1 Cetakan pertama Oktober 2020 Cetakan kedua November 2020 HAK CIPTA TERPELIHARA Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penulis novel ini. Watak-watak yang terdapat dalam novel ini, adalah hasil karya penulis berdasarkan kisah benar beliau. Pakcik Man Bila Ilmu Satu Anugerah (BISA) I Bila Ilmu Satu Anugerah (BISA) II Dicetak oleh SYARIKAT PERCETAKAN INDERAPURA SDN. BHD. Jalan Telok Sisek, Off Jalan Tanjung Api, 25050 Kuantan, Pahang Tel : 09-517 7225 2 Islam adalah agama ilmu maka orang-orang yang berilmu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam. Kedudukan mereka tinggi dan istimewa kerana mereka mengenali wujud yang tertinggi iaitu wujud yang hakiki dan pengenalan itu menimbulkan sifat mentaati, takut dan gerun kepadaNya (Fatir: 28). AlQuran menggelarkan mereka ‘ulama’ dengan sebab itu. Oleh sebab itu, Sayyidina Ali r.a. mengatakan bahawa mengenal Allah itu adalah permulaan agama kerana tidak mungkin seorang hamba benar-benar mengerjakan ketaatan kepadaNya tanpa mengenali zat, sifat dan perbuatanNya. Bahkan mengenal Allah adalah maksud dan tujuan sebenar Al Quran manakala syariat dan ibadat adalah jalan kepadaNya dan ia jelas menunjukkan keutamaan maksud serta tujuan dan jalan yang menyampaikan kepada maksud dan tujuan tersebut. Sekiranya takut kepada Allah itu adalah tanda mengenaliNya maka wajiblah kita fahami bahawa mereka yang tidak takut kepadaNya itu adalah mereka yang
tidak mengenaliNya. Dengan sebab itu mereka bukanlah ulama menurut takrifan Al Quran walaupun seluruh manusia menggelarkan mereka ulama. Mereka adalah ulama palsu. Di antara tanda-tanda seseorang itu tidak kenal Allah adalah dia berani bercakap atau mentakrif sebarangan tentangNya, seperti percakapan dan perbahasan puak kafir yang mengikut hawa nafsu, sedangkan kita ditegah dari menuruti hawa nafsu mereka setelah datang kepda kita ilmu iaitu petunjuk Al Quran (al-Baqarah: 120). Ulama palsu tidak takut kepada Allah kerana mereka lebih bimbangkan kedudukan dan kemasyhuran mereka di mata manusia. Demi memastikan kedudukan dan kepentingan diri dan puak yang menyokong dan mengikuti mereka, mereka sanggup menyembunyikan kebenaran dan membiarkan kebatilan. Kita ambil satu contoh kebatilan dan pembohongan iaitu kalimah ‘Allah’ adalah milik semua manusia. Bagaimanakah mungkin dari segi adab untuk kita mengatakan bahawa Nama Allah milik semua manusia sedangkan Allah telah menegaskan dalam Al Quran bahawa nama-nama yang indah itu adalah milikNya (Al Hashr: 24), iaitu nama-nama yang Dia berikan sendiri bagi merujuk kepada ZatNya, oleh itu sesiapapun selain dariNya tidak layak untuk menggunakannya. Justeru, tiada Muslim yang akan memakai nama Allah, Al Rahman, Al Rahim dan Al Jabbar melainkan dia seorang yang benar-benar jahil dan tiada kerajaan Islam yang akan membenarkan perbuatan seumpama itu dilakukan tanpa tindakan. Apa yang dibenarkan adalah apabila ditambah di hadapannya perkataan ‘Abdul’ yang bererti ‘hamba’. Maka kita temui namanama seperti Abdullah, Abdul Rahman, Abdul Rahim dan Abdul Jabbar.
3 Ilmu-ilmu yang utama dalam agama Islam ini ada tiga iaitu: 1. Ilmu tauhid (iman,umpama akar atau tunjang) 2. Ilmu fekah (Peraturan atau perundangan umpama pakaian) 3. Ilmu tasauf (ihsan atau akhlak umpama inti dalaman) Ringkasnya tauhid-fekah-tasauf. Setiap satunya ada beberapa nama lain. Contohnya, ada yang menyebut ilmuilmu ini sebagai ilmu kalam,ilmu syariat dan ilmu akhlak atau ihsan. Banyak nama tapi sebenarnya menceritakan benda yang sama. Ketiga-tiga ilmu ini tidak boleh dipisahkan sama sekali. Semua orang mesti berusaha untuk belajar dan memahami ketiga-tiganya. Untuk mengenal Allah, kena belajar sifat 20 sebagai asas paling utama. Yakin dan memahami sepenuhnya sifat sifatNya. Oleh kerana itulah, 10 tahun pertama tugas Rasullullah adalah berkaitan tauhid atau mengenal Allah, Pemilik seluruh alam ini. Enam rukun iman, 1. Percaya kepada Allah 2. Percaya kepada Malaikat 3. Percaya kepada Kitab Al Quran 4. Percaya kepada Rasul 5. Percaya kepada hari kiamat 6. Percaya kepada Qada’ dan Qadar. Awal kerasulan Rasullullah SAW belum lagi menitik beratkan soal solat, puasa dan seumpanya.Bila tauhid kepada Allah sudah bertapak, barulah fekah diajarkan. Maka diwajibkan solat, puasa dan zakat. Bila tauhid kepada Allah sudah kukuh, maka rukun Islam yang lima mula diajarkan, 1. Mengucap dua kalimah syahadah 2. Mendirikan solat 5 waktu 3. Mengeluarkan Zakat 4. Berpuasa di bulan ramadhan 5. Menunaikan haji jika berkemampuan. 5 rukun ini umpama kulit luar sesuatu kuih berinti atau pakaian. Ada yang mampu melakukan kesemua rukun tersebut tetapi bukan semua dapat melakukannya sepenuh jiwa iaitu penyerahan diri yang hakiki. Maka di situlah tassauf menjadi inti atau tubuh untuk sehelai pakaian.Tassauf hanya ternampak pada fekah kerana tassauf umpama benda ghaib, tak nampak di mata tetapi
4 terasa di hati. Tasauflah yang menjadikan fekah apabila dilakukan terasa nikmat dan diterima oleh Allah SWT. Para ulama memberikan pengertian tasawuf berbeza-beza antaranya: 1. Abu Hamid al Hariri: Tasawuf adalah sentiasa menjaga keadaan (ingatan kepada Allah) dan beradab. 2. Imam Nawawi: Tasawuf bukanlah berbentuk-bentuk dan ilmu yang bersusun-susun tetapi tassauf ialah budi pekerti atau akhlak. 3. Abu Bakar Muhammad bin Ali bin Ja’far al-Kattani: Tasawuf adalah kebersihan (hati) dan bermusyahadah (celik mata hati kepada Allah) 4. Syaikh Abu Yazid Thaifuri bin Isa al_Bustami: Tasawuf adalah Ha’( ), Kho’ ( ) dan Jim ( )’ Iaitu Tahalli/ menghiaskan diri dengan akhlak terpuji, Takhalli/ melepaskan diri daripada akhlak tercela dan Tajalli/mendekatkan diri kepada Tuhan daripada semua makhluk. 5. Abu Bakar Muhammad bin Ali bin Ja’far al-Kattani dan al-Hariths ashShufi: Tasauf adalah ilmu yang membahas berkenaan keadaan hati dari segi kebersihannya dari selain Allah dan mengingatkan roh (jiwa manusia) ke alam kesucian dengan mengikhlaskan pengabdian hanya kerana Allah semata-mata. 6. Abdul Qadir Bin Abdul Mutalib al-Mandili: Ilmu Tasawuf adalah pengetahuan yang diketahui dengan dia akan segala kelakuan hati, sama ada kelakuan yang dipuji seperti merendah diri dan sabar atau kelakuan yang dicela seperti dengki dan membesarkan diri. 7. Al-Imam al-Ghazali: Jalan (tasawuf) adalah mendahulukan kesungguhan dalam memerangi hawa nafsu dan beribadah, menghilangkan segala sifat yang tercela, memutuskan segala hubungan dan menghadap dengan penuh kemahuan kepada Allah Ta’ala. 8. Syekh Abul Hasan asy-Syadzili (m. 1258) Syekh Sufi Besar:
5 Dari Afrika Utara, mendefinisikan tasawuf sebagai “praktik dan latihan diri melalui cinta yang dalam dan ibadah untuk mengembalikan diri kepada jalan Tuhan.” 9. Syaikh `Abd al-Qadir al-Jilani: Tasawuf ialah pembersihan hati (tasfiyah) dari sesuatu yang lain dari Allah. 10. Syaikh Abu Bakr al-Kattani: Tasawuf ialah kejernihan hati (safa’) dan penyaksian batin (mushahadah). FAEDAH MEMPELAJARI ILMU TASAWUF Mengajar untuk mengosongkan hati selain daripada Allah Ta’ala dan menghiasi dan memenuhinya dengan memandang dan menyerahkan diri bulat-bulat kepada Allah, Pemilik sekalian alam. HUKUM DAN SUMBER ILMU TASAWUF Hukum mempelajari ilmu tasawuf adalah fardhu ‘ain atas tiap-tiap yang berakal dan sampai umur. Sumber ilmu tasawuf adalah al-Quran dan Hadith Nabi Muhammad S.A.W. PANDANGAN BEBERAPA ULAMA MENGENAI TASAWUF Abu Sulaiman Abd. Rahman bin ‘Athiah ad- Darani q.a.s.: “Dan kadang-kadang sampai kepadaku beberapa faedah dari suatu kaum (ahli Tasauf), maka aku tidak akan langsung menerima kecuali dengan adanya dua saksi yang adil iaitu Quran dan Sunnah. Abu Qasim bin Muhammad Junid al- Baghdadi q.a.s: “Mazhab kita (Tasawuf) dipautkan kepada Quran dan Sunnah.” Dzunnun al-Misri q.a.s: “Daripada tanda orang mencintai Allah ialah sesiapa yang mengikuti kekasih Allah (Nabi Muhammad s.a.w) dalam akhlak, perbuatan, suruhan dan sunnahnya.” Abu Yazid al-Bustami q.a.s.:
6 “Jika anda melihat seseorang yang diberi keramat (kemuliaan) misalnya sehingga ia boleh terbang sekalipun, janganlah anda tertarik kepadanya, kecuali jika ia melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar serta menunaikan semua kewajipan syariat. Sirri al-Saqathi q.a.s.: “Tasawuf itu adalah nama bagi tiga unsur: 1. Orang yang tidak mengalahkan cahaya atau nur ma’rifatnya akan cahaya wara’ nya iaitu orang yang ilmu ma’rifatnya tidak mengalahkan ilmu syariatnya. 2. Orang yang tidak menfatwakan ilmu-ilmu batin yang bercanggah dengan Quran dan Sunnah iaitu ilmu tasaufnya tidak bercanggah dengan Quran, Hadits dan Sunnah Rasulullah. 3. Orang yang memiliki keramat , yang mana keramatnya tidak digunakan kepada yang dilarang oleh Allah. KEDUDUKAN TASAWUF DALAM ISLAM Tasawuf adalah maqam ihsan.Ia merupakan sebahagian dari tiga bahagian utama agama iaitu islam, iman dan ihsan.Islam itu merujuk kepada amalan lahiriah iaitu perlaksanaan terhadap perintah-perintah agama yang berpaksi pada lima rukun utamanya iaitu shahadah, solat, puasa, zakat dan haji. Iman merujuk kepada keyakinan hati terhadap rukun-rukun iman yang berpaksi pada enam rukun utamanya itu kepercayaan kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari akhirat dan qada’ serta qadar. Ihsan merujuk kepada amalan batin manusia iaitu penyaksian hati terhadap hadrat ilahi. Iman itu boleh diumpamakan sebagai tapak binaan, islam itu sebagai binaan asas, dan ihsan itu pula ialah pelengkap, penyempurna dan penyeri binaan. CARA MENCAPAI TASAWUF Menurut Imam al-Ghazali, setiap maqam agama itu seperti taubat, sabar, syukur, reda, tawakkal dan sebagainya, adalah terdiri dari tiga perkara iaitu ilmu, amal dan hal (nur).
7 Ilmu diperolehi menerusi pengkajian dan pembelajaran dan ilmu itu pula menghendaki pengamalan. Amal yang jujur, bersungguh-sungguh, istiqamah dan berdasarkan ilmu akan membuahkan hal (intipati ilmu tasawuf). Amal yang menghasilkan tasauf ialah amal yang berfungsi membersih dan mentawajjuhkan hati kepada Allah iaitu apa yang diistilahkan sebagai mujahadah dan riyadah. Amalan, tata-cara, adab-adab serta tunjuk-ajar dalam melaksanakan mujahadah dan riyadah dinamakan tarekat. Tarekat ialah berusaha sedaya upaya menujukan dan menumpukan tumpuan hati kepada Allah menerusi amalan yang dilaksanakan. Menurut Ibn Qayyim, Semua amal itu disyariatkan adalah untuk melaksanakan zikrullah,iaitu apa yang dimaksudkan dengan amal-amal itu ialah zikrullah (mengingati Allah). Tidak ada jalan untuk mendapatkan ahwal dan ma`rifah itu kecuali menerusi zikir. KESAN-KESAN TASAWUF Memperteguhkan keimanan dan membina jatidiri muslim. Menimbulkan kesedaran jiwa. Membina keperibadian dan akhlak mulia. Membentuk insan yang bertanggungjawab dan mewujudkan persaudaraan, perpaduan dan sifat rahmat sesama manusia. *Terima kasih untuk perkongsian dan semoga Allah meredhai setiap insan yang berkongsi serta berusaha mempelajari ilmu tentang Allah.
1 49 Selepas kejadian dengan Pak Mahat, Aki Lela menjadi kurang sihat selama dua hari. Selama dua hari juga, aku hanya berada di rumah. Aki Lela kurang selera makan dan lebih banyak berbaring di atas tikar. Aku risau melihat dirinya. Mungkin kejadian yang menimpa Pak Mahat menjadikannya rasa bersalah. Dua malam aku masuk ke biliknya dan memicit tubuhnya. Tiba-tiba aku teringatkan Arwah Aki Karim yang sakit-sakit sebelum meninggal. Aku tak sanggup lagi kehilangan seorang lagi aki, sekurang-kurangnya bukan buat masa yang terdekat ini. “Man, mari sini cu”, terdengar suara Aki Lela memanggil aku. Ya Allah, lembutnya panggilan Aki Lela malam ini. Tiba-tiba air mata aku bergenang. “Man datang ni”, jawab aku sambil berjalan masuk ke biliknya. Aku duduk bersila di sebelahnya yang terbaring di atas tikar. Aku memicit kakinya sambil mengesat air mata aku. “Kenapa kau menangis?”, tanya Aki Lela. Aku sapu lagi air mata aku yang tiba-tiba menitik laju. “Man sayangkan aki, Man dah anggap aki macam aki Man sendiri”, jawab aku. “Aku pun dah anggap kau macam cucu aku sendiri sebab aku tak ada cucu lelaki”, katanya sayu dan perlahan mengusap kepala aku. “Aki cepatlah sihat, tak suka lah aki sakit macam ni. Aki kan hebat”, kata aku lagi. Aki Lela tersenyum. “Man, sehebat mana pun kita, sekuat mana pun kita, sekaya mana pun kita, bila Allah berkehendak kita sakit, tak ada siapa boleh menghalangnya. Kita adalah hak Dia jadi Dia berhak beri apa sahaja tak kira kebahagiaan atau kesakitan”, terang Aki Lela dengan perlahan dan lembut. “Man tak nak hilang aki seperti Man hilang Aki Karim”, rintih aku sambil air mata aku bercucuran laju. “Yang hidup pasti mati, tak kira bila dan di mana sekalipun. Setiap ujian Allah khusus untuk hambanya yang sabar. Jika Aki tak ada nanti, kau cari orang bernama Pak Abu”, terang Aki Lela lagi. Aku menangis tersedu sedu. Aku letak kepala aku di dadanya. Aki Lela belai rambut aku.
2 “Aki jangan cakap macam tu”, kata aku. “Man, kau memang istimewa. Anugerah Allah macam ni jarang-jarang sangat dapat kepada seorang budak yang masih kecil. InshaAllah, jika terjadi apa-apa pada aki, Pak Abu akan datang jumpa kau”, kata Aki Lela tersekat-sekat. Aku hanya diam sambil tersedu sedu di dada Aki Lela. Aku bangun ke dapur. Aku mengambil air putih dan masuk semula ke bilik Aki Lela. Aku letak air putih di hadapan aku dan aku mula membaca antara ayat yang Aki Lela pernah ajar. Kemudian, air itu aku suapkan ke mulut Aki Lela dan selebihnya aku basahkan mukanya. Aki Lela membiarkan sahaja apa yang aku lakukan. Malam itu aku tidur di sebelah Aki Lela. Aku tak mahu berjauhan darinya. Aku tersedar bila Aki Lela kejutkan aku untuk solat subuh. Alhamdulillah, Aki Lela sudah nampak semakin sihat. Selepas bersarapan, kami berjalan ke sungai bersama seekor ayam yang sudah disembelih. “Kau panggil Putih”, kata Aki Lela. Aku teruja. “Putih...Oh Putih, mari sini lekas”, suara aku memanggil Putih. “Marilah Putih..lekas”, rayu aku lagi. Tiba-tiba ada kocakan air di permukaan sungai dan tak lama kemudian Putih menampakkan mukanya. Aki Lela berdiri di tebing sungai sambil tangannya di letakkan ke bawah. Aku bercekak pinggang dengan sebelah tangan. “Turunkan tangan kau, orang yang bercekak pinggang adalah orang yang sombong. Jangan buat lagi macam tu”, jerkah Aki Lela. Cepat-cepat aku turunkan tangan aku. “Bagi ayam ni pada Putih”, kata Aki Lela. Aku campak ayam itu tepat ke arah Putih. Putih menyambar ayam tersebut sebelum ayam itu jatuh ke dalam sungai. “Putih..ini cucu aku. Jika aku tak ada nanti, dialah yang akan panggil kamu. Kamu mesti datang”, Aki Lela bercakap dengan Putih. Aku memandang tajam pada Aki Lela. Percakapannya merisaukan aku. Selepas habis makan ayam tersebut, Putih mengangkat tinggi kepalanya sekali lalu menyelam dan hilang. “Mari kita balik, ada orang datang ke rumah”, kata Aki Lela. Kami bergerak pulang ke rumah. Sampai di rumah, memang benar ada sebuah kereta berwarna putih di sebelah bangsal. Seorang lelaki dewasa sedang duduk di bangsal. Kami menuju ke arah lelaki tersebut. “Assalamualaikum wbt”, Aki Lela memberi salam.
3 “Waalaikumusalam”, jawab lelaki itu yang seperti tersedar dari lamunan. Kami bersalaman. “Kamu ni siapa?” tanya Aki Lela. “Saya Leman dari Kampung Delima, saya dapat tahu rumah ni dari Abang Meon. Tok ni Tok Lela kan?” jawab lelaki itu. “Ya saya. Ada hal apa ni encik?” tanya Aki Lela. “Begini tok. Saya ni kerja dengan syarikat pembinaan. Tauke saya orang cina. Syarikat tempat saya kerja dapat buat bangunan sekolah di Kampung Delima tapi masalahnya kami tak boleh buat kerja”, ceritanya. Tiba-tiba dia diam. “Ada gangguan ke?” tanya Aki Lela. “Ya tok. Nak ratakan tanah pun tak boleh. Mesin mati sendirilah, nampak macam ada lubang besarlah, macam-macam gangguan. Itu yang tauke saya mintak cari orang yang pandai”, kata Leman lagi. “Jangan macam tu tok, saya tahu dari Abang Meon yang tok boleh tolong halau ‘benda-benda’ tu”, kata Leman lagi. Muka Aki Lela berubah. “Bukan kuasa aku, itu kuasa Allah SWT”, jawab Aki Lela dengan nada tegas. Leman terdiam. “Saya minta maaf tok, mungkin saya tersalah cakap. Kalau tok tak tolong, kesian budak-budak kampung nak sekolah”, pujuk Leman. “Baiklah aku akan usahakan. Kamu kena bawak aku ke sana sekarang, aku nak tengok tempat dulu”, kata Aki Lela. “Baik tok”, jawab Leman. Kami naik ke rumah untuk bersiap dan kemudian turun menaiki kereta. Kami sampai di tapak projek yang dikatakan Leman. Kami turun dan memerhati kawasan sekeliling. Projek di rancang di muka hutan yang agak tebal. Pokok-pokok besar masih megah berdiri. Beberapa jentera berat sudah bersedia di tapak projek. Lama Aki Lela memandang ke arah hutan. Sesekali kepalanya bergerak ke kiri dan ke kanan. “Mari Man, kita masuk ke dalam hutan sekejap”, kata Aki Lela. Kami mula bergerak. Bulu roma aku mula meremang. Aku tahu ada sesuatu di dalam hutan ini. Kami berhenti di satu tempat berdekatan satu busut yang tinggi. Aki Lela tegak berdiri. Dia membaca sesuatu sambil memejamkan mata.
4 “Mari kita keluar”, tiba-tiba Aki Lela bersuara. Kami bergerak keluar dari hutan. Di luar hutan kelihatan ada seorang lelaki cina berusia bersama Leman. “Apa macam Latok?” kata cina itu dengan bahasa pelat. Aki Lela memandang tajam ke arah cina tersebut. “Tok, ini tauke saya, Ah Leng”, cepat-cepat Leman memotong cakap Ah Leng bila melihat air muka Aki Lela. “Maaf Latok, boleh tolong sama kami?”, tanya Ah Leng. “Aku ikhtiar untuk budak-budak sekolah, bukan untuk kamu”, kata Aki Lela. Ah Leng diam. “Selepas maghrib nanti datang ambik aku semula, mari kita balik Man”, pesan Aki Lela kepada Leman. Kami bergerak pulang. Ah Leng hanya terkebilkebil melihat kami. Selepas maghrib, seperti yang dijanjikan Leman datang mengambil kami. Sampai di tapak projek, suasana agak cerah diterangi lampu besar kongsi. Cuma cahaya ke arah hutan agak samar-samar. “Kamu tak perlu ikut kami. Jangan benarkan sesiapa menghampiri hutan ini dan jangan tegur apa-apa yang kamu dengar”, pesan Aki Lela kepada Leman. Kami bergerak masuk ke hutan. Bulu roma aku sudah mula berdiri. Bunyi yang pelik-pelik mula kedengaran. Kadang-kadang kelihatan pergerakan sesuatu dengan laju seperti angin. ”Hati-hati, kita dah masuk ke ‘perkampungan’ mereka”, kata Aki Lela. Jantung aku berdegup laju bila terdengar perkataan ‘perkampungan’. Tiba-tiba Aki Lela berhenti dan berdiri tegak. Mulutnya membaca sesuatu. Aku juga membaca ayat-ayat yang Aki Lela ajar. Tak lama kemudian aku terasa tanah yang aku pijak bergegar. Kami berdiri dalam keadaan terhuyung-hayang seperti dalam keadaan gempa bumi. Aki Lela terus membaca mentera dan aku pula mula berzikir. Tiba-tiba terdapat asap berkepul-kepul di hadapan kami. Hilang sahaja asap itu, terlihatlah satu lembaga putih yang tinggi dan besar, tanpa taring tapi mukanya memang menakutkan. Di belakangnya kelihatan samarsamar beberapa lagi lembaga-lembaga yang sedang berdiri. Mungkin yang tinggi dan besar ini ketua mereka. ”Apa kamu mahu?” suara lembaga itu bergetar. “Aku mintak kamu semua pindah ke tempat lain, manusia mahu bina sesuatu di tempat ini”, jawab Aki Lela.
5 “Ini kampung kami, kami tak akan keluar dari sini”, kata lembaga itu dengan nada marah. “Aku minta kamu pindah sebelum keadaan jadi susah”, balas Aki Lela. “Berikan aku seorang manusia sebagai ganti”, kata lembaga itu lagi. “Tak boleh, manusia bukan dari golongan kamu”, bentak Aki Lela semula. “Berikan budak itu sebagai hadiah dan kami akan keluar dari hutan ini”, pinta lembaga itu sambil menunjuk ke arah aku. Berpeluh-peluh aku bila mendengar permintaan lembaga itu. “Ini cucu aku. Sekali lagi aku minta kamu semua keluar dari sini atau aku akan musnahkan kamu”, jerkah Aki Lela. “Kami tak akan keluar”, jerit lembaga itu dengan kuat. Aki Lela membaca sesuatu dengan kuat dan lantang. Aku juga berzikir dengan kuat. Angin mula bertiup kencang. Daun-daun kering melayang-layang seperti bulatan di sekeliling kami. Suara Aki Lela membaca mentera semakin kuat. Tiba-tiba lembaga-lembaga yang berada di belakang ketua mereka mula berterbangan mengelilingi tempat kami berdiri. Bersimpang siur pergerakan mereka. “Pedulikan mereka, kuatkan zikir”, jerit Aki Lela. Aku kuatkan bacaan zikir. Lembaga di hadapan kami mula terapung dari tanah. Mukanya semakin menakutkan. Tiba-tiba dia terbang ke arah kami. Hampir sahaja dia dengan kami, Aki Lela dengan pantas menikam lembaga tersebut. Dia menjerit nyaring. Lembaga-lembaga yang lain mula hendak menyerang kami. Aki Lela menikam kerisnya ke tanah. Dari situ keluar gumpalan angin yang kuat. Tanah yang aku pijak bergegar bagai nak terbelah. Semua lembaga yang ada di sekeliling kami melayang jauh. Selepas itu, ketua mereka muncul semula di hadapan Aki Lela. “Aku bagi kamu amaran terakhir, keluar dari sini dan jangan ganggu manusia di sini”, jerit Aki Lela. Lembaga itu tetap berdegil dan menyerang Aki Lela sekali lagi. Tangannya dihulurkan ke depan untuk mencapai leher kami. Aki Lela menghentakkan kaki kanannya ke tanah dengan kuat. Lembaga itu terpelanting ke belakang. “Man, bersila”, jerit Aki Lela. Cepat-cepat aku bersila. Aki Lela buat bulatan. “Ikut aku baca”, jerit Aki Lela lagi. Aku mengikut apa yang Aki Lela baca. Lembaga itu kini turun ke pangkal pokok di hadapan kami. Dia bersedia nak menyerang kami sekali lagi. Tiba-tiba, terdengar laungan suara Aki Lela, “Allahuakbar”. Aki Lela melontar kerisnya ke
6 arah lembaga itu dan tepat kena kepala lembaga itu. Tubuhnya kini terlekat di batang pokok. Aki Lela bangun dan menuju ke arah lembaga itu. Lembaga itu meronta-ronta untuk cuba melepaskan diri. Aki Lela mencabut kerisnya dan menikam sekali lagi ke arah dada lembaga tersebut. Satu lolongan yang kuat kedengaran. Semakin lama semakin sayup dan akhirnya suara lolongan itu senyap. Lembaga itu hilang dari pandangan. “Beginilah yang arwah aki kau lalui sebelum ini. Jika makhluk itu ingat dan takut, dia tak akan mengganggu lagi tapi jika dendamnya masih ada, dia akan datang cari keturunan aku yang masih ada”, terang Aki Lela. Aki Lela duduk keletihan. Mungkin badannya belum benar-benar sihat. “Aki sakit?” tanya aku. Aki Lela hanya gelengkan kepala. “Mari kita keluar”, ajak Aki Lela. Kami sampai di luar hutan. Leman berlari mendapatkan kami. “Tok, tadi saya nampak banyak benda berwarna putih terbang kat atas pokokpokok yang tinggi. Saya terus lari masuk kereta”, suara Leman termengahmengah. “InshaAllah semua dah selesai. Cuma aku mintak, kamu mintak orang-orang masjid buat solat hajat. Mohon kepada Allah dijauhkan semua gangguan, bukan bagi dua ekor kambing hitam seperti sebelum ni”, kata Aki Lela. Leman tercengang. “Macam mana tok tahu pasal kambing tu?” tanya Leman kehairanan. “Ada ‘orang’ bagi tahu aku. Ingat, jangan ulang benda yang sama”, Aki Lela memberi amaran. “Tok, ini duit upah dari Ah Leng”, kata Leman sambil menghulurkan duit kepada Aki Lela. Muka Aki Lela berubah. “Tauke kamu ingat ilmu Allah ini boleh dijual beli?” jerkah Aki Lela. Leman terdiam. “Duit tu kamu bagi pada masjid dan mintak dia orang buat solat hajat”, kali ini suara Aki Lela kembali lembut. Leman mengangguk. “Mari tok, saya hantar tok balik”, kata Leman sambil kami menuju ke kereta. Kami bergerak pulang.
7 “Tok, pekerja-pekerja yang tinggal dekat kongsi ada cerita sesuatu kat saya. Dia orang cakap, ada perempuan cantik selalu datang tengah-tengah malam dekat Kongsi dia orang. Siapa tu tok?” tanya Leman. Aki Lela diam seketika. 50 “Tempat yang nak buat sekolah tu memang banyak gangguan, tempat begitu kawasan ‘benda-benda’ macam tu”, terang Aki Lela. Leman terdiam. “InshaAllah nanti aku cuba tengok macam mana”, kata Aki Lela lagi. Tak lama kemudian kami tiba di rumah. “Saya takutlah tok nak balik ni”, tiba-tiba Leman bersuara. Aki Lela tersenyum. “InshaAllah tak ada apa-apa, sebab tu penting pelajaran ugama”, Aki Lela pulang paku buah keras. Leman tertunduk malu. Kami turun dan Leman pun bergerak pulang. Kami naik ke rumah. Aki Lela nampak seperti keletihan. Aku turun membersihkan diri. Selepas makan dan solat isyak, aku bersila di hadapan Aki Lela. Aki Lela tersenyum melihat aku. “Dalam Islam, kita ada tiga peringkat pembelajaran. Pertama, ‘usuluddin’ atau awal agama. Awal agama adalah mengenal Allah. Di situ letakknya sifat 20. Sebab itu pada permulaan Rasulullah mengembangkan Islam, Rasulullah menekankan tauhid tapi jika kita tak mengenal Allah kita tak mampu mendalami tauhid kepada Allah SWT. Awal agama juga tak mewajibkan solat. Solat hanya diwajibkan setelah keimanan dan keyakinan terhadap Allah teguh tertanam. Jika kita tak tahu dan tak kenal Allah, solat kita jadi sia-sia. Bila kita mati nanti, solat kita akan naik ke langit. Jika solat kita berisi, ia akan diterima Allah dan jika solat kita kosong, ia akan dilipat-lipat dan dilontar kembali kepada kita. “Macam mana kita nak tahu solat kita diterima Allah, aki?” tanya aku. “Tengok diri kita sendiri. Jika yang keluar dari mulut kita perkataan yang baikbaik, yang keluar dari kita perbuatan yang baik-baik maka itu adalah tandatanda solat kita diterima Allah. Jika percakapan dan perbuatan kita masih buruk, itu tandanya solat kita sia-sia”, jawab Aki Lela.
8 Tiba-tiba Aki Lela terbatuk-batuk tanpa henti. Dia memegang dadanya. Aku bingkas bangun mengurut dadanya. “Aku batuk aje”, kata Aki Lela. “Aki rehatlah, bila aki dah sihat kita sambung semula”, cadangan aku. Aki Lela mengusap kepala aku dan cium kepala aku. Dia mengangguk. Aku cium pipi dia dan masuk ke bilik aku. Malam itu aku tak lena tidur. Pagi itu selepas bersarapan, aku hanya berehat di bangsal. Aku tak mahu mengganggu Aki Lela yang sedang berehat. Bila bosan, aku turun ke gelanggang silat. Aku cuba ikut gerak tari silat Aki Lela yang aku pernah nampak. Berpeluh- peluh. Aku berehat di bangsal kerana terasa penat. Aku nampak Aki Lela turun perlahan-lahan dari rumah. Dia datang ke arah bangsal dan duduk berjuntai kaki. “Aki tak usah lah turun, berehat aje lah di bilik aki”, kata aku. Aki Lela hanya tersenyum sambil menarik nafas panjang-panjang. “Aku dah sihat, lagi lama aku baring dalam bilik, lagi sakit badan aku”, terang Aki Lela. Kami duduk bersembang di bangsal. Macam-macam pelajaran dan petua yang Aki Lela turunkan. Suka hati aku bila tengok Aki Lela kadang-kadang ketawa. Lega rasa hati. Menjelang tengah hari kami naik ke rumah untuk makan dan solat. Aku berehat sebentar dalam bilik hingga tertidur. Bila tersedar, aku turun ke bangsal dan aku dapati Aki Lela sudah berada di sana. Kami sambung lagi perbualan kami hingga asar dan selepas asar Aki Lela tetap bersemangat mengajar aku. Lega kerana siang ini tiada sesiapa yang datang mengganggu. “Man, takutlah untuk melakukan dosa. Takutlah kepada balasan Allah. Bila kau dah dewasa nanti, kau bawalah mancis api atau pemetik api ke mana sahaja kau pergi. Bila kau teringin atau terlalai untuk melakukan dosa, kau cucuhlah salah satu jari kau dengan api. Jika kau tahan dengan rasa panas, maka teruskanlah. Jika kau tak tahan dengan rasa panas api tu, ketahuilah api neraka tersangatlah panas berbanding api di dunia.”, nasihat Aki Lela. Aku angguk tanda faham. Selepas solat maghrib dan makan malam, seperti biasa Aki Lela menyambung kuliahnya dan anak muridnya hanya aku seorang. “Mukhalafatuhu lil hawadith adalah sifat Allah yang keempat. Allah berbeza sama sekali dengan makhluk, tiada satu pun persamaan. Baik dari segi bentuk mahu pun sifat. Jangan sesekali membandingkan Allah dengan makhluk. Contohnya mendengar. Kita mendengar dengan telinga tetapi hanya Allah yang mengetahui bagaimana Dia mendengar. Sebagai manusia, cukup sampai di situ permikiran kita. Jangan sengaja ditambah untuk berfikir bagaimana Allah mendengar. Sebab itu ada yang jadi gila isin atau gila ilmu bila
9 melangkaui apa yang sepatutnya kita berfikir. Paling penting, jangan samakan Allah dengan makhluk.”, terang Aki Lela dengan tegas. Aku hanya mengangguk. Tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta. “Siapalah pulak datang malam-malam ni, mesti nak cari aki”, bisik hati aku. “Jangan mengeluh atau buruk sangka. Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengatur segalanya. Dalam hidup kita, tak penting apa yang kita miliki tapi yang penting adalah apa yang kita boleh beri dengan izin Allah. Sebab itu ilmu yang istimewa bukan semua orang boleh dapat. Setiap manusia atas dunia ni ada tanggungjawab yang telah Allah tetapkan”, nasihat Aki Lela. Akhirnya bunyi enjin kereta itu kedengaran di hadapan rumah. “Assalamualaikum Tok Lela”, terdengar suara lelaki dari tanah. “Waalaikumusalam wbt”, jawab Aki Lela sambil bangun membuka pintu. Aku mengekorinya dari belakang. “Kamu Meon, kenapa ni?” tanya Aki Lela. Aku nampak Pakcik Meon berdiri di tanah. “Marilah naik dulu”, pelawa Aki Lela. “Tak apa lah tok, dekat sini pun boleh”, jawab Meon sambil duduk di tangga. Aki Lela pun turut duduk di tangga. “Saya ni datang nak mintak tolong tok tengokkan budak Leman yang datang rumah tok malam tadi”, terang Pakcik Meon. “Kenapa pulak dengan budak tu?” tanya Aki Lela. “Mak dia cerita, selepas dia balik dari rumah tok malam tadi, Si Leman tu berperangai pelik. Cakap sorang-sorang dalam bilik. Siang tadi asyik tidur aje. Bila mak dia panggil, dia marah-marah. Katanya jangan ganggu dia sedang bergurau dengan isteri dia”, cerita Pakcik Meon. “Tapi dia sebenarnya tak kahwin lagi kan?” tanya Aki Lela. “Itu lah sebabnya mak dia mintak tolong saya panggil tok”, jawab Pakcik Meon lagi. “Dia sorang-sorang je dalam bilik, bukan ada orang lain”, tambah Pakcik Meon. “Sekejap, aku tukar pakaian dulu”, jawab Aki Lela sambil bangun menuju ke bilik. Aku pun turut bangun sama.
10 “Kau pegang keris kau ni, ingat, guna bila perlu sahaja”, pesan Aki Lela. “Nurul, kunci pintu ni!”, jerit Aki Lela kepada Kak Nurul yang ada di dalam bilik bersama Kak Ayu. Kami turun dan bergerak menaiki kereta Pakcik Meon. Tak lama kemudian kami sampai di rumah Leman di Kampung Delima. Rumah kayu sederhana besar. Kami turun dari kereta. “Assalamualaikum Kak Jie”, suara Pakcik Meon. “Waalaikumusalam”, balas suara seorang perempuan dari dalam rumah sambil membuka pintu. “Kak Jie, ni lah Tok Lela”, kata Pakcik Meon lagi. “Jemputlah naik tok”, pelawa Makcik Jie. Kami naik ke rumah dan duduk di kerusi rotan. “Maaf lah tok malam-malan macam ni menyusahkan tok tapi anak saya Si Leman tu semakin menjadi jadi perangainya. Takut saya”, cerita Makcik Jie. “Boleh saya masuk ke biliknya?” tanya Aki Lela. “Dia tak nak buka pintu bilik dia, siap marah-marah lagi”, terang Makcik Jie lagi. “Tak apa, InshaAllah saya usahakan. Biar saya dengan cucu saya aje yang pergi”, jawab Aki Lela. Kami bergerak ke arah bilik yang agak ke belakang. Sampai di muka pintu, Aki Lela membaca sesuatu. Kemudian dia menyapu kelopak mata aku dengan tapak tangannya. “Sekejap lagi kita akan nampak apa yang orang tak nampak, ingat jangan tertipu dengan tipu daya iblis”, pesan Aki Lela. Dengan sekali tolak menggunakan tapak tangannya, pintu bilik itu terbuka. Kelihatan di hadapan kami Leman sedang memeluk seorang wanita yang amat cantik. Leman terperanjat melihat kami. “Kenapa kamu semua ganggu aku?” jerit Leman sambil bangun dari katilnya. Mukanya merah padam. “Kamu mari dekat aku”, kata Aki Lela dengan perlahan dan lemah lembut. “Kamu boleh keluar, jangan ganggu aku dengan isteri aku”, jerit Leman lagi. Aki Lela membaca sesuatu. Wanita itu menjeling tajam ke arah kami. Tiba-tiba tubuh Leman menjadi kejang. Badannya melentik keras. Matanya terbeliak. Mulutnya berbuih. Aki Lela terus membaca mentera. Aku juga membaca apa
11 yang aku belajar. Wanita itu memeluk Leman dari belakang. Tangannya mengusap usap muka Leman. Semakin lama kukunya kelihatan semakin panjang. Tiba-tiba mukanya yang cantik berubah kepada muka yang amat hodoh. Matanya merah dan mulutnya berlumuran darah. Aki Lela terus membaca mentera. Tiba-tiba Leman bangun dan berdiri tegak di hadapan kami.Matanya hanya kelihatan mata putih. Dia menghampiri kami. Tiba-tiba Aki Lela menguis tangannya ke kiri dan serta merta Leman tercampak ke sebelah kiri kami. Leman terbaring di lantai. Lembaga wanita itu terbang ke arah Aki Lela tetapi lembaga itu terpelanting ke belakang bila Aki Lela menahannya dengan tapak tangan. Lembaga itu menjerit marah. “Ini laki aku”, jeritnya dengan suara yang nyaring. Kali ini dia menerkam untuk mencekik leher Aki Lela. Bila tersentuh sahaja leher Aki Lela, lembaga itu menjerit kuat. “Panasss..”, dia melepaskan leher Aki Lela. Dia beralih memandang ke arah aku. Aku tahu dia akan menyerang aku bila dia gagal menyerang Aki Lela. Aku baca ayat yang aku belajar. Dia menerkam untuk mencekik leher aku tapi aku hentak kaki aku ke lantai. Lantai bergegar, lembaga itu terundur ke belakang. Dia memandang ke arah Leman yang pengsan di tepi dinding. Tiba-tiba Leman bangun dengan mata yang tertutup. Dia menerkam ke arah Aki Lela. Aki Lela berjaya menjatuhkan Leman ke lantai hingga Leman jatuh terlungkup. Aki Lela meletakkan tapak tangannya di ubunubun Leman sambil membaca sesuatu. Lembaga itu cuba sekali lagi menyerang Aki Lela yang sedang menumpukan perhatian kepada Leman. Aku melompat ke hadapan lembaga itu. Dia menghulurkan tangannya yang berkuku tajam. ”Allahuakbar”, jerit aku sambil menumbuk ke lantai. Lantai rumah bergegar. Lembaga itu tercampak ke belakang. Aku melompat tinggi dan menikam lembaga itu dengan keris aku. Lembaga itu menjerit kuat dan terbang melayang layang ke merata dinding. Berdentum! Lembaga itu menerpa ke arah tingkap dan terbang keluar melalui tingkap yang terbuka. Aku melompat keluar melalui tingkap yang terbuka luas. Lembaga itu hinggap di atas pokok yang rendah. Aku baca sesuatu dan tikam keris ke tanah. Pokok itu bergoyang dengan kuat. Lembaga itu bagai terkunci di atas pokok. Tiba-tiba Aki Lela muncul bersebelahan aku. Aki Lela membaca sesuatu dan melontar kerisnya ke arah lembaga tersebut. Satu jeritan yang amat kuat dan nyaring kedengaran diikuti bunyi anjing menyalak yang
12 bersahut-sahutan. Lembaga itu mula terbakar. Dia meronta ronta seperti menahan kesakitan. Akhirnya tubuh lembaga itu hangus dan hilang dari pandangan. Aki Lela berjalan ke bawah pokok untuk mengambil kerisnya yang jatuh terpacak di tanah. Kami naik semula ke atas rumah dan masuk ke bilik Leman bersama Makcik Jie dan Pakcik Meon. “Tolong ambilkan air putih”, pinta Aki Lela kepada Makcik Jie. Makcik Jie bangun dan datang semula bersama air putih. Aki Lela membaca sesuatu dan membasahkan muka Leman. Perlahan-lahan Leman membuka matanya. Dia memandang kami semua kehairanan. “Minum air ni”, arah Aki Lela sambil menghulurkan air. Leman duduk berlunjur. “Alhamdulillah semua dah selamat”, kata Aki Lela. “Terima Kasih Tok Lela”, balas Makcik Jie. “Kau kena terima kasih pada budak Man ni jugak, dia pun banyak tolong aku tadi”, kata Aki Lela lagi. Aku tersenyum malu-malu. Aki Lela gosok kepala aku. “Terima kasih nak”, kata Makcik Jie. “Alhamdulillah, sama-sama”, jawab aku. “Buat sementara ni kamu jangan bagi Leman ni kerja di sana. Bagi dia berehat dalam dua atau tiga hari”, pesan Aki Lela. “Baiklah tok”, jawab Makcik Jie. “Kami minta diri dulu”, Aki Lela bangun dan diikuti aku dan Pakcik Meon. Kami bergerak pulang. “Kamu kenal rapat ke keluarga Leman tu, Meon?” tanya Aki Lela. “Rapatlah jugak. Kak Jie tu nama sebenar dia Fauziah. Kawan kepada kakak saya”, terang Pakcik Meon. Akhirnya kami tiba di rumah. Rumah Aki Lela gelap gelita. “Kenapa gelap je Tok Lela?” tanya Pakcik Meon. “Tak ada apa, kamu balik dulu”, jawab Aki Lela. Pakcik Meon berlalu pergi. Aki Lela tegak berdiri.
13 51 Jantung aku berdegup laju. “Kenapa bergelap ni?” bisik dalam hati aku. Lama Aki Lela berdiri. Tiba-tiba Aki Lela menumbuk ke tanah. Tanah yang aku pijak terasa bergegar. Suasana jadi sunyi dan sepi. Tiada langsung bunyi hatta bunyi cengkerik sekali pun, seperti aku berada dalam dunia yang lain. Kepala aku tiba-tiba terasa pening dan mata berpinar. Papp! bunyi tepukan di bahu aku. Aku tersedar dari lamunan. “Kau lalai, ada orang butakan mata kita semua”, bisik Aki Lela. Otak aku asyik memikirkan keselamatan Kak Nurul dan Kak Ayu. Aki Lela menggenggam pasir di tangan kanannya. Dia membaca sesuatu dan kemudian melontar pasir ke atas atap. Suasana mula nampak cerah disuluh cahaya bulan. Tak lama kemudian, semuanya menjadi gelap semula, seolah-olah bagai ada penghadang antara rumah dan cahaya bulan. “Man, kau pusing ikut sebelah sana, aku ikut sebelah sini. Hati-hati. Keluarkan keris kau. Hidupkan zikir dalam hati”, bisik Aki Lela. Kami mula berpecah. Aku melangkah berhati-hati. Keris terhunus di tangan kanan. “Apa yang aku cari?” bisik aku dalam hati. “Kau cari sesuatu yang hanya kau akan nampak dengan mata hati”, terdengar suara berbisik di telinga aku. Aku membaca ayat-ayat yang aku pelajari dari Aki Lela. “Qul kullun min ‘indillah”, aku hentakkan kaki kanan aku ke tanah. Tiba-tiba mata aku jadi terang. Aku teruskan bergerak. Tiba-tiba aku ternampak bayangan dua susuk tubuh berpakaian hitam sedang bersembunyi di sebalik semak-semak. “Ini manusia”, bisik hati aku. Aku langkah kaki aku ke kanan ke arah semak-semak untuk memerangkap mereka. “Apa aku nak buat ni?” hati aku tertanya sendiri. “Orang yang sabar adalah orang yang bijaksana dan beruntung”, kata hati aku lagi. Aku diamkan diri di belakang mereka menunggu tindakan dari Aki
14 Lela. Kesabaran aku berperang dengan rasa risau memikirkan Kak Nurul dan Kak Ayu. Aku baru sahaja mahu bertindak tiba-tiba terasa seseorang menyentuh bahu aku dari belakang. “Kau lalai lagi. Tunggu aku bergerak dulu”, suara Aki Lela berbisik. Aki Lela melompat ke arah dua susuk tubuh itu. Kaki kanan menyepak salah seorang dan siku tangan kanannya menghentak kepala seorang lagi. Dua-dua lelaki itu tersembam jatuh ke tanah. Aku juga melompat ke tengah gelanggang pertarungan. Dua susuk tubuh itu tiba-tiba hilang dari pandangan. Aki Lela membaca sesuatu dan menumbuk ke arah tanah. Satu gumpalan angin bagai terkeluar dari arah penumbuknya apabila tangannya mencecah tanah. Di hadapan kami sekarang terbaring kedua dua lelaki tersebut. Pergerakan mereka telah terkunci. Kami menghampiri mereka. Kaki mereka ternampak seolah-olah sedang berlari tetapi sebenarnya mereka sedang terbaring di tanah. Aki Lela menepuk bahu salah seorang lelaki tersebut. Lelaki tersebut melihat kami dengan kehairanan. “Siapa yang suruh kamu ke mari?” tanya Aki Lela dengan nada yang keras. Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba aku terpelanting ke belakang sementara Aki Lela sempat melompat untuk mengelak. Ada satu angin yang kuat menghentam kami. Aku bangun perlahan-lahan. Dua lelaki yang terbaring tadi hilang semula. “Kau tunggu di sini”, kata Aki Lela sambil bergerak dengan laju menuju ke belakang rumah. Tiba-tiba aku terdengar bunyi yang bising di belakang rumah. Aku cuba bergerak tapi kaki aku kini bagai terlekat di tanah. Bunyi bising semakin kuat kedengaran. Aku mula risau. Aku baca sesuatu dan menarik kaki aku dengan kuat. Kaki aku terlepas. Cepat-cepat aku berlari menuju ke belakang rumah. Aku nampak seorang lelaki berbadan besar sedang cuba menghentam Aki Lela dengan hayunan rantai besi yang panjang. Bunyi rantai itu bila terkena pokokpokok memang menakutkan. Aki Lela mengelak ke kiri dan ke kanan. Tiba-tiba Aki Lela melompat tinggi mengelak hayunan rantai besi tersebut dan kakinya memijak rantai yang dihayunkan. Lelaki itu cuba menarik tetapi gagal. Aki Lela membaca sesuatu dan memegang rantai besi tersebut. Lelaki itu serta merta melepaskan rantai besi itu seolah olah rantai besi itu menjadi panas. Dia mengibas ngibas tangannya seperti kepanasan. Tiba-tiba muncul semula dua orang lelaki berpakaian hitam yang menghilangkan diri tadi. Kedua dua lelaki tadi menyerang Aki Lela menggunakan parang yang panjang. Aki Lela
15 bertungkus lumus mengelak dari serangan tersebut. Aku tak rela biarkan Aki Lela bersendirian. “Apa nak jadi pun, jadilah. Ajal maut di tangan Allah”, kata hati aku. Aku melompat dan menyepak di kepala salah seorang dari lelaki tersebut. Lelaki tersebut jatuh ke tanah dan bangun semula. Aku dan Aki Lela sekarang terkepung oleh tiga orang lelaki dan dua daripadanya berparang. Aki Lela memandang aku sambil menggelengkan kepala seperti tidak bersetuju dengan tindakan aku tadi. Mereka menyerang kami serentak. Aku mengelak hayunan parang dari salah seorang lelaki tersebut sementara Aki Lela bertarung dengan dua orang lelaki yang lain serentak. Aku dah tak sempat memerhatikan Aki Lela kerana aku sekarang buat kali pertama berhadapan dengan serangan bersenjata tajam. Lelaki itu menyerang sambil melibaskan parangnya ke arah aku. Aku berundur sedikit mencari ruang untuk menyekat libasan parang yang berbahaya. Bila sahaja aku mengelak libasan yang menuju ke kepala aku, aku memegang lengan kanan lelaki tersebut dengan kedua dua tangan aku dan aku hentakkan lutut aku sekuat hati ke lengan lelaki itu. Praakk, terdengar satu bunyi di lengan lelaki itu sambil lelaki itu menjerit dan parangnya terlepas. Lelaki itu memegang lengan kanannya dengan tangan kirinya. Kini pertahanan dirinya terbuka. Aku membaca sesuatu, kemudian melompat dan melepaskan tumbukan menggunakan dua tapak tangan aku ke belakangnya. Dia jatuh tersembam. Dia cuba bangun tapi aku menekan belakang belikatnya dengan lutut aku. Aku pusing ke arah Aki Lela dan aku melihat kedua lelaki itu juga sudah terbaring. Tiba-tiba muncul seorang lelaki mungkin sebaya Aki Lela di hadapan kami. “Kamu siapa?” tanya Aki Lela. “Aku guru kepada mereka”, jawabnya dalam loghat seberang. “Kenapa datang ke rumah aku? Aku tak kenal kamu”, jerkah Aki Lela. “Aku diupah untuk membunuh kamu”, katanya lagi. “Siapa yang upah kamu?” tiba-tiba aku menjerit. Aki Lela menjeling ke arah aku. “Itu bukan urusan kamu tapi urusan aku hanya untuk bunuh kamu”, jeritnya sambil menyerang Aki Lela menggunakan keris yang terhunus di tangannya. Aku melepaskan lelaki yang tersembam di tanah dan berundur ke belakang. Seperti biasa, Aki Lela hanya mengelak pada permulaan, mungkin untuk membaca gerak silat si penyerang. Walaupun kedua-duanya agak berusia
16 tetapi pergerakan mereka memang tangkas. Beberapa kali juga aku nampak Aki Lela nyaris terkena tikaman lelaki tersebut. Beberapa kali juga aku nampak Aki Lela terundur ke belakang bila lelaki itu meniup sesuatu dari mulutnya. Akhirnya Aki Lela menghunuskan kerisnya. Aki Lela membaca sesuatu dan menghentakkan kaki kanannya ke tanah. Kali ini Aki Lela yang menyerang lelaki itu. Pergerakan Aki Lela nampak lembut tapi lelaki itu seperti amat susah untuk mengelak. Dengan satu gerakan, Aki Lela berjaya menjatuhkan lelaki tersebut. Keris Aki Lela di arahkan betul-betul di leher lelaki itu. “Bukan hak aku untuk bunuh sesama manusia tapi jangan paksa aku”, kata Aki Lela. “Aku mintak maaf, kamu memang hebat”, jawab lelaki itu. “Aku akan lepaskan kamu tapi kamu mesti berjanji jangan buat kerja seperti ini lagi. Aku tahu kamu datang dari jauh untuk mencari rezeki tapi ini bukan caranya untuk mencari rezeki”, nasihat Aki Lela dengan tegas. “Aku janji, aku janji”, kata lelaki itu. “Kamu boleh balik dan katakan kepada orang yang upah kamu, aku tunggu dia datang minta maaf dengan aku”, kata Aki Lela lagi. Lelaki itu bangun dan terus menghilangkan diri ke arah hutan bersama tiga lagi anak muridnya. “Kenapa aki tak tanya siapa yang upah mereka?” tanya aku. “Aku malas nak tahu, kalau aku tahu nanti aku jadi berdendam. Orang berdendam ni hatinya tak tenang. Doa yang baik-baik semoga Allah sentiasa melindungi kita dan memberikan hidayah kepada orang itu. Bukan tugas kita untuk menghukum sesiapa”, terang Aki Lela lagi. Tiba-tiba aku teringat Kak Nurul dan Kak Ayu. Aku berlari ke arah pintu depan. “Kak Nurul”, jerit aku dengan kuat. “Jangan risau, Kak Nurul dan Kak Ayu ada dalam rumah tu. InshaAllah tak ada siapa yang boleh masuk ke dalam rumah ini tanpa izin”, kata Aki Lela. Tiba-tiba Kak Nurul membuka pintu. “Kenapa gelap gelita aje tadi?” tanya aku tak puas hati. “Tadi akak dengar bunyi bising atas atap, lepas tu terdengar suara orang memanggil dari tanah. Akak cepat-cepat padam pelita, duduk diam-diam dalam bilik dengan Kak Ayu. Dari bilik tu macam-macam kami dengar, bunyi pintu dan tingkap bergegar pun ada. Selagi akak tak dengar suara aki atau Man panggil, memang tak buka pintu”, jawab Kak Nurul lagi. Syukur kepada Allah
17 kerana melindungi kami semua. Kami duduk berbual di ruang tamu. Kak Nurul dan Kak Ayu ke dapur buatkan minuman. Aku nampak Aki Lela keletihan. “Aki sakit lagi?” tanya aku. “Tak lah, aku kan dah tua”, jawab Aki Lela. “Walau dah tua, aki kuat lagi”, balas aku sambil tersenyum. Aki Lela menarik nafas panjang. “Man, aku sekarang dah sampai umur Rasulullah meninggal dunia. Rasulullah meninggal sewaktu berumur 63 tahun. Jika aku dilebihkan dari umur tu, itu umur subsidi. Jadi sesiapa yang umurnya hampir mencapai umur tu, bersyukur dan kena bersedia lebih banyak. Rasulullah, Abu Bakar dan Umar semuanya meninggal dengan umur yang sama, 63 tahun”, terang Aki Lela. “Mesti ada rahsia pada angka tu kan aki?”,tanya aku. “Betul, tidak Allah tetapkan sesuatu itu sia-sia. Semua ada makna. 63 itu menandakan sempurnanya tugas Rasulullah. Bermula dengan sifat 20, kemudian 2 kalimah syahadah, 6 rukun iman, 5 rukun Islam, 17 waktu solat wajib dan 13 rukun solat. Cukupkan 63?” terang Aki Lela lagi. Aku mengira semuanya. “Betul aki, 63”, jawab aku. Kak Nurul datang membawakan kopi O dan cokodok. Selesai menikmati rezeki, Aki Lela masuk ke biliknya. Aku masuk ke bilik dan keluar semula ke telaga. Terasa penat sangat malam ini tapi bila terkena air telaga, rasa segar semula. Siap mandi, aku berehat di bilik dan kalau boleh aku tak mahu mengganggu Aki Lela. Dia sudah cukup penat. Lagi pun Aki Lela bukannya sihat sangat lagi. Kalau boleh, aku tak izinkan Aki Lela keluar membantu sesiapa pun sehingga dia benar-benar sihat tapi aku tahu hatinya sentiasa gembira membantu orang lain. “Man, mari sini”, Aki Lela panggil aku. Aku cepat-cepat masuk ke dalam bilik Aki Lela. “Malam ini aku mahu kau tidur di tepi sungai tempat biasa kita jumpa Putih. Kau mesti duduk mengadap ke sungai. Ini satu ujian untuk kau”, kata Aki Lela. Aku terkejut. “Mari dekat aku”, kata Aki Lela. Aku menghampiri Aki Lela. Aki Lela membaca sesuatu dan kemudian menggosokkan tapak tangannya ke mata aku. Tiba-tiba mata aku jadi berpinar seperti terkena silau cahaya yang terang.
18 “Ingat, ini ujian untuk kau, aku nak tengok sejauh mana kau ingat apa yang kau belajar. Sekarang kau boleh nampak apa yang orang lain tak nampak”, terang Aki Lela. Aku hanya mampu mengangguk. “Gunalah apa sahaja kau tahu, nah ini keris kau”, tambah Aki Lela sambil menghulurkan keris ke arah aku. Aku salam dengan Aki Lela dan bergerak ke bilik aku. “Jangan bawa bantal dan selimut, hanya bawa tikar, jasad dan roh kau sahaja”, tiba-tiba Aki Lela bersuara. “Ya aki”, jawab aku dengan lesu. Aku ambil tikar dan lalu di hadapan bilik Kak Nurul. “Kak, tutup pintu dapur yer. Man nak ke sungai”, kata aku kepada Kak Nurul. Kak Nurul dan Kak Ayu keluar dari bilik. “Man nak pergi mana tengah-tengah malam ni?” tanya Kak Ayu. “Aki Lela suruh Man tidur di tepi sungai”, kata aku penuh sayu. Mereka hanya terdiam bila nama Aki Lela disebut. Aku turun ke tanah melalui pintu dapur dan berjalan ke arah sungai sambil mengepit tikar di ketiak aku. Mata aku betul-betul terang, lebih-lebih lagi diterangi cahaya bulan. Lutut aku mula menggeletar dan bulu roma aku mula tegak berdiri, penyakit lama yang masih aku tak mampu buang. Aku baca sesuatu dan kemudian menepuk kedua lutut aku. Akhirnya rasa menggeletar mula hilang. Aku mula bergerak perlahan-lahan. Mata aku liar memerhati sekeliling. “Aki Lela nak menguji aku atau nak mendenda aku kerana kejadian malam tadi? Tak kisahlah, biasa aku selalu bersama Aki Lela, jadi sekarang aku sendirian berhadapan dengan ujian yang aku tak tahu dan aku kena hadapi”, aku bercakap dengan diri sendiri. Aku yang pilih jalan ini jadi aku kena berani. Peluh mula menitik. Aku sudah mula terdengar macam-macam bunyi yang pelik dari arah hutan. Pokok-pokok pula seperti mula bergoyang goyang. Tiba-tiba terdengar salakan anjing bersahut sahutan. Aku membaca ayat-ayat. Akhirnya aku tiba di tempat yang Aki Lela arahkan. Aku bentang tikar di tempat yang agak rata dan bersih. Aku bersila mengadap sungai. Air sungai mengalir lesu. Aku mula berzikir dalam hati. Praakk..bunyi dahan patah di belakang aku. Aku kuatkan semangat aku. Tiba-tiba di tengah sungai di hadapan aku, aku ternampak sesuatu berwarna putih sedang terapung-apung. Semakin lama semakin menghampiri tempat aku. Aku mula membaca ayat-ayat yang aku belajar dari arwah Aki Karim dan
19 Aki Lela. Akhirnya lembaga putih terapung-apung lebih kurang hanya sepuluh langkah dari aku tapi di atas sungai. Rambutnya panjang mengurai, matanya kemerah-merahan. Dia memandang aku dengan tajam. Aku membaca sesuatu dan menumbuk ke tanah. Lembaga itu tetap terapung di tempat yang sama. Aku semakin berpeluh-peluh. 52 Akhirnya lembaga itu terapung betul-betul di hadapan tempat aku bersila. Mukanya membelek-belek muka aku ke kiri dan ke kanan. Lidahnya terjulur panjang. Mulutnya berlumuran darah. Aku cuba bertenang sambil membaca ayat Kursi. Tiba-tiba dia cuba mencekik leher aku. Aku teruskan bacaan aku. Tersentuh sahaja tangannya yang berkuku tajam di leher aku, dia menjerit dengan kuat. Dia berundur terapung ke belakang. Aku keluarkan keris dan tegakkan di hadapan aku. Aku baca surah Al Ikhlas dan bersedia jika lembaga itu menyerang semula. Betul sangkaan aku, lembaga itu terbang laju ke arah aku. Aku capai keris aku. “Allah Hu Ahad, Allahuakbar”, aku menikam ke tubuh lembaga itu sekuat hati aku. Lembaga itu menjerit nyaring sambil terbang tunggang langgang dan akhirnya hilang di tengah sungai. Peluh aku menitik laju. Syukur dan lega. Aku tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan. Ya syakur, itu sahaja yang bergerak di mulut aku. Selepas rasa tenang, aku sambung semula zikir aku. Hati terasa hidup dan bertenaga bila berzikir. Aku pejamkan mata untuk lebih menikmatinya. Tiba-tiba terasa sesuatu mencuit telinga kanan aku. Aku abaikan. Kemudian sentuhan itu beralih ke telinga kiri. Aku terus berzikir. Tak lama kemudian aku terasa bahu kanan aku di sentuh. Tajam. Aku mula berpeluh semula tapi tetap meneruskan zikir. Kini sentuhan tajam itu beralih ke bahu kiri. Aku membuka mata aku perlahan lahan. Ya Allah, di depan muka aku terpampang satu muka yabg amat hodoh dalam keadaan terbalik. Matanya tertonjol keluar. Dia memegang leher aku tapi tidak mencekik. Terasa kukunya yang tajam. Lidahnya hampir-hampir sahaja menyentuh muka aku. Tangan aku meraba raba mencapai keris aku. Tangan aku tepat merasai hulu keris. “Allahuakbar”, aku bertakbir sambil melibas keris aku ke lehernya. Leher itu terputus lalu tergolek jatuh ke tanah tapi tubuhnya masih tergantung dan
20 tangannya masih di leher aku. Darah mengalir laju dari leher yang terputus seperti binatang yang di sembelih. Habis menitik-nitik pada pakaian aku. Aku pegang dengan ke dua dua tangan aku lengan yang memegang leher aku. Terasa hanya tulang-tulang di lengan yang aku pegang. Aku tarik perlahanlahan lengan itu untuk melepaskan leher aku. Terlepas sahaja tangan tersebut dari leher aku, tubuh yang tergantung tanpa kepala itu jatuh tergolek ke tanah. Aku menggenggam erat keris dan kemudian menikam ke arah dada lembaga itu. Tubuh itu berasap dan tak lama kemudian tubuh itu hilang bersama kepala yang terpisah tadi. Aku perhati pakaian aku, semua darah yang terkena pakaian aku juga sudah tiada. Aku menarik nafas panjang-panjang. Lega. Aku betulkan semula sila aku. Aku tak tahu berapa lama lagi aku harus duduk di tepi sungai ini tapi aku yakin aku akan dapat satu tanda bila aku boleh pulang ke rumah. Aku sambung berzikir. Mata aku pejamkan sekali lagi. Aku tak sanggup melihat ujian apa lagi yang akan datang. Agak lama aku berzikir, syukur kerana tiada lagi gangguan. Aku lepaskan nafas kelegaan. Tiba-tiba aku terasa badan aku terangkat perlahanlahan. Semakin lama semakin tinggi. Aku terasa seperti teralih ke depan ke arah sungai. Tak lama kemudian kaki aku terasa basah. Aku buka mata perlahan-lahan. Ya Allah, aku kini bersila terapung sedikit di atas permukaan sungai. Di tepi tebing aku ternampak seseorang sedang berdiri memandang aku tapi aku tak pasti itu siapa kerana mukanya bagai dilindungi sesuatu. Di hadapannya ada seseorang yang sedang bersila. Aku terkejut kerana aku melihat diri aku sendiri sedang bersila di tepi tebing sedangkan aku sekarang terapung di atas sungai. Aku keliru. Aku terus berzikir, hanya itu yang mampu aku buat ketika ini. Tiba-tiba aku terasa bagai ada sesuatu benda yang agak keras mengalas aku bersila, seperti ada batu yang menghampar di bawah aku. Perlahan-lahan aku terasa badan aku bergerak ke tebing. Sampai di tebing aku memijak tanah dan berpusing untuk melihat di atas apakah tadi aku bersila. Aku terundur ke belakang kerana baru aku sedar rupanya tadi aku duduk di atas kepala Si Putih. Putih memandang seketika ke arah aku dan kemudian dia hilang ke dalam sungai. Susuk tubuh lelaki tadi hilang dari pandangan. Aku menghampiri diri aku sendiri yang sedang memejam mata sambil bersila. Aku sentuh kepala diri aku yang sedang bersila, bagaikan pergerakkan angin yang pantas aku kini berada di dalam diri aku yang sedang bersila. Aku buka mata perlahan lahan, di hadapan aku terbentang sungai seperti tadi.
21 “Hanya bawa tikar, jasad dan roh kau sahaja”, aku teringat kata-kata Aki Lela sebelum aku turun dari rumah tadi. Aku menganggap perasaan aku berada di atas sungai dan Putih membantu aku tadi hanya mainan perasaan aku sahaja. Aku memejamkan mata aku semula dan menyambung zikir aku. Semakin lama aku terasa seolah olah hati aku berzikir tanpa arahan dari otak aku terlebih dahulu. Degupan jantung aku terasa amat laju. Badan aku rasa bergetar. Tiba-tiba kedengaran anjing menyalak bersahut-sahutan dari arah hutan belakang aku. Angin bertiup dengan kuat. Dahan pokok di atas kepala aku juga mula bergoyang. Tak lama kemudian terdengar dahan-dahan pokok seperti dipatahkan oleh sesuatu. Aku meraba untuk memastikan keris aku berada dekat dengan aku. Tiba-tiba aku terasa ada satu benda yang licin sedang melilit tubuh aku. Semakin lama lilitan itu semakin kuat naik ke leher hingga aku susah nak bernafas. Aku buka mata aku dan aku dapati akar-akar pokok sedang membelit seluruh tubuh aku. Aku cuba meronta ronta tapi lilitan itu memang kejap. Terasa pedih di leher. Aku mula terbatuk batuk. Aku cuba menggerakkan tangan aku untuk mencapai keris aku tapi tangan aku terkepit kuat di tubuh. Aku cuba bertenang kerana aku tahu tak ada gunanya meronta ronta lagi. Aku baca ayat-ayat yang Aki Lela ajar.Aku tahan nafas dan dengan jeritan Allahuakbar, aku rentap kedua dua tangan aku serentak. Semua belitan itu terputus. Aku bangun dari bersila dan pusing ke belakang. Di hadapan aku berdiri satu makhluk yang sama tinggi dengan aku tapi kulitnya hitam berkilat sehinggakan aku tak nampak dengan jelas mukanya. Hanya giginya yang bertaring kelihatan bila dia membuka mulutnya. Air liurnya meleleh-leleh. Matanya bulat memandang aku. Tanpa amaran dia menerkam ke arah aku dengan laju.Aku mengelak ke kiri. Makhluk itu berpusing semula ke arah aku. Aku bersiap sedia dengan keris di tangan. Tiba-tiba akar-akar kayu tadi mula membelit kaki aku semula dan menarik aku dengan kuat sehingga aku jatuh terlentang. Makhluk itu menerpa ke atas badan aku yang terlentang. Kini tubuhnya menindih tubuh aku. Ya Allah, tubuh yang kecil itu terasa amat berat sekali. Aku tercungapcungap. Dia memandang mata aku dengan tajam dan mulutnya seperti membaca sesuatu. Aku baca surah Al Ikhlas dan aku menikam keris aku di sebelah kiri perutnya. Dia menjerit kuat dan melompat ke belakang. Darahnya menitik nitik ke tanah. Aku potong akar yang membelit kaki aku lalu aku bangun berhadapan dengannya. Kali ini aku yang menyerangnya. Dia hanya mampu
22 mengelak sambil sebelah tangannya memegang perutnya yang luka. Mungkin kerana kesakitan, makhluk itu tersilap langkah. Aku berjaya menikamnya di dada. Kali ini suaranya menjerit seperti suara budak kecil menangis. Aku menikam sekali lagi dan tubuhnya mula kelihatan menggeletar. Tiba-tiba dia bergerak laju ke arah aku. Aku berjaya mengelak dan makhluk itu terus menghilangkan diri ke dalam hutan. Aku terbaring keletihan di atas tikar. Muka aku memandang ke langit. Banyak benda yang bermain di fikiran aku. Banyak benda di luar akal yang aku lalui. “Dalam dunia ni banyak benda di luar akal kita, contohnya sifat-sifat Allah itu sendiri tak tercapai akal kita untuk memikirkannya. Allah Maha Berkuasa dan Maha Berkehendak, itulah maksud Kudrat dan Iradat. Apa sahaja yang Allah kehendaki terjadi, maka terjadilah. Paling penting, ilmu yang dianugerahkan kepada kita menjadikan kita lebih dekat kepadaNya dan bukan menjadikan kita semakin jauh”, aku teringat kata-kata Aki Lela. Tiba-tiba aku jadi bersemangat. Aku tak mahu lagi memikirkan apa yang tak terjangkau oleh akal. Apa sahaja yang datang, aku berazam dengan izin Allah akan aku hadapi sedaya upaya aku. Ini adalah ujian, maka aku harus terima walau seteruk dan sepelik mana sekali pun. Aku duduk bersila dan memulakan zikir kembali. Entah jam berapa sekarang ini pun aku tak tahu tapi embun jantan sudah mula menitis. Aku terasa kesejukan. Tiba-tiba aku terasa seperti ada sesuatu mematuk di tapak kaki. Aku merasa sakit yang teramat. Aku sempat melihat seekor ular berwarna hitam berlalu meninggalkan aku. Rasa sakit mula menjalar ke seluruh urat saraf aku. Tubuh aku jadi kejang. Aku membaringkan diri di atas tikar. Pandangan aku mula jadi kabur. Bintang di langit semakin lama semakin hilang dari penglihatan aku. Aku merasa tubuh aku terangkat ke atas. Semakin lama semakin tinggi. Rasa sakit pula semakin berkurangan. Aku pandang ke bawah. Ya Allah, tubuh aku terkujur di atas tikar. “Aku sudah mati?” tanya hati aku sendiri. Aku masih terasa di awangan. Aku melihat tubuh aku di atas tikar tak bergerak-gerak. Air mata aku menitik. Beginilah agaknya bila roh terpisah dari jasad. Aku terapung-apung di atas sungai dan sekejap-sekejap aku berada lebih tinggi dari pokok-pokok di hutan. Maafkan aku wahai Aki Lela, aku gagal dalam ujian aku. Maafkan aku wahai Aki Karim, aku tak sempat memenuhi impiannya. Ampunkan Man wahai ayah dan mak, tak sempat Man balas segala jasa ayah dan mak. Air mata aku laju menitik. Akhirnya pandangan aku jadi
23 gelap. Aku sedar-sedar sudah terbaring di dalam bilik. Di sebelah kanan aku kelihatan Kak Nurul dan Kak Ayu sedang berdiri dan di hujung kaki aku kelihatan Aki Lela sedang meletakkan sesuatu di tapak kaki aku. Aku terasa seperti mati hidup semula. “Siapa angkat Man, Kak Nurul?” tanya aku perlahan. Kak Nurul memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah Aki Lela. “Pukul berapa sekarang kak?” tanya aku lagi. “Dah hampir subuh”, jawab Kak Nurul. Kak Ayu mengambil air dan basahkan muka aku. Aku terasa amat lemah tapi rasa sakit sudah hilang. Aki Lela datang ke sebelah aku. “Kau di patuk ular tapi alhamdulillah Allah masih panjangkan umur kau”, kata Aki Lela. “Macam mana aki tahu apa yang terjadi pada Man”, tanya aku. Aki Lela hanya mendiamkan diri. Aku tahu itu rahsianya. Aku lupakan pertanyaan aku. “Aki, Man boleh berjalan tak?” tanya aku lagi. Aki Lela tersenyum. “Seperti yang pernah aku cakap, kau insan istimewa. Anugerah Allah ini jangan kau sia-siakan atau disalah guna. Ingat pesan aku, sehebat mana pun seseorang itu dia pasti akan mati dan dia akan dipertanggungjawabkan ke atas semua tindakan dia. Mati itu pasti. Jangan di kejar sesuatu yang bukan ditakdirkan untuk kau dan jangan dibuang sesuatu yang memang ditakdirkan untuk kau. Satu hari nanti kau akan faham maksud aku”, nasihat Aki Lela. Aku bangun perlahan-lahan. Aku letakkan tapak kaki aku ke lantai dalam keadaan takut-takut. Alhamdulillah, aku tak rasa sakit. Aku berdiri perlahanlahan. Aki Lela membiarkan aku bangun sendiri. Aku berjaya berdiri dan boleh berjalan ke telaga. Selesai mandi, aku berehat seketika di dalam bilik sementara menunggu masuk waktu subuh. “Man, mari sini”, panggil Aki Lela. Aku berjalan ke biliknya. “Aku sengaja menguji kau untuk kau berfikir. Banyak tindakan kau sebelum ini hanya mengikut rasa hati dan bukan gerak hati. Bila kau bersendirian, kau perlu berfikir sendiri. Ada yang kau lepas dan ada yang kau gagal. Selepas ini akan ada lagi ujian untuk kau”, kata Aki Lela. Aku hanya mengangguk perlahan.
24 53 Selepas bersarapan pagi itu, aku dan Aki Lela pergi ke tempat aku berada pada malam tadi. Tiada kesan apa-apa. Aki Lela berdiri tegak memandang ke arah sungai. “Ada sesuatu yang di luar pengetahuan aku malam tadi. Kita kena cari ‘benda’ tu malam ni”, tiba-tiba Aki Lela bersuara. Aku tak tahu ‘benda’ yang mana satu dan aku tak berani nak bertanya. Kami berjalan masuk ke hutan. Aki Lela memerhati kesan-kesan di atas tanah. Aku tak tahu apa yang Aki Lela cari. Kami masuk lebih jauh lagi ke dalam hutan. Nasib baik aku sudah tidak merasa sakit lagi akibat dipatuk ular malam tadi. Tiba-tiba Aki Lela berhenti. Dia memerhati kawasan sekeliling dan kemudian mengambil 4 helai daun berwarna hijau. Aki Lela membaca sesuatu dan meletakkan daun-daun tersebut di empat penjuru hutan dengan keluasan lebih kurang dua puluh langkah antara setiap penjuru. “Mari kita balik”, kata Aki Lela. Kami pun bergerak keluar dari hutan. Hari sudah tinggi. Dari jauh aku ternampak sebuah kereta berada di tepi bangsal tapi aku tak nampak kelibat tuan empunya kereta. Sampai di pintu dapur, aku terlihat beberapa pasang selipar di muka pintu. Mungkin ini saudara mara Aki Lela. “Assalamualaikum wbt”, Aki Lela beri salam di muka pintu. Ada dua orang lelaki dewasa sedang bersila di tengah tikar dan seorang perempuan dewasa sedang bersimpuh di hujung tikar bersama Kak Nurul dan Kak Ayu. “Waalaikumusalam”, jawab mereka serentak. Dua orang lelaki itu bangun bersalam dengan Aki Lela. “Bila kamu sampai dari Johor?” tanya Aki Lela. “Baru aje sampai”, jawab salah seorang lelaki. Aki Lela duduk bersila di atas tikar sementara aku bersandar di dinding berhampiran Kak Ayu. “Aki, Meri datang ni bawak kawan Meri, Qayyum dan isteri dia, Sofea. Dia orang ni baru kahwin lima bulan”, kata lelaki tersebut. “Apa tujuan kau bawak dia orang ke sini?” tanya Aki Lela tapi aku tahu Aki Lela sengaja bertanya begitu.
25 “Kami ada masalah, tok. Mula-mula tu semuanya baik-baik aje. Tapi selepas dua bulan kami kahwin, kami dah kerap bergaduh. Ada sahaja yang tak kena. Macam ada ‘benda’ yang mengganggu kami suami isteri. Siang tak ada apa-apa tapi bila malam isteri saya akan mula tengok saya lain macam. Dia akan jadi pemarah” tiba-tiba Qayyum menyampuk. Aki Lela diam seketika. “Bila dah berkahwin, tak elok keluar sampai jauh-jauh malam”, tiba-tiba Aki Lela bersuara. Qayyum tercengang. “Saya pergi memancing aje tok”, terang Qayyum. “Tiga bulan lepas, kamu ada pergi kenduri kan?” tanya Aki Lela lagi. Lama juga Qayyum terdiam seperti cuba mengingati sesuatu. “Ada..ada tok. Rumah keluarga bekas tunang isteri saya”, kata Qayyum. “Orang Asli masuk Islam?” tanya Aki Lela lagi. Qayyum bertambah tercengang. “Betul tok”, jawab Qayyum. Aki Lela termenung sejenak. “Dalam perkahwinan ni, kita kena banyak bersabar. Jika ada selisih faham, ingat apa kebaikan yang pasangan kita dah buat, bukan diingat kesalahan yang dia buat. Sampai bila-bila pun kamu tak akan tenang jika cari kesalahan pasangan kamu”, pesan Aki Lela. Qayyum diam seperti tak puas hati dengan Aki Lela. Air Mukanya nampak berubah. “Nanti aku cuba usahakan. Kamu tidur di mana malam ni?” tanya Aki Lela. “Kalau aki izinkan, kami nak tumpang tidur di sini aje”, sampuk Meri. “Kamu selesa ke nanti tidur dit sini?” tanya Aki Lela lagi. “Ok aje aki, semalaman aje kan”, jawab Meri. “Kamu semua duduklah dulu, aku nak ke belakang. Man, mari ikut aku”, kata Aki Lela sambil bangun. Aku pun bangun mengikut Aki Lela. Kami pergi ke belakang rumah untuk menangkap ayam. Sekejap sahaja kami dapat menangkap dua ekor ayam. “Aki nak bagi Putih ke?” tanya aku. “Kita kan ada tetamu. Tetamu itu adalah rezeki. Kita diminta untuk meraikan tetamu sebaik mungkin”, pesan Aki Lela.
26 Siap di sembelih, ayam-ayam itu aku bagi pada Kak Nurul. Kami bergerak semula ke tepi sungai untuk memancing udang. “Aki, siapa abang Meri tu?” tanya aku. “Dia tu macam cucu saudara aku jugak”, jawab Aki Lela. Alhamdulillah, dalam masa sejam kami dapat dalam 20 ekor udang. “Bila kita berniat baik, Allah akan permudahkan rezeki dan urusan kita. Ini tanda Allah meredhai niat kita”, terang Aki Lela. Kami pulang semula ke rumah. Nampaknya hari ini melimpah ruah rezeki yang Allah kurniakan. Tak perlu duit beribu untuk buat kebaikan, memadai dengan niat yang ikhlas. Selepas solat zohor berjemaah, aku hanya berehat di dalam bilik sehingga tertidur. Mungkin kerana malam tadi aku tak cukup tidur. Bila aku tersedar, aku turun ke bangsal. Rupanya Aki Lela, Meri dan Qayyum ada di sana. Aku duduk di bahagian tengah bangsal. “Untung kau Man, bukan senang aki nak ajar orang. Abang dulu minat jugak nak belajar tapi tak ada kesempatan”, kata Meri. Aku hanya tersenyum. Malam itu selepas makan malam, Aki Lela bersiap sedia untuk berusaha mengusir apa yang mengganggu Qayyum dan Sofea. “Kita mulakan dengan kamu dulu, baring kat sini”, kata Aki Lela kepada Qayyum sambil menunjukkan tempat untuknya berbaring. Qayyum baring di tengah-tengah ruang tamu. “Jangan sesiapa tegur jika ternampak apa-apa”, pesan Aki Lela kepada semua yang ada termasuk Kak Nurul dan Kak Ayu. “Man, kau duduk di hujung kaki Qayyum. Jika dia cuba buat apa-apa, kau tahu apa nak buat”, pesan Aki Lela. Aki Lela duduk bersila di hujung kepala Qayyum. Aki Lela mula membaca sesuatu sambil kedua dua tangannya memegang bahagian kiri dan kanan kepala Qayyum. Semakin lama Qayyum mula kelihatan gelisah. Matanya terpejam. Tak lama kemudian, dia mula meronta-ronta. Aku membaca sesuatu dan pegang pergelangan kaki dia. Semakin lama semakin kuat dia meronta. Badannya bergoyang-goyang kerana kepalanya di pegang Aki Lela manakala kakinya dipegang oleh aku. “Lepaskan aku”, jerit Qayyum tapi suaranya kedengaran garau dan bergetar. Aku kuatkan pegangan pada kakinya. Tiba-tiba bahagian perutnya terangkat. Kini tubuhnya seperti melentik, hanya bahagian kaki dan kepalanya di lantai. Aki Lela memandang tepat ke arah aku. Mata Aki Lela seperti memberikan
27 arahan kepada aku. Aku seperti boleh membaca apa yang Aki Lela mahukan. Aku lepaskan tangan kanan aku dari memegang kaki kiri Qayyum. Kini tangan kiri aku hanya menyentuh bahagian atas kedua kakinya. Aku membaca sesuatu sambil membengkokkan jari telunjuk aku lalu menekan pada tapak kaki kanan Qayyum. “Sakit bodoh!” jerit Qayyum. Aku menekan dengan sekuat hati aku. Qayyum semakin kuat meronta-ronta. Kini aku beralih pula menekan kaki kiri Qayyum. “Lepaskan aku bodoh! Sakit..!” jeritan Qayyum semakin kuat. Aku tak hiraukan jeritannya. Matanya bulat memandang aku. Tiba-tiba Aki Lela mengangkat kepala Qayyum. Qayyum kini dalam keadaan berlunjur. Aki Lela membaca sesuatu sambil meluruskan jari telunjuk dan jari hantu tangan kanannya. Kemudian Aki Lela meletakkan dua jarinya ke bahagian belikat Qayyum. Qayyum mula terbatuk-batuk. Mulutnya seperti terlekat sesuatu. Air liurnya meleleh-leleh. “Meri, ambik mangkuk tu dan letak didepan mulut kawan kau ni”, jerit Aki Lela. Tiba-tiba Aki Lela menepuk belikat Qayyum dengan tangan kanannya. Darah keluar dari mulut Qayyum tetapi kelihatan masih ada sesuatu yang masih terlekat di kerongkongnya. Kali ini Aki Lela meletakkan kedua tapak tangannya di belikat Qayyum sambil membaca sesuatu. Tiba-tiba Aki Lela menghentak tapak tangannya dengan agak kuat ke belikat Qayyum. Qayyum termuntah sesuatu ke dalam mangkuk yang dipegang Meri. Baru Qayyum nampak boleh bernafas dengan lega. “Aki, ada banyak rambut dalam mangkuk ni”, kata Meri sambil menunjukkannya kepada Aki Lela. Aku juga bangun untuk melihatnya. Kelihatan segumpal rambut yang agak banyak dipenuhi darah. “Man, kau turun ke tanah dan bakar rambut tu. Sebelum bakar, baca apa yang aku ajar”, kata Aki Lela. Aku mengambil mangkuk itu dan turun ke tanah sambil membawa pelita. Aku ambil pelepah kelapa dan letakkan rambut tersebut di atas daun yang kering. Selepas membaca apa yang Aki Lela pesan, aku pun membakarnya. Asap berwarna putih berkepul-kepul naik ke udara. Gerak hati aku menngatakan ada sesuatu yang memerhatikan aku. Aku abaikan kerana ada lagi tugas yang belum selesai. Aku naik semula ke rumah. Sofea isteri Qayyum pula diarahkan
28 baring di tempat Qayyum berbaring tadi. Matanya nampak meliar memandang atap rumah. Badannya di selimutkan dari kaki hingga ke leher. Kakinya kelihatan menggeletar. “Man, kau duduk di belakang aku”, arah Aki Lela. Aki Lela pula bersila di bahagian tengah mengadap tubuh Sofea. Aki Lela mula membaca sesuatu. Aku juga mula berzikir kerana firasat aku ini berlainan dari kes Qayyum tadi. Tiba-tiba tubuh Sofea menggeletik seperti kekejangan. Tidak lama kemudian tubuhnya bergerak-gerak mengesot seperti seekor ular. Bunyi suaranya juga persis bunyi seekor ular. Aku kuatkan lafaz zikir. Aku nampak Kak Nurul, Kak Ayu, Meri dan Qayyum beralih agak jauh. Sofea mengangkat kepalanya seperti kepala seekor ular. Dia memandang tajam ke arah Aki Lela. Tiba-tiba dia seperti cuba menghantukkan kepalanya ke arah Aki Lela. Tangan kanan Aki Lela lebih pantas menahan kepalanya dengan satu cengkaman yang kuat. Sofea cuba menarik kepalanya yang dicengkam tangan Aki Lela tapi gagal. “Man, pergi ke belakang badan dan tekan dengan tapak tangan. Baca ayat tadi”, bisik Aki Lela seperti dia tahu apa yang aku baca. Aku cepat-cepat bangun dan buat seperti yang Aki Lela suruh. “Allahuakbar”, aku tekan tapak tangan aku ke belakang Sofea. Dia meraung dengan kuat. Kakinya digerakkan seperti ular sedang menjalar. Aki Lela juga sedang membaca sesuatu. Aki Lela bangun dan berdiri di sebelah Sofea tapi tangan Aki Lela masih memegang kepala Sofea. “Nurul, ambil mangkuk tu dan tadah dekat mulut dia ni”, jerit Aki Lela kepada Kak Nurul. Cepat-cepat Kak Nurul bangun dan tadah mangkuk di mulut Sofea. Aki Lela ambil alih tempat aku di belakang Sofea. Dengan menggunakan tapak tangan kirinya, Aki Lela menekan belakang Sofea. Sofea tiba-tiba termuntah. Beberapa ketul daging jatuh ke dalam mangkuk bersama darah. Sofea jatuh dan pengsan. “Itu daging ular, ada orang nak pisahkan kamu berdua”, kata Aki Lela kepada Qayyum. Meremang tekak aku bila terdengar Aki Lela menyebut daging ular. “Nurul, ambil air putih bawak ke sini”, kata Aki Lela kepada Kak Nurul. Kak Nurul ke dapur dan kembali membawa air. Tiba-tiba Sofea bangun dan tegak berdiri. Matanya terbeliak. Dia menerkam ke arah Qayyum dan terus menghantukkan kepalanya ke kepala Qayyum. Kedua kepala mereka kelihatan
29 berdarah. Qayyum terlentang ke belakang sambil memegang dahinya sementara Sofea seperti sedang merangkak. Aki Lela berdiri di hadapan Sofea. Sofea menjerit dan menyerang Aki Lela. Sekali lagi Aki Lela berjaya mencengkam kepala Sofea. Sofea meronta-ronta untuk melepaskan kepalanya dari cengkaman tangan Aki Lela. Cengkaman Aki Lela terlepas dan Aki Lela tercampak ke tepi dinding. 54 Aki Lela bingkas bangun semula. Sofea semakin mengganas. Dia melompat di setiap ceruk ruang tamu. Aku cuba menghalangnya tapi aku juga tercampak ke dinding. Kak Nurul dan Kak Ayu berlari masuk ke bilik mereka. Sofea menerkam ke arah Qayyum dan berjaya menjatuhkan Qayyum ke lantai. Dia kini berada di atas badan Qayyum sambil mencekik lehernya. Qayyum cuba meronta ronta melepaskan diri. Mukanya mula bertukar kebiruan. Tiba-tiba Aki Lela melompat ke sebelah Sofea. Aki Lela mencengkam kepala Sofea. Sofea melibas tangan kirinya sambil tangan kanannya masih mencekik leher Qayyum. Aki Lela berjaya memegang tangan kiri Sofea dan memautnya ke belakang badan Sofea. Aki Lela kini menyendalkan lututnya ke bahagian belakang badan Sofea. Sofea akhirnya melepaskan leher Qayyum dan cuba memusingkan badannya untuk melepaskan diri tapi kali ini lutut Aki Lela gagah bertahan. Aki Lela melepaskan cengkaman kepala Sofea dan menarik ke belakang sebelah lagi tangan Sofea. Tangan Sofea kini terkunci di belakang menggunakan lutut Aki Lela. Aki Lela meletakkan kedua dua tangannya di kanan dan kiri kepala Sofea sambil membaca sesuatu. Sofea mula menjerit jerit. “Lepaskan aku, aku menyerah”, jeritnya tapi Aki Lela terus membaca mentera. Tangan Aki Lela kini berada di ubun-ubun Sofea. Sofea mengeleng-gelengkan kepalanya dengan kuat tapi lama kelamaan pergerakannya semakin perlahan dan akhirnya dia seperti tak sedarkan diri. Kepalanya terkulai. Qayyum cepatcepat mengalihkan badan isterinya yang menindihnya dari tadi. Sofea kini terlentang tak sedarkan diri. Aki Lela memegang ibu jari kaki kanan Sofea sambil membaca sesuatu. Kelihatan seperti bayang-bayang yang kabur keluar dari tubuh Sofea dan terus hilang. Aki Lela mengambil air putih dan membasahkan muka Sofea.Sofea masih dalan keadaan pengsan. Aki Lela
30 duduk bersandar di dinding seperti keletihan. “Biarkan dia, sekejap lagi dia akan sedar”, kata Aki Lela kepada Qayyum. Kak Nurul dan Kak Ayu keluar dari bilik. Tak lama kemudian, Sofea mula sedar dari pengsan. Aki Lela turun ke telaga sebentar dan tak lama kemudian naik semula ke rumah. “Kamu suami isteri pergi mandi. Mandi macam biasa dulu kemudian baru guna air dalam tempayan”, pesan Aki Lela kepada Qayyum. Qayyum memimpin isterinya ke telaga. “Dia orang suami isteri ni masing-masing dah terkena”, kata Aki Lela kepada Meri. “Macam mana boleh terkena, aki?” tanya Meri. “Selagi bernama manusia, selagi itu dendam dan hasad dengki tak akan hilang. Dendam dan hasad dengki seperti anai-anai memakan kayu, lama-lama kayu akan jadi reput. Dendam bukan membahagiakan tapi membinasakan diri sedikit demi sedikit. Lagi pun dendam akan berterusan sehingga beberapa keturunan jika tak dihentikan”, nasihat Aki Lela. Tak lama kemudian Qayyum dan isterinya naik ke rumah. Sofea masuk ke bilik Kak Nurul. Qayyum datang menghampiri tempat kami berbual. Meri pula minta diri untuk ke telaga. “Nak, tinggalkan apa yang kamu tengah buat. Zina itu merosakkan hati kita, lebih-lebih lagi jika dengan isteri orang. Katakanlah zina itu menghasilkan anak dan isteri orang tersebut tak bercerita dengan suaminya, sampai bila-bila dosa itu kamu tanggung jika anak itu berkahwin dan kemudian ada zuriat. Fikirfikirkanlah. Seronoknya hanya sekejap, deritanya sampai ke dalam kubur”, tiba-tiba Aki Lela berkata kepada Qayyum. Qayyum tertunduk diam, matanya bergenang. “Aku bukan nak buka aib kamu tapi aku kena nasihatkan sebab aku dah tahu. Kamu nak ikut atau tak, itu terpulang kepada kamu”, nasihat Aki Lela lagi. Aki Lela menjeling ke arah aku. Aku tahu nasihat itu juga ditujukan kepada aku. Selepas makan dan rehat seketika, tiba-tiba Aki Lela masuk ke dalam biliknya. Tak lama kemudian, dia keluar dengan keris terselit di pinggang. “Kamu semua rehat dan tidur. Aku ada hal. Man, mari ikut aku”, kata Aki Lela. Aku tak membantah. Kami turun ke tanah dan bergerak ke arah hutan. Bulan cerah malam ini. Kami bergerak dengan agak laju. Aku kagum dengan Aki Lela. Walaupun kami baru sahaja selesai membantu Qayyum dan Sofea, dia tak
31 suka melengah-lengahkan sesuatu. Aku tahu dia dapat firasat tentang tempat yang ditanda dengan daun siang tadi. Bermacam -macam bunyi di dalam hutan ini tapi aku sudah semakin membiasakan diri. Lama juga kami meredah semak -samun. Tiba-tiba Aki Lela berhenti. Matanya melilau melihat sekeliling. Bulu roma aku mula tegak berdiri. Ini umpama isyarat untuk aku. Aku kena bersedia. “Hati-hati. Buka mata hati. Jangan tertipu apa yang kau nampak”, pesan Aki Lela. Aku mula berzikir di dalam hati. Entah kenapa jantung aku berdegup kencang. Kami berhenti di satu kawasan yang agak lapang. “Ini tempat Aki Lela tanda dengan daun”, bisik hati aku. Aki Lela menepuk bahu aku dua kali. Terpampang depan mata aku satu pemandangan yang indah. Satu perkampungan yang serba cantik, dengan air terjun dan rumput yang menghijau. “Ingat, jangan tertipu”, bisik Aki Lela. Aku tersedar dari lamunan. Memang jelas di mata aku pemandangan indah ini tapi aku tahu ada sesuatu di sebalik semua ini. Kami berjalan di atas rumput seperti berjalan di atas tikar yang lembut. Pokok-pokok tersusun cantik tapi yang aku nampak hanya ada sebuah rumah sahaja. Aki Lela berhenti di hadapan rumah tersebut dan kemudian memanggil sesuatu dengan bahasa yang langsung aku tak pernah dengar. Tiba-tiba keluar makhluk yang pernah aku nampak sewaktu aku di tepi sungai malam semalam. Tingginya hanya setinggi aku tapi kulitnya hitam berkilat. Dia bercakap sesuatu dengan Aki Lela. Aku tak pasti mukanya dalam keadaan marah atau tidak kerana mukanya yang hitam tapi nada suaranya seperti dalam keadaan marah. Tiba-tiba di belakang makhluk hitam itu muncul satu lagi makhluk serupa dengannya. Mereka berbicara sesama sendiri. Aku memandang ke arah Aki Lela. Aki Lela memberi isyarat dengan mata seperti menyuruh aku bersedia. Tak semena-mena dua makhluk tersebut menyerang kami. Satu ke arah Aki Lela dan satu ke arah aku. Aku sudah bersedia. Aku mengelak sambil merendahkan diri. Aku sauk kakinya hingga dia terjatuh. Dia bangun semula dengan cepat. Kali ini kami banyak bertarung menggunakan tangan. Satu kesilapan darinya membuatkan aku berjaya menumbuk di perutnya. Dia terundur ke belakang. Aku memandang ke arah Aki Lela, tak semena- mena satu sepakan hinggap di perut aku. Aku terlentang ke belakang. Itu hadiah untuk aku bila lalai memandang ke arah Aki Lela. Terasa senak di perut tapi aku bingkas bangun semula. Tiba-tiba sesuatu terasa melilit di kaki kanan aku
32 hingga aku hampir terjatuh. Aku keluarkan keris lalu memotong lilitan akar tersebut. Satu lagi akar menjalar ke arah kaki aku. Aku melompat tinggi untuk mengelak. Tiba-tiba satu hentaman kuat tepat mengenai dada aku, seperti satu hentaman angin. Aku terbaring di tanah sambil memegang dada. Makhluk itu membuka mulut sambil menunjukkan giginya yang putih tapi tajam. Aku bangun perlahan lahan. Aku cuba bertenang dan bersabar. Aku baca sesuatu dan menumbuk ke tanah. Makhluk itu melompat dan mendarat di atas dahan pokok yang ada berdekatan. Dia seperti sudah mengetahui kebolehan aku. “Gunakan akal”, aku terdengar satu bisikan di telinga aku. Aku membuat bulatan dengan keris aku seperti yang Aki Karim pernah ajarkan. Aku menunggu serangan seterusnya tetapi makhluk itu hanya mendiamkan diri di atas dahan. Aku mati akal. Aku keluar dari bulatan dan membelakangi dia seolah olah aku tidak mahu lagi bertarung dengannya tapi ekor mata aku masih memerhatikannya. Tiba-tiba dia melompat dari dahan pokok ke arah aku. Aku menggenggam keris aku erat-erat. Dia cuba menyepak aku tapi aku mengelak dan aku menikam perutnya. Dia menjerit kuat dan jatuh terlentang. Aku menghampirinya. Dia memandang aku dengan sayu. “Jangan tertipu dengan tipu daya iblis”, aku teringat pesan Aki Lela. Aku menikam dia sekali lagi. Satu jeritan yang kuat kedengaran. Tubuh dia berasap dan perlahan-lahan bertukar menjadi seperti daun-daun kering. Aku memandang ke arah Aki Lela. Aki Lela juga berjaya mengalahkan makhluk yang lagi satu. Aki Lela membaca sesuatu dan menikam ke tanah. Tiba-tiba permandangan yang cantik tadi bertukar kepada pokok-pokok hutan yang berselirat. Kedua makhluk tadi hilang di tiup angin. Aki Lela menghampiri aku. “Tugas kita belum selesai, ada sesuatu yang sedang memerhatikan kita”, bisiknya perlahan. Aku menarik nafas panjang. Badan aku terasa letih. Aki Lela mengusap kepala aku. Tiba-tiba muncul satu lembaga putih yang menakutkan, satu kali ganda tingginya dari Aki Lela. “Kau ke belakang”, bisik Aki Lela. Lembaga itu terbang ke arah kami. Serentak kami mengelak. Aki Lela membuat bulatan dengan kerisnya. “Kau jangan keluar dari sini, ingat!” pesan Aki Lela dengan tegas. Aki Lela keluar dari bulatan yang dibuatnya. Aku hanya mampu memerhati, tersekat kerana pesan Aki Lela. Lembaga itu menyerang sekali lagi dan sekali lagi Aki Lela mengelak. Lembaga itu terpelanting ketika cuba masuk ke dalam
33 bulatan yang Aki Lela buat. Lembaga itu berdiri di pangkal pokok. Tiba-tiba tubuh Aki Lela terangkat dari tanah dalam keadaan berdiri. Semakin lama semakin tinggi. Aku nampak Aki Lela memejamkan mata. Tangan Aki Lela seperti terikat di pinggang. Aku jadi tak keruan. Kaki aku bergerak-gerak menahan sabar. Tubuh Aki Lela semakin lama semakin menghampiri lembaga itu. Aku bertambah gelisah. Lembaga itu menghulurkan tangan untuk mencekik leher Aki Lela. Aki Lela masih memejamkan mata. Leher Aki Lela dicekik lembaga itu dengan tangannya yang berkuku panjang. Aku kehairanan kerana tiada tindak balas dari Aki Lela. Kesabaran aku betul-betul diuji. Aku terasa mahu melompat ke arah lembaga itu. Mata aku bulat memandang tepat ke arah lembaga tersebut. Aku tak boleh lagi hanya melihat. Aku membaca sesuatu dan bersedia untuk melompat. Tiba-tiba Aki Lela membuka matanya. Lembaga itu menjerit dengan nyaring. Tangan yang mencekik Aki Lela menggeletar. Tangan Aki Lela kini terlepas bebas. Aki Lela menggenggam kerisnya. Satu tikaman tepat mengenai dada lembaga itu. Lembaga itu terbang tunggang langgang sambil menjerit kuat. Aku keluar dari bulatan mendapatkan Aki Lela. Aki Lela menjeling ke arah aku. “Jangan keluar dari situ”, jerit Aki Lela. Tiba-tiba satu dahan yang agak besar terbang ke arah kami. Aki Lela melompat di hadapan aku untuk melindungi aku. Aki Lela menghulurkan tapak tangannya seperti cuba menghalang dahan itu dari menimpa kami. Dahan itu tiba-tiba seperti terhenti dan terapung. Aki Lela kelihatan sedang bertahan dengan sepenuh tenaganya. Aki Lela kelihatan berpeluh. Dengan satu pergerakan tapak tangannya, Aki Lela meluruskan tangannya ke arah kanan. Dahan itu seperti mengikut arahan tangan yang ditunjukkan Aki Lela dan jatuh di sebelah kanan kami. Aki Lela terduduk. Belum pernah lagi aku melihat Aki Lela dalam keadaan begitu. Aku segera mendapatkan Aki Lela. Aki Lela terbatuk-batuk. “Jurus ni memang memenatkan aku”, kata Aki Lela perlahan. Aku keliru. “Aku jarang guna jurus ni sebab ia guna banyak tenaga tua aku”, tambah Aki Lela lagi. Baru aku faham, rupanya tindakan menahan dahan dan membuangnya memerlukan tenaga dalaman yang banyak. “Kita berehat sekejap”, kata Aki Lela sambil duduk di atas tanah.
34 Lama juga Aki Lela berehat. Beberapa kali dia menarik nafas panjangdan melepaskannya. Aki Lela kelihatan seperti cuba merawat tenaga dalamannya. Aku hanya mampu memerhati. Aku tersilap lagi dengan tindakan aku. Aki Lela mengusap kepala aku. “Aku tak marah tapi kau masih perlu belajar”, pesan Aki Lela. Aku mengangguk. “Mari kita balik”, kata Aki Lela sambil bangun. Kami bergerak perlahan. Aku tak tahu jam berapa kami sampai di rumah. Terasa amat letih. Aku hanya berfikir untuk berehat dan tidur. “Apa yang kita rancang tak sama dengan kehendak dan perancangan Allah”, tiba-tiba Aki Lela bersuara. Aku memandang Aki Lela dengan penuh tanda tanya.
35 55 Susah nak ditafsirkan maksud Aki Lela tapi yg aku tahu aku nak balik dan berehat. Badan aku betul-betul sudah letih. Aki Lela memandang ke arah aku dengan senyuman. Kami sampai di rumah tapi aku sudah tidak menghiraukan jam berapa kami sampai di rumah. Apa yg aku mahu hanya berehat. Selepas membersihkan diri, aku baring di dalam bilik dan bersedia untuk tidur. Meri dan Qayyum sudah terlena di ruang tamu. “Man, mari sini”, terdengar Aki Lela memanggil aku. Aku bangun dengan lambat dan melangkah ke bilik Aki Lela. Aku bersila di hadapan Aki Lela. “Aku tahu kamu letih tapi inilah kehidupan kita, tak selalu mengikut apa yang kita inginkan. Allah Maha Mengetahui segalanya. Demi zatNya yang Maha Merancang, perancanganNya adalah terbaik. Aku mahu kau jadi kuat dan lasak, luaran dan dalaman. Anugerah Allah ni seiring dengan tanggungjawab yang besar”, panjang lebar syarahan Aki Lela. Aku hanya mendiamkan diri. “Aku yang memilih jalan ini, jadi aku kena terima. Tidak Allah takdirkan semuanya dengan sia-sia”, aku sejukkan hati sendiri. “Aki...Aki..”, tiba-tiba terdengar suara Kak Nurul memanggil Aki Lela dengan kuat. Aku meluru ke bilik Kak Nurul diikuti Aki Lela. “Kak Sofea ni, badan dia jadi kejang”, kata Kak Nurul kelam kabut. Meri dan Qayyum berdiri di muka pintu. Aku nampak badan Kak Sofea kejang dan matanya terpejam. Aki Lela memegang ubun-ubun Kak Sofea sambil membaca sesuatu. Tiba-tiba matanya terbeliak melihat ke atas. Sofea cuba bangun tapi tak berjaya. “Qayyum, pegang kaki isteri kamu. Man, tekan pada tapak kaki dia. Baca apa yang kau belajar. Cepat..!” jerit Aki Lela. Qayyum cepat-cepat memegang kaki Sofea. Aku duduk berlipat lutut di hujung kaki Sofea. Aku baca sesuatu dan kemudian menekan tapak kaki kanannya dengan jari telunjuk yang dibengkokkan. Aku tekan dengan kuat. Sofea meronta-ronta. “Sakit..lepaskan aku..aku nak balik tempat aku”, jerit Sofea.
36 Aku ulang lagi bacaan dan kini menekan tapak kaki kirinya. “Kamu semua bodoh! Aku nak balik!” jerit Sofea lagi. Selepas menekan tapak kakinya, aku memegang kedua ibu jarinya sambil membaca lagi ayat yang Aki Lela ajarkan. Kali ini rontaannya makin ganas. Qayyum tercampak ke tepi tapi dengan cepat memegang kaki isterinya semula. Aku terus membaca ayat-ayat suci sambil memicit ibu jari kakinya. Tubuh Sofea melentik lentik seperti menahan sakit. Aki Lela melepaskan ubunubun Sofea dan beralih meletakkan tapak tangannya di atas perut Sofea. Tiba-tiba Aki Lela menepuk perut Sofea dengan kuat dan serentak dengan itu Sofea terbangun dalam keadaan berlunjur. Ada sesuatu yang terpelanting keluar dari mulut Sofea dan terjatuh di atas lantai. Aki Lela masuk ke biliknya dan keluar semula sambil membawa kerisnya. Aki Lela menikam benda tersebut dan Sofea menjerit dengan amat kuat lalu pengsan. Aku menghampiri Aki Lela. Ya Allah, aku nampak di hujung keris Aki Lela adalah kepala ular kecil berwarna hitam. Kepala ular itu masih bergerak gerak dan tak lama kemudian ia berhenti bergerak. “Qayyum, bawak isteri kau ni ke telaga”, kata Aki Lela. Qayyum dengan di bantu Meri mengangkat Sofea untuk di bawa ke telaga. “Qayyum, penuhkan tempayan ni”, arah Aki Lela kepada Qayyum. Cepat-cepat Qayyum memenuhkan tempayan yang disediakan. Aki Lela membaca sesuatu dan menjirus air tempayan ke seluruh tubuh Sofea sekali dengan pakaiannya. Pada jirusan yg ketiga, Sofea tersedar. “Qayyum, kamu tolong jiruskan air tempayan ni sampai habis. Pakaian dia tu, siang esok kamu jemur dan bakar bila dah kering”, kata Aki Lela. Qayyum mengangguk dan mengambil cebok air dari tangan Aki Lela. “Dah siap nanti, bawak dia naik ke atas”, tambah Aki Lela. Kami bertiga termasuk Meri naik ke atas rumah. Kami berehat seketika di ruang tamu menunggu Qayyum dan Sofea naik ke rumah. Tak lama kemudian, kelihatan kelibat mereka berdua. Sofea masuk ke bilik Kak Nurul dan Qayyum menyertai kami di ruang tamu. Meri bangun menuju ke dapur. “Dah balik ke tempat kamu nanti, bila ada kelapangan pergilah ke rumah bekas tunang isteri kamu. Minta maaf atas penghinaan yang isteri kamu dah buat terhadap keluarga mereka tu. Akui kesilapan dan baiki kesilapan. Tak jatuh darjat kita bila meminta maaf malah Allah menaikkan darjat kita. Orang yang tidak suka meminta maaf dan tidak mengakui kesilapan diri adalah
37 orang yang sombong dan ada sifat ujub dalam diri dia. Ada sifat tu kita dah jadi kawan iblis”, nasihat Aki Lela kepada Qayyum dengan tegas. “Baiklah tok, saya janji”, jawab Qayyum. “Kamu juga jangan berdendam kerana jika kamu berdendam, masalah ini tak akan selesai sampai bila-bila. InshaAllah, tindakan kamu meminta maaf nanti akan memperbaiki silaturahim. Silaturahim ini memurahkan rezeki dan percayalah jika kamu ikut nasihat aku, tak lama lagi kamu akan dapat zuriat”, tambah Aki Lela lagi. Qayyum tersenyum. “InshaAllah tok, saya akan tinggalkan segala yang buruk dan ikut nasihat tok”, balas Qayyum lagi. “Aku masuk ke bilik dulu”, Aki Lela bangun dan menuju ke biliknya. “Man pun nak masuk tidurlah abang Qayyum. Assalamualaikum”, sampuk aku sambil bangun. “Waalaikumussalam”, jawab Qayyum. Aku masuk sekejap ke dalam bilik Aki Lela. “Aki, Man nak tanya ni, kenapa abang Qayyum dan Kak Sofea pergi juga ke rumah bekas tunang Kak Sofea kalau Kak Sofea memang tak suka kepada bekas tunang dia?” pertanyaan yg bermain di fikiran aku. “Mereka sebenarnya hanya menunjuk-nunjuk kebahagiaan mereka dan memang itulah yang keluarga itu nanti-nantikan, senang untuk buat benda yang tak elok”, terang Aki Lela. Baru aku faham. “Aki, Man masuk tidur dulu”, kata aku sambil bersalam dengan Aki Lela. Sekejap sahaja aku letakkan kepala atas bantal, aku dah terlelap. Lena yang teramat sangat. Aku hanya tersedar ketika sudah hampir masuk waktu subuh. Selepas sarapan, Aki Lela menyembelih seekor ayam. “Man, kau pergi tempat biasa. Hari ni kau pergi seorang aje”, kata Aki Lela. Aku faham, ayam itu untuk Putih. Aku berjalan berseorangan ke tempat yang biasa aku memanggil Putih. Alhamdulillah, Putih timbul bila aku memanggilnya. Selepas dapat ayam, Putih menyelam dan hilang dari pandangan. Aku bergerak pulang. Sampai di rumah, aku nampak Aki Lela di kebun sayurnya yang kecil sedang mencabut ubi kayu. Selepas membantu Aki Lela, kami berehat di bangsal. Meri dan Qayyum menyertai kami di bangsal.
38 “Pukul berapa kamu nak balik?” tanya Aki Lela kepada Meri. “Sekejap lagi kami nak bergerak balik dah, jauh lagi nak balik sana”, jawab Meri. Tiba-tiba kelihatan sebuah kenderaan masuk ke kawasan rumah Aki Lela. Rupanya kenderaan polis. Bahagian hadapannya tertulis Land Rover. Sampai berhampiran kami, dua orang anggota polis lengkap berpakaian seragam turun dari kenderaan tersebut. Aki Lela bangun menyambut mereka. “Assalamualaikum Tok Lela”, seorang anggota polis yang agak berusia di antara mereka berdua memberi salam. “Waalaikumussalam wbt, ada apa ni sarjan?”, kata Aki Lela. “Begini tok. Di air terjun Batu Lumut petang semalam, ada seorang budak sekolah hilang. Lelaki, umur 10 tahun. Ada perkhemahan cuti sekolah. Malam tadi, baru cikgu yang jaga dia orang perasan budak tu tak ada. Dah puas pihak kami mencari dengan bantuan orang kampung tapi tak jumpa-jumpa. Saya teringat tok Lela, tu yang saya datang ke sini nak mintak tolong”, kata sarjan itu. Aki Lela diam seketika. “Beginilah sarjan. Lepas zohor nanti kalau tak keberatan, boleh datang ambil saya semula. Sekarang ni saya ada tetamu. Tak elok pulak saya tinggalkan tetamu saya”, jawab Aki Lela dengan lemah lembut. “Boleh tok, nanti saya suruh anak buah saya datang ambik tok. Saya mintak diri dulu”, jawab Sarjan itu lalu bersalam dan bergerak pergi. “Jauh tak tok tempat tu?” tanya aku. “Kalau jalan kaki jauh tapi kalau naik kereta dekat aje”, jawab Aki Lela sambil tersenyum. Aku menggaru kepala. “Aku tak tinggalnya kau tu, nanti kau tahu sendiri”, kata Aki Lela lagi. Lebih kurang pukul 11 pagi, Qayyum selesai membakar pakaian Sofea yang diarahkan Aki Lela malam tadi. Mereka bertiga pun dah bersiap untuk balik ke Johor. Kak Nurul dan Kak Ayu juga sudah turun ke tanah. “Terima kasih banyak-banyak tok. Saya janji, saya akan ikut nasihat tok. Tok doakan saya berubah ke arah kebaikan”, kata Qayyum sambil Sofea di sebelahnya tersenyum. “Selalulah ingat mati, InshaAllah kita akan takut untuk buat dosa lagi”, pesan Aki Lela. Pendek tapi berisi.
39 “Meri pun nak ucap terima kasih pada Aki sebab sudi tolong kawan Meri”, kata Meri pula. “Kamu tu jangan lama-lama sekali baru datang sini. Aku ni dah tua, bila-bila masa boleh mati”, pesan Aki Lela. “InshaAllah aki, ada kelapangan nanti Meri datang lagi”, jawab Meri sambil bersalam dengan Aki Lela. Selepas semuanya bersalam, mereka menaiki kereta dan bergerak pulang. Kak Nurul dan Kak Ayu naik ke atas rumah. Aku dan Aki Lela duduk berbual berjuntai kaki di bangsal. “Susah sikit nak cari budak yang hilang di Batu Lumut tu. Jangan kata nak jumpa hidup-hidup, kalau dah mati pun susah nak jumpa jasad”, cerita Aki Lela. “Kenapa dengan tempat tu, aki?” tanya aku. “Tempat tu orang tua-tua dulu cakap kawasan orang bunian, siap ada kampung bunian lagi tapi tak tahu lah benar ke tak. Ini kali pertama aku nak ke sana”, terang Aki Lela lagi. Kami berbual sambil Aki Lela mengajar ilmu dan petua mencari orang hilang di hutan. Kadang-kadang Aki Lela bergurau senda dengan aku. Lawak juga sebenarnya Aki Lela ini, mungkin bila nak mengajar aku dia jadi serius dan tegas. Selepas makan tengah hari dan solat zohor, kami sudah bersiap dengan kelengkapan untuk ke Kampung Batu Lumut. Kami menunggu di bangsal. Tak lama kemudian sebuah Land Rover polis masuk ke kawasan rumah Aki Lela. Selepas bersalaman, kami mula bergerak. Sepanjang perjalanan, aku dapati hanya hutan-hutan yang agak tebal di kanan dan kiri jalan. Jalannya juga sempit. Selepas melalui jalan besar, kenderaan polis masuk ke jalan tanah merah yang teruk. Dari jauh ternampak sebuah bukit yang tinggi. Selepas hampir sejam, akhirnya kami sampai di satu kawasan yang lapang. Terdapat beberapa buah kereta yang di letakkan di sini. Kami turun dari kenderaan. Aku terdengar dengan jelas bunyi air terjun. Anggota polis itu membawa kami ke sebuah bangsal kecil. Di situ terdapat beberapa orang lagi anggota polis dan bomba di ketuai oleh sarjan yang datang ke rumah Aki Lela pagi tadi. Kami bersalaman dengan semua yang ada. “Terima kasih tok sebab datang. Dah merata kawasan kami cari tapi kesan pun kami tak jumpa. Sekarang ni pun ada kumpulan orang kampung yang sedang mencari”, kata sarjan.
40 “Izinkan saya dan cucu saya ni masuk ke hutan. Cukup kami berdua aje. Kalau sarjan nak cari di kawasan lain, saya tak ada halangan”, kata Aki Lela. “Boleh tok. Tok tolonglah usahakan dengan kemahiran tok. Kami mungkin akan bergerak mencari juga sekejap lagi dan balik semula ke sini sebelum gelap”, terang sarjan. “Sarjan tak perlu tunggu kami jika dah gelap. Kami akan keluar ke sini jika ada sesuatu tanda”, jawab Aki Lela. Lalu sarjan menghulurkan sebotol air sebagai bekalan. “Kami bergerak dulu”, kata Aki Lela. Aki Lela berdiri tegak seketika sambil mencari arah angin. “Kita ikut sini Man”, kata Aki Lela sambil mula bergerak ikut arah barat. Kami mula meredah semak samun yang ada di laluan kami. Kami mula berjalan mendaki bukit yang tinggi. Laluan yang melelahkan. Hutan semakin tebal. Hanya samar-samar cahaya matahari sampai ke lantai hutan kerana pokokpokoknya yang tinggi dan rimbun. Entah beberapa kali aku hampir terjatuh kerana tersepak akar kayu. Sesekali Aki Lela berhenti untuk melihat jejak. Dapatlah berehat seketika untuk ambil angin. Walaupun cuaca redup tapi aku berpeluh peluh. Lama juga kami berjalan tapi tiada langsung kesan yang boleh membantu. Akhirnya kami sampai di kawasan yang rata. Di sini ada aliran air yang perlahan dan jernih. “Kita solat dulu”, kata Aki Lela. Cepat-cepat aku membuka baju dan turun ke dalam air. Sejuk dan nyaman. Lama juga aku berendam. Tiba-tiba Aki Lela menjeling ke arah aku. Cepatcepat aku keluar dari air. Aku tersengih- sengih. Aki Lela ketapkan bibir tanda nak marah tapi aku tahu Aki Lela bergurau sahaja sebab selepas itu dia tersenyum. Kami solat beralaskan tanah. Selepas solat, kami bergerak semula. Semakin lama semakin jauh kami masuk ke dalam hutan. Cuaca semakin gelap. Tiba-tiba Aki Lela berhenti dan berdiri tegak. Matanya dipejamkan. “Kita ikut sini”, kata Aki Lela sambil melangkah ke sebelah timur pula. Kali ini kami bergerak pantas. Telinga aku menangkap seperti suara manusia memanggil-manggil. “Abaikan”, bisik Aki Lela. Kami terus bergerak. Kami sampai di satu lagi aliran air bila cuaca sudah gelap. “Kita maghrib dulu”, kata Aki Lela. Aki Lela menghidupkan unggun api. Kami mula bersolat jemaah. Tiba-tiba aku terasa ada sesuatu mencuit bahu aku seperti orang masuk untuk sama-sama berjemaah. Aku undur ke belakang. Di sebelah aku kelihatan seperti orang
41 yang berdiri dalam satu syaf solat. Aku tumpukan solat aku. Selepas memberi salam kedua, aku dapati tiada sesiapa pun di sebelah aku. Mungkin tadi jin islam tumpang solat, kata hati aku. “Ada yang menumpang solat kita tadi”, kata Aki Lela. “Man tahu”, jawab aku. “Kita ni rasanya dah nak sampai ke satu tempat yang asing. Di situ nanti kau jangan bercakap, menjawab atau menegur apa-apa pun. Biarkan hanya aku yang bercakap. Kalau kau degil, buruk nasib kita nanti”, pesan Aki Lela dengan tegas. “Baik tok, Man janji”, jawab aku. Aki Lela sambung membaca sesuatu selepas duduk berdoa selepas solat. Dia meletakkan tapak tangannya ke kelopak mata aku. Aku tahu ini adalah pembukaan kepada pandangan yang ghaib. “Nanti kau pejamkan mata bila aku suruh”, pesan Aki Lela lagi. Kami mula bergerak semula tapi kali ini perlahan lahan. Akhirnya kami sampai di puncak air terjun. Suasana cerah. Mata aku liar memerhati sekeliling. Gerak hati aku terasa lain. Bulu roma aku mula tegak berdiri. “Pejamkan mata”, bisik Aki Lela. Aku pejamkan mata. Aki Lela menepuk bahu aku dua kali. “Buka mata kau sekarang”, bisik dia lagi. Aku buka mata. Tergamam aku. Di hadapan aku tersergam pintu gerbang berukiran cantik. Selepas pintu gerbang, terdapat jalan kecil berbatu yang terbina kemas. Di kanan kiri jalan terdapat hiasan pokok-pokok bunga yang tak pernah aku lihat. Cahaya terang benderang. “Mari kita jalan tapi ingat pesan aku”, bisik Aki Lela. Kami bergerak mengikut jalan yang ada. Tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi yang riuh rendah seperti ada majlis yang istimewa. Hidung aku juga terhidu bau yang harum semerbak. Semakin lama kami semakin menghampiri tempat tersebut. Seperti sebuah majlis perkahwinan, siap dengan bangsal yang dibina indah. Kami melalui orang ramai tapi wajah mereka semua kelihatan kelabu. Mereka semua juga berpakaian putih bersih tak kira dewasa atau kanak-kanak. Kesemua yang ada di situ berpaling melihat kami. Aku mula berpeluh-peluh. Kami terus berjalan walaupun aku nampak mereka semua cuba menghampiri kami. Aki Lela pegang tangan aku dengan kuat. Tangan aku mula menggeletar sebab apa yang aku nampak semuanya berbeza dengan dunia manusia. Kami
42 sampai di sebuah rumah yang besar dan cantik, mungkin rumah kepada tuan rumah kenduri ini. Terdapat orang tua yang duduk di atas sebuah kerusi di hadapan rumah. Mukanya jelas kelihatan. Dari air mukanya aku mengagak bahawa lelaki ini garang dan bengis. “Assalamualaikum”, kata Aki Lela. Lelaki itu hanya berdiam diri. “Kami datang berniat baik”, kata Aki Lela lagi. Lelaki itu memandang ke arah Aki Lela dan kemudian beralih ke arah aku. Dilihatnya kami atas dan bawah. “Kenapa kamu masuk ke dunia kami?” tanya lelaki itu dengan suara yang garau. “Kami mencari anak manusia yangg hilang, kami tersesat masuk ke sini”, terang Aki Lela. Aku tahu itu hanya helah Aki Lela. “Tak ada anak manusia di sini. Di sini hanya orang-orang kami”, katanya lagi dengan nada yang tinggi. “Maaf tuan, gerak hati saya mengatakan budak itu ada di kalangan orangorang tuan, jadi saya minta jasa baik tuan untuk memulangkannya kepada kami”, tutur Aki Lela dengan lembut dan penuh rasa hormat. Lelaki itu menajamkan pandangannya kepada Aki Lela. “Kamu bukan sebarangan orang, bukan manusia biasa yang berani datang ke dunia kami”, tegas lelaki itu lagi. “Maaf tuan, saya hanya hamba Allah yang lemah. Saya hanya membantu mencari budak lelaki tersebut. Izinkanlah kami membawanya pulang kepada keluarganya”, kata Aki Lela lagi. Mata aku melilau melihat sekeliling untuk mencari jika terdapat susuk tubuh yang berlainan dari penduduk tempat misteri ini. Tiba-tiba lelaki itu bangun dan berdiri tegak memandang Aki Lela. “Kamu boleh ambil budak tersebut tapi tukarkannya dengan budak ini”, katanya sambil menunjuk ke arah aku. “Ahhh, sudah, aku lagi jadi bahan tukar ganti”, kata aku dalam hati. “Ini cucu aku, penyambung keturunan aku. Jika tuan ambil, saya tiada keturunan lagi”, jawab Aki Lela. Lelaki itu diam seketika. Tiba-tiba datang seorang budak berbaju putih tapi agak tinggi dari aku.