The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E book ini merupakan artikel penyelidikan tindakan yang memperihalkan penyelidikan tindakan dan inovasi yang dilaksanakan oleh guru-guru tingkatan 6 dari Sek. Men. Kebangsaan Syed Alwi, Kangar Perlis.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azwanlvsej, 2021-08-10 09:45:15

TINTA PENYELIDIKAN TINDAKAN TINGKATAN 6 SESI 2020 - 2021

E book ini merupakan artikel penyelidikan tindakan yang memperihalkan penyelidikan tindakan dan inovasi yang dilaksanakan oleh guru-guru tingkatan 6 dari Sek. Men. Kebangsaan Syed Alwi, Kangar Perlis.

Keywords: E book Tinta Penyelidikan Tindakan

Bentuk mukabumi Pelancongan -berkelah, berjemur
Pemendapan Pertanian- tanah subur
Pantai Sukan dan rekreasi - bola tampar pantai
Delta Jalan pengangkutan - daratan ke pulau
Pulau Perlombongan pasir- timbunan pasir
Tombolo Perikanan - banyak ikan dan hasil laut
Beting pasir
Anak tanjung

Aktiviti 2
Pelajar akan mengisi jadual tersebut berdasarkan fakta yang dibuat.Dengan cara ini pelajar
akan mengolah fakta yang telah dipilih secara terpandu.

5.4 Refleksi
Berdasarkan hasil analisis pascaujian, saya berpuas hati kerana pelajar menunjukkan

peningkatan dari segi pengolahan fakta.Pelajar sudah menulis huraian fakta berdasarkan
persoalan yang dikemukakan.

Analisis Pascaujian Bilangan Pelajar Peratus
Markah 8 40.00
20 – 25 10 50.00
10 – 20 2 10.00
20 100
Kurang dari 10
Jumlah

5.5 Refleksi Keseluruhan
Berdasarkan dapatan yang diperolehi terdapat peningkatan bilangan pelajar yang

mendapat markah tinggi. Graf Perbandingan Markah yang diperolehi oleh pelajar sebelum
dan selepas aktiviti

145

14 20 - 25
12 9 - 19
10 0 - 10

8
6
4
2
0

Pra Ujian Pasca Ujian

6.0 CADANGAN
Berdasarkan dapatan kajian ini, saya dapati sesetengah pelajar masih lagi keliru

dengan istilah dan kata kunci soalan yang digunakan.Justeru itu, saya mencadangkan agar
satu kajian dijalankan bagi mengatasi masalah ini.

BIBLIOGRAFI

Atan Long (1984). Pendidik dan Pendidikan, Kuala Lumpurn:Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Azahar bin Ahmad(2017). Jurnal Pendidikan Tingkatan 6.143-151
Haji Rusly Bin Musa. Hajah Nurashikin Abdullah.2014. Teks Rujukan Geografi STPM Penggal

Selangor Darul Ehsan:Local Publication.
Norhailmi Abdul Mutalib.(2017).Pembelajaran Abad 21.Perlis:Percetakan Perlis.
Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan contoh STPM .Geografi.2013. Majlis Peperiksaan

Malaysia.

146

Meningkatkan Daya Mengingat Topik Morfologi Menggunakan Peta Minda
Bagi Pelajar 6A7

Zalina Binti Che Omar
[email protected]
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi

01000 Kangar Perlis

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan nota bentuk peta minda dalam
meningkatkan daya ingatan pelajar Tingkatan 6A7 dalam topik Morfologi. Kumpulan sasaran bagi
kajian ini melibatkan 13 orang pelajar Tingkatan 6A7 di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi
yang terdiri daripada 4 orang pelajar lelaki dan 9 orang pelajar perempuan. Kaedah nota berbentuk
peta minda ini digunakan apabila terdapat isu pelajar tidak dapat mengingat fakta dalam topik morfologi.
Keadaan ini dapat dilihat dalam ujian pra apabila tiada seorang pun pelajar berjaya menjawab soalan
dengan betul antara 21-25 soalan. Perkara ini adalah serius kerana situasi ini boleh menyukarkan
pelajar untuk mendapat keputusan yang baik bagi mata pelajaran bahasa Melayu STPM. Oleh itu,
guru mengambil langkah dengan memperkenalkan kaedah menulis nota berbentuk peta minda kepada
pelajar. Melalui kaedah ini, guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
seperti biasa. Setelah selesai, guru memberi nota berbentuk peta minda yang mengandungi topik yang
telah dipelajari pada hari tersebut. Dalam kajian ini, data dikumpul melalui ujian pra dan ujian pasca.
Kemudian, keputusan ujian pra dan ujian pasca dianalisis dalam bentuk jadual. Daripada analisis ini,
didapati terdapat peningkatan jumlah bilangan pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul
dalam ujian pasca. Kaedah penggunaan nota bentuk peta minda ini dipercayai dapat membantu pelajar
mengingat topik morfologi secara terperinci. Perancangan untuk tindakan dibuat dengan merancang
dan menyediakan nota berbentuk peta minda yang sesuai bagi topik morfologi. Penilaian dibuat melalui
ujian pra dan ujian pasca yang akan menunjukkan kesan penggunaan peta minda ini dalam topik
morfologi. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan nota berbentuk peta minda dapat
meningkatkan daya mengingat pelajar dalam topik morfologi.

Kata kunci : Peta minda, daya mengingat, morfologi

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Dalam kajian ini, masalah yang dikenal pasti ialah pelajar tidak dapat menguasai topik
morfologi dengan baik. Pelajar biasanya menghadapi masalah untuk mengingat fakta dan ini
telah menyebabkan minat belajar semakin merosot terutamanya pelajar yang berprestasi
rendah dalam bidang akademik. Hal ini berlaku kerana mereka kurang mahir aspek
tatabahasa (morfologi dan sintaksis) yang pada tanggapan mereka aspek ini merupakan
aspek yang amat sukar dan membosankan.

Selain itu, cara guru yang biasanya menggunakan catatan nota baris demi baris, muka
surat demi muka surat pada akhir pengajaran sebagai pengukuhan pengajaran didapati
cenderung menjadikan pelajar berasa bosan dan melupakan isi pengajaran. Catatan sebegini
didapati tidak menarik minat pelajar-pelajar dalam mendekati topik morfologi. Cara ini juga
menyebabkan pelajar berasa bosan dengan nota yang panjang lebar dan mereka juga tidak
berminat untuk mengulang kaji dengan catatan nota bentuk sebegini. Dengan ini, guru

147

merasakan perlu mengenal pasti suatu kaedah yang berlainan dan dapat meningkatkan
minat, pemahaman dan ingatan pelajar terhadap topik morfologi.

Oleh sebab itu, kajian yang dijalankan adalah menumpukan kepada penggunaan nota
bentuk peta minda untuk menarik minat pelajar-pelajar dalam pembelajaran dan yang lebih
penting ialah pelajar dapat menguasai topik morfologi dengan baik. Peta minda juga boleh
membantu pelajar mendapat gambaran yang lebih jelas dalam topik morfologi dan ini
seterusnya dapat meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap pelajaran yang diajar oleh
guru.

2.0 FOKUS KAJIAN
Walaupun pengkaji mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid semasa
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), namun pengkaji hanya akan
fokuskan kajian ini kepada masalah yang paling utama iaitu tentang daya mengingat murid
dalam proses PdP topik morfologi. Penggunaan peta minda ialah pendekatan yang difikirkan
oleh guru untuk mengatasi masalah pelajar yang sukar mengingat fakta-fakta penting dalam
topik morfologi. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, pelajar akan mempunyai masalah untuk
mengingat fakta dalam topik morfologi dan akan memberi kesan kepada mereka apabila
mempelajari topik yang seterusnya.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum
Kajian ini adalah untuk melihat bagaimana guru meningkatkan daya mengingat pelajar
dengan menggunakan nota berbentuk peta minda dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

3.2 Objektif khusus
i. Meningkatkan kemahiran mengingat pelajar melalui pendekatan nota “peta minda”

dalam topik morfologi.
ii. Mengkaji minat pelajar terhadap penggunaan nota peta minda untuk membuat ulang

kaji.
iii. Membantu meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
iv. Mengubah persepsi murid bahawa topik morfologi ialah topik yang mudah difahami.

148

4.0 KUMPULAN SASARAN

Peserta kajian adalah terdiri daripada 13 orang pelajar Tingkatan 6A7. Daripada jumlah 13
orang pelajar ini, 4 orang terdiri daripada pelajar lelaki dan 9 orang lagi ialah pelajar
perempuan. Semua pelajar ini mengambil subjek bahasa Melayu di samping 3 subjek lain
iaitu Pengajian Am, Sejarah dan Seni Visual/ Kesusasteraan Melayu. Peserta kajian ini terdiri
daripada pelajar-pelajar yang sederhana dalam pencapaian akademik bagi mata pelajaran
bahasa Melayu.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Cara Mengumpul Maklumat / Tinjauan Masalah
Tinjauan masalah dibuat melalui pemerhatian guru semasa mengajar di dalam kelas.
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar
didapati tidak dapat memberi maklum balas kepada soalan-soalan guru. Selain itu, pelajar
juga didapati tidak dapat menjawab latihan yang telah diberikan dengan baik. Bagi
mendapatkan maklumat dengan lebih tepat, satu ujian pra telah diadakan kepada pelajar
Tingkatan 6A7.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan pemerhatian dalam bilik darjah didapati pelajar kurang berminat dan tidak
memberi fokus dengan nota yang berbentuk linear. Pelajar juga didapati tidak dapat
menyiapkan latihan yang diberikan dengan lengkap. Daripada keputusan ujian pra, didapati
kebanyakan pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan baik.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Berdasarkan pemerhatian dan analisis terhadap ujian pra, pengkaji telah menentukan kaedah
penggunaan peta minda bagi meningkatkan daya ingatan pelajar bagi topik morfologi.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk kajian tindakan ini ialah:

i) Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas seperti
biasa.

ii) Memberi gambaran secara menyeluruh topik yang dipelajari.
Setelah selesai aktiviti pengajaran, guru memberi nota berbentuk peta minda yang
mengandungi topik yang telah dipelajari pada hari tersebut. Guru memberi gambaran
secara menyeluruh topik yang telah dipelajari melalui nota berbentuk peta minda
149

tersebut. Nota berbentuk peta minda ini berkesan bagi membantu ingatan pelajar-
pelajar terhadap gambaran keseluruhan topik yang telah dipelajari pada hari tersebut.
Guru juga memberi bimbingan dan dorongan kepada pelajar untuk menulis nota
menggunakan kaedah peta minda bagi membantu pelajar mengingat dan faham topik
yang telah dipelajari. Pelajar boleh menulis nota berbentuk peta minda ini sendiri pada
masa akan datang seperti contoh nota yang telah diberikan oleh guru.

iii) Mengukuhkan pemahaman dan keupayaan mengingat pelajar dengan memberi
latihan.
Guru memberikan soalan latihan yang berkaitan tajuk yang telah dipelajari pada hari
tersebut.

5.4 Dapatan Kajian

Sebelum kajian tindakan ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar Tingkatan 6A7 dengan
menggunakan peta minda bagi topik morfologi, satu ujian ringkas pra dijalankan ke atas
mereka. Ujian Pra ini mengandungi 30 soalan bagi topik morfologi. Soalan yang diberikan ini
berbentuk objektif. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan yang diberikan itu. Kumpulan
sasaran ini diberikan masa tiga puluh minit untuk menjawabnya. Keputusan Ujian Pra dapat
dirumuskan dalam jadual 1 berikut:

Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra Bilangan pelajar
Bilangan soalan yang betul -
26-30 -
21-25 3
16-20 5
11-15 5
6-10 -
0-5

Berdasarkan jadual 1 di atas, didapati hanya 3 orang pelajar berjaya menjawab antara 16-20
soalan dengan betul. Terdapat 5 orang pelajar yang berjaya menjawab antara 11-15 soalan
dengan betul. Seterusnya, 5 orang pelajar berjaya menjawab antara 6-10 soalan dengan
betul. Tidak ada pelajar yang berjaya menjawab antara 21-25 soalan dengan betul. Begitu
juga dengan bilangan soalan yang betul antara 26-30, tiada pelajar yang berjaya
menjawabnya. Oleh itu, sebahagian besar pelajar Tingkatan 6A7 hanya berjaya menjawab

150

antara 6-15 soalan dengan betul daripada keseluruhan soalan iaitu 30. Keputusan ini
menunjukkan pelajar dapat menjawab secara sederhana dalam Ujian pra ini.

Selepas Ujian Pra ini dijalankan, kumpulan sasaran ini diajar subtajuk morfologi
seterusnya dengan diberikan nota berbentuk peta minda. Sepanjang masa pengajaran dan
pembelajaran ini, pelajar didedahkan dengan nota berbentuk peta minda. Selepas pengajaran
tajuk ini, satu ujian pasca telah diadakan untuk mengesan keberkesanan penggunaan nota
berbentuk peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar Tingkatan 6A7 ini.
Ujian pasca ini mengandungi 30 soalan bagi topik morfologi dan pelajar diberikan masa tiga
puluh minit untuk menjawabnya. Keputusan Ujian Pasca telah dirumuskan dalam Jadual 2 di
bawah.

Jadual 2 : Keputusan Ujian Pasca Bilangan pelajar
Bilangan soalan yang betul -
26-30 2
21-25 4
16-20 6
11-15 1
6-10 -
0-5

Dalam ujian pasca ini, keputusan keseluruhan menunjukkan terdapat peningkatan jika
dibandingkan dengan Ujian Pra sebelum ini. Jadual menunjukkan terdapat 2 orang pelajar
berjaya menjawab antara 21-25 soalan dengan betul berbanding dengan ujian pra yang tiada
seorang pun pelajar berjaya menjawab antara 21-25 soalan dengan betul. Seterusnya,
terdapat 6 orang pelajar yang betul menjawab antara 11-15 soalan berbanding ujian pra iaitu
5 orang sahaja. Keadaan ini menunjukkan berlaku pertambahan seorang lagi pelajar yang
berjaya menjawab soalan dengan betul antara 11-15 soalan. Di samping itu, terdapat seorang
pelajar yang menjawab soalan dengan betul antara 6-10 soalan.

Berdasarkan analisis data yang telah dibuat terhadap dapatan ujian pra dan ujian
pasca, pelajar-pelajar dilihat berjaya meningkatkan daya mengingat dalam topik morfologi
dengan lebih baik apabila menggunakan nota peta minda berbanding dengan nota bentuk
linear. Dapatan kajian ini selari dengan hasil kajian oleh Nurulshahiza (2009) yang mengkaji
tentang penggunaan peta minda sebagai kerangka isi karangan bahasa Inggeris bagi pelajar
tingkatan dua telah menunjukkan bahawa peratusan pelajar yang sederhana ialah sebanyak
96.8% berbanding dengan 84.38% sebelum diperkenalkan dengan peta minda.

151

Kesimpulan yang boleh dibuat bagi kajian tindakan ini ialah strategi membuat catatan
nota berbentuk peta minda dapat meningkatkan daya ingatan pelajar Tingkatan 6A7 dalam
topik morfologi. Selain itu, pelajar juga berminat menggunakan nota peta minda untuk
membuat ulang kaji berbanding dengan nota bentuk linear. Nota berbentuk peta minda ini
telah berjaya menarik perhatian pelajar dan mengekalkan ingatan jangka pendek mereka. Hal
ini dapat diperhatikan apabila pelajar-pelajar dapat menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan. Penggunaan nota berbentuk peta minda telah menimbulkan perasaan positif
kepada kebanyakan pelajar terhadap pembelajaran topik morfologi.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati penggunaan nota berbentuk peta
minda ini merupakan suatu kaedah yang dapat membantu pelajar meningkatkan daya ingatan
mereka. Walaupun kaedah ini berjaya membantu ingatan pelajar dalam topik morfologi, tetapi
kaedah ini masih mempunyai kelemahan dalam membantu pelajar meningkatkan daya
ingatan jangka panjang. Kelemahan ini mungkin boleh dibaiki dengan mengajar pelajar
membina peta minda sendiri bagi tajuk-tajuk tertentu dan sentiasa memberi galakan kepada
mereka untuk membaca dan mengulang kaji nota peta minda yang diberi oleh guru. Pengkaji
juga mendapati terdapat pelajar yang kurang berminat untuk menulis nota berbentuk peta
minda. Bagi meningkatkan daya ingatan pelajar tentang topik morfologi, guru mungkin boleh
mengadakan satu kajian dengan menggunakan aktiviti ujian lima minit sebelum pengajaran
dan pembelajaran. Ujian ini merangkumi topik yang telah dipelajari dan dilakukan sebelum
pengajaran dan pembelajaran tajuk baru. Seterusnya perbincangan jawapan secara ringkas
mungkin membantu ingatan pelajar.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman bin Abdul Majid Khan. (2007). Guru Sebagai Penyelidik. PTS Publishing
House.

Ahmad Khair bin Mohd Nor. (2014). Tatabahasa Asas (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Pustaka
Salam Sendirian Berhad.

Alis bin Puteh. (2009). Kajian Tindakan Di Sekolah: Satu Pengenalan. Jitra: Pure Honey
Enterprise.

Fariza Puteh binti Behak. (2008). Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Penerbit USIM.
Hasimah Hanam binti Murad. (2013). Effective Practice Bahasa Melayu. Selangor: Oxford

Fajar Sdn. Bhd.

152

Nawi bin Ismail. (2016). Pendekatan Efektif Memahami Tatabahasa Bahasa Melayu.
Selangor: Pustaka Salam Sendirian Berhad.

Nurulshahiza binti Abd Mutalib. (2009). Peta Minda sebagai Kerangka Isi Karangan Bahasa
Inggeris Bagi Tingkatan 2. Jurnal Pedagogi Peribumi, 1. 57-66.

Raminah binti Haji Sabran. (2019). Pemantapan Pemahaman Tatabahasa Bahasa Melayu.
Selangor: Mutiara Suria Ilmu Resources.

153

Meningkatkan Bahagian Alih Bentuk Komunikasi Pengajian Am
Melalui Program Katakan Tidak Pada 10/11 Bagi Kelas 6 A1

Noor Haimi Binti Husain
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi

01000 Kangar Perlis

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar
Tingkatan 6A1 semasa menjawab Bahagian B (Alih Bentuk Komunikasi). Seramai 18 orang pelajar dan
seorang guru terlibat dalam kajian ini.. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan
kemahiran menjawab dengan menggunakan teknik yang betul mengikut skema yang boleh
menghasilkan jawapan yang tepat dan jelas. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui latihan kerja
rumah pelajar, ujian bulanan dan peperiksaan penggal di sekolah. Hasil tinjauan awal ini, jelas
menunjukkan pelajar tidak mahir dan kabur untuk menjawab serta memulakan jawapan bagi soalan
Bahagian B (Alih Bentuk Komunikasi). Terdapat pelajar tidak mengetahui cara untuk memulakan
jawapan ( menghasilkan jadual yang tepat). Di samping itu, Terdapat hampir 30 % pelajar tidak tahu
cara menganalisis data daripada petikan yang diberi. Inilah masalah yang sering dihadapi oleh pelajar
pada setiap tahun dan dengan Program Katakan Tidak Pada 10/11 ini pelajar dapat mengenal pasti
media yang tepat, jelas dapat membantu pelajar mengatasi semua masalah tersebut.Lapan sesi
pengajaran dan pembelajaran selama 240 minit telah dijalankan dalam tempoh 8 minggu iaitu pelajar
mempelajari kemahiran tersebut melalui program Katakan Tidak Pada 10/11 iaitu teknik menjawab
serta penerangan guru dan latihan berpandu kepada kumpulan. Keputusan pasca ujian jelas
menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Bahagian B, iaitu bahagian yang cukup kurang digemari
oleh pelajar. Hal ini disebabkan bahagian ini membabitkan pengiraan angka dan data. Program
Katakan Tidak Pada 10/11 yang telah dilaksanakan telah berjaya membantu pelajar mengatasi
masalah mereka.Pengajaran dan pembelajaran menjadfi lebih ceria, seronok, berkesan dan efektif.
Kata Kunci:

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.

Saya telah mengajar Pengajian Am di sekolah sejak 14 tahun yang lalu. Saya dapati
kebanyakan pelajar Tingkatan Enam mendapat markah yang rendah dalam Bahagian B iaitu
Alih Bentuk Komunikasi. Hasil peperiksaan didapati kebanyakan pelajar tidak dapat:

a. Menggunakan teknik yang betul semasa n]menjawab soalan.
b. Menjawab bahagian ini tidak sepenuhnya. (tidak siap)
c. Pelajar tidak tahu bagaimana memulakan jawapan
d. Pelajar tidak tahu cara menganalisis data dengan tepat. (membuat jadual)
e. Pelajar tidak tahu teknik menjawab dengan tepat.
Kebanyakan pelajar mengalami masalah menjawab beberapa soalan yang telah dikemukan
semasa membuat latihan. Guru telah membuat penerangan yng khusus dan panjang lebar
sebelum latihan yang diberikan. Berdasarkan latihan Bahagian B, kesalahan yang dilakukan
masih lagi berulang seperti salah menulis tajuk media,kesilapan label pada paksi -x dan paksi
– y, tidak tahu menulis unit yang tepat pada label, dan terdapat juga pelajar salah
memindahkan data. Bagi analisis statistik, 30% pelajar tidak mengetahui untuk memulakan

154

jawapan (menghasilkan jadual). Terdapat juga antara mereka yang tidak pasti cara yang
paling tepat untuk membuat analisis data.
Berdasarkan permasalahan tersebut, maka wujud persoalan-persoalan yang perlu diambil
kira iaitu:

a. Adakah pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas, berkesan dan
memberikan impak yang positif kepada pelajar ataupun tidak?

b. Adakah cara saya mengajar juga dapat membantu pelajar membaiki segal;a
kelemahan?

c. Apakah yang bol;eh saya lakukan untuk menambah pemahaman pelajar?

Terdapat juga guru menyatakan bahawa pelajar Tingkatan Enam hari ini malas dan suka
menerima apa-apa sahaja ilmu yang diperlukan untuk membolehkan mereka cemerlang di
dalam peperiksaan. Lebih-lebih lagi terdapat perbezaan tahap akademik yang berbeza-beza
dalam kalangan pelajar.
Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran digunakan dalam PdPc , namun masih ramai
pelajar melakukan kesalahan yang sama. Oleh itu, saya membuat kesimpulan, kelemahan
pelajar di dalambahagian ini disebabkan kurangnya tumpuan semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan di dalam kelas dan pengabaian pelajar terhadap teknik menjawab
bahagian ini dalam STPM. Sekiranya permasalahan ini diabaikan, sudah pasti pelajar kelas 6
A1 ini tidak dapat menjawab dengan baik semasa peperiksaan. Justeru saya mencadangkan
pengenalan satu program yang disebut program “ Elak 10/11” dalam usaha untuk mengatasi
semua permasalahan tersebut.

2.0 MASALAH KAJIAN
Walaupun terdapat banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar, namun kajian ini, saya
memberi fokus terhadap Bahagian B (Alih Bentuk Komunikasi) sahaja yang merangkumi
aspek menganalisis data dan seterusnya menghasilkan media yang sesuai berdasarkan
petikan yang diberi. Bahagian B memerlukan kemahiran matematik dan teknik menjawab
yang standard untuk menghasilkan jawapan (graf atau carta) yang lebih baik. Lebih-lebih lagi
bahagian memerlukan pelajar yang berkemahiran dalam asas matematik bagi mengeluarkan
data bagi bahagian analisis statistik dan menghasilkan media (graf atau carta) yang tepat
mengikut kehendak soalan. Justeru, saya mengambil kesempatan untuk membantu pelajar
mendapat keputusan peperiksaan yang baik dengan memperkenalkan program “ Elak 10/11).
Mereka melakukan banyak kesilapan semasa mengeluarkan data untuk proses analisis data.
Kesilapan yang dilakukan oleh pelajar ialah:

155

a. Pelajar tidak tahu bagaimana hendak memulakan jawapan disebabkan petikan yang
terlalu panjang

b. Pelajar tidak tahu cara menganalisis data dengan tepat
c. Pelajar tidak tahu teknik menjawab bahagian ini dengan tepat
d. Tidak menjawab bahagian ini dengan sepenuhnya
e. Tidak menggunakan teknik yang betul semasa menjawab soalan alih bentuk

komunikasi
Dengan membantu pelajar memperkukuhkan teknik menjawab soalan mata pelajaran
Pengajian Am yang penuh teknikal ini ( Bahagian B) , saya yakin pelajar boleh menjawab
soalan bahagian B dengan tepat dan berkesan serta memenuhi skema jawapan Pengajian
Am. Hal ini seterusnya, dapat membantu mereka mencapai keputusan yang baik dalam
peperiksaan Penggal 2 STPM kelak.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini iaitu:
3.1 Objektif Umum

Meningkatkan pencapaian bahagian alih bentuk komunikasi mata pelajaran Pengajian
Am.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 meningkatkan keupayaan pelajar menganalisis data(aspek pengiraan) daripada
latihan yang diberi terutamanya di dalam bahagian Alih Bentuk Komunikasi.
3.2.2 meningkatkan penguasaan pelajar dalammengenal pasti pilihan jenis-jenis media
(graf) yang tepat mengikut soalan yang diberi soalan dalam bahagian Alih Bentuk
Komunikasi
3.2.3 Memperkukuhkan keupayaan pelajar memahami aspek pemarkahan yang dinilai bagi
mengelak mendapat markah yang minimum iaitu 10/11.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 18 orang pelajar kelas 6A1 (penggal 2) iaitu seramai 3 orang pelajar
lelaki dan 15 orang pelajar perempuan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan masalah yang dikenal pasti dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:

156

i. Latihan khas menmjawab bahagian B (Alih Bentuk Komunikasi) bagi
menganalisis kelemahan bahagian tersebut yang merangkumi aspek analisis
statistik dan menghasilkan media yang sesuai.

ii. Latihan menjawab soalan bagi mengesan kesilapan teknik menjawab dan
kelemahan analisis bagi mengeluarkan data serta kegagalan menghasilkan
media yang sesuai.

Di samping itu, pengkaji juga telah mengedarkan borang soal selidik untuk mengetahui punca
kelemahan pelajar dan aspek sebenarnya yang menjadi halangan kepada pelajar-pelajar
tersebut daripada memahami serta menjawab dengan baik dan berkesan.
Analisis dapatan soal selidik mendapati 100% pelajar tersebut bersetuju latihan yang
berterusan dan konsisten untuk menjawab Bahagian B ini untuk membantu mereka
menjawab soalan Bahagian B dengan baik semasa peperiksaan.
Melalui pemerhatian di dalam bilik darjah, didapati hampir 90%, pelajar tidak dapat menjawab
dengan tepat iaitu bagaimana untuk menghasilkan jawapan yang baik bagi bahagian B.
Pelajar tidak tahu cara menganalisis data serta menghasilkan media yang betul dalam masa
yang ditetapkan.Tahap jawapan yang diberikan tidak mencapai tahap pemarkahan Penggal
2 STPM.
Selain itu, melalui pemeriksaan latihan, didapati jawapan yang diberikan oleh pelajar sebelum
pengenalan program “Elak 10/11” adalah berada bawah standard STPM sebenarnya.
Manakala semasa sesi temu bual dalam kalangan beberapa orang pelajar, didapati bahawa
sebelum ini, pelajar didapati tidak yakin dan tidak mengetahui cara menjawab yang betul
kerana pelajar tidak mengetahui kehendak soalan. Hal ini kerana mereka terus diarahkan
supaya menjawab setiap latihan yang diberikan tanpa memberi penerangan tentang teknik
yang betul untuk menjawab soalan latihan.
Berikut adalah cara pengendalian program “elak 10/11”, yang telah dilakukan terhadap pelajar
tersebut:

a. Guru menerangkan kepada pelajar teknik menjawab mengikut skema yang standard
semasa pdpc dijalankan di dalam kelas

b. Pelajar mencatat dalam buku nota
c. Guru memberikan jawapan terbaik di papan putih
d. Guru sentiasa menyoal pelajar mengenai teknik menjawab dan pengisian analisis data

dari masa ke semasa di dalam pdpc
e. Guru sentiasa memberi komen dan analisis jawapan pelajar bagi Bahagian B (Alih

Bentuk Komunikasi)

157

Aktiviti ini diubahsuai mengikut keperluan setelah pengkaji melaksanakan tinjauan
awal.

5.2 Persepsi Bahagian B (Alih Bentuk Komunikasi) Sebelum Pengenalan Program
“Elak 10/11”

Jadual 5.1 : Dapatan Kajian Tinjauan Awal Sangat Setuju Setuju Tidak
Bil Soalan 8 Setuju
0
1 Pengajian Am merupakan satu mata 10 7 0
pelajaran yang sukar 18 0 0
11 0
2 Pelajar perlu memahami teknik 18 0 0
menjawab untuk mata pelajaran ini 0
18 6 0
3 Sukar untuk memulakan jawapan 18 0 0
sesuatu soalan 12 0 0
18 4 0
4 Penerangan guru tentang teknik 18 0 0
menjawab mengikut skema adalah 14 0
penting 18 0 0

5 Latihan adalah penting bagi 18 0
memantapkan jawapan

6 Komen guru mengenai kesilapan pelajar
adalah penting

7 Teknik mengajar guru perlu menarik
bagi menambah minat pelajar

8 Bahagian B merupakan bahagian yang
paling sukar kerana kekangan masa

9 Teknik menjawab bahagian B adalah
penting agar jawapan lebih tepat

10 Keperluan menguasai teknik mejawab
adalah penting

11 Guru perlu mempelbagaikan teknik
pengajaran semasa proses pengajaran
dan pembelajaran

12 Kemahiran mengajar oleh guru
mempengaruhi pemahaman pelajar

Sebelum pengenalan program ini, didapati 100% pelajar mengalami kesukaran untuk
memahami kehendak soalan dan menjawab Bahagian B (Alih Bentuk Komunikasi). Mereka
lewat menyiapkan latihan yang diberikan guru. Hal ini ditambah pula dengan sikap sesetengah
pelajar yang tiada motivasi untuk mencari jalan penyelesaian ke arah memahami teknik
menjawab soalan dengan baik.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Sebanyak empat aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang bagi menangani
masalah pelajar dalam menjawab Bahagian B (Alih Bentuk Komunikasi):

158

Langkah 1:
Aktiviti penyoalan secara lisan mengenai permasalahan palajar dalam Bahagian B
Langkah 2:
Pengkaji memberikan latihan kepada semua pelajar
Langkah 3:
Pengenalan Program Elak 10/11

Langkah 4
Pengkaji mengemukakan semula soalan latihan kepada 18 orang pelajar pada minggu
berikutnya

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/ Penilaian
Langkah 1:
Aktiviti penyoalan secara lisan mengenai permasalahan pelajar dalam bahagian B. Antaranya
ialah:

a. Pengajian Am merupakan satu mata pelajaran yang sukar
b. Pelajar perlu memahami teknik menjawab untuk mata pelajaran ini
c. Sukar untuk memulakan jawapan sesuatu soalan sekiranya tidak memahami

kehendak soalan

Langkah 2
Pengkaji memberikan latihan.
Setelah mendengar dan memahami permasalahan pelajar, aktiviti seterusnya ialah pengkaji
telah memberikan satu soalan latihan untuk dijawab oleh pelajar seramai 18 orang dan pada
minggu yang berikutnya, pengkaji mengedarkan latihan yang berikutnya pada pelajar yang
sama. Kesannya, pengkaji mendapati jawapan yang diberikan oleh pelajar cukup
mengecewakan dan ini jelas menunjukkan bahawa sesuatu harus dilakukan untuk
memulihkan keadaan dan keyakinan pelajar.
Melalui penelitian terhadap jawapan yang diberikan, jelas menunjukkan bahawa tahap
jawapan pelajar adalah rendah dan tidak mengikut skema jawapan yang dikehendaki. Hal ini
ditambah, jawapan pelajar tidak menampakkan kesungguhan dan tiada fokus.

Langkah 3
Pengenalan Program “Elak 10/11”
Pengenalan Program “Elak 10/11”

159

a. Guru menerangkan kepada pelajar teknik menjawab soalan Alih Bentuk Komunikasi
mengikut skema yang standard semasa pdpc dijalankan di dalam kelas

b. Pelajar mencatat dalam buku nota
c. Guru menampal jawapan terbaik pada papan kenyataan
d. Guru sentiasa menyoal pelajar mengenai teknik menjawab dari masa ke semasa

semasa pdpc
e. Guru sentiasa memberi komen dan analisis jawapan pelajar bagi Bahagian B (Alih

Bentuk Komunikasi)
Aktiviti ini diubahsuai mengikut keperluan setelah pengkaji melaksanakan tinjauan awal

Langkah 4:
Pengkaji telah mengemukakan semula latihan kepada 18 orang pelajar dan soalan-soalan
latihan yang lain kepada pelajar yang sama pada minggu berikutnya. Kesannya jawapan yang
diberikan oleh pelajar telah meningkat dan ada yang layak mendapat markah A bagi jawapan
yang diberikan. Hal ini menunjukkan bahawa selepas pelaksanaan program tersebut, pelajar
bertambah yakin tentang apa yang hendak dibuat dan bagaimana format yang harus
dikemukakan bagi menjawab soalan.

5.4.1 Pelaksanaan aktiviti Latihan Bahagian B (Alih Bentuk Komunikasi) Sebelum
Melaksanakan Program “Elak 10/11”
Pemerhatian:
Sebelum pengkaji melaksanakan program tersebut, iaitu semasa mengedarkan latihan
Bahagian B, jelas menunjukkan ketidak keyakinan pelajar serta kerisauan pelajar tersebut
terhadap jawapan yang harus diberikan. Hal ini dapat dilihat melalui sikap dan gerak laku
pelajar. Terdapaqt pelajar yang kelihatan risau, tidak yakin dan memandang sesame sendiri
antara rakan-rakannya. Terdapat juga pelajar-pelajar yang mengangkat tangan dan terus
bertanyakan guru mengenai latihan yang diberikan. Pertanyaan-pertanyaan yang
dikemukakan oleh pelajar seperti “ macam mana ni cikgu?”, “jawab macam ni ka?’, “ macam
mana nak analisis?”, “ bagaimana nak cari peratus perubahan?” dan lain lain sentiasa
dikemukan.
Semua soalan tersebut jelas memperlihatkan ketidakyakinan dan kepastian pelajar tentang
cara bagaimana hendak menjawab bagisesuatu soalan di dalam bahagian B (Alih Bentuk
Komunikasi”.

160

Refleksi:
Melalui aktiviti ini, apa yang penting ialah pengkaji dapat melihat tahap pemahaman pelajar
bagaimana hendak mejwab bahagian ini.Selepas edaran diberikan dan soalan-soalan
sedemikian dikemukan kepada pengkaji, pengkaji dapat menilai dan menaakul di manakah
letaknya kelemahan pelajar dan aspek-aspek yang harus ditekankan oleh pengkaji untuk
menghadapi aktivit-aktiviti seterusnya.
Dalam kajian awal ini juga, jelas memperlihatkan betapa kritikalnya pemahaman pelajar
untukmenjawab Bahagian B (Alih Bentuk Komunikasi) ini tanpa usaha yang efektif dilakukan
untuk mengatasinya.Bagi pengkaji, aktiviti ini cukup berkesan bagi memudahkan pengkaji
menilai dan memahami tahap-tahap pemahaman dan aspek-aspek kelemahan yang dihadapi
oleh pelajar. Seterusnya, Pengkaji dapat menumpukan kajian yang khusus untuk mengatasi
kelemahan tersebut.

5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti Latihan Bahagian B (Alih Bentuk Komunikasi) Selepas
melaksanakan Program “Elak 10/11”
Pemerhatian
Selepas pengkaji melaksakan program ini dan pengkaji seterusnya mengedarka latihan
Bahagian B (Alih Bentuk Komunikasi) kepada 18 orang pelajar tersebut , pengkaji dapat
melihat bibit-bibit keyakinan pelajar semasa menerima kertas latihan tersebut. Sikap dan
gerak laku pelajar berbeza semasa mereka menerima latihan sebelun memahami program
“Elak 10/11”. Pelajar memperlihatkan keyakinan semasa menjawab , pantas dan cekap
semasa menjawab dan analisis yang diberikan adalah tepat.
Pelajar tahu bagaimana hendak menghasilkan media yang tepat, sebelum ini aspek tersebut
merupakan halangan tersebut bagi mereka. Pelajar juga mengetahui perkara-perkara yang
perlu dielakkan dalam menghasilkan sesuatu media mengikut petikan atau latihan yang
diberikan.Apa nyang penting ialah pelajar tahu hendak memilih media yang berkaitan yang
hendak dikaji oleh pelajar yang selama ni menjadi kemusykilan para pelajar. Hal ini jelas
memperlihatkan keberkesanan program “Elak 10/11”.

Refleksi:
Jelas menunjukkan bahawa keberkesanan aktiviti ini terbukti melalui jawapan yang diberikan
oleh pelajar. Boleh dikatakan hampir 80% pelajar telah dapat menjawab soalan dengan tepat
dan mengikut jawapan yang dikehendaki oleh guru.Ini semua berlaku selepas pengkaji
melakukan penerangan dan aktiviti melalui program “Elak 10/11”.Ini dapat disampaikan
bahawa keyakinan pelajar bertambah dan pelajar semakin seronok mempelajari bahagian ini.

161

5.5 Refleksi Kajian
i. Refleksi Kajian Terhadap Pelajar
Persepsi Bahagian B (Alih Bentuk Komunikasi) Selepas Pengenalan “Program Elak 10”
Keberkesanan program “Elak 10/11” melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada
pelajar dan juga pemerhatian yang telah dibuat..Boleh dikatan hampir 80% pelajar bersetuju
dan mendapat manfaat yang jelas melalui program ini dan bertambah yakin untuk menjawab
soalan bahagian B (Alih Bentuk Komunikasi). Hal ini dapat dibuktikan melalui latihan-latihan
yang diberikan selepas pengenalan program ini dan jawapan-jawapan yang dikemukakan
kepada pengkaji.
Hai ini ditambah pula dengan peningkatan keceriaan dan keseronokan pelajar semasa
menjawab bahagian ini. Perubahan sikap ini berlaku kerana pelajar telah mula memahami
teknik menjawab Bahagian B ini. Sebelum ini , Pengkaji mendapati pelajar agak kabur untuk
memahaminya dan ini telah menjejaskan rasa seronok dan ceria semasa berada di dalam
kelas. Bagi pelajar, sebelumnya bagahian ini merupakan satu beban dan tekanan yang perlu
dihadapi pada setiap hari kerana pemahaman yang tidak jelas. Tetapi selepas program ini,
tekanan dan bebanan yang dialami pelajar sebelum ini telah hilang. Ini semua jelas kelihatan
semasa sesi temu bual dan soal selidik yang akan dijalankan oleh pengkaji.
Selepas melalui program ini,apabila pengkaji bertanyakan soalan mengenai Bahagian B (Alih
Bentuk Komunikasi) , antara jawapan yang diberikan oleh pelajar iaitu “boleh cikgu”, “senang
cikgu” dan sebagainya.Hal ini jelas menunjukkan keberkesanan kajian yang telah dilakukan.

ii. Refleksi Kajian Terhadap Guru Dan Rumusan
Pengkaji menghadapi bahawa “Program Elak 10/11” ini merupakan kunci kepada
pemahaman pelajar. Bagi pengkaji, semua guru yang mengajar Pengajian Am seharusnya
memnguasai teknik ini bagi memastikan pelajar faham apa yang diajar, tahu apa yang hendak
dibuat, dan seterusnya mendapat markah yang baik dalam peperiksaan. Hal ini jelas terpapar
perbezaan antara guru-guru yang telah lama mengajar Pengajian am dengan guru-guru yang
baharu mengajar Pengajian Am, telah memperlihatkan perbezaan tahap pemahaman pelajar
yang diajar. Hal ini disebabkan bagi guru-guru yang baharu mengajar, mereka tidak tahu
hendak menjawab soalan, kehendak soalan dan teknik yang paling berkesan untuk menjawab
soalan.
Pada hakikatnya, pengkaji telah mengaplikasikan teknik ini sejak mula- mula mengajar
Pengajian Am dan hasilnya adalah sentiasa positif iaitu mendapat peningkatan peratusan
kelulusan dan kecemerlangan pelajar yang terdedah melalui program ini. Oleh itu , pengkaji
berpendapat, program ini seharusnya diaplikasikan semasa pelajar berada Tingkatan Enam
Rendah (selepas peperiksaan penggal 1) agar mereka menguasai kemahiran dan teknik
menjawab mengikut kehendak soalan dalam peperiksaan.

162

6.0 CADANGAN DAN KAJIAN SETERUSNYA
Kajian tindakan seterusnyapengkaji akan jalankan berkaitan isu Bahagian C (esei). Hal ini
disebabkan terdapat banyak pelajar yang menghadapi masalah menjawab bahagian ini.
Setiap tahun, pengkaji mendapati masalah yang sama timbul iaitu banyak pelajar tidak dapat
menyiapkan soalan BahagianC semasa menjawab dalam peperiksaan. Apabila ditanya
kepada pelajar tersebut mereka menjawab “Tidak cukup masa cikgu”, “Tidak dapat idea
cikgu”, dan sebagainya. Persoalan ini yang bakal pengkaji mencari jawapan kepada semua
kemusykilan yang dihadapi pelajar melalui kajian yang akan datang.

BIBLIOGRAFI
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM , 2013. Modul Pengajaran dan Pembelajaran

STPM Pengajian Am. Card Information Sdn. Bhd
Muhammad Arif, 2017. Skor A dalam STPM Pengajian Am (900/2). Penerbit Ilmu Bakti

Sdn.Bhd
Tn. Haji. Md Lasa bin. Yahya ,2019. Nota Minda & Lembaran Praktis Pengajian Am ,Semester

2 (900/2). Local Publications

163

Kajian tentang Kelemahan Membezakan Penggunaan Kata Kerja dalam Latihan
dan Karangan bagi Pelajar Tingkatan 6 dengan Teknik Pembelajaran Efektif –

OBO dan LO TAK LO

Chuah Lee Ling
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi

01000 Kangar Perlis

Abstrak

Selepas proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, saya mendapati
bahawa terdapat sebilangan pelajar yang masih lemah dalam menguasai kemahiran tatabahasa,
khususnya dalam penggolongan kata yang seterusnya mempengaruhi penguasaan sintaksis.
Kumpulan sasaran untuk kajian ini ialah pelajar Tingkatan 6A1 yang akan menduduki peperiksaan
STPM Semester 2 kertas Bahasa Melayu 910/2 Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya
mendapati bahawa pelajar-pelajar ini sukar membezakan kata kerja transitif, kata kerja tak transitif.
kata kerja mempunyai satu objek dan dua objek. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan mereka
gagal menjawab soalan-soalan objektif dan struktur, malah esei mereka terdapat banyak kesalahan
tatabahasa, khususnya dalam penggunaan kata kerja. Bagi menangani masalah ini, saya telah
menjalankan kajian tindakan ini bagi meningkatkan penguasaan kata kerja. Sememangnya niat untuk
menjalankan kajian tindakan ini timbul secara tidak langsung apabila ada beberapa pelajar yang sering
kali gagal membezakan penggunaan kata kerja, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif
semasa membuat latihan dan penulisan karangan. Kajian yang dijalankan berfokuskan aspek morfologi
dan sintaksis : Cara Pembelajaran Efektif - OBO dan LO TAK LO. Kajian ini dijalankan sepanjang
semester 2, iaitu dari bulan Januari hingga bulan Mac 2020, dan sambung semula selepas tempoh
PKP.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.

Tingkatan 6A1 mempunyai 18 orang, mereka merupakan pelajar dalam target lulus dalam

subjek bahasa Melayu STPM. Walaupun semua pelajar daripada kelas ini merupakan

penuntut asli Bahasa Melayu, namun tahap penguasaan mereka terhadap tatabahasa masih

lemah. Saya sungguh terkejut kerana kebanyakan mereka tidak dapat menguasai kemahiran

tatabahasa, sedangkan mereka telah diajarkan semasa tingkatan 1 hingga 5. Perkara-

perkara asas telah didedahkan kepada mereka sebelum ini. Buktinya apabila saya

memberikan latihan membina ayat kata kerja transitif, kebanyakan mereka tidak dapat

membina ayat dengan gramatis kerana tidak faham akan konsep kata kerja transitif.

Kesalahan penggunaan kata kerja transitif begitu ketara apabila pelajar-pelajar menulis

karangan (kerja kursus semester 2, karangan berformat panjang 600 patah perkataan) dan

menjawab soalan Bahagian A dan B dalam kertas Bahasa Melayu Semester 2 STPM.

Keadaan ini menggambarkan ada berlaku proses gangguan sama ada dalam penyampaian

maklumat atau kecuaian yang nyata dari aspek tatabahasa kerana bukan sahaja dari aspek

164

kata kerja transitif malah banyak bahagian / unit-unit tatabahasa yang belum boleh dikuasai
dengan baik oleh mereka

Sebagai seorang guru bahasa Melayu, saya bertanyakan punca situasi ini berlaku,
antara jawapan pelajar :-

➢ Kemahiran tatabahasa peringkat menengah rendah dan atas yang agak rendah
➢ Tidak memahami dan menguasai konsep ketatabahasaan
➢ Mereka keliru dengan media cetak yang banyak melakukan kesalahan.
➢ Mereka menggunakan sesuatu konsep berdasarkan kebiasaan
➢ Terpengaruh dengan ayat sms.
➢ Sikap memandang remeh terhadap aspek kenahuan

Jika perkara ini tidak diatasi dengan segera, saya bimbang keadaan ini akan menjejaskan
pencapaian peratus lulus cemerlang BM peringkat STPM, bukan setakat keputusan penggal
2 sahaja kerana kesinambungan ialah menjejaskan pula keputusan penggal 3 dan
keseluruhannya. Mereka juga tidak mampu menghasilkan penulisan ilmiah yang berkualiti.

Contoh :-
Antara kekeliruan murid dalam tatabahasa ialah :
• Kata Kerja
• Kata Kerja meN-
• Kata Kerja meN_kan dengan satu objek
• Kata Kerja meN_kan dengan dua objek
• Kata Kerja meN_i dengan satu objek
• Kata Kerja meN_i dengan dua objek
• Penguasaan tatabahasa yang lemah juga dikenal pasti bermula penggal 1, iaitu bulan Mei

2019. Keadaan ini menyebabkan sesetengah daripada mereka tidak dapat memperoleh
keputusan yang cemerlang

165

2.0 FOKUS KAJIAN

Banyak kesalahan yang berkaitan dengan tatabahasa yang saya kenal pasti, namun kajian
ini akan memfokus kajian terhadap penggunaan kata kerja berimbuhan meN_ (tanpa akhiran-
kan) dan meN…kan (dengan akhiran kan) dan meN…i (dengan akhiran i) yang meliputi kata
kerja transitif dan kata kerja tak transitif

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran tatabahasa dalam kalangan pelajar Tingkatan 6A1 sehingga
mereka dapat membezakan penggunaan kata kerja secara lisan dan bertulis
3.2 Objektif Khusus
i) Meningkatkan pemahaman konsep pelajar tingkatan 6 terhadap penggunaan kata

kerja berimbuhan meN, meN…kan, meN…i dengan markah ujian yang semakin baik
ii) Membina ayat-ayat yang gramatis dalam pelbagai jenis penulisan.
iii) Meningkatkan kualiti markah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam

peperiksaan prapercubaan, percubaan negeri dan STPM sebenar
IV) menghasilkan esei dan penulisan ilmiah yang bermutu tanpa bimbingan guru.

4.0 KUMPULAN SASARAN orang pelajar
Kajian ini melibatkan 18 orang pelajar tingkatan 6. Mereka terdiri daripada 3
lelaki dan 15 orang pelajar perempuan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tindakan Yang Dicadangkan
Berdasarkan pemerhatian dan penyemakan latihan atau kerja rumah yang diberikan, saya
mendapati bahawa 70% pelajar tidak dapat memberikan jawapan yang tepat dan kurang
berkeyakinan setiap kali memberikan jawapan secara lisan atau bertulis. Dalam penulisan
karangan berformat (kerja kursus semester 2), para pelajar tidak menunjukkan penggunaan
ayat yang gramatis dalam penulisan mereka, khususnya penggunaan kata kerja.

166

5.2 Cara Pelaksanaan Kajian Dengan Teknik Pantas
Teknik Pembelajaran Efektif – OBO dan LO TAK LO merupakan satu kaedah yang dapat
membantu pelajar dalam penguasaan tatabahasa dan lebih sebagai pemudah cara dalam
proses Pdpc BM di kelas. Kaedah ini, bagi saya merupakan satu kaedah yang berupaya
untuk membantu pelajar membezakan kata kerja transitif, kata kerja tak transitif, kata kerja
dengan imbuhan meN…kan satu objek dan dua objek.

Berikut merupakan cara pelaksanaan Teknik Pembelajaran Efektif - OBO dan LO TAK LO :
1. Para pelajar dipecahkan kepada 4 kumpulan
2. Guru akan menetapkan seorang “guru muda” daripada kalangan ahli kumpulan untuk

membimbing rakan-rakan
3. Pendedahan tentang konsep kata kerja dan bentuk kata kerja serta jenisnya
4. Pelajar diminta mengingati konsep
5. Pelajar diberikan set soalan-soalan yang berupa tajuk kata kerja
6. Pelajar diminta menganalisis soalan-soalan yang diberikan berasaskan teknik yang

didedahkan
7. Pelajar mengaplikasikan teknik OBO dan LO TAK LO untuk mengenal pasti :

a. Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif ( OBO )
b. Kata Kerja meN_kan dengan satu objek ( LO TAK LO )
c. Kata Kerja meN_kan dengan dua objek ( LO TAK LO )
d. Kata Kerja meN_kan dengan satu objek ( LO TAK LO )
e. Kata Kerja meN_i dengan dua objek ( LO TAK LO )
8. Pelajar diminta mengaplikasikan teknik yang dipelajari
9. Pelajar diminta menghasilkan soalan, iaitu ayat-ayat yang mempunyai bentuk dan
jenis kata kerja yang didedahkan dengan teknik PANTAS
10. Soalan yang dibina oleh setiap kumpulan akan bertukar-tukar dengan kumpulan
yang lain untuk diselesaikan secara kolaboratif dalam kumpulan

5.3.1 Cara Pelaksanaan Aktiviti 1
Lima minit yang pertama setiap kali P & P guru memberi latihan, latih tubi secara lisan dan
secara intensif di dalam kelas. ( setelah pendedahan konsep dilaksanakan dalam pelajaran

167

yang lalu). Perbincangan dan penyelesaian masalah secara kolaboratif diaplikasikan
sehingga semua pelajar menguasai penggunaan kata kerja.

Refleksi :
Pelajar seronok dan dapat menggunakan teknik yang mudah untuk membezakan bentuk dan
jenis kata kerja yang amat penting dalam peperiksaan semester 2 dan juga aplikasi dalam
karangan.

5.3.2 Pelaksanaan Aktiviti 2
3. Aktiviti ini merupakan lanjutan daripada aktiviti 1 yang bertujuan untuk memantapkan

pemahaman pelajar secara efektif
4. Pelajar diberikan Majalah Dewan Siswa (MDK)
5. Pelajar mengenal pasti kata kerja transitif, kata kerja tak transitif, kata kerja berimbuhan

meN…i, meN….kan yang mempunyai satu objek dan dua objek dengan mengaplikasi
teknik pembelajaran efektif – OBO dan LO TAK LO
6. Pelajar diminta mencari sebanyak kata kerja yang dinyatakan di atas dari MDK.
7. Pelajar diminta membentangkan dapatan
8. Guru sebagai fasilitator dan menganalisis dapatan pelajar
9. Peneguhan atau ganjaran akan diberikan kepada kumpulan yang terbaik

Refleksi
Pelajar dapat belajar dengan kaedah inkuiri penemuan dan berkolaboratif untuk menyiapkan
tugasan dengan efektif. Aktiviti kedua bukan sahaja dapat memantapkan penguasaan tentang
penggunaan kata kerja, malah dapat meningkatkan kemahiran penulisan. Hal ini dikatakan
demikian kerana pelajar tidak akan melakukan kesalahan tatabahasa yang melibatkan kata
kerja dalam penulisan. Dengan penggunaan MDK, pelajar juga dapat melakukan pembacaan
untuk mengembangkan kemahiran penulisan di samping meningkatkan penguasaan
tatabahasa.

168

5.4 JADUAL PELAKSANAAN UJIAN
Cara Pelaksanaan
1. Guru menyemak semua latihan dan ujian yang dijalankan dan mengenal pasti

penguasaan pelajar tentang penggunaan kata kerja dan bentuknya
2. Markah akan dicatat berdasarkan ketepatan jawapan
3. Guru menganalisis soalan dan cara menjawab soalan mengikut skema. Latihan

berasaskan modul dan soalan-soalan sebenar STPM Semester 2 dari tahun 2013 hingga
2017 dijalankan selepas sukatan pelajaran dihabiskan
4. Analisis bentuk soalan yang gagal dijawab oleh pelajar dengan tepat dilakukan oleh guru
bersama-sama dengan pelajar
5. Refleksi diri dalam kalangan pelajar sebelum ujian kali kedua dijalankan
6. Markah akan dicatat berdasarkan ketepatan jawapan
7. Pelajar menjawab soalan Peperiksaan Percubaan Negeri

Refleksi
➢ Setiap latihan tatabahasa dan karangan disemak oleh guru. Pelajar sentiasa mengambil

perhatian setiap kali melakukan kesalahan tatabahasa dan memberi penekanan terhadap
pemahaman dalam penggunaan kata kerja berimbuhan meN, meN…i, dan meN…kan.
➢ Pelajar juga dapat membina ayat-ayat yang gramatis. Dengan ini, saya mendapati
bahawa penguasaan tatabahasa pelajar meningkat dengan secara ansur maju dengan
Teknik Pembelajaran Efektif – OBO dan LO TAK LO yang bukan sahaja membantu aspek
penguasaan tatabahasa malah semua ruang lingkup kemahiran-kemahiran yang perlu
ada dalam BM.

Dapatan Kajian :
Setelah semua aktiviti mengikut item dijalankan, saya dapati peningkatan dalam menguasai
kemahiran tatabahasa lebih memuaskan terutama topik penggunaan kata kerja.
Kesimpulannya, markah keputusan Peperiksaan Percubaan Negeri ternyata lebih baik
berbanding dengan keputusan ujian dan peperiksaan prapercubaan peringkat sekolah

169

Refleksi kajian.
Penilaian pencapaian pelajar.
Kesemua aktiviti dirancang telah berjalan lancar. Keyakinan diri pelajar menunjukkan
peningkatan yang positif dalam pembelajaran morfologi dan sintaksis. Pelajar juga lebih yakin
dalam aspek penulisan. Latihan harian diteruskan menggunakan Teknik Pembelajaran
Efektif – OBO dan LO TAK LO. Semasa Peperiksaan Percubaan Negeri, markah pelajar
ternyata lebih baik dengan pencapaian 100% kelulusan dan 15 orang pelajar mendapat gred
A, iaitu 8 orang pelajar mendapat A dan 7 orang pelajar mendapat A-, 2 orang pelajar
mendapat B dan seorang mendapat C+.

6.0 CABARAN
Kehadiran pelajar ke kelas dan ke kelas tambahan yang tidak memuaskan (tanpa alasan yang
kukuh) merupakan cabaran perdana kerana golongan ini sering ketinggalan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Mereka pasti tidak dapat memahami konsep lantaran tidak
mendapat pendedahan tentang teknik pembelajaran efektif. Akhirnya, golongan ini tidak
mampu memjawab soalan peperiksaan dengan baik.

7.0 KESIMPULAN
Kajian ini menunjukkan guru sentiasa membuat refleksi terhadap amalan pengajaran dan
pembelajaran agar merealisasikan pdpc yang lebih efektif. Sehubungan dengan itu,
kebanyakan aktiviti yang dijalankan berpusatkan pelajar yang menekankan inkuiri penemuan
dan kolaboratif selaras dengan PAK 21. Guru semestinya perlu kreatif dan inovatif dalam
mengintegrasikan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran terkini. Berdasarkan kajian yang
dilaksanakan, jelas menunjukkan 90% pelajar menguasai penggunaan kata kerja dalam
latihan dan karangan. Pelajar-pelajar juga lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan
peperiksaan STPM Semester 2. Pendek kata, kajian sedemikian memang dapat
meningkatkan kualiti pelajar dalam penguasaan tatabahasa dan peperiksaan. Kajian ini juga
perlu diteruskan demi kemenjadian pelajar selaras dengan PPPM 2025

170

BIBLIOGRAFI
Adrian Akmajian et al., (1997). Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi. Kuala Lumpur

: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Khair Mohd Nor et al., (2016). Tatabahasa Asas. Kuala Lumpur : Pustaka Salam

Sendirian Berhad. Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia.
Eastwood Atwater, Karen Grover Duffy. (1999). Psychology For Living : Adjustment, Growth,

and Behavior Today. New Jersey : Prentice Hall, Upper Saddle River.
Ee Ah Meng. (1993). Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur : Fajar Bakti

Sendirian Berhad.
Mohd. Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.
Nawi Ismail. et (2017). Pendekatan Efektif Memahami Tatabahasa Bahasa Melay. Kuala

Lumpur : Percetakan Salam Sendiri Berhad
Nik Safiah Karim et al., (1997). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.
Sharifah Alwiah Alsagoff. (1989). Psikologi Pendidikan I. Selangor : Longman.
W. Lawrence Neuman. (2000). Sosial Research Methods. United State of America : Allyn and

Bacon.

171

Keberkesanan Penggunaan Peta Diplomatik KUSEK dalam Meningkatkan
Kefahaman dan Daya Ingatan Pelajar untuk Topik Hubungan Diplomatik

Zaman Nabi Muhammad SAW.

Norzuraini Binti Abdul Mutalib
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi

01000 Kangar Perlis

Abstrak

Berdasarkan pdpc yang lalu, guru mendapati bahawa hampir 100 % pelajar tidak dapat memahami
dan mengingat fakta yang diberikan oleh guru. Hal ini disebabkan kerana pelajar kurang membaca
dan kurang membuat rujukan ilmiah serta tidak memberi tumpuan kepada pengajaran dan
pembelajaran semasa guru mengajar. Kajian ini melibatkan 18 orang pelajar (responden) kelas 6A3,
dengan 6 orang adalah lelaki dan 12 orang adalah pelajar perempuan dengan tahap keupayaan yang
berbeza. Kajian adalah bertujuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
sejarah dari aspek kualiti dan kuantiti lulus 100 % dalam peperiksaan STPM melalui pendekatan pdpc
yang menarik dan berkesan. Pengesanan masalah pembelajaran dilakukan melalui pemerhatian di
dalam kelas, penyemakan latihan dan analisis markah ujian pra penggal 2. Berdasarkan penyemakan
latihan pelajar didapati 2 daripada 18 pelajar mendapat markah 12 hingga 14 markah daripada 25
markah penuh dalam latihan. Kelemahan paling ketara adalah apabila pelajar gagal mengingat setiap
fakta sejarah dengan baik. Kelemahan kemahiran mengingat menyebabkan pelajar mendapat markah
yang rendah dan tidak berjaya mendapat markah yang tinggi bagi latihan yang diberi. Majoriti
pelajar,iaitu seramai 16 orang hanya berjaya mendapat markah 0 hingga 9 markah sahaja dalam latihan
awal yang diberi guru. Bagi menyelesaikan masalah ini, guru menggunakan bahan inovasi permainan
Kit Peta KUSEK. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan 3 hingga 4 orang ahli. Murid bermain
sambil belajar menggunakan Kit Peta KUSEK menggunakan penutup botol dan perlu menyelesaikan
tugasan mengikut tahap. Bermula dengan Tahap 1 yang mudah, diikuti dengan Tahap 2 sederhana
dan Tahap 3 yang paling sukar. Selepas dibuat perbandingan markah bagi ujian pra ujian post, didapati
semua 18 orang pelajar telah berjaya meningkatkan markah masing-masing berbanding ujian post.
Beberapa orang pelajar yang berada pada tahap kritikal pada ujian pra, iaitu mendapat 1 atau 2 markah
juga menunjukkan perbezaan yang sangat ketara, dengan mencatatkan sehingga perbezaan
peningkatan melebihi 15 markah. 16 daripada 18 orang pelajar kini berjaya memperolehi markah 16
hingga 25 markah malah tidak ada lagi pelajar yang mendapat markah bawah daripada 10 markah
selepas ujian post dijalankan . Ternyata kaedah Peta Diplomatik KUSEK dalam meningkatkan
kefahaman dan daya ingatan murid untuk topik hubungan diplomatik zaman Nabi Muhammad SAW
berjaya membantu pelajar mengingat fakta sejarah dengan baik dan membantu mereka mendapatkan
markah

Kata kunci: Kit Peta KUSEK, diplomatik, Nabi Muhammad SAW

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu

Berdasarkan pdpc yang lalu, guru mendapati bahawa hampir 100 % pelajar tidak dapat
memahami dan mengingat fakta yang diberikan oleh guru. Hal ini disebabkan kerana pelajar
kurang membaca dan kurang membuat rujukan ilmiah serta tidak memberi tumpuan kepada
pengajaran dan pembelajaran semasa guru mengajar,

172

2.0 Fokus Kajian
Masalah yang dialami oleh kebanyakan pelajar 6A3 di sekolah saya ialah mereka mempunyai
masalah untuk mengingat fakta - fakta sejarah. Kajian ini memberi fokus kepada menangani
isu kelemahan pelajar untuk mengingat fakta sejarah.

3.0 Objektif kajian
3.1 Objektif Am

Meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah dari aspek kualiti dan
kuantiti lulus 100 % dalam peperiksaan STPM melalui pendekatan pdpc yang menarik
dan berkesan.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Meningkatkan kemahiran mengingat nama- nama tokoh yang dihantar untuk menjalin
hubungan diplomatik dan negara yang yang terlibat.
3.2.2 Merancang tindakan untuk membantu mengingat nama-nama tokoh dan negara yang
terlibat.
3.2.3 Menilai keberkesanan tindakan untuk mengingat nama- nama tokoh dan negara yang
terlibat.
3.2.4 Memberi keyakinan kepada pelajar dalam mengingat fakta-fakta sejarah.

4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatklan 18 orang pelajar (responden) 6A3. Mereka terdiri daripada 6 orang lelaki
dan 12 orang pelajar perempuan dengan tahap keupayaan yang berbeza.

5.0 Pelaksanaan Kajian
5.1 Tinjauan Masalah

Pengesanan melalui latihan bertulis dan lisan menunjukkan bahawa pelajar tidak dapat
mengingat fakta. Hal ini kerana pelajar tidak dilatih dan tidak didedahkan dengan teknik
mengingat fakta. Kegagalan mengingat fakta sejarah menyebabkan pelajar mendapat gred
yang rendah dalam peperiksaan .Oleh itu, pelbagai teknik pdpc telah dirancang dengan
menggunakan pelbagai teknik pengajaran yang sesuai untuk memastikan pelajar dapat
mengingat fakta dengan lebih baik.

173

5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Tinjauan dan Mengenal Pasti Masalah

Segala masalah yang berlaku semasa menjalankan aktiviti pdpc seperti latihan dan ujian
dikaji dan dianalisis. Ia dibuat melalui pemerhatian di dalam kelas, penyemakan latihan dan
analisis markah ujian pra penggal 2.Berdasarkan penyemakan latihan pelajar didapati 2
daripada 18 pelajar mendapat markah 12 hingga 14 markah daripada 25 markah penuh dalam
latihan.

Kelemahan paling ketara adalah apabila pelajar gagal mengingat setiap fakta sejarah dengan
baik. Kelemahan kemahiran mengingat menyebabkan pelajar mendapat markah yang rendah
dan tidak berjaya mendapat markah yang tinggi bagi latihan yang diberi. Majoriti pelajar ,iaitu
seramai 16 orang hanya berjaya mendapat markah 0 hingga 9 markah sahaja dalam latihan
yang diberi.

Berikut adalah Markah bagi Latihan Pelajar

BIL NAMA PELAJAR MARKAH

1 AHMAD AZRAF BIN AHMAD SHAH 9
2 AHMAD NURFAQIH BIN SHAMSUL ARIFFIN 4
3 DAMILIA BINTI DERMI 7
4 INTAN NAJWA BINTI KAMAL 1
5 KU NURDINA AISYAH BINTI KU AMMAR 4
6 MUHAMMMAD FARIZUL BIN AMINORDIN 12
7 MUHAMMAD SAFERI IKMAL BIN AZHAR 3
8 MOHD IZZAT IZZUDDIN BIN REDZUAN 2
9 NUR HANIM BIN NORDIN 7
10 NUR MUKMIN BIN ZULKIFLI 4
11 NUR NISHA BINTI JASNI 4
12 NUR SHAFIQAH BINTI KHOLIL 3
13 NURUL AIN BALGIS BINTI AHMAD ZULFFI 4
14 NURUL AINA SYAHIRAH BINTI BRAHIM 4
15 NURUL IMAN NAJWA BINTI ISMAIL 6
16 NURUL JAMILAH BINTI ADIZIAMAN 14
17 NURUL WAHIDA BINTI AZNIZAM 4
18 ZANABI BINTI ABDUL KADIR 3

Kajian tindakan ini dapat menggambarkan secara umum tentang pelaksanaan kaedah pdpc
yang berkesan dalam menghurai fakta. Teknik yang dibuat ini didapati berkesan dan

174

memberikan dorongan baharu dalam proses pdpc.Teknik ini dapat mencetuskan idea kepada
pelajar untuk mencipta satu teknik untuk menghurai fakta dalam setiap subjek.

5.3 Tindakan Menangani Masalah
a. Aktiviti pdpc untuk mengingat fakta dijalankan dan sebanyak 2 masa diperuntukkan

bagi setiap sesi pengajaran untuk melaksanakannya.

5.3.1 Cara Pelaksanaan
a. Guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan.
b. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 hingga 4 orang pelajar.
c. Guru memberi penerangan tentang cara mengendalikan permainan Kit Peta KUSEK
d. Pada tahap 1 pelajar dalam kumpulan akan menggunakan penutup botol sebagai
mewakili 9 tokoh.Dengan menggunakan peta Semenanjung Tanah Arab pelajar akan
meletakkan tokoh kepada destinasi hubungan luar yang betul dengan bimbingan nombor
pada peta.
e. Guru akan menyemak tugasan yang telah disiapkan oleh pelajar.
f. Pada tahap 2 pelajar yang telah menyelesaikan tugasan pertama, guru akan memberikan
tugasan kedua iaitu peta Semenanjung Tanah Arab. Pelajar akan dibimbing oleh 2 warna bagi
mengenalpasti tujuan hubungan luar dengan tokoh yang sesuai iaitu warna A untuk KUSEK
dan warna B untuk tolak Islam.
g.Guru akan menyemak tugasan yang telah disiapkan oleh pelajar
h. Pada tahap 3 pelajar yang telah menyiapkan tugasan ketiga iaitu pelajar akan menentukan
tokoh dengan destinasi hubungan luar yang betul tanpa bantuan nombor dan warna.
i. Kumpulan yang dapat menyiapkan tugasan dengan masa yang paling cepat dikira sebagai
pemenang.

175

5.4 Membuat Refleksi Kajian

Refleksi keputusan ujian sebelum dan selepas menggunakan Peta Diplomatik KUSEK

Bil Nama Pelajar Markah Markah Beza
Ujian Pra Ujian Post Markah
1 Ahmad Azraf Bin Ahmad Shah
2 Ahmad Nurfaqih Bin Shamsul 9 16 7
4 16 12
Ariffin
3 Damilia Binti Dermi 7 19 12
12
4 Intan Najwa Binti Kamal 1 13 13
5 Ku Nurdina Aisyah Binti Ku 4 17
10
Ammar 12 22
6 Muhammmad Farizul Bin 13
3 16
Aminordin 13
7 Muhammad Saferi Ikmal Bin 2 15
14
Azhar 7 21 14
8 Mohd Izzat Izzuddin Bin 4 18

Redzuan
9 Nur Hanim Bin Nordin
10 Nur Mukmin Bin Zulkifli

11 Nur Nisha Binti Jasni 4 16 12
3 16 13
12 Nur Shafiqah Binti Kholil 4 16 12
13 Nurul Ain Balgis Binti Ahmad
4 18 14
Zulffi
14 Nurul Aina Syahirah Binti 6 19 13

Brahim
15 Nurul Iman Najwa Binti Ismail

16 Nurul Jamilah Binti Adiziaman 14 22 8

17 Nurul Wahida Binti Aznizam 4 16 12

18 Zanabi Binti Abdul Kadir 3 18 15

Selepas dibuat perbandingan markah bagi ujian pra ujian post, didapati semua 18 orang
pelajar telah berjaya meningkatkan markah masing- masing pada ujian post. Beberapa orang
pelajar yang berada pada tahap kritikal pada ujian pra, iaitu mendapat 1 atau 2 markah juga
menunjukkan perbezaan yang sangat ketara,dengan mencatatkan sehingga perbezaan
peningkatan melebihi 15 markah.

Perbezaan Markah bagi Ujian Pra dan Ujian Post

Markah Ujian Pra Ujian Post
21 - 25 - 3
16 - 20 - 13
11 - 15 2 2
6 - 10 4 -
0- 5 12 -

176

Didapati juga pada awal pembelajaran, kebanyakkan pelajar berada pada pencapaian dengan
markah 0 - 5 iaitu seramai 12 daripada 18 orang pelajar. Namun setelah menggunakan Peta
Diplomatik KUSEK dalam Meningkatkan Kefahaman dan Daya Ingatan Murid Untuk Topik
Hubungan Diplomatik Zaman Nabi Muhammad SAW dilaksanakan kepada pelajar , masing-
masing menunjukkan peningkatan ketara dengan majoriti pelajar, iaitu 16 daripada 14 orang
pelajar kini berjaya memperolehi markah 16 hingga 25 markah malah tidak ada lagi pelajar
yang mendapat markah bawah daripada 10 markah selepas ujian post dijalankan . Ternyata
kaedah Peta Diplomatik KUSEK Dalam meningkatkan Kefahaman Dan Daya Ingatan Murid
Untuk Topik Hubungan Diplomatik Zaman Nabi Muhammad SAW berjaya membantu pelajar
mengingat fakta sejarah dengan baik dan membantu mereka mendapatkan markah yang
tinggi.

5.4.1 PdPc Berpusatkan Pelajar

Berdasarkan Peta Diplomatik KUSEK dalam meningkatkan kefahaman dan daya
ingatan Murid untuk Topik Hubungan Diplomatik Zaman Nabi Muhammad SAW merupakan
pembelajaran yang berkonsepkan kolaboratif. Pelajar secara berkumpulan akan
menggunakan kaedah bermain menggunakan Peta KuSEK tersebut. Guru hanya akan
bertindak sebagai pembimbing di sepanjang proses pembelajaran dengan membimbing
pelajar. Pembelajaran kolaboratif adalah salah satu kemahiran yang sangat berkesan dalam
pdpc abad 21 dan ia perlu dikuasai oleh pelajar.

5.4.2 Mengingat Fakta Dengan Baik

Berdasarkan keputusan pelajar dalam ujian post menunjukkan pelajar telah dapat
mengingat fakta yang diberi dengan baik. Melalui Peta Diplomatik KUSEK dalam
meningkatkan kefahaman dan daya ingatan murid untuk topic hubungan diplomatik zaman
Nabi Muhammad SAW pelajar juga telah memberi respon kaedah ini memudahkan mereka
untuk mengingat fakta dengan tepat. Pelajar juga berpendapat kaedah ini sangat baik dalam
membantu mereka dalam mengingat fakta sejarah.

6.0 Cadangan Kajian Seterusnya
6.1 Berdasarkan keputusan ujian post dan maklumat balas pelajar didapati pelajar telah

dapat mengingat fakta dengan tepat. Selain itu pelajar juga dapat menguasai isi
pelajaran dengan mudah dan kesannya pelajar menunjukkan minat kepada pdpc yang
dijalankan.

177

6.2 Kajian tindakan ini untuk membantu dan membimbing pelajar untuk mengingat fakta
dengan tepat . Bagi guru- guru kajian tindakan ini akan menyuburkan budaya
menyelidik, membuat rujukan dan berbincang sesama rakan guru sejarah untuk
meningkatkan pencapaian subjek sejarah.

6.3 Berdasarkan kajian tindakan ini pengkaji bercadang menjalankan kajian yang lain
berdasarkan kepada pembelajaran kolaboratif dan koorperatif dan akan menggunakan
strategi yang berbeza.

BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan, Ainon Mohd (2011).Guru Sebagai Pendorong Dalam Bilik Darjah.

Selangor : PTS. Profesional Publisher Sdn Bhd.
Hazri Ismail. (2003). Teknik Mengajar Sejarah. Pahang:PTS Publications & Distributors Sdn

Bhd.
Norhailmi Abdul Mutalib. (2007). Pembelajaran Abad 21 Bukan Sekadar Susun Kerusi Meja.

Perlis : Pencetakan Perlis Sdn Bhd.
Omardin Ashaari Junus Muhammad. (1996). Kaedah Pengajaran Sejarah. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Zaedah Siraj, Zainun Ishak, Tunku Mahani Tunku Mokhtar (1996). Motivasi Dalam Pendidikan

Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

178

Kajian Meningkatkan Kemahiran Mengingat Fakta Menggunakan Peta Konsep
Bagi Bab 1 Pelajar 6B2 Pengajian Perniagaan 2020

Hanita binti Hassan
[email protected]
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi
01000 Kangar Perlis

Abstrak

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kemahiran mengingati fakta khusus dan
fakta tak khusus di kalangan pelajar-pelajar Pengajian Perniagaan. Kaedah menggunakan Peta
Konsep ini digunakan apabila pelajar didapati tidak mengingat fakta apabila disoal oleh guru. Walaupun
nota yang ada pada pelajar adalah lengkap tetapi bila guru menanya soalan, pelajar ada yang tidak
dapat menjawab, ada yang bertanya kawan dan ada yang membuka buku nota untuk melihat jawapan.
Perkara ini amatlah serius memandangkan dalam soalan STPM, kebanyakan soalan Pengajian
Perniagaan memerlukan calon memberi jawapan dalam bentuk fakta. Jika fakta yang diberikan tidak
relevan, maka huraian dan contoh calon juga adalah tidak relevan. Dalam praujian yang diberikan
kepada calon, sebanyak 10 soalan telah diberikan untuk mengingati fakta, tidak ada seorang pun calon
yang dapat mengingati kesemua fakta dalam Bab 1 tersebut. Kumpulan sasaran adalah pelajar 6B2
yang terdiri daripada 17 orang. Fokus kajian adalah untuk meningkatkan kemahiran mengingati fakta
bagi Bab 1 kerana ia merupakan topik pengenalan kepada mata pelajaran Pengajian Perniagaan dan
pelajar merupakan pelajar baru yang naik ke Tingkatan 6. Jadi, mereka perlu dibentuk daripada awal
lagi untuk mengingati fakta ini kerana ia adalah asas untuk mata pelajaran ini dari Penggal 1 hingga
Penggal 3 nanti. Tinjauan awal didapati pelajar hanya akan mengingati fakta apabila diminta oleh guru
atau apabila guru menyatakan akan diadakan ujian kepada mereka. Ini bermaksud selepas aktiviti
pengajaran, pelajar tidak membuat ulangkaji apa yang diajar oleh guru. Jadi, untuk memudahkan serta
memberikan kesan yang baik, kaedah penggunaan Peta Konsep adalah dicadangkan kepada pelajar.
Pelaksanaannya adalah dengan menerangkan semula semua fakta khusus dan fakta tak khusus yang
terdapat dalam Bab 1 kepada pelajar. Seterusnya meminta pelajar membina Peta Konsep bagi
kesemua fakta yang terdapat dalam Bab 1 ini mengikut sub topik serta mengikut kreativiti mereka
sendiri. Guru akan menyemak Peta Konsep pelajar bagi memastikan semua fakta terdapat dalam peta
tersebut dan akhirnya peta tersebut dapat digunakan oleh pelajar sebagai rujukan. Hasil dapatan
darpada pembinaan Peta Konsep ini, keputusan ujian pelajar telah meningkat kerana penggunaan Peta
Konsep ini ternyata memudahkan pelajar untuk mengingati fakta dan juga kesannya amatlah
memuaskan. Pelajar tidak perlu lagi bertanya kepada kawan dan juga tidak perlu lagi membuka buku
nota apabila ditanya soalan oleh guru secara spontan kepada mereka. Ini akan membantu mereka
untuk memduduki peperiksaan STPM nanti dimana mereka hanya perlu belajar untuk menghurai fakta
dan memberikan contoh yang relevan sahaja.

Kata Kunci: Peta Konsep, Kemahiran mengingati fakta Bab 1, Pengajian Perniagaan STPM,
Pembelajaran Kolaboratif

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu amalan yang memerlukan

pelbagai kreativiti (Darling-Hammond, 2010 & Hamilton, 2011). Kekurangan kreativiti akan

menyebabkan matlamat pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya.

Kajian yang dijalankan oleh Allen, Ort & Schmidt, 2009, melaporkan guru-guru perlu

mendekati setiap pelajar agar kelebihan dan kekurangan yang ada pada pelajar dapat

dikenalpasti. Kegagalan guru untuk mendekati seseorang pelajar juga akan menyebabkan

hubungan pelajar dengan guru akan menjadi lebih renggang (Logan, 2015; McMillan &

179

Abrams, 2010). Pelbagai kaedah telah dicadangkan agar hubungan guru dengan pelajar
menjadi lebih akrab. Perjumpaan bersemuka dengan pelajar merupakan salah satu kaedah
yang dicadangkan bukan sahaja untuk memastikan hubungan yang baik di antara guru
dengan pelajar, malah proses ini juga membantu guru memberi maklum balas yang
berterusan kepada setiap pelajar berkaitan dengan proses pembelajarannya (Hagger, Burn,
Mutton & Brindley, 2008; Parkinson, 2014).

Mengimbas kembali pengajaran pembelajaran yang lepas, guru ,mendapati pelajar-
pelajar kurang mengingati fakta, terutama fakta khusus yang terdapat dalam sukatan mata
pelajaran Pengajian Perniagaan bagi Penggal 1. Tambahan pula, pelajar merupakan pelajar
baru yang memilih Tingkatan 6 sebagai tempat untuk menyambung pengajian serta
mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Pelajar juga datang daripada pelbagai
bidang semasa belajar di Tingkatan 5, dan ada di kalangan pelajar yang langsung tidak
pernah belajar dalam bidang Pengajian Perniagaan. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab
guru mata pelajar Pengajian Perniagaan untuk memperkenalkan bidang ini kepada pelajar-
pelajar baru ini dan juga menarik minat pelajar untuk terus belajar serta mendalami lagi bidang
Pengajian Perniagaan ini.

Bab 1 merupakan topik pertama yang diperkenalkan kepada pada pelajar. Bab 1 ini
menerangkan tentang Perniagaan dan Persekitarannya yang merangkumi maksud
perniagaan serta kepentingannya kepada pengguna, masyarakat, ekonomi dan negara,
faktor-faktor pengeluaran, proses perniagaan, persekitran umum dan tugas perniagaan, jenis-
jenis entiti perniagaan serta sektor perniagaan dan tahap-tahap perniagaan. Pelajar perlu
menguasai semua fakta yang terdapat dalam Bab 1 ini yang juga merupakan asas kepada
perniagaan untuk menjawab soalan Bahagian A dan B dalam peperiksaan STPM Penggal 1
nanti.

Walaupun bab 1 nampak mudah dan sebagai asas pengenalan kepada perniagaan
tetapi ada juga pelajar yang tidak dapat mengingat fakta khusus dan fakta tak khusus yang
terdapat dalam bab ini. Hal ini mungkin disebabkan pelajar masih lagi tidak memahami
kepentingan mengingat fakta untuk menjawab soalan. Pertama kali diberikan latihan, pelajar
lebih cenderung untuk merujuk buku atau bertanya kepada kawan. Sebahagian pelajar pula
didapati tidak hadir ke sekolah menyebabkan tertinggal perkara yang di ajar guru.

2.0 FOKUS KAJIAN

Walaupun pengkaji mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid semasa
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), namun pengkaji hanya akan
fokuskan kajian ini kepada masalah yang paling utama iaitu mengingat fakta khusus dan fakta
tak khusus.

180

Bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan, soalan STPM dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu Bahagian A (50m) mengandungi 10 soalan pendek dari semua bab yang
dipelajari Penggal 1. Bahagian B (50m) pula terdiri daripada satu soalan kajian kes dan satu
soalan esei panjang yang perlu dijawab. Kebanyakkan soalan tersebut memerlukan calon
memberikan fakta, huraian dan contoh yang relevan. Penguasaan calon terhadap fakta
adalah sangat penting kerana jika fakta yang diberikan calon salah maka huraian dan contoh
calon juga adalah dikira salah. Oleh itu peningkatan kemahiran mengingat fakta adalah perlu
diterap daripada bab 1 lagi iaitu bab pertama yang diperkenalkan kepada pelajar.

Penglibatan aktif murid dalan PdP juga penting bagi menunjukkan kefahaman mereka
terhadap apa yang di ajar oleh guru. Latihan-latihan yang diberikan terutama soalan-soalan
STPM yang lepas banyak membantu pelajar dan menyedarkan mereka betapa pentingnya
untuk mengingati fakta.

Aktiviti yang dapat dilaksanakan adalah membina Peta Konsep. Melalui Peta Konsep,
dapat membantu mereka untuk meningkatkan kemahiran mengingati fakta. Ini adalah penting
supaya mereka sentiasa mengingati fakta yang telah dipelajari mengikut topik-topik yang di
ajar.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini adalah untuk memastikan peningkatan kemahiran pelajar untuk mengingat fakta
bagi bab 1 kerana bab 1 merupakan pengenalan kepada mata pelajaran Pengajian
Perniagaan.

3.2 Objektif khas
i. Meningkatkan kemahiran mengingati fakta khusus Bab 1 yang terdapat dalam sukatan

mata pelajaran Penggal 1.
ii Meningkatkan kemahiran mengingati fakta tak khusus Bab 1 yang terdapat dalam

buku rujukan yang digunakan.
Iii Pelajar dapat mengingat sebanyak 90% daripada fakta yang terdapat dalam Bab 1.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Peserta kajian adalah semua pelajar 6B2 seramai 17 orang. Mereka terdiri daripada 13 orang
pelajar perempuan dan empat orang pelajar laki-laki.

181

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Cara mengumpul maklumat / tinjauan masalah
5.1.1 Pemerhatian

Tinjauan masalah dibuat melalui pemerhatian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Pelajar didapati dapat memberi perhatian kepada pengajaran guru tetapi
mereka agak pasif iaitu lambat atau tidak berusaha untuk memberi respon apabila guru
mengemukakan soalan. Pelajar juga ada yang sering tidak hadir ke sekolah. Pelajar terlalu
bergantung kepada bahan rujukan/nota serta bertanya kepada kawan jika guru bertanya
soalan tentang fakta. Sebilangan pelajar tidak dapat mengingati fakta yang telah diajar oleh
guru dengan baik bagi Bab 1.

5.1.2 Praujian
Pengkaji telah mengadakan praujian kepada semua pelajar Pengajian Perniagaan

6B2 untuk mengesan sejauh manakah mereka dapat mengingati fakta bagi Bab 1 yang baru
dipelajari ini. Selepas menyemak jawapan pelajar, saya dapati pencapaian mereka masih di
paras yang rendah. Saya memulangkan jawapan mereka, berbincang jawapan, dan meminta
mereka membuat pembetulan. Seterusnya, saya minta semua mereka membuat peta konsep
yang mengandungi semua fakta yang diajar bagi Bab 1 mengikut kreativiti mereka. Tujuan
membuat fakta menggunakan peta konsep ini supaya pelajar dapat melihat dengan mudah
semua fakta khusus serta fakta tak khusus yang terdapat dalam peta konsep ini bagi Bab 1.

5.2 Analisis tinjauan masalah

5.2.1 Analisis Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian dalam bilik darjah, walaupun pelajar memberi perhatian

terhadap guru dan menyalin nota tetapi pelajar tidak dapat memberikan fakta apabila ditanya
soalan oleh guru. Ini menunjukkan bahawa pelajar tidak mengulangkaji pelajar atau membuat
latihan jika tidak diarahkan oleh guru. Pelajar hanya akan belajar apabila guru menyatakan
akan membuat uijian kepada mereka. Mereka lebih suka menghabiskan masa yang ada
dengan berbual kosong atau bermain telefon bimbit. Mereka juga tidak dapat menyebut fakta
dengan betul apabila ditanya secara spontan.

182

5.2.2 Analisis Praujian

Berikut adalah pencapaian yang diperolehi pelajar dalam praujian yang dijalankan.

Markah Bilangan Pelajar Peratus
41 – 50 0 0.00%
31 – 40 5 29.41%
21 – 30 10 58.82%
11 – 20 2 11.77%
0 – 10 0 0.00%

Jumlah 17 100%

Jadual 1

Analisls praujian yang dijalankan, tiada pelajar yang mendapat markah lebih daripada
40. Lima orang pelajar mendapat markah antara 31 hingga 40 markah, 10 orang pelajar
mendapat antara 21 hingga 30 markah dan dua orang pelajar mendapat markah antara 11
hingga 12 serta tiada pelajar yang mendapat markah antara 0 hingga 10. Tiada pelajar
mendapat lebih daripada 40 markah kerana ada beberapa fakta yang tidak diingati oleh
pelajar dan ada fakta yang salah diberikan oleh pelajar. Bagusnya pelajar kelas 6B2 ini kerana
tiada seorang pun pelajar yang mendapat markah di bawah 10. Ini kerana mereka merupakan
pelajar yang terpilih untuk mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan ini.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Perincian tindakan yang dirancang dan dilaksanakan selepas melihat analisis praujian:

Aktiviti 1
Guru menerangkan kepentingan mengingati fakta kepada pelajar-pelajar. Seterusnya

guru meminta pelajar-pelajar merujuk semula sukatan mata pelajaran Pengajian Perniagaan
bagi Bab 1 Penggal 1. Ini kerana di dalam sukatan itu terdapat fakta khusus yang wajib
diketahui oleh pelajar dan mesti diingati atau dihafal sama seperti dalam sukatan. Jika
terdapat lebihan atau kurangan perkataan pada fakta khusus tersebut, jawapan pelajar akan
dikira sebagai tidak tepat atau tidak relevan, bergantung kepada jawapan yang diberikan.
Selain fakta khusus, guru juga meminta pelajar merujuk buku rujukan untuk mendapatkan
fakta tak khusus. Fakta tak khusus ini lebih selamat berbanding fakta khusus kerana jika ada
lebihan atau kurangan perkataan, markah masih di beri pada pelajar.

183

Aktiviti 2
Setelah pelajar mengetahui semua fakta khusus dan fakta tak khusus yang terdapat

dalam Bab 1, pelajar diminta menyediakan peta konsep masing-masing mengikut kreativiti
mereka. Apa yang paling penting ialah, di dalam peta konsep tersebut terdapat semua fakta
khusus dan fakta tak khusus Bab 1 bagi memudahkan pelajar untuk membaca serta melihat
fakta yang disoal oleh guru dan seterusnya untuk peperiksaan STPM Penggal 1 nanti. (Contoh
peta konsep pelajar adalah seperti lampiran).

Setelah peta konsep siap disediakan oleh pelajar, guru menyemak Peta Konsep yang
di hantar oleh pelajar bagi memastikan Peta Konsep yang dihasilkan oleh pelajar adalah
lengkap, tepat, padat dan menarik serta akan dapat digunakan oleh pelajar dengan mudah
dan berkesan. Melalui Peta Konsep itu, guru meminta pelajar menguasai fakta-fakta yang
terdapat dalam Peta Konsep Bab 1 tersebut.

Aktiviti 3
Satu pasca ujian telah dijalankan setelah pelajar menyiapkan Peta Konsep masing-

masing. Mereka dikehendaki menghafal fakta yang terdapat dalam Peta Konsep masing-
masing selama satu minggu. Keputusan daripada pasca ujian adalah seperti yang ditunjukkan
dalam jadual 2.

Markah Bilangan Pelajar Peratus
41 – 50 4 23.53%
31 – 40 7 41.18%
21 – 30 6 35.29%
11 – 20 0 0.00%
0 – 10 0 0.00%
17 100%
Jumlah
Jadual 2

Analisis pasca ujian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam mengingat
fakta oleh pelajar-pelajar setelah menggunakan Peta Konsep.

Markah Praujian Pascaujian

41 – 50 Bilangan Peratus Bilangan Peratus
31 – 40
21 – 30 0 0.00% 4 23.53%
11 – 20
0 – 10 5 29.41% 7 41.18%
Jumlah
10 58.82% 6 35.29%

2 11.77% 0 0.00%

0 0.00% 0 0.00%

17 100% 17 100%

Jadual 3

184

Secara perbandingan didapati semasa praujian tiada pelajar mendapat markah antara
41 hingga 50 markah tetapi setelah menggunakan Peta Konsep seramai empat orang pelajar
telah mendapat markah antara 41 hingga 50. Selain daripada itu, bilangan pelajar yang
mendapat markah antara 11 hingga 20 pula telah tiada. Ini menunjukkan keberkesanan Peta
Konsep sebagai alat membantu pelajar mengingati fakta.

5.4 Dapatan Kajian
Kajian ini telah dilaksanakan dalam tempoh sebulan. Semasa menjalankan kajian ini,

pengkaji telah mengingatkan pelajar-pelajar supaya berusaha untuk menggunakan Peta
Konsep yang telah dibuat oleh mereka sebaik mungkin. Pengkaji sering menanya soalan
tentang fakta yang terdapat dalam Bab 1 sebelum memulakan PdPc.

Pelajar telah menjalani praujian dan pasca ujian berdasarkan Peta Konsep bagi
mengingat fakta Bab 1. Hasil daripada menggunakan Peta Konsep tersebut, pencapaian
pelajar telah meningkat agak ketara. Bilangan pelajar yang dapat mengingat fakta semakin
bertambah menyebabkan mereka mendapat markah yang lebih baik.

Pelajar juga saling dilihat sering menghafal fakta menggunakan Peta Konsep masing-
masing dan juga bertanya antara satu sama lain bagi mengukuhkan lagi ingatan mereka
terhadap fakta yang dihafal melalui Peta Konsep. Suasana kelas juga menjadi lebih ceria di
mana pelajar-pelajar berlumba-lumba untuk menyatakan fakta setiap kali di soal oleh guru.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Berdasarkan keputusan ujian dan maklum balas daripada pelajar, didapati pelajar

lebih menguasai fakta menggunakan peta konsep dengan lebih mudah dan berkesan. Kajian
tindakan ini untuk membantu dan membimbing pelajar untuk mengingati fakta khusus dan
fakta tak khusus yang ada di dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan.

Berdasarkan kajian ini, pengkaji bercadang menjalan kajian yang lain untuk
meningkatkan lagi penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Perniagaan iaitu
menghurai fakta dan dapat memberikan contoh yang relevan berdasarkan kehendak soalan.

BIBLIOGRAFI

Allen, D., Ort,S.W., & Schmidt, J. (2009). Supporting Classroom Assessment Practice;
Lessons from a small high school. Theory Into Practice, 48(1), 72-80.

Darling-Hammond, L. (2010). Performance Counts: Assessment Systems That Support High-
Quality Learning. Council of Chief State School Officers.

185

Hamilton, L.S. (2011). Testing What Has Been Taught: Helpful High-Quality Assessment Start
with a Strong Curriculum. American Educator, 34(4), 47-52.

Logan, B. (2015). Reviewing the Value of Seif-Assessment: Do They Matter in the
Classroom?. Research in Higher Education Journal, 29.

Mokhtar Pet (2013). Pengajian Perniagaan Penggal 1, Terbitan Oxford Fajar.
Norhaimi Abdul Mutalib (2017). Pembelajaran Abad 21 Bukan Sekadar Susun Kerusi Meja;

Perlis, Percetakan Perlis Sdn Bhd.

186

Meningkatkan Kemahiran Memplot Graf Garis Dan Graf Bar Melalui
Penggunaan Kotak Kecil Bagi Pelajar Tingkatan 6 Atas 2

Muhammad Abdul Hafidz Bin Mohd Zain
[email protected]

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi
01000 Kangar Perlis

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar 6A2 semasa melukis graf
bar dan graf garis semasa menjawab Bahagian B (Alih Bentuk Komukasi). Seramai 18 orang pelajar
6A2 terlibat dan seorang guru dalam kajian ini.Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan
kemahiran memplot koordinat graf iaitu graf garis dan graf bar dengan cepat dan pantas mengikut masa
yang ditetapkan oleh guru sebagai langkah menghasilkan jawapan yang betul dan tepat.Tinjauan awal
yang dilaksanakan melalui latihan dalam kelas, pemerhatian dan temubual. Hasil tinjauan awal ini
menunjukkan pelajar tidak mahir dan lambat memplot graf samada graf garis atau graf bar. Hampir
95% pelajar tidak dapat menyiapkan ini dalam masa yang ditetap. Hal ini kerana pelajar mengambil
masa yang lama untuk memplot koordinat graf garis dan graf bar menyebabkan ia menjejaskan masa
menjawab bagi bahagian B ini. Masalah inilah yang sering dihadapi oleh pelajar setiap tahun dan
pengenalan penggunaan kotak kecil ini dapat membantu pelajar memplot koordinat graf garis dan graf
bar dengan lebih cepat dan tepat.Beberapa sesi pengajaran dan pemudacaraan selama 120 minit telah
dijalankan selama 6 minggu. Pelbagai latihan graf bar dan garis dibuat secara kumpulan dan individu
untuk meningkatkan kemahiran memplot graf dengan cepat dan cepat. Hasil dapatan menunjukkan
pelajar dapat memplot dengan cepat tanpa perlu mengira nilai sebenar dalam graf. Akhirnya, pelajar
dapat memendekkan masa menjawab soalan bahagian ini mengikut masa yang tetapkan.

Kata Kunci: Graf garis, graf bar, bentuk grafik, kotak kecil, koordinat graf

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.

Mengimbas kembali pengajaran pembelajaran yang lepas dalam mengajar bahagian B kertas
900/2 Pengajian Am. Saya dapati kebanyakan pelajar mendapat markah yang rendah dalam
bahagian B kerana pelajar tidak dapat menyiapkan bahagian ini dalam masa yang ditetapkan
,hal ini akan menjejaskan bahagian lain seperti bahagian A dan C. Pembahagian masa yang
tidak betul akan menjejaskan keseluruhan permarkahan bahagian lain dan menyebabkan
pelajar tidak mendapat markah yang baik dalam subjek pengajian am. Pemilihan kaedah yang
sesuai boleh menjimatkan masa pelajar untuk memplot graf disamping menjimat masa
menjawab bahagian ini.

Kebanyakkan pelajar mengalami masalah menjawab beberapa soalan yang
dikemukakan semasa membuat latihan. Guru telah membuat penerangan cara menganalisa
data dan melukis graf mengikut masa yang guru . Berdasarkan latihan Analisa Bentuk
Komunikasi iaitu bahagian B, melukis graf bar, pelajar tidak menjawab bahagian ini dengan
sepenuhnya(tidak siap seperti peruntukan masa yang ditetapkan dan juga pelajar tidak tahu
teknik menjawab soalan ini dengan tepat. Berdasarkan permasalahan tersebut , wujud
persoalan-persoalan yang perlu diambil kita iaitu; bagaimana cara supaya pelajar dapat

187

menyiapkan latihan yang diberi dengan cepat dan pantas dan apakah cara yang boleh saya
lakukan untuk menambah pemahaman pelajar terhadap bahagian ini.

Teknik menjawab soalan ABK ialah teknik menukar bentuk prosa kepada bentuk grafik
seperti graf garis dan graf bar dan carta pai. Pelajar dikehendaki memindahkan data,
menganalisa data, menulis tajuk media, melabel paksi x dan y , menulis unit yang tepat pada
label ,menulis sumber dan memplot graf. Kesemua aktiviti ini perlu disiapkan dalam masa
kurang 40 minit, aktiviti ini perlu pelajar yang pandai mengurus masa dan pantas menyiapkan
perkara-perkara yang diperlukan dalam yang menyiapan media yang lengkap. Justeru, saya
mengambil kesempatan untuk membantu pelajar agar pelajar dapat menyiapkan jadual
dengan cepat dalam usaha mengatasi masalah pelajar yang lambat menyiapkan graf dengan
penggunaan kotak kecil untuk memplot koordinat graf.

Persekitaran kelas yang kondusif, selesa dan tahap akademik pelajar yang hamper
sama memudahkan kajian tindakan dilakukan.

2.0 FOKUS KAJIAN
Soalan bahagian ini (Alih Bentuk Komunikasi-menukar prosa kepada bahan grafik) iaitu
menukar kepada graf bar, graf garis dan carta pai. Oleh kerana berapa kemahiran tertentu
dalam bahagian ini, saya hanya memfokus kajian ini meningkatkan kemahiran memplot graf
dengan cepat melalui penggunaan kotak kecil bagi menanda koordinat graf garis atau graf
bar.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini adalah untuk melihat bagaimana guru meningkatkan kemahiran menjawab soalan
bahagian B dengan betul.

3.2 Objektif Khusus
i. Mengira kotak kecil dengan tepat.
ii. memplot graf bar dan graf garis melalui penggunaan kotak kecil dengan cepat dan

pantas.

188

4.0 KUMPULAN SASARAN
Subjek kajian adalah terdiri daripada 18 orang pelajar Tingkatan 6A2, 13 orang perempuan
dan 5 orang lelaki. Mereka terdiri daripada kalangan pelajar yang sederhana dalam matematik
dan fobia dengan angka-angka.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Cara mengumpul maklumat / tinjauan masalah
Tinjauan masalah dibuat melalui pemerhatian semasa pelajar menjawab latihan dalam kelas.
Dua kali pemerhatian dibuat, pelajar lambat menghantar latihan ada yang terpaksa
menyiapkan latihan yang diberi di rumah.
Berdasarkan temubual juga dilakukan secara tidak langsung kepada pelajar 6A2, soalan
berfokuskan kepada;
i. Apa masalah yang menyebabkan anda lambat menyiapkan latihan yang diberi?
ii. Apakah perkara yang memyebabkan latihan tidak dapat disiapkan dalam masa yang

ditetapkan? Ada pelbagai jawapan mereka salah satu lambat menanda graf.
Saya telah membuat satu latihan diagnosis kepada 18 orang pelajar untuk menilai tahap
kepantasan menjawab latihan ini. Masa yang diperuntukkan adalah selama 40 minit untuk
satu soalan.

5.2 Analisis tinjauan masalah
Hasil pemerhatian yang dilakukan , mereka tidak sempat menjawab dalam masa yang
ditetapkan guru, dan hampir semua pelajar menjawab lebih daripada 40 minit. Disamping itu
ada jawapan pelajar yang tidak mengikut format yang ditetapkan dalam skema jawapan yang
dikehendaki MPM. Jawapan mereka gagal memperoleh markah yang baik malah yang lebih
teruk tidak sempat menyiapkan walaupun masa sudah hampir 60 minit.

Beberapa soalan ditanya kepada pelajar menunjukkan mereka tidak mempunyai
teknik yang betul semasa memplot graf dan menanda graf. Mereka hanya menjawan “tidak
cukup masa cikgu” ,tidak sempat cikgu”, “data tidak dapat cikgu” dan sebagainya.

Hasil semakan latihan diagnosis yang dibuat, saya mendapati bahawa pelajar
mengambil masa yang lama dalam menghasilkan jadual dan memplot graf . Kedua bahagian
ini telah menyebabkan pelajar tiadak menyiapkan dalam masa yang ditetapkan. Pelajar hanya
mengagak nilai sebenar dalam jadual dan menanda nilia (memplot) graf berdasarkan skala
yang dibuat oleh pelajar.

189

Jadual 1.1Rekod Masa Pencapaian Latihan Diagnosis Tempoh
Bil Responden 58 minit
1. Ahmad Sheikh Hafeez Bin Nur Shamsudin 56 minit
2. Muhammad Akmal Bin Norisham 50 minit
3. Muhammad Hamizan Bin Mohamad Saad 57 minit
4. Muhammad Iffan Bin Ahmad Basri 57 minit
5. Muhammad Khairul Nazri Bin Mohd Baki 48 minit
6. Hatierah Binti Abu Bakar 57 minit
7. Nur Farah Aida Binti Zakaria 47 minit
8. Nur Aisya Binti Hamzah 55 minit
9. Nur Fadwa Binti Abdul Wahab 57 minit
10. Nur Izzah Inani Binti Mohamad Nasir 54 minit
11. Nur Alieza Natasha Binti Marzuki 46 minit
12. Nur Athirah Binti Ahmad 46 minit
13. Nur Salsabila Binti Mohamad Zahir 53 minit
14. Nur Syuhaida Binti Abdul 56 minit
15. Nur Sabrina Ellysha Binti Saderisam 51 minit
16. Sharifah Intan Shafina Binti Syed Affendi 54 minit
17. Siti Mahidafasya Binti Ali 52 minit
18. Siti Salwa Binti Amir

Berdasarkan rekod pencapaian di atas menunjukkansemua pelajar belum memenuhi masa
yang ditetapkan oleh guru iaitu 40 minit. Masa yang pantas yang perlu dilakukan oleh pelajar
yang cemerlang adalah 30 miniit.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Sebelum saya mengambil tindakan yang seterusnya saya memberi penekanan kepada
perkara - perkara yang perlu ada dalam media dengan memberikan senarai semak yang perlu
ada sebelum pelajar menjawab soalan bahagian B. Perkara-perkara ini penting supaya
berhati-hati menyiapkan media agar tidak kehilangan markah yang banyak. Perkara yang
perlu disemak adalah seperti yang berikut;

190

Jadual 1.2 Perkara yang perlu disemak
191

5.3.1 Cara Pelaksanaan:
Saya memperkenalkan satu cara cepat memplot graf bar atau koordinat graf garis melalui
“penggunaan kotak kecil” dalam melaksanakan kajian tindakan ini. Pendekatan ini digunakan
semasa PdPc dalam kelas melalui beberapa langkah. Antara langkah-langkah tersebut
seperti berikut:
Langkah 1 – Memindah data ke dalam bentuk jadual
Pelajar di beri latihan graf bar dan pelajar diminta menukar bentuk prosa kepada jadual
dengan memindahkan data-data dalam jadual yang disediakan pelajar. Melalui clue-clue
soalan yang diajar dapat menentukan samada graf bar komponen atau graf dapat
melengkapkan jadual persediaan yang lengkap.
Jadual 1.3 Malaysia : Keseluruhan Kuantiti Pengeluaran Gas Terpilih Bagi Negara Ini Pada

Tahun-Tahun Yang Dinyatakan

192

Langkah 2- Membina Skala Kotak Kecil
Saya mengarah pelajar mengira skala besar dan kemudian menukar skala besar kepada
skala kotak kecil dengan membahagikan jumlah skala besar dengan 5. Pelajar akan
memperoleh nilai kotak kecil. Nilai kotak kecil ini akan digunakan untuk mendapat nilai kotak
kecil;

Cara Pengiraan seperti berikut:-

Langkah 3- Mengira Nilai Kotak Kecil
Berdasarkan nilai skala kota kecil tersebut pelajar dikehendaki mengira nilai kotak dengan
membahagi jumlah sebenar dengan skala kotak kecil, nilai kotak kecil akan digunakan untuk
memplot graf bar atau menanda koordinat graf garis. Apabila pelajar siap mengira pelajar
boleh memplot graf bar. Pelajar tidak perlu membuat jadual , pengiraan ini boleh dibuat
samada secara langsung atau secara tidak langsung. Berikut adalah cara mengira nilai kotak
kecil.

Langkah4- Memplot graf bar dengan tepat dan cepat
193

Selepas pelajar memperoleh nilai kotak kecil, pelajar memplot graf bar mengikut nilai kotak
kecil yang dikira. Nilai ini pelajar hanya perlu mengira kotak kecil, selepas itu barulah pelajar
memplot graf bar mengikut nilai yang dikira. Pengunaan kotak kecil ini digunakan setiap
latihan memplot graf bar kompoun,komponen, memesong dan piramid. Berikut adalah contoh
graf bar yang menggunakan kotak kecil.

5.4 Refleksi Tindakan Guru / Dapatan Kajian
Setelah hampir dua bulan, saya melaksanakan kajian, dapatan kajian menunjukkan ramai
pelajar dapat menyiapkan dalam masa yang ditetapkan, tetapi beberapa pelajar yang masih
belum dapat menyiapkan latihan ABK ini kerana kelemahan pelajar dalam mengalih dan
menganalisa data ke dalam jadual. Namun pelajar dapat memplot graf dengan cepat dan

194


Click to View FlipBook Version