PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATANBIMBINGAN DAN KAUNSELINGDI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
2
3KANDUNGAN MUKA SURAT Kata Alu-aluan Menteri Pendidikan Malaysia Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian567Bab 1 : Pengenalan Kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Latar Belakang Perkhidmatan Bimbingan danKaunseling Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling diSekolah Falsafah Pendidikan Kebangsaan Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia Falsafah Bimbingan dan Kaunseling Rasional Perkhidmatan Bimbingan danKaunseling Objektif Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Pendekatan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kod Etika Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Mukadimah Skop Kaunseling Kod Tatalaku Piagam Pelanggan1014222222232323252626262731Bab 2 : Pengurusan Dan Pentadbiran Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Senarai Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling SepenuhMasa Aliran Perhubungan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Dalam Organisasi Cadangan Format Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling SekolahMenengah Cadangan Format Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling SekolahRendah Cadangan Sasaran Kerja Tahunan Perkhidmatan Bimbingan danKaunseling Cadangan Rancangan Tahunan Sekolah Menengah Cadangan Rancangan Tahunan Sekolah Rendah Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan danKaunseling Pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan danKaunseling Carta Aliran Sesi Bimbingan Individu, Bimbingan Kelompok, KaunselingIndividu dan Kaunseling Kelompok. Pengurusan dan Pentadbiran Program dan Aktiviti Bimbingan danKaunseling Sistem Fail Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Pengurusan Kewangan3436383940414653606061626467
4KANDUNGAN MUKA SURAT Surat Pekeliling Kewangan Bil 8 Tahun 2012 Kadar Bantuan Perkapita Borang Anggaran Belanja Mengurus, Borang Nota Minta Cadangan Maklumat dan Inventori Khas Murid Perkhidmatan Bimbingandan Kaunseling Sekolah Menengah / Rendah Rangkaian Strategik6869707273Bab 3 : Bilik Bimbingan dan Kaunseling Cadangan Standard Minimum Bilik Bimbingan dan Kaunseling Pelan Asas Bilik Bimbingan dan Kaunseling I Pelan Asas Bilik Bimbingan dan Kaunseling II Gambar Bilik Bimbingan dan Kaunseling76798081Bab 4 : Pemantauan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Pemantauan Perkhidmatan Bimbingan danKaunseling Instrumen Pemantauan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah dan Rendah8990Bab 5 : Rekod, Pelaporan dan Senarai Semak 94 Senarai Rekod, Pelaporan dan Senarai Semak Perkhidmatan Bimbingandan Kaunseling Contoh Borang / Rekod / Senarai Semak9596Bab 6 : Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Bab 7 : Program Kaunseling Berfokus Bab 8 : Panduan Kajian TindakanLAMPIRAN Senarai Surat Pekeliling Ikhtisas dan SuratSiaran Surat Siaran Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling DiSekolah Contoh Tajuk Aktiviti Kelas Ganti Guru Bimbingan danKaunseling Rujukan Modul-Modul Bimbingan dan KaunselingPENGHARGAAN128135147161163166167168
5KATAALU-ALUANMENTERI PENDIDIKAN MALAYSIAAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam SejahteraDunia pendidikan hari ini mendapat tumpuan utama semua pihak, khususnya pihak kerajaan. Pelbagai usaha, perancangan, peruntukan dan tindakan telah diatur bagi mencapai tahap pendidikan yang tinggi, seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah merupakan antara pemangkin pendidikan berkualiti Negara terutama dalam aspek pembangunan modal insan. Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu cabang perkhidmatan sokongan pendidikan yang sangat luas dan penting. Ia bukan sahaja memberikan perkhidmatan kepada murid amalahan warga sekolah dan masyarakat sekitar, di samping sebagai tunggak pengurusan pembangunan murid. Senarai tugas dan bidang tugas yang telah ditetapkan seharusnya menjadipanduan yang tepat dalam menjalankan perkhidmatan.Murid diibaratkan rebung yang masih boleh dilentur. Oleh itu, peranan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah amat penting untuk melentur mereka menuju ke arah kejayaan melalui usaha perekayasaan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Tidak dapat dinafikan, murid sekolah adalah sebahagian daripada anggota masyarakat. Justeru, apa sahaja yang berlaku dalam masyarakat akan terdedah kepada mereka. Oleh yang demikian, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah diharapkan akan dapat menyediakan pengetahuan, kemahiran, dan persekitaran yang sesuai kepada murid bagi membantu mencapai matlamat pendidikan yang dhasratkan.Saya berasa sukacita dan mengucapkan tahniah kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia kerana berjaya menerbitkan edisi terbaru buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah yang selari dengan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ia merupakan satu sumbangan yang sangat bermakna kepada perkembangan pendidikan diMalaysia.Sekian terima kasih.TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
6KATAALU-ALUANKETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam SejahteraPerkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah merupakan unit yang penting dalam pembentukan kecemerlangan diri dan sahsiah murid. Selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang memfokuskan enam ciri utama iaitu; pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dewibahasa, etika dan kerohanian, serta identiti nasional yang diperlukan oleh setiap murid supaya dapat bersaing pada peringkat global. Sehubungan itu, pelaksanaan perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah yang memberi fokus kepada pembangunan sahsiah, peningkatan disiplin, pendidikan kerjaya dan psikososal seharusnya berada pada tahap yang terbaik. Semua murid sewajarnya mendapat panduan, bimbingan kaunseling yang berkualiti. Oleh itu, semua Guru BimbinganKaunseling Sepenuh Masa diharap dapat menggunakan buku panduan ini sebagai rujukan utama untuk mewujudkan perkhidmatan yang efektif dansistematik.Impak perkhidmatan yang berkesan dan profesional ini akan mewujudkan suasana sekolah yang lebih kondusif, selamat dan berdaya saing. Harapan kita, kecemerlangan ini akan menjadi pemangkin kepada kepimpinan murid yang mampu bersaing hingga ke pingkat global pada masa hadapan.Tahniah, saya ucapkan atas kejayaan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian kerana Berjaya menerbitkan buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah edisi terbaru ini.Sekian terima kasih.DATUK DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF
7KATAALU-ALUANPENGARAHBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIANAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam SejahteraRemaja, khususnya murid sekolah merupakan aset penting Negara. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pendidikan agar dapat menyediakan modal insan yang menguasai kemahiran insaniah dan memenuhi keperluan industri di era globalisasi ini. Sejajar dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.Guru Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan penting dalam membangunkan murid secara holistik. Bimbingan dan kaunseling merupakan satu cabang perkhidmatan sokongan pendidikan yang sangat luas dan penting. Ia bukan sahaja memberikan perkhidmatan kepada murid malahan warga sekolah dan masyarakat sekitar, disamping sebagai tunggak pengurusan pembangunan murid. Peranan dan beban tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah telah dikaji semula dan hasil daripada itu, wujudlah Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Negeri Johor yang diperbaharui dengan maklumat terkini termasuk Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK).Sukacita saya mengucapkan tahniah kepada Sektor Pengurusan Kaunseling Disiplin kerana berjaya menerbitkan edisi terbaru ini. Saya berharap semua Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat memanfaatkan buku ini dan memantapkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di negeri Johor.Sekian, terima kasih.TUAN ABDULLAH BIN MAD YUNUS
8
9PENGENALAN KEPADA PERKHIDMATANBIMBINGAN DAN KAUNSELING
10LATAR BELAKANG PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING1. SEJARAHPerkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling diperkenalkan di dalam sistem persekolahan di Malaysia telah bermula pada awal tahun 1960an. Perkhidmatan yang dilaksanakan ketika itu lebih menitikberatkan bidang bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah-sekolah, kursus pendedahan selama seminggu diadakan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Sekolah untuk guru-guru yang menjalankan tugas-tugas bimbingan.Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 79.“Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja”Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak tahun 1969 lagi untuk memberi latihan kepadaguru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolahmereka.Beberapa jenis kursus telah diperkenalkan, di antaranya ialah: Mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus pendedahan bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pendidikan selama seminggu dalam masa cuti penggal persekolahan. Kursus ini dijalankan sehingga tahun1982. Pada 27 September 1973, Surat Pekeliling Iktisas No. 1, Pengarah Bahagian SekolahSekolah, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dijalankan atas nama Panduan Pelajaran, Panduan Kerjaya dan Panduan Peribadi di Sekolah-Sekolah Menengah Berasrama Penuh / Sains. Dua orang guru dari sekolah berkenaan telah dilatih pada bulan April, 1973. Pekeliling Iktisas Bil / 5 1976 bertarikh 5 Mei 1976 pula memberi arahan kepada semua Guru Besar Sekolah Menengah untuk menyediakan kemudahan bilik dan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya. Mulai tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas memperkenalkan Kursus Khas selama setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling. Mulai tahun 1982 Universiti Pertanian Malaysia mula memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) selama 4 tahun. Keutamaan diberi kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling serta berpengalaman mengajar selama 5 tahun
11 Mulai tahun 1982 juga, Bahagian Pendidikan Guru mula memperkenalkan Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi guru-guru bimbingan selama 7 atau 8 minggu semasa cuti penggal persekolahan. Beberapa pusat KDC telah diwujudkan bagi menjayakan rancangan tersebut. Mulai tahun 1984, Maktab Perguruan Ilmu Khas mula memperkenalkan kursus khas selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah menghadiri kursus KDC dan lulus pangkat cemerlang untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan danKaunseling. Mulai tahun 1987 Institut Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan Kursus Diploma Bimbingan dan Kaunseling selama setahun bagi guru-guru bukan siswazah. Mulai tahun 1988, kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan Sebaya dimulakan oleh Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Kursus ini ialah selama 3 bulan termasukpraktikum. Mulai tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke Institut Perguruan Darul Aman, Jitra, Kedah. Mulai tahun 1989, Universiti Putera Malaysia mengadakan program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) kepada guru-guru dalam bidang Bimbingan danKaunseling. Kursus KDPK (Kursus Diploma Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling – setahun di Maktab Perguruan dan 2 tahun di IPTA (UPM, UKM dan UTM) dijalankan untuk 2 kumpulan mulai 1996-1999 dan 197-2000 oleh Kementerian PendidikanMalaysia. Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling secara rasminya bermula pada 1 Jun 1996. Surat Pekeliling Iktisas Bil.3/96 dibaca bersama surat Bahagian Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan Bil.KP (PP) 0051/22 bertarikh 26 Mac 1997 dan surat Bil.KPPP 0051/22/(54) bertarikh 14 Mac 1997 Mulai bulan Ogos, kumpulan pertama guru-guru yang mempunyai ijazah, Diploma dan Sijil dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling dilantik sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah menengah seluruh negara. Mulai tahun 2001, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki (IAB) telah mengendalikan Kursus Diploma Perguruan Kaunseling selama 6 bulan. Ia bertujuan untuk menampung kekurangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah menengah. Perjawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) sekolah menengah dan sekolah rendah adalah diluluskan berdasarkan keputusan Jemaah Menteri bertarikh 11 Julai 2001. (Rujuk Surat Bahagian Organisasi dan Perkhidmatan Bil.KP (PP) 0051/1/ Jld. 8 /(24) bertarikh 3 Ogos 2001).
12Bilangan Murid Bilangan Guru Bimbingan dan Kaunseling350 1851 - 1350 21351 - 1850 31851 - 2350 42351 - 2850 52851 - 3350 6Nisbah Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dengan Murid di Sekolah RendahBilangan Murid Bilangan Guru Bimbingan dan Kaunseling500 1501 - 1000 21001 - 1500 31501 - 2000 42001 - 2500 52501 - 3000 6Nisbah Guru Bimbingn dan Kaunseling Sepenuh Masa dengan Murid di Sekolah Menengah Waran perjawatan untuk Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa sekolah menengah dan sekolah rendah juga dikeluarkan pada 11 Januari 2002, Bil. KP (PP) 0051/SJ’B’ Jld. 24/ (24) bertajuk Waran Perjawatan Bil. S3 TAHUN 2002 yang membawa erti perjawatan ini perlu diisikan dengan tepat dan mengikut tangga gaji yang telah diluluskan. Nisbah Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa kepada murid adalah 1 : 500 bermula dengan 350 orang murid di sekolah rendah. Pada Oktober 2001 Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama maktab-maktab perguruan seluruh negara telah menjalankan kursus 14 minggu bimbingan dan kaunseling kepada guru-guru sekolah rendah. Ia bertujuan untuk dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa di sekolah rendah. Pada September 2002, kumpulan pertama guru sekolah rendah telah dilantik sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa. Pada Januari 2005, kumpulan pertama guru lepasan KPLI Bimbingan dan Kaunselingditempatkan di sekolah rendah sebagai guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa. Pada 24 Mac 2009, Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin ditubuhkan secara rasmi bila Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan di bahagi kepada 2 sektor dalam penstrukturan semua Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sektor ini bertanggungjawab sepenuhnya kepada pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada murid di seluruh negara secararasmi.
132. PEREKAYASAANSurat Siaran Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 16 April 2012 adalah merupakan panduan perkhidmatan terkini yang perlu dilaksanakan oleh semua Guru Bimbingan danKaunseling.Ini kerana bidang yang diperkenalkan melalui perekayasaan kaunseling berbeza daripada yang terdahulu. Penekanan diberi kepada pembangunan sahsiah dan disiplin murid dari sudut kemenjadian pelajar dan fokusnya adalah menjurus kepada pembangunan dan perkembangan sahsiah diri murid, peningkatan disiplin diri murid, pendidikan kerjaya murid serta psikososial dan kesejahteraan mental murid.
14KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIALAMPIRANPEREKAYASAANPERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIATUJUAN1. Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) bertujuan supaya Guru B&K memfokuskan perkhidmatannya kepada usaha Pembangunan Sahsiah dan Peningkatan Disiplin Murid di sekolah.KONSEP2. Perkhidmatan B&K di sekolah sebagai perkhidmatan yang mesra murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat. Menerusi perkhidmatan yang diberikan, boleh membantu murid meningkatkan keupayaan berfikir dan bertindak secara positif dan berkesan.3. Murid merupakan aset penting yang perlu sentiasa dibantu dan dibimbing menerusi perkhidmatan B&K agar mereka boleh membuat keputusan yang wajar dan betul dalam menjalani kehidupannya.4. Guru B&K menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras perkhidmatan B&K serta berupaya mendahului (win over) jangkaan tindakan murid-muridnya.
155. Guru B&K adalah seseorang yang memiliki personaliti sebagai guru yang paling dipercayai, diyakini dan disenangi (trustworhthy) oleh murid, rakan sejawat, ibu bapa dan masyarakat di sekolah.OBJEKTIF6. Objektif perkhidmatan B&K di sekolah adalah;6.1 Guru B&K menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras perkhidmatan B&K di sekolah.6.2 Sebagai perkhidmatan yang mesra, selesa dan kondusif kepada murid untuk menyuarakan isi hati dan permaslaahan mereka, seterusnya dapat membuat keputusan yang wajar dan betul.6.3 Agar Guru B&K boleh mendahului (win over) jangkaan tindakan-tindakan yang di luar norma sosial dalam kalangan murid-muridnya.6.4 Agar murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai dengan personaliti mereka.FOKUS PERKHIDMATAN B&K7. Perkhidmatan B&K dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus kepada program dan aktiviti seperti berikut;7.1 Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid7.2 Peningkatan disiplin diri murid7.3 Pendidikan kerjaya murid7.4 Psikososial dan kesejahteraan mental muridFokus 1 : Pembangunan dan Pengembangan Sahsiah Diri Murid:8. Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri (character)
16murid daripada aspek berikut :8.1 Sikap penyayang (kepedulian)8.2 Budi bahasa8.3 Konsep kendiri8.4 Kepemimpinan8.5 Komunikasi8.6 Kekemasan diri8.7 Ketepatan masaOutcome : Perwatakan murid yang berketrampilan dan terpuji.Fokus 2 :Peningkatan Disiplin Diri Murid9. Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah terlibat dengan gejala-gejala disiplin dan anti-sosial yanglain.Outcome : Murid yang berdisiplin serta sekolah yang aman dansejahtera.Fokus 3 : Pendidikan Kerjaya Murid10. Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus ini, guru B&K hendaklah;10.1 Melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi memastikan semua murid dapat mengenal pasti potensi diri, minat, sikap dan hala tuju kerjaya.10.2 Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid bermula dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah dalam pelan pembangunan dan perkembangan kerjaya mereka.10.3 Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus memasuki alam kerjaya atau meneruskan pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi awam atau swasta.
17Outcome : Murid yang tahu hala tuju pendidikan dan kerjaya masa hadapanFokus 4 : Psikososial dan kesejahteraan mental murid11. Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekalkan dan menguruskesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru B&Khendaklah;11.1 Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi11.2 Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi11.3 Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positifOutcome : Murid yang sihat pemikirannyaKAEDAH PELAKSANAANPengurusan Profil Murid12. Fokus ini adalah menyediakan pangkalan Profil Murid yang bertujuan untuk membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid. Dengan analisis ini, tindakan membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh dilakukan dengan lebih berkesan. Menerusi fokus ini, guru B&K hendaklah;12.1 Menyediakan profil setiap murid bermasalah disiplin12.2 Menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah12.3 Menyediakan profil kerjaya setiap murid12.4 Menyediakan profil murid dari segi kesejahteraan mental/emosi13. Profil murid hendaklah mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid, latar belakang ibu bapa/penjaga, latar belakang masalah, kekerapan dan punca masalah dan status tindakan penyelesaian.Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan14. Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan diri seperti kegiatan seks bebas, bahaya HIV, dadah, rokok termasuk bahan inhalan.
1815. Fokus ini juga memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar mengelakkan diri daripada terlibat dengan jenayah rogol dan bunuhdiri.Konsultasi Keibubapaan16. Fokus ini adalah membimbing murid agar mereka mengetahui tanggungjawab diridalam keluarga di mana;16.1 Kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam persekolahan.16.2 Melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid.Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)17. Fokus ini adalah meningkatkan kemahiran menolong dan soft skills (kemahiran generik) semua ahli PRS. Guru B&K hendaklah;17.1 Melaksanakan latihan kemahiran kepada murid yang menjadiPRS17.2 Melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu rakan sebaya berkonsepkan ‘Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain’ dengan;a. PRS sebagai role model kepada orang lainb. Memberi galakan kepada rakan-rakan agar bersikap positifc. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lainMurid Berkeperluan Khas18. Fokus ini adalah memberikan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan khaskepada murid-murid berkeperluan khas di sekolah.19. Fokus ini juga memberi penekanan dari segi kebajikan, kemudahan, soft skill danhala tuju kerjaya murid berkeperluan khas.20. Membimbing murid normal yang lain untuk menerima, membantu dan sentiasa memberi pertolongan kepada murid-murid berkeperluan khas.Penyampaian (outreach) perkhidmatan21. Membuat sebaran kepada murid berkaitan perkhidmatan yang boleh diberi oleh Guru B&K serta faedah yang diperoleh daripada perkhidmatanB&K.
1922. Sebaran berkaitan peluang-peluang pendidikan dan kerjaya murid.Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok23. Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok adalah menjadiSasaran Kerja Utama guru B&K.24. Murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara individu atau kelompok pada bila-bila masa waktu persekolahan termasuk semasa waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P).PENGURUSANMenjalankan Tugas Luar25. Seorang guru B&K boleh dibenarkan menjalankan tugas di luar sekolah mereka dengan kadar 10 peratus setahun. Ini bermakna, 90 peratus masanya setahun hendaklah berada di sekolah tempat mereka bertugas.26. Kekecualian boleh diberikan sekiranya guru B&Kdiarahkan;26.1 Mengikuti kursus, latihan termasuk menyambung pengajian dalam tempoh masa yang panjang.26.2 Menjalankan tugas luar apabila berlaku sesuatu bencana atau mala petaka di sesuatu tempat.26.3 Kekecualian menjalankan tugas luar melebihi tempoh atau kadar yang ditetapkan dalam perkara itu boleh juga diberikan dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Pelajaran Negeri terlebih dahulu.27. Dalam hal ini, tugas luar bermakna tugas yang diarahkan atau diminta oleh KPM, JPN atau PPD.Kelas Ganti28. Guru B&K Sepenuh Masa boleh mengambil kelas ganti tidak melebihi 8 waktuseminggu.29. Semasa bertugas sebagai guru ganti di sesebuah bilik darjah, mereka hendaklah
20melaksanakan program atau aktiviti yang berkaitan Perkhidmatan B&K.30. Guru B&K boleh menggunakan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sebagai panduan dan rujukan semasa melaksanakan aktiviti bimbingan di dalam kelas ganti.Jadual Waktu31. Tempoh masa bertugas Guru B&K adalah sama seperti guru P&P. Walau bagaimana pun, jadual waktu bertugas bagi Guru B&K di sekolah perlu lebih fleksibel (flexi). Hal ini bermakna sesi bertugas seseorang Guru B&K di sekolah tidak terikat sama seperti masa bertugas guru P&P di bilik darjah. Ianya boleh disesuaikan mengikut keperluan tugas seharian Guru B&K.32. Sesi bertugas mereka hendaklah lebih fleksibel (flexi) kerana fungsi mereka termasuk aktiviti engagement bersama ibu bapa murid, agensi-agensi lain yang berkaitan termasuk dengan pemimpin-pemimpin masyarakat dan komuniti di luar sekolah di mana aktiviti tersebut hendaklah hanya untuk kepentingan dan faedah murid mereka di sekolah.Perkapita Grant (PCG) Bimbingan Kaunseling Sekolah33. PCG yang diperuntukkan kepada sekolah bagi Bimbingan dan Kaunseling hendaklah digunakan sepenuhnya untuk semua aktiviti perkhidmatan B&K yang berfokus kepada 4 bidang utama seperti di perenggan 7 (Fokus Perkhidmatan B&K).Sokongan Pentadbir Sekolah34. Pentadbir sekolah hendaklah memastikan perkhidmatan Guru B&K berfokus kepada Program Pembangunan Sahsiah dan Peningkatan Disiplin Murid. Dalam hal ini pentadbir sekolah hendaklah memastikan Guru B&K memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan serta memberi tumpuan kepada pembangunan diri murid semasa melaksanakan perkhidmatan B&K.35. Dalam masa yang sama, pihak pentadbir sekolah juga hendaklah membuat pemantauan serta memberikan maklum balas kepada Guru B&K akan keberkesanan perkhidmatan mereka.
21
22FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.VISI\"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik NegaraSejahtera\"MISI\"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti UntukMembangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara\"FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELINGBahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh Perkhidmatan Bimbinga danKaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumberdalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek,jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
23RASIONAL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DANKAUNSELING1. Usaha-usaha pencegahan peringkat awal persekolahan dapat membantu mengatasi gejala-gejala di peringkat remaja. Oleh itu mengenalpasti masalah di peringkat awal dan mencegahnya begitu perlu daripada berlarutan hingga ke sekolahmenengah.2. Kepentingan sekolah-sekolah rendah sebagai asas pembentukan masa depan murid dari segi pembangunan dan perkembangan sahsiah murid, peningkatan disiplin murid, pendidikan kerjaya murid serta psikososial dan kesejahteraan mentalmurid.3. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat memberi ruang kepada murid untuk mengenali dan membangunkan diri sendiri.4. Cabaran masa kini memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkualiti, sistematik dan berkesan.OBJEKTIF PERKHIDMATAN BIMBINGAN DANKAUNSELINGObjektif perkhidmatan B&K di sekolah adalah:-1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras perkhidmatan B&K di sekolah.2. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sebagai perkhidmatan yang selesa dan kondusif kepada murid dalam menyuarakan isi hati dan permasalahan mereka seterusnya dapat membuat keputusan yang wajar danbetul.3. Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh mendahului (win over) jangkaan tindakan-tindakan yang di luar norma sosial dalam kalangan murid-muridnya.4. Murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai dengan minat danpersonaliti mereka.PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING1. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan. Murid dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia.2. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua murid. Semua murid diberi peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang, kaum, agama atau kepercayaan.3. Semua murid mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka memerlukannya. Pada ketika tertentu seorang murid mungkin memerlukan pertolongan, sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya.
244. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan keperluan murid bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka. Program bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan individu supaya berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan dirinya.5. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk menolong murid memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan.6. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berorientasikan masa sekarang dan masadepan. Usaha-usaha bimbingan dan kaunseling adalah untuk menjadikan murid itu lebih tegas diri, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakannya sekurangkurangnya dalam jangka masa panjang.7. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menolong individu menyedari kelemahan diri dan memberi fokus kepada memperkukuhkan lagi kekuatan yang ada padanya melalui aktivitiaktiviti perkembangan dan pencegahan.8. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah tanggungjawab bersama. Dalam melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua pihak di sekolah iaitu pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru lain, ibu bapa dan murid patut bekerjasama dan saling berunding antara satu dengan lain.9. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai murid. Segala maklumat mengenai murid adalah perlu untuk membolehkan guru bimbingan dan kaunseling memahami murid secara menyeluruh supaya dapat memberi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan.10. Setiap individu berbeza dari segi gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar. Secara amnya cara belajar seseorang itu berbeza mengikut :10.1. Orientasi DeriaMelalui deria sentuhan, penghiduan, penglihatan, pendengaran danrasa.10.2. Gerak Balas (Response)Ada individu lebih selesa belajar secara bersendirian, dalam kelompok atau melalui pemerhatian sahaja.10.3. Corak PemikiranCara individu mengumpul dan memproses maklumat untuk mencapai tujuantertentu.11. Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman dalam alam persekitarannya. Misalnya seorang murid yang dibesarkan di luar bandar, akan dapat dikesan sebagai berasal dari luar bandar, demikian juga disebaliknya. Oleh itu, bimbingan dan kaunseling boleh merupakan intervensi untuk mengurangkan perbezaan,tetapi ini bergantung kepada nilai,jangka masa dan di peringkat mana khidmat itu dimulakan. Bimbingan dan kaunseling dijalankan supaya individu berkemampuan menyelesaikandiri.
2512. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal murid. Ini bermakna murid tidak boleh dilihat sebagai hanya manusia cognitif. Ia harus dilihat sebagai individu yang mempunyai perasaan, sikap, mental dan rohani. Sebarang aktiviti dan program bimbingan adalah untuk mewujudkan kesepaduan ini.13. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikanmurid.PENDEKATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING1. Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling boleh dibahagikan kepada 4 pendekatan berikut :1.1. Pendekatan PencegahanPendekatan ini berasaskan andaian bahawa satu-satu masalah itu mungkin timbul dan sebelum masalah itu meruncing, usaha dijalankan untuk menghalangnya. Misalnya, kempen dan pendidikan pencegahan AIDS dan kem waja diri.1.2. Pendekatan PerkembanganPendekatan ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti keperluan murid dialam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta akhlak yang mulia. Tugas dan perlakuan pembelajaran dikenal pasti dan dijelaskan kepada murid. Kemudian aktiviti bimbingan dirancang untuk melengkapi kurikulum akademik. Murid diberi peluang untuk belajar mengenali diri mereka dan orang lain sebelum timbul masalah dalam hidup mereka contohnya taklimat persediaan menghadapi peperiksaan dan ceramah motivasi.1.3. Pendekatan PemulihanPendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan murid mengubah perlakuan untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Misalnya murid ponteng sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri sesi kaunseling individu.1.4. Pendekatan KrisisPendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera dari guru bimbingan dan kaunseling serta pihak pentadbir sekolah. Misalnya, murid yang bergaduh di sekolah, mengalami histeria, menangis dengan tiba-tiba, cuba membunuh diri, menggunakan dadah atau yang sedang mengalami peristiwa cemas seperti kematian anggota keluarga, penceraian ibu bapa dan penderaan.
26KOD ETIKA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DANKAUNSELINGMUKADIMAH1. Kod etika ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng piawaian perlakuan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa. Kod etika ini menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhan. Ia juga merangkumi etika perlakuan yang piawai mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling SepenuhMasa.2. Kod etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan terhadap penghargaan diri, digniti dan keunikan individu termasuk hak-hak dan peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni.3. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada kesemua prinsip yang terkandung semasa Kod Etika.4. Kod Etika ini menggariskan peraturan mengenai perlakuan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawabnya.5. Kod Etika ini tidak seharusnya digunakan sebagai instrumen untuk menyekat peluang dan kebebasan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang maksima.SKOP KAUNSELING1. Perkhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang kepada klien untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan kaunseling berbeza mengikutklien.2. Skop perkhidmtan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan analisis dan penyelesaian masalah, membuat keputusan, menangani krisis, mengembangkan persefahaman kendiri, meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik dalaman atau memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan dan interaksi dengan individulain.3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa berperanan sebagai fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati martabat diri, nilai dan keupayaannya.
27KOD TATALAKU1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa selaras dengan nilai dan integriti profesion perguruan di Malaysia.2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa mestilah diawasi serta dinilai perkhidmatannya oleh Jemaah Nazir dari Jabatan Nazir Sekolah, Kementerian PendidikanMalaysia.A. Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa TerhadapKlien1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien kelompok.2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa sesi kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang dipersekitarannya.3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.4. Semasa menjalankan sesi kaunseling, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari segi kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.5. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.6. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.7. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status idealogi, kecatatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam bentuk apa sekalipun.8. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling.
289. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mencapai persetujuan (kontrak) dengan kliennya diperingkat awal sesi kaunseling mengenai batasan unsur kerahsiaan.10. Persetujuan antara Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan bersama.11. Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam keadaan bahaya, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.12. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan karib, atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang membuatpenilaian.13. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin bertukar kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang lain.14. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalani kaunseling dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang lain pada masa yang sama.15. Sekiranya mengikut pertimbangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya hendaklah merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan.16. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan sesuai untuk sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam.B. Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Terhadap Rakan Profesional1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah sentiasa meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya.2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menunjukkan sikapmenghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya.3. Guru Bimbingan dan Kunseling Sepenuh Masa bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang tidak beretika.4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan . Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.
29C. Tanggungjawab Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa terhadapMasyarakat1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana dia berkhidmat.2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksana tugasannya berlandaskan undang-undang tersebut.D. Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat.2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berusaha mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan dalam pelaksanaan polisi amalanpekerjaan.4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.5. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjelaskan bidangkepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.6. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dengan penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling khususnya mengenai unsur kerahsiaan, perbezaan antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan akauntabiliti.7. Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memberitahu kepada pihak majikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang boleh merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmatannya.8. Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara profesional oleh Jemaah Nazir Sekolah dari masa ke masa.9. Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk diri danstafnya.E. Tanggungjawab Pentadbir (Pengetua/Guru Besar)i) Terhadap Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa1. Memberi taklimat, penerangan dan bimbingan berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang baru dilantik.2. Berbincang mengenai budaya sekolah, visi dan misi sekolah serta keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang mampu memenuhi kecemerlangan sekolah keseluruhannya.
303. Berbincang dari masa ke semasa berhubung senarai tugas, bidang tugas dan program yang hendak dijalankan.4. Membantu dalam proses pembentukan konsep kendiri, keyakinan diri, personaliti dan penampilan diri guru bimbingan dan kaunseling.5. Memantau dan menilai kemampuan dan penampilan guru bimbingan dan kaunseling dari pandangan semua pihak dari masa ke semasa, dan berusahameningkatkannya.6. Memastikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa menjalankan perkhidmatannya berdasarkan Buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah dan Menengah.7. Melaporkan segera pergerakan guru bimbingan dan kaunseling ke Jabatan Pendidikan berdasarkan borang pelaporan yang diberikan. (Rujukan Rekod Laporan Pergerakan)8. Memastikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak diberi jadual waktu mengajar dan tugas lain yang boleh menjejaskan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti Penyelaras Kokurikulum, Ketua Jurulatih Permainan, Ketua Penasihat Kelab, Guru Biasiswa dan kerja-kerja perkeranian yang lain.9. Membantu peningkatan tahap profesionalisme guru bimbingan dan kaunseling.10. Menggalakkan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa menjalankan kajian bagi mengenalpasti keperluan perkhidmatan, punca masalah, strategi kecemerlangan dan data-data terkini mengenai status kes.11. Bagi sekolah yang mempunyai lebih seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa, pihak pentadbir hendaklah mengagihkan tugas berpandukan senarai tugas dalam buku panduan. Seorang ketua hendaklah dilantik dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah berkenaan berdasarkan kekananan atau senioriti.ii) Terhadap Perkhidmatan Bimbingan danKaunseling1. Membantu dan bekerjasama dalam usaha awal perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti penubuhan jawatankuasa, pemilihan bilik, kemudahan perkhidmatan lain dan perancangan program.2. Memantau buku rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekurang-kurangnya sekali seminggu seperti guru akademik lain.3. Membantu usaha mewujudkan sebuah bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif, strategik, teraputik dan memenuhi kualiti Kementerian PendidikanMalaysia.4. Memantau perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara keseluruhannya berdasarkan Instrumen Pemantauan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Sekolah Menengah dan Rendah.
315. Memberikan sokongan, kerjasama dan bantuan untuk menjalankan aktiviti program dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.6. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan secara optimum dan menyeluruh serta dapat menyumbang ke arah kesejahteraan dan kecemerlangan sekolah.7. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan senarai tugas, bidang tugas dan tidak melanggar Kod Etika KaunselingSekolah.8. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah dan Menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia.9. Memastikan peruntukan Geran Perkapita (PCG) Bimbingan dan Kaunseling digunakan sepenuhnya untuk aktiviti dan pengurusan bimbingan dan kaunseling, berasaskan peraturan kewangan sedia ada.ETIKA PENGUKURAN DAN PENILAIAN1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memberi penerangan yang lengkap mengenai ujian supaya keputusan ujian itu dapat diterima oleh klien dalam perspektif yang betul.2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berhati-hati dari segi penggunaan ujian. Ujian yang digunakan hendaklah berdasarkan kepada kelayakan dan kemahirannya dari segi pentadbiran dan interpretasi keputusan ujian dan tujuan. Kegunaan keputusan ujian hendaklah diberitahu kepada klien sebelum ujian diberi melainkan dalam kes di mana pengecualian hak eksplisit telah dipersetujui terlebih dahulu.3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memberi keterangan yang tepat apabila memberi taklimat tentang ujian dan pengukuran kepada klien (warga sekolah).4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mengawasi supaya keputusan ujian tidak disalahfaham atau disalahgunakan.PIAGAM PELANGGAN1. Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif danteraputik.2. Menerima semua klien tanpa syarat.3. Memenuhi temujanji klien.
324. Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh dan masa yang lain.5. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika danprofesional.6. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit setiap sesi individu atau kelompok.7. Menerima dan melayan klien kaunseling krisis dengan serta merta.8. Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas danbertanggungjawab.
33PENGURUSAN DAN PENTADBIRANPERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
34SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA1. Mengenalpasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid.2. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.3. Merancang, melaksana dan mengawalselia sesi bimbingan dan kaunseling individu dan kelompok, secara profesional dan beretika.4. Merancang, mengelola dan melaksana aktiviti bimbingan individu dan kelompok serta tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan murid secaraoptimum.5. Merancang, menyedia dan menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada semua murid melalui media yang sesuai.6. Merancang, mentadbir, memeriksa, merekod, menganalisis, mentafsir dan melapor Pentaksiran Psikometrik berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa.7. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid yang berkaitandengan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan, berhubung dengan Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid.9. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan, berhubung dengan Peningkatan Disiplin DiriMurid.10. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan, berhubung dengan Pendidikan Kerjaya Murid.11. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan, berhubung dengan Psikososial dan Kesejahteraan Mentalmurid.12. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program, aktiviti dan konferens dengan ibu bapa, guru, staf sokongan serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid.13. Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber serta bahan resos berkaitan PerkhidmatanBimbingan dan Kaunseling di sekolah.15. Setiausaha kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling disekolah.
3516. Penggerak utama dalam program latihan bagi meningkatkan kefahaman tentang profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.17. Membuat rujukan atau memberi khidmat kaunseling kepada murid, guru, kakitangan serta sesiapa sahaja yang memerlukan, sekiranya berlaku krisis dalam kawasan sekolah.18. Pegawai perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yangberkaitan.19. Menjalankan tugas di luar sekolah dalam bidang bimbingan dan kaunseling, sebagaimana diarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.20. Melaksana tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa kesemasa.
36BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELINGBIL FOKUS BIDANG INPUT CADANGAN KAEDAH1 PEMBANGUNAN & PERKEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURIDPembangunan Diri Keibubapaan Bimbingan AkademikKemahiran Komunikasi Perkembangan Individu Perkembangan RemajaMasa Kini & Akan DatangKemahiran Penyelesaian MasalahKepimpinanPembimbing Rakan Sebaya (PRS)Kemahiran Sosial Pengurusan DiriKemahiran Pemilihan AktivitiKeutamaan Kemahiran Belajar Pengumpulan MaklumatBelajarBimbingan Kelompok Bimbingan Individu Kaunseling Kelompok Kaunseling Individu Latihan Dalam Kumpulan BengkelCeramah Seminar Taklimat Kolokium Tutor SebayaMentor-MenteeAmalan Guru Penyayang2 PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURIDPsikososial &Kesejahteraan MentalPembangunan Diri PendidikanPencegahan Dadah/ Rokok/ Inhalan/ HIV/AIDSKeibubapaanKemahiran Pengurusan MasaKemahiran Sosial Pengurusan Diri Kemahiran Komunikasi Kemahiran Tegas Diri /Asertif Pengurusan Tekanan Kemahiran MembuatKeputusan Penyebaran Maklumat Kemahiran Analisis Kritikal Perhargaan KendiriBimbingan Kelompok Bimbingan Individu Kaunseling Kelompok Kaunseling Individu Lawatan ke rumah CeramahForum SeminarTayangan Video Pameran KolokiumTutor SebayaMentor-MenteeAmalan Guru Penyayang3 PENDIDIKAN KERJAYA MURIDKerjaya Inventori Minat Kerjaya (IMK)Inventori Tret Personaliti (ITP)Inventori NilaiPemilihan Mata Pelajaran ElektifPengumpulan Maklumat KerjayaPendedahan Maklumat Kerjaya dan Peluang Latihan KerjayaPenyebaran Maklumat Bengkel Penempatan IPTA /ILKAPentaksiran Psikometrik Bimbingan Kelompok Bimbingan Individu Bimbingan Kerjaya merentasi kurikulum dan kokurikulumLawatan Ceramah Forum SeminarTayangan Video BengkelE-Profil
37BIL FOKUS BIDANG INPUT CADANGAN KAEDAH4 PSIKOSOSIAL & KESEJAHTERAAN MURIDPsikososial &Kesejahteraan MentalUjian Tret Personaliti (ITP) Inventori PersonalitiWarna (IPW) Ujian Psikologi (MindaSihat)Dasar Warga Emas NegaraKemahiran Komunikasi Kemahiran Tegas Diri /Asertif Pengurusan Tekanan Kemahiran MembuatKeputusan Kemahiran Kerohanian Kemahiran PengawalanDiriKemahiran Aplikasi Kemahiran Sintesis Kemahiran AnalisisKritikal Perhargaan Kendiri PerkembanganKeremajaan Konsep Kendiri Program OrientasiPendidikan KekeluargaanPerkembangan SeksualBimbingan Kelompok Bimbingan Individu Latihan Dalam Kumpulan BengkelCeramah Seminar Taklimat Kolokium Tutor SebayaMentor-Mentee KursusKaunseling Keluarga Tayangan Video KuizPameran Bengkel Brosur Poster PerkongsianProgram Jati DiriAmalan Guru Penyayang
ALIRAN PERHUBUNGAN GURUSEPENUH MASA DALAMPENGETUA/SK/SMK………………PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PENOLONG KANAN HEMGURU BIMKAUN38
U BIMBINGAN DAN KAUNSELINGM ORGANISASISEKOLAH/GURUBESAR……………………………….PENOLONG KANAN KOKURIKULUMPENOLONG KANAN PETANGMBINGAN DANNSELING
39JAWATANKUASA ORGANISASIUNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAHPengetuaPenolong Kanan HEMPenolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan Kokurikulum Penolong Kanan PetangGuru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh MasaGuru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh MasaAHLI JAWATANKUASASEMUA GURU KANAN MATA PELAJARAN GURU PENYELARAS KELAS PERALIHANGURU PENDIDIKAN ISLAM / MORAL GURU PENYELARAS TINGKATAN 1KETUA GURU ASRAMA (WARDEN) GURU PENYELARAS TINGKATAN 2GURU MEDIA GURU PENYELARAS TINGKATAN 3GURU DATA GURU PENYELARAS TINGKATAN 4KETUA GURU DISIPLIN GURU PENYELARAS TINGKATAN 5GURU BIASISWA/KEBAJIKAN GURU PENYELARAS TINGKATAN 6PENGERUSITIMBALAN PENGERUSINAIB-NAIB PENGERUSISETIAUSAHABENDAHARI
49JAWATANKUASA ORGANISASIUNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAHGuru BesarPenolong Kanan HEMPenolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan Kokurikulum Penolong Kanan PetangGuru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh MasaGuru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh MasaAHLI JAWATANKUASAKETUA PANITIA GURU PENYELARAS TAHUN 1GURU PENDIDIKAN ISLAM / MORAL GURU PENYELARAS TAHUN 2GURU MEDIA GURU PENYELARAS TAHUN 3GURU DATA GURU PENYELARAS TAHUN 4KETUA GURU DISIPLIN GURU PENYELARAS TAHUN 5GURU BIASISWA/KEBAJIKAN GURU PENYELARAS TAHUN 6PENGERUSITIMBALAN PENGERUSINAIB-NAIB PENGERUSISETIAUSAHABENDAHARI
CADANGAN SASARPERKHIDMATAN BIMBINBi lPetunjuk Prestasi Sasaran Kerja Sasaran 1 MasaKuantiti Kualiti KosPERKHIDMATANBIMBINGAN DANKAUNSELINGMemberi khidmat Sesi Bimbingan KaunselingSemua murid dan ibubapa2 PEMBANGUNAN DIRIDAN PERKEMBANGAN SAHSIAHMerancang, melaksana, mengawalselia pengurusan dan aktiviti pembangunan diri murid- Bidang Pembangunan Diri Murid- BidangKeibubapaan- Bidang BimbinganAkademikSemua murid 41
RAN KERJA TAHUNAN NGAN DAN KAUNSELINGStandard Pelaksanaan SM SRMatlamat:100% murid yang dirujuk mendapat perkhidmatan kaunseling.Jenis Aktiviti: Kaunseling kelompok Kaunseling individu Bimbingan individu Bimbingan kelompok Sesi konsultasiJangkamasaPelaksanaan:Sepanjang tahun40% 40%Matlamat:Memberi input dan pendedahan pembangunan diriJangkamasaPelaksanaan:Sepanjang tahun15% 15%
Bil Petunjuk Prestasi Sasaran Kerja Sasaran 3 MasaKuantiti Kualiti KosPENINGKATANDISIPLIN DIRI MURIDMerancang, melaksana, mengawalselia pengurusan dan aktiviti pembangunan diri murid -Bidang Psikososial dan Kesejahteraan Mental-Pendidikan Pencegahan Dadah/ Rokok/ Inhalan/ HIV/ AIDS-Bidang KeibubapaanSemua murid 42
Standard Pelaksanaan SM SRMatlamat:Memberi input dan pendedahan pembangunan diriJangkamasaPelaksanaan:Sepanjang tahun15% 15%
Bil Petunjuk Prestasi Sasaran Kerja Sasaran 4 Masa Kuantiti Kualiti KosKERJAYAMerancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan murid kepada peluang pengajian dan kerjaya .Matlamat:100% murid didedahkan dengan maklumat peluang pendidikan dan kerjayaJenis Aktiviti Bimbingan kelompok Bimbingan Individu Ujian Psikometrik LawatanCeramah Forum Pameran SeminarTayangan Video Pertandingan-Media maklumat Kerjay-Buku Skrap Kerjaya-Eksplorasi Alam Kerjay-Poster kerjaya- Sketsa Kerjaya43
Standard Pelaksanaan SM SR yayaSemua murid GKSMPenolong KananPK HEMPK KOKOProfesional jemputan10% 10%
Bil Petunjuk Sasaran Kerja Sasaran 5 MasaKuantiti Kualiti KosPSIKOSOSIAL DANKESEJAHTERAAN MENTALMerancang, menyedia, mengurus, mengenalpasti, mengawalselia berkaitan dengan bidang Psikososial dan Kesejahteraan Mental termasuk Perkembangan Diri MuridMatlamat:100% murid akan didedahkan input dalambidang Psikososial, Kesihatan Mental dan Perkembangan Diri MurJenis Aktiviti :Bimbingan merentasi Kurikulum dan kokurikulPembimbing Rakan Seb(PRS)Bimbingan Kelompok Bimbingan Individu Forum, Kursus Bengkel, Seminar Kem Bina Insan / Diri Kolokium, Rehlah LawatanTayangan Video Kaunseling Keluarga Latihan dalam kumpulanAktiviti simulasi KumpulanPerkhemahan IbadahCeramah44
Standard Pelaksanaan SM SRm rid. lum baya n JangkamasaPelaksanaan:Sepanjang tahunGBKSMPegawai Kesihatan Pegawai Kebajikan MasyarakatPRS10% 10%
Bil PetunjukPrestasiSasaran Kerja Sasaran 6 MasaKuantiti Kualiti KosPENGURUSAN DANPENTADBIRANMerancang, melaksana, mengawalselia pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling-Bidang Psikososial dan Kesejahteraan Mental-Bidang Pembangunan Diri Murid-Pendidikan Pencegahan Dadah/ Rokok/ Inhalan/ HIV/ AIDS-Bidang KeibubapaanMatlamat:Memberi perkhidmkepada semua warsekolah yang memerlukan.Jenis Aktiviti : Sistem fail Sebaran Maklumat45