Penerbit
Unit Sains dan Matematik
Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Kota Tuaran, Sabah
89208 Tuaran, Sabah.
@Penerbit Unit Sains dan Matematik PPD Tuaran 2020
Cetakan pertama November 2020
1
Sidang Redaksi
E-BUKU KOMPILASI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
‘BACKWARD DESIGN’ JURULATIH UTAMA INQUIRY-BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE)
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TUARAN 2020
Pengerusi : Hajah Wahinim binti Othman
Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran
Timbalan : Rusdih Linah
Pengerusi Timbalan Sektor Pembelajaran,
Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran
Penyelaras & : Sylvia Miting Pakoi
Panel Editor Pegawai Cemerlang SISC+ Sains dan Matematik
Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran
Auvline Mansikul
Pegawai Cemerlang SISC+ Sains dan Matematik
Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran
Lee Tan Yen Peng
Pegawai Cemerlang SISC+ Sains dan Matematik
Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran
Panel Penulis RPH : Albeter Dulasi
SK Tombongon, Tuaran
Dalitah binti Madin
SK Malanggang Baru, Tuaran
Hajjah Dahlia binti Lajim
SK Pekan Tuaran, Tuaran
Marhani Mohd. Shaffee
SK Pekan Telipok, Tuaran
Rayner Katong
SK Pekan Kiulu, Tuaran
Ronney bin Yapok
SK Togop, Tuaran
Saadiah binti Sawaddin Saw
SK Kapa, Tuaran
Salmidi Jarimin
SK Sungai Damit, Tuaran
2
Siti Aisyah bte Che Amani @ Mohd. Kamal
SK St.John, Tuaran
Yong Siew Fui
SJKC Chen Sin
Alizah binti Abdul Majid
SMK Tamparuli, Tuaran.
Aminah binti Wasli
SMK Sri Nangka, Tuaran
Hassan bin Mohd.Ukong
SMK Tun Fuad Stephens, Tuaran
Jobinal bin Mogijal
SMK St.James Tenghilans (M), Tuaran
Mohd Razyzulhadi bin Umar
SMK Taman Ria, Tuaran
Nur Atiqah Biam Abdullah
SMK Sungai Damit, Tuaran
Ong Choon Keat
SMK St. John, Tuaran
Pung Tzyy Yi
SMK Badin, Tuaran
Rushi binti Juani
SMK Pekan Telipok, Tuaran
Steve Shilton Ating
SMK Tenghilan, Tuaran
Winnie Bamuel
SMK St.John, Tuaran
Pengurusan Grafik : Hassan bin Mohd Ukong
SMK Tun Fuad Stephens, Tuaran
Mohd. Razyzulhadi bin Umar
SMK Taman Ria, Tuaran
3
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
PERKARA
5
DARI MEJA EDITOR 6
KATA ALU-ALUAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH, PEJABAT 7
PENDIDIKAN DAERAH TUARAN, SABAH 8 - 10
BINGKISAN KATA TIMBALAN PEGAWAI
PENDIDIKAN DAERAH, SEKTOR 11 - 94
PEMBELAJARAN PPD TUARAN, SABAH
BAB 1 PENGENALAN 95 - 190
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
INQUIRY-BASED SCIENCE LEARNING (IBSE) 191
BAB 2 KATEGORI SEKOLAH RENDAH 192
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TUARAN
TAHUN 2020
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
INQUIRY-BASED SCIENCE LEARNING (IBSE)
BAB 3 KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TUARAN
TAHUN 2020
PENGHARGAAN
LAMPIRAN
4
Dari Meja Editor
Selamat Sejahtera dan Salam mencabar kemustahilan, mendepani cabaran
Pandemik Covid-19 dengan bijak melalui pelantar digital!
Kompilasi Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Backward Design yang
terkandung dalam e-buku ini asalnya karya asli 21 orang Jurulatih Utama Pejabat
Pendidikan Daerah Tuaran yang telah mengikuti Bengkel Jurulatih Utama Daerah
Inquiry-Based Sciense Education (IBSE) secara dalam talian melalui pelantar Google
Meet pada 27 Oktober 2020 hingga 02 November 2020. Kompilasi ini diusahakan
untuk digabungjalin secara e-buku untuk memudahkan ia dikongsi secara pintar
melalui pelantar digital agar lebih senang dicapai dan diakses oleh pihak pengguna
maklumat.
Kandungan kompilasi e-buku ini terbahagi kepada dua kategori utama iaitu
kategori sekolah rendah dan sekolah menengah yang mengkhusus kepada
perkongsian templet rancangan pengajaran harian gaya ‘Backward Design’ yang
merupakan suatu model pendekatan Pendidikan Sains berasaskan inkuiri. Uniknya
dalam e-buku ini karya guru ini bebas mempersembahkan gaya penulisan asli dan
bebas asalkan memenuhi 5 langkah utama yang disyorkan dalam pendekatan model
‘Backward Design’ IBSE. Penulisan berciri bebas ini juga adalah suatu versi pemikiran
reflektif bahawa untuk mengahsilkan suatu aktiviti berfaktor ‘wow!’ guru-guru Sains
secara asasnya harus memiliki daya kritis dan kreatif yang berupaya menjana aktiviti
PdP yang mampu membongkar rasa ingin tahu dalam naluri murid-muridnya secara
alami agar mereka seronok dan teruja mengikuti dan mencapai objektif PdP yang
telah dirancang untuk mereka.
Lantaran itu, kami amat bersyukur ke hadrat Tuhan, kerana limpahan berkat
dan kurniaNya, akhirnya pasukan kami yang terdiri daripada kolaboratif pembimbing
Pengajaran dan Pembelajaran Unit Sains dan Matematik PPD Tuaran iaitu barisan
Pegawai Cemerlang SISC+ Sains Dan Matematik dan barisan Jurulatih Utama IBSE
PPD Tuaran telah berjaya merealisasikan e-buku ini sebagai bukti hasilan dan rujukan
khususnya bagi sekolah-sekolah di daerah Tuaran. Semoga, hasilan yang masih
hijau dan perlu banyak penambahbaikan ini adalah pemula kepada hasil karya
pendidikan yang hebat selanjutnya dan layak dijadikan sebagai rujukan kepada warga
pendidik dalam bidang pendidikan, khususnya dalam mata pelajaran Sains. Kata
orang bijak laksana, biar setitik asal berkocak.
Sekian, dan terima kasih.
06 November 2020
5
KATA-KATA ALUAN
Hajah Wanihim binti Othman
Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran
Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, Sabah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam PPD Tuaran
Sederap Menjuarai Perubahan.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pasukan kolaboratif
Pegawai Cemerlang SISC+ Unit Sains dan Matematik, Sektor Pembelajaran, Pejabat
Pendidikan Daerah Tuaran dan barisan Jurulatih Utama Daerah (JUD) IBSE yang terdiri dari
guru-guru sekolah menengah dan sekolah rendah atas penerbitan e-buku Kompilasi
Rancangan Pengajaran Harian Backward Design Inquiry Based Science Education (IBSE)
PPD Tuaran Tahun 2020.
Kemahiran inkuiri adalah antara kemahiran belajar yang diberi penekanan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Setiap murid perlu membina
kemahiran ini untuk menguasai pengetahuan sepanjang hayat bagi membolehkan mereka
menghubungkaitkan pelbagai pengetahuan dan pemerolehan pelbagai kemahiran berfikir
aras tinggi, yang mampu menyediakan mereka menjadi pemain global abad ke-21.
Inkuiri bermula dengan persoalan atau masalah dan diikuti dengan pemerhatian, penerokaan,
penyiasatan/ eksperimen, membuat kesimpulan dan menjelaskan dapatan (komunikasi)
dengan itu, Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri adalah penting untuk memastikan murid
betul-betul memahami apa yang dipelajari, menambah baik sikap terhadap pembelajaran dan
meningkatkan keupayaan mereka untuk menggunakan apa yang dipelajari dalam dunia
sebenar. Sehubungan itu, saya mengharapkan agar dengan adanya penerbitan e-buku
seumpama ini ianya akan menjadi sumber rujukan dan panduan kepada semua guru di
daerah Tuaran, khusunya bagi guru-guru yang mengajar dalam bidang Sains.
Sekian dan Selamat Maju Jaya.
06 November 2020
6
BINGKISAN KATA
Rusdih Linah
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, Sabah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin nya saya berpeluang mengabdikan sedikit
bingkisan kata dalam buku Kompilasi Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Backward Design
Jurulatih Utama Daerah Inquiry Based Science Education (IBSE) PPD Tuaran Tahun 2020.
Pendekatan IBSE ini merupakan satu pendekatan yang mampu menarik minat pelajar untuk
ingin belajar tentang Sains dengan lebih mendalam. Namun, dalam konteks pendekatan ini
guru perlu bijak mencari ruang dan peluang untuk mengatasi beberapa cabaran. Antaranya,
bagaimana hendak mewujudkan suatu aktiviti pembelajaran yang mampu menggalakkan
murid berfikir dan timbul rasa ingin tahu yang mengujakan mereka untuk menyiasat lebih
lanjut tentang isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru berkenaan. Sehubungan itu,
demi merancang suatu aktiviti PdP Sains yang menarik, templet rancangan pengajaran harian
(RPH) berformat “backward design’ dalam pendekatan IBSE ini telah diperkenalkan agar
guru-guru lebih terarah dan mudah menyediakan RPH yang bercirikan pendekatan IBSE
dalam pengajaran harian mereka.
Malalui kolaboratif dan muafakat antara pembimbing PPD Tuaran dan pasukan Jjurulatih
utama IBSE di daerah TUaran, maka lahirlah kompilasi e-buku ini pada tahun ini. Semoga e-
buku ini mampu menjadi wadah pemula titik perkongsian dan rujukan kepada guru-guru di
daerah Tuaran, khususnya dalam kalangan guru-guru Sains di daerah ini.
Akhir kata, syabas dan tahniah kepada pasukan kolaboratif penghasilan e-buku ini yang
terdiri daripada Pegawai Cemerlang SISC+ Unit Sains dan Matematik PPD Tuaran dan
barisan Jurulatih Utama Daerah (JUD) IBSE PPD Tuaran usaha untuk menerbitkan e-buku
ini.
Sekian, terima kasih.
06 November 2020
7
BAB 1
PENGENALAN TENTANG
INQUIRY – BASED SCIENCE EDUCATION
(IBSE) DAN MODEL BACKWARD DESIGN.
8
PENGENALAN TENTANG INQUIRY – BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE)
DAN MODEL BACKWARD DESIGN.
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013 – 2025 di bawah perkara
berkenaan pembelajaran murid menggariskan salah satu pelan tindakan bagi Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) ialah mengukuhkan penyampaian
STEM merentas sistem pendidikan. Di dalam PPP 2013 – 2025 juga menyatakan
salah satu aspirasi murid ialah kemahiran berfikir. Menurut Dr. Robyn M. Gillies di
dalam (Bulba, 2020), sains berasaskan inkuiri menggunakan pendekatan penyiasatan
untuk pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar diberi peluang untuk menyiasat
masalah, mencari penyelesaian yang mungkin, membuat pemerhatian,
mengemukakan soalan, menguji idea, dan berfikir secara kreatif dan menggunakan
intuisi mereka. Dalam pengertian ini, sains berasaskan inkuiri melibatkan pelajar yang
melakukan sains di mana mereka mempunyai peluang untuk meneroka kemungkinan
penyelesaian, mengembangkan penjelasan untuk fenomena yang sedang disiasat,
menghuraikan konsep dan proses, dan menilai atau menilai pemahaman mereka
berdasarkan bukti yang ada.
Pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri membolehkan seseorang
individu belajar melalui siasatan terhadap senario, masalah dan melalui pengalaman
sosial. Seseorang guru harus mendorong muridnya untuk melakukan penyiasatan
supaya rasa ingin tahu mereka dapat dipenuhi. Penyiasatan membantu mereka
meluaskan asas pengetahuan, memperhalusi kemahiran dan perkembangan kognitif
(National Science Education Standard, 2000). Ini bermakna pembelajaran berasaskan
inkuiri berpotensi untuk meningkatkan penglibatan intelektual dan kefahaman yang
mendalam pada diri murid, membuka peluang kepada mereka meningkatkan
kemahiran menyoal, penyelidikan, komunikasi, berkolaborasi dan menyelesaikan
masalah dalam kehidupan harian. Hasil kajian (Darling-Hammond, 2008; Rocard et
al., 2007) membuktikan bahawa IBSE berkesan dalam meningkatkan minat pelajar
untuk belajar sains, dan juga mendorong motivasi guru. Kaedah ini berkesan untuk
semua jenis pelajar: dari yang paling lemah hingga yang paling pintar (termasuk yang
berbakat), kanak-kanak lelaki dan perempuan, pelajar dari semua peringkat umur.
Terdapat model-model pembelajaran yang boleh digunakan di dalam
merancang sesi pengajaran yang berkesan. Bagi mengimplementasikan pendekatan
pembelajaran berasaskan inkuiri, salah satu model yang boleh digunakan ialah
Backward Design. Model ini bermanfaat bagi tenaga pengajar kerana secara semula
jadi mendorong kesungguhan semasa proses reka bentuk. Ini secara berterusan
mendorong pengajar untuk menetapkan tujuan melakukan sesuatu sebelum
menerapkannya ke dalam kurikulum. Oleh itu, Backward Design adalah kaedah yang
berkesan untuk memberikan panduan untuk pengajaran dan pembelajaran. Setelah
tujuan pembelajaran, atau hasil yang diinginkan dikenal pasti, guru akan mempunyai
waktu yang lebih mudah untuk membuat penilaian dan pengajaran di sekitar hasil
pembelajaran yang telah di tetapkan menjadi dasar.
9
Backward Design mempunyai 3 peringkat iaitu :
Peringkat Mengenalpasti hasil pembelajaran yang ingin dicapai (Identify Desire
1: Results).
Peringkat Menentukan penilaian dan bukti pentaksiran (Determine
2: Assessmeent Evidence).
Peringkat Merancang pembelajaran dan instruksi (Plan Learning experiences
3: and Instruction).
Kompilasi Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ‘Backward Design’ ini merupakan
himpunan rancangan pengajaran yang telah dihasilkan oleh guru-guru daerah Tuaran
yang telah menghadiri kursus atas talian Jurulatih Utama Daerah Inquiry – Based
Science Education peringkat negeri Sabah yang telah berlangsung pada 27 Oktober
2020 hingga 3 November 2020. Besar harapan supaya para guru akan menggunakan
pendekatan berasaskan inkuiri untuk matapelajaran sains bagi meningkatkan literasi
sains murid, membentuk cara berfikir yang kritis dan inovatif murid, serta
menyediakan murid dengan kemahiran-kemahiran Abad ke 21 yang diperlukan murid
kini. Semoga kompilasi ini menjadi rujukan dan panduan para guru dalam merancang
proses pengajaran yang berkesan dan apa yang diusahakan ini memberi manfaat
kepada dunia pendidikan terutamanya bagi guru-guru bidang sains daerah Tuaran.
RUJUKAN
Bowen, R. S. (2017). Vanderbilt University Center for Teaching. Retrieved 11 5, 2020,
from Understanding by Design.: https://cft.vanderbilt.edu/guides-sub-
pages/understanding-by-design/
Bulba, D. (2020, Januari 27). What is Inquiry-Based Science? Retrieved from
Smithsonian Science Education Center: https://ssec.si.edu/stemvisions-blog/what-
inquiry-based-science
Darling-Hammond, L., Barron, B., Pearson, P. D., Schoenfeld, A. H., Stage, E. K.,
Zimmerman, T. D., Cervetti, G. N., & Tilson, J. (2008). Powerful Learning: What We
Know About Teaching for Understanding. San Francisco: John Wiley & Sons Inc.
Rocard, M., Cesrmley, P., Jorde, D., Lenzen, D., Walberg-Herniksson, H., & Hemmo,
V. (2007). Science education NOW: A Renewed Pedagogy for the Future of Europe.
Brussels, Belgium: Office for Official Publications of the European Communities.
National Science Education Standard. (2000). Inquiry and the National Science
Education Standard: A guide for teaching and learning. Washington DC: The National
Academic Press.
10
BAB 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
INQUIRY-BASED SCIENCE LEARNING (IBSE)
KATEGORI SEKOLAH RENDAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TUARAN
TAHUN 2020
11
Albeter bin Dulasi
Sekolah Kebangsaan St. Joseph Tombongon
Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, Sabah
Model Lesson: Cahaya Bergerak Lurus
A. Tahun: Empat
B. Standard kandungan (MP):
C. Standard pembelajaran (MP): 5.1 Cahaya bergerak lurus
D. Amalan sains:
5.1.1
E. Kemahiran abad ke-21/nilai/sikap Menyatakan cahaya bergerak lurus dengan
saintifik: menjalankan aktiviti.
Membangunkan dan menggunakan model;
F. Ringkasan aktiviti:
Merancang dan menjalankan penyiasatan,
mendapatkan dan menilai maklumat, serta
berkomunikasikan maklumat
Kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir
kritis dan kreatif, kemahiran saintifik, dan sikap
saintifik dan nilai murni di kalangan murid
dengan menyedari bahawa sains merupakan
satu daripada cara untuk memahami alam.
Aktiviti bermula dengan sesi soal di kalangan
murid. Murid dibiarkan berkomunikasi di antara
satu sama lain untuk mengasah kemahiran
berkomunikasi mereka. Guru perlu
menggalakkan murid bertanya. Selepas itu guru
meminta murid mencadangkan radas dan bahan
yang akan digunakan. Guru perlu bertanya
kegunaan radas dan bahan yang digunakan serta
bagaimana ia akan digunakan. Selain itu, murid
perlu merancang eksperimen yang akan mereka
jalankan. Selepas aktiviti kelas tamat, murid
menyiapkan laporan eksperimen mereka di
rumah. Dalam kelas pembelajaran yang
seterusnya, murid membentangkan hasil
eksperimen mereka. Selepas pembentangan,
murid melekatkan hasil eksperimen mereka dan
murid lain memberi komen laporan eksperimen
mereka. Seterusnya, murid sekali lagi diminta
12
G. Radas dan bahan: saling berkomunikasi dengan rakan mereka
tentang hasil mereka. Guru bertanya beberapa
H. Masa: soalan untuk membantu mereka melakukan
I. Perancangan pengajaran dan refleksi tentang perjalanan eksperimen mereka.
Seterusnya murid menonton video dan
pembelajaran membaca buku teks sains. Seterusnya murid
membuat cerita bagi mengembangkan
pemahaman mereka tentang prinsip cahaya.
Akhir sekali sesi pengajaran dan pembelajaran
diakhiri dengan pentaksiran yang merujuk
kepada standard prestasi DSKP atau bentuk
pentaksiran lain yang mengamalkan prinsip-
prinsip asas pentaksiran.
Kad (kotak makanan), plastisin, lilin, lampu
suluh, blok kayu.
2 jam
PERINGKAT 1 : HASIL DIHARAPKAN
Hasil Pembelajaran
Standard Kandungan
5.1 Cahaya bergerak lurus
Standard Pembelajaran:
5.1.1
Menyatakan cahaya bergerak lurus dengan menjalankan aktiviti.
Pemahaman Essential Question
Murid akan memahami bahawa:
1. Pernahkah anda menyuluh langit pada
1. Cahaya boleh menerangi waktu malam. waktu malam?
2. Sepadan cahaya yang dihasilkan oleh
2. Apakah yang anda perhatikan cahaya
lampu suluh lurus. yang dihasilkan oleh lampu suluh?
3. cahaya tidak akan membengkok
3. Bagaimanakah keadaan sempadan
menuju ke arah yang gelap. cahaya yang dihasilkan oleh lampu
suluh?
13
Pengetahuan 4. Mengapakah agaknya, ada kawasan
Murid akan memahami bahawa… gelap dan ada kawasan yang terang?
1. Cahaya bergerak lurus
Kemahiran
Murid akan dapat…
1. Meningkatkan kemahiran
berkomunikasi melalui:
a. Temu bual dengan rakan, dan ahli
keluarga.
b. Menulis dan melaporkan hasil
dapatan mereka.
c. Sesi soal jawab dengan rakan
sekelas.
2. Mengasah kemahiran berfikir kritis
dengan:
a. Mencirikan sifat cahaya
b. Membuat kesimpulan tentang
prinsip cahaya
3. Mengasah kemahiran berfikir kreatif
dengan:
a. Menginferens pergerakan cahaya.
4. Meningkatkan kemahiran saintifik
murid dengan:
a. Mengawal pemboleh ubah-
pemboleh ubah yang terdapat
dalam eksperimen.
5. Menanam sikap saintifik dan nilai murni
di kalangan murid bahawa:
a. Menyedari bahawa sains
merupakan satu daripada cara
untuk memahami alam
Performance Task PERINGKAT 2 : BUKTI PENTAKSIRAN
Evidence
1. Membina soalan dan berkomunikasi. 1. Buku Nota Sains kecil saya.
2. Merancang eksperimen . 2. Borang penilaian sesi soal jawab
3. Membentang laporan temu bual 3. Laporan eksperimen di Buku Nota
4. Membuat cerita
5. Membuat lembaran kerja Sains kecil saya
6. Mengisi borang pentaksiran kendiri 4. Lembaran kerja sains
5. Borang pentaksiran kendiri : Refleksi
PERINGKAT 3 : PELAN PEMBELAJARAN
Penglibatan (15 minit):
1. Guru bertanya kepada murid satu soalan.
a. Pernahkah anda menyuluh langit pada waktu malam?
2. Kemudian guru menunjukkan gambar tentang cahaya lampu suluh yang dihalakan ke
langit.
3. Berdasarkan gambar, murid dikehendaki membina soalan dan menulis di “Buku nota
keci Sains Saya”. Guru menunjukkan kad di hadapan kelas dan meminta murid menulis
14
soalan yang menggunakan kata tanya: adakah, apakah, bagaimanakah dan
mengapakah. Antara jangkaan soalan ialah:
a. Adakah cahaya bergerak lurus?
b. Apakah yang anda perhatikan cahaya yang dihasilkan oleh lampu suluh?
c. Bagaimanakah keadaan sempadan cahaya yang dihasilkan oleh lampu suluh?
d. Mengapakah agaknya, ada kawasan gelap dan ada kawasan yang terang
Lampiran 1
4. Selepas itu, murid dikehendaki mengajukan soalan mereka kepada rakan terdekat.
5. Guru membiarkan murid mengadakan sesi soal jawab. Murid diberi dorongan dan
galakan semasa dalam aktiviti ini.
6. Guru mengisi borang pemerhatian penglibatan murid.
Lampiran 2
Penerokaan (45 minit):
1. Guru meminta cadangan daripada murid-murid tentang radas dan bahan yang boleh
digunakan untuk membukti dapatan sesi soal-jawab mereka. (adakah cahaya
bergerak lurus).
2. Guru menyenaraikan cadangan radas dan bahan untuk menjalankan eksperimen.
3. Guru meminta rasional murid kepentingan / kegunaan serta cara menggunakan radas
yang mereka pilih.
4. Selepas itu, guru meminta murid memilih radas dan bahan yang disediakan di
hadapan kelas.
5. Guru meminta murid merancang eksperimen mereka berdasarkan radas dan bahan
yang diberi.
6. Guru memberi satu lembaran contoh laporan sains kepada murid untuk dijadikan
panduan menjalankan eksperimen.
Lampiran 3
7. Murid menjalankan eksperimen dan menulis hasil eksperimen mereka dalam “Nota
Kecil Sains Saya”. Murid dikehendaki menyiapkan laporan eksperimen mereka di
rumah.
Penerangan (20 minit):
1. Guru meminta murid melekatkan dan membentangkan hasil eksperimen mereka di
dalam kelas.
2. Selepas aktiviti pembentangan selesai, murid diminta melawat dan memberi komen
hasil eksperimen rakan mereka.
3. Guru meminta murid menilai komen rakan mereka terhadap hasil eksperimen.
4. Murid dikehendaki berdialog dan berkomunikasi dengan rakan atau guru untuk
membantu mereka membuat refleksi terhadap eksperimen mereka.
5. Guru bertanya kepada murid:
a. Adakah radas dan bahan eksperimen yang anda pilih sangat berkesan untuk
menguji bahawa cahaya bergerak lurus?
b. Apakah masalah yang anda alami semasa menjalankan eksperimen?
c. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah tersebut.
d. Selain model eksperimen yang anda gunakan sekarang, adakah model lain
yang boleh digunakan.
15
Pengembangan (20 minit):
1. Guru menunjukkan video tentang cahaya bergerak lurus di laman web
https://www.youtube.com/watch?v=8iC6tKl57tE.
2. Guru meminta murid membaca buku teks sains pada muka surat 88.
3. Berdasarkan gambar yang ditunjukkan dalam buku teks, murid membuat satu cerita
bertajuk “Perjalanan Saya Yang Menakutkan”.
4. Murid diingatkan agar menggunakan pengetahuan prinsip cahaya yang baru mereka
pelajari ini dalam penceritaan mereka.
Penilaian (20 minit):
1. Murid menjawab soalan latihan sains.
Lampiran 4
2. Murid mengisi borang pentaksiran kendiri: Refleksi
Lampiran 5
J. Lampiran:
1. Kad soalan : Lampiran 1
2. Borang Pemerhatian : Lampiran 2
3. Borang Eksperimen : Lampiran 3
4. Lembaran Kerja : Lampiran 4
5. Borang Penilaian Kendiri (Refleksi) : Lampiran 4
K. Rujukan:
1. laman web https://www.youtube.com/watch?v=8iC6tKl57tE.
2. Buku Teks Sains Tahun 4
3. Panduan Pelaksanaan Petaksiran bilik Darjah, KPM 2018
Lampiran 1
16
Mata pelajaran Sains Tahun 4 Lampiran 2
17
Objektif 1. Murid boleh menyatakan dengan betul bahawa cahaya bergerak lurus dengan
Pembelajaran
menjalankan eksperimen.
Penerangan Aktiviti
Perbincangan berlaku antara guru dan murid bagi mengetahui bahan-bahan
eksperimen yang perlu disediakan.
Nama Apakah Adakah Mengapakah Bagaimanakah Kata tanya
Murid lain
Item
Lampiran 3
18
Tajuk Eksperimen 1.
Radas dan bahan 2.
3.
Langkah-langkah 4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Lakaran eksperimen
Keputusan
19
Pentaksiran Ken
Lembaran ini membolehkan anda membuat refleksi tentang prestasi an
dapat membantu anda mengimbas kembali objektif pembelajaran dan m
atau langkah yang digunakan sepanjang proses pembelajaran untuk m
adalah seperti:
i. Apa (Tugas yang dijalankan)
ii. Mengapa (Tujuan tugasan)
iii. Bagaimana (Teknik /cara untuk menjalankan tugas tersebut)
iv. Kesan daripada pembelajaran
Borang senarai semak dalam pentaksiran kendiri:
Apa Mengapa Bag
Tekni
Tugas Tujuan
(Nyatakan apa yang (Nyatakan mengapa anda (Nyat
anda jalankan mempelajari topik ini. Apakah mema
dalam eksperimen kebaikan eksperimen ini? memb
ini) ekspe
Lampiran 4
ndiri: Refleksi
nda sendiri. Lembaran pentaksiran kendiri atau refleksi di bawah ini
memberi maklum balas tentang cara objektif dicapai, termasuk teknik
mencapai hasil pembelajaran. Soalan yang diberi dalam lembaran ini
gaimana Kesan / Akibat
ik Bagaimana anda dapat mengesan hasil
pembelajaran
takan bagaimana anda
astikan topik ini dapat anda (Nyatakan kesan pembelajaran anda hari ini
bantu menjalankan semasa menjawab lembaran kerja).
erimen)
20
21
Lampiran 5
Nama : __________________ Tarikh: ___________________
1) Dalam satu penyiasatan tentang cahaya, Albert menggunakan sebatang rod besi
berlubang yang lurus dan sebatang rod besi berlubang yang bengkok di tengahnya untuk
melihat cahaya lilin seperti yang ditunjukkan pada situasi X dan Y.
a) Nyatakan yang berikut:
i) Pemboleh ubah yang dimalarkan :___________________________
ii) Pemboleh ubah yang dimanipulasikan : ___________________________
iii) Pemboleh ubah yang bergerak balas : ___________________________
b) Apakah tujuan penyiasatan ini dijalankan?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
c) Apakah pemerhatian anda?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
d) Berikan inferens anda berdasarkan jawapan anda di (c).
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
e) Apakah hipotesis eksperimen ini?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
f) Apakah kesimpulan bagi eksperimen ini?
_____________________________________________________________________
___________________________________________________________________
g) Albert ingin berkongsi hasil eksperimennya kepada rakan anda. Namun, rakannya
meminta dia menunggu selama 4 jam kerana ada kerjanya di rumah. Selepas 4 jam
kemudian, rakannya mengulangi eksperimen Albert dengan menggunakan radas dan
bahan yang sama. Namun rakannya menyatakan bahawa, dia tidak melihat cahaya
lilin tersebut? Pada pendapat anda, mengapakah hal ini berlaku? Berikan inferens
anda.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(soalan KBAT)
22 | P a g e
Dalitah Binti Madin
Sekolah Kebangsaan Malangang Baru
Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, Sabah
Model Lesson: Asid dan Alkali
A.Tahun: 5
B.Standard kandungan (MP):
C.Standard pembelajaran (MP): 10.1 Sifat kimia bahan.
10.1.1 Mendefinisi secara operasi bahan
berasid, beralkali dan neutral dari segi
perubahan warna kertas litmus.
10.1.2 Mengitlak sifat bahan berasid, beralkali
dan neutral dari aspek perubahan warna kertas
litmus, rasa, dan sentuhan dengan menguji
beberapa contoh bahan.
10.1.3 Memberi contoh bahan berasid, beralkali
dan neutral.
D.Amalan sains: Berkomunikasi, mendapatkan maklumat
E.Kemahiran abad ke-21/nilai/sikap Jalan Galeri, Pembentangan, Definisi secara
saintifik: operasi, mengelas
F.Ringkasan aktiviti: Sumbangsaran, eksperimen dan rumusan guru
G.Alat dan bahan: Kertas litmus, piring petri, penitis, cuka, serbuk
penaik dan minyak masak.
H.Masa:
I.Perancangan pengajaran dan 135 minit
pembelajaran Backward Design
23 | P a g e
PERINGKAT 1 : HASIL DIHARAPKAN
Hasil Pembelajaran
Standard Kandungan
10.1 Sifat kimia bahan.
Standard Pembelajaran:
10.1.1 Mendefinisi secara operasi bahan berasid, beralkali dan neutral dari segi
perubahan warna kertas litmus.
10.1.2 Mengitlak sifat bahan berasid, beralkali dan neutral dari aspek perubahan warna
kertas litmus, rasa, dan sentuhan dengan menguji beberapa contoh bahan.
10.1.3 Memberi contoh bahan berasid, beralkali dan neutral.
Pemahaman Essential Question
Murid akan memahami bahawa… 1. Apakah sifat bahan yang digunakan
dalam kehidupan seharian?
1. Setiap makanan dan bahan 2. Bagaimanakah cara kita menguji
kegunaan harian mempunyai bahan yang bersifat asid, alkali dan
kandungan kimianya yang berbeza. neutral?
2. Sifat kimia pada bahan ini
menentukan sama ada sesuatu
bahan bersifat asid, alkali dan
neutral.
Pengetahuan Kemahiran
Murid akan memahami bahawa Murid akan dapat…
1. Mengetahui bahan berasid, 1. Melakar dan merekabentuk bahan
beralkali dan neutral dari segi pembentangan.
perubahan warna kertas litmus.
2. Mengaplikasikan pengetahuan sains
2. Mengenalpasti sifat bahan berasid, yang berkaitan (Pembelajaran
beralkali dan neutral dari aspek Berasaskan
perubahan warna kertas litmus, Penyiasatan/Penyelesaian Masalah)
rasa, dan sentuhan dengan menguji
beberapa contoh bahan. 3. Menghasilkan persembahan yang
kreatif dan inovatif berdasarkan
maklumat atau idea yang boleh
direkodkan secara sistematik serta
boleh memberi maklumbalas.
24 | P a g e
PERINGKAT 2 : BUKTI PENTAKSIRAN
Performance Task Evidence
1. Perbincangan berdasarkan
pengalaman tentang bagaimana Pengumpulan bukti:
merasa makanan dengan • Proses (Mendapatkan maklumat)
menggunakan 5 organ deria dalam - Eksperimen
kehidupan seharian. • Pembentangan hasil dapatan
2. Pencarian maklumat berkaitan • Rumusan pembentangan
dilakukan mengikut pembahagian
tugasan dalam kumpulan. Merangkumi:
3. Proses pengumpulan, pemilihan • Pengetahuan (Pembentangan)
• Kemahiran Saintifik dan Kemahiran
bahan, dan pengelasan akan Manipulasi (Mengelas, Kemahiran
dilakukan oleh ahli kumpulan untuk Abad 21 (berkomunikasi)
menyiapkan bahan pembentangan.
Perbincangan ke atas
penambahbaikan dan justifikasi Bukti lain:
dilakukan jika perlu. • Bukti lain – pemerhatian, pemilihan
4. Pelajar telah diminta menjalankan bahan dan kolaboratif kumpulan.
projek PBL melalui penghasilan
makanan daripada 3 kategori iaitu
asid, alkali dan neutral. (Contoh;
jeruk, ubat sapu dll)
5. Pembentangan hasil kerja.
6. Membuat catatan bermakna dalam
‘My Science Notebook’.
25 | P a g e
PERINGKAT 3 : PELAN PEMBELAJARAN
Penglibatan (30minit):
Standard Pembelajaran
10.1.1 Mendefinisi secara operasi bahan berasid, beralkali dan neutral dari segi
perubahan warna kertas litmus.
Aktiviti 10.1.1 Kumpulan (PAK 21) ms. 174 (Buku Teks)
Pembentangan Hasil Sendiri.
Tujuan : Mengumpulkan maklumat mengenai Bahan-bahan makanan atau keperluan
harian sama ada Asid, Alkali dan Neutral.
Aktiviti:
1. Pelajar dibahagikan dalam kumpulan (satu kumpulan 4 orang) untuk mengumpul
maklumat mengenai bahan – bahan makanan atau keperluan harian sama ada
Asid, Alkali dan Neutral dengan menyenaraikan dalam bentuk ajadual atau I think
map. Pelajar juga dibenarkan akses internet untuk menambah pengetahuan untuk
menambahkan maklumat dalam pembentangan nanti.
2. Pelajar diberi 10 minit untuk persediaan pembentangan.
Penerokaan (60 minit):
Standard Pembelajaran
Mengitlak sifat bahan berasid, beralkali dan neutral dari aspek perubahan warna kertas
litmus, rasa, dan sentuhan dengan menguji beberapa contoh bahan.
Aktiviti 10.1. 2 Kumpulan (PAK 21) ms. 175 (Buku Teks)
Tujuan:Membincangkan atau Mengitlak sifat bahan berasid, beralkali dan neutral dari
aspek perubahan warna kertas litmus, rasa, dan sentuhan dengan menguji beberapa
contoh bahan.
Aktiviti:
1. Pelajar dibahagikan dalam kumpulan (satu kumpulan 4 orang) untuk mengumpul
maklumat mengenai bahan – bahan makanan atau keperluan harian sama ada
Asid, Alkali dan Neutral dengan melakukan eksperimen. Pelajar juga dibenarkan
akses internet untuk menambah pengetahuan untuk menambahkan maklumat
dalam pembentangan nanti.
2. Perubahan warna kertas litmus merah dan biru apabila diletakkan ke dalam
makanan berasid, beralkali dan neutral.
3. Pelajar mempersembahkan maklumat atau hasil dapatan eksperimen serta
membandingkan persamaan dan perbezaan maklumat setiap kumpulan. (Peranan
cikgu sebagai juri atau hakim.)
Penerangan (60 minit):
Standard Pembelajaran:
10.1.3 Memberi contoh bahan berasid, beralkali dan neutral.
26 | P a g e
Nota:
Bahan makanan dan keperluan harian yang digunakan dalam kehidupan setiap hari ada
tiga jenis iaitu asid, alkali dan neutral.
Aktiviti 10.1.3 (Jalan Galeri, PAK 21) ms.177
Memberi contoh bahan berasid, beralkali dan neutral.
1. Pelajar melakukan perbincangan dengan dalam kumpulan.
Berkomunikasi tentang kepentingan sifat bahan berasid, beralkali dan neutral
dalam kehidupan harian.
2. Pelajar membuat infografik dalam kertas sebak (kertas mah-jong atau kad manila).
3. Pelajar mengantungkan infografik tersebut di tepi kelas dan bentangkan hasil
dapatan secara Jalan Galeri.
Pengembangan (60 minit):
Aktiviti:
1. Pelajar melakukan perbincangan dengan guru dan rakan-rakan lain mengenai:
• Makanan atau bahan – bahan berasid
• Makanan atau bahan – bahan beralkali
• Makanan atau bahan – bahan neutral
• Kepentingan dan keburukan asid, alkali dan neutral kepada manusia.
2. Pelajar menghasilkan satu peta minda untuk menunjukkan kepentingan asid dan
alkali.
3. Pelajar menampalkan hasil kerja kumpulan mereka pada papan kenyataan di
belakang kelas.
Penilaian (30 minit):
Pentaksiran secara bertulis
Menjawab soalan-soalan yang diajukan secara ringkas dan tersusun.
1. Senaraikan 6 bahan asid, alkali dan neutral.
2. Nyatakan 3 kepentingan asid, alkali dan neutral.
3. Jelaskan keburukan pengambilan bahan makanan yang terlalu tinggi asid dan
alkali?
4. Aini dan keluarganya menghadiri satu majlis harijadi di rumah jiran mereka.
Selepas pulang daripada majlis tersebut, Aini berasa sakit perut yang teruk.
Apakah yang harus dilakukan Aini? Jelaskan kawapan anda.
5. Ramalkan 3 makanan yang telah diambil oleh Aini.
27 | P a g e
J.Lampiran:
K.Rujukan:
1. Noraida binti Haji Ismail, Sopia binti Md. Yassin (2014) Sains Tahun 5, Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
2. https://www.google.com/search?q=asid+dan+alkali+tahun+5&tbm=isch&ved=2
ahUKEwiooOX6iOfsAhX_n0sFHa5aCnYQ2-
cCegQIABAA&oq=a&gs_lcp=CgNpbWcQARgAMgQIIxAn
28 | P a g e
Hajjah Dahlia Binti Lajim
Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran, Sabah
Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, Sabah
A.Tahun: Model Lesson: Tenaga
Lima
B.Standard kandungan (Sains): 5.1 Sumber dan Bentuk Tenaga
C.Standard pembelajaran (Sains): 5.1.3 Menyatakan tenaga boleh berubah dari
satu bentuk ke bentuk lain melalui pemerhatian
pelbagai peristiwa yang berlaku di persekitaran.
5.1.4 Menjelaskan melalui contoh perubahan
bentuk tenaga berdasarkan contoh peralatan
seperti radio, telefon bimbit, lampu suluh,
televisyen, lilin dan basikal
D.Amalan sains: 5.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui
E.Kemahiran abad ke-21/nilai/sikap lakaran, TMK, penulisan atau lisan
saintifik:
F.Ringkasan aktiviti: Membangunkan dan menggunakan model;
merancang dan menjalankan penyiasatan;
mereka bentuk penyelesaian.
Kreatif, Kritis, Komunikasi dan Kolaborasi.
• Aktiviti bermula dengan sesi soal jawab
mengenai bentuk tenaga . Secara kumpulan
murid diminta menghasilkan nota dalam
bentuk peta i-think mengenai bentuk-
bentuk tenaga.
• Murid diberi tugasan untuk menyiasat
perubahan tenaga yang berlaku pada
beberapa peralatan yang telah disediakan.
29 | P a g e
G.Alat dan bahan: • Melalui pengalaman pelbagai peristiwa di
persekitaran yang melibatkan perubahan
H.Masa: bentuk tenaga, murid diminta membina
I.Perancangan pengajaran dan Model Ketuhar Suria secara berkumpulan.
pembelajaran
• Untuk memberi pengalaman autentik
kepada murid-murid, mereka diminta
menyiasat perubahan bentuk tenaga dalam
model Ketuhar Suria yang dihasilkan. Hasil
dapatan dibentangkan dan dibincangkan
bersama.
• Dalam proses pembelajaran ini, murid akan
memperolehi pengalaman amalan sains
seperti membangunkan model, merancang
dan menjalankan siasatan serta mereka
bentuk penyelesaian.
Kad Manila, Pen Marker, Kertas A4, radio, kipas,
pengering rambut, pengisar makanan, telefon
bimbit, televisyen, komputer riba dan lampu
suluh, kotak kasut, polistirena, kerajang
aluminium, kepingan plastik, pita pelekat, gam,
gunting, pembaris, pen penanda, kertas hitam
dan telur dan lembaran kerja.
240 nit
- Rujuk di bawah -
PERINGKAT 1 : HASIL DIHARAPKAN
Hasil Pembelajaran
Sains (Tahun 5)
Standard Kandungan
5.1 Sumber dan bentuk tenaga
Standard Pembelajaran:
5.1.3 Menyatakan tenaga boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk lain melalui
pemerhatian pelbagai peristiwa yang berlaku di persekitaran
5.1.4 Menjelaskan melalui contoh perubahan bentuk tenaga berdasarkan contoh
peralatan seperti radio, telefon bimbit, lampu suluh, televisyen, lilin dan basikal
5.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan
Pemahaman Essential Question
Murid akan memahami bahawa…
1. Tenaga ialah kebolehan untuk membuat 1. Bagaimana tenaga membantu manusia
kerja. dalam kehidupan seharian?
30 | P a g e
2. Pelbagai bentuk tenaga di sekeliling kita. 2. Apakah sumber tenaga yang
3. Pelbagai peristiwa di persekitaran membolehkan kerja dalam Ketuhar
melibatkan perubahan bentuk tenaga Suria?
4. Sains mempunyai implikasi terhadap 3. Kenalpasti bentuk tenaga yang terlibat
etika, sosial, ekonomi dan politik. dalam model Ketuhar Suria?
Pengetahuan Kemahiran
Murid akan memahami bahawa… Murid akan dapat…
1. Bentuk tenaga ialah tenaga kinetik, 1. Mencari pelbagai maklumat berkenaan
tenaga elektrik, tenaga keupayaan, melalui pelbagai sumber untuk
tenaga nuklear, tenaga haba, tenaga menerangkan bentuk tenaga dan
bunyi, tenaga kimia, tenaga cahaya, dan perubahan tenaga.
tenaga suria. 2. Membina model untuk menerangkan
2. Matahari membekalkan tenaga cahaya bentuk dan perubahan tenaga yang
dan tenaga haba. terlibat.
3. Tenaga Suria ialah tenaga daripada 3. Mengenal pasti perubahan bentuk
Matahari. Tenaga ini dapat menerangi tenaga dalam model Ketuhar Suria yang
Bumi dan memberi haba kepada kita. dihasilkan.
4. Tenaga boleh berubah daripada satu 4. Merekacipta satu alat yang dapat
bentuk kepada bentuk yang lain. membantu manusia dalam kehidupan
seharian dengan menggunakan
pengetahuan dan kemahiran sains
mengenai tenaga.
Performance Task PERINGKAT 2 : BUKTI PENTAKSIRAN
Evidence
Pengumpulan bukti:
1. Membina model Ketuhar Suria. 1. Pengetahuan:
2. Membentang hasil kerja. Melalui pembentangan hasil dapatan,
3. Menerangkan hasil dapatan sampingan pemerhatian guru dan lembaran kerja.
(Impak kepada sosial dan alam sekitar). 2. Pemerhatian:
4. Mencadangkan penggunaan bahan Proses murid membina model Ketuhar Suria
lestari bagi memastikan kelestarian alam dan dibentang, kolaboratif kumpulan dan
semulajadi. soal jawab dengan murid.
5. Membincangkan / mencadangkan 3. Produk:
penambahbaikan terhadap model. Model Ketuhar Suria yang dihasilkan dan
refleksi murid tentang pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari.
31 | P a g e
PERINGKAT 3 : PELAN PEMBELAJARAN
Penglibatan (30 minit):
1. Guru memulakan sesi PdP dengan beberapa soalan:
• Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga?
• Di manakah kamu boleh menemui bentuk-bentuk tenaga?
• Mengapakah manusia mencipta pelbagai peralatan?
2. Seterusnya guru meminta murid secara kumpulan menyediakan nota berkenaan
bentuk-bentuk tenaga dalam bentuk peta i-think pada kad manila yang disediakan oleh
guru. Hasil dapatan dibincangkan Bersama dengan bimbingan guru. Guru membuat
ulasan selepas sesi perbincangan. Mereka dikehendaki mencatatkan hasil dapatan
(yang telah dibaiki) ke dalam Science Notebook masing-masing.
Penerokaan (60 minit):
1. Define/Ask:
• Murid menerangkan tenaga kepada manusia.
• Semua murid dikehendaki menyatakan beberapa masalah yang sering mereka
hadapi dalam kehidupan seharian mereka jika tiadanya sumber tenaga.
2. Research:
Murid mencari maklumat tentang:
• Apakah sumber tenaga digunakan dalam mereka cipta model Ketuhar Suria?
• Bagaimana model Ketuhar Suria tersebut berfungsi?
• Apakah bentuk dan perubahan tenaga yang terlibat?
• Apakah bahan-bahan yang boleh digunakan dalam menghasilkan model Ketuhar
Suria.
3. Imagine:
• Setiap murid diberikan kertas A4 untuk melakarkan idea bagi menghasilkan model
mesin ketuhar suria.
• Kemudian hasil mereka itu dikumpulkan semula dalam kumpulan mereka.
4. Plan:
• Dalam kumpulan, mereka berbincang dan mengenal pasti lakaran yang terbaik
untuk dihasilkan bersama.
• Merancang model mesin ketuhar suria.
5. Guru membimbing murid untuk membincangkan:
• Ciri-ciri model ketuhar suria yang diperlukan dan boleh dibina.
• Penggunaan bahan sedia ada dalam kehidupan seharian atau bahan terpakai bagi
menghasilkan model ketuhar suria mereka.
32 | P a g e
Penerangan (60 minit):
1. Share: Murid membentangkan hasil lakaran model ketuhar suria mereka.
2. Reflect: Murid membandingkan hasil lakaran model ketuhar suria mereka dengan
kumpulan yang lain.
3. Improve: Murid membincangkan penambahbaikan yang harus dilakukan berdasarkan
justifikasi yang didapati.
4. Murid membuat kesimpulan tentang fungsi model ketuhar suria.
Contoh soalan:
• Mengapakah sesuatu peralatan dicipta?
• Apakah contoh peralatan yang menggunakan tenaga suria yang pernah dicipta oleh
manusia?
• Bagaimana model ketuhar suria dapat berfungsi?
• Bagaimana teknologi membantu manusia dalam pelbagai bidang (pembinaan,
pertanian, pengangkutan, perubatan dan komunikasi)?
• Mengapakah penciptaan peralatan yang lestari penting kepada manusia?
Pengembangan (60 minit):
1. Setiap kumpulan diminta mengumpulkan maklumat mengenai bentuk dan perubahan
tenaga berdasarkan kad arahan tugasan yang diterima. (Lampiran B)
2. Guru mencadangkan sumber-sumber maklumat seperti:
• Laman web yang sesuai
• Buku teks/ buku rujukan
3. Murid- murid dikehendaki menjelaskan bentuk tenaga yang ada dalam kehidupan kita.
4. Murid-murid memerhati perubahan tenaga yang terlibat dalam kesemua peralatan
yang diberi.
5. Hasil dapatan kumpulan dibentangkan secara Gallery Walk.
6. Murid beralih kepada penghasilan mesin ketuhar suria. Guru memberi Kad Tugasan
(Model Ketuhar Suria). (Lampiran C)
7. Murid membina model secara berkumpulan.
8. Murid-murid mempersembahkan hasil siasatan mereka, membincangkan pengalaman
dan hasil pembelajaran daripada aktiviti ini. Mereka dibimbing berkomunikasi secara
kreatif dan inovatif tentang penciptaan model ketuhar suria yang lestari.
Guru membimbing murid untuk menyampaikan maklumat yang penting dan membetulkan
miskonsepsi murid jika ada. Guru membimbing murid membuat kesimpulan tentang
sumber tenaga, bentuk dan perubahan tenaga.
33 | P a g e
Penilaian (30 minit):
1. Penilaian berterusan dilakukan sepanjang proses pembelajaran:
⚫ 5.1.3 Menyatakan tenaga boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk lain melalui
pemerhatian pelbagai peristiwa yang berlaku di persekitaran.
⚫ 5.1.4 Menjelaskan melalui contoh perubahan bentuk tenaga berdasarkan contoh
peralatan seperti radio, telefon bimbit, lampu suluh, televisyen, lilin dan basikal
⚫ 5.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan
2. Bentuk pentaksiran lain yang berdasarkan Rubrik Penilaian yang bersesuaian dengan
konteks. (Lampiran D)
3. Murid menjawab soalan penilaian formatif. (Lampiran E)
J.Lampiran:
Lampiran A: Tafsiran Standard Prestasi untuk Bidang 5 Tenaga mengikut tahap
penguasaan 1-6 (Sains tahun 5)
Lampiran B: Tugasan Kumpulan Kad Arahan Tugasan
Lampiran C: Kad Tugasan Kumpulan (Model Ketuhar Suria)
Lampiran D: Rubrik Penilaian Model Ketuhar Suria
Lampiran E: Lembaran kerja (ujian formatif)
K.Rujukan:
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sains:
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun Lima.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nur Raihan Idris, Nur Asnida Arif, Nur Shamira Shariffudin & Yap Chee Mun. (2017).
Aktiviti, Praktis & Penilaian Sains DSKP & UPSR Tahun 5 KSSR. Selangor: PNI Neuron
(M) Sdn.Bhd
34 | P a g e
Lampiran A
Tafsiran Standard Prestasi untuk Bidang 5 Tenaga mengikut tahap penguasaan 1-6 (Sains
Tahun 5)
TAHAP PENGUASAAN STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
1 Menyatakan sumber tenaga.
2 Memerihalkan sumber tenaga dan bentuk tenaga yang dihasilkan.
3 Menjelas dengan contoh perubahan bentuk tenaga.
4 Mengitlak bahawa tenaga boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk
lain
5 Menaakul kepentingan perubahan bentuk tenaga yang berlaku
dalam kehidupan seharian.
6 Mereka bentuk model secara kreatif dan inovatif dengan
memerihalkan perubahan bentuk tenaga yang terlibat.
35 | P a g e
Lampiran B
KAD ARAHAN TUGASAN
Tugasan kumpulan (Binaan Perubahan Tenaga)
Tujuan : Menyiasat perubahan tenaga yang berlaku pada beberapa peralatan
Alat dan Bahan: Sumber elektrik, radio, kipas, pengering rambut, pengisar makanan, telefon
bimbit, televisyen, komputer riba dan lampu suluh
Langkah-langkah
1. Pasang satu peralatan.
2. Perhatikan perubahan tenaga yang berlaku.
3. Tulis pemerhatian pada setiap perubahan yang berlaku.
4. Ulang langkah 1 hingga 3 untuk peralatan yang seterusnya.
Arahan:
1. Setiap kumpulan diberikan Kad Arahan Tugasan. Secara kumpulan, dapatkan maklumat
tentang bentuk tenaga yang terlibat serta perubahan bentuk tenaga pada peralatan
tersebut.
⚫ Radio
⚫ Kipas
⚫ Pengering rambut
⚫ Pengisar makanan
⚫ Telefon bimbit
⚫ Televisyen
⚫ Komputer riba
⚫ Lampu suluh
2. Maklumat yang telah dikumpulkan dipersembahkan secara Gallery Walk di dalam kelas.
3. Catatkan pemerhatian anda di kad manila yang telah disediakan.
36 | P a g e
Lampiran C
Kad Tugasan Kumpulan (Model Ketuhar Suria)
Tujuan : Menghasilkan Model Ketuhar Suria
Alat dan Bahan: Kotak kasut, polistirena, kerajang aluminium, kepingan plastik, pita pelekat,
gam, gunting, pembaris, pen penanda, kertas hitam dan telur.
Link Video penghasilan model Ketuhar Suria :
http://bukuteks.dbp.gov.my/media/media/YtpSspFsp2.mp4
Arahan:
1. Dalam kumpulan murid menghasilkan Model Ketuhar Suria.
2. Murid akan meletakkan Ketuhar Suria di bawah sinaran matahari.
3. Pemerhatian ke atas telur dijalankan.
4. Kenalpasti bentuk tenaga yang terlibat serta perubahan tenaga yang berlaku.
5. Persembahkan hasil keputusan yang didapati di hadapan kelas.
37 | P a g e
Lampiran D
Rubrik Penilaian Model Ketuhar Suria yang melibatkan perubahan bentuk
tenaga dan persembahkannya di hadapan kelas. (S.P 5.1.4 TP6: Mereka bentuk
model secara kreatif dan inovatif dengan memerihalkan perubahan bentuk tenaga yang
terlibat.)
Bil Aspek Tandakan Tahap penguasaan
(√) jika (Menguasai / Belum
1 Murid dapat mereka bentuk sebuah
model yang menggunakan perubahan menguasai menguasai)
tenaga.
2 Reka bentuk model adalah kreatif dan
inovatif.
3 Murid dapat memerihalkan perubahan
bentuk tenaga yang terlibat.
4 Murid dapat mempersembahkan
dengan baik dan tepat.
38 | P a g e
Lampiran E
Lembaran kerja (ujian formatif)
Arahan:
Nyatakan perubahan tenaga yang telibat dalam peralatan berikut.
Peralatan Perubahan bentuk tenaga
39 | P a g e
Marhani Mohd Shaffee
Sekolah Kebangsaan Pekan Telipok
Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, Sabah
Model Lesson: Mikroorganisma
A.Tahun : Tahun 6
B.Standard kandungan (MP):
3.2 Mikroorganisma berfaedah dan mikroorganisma
berbahaya.
C.Standard pembelajaran (MP): 3.2.1 Memerihalkan kesan buruk mikroorganisma
136 Amalan sains: melalui pemerhatian menerusi pelbagai media yang
menyebabkan :
• Penyakit
• Pereputan gigi
• Keracunan makanan
• Merosakkan makanan
3.2.2 Memerihalkan kegunaan mikroorganisma
melalui pemerhatian menerusi pelbagai media
seperti :
• Pembuatan roti, tapai, tempe, yogurt
• Penghasilan antibiotic dan vaksim
• Penguraian bahan organic termasuk
pembuatan baja dan rawatan sisa
kumbahan.
3.2.3 Mengitlak terdapat mikroorganisma ada yang
berfaedah dan ada yang berbahaya.
3.2.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
TMK, penulisan dan lisan.
Merancang dan menjalankan penyiasatan,
mendapat dan meilai maklumat, serta
berkomunikasi maklumat.
40 | P a g e
D.Kemahiran abad ke- Pemikiran kretaif, pemikiran kritis, kemahiran
21/nilai/sikap saintifik: berkomunikasi, kemahiran berkolaboratif.
E.Ringkasan aktiviti:
1. Aktiviti bermula dengan menyatakan jenis -
F.Alat dan bahan: jenis mikroorganisma dan mengenal pasti proses
G.Masa: hidup mikroorganisma tersebut member kesan
H.Perancangan pengajaran dan pada manusia dan kehidupan seharian.
pembelajaran
2. Murid mengumpul maklumat mengenai
kegunaan mikroorganisma berfaedah dan kesan
buruk mikroorganisma berbahaya melalui
pelbagai medium.
3. Tugasan berkumpulan di teruskan dengan
bimbingan guru, murid menerangkan kegunaan
mikroorganisma dan kesan buruk
mikroorganisma berbahaya menggunakan peta
pemikiran / peta minda, membentang hasil
kerja, menyampaikan maklumat penting
berserta contoh dan menghubung kait dengan
kehidupan seharian.
4. 4. Guru membetulkan miskonsepsi (jika ada) dan
membimbing murid membuat kesimpulan
tentang mikroorganisma berfaedah dan
mikroorganisma berbahaya. Rancangan
pembelajaran di akhiri dengan pentaksiran yang
merujuk kepada standard prestasi DSKP atau
bentuk pentaksiran yang lain yang mengamalkan
prinsip – prinsip asas pentaksiran.
Lembaran Kerja ,Contoh Rubrik Penilaian, Manila
Kad
120 minit
41 | P a g e
PERINGKAT 1 : HASIL DIHARAPKAN
Hasil Pembelajaran
Standard Kandungan:
3.2 Mikroorganisma berfaedah dan mikroorganisma berbahaya.
Standard Pembelajaran:
3.2.1 Memerihalkan kesan buruk mikroorganisma melalui pemerhatian menerusi pelbagai
media yang menyebabkan :
• Penyakit
• Pereputan gigi
• Keracunan makanan
• Merosakkan makanan
3.2.2 Memerihalkan kegunaan mikroorganisma melalui pemerhatian menerusi pelbagai
media seperti :
• Pembuatan roti, tapai, tempe, yogurt
• Penghasilan antibiotic dan vaksim
• Penguraian bahan organic termasuk pembuatan baja dan rawatan sisa kumbahan.
3.2.3 Mengitlak terdapat mikroorganisma ada yang berfaedah dan ada yang berbahaya.
3.2.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan dan lisan.
Pemahaman Essential Question
Murid akan memahami bahawa…
1. Terdapat 5 jenis mikroorganisma, iaitu 1. Apakah jenis mikroorganisma yang
ada yang berfaedah dan berbahaya dan menyebabkan kesan berbahaya kepada
memberi kesan – kesan buruk. manusia?
1. Mikroorganisma memberikan kesan – 2. Bagaimanakah mikroorganisma ini
kesan buruk kepada manusia dan memberikan kesan buruk dan
kehidupan seharian. berbahaya kepada manusia dan
kehidupan seharian?
2. Mikroorganisma mempunyai kegunaan
dalam kehidupan seharian. 3. Apakah kegunaan mikroorganisma
dalam kehidupan seharian?
4. Apakah jenis mikroorganisma yang
berfaedah dan bagaimanakah ia di
gunakan untuk membantu manusia?
Pengetahuan Kemahiran
Murid akan memahami bahawa… Murid akan dapat…
42 | P a g e
1. Terdapat 5 jenis mikroorganisma, iaitu 1. Menghubung kait dengan pengetahuan
ada yang berfaedah dan berbahaya dan sedia ada tentang kegunaan
memberi kesan – kesan buruk. mikroorganisma yang berfaedah dan
berbahaya melalui pemerhatian dalam
2. Kesan – kesan buruk mikroorganisma kehidupan seharian.
adalah seperti penyakit berjangkit, 2. Mencari pelbagai maklumat berkenaan
pereputan gigi, keracunan makanan dan melalui :
merosakkan makanan. I. Berita di saluran televisyen.
II. Laman web social media.
3. Cara penyakit berjangkit melalui III. Guru
sentuhan, udara, makanan dan air. Oleh IV. Rakan sebaya.
itu, terdapat langkah – langkah yang V. Surat khabar dalam talian.
boleh di amalkan untuk mencegah
penyakit berjangkit. 3. Kebolehan mengenal pasti maklumat
yang sahih.
4. Memiliki kompentensi daripada segi
4. Kegunaan mikroorganisma yang literasi media dan etika media.
berfaedah adalah dalam pembuatan 5. Berfikiran kreatif dan kritis dalam
makanan (roti, tapai, tempe, yogurt), membina peta minta bagi menerangkan
penghasilan ubatan ( antibiotik dan kegunaan mikroorganisma dan kesan
vaksin) dan penguraian bahan organik ( buruk mikroorganisma berbahaya.
pembuatan baja dan rawatan sisa 6. Berkomunikasi secara kreatif dengan
kumbahan). hasil dapatan.
5. Faktor pertumbuhan mikroorganisma
terdapat dalam proses pembuatan
makanan.
Performance Task PERINGKAT 2 : BUKTI PENTAKSIRAN
Evidence
1. Membina peta minta ( peta permikiran I 1. Pengumpulan bukti :
– Think ) Pengetahuan :Cadangan :
pembentangan hasil dapatan,
• Kegunaan mikroorganisma pemerhatian guru, keputusan kuiz ,
• Kesan buruk mikroorganisma ujian dan lisan.
(Jenis mikroorganisma beserta contoh
kegunaan dan contoh kesan buruk ). 2. Pemerhatian :
Proses murid melakarkan peta minta,
2. Membentang hasil kerja. kolaboratif kumpulan dan kemahiran
43 | P a g e
3. Menerangkan hasil dapatan sampingan saintifik (Rujuk DSKP Sains KSSR,
dari pelbagai media (contoh untuk kesan Kerangka Kurikulum Sains)
buruk mikroorganisma : Penyakit
berjangkit Covid – 19 dan langkah 3. Produk :
pencegahan rakan – rakan dalam Cadangan : Penilaian terhadap lakaran
menghalang dari di jangkiti ) model berasaskan idea saintifik ,
refleksi murid tentang pengetahuan dan
kemahiran yang di pelajari, catatan
dalam Science Notebook, penilaian
kendiri dan peer review.
PERINGKAT 3 : PELAN PEMBELAJARAN
Penglibatan (30 minit):
1. Guru memulakan PdP dengan beberapa soalan :
Contoh – contoh soalan yang di kemukakan:
I. Nyatakan lima jenis mikroorganisma.
II. Adakah mikroorganisma berguna? Jika ya, nyatakan kegunaan mikroorganisma?
III. Apakah kesan – kesan berbahaya mikroorgnisma kepada manusia?
IV. Pada pendapat kamu, bagaimanakah pereputan gigi berlaku?
V. Apakah jenis mikroorganisma yang menyebabkan penyakit Covid- 19 ?
VI. Nyatakan dua penyakit lain yang di sebabkan oleh mikroorganisma?
2. Tugasan individu di beri , murid mengenal pasti jenis – jenis mir
Penerokaan (60 minit):
1. Secara individu, murid - murid membina peta minda / peta pemikiran untuk
menerangkan maklumat tentang mikroorganisma yang berfaedah dan kegunaannya
serta mikroorganisma berbahaya dan juga kesan buruknya. Dalam tugasan ini, murid
boleh mencari maklumat dari buku teks, buku rujukan ataupun dari pengetahuan
sedia yang mereka perolehi dari sekeliling (media social atau berita). Murid – murid
boleh melakar maklumat yang mereka perolehi di dalam buku nota Sains
menggunakan peta minda atau peta pemikiran (I – Think).
2. Tugasan berkumpulan. Murid di bahagikan dalam 6 kumpulan.
Kumpulan 1,2 dan 3 : Mikroorganisma berfaedah dan kegunaan.
44 | P a g e
Kumpulan 4,5 dan 6 : Mikroorganisma berbahaya dan kesan buruk.
Setiap kumpulan di kehendaki untuk mengumpul maklumat dari tugasan individu
masing – masing. Mereka menggabungkan maklumat tersebut dengan berkomunikasi
menggunakan pelbagai media untuk menerangkan tugasan berkumpulan yang di
terima. Setiap kumpulan di kehendaki mencari maklumat lebih dari sumber rujukan
buku teks seperti dari internet dan majalah.
3. Guru membimbing murid – murid untuk menentukan maklumat yang perlu di cari.
Contoh maklumat yang perlu di cari :
i. Jenis – jenis mikroorganisma
ii. Jenis mikroorganisma yang berfaedah
iii. Kegunaan mikroorganisma yang berfaedah kepada manusia dan kehidupan.
iv. Jenis mikroorganisma yang berbahaya
v. Kesan buruk mikroorganisma kepada manusia.
vi. Contoh berserta gambar.
Penerangan (60 minit):
1. Murid membentangkan peta minda /peta pemikiran yang di bina dan memberi
penjelasan ( Tugasan Individu ).
2. Murid membentangkan hasil kerja mereka dalam bentuk pelbagai media (Tugasan
Berkumpulan).
3. Murid membuat perbandingan hasil kerja dan dapatan mereka dengan kumpulan lain.
4. Guru membimbing murid untuk menyampaikan maklumat yang penting dan
membetulkan miskonsepsi (jika ada).
5. Murid membuat kesimpulan bahawa terdapat mikroorganisma yang berfaedah dan
mikroorganisma berbahaya.
Pengembangan (60 minit):
Bagi menambah pengetahuan murid tentang mikroorganisma, murid di minta untuk
mencari lebih banyak maklumat mengenai contoh mikrorganisma yang berfaedah dan
contoh mikroorganisma berbahaya dengan lebih khusus. ( contoh : Penggunaan Vaksin
untuk penyakit polio, dan Kesan Virus Covid-19 dalam komuniti).
1. Murid membentuk kumpulan.
2. Guru mencadang sumber – sumber maklumat seperti :
i. Laman web yang sesuai
ii. Temu bual dengan pakar
iii. Surat khabar tempatan / dalam talian.
45 | P a g e
3. Murid di kehendaki menyiasat perkara – perkara seperti jenis mikroorganisma dan
nama, sumber , impak dan kesan, cara penghasilan / jangkitan, penggunaan /
pencegahan.
4. Murid mempersembahkan hasil siasatan mereka, membincangkan pengalaman
dan hasil pembelajaran dari aktiviti ini. Mereka di bombing berkomunikasi secara
kreatif dan inovatif tentang kegunaan dan kesan buruk mikroorganisma kepada
manusia dan impak kepada dunia, serta mencadangkan cara – cara / langkah –
langkah penyelesaian masalah.
Guru membimbing murid untuk menyampaikan maklumat penting dan membetulkan
miskonsepsi (jika ada). Guru membimbing murid membuat kesimpulan terdapat
mikroorganisma yang berfaedah dan mikroorganisma berbahaya.
Penilaian (30 minit):
1. Penilaian berterusan dilakukan sepanjang proses pembelajaran berdasarkan:
i. Standard preatasi untuk standard pembelajaran Sains Tahun 6 : 3.2.1, 3.2.2,
3.2.3 (rujuk DSKP Sains Tahun 6 )
2. Bentuk pentaksiran lain berdasarkan Rubrik Penilaian yang bersesuaian dengan
konteks.
Cadangan pentaksiran:
• Lisan
• Kuiz
• Ujian
• Catatan dalam Science Notebook
• Penulisan refleksi kendiri murid
• Laporan peer review
• Pemerhatian guru
• Penilaian kendiri murid
J.Lampiran:
1. Lampiran A : Lembaran Kerja
2. Lampiran B : Contoh Rubrik Penilaian Tugasan Kumpulan dan Pembentangan
3. Lampiran C : Contoh Item Kuiz
K.Rujukan:
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sains:
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 6 . Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
46 | P a g e
Lampiran A
Terangkan jenis mikroorganisma berfaedah dan berbahaya bersama
contoh menggunakan peta yang di sediakan.
A.
Mikroorganisma
berfaedah dan
kegunaanya
B.
Mikroorganisma
berbahaya dan
kesan buruk.
47 | P a g e
Lampiran B
Contoh Rubrik Penilaian Tugasan Kumpulan dan Pembentangan
Kriteria Aspek Markah dan
Proses (40%) Catatan
1. Rujukan yang releven (10 markah)
2. Pemilihan komponen yang sesuai
(contoh: Adakah kereta merupakan
komponen yang sesuai dalam
Gambarajah 1?) (10 markah)
3. Langkah/prosedur (10 markah)
4. Pengguaan peta minda yang besesuaian
(10 markah)
Aplikasi (30%) 1. Kemahiran menyelesai masalah (10
markah)
2. Kemahiran proses sains (5 markah)
3. Kemahiran manipulatif (5 markah)
4. Kemahiran berkomunikasi(5 markah)
5. Pemikiran kritis dan kreatif (5 markah)
Pengetahuan (20%) Rujuk Kerangka Kurikulum Sains seperti
tertera dalam DSKP Sains KSSR
1. Fakta dan konsep yang betul (10 markah)
2. Berupaya menghubungkaitkan
pengetahuan sedia ada dengan
pengetahuan baharu (10 markah)
Pembentangan 1. Aliran dan organisasi idea (5 markah)
(10%) 2. Kreativiti dan kolaboratif (5 markah)
Jumlah Markah
48 | P a g e