17 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I PEMBENTANGAN PROJEK TAHUN AKHIR PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT EDISI KETIGA (MAC 2023) Pembentangan Projek Tahun Akhir (Final Year Project II) bagi kursus DKB4044 telah dilangsungkan selama 2 hari bermula 30 Mac sehingga 31 Mac 2023 bertempat di Bilik APD, KV Miri. Pembentangan ini bukan sahaja telah dinilai oleh penyelia utamanya iaitu Ts. Azri bin Said, tetapi juga turut dinilai oleh 2 penilai luar yang dijemput iaitu Encik Shahristani bin Mohamad, TAC Program Teknologi Maklumat mewakili Microsystem Sales and Services Sdn. Bhd, dan Encik Sallehudin bin Sulaiman, Penasihat Akademik bagi Program Teknologi Maklumat dari Institut Latihan Perindustrian Miri. Pelbagai input serta teguran telah diberikan sepanjang 2 hari pembentangan. Tujuan utama jemputan 2 panel penilai luar ini adalah untuk memberikan nilai tambah serta impak yang lebih mampan ke atas kualiti projek dan produk yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Kolej Vokasional Miri. Kedua-dua penilai turut diberikan sijil penghargaan dan cenderahati sebagai tanda penghargaan dan terima kasih daripada pihak pengurusan Program Diploma Teknologi Maklumat. SUDUT SCHOOL ENTERPRISE (SE) Program School Enterprise adalah satu lagi program yang dijalankan secara aktif di Kolej Vokasional Miri. Setiap program sedang melaksanakan perniagaan sosial ini bagi meningkatkan dan mencungkil kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar di KV Miri. Marilah sama-sama kita memberi sokongan kepada setiap produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh program-program berkaitan. PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT PROGRAM PENGURUSAN PELANCONGAN PROGRAM PERAKAUNAN
18 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I BENGKEL KHIDMAT BANTUSISTEM AUTOMASI PUSAT SUMBERS-LIB V1001 EDISI KETIGA (MAC 2023) Bengkel khidmat bantu penggunaan sistem automasi Pusat Sumber S-Lib V1001 telah dijalankan pada 30 Mac 2023 (Khamis) bertempat di Pusat Sumber KV Miri. Seramai 2 orang Guru Perpustakaan, seorang Pembantu Perpustakaan dan 13 orang Pengawas Perpustakaan telah menghadiri bengkel ini.. Aktiviti ini dilaksanakan bagi mencapai objektif dan KPI unit perpustakaan iaitu mengadakan satu bengkel serta perkongsian tentang penggunaan sistem automasi pusat sumber S-Lib. Aktiviti ini juga dapat memberi pendedahan kepada semua pengawas perpustakaan tentang penggunaan sistem automasi S-Lib. Pengawas perpustakaan juga berpeluang untuk mengaplikasikan sendiri sistem S-Lib. KELAS TAMBAHAN MATEMATIK DISKRIT : PROGRAM PENCAPAIAN KPI 100% A Kelas Tambahan bagi Kursus UMD2032 Matematik Diskrit telah dijalankan selama 2 hari untuk pelajarpelajar Diploma Teknologi Maklumat Semester 2 tahun 2023. Program ini adalah salah satu inisiatif tenaga pengajarnya iaitu Ts. Azri bin Said dalam memastikan pencapaian KPI serta aspirasi bagi kursus ini untuk memperolehi keputusan cemerlang iaitu 100% pelajar memperolehi gred A. Kelas tambahan ini dijalankan pada sebelah petang selepas sesi kuliah PdPc berakhir pada jam 1.15 petang. Kelas tambahan ini bermula pada 15 hingga 16 Mac bermula jam 1.30 petang sehingga 3.30 petang. Kelas tambahan ini juga lebih mefokuskan kepada tajuk bab 4 iaitu Graph Theory and Trees, memandangkan tajuk ini merangkumi pelaksanaan projek akhir yang perlu dilaksanakan oleh pelajar-pelajar dalam tempoh 2 minggu. Ts. Azri bin Said selaku penyelaras dan pengajar bagi Kursus Matematik Diskrit ini sangat berpuas hati dengan kehadiran dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh para pelajar. Semoga program-program seumpama ini dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik.
20 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I CIK NGU WEI LING AJK SUNTINGAN TEKS DAN QUALITY ASSURANCE PUAN HAIDZUM HAZWANI BINTI HAIRI KETUA PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK PUAN RATHNA POHIE ANAK RANGKA KETUA PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN IDUSTRI CIK SITI NOORAIN BINTI HUSSIN PENYELARAS MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) EDISI KETIGA (MAC 2023)
AKTIVITI BULAN APRIL
1 BENGKEL PEMBINAAN RUBRIK PELANCONGAN HALAMAN 2 AUDIT DALAMAN EKSA BILANGAN 1 TAHUN 2023 HALAMAN 3 BENGKEL LITERASI OPEN LEARNING PEOPLE ACCESSIBLE NETWORK FOR DIGITAL HALAMAN 4 Pada 5 April 2023, Program Iftar Jamaie Kolej Vokasional Miri telah dilaksanakan bagi menyahut seruan Rasulullah SAW mengenai keutamaan memberi makanan bagi orang yang sedang berpuasa untuk berbuka dan juga sesiapa yang ingin melakukan amal sedekah. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan penyatuan hati antara warga Kolej Vokasional Miri. Program Iftar Jamaie dimulakan dengan berbuka ringan dan solat maghrib berjemaah di Surau Al-Hidayah. Seterusnya, program ini berbuka bersama-sama di Dewan Makan Kolej Vokasional Miri. Setelah selesai berbuka puasa, tazkirah ringkas Nuzul Al-Quran disampaikan oleh Ustaz Abdul Hadi dan diteruskan dengan solat Isya’ serta solat sunat tarawih berjemaah. Akhir sekali, moreh bersama-sama setelah selesai tarawih berjemaah. PROGRAM IFTAR JAMAIE KOLEJ VOKASIONAL MIRI Edisi Keempat April KHIDMAT KOMUNITI PENGAWAS : PENYEDIAAN CENDERAHATI UNTUK AJK PIBG IBU BAPA SESI 2022-2023 HALAMAN 8 BENGKEL UJIAN BERTUTUR DAN MENDENGAR BAHASA MELAYU HALAMAN 5 KELAS TAMBAHAN MATEMATIK : PERSEDIAAN PENILAIAN AKHIR KERTAS A03201 HALAMAN 6 KHIDMAT KOMUNITI UNIT MATEMATIK: PENYEDIAAN PENCUCI TANGAN (MYYHANDWASH) DAN MOREH PELAJAR HALAMAN 7
2 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I BENGKEL PEMBINAAN RUBRIK PROGRAM PELANCONGAN EDISI KEEMPAT (APRIL 2023) Pembinaan Rubrik merupakan salah satu topik yang disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Che Ghani Bin Che Kob pada 6 sehingga 8 Mac 2023. Hasil bengkel pembinaan rubrik memberi peluang kepada Ketua Program supaya mereka dapat memberi perkongsian pembinaan rubrik kepada pensyarahpensyarah Diploma. Rubrik pemarkahan merupakan dokumen yang penting untuk membantu pensyarah dalam penilaian kelakuan pelajar semasa melaksanakan amali. Selain itu, bengkel ini membantu pensyarah menambah baik rubrik yang sedia ada supaya pensyarah dapat menilai tugasan amali pelajar dengan lebih jelas. Lembaran tugas juga turut disertakan bagi membantu para pensyarah untuk menguji tahap kefahaman pada akhir perbengkelan ini. KEMPEN DERMA DARAH Program kempen derma darah ini telah dilaksanakan pada 5 April 2023 dari jam 09.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari bertempat di bilik isolasi Kolej Vokasional Miri. Kempen ini bertujuan untuk memupuk semangat kekitaan dan saling bantu membantu dalam kalangan warga Kolej Vokasional Miri. Selain itu juga, kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan orang ramai tentang kepentingan menderma darah dan membantu pihak hospital tempatan. Seramai 12 orang pegawai dari Tabung Derma Darah Hospital Miri terlibat dalam mengendalikan kempen tersebut serta seramai 27 penderma termasuk dari pelajar, guru-guru dan staf sekolah hadir untuk menderma.
3 AUDIT DALAMAN EKSA BILANGAN 1 TAHUN 2023 JK Audit EKSA KV Miri telah menjalankan Audit Dalaman EKSA kali pertama pada 6 April 2023 Seramai 12 orang Juruaudit Dalaman EKSA telah dilantik bagi menjalankan sesi audit ini. Sesi audit dijalankan di persekitaran KV Miri dan juga P.I.C Bilik EKSA. Sesi audit berjalan lancar atas kerjasama semua warga KV Miri bagi memastikan P.I.C bilik masing-masing dalam keadaan yang bersih, kemas dan selamat. Audit ini dijalankan bagi tujuan memenuhi keperluan permohonan pensijilan MAMPU dan menambahbaik kelemahan kriteria audit EKSA berdasarkan dapatan audit yang lepas. Pembentangan markah audit dijangka akan dilakukan pada 5 Mei 2022. Juruaudit EKSA merumuskan bahawa audit pertama ini masih belum mencapai KPI 85%. Audit EKSA yang kedua bakal dijalankan pada 3 Ogos 2023 dan diharapkan dapat mencapai KPI yang telah ditentukan. Tahniah diucapkan kepada semua warga KV Miri atas kerjasama yang baik dalam memastikan amalan EKSA dijalankan. Amalan EKSA, Budaya Kita. PEPERIKSAAN PERAKAUNAN BERKOMPUTER USER BUSINESS SYSTEM (UBS) K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KEEMPAT (APRIL 2023) Program Peperiksaan Perakaunan Berkomputer User Business System (UBS) ini telah dijalankan pada 17 April bertempat di bilik BAK 1 Kolej Vokasional Miri. Program ini adalah hasil kerjasama antara KV Miri dengan KV Perdagangan Johor Bahru, Ujian UBS ini telah dijalankan dalam tempoh masa 3 jam. Program ini adalah bertujuan untuk menguasai perisian UBS dalam Modul DBE2243 - Sistem Perakaunan Berkomputer bagi pelajar. Selain itu, pelajar dapat merekod urusniaga perniagaan dengan perisian UBS dan meluaskan peluang kerjaya dalam bidang perakaunan. Semua pelajar dapat menyelesaikan peperiksaan dalam masa yang telah ditetapkan.
4 BENGKEL LITERASI OPEN LEARNING PEOPLE ACCESSIBLE NETWORK FOR DIGITAL K O L E J V O K A S I O N A L M I R I GOTONG-ROYONG KOLEJ KEDIAMAN KV MIRI EDISI KEEMPAT (APRIL 2023) Pada 12 April 2023, Program Bengkel Literasi Open Learning People Accessible Network for Digital telah dianjurkan oleh pihak Pustaka Negeri Sarawak Miri yang bertempat di pustaka Miri. Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk menggalakkan kebudayaan ilmu sepanjang hayat . Bukan itu saja, program ini juga bertujuan untuk menyalurkan informasi yang sahih dan tepat dalam pengurusan maklumat melalui platform digital selain meningkatkan kompetensi literasi digital sebagai persediaan ke arah ekonomi digital. Siri pertama program ini adalah Bengkel Literasi Open Learning PANDei. Program ini telah dihadiri oleh seramai 11 orang pelajar terdiri daripada pelajar program Teknologi Maklumat Diploma 1 Kolej Vokasional Miri. Pada 15 April 2023, Gotong-royong Kolej Kediaman KV Miri dijalankan secara besar-besaran yang melibatkan penghuni kolej kediaman Palma dan Orkid, ketua unit asrama dan warden-warden. Sebelum aktiviti gotong-royong dimulakan, Warden dan ketua kapten mengumpulkan semua penghuni untuk memberitahu kepentingan melakukan pembersihan gotong-royong. Pembersihan dijalankan sebenarnya disebabkan kebersihan kolej kediaman yang semakin merosot. Ketua kapten Palma dan Orkid mengagihkan tugas secara terperinci di tapak perhimpunan masing-masing mengikut setiap bilik untuk membersihkan bilik masing-masing dan membersihkan kawasan kolej kediaman seperti koridor, tandas, bilik prep dan kawasan sekeliling kolej kediaman. Selepas pembersihan gotongroyong diselesaikan, penghuni berehat dan diberitahu bahawa aktiviti barbeku dimulakan pada pukul 2 petang. Kapten diminta turun untuk memanggang bahan-bahan makanan. Selepas memanggang, kapten-kapten membersihkan tempat barbeku supaya mengekalkan kebersihan tempat tersebut. Pada pukul 6 petang, penghuni turun menikmati makanan malam mereka. Semua penghuni berasa seronok semasa menikmati makanan yang dihidangkan. Semoga aktiviti pembersihan ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan.
5 BENGKEL UJIAN BERTUTUR DAN MENDENGAR BAHASA MELAYU K O L E J V O K A S I O N A L M I R I KELAS TAMBAHAN BAHASA MELAYU PELAJAR ASRAMA EDISI KEEMPAT (APRIL 2023) Program ujian bertutur dan mendengar Bahasa Melayu ini telah dijalankan pada 5 April 2023 bertempat di Dewan Makan Kolej Vokasional Miri. Program ini merupakan satu pendekatan ke arah untuk meningkatkan pengetahuan tentang teknik menjawab soalan mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 3 dan Kertas 4. Penceramah menjelaskan teknik menjawab kertas 3 iaitu Ujian Bertutur Individu dan Kumpulan, prosedur semasa kertas 4 iaitu Ujian Mendengar dijalankan dan akhir sekali memberi motivasi serta kata-kata semangat kepada calon yang akan menduduki peperiksaan Bahasa Melayu setara SPM 2022. BENGKEL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SETARA SPM 2022 Secara keseluruhannya, Program Kelas Tambahan Bahasa Melayu Pelajar Asrama ini adalah bertujuan untuk membimbing pelajar asrama dengan lebih berfokus sebelum mereka menduduki Penilaian Akhir bagi pelajar 1 SVM Semester 2 dan peperiksaan Bahasa Melayu (BM) setara SPM bagi pelajar 2 SVM Semester 4. Pelajar diedarkan dengan soalan ulang kaji sama standard dengan soalan peperiksaan yang sebenar sambil dibantu oleh pensyarah unit Bahasa Melayu yang memberi penerangan di hadapan dan pensyarah yang lain akan membimbing pelajar dari meja ke meja. Untuk mencapai tujuan meningkatkan pengetahuan tentang teknik menjawab soalan mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2, satu Program Bengkel Kecemerlangan BM setara SPM 2022 telah dianjurkan oleh Unit Bahasa Melayu pada 12 April yang lalu. Penceramah menjelaskan teknik menjawab Kertas 1 iaitu soalan karangan bahagian A dan B. Pelajar dibahagikan secara berkumpulan untuk merangka perenggan isi karangan B menggunakan kertas mahjong. Pembentangan dilakukan oleh pelajar dan pensyarah pembimbing memberi komen atau ulasan perenggan isi yang telah diolah oleh pelajar. Namun, atas kekangan masa, penerangan kertas 2 ditangguhkan pada masa kelas tambahan pelajar asrama atau dibimbing oleh pensyarah mata pelajaran Bahasa Melayu masing-masing.
6 KELAS TAMBAHAN MATEMATIK: PERSEDIAAN PENILAIAN AKHIR KERTAS A03201 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I PECUTAN TERAKHIR MATEMATIK A03201 EDISI KEEMPAT (APRIL 2023) Pada 4 April 2023, seramai 183 orang pelajar terlibat dalam program kelas tambahan Matematik sebagai persiapan menghadapi Penilaian Akhir A03201. Program berlangsung di Dewan Makan selama 5 jam dengan bimbingan Puan Muna Warah, Puan Tan Lee Na dan Puan Jatai serta dibantu oleh 13 fasilitator yang terdiri daripada pelajar mahir. Pelajar telah diagihkan kepada empat kumpulan iaitu Kumpulan Fasilitator, Kumpulan B&C, Kumpulan D dan Kumpulan E. Setiap kumpulan perlu mendapat 52 markah, 45 markah , 25 markah, 18 markah dan 8 markah dalam kertas soalan ramalan ikut kumpulan masing-masing. Pada akhir program, setiap pelajar telah mendapat sekurang-kurangnya 10 daripada 60 markah bagi setiap soalan ramalan yang dicuba mengikut sasaran masing-masing. Pada 12 April 2023, lebih daripada 100 orang pelajar terlibat dalam program ‘ Pecutan terakhir Matematik’ sebagai persiapan menghadapi Penilaian Akhir A03201 pada keesokan harinya. Program berlangsung di Dewan Makan selama 2 jam dengan bimbingan Puan Muna Warah, Puan Tan Lee Na dan Puan Jatai serta dibantu oleh 12 fasilitator. Pelajar diminta duduk mengikut kumpulan masing-masing yang sudah dilabel sebagai Kumpulan Fasilitator, Kumpulan B, kumpulan C, Kumpulan D dan Kumpulan E. Kumpulan masing-masing perlu mendapat 52 markah, 45 markah, 25 markah, 18 markah dan 8 markah kertas soalan ramalan sebelum dikembalikan kepada guru untuk disemak. Pelajar tidak dibenarkan berbincang untuk memastikan markah yang diperolehi menunjukkan kemampuan sebenar pelajar. Penyemakan kertas bermula 30 minit kemudian. Seterusnya, penyemakan kumpulan fasilitator yang disasarkan mendapat sekurang-kurangnya gred A-. Selepas itu, kumpulan fasilitator telah membantu guru menyemak bahagian A untuk kumpulan lain. Bahagian B pula disemak oleh guru dan gred jangkaan dikira. Pada akhir program, semua peserta telah mencapai sasaran.
7 KHIDMAT KOMUNITI UNIT MATEMATIK: PENYEDIAAN PENCUCI TANGAN (MYYHANDWASH) DAN MOREH PELAJAR K O L E J V O K A S I O N A L M I R I LAPORAN KUNJUNGAN HORMAT UNIT TEKNOLOGI ELEKTRIK KE PEJABAT TABUNG BAITULMAL SARAWAK, CAWANGAN MIRI EDISI KEEMPAT (APRIL 2023) Pada 12 April 2023 yang lepas, satu rombongan dari Unit Teknologi Elektrik telah berkunjung ke Pejabat Baitulmal Sarawak, Cawangan Miri. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk menawarkan kepakaran yang ada pada pensyarah-pensyarah di Unit Teknologi Elektrik kepada pihak-pihak yang berkeperluan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mewujudkan kolaborasi antara Kolej Vokasional Miri bersama Baitulmal Cawangan Miri. Semasa kunjungan diadakan, pihak Baitulmal Cawangan Miri yang diketuai oleh Pn. Mariani binti Juraidi selaku Pengurus Baitulmal Cawangan Miri telah bersetuju akan mengadakan lawatan timbal balik ke Kolej Vokasional Miri dan Bengkel Teknologi Elektrik sebelum meneruskan program-program kolaborasi antara kedua-dua pihak. Diharap kolaborasi antara Kolej Vokasional Miri dan Baitulmal Cawangan Miri ini akan memberi impak yang positif kepada kedua-dua pihak. Tanggal 17 April 2023 yang lepas, Program Khidmat Komuniti Unit Matematik: Penyediaan Pencuci Tangan (MYHANDWASH) dan Moreh Pelajar telah diadakan bertempat di Bilik Isolasi anjuran Unit Matematik. Program ini telah disertai oleh semua pelajar 1 SVM BAK Kohort 2022. Program ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam khidmat komuniti sebagaimana termaktub dalam Fokus TVET KPM 2023. Pada hari tersebut sebanyak 100 biji burger telah disediakan untuk moreh pelajar di Surau Al Hidayah KV Miri serta 40 botol 500 ml sabun telah Berjaya dihasilkan. Akhir sekali, program ini berjaya mengeratkan tali silaturahin antara pelajar 1SVM BAK kohort 2022.
8 KHIDMAT KOMUNITI PENGAWAS: PENYEDIAAN CENDERAHATI UNTUK AJK PIBG IBU BAPA SESI 2022-2023 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I PROGRAM IHYA RAMADAN MEMASAK BUBUR LAMBUK TAHUN 2023 EDISI KEEMPAT (APRIL 2023) Sebagai menghargai sumbangan AJK PIBG Ibu Bapa sesi 2021/2022, pengawas dengan bimbingan Puan Muna Warah telah menyediakan MYYHANDWASH sebagai cenderahati. Nur syamimi Najwa Binti Suhardi, Nur Sabrina Lee Binti Amir Hamzah ,Ummu Khadijah Binti Abdul Latip dan Afiq Ikhwan Bin Aerol Izadz serta Muhammad Haikal Rizqin Bin Freedy Samsul Khan telah terlibat dalam pembuatan cenderahati ini bermula 28 Mac hingga 1 April 2023 di Makmal Sains di bawah pemantauan Encik Ahmad Fauzi dan Cik Nur Aqiela Shahira. Penyerahan cenderahati ini pula dilakukan selepas pembubaran AJK PIBG sesi 2021-2022 sempena Mesyuarat Agung PIBG 2023 pada 1 April. Diharap sumbangan yang sedikit ini akan menggalakkan lagi penglibatan pengawas dalam program khidmat komuniti sebagaimana fokus TVET KPM 2023. Program Ihya Ramadhan merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Kakitangan dan Pelajar Islam yang telah dijalankan pada 13 April 2023. Pada tahun ini, aktiviti memasak bubur lambuk telah diadakan bersempena dengan kehadiran bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan. Sebanyak 700 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada semua pelajar dan kakitangan KV Miri. Kerjasama serta tolong-menolong antara guru dan pelajar dalam menyediakan bubur lambuk ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan memberi pahala kebaikan di bulan Ramadan. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada setiap tahun.
10 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I CIK NUR AQIELA SHAHIRA BINTI MOHD TAHYUDDIN AJK DOKUMENTASI DAN PEMAKLUMAN PUAN NUR AFIFAH IZZATI BINTI MOHD YAHYA KAUNSELOR KOLEJ VOKASIONAL MIRI PUAN FALISIA ANAK ANEK PENYELARAS UNIT BAHASA MELAYU CIK CHAI PAU FANG KETUA PROGRAM PERAKAUNAN EDISI KEEMPAT (APRIL 2023)
AKTIVITI BULAN MEI
1 PROGRAM BICARA ILMU ALUMNI MPI HALAMAN 2 PILIHANRAYA MPP SESI 2023/2024 HALAMAN 3 PLC PERKONGSIAN AMALAN BAIK PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN HALAMAN 4 Kelas Tambahan Prep Malam diadakan bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar asrama SVM tahun 2 seramai 65 orang untuk menduduki Ujian Sejarah Setara SPM pada 16 Mei 2023. Kelas ini dijalankan oleh semua guru Sejarah di Dewan Makan selama dua jam. Pelajar dibimbing untuk menjawab soalan dengan betul mengikut peruntukan markah dan dilatih untuk menjawab soalan KBAT dengan betul. Semua pelajar menjawab latihan dengan bersungguh-sungguh dan kerap bertanya kepada guru. Kelas tamat pada jam 9.30 malam. KELAS TAMBAHAN PREP MALAM SEMESTER 4 2 & 9 MEI 2023 Edisi Kelima Mei PENYERAHAN SUMBANGAN MAJALAH DAN BUKU HALAMAN 9 PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO SEKOLAH MENENGAH HALAMAN 5 KELAS TAMBAHAN MATEMATIK A03401 HALAMAN 6 PROGRAM JOM BACA 10 MINIT HALAMAN 7 PERTANDINGAN AKHIR SAYEMBARA DEKLAMASI SAJAK BANDARAYA MIRI HALAMAN 8 PLC BENGKEL KEPIMPINAN PEMIMPIN PERTENGAHAN ORGANISASI HALAMAN 10
2 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I PROGRAM BICARA ILMU ALUMNI TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI 3 MEI 2023 EDISI KELIMA (MEI 2023) Program Bicara Alumni Teknologi Pemesinan Industri pada kali ini melibatkan tiga orang alumni iaitu Cik Suzana Sharah Philip (Alumni 2019), Encik Badrul Hisyam Bin Badeng (Alumni 2023) dan Encik Mohamad Hafizi Bin Ibrahim (Alumni 2021). Program ini juga diadakan bagi memberi semangat kepada pelajar-pelajar Teknologi Pemesinan Industri mengenai hala tuju mereka dalam bidang ini. Selain itu, program ini juga dapat memperkenalkan kerjaya-kerjaya yang diceburi oleh alumni-alumni Teknologi Pemesinan Industri. Slot pertama untuk program ini dimulakan dengan Encik Badrul Hisyam Bin Badeng. Encik Badrul menyampaikan perkongsian mengenai kerjayanya sebagai Draughtman di Ranhill Worley Sdn Bhd. Encik Badrul juga berkongsi sedikit sebanyak mengenai peluang kerja di Industry Oil and Gas sebagai draughtman. Slot kedua disampaikan oleh Cik Suzana Sharah Philip yang bekerja sebagai Machinist di Shinyang Shipyard. Cik Suzana berkongsi mengenai pengalaman bekerja sebagai Machinist dan juga cabaran-cabaran yang dihadapi sepanjang tiga tahun berkerja. Slot terakhir dikongsikan oleh Encik Mohamad Hafizi yang merupakan penuntut di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Pemesinan Am) dengan Kepujian. Encik Mohamad Hafizi berkongsi mengenai laluan untuk melanjutkan pelajaran dan juga berkongsi sedikit sebanyak mengenai aktiviti di dalam dan luar kampus. PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH DIRI 5 MEI 2023 Program Pemantapan Sahsiah Diri yang telah diadakan pada 5 Mei 2023 (Jumaat) menyasarkan 45 orang pelajar Kolej Vokasional Miri yang mempunyai rekod salah laku disiplin terdahulu namun hanya seramai 25 orang yang hadir. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan disiplin dan sahsiah diri pelajar yang terlibat supaya mereka dapat menghindari kes salah laku disiplin di kolej mahupun di masa depan kelak. Program ini dikelolakan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar dan dibantu oleh penceramah luar iaitu Puan Jessy Ja anak Kilau untuk berkongsi tentang Rahsia ABCDEF bagi pembentukan sahsiah diri pelajar. Pelajar telah hadir seawal jam 9.00 pagi untuk program tersebut.
3 PILIHAN RAYA MPP SESI 2023/2024 Pada 5 Mei 2023 (Jumaat) yang lalu, Unit MPP KV Miri telah mengadakan Pilihan Raya MPP bagi memilih caloncalon MPP sesi 2023/2024. Seramai 15 orang calon telah melalui proses temuduga, penamaan serta pengenalan calon dan pembentangan manifesto sebelum hari pilihan raya. Setiap calon telah berjaya membentang manifesto yang menarik dan menunjukkan usaha yang baik untuk menjadi wakil MPP baharu. Keputusan pilihan raya telah sebulat suara bersetuju mengumumkan 14 orang calon yang telah berjaya mendapat undian tertinggi untuk menjadi wakil pelajar sesi 2023/2024. Wakil pelajar yang dipilih diharapkan dapat bertindak sebagai representasi pihak kolej untuk merancang dan menyelia kemudahan-kemudahan, kebajikan pelajar di kolej termasuk kemudahankemudahan penempatan, rekreasi, aktiviti-aktiviti kerohanian, kebajikan dan perkara-perkara yang berkait rapat dengan pelajar. KEPUTUSAN PEMENANG PILIHANRAYA MPP SESI 2023/2024 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KELIMA (MEI 2023)
4 PLC PERKONGSIAN AMALAN BAIK DALAM BILIK DARJAH PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN 5 MEI 2023 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I KELAS TAMBAHAN MATEMATIK A03401 6 MEI 2023 EDISI KELIMA (MEI 2023) Progran dimulakan dengan ucapan dari En. John anak Atong selaku Pengarah KV Miri yang kemudiannya diikutii dengan sesi perkongsian oleh penceramah jemputan iaitu Puan Jatai anak Sait dan juga Ts. Azri bin Said. Puan Jatai selaku penceramah pertama telah diminta untuk menyampaikan sesi perkongsian pengalaman beliau sebagai peserta Kolokium Kajian Tindakan peringkat antarabangsa pada tahun 2022. Seterusnya, sesi kedua diambil alih oleh Ts Azri dimana beliau menerangkan format penulisan kajian tindakan kepada semua peserta. PLC diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada Ts. Azri dan juga Puan Jatai. Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa program seperti ini sangat membantu dan berguna kepada pensyarah-pensyarah dimasa akan datang. Seramai 49 pelajar 2 SVM Semester 4 telah terlibat dengan kelas tambahan bermula daripada 9.30 pagi hingga 11.30 pagi di dewan makan. Kelas tambahan kali ini memfokuskan cara menjawab soalan kertas A03401 dengan menggunakan kertas soalan Penilaian Akhir 2020. Jawapan pelajar disemak oleh Puan Jatai, Puan Tan Le Na dan Puan Muna Warah usai sahaja mereka menyelesaikan satu soalan. Diakhir kelas bimbingan, setiap pelajar sekurang-kurangnya telah menyelesaikan 10 soalan dan mendapat markah sekurang-kurangnya 8 markah.
5 PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO SEKOLAH MENENGAH 10 MEI 2023 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KELIMA (MEI 2023) SMK Pujut, Miri, 10 Mei 2023 - Kolej Vokasional Miri telah menghantar seorang wakil peserta, saudara Miktreson anak Entali dari program Teknologi Kimpalan SVM 2 untuk pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Menengah sempena Karnival Emas 4.0 Peringkat Daerah Miri. Pertandingan ini sebagai memberi pendedahan dan memupuk penghargaan pendidikan seni muzik dalam bidang nyanyian lagu-lagu irama Malaysia kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya. Seramai 12 orang peserta telah mewakili sekolah masing-masing dan menunjukkan usaha yang baik dalam persembahan nyanyian yang disampaikan. KV Miri mendapat tempat saguhati dan membawa pulang sijil penghargaan dan penyertaan. Tahniah diucapkan atas penyertaan serta usaha saudara Miktreson anak Entali yang merupakan pelajar bukan melayu menyertai nyanyian bertemakan lagu-lagu melayu berirama Malaysia. PROGRAM SAMBUTAN GONG XI RAYA GAWAI 12 MEI 2023 Pelajar berkumpul di dewan makan seawal 9.15 pagi dan menunggu kehadiran VIP sehingga pukul 9.30 pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Timbalan Pengarah Akademik KV Miri dan seterusnya ucapan perasmian oleh VIP dan disambung dengan penyampaian cenderamata. Seterusnya, tetamu dipertontonkan dengan tarian dan lafaz ikrar serta nyanyian oleh guru dan juga sesi pemotongan kek. Sebelum jamuan makan dimulakan, VIP dan juri melawat serta menilai booth dan diakhiri dengan penyampaian hadiah hari guru dari MPP dan penyampaian hadiah pemenang booth tercantik. Pertandingan Booth tercantik telah dimenangi oleh Bengkel Teknologi Elektrik (ETE). Majlis berakhir pada jam 11.30 pagi.
6 KELAS TAMBAHAN MATEMATIK A03401 13 MEI 2023 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KELIMA (MEI 2023) Seramai 50 pelajar 2 SVM Semester 4 terlibat dengan kelas tambahan di dewan makan bermula pada pukul 2 petang hingga 3.30 petang. Kelas tambahan kali ini memfokuskan topik Penaakulan Matematik dengan bimbingan Puan Muna Warah. Penggunaan LCD yang dipancarkan ke papan notis baru sangat memudahkan proses bimbingan. Terima kasih kepada rakan sekerja yang telah bertungkus lumus menyediakan fasiliti yang terbaik untuk pelajar. Sikap dedikasi Puan Tan Le Na dan Puan Jatai ke asrama untuk menjemput pelajar asrama ke kelas tambahan menunjukkan betapa Unit Matematik berusaha memaksimalkan bilangan pelajar lulus kertas A03401. Di akhir kelas bimbingan , setiap pelajar boleh menjawab sekurang-kurangnya 5 soalan dengan tepat. Hasil soal selidik, setiap pelajar telah mendapat impak positif hasil dar kelas bimbingan ini. Kelas tambahan diadakan bertujuan membantu pelajar-pelajar SVM tahun 2 untuk menduduki Ujian Sejarah Setara SPM A05200 pada 16 Mei 2023. Kelas ini dijalankan oleh semua Guru Sejarah di dewan makan selama dua jam. Pelajar dibimbing untuk menjawab soalan dengan betul mengikut peruntukan markah dan dilatih untuk menjawab soalan KBAT dengan betul. Semua pelajar menjawab latihan dengan bersungguh-sungguh dan kerap bertanya kepada guru. Kelas tamat pada jam 11.30 pagi. KELAS TAMBAHAN SEJARAH SEMESTER 4 13 MEI 2023
7 PROGRAM JOM BACA 10 MINIT 18 Mei 2023 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I KELAS TAMBAHAN SEMESTER 4 15 Mei 2023 EDISI KELIMA (MEI 2023) Kelas tambahan diadakan bertujuan membantu pelajar-pelajar SVM tahun 2 untuk menduduki Ujian Sejarah Setara SPM A05200 pada 16 Mei 2023. Kelas ini dijalankan oleh semua guru Sejarah di dewan makan selama dua jam. Pelajar dibimbing untuk menjawab soalan dengan betul mengikut peruntukan markah dan dilatih untuk menjawab soalan KBAT dengan betul. Semua pelajar menjawab latihan dengan bersungguh-sungguh dan kerap bertanya kepada guru. Kelas tamat pada jam 04.30 petang. Program Jom Baca 10 Minit Bersama merupakan program tahunan yang dijalankan serentak di seluruh negara bersempena dengan Hari Buku Sedunia. Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia amnya dan warga KV Miri khasnya. Diharapkan program ini sedikit sebanyak dapat menerapkan nilai dan budaya cinta akan buku serta cinta akan ilmu. Maka, seluruh warga KV Miri diminta berhenti sebentar daripada melakukan sebarang aktiviti untuk membaca bahan bacaan selama 10 minit yang ditetapkan dalam tempoh pukul 11:00 pagi hingga 11:10 pagi. Penyertaan daripada warga KV amat memberangsangkan pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. #BacaBinaInsan
8 LAWATAN TAPAK OLEH YB CHIEW CHOON MAN UNTUK PEMBINAAN GATE B BAGI LALUAN PEJALAN KAKI KV MIRI 18 MEI 2023 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KELIMA (MEI 2023) KV Miri melalui Jawatankuasa PIBG telah menerima kunjungan YB Chiew Choon Man untuk membincangkan permohonan sumbangan YB terhadap projek pembinaan gate B bagi laluan pejalan kaki berikutan laluan masuk ke gate utama KV Miri agak sesak disebabkan tiada laluan keluar kenderaan ke jalan utama di penghujung jalan tersebut (jalan mati). Ini menyebabkan kesesakan yang teruk terutama di awal pagi semasa pelajar dan staf memulakan PdP dan semasa balik dari KV. Oleh itu, dicadangkan untuk membina satu gate tambahan baru kepada gate sedia ada. Gate baru ini akan memudahkan aliran kenderaan kerana mempunyai laluan keluar ke jalan utama. Turut hadir bersama dalam program kunjungan ini ialah Cik Kurniawati Binti Ilias, Timbalan Pengarah Akademik, En. James Anak Jilin, YDP PIBG dan Cik Endang Maya Sari Binti Mahadi, setiausaha PIBG. Semoga dengan kunjungan YB dapat membantu KV Miri merealisasikan pembinaan projek gate B khususnya untuk pelajar KV Miri. Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak dan Majlis Bandaraya Miri dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak melalui Pejabat Pendidikan Daerah Miri serta Jabatan Residen Miri, Pustaka Miri, dan Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) menganjurkan “Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Hari Bandar Raya Miri 2023 peringkat Bahagian Miri” sebagai kesinambungan daripada usaha penerbitan antologi puisi hari bandar raya Miri 2019 “Miri, Kota Bianglala,” antologi puisi hari bandar raya Miri 2021 “Miri, Kota Cinta” dan antologi puisi hari bandar raya Miri 2023 “Miri, Kota Inspirasi”. Pertandingan ini telah melalui 2 saringan iaitu bermula dengan saringan pertama secara persembahan video dalam talian dan peringkat akhir secara bersemuka kategori Sekolah Menengah dan Umum. Cik Endang Maya Sari Binti Mahadi telah mewakili Kolej Vokasional Miri melalui kategori umum telah berjaya tercalon ke peringkat akhir pertandingan. Sebanyak 9 orang peserta kategori umum telah tercalon untuk pertandingan akhir ini. Hasil keputusan pertandingan, Cik Endang Maya Sari telah berjaya mendapat tempat ke-5 dan membawa pulang sijil, hamper dan wang tunai RM150. PERTANDINGAN AKHIR SAYEMBARA DEKLAMASI SAJAK BANDARAYA MIRI 17 MEI 2023
9 PENYERAHAN SUMBANGAN MAJALAH DAN BUKU 23 & 24 Mei 2023 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I PEMBERSIHAN GOTONG-ROYONG KOLEJ KEDIAMAN KV MIRI BIL. 3/2023 EDISI KELIMA (MEI 2023) Sebelum aktiviti gotong-royong dimulakan, ketua kapten mengumpulkan semua penghuni Kolej Kediaman Orkid untuk membahagikan tugas kepada semua penghuni kolej kediaman. Pembersihan dijalankan secara besar-besaran bagi mengekalkan kebersihan Kolej Kediaman Orkid. Penolong ketua kapten mengagihkan tugas kepada penghuni secara terperinci untuk membersihkan kawasan kolej kediaman seperti koridor, tandas, bilik belajar dan kawasan sekeliling kolej kediaman. Sebanyak 194 buah majalah National Geographic telah disumbangkan oleh mantan Pengarah kita Puan Choo Siak Lan kepada perpustakaan KV Miri. Keprihatinan beliau terhadap perkembangan dan keperluan anak didik KV amatlah pihak kami hargai. KV Miri tetap kekal dalam lubuk kalbu beliau. Puan Majorie Mirin, pensyarah Teknologi Elektrik pula menyumbangkan 20 buah buku fiksyen dan bukan fiksyen kepada perpustakaan. Diharapkan warga KV Miri akan memperoleh manfaat daripada buku-buku ini. Jutaan terima kasih pihak perpustakaan dahulukan. Koleksi majalah dan buku ini akan kami manfaatkan dan dijadikan bahan bacaan pelajar pada awal pagi. Semoga lebih banyak pensyarah dan Anggota Kumpulan Pelaksana dapat memberikan sumbangan buku atau majalah kepada pihak kami pada masa akan datang. 19 HINGGA 20 MEI 2023
10 PLC BENGKEL KEPIMPINAN PEMIMPIN PERTENGAHAN ORGANISASI 23 Mei 2023 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI KELIMA (MEI 2023) Pada 23 Mei 2023, satu perkongsian dalam program PLC (Professional Learning Community) berkaitan ilmu kepimpinan telah diadakan di bilik APD KV Miri. Perkongsian ini telah dilakukan oleh Ts. Azri bin Said yang telah mengikuti siri kursus kepimpinan LCMC (Leadership Course for Middle Leaders) bertemmpat di Institut Aminudin Baki, Bandar Enstek Nilai Negeri Sembilan pada 8 hingga 12 Mei 2023. Perkongsian ini melibatkan tiga slot utama iaitu Mengurus Kendiri, Mengurus Tugas Utama dan Mengurus Pasukan. Terdapat pelbagai aktiviti berkumpulan yang menyeronokkan dan bermatlamat untuk mendedahkan kepada nilai-nilai kepimpinan telah dijalankan bagi memastikan objektif utama perkongsian dapat dicapai oleh semua peserta. Perkongsian ini telah diikuti oleh semua barisan pentadbir dan pengurusan KV Miri serta KetuaKetua Program Vokasional. Perkongsian yang dijalankan selama 6 jam telah mendapat kerjasama yang baik dan turut dirasmi dan ditangguhkan oleh Tuan Pengarah KV Miri, Encik John anak Atong pada jam 2.30 petang.
12 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I NOR AFILIA BINTI MOHAMMAD IRWAN AJK DATA DAN MAKLUMAT NURNAZIRAH BINTI JAPAR PENYELARAS UNIT SEJARAH ENDANG MAYA SARI BINTI MAHADI SETIAUSAHA PIBG UNG KIEW HUNG KETUA UNIT PERPUSTAKAAN EDISI KELIMA (MEI 2023) MUHAMMAD TAUFIQ AMRI BIN SHARD’DIN AJK FOTOGRAFI DAN TINDAKAN KHAS
AKTIVITI BULAN JUN
AMANAT TUAN PENGARAH edisi JUNSalam Sejahtera dan Salam TVET buat seluruh warga Kolej Vokasional Miri. Pertama sekali syabas dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Pelaporan, Dokumentasi dan Buletin 2023 kerana telah berjaya membuktikan kemampuan untuk menerbitkan sebuah naskhah buletin bercetak bagi tahun 2023. Kepada seluruh warga KV Miri, semoga terus mengorak langkah ke hadapan mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang serta memfokuskan kepada tugas-tugas hakiki dan tanggungjawab bersama membangunkan modal insan dan membentuk masyarakat madani di KV Miri. Kita telah menetapkan banyak KPI yang perlu dicapai bagi tahun ini dalam semua aspek dan diharapkan semua warga boleh bekerjasama sebagai sebuah pasukan yang sentiasa mengutamakan pencapaian dan kejayaan bukan sahaja di peringkat zon dan kebangsaan tetapi juga sehingga ke peringkat antarabangsa. Fokus kita pada tahun ini lebih menyeluruh bagi memastikan usaha-usaha untuk membina masa hadapan anak-anak didik terjamin dan boleh dicapai. Akhir sekali, saya mengharapkan semoga KV Miri mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dan menempa nama dan sejarah bagi memastikan aspirasi pendidikan TVET terlaksana. - Encik John anak Atong SELAMAT BERSARA DAN SELAMAT MAJU JAYA EN. SASTRI BIN SAHARI Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Sastri bin Sahari atas sumbangan dan perkhidmatannya selama lebih 30 tahun di Kolej Vokasional Miri. Segala bakti dan usaha yang dicurahkan oleh beliau untuk pembangunan KV Miri amatlah dihargai dan dikenang. Justeru dua majlis sambutan persaraan beliau telah diadakan oleh warga KV Miri bagi menghargai dan mengenang semua pengorbanan dan jasajasa beliau. Berita lanjut di dalam. --------->
KOLEJ VOKASIONAL MIRI 2023MAJLIS PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN Berdiri di belakang dari kiri: Pn. Lizanah bt. Wasly (GKMP Sains & Matematik, Pn. Flora Balang (GKMP Bahasa), Pn. Jatai ak Sait (Setiausaha), Ts. Azri b. Said (KJ Teknologi Maklumat & Komunikasi, En. Voon King Sing (KJ Perniagaan), Pn. Valerie Supang Padan (KJ Tek. Elektrik & Elektronik), Pn. Linda Tiong Ming Ming (KJ Penilaian & Pentaksiran), Pn. Tan Lee Na (KJ Pend. Umum) Duduk di depan dari kiri : Pn. Suzy Unying (KJ Hospitaliti), Pn. Biviana bt. Abdullah (Ketua Pembantu Tadbir), Cik Kurniawati bt. Ilias (Timbalan Pengarah Akademik), En. John ak Atong (Pengarah), En. Thomas ak Undum (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Cik Eei Meng Yin (Ketua Jaminan Kualiti), En. Jee King Chung (GKMP Kemanusiaan) 2023
Selamat Datang Pensyarahpensyarah Baharu Selamat Datang JIMMY AK TINDIN TEKNOLOGI MAKLUMAT MOHAMMAD ZAKI FARHAN B. MD JA HASSAN BAHASA ARAB HAZWANI BT ROSLAN BAHASA INGGERIS Bersama-kita membentuk generasi yang gemilang di KV Miri SHAIMA BT ISMAIL PERAKAUNAN FAZLIN BT MOHD AZDI SEJARAH CANDYRILLA VERA BARTHOLOMEW MATEMATIK Bersama-kita membentuk generasi yang gemilang di KV Miri
MAJLIS PERSARAAN CIKGU SASTRI BIN SAHARI & PERPISAHAN CIKGU NORNAZIRAH BINTI JAPAR Kelab Staf KV Miri telah menganjurkan Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Hari Guru 2023, sekali gus menyambut majlis persaraan Encik Sastri dan perpisahan Puan Nornazirah yang akan berpindah ke SMK Limbang. Majlis makan malam tersebut telah diadakan pada 10 Jun 2023 bertempat di Dynasty Chamber Hotel. Majlis ini dimulakan dengan menyambut kedatangan tetamu VVIP iaitu Encik Sastri dan Puan Nornazirah. Seterusnya, dilanjutkan dengan ucapan Encik Mohd Hakimi Bin Man (Pengerusi Kelab Staf), Encik John Anak Atong (Tuan Pengarah), Encik Sastri dan Puan Nornazirah. Terdapat pelbagai aktiviti telah dilakukan sepanjang berlangsungnya majlis makan malam tersebut. Antaranya, upacara pemotongan kek, nyanyian dan persembahan tarian daripada pensyarah KV Miri serta aktiviti permainan yang telah dipimpin oleh Cikgu Mathias dan Cikgu Shreenia iaitu “Radio Rosak” dan “Barisan Terpanjang”. Selain itu, penyerahan hadiah kepada pemenang bagi pertandingan Kejohanan Badminton Piala Pengarah KV Miri yang telah berlangsung pada 7 sehingga 8 Jun 2023 juga dilaksanakan. Di samping itu, penyampaian hadiah kepada Encik Sastri dan Puan Nornazirah daripada setiap bengkel dan unit juga berlangsung. Encik Sastri telah membuat satu persembahan istimewa dengan menyanyikan lagu Widuri yang ditujukan khas kepada warga KV Miri. Aktiviti terakhir pada majlis tersebut ialah penganugerahan ‘Prom King’ kepada Cikgu Amirul dan ‘Prom Queen’ kepada Cikgu Valerie. Majlis tersebut telah berakhir dengan jayanya pada jam 10:30 malam.
Seramai 33 pensyarah Pendidikan Umum menyertai PLC Pembinaan Item dan Pelaporan CQI yang disampaikan oleh En. Jee Khing Chung, Pn. Flora Fatin, Pn. Ung Kiew Hung, Cik Eii Meng Yin dan Pn. Tan Lee Na. Student Learning Time (SLT), Penjajaran Kontruktif (CA) ,JSU dan Pembinaan Item, Pembinaan Item: Rubrik dan Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) merupakan tajuk yang disampaikan dengan menggunakan slaid yang menarik. Kesemua peserta menunjukkan program ini memberi impak positif kepada sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang. BENGKEL ASAS PERAKAUNAN UNTUK PROGRAM USAHAWAN KERJASAMA ANTARA UNIT PERAKAUNAN DAN UNIT SCHOOL ENTERPRISE KV MIRI Satu bengkel asas perakaunan telah diadakan sebagai usaha kerjasama antara Unit Perakaunan dan Unit School Enterprise KV Miri telah dijalankan pada 9 Jun 2023 jam 8 pagi hingga 11 pagi bertempat di Bilik BAK1 KV Miri. Bengkel ini dijalankan adalah untuk menambahkan pengetahuan dari segi perekodan simpan kira dan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dan pensyarah dalam menyediakan laporan kewangan dengan betul. Melalui bengkel ini, peserta telah mengaplikasikan asas perakaunan yang dipelajari dengan menggunakan hamparan elektronik. Penceramah turut menerangkan langkah-langkah menggunakan hamparan elektronik dan menjelaskan kegunaan setiap dokumen yang telah diberikan. Ahli jawatankuasa turut membantu dalam memberi tunjuk ajar kepada para peserta mengenai cara merekod maklumat dalam hamparan elektronik. Sebelum menamatkan bengkel, penceramah menjawab segala persoalan tentang cara penyata kewangan disediakan yang dikemukakan oleh peserta. PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY - PEMBINAAN ITEM DAN PELAPORAN CQI
Penilaian Akhir Pelatih Ambilan 2021 untuk Program Single Tier Bagi Persijilan Kemahiran Malaysia di Kolej Vokasional Miri menjalankan pengiktirafan untuk tahap 3 sahaja. Pelajar yang terlibat seramai 152 orang yang terdiri daripada 7 Program iaitu : 1. Teknologi Pemesinan Industri 2. Teknologi Automotif 3. Teknologi Kimpalan 4. Teknologi Elektrik 5. Teknologi Elektronik 6. Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian 7. Pelancongan SESI FOTOGRAFI WARGA KOLEJ VOKASIONAL MIRI BAGI TAHUN 2023 Bagi mengemaskini fotografi individu dan berkumpulan bagi warga KV Miri untuk tahun 2023, Unit Penyelarasan Laporan, Dokumentasi dan Buletin yang diketuai oleh Ts. Azri bin Said telah melaksanakan satu sesi fotografi dengan bantuan daripada seluruh jawatankuasa unit dan En. Danial Ashraf sebagai jurukamera pada 7 Jun sehingga 12 Jun 2023. Sesi fotografi ini telah mengambil masa hampir seminggu dengan mendapat bantuan dan kerjasama yang baik daripada seluruh warga KV Miri. Penjadualan sesi fotografi telah dirancang seawal bulan April untuk memastikan seluruh warga KV Miri bersedia dari segi etika pemakaian dan penetapan jadual waktu. Sesi ini telah berjalan lancar walaupun terdapat beberapa perubahan berikutan jadual guru yang keluar stesen bekerja untuk menjalankan Penilaian Akhir Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 di seluruh negara. Seramai 113 pensyarah dan 18 AKP menyertai sesi fotografi warga KV Miri tahun 2023 yang dijalankan oleh Kelab Penerbitan Buletin. Sesi bergambar diambil mengikut unit dan individu sebagai simpanan data KV Miri. PENILAIAN AKHIR PELATIH AMBILAN 2021 UNTUK PROGRAM SINGLE TIER BAGI PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA DI KOLEJ VOKASIONAL MIRI
SENAMROBIK KOLEJ KEDIAMAN KV MIRI Satu program senamrobik untuk pelajar Kolej Kediaman KV Miri telah diadakan pada 10 Jun 2023 bertempat di Padang KV Miri. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menggalakkan pelajar bagi mempraktikkan gaya hidup sihat serta memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan aktiviti cergas dan sihat di kolej kediaman. Menerusi senamrobik, setiap penghuni akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik berserta gaya senaman yang menarik dan dapat menyihatkan tubuh badan. Program ini telah dijalankan bermula jam 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi Satu sesi perkongsian kemahiran atau Professional Learning Community (PLC) mengenai penggunaan aplikasi Canva telah disampaikan oleh Encik Muhd Danial Ashraf Abdullah sebagai fasilitator di Makmal TMK pada 10 Jun 2023. Hasil daripada perkongsian tersebut, telah memberi peluang kepada JK Penyelarasan Laporan, Dokumentasi dan Buletin untuk mempelajari teknik ‘editing’ bagi penerbitan buletin. Topik dalam PLC ini bukan sahaja meliputi cara penggunaan Canva tetapi juga kefahaman mengenai prinsip layout grafik yang berkesan bagi tujuan penerbitan atau pengiklanan sesuatu produk atau perkhidmatan yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang di KV Miri. Terdapat latihan praktikal untuk memberi inspirasi gaya layout grafik yang berbeza supaya peserta boleh menilai prestasi masingmasing. Hasil daripada bengkel asas ini, penggunaan aplikasi Canva sangat mudah difahami PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY -BENGKEL ASAS APLIKASI CANVA AKTIVITI AUDIT FAIL KURSUS DIPLOMA Satu aktiviti pengauditan fail-fail kursus diploma telah dijalankan oleh Jawatankuasa OBE (Outcome Based Education) untuk memantau pelaksanaan kurikulum dan penilaian dan pentaksiran bagi program-program diploma di KV Miri pada 6 hingga 9 Jun 2023. Audit dalaman fail kursus dilaksanakan bagi memastikan fail kursus setiap program diploma diwujudkan dengan lengkap dan mengikut standard yang ditetapkan. Pelaksanaan audit dalaman fail kursus ini berlangsung selama 4 hari dan semakan adalah secara digital. Juruaudit yang bertugas terdiri daripada ketua jabatan, ketua program dan ketua unit. Sepanjang proses audit, pensyarah diploma yang terlibat akan menyediakan fail kursus secara digital dengan memuat naik fail kursus ke dalam Google Drive. Proses audit berjalan dengan lancar dan semua pensyarah diploma memberikan kerjasama yang baik.
Program Pertandingan Badminton Piala Pengarah KV Miri ini merupakan anjuran Exco Sukan dan Rekreasi, Kelab Staf KV Miri. Pertandingan ini terbuka kepada semua pensyarah dan AKP KV Miri yang berminat. Pertandingan ini dijalankan selama 2 hari iaitu pada hari Rabu (7 Jun 2023) dan Khamis (8 Jun 2023) dari jam 6 petang sehingga 10 malam bertempat di Tungs Sport Miri. Yuran sebanyak RM20 seorang dikenakan kepada semua peserta yang terlibat. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah iaitu Encik John Anak Atong kerana telah berbesar hati menaja hadiah untuk pertandingan ini sebanyak RM500.00. Seramai 26 orang pensyarah dan AKP telah mendaftarkan diri untuk merebut Piala Pengarah ini. Pasangan beregu telah ditentukan melalui undian yang telah dijalankan oleh AJK yang terlibat. Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu Kategori Beregu Lelaki dan Wanita. Semua peserta memberi komitmen dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. Berikut merupakan senarai pemenang pertandingan ini iaitu bagi kategori beregu wanita, johan telah dimenangi oleh pasangan beregu Grace Philip dan Rathna Pohie Anak Rangka. Naib johan ialah pasangan beregu Nur Aqiela Shahira Binti Mohd Tahyuddin dan Abigail Tunga Anak John Masion. Tempat ketiga dimenangi oleh pasangan beregu Jenny Unyang Jok dan Elvira Johnny Goh. Tempat keempat dimenangi oleh Ung Kiew Hung dan Norlizawani Binti A. Manaf. Bagi kategori beregu lelaki pula, johan telah dimenangi oleh pasangan beregu Paul Budon dan Alfariq Bin Mohamed Halmi. Naib johan pula dimenangi oleh pasangan beregu James Anak Jilin dan Yeo Eng Teck. Tempat ketiga dimenangi oleh pasangan beregu Yunus Bin Kamaluddin dan Davies Anak Ganeng Awa. Akhir sekali, tempat keempat dimenangi oleh Jee Khing Chung dan Mohamad Firdaus bin Pangis. Semua pemenang masing-masing mendapat sebuah piala, medal dan hamper bagi johan, manakala medal dan hamper bagi naib johan sehingga tempat keempat. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. PERTANDINGAN BADMINTON PIALA PENGARAH KV MIRI ANJURAN KELAB STAFF KV MIRI 2023
ENCIK SASTRI B.. SAHARI PENSYARAH PROJEK LINK DG44(KUP) PN. DYG MARDAWATY BT AWG OMAR PENSYARAH PROGRAM PELANCONGAN DG48(KUP) CIK TIONG WONG INN PENSYARAH B. INGGERIS DG41 EN. YEO ENG TECK PENSYARAH PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN DG44(KUP) PN. CAROLINE AK SIMON PEMBANTU TADBIR (P/O) N22 (KUP) EN. MUHAMAD ARIF B.ISMAIL PENSYARAH TEKNOLOGI AUTOMOTIF DG41 PN. STEPHANIE AK SANGAI PENSYARAH TEKNOLOGI AUTOMOTIF DG41 Ts. PAUL KENNY TSHONG PENSYARAH TEKNOLOGI AUTOMOTIF DG44 (KUP) PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2022 PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2022
KOLEJ VOKASIONAL MIRI Charity Bransah anak Cassius Clay GRADUAN KOLEJ VOKASIONAL TERBAIK BAGI PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022 DALAM MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KE-7 Kebanggaan
perlantikan sebagai Ahli Panel Penilai (TTAC) Dalam Majlis Sekretariat Akreditasi Malaysian Board of Technologist (MBOT) berkuatkuasa Januari 2023 & Sebagai Calon Penerima Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Dalam Pendidikan Peringkat Kebangsaan KOLEJ VOKASIONAL MIRI Kebanggaan Ts. Azri bin Said
KOLEJ VOKASIONAL MIRI - DI PUNCAK ANTARABANGSA BIDANG: TEKNOLOGI MAKLUMAT TAJUK PROJEK : APLIKASI MOBILE UNTUK PENGAJARAN KURSUS COMPUTER SYSTEM MAINTENANCE PENCAPAIAN : GOLD PEMBANGUN INOVASI : PASUKAN INOVASI UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT BIDANG: TEKNOLOGI MAKLUMAT TAJUK PROJEK : NETCLAY- LET'S LEARN AND PLAY PENCAPAIAN : GOLD PEMBANGUN INOVASI : Ts. AZRI BIN SAID PERTANDINGAN INOVASI - INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION AND DESIGN COMPETITION (I3DC) BIDANG: TEKNOLOGI AUTOMOTIF TAJUK PROJEK : PORTABLE BACKUP POWER SUPPLY V2 FOR CCTV PENCAPAIAN : GOLD PEMBANGUN INOVASI : PASUKAN INOVASI UNIT TEKNOLOGI AUTOMOTIF BIDANG: PELANCONGAN TAJUK PROJEK : TOURISM VENTURA PENCAPAIAN : GOLD PEMBANGUN INOVASI : PASUKAN INOVASI UNIT PENGURUSAN PELANCONGAN Ts. PAUL KENNY TSHONG EN. AHMAD NIZAM EN. MUHAMAD ARIF ISMAIL EN. AKMAL ALIFF EN. MUHD ARIF TARZMIZI EN. MUHAMMAD AMIRUL HUSNA PN. SITI NUR HASHIDAH PN. STEPHANIE Ts. AZRI B. SAID PN. IZYAN DAHLIA PN. SUZY UNYING PN. DAYANG MARDAWATY PUAN GOH CHAI KEE CIK ABIGAIL TUNGA PN. NUR ASYIKIN EN. MOHAMAD NURUHISYAM CIK NURUL SHAHERA PN. NOR AFILIA Ts. AZRI SAID PN PULA ANGGAT CIK RAFIZAH CIK GLADYS GEORGE EN. KHAIRUL AZIZI CIK NORLIZAWANI EN. FERLIANO
KOLEJ VOKASIONAL MIRI - DI PUNCAK ANTARABANGSA BIDANG: TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI TAJUK PROJEK : NETCLAY- KIT PEMBELAJARAN ALATAN TANGAN BERBANTUKAN AUGMENTED REALITY (AR) PENCAPAIAN : BRONZE PEMBANGUN INOVASI : KUMPULAN INOVASI TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI PERTANDINGAN INOVASI - INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION AND DESIGN COMPETITION (I3DC 2023) PERTANDINGAN INOVASI - INTERNATIONAL MALAYSIAN INVENTION & INNOVATION EXPO (MIIX) 2023 BIDANG: TEKNOLOGI MAKLUMAT TAJUK PROJEK : NETCLAY- LET'S LEARN AND PLAY PENCAPAIAN : GOLD PEMBANGUN INOVASI : KUMPULAN INOVASI DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT KATEGORI : INTERMEDIATE INNOVATOR BIDANG: TEKNOLOGI AUTOMOTIF TAJUK PROJEK : PORTABLE BACKUP POWER SUPPLY V2 FOR CCTV PENCAPAIAN : GOLD PEMBANGUN INOVASI : PASUKAN INOVASI UNIT TEKNOLOGI AUTOMOTIF KATEGORI : EXPERT INNOVATOR PN.RATHNA POHIE EN. JOHN AK ATONG EN. THOMAS AK MALAYU EN. MOHD HANAFI PN. SITI HAMIZAH Ts. KARMILA CIK MORDIANA PN. JENNIFER Ts. AZRI SAID ADRIAN SINGA YUSAK ABANG MUQHHRIF MAIQHAEL RYAN JOEL RAYMOND Ts. PAUL KENNY TSHONG EN. AHMAD NIZAM EN. MUHAMAD ARIF ISMAIL EN. AKMAL ALIFF EN. MUHD ARIF TARZMIZI EN. MUHAMMAD AMIRUL HUSNA PN. SITI NUR HASHIDAH PN. STEPHANIE
KOLEJ VOKASIONAL MIRI - DI PUNCAK ANTARABANGSA BIDANG: TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI TAJUK PROJEK : NETCLAY- LET'S LEARN AND PLAY PENCAPAIAN : BRONZE PEMBANGUN INOVASI : KUMPULAN INOVASI TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI KATEGORI : EXPERT INNOVATOR PERTANDINGAN INOVASI - INTERNATIONAL MALAYSIAN INVENTION & INNOVATION EXPO (MIIX) 2023 BIDANG: TEKNOLOGI MAKLUMAT TAJUK PROJEK : APLIKASI MOBILE UNTUK PENGAJARAN KURSUS COMPUTER SYSTEM MAINTENANCE PENCAPAIAN : BRONZE PEMBANGUN INOVASI : KUMPULAN INOVASI DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT KATEGORI : EXPERT INNOVATOR BIDANG: TEKNOLOG ELEKTRIK TAJUK PROJEK : KIT THINK AND POINT (TAP) PENCAPAIAN : GOLD PEMBANGUN INOVASI : PASUKAN INOVASI UNIT TEKNOLOGI ELEKTRIK KATEGORI : EXPERT INNOVATOR PN. HAIDZUM HAZWANI PN. SITI NUR AIN SUYONG PN. MARJORIE MIRIN EN. MOHAMAD FIRDAUS EN. MOHD AZNIL EN. ISMAIL AK LUMUT EN. AL FARIQ EN. MUHAMMAD TAUFIQ AMRI PN.RATHNA POHIE EN. JOHN AK ATONG EN. THOMAS AK MALAYU EN. MOHD HANAFI PN. SITI HAMIZAH Ts. KARMILA CIK MORDIANA PN. JENNIFER Ts. AZRI SAID PN PULA ANGGAT CIK RAFIZAH CIK GLADYS GEORGE EN. KHAIRUL AZIZI CIK NORLIZAWANI EN. FERLIANO
KOLEJ VOKASIONAL MIRI - DI PUNCAK ANTARABANGSA PERTANDINGAN INOVASI - INTERNATIONAL MALAYSIAN INVENTION & INNOVATION EXPO (MIIX) 2023 BIDANG: PELANCONGAN TAJUK PROJEK : TOURISM VENTURA PENCAPAIAN : BRONZE PEMBANGUN INOVASI : PASUKAN INOVASI UNIT PENGURUSAN PELANCONGAN KATEGORI : EXPERT INNOVATOR PERTANDINGAN INOVASI - NATIONAL INNOVATION COMPETITION 2023 BIDANG: TEKNOLOGI ELEKTRONIK TAJUK PROJEK : EASY LOCKER PENCAPAIAN : BRONZE PEMBANGUN INOVASI : PASUKAN INOVASI UNIT TEKNOLOGI ELEKTRONIK KATEGORI : PELAJAR BIDANG: TEKNOLOGI AUTOMOTIF TAJUK PROJEK : CAR DOLLY FOR COMPACT CAR PENCAPAIAN : BRONZE PEMBANGUN INOVASI : PASUKAN INOVASI UNIT TEKNOLOGI AUTOMOTIF KATEGORI : PELAJAR PN. IZYAN DAHLIA PN. SUZY UNYING PUAN GOH CHAI KEE CIK ABIGAIL TUNGA PN. NUR ASYIKIN PN. ELVIIRA JOHNNY GOH PN. NOR AFILIA CIK NURUL SHAHERA PN. JANE JULIUS MOHAMAD NUR IRWAN AYMAN BIN RADZI CLAYMENT CUSSLER ANYIE LAING (GURU PEMBIMBING) EN. MUHAMAD ARIF B. ISMAIL ALEXANDER AMOS DAMIT BRYAN LUSAT BENJAMIN HARDYSON JONES ANAK DONNY
BIDANG: TEKNOLOGI AUTOMOTIF TAJUK PROJEK : PORTABLE BACKUP POWER SUPPLY V2 FOR CCTV PENCAPAIAN : GOLD PEMBANGUN INOVASI : PASUKAN INOVASI UNIT TEKNOLOGI AUTOMOTIF KATEGORI : TERTIARY SCIENCE & TECHNOLOGY MOHAMAD BARIQ B. MOHAMAD DZAMRUL HARDIE HARDYSON JONES AK DONNY KOLEJ VOKASIONAL MIRI - DI PUNCAK ANTARABANGSA PERTANDINGAN INOVASI - iNOVATION, INVENTION & ENTREPRENUERSHIP (IIEC) 2023 PERINGKAT KEBANGSAAN BIDANG: SAINS & TEKNOLOGI TAJUK PROJEK : MYYBARIO HANDWASH PENCAPAIAN : GOLD PEMBANGUN INOVASI : PASUKAN INOVASI UNIT SAINS & MATEMATIK KATEGORI : PRODUK PERTANDINGAN INOVASI - MALAYSIAN INTERNATIONAL VIRTUAL INNOVATION COMPETITION (MYVIC) 2023 BIDANG: TEKNOLOGI MAKLUMAT TAJUK PROJEK : NETCLAY- LET'S LEARN AND PLAY PENCAPAIAN : SILVER PEMBANGUN INOVASI : Ts. AZRI BIN SAID KATEGORI : PROFESSIONAL AFIQ IKHWAN B. AEROL IZADZ NURRIDA HASNA BT IDRIS SITI NUR NASRIYAH BT YUSRI PN. MUNA WARRAH (GURU PEMBIMBING) NURLIANATASHA BT FAIZRUL NIZAM NUR SYAMIMI NAJWA BT NASIR Ts. PAUL KENNY TSHONG (GURU PEMBIMBING) TS. AZRI BIN SAID GURU-GURU INTERNSHIP DI KV MIRI TERIMA KASIH MEMILIH KV MIRI SEBAGAI INSTITUSI BAGI LATIHAN PRAKTIKAL MENGAJAR Berdiri : Mathias Adrick anak Mambang (Unit Psikologi & Kerjaya) Duduk dari kiri : Fatricia Lauren anak Bahun (Program Teknologi Elektronik), Shreenia Bunggan anak Anau (Unit Bahasa Melayu), Clarissa Fay Ak Sylvester Marcellinus (Program Teknologi Elektronik)
PERHIMPUNAN PERSARAAN FINAL FACEOUT CIKGU SASTRI B. SAHARI &
Pelapor Terbaik Bulan Jun Ts. Karmila binti Yahdi Penyelaras Pertandingan Badminton Piala Pengarah KV Miri 2023 Cik Shaima bt. Ismail Setiausaha Bengkel Asas Perakaunan untuk Program Usahawan Kerjasama Antara Unit Perakaunan dan Unit School Enterprise AJK Buletin Terbaik Bulan JUn Encik Mohamad Zahid bin Mohamad Raezi AJK Data dan Maklumat
AKTIVITI BULAN JULAI
1 Program STEM Trailblazers Science Challenge 2023 telah diadakan pada 6 hingga 8 Julai 2023 bertempat di Curtin University Malaysia iaitu anjuran Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Sarawak (MEITD). Penyertaan peserta terdiri daripada kalangan pelajar 2 SVM semester 3 yang telah bertanding dalam inovasi STEM Trailblazer dan mengikuti program selama tiga hari untuk mempamerkan produk inovasi mereka. Tiga pasukan telah berjaya memenangi pertandingan dalam bengkel Drone Workshop and Challenge dan telah merangkul juara dan naib juara. Trailblazer Structural Challenge pula mendapat tempat ke-4. Selain itu, seramai 41 orang pelajar yang terdiri daripada 1 SVM semester 1 telah mengikuti program ini sebagai peserta program. Kesemua peserta berpeluang melawat pameranpameran inovasi di dalam Rec Hall dan mengikuti aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan pada program tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta. STEM TRAILBLAZERS SCIENCE CHALLENGE 2023 Edisi Julai MAJLIS GRADUASI PROJEK LINK 2023 HALAMAN 2 SESI PEMANTAUAN BERKAITAN PELAKSANAAN KERJA PENYELENGGARAANNSTITUT PENDIDIKAN (PIP) DAN PENGURUSAN ASET HALAMAN 3 TAKLIMAT PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SECARA BIJAK HALAMAN 4 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI 2022 HALAMAN 5 PROGRAM ‘SAYA HADIR’ HALAMAN 4 PENILAIAN KENDIRI PENARAFAN KOLEJ KEDIAMAN HALAMAN 5 PERKONGSIAN TEKNIK BELAJAR BERKESAN ‘ZERO TO SUCCESS’ HALAMAN 8 STEM DECATHLON HALAMAN 9 PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI KESEDARAN ALAM SEKITAR DI TANJUNG, MIRI HALAMAN 10
2 Pada 12 Julai 2023, Majlis Graduasi Projek Link 2023 berlangsung di Sarawak Shell Berhad Mulu Hall Lutong anjuran Sarawak Shell Berhad Learning Solutions Team. Seramai 48 pelatih Projek Link daripada Batch 46, 47 dan 48 telah menerima Sijil Projek Link yang telah disempurnakan oleh Naib Presiden Kanan Huluan Shell-Malaysia iaitu Puan Siti Sulaiman. Tujuan majlis graduasi ini diadakan adalah untuk menghargai serta memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan yang dicapai oleh pelatih sepanjang sesi latihan serta menjalinkan hubungan yang baik antara pihak KV Miri, Sarawak Shell Berhad dan ibu bapa pelatih. Selain itu, Sarawak Shell Berhad berbesar hati memberikan Anugerah “Best Trainee Award” kepada pelatih tahun 2020, 2021 dan 2022 sebagai pembakar semangat kepada mereka. Bahkan, pemberian cenderahati kepada Encik Sastri Bin Sahari sebagai tanda penghargaan kerana telah berkhidmat dengan Projek Link selama 25 tahun. MAJLIS GRADUASI PROJEK LINK 2023 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I (EDISI JULAI 2023)
3 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I SESI PEMANTAUAN BERKAITAN PELAKSANAAN KERJA PENYELENGGARAAN INSTITUT PENDIDIKAN (PIP) DAN PENGURUSAN ASET (EDISI JULAI 2023) Pada 10 dan 11 Julai 2023 Kolej Vokasional Miri telah dihadiri oleh Pegawai Pusat Penyelenggaraan Alat Kemaman bagi sesi pemantauan berkaitan pelaksanaan kerja penyelenggaraan institusi pendidikan (PIP) dan pengurusan aset di Kolej Vokasional Miri. Tujuan pemantauan ini adalah untuk memastikan pihak Kolej Vokasional Miri mematuhi Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PP/PK2.1) serta Kaedah Perolehan Kerajaan bagi pelaksanaan Projek Kerajaan (PK) dan mana-mana peraturan-peraturan yang berkuatkuasa pada masa kini. Disamping itu, pegawai-pegawai membuat pemeriksaan fail dan sesi khidmat bantu serta membuat lawatan ke bengkel-bengkel bagi memeriksa aset yang diperoleh pada tahun 2021 dan 2022. TAKLIMAT PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SECARA BIJAK Taklimat penggunaan media sosial secara bijak anjuran Unit Psikologi dan Kerjaya telah dilaksanakan pada 14 Julai 2023 dari jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang bertempat di Dewan Makan, Kolej Vokasional Miri. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang celik teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) serta mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Perkongsian yang disampaikan oleh Puan Noamie Anak Balai dari Pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Cawangan Miri telah berjaya menarik minat para pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap topik yang disampaikan.
4 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI 2023 Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi 2023 telah diadakan pada 14 Julai 2023 anjuran Koperasi Kolej Vokasional Miri Berhad yang dihadiri oleh para pensyarah, AKP dan pelajar SVM Tahun 2. Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi yang diadakan pada tahun ini adalah untuk membentangkan laporan kewangan koperasi bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022 dan membentangkan laporan aktiviti tahunan koperasi. Para warga Kolej Vokasional Miri memberikan kepercayaan dan sokongan berterusan kepada ahli Lembaga Koperasi untuk pertumbuhan dan pembangunan koperasi pada tahun yang akan mendatang. Tahniah kepada Lembaga Koperasi Kolej Vokasional Miri yang telah dilantik semula bagi memegang jawatan ini. PROGRAM ‘SAYA HADIR’ Pada 15 Julai 2023, Unit Hal Ehwal & Disiplin Pelajar telah menganjurkan “PROGRAM SAYA HADIR” yang diadakan di Dewan Makan, Kolej Vokasional Miri selama 2 jam. Para pelajar yang diwajibkan hadir terdiri daripada kalangan pelajar 1SVM (sem 1) dan 2 SVM (sem 3). Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk mengurangkan masalah kekerapan pelajar ponteng kolej dan kuliah. Tahniah kepada 307 orang pelajar yang telah menghadiri program ini sehingga akhir, dengan jemputan penceramah khas iaitu Inspektor Mohammad Amiruddin Bin Hamdan (Pegawai Perhubungan Sekolah). K O L E J V O K A S I O N A L M I R I (EDISI JULAI 2023)
5 PENILAIAN KENDIRI PENARAFAN KOLEJ KEDIAMAN PERKONGSIAN TEKNIK BELAJAR BERKESAN ‘ZERO TO SUCCESS’ Unit Pengurusan Kolej Kediaman telah menjalankan Penilaian Kendiri Penarafan Kolej Kediaman di Kolej Kediaman Kolej Vokasional Miri pada 17 Julai 2023. Seramai lima pegawai penilai telah dilantik untuk melaksanakan penilaian tersebut. Penilaian Kendiri ini dilaksanakan sehubungan dengan Penilaian Penarafan Kolej Kediaman KV dan SMT Tahun 2023 yang bertujuan untuk memantapkan pengurusan kolej kediaman bagi memastikan penghuni Kolej Kediaman Palma dan Orkid dapat menginap dalam suasana sejahtera, selamat, harmoni dan kondusif seperti yang dihasratkan oleh KPM melalui konsep Karamah Insaniah. Tahniah kepada semua penghuni kolej kediaman dan JK Pengurusan Kolej Kediaman kerana telah memperolehi penarafan 4 bintang. STEM DECATHLON Program berbentuk perkongsian yang bertajuk ‘ZERO TO SUCCESS’ kepada semua pelajar kolej kediaman telah disampaikan oleh Kaunselor Pelatih Encik Mathias Adrick Anak Mambang. Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pengetahuan baharu tentang teknik - teknik belajar dan meningkatkan motivasi diri dalam kalangan pelajar sendiri untuk berusaha secara bersungguh-sungguh dalam pembelajaran. Unit Pembangunan Bakat (Kokurikulum), Sektor Pembangunan Murid, JPNS Dan PPD Padawan telah menganjurkan Pertandingan “Stem Decathlon” yang bertempat di Bilik Mesyuarat Kolej Vokasional Miri dalam talian. Peserta diberikan masa 1 jam untuk menjawab 60 soalan. Peserta yang mengikuti pertandingan ini terdiri daripada kalangan pelajar SVM Tahun 1 dan 2. Tujuan penganjuran ini adalah untuk memupuk minat pelajar terhadap ilmu pengetahuan Sains, Matematik dan Kejuruteraan Teknologi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta “Stem Decathlon”. K O L E J V O K A S I O N A L M I R I (EDISI JULAI 2023)