6 PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI KESEDARAN ALAM SEKITAR DI TANJUNG, MIRI K O L E J V O K A S I O N A L M I R I TAKLIMAT PENGENALAN PORTAL PEKERJAAN DAN MY FUTURE JOB Satu program Khidmat Komuniti Kesedaran Alam Sekitar di Tanjung, Miri diadakan pada 19 Julai 2023 di bawah anjuran Unit Pengurusan Kolej Kediaman dan Unit Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Miri. Para kapten kolej kediaman dan ahli MPP bersama-sama mengutip dan mengumpulkan sampah sarap yang terdapat di sekeliling Tanjung untuk dibuang. Tujuan program ini adalah untuk menyemai dan memupuk sikap sayang kepada alam sekitar, di samping dapat menyuburkan amalan kerjasama antara satu sama lain. (EDISI JULAI 2023) Pada 21 Julai 2023, Unit Psikologi dan Kerjaya dengan kerjasama pegawai daripada PERKESO Cawangan Miri telah menjalankan satu program berbentuk perkongsian yang bertajuk “PENGENALAN PORTAL PEKERJAAN DAN MY FUTURE JOB” kepada pelajar 2 DVM. Para pelajar berkumpul di dalam Dewan Makan untuk mendengar perkongsian yang disampaikan oleh Encik Cornelius Darren Anak Liban dan Cik Nur Hazirah Binti Anyut. Taklimat perkongsiaan telah dijalankan selama 2 jam sehingga 11.30 pagi. Sepanjang perkongsian dijalankan, pelajar memberikan kerjasama yang baik dengan menumpukan sepenuh perhatian dan mencatat isi penting yang dikongsikan. Selain itu, pelajar juga dibantu dalam pengisian maklumat pekerjaan melalui portal My Future Job untuk memberi pendedahan kerjaya yang terdapat di luar sana selari dengan bidang yang diceburi oleh pelajar. Perkongsian oleh pegawai PERKESO Pegawai membantu pelajar dalam pengisian maklumat di laman web My Future
7 PROGRAM SERLAHKAN KEUNGGULAN DIRI (SUDI) PROGRAM PELANCONGAN (PROGRAM INTERVENSI KEHADIRAN PELAJAR KE KOLEJ) LATIHAN KAWAD PENGUNGSIAN BANGUNAN PROGRAM SERLAHKAN KEUNGGULAN DIRI (SUDI) iaitu program intervensi kehadiran pelajar ke kolej telah diadakan di Event Hall Pelancongan dan dihadiri oleh 46 orang pelajar SVM Program Pelancongan. Program ini bertujuan memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan hadir ke kolej dan mewujudkan sikap tanggungjawab terhadap diri sendiri. 3 slot utama di dalam program ini ialah slot 1, pengisian saringan minda sihat iaitu mengukur tahap psikometrik seseorang pelajar. Slot LDK, “Tanggungjawab Saya Sebagai Pelajar Kolej Vokasional” dan Slot LDK Motivasi “Hala Tuju Kerjaya Yang Berjaya” telah disampaikan oleh Ketua Unit Psikologi dan Kerjaya, Encik Hafizi Bin Yahaya. Seterusnya, taklimat disiplin telah disampaikan oleh Ketua Unit HEP, Encik Juan Anak Sedai kepada pelajar tentang tanggungjawab pelajar untuk hadir ke kolej. Diharapkan dengan berakhirnya program SUDI ini dapat menaikkan motivasi para pelajar untuk hadir ke kolej setiap hari. Satu program latihan pengungsian bangunan bagi penghuni kolej kediaman Vokasional Miri telah diadakan pada 21 Julai 2023 yang berlangsung selama 1 jam bermula 11.30 malam hingga 12.30 malam. Para penghuni kolej kediaman bergegas melakukan pengungsian kolej kediaman lalu berkumpul di padang bola tampar. Semua ketua bilik perlu membuat pemeriksaan terhadap ahli bilik masing-masing dan mengambil kehadiran. Seterusnya, Ketua Pihak Bomba Dan Penyelamat Miri Encik Eric, memberikan taklimat keselamatan kepada semua penghuni kolej kediaman di Dewan Makan. Taklimat berlangsung lagi dengan ucapan daripada Pengarah Kolej Vokasional Miri, Encik John Anak Atong, dan akiviti diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada pihak Bomba dan Penyelamat Miri bagi menjayakan aktiviti pengungsian ini bersama-sama . K O L E J V O K A S I O N A L M I R I (EDISI JULAI 2023)
8 TAKLIMAT KESELAMATAN OSH PROGRAM ANTI-DRUGS & ANTI GAMBLINGS (EDISI JULAI 2023) K O L E J V O K A S I O N A L M I R I Pada 21 Julai 2023, unit pengurusan kolej kediaman telah mengadakan taklimat keselamatan OSH yang dihadiri oleh ketua unit kolej kediaman, warden-warden dan penghuni kolej kediaman Kolej Vokasional Miri. Objektif utama pelaksanaan program ini ialah bagi meningkatkan pemahaman dan pengetahuan para penghuni kolej kediaman tentang keselamatan OSH. Disamping, untuk memberikan kesedaran tentang pentingnya mengikuti peraturan piawaian keselamatan yang ditetapkan. Antara perkongsian yang disampaikan oleh Ts. Mellvyne Sigo sebagai penceramah ialah pertama kepentingan mematuhi peraturan-peraturan serta piawaian keselamatan kolej kediaman. Kedua, mengenali jenisjenis hazard dan sentiasa mengingatkan kepada para penghuni kolej kediaman supaya sentiasa berhatihati dan berwaspada sewaktu berada di kolej kediaman. Akhir sekali ,penghuni kolej kediaman perlu mengikuti pelan tindakan kecemasan sewaktu berlakunya kecemasan. Penghuni Kolej Kediaman Palma berkumpul sebelum taklimat bermula Taklimat dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pn Kiung Siew Taklimat Perkongsian daripada Ts. Mellvyne Sigo tentang Keselamatan Kawad Pengungsian Bangunan Program Anti Drugs And Anti Gamblings yang diadakan pada 26 Julai 2023 telah menjemput speaker khas daripada Brigade Boy Sarawak Anti-drugs and Anti-gamblings iaitu Encik David Hii Tau Su. Beliau berkongsi mengenai persatuan dan aktivitiaktiviti yang dijalankan pada masa lepas. Di samping itu, beliau turut menerangkan kesan-kesan buruk pengambilan dadah dan berjudi terhadap diri, keluarga dan masyarakat oleh sebab beliau pernah terlibat dengan dadah dan judi. Pada akhir sesi perkongsian, sesi soal jawab dibuka bersama para pelajar. “Jauhi dadah,dadah membawa padah”
9 PERTANDINGAN RUNNING MATH PIALA PRESIDEN PEMBUDAYAAN INOVASI SEMPENA BULAN SAINS DAN MATEMATIK 2023 (EDISI JULAI 2023) K O L E J V O K A S I O N A L M I R I Tanggal 29 Julai 2023, Pertandingan Running Math Piala Presiden MSU College bertempat di Central Park Marina Park City, Miri telah dijalankan. Pertandingan ini dihadiri oleh 67 orang pelajar dan 7 orang guru pengiring. Objektif utama pelaksanaan program ini adalah bagi meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik melalui “Fun Bases Activity” . Di samping itu, program ini juga berobjektif untuk memantapkan penguasaan Matematik para pelajar dan melatih pelajar untuk berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan masalah meskipun dengan tekanan yang tinggi. Meskipun tidak mendapat tempat ketiga teratas, namun jelas terpancar di wajah pelajar kepuasan bergerak secara berpasukan dan pengalaman bersama rakan lain dalam menjayakan aktiviti. Malahan, pelajar tidak putus asa menyelesaikan permasalahan yang agak mencabar mental dan juga fizikal walaupun sudah berasa sedikit penat. Secara amnya, objektif program berjaya dicapai. Pelajar nampak sangat tertarik dengan mata pelajaran Matematik kerana menunjukkan sifat ingin tahu yang jitu setelah selesai permainan. Selepas penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta serta hadiah kepada pemenang, peserta bersurai pada jam 12 tengah hari. Seramai 24 pelajar Sijil Vokasional Malaysia berpeluang menyertai Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi (Innovation Development Through Educational Activities) 2023 (iDEA’23) anjuran Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan yang dijalankan sepanjang 3 bulan, bermula pada 22 April hingga 2 Julai 2023. Peserta dipilih secara sukarela dan pernah menggunakan produk ABM Puan Muna Warah. Pelajar akan dibimbing untuk menyediakan poster dan video berdasarkan kertas kerja yang disediakan oleh guru pembimbing. Pelbagai kemahiran yang dikutip oleh pelajar antaranya menggunakan aplikasi canva, slide go, powerpoint, cupcut dan sebagainya semasa menyediakan poster mahupun video. Kesemua pelajar setuju pertandingan ini membawa impak yang positif kepada mereka dan berhasrat akan menyertai lagi jika diberi peluang.
10 PERTANDINGAN MEMBINA PETA ITHINK TAJUK TRANSFORMASI (BERKUMPULAN) QUIZIZZ MATEMATIK SEMPENA BULAN SAINS DAN MATEMATIK 2023 (EDISI JULAI 2023) K O L E J V O K A S I O N A L M I R I Sempena Minggu Sains dan Matematik, Unit Matematik bersama Jawatankuasa Kemahiran Berfikir Aras Tinggi KBAT telah mengadakan pertandingan Peta I-think pada 20 Julai 2023 bertempat di Dewan Makan Kolej Vokasional Miri. Sebanyak 13 penyertaan berkumpulan dalam kalangan pelajar 2 SVM yang terdiri daripada 105 orang pelajar. Pertandingan ini menguji kerjasama dalam kumpulan dengan membina peta i-think dalam masa yang singkat. Pemenang ditentukan berdasarkan jumlah ahli kumpulan yang lengkap serta peta i-think yang menunjukkan 4 jenis transformasi seperti translasi, pantulan, putaran dan pembesaran. Pengumunan pemenang diadakan pada 27 Julai 2023. Kumpulan ETE01 dan kumpulan Brainy Bunch mendapat tempat pertama manakala kumpulan Starning dan kumpulan KSK 01 mendapat tempat kedua. Tempat ketiga pula disandang oleh kumpulan MPI. Setiap kumpulan membawa pulang sebuah hamper dan sijil kemenangan. Kumpulan yang tidak memenuhi syarat, tidak pulang dengan tangan kosong malah mendapat sijil penyertaan dan hadiah saguhati yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Umum, Puan Tan Le Na. Pada 20 Julai 2023, sempena Minggu Sains dan Matematik yang bertempat di Dewan Makan Kolej Vokasional Miri, Unit Matematik telah mengadakan pertandingan Kuiz Matematik. Sebanyak 176 penyertaan dalam kalangan pelajar Sijil Vokasional Malaysia tahun satu diterima. Pelajar 1 SVM diuji topik persamaan linear melalui aplikasi QUIZIZZ. Penyampaian hadiah pula akan diadakan pada 27 Julai. 10 pemenang dipilih berdasarkan markah tertinggi dan kepantasan masa menjawab. SAYEMBARA PUISI DAN LAGU SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH MIRI TAHUN 2023 (DALAM TALIAN) Tanggal 21-23 Julai lalu, satu pertandingan sayembara puisi dan lagu telah diadakan anjuran PPD Miri kelolaan SMK Dato Permaisuri. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar dalam mencipta puisi dan lagu di samping membina keyakinan murid untuk membuat persembahan. Kolej Vokasional Miri mendapat tempat keempat dan dianugerahkan puisi terbaik.
11 PENANDA ARAS PROGRAM PERAKAUNAN KE IBS COLLEGE, MIRI PROGRAM LITERASI MAKLUMAT BERSAMA PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL MIRI (EDISI JULAI 2023) K O L E J V O K A S I O N A L M I R I Pada 21 Julai 2013, Program Penanda Aras Program Perakuanan telah diadakan yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman para pensyarah dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaraan. Selain itu, program ini bertujuan bagi memastikan pelajar mendapat pendedahan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Di samping itu, pihak pengurusan juga telah diberikan peluang mengadakan perbincangan dan perkongsian bersama pengurusan operasi akreditasi MQA IBS College yang bertujuan memperbaiki serta menambahbaik infrastruktur dan pemfailan MQA. Secara keseluruhannya, objektif penanda aras ini tercapai dan telah memberikan impak yang sangat positif kepada Program Perakaunan serta pengurusan Kolej Vokasional Miri. Kerjasama dan usaha sama bersama pihak IBS College Pustaka Negeri Sarawak Bahagian Miri telah mengadakan Program Literasi Maklumat bersama dengan pelajar SVM Kolej Vokasional Miri yang bertempat di Bilik TMK Kolej Vokasional Miri. Seramai 29 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 1 SVM dan Tahun 2 SVM telah menghadirkan diri ke program ini untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan baharu yang dikongsikan oleh pihak Pustaka Miri. Pustaka Miri memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang perkhidmatan yang ditawarkan di Pustaka Negeri Sarawak. Tambahan itu, pelajar yang hadir ke Program Literasi Maklumat ini turut mendapat maklumat tentang pengetahuan baharu iaitu teknik-teknik dalam mencari maklumat secara berkesan melalui bahan bercetak dan tidak bercetak. Akhir sekali, diharapkan aktiviti dalam program ini akan dapat membantu pelajar dalam melaksanakan pelbagai tugasan di sekolah sekali gus membekalkan ilmu baharu kepada mereka. LAPORAN AUDIT DALAMAN OSH Bil.1- 2023 Unit Audit Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan (OSH) telah menjalankan audit pada 17-21 Julai 2023 di lokasi bengkel-bengkel dan makmal-makmal, Kolej Vokasional Miri. Audit ini dilaksanakan adalah untuk: 1. Mengesah mengikut peraturan kerja atau prosedur kerja. 2. Menyediakan peluang penambahbaikan. 3. Memenuhi keperluan penambahbaikan.
12 BENGKEL SISTEM PENGURUSAN IDENTITI (PENETAPAN MATAPELAJARAN) LITERASI MAKLUMAT DAN PENGURUSAN ASAS PERPUSTAKAAN SEKOLAH (EDISI JULAI 2023) K O L E J V O K A S I O N A L M I R I Satu bengkel sistem Pengurusan Identiti (IdMe) bagi penetapan mata pelajaran telah diadakan pada 28 Julai 2023 yang melibatkan semua koordinator program. Seramai 23 orang koordinator telah mengikuti bengkel ini dengan jayanya. Bengkel ini bertujuan untuk membimbing koordinator dalam pengisian dan pengemaskinian data untuk penetapan mata pelajaran dalam sistem pengurusan identiti (IdMe). Sistem ini adalah daripada modul pengurusan institusi (Submodul Pengurusan Kelas dan Pengurusan Mata Pelajaran) bagi sistem bersepadu KPM (MOEIS). Selain itu, Puan Jatai selaku fasilitator bengkel ini turut menerangkan langkah-langkah dalam pengisian dan pengemaskinian data berdasarkan manual yang telah disediakan. Kursus Literasi Maklumat Dan Pengurusan Asas Perpustakaan Sekolah dianjurkan oleh Pihak Perpustakaan Curtin Universiti Malaysia Miri. Kursus ini diadakan di Falcon 4 The Library & Learning Commons, Curtin Universiti Malaysia Miri. Kursus ini melibatkan 10 orang pengawas perpustakaan, 4 orang guru perpustakaan dan juga seorang pembantu perpustakaan KV Miri. Kursus ini melibatkan 4 orang penceramah iaitu Puan Nora Hii Siaw Fong (Bahagian Rujukan), Puan Christina Urai Dang (Bahagian Penyeliaan Perpustakaan), Puan Sorina Ramli (Bahagian Kataloging) dan Puan Diana Edwatd Sengalang (Bahagian Database). Kursus Literasi Maklumat Dan Pengurusan Asas Perpustakaan Sekolah ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pengawas dan guru-guru perpustakaan tentang Literasi Maklumat serta memberi pengukuhan lagi kemahiran guru-guru dalam proses pengurusan asas perpustakaan. PELANCARAN BULAN GALAKAN MEMBACA Program Pelancaran Bulan Galakan Membaca telah dirasmikan oleh Encik John anak Atong pada 5 Julai 2023. Aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Perpustakaan KV Miri ini di bawah bimbingan Puan Ung Kiew Hung dan dibantu oleh ahli unit Perpustakaan iaitu Puan Saniah binti Ladunda, Puan Flora Balang, Cik Norlizawani binti A.Manaf, Puan Nor Azlina binti Che Don dan seorang guru praktikum Puan Shreenia Bungan. Ganjaran diberikan kepada Meneka Berat Buku, Peminjam Buku Terbanyak Mengikut Kategori Individu dan Kelas, Pengunjung Bertuah (sepanjang tahun 2023), Pertandingan Permainan Dalam (Scrabble, Sahiba, dan Congkak) merupakan pengisian Bulan Galakan Membaca. Penyertaan terbuka kepada semua warga KV Miri dan hadiah menarik disediakan untuk para pemenang.
13 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I (EDISI JULAI 2023) Pelapor terbaik Julai Pelapor terbaik Julai CIK GRACE PHILIP SETIAUSAHA Penanda Aras Program Perakaunan ke IBS College, Miri PN LOI MEE HUONG SETIAUSAHA PROGRAM Sesi Pemantauan Berkaitan Pelaksanaan Kerja Penyelenggaraan Institusi Pendidikan (PIP) Dan Pengurusan Aset Di Kolej Vokasional Miri
AKTIVITI BULAN OGOS
1 MAJLIS APRESIASI PROGRAM TEK.ELETRONIK HALAMAN 2 PERKONGSIAN ALUMNI HALAMAN 3 i-CLINIC EVENT– REAL PRACTICAL TRAINING HALAMAN 4 Pada 2 hingga 3 Ogos 2023, dua orang pensyarah dari Institut Latihan Perindustrian, ILP Miri telah dijemput ke Bengkel Teknologi Elektrik KV Miri untuk memberi ceramah Kursus PLC Siemens LOGO. Kursus ini diadakan sebagai persediaan pelajar dan para jurulatih bagi menyertai Pertandingan KV Skills Peringkat Zon. Kursus ini dimulakan dengan pengajaran teori oleh Encik Zulkarnain, yang menerangkan serba sedikit fungsi-fungsi PLC jenis Siemens LOGO. Setelah tamat sesi teori, para peserta kursus diminta untuk membuat penyambungan litar sebelum diteruskan dengan kerja-kerja pengaturcaraan. Setelah tamat berkursus, Pn. Kuniawati binti Ilias selaku Timbalan Pengarah Akademik KV Miri telah dijemput ke majlis penutupan bagi menyampaikan sijil dan cenderahati kepada penceramah. Diharap kursus ini dapat meningkatkan kemahiran semua peserta kursus. KURSUS PLC SIEMENS LOGO Edisi Keempat April disi Kelapan OGOS PIBG MEMBERI SUMBANGAN LCD KEPADA UNIT BAHASA & SEJARAH HALAMAN 7 GORO MADANI HALAMAN 5 PERTANDINGAN KIK UNIT SPK TAHUN 2023 HALAMAN 9 MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH BULAN SAINS DAN MATEMATIK HALAMAN 8 KARVOTEK 2023 HALAMAN 6 KEM PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KEYAKINAN KOLEJ KEDIAMAN KV MIRI HALAMAN 10
2 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I MAJLIS APRESIASI PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK EDISI KELAPAN (OGOS 2023) Majlis Apresiasi Program Teknologi Elektronik dijalankan pada 11 Ogos 2023 bertempat di De’ Tanjung Miri. Majlis apresiasi ini melibatkan pelajar Diploma, Sijil Vokasional Malaysia, Alumni serta beberapa orang ibu bapa / penjaga. Oleh itu, majlis apresiasi ini diadakan bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar Teknologi Elektronik yang telah menunjukkan kecemerlangan mereka sepanjang sesi 2/2022. Penghargaan ini diberikan kepada pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam akademik dan ko-kurikulum. Kecemerlangan pelajar menunjukkan kemajuan pihak kolej dalam melahirkan modal insan yang cemerlang. Justeru itu, majlis ini diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf usaha cemerlang pelajar bagi memangkin semangat dan usaha mereka ke arah kecemerlangan yang lebih baik. MAJLIS MALAM APRESIASI PROGRAM PENGURUSAN PELANCONGAN Program Majlis Malam Apresiasi Pelancongan kali ini memberi galakan kepada semua pelajar pelancongan supaya belajar dengan lebih giat dan mendapatkan pointer yang lebih baik. Kami telah melaksanakan majlis ini dengan jayanya. Kami menyediakan beberapa cenderahati kecil kepada tetamu serta menyediakan anugerah penghargaan kepada yang terpilih dan bertuah pada malam tersebut. Aktiviti ini berjalan lancar dengan bantuan setiap ahli jawatankuasa yang bertugas pada malam itu.
3 PERKONGSIAN ALUMNI (PENGUJIAN & PENYENGGARAAN MOTOR TIGA FASA) Pada 23 Ogos 2023, dua orang alumni Program Teknologi Elektrik KV Miri telah dijemput ke Bengkel Teknologi Elektrik KV Miri untuk membantu dalam pengendalian amali menguji dan menyelenggara motor elektrik tiga fasa. Alumni yang dijemput ialah Encik Daniel Laing Dian dan Encik Emellary Juleus Anak Emeleo Denny yang merupakan pelajar diploma ambilan Tahun 2020 di KV Miri. Perkongsian ini diadakan bagi memenuhi keperluan kompetensi ke-3 bagi Kursus ETE3042 iaitu Pemasangan dan Kawalan Motor Tiga Fasa. Perkongsian ini dimulakan dengan penerangan secara teori oleh kedua-dua alumni mengenai kerosakan yang mungkin berlaku kepada motor tiga fasa. Selepas tamat sesi penerangan secara teori, perkongsian diteruskan dengan sesi menunjukkan cara merombak rawat motor oleh alumni. Pelajar-pelajar juga diberikan peluang untuk merombak motor tiga fasa supaya lebih memahami komponen-komponen yang terdapat dalam motor tiga fasa sebelum menyelenggara motor. Diharap perkongsian oleh alumni ini dapat membantu semua pelajar SVM Semester 3 lebih memahami cara-cara menguji dan menyelenggara motor tiga fasa. LAWATAN PENANDA ARAS KE PROGRAM DIPLOMA SAINS KOMPUTER DI UPM KAMPUS BINTULU K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KELAPAN (OGOS 2023) Sebuah lawatan penanda aras atau benchmarking visit telah dijalankan oleh Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi KV Miri ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bitulu (UPMKB) pada 14 Ogos 2023 di Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains UPMKB bagi program Diploma Sains Komputer. Lawatan penanda aras ini bertujuan untuk meningkatkan mutu kemahiran para pensyarah untuk menimba ilmu dan mempraktikkan cara pengurusan yang diperoleh melalui perkongsian bersama UPMKB. Perkongsian ini diharap mampu meningkatkan pengurusan jaminan kualiti program agar terus maju selari dengan kehendak akreditasi MBOT bagi bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi di Kolej Vokasional Miri. Lawatan penanda aras ini diketuai oleh Ketua Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi KV Miri Ts. Azri bin Said bersama 7 orang pensyarah dari Program Teknologi Maklumat. Sesi lawatan penanda aras telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Dekan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains UPMKB, Prof. Madya Dr. Mohamad Maulana Magiman. Sesi lawatan penanda aras diteruskan dengan pembentangan daripada Dr. Wan Nor Zanariah binti Zainol @ Abdullah, Ketua Jabatan Sains dan Teknologi UPMKB dan Dr. Nurul Nadwa binti Zulkifli, Penyelaras Program Diploma Sains Komputer UPMKB mengenai struktur pentadbiran, kurikulum dan fasiliti/kemudahan yang ada di UPMKB serta perbincangan dua hala mengenai input dan kerjasama yang boleh dijalinkan hasil daripada sesi pembentangan tersebut. Sesi lawatan penanda aras ini ditamatkan dengan sesi bergambar dan penyampaian sijil serta cenderahati daripada kedua-dua belah pihak KV Miri dan UPMKB.
4 i-CLINIC EVENT-REAL PRACTICAL TRAINING OPPORTUNITY FOR AUTOMOTIVE STUDENTS K O L E J V O K A S I O N A L M I R I PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK BAHASA MELAYU SEMESTER 3 EDISI KELAPAN (OGOS 2023) Pada 9 dan 10 Ogos 2023, Program i-Clinic Event – Real Practical Training Opportunity for Automotive Students telah dilaksanakan bertempat di KM Mobil Sdn. Bhd. Seramai 20 orang pelajar diploma tahun 2 telah mengikuti program ini. Objektif program ini memberi pendedahan kepada pelajar dalam situasi sebenar alam pekerjaan. Tambahan pula, pelajar boleh meningkatkan kemahiran dalam menservis dan menyelenggara kenderaan di samping peningkatan kebolehan berkomunikasi dan interaksi bersama pelanggan. KV Miri berbesar hati menerima jemputan untuk mengikuti program ini kerana KM Mobil Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah syarikat yang mempunyai jalinan industri bersama program Teknologi Automotif KV Miri. Akhir sekali, sejuta penghargaan diucapkan kepada pihak syarikat KM Mobil Sdn. Bhd. kerana telah memberikan peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman dan merasai persekitaran bekerja di alam pekerjaan. Pada 18 Ogos 2023, Program Peningkatan Akademik Teknik Menjawab Kertas 1 (Bahagian Karangan) Bahasa Melayu telah diadakan untuk membantu pelajar-pelajar tahun 2 SVM Semester 3 menjawab soalan Penilaian Akhir Bahasa Melayu. Penceramah jemputan bagi menjayakan program ini ialah Encik Sapiiee bin Morinie yang dijemput khas dari SMK Agama Miri. Beliau juga telah membuat perkongsian kepada semua pelajar yang hadir ke program tersebut dengan menyediakan bahan beliau sendiri. Rentetan daripada itu, kandungan program penceramah yang berasal dari Sarawak ini terbahagi kepada dua iaitu Kertas 1 Bahagian A dan Bahagian B. Selain itu, program yang berlangsung selama dua jam ini telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama dan penglibatan semua pensyarah akademik Bahasa Melayu KV Miri. Oleh itu, melalui program ini diharapkan dapat membantu pelajar membaiki prestasi akademik khususnya bagi kursus Bahasa Melayu pada masa akan datang melalui peningkatan pengetahuan tentang teknik menjawab selepas menyertai program ini.
5 PROGRAM GOTONG ROYONG MADANI (GORO MADANI) K O L E J V O K A S I O N A L M I R I MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN EDISI KELAPAN (OGOS 2023) Pada 12 Ogos 2023, unit EKSA telah menganjurkan aktiviti gotongroyong MADANI yang telah disertai oleh 99 guru, 14 AKP, 358 pelajar dan 53 ibu bapa. Yang di-Pertua PIBG KV Miri, Encik James anak Jilin juga turut hadir untuk membantu menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut. Aktiviti gotong-royong ini juga secara tidak langsung mendedahkan suasana dan persekitaran KV Miri kepada ibu bapa yang hadir. Aktiviti gotong-royong ini dijalankan selepas audit pertama EKSA yang telah dilaksanakan pada 6 April 2023. Antara tujuan gotong-royong ini adalah untuk meningkatkan markah audit bagi setiap bilik/tempat semasa audit EKSA kedua yang bakal dijalankan pada 22 hingga 23 Ogos 2023. Pada 18 Ogos 2023, Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah berlangsung dan bertempat di Dewan Makan, Kolej Vokasional Miri. Majlis bermula dengan Lagu ‘Negaraku’ dan lagu ‘Ibu Pertiwiku’, semua warga termasuk pelajar SVM diminta berdiri tegak semasa nyanyian. Encik John anak Atong, Tuan Pengarah memulakan ucapan beliau dengan memberi nasihat supaya berdiri tegak semasa nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan ‘Ibu Pertiwiku’ kerana perlakuan ini merupakan salah satu kita menghormati dan mencintai negara kita sendiri. Selepas ucapan perasmian Tuan Penngarah KV Miri, gimik dan simbolik perasmian Bulan kebangsaan bermula dengan meletuskan belon. Suasana tersebut agak meriah dan menarik. Encik Jee Khing Chung selaku GKMP Kemanusiaan telah mengumumkan Bulan Kebangsaan bermula dan aktiviti atau pertandingan yang akan dijalankan sepanjang bulan kebangsaan. Encik Jee telah mendorong agar semua pensyarah dan pelajar aktifkan diri dengan melibatkan aktiviti atau pertandingan yang berlangsung untuk memeriahkan bulan kebangsaan. Sebelum menyanyi lagu patriotik dan lagu ‘KV SMT’ untuk menamatkan majlis ini, Tuan Pengarah mengiringi semua pensyarah dan pelajar untuk menyebut perkataan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali dengan penuhnya semangat. Majlis bersurai selepas pengambilan gambar secara besar-besaran.
6 KARNIVAL VOKASIONAL DAN TEKNIKAL (KARVOKTEK 2023) K O L E J V O K A S I O N A L M I R I MIRI CITY STREET PARADE EDISI KELAPAN (OGOS 2023) Kolej Vokasional Miri telah menyertai pertandingan Miri City Street Parade Sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka. Dengan kekuataan seramai 40 orang pelajar dan dibimbing oleh Puan Lizanah Mohamad Wasly, Kontinjen ini diketuai oleh Jayman Jeevan Adam dengan membawa moto “Your Career is Our Business”. Barisan kontigen ini terdiri daripada barisan pemimpin pelajar iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Kontijen ini telah memilih tema futuristik untuk perarakkan ini. Tema yang dipilih ini bersesuaian dengan imej Kolej Vokasional Miri, iaitu Kolej Vokasional merupakan institusi Pendidikan yang sering mengikuti perkembangan revolusi perindustrian di Malaysia. Sebanyak 60 kontijen yang menyertai Miri City Street Parade. Bagi kontijen peringkat sekolah pula, sebanyak 7 kontijen yang menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan ini bukan sahaja dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta, malah dapat memberikan keseronokkan kepada mereka. Peserta dapat melihat bagaimana harmoninya sesebuah masyarakat dalam satu program yang melibatkan seluruh penduduk Miri. Karnival Sukan dan Teknik dan Vokasional (KARVOKTEK) ialah sukan yang diwujud khas untuk institusi di bawah Bahagian Teknik dan Latihan Vokasional (BPLTV). KARVOKTEK merupakan satu acara tahunan dan telah dijalankan sejak 2009. Pada tahun ini, KARVOKTEK peringkat Zon Sarawak diadakan di Kolej Vokasional Kuching. Kolej Vokasional Kuching telah dilantik selaku tuan rumah untuk edisi 2023. Kejohanan tersebut berlangsung bermula 2-5 Ogos 2023. Seramai 34 orang pemain daripada Kolej Vokasional Miri telah dipilih untuk mewakili Miri bersaing di Kejohanan KARVOKTEK. Keputusan kejohanan KARVOKTEK pada tahun ini , iaitu Johan bagi pasukan futsal, tempat ketiga bagi pasukan bola jaring dan bola tampar lelaki serta bagi peserta K-idol pula mendapat tempat kedua bagi kategori perempuan. Keseluruhan pula, Kolej Vokasional hanya mendapat tempat ke -7.
7 PIBG MEMBERI SUMBANGAN LCD KEPADA UNIT BAHASA & SEJARAH K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KELAPAN (OGOS 2023) Pada 3 Ogos 2023, bertempat di Dewan Makan, program 2 SVM BAK dengan bimbingan Puan Muna Warah selaku pensyarah Matematik telah menganjurkan pertandingan Quiziz Topik Transformasi. Seramai 69 orang peserta dalam kalangan pelajar 2 SVM telah terlibat bermula 7:05 pagi hingga 7:25 pagi. Sepuluh pelajar dipilih menjadi pemenang berdasarkan kepantasan menjawab dengan tepat. Sijil kemenangan bersama hadiah telah disampaikan kepada Azlan Shah Bin Abdullah Ibrahim (ETE), Suziana Binti Abdullah (HPC), Jafrico Lawai Joseph (KSK), Muhammad Fahim Bin Faidzal Haslah (KSK), Metzelder Ivan Sarau (KSK), Rayner Robin (ETE), Andrian Dalton Njok Anak Desmond Lenja (ETE), Mohamad Afiq Adha Bin Johani (ETE), Larry Anak Wilson (MTK) dan Sima Anak Ayap (KSK) pada 10 Ogos 2023. Berdasarkan borang keberkesanan program, semua AJK setuju bahawa objektif penganjuran tercapai dan berminat mengadakan pertandingan lagi pada masa akan datang. Diharap kemampuan 2 SVM BAK mengendalikan pertandingan ini dapat menarik minat program lain mengadakan program sedemikian. KV MIRI, 1 OGOS 2023 – PIBG telah berbesar hati memberikan sumbangan LCD Projektor kepada unit Bahasa dan Sejarah sekali gus mengatasi kekurangan LCD Projektor untuk unit masing-masing. Majlis penyampaian LCD Projektor telah diadakan di pejabat am yang disampaikan oleh YDP PIBG , En. James Anak Jilin bersaksikan pengarah KV Miri, En John Anak Atong dan Cik Endang Maya Sari Binti Mahadi, setiausaha PIBG kepada Puan Falisia Anak Anek mewakili unit Bahasa dan Puan Fazlin Binti Mohd Azdi mewakili unit Sejarah. Diharapkan dengan sumbangan LCD Projektor ini dapat memberi galakkan kepada guru-guru untuk lebih berusaha melonjakkan kecemerlangan akademik pelajar dalam dua mata pelajaran setara SPM iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah. PERTANDINGAN QUIZIZ MATEMATIK ANJURAN 2SVM BAK
8 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KELAPAN (OGOS 2023) Pada 10 Ogoos 2023, majlis penyampaian hadiah oleh Unit Matematik sempena Bulan Sains dan Matematik telah diadakan. Pelbagai pertandingan seperti Pertandingan Membina I-think Individu, pertandingan membina Video PDP Matematik, pertandingan membentuk gabungan transformasi berkumpulan dan pertandingan membentuk persamaan serentak berkumpulan telah dijalankan. Pertandingan yang juga melibatkan Jawatankuasa Kemahiran Berfikir Aras Tinggi KV Miri memberi peluang kepada pelajar untuk membudayakan penggunaan peta i-think sebagai alat berfikir KBAT. Kesemua peserta pertandingan pembinaan peta i-think dan video pdp telah mendapat hadiah menarik. Penerima hadiah ialah Nurlianatasha Binti Faizrul Bak, Nursyamimi Najwa Binti Suhardi Bak, Nurrida Hasna Binti Idris Bak, Vivienne Michelle Djohnathan Bak, Ummu Khadijah Binti Abdul Latip Mpi, Keira Avrillynne Anak John Hpc, Ruby Jane Anak Achie Hpc, Virginia Ramiea Colin Hpc, Visolia Jatai Anak Unting Hpc, Aerossmith Anak Rimau Mtk. Aiman Darwisy Bin Jasmi Mtk, Amin Irfan Bin Abdull Rahman Mtk, Andrian Joshua Sait Mtk, Austin Meringai Anak Stanley Mtk, Crisyyle Cyle Anak Hendry Mtk dan Elvis Bilong Rina Mtk dan Andrian Joshua Sait MTK. Selain pertandingan dalam talian, pertandingan bersemuka juga dijalankan di Dewan Makan dalam menggalakkan kerjasama berkumpulan sambil mengulang kaji. Pertandingan berkumpulan bertajuk ‘Membentuk gabungan transformasi’ dimenangi oleh Program 2 SVM MTK diikuti oleh Program 2 SVM MPI dan tempat ketiga pula daripada Program 2SVM BAK. Hadiah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga bagi pertandingan ‘Membentuk persamaan serentak daripada situasi harian’ juga turut disampaikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Umum iaitu Puan Tan Lee Na dengan diiringi oleh semua pensyarah Matematik. Di samping itu, kempen kurangkan kesan rumah hijau juga dilancarkan dalam meningkatkan penglibatan pelajar SVM dalam mengurangkan pemanasan global di dunia umumnya dan di kawasan Kolej Vokasional Miri amnya dengan menderma pokok bunga. Diharap aktiviti yang dijalankan ini dapat meningkatkan kemahiran STEM dalam kalangan pelajar. MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH BULAN SAINS DAN MATEMATIK
9 PERTANDINGAN KIK UNIT SPK TAHUN 2023 UNDANGAN SEBAGAI PEMBENTANG KONVENSYEN PENYELIDIKAN, KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC) DAN INOVASI PENDIDIKAN PROGRAM MATRIKULASI KPM KALI KETIGA TAHUN 2023 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KELAPAN (OGOS 2023) Konvensyen Penyelidikan, Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dan Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi KPM Kali Ketiga Tahun 2023 Anjuran Bahagia Matrikulasi dan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek, menjadi platform pertama. Unit SPK menyertai kumpulan kreatif dan inovatif (KIK). Simpulan bahasa, bagai bulan jatuh keriba, sesuai mengambarkan penyertaan pertama Unit SPK berjaya ke peringkat penilaiaan akhir dengan pembentangan lisan oleh wakil kumpulan iaitu Puan Muna Warah di Hotel Klana Resort , Seremban mulai 13 Hingga 15 Ogos 2023. KonPPI-3 2023 yang bertemakan pendidikan tersedia masa hadapan (future ready education) memperkasakan pembangunan modal insan telah disertai oleh Puan Muna Warah Binti Nukman (penyelaras Unit SPK), Puan Joanna Jerome (Setiausaha Unit SPK), Puan Chariez Murieallian Peter (Pegawai Latihan SPK), Puan Kurniawati Binti Ilias( KJK 2018-21), Encik Thomas Anak Undum (KJ 2022) Dan Puan Eii Meng Yin (KJK 2023) . Daripada 38 penyertaan seluruh Malaysia, KDTSPK iaitu tajuk KIK menjadi 20 tajuk KIK yang berjaya ke peringkat akhir dan bersaing bersama Kolej Matrikulasi, Institut Perguruan dan Pejabat Pendidikan Daerah. Walaupun hanya menjadi finalis, Unit SPK akan terus mencari platform lain untuk berkongsi KDTSPK dalam memastikan prosedur dan kawalan standard program di KV dipatuhi di samping membantu BPLTV mematuhi akreditasi program melalui mengiktirafan MQA , MBOT dan LPM. SEMINAR NASIONAL KEPIMPINAN DALAM PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN KE 30 — SN 30 Anjuran Institut Aminuddin Baki Kampus Bandar Enstek Nilai Negeri Sembilan telah melabuhkan tirai pada bulan Ogos yang lepas. Kolej Vokasional Miri telah menghantar Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Ts. Azri bin Said sebagai wakil untuk membentang kertas kajian penyelidikan yang bertajuk Pengaruh Kepimpinan Transformasional Ke Atas Tahap Prestasi Dan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru di dalam seminar tersebut. Seminar yang telah disempurnakan perasmian oleh Menteri Pendidikan YB. Fadhlina Sidek telah menghimpunkan lebih 300 peserta pembentang secara bersemuka dan lebih dari 2000 peserta kepimpinan pendidikan secara atas talian. Selain pembentangan kertas -kertas penyelidikan, seminar ini turut menkemput 3 pengucaptama yang berkaliber dalam bidang masing-masing dan menjalankan 4 siri Master Skills Speech yang menampilkan tokoh-tokoh penyelidikan kepimpinan pendidikan bagi berkongsi kepakaran dan pengalaman kepada para peserta. Di dalam pembentangan selari yang mengambil masa 3 hari, Ts. Azri bin Said telah berjaya dianugerahkan sebagai Pembentang Terbaik dalam kalangan lebih 300 peserta dari Institut Aminudin Baki seluruh Malaysia, IPG seluruh Malaysia, JPN seluruh Malaysia, Universiti-universiti awam dan agensi-agensi kepimpinan awam di Malaysia yang menyertai Seminar Nasional ini. Pencapaian yang membanggakan ini sekaligus menjadi penanda aras ke arah penyuburan budaya penyelidikan dalam kalangan pendidik di KV Miri. SEMINAR NASIONAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN (SN30) PERINGKAT KEBANGSAAN
10 EDISI KELAPAN (OGOS 2023) K O L E J V O K A S I O N A L M I R I KEM PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KEYAKINAN KOLEJ KEDIAMAN KV MIRI Pada hari pertama (18 Ogos 2023), Kem Pemantapan Sahsiah dan Keyakinan Diri, ketua kolej kediaman Orkid iaitu Sasha telah mengumpulkan semua penghuni kolej kediaman Palma dan Orkid untuk sesi pendaftaran, selesai dengan sesi pendaftaran aktiviti pertama dijalankan iaitu sesi Ice Breaking supaya penghuni dapat mengenali antara satu sama lain. Aktiviti kedua iaitu sesi Team Building dijalankan setelah rehat. Tepat pukul 11 malam pelajar bersurai untuk minum malam dan tidur. Pada hari kedua pula, semua pelajar berkumpul di padang bola tampar untuk melakukan senaman pagi seperti Jogging dan Zumba supaya pelajar bersemangat sepanjang hari. Sesi senaman pagi selesai pada pukul 8 pagi. Sesi seterusnya iaitu sesi bersama kaunselor berkaitan tentang ceramah cegah buli dan juga bengkel pengurusan diri, selepas makan tengah hari. Penghuni telah menambahkan ilmu pengetahuan tentang tajuk buli selepas perkongsian ceramah tersebut. Pada waktu petang, aktiviti diteruskan dengan sesi Team Building dan riadah. Selesai sesi tersebut, peserta balik ke kolej kediaman untuk rehat dan makan malam di dewan makan. Setelah makan malam, aktiviti diteruskan dengan aktiviti latihan kebudayaan dan sesi Nightwalk. Fasilitator dipertanggungjawab untuk menjaga setiap penghuni dan menakutkan mereka untuk melatih keberanian mereka. Pada hari ketiga, aktiviti dimulakan dengan sesi senaman pagi lagi. Aktiviti diteruskan dengan sesi sukan dan rekreasi selepas rehat pagi. Semua penghuni melibatkan diri dalam sesi tersebut dengan penuhnya semangat dan aktif. Persembahan kebudayaan daripada setiap kumpulan bermula setelah makan tengah hari. Setiap kumpulan diberi masa untuk melatih persembahan sendiri supaya menunjukkan persembahan yang menarik dan menjadi pemenang. Tepat pada pukul 5 petang, pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah kepada para pemenang dijalankan. Ketua Warden, Puan Kiung Siew Ping juga memberi sedikit ucapan selepas penyampaian hadiah bagi memeriahkan suasana kem tersebut. Pada waktu malam, sesi yang terakhir iaitu sesi memantapkan kerohanian dijalankan. Peserta non-Muslim berada di dewan makan manakala peserta Muslim pula berada di surau. Peserta besurai selepas tamat sesi kerohanian.
11 EDISI KELAPAN (OGOS 2023) K O L E J V O K A S I O N A L M I R I HARI PERMUAFAKATAN KV MIRI Hari permuafakatan yang berlangsung pada 25 Ogos 2023 merupakan perbincangan pensyarah dengan ibu bapa atau penjaga di kelas atau bengkel masing-masing. Perbincangan adalah berkaitan dengan perkembangan pelajar-pelajar dari segi akademik dan disiplin di kolej dan kelas masing-masing. Selepas perbincangan bersama guru-guru, ibu bapa atau penjaga juga akan menerima slip keputusan semester lepas. MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN MPP, PRS & PENGAWAS Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Pengawas merupakan satu badan khidmat sokongan kepada pihak pengurusan kolej. MPP, PRS dan Pengawas bertanggungjawab dalam membantu pihak kolej dari segi pengurusan serta peraturan kolej agar berjalan dengan lancar. Selain itu, MPP, PRS dan Pengawas juga ditubuhkan bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar menjadi pemimpin pada masa hadapan. Oleh itu, pemilihan ahli-ahli MPP, PRS dan Pengawas dilakukan berdasarkan kreadibiliti yang ada
13 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I PUAN CHARIEZ MURIEALLIAN PETER KETUA UNIT KORIKULUM DAN SUKAN ENCIK MUHAMMAD ARIF BIN ISMAIL KETUA PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMOTIF CIK SITI NOORAIN BINTI HUSSIN PENYELARAS MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) EDISI KELAPAN (OGOS 2023) PUAN FAZLIN BINTI MOHD AZDI AJK SUNTINGAN TEKS & QUALITY ASSURANCE ENCIK MOHAMMAD ZAKI FARHAN B. MD. JA HASSAN AJK FOTOGRAFI & TINDAKAN KHAS
AKTIVITI BULAN SEPTEMBER
1 ENGLISH LANGUAGE CAMP Kolokium Penyelidikan Kajian Tindakan dalam Pendidikan Peringkat Negeri Sarawak yang dilaksanakan pada 12 hingga 13 September 2023 adalah untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pendidik. Kolokium ini juga menjadi asas kepada usaha murni untuk membudayakan amalan pelaksanaan kajian tindakan di dalam bilik darjah sebagai amalan kelaziman para pendidik di bumi Kenyalang. Selain itu, dalam mentranskripkan kajian-kajian para pendidik, kolokium ini juga menghimpunkan kajian-kajian terbaik sebagai koleksi yang boleh dirujuk oleh seluruh warga pendidik di Malaysia dengan memohon penerbitan Jurnal Penyelidikan daripada pihak berkaitan. Akhir sekali, dalam pelaksanaan Kolokium Penyelidikan Kajian Tindakan dalam Pendidikan Peringkat Negeri Sarawak ini juga terdapat slot perkongsian daripada Keynote Speaker yang berpengalaman dan pameran Inovasi TVET. LAWATAN VERIFIKASI PENILAIAN KENDIRI PENARAFAN KOLEJ KEDIAMAN KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK EEddisisi Ke i Kesesembi mbillan an SeSeptember ptember HALAMAN 2 MINGGU PENDIDIKAN ISLAM HALAMAN 4 MAJLIS APRESIASI PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT HALAMAN 6 HALAMAN 8 KELAS TAMBAHAN BAHASA MELAYU PELAJAR SVM SEMESTER 1/2023 HALAMAN 12 KELAS TAMBAHAN MATEMATIK A03101 HALAMAN 18 MAJLIS APRESIASI BIRO KOLEJ KEDIAMAN HALAMAN 20
2 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KESEMBILAN (SEPTEMBER 2023) Pada 8 September 2023, Unit Bahasa Inggeris telah menganjurkan “English Language Camp” untuk membantu peserta membina keyakinan diri dengan menerapkan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian mereka. Kem yang dikendalikan oleh seramai 7 orang pensyarah Bahasa Inggeris dianjurkan khusus untuk pelajar SVM 1 seramai 40 orang. Fasilitator untuk program ini terdiri daripada para pelajar DVM 1 seramai 18 orang. Terdapat 6 stesen di kem tersebut iaitu ‘Match Me!’, ‘Fill Me!’, ‘Charade’, ‘Story Telling’, ‘Fashion Fever’, dan ‘Collaborative Writing’. Para peserta telah dibahagikan kepada 8 kumpulan dan setiap kumpulan merangkumi 5 orang pelajar. Setiap kumpulan tidak terdiri daripada pelajar yang sama program. Oleh itu, peserta harus bekerjasama bersama peserta daripada program yang berlainan. Di setiap stesen, peserta akan dinilai berdasarkan prestasi secara kumpulan dan diberi markah. Oleh itu, setiap ahli perlu menonjolkan kerjasama yang baik dengan kumpulan mereka untuk mendapatkan markah yang baik. Sepanjang kem berlangsung, peserta ceria dan riang ria bergerak dari satu stesen ke stesen yang seterusnya untuk menyelesaikan cabaran di setiap stesen tersebut. Kem ini berlangsung selama 2 jam dan berjalan dengan lancarnya. Para peserta berasa gembira dan mereka banyak mempelajari ilmu baharu di kem tersebut seperti peribahasa, kosa kata baharu, kerjasama pasukan dan kreativiti. Pada akhir kem tersebut, kumpulan 2 telah merangkul gelaran sebagai juara. Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan 6 manakala tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan 8. Melalui kem ini, diharapkan dapat membantu para pelajar memperbaiki kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris dengan lebih baiknya. Penghargaan yang lebih mendalam terhadap kepelbagaian budaya, persahabatan yang berkekalan dan motivasi untuk meneruskan perjalanan pembelajaran Bahasa Inggeris. ENGLISH LANGUAGE CAMP
3 Pertandingan Treasure Hunt Dora The Explorer 2.0 dilaksanakan pada 8 September 2023. Seramai 93 orang pelajar iaitu 19 pasukan bersama 6 orang guru Sains dan Matematik serta 2 orang pembantu makmal terlibat dalam Dora 2.0 ini di sekitar Kolej Vokasional Miri. Tempat pertama bagi Pertandingan Dora 2.0 dimenangi oleh Kumpulan RTX Enjoyers dengan markah keseluruhan sebanyak 97%, tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Teletubbies dengan markah sebanyak 93% dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Super Shine dengan markah terkumpul sebanyak 92%. Pemenang membawa hadiah hamper makanan mengikut ketetapan kedudukan beserta ‘flask’ air setiap seorang. Kumpulan yang tidak memenangi pertandingan juga diberikan hadiah saguhati sebagai penghargaan usaha mengikuti aktiviti beserta sijil penyertaan bagi semua peserta. Semua pelajar kelihatan seronok semasa melakukan aktiviti dan mendapat pengalaman berharga sambil menyelami minat dalam bidang Sains dan Matematik. Pertandingan ini turut mendapat permohonan untuk dibuat lagi untuk kali ketiga. K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KESEMBILAN (SEPTEMBER 2023) PERTANDINGAN TREASURE HUNT DORA THE EXPLORER 2.0
4 Pada 8 September 2023, Unit Pendidikan Islam telah mengadakan Pertandingan Hafazan, Poster Jawi dan Teka Silang Kata. Bagi setiap aktiviti dikendalikan oleh seorang penyelaras yang akan menyediakan peraturan dan mengadili pertandingan yang dilaksanakan. Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan. Hadiah telah diberikan semasa Majlis Penutup Minggu Kemanusiaan iaitu pada 15 September 2023. Pemenang Pertandingan Poster Jawi tempat pertama dimenangi oleh Nurida Hasna Binti Idris pelajar 2 SVM BAK, tempat kedua ialah Siti Nasyriya Binti Yusri pelajar 2 SVM BAK dan tempat ketiga ialah Nurul Sorfina Binti Abdullah pelajar 1 SVM BAK. Seterusnya pemenang Pertandingan Teka Silang Kata, tempat pertama dimenangi oleh Mohd Yassir Bin Yusup pelajar 1 SVM MTK, tempat kedua ialah Ahmad Shahrul Bin Morsal pelajar 1 SVM MTK dan tempat ketiga ialah Ismail Bin Abdullah pelajar 1 SVM ETE. Akhir sekali pemenang Pertandingan Hafazan, tempat pertama dimenangi oleh Mohamad Airel Nadzwan pelajar 1 SVM MPI, tempat kedua ialah Syed Mohd Noor Aiman pelajar 1 SVM MTA dan tempat ketiga ialah Mohd Cairel iaitu pelajar 1 SVM KSK. K O L E J V O K A S I O N A L M I R I MINGGU PENDIDIKAN ISLAM EDISI KESEMBILAN (SEPTEMBER 2023)
5 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I Program Team Building Unit Beruniform merupakan program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kokurikulum dan Sukan, Kolej Vokasional Miri. Program ini telah menyediakan platform bagi dua unit beruniform untuk menimba pengalaman melalui pembelajaran di luar bilik darjah. Di samping itu, peserta-peserta program diberi peluang untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran, bertukar-tukar idea dan pengalaman membina keyakinan diri serta menjalinkan hubungan kerjasama yang erat melalui aktiviti-aktiviti mencabar yang dijalankan dalam program ini. Program ini bermula dengan senamrobik tepat pada pukul 7:15 pagi. Selepas itu, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan melakukan ice breaking untuk berkenalan dengan rakan-rakan sekumpulan. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini ialah radio rosak, menara atau ciuman maut, ikatan dan simpulan, aktiviti bantu mula dan akhirnya gotong-royong. Program ini diakhiri dengan majlis penutupan dan penyampaian sijil penyertaan dan hadiah. Majlis penutupan disempurnakan oleh Pengarah Kolej Vokasional Miri, Encik John Anak Atong. PROGRAM TEAM BUILDING UNIT BERUNIFORM KV MIRI TAHUN 2023 MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN & BULAN BAHASA Pada 15 September 2023, Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan dijalankan dengan lebih lancar dan baiknya. Encik John Anak Atong, Tuan Pengarah memberikan ucapan penghargaan dan motivasi kepada semua warga KV Miri yang berjaya menjalankan aktiviti Bulan Kebangsaan. Selepas ucapan motivasi Tuan Pengarah, montaj bagi setiap pertandingan turut dijalankan bagi menghargai jasa dan semangat mereka menyertai pertandingan tersebut. Sebelum sesi bergambar dan bersurai, lagu patriotik seperti lagu ‘Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ dan lagu ‘Keranamu Malaysia’, dan lagu ‘ Saya Anak Malaysia’ juga dinyanyi oleh semua warga KV Miri sambil mengibarkan bendera untuk menunjukkan semangat kehormatan dan kecintaan negara. EDISI KESEMBILAN (SEPTEMBER 2023)
6 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I Majlis Apresiasi Program Teknologi Maklumat telah dijalankan pada 15 September 2023 bertempat di Dewan Acara Bengkel Pelancongan KV Miri. Majlis apresiasi ini melibatkan semua pelajar Diploma, Sijil Vokasional Malaysia serta beberapa orang alumni dan ibu bapa / penjaga. Majlis apresiasi ini diadakan bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar Teknologi Maklumat yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam akademik dan ko-kurikulum. Kecemerlangan pelajar menunjukkan kemajuan pihak kolej dalam melahirkan modal insan yang cemerlang. Justeru itu, majlis ini diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf usaha cemerlang pelajar bagi memangkin semangat dan usaha mereka ke arah kecemerlangan yang lebih baik. MAJLIS APRESIASI PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN PEROLEHAN & KURSUS PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN Kursus pengurusan kewangan dan perolehan & kursus pengurusan aset alih kerajaan dilaksanakan pada 18 September 2023. Kursus pengurusan aset alih kerajaan adalah untuk memahirkan anggota kumpulan pelaksana dan guru-guru menguruskan harta modal dan aset alih bernilai rendah meliputi penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan penyelenggaraan, pindahan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira. Selain itu, melalui kursus kewangan dan perolehan, anggota kumpulan pelaksana dan guru-guru dapat memahirkan diri dengan tatacara perolehan dan tatacara pengurusan bayaran mengikut arahan perbendaharaan. EDISI KESEMBILAN (SEPTEMBER 2023)
7 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I LAWATAN PENENTUSAHAN PENTAULIAHAN PEMBAHARUAN PROGRAM PERAKAUNAN DAN PENAMBAH KAPASITI OLEH PBC DI BAWAH PENTADBIR INDUK BPLTV SECARA ATAS TALIAN Lawatan penentusahan pentauliahan pembaharuan PBC ini bertujuan untuk memperbaharui kelulusan program perakaunan dalam melaksanakan pentauliahan kemahiran tahap 3 kepada pelatih di PBC. Pelaksanaan semakan dan lawatan ini berlangsung secara hybrid dan secara dalam talian. Semakan dan pengesahan ini diketuai oleh Puan Dayang Nurul Nahar Binti Talib (Pengerusi Panel Penilaian Pentauliahan Program Kemahiran). Panel penilaian yang turut bersama ialah Puan Kavitha A/P Palaniappan (Panel Penilai Jabatan Pembangunan Kemahiran) dan Ts. Ahmad Kamal Bin Md Duraibi (Ketua Penolong Pengarah Unit Jaminan Kualiti & Pengiktirafan Program SKM Bahagian Latihan Teknik dan Vokasional. Di samping itu, 4 buah KV yang terlibat dalam semakan pembaharuan ini iaitu KV Perdagangan, KV Sibu, KV Miri dan KV Juaseh. Secara keseluruhannya, semua KV mendapat pentauliahan dan pengesahan pembaharuan dengan jayanya dan penambahbaikan akan dilaksanakan mengikut hasil penemuan PPPPK. EDISI KESEMBILAN (SEPTEMBER 2023)
8 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I LAWATAN VERIFIKASI PENILAIAN KENDIRI PENARAFAN KOLEJ KEDIAMAN Keputusan Penilaian Kendiri Penarafan Kolej Kediaman yang dijalankan pada 17 Julai 2023 telah menempatkan Kolej Vokasional Miri di tempat yang kedua tertinggi bagi zon Sarawak dengan markah 85.19%. Susulan itu, Kolej Kediaman KV Miri telah menerima Lawatan Verifikasi markah penilaian kendiri tersebut. Lawatan tersebut diketuai oleh Encik Patrick Belly ak Jonathan Jarau, TPSA KV Matang bersama penolong ketua iaitu Encik Bohari bin Kamis, TPSA KV Sibu serta tiga ahli panel yang lain iaitu Encik Jamal bin Bidin, warden SMT Sejingkat, Cik Suzieyana binti Ab Maulud, warden KV Bintulu dan Puan Sohana, Penyelia Asrama KV Bintulu. Panel Penilai telah merumuskan bahawa verifikasi penilaian kendiri ini memperoleh penarafan 4 Bintang dengan peningkatan markah daripada 85.19% kepada 87.9%. Dapatan penilaian telah dibentangkan kepada Unit Pengurusan Kolej Kediaman untuk diambil tindakan penambahbaikan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penghuni kolej kediaman dan JK Pengurusan Kolej Kediaman atas kerjasama yang baik sepanjang tempoh persediaan dan sepanjang sesi penilaian dijalankan. EDISI KESEMBILAN (SEPTEMBER 2023)
9 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I PERTANDINGAN KEMAHIRAN KV SKILLS ZON SARAWAK Pertandingan KV Skills peringkat zon Sarawak 2023 fasa pertama telah diadakan pada 23 hingga 25 Ogos bertempat di KV Sibu, KV Kuncing dan KV Matang. Seterusnya, fasa kedua pertandingan ini telah diadakan pada 5 hingga 7 September 2023 di KV Bintulu dan KV Betong. Majlis penutupan telah diadakan di KV Betong pada 7 September 2023 dengan menjemput semua pengarah KV dan SMT zon Sarawak. Bidang yang dipertandingkan oleh KV Miri ialah Welding Technology dan berjaya mendapat tempat pertama. Selain itu, bidang yang mendapat tempat kedua ialah CNC Milling, Mechanical Engineering (CAD), Addictive Manufacturing, Automotive Technology dan Portable Backup Power Supply V2 for CCT (Inovasi). Seterusnya, Electrical Installation dan IT Network System & Administration mendapat tempat ketiga. Akhir sekali, Electronic Technology dan Industrial Machining mendapat tempat kelima dalam pertandingan ini. EDISI KESEMBILAN (SEPTEMBER 2023)
10 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA MATEMATIK ANJURAN 2SVM HPC Pada 24 Ogos 2023, pelajar daripada 2SVM HPC telah menganjurkan Pertandingan Teka Silang Kata topik Transformasi. Seramai 62 peserta daripada 2SVM program BAK, KSK, ETE, MPI dan MTA telah menyertai pertandingan yang dianjurkan bermula jam 07:05 pagi hingga 07:25 pagi. Penyampaian hadiah yang sepatutnya diadakan pada 7 September 2023 ditunda kepada 14 September 2023 kerana masalah Dewan Permata digenangi air. Pemenang dipilih melalui kecepatan menyiapkan soalan yang diberikan dan jumlah jawapan yang betul. Johan pertandingan ialah kumpulan daripada 2 SVM ETE. Naib Johan ialah 2 SVM MTA dan tempat ketiga ialah 2 SVM MPI. Setiap kumpulan mendapat hadiah yang disediakan oleh penganjur. Sijil penghargaan disampaikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Umum, Puan Tan Lee Na kepada pengerusi aktiviti iaitu Theodora Giendu Anak Charles Jimbau sebagai tanda menghargai usaha yang mantap dalam penganjuran aktiviti Unit Matematik. Melalui hasil borang selidik, penganjuran ini mendapat maklum balas yang positif daripada peserta mahupun AJK sendiri. Diharap penganjuran ini memberi inspirasi kepada program-program 2 SVM lain untuk mengadakan aktiviti daripada pelajar untuk pelajar. EDISI KESEMBILAN (SEPTEMBER 2023)
11 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I GIMIK PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA JUBLI EMAS KE-50 2023 Kelas tambahan diadakan bertujuan membantu pelajar-pelajar SVM tahun 1 untuk menduduki Pentaksiran Akhir (PA) Sejarah A05100 pada 27 September 2023. Kelas ini dijalankan oleh semua guru Sejarah di dewan makan selama satu jam tiga puluh minit. Pelajar didedahkan dengan format PA. Pelajar dibimbing untuk menjawab soalan dengan betul mengikut peruntukkan markah dan dilatih untuk menjawab soalan KBAT dengan betul. Semua pelajar menjawab latihan dengan bersungguh– sungguh dan kerap bertanya guru. Kelas tamat pada jam 9:00 malam. KELAS TAMBAHAN SEJARAH SEMESTER 1/2023 Pada tahun 2023, Kolej Vokasional Miri telah dipilih sebagai AJK Gimik Perasmian bagi Kejohanan Olahraga Jubli Emas Ke-50 anjuran PPD Miri. AJK Gimik Perasmian ini diketuai oleh Encik Arifi bin Hj Futra dan dibantu oleh Encik Zahid bin Mohamad Raezi, Encik Mohd Faris bin Kamalludin bersama-sama 8 orang pelajar SVM 2 Semester 3 daripada Program Kimpalan. Untuk makluman, Kolej Vokasional Miri telah memilih kuda laut sebagai simbolik utama bagi gimik perasmian. Hal ini disebabkan kuda laut telah menjadi simbolik utama bagi Bandaraya Miri sejak tahun 1994 oleh Pehin Sri yang dikasihi oleh sebab sifat dan pergerakan kuda laut yang lembut dan anggun melambangkan keadaan aman dan harmoni masyarakat pelbagai etnik serta budaya di Miri. Oleh itu, Kejohanan Olahraga Jubli Emas kali ini mengekalkan simbolik kuda laut oleh sebab Bandaraya Miri sebagai penganjur utama pada kejohanan kali ke-50 ini. Perasmian gimik penyalaan obor ini juga telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sebastian Ting (Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan). EDISI KESEMBILAN (SEPTEMBER 2023)
12 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KESEMBILAN (SEPTEMBER 2023) Pada 5,13 dan 20 September 2023, Unit Bahasa telah mengadakan kelas tambahan Bahasa Melayu kepada pelajar SVM semester 1/2023 sebanyak 3 kali bermula dari jam 07.30 pagi sehingga 9.30 pagi di dewan makan KV Miri. Tujuan kelas tambahan ini adalah bagi membantu pelajar dalam meningkatkan pretasi pelajar terutamanya dalam subjek Bahasa Melayu. Pelajar telah mengulang kaji kertas soalan berdasarkan standard penilaian akhir yang sebenar sebagai persediaan pelajar SVM semester 1 untuk menghadapi Penilaian Akhir Kursus Bahasa Melayu A011003. Kelas tambahan telah berjalan dengan lancar, pensyarah daripada Unit Bahasa membantu pelajar secara “one to one” atau dari meja ke meja bagi memastikan pelajar boleh memahami apa-apa yang telah dijelaskan dan dipelajari pada hari tersebut. Program sambutan Bulan Bahasa Melayu telah berlangsung selama 2 bulan bermula dari Ogos sehingga September. Tujuan pelaksanaan program sambutan Bulan Bahasa ini adalah bagi menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti Bulan Bahasa dan sekali gus mencungkil bakat terpendam pelajar untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi. Tiga aktiviti yang berkaitan dengan Bahasa Melayu telah dilaksanakan iaitu aktiviti ‘quizziz’ dan teka silang kata serta penghasilan video kreatif mengikut tema. Aktiviti berikut telah dilaksanakan secara tertumpu, iaitu pelaksanaan aktiviti di dewan makan manakala penghasilan video pula dilaksanakan secara dalam talian bagi menggalakkan pelajar menggunakan teknologi di dalam PdP. Kesemua aktiviti berjalan dengan lancarnya dan pemenang-pemenang menerima hadiah berbentuk kupon dan juga sijil. KELAS TAMBAHAN BAHASA MELAYU PELAJAR SVM SEMESTER 1/2023 BULAN BAHASA UNIT BAHASA MELAYU
13 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KESEMBILAN (SEPTEMBER 2023) Safety Day Kolej Vokasional Miri telah diadakan pada 22 September 2023 dengan kehadiran peserta pelajar diploma dan staf KV Miri sebagai peserta di Dewan Permata, KV Miri. KV Miri telah menjemput pegawai daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKPP) Cawangan Miri sebagai juri. Tujuan penganjuran aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada seluruh warga KV Miri berkenaan keselamatan dalam melaksanakan rutin harian terutamanya tempat kerja. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk pematuhan pengiktirafan daripada pihak MBOT dan MQA. Semasa pelaksanaan program Safety Day ini, satu pertandingan e-banner telah dianjurkan dan setiap program perlu menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan. Penilaian tersebut telah diadili oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKPP) Cawangan Miri sendiri. Johan pertandingan dimenangi oleh Program Perakauanan, diikuti naib johan daripada program Teknologi Sistem Komputer & Rangkaian dan tempat ketiga dimenangi oleh Program Teknologi Elektrik. Pada 22 September 2023, KV Miri menerima lawatan daripada Kolej Sarawak Skills Cawangan Miri. Lawatan wakil Kolej Sarawak Skills ke KV Miri bermula pada pukul 8.00 pagi. Sesi dimulakan dengan bergambar bersama pihak pengurusan KV dan pihak pengurusan tertinggi program. Selepas sesi bergambar, semua peserta lawatan mengambil tempat di bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat daripada pengarah dan penyerahan cenderahati kepada peserta. Semua peserta menjamu selera selepas sesi taklimat. Lawatan dimulakan dengan melawat BOPP, perpustakaan dan Bilik MPP. Kemudian lawatan diteruskan ke Bengkel Program Teknologi Elektrik dan lawatan tapak latihan amali program. Selepas itu para peserta membuat lawatan ke Bengkel Teknologi Maklumat. Lawatan ini berakhir pada pukul 11.30 pagi. SAFETY DAY KOLEJ VOKASIONAL MIRI LAWATAN PENANDA ARAS KOLEJ SARAWAK SKILLS CAWANGAN MIRI KE KOLEJ VOKASIONAL MIRI
14 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KESEMBILAN (SEPTEMBER 2023) Pada 21 September 2023, Unit Matematik bersama-sama 2SVM MPI telah menganjurkan pertandingan ‘SUKUAN MANA ‘ yang berkaitan topik Trigonometri . Seramai 170 peserta daripada program dua Sijil Vokasional Malaysia BAK, KSK, ETE, MTK, HPC dan MTA, telah menyertai pertandingan yang dianjurkan. Setiap program perlu bekerjasama menulis sudut dalam unit darjah atau minit dalam masa 15 minit sebelum dikembalikan pada kotak sukuan yang disediakan. Penyampaian hadiah dan sijil disampaikan pada 27 September 2023 oleh Ketua Jabatan Pendidikan Umum , Puan Tan Lee Na. Pertandingan kali ini dimenangi oleh program 2SVM BAK diikuti program 2SVM HPC dan 2SVM ETE. Masing-masing memperolehi 330, 264 dan 225 mata. Hadiah saguhati juga disampaikan kepada 2SVM KSK, 2SVM MTK dan 2SVM MTA yang memperolehi 201,179 dan 109 mata masingmasing. Penyampaian sijil penghargaan kepada Vellen Ho Tien Chai, mewakili pelajar 2 SVM MPI sebagai menghargai usaha dan keberanian mereka menganjurkan pertandingan yang mendapat komen positif daripada peserta melalui borang kaji selidik. Diharap keberanian yang ditunjukkan oleh mereka untuk menganjurkan pertandingan ini dicontohi oleh pelajar program lain. 1 2 3 4 5 6 PEMENANG PERTANDINGAN SUDUT SUKUAN MANA ANJURAN 2 SVM MPI
15 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KESEMBILAN (SEPTEMBER 2023) Pada 28 September 2023, Badan Kebajikan Kakitangan dan Pelajar Islam (BAKPIS) Kolej Vokasional Miri telah menyertai Majlis Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Miri bertempat di Perkarangan Dewan Suarah, Miri. Pasukan dari KV Miri terdiri daripada 50 orang pelajar lelaki, 20 orang pelajar perempuan dan 30 orang pensyarah yang diketuai oleh En. Mohamad Nuruhisyam bin Dee @ Mahdi. Perarakan ini merupakan satu acara yang diadakan setiap tahun untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW. Persiapan dan persediaan yang teliti dan komprehensif untuk penyertaan perarakan ini bermula pada bulan Ogos 2023. Kertas kerja dan ahli jawatankuasa telah dibentuk agar semua perancangan berjalan dengan lancarnya. Persiapan seperti menghasilkan sepanduk, pakaian seragam dan latihan perarakan telah mendapat kerjasama daripada warga KV Miri, tanpa mengira ahli BAKPIS atau bukan ahli. Penghasilan sepanduk ini dirancang dengan penuh kreatif dan mengandungi ucapan dan pesanan yang sesuai dengan mengikut tema Maulidur Rasul. Sepanduk ini turut menunjukkan semangat dan komitmen ahli BAKPIS dan warga KV Miri dalam menghasilkan sesuatu yang istimewa. Selain itu, keseragaman pakaian juga diberi perhatian. Latihan perarakan juga diberikan kepada pelajar seminggu sebelum program diadakan. Pada hari perarakan, pensyarah dan pelajar telah berkumpul di perkarangan Dewan Suarah seawal jam 6.00 pagi. Selepas diberi taklimat dan membuat persediaan, perarakan bermula dan perserta dari KV Miri berarak dengan bersemangat. Hasilan usaha keras semua pihak dalam persiapan dan penyertaan BAKPIS di majlis perarakan ini membuahkan hasil yang membanggakan. KV Miri telah memenangi tempat ketiga dalam Kategori Sekolah Menengah / IPT manakala Johan telah dimenangi oleh pasukan Sekolah Menengah Lutong dan Naib Johan dimenangi oleh Kolej Tun Datu Patinggi Haji Bujang. PERSIAPAN MAULIDUR RASUL PERARAKAN MAJLIS SAMBUTAN DAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BAHAGIAN MIRI TAHUN 1445 H/2023 M
16 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KESEMBILAN (SEPTEMBER 2023) Pada 21 September 2023, satu kursus perkongsian kemahiran amali bersama alumni Program Teknologi Elektrik telah dijalankan di Makmal Kawalan Motor, Bengkel Elektrik Kolej Vokasional Miri yang dibuat secara virtual melalui aplikasi Google Meet. Aplikasi Google Meet digunakan kerana mengambil kira kekangan jarak jemputan alumni yang berada di luar kawasan Miri (Marudi) dan waktu kerja alumni yang terhad. Alumni yang dijemput ialah Cik Qurratu’Aini binti Ali yang bekerja sebagai Head Facilities Engineering Maintenance Services di One Medicare Sdn Bhd Cawangan Marudi. Beliau merupakan alumni pertama Diploma Teknologi Elektrik Kolej Vokasional Miri yang telah bergraduan pada tahun 2017 dengan CGPA 3.83. Kursus Perkongsian Kemahiran Amali Bersama Alumni Program Teknologi Elektrik ini dijalankan agar pelajar Diploma Tahun 2 didedahkan perkaitan isi pembelajaran mereka dengan situasi sebenar di industri. Di samping itu, perkongsian ini bertujuan untuk bertukar-tukar kemahiran amali di antara para pensyarah Unit Teknologi Elektrik dengan bekas pelajar yang telah bekerja dalam bidang elektrik setelah menghabiskan pengajian di Kolej Vokasional Miri. Selain itu, kursus ini juga dapat mengekalkan hubungan baik antara pihak unit dengan alumni program agar kerjasama seumpama ini akan dapat menjadi budaya yang boleh memberi manfaat berguna kepada kedua-dua pihak yang terlibat. Program perkongsian ini berkaitan dengan kemahiran-kemahiran dalam modul DEA3333 Electrical Maintenance dengan kompetensi-kompetensi seperti Develop Generator Maintenance Schedule, Develop Main Switch Board Routine Maintenance dan Develop Generator Routine Maintenance. KURSUS PERKONGSIAN KEMAHIRAN AMALI BERSAMA ALUMNI PROGRAM
17 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KESEMBILAN (SEPTEMBER 2023) Pada 11 September 2023, Program Perakaunan telah mengadakan Program Penanda Aras ke Xelfact, Cheras, Kuala Lumpur yang diketuai oleh Ketua Program, Jenny Unyang iaitu pensyarah Program Perakaunan serta dua orang pelajar Diploma Tahun 2 iaitu Athirah Binti Abdullah Jaini dan Teresa Lee Nyuk Shan. Program penanda aras ini bertujuan mewujudkan jaringan hubungan yang baik antara KV Miri khususnya Program Perakaunan dengan industri, yakni Xelfact Sdn Bhd. Para pensyarah dan pelajar dibawa melawat di sekitar pejabat dan diberi taklimat tugas serta tanggungjawab setiap jabatan yang terlibat dalam pengurusan dan pengoperasian syarikat. Pelajar diberi peluang untuk cuba menggunakan perisian perakaunan SQL. Pemilik syarikat, Tn Hj Razali Abd Karim turut menjelaskan bagaimana sebuah syarikat dalam bidang perakaunan berfungsi dan turut berkongsi pengalaman beliau dalam menubuhkan Xelfact Sdn Bhd. Pada 12 September 2023, Program Perakaunan diketuai oleh Pensyarah Chai Pau Fang dan Jenny Unyang sebagai jurulatih dan guru pengiring bersama dua orang pelajar 2 DVM iaitu Athirah Binti Abdullah Jaini dan Teresa Lee Nyuk Shan telah mewakili KVM menyertai Pertandingan Bookkeeping Championship di KV Sungai Buloh. Pertandingan Bookkeeping Championship dianjurkan oleh Program Perakaunan KV Sungai Buloh dengan kerjasama Razali Abd Karim & Co PLT bertujuan untuk memupuk semangat menguasai kemahiran merekod kitaran perakaunan yang pelajar perlu kuasai dengan baiknya jika ingin menjadi seorang akauntan yang berkemahiran. Sejumlah 28 pasukan telah mengambil bahagian melibatkan 21 KV di seluruh Malaysia dan satu institusi latihan swasta. . Peserta KV Miri yang diwakili oleh Athirah Binti Abdullah Jaini dan Teresa Lee Nyuk Shan daripada 2 DVM BAK telah berjaya mendapat tempat ke-12 dengan membawa pulang sijil penyertaan dan wang tunai saguhati Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) PENANDA ARAS PROGRAM PERAKAUNAN KE XELFECT SDN BHD CHERAS, KUALA LUMPUR PERTANDINGAN KEMAHIRAN PERAKAUNAN - BOOKKEEPING CHAMPIONSHIP
18 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KESEMBILAN (SEPTEMBER 2023) Pada 23, 29 dan 30 September 2023, Unit Matematik telah mengadakan kelas tambahan untuk pelajar SVM semester 1 dan SVM semester 3 di Dewan Makan KV Miri. Kelas tambahan ini melibatkan pelajar SVM Tahun 1 daripada semua program yang akan menduduki ujian pada 2 Oktober dan pelajar Semester 3 yang mengulang. Objektif kelas tambahan ini adalah untuk mendedahkan pelajar contoh soalan peperiksaan dan memberikan ulang kaji secukupnya sebagai persediaan menjawab soalan peperiksaan akhir. Pelajar diberikan tips menjawab soalan dan diberikan peluang untuk mengulang kaji topik yang masih belum mahir dikuasai daripada pensyarah bagi tujuan pengukuhan. Seramai 5 orang pensyarah daripada Unit Matematik terlibat dalam aktiviti ini untuk memastikan setiap pelajar dapat menjawab soalan Matematik dengan baiknya. Aktiviti yang telah dilaksanakan merangkumi ulang kaji menjawab soalan peperiksaan lepas dan soalan ramalan. Pelajar diminta untuk menjawab soalan dengan bimbingan guru dan bantuan fasilitator seramai 13 orang yang terdiri daripada kalangan pelajar sendiri. Seramai 93 orang pelajar harian dan pelajar kolej kediaman yang menghadiri kelas tambahan pada 23 September, 269 orang pada 29 September dan 86 orang pada 30 September. 23 SEPTEMBER 2023 29 SEPTEMBER 2023 30 SEPTEMBER 2023 KELAS TAMBAHAN MATEMATIK A03101
19 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KESEMBILAN (SEPTEMBER 2023) Pada 25 September 2023, Unit Latihan dan Kemajuan Staf Kolej Vokasional Miri telah menganjurkan Bengkel Kepimpinan untuk Pensyarah-pensyarah Umum bagi Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Panitia / Unit Kolej Vokasional Miri. Bengkel ini telah disertai oleh seramai 19 orang pensyarah. Pihak ULKS telah menjemput Ts Azri bin Said selaku penceramah jemputan. Bengkel ini disediakan bagi memberi pendedahan kepada ketua-ketua unit dan bengkel mengenai pengurusan dan operasi yang lengkap dan menyeluruh untuk suatu unit. Melalui bengkel ini, para peserta akan didedahkan kepada konsep-konsep, prinsip-prinsip dan teknikteknik asas pengurusan yang berkaitan secara langsung dengan tugas utama mereka. Oleh sebab itu, dengan adanya penganjuran bengkel kepimpinan untuk pensyarah-pensyarah umum ini dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan panitia atau unit dan dapat mewujudkan suasana bekerja yang harmoni serta kerjasama antara ahli dalam unit masing-masing di sekolah. Pada 22 September 2023 yang lepas, program Teknologi Kimpalan telah mengadakan Program Alumni Sharing bersama bekas pelajar Teknologi Kimpalan 2014 dan sekarang merupakan pelajar tahun akhir dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Kimpalan dan Fabrikasi Logam) di UTHM iaitu Spencer Ghany anak Andrew. Program Sharing diadakan bagi memberi perkongsian tentang pengalaman diri beliau dan hala tuju pelajar Teknologi Kimpalan selepas tamat pengajian sama ada menyambung pelajaran atau terus bekerja. Selepas tamat perkongsian sharing, beliau membuka sesi soal jawab kepada pelajar yang ingin bertanyakan soalan. BENGKEL KEPIMPINAN UNTUK PENSYARAH-PENSYARAH UMUM BAGI MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA / UNIT KOLEJ VOKASIONAL MIRI PROGRAM ALUMNI SHARING TEKNOLOGI KIMPALAN 2023
20 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KESEMBILAN (SEPTEMBER 2023) Pada 29 September 2023, Unit Pengurusan Kolej Kediaman telah mengadakan Majlis Apresiasi Kapten Kolej Kediaman di Grand Palace Hotel, Miri. Majlis Apresiasi Biro Kolej Kediaman merupakan majlis yang dianjurkan untuk menghargai jasa kapten menjalankan tugas sepanjang tahun. Pada hari kejadian, Puan Kiung Siew Ping, Ketua Unit Pengurusan Kolej Kediaman dijemput untuk menyampaikan ucapan. Puan Kiung telah mengucapkan terima kasih atas bantuan semua warden, kapten serta PIBG bagi melancarkan majlis ini. Seterusnya, Encik John Anak Atong, Pengarah KV Miri juga menyampaikan ucapan alu-aluan kepada semua jemputan yang hadir. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua warden dan kapten kerana menjalankan tugas dengan baik sehingga penilaian kolej kediaman mendapat 4 bintang, iaitu 87.9%. Harapan Encik John ialah penilaian kolej kediaman boleh dapat 5 bintang pada tahun seterusnya. Encik James anak Jilin, YDP PIBG juga dijemput untuk menyampaikan sedikit ucapan. Beliau sudi membantu kolej kediaman dari segi kewangan walaupun sumbangan tenaga terhad. Majlis diteruskan dengan jamuan selera dan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada warden, Biro Kolej Kediaman Palma dan Biro Kolej Kediaman Orkid. Melalui sesi penyampaian sijil kepada biro, mereka dapat mengetahui bahawa pihak sekolah sentiasa menghargai dan mengingati jasa mereka sebagai biro kolej kediaman. Semua biro kolej kediaman berasa seronok dan gembira kerana sumbangan tenaga mereka telah dilihat dan dihargai oleh pihak pengurusan kolej kediaman. Sebelum majlis berakhir, nyanyian secara spontan serta sesi bergambar telah dijalankan sebagai bukti tanda penghargaan pada hari kejadian tersebut. Akhir sekali, semua biro kolej kediaman berharap majlis apresiasi boleh dijalankan pada masa akan datang lagi. KAPTEN - KAPTEN KOLEJ KEDIAMAN PALMA DAN ORKID MAJLIS APRESIASI BIRO KOLEJ KEDIAMAN
22 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KESEMBILAN (SEPTEMBER 2023) AHLI JAWATANKUASA BULETIN TERBAIK BULAN SEPTEMBER NOR AFILIA BINTI MOHAMMAD IRWAN AJK DATA DAN MAKLUMAT SITI NUR HASHIDAH BT MD HASHIM SETIAUSAHA UNIT AKREDITASI MBOT FALISIA ANAK ANEK PENYELARAS UNIT BAHASA MELAYU JENNY UNYANG RAYMOND JOK SETIAUSAHA PROGRAM PENANDA ARAS NUR AQIELA SHAHIRA BT MOHD TAHYUDDIN AJK DOKUMENTASI DAN PEMAKLUMAN
AKTIVITI BULAN OKTOBER
1 PERTANDINGAN INOVASI MIRI CREATIVITY, INNOVATION & TECHNOLOGY EXPada 18 Oktober 2023, Bengkel Verifikasi Data eOperasi bagi pensyarah baharu HIBITION (MCiTEX) telah diadakan di Bilik Mesyuarat KV Miri. Bengkel ini dianjurkan oleh Unit Data dan Maklumat bertujuan untuk membimbing para pensyarah baharu mengemaskini maklumat dalam sistem eOperasi serta memastikan pensyarah sentiasa peka akan maklumat diri pensyarah dalam sistem eOperasi. Seramai 20 orang pensyarah baharu lantikan 2021, 2022 dan 2023 telah mengikuti bengkel ini. Puan Jatai selaku fasilitator turut menerangkan cara-cara untuk mengemaskini maklumat yang boleh dikemaskini sendiri oleh pensyarah dalam sistem eOperasi. YOUNG INNOVATORS CHALLENGE (YIC) 2023 – STATE MAKER FAIRS PERTANDINGAN LIVE BAND PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH SEMPENA KARNIVAL TVET 2023 BENGKEL VERIFIKASI DATA eOPERASI Edisi Kesepuluh Oktober HALAMAN 2 AKTIVITI BIMBINGAN PEMBENTANGAN INOVASI OLEH MPP HALAMAN 3 PROGRAM TEAM BUILDING UNIT BERUNIFORM KV MIRI TAHUN 2023 HALAMAN 4 HALAMAN 5 MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAHM PEMANGKIN PEMBETUKAN KARTAKTER HALAMAN 7 KV MIRI RUN HALAMAN 8 MAJLIS APRESIASI ACCOUNTANCY ALOHA DINNER HALAMAN 15 HALAMAN 11
2 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KESEMBILAN (OKTOBER 2023) Pertandingan Inovasi Miri Creativity, Innovation & Technology Exhibition (MCiteX) Peringkat Negeri Sarawak 2023 telah diadakan pada 13 Oktober 2023 bertempat di Dewan Intrim, ILP Miri. Pasukan KV Miri telah menghantar sebanyak 3 penyertaan bagi kategori sekolah dan 2 penyertaan bagi kategori terbuka yang terdiri daripada pensyarah KV Miri. Pertandingan bermula seawal jam 7:00 pagi bagi sesi pendaftaran dan berlangsung selama hampir 5 jam untuk sesi penghakiman. Antara objektif pertandingan ini adalah untuk memberi pendekatan kepada para peserta dalam melakukan aktiviti yang menjana daya inovatif melalui penglibatan dalam pertandingan ini dan memupuk minat pelajar terhadap sesuatu yang menjana kreativiti minda. Di samping itu, pertandingan ini merupakan satu alternatif untuk memupuk daya kreativiti kepada pelajar Miri bagi mengembangkan bakat ke peringkat lebih tinggi. Selain itu, ia sebagai satu pendedahan awal kepada pertandingan inovasi dan reka cipta di peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat negeri, peringkat kebangsaan dan peringkat antarabangsa. Pasukan KV Miri telah meraih kemenangan tempat ketiga (Pingat Emas) bagi kategori sekolah yang diwakili oleh Puan Muna Warah bin Nukman selaku pembimbing bersama 3 orang pelajar 2 SVM BAK iaitu Noor Syafika binti Abdullah, Rahimah binti Ahmad dan Nuraini Dini Binti Mohd Yusoff dengan tajuk inovasi MYY Bario Handwash. Pasukan ini berjaya meraih wang tunai sebanyak RM500 beserta piala dan sijil. Pasukan inovasi yang diwakili oleh Ts. Karmila Binti Yahdi selaku pensyarah pembimbing yang juga pensyarah Program Teknologi Pemesinan Industri dan dianggotai oleh Ummu Khadijah Binti Abdul Latip, Eyzan Shazryl Bin Addy Sharyzan, Marvin Bart Anak Frankie, Nickelson Nicholas dan Fazril Aqmal Bin Taha yang merupakan pelajar 2 SVM MPI telah berjaya meraih Pingat Perak dengan tajuk inovasinya ialah Jig For Tapping. Pingat Gangsa pula dimenangi oleh pasukan inovasi di bawah bimbingan Puan Flora Balang @Nur Fatin Hazirah Bt Abdullah (pensyarah pendidikan umum) dan para pelajar 2 SVM BAK Iaitu Iglesia Marthisha Anak Wilfred Jolly, Nurliananatasha Bt Fakrul Nizam dan Nursyamimi Najwa Bt Suhardi dengan tajuk inovasi 5w1h Fun Wheel. Bagi kategori terbuka pula, Ts. Paul Kenny Anak Tshong telah berjaya mendapat tempat ketiga dan Pingat Emas dengan tajuk inovasinya Portable Backup Power Supply V2 For CCTV. Beliau telah berjaya membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM1000.00, pingat dan sijil. Para pensyarah Program Teknologi Pemesinan Industri pula mendapat Pingat Perak bagi kategori yang sama yang diwakili oleh Encik Mohd Hanafi Bin Nohani selaku ketua kumpulan, Ts. Karmila Binti Yahdi, Puan Siti Hamizah Binti Julai, Puan Rathna Pohie Anak Rangka dan Encik Thomas Anak Malayu dengan tajuk inovasinya Kit Pembelajaran Peralatan Tangan Berbantukan Augmented Reality (AR). Semoga KV Miri akan lebih cemerlang pada masa hadapan dalam bidang teknologi dan inovasi. PERTANDINGAN INOVASI MIRI CREATIVITY, INNOVATION & TECHNOLOGY EXHIBITION (MCiTeX) PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2023
3 Pada 12 Oktober 2023, Majlis Perwakilan Pelajar KV Miri telah mengadakan Aktiviti Bimbingan Pembentangan Inovasi bertempat di Bilik Isolasi. Seramai empat orang pelajar iaitu Noor Syafika Binti Abdullah, Nuraini Dina Binti Mohd Yusof, Rahimah Binti Ahmad dan Angelique Pearll Anak Killy terlibat dalam program bimbingan pembentangan ini. Pelajar tersebut akan menyertai Miri Creativity, Innovation & Technology Exhibition 2023 (MCiTeX 2023) anjuran ILP Miri pada 16 Oktober 2023. Objektif program ini adalah memberi peluang kepada MPP untuk berkongsi pengalaman pembentangan inovasi dalam Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan di Bintulu, Sarawak yang telah mereka lalui. Di samping itu, program ini bertujuan memastikan peserta pertandingan Miri Creativity, Innovation & Technology Exhibition 2023 (MCiTxX 2023) anjuran ILP Miri boleh memperbaiki cara pembentangan mereka. Dua orang fasilitator iaitu Devlin Wilmer bersama Nor Hisyamudin merupakan pelajar yang kerap menyertai pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa telah membantu peserta ini melakukan persiapan yang rapi bagi menghadapi sesi penjurian yang sebenar. Harapan MPP agar tips dan panduan yang dikongsikan akan dijadikan panduan oleh peserta untuk membentang dengan lebih mantap semasa MCiTEX 2023. K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KESEMBILAN (OKTOBER 2023) AKTIVITI BIMBINGAN PEMBENTANGAN INOVASI OLEH MPP PROGRAM CERAMAH “KESELAMATAN JALAN RAYA” Program Ceramah “Keselamatan Jalan Raya” telah diadakan pada 13 Oktober 2023 (Jumaat) yang menyasarkan pelajar 1SVM SEM1 & 2SVM SEM3 di Kolej Vokasional Miri. Program ini dijalankan di Dewan Permata KV Miri dihadiri seramai 307 orang pelajar. Program ini bertujuan memberikan kesedaran mengenai keselamatan di jalan raya dan juga kesalahan trafik yang kerap dilakukan oleh pelajar. Di samping itu, pelajar juga dapat mengetahui kesan buruk jika mengabaikan keselamatan di jalan raya. Program ini dikelolakan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar dan dibantu penceramah luar iaitu Inspektor Mohammad Amiruddin Bin Hamdan (Pegawai Perhubungan Sekolah). Selain itu, perkongsian yang diberikan diharap dapat mencapai objektif program dan seterusnya meningkatkan kesedaran pelajar mengenai isu keselamatan dan kesalahan trafik.
4 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I Pada 13 hingga 14 Oktober 2023, Kelab Staf KV Miri telah menganjurkan sebuah program Lawatan Muhibah ke Institut Pendidikan Teknikal Brunei, Brunei Darussalam (IBTE). Lawatan ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah hubungan persefahaman dan hubungan profesionalisme menerusi jalinan aktiviti penanda aras (benchmarking) dan aktiviti-aktiviti sukan untuk mengeratkan silaturahim dan hubungan muhibah antara warga staf kedua-dua buah institusi. Lawatan ini dimulakan dengan aktiviti penanda aras ke program teknikal di IBTE sebelum menjalankan program dan aktiviti sukan seperti bola sepak, bola jaring dan badminton. Lawatan penanda aras dimulakan dengan ucapan aluan dan perbincangan ilmiah yang menyeluruh mengenai keperluan dan perubahan teknologi pendidikan teknikal antara Malaysia dan Brunei. Institut Pendidikan Teknikal Brunei yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Yang Mulia Dr. Hj. Mohd Zamri bin Hj. Sabli telah memberikan penerangan serta perkongsian mengenai program-program yang ditawarkan dan teknologi-teknologi terkini yang digunapakai dalam bidang pendidikan teknikal di institut berkenaan. Pada masa yang sama, KV Miri diwakili oleh Pengarah, Encik John anak Atong turut memberi perkongsian mengenai penawaran program serta bidang-bidang yang ditawarkan di KV Miri dan kolej vokasional di Malaysia. Tambahan pula, pengiktirafan dan nilai-nilai tambah yang diperolehi graduan-graduan kolej vokasional di Malaysia serta maklumat mengenai nilai dan tahap kebolehpasaran graduan kolej vokasional juga dikongsikan. Perlawanan persahabatan antara staf bagi kedua-dua institusi ini telah berjalan dengan lancar dan meriah, iaitu perlawanan bola sepak telah dimenangi oleh pasukan KV Miri dengan skor 4 berbalas 1 oleh IBTE. Bagi perlawanan bola jaring pula, pasukan IBTE telah berjaya membolosi jaringan pasukan KV Miri sebanyak 40 mata berbanding pasukan KV Miri yang berjaya memperolehi 22 mata. Bagi perlawanan badminton pula, tiga kategori yang dipertandingkan iaitu beregu lelaki, beregu perempuan dan beregu campuran. Perlawanan badminton ini telah berpihak kepada pasukan KV Miri setelah berjaya mencapai skor 10 berbalas 2. Secara keseluruhannya, lawatan muhibah ini bukan sahaja mencapai agenda utama iaitu penanda aras ke atas program teknikal di IBTE malah dapat mewujudkan satu jalinan persahabatan yang erat antara kedua-dua organisasi. Pihak IBTE seterusnya telah memaklumkan akan membuat kunjungan balas ke KV Miri pada tahun hadapan dan tarikhnya akan dimaklumkan kemudian. PROGRAM LAWATAN MUHIBAH KE INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIKAL BRUNEI (IBTE) EDISI KESEMBILAN (OKTOBER 2023)
5 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I YOUNG INNOVATORS CHALLENGE (YIC) 2023 – STATE MAKER FAIRS Pada 7 Oktober 2023, Kolej Vokasional Miri telah menghantar wakil pelajar untuk menyertai YOUNG INNOVATORS CHALLENGE (YIC) 2023 – STATE MAKER FAIRS. Program ini diadakan di Bangunan Majlis Bandaraya Miri anjuran Chumbaka Sdn Bhd and Curtin University. Selain itu, program ini telah dijalankan sejak bulan Mei daripada pemilihan projek, penghasilan projek dan penilaian projek. Di samping itu, seramai lima kumpulan wakil daripada KV Miri yang telah menyertai pertandingan ini iaitu Kumpulan Blaze, Kumpulan Liltrio, Kumpulan D*A*P*, Kumpulan The Boys dan Kumpulan Supetechnic. Namun, tiada kumpulan yang memenangi pertandingan ini tetapi Kumpulan The Boys memenangi The Most Popular Innovation Award. Setelah pemerhatian dibuat, antara kelemahan projek pelajar iaitu kelemahan berbahasa Inggeris, permasalahan projek yang kurang jelas dan penerangan projek yang tidak sesuai. EDISI KESEMBILAN (OKTOBER 2023)
6 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I PROGRAM TAMAT ON-THE JOB TRAINING (OJT) SESI 2023 Seramai 41 orang pelajar Kolej Vokasional Miri yang menjalani OJT bermula pada 1 Mei 2023 telah menamatkan On-The Job Training (OJT) pada 15 September 2023 (Program DBE dan DKB) serta 13 Oktober 2023 ( Program DMB). OJT sesi 2023 telah mencapai 100% lulus dan layak bergraduan. Selain itu, para pelajar dapat mempelajari situasi alam pekerjaan yang sebenar dan bijak mengawal situasi di OL (Organisasi Latihan) satu hari kelak. Para pelajar berkeyakinan dan bersedia berada di alam pekerjaan yang sebenar di samping dapat menilai keupayaan diri sendiri sama ada boleh menempuh alam pekerjaan dan menghadapi cabaran apabila bekerja pada masa hadapan. Di samping itu, pelajar juga dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang menjalani OJT dengan lebih efisien dengan mendokumentasikan aktiviti-aktiviti dan gerak kerja semasa menjalankan latihan dengan sistematik dan berkesan melalui laporan yang dibuat. Melalui penulisan laporan, pelajar boleh menggunakan teknik kerja yang dipelajari sebagai rujukan untuk melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Laporan yang terperinci disediakan sebagai bukti kepada latihan yang telah dijalankan dengan sempurna mengikut jangka masa seperti yang ditetapkan oleh pihak BPLTV. EDISI KESEMBILAN (OKTOBER 2023)