MODUL
PENDIDIKAN SIVIK
SEKOLAH RENDAH
TAHAP I
MODUL
PENDIDIKAN SIVIK
SEKOLAH RENDAH
TAHAP I
Terbitan 2019
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluar ulang
mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara pun, sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604
Putrajaya.
KANDUNGAN v
vi
Rukun Negara vii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ix
Definisi Kurikulum Kebangsaan 1
Kata Pengantar 3
Pendahuluan 3
Matlamat 7
Kerangka Pendidikan Sivik 33
Modul Exemplar Bahasa Melayu 59
Modul Exemplar Bahasa Inggeris 87
Modul Exemplar Pendidikan Islam 113
Modul Exemplar Pendidikan Moral
Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik Sekolah Rendah
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
vi
KURIKULUM KEBANGSAAN
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN
3. Kurikulum Kebangsaan
Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum
yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi
serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.
Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
[PU(A)531/97]
vii
KATA PENGANTAR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2017. Selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang memberi penekanan kepada pembangunan manusia secara holistik serta bersesuaian
dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dalam anjakan tiga, iaitu untuk melahirkan rakyat yang menghayati
nilai, transformasi bagi memperkukuh pendidikan sivik akan dilaksanakan secara bersepadu serta holistik bukan sahaja dalam mata pelaja-
ran tetapi turut dilaksanakan menerusi kokurikulum, perhimpunan sekolah dan pelbagai program sekolah mulai Jun 2019. Pelaksanaan
pendidikan sivik dalam kurikulum melalui beberapa mata pelajaran akan menggunakan modul exemplar yang menjadi panduan bagi
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Modul exemplar pendidikan sivik dibina berdasarkan empat nilai teras sivik iaitu kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan
kegembiraan. Modul yang disediakan ini perlu dilaksanakan oleh murid dengan bimbingan guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah dalam waktu mata pelajaran masing-masing. Selain itu, pelibatan pihak luar dan
pelbagai agensi seperti ibu bapa dan anggota masyarakat dapat menggalakkan pembudayaan nilai dalam kalangan murid dan memastikan
kesinambungan amalan nilai dari sekolah ke rumah dan sebaliknya. Proses penerapan nilai berterusan ini diharap dapat melahirkan
warganegara yang mampu memainkan peranan, mengetahui hak dan melaksanakan tanggungjawab bermula dari prasekolah.
Usaha penghasilan modul ini adalah atas dedikasi dan sumbangan idea serta kepakaran pelbagai pihak. Kepada semua pihak yang terlibat,
Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
Sekian.
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
ix
PENDAHULUAN
Pendidikan sivik yang dilaksanakan di semua peringkat sekolah akan memberi pemahaman dan kesedaran kepada murid tentang hak dan
tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan negara. Pemahaman dan kesedaran sivik boleh membentuk perwatakan murid untuk
menjadi anggota masyarakat dan warganegara Malaysia yang mengutamakan perpaduan, bersemangat patriotik, berintegriti, bangga dan
cinta akan negara serta memberi sumbangan bermakna ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia. Hasrat ini boleh dicapai
menerusi pendekatan bersepadu melalui perhimpunan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan program sekolah.
Pelaksanaan pendidikan sivik di sekolah akan memberi penekanan kepada empat nilai teras, iaitu kasih sayang, hormat menghormati,
bertanggungjawab dan kegembiraan. Melalui kurikulum, kandungan pendidikan sivik boleh disampaikan secara pembelajaran bersepadu
melalui mata pelajaran. Bagi mata pelajaran terlibat, suatu modul exemplar pendidikan sivik dihasilkan. Modul ini mengandungi
pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik serta pemetaan dan perinciannya. Kandungan pendidikan sivik akan membolehkan murid
memahami dan menghayati pelbagai perkara seperti hak asasi, komitmen dan dedikasi, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat
Malaysia, berkerjasama dalam masyarakat berbilang kaum dan etnik, bertanggungjawab memelihara kelestarian alam sekitar, berunding
dan menyelesaikan konflik, serta menyumbang ke arah keharmonian, kemakmuran, dan pembangunan negara. Di samping itu, modul ini
juga menyediakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pentaksiran yang boleh dilakukan. Modul ini sebagai
panduan untuk membantu guru bagi membolehkan murid menguasai kandungan pendidikan sivik.
Pendidikan sivik didedahkan kepada murid seawal dari peringkat prasekolah untuk menyemai kesedaran sivik dalam kalangan kanak-kanak.
Di peringkat sekolah rendah, pendidikan sivik dipelajari oleh murid memperoleh pengetahuan dan pengalaman sivik, manakala di peringkat
sekolah menengah pula, pembelajaran pendidikan sivik akan membolehkan murid mengaplikasikan pemikiran sivik dan mengamalkannya
dalam kehidupan harian.
1
Pendidikan Sivik
Pendidikan sivik pada peringkat sekolah rendah Tahap I dilaksanakan selama satu jam dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Modul dibangunkan berdasar empat nilai teras iaitu kasih sayang, hormat-menghormati,
bertanggungjawab dan kegembiraan dalam membentuk insan yang tahu hak dan tanggungjawab sebagai warganegara. Pelaksanaan ini boleh
dijalankan secara serentak pada minggu yang ditetapkan mengikut jadual waktu mata pelajaran tersebut.
Bagi membantu guru melaksanakan pendidikan sivik dalam mata pelajaran tersebut, suatu modul exemplar pendidikan sivik dihasilkan sebagai
panduan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersepadu menekankan literasi dan amali sivik dalam mata
pelajaran sama ada dalam mahupun di luar bilik darjah. Kandungan modul ini juga memuatkan pemetaan dan perincian nilai teras, tajuk,
konteks, literasi dan amali pendidikan sivik sekolah rendah Tahap I. Selain itu, terdapat beberapa contoh serta cadangan aktiviti PdP.
Kaedah PdP yang boleh digunakan untuk melaksanakan modul ini ialah pembelajaran aktif, pembelajaran
berasaskan projek, pembelajaran penyelesaian masalah dan pembelajaran khidmat masyarakat yang
melibatkan hands-on, minds-on dan hearts-on bagi menggalakkan pelibatan murid secara aktif dalam
PdP. Berpandukan modul ini, guru digalakkan mempelbagai strategi dan pendekatan PdP mengikut
kesesuaian, kreativiti dan konteks setempat. Guru juga boleh membina modul berdasarkan pemetaan dan
perincian yang disediakan mengikut kreativiti masing-masing.
Pentaksiran pendidikan sivik dalam kalangan murid hendaklah dilakukan secara berterusan melalui
pelbagai kaedah seperti pentaksiran secara lisan, bertulis dan pemerhatian sama ada di dalam atau di luar
bilik darjah. Pelbagai aspek boleh ditaksir seperti pengetahuan dan fakta, pertuturan dan sikap, perlakuan dan amalan, kemahiran
mengaplikasi, kemahiran manipulatif dan kemahiran sosial. Selain daripada itu, pentaksiran bersepadu juga boleh dilaksanakan dalam aktiviti
luar seperti perhimpunan sekolah, kokurikulum dan program sekolah secara berterusan dalam mengenal pasti keupayaan murid
mengaplikasikan pengetahuan, kesedaran, tindakan dan mengamalkannya dalam kehidupan.
2
MATLAMAT
Matlamat pendidikan sivik adalah untuk melahirkan warganegara yang mengetahui hak, tanggungjawab dan
berakhlak mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global.
KERANGKA PENDIDIKAN SIVIK
Pelaksanaan pendidikan sivik seharusnya dijalankan secara holistik berfokus kepada pembentukan perwatakan murid melalui nilai teras sivik,
iaitu kasih sayang, hormati-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan dalam konteks diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan
global. Pembentukan perwatakan murid dibentuk melalui literasi sivik dan amali sivik melalui pelbagai aspek seperti di Rajah 1.
Rajah 1: Kerangka Pendidikan Sivik
3
Literasi sivik dan amali sivik dijadikan asas dalam pendidikan sivik. Penekanan kepada perkara ini diberikan seawal peringkat prasekolah
sehingga ke sekolah menengah. Literasi Sivik merangkumi tiga elemen, iaitu pengetahuan kewarganegaraan (pengetahuan), karakter atau
sikap kewarganegaraan (sosioemosi) dan keterampilan kewarganegaraan (tndakan) yang dilaksanakan dalam kurikulum seperti yang berikut:
1. Pengetahuan Kewarganegaraan
Merupakan perkara asas yang perlu diketahui dan difahami oleh seseorang warganegara khususnya pengetahuan tentang hal ehwal
demokrasi dan raja berperlembagaan, pentadbiran dan kerajaan, masyarakat sivil, hak asasi manusia, perlembagaan dan undang-undang
negara. Melalui pengetahuan sivik, setiap warganegara dapat memahami hak dan tanggungjawab bagi menjadikan mereka berfikiran
lebih terbuka, dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai isu, masalah dan cabaran serta boleh berfungsi dalam sistem sosiopolitik.
2. Karakter atau Sikap Kewarganegaraan
Karakter atau sikap kewarganegaraan adalah kemahiran yang diperlukan untuk mengenali dan menguruskan emosi, membuat keputusan
secara bertanggungjawab berdasarkan pertimbangan sivik, prihatin serta membina hubungan kasih sayang secara positif. Melalui
sosioemosi sivik, setiap warganegara mampu menangani situasi yang mencabar secara rasional serta boleh menyesuaikan diri dalam
kepelbagaian masyarakat.
3. Keterampilan kewarganegaraan
Keterampilan kewarganegaraan adalah individu yang mampu melaksanakan hak-hak kewajipannya sebagai warganegara,
bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan global. Melalui tindakan sivik, setiap warganegara berupaya
untuk menyokong dan menyumbang melalui aktiviti kemasyarakatan, pembangunan negara serta mampu memberi respons perkara-
perkara berkaitan dengan masyarakat, negara dan global.
4
Manakala Amali Sivik adalah pengaplikasian pengetahuan, kesedaran dan tindakan sivik dalam pelbagai situasi. Pengaplikasian amali sivik
hendaklah bermula dari diri, keluarga, masyarakat, negara dan global. Amali sivik boleh murid menterjemahkan pengetahuan, kesedaran dan
tindakan sivik mereka ke arah memberi sumbangan secara berkesan dalam kehidupan. Amalan sivik boleh dilakukan melalui pelbagai aktiviti
sama ada di dalam dan di luar sekolah seperti berikut:
1. Perhimpunan Sekolah
Perhimpunan rasmi sekolah boleh dimanfaatkan untuk mendidik pendidikan sivik dalam kalangan murid di sekolah
rendah dan sekolah menengah pada setiap minggu. Melalui perhimpunan sekolah, pendidikan sivik boleh dilakukan
dengan menggunakan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni (MKSANM) mengikut nilai teras yang telah
ditetapkan. Kandungan MKSANM akan memberi kesedaran sivik yang disesuaikan dengan pelbagai perkara seperti
latar Malaysia yang berbilang bangsa, etnik dan mempunyai pelbagai fahaman agama. Murid akan memperoleh satu
gagasan nilai sejagat yang boleh dikongsi bersama-sama untuk membentuk warganegara yang baik dan memperkukuh perpaduan di
Malaysia.
2. Kokurikulum
Pelaksanaan pendidikan sivik ini perlu dilaksanakan pada setiap minggu mengikut nilai teras yang telah ditetapkan dalam semua program
kokurikulum seperti aktiviti Badan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan bagi
menyediakan peluang kepada murid untuk mengaplikasikannya. Menerusi aktiviti kokurikulum, murid bukan sahaja
boleh memperoleh dan meningkatkan ilmu, kemahiran baharu dan memupuk sikap positif, malahan dapat
memperkembangkan nilai-nilai murni, mengamalkan sifat kemanusiaan dan keinsanan serta meningkatkan kualiti jati
diri.
3. Program Sekolah
Program atau aktiviti sekolah pula, pihak sekolah digalakkan mengadakan kerjasama strategik dengan pihak
berkepentingan seperti ibu bapa, komuniti, media, agensi swasta, badan-badan bukan kerajaan dan pelbagai
kementerian. Pengukuhan pelaksanaan pendidikan sivik melalui program atau aktiviti sekolah seperti Sambutan Bulan
Kemerdekaan, Hari Bumi, RIMUP, dan Hari Kanak-kanak Sedunia dengan melibatkan PIBG serta komuniti setempat perlu
diperkasakan bagi menggalakan kesedaran sivik dalam kalangan murid.
Ringkasnya, pendididkan sivik di sekolah hendaklah dilaksanakan secara bersepadu, holistik dan menyeluruh melalui pelbagai cara. Pelibatan
semua pihak boleh mendorong ke arah pembentukan perwatakan murid yang memiliki pemikiran sivik, tahu hak dan tanggungjawab dalam
memberi sumbangan terhadap masyarakat dan negara.
5
MODUL EXEMPLAR
BAHASA MELAYU
MATA TAJUK Masa:
PELAJARAN
FIZIKAL CERGAS, MENTAL SIHAT 1
BAHASA
MELAYU PENGENALAN Jam
Tahun 1 Setiap keluarga mengimpikan keluarga yang sihat. Keluarga yang sihat terdiri NOTA GURU
daripada ahli keluarga yang sihat dari segi fizikal, mental, sosial dan rohani. Nota Rujukan:
Nilai Teras: Anak-anak berhak mendapat kesihatan fizikal yang sihat untuk menjalani
Kasih sayang kehidupan seharian. Kesihatan fizikal yang sihat mampu membantu anak- 1. Sukan dan kecergasan.
Konteks: anak untuk berfikir dengan lebih cerdas. Ibu bapa bertanggungjawab untuk http://
Keluarga menyediakan makanan seimbang, menjaga kebersihan diri, kecergasan fizikal sukandankecergasan.blogspot.
dan kesihatan mental anak-anak. com/2012/03/v-
behaviorurldefaultvmlo.html
SUMBANG 2. Video Upin dan Ipin.
SARAN https://www.youtube.com/
watch?v=tqroWZoz-oc
LITERASI SIVIK: Tonton video Persediaan Guru:
dan bincangkan 1. Mencari maklumat berkaitan
PENGETAHUAN:
perkara yang fizikal cergas mental sihat
Menghuraikan kepentingan menjaga dipersembahkan 2. Video yang berkaitan fizikal
kecergasan fizikal untuk kesihatan
mental dan emosi melalui watak cergas mental sihat
SOSIOEMOSI: Kecergasan fizikal keupayaan individu untuk Scan QR Code
Kecergasan mental melakukan aktiviti harian dengan untuk menonton
Berkongsi perasaan tentang lebih berkesan tanpa rasa letih Video Upin dan Ipin
penjagaan makanan, kebersihan diri, dan lesu.
kecergasan fizikal dan kesihatan
mental keupayaan individu untuk berfikir
secara waras dan menggunakan
TINDAKAN maklumat yang diperoleh untuk
meningkatkan kualiti gaya hidup.
Membasuh tangan dengan cara yang
betul sebelum dan selepas makan
9
AKTIVITI 1 Sumbang saran berdasarkan gambar: AKTIVITI 2 Tugasan berkumpulan: Lihat gambar dan
Nyatakan kepentingan menjaga kecergasan berikan respons yang sesuai.
fizikal untuk kesihatan mental dan emosi.
Gunakan kaedah Round Table.
Nyatakan kebaikan berdasarkan gambar yang berikut. Kad tugasan:
i. Bincang dalam kumpulan
Kanak-kanak lebih fokus terhadap pelajaran
apabila mendapat tidur yang mencukupi. tentang gambar yang diberi.
Guna kaedah Dragon Ball.
Makanan seimbang mengelakkan kanak- ii. Murid menceritakan
kanak menjadi obesiti. tanggungjawab penjagaan
makanan, kebersihan diri,
Bersenam dapat mencergaskan badan dan kecergasan fizikal dan
mencerdaskan otak. kesihatan mental.
iii. Murid membentangkan hasil
Mandi dapat membersihkan badan AKTIVITI 3 perbincangan.
daripada kekotoran
Murid menjalani amali dengan
Murid mengetahui hak untuk kehidupan yang sihat iaitu perkara- membasuh tangan mengikut
perkara asas untuk hidup seperti makan, minum dan tempat tinggal Tujuh Langkah Yang Betul
yang bersih. berdasarkan demostrasi yang
ditunjuk oleh guru.
Murid mempunyai tanggungjawab menjaga kecergasan fizikal bagi Murid menerangkan cara
memastikan kesihatan mental dan emosi serta melalui kehidupan membasuh tangan dengan
yang sejahtera. betul.
10
Penilaian
Penilaian adalah berdasarkan fakta relevan yang diberikan dan kefahaman murid
tentang kepentingan menjaga kecergasan fizikal untuk kesihatan mental dan
emosi.
Rumusan Semua individu mempunyai hak untuk mempunyai kehidupan yang sihat.
Menjaga kebersihan diri dan kecergasan fizikal merupakan tanggungjawab
setiap individu.
INFO SIVIK
Hak:
Kita berhak untuk menikmati sepenuhnya cara hidup yang sihat.
Tanggungjawab:
Demi mendapatkan tubuh badan yang sihat dan cergas, setiap individu bertanggungjawab mengamalkan gaya
hidup yang sihat seperti mengambil makanan yang berkhasiat dan bersenam.
11
MATA TAJUK Masa:
PELAJARAN
WARISAN DAN BUDAYA MALAYSIA 1
BAHASA
Jam
MELAYU PENGENALAN
NOTA GURU
Tahun 3 Malaysia negara yang unik kerana rakyatnya berbilang kaum. Nota Rujukan:
Kepelbagaian kaum jelas dapat dikenali melalui keberagaman warisan
Nilai Teras: budaya, kesenian, makanan, bahasa dan agama. Antara warisan 1. Mengenali Budaya Warisan
Kasih Sayang budaya yang terkenal di negara kita ialah seni ukiran, tenunan, dan https://www.hmetro.com.my/
Konteks: perak serta hasil tekstil pula seperti batik, songket, tekat, tenunan nuansa/2018/07/363487/
Masyarakat mugah dan pua kumbu. Setiap kaum berhak mengamalkan warisan mengenali-budaya-warisan
budaya masing-masing. Oleh itu, kita bertanggungjawab memelihara
LITERASI SIVIK: dan memulihara keunikan warisan budaya negara bagi mengekalkan- Persediaan Guru:
nya demi generasi akan datang. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah
menghormati budaya setiap kaum untuk melahirkan masyarakat yang 1. Mencari maklumat berkaitan
harmoni dan sayang kepada budaya yang diwarisi. dengan warisan budaya
Malaysia dan membuat
PENGETAHUAN: perancangan aktiviti.
Mengenali warisan dan budaya Kod QR
dalam negara
Imbas kod QR ini untuk
SOSIOEMOSI: menonton video berkaitan
Menghargai warisan dan budaya “Budaya di Malaysia”
dalam negara
TINDAKAN SUMBANG SARAN
Meraikan keunikan warisan dan Nyatakan jenis pakaian dan
budaya Malaysia makanan bagi setiap kaum utama di
Malaysia.
12
AKTIVITI 1 2 AKTIVITI 2 Anda dan rakan-rakan diundang untuk menghadiri majlis
yang berikut. Anda dikehendaki melaksanakan aktiviti
karusel berdasarkan situasi yang diberikan. Bincangkan
situasi yang diberikan.
Cari maklumat tentang alat Situasi 1
muzik tradisional yang berikut.
Ah Meng, Ravi dan anda telah diundang ke majlis kenduri kahwin kakak
1 Aminah di kawasan kejiranan pada hujung minggu ini. Bincangkan tentang
pakaian yang perlu dipakai semasa menghadiri kenduri tersebut.
seruling Situasi 2
Ketika perayaan Tahun Baru Cina, kawan Mei Mei yang berbangsa Melayu
dan India berkunjung ke rumah Mei Mei. Bincangkan jenis makanan yang
sesuai untuk dihidangkan oleh Mei Mei kepada tetamunya.
kompang 3 Situasi 3
Raju dan keluarganya meraikan perayaan Deepavali. Bincangkan dalam
kumpulan dan senaraikan jenis juadah yang boleh dijamu kepada tetamunya
yang berbilang kaum.
pipa 1. Bahagikan murid kepada tiga kumpulan.
4 2. Bincang dalam kumpulan dan bentangkan
secara karpet terbang (flying carpet).
veena
AKTIVITI 3 1. Tonton video 1 dan vid-
TUGASAN BERKUMPULAN. eo 2
Setiap orang mempunyai hak dan tanggungjawab untuk menghormati Imbas kod QR ini Imbas kod QR ini
warisan dan budaya setiap kaum agar keharmonian negara untuk menonton untuk menonton 2. Apakah yang sepatut-
terpelihara. video 1 video 2 nya anda lakukan jika
1. Cari maklumat menggunakan Internet secara berpasangan. situasi ini berlaku?
2. Kongsikan maklumat yang diperoleh dengan shoulder partner
Bincang dan senaraikan
dan face partner. secara meja bulat. (Round
3. Bentangkan maklumat yang diperoleh secara hot seat. Table).
13
Penilaian
Penilaian adalah berdasarkan fakta relevan yang diberikan dan kefahaman murid
tentang cara-cara mengenali dan menghargai warisan dan budaya di Malaysia.
Penekanan hendaklah diberikan kepada hak dan tanggungjawab setiap kaum untuk
menghormati budaya dan warisan yang ada di negara kita.
Rumusan
Kita perlulah mengenali budaya kaum yang terdapat di negara ini.
Kita haruslah menghargai warisan dan budaya bagi setiap kaum untuk
mengekalkan keharmonian serta perpaduan antara kaum.
Kita patut mangamalkan sikap toleransi dan memahami warisan serta
Info Sivik:
HAK:
Setiap individu di Malaysia mempunyai hak untuk terus mengamalkan warisan dan budaya kaum masing-
masing.
TANGGUNGJAWAB:
Setiap individu bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara setiap warisan dan budaya agar tidak
hilang ditelan zaman.
14
MATA TAJUK Masa:
PELAJARAN
MENGHARGAI GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA 1
BAHASA (OKU)
Jam
MELAYU PENGENALAN
Tahun 1 Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan orang yang kurang bernasib NOTA GURU
baik. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana Nota Rujukan:
Nilai Teras: kekurangan yang dimiliki. Mereka perlu dibantu. Hal ini dikatakan
Hormat-menghormati demikian kerana OKU juga mempunyai perasaan ingin dihargai, 1. http://www.jkm.gov.my
Konteks: disayangi dan dihormati oleh masyarakat. Ibu bapa perlu berperanan 2. http://www.utusan.com.my/
Sekolah untuk mendidik anak-anak mereka supaya menghormati serta tidak rencana/utama/memelihara-hak-
memandang hina golongan orang kurang upaya (OKU). orang-kurang-upaya-
LITERASI SIVIK: 1.599110#ixzz5i1UGi4LR
PENGETAHUAN: Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, golongan orang kurang
Menghormati dan menghargai upaya (OKU) ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai Persediaan Guru:
golongan OKU kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau
deria. Kekangan ini mengakibatkan pelibatan mereka dalam 1. Mencari maklumat berkaitan
SOSIOEMOSI: masyarakat tersekat dan kurang berkesan apabila mereka dengan Orang Kurang Upaya
Menunjukkan sikap prihatin berinteraksi dengan masyarakat. Kehilangan upaya ini boleh terjadi (OKU) dan membuat
terhadap golongan OKU sejak lahir atau selepas dilahirkan. Individu yang mengalami keadaan perancangan aktiviti.
ini juga digelar sebagai golongan istimewa. Di Malaysia, hak-hak
TINDAKAN golongan OKU dimartabatkan dalam peruntukan Akta Orang Kurang 2. Video yang berkaitan dengan
Menghormati hak golongan OKU Upaya 2008 (Akta 685). Orang Kurang Upaya (OKU)
12 Kod QR
SUMBANG SARAN SUMBANG SARAN Imbas untuk menonton
iklan berkaitan “Orang
Berikan contoh Nyatakan tempat
golongan orang simbol ini dapat Kurang Upaya”
kurang upaya yang dilihat di sekolah
anda tahu. anda. (Aktiviti Ball
Game)
(Aktiviti Popcorn)
15
AKTIVITI 1 2 AKTIVITI 2 Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan
mengikut situasi yang diberikan. Lakonkan
Bercerita tentang gambar. situasi tersebut.
1 Situasi 1
Sewaktu anda hendak ke sekolah, anda ternampak seorang lelaki yang buta
hendak melintas jalan yang sesak. Lakonkan tindakan yang dapat anda lakukan
untuk membantu orang buta itu.
Situasi 2
Sewaktu anda hendak ke kantin, rakan anda yang berkerusi roda tidak dapat ber-
gerak kerana rodanya tersangkut di dalam lubang. Lakonkan tindakan yang dapat
anda (atau kumpulan anda) lakukan untuk membantu rakan tersebut.
3 Situasi 3
Anda mempunyai seorang rakan OKU yang tidak boleh bercakap. Dia ingin tahu
akan cara-cara meminjam buku di perpustakaan. Lakonkan tindakan yang dapat
anda lakukan untuk membantu rakan anda itu.
4 AKTIVITI 3
Berbincanglah dengan rakan di sebelah anda tentang perkara berikut: Imbas Kod QR ini untuk Tonton video tersebut.
1. kategori orang kurang upaya berdasarkan gambar. menonton video.
2. cara-cara anda dapat membantu golongan orang kurang upaya 1. Apakah yang sepatutnya anda
16 lakukan jika situasi ini berlaku?
tersebut. Bincangkan tindakan yang akan
diambil dan senaraikannya me-
Guru menerangkan: Setiap orang mempunyai hak untuk dihormati lalui aktiviti Meja Bulat.
dan dihargai termasuk golongan orang kurang upaya dan setiap
orang juga mempunyai tanggungjawab untuk menghormati orang 2. Bentangkan hasil perbincangan
kumpulan melalui aktiviti Jelajah
lain termasuk golongan orang kurang upaya. Minda (Gallery Walk).
Penilaian
Penilaian adalah berdasarkan fakta relevan yang diberikan dan kefahaman murid tentang
cara-cara menghormati dan menghargai golongan orang kurang upaya (OKU). Penekanan
hendaklah diberikan kepada hak dan tanggungjawab golongan orang kurang upaya.
Rumusan
Prihatin dengan golongan orang kurang upaya (OKU).
Kita hendaklah menghormati hak golongan orang kurang upaya.
Kita patut menghargai golongan orang kurang upaya.
Kita hendaklah membantu golongan orang kurang upaya.
Info Sivik :-
Golongan orang kurang upaya (OKU) perlu diberikan hak dan peluang untuk menam-
bah baik kelangsungan hidup mereka. Kita mestilah menyantuni hidup golongan OKU
dan memulihara hak-hak golongan orang upaya.
Oleh itu, kita juga haruslah bertanggungjawab untuk memastikan golongan kurang
upaya ini dihargai dan dihormati oleh masyarakat.
17
MATA TAJUK Masa:
PELAJARAN
Hormati Warga Sekolah 1
BAHASA Jam
MELAYU PENGENALAN NOTA GURU
Nota Rujukan:
Tahun 3 Setiap warga sekolah berhak untuk dihormati. Semangat menghargai
dan menghormati warga sekolah perlu sentiasa dipupuk dalam 1. Adab di Sekolah
https://
Nilai Teras: kalangan generasi muda khususnya mereka yang masih di bangku thekmprojects.wordpress.com/
Hormat-menghormati sekolah. Murid perlu dipupuk dengan rasa rendah diri supaya dapat tips/adab-di-sekolah/
menyesuaikan diri serta mudah berkomunikasi dalam komuniti
2. Pupuk Semangat Hargai War-
Konteks: sekolah. Warga sekolah terdiri daripada barisan pentadbir, guru, ga Sekolah
https://www.mstar.com.my/
Sekolah kerani, tukang kebun yang bekerja di bawah bumbung yang sama. lokal/semasa/2013/02/08/
pupuk-semangat-hargai--
Sebagai murid, mereka perlu menunjukkan sikap bertanggungjawab hormati-kepelbagaian-budaya
LITERASI SIVIK: seperti mengucapkan salam apabila bertemu, bertutur dengan sopan Kod QR
dan mesra, murah dengan senyuman, menjaga tingkah laku dengan
PENGETAHUAN: baik dan bersedia untuk menghulurkan bantuan pada bila-bila masa.
Menyatakan cara menghormati
warga sekolah
SOSIOEMOSI:
Menzahirkan perasaan hormat
antara warga sekolah
TINDAKAN Sudah sepagi mengail di tanjung, SUMBANG SARAN Imbas Kod QR ini untuk menonton
Esoklah saja ke Kampung Daik; video Mesej Komuniti—Hormat-
Mengamalkan pertuturan dan Berbincang dengan
perlakuan yang saling Dipandang tinggi guru disanjung, rakan di hadapan menghormati
menghormati antara warga Hormati guru sebaik-baik. tentang mesej yang
sekolah. terdapat dalam gambar,
video dan pantun.
18
AKTIVITI 1 TUGASAN BERKUMPULAN AKTIVITI 2 1. Bahagikan murid kepada kumpulan.
Berbincang dengan rakan anda melalui aktiviti 2. Berbincang dalam kumpulan dan
Fikir– Pasang - Kongsi dan senaraikan cara- melakonkan tindakan tersebut.
cara menghormati guru .
Lakonkan berdasarkan situasi diberi.
Situasi 1
Pengawal keselamatan di sekolah anda menegur anda dan rakan-
rakan kerana bermain-main di hadapan pagar sekolah. Lakonkan
situasi tersebut dan nyatakan tindakan anda dan rakan-rakan anda
selepas ditegur oleh pengawal keselamatan tersebut.
Situasi 2
Sewaktu anda sedang makan di kantin, rakan anda yang berlari-lari
di kantin telah terlanggar pekerja kantin yang sedang mengemop
lantai. Lakonkan situasi tersebut dan nyatakan tindakan rakan anda
selepas terlanggar pekerja kantin tersebut.
AKTIVITI 3 1 1. Teliti gambar 1 atau
2 gambar 2 secara
berkumpulan.
Antara cara menunjukkan hormat kepada guru:
Berikan hormat kepada guru ketika guru masuk ke kelas. 2. Berbincang dan tulis
Tumpukan perhatian ketika guru mengajar. dialog perbualan yang
Jangan berbual dengan rakan ketika guru sedang mengajar. menunjukkan amalan hor-
Ucap terima kasih kepada guru selepas guru selesai mengajar. mat-menghormati ber-
dasarkan gambar.
3. Bentangkan hasil perb-
incangan kumpulan me-
lalui aktiviti Permaidani
Terbang.
19
Penilaian
Penilaian berdasarkan fakta relevan yang diberikan dan kefahaman murid tentang pentingnya menghormati
warga sekolah. Melalui aktiviti yang dilaksanakan, murid-murid sedar akan tanggungjawab mereka untuk
menghormati warga sekolah.
Rumusan
Kita perlulah menghormati warga sekolah khususnya orang yang lebih tua daripada kita.
Kita hendaklah menghormati warga sekolah kerana sikap ini dapat memberikan
kebahagiaan dalam kehidupan kita.
Sikap menghormati menjadikan seseorang murid bersopan santun dan bertatasusila.
Info Sivik :-
Setiap individu mempunyai hak untuk untuk dihormati supaya dapat hidup dalam keadaan harmoni.
Setiap murid perlu melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menghormati dan menghargai warga
sekolah supaya hubungan yang erat dan harmoni dapat diwujudkan.
Sikap hormat-menghormati perlu dipupuk dalam diri murid untuk melahirkan murid yang sihat perlakuan dan
pertuturan.
20
MATA TAJUK Masa:
PELAJARAN
SEKOLAHKU RUMAHKU 1
BAHASA Jam
MELAYU PENGENALAN NOTA GURU
Tahun 2 Suasana sekolah yang baik merujuk keadaan persekitaran yang Nota Rujukan:
selesa, tenteram, mesra dan riang dengan pembelajaran yang 1.Bahagian Perkembangan
Nilai Teras: lancar. Keadaan ini meningkatkan motivasi murid dan guru dalam
Bertanggungjawab aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bagi kanak-kanak, sekolah Kurikulum, KPM.
Konteks: bukan sahaja merupakan tempat belajar tetapi juga merupakan Persediaan Guru:
Sekolah tempat bermain atau bertemu dengan rakan-rakan. Bermain sambil Mencari maklumat berkaitan
belajar membuatkan murid-murid berasa seronok dan gembira. dengan “Sekolahku Rumahku” dan
LITERASI SIVIK: Murid-murid mesti tahu akan hak mereka untuk belajar dalam cara penjagaan untuk
suasana yang selesa dan menyeronokkan. Oleh itu, mereka mesti mengekalkan kebersihan sekolah
tahu akan tanggungjawab mereka untuk mewujudkan suasana daripada pelbagai sumber.
tersebut dengan menjaga kebersihan dan ketenteraman sekolah.
QR Code
PENGETAHUAN: SUMBANG SARAN
Menyatakan cara menjaga kebersihan Upin dan Ipin: Taman Mesra
sekolah http://gg.gg/ddz4j
SOSIOEMOSI: Sumbang saran antara guru dengan murid
Menzahirkan perasaan bangga berdasarkan tayangan video. Murid menyatakan
dengan kebersihan dan aktiviti yang dilakukan oleh watak-watak dalam
ketenteraman sekolah video (Aktiviti Popcorn).
TINDAKAN SEKOLAH MERUPAKAN RUMAH KEDUA UNTUK MURID-MURID.
Menjaga dan mengekalkan MURID-MURID DIDIDIK OLEH PARA GURU UNTUK MENIMBA ILMU
kebersihan sekolah
DENGAN HARAPAN MEREKA AKAN MENJADI MANUSIA YANG
BERDIKARI UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN MEREKA PADA MASA
AKAN DATANG.
21
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2
Menjaga kebersihan amat penting dalam kehidupan manusia. Murid-murid membanding beza dua gambar yang diberikan
Murid-murid mesti tahu akan tanggungjawab mereka menjaga dengan berbincang dalam kumpulan (Aktiviti Round Table). Wakil
kebersihan setiap masa. Berdasarkan gambar yang diberikan, murid murid diminta menyatakan sebab-sebab mereka berasa gembira
menyatakan cara menjaga kebersihan sekolah. (Aktiviti Dragon Ball) akan keadaan bilik darjah yang bersih.
M Membersihkan P AKTIVITI 3 PETA MINDA
A papan putih E
S N Murid-murid menulis maklumat berkaitan dengan tanggungja-
A Menyapu Y wab menjaga kebersihan dan mengekalkan ketenteraman
L sampah yang E sekolah dalam bentuk peta minda.
A L
H Menyusun E INFO
kerusi dan S
A • BILIK DARJAH YANG BERSIH MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN
Menampal I YANG SERONOK DAN CERIA
poster dengan A
N • MURID DAPAT BELAJAR DI DALAM BILIK DARJAH YANG SELESA.
• MURID LEBIH BERFOKUS SEMASA GURU MENGAJAR.
• MENJAMIN KESIHATAN DAN MENGELAKKAN PENYAKIT BERJANGKIT.
• BERDISIPLIN DAN MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH
22
Penilaian
Penilaian berdasarkan fakta relevan yang dibentangkan oleh setiap kumpulan. Murid-murid perlu tahu akan cara menjaga
kebersihan sekolah. Murid-murid berhak belajar di sekolah yang bersih dan mereka bertanggungjawab untuk menjaga
kebersihan.
Pengukuhan RUMUSAN
• MENJAGA KEBERSIHAN SEKOLAH DENGAN
MENERAPKAN NILAI BERTANGGUNGJAWAB KEPADA
MURID-MURID.
• SIKAP SUKA MENJAGA KEBERSIHAN UNTUK
MELAHIRKAN GENERASI YANG BERTANGGUNGJAWAB.
• MENJAGA KEBERSIHAN SEKOLAH MERUPAKAN
TANGGUNGJAWAB BERSAMA SEMUA WARGA SEKOLAH.
Info Sivik
Hak:
Semua murid mempunyai hak untuk berada dalam persekitaran sekolah yang bersih dan selamat.
Tanggungjawab:
Murid perlu menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjaga kebersihan sekolah.
23
MATA TAJUK Masa:
PELAJARAN
Rajin dan Komited 1
BAHASA PENGENALAN Jam
MELAYU
Sikap rajin dan bertanggungjawab memberikan banyak kebaikan kepada NOTA GURU
Tahun 3 diri, keluarga dan sekolah. Murid yang rajin atau ringan tulang akan Nota Rujukan:
disayangi oleh keluarga, rakan-rakan dan guru. Murid yang rajin akan
Nilai Teras: membuat sesuatu tugas dengan bersungguh-sungguh. Murid yang 1. https://pokokhijau2. word-
Bertanggungjawab bertanggungjawab pula selalu memenuhi janji dan berpegang teguh pada press.com/ 2017/10/12/rajin-
komitmen yang dipertanggungjawabkan. Selain itu, murid yang berusaha-tangga-kejayaan/
Konteks: bertanggungjawab mampu mengurus masa dan wang dengan baiknya
serta dapat mendorong diri mereka agar sentiasa berusaha dan tidak 2. https://id.wikihow.com/
mudah berputus asa untuk mengejar cita-cita. Menjadi- Orang-yang-Bertanggung-
Jawab
LITERASI SIVIK: SUMBANG SARAN
Persediaan Guru:
PENGETAHUAN: Berbincang dengan rakan di
Menyatakan kepentingan sikap sebelah anda tentang sebab 1. Mencari maklumat dan gambar
komited untuk melaksanakan ama- anda harus menjadikan berkaitan dengan tajuk dan aktiviti.
nah (pekerjaan) aktiviti yang ditunjukkan
dalam gambar sebagai rutin Kod QR
SOSIOEMOSI: harian.
Menunjukkan sikap yang Imbas kod QR ini untuk
berkaitan dengan amalan rajin menonton video yang bertajuk
TINDAKAN “Pada Zaman Dahulu—
Mengekalkan sikap rajin dalam Belalang dan Semut”
24
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Aktiviti Kumpulan :
Anda mempunyai hak untuk mendapatkan hasil daripada
SUMBANG SARAN usaha anda. Bagaimanakah anda melaksanakan tanggungja-
Berbincang dengan rakan di hadapan anda tentang dua wab supaya anda memperolehi hasil daripada usaha anda?
kebaikan melaksanakan aktiviti yang ditunjukkan dalam
Situasi 1
gambar.
Anda merupakan pekebun. Anda menanam pokok cili tetapi pokok cili anda tidak hidup
1 dengan subur. Jelaskan amalan yang harus anda usahakan secara berterusan agar
penanaman pokok cili anda berjaya.
Situasi 2
Anda hendak mengikuti lawatan sambil belajar ke Petrosains yang dianjurkan oleh
sekolah. Ibu anda kekurangan duit. Jelaskan usaha-usaha yang dapat anda ikhtiarkan
untuk mengumpulkan duit bagi tujuan tersebut.
Situasi 3
Buku, baju dan kasut sekolah rakan anda hangus terbakar semasa rumahnya terlibat
dalam kejadian kebakaran. Dia berasa sangat sedih. Jelaskan komitmen yang dapat di-
2 tunjukkan oleh rakan-rakan sekelas untuk membantu rakan anda itu.
AKTIVITI 3 i. Anda adalah seorang anak yang rajin dan bertangungjawab.
ii. Kenal pasti tingkah laku yang merupakan sikap seorang yang
rajin dan bertanggungjawab. Gunakan simbol berikut:
Kepentingan sikap komited (rajin ) dalam menjalankan amanah yang i. Kemaskan tempat tidur sebaik sahaja bangun tidur.
diberikan: ii. Berpura-pura tidur apabila melihat kakak sedang mengemaskan ruang tamu.
iii. Periksa jadual waktu dan kemaskan beg sekolah sebelum tidur.
Rajin membantu adalah amalan mulia dan disenangi oleh semua iv. Kemaskan meja bersama-sama keluarga selepas makan.
orang. v. Tinggalkan tuala yang digunakan selepas mandi di atas katil.
vi. Tinggalkan meja makan sebaik selesai makan tanpa membantu mengemas-
Komited akan menjadikan sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan
dengan sempurna dan cepat. kan meja.
Sifat rajin adalah kunci kejayaan kepada semua individu yang berjaya. 25
Penilaian
Penilaian adalah berdasarkan fakta relevan yang diberikan dan kefahaman murid tentang pentingnya
bersikap rajin dan bertanggungjawab. Penekanan hendaklah diberikan kepada hak dan tanggungjawab
kepada mereka untuk mendapatkan impak yang besar serta masa depan yang cerah jika bersikap rajin
dan bertanggungjawab.
Rumusan
Kita perlulah bertanggungjawab terhadap diri dan keluarga.
Kita hendaklah bersikap rajin untuk memperoleh masa depan yang cerah.
Kita mestilah rajin membantu keluarga kita agar dapat meringankan tugas mereka.
Info Sivik :-
Kita mempunyai hak untuk memperolehi kehidupan yang sejahtera
dan sempurna.
Untuk mencapai kehidupan yang selesa dan sejahtera, kita ber-
tanggungjawab untuk berusaha bersungguh-sungguh supaya men-
capai kejayaan.
26
MATA TAJUK Masa:
PELAJARAN
KELUARGA BAHAGIA MASYARAKAT SEJAHTERA 1
BAHASA
PENGENALAN Jam
MELAYU Kamus Dewan mendefinisikan keluarga penyayang sebagai kehidupan satu NOTA GURU
keluarga yang bebas daripada gejala sosial, mengamalkan corak kehidupan
Tahun 1 yang berlandaskan disiplin dan wujud sifat kasih sayang yang amat tinggi Nota Rujukan:
serta saling menghormati. Keluarga penyayang dan masyarakat
Nilai Teras: sejahtera menunjukkan kualiti hidup berkeluarga yang harus dimiliki oleh 1.Model Keluarga Bahagia
Kegembiraan sesebuah keluarga untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera. Setiap Menurut Islam
Konteks: ahli keluarga mesti mengetahui hak mereka untuk menikmati kehidupan https://umexpert.um.edu.my/file/
Keluarga yang gembira dan bahagia. Mereka mestilah menjalankan tanggungjawab publication/00002815_79627.pdf
yang sepatutnya supaya dapat mewujudkan masyarakat yang sejahtera.
Persediaan Guru:
LITERASI SIVIK: SUMBANG SARAN KELUARGA BAHAGIA
Kasih pada ibu Mencari maklumat berkaitan
PENGETAHUAN: Murid mendengar lagu Taat pada bapa hak dan tanggungjawab dalam
Mengetahui hak dan tanggungja- dan menyanyikan lagu Hormat pada guru keluarga untuk melahirkan
wab dalam keluarga bersama-sama. Murid- Membawa bahagia masyarakat yang bahagia.
SOSIOEMOSI: murid menyatakan Ibu dan bapa Kod QR
Menghargai pengorbanan ahli Serta keluarga
keluarga maksud lagu Bimbinglah kami Imbas kod QR ini
Dengan penuh kasih sayang untuk mendengar
TINDAKAN
Memberikan tumpuan dan Masa tidak menunggu kita lagu “Keluarga
perhatian kepada keluarga Dari itu janganlah leka Bahagia”
Jangan menderhaka pada orang tua
Amalan hidup kita
Mereka yang rajin berusaha
Hidup bahagia dan sempurna
Ingat pada Tuhan
Hindari kejahatan keluarga bahagia
27
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2
Kanak-kanak perlu mengetahui hak yang patut diterima oleh mereka daripada Guru memberikan kad hari kelahiran kepada setiap murid. Murid diminta
orang dewasa. Kanak-kanak berhak mendapat makanan yang sihat, tempat mewarnakan gambar pada kad tersebut dan tujukan kepada ahli keluarga
tinggal, pakaian, pendidikan, perlindungan dan bersosial. Namun, mereka yang akan menyambut hari kelahiran untuk menunjukkan cara
perlu bertanggungjawab untuk menjaga hak yang telah diberikan kepada menghargai pengorbanan mereka kepada kita.
mereka dengan baiknya.
Wakil setiap kumpulan akan diberikan gambar tentang hak kanak-kanak dan
mereka perlu menyatakan tanggungjawab mereka untuk menjaga hak
tersebut.
AKTIVITI 3 Ayah
AKTIVITI
FIKIR-PASANG-KONGSI
Setiap murid berfikir sendiri dan
berkongsi dengan rakan sebelah
maklumat yang difikirkannya.
Kemudian, murid-murid berkongsi
tentang maklumat tersebut dengan
ahli kumpulan yang lain. Murid
menyenaraikan cara untuk
memberikan tumpuan dan perhatian
kepada keluarga masing- masing.
AKTIVITI
SATU TINGGAL TIGA BEREDAR
Murid membentangkan dan
mendapatkan maklumat daripada
ahli kumpulan lain.
28
Penilaian
Penilaian berdasarkan fakta relevan yang diberikan oleh murid tentang hak dan tanggungjawab mereka
dalam keluarga. Mereka juga perlu mengetahui cara menghargai pengorbanan keluarga mereka.
Rumusan
Ahli keluarga berasa seronok meluangkan masa bersama-sama.
Ahli keluarga sentiasa menjayakan aktiviti keluarga bersama-sama untuk
merapatkan hubungan.
Ahli keluarga menghargai masa yang diluangkan bersama-sama.
Ahli keluarga prihatin dengan keadaan dan perkembangan ahli keluarga yang lain.
INFO SIVIK
Hak:
Hak untuk mendapat keluarga yang bahagia dan sejahtera.
Tanggungjawab:
Setiap ahli keluarga menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mewujudkan keluarga bahagia
dan mengekalkannya.
29
MATA TAJUK Masa :
PELAJARAN Pengaruh Rakan Sebaya
1
BAHASA PENGENALAN
MELAYU Jam
Rakan sebaya boleh didefinisikan sebagai sahabat yang mempunyai umur,
Tahun 3 latar belakang dan minat yang lebih kurang sama. Rakan sebaya juga NOTA GURU
membawa erti dua atau lebih individu yang mempunyai aras tingkah laku
Nilai Teras: yang sama dan mempunyai persefahaman antara satu sama lain. Lazimnya Nota Rujukan:
Kegembiraan kita akan berasa gembira apabila berada bersama-sama mereka. 1. Berhati-hati Memilih Rakan
Konteks:
Sekolah Sebaya : http://
dwnsiswa.dbp.my/
LITERASI SIVIK: Aktiviti ‘Kerusi Panas’ wordpress/
PENGETAHUAN: 2. Tekanan Rakan Seba-
Menyatakan ciri-ciri rakan yang baik. Seorang murid diminta duduk di atas kerusi yang disediakan ya :www-myhealth-gov-my-
dan menjawab soalan-soalan mengenai rakan sebaya yang tekanan-rakan-sebaya
SOSIOEMOSI: dipilih. Rakan-rakan lain menyebut ciri-ciri rakan yang dipilih Persediaan Guru:
Mempamerkan sikap rakan yang Mencari artikel-artikel mengenai
baik. sehingga dapat menamakan murid yang dimaksudkan. pengaruh rakan sebaya dan
Jawapan yang diberi hanya ‘Ya’ atau ‘Tidak’ aktiviti-aktiviti bina semangat
yang mengutamakan kerjasama
Contoh soalan : sepasukan yang boleh dikaitkan
dengan peranan dan rakan
sebaya.
Kod QR
TINDAKAN 1. Adakah rakan kamu murid perempuan?
Membuat keputusan yang bijak
dalam memilih rakan.
Imbas kod QR ini untuk paparan artikel
Tekanan Rakan Sebaya
30
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2
Murid-murid berbincang tentang diri masing-masing melalui aktiviti Ibu selalu berpesan supaya memilih rakan yang baik. Dengan
fikir-pasang-kongsi. Seterusnya murid-murid diminta menyatakan ciri- menggunakan kad-kad yang disediakan oleh guru, anda diminta
ciri kawan masing-masing dan menulisnya dalam lembaran yang berbual tentang sikap kawan yang baik secara berpasangan.
disediakan.
Contoh :
AISAH AMINAH
peramah pendiam
rajin membaca buku suka membantu rakan
mengambil berat pemurah
memberi dorongan memuji
merendah diri jujur
Ciri-ciri rakan yang baik : AKTIVITI
1. Penyayang / Prihatin
2. Penyabar Murid diminta memilih keratan ciri rakan sebaya yang disediakan.
3. Pendengar yang baik Murid diminta mengasingkannya ke dalam kotak “ya” bagi rakan yang
4. Amanah baik dan “tidak” bagi bukan rakan yang baik.
5. Menghormati ibu bapa / orang tua
6. Rajin membaca dan bijak belajar
Rakan sebaya penting dalam kehidupan kita. Setiap individu berhak memilih rakan AMANAH BOROS
yang baik untuk dirinya. Sahabat menjadi antara faktor menentukan arah tuju kita. PENYAYANG PEMBOHONG
Kita bertanggungjawab memilih rakan yang baik kerana rakan merupakan cerminan
diri.
31
Penilaian
Penilaian adalah berdasarkan kerjasama dalam kumpulan dan keputusan-keputusan kepada
penyelesaian masalah yang disediakan oleh guru semasa melaksanakan aktiviti berkumpulan.
Rumusan
Rakan sebaya boleh memberikan pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain dan kadangkala boleh
mempengaruhi bentuk yang negatif atau kejahatan. Rakan sebaya yang terdiri daripada pelajar yang baik akan terlibat dalam
aktiviti yang lebih memberikan kesan positif kepada rakan yang lain, seperti pelibatan dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti
meningkatkan kemahiran diri, manakala rakan sebaya daripada kalangan pelajar yang bermasalah akan memberikan kesan
yang sama kepada rakan yang lain.
Info sivik
Hak :
Setiap individu berhak memilih rakan sebaya yang baik.
Tanggungjawab :
Setiap individu bertanggungjawab untuk memilih rakan yang baik supaya akhlak terpelihara.
32
MODUL EXEMPLAR
BAHASA INGGERIS
SUBJECT TOPIC Time:
ENGLISH CARE FOR ONE ANOTHER 1
Year 1 Introduction Hour
It is important that we love and care for one another, especially our family
Core Value: members. We can show that we care by helping them. TEACHER’S NOTES
Love Pre Lesson Lesson 152
Context: Teacher shows a video. Pupils watch and sing along. Learning Standards
Family 4.3.1, 4.3.3
Reference Notes:
Civic Literacy: Youtube Video - Barney I
Love You
KNOWLEDGE Teacher Readiness:
Know their right to love and to be Surf the internet, pictures,
loved. coupon book sample
SOCIOEMOTIONAL: QR Code
Care for one another.
ACTION
Help victims of natural disasters
through various ways
35
ACTIVITY 1 ACTIVITY 2
Teacher asks pupils “How do you know your family loves you?” Pupils get into groups. Teacher gives each group a situation to role-
Teacher writes the responses on the board. play to demonstrate love and care.
Teacher then asks “How do you show love to your family?” Suggested situations:
Pupils write on sticky notes and post them around the class- Your parents are going to work.
room. Your sister is crying.
It is Mother’s Day.
I get hugs and kisses. Your father wants to wash his car.
Your brother falls off his bike.
My father reads to me. Your grandmother wants to get into a car.
It is your father’s birthday.
My mother cooks for me.
My family celebrates my
birthday.
36
ACTIVITY 3 Assessment
You mop the floor. Pupils can be assessed through their level of
You chat with your friends on the telephone. participation. Each pupil must participate at least once.
You watch television.
You wipe the furniture. Summary
You play with your friends.
You help to pack the clothes. Pupils should:
know how to express love and care
demonstrate love and care for family members
Civic Information
Right:
I have the right to love and be loved.
Responsibility:
I must love and care for those in need.
37
SUBJECT TOPIC Time:
ENGLISH TURN OFF! SWITCH OFF! 1
Hour
Year 3 Introduction TEACHER’S NOTES
Core Value: People use energy each day for many activities such as cooking, Lesson 151
Love transportation and computers. However, it is our responsibility to conserve Learning Standards
Context: energy. By using less energy, we can decrease pollution and 2.1.5,1.2.4
School environmental problems. Reference notes:
Youtube Video: Energy, let’s
CIVIC LITERACY: Pre lesson. save it!
Teacher Readiness:
Pupils watch the video and answer the questions posed by the Surf the internet or Prepare
teacher. poster paper.
1. What did they waste?
KNOWLEDGE: 2. State ways on how they saved energy.
Explain ways to save water and
electricity.
SOCIOEMOTIONAL: QR Code
Express pride in saving water and
electricity.
ACTION
Do not waste water and electricity.
38