The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by riroyee, 2021-09-13 04:35:19

BUKU_LOG_BSMM_RINESHIVAM

BUKU LOG_v8

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

 Jenis – jenis Pemulihan Pernafasan
 Pemulihan pernafasan mulut ke mulut.
 Pemulihan pernafasan Holgen Nielson
 Pemulihan pernafasan mulut ke hidung.
 Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada (external cardiac

compression)
 Pemulihan kardio-palmonari (Cardio-Pulmonary Risucitation) CPR

 Peraturan Am Memulihkan Asfiksia
 A – Airways (saluran pernafasan)
 Terbuka atau tersekat
 Keluarkan bendasing seperti gigi palsu,rumput, tanah,

bahan mentah daripada mulut jika ada pemulihan
 B – Breathings (pernafasan)

 Boleh bernafas atau tidak
 Jika pernafasan terhenti, beri bantuan

pernafasan dengan segera.
 C – Circulation (peredaran darah)

 Pastikan adakah denyutan nadi atau tidak.
 Jika tiada, lakukan pemulihan CPR (Cardio-pulmonary

Resuscitation)
 Pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar.

3. PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN

3.1 Konsep

 Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di
gunung dan sebagainya. Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup.
Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan.

 Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab
terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti
berkaitan dengan persekitaran anda.

 Kini perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan luar ko-kurikulum di institusi-institusi
pengajian. Perkhemahan sering dikaitkan dengan unit-unit beruniform.

 Unit beruniform yang sering dikaitkan dengan aktiviti perkhemahan ialah pengakap.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

 Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental dan
fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang
terhad. Aktiviti berkhemah akan menguji setakat mana kesanggupan kita menghadapi
kekurangan dan ketidakselesaan.

3.2 Tujuan Perkhemahan

 Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat seperti
penyalahgunaan dadah yang sering mencabar remaja zaman globalisasi ini.

 Para belia pada masa kini lebih terdedah kepada berbagai-bagai aktiviti yang tidak
sihat dan keruntuhan moral yang sangat serius.

 Pergerakan pengakap dan pandu puteri sejak 80 tahun lepas telah mengadakan
berbagai-bagai aktiviti yang dapat menyalurkan belia supaya menjadi manusia yang
berguna kepada agama, bangsa dan negaranya. Disini ilmu perkhemahan merupakan
salah satu aktiviti yang sangat diutamakan dalam pergerakan tersebut.

 Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu
perkhemahan. Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika di
rumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang
membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan mencabar.
Banyak faedah yang diperoleh oleh remaja semasa menghadiri sesuatu
perkhemahan, di antaranya ialah:

 Berkhemah sebagai cara pendidikan.

 Merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan
terarah yang disampaikan secara langsung dan tidak
langsung dalam pergerakan pengakap dan pandu puteri.
Sebagai contoh semasa menuju ke tempat perkhemahan,
peserta terpaksa berjalan kaki, berbasikal dan
sebagainya. Kerap kali mereka terpaksa merentas bukit-
bukau,danau dan sungai. Keadaan ini dapat melatih
peserta supaya percaya kepada diri sendiri dan berani
menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan - latihan ini
dapat melatih mereka supaya kuat juga sihat fizikal,
jasmani dan mental.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

 Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas
pada bidang akademik semata-mata. Ini dapat kita lihat di
dalam perkhemahan dimana, setiap peserta
dipertanggungjwabkan menguruskan kesemua kegiatan
hariannya tanpa bantuan daripada sesiapa pun
contohnya, memasak, membasuh pakaian, menjaga
keselamatan diri dan sebagainya.

 Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia.
Terutamanya mereka yang tinggal di bandar yang kurang
terdedah dengan persekitaran alam semula jadi dan
kawasan desa. Sesetengah daripada mereka tidak
mengenali pokok getah atau padi dan sebagainya. Belia
dari bandar dapat mengadakan perkhemahan di kawasan
pergunungan, perkampungan dan tepi pantai. Mereka
dapat melihat dan menyiasat tumbuh-tumbuhan, binatang,
batu-batan, dan sebagainya. Kebanyakan tumbuh-
tumbuhan, binatang dan batu-batan ini tidak terdapat di
Kawasan bandar bahkan di kawasan perkampungan
tertentu.

 Perkhemahan untuk orientasi sosial.
 Di perkhemahan peringkat negeri, negara, rantau dan
dunia setiap peserta akan tinggal bersama. Mereka
belajar, bergaul, bertukar fikiran, melakukan aktiviti dan
berkenalan di antara satu sama lain. Mereka dapat
mengenali peserta dari negara lain daripada semua aspek
seperti sosial, adat resam, kebudayaan, masakan dan
sebagainya. Keadaan ini sangat penting bagi mewujudkan
persaudaraan dengan semua orang tanpa mengira
bangsa dan keturunan.
 Di perkhemahan setiap peserta terpaksa menyelesaikan
sendiri semua masalah yang berbangkit dengan bantuan
kawan-kawannya. Sehubungan dengan itu setiap peserta
seharusnya bekerjasama, bantu-membantu di antara satu
sama lain dalam semua kerja dan aktiviti mengikut system

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

parol. Semangat bekerjasama ini sangat penting dan perlu
dipupuk serta ditanam bagi membentuk satu masyarakat
yang kukuh dan penuh berdisiplin.
 Di perkhemahan juga, banyak pertunjukan kebudayaan
dapat diadakan. Peserta dari kumpulan, daerah, atau
negara lain yang menyertai perkhemahan tersebut dapat
mununjukkan kebudayaan masing-masing. Setiap orang
seharusnya faham dan tahu adat resam sesuatu daerah,
negeri, kaum dan agama terutamanya di negara kita yang
berbilang kaum demi mengeratkan lagi tali persaudaraan
dan mengurangkan jurang konflik antara kaum, agama
dan kebudayaan.

3.3 Jenis Perkhemahan

 Perkhemahan ringkas

 Untuk 3 atau 4 orang ahli di tempat tinggal mereka.
 Biasanya dilakukan pada hujung minggu.
 Biasa diadakan selama satu malam atau dua malam.
 Tujuannya adalah untuk mendapatkan sesuatu lencana atau ujian atau

sekadar untuk perkhemahan sahaja.

 Perkhemahan kumpulan

 Dianjurkan oleh pemimpin atau Majlis Ketua Patrol.
 Dihadiri oleh sekumpulan ahli.
 Dijalankan selama dua atau tiga hari.
 Biasanya diadakan sekali bagi tiap-tiap penggal persekolahan.

 Perkhemahan secara besar-besaran

 Dianjurkan oleh Maljis peringkat daerah, negeri, negara atau dunia.
 Dihadiri oleh beratus-ratus atau beribu-ribu orang peserta.
 Dikenali sebagai ‘jambori’.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

 Diadakan 4 tahun sekali.
 Mengambil masa 3-7 hari.

3.4 Struktur Organisasi

3.5 Perancangan dan persiapan awal

 Pembentukan Jawatankuasa
 Untuk menggerakkan sesuatu aktiviti perkhemahan supaya program
dapat dirancang dengan baik dan teratur.
 Kesesuaian jawatankuasa bergantung pada tempat perkhemahan dan
aktivti yang akan dijalankan.
 Setiap jawatankuasa mempunyai tugas masing-masing.
 Ahli jawatankuasa terdiri daripada:
 Urus setia
 Aktiviti
 Pengangkutan
 Peralatan
 Keselamatan dan kecemasan

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

 Penajaan
 Makanan
 Kenal Pasti Kawasan
 Penting untuk melihat tapak perkhemahan untuk memastikan tempat
yang dipilih bersesuaian dan selamat untuk diadakan aktiviti
perkhemahan.
 Perkara yang perlu diambil kira:
 Kesesuaian tempat
 Kemudahan asas (air, tandas)
 Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin
 Mudah untuk berhubung dengan pihak polis dan hospital

sekiranya berlaku kemalangan.

 Surat Kebenaran
 Surat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri / Pegawai
Pendidikan Daerah melalui pengetua --- sebelum menjalankan aktiviti.
 Surat kebenaran pihak polis
 memastikan aktiviti berjalan lancar.
 Surat kebenaran ibu bapa
 diperolehi sebelum peserta dibenarkan mengikutaktiviti
perkhemahan.
 Mendapat insurans kelompok untuk semua peserta
sebelum aktiviti perkhemahan.

 Belanjawan
 Untuk memastikan persiapan yang dibuat boleh menampung segala
keperluan selama tempoh perkhemahan.
 Belanjawan seperti kos pengangkutan, peralatan, insurans, perubatan
dan makanan.

 Alatan Perkhemahan
 Alatan untuk perkhemahan perlu disediakan sebelum menjalankan
aktiviti

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

3.6 Pemilihan Tempat

 Tanah atau tapak yang rata.
 Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan
pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau
berehat.
 Sebaik-baiknya walau pun tapak yang rata, cuba elakkan
daripada Kawasan yang terdapat akar-akar pokok atau batu
yang menjadi tapak khemah tersebut.
 Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya
air bertakung jika hujan atau bukan sebagai tempat laluan air
ketika hujan turun.

 Berhampiran punca air.
 Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, perkara yang
utama harus difikirkan ialah mengenai punca air bersih.
 Air yang bersih digunakan untuk memasak, membersihkan
diri dan sebagainya.
 Tapak perkhemahan haruslah berhampiran dengan punca
air tidak kira sungai, anak sungai, telaga, kolam atau
sebagainya tetapi air tersebut hendaklah dipastikan
kebersihannya supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini
seperti sakit perut atau penyakit lain yang boleh dijangkiti
melalui air yang tidak bersih.
 Punca air ini juga seharusnya diketahui dari mana
datangnya dan melalui kawasan yang tiada pencemaran.

 Jauh daripada dahan mati.
 Pemilihan tapak perkhemahan juga mesti berdasarkan
kepada kawasan sekitar, khasnya perlu melihat pokok-
pokok yang besar di sekeliling kawasan perkhemahan tiada
dahan mati atau ranting yang boleh membahayakan
peserta perkhemahan.
 Ini penting kerana jika berlaku tiupan angin yang kuat atau
hujan, ranting serta dahan mati tersebut boleh menimpa

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

khemah dan orang yang terdapat di tapak perkhemahan
tersebut.

 Tapak yang lebih tinggi dari punca air.

 Pemilihan tempat atau tapak yang tinggi dan rata ini adalah
penting untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air jika
berkhemah di tepi sungai dan air pasang jika berkhemah di
pantai.

 Mudah untuk mendapatkan bantuan.

 Tapak perkhemahan yang dipilih juga haruslah
berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk
mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan.

 Tapak perkhemahan tersebut mungkin berhampiran
kawasan kampung, laluan orang atau mudah dihubungi.

 Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah dimaklumkan
kepada pihak berwajib seperti Polis dan Jabatan
Perhutanan.

 Mudah untuk mendapatkan bahan bakar.
 Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar yang
digunakan untuk memasak perlu diambil kira.
 Jika memasak menggunakan dapur kayu iaitu ranting-
ranting mati, tapak perkhemahan yang dipiiih mestilah di
kawasan yang mudah dan banyak untuk mendapatkan
bahan tersebut.

 Keselamatan kawasan perkhemahan.
 Keselamatan kawasan perkhemahan adalah penting.
 Pastikan bahawa kawasan tersebut adalah bukan kawasan
binatang buas dan mudah diganggu oleh penceroboh luar.

3.7 Aspek Keselamatan

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

 Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal
mengenali dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

 Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang
ditetapkan oleh kem komandan.

 Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam
setiap program.

 Menjaga segala peralatan yang disediakan. Dilarang merosakkan atau
memindahkan peralatan ke tempat lain.

 Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam
kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.

 Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam
kawasan perkhemahan.

 Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
 Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan

demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.
 Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau

kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan
perkhemahan.
 Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.
 Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing,
selepas jam 12.00 tengah malam.
 Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa
kebenaran semasa perkhemahan.
 Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan
Tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
 Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa
perkhemahan.
 Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti
rasmi.
 Penjagaan diri / peralatan / harta persendirian perlu diberi keutamaan.
 Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan /
pengawasan dan mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.
 Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan
pengawasan pihak bertanggungjawab.
 Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak
penganjur.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

 Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari
semasa ke semasa jika difikirkan perlu.

3.8 Kemudahan Asas

 Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu diberi perhatian untuk satu

perkhemahan akan bergantung kepada beberapa faktor seperti jangka

masa, tempat dan bilangan peserta. Di bawah disenaraikan peralatan asas

yang perlu anda bawa untuk memastikan perkhemahan anda selamat dan

selesa.

 Khemah yang sesuai.
 Bag galas
 Dapur (gas atau minyak – bahan tambahan serta alat gantinya)
 Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya)
 Messtin, pinggan, sudu , garpu dan lain-lain
 Botol air, kole dan bekas minuman
 Pisau dan pembuka tin
 Lampu picit serta beteri dan lat gantinya
 Mancis dan lilin atau bahan penyala api
 Kotak pertolongan cemas
 Kotak ikhtiar hidup
 Tali
 Ponco atau baju hujan
 Parang/kapak kecil
 Bekas air tambahan
 Selimut atau bag tidur

 Kalau anda tidak membawa messtin, anda perlu membawa periuk dan cerek.
Selain perkara-perkara yang disebut anda perlu juga membawa keperluan-
keperluan peribadi seperti berus gigi, sabun, tuala dan pakaian. Dan perlu
diingatkan bahawa apa yang disebutkan di atas adalah merupakan
keperluan asas dan boleh ditambah jika difikirkan perlu. Adalah diingatkan
bahawa segala peralatan yang anda bawa hendaklah 1/3 daripada berat
badan. Beratan ini adalah yang sesuai dipikul pada jarak yang jauh. Jika
anda berkhemah dengan kenderaan beratan boleh ditambah mengikut
kesesuaian.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

 Pastikan segala peralatan untuk berkhemah disiapkan dengan awal sebelum
Tarikh anda akan pergi berkhemah untuk mengelakkan daripada tertinggal.

3.9 Pemeriksaan Pagi

 Semasa perkhemahan, kebersihan diri dan kekemasan khemah serta

Kawasan perkhemahan perlu diambil kira, sebagai satu amalan disiplin diri

yang mesti dipupuk. Oleh yang demikian adalah perlu Pemeriksaan Pagi

dilakukan. Pemeriksaan Pagi ini dilakukan oleh beberapa orang pemimpin

yang mengadakan lawatan ke setiap khemah. Lazimnya, pemeriksaan pagi

dilakukan pada pukul 8.00 pagi. Antara aspek-aspek yang dinilai

termasuklah:

 Kebersihan dalam dan persekitaran khemah
 Susun atur barang dan peralatan kumpulan
 Pakaian yang dibawa
 Gajet yang dibawa

 Cara Pemeriksaan Pagi dilaksanakan adalah seperti berikut:
 Membersihkan kawasan perkhemahan, membersihkan periuk

dan peralatan masak yang digunakan, menyusun peralatan

perkhemahan dan sarapan pagi hendaklah selesai sebelum

pemeriksaan pagi.
 Satu tiupan wisel yang panjang dibunyikan oleh pemimpin

yang bertugas bagi menandakan Pemeriksaan Pagi akan

dilakukan.
 Ketika Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua ahli badan unit

beruniform berdiri sebaris mengikut sistem patrol iaitu ketua

patrol berada di kanan sekali, kuarter master, ahli-ahli dan di

kiri sekali ialah penolong ketua patrol.
 Semasa Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua pakaian dalam

patrol berkenaan diletakkan di hadapan ahli-ahli patrol.
 Ketua Patrol akan memberi arahan bersedia kepada ahli-

ahlinya. Seperti “Patrol Nuri Sedia,” sebelum pemimpin berada

di pintu gerbang patrol itu.
 Semasa pemimpin memasuki pintu gerbang patrol, ketua

patrol bergerak ke hadapan lalu memberi tabik hormat dan

melapor diri kepada pemimpin bertugas.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

 Contoh ayat laporan: “Kami Patrol Nuri seramai 20 orang, siap
sedia menerima arahan tuan.”

 Manakala penolong ketua patrol dan kuarter master akan
keluar baris sejurus selepas menerima arahan daripada salah
seorang pemimpin. Kemudian Kembali ke dalam barisan
setelah selesai pemeriksaan.

 Selepas itu, ketua patrol memberi hormat sekali lagi dan
meminta kebenaran menjalankan tugas-tugas lain. Contoh
ayat: “Kami Patrol Nuri seramai 20 orang mengucapkan ribuan
terima kasih, dan minta kebenaran menjalankan tugas lain,
tuan.”

 Maka selesailah Pemeriksaan Pagi, selepas pemimpin keluar
daripada pintu gerbang. Ketua Patrol mengarahkan ahli-
ahlinya keluar baris.

3.10 Laporan dan Refleksi

 Contoh:

 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya saya berjaya
menyiapkan refleksi keseluruhan sepanjang saya belajar
subjek WAJ3111 iaitu Kokurikulum II (Unit Beruniform)
semester ini dengan selengkapnya mengikut tarikh yang
telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang telah
mengajar dan banyak membantu saya dan rakan-rakan
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-
aktiviti yang dijalankan terutamanya kepada ketua
penasihat BSMM iaitu Puan Zowyah bt Shabdin dan Encik
Abd Aziz bin Ishak selaku pensyarah bagi pasukan saya,
Pasukan 1. Secara jujurnya, kursus ini banyak memberi
impak yang positif kepada saya dalam menambahkan
pengetahuan yang baru serta dapat menjadikan saya
sebagai seorang bakal guru yang berwibawa melalui

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

aktiviti yang dijalankan sepanjang semester ini. Hal ini
kerana kursus ini banyak mendedahkan perihal
kegiatan kokurikulum yang dijalankan. Sebelum itu,
wibawa bermaksud seseorang yang memiliki kepakaran
dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Oleh itu,
kursus ini sangat sesuai dipelajari oleh para guru pelatih
demi melengkapkan diri dengan pelbagai bidang ilmu
terutamanya dalam bidang kegiatan kokurikulum
sebagai persediaan untuk melangkah kaki ke dunia
pendidikan yang sebenar.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan
sepanjang semester ini bermula. Antaranya ialah latihan
kawad kaki, pendidikan asas kesihatan, kursus
Rawatan Cemas dan Perkhemahan. Latihan kawad kaki
dan nyanyian lagu BSMM diadakan pada setiap petang
pada hari Rabu. Latihan ini bertujuan untuk
mendedahkan kepada pelajar guru teknik dan cara
kawad kaki yang betul. Hal ini sebagai persediaan
kepada para pelajar guru untuk mengajar murid-murid
kawad kaki di sekolah nanti.

Selain itu, kursus Rawatan Cemas dilakukan pada
minggu seterusnya bagi mendedahkan kepada para
pelajar guru terutamanya kepada Unit Beruniform
BSMM mengenai rawatan awal yang boleh dilakukan
bagi mengelakkan kecederaan yang lebih parah dan
serius. Sebagai contoh, teknik CPR boleh dilakukan
kepada mangsa yang dijumpai separuh sedar. Aktiviti
perkhemahan merupakan aktiviti terakhir bagi setiap
unit beruniform. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, saya
beroleh banyak pengalaman berharga untuk saya
berkongsi dengan rakan-rakan dan anak murid saya
nanti. Melalui aktiviti perkhemahan yang diadakan

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

selama 4 hari 3 malam iaitu dari 11 September hingga
14 September 2012 di sekitar kawasan IPG Kampus
Pulau Pinang, saya berupaya memantapkan
pengetahuan dan kemahiran pengurusan unit
beruniform untuk membolehkan saya menjalankan
tanggungjawab sebagai seorang guru penasihat di
sekolah kelak. Selain itu, saya juga berpeluang
menguruskan aktiviti perkhemahan unit beruniform,
meningkatkan jati diri dan merapatkan silaturahim
dalam kalangan pelajar guru lebih-lebih lagi dalam unit
BSMM.
Banyak aktiviti yang menarik dilakukan sepanjang
perkhemahan antaranya ialah kawad kaki, istiadat
menaikkan bendera, mendirikan khemah dan gajet.
Saya dan rakan juga berpeluang untuk memasak
sarapan pagi dan minum petang. Kami juga didedahkan
cara membuat roti lilit hanya menggunakan tepung
gandum, garam dan air. Sesungguhnya, aktiviti
perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan berjaya
mencapai objektifnya dan memberi peluang kepada
saya dan rakan-rakan untuk saling tolong-menolong dan
bekerjasama dalam melakukan semua kerja yang
ditugaskan.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

5. KANDUNGAN LAPORAN AKTIVITI MINGGU

5.1 LAPORAN MINGGUAN
Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 1

Tarikh: 21 Jun 2021

Masa: 8.00 -10.00 a.m.

Platform: Google Meet

Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj

Kehadiran: 18 guru pelatih

Ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada minggu pertama bagi perjumpaan Unit Beruniform BSMM , kami telah berjumpa
dengan pensyarah kursus bagi kali yang pertama. Pada pukul 8 pagi tepat kami telah
memasuki Google Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L
Varatharaj. Kami disuruh untuk mengisi Google Form sebagai borang kehadiran bagi kursus
MPU 3062. Seterusnya, pensyarah telah memperkenalkan diri beliau dan kami juga disuruh
oleh Encik Krishna untuk memperkenalkan diri kami. Seterusnya, Encik Krishna telah
memberi taklimat ringkas tentang isi pembelajaran dan perkara-perkara yang akan dipelajari
dalam kursus MPU 3062 Kurikulum Unit Beruniform. Setelah tamatnya taklimat tentang
kursus MPU 3062, kami telahpun bersedia untuk membincangkan tentang ahli jawatankuasa
dan juga ketua untuk Unit Beruniform BSMM. Pemilihan ahli jawatankuasa diketuai oleh
Dhaarsini A/P Saravanan iaitu wakil bagi kursus MPU 3062 ini. Kami telah membuat undian
pencalonan demi memilih jawatankuasa manakala ada juga segelintir guru pelatih yang
menjadi wakil bagi beberapa jawatankuasa. Secara rumusnya , kerjasama yang diberikan
oleh guru pelatih membantu untuk melancarkan proses pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi
Unit Beruniform BSMM dengan cekap.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 2

Tarikh: 25 Jun 2021
Masa: 11.30 – 12.30pm

Platform: Google Meet

Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj

Kehadiran: 18 guru pelatih

Ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada minggu kedua perjumpaan Unit Beruniform BSMM , kami telah berjumpa dengan
pensyarah bertugas. Pada pukul 11.30 pagi , kami memasuki Google Meet melalui pautan
yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj. Kami disuruh untuk mengisi
Google Form iaitu borang kehadiran bagi kursus MPU 3062. Sebagai perkara yang pertama
pada pagi itu Encik Krishnakumar telah memberi pendedahan awal mengenal rintangan-
rintangan yang bakal dihadapi oleh guru pelatih semasa melakukan segala aktiviti berkaitan
BSMM secara dalam talian. Encik Krishna telah menasihati kami supaya memberi kerjasama
yang secukupnya dan juga membantu antara satu sama lain. Kemudiannya, beliau telah
mengarahkan Shantne iaitu Ketua bagi Web Master Pusblisiti untuk membuat carta organisasi
yang merangkumi semua Ahli Jawatankuasa yang telah dibincangkan minggu lepas.
Seterusnya, Encik Krishna telah memberi taklimat tentang kepentingan menyanyi lagu BSMM
dan juga ikrar BSMM. Kami diberi arahan untuk bersedia dengan lagu BSMM dan seorang
daripada kami untuk melafazkan ikrar BSMM setiap minggu sebelum memulakan kelas. Kita
dapat memahami betapa pentingnya lagu dan juga ikrar yang melambangkan dan
meningkatkan semangat terhadap BSMM.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 3

Tarikh: 28 Jun 2021

Masa: 8.00 -10.00 a.m.

Platform: Google Meet

Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj

Kehadiran: 18 guru pelatih

Ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada minggu ketiga perjumpaan Unit Beruniform BSMM kami kita telah memasuki
Google Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di
Google Classroom pada pukul 8.00 pagi. Kami disuruh untuk mengisi Google Form iaitu
borang kehadiran bagi kursus MPU 3062. Encik Krishna telah memulakan kelas dengan
mengemukakan persoalan tentang persediaan dan pengurusan yang harus kita lakukan
sebelum serta semasa perkhemahan maya yang akan berlaku kelak secara atas talian. Beliau
juga menerangkan aspek yang penting dan harus diberi perhatian semasa sesi perkhemahan
atas talian dijalankan. Salah satunya ialah Encik Krishna memesan kami untuk membeli T-
Shirt BSMM sebelum perkhemahan maya supaya semua guru pelatih dapat memakai dengan
seragam sewaktu perkhemahan.Selain itu, beliau telah menerangkan Uniform Rasmi BSMM
yang harus dipakai dengan cara yang betul. Di samping itu, Encik Krishna juga telah
menerangkan serba sedikit tentang buku log yang membawa markah yang besar dalam Kerja
Kursus MPU 3062. Beliau menyeru kami untuk membuat buku log yang merangkumi semua
aspek bagi Unit Beruniform BSMM.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 4

Tarikh: 2 Julai 2021
Masa: 11.30 am – 12.30 pm

Platform: Google Meet

Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj

Kehadiran: 18 guru pelatih

Ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada minggu keempat perjumpaan Unit Beruniform BSMM kami telah memasuki Google Meet
melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di Google
Classroom. Kami disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi kursus MPU
3062. Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah memainkan
lagu BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat.Sebagai permulaan kelas,
Encik Krishna telah pun bersedia dengan nota-nota yang berkaitan dengan asas pertolongan
cemas yang telah menjadi perbincangan pada hari itu. Beliau telah berkongsi maklumat-
maklumat asas tentang pertolongan cemas dan kami telah mempelajari banyak perkara yang
baharu tentang peti pertolongan cemas. Beliau telah memperkenalkan alatan-alatan dan ubat-
ubatan yang harus berada di dalam peti pertolongan cemas dan fungsinya kepada guru
pelatih. Kami dapat mengenali tentang bahan yang terdapat dalam peti tersebut dan juga
kegunaanya semasa kecemasan berlaku. Encik Krishna telah menyuruh kami untuk membuat
nota padat tentang asas pertolongan cemas di dalam buku log. Sebelum mengakhiri kelas,
Encik Krishna telah menyuruh kami untuk bersedia dengan kain anduh dalam kelas yang akan
datang.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 5

Tarikh: 5 Julai 2021

Masa: 8.00 -10.00 a.m.

Platform: Google Meet

Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj

Kehadiran: 18 guru pelatih

Ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada minggu kelima perjumpaan Unit Beruniform BSMM kami telah memasuki Google
Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di Google
Classroom. Kami disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi kursus MPU
3062. Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah memainkan
lagu BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat.Sebagai permulaan , Encik
Krishna telah memastikan semua guru pelatih telah pun bersedia dengan kain anduh yag
dipesan kelas minggu lepas. Ada juga guru pelatih yang membeli kain anduh dari farmasi
yang terdekat tetapi ada juga yang telah memotong kain sebagai kain anduh. Seterusnya,
beliau telah memaparkan beberapa video dari Youtube tentang balutan yang dibuat
menggunakan kain anduh seperti balutan yang dilakukan semasa kecederaan tapak tangan,
kecederaan bahu, kecederaan kepala dan juga patah tulang ulna atau radius. Selepas
menonton video , kami telah mula membuat balutan yang ditunjukkan mengikut langkahnya.
Pada masa yang sama , pensyarah telah menilai setiap pelajar yang menjadi wakil untuk
membuat demonstrasi dan juga membaiki kesilapan yang telah dilakukan semasa membuat
balutan manggunakan kain anduh. Semasa akhir kelas, guru pelatih dipesan untuk
mengambil video membuat balutan dan memuat naik di tapak yang disediakan dalam Google
Classroom.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 6

Tarikh: 12 Julai 2021

Masa: 8.00 -10.00 a.m.

Platform: Google Meet

Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj

Kehadiran: 18 guru pelatih

Ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada minggu keenam perjumpaan Unit Beruniform BSMM kami telah memasuki Google Meet
melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di Google
Classroom. Kami disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi kursus MPU
3062. Kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah memainkan lagu BSMM dan melafazkan
ikrar BSMM dengan penuh semangat. Sebagai latihan kelas pagi itu, Encik Krishna telah
memilih beberapa guru pelatih untuk membuat balutan sebagai ulangkaji. Selepas itu, Encik
Krishna telah menunjukkan beberapa video kawad kaki sebagai contoh dan beliau juga telah
membuat senarai arahan kawad yang terdapat serta sesuai. Kami telah diseru untuk
menghafal arahan-arahan kawad yang asas supaya dapat dilakukan dengan betul semasa
perkhemahan maya. Beliau juga telah menghuraikan kepentingan kawad kaki kerana asas
kawad kaki merupakan salah satu kerja kursus bagi MPU 3062.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 7

Tarikh: 19 Julai 2021

Masa: 8.00 -10.00 a.m.

Platform: Google Meet

Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj

Kehadiran: 18 guru pelatih

Ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada minggu ketujuh perjumpaan Unit Beruniform BSMM , kami telah memasuki
Google Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di
Google Classroom. Kami disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi
kursus MPU 3062. Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah
memainkan lagu BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat. Sebagai
perkara yang pertama Encik Krishna telah mengenalkan rawatan untuk luka dan gigitan.
Beliau telah menunjukkan jenis-jenis luka seperti luka terhiris, luka terkoyak, luka tembus dan
sebagainya dan rawatan yang sesuai kepada jenis lukanya. Beliau juga menunjukkan cara
balutan luka dengan menggunakan bahan daripada peti pertolongan cemas. Seterusnya,
beliau telah memberi pendedahan tentang gigitan dan sengatan serta rawatan yang sesuai
baginya. Beliau juga telah berkongsi apa yang perlu dibuat dan apa yang perlu dielakkan
semasa merawat.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 8

Tarikh: 26 Julai 2021

Masa: 8.00 -10.00 a.m.

Platform: Google Meet

Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj

Kehadiran: 18 guru pelatih

Ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada minggu kelapan perjumpaan Unit Beruniform BSMM kami telah memasuki
Google Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di
Google Classroom. Kami disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi
kursus MPU 3062. Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah
memainkan lagu BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat. Encik Krishna
telah mengadakan amali bagi asas pertolongan cemas demi menilai penguasaan kita dalam
bahagian tersebut. Beliau telah menyuruh beberapa orang wakil untuk menunjukkan cara
membuat balutan. Seterusnya, ada juga guru pelatih yang ditanyakan soalan tentang peti
pertolongan cemas, rawatan luka dan gigitan. Guru pelatih telah pun berjaya dalam
melengkapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah secara lancar.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 9

Tarikh: 16 Ogos 2021

Masa: 8.00 -10.00 a.m.

Platform: Google Meet

Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj

Kehadiran: 18 guru pelatih

Ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada minggu kesembilan perjumpaan Unit Beruniform BSMM , kami telah memasuki
Google Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di
Google Classroom. Kami mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi kursus MPU 3062.
Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah memainkan lagu
BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat. Sebagai permulaan , Encik
Krishna telah memberi taklimat ringkas tentang tugasan-tugasan Kerja Kursus yang harus
diselesaikan secepat mungkin. Selepas itu , Encik Krishna telah memberi pengenalan tentang
masakan rimba yang akan dibuat sewaktu perkhemahan maya. Beliau telah berkongsi
maklumat tentang cara menghidupkan dapur di hutan demi membuat masakan rimba. Beliau
telah menunjukkan beberapa bahan semula jadi seperti batang pisang, ruas buluh, tanah liat
dan lumpur yang boleh digunakan untuk memasak serta kaedah penggunaannya. Beliau juga
telah menghuraikan kaedah untuk memasak tanpa perkakas dapur tetapi dengan
menggunakan daun kayu, aluminium, makanan sebagai bekas dan sebagainya.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 10

Tarikh: 23 Ogos 2021

Masa: 8.00 -10.00 a.m.

Platform: Google Meet

Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj

Kehadiran: 18 guru pelatih

Ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada minggu kesepuluh perjumpaan Unit Beruniform BSMM, kami telah memasuki
Google Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di
Google Classroom. Kami mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi kursus MPU 3062.
Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah memainkan lagu
BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat. Sebagai permulaan, Encik
Krishna telah bertanya tentang menu masakan yang akan dimasak oleh guru pelatih sewaktu
perkhemahan. Seterusnya, Encik Krishna telah memulakan pengajaran pada hari itu dengan
teknik CPR. Beliau telah memperkenalkan kaedah D R A B C dalam pemulihan pernafasan.
Beliau juga telah memaparkan video yang menunjukkan teknik membuat pemulihan
pernafasan mengikut kaedah D R A B C. Di penghujung kelas, Encik Krishna menyuruh kami
untuk membuat video CPR dan memuat naik dalam Google Classroom.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 11

Tarikh: 30 Ogos 2021

Masa: 8.00 -10.00 a.m.

Platform: Google Meet

Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj

Kehadiran: 18 guru pelatih

Ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada minggu kesebelas perjumpaan Unit Beruniform BSMM , kami telah memasuki
Google Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di
Google Classroom. Kami mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi kursus MPU 3062.
Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah memainkan lagu
BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat. Encik Krishna telah
membincangkan mengenai video CPR yang dibuat dan dimuatnaik. Encik Krishna telah
menyuruh beberapa guru pelatih untuk menunjukkan video membuat CPR dan beliau telah
membetulkan beberapa video CPR. Seterusnya, Encik Krishna telah pun memperkenalkan 6
jenis simpulan iaitu simpul manuk, simpul belit, simpul balak, simpul bunga geti, simpul buku
sila dan simpul tindih kasih. Sub Seksyen yang dipertanggungjawabkan kepada simpulan
telah memaparkan powerpoint tentang jenis simpulan dan fungsinya. Mereka juga telah
menunjukkan video-video cara membuat simpulan.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 12

Tarikh: 6 September 2021

Masa: 8.00 -10.00 a.m.

Platform: Google Meet

Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj

Kehadiran: 18 guru pelatih

Ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada minggu kedua belas perjumpaan Unit Beruniform BSMM, kami telah memasuki
Google Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di
Google Classroom. Kami disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi
kursus MPU 3062. Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah
memainkan lagu BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat. Sebagai
permulaan, jenis-jenis simpulan dan fungsinya disoalkan oleh Encik Krishna kepada guru
pelatih. Selepas itu, Encik Krishna telah berkongsi beberapa maklumat mengenai 3 jenis
ikatan iaitu ikatan seraya, ikatan lilit kacang dan ikatan serong. Encik Krishna juga telah
menghuraikan fungsi bagi setiap ikatan dan juga menayangkan video cara membuat ketiga-
tiga ikatan tersebut. Encik Krishna juga telah menyuruhkan membuat video-video simpulan
dan ikatan.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 13

Tarikh: 13 September 2021

Masa: 8.00 -10.00 a.m.

Platform: Google Meet

Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj

Kehadiran: 18 guru pelatih

Ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada minggu ketiga belas perjumpaan Unit Beruniform BSMM , kami telah memasuki Google
Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di Google
Classroom. Kami disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi kursus MPU
3062. Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah memainkan
lagu BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat. Sebelum memulakan
kelas, guru pelatih disuruh untuk menayangkan video-video simpulan dan ikatan dibuat dan
fungsinya. Seterusnya, kumpulan Sub Seksyen yang membuat nota tentang gajet
perkhemahan telah ditayangkan. Pelbagai jenis gajet dan fungsinya telah dihuraikan dengan
sangat jelas oleh ahli kumpulan sub seksyen tersebut.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 14

Tarikh: 20 September 2021

Masa: 8.00 -10.00 a.m.

Platform: Google Meet

Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj

Kehadiran: 18 guru pelatih

Ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada minggu keempat belas perjumpaan Unit Beruniform BSMM, kami memasuki
Google Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di
Google Classroom. Kami disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi
kursus MPU 3062. Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah
memainkan lagu BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat. Sebagai
permulaan , Encik Krishna telah memastikan semua guru pelatih telah memuat naikkan segala
video bagi tugasan MPU 3062. Seterusnya, ketua bagi Unit Beruniform BSMM telah
menyediakan satu video montaj yang menyimpulkan segala aktivititi yang dilakukan
sepanjang kursus ini. Persembahan video montaj yang ditayangkan telah membuat
kesimpulan yang menarik perhatian kita semua.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 15

Tarikh: 27 September 2021

Masa: 8.00 -10.00 a.m.

Platform: Google Meet

Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj

Kehadiran: 18 guru pelatih

Ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada minggu kelima belas perjumpaan Unit Beruniform BSMM, kami telah memasuki
Google Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di
Google Classroom. Kami disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi
kursus MPU 3062. Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah
memainkan lagu BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat. Sebagai
minggu yang terakhir semua guru pelatih disuruhkan untuk membuat refleksi sebagai
kesimpulan bagi kursus ini. E-sijil telah diberikan kepada setiap guru pelatih sebagai
penyertaan dalam perkhemahan maya. Encik Krishna telah memberi ucapan tentang
pengalaman bersama dengan kelas V8. Beliau telah mengatakan bahawa beberapa perkara
harus diperbaiki di dalam kelas kita dan beliau telah mengakhiri dengan ucapan terima kasih.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

REFLEKSI BAGI KURSUS MPU 3062

Saya Rineshivam A/L Subramaniam dari unit V8 telah berjaya menghadiri kursus MPU
3062 sepanjang semester ini dan sekali gus dapat melengkapkan segala tugasan Kerja
Kursus MPU 3062 yang diberikkan. Pertama sekali , saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Encik Krishna Kumar iaitu pensyarah bagi kursus ini di atas bimbingan dan
dorongan yang sentiasa diberikan kepada saya dan rakan-rakan sekelas saya lain.
Seterusnya, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan –rakan sekelas saya dan
menghargai kerjasama dan pertolongan yang diberikan oleh rakan sekelas saya dalam
melengkapkan kursus ini dengan berjaya . Tanpa mereka pasti akan lebih sukar untuk
melengapkkan tugasan yang diberikan.

Encik Krishna Kumar telah berjaya menunjukkan hala tuju dalam kursus ini dengan
berkongsi segala maklumat dan juga nota-nota berdasarkan Ringkasan Maklumat Kursus
(RMK). Kami telah dibekalkan dengan pengetahuan-pengetahuan baru mengenai Unit
Beruniform BSMM yang amat memanfaatkan serta melancarkan proses pdp kami oleh Encik
Krishna Kumar sepanjang kursus berjalan. Kelas yang diadakan adalah secara atas talian
sepanjang kursus ini. Namun demikian , setiap ahli Kumpulan Sub Seksyen telah
melaksanakan tanggunjawab mereka dengan sempurna untuk melancarkan kelas kami .
Encik Krishna Kumar telah memberikan bimbingan yang bermanfaat dengan memberikan
tunjuk ajar pada kekurangan yang terdapat dalam kelas yang diadakan . Kerjasama yang
amat baik diberikan oleh ahli-ahli BSMM V8 kerana perasaan ingin belajar sentiasa ada di
dalam diri kami.

Saya berasa amat gembira dengan ilmu yang diperolehi daripada Encik Krishna
Kumar sepanjang kursus MPU 3062 ini. Saya telah berjaya melaksanakan segala tugasan
Kerja Kursus yang diberikan seperti mengambil video kawad kaki, simpulan, ikatan, masakan
rimba, CPR, balutan semasa kecederaan dan sebagainya. Dengan melaksanakan tugasan
yang diberikan , saya berpendapat bahawa saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang
telah diperolehi di sekolah ketika berada di sekolah nanti . Saya berasa kagum apabila dapat
melakukan kawad dan juga memasak masakan rimba dengan sendiri . Saya juga mendapat
pengalaman baru sewaktu membuat video CPR kerana saya dapat mempelajari pertolongan
cemas ini melalui kursus MPU 3062 ini.

Saya juga didedahkan dengan pengalaman baru sewaktu perkhemahan maya dijalankan
walaupun ianya tidak sehebat dengan perkhemahan yang dilakukan di kampus . Walaupun
perkhemahan dijalankan atas talian,perancangan dan perkhemahan maya ini berjalan dengan
sungguh lancar kerana semua Ahli Jawatankuasa telah melaksanakan tugas mereka dengan
baik .Siswa dari Unit V8 dan V16 telah berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM

sempena perkhemahan maya ini. Semasa perkhemahan maya ini , kami dapat mempelajari
ilmu yang baharu apabila kumpulan pembentang menunjukkan video – video yang berkaitan
dengan tugasan ini .

Secara kesimpulannya, saya dapat merumuskan yang kursus MPU 3062 ini telah
memberikan banyak pengetahun dan ilmu yang akan membantu saya sebagai seorang guru
pada masa akan datang .Dengan ini saya dengan yakinnya boleh mengatakan bahawa ,
segala ilmu yang dipelajari melalui kursus ini akan saya mempraktikkan dan aplikasikan
sewaktu saya menjadi seorang guru pada masa depan . Dengan segala ilmu dan tunjuk ajar
yang diperolohi , pastinya saya dapat melatih murid –murid saya di sekolah nanti . Sekian ,
terima kasih.

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM


Click to View FlipBook Version