7 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER Pada 31 Oktober 2023, program Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Peringkat Sekolah Tahun 2023 telah dijalankan di Dewan Permata Kolej Vokasional Miri. Program pelancaran tersebut dianjurkan oleh Unit Disiplin dan Hal Ehwal Pelajar yang melibatkan pelajar 1 SVM dan 2 SVM. Objektif program ini adalah untuk menangani isu salah laku disiplin murid sekolah dan membantu dalam menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku Seksual di Institusi Kementerian Pendidikan Malaysia dan Garis Panduan Salah Laku Buli di Institusi Kementerian Pendidikan Malaysia. Pegawai Perhubungan Sekolah, YDP PIBG, Pengarah dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Kolej Vokasional Miri tiba di perkarangan kolej pada jam 7.10 pagi bagi menyambut kehadiran pelajar KV yang datang awal ke kolej. Kemudian, program diteruskan di Dewan Permata Kolej Vokasional Miri. Program berlangsung dengan mendengar ucapan daripada PPS dan perasmian Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Peringkat Sekolah Tahun 2023 daripada Pengarah Kolej Vokasional Miri. Dua pelajar telah menjadi duta sahsiah iaitu Calvin Khairis Stanley dan Alwani Izzaty Bin Dasaremi. Program diakhiri dengan sesi fotografi. Diharapkan agar aktiviti yang dijalankan mampu menjadi motivasi kepada para pelajar yang lain untuk sentiasa melatih karakter diri menjadi insan bersahsiah dan berakhlak mulia dari semasa ke semasa. EDISI KESEMBILAN (OKTOBER 2023)
8 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I PROGRAM PASCA PA MATHS FUN HOUR Pada 20 Oktober 2023, Unit Matematik telah menganjurkan program Matematik berasaskan permainan iaitu Maths Fun Hour. Program pasca PA ini melibatkan semua pelajar Tahun 1 SVM. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memupuk minat dan keseronokan pelajar serta dapat mendedahkan pelajar terhadap ilmu asas matematik yang akan dipelajari pada semester 2 berkaitan dengan topik asas nombor, set dan keberangkalian. Program ini turut memupuk semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar yang dilantik sebagai fasilitator dan menggalakkan kerjasama dalam kumpulan. Seterusnya, seramai 21 pelajar SVM 1 juga telah dilantik sebagai fasilitator untuk membantu dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Di samping itu, empat aktiviti telah berjaya dilaksanakan termasuklah senamrobik, mencari telur dan bola berwarna, memancing ikan bernombor dan kotak musik berilmu. Bukan itu sahaja, program ini dilihat dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dan berasa seronok bermain sambil mempelajari ilmu asas Matematik. Tambahan pula, pelajar telah dibahagikan kepada 10 kumpulan yang terdiri daripada pelajar dari setiap program. Kumpulan pemenang dinilai daripada jumlah markah tertinggi dan sesi penyampaian hadiah disampaikan pada majlis penutupan pasca PA yang disampaikan oleh pengarah, En. John Anak Atong. EDISI KESEMBILAN (OKTOBER 2023)
9 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I PROGRAM PASCA PA (UNIT BAHASA MELAYU) Pada 20 September 2023 sehingga 8 Oktober 2023, seorang pelajar 2SVM BAK iaitu Marceilo Yek telah menawarkan diri untuk menyertai Pertandingan Pengisahan Tokoh. Tokoh sastera yang telah dipilih ialah Dr. Zurinah Hassan dan pelajar telah mengumpulkan semua maklumat tentang Dr. Zurinah Hassan dan melengkapkan semua maklumat beliau dalam bentuk dokumen. Guru pembimbing membantu untuk menyemak bahasa dan ayat yang telah digunakan. Seterusnya, guru pembimbing melatih pelajar Marceilo untuk mengisahkan tentang keperibadian serta latar belakang dan sejarah tokoh. Selepas menjalani latihan, pelajar membuat rakaman video dan menghantar video tersebut melalui pautan yang diberikan. Marceilo Yek telah mendapat sijil penyertaan sahaja dalam pertandingan video kreatif untuk Karnival Bahasa Peringkat Kebangsaan 2023. PERTANDINGAN PENGISAHAN TOKOH KARNIVAL BAHASA PERINGKAT KEBANGSAAN Pada 19 Oktober 2023, Program Pasca PA dari Unit Bahasa Melayu telah berlangsung. Pelajar dibahagikan kepada sembilan kumpulan. Setiap kumpulan akan bergerak dari satu stesen ke satu stesen (lima stesen) untuk menjawab soalan permainan Bahasa Melayu seperti silang kata, menangga kata, teka -teki, lingkaran kekata dan delapan kata. Setiap kumpulan telah diberi masa 15 minit untuk menjawab soalan dan akan bergerak ke stesen seterusnya sehingga selesai kelima-lima stesen. EDISI KESEMBILAN (OKTOBER 2023)
10 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KESEMBILAN (OKTOBER 2023) Kolej Vokasional Miri telah melaksanakan Hari Sukan Negara sesuai dengan kehendak daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara Tahun 2023. Program ini dikendalikan oleh Unit Kokurikulum & Sukan Kolej Vokasional Miri bermula dari 16 Oktober sehingga 18 Oktober 2023. Pelbagai aktiviti sukaneka telah dijalankan sepanjang 3 hari tersebut. Antaranya, pertandingan senamrobik, lari kaki berikat, tarik tali, baling belon, roti gantung, limbo kayu, jumping rope, pembinaan gajet dan beberapa aktiviti lain turut dianjurkan sepanjang hari sukan tersebut. Program ini diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi kumpulan yang telah berjaya meraih pungutan markah tertinggi sepanjang aktiviti tersebut. Pada akhir program semua guru dan pelajar telah mengadakan sesi bergambar. HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KOLEJ VOKASIONAL MIRI
11 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KESEMBILAN (OKTOBER 2023) Sempena Karnival TVET yang berlangsung dari 27 Oktober sehingga 29 Oktober 2023, KV MIRI RUN merupakan salah satu aktiviti yang wajib dilaksanakan pada Hari TVET. Larian merupakan satu aktiviti fizikal dan riadah yang amat popular di negara kita Malaysia pada baru-baru ini. Aktiviti larian ini juga dapat menular dalam kalangan penduduk di kawasan daerah Miri. Oleh hal yang demikian, bersempena Hari TVET, KV Miri telah mengambil satu inisiatif untuk menganjurkan satu larian 5KM KV Miri Run. Matlamat penganjuran larian ini adalah untuk mempromosikan aktiviti larian dan pada masa yang sama meningkatkan tahap kecergasan masyarakat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mempromosikan Hari TVET bagi memberi pendedahan kepada orang ramai untuk mengenali program-program yang ditawarkan di Kolej Vokasional Miri dengan lebih mendalam. KV MIRI RUN 2023
12 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KESEMBILAN (OKTOBER 2023) Pada 5 Oktober 2023, pelajar daripada 2SVM KSK telah menganjurkan pertandingan “Mencari Istilah” berkaitan topik Trigonometri. Seramai 57 peserta daripada program BAK, MPI, ETE, MTK, HPC dan MTA, telah menyertai pertandingan yang dianjurkan. Johan pertandingan kali ini dirangkul oleh 2SVM HPC manakala naib johan pula daripada 2SVM BAK dan tempat ketiga pula daripada 2SVM MTA. Pemenang membawa pulang sijil kemenangan serta hamper. Pemenang saguhati juga tidak pulang dengan tangan kosong, malah mendapat sijil penyertaan serta hadiah saguhati daripada penganjur. Berdasarkan borang keberhasilan program, peserta dan penganjur sangat gembira dengan pelaksanaan program dan semuanya berjalan dengan lancar. Diharap pertandingan yang dianjurkan oleh pelajar kepada pelajar ini akan meningkatkan minat pelajar dalam Matematik lagi. PERTANDINGAN ANJURAN 2SVM KSK
13 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KESEMBILAN (OKTOBER 2023) Pada 20 Oktober 2023, satu program pasca PA daripada Unit Bahasa Inggeris telah berlangsung. Aktiviti ini melibatkan penggunaan lagu Bahasa Inggeris, pelajar dikehendaki mengisi tempat kosong dalam lirik berdasarkan lagu tersebut. Penggunaan lagu "I Had a Dream" oleh ABBA dalam program ini merupakan cara yang menarik dan berkesan untuk meningkatkan kemahiran mendengar dan melibatkan pelajar dalam pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Selain itu, permainan Taboo atau ‘charades’ ialah permainan yang berharga dalam program Bahasa Inggeris kerana dapat meningkatkan perbendaharaan kata, kemahiran bertutur, pemikiran kritis, kreativiti, keyakinan dan kerja berpasukan. Ia juga menjadikan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan dan melibatkan pelajar dengan berkesan dalam amalan bahasa. PROGRAM PASCA PA BI (UNIT BAHASA INGGERIS) PENYELARASAN PORTFOLIO SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) Pada 9-13 Oktober 2023, pembangunan portfolio SKM ini telah melibatkan semua pelajar SVM Tahun 1 (Semester 1) di Kolej Vokasional Miri. Program yang terlibat termasuklah Program Teknologi Pemesinan Industri, Program Teknologi Automotif, Program Teknologi Kimpalan, Program Teknologi Elektrik, Program Teknologi Elektronik, Program Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian, Program Perakaunan dan Program Pelancongan. Semua program yang terlibat telah berjaya membangunkan portfolio SKM pelajar mengikut format yang ditetapkan. Eviden pelajar juga telah dimasukkan ke dalam fail yang disediakan oleh pelajar sendiri.
14 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KESEMBILAN (OKTOBER 2023) Pertandingan Live Band peringkat sekolah menengah sempena Karnival TVET Kolej Vokasional Miri 2023 telah dijalankan pada 27 Oktober 2023 bagi memberi pendedahan dan memupuk penghargaan pendidikan seni muzik dalam bidang nyanyian dan kugiran kepada murid-murid peringkat sekolah menengah. Selain itu, pertandingan live band ini juga menyediakan platform pameran bakat kepada murid-murid sekolah menengah untuk mengasah dan menyerlahkan bakat dalam pelbagai cabang seni persembahan. Seterusnya, menarik minat murid dan orang ramai amnya terhadap nilai estetika dalam muzik dan bidang nyanyian dan kugiran. Akhir sekali, menarik minat masyarakat untuk menghargai bakat seni muzik daripada golongan murid sekolah menengah. PERTANDINGAN LIVE BAND PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH SEMPENA KARNIVAL TVET 2023
15 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KESEMBILAN (OKTOBER 2023) Pada 21 Oktober 2023, Majlis Apresiasi Accountancy Aloha Dinner telah berlangsung untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada para pensyarah dan juga pelajar program perakaunan. Ucapan kata alu-aluan telah disampaikan oleh wakil alumni dan diteruskan dengan ucapan Ketua Jabatan Unit Perniagaan iaitu Encik Voon King Sing serta ucapan alu-aluan daripada Pengarah Kolej Vokasional Miri iaitu Encik John anak Atong. Terdapat beberapa persembahan oleh pelajar daripada SVM dan DVM perakaunan serta persembahan daripada alumni program perakaunan. Beberapa aktiviti telah diadakan seperti Fun and Game, pemenang bagi King and Queen dan juga cabutan bertuah. Sebelum bersurai, sesi bergambar bersama para pensyarah, alumni dan pelajar diambil bagi mencipta kenangan bersama. MAJLIS APRESIASI ACCOUNTANCY ALOHA DINNER
17 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KESEMBILAN (OKTOBER 2023) Mohamad Zahid Bin Mohamad Raezi AJK DATA DAN MAKLUMAT SITI NUR HASHIDAH BT MD HASHIM SETIAUSAHA UNIT AKREDITASI MBOT FALISIA ANAK ANEK PENYELARAS UNIT BAHASA MELAYU JENNY UNYANG RAYMOND JOK SETIAUSAHA PROGRAM PENANDA ARAS Muhammad Taufiq Amri Bin Sahard’din. AJK FOTOGRAFI & TINDAKAN KHAS
AKTIVITI BULAN NOVEMBER / DISEMBER
Karnival TVET KV Miri telah berlangsung selama tiga hari di bawah kendalian Puan Suzy Unying selaku penyelaras. Tarikh 27 Oktober hingga 29 Oktober 2023 telah dipilih untuk pelaksanaan pelbagai aktiviti dan pertandingan. Karnival TVET dilaksanakan bagi memperkenalkan pelajar dan masyarakat umum pada peluang pendidikan dan Latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang terdapat di Kolej Vokasional Miri. Majlis Perasmian Penangguhan Karnival TVET KV Miri 2023 ini dirasmikan oleh Yb Datuk Francis Harden Anak Hollis Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat Negeri Sarawak pada 28 Oktober 2023, 03.30 petang. KARNIVAL TVET KV MIRI edisi November
EN. MOHD. AZNIL B. ABDULLAH CIK SITI NAFEESAH BT. ISHAK TS. ABU SEHRAN B. ABD. MANAN PENSYARAH DG44 KE DG48 PENSYARAH DG44 KE DG48 PENSYARAH DG44 KE DG48 PN. CAROLINE ANAK SIMON PEMBANTU TADBIR (P/O) N19 KE N22
KURSUS PERKONGSIAN KEMAHIRAN AMALI BERSAMA ALUMNI PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK (2) Pada 3 November 2023, satu kursus perkongsian kemahiran amali bersama alumni program Teknologi Elektrik telah dijalankan di Makmal Kawalan Motor, Bengkel Elektrik Kolej Vokasional Miri yang melibatkan para pensyarah serta pelajar 1 Diploma Teknologi Elektrik ambilan 2023. Alumni yang dijemput ialah Encik Hadrian Manja Anak Hajis Japar yang bekerja sebagai Juruteknik di Sarawak Energy Miri dan Encik Darrylson Ugak Anak Henry yang bekerja sebagai Juruteknik Elektrik di OFFSHORE Industries Sdn Bhd. Kedua-dua mereka merupakan alumni Diploma Teknologi Elektrik Kolej Vokasional Miri yang telah bergraduan pada tahun 2018. BENGKEL PECUTAN AKHIR TEKNIK MENJAWAB KERTAS PENILAIAN AKHIR TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI SVM SEMESTER 3 TAHUN 2023 Bengkel Pecutan Akhir Teknik Menjawab Kertas Penilaian Akhir Teknologi Pemesinan Industri SVM Semester 3 Tahun 2023 telah dijalankan pada 4 November 2023. Ia merupakan satu program yang dirancang oleh Pensyarah 2 SVM MPI Semester 3 bagi pelajar-pelajar 2 SVM MPI Semester 3 yang akan menduduki peperiksaan akhir semester 3. Justeru itu, satu pendekatan khusus yang lebih sistematik dan terancang perlu segera diambil pada peringkat ini bagi membantu pelajar meningkatkan lagi potensi mereka melalui latih tubi dan teknik menjawab yang lebih berkesan
M UHAMMAD ADAM HARE E Z Tahniah PN. IRENE NIELA ANAK ESOP KEON WANG JIAN E baby kepada N baby kepada PN. NOR AZLINA BT. CHE DONbaby kepada PN. CHIONG SIEW JIN ARIEL TING ZHI YU E
Program Kelas Tambahan Bahasa Melayu SVM Semester 3 bertujuan untuk memberikan ulang kaji berfokus seminggu sebelum kepada semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Akhir. Barisan pensyarah bahasa Melayu menjadi fasilitator kepada program ini yang diadakan di Dewan Makan selama 4 jam setengah.Harapan pensyarah tinggi menggunung agar program seumpama ini dapat membantu anak-anak didik mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan seterusnya mencapai sasaran PNG yang ditetapkan. Kesungguhan dan keprihatinan anak didik sepanjang program ini menjadi penggerak dan pendorong kepada pensyarah-pensyarah dalam perjuangan untuk memperkasakan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayu dalam jiwa anak-anak didik. Semoga anak-anak didik ini akan memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan BENGKEL LITERASI OPEN LEARNING PEOPLE ACCESSIBLE NETWORK FOR DIGITAL EMPOWERMENT INCLUSIVITY (PANDEI) Pada 8 November 2023 yang lalu, Bengkel Literasi Open Learning People Accessible Network for Digital Empowerment Inclusivity (PANDei)telah dilaksanakan bertempat di Pustaka Negeri Sarawak, Miri. Seramai 20 orang pelajar diploma tahun 2 Teknologi Automotif telah mengikuti program ini. Objektif program ini memberi pendedahan kepada pelajar dalam kemahiran literasi maklumat. Tambahan pula, pelajar boleh meningkatkan kemahiran pelajar dalam penulisan Projek Tahun Akhir (PTA) di samping pelajar boleh menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat. KV Miri berbesar hati menerima jemputan untuk mengikuti program anjuran Pustaka Negeri Sarawak, Miri yang merupakan satu inisiatif paling memberansangkan dalam membantu pelajar khasnya dalam mencari sumber maklumat bagi melaksanakan penulisan Projek Tahun Akhir program Teknologi Automotif. Akhir sekali, sejuta penghargaan diucapkan kepada pihak Pustaka Negeri Sarawak, Miri yang diterajui oleh En. Razak Rambili sebagai Pengurus Wilayah kerana telah memberikan peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman dalam kemahiran mencari maklumat. PROGRAM KELAS TAMBAHAN BAHASA MELAYU 2 SVM SEMESTER 3
AJMAJLIS MAKAN MALAM AKHIR TAHUN KV MIRI 2023 Pada 4 Disember 2023, Kelab Staf Kolej Vokasional Miri telah menganjurkan Majlis Makan Malam 2023 Kolej Vokasional Miri yang bertemakan ‘Orang Kampung Masuk Hotel’ bertempat di Lotus Court, Tingkat 4, Mega Hotel Miri. Seramai 110 orang yang terdiri daripada Pensyarah dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) telah menghadiri Majlis Makan Malam tersebut. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya, aktiviti sesi bergambar, acara pemotongan kek, persembahan terbuka iaitu nyanyian karaoke. Selain itu, terdapat juga cabutan bertuah dilakukan sepanjang berlangsungnya majlis makan malam tersebut. Aktiviti kemuncak pada malam tersebut ialah penyampaian anugerah King & Queen of the Night. Encik Mohamad Nuruhisyam bin Dee @ Mahdi telah dinobatkan sebagai King of the Night manakala Cik Nor Afilia binti Mohammad Irwan telah dianugerahkan sebagai Queen of the Night. Majlis tersebut telah berakhir tepat pada jam 10:30 malam.
Pertandingan INOVASI SMART INNOVATION COMPETITION 2023 (SIC’23)anjuran Kolej Vokasional Sibu bersama-sama Menteri Pendidikan, Inovasi & Pembangunan Bakat (MEITD) , Sibu Digital Innovation Hub, dan University Technology Sarawak telah berlangsung dari 9 November hingga 11 November. Inovasi TUCHU HANDWASH telah menjadi 10 peserta akhir untuk kategori C daripada 103 penyertaan seluruh Malaysia setelah mendapat undian 70% juri dan 30% ‘like’ di Facebook pada 23 Oktober 2023 lepas. Nurliananatasha Bt Faizrul Nizam dan Nursyamimi Najwa Bt Suhardi dengan bimbingan Puan Muna Warah Binti Nukman mendapat anugerah dan pingat Perak untuk pertandingan bertemakan ‘Sustainable Development Goal’. Diharap penyertaan ini akan memberi inspirasi kepada pelajar lain dalam menyertai pertandingan inovasi lain PROGRAM KECEMERLANGAN BAHASA INGGERIS SVM2 SEMESTER 3 Program ini melibatkan sesi panduan yang berfokus pada strategi penyelesaian soalan. Pelajar diberikan contoh soalan dan jawapan model, sambil diberi pendedahan kepada teknik penyusunan jawapan yang efektif. Aktiviti pembetulan kesilapan memberi peluang kepada pelajar untuk belajar melalui ('peer review') atau bimbingan langsung daripada pensyarah. Dalam sesi 'peer review', pelajar akan saling menilai jawapan mereka dan rakan. Penekanan diberikan kepada pemahaman kesilapan, dengan fokus khusus pada aspek-aspek yang memerlukan perbaikan. Pensyarah turut terlibat dalam proses ini, memberikan panduan langkah demi langkah untuk membantu pelajar memahami kesilapan mereka dan merancang strategi yang sesuai. Melalui proses ini, pelajar tidak hanya mendapat maklum balas daripada pelajar lain tetapi juga mendapat bimbingan guru untuk memastikan pemahaman mendalam kesilapan dan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. PERTANDINGAN INOVASI SMART INNOVATION COMPETITION 2023 (SIC’23)
MAJLIS ANUGERAH KUALITI KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2023 Pada 10 November 2023, Majlis Anugerah Kualiti Kolej Vokasional Miri Tahun 2023 telah diadakan di Dewan Permata Kolej Vokasional Miri. Majlis Anugerah Kualiti merupakan agenda tahunan kolej untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada para pelajar, pensyarah dan AKP yang telah menunjukkan potensi dan kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan diri. Majlis ini dirasmikan oleh YB. Adam Yii Siew Sang yang merupakan Datuk Bandar Miri, Adun N.74-Pujut. Gimik perasmian dan persembahan tarian daripada pelajar juga dilaksanakan sebagai menandakan majlis telah berlangsung. Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Kokurikulum dan Anugerah Sahsiah & Kepimpinan yang disampaikan oleh Cr Kelvin Chia Kah Leong serta diiringi Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Pegawai Perhubungan Sekolah. Aktiviti persembahan koir juga dipersembahkan sebagai acara selingan. Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Akademik dan Anugerah Pensyarah & AKP yang telah disampaikan oleh YB. Mayor Adam Yii Siew Sang dengan diiringi Timbalan Pengarah Akademik dan YDP PIBG. Majlis diakhiri dengan penyerahan Cenderamata kepada VIP dan sesi fotografi. Diharap majlis anugerah kualiti ini akan dapat menaikkan semangat semua warga Kolej Vokasional Miri untuk sentiasa berdaya saing dan cemerlang pada masa akan datang. BIMBINGAN PEMBENTANGAN INOVASI OLEH MPP Seramai dua orang pelajar 2SVM BAK menyertai Pertandingan INOVASI SMART INNOVATION COMPETITION (SIC) anjuran Ministry of Education,Innovation and Talent Development, Sibu Digital Innovation Hub, KV Sibu, University Technology Sarawak, pada 10 November 2023. Hal ini merupakan pengalaman pertama mereka untuk membentang secara bersemuka di tapak pameran, Dewan Counselor University Technology Sarawak. Oleh itu, dengan inisiatif guru pengiring, MPP telah dijemput untuk membantu peserta membuat persediaan pembentangan. Devlin Wilmer bersama Nor Hisyamudin merupakan pelajar yang kerap menyertai pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa telah membantu peserta ini bersedia dalam sesi penjurian nanti. Diharap tips dan panduan yang dikongsikan akan dijadikan panduan untuk peserta ini membentang dengan lebih mantap semasa SIC23
Sebelum bergerak ke SM Sains, ketua kapten kolej kediaman mengumpulkan semua kapten Kolej Kediaman Palma dan Orkid untuk mengambil kehadiran. Setelah sampai ke destinasi, semua kapten mengambil gambar kumpulan bersama warden dan pengawas Kolej Kediaman SM Sains. Setelah itu, para kapten mendengar taklimat daripada wakil Majlis Tertinggi Kolej Kediaman SM Sains. Kapten Orkid dan Palma masing-masing dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk melawat asrama SM Sains dan dibawa oleh pengawas-pengawas serta warden SM Sains. Semasa kapten melawat bilik tidur asrama, pengawas menerangkan peraturan yang harus dipatuhi oleh pelajar asrama pada setiap hari. Selain itu, pengawas juga membawa kapten melawat bilik darjah yang dijadikan sebagai tempat belajar apabila prep malam atau pagi berlangsung. Semua kapten pun mencatat nota dan mengambil gambar sebagai panduan mereka sepanjang lawatan ini. Wardenwarden juga melawat setiap tempat asrama dan bilik warden. Banyak maklumat telah didapati melalui lawatan tersebut yang boleh dijadikan sebagai panduan warden menjalankan tugas pada masa hadapan. Setelah tamatnya lawatan, semua kapten dijemput untuk minum pagi di Dewan Makan. Selepas minum pagi, semua orang bergerak ke dewan utama sekolah untuk mendengar taklimat tentang kerja dan rutin harian pelajar dan warden daripada wakil pengawas dan wakil warden. LAWATAN PENANDA ARAS KE ASRAMA SM SAINS, MIRI PAMERAN MYYBARIO DAN TUCHU HANDWASH DI PROGAM MAKERMEET 2023 ANJURAN PUSTAKA NEGERI SARAWAK MIRI SARAWAK Pustaka Negeri Sarawak Miri telah menganjurkan MAKERSMEET2023 bermula pada 25 hingga 26 November 2023. Objektif penganjuranadalah untuk menyediakan platform bertemu dan berkongsi idea, ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman serta menjalinkan kerjasama kepada para pereka dan pencipta tempatan yang terdiri daripada pelbagai bidang serta latar belakang Team Sabun Kolej Vokasional Miri telah dijemput untuk mengadakan pameran dan demonstrasi bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang di Galeri Multimedia
Kelas tambahan A033001 Matematik melibatkan pelajar SVM Tahun 2 SEM 3 telah dilaksanakan pada 13hb November 2023 (Isnin) iaitu pada cuti umum sempena Hari Deepavali.. Seramai 62 orang pelajar dan 4 orang guru yang hadir pada kelas tambahan ini. Aktiviti yang telah dilaksanakan iaitu ulang kaji bagi topik ubahan, transformasi dan trigonometri. Pelajar dibimbing untuk mengingati semula formula dan konsep untuk membantu dalam menjawab soalan. Pelajar telah diberikan kertas soalan Peperiksaan Akhir 2022 dan mereka diberi masa untuk menjawab semua soalan. Seterusnya, pelajar dibimbing oleh guru dalam sesi perbincangan soalan dan jawapan. Pelajar juga diberikan tips cara menjawab soalan pada peperiksaan akhir kelak. KELAS TAMBAHAN A033001 MATEMATIK KARNIVAL KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF PROFESIONALISME KEGURUAN (KIKPK) KALI KE-2 TAHUN 2023 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Unit Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) diketuai oleh Puan Muna Warah binti Nukman selaku Penyelaras Unit SPK. Ahli KIK SPK terdiri daripada ahli unit SPK, Cik Joanna Jerome selaku Setiausaha Unit SPK dan Puan Chariez Murieallian Peter selaku Pengurus Latihan, pihak pengurusan, iaitu Encik John anak Atong selaku Pengarah KV Miri, Cik Kurniawati binti Ilias selaku TPA, Encik Thomas anak Undum selaku TPSA dan Cik Eii Meng Yin selaku KJK serta pensyarah KV Miri, Ts. Karmila binti Yahdi dan Encik Mohd Hanafi bin Nohani.
Pada 3 November 2023, Unit Psikologi dan Kerjaya telah menjemput alumni dari Jabatan Pembentungan Miri untuk menyampaikan perkongsian kerjaya beliau kepada semua pelajar 1 SVM Kolej Vokasional Miri. Tepat pukul 8.00 pagi ceramah dimulakan dengan perkongsian yang disampaikan oleh Cik Anastasia selama 1 jam. Pelajar dapat meningkatkan semangat dalam mencapai kejayaan dan mengenal pasti cabaran yang perlu dihadapi untuk berjaya. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan semoga program ceramah seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang. PROGRAM PERKONGSIAN BERSAMA ALUMNI PROGRAM CERAMAH “PENYAKIT BERJANGKIT HIV DAN AIDS” Pada 1 November 2023, Unit Psikologi dan Kerjaya telah menjemput pegawai dari Pejabat Kesihatan Miri untuk mengadakan perkongsian ceramah yang bertajuk “Penyakit Berjangkit HIV dan AIDS” kepada semua pelajar 1 SVM Kolej Vokasional Miri. Tepat pukul 8.00 pagi ceramah dimulakan dengan perkongsian yang disampaikan oleh Puan Linda Binti Sude selama 1 jam. Pelajar dapat mengetahui betapa bahaya penyakit HIV/AIDS. dan mengenal pasti cara-cara pencegahan HIV/AIDS. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan semoga program ceramah seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.
SOROTAN AKTIVITI-AKTIVITI BERIMPAK TINGGI KARNIVAL TVET KV MIRI 2023 (PERTANDINGAN LIVE BAND, PERTANDINGAN INOVASI, SCHOOL ENTERPRISE, STEM, CAR AUTOSHOW, PERTANDINGAN MEWARNA, KV MIRI RUN) (27-29 OKTOBER 2023) KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK ANJURAN UNIT PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN DAN KAJIAN TINDAKAN KV MIRI (PUSTAKA NEGERI SARAWAK, MIRI 12-13 SEPT, 2023) JAMUAN MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL MIRI MEGA HOTEL, MIRI 5 NOV 2023
AJK Buletin Terbaik Bulan November Pn. Nurul Qurraisyia bt. Zulkafli Pelapor Terbaik Bulan November Cik Siti Nur Fajrina bt. Karim AJK Dokumentasi Majlis Anugerah Kualiti 2023 Ts. Karmila bt. Yahdi Koordinator Program 2 SVM Teknologi Pemesian Industri Cik Ngu Wei Ling
TEAM AJK Suntingan Teks & Quality Assurance AJK Dokumentasi & Pemakluman AJK Fotografi & Tindakan Khas Ts. Azri bin Said Mohamad Zahid bin Mohamad Raezi Muhammad Amirul Husna bin Khusnawi Nurul Qurraisyia bt. Zulkafli Nu Shaima binti Ismail r Aqiela Shahira bt. Mohd Tahyuddin Nor Afilia bt. Mohamad Irwan Muhammad Taufiq Amri b. Sahard'din Ketua Editor AJK Data dan Maklumat AJK Fotografi & Tindakan Khas AJK Data dan Maklumat AJK Fotografi & Tindakan Khas Setiausaha Ngu Wei Ling AJK Suntingan Teks & Quality Assurance Fazlin binti Mohd Azdi AJK Suntingan Teks & Quality Assurance Mohammad Zaki Farhan b. Md. Ja Hassan