The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber Sekolah PSS SMKTBM, 2021-01-10 04:44:38

SET 1 Koleksi Soalan dan Skema Jawapan SPM KBSM

SPM KBSM

BAHASA








MELAYU

SULIT 2 1103/1


Bahagian A
[ 30 markah ]
[Masa dicadangkan : 45 minit]


Rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada usaha-usaha untuk melestarikan khazanah hutan
negara.

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk melestarikan khazanah hutan negara.

Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.







USAHA-USAHA MELESTARIKAN KHAZANAH HUTAN















Penanaman semula pokok Penguatkuasaan undang-undang


















Kempen kesedaran









[Lihat halaman sebelah
1103/1 Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 3 1103/1


Bahagian B
[100 markah]
[ Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit ]


Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350
patah perkataan.

1. Silat, tae kwan do, judo, karate dan wushu adalah antara seni mempertahankan diri yang popular
di negara kita. Pelibatan remaja dalam seni bela diri ini merupakan sebahagian daripada langkah
yang terbaik untuk membina kecergasan fizikal, disiplin diri dan kemahiran sosial.

Jelaskan kelebihan mempelajari seni mempertahankan diri dalam kalangan remaja.

2. Penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak-anak semakin meningkat disebabkan wujudnya
jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, My Space, WhatsApp dan Instagram.

Bincangkan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak memanfaatkan penggunaan telefon
pintar dalam kehidupan.

3. Anda telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah. Tajuk syarahan
ialah Ke Arah Melahirkan Semangat Patriotisme dalam Kalangan Masyarakat.

Tulis syarahan anda itu selengkapnya.

4. Penularan penyakit berjangkit seperti COVID-19, Influenza A (H1N1), SARS dan AIDS telah
mendatangkan kebimbangan kepada negara yang dilanda wabak tersebut.

Bincangkan kerjasama yang perlu dilakukan oleh negara-negara terlibat untuk menangani
penularan penyakit-penyakit berbahaya.

5.


Pantun dua kerat di atas menjelaskan bahawa keperibadian yang mulia amat penting dalam
kehidupan manusia.

Bincangkan kepentingan keperibadian yang mulia dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini.






KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT







[Lihat halaman sebelah
1103/1 Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 2 1103/2


Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan-kepentingan
permainan e-sukan kepada remaja dan usaha-usaha untuk memajukannya. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada era serba canggih dan moden ini, sukan elektronik atau e-sukan telah menjadi fenomena
dalam kalangan masyarakat dunia, terutamanya golongan remaja. Secara umumnya, sukan elektronik
merupakan satu bentuk sukan yang menggunakan medium elektronik, iaitu permainan video untuk
bersaing dengan individu lain secara dalam talian. Di Malaysia, e-sukan merupakan antara bidang sukan
yang baharu dan sedang berkembang. Dahulu, masyarakat beranggapan bahawa sukan elektronik tidak
mendatangkan faedah kerana permainan ini membuang masa dan melalaikan golongan muda sehingga
mengabaikan pelajaran. Tambahan pula, permainan ini tidak menyihatkan badan kerana para pemain
tidak melakukan pergerakan yang banyak berbanding permainan sukan tradisi. Namun begitu, persepsi
negatif terhadap bidang ini seharusnya diubah memandangkan e-sukan telah diiktiraf pada peringkat
global dan terbukti memberikan banyak faedah kepada para pemainnya.

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa individu yang terlibat secara langsung dalam
arena e-sukan mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi kerana mereka mampu melakukan 400
pergerakan dalam masa seminit di atas papan kekunci. Pemain e-sukan juga berkemahiran untuk
menyelesaikan masalah dan berfikiran kolektif serta kreatif. Bagi mereka yang sudah biasa bermain
permainan video, pastinya mereka perlu berhadapan dengan pelbagai pilihan yang berbeza-beza untuk
melepasi halangan atau memenuhi matlamat permainan video tersebut. Hal ini membuatkan para pemain
mempunyai ketajaman minda untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan dan risiko sebelum
membuat keputusan. Sukan elektronik juga turut memupuk nilai kerjasama dan sikap tidak mudah
berputus asa dalam mengharungi permainan kerana e-sukan memerlukan kerjasama yang erat antara ahli
pasukan untuk memenangi sesuatu pertandingan.

Permainan video berkait rapat dengan perekaan grafik komputer, pengaturcaraan komputer,
perisian baharu dan pembangunan perkakasan komputer yang lebih canggih. Hal ini secara tidak langsung
menjadikan sukan ini sebagai platform untuk memacu negara ke arah yang lebih maju dalam
mengharungi Revolusi Industri 4.0 yang berteraskan teknologi. Melalui e-sukan, para pemain dapat
memperluas jaringan sosial para pemain, sehingga mempunyai kenalan yang berada di luar negara kerana
setiap pemain perlu berinteraksi dengan pemain lain yang tidak diketahui latar belakang dan asal usul
mereka untuk mendapatkan keserasian ketika bermain bersama-sama. Oleh itu, tidak hairanlah para
pemain e-sukan ini mempunyai komuniti yang begitu besar.

Selain itu, pelbagai pertandingan e-sukan telah dianjurkan pada peringkat antarabangsa yang
melibatkan pemain dari seluruh dunia yang berbeza agama, bangsa, budaya dan bahasa. Oleh hal yang
demikian, secara tidak sedar, individu yang terlibat dalam bidang ini dapat mempelajari pelbagai budaya
dan bahasa yang terdapat di seluruh dunia. Hal ini secara tidak langsung mengajar kita sikap bertoleransi
antara satu sama lain dan menghargai setiap perbezaan yang ada di sekeliling kita. Di samping itu,
terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa pelibatan individu dalam permainan video dapat
menambah baik kualiti penglihatan mereka. Kajian ini mendapati individu yang kerap bermain permainan
video dapat meningkatkan kemahiran visual seperti mengesan beberapa objek pada satu-satu masa dan
menajamkan penglihatan mereka.
Dipetik dan diubah suai daripada
Manfaat e-Sukan Terhadap Remaja
oleh M. Farhan Zaman
Dewan Siswa, Bil.3 2019

[Lihat halaman sebelah
1103/2 Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 3 1103/2


Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]


Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mempunyai ketajaman minda.
[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa persepsi masyarakat yang menganggap e-sukan tidak
mendatangkan faedah.

Nyatakan persepsi-persepsi tersebut.
[3 markah]

(iii) Perkembangan e-sukan atau sukan elektronik telah meninggalkan impak yang tidak baik kepada
permainan tradisional.

Pada pendapat anda, apakah impak-impak tersebut?
[4 markah]


























[Lihat halaman sebelah
1103/2 Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 4 1103/2


Soalan 2(b) Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Aku menjeling. Aku cuba tersenyum walaupun hati terasa pedih. Biar Tuan Besar Musa itu mati;
lebih bermanfaat kepada Dia sudah tidak boleh diselamatkan. Dia di ambang sakaratulmaut.
Syahadah, Yasin lebih diper

Profesor Doktor Junaidi mahu dia hidup.





Wad Unit Rawatan Rapi dilimpah cahaya kalimatang. Kilau kilatnya gagal memadamkan amaran
semalam sudah 50 pek darah masuk ke tubuhnya, 50 pek darah juga yang keluar.
Hari ini dia mahu diberi d

han,Nu Suara doktor yang berkerudung ungu itu kendur. Mukanya muram.


istilah kemanusiaan dalam hati. Untuk



Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Murni melantun ke dinding pejal wad Unit Rawatan Rapi.
Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang koma. Al-Hafiz masih terlantar,
tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tar keras, tidak pernah pun dijenguk
Profesor Doktor Junaidi.

karya Aminah Mokhtar
dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia.


(i) Berdasarkan petikan di atas, apakah punca-punca Al-Hafiz masih terlantar di wad Unit Rawatan
Rapi?
[2 markah]

(ii) Salah satu etika dalam pekerjaan ialah pekerja perlu mematuhi arahan majikan.

Pada pandangan anda, apakah tindakan yang boleh diambil oleh majikan untuk menghargai
pekerja yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam tugas-tugas mereka ?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat lain
daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]


[Lihat halaman sebelah
1103/2 Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 5 1103/2


Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka kata Patih
Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan
kku ini, na bapamu sudah mati dengan pekerjaan Seri


Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun terlalu sukacita
hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.

Ma
Pada hati Manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula juga, syahadan segala
anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun jika belum manira belum bunuh Ratu



Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita, seraya
diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalinan.

Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara. Maka sembah
h orang yang dititahkan oleh paduka Betara pergi ke Melaka itu
khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya.


Dipeti
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Mengapakah Patih Gajah Mada memanggil Kertala Sari menghadap baginda? [2 markah]



(ii) Apakah yang dijanjikan oleh Kertala Sari kepada Patih Gajah Mada? [3 markah]




(iii) Permusuhan antara Kertala Sari dengan Laksamana akan merugikan kedua-dua buah negara.

Sekiranya anda Patih Gajah Mada, apakah usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk
mengelakkan pertumpahan darah antara pahlawan hebat tersebut.
[3 markah]






[Lihat halaman sebelah
1103/2 Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 6 1103/2


Soalan 2 (d) Sajak

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Sejadah Rindu

Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan
kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.

Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

Hati ini luluh
jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.

Ungkapan doa pada Yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.


Mohd Haikal Aminuddin
Dewan Bahasa dan Pustaka
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia


[Lihat halaman sebelah
1103/2 Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 7 1103/2


(i) Berikan maksud rangkai kata mengenang dosaku.
[2 markah]


(ii) Pada pendapat anda , apakah langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mengajak rakan-
rakan agar meninggalkan perangai buruk mereka?
[3 markah]


(iii) Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]








































[Lihat halaman sebelah
1103/2 Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 8 1103/2


Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata ganda di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) dedalu

(ii) jejari
(iii) karut-marut
(iv) dentam-dentum

(v) beli-belah
(vi) tari-menari

[6 markah]

(b) Nyatakan pola ayat di bawah sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama +
Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA), atau Frasa Nama + Frasa
Sendi Nama (FN+FS).

(i) Hadiah itu untuk adik sempena ulang tahun kelahiran yang keenam.
(ii) Suara penyanyi itu sangat merdu apabila mendendangkan lagu irama Malaysia.

(iii) Majlis Pelantikan Pengawas diadakan di Dewan al-Hikmah.
(iv) Kereta berwarna hitam itu kepunyaan Rosli.
(v) Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi menangani penularan
wabak COVID-19.
(vi) Ayah ke kedai runcit untuk membeli barangan dapur.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pihak polis telah menyerbu pusat snooker yang terletak di tengah-tengah bandar kerana
dipercayai menjalani aktiviti perjudian tanpa lesen.
(ii) Pihak sekolah terpaksa ditangguhkan sementara kejohanan olah raga yang diadakan secara
dwitahunan ekoran masalah jerebu yang semakin teruk.

(iii) Barangan mainan berbentuk segitiga tidak digalakkan diberi kepada kanak-kanak kerana
boleh mendatang kecederaan.
[6 markah]


[Lihat halaman sebelah
1103/2 Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 9 1103/2


(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Penceramah tersohor itu membacakan ceramahnya di hadapan semua murid-murid dengan
penuh bersemangat.

(ii) Generasi muda hari ini diingatkan supaya memahami inspirasi negara kerana mereka bakal
mewarisi kepimpinan negara di masa depan.

(iii) Penerangan tentang penjagaan kesihatan telah disampaikan oleh pengamal kesihatan kepada
masyarakat amat dikagumi oleh saya.
[6 markah]


(e) Nyatakan maksud peribahasa di bawah.

(i) Melentur buluh biarlah dari rebungnya


(ii) Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

(iii) Memerah otak


[6 markah]


























[Lihat halaman sebelah
1103/2 Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 10 1103/2


Soalan 4 : Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib

(ii) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
(iii) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v) Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
(vi) Tirani, karya Beb Sabariah

(vii) Silir Daksina, karya Nizar Parman
(viii) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua persoalan keberanian bagi setiap
novel tersebut.
[7 markah]


(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu keistimewaan watak utama sehingga
menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca.
[8 markah]








KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT
























[Lihat halaman sebelah
1103/2 Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 1 1103/1

KRITERIA PENSKORAN BAHAGIAN A


PERINGKAT KRITERIA
Cemerlang Karangan menepati tugasan bahan rangsangan
26-30 Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan
tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas
(28-30) dan tepat.
Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan
(26-27) menggunakan ungkapan yang menarik
Idea relevan dengan tugasan bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas
dan matang.
Kepujian Karangan menepati tugasan bahan rangsangan
20-25 Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan
tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas.
(23-25) Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.
Idea relevan dengan tugasan bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.
(20-22)
Memuaskan Karangan masih menepati tugasan bahan rangsangan.
15-19 Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca
masih betul dan tepat. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru.
(17-19) Penggunaan kosa kata umum.
Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi.
(15-16) Idea masih relevan dengan tugasan bahan rangsangan. Huraian idea masih
jelas.
Kurang Karangan masih/ kurang menepati tugasan bahan rangsangan.
Memuaskan Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat. Kesalahan-kesalahan
10-14 tatabahasa ketara. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi
terdapat kesalahan ejaan yang ketara. Penggunaan kosa kata terhad.
(12-14) Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi.
Idea kurang relevan dengan tugasan bahan rangsangan dan huraiannya
(10-11) kurang jelas
Pencapaian
Minimum
01-09 Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.
Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.
(06-09) Idea tidak menepati tugasan bahan rangsangan

(01-05)

Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata
hikmat, petikan hadis, maksud ayat al-Quran, dan lain-lain.











[Lihat halaman sebelah
1103/1 Skema Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 2 1103/1



KRITERIA PERSKORAN : BAHAGIAN B
PERINGKAT BAHASA IDEA PENGOLAH
AN
CEMERLANG Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat Idea yang Pengolahan
80 100 Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis relevan menarik dan
mengikut
berkesan serta
Ejaan dan Tanda Baca betul
Laras Bahasa sesuai dgn tugasan tugasan, pemerengganan
(90 100) Penggunaan Kosa Kata luas dan tepat dihuraikan dgn sesuai
Penggunaan unsur bahasa bervariasi jelas dan
matang,disertak
(80 89) Gaya Bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan an dengan
seperti peribahasa, pantun, cogan kata, atau frasa
Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara contoh yang
perenggan sesuai
KEPUJIAN Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat Idea yang Pengolahan
66 79 Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan relevan menarik dan
mengikut
berkesan serta
yang minimum
Ejaan dan Tanda Baca betul tugasan, pemerengganan
(73 79) Laras Bahasa sesuai dengan tugasan dihuraikan sesuai
Penggunaan Kosa Kata luas dan tepat dengan jelas,
disertakan
(66 72) Penggunaan unsur bahasa bervariasi dengan contoh
Gaya Bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan
seperti peribahasa, pantun, cogan kata, atau frasa yang sesuai
Wacana lengkap & terdapat kesinambungan idea yg jelas antara perenggan
BAIK Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai Idea masih Pengolahan masih
51 65 Penggunaan ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum relevan menarik dan
mengikut
pemerengganan
Ejaan dan Tanda Baca masih betul
Penggunaan kosa kata umum tugasan, huraian masih sesuai
( 58 65) Laras Bahasa sesuai mengikut tugasan isi masih jelas
Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi dan contoh
masih sesuai
( 51 57) Gaya Bahasa yang kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan kurang berkesan
Wacana masih lengkap
MEMUASKAN Penggunaan pelbagai jenis kata terhad Idea masih Pengolahan kurang
36 50 Ayat kurang gramatis relevan menarik
mengikut
Ejaan dan Tanda Baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum tugasan, huraian
Penggunaan kosa kata umum dan terhad
( 43 50 ) Laras Bahasa kurang sesuai isi kurang jelas
Wacana masih / kurang lengkap dan contoh
kurang sesuai
( 36 42 ) Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi
Gaya Bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan
ungkapan kurang berkesan
Wacana masih / kurang lengkap
KURANG Penggunaan kata kurang tepat Idea masih Pengolahan tidak
MEMUASKAN Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami. relevan / idea menarik
bercampur aduk
21 35 Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara dan huraian
Unsur bahasa tidak bervariasi
Gaya Bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah tidak jelas /
( 28 35 ) Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang tidak
barkembang
dan contoh
( 21 27 ) tidak sesuai

PENCAPAIAN Keseluruhannya menunjukan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis Idea bercampur Pengolahan tidak
menarik
aduk dan
MINIMUM Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara huraian tidak
Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah
01 20 dan tidak menarik jelas / tidak
Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami berkembang
dan contoh
( 11 20) Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai tidak sesuai

( 01 10 )





[Lihat halaman sebelah
1103/1 Skema Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 3 1103/1

GARIS PANDUAN KEPADA PEMERIKSA

MODUL PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN 2/2020

BAHASA MELAYU


BAHAGIAN A

Rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada usaha-usaha untuk melestarikan khazanah hutan
negara.

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk melestarikan khazanah hutan negara.

Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Diharapkan : Calon dapat menghuraikan isi/idea tentang usaha-usaha untuk melestarikan khazanah
hutan negara

Cadangan idea:

Penanaman semula pokok
Penguatkuasaan undang-undang
Kempen kesedaran






























[Lihat halaman sebelah
1103/1 Skema Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 4 1103/1

KAEDAH PEMERIKSAAN

1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang ditetapkan.
2. Jika karangan:
a. Kurang daripada 350 perkataan, periksa seperti biasa
b. Terlalu panjang periksa seperti biasa hingga ke akhir karangan
3. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah.
4. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum 3 markah. Tiada
pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang.
5. Markah bersih / muktamad itu hendaklah ditulis di penjuru sebelah kanan pada halaman
pertama karangan berdasarkan markah di bawah.
6. Pemeriksa hendaklah memberikan komen sekiranya perlu pada karangan yang diperiksa.


Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca:

( ) = Kesalahan isi

_____ = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas)

// = Kesalahan ejaan yang berulang

= Kesalahan tanda baca




























[Lihat halaman sebelah
1103/1 Skema Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 5 1103/1

BAHAGIAN B

1. Silat, tae kwan do, judo, karate dan wushu adalah antara seni mempertahankan diri yang popular
di negara kita. Pelibatan remaja dalam seni bela diri ini merupakan sebahagian daripada langkah
yang terbaik untuk membina kecergasan fizikal, disiplin diri dan kemahiran sosial.

Jelaskan kelebihan mempelajari seni mempertahankan diri dalam kalangan remaja.

Diharapkan: Calon dapat membincangkan kelebihan mempelajari seni mempertahankan diri
dalam kalangan remaja.

Cadangan idea :

Dapat menyihatkan tubuh badan
Mampu mempertahankan diri apabila keselamatan tergugat
Salah satu wadah yang baik untuk menambah kenalan dan bersosial
Dapat mendisiplinkan diri
Mengelakkan diri remaja daripada terlibat dengan aktiviti yang negatif

*Terima mana-mana isi lain yang sesuai




2. Penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak-anak semakin meningkat disebabkan wujudnya
jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, My Space, WhatsApp dan Instagram.

Bincangkan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak memanfaatkan penggunaan telefon
pintar dalam kehidupan.
Diharapkan: Calon dapat membincangkan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
memanfaatkan penggunaan telefon pintar dalam kehidupan.

Cadangan idea :

Menerapkan dan memberikan didikan agama yang sempurna
Mengehadkan penggunaan telefon bimbit anak-anak
Membeli telefon bimbit untuk anak-anak apabila mereka mencecah usia yang cukup matang
Membuat pemantauan terhadap penggunaan telefon bimbit oleh anak-anak
Menggalakkan anak-anak memanfaatkan telefon bimbit untuk pembelajaran

*Terima mana-mana isi lain yang sesuai













[Lihat halaman sebelah
1103/1 Skema Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 6 1103/1

3. Anda telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah. Tajuk syarahan
Semangat Patriotisme dalam Kalangan Masyarakat.

Tulis syarahan anda itu selengkapnya.

Diharapkan : Calon dapat menulis Semangat Patriotisme
dalam Kalangan Masyarakat.

Kemungkinan-kemungkinan:
Calon membincangkan peranan/langkah/cara oleh pelbagai pihak ke arah melahirkan
semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat diterima
Calon membincangkan hanya peranan/langkah/cara oleh SATU pihak sahaja diterima
Calon menghuraikan kepentingan dan peranan pelbagai pihak atau SATU pihak ke arah
melahirkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat - diterima

Format : Syarahan

- Kata-kata aluan - 1 markah
- Kata penegasan - 1 markah

Jika tiada format : tolak 2 markah maksimum

Cadangan idea:

Peranan ibu bapa / keluarga - Menanamkan kesedaran tetang pentingnya memelihara
kedaulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecil
Peranan sekolah - Memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari
bangku sekolah
Peranan masyarakat Memperkukuh semangat perpaduan
Peranan media massa - Menyiarkan rancangan atau program berkaitan dengan aktiviti cinta
akan negara
Peranan kerajaan/NGO/swasta - Kempen berterusan dan efektif daripada kerajaan dan badan
swasta

*Terima mana-mana isi lain yang sesuai


















[Lihat halaman sebelah
1103/1 Skema Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 7 1103/1

4. Penularan penyakit berjangkit seperti COVID-19, Influenza A (H1N1), SARS dan AIDS telah
mendatangkan kebimbangan kepada negara yang dilanda wabak tersebut.

Bincangkan kerjasama yang perlu dilakukan oleh negara-negara terlibat untuk menangani
penularan penyakit-penyakit berbahaya.

Diharapkan : Calon dapat membincangkan bentuk kerjasama yang perlu dilakukan oleh negara-
negara terlibat untuk menangani penularan penyakit-penyakit berbahaya.

Cadangan idea:

Pesakit-pesakit dikuarantin daripada orang awam supaya tidak berjangkit.
Elakkan melancong atau berkunjung ke negara-negara yang dilanda oleh penyakit tersebut.
Gunakan mesin pengimbas - sekat kemasukan pelancong asing dari negara yang terlibat
memasuki negara Malaysia.
Penyediaan ubat-ubatan seperti vaksin untuk ketahanan tubuh badan melawan penyakit.
Memusnahkan punca penyakit yang berpunca daripada unggas (ayam, burung dan lain-lain).
Kerjasama dalam bidang penyelidikan antara negara terlibat bagi mencari vaksin untuk
mencegah penyakit berjangkit tersebut.


*Terima mana-mana isi lain yang sesuai


5.


Pantun dua kerat di atas menjelaskan bahawa keperibadian yang mulia amat penting dalam
kehidupan manusia.

Bincangkan kepentingan keperibadian yang mulia dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini.

Diharapkan: Calon dapat membincangkan kepentingan keperibadian yang mulia dalam
kehidupan masyarakat Malaysia kini.

Cadangan idea:

Dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum
Dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun
Dapat melahirkan pemimpin yang berdedikasi
Meningkatkan jumlah kedatangan pelancong asing
Meningkatkan sumber ekonomi negara
Melahirkan masyarakat yang berjaya dalam kehidupan
Mewujudkan sebuah negara yang aman dan harmoni


*Terima mana-mana isi lain yang sesuai

PANDUAN PEMARKAHAN TAMAT



[Lihat halaman sebelah
1103/1 Skema Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 1 1103/2

PERATURAN PEMARKAHAN
BAHASA MELAYU KERTAS 2 [1103/2]

Markah penuh : 110 markah

Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagi kepada:
(a) Isi - 20 markah
(b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]
Nota:
(i) Panduan mengira perkataan.
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
nama khas
perkataan berulang
penggunaan kata sendi di dan ke
tarikh
angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa.
(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu
diperiksa.
(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.



Bahagian Markah Markah


(i) Pendahuluan 2


(ii) Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12
16
(iii) Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4


(iv) Penutup/Kesimpulan 2

Jumlah Markah 20












[Lihat halaman sebelah
1103/2 Skema Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 2 1103/2

Soalan 1 : Rumusan


Pendahuluan:

P1 Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan / faedah-faedah / manfaat-manfaat 2
permainan e-sukan kepada remaja di negara kita.
P2 Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan / faedah-faedah / manfaat-manfaat 2
permainan e-sukan kepada remaja dan persepsi masyarakat yang menganggap e-sukan
tidak mendatangkan faedah.
P3 Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan / faedah-faedah / manfaat-manfaat 2
permainan e-sukan kepada remaja dan usaha-usaha untuk memajukannya.
P4 Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan / faedah-faedah / manfaat-manfaat 1
permainan e-sukan kepada remaja dan usaha-usaha untuk memajukannya
P5 Petikan / rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan / faedah-faedah / manfaat- 1
manfaat permainan e-sukan kepada remaja.
P6 Petikan / rumusan membincangkan kepentingan-kepentingan permainan e-sukan 0
kepada remaja.

Isi tersurat:

S1 mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi 2
S2 berkemahiran untuk menyelesaikan masalah dan berfikiran kolektif serta kreatif 2
MESTI ADA SEMUA ELEMEN INI
S3 memupuk nilai kerjasama dan sikap tidak mudah berputus asa dalam mengharungi 2
permainan MESTI ADA DUA ELEMEN INI
S4 sebagai platform untuk memacu negara ke arah yang lebih maju 2
S5 para pemain dapat memperluas jaringan sosial para pemain 2
S6 para pemain e-sukan ini mempunyai komuniti yang begitu besar 2
S7 dapat mempelajari pelbagai budaya dan bahasa yang terdapat di seluruh dunia 2
S8 dapat menambah baik kualiti penglihatan mereka 2
# HURUF TEBAL WAJIB ADA DALAM JAWAPAN CALON

Isi tersirat:

T1 Kerajaan mengadakan pertandingan permainan e-sukan di semua peringkat 2

T2 Kerajaan menyediakan insentif kepada penganjur e-sukan 2
T3 Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan berkaitan e-sukan 2
T4 Pihak sekolah memperkenalkan permainan e-sukan kepada semua pelajar 2

T5 Permainan e-sukan dijadikan acara sukan tahunan di sekolah 2
T6 Ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai e-sukan 2

Kesimpulan:

K1 Kesimpulannya semua pihak perlulah menggalakkan penglibatan remaja dalam 2
permainan e-sukan agar sukan ini dapat dikembangkan di negara kita.
K2 Kesimpulannya semua pihak perlulah menggalakkan penglibatan remaja dalam 1
permainan e-sukan.

[Lihat halaman sebelah
1103/2 Skema Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 3 1103/2

(b) Bahasa [10 markah]
Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual
berikut:


Markah Markah
Peringkat Huraian
Isi Bahasa

Kesinambungan isi baik
1 8 - 2 0 9 - 10 Struktur ayat/tatabahasa baik
Baik
15 - 1 7 7 - 9 Kosa kata luas
Tanda bacaan/ejaan betul

Kesinambungan isi masih baik

12 - 14 6 - 7 Struktur ayat/tatabahasa masih memuaskan
Sederhana
8 - 11 4 - 6 Kosa kata masih memuaskan
Tanda bacaan/ejaan juga memuaskan

Pada keseluruhannya dalam serba
Lemah 1 - 7 1 - 4
kekurangan/tidak memuaskan


Nota
(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.
(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.
(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun
jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.
(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.
[Markah bahasa maksimum : 10 markah]






















[Lihat halaman sebelah
1103/2 Skema Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 4 1103/2

Soalan 2
Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:
Soalan 2(a) : 9 markah
Soalan 2(b) : 9 markah
Soalan 2(c) : 8 markah
Soalan 2 (d) : 9 markah

Perhatian bagi Soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)
1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%)
daripada markah yang diperuntukkan sahaja.
Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman

i. Soalan 2 markah:
DESKRIPSI MARKAH

Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 2
Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup I

Jawapan tidak tepat/salah 0


ii. Soalan 3 markah:

DESKRIPSI MARKAH

Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 3

Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 2
Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis


Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang gramatis I

Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0


iii. Soalan 4 markah:

DESKRIPSI MARKAH
Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4

Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3


Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2


Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang gramatis I

Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0



[Lihat halaman sebelah
1103/2 Skema Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 5 1103/2

Soalan 2(a) : Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata mempunyai ketajaman minda
- memiliki kecerdasan fikiran 2
- mempunyai kecerdasan fikiran 1
- memiliki ketajaman minda 1
[Maksimum 2 markah]

(ii) Persepsi-persepsi
P1 permainan ini membuang masa
P2 melalaikan golongan muda sehingga mengabaikan pelajaran.
P3 permainan ini tidak menyihatkan badan kerana para pemain tidak melakukan pergerakan
yang banyak berbanding permainan sukan tradisi

[Maksimum 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) Impak-impak

P1 permainan tradisional semakin terpinggir / tidak popular
P2 golongan muda semakin tidak mengenali permainan tradisional
P3 permainan tradisional akan terkubur / pupus
P4 masyarakat kini tidak pandai untuk bermain permainan tradisional
P5 masyarakat menganggap permainan tradisional sesuatu yang kolot / ketinggalan zaman
P6 masyarakat akan berasa malu untuk bermain permainan tradisional

[Maksimum 4 markah]
[Isi cukup : 3 isi]



























[Lihat halaman sebelah
1103/2 Skema Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 6 1103/2

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen

(i) Punca-punca

P1 tulang selangkanya patah riuk
P2 diheret kereta sejauh dua meter di tar keras
Maksimum: 2 markah
Isi cukup: 2 isi

(ii) Tindakan majikan
P1 memberikan bonus tahunan
P2 memberikan hadiah kecemerlangan (APC)
P3 memberikan kenaikan gaji
P4 memberikan kenaikan pangkat
Maksimum: 3 markah
Isi cukup: 2 isi
(iii) Latar masyarakat dalam petikan

P1 Masyarakat yang prihatin. Doktor Murni dan Nusia berasa sedih terhadap pesakit lain
yang tidak diberi pek darah.
P2 Masyarakat yang membezakan darjat dan pangkat seseorang. Profesor Doktor Junaidi
mengutamakan Tuan Musa yang tiada harapan sembuh diberi 50 pek darah sedangkan
pesakit lain dinafikan hak mereka.
P3 Masyarakat yang membazir. 50 pek darah dimasukkan ke tubuh Tuan Besar Musa keluar
semula tanpa sebarang kepentingan.
P4 Masyarakat yang mematuhi arahan pihak atasan. Doktor Murni akur dengan arahan
Profesor Doktor Junaidi supaya mengutamakan Tuan Besar Musa dengan membekalkan 50
pek darah walaupun masih ada pesakit lain yang amat memerlukannya.

Maksimum: 2 markah
Isi cukup : 1 isi+1 huraian

Latar masyarakat dalam keseluruhan cerpen
K1 Masyarakat yang mementingkan diri sendiri dan wang. Profesor Doktor Junaidi
bersungguh-sungguh memberikan rawatan istimewa kepada Tuan Besar Musa kerana
memberi dana kepada kelab elit hospitalnya.
K2 Masyarakat pesakit yang teraniaya dan dinafikan hak mereka. Solehan dan Al-Hafiz
tidak diberi layanan yang sepatutnya, Solehan masih koma dan Al-Hafiz tidak dapat bergerak
akibat kaki patah riuk.
K3 Masyarakat yang berani. Nusia membantah cara pihak hospital menguruskan bekalan darah
di bank darah tempatnya bertugas.
K4 Masyarakat yang penyayang. Nusia melayang semua pesakit di wad Unit Rawatan Rapi
tanpa membezakan kedudukan mereka.
K5 Masyarakat yang bekerjasama demi kebaikan umum. Doktor Murni dan Nusia
bekerjasama dalam memberi pendapat untuk menyelesaikan Masalah dengan menggantikan
darah kepada gelafundin yang mempunyai kandungan seakan-akan darah.
Maksimum: 2 markah
Isi cukup : 1 isi+1 huraian






[Lihat halaman sebelah
1103/2 Skema Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 7 1103/2


Soalan 2(c) : Petikan Prosa Tradisional

(i) Sebab-sebab Patih Gajah Mada memanggil Kertala Sari menghadap beliau;

P1 menyampaikan pesan bapa kertala sari agar beliau mengasihi anaknya / kertala sari.
P2 memberitahu kertala sari bahawa bapanya meninggal dunia semasa menjalankan tugas
seri betara / betara majapahit.
P3 memberitahu bahawa kertala sari hendak dijadikan penggawa agung.
Markah maksimum: 2 markah
Isi cukup : 2 isi

(ii) Janji-janji Kertala Sari Kepada Patih Gajah Mada;

P1 jika belum / tidak dapat membunuh ratu melaka / raja melaka.
P2 jika belum / tidak dapat membunuh laksamana.
P3 jika gagal beliau tidak akan menjadi penggawa.
Markah maksimum : 3 markah
Isi cukup : 2 isi

(iii) Usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan pertumpahan darah

P1 mencari orang tengah yang boleh menyelesaikan permusuhan tersebut.
P2 berjumpa / meminta laksamana membayar ganti rugi kepada kertala sari.
P3 meminta laksamana meminta maaf kepada kertala sari.
P4 berjumpa dengan raja / kerajaan yang lebih kuat seperti cina / siam supaya dapat menyelesaikan
kemelut tersebut.
Markah maksimum : 3 markah
Isi cukup : 2 isi

























[Lihat halaman sebelah
1103/2 Skema Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 8 1103/2


Soalan 2 (d) Sajak

(i) Maksud rangkai kata mengenang dosaku Markah

- mengingati / teringat / terfikir / menyedari kesalahan / kesilapan / keterlanjuran / 2
saya / diri
- mengingati / teringat / terfikir / menyedari dosaku 1
- mengenang kesalahan / kesilapan / keterlanjuran / saya / diri 1
[Maksimum 2 markah]

(ii) Langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mengajak rakan-rakan
agar meninggalkan perangai buruk mereka

P1 menunjukkan contoh/teladan yang baik kepada mereka
P2 mengajak mereka menyertai aktiviti berfaedah di sekolah
P3 mengajak mereka mendapatkan khidmat guru kaunseling
P4 memberi mereka perangsang/kata-kata semangat
P5 mengingatkan mereka tentang kesan buruk jika terus berkelakuan buruk.
P6 memberitahu ibu bapa/penjaga mereka
P7 melaporkan tingkah laku mereka kepada pihak polis jika berterusan melakukan
kesalahan
[Maksimum 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]


(iii) Nilai dalam sajak Markah

P1 Nilai keinsafan.Contohnya, penyajak menginsafi segala dosanya yang lalu. 1+1
P2 Nilai kegigihan.Contohnya penyajak gigih dan bersungguh-sungguh untuk 1+1
mendapatkan keampunan sebelum ajalnya tiba.
P3 Nilai keikhlasan. Contohnya, penyajak bertaubat dengan penuh keikhlasan 1+1
sehingga menitiskan air mata.
P4 Nilai ketaatan. Contohnya, penyajak taat kepada Pencipta dan hanya berharap 1+1
kepada pengampunan daripada Pencipta
P5 Nilai kesedaran. Contohnya, penyajak mempunyai kesedaran bahawa dunia ini 1+1
sementara sahaja.
[Maksimum 4 markah]
[Isi cukup : 2 isi]















[Lihat halaman sebelah
1103/2 Skema Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 9 1103/2

SOALAN 3
Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:
Soalan 3 (a) : 6 markah
Soalan 3 (b) : 6 markah
Soalan 3 (c) : 6 markah
Soalan 3 (d) : 6 markah
Soalan 3 (e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3 (a)
1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.
2. Tolak 1 markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / tanda baca daripada keseluruhan soalan.
3. Frasa digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Frasa digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Sengaja menambahkan imbuhan, berikan 0 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.
7. Jika semua frasa digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah.

[ Maksimum : 6 markah ]

Skema jawapan 3 a

i dedalu Tumbuhan (pokok), dalu-dalu; semua jenis pokok menumpang

ii jejari 1. bilah besi yang menghubungkan pusat roda dengan rim,
terutamanya basikal: ~ basikal;
2. garis lurus dari pusat ke keliling bulatan

iii karut-marut sangat kacau (fikiran, hati), sangat kusut, tidak tentu hala

iv dentam-dentum bunyi dentam yang berulang-ulang

v beli-belah membeli berbagai-bagai barang
vi tari-menari bermacam-macam tari

Skema jawapan 3 b

i FN + FS
ii FN + FA

iii FN + FK
iv FN + FN

v FN + FK

vi FN + FS



[Lihat halaman sebelah
1103/2 Skema Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 10 1103/2

Skema jawapan 3 c

Kesalahan Pembetulan

i snooker snuker
menjalani menjalankan

ii ditangguhkan menangguhkan
olah raga olahraga

iii segitiga segi tiga
mendatang mendatangkan



Skema jawapan 3 d

Kesalahan Pembetulan

i membacakan menyampaikan
Semua murid-murid Semua murid / murid-murid

ii inspirasi aspirasi
di pada

iii pengamal pegawai
dikagumi oleh saya saya kagumi



Skema jawapan 3 e

i Mendidik anak biarlah semasa kecil lagi

ii Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima
akibatnya

iii Berfikir dengan bersungguh-sungguh










[Lihat halaman sebelah
1103/2 Skema Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 11 1103/2

Soalan 4
[15 markah ]



Panduan pemarkahan bagi Soalan 4


4(a)
(i) Jawapan hendaklah berdasarkan sebuah daripada novel yang dipelajari.
(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap.

(iii) Berikan 1 markah untuk pernyataan persoalan keberanian yang lengkap/jelas.
(iv) Berikan 1 markah untuk huraian persoalan keberanian yang lengkap/jelas.
(v) Markah isi maksimum 4 markah.

(vi) Markah bahasa maksimum 3 markah.
[ Maksimum : 7 markah ]


4 (b)
(i) Jawapan hendaklah berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.

(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap.
(iii) Berikan 1 markah untuk pernyataan keistimewaan watak utama yang lengkap / jelas.

(iv) Berikan 2 markah untuk huraian keistimewaan watak utama / sebab menimbulkan perasaan
kagum yang lengkap / jelas.
(v) Markah isi maksimum 6 markah.

(vi) Markah bahasa maksimum 2 markah.
[ Maksimum : 8 markah ]



















[Lihat halaman sebelah
1103/2 Skema Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 12 1103/2

4(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua persoalan keberaniaan bagi setiap
novel tersebut.

Novel Pantai Kasih
1. Persoalan keberanian mempertahankan pendirian
Doktor Raiha / Raiha berani mempetahankan pendiriannya dengan mengatakan bahawa kematian
anak perempuannya adalah disebabkan oleh suaminya, Doktor Sadiz meskipun keputusan
mahkamah mengatakan sebaliknya.
Doktor Raiha berani mempertahankan pendiriannya tidak mahu mengugurkan kandungannya
yang tidak normal walaupun didesak oleh suaminya, Doktor Sadiz.

2. Persoalan keberanian menegur sikap negatif rakan sejawat
Raiha berani mempertikaikan sikap Doktor Uwang hanya mahu mengambil kesempatan ke atas
pesakitnya dan tidak memperdulikan kebajikan dan keselamatan mereka. Raiha juga memanggil
Felicia Landosi ke biliknya untuk memberikan nasihat kerana Felicia Landosi bersikap kasar
terhadap pesakit.

3. Persoalan keberanian dalam mengambil tanggungjawab
Doktor Raiha berani melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan
melakukan pembedahan kali keenam penggantian tulang pinggul Unong Siron walaupun Raiha
berpendapat hanya Doktor Uwang yang layak melakukan pembedahan itu.

4. Persoalan keberanian mempertahankan pendirian
Doktor Raiha berani mempetahankan pendiriannya dengan mengatakan bahawa kematian anak
perempuannya adalah disebabkan oleh suaminya, Doktor Sadiz meskipun keputusan mahkamah
mengatakan sebaliknya.

5. Persoalan keberanian mempertahankan hak
Ibu Unong Siron berani mempertikaikan rawatan yang diberikan oleh Doktor Uwang kepada
anaknya, Unong Siron dengan mengatakan Doktor Uwang hanya mahu mengambil kesempatan
ke atas mereka dan tidak memperdulikan kebajikan dan keselamatan anaknya.

6. Persoalan keberanian dalam mengambil tanggungjawab.
Doktor Raiha berani melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan
melakukan pembedahan kali keenam penggantian tulang pinggul Unong Siron walaupun Raiha
berpendapat hanya Doktor Uwang yang layak melakukan pembedahan itu.

7. Persoalan keberanian mengakui kesalahan diri
Felicia Landosi berani mengakui kesalahannya yang turut terlibat dalam perstiwa kematian
Rohayu setelah sekian lama menyimpan rahsia. Felicia Landosi meminta maaf kepada Raiha akan
kesalahannya itu.

8. Persoalan keberanian menyelamatkan anak kesayangan
Raiha melarikan anak kesayangannya, Rohayu yang ingin dihantar ke pusat rawatan khas bagi
kanak-kanak yang menghidap sindrom down kerana niat suaminya itu untuk memisahkan
Rohayu daripadanya.

9. Persoalan keberanian memperjuangkan cita-cita
Raiha berani memperjuangkan cita-citanya menjadi doktor bedah walaupun dibantah oleh
bapanya yang menanggap kerjaya tersebut tidak sesuai dengan Raiha. Raiha juga tetap berkahwin
dengan Doktor Sadiz walaupun dibantah oleh bapanya.


[Lihat halaman sebelah
1103/2 Skema Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 13 1103/2


10. Nilai keberanian menyelesaikan masalah penceroboh
Raiha berani berhadapan dengan doktor palsu yang menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih
(PRPK). Dalam saat getir tersebut Raiha berani mengawal situasi cemas dan berusaha
memastikan Felicia Landosi yang menjadi tebusan tidak dicederakan oleh penceroboh tersebut.
Dengan usaha dan keberanian Raiha dan ibu Unong Sirong, akhirnya penceroboh tersebut
berjaya ditangkap.



Novel Bimasakti Menari
Watak utama Nurul Hafsa
1. Persoalan keberanian dalam melestarikan alam sekitar
Nurul Hafsa berani berusaha mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor dan
mengekalkan populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan walaupun terpaksa berhadapan
-Majid yang berasa
perniagaannya tergugat sehingga mengupah penjenayah untuk menculiknya.

2. Persoalan keberanian menghadapi ancaman penjenayah
Nurul
Arlington-Majid demi menggagalkan usahanya mewujudkan Kawasan Langit Gelap di Kuala
Selangor. Nurul Hafsa diculik sebagai galang ganti untuk mendapatkan Muhammad Taufik,
anak kepada T
Arlington-Majid. Selepas dibebaskan, Nurul Hafsa membuat laporan polis dan Muhammad
Taufik berjaya diselamatkan.

3. Persoalan keberanian menuntut ilmu di negara asing
Nurul Hafsa berani menuntut ilmu dalam bidang Falak dan Fizik di luar negara iaitu Jordan
selama empat tahun walaupun dia seorang gadis dan tidak pernah ke luar Negara sebelum itu.
Dia berjaya menamatkan pengajian dan kembali ke Malaysia untuk bertugas di Balai Cerap
Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.

4. Persoalan keberanian dalam mengambil keputusan
Nurul Hafsa berani mengambil keputusan menyusuri sungai di Kampung Kuantan untuk
melihat populasi kelip-kelip yang dikatakan telah pupus oleh Utada tanpa ditemani oleh
Budiman dan Muhammad Taufik. Ayahnya, Haji Yassin hanya menghantar Nurul Hafsa di
jeti Kampung Kuantan.

5. Persoalan keberanian mempertahankan pendapat / hujah


Nurul Hafsa berani mempertahankan hujah dan menjawab soalan yang tidak putus-putus
darip nn Arlington-Majid ketika membentangkan laporannya untuk
mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli
akademik, pencinta alam, dan usahawan teknologi hijau.

6. Persoalan keberanian memberi harapan / berjanji kepada orang lain
Nurul Hafsa berani berjanji dengan Puan Maryam Wickham Abdulah yang dia akan membawa
bintang-bintang ke langit Kuala Selangor kembali walaupun Puan Maryam Wickham
Abdullah tidak yakin dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa.


[Lihat halaman sebelah
1103/2 Skema Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 14 1103/2


7. Persoalan keberanian membuat laporan kegiatan jenayah
Nurul Hafsa membuat laporan polis tentang kes penculikan dirinya dan Muhammad Taufik
-Majid.sebaik sahaja dia dibebaskan oleh
penculik,

8. Persoalan keberanian memberikan cadangan kepada pegawai atasan
Nuruf Hafsa membuat kajian dan menghantar laporan tentang tahap kecerahan langit di Kuala
Selangor kepada Majlis Daerah Kuala Selangor untuk diambil tindakan selanjutnya.

9. Persoalan keberanian membuat keputusan penting dalam hidup / berani menerima
lamaran sebagai seorang isteri
Tanpa berfikir panjang, Nurul Hafsa bersetuju menerima lamaran Muhammad Taufik ketika
rakan seperjuagannnya itu menyatakan hasrat untuk menjadikannya isteri sebaik sahaja
majlis kesyukuran pernikahan kali kedua ibu bapa Muhammad Taufik di Masjid Jamik Sultan
Ibrahim Kuala Selangor selesai.

( Terima mana-mana persoalan keberanian lain yang sesuai )


4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu keistimewaan watak utama sehingga
menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca.

Novel Pantai Kasih
Watak Utama Doktor Raiha
Seorang yang tegas dalam membuat keputusan
Pembaca berasa kagum kerana Doktor Raiha tetap menjadi pakar bedah dan berkahwin dengan
Doktor Sadiz meskipun tidak direstui oleh ayahnya. Dia juga tetap meneruskan kandungannya
walaupun tindakannya itu ditentang oleh suaminya.

Seorang yang amanah
Pembaca berasa kagum kerana Doktor Raiha tetap melakukan pembedahan penggantian tulang
pinggul terhadap Unong Siron atas arahan Doktor Uwang walaupun berpendapat bahawa hanya
Doktor Uwang yang lebih layak melakukan pembedahan itu.

Seorang yang bertanggungjawab
Pembaca berasa kagum kerana Doktor Raiha menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab
dan dedikasi. Doktor Raiha melakukan pembedahan kecemasan terhadap Doktor Uwang yang
kritikal setelah terlibat dalam kemalangan.

Seorang yang penyayang
Pembaca berasa kagum kerana Doktor Raiha amat menyayangi anaknya walaupun anak itu tidak
normal. Dia sanggup melarikan anaknya daripada suaminya kerana tidak rela anaknya itu di
hantar ke pusat rawatan khas bagi kanak-kanak Sindrom Down.

Seorang yang prihatin / simpati / belas kasihan terhadap orang lain
Pembaca berasa kagum kerana Doktor Raiha prihatin akan nasib Unong Siron yang terpaksa
menjalani pembedahan sebanyak enam kali pada bahagian badannya yang sama. Dia juga prihatin
akan ibu Unong Siron yang bersedih atas nasib yang menimpa anaknya itu. Selain itu, Doktor
Raiha pernah menghantar Felicia pulang ke rumah kerana pada masa itu Felicia belum mampu
memiliki kereta sendiri.
[Lihat halaman sebelah
1103/2 Skema Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

SULIT 15 1103/2



Seorang yang tabah menghadapi cabaran dan dugaan hidup
Pembaca berasa kagum kerana Doktor Raiha tabah menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha
untuk melupakan kenangan pahit yang mengorbankan anak kesayangannya dan peristiwa hitam
yang membawa kehancuran rumah tangganya bersama-sama Doktor Sadiz.

Seorang yang reda dengan ketentuan Tuhan
Pembaca berasa kagum kerana Doktor Raiha reda menerima kematian Ayu sebagai satu ketentuan
takdir dan berdoa agar Allah memberikan kekuatan kepadanya.

Seorang yang pemaaf.
Pembaca berasa kagum kerana Doktor Raiha memaafkan kesalahan Felicia yang terlibat secara
tidak langsung dalam tragedi yang menjadi punca kematian Ayu apabila Felicia telah sedar dan
insaf akan kesilapan yang dilakukannya.

Novel Bimasakti Menari
Watak Utama Nurul Hafsa

Seorang yang cinta akan alam sekitar
Pembaca berasa kagum kerana Nurul Hafsa berusaha mengatasi masalah pencemaran cahaya di
Kuala Selangor yang memberi kesan buruk kepada aktiviti pencerapan bintang dan pupolasi
kelip-kelip di Kampung Kuantan.

Seorang yang tabah
Pembaca berasa kagum kerana Nurul Hafsa tabah menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha
menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

Seorang yang bijaksana
-
Majid sewaktu membentangkan projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor di
hadapan Menteri Besar.

Seorang yang gigih
Pembaca berasa kagum kerana Nurul Hafsa gigih dalam merealisasikan impiannya menjadikan
Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi tujuan pencerapan bintang dan
pengekalan pupolasi kelip-kelip. Nurul Hafsa juga gigih dalam usaha mengotakan janjinya
kepada 15 orang pelajar cilik dari negara Jepun yang ingin melihat bintang.

Seorang yang bersyukur
Pembaca berasa kagum kerana Nurul Nafsa bersyukur kepada Tuhan kerana dia tidak
dicederakan oleh penjenayah ketika diculik dan dijadikan orang tawanan.


( Terima mana-mana keistimewaan watak utama lain yang sesuai )



SKEMA PEMARKAHAN TAMAT





[Lihat halaman sebelah
1103/2 Skema Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2020 SULIT

BAHASA










INGGERIS




























Click to View FlipBook Version