The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E book ini merupakan artikel penyelidikan tindakan yang memperihalkan penyelidikan tindakan dan inovasi yang dilaksanakan oleh guru-guru tingkatan 6 dari Sek. Men. Kebangsaan Syed Alwi, Kangar Perlis.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azwanlvsej, 2021-08-10 09:45:15

TINTA PENYELIDIKAN TINDAKAN TINGKATAN 6 SESI 2020 - 2021

E book ini merupakan artikel penyelidikan tindakan yang memperihalkan penyelidikan tindakan dan inovasi yang dilaksanakan oleh guru-guru tingkatan 6 dari Sek. Men. Kebangsaan Syed Alwi, Kangar Perlis.

Keywords: E book Tinta Penyelidikan Tindakan

PUSAT TINGKATAN 6
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED ALWI

KANGAR PERLIS

TINTA
PENYELIDIKAN

TINDAKAN
TINGKATAN 6
SESI 2020-2021

BERSAMA MENYUMBANG KE ARAH KECEMERLANGAN

KATA ALU-ALUAN
PENGETUA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED ALWI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru tingkatan enam
kerana telah berjaya menghasilkan “Tinta Penyelidikan Tindakan Tingkatan Enam Sesi 2020-
2021”. Penyelidikan tindakan ini amat bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk menggalakkan amalan kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga pendidik.

Penyelidikan yang dihasilkan oleh guru-guru akan memberikan banyak manfaat bukan
sahaja kepada golongan guru tetapi pada masa yang sama dapat memberi impak yang besar
terhadap proses pembelajaran murid khususnya. Penyelidikan juga dapat digunakan untuk
meningkatkan prestasi kerja, berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dengan rakan
sejawat. Selain itu, penyelidikan tindakan ini turut menggalakkan guru-guru membudayakan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan menghasilkan pelbagai inovasi di sekolah ke arah
meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum serta kemenjadian murid.

Penyelidikan tindakan dapat membantu meningkatkan tahap profesionalisme guru kerana
sebagai penyelidik ia dapat memberikan semangat dan minat baru untuk mengenal pasti kaedah
pengajaran baru. Oleh itu, guru-guru akan dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran
berdasarkan penemuan daripada penyelidikan tindakan. Guru juga akan menjadi lebih terbuka
kepada perubahan, lebih reflektif dan lebih beraklumat. Sehubungan dengan itu, penglibatan guru
dalam penyelidikan tindakan akan memberikan impak yang positif kepada guru-guru.

Oleh itu, diharapkan “Tinta Penyelidikan Tindakan Tingkatan Enam Sesi 2020-2021”
dapat menjadi salah satu sumber rujukan kepada guru-guru dalam memartabatkan profesion
keguruan. Syabas dan tahniah kepada semua guru yang terlibat dalam penyelidikan dan
penerbitan tinta ini. Semoga usaha ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

GHAZALI BIN AHMAD, PMP, PJK.
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi,
01000 Kangar, Perlis.

i

KATA PENGANTAR
PENOLONG KANAN PUSAT TINGKATAN 6
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED ALWI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, akhirnya Tinta Penyelidikan Tindakan Enam Sesi 2020/2021 dapat disiapkan
dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh semua tenaga pengajar Tingkatan Enam SMK. Syed
Alwi . Pendidikan Tingkatan Enam bertanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang mampu
menghayati budaya inovasi dan mempunyai ciri-ciri kebolehpasaran baik di peringkat nasional
mahupun di peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini, strategi pengajaran dan pembelajaran
perlu berubah sejajar dengan tuntutan semasa.

Oleh itu diharapkan ppenerbitan “Tinta Penyelidikan Tindakan Enam Sesi 2020/2021 ini
sebagai satu perkongsian dan percambahan ilmu yang berkaitan dengan pendekatan, kaedah
dan teknik yang sesuai dan berkesan untuk diamalkan. Amalan terbaik dalam kaedah pengajaran
dan pembelajaran perlu memberikan fokus dan impak yang besar di dalam bilik darjah selaras
dengan aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Pengalaman dan perkongsian yang bermakna dalam jurnal ini diharap dapat meningkatkan kualiti
professional keguruan Tingkatan Enam sekaligus dapat melahirkan pelajar yang
berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi dan berkebolehan memimpin.
Perkara seumpama ini akan dapat memaksimumkan keberhasilan murid untuk mencapai anjakan
ke 10 dalam PPIM.

Saya yakin bahawa matlamat dan objektif penerbitan penyelidikan ini dapat dicapai,
seterusnya memberi impak kepada semua warga pendidik Tingkatan Enam untuk menjayakan
transformasi Pendidikan negara.Harapan saya agar usaha-usaha seumpama ini akan
berkesinambungan sebagai pemangkin terhadap usaha -usaha melestarikan system Pendidikan
di negara ini.

Akhir kata sekali lagi saya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua
tenaga pengajar Tingkatan Enam atas inisiatif menerbitkan “Tinta Penyelidikan Tindakan Enam
Sesi 2020/2021 . Semoga pengorbanan dan usaha tersebut akan diberkati oleh Allah s.w.t.

NOOR HAIMI BT HUSAIN
Penolong Kanan Tingkatan Enam
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi,
01000 Kangar, Perlis.

ii

TINTA PENYELIDIKAN TINGKATAN 6

KANDUNGAN
Bil Tajuk Mukasurat

1 Keberkesanan Pembelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif 1-9
Menggunakan Teknik Pengurusan Grafik (Membuat Kategori)
Meznah Binti Mat Kasa

2 Penggunaan Teknik Quizizz Dalam Meningkatkan Pemahaman 10 - 17
Dalam Tajuk Morfologi - Bahasa Melayu Semester 3
Che Bahagia binti Mat Arshad

3 Meningkatkan Kemahiran Mengingat Fakta Melalui Pendekatan Nyanyian 18 - 28
Sejarah
Latipah Binti Ibrahim

4 Meningkatkan Kefahaman Murid Terhadap Golongan Kata Menggunakan 29 - 35
“Peta 3k” Kepada 19 Murid-Murid 6a4 36 - 49
Hasliza Binti Abu Yazit

5 “ Mcyt “ Kaedah Mengingat Fakta Wang, Bank Dan Dasar Kewangan
Untuk Pelajar 6a1 Di Smk Syed Alwi.
Hayati Binti Ariffin

6 Nota Pintar Meningkatkan Kemahiran Taakulan Dan Komunikasi Pelajar 50 - 61
Dalam Mata Pelajaran Sejarah
Azwan Bin Ahmad

7 Penggunaan Teknik Singkatan BALAS Dan BADAM Untuk Meningkatkan 62 - 65
Penguasaan Pelajar Melukis Gambar Rajah Bayu Laut dan Bayu Darat
Sabri Bin Mat Alim

8 Meningkatkan Kemahiran Mengarang / Mengolah Isi dengan 66 - 71
menggunakan Teknik BORPIKA Bahasa Melayu STPM 72 - 75
Rozita Binti Sulaiman

9 Kemahiran Menulis Karangan Pengajian Am Dengan Teknik “ Port
Station ”
Rosmawati bt Kassim @ Ramli

10 Meningkatkan Penguasaan Konsep Kesan Pencukaian dan Subsidi 76 - 80

Terhadap Harga, Kuantiti Keseimbangan, Alihan Keluk dan Fungsi
Persamaan melalui Kaedah “CERMIN”

Ooi Siew Chuan

11 Penggunaan Kad Imbasan (Flash Card) dan Rajah Bertingkat dalam 81 - 87
Penulisan Esai Sastera dan Pembangunan.
Azlina Binti Mat

iii

12 Think, Pair and Share (TiPS) 88 - 93
Norhani Shahnaz Binti Md. Hashim

13 Meningkatkan Kemahiran Pelajar Melukis Dengan Mengaplikasikan 94 - 100
Media Kering Bagi Pelajar Tingkatan 6 Atas 5
Jaranah Binti Yusop

14 Tubi Masa Graf Dan Carta 101 - 109
Mariyah Binti Din

15 Meningkatkan Kemahiran Kenalpasti Kehendak Soalan Dan Mengambil 110 - 116
Data Melalui Kaedah Selesai 10 Minit Bagi Kelas 6a3 Smk Syed Alwi.
Roslina Binti Mat Ariff

16 Meningkatkan Kemahiran Menghurai Nilai Estetika Puisi Tradisional 117 - 121
Kesusasteraan Melayu Komunikatif Stpm Menggunakan Teknik Kolaj
Puisi Pelajar 6B6 2020.
Zaiton Binti Mat Din @ Mat Lazim

17 Meningkatkan Pemahaman Pelajar Tentang Ayat Aktif Transitif Dan Ayat 122 - 127
Aktif Tak Transitif
Mon Tha A/P Prak Prom Keu

18 Penggunaan Internet Dalam Pdpc Untuk Mencari Maklumat Berkaitan 128 - 134
Sejarah Islam Bagi Pelajar Tingkatan 6 Atas 7 (6a 7), Smk Syed Alwi
2020
Nazihah Binti Abd Rais

19 Membina Graf Ingatan Golongan Kata Dalam Bahasa Melayu 135 - 142
Roslyza Binti Abd Ruahim

20 Penggunaan Jadual Bermaklumat Untuk Meningkatkan Kemahiran 143 - 146
Menghurai di kalangan Pelajar Geografi
Wan Saleha Binti Wan Ismail

21 Meningkatkan Daya Mengingat Topik Morfologi Menggunakan Peta 147 - 153
Minda Bagi Pelajar 6A7
Zalina Binti Che Omar

22 Meningkatkan Bahagian Alih Bentuk Komunikasi Pengajian Am 154 - 163
Melalui Program Katakan Tidak Pada 10/11 Bagi Kelas 6 A1
Noor Haimi Binti Husain

23 Kajian tentang Kelemahan Membezakan Penggunaan Kata Kerja dalam 164 - 171

Latihan dan Karangan bagi Pelajar Tingkatan 6 dengan Teknik
Pembelajaran Efektif – OBO dan LO TAK LO

Chuah Lee Ling

iv

24 Keberkesanan Penggunaan Peta Diplomatik KUSEK dalam 172 - 178
Meningkatkan Kefahaman dan Daya Ingatan Pelajar untuk Topik
Hubungan Diplomatik Zaman Nabi Muhammad SAW. 179 - 186
Norzuraini Binti Abdul Mutalib 187 - 196
197 - 205
25 Kajian Meningkatkan Kemahiran Mengingat Fakta Menggunakan Peta 206 - 213
Konsep Bagi Bab 1 Pelajar 6B2 Pengajian Perniagaan 2020 214 - 218
Hanita Binti Hassan
219 - 224
26 Meningkatkan Kemahiran Memplot Graf Garis Dan Graf Bar Melalui 225 - 228
Penggunaan Kotak Kecil Bagi Pelajar Tingkatan 6 Atas 2
Muhammad Abdul Hafidz Bin Mohd Zain

27 Using Cooperative Learning To Improve Listening Skill In English
Language Among Form 6A6 Muet Students
Hairil Anuar Abdul Hamid

28 Improving Reading Comprehension Through Extensive Reading Activity :
A Classroom Action Research for The Upper Sixth Formers of SMK Syed
Alwi, Kayang, Kangar, Perlis
Asriyah Binti Abidin

29 How To Improve Students’ Writing In Muet Paper (800/4) Using
Guided Essays
Sharida binti Shafie

30 Keberkesanan Teknik Sumbang Saran Dalam Membantu Pelajar
Mengatasi Masalah Komunikasi Untuk Mata Pelajaran Pengajian Am
Farah Hanim Binti Abu Bakar

31 Garisan Dan Jalinan Dalam Penerapan Kreativiti
Madishah bin Isa

32 Pembelajaran Latih Tubi Meningkatkan Kefahaman Pelajar Untuk 229 - 233
Menguasai Topik Kerjasama Serantau 234 - 240
Ahmad Nazri Bin Ismail

33 Kaedah Dan Teknik “Glazing Dan Scumbling Warna (Ktgs)” Bagi Catan
Kerja Kursus Kertas 3 Stpm Di Kalangan Pelajar Tingkatan Enam Atas 7
Semester 3 2020 Seni Visual Smk Syed Alwi Kangar Perlis.
Mansor Bin Mahmud

v

Keberkesanan Pembelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif
Menggunakan Teknik Pengurusan Grafik (Membuat Kategori)

Meznah Binti Mat Kasa
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi

01000 Kangar Perlis

Abstrak

Aspek penghayatan karya perlu dikuasai oleh pelajar bagi membolehkan mereka membincangakan
jawapan di dalam peperiksaan dengan lebih baik dan berkesan.Aspek ini sepatutnya dikuasai semasa
di peringkat menengah rendah lagi. Kegagalan mereka untuk menghayati prosa tradisional
menyebabkan mereka gagal menyatakan fakta, menghurai dan memberi contoh yang relevan
sekaligus mereka gagal memenuhi syarat untuk mendapat markah yang sepatutnya
diperuntukkan.Bertitik tolak dari masalah itu, kajian telah dilakukan dengan menggunakan kaedah
Penyelidikan Tindakan yang bertujuan untuk mengubah amalan guru terhadap aspek penghayatan teks
kepada kaedah yang lebih baik. Antara objektif kajian ini ialah mengenalpasti daerah kelemahan pelajar
dalam memahami prosa tradisional, memastikan pelajar dapat menghayati teks prosa tradisional dan
mengenalpasti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu pelajar-pelajar
menghayati prosa tradisional. Kaedah Pengurusan Grafik(Membuat Kategori) digunakan untuk
mencapai objektif ini.Kajian ini dilakukan terhadap 8 orang pelajar 6 Bawah 5 dan 6 Bawah 3, Pusat
Tingkatan 6 (Mod 2), SMK Syed Alwi, Kayang, Perlis (SMKSAK). Sebelum perancangan untuk tindakan
dilakukan, satu tinjauan telah dibuat berasaskan analisis markah Ujian Pra yang telah dilakukan, begitu
juga pemerhatian terhadap tingkah laku pelajar subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif, bertujuan
untuk memahami situasi pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.Hasil tinjauan ini satu model yang
menunjukkan hubungan antara pengajaran guru dan pembelajaran pelajar telah dibentuk.Daripada
model ini, perancangan untuk tindakan telah dibina dengan membuat pengajaran langsung melibatkan
aspek daerah kelemahan pelajar.Hasil pelaksanaan perancangan ini, terdapat peningkatan
pencapaian pelajar dalam menghayati teks prosa tradisional. Hasil dapatan menunjukkan seratus
peratus sasaran kajian dapat meningkatkan prestasi mereka di dalam Ujian Pasca dalam ruang lingkup
markah 15 hingga 25. Oleh itu adalah dicadangkan guru haruslah mengubah amalan pengajaran dan
pembelajaran mereka yang berorientasikan peperiksaan kepada yang lebih menarik dan kreatif seperti
pembelajaran kolaboratif dan menggunakan pengurusan grafik dalam pembelajaran abad ke 21
misalnya secara terancang dan berkesan. Mungkin kajian lain boleh dilakukan menggunakan karya lain
yang lebih mencabar seperti karya Drama Asiah Samiah menggunakan teknik yang sama atau pun
karya yang sama iaitu Hikayat Hang Tuah tetapi menggunakan teknik yang lain pulak.

1.0 PENGENALAN

Penyelidikan ini dilaksanakan di Pusat Tingkatan 6 (Mod 2), Sekolah Menengah Kebangsaan
Syed Alwi, Kayang, Perlis. Penyelidikan ini bertujuan meningkatkan mutu amalan Pengajaran
dan Pembelajaran bagi subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif STPM. Melalui
penyelidikan ini juga diharapkan prestasi akademik subjek Kesusasteraan Melayu
Komunikatif dapat diperbaiki dan dipertingkatkan. Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu
Komunikatif terbahagi kepada tiga penggal. Penggal 1 merupakan Penghayatan Teks,
penggal 2 merupakan Pembangunan dan penggal ketiga merupakan Penulisan Kreatif,

1

Pengurusan dan Multimedia. Ketiga-tiga penggal mempunyai wajaran yang sama iaitu
26.67%. Manakala kertas 4 merupakan Kerja Kursus dan wajarannya ialah 20%.

2.0 PERNYATAAN MASALAH
Kesusasteraan Melayu Komunikatif hanyalah subjek pilihan sahaja di dalam pakej mata
pelajaran tingkatan 6. Pelajar-pelajar yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu
Komunikatif juga mempunyai latar belakang yang prestasinya sederhana dan rendah di dalam
Sijil Pelajaran Malaysia.. Malah mereka juga tidak berminat untuk membaca. Selain daripada
itu, pengkaji juga mendapati pelajar yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu
Komunikatif tidak mempunyai pengalaman belajar Kesusasteraan Melayu semasa peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia.

3.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian adalah untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar tingkatan 6 Bawah 5 dan 6
Bawah 3 yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif khususnya
penghayatan bahagian prosa tradisional.

3.1 OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengenalpasti punca kelemahan pelajar memahami prosa tradisional
ii. Memastikan pelajar dapat menghayati teks prosa tradisional
iii. Mengenalpasti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang boleh membantu
pelajar-pelajar menghayati teks prosa tradisional

3.2 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian ini merangkumi 8 orang pelajar tingkatan 6 Bawah 5 dan 6 Bawah
3, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada seorang
pelajar lelaki dan tujuh orang pelajar perempuan.

2

4.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN
Reka Bentuk Penyelidikan

Membuat tinjauan terhadap daerah
kelemahan pelajar dalam menghayati

teks prosa tradisional

Membuat refleksi keberkesanan Merancang untuk meningkatkan
tindakan yang diambil keupayaan pelajar menghayati prosa

tradisional

Mengumpul data-data dan
menganalisis data

Melaksanakan tindakan mengikut
perancangan

5.0 PERANCANGAN AKTIVITI
5.1 TINJAUAN AWAL
Kebanyakan pelajar tingkatan 6 yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu adalah
pelajar yang sederhana dan lemah pencapaian di dalam peperiksaan SPM. Kebanyakan
daripada mereka boleh mengarang dengan baik tetapi tidak dapat menjawab soalan kerana
gagal menghayati teks wajib khususnya prosa tradisional. Kebanyakan mereka tidak pernah
belajar sastera semasa di tingkatan 4 dan 5..Oleh itu satu ujian pra telah dilakukan. Hasilnya
seperti berikut:

3

Jadual 1 PRA
Prestasi Pelajar Sasaran dalam Ujian Pra 7/25
12/25
Bil Nama 8/25
1 ANIS IDAWIYAH BINTI AZIZI 6/25
2 CHE NUR FARAH JIHAN BINTI CHE SHAIMI 6/25
3 NUR ANIS FARISHA BINTI DESA @YAHAYA 8/25
4 NUR DYARA BINTI DASIMUN 6/25
5 NUR IZZAH ATIRAH BINTI KHAIRI 1/25
6 NUR SYAMIMI AQILAH BINTI AHMAD ASRI
7 NURZULAIKA BINTI MOHD SHUKRI
8 MUHD JAMNUR BIN
Markah keseluruhan : 25 markah

Analisis keputusan ujian pra menunjukkan 100% pelajar mendapat markah kurang daripada
15 markah. Keadaan ini bermakna kumpulan sasaran ini lemah dalam aspek memahami teks
prosa tradisional, khususnya watak dan perwatakan. Dapatan dari analisis ini sangat
merisaukan pengkaji.

Berdasarkan penelitian, kelemahan utama pelajar ialah

i. Tidak dapat menyatakan perwatakan yang tersurat dan tersirat
ii. Tidak dapat menghurai contoh

5.2 REFLEKSI PELAJAR
Pelajar-pelajar telah diminta oleh pengkaji untuk membuat refleksi diri selepas ujian pra.
Refleksi pelajar menunjukkan mereka berasa sedih, bimbang, terperanjat, takut dan panik
dengan markah yang mereka dapat kerana menunjukkan mereka tidak dapat menjawab
soalan-soalan dalam ujian. Pelajar dapat mengenalpasti kegagalan mereka adalah
disebabkan oleh faktor-faktor seperti berikut :

i. Tidak memahami apa yang dibaca
ii. Tidak berminat dengan teks
iii. Masih terpengaruh dengan teknik menjawab Kesusasteraan Melayu SPM

Seterusnya satu kaedah telah dipilih bagi mengatasi masalah ini iaitu teknik Pengurusan
Grafik. Pengurusan membawa erti perihal mengurus dan mentadbir sesuatu yang berkaitan
tanggungjawab dan selok-belok kerja.(Kamus Dewan:1529) Manakala grafik pula bererti

4

maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan,gambar rajah, simbol danseumpamanya
untuk menyatakan atau menyampaikan idea. Selain itu juga, grafik adalah lukisan-lukisan pada susunan
halaman dalam majalah (buku, surat khabar dan sebagainya). (Kamus Dewan: 413).
Pengurusan grafik merupakan alat yang boleh membantu kita dalam mentadbir maklumat yang kita terima
dan dapat diolah ke dalam bentuk visual yang lebih menarik. Ia merupakan suatu bentuk ilustrasi atau lakaran
yang digunakan sama ada untuk merancang, mengurus,meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu
idea, pemikiran dengan lebih sistematik, jelas dan berkesan. Grafik merupakan sebuah lukisan,
pencetakan, gambar atau huruf dengan menggunakan pelbagai media samada secara manual atau
teknik komputer.
Teknik ini dapat menampakkan atau menvisualkan sesuatu imaginasi seseorang pada skrin
komputer.Pengurusan grafik yang dipilih oleh pengkaji ialah pengurusan grafik Membuat Kategori. Dengan
berpandukan pengurusan grafik ini pelajar akan dapat membuat analisis dan klasifikasi serta
menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau item untuk menunjukkan hubung kait antara objek-
objek dalam kelas yang sama. Contoh pengurusan grafik Membuat Kategori :

Sebagai kesimpulannya, teknik ini dapat menarik minat pelajar pada sastera prosa tradisional

5

5.3 DRAF PERANCANGAN TINDAKAN/PELAKSANAAN

Bil Tindakan Refleksi

1 Menganalisis karya yang sesuai Memilih cerita ‘Hikayat Hang
Tuah ke Benua Keling’ yang
2 Pelajar membaca teks di dalam kelas relevan dengan fokus kajian
3 Pelajar diterangkan oleh guru tentang Ujian Pra

teknik pdp yang berpandukan Ujian Pasca
‘Pengurusan Grafik Membuat Kategori’
Pelajar diedarkan boring kosong
Pengurusan Grafik Membuat Grafik
Pelaksanaan aktiviti

6.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
Pelaksanaan bermula pada 9 September 2020 (Rabu). Kelas yang terlibat adalah tingkatan 6
Bawah 5 dan 6 Bawah 3. Melibatkan 8 orang pelajar.Pada tahap ini guru menganalisis latar
belakang prestasi dan pengetahuan sedia ada pelajar. Hasilnya sangat merisaukan guru.
Akhirnya guru membuat keputusan melaksanakan satu kajian tindakan.
Seterusnya, guru menganalisis bahan yang merupakan teks wajib. Sebuah karya prosa
tradisional telah dipilih iaitu cerita ‘Hikayat Hang Tuah Ke Benua Keling’.Aspek yang akan
diuji adalah aspek watak dan perwatakan.

Pada 9 September 2020, guru telah meminta pelajar membaca cerita pilihan secara bergilir-
gilir hingga selesai. Satu ujian pra telah dilaksanakan bagi menguji kefahaman pelajar
terhadap cerita yang diuji. Proses ini mengambil masa selama 3 waktu ( 120 minit ). Hasilnya
telah dianalisis seperti di dalam jadual 1.

Dalam langkah seterusnya iaitu pada 10 September 2020, pada bahagian set induksi, guru
telah memberikan gambaran awal tentang pelaksanaan teknik ‘Pengurusan Grafik memberi
kategori’ kepada pelajar sebagai satu langkah tindakan dalam kajian tindakan ini. Langkah ini
menggunakan 3 waktu pembelajaran ( 120 minit ). Gambaran masa juga diberikan oleh guru
iaitu:

i.Set induksi 5 minit,
ii.Aktiviti 30 minit
ii.Penutup aktiviti 10 minit
iii.Ujian Pasca 30 minit
iv.Refleksi 5 minit.

6

Pelajar diberi borang pengurusan grafik untuk diisi berkaitan perwatakan. Pada bahagian
aktiviti ini pelajar melengkapkan borang tersebut. Pelajar melaporkan tugasan mereka pada
bahagian penutup. Di sini berlaku sessi soal jawab guru dan pelajar. Selesai aktiviti, pelajar
telah diberikan satu ujian semula yang dipanggil ujian Pasca (selepas aktiviti) untuk melihat
perbezaan kefahaman pelajar terhadap teks prosa tradisional tersebut.

7.0 PENGUMPULAN DATA
Instrumen pengumpulan data dalam penyelidikan ini dilakukan sendiri oleh penyelidik
berdasarkan pembacaan dan perbincangan. Dua teknik pengumpulan data telah dipilih oleh
penyelidik untuk mengumpulkan data iaitu teknik ujian dan teknik pemerhatian.

i. Teknik Ujian
Untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang keupayaan pelajar dalam
penguasaan aspek watak dan perwatakan di dalam cerita yang dipilih.Satu ujian
bertulis telah dilakukan selepas mereka membaca teks di dalam kelas. Soalan
dibina sendiri oleh guru dan dengan kawalan guru. Semua ujian tersebut telah
disemak dan direkodkan oleh guru sebagai penyelidik.

ii. Teknik Pemerhatian
Teknik pemerhatian digunakan untuk mendalami masalah pelajar dalam
memahami teks. Pemerhatian dibuat ke atas pelajar semasa pengajaran dan
pembelajaran untuk melihat perubahan tingkah laku dalam menguasai cerita.
Tujuan pemerhatian adalah untuk mengumpul data, meneliti situasi kajian dan
mendapatkan kebolehpercayaan aktiviti yang dilaksanakan.

8.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Berdasarkan jadual 1, hasil dapatan jelas menunjukkan sebanyak 8 orang pelajar ( 100 %)
daripada subjek kajian tidak mendapat markah melebihi 10 markah. Penyelidik prihatin akan
hal ini dan mengambil tindakan untuk meningkatkan lagi prestasi subjek kajian dan mengatasi
daerah kelemahan mereka dalam memahami teks prosa tradisional dan menjawab soalan
dengan menjalankan aktiviti menggunakan teknik ‘Pengurusan grafik Membuat Kategori’
Hasilnya adalah seperti berikut:

7

Jadual 2
Perbandingan Prestasi Pelajar Dalam Ujian Pra dan Pasca

BIL NAMA PRA PASCA

1 ANIS IDAWIYAH BINTI AZIZI 7/25 19/25
2 CHE NUR FARAH JIHAN BINTI CHE SHAIMI 12/25 18/25
3 NUR ANIS FARISHA BINTI DESA @YAHAYA 8/25 13/25
4 NUR DYARA BINTI DASIMUN 6/25 15/25
5 NUR IZZAH ATIRAH BINTI KHAIRI 6/25 18/25
6 NUR SYAMIMI AQILAH BINTI AHMAD ASRI 8/25 10/25
7 NURZULAIKA BINTI MOHD SHUKRI 6/25 10/25
8 MUHD JAMNUR BIN 1/25 6/25
Markah keseluruhan : 25 markah
Sumber : Rekod penyelidik

Berdasarkan ujian Pasca itu, penguasaan pelajar dapat dipertingkat dan diperbaiki.Semua
pelajar seramai 7 orang telah mendapat markah melebihi 10 markah. Merupakan satu
peningkatan yang sangat baik dan memberangsangkan.

9.0 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN KESAN KAJIAN
Untuk mengkaji prestasi pelajar dalam menguasai dan menghayati karya sastera prosa
tradisional, pengkaji telah menjalankan dua ujian, iaitu ujian Pra dan ujian Pasca.Hasil kajian
menunjukkan terdapat peningkatan dari aspek penguasaan pelajar sekaligus meningkatkan
prestasi pemarkahan pelajar. Peningkatan seratus peratus dapat dilihat dalam ruang lingkup
markah 15 hingga 25 dalam ujian Pasca

Semasa menjalankan kajian terdapat kekangan yang dihadapi oleh pengkaji. Antaranya
kehadiran pelajar yang tidak tekal yang menjejaskan amalan pengajaran dan pembelajaran
guru serta masalah semasa menjalankan ujian apabila ada pelajar yang tidak hadir dan
terpaksa digugurkan penyertaan mereka di dalam kajian.

Kesan kajian ini telah dapat mengubah anggapan bahawa pelajar lemah dalam menghayati
karya sebaliknya prestasi mereka sangat positif apabila dilaksanakan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan teknik kerusi pengurusan grafik membuat kategori. Oleh itu
adalah dicadangkan guru haruslah mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran mereka
yang berorientasikan peperiksaan kepada yang lebih menarik dan kreatif seperti
pembelajaran kolaboratif dan menggunakan pengurusan grafik dalam pembelajaran abad ke

8

21 misalnya secara terancang dan berkesan. Mungkin kajian lain boleh dilakukan
menggunakan karya lain yang lebih mencabar seperti karya Drama Asiah Samiah
menggunakan teknik yang sama atau pun karya yang sama iaitu Hikayat Hang Tuah tetapi
menggunakan teknik yang lain pulak.Malah kajian yang dilakukan akan menjadi titik
permulaan kepada perubahan amalan guru dan menjadi rujukan kepada rakan-rakan pengkaji
yang mengajar Kesusasteraan Melayu Komunikatif di sekolah yang sama.
10.0 RUMUSAN
Penyelidikan tindakan ini telah berjaya membantu guru mengatasi masalah prestasi pelajar
yang lemah di dalam prosa tradisional. Ini meningkatkan motivasi pengkaji untuk meneruskan
kajian pada gelung kedua untuk melihat perkembangan pelajar seterusnya.Kemungkinan
beberapa perubahan perlu dijalankan dalam sesi tindakan pembaikan dalam gelung kedua
selaras dengan prestasi pelajar.

BIBLIOGRAFI
Kamus Dewan(Edisi Ketiga),1994, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Permata Sastera Melayu, Penyelenggara Majlis Peperiksaan Malaysia,Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.(2020)
http://kemahiranbelajar1999.blogspot.com/2017/10/pengurusan-grafik-pengenalan-

pengurusan_2.html

9

Penggunaan Teknik Quizizz Dalam Meningkatkan Pemahaman
Dalam Tajuk Morfologi - Bahasa Melayu Semester 3

Che Bahagia binti Mat Arshad
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi

01000 Kangar Perlis

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan teknik Quizizz (Class Quiz Games) dalam meningkatkan
penguasaan fakta dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Semester 2. Ia juga diadakan untuk mengenal
pasti peningkatan prestasi pencapaian pelajar dalam ujian dan peperiksaan. Kajian tindakan ini
dijalankan secara kuantitatif dan kualitatif dengan sampel kajian terdiri daripada 13 orang pelajar.
Pengajaran menggunakan teknik Quizizz telah dijalankan sepanjang Semester 2, iaitu dari bulan
Februari hingga April. Sebanyak dua ujian dijalankan untuk melihat peningkatan prestasi pelajar
dengan menggunakan teknik tersebut. Pengkaji juga menggunakan dapatan daripada sistem pesanan
ringkas (SMS) untuk mengetahui tahap pengetahuan dan pemahaman pelajar. Analisis data dilakukan
dengan menggunakan peratusan. Keseluruhannya, hasil dapatan menunjukkan penggunaan teknik
Quizizz ini telah meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang empat subtajuk yang
terdapat dalam tajuk Morfologi. Hasil daripada penguasaan fakta dengan berkesan ini, ia telah
menyebabkan sebahagian besar pelajar aktif semasa sesi soal jawab di dalam kelas. Mereka mampu
menyatakan jawapan yang tepat berserta dengan ulasan yang munasabah bagi setiap distraktor
(pengganggu).

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.

Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran elektif di peringkat Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM). Sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang baru telah
diperkenalkan mulai tahun 2012 bagi menggantikan sukatan pelajaran lama yang digunakan
sejak tahun 2000. Melalui sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang
baharu, pengajian di tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga semester dan pelajar akan
menduduki peperiksaan pada setiap akhir semester. Pada Semester 2, para pelajar akan
mempelajari empat subtopik, iaitu Definisi Bidang Morfologi, Bentuk Kata, Golongan Kata, dan
Proses Pembentukan Kata.

Pada Semester 2 ini, pelajar mesti mengetahui, memahami, dan mengingati tiga aspek
utama dalam pembelajaran, iaitu konsep atau definisi, ciri-ciri, dan contoh yang sesuai atau
tepat. Oleh itu, semua pelajar sewajarnya menguasai ketiga-tiga komponen tersebut dengan
cekap dan berkesan. Hal ini disebabkan terdapat beberapa soalan berkaitan dengan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Jika pelajar tidak menguasai keempat-
empat subtopik itu, sukarlah untuk mereka memperoleh markah penuh. Guru Bahasa Melayu
perlulah kreatif untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif agar
pelajar mudah memahami setiap subtopik.

Kelemahan dalam mengingati fakta dan menulisnya dengan tepat, terutamanya pada
soalan struktur merupakan masalah yang kerap dihadapi oleh pelajar. Biasanya, mereka tidak

10

dapat membezakan bentuk kata kata dengan golongan kata. Keadaan ini menyebabkan
prestasi pencapaian mereka dalam ujian dan peperiksaan kurang memuaskan kerana 7 orang
(54%) memperoleh markah di bawah 40%. Faktor utamanya ialah mereka kurang membaca
dan malas membuat nota ringkas dan mereka peta minda atau peta i-think untuk
memudahkan pemahaman dalam setiap subtopik.

Di samping itu, pelajar terlalu bergantung kepada guru untuk mendapatkan pelbagai
bahan sekali gus enggan bertanyakan guru jika tidak memahami sesuatu tajuk atau topik.
Keadaan ini telah mengakibatkan pelajar tidak mampu berfikir dengan kreatif apabila terdapat
soalan peperiksaan berkaitan dengannya. Yang paling mendukacitakan ialah ada antara
mereka sanggup membiarkan kertas soalan kosong tanpa jawapan!

Oleh itu, saya telah memilih teknik Quizizz (Class Quiz Games) untuk menarik minat
dan membantu pelajar dalam menguasai tajuk Morfologi. Ia juga dapat mengelakkan
perasaan bosan apabila para pelajar asyik melihat buku teks dan bahan latihan sahaja.

2.0 FOKUS KAJIAN

Isu utama pelajar saya ialah mereka kurang minat membaca dan bersikap pasif dalam aktiviti
soal jawab. Kebanyakannya mengharapkan rakan-rakan yang lebih pandai untuk memberikan
idea atau jawapan. Ada antaranya mengakui bahawa mereka sebenarnya tidak membaca
buku atau tidak membuat ulang kaji pelajaran di rumah. Oleh sebab itu, prestasi mereka agak
rendah dalam ujian dan peperiksaan.

Melalui pemerhatian awal terhadap pelajar, saya mendapati mereka memang
memberikan komitmen yang baik dan menumpukan perhatian pada pengajaran dan
pembelajaran guru di dalam kelas. Malangnya, mereka masih tidak mampu menghafal atau
mengingati konsep dan beberapa ciri penting dengan lengkap. Hal ini tidak menghairankan
kerana kebolehan mengingati fakta dalam kalangan mereka adalah terhad. Jadi, apabila
disoal tentang sebab distraktor jawapan (pengganggu) tidak tepat atau bukan jawapannya,
mereka kerap terpinga-pinga dan tidak mampu memberikan alasannya. Pelajar yang
mempunyai daya ingatan atau hafalan yang kuat sahaja mampu memberikan alasan dengan
mudah dan cepat.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang konsep atau definisi,
ciri, dan contoh dengan menggunakan teknik Quizizz (Class Quiz Games).

11

3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Meningkatkan peratus lulus cemerlang dalam peperiksaan Semester 2
3.2.3 Menguasai kaedah menjawab soalan dengan tepat dalam peperiksaan
3.2.3 Meningkatkan prestasi keputusan pelajar lemah dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu STPM secara keseluruhannya

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian tindakan ini melibatkan 13 orang pelajar 6A6 Semester 2 STPM, SMK Syed Alwi,
Kangar, Perlis. Mereka terdiri daripada 7 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Cara mengumpul maklumat / tinjauan masalah
Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap
masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami masalah tersebut dengan
lebih mendalam lagi. Tinjauan dilakukan dengan menggunakan reka bentuk kajian
pendekatan kuantitatif, iaitu menggunakan instrumen praujian dan pascaujian. Instrumen ini
digunakan untuk mengenal pasti peningkatan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu Semester 2.

Pendekatan kualitatif juga digunakan, iaitu instrumen khidmat pesanan ringkas (SMS)
untuk mendapatkan maklum balas tentang tahap pengetahuan dan pemahaman pelajar
semasa dan setelah teknik Quizizz digunakan. SMS ini mengandungi pernyataan tentang
kelemahan dan kekuatan teknik tersebut terhadap pelajar.

Praujian turut diadakan yang merangkumi empat subtopik dalam tajuk Morfologi
Semester 2. Mereka dikehendaki menjawab semua soalan berbentuk objektif dan struktur
dalam masa satu jam 30 minit.

Pengkaji membuat analisis markah keputusan Praujian tersebut berdasarkan tajuk
Morfologi sahaja. Berdasarkan Jadual 1, seramai tiga orang pelajar sahaja telah lulus,
sementara 10 orang pelajar lagi gagal dalam ujian ini.

Jadual 1: Rumusan Analisis Keputusan Praujian Tingkatan 6 Atas 6

Bil. Pelajar Gred

1 Pelajar 1 C-
2 Pelajar 2 D+
3 Pelajar 3 C
4 Pelajar 4 B-

12

5 Pelajar 5 B-
6 Pelajar 6 D
7 Pelajar 7 TH
8 Pelajar 8 C-
9 Pelajar 9 F
10 Pelajar 10 C-
11 Pelajar 11 D+
12 Pelajar 12 C-
13 Pelajar 13 D

5.2 Analisis tinjauan masalah
Hasil dan dapatan tinjauan masalah yang diperoleh adalah seperti yang berikut :

Bil. Kaedah Tinjauan Tujuan
1. Pemerhatian guru mata • Kebanyakan pelajar tidak membaca

pelajaran buku atau mengulang kaji pelajaran.
• Kebanyakan pelajar tidak mempunyai

kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif.
• Dapatan ini juga sama dengan
pendapat guru-guru Bahasa Melayu
yang lain.

2 Praujian (Soalan mengandungi • Hanya 23 % daripada 13 orang

empat subtopik tentang Definisi pelajar memperoleh markah lulus.

Bidang Morfologi, Bentuk Kata, • Hanya 7% daripada 13 orang pelajar

Golongan Kata, dan Proses mampu menjawab sebahagian soalan

Pembentukan Kata) struktur dengan lengkap dan tepat.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Berdasarkan maklumat-maklumat yang telah dikumpulkan, pengkaji telah merangka strategi
bagi mengatasi kelemahan pelajar dan seterusnya membantu mereka untuk meningkatkan
pencapaian dalam ujian dan peperiksaan berikutnya. Sebanyak 24 soalan kuiz telah dibina

13

bagi mengatasi masalah kelemahan pelajar tersebut. Setiap soalan mengambil masa selama
20 – 30 saat perlu dijawab oleh para pelajar.

Soalan-soalan tersebut berfokus kepada satu bab morfologi sahaja dengan
mempunyai kata kunci soalan yang pelbagai. Tujuannya adalah untuk melihat sejauh mana
mereka memahami kata kunci soalan dan menjawabnya dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Pelajar akan ditunjukkan skor yang diperoleh setelah semua soalan kuiz tersebut selesai
dijawab. Sebagai ganjaran, pelajar yang memperoleh skor tertinggi akan diberikan hadiah
sebagai penghargaan.

5.3.1 Aktiviti 1 :
(a) Pelajar dikehendaki membaca semua subtajuk dalam Morfologi dari semasa ke

semasa sebelum kuiz dilaksanakan.
(b) Pelajar diberikan peta minda atau grafik berwarna tentang empat subtajuk dalam

Morfologi melalui WhatsApp kelas.
(c) Seterusnya, dua orang Guru Muda yang dilantik akan membimbing rakan-rakan

tentang subtajuk yang telah dipelajari.

5.3.2 Aktiviti 2 :
(a) Pada waktu PdPc yang telah ditetapkan, guru akan melayari laman web Quizizz untuk

memulakan soalan kuiz. (Play Live)
(b) Pelajar boleh menggunakan telefon bimbit atau laptop untuk menjawab soalan kuiz

tersebut dan memasukkan kod yang telah dipaparkan.
(c) Setelah semua pelajar memasukkan kod yang berkenaan, soalan akan dipaparkan.
(d) Pelajar perlu menekan pilihan jawapan yang ditunjukkan. Yang paling cepat

memberikan jawapan yang tepat akan memperoleh skor.
(e) Pemenang akan dipilih berdasarkan skor tertinggi yang diperoleh.
(f) Pascaujian diadakan untuk melihat keberkesanan teknik Quizizz.

5.4 Refleksi Tindakan Guru / Dapatan Kajian
Melalui praujian dan pascaujian yang dijalankan menunjukkan bahawa berlakunya
peningkatan prestasi yang memuaskan, iaitu tujuh orang pelajar lulus berbanding dengan
keputusan praujian yang hanya tiga seorang pelajar mencapai gred lulus. Dua orang pelajar
pula merosot pencapaiannya pada pascaujian kerana membuat kesilapan pada soalan
struktur.

14

Rajah 1 : Pencapaian Pelajar dalam Praujian dan Pascaujian

Bil. Pelajar Praujian Pascaujian

Gred Gred

1 ABDUL RAZIF BIN ROSLI C- C-

2 LUQMAN HAKIM BIN AZIZ D+ C

3 MUHAMMAD AMIAZRUL BIN AZIZ C B-

4 MUHAMMAD HAIZAL BIN KAMARUDDIN B- C+

5 RAFIUDDIN BIN RUSSHIDI B- C-

6 MUHAMMAD HADI IQBAL BIN AMER D C-

7 MUHAMMAD NADHIRUL AJWAD TH D+

8 EZZATUL SHAHIRAH BINTI CHE JAMIL C- D+

9 IKA SYAFIRA BINTI MARJUNI FC

10 NOOR DARLIENA BINTI DAHLAN C- B-

11 NUR AMYLIA NAJWA BINTI ZULKIFLI D+ C+

12 NUR DAYANA AQILAH BINTI MOHD ROSHIDI C- C

13 NURASYIDAH BINTI MAT AKHIR D C-

Rajah 2 : Perbandingan Pencapaian Pelajar dalam Praujian dan Pascaujian

Perbandingan Pencapaian Pelajar dalam Praujian dan Pascaujian

7

6 6 Markah
19
Bilangan Pelajar 5 3 24
22 30
4 00 35
4 Pascaujian 40
45
3

22 2
2

1 1
1

0
Praujian

15

Markah Praujian Pascaujian

0 00
10 00
20 00
30 20
40 95
50 66
60 59
70 11
80
90
100

Daripada kedua-dua rajah di atas, jelaslah bahawa bilangan pelajar yang memperoleh markah
di bawah 30% telah berkurangan daripada lima orang pada praujian menjadi dua orang sahaja
pada pascaujian. Walaupun ada yang masih di bawah 30%, lapan orang pelajar menunjukkan
peningkatan dari segi gred yang agak ketara, manakala seorang lagi kekal pada gred yang
asal.

Respons pelajar juga amat memberangsangkan kerana mereka bersemangat dan
saling bersaing semasa teknik ini dijalankan. Tambahan pula, ada ganjaran disediakan
kepada pemenang. Sebelum ini, hanya pelajar yang sama aktif dalam sesi soal jawab. Mereka
yang lain pula agak pasif dan enggan mengambil bahagian dalam sesi soal jawab selepas
PdPc.

Sebagai guru, saya berasa bersyukur kerana teknik ini memberikan faedah kepada
pelajar saya kerana mereka mampu mengingati fakta-fakta penting dengan baik. Tidak
banyak lagi berlaku soalan ditinggalkan tanpa sebarang jawapan. Latihan juga tidak terhad
pada bentuk “hard copy” yang kadangkala boleh membosankan pelajar, terutamanya yang
berada di kelas yang agak belakang. Tegasnya, mereka berkeupayaan untuk memperoleh
gred terbaik jika berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan mempraktikkan teknik yang
dipelajari dengan berkesan.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Saya berpendapat bahawa kajian ini boleh diteruskan pada masa akan datang dan
dimantapkan lagi dari semasa ke semasa. Bagi kes pelajar yang masih belum menguasai
teknik Quizizz, ia memerlukan latih tubi yang berterusan untuk memahirkan diri pelajar
tersebut dengan lebih berkesan lagi. Dalam kajian gelungan yang kedua, saya akan

16

meneruskan teknik ini pada tajuk Sintaksis, iaitu sebelum pelajar menduduki peperiksaan
percubaan dan peperiksaan sebenar. Seterusnya, teknik yang digunakan ini juga boleh
digunakan pada pengajaran dan pembelajaran Semester 3.

BIBLIOGRAFI
Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2017. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kajian Tindakan : Panduan Untuk Penyelidik Guru. Volume 1. Oktober 2018. Kolej Tingkatan

Enam Tawau, Sabah.
Mok Soon Sang. 2013. Pedagogi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran (Edisi Kedua).

Penerbitan Multimedia, Selangor.
Nawi Ismail, et.al. 2017. Pendekatan Efektif Memahami Tatabahasa Bahasa Melayu (Edisi

Ketiga). Pustaka Salam, Selangor.
Norhailmi bin Abdul Mutalib. 2017. Pembelajaran Abad 21 : Bukan Sekadar Susun Kerusi dan

Meja. Percetakan Perlis Sdn. Bhd., Perlis.
Raminah Hj. Sabran, et.al. 2019. Pemantapan Pemahaman Tatabahasa Bahasa Mekayu.

Pencetakan Salam Sdn. Bhd., Selangor.
Siti Hajar Abdul Aziz. 2009. Bahasa Melayu II. Oxford Fajar Sdn. Bhd., Shah Alam.

17

Meningkatkan Kemahiran Mengingat Fakta Melalui Pendekatan Nyanyian
Sejarah

Latipah binti Ibrahim
[email protected]
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi

01000 Kangar Perlis

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengingat fakta sejarah dan meningkatkan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Subjek kajian adalah terdiri daripada 19 orang
pelajar tingkatan 6A4. Fokus utama kajian ialah peningkatan kemahiran mengingat fakta sejarah dalam
kalangan pelajar kerana refleksi guru melalui pemerhatian, temu bual dan ujian 1 medapati pelajar
gagal menguasai kemahiran mengingat fakta dalam mata pelajaran Sejarah. Pendekatan Nyanyian
Sejarah telah dilaksanakan guru sebagai tindakan untuk meningkatkan kemahiran mengingat fakta
sejarah dalam kalangan pelajar. Pelaksaan pendekatan Nyanyai Sejarah telah berjaya meningkatkan
kemahiran mengingat fakta sejarah dalam kalangan pelajar. Dapatan pemerhatian menunjukkan
pelajar berjaya memberi huraian dan penghujahan yang baik memberikan fakta dan contoh yang
relevan semasa setelah pelaksaan Nyanyian Sejarah dilaksanakan. Melalui analisis dokumen, pelajar
berjaya menulis esei sejarah dengan memberikan fakta utama, fakta sokongan dan contoh yang
relevan. Pendekatan Nyanyian Sejarah juga berjaya meningkatkan pencapaian pelajar apabila dapatan
ujian dua menunjukkan tidak ada pelajar yang memperoleh markah dalam kategori rendah. Sebaliknya
12 orang daripada 19 pelajar memperoleh markah dalam kategori tinggi.

Kata Kunci : Kemahiran Menggingat, Fakta Sejarah, Nyanyian Sejarah

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.

Fakta adalah penting dalam mata pelajaran sejarah kerana sejarah sesuatu peristiwa adalah
berdasarkan fakta dan kebenaran. Pengajaran dan pembelajaran sejarah peringkat STPM
menekankan penghujahan berfakta dimana pelajar perlu mengemukan fakta yang relevan
dan tepat dalam menjawab esei sejarah. Rubrik pemarkahan STPM jelas sekali menetapkan
pelajar perlu menguasai fakta sejarah dalam menghurai dan menjelaskan sesuatu peristiwa
sejarah. Mengimbas kembali pengajaran pembelajaran yang lepas, berkenaan topik
Sumbangan Khalifah Abu Bakar, pengkaji mendapati pelajar gagal menginggati fakta semasa
sesi soal jawab dan memberi hujuhan yang menepati fakta semasa menjawab esei sejarah.
Malah terdapat pelajar yang memberi contoh yang tidak relevan dengan fakta utama. Selain
itu, kurangnya fakta sokongan bagi mengukuhkan jawapan esei sejarah.

Guru / pengkaji mendapati punca utama kegagalan pelajar menginggati fakta ialah
pendekatan pengajaran pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru yang tidak membantu
pelajar kearah menginggati fakta. Walaupun guru melaksanakan aktivi kerja berkumpulan
yang melibatkan perkongsian idea dan pembentangan pelajar bertujuan membina keyakinan
serta kemahiran berkomunikasi, tetapi pelajar masih bergantung kepada nota semasa
membuat pembentangan.

18

Selain itu, pemerhatian guru semasa aktiviti perbincangan kumpulan, tidak semua
pelajar terlibat aktif dan ada diantara mereka menjadi penerima pasif. Situasi ini tidak
membantu dalam meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai topik perbincangan dan
pelajar mudah hilang tumpuan daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tumpuan dan
fokus pelajar terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran penting dalam membantu pelajar
menginggati fakta. Dapatan kajian Manisah dan Noriza (2016) menunjukkan bahawa elemen
penumpuan amat penting dalam dunia pendidikan. Sekiranya pelajar tidak dapat memberikan
tumpuan pada apa yang diajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran, maka potensi
untuk mereka tidak memahami isi pelajaran adalah amat besar. Keadaan ini juga
menyebabkan pelajar gagal untuk mengingat fakta yang merupakan aspek yang penting
dalam mata pelajaran Sejarah.

Berdasarkan situasi yang telah dinyatakan guru perlu mengubah pendekatan dalam
pengajaran dan pembelajaran dengan melaksanakan aktiviti yang membantu pelajar kearah
mengingat fakta sejarah dan meningkatkan tumpuan pelajar dalam bilik darjah. Guru telah
memilih pendekatan Nyanyian Sejarah dalam usaha meningkatkan kemahiran mengingat
fakta sejarah dalam kalangan pelajar tingkatan 6A4.

2.0 FOKUS KAJIAN

Pengkaji menyedari ada beberapa masalah pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang
lalu seperti penglibatan pelajar dalam aktiviti pengajaran pembelajaran, penumpuan,
keyakinan dalam memberi idea dan menginggati fakta sejarah. Pengkaji hanya akan fokuskan
kajian ini kepada masalah yang paling utama iaitu berkenaan kemahiran mengingat fakta
dalam mata pelajaran sejarah. Hal ini adalah kerana kemahiran ini penting dalam membantu
pelajar membuat hujahan dan penghuraian yang baik sama ada dalam pembentangan
mahupun penulisan esei. Tambahan pula, fakta sejarah merupakan elemen utama dalam
peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi mata pelajaran sejarah. Pelajar perlu
memberikan fakta yang tepat dan relevan semasa menjawab soalan esei sejarah.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum
Kajian ini adalah untuk melihat bagaimana guru meransang pelajar untuk memberi
penumpuan kepada aktivi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Penumpuan dan
fokus terhadap pengajaran membantu pelajar menginggati fakta dan memahami topik
pengajaran guru. Pendekatan Nyanyian Sejarah dilaksanakan oleh guru bertujuan membantu
meningkatkan kemahiran menginggati fakta Sejarah dalam kalangan pelajar 6A4.

19

3.2 Objektif khas
i. Meningkatkan kemahiran mengingat fakta sejarah dalam kalangan pelajar melalui

pendekatan Nyanyian Sejarah.
ii. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah melalui pendekatan

Nyanyian Sejarah.
iii. Memperihal amalan pedagogi guru dalam meningkatkan kemahiran mengingat fakta

sejarah dalam kalangan pelajar melalui pendekatan Nyanyian Sejarah.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Peserta kajian terdiri 19 orang pelajar daripada pelajar tingkatan 6 Atas 4. 7 orang pelajar
lelaki dan pelajar perempuan seramai 12 orang. Semua pelajar mendapat kepujian dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Sejarah.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Cara mengumpul maklumat / tinjauan masalah
Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian, temubual, analisis dokumen serta ujian dalam
mengumpul maklumat mengenai keberkesanan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang dilaksanakan. Melalui maklumat yang diperoleh pengkaji akan membuat reflesi dan
analisis mengenai kekuatan dan kelemahan pendekatan yang digunakan semasa pengajaran
dan pembelajaran. Kaedah pemerhatian dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung dalam bilik darjah. Kaedah temubual bersama peserta kajian juga dilaksanakan
oleh pengkaji bagi memperoleh pandangan peserta terhadap pendekatan yang telah
dilaksanakan. Pengkaji juga menggunakan kaedah analisis dokumen seperti latihan pelajar
untuk melihat tahap penguasaan kemahiran menginggati fakta sejarah sebelum dan selepas
pendekatan Nyanyian Sejarah dilaksanakan. Selain itu, ujian satu dan ujian dua dilaksanakan
untuk melihat sama ada peserta kajian berjaya menginggati fakta sejarah setelah pendekatan
Nyanyian Sejarah dilaksanakan.

5.2 Analisis tinjauan masalah
Pemerhatian guru dalam bilik darjah mendapati pelajar kurang memberi tumpuan kepada
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terutamanya ketika rakan membuat pembentangan
hasil perbincangan kumpulan. Tingkahlaku pelajar semasa pembentangan jelas menunjukan
pelajar hilang tumpuan dan tidak mencatat maklumat yang disampaikan oleh rakan
pembentang. Dapatan pemerhatian awal juga menunjukan pembentang tidak menginggati
fakta apabila hujahan dan huraian secara umum tanpa fakta, bukti dan contoh yang relevan.
Soal jawab lisan mengenai topik pengajaran dengan pembentang menunjukkan pelajar tidak

20

menginggati fakta apabila ditanya mengenai sumbangan khalifah Abu Bakar. Contoh

jawapan;

“Sumbangan Khalifah Abu Bakar ialah melindungi Madinah daripada
ancaman musuh. Khalifah juga memerangi golongan Ar Riddah. Golongan
Riddah merupakan ancaman kepada umat Islam dan mesti dihapuskan….”

Jawapan yang diberikan adalah bersifat umum dan tidak disokong dengan fakta dan contoh
yang relevan. Selain pembentang, pelajar lain juga gagal memberikan jawapan yang baik.
Berikut adalah kategori jawapan pelajar;

Jadual 1 : Kategori Tahap Mengingat Fakta

Perkara / Kategori Fakta (3 Fakta + 3 Contoh) Bilang
Jawapan Pelajar Nabi Palsu + Contoh Nabi palsu + Tidak Bayar pelajar
(Meninggati Fakta) Zakat + Contoh Tidak Bayar Zakat + Murtad +
1
Sangat Lemah Contoh Murtad 5
Lemah 8
Sederhana Lemah 1 Fakta 4
Baik 1 Fakta + 1 Contoh 1
Lebih baik 2 Fakta + 1 Contoh
Sangat baik 2 Fakta + 2 Contoh
Kepujian 3 Fakta + 1 Contoh
3 Fakta + 2 Contoh
3 Fakta + 3 Contoh

Sebahagian besar jawapan pelajar berada pada lemah (5 orang) dan sederhana lemah (8
orang) iaitu hanya mampu memberi 1 fakta dan 1 contoh serta 2 fakta dan 1 contoh sahaja.

Temubual dengan beberapa orang pelajar juga mendapati bahawa pelajar
menghadapi kesukaran dalam menginggati fakta sejarah. Berikut adalah sebahagian traskripi
temubual pelajar:
“Susah nak ingat cikgu. Banyak sangat fakta….”
“Payahla cikgu sejarah ni…nak kena ingat macam-macam”
“Pasai sejarah banyak fakta la… saya tak minat”
“Banyak sangat nak kena ingat cikgu..”
Skrip di atas adalah biasa didengari oleh mana-mana guru sejarah. Kajian Mohammad Aziz
Shah et.al (2014) menunjukkan bahawa mata pelajaran Sejarah adalah salah satu subjek
yang memerlukan pembacaan yang banyak. Kebanyakan pelajar tidak suka membaca kerana
mudah bosan. Seperti yang sedia tahu mata pelajaran ini memerlukan penerangan yang jelas
dan berkesan dari guru agar para pelajar dapat memahami fakta Sejarah yang disampaikan.

Pelajar juga gagal menjawab esei sejarah dengan baik dan gagal memberikan fakta
dan contoh dalam memberi hujahan serta membuat huraian. Keputusan ujian satu
menunjukkan sebahagia besar pelajar (14 orang) berada dalam kategori markah yang lemah
iaitu pada paras 7 ke bawah.

21

Jadual 2 : Keputusan Ujian 1

Markah Rendah Sederhana Tinggi
0–7 8 - 14 15 - 20
5
Bil. Pelajar 14 0

Berdasarkan analisis pemerhatian, anaisis temu bual dan keputusan ujian satu di atas, jelas
pelajar 6A4 menghadapi masalah dalam menginggati fakta sejarah dan kemahiran menghurai
fakta sejarah sejarah yang betul dan kritis. Pendekatan PdPc guru sebelum ini ternyata gagal
untuk meningkatkan kemahiran tersebut. Walaupun pendekatan tersebut berjaya
meningkatkan keyakinan diri pelajar, berlakunya perkongsian idea melalui kooperatif dan
kolaboratif tetapi ianya kurang berjaya meningkatkan kemahiran menginggati fakta sejarah
dalam kalangan pelajar. Guru perlu melakukan penambahbaikan terhadap aktiviti kooperatif
dan kolaboratif yang telah dirancang supaya kemahiran menginggati fakta sejarah dapat
ditingkatkan.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Tindakan yang dijalankan ialah memperkenalkan Pendekatan Nyanyian Sejarah. Nyanyian
merupakan salah satu elemen didik hibur yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, pendekatan nyanyia atau lagu dapat meransang pelajar untuk
memberi tumpuan di dalam bilik darjah. Haas dan Brandes (2009) menyatakan pakar
neurologikal telah mendapati penggunaan seluruh otak telah dicapai melalui rangsangan
daripada lagu. Tambahan pula, Soon (2017) telah menyatakan bahawa penggunaan lagu
dapat menjadikan subjek yang bosan menjadi sangat menarik. Secara tidak langsung,
penggunaan lagu dalam kelas terbukti berkesan dan pelajar tidak akan berasa bosan atau
menyatakan bahawa pengajaran guru adalah tidak menarik.

Dalam melaksankan pendekatan Nyanyian Sejarah dalam pengajaran dan
pembelajaran, beberapa langkah tindakan yang telah diambil oleh guru. Langkah-langkah
tersebut ialah:

A) Set Induksi
i. Menunjukkan Video Sejarah Melody daripada Youtube

https://youtu.be/Z-_Y0e9tz4U
ii. Guru menerangkan cara perlaksanaan Nyanyian Sejarah – Pelajar dibahagikan

kepada 4 kumpulan dan dikehendaki membina lirik lagu sejarah berdasarkan topik
yang diberi. Setiap kumpulan akan membuat persembahan. Kumpulan terbaik
dapat ganjaran istimewa

22

B) Perlaksanaan Tindakan
iii. Pelajar berbincang dan membina lirik lagu dalam kumpulan dengan bimbingan

guru.
Gambar 1 : Pelajar Berbincang dalam kumpulan (mencipta lirik)

Nyanyian Sejarah : Ibn Sina Qanun Fil al Tibb, Qanun Fi al Tib
Merupakan Ensiklopedia Perubatan
Abu Ali Al Hussain, Ibn Sina, Avicenna, terkemuka
Tokoh ilmuan terkemuka Timur dan Barat Terdiri dari 14 jilid mengenai
Menguasai pelbagai bidang ilmu perubatan
Falsafah, Kedoktoran, Astronomi dan Fizik Menyenarai ubatan, rawatan
pembendah dan penyakit
Abu Ali Al Hussain, Ibn Sina, Avicenna
Dilahirkan di Bukhara Turkestan Abu Ali Al Hussain, Ibn Sina,
Menghafal Alquran diumur sepuluh tahun Avicenna
Mengusai tafsir, fiqh, usuludin dan tasauf Mengemukakan teori anatomi dan
fisiologi
Abu Ali Al Hussain, Ibn Sina, Avicenna Lakaran anatomi tubuh manusia
Tokoh perubatan terulung Pengaliran darah berterusan dalam
Dibarat dianggap Bapa Doktor Perubatan satu lingkaran
Menyatukan Teori Hipocrates dan Galen
Abu Ali Al Hussain, Ibn Sina,
Abu Ali Al Hussain, Ibn Sina, Avicenna Avicenna
Disanjung kaum Latin Skolatik Perintis penyakit saraf
Mendapat gelaran Raja Doktor diraja Doktor pertama menemui sistem
Merupkan Raja segala ubat peraliran darah
Doktor pertama mengubati penyakit
Abu Ali Al Hussain, Ibn Sina, Avicenna radang selaput otak
Kebangaan Dunia Islam Merawat penyakit barah usus
Mencapai tahap tertinggi ilmu Kedoktoran Mengembang ilmu diagnosis melalui
Dianggap Zenith, Mahaguru Pertama deyutan jantung

Abu Ali Al Hussain, Ibn Sina, Avicenna Abu Ali Al Hussain, Ibn Sina,
Qunun Fi al Tibb Avicenna
Karya perubatan terulung Abu Ali Al Hussain, Ibn Sina,
Rujukan timur dan Barat Avicenna
Dirujuki di Oxford dan Universiti lain Abu Ali Al Hussain, Ibn Sina, Avicenna

23

iv. Persembahan dalam kumpulan Pelajar. Nyanyian Sejarah mengikut melodi
masing-masing.

Gambar 2 : Pelajar membuat persembahan

v. Setiap kumpulan perlu berkongsi lirik lagu dengan kumpulan yang lain
vi. Soal jawab guru pelajar berkaitan topik Nyanyian Sejarah.

C) Peneguhan dan refleksi
vii. Guru memberikan lembaran kerja untuk pelajar jawab
viii. Guru meminta maklum balas pelajar mengenai Pendekatan Nyanyian Sejarah
ix. Memaklumkan kepada pelajar bahawa Ujian 2 akan dilaksanakan pada waktu

berikutnya.

5.4 Refleksi Tindakan Guru / Dapatan Kajian
Pendekatan Nyanyian Sejarah yang dilaksanakan oleh guru berjaya meninggkatkan
kemahiran mengingat pelajar terhadap fakta Sejarah dan kemahiran menghurai fakta secara
kritis. Berdasarkan pemerhatian, temubual dan Ujian Dua berlaku perubahan tingkah laku
yang positif dalam kalangan pelajar. Dapatan pemerhatian menunjukkan pelajar berminat
dengan aktiviti yang dilaksanakan. Berlaku interaksi aktif dalam aktiviti kumpulan dan
memberi penumpuan terhadap pengajaran pembelajaran. Hal ini adalah kerana tindakan
yang dilaksanakan berjaya merangsang pelajar untuk terlibat aktif dalam aktiviti PdPc. Kesan
tindakan yang dilaksanakan dapat dilihat dengan kesungguhan pelajar untuk menyiapkan
tugasan kumpulan dan keyakinan dalam membuat pemsembahan kumpulan dan
menghuraikan fakta dengan tersusun semasa menjawab soalan lisan guru.

Melalui pendekatan yang dilaksanakan guru, pelajar berjaya menginggati fakta
semasa membuat persembahan. Nyanyian Sejarah secara berirama memudahkan fakta
sejarah diterjemahkan dalam penghuraian lisan mahupun ketika menjawab soalan esei

24

sejarah. Pelajar dapat menjawab soalan lisan guru dengan baik apabila disoal mengenai

sumbangan Ibn Sina dalam bidang perubatan. Berikut contoh jawapan lisan pelajar:

“Sumbangan ibn sina dalam bidang perubatan ialah menulis buku
Qanun fi al Tib iaitu karya perubatan terulung. Qanun Fi al Tib juga
dianggap sebagai ensiklopedia perubatan yang menjadi rujukan di
Universiti Oxford dan lain-lain….”

Pendekatan Nyanyian Sejarah turut membantu pelajar dan memberikan huraian yang baik
dan teratur semasa menjawab latihan esei Sejarah. Pelajar berjaya mengemukan fakta-fakta
dan contoh-contoh yang relevan dalam jawapan esei Sejarah. Berikut adalah kategori
jawapan pelajar;

Jadual 3 : Kategori Tahap Mengingat Fakta

Perkara / Kategori Fakta (3 Fakta + 3 Contoh) Bilang
Jawapan Pelajar Qanun Fi al Tib + Ensiklopedia + Contoh pelajar
(Meninggati Fakta) Oxford + 14 Jilid + Contoh Senarai ubatan +
1
Sangat Lemah Contoh Cara Pembedahan 6
Lemah 12
Sederhana Lemah 1 Fakta
Baik 1 Fakta + 1 Contoh
Lebih baik 2 Fakta + 1 Contoh
Sangat baik 2 Fakta + 2 Contoh
Kepujian 3 Fakta + 1 Contoh
3 Fakta + 2 Contoh
3 Fakta + 3 Contoh

Berdasarkan jadual 3 di atas, 12 daripada 19 orang pelajar berjaya memberikan huraian
jawapan esei dalam kategori kepujian di mana mereka berjaya mengemukan 3 fakta dan 3
contoh berkenaan kitab perubatan iaitu Qanun Fi al Tib.

Melalui perlaksanaan Pendekatan Nyanyian Sejarah, pelajar juga berjaya menjawab
soalan esei ujian dua dengan baik. Jawapan pelajar tersusun, berfakta dan mempunyai
contoh-contoh yang menepati. Ternyata pendekatan Nyanyian Sejarah berjaya meningkatkan
kemahiran mengingat fakta sejarah. Keputusan Ujian Dua menunjukkan peningkatan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah apabila 12 orang pelajar memperoleh
markah dalam kategori tinggi.

Jadual 4 : Keputusan Ujian 2

Rendah Sederhana Tinggi
8 - 14 15 - 20
Markah 0–7 7
12
Bil. Pelajar 0

25

Perlaksanaan Nyanyian Sejarah telah menyebabkan pelajar terangsang untuk memberi fokus
dan tumpuan dalam aktviti PdPc. Nyanyian sejarah berjaya menarik minat dan perhatian
murid. Reaksi pelajar juga amat positif. Pelajar memberikan respon yang sangat baik
ditemubual oleh guru selepasa tindakan dilaksanakan. Berikut antara transkripsi temubual
dengan pelajar;

“Rasa macam senang pulak sejarah ni cikguuu.....”
“Macam ni baru best cikgu..... taklah boring cikgu..”
“Macam ni baru senang faham cikgu...syokla lagu ni...”
“Senang ingat fakta... Nak buat huraian pun tak susah..”
“Lepas ni kami boleh buat sendiri tajuk lain...cikgu tengok naa..”

Apabila pelajar mudah memahami isi pelajar dan berupaya mengingat fakta sejarah, motivasi
mereka akan bertambah. Minat terhadap mata pelajaran Sejarah dapat disemai dan ianya
akan meransang kepada pencapaian yang baik dalam peperiksaan. Mengikut Mohammad
Aziz Shah Mohamed Arip et.al. (2014) juga menyatakan dengan adanya minat, usaha dan
semangat yang tinggi untuk belajar, pencapaian belajar akan bertambah baik.

Guru berjaya menambahbaik amalan pedagogi dengan mengubah pendekatan PdPc
yang lebih berpusatkan pelajar. Perancangan tindakan dilaksanakan dengan menganalisis
faktor kegagalan pelajar mengingat fakta dan kegagalan pelajar dalam membuat huraian fakta
yang baik. dan kritis. Guru tidak lagi mengamalkan pendekatan menyampaikan syarahan dan
soal jawab dengan menggunakan slaid power point semata-mata, tetapi melebihkan aktiviti
kooperatif dan kerja kumpulan. Hal ini demikian kerana kaedah syarahan dan soal jawab tidak
sesuai dengan gaya belajar dan minat peserta kajian dan seterusnya menyukarkan
kefahaman mereka terhadap isi pelajaran dan membosankan mereka. Keadaan ini selaras
dengan pandangan Anuar Ahmad & Nelson Jinggan (2015), iaitu kaedah pengajaran guru
dinyatakan sebagai punca utama kepada sikap negatif pelajar terhadap mata pelajaran
Sejarah. Dalam konteks ini, Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip et.al. (2014) telah
mencadangkan guru menukarkan kaedah lain yang boleh diterima oleh murid sekiranya
kaedah yang digunakan tidak sesuai untuk murid dan tidak dapat menarik perhatian murid
untuk kekal fokus di dalam kelas. Dalam hal ini, penyelidik telah berjaya mengenal pasti
masalah murid dan pendekatan yang sesuai dengan keperluan pelajar dan seterusnya
merancang dan melaksanakan aktiviti Nyanyian Sejarah sebagai tindakan untuk
meningkatkan kemahiran mengingat fakta sejarah dalam kalangan pelajar.

Guru juga berjaya melibatkan pelajar secara aktif dalam setiap aktviti PdPc yang
dirancang. Penglibatan aktif pelajar menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran
menyeronokan serta membantu meningkatkan minat pelajar. Hal ini selaras dengan dapatan
kajian Hanisah Shaari (2010), menunjukkan bahawa guru yang melibatkan pelajar secara aktif

26

dan menyeluruh mampu menarik minat pelajar dalam sesi PdP. Pengkaji juga berjaya
merancang pembelajaran koperatif dan meransang pelajar bekerjasama secara aktif sesama
ahli kumpulan. Menurut Seamah, Y. (2014), pembelajaran koperatif merupakan suatu kaedah
yang yang melibatkan kerjasama, interaksi, perbincangan dan penyertaan pelajar dalam
aktiviti atau projek yang dijalankan. Menurut Ahmad Esa (2014), kaedah koperatif
menggalakkan para pelajar mengajar dan belajar sesama sendiri. Mereka berpeluang
berkongsi pendapat dengan guru dan rakan serta mampu menaikkan prestasi akademik
mereka dan melatih mereka supaya lebih matang dan berkeyakinan.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Pendekatan Nyanyian Sejarah telah membantu meningkatkan kemahiran mengingat fakta
sejarah dalam kalangan pelajar. Malahan pendekatan ini juga berjaya merangsang pelajar
untuk memberi fokus kepada aktiviti PdPc. Pelajar turut terlibat aktif dalam setiap aktiviti dan
membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata Sejarah. Pendekatan ini boleh
diteruskan untuk topik yang lain dalam mata pelajaran Sejarah. Pendekatan ini juga sesuai
dilaksanakan kepada mata pelajaran yang lain seperti Pengajian Am, Kesusasteraan Melayu
dan Geografi.

Berdasarkan refleksi dan dapatan kajian, walaupun pendekatan Nyanyian Sejarah
berjaya meningkatkan kemahiran menggingat fakta Sejarah, penglibatan aktif pelajar dan
minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah, tetapi pendekatan ini telah menyebabkan
penggunaan masa yang berlebihan dalam setiap aktiviti (masalah pengurusan masa). Oleh
yang demikian, pendekatan Nyanyian Sejarah perlu diperbaiki dengan mengambilkira aspek
pengurusan masa. Untuk tindakan selanjutnya, guru perlu memberi fokus kepada pengurusan
masa yang optimum dalam mengaplikasikan Nyanyian Sejarah dalam pengajaran dan
pembelajaran.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Esa. (2014). Kaedah Koperatif sebagai Pilihan Kelas Abad 21: Sorotan Literatur.
International seminar on Technical and vocational Education 2014. 1(3), 48.

Anuar Ahmad & Nelson Jinggan (2015). Pengaruh kompetensi kemahiran guru dalam
pengajaran terhadap pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran sejarah.
JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(2), 1-11.

Haas, R. dan Brandes V. (2009). Music that Works: Contributions of Biology, Neurophysiology,
Phychology, Sociology, Medicine and Musicology. Vienna: Springer-Verlag Vienna.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

27

Hanisah Binti Shaari (2010). Meningkatkan Kemahiran Menghafal Fakta Dalam Tajuk Israk
dan Mikraj Tahun Lima Melalui Kaedah ‘Cerna’. Terengganu. Institus Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail.

Manisah Mohd Ali dan Noriza Saha. (2016). Intervensi Meningkatkan Tumpuan dalam
Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran, jurnal Pendidikan Malaysia. jilid
41(1), KPM. hal. 1-6.

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Fauziah Mohd Sa’ad, Norhidayah Jaapar, Khairiyah
Binti Mohd Ali, Najwa Hananie Athdzar & Wan Norhasniah Wan Abd Rashid (2014).
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan pelajar sekolah
menengah di dalam kelas: suatu kajian kualitatif. International Counseling Conference
and Work. [Online], [Diakses: 15 Mac 2020]. http://digilib.unimed.ac.id/id/eprint/4781.

Seamah, Y. (2014). Perbandingan Pembelajaran Koperatif dan Konvensional Dalam
Pendidikan Perakaunan. UPM: Tesis Sarjana.

Soon, L.W. (2017, 20 Januari). Kaedah Interaktif Pupuk Minat TerhadapSejarah. Utusan
Borneo, 24.

28

Meningkatkan Kefahaman Murid Terhadap Golongan Kata Menggunakan “Peta
3k” Kepada 19 Murid-Murid 6a4

Hasliza Binti Abu Yazit
[email protected]
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi
01000 Kangar Perlis

Abstrak

Kajian ini saya laksanakan adalah kerana kesedaran pada diri sendiri seperti anjakan paradigma untuk
keluar dari pemikiran yang negatif dan berikhtiar mencari jalan penyelesaian terhadap masalah dan
rintangan yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika disebut morfologi, ramai murid yang
mengeluh kerana morfologi sering menimbulkan kesulitan dalam kalangan murid, walaupun dalam
kalangan murid Melayu. Kajian kali ini akan memberi fokus untuk mengenal pasti aspek golongan kata.
Murid dilihat masih lemah untuk mengenal pasti jenis golongan kata Hal ini menjadi sukar kerana
bahasa Melayu ialah jenis bahasa aglutinatif yang banyak memanfaatkan imbuhan untuk membentuk
kata baharu sekaligus mengubah makan kata dan fungsi nahu kata/ frasa dalam ayat. Tinjauan awal
telah dilaksanakan melalui semakan buku nota, soal jawab, dan ujian topikal. Hasil tinjauan
menunjukkan murid tidak menyiapkan nota, dan kurang yakin untuk menentukan jenis golongan kata.
Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid 6A4 dalam menentukan golongan kata, saya
mengaplikasikan “Peta 3K” kepada murid-murid. Murid mengamati kosa kata yang terkandung dalam
lirik lagu lalu menentukan jenis golongan kata nmenggunakan Peta 3K. Seramai 19 orang murid terlibat
di dalam kajian ini. Tiga aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam tempoh 3 bulan.
Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Pelajar lebih
yakin untuk menentukan golongan kata dengan menggunakan Peta 3K. Pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah ini haruslah dikekalkan agar murid lebih berminat dalam mempelajari tajuk
golongan kata.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.

Pertama sekali saya ingin nyatakan perasaan yang begitu kesal dan tidak berpuas hati
terhadap diri sendiri kerana tidak memberikan tunjuk ajar yang betul kepada anak-anak didik
saya. Sering kali terlihat murid-murid masih keliru aspek golongan kata yang merupakan teras

kepada pembelajaran morfologi. Kekeliruan aspek golongan kata akan meyebabkan murid
tidak dapat mengenasl pasti dan seterusnya gagal menjawab soalan Semester 2 dengan baik.
Isi kandungan mata pelajaran Semester 2 agak luas agak menyukarkan pelajar jika konsep
yang mudah masih tidak dikuasai. Bagi saya murid-murid terlalu bergantung kepada guru
untuk dan masih teragak-agak dalam menentukan golongan kata. Sering kali mereka
bertanya secara terus jenis golongan kata sesuatu perkataan semasa menjawab soalan.
Dalam ujian yang dibuat selepas habis topik morfologi, didapati penguasaasn murid terhadap
aspek ini masih lemah.

2.0 FOKUS KAJIAN

Walaupun pengkaji mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid semasa
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), namun pengkaji hanya akan

fokuskan kajian ini kepada aspek mengenal pasti golongan kata; iaitu Kata Nama, Kata Kerja

29

dan Kata Adjektif. Untuk menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
guru akan menggunakan kosa kata yang terdapat dalam lagu “Bahtera Merdeka” sebagai
bahan aktiviti.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran tatabahasa dalam lkalangan pelajar
6A4 sehingga mereka dapat mengenal pastigolongan kata bahsa Melayu punca kelemahan
murid-murid untuk mengenal pasti golongan kata.

3.2 Objektif Khusus
i. membantu murid meningkatkan kemahiran mengenal pasti aspek golongan kata

dalam mata pelajaran bahasa Melayu menggunakan Peta 3K.
ii. membantu meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu

4.0 KUMPULAN SASARAN
Peserta kajian / subjek kajian adalah terdiri daripada 19 orang murid 6 Atas 2. Saya
mengambil keputusan untuk mengadakan kajian ke atas semua murid 6 Atas 2 agar semua
murid kelas ini mendapat faedah dan manfaat kerana Kaedah 3K ini boleh menarik minat
semua murid.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah

Langkah Cara Penilaian Kumpulan Tujuan
/ Sasaran
Memeriksa Buku mengenal apakah masalah
Tarikh Nota 19 orang murid sebenar yang dihadapi oleh
Langkah 6A4 murid
Mengenal apakah masalah
1 sebenar yang dihadapi oleh
murid
Langkah Soal Jawab 19 orang murid Mengenal pasti keboleham
2 semasa Mengajar 6A4 murid untuk menentukan
Topik ini jenis golongan kata
Langkah Ujian Topikal 19 orang murid
3 Golongan Kata 6A4

Jadual 1: Kaedah Mengutip Data

30

5.2 Analisis tinjauan masalah

Langkah / Cara Penilaian Kumpulan Masalah telah dikenal
Tarikh Sasaran pasti
Memeriksa Buku 19 orang murid
Langkah Nota pelajar tidak menyiapkan
1 Soal Jawab 6A4 nota
semasa 19 orang murid
Langkah Mengajar Topik pelajar kurang yakin
2 Ujian Topikal 6A4 untuk menentukan jenis
Golongan Kata golongan kata
Langkah 19 orang murid
3 6A4 pelajar lemah dalam
mengenal pasti jenis
Langkah Pemerhatian 19 orang murid golongan kata bagi kata
4 6A4 terbitan

Guru Pengkaji Pemerhatian dilakukan
sendiri oleh saya untuk
mengenal pasti masalah
dari segi:
i. Sikap - murid yang tidak
menyiapkan nota dan
latihan yang diberi.
Masalah kehadiran juga
serius
ii. Tingkah laku – sebelum
kajian mereka tidak
member tumpuan semasa
belajar apabila ditanya
soalan mereka hanya
membisu
iii. Penglibatan Murid –
pasif dan liat

Jadual 2: Analisis Tinjauan Masalah

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

1. Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan, murid lemah dalam mengenal pasti

golongan kata. Hal ini menyukarkan murid menguasai topik morfologi dan sekali gus

menyukarkan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran sintaksis nanti.

Berikut merupakan langkah-langkah yang telah dijalanlan;

2.

Langkah 1 Penilaian/ Ujian Topikal 1

Langkah 2 Murid-murid diperkenalkan dengan Peta 3K yang

dilukis pada Kertas Manila

Langkah 3 Murid diminta menyanyikan Lagu Bahtera Merdeka.

Kemudian, murid menganalisis bait-bait lagu tersebut.

Langkah 4 Murid mencerakinkan perkataan, kemudian

menggunakan Peta 3K untuk menggolongkan kata

kepada Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif

Langkah 5 Murid menentukan Golongan Kata menggunakan lirik

lagu kegemaran mereka.

Langkah 6 Ujian Topikal 2

Jadual 3: Tindakan yang Dijalankan

31

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/ Penilaian
5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1
Pengajaran topik golongan bahasa dijalankan seperti biasa. Selepas PdP dijalankan, ujian
topikal telah dijalankan ke atas murid-murid untuk menguji kefahaman murid.

Refleksi: Sebanyak 80% murid kurang yakin untuk menentukan jenis golongan kata bagi
perkataan yang diuji. Guru membina keyakinan murid.

5.4.2 Pelaksaaan Aktiviti 2

K1
(K.Bilangan)

(KN)

3K

K3 K2
(K.Penguat) (K.Bantu))

(KA) (KK)

Jadual 4: Peta 3 K

Guru memperkenal Peta 3R dan menunjukkan contoh. Murid-murid cuba memadankan
perkataan mereka sendiri dengan Peta 3K. Kemudian guru menggunakan lirik lagu sebagai
bahan kajian. Murid mencerakinkan perkataan dalam lirik lagu berkenaan. Murid
memadankan perkataan dengan Peta 3K untuk menentukan jenis golongan kata berkenaan.

32

Refleksi: Murid agak memahami cara penggunaan Peta 3K. Mereka lebih yakin untuk
menentukan golongan kata.

5.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3
Dalam aktiviti berkumpulan guru meminta murid membawa lirik lagu yang disukai oleh
mereka. Murid menganalisis lirik lagu menggunakan Peta 3K. Dapatan dibentang di dalam
kelas.
Refleksi: Murid 100% yakin dan seronok untuk menentukan golongan kata.

5.5 Refleksi Kajian Jadual 6: Keputusan Ujian Pos
5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid

Jadual 5 : Keputusan Ujian Pra

Bil. Markah Bil. Murid Bil. Markah Bil. Murid
1 20-25 1 1 20-25 4
2 15-19 2 2 15-19 4
3 10-14 7 3 10-14 7
4 5-9 3 4 5-9 4
5 0-4 6 5 0-4 0

8 15-19 10-14 5-9 Pra
7 Pos
6
5 0
4
3
2
1
0
20-25

Rajah 1: Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Kelas 6A4 Tahun 2020

Ujian Pra dan Ujian Pos telah dilaksanakan dan saya mendapati perubahan begitu ketara.
Dalam Ujian Pra 6 hanya 5% orang pelajar sahaja yang mendapat markah cemerlang
(20-25 markah). Hal ini disebabkan murid belum mendapat pendedahan tentang Peta 3K
untuk menentukan golongan kata. Ujian Pos telah menunjukkan peningkatan kerana mereka
telah mengikut kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul. Murid lemah makin
berkurang.

33

5.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3
Dalam aktiviti berkumpulan guru meminta murid membawa lirik lagu yang disukai oleh
mereka. Murid menganalisis lirik lagu menggunakan Peta 3K. Dapatan dibentang di dalam
kelas.
Refleksi: Murid 100% yakin dan seronok untuk menentukan golongan kata.

5.5 Refleksi Kajian Jadual 6: Keputusan Ujian Pos
5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid

Jadual 5 : Keputusan Ujian Pra

Bil. Markah Bil. Murid Bil. Markah Bil. Murid
1 20-25 1 1 20-25 4
2 15-19 2 2 15-19 4
3 10-14 7 3 10-14 7
4 5-9 3 4 5-9 4
5 0-4 6 5 0-4 0

8 15-19 10-14 5-9 Pra
7 Pos
6
5 0
4
3
2
1
0
20-25

Rajah 2: Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Kelas 6A4 Tahun 2020

Ujian Pra dan Ujian Pos telah dilaksanakan dan saya mendapati perubahan begitu ketara.
Dalam Ujian Pra 6 hanya 5% orang pelajar sahaja yang mendapat markah cemerlang
(20-25 markah). Hal ini disebabkan murid belum mendapat pendedahan tentang Peta 3K
untuk menentukan golongan kata. Ujian Pos telah menunjukkan peningkatan kerana mereka
telah mengikut kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul. Murid lemah makin
berkurang.

34

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Saya akan mengekalkan kaedah ini untuk pengajaran saya pada masa hadapan kerana
kaedah ini ialah kaedah paling mudah dan berkesan untuk menentukan golongan kata. Untuk
kajian berikutnya, saya akan menumpukan kepada teknik pembelajaran golongan kata juga,
tetapi tertumpu pula kepada Kata Tugas.
BIBLIOGRAFI
Ahmad Khair Mohd Nor, et. Al., (2012). Tatabahasa Asas Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia.
Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raminah Hj. Sabran, et. al., (2019). Pemantapan Pemahaman Tatabahasa Bahasa

Melayu. Selangor: Percetakan Salam Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim, et. al., (1996). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

35

“ Mcyt “ Kaedah Mengingat Fakta Wang, Bank Dan Dasar Kewangan Untuk
Pelajar 6a1 Di Smk Syed Alwi.

Hayati Bt Ariffin
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi

01000 Kangar Perlis

Abstrak

Tujuan kajian adalah untuk meningkatkan peratus pencapaian dalam peperiksaan Ekonomi STPM
Penggal 2. Oleh itu saya perlu melaksanakan aktiviti yang menarik ,berkesan dan dapat melonjakkan
peratus pencapaian pelajar.Tinjauan awal melalui semakan kerja pelajar dan Pra Ujian menunjukkan
pelajar susah mengingat fakta-fakta ekonomi. Saya rasa bertanggungjawab untuk mengatasi
kelemahan pelajar. Jadi fokus kajian saya adalah meningkatkan kemahiran mengingat Fakta Ekonomi
untuk tajuk Wang, Bank dan Dasar Kewangan melalui kaedah “ MCyt “ iaitu Mari Mangingat Cara Cepat
Cara Cikgu Yati. Sasaran ialah 7 pelajar dari kelas 6A1 dan waktu PdPc iaitu 9.00 hingga 11 pagi.
Dapatan Pasca Ujian menunjukkan peningkatan pencapaian markah di mana semua pelajar mendapat
80 markah ke atas . Sementara dapatan soal selidik mengesahkan semua responden sangat bersetuju
bahawa aktiviti tersebut sangat seronok dan perlu diaplikasikan dalam tajuk ekonomi yang lain. Di
samping itu dapatan temu bual menunjukkan responden memberi maklum balas yang positif terhadap
tindakan yang dijalankan. Impaknya aktiviti ” MCyt ” adalah PdPc yang Enjoy dan Bermanafaat. Ia dapat
menarik minat pelajar untuk suka pelajaran Ekonomi dan berusaha untuk mendapat gred A. Kaedah
ini amat berguna dan boleh diaplikasikan dalam mata pelajaran lain.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Anak-anak pelajar jurusan Ekonomi 6A1 adalah permata hati saya dan aset terbesar saya
untuk tahun 2020.Mereka terdiri Azalia, Aisyah, Afini, Azwanida,Umaira, Ros dan
Syaie.Keputusan peperiksaan Semester 1 hanya seorang iaitu Azalia mendapat A. Harapan
saya sangat besar di mana.untuk semester 2 dapat mengekalkan seorang dapat A atau lebih.

Makroekonomi mempunyai 5 bab .Guru berasa sedih dan kesal kerana keputusan
peperiksaan Pra Ujian bab 4 tidak memuaskan dari segi mengingat fakta. Majoroti dapat
mengingat hanya satu dua fakta shj.? Kenapa susah nak ingat ni...Itulah keluhan seorang
guru dihadapan pelajar-pelajarnya. Antara jawapan pelajar, kami susah nak ingat kerana
banyak mata pelajaran lain perlu diingat.Fakta Ekonomi banyak lebih-lebih lagi tajuk bab 4
iatu Wang Bank dan Dasar Kewangan.Bab ini susah untuk diingat kerana terdapat banyak
fakta yang perlu diingat. Hasil semakan kuiz pelajar didapati pelajar dapat menyatakan fakta
tetapi tidak lengkap.

” Kita semua manusia yang sempurna ” Tidak ada cacat sedikitpun dianggota badan
kita. Jika rakan kita boleh mengingat dengan baik ,kenapa kita tidak boleh ?.Timbul perasaan
simpati dan rasa bertanggungjawab untuk mengubah potensi pelajar.Peranan seorang guru
sangat penting untuk kemenjadian pelajar.Saya perlu mengorak langkah.Saya akan pastikan
pelajar yang saya ajar diantara yang terbaik. Jika dalam Ekonomi 1 saya menggunakan

36

kaedah Mcyt didapati berkesan, kini kaedah yang sama akan diaplikasikan pula bagi mata
pelajaran Ekonomi 2 . ” MCyt ” iaitu Mari Mengingat Cara Capat Cara Cikgu Yati.

2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan berfokus kepada kemahiran mengingat Fakta Ekonomi bab 4 untuk
tajuk Wang Bank dan Dasar Kewangan.Format peperiksaan STPM Penggal 2 iaitu bahagian
B mempunyai 6 soalan dan sekurang-kurangnya satu atau dua soalan berkaitan dengan
Fakta. Setiap satu soalan 10 markah.Pelajar saya sederhana dan boleh mendapat keputusan
yang lebih baik . Saya mahu mereka mendapat markah penuh bergantung kepada sistem
pemarkahan. Saya yakin mereka boleh melonjakkan keputusan peperiksaan Ekonomi STPM
tahun 2020 iaitu 100% dan bertambah dari segi bilangan A.

Kajian perlu dijalankan supaya pelajar dapat mengingat fakta dengan cepat dan
mudah melalui kata-kata yang bombastik dan lucu.Kepelbagaian aktiviti di luar PdPc memberi
impak yang bermanfaat kerana pelajar dapat mengingat aktiviti dan dapat mengaplikasi untuk
menjawab soalan peperiksaan berkaitan dengan Fakta. Menyedari permasalahan pelajar ,
maka fokus kajian adalah kemahiran mengingat Fakta bab 4 bagi tajuk Wang Bank dan Dasar
Kewangan dengan menggunakan kaedah ” Mcyt ”

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Tujuan kajian ialah meningkatkan pencapaian A dalam peperiksaan STPM Ekonomi Penggal
2.
3.2 Objektif khusus
Objektif khusus pelajar dapat :
1. Menyatakan 4 fungsi wang
2. Menyatakan 3 tujuan permintaan wang.
3. Menyatakan 2 faktor permintaan wang.
4. Menyatakan 2 alat dasar Fiskel
5. Menyatakan 5 had-had proses penciptaan kredit

37

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran ialah pelajar 6A1 seramai 7 orang. Mereka terdiri daripada 6 pelajar
perempuan dan seorang pelajar lelaki. Berdasarkan Pra Ujian didapati seorang pelajar
cemerlang, 3 pelajar sederhana dan 2 pelajar lemah..

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah :-

a) Pemeriksaan Fail Pengukuhan Pelajar
Selesai PdPc bab 4 bagi tajuk Wang Bank dan Dasar Kewangan, guru memberi 7 tugasan
esei soalan sebenar STPM. Pelajar menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan
.
b) Pra Ujian
Selesai menyiapkan latihan pengukuhan dan pembetulan oleh guru. Guru memaklum kepada
pelajar untuk melaksanakan Pra Ujian . Pra Ujian mengandungi 7 soalan menyatakan fakta.
Pra Ujian dilaksanakan pada waktu PdPc..

c) Pasca Ujian
Pasca Ujian dilaksanakan selepas pelaksanaan ” MCyt ” Pasca Ujian bertujuan untuk menilai
keberkesanan mengingat fakta. Pelajar perlu mencatat fakta di atas kertas yang disediakan

d) Soalselidik
Guru mengedar borang soal selidik kepada 7 pelajar 6A1. Soal selidik menggunakan skala
Likert. Pelajar dikehendaki menanda ( / ) untuk penyataan yang dipersetujui. Soal selidik ini
digunakan untuk mendapatkan persepsi pelajar terhadap amalan guru yang menjadi punca
mereka tidak dapat mengat fakta.(Lampiran 2)

e) Temu bual
Guru menemu bual seorang untuk mengetahui keberkesanan tindakan yang dilaksanakan.
Temubual secara spontan terhadap sebelum pelaksanaan MCyt dengan selepas
pelaksanaan MCyt .

5.2 Analisis Tinjauan masalah
a) Pemeriksaan fail pengukuhan pelajar
Kesemua pelajar menghantar tugasan berkenaan menyatakan fakta Didapati dua pelajar
tidak menyiapkan tugasan

38

. b) Pra Ujian

Selesai menyemak Pra Ujian , berikut adalah analisis keputusan markah menyatakan fakta

ialah:-

NAMA PELAJAR PRA UJIAN ( MARKAH MENYATAKAN FAKTA )

Fakta Fakta Fakta Fakta Fakta Markah Peratus
1 2 3 4 5 (17m) (100 )

AZALIA BINTI ABU 23003 8 47%
KHALIPAH

NUR AZWANIDA BINTI 3 0 0 1 1 5 29%
AZHAR

NUR UMAIRAH BINTI 3 0 0 2 5 10 59%
YAHAYA

NURAFINI ATIRAH BINTI 1 2 0 2 5 9 53%
KAMAL

ROS RASHIDAH BINTI 4 0 0 2 5 11 65%
RUSLI

SITI AISYAH BINTI SALLEH 4 0 0 25 11 65%

SYAIE BIN SAIFUL AFFENDY 2 0 0 0 0 2 12%

Catatan:-
Fakta 1 : Menyatakan 4 fungsi wang
Fakta 2 : Menyatakan tujuan permintaan wang
Fakta 3 : Menyatakan factor permintaan wang
Fakta 4 : Menyatakan alat dasar Fiskal
Fakta 5 : Menyatakan had-had proses penciptaan kredit

Rumusannya, didapati dua orang pelajar cemerlang iaitu 65% , 3 pelajar tahap sederhana
dan 2 pelajar lemah iaitu markah di bawah 30% .Guru telah mengenalpasti kelemahan-
kelemahan pelajar

c) Pasca Ujian
Hasil semakan Pasca Ujian selepas aktiviti MCyt adalah amat memberansangkan.Berikut
keputusan Pasca Ujian.

39

NAMA PELAJAR Keluk dan Huraian keluk Markah Peratus
(17M) %
AZALIA BINTI ABU Fakta Fakta Fakta Fakta
KHALIPAH 1 234 Fakta
5
NUR AZWANIDA BINTI
AZHAR 4 3 2 2 6 17 100%

NUR UMAIRAH BINTI 4 3 2 1 6 16 94%
YAHAYA
4 3 2 2 6 17 100%
NURAFINI ATIRAH BINTI
KAMAL 4 3 2 2 6 17 100%

ROS RASHIDAH BINTI 4 3 2 2 6 17 100%
RUSLI

SITI AISYAH BINTI SALLEH 4 3226 17 100%
4 3224 15 88%
SYAIE BIN SAIFUL
AFFENDY

Semua pelajar mendapat keputusan Cemerlang iaitu paling rendah Cemerlang 88% dan 5
pelajar mendapat 100%.Keputusan yang sangat membbanggakan pelajar dan guru.
.
c) Soalselidik
Selesai pelaksanaan aktiviti MCyt , keesokan harinya guru mengedarkan borang soal selidik
kepada 7 pelajar 6A1.Guru ingin mendapat respon terhadap amalan guru .Semua bersetuju
bersetuju bahawa pelaksanaan “MCyt “ sangat menarik dan berkesan.

d) Temubual
Guru menemu bual seorang pelajar iaitu ” S ” untuk mengetahui keberkesanan tindakan yang
dilaksanakan. Diantara soalan temubual :-
1. Adakah anda suka cara mengingat Mcyt ?
2.Berkesankah cara ini ?
3.Apa perasaan anda ?

5.3 Tindakan yang dijalankan
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran terdapat dalam set induksi , perkembangan
pengajaran & pembelajaran serta penutup. Aktiviti adalah secara berpasangan .Sesi PdPc
mengambil masa 120 minit ( 3 masa ) iaitu pukul 9.00 pagi hingga 11 pagi.

40

• Bahan PdPc iaitu
1. Kertas A4 25 helai
2. Pen warna
3. Pembarisi
4. Hadiah tempat pertama, kedua , ketiga dan saguhati
• Kos bagi menghasilkan bahan
Kos bernilai RM 50.00 untuk belian kertas , pen dan hadiah
SET INDUKSI ( 10 minit ) - Di Bilik Inovasi Bitara
1. Guru meminta pelajar menulis dipapan putih perkataan MCyt
2. Guru bertanya apa maksud perkataan tersebut
3. Guru menerangkan maksud dan mengaitkannya dengan PDPc hari ini
AKTIVITI MCyt 1 ( 30 Minit )
• Pelajar menyaksikan Tuition Online Perlis Mengaji oleh Cikgu Hayati Bt Ariffin.

( paparan di Facebook )
• Pelajar perlu melihat, mendengar, memahami dan mencatat pada buku Nota

AKTIVITI MCyt 2 ( 40 Minit )
• Selesai menyaksikan Online Perlis Mengaji . semua pelajar perlu membuat Nota

Mudah mengingat pada kertas A4 yang diedarkan
• Pelajar boleh menggunakan kreativiti masing-masing untuk menyalin kaedah yang

disaksikan.

41

AKTIVITI Mcyt 3 : PEMBENTANGAN ( 20 minit )

• Guru memilih 3 pelajar untuk membuat pembentangan.
• Sesi pembentangan iaitu pelajar membuat rumusan dan impak kepada pelajar
• Guru menilai pembentangan pada boring markah.
PENUTUP ( 15 minit )
• Guru menguji pelajar secara spontan tentang kaedah MCyt
• Guru membuat rumusan dan keberkesanan aktiviti yang dijalankan
• Penyampaian hadiah

Penghargaan kepada pelajar diberi mengikut urutan peratus teringgi untuk tempat pertama,
kedua dan ketiga seta saguhati.

42

4.4 REFLEKSI KAJIAN
5.4.1 Analisis Ujian Pra/Pasca
Data Pra Ujian / Pasca Ujian adalah dalam gred dan markah yang dikategorikan kepada 5
tahap iaitu Cemerlang, Baik , Memuaskan , Lemah dan Amat Lemah seperti jadual di
bawah.

Jadual : Tahap Pencapaian Markah Ujian Pra / Pasca

GRED Markah Ujian Pra Ujian Pasca
CEMERLANG 60 – 100 Bil % Bil %
2 12% 7 100%

BAIK 45 – 59 3 18% --

MEMUASKAN 35 – 44 - --

LEMAH 30 – 34 - --

AMAT LEMAH 0 - 29 2 12% --

GRAF BAR MENUNJUKAN PERATUS PENCAPAIAN
MARKAH PRA UJIAN & PASCA UJIAN

PERATUS

8 CEMERLANG
6 BAIK
4 MEMUASKAN
LEMAH
2 AMT LEMAH
0
PASCA
PRA

Semasa Pra Ujian dua pelajar ( 12% ) berada ditahap cemerlang , 3 orang pelajar keputusan
Baik ( 18% ) dan 2 pelajar amat lemah ( 12% ). Seminggu selepas Pra Ujian, guru telah
melaksanakan PdPc MCyt .Keputusan sungguh mengujakan dimana 7 pelajar ( 100% )
berada ditahap Cemerlang. Dapatan ini menunjukkan tindakan yang dilaksanakan sangat
berkesan dan pelajar dapat mengingat dengan cara lebih mudah, cepat dan seronok.

43

5.4.2 Analisa borang Soal selidik
Data soal selidik dianalisiskan dengan menggunakan kekerapan dan peratus. Guru mengira
kekerapan pelajar “ sangat setuju, setuju ,kurang setuju, tidak setuju langsung” terhadap
setiap item dalam soal selidik. Selepas itu, guru akan menukarkan kekerapan kepada peratus.

Petunjuk: 1. Sangat Setuju 2. Setuju 3. Tak setuju 4.Sangat Tidak Setuju

Bil SOALAN 1 2 34
n% n% n %n%
1. Saya suka aktiviti MCyt
7 100 0 0 0 0 0 0
2. Saya rasa sangat seronok dengan aktiviti 7 100 0 0 0 0 0 0
MCyt
7 100 0 0 0 0 0 0
3. Aktiviti Mcyt membantu mengingat Fakta
dengab cepat

Graf Garis menunjukkan peratusan sangat setuju, setuju, tak setuju dan sangat tak
setuju ke atas pelaksanaan aktiviti POKOK AJAIB

8

Suka Mcyt

7

6

5 Sangat
4 Seronok Mcyt

3

Dapat

2 mengingat
1 Fakta dengan

cepat

0

Soal selidik menggunakan graf garis dimana selepas Pasca Ujian menunjukkan semua
pelajar ( 100 % ) sangat setuju bahawa aktiviti MCyt adalah PdPc yang menarik , sangat

44


Click to View FlipBook Version