulis dalam RPH dengan
apa yang perlu dilaksanakan semasa PdP tidak diambil berat dan hasilnya penulisan
aktiviti menjadi atau singkat sehingga menyebabkan guru tidak lagi mengikut apa
yang telah mereka rancang dalam penulisan aktiviti.

B. Tidak kepada mencapai objektif

Terdapat juga aktiviti yang ditulis dalam RPH tidak berkaitan dengan objektif yang
hendak dicapai. Perkara ini dapat dilihat berdasarkan laporan pemantauan Jemaah
Nazir ke sekolah semasa sesi PdPc. Akhirnya objektif yang dihasratkan tidak dapat
dipastikan sama ada tercapai atau tidak. Guru tidak dapat melaksanakan
penambahbaikan dalam proses pembelajaran seterusnya. Keadaan ini menjejaskan


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 79

peningkatan tahap penguasaan pelajar seterusnya kualiti dan kemenjadian murid
tidak dapat diukur dengan konsisten.

C. Elemen PAK21

Terdapat juga penulisan RPH yang menunjukkan penerapan elemen PAK21 seperti
penggunaan Peta Minda (I-Think), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan
seumpanya. Namun apa yang berlaku ialah apabila merujuk kepada aktiviti yang
dirancang dan disediakan oleh guru langsung tidak menampakkan aktiviti-aktiviti
yang menjurus kepada elemen-elemen tadi. Ini menjadikan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) dan juga elemen 4K1N ( Komunikasi, Kolaborasi, Kreativiti
dan Kritis serta Nilai) tidak dapat dipupuk dan diasah dikalangan murid.

D. Perlaksanaan PBD

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan elemen penting dalam menilai tahap
peningkatan murid dalam penguasaan kemahiran dan peningkatan ilmu
pengetahuan. Aktiviti dalam RPH yang disediakan menunjukkan tiada ruang bagi
guru untuk membuat pentaksiran kepada murid. Pentaksiran yang buat adalah
dalam bentuk ujian atau latihan yang diberikan. Keadaan ini mengambarkan
bahawa guru hanya membuat pentaksiran secara bertulis dan tidak kepada
pemerhatian ataupun secara lisan.

Guru seharusnya dapat merancang aktiviti dalam RPH yang sekaligus menunjukkan
dengan jelas dan dapat diikuti apa yang telah dirancang. Wan Ibrahim (2011) –
Ambil tindakan melaksana apa yang dirancang untuk projek yang dipilih. Tanpa
tumpuan tiada apa yang berkesan akan berlaku, tanpa tindakan tiada apa yang akan
terhasil. Laksana apa yang telah dirancang dan kejayaan akan dicapai.

MATLAMAT PROJEK

Apa dihasratkan dengan PA5B ini menjadi altenatif kepada guru untuk merancang
satu set perlaksanaan aktiviti yang dapat menerapkan elemen PAK21 iaitu
pembelajaran yang berpusatkan murid. Guru bukan sahaja dapat merancang aktiviti
malah guru dapat menggunakan rancangan pengajaran harian khususnya dalam
penyediaan aktiviti yang dapat diikuti dan dilaksanakan dengan baik.

Selain itu dengan PA5B, guru dapat merancang dan menyediakan satu set aktiviti
yang dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berpusatkan murid. Aktiviti
yang berpusatkan murid ini diharapkan dapat meningkatkan lagi tahap penguasaan
murid dan mengasah kemahiran berfikir aras tinggi dan menjadikan murid lebih
kreatif dan kritis.

PA5B juga bermatlamat membantu serta memastikan guru berupaya menyediakan
pembelajaran bermakna dan menyeronokkan dibilik darjah. Suasana pembelajaran


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 80

yang menyeronokkan ini akan lebih memberi kesan kepada peningkatan tahap
penguasaan murid seterusnya merealisasi hasrat meujudkan pembelajaran
bermakna.

Selain itu juga PA5B menekankan tentang penggunaan bahan sokongan aktiviti.
Setiap aktiviti yang dilaksanakan memerlukan bahan sokongan sama berbentuk
maujud, ilustrasi ataupun penyataan situasi (stimulus). Ini bagi mendorong murid
untuk berfikir serta bertindakbalas terhadap kepada bahan tersebut. Kaedah ini akan
membantu menjana pemikiran murid seterusnnya meningkatkan daya berfikir
murid berbanding hanya dengan arahan secara visual semata-mata.

INISIATIF PROJEK

Bagi memastikan PA5B dapat diterjemahkan ke dalam bilik darjah beberapa
inisiatif telah dilaksanakan di beberapa peringkat antaranya :

A. Pembentangan diperingkat PPD Tawau

Pembentangan telah dibuat kepada Timalan Pegawai Pendidikan Sektor
Pembelajaran bersama Pegawai-pegawai SISC+ dan juga Penolong-penolong
pegawai di sektor Pembelajaran PPD Tawau semasa perjumpaan peringkat sektor
pembelajaran. Ia bertujuan untuk membuat semakan dan penambahbaikan.
Pembentangan ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan
tentang kewajaran PA5B dalam penyediaan aktiviti. Akhirnya PA5B telah melaui
beberapa proses penambahbaikan.

B. Perkongsian Bersama Ketua-ketua Panitia

Pendedahan awal juga dibuat kepada ketua-ketua panitia khususnya kepada ketua-
ketua panatia matematik. Ia bertujuan memastikan ketua-ketua panatia matematik
daerah Tawau mengetahui PA5B antara kaedah penulisan aktiviti dalam RPH yang
dapat dijadikan panduan dalam merencanakan aktiviti yang hendak dijalankan.
Walaubagaimanapun kami mendapati bahawa maklumat ini kurang diuar-uarkan
kepada guru-guru disekolah.

C. Bengkel Peningkatan Profasionalisme Guru

Inisiatif seterusnya ialah berkolobarasi dengan Penolong Kanan 1 dan penyelaras
PLaN disekolah bagi melaksanakan bengkel Penulisan Aktiviti Dalam RPH.
Bengkel ini telah berjaya dilaksanakan. Pada mulanya bengkel hanya memberi
fokus kepada guru-guru tahap 1 sahaja, walaubagaimanapun ada permohonana
untuk melibatkan semua guru. Hasil daripada bengkel ini mendapati guru-guru
memberikan respon positif terhadap PA5B. Ini terbukti dengan permintaan
beberapa sekolah untuk membuat perkongsian.


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 81

PELAKSANAAN PROJEK
PA5B mengetengahkan bagaimana guru dapat menulis aktiviti dalam RPH yang
membolehkan guru dapat menetukan corak PdP yang ingin dilaksanakan. Seperti
contoh kaedah STEM, PBL, Amali dan sebagainya. Aktiviti yang dirancang dapat
diselaraskan dengan SKPMg2 Standard 4. iaitu guru sebagai perancang, pengawal,
pembimbing, pendorong dan penilai. Akhirnya akan mewujudkan pembelajaran
bermakna dimana murid akan menjadi pembelajar aktif.

Rajah 1 : Kaedah Penulisan PA5B
Penulisan Aktiviti dimulakan dengan murid sebagai pelaku atau individu yang
melakukan aktiviti. Sudah mestinya pelaku itu adalah murid. Kemudian dinyatakan
apakah yang akan dilakukannya contoh seperti berbincang, memyebut,
menyenaraikan, membina dan sebagainya. Aktiviti adalah bersifat kata kerja dan
perlu disokong dengan bahan yang sesuai. Penyediaan bahan ini akan membantu
pelajar lebih terarah kepada aktiviti serta objektif yang hendak dicapai. Dalam masa
yang sama guru boleh membuat merancang pentaksiran.
Bahan (ABM/BBM) adalah penting dalam aktiviti murid sebagai satu rangsangan
kepada mereka dalam melaksanakan aktiviti. Mengikut Aeyn Solehah (2013)
menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) dan strategi, kaedah dan teknik
pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu dengan berkesan sesuai
dengan tahap kemahiran murid.


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 82

Rajah 2 : Kandungan PA5B

PELAKU AKTIVITI BAHAN

Murid membaca nombor yang diberikan
dalam bentuk perkataan, secara
beramai-ramai, kumpulan dan
perseorangan.

menyatakan bilangan ternakan yang

Murid dimiliki oleh seorang penternak

berdasarkan gambar yang

ditunjukkan

Murid menentukan bilangan jarak suatu
lokasi berpandukan papan tanda jalan
berikut

Rajah 3 : Contoh Penulisan Aktiviti dalah RPH menggunakan kaedah PA5B

Penulisan PA5B ini mengetengahkan lima perkara yang boleh dirujuk semasa
penulisan aktiviti iaitu, Bertumpu, Berhubung, Berkembang, Bermakna dan
Berkesan. Bertujuan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan secara sistematik mengikut perkembangan tahap penguasaan murid.
PA5B juga membantu guru untuk mengawal masa PdP serta memberi ruang kepada
guru memulakan dan membuat pengakhiran sesuatu proses PdP. Guru juga dapat
memberi tumpuan kepada Objektif Pembelajaran (OP) dan krateria Kejayan (KK)
yang ditetapkan dalam PdP.


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 83

Rajah 4 : Ciri-ciri PA5B
Melalui PA5B juga memberi kesan kepada wujudnya Pembelajaran yang
berpusatkan murid kerana semua sebahagian besar aktiviti atau 70% sekurang-
kurangnya aktiviti yang dirancang akan melibatkan aktiviti murid. Pengunaan
bahan sebagai ransangan kepada aktiviti akan mendorong dan membantu guru
mengasah kemahiran berfikir murid. Ini sebenarnya akan mewujudkan satu
suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih bermakna kepada murid.

Rajah 5 : Unsur PA5B
PENCAPAIAN PROJEK
Bengkel Penulisan Aktiviti (PA5B) telah dijalankan dibeberapa buah sekolah di
Daerah Tawau. Melibatkan 128 responden iaitu guru-guru tahap1 dan tahap 2 yang
mengajar subjek-subjek utama.


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 84

Hasil maklumbalas tersebut memberi gambaran positif menunjukkan pendekatan ini
dapat membantu guru mewujudkan suasana pembelajaran PAK21 yang
berpusatkan murid.

Jadual 1 : Dapatan Maklumbalas Guru

BIL PERKARA SANGAT SETUJU TIDAK
SETUJU (%) (%) SETUJU
35.71
Kaedah PA5B membantu (%)
35.71 3.97
1 guru merancang aktiviti 60.32
yang menarik dan 60.32 38.89 3.97
57.14
bermakna 56.35 39.68 3.97
57.14 40.48
Membantu guru 44.44 53.97 3.97
memahami dan 57.14 39.68
2 melaksanakan aktiviti 2.38
yang telah dirancang 1.59
dalam RPH
3.17
PA5B membolehkan guru

3 lebih kreatif dan
inovatifdalam

menyediakan aktiviti PdP

PA5B membantu guru

4 melaksanakan PdP
berpusatkan murid

( PAK21)

Saya memahami tentang
5 kaedah Penulisan Aktiviti

dalam RPH ( PA5B )

Saya berupaya menulis
6 aktiviti menggunakan

kaedah PA5B

Pada pendapat saya PA5B

7 memudahkan guru
memfokuskan aktiviti

yang hendak dijalankan


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 85

KEKUATAN PROJEK

PA5B merupakan penambahbaikkan kepada kerja buat guru. Bagi seorang guru
menyediakan RPH bukanlah satu perkara yang diluar bidang kemahiran dan
pengetahuan mereka. Justru itu menjadi kekuatan kepada projek ini. PA5B ini
menjadi pemudahcara kapada guru untuk memperbaiki kualiti dan strategi
penyampaian.

Memasuki tahun 2020 guru-guru telah didedahkan dengan pembelajaran Abad Ke-
21 (PAK21). PA5B ada kaitannya dengan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21).
Guru-guru sebenarnya telah mempunyi pengatahuan asas berhubung dengan
PAK21. Namun sejauh mana guru dapat menyediakan aktiviti yang berpusatkan
murid adalah bergantung bentuk aktiviti yang disediakan oleh guru yang
melibatkan eleman 4K1N.

Guru telah banyak menerima pendedahan tentang strategi pembelajaran seperti
Pembelajaran berasaskan projek (PBL), Pembelajaran Koperatif (Coperatif
learning), Pembelajaran Digital dan sebagainya. Pengetahuan dan Kemahiran
guru tentang semua kaedah ini akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru dapat
menyusun aktiviti melalui PA5B. Murid terutamanya akan lebih berminat
sekiranya setiap aktiviti tersebut disokong dangan bahan-bahan pembelajaran.

Didapati juga dimana-mana sekolah, guru-guru mempunyai kesediaan untuk
melakukan penambahbaikan dalam proses PdP. Ini terbukti dengan terhasilnya
pelbagai inovasi yang telah dihasilkan guru. Inovasi yang dihasilkan jika dapat
digabungkan dengan penyediaan aktiviti yang tersusun sudah semestinya akan
menambahkan keberkesanan dalam penyampaian guru dibilik darjah.

CABARAN PERLAKSANAAN PROJEK

Apa yang menjadi cabaran kepada perlaksanaan projek ini ialah ruang dan masa
membuat perkongsian dikalangan guru disekolah. Sekolah telah merancang
pelbagai aktiviti yang melibatkan guru-guru. Ini bermakna ruang masa untuk
melaksanakan bengkel atau pendedahan ini kepada guru amat terhad. Selain itu
bukan sahaja ruang masa yang terhad dikalangan sekolah dan guru malah
dikalangan pegawai juga mempunyi komitmen lain yang perlu dilunaskan.

Memandangkan PA5B ini hanya memfokuskan kepada bagaimana menulis aktiviti
dalam RPH dilihat sebagai satu perkarang remeh sahaja. Pengalaman saya sebagi
seorang Guru Penolong, Penolong Kanan 1 dan sebagi seorang Pegawai SISC+
mendapati lebih 90% guru yang menyediakan RPH tidak merujuk aktiviti yang
disediakan semasa melaksanakan PdP. Malah ada yang menyediakan RPH itu
selepas PdP dilaksanakan. Mungkin kita boleh sifatkan guru berada dalam zon
selesa (comfort zone) semasa melaksanakan PdP tanpa memikirkan kesan terhadap
kemenjadian murid.


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 86

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PA5B merupakan satu inovasi baharu bagi melaksanakan penambahbaikan sistem
penyempaian dalam PdP melalui penyediaan perancangan. Bagi memastikan
Kaedah ini dapat disebarluaskan dan disampaikan kepada golongan sasar beberapa
penambahbaikan yang perlu telah dirangkan. Antaranya adalah :

1. Memberi pendedahan kepada lebih banyak guru berkaitan dengan PA5B
2. Melaksanakan bengkel-bengkel penyediaan aktiviti RPH menggunakan

pendekatan PA5B
3. Mewujudkan kompilasi RPH yang mengunakan kaedah PA5B yang boleh

dijadikan panduan dan rujukan guru dimasa akan datang
4. Berkolaborasi dengan pihak-pihak luar seperti SISC+ unit lain atau PPD lain

bagi tujuan maklum balas dan penambahbaikan.
5. Membuat penilaian tahap keberkesanan kaedah PA5B

Rajah 6 : Maklumbalas dan Cadangan Guru
KESIMPULAN
Sesungguhnya keperluan pembelajaran telah melalui revolusi baharu. Guru perlu
bersifat dinamik bagi memastikan generasi akan datang dapat bersaing dengan
dunia luar selari dengan perkembangan semasa.
Murid-murid tidak lagi hanya diberikan maklumat atau pengetahuan namun mereka
perlu didedahkan tentang bagaimana mengolah pengetahuan mereka bagi
kesejahteraan kehidupan.


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 87

Kegagalan kita untuk merancang sesuatu menyebabkan kita merancang untuk gagal
yang pastinya memberi kesan negatif kepada pelajar. Sekolah Pembelajaran Abad
Ke-21 (PAK21) merupakan salah satu inisiatif yang dicetuskan bertepatan dengan
kehendak dan keperluan memenuhi Aspirasi Murid seperti yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM, 2013 – 2025) iaitu,
mempersiapkan generasi Malaysia untuk menghadapi keperluan serta kehendak
abad ke-21.


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 88

RUJUKAN

Aeyn Solehah (2013) Rancangan Pengajaran Harian,

https://www.slideshare.net/AeynSolehah/rancangan-pengajaran-harian-

20846369

Azura (2017) Cara Menulis Aktiviti Dalah RPH Dengan Betul
https://www.pendidik2u.my/cara-menulis-aktiviti-dalam-rph-dengan
betul/?unapproved=14616&moderation-
hash=a60579778b34d48711f16fc232fbdab3#comment-14616)

Badrul Hisham & Mohd Nasruddin (2016) Penilaian Kendiri Amalan Pengajaran
dan Pembelajaran Abad Ke-21 Pensyarah IPG Kampus Ipoh, Kertas Kerja
dibentangka di Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan IPG Zon Sabah,

Edura Creative (2018), Apa Itu Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)
https://www.pendidik2u.my/pembelajaran-abad-ke-21-pak21/

Imran Arif (2021) Keperluan Berfikir Di Kalangan Murid & Bagaimana
Melaksanakannya https://petrosains.com.my/wonderblog/keperluan-berfikir-
di-kalangan-murid-bagaimana-melaksanakannya

James Ang Jit Eng, ED.D, Lim Siew Ngen, M, SC (2019) , Guru sebagai Pakar
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21, (Pensyarah Institut
Aminuddin Baki)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (2014), Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pembangunan Kurikulum https://anyflip.com/yunm/tesy

Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad Ke-21 (2017), Pasukan Pemikir
Pendidikan Abad Ke-21, Institut Pendidikan Aminuddin Baki
https://anyflip.com/yunm/rqwy/basic

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Retrieved from
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPPM/Preliminary-Blueprint-BM.pdf

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2).(2002), Retrieved
https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/skpmg2

Surat Pekeliling Ikhtisas bilangan 3/1999 bertarikh 15 Mac 1999 : Penyediaan
Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.

Wan Ibrahim (2011) Motivasi Diri dan Kerja 4 Aspek Kritikal Mencapai Kejayaan
http://mymotivasi.com/motivasi-kerja/4-aspek-kritikal-mencapai-
kejayaan.html


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 89

LAMPIRAN 1

Perkongsian Bersama Guru Sekolah


Kompilasi Amalan Terbaik Legasi Kepimpinan 90

LAMPIRAN 2
Borang maklumbalas guru


Click to View FlipBook Version