The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by riroyee, 2021-09-13 04:35:19

BUKU_LOG_BSMM_RINESHIVAM

BUKU LOG_v8

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH,
31140 HULU KINTA,

PERAK DARUL RIDZUAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Ambilan Jun 2020

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
( MALAYSIAN RED CRESENT )

BUKU LOG

UNIT BERUNIFORM
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

IPG KAMPUS IPOH

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

BIODATA PELATIH

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

1. PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM
1.1 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
1.1.1 Prinsip - Prinsip Asas Pertubuhan

 Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan
peperangan.

 Mencegah dan meredakan kesengsaraan.
 Melindungi nyawa dan kesihatan.

Memupuk kesefahaman, kerjasama, hormat-menghormati dan kedamaian sesama
manusia.

1. KESAKSAMAAN (Impartility)
 Palang Merah atau Bulan Sabit Merah tidak membezakan kaum, agama, darjat
atau pun fahaman politik dalam kegiatannya.
 Pada asasnya meringankan kesengsaraan individu dalam kes kecemasan.

2. KEBERKECUALIAN (Neutrality)
 Tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan.
 Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi.

3. KEBEBASAN (Independence)
 Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak mengikut prinsip
pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada
pihak berkuasa awam.

4. KHIDMAT SUKARELA (Voluntary Service)
 Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan badan sukarela yang
tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

5. KETUNGGALAN (Unity)
 Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di
sesebuah negara.
 Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak
 Aktivitinya meliputi seluruh negara

6. KESEJAGATAN (Universality)
 Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa
meliputi seluruh dunia.
 Mempunyai tanggungjawab bersama.
 Saling bantu membantu di antara satu dengan lain antara negara.

1.1.2 Perlembagaan Pertubuhan

Subperaturan 5 (1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah)
1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11
Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan
peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia:

Peraturan 1: Nama dan alamat
Peraturan 2: Matlamat
Peraturan 3: Objektif
Peraturan 4: Keahlian
Peraturan 5: Guru Penasihat
Peraturan 6: Ahli jawatankuasa
Peraturan 7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa
Peraturan 8: Kewangan
Peraturan 9: Penyertaan
Peraturan !0: Aktiviti
Peraturan 11: Peraturan - peraturan
Peraturan 12: Pindaan perlembagaan
Peraturan 13: Perbubaran persatuan

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

Peraturan 14: Tindakan disiplin
Peraturan 15: Hal – hal lain

Perkara – perkara lain yang ditambah ke dalam perlembagaan ialah:
i. Lencana / logo persatuan
ii. Cogan kata / moto
iii. Tugas persatuan di peringkat institusi pendidikan, cawangan,
daerah, negeri dan cawangan
iv. Pendaftaran persatuan
v. Jawatankuasa kecil

1.1.2.1 Objektif Perlembagaan

Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM
“Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit
dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada
orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut
semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan
ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah menjadi satu
pihak kepada Konvensyen Geneva.”

1.1.3 Lambang dan Cogan Kata

1.1.3.1 Lambang BSMM
 Persatuan kebangsaan di Malaysia menggunakan lambang Bulan Sabit Merah
sebagaimana mengikut Act # 162, Malaysian Red Cross Society (change of name)
Act 1975.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

1.1.3.2 Ukuran lambang BSMM

1.1.3.3 Kegunaaan Lambang
 Kegunaan lambang yang asal adalah untuk perlindungan, yang lebih terpakai
semasa peperangan.
 Kegunaan yang lebih baru pula iaitu semasa aman ialah untuk pengenalan,
iaitu sesiapa yang memakai lambang tersebut dikenali mempunyai pertalian
dengan Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

1.1.3.4 Cogan kata BSMM

“Cergas pada masa aman dan Perang”

1.1.4 Bendera dan Lagu Pertubuhan

1.1.4.1 Bendera BSMM

 Lambang ini tidak boleh dilukis atau diubah sesuka hati. Sebarang pengecilan
atau pembesaran bagi lambang hendaklah mengikut nisbah ukuran piawai dan
tiada sebarang elemen lain pada latar belakangnya yang berwarna putih itu.

 Di bawah ini pula adalah ukuran piawai bagi bendera Bulan Sabit Merah.

Contoh yang diberikan adalah berdasarkan kepada saiz bendera berukuran
150cm panjang dan 100cm lebar. Sebarang pengecilan atau pembesaran
bagi bendera yang mempunyai lambang hendaklah juga mengikut nisbah
ukuran piawai yang telah ditetapkan.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

1.1.4.2 Ukuran Bendera

1.1.4.3 Lagu BSMM

1.1.4.3.1 Sejarah lagu BSMM

 Lagu “Bulan Sbit Merah” untuk pertama kalinya telah dimainkan pada
tahun 1975 dalam satu majlis sempena penukaran nama persatuan
dari pertubuhan Palang Merah Malaysia (Malaysian Red Cross
Society) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysian
Red Crescent Society).

 Kini, berdasarkan keputusan Mesyuarat majlis Bulan Sabit Merah
Malaysia (BSMM) kali – 116 pada 25 Mac 2007, perrsatuan ini lagi
sekali melalui penjenamaan semula dan dinamakan sebagai Bulan
Sabit Merah (Malaysian Red Crescent) atau secara ringkasnya
disebut BSMM.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

1.1.4.3.2 Lirik lagu BSMM

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM
1.1.5 Persetiaan / Ikrar dan Undang – undang Pertubuhan

1.1.5.1 Ikrar BSMM

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

1.1.5.2 Perlantikan jawatankuasan

Terdapat banyak persatuan yang ditubuhkan di Malaysia. Setiap satunnya
berbeza cara penubuhannya munngkin kerana terikat dengan perlembagaan.
Terdapat du acara perlantikan jawatankuasa bagi sesuatu persatuan iaitu:

i. Mesyuarat Agong
 Semua ahli berhak membuat percalonan, memilih dan melantik
sesiapa sahaja di kalangan menjadi Jawatankuasa.
 Jawatan yang dipertandingkan antaranya ialah Pengerusi, Naib
Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan jawatankuasa kerja.
 Pemilihan dibuat secara mengangkat tangan atau undi rahsia
dengan menggunakkan kertas.

ii. Perlantikan oleh penasihat.
 Perlantikan dibuat melalui perbincangan dengan ahli atau ujian
tertentu terutamanya unntuk pasukan beruniform.
 Ia berbeza kerana perlantikan melalui penasihat mengikut kepada
kebolehan seseorang ahli yang tertinggi berbanding dengan ahli
lain.
 Carta organisasi untuk perlantikan oleh penasihat juga berbeza
daripada perlantikan ahli jawatankuasa melalui mesyuarat agong.
 Ia bergantung kepada keperrluan sesuatu pasukan.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM
Biasanya, jawatankuasa akan dibentuk mengikut carta organisasi seperti
berikut:

PENASIHAT

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

SETIAUSAHA BENDAHARI

NAIB SETIAUSAHA NAIB BENDAHARI

JAWATANKUASA
KETUA PATROL / BIRO

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

1.1.5.3 Bidang Tugas Jawatankuasa

a. Penasihat
 Memberi panduan, nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan untuk
melaksanakan aktiviti dan mentadbir persatuan

b. Pengerusi
 Mengurus persatuan mengikut perlembagaan atau melaksanakan
keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja atau Mesyuarat Agong.
 Mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
 Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti persatuan

c. Naib Pengerusi
 Membantu pengerusi mengurus dan mentadbir persatuan.
 Menjadi pengerusi mesyuarat atau menjalankan tugas pengerusi
apabila ketiadaan pengerusi.
 Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan.

d. Setiausaha
 Menyimpan pendaftaran ahli
 Membuat urusan - surat menyurat dengan pihak luar, pentadbir institusi
pendidikan atau ahli persatuan.
 Menjemput dan mengedar surat panggilan untuk semua jenis
mesyuarat.
 Bekerjasama dengan pengerusi untuk mentadbir pembelian dan
kewangan persatuan.
 Merekod kegiatan gerak kerja ko – kurikulum.

e. Bendahari
 Menyimpan rekod dan stok harta persatuan.
 Memungut dan menyimpan kenyataan pembayaran yuran ahli.
 Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan persatuan.
 Menyimpan dan menyiapkan penyata kira – kira persatuan.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

 Menjalankan tugass mengikut ketetapan dalam perlembagaan
persatuan.

f. Ketua Patrol atau Ketua Biro
 Mengetuai satu kumpulan kecil bagi melaksanakan sesuatu tugas yang
ditetapkan mengikut biro, bahagian atau patrol.
 Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang telah
ditetapkan mengikut perlembagaan persatuan.

1.1.5.4 Undang – undang BSMM
a. Sebagai panduan menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan
kerana ia menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta
menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti
persatuan.

b. Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan atau undang –undang
tersendiri yang ditetapkan oleh badan induk.

c. Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau
undang–undang.

d. Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar
institusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar
penubuhan parti politik dan persatuan belia.

e. Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen seperti
Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia,
Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans.

1.1.5.5 Peraturan – peraturan BSMM
i. Disiplin
 Setiap Pegawai adalah dikehendaki menjaga taraf kelakuan mereka pada
setiap masa bersesuaian dengan jawatan mereka.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

 Setiap Pegawai hendaklah dengan sendirinya meneliti dan menentukan yang
ahli bawahan mereka mematuhi segala peraturan,arahan dan undang-
undang. Seseorang Pegawai itu tidak dibenarkan menyoal kepentingan atau
keutamaan sesuatu arahan yang dikeluarkan secara umum atau dirinya
sendiri oleh seseorang pegawai atasannya.

 Setiap Pegawai adalah dengan sendirinya bertanggungjawab untuk menjaga
kelakuannya dan sentiasa menjaga kedudukannya bersama dengan
pegawai- pegawai atasan atau bawahannya. Beliau juga akan memerlukan
daripada pegawai bawahannya tindak balas dan kecekapan melaksanakan
tanggungjawab mereka seperti mana juga diperlukan daripada dirinya.

 Adalah menjadi tanggungjawab setiap pegawai mengemukakan laporan
rasmi kepada pegawai atasannya sekiranya ada di antara pegawai
bawahannya yang kekurangan kecekapan atau daya usaha mereka.
Sekiranya beliau gagal melaporkan kelemahan atau kekurangan daya usaha
Pegawai dan ahli bawahannya atau pun apabila ada di antara mereka yang
telah melakukan kesalahan, maka ianya juga adalah mencerminkan
kelemahan diri pegawai itu sendiri.

 Seseorang pegawai itu tidak boleh mengenepikan tugasnya disebabkan
kepentingan dirinya sendiri dan berkelakuan seperti yang diketahui atau
dijangka mengetahuinya boleh menimbulkan syak wasangka: -

• Ia menyalahgunakan kepentingan peribadinya bertentangan dengan

tugas- tugasnya.

• Ia menggunakan kedudukannya untuk kepentingan peribadinya.
• Seseorang pegawai tidak dibenarkan berkelakuan yang boleh

mencemarkan nama atau daya usahanya telah berkurangan.

• Seseorang pegawai itu mestilah amanah dan tidak berkelakuan yang

boleh menimbulkan syak wasangka terhadap kejujurannya.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

• Seseorang pegawai tidak boleh membawa atau cuba membawa

pengaruh luar atau tekanan luar untuk menyokong atau mempengaruhi
sesuatu tuntutan sama ada ianya tuntutan peribadi ataupun tuntutan
daripada ahli- ahli lain di dalam persatuan.

• Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan seperti mana yang boleh

menimbulkan tindakan menderhaka.

ii. Pemberhentian dan Penamatan Keahlian
 Seseorang ahli boleh berhenti keahliannya dengan memberi notis bertulis
kepada persatuan. Pemberhentian akan berkuatkuasa sebaik sahaja notis
tersebut diterima oleh Persatuan.

 Kelayakan untuk merayu. Seseorang ahli yang terlibat atau terkilan di atas
keputusan yang dibuat di bawah arahan ini mengemukakan rayuan beliau
secara bertulis di dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan
dikeluarkan.

 Kuasa mempertimbangkan dan lain- lain adalah budi bicara Jawatankuasa
Majlis Kebangsaan untuk mengkaji, meminda atau memansuhkan sebarang
keputusan untuk membuang, menamatkan atau mengantung keahlian
seseorang itu. Setelah ianya disahkan maka, keputusan yang dibuat oleh
Majlis Kebangsaan adalah muktamad.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

1.2 SEJARAH UNIT BERUNIFORM
1.2.1 Sejarah Pengasas

Pengasas BSMM Henry Dunant (1828 – 1910)

 Dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland.

 Dari keluarga yang kaya dan patuh beragama.
 Beliau mula aktif dengan pelbagai pergerakan kebajikan dan agama.
 Menjadi ahli “League of Alma” – badan kebajikan.
 Semasa berumur 30 tahun – menjadi ahli yang aktif – Young Men’s Christian Union

– aktif di Switzerland, Perancis, dan Belgium.
 Berhasrat mewujudkan gagasan tersebut di seluruh dunia.
 1849 menjadi perantis dalam sebuah bank di Geneva dan kemudian menjadi

pengurus bank Colonies Suisses de Setif cawangan Algeria.
 Kemudian mula berniaga sendiri.
 25 Jun 1859 berada di Solferino,Utara Itali dan menyaksi pertempuran antara

Austria dengan Perikatan Tentera Perancis-Sardinia.
 Melihat ramai yang mati dan cedera – bantuan perubatan tidak lengkap dan tidak

mencukupi.
 Perancis dan Austria bertempur dalam sebuah pertempuran sengit selama 16 jam

dan melibatkan 320.000 tentera. Pertempuran itu mengakibatkan 40.000 orang
meninggal dan terluka dalam medan pertempuran.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

Pertempuran Solferino, 1859
 Mula mengetepikan perniagaan beliau, menunjukkan tumpuan kepada usaha

membantu orang yang cedera.
 Mengumpulkan orang-orang dari desa-desa sekitarnya dan tinggal di sana selama

tiga hari dengan sungguh-sungguh menghabiskan waktunya untuk merawat orang
yang terluka.
 Kata-kata beliau, Siamo tutti fratelli (Kita semua bersaudara), membuka hati para
sukarelawan yang melayani kawan mahupun musuh.
 Menerbitkan Kenangan di Solferino – saranannya:

• Membentuk Organisasi/ Persatuan yang mengandungi

sukarelawan yang terlatih patut ditubuhkan di semua negara
untuk menolong menjaga anggota – anggota tentera yang cedera
di medan perang.

• Mempromosikan perjanjian/kesepakatan antarabangsa untuk

melindungi tentera yang terluka dalam medan perang, orang-
orang yang merawatnya serta memberikan status berkecuali
kepada mereka.

• Saranan beliau diterima ramai-mengembara menyebarkan

idealnya sekitar tahun 1863 dan 1864.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

• Urusan perniagaannya terabai-1867 terpaksa menjual semua

perniagaannya untuk membayar hutang dan akhir meninggalkan
Geneva.

• Selama 20 tahun bergantung hidup atas belas kasihan orang

ramai.

• 1895- Berita yang beliau masih hidup tersebar luas-bantuan

mencurah tiba

• 1901 telah dianugerahkan Hadiah Keamanan yang pertama oleh

Jawatankuasa Noble.

• Disebabkan beliau juga terlalu sibuk mengibatkan diri dengan

aktiviti kemanusiaan dan kebajikan- perniaggan rugi dan muflis
sehingga beliau keluar dari Geneva dan menempat di tempat-
tempat awam pada ketika beliau berusia 39 tahun.

• Akhirnya beliau di bawa ke istana Tuleries oleh Maharani

Eugenie.

• Beliau memasuki perihal dilaut ke dalam Komvensyen Geneva

dan dilantik sebagai Ahli Kehormatbagi Persatuan Palang Merah
di Austria, Belanda, Sweden dan Sepanyol.

• 30 October 1910 beliau menghembus nafas terakhir di Heidden

dengan meninggalkan 2 perkara kepada begitu berharga kepada
dunia kini iaitu:

i) Persatuan Palang Merah
ii) Konvensyen Geneva

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

1.2.2 Sejarah Penubuhan

1.2.2.1 Persatuan Palang Merah
 Gagasan Idea Henry Dunant diterima oleh peguam Bernama Gustev Movnier
(kiri – atas), pengerusi The Societe Genevoise d’Utilite Publigue.
 Pada 17 Februari 1863, bersama-sama Guillaume-Henri Dufour (Tengah),
Louis Appia (kiri - bawah) dan Theodore Mounior (kanan - bawah) -
menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa membantu orang yang tercedera.
(International Standing Committee for Aid to Wounded Soldier)

• Kemudian, dikenali International Committee of the Red Cross – ICRC pada

tahun 1876.

• 26 - 29 Okt. 1863 – satu persidangan 16 negara Eropah diadakan di Geneva dan

kemudian meluluskan Resolusi Jawatankuasa Geneva.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

• Bersetuju menubuhkan pasukan perkhidmatan perubatan tentera dengan lambang

Palang Merah.

• Para pekerja bantuan dan alat-alat bantuan akan dilindungi oleh sebuah lambang

khas: Palang Merah yang berlatar belakangkan warna putih.

• Pada Februari 1864, lambang ini muncul untuk kali pertama di medan pertempuran

antara Prussia dan Denmark.

• ICRC telah menghantar Dr. Louis Appia bertugas dengan tentera Prussia -

menghadapi masalah – perlu pengiktirafan secara rasmi.

• Ogos 1864 – Kerajaan Switzerland dengan gesaan ICRC telah mengadakan

“Persidangan Diplomatik” yang dihadiri 12 buah negara

• Konvensyen ini cuba memperbaiki keadaan tentera yang cedera di medan

pertempuran.

1.2.2.2 Konvensyen Geneva

• 22 Ogos 1864 – Konvensyen Geneva ditandatangani oleh 12 buah negara menolong

mangsa perang.

• Konvensyen Geneva pertama ini telah membuka satu lembaran sejarah. Sekaligus

menafikan tanggapan bahawa peperangan dan undang-undang tidak boleh diselaraskan.

• Dalam persidangan tersebut turut mengesyorkan satu rancangan yang istimewa untuk

mendapatkan perlindungan antarabangsa bagi mereka yang tercedera, hospital tentera
dan anggota-anggota perubatan.

• Konvensyen Geneva pertama menjadi asas bagi kerja-kerja kemanusiaan dalam perang

Perancis - Prussia (1870 - 1871), Sepanyol – Amerika (1898) & Rusia - Jepun (1904)

• Banyak negara telah menubuhkan Palang Merah mereka.
• 1867, Perang Turki - Russia – kerajaan Turki menggunakan lambang Bulan Sabit Merah.
• Selepas 1864, beberapa persidangan telah dijalankan. Paris (1867), Berlin (1869),

Geneva (1884), Karlsrune, Rome (1892), Vienna (1897) dan St.Petersburg (1902).

• Terdapat 4 Konvensyen Geneva yang pada bertarikh 12 Ogos 1949.

 1864 KG 1 – memberi perlindungan perang di darat.
 1899 KG 2 – memberi perlindungan perang di laut.
 1929 KG 3 – memberi perlindungan kepada tawanan perang

perang dunia 1 (1914-1918).

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

 1949 KG 4 – memberi perlindungan kepada orang awam di
dalam tahan musuh.

 Semakan 12 Ogos 1949 tidak lengkap dan 2 protokol ditambah.
 Protokol 1 – konflik bersenjata antarabangsa.
 Protokol 2 – konflik bersenjata bukan antarabangsa.

1.2.2.3 Lambang Pergerakan
 Lambang palang merah merupakan warna simbol terbalik dari bendera
Switzerland dimana menjadi simbol perlindungan kepada petugas dan
tentera yang cedera.

Bendera Switzerland Bendera Palang Merah

 Pada November 1876, Turki mengumumkan kepada Majlis Persekutuan
Swiss iaitu penjaga Konvensyen Geneva untuk menggunakan lambang bulan
sabit merah kerana palang merah menghina agama Islam.

 Negara – negara Islam menggunakkan lambang bulan sabit seperti di
bawah: -

 Kedua-dua lambang dilindungi oleh Konvensyen Geneva sejak tahun 1929.
 Menjadi tanggungjawab kerajaan mengawal penggunaan lambang ini.
 Pada tahun 1923, lran menggunakan lambang Singa Merah dan Matahari, namun

ia diganti dengan Bulan Sabit pada tahun 1980.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

1.2.2.4 Perjanjian – perjanjian lain
 Protokol Gas Geneva 1925
 Ia melarang penggunaan apa jua gas beracun dalam masa perang.
 Konvensyen Harta Budaya Hague 1954
 Ia untuk perlindungan kepada objek seni yang penting.
 Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu 1981
 Ia untuk perlindungan daripada senjata yang menyebabkan
kecederaan yang dahsyat.
 Konvensyen Hague 1899 & 1907
 Ia untuk perbezaan antara peraturan berkait dengan pengendalian
permusuhan dengan perlindungan mangsa-mangsa.

1.2.3 Sejarah Penubuhan di Malaysia
 Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai
cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak.
 Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia
bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudia di negeri-negeri lain. Pada
bulan Februari 1951, Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan
dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang Pegawai Medan
Palang Merah British.
 Majlis Cawangan baru ini telah memutuskan bahawa Cawangan-cawangan
setempat hendaklah ditubuhkan pada tiap-tiap sembilan buah negeri dan kedua-
dua negeri Selat.
 Sehingga penghujung tahun 1951, Cawangan-cawangan telah ditubuhkan di Perak,
Terengganu dan Selangor.
 Pada tahun 1952, Cawangan-cawangan lain ditubuhkan di Melaka, Johor dan
Pahang.
 Dalam masa kemuncak darurat, Cawangan telah menghantar 25 pasukan Palang
Merah untuk tugas-tugas kebajikan di kampung-kampung dari di Perak, Terengganu
dan Selangor.
 Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia
dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

 Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa
pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.

 Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta
penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan
akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia
(Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang
Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak
dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di
Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.

 Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama
kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran
penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.

1.2.4 Tujuan Penubuhan
 Penubuhan persatuan ini adalah berorientasikan bagi meningkatkan kesedaran di
kalangan pelajar tentang bagaimana untuk menjadi ahli sukarelawan yang berilmu
dan berdisiplin.
 Melalui BBSM pelajar akan didedahkan tentang cara-cara menjalankan rawatan ke
atas seseorang mangsa sama ada semasa tenang atau ketiaka suasana cemas.
 Salah satu tujuan penubuhan persatuan tersebut di negara ini bagi mengadakan
satu persatuan yang terbuka dengan tiada diskriminasi agama, bangsa, warna kulit
dan politik serta menggalakan penyertaan terutama para belia bagi membentuk
jasmani, akal, sosial dan rohani supaya boleh mengambil tempat yang membina
dalam masyarakat.

1.2.5 Istiadat – istiadat Rasmi Pertubuhan

1.2.5.1 Istiadat Perhimpunan
 Masuk dalam barisan.
 Melaporkan kehadiran pasukan.
 Mengibarkan bendera Malaysia, Bulan Sabit Merah, dan Negeri.
 Nyanyian lagu Negaraku dan lagu BSMM.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

 Bacaan doa.

1.2.5.2 Istiadat Meningkat Naik
 Ketua pasukan dan ketua kumpulan berdiri dalam bentuk bulatan.
 Guru penasihat memberi arahan dan menerangkan dengan ringkas tujuan
istiadat ini diadakan.
 Ahli BSMM yang akan meningkat naik dipanggil ke hadapan guru penasihat
yang akan mengucapkan terima kasih semasa berada didalam keahlian.
 Berjabat tangan dengan kawan-kawan.
 Ahli lain memberi satu sorakan.
 Guru penasihat memberi arahan menutup bulatan dan bersurai.

1.2.5.3 Istiadat Melantik
 Apabila seorang pelajar telah bersedia menjadi ahli BSMM, dia patut
disahkan menjadi -seorang ahli melalui satu istiadat.
 Istiadat itu amat bermakna kepada ahli baru yang akan menjadi kenangan
seumur hidup mereka dan kepada semua ahli kumpulan akan mendapat
seorang ahli baru.
 Istiadat diadakan secara:
 Perkataan dan upacara ringkas dan mudah dengan ikhlas.
 Dengan khusyuk dan syahdu.
 Prosedur:
 Diadakan di tempat lapang.
 Diadakan di peringkat awal tahun.
 Semua hal yang terlibat harus faham peranan masing-masing.
 Guru penasihat dan ketua pasukan hendaklah menghebahkan istiadat
ini pada perhimpunan sebelumnya.
 Semua keperluan disediakan.
 Upacara perlantikan ahli baru BSMM:
 Ahli yang mengambil bahagian perlu membuat satu bulatan besar.
 Ketua pasukan berada dalam bulatan.
 Guru penasihat berdiri di tengah bulatan.
 Guru penolong penasihat berdiri di luar bulatan di belakang bendera.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

 Ketua pasukan dalam keadaan sedia.
 Ahli baru yang berada di luar bulatan di panggil masuk ke dalam

bulatan.
 Wakil ahli membawa ahli baru berdiri di depan guru penasihat.
 Selepas itu, wakil ahli, balik ke tempatnya.
 Penolong guru penasihat masuk ke dalam bulatan dan berdiri di

sebelah guru penasihat dengan membawa lencana,tanda negeri dan
lambang di lengan.
 Guru penasihat melafazkan ikrar diikuti oleh ahli baru.
 Guru penasihat menyematkan lencana keahlian, tanda negeri dan
lambang di lengan kepada ahli baru.
 Ahli baru memberi hormat kepada guru penasihat dan berpusing.
 Wakil ahli memperkenalkan kepada ahli-ahli yang lain.

1.2.5.4 Istiadat Penyampaian Lencana

• Lencana disediakan di dalam dulang dan dibawa oleh Penolong Pemimpin.

Laung Agung Pemeriksa bersalam Ahli BSMM tabik
dijalankan terlebih dan ucapan Syabas hormat

dahulu

Pemeriksa bergerak Lencana Kecekapan Selesai semua - Pek
ke bulatan di hadapan di kiri lengan baju beri sorakan Tahniah

bendera Pemeriksa dan dijawab oleh
menyematkan lencana penerima lencana
Pemeriksa memanggil
penerima lencana Pemeriksa maju ke Ahli BSMM balik ke
berbaris di arah Ahli BSMM dan sekawan masing-
hadapannya (di
tengah bulatan) Ahli BSMM tabik masing
hormat
Taklimat Pemeriksa
tentang pentingnya
lencana yang diterima

oleh penerima

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

• Pemimpin berdiri di sebelah kanan sekali dan diikuti oleh penolong - penolong

pemimpin.

• Lencana mesti disampaikan oleh pihak BSMM.
• Senarai Penyampaian Hadiah

Kategori I Ahli Kehormat • Dianugerahkan oleh Pengerusi
Seumur Hidup
(Honorary Life Kebangsaan atas sokongan
Membership)
Jawatankuasa Anugerah BSMM

kepada orang-orang yang

terhormat yang telah

mencurahkan khidmat-khidmat

yang bernilai sejajar dengan

Prinsip-prinsip Bulan Sabit

Merah. Tidak lebih daripada

empat (4) anugerah dalam setiap

tahun.

Kategori II Pingat • Dianugerahkan oleh Pengerusi
Perkhidmatan
Kebangsaan atas sokongan
Cemerlang
(Distinguished Jawatankuasa Anugerah PBSMM
Service Medal)
kepada ahli-ahli yang telah

memberikan perkhidmatan yang

bernilai kepada Persatuan dalam

tempoh tidak kurang daripada

sepuluh (10) tahun.

Kategori III Pingat • Dianugerahkan oleh Pengerusi
Kebaktian
Kebangsaan atas sokongan
Terpilih
(Excellent Jawatankuasa Anugerah PBSMM
Service Medal)
kepada ahli-ahli yang telah

melengkapi perkhidmatan terpilih

sekurang-kurangnya selama

sepuluh (10) tahun perkhidmatan

Kategori IV Pingat Jasa BUKU LOG UNIT BERUNIFORM
Terpuji
selepas melepasi had umur 18
(Meritorious tahun.
Service Medal)
• Dianugerahkan oleh Pengerusi
Kategori V Sijil Kepujian
(Certificate of Kebangsaan atas sokongan
Jawatankuasa Anugerah PBSMM
Merit) kepada ahli-ahli yang telah
melengkapi perkhidmatan yang
Kategori Khas Pingat terpuji sekurang-kurangnya selama
Keberanian (5) tahun selepas melepasi had
(Gallantry umur 18 tahun.

Award) • Dianugerahkan oleh Pengerusi
Pingat
Perkhidmatan Kebangsaan atas sokongan
Lama (Long Jawatankuasa Anugerah PBSMM
Service Medal) kepada ahli-ahli yang telah
melengkapi perkhidmatan khusus
Anugerah kepada Persatuan sekurang-
Khas kurangnya selama tiga (3) tahun
selepas melepasi had umur 18
Dermawan tahun.

• Dianugerahkan oleh Pengerusi

Kebangsaan kepada mana-mana
ahli di atas keberaniannya.

• Melengkapi perkhidmatan yang

berterusan selama sepuluh (10)
tahun setelah melepasi had umur
LAPAN BELAS (18) tahun dan satu
BAR dianugerahkan bagi setiap (5)
tahun selepasnya. (diluluskan pada
4.4.71).

• Dianugerahkan oleh Pengerusi

Kebangsaan kepada Syarikat

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

(Special Award Perdagangan, Industri, Firma
for
persendirian atau orang
Benefactors)
perseorangan yang bermurah hati
Anugerah
Khas Khidmat memberikan sokongan mereka

Istimewa kepada Persatuan yang mana

Jawatankuasa Pengurusan

Kebangsaan berpendapat bahawa

mereka berhak menerima

anugerah.

• Ianya dianugerahkan kepada ahli-

ahli yang telah memberi khidmat

istimewa khusus untuk sesuatu

tugas yang menaikkan imej

Persatuan dan juga menepati

sepenuhnya keperluan tujuh

prinsip-prinsip BSMM.

• Belia Pingat Jasa • Dianugerahkan oleh Pengerusi
Terpuji
Kategori I (BELIA)

(Meritorious Kebangsaan atas sokongan
Service
Jawatankuasa Anugerah
Medal Youth)
BSMM/Jawatankuasa Anugerah

Cawangan kepada ahli-ahli Belia

yang telah melengkapi

perkhidmatan yang terpuji

sekurang-kurangnya selama tiga (3)

tahun.

Kategori II Sijil Kepujian • Dianugerahkan oleh Pengerusi
Belia
Kebangsaan atas sokongan
(Certificate of
Merit Youth) Jawatankuasa Anugerah

BSMM/Jawatankuasa Anugerah

Cawangan kepada ahli-ahli Belia

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

yang telah memberikan

perkhidmatan khusus kepada

Persatuan.

• Senarai Lencana Kegunaan Ahli – ahli BSMM

Lencana Ahli Seumur Hidup • Atas pembayaran RM1,000.00 atau
(Diluluskan pada 19.11.1994)
lebih SIJIL KEAHLIAN SEUMUR
Lencana Keahlian HIDUP akan dikeluarkan.
(Diluluskan pada 22.1.1967)
• Bayaran bagi kos lencana akan
Lencana Beret BSMM
ditanggung oleh Cawangan.

• Lencana keahlian akan diberikan

kepada semua kategori keahlian
BSMM atas pembayaran yuran
keahlian.

• Lencana beret akan diberikan kepada

semua ahli BSMM yang berpakaian
seragam atas pembayaran yuran
keahlian.

1.2.5.5 Istiadat Bendera BSMM

• Adat Sebelum Menaikkan Bendera

 Perlu uji tali temali bendera bagi memastikan ianya teguh dan
tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau
melampai tidak tentu kibarannya.

 Sebelum bendera dinaikkan, pastikan ianya dalam keadaan yang
baik.

 Mereka yang akan menaik dan menurunkan bendera hendaklah
berpakaian kemas lengkap dengan Uniform BSMM.

 Bendera janganlah diletakkan di tanah semasa hendak
menaikkannya

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

 Bendera janganlah dibiarkan meleret ke tanah sewaktu
menurunkannya tetapi hendaklah ditatang atau diselimpangkan
ke bahu apabila ia sampai ke bawah.

• Adat Selepas Menaikkan Bendera

 Menaik dan menurunkan bendera hendaklah dengan tertib iaitu
perlahan-lahan.

 Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah
dinaikkan sepenuhnya dahulu dan kemudian menurunkannya
semula keseparuh tiang.

 Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah pertama
ialah menaikkan semula bendera tersebut sepenuhnya dan
kemudian menurunkannya terus.

 Selepas digunakan bendera hendaklah dilipat dan disimpan
dengan baik di tempat tertentu supaya tidak dilangkahi dan
sebagainya.

 Bendera BSMM tidak seharusnya digunakan untuk mengalas
meja atau menutup sesuatu

 Bendera yang koyak dan telah bertukar warna adalah dianggap
sebagai bendera yang uzur.

 Ianya hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan iaitu
membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan
rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM
1.3 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN

1.3.1 Struktur dan Organisasi Peringkat Antarabangsa

• Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada 3 badan yang berasingan, iaitu:

 Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)
 Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan

Sabit Merah (IFRC)
 Persatuan-persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah

Kebangsaan

• Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the Red

Cross)

 Ditubuhkan pada ahun 1863 oleh 5 warganegara Swiss bagi membantu
orang yang cedera tanpa berpihak kepada mana-mana pihak.

 Keputusan mereka berasaskan kepada pertimbangan kemanusiaan.
 Menyediakan anggota perubatan sekiranya berlaku peperangan, perang

saudara / rusuhan.
 Memberi bekalan kepada mangsa peperangan seperti makanan, ubatan,

pakaian, dan buku.

• Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah

(International Federation of Red Cross)

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

 Ditubuhkan pada Tahun 1919.
 Merupakan Liga persatuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit

Merah.
 Bebas daripada pengaruh kerajaan
 Memberi bantuan dengan apa jua cara kepada mangsa bencana alam.

• Persatuan palang Merah/ Bulan Sabit Merah Kebangsaan

 Memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, pencegahan penyakit
dan membaiki tahap kesihatan.

 Melantik anggota-anggota pertolongan cemas.
 Menjaga tentera yang sakit dalam peperangan.
 Membantu orang-orang tawanan perang, menghantar perutusan orang

awam.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

• Struktur dan Organisasi Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah

Antarabangsa

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

1.3.2 Struktur dan Organisasi Peringkat Kebangsaan / Negeri / Daerah / IPG

• Perinngkat Kebangsaan

SENATOR

MAJLIS
KEBANGSAAN

MAJLIS
KJEABWAANNGKSUASAAN

EKSEKUTIF
KEBANGSAAN

JAWATANKUASA
CAWANGAN

JAWATANKUASA
CABANG

UNIT

UNIT SUKARELA UNIT – UNIT LAIN PASUKAN KEBAJIKAN

UNIT

BELIA KANAK – KANAK

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

• Peringkat IPG Penolong Pengarah
BPG / Dekan / Naib
Ketua Seksyen
Kaunselor

Pegawai Penjaga
(Pensyarah)

Komanden
(Pensyarah Penasihat)

Penolong Komanden
(Pensyarah Penasihat)

Kuarter Master
Ahli: Guru Pelatih

Siswa / Siswi

Ketua Utama
Seksyen

Ahli: Guru Pelatih
Siswa / Siswi

Ketua Seksyen

Penolong Keta Penolong Keta
Seksyen Seksyen
1 1
2
2
3
3

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM
1.3.3 Struktur dan Organisasi Peringkat Sekolah dan Kumpulan

Penaung
(Guru Besar)
Guru Penasihat (PKK)

Pengerusi (Pelajar)
Naib Pengerusi
(Pelajar)
Setiausaha

Penolong Setiausaha

Bendahari

Penolong Bendahari

AJK

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

1.3.4 Fungsi Majlis Tadbir

Memperkasa dan Menjadi salah satu
memartabat institusi yang menggerak,

profesionalisme ahli di mengeratkan dan
bidang masing-masing. mengukuhkannhubungan

sesama ahli.

Menjalin hubungan dan Menjadi saluran rasmi
kerjasama dengan badan kepada ahli untuk bertemu
dan pertubuhan lain yang
mempunyai matlamat dan dan berbincang dengan
kepentingan yang serupa. pihak pengurusan yang
berkaitan dengan pihak
pengurusan yang berkaitan
bagi tujuan memartabatkan
kepentingan kedua-dua

pihak.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

1.4 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1.4.1 Pendaftaran Ahli dan Kumpulan

• Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina

dan politik.

• Ahli dan Sukarelawan datang daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan

perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan dan prinsip persatuan.

• Komposisi keahlian adalah seperti berikut:

 Ahli kanak – kanak (9 – 12 tahun)
 Ahli Belia (13 – 18 tahun), Ahli Belia Terbuka (13 – 17 tahun)
 Ahli Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam/ Tidak Berpakaian

Seragam (18 tahun keatas)
 Ahli seumur hidup
 Ahli Kehormat Seumur Hidup (Anugerah kepada individu yang beri

sumbangan)

 Keahlian biasa

 Yuran tahunan sekurang-kurangnya RM 2.00
 Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang.
 Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan atau

Cabang.

 Ahli belia

 Permohonan untuk menjadi ahli yang diluluskan oleh Jawatankuasa
Cawangan terbahagi seperti berikut:
 Pemohon yang tidak melebihi 12 tahun berdaftar di
bahagian unit sebagai Bulan Sabit Kanak-kanak (Link).
 Pemohon yang tidak melebihi 18 tahun berdaftar di unit
Bulan Sabit Muda (Junior)
 Pemohon yang tidak melebihi 25 tahun berdaftar di unit
Pasukan Sukarela (Voluntary Aid Detachment-VAD)

 Ahli seumur hidup

 Permohonan adalah di atas budi bicara dan kelulusan Cawangan.
 Yuran tidak kurang daripada RM1000.00.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

 Ahli kehormat seumur hidup

 Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah
Kebangsaan.

 Pasukan bantuan sukarela

 Yuran RM 2.00 setahun tetapi digalakkan bayar yuran sekaligus untuk
5 tahun.

 Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem data di Ibu Pejabat Kebangsaan.
 Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing-

masing.

 Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran, rekod boleh disimpan oleh

Jawatankuasa Eksekutif Cawangan.

 Penyelarasan Pendaftaran Keahlian

 Kad keahlian telah diberi nombor bersiri dan diperoleh dari ibu pejabat
kebangsaan melalui cawangan, pengeluaran kad kepada ahli perlu
didaftarkan.

 Kad yang lama perlu digantikan dengan yang baru melalui sekretariat
cawangan atau cabang.

 Borang keahlian haruslah lengkap dengan gambar.
 Selepas permohonan telah diluluskan oleh pihak cawangan, maka

borang berkenaan hendaklah diserahkan seperti berikut:
 Salinan asal kepada ibu pejabat kebangsaan
 Salinan kedua disimpan oleh cawangan.
 Salinan ketiga diserahkan kembali kepada cabang atau unit.
 Kad keahlian kepada ahli biasa atau ahli seumur hidup.

 Pendaftaran Kumpulan: -

 Pasukan kanak – kanak
 Pasukan Belia
 Pasukan Belia Terbuka
 Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam
 Pasukan Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam
 Pasukan Bantuan Sukarela di IPT

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

 Pendaftaran bagi Pasukan Kanak – Kanak / Belia

 Setiap sekolah hanya dibenarkan menubuhkan 1 pasukan BSMM.
 Setiap pasukan memerlukan minimum 15 ahli.
 Pihak sekolah akan menghantar borang pendaftaran kepada

Setiausaha Cabang dan disemak oleh pihak Cabang. Selepas itu
barulah permohonan dimajukan kepada Setiausaha Cawangan
 Setiausaha Cawangan perlu mengangkat permohonan tersebut ke Ibu
Pejabat Kebangsaan (IPK) untuk kelulusan dan pendaftaran jika tepati
syarat.
 Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan oleh IPK dan dihantar ke
sekolah. Borang Semakan Pendaftaran Keahlian Tahunan perlu
diperbaharui setiap tahun sebelum Februari disertai dengan yuran
tahunan ahli.

 Pendaftaran bagi Pasukan Belia Terbuka

 Ditubuhkan di kawasan yang diluluskan oleh Cabang sahaja.
 Ahli mesti minimum 15 orang.
 Hantar borang pendaftaran kepada Cabang sebelum dihantar ke IPK

untuk disemak dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan.

 Pendaftaran bagi Pasukan Bantuan Sukarela

 Boleh ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang.
 Ahli mesti minimum 15 orang.
 Langkah pendaftaran adalah sama seperti pendaftaran belia dan kanak-

kanak.

1.4.2 Kuasa Penganjur

 Meluluskan pendaftaran tahunan unit BSMM dengan ibu pejabat BSMM.
 Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi [ seorang lagi ialah

pemimpin kumpulan] bagi akaun simpanan atau semasa untuk BSMM itu.

 Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin BSMM.
 Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit BSMM di

mana perlu.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

 Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktivi luaran (seperti rombongan, kembara,

perkhemahan dan sebagainya) untuk ahli-ahli.

 Menyelia dan mengawal kemajuan unit BSMM di sekolahnya.

1.4.3 Struktur Unit

STRUKTUR
ORGANISASI &
PERKEMBANGAN
BULAN SABIT MERAH

CARTA ORGANISASI STRUKTUR PERKEMBANGAN
ORGANISASI BSMM
PERSATUAN

 Setiap unit ini mempunyai pegawai masing-masing dan struktur unit terdiri daripada:

 Kanak-kanak (Link)
 Pegawai Kanak-kanak ialah guru penasihat BSMM yang
dilantik oleh guru besar.

 Belia (Youth) -Pasukan Bantuan Sukarela
 Pegawai Belianya adalah guru penasihat BSMM yang
dilantik oleh pengetua.

 Ahli-ahli Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link) membentuk sekurang-kurangnya

80% ahli Bulan Sabit Merah Malaysia.

 Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit yang khas, yang menunjukkan

unit itu dari Cabang mana dan dari bahagian apa.

 Contohnya: Unit PK(Y)118 menunjukkan unit ini dari Cabang Perak (ditunjukkan

oleh huruf ‘PK’), merupakan unit Youth atau Belia dan nombor 118 menunjukkan ia
unit ke 118 didaftarkan.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

1.4.4 Pengurusan Buku Log / Folio / Laporan Aktiviti

 Kulit luar dibalut dengan pembalut plastic agar tidak mudah rosak.
 Buku log yang baik mempunyai sekitar 200 hingga 300 helaian muka surat. Saiz

buku log (21cm x 32cm)

 Mengandungi cacatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan dan

mengesahkan penglibatan seseorang.

 Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan cacatan harian sesuatu aktiviti.

1.4.5 Tanggungjawab Pemimpin

 Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik AJK baru.
 Memastikan ada perlembagaan atau peraturan.
 Memastikan aktiviti yang dijalankan adalah selaras dengan objektif sekolah.
 Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang terkandung dalam

perlembagaan atau peraturan.

 Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
 Memastikan aktiviti berjalan seperti yang dirancang.
 Memikirkan strategi untuk peningkatan kecemerlangan pelajar\ pasukan.
 Memastikan kewangan persatuan\ kelab\unit diurus dengan baik dan beretika

perlukan tindakan\ perhatian\ semakan\ penyiasatan pihak pentadbir.

 Memastikan tidak ada kutipan kewangan tanpa melalui mesyuarat AJK dan tanpa

keluluskan oleh pihak pentadbir.

 Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disedia dan difailkan
 Membuat laporan lengkap atau surat rasmi mengenai sebarang kejadian yang

berlaku.

 Memastikan bahawa pasukan yang guru anggotai sebagai penasihat adalah

berdaftar dan diluluskan oleh pihak pentadbir.

 Mengurus penyertaan ahli sama ada di peringkat sekolah, daerah, bahagian atau

yang lebih tinggi.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

 Memohon kebenaran kepada ibu bapa \ penjaga pelajar melalui pengurusan

sekolah jika khidmat \ kepakaran \ kebolehan mana-mana pelajar diperlukan di luar
sekolah.

 Bersedia untuk menjadi guru pengiring bagi sebarang penyertaan pelajar tanpa

mengira peringkat pertandingan \ pengelolaan \ anjuran \ projek dan sebagainya.

 Memastikan aktiviti yang disertai di mana-mana peringkat adalah diakui oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia atau wakilnya.

 Bertanggungjawab merekodkan penglibatan dan pencapaian pelajar.
 Memastikan unit yang dipimpin itu berada dalam keadaan harmoni.
 Memastikan ruang dan aktiviti adalah selamat untuk pelajar melakukan sebarang

penyertaan atau penglibatan dalam apa juga situasi.

1.4.6 Pakaian Seragam Ahli dan Pemimpin

 Pakaian BSMM terbahagi kepada dua iaitu kategori pakaian pelatih atau pelajar dan

pakaian pemimpin.

 Perbezaan pakaian antara pelatih dan pemimpin hanyalah dari segi bush jaket dan

pangkat.

 Pakaian pelatih atau pelajar.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

 Pemimpin BSMM

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM


Click to View FlipBook Version