The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E book ini merupakan artikel penyelidikan tindakan yang memperihalkan penyelidikan tindakan dan inovasi yang dilaksanakan oleh guru-guru tingkatan 6 dari Sek. Men. Kebangsaan Syed Alwi, Kangar Perlis.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azwanlvsej, 2021-08-10 09:45:15

TINTA PENYELIDIKAN TINDAKAN TINGKATAN 6 SESI 2020 - 2021

E book ini merupakan artikel penyelidikan tindakan yang memperihalkan penyelidikan tindakan dan inovasi yang dilaksanakan oleh guru-guru tingkatan 6 dari Sek. Men. Kebangsaan Syed Alwi, Kangar Perlis.

Keywords: E book Tinta Penyelidikan Tindakan

Disebabkan mereka tidak pandai melukis walaupun objek yang paling mudah, guru mata
pelajaran yang mengajar seni visual sukar untuk mengajar matapelajaran seni visual akibat
daripada masalah tersebut.

Dalam pemerhatian saya, mereka tidak menunjukkan kesungguhan dalam kemahiran melukis
yang diberikan. Mereka tidak dapat melakar dan melukis dengan baik. Oleh yang demikian
mereka melukis dengan cara yang yang salah apabila guru meminta mereka melukis semula
apa yang dilukisnya tadi .

Saya pernah menggunakan kaedah yang lain untuk membantu mereka memahirkan diri
mereka dalam melukis. . Kaedah tersebut adalah menyuruh mereka melukis dengan banyak
kali.Namun, mereka masih belum menguasainya. Akibatnya mereka berputus asa untuk
melukis. Ini juga membuatkan murid tersebut kurang berminat untuk menguasai kemahiran
dengan sempurna dan akhirnya mereka gagal melukis dengan baik.

Saya perlu memperbaiki kelemahan pada diri saya dengan membina bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk pelajar-pelajar saya .Selama lebih
kurang 20 tahun mengajar subjek Seni Visual saya telah mengenal pasti punca utama
kegagalan pelajar dalam menguasai teknik menggunakan media kering yang kurang
menekankan aspek sebenar dalam melukis.Tambahan pula dikalangan pelajar yang
mempunyai latar belakang yang kurang motivasi melukis.Pelajar-pelajar di dalam kelas saya
terdiri daripada pelajar yang sederhana dan kurang mahir dalam membuat lukisan
menggunakan media kering yang betul.

Daripada pengalaman /pemerhatian/ujian setelah mengajar kelas selama 6 bulan dan setelah
melalui pelbagai aktiviti seperti membuat lakaran setiap projek didapati mereka masih gagal
menguasai/memahami cara membuat lukisan berpunca daripada kegagalan menguasai cara
membuat lukisan dengan betul.

Kegagalan pelajar memahami /menguasai teknik membuat lukisan kerana:
i. Sikap sambil lewa pelajar
ii. Kurang fokus semasa pempelajaran
iii. Tiada teknik melukis dengan betul

Di sebalik itu, saya cuba cermin diri dan menyenaraikan masalah yang mungkin berpunca
daripa kelemahan saya sendiri seperti :
i. Selama ini saya mengajar sekadar syok sendiri tanpa mempedulikan tahap kefahaman
pelajar

95

ii. Saya juga beranggapan mereka telah faham apabila tiada yang bertanya selepas PdP
dilaksanakan
Saya sangka dengan sikap sedemikian pelajar akan tekun belajar tetapi sangkaan saya
meleset.Kerja-kerja latihan pelajar tidak dapat disiapkan tepat pada masanya dan prestasi
mereka juga agak kurang memuaskan.

Berdasarkan daripada permasalahan itu,saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiar
berlarutan memandangkan pelajar-pelajar saya akan dinilai tahap penguasaan dalam
peperiksaan percubaan nanti.Saya akan membantu pelajar mengatasi masalah di atas
dengan cara dengan cara mengubah kebiasaan ketika mengajar. Saya bercadang
menggunakan pelbagai teknik dengan menggunakan media kering bagi memudahkan
pelajar membuat lukisan yang lebih baik.

Bagi membantu menyelesaikan masalah membuat lukisan,saya mengabungjalinkan
kemahiran melakar dan tunjuk cara pelbagai media dengan mengunakan visualiser dan LCD
supaya pelajar dapat memahami langkah-langkah sebenar dengan lebih cepat.

2.0 FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas, di dapati pelajar tidak dapat membuat lukisan kerana:
i. Pelajar tiada kemahiran melukis dengan teknik yang betul
ii. Pelajar tidak memahami dengan langkah-langkah yang terdapat dalam rujukan buku
iii. Pelajar takut untuk melukis dikhuatiri hasil yang tidak memuaskan

Masalah ini berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar terutamanya disebabkan sikap pelajar
yang hendak cepat siap dan tidak pandai menilai hasil kerja yang telah buat.Pelajar masih
tidak dapat melukis lukisan dan keputusan ujian menunjukkan pencapaian dan bilangan
pelajar yang fokus hanya lebih kurang 70% dari mereka.

Secara keseluruhannya pencapaian kurikulum pertama ialah 95.83% yang menguasai.Kesan
masalah ini jika tidak ditandingi segera,pelajar akan terus mengamalkan sikap sambil lewa
dan tidak berminat dalam lukisan.Pelajar juga akan melepaskan peluang menceburi
pertandingan berkaitan lukisan yang sekolah anjurkan.Jika langkah ini tidak kuasai,pelajar
akan ketinggalan dalam teknik mudah membuat lukisan.Pelajar juga tidak memahami teknik
yang sebenar dan akhirnya akan gagal menghasilkan lukisan yang sepatutnya dikuasai.

96

Saya akan cuba mengatasi masalah membuat lukisan dan membimbing menggunakan teknik
media kering dalam lukisan.Mengikut laporan Winstetd(Penolong Pelajaran Negeri-negeri
Selat) mencadangkan :lukisan adalah mustahak untuk “latihan yang amat baik memerhati
alam” yang didapati darinya dan ia dapat menimbulkan minat dan kecergasan murid-murid
dan melatih mereka ketepatan dan kecermatan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran membuat lukisan objek
menggunakan teknik media kering dalam kalangan pelajar tingkatan 6 Atas 5.

3.2 Objektif Khusus
Kajian ini dibuat untuk membantu pelajar:
i. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam melukis.
ii. Membantu pelajar mencapai keputusan markah yang tertinggi

4.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar yang terlibat adalah semua pelajar Tingkatan 6 Atas 5 iaitu 14 orang.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Cara mengumpul maklumat / tinjauan masalah

5.1.1 Pendekatan Model DBAE

Pendekatan Dicipline-based Art Education digunakan dalam proses pengajaran seni

lukisan kerana ia merangkumi 4 disiplin yang amat sesuai dalam kurikulum pendidikan seni

visual iaitu;

* Projek studio * Kritikan Seni

* Sejarah Seni * Estetik.

Kemahiran melukis menggunakan teknik media kering melihat dimana penyelesaian masalah

dari 2-dimensi kepada 3-dimensi diberi penekanan. Dalam model DBAE, pelajar juga

ditekankan kepada aspek memahami sejarah seni, estetik yang berkaitan dengan

penghasilan karya masing-masing agar dapat meningkatkan daya kreatif dan kritis pelajar.

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini ,tinjauan

terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah

tersebut.

97

Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:
a. Permerhatian
Edaran nota kecil untuk pelajar menulis refleksi selepas pembelajaran untuk mendapatkan
gambaran tahap penguasaan pelajar dalam melukis..Tingkah laku pelajar sebelum dan
selepas latihan juga diberikan juga diperhatikan.
b. Latihan dalam kelas
Pelajar diberikan beberapa tugasan untuk disiapkan.Hasil kerja pelajar dinilai dan diberi
tunjukcara yang betul.
c. Ujian
Merujuk penilaian kurikulum 1,pencapaian gred yang sedikit berbanding ETR yang
diharapkan kerana pelajar tidak menguasai sepenuhnya aspek melukis.

5.2 Analisis tinjauan masalah
Hasil tinjauan mendapati:
a. Pemerhatian
Nota kecil yang ditulis oleh pelajar membuktikan penegasan pelajar dan perasaan mereka
selepas pembelajarannya.Ada yang menguasai dan masih ada yang memerlukan tunjuk cara
yang betul.
b. Latihan dalam kelas
Tugasan yang diberikan disiapkan tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan.
c. Ujian
Didapati keputusan penilaian kurikulum membuktikan segala yang disangkakan. Berikut ialah
pencapaian yang diperolehi:

MARKAH PENCAPAIAN PELAJAR

Ujian Pra

percubaan

A 80-100 80 90

A- 75-79 75 79
B 70-74 70 74
B- 60-64 60 63
C+ 55-59 55 59
C 50-54 50 54
C- 45-49 46 49
D+ 40-44 40 44

98

5.3 Tindakan Yang Dijalankan
1) Bagi mengatasi masalah ini, pelajar didedahkan dengan teknik media kering sebagai asas
untuk membuat lukisan.
2) Media kering seperti pensil,pensil warna,pen,pastel dan krayon dijadikan sebagai alat
utama untuk melukis.

5.4 Dapatan Kajian
Saya telah membimbing,pelajar saya dengan mendidik mereka dengan melukis
menggunakan teknik media kering dengan betul.Pelajar dikehendaki melukis dengan pelbagai
bentuk contoh bentuk segiempat sama dahulu.Daripada bentuk ini,barulah pelajar boleh
kembangkannya menjadi bentuk-bentuk yang lain dengan menggunakan media kering.

Berdasarkan pemerhatian saya,media kering yang digunakan untuk membuat lukisan
membantu pelajar membuat lukisan dengan lebih mudah,cantik dan kemas.Pelajar lebih
berkenyakinan untuk membuat lukisan dan merasa seronok kerana lukisan yang dibuat
nampak lebih cantik.

Refleksi kajian,
Pencapaian pelajar menunjukan peningkatan walaupun masih terdapat pelajar yang
gagal.Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa lukisan menggunakan media kering dapat
membantu pelajar meningkatkan kenyakinan diri dan kemahiran dalam membuat lukisan
bentuk disamping mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan
menyeronokkan.

Pelajar mengatakan bahawa membuat lukisan menggunakan media kering
lebih,senang,mudah,tepat dan kemas.Masih terdapat pelajar yang gagal kerana mereka tidak
berminat untuk belajar dan tidak bersungguh-sungguh untuk mempelajari membuat lukisan.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Hasil dapatan kajian, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan
pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar namun saya masih kurang berpuas hati
dengan hasil kajian saya ini dan saya menganggap bahawa kajian saya ini masih kurang
berjaya sepenuhnya seperti yang saya harapkan.

99

Atas kesedaran dan kenyakinan yang saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini,saya
merasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran
terutamanya dalam tajuk lukisan .Masih ada pelajar yang tidak mahir lagi membuat lukisan
dengan lebih cantik,kemas dan bersih.
BIBLIOGRAFI
Amirah Faiqah binti M.Nizam, (2020),Local Publications (M),Sdn.Bhd.
http//www. scribd.com/doc/89527882/Program- Celik- Sinar-Visual
http//www.scribd.com/doc/19407809/mengapa –pelajar- kurang -meminati –subjek
Kamus Dewan (2005)4th edition. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marhanim A.Razak (2016), Ace Ahead Teks STPM Seni Visual, Oford Fajar Sdn Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum.Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran&

Pembelajaran_,Kementerian Pelajaran Malaysia.
.

100

Tubi Masa Graf Dan Carta
Mariyah Binti Din

[email protected]
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi

01000 Kangar Perlis

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meneroka kesan kaedah Tubi Masa Graf dan Carta terhadap pelajar-pelajar
6 Atas 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi yang mempelajari bahagian B Pengajian Am.
6 masa pengajaran digunakan setiap minggu untuk melaksanakan kaedah ini. Kaedah yang digunakan
adalah pemerhatian masa bagi setiap gerak kerja untuk setiap latihan yang diberikan. Selain itu kaedah
temu bual juga digunakan untuk melihat permasalahan dalam kalangan pelajar yang tidak dapat
mengurus masa dengan baik bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Latih tubi masa telah dibuat
dalam beberapa siri latihan bagi setiap jenis graf dan carta sehingga pelajar-pelajar dapat menyiapkan
tugasan pada masa yang ditetapkan.

1.0 PENGENALAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi merupakan sebuah sekolah yang terletak di
Kawasan luar bandar dengan jumlah pelajar seramai 1350 orang dan 153 orang guru. Pelajar
tingkatan 6 pula terdiri daripada 14 kelas di mana pelajar terdiri daripada 240 orang.

1.1 ISU KAJIAN

Dalam pengajaran mata pelajaran Pengajian Am saya mengajar kelas 6 atas 5 yang terdiri
daripada 14 orang pelajar. Pelajar dalam kelas ini pada umumnya mempunyai prestasi yang
sederhana dan lemah dalam bidang pengiraan. Saya mendapati pengetahuan umum mereka
kurang dan mereka sukar mentafsir maklumat petikan untuk memperoleh data. Sebilangan
daripada mereka juga menghadapi kesukaran mengira data seperti peratusan dan pecahan.
Saya mendapati masalah umum yang pelajar kelas ini hadapi ialah mereka memerlukan masa
yang sangat lama untuk menghasilkan jadual dan graf. Setakat ini, belum ada pelajar yang
dapat menyiapkan latihan graf dalam 35-40 minit(masa standard yang biasa digunakan
dalam peperiksaan STPM bagi Bahagian B semester 2, Pengajian Am. Keadaan ini amat
ketara bagi kumpulan pelajar yang lambat dalam bidang pengiraan. Semasa pengajaran dan
pembelajaran (p&p), saya banyak memberi tumpuan kepada penerangan guru diikuti dengan
tindakan atau latihan oleh pelajar. Pelajar akan diberi masa dalam kelas untuk menyiapkan
sesuatu latihan. Ketika mereka membuat latihan, saya akan bergerak dan memerhatikan
pelajar membuat latihan. Bagi pelajar yang menghadapi masalah,saya akan terus memberi
penerangan lanjut atau bimbingan secara personal. Banyak latihan diberikan untuk
memastikan mereka menguasai sesuatu topik.

101

Walaubagaimanapun, masih terdapat pelajar-pelajar yang menghadapi kesulitan mengira
peratusan, tidak ingat cara mengira, tidak ingat label-label yang perlu diletakkan di graf dan
carta serta cuai. Hal ini kadang-kadang amat mengecewakan kerana pada pandangan
saya,saya sudah bersungguh-sungguh menerangkan setiap jenis graf dengan amat jelas
sekali. Namun setiap kali latihan yang diberikan disemak, mereka masih tidak dapat
menyiapkan tugasan dengan sepenuhnya. Hal ini kadang-kadang amat mengecewakan saya
kerana saya telah bersungguh menerangkan setiap jenis graf dan carta dengan amat jelas
sekali. Namun begitu, dengan jumlah pelajar seramai 14 orang, keadaan ini memudahkan
saya untuk memberi perhatian secara individu terutamanya kepada pelajar-pelajar yang lebih
lemah.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN
1. Pelajar-pelajar dapat menyiapkan latihan carta dan graf dalam masa 35-40 minit
2. Pelajar-pelajar dapat menyiapkan tugasan dengan lengkap

1.3 PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini juga ingin menjawab persoalan kajian berikut. Apakah kesan pelaksanaan Tubi
Masa Graf dan Carta terhadap pelajar kelas 6 Atas 5?

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini penting untuk diri saya dari segi memperbaiki strategi mengajar graf dan carta yang
selama ini hanya lebih berupa pengajaran berpusatkan guru. Strategi berpusatkan guru yang
saya gunakan selama ini perlu ditukar untuk mengajar topik ini. Pelajar diberi peluang untuk
mengajar rakan, bertindak sendiri dan mengurus masa dengan baik. Kajian ini membantu
saya meneroka strategi dan kaedah baru yang boleh digunakan untuk mengajar graf dan carta
dengan lebih berkesan,mudah difahami pelajar serta melibatkan tindakan mereka dalam
aktiviti yang befokuskan kepada masa. Saya berharap kaedah Tubi Masa Graf dan Carta ini
dapat membantu pelajar 6 atas 5 untuk menghasilkan graf dan carta yang tepat serta mereka
sentiasa peka bagi mengelakkan kesilapan yang selalu dilakukan.

102

2.0 APAKAH KAEDAH TUBI MASA GRAF DAN CARTA?
Pelajar-pelajar menguasai teknik binaan graf dan carta degan baik. Tetapi, pelajar-pelajar
tidak dapat membina graf dan carta pada masa yang ditetapkan (35-40 minit). Oleh hal yang
demikian, peruntukan masa diberi kepada para pelajar mengikut pemeringkatan yang
ditetapkan guru.

- Peringkat pertama pelajar diberi ( 1 jam 15 minit )
- Peringkat kedua pelajar diberi ( 1 jam )
- Peringkat ketiga pelajar diberi ( 45 minit )
Semasa pelajar membuat tugasan latihan binaan graf dan carta, guru memberi masa untuk
mencari maklumat dan memindah data kepada dalam bentuk jadual. Guru juga meminta
pelajar menyemak data berdasarkan jawapan. Masa selama 25-30 minit akan diperuntukan
kepada pelajar untuk melakar graf dan carta. Dalam bahagian akhir, masa selama 1 minit
akan diberikan kepada mereka untuk menyemak binaan graf dan carta untuk memastikan
aspek TOPSNAIL tidak diabaikan.
T- tajuk
O- origin
P- petunjuk
S- sumber
N- nilai
A- ankubah
I- isi
L- label paksi

3.0 METODOLOGI
3.1 Catatan saya
Catatan merujuk kepada nota pemerhatian saya ke atas pelajar semasa mereka membuat
lakaran graf dan carta ketika sesi tubi masa. Kesemua 14 orang pelajar dari kelas 6A5 terlibat
dalam kajian ini. Saya memerhati cara dan tindakan mereka ketika membuat lakaran. Saya
juga memerhati sama ada mereka dapat mengaplikasi pengetahuan lepas berkenaan graf
dan carta yang dipelajari. Selain itu, saya turut memerhati aspek penetapan skala,label,unit,

103

bahagian bar dan garis,skala, petunjuk serta tempoh yang digunakan oleh pelajar semasa
membuat graf dan carta yang diberikan.

3.2 Dokumen
Saya menggunakan dokumen-dokumen seperti sukatan pelajaran, buku rujukan dan edaran
daripada kursus dalaman Jabatan Pengajian Am dalam kajian ini. Dokumen-dokumen ini
membantu saya menyediakan latihan graf dan carta mengikut tahap mudah dan tahap lebih
mencabar. Selain itu,dokumen-dokumen tersebut membantu saya mengetahui cara menilai
hasil kerja pelajar mengikut kehendak penilaian serta permarkahan Pengajian Am.

3.3 Hasil kerja pelajar
Hasil kerja pelajar dalam bentuk Ujian 1 dan Ujian 2 membolehkan saya mengetahui tahap
dan perkembangan kerja pelajar. Analisis dibuat berdasarkan skema pemarkahan dan
penilaian dalam Pengajian Am.

3.4 Temu bual dengan pelajar
Pada setiap sesi latihan, temu bual telah dilaksanakan untuk memperoleh maklumat lanjut
berkaitan masalah-masalah semasa membuat latihan graf dan carta.

4.0 PELAKSANAAN DAN DAPATAN TINDAKAN SAYA
Setiap sesi pengajaran menggunakan kaedah Tubi Masa Graf dan carta dilaksanakan.
Selepas setiap sesi dijalankan, sesi temu bual diadakan selepas sesi pengajaran untuk
memperoleh pandangan mereka tentang permasalahan yang dihadapi semasa latihan atau
binaan media tersebut.
Semasa sesi pengajaran saya meminta pelajar mengimbas kembali bentuk-bentuk graf yang
mereka pelajari pada awal pengajaran. Seterusnya, saya menerangkan tajuk graf dan carta
dan setiap pelajar memiliki kertas graf dan kertas kosong. Pelajar perlu merancang secara
taktikal untuk menghasilkan Graf dan carta dengan membuat lakaran kasar masing-masing.
Seterusnya, peruntukan masa diberikan untuk membina jadual adalah selama 10 minit,
lakaran graf dan carta selama 25-30 minit serta semakan graf dan carta selama 1 minit. (
Januari – pertengahan Febuari ). Pada peringkat pertama pengajian pelajar-pelajar masih

104

lemah dalam penguasaan masa Bahagian B. Keputusan (lampiran 1) yang diperoleh amat
mendukacitakan. Sesi ke-2 diadakan sepanjang pertengahan Febuari – Mac. Pengkajian
masa yang sama digunakan dengan penekanan diberi pada penghasilan media berdasarkan
soalan yang dikemukakan. Di akhir ujian ke-2, keputusan seperti (lampiran 2).

Pengkajian sesi ke-3 diadakan pada April – Julai dan didapati tahap masa yang diambil oleh
pelajar untuk menyiapkan tugasan semakin baik. 5 daripada 14 pelajar dapat menyiapkan
tugasan dengan masa 35-40 minit, 7 orang menyiapkan tugasan dengan masa 45-50 minit
dan 2 orang pelajar menggunakan masa selama 50-60 minit.

5.0 REFLEKSI

Selepas melaksanakan 3 sesi Tubi Masa Graf dan Carta saya mendapati pelajar boleh
menghasilkan bentuk Graf dan Carta yang asas. Didapati Tingkatan 6 Atas 5 pelajar sebanyak
85.71% suka dengan kaedah ini dan 14.28% tidak pasti. Justeru. Saya perlu mempelbagaikan
kaedah pengajaran saya ketika mengajar Bahagian B seperti pengajaran berpusatkan guru
dan cuba meneroka kaedah-kaedah lain yang boleh diaplikasikan demi menarik minat
perhatian dan usaha pelajar.

Saya juga mendapati pelajar kelas ini menghadapi masalah pengiraan data kerana latar
belakang Matematik yang agak lemah, sikap mereka yang cuai dan mereka sukar mentafsir
ayat-ayat daripada petikan untuk diterjemahkan menjadi data. Saya kini yakin penerangan
yang saya sampaikan selama ini adalah jelas dan boleh difahami pelajar. Cabaran yang perlu
saya menangani kini adalah berusaha untuk mencari kaedah pengajaran yang dapat
memastikan pelajar-pelajar kelas ini lebih teliti semasa membaca dan memahami kehendak
soalan, boleh menterjemah maklumat daripada petikan kepada bentuk data dalam jadual dan
memastikan mereka dapat melengkapi maklumat-maklumat seperti tajuk, label, unit, skala,
petunjuk dan sumber. Akhir sekali, saya perlu memastikan mereka dapat menghasilkan jadual
dan graf yang betul dan lengkap dalam masa kira-kira 40 minit. Kesilapan-kesilapan tersebut
akan menyebabkan mereka kehilangan banyak markah kerana permarkahan Bahagian B
melibatkan aspek teknikal. Saya berharap pelajar dapat memperoleh markah yang tinggi
dalam Bahagian B dengan mengelakkan diri mereka daripada membuat kesilapan berkaitan.

Dalam proses menjalankan kajian ini, saya mengetahui bahawa kaedah pengajaran saya
yang biasa boleh diterima dan difahami pelajar. Pada masa yang sama, saya turut menyedari
bahawa adalah penting bagi saya mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya tidak
membosankan pelajar. Pelajar perlu diberikan peluang untuk meneroka sesuatu jenis ilmu
atau kemahiran. Pendekatan penerokaan turut melatih pelajar berdikari dalam menyelesaikan

105

masalah pembelajarannya tanpa sentiasa bergantung kepada guru. Walaupun begitu, saya
mendapati pelajar masih memerlukan bimbingan saya dari semasa ke semasa. Saya
berharap keputusan sesi 2 pelajar-pelajar saya semakin cemerlang dengan bantuan
Bahagian B ini.
BIBLIOGRAFI
Tn Hj Md Lasa, B., Sumaiyah Maisarah and Sara Fieya, Nota Minda Dan Lembaran Praktis

Pengajian Am Semester 2 (900/2).
Tn Hj Md Lasa, B., Sumaiyah Maisarah and Sara Fieya, Model Kertas Peperiksaan

Pengajian Am Semester 2 (900/2).
Manual Kajian TIndakan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia.

106

Lampiran 1

Bil. Nama Tubi Masa Graf dan Carta
1 jam 15 1 jam 45 minit 30-35 minit
1. AIMAN NUR HAKIM BIN
HAKIMI minit
/
2. ASMA SALSABILA BINTI
MAT SAFI /

3. MUHAMMAD AIMAN ALIF /
BIN ABU BAKAR
/
4. MUHAMMAD AIMAN BIN
ABDUL SALAM /

5. MUHAMMAD HAZIQ BIN /
RAZUWAN
/
6. NUR ATHIRAH BINTI /
ABDULLAH
/
7. NUR IZAIDAH BINTI ISHAK
8. NUR NABILA BINTI /

MOHAMAD SAIFUL ANUAR /
9. NUR SHAHIRA FARAHAIN
/
BINTI RAHIMI
10. NURSYAMILA BINTI ABD /
/
AZIZ
11. PUTRI NURAMIERA AMILIA

BINTI ALIAS
12. SITI BARIRAH BINTI MAHD

MAH @ MOHD NOH
13. SITI FATIMAH BINTI HUSSIN
14. UMI SAIDATULNISA BINTI

MOHD SUBRI

107

Lampiran 2

Bil. Nama Tubi Masa Graf dan Carta
1 jam 15 1 jam 45 minit 30-35 minit
1. AIMAN NUR HAKIM BIN
HAKIMI minit
/
2. ASMA SALSABILA BINTI
MAT SAFI /

3. MUHAMMAD AIMAN ALIF /
BIN ABU BAKAR
/
4. MUHAMMAD AIMAN BIN
ABDUL SALAM /

5. MUHAMMAD HAZIQ BIN /
RAZUWAN
/
6. NUR ATHIRAH BINTI /
ABDULLAH
/
7. NUR IZAIDAH BINTI ISHAK
8. NUR NABILA BINTI /

MOHAMAD SAIFUL ANUAR /
9. NUR SHAHIRA FARAHAIN
/
BINTI RAHIMI
10. NURSYAMILA BINTI ABD /
/
AZIZ
11. PUTRI NURAMIERA AMILIA

BINTI ALIAS
12. SITI BARIRAH BINTI MAHD

MAH @ MOHD NOH
13. SITI FATIMAH BINTI HUSSIN
14. UMI SAIDATULNISA BINTI

MOHD SUBRI

108

Lampiran 3

Bil. Nama Tubi Masa Graf dan Carta
1 jam 15 1 jam 45 minit 30-35 minit
1. AIMAN NUR HAKIM BIN
HAKIMI minit
/
2. ASMA SALSABILA BINTI
MAT SAFI /

3. MUHAMMAD AIMAN ALIF /
BIN ABU BAKAR
/
4. MUHAMMAD AIMAN BIN
ABDUL SALAM //

5. MUHAMMAD HAZIQ BIN /
RAZUWAN
/
6. NUR ATHIRAH BINTI /
ABDULLAH
/
7. NUR IZAIDAH BINTI ISHAK
8. NUR NABILA BINTI /

MOHAMAD SAIFUL ANUAR /
9. NUR SHAHIRA FARAHAIN
/
BINTI RAHIMI
10. NURSYAMILA BINTI ABD /
/
AZIZ
11. PUTRI NURAMIERA AMILIA

BINTI ALIAS
12. SITI BARIRAH BINTI MAHD

MAH @ MOHD NOH
13. SITI FATIMAH BINTI HUSSIN
14. UMI SAIDATULNISA BINTI

MOHD SUBRI

109

Meningkatkan Kemahiran Kenalpasti Kehendak Soalan Dan Mengambil Data
Melalui Kaedah Selesai 10 Minit Bagi Kelas 6a3 Smk Syed Alwi.

Roslina Binti Mat Ariff
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi

01000 Kangar Perlis

Abstrak

Kajian ini telah dilakukan kerana hampir keseluruhan pelajar tingkatan 6 khususnya pelajar tingkatan
6A3 belum lagi mencapai aras yang baik dalam menjawab soalan bahagian B. Format soalan
peperiksaan untuk penggal 2 mewajibkan pelajar menjawab bahagian A adalah struktur, bahagian B
adalah soalan alih bentuk komunikasi dan bahagian C adalah soalan esei. Hampir keseluruhan pelajar
didapati lemah dalam memahami dan mengumpul data untuk soalan bahagian B. Ini memberi impak
yang besar juga untuk mendapat markah yang baik atau memboleh seseorang pelajar lulus dalam
Pengajian Am. Oleh itu, penyelidik memikirkan untuk melatih pelajar supaya sentiasa memahami
kehendak soalan serta dapat mengambil data daripada petikan dengan cepat dan tepat. Pendedahan
soalan-soalan bahagian B 10 minit pertama dilaksanakan sebelum memulakan PdP. Responden
terdiri daripada 18 orang pelajar tingkatan 6A3. Selesai mengenalpasti soalan soalan yang telah
dijawab penyelidik merekod masa yang digunakan untuk mengenalpasti kehendak soalan dan
mengambil data. yang diperoleh. Penyelidik dapat merumuskan kaedah ini memberi ransangan yang
baik kerana berlaku peningkatan dalam peratus markah ujian 1 dan ujian 2.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU.
Penyelidik mempunyai pengalaman merngajar Pengajian Am selama 12 tahun. Setiap tahun
masalah tidak memahami kehendak soalan dan mengambil masa yang lama untuk
mengumpul data dan membina graf. menjadi punca utama pelajar tidak mendapat keputusan
yang cemerlang atau mencapat gred C- ke bawah. Ini sering berlaku kepada pelajar yang
mempunyai kelemahan dalam mentafsir kehendak soalan dan pengiraan. . Langkah yang
terbaik dirasakan oleh penyelidik adalah memberi penekanan bahagian B iaitu mengenalpasti
kehendak soalan serta latih tubi mengumpulan data daripada petikan dengan peruntukan
masa 10 minit.. Ini boleh membantu untuk pelajar menjawab soalan dengan tepat mengikut
kehendak soalan serta masa yang diperuntukan untuk membina keseluruhan graf dengan
tepat. Secara keseluruhan pelajar Penggal 2 masih juga kurang mahir sepenuhnya untuk
menjawab dengan baik bahagian esei (karangan). Apabila pendekatan tumpuan lebih kepada
soalan alih bentuk komunikasi , dapat membantu pelajar mengenalpasti kehendak soalan .
Ini boleh memberi manfaat menjawab soalan dengan tepat serta memberi potensi yang besar
untuk mendapat lulus dengan skor yang tinggi bagi markah keseluruhan Pengajian Am
Penggal 2.

110

2.0 ISU KEPERIHATINAN.
Kajian yang dijalankan adalah berfokus kemahiran menjawab soalan alih bentuk komunikasi..
Kajian ini penting terutama untuk pelajar penggal 2 yang agak lemah dalam penulisan esei.
Ini dapat menbantu memahami kehendak soalan dan dapat menjawab dengan tepat.
Berdasarkan penelitian pemarkahan prestasi keseluruhan keputusan pelajar yang lalu
menunjukkan bahagian B alih bentu komunikasi boleh membantu pelajar lulus terutama bagi
pelajar yang aras penguasaan soalan eseinya agak lemah.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN.
Tujuan kajian ini adalah untuk.

1. Membantu pelajar tingkatan 6A3 menguasai teknik menjawab soalan alih bentuk
komunikasi dengan mudah.

2. Membantu pelajar tingkatan 6A3 menjawab dengan peruntukan masa yang tepat.

4.0 KUMPULAN SASARAN.
Kumpulan sasaran terdiri daripada 18 pelajar tingkatan 6A3 SMK Syed Alwi. Kesemua pelajar
ini terlibat dalam pra dan pasca pelaksanaan ujian kajian.

5.0 METODOLOGI KAJIAN.
Penyelidik menggunakan 3 kaedah dalam kajian ini iaitu :

5.1 Pemerhatian.
Penyelidik memerhati secara keseluruhan respon pelajar semasa PdP dijalankan..
Sebilangan besar pelajar tidak dapat menjawab dengan tepat setiap soalan yang diberi secara
rawak. Ini menggambarkan kurangnya pelajar tidak memahami kehendak soalan. Penyelidik
mendapati kelemahan pelajar gagal menjawab mengikut kehendak soalan. Hampir 80%
daripada menjawab salah item.

5.2 Menjawab set soalan
Pelajar diberi 1 set pra ujian dan diminta untuk menjawab sebaik yang mungkin. Selain itu
pelajar di minta menjawab 1 set pasca ujian soalan. Tujuan untuk menguji keberkesanan
kaedah dalam kajian ini.
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
6.1 Pra Pelaksaanaan kajian.

111

Seramai 18 pelajar tingkatan 6A3 diberikan ujian pra test sebelum kaedah ini dilakukan oleh
penyelidik. Skor markah diambil. Selepas skor markah diperoleh dan diedarkan kepada
pelajar, penyelidik memberi membincangkan setiap kesalahan dan rumusan.

6.1.1 Analisa Pra Ujian

Markah (%) Bilangan pelajar Peratus
(%)
(org) 55.6
38.9
0-20 10 5.5

21-40 7 100

41-60 1

61-80 -

Jumlah 18

Jadual 1 : Skor Markah Pra Ujian

6.2 Pelaksanaan Kajian.
Guru telah menggunakan 11 soalan alih bentuk komunikasi yang mana kehendak soalan
mengikut bentuk graf dan carta. Tempoh masa yang diambil 11 kali PdP sebagai tempoh
percubaan. Sebelum memulakan PdP perlajar diedarkan 1 soalan untuk dijawab dalam
tempoh 10 minit. Selepas soalan dijawab, Penyelidik menyemak jawapan secara terus serta
membuat perbincangan dan masa diambil direkod. Penyelidik mendapati kecenderungan
untuk pelajar membuat ualngkaji bagi menguasai setiap topik semakin meningkat.

6.2.1 Masa yang digunakan.

Masa Uji 1 Uji 2 Uji 3 Uji 4 Uji 5 Uji 6 Uji 7 Uji 8 Uji 9 Uji 10 Uji 11
13/7 15/7
(minit) 24/6 26/6 29/6 1/7 2/7 6/7 8/7 9/7 10/7 %%
(org) (org)
%%%%%%%%% --
83.3 88.9
(org) (org) (org) (org) (org) (org) (org) (org) (org) (15) (16)
16.7 11.1
0-5 - - - - - - - - - (3) (2)
100 100
6-10 - 11.1 33.3 55.6 66.7 77.8 77.8 83.3 83.3 (18) (18)

(2) (6) (10) (12) (14) (14) (15) (15)

<10 100 88.9 66.7 44.4 33.3 22.2 22.2 16.7 16.7

(18) (16) (12) (8) (6) (4) (4) (3) (3)

Jumla 100 100 100 100 100 100 100 100 100

h (18) (18) (18) (18) (18) (18) (18) (18) (18)

Jadual 2 : Skor masa yang digunakan.

6.3 Pasca Pelaksanaan Kajian.
Setelah digunakan kaedah mengenalpasti kehendak soalan dan mengumpul data daripada
petikan sebelum PdP. Pelajar diberi set soalan penggal 2 untuk dijawab semula. Pelajar

112

diingatkan memberi fokus yang lebih untuk menjawab soalan bahagian B iaitu alih bentuk
komunikasi.

6.3.1 Skor Markah Pasca Ujian. Peratus
Markah (%) Bilangan pelajar (org) (%)
11.1
0-20 2 38.9
38.9
21-40 7 11.1
100
41-60 7

61-80 2

Jumlah 18

Jadual 3 : Skor Markah pasca ujian

7.0 DAPATAN KAJIAN.

7.1 Analisa Markah Pra Ujian

Markah (%) Bilangan pelajar Peratus
(%)
(org) 55.6
38.9
0-20 10 5.5

21-40 7 100

41-60 1

61-80 -

Jumlah 18

Jadual 4 : Skor Markah Pra Ujian

Skor markah pra ujian

5.50%

38.90%

55.60%

0-20 markah 21-40 markah 41-60 markah 61-80 markah

Carta 1: Analisa Markah Pra Ujian

Berdasarkan skor yang diperoleh skor markah tidak memberangsangkan.. Terdapat 55.6%
pelajar yang mendapat skor markah 0-20. Ini menggambarkan pelajar tidak memahami
kehendak soalan serta mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan bahagian B.
Sebanyak 38.9% mendapat skor markah 21-40. Manakala skor markah 41-60 sebanyak

113

5.5%. Tiada seorang pun yang memperoleh skor markah 61-80. Jika ini berlarutan akan
menjejaskan prestasi keseluruhan gred Pengajian Am untuk pelajar tingkatan 6A3.

7.2 Analisa Masa Yang Digunakan..

Masa Uji 1 Uji 2 Uji 3 Uji 4 Uji 5 Uji 6 Uji 7 Uji 8 Uji 9 Uji 10 Uji 11
6/7 8/7 9/7 10/7 13/7 15/7
(minit) 24/6 26/6 29/6 1/7 2/7 % % % % % %
(org) (org) (org) (org) (org) (org)
%%%%% - - - - - -
77.8 77.8 83.3 83.3 83.3 88.9
(org) (org) (org) (org) (org) (14) (14) (15) (15) (15) (16)
22.2 22.2 16.7 16.7 16.7 11.1
0-5 - - - - - (4) (4) (3) (3) (3) (2)
100 100 100 100 100 100
6-10 - 11.1 33.3 55.6 66.7 (18) (18) (18) (18) (18) (18)

(2) (6) (10) (12)

<10 100 88.9 66.7 44.4 33.3

(18) (16) (12) (8) (6)

Jumlah 100 100 100 100 100

(18) (18) (18) (18) (18)

Jadual 5 : Skor masa yang digunakan.

Setelah kaedah dijalankan kepada para pelajar tingkatan 6A3 , hasilan skor menunjukkan
ada peningkatan.. Para pelajar sudah mula menyedari kepentingan bahagian B untuk
membantu mereka lulus sekurangnya C untuk Pengajian Am. Setiap Uji 1 hingga Uji 11
ada peningkatan dalam peratus pelajar boleh menyiapkan tugasan mereka dalm masa 10
minit yang diperuntukan. Berdasarkan jadual, uji 1 tiada pelajar yang dapat menyiapkan
tugasan mereka dalam masa 10 minit. Peratus peningkatan yang ketara diakhir uji 11 dimana
88.9% atau 16 orang pelajar kan tugasan dapat menyiapkan soalan dalam masa 10 minit. Ini
membuktikan bahawa pelajar-pelajar 6A3 dapat menguasai teknik mengenalpasti kehendak
soalan dan mengumpul data daripada petikan.

7.3 Analisa Markah Pasca Ujian Bilangan pelajar (org) Peratus
Markah (%) (%)
11.1
0-20 2
21-40 7 38.9
41-60 7
61-80 2 38.9
Jumlah 18
Jadual 6 : Skor Markah pasca ujian 11.1

100

114

Skor Markah Pasca Ujian.

11.10% 11.10%

38.90% 38.90%

0-20 markah 21-40 markah 41-60 markah 61-80 markah

Carta 2 : Analisa Skor Markah Pasca Ujian

Hasil kajian menunjukkan bahawa ada peningkatan skor markah berbanding skor markah pra
ujian dengan pasca ujian. Skor markah pasca ujian bagi yang betul 0-20 markah
menunjukkan penurunan. Skor markah pasca ujian sebanyak 11.1% berbanding pra ujian
sebanyak 55.6%. Skor markah 21-40 soalan tidak berubah iaitu 38.9%. Skor marakah 41-60
sebanyak 38.9 berbanding pasca ujian sebanyak 5.5%. Manakala skor markah 61-89
marakah sebanyak 11.1%. Berlaku peningkatan marakah berbanding pra ujian 0%. Ini jelas
menunjukkan kaedah yang digunakan dalam kajian memberi ransangan untuk pelajar
sentiasa mengulangkaji serta memahami teknik sebenar menjawab soalan dengan tepat.

8.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
Kajian ini mencapai 2 objektif utama. Pada akhir kajian didapati bahawa pelajar 6A3 telah
menunjukkan minat serta memahami bagaimana teknik mengenalpasti kehendak soalan
bahagian B dan menepati masa yang diperuntukan untuk menjawab soalan alih bentuk
komunikasi dengan tepat. Pelajar dapat menjawab dengan peruntukan masa diberikan dan
mendapat skor markah yang memberangsangkan. Terdapat peningkatan yang ketara dalam
skor markah yang diperoleh.. Selain itu pelajar juga menunjukkan sikap minat untuk meneroka
lebih luas setiap tajuk yang dipelajari.. Ini jelas terdapat perubahan semasa PdP dijalankan.
Pelajar lebih proaktif berinteraksi dengan guru untuk membincang setiap tajuk yang dipelajari
terutama isu-isu semasa dasar-dasar negara.

Berdasarkan hasil kajian yang telah diperoleh, penyelidik mendapai bahawa kaedah ini amat
sesuai dilaksanakan kepada pelajar-pelajar yang aras penguasaan matematik yang agak
lemah untuk menjawab soalan dengan cekap serta tidak menggunakan masa yang lama. Ini
dapat memotivasi untuk membuat ulangkaji dari masa ke semasa. Ini kerana setiap topik
dalam pengajian am ini lebih berkisar keadaan darsar-dasar negara. Kaedah ini juga boleh

115

membantu pelajar-pelajar untuk lulus sekurang-kurangnya gred C dalam Pengajian Am
Penggal 2. Semoga kajian ini memberi manfaat untuk pelajar-pelajar tingkatan 6 terutama
yang akan menduduki peperiksaan penggal 2.
BIBLIOGRAFI
Kajian Tindakan, Capaian 27/8/2020 daripada

http://pabmhigh.blogspot.com/2017/05/laporan-kajian-tindaka.html.
Md Lasa Bin Yahya 2020, Pengajian Am Semester 2, Puchong, Local Publications

(M) Sdn Bhd.
Mustapha Haji Saud 2018, Pengajiin Am Penggal 2, Kuala Lumpur, Oxford.

116

Meningkatkan Kemahiran Menghurai Nilai Estetika Puisi Tradisional
Kesusasteraan Melayu Komunikatif Stpm Menggunakan Teknik Kolaj Puisi

Pelajar 6b6 2020.

Zaiton Binti Mat Din @ Mat Lazim
[email protected]

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi
01000 Kangar Perlis

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menghurai nilai estetika puisi tradisional
Kesusasteraan Melayu Komunikatif dengan menggunakan teknik Kolaj Puisi.Teknik Kolaj Puisi ini
adalah bermula daripada isu pelajar lemah dalam memahami isi puisi tradisional seterusnya lemah
dalam menghurai aspek lain terutama nilai estetika pada puisi tradisional akibat daripada tiada teknik
tertentu dan juga kerana kurang berminat kerana dianggap sukar.Ini jelas dapat dilihat apabila 4 orang
dripada 12 orang sahaja memahami dan lulus ujian pra.sebanyal 25 markah.Perkara ini menyukarkan
mereka untuk mendapat markah yang baik untuk soalan-soalan seterusnya.Sebagai langkah pertama
guru mengadakan sesi program Kolaj Puisi dengan setiap kumpulan terdiri daripada dua pelajar
membincangkan puisi tradisional pilihan membuat kolaj ,melekatkan nota aspek isi dan nilai estetika
puisi pada kepingan kad manila.Pelajar melekatkan grafik menggunakan gambar dari majalah lama
pada kad manila dan membuat nota serta carta alir.Fokus pada Talibun.Keindahan dan Kemakmuran
Negeri. Selepas Kolaj Puisi pada kad manila siap,pelajar mencatat nota pada helaian kertas warna
yang dilipat dua sebagai rujukan aspek isi dan nilai estetika puisi.Guru membimbing dan menyemak
tugasan serta membuat penambahbaikan.Tugasan dan nota dikumpul ,diberi penilaian.ganjaran dan
dikongsi bersama rakan.Kaedah pembelajaran secara Kolaboratif ini sangat membantu pelajar dalam
meningkatkan kemahiran memahami dan menghurai puisi,sekaligus meningkatkan motivasi mereka
untuk belajar KMK.Daripada ujian pasca yang dijalankan ,didapati kesemua 12 orang pelajar berjaya
meningkatkan pencapaian dengan markah dicapai 17-25 markah..Maklumbalas daripada pelajar juga
mendapati mereka sangat gembira dan berminat dengan teknik yang digunakan dan berpendapat
teknik Kolaj Puisi ini sangat membantu mereka memahami,menghayati dan mereka dapat menghurai
fakta dengan berkesan.

Kata Kunci: Teknik Kolaj Puisi, Kemahiran Menghurai, Nilai Estetika, Pembelajaran Kolaboratif.

1.0 TINJAUAN AWAL
Tinjauan awal mendapati pelajar kurang pengetahuan sedia ada, kurang inisiatif untuk
mencungkil idea ,mencari info dan kurang berminat untuk mencuba menjawab soalan
peperiksaan dan tidak memahami isi puisi malah tidak dapat menghurai aspek estetika puisi
tradisional..

2.0 PELAKSANAAN
Pelaksanaan adalah melalui beberapa fasa iaitu

i.Mereflek :Kelemahan dan kekurangan diri
ii.Merancang: Soal jawab dan temubual
iii.Bertindak:latihan menjawab soalan ringkas(Ujian Pra)
Bertindak:ujian topikal puisi(Ujian Pra)

117

Bertindak:Program KOLAJ PUISI
iv.Memerhati:Ujian puisi tradisional Talibun(Ujian Pasca )
v. Mereflek kejayaan dan keberkesanan program

3.0 REFLEKSI

3.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.
Mengimbas kembali pengajaran pembelajaran yang lepas :
Guru:Mengadakan aktiviti mencatat isi-isi penting,mencari nilai estetika dalam bentuk Peta
Buih secara individu.
Murid / pelajar membaca,memahami,mencatat dalam buku catatan.
Isi kandungan pengajaran:Isi puisi dan keindahan atau nilai estetika puisi.
Persekitaran :Dalam bilik kelas secara formal.

4.0 FOKUS KAJIAN
Fokus Kajian terhadap pelajar 6 Rendah 6 Semester 1 sebagai peserta kajian dan guru
sebagai penyelidik kajian.
Walaupun pengkaji mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid semasa
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), namun pengkaji hanya akan
fokuskan kajian ini kepada masalah yang paling utama iaitu tentang penglibatan murid dalam
proses PdPc dan aktiviti yang dilaksanakan iaitu masalah kesukaran mengesan isi-isi penting
dan kelemahan menghurai nilai estetika pada puisi tradisional.
Penglibatan aktif murid dalam PdPc penting dalam memahami dan menghurai nilai estetika
dalam puisi tradisional Talibun Keindahan dan Kemakmuran Negeri dalam Permata Sastera
Melayu menggunakan Kolaj Puisi.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

5.1 Objektif Umum
Kajian ini adalah untuk melihat bagaimana guru memperbaiki kaedah pengajaran supaya
berpusatkan pelajar dan pelajar lebih memahami puisi tradisional dalam mata pelajaran
Kesusasteraan Melayu Komunikatif.

118

5.2 Objektif khas
i. Meningkatkan kemahiran pemahaman seterusnya menghurai isi dan nilai estetika
puisi tradisional Talibun Keindahan dan Kemakmuran Negeri melalui pendekatan “KOLAJ
PUISI” dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif.
ii Memperihal amalan pedagogi guru dalam meningkatkan kemahiran taakulan
,pemahaman serta melatih pelajar menghurai isi serta keindahan/nilai estetika puisi melalui
pendekatan “Kolaj Puisi”

6.0 KUMPULAN SASARAN
Peserta kajian / subjek kajian adalah terdiri daripada 12 orang pelajar 6 Bawah 6.

7.0 PELAKSANAAN KAJIAN

7.1 Cara mengumpul maklumat / tinjauan masalah
Tinjauan masalah dibuat kepada 12 orang pelajar melalui pemerhatian dan soal jawab
mengenai pengetahuan sedia ada pelajar.
Berdasarkan temubual didapati pelajar kurang penguasaan kosa kata mengenai puisi
tradisional,bahasa istana dan kurang penguasaan aspek estetika puisi tradisional.Pelajar juga
kurang berminat dengan puisi tradisional Melayu kerana dianggap susah difahami dan
membosankan.
Analisis dokumen menggunakan bahan seperti buku latihan,buku modul KMK dan rekod
kehadiran pelajar ke sekolah .
Soal selidik item meliputi skop Isi puisi talibun dan nilai estetika puisi.
Ujian dibuat dua kali iaitu sebelum dan selepas kaedah Kolaj Puisi.

7.2 Analisis tinjauan masalah
Berdasarkan pemerhatian dalam bilik darjah 6 Bawah 6 pelajar tidak memberi fokus kepada
pemahaman isi puisi dan nilai estetika puisi ,gerak / tingkahlaku pasif untuk cuba mencungkil
idea atau penerangan kepada isi puisi.
Didapati 12 orang pelajar kurang pengetahuan/kefahaman tentang puisi tradisional.
Dapatan analisis dokumen menunjukkan pelajar 6 Bawah 6 : latihan tidak lengkap/tidak tepat,
tulisan agak baik ,jawapan tidak menepati kehendak soalan .
Soal selidik ;12 pelajar kurang arif,kurang pengetahuan dan kosa kata bahasa klasik amat
terhad.

119

7.3 Tindakan Yang Dijalankan
i.Mereflek:Muhasabah diri melihat kekuatan dan kelemahan amalan kendiri.
ii.Merancang:Merancang tindakan intervensi bagi mengatasi masalah yang difokuskan.
iii.Bertindak:Melaksanakan tindakan bagi mengatasi masalah yang menjadi fokus.
iv.Memerhati:Mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesan tindakan.

Perincian tindakan yang dirancang dan dilaksanakan:
Tindakan dengan mengadakan Kolaj Puisi .
Langkah-langkah adalah:
i.Memaparkan puisi Talibun Keindahan dan Kemakmuran Negeri
ii.Mempastikan ada peralatan seperti kamus,manila kad,gam,gunting, majalah-majalah lama
yang berwarna untuk guntingan kolaj,pen berwarna.
iii.Dalam kumpulan dua orang dalam satu kumpulan, pelajar membaca ,memahami
puisi,Seterusnya menggunakan kreativiti atas kad manila untuk mempersembahan sajak
menggunakan kolaj berwarna dari aspek grafik,nilai keindahan .Kolaj mengandungi grafik dari
guntingan majalah dan nota dalam bentuk points.Kad manila boleh dilipat dalam pelbagai
bentuk.Catatan mesti jelas tentang isi puisi dan keindahan estetik.
iv.Buat pertandingan Kolaj Puisi dan beri markah dan hadiah.
v.Kolaj dipamerkan.
vii.Kolaj mesti cantik,ceria ,boleh dihayati dan menarik minat audiens.

Pelaksanaan aktiviti-aktiviti Pdpc
Pelaksanaan Tindakan adalah terdapat pemerhatian,senarai semak dan rakaman
video/kamera mengenai aktiviti.

7.4 Dapatan Kajian
Kesan tindakan adalah berjaya mencungkil minat pelajar terhadap puisi tradisional yang
dianggap susah. Guru mengolah tindakan mengikut tahap penguasaan pelajar serta
mengubah tingkahlaku pelajar supaya lebih berminat memahami,menghayati puisi tradisional.
Tindakan yang dilaksana berjaya meningkatkan kemahiran taakulan melalui sokongan
rujukan ilmiah buku.
Refleksi: berjaya menanam minat dan menyemai perasaan murid mencintai puisi tradisional
Guru pula dapat membimbing pelajar kea rah mencintai puisi dan menghargai karya sastera
warisan bangsa.

120

Jadual 1:Markah ujian Sebelum dan Selepas Menggunakan Kaedah Kolaj Puisi.

Bil Nama Pelajar Markah pra Markah pasca catatan

(25) (25)

1 Afiq Danial bin Rosidi 12 21

2 Aliya bt Said 16 24
3 Anis Syazwina bt Rosemizal 16 22
4 Ilyas Ilyasa bin Ruslan 12 20
5 Muhammad Amir Asyraf bin Shikhheri 8 17
6 Nur Elmira bt Yahaya 14 24
7 Nur Natasha binti Dahalan 10 20
8 Nur Syafika Aliaa binti Mohamad Yusof 12 20
9 Nursyaminaina Wardina binti Hussin 12 17
10 Nur Syarlini bt Syuhaimy 10 24
11 Nurul Syuhada bt Mohd Syuhairil Alnizam 14 24
12 Syafaatul Azma bt Mohamad Nor 12 25

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Tindakan Berjaya merungkai masalah ketidakfahaman terhadap isi puisi tradisional
seterusnya juga masalah menghurai nilai estetika puisi tradisional.

9.0 PENUTUP
Kajian Tindakan berasaskan kaedah Kolaj Puisi ini ternyata memberi kesan yang positif
terhadap pencapaian pemahaman,menghurai isi dan nilai estetika puisi dan meningkatkan
prestasi peperiksaan pelajar malah berjaya menarik minat mereka mencintai puisi tradisional.

BIBLIOGRAFI

Awang Mohammad Amin(1990),Satu Kajian Khusus Penguasaan Bahasa Malaysia Peringkat
Sekolah Menengah,DBP,Kuala Lumpur.

Baahagian Pendidikan Guru (1988),Buku Panduan Penyelidikan Tindakan,Kementerian
Pendidikan Malaysia,Kuala Lumpur.

Md. Saad Ibrahim(1992),Pengurusan Projek,Nota Kursus Peningkatan Kweilmuan
Profesionalisma Keguruan Bukan Sisawazah,I.A.B. Cawangan ,Kedah Darulaman.

Syed Arabi idid (1992),Kaedah Penyelidikan Komunikasi Dan Sains Sosial,D.B.P.,Kuala
Lumpur.

121

Meningkatkan Pemahaman Pelajar Tentang Ayat Aktif Transitif Dan Ayat Aktif
Tak Transitif

Mon Tha A/P Prak Prom Keu
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi

01000 Kangar Perlis

Abstrak

Kadar pemahaman pelajar –pelajar tingkatan enam khasnya pelajar tingkatan 6A5 ( seramai 14 orang
) dalam bidang sintakisis, khususnya berkaitan ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif masih belum
mencapai tahap yang memuaskan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menambahkan
pemahaman pelajar-pelajar dalam bidang tersebut agar mereka dapat menjawab soalan peperiksaan
STPM Bahasa Melayu Penggal 2 dengan lebih baik. Hasil ujian yang dijalankan sebanyak dua kali
pada bulan Februari dan Mac 2020 menunjukkan tahap pemahaman pelajar-pelajar adalah terlalu
rendah. Mereka tidak dapat mengaplikasikan konsep dan ciri-ciri ayat transitif dan ayat tak transitif
ketika menjawab soalan ujian tersebut. Oleh itu, saya dengan perasaan penuh bertanggungjawab
berfikir untuk mencari jalan terbaik demi masa depan anak didik saya agar mereka tidak perlu
mengulang kertas Bahasa Melayu Penggal 2 pada bulan November 2020. Kajian ini dijalankan bermula
pada minggu kedua bulan Mac 2020 sehingga tarikh peperiksaan percubaan peringkat negeri. Pada
akhir kajian iaitu berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan negeri, didapati terdapat peningkatan
yang memberangsangkan dari segi kualiti dan kuantiti (peratus lulus kertas Bahasa Melayu penggal 2).

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.
Setelah dua bulan bersama-sama pelajar 6A5, saya sedar bahawa suatu tindakan bijak perlu
dilakukan kerana respon daripada mereka terhadap pdpc kurang memberangsangkan.
Refleksi yang dibuat berdasarkan empat perkara iaitu ;

a. guru

Guru memainkan peranan penting dalam pdpc. Guru sebagai penggerak kepada proses
tersebut. Namun kadang kala guru bertindak sehala atau pdpc berfokuskan guru kerana
terlalu mengejar masa untuk menghabiskan sukatan di samping terpaksa membahagikan
masa dengan kerja kursus yang perlu disiapkan mengikut kalendar PMP.

Guru kerap kali tidak sempat memberi peluang kepada semua pelajar menjawab soalan-
soalan latihan untuk setiap tajuk atau bab kerana guru percaya bahawa pelajar memahami
setiap perkara yang diajar.

b. murid

Murid terlalu mengharapkan guru untuk mengajar mereka. Rasa ingin mengetahui tentang
sesuatu perkara baru dalam sukatan jarang berlaku. Pembelajaran kendiri bukan tabiat yang
menjadi pilihan. Banyak masa dihabiskan berbual kosong kerana kesedaran tentang konsep
masa itu emas bukan amalan biasa. Mereka juga menghabiskan masa yang lama untuk
menyiapkan kerja kursus menyebabkan masa pdpc banyak terbuang.

122

c. isi kandungan pelajaran
Isi kandungan pelajaran yang banyak dan sangat lengkap menyebabkan kesukaran untuk
guru menghabiskan sukatan dalam tempoh masa yang singkat. Bentuk soalan yang
mencabar pelajar untuk mengaplikasikan konsep dalam jawapan juga menyebabkan pelajar
kurang berminat menjawab soalan latihan kerana jawapan mereka seringkali salah atau tidak
tepat.
Bentuk soalan struktur yang memerlukan daya pemahaman dan hafalan juga menjadi punca
pelajar lemah tidak dapat menguasai kemahiran menjawab.

d. persekitaran.
Persekitaran yang kurang kondusif dengan bilik darjah yang panas dan berhampiran
gelanggang permaianan turut menjadi kekangan kepada menurunnya fokus pelajar terhadap
pdpc.

2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan adalah berfokus kepada kelemahan pelajar dalam memahami konsep
dan ciri ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Sebahagian besar pelajar tidak mampu
membezakan antara kata kerja aktif transitif dengan kata kerja aktif tak transitif dalam ayat-
ayat aktif. Kekeliruan itu menyebabkan mereka tidak dapat mengaplikasikan konsep tersebut
ketika menjawab soalan ujian.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian adalah seperti berikut:
3.1 Meningkatkan pemahaman pelajar tentang konsep dan ciri-ciri ayat aktif transitif dan
ayat aktif tak transitif.
3.2 memastikan pelajar dapat mengaplikasikan konsep dan ciri-ciri ayat aktif transitif dan
ayat aktif tak transitif ketika menjawab soalan peperiksaan percubaan dan peperiksaan
sebenar STPM Penggal 2 dengan cemerlang.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Seramai 14 orang pelajar Tingkatan 6A5 terlibat dalam kajian ini.

123

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah
Berdasarkan latihan-latihan berfokus yang diberikan kepada pelajar, mereka seringkali tidak
dapat menjawab soalan yang berkaitan tajuk ayat aktif dan ayat aktif tak transitif. Pelajar
keliru kerana tidak mamahami konsep serta contoh-contoh ayat yang diberikan. Kira-kira 10
peratus sahaja pelajar yang memahaminya. Manakala 60 peratus kadang-kadang faham dan
kadang kala keliru. Manakala 30 peratus lagi jelas tidak memahami sepenuhnya konsep dan
cara menulis ayat –ayat tersebut.

Jadual 5.1 Jadual menunjukkan peratus pelajar memahami konsep

Perkara Peratus Kategori

Memahami konsep dan mampu menjawab soalan 10 Baik
dengan betul 60 Sederhana
Memahami konsep tetapi keliru ketika menjawab 30
soalan Latihan Lemah
Tidak memahami konsep dan tidak dapat
menjawab soalan dengan tepat

5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Masalah ini dianalisis berdasarkan 4 set soalan latihan berkaitan tajuk tersebut

5.3 Tindakan yang dijalankan
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah KANTA.
K penerangan konsep
A aplikasi konsep dalam latihan
N penilaian atau latihan dinilai oleh guru
T tambah latihan seterusnya
A analisa jawapan untuk penambahbaikan

124

5.4 Pelaksanaan tindakan dan pemerhatian/penilaian
5.4.1 Penerangan Konsep (K)
Guru akan menyuruh pelajar membuat persediaan sebelum kelas bermula. Definisi / konsep
ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif perlu dikuasai. Kelas bermula dengan
sumbangsaran daripada pelajar tentang pemahaman mereka berkaitan konsep sebelum guru
menerangkan definisi konsep kepada pelajar. Guru muda dilantik dalam kalangan pelajar
untuk membantu rakan-rakan.

5.4.2 Aplikasi dalam latihan (A)
Pelajar diberi 4 set latihan dalam masa seminggu untuk disiapkan. 2 set dijawab di dalam
kelas sewaktu pdpc dan 2 set dijadikan kerja rumah.

5.4.3 Penilaian oleh guru (N)
Setiap jawapan soalan latihan perlu dinilai agar pelajar tahu sama ada jawapan mereka betul
atau salah. Setiap soalan akan dikaji peratus betul atau salah. Soalan yang peratus
jawapannya salah tinggi menunjukkan pelajar tidak memahami kehendak soalan atau
mereka tidak dapat mengaplikasi konsep dalam realiti.

5.4.4 Tambah latihan ( T)
Selepas soalan dan jawapan setiap set latihan dibincangkan dan markah direkodkan, guru
akan memberi set latihan yang baru dengan aras kesukaran yang berbeza. Ia bertujuan untuk
mendedahkan pelajar kepada soalan yang bercapah bagi menguji tahap pemahaman serta
penguasaan pelajar.

5.4.5 Analisa (A)
Markah pelajar bagi setiap latihan direkodkan dan dianalisa. Purata markah akan dicari dan
pelajar akan dibimbing oleh guru muda dengan pemantauan daripada guru mata pelajaran.
Setiap kesalahan perlu dikaji faktor kesalahan tersebut. Pelajar perlu membuat pembetulan
dengan merujuk semula nota-nota dan contoh-contoh berkaitan. Pelajar perlu mengetahui
sebab kesalahan tersebut agar mereka tidak mengulanginya lagi.

125

Dapatan analisa adalah seperti dalam jadual di bawah.
Jadual 5.4 ; Markah Pelajar Mengikut Set Latihan

Nama pelajar Markah set 1 Markah set 2 Markah set 3 Markah set 4

1. Muhd Aiman Salam 16/30 18/30 22/30 25/30

2. Muhd Aiman Alif 14/30 13/30 14/30 18/30

3. Aiman Nur Hakim 10/30 12/30 11/30 18/30

4. Muhd Haqiz Razuwan 8/30 7/30 11/30 14/30

5. Nur Athirah Abdullah 10/30 11/30 16/30 13/30

6. Asma Salsabila 18/30 18/30 17/30 24/30

7. Siti Barirah Mohd Noh 7/30 9/30 12/30 13/30

8. Siti Fatimah Hussin 15/30 17/30 19/30 22/30

9. Nur Izaidah Ishak 14/30 17/30 18/30 23/30

10. Nursyamilia Abd Aziz 15/30 16/30 15/30 17/30

11. Nur Nabila 16/30 15/30 19/30 23/30

12. Putri Nuramiera 17/30 19/39 23/30 25/30

13. Nur Shahira Fahahain 9/30 8/30 15/30 19/30

14. Umi Saidatulnisa 10/30 12/30 12/30 15/30

Pemerhatian dan refleksi
Berdasarkan data di atas, didapati markah pelajar bertambah baik selepas mereka menjawab
soalan-soalan yang diberikan. Terdapat tiga kumpulan pelajar iaitu baik , sederhana dan agak
lemah. Terdapat 6 orang pelajar mendapat markah 20-30. 5 orang mendapat markah antara
15-20 dan selebihnya seramai 3 orang mendapat markah yang rendah iaitu 10-14. Jadi jelas
bahawa selepas kajian tindakan ini dijalankan, bilangan pelajar dalam kumpulan lemah telah
dapat dikurangkan dan bilangan pelajar dalam kumpulan baik telah berjaya ditingkatkan
berbanding dengan bilangan mereka sebelum kajian dijalankan.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kajian seterusnya yang harus dijalankan ialah kajian tentang jenis-jenis ayat pasif dan ciri-
cirinya. Kajian ini penting memandangkan pelajar sering keliru tentang jenis ayat pasif dan
ciri-cirinya. Soalan tentang ayat pasif juga menjadi soalan yang kerap ditanya dalam
peperiksaan STPM P2.

126

BIBLIOGRAFI
Ahmad Khair Mohd Nor, et al., 2014, Tatabahasa Asas Edisi Kedua, Kuala Lumpur :

Pustaka Salam Sdn. Bhd. , Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia.
Ahmad Khair Mohd Nor, 2017, Kertas Model Tatabahasa Bahasa Melayu STPM, Kuala

Lumpur : Pustaka Salam Sendirian Berhad.
Nik Safiah Karim dan Shahidah Hashim, Bahasa Melayu Penggal 2, Shah Alam: Oxford

Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam.
Nik Safiah Karim et al., 1985. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan Pertama. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Raminah Hj. Sabran,Nawi Ismail, Wahida Abd. Wahid, dan Zulkarnain Farihin Abdullah,2019

Pemantapan Pemahaman Tatabahasa Bahasa Melayu, Selangor, Mutiara Suria Ilmu
Resources.

127

Penggunaan Internet Dalam Pdpc
Untuk Mencari Maklumat Berkaitan Sejarah Islam
Bagi Pelajar Tingkatan 6 Atas 7 (6a 7), Smk Syed Alwi 2020

Nazihah Binti Abd Rais
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi

01000 Kangar Perlis

Abstrak

Pada zaman yang serba canggih ini, kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) amat
diperlukan oleh masyarakat. Teknologi maklumat merupakan teknologi yang berkaitan dengan aplikasi
komputer dan alat telekomunikasi untuk menyimpan, menerima, memindahkan, dan memanipulasi
data. Teknologi maklumat berkait rapat dengan penggunaan internet, rangkaian komputer, serta
penggunaan alat-alat telekomunikasi seperti telefon pintar, komputer riba, tablet dan beberapa jenis
ganget yang lain. Remaja hari ini sangat sinonim dengan penggunaan teknologi maklumat kerana telah
terdedah pada penggunaan teknologi maklumat sejak dari awal lagi. Remaja adalah antara kelompok
yang paling banyak menggunakan teknologi maklumat dalam kehidupan harian. Media sosial seperti
Facebook, Instagram, Twitter dan banyak lagi menjadi medium komunikasi merentas benua dan
membolehkan manusia berinteraksi dengan sesiapa sahaja walau dimana mereka berada tanpa perlu
bersua di alam realiti. Pergantungan remaja pada teknologi maklumat semakin kukuh sehingga mencari
ilmu dan berfikir juga mereka perlu menggunakan khidmat internet. Apabila mereka diminta untuk
mencari sesuatu maklumat, sudah pasti fikiran mereka terus pantas mencari Google, Wikipedia, atau
apa-apa sahaja rujukan cepat dalam talian. Malah, apabila ditugaskan untuk membuat tugasan, remaja
lebih cenderung meletakkan harapan pada sumber-sumber dari internet, bukan seperti zaman guru-
guru sebelum ini yang berasak-asak mencari bahan di perpustakaan. Melihatkan hal ini, saya
merasakan satu kemestian untuk saya memahami dan meneliti kebaikan penggunaan gajet dan
teknologi maklumat iaitu internet dalam kelas semasa proses pengajaran dan Pembelajaran (PdPC)
Sejarah tingkatan 6A7. Kajian tindakan yang saya lakukan adalah bertujuan untuk mengetahui faktor
pelajar 6A7 lebih cenderung mencari maklumat dan fakta-fakta sejarah menggunakan internet.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdPC) YANG LALU.
Sepanjang proses pengajaran dan Pembelajaran (PdPC) saya mendapati para pelajar

6A7 sangat kerap tidak membawa buku teks ke sekolah. Semakin parah apabila guru
memberikan kerja rumah untuk mencari bahan-bahan ilmiah daripada bahan cetakan sama
ada buku rujukan mahupun dengan cara kepustakaan. Sebaliknya, apabila diminta untuk
mencari bahan-bahan rujukan dan peta dari internet, pelajar kelihatan lebih cepat bertindak
kerana penggunaan telefon pintar dan internet sangat rapat dengan pelajar-pelajar 6A7. Ini
dapat dilihat jelas apabila hanya segelintir sahaja pelajar yang membuat rujukan dari buku
teks, buku-buku rujukan yang lain dan nota yang diberi oleh guru.

Keadaan ini sangat membimbangkan saya kerana mereka menghadapi 3 kali peperiksaan
bermula dari Semester 1, Semester 2 dan Semester 3 STPM pada tahun 2020 dan 2021 ini
jika bersikap tidak minat terhadap buku. Tambahan pula, amatlah rugi sekiranya generasi
muda-mudi hari ini tidak mengetahui dan mendalami sejarah. Setelah memahami
permasalahan pelajar-pelajar 6A7, saya mencuba kaedah Penggunaan internet dalam PdPC

128

untuk meningkatkan kefahaman dalam mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan 6 Atas
7, SMK Syed Alwi 2020.

Berdasarkan dari maklumat dari borang soal selidik yang dibuat, pelajar menyatakan
buku-buku yang dibaca dirasakan kurang menarik berbanding pembacaan mereka melalui
media internet. Selain itu, pelajar lebih minat apabila bahan-bahan rujukan dan peta-peta atau
glob yang berwarna dan bergerak ternyata lebih interaktif untuk merujuk sesuatu lokasi
sejarah yang sedang dipelajari.

2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Fokus kajian ialah mengetahui kebaikan penggunaan gajet dan teknologi maklumat

iaitu internet oleh para pelajar tingkatan 6A7 semasa PdPC Sejarah dalam kelas.
2.2 Proses menentukan fokus kajian ialah;
2.2.1 Masalah kajian ialah kebergantungan pelajar 6A7 atas penggunaan telefon pintar dan

internet semasa PdPC dalam kelas.
2.2.2 Membuat ujian sebelum dan selepas.
2.2.3 Rumusan daripada PdPC yang lalu, pelajar lebih tertarik untuk menggunakan telefon

pintar untuk mencari bahan-bahan rujukan di internet berbanding mencari bahan
rujukan dari buku-buku.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian tindakan saya ini diharapkan dapat mencapai objektif dibawah;

(a) OBJEKTIF AM
Objektif kajian ialah untuk memahami dan meneliti sejauh manakah penggunaan gajet
dan teknologi maklumat iaitu internet membawa kebaikan kepada para pelajar
tingkatan 6A7 semasa PdPC Sejarah dalam kelas.

(b) OBJEKTIF KHUSUS
Antara objektif khusus kajian ini ialah;
1. Untuk mengetahui sama ada penggunaan telefon pintar membantu pelajar
mencari fakta sejarah dengan lebih mudah di internet.
2. Mengetahui sama ada bahan-bahan di internet dapat memperbaiki kefahaman
pelajar untuk mengingati fakta.
3. Melatih pelajar berusaha mencari pelbagai maklumat di internet menggunakan
telefon pintar.
4. Melatih pelajar untuk berdikari tanpa mengharapkan guru semata-mata.

129

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 13 orang pelajar 6A7 , terdiri daripada 4 orang pelajar lelaki, dan 9 orang
pelajar perempuan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1.1 Cara mengumpul maklumat
Cara mengumpul maklumat yang saya jalankan ialah melalui pemerhatian dan temubual saya
dengan 13 orang pelajar kelas tingkatan 6A7 tersebut.

5.1.2 Analisis tinjauan masalah

Berikut adalah Jadual Tinjauan Masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar 6A7;

BIL NAMA PELAJAR MASALAH YANG DIHADAPI SEBAB TELEFON PINTAR
SEMASA PdPC DIGUNAKAN
01 AIYUNIE NAJUHA
BINTI CHE HASSAN • Sukar mencari bahan- DALAM KELAS
bahan kepustakaan SEMASA PdPC SEJARAH
02 AMMAR ZAHIR
BIN MOHAMMAD • Sukar mencari bahan- 1. Mencari bahan
SHUKOR bahan kepustakaan 2. Merujuk peta-peta
3. Mencari maksud
03 FARAH SOFEA • Malas membuat kerja-kerja
BINTI ISMAHISHAM yang remeh sesuatu
terma/perkataan
04 MAIZATUL AQMA • mengantuk 1. Mencari bahan
BINTI MOHAMAD • Sukar mencari bahan-
NOR 1. Mencari bahan
bahan kepustakaan 2. Merujuk peta-peta
05 MOHAMAD RAIMY • Sukar mencari bahan- 1. Mencari bahan
BIN RAHMAN
bahan kepustakaan 1. Mencari bahan
06 MUHAMMAD HAFIZI • mengantuk
BIN ABDULLAH • Sukar mencari bahan- 1. Mencari bahan
2. Merujuk peta-peta
07 MUHAMMAD HARIZ bahan kepustakaan 3. Menghantar maklumat
BIN RODZHI • Terlupa mencari bahan
kepada rakan-rakan
yang diminta oleh guru. berkaitan kerja rumah
• Sukar mencari bahan- yang guru berikan.
1. Mencari bahan
bahan kepustakaan 2. Membuat screenshot
• Malas membuat kerja-kerja bahan

yang remeh
• Mengantuk
• Buku menjemukan
• Sukar mencari bahan-

bahan kepustakaan
• Malas membuat kerja-kerja

yang remeh
• Mengantuk
• Buku menjemukan
• Ada kebarangkalian untuk

bermain telefon semasa
PdPC kerana bosan belajar

130

08 NUR ANIS ADLINA • Sukar mencari bahan- 1. Mencari bahan
BINTI MOHD RADZI bahan kepustakaan 2. Merujuk peta-peta
1. Mencari bahan
09 NUR ASYAFINA • Sukar mencari bahan-
BINTI BAHARUDDIN bahan kepustakaan 1. Mencari bahan

10 NUR ELIZA • Malas membuat kerja-kerja 1. Mencari bahan
SYAFIQAH yang remeh 2. Merujuk peta-peta
BINTI RAZAK 3. Membuat screenshot
• Mengantuk
11 NUR HUSNINA • Buku menjemukan bahan
BINTI AZALI • Ada kebarangkalian untuk 4. Merekod video

12 NUR MIZA IRDHINA bermain telefon semasa pembentangan
BINTI HAMIZAN PdPC kerana bosan belajar kumpulan
• Sukar mencari bahan- 1. Mencari bahan
13 NURUL HAFIZA bahan kepustakaan 2. Merujuk peta-peta
BINTI ISMAIL 3. Merujuk maklumat
• Sukar mencari bahan- yang diberi oleh guru
bahan kepustakaan
1. Mencari bahan
• Malas membuat kerja-kerja 2. Merujuk peta-peta
yang remeh

• Mengantuk

• Sukar mencari bahan-
bahan kepustakaan

• Malas membuat kerja-kerja
yang remeh

• Mengantuk
• Buku menjemukan
• Ada kebarangkalian untuk

bermain telefon semasa
PdPC kerana bosan belajar
• Sukar mencari bahan-
bahan kepustakaan
• Malas membuat kerja-kerja
yang remeh
• Mengantuk
• Buku menjemukan
• Ada kebarangkalian untuk
bermain telefon semasa
PdPC kerana bosan belajar

5.1.2 Tindakan menangani masalah
Pemerhatian dan perlaksanaan yang saya laksanakan dalam menjalankan hasil kajian ini
ialah;
(i) Membuat kaedah temubual terhadap semua 13 orang pelajar 6A7.
(ii) Merekodkan isi-isi penting temubual.
(iii) Membuat ujian sebelum dan selepas.
(iv) Memberi masalah untuk pelajar cuba selesaikan dan membuat pemerhatian.

5.1.3 Cara pelaksanaan
Melalui ujian pengukuhan tersebut saya membuat;

131

(i) Mencari lokasi sesuatu kawasan dalam peta online.
(ii) Membincangkan jawapan dalam kelas secara perbincangan.
(iii) Mencari fakta Sejarah atau bahan-bahan rujukan ilmiah atas talian.
(iv) Menilai keberkesanan cara pembelajaran ini melalui pemantauan, latihan dan juga soal

selidik serta temubual dengan pelajar-pelajar secara lisan berkaitan kefahaman mereka
yang menggunakan internet untuk mendapatkan bahan rujukan.

5.1.4 Cara membuat refleksi kajian
Membuat perbandingan keputusan latihan pengukuhan sebelum dengan dengan keputusan
latihan pengukuhan selepas membuat kajian. Instrument yang saya gunakan dalam
penghasilan kajian ini ialah kertas A4 dan USB.

5.2 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
5.2.2 Ujian Sebelum
(i) Mengedarkan 1 set soalan (dalam tema dan bab yang sama) untuk mereka jawab dengan

membuat rujukan melalui buku teks dan buku-buku rujukan.
(ii) Semua set soalan beserta jawapan yang telah dibuat oleh pelajar dikumpulkan.
(iii) Menanda jawapan pelajar dan membuat analisis.
(iv) Merekodkan markah dalam jadual yang dibuat.

5.2.3 Ujian Selepas
(i) Mengedarkan 1 set soalan (dalam tema dan bab yang sama) untuk mereka jawab dengan

membuat rujukan melalui bahan-bahan internet.
(ii) Semua set soalan beserta jawapan yang telah dibuat oleh pelajar dikumpulkan.
(iii) Menanda jawapan pelajar dan membuat analisis.
(iv) Merekodkan markah dalam jadual yang dibuat.

5.2.4 Membandingkan keputusan Ujian sebelum dan selepas

BIL NAMA PELAJAR MARKAH UJIAN MARKAH UJIAN PENINGKATAN
PENGUKUHAN PENGUKUHAN 2 MARKAH
01 AIYUNIE NAJUHA BINTI CHE (DALAM
HASSAN 1 (UJIAN PERATUS)
(UJIAN SELEPAS)
02 AMMAR ZAHIR BIN SEBELUM) 25
MOHAMMAD SHUKOR 13/20 18/20

03 FARAH SOFEA BINTI 9/20 14/20 25
ISMAHISHAM
14/20 18/20 20

132

04 MAIZATUL AQMA BINTI 10/20 15/20 25
MOHAMAD NOR 12/20 16/20 20
8/20 14/20 30
05 MOHAMAD RAIMY BIN 8/20 13/20 25
RAHMAN 13/20 18/20 25
11/20 15/20 20
06 MUHAMMAD HAFIZI BIN 10/20 5/20 25
ABDULLAH 12/20 16/20 20
8/20 12/20 20
07 MUHAMMAD HARIZ BIN 10/20 15/20 25
RODZHI

08 NUR ANIS ADLINA BINTI MOHD
RADZI

09 NUR ASYAFINA BINTI
BAHARUDDIN

10 NUR ELIZA SYAFIQAH BINTI
RAZAK

11 NUR HUSNINA BINTI AZALI
12 NUR MIZA IRDHINA BINTI

HAMIZAN
13 NURUL HAFIZA BINTI ISMAIL

5.3 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN
5.3.1 PELAKSANAAN AKTIVITI
(i) PEMERHATIAN
Sepanjang aktiviti dalam kelas, saya sentiasa bergerak dari meja Kemeja pelajar untuk
melihat cara pelajar mencari maklumat berdasarkan soalan yang dikemukakan. Pelajar
mencari jawapan dalam tempoh sesuatu tempoh yang telah saya tetapkan untuk melihat
melihat tahap capaian pelajar terhadap maklumat yang dikehendaki.

Kedua saya gunakan untuk mereka membincangkan jawapan. Sekiranya tidak sempat
atas beberapa halangan, pelajar tidak dibenarkan menyiapkan kerja itu di rumah untuk
memastikan setiap jawapan dijawab dengan baik dan bertanggungjawab dibawah
pemerhatian guru sebagai pengkaji. Setiap kesalahan jawapan mestilah dibuat pembetualan
segera dengan tujuan mengukuhkan ingatan.

Saya kira ini adalah jalan terbaik kepada para pelajar yang lebih sukakan gajet dan
aplikasi internet berbanding menggunakan buku.

(ii) REFLEKSI KAJIAN
Keberkesanan sistem belajar ini sangat sesuai untuk pelajar yang agak lemah dan sederhana.
Ini terbukti daripada keputusan dalam ujian pengukuhan sebelum dan selepas. Keputusan
mendapati seramai 7 orang pelajar 53.8 % peningkatan sebanyak 25%, seramai 5 pelajar
bersamaan 38.46% mendapat peningkatan markah sebanyak 20% dan 7.7% iaitu seorang
pelajar mendapat peningkatan 30% untuk markah pada ujian pengukuhan 2 berbanding ujian
pengukuhan 1.

133

Oleh yang demikian, saya merasakan bahawa, penggunaan internet melalui telefon
pintar, tablet mahupun komputer riba untuk mencari maklumat berkaitan Sejarah Islam bagi
pelajar tingkatan 6A7 di SMK Syed Alwi 2020 adalah membawa banyak kebaikan jika
dipraktikkan dengan baik semasa PdPC dalam kelas. Hal ini kerana pelajar di peringkat pra-
universiti memerlukan akses maklumat yang banyak dalam semua mata pelajaran dalam
peruntukan masa yang terhad setiap hari.

6.0 CADANGAN DAN KAJIAN SETERUSNYA
Jika melihatkan peningkatan peratus dalam ujian selepas berbanding dengan ujian sebelum
yang telah dibuat, saya percaya keberkesanan mencari dan membaca bahan rujukan dari
internet adalah cara pembelajaran yang terbaik untuk para pelajar generasi baru ini. Saya
akan cuba mengaplikasi penggunaan internet dalam kelas dan melaksanakan pelbagai kajian
tindakan lagi untuk memantapkan PdPC saya pada tahun-tahun yang mendatang.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Zaharim Abdul Aziz, 2000, Menguasai Internet, Pustaka Cipta Sdn Bhd.
Amir Zakaria, 2016, Internet Selaku Gerbang Maklumat, Content Plus Sdn Bhd.
Chiam Fui Suan, Abd Rashid Mohd Ali, 2005, Aplikasi Komputer, Fajar Bakti Sdn Bhd.
Fathi Yusof, 2016, Teknologi Maklumat Dan Hak Remaja, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Noor Suhairi Amin, 2019, Komunikasi Era Digital, Semarak Murni Enterprise.
_______________, 2019, Pendidikan Digital, Semarak Murni Enterprise.
Nurbaya Mohd Yunus, 2019, Pengaruh Internet Kepada Masyarakat, Arena Educational

Supply.
_______________, 2019, Cabaran Buku Pada Era Siber, Arena Educational Supply.

134

Membina Graf Ingatan Golongan Kata Dalam Bahasa Melayu

Roslyza Bt Abd Ruahim
[email protected]

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi
01000 Kangar Perlis

Abstrak

Golongan kata merupakan asas dalam penguasaan dan pembelajaran Bahasa Melayu. Setiap murid
didedahkan dengan sukatan pelajaran yang sama setiap semester . Namun, tinjauan awal mendapati
bahawa markah semester 2 agak kurang memberangsangkan berbanding semester 1 dan semester 3.
Pelajar-pelajar sukar untuk memahami dan menguasai rumus tatabahasa dengan baik. Walau pun
begitu, pelajar-pelajar bersungguh-sungguh untuk mempelajari dan memahami subjek semasa proses
pengajaran dan pembelajaran(PdPc) mereka di dalam kelas. Sehubungan dengan itu, kajian ini
dilakukan bertujuan untuk mengukur kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu,
khususnya dalam bidang morfologi dengan baik. Kefahaman pelajar ini diukur dan diuji dalam bentuk
ujian bulanan yang melibatkan golongan kata sahaja. Seramai 18 responden dari kelas 6A3 telah dipilih
untuk membantu dalam pelaksanaan kajian ini. Berpaksikan kaedah binaan graf bar menegak, kajian
tentang golongan kata dalam Bahasa Melayu, yang melibatkan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan
kata tugas dilakukan. Sebanyak empat kali ujian yang telah dilakukan sepanjang semester 2. Tarikh
ujian tersebut adalah pada bulan Jun dan Julai, iaitu sebelum peperiksaan percubaan semester 2
berlangsung. Pengkaji mendapati bahawa, dengan adanya graf ini pelajar-pelajar sentiasa berlumba-
lumba untuk memperoleh markah yang paling baik dalam kalangan mereka. Apabila setiap ujian
dilakukan,pelajar-pelajar ini akan melukis graf dan ditampal di dalam kelas. Berpandukan markah ujian
masing-masing, bentuk-bentuk graf yang pelbagai tingkat dapat dihasilkan. Mereka dapat mengetahui
markah yang mereka peroleh dalam setiap ujian. Markah yang tinggi, bentuk grafnya adalah lebih tinggi
berbanding pelajar yang memperoleh markah yang rendah. Secara tidak langsung, mereka dapat
mengenalpasti kelemahan diri masing-masing. Perasaan malu dengan rakan yang lain, menjadikan
mereka lebih bermotivasi untuk belajar dengan lebih tekun lagi. Diharapkan persaingan sihat antara
mereka mampu meningkatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan sebenar .

Kata Kunci: Golongan kata, graf, ujian, guru, pelajar.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.
Guru menggunakan modul Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) yang diedarkan oleh

Panitia Bahasa Melayu mengikut silibus setiap semester. Fokus untuk kajian ini tertumpu
kepada modul semester dua iaitu kajian tentang morfologi dan sintaksis. Murid akan membina
nota dalam bentuk jadual mengikut kreavitivi dan kefahaman masing-masing. Nota dalam
bentuk jadual lebih tepat dan mudah digunakan memandangkan pembelajaran semester dua
lebih tertumpu kepada rumus tatabahasa. Isi kandungan adalah berdasarkan rancangan,
sukatan pengajaran dan pembelajaran (Semester 2) 2020. Persekitaran murid berkisar
pengajaran dalam darjah sahaja.

2.0 FOKUS KAJIAN
Umumnya pelbagai isu telah dikenalpasti timbul apabila guru mengajar sukatan

semester 2. Terdapat pelbagai kajian telah dilaksanakan oleh pengkaji terdahulu untuk

135

memastikan pelajar-pelajar dapat menguasai ilmu yang diajar oleh guru kepada mereka,
terutama subjek Bahasa Melayu dengan baik. Topik yang melibatkan rumus tatabahasa agak
sukar difahami dengan jelas oleh para pelajar. Guru mengambil pendekatan dengan mencipta
graf ingatan golongan kata dalam Bahasa Melayu, khususnya untuk menilai markah ujian
pelajar dari masa ke semasa.

Dalam sorotan kajian Nizam Ab Rahman; Rosmaizura Mohd Zain; Suriani Abdul
Rahman; Zulkifli Mohd Nopiah, menunjukkan bahawa sistem yang dinamakan ‘Small and
Medium Enterprises - Statistical Process Control (SMEs-SPC)’ adalah amat praktikal sebagai
alat menganalisis data berbanding dengan penggunaan SPC secara manual. Di samping itu,
sistem ini berpotensi tinggi untuk memberi galakan kepada operator atau pekerja pengeluaran
dan jurutera perindustrian dalam memahami kepentingan pengumpulan data kualiti demi
meningkatkan prestasi pengeluaran.

Selain itu, Nur Ashikin dan Nazlia Omar telah menjalankan kajian mengenai
penandaan Golongan Kata (GK) telah banyak dilakukan secara meluas dan digunakan
melalui pelbagai pendekatan terutama bagi bahasa Eropah. Namun kajian lebih mencabar
bagi bahasa Asia khususnya bahasa Melayu kerana beberapa perkataan Melayu mempunyai
unsur pengubahsuaian daripada bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab.
sebanyak 30 petua GK termasuk petua imbuhan dan 16 petua hubungan kata dibangunkan
dalam proses ini.

Walaupun pengkaji mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid semasa
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc), namun pengkaji hanya akan
fokuskan kajian ini kepada masalah yang paling utama iaitu tentang penglibatan murid dalam
proses PdPc untuk menguasai dan memahami rumus tatabahasa dengan tepat, jelas dan
mudah. Oleh itu, pengkaji telah memilih pendekatan berasaskan binaan graf bar menegak
dalam mengukur pencapaian pelajar dalam setiap ujian. Secara tidak langsung, melalui graf
ini diharapkan akan dapat meningkatkan daya saing secara sihat dalam kalangan rakan-rakan
sekelas.

Penglibatan aktif pelajar dalam PdPc penting dalam menentukan pencapaian
cemerlang mereka, khususnya dalam peperiksaan semester dua nanti. Menurut Kamaruddin
Hj. Husin dan rakan-rakannya (1997:83), morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji
struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi ujaran sesuatu
kata itu. Abdullah Hassan (2007), mendefinisikan morfologi sebagai bidang linguistik yang
mengkaji bagaimana perkataan perlu dibina.

136

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini adalah untuk melihat bagaimana guru meningkatkan kemahiran taakulan dan
menghurai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan graf garisan
terhadap markah setiap ujian pelajar.

3.2 Objektif khas
i. meningkatkan kemahiran menaakul dan menghurai kefahaman pelajar melalui
pendekatan graf dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
ii memerihalkan amalan pedagogi guru dalam meningkatkan kemahiran menaakul .

4.0 KUMPULAN SASARAN
Peserta kajian terdiri daripada pelajar tingkatan 6A3 seramai 18 orang. Subjek kajian adalah
melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu (semester 2), 2020.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Cara mengumpul maklumat
Pengkaji melaksanakan kajian dengan meninjau markah ujian pelajar yang dijalankan
sebanyak empat kali .Ujian ini dilaksanakan sebelum peperiksaan sebenar semester 2, 2020.
Tinjauan masalah dibuat melalui pemerhatian guru terhadap pengajaran di dalam darjah.
Guru telah memberi ujian yang merangkumi empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja,
kata adjektif dan kata tugas. Setiap kali selepas tamatnya tajuk-tajuk berkenaan, guru akan
membina item soalan berpandukan soalan peperiksaan sebenar. Hanya 10 soalan objektif
dikemukakan bagi setiap topik.

Guru turut menemubual pelajar sama ada secara berkumpulan atau individu untuk
mengetahui tahap pemahaman mereka terhadap tajuk-tajuk yang diajar. Pelajar-pelajar
memberi kerjasama yang baik semasa sesi temubual dijalankan. Selain itu, guru turut
memeriksa buku latihan pelajar dan menyemak setiap kali selepas habis pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

137

Rajah 1 : Contoh nota yang dihasilkan oleh pelajar dalam bentuk peta minda.

Seperti proses pengajaran dan pembelajaran yang lain, guru akan mengajar pelajar
berpandukan sukatan pada setiap semester. Berpaksikan rancangan pengajaran dan
pembelajaran yang diedarkan oleh panitia, guru akan menghabiskan setiap silibus sebelum
peperiksaan sebenar dilaksanakan. Guru akan meminta pelajar menyaipkan nota selepas
habisnya pembelajaran setiap waktu Bahasa Melayu. Pelajar-pelajar akan menyiapkan nota
sama ada dalam bentuk jadual mahupun peta minda. Selain itu, guru akan menyemak dan
menanda nota mereka setiap kali tamatnya proses pembelajaran mereka. Ujian akan
dilakukan apabila tamatnya pengajaran dan pembelajaran murid.

Bagi mengenalpasti penglibatan pelajar secara menyeluruh, guru akan merekod
kehadiran mereka di dalam buku pergerakan pelajar setiap waktu PdPc dalam kelas.
Kepentingan buku kehadiran ini untuk memantau peratusan kedatangan mereka ke sekolah.
Secara tidak langsung, guru dapat menilai jumlah pelajar yang dapat menguasai pengajaran
tersebut pada masa mata pelajaran Bahasa Melayu, khususnya pada tahun kajian ini
dilakukan.

Jadual 1 : Senarai pelajar 6A3 yang menduduki ujian golongan kata.

TARIKH PELAKSANAAN
BIL SENARAI CALON

JUN JUN JULAI JULAI

1 Ahmad Azraf Bin Ahmad Shah 97 8 4

2 Ahmad Nurfaqih Bin Shamsul Ariffin 69 7 9

3 Damila Bt Dermi 56 7 5

4 Intan Najwa Bt Kamal 55 7 5

138

5 Ku Nurdina Aisyah Bt Ku’Ammar 98 7 7
6 Muhammad Farizul Bin Aminordin 77 8 9
7 Muhammad Saperi Ikmal Bin Azhar 66 5 6
8 Muhd Izzat Izzudin Bin Redzuan 44 5 4
9 Nur Hanim Bt Nordin 46 6 7
10 Nur Mukmin Bin Zulkifli 57 7 8
11 Nur Nisha Bt Jasni 56 8 7
12 Nur Shafiqah Bt Kholil 45 5 6
13 Nurul Ain Balqis Bt Ahmad Zulffi 33 5 6
14 Nurul Aina Syahirah Bt Brahim 43 5 5
15 Nurul Iman Najwa Bt Ismail 54 6 7
16 Nurul Jamilah Bt Adizianan 44 7 8
17 Nurul Wahida Bt Aznizam 51 3 4
18 Zanabi Bt Abdul Kadir 86 4 6

Seramai 18 pelajar 6A3 yang dipilih untuk diukur perkembangan mereka dalam subjek
ini. Pengkaji memerhati sama ada berlaku peningkatan markah dalam kalangan pelajar-
pelajar. Guru meminta pelajar melukis graf setiap kali mereka menjawab setiap ujian. Graf ini
kemudiannya ditampal di dalam kelas sebagai motivasi kepada pelajar untuk mengukur
prestasi pencapaian mereka di dalam kelas tersebut. Dengan cara ini, pengkaji berharap agar
pelajar-pelajar bersemangat untuk bersaing secara sihat sesama mereka.

5.2 Analisis tinjauan masalah

Jadual 2: Tinjauan kekangan masalah yang dihadapi oleh pelajar.

Item Kandungan Penglibatan Kekangan/permasalahan

Nota Morfologi dan Semua pelajar -Ada pelajar yang menulis

sintaksis dalam bentuk ayat demi

ayat, walaupun telah

diminta menulis nota yang

mudah.

Latihan Setiap kali Semua pelajar -guru meminta pelajar

selepas sukatan menghantar latihan setiap

diajar kali habis sukatan, namun

ada segelintir yang

139

Ujian bulanan Semua pelajar melengah-lengahkan
masa penghantaran.
-latihan tidak dijawab
sepenuhnya secara
individu
-daripada 18 pelajar,
hanya 4 orang
dikenalpasti berlaku
peningkatan markah
dalam setiap ujian. Pelajar
yang lain, markah mereka
sentiasa berubah-ubah

Sepanjang tempoh kajian dilaksanakan, merujuk jadual 3 guru mendapati bahawa ada
segelintir pelajar yang tidak mematuhi arahan dengan tepat. Memandangkan semester 2,
sukatan lebih bertumpu kepada aspek tatabahasa, guru telah menyarankan pelajar agar
menghasilkan nota dalam bentuk jadual mahupun peta minda. Namun ada juga pelajar yang
tidak menyiapkan nota tepat pada waktunya. Ada juga yang menulis nota dalam bentuk ayat-
ayat yang panjang. Dalam hal ini, pelajar sukar untuk menghafal dan menguasai subjek
tersebut dengan baik. Ada juga murid yang tidak menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru
pada masa yang ditetapkan, namun jumlah tersebut hanya sedikit sahaja. Walau
bagaimanapun, pengkaji mendapati bahawa, melalui binaan graf ini , pelajar mampu bersaing
secara sihat dalam kalangan mereka. Mereka mempunyai motivasi yang tinggi dalam diri
masing-masing untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang, terutamanya dalam
peperiksaan.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Sepanjang proses PdPc di dalam kelas, guru sentiasa memberi motivasi kepada

pelajar untuk melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan mempunyai semangat yang tinggi.
Setiap kali sebelum sesi pembelajaran berlangsung, guru akan bersoal jawab tentang
sebarang permasalahan yang timbul dalam kalangan pelajar. Kumpulan ‘whatsapp’ antara
guru dan pelajar juga turut diwujudkan bagi memantau pembelajar pelajar. Guru bertindak
sebagai kaunselor untuk membantu pelajar-pelajar sama ada dalam mata pelajaran masing-
masing mahupun dalam perkara-perkara lain.

Golongan kata dalam Bahasa Melayu adalah topik utama dalam sukatan semester 2,
setiap kali selepas tajuk-tajuk itu diajar, guru akan meminta pelajar menyiapkan nota di rumah.
Selepas itu, ujian akan dijalankan. Sebanyak 10 soalan bagi setiap topik dinilai selain soalan

140

mingguan yang meminta pelajar menjawabnya di rumah berdasarkan buku latihan yang
digunakan oleh guru. Buku latihan yang sama telah digunakan oleh pelajar-pelajar ini. Mereka
akan berbincang jawapan bersama-sama di dalam kelas bersama-sama guru.

5.4 Dapatan Kajian
Setelah mengenalpasti permasalahan tersebut, guru mengambil tindakan untuk

mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pelajar. Guru meminta pelajar membina graf
daripada markah ujian bulanan mereka. Sebanyak 4 kali ujian dilakukan kepada pelajar-
pelajar, iaitu awal bulan Jun,15 Jun, awal Julai dan 15 Julai selepas tamatnya sesi
pembelajaran setiap topik. Masa dihadkan kepada 15 minit setiap kali ujian dijalankan. Hanya
10 soalan yang disoal untuk setiap topik yang meliputi kata nama, kata kerja, kata adjektif dan
kata tugas.

Pelajar akan membina 4 graf yang berbeza untuk mengukur pencapaian mereka
dalam golongan kata tersebut. Bidang morfologi yang mengkehendaki pelajar –pelajar
menguasai 4 golongan kata ini ditawarkan adalah bertujuan agar aspek tatabahasa dapat
dikuasai sepenuhnya oleh semua pelajar. Guru mencuba sedaya upaya menjelaskan topik
tersebut agar pelajar tidak bosan dan dapat menguasai dengan baik. Guru perlu kreatif dalam
menyampaian isi penyajaran memandangkan semester ini sukatan agar sukar. Aspek nahuan
memerlukan penguasaan yang menyeluruh oleh guru agar ilmu yang ingin disampaikan itu
jelas dan tepat dengan rumus. Guru perlu mengubah persepsi pelajar agar tidak bosan dan
suka akan mata pelajaran Bahasa Melayu, khususnya dalam menguasai bidang tatabahasa.

10 Kata Kerja
9 Kata Tugas
8 Kata Adjektif
7 Kata Nama
6
5 15-Jun 1 Julai 15 Julai
4
3
2
1
0
1-Jun

Rajah 2 : Graf Ingatan Golongan Kata

141

Daripada jadual 4, pengkaji mendapati bahawa seramai 4 calon yang sentiasa menunjukkan
peningkatan dalam keempat-empat ujian mereka. Markah mereka sentiasa meningkat, baik
dalam golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif mahupun kata tugas. 14 calon lagi
menunjukkan perbezaan markah yang berubah-ubah, namun perbezaan ini tidak begitu
ketara. Daripada markah tersebut, guru boleh menilai kebolehan pelajar dalam PdPc mereka
terutama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Golongan kata nama adalah topik yang agak mudah untuk dikuasai dalam kalangan
pelajar berbanding tajuk-tajuk lain. Ujian yang melibatkan golongan kata tugas dan kata
adjektif menunjukkan markah yang agak rendah antara semua pelajar. Dalam hal ini, pengkaji
mendapati bahawa tajuk ini perlu diberi perhatian yang lebih lagi terutama semasa pengajaran
guru dalam kelas.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Pengkaji berharap agar pada masa akan datang terdapat lagi kajian-kajian lain yang akan
dilakukan untuk membantu guru-guru membuat rujukan. Kajian ini penting dijalankan adalah
untuk mengukur kebolehan guru dalam menyampaikan mengajaran mereka di dalam darjah.
Pada masa yang sama, guru-guru lain dapat menjadikan contoh dan ikutan semasa proses
pengajaran mereka di dalam kelas.

BIBLIOGRAFI

Abdul Ghalib Yunus, Muhammad Norrudin Abdul Aziz (2017). Rumus Tatabahasa Bahasa
Melayu- Golongan Kata. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan (2007). Linguistik Am; Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
PTS

Kamaruddin Hj.Husin dan Siti Hajar Hj.Abdul Aziz (1997: 83).Pengajian Melayu 3;
Komunikasi Bahasa. Budiman.

Mohd Nizam Ab. Rahman; Rosmaizura Mohd Zain; Suraini Abdul Rahman; Zulkifli Mohd
Nopiah. Peningkatan Prestasi Proses Melalui Peralatan Kualiti Berstatistik. Volume 6,
No.1, July 2010.

Nawi Ismail, Ramizah Hj Sabran, Wahida Abdul Wahid, Mohd Sis Mohd Yatim, Zulkarnain
Farihin Abdullah (2016). Pendekatan Efektif Memahami Tatabahasa Bahasa Melayu.
Percetakan Salam Sdn. Bhd.

Nur Ashikin; Nazlia Omar. Penandaan Golongan Kata Bahasa Melayu menggunakan
Pendekatan Berasaskan Petua. Volume 6, No.2. Disember 2017.

142

Penggunaan Jadual Bermaklumat Untuk Meningkatkan Kemahiran Menghurai
di kalangan Pelajar Geografi

Wan Saleha Binti Wan Ismail
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi

01000 Kangar Perlis

Abstrak

Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan penguasaan dan kemahiran pelajar menjawab soalan Tinjauan
awal telah dibuat berdasarkan pemerhatian dan praujian juga dilaksanakan.Hasil kajian ini mendapati
pelajar menghadapi masalah untuk membuat huraian yang betul bagi mengukuhkan isi yang
diberi.Kesannya pelajar tidak mendapat markah penuh .

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Tinjauan awal mendapati pelajar dapat mencari isi utama bagi soalan tetapi tidak

berupaya untuk membuat huraian mengikut kehendak soalan.Masalah ini menyebabkan
pelajar tidak mendapat markah huraian.

2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian tertumpu kepada peningkatan kemahiran pelajar Geografi menghuraikan

kepentingan bentuk mukabumi pemendapan pinggir pantai kepada aktiviti manusia.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum

Tujuan umum kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menghurai isi kesan
proses pembandaran.
3.2 Objektif Khusus
Objektif khusus adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar
3.2.1 mengenalpasti bentuk mukabumi pinggir pantai
3.2.2 Menghuraikan kepentingan bentuk mukabumi tersebut kepada aktiviti

manusia

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada 20 orang pelajar Kelas 6B4.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah

143

5.1.1 Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar
tidak dapat menghurai dengan baik kepentingan bentuk mukabumi pinggir pantai kepada
aktiviti manusia.

5.1.2 Praujian
Ujian telah dijalankan ke atas 20 orang pelajar kelas 6B4.Mereka dikehendaki menjawab
soalan Kepentingan bentuk mukabumi pemendapan pinggir pantai manusia dalam masa 40
minit.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Pemerhatian
Melalui pemerhatian semasa ujian dijalankan, didapati pelajar dapat memberikan isi jawapan
dengan tepat. Namun pelajar tidak membuat huraian yang jelas untuk yang telah dinyatakan.

5.2.2 Analisis Praujian

Markah Bilangan Pelajar Peratus
20 – 25 2 10.00
10 – 20 12 60.00
Kurang dari 10 6
Jumlah 20 30
100

5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Berdasarkan analisis Praujian yang diperolehi, tindakan yang diambil adalah seperti berikut,

Aktiviti 1 : Pelajar dikehendaki membina jadual seperti berikut;
Isi Huraian (Aktiviti manusia)

Bentuk mukabumi Hakisan

Tanjung dan teluk Pelancongan - pemandangan indah dan unik

Gua,gerbang laut,batu tunggul Sukan dan Rekreasi- terjun bebas
dan tunggul sisa Perhubungan - (rumah api)

Tebing tinggi

144


Click to View FlipBook Version