The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan aktiviti tahunan yang dijalankan sepanjang tahun 2023 di Kolej Vokasional Miri, Sarawak. Dihasilkan oleh Unit Penyelarasan Laporan, Dokumentasi dan Buletin KV Miri 2023.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adeqcute2001, 2023-12-11 18:43:45

LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2023 KV MIRI

Laporan aktiviti tahunan yang dijalankan sepanjang tahun 2023 di Kolej Vokasional Miri, Sarawak. Dihasilkan oleh Unit Penyelarasan Laporan, Dokumentasi dan Buletin KV Miri 2023.

AAPPOORRAANN TAHUNAN L TAHUNAN KKOOLLEEJJ VVOOKKAASSIIOONNAALL MMIIRRII 085-431121 kvmiri.moe.edu.my [email protected]


alam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Segulai Sejalai…. Pertama sekali, syabas dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Penyelarasan Laporan, Dokumentasi dan Buletin KV Miri bagi tahun 2023 yang telah berjaya menghasilkan sebuah laporan aktiviti dan program yang lengkap bagi sepanjang tahun akademik 2023. Kecemerlangan dan prestasi yang ditunjukkan oleh jawatankuasa ini merupakan sebuah penanda aras yang perlu diikuti dan dijadikan panduan oleh setiap jawatankuasa yang lain di KV Miri bagi memastikan setiap KPI dan sasaran yang telah dirancang dapat dicapai. Syukur kita mampu melaksanakan pelbagai aktiviti dari setiap aspek pengurusan, pentadbiran dan penganjuran untuk pelbagai peringkat dari peringkat kolej, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa, Penganjuran kita dalam pelbagai program menjadi modal insan penting dalam memastikan kebitaraan Kolej Vokasional Miri di persada antarabangsa. Penyertaan setiap guru dan pelajar dalam pelbagai pertandingan sukan, kemahiran, inovasi, STEM dan aktiviti-aktiviti ko-akademik yang lain dapat memberikan cerminan kepada masyarakat bahawa kualiti dan standard pelajar dan guru-guru kita mampu memberikan saingan dan malahan mampu menempa kejayaan demi kejayaan. Terima kasih kepada jawatankuasa ini yang berjaya membangunkan dan mengumpulkan laporan-laporan pelbagai aktiviti sama ada sebagai penganjur mahu pun sebagai peserta untuk didokumenkan sebagai rujukan kita pada masa akan datang. Penerbitan Buletin setiap bulan yang tanpa gagal membuktikan kemampuan dan kebolehlaksanaan guru-guru dalam menggalas apa jua tanggungjawab dan peranan. Kewibawaan yang ditunjukkan oleh Ts. Azri bin Said bersama ahli pasukannya membuktikan kecemerlangan kita dalam memimpin dan membimbing setiap guru dan pensyarah untuk menjadi yang terbaik. Sekali lagi syabas dan tahniah. Akhir kata, saya berharap budaya kebitaraan jawatankuasa ini akan dapat diteruskan pada tahun akan datang. Semoga kita berjumpa lagi dengan pelbagai pencapaian, kecemerlangan dan kejayaan dalam pelbagai bidang sehingga ke persada dunia. Fly Kenyalang Fly, Fly High! ( ) John anak Atong Pengarah Kolej Vokasional Miri S Kata Aluan


AKTIVITI BULAN JANUARI


1 PROGRAM KUNJUNG BANTU PPD MIRI HALAMAN 4 MAJLIS MAKAN MALAM SULAMAN KASIH JUNJUNGAN BUDI HALAMAN 4 PELANCARAN SPK, EKSA DAN OSH KV MIRI HALAMAN 6 & 7 Salam Sejahtera dan Salam TVET buat seluruh warga Kolej Vokasional Miri Pertama sekali syabas dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Pelaporan, Dokumentasi dan Buletin 2023 kerana telah berjaya membuktikan kemampuan untuk menerbitkan sebuah naskah buletin pertama bagi tahun 2023. Kepada seluruh warga KV Miri, diucapkan Selamat Tahun Baru dan selamat menempuhi pengajian bagi sesi baharu tahun 2023 dan semoga tahun ini membawa lebih banyak kecemerlangan dan kejayaan sama ada dalam bidang akademik, sahsiah, kokurikulum, inovasi, kemahiran dan keusahawanan. Kita telah menetapkan banyak KPI yang perlu dicapai bagi tahun ini dan diharapkan semua warga bekerjasama sebagai sebuah pasukan yang sentiasa mengutamakan pencapaian dan kejayaan bukan sahaja di peringkat zon dan kebangsaan tetapi juga sehingga ke peringkat antarabangsa. Fokus kita pada tahun ini lebih menyeluruh bagi memastikan usaha-usaha untuk membina masa hadapan anak-anak didik terjamin dan boleh dicapai. Akhir sekali, saya mengharapkan semoga KV Miri mampu mencapai kejayan yang cemerlang dan menempa nama dan sejarah bagi memastikan aspirasi pendidikan TVET terlaksana. - John anak Atong LATIHAN AMALI PROGRAM MPI KE KV BINTULU HALAMAN 5 KATA ALUAN KETUA EDITOR BULETIN KV MIRI 2023 Salam bahagia dan salam perpaduan, Syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya, terhasil juga naskah pertama Buletin KV Miri 2023 hasil usaha dan tenaga daripada barisan pasukan Buletin KV Miri 2023 yang terdiri daripada 8 orang pensyarah yang proaktif. Terima kasih kepada pihak pentadbiran yang memberikan kepercayaan dan amanah kepada saya untuk menggalas tanggungjawab ini buat kali kedua bagi tahun 2023 ini. Syabas serta terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada seluruh ahli jawatankuasa dan guru-guru yang memberikan kerjasama yang jitu melalui pelaporan yang dihantar tepat pada masanya. Semoga pasukan ini terus memberikan kerjasama yang cemerlang dan padu demi keberhasilan yang membanggakan. Apa yang diharapkan, dengan garapan dan cetusan idea daripada AJK kami melalui buletin ini dapatlah membantu semua warga KV Miri untuk menyimpan sedikit memori dan kenangan terindah sepanjang berada di KV Miri pada tahun 2023 untuk dilekatkan dalam ruangan gubuk ingatan masing-masing. - Ts. Azri bin Said AKTIVITI KHIDMAT KOMUNITI LEMBAGA PENGAWAS HALAMAN 7 AMANAT PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL MIRI WEBINAR PERKONGSIAN ONJOB TRAINING PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT HALAMAN 8 Edisi Pertama Januari


2 BARISAN PENTADBIR KOLEJ VOKASIONAL MIRI 2023 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI PERTAMA (JANUARI 2023)


3 LAWATAN TIMBALAN PENGARAH BPLTV Satu lawatan khas daripada Timbalan Pengarah Bahagian BPLTV ke Kolej Vokasional Miri pada 26 Januari 2023. Lawatan yang diketuai oleh Encik Zulkernai bin Fauzi Timbalan Pengarah Kanan Kurikulum & Program TVET Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, bersamasama Encik Muhammad Zaiful bin Zainal Abidin, pegawai di Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM dan Ts. Mohd Hanafiah bin Mohd Hanif bertujuan untuk melihat prasarana dan proses pembangunan di Kolej Vokasional Miri. Sepanjang lawatan, kesemua delegasi telah dibawa melawat ke semua bengkel vokasional dan dijamu di dalam sebuah jamuan tengahari sebelum lawatan tamat pada jam 3.30 petang. PENGHARGAAN BUAT MANTAN TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI PERTAMA (JANUARI 2023)


4 MAJLIS MAKAN MALAM SULAMAN KASIH JUNJUNGAN BUDI Majlis makan malam bersempena meraikan perpisahan dan penghargaan kepada mantan Timbalan Pengarah Akademik, En. Sahibi bin Salleh yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah dan akan bertugas di KV Bintulu. Majlis ini turut meraikan persaraan Puan Asiah, AKP yang akan menamatkan perkhidmatan pada 9 Februari serta meraikan dan mengalu-alukan kedatangan Tuan Pengarah KV Miri yang baharu iaitu Encik John Anak Atong. Majlis ini telah dijalankan pada 14 Januari 2023 bertempat di Restoran PROGRAM KUNJUNG BANTU PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MIRI P rogram Kunjung Bantu Pejabat Pendidikan Daerah Miri (PPD Miri) merupakan salah satu inisiatif daripada PPD Miri untuk memberikan semangat, motivasi dan juga bantuan kepada Kolej Vokasional untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan dapat mencapai KPI yang cemerlang. Selain itu, program ini juga adalah untuk mewujudkan jalinan silaturahim yang utuh dan kukuh antara PPD Miri dan Kolej Vokasional Miri. Program ini dihadiri oleh 5 orang Pegawai PPD Miri yang diketuai oleh Puan Mariam binti Hj.Monek Pegawai Pendidikan Daerah Miri dan semua pelajar KV Miri. Program ini berjalan dengan lancar dan pelajar lebih bersemangat untuk berjaya. K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI PERTAMA (JANUARI 2023)


5 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI PERTAMA (JANUARI 2023) LATIHAN AMALI MPI2032 (ASAS EDM DIE SINKING) DAN PEMESINAN CNC-LARIK (MPI2023) DI KOLEJ VOKASIONAL BINTULU Latihan Amali MPI2032 (Asas EDM Die Sinking) dan Pemesinan CNC-Larik (MPI2023) di Kolej Vokasional Bintulu telah diadakan pada 16 Januari 2023 sehingga 19 Januari 2023. Seramai 2 orang pensyarah Program Teknologi Pemesinan Industri iaitu Encik Mohd Hanafi Bin Nohani dan Ts. Karmila Binti Yahdi telah mengetuai rombongan 26 orang pelajar 1 SVM MPI ke Kolej Vokasional Bintulu. Perjalanan telah dimulakan seawal 10:00 pagi dari Kolej Vokasional Miri pada 15 Januari 2023 dengan menggunakan bas yang telah disewa daripada Syarikat Pengangkutan Multiple Plus Enterprise. Penginapan para pensyarah dan pelajar adalah berada di UPM Bintulu untuk tempoh 5 malam. Para pelajar telah memulakan sesi amali pada jam 7:30 pagi dengan sesi pengenalan kepada mesin CNC EDM Die Sinking dan CNCLathe. Pensyarah dari KV Bintulu telah bertindak sebagai Instructor iaitu Encik Pui Jak Joon. Banyak ilmu yang telah dikongsi dan dicurahkan sepanjang aktiviti amali berlangsung. Para pelajar juga menjalankan latihan hands on untuk keduadua mesin. Latihan amali ini adalah sebagai memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak JPK sebagai memenuhi NOSS tahap 2, SKM serta memenuhi Course Outline (CO) MPI2023 & MPI2032. Latihan amali tamat pada 19 Januari 2023. Para pelajar dan pensyarah berangkat pulang ke KV Miri pada jam 12:00 tengah hari. Latihan amali ini telah banyak memberi manfaat dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.


6 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI PERTAMA (JANUARI 2023) PELANCARAN SPK KV MIRI TAHUN 2023 Sebuah majlis pelancaran ringkas Sistem Pengurusan Kualiti KV Miri Tahun 2023 telah dijalankan pada 18 Januari 2023 bertempat di Dewan Permata KV Miri. Ucapan dimulakan dengan salam SPK. Kepentingan SPK telah diterangkan dengan padat dan ringkas kepada pelajar dan pensyarah. Penubuhan SPK KV Miri adalah sejajar dengan kehendak BPLTV dalam mematuhi proses akreditasi program melalui pengiktirafan MQA dan MBOT . Pelancaran SPK KV Miri juga di jalankan sebagai tanda komitmen pihak pengurusan KVKPM untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti Kolej Vokasional. Semasa pelancaran dijalankan, penyelaras memaklumkan bahawa link baru SPK KV Miri adalah sama seperti tahun yang sudah. Maklumbalas mengenai pelancaran ini telah di edarkan di pautan https://bit.ly/ MAKLUMBALAS_PELANCARANSPKOSHEKSA2023 PELANCARAN EKSA KV MIRI TAHUN 2023 Majlis pelancaran EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) telah berlangsung di Dewan Permata KV Miri pada 18 Januari 2023. Majlis Pelancaran EKSA dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Penyelaras EKSA KV Miri, Puan Flora Balang. Beliau memberi peringatan semula tentang kepentingan amalan EKSA di persekitaran kolej kepada semua pensyarah dan pelajar. Simbolik pelancaran dijalankan dengan majlis menandatangani kain rentang. Majlis ini juga menunjukkan komitmen semua warga KV Miri dalam pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dalam persekitaran kolej bagi mewujudkan suasana yang kondusif dan ceria. Antara objektif program ini adalah untuk menyampaikan maklumat dan pendedahan mengenai pelaksanaan EKSA di KV Miri kepada semua pensyarah dan pelajar dan menjalankan simbolik pelancaran EKSA bagi memenuhi keperluan audit EKSA dan pensijilan MAMPU.


7 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI PERTAMA (JANUARI 2023) PELANCARAN OSH (OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH) KV MIRI 2023 Pelancaran OSH atau Occupational Safety and Health turut telah dijalankan pada 18 Januari 2023 bertempat di Dewan Permata KV Miri. Ucapan dimulakan dengan salam OSH. Kepentingan OSH telah diterangkan dengan padat dan ringkas kepada pelajar dan pensyarah. Pelancaran OSH KV Miri adalah sebagai tanda pematuhan KV Miri terhadap Akta KKP serta sejajar dengan kehendak BPLTV dalam mematuhi proses akreditasi program melalui pengiktirafan MQA dan MBOT. Pelancaran OSH KV Miri juga dijalankan sebagai tanda komitmen pihak pengurusan KVKPM untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti Kolej Vokasional. Semasa pelancaran dijalankan, penyelaras memaklumkan bahawa MOTTO OSH yang baharu ialah “ARRIVE SAFE, WORK SAFE AND GO HOME SAFE” . Maklumbalas mengenai pelancaran ini telah diedarkan di pautan https://bit.ly/ AKTIVITI LEMBAGA PENGAWAS KOLEJ VOKASIONAL MIRI BERSAMA PENYELARAS UNIT SPK KV MIRI: MENYEDIAKAN PENCUCI TANGAN KEPADA WARGA KOLEJ VOKASIONAL JANUARI 2023 Sebuah aktiviti anjuran lembaga pengawas yang berkolaborasi bersama Penyelaras Unit SPK KV Miri telah dijalankan pada 4, 5,17 dan 18 Januari 2023 bertempat di Makmal Sains. Program ini dibuat untuk mencapai objektif penubuhan badan pengawas iaitu mengadakan aktiviti yang memberi impak positif kepada pelajar. Pelajar didedahkan pembuatan sabun cecair untuk diagihkan untuk kegunaan warga KV Miri sambil membantu mencegah penyakit yang berjangkit. Selain itu objektif utama program ini dijalankan adalah sebagai salah satu aktiviti khidmat komuniti Lembaga Pengawas kepada warga kolej Vokasional Miri. Aktiviti yang seumpama ini perlu diteruskan pada masa-masa akan datang bagi menggalakkan para pelajar menabur khidmat bakti dan memberi sumbangan berbentuk tenaga agar ia dapat dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat.


8 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI PERTAMA (JANUARI 2023) WEBINAR PERKONGSIAN ON-JOB TRAINING BERSAMA ALUMNI PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT Sebuah perkongsian mengenai On-Job Training anjuran Alumni Program Teknologi Maklumat telah dijalankan secara atas talian pada 28 Januari 2023 melalui platform google meet. Antara objektif utama penganjuran webinar ini adalah untuk memberi pendedahan awal mengenai On-Job Training serta kepentingannya sebagai persediaan untuk melalui alam kerjaya. Selain itu webinar ini turut mendedahkan dan mengenalpasti skop dan bidang tugas semasa menjalani On-Job Training khasnya bagi bidang Teknologi Maklumat. Ini adalah bagi memastikan setiap pelajar Tahun Akhir Diploma memilih tempat atau organisasi latihan yang bersesuaian dan bertepatan dengan bidang yang dipelajari di Kolej Vokasional Miri. Webinar ini dirasmikan oleh Ketua Jabatan Teknologi Maklumat KV Miri merangkap Penasihat Alumni Program Teknologi Maklumat iaitu Ts. Azri bin Said. Dua orang panel dari alumni iaitu Ghafar Wong Onn Siong dari kohort 2018 dan Azani bin Dorahman dari kohort 2016 dijemput bagi berkongsi mengenai pengalaman serta tips-tips penting semasa menjalani OJT kepada pelajar semester akhir di KV Miri. Turut hadir memberikan sokongan bagi program ini adalah Timbalan Pengarah Akademik Cik Kurniawati binti Ilias. Aktiviti perkhidmatan mencuci kereta ini dijalankan bagi mempromosikan “School Enterprise” Program Teknologi Automotif Kolej Vokasional Miri. Selain itu, aktiviti ini dijalankan oleh pelajar SVM Sem 4 sebagai salah satu aktiviti praktikal dalam modul MTA4012- Penyeliaan Bengkel. Tidak ketinggalan, pelajar Diploma Sem 2 juga turut serta menjalankan aktiviti ini sebagai pendedahan aktiviti keusahawanan yang sejajar dengan sasaran Kolej Vokasional melahirkan graduan yang menceburi bidang Tekno Usahawan. Di samping itu, aktiviti ini dijalankan sebagai pendapatan tambahan bagi kegunaan pelajar dan keperluan bengkel. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah cucian berbuih (snow wash), mengilat tayar (tyre waxing) dan pembersihan dalaman kereta (car interior cleaning). “AUTOMOTIVE CAR WASH” PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMOTIF KV MIRI (SCHOOL ENTERPRISE)


10 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI PERTAMA (JANUARI 2023) 1. Pelancaran EKSA 2. Pelancaran SPK 3. Pelancaran OSH 4. Lawatan Timbalan Pengarah BPLTV 5. Program Kunjung Bantu PPD Miri 6. Latihan Amali Program MPI di KV Bintulu 7. Program SE Bengkel Automotif 8. Aktiviti Lembaga Pengawas : Menyediakan Pencuci Tangan Untuk Warga KV Miri 9. Majlis Makan Malam Sulaman Kasih Junjungan Budi 10. Webinar Sembang Santai OJT Program Teknologi Maklumat PUAN MUNA WARAH BINTI HJ. NUKMAN PENYELARAS, SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) KOLEJ VOKASIONAL MIRI


AKTIVITI BULAN FEBRUARI


1 PROGRAM GOTONGROYONG JABATAN IT HALAMAN 2 AMALI KURSUS HPC PELANCONGAN REKREASI HALAMAN 3 PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI HALAMAN 8 & 9 Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri (KUPLI) Ts. Abu Sehran bin Manan telah menyampaikan taklimat OJT kepada pelajar Program Diploma Tahun 2. Setiap Kolej Vokasional perlulah menjalani latihan industri dalam satu tempoh yang ditetapkan iaitu selama 5 bulan untuk pelajar Teknolog Maklumat dan Perakaunan serta 6 bulan bagi pelajar program Teknologi Kimpalan di Kolej Vokasional Miri. Latihan industri ini juga merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum dianugerahkan sijil atau diploma daripada Kolej Vokasional Kementeriaan Pendidikan Negeri. Antara objektif utama latihan industri ini wujud adalah untuk: 1-Mendedahkan kepada para pelajar dengan alam pekerjaan sebenar. 2-Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari dengan aspek-aspek praktikal di firma atau sebaliknya. 3-Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja. Tuan Pengarah iaitu Encik John anak Atong turut memberi kata-kata motivasi kepada pelajar untuk persediaan OJT. Selepas berakhirnya taklimat OJT daripada KUPLI, Penyelaras CIDB iaitu Encik Mohd Aznil mengambil kesempatan untuk menerangkan tentang CIDB yang bakal dilakukan oleh pelajar sebelum menjalankan OJT. Ketua Unit Psikologi dan Kerjaya Encik Hafizi turut memberi taklimat kepada pelajar mengenai tajuk Persediaan Soft Skill On The Job Training. Pendekatan ini lebih kepada memberi kata-kata motivasi kepada pelajar untuk bersedia dari semua aspek IREJ semasa menjalani OJT. PROGRAM TAKLIMAT & PAMERAN KATAKAN TIDAK PADA ROKOK DAN VAPE HALAMAN 10 AMALAN GURU PENYANYANG : KOLEJ PENYAYANG Pada 8 Februari 2023, Unit Psikologi dan Kerjaya telah menjalankan Amalan Guru Penyayang kepada semua pelajar Kolej Vokasional Miri. Tepat jam 7.00 pagi semua kaunselor bersama pihak pengurusan yang terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Ketua Jaminan Kualiti mengagihkan Kit Kolej Penyayang kepada semua pelajar yang hadir ke sekolah. Pelajar turut diberikan pujian dan ucapan terima kasih kerana dapat menghadirkan diri ke kolej. Pengarah juga menyampaikan pesanan kepada pelajar agar sentiasa bersemangat hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua guru dan pelajar serta dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. LAWATAN MUHIBAH KE KV BINTULU HALAMAN 16 TAKLIMAT ON-THE JOB TRAINING SESI 2023 MAJLIS PERSARAAN PUAN ASIAH BINTI MAJENI HALAMAN 17 Edisi Kedua Februari MIRI LIBRARY X UTB - SDE 3D SESSION HALAMAN 15 LAWATAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN BENGKEL ELEKTRIK HALAMAN 11 PENYELENGGARAAN SURAU AL HIDAYAH HALAMAN 12


2 PROGRAM GOTONG-ROYONG JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Program gotong-royong anjuran Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dijalankan di Kolej Vokasional Miri bagi mengemas, menyusun dan menambahbaik kedudukan peralatan serta bahan-bahan di bangunan Blok A, C dan D di bawah kelolaan program Teknologi Maklumat. Program ini dijalankan pada 11 Februari 2023 bersamaan hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 2.00 petang. Program yang diketuai oleh Ketua Jabatan Ts. Azri bin Said bersama-sama semua pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan semua pelajar Teknologi Maklumat dari kohort 2019 hingga kohort 2022. Program ini telah berjaya menyusun atur serta mengemas bilik-bilik yang perlu digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran dan mengeratkan silaturahim antara seluruh warga jabatan. KUNJUNGAN HORMAT DARI SARAWAK SHELL BERHAD LEARNING SOLUTIONS TEAM K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KEDUA (FEBRUARI 2023) Satu kunjungan hormat daripada Syarikat Sarawak Shell Berhad Learning Solutions Team ke Program Projek Link di Kolej Vokasional Miri telah diadakan pada 9 Februari 2023. Program ini bertujuan untuk melakukan sesi dialog bersama pihak pengurusan KV Miri bagi mendapatkan input serta permasalahan yang timbul dalam pelaksanaan Projek Link di KV Miri. Program ini juga bertujuan untuk mengenal pasti penambahbaikan yang diperlukan semasa melancarkan pelaksanaan Projek Link. Pihak delegasi turut sempat berkenalan dan beramah mesra dengan tenaga pengajar dan pelatih-pelatih Projek Link Batch -48 di KV Miri. Kunjungan yang berlangsung hampir 4 jam ini telah mendapat pelbagai maklum balas dan impak yang positif daripada pelatih-pelatih Projek Link.


3 AMALI KURSUS HPC4033 PELANCONGAN REKREASI Program Sijil Vokasional Malaysia Pelancongan merupakan satu program pengajian yang telah diperkenalkan di Kolej Vokasional Miri pada tahun 2014. Sehubungan itu, Program Pelancongan Kolej Vokasional Miri perlu merangka siri aktiviti perkhemahan dan rekreasi pelajar Kolej Vokasional yang dianjurkan khas oleh pelajar yang terlibat. Rangka aktiviti fasa pertama telah dijalankan di tempat-tempat yang berhampiran dengan Kolej Vokasional Miri. Seramai 15 orang pelajar tahun 2 SVM Pelancongan serta 4 orang guru pengiring telah melaksanakan amali Kursus HPC4033 Pelancongan Rekreasi di Kem Lupuk Bekenu. Rangka aktiviti ini wajib dilaksanakan kerana aktiviti ini merupakan wadah untuk memberikan latihan kemahiran kepada pelajar yang mengikuti Program SVM Pelancongan ini. Matlamat utama aktiviti ini adalah untuk melaksanakan amali kursus semester 4 SVM iaitu HPC4033 Pelancongan Rekreasi Perancangan Pelajar. Bagi memenuhi sebahagian kompetensi ini, pelajar dikehendaki menguruskan perkhemahan dan aktiviti rekreasi. Pelbagai aktiviti luar telah dilakukan oleh pelajar selama 2 hari seperti nature walk, canopy walk, tree top, abseiling, flying fox dan sebagainya. Pelajar telah mendapat gambaran dan didedahkan cara untuk mengurus aktiviti rekreasi serta membantu mereka menimba ilmu pegetahuan yang baharu. Pelaksanaan program amali ini telah dapat memberi ilmu berkenaan aktiviti rekreasi kepada pelajar. Mereka juga telah dapat memahami dengan lebih jelas bukan sahaja prosedur dalam pengurusan sesebuah aktiviti rekreasi tetapi pendedahan berkaitan produk-produk pelancongan yang ada di negara kita khasnya dan di Malaysia amnya. Justeru, mereka akan lebih berkeyakinan semasa menguruskan siri lawatan pada skala yang lebih besar pada masa-masa yang akan datang. Dengan itu, mereka juga dapat belajar cara untuk berkomunikasi ataupun bekerjasama dengan pihak tertentu. Aktiviti telah diakhiri dengan majlis penangguhan dan penyampaian sijil kepada pihak Kem Lupuk serta penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan. K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KEDUA (FEBRUARI 2023)


4 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KEDUA (FEBRUARI 2023) YCF TRANSFORMING PRIMARY SCHOOLS TO SCHOOLS 4.0 SHOWCASE Para pelajar mendengar penerangan tentang animasi yang dihasilkan oleh 13 buah sekolah rendah di sekitar Miri. Para pelajar mendengar taklimat tentang Program PANDei, sebuah bengkel atas talian untuk melengkapkan komuniti setempat dengan kemahiran digital asas supaya mereka mengetahui cara menggunakan alat-alat mudah alih untuk saling berhubung dengan orang lain dengan lebih mudah. Para pelajar diberi pendedahan tentang fasiliti yang terdapat di Makerspace, Pustaka seperti green screen, 3D printing machinge dan 3D pen. CERAMAH JOM KE KOLEJ, HINDARI PONTENG DAN BULI Pada 8 Februari 2023, Unit Psikologi dan Kerjaya dengan kerjasama Pegawai Perhubungan Sekolah, IPD Miri telah memberikan ceramah kepada semua pelajar Kolej Vokasional Miri. Tepat jam 8.30 pagi, ceramah dimulakan dengan perkongsian yang disampaikan oleh Inspektor Mohd Syamsul bin Samsudin selama 1 jam. Pelajar diberi penerangan dan perkongsian yang bermanfaat berkenaan salah laku ponteng dan buli yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah. Beliau juga menerangkan serba sedikit hukuman yang akan disabitkan jika terbukti melakukan pembulian secara fizikal atau mental. Pelajar turut memberi kerjasama apabila diminta menjawab soalan dan berkongsi pendapat di hadapan pelajar. Semoga ceramah ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.


5 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KEDUA (FEBRUARI 2023) PROGRAM CAKNA ILMU KAJIAN KES DALAM UNDANG-UNDANG KOMERSIAL BAGI PELAJAR DIPLOMA TAHUN 1 DAN TAHUN 2 PROGRAM PERAKAUNAN Program dimulakan dengan ucapan daripada En John Anak Atong, Pengarah KV Miri dan diikuti dengan sesi ceramah oleh Penceramah Jemputan, En. Voon Chen Thong, seorang Peguam Bela dan Peguam Cara (Advocate & Solicitor) dari Awang Chua Voon Ting Ronald & Co., Advocates. Program ini dapat menambah pengetahuan peserta (pensyarah dan pelajar) dalam Undang-undang Komersial. Ceramah yang disampaikan berbentuk Kajian Kes. Kes yang pernah berlaku telah diambil sebagai rujukan untuk mengukuhkan hujah yang bersangkutan dengan kes yang dibincangkan. Kaedah ini membantu peserta untuk memahami fungsi undangundang komersial dengan lebih berkesan. Program ini juga dijalankan bagi memenuhi keperluan MQA yang memerlukan Modul Undang-undang Komersial dan disampaikan oleh personel yang berkelayakan, yakni seorang individu yang berlatar belakang undangundang. Program secara keseluruhan dijalankan dengan lancar dengan penglibatan aktif peserta. PELANCARAN TOURISM SCHOOL ENTERPRISE (SE) Majlis Pelancaran Tourism School Enterprise telah dijalankan pada 13 Februari 2023 bertempat di Student Information Centre KV Miri. Majlis Pelancaran Tourism School Enterprise dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Ketua Jabatan Hospitaliti, Pn. Suzy Unying. Beliau menerangkan tujuan School Enterprise ditubuhkan. Tujuan School Enterprise ditubuhkan adalah untuk melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif, produktif, berdaya saing dan berdikari dalam kalangan pelajar. Diharapkan dengan pelaksanaan School Enterprise ini dapat mencungkil bakat pelajar, memupuk minat pelajar dalam bidang keusahawanan dan meningkatkan potensi pelajar dalam menghasilkan produk-produk yang berkaitan dengan bidang pelancongan yang diceburi. Majlis ini menjemput Tuan Pengarah KV Miri, En. John anak Atong untuk menyampaikan ucapan perasmian majlis. Ucapan perasmian beliau dimulakan dengan Salam SE. Beliau amat menggalakkan School Enterprise dilaksanakan di KV Miri mengikut program. Salah satu sebabnya adalah untuk menggalakkan pelajar berminat pergi ke KV dan melatih pelajar berupaya untuk bekerja di luar sekolah pada masa akan datang. Simbolik pelancaran dijalankan dengan majlis memotong riben dan menandatangani bunting. Majlis ini diteruskan dengan penyerahan ‘Friendship Bouquet’ sempena sambutan ‘Make A Friend Day’ dengan slogan ‘Everyone Can Buy’.


6 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KEDUA (FEBRUARI 2023) PROGRAM PERKONGSIAN PENGALAMAN ON-JOB TRAINING BERSAMA ALUMNI PROGRAM PERAKAUNAN Satu program perkongsian pengalaman On-Job Training bersama alumni Program Perakaunan telah diadakan pada 20 Februari 2021 jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Program ini melibatkan 100% kehadiran pensyarah Program Perakaunan, pelajar Diploma Perakaunan Tahun 1 dan 2 seramai 21 orang. Program dimulakan dengan ucapan daripada En Voon King Sing, Ketua Jabatan Perniagaan KV Miri dan diikuti dengan sesi ceramah oleh Penceramah Jemputan, Cik Bong Yeng Ping, Cik Marzelenny Khabang Marcus dan Cik Shazwana binti Gustisuandi. Program ini dapat menambah pengetahuan peserta dari segi tatacara pratikal dan mempertingkatkan keyakinan pelatih sebelum menjalani OJT. Program secara keseluruhan berjalan dengan lancar dengan penglibatan aktif peserta. BENGKEL PENGURUSAN EMOSI SIRI 1 Pada 6 Februari 2023, Unit Psikologi dan Kerjaya dengan kerjasama Pengurusan Asrama telah memberikan ceramah kepada semua pelajar asrama Kolej Vokasional Miri. Tepat jam 8.00 malam, taklimat dimulakan dengan perkongsian yang disampaikan oleh Encik Mohd Hafizi bin Yahaya selama 1 jam. Pelajar diberi penerangan dan perkongsian yang bermanfaat berkenaan pengurusan emosi yang baik dan cara menangani masalah emosi. Beliau juga menerangkan serba sedikit teknik yang boleh digunakan apabila pelajar mengalami stres dan kemurungan. Pelajar turut memberi kerjasama apabila diminta menjawab soalan dan berkongsi pendapat di hadapan dewan. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.


7 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KEDUA (FEBRUARI 2023) PROJEK BAIK PULIH TIANG GOL BOLA JARING KV MIRI Satu projek baik pulih dan penyelenggaraan tiang gol bola jaring telah dijalankan oleh pensyarah dan pelajar Teknologi Kimpalan pada 14 Februari 2023. Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk membuat tiang gol bola jaring yang baharu bagi kegunaan pasukan Karvotek Bola Jaring KV Miri dan memudahkan pasukan bola baling KV Miri untuk berlatih. Sebuah majlis penyerahan akhir tiang gol ini telah berlangsung di bengkel Teknologi Kimpalan di samping disaksikan oleh pihak pengurusan bersama-sama wakil pensyarah dan pelajar Teknologi Kimpalan. Sebuah program Khidmat Komuniti program Pengurusan Pelancongan telah dijalankan pada 18 Februari 2023 di Pusat Jagaan Kanak-kanak Methodist Miri. Tujuan aktiviti khidmat komuniti ini termasuklah mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama- sama rakan sekelas. Pada masa yang sama, pelajar dapat mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari di dalam kelas. Selain itu, aktivit ini juga dapat membina keyakinan pelajar sendiri apabila berhadapan dengan masyarakat luar serta menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung termasuklah gotong-royong membersihkan sekitar Pusat Jagaan KanakKanak Methodist, Miri dan mengadakan 2 permainan yang melibatkan pelajar bersama anak-anak di pusat jagaan berkenaan. Majlis penyampaian cenderamata penghargaan kepada pihak pusat jagaan dan sumbangan pakaian kepada anak-anak yatim juga dilaksanakan pada penghujung program. KHIDMAT KOMUNITI BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DI PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK METHODIST, MIRI


8 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KEDUA (FEBRUARI 2023) KHIDMAT KOMUNITI DI KOMPLEKS KEBAJIKAN HAMIDAH YAKUP, MIRI SARAWAK Rumah Anak Yatim Hamidah Yakup menjadi pilihan pelajar DVM 1, Teknologi Maklumat sebagai pelaksanaan projek bagi memenuhi tugasan PB yang menghendaki pelajar melaksanakan projek komuniti di luar kolej yang bertemakan alam sekitar, baik pulih kemudahan awam dan khidmat sosial. Projek ini dapat mendedahkan pelajar terhadap kepentingan menjaga alam sekitar, mewujudkan sifat menghargai serta memberi tunjuk ajar dan cara penggunaan komputer yang betul dan sebagainya. Selain itu, projek ini juga dapat memupuk sifat kepimpinan serta kerjasama pelajar dalam mengendalikan aktiviti sepanjang projek ini dijalankan. Semua pelajar telah menunjukkan kesungguhan dan kegigihan sepanjang projek ini berlangsung dengan jayanya. Projek pembersihan pantai yang dilaksanakan di pantai Tanjong Lobang, Miri menjadi pilihan pelajar DVM 1, Teknologi Elektronik sebagai pelaksanaan projek bagi memenuhi tugasan PB yang menghendaki pelajar melaksanakan projek komuniti di luar kolej yang bertemakan alam sekitar, baik pulih kemudahan awam dan khidmat sosial. Projek ini dapat mendedahkan pelajar terhadap kepentingan menjaga alam sekitar, mewujudkan sifat menghargai kemudahan awam serta dapat mendidik diri dan masyarakat Miri untuk sama-sama menjaga kebersihan pantai. Selain itu, projek ini dapat memupuk sifat kepimpinan serta kerjasama pelajar dalam mengendalikan aktiviti sepanjang projek ini dijalankan. Semua pelajar telah menunjukkan kesungguhan dan kegigihan sepanjang projek ini berlangsung dengan jayanya. PROJEK PEMBERSIHAN PANTAI TANJONG LOBANG, MIRI SARAWAK


9 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KEDUA (FEBRUARI 2023) TAKLIMAT BIJAK MENABUNG BERSAMA KANAK-KANAK PUSAT JAGAAN ANAK KESAYANGAN KAMI Pusat Jagaan Anak Kesayangan Kami menjadi pilihan pelajar DVM 1, Perakaunan sebagai pelaksanaan projek bagi memenuhi tugasan PB yang menghendaki pelajar melaksanakan projek komuniti di luar kolej yang bertemakan alam sekitar, baik pulih kemudahan awam dan khidmat sosial. Projek ini dapat mendedahkan pelajar terhadap kepentingan menjaga alam sekitar, mewujudkan sifat menghargai serta dapat berkongsi cara bijak menabung bersama kanak -kanak di pusat jagaan tersebut. Selain itu, projek ini dapat memupuk sifat kepimpinan serta kerjasama pelajar dalam mengendalikan aktiviti sepanjang projek ini dijalankan. Semua pelajar telah menunjukkan kesungguhan dan kegigihan sepanjang projek ini berlangsung dengan jayanya. Bengkel Kawalan Emosi Siri 2 – Girl’s Talk ‘Self Healing’ merupakan salah satu inisiatif Unit Psikologi dan Kerjaya yang membantu pelajar untuk belajar mengawal emosi mereka semasa menghadapi sebarang masalah dan cabaran. Bengkel ini telah dijalankan pada 21 Februari 2023 bertempat di Bilik Belajar Asrama Orkid KV Miri. Bengkel ini dilaksanakan selama satu jam bermula dari jam 8 malam hingga 9 malam. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti aktiviti fahami diri sendiri dan daya tindak berkesan, aktiviti ‘get rid all the problems into the trash’ dan selingan video berkaitan emosi. Program ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pelajar asrama Orkid. BENGKEL KAWALAN EMOSI SIRI 2 – GIRL’S TALK SELF HEALING


10 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KEDUA (FEBRUARI 2023) PROGRAM TAKLIMAT DAN PAMERAN KATAKAN TIDAK PADA ROKOK DAN VAPE Program Taklimat Katakan Tidak Pada Rokok dan Vape merupakan salah satu inisiatif daripada Unit Psikologi dan Kerjaya untuk memberi kesedaran kepada semua pelajar Kolej Vokasional Miri tentang bahaya rokok dan vape terhadap kesihatan mereka. Program ini telah dijalankan pada 22 Februari 2023 bertempat di Dewan Permata Kolej Vokasional Miri. Program ini dihadiri oleh 4 orang pegawai daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Miri. Turut hadir bersama Tuan Pengarah KV Miri, En. John anak Atong dan barisan pentadbiran yang lain. Selain itu, pameran juga diadakan untuk memberi info yang lebih mendalam tentang keburukan rokok dan vape. Program ini telah berjalan dengan lancar dan pelajar mengetahui betapa bahayanya merokok dan vape. Webinar Laluan Kerjaya : Pengimpal Masa Hadapan telah dianjurkan oleh BPLTV untuk pelajar-pelajar dalam bidang mekanikal. Program ini bertujuan untuk mendedahkan laluan kerjaya kepada pelajar. Panel dalam webinar ini terdiri daripada TWI Service Sdn. Bhd., iaitu satu institut yang menawarkan latihan dan sijil-sijil kepada pelajar yang berminat untuk menambah nilai sijil. Perkongsian dalam webinar ini amat menarik, membuka minda serta memotivasikan pelajar untuk menjadi lebih cemerlang ke arah kerjaya yang baik. PENYERTAAN PROGRAM WEBINAR LALUAN KERJAYA—PENGIMPAL MASA HADAPAN


11 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KEDUA (FEBRUARI 2023) LAWATAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN BENGKEL ELEKTRIK Lawatan Pemeriksaan Keselamatan di Bengkel Elektrik merupakan satu inisiatif Program Teknologi Elektrik bagi memastikan keselamatan pelajar dan pensyarah di bengkel adalah terjamin tanpa mengira waktu pengajaran teori atau praktikal. Lawatan ini dijalankan pada 3 Februari 2023 bermula dari jam 8.30 pagi selama 2 jam bertempat di bengkel Elektrik KV Miri. Pemeriksaan ini diketuai oleh Penyelaras OSH, Ts. Mellvyne Sigo dan dibantu oleh Ketua Audit HIRARC KV Miri, Cik Loi Mei Huong. Pemeriksaan dijalankan di setiap ruang Bengkel Elektrik. Pemeriksaan ini diakhiri dengan Exit Meeting yang melibatkan Ts. Mellvyne Sigo dan semua pensyarah Teknologi Elektrik KV Miri. Pada 16-17 Februari 2023, Encik Mohamad Hamzah selaku Pengarah Kejuruteraan AUM Sdn. Bhd. telah berkunjung ke Bengkel Elektrik KV Miri untuk berkongsi ilmu berkaitan perlindungan sistem kuasa. Program ini melibatkan semua pensyarah Teknologi Elektrik. Sesi perkongsian daripada En. Mohamad Hamzah bermula pada pukul 8.30 pagi. Penerangan secara teori berkenaan keperluan-keperluan dalam perlindungan sistem kuasa diberikan dan diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta kursus. Perkongsian ini banyak memberi manfaat kepada semua pensyarah Teknologi Elektrik dan mengekalkan hubungan baik antara pihak KV Miri dengan pihak Kejuruteraan AUM Sdn. Bhd. PRAKTIKAL PERLINDUNGAN SISTEM KUASA (PENGUJIAN & PENENTUKURAN)


12 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KEDUA (FEBRUARI 2023) PROGRAM PEMASANGAN LAMPU SOLAR SURAU AL-HIDAYAH 2023 Pada 13 Februari 2023, Kelab BAKPIS menjalankan program pemasangan lampu solar di Surau Al-Hidayah Kolej Vokasional Miri. Tepat jam 3.00 petang, proses pemasangan dilakukan dengan melibatkan kerjasama pensyarah dan pelajar. Tujuan pemasangan lampu solar ini adalah untuk menerangkan kawasan persekitaran surau sekaligus dapat melancarkan program yang diadakan di surau seperti ceramah dan solat jemaah pada waktu malam. Diharapkan semua warga KV Miri dapat menjaga dan menggunakan fasiliti dengan berhemah. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua guru dan pelajar pada masa akan datang. Pada 15 Februari 2023, Kelab BAKPIS telah menjalankan program pemasangan pembesar suara di Surau Al-Hidayah Kolej Vokasional Miri. Tepat jam 3.00 petang, proses pemasangan dilakukan dengan melibatkan kerjasama guru dan pelajar. Pemasangan pembesar suara ini dapat digunakan semasa melancarkan program yang diadakan di surau seperti ceramah, bacaan doa dan solat Jemaah. Diharapkan semua warga KV Miri dapat menjaga dan menggunakan fasiliti dengan berhemah dan dapat memberi manfaat kepada semua guru dan pelajar pada masa akan datang. PROGRAM PEMASANGAN PEMBESAR SURAU AL-HIDAYAH 2023


13 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KEDUA (FEBRUARI 2023) PROGRAM CELIK KENDIRI “AKHLAK MULIA MEMBINA INSAN CEMERLANG 2023” Program Celik Kendiri “Akhlak Mulia Membina Insan Cemerlang” telah dijalankan pada 17 Februari 2023 bertempat di Surau AlHidayah KV Miri pada jam 2.30 petang hingga 6 petang. Program ini merupakan inisiatif Badan Kebajikan Kakitangan dan Pelajar Islam (BAKPIS) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) untuk memberi kesedaran, peringatan, dan memupuk para remaja agar lebih berakhlak mulia. Para pelajar juga didedahkan dengan senario tentang remaja semasa dan pengetahuan asas agama yang perlu ada pada setiap remaja yang akan mengharungi kehidupan seterusnya. Program ini dihadiri oleh semua warga KV Miri yang beragama Islam. Ceramah motivasi yang sangat menarik dan menghiburkan telah dilakukan oleh penceramah jemputan, Ustaz Sahrul Khair. Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar. Kejayaan mengumpul dana sebanyak RM21 daripada penjualan kertas hasil sisihan semasa gotong royong EKSA pada tahun 2022 telah memberi inspirasi kepada penghuni bilik guru untuk meneruskan amalan baik ini. Mulai 4 Januari 2023, penghuni bilik guru utama telah menyediakan sudut ‘Go Green’ untuk mengumpulkan kertas, kotak, botol air malahan minyak masak terpakai. Penjualan pertama tahun ini mendapat dana sebanyak RM22.50. Wang yang dikumpul akan digunakan untuk membeli barang keperluan keceriaan di bilik guru. AMALAN EKSA - ‘GO GREEN’ DI BILIK GURU UTAMA, ZON MERAK


14 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KEDUA (FEBRUARI 2023) JAMUAN MAKAN MALAM SEMPENA TAHUN BAHARU CINA Majlis jamuan makan malam sempena Tahun Baharu CIna telah diadakan pada 3 Februari 2023 bertempat di Dewan Makan Asrama KV Miri. Jamuan diadakan bagi menyambut sambutan Tahun Baharu Cina. Sambutan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Unit Pengurusan Asrama dan penghuni-penghuni kolej kediaman. Sebelum jamuan makan malam bermula, pengarah memberi kata aluan kepada semua penghuni dan mengucapkan terima kasih kepada unit Pengurusan Asrama kerana telah menjayakan jamuan makan malam tersebut. Selepas ucapan pengarah, Aktiviti “Lao Shang” yang merupakan salah satu adat resam Tahun Baharu Cina telah dijalankan oleh Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik serta warden-warden kolej kediaman. Sementara jamuan makan malam dijalankan, beberapa penghuni telah membuat persembahan seperti nyanyian bagi menghiburkan para penghuni. Jamuan Makan Malam Sempena CNY ditamatkan dengan acara bergambar secara beramai-ramai. Satu kursus CIDB untuk pelajar program Diploma Tahun 2 telah diadakan pada 23 Februari 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat KV Miri. Encik Anthony selaku konsultan daripada Syarikat Safety Skill Solution Services Sdn. Bhd. telah menyampaikan taklimat berkaitan kepentingan pelaksanaan CIDB kepada semua peserta. Umumnya setiap pekerja perlu memiliki kad CIDB sebagai sebahagian daripada syarat utama untuk masuk ke dalam kawasan pembinaan. Encik Anthony juga memaklumkan bahawa kad hijau atau kad CIDB yang masih sah memang mengandungi insuran kemalangan kepada pekerja bagi melindungi pekerja yang berkerja di tempat bahaya. Pada akhir kursus, setiap peserta perlu membuat penilaian secara bertulis yang disediakan oleh pihak konsultan. KURSUS CIDB UNTUK PELAJAR PROGRAM DIPLOMA TAHUN 2 DAN WARGA KERJA KOLEJ VOKASIONAL MIRI, SARAWAK - SAFETY INDUCTION FOR CONSTRUCTION WORKER COURSE (SICW)


15 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KEDUA (FEBRUARI 2023) TAKLIMAT KURSUS CIDB UNTUK PELAJAR PROGRAM DIPLOMA TAHUN 2 Satu taklimat berkenaan kepentingan dan pengenalan kursus CIDB telah diadakan pada 3 Februari 2023 bertempat di Dewan Acara Pelancongan KV Miri. Taklimat Kepentingan Pengurusan dan Tatacara Perolehan Kad Hijau CIDB telah disampaikan kepada pelajar Program Diploma Tahun 2. Setiap pelajar kolej vokasional perlu memiliki kad CIDB sebelum menjalani latihan industry kerana ia merupakan sebahagian daripada perundangan yang ditetapkan oleh pihak majikan. Pelajar juga perlu menjalani kursus selama satu hari serta lulus penilaian bertulis supaya layak dianugerahkan kad CIDB. Unit OSHA- (Unit Latihan CIDB) dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kursus CIDB yang bakal dilaksanakan pada 23 Februari 2023. Miri Library X UTB-SDE 3D Session merupakan satu program yang dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak Miri untuk memperkenalkan pendidikan STEM dalam kalangan pelajar, melahirkan pelajar yang berinovasi dan berfikiran kreatif. Selain itu, program ini juga mewujudkan kerjasama antara pustaka dengan organisasi lain termasuk Kolej Vokasional Miri. Seramai 37 orang peserta Sijil Vokasional Malaysia (SVM) telah diberi peluang untuk mengenali 3D Modelling serta ‘3D Printing Demonstration’ di bawah bimbingan pelajar Universiti Teknologi Brunei. Peserta SVM telah diiringi oleh 6 orang guru pengiring yang merupakan guru mata pelajaran Matematik dan Sains. Guru-guru pengiring juga dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan pensyarah UTB sehingga mereka menyarankan agar pembelajaran pelajar dalam topik 3D ini dijalankan di Universiti Teknologi Brunei. Berdasarkan borang keberkesanan program, semua pelajar memberikan ulasan bahawa program yang dijalankan sangat bagus dan 92% menyatakan hasrat melawat ke Universiti Teknologi Brunei. MIRI LIBRARY X UTB –SDE 3D SESSION


16 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KEDUA (FEBRUARI 2023) PROGRAM LAWATAN JALINAN MUHIBAH KE KOLEJ VOKASIONAL BINTULU Program Lawatan Jalinan Muhibah berlangsung pada 18 hingga 19 Februari dan merupakan aktiviti anjuran Kelab Staf KV Miri. Para pensyarah dan AKP KV Miri telah melaksanakan pelbagai program yang melibatkan keseluruhan ahli jawatankuasa. Penglibatan ahli jawatankuasa dalam mengendalikan aktiviti amat baik dan mempunyai komitmen yang tinggi sehingga mencapai kejayaan cemerlang. Sehubungan dengan itu, Kelab Staf KV Miri bercadang untuk mengadakan satu lawatan Muhibah sebagai hadiah dan melepaskan penat lelah selepas kerja kuat mereka selama ini. Selain itu, pemilihan Kolej Vokasional Bintulu sebagai tempat lawatan bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang lebih baik kerana KV Bintulu merupakan KV yang terdekat dengan KV Miri. Tambahan pula, terdapat banyak aktiviti yang akan dijalankan bersama KV Bintulu selepas lawatan tersebut. Matlamat program ini adalah untuk memupuk kesefahaman dan semangat muhibah melalui jaringan dan interaksi sosial ke arah pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan beridentiti nasional. Rombongan para pensyarah memulakan perjalanan seawal jam 7:30 pagi dari KV Miri ke KV Bintulu. Ketibaan rombongan yang diketuai oleh Tuan Pengarah KV Miri, Encik John anak Atong telah disambut mesra oleh pengurusan KV Bintulu iaitu Puan Cik Khalwani binti Che Abdul Hamid (Timbalan Pengarah Akademik), Encik Faiz bin Mustapa (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik) dan Ts. Iswandi bin Brodi (Ketua Jaminan Kualiti) serta pensyarah KV Bintulu. Rombongan dibawa untuk melawat Bengkel Seni Kulinari, Seni Reka Fesyen dan Kosmetologi. Santapan tengah hari telah disediakan oleh pihak KV Bintulu di Dewan Makan untuk semua peserta. Semua peserta menyertai zumba pada jam 4:00 petang. Aktiviti zumba diketuai oleh pelajar KV Bintulu. Perlawanan persahabatan bola jaring dan badminton dimulakan pada jam 4:30 petang. Perlawanan badminton diadakan di Dewan Seri Perdana manakala perlawanan bola jaring diadakan di Padang Bola Jaring, KV Bintulu. Pasukan bola jaring KV Bintulu telah memenangi Perlawanan Persahabatan dengan kemenangan 23-17. Perlawanan bola speak menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan KV Miri dengan keputusan 4-2. Perlawanan ini telah diadakan di Padang Bola Sepak, Kelab Kidurong, Bintulu. Semua rombongan bertolak balik ke Miri pada jam 9:00 pagi, Ahad dengan menggunakan kenderaan masing-masing. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh para pensyarah dan kakitangan dalam lawatan ini dapat mewujudkan sikap yang positif dalam diri semua untuk menjalankan tugas dengan lebih dedikasi. Diharapkan hubungan silaturahim para pensyarah dan kakitangan dapat berkekalan dan menjayakan aktiviti pada masa akan datang.


17 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KEDUA (FEBRUARI 2023) KHIDMAT KOMUNITI PENGAWAS : MEMBEKAL PENCUCI TANGAN CECAIR UNTUK KEGUNAAN WARGA KV MIRI Bagi mencapai objektif penubuhan badan pengawas, aktiviti khidmat komuniti iaitu pembuatan cecair pencuci tangan yang dapat memberi impak positif kepada pelajar dan akan dijalankan sepanjang tahun 2023 telah diadakan. Ajk Lembaga Pengawas iaitu Encik Ahmad Fauzi, Encik Abdul Hadi dan Cik Nur Aqiela Shahira menjemput Puan Muna Warah untuk membimbing 21 orang pengawas membuat pencuci tangan yang mudah dan selamat. Program ini dijalankan selama tiga hari bermula 21- 23 Februari selama 10 minit di Bilik NDT Teknologi Kimpalan dan Makmal Sains. Pelajar didedahkan proses pembuatan pencuci tangan, membuat pengedaran pencuci ke seluruh KV serta mendapat bimbingan cara memperolehi dana. Walaupun tempoh kursus pembuatan selesai, pembuatan masih diteruskan pada 24 Februari oleh peserta yang datang awal pagi ke KV. Sebanyak 2 liter telah dihasilkan dan diletakkan di tandas perempuan, tandas lelaki serta dewan makan. Majlis persaraan untuk meraikan Puan Asiah binti Majeni telah berlangsung pada 3 Februari 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat KV Miri. Majlis yang dijalankan untuk meraikan persaraan beliau turut dihadiri oleh seluruh warga KV Miri yang berkelapangan dengan menikmati jamuan yang disediakan. Selain itu, majlis ini bertujuan untuk menyanjung budi dan mengenang jasa Puan Asiah sepanjang perkhidmatan beliau dalam perkhidmatan awam. Lambaian terakhir juga diberikan kepada Puan Asiah yang akan meninggalkan KV Miri pada hari terakhir. Pelbagai pihak di kalangan AKP dan pensyarah turut memberikan hadiah dan cenderahati kepada Puan Asiah sebagai tanda kenangan semasa majlis berlangsung. MAJLIS PERSARAAN PUAN ASIAH BINTI MAJENI


19 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KEDUA (FEBRUARI 2023) CIK NURUL QURRAISYIA BT. ZULKAFLI SETIAUSAHA UNIT PELAPORAN, DOKUMENTASI DAN BULETIN / AJK SUNTINGAN TEKS DAN QUALITY ASSURANCE Ts. KARMILA BINTI YAHDI PENYELARAS PROGRAM LAWATAN MUHIBAH KE KV BINTULU PUAN ELVIRA JOHNNY GOH SETIAUSAHA, UNIT PERHUBUNGAN LATIHAN INDUSTRI PUAN NUR AFIFAH IZZATI BINTI MOHD YAHYA KAUNSELOR, KV MIRI


AKTIVITI BULAN MAC


1 SESI LIBAT URUS DAN PEMANTAUAN SPKHI BPLTV HALAMAN 2 PROGRAM SERASI BERSAMA PELAJAR BAHARU TAHUN 2023 HALAMAN 3 IN HOUSE TRAINING OBE PROGRAM IT HALAMAN 6 Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) KV Miri telah diadakan pada 1 April 2023 (Sabtu) bertempat di Dewan Makan, KV Miri. Pada majlis yang sama, Program Pemuafakatan Ibu Bapa dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara KV Miri dan wakil-wakil industri turut dijalankan. Yang Berhormat (YB) Adam Yii Siew Sang (ADUN N74 PUJUT) telah hadir untuk merasmikan majlis serta menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman MoU di antara KV Miri dengan beberapa wakil industri sekitar Bandaraya Miri. Antara pihak indsutri yang terlibat di dalam pemeteraian perjanjian persefahaman ini termasuklah Syarikat Brilliant Engineering Works & Supply Sdn. Bhd., Eager Group, Glory Machinery Trading, Ting’s Bandsaw Services, AMW Technology Sdn. Bhd. dan Sribima MaritimeTraining Center Sdn. Bhd. Semoga dengan kerjasama yang erat dan padu antara semua pihak industri dengan Kolej Vokasional Miri dapat menjamin kualiti dan kebolehpasaran graduan KV Miri seterusnya merancakkan ekonomi dan industri di Bandaraya Miri. Selain itu, melalui Program Pemuafakatan Ibu Bapa dan Guru, barisan pendidik KV Miri juga berpeluang untuk bertemu empat mata dengan ibu bapa pelajar dalam membincangkan prestasi dan keputusan Penialaian Akhir anak-anak didik. TEMUDUGA PELAJAR BAHARU DAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU HALAMAN 8 PERTANDINGAN MEREKA POSTER DIGIITAL U-PUSTAKA HALAMAN 16 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG, PEMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU DAN MAJLIS PEMETERAIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) DAN NOTA PERSEFAHAMAN (NoU) DENGAN WAKIL INDUSTRI PEMBENTANGAN PROJEK TAHUN AKHIR PROGRAM IT HALAMAN 17 Edisi Ketiga Mac MINI KARNIVAL USAHAWAN SEDC DAN SARABIF HALAMAN 15 BENGKEL PEMBINAAN ITEM DAN PELAPORAN CQI, PEO, PLO, PLORR, PEORR HALAMAN 11 PROGRAM INTERVENSI PELAJAR KRITIKAL HALAMAN 14


2 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I SESI LIBAT URUS DAN PEMANTAUAN HUBUNGAN INDUSTRI OLEH SEKTOR PEMBANGUNAN KEJURULATIHAN DAN HUBUNGAN INDUSTRI (SPKHI) BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL DENGAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) KPM KE KOLEJ VOKASIONAL MIRI. EDISI KETIGA (MAC 2023) Satu sesi libat urus dan pemantauan hubungan industri oleh Sektor Pembangunan Kejurulatihan dan Hubungan Industri (SPKHI) dari Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional dengan Kolej Vokasional (KV) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dilangsungkan di Kolej Vokasional Miri dengan melibatkan Kolej-Kolej Vokasional Zon Sarawak dan Labuan pada 3-6 April 2023. Sesi libat urus ini bermatlamat untuk memberi taklimat berkaitan program terbaharu yang akan diadakan di kolej vokasional iaitu SLDN (Sistem Latihan Dual Nasional) bersama-sama Jabatan Pembangunan Kemahiran. Program ini merupakan satu nilai tambah yang sedang dan akan terus diusahakan oleh pihak kolej vokasional bagi melahirkan tenaga kerja di bidang industri seterusnya memastikan kebolehpasaran pelajar-pelajar kolej vokasional dapat dipertingkatkan. Pada sesi libat urus ini, antara pegawai yang terlibat adalah Ts. Supian bin Mahmood, Encik Saufi Anuar bin Saad, Puan Siti Kamziah binti Kamaruddin dan Dr. Ramdzan Ali bin Saibon. Selain itu, Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasional Zon Sarawak dan Labuan serta wakil-wakil turut menghadiri sesi libat urus ini bagi mendengar taklimat seterusnya mendapatkan input-input penting agar kebolehlaksanaan program SLDN ini mencapai aspirasi dan matlamat kementerian.


3 PROGRAM SERASI BERSAMA PELAJAR BAHARU—‘BERSAMA MEMBINA MASA HADAPAN’ Pada 28 hingga 31 Mac 2023, Unit Psikologi dan Kerjaya Kolej Vokasional Miri telah menganjurkan Program Serasi Bersama Pelajar Baharu - ‘Bersama Membina Masa Hadapan’ di Dewan Makan Asrama. Program ini dijalankan selama 4 hari dan terdapat banyak pengisian maklumat yang disampaikan oleh para pensyarah. Selain itu, pelajar juga dibimbing oleh Ahli Pembimbing Rakan Sebaya dalam sesi latihan dalam kumpulan bagi memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan ukhwah antara pelajar baru. Tidak ketinggalan, pelajar turut dibawa meronda kolej vokasional bagi memastikan pelajar lebih mengenali dan diberi pendedahan lokasi yang ingin dituju dalam Kolej Vokasional Miri. Sesi penutupan dijalankan dengan perkongsian amanat serta ucapan daripada Encik John anak ATong selaku Pengarah Kolej Vokasional Miri. Diharapkan pelajar akan sentiasa bersemangat untuk meneruskan pembelajaran di Kolej Vokasional Miri ini. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang. MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR SVM 1 DAN DVM 2 TAHUN 2023 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KETIGA (MAC 2023) Pada 22 Mac 2023, Pengurusan Kolej Vokasional Miri telah menjalankan Majlis Restu Ilmu bagi Pelajar SVM 1 dan DVM 2 yang bakal menghadapi peperiksaan akhir. Tepat jam 8.30 pagi, majlis dimulakan dengan perkongsian motivasi daripada Ketua Unit Psikologi dan Kerjaya. Seterusnya ucapan daripada wakil pelajar dan ucapan serta amanat daripada Cik Kurniawati Binti Ilias selaku Timbalan Pengarah Sokongan Akademik. Encik John anak Atong, Pengarah Kolej Vokasional Miri juga turut memberikan amanat yang sangat telus dan bermakna kepada para pelajar. Harapan para pensyarah agar semua pelajar dapat menjawab soalan dengan baik dan cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diambil. Semoga setiap pelajar dapat membawa segenggam kejayaan untuk diri mereka. Semua pelajar turut memberikan kerjasama yang baik sewaktu sesi bersalaman antara guru dengan pelajar untuk memohon restu. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.


4 KURSUS PEMBANTU PERTOLONGAN CEMAS SETIAP RUMAH Seramai 27 orang pelajar SVM Semester 4 Program Teknologi Elektrik telah mengikuti Kursus Pembantu Pertolongan Cemas yang dianjurkan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Bagi memenuhi keperluan Kompetensi ke-5 untuk Kursus Penyeliaan iaitu Melaksanakan Langkah Keselamatan (ETE4033), penyelaras kursus telah menjemput Puan Elizabeth Paya Patrick selaku penceramah bagi kursus tersebut. Puan Elizabeth, seorang Jurulatih di BSMM Daerah Miri telah memberi kursus berkaitan cara-cara bertindak balas semasa kecemasan, cara mengambil tindakan, cara melakukan CPR kepada mangsa dan tajuk-tajuk lain yang berkaitan. Pelajar juga diberi peluang untuk membuat amali CPR dengan menggunakan manikin yang disediakan oleh penceramah. Kursus ini berlangsung selama 3 jam dan diharap semua pelajar boleh mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari semasa K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KETIGA (MAC 2023) Sebuah lawatan sambal belajar telah dijalankan pada 14—17 Mac 2023 oleh pelajar-pelajar Program Pengurusan Pelancongan. Ia melibatkan seramai 15 orang pelajar diploma dan diiringi oleh 3 orang pensyarah. Lawatan ini bertujuan untuk melawat tempat-tempat menarik yang komersial dalam bidang pelancongan di Sarawak, khasnya di Kuching. Banyak pengalaman dan pengajaran telah ditimba serta dapat diaplikasi ke dalam modul pembelajaran bagi bidang Pengurusan Pelancongan. Pensyarah-pensyarah yang terlibat juga turut dapat memberikan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan behaviorisme seterusnya melaksanakan penilaian secara berterusan untuk setiap pelajar yang terlibat. LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUCHING


5 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I PERKONGSIAN ILMU BERSAMA SARAWAK RIVER CRUISE Taklimat Perkongsian Ilmu Bersama Sarawak River Cruise dilaksanakan bagi mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan dalam modul semester 2 Tahun 1 Diploma Pengurusan Pelancongan. Taklimat ini akan dinilai sebagai kompetensi amali pelajar untuk pentaksiran berterusan bagi setiap modul DHC2123 Business Transportation In Tourism. Pelajar berpeluang menimba pengalaman sendiri menaiki cruise di samping dapat berkongsi ilmu bersama peneraju Sarawak River Cruise. Selain itu, pelajar juga dapat memupuk kemahiran pengurusan mereka melalui prosedur tempahan ke destinasi daripada agensi AMALI SAINS BAHAN ( TENSILE TEST AND HARDNESS TEST) DI ADTEC BINTULU Amali Sains Bahan yang diadakan di ADTEC Bintulu merupakan keperluan Pentaksiran Berterusan (Amali) bagi Modul USM2112 Sains Bahan. Amali ini melibatkan dua ujian dalam tajuk Mechanical Properties of Metal iaitu Ujian Terikan (Tensile Test) dan Ujian Kekerasan (Hardness test). Amali dijalankan di ADTEC Bintulu kerana institusi tersebut mempunyai fasiliti untuk menjalankan kedua-dua ujian tersebut. Amali ini melibatkan seramai 22 orang pelajar yang terdiri daripada 9 orang pelajar 1 Diploma Teknologi Pemesinan Industri di bawah seliaan pensyarah Puan Rathna Pohie Anak Rangka dan 13 orang pelajar 1 Diploma Teknologi Kimpalan di bawah seliaan Puan Patricia Patrick. Sesi amali dibahagikan kepada dua kumpulan program yang mana Program Teknologi Pemesinan Industri akan menjalankan Ujian Kekerasan terlebih dahulu manakala Program Teknologi Kimpalan akan menjalankan ujian terikan. Kelas dimulakan dengan sesi teori selama 1 jam bagi kedua-dua ujian dan diikuti dengan sesi amali. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil dan melaksanakan amali secara bergilir-gilir. Ujian kekerasan menggunakan tiga jenis spesimen iaitu copper, carbon steel dan weldment joint. Ujian terikan pula menggunakan spesimen berbentuk dogbone untuk bahan copper dan mild steel. Bagi ujian kekerasan menggunakan kaedah Rockwell Test dan menggunakan skala HRBW. Bagi ujian terikan pula menggunakan Universal Testing Machine (UTM). Setelah amali selesai dijalankan, pelajar dikehendaki untuk membuat laporan bagi kedua-dua ujian tersebut. Pelajar juga perlu membuat laporan kepada pengajar hasil bacaan keduadua ujian tersebut bagi membolehkan kefahaman pelajar mengenai tujuan kedua-dua ujian ini dijalankan. Sesi latihan amali berakhir pada jam 5.30 petang dan diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sesi bergambar. EDISI KETIGA (MAC 2023)


6 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I MAJLIS APRESIASI PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI Majlis Apresiasi Program Teknologi Pemesinan Industri diadakan pada 22 Mac 2023 yang lalu bertempat di Bengkel Teknologi Pemesinan Industri. Majlis bermula pada jam 10.00 pagi yang dihadiri oleh barisan Pengurusan Tertinggi KV Miri iaitu Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik serta Ketua Jaminan Kualiti. Majlis ini juga dihadiri oleh Ketua Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan, Encik Ahmad Zaidi bin Bujang serta kaunselor-kaunselor Kolej Vokasional Miri. Majlis dirasmikan oleh Encik John anak Atong selaku Pengarah KV Miri dan juga merupakan pencetus idea kepada majlis yang diadakan ini. Majlis diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dan prestasi yang baik dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum pada sesi 1 yang lepas. Antara anugerah yang diberikan ialah Kehadiran Terbaik , PNGK Terbaik dan Anugerah Pelajar Harapan bagi setiap kohort. Pelajar yang merangkul anugerah-anugerah tersebut diberikan sijil dan alat tulis. Selain itu, majlis diserikan dengan persembahan tarian dan koir oleh pelajar Tahun 1 SVM MPI. IN HOUSE TRAINING OUTCOME BASED EDUCATION JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI Pada 24 Mac 2023, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah menjalankan In House Training mengenai Outcome Based Education atau OBE kepada semua pensyarah di dalam jabatan tersebut. In House Training ini bertujuan untuk membekalkan pemahaman yang jelas berkaitan OBE dan kaedah pembinaan item Pentaksiran Berterusan seterusnya dapat mentaksir pelajar-pelajar dengan lebih berkualiti. In House Training ini dijalankan selama lebih 3 jam, di mana Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Ts. Azri bin Said bertindak sebagai penceramah dan Ketua Program Teknologi Maklumat selaku fasilitator dalam membantu semua pensyarah dalam ketidakfahaman isu -isu berbangikit mengenai OBE. EDISI KETIGA (MAC 2023)


7 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I TAKLIMAT PELAKSANAAN EKSA KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2023 Jawatankuasa EKSA telah mengadakan Taklimat Pelaksanaan EKSA peringkat Kolej Vokasional Miri sebagai satu bentuk latihan kepada semua warga KV Miri pada 10 Mac 2023 di bilik Mesyuarat KV Miri. Latihan ini merupakan taklimat berkaitan perancangan aktiviti EKSA pada tahun 2023 dan sebagai peringatan semula agar amalan EKSA sentiasa diteruskan. GOTONG-ROYONG EKSA (EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM) Unit EKSA telah menganjurkan aktiviti gotong-royong pada 17 Mac 2023 yang bertempat di kawasan sekitar KV Miri. Tujuan utama gotong-royong ini adalah untuk persediaan Audit EKSA 2023. Kawasan KV Miri telah dibahagikan kepada tiga zon iaitu zon Cenderawasih, zon Helang dan zon Merak. Ketua zon bagi zon Cenderawasih ialah Puan Kiung Siew Ping. Tempat-tempat yang berada dalam zon Cenderawasih adalah surau, bilik sakit, padang dan gelanggang. Seterusnya adalah zon Helang yang diketuai oleh Encik Arifi bin Haji Futra. Zon Helang pula terdiri daripada bengkel Teknologi Elektronik, bengkel Teknologi Elektrik, bengkel Teknologi Automotif, bengkel Teknologi Kimpalan, bengkel Teknologi Pemesinan Industri, Dewan Permata, kantin dan koperasi. Zon ketiga iaitu zon Merak pula dikendalikan oleh Puan Suzy Unying merangkumi bengkel Perakaunan,bengkel Pelancongan, bengkel Teknologi Maklumat Sistem Komputer & Rangkaian, bilik kuliah, makmal dan bilik khas. Satu jadual agihan tugas gotong-royong telah disediakan oleh JK Latihan EKSA iaitu Encik Mohamad Zahid bin Mohamad Raezi untuk memastikan aktiviti berjalan dengan lancar. JK Latihan EKSA turut menyediakan penyapu, penyodok dan plastik sampah. Semua pensyarah dan pelajar bertanggungjawab membersihkan kawasan yang telah ditetapkan. Antara aktiviti yang dijalankan semasa gotongroyong adalah mengelap tingkap, menyusun meja, menyapu, mengecat dan membuang sampah. Kesimpulannya, aktiviti gotong-royong EKSA telah berjalan dengan lancar kerana semua warga KV Miri memberikan kerjasama dan komitmen EDISI KETIGA (MAC 2023)


8 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I TEMU DUGA PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU KOLEJ VOKASIONAL MIRI 2023 Kolej Vokasional Miri membuat pengambilan baharu untuk pelajar baharu masuk ke Kolej Vokasional Miri. Salah satu proses untuk pengambilan pelajar adalah dengan mengadakan temu duga kepada pelajar yang ingin masuk ke KV Miri. Salah satu tujuan utama temu duga ini dijalankan adalah untuk memilih pelajar yang betul-betul mempunyai kelayakan dan berkualiti masuk ke KV Miri . Sesi temu duga ini dijalankan oleh semua guru vokasional yang terlibat dan setiap pelajar akan ditanya berkenaan dengan minat, akademik, sahsiah dan sebagainya. Sesi temu duga ini berjalan dengan lancar hasil daripada kerjasama semua pihak . 27 Mac 2023 merupakan hari pendaftaran untuk pelajar baharu yang akan masuk ke Kolej Vokasional Miri bagi sesi 2023. Pendaftaran di dikelolakan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar. Pelajar telah hadir seawal 7.30 pagi untuk sesi pendaftaran. Sebelum pendaftaran, ibu bapa telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Akademik berkenaan dengan sistem pembelajaran di Kolej Vokasional Miri. Selepas itu , Pengarah pula menyampaikan amanat dan motivasi kepada pelajar serta ibu bapa agar terus cemerlang di Kolej Vokasional. Pendaftaran pelajar baharu telah berjalan dengan lancar dan seramai 163 orang pelajar telah mendaftar untuk ambilan pertama ini. PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KOLEJ VOKASIONAL MIRI EDISI KETIGA (MAC 2023)


9 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I PROGRAM PEMANTAPAN KEROHANIAN Program pemantapan rohani pelajar ISCF telah dijalankan pada 10-11 Mac 2023 selama 2 hari bertempat di Dewan Makan Kolej Vokasional Miri. Program pemantapan rohani dan sahsiah pelajar ISCF ini merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar ke arah pembentukan sikap yang positif, keyakinan diri, nilainilai murni, perkembangan potensi dan sifat-sifat kepimpinan. Tujuannya melahirkan pelajar yang sihat dari segi rohani, emosi dan sahsiah. Selain itu, pelajar didedahkan dengan topik “Boys dan Girls Relationship” yang menerangkan perhubungan sihat dan perhubungan yang sesuai mengikut ajaran dari sudut keagamaan. Untuk mencapai objektif penubuhan badan pengawas iaitu mengadakan aktiviti yang memberi impak positif kepada pelajar, Ajk Lembaga Pengawas iaitu Encik Ahmad Fauzi,Encik Abdul Hadi dan Cik Nur Aqiela Shahira telah meminta 11 orang pelajar Islam untuk membawa telekung dan sejadah (kecil) untuk dibersihkan di rumah masingmasing. Telekung yang telah dibersihkan akan dikembalikan di Surau mulai 5 Mac 2023 iatu selepas cuti semester.. Berdasarkan borang soal selidik keberkesanan program, semua pelajar mendapat impak positif daripada program ini. Mereka juga berminat agar program ini diteruskan KHIDMAT KOMUNITI PENGAWAS: AMALAN EKSA DI SURAU AL HIDAYAH KURSUS TRAINING OF TRAINER Secara keseluruhannya, Kursus Training of Trainer bermula dengan aktiviti berkumpulan, iaitu ‘Ice Breaking’, ‘Energyzer” dan “Team Building’. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut, kemahiran yang boleh diterapkan ialah kemahiran komunikasi dalam situasi yang berbagai-bagai. Pengawas juga dapat mengeratkan silaturahim sesama mereka. Selain itu, kursus ini dapat membantu semua pengawas yang terlibat berkomunikasi dengan baik serta berkeyakinan untuk menyampaikan sesuatu di hadapan orang ramai. Akhir sekali, kursus ini dapat menjadikan pengawas sebagai “Role Model” di Kolej Vokasional Miri. EDISI KETIGA (MAC 2023)


10 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I KELAS TAMBAHAN MATEMATIK : PERSEDIAAN PENILAIAN AKHIR KERTAS A03201 Pada 21 Mac yang lalu, seramai 52 orang pelajar asrama terlibat dalam program kelas tambahan Matematik sebagai persiapan menghadapi Penilaian Akhir A03201. Program berlangsung di dewan makan selama 1 jam 30 minit dengan bimbingan Puan Muna Warah, Puan Tan Lee Na dan Puan Jatai serta dibantu oleh warden asarama iaitu Cik Ngu Wei Ling dan Puan Kiung Siew Ping. Pada akhir program, setiap pelajar telah mendapat sekurang-kurangnya 10 daripada 60 markah bagi setiap soalan ramalan yang dicuba. Berdasarkan borang keberkesanan program, semua pelajar menyatakan adanya impak positif selepas menyertai program ini dan berminat menghadiri kelas tambahan Matematik lagi pada masa akan Program Peningkatan Kemahiran Komunikasi dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam kalangan para pelajar terutamanya ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Kapten Asrama. Program ini dijalankan selama 2 jam di Dewan Makan, Kolej Vokasional Miri. Jemputan penceramah iaitu Cikgu Hafizi selaku guru penyelaras Pembimbing Rakan Sebaya memberikan ceramah motivasi kepada ahli MPP dan Kapten Asrama. Selesai pemberian motivasi daripada Cikgu Hafizi, program diteruskan dengan aktiviti komunikasi berkesan yang dijalankan dalam bentuk kumpulan. Aktiviti yang dijalankan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran komunikasi peserta, tetapi dapat membentuk semangat kerjasama dan saling menolong sesama ahli kumpulan. Program berjalan dengan lancar dan baik atas kerjasama antara para peserta. Program-program seperti ini sangat perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran komunikasi khasnya dalam kalangan pelajar diploma yang bakal menjalani Latihan On The Job Training (OJT). Selain itu, dengan adanya program seperti ini, pihak KV Miri dapat memastikan bakal tenaga kerja yang berkemahiran dalam berkomunikasi. PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI EDISI KETIGA (MAC 2023)


11 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I BENGKEL PEMBINAAN ITEM DAN PELAPORAN CQI, CLORR, PLORR & PEORR Bengkel pembinaan item dan pelaporan CQI, CLORR, PLORR & PEORR diadakan bertujuan memantapkan kemahiran pembinaan item dan pelaporan CQI, CLORR, PLORR dan PEORR dalam kalangan pensyarah KV Zon Sarawak telah dijalankan pada 6 hingga 8 Mac 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat KV Miri. Bengkel ini berlangsung selama 3 hari dan penceramah jemputan iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Che Ghani Bin Che Kob dari Fakulti Teknikal dan Vokasional, UPSI telah didatangkan khas untuk memberikan bengkel kepada warga pendidik KV Miri dan KV Zon Sarawak. Seramai lebih daripada 43 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah KV Miri, KV Matang, KV Bintulu dan KV Sibu turut menyertai bengkel yang banya memberikan pendedahan mengenai dunia Outcome Based Education (OBE). Satu taklimat mengenai pengurusan Occupational Safety and Health (OSH) telah diadakan pada 29 Mac 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat KV Miri. Ts. Mellvyne Sigo selaku Ketua Unit OSH KV Miri telah menjalankan tugas dengan memperkenalkan Akta KKP (Akta 514 & Akta A1648) kepada peserta. Tujuan taklimat ini juga adalah untuk mengetahui dan memahami Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjan (Akta 514 / A1648) serta tuntutan akta tersebut di tempat kerja.,mengetahui elemen asas Pengurusan KKP di tempat kerja, melaksanakan penggunaan KKP di tempat kerja dan Mematuhi Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KV Miri selaras dengan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Kementerian Pendidikan Malaysia. TAKLIMAT PENGURUSAN OSH KV MIRI BAGI TAHUN 2023 PROGRAM KARNIVAL SUKAN ASRAMA KOLEJ VOKASIONAL MIRI Aspek Jasmani adalah salah satu komponen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan ini, Karnival Asrama Kolej Vokasional ini merupakan salah satu usaha untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti sukan di Kolej Vokasional. Oleh itu, Unit Pengurusan Asrama telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program ini kepada pelajar terutamanya pelajar asrama untuk melibatkan diri dalam program ini bagi mengisi masa lapang mereka dengan perkara berfaedah dan seterusnya memupuk semangat kesukanan dalam diri pelajar. EDISI KETIGA (MAC 2023)


12 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I PERTANDINGAN KK’s GOT TALENT Pertandingan KK’s Got Talent dianjurkan bertujuan untuk mencungkil bakat penghuni-penghuni Kolej Kediaman. Persiapan pertandingan KK’s Got Talent sebenarnya telah dilakukan dan sepatutnya dijalankan pada tahun 2022. Oleh sebab perubahan takwim akademik, pertandingan ini tidak dapat dijalankan pada tahun lepas. Pihak pengurusan kolej kediaman amat bersyukur kerana akhirnya pertandingan tersebut berjaya dijalankan pada tahun 2023. Usaha kapten asrama tidak disia-siakan kerana pertandingan ini telah mendapat sambutan yang baik daripada penghuni asrama. Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu kategori nyanyian solo, nyanyian duet dan tarian. Terdapat 7 orang penghuni telah menyertai kategori nyanyian solo manakala 10 orang penghuni menyertai kategori nyanyian duet. Bagi kategori tarian pula, hanya 2 pasukan yang menyertai kategori tersebut. Pada hari kejadian, perhiasan dewan telah dilakukan oleh semua kapten asrama. Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Thomas anak Undum, Ketua Unit Pengurusan Asrama, Puan Kiung Siew Ping dan warden-warden pula telah dijemput untuk memeriahkan pertandingan ini. Tambahan pula, juri bagi pertandingan ini diwakili oleh Puan Kiung Siew Ping dan Encik Davies Ganeng Anak Awa. Sebelum pertandingan bermula, Encik Thomas telah memberikan kata alu-aluan dan mengucapkan syabas kepada semua kapten dan warden kerana pertandingan KK’s Got Talent berjaya dijalankan pada malam tersebut. Pertandingan tersebut dijalankan dengan mengikut giliran kategori nyanyian solo, nyanyian duet dan tarian. Sesi cabutan bertuah pertama turut dijalankan selepas kategori nyanyian solo manakala sesi cabutan bertuah kedua dijalankan selepas kategori nyanyian duet. Terdapat 10 cabutan bertuah telah dicabut oleh Encik Muhd Arif dan Cik Ngu Wei Ling kepada penghuni yang bertuah. Selepas sesi cabutan bertuah, pertandingan diteruskan dengan pertandingan tarian yang menggerunkan. Sebelum mengakhiri pertandingan, ketua warden juga menyampaikan hadiah kepada king and queen of the night lalu memberikan ucapan menamatkan pertandingan. Semua penghuni bersurai pada pukul 11.00 malam selepas pembersihan tempat kejadian dilakukan. Pada 10 Mac 2023, Unit Psikologi dan Kerjaya telah menjalankan program DWEN bersama 30 orang pelajar Pembimbing Rakan Sebaya Kolej Vokasional Miri. Tepat jam 2.30 petang, semua peserta telah berkumpul di lokasi yang ditetapkan dan memulakan aktiviti yang telah dirancang. Semua PRS menjalankan aktiviti bersama warga emas dengan bertanyakan latar belakang mereka dan berkongsi cerita serta pengalaman bersama. Kami juga melawat ke seluruh kawasan rumah tersebut. Pelajar diberi penerangan dan perkongsian yang bermanfaat berkenaan sejarah dan latar belakang tempat tersebut. Akhir sekali, pelajar bekerjasama menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran. Semua pelajar memberikan kerjasama yang baik sepanjang menjalankan aktiviti. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang. PROGRAM DWEN: GOTONG ROYONG RUMAH ORANG TUA MIRI EDISI KETIGA (MAC 2023)


13 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I PROGRAM PENGENALAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SESI 1 TAHUN 2023 Pada 7 Mac 2023, Unit Psikologi dan Kerjaya telah menjalankan program Pengenalan Pembimbing Rakan Sebaya Sesi 1 bersama 30 orang pelajar PRS Kolej Vokasional Miri. Tepat jam 2.00 petang, semua pelajar telah berkumpul di lokasi yang ditetapkan dan memulakan aktiviti yang telah dirancang. Semua PRS menjalankan aktiviti Ice Breaking, iaitu bertanyakan latar belakang rakan dan berkongsi cerita serta pengalaman. PRS juga menjalankan aktiviti gotong-royong dan keceriaan Pondok PPDa yang terletak di sebelah pintu pagar sekolah. Semua pelajar telah memberikan kerjasama yang baik menjalankan aktiviti. Sebelum bersurai, jamuan ringan disediakan oleh kaunselor kepada semua PRS yang terlibat dalam program ini. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan dapat dijalankan Pada 22 Mac 2023, Unit Psikologi dan Kerjaya Kolej Vokasional Miri telah menganjurkan Program Amalan Guru Penyayang dengan memberikan penghargaan kepada pelajar 1 SVM dan 2 DVM Tahun 2023. Kaunselor telah menyediakan cenderahati untuk diberikan kepada semua pelajar SVM 1 dan DVM 2 bagi menjayakan program ini. Program ini dijalankan setelah Majlis Restu Ilmu Pelajar yang akan menduduki peperiksaan akhir. Guru meraikan pelajar dalam suasana gembira, rasa hormat, rasa dihargai dengan penuh kasih sayang kepada pelajar agar pelajar merasa dihargai sewaktu berada di sekolah. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang. AMALAN GURU PENYAYANG: PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR BENGKEL PBPPP KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2023 Taklimat PBPPP telah dilaksnaakan pada 17 Mac 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat KV Miri dan disampaikan oleh Ketua Jaminan Kualiti, Pn Eii Meng Yin yang merangkumi Garis Panduan PBPPP dan Takwim Pelaksanaan PBPPP bagi Tahun 2023 . Bengkel PBPPP disampaikan oleh Ketua Jaminan Kualiti, Pn Eii Meng Yin yang merangkumi pembentangan PBPPP oleh PYD dan Pengisian Templet Borang Keberhasilan. Kehadiran pensyarah KV Miri seramai 72 orang pensyarah telah hadir sesi taklimat dan EDISI KETIGA (MAC 2023)


14 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I PROGRAM INTERVENSI PELAJAR KRITIKAL AKADEMIK SVM 1 SEM 2 TAHUN 2023 Pada 24 Mac 2023, Unit Psikologi dan Kerjaya Kolej Vokasional Miri telah menganjurkan Program Intervensi Pelajar Kritikal Akademik SVM 1 SEM 2 di Bilik TMK. Program dimulakan dengan perkongsian taklimat berkaitan Hala tuju Kerjaya Pelajar oleh Kaunselor. Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan amanat dan pesanan yang disampaikan oleh Cik Eii Meng Yin dan Cik Kurniawati Binti Ilias kepada para pelajar. Encik John Anak Atong selaku Pengarah turut memberikan kata perangsang dan dorongan semangat supaya pelajar dapat memperoleh markah yang terbaik dalam peperiksaan yang akan datang. Diharapkan pelajar akan sentiasa berusaha untuk terus rajin mengulang kaji bagi memastikan sentiasa berjaya dalam bidang akademik. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri (KUPLI), Ts. Abu Sehran bin Manan telah menyampaikan taklimat OJT kepada pelajar Program Diploma Tahun 2. Setiap Kolej Vokasional perlulah menjalani latihan industri dalam satu tempoh yang ditetapkan iaitu selama 5 bulan untuk pelajar DKB dan DBE serta 6 bulan bagi pelajar program DMB di Kolej Vokasional Miri. Latihan industri ini juga merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum dianugerahkan sijil atau diploma daripada Kolej Vokasional Kementeriaan Pendidikan Negeri. Di antara objektif utama latihan industri ini wujud adalah : 1) Mendedahkan kepada para pelajar dengan alam pekerjaan sebenar. 2) Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari dengan aspek-aspek praktikal di firma atau sebaliknya. 3) Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja. 4) Dapat menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi semasa latihan industri dijalankan dan dimasa akan datang. Timbalan Pengarah Akademik iaitu Cik Kurniawati binti Ilias turut memberi kata-kata motivasi kepada pelajar untuk persediaan OJT. Selepas berakhirnya taklimat OJT, penyerahan kit OJT kepada wakil pelajar sebagai simbolik pelajar akan bakal memulakan OJT pada 1 Mei 2023. Taklimat diakhiri dengan kata-kata semangat oleh TPA, KUPLI dan guru-guru yang lain TAKLIMAT ON-THE JOB TRAINING SESI 2023 EDISI KETIGA (MAC 2023)


15 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I PERTANDINGAN KEUSAHAWANAN IDEA PERNIAGAAN “GLOBAL YOUTH ENTREPRENEURSHIP CHALLENGE” (GYEC) Seramai 8 orang pelajar 1 kumpulan diberi nama Youth Street mewakili KV Miri telah menyertai pertandingan keusahawanan idea perniagaan “Global Youth Entrepreneurship Challenge” (GYEC) yang dianjurkan oleh Centre of Entrepreneurship Development (CED). Global Youth Entrepreneurship Challenge (GYEC) adalah pertandingan keusahawanan berformat “hackathon” dan pertandingan tersebut dijalankan secara online selama 12 jam. Mereka menghasilkan sebuah aplikasi yang membantu manusia untuk mengawal selia tahap kesihatan seperti kawalan berat badan, tekanan darah dan sebagainya. Pertandingan yang disertai secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada pelajar untuk memahami dan menyelesaikan isu-isu global dengan membina cara penyelesaian berdasarkan prinsip-prinsip keusahawanan yang inovatif dan mampan Seramai 16 orang pelajar mewakili setiap program KV Miri telah menghadiri mini karnival usahawan SEDC dan SARA-Bif bagi mendengar taklimat keusahawanan selama dua hari dari pelbagai agensi antaranya Sawarak Economic Development Corporation (SEDC), Ministry of International Trade, Industry and Investment Sarawak (MINTRED), Ministry of Youth, Sports and Entrepreneur Development (MYSED), SME Corporation Malaysia Negeri Sarawak dan Sirim Malaysia. MINI KARNIVAL USAHAWAN SEDC DAN SARA-BIF EDISI KETIGA (MAC 2023)


16 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I PENYERTAAN PERTANDINGAN MEREKA POSTER DIGITAL U-PUSTAKA EDISI KETIGA (MAC 2023) Pertandingan Mereka Poster Digital U-Pustaka merupakan salah satu aktiviti anjuran Pustaka Miri bersempena dengan sambutan Hari U-Pustaka. Pertandingan ini dijalankan pada 31 Mac 2023 bertempat di Pustaka Miri.pada jam 2.00 ptg hingga 4.00 petang dan terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah untuk menyertainya.Perpustakaan KV Miri menghantar seorang peserta sahaja untuk menyertainya yang diwakili oleh adik Jaydison Punpun Anak Claisdell Lorren pelajar Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian dan diiringi oleh Puan Ung Kiew Hung iaitu Guru Penyelaras Pusat Sumber KV Miri. Dalam pertandingan ini, peserta perlu menyiapkan poster dalam tempoh masa 1 jam mengikut tema yang diberikan. Peserta kita mendapat sagu hati dalam pertandingan tersebut. Hadiahnya ialah sebuah piala dan baucar buku. GOTONG-ROYONG EKSA PEMBERSIHAN SURAU AL HIDAYAH KV MIRI Pada 19 Mac 2023, Kelab Badan Kebajikan Kakitangan dan Pelajar Islam (BAKPIS) telah menjalankan program gotong-royong membersihkan surau Al-Hidayah secara menyeluruh. Guru serta pelajar bekerjasama membersihkan untuk meningkatkan keceriaan kawasan persekitaran dan juga ruang di dalam surau. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembersihan tandas dan bilik wuduk, pembersihan habuk di dalam ruang solat dan lain-lain. Matlamat utama aktiviti gotong-royong dijalankan bagi memastikan kebersihan surau berada pada tahap maksimum supaya semua warga dapat menggunakan surau dengan lebih selesa. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua.


Click to View FlipBook Version