seronok dan dapat mengingat fakta dengan cepat keseluruhannya, dapatan soal selidik
telah membuktikan bahawa pelajar berpandangan positif terhadap tindakan yang
dilaksanakan oleh guru.
3.Analisis temu bual
Dapatan temu bual ke atas seorang pelajar bernama “ S “ bersetuju bahawa Aktiviti MCyt
menarik dan dapat mengingat fakta dengan cepat. Di antara komen beliau sebelum dan
selepas aktiviti Mcyt ialah
Sebelum MCyt semasa Ujian Pra:
“Aku rasa sangat bodoh dan diperbodohkan kerana tidak dapat menulis fakta ”
Selepas aktiviti MCyt:
“ Aku rasa kagum dapat mengingat serta menulis semua fakta dengan tepat “
6.0.CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.
Saya akan mengekalkan PdPc aktiviti Mcyt untuk Ekonomi 2 dan membuat penambahbaikan.
Saya juga telah bersedia untuk Mcyt Ekonomi kertas 1 dan Ekonomi kertas 3. Ini kerana ia
adalah sebahagian daripada PdPc yang menarik minat belajar Ekonomi. Aktiviti ini boleh
digunakan untuk semua mata pelajaran lain yang mempunyai Fakta
Saya rasa bersyukur sangat pada yang Maha Pencipta kerana kaedah Mcyt melalui
Tuition Online Perlis Mengaji yang dimuatturun dalam Facebook mempunyai view sebanyak
1555 dan di Youtube sebanyak 1.6K. Saya dapat berkongsi ilmu Mcyt dengan semua orang
di seluruh dunia
Aktiviti MCyt sangat menarik , seronok dan bermanafaat kepada pelajar . Saya juga
berkongsi dengan rakan-rakan guru Ekonomi Perlis ketika menghadiri mesyuarat Panitia
Ekonomi kali pertama peringkat negeri Perlis .Saya mendapat respon yang positif dan mereka
teruja dengan kajian yang dilakukan oleh saya.Penghargaan dan kata-kata semangat
memberi satu inovasi untuk sentiasa membuat kajian bagi meningkatkan pencapaian
peratusan ekonomi STPM di peringkat sekolah dan negeri.
Aktiviti MCyt melibatkan kos yang murah,mudah didapati dan dilaksanakan dimana
sahaja asalkan kita mempunyai minat untuk berjaya. Dapat menjimatkan masa kerana pelajar
dapat mengingat Fakta dengan cepat. Aktiviti Mcyt adalah sebahagian aktiviti yang dapat
meningkatkan pencapaian peratusan, pertambahan bilangan gred A dan menghasilkan
pelajar PNGK 4.00 untuk tahun 2020.
45
BIBLIOGRAFI
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, (2002). Kursus Kajian Tindakan 2002 Guru-guru
Sekolah Menengah dan Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Chow Fook Meng & Jaizah Mahmud, (2004, 2nd edition). Panduan Kajian Tindakan.
Kangar, Perlis: Maktab Perguruan Perlis.
Mohamad Najib Abdul Ghafar. ( 1999 ).Penyelidikan Pendidikan Penerbitan Universiti
Teknologi Malaysia
Sabariah Ali. 2019 .Ace Ahead Teks STPM Makroekonomi Penggal 2.Kuala Lumpur:
Oxford Fajar Sdn.Bhd.,
https://www.moe.gov.my/image/KPM/BPSH/jounal-pendidikan-T6.pdf
46
Lampiran 1
PRA UJIAN & PASCA UJIAN
GURU MATA PELAJARAN : HAYATI BT ARIFIN
TARIKH :
NAMA PELAJAR:
Soalam 1 : Nyatkan 4 fungsi wang
1
2
3
4
Soalan 2 : Nyatakan tujuan permintaan wang
1
2
3
Soalan 3 : Nyatakan factor permintaan wang
1
2
Soalan 4:Nyatakan alat dasar Fiskal
1
2
Soalan 5 : Nyatakan had-had proses penciptaan kredit
1
2
3
4
5
47
Lampiran 2
BORANG SOAL SELIDIK
(Pelaksanaan Aktiviti MCyt )
ARAHAN
Anda dikehendaki memilih salah satu skala di bawah ini. Tandakan ( / ) jawapan pilihan
anda
123 4
Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
Bil SOALAN 1 23 4
1. Saya suka aktiviti MCyt
2. Saya rasa sangat seronok
dengan aktiviti MCyt
3. Aktiviti Mcyt membantu mengingat
Fakta dengan cepat
48
49
Nota Pintar Meningkatkan Kemahiran Taakulan Dan Komunikasi Pelajar Dalam
Mata Pelajaran Sejarah
Azwan Bin Ahmad
[email protected]
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi
01000 Kangar Perlis
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran taakulan dan komunikasi serta meningkatkan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Subjek kajian adalah terdiri daripada 18 orang
pelajar tingkatan 6A2. Fokus utama kajian ialah peningkatan kemahiran taakulan dan komunikasi
pelajar kerana refleksi guru melalui pemerhatian, soal jawab, analisis dokumen dan ujian 1 mendapati
pelajar gagal menguasai kemahiran taakulan dan komunikasi dalam mata pelajaran Sejarah.
Pendekatan Nota Pintar menggunakan elemen kata kunci, Kod QR dan link rujukan yang boleh diakses
melalui telefon pintar telah dilaksanakan guru sebagai tindakan untuk meningkatkan kemahiran
taakulan dan komunikasi pelajar. Pelaksanaan pendekatan Nota Pintar telah berjaya meningkatkan
kemahiran taakulan dan komunikasi pelajar. Dapatan pemerhatian menunjukkan pelajar berjaya
memberi huraian dan penghujahan yang baik berdasarkan kemahiran taakulan dan komunikasi setelah
pelaksanaan Nota Pintar dilaksanakan. Melalui analisis dokumen, pelajar berjaya menulis esei sejarah
dengan baik, memberikan fakta sokongan dan contoh yang relevan. Pendekatan Nota pintar juga
berjaya meningkatkan pencapaian pelajar apabila dapatan ujian 2 menunjukkan tidak ada pelajar yang
memperoleh markah dalam kategori rendah. Sebaliknya 10 orang daripada 18 pelajar memperoleh
markah dalam kategori tinggi.
Kata Kunci: Nota Pintar, Kod QR, Kemahiran Taakulan dan Komunikasi
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.
Penguasaan kemahiran taakulan dan komunikasi penting dalam pengajaran dan
pembelajaran Sejarah. Kemahiran taakulan melibatkan keupayaan membina hujahan teras
secara logical merujuk sepenuhnya kepada kehendak soalan. Idea yang dikembangkan
sebagai respon terhadap soalan, kupasan isu disandarkan pada banyak contoh, fakta,
pendetailan yang relevan. Sementara kemahiran komunikasi merujuk penyampaian idea amat
jelas dan licin serta menunjukkan kefahaman mendalam terhadap pengetahuan Sejarah
(Majlis Peperiksaan Malaysia, 2018). Mengimbas kembali pengajaran pembelajaran yang
lepas, berkenaan topik Masyarakat Arab Jahiliyah, pengkaji mendapati pelajar gagal
menguasai kemahiran taakulan dan kemahiran komunikasi. Buktinya sebahagian besar
pelajar gagal menjawab dengan baik latihan yang diberikan. Pelajar gagal memberi huraian
yang menepati fakta. Malah terdapat pelajar yang memberi contoh yang tidak relevan dengan
fakta utama. Selain itu, kurangnya penanda wacana digunakan dalam jawapan pelajar.
Guru mendapati punca utama kegagalan pelajar menguasai kemahiran taakulan dan
kemunikasi ialah pendekatan yang dilaksanakan oleh guru yang tidak membantu pelajar ke
arah peningkatan penguasaan kemahiran taakulan dan komunikasi. Walaupun pendekatan
yang digunakan berjaya membina keyakinan pelajar, semangat kerjasama dan perkongsian
50
idea (kooperatif dan kolaboratif) dalam kalangan pelajar melalui aktiviti kumpulan dan
pembentangan, tetapi pelajar gagal menguasai kemahiran taakulan dan komunikasi. Semasa
pembentangan, pelajar meluahkan kembali fakta dan maklumat hasil perbincangan kumpulan
tanpa memberi contoh dan hujahan yang relevan untuk mengukuhkan fakta. Perkara ini
berlaku kerana pelajar gagal menyusun maklumat yang diperoleh berpandukan fakta utama,
fakta sokongan dan contoh yang relevan dalam perbincangan kumpulan dan bahan rujukan.
Selain itu, pemerhatian guru semasa aktiviti kumpulan mendapati kebanyakan pelajar
membuat rujukan melalui carian online melalui laman web, blog dan facebook yang
keabshahan maklumatnya kurang tepat. Pelajar juga membuat rujukan melalui Wikipedia di
mana ketepatan maklumatnya diragui. Keadaan ini menyebabkan maklumat yang dibincang
dalam kumpulan bercampur antara yang fakta dan bukan fakta, contoh yang relevan dan
contoh yang tidak relevan. Sebagai contoh, maklumat yang diperoleh melalui salah satu blog
yang menjelaskan bahawa salah satu bukti ketamadunan masyarakat Arab Jahiliyah ialah
pencapaian teknologi kejuruteraan kerana masyarakat tersebut berjaya membina Empangan
Ma’arib. Maklumat ini adalah tidak benar kerana tempoh masa zaman Arab Jahiliyah hanya
bermula setelah keruntuhan Empangan Ma’arib sehingga kerasulan Nabi Muhammad SAW.
Pendekatan perbincangan kumpulan dan perkongsian pengajaran melalui
pembentangan dan soal jawab digunakan oleh guru bertujuan untuk memastikan pelajar
mendapat pengetahuan dan menguasai semua topik dalam sukatan pelajaran
memandangkan isi kandungan pengajaran Sejarah Islam STPM yang luas meliputi tiga tema
iaitu; i. Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Hubungan Luar, ii. Pembangunan dan
Penerokaan, iii. Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Sukatan Pelajaran Sejarah
STPM, 2018). Namun pendekatan ini perlu ditambahbaik supaya pelajar dapat menguasai
kemahiran taakulan dan komunikasi dalam memberi hujahan yang relevan dan signifikan.
Memandangkan pelajar hari ini merupakan generasi digital, aplikasi ICT seperti
penggunaan telefon pintar boleh meransang minat dan tumpuan pelajar terhadap topik
pengajaran. Selain itu, Peranti mudah alih seperti komputer riba, telefon pintar, tablet dan
pelbagai alatan ICT lain boleh dijadikan platform meningkatkan pembelajaran kolaboratif
(Abdul Halim Abdullah, 2019). Namun bimbingan guru adalah perlu dalam memandu pelajar
membuat carian melalui telefon pintar supaya maklumat yang diperoleh adalah tepat dan
relevan. Guru perlu menerangkan bagaimana memperoleh dan menganalisis maklumat yang
relevan dan berguna. Sebagai guru sejarah, guru perlu memupuk keupayaan pelajar untuk
menganalisis, mensintesis dan menilai fakta serta maklumat, menggunakan kemahiran
berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Berdasarkan situasi yang telah dinyatakan dan keperluan pendekatan pedagogi
mutakhir, guru telah memilih pendekatan Nota Pintar dalam usaha meningkatkan kemahiran
taakulan dan komunikasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.
51
2.0 FOKUS KAJIAN
Walaupun pengkaji mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), namun pengkaji hanya akan
fokuskan kajian ini kepada masalah yang paling utama iaitu berkenaan kemahiran taakulan
dan kemahiran komunikasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Kedua-dua kemahiran ini
penting dalam membantu pelajar membuat hujahan dan penghuraian yang baik sama ada
dalam pembentangan mahupun penulisan esei. Tambahan pula, penguasaan kemahiran
taakulan dan komunikasi diambil kira dalam pemarkahan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM) bagi mata pelajaran Sejarah.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini adalah untuk melihat bagaimana guru meningkatkan kemahiran taakulan dan
komunikasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah menggunakan pendekatan Nota Pintar.
3.2 Objektif Khusus
i. Meningkatkan kemahiran taakulan dan komunikasi pelajar melalui pendekatan Nota
Pintar dalam mata pelajaran Sejarah.
ii. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah melalui pendekatan
Nota Pintar.
iii. Memperihal amalan pedagogi guru dalam meningkatkan kemahiran taakulan dan
komunikasi pelajar melalui pendekatan Nota Pintar
4.0 KUMPULAN SASARAN
Peserta kajian terdiri daripada pelajar tingkatan 6 Atas 2. Seramai 18 orang pelajar. 5 orang
pelajar lelaki. Sementara pelajar perempuan seramai 13 orang. Semua pelajar mendapat
kepujian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Sejarah.
Semua pelajar mempunyai telefon pintar yang selalu digunakan untuk membuat rujukan
maya dalam pengajaran dan pembelajaran.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Cara mengumpul maklumat / tinjauan masalah
Tinjauan masalah dibuat melalui kaedah pemerhatian seperti pemerhatian semasa
pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Kaedah temubual bersama
52
peserta kajian juga dilaksanakan oleh pengkaji bagi memperoleh pandangan peserta
terhadap pendekatan yang telah dilaksnakan. Pengkaji juga menggunakan kaedah analisis
dokumen seperti latihan pelajar untuk melihat tahap penguasaan kemahiran taakulan dan
kemahiran komunikasi pelajar sebelum dan selepas pendekatan Nota Pintar dilaksanakan.
Selain itu, ujian 1 dan ujian 2 dilaksanakan untuk melihat sama ada peserta kajian berjaya
menguasai kemahiran taakulan dan komunikasi setelah pendekatan Nota Pintar
dilaksanakan.
5.2 Analisis tinjauan masalah
Berdasarkan pemerhatian dalam bilik darjah pelajar kurang memberi tumpuan kepada aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, terutamanya ketika rakan membuat pembentangan hasil
perbincangan kumpulan. Tingkahlaku pelajar semasa pembentangan jelas menunjukan
pelajar hilang tumpuan dan tidak mencatat maklumat yang disampaikan oleh rakan
pembentang. Dapatan pemerhatian awal juga menunjukan pembentang tidak menguasai
kemahiran taakulan dan komunikasi apabila hujahan dan huraian fakta utama yang tidak
disokong oleh bukti dan contoh yang relevan.
Gambar 1 : Pelajar Tidak memberi tumpuan semasa rakan membuat pembentangan
Soal jawab lisan mengenai topik pengajaran dengan pembentang menunjukkan pelajar tidak
faham bagaimana untuk memberi huraian dan penghujahan yang baik. Contohnya apabila
guru meminta pembentang menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai agama wathani.
Jawapan pembentang :
“Agama wathani seperti agama nenek moyang iaitu menyembah bulan, bintang, pokok-pokok
dan sebagainya. Mereka juga menyembah berhala. Selain itu mereka percaya kepada amalan
karut….”
Jawapan di atas menunjukkan berlakunya kekeliruan fakta dan contoh yang tidak relevan
dengan fakta utama.
53
Dapatan di atas, diperkukuhkan lagi dengan dapatan analisis dokumen menunjukkan pelajar
gagal menguasai kemahiran taakulan dan komunikasi. Jawapan esei pelajar semasa ujian 1
membuktikan pelajar gagal menguasai kemahiran taakulan dan komunikasi melalui
pendekatan yang digunakan oleh guru iaitu perbincangan kumpulan, perkongsian idea dan
pembentangan pelajar (Kooperatif dan kolaboratif).
Rajah 1 : Kesilapan Fakta
Rajah 2 : Gagal Membuat Huraian / Penghujahan.
Analisis jawapan esei pelajar juga menunjukkan pelajar gagal menggunakan “penanda
wacana” yang baik dan membuat penegasan isi bagi setiap fakta yang dihuraikan. Penanda
wacana dan penegasan isi adalah penting dalam kemahiran komunikasi untuk memperoleh
markah yang lebih baik.
Keputusan ujian 1 juga menunjukkan pelajar gagal memperoleh markah yang baik apabila
gagal membuat huraian yang baik melalui kemahiran taakulan dan komunikasi. 13 daripada
54
18 orang pelajar hilang markah pada bahagian kemahiran taakulan dan komunikasi
menyebabkan markah mereka berada dikategori rendah, iaitu 7 markah ke bawah.
Jadual 1 : Keputusan Ujian 1
Rendah Sederhana Tinggi
8 - 14 15 - 20
Markah 0–7 4
1
Bil. Pelajar 13
Berdasarkan dapatan tinjauan awal, jelaslah bahawa pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan oleh guru perlu diubah. Walaupun pendekatan tersebut berjaya
meningkatkan keyakinan diri pelajar, berlakunya perkongsian idea melalui kooperatif dan
kolaboratif tetapi ianya kurang berjaya meningkatkan kemahiran taakulan dan kemunikasi
pelajar. Guru perlu melakukan penambahbaikan terhadap aktiviti kooperatif dan kolaboratif
yang telah dirancang supaya kemahiran taakulan dan komunikasi pelajar dapat ditingkatkan.
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Guru telah memperkenalkan pendekatan Nota Pintar. Pendekatan Nota Pintar masih
mengekalkan amalan pedagogogi guru sebelumnya iaitu aktiviti perbincangan dan
perkongsian idea melalui pembentangan pelajar (kooperatif dan kolaboratif). Nota Pintar
melibatkan penggunaan Kata Kunci (keyword) yang dibina oleh pelajar dan guru. Penggunaan
kata kunci bertujuan memandu pelajar untuk menginggati fakta utama, fakta sokong dan
contoh. Mengikut Maizan (2017), kemampuan ingatan sebenarnya dapat ditingkatkan, minda
manusia dapat mengingati sesuatu lebih banyak daripada yang dijangkakan melalui
penggunaan sistem kata kunci. Selain itu, Nota Pintar disusun mengikut isu-isi utama secara
berurutan atau kronologi berdasarkan topik perbincangan.
Nota Pintar dilengkapkan dengan Kod QR (Quick Respone code) bertujuan membantu
pelajar membuat rujukan pada nota yang ditetapkan guru melalui telefon pintar dan memandu
pelajar mencari maklumat tambahan melalui web, bloq, youtube dan lain-lainnya yang telah
disemak keabshahan maklumat oleh guru. Dapatan kajian Nurning, Syukur dan Muhammad
Nur (2018) menunjukkan proses pengajaran pembelajaran menggunakan Kod QR
memberikan kesan positif dalam peningkatan proses pembelajaran pelajar. Nota Pintar juga
membolehkan pelajar menggunakan telefon pintar secara optimum untuk tujuan
pembelajaran. Melalui penggunaan telefon pintar, banyak aktiviti boleh dilaksanakan
termasuklah perkongsian maklumat, komunikasi, pelayaran internet, penghasilan dan
pengeditan dokumen dan pelbagai aktiviti lain (Al-Barashdi et. al, 2015).
Dalam mengaplikasikan pendekatan Nota Pintar dalam pengajaran dan pembelajaran,
beberapa langkah tindakan yang telah diambil oleh guru. Langkah-langkah tersebut ialah:
55
D) Sebelum Pengajaran dan Pembelajaran
x. Guru membuat nota lengkap yang dimuatnaik dalam Google Drive yang akan
diakses oleh pelajar melalui Kod QR yang ditetapkan. Nota lengkap ini dilengkapi
dengan link rujukan maklumat tambahan yang telah ditentukan oleh guru.
Rajah 3 : Contoh Nota Pintar Yang Mempunyai Kod QR.
xi. Guru membuat Nota Pintar dengan meringkaskan maklumat nota lengkap dengan
menggunakan kata kunci (keyword). Nota Pintar ini akan disertakan dengan Kod
QR yang telah ditetapkan.
xii. Guru memastikan semua pelajar mempunyai telefon pintar yang telah dimuatnaik
scanner Kod QR.
E) Semasa Pengajaran dan Pembelajaran
xiii. Menerangkan kepada pelajar proses membuat Nota Ringkas dengan
menggunakan kata kunci. Pelajar akan menggunakan buku rujukan dan telefon
pintar untuk mengakses maklumat melalui Kod QR daripada Nota Pintar yang
diberikan guru.
xiv. Pelajar telah ditetapkan dalam 5 kumpulan. Setiap diberikan satu topik untuk
dibincangkankan. Setiap kumpulan pelajar akan meringkas topik daripada buku
rujukan dan rujukan maya melalui telefon pintar dalam bentuk kata kunci.
Rajah 4 : Perbincangan dalam kumpulan
56
xv. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil ringkasan nota (kata Kunci).
Kumpulan lain dan guru akan menyoal pembentang dan rakan kumpulan untuk
menguji penguasan pengetahuan, penghuraian / penghujahan berdasar
kemahiran taakulan dan komunikasi.
Rajah 5 : Contoh Nota Ringkas Pelajar berdasarkan Kata Kunci
Rajah 6 : Pembentangan Pelajar
xvi. Menetapkan ujian 2 pada waktu berikutnya (Satu soalan akan ditanya daripada
lima topik perbincangan)
xvii. Setiap kumpulan diberikan lima Nota Pintar (lima topik perbincangan). Kumpulan
pelajar juga akan akan memperbanyakan nota ringkasan berdasarkan kata kunci
untuk diberikan kepada guru dan rakan pelajar.
xviii. Latihan ringkas esei sejarah berdasarkan topik perbincangan
F) Selepas sesi Pengajaran dan Pembelajaran
xix. Guru memuatnaik nota ringkasan pelajar ke dalam Google Drive
57
xx. Pelajar akan membuat rujukan Nota Pintar, Ringkasa Nota – Kata Kunci dan
maklumat tambahan melalui telefon pintar dengan menggunakan Kod QR pada
Nota Pintar sebagai persediaan ujian 2. (Waktu berikutnya selang sehari).
5.4 Refleksi Tindakan Guru / Dapatan Kajian
Pendekatan Nota Pintar yang dilaksanakan telah berjaya meningkatkan kemahiran taakulan
dan komunikasi. Melalui pendekatan Nota Pintar, pelajar berjaya membuat huraian dan
memberi hujahan yang baik. Pelajar boleh memberikan fakta utama dan memberi hujahan
sokongan berserta contoh yang relevan. Kata Kunci dalam Nota Pintar membantu pelajar
mengingati fakta sokongan dan contoh yang bersesuaian dengan fakta utama. Penyusunan
huraian dan penghujahan yang baik berpandukan susunan kata kunci dalam Nota Pintar.
Kesan tindakan pelaksanaan Nota Pintar, pelajar lebih yakin dalam mengemukakan hujahan
apabila disoal oleh guru. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Maizan (2017), di mana
teknik kata kunci diperlukan untuk menyusun maklumat lebih baik dan mudah serta
mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan informasi pada bila-bila masa yang diperlukan.
Menurut Tavakoli and Gerami (2013), penggunaan kata kunci dapat membantu pelajar untuk
mengingat dengan lebih lama berbanding dengan kaedah gambaran. Sekaligus, kaedah ini
merupakan salah satu kaedah yang sangat sesuai bagi pelajar dalam sesebuah sekolah untuk
diaplikasi. Apabila sesuatu konsep dapat diingati dengan baik, secara tidak langsung ia akan
membantu dalam mengingati sesuatu istilah atau konsep yang penting dapat diingat dalam
tempoh masa yang lebih panjang.
Melalui pendekatan yang dilaksanakan guru, pelajar juga berjaya menterjemahkan
penguasaan kemahiran taakulan dan komunikasi dengan memberi hujahan dan penghuraian
yang sarat dengan fakta sokongan dan contoh yang relevan semasa menjawab latihan esei
sejarah. Hujahan berserta fakta sokongan dan contoh serta penggunaan penanda wacana
dan penyusunan isi yang baik membantu pelajar memperoleh markah yang baik dalam
peperiksaan mata pelajaran Sejarah STPM.
Rajah 7 : Contoh Jawapan Esei Pelajar Setelah Menggunakan Nota Pintar
58
Pendekatan Nota Pintar juga berjaya dalam meningkatkan penguasaan dan pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Jelas sekali bahawa pendekatan Nota Pintar bukan
sahaja membantu dalam meningkatkan kemahiran taakulan dan komunikasi pelajar semasa
menjawab esei sejarah, tetapi turut membantu pelajar untuk mengingati fakta utama, fakta
sokongan, dan contoh-contoh yang relevan melalui penggunaan kata kunci. Tuntasnya,
penggunaan kata kunci dalam pendekatan Nota Pintar dapat membantu meningkatkan
pencapaian pelajar, berbanding sebelumnya. Keputusan ujian 2 menunjukkan berlaku
peningkatan pencapaian pelajar dan tidak ada pelajar yang berada dalam kategori markah
rendah. Dapatan ini menyokong dapatan kajian Taheri dan Davoudi (2016), kaedah kata
kunci menunjukkan pencapaian yang baik berbanding dengan kumpulan kawalan yang
menggunakan kaedah konvensional.
Jadual 2 : Keputusan Ujian 2
Rendah Sederhana Tinggi
8 - 14 15 - 20
Markah 0–7 8
10
Bil. Pelajar 0
Apa yang lebih menarik, pendekatan Nota Pintar telah membolehkan pelajar meneroka
maklumat maya melalui telefon pintar. Keadaan ini akan menambahkan keupayaann pelajar
untuk mengakses maklumat sokong yang telah dipantau oleh guru dari segi keabshahannya.
Malahan pelajar boleh mengakses maklumat di mana-mana sahaja tanpa perlu berada di
perpustakaan dan bilik darjah. Fatin Shaffawati dan Harun (2016) menjelaskan bahawa,
peranti mudah alih seperti telefon pintar dapat meningkatkan motivasi dan keupayaan
pembelajaran kendiri pelajar. Manakala Penggunaan Kod QR dalam Nota Pintar dapat
membantu pelajar dalam mengakses maklumat maya dengan lebih mudah dan cepat.
Menurut Mohammad Hafiz dan Saedah (2016), pendidik telah pun menyedari bahawa
terdapat minat yang semakin meningkat dalam penggunaan tag mudah alih untuk tujuan
pendidikan dan terdapat banyak lagi kelebihan Kod QR. Penggunaan Kod QR bukan sahaja
meningkatkan minat pelajar, tetapi juga memandu pelajar memperoleh maklumat / fakta yang
tepat dan relevan dengan topik pengajaran pembelajaran.
Dapatan daripada pemerhatian, analisis dokumen seperti latihan esei pelajar dan ujian
2 jelas membuktikan bahawa tindakan guru menggunakan pendekatan Nota Pintar berjaya
meningkatkan kemahiran taakulan dan komunikasi pelajar. Pendekatan Nota Pintar
melibatkan akitiviti kooperatif, kolaboratif, penghasilan nota ringkas melalui kata kunci serta
dilengkapkan kod QR yang membolehkan pelajar mengakses nota dan link rujukan yang
disediakan guru melalui telefon pintar turut berjaya menarik minat pelajar terhadap sesi
pengajaran dan pembelajaran.
59
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Pendekatan Nota Pintar yang telah dilaksanakan oleh guru telah berjaya meningkatkan
kemahiran taakulan dan komunikasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Pendekatan ini
boleh diaplikasikan untuk semua topik dalam mata pelajaran Sejarah. Pendekatan Nota Pintar
yang melibatkan perkongsian idea melalui perbincangan kumpulan, penghasilan nota ringkas
melalui kata kunci, mengakses maklumat maya melalui Kod QR menggunakan telefon pintar
dan pembentangan pelajar berjaya meningkatkan kemahiran berhujah dan menghurai yang
menepati rubrik kemahiran taakulan dan komunikasi yang ditetapkan Majlis Peperiksan
Malaysia. Pendekatan Nota Pintar juga boleh diaplikasikan kepada mata pelajaran lain seperti
Geografi, Pengajian Am dan Kesusateraan Melayu.
Berdasarkan refleksi guru dan dapatan kajian, pendekatan Nota Pintar berjaya
meningkatkan kemahiran taakulan dan komunikasi pelajar, meningkat minat dan membantu
pembelajaran kendiri pelajar tetapi tidak semua 18 orang pelajar terlibat secara aktif dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tindakan selanjutnya, guru perlu membuat
penambahbaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mampu meningkatkan
penglibatan aktif semua pelajar disamping pengaplikasian pendekatan Nota Pintar.
BIBLIOGRAFI
Abdul Halim Abdullah (2019). Generasi digital perlu pedagogi abad ke-21. Berita Harian,
Sabtu, 24 Ogos 2019. hlm 10.
Al-Barashdi, H. S., Buoazza, A., & Jabur, N. H. (2015). Samrtphone addiction among
university undergraduates: A literature review. Journal of Scientific Research & Reports,
4(3). hal 210-225
Ali Akbar Taheri & Dr Muhammad Davoudi. (2016). The Effect Of The Keyword Method On
Vocabulary Learning And Long Term Retention. International Journal Of Language And
Linguistics. 3(1). hal 114-125
Fatin Shaffawati Ab Ghani & Harun Baharudin. (2016). Pendekatan ‘Mobile Learning’ Dalam
Meningkatkan Motivasi Pelajar. Kolokium Pendidikan Bahasa Arab, UKM, 10 Desember
2016. hal 194-205
Majlis Peperiksaan Malaysia, Rubrik Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, 2018.
Maizan binti Mat@Muhammad. (2017). Teknik Mnemonik Sebagai Strategi Kognitif Dalam
Meningkatkan Keupayaan Ingatan Pelajar Peringkat Pengajian Pra-U: Sorotan Kajian
Lepas. National Pre University Seminar, RHR Hotel, 23 Ogos 2017. hal 309-317.
60
Mohammad Hafiz Zaini & Saedah Siraj. (2016). Kebolehlaksanaan Penggunaan Kod Quick
Response Terhadap Pembelajaran Herba Kesihatan Dalam Kalangan Pelajar Institut
Pengajian Tinggi Di Malaysia. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Universiti
Malaya. April 2016, Bil. 4, Isu 2. hal 20 - 30
Mansor Tavakoli & Elham Gerami. (2013). The Effect Of Keyword And Pictorial Methods And
Pictorial Methods On EFL Learners’ Vocabulary Learning And Retention. Porta
Linguarium. 19. hal 299-316
Nurming Saleh, Syukur Saud, Muhammad Nur Ashar Asnur. (2018). Pemanfaatan QR-Code
sebagai media pembelajaran Bahasa Asing pada Perguruan Tinggi di Indonesia.
Seminar Nasional Dies Natalis UNM Ke 57, 9 Juli 2018. hal 253-260.
Sukatan Pelajaran Sejarah STPM, 2018
61
Penggunaan Teknik Singkatan BALAS Dan BADAM Untuk Meningkatkan
Penguasaan Pelajar Melukis Gambar Rajah Bayu Laut dan Bayu Darat
Sabri Bin Mat Alim
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi
01000 Kangar Perlis
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan pelajar-pelajar Kelas Geografi dalam kemahiran
melukis gambar rajah bayu laut dan bayu darat serta penjelasannya. Pelajar sering keliru antara waktu
tiupan dan arah tiupan angina berkenaan. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, temu
bual dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa pelajar tidak dapat melukis dengan tepat kerana
sering keliru. Kajian tindakan ini memperkenalkan melukis gambar rajah lakaran bayu laut dan bayu
darat meggunakan BALAS dan BADAM. Seramai 13 orang pelajar 6A3 terlibat dalam kajian ini.
Keputusan ujian pasca telah menunjukkan peningkatan kebolehan pelajar melukis gambar rajah bayu
laut dan bayu darat dengan betul.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.
Pengalaman saya sebagai guru Geografi Tingkatan 6 mendapati para pelajar sering keliru
baik dari segi melukis atau melabelkan proses kejadian bayu laut atau bayu darat kerana
sering berlaku campur aduk penjelasan pelajar bila diminta menerangkan fenomena tersebut.
Hal ini kerana mereka kurang menguasai prinsip asas kejadian fenomena tersebut
Melalui kaedah singkatan perkataan ini didapati para pelajar lebih mudah memahami dan
menguasai baik dari segi melukis dan menjelaskan fenomena tersebut dengan betul dan fakta
yang tepat.
2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian tertumpu kepada peningkatan penguasaan pelajar Kelas Geografi 6A3 seramai
13 orang dalam melukis gambar rajah bayu laut dan bayu darat dengan betul serta penjelasan
fenomena tersebut.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Tujuan umum kajian adalah untuk meningkatkan penguasaan pelajar kelas Geografi saya
dalam melukis gambar rajah bayu laut dan bayu darat.
3.2 Objektif Khusus
Objektif khusus adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar:
1.1.1 menentukan waktu tiupan bayu laut dan bayu darat
62
1.1.2 melukis arah tiupan bayu laut dan bayu darat
1.1.3 melukis lakaran gambar rajah kejadian bayu laut dan bayu darat dengan betul
1.1.4 menerangkan fenomena kejadian tersebut
4.0 KUMPULAN SASARAN
4.1 Kumpulan sasaran terdiri daripada 13 orang pelajar kelas Geografi saya
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
i. Pemerhatian
Kajian ini menggunakan instrument pemerhatian dalam kelas semasa PdP berjalan. Fokus
pemerhatian tertumpu kepada perlakuan pelajar serta respon yang mereka beri. Pemerhatian
juga dibuat semasa mereka menyiapkan latihan melukis gambar rajah bayu laut dan bayu
darat di dalam kelas.
ii. Praujian
Praujian ini dilakukan untuk menguji kemahiran pelajar melukis lakaran gambar rajah bayu
laut dan bayu darat. Para pelajar diberi penerangan oleh guru berkaitan fenomena bayu laut
dan bayu darat serta ditunjukkan lakaran yang betul. Kemudian, 13 orang pelajar terlibat diberi
kertas kosong A4 seorang satu dan diminta melukis lakaran lengkap fenomena bayu darat
dan bayu laut. Setelah siap lakaran mereka sepatutnya seperti dalam gambar rajah di bawah.
Rajah 5.1 Bayu Laut Siang (BALAS) Rajah 5.2 Bayu Darat Malam (BADAM)
Ilustrasi gambar rajah diubah suai daripada gambar rajah bayu laut dan bayu darat. Haji Rusly
(2014).
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
i. Analisis pemerhatian
Melalui pemerhatian, sewaktu ujian dijalankan, didapati bahawa pelajar sukar untuk
menentukan waktu bayu laut dan bayu darat bertiup dan arah tiupan bayu berkenaan
(sepatutnya bertiup dari tekanan udara tinggi ke tekanan udara rendah). Namun pelajar boleh
mengetahui bahawa bayu laut datang dari laut dan bayu darat datangnya dari darat.
63
ii. Analisis praujian Bilangan Pelajar Peratus
Jadual 5.1 Analisis Praujian 4 30.77%
Lakaran Rajah/Penjelasan 5 38.46%
Memuaskan 4 30.77%
Sederhana 13 100.00%
Tidak Menepati
Jumlah
5.3 Tindakan yang Dijalankan
Dengan berdasarkan analisis praujian, tindakan yang diambil adalah seperti berikut :
Aktiviti 1
Pelajar dibimbing menghafal singkatan BALAS dan BADAM
Aktiviti 2
Pelajar ditekankan konsep suhu tinggi tekanan rendah, suhu rendah tekanan tinggi dan angin
bertiup dari tekanan tinggi ke tekanan rendah
5.4 Pelaksanaan Tindakan
Aktiviti 1
Semua pelajar diminta membuat pembetulan kepada lakaran mereka semasa analisis
praujian berdasarkan penjelasan yang diberi guru
Aktiviti 2
Setiap pelajar diberi kesempatan menerangkan fenomena bayu laut dan bayu darat di
hadapan kelas untuk membina keyakinan diri mereka. Menurut Jamaluddin (1998), perbezaan
tekanan udara membentuk angin. Angin akan bergerak dari tekanan udara tinggi ke tekanan
udara rendah
Pemerhatian
Dengan berdasarkan pemerhatian, pelajar dapat melakarkan gambar rajah berkenaan
dengan tenang dan yakin.
64
Refleksi
Saya dapat melihat bagaimana setelah bimbingan diberikan para pelajar lebih memahami dan
berkeyakinan untuk melakar dan menerangkan fenomena bayu laut dan bayu darat. Teknik
singkatan yang digunakan BALAS dan BADAM ternyata berkesan dan dapat diterima oleh
mereka dan tidak lagi keliru perbezaan antara bayu laut dan bayu darat.
Pascaujian
Sebagai penilaian akhir bagi mengesan keberkesanan kaedah dan aktiviti yang telah
dijalankan, satu pasca ujian telah dijalankan dan menunjukkan hasil yang
memberangsangkan seperti jadual 5.2 di bawah.
Lakaran Rajah/Penjelasan Bilangan Pelajar Peratus
Memuaskan 8 61.54%
Sederhana 5 38.46%
Tidak Menepati 0 0.00%
Jumlah 13 100.00%
5.5 Refleksi Keseluruhan
Berdasarkan makluat praujian dan pasca ujian, didapati bahawa berlaku peningkatan yang
sangat memberangsangkan dan ini menunjukkan kaedah yang diguna pakai itu sangat
berkesan.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Setelah berjaya membantu pelajar melakarkan gambar rajah bayu laut dan bayu darat dengan
betul berserta dengan penerangannya sekali, saya menyedari kaedah seperti itu juga boleh
digunakan untuk lain-lain tajuk seperti konsep pulau haba dan pulau sejuk, ekologi dan
ekosistem serta rantaian makanan dan siratan makanan sebagai contoh.
BIBLIOGRAFI
Haji Rusly bin Musa. Hajah Nurashikin Abdullah. 2014. Teks Rujukan Geografi STPM Penggal
2. Selangor D.E:Local Publications
Jamaluddin Md. Jahi. Ismail Ahmad. 1998. Pengantar Geografi Fizikal. Kuala Lumpur:Tropical
Press Sdn. Bhd.
Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh STPM. Geografi. 2013. Majlis Peperiksaan
Malaysia.
65
Meningkatkan Kemahiran Mengarang / Mengolah Isi dengan menggunakan
Teknik BORPIKA Bahasa Melayu STPM
Rozita Binti Sulaiman
[email protected]
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi
01000 Kangar Perlis
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengarang dan mengolah isi atau fakta karangan
dengan menggunakan Teknik BORPIKA (rangka Karangan). Teknik BORPIKA ini digunakan kerana
pelajar amat lemah dalam mengolah isi dengan matang hal ini berlaku kerana kebanyakan mengarang
dengan pendek iaitu 250 -300 patah perkataan sahaja. Hal ini jelas apabila 11 orang daripada 17 orang
pelajar hanya mendapat markah bawah 10 daripada 50 markah apabila mereka mengarang dalam
PRA 1. Kelemahan ini amat serius kerana karangan merupakan bahagian yang penting dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu STPM (Penggal 1). Sebagai langkah penyelesaian, guru telah menggunakan
Teknik BORPIKA iaitu guru akan menerangkan kaedah BORPIKA dalam menghasilkan rangka
karangan yang matang. Daripada rangka karangan tersebut pelajar akan mengarang karangan
berdasarkan isi dan olahan daripada rangka yang telah disediakan. Melalui Ujian PASCA 1 guru telah
menyemak dan memberi markah karangan pelajar dan membuat perbandingan markah karangan
pelajar sebelum dan selepas menggunakan Teknik BORPIKA. Guru akan memanggil beberapa orang
pelajar ke hadapan kelas untuk menerangkan rangka karangan berdasarkan penggunaan Teknik
BORPIKA. Kaedah pembelajaran secara kolaboratif ini sangat membantu pelajar bagi meningkatkan
kemahiran mengolah isi. Hal ini akan meningkatkan motovasi pelajar untuk mengarang dengan baik
dan matang. Daripada Ujian PASCA 1 dan PASCA 2 yang telah dijalankan, didapati 18 orang pelajar
telah meningkat markah dalam ujian tersebut, hasil penggunaan teknik itu juga didapati 4 orang pelajar
yang melonjak markah yang cemerlang iaitu 20-28 markah daripada markah penuh iaitu 50 markah.
Maklum balas daripada pelajar juga mendapati pelajar lebih yakin dan matang dengan menggunakan
kaedah BORPIKA dan berpendapat bahawa kaedah ini sangat membantu mereka dalam menulis
karangan Bahasa Melayu STPM
Kata Kunci : Kaedah BORPIKA, Kemahiran Mengolah isi / fakta Bahasa Melayu STPM.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.
Pengkaji / guru juga pernah merancang aktiviti mencatat isi penting yang relevan
dengan tajuk karanagan dalam bentuk rangka karangan secara individu. Walaupun kelihatan
sebahagian pelajar kelihatan aktif semasa menyenaraikan isi-isi penting , namun aktiviti ini
tetap gagal menggalakkan penglibatan aktif semua pelajar ke dalam pengajaran dan
pembelajaran sejarah. Hal ini dikatakan demikian kerana bukannya semua pelajar
mempunyai kematangan untuk menyatakan isi-is penting, lagipun didapati hanya beberapa
orang pelajar yang dapat menyenaraikan isi-isi penting, pelajar lain tidak dapat menyiapkan
rangka karangan. Memandangkan aktiviti tersebut kurang berkesan untuk meningkatkan
penglibatan aktif pelajar, penyelidik perlu merancang aktiviti lain yang boleh menyelesaikan
masalah ketidakmatangan pelajar dalam kelas Bahasa Melayu.
66
2.0 FOKUS KAJIAN
Walaupun pengkaji mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid semasa
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), namun pengkaji hanya akan
fokuskan kajian ini kepada masalah yang paling utama iaitu cara untuk membuat rangka
karangan dengan menggunakan teknik BORPIKA tentang penglibatan pelajar dalam proses
PdP dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang pembelajran Bahasa Melayu. Penglibatan aktif
pelajar dalam PdP penting dalam penghasilan wacana ataupun karangan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini adalah untuk melihat bagaimana guru meningkatkan kemahiran mengarang /
menghurai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan Teknik BORPIKA
3.2 Objektif khas
i. Meningkatkan kemahiran menulis rangka / menghurai isi melalui pendekatan
“BORPIKA” dalam mata pelajaran sejarah.
ii memperihal amalan pedagogi guru dalam meningkatkan kemahiran mengrang /
menghurai melalui pendekatan “BORPIKA”
4.0 KUMPULAN SASARAN
Peserta kajian / subjek kajian adalah terdiri pelajar tingkatan 6B4 iaitu teridri daripada 20 orang
pelajar. Kebanyakan pelajar mempunyai aras kematangan yang berbeza. Terdapat pelajar
yang sederhana, lemah dan amat lemah dalam menyenaraikan isi-isi relevan yang
berdasarkan tajuk yang telah diberi. Terdapat sebilangan kecil pelajar yang tidak dapat
menyediakan sekurang-kurangnya 4 isi penting dan tidak dapat menyediakan rangka dengan
baik.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Cara Mengumpul Maklumat / Tinjauan Masalah
Tinjauan masalah dibuat melalui perbincangan tajuk iaitu tema dan kehendak soalan.
Berdasarkan temubual melalui perbincangan terdapat kelemahan pelajar terhadap
kematangan dalam mentakrif soalan dan kehendak soalan. Soalan karangan telah diberi, dan
pelajar diberi masa selama 5 minit untuk membuat ranga karangan. Penilaian telah dibuat
melalui markah karangan yang telah diperoleh oleh guru. Apabila masalah dikenal pasti guru
telah menggunakan Teknik BORPIKA dalam PdPc dan telah membuat ujian kali ke 2.
Berdasarkan Ujian ke 2 berlaku peningkatan markah untuk karangan. Perbincangan
67
pengukuhan telah dijalankan bagi tindakan guru dan pelajar selepas ini. Analisis dokumen
seperti markah ujian dan rekod markah ujian pelajar dibuat
Soal selidik rangka karangan dan karangan penuh dalam soal selidik meliputi 3 kali ujian
dalam masa yang telah ditetapkan.
5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Markah PRA
4
Jadual 1: Prestasi Pelajar Sasaran dalam Ujian Pra 16
TH
BIl Nama Pelajar 10
1 MUHAMMAD KHAIRUL RIDHUAN B.SULAIMAN 4
2 NURFARAH HANIM BT MOHD ZAMRI TH
3 UWAIS ZIKRIE B. IDRIS 4
4 NUR NAZATUL ALIA BT AZENAN TH
5 NURBAITI SAFFA BT CHE OTHMAN 3
6 MUHAMMAD AKMAL MUKHLIS B. ZULKIFLI 11
7 MUHAMMAD FATHULLAH B. SHUFIZAN 11
8 AN NUR FARISYA BT ROZULI 4
9 NUR NAFISHAH BT AHMAD SHUHAIMI 4
10 AISYAH BT HAMDAN 4
11 NURUL ADRIANA BT HASMADI 3
12 MUHAMMAD FAREZ FIQRI B.AZMI MURAD 6
13 MUHAMMAD AMSYAR B. MOHD RADZI 4
14 AMEERA THAQIFAH BT. PAUZI 4
15 NUR UMAIRAH BT. YUSMI 6
16 MUHAMMAD REDZUAN B. HASHIM 12
17 SYAMIMI HANANI BT SABRI
18 NUR HAZWANI SYAMIMI BT. ZOLKIFLI
19 ALIA NUR NADIA BT.AHMAD
20 NUR AISYAH FADHILAH BT ISMAIL
Berdasarkan pemeriksaan karangan PRA ujian didapati bahawa pelajar gagal mengarang
karangan dalam jumlah 600 - 650 patah kata dalam masa yang telah ditetapkan iaitu 1 jam.
Kebanyakan pelajar hanya mampu mengarang antara 250 – 300 patah kata sahaja. Karangan
pertama berdasarkan pengalaman sedia ada pelajar bagi guru memerhati kemahiran pelajar
dalam menghasilkan karangan. Pengkaji juga mendapati bahawa kelemahan yang paling
utama pada pelajar adalah pelajar tidak dapat mengolah dan menghuraikan fakta dengan
matang, pelajar tidak mempunyai idea untuk menghuraikan isi, hal ini menyebabkan pelajar
menulis karangan dengan pendek.
Berdasarkan pemerhatian dan penandaan karangan dalam bilik dan luar bilik darjah
.Pelajar tidak dapat memberikan sekurang-kurangnya 3 isi berkaitan dengan tajuk soalan.
Pelajar juga tidak membuat rangka karangan sebelum mengarang. Hal ini menyebabkan
pelajar tidak dapat mengolah isi dengan baik, dan pelajar tidak dapat mengarang dengan
jumlah perkataan yang telah ditetapkan iaitu 600-650 patah perkataan.
68
Pemeriksaan karangan telah dilakukan oleh guru, analisi telah dilakukan dan
pendekatan telah diambil oleh guru. Pada ujian awal guru mendapati ramai pelajar yang tidak
dapat menulis karangan dalam masa yang telah ditetapkan iaitu 60 minit. Guru menerangkan
cara BORPIKA bagi pelajar dapat mengolah isi dengan baik dan matang, ia memenuhi kriteria
karangan STPM. Dapatan analisis dokumen menunjukkan pelajar menulis karangan yang
mengandungi kesalahan Bahasa yang lazim dilakukan oleh pelajar. Contoh karangan yang
baik telah diberikan kepada pelajar sebagai bandingan.
Ujian sebanyak tiga kali telah dilakukan untuk mengenal pasti keberkesanan Teknik
BORPIKA kepada pelajar.
5.3 Tindakan yang Dijalankan
Jadual 2 : Tindakan Pelaksaan Guru
Bil Tindakan Refleksi
1 Mengarang
Guru memlilih tema sosial.
Fasa 1
Pelajar akan menulis karangan memalui pengalaman yang sedia
2 Memilih Teknik
ada.
Guru telah memilih teknik BORPIKA
- Dengan menggunakan jadual BORPIKA
ISI HURAIAN
APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAK
Harga rumah (tidak sesuai i)Harga i)pembeli
meningkat dimasukan tanah tidak
dalam bahagian meningkat mampu
ini) ii)upah buruh untuk
meningkat. membeli
iii) harga rumah
rumah ii)rumah
terpaksa tidak terjual
dinaikkan
3 Menerangkan Penerangan telah diberikan kepada pelajar bagi menggunaan
Teknik Teknik BORPIKA dalam membuat rangka karangan bagi tujuan
penghasilan karangan yang utuh.
4 Mengarang Pelajar menyediakan Teknik BORPIKA, dalam masa 3 minit
Fasa 2 sebelum mengarang.
5 Pengukuhan Guru membuat pengukuhan kepada ujian yang telah dijalankan.
daripada guru
6 Mengarang fasa Markah akan diambil sebagai Ujian pasca 2.
3
69
5.4 Dapatan Kajian
Jadual 3 : Markah Ujian pelajar Selepas dan Sebelum Menggunakan Teknik BORPIKA
BIl Nama Pelajar Markah Markah Markah
PRA PASCA 1 PASCA2
1 MUHAMMAD KHAIRUL RIDHUAN B.SULAIMAN 4 12 26
2 NURFARAH HANIM BT MOHD ZAMRI 16 18 25
3 UWAIS ZIKRIE B. IDRIS TH TH TH
4 NUR NAZATUL ALIA BT AZENAN 10 TH 13
5 NURBAITI SAFFA BT CHE OTHMAN 4 6 11
6 MUHAMMAD AKMAL MUKHLIS B. ZULKIFLI TH 8 TH
7 MUHAMMAD FATHULLAH B. SHUFIZAN 4 10 14
8 AN NUR FARISYA BT ROZULI TH TH TH
9 NUR NAFISHAH BT AHMAD SHUHAIMI 3 8 11
10 AISYAH BT HAMDAN 11 TH 17
11 NURUL ADRIANA BT HASMADI 11 13 TH
12 MUHAMMAD FAREZ FIQRI B.AZMI MURAD 4 13 12
13 MUHAMMAD AMSYAR B. MOHD RADZI 4 4 28
14 AMEERA THAQIFAH BT. PAUZI 4 20 TH
15 NUR UMAIRAH BT. YUSMI 3 TH 5
16 MUHAMMAD REDZUAN B. HASHIM 6 3 15
17 SYAMIMI HANANI BT SABRI 4 20 19
18 NUR HAZWANI SYAMIMI BT. ZOLKIFLI 9 8 17
19 ALIA NUR NADIA BT.AHMAD 6 TH 13
20 NUR AISYAH FADHILAH BT ISMAIL 12 8 21
Kesan tindakan guru mendapati hasil markah ujuan PRA 1 dan PASCA1 guru
mendapati bahawa guru dapat menggunakan Teknik BORPIKA yang telah dirancang.
Seramai 11 orang daripada 18 orang pelajar telah meningkat markah ujian. Peningkatan
adalah sebanyak 61%. Peningkatan markah yang paling rendah adalah 2 markah seramai 3
orang pelajar dan terdapat seorang pelajar markah tidak berubah markah antara markah ujian
PRA 1 dan PASCA 1, peningkatan yang paling tinggi adalah 16 markah dari PASCA1 dengan
PRA 1, seramai 2 orang pelajar. Guru telah menerangkan cara penggunaan Teknik BORPIKA
kepada pelajar kerana ramai pelajar tidak mempunyai teknik untuk mengolah karangan
dengan penggunaan rangka karangan. Dengan penggunaan teknik ini, telah berjaya
membantu pelajar untuk mengolah dan mengarang karangan dengan baik.
Guru telah membuat pengukukuhan penggunaan Teknik BORPIKA pada ujian PASCA
2, melihat daripada markah pelajar berlaku peningkatan yang agak tinggi iaitu seramai 14
orang pelajar telah meningkat markah karangannya berbanding dengan 11 orang pada Ujian
PASCA 1. Peningkatan adalah sebanyak 78% . Peningkatan ini telah menunjukan bahawa
pelajar telah menguasai teknik BORPIKA dengan baik. Kebanyakan pelajar telah
meningkatkan kemahiran mengarang melalui rangka karangan BORPIKA.
70
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Pengkaji mendapati bahawa Teknik BORPIKA ini telah berjaya mengubah cara pengolahan
penulisan karangan pelajar. Ramai kalangan pelajar yang dapat membina rangka dan dapat
menulis karangan dalam lingkungan 550-650 patah kata. Namun begitu, terdapat pelajar yang
tidak dapat menyenarikan isi yang relevan berdasarkan tajuk yang telah disediakan.Oleh itu
guru akan memberikan cara untuk mengesan isi yang relavan
BIBLIOGRAFI
Asiah Binti Abdul Ghani (2019) Modul Ikan Siakap . Percetakan Salam SDN. BHD.
Nawi Ismai, Wahida Abd Wahid, Mohd Sis Mohd Yatim, Zukarnain Farihin Abdullah (2017)
Kertas Model Bahasa Melayu Pengga 1 Tingkatan Enam. Percetakan Salam SDN.BHD.
Raminah Haji Sabran, Nawi Bin Ismail dan Zulkarnain Farihin Fokus Peperiksaan STPM
Bahasa Melayu Semester 1 Edisi Pertama. Percetakan Salam SDN. BHD.
71
Kemahiran Menulis Karangan Pengajian Am Dengan Teknik “ Port Station ”
Pn. Rosmawati bt Kassim @ Ramli
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi
01000 Kangar Perlis
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar tingkatan enam
dalam subjek Pengajian Am. Kumpulan sasaran adalah pelajar 6A4 yang terdiri daripada 19 orang
pelajar. Fokus kajian adalah dalam bahagian penulisan karangan. Sebelum menulis karangan pelajar
perlu mencari kehendak soalan diikuti menentukan isi-isi penting. Tinjauan awal mendapati pelajar
menghadapi masalah dalam membincangkan isi-isi penting dalam kumpulan masing-masing.
Perbincangan diperlukan supaya huraian yang akan ditulis dalam karangan lebih mantap dan tepat.
Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan “ port station ”. Setiap pelajar yang berada dalam
kumpulan masing-masing ( empat orang )akan bergerak mengikut stesen tertentu berdasarkan warna
kertas undian yang dicabut. Setiap stesen diberi idea utama yang berbeza berserta huraian ringkas
untuk dibincangkan. Kemudian pelajar tersebut akan bergerak kembali ke kumpulan asal masing-
masing untuk menceritakan dapatan mereka kepada rakan-rakan mereka. Pendekatan “ port station ”
telah membawa perubahan kepada pelajar-pelajar yang tiada kemahiran berkomunikasi. Melalui
pendekatan ini setiap pelajar terpaksa berkomunikasi menyampaikan dapatan mereka kepada
kumpulan masing-masing. Keadaan ini sekali gus telah meningkatkan keyakinan dalam diri mereka
untuk menulis karangan dengan lebih baik.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Dalam pengajaran dan pembelajaran biasa para pelajar yang kurang kemahiran
berkomunikasi akan berdiam diri semasa perbincangan kumpulan dibuat. Walaupun mereka
diberi isi-isi utama untuk dibincangkan, mereka tetap diam membisu kerana mereka takut
untuk mengeluarkan pendapat secara sukarela, tambahan pula terdapat pelajar yang
mempunyai skill yang tinggi dalam berkomunikasi dalam kumpulan tersebut. Jadi pelajar ini
mengambil peluang keemasan memberi tanggungjawab kepada rakan yang mahir
berkomunikasi untuk membentangkan hasil dapatan kumpulan masing-masing.
Tidak semua pelajar dalam kumpulan yang sama dapat berkomunikasi dalam masa yang
ditetapkan. Keadaan ini menjadi tidak seimbang pada setiap kali perbincangan kumpulan
dibuat. Akibatnya karangan yang dihasilkan tidak dioalah dan dikembangkan isinya dengan
baik.
2.0 FOKUS KAJIAN
Penulisan karangan merupakan bahagian paling penting dalam subjek Pengajian Am pada
setiap penggal samada penggal 1, penggal 2 atau penggal 3. Untuk penggal 1 dan penggal
3, penulisan karangan memberikan 62.5% daripada keseluruhan markah subjek Pengajian
Am. Bahagian ini mampu meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Justeru itu,
72
saya memfokuskan kajian terhadap penulisan karangan kepada pelajar yang sentiasa
berdiam diri semasa perbincangan karangan dijalankan. Oleh itu pendekatan “ port station ”
dicadangkan untuk membolehkan pelajar yang sentiasa berdiam diri ini dapat bercakap
menerangkan maklumat yang diperolehi daripada stesen yang ditetapkan. Seterusnya para
pelajar dapat membuat penulisan karangan yang lebih baik lagi
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran dalam penulisan karangan Pengajian Am dalam kalangan pelajar
tingkatan 6A4.
3.2 Objektif khusus
1. Memantapkan komunikasi dua hala dalam kalangan pelajar 6A4 bagi subjek Pengajian Am.
2. Membentuk pelajar membina ayat idea yang tepat dalam karangan.
3. Meningkatkan kualiti penulisan huraian dalam karangan Pengajian Am.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan pelajar tingkatan 6A4 yang seramai 19 orang yang akan menduduki
peperiksaan STPM 2020.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Perbincangan kumpulan yang dilaksanakan dalam kalangan pelajar menunjukkan pelajar
yang tidak ada kemahiran bercakap akan terus berdiam diri dalam proses perbincangan topik
tersebut manakala pelajar yang ada kemahiran bercakap akan terus menguasai perbincangan
itu.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Pelajar yang tidak melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan tentang topik itu tidak
dapat menghurai idea-idea utama dengan baik. Akibatnya kualiti penulisan karangan
mereka tidak memuaskan.
5.3 Tindakan Menangani Masalah
Semua pelajar wajib bercakap dalam kumpulan masing-masing membentangkan hasil
dapatan isi-isi utama dan huraiannya dari kumpulan lain.
73
5.4 Pelaksanaan Kajian
a). Pelajar diarahkan membentuk empat kumpulan induk (port station) yang mempunyai
pelajar seramai 4 orang dalam satu kumpulan. Pelajar selebihnya akan masuk dalam
mana-mana kumpulan induk ini. Setiap kumpulan induk ini mempunyai ahli yang hampir
sama iaitu antara empat hingga lima orang dalam satu kumpulan.
b). Guru menanda tiap-tiap kumpulan tersebut dengan stesen 1, stesen 2, stesen 3 dan stesen
4.
c). Guru memberi empat kad berlainan warna kepada setiap kumpulan induk iaitu warna
kuning, biru, merah dan hijau. Pelajar akan mencabut undi terhadap warna kad-kad
tersebut.
d). Pelajar yang mendapat warna kuning akan bergerak ke stesen 1 yang tersurat idea 1
karangan.
e). Pelajar yang mendapat warna biru akan bergerak ke stesen 2 yang tersurat idea 2
karangan.
f). Pelajar yang mendapat warna merah akan bergerak ke stesen 3 yang tersurat idea 3
karangan.
g). Pelajar yang mendapat kad berwarna hijau akan bergerak ke stesen 4 yang tersurat idea
4 dan idea 5 karangan.
h). Kumpulan pelajar dalam setiap stesen diminta membincangkan idea-idea utama karangan
secara terperinci. Kumpulan pelajar yang tidak ada kad warna digelar “kumpulan kambing
hitam” akan bergerak ke stesen 4 juga untuk membincangkan idea 4 dan idea 5 karangan.
i). Selepas tamat masa perbincangan di stesen-stesen tersebut, pelajar kembali kepada
kumpulan asal mereka yang dipanggil “ port station”
j). Dalam “port station” masing-masing, pelajar akan menghuraikan dapatan mereka kepada
rakan-rakan mereka.
k). Selepas tamat perbincangan ini, pelajar kembali ke tempat duduk masing-masing dan
menulis karangan lengkap.
5.5 Dapatan Kajian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati
pelajar terlibat lebih berkeyakinan untuk melaporkan maklumat yang mereka peroleh.
Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan. Semua pelajar aktif
memberi hujah dan maklumat kepada rakan-rakan mereka dalam kumpulan. Tidak ada
seorang pun dalam kumpulan yang sama berdiam diri.
74
Hasil penulisan karangan yang disediakan oleh pelajar menggunakan pendekatan “port
station” lebih bermutu. Pelajar pencapaian sederhana dapat menulis huraian karangan pada
tahap lebih baik.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.
Langkah-langkah pengajaran yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Penggunaan
teknik “ Port Station ” dapat membantu pelajar yang tidak ada keyakinan diri utk bercakap.
Seterusnya menulis sebuah karangan yang mempunyai huraian yang lebih mantap. Kajian
seterusnya digalakkan untuk kelas tingkatan enam kohort STPM tahun lain pula untuk menilai
kesahihan teknik ini.
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Abdul Majid Khan, 2009. Guru sebagai penyelidik, PTS Kuala Lumpur.
Azizul Rahman Abdul Rahman, 2012. Inovasi dan kreativiti menjana transformasi
pendidikan; idea P&P Guru Cemerlang, Majlis Guru Cemerlang Malaysia, Johor.
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,2017. Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam,
Putrajaya,KL.
Bhasah Abu Bakar, 2007. Kaedah menjalankan kajian tindakan di sekolah. Universiti
Pendidikan Sultan Idris: Syt Milharja Sdn. Bhd.
Chow Fook Meng, 2003. Panduan Kajian Tindakan, Maktab Perguruan Perlis, Perlis.
Sisc + Perlis, 2019. Panduan Pelaksanaan PdPc Abad ke-21 “ Limited Resources
Strategies”: Jabatan Pendidikan Perlis.
75
Meningkatkan Penguasaan Konsep Kesan Pencukaian dan Subsidi Terhadap
Harga, Kuantiti Keseimbangan, Alihan Keluk dan Fungsi Persamaan melalui
Kaedah “CERMIN”
Ooi Siew Chuan
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi
01000 Kangar Perlis
Abstrak
Kajian ini dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam aspek
membezakan dasar pencukaian dan subsidi. Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian ini adalah
pelajar 6B1. Fokus kajian berkaitan dengan kelemahan pelajar untuk membezakan kesan dasar
pencukaian dan subsidi ke atas harga, kuantiti keseimbangan, alihan keluk, fungsi persamaan, beban
cukai yang ditanggung oleh pembeli dan penjual serta subsidi yang diterima oleh pembeli dan penjual
akibat daripada campurtangan kerajaan dalam ekonomi dengan mengenakan cukai atau memberi
subsidi. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan ujian.
Tinjauan awal menunjukkan bahawa pelajar lemah dalam membezakan harga dan kuantiti
keseimbangan, arah alihan keluk dan tidak dapat menulis persamaan yang betul berkaitan dengan
soalan dasar pencukaian dan subsidi. Mereka juga keliru dengan kawasan beban yang ditanggung dan
subsidi yang diterima oleh penjual dan pembeli. Berhubung dengan isu tersebut, satu kajian yang
menggunakan Kaedah CERMIN telah dilaksanakan dalam kalangan pelajar 6B1 bermula dari 10 Ogos
hingga 14 Ogos 2020. Dapatan kajian menunjukkan bahawa melalui Kaedah CERMIN pelajar dapat
mengenalpasti dan dapat membezakan dengan tepat kesan dasar pencukaian dan subsidi. Peratus
pencapaian pelajar dalam ujian juga menunjukkan peningkatan terhadap penguasaan pelajar dalam
aspek membezakan dasar pencukaian dan subsidi.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.
Pelajar 6B1 terdiri daripada tujuh orang pelajar di mana dua daripadanya ialah pelajar lelaki
dan 5 orang pelajar permpuan. Kebanyakan mereka adalah pelajar aliran sains dan tidak
mempunyai asas Ekonomi semasa tingkatan empat dan lima. Mata pelajaran Ekonomi
merupakan subjek yang baharu untuk pelajar-pelajar ini sejak bermulanya Semester 1
2020/2021 pada bulan Julai baru-baru ini. Dalam kurikulum STPM Ekonomi, antara topik yang
diajar ialah Bab 2 Pasaran Barang dan Harga. Subtajuk dalam Bab 2 ialah 2.4 Peranan /
Campurtangan Kerajaan (Aplikasi Keseimbangan Pasaran). Terdapat dua bentuk campur
tangan kerajaan dalam pasaran, iaitu (a) Kawalan Langsung melalui Dasar Penetapan Harga
Minimum dan Maksimum, dan (b) Kawalan Tidak Langsung melalui Dasar Pencukaian dan
Subsidi.
Selama satu bulan lebih saya mengajar pelajar 6B1, apa yang merisaukan adalah
aspek membezakan konsep dasar pencukaian dan subsidi serta kesan terhadap dasar-dasar
tersebut yang paling lemah untuk dikuasai oleh pelajar. Beberapa siri latihan telah
dilaksanakan bersama pelajar. Sepanjang proses pengajaran didapati keupayaanpelajar
dalam menjawab soalan dengan betul adalah terhad atau tidak tepat. Sekiranya pelajar tidak
76
berjaya menjawab soalah dengan baik, sudah pasti akan memberi kesan kepada pencapaian
mereka dalam peperiksaan STPM yang bakal dihadapi nanti.
Pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut. Antara usaha
yang dilakukan adalah membimbing pelajar membuat rujukan yang berkaitan dengan tajuk
yang telah dipelajari. Seringkali perbincangan juga dilakukan bersama rakan guru yang lain
untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar. Namun
begitu, keupayaan mereka dalam menjawab soalan berkaitan dengan dasar pencukaian dan
subsidi masih lemah.
Guru telah mengenal pasti kelemahan pelajar dengan berbincang bersama pelajar,
dan mengimbas balik sesi pengajaran yang lalu. Kelemahan ini telah mendorong perubahan
amalan pengajaran yang lebih berkesan dan berkualiti dalam aspek dasar pencukaian dan
subsidi. Kaedah CERMIN yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk membantu mengatasi
masalah yang dihadapi oleh sebahagian besar pelajar 6B1 dalam memahami konsep dasar
pencukaian dan subsidi.
2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian adalah seperti berikut:
2.1 Konsep Dasar Pencukaian dan Subsidi
2.2 Konsep Kesan Dasar Pencukaian dan Subsidi ke atas Harga, Kuantiti Keseimbangan,
Alihan Keluk, Persamaan Baharu, Beban/Subsidi yang ditanggung/diterima oleh penjual dan
pembeli.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Perlaksanaan kajian ini adalah untuk mencapai objektif berikut:
3.1 Mengenalpasti konsep cukai dan subsidi
3.2 Mengenalpasti kesan dasar pencukaian dan subsidi terhadap harga, kuantiti
keseimbangan, alihan keluk, persamaan baharu, beban cukai dan subsidi yang ditanggung
atau diterima oleh penjual dan pembeli.
3.3 Menjawab soalan objektif, esei dan kuantitatif yang berkaitan dengan dasar pencukaian
dan subsidi.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada tujuh orang pelajar tingkatan
enam bawah kelas 6B1 di Sekolah Menengah Syed Alwi. Mereka terdiri daripada dua orang
pelajar lelaki dan lima orang pelajar perempuan.
77
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 10 minit yang pertama, guru menguji pengetahuan sedia ada pelajar terhadap konsep
yang telah dipelajari dalam Bab 2 yang berkaitan dengan permintaan dan penawaran. Guru
menggunakan cara kuiz untuk menguji kefahaman pelajar. Banyak soalan telah ditanya oleh
guru kepada pelajar berkaitan dengan konsep-konsep yang telah dipelajari selama ini agar
pelajar dapat mengingat balik dan ini adalah penting untuk pelajar meneruskan pelajaran yang
akan diikuti seterusnya.
5.2 Pelajar diminta menjalankan aktiviti ini secara berpasangan. Guru memberi beberapa
soalan yang diletakkan dalam sampul, pelajar diminta menjawab soalan bersama kawannya.
5.3 Salah seorang ahli dalam kumpulan mencari jawapan berkaitan dengan dasar pencukaian
sahaja, iaitu definisi, alihan keluk akibat kesan cukai, persamaan baharu selepas cukai,
perubahan terhadap harga, kuantiti keseimbangan selepas pencukaian. Pasangan dalam
kumpulan itu pula mencari jawapan berkaitan dengan dasar subsidi sahaja.
5.4 Selepas itu setiap kumpulan diminta membentangkan dapatan pelajar.
5.5 Selepas itu setiap kumpulan diminta membentangkan dapatan mereka, guru meminta
pelajar melekatkan dapatan yang berkaitan dengan soalan pencukaian di sebelah kiri dan
soalan yang berkaitan dengan subsidi diletakkan di sebelah kanan.
5.6 Guru meminta pelajar mencari perbezaan akibat kesan pencukaian dan subsidi terhadap
alihan keluk, harga, kuantiti keseimbangan, persamaan. Pelajar menggariskan perbezaan itu
dengan pen marker merah.
5.7 Daripada aktiviti tersebut, pelajar dapat mengetahui kesan pencukaian dan subsidi adalah
secara songsang seperti CERMIN. Misalnya, apabila cukai dikenakan, harga keseimbangan
akan meningkat manakala harga keseimbangan jatuh apabila subsidi diberikan oleh
kerajaan.Kuantiti keseimbgan jatuh selepas cukai, kuantiti keseimbagan meningkat selepas
subsidi. Keluk penawaran beralih ke kiri selepas cukai, keluk penawaran beralih ke kanan
selepas subsidi.
5.8 Seterunya pelajar diminta melukis keluk yang menunjukkan kesan cukai dan subsidi
secara berpasangan juga. Seorang pelajar mencari kesan cukai dan seorang lagi mencari
kesan terhadap subsidi. Pelajar juga diminta mencari kawasan beban cukai yang ditanggung
78
oleh penjual dan pembeli, manakala seorang lagi mencari kawasan subsidi yang diterima oleh
penjual dan pembeli.
5.9 Apabila pelajar diminta membentangkan dapatan mereka, pelajar dapat mengenalpasti
hubungan antara kesan cukai dan subsidi terhadap beban cukai yang ditanggung, subsidi
yang diterima oleh penjual dan pembeli adalah seperti CERMIN. Melalui aktiviti tersebut
pelajar dapat menguasai konsep perbezaan antara dasar pencukaian dan subsidi dengan
tepat.
5.10 Soalan-soalan yang berkaitan dengan dasar pencukaian dan subsidi diberikan kepada
pelajar dalam kumpulan. Mereka diberi masa untuk mencari jawapan selepas perbincangan
dalam kumpulan.
5.11 Pelbagai jenis soalan, iaitu objektif, esei dan kuantitatif diberi kepada pelajar untuk
menguji kefahaman dan tahap penguasaan mereka terhadap konsep dasar pencukaian dan
subsidi.
5.12 Didapati pelajar dapat menjawab soalan dengan betul selepas pelbagai aktiviti dijalankan
secara berpasangan.
5.13 Pembahagian pelajar dalam kumpulan secara berpasangan membolehkan semua
pelajar dapat mengambil bahagian dengan aktif dalam pdpc. Mereka tidak segan silu apabila
belajar atau bertanya kepada kawan-kawan mereka. Suasana pembelajaran harmoni,
seronok dan keinginan belajar mencapai maksimum.
Refleksi Kajian
Secara keseluruhan, kaedah CERMIN ini telah berjaya membantu pelajar dalam menjawab
soalan yang berkaitan dengan dasar pencukaian dan subsidi apabila mereka memahami
hubungan antara kedua-dua konsep itu adalah secara songsang seperti CERMIN. Kaedah
CERMIN membolehkan pelajar lebih yakin apabila menjawab soalan.
6.0 CABARAN
Minat yang mendalam terhadap mata pelajaran ekonomi dan penguasaan konsep yang tepat
terhadap pelajaran merupakan asas yang pentinguntuk seseorang pelajar mencapai kejayaan
dalam matapelajaran itu. Selain itu, kerajinan pelajar dalam membuat soalan samada soalan
objektif, esei atau kuantitatif merupakan punca yang penting agar pelajar dapat menjawab
79
soalan dengan tepat seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
STPM.
6.0 KESIMPULAN
Kajian ini diharapkan dapat memberi kepekaan dan rangsangan kepada pihak sekolah dan
guru-guru Ekonomi khususnya di sekolah saya bahawa masalah yang dihadapi oleh guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kadangkala berpunca daripada kelemahan
pelajar dalam mengadaptasi kaedah yang terbaik dalam sesi pembelajaran. Sememangnya
mereka perlu dibantu agar masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar dapat diatasi.
Impak yang jelas daripada kajian ini menunjukkan bahawa sebagai seorang guru, kita bukan
sahaja perlu menguasai kandungan mata pelajaran, malah guru juga perlu tahu kaedah yang
berkesan dalam membimbing pelajar dalam mewujudkan amalan terbaik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
BIBLIOGRAFI
Bhasah Abu Bakar. (2007). Kaedah Menjalankan Kajian Tindakan di Sekolah. Universiti
Pendidikan Sultan Idris: Syarikat Milharja Sdn. Bhd.
Chow Fook Meng & Jaizah Mahmud, (2004, 2nd edition). Panduan Kajian Tindakan. Kangar,
Perlis: Maktab Perguruan Perlis.
Heng Siew Ngu, (2005). Teks PRA-U Mikroekonomi. Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Petaling
Jaya, Selangor.
80
Penggunaan Kad Imbasan (Flash Card) dan Rajah Bertingkat dalam
Penulisan Esai Sastera dan Pembangunan.
Azlina Mat
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi
01000 Kangar Perlis
Abstrak
Kajian ini saya laksanakan atas kesedaran pada diri sendiri bagi mencari jalan penyelesaian terhadap
masalah dan rintangan yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Saban tahun,
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi Kesusasteraan Melayu Komunikatif khususnya
penggal 2 iaitu berkaitan Sastera dan Pembangunan akan mengalami kesukaran berkaitan
pemahaman pelajar terhadap topik-topik dan subtopik yang diajar. Pelajar seringkali kehilangan fakta
bagi menjawab soalan kerana pelajar tidak dapat menyerap isi pelajaran yang di ajar oleh guru. Pelajar
juga sukar menghuraikan fakta terutama bagi soalan yang beraras kesukaran tinggi seperti soalan
berbentuk perbincangan. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya telah mencuba kaedah
penggunaan Kad Imbasan atau Flash Card bagi membantu membentuk daya ingatan pelajar
seterusnya membantu pelajar menghafal fakta isi melalui kaedah hafalan berdasarkan ayat atau
akronim. Begitu juga dengan masalah pelajar yang tidak mampu menghuraikan isi mengikut kehendak
cara jawab dalam peperiksaan terutamanya bagi penggal ini, saya memperkenalkan kaedah Rajah
Bertingkat iaitu satu kaedah penyusunan isi dalam borang atau rajah yang disediakan mengikut tingkat
iaitu fakta, huraian, perbincangan, contoh dan pembangunan insan, masyarakat dan negara. Seramai
12 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Aktiviti ini dilaksanakan ketika pengajaran dan pembelajaran
ulangkaji topik dan ketika perbincangan jawapan bagi topik-topik ulangkaji tersebut. Aktiviti
dilaksanakan di dalam kelas sepanjang tempoh masa pengajaran dan pembelajaran KMK penggal 2:
Sastera dan Pembangunan. Melalui kaedah ini pelajar akan berusaha mengemukakan isi-isi dan
menjawab soalan mengikut kehendak jawapan yang dikehendaki.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Guru telah melaksanakan sesi pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc) bagi semester 2
subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Tajuk pdpc pada semester ini ialah Sastera dan
Pembangunan. Subtopik bagi sukatan pelajaran terdiri daripada tiga bahagian iaitu
Pembangunan Insan, Pembangunan Masyarakat Dan Pembangunan Negara. Pdpc ini telah
dilaksanakan bersama seramai 12 orang pelajar kelas 6A5. Setiap pelajar perlu menguasai
ketiga-tiga bahagian untuk menjawab soalan peperiksaan yang terdiri daripada 3 soalan esai
yang wajib di pilih dari setiap bahagian. Sehubungan itu, pelajar perlu memahami dan
menghayati sepenuhnya konsep – konsep yang terkandung dalam sukatan tersebut agar
mereka dapat menjawab soalan-soalan dengan mengemukan fakta/ isi yang betul.
Selain itu, pelajar juga perlu menganalisis 2 buah buku teks yang menjadi bahan kajian
atau sumber kepada soalan semester 2 ini. Buku teks tersebut ialah buku teks : Sulalatus
Salatin, Sejarah Melayu keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, Buku teks: Saudagar Besar
dari Kuala Lumpur keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal ini juga menimbulkan kerumitan
kepada calon semester 2 kerana mereka perlu melakukan 3 perkara wajib bagi memenuhi
kriteria menjawab soalan esai semester 2 dan bagi memenuhi kehendak mata pelajaran KMK
iaitu:
81
(a) Memahami sukatan pelajaran semester 2(Sastera dan Pembangunan)
(b) Menganalisis dan menghayati karya (2 buah buku teks)
(c) Melaksanakan kerja kursus (bermula semester 2 berakhir semester 3).
Sehubungan itu, terdapat beberapa kekangan yang timbul, antaranya ialah:-
(a) dari segi masa yang sangat singkat bagi menghabiskan 2 buah buku teks,
(b) kekangan dari segi bilangan tugasan yang banyak (bertambah dengan kerja
kursus subjek lain),
(c) kurang motivasi dalam kalangan pelajar,
(d) masalah dalam pemahaman konsep dalam sukatan pelajaran
(e) serta cara jawab dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, tugasan ini terhad kepada penyelesaian masalah ke empat iaitu
membina pemahaman pelajar agar memahami konsep dan unsur-unsur (fakta/ isi) dalam
konsep tersebut dan masalah kelima berkaitan cara jawab iaitu cara pelajar menghuraikan
fakta atau mengembangkan isi.
Alat atau bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan ialah buku teks : Sulalatus
Salatin, Sejarah Melayu keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, Buku teks: Saudagar Besar
dari Kuala Lumpur keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, buku rujukan Modul Kesusasteraan
Melayu Komunikatif (KPM), Multimedia ( laptop, LCD), Peta Buih, Rajah Tulang Ikan,
lembaran Latihan / kuiz, rajah dan lain-lain.
Teknik pengajaran yang digunakan adalah berpusatkan guru, pelajar dan bahan.
Strategi berpusatkan guru adalah berperanan menerangkan sesuatu konsep, ciri,
kepentingan dan sebagainya kepada pelajar. Penerangan yang jelas diberikan dengan
bantuan penggunaan nota dari Komputer peribadi dan lcd, nota edaran dan lembaran kerja
untuk kuiz atau latihan.
Strategi berpusatkan pelajar dilaksanakan melalui latihan atau kuiz yang akan
diadakan selepas pdpc dan selepas selesai setiap tajuk pembangunan. Latihan ini
memerlukan masa yang singkat untuk pelajar jawab di dalam bilik darjah kerana soalan yang
dikemukakan merupakan soalan pemahaman sahaja. Bagi soalan esai yang perlu dijawab
oleh pelajar, pelajar dibenarkan membuat tugasan di rumah, dihantar dalam tempoh 2-3 hari,
disemak dan dibincangkan semula jawapan di dalam kelas. Pelajar perlu membuat
pembetulan jawapan bagi jawapan yang sangat tidak memenuhi kehendak cara jawab soalan.
Selain itu, strategi berpusatkan bahan akan digunakan ketika pengajaran berkaitan
buku teks KMK iaitu teks Sulalatus Salatin dan teks Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.
Bahan lain turut digunakan ialah nota sinopsis (diedarkan), penggunaan multimedia, dan rajah
bagi susur galur keturunan raja.
82
Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lalu, pelaksanaan pdpc berkaitan
Sastera dan Pembangunan seringkali berhadapan masalah berkaitan kefahaman pelajar
dalam menguasai fakta dan mengembangkan fakta. Walaupun terdapat masalah lain, tetapi
masalah mengingatkan fakta akan menyebabkan pelajar hilang markah berbanding masalah
lain yang berkaitan teks iaitu menyatakan contoh.
2.0 FOKUS KAJIAN
Dalam pelaksanaan kajian ini, pengkaji dapat mengesan beberapa masalah yang
dihadapi oleh pelajar selaku responden. Namun begitu, pengkaji hanya fokus dan
memberikan konsentrasi sepenuhnya terhadap penglibatan pelajar semasa proses pdpc
Sastera dan Pembangunan : Pembangunan Insan berlangsung.
Senario yang berlaku ialah, pelajar terlibat memberikan respon secara aktif. Pelajar
mengutarakan soalan bagi topiK-topik yang tidak difahami dan berjaya menjawab soalan-
soalan spontan berkaitan konsep yang diberikan guru ketika pdpc. Walau bagaimanapun
pelajar masih gagal memberikan fakta yang betul dan jelas berkaitan subtopik yang
dibincangkan. Hal ini dapat dilihat menerusi soalan kuiz berkaitan topik pembangunan insan.
Hanya 40 % pelajar berjaya menjawab tanpa merujuk buku / catatan. Selebihnya tidak berjaya
mengemukakan fakta yang betul / berkesan. Rentetan senario yang timbul ini, pengkaji
merasakan perlu bagi mengadakan aktiviti yang lebih kreatif dan merangsang minda pelajar.
Bukan itu sahaja, abm yang ada perlu dipelbagaikan agar menarik perhatian pelajar.
Sehubungan itu, di dalam kelas ulangkaji yang bakal dilaksanakan selepas selesai pdpc,
pengkaji bercadang memperkenalkan teknik “Flash Card” bertujuan bagi merangsang minda
pelajar.
Selain itu, berdasarkan pemerhatian dan penandaan ke atas latihan esai yang lalu,
didapati pelajar masih lemah dalam menghuraikan fakta dan gagal mengemukakan contoh
yang lengkap. Hal ini berkemungkinan kerana kurangnya kefahaman pelajar terhadap cara
menjawab soalan. Hal ini berpunca daripada kelemahan mereka sendiri dalam mengarang
dan menulis esai. Sehubungan itu teknik “Rajah Bertingkat” akan diperkenalkan kepada
pelajar bagi melatih mereka mengembangkan fakta.
Penggunaan teknik “Flash Card” dan “Rajah Bertingkat ini bukanlah satu-satunya cara
yang digunakan dalam pdpc ini. Teknik-teknik lain akan disesuaikan dengan pdpc, begitu juga
pembelajaran secara konstuktif dan mengfokuskan penggunaan pelbagai deria pelajar dalam
bilik darjah juga akan digunakan bagi memberikan hasil yang optimum.
83
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif umum
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap fakta-fakta dan
menghuraikan fakta secara berkesan dengan menggunakan teknik Flash Card dan teknik
Rajah Bertingkat.
3.2 Objektif Khusus
i. Memperihalkan tentang amalan pedagogi guru dalam meningkatkan pemahaman pelajar
dengan menggunakan kaedah Flash Card dan Rajah Bertingkat.
ii. Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap fakta- fakta Sastera dan Pembangunan melalui
penggunaan kaedah Flash Card.
iii. Membantu pelajar dalam membuat huraian yang jelas melalui kaedah Rajah Bertingkat.
iv. Membantu pelajar mengeluarkan idea dan menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang dipilih sebagai responden bagi menjalankan kajian tindakan ini ialah
seramai 12 orang pelajar tingkatan 6A5 di SMK. Syed Alwi. Kesemua responden pelajar
yang terlibat mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif penggal 2 bagi
tahun 2020.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Pengumpulan Maklumat
Bagi bahagian pengumpulan data awal terhadap kajian tindakan ketika proses pengajaran
dan pembelajaran Sastera dan Pembangunan ini, pengkaji menerapkan dua kaedah
pengumpulan data iaitu kaedah pemerhatian dan kaedah analisis hasil kerja.
5.1.1 Pemerhatian
Pemerhatian merupakan satu aktiviti pengumpulan data dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Seseorang guru sentiasa memerhati reaksi muridnya untuk memastikan
komunikasi berlaku antara guru dengan murid serta antara murid dengan murid. Menurut
Chow Fook Meng dan Jaizah Mahmud (2011), pemerhatian boleh membantu guru
menentukan kesediaan dan penerimaan murid terhadap pengajarannya.
Melalui pemerhatian guru boleh menganalpasti sama ada pelajar berminat atau tidak
berminat dengan aktiviti yang dijalankan guru di dalam bilik darjah. Guru dapat mengenalpasti
tentang peringkat pemahaman responden sama ada responden boleh menguasai dengan
baik atau tidak mengusai berkaitan topik yang dipelajari pada hari tersebut.
84
5.1.2 Kaedah Analisis Hasil Kerja
Pengumpulan data melalui kaedah ini telah dilaksanakan ke atas 12 orang responden yang
melibatkan 2 pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. Kerja atau tugasan yang diberi
berupa latihan menjawab soalan esai. Tujuan latihan ini dijalan bagi mengesan kekuatan,
kelemahan calon dalam menjawab soalan esai. Kaedah ini dilaksanakan dengan meneliti
jawapan responden berdasarkan soalan esai yang diberikan oleh guru.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji telah memerhati respons dan tindak balas daripada
pelajar semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah.
Pengkaji mendapati ketika sesi kuiz yang dilaksanakan, pelajar masih merujuk buku / catatan
bagi menjawab soalan-soalan spontan. Hanya sebilangan kecil pelajar berjaya menjawab
dengan betul manakala selebihnya gagal memberikan jawapan yang betul dan merujuk buku.
Hal ini membuktikan bahawa responden atau pelajar tersebut belum mengusai topik yang
diajar sepenuhnya.
Melalui kaedah analisis hasil kerja yang telah dilaksanakan, didapati hasil kerja tidak
memuaskan. Berdasarkan penandaan latihan esai tersebut, didapati responden dapat
menjawab bahagian pengenalan jawapan dan penutup jawapan, iaitu responden dapat
memberikan konsep berkaitan soalan yang ditanya. Di bahagian isi, terdapat responden yang
gagal menyatakan fakta bagi topik yang ditanya. Terdapat isi yang mengelirukan calon.
Responden juga gagal menghuraikan isi serta contoh bagi setiap fakta yang diberikan.
Soalan latihan topic yang dibekalkan ialah berkaitan subtopik Pembangunan Insan
iaitu Jati Diri, Keagamaan, Ilmu dan Kemanusiaan dalam teks terpilih iaitu teks Sulalatus
Salatin dan Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.
5.3 Tindakan Menangani Masalah
Berdasarkan masalah yang dikenalpasti, pengkaji menggunakan dua kaedah dalam
pengajaran dan pembelajaran(Pdpc) topik yang sama. Pdpc ini dilaksanakan ketika membuat
ulangkaji topik dan sewaktu perbincangan jawapan bagi soalan latihan sesuatu topik. Kaedah
yang dimaksudkan ialah kaedah penggunaan kad imbasan / Flash Card dan kaedah
penggunaan Rajah Bertingkat.
Sebelum menerapkan kaedah ini dalam pdpc, guru perlu menyediakan Flash Card
bagi setiap topik yang hendak dibincangkan atau yang hendak di ulangkaji. Guru juga perlu
menyediakan satu format Rajah Bertingkat yang bertujuan menggalakkan pelajar menjawab
mengikut tingkat yang disediakan atau mengikut cara jawab. Latihan demi latihan akan
85
mendorong pelajar untuk menghasilkan esai yang baik dan lengkap kelak. Langkah
penggunaan Flash Card dan Rajah Bertingkat ini adalah seperti berikut:
Contoh topik: Pembangunan Insan : Kemanusiaan (80 minit)
(a) Pelajar dibekalkan dengan soalan perbincangan dan lembaran Rajah Bertingkat di
permulaan pengajaran.
(b) Pelajar diberikan tempoh 5 minit untuk menulis ringkasan isi dan memahami soalan.
Guru memantau melalui pemerhatian.
(c) Guru memulakan perbincangan dengan menayangkan Flash Card berkaitan fakta-
fakta penting topik kemanusiaan.
(d) Pelajar diberikan tempoh 10 minit untuk menghafal fakta dengan mewujudkan kaedah
hafalan ( sama ada berbentuk ayat atau akronim)
(e) Perbincangan ayat atau akronim yang dibentuk oleh pelajar berserta penegasan fakta.
(f) Pelajar mengisi maklumat yang diterima dalam Rajah Bertingkat dan menyiapkan
latihan topik tersebut dalam tempoh 40-45 minit.
5.4 Dapatan Kajian
Kesan kajian yang dibuat iaitu penggunaan Flash Card dan Rajah Bertingkat dalam pdpc ialah
pelajar dapat menyatakan fakta yang berkesan melalui hafalan. Pelajar dapat menghafal
fakta-fakta yang berkaitan topic yang dibincangkan melalui Flash Card yang dipamerkan oleh
guru dengan membentuk akronim dan membina ayat. Berdasarkan latihan yang diberi, pelajar
didapati dapat menyatakan fakta dengan betul.
Berkaitan masalah menghuraikan fakta pula, didapati lebih berkesan dan produktif
kerana pelajar tidak akan meninggalkan ruang kosong tetapi akan menjawab mengikut
kehendak tingkat jawapan iaitu menyatakan fakta, huraian, perbincangan dan contoh bagi
setiap fakta. Perkara ini akan melatih pelajar menyusun isi dan huraian serta contoh dengan
baik.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Secara umumnya kajian ini berjaya membukti bahawa penggunaan kedua-dua kaedah ini
berjaya membantu pelajar untuk mengingat isi melalui hafalan dan mampu membantu pelajar
menghuraikan isi melalui kaedah Rajah Bertingkat.
Walau bagaimanpun secara khususnya, kajian ini masih memerlukan
penambahbaikkan bagi menjadikan kajian ini lebih kreatif dan praktikal untuk diaplikasikan
kepada pelajar. Kreativiti dan kesungguhan pelajar diperlukan untuk menjawab sesuatu
soalan terutamanya bagi menjawab soalan berbentuk esai yang memerlukan huraian
perbincangan dan contoh. Bagi soalan yang perlukan perbincangan memerlukan pelajar lebih
KBAT dalam melahirkan idea untuk perbincangan dan kontra.
86
Secara keseluruhannya kaedah ini terpakai untuk pdpc tetapi memerlukan
kepelbagaian kaedah bagi menyesuaikan dengan keadaan pelajar yang mempunyai
kepelbagaian deria dan kebolehan berbeza. Pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang
akan datang, pengkaji perlu menyediakan formula pengkaedahan yang lebih seimbang untuk
semua responden agar pengajaran dan pembelajaran lebih sempurna.
BIBLIOGRAFI
A. Samad Ahmad (2015), Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud (2011), Kajian Tindakan: Konsep &Amalan dalam
Pengajaran. Selangor: Multimedia Sdn Bhd.
Keris Mas (2006), Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. Dewan bahasa dan
Pustaka.
Mook Soon Sang (2003), Psikologi Pendidikan. Subang Jaya:Kumpulan Pendidikan Budiman
Sdn. Bhd.
87
Think, Pair and Share (TiPS)
Norhani Shahnaz bt. Md. Hashim
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi
01000 Kangar Perlis
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk memantapkan dan mengatasi masalah penulisan jawapan bagi soalan esei
subjek Pengajian Perniagaan. Seramai sembilan orang pelajar tingkatan 6 Atas 2 yang mengambil
matapelajaran Pengajian Perniagaan terlibat dalam kajian ini. Perancangan tindakan berfokuskan
kepada penghuraian fakta yang tepat dan jelas serta dapat memberikan contoh yang relevan bagi
soalan esei. Tinjauan awal mendapati pelajar-pelajar tidak dapat memberikan huraian yang jelas dan
tidak memberikan contoh yang tepat bagi setiap fakta. Pelajar-pelajar menghadapi masalah
pembelajaran pasif terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Oleh itu guru cuba
mengaplikasikan pembelajaran kolaboratif bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih aktif.
Kaedah ini dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif, kondusif dan
menyeronokkan terhadap murid. Ini dapat dibuktikan melalui kajian yang menegaskan bahawa murid
berinteraksi dengan aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Hung & Chen, 2007). Melalui
kaedah Think, Pair and Share (TiPS) pelajar-pelajar akan berhadapan dengan perbezaan pendapat
dan mereka perlu berusaha untuk mengenali dan menanganinya. Oleh itu pendekatan kolaboratif ini
dilihat berupaya membantu membina komuniti pembelajaran dalam kalangan murid. Kajian ini
dijalankan di dalam kelas bagi tempoh 4 bulan iaitu dari Januari hingga Februari 2020 dan Julai hingga
Ogos 2020. Pada akhir kajian didapati terdapat perubahan yang menggalakkan dari segi penulisan
jawapan para pelajar. Pelajar-pelajar dapat memberikan huraian yang lebih jelas berserta contoh yang
sesuai
Kata Kunci: Kaedah Pembelajaran Kolaboratif, Think-Pair-Share dalam Menjawab Soalan Esei
Pengajian Perniagaan
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.
Guru telah melaksanakan sesi pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc) bagi semester 2
subjek Pengajian Perniagaan. Tajuk pdpc pada semester ini berfokuskan kepada Pengurusan
yang terdiri daripada empat bab iaitu Pengurusan, Perundangan Perniagaan, Komunikasi dan
Pembuatan Keputusan. Pdpc ini telah dilaksanakan bersama seramai 9 orang pelajar kelas
6A2. Setiap pelajar perlu menguasai keempat-empat bab untuk menjawab soalan
peperiksaan yang terdiri daripada 10 soalan struktur, 1 soalan kajian kes dan 1 soalan esei..
Sehubungan itu, pelajar perlu memahami dan mengingati sepenuhnya fakta yang
terdapat dalam sukatan bagi semester 2 agar mereka dapat menjawab dengan
mengemukakan fakta yang tepat.
Berdasarkan soalan latihan dan ujian yang diberikan didapati pelajar-pelajar dapat
menjawab dengan memberikan fakta yang tepat namun bagi soalan yang berkehendakkan
huraian fakta, didapati huraian para pelajar agak lemah. Cakupan sukatan pelajaran semester
2 yang lebih memfokuskan kepada aspek pengurusan menyebab pelajar-pelajar lebih
cenderung untuk menghafal fakta. Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lalu,
pelaksanaan pdpc berkaitan tajuk-tajuk Pengurusan seringkali berhadapan masalah berkaitan
88
kefahaman pelajar dalam menguasai fakta dan mengembangkan fakta. Kegagalan menghurai
fakta akan menyebabkan pelajar hilang markah.
Hasil daripada pemerhatian awal terhadap 9 orang pelajar tingkatan 6 A2 mendapati,
pelajar kurang bersemangat untuk belajar dan berasa bosan dengan kaedah pengajaran guru
secara penerangan atau konvensional. Teknik pengajaran yang digunakan adalah
berpusatkan guru dan pelajar. Strategi berpusatkan guru adalah berperanan menerangkan
sesuatu konsep, ciri, kepentingan dan sebagainya kepada pelajar. Penerangan yang jelas
diberikan dengan bantuan penggunaan nota dari komputer peribadi dan lcd, nota edaran dan
lembaran kerja untuk kuiz atau latihan. Strategi berpusatkan pelajar dilaksanakan melalui
latihan atau kuiz yang akan diadakan selepas pdpc dan selepas selesai setiap tajuk. Latihan
ini memerlukan masa yang singkat untuk pelajar jawab di dalam bilik darjah kerana soalan
yang dikemukakan merupakan soalan berbentuk pemahaman bagi menguji tahap
penguasaan pelajar . Bagi soalan esai yang perlu dijawab oleh pelajar, pelajar dibenarkan
membuat tugasan di rumah dan dihantar pada keesokkannya dan disemak oleh guru. Guru
akan berbincang bersama-sama dengan pelajar dan mengenal pasti kesilapan yang dilakukan
oleh pelajar.
2.0 FOKUS KAJIAN
Walaupun pengkaji mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid semasa
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), namun pengkaji hanya akan
fokuskan kajian ini kepada masalah yang paling utama iaitu tentang penghuraian isi terhadap
fakta-fakta penting yang terdapat dalam tajuk-tajuk pengurusan. Smith and McGregor (1992)
menjelaskan bahawa pembelajaran kolaboratif adalah satu istilah yang memayungi pelbagai
pendekatan pembelajaran yang melibatkan usaha Intelek sesama murid atau murid-murid
dengan guru. Biasanya murid-murid melaksanakan aktiviti secara berkumpulan seramai dua
atau lebih, saling mencari persefahaman, penyelesaian atau mencipta suatu hasil
pembelajaran. Kebanyakannya pembelajaran kolaboratif adalah berpusatkan kepada aktiviti
murid untuk meneroka sesuatu sesi pembelajaran atau penggunaan bahan pembelajaran. Ini
bermaksud dalam pembelajaran kolaboratif sesi pembelajaran bukan sekadar penyampaian
atau penerangan daripada seorang guru semata-mata.
Penggunaan pendekatan pembelajaran kolaboratif bermatlamat untuk membantu murid
supaya dapat belajar dengan lebih berkesan. Kaedah TiPS merupakan salah satu
implementsi daripada pembelajaran kolaboratif untuk membantu pelajar bekerjasama antara
satu sama lain dalam memberikan huraian fakta yang lebih tepat berserta contoh yang
relevan. Pelajar dapat berkongsi idea serta memberikan kritikan yang membina terhadap
89
jawapan yang dibincangkan. Dengan kaedah ini pelajar-pelajar dapat membaiki teknik dan
bentuk penulisan jawapan yang lebih baik.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pelajar-pelajar meningkatkan kemahiran
menghurai dalam menjawab soalan esei mata pelajaran Pengajian Perniagaan menggunakan
Teknik pembelajaran kolaboratif Think, Pair and Share (TiPS).
3.2 Objektif khas
i. mengubah amalan guru atau sikap guru kepada pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dengan mengamalkan kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar.
ii. memupuk pelajar memainkan peranan yang aktif semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
iii. Meningkatkan kemahiran menghurai pelajar melalui pendekatan Think, Pair and
Share.
iv. meningkatkan prestasi sekolah dan pelajar dalam mata pelajaran Pengajian
Perniagaan
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang dipilih sebagai responden bagi menjalankan kajian tindakan ini ialah
seramai 9 orang pelajar tingkatan 6 A2 di SMK Syed Alwi. Kesemua responden adalah
pelajar yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan penggal 2 bagi tahun 2020.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Pengumpulan Maklumat
Bagi bahagian pengumpulan data awal terhadap kajian tindakan ketika proses pengajaran
dan pembelajaran Pengajian Perniagaan, pengkaji menerapkan dua kaedah pengumpulan
data iaitu kaedah pemerhatian dan kaedah analisis hasil kerja.
Melalui pemerhatian pelajar di dalam kelas, guru dapat menganalpasti sama ada
pelajar berminat atau tidak berminat dengan aktiviti yang dijalankan guru di dalam kelas. Guru
dapat mengenalpasti tentang peringkat pemahaman responden sama ada responden boleh
menguasai dengan baik atau tidak mengusai berkaitan topik yang dipelajari pada hari
tersebut. Pemerhatian merupakan satu aktiviti pengumpulan data dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Seseorang guru sentiasa memerhati reaksi muridnya untuk memastikan
90
komunikasi berlaku antara guru dengan murid serta antara murid dengan murid. Menurut
Chow Fook Meng dan Jaizah Mahmud (2011), pemerhatian boleh membantu guru
menentukan kesediaan dan penerimaan murid terhadap pengajarannya.
Pengkaji juga turut menggunakan kaedah analisis hasil kerja. Pengumpulan data
melalui kaedah ini telah dilaksanakan ke atas 9 orang responden yang melibatkan 4 pelajar
lelaki dan 5 orang pelajar perempuan. Kerja atau tugasan yang diberi berupa latihan
menjawab soalan esei. Tujuan latihan ini dijalan bagi mengesan kekuatan dan kelemahan
calon dalam menjawab soalan esei. Kaedah ini dilaksanakan dengan meneliti jawapan
responden berdasarkan soalan esei yang diberikan oleh guru.
Ujian secara berkala juga turut diberikan untuk menguji tahap penguasaan pelajar
terhadap fakta-fakta penting berkaitan tajuk pengurusan. Ujian juga diberikan untuk mengenal
pasti sama ada pelajar dapat memberikan huraian serta contoh yang releven seperti yang
terangkan oleh guru semasa sesi Pdpc.
5.2 Analisis tinjauan masalah
Dapatan analisis soalan latihan dan ujian di dapati jawapan soalan esei pelajar tidak
memuaskan. Pelajar dapat memberikan fakta yang tepat, namun huraian fakta pelajar sangat
lemah. Huraian tidak jelas dan tersasar dari huraian yang sebenar. Responden juga gagal
menghuraikan isi serta contoh bagi setiap fakta yang diberikan. Bagi soalan yang
berkehendakkan dua atau tiga huraian bagi setiap fakta, pelajar hanya dapat memberikan
satu huraian sahaja tanpa contoh. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar kehilangan banyak
markah.
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Pelaksanaan Teknik Think-Pair-Share
Tahap 1: Think
Guru mengajukan soalan esei berkaitan dengan salah satu topik pengurusan yang diajar.
Pelajar diberikan masa selama 5 minit untuk memikirkan jawapan secara individu. Sambil
memikirkan jawapan yang dikemukakan, pelajar akan menulis hasil pemikiran berupa fakta
dan huraian ringkas pada dalam borang pengurusan grafik Think-Pair-Share yang disediakan.
Tahap 2 : Pair
Guru mengarahkan pelajar untuk membincangkan jawapan yang diperolehi bersama
pasangan. Pelajar akan membuat perbandingan jawapan bersama pasangan. Mereka
diberikan sepuluh minit untuk berinteraksi, menambahbaik dan menyetujui jawapan. Pada
tahap ini murid diberikan peluang berinteraksi antara satu sama lain yang dapat melatih
91
mereka untuk berkolaboratif. Penambahbaikan jawapan akan dibuat pada borang pengurusan
grafik Think-Pair-Share masing-masing
Tahap 3: Share
Pada tahap terakhir ini, pasangan berkongsi jawapan dengan keseluruhan kelas. Guru
mengarahkan setiap ahli dalam kumpulan untuk berkongsi maklumat dengan
membentangkan jawapan kepada seluruh kelas berdasarkan dapatan yang telah mereka
bincangkan sebelumnya. Pelajar-pelajar diberikan peluang untuk membandingkan jawapan
mereka dengan jawapan yang dibentangkan oleh ahli kumpulan yang lain.Pada tahap ini guru
mengorganisasi, menganalisis dan menilai hasil daripada pembentangan murid. Peluang
untuk menilai murid secara formatif juga wujud semasa interaksi antara murid dengan murid
atau murid dengan guru dalam setiap tahap teknik Think-Pair-Share ini. Pelajar akan
membuat penambahbaikan jawapan berdasarkan penilaian yang dibuat oleh guru dan rakan.
5.4 Dapatan Kajian
Kaedah Think-Pair-Share (TiPS) dapat membantu guru mewujudkan suasana pembelajaran
yang kondusif dan menyeronokkan, serta memberi peluang kepada mereka untuk membina
hubungan yang mesra bagi meningkatkan minat, motivasi dan pencapaian pelajar. Selain itu,
melalui teknik ini guru dapat menilai tahap pencapaian dan sikap pelajar terhadap proses
pembelajaran secara formatif melalui pemerhatian. Hasil daripada pemerhatian dan analisis
terhadap jawapan pelajar, didapati pelajar sudah dapat menulis jawapan soalan esei dengan
memberikan huraian yang tepat dan jelas di samping contoh yang releven. Kaedah
perbincangan bersama rakan dan pembentangan jawapan kepada rakan-rakan sekelas
membantu pelajar untuk lebih memahami kehendak soalan dan mengenalpasti kesalahan
dalam penulisan huraian fakta. Pelajar dibentuk untuk belajar dari kesilapan dan membuat
pembetulan terhadap kesilapan yang dilakukan. Pembelajaran yang berkesan adalah apabila
pelajar belajar daripada kesilapan mereka sendiri. Dapatan kajian ini menunjukkan
pengajaran berasaskan teknik Think-Pair-Share dapat meningkatkan pencapaian dalam
penulisan jawapan soalan esei dan sikap terhadap pembelajaran Pengajian Perniagaan
melalui interaksi sosial dalam kumpulan. Teknik ini memberi kesan yang amat besar kepada
pencapaian pelajar dalam menjawab soalan berbentuk esei di dalam peperiksaan.
John Amos Comenius, seorang ahli akademik pada kurun ke-16th telah memperkenalkan
satu pendekatan yang perlu diikuti dalam proses pengajaran, iaitu konsep di mana guru
menggunakan kaedah kurang mengajar tetapi murid murid lebih banyak belajar (teachers
teach less but learners learn more). Ideanya adalah untuk melibatkan murid-murid lebih aktif
dalam proses pembelajaran mereka sendiri.
92
Di samping itu, guru bukan sahaja bertanggujawab untuk merancang aktiviti pelajaran
dan pembelajaran, bahkan juga harus melibatkan diri sebagai seorang ahli dalam kumpulan
murid. Melalui teknik ini guru bukan lagi berperanan sebagai penyampai maklumat tetapi lebih
berperanan sebagai pemudahcara dalam proses pengalajaran dan pembelajaran (Bas &
Beyhan, 2010).
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Secara umumnya kajian ini berjaya membukti bahawa kaedah pembelajaran kolaboratif
Think-Pair-Share (TiPS) berjaya membantu pelajar untuk menulis huraian yang jelas dan
tepat serta dapat memberikan contoh yang relevan bagi soalan berbentuk penulisan esei.
Walau bagaimanpun secara khususnya, kajian ini masih memerlukan penambahbaikkan bagi
menyesuaikan dengan keadaan pelajar yang mempunyai kebolehan yang berbeza. Pelajar
memerlukan satu kaedah yang lebih praktikal bagi menjawab soalan berbentuk esai yang
memerlukan huraian perbincangan dan contoh.
Bagi kajian yang seterusnya pengkaji akan cuba mempelbagaikan aktiviti
berkumpulan atau pembelajaran berpusatkan pelajar yang mampu menguji minda serta
pemikiran pelajar. Tujuannya agar guru dapat mengetahui dan menganalisis setiap
keupayaan pelajar yang datang dari berbeza budaya, fahaman dan agama. Selain dapat
mencungkil bakat serta keupayaan pelajar, pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar
mampu menjadikan pelajar seorang yang berdikari da bermotivasi tinggi untuk mencapai apa
yang diingini dalam kehidupan.
BIBLIOGRAFI
Mokhtar Pet (2015), Pengajian Perniagaan Penggal 2. Oxford Fajar Sdn. Bhd
Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud (2011), Kajian Tindakan: Konsep &Amalan dalam
Pengajaran. Selangor: Multimedia Sdn Bhd.
Mook Soon Sang (2003), Psikologi Pendidikan. Subang Jaya:Kumpulan Pendidikan Budiman
Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2009). Teks komprehensif PTK: Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Untuk
Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Gred DGA34,DG48,DG52 & DG54. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd., Puchong, Selangor.
93
Meningkatkan Kemahiran Pelajar Melukis Dengan Mengaplikasikan
Media Kering Bagi Pelajar Tingkatan 6 Atas 5
Jaranah binti Yusop
[email protected]
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi
01000 Kangar Perlis
Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar tingkatan 6 Atas 5
di dalam tajuk lukisan menggunakan media kering.Sebagai satu usaha untuk mengenali secara
langsung lukisan dan mempermudahkkan proses melukis dengan menggunakan media kering.Kajian
ini dijalankan selama 3 bulan,seramai 14 pelajar 6 Atas 5,Smk Syed Alwi dan seorang guru terlibat
dalam kajian ini.Dalam usaha memenuhi keperluan kertas 970/2 (lukisan) ,calon STPM yang mendaftar
mata pelajaran Seni Visual setiap pelajar dikehendaki berkemahiran dalam melukis. Hasil dari dapatan
kajian didapati bahawa lukisan menggunakan media kering seperti pen,pensil,krayon,pensil warna dan
charcoal sesuai untuk pelajar dalam menghasilkan lukisan setting dan gubahan.Penggunaaan alatan
mudah jelas diperoleh,memberi kepuasan pelajar menggunakan media kering.
Kata Kunci: Kaedah Melukis, Kemahiran media kering, Seni Visual STPM, Pembelajaran Kolaboratif
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.
Saya telah ditugaskan mengajar pelajar-pelajar Tingkatan Enam Smk Syed Alwi sejak tahun
2015 lagi, setiap tahun saya mengalami banyak masalah untuk membolehkan mereka
menguasai kemahiran melukis dan menggunakan media kering.
Mata pelajaran Seni Visual 970 merangkumi 3 kertas iaitu semester 1-soalan struktur dan
esei,kertas 2-lukisan dan kertas 3 merupakan penghasilan projek.Tanggapan masyarakat
bahawa mata pelajaran SV mudah lulus tetapi sukar skor A,namun tanggapan ini bukan satu
fakta yang nyata dan terbukti.Berdasarkan maklum balas daripada guru yang lebih
berpengalaman,kertas 970/2 selain membantu pelajar STPM lulus dalam SV,ia juga memberi
peluang tinggi bagi pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang A1 dan A2 dalam SV
apabila berjaya memperoleh 90% markah dalam kertas lukisan.Kertas 970/2 biasanya
mengandungi 1 soalan yang mempunyai 1 soalan yang perlu lukis pada hari peperiksaan.
Antara tajuk yang keluar ialah lukisan setting dan gubahan.Pelajar kurang berminat dalam
melukis setting dan gubahan kerana merasa tajuk itu amat sukar dalam proses penghasilan
lukisan yang sebenar. Pelajar takut melukis dan mereka menganggap seni lukis hanya sesuai
bagi pelajar yang berbakat kerana kelebihan yang ada pada mereka.Beberapa cara telah
digunakan untuk mengatasi masalah tersebut tetapi yang pastinya masih ada di kalangan
pelajar yang belum menguasai kemahiran melukis.Beberapa orang pelajar yang berada
dalam tahap lemah langsung tidak mempunyai minat dan usaha untuk menguasai kemahiran
melukis. Mereka sentiasa menjadi pelajar yang tersisih apabila berada di dalam kelas.
94