93 di hadapan rumah. Aku nampak Pakcik Sarjan yang pernah datang sebelum ini sedang berdiri di tepi kenderaan itu. “Assalamualaikum Tok Lela”, Sarjan memberi salam. “Waalaikumusalam wbt”, jawab Aki Lela sambil bersalam. “Begini tok, saya datang ni nak bawak tok ke balai kes Bidan Pisah malam tadi. Oleh sebab mayat tersebut dalam keadaan macam tu, ia dah jadi kes polis. Jadi keterangan tok diperlukan untuk melengkapkan laporan tentang mayat tu”, terang Sarjan. “Boleh, tak ada masalah. Itu kan memang kerja pihak polis. Sekejap saya naik untuk tukar pakaian”, jawab Aki Lela. “Silakan tok”, jawab Sarjan. Aki Lela naik ke rumah dan tak lama kemudian turun semula. “Man, jaga rumah dan kakak kau”, pesan Aki Lela sebelum menaiki kenderaan polis dan bergerak meninggalkan rumah. Aku memerhati kenderaan itu hingga hilang dari pandangan. Kak Nurul dan Kak Ayu hanya memerhati dari dalam rumah. Gerak hati aku rasa tak menyenangkan. Aku duduk bersendirian di bangsal sambil berjuntai kaki. “Ya Allah, demi zatMu Yang Maha Memudahkan, permudahkanlah urusan Aki Lela”, aku berdoa. Bosan duduk, aku baring sehingga aku terlelap. Aku hanya tersedar semula ketika hari dah tinggi. Aku naik ke rumah dan masuk ke bilik Aki Lela mencari kitab yang boleh aku baca bagi menghilangkan rasa bosan. Aku membaca sehingga masuk waktu zohor. Selepas makan, aku menyambung membaca kitab yang aku suka. Baru sekejap sahaja Aki Lela tak ada, aku dah rasa kosong dan bosan. Menjelang asar, Aki Lela masih belum pulang. Selepas solat asar, aku turun ke gelanggang silat semata-mata kerana aku tak tahu nak buat apa. Penat bersilat, aku berehat di bangsal. Sesekali Kak Nurul menjenguk dari tingkap, aku tahu dia juga menunggu Aki Lela balik. Menjelang maghrib, aku naik ke rumah. Aku masih berharap Aki Lela pulang untuk solat berjemaah tapi malangnya sehingga maghrib merangkak pergi, Aki Lela tetap tak balik-balik. Aku duduk di ruang tamu sambil termenung. “Man, mari makan”, suara Kak Ayu memanggil aku. Entah masa bila dia ada berdekatan aku pun, aku tak perasan. Selepas makan, aku kembali berehat di ruang tamu. Tiba-tiba gerak hati aku mengatakan ada seseorang sedang berjalan menuju ke rumah. Aku membuka tingkap dan memang betul gerak hati aku, ada satu susuk tubuh sedang berjalan ke arah
94 rumah. Dari cahaya yang samar, aku ternampak seperti tubuh Aki Lela yang sedang berjalan berseorangan. “Kenapa sarjan tu tak hantar aki sampai ke rumah?” tanya aku dalam hati. Aku membuka pintu rumah untuk menyambut kepulangan Aki Lela. “Aki, kenapa aki balik jalan kaki?” tanya aku dengan rasa tak sabar dan marah bila Aki Lela menghampiri rumah. Aki Lela hanya mendiamkan diri dan duduk di bangsal. “Aki penat agaknya”, kata hati aku. Aku turun mendapatkan Aki Lela tapi langkah pertama aku memijak anak tangga, bulu roma aku tegak berdiri. Aku jadi tak sedap hati. Aku undurkan langkah kaki aku dan berdiri di muka pintu. “Aki, marilah naik. Kak Nurul ajak makan” ,kata aku untuk memastikan sesuatu. Aki Lela hanya mendiamkan diri sambil menunduk melihat ke tanah. “Salamun qaulam mirrabir rahim”, aku membaca untuk kepastian. Aki Lela mengangkat mukanya perlahan-lahan. Aku terkejut yang sangat kerana wajah Aki Lela yang aku nampak tadi telah berubah sama sekali. Damm! Aku tutup pintu dengan kuat dan menguncinya. Kak Nurul dan Kak Ayu yang terkejut mendengar bunyi pintu bergegas menuju ke ruang tamu. Aku mengisyaratkan dengan jari ke mulut supaya mereka diam dan masuk ke bilik. “Apa aku nak buat ni?” tanya hati aku sendiri. Aku yakin lembaga jelmaan Aki Lela itu tak mampu masuk ke dalam rumah kerana Aki Lela telah ‘memagar rumah’. Tiba-tiba rumah seperti bergegar dengan kuat diikuti bunyi atap zink berlaga. Aku bergegas masuk ke dalam bilik Aki Lela untuk mengambil keris aku yang Aki Lela simpan. Kemudian aku cepatcepat menuju ke ruang tamu. Aku duduk bersila mengadap kiblat. Aku pejamkan mata dan membaca sesuatu. Pandangan aku seperti merawang keluar dari rumah. Aku ternampak satu susuk tubuh sedang bersila di bangsal. Aku tak pernah nampak wajah itu. Matanya juga terpejam membaca sesuatu. Rumah terus bergegar dengan bunyi yang amat bising.Pandangan aku masih berada di bangsal. Tiba-tiba susuk tubuh itu membuka mata dan pandangan matanya tepat memandang pandangan mata aku. Aku cepat-cepat membuka mata aku. Ini bukan orang biasa-biasa. Tiba-tiba bunyi lantai rumah seperti diketuk-ketuk dari bawah. Aku bangun untuk melihat Kak Nurul dan Kak Ayu. Perlahan-lahan aku ketuk pintu bilik. “Akak, Man ni”, kata aku perlahan.
95 Kak Nurul membuka pintu sambil memegang Al Quran. “Akak tak apa-apa?” tanya aku. “Kami berdua tak apa-apa sebab dah biasa. Man jangan keluar dari rumah. Nanti ‘benda’ tu mesti hilang”, pesan Kak Nurul. “Baik akak, tutup pintu”, jawab aku. Kak Nurul menutup pintu. Aku berjalan semula ke ruang tamu. Aku tengah memikirkan apa yang aku perlu buat. Tiba-tiba dalam rumah terasa amat bahang. Aku mula berpeluh-peluh. Kak Nurul dan Kak Ayu juga keluar dari dalam bilik dalam keadaan berpeluh. “Kenapa tiba-tiba rasa panas sangat ni?” tanya Kak Ayu seperti berbisik. Aku tak boleh menjawab soalan itu. Hati aku sedang berbelah bahagi sama ada aku harus turun berhadapan dengan ‘benda’ itu atau menunggu di dalam rumah dalam keadaan panas membahang ini. “Akak, Man kena turun jugak ke tanah. Tak boleh biar kalau terus panas macam ni. Kalau belum ajal, Man akan selamat. Akak tutup pintu dan selagi Man tak panggil nama akak, jangan buka pintu”, kata aku. “Tak payah lah Man, bahaya. Kita sabar aje walaupun panas”, nasihat Kak Ayu. “Tak boleh akak. Buatnya makin panas, boleh pengsan kita”, jawab aku dengan tekad di hati. “Akak doakan Man”, kata aku lagi sambil menuju ke pintu. Kak Nurul memegang baju aku. “Aki kan dah pesan, jaga kita orang. Jaga aje lah dalam rumah”, pujuk Kak Nurul pula. Aku dah bertekad untuk menghadapi benda ini. Aku tetap melangkah ke pintu depan. “Kunci pintu ni akak”, kata aku sambil membuka pintu dan terjun ke tanah. Pintu sudah ditutup. Aku memandang ke arah bangsal kerana pandangan mata aku tadi nampak susuk tubuh itu berada di bangsal tapi tiada sesiapa di situ. Aku memandang sekeliling. Suasana jadi sunyi. Aku membaca sesuatu kerana hati aku berdegup kencang. Telinga aku berdesing dengan kuat. Tibatiba aku terasa angin panas menyentuh muka aku. Aku terasa pening dan mata aku berpinar. Aku membaca sesuatu sambil menadah tangan dan aku sapukan ke muka. Rasa pening dan berpinar terus hilang. Aku genggam erat-erat keris pada tangan.
96 Aku menikam keris aku ke tanah. Satu gumpalan angin berbentuk bulat perlahan-lahan keluar dari tanah yang aku tikam. Ia bergerak menuju ke satu tunggul kayu mati rendah di tepi rumah. Tiba-tiba di atas tunggul itu kelihatan satu lembaga bertanduk yang menyeramkan. Berkepala botak dan bergigi tajam. Lembaga itu seperti sedang bercangkung memandang aku. Matanya mengeluarkan kerlipan berwarna merah. Dua tangannya yang berkuku tajam terangkat separas bahu. Dia mengeluarkan bunyi yang pelik. “Audzubillahiminasyaitonirrojim, hanya kepadaMu Ya Allah aku berlindung”, lafaz aku di dalam hati. Lembaga itu menerkam secara mengejut ke arah aku. Aku melompat ke kanan untuk mengelak. Dia kini bercangkung di atas tanah dan terus menyerang lagi. Kukunya yang tajam berjaya mengoyakkan baju aku. Aku tenangkan diri. Aku membuang baju yang aku pakai. Tubuh aku kini dibasahi keringat, berminyak. Aku pula yang menyerang tapi lembaga itu kelihatan mudah mengelak setiap tikaman keris aku. Aku berundur sedikit sambil memikirkan tindakan seterusnya. Aku berlari masuk ke dalam gelanggang silat. Lembaga itu mengejar aku dari belakang. Jika di sini aku akan tewas, aku redha. “Jika kau anggap sesuatu itu kuat, maka kuatlah ia”, aku teringat pesan Aki Lela. “Hanya Allah Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya”, ikrar hati aku. Lembaga itu menyerang aku. Aku dapat membaca kelemahannya. Sewaktu dia sedang bergerak, aku melompat dan berjaya menyepak kakinya. Dia jatuh terguling dan dengan cepat duduk dalam keadaan bercangkung semula. “Kakinya lemah jika tak duduk seperti itu”, bisik naluri aku. Aku biarkan dia bergerak terlebih dahulu. Tiba-tiba aku nampak ada dua lembaga yang sama di hadapan aku seperti pasangan kembar. Mereka kini bergerak mengelilingi aku. Kepala aku berpusing-pusing memerhati sebarang serangan dari arah yang aku tak nampak. Ekor mata aku berjaya mengesan pergerakan dari belakang. Satu sepakan kaki aku tepat mengenai lembaga yang menyerang aku dari belakang tapi sepakan aku seperti tak memberi kesan yang kuat. Lembaga itu bercangkung semula. Salah satu dari lembaga itu cuba memasuki rumah dengan melompat ke tangga tetapi dia terpelanting terlentang ke tanah. Aku lega bila tahu ‘pagar’ yang Aki Lela pasang memang kukuh. Kini dua lembaga itu mengadap semula ke arah aku. Mereka menyerang serentak. Salah satu lembaga itu berjaya memegang tangan aku yang sedang menggenggam keris. Tangan kanan aku terkunci. Satu rentapan
97 kuat membuat aku jatuh terlentang. Pertahanan diri aku kini terbuka luas untuk mereka. 65 Salah satu dari lembaga itu melompat ke arah aku yang sedang terlentang. Entah dari mana tiba-tiba satu sepakan tepat mengena lembaga itu hingga lembaga itu jatuh terguling ke tanah. Selepas itu lembaga yang memegang tangan aku juga terguling ke tanah. Aku tak nampak siapa yang menyepak lembaga-lembaga itu hingga jatuh sebegitu rupa. Aku cepat-cepat bangun dan menerkam ke arah mereka. Satu tikaman tepat ke dada lembaga yang pertama jatuh. Lembaga itu meraung dengan kuat dan hilang perlahan- lahan. Tinggal satu lagi lembaga yang perlu aku hadapi tapi kelibat siapa yang membantu aku menyepak lembaga-lembaga itu, sampai sekarang aku tak pernah tahu. Lembaga yang tersembam di tanah itu bangun semula. Aku kini semakin bersemangat. Aku membuka langkah silat semula. Dengan keris terhunus di tangan, aku menyerang dulu. Lembaga itu terpaksa berundur sedikit demi sedikit. Aku tahu lembaga itu sudah mula risau kerana caranya mengelak sudah kelam kabut. “Jika musuh sudah hilang gerak langkah, itu tandanya dia dah mengalah”, aku teringat pesan Aki Lela. Aku terus menyerang dan menyerang tapi dengan tetap berhati-hati jangan sampai tersilap langkah. Akhirnya peluang untuk aku menjelma. Ketika dia cuba menepis tangan kanan aku menggunakan tangan kanannya, ruang perut sebelah kanannya terbuka luas. Tumbukan tangan kiri aku singgah di perutnya dan membuka ruang tangan kanan aku menusuk keris.Satu jeritan kuat kedengaran dan lembaga itu rebah terlentang ke tanah. Aku masih belum berpuas hati. Aku melompat dan keris aku dirodok sekali lagi ke dadanya pula. Lembaga itu menggelepar dan menggeletik dan akhirnya hilang dari pandangan. Aku terduduk ke tanah, kepenatan. Mata aku masih mencari siapa yang membantu aku tadi. Tiada jejak langsung. “Tak kan Aki Lela?” kata hati aku kerana Aki Lela masih belum balik dan kalau Aki Lela kenapa dia tak tunjukkan muka dia.
98 “Tak ada yang mustahil bagi yang mengamalkan ilmu kurniaan Allah ke arah jalan yang di redhai. Mereka mampu membuat apa sahaja dengan izin Allah”, pujuk hati aku sendiri. Aku bangun dan berjalan keliling rumah untuk memastikan tiada lagi apa-apa yang pelik. Sampai di muka pintu depan, aku memanggil Kak Nurul untuk membuka pintu. Bila pintu di buka, aku naik ke rumah dan benda pertama yang aku dapat adalah telinga aku ditarik Kak Nurul. “Kenapa degil sangat?” jerkah Kak Nurul. “Sakitlah akak”, jerit aku. “Akak dah cakap kan, tunggu aje kat dalam rumah. Degil sangat, memang patut pun kena tarik telinga”, jawab Kak Nurul. Aku masamkan muka. “Bukan nak terima kasih pun”, aku membebel. “Tak ingin cakap terima kasih sebab siapa yang suruh. Kalau jadi apa-apa tadi, terpaksalah akak turun membantu”, jawab Kak Nurul lagi sambil ketawa. “Eleh..”, aku mengejek. “Pergi basuh badan, lepas tu solat. Nanti akak buatkan air”, kata Kak Nurul sambil berjalan ke dapur. Aku capai tuala dan turun ke telaga. Selesai solat, aku berehat di ruang tamu. Di situ sudah tersedia air kopi O dan biskut kering. Segar rasanya bila dapat menikmati rezeki kegemaran. Selepas menghantar minuman itu semula ke dapur, aku masuk ke bilik. Aku termenung di atas tikar. Kenapa Aki Lela tak balik-balik lagi? Siapa yang membantu aku tadi? Siapa yang menghantar lembaga itu tadi? semua persoalan aku tak mampu menjawabnya. Akhirnya aku terlelap. Aku hanya tersedar bila menjelang subuh. Selesai solat subuh, aku sambung baring di bilik aku sambil menunggu hari cerah sedikit. Selepas bersarapan,aku turun ke tanah. Aku menangkap seekor ayam untuk diberikan kepada Putih. Kak Nurul lah jadi mangsa tukang pegang ayam masa di sembelih. Selepas sembelih, aku berjalan ke tempat biasa aku memanggil Putih. Entah kenapa, beberapa kali aku panggil Putih tapi tak muncul-muncul. Akhirnya Putih timbul memunculkan diri tapi ada satu bungkusan kecil di atas kepalanya. Putih bergerak perlahan ke tepi tebing. Aku beranikan diri mendekatinya dan mengambil bungkusan tersebut. Terasa seperti renjatan elektrik menjalar di tangan aku bila aku memegang bungkusan itu.Aku terus mencampaknya ke tepi. Putih berundur masuk ke dalam sungai. Aku campak ayam ke arahnya dan Putih menyambarnya sebelum ayam itu jatuh ke dalam
99 sungai. Putih mengangkat kepalanya sekali dan selepas itu menyelam dan hilang ke dalam sungai. Aku amati bungkusan tersebut. Kain putih yang dibungkus sudah bertukar menjadi kuning kerana air sungai. Entah dari mana Si Putih mendapatnya. Aku berbelah bahagi apa yang sepatutnya aku buat dengan bungkusan ini kerana aku tak tahu isi kandungannya. Aku membuat keputusan untuk menyangkutnya di dahan sebatang pokok yang rendang sementara menunggu Aki Lela balik. Aku berharap tiada binatang yang mengganggu bungkusan tersebut. Aku bergerak pulang dan berharap Aki Lela segera balik sebab aku tak sedap hati tentang bungkusan itu. Aku tak boleh mencampaknya semula ke sungai kerana itu menunjukkan aku tak ada rasa hormat pada Putih yang bersusah payah menghantarnya kepada aku. Aku juga tak boleh menanamnya kerana aku langsung tak tahu apa kandungannya. Hendak dibawa balik memang aku tak setuju kerana mungkin boleh menyusahkan. Dalam asyik berfikir, aku tiba di rumah. Masih tiada lagi kelibat Aki Lela. Aku tak tahu apa yang terjadi pada Aki Lela. Risau dan sedih berperang dalam hati aku. Hari itu, sehingga petang aku hanya mampu duduk termenung. Ingatan aku kepada Aki Lela membuatkan aku susah hati.Aku duduk di bangsal hingga menjelang maghrib tapi kelibat Aki Lela tetap tiada. Aku naik ke rumah dengan hati yang sayu dan bosan. Selepas makan malam, aku masuk ke bilik Aki Lela mencari kitab yang aku suka baca. Dulu aku bukan pandai sangat membaca tulisan jawi tetapi sekarang pembacaan jawi aku semakin lancar. Tiba-tiba hati aku berdebar-debar. Jantung aku berdegup laju. Telinga aku berdesing kuat. Bulu roma aku tegak berdiri, tanda yang aku paling tak suka. Aku melangkah keluar dari bilik menuju ke ruang tamu bersama keris yang tersisip di belakang aku. Suasana di luar rumah sunyi sepi. Biasanya terdengar bunyi cengkerik dan binatang hutan. Kak Nurul dan Kak Ayu keluar dari bilik. “Kenapa akak rasa semacam aje ni?” kata Kak Nurul. “Entah tapi Man rasa tak sedap hati”, jawab aku. Tiba-tiba terdengar bunyi angin dari atap, tanda angin bertiup dengan kencang di luar rumah. Aku menuju ke pintu depan untuk melihat keluar. “Jangan buka pintu, kita duduk diam-diam aje dalam rumah”, pesan Kak Nurul. “Man nak tengok di luar aje”, jawab aku. “Tak payah tengok. Biarkan aje apa yang jadi di luar”, kata dia lagi.
100 “Tak ada apa lah Akak”,jawab aku yang memang degil dan keras hati. Aku memang jenis yang suka ingin ambil tahu apa yang terjadi daripada tertanya tanya tanpa jawapan. Aku membuka pintu depan. Aku terkejut kerana di hadapan tangga berdiri satu lembaga putih yang menyeramkan. Rambutnya panjang, matanya bulat terbeliak sambil mendukung bungkusan seperti seorang bayi kecil. Tangannya bergoyang-goyang seperti sedang mendodoi bayinya tidur. Dia mengangkat bayinya ke arah aku seperti mahu aku mendukungnya. Aku tak tahu kenapa aku tidak menutup pintu. Mata aku bagai terpukau. Tiba-tiba ada sentuhan di bahu aku. Aku seperti tersedar dari lamunan. Kak Nurul mencuit bahu dan kemudiannya jatuh pengsan. Mungkin dia terkejut melihat lembaga di hadapan tangga. Aku cepat-cepat menutup pintu dan mendapatkan Kak Nurul. Kedegilan aku dibayar dengan pengsannya Kak Nurul. Kak Ayu berlari membantu aku. Kami mengangkat Kak Nurul ke ruang yang lebih selesa. Di luar rumah mula kedengaran suara bayi menangis. “Akak, tolong ambil air putih”, kata aku kepada Kak Ayu. Kak Ayu ke dapur dan kembali dengan air putih. Aku membaca sesuatu dan menghembuskannya dalam bekas air. Aku basahkan muka Kak Nurul. Perlahan lahan Kak Nurul membuka matanya. “Akak minum air ni”, kata aku kepada Kak Nurul. Kak Nurul duduk berlunjur dan minum air tersebut dengan bantuan Kak Ayu. “Akak berdua masuk dalam bilik, Man ada benda nak selesaikan”, arah budak degil ini kepada mereka berdua. Mereka terus masuk ke bilik. “Aku harus selesaikan masalah ini”, bisik hati aku. Aku membuka semula pintu tetapi lembaga itu sudah hilang. “Kak Ayu, kunci pintu ni”, jerit aku. Aku turun ke tanah. Pintu di kunci dari dalam. Aku dah tak boleh berundur lagi. Aku berjalan sambil mata aku liar memandang sekeliling. Aku hampir sampai ke belakang rumah tiba-tiba terasa ada sesuatu memegang bahu aku. Aku terduduk ke tanah kerana rupanya yang mencuit bahu aku adlah lembaga tadi. Aku mengesot untuk menjauhkan diri darinya tapi dia bergerak mengikuti pergerakan aku. Kakinya memang tak jejak ke tanah. Tangannya masih seperti tadi mahu menghulurkan anaknya kepada aku. Akhirnya aku berjaya bangun semula. Aku berundur sedikit sambil membaca sesuatu. Aku hembus ke arahnya. Tiba-tiba dia menjerit nyaring seperti marah. Tubuhnya mula terapung tinggi di hadapan aku.
101 “Tolong jaga anak aku”, jeritnya dengan suara yang bergetar. “Aku tak kenal kau”, balas aku. “Kau yang selamatkan aku jadi kau harus menjaganya”, katanya lagi. “Kau berdua sudah mati”, jawab aku lagi. “Sempurnakan mayat kami”, rayu dia lagi. “Apa aku nak buat ni? Aku tak tahu pun dia siapa”, bisik hati aku. “Kau balik semula ke tempat kau, ini bukan dunia kau lagi”, itu yang terlintas dalam kepala aku. Lembaga itu semakin marah. Tiba-tiba sebatang dahan kayu melayang ke arah aku tapi dengan cepat aku mengelak. Melayang pula sebatang kayu tajam tapi sekali lagi aku sempat mengelak. “Balik ke tempat asal kau. Kalau kau berdegil, dengan izin Allah, aku akan musnahkan kau”, jerit aku. Lembaga itu mengilai dengan kuat. Aku mula membaca sesuatu. Aku genggam keris di tangan aku erat-erat. “Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un, Allahuakbar”, aku menikam keris ke tanah lalu tanah bergegar. Lembaga itu terpelanting ke batang pokok di belakangnya. Bayi yang dipegangnya jatuh ke tanah. Lembaga itu turun ke tanah untuk mendapatkan semula anaknya. “Balik ke tempat asal kau, ini bukan lagi dunia kau”, jerit aku sekali lagi. Tibatiba anaknya melayang ke arah aku. Entah kenapa aku tak mengelak dan menadah tangan aku untuk menyambutnya. Mata bayi itu terbuka. Bayi itu membuka mulutnya. Jelas terpampang giginya yang halus tapi penuh dengan darah. Dia memandang aku dengan tajam. Aku leka memandangnya sehingga terlupa kepada ibunya. Sewaktu aku mengangkat muka aku, lembaga itu betul-betul terapung di hadapan aku dengan giginya yang menakutkan. Aku terundur ke belakang sambil mencampak anaknya. Anaknya kini berada semula dalam pelukannya. Dia mara ke arah aku. Aku membaca satu ayat dan mengangkat kedua tapak tangan aku ke arahnya.Dia terpelanting ke belakang sambil menjerit nyaring. Tiba-tiba dia terbang mengelilingi aku. Aku terpaksa berpusing mengikut pergerakannya. Lembaga itu mengilai dengan kuat dan nyaring. Tangisan anaknya juga makin kuat. Aku membaca lagi ayat-ayat yang aku pelajari. Aku hentakkan kaki aku ke tanah. Tanah yang aku pijak bergegar dengan kuat. Lembaga itu bersama dengan anaknya hinggap di atas dahan
102 yang tinggi. Aku mati akal. Tiada tindakan aku yang berjaya menjejaskannya. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk buat bulatan dengan keris aku dan duduk bersila di tengah-tengah. Ini ikhtiar aku yang terakhir. Aku pejamkan mata sambil membaca sesuatu. Tindakan ini perlu keyakinan yang tinggi. Pandangan aku seperti keluar dari diri aku. Aku nampak lembaga itu menghampiri aku walau mata aku terpejam. Semakin lama semakin dekat dengan tempat aku bersila. Dia cuba menyentuh aku tetapi tangannya berasap bila cuba masuk ke dalam bulatan. Dia berpusing mengelilingi bulatan yang aku buat seperti mencari jalan masuk. Akhirnya dia terapung betul-betul di hadapan aku dan hanya terhalang oleh garisan yang aku buat. Aku membuka mata aku dan secepat kilat aku menyambar tangannya dan cuba menariknya sekuat hati aku ke dalam bulatan yang aku buat.
103 66 Aku membuka mata aku dan secepat kilat aku menyambar tangannya dan cuba menariknya sekuat hati aku ke dalam bulatan. Lembaga itu pula yang merentap tangan aku dengan kuat hingga aku terpelanting keluar dari bulatan yang aku buat. Aku jatuh terguling tapi bangun dengan cepat. Aku melompat ke bahagian belakangnya dan meletakkan kedua tapak tangan aku hampir menyentuh belakangnya. “Allahuakbar”, jerit aku dengan sekuat hati. Lembaga itu tertolak ke depan dan termasuk ke dalam bulatan yang aku sediakan. Tubuh dan anaknya mula berasap. Dia cuba keluar dari bulatan itu tapi tak berjaya. Api mula menyala dari kedua dua lembaga itu. Jeritan nyaring semakin kuat kedengaran. Suasana jadi terang benderang. “Tolong aku, aku tak bersalah”, jerit lembaga itu dengan suara yang bergetar. Akhirnya, keduanya hangus dijilat api. Aku terduduk keletihan. Alhamdulillah, syukur kepada Yang Maha Berkuasa. Lama juga aku duduk termenung di atas tanah. Siapa lembaga itu? Kenapa dia datang ke sini? Apakah ada kaitan dengan bungkusan yang Putih bagi pada aku? Aku belum dapat jawapannya. Aku bangun perlahan lahan untuk naik ke rumah. “Akak, buka pintu. Man ni”, jerit aku dari luar rumah. Tak lama kemudian pintu di buka. Kak Nurul menjeling ke arah aku. Aku tahu dia marah aku kerana dia sayang aku. Ada benarnya juga bila dia pujuk aku supaya tunggu sahaja kat dalam rumah tapi aku memang budak degil. “Man minta maaf sebab tak dengar cakap akak”, kata aku. Memohon maaf ini boleh melembutkan hati yang tengah panas, tak kira siapa yang betul. “Dah, pergi mandi”, jawab Kak Nurul. Aku mencapai tuala dan turun ke telaga untuk membersihkan badan. Selesai solat, aku ke ruang tamu dan lihat sudah tersedia air kopi O dan biskut tawar. Aku duduk bersandar pada dinding. Apa yang terjadi pada Aki Lela? Kenapa sampai sekarang dia masih belum balik? Aku keliru dan risau. Kak Nurul dan Kak Ayu menyertai aku di ruang tamu.
104 “Akak bukan marah Man turun ke tanah sebab Man memang ada belajar dengan aki tapi sesuatu perkara itu lebih baik dibiarkan kerana ia lebih mudah. Kita tunggu di dalam rumah sehingga siang, kan lebih baik”, nasihat Kak Nurul. Aku diam seketika. Aku akui ada benarnya kata-kata Kak Nurul tapi jiwa kecil aku berlainan. Perasaan ingin tahu sentiasa berperang dalam hati. Selepas mereka berdua masuk ke bilik, aku menuju ke bilik Aki Lela. Aku terkejut kerana aku nampak Aki Lela sedang tidur di atas tikarnya. Nyenyak dan lena seolah-olah tiada apa yang berlaku. Peliknya, aku langsung tak terbuka hati untuk mengejutkannya dan memberitahu Kak Nurul. Hati dan mulut aku bagai dikunci. Aku mencapai kitab yang aku suka dan masuk ke bilik aku. Fikiran aku hanya tertumpu kepada kitab yang aku baca dan bukannya memikirkan tentang apa yang aku lihat. Aku membuka kitab tentang sifat 20. “Sifat Allah yang ke 9, ilmu. Ilmu Allah meliputi keseluruhan alam. Di dalam ilmu Allah lah tersimpan pengetahuan tentang semua perkara sehinggakan gugurnya sehelai daun di atas muka bumi ini, Allah juga mengetahui. Apa yang dilakukan oleh setiap hambaNya, tak terlepas dari ilmuNya. Semenjak roh di tiup ke dalam jasad anak Adam, nama, rezeki, perjalanan hidup sehingga nasibnya selepas kematian sudah siap tertulis. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya. Bila hambanya kesusahan, setiap titip doa hambanya juga sudah siap tertulis. Hebatnya Kekuasaan Allah”, satu bait perenggan yang aku baca. Sebagai manusia, apa yang kita doakan sebenarnya adalah nukilan dari Allah. Kita hanya seumpama pelakon di atas dunia, mengikut skrip yang siap tertulis untuk kita. Apa pun yang telah tertulis untuk kita, kita masih boleh berdoa kerana itu sahaja yang kita mampu. Hinanya aku rasa bila memikirkan kehidupan kita. Kita terasa hebat sedangkan Allah yang menjadikan kita hebat. Kita jadi kaya sedangkan Allah yang menjadikan kita kaya. Terasa seolah-olah rasa bersyukur sahaja tidak mencukupi untuk berterima kasih atas setiap nikmat yang kita dapat. Rendahkan jiwa kita kerana kita bukan siapa-siapa tanpa Allah. Akhirnya aku terlena dengan kitab yang berada di atas dada aku. Pagi itu, aku bangun untuk solat subuh lalu aku menuju ke bilik Aki Lela tapi Aki Lela tiada. Ke mana pulak orang tua ni? Malam tadi nak tidur ada di biliknya. Akhirnya aku solat bersendirian. Aku abaikan pertanyaan aku, aku mengandaikan semuanya adalah mainan perasaan aku yang risau dan rindu Aki Lela. Selepas bersarapan, aku turun menuju ke sungai. Aku ingin melihat bungkusan yang aku tinggalkan semalam. Sampai di tempat semalam, aku dapati bungkusan itu masih elok, sama seperti waktu aku tinggalkan.
105 Aku jadi keliru. Dari mana lembaga malam tadi datang? Aku ambil keputusan untuk tidak mengusik bungkusan itu dan membiarkannya untuk Aki Lela uruskan. Aku kembali ke kebun kecil Aki Lela. Aku cantas pisang yang dah masak. Aku bersihkan rerumput yang tumbuh meliar. Tiba-tiba mata aku tertumpu kepada sebuah kenderaan yang menuju ke arah rumah. Aku pasti itu kenderaan polis. “Aki Lela dah balik”, jerit hati aku. Aku cepat-cepat menuju ke bangsal. Aki Lela turun dari kenderaan polis dan kenderaan itu berlalu pergi. Aku berlari memeluk Aki Lela. Aki Lela mengusap kepala aku sambil mencium ubun-ubun aku. Kak Nurul dan Kak Ayu juga turun ke tanah mendapatkan Aki Lela. “Kenapa aki balik lambat?” tanya aku. “Polis baru siap buat siasatan. Semua dah selesai. Itu kan kerja mereka”, jawab Aki Lela. “Tapi bukan salah aki pun”, jawab aku semula. Aki Lela hanya tersenyum. “Tak apa lah. Dah memang peraturannya macam tu. Kita nak dihormati, kita mesti menghormati”, kata Aki Lela mematikan amarah aku. Aki Lela naik ke rumah bersama Kak Nurul dan Kak Ayu. Aku duduk berjuntai kaki di bangsal. Tak lama kemudian Aki Lela turun ke bangsal. “Ada apa-apa yang kau nak cerita ke?” tanya Aki Lela. Aku menggaru kepala. Aki Lela mengusap lagi kepala aku. “Aku dah tahu, tak payah lah cerita”, kata Aki Lela lagi. Tak kan Kak Nurul dah ceritakan, kata hati aku. “Bukan dia tapi ada ‘orang’ lain yang ceritakan”, jawab Aki Lela. Aku malas dah nak bertanya. “Man, kadang-kadang apa yang kita ada tak perlu kita gunakan jika mendiamkan diri itu lebih baik tapi kadang-kadang apa yang kita ada perlu juga digunakan bila kita rasa perlu untuk diselesaikan. Aku tak kata apa yang kau buat tu salah dan aku tak kata apa yang kau buat tu betul. Kau yang ada pada masa tu, jadi kau yang buat keputusan”, kata Aki Lela sambil tersenyum. Kak Nurul turun ke bangsal sambil membawa air kopi O. Kak Nurul menjeling ke arah aku. Aku membalas jelingannya. “Mari kita pergi tengok apa yang Putih hantar”, tiba-tiba Aki Lela bersuara. Aki Lela membuatkan aku rasa kagum. Macam mana dia boleh tahu sedangkan hanya aku dan Putih aje yang tahu pasal bungkusan itu kecuali
106 Putih yang memberitahunya. Aku abaikan pertanyaan yang memang aku tak akan dapat jawapannya kalau bertanya. Kami berjalan ke tebing sungai. Bungkusan itu masih tergantung dengan elok. Aki Lela membaca sesuatu dan membuka bungkusan tersebut. Di dalamnya terdapat beberapa batang tulang. “Ini tulang manusia”, kata Aki Lela. Aki Lela memeriksa lagi jika terdapat apa-apa yang tertinggal. Di bawah alas lapisan tulang tersebut terdapat satu bungkusan yang amat kecil. Aki Lela membukanya perlahan-lahan. Apabila terbuka bungkusan kecil itu, tiba-tiba berterbangan dua binatang kecil yang tak sempat pun aku tahu apakah binatangnya. Dalam bungkusan itu juga terdapat sekeping kertas kecil bersalut plastik. Tulisannya terlampau kecil dan bukan tulisan rumi atau jawi. “Ada orang memuja roh orang untuk dijadikan sebagai ‘benda suruhan’. ‘Benda’ ini perlu diperam selama 30 hari sebelum digunakan. Semalam genap 30 hari tetapi Putih yang jumpa terlebih dahulu. Tuannya akan datang cari ‘benda’ ni”, terang Aki Lela. “Man tak berani nak buka”, kata aku. “Nasib baik kau tak buka, ‘benda’ ni jika kita tak baca doa pelindung diri, ia akan mengikut kita”, terang Aki Lela lagi. “Kita tanam ‘benda’ ni dan berharap tuannya tak jumpa”, kata Aki Lela lagi. Kami menuju ke arah hutan dan kami terjumpa kawasan yang sesuai. Aki Lela menyuruh aku gali lubang kecil. Selepas menggali lubang kecil, Aki Lela membaca sesuatu dan menanam semua benda yang ada dalam bungkusan itu kecuali dua ekor binatang yang terbang menghilangkan diri. Aki Lela meletakkan tapak tangan kanannya di atas lubang yang sudah ditutup sambil menekan sedikit ke tanah. Terdapat kesan tapak tangannya di atas lubang tersebut. “Mari balik tapi malam ni kita ada tetamu”, kata Aki Lela. Aku hanya mengagak tuan bungkusan ini akan datang mencari bungkusannya. Kami bergerak pulang. Kami menuju ke kebun kecil Aki Lela yang tak sempat aku siapkan tadi. Menjelang zohor kami naik ke rumah. Selesai makan tengah hari, aku baring di dalam bilik untuk seketika bila melihat Aki Lela juga masuk ke biliknya. Aku dapat tidur seketika dan tersedar bila mendengar suara Aki Lela memanggil aku. Aku turun ke bangsal. “Tak lama lagi kau dah kena balik untuk ke sekolah. Ingat pesan aku, jangan gunakan apa yang kau belajar pada keadaan yang tak memerlukan.
107 Fikir dahulu dan baru buat tindakan. Bersabar adalah kunci utama. Jika umur panjang, kita akan berjumpa lagi”, kata Aki Lela. Aku angguk tanda faham. Aku sayu kerana aku tahu tak lama lagi aku terpaksa berpisah dengan Aki Lela, Kak Nurul dan Kak Ayu. Mereka semua seperti keluarga aku. Aku sayang mereka semua. Aki Lela memeluk bahu aku. Banyak benda yang di ajar ketika kami berbual di bangsal. Selepas solat maghrib dan makan malam, aku masuk ke bilik Aki Lela. “Aki, malam tadi Man nampak aki tidur di sini tapi masa nak solat subuh, aki tak ada”, tanya aku untuk menghilangkan persoalan. Aki Lela hanya tersenyum. “Jika kau nampak aku, maka betul lah aku tapi jika bukan aku maka bukan aku lah”, jawab Aki Lela lebih menambahkan pening aku. Aki Lela tersenyum dan ketawa melihat aku yang tergaru garu kepala. “Diri kita ni terdiri dari roh dan jasad. Roh kita bebas ke mana-mana jika diizinkan Allah dan jika kita tahu rahsianya. Jasad hanya boleh berada di satu tempat. Sampai masanya nanti kau akan faham”, terang Aki Lela lagi. Tiba-tiba Aki Lela terdiam. Matanya dipejamkan. Dia menarik nafas panjang. Tak lama kemudian dia membuka matanya. “Siap Man, kita ada tetamu tak diundang”, kata Aki Lela sambil bangun mendapatkan kelengkapannya. Aku masuk ke bilik mengambil apa yang perlu. “Nurul, kunci pintu”, jerit Aki Lela. Kami turun ke tanah. Aki Lela menyerahkan keris aku. Pintu dikunci dari dalam. Kami bergerak ke arah hutan dengan agak pantas. Akhirnya kami tiba berhampiran tempat kami menanam bungkusan pada siang tadi. Tiada sesiapa yang kelihatan. “Hati-hati”, pesan Aki Lela seperti berbisik. Mata aku liar memerhati sekeliling. Kami bergerak masuk sedikit lagi ke dalam hutan. Di hadapan kami kelihatan satu kawasan yang lapang. Tiba-tiba ada sesuatu sedang terbang dengan laju dan cuba menyerang kami. Kami berdua melompat untuk mengelak. Aki Lela mendarat sambil berdiri tapi aku mendarat dengan kaki kiri berlipat lutut dan kaki kanan berlunjur lurus ke sisi. Aku pegang keris aku erat-erat. Aki Lela juga sudah menghunuskan kerisnya. Tiba-tiba satu lagi serangan menuju ke arah kami. Sekali lagi ‘benda’ ini terbang dengan laju sehingga aku tak pasti apa yang menyerang kami.
108 Kali ini aku mengelak sambil menunduk rendah. Aki Lela melompat tinggi dan melepaskan satu sepakan yang tepat mengenai benda yang menyerang kami. Benda itu terlanggar pokok dan jatuh ke tanah. Ia bangun semula dan berdiri mengadap kami. Kepalanya menunduk ke bumi. Perlahan- lahan ia mengangkat kepalanya. Kini berdiri di hadapan kami seekor binatang setinggi manusia biasa yang mukanya seperti seekor keluang. Giginya tajam bertaring. Sayapnya menutup tubuhnya. Binatang itu berdiri tegak dengan kakinya yang kecil. Aki Lela baru sahaja hendak melangkah tiba-tiba seekor lagi binatang seperti itu terbang dengan laju di atas kepala kami dan turun ke tanah bersebelahan seekor lagi. Kini kami berhadapan dengan dua ekor binatang yang aku tak tahu jelmaan atau memang binatang peliharaan. Dua ekor binatang itu mula melebarkan sayap mereka. Aki Lela memberi isyarat dengan kepalanya supaya aku beralih sedikit darinya. Aku beranjak ke ruang yang lapang. Dua ekor binatang itu terbang serentak ke arah kami. Aku membaringkan tubuh aku yang kecil ini ke tanah. Angin yang terhasil dari libasan sayapnya menyentuh muka aku kerana kedudukan kami rapat. Aku bangun dengan pantas. Binatang itu menyerang sekali lagi tapi kali ini aku berjaya menikam ke arah sayapnya hingga sayapnya terkoyak panjang. Ia menjerit seperti kesakitan dan berpusing melihat aku. Tiba-tiba sayapnya yang terkoyak pulih seperti sediakala. Aku baca sesuatu dan hentakkan kaki aku ke tanah. Binatang itu terpelanting ke belakang yang ada sebatang pokok besar. Ia mendengus marah sambil memandang aku dengan tajam. Seekor lagi binatang itu menghampiri rakannya dari arah Aki Lela. Aki Lela mendekati aku. Dari tengah antara dua ekor binatang itu muncul seorang lelaki dewasa berpakaian hitam dengan sehelai kain merah terikat di pinggangnya. Dia bercakap sesuatu dengan Aki Lela dengan bahasa yang aku tak fahami. Tiba-tiba keluar asap dari dua ekor binatang tersebut dan keduanya hilang dari pandangan. Kini lelaki itu berhadapan dengan Aki Lela. Aku menjarakkan diri dari mereka berdua sambil memerhati sekeliling jika masih ada gangguan. Lelaki itu menyerang Aki Lela dengan keris panjang yang terselit di belakangnya. Memang lelaki ini handal bersilat. Gerak-gerinya nampak tangkas dan kemas tapi Aki Lela bukan sebarangan orang.Mereka saling berbalas pukulan dan sepakan tapi masing-masing masih berjaya mengelak. Aku membaca sesuatu untuk mengganggu pergerakan lelaki itu. Satu sepakan dari Aki Lela tepat ke dadanya. Dia jatuh terlentang. Dia memandang aku dengan penuh kemarahan. Sebatang dahan kayu yang
109 besar tiba-tiba menuju ke arah aku tapi ketika dahan kayu itu hampir sahaja ke tubuh aku, dahan itu terpelanting jauh sebelum aku bergerak untuk mengelak.Aku memandang Aki Lela. Aku tahu ini adalah tindakan dari Aki Lela. Lelaki itu cuba menyerang aku tapi Aki Lela lebih pantas. Satu lagi sepakan singgah di kepalanya. Dia jatuh terguling ke tanah. Kali ini mulutnya berdarah. Tiba-tiba lelaki itu menerpa ke arah aku. Aku membaringkan badan aku sambil menghulurkan kaki kanan aku ke perutnya. Dia terundur semula ke belakang. Aki Lela melompat ke arahnya yang masih belum bersedia. Lelaki itu jatuh terlentang dan keris Aki Lela tepat berada di perutnya. Aki Lela bercakap sesuatu dengannya menggunakan bahasa percakapan mereka tadi.Lelaki itu menggeleng-gelengkan kepala. Kali ini aku mendengar Aki Lela meninggikan sedikit suaranya tapi lelaki itu tetap mengelengkan kepala. Aki Lela menusuk kerisnya ke perut lelaki itu. Lelaki itu menggelepar dan berguling. Aki Lela berundur ke arah aku. Tak lama kemudian tiada lagi pergerakan dari lelaki tersebut. Tiba-tiba ada sesuatu sedang terbang dengan laju dan membawa jasad itu menuju ke dalam hutan. Aki Lela menahan aku dari bergerak. “Biarkan, itu dah pilihannya. Apa yang terjadi pada dia selepas ini, hanya Allah yang mengetahui”, kata Aki Lela. “Mari kita balik”, katanya lagi. Kami bergerak perlahan. Tulang siapa yang kami tanam siang tadi, tanya hati aku. “Ada yang akan datang mencari kita lagi nanti”, tiba-tiba Aki Lela bersuara.
110 67 Seperti biasa bila naik ke rumah, aku akan terus ke telaga untuk membersihkan badan. Selesai solat isyak, aku akan bersila dalam bilik Aki Lela. “Man, picit betis aku”, kata Aki Lela. Kali pertama Aki Lela minta betisnya dipicit.Aku dengan berbesar hati memicit Aki kesayangan aku ini. “Sifat Allah yang ke sepuluh, Hayat. Maksudnya Allah itu hidup dan tidak mati. Tiada yang menghidupkanNya seperti mana Allah menghidupkan semua makhluk di dunia ini. Zat Allah telah tersedia hidup berkait dengan sifatNya yang kedua iaitu Qidam. Putuskan pertanyaan kita bagaimana Allah hidup kerana sesungguhnya Allah itu hidup berbeza dengan makhluk hidup seperti memerlukan udara untuk bernafas”, terang Aki Lela. Aku mengangguk tanda faham. “Manusia selalu tersesat jalan kerana terlalu memikirkan bagaimana Allah hidup. Yakin sepenuhnya zat Allah itu Maha Sempurna baik dari segi wujud dan kekuasaanNya. Bagaimana manusia boleh terfikir Allah memerlukan udara untuk hidup sedangkan udara itu sendiri adalah ciptaan Allah”, terang Aki Lela lagi. Banyak lagi yang Aki Lela terangkan pada malam tersebut. Aku hanya masuk ke bilik bila aku nampak Aki Lela seperti agak keletihan. Dalam bilik, aku termenung memikirkan kejadian awal malam tadi. Aku masih tertanya tanya apakah kaitan lembaga dua beranak dengan lelaki berpakaian hitam. Di mana Putih menjumpai bungkusan itu? Aku berharap janji Aki Lela akan tertunai. Selepas bersarapan, seperti biasa aku akan ke kebun kecil Aki Lela. Kami bersama sama membersihkan rerumput yang ada. “Man, aku nak kau tanam anak pokok manggis ni kat sini. Semoga kenangannya akan berkekalan sampai ke akhir hayat kita masing-masing”, cadangan Aku Lela. “Baik aki”, jawab aku. Kami bergurau sambil gelak ketawa bersama-sama. Tiba-tiba dari jauh kelihatan sebuah kereta menuju ke rumah Aki Lela. Kami berjalan menuju ke bangsal sementara menunggu kereta itu sampai. Turun seorang lelaki dewasa berpakaian kemas dari kereta mewah tersebut.
111 “Pakcik ni Tok Lela?” tanya lelaki itu tanpa memberi salam. “Inilah manusia, bila berharta hilang harta sebuah adab”, bisik hati aku. Aki Lela menjeling ke arah aku. Aki Lela tetap melayan lelaki tersebut dengan lemah lembut. “Begini tok, isteri dan anak saya hilang sewaktu saya pulang ke rumah seminggu lepas. Sampai sekarang mereka tak balik-balik ke rumah. Saya dah buat report polis tapi mereka masih tak ditemui”, terang lelaki itu. “Saudara ni apa namanya?” sindir Aki Lela dalam berbicara. “Eh lupa, saya Nasir”, jawabnya lagi. “Ada apa-apa yang terjadi antara kamu suami isteri?” jebak Aki Lela. Aku tahu Aki Lela seperti dapat mengetahui serba sedikit kisah lelaki ini. “Emm...memang kami ada bertengkar sedikit sebelum saya keluar bekerja tapi tak kan sampai lari dari rumah”, terang dia lagi. “Isteri kamu sebaya kamu dan anak kamu umur dekat setahun?” tanya Aki Lela lagi. Nasir terdiam. Aku baru nak faham kaitan bungkusan itu dengan Nasir ini. “Iye betul perempuan, anak saya tu perempuan”, jawabnya tergagap-gagap. “Beginilah, kamu harus menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku kalau kamu mahu saya membantu”, tegas Aki Lela. Lama Nasir mendiamkan diri seperti memikirkan sesuatu. Air matanya tibatiba bergenang di kelopak mata. “Saya telah melakukan kesalahan besar terhadap isteri dan anak saya. Saya telah menjualnya kepada seorang pengamal ilmu silat dengan harga yang tinggi. Dengan duit itulah saya membeli kereta dan rumah di bandar. Saya benar-benar menyesal. Sejak seminggu ini saya didatangi mimpi yang menakutkan setiap malam”, terang dia sambil air matanya menitik. Muka Aki Lela berubah kemerah-merahan seperti menahan marah. Aki Lela menarik nafas yang panjang. Amarah aku juga membuak-buak. Demi harta kesenangan dunia yang sementara, tergamak menjual isteri dan anak kepada orang lain. Aku seperti nak membelasah sahaja lelaki jahanam ini. Aki Lela juga nampak bergenang air mata. Itulah Aki Lela yang aku kenal, segagah mana dirinya, setabah mana dirinya tapi bila dosa dilakukan tanpa rasa takut dan belas kasihan, hatinya mudah tersentuh.
112 “Beginilah, saya akan usahakan tapi bukan kerana kamu tapi kerana Allah. Isteri dan anak kamu harus berada di ‘tempat’ yang sepatutnya”, terang Aki Lela dengan sebak. “Maafkan saya tok, saya tahu saya bersalah”, jawab Nasir. “Jangan memohon maaf kepada saya tetapi mohon ampun kepada Allah. Harta yang tak berkat tak ada gunanya. Rezeki yang murah juga tak akan mencukupi jika digunakan ke tempat yang salah tapi carilah rezeki yang berkat. Banyak terasa takut, sedikit terasa cukup”, terang Aki Lela lagi. Nasir menangis tersedu-sedu. “Terima kasih tok. Saya akan datang semula jika ada apa-apa berita. Saya mintak diri dulu”, kata Nasir sambil bersalam dengan Aki Lela. Nasir berlalu pergi. Aku melepaskan kemarahan aku ke tanah dengan menumbuk tanah beberapa kali. Penyesalan mula membayangi aku. Aku dah musnahkan lembaga dua beranak malam kelmarin. Aki Lela memujuk aku. “Dah lah cu, bukan salah kau. Kau tak tahu cerita yang sebenarnya. Kita betulkan kembali apa yang silap”, pujuk Aki Lela sambil mengusap kepala aku. Di ambilnya air putih yang ada di bangsal dan menyimbahnya ke kepala aku sambil ketawa. Aku tahu Aki Lela cuba menggembirakan hati aku. Hari itu hampir seharian kami di kebun kecilnya. Bukan setakat anak manggis, ada lagi anak-anak pokok lain yang kami tanam. “Menuntut ilmu juga seperti menanam pokok, perlu disiram dan dijaga. Jika tak dijaga dengan baik, pokok boleh mati dan mungkin juga boleh tumbuh sendiri tetapi banyak gangguan untuk dia membesar”, pesan Aki Lela penuh kiasan. “Kosongkan hati selain Allah, maka ilmu yang datang adalah ilmu yang penuh keberkatan”, tambah aku. Aki Lela tersenyum. Selepas asar, kami sambung di gelanggang silat. “Kau ni kadang-kadang mudah khayal, itu yang buat kau jadi lalai. Dalam pertarungan malah buat apa sekalipun, tumpuan jangan hilang, gerak jangan sumbang”, Aki Lela membebel. Aku tersengih sahaja. Aku akui aku mudah hilang tumpuan. “Mata mesti tumpu pada musuh. Dari gerak musuh baru kita tahu gerak apa yang kita nak guna. Langkah mesti tepat, akal kena cepat. Gerak langkah tak semestinya laju tapi yang paling utama adalah arah tuju”, terang Aki Lela.
113 “Maksud aki, sasaran kita?” tanya aku. “Betul, kat mana kita nak tujukan pukulan kita maka gerak kita adalah sebagai umpan”, tambah Aki Lela lagi. Bermandi peluh aku dikerjakan Aki Lela petang itu tapi aku gembira menghabiskan masa aku bersamanya. Selepas makan malam, aku duduk berehat di ruang tamu. Fikiran aku melayang memikirkan bagaimana hendak selesaikan masalah isteri dan anak Nasir. Jika yang terbakar hangus itu mereka berdua, bagaimana Aki Lela nak sempurnakan mayat mereka. Tiba-tiba Aki Lela keluar dari biliknya. “Man, mari ikut aku”, kata Aki Lela. Aku tanpa banyak soal, masuk ke bilik aku sekejap dan keluar dengan kelengkapan biasa.Aki Lela sudah menunggu aku di tanah. “Kak, kunci pintu”, jerit aku, tak kisahlah kakak yang mana satu yang mendengarnya.Kami mula bergerak ke arah hutan. Fikiran aku masih buntu memikirkan apa yang akan kami buat. “Kalau benar tulang-tulang itu adalah kepunyaan anak bini Nasir, kita kena sempurnakan”, kata Aki Lela sambil berjalan. “Kenapa kena tunggu malam, aki?” tanya aku. “Jika benar milik mereka, ada sesuatu yang mereka nak sampaikan. Sekarang roh mereka tak tenang”, terang Aki Lela lagi. Kami mula bergerak masuk ke dalam hutan. Akhirnya kami tiba di tempat kami menanam tulang-tulang kelmarin. Aki Lela mengarahkan aku menggali semula lubang tersebut. Aki Lela membuka bungkusan tersebut dan menyusunnya di atas tanah. Kami duduk bersila mengadap tulang-tulang tersebut. “Ingat pesan aku, jangan takut jika ada ‘sesuatu’ yang mendekati. Zikir dan baca ayat pelindung diri serta jangan melawan”, pesan Aki Lela. Aku tak menjawab apa-apa. Aki Lela mula membaca sesuatu. Tak lama kemudian aku terhidu bau yang cukup wangi. Selepas itu muncul kabus mengelilingi kami. Pandangan jadi kurang jelas hatta Aki Lela yang bersila di hadapan aku pun aku tak nampak dengan jelas. Tiba-tiba aku terasa ada ‘sesuatu’ menyentuh bahu aku. Tajam dan keras seperti kuku dan tulang tangan. Aku membiarkan walau peluh aku mula menitik. Aku terus berzikir. Kemudian sentuhan itu beralih ke kepala aku. Aku alihkan pandangan anak mata aku ke atas. Ternampak hujung kuku dari jari-jari yang hanya tinggal tulang. Jari itu meliuk-liuk hingga ke dahi aku. Peluh aku makin banyak menitik.
114 “Jangan takut dan jangan melawan”, aku teringat pesan Aki Lela. Aku terpaksa biarkan. Bulu roma aku meremang. Tak habis di kepala, aku terasa pula sentuhan di bahagian belakang. Kini kepala dan belakang aku jadi mangsa sentuhan kasar. Tiba-tiba terdengar suara anak kecil menangis tapi aku tak tahu di mana kerana keadaan kabus yang tebal, diikuti suara dengusan di telinga aku. “Kau tak kasihankan kami”, bisik satu suara halus di telinga aku. Baju aku dibasahi peluh. Aku pejamkan mata untuk tumpu kepada zikir aku. Kini mulut aku pula terasa seperti di sentuh kuku yang tajam. Jari-jari itu cuba masuk ke dalam mulut aku. Aku tak tahu apa yang Aki Lela sedang lakukan. Aku hanya mampu bersabar dan bertahan. Tangisan anak kecil itu makin kuat. Aku buka mata apabila terasa ada ‘sesuatu’ menyentuh pula kelopak mata aku. Barisan kuku yang tajam jelas di hadapan biji mata aku. Aku gerakkan sedikit kepala aku supaya jari itu tidak lagi menyentuh kelopak mata aku. Tiba-tiba muncul satu wajah yang menakutkan dengan cara terbalik seolah olah tergantung di hadapan muka aku. “Jangan ganggu kami, kami hanya ingin menolong kamu”, aku terdengar suara Aki Lela. Lembaga itu memusingkan kepalanya ke arah Aki Lela dan bergerak menuju ke arah Aki Lela. Aku tak pasti apa yang lembaga itu lakukan terhadap Aki Lela. Tiba-tiba kabus mula menghilang perlahan-lahan. Kini aku nampak dengan jelas lembaga itu mengelilingi Aki Lela. Entah apa yang Aki Lela buat, lembaga itu kemudian berdiri tak jejak ke tanah di hadapannya sambil mendukung anaknya. Aki Lela menusuk kerisnya ke tanah dan lembaga itu hilang dari pandangan. Aki Lela bangun dan membungkus tulang-tulang itu semula seperti asal. “Mari Man kita balik”, kata Aki Lela. Kami bergerak pulang bersama bungkusan tersebut. Sampai di rumah, Aki Lela meletakkan bungkusan itu dalam bekas yang tertutup. “Pagi esok InshaAllah Nasir akan datang”, kata Aki Lela. “Bukan kita ke yang patut sempurnakan dari diserahkan kepada orang tak guna tu?” bentak aku. “Lebih afdal kita serahkan kepada suaminya. Biarlah Allah yang menentukan hukuman ke atasnya. Kita tak berhak untuk menghukum sesiapa”, pujuk Aki Lela.
115 Selepas itu kami naik ke rumah membersihkan badan. Siap menukar pakaian, aku seperti biasa berbual dengan Aki Lela di dalam biliknya. “Macam mana dengan tulang-tulang tu aki, nanti polis tak tanya kita ke?” tanya aku lagi risau terjadi seperti kes Bidan Pisah. “Kita serahkan kepada Nasir. Kita sudah jalankan kewajipan kita. Terpulang kepada dia untuk menyelesaikannya”, jawab Aki Lela. Malam itu kami lebih banyak berbual tentang persekolahan aku. Aku sayangkan tempat ini tapi dalam masa yang sama aku juga rindukan keluarga kandung aku tapi yang pasti aku nak tengok muka Nasir bila tahu isteri dan anaknya sudah meninggal dunia. 68 Pagi itu selepas bersarapan, kami menuju ke sungai dengan menjinjing seekor ayam yang siap disembelih untuk Putih. Kali ini dengan sekali panggil sahaja Putih memunculkan diri. “Terima kasih Putih sebab hantar bungkusan kelmarin. Kau memang baik”, puji Aki Lela kepada Putih. Putih seperti memahami dengan menganggukkan kepalanya ke dalam air. Selepas mendapat hadiah biasanya, dia menyelam dan terus hilang. Kami masuk ke dalam hutan untuk seketika. “Sesekali kita kena masuk ke dalam hutan untuk memerhati sebarang petunjuk. Mana tahu ada keadaan yang perlu kita ambil tahu”, terang Aki Lela. Aku duduk di atas sebatang pokok yang sudah lama tumbang. “Kamu tunggu di sini, aku nak masuk ke dalam lagi”, kata Aki Lela sambil terus bergerak menuju ke arah perut hutan. Kali ini Aki Lela cukup lama meninggalkan aku sendirian. Aku juga merasa hairan kerana dia jarang sangat tidak membawa aku ke mana dia pergi semenjak aku tinggal dengannya di sini. Akhirnya mungkin selepas sejam, Aki Lela muncul kembali. Selepas beliau berehat seketika, kami bergerak pulang. Sampai di rumah, kami duduk di bangsal. “Aki, bukan ke kalau kita mati roh kita berada di alam yang lain tapi kenapa roh dua beranak tu masih ada di dunia kita?” soal aku yang mahu kepastian. “Memang benar selepas mati roh kita berada di alam lain iaitu alam barzakh. Sesungguhnya Allah Maha berkuasa dan Maha Penyayang. Bukan sesuatu
116 yang mustahil untukNya membiarkan sesuatu roh itu berada di dunia kita kerana dia Maha Berkehendak iaitu salah satu dari sifatnya iaitu Iradat. Kebiasaannya jika kerana roh tersebut terinaiya. Itu semua untuk manusia jadikan pedoman”, terang Aki Lela. “Tu yang kadang-kadang datang dalam mimpi?” soal aku lagi. “Kebiasaannya bila datang dalam mimpi, roh itu mahukan doa kita. Mungkin di alam sana mereka menghadapi kesukaran kerana hukuman Allah. Ini semua juga adalah Iradat Allah. Bila difikirkan, semuanya untuk kita kembali mengingati bahawa hidup dan mati kita adalah kepunyaan Allah. Allah tidak menganiayai hambanya tetapi hambanya yang menganiayai diri sendiri ketika hidup”, terang Aki Lela lagi. Aku mengangguk tanda faham. Dari jauh kelihatan sebuah kereta menuju ke rumah Aki Lela. Aku pasti itu adalah kereta Nasir. Nasir turun dari kereta dan berjalan ke arah kami. Aki Lela turun dari bangsal. “Assalamualaikum tok”, katanya kepada Aki Lela sambil bersalam. “Waalaikumusalam wbt”, jawab Aki Lela. “Ada khabar berita tentang isteri dan anak saya?” tanya Nasir. “Kamu harus banyak bersabar. Saya dah jumpa mereka tetapi mereka dah meninggal dunia, dah tinggal tulang”, jawab Aki Lela perlahan sambil menepuk bahu Nasir. Nasir terduduk dengan berlutut ke tanah sambil menangis tersedu sedu. “Ya Allah, apa yang telah saya buat ni. Saya jadi buta kerana mengejar kesenangan padahal isteri saya seorang yang cukup baik”, katanya dengan airmata bercucuran. Aki Lela menggosok bahunya. “Kamu diberi pengajaran dengan cara yang amat pedih. Bertaubatlah selagi masih hidup. Apa yang berlaku dah tak boleh diputar semula. Apa yang penting, jadikan ini sebagai asbab untuk kamu berubah. Semoga kamu menjadi manusia yang lebih baik”, nasihat Aki Lela. “Mana tulang mereka tok?” tanya Nasir. “Tunggu sekejap”, jawab Aki Lela sambil menuju ke rumah melalui pintu dapur. Tak lama kemudian Aki Lela datang semula bersama bungkusan. “Ini sahaja yang tinggal. Kamu telah menjual mereka kepada orang yang mengamalkan ilmu yang salah. Anak dan isteri kamu jadi mangsa kamu yang gilakan harta dan kemudian jadi mangsa orang yang gilakan ilmu. Kamu bawak tulang-
117 tulang ini ke balai polis dan ceritakan apa yang nak kamu ceritakan. Aku cuma minta jangan dikaitkan semua ini dengan kami. Itu sahaja yang saya minta”, kata Aki Lela sambil menyerahkan bungkusan kepada Nasir. Nasir dengan tangan yang terketar-ketar memegang bungkusan tersebut. Airmatanya bergenang semula. “Saya berjanji saya akan buat apa yang tok pinta dan saya berjanji saya akan bertaubat. Tok doakan semoga saya berjaya”, katanya sambil tersedu sedu. Aki Lela memeluknya dan kemudian menepuk bahunya. “Kamu ceritakan penyesalan hati kamu kepada Allah. Luahkan kepadaNya apa yang kamu rasa. Dia Maha Mendengar dan Maha Pengampun. Ambil iktibar kisah Syaidina Umar sebelum memeluk Islam yang diceritakan pernah membunuh anak perempuannya yang masih kecil dan setelah masuk Islam, beliau menjadi antara manusia yang terbaik. Tutup buku lama dan buka buku baru hidup kamu”, nasihat Aki Lela lagi. Nasir memeluk Aki Lela. “Saya minta diri dulu.Banyak perkara yang perlu saya selesaikan. Terima kasih banyak-banyak atas pertolongan dan nasihat tok”, kata Nasir sambil bersalam dengan Aki Lela dan aku. Nasir berlalu pergi dan itulah kali terakhir aku melihatnya sehingga kini. “Apa yang telah berlaku, menangis airmata darah sekalipun tak akan boleh diulang semula. Apa yang akan kita buat pada masa sekaranglah yang akan menentukan samada apa yang telah berlaku menjadikan kita ahli syurga atau ahli neraka”, nasihat Aki Lela sambil mengusap kepala aku dan melihat Nasir hilang dari pandangan. Semoga Allah menerima segala taubat kita. Selepas menunaikan solat isyak, aku masuk ke bilik Aki Lela seperti biasa. Aku bersila di hadapannya. “Man, malam ini kau ada satu ujian”, tiba-tiba Aki Lela bersuara masa aku membetulkan duduk sila aku. Aku berdebar-debar tiba-tiba. “Kenapa aki tak bagi tahu siang tadi?” tanya aku. Aki Lela hanya tersenyum. “Dalam hidup kita ini bukan semua perkara datang seperti yang kita inginkan. Ada perkara datang di saat kita tak bersedia pun. Ada orang yang mati tibatiba tanpa disangka-sangka. Itu adalah lumrah hidup kita sebagai hamba”, terang Aki Lela seperti memujuk. Aku hanya mendiamkan diri.
118 “Dah banyak kau belajar jadi ini adalah untuk menguji pembelajaran kau”, kata Aki Lela lagi. Aku masih tak kata apa-apa. “Sekejap lagi, bawa kelengkapan kau dan masuk ke hutan mula dari jalan waktu kau tunggu aku siang tadi. Dari situ kau berjalan terus hingga kau akan jumpa satu kawasan lapang yang ada pokok pisang hutan. Ambil kain yang aku sangkut pada pokok pisang itu, bawa balik ke sini. Ini keris kau. Ingat, sabar dan berfikir dengan bijak”, pesan Aki Lela. Aku menyisipkan keris ke belakang aku. Aku bersalam dan peluk Aki Lela. Aku diam seribu bahasa. Aku melangkah ke bilik aku dan bawa barang apa yang aku perlukan. Aku melangkah keluar dari bilik dan menuju ke tanah.Cuaca gelap dan angin bertiup dingin, tanda hari nak hujan. Aku mulakan langkah aku dengan Bismillahirrahmanirrahim, hanya kepada Allah aku serahkan segalanya. Ujian kedua aku bermula. Dengan lampu suluh di kepala, aku memulakan langkah. Kilat mula kelihatan di langit. Nampak gayanya malam ini aku akan menghadapi ujian yang berat. Aku sampai di muka hutan. Angin makin kuat dan sejuk. Aku bergerak menuju tempat aku menunggu Aki Lela di hutan tadi. Baru aku tahu kenapa Aki Lela masuk ke perut hutan seorang diri. Bermacammacam bunyi kedengaran. Aku kuatkan semangat aku. Aku bergerak dengan pantas. Akhirnya aku sampai di perhentian yang pertama. Hujan mula turun rintik-rintik diikuti bunyi guruh yang agak kuat. Kilat mula sambung menyambung. Setiap kali kilat, setiap kali juga bayang-bayang di dalam hutan seperti penuh dengan lembaga yang menakutkan. Aku terus menuju ke tempat yang Aki Lela arahkan. Aku mula basah kuyup.Kesejukkan makin menyelimut tubuh aku. Kaki aku kadang-kadang tersangkut dalam lumpur yang semakin lembik kerana hujan. Guruh berdentum berdentam membingitkan telinga. Beberapa kali aku terpaksa berhenti mencari arah yang betul. Semua kesan hilang dibawa hujan. Sesekali aku berteduh di bawah dedaun yang lebar. Aku cuma berharap lampu suluh di kepala aku terus berfungsi. Tiba-tiba melintas sesuatu dengan laju di hadapan aku dan hilang. Mungkin binatang yang mencari perlindungan dari hujan. Aku terus berjalan meredah hujan, kilat dan guruh.Angin juga semakin kencang. Ya Allah,permudahkanlah urusanku. Sekali lagi sesuatu yang laju melintasi aku tanpa sempat aku melihat dengan jelas. Aku berhenti berteduh di bawah pokok yang agak besar sambil memeluk tubuh yang kesejukan.
119 Kalaulah ayah dan mak aku tahu aku berada di tempat seperti ini,memang mereka tak izinkan aku menuntut ilmu lagi. Aku bergerak semula. Baru beberapa langkah berjalan, satu dahan yang besar jatuh dari atas pokok di hadapan aku. Aku cuba mengelak tapi malangnya kaki aku tergelincir kerana licin. Aku jatuh terlentang. Dahan yang jatuh itu menimpa kaki kanan aku. Ya Allah, sakit sangat. Kaki aku dari paras buku lali tertindih dengan dahan tersebut. Aku tak boleh bergerak. Air hujan makin deras mengalir di atas tanah. Aku hanya boleh bangun separas pinggang. Aku cuba menarik kaki aku dari dahan itu tapi tak berjaya. Aku baring semula di tanah memandang langit. Aku tarik nafas panjang-panjang dan bangun semula. Aku cuba bertenang dan berfikir. Aku keluarkan keris aku dan menetak sedikit demi sedikit pada dahan yang ada. Akhirnya hanya tinggal dahan yang paling besar iaitu dahan yang menindih kaki aku. Aku menggali tanah di bawah buku lali dengan tangan aku. Akhirnya aku dapat melepaskan kaki aku. Kaki aku berdarah. Ada kesan luka yang besar. Aku lepaskan kain pelikat yang di lilit pada pinggang aku. Aku koyakkan dan balut luka di buku lali.Aku gagahkan diri untuk bangun semula. Aku berjaya berdiri. Tiba-tiba di hadapan aku di atas sebuah pokok yang rendah, aku ternampak satu lembaga berwarna putih. Aku menggosok mata aku yang kelabu di basahi hujan.Lembaga itu hilang. Aku memandang ke sekeliling dan aku dapati lembaga itu sudah berpindah ke pokok di sebelah kiri aku pula. Hujan turun dengan lebat selebatlebatnya. Aku menggeletar kesejukan. Bila aku berpusing untuk melihat lembaga itu sekali lagi,ia hilang semula. “Jangan tertipu dengan tipu daya iblis”, aku teringat pesan Aki Lela. Aku bergerak semula, terhencot-hencot. Air mula bertakung merata rata di dalam hutan ini. Aku terpaksa meredah air yang semakin naik. Tiba-tiba terpancar kilat yang amat terang ke arah sebatang pokok yang sederhana besar diikuti bunyi guruh yang kuat.Praakk! Pokok itu mula tumbang ke arah aku. Aku melompat ke kanan sekuat hati aku. Pokok itu tumbang betul-betul di sebelah aku. Aku bernasib baik kerana pokok itu dahan-dahannya hanya ada di bahagian hujung pokok. Dengan kaki yang semakin sakit, aku gagahkan diri untuk bangun. Tiba-tiba sesuatu melanggar aku dengan laju. Aku melambung tinggi dan terhempas ke tanah. Belakang aku terasa sakit yang amat sangat sewaktu dilanggar dan sewaktu jatuh ke tanah. Muka aku dipenuhi lumpur. Aku cuba bangun tapi tak terdaya. Aku rehatkan badan aku di dalam hujan yang semakin lebat untuk mengumpul semula kekuatan. Aku cuba untuk
120 bertenang. Aku menarik nafas panjang dan lepaskan. Dua tiga kali aku buat seperti itu. Aku biarkan air hujan membasahi muka aku untuk menghilangkan lumpur di muka. Aku telentang badan aku dan cuba bangun semula. Pinggang aku terasa sakit. Aku melawan rasa sakit untuk bangun.Akhirnya aku berjaya berdiri tetapi dalam keadaan terhuyung-hayang. Aku berpaut pada pokok untuk kekal berdiri. Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke pangkal pokok yang besar. Aku duduk berlunjur. Aku semakin menggigil kesejukan dan menahan sakit. Aku mengambil lumpur di tanah dan letak pada buku lali aku yang luka. Aku balut dengan kain pelikat yang aku koyak tadi. Tiba-tiba lembaga tadi muncul semula di hadapan aku. Aku rapatkan tubuh aku ke pangkal pokok. Lembaga itu semakin menghampiri aku. Aku tak nampak dengan jelas wajahnya kerana air hujan menitik-nitik diatas muka aku. 69 Aku benar-benar kesejukan. Aku membaca ayat-ayat sambil menggigil. Aku menumbuk ke tanah tapi tak ada apa-apa yang berlaku. Mungkin apa yang aku baca kurang tepat kerana kesejukan melampau. Aku tenangkan diri. Lembaga itu makin hampir. Aku ulang bacaan tadi dan tumbuk ke tanah sekali lagi. Lembaga itu terpelanting ke belakang dan hilang. Aku duduk memeluk lutut sekuat hati bagi menghilangkan kesejukan. Hujan makin lebat disertai kilat sambar-menyambar. Aku kini hanya bertahan dengan semangat dalaman sedangkan tubuh aku semakin lemah. Jiwa aku berperang untuk mengaku kalah sahaja. Tubuh kecil aku seperti tak mampu lagi bertahan. “Kau tak rugi apa-apa jika mengaku kalah sekarang”, terdengar bisikan di telinga. “Ini bisikan iblis”, kata hati aku. Aku menjerit sekuat hati aku. “Ya hayyu ya qayyum bi rahmatika astagheeth”, aku bangun dalam susah payah kerana tanah yang licin. Aku memandang sekeliling untuk mencari arah. Aku melangkah semula ke kanan aku dalam keadaan terhencot-hencot. Aku berhati-hati dengan ‘benda’ yang melanggar aku tadi. Mata aku liar melihat sekeliling sambil berjalan. Aku bergerak berhampiran dengan pokok-pokok dan bukan lagi ikut jalan yang lapang. Tiba-tiba ‘benda’ yang bergerak laju itu muncul semula. Ia bergerak sepintas lalu dan hilang. Aku melangkah dari satu pangkal pokok ke satu
121 pangkal pokok yang lain untuk elak dilanggar sekali lagi. Setiap kali sampai di pangkal pokok, aku perhati sekeliling lalu bergerak. Hujan masih lebat.Lopak air makin banyak. Setiap kali kaki aku terbenam dalam lopak air, aku menjerit kesakitan kerana pedih luka di kaki aku. Tiba di satu kawasan lapang, aku berhenti seketika. Pokok di hadapan yang paling hampir dengan tempat aku berdiri, lebih kurang sepuluh langkah. Aku harus bersedia dengan ‘benda’ yang bergerak laju tadi. Aku berlari dengan pantas dalam keadaan tanah yang licin. Betul tekaan aku, ‘benda’ itu muncul semula. Ekor mata aku dapat menangkap pergerakannya. Aku melompat tinggi ketika ia menghampiri aku. Aku hanya ada satu peluang dibandingkan dengan kelajuannya. Keris aku tepat pada sasaran. Aku tidak peduli di mana keris aku menusuknya asalkan ia terkena. ‘Benda’ itu menjerit seperti bunyi seekor babi. Aku terpaksa menggulingkan diri kerana aku mendarat dengan kaki yang sakit. Aku berjaya bangun semula. Aku sapu lumpur yang memenuhi muka aku. ‘Benda’ itu hilang entah ke mana. Aku basuh keris aku menggunakan lumpur. Tiada kesan darah. Aku bergerak semula. Tanah hutan hampir menjadi anak sungai kerana dipenuhi air hujan dan lumpur. Memang sukar untuk bergerak bila tanah jadi licin dan bertakung. Beberapa kali aku tergelincir. Kadang-kadang aku meniti di atas pokok yang tumbang. Aku tiba di satu kawasan yang jadi seperti paya. Tiada jalan lain, aku harus melaluinya. Perlahan-lahan aku meletakkan kaki di dalam paya. Sedikit demi sedikit aku bergerak. Air sudah mencapai paras peha aku tapi aku tak boleh berhenti. Tiba-tiba di seberang paya kelihatan satu lembaga putih sedang berdiri memandang aku. Aku berpusing ke belakang, ke arah tempat aku bermula. Di situ juga berdiri satu lagi lembaga putih. Aku terkepung di tengah-tengah paya. Kalau menghilir dan menghulu aku akan terpesong jauh dari tujuan aku. Air semakin tinggi dan mula berarus. Aku ambil keputusan bergerak ke hadapan, ke arah lembaga yang sedang menanti aku di seberang paya. Peluh yang menitik menghangatkan sedikit tubuh aku. Aku menggenggam erat keris di tangan. Aku membaca ayat yang aku belajar sambil bergerak perlahan-lahan. Semakin hampir aku tiba di seberang, lembaga itu naik semakin tinggi. Kini ia terbang dari satu pokok ke satu pokok sambil mengilai panjang. Aku melepasi paya dan memijak tanah tanpa paya lagi. Lembaga di belakang aku hilang entah ke mana. Lembaga di hadapan aku masih terbang ke kanan dan ke kiri. Akhirnya ia hinggap di dahan pokok yang rendah di hadapan aku. Tubuhnya
122 seperti tak terjejas oleh hujan yang lebat. Aku baca sesuatu dan menusuk keris aku ke tanah. Tanah yang aku pijak bergegar. Lembaga itu menjerit dengan kuat dan terpelanting ke belakang. Ia terapung semula. Kali ini ia terbang ke arah aku dengan laju. Aku membaca ayat dan menghalakan keris aku ke depan. Keris aku tepat menusuk tubuhnya. Aku jatuh terlentang, lembaga itu di atas tubuh aku tapi keris aku masih melekat di tubuhnya. Mukanya yang berlubang meronta-ronta ke kanan dan ke kiri cuba melepaskan diri. Aku membaca lagi satu ayat dan meniup ke arah mukanya sambil aku menekan keris itu lebih dalam. Lembaga itu makin kuat menggelepar dan akhirnya perlahan-lahan hilang. Aku masih terbaring mendepakan tangan sambil memandang langit gelap. Air hujan mencurahcurah ke muka aku. Aku tak pedulikan aliran air di bawah badan aku kerana aku hanya mahu merehatkan badan aku. Mata aku pejamkan. Fikiran aku melayang jauh ke rumah ayah dan mak. Mereka pasti sedang lena sekarang tapi aku bergelumang dengan lumpur di tengah malam, di tengah hujan lebat. Aku pasti jika mereka tahu aku dalam keadaan begini, aku tak akan dibenarkan lagi untuk ke rumah Aki Lela. Lama juga aku terbaring terlentang sambil memejamkan mata. Tiba-tiba terasa ada sesuatu memegang kedua kaki aku. Tanpa aku bersedia, aku ditarik dengan kuat. Kaki aku yang sedia sakit, makin sakit jadinya. Aku meronta-ronta untuk melepaskan diri. Aku berpaut pada pokok-pokok yang berhampiran dengan aku. Heretan aku terhenti. Kaki aku yang sakit semakin bertambah sakit. Apa yang menarik aku? Aku bangun dengan berpaut pada pokok kecil yang aku pegang. Aku memandang sekeliling tapi tiada apa-apa. Aku membaca sesuatu. Tiba-tiba petir menyambar salah satu pokok yang jauh dari aku disusuli bunyi guruh yang kuat. Pokok itu patah dua. Satu kelibat hitam berlari ke arah kiri aku dan hilang. Aku menadah tangan dan berdoa, “Ya Allah, jika Kau redha dengan anugerah ini, tolonglah hambaMu ini. Aku tiada daya upaya walau sebesar zarah sekalipun melainkan ZatMu yang Maha Berkuasa.” Aku melangkah semula. Aku yakin aku berada dalam laluan yang betul lalu menuju ke tempat pokok pisang hutan yang Aki Lela katakan. Hujan masih lebat mencurah-curah ke tanah. Aku tiba di satu tempat yang dipenuhi pokok paku pakis, rimbun di atas tapi berongga di bawah. Aku pijak pokok-pokok itu dengan berhati-hati. Aku seperti berjalan di atas tilam yang lembut.Sesekali kaki aku tenggelam dalam rimbunan paku pakis.Satu kerja yang sukar bila kaki
123 terjerlus ke dalamnya. Akhirnya aku melepasi rimbunan pokok tersebut. Aku duduk seketika dan membuka kain yang membalut kaki aku. Aku ‘tukar’ lumpur dan membalutnya semula. Aku bangun dan bergerak kembali. Tibatiba sayup-sayup aku terdengar suara harimau mengaum, entah dari belah mana. Dengan bunyi hujan dan guruh yang kuat, memang sukar untuk memastikan arah bunyi tersebut. Aku belum pernah terjumpa harimau sebenar sepanjang hidup aku. Aku mencari arah angin. Aku mengikut arah angin yang bertiup tapi aku pasti aku berada di laluan yang betul. Setiap langkah aku susun berhati-hati. Hati aku berdebar-debar bila teringatkan ngauman harimau. Hujan mula turun rintik-rintik. Kilat pun dah semakin kurang memancar di langit. Guruh pun dah tak sekuat tadi. Pakaian aku dipenuhi lumpur. Aku mencari lopak air yang bersih untuk membasuh muka aku.Aku yakin aku sudah tidak jauh dari pokok pisang hutan. Akhirnya hujan berhenti. Hanya air dari daun-daun pokok masih jatuh ke tanah. Aku terus bergerak. Tiba-tiba langkah aku terhenti. Aku ternampak deretan kecil pokok pisang hutan. Syukur Ya Allah. Aku melangkah laju. Ketika aku semakin menghampiri deretan pokok pisang itu, aku merasa tidak sedap hati. “Bersabar dalam setiap tindakan”, aku teringat pesan Aki Lela. Aku perlahankan langkah aku dan lebih berhati-hati. Telinga aku mula berdesing kuat. Aku berhenti bergerak. Mata aku liar memerhati sekeliling. Aku dalam keadaan bersiap sedia. Tiba-tiba deria aku menangkap satu pergerakan dari deretan pokok pisang. Satu susuk tubuh berpakaian hitam dan setinggi aku menerjah keluar dari deretan pokok pisang itu dan terus cuba menyepak aku. Aku mengelak ke kanan sambil menumbuk perutnya. Dia jatuh tersembam ke tanah. Dia bingkas bangun dan menyerang aku kembali. Gerak langkahnya tampak teratur. Aku berhempas pulas menepis setiap serangannya memandangkan kaki aku yang luka. Keadaan memaksa aku bergerak ke belakang. Aku memerhati setiap langkahnya untuk mencari kelemahannya. Malangnya aku lalai, akhirnya aku tersilap langkah. Satu tumbukan tepat ke perut aku. Aku tertunduk sambil memegang perut. Aku memandangnya dengan pandangan yang tajam dan geram. Giliran aku pula menyerang. Aku gunakan gerak yang berlawanan dari langkahnya. Dia jadi keliru dan gerakannya mula nampak sumbang. Satu sepakan tepat ke kepalanya. Dia jatuh ke tanah. Aku terus menyerangnya yang sedang terbaring. Satu hentakan siku tepat ke dadanya dan satu penumbuk tepat ke mukanya. Darah
124 mula keluar dari mulutnya. Dia cuba bangun tapi aku lebih pantas menyepak belakang lututnya hingga dia rebah semula. Aku membaringkan badan aku sambil mengunci lehernya dengan sebelah kaki aku dan sebelah lagi aku mengunci tangan kanannya. Dia meronta-ronta cuba melepaskan diri tapi gagal. Semakin lama rontaannya semakin perlahan. Aku lepaskan kunci yang aku kenakan pada tubuhnya dan bangun berdiri di sebelahnya. Aku hulurkan tangan untuk membantunya berdiri. Dia merentap tangan aku sehingga aku jatuh ke tanah. Dia bingkas bangun dan hilang dari pandangan. Aku cuba mengejarnya tapi akhirnya mengalah kerana jejaknya hilang dalam cuaca yang gelap. Aku berpatah balik ke deretan pokok pisang hutan. Aku ambil kain yang diikat Aki Lela dan membelitnya di kepala aku. Selesai satu tugas dan kini aku perlu mencari jalan pulang. Sewaktu mencari jalan pulang, aku tersilap langkah dan jatuh dalam lopak air bertakung. Seluruh pakaian aku basah lencun semula. Aku menggigil kesejukan. Aku mencari pangkal pokok yang besar dan duduk berehat seketika. Aku terasa cukup letih. Aku pejamkan mata sehingga aku terlelap kepenatan. Aku tersedar kerana merasa ada satu hembusan nafas di telinga kanan. Apabila aku membuka mata, aku terkejut sangat dan cuba berundur tetapi aku tersekat di pangkal pokok. Di hadapan muka aku terpampang muka lembaga putih yang menyeramkan. Lidahnya terjelir panjang. Kepalanya melentuk-lentuk ke kanan dan ke kiri. Aku tak boleh bergerak ke mana-mana. Ini mungkin lembaga yang berada di belakang aku sewaktu aku berlawan dengan satu lagi lembaga sebelum ini. Aku baca satu ayat dan hembuskan ke mukanya. Dia mengundur ke belakang. Aku mengambil kesempatan untuk melompat melepasi akar pokok tempat aku bersandar. Lembaga itu berpaling ke arah aku. Dia bergerak ke arah aku. Aku membaca sesuatu dan menghentak kaki aku ke tanah. Dia menjerit kuat dan terbang ke pokok yang berdekatan. Aku bersedia dengan sebarang kemungkinan. Dia terbang ke arah aku. Rambutnya mengerbang. Aku keluarkan keris dan bersedia untuk menikamnya. Entah kenapa tiba-tiba tangan aku seperti menjadi kaku dan aku tak berupaya untuk mengangkat tangan aku. Aku hanya mampu mengelak. Kini lembaga itu berada di belakang aku. Leher aku pula bagai terkunci. Aku dapat rasakan lembaga itu semakin mendekati aku dari belakang.
125 70 Aku hanya mampu memejamkan mata. Tiba-tiba terasa ada sesuatu memeluk aku dari belakang. Selepas itu ada sesuatu yang keras seperti tulang mengusap kepala aku. Aku membaca sesuatu. Aku kuatkan semangat aku. Tiada yang lebih berkuasa dari Allah Yang Maha Berkuasa. Lembaga itu seperti membelai-belai seluruh tubuh aku. Bau hapak menusuk ke hidung. “Iyya kana’budu wa iyya kanasta’in”, aku lafazkan di mulut. Tiba-tiba lembaga itu melepaskan pelukannya. Aku berjaya gerakkan kaki aku. Aku memusingkan badan aku mengadap ke arah lembaga di belakang aku. Aku membaca surah Al Ikhlas dan An Nas. Aku hembus ke arahnya. Lembaga itu mula menjerit dengan nyaring. Aku keluarkan keris aku, “lillahi ma fissamawati ma fil ard Allahuakbar”, aku menusuk keris aku ke tanah. Lembaga itu meraung dengan kuat dan mula berasap dan akhirnya hilang dari pandangan.Alhamdulillah, aku terduduk keletihan. Aku berehat seketika sambil membuka balutan kaki aku. Aku buang lumpur yang ada. Kaki aku kelihatan bertambah baik. Walaupun hujan sudah berhenti tetapi tanah masih licin, lopak-lopak air masih bertakung. Aku bergerak semula mencari jalan keluar dari hutan ini. Beberapa kali juga kaki aku terlekat dalam lumpur. Terasa mencari jalan keluar kali ini agak lama. Aku berpusing-pusing di dalam hutan tapi aku tetap menjumpai tempat yang sama. Aku merasa hairan kerana walau aku terjumpa tempat yang sama, tiada kesan tapak kaki aku yang menunjukkan aku pernah lalu di tempat ini sebelum ini. Aku berehat seketika di atas batang pokok yang tumbang. Aku baring di atas batang pokok tersebut. Aku memandang ke langit dan cuba mengingati apa yang aku belajar semasa bersama Arwah Aki Karim jika melalui keadaan begini. Aku bangun dan duduk bersila di atas batang pokok yang tumbang. Aku pejamkan mata dan membaca surah Al Fatihah dan mengulangi sehingga tujuh kali ketika sampai di ayat, “Ih dinas siratal mustaqim” dan membaca sampai habis. Semoga dengan izin Allah, aku temui jalan keluar dari sini walau cuaca gelap. Aku bangun dan bergerak semula. Kali ini aku mengikut gerak hati aku. Jika aku buntu memilih jalan mana yang harus aku ikut, aku memilih pilihan pertama yang terdetik di
126 hati jadi tiada berbelah bahagi. Di sebalik kesabaran, keyakinan juga penting. Aku terus meredah hutan di tengah malam yang serba kelam ini. Sesekali aku mendongak ke langit dan bintang-bintang mula kelihatan jelas. Subhanallah, Alhamdulillah akhirnya aku sampai di tempat aku menunggu sewaktu Aki Lela masuk seorang diri ke dalam hutan semalam. Terasa lega sedikit di hati. Aku bergerak lagi dan akhirnya aku sampai di luar hutan. Aku duduk seketika di tebing sungai melepaskan penat. Aku nampak kerlipan lampu di seberang sungai, mungkin ada orang sedang memancing di atas sampan. “Kamu dah tidur ke Putih?” tanya aku sendirian menghilangkan rasa penat. Tiada jawapan. Aku tersenyum sendiri. Aku bangun dan bergerak pulang. Aku tak pasti sekarang pukul berapa. Akhirnya aku sampai di pintu depan rumah. Pintunya sudah sedia terbuka. “Naiklah”, terdengar suara Aki Lela. “Ish aki ni, tahu aje Man dah sampai rumah”, bebel hati aku. Aku membasuh kaki dan tangan dengan air tempayan yang ada dan naik ke rumah. Aku dapati Aki Lela dengan seorang lelaki yang hampir sebaya dengannya sedang menikmati air kopi O yang masih berasap di ruang tamu. “Ini Pak Abu, panggil je Ayah Abu”, kata Aki Lela. Aku bersalaman. Ayah Abu dan Aki Lela tersenyum sahaja melihat pakaian aku yang kotor dan berlumpur. “Aki, ini kain yang Aki pesan. Man nak mandi sekejap”, kata aku sambil menghulurkan kain putih dan keris aku kepada Aki Lela. Aku masuk ke bilik dan menuju ke telaga di luar rumah. “Masa bila Ayah Abu datang?” aku bertanya dalam hati. “Tak kisahlah”, jawab aku sendiri. Aku buka balutan kain di kaki aku. Aku basuh dengan air telaga. Terasa pedih. Selepas mandi, aku masuk ke bilik dan menukar pakaian lalu keluar ke ruang tamu. Aku duduk bersila di hadapan mereka berdua. Aki Lela menghulurkan air kopi O untuk aku. “Alhamdulillah kau berjaya pada ujian yang kedua. Kau membuktikan kau memang istimewa”, kata Aki Lela. “Ujian bukan untuk membuktikan kita hebat tetapi untuk menambah keyakinan diri kita bahawa sesungguhnya hidup kita mesti bergantung sepenuhnya kepada Allah. Sehebat mana pun diri kita yang kita rasa, tanpa Allah kita manusia hina dan tiada apa-apa”, tiba-tiba Ayah Abu bersuara.
127 Ayat pertama yang aku dengar keluar dari mulut Ayah Abu yang melekat di hati aku sampai sekarang. Aku menghirup kopi air O panas, enak tak terkata. Menjalar rasa panas dalam darah aku yang kesejukan sepanjang malam. “Kau pergi tidur, nanti bangun solat subuh dengan kami”, kata Ayah Abu. Aku menghabiskan air kopi O dan bersalaman dengan mereka berdua. Aku melangkah ke bilik aku. Ya Allah, nikmatnya dapat baring di atas tikar beralaskan bantal. “Sesuatu yang kita tidak ada atau tidak dapat, bila kita mendapatnya, itulah nikmat walaupun hanya sekadar baring di atas tikar”, kata aku di dalam hati. Sekejap sahaja aku terlelap. Aku terjaga sendiri sebelum subuh menjelma. Aku bersihkan badan dan menuju ke bilik Aki Lela. Aki Lela dan Ayah Abu sudah siap di atas tikar solat. “Masa bila Aki Lela dan Ayah Abu tidur?” tanya hati aku. “Yang tidur itu jasad, bukan roh”, kata Ayah Abu. Aku menggaru kepala. Aku abaikan dan kami solat berjemaah diimamkan Ayah Abu. Aku tinggalkan mereka berdua dan menuju ke bilik aku selepas solat kerana tak mahu mengganggu perbualan mereka yang nampak rancak. Mungkin sudah lama mereka berdua tidak berjumpa. Aku duduk berlunjur di tepi dinding bilik aku sambil membaca kitab lama. “Man, mari ikut kami”, suara Aki Lela memanggil aku secara tiba-tiba. Aku simpan kitab dan bergegas keluar bilik. Aku nampak Aki Lela dan Ayah Abu sudah berada di bangsal. Bila nampak sahaja aku turun dari rumah, mereka terus bergerak ke arah sungai. Aku mengikut sahaja ke mana mereka pergi. Tiba di tepi sungai, Ayah Abu memandang ke seberang sungai sambil membaca sesuatu. “Orang tu masih ada si sana, selepas maghrib nanti kita kena pergi”, tiba-tiba Ayah Abu bersuara. Aku tak tahu tentang apa yang Ayah Abu katakan. “Rasanya dia tu memang tinggal di sana, sana kan hutan lagi tebal dari sini. Mudah nak hilangkan diri jika dia tahu ada orang cari dia”, kata Aki Lela pula. Aku malas nak bertanya, nanti dikata biadap dengan orang tua. “Orang macam tu tak boleh dibiarkan, habis nanti orang jadi sesat”, kata Ayah Abu lagi.
128 Selepas seketika, kami bergerak pulang untuk bersarapan. Selepas bersarapan, kami bersama-sama ke kebun kecil Aki Lela. “Man, nanti ayah bawak Man ke rumah ayah bila kau cuti sekolah sekali lagi”, kata Ayah Abu sambil mencangkul rumput. “Rumah ayah kat mana?”, tanya aku. “Kat tanah”, jawabnya sambil ketawa. Aku pun ketawa sama. Selepas di kebun, kami berehat di bangsal sambil berbual. Banyak ilmu yang mereka curahkan sambil berbual kosong. Ayah Abu ini aku nampak orangnya lebih kelakar dan suka bergurau. Aku dan Aki Lela sering sahaja ketawa bila Ayah Abu bercerita sambil buat lawak. Kami berehat seketika selepas zohor dan kemudian turun ke gelanggang silat. “Lama ayah tak lawan dengan aki kamu ni”, kata Ayah Abu. “Aku tak pernah menang lawan dengan Ayah Abu”, jawab Aki Lela. “Kamu saja bagi aku menang kan”, balas Ayah Abu. Aku hanya memerhati silat mereka berdua. Ilmu silat yang cukup tinggi. Mereka nampak bersungguh-sungguh untuk mengalahkan antara satu sama lain. Kesudahannya, tiada seorang pun yang berjaya menjatuhkan lawan masing-masing. Menjelang maghrib, kami naik ke rumah menunaikan kewajiban. Kami berlima menikmati makan malam bersama-sama. “Nurul, malam ini aki mungkin balik lambat. Kunci pintu”, kata Aki Lela Selepas berehat seketika, kami bergerak menuju ke sungai. Aki Lela keluarkan sampannya yang tersorok di bawah daun-daun kelapa dan kami bersamasama menurunkan sampan itu ke sungai. Aku masih tak tahu ke mana arah tuju kami yang sebenarnya. Kami bertiga mula bergerak menaiki sampan ke seberang sungai. Aku berada di bahagian tengah sampan. Nampak amat mudah Aki Lela mendayung sampan. Di seberang sungai kelihatan gelap gelita. Sayup-sayup kedengaran bermacam-macam bunyi. Akhirnya kami tiba di seberang dan berhenti di tebing sungai yang agak curam. Dengan sekali lompat, Ayah Abu sudah ada di atas tebing dan mengikat tali sampan ke sebatang pokok. Aku cuba buat seperti yang Ayah Abu buat dan nyaris tergelincir ke dalam sungai tapi tangan aku sempat di tarik oleh Ayah Abu. “Kamu kena yakin dengan diri sendiri, jangan berbelah bagi”, kata Ayah Abu. Seperti Ayah Abu, Aki Lela juga mudah melompat ke atas tebing. Kami mula bergerak menyusuri pokok-pokok hutan. Kami masuk semakin dalam menuju perut hutan.
129 “Hati-hati, orang ni bukan sebarangan. Banyak belaannya”, kata Ayah Abu kepada aku. “Ini keris kau”, kata Aki Lela pula sambil menghulurkan keris kepada aku. Kami terus bergerak. Akhirnya kami tiba di satu kampung yang terpencil. Aku tak sangka dan tak tahu ada kampung dalam hutan yang tebal ini.Sepanjang jalan masuk, dinyalakan jamung di kanan dan kiri. “Kita dah sampai, dia tahu kita nak datang”, bisik Ayah Abu. Kami melangkah dengan berhati-hati. Tiba-tiba muncul dua ekor anjing yang besar dan garang berwarna hitam. Mereka berlari laju ke arah kami sambil menyalak dengan kuat. Ayah Abu melompat sambil memegang parangnya. Sekelip mata, kedua dua ekor anjing itu terbaring kaku di tanah. Ayah Abu mengesat parangnya dengan tanah. Kami bergerak semula. Beberapa langkah kami bergerak, di hadapan kami berdiri tiga orang lelaki yang tinggi berpakaian hitam. “Kau ke belakang”, arah Aki Lela. Aku berundur sedikit. Dua lawan tiga, aku jadi pemerhati sahaja tetapi tetap berwaspada. Baru tiga empat langkah lelaki itu menyerang Aki Lela dan Ayah Abu, tiga orang lelaki itu bergelimpangan di tanah tapi yang aku nampak Aki Lela dan Ayah Abu tidak menggunakan senjata tajam. Kami bergerak lagi ke hadapan. Kampung ini kelihatan amat ganjil dan misteri. Pergerakan kami seperti diperhatikan dan ditunggu. Pokok-pokok di kanan dan kiri kami seperti di tanam manusia kerana susunannya teratur serta rimbunan daunnya aku agak boleh menutup jalan dari panas matahari jika di siang hari tapi kenapa Aki Lela tak pernah cerita tentang kewujudan kampung ini? Mungkin hari ini baru tiba masanya aku mengetahui. Tiba-tiba berdiri di hadapan kami satu lembaga yang amat menyeramkan. Badannya berbulu hitam dan bermata merah. “Ini hantu raya, baca ayat yang kamu belajar”, bisik Ayah Abu. Aku baca sesuatu. Ayah Abu dan Aki Lela maju ke hadapan aku. Lembaga itu menjelir lidah. Ayah Abu melompat tinggi ke arah lembaga itu sambil menetak kepalanya tapi tidak memberi kesan. Aki Lela pula bertindak dengan menusuk kerisnya ke tanah. Tanah bergegar dengan kuat. Lembaga itu tetap berdiri. Ayah Abu yang ada di belakang lembaga itu menolak lembaga itu dengan dua tapak tangannya. Lembaga itu menjerit dan tersembam ke tanah. Aku hanya kaku berdiri. Aki Lela membaca sesuatu dan menikam lembaga itu tapi
130 tikaman tersebut tak berjaya menembusi tubuh lembaga itu. Tiba-tiba lembaga itu bangun dan menerkam ke arah aku. Aku terpaksa melompat ke kanan untuk mengelak. Lembaga itu berpusing dan menyerang aku sekali lagi. Satu sepakan Ayah Abu tepat ke kepala lembaga itu hingga ia jatuh terguling. Aku pula menyerang lembaga itu tapi malangnya tangan lembaga itu yang lebih panjang dan pantas memegang leher aku. 71 Tiba-tiba Ayah Abu melompat dan menetak tangan lembaga yang memegang leher aku hanya menggunakan tangannya. Tangan lembaga itu terputus dua. Tangan yang memegang leher aku masih melekat di leher. Dengan sekuat tenaga, aku melepaskan tangan itu dan mencampaknya ke tanah.Lembaga itu meraung dengan kuat. Aki Lela mengkelar tangan yang terputus itu dengan kerisnya. Tangan itu tiba-tiba hilang. Ayah Abu dan Aki Lela kini menumpukan perhatian kepada lembaga yang kesakitan itu. Mereka membaca sesuatu dan menyerang serentak. Ayah Abu menyerang di sebelah kanan dan Aki Lela menyerang di sebelah kiri. Lembaga itu semakin kuat meraung dan mendengus. Dengan tangannya yang putus sebelah, lembaga itu cuba berundur. “Man, guna keris kamu”, jerit Ayah Abu. Aku faham arahan Ayah Abu. Aku mara menuju ke arah lembaga itu dengan keris di tangan. Ketika lembaga itu sedang sibuk mempertahankan dirinya dari serangan Aki Lela dan Ayah Abu, aku membaca sesuatu disertai dengan lafaz Allahuakbar, aku menikam tepat ke dadanya. Jeritan lembaga itu bergema dengan kuat. Lembaga itu rebah ke tanah dan asap mula keluar lalu hilang. “Kamu silap perhitungan tadi. Jangan lihat musuh seperti tak berdaya, kamu terpedaya. Itu pelajaran untuk kamu”, kata Ayah Abu sambil menepuk bahu aku. Kami bergerak lagi.Setakat ini aku belum nampak walaupun sebuah rumah di kampung ini. Semakin lama suasana makin gelap di sepanjang jalan kampung ini. Kami melintasi deretan pokok-pokok buluh yang tinggi melangit. Pucuknya seperti melambai-lambai di tiup angin. Akhirnya semua menjadi gelap dan hanya diterangi lampu suluh kami bertiga. Bunyi-bunyi yang menakutkan semakin jelas kedengaran. Ada bunyi seperti tangisan budak kecil, ada bunyi
131 seperti monyet berkelahi. Kami bergerak dengan berhati-hati. Tiba-tiba serentak beberapa batang buluh runcing melayang ke arah kami. Ayah Abu dan Aki Lela berjaya menangkap dua batang buluh runcing setiap seorang, cuma aku sudah berada di sebalik pokok untuk melindungi diri. “Banyak sangat rintangan, tuan punya badan belum muncul lagi”, kata Aki Lela. “Ini kerja orang penakut”, balas Ayah Abu. Aku perlahan-lahan keluar dari tempat berlindung. “Orang yang bijak adalah orang yang menggunakan akal, bukan sekadar ada akal”, kata Ayah Abu sambil tersenyum. Entah apa lagi yang menanti kami di hadapan. Kami bergerak semula.Angin mula bertiup kencang. Pokok-pokok buluh bergoyang seperti mahu tumbang. Kami tiba di satu anak sungai kecil selebar lima langkah. Aki Lela dan Ayah Abu memegang tangan aku dan melompat bersama-sama. Aku terasa badan aku ringan dan mudah melepasi anak sungai tersebut. “Yang berat itu jasad dan yang ringan itu roh tapi roh mempunyai tanggungjawab yang paling berat”, kata Ayah Abu. Aku menggaru kepala yang tak gatal. Aki Lela mengusap kepala aku. Kami bergerak semula dalam suasana yang gelap. Aku pun tak tahu siapa atau apa yang sebenarnya dicari. Aku berjalan di belakang mereka berdua. Aku ternampak dari jauh cahaya yang samar-samar di sebelah kanan kami. Kami melangkah ke kanan meredah semak-semak. Semakin lama cahaya itu semakin terang menandakan kami semakin hampir. Bunyi bising seperti orang menjerit mula kedengaran. Akhirnya kami tiba di satu tempat lapang yang amat terang kerana banyaknya jamung yang menyala. Di hadapan kami terdapat satu bulatan besar seperti sebuah gelanggang silat. Hanya bahagian tepi ditutup dengan deretan daundaun kelapa yang disusun memanjang. Kami melangkah masuk ke bulatan tersebut. Tiba-tiba keluar asap tebal di hadapan tempat kami berdiri. Bila hilang sahaja asap tersebut, aku nampak seorang lelaki berjubah dan berseluar panjang sedang berdiri dan merenung ke arah kami. Entah dari mana muncul pula sepuluh orang lelaki berpakaian hitam lalu berdiri di kanan dan kiri kami. Ayah Abu maju ke hadapan. “Sidek, bertaubatlah kamu sebelum terlambat. Jangan sesatkan lebih ramai lagi. Aku akan lepaskan kamu jika kamu bertaubat”, kata Ayah Abu. Lelaki yang dipanggil Sidek itu ketawa dengan sombong.
132 “Hei Abu, ini ilmu aku. Mereka ikut aku kerana hebatnya ilmu aku. Kau lihat diri kau, siapa yang ada ikut kau?” jawab Sidek. Rupanya mereka saling mengenali. “Ilmu yang aku ada adalah hak Allah. Aku menuntut ilmu bukan untuk disanjung tapi dijunjung sebagai kewajipan dan amanah. Sehebat mana pun kita, kita akan mati bila sampai masanya. Tiada lagi di dunia ini ilmu untuk hidup selamanya”, balas Ayah Abu. Aku bersedia untuk apa sahaja bila melihat Aki Lela memegang kepala kerisnya yang tersisip di pinggang. Satu isyarat kepala dari Sidek membuatkan sepuluh lelaki di kanan dan kiri mula menyerang kami serentak. Ini soal hidup dan mati. Aku perlu cukup berhati hati bila diserang dengan parang berselirat di tangan musuh.Aku tak melihat ke arah Aki Lela dan Ayah Abu lagi kerana aku hanya tumpukan kepada musuh yang terdekat dengan aku. Satu hayunan parang ditujukan ke arah aku. Aku melompat sambil menyepak tangan yang memegang parang. Parang itu terpelanting. Sebelum jejak ke tanah, aku sempat menyiku lelaki tersebut. Lelaki itu rebah tapi bangun semula. Suasana memang hiruk-pikuk dan kelam-kabut. Seorang lelaki cuba menyerang aku dari belakang tapi tiba-tiba lelaki itu tercampak ke tanah. Ayah Abu tersenyum sambil mengangguk bila aku melihatnya. Seorang lagi lelaki menyerang aku dari depan. Aku mengelak sambil menyepak di belakang lututnya hingga kakinya terlipat dan badannya condong ke belakang. Satu hayunan kepala lutut aku tepat ke bahagian kanan kepalanya. Dia rebah dan tak sedarkan diri. Aku berpusing memerhati sekeliling, hanya tinggal tiga orang lagi kerana yang lain-lain sudah bergelimpangan rebah ke tanah. Akhirnya hanya tinggal seorang sahaja. “Man, aku serahkan yang terakhir ni kepada kau”, kata Aki Lela sambil berundur sedikit. Ayah Abu juga beranjak dari tempatnya berdiri. Aku mara ke depan. Lelaki itu menyerang dengan libasan parang yang membabi buta. Aku tahu dari gerakannya, lelaki ini dalam ketakutan. Aku berundur sedikit sambil mencari ruang dan peluang. Satu libasan kosong akhirnya membuatkan ruang pehanya terbuka. Aku gunakan fizikal aku yang lebih rendah darinya. Aku siku tepat ke tengah pehanya, bahagian yang boleh mendatangkan kesakitan yang melampau. Dia menjerit dengan kuat sambil memegang pehanya. Aku hentak lutut aku ke mukanya hingga dia jatuh terlentang. Mukanya berlumuran
133 darah. Aku baru sahaja mahu melompat menyelesaikan tugas aku tiba-tiba terdengar suara Aki Lela, “Man, cukup dah tu. Biarkan dia.” Aku tak jadi melompat dan terus beristighfar. Kini hanya tinggal Sidek berseorangan. Ayah Abu mara ke depan. Sidek menyerang Ayah Abu. Ayah Abu mengelak dan melepaskan sepakan yang tepat ke perutnya. Ayah Abu terus merodok parangnya tetapi tidak mendatangkan kesan. Sidek seperti kebal. Ayah Abu menyerang lagi dan sekali lagi berjaya menetak kepala Sidek tapi seperti tadi, tidak memberikan sebarang kesan. Tiba-tiba Sidek ghaib dari pandangan. Ayah Abu berlari ke arah kanan hutan seperti mengejar sesuatu meninggalkan aku dan Aki Lela. Tak lama kemudian Ayah Abu muncul semula. “Dia dah lari tapi kita kena cari juga dia malam ni. Kalau nak kalahkan dia, jangan bagi dia jejak ke tanah”, kata Ayah Abu. “Kamu semua boleh pulang ke rumah masing-masing. Tinggalkan tempat ini dan jangan datang lagi ke sini. Ini tempat iblis. Jangan sampai aku jumpa kamu lagi”, pesan Aki Lela kepada semua lelaki yang sedang terbaring. “Mari kita gerak”, kata Ayah Abu kepada aku dan Aki Lela. Kami bergerak ke arah kanan hutan dengan pantas. Terkejar-kejar juga aku mengikut pergerakan dua orang tua ini yang langsung tak menunjukkan keletihan berbanding usia mereka. “Mat, kau jalan dulu, kau hebat dalam menjejak orang”, kata Ayah Abu kepada Aki Lela. Sekarang Aki Lela berada di hadapan. Kami bergerak lebih laju. Ayah Abu memegang tangan aku sambil berjalan. Terasa badan aku ringan dan berjalan sama pantas dengan mereka. Akhirnya kami tiba di satu tempat yang pelik. Tanahnya nampak rata dan ada batu-batu sederhana besar tersusun elok di sebelah kiri. Selang beberapa pokok terdapat beberapa tanda. Tiba-tiba Aki Lela terjatuh dalam lubang dan secepat kilat melompat naik semula. “Hati-hati, ada jerat bahaya”, kata Aki Lela. Aku melihat ke dalam lubang dan terkejut besar kerana di dalam lubang tersebut penuh dengan kayu-kayu tajam yang tercacak. Macam mana Aki Lela terselamat, aku pun tak tahu. “Aki Lela kamu ada ilmu apung diri tapi ilmu tu hanya boleh digunakan hanya dalam keadaan seperti ini”, terang Ayah Abu. “Bahaya, atas nampak cantik”, balas aku.
134 “Begitulah hidup kita, mudah tertipu dengan sesuatu yang cantik dan menyeronokkan, padahal yang terbaik selalu terlindung di sebalik yang buruk dan hodoh. Begitulah nanti dajjal menipu manusia hingga tersesat”, kata Ayah Abu lagi. Kami bergerak semula tapi lebih berhati-hati. Tanda-tanda di batang pokok rupanya adalah rahsia perangkap tersebut. Akhirnya kami berjaya melepasi kawasan tersebut. “Abu, aku rasa elok kita berehat sekejap. Gerak hati aku seperti ada sesuatu jauh ke depan sana. Biar aku pergi seorang sahaja dulu”, kata Aki Lela. “Kita semua pergi sama-sama. Apa yang menunggu, kita sama-sama hadapi. Man ni pun kita boleh harapkan”, jawab Ayah Abu. “Kalau macam tu, kita jalan terus”, kata Aki Lela lagi. Kami bergerak semula. Baru sahaja kami bergerak beberapa langkah, ada satu ‘benda’ dengan laju cuba merempuh kami. Mujur Ayah Abu sempat menghentakkan kakinya dan ‘benda’ itu tercampak ke dalam semak samun. “Itu dia Mat, cepat kejar dia”, jerit Ayah Abu kepada Aki Lela. Mereka berdua bergerak cepat menyusuri di mana ‘benda’ itu tercampak tadi. Sekelip mata keduanya hilang dari pandangan. Aku termanggu manggu. Apa aku nak buat ni? Tiba-tiba Sidek tercegat berdiri di hadapan aku. Mana Aki Lela dan Ayah Abu ni? Aku keluarkan keris aku. Aku tak akan mengalah sebelum mencuba. Jika bukan ajal aku hari ini, aku tak akan mati. Sidek menyerang aku. Aku hanya mampu berundur sedikit demi sedikit sambil mengelak pukulannya. Tiada ruang dan peluang untuk aku menyerang kembali. Setakat ini aku hanya mampu bertahan. Tangan aku terasa sakit menahan serangannya. Satu sepakan Sidek tepat ke perut aku. Aku tersembam ke tanah sambil memegang perut. Air mata aku menitik menahan kesakitan.
135 72 Satu sepakan Sidek tepat ke perut aku. Aku tersembam ke tanah sambil memegang perut. Air mata aku menitik menahan sakit yang amat sangat. Aku bangun semula sambil menahan sakit dan senak di perut. Dia menyerang semula. Berhempas pulas aku mengelak serangannya. Aku beranjak sedikit darinya. Aku baca sesuatu dan hentak kaki kanan aku ke tanah. Tanah bergegar, dia terundur ke belakang. “Jangan biarkan kakinya jejak ke tanah”, aku teringat pesan Ayah Abu. Tibatiba Sidek melompat tinggi ke arah aku, peluang yang memang aku tunggutunggu. Satu sepakan tepat mengenai perutnya serentak aku mengelak sepakan darinya. Dia jatuh ke tanah. Dia memandang tajam ke arah aku. Amarah menjadikannya lupa kepada apa yang tak sepatutnya dia buat. Aku genggam erat keris di tangan aku bila melihat dia memegang kerambit kecil. “La Ilaha Illallah, Muhammadarrasulullah”, lafaz aku andai ditakdirkan aku tewas kali ini. Dia menyerang aku bagai orang gila. Beberapa kali kerambitnya hampir merobek perut aku tapi sempat aku mengelak. Aku perhatikan gerak kakinya seperti mana pesan Aki Lela. Dia semakin marah bila gagal mengalahkan budak kecil seperti aku. “Qul auzu bi rabbin nas”, aku bersedia untuk menyerangnya pula. Aku songsangkan gerakan aku untuk mengelirukannya. Mukanya nampak terkejut. Satu tetakan keris aku tepat ke tangannya tapi tiada kesan. Aku tahu tapi aku sengaja menunjukkan seolah-olah aku tak tahu tentang ilmu kebal yang dia miliki. Dia tersenyum mengejek melihat aku. Tiba-tiba dia melompat tinggi ke arah aku. “Orang yang rugi dan bodoh adalah orang yang melupakan asal-usul kejadian dirinya bila melihat kekurangan orang lain” bisik hati aku. Aku tahu ini peluang untuk aku melukakannya. Aku mengelak libasan kerambitnya dan menikam keris aku ke arah perutnya sebelum kakinya jejak ke tanah. Dia menjerit kesakitan sambil terguling ke tanah. Dia memegang perutnya yang luka dan berdarah. Entah dari mana Aki Lela dan Ayah Abu muncul di sebelah aku. Muka Sidek mula nampak cuak. Tiba-tiba dia hilang dari pandangan. Aku cuba mengejar tapi bahu aku dipegang Aki Lela.
136 “Dia tak akan jauh kali ni, dia cedera. Darah dia akan tinggalkan jejak”, kata Aki Lela. Ayah Abu menepuk bahu aku sambil tersenyum. “Setiap sesuatu itu adalah satu anugerah bila diterima oleh insan yang tepat dan setiap sesuatu itu adalah malapetaka bila diterima insan yang salah”, Ayah Abu berkias. “Mari kita cari Sidek, dia semakin lemah”, kata Ayah Abu lagi. Kami mengikut kesan darah di tanah dan daun-daun hutan. “Walaupun dia ada ilmu ghaibkan diri, kesan darah dia tak akan ghaib bersama dia”, kata Ayah Abu seperti berbisik. Kesan darah akhirnya membawa kami tiba di sebuah rumah yang besar tanpa tiang. “Hati-hati, harimau yang terluka lebih berbahaya”, pesan Ayah Abu. Kami menuju ke pintu depan. Dengan satu tumbukan dari Aki Lela, pintu itu tercabut. Kami melangkah masuk dengan berhati-hati. Suasana gelap dan kelam. Sidek membina lantai rumah ini sesuai untuk ilmu kebalnya kerana hanya menggunakan tanah sebagai lantai. Tak semena-mena satu ‘benda’ melintas laju di hadapan kami dan hilang. “Kamu berdua bergerak dahulu”, bisik Ayah Abu sambil berundur dalam kegelapan. Tiba-tiba aku terdengar satu jeritan yang kuat dan panjang. Tak lama kemudian Ayah Abu muncul di belakang aku. Aku tak bertanya apa-apa. Kami terus melangkah. Susunan bilik di rumah ini juga luar dari kebiasaan. Kami melangkah masuk ke bilik yang pertama. Kepala rasa bergegar seperti bahu digoncang. Ayah Abu menepuk bahu sekali dan rasa gegaran itu hilang. Hanya terdapat sehelai kain merah direntangkan pada dinding dengan tulisan yang aku tak faham. “Ini bilik untuk belaan”, kata Aki Lela. Kami keluar dari bilik menggunakan pintu lain. Rupanya pintu bilik di sini bersambung antara satu sama lain. Sesungguhnya banyak benda baru yang aku belajar apabila masuk ke rumah seperti ini. Bilik ini juga kosong dan ada empat helai kain rentang merah di setiap penjuru. Ada satu lubang di salah satu bahagian dinding. “Seperti bilik untuk sesuatu yang boleh terbang keluar masuk bila-bila masa”, bisik Ayah Abu.
137 Tiba-tiba di atas lubang itu muncul satu lembaga bertaring panjang. Darahnya menitik ke tanah. Aki Lela membaca sesuatu dan meniup ke arah lembaga tersebut. Lembaga itu terbang keluar. “Banyak belaannya, memang jenis manusia tak takut pada balasan Allah”, kata Ayah Abu. Kami bergerak keluar dari bilik dan masuk ke bilik satu lagi dari pintu yang bersambung. Bilik ini juga kosong tapi tiada kain rentang seperti yang sebelum ini. Tiba-tiba kaki aku terasa melekat ke tanah. Aku nampak kaki Aki Lela dan Ayah Abu juga terlekatseperti aku, seolah-olah ada sesuatu yang menarik kaki kami dari dalam tanah. Aki Lela membaca sesuatu dan menusuk kerisnya ke tanah. Tanah bergegar dan kaki kami terlepas. Entah apa lagi yang menunggu kami selepas ini. Sidek seperti sudah memikirkan perancangan untuk melepaskan diri jika perbuatannya terbongkar semasa membina rumah ini. Kami keluar dari bilik tersebut dan masuk ke satu bilik yang luas. Bilik itu hanya ada satu katil yang agak besar. Tiba-tiba dari dalam tanah keluar sedikit demi sedikit dua belah tangan yang kelihatan seperti hanya tinggal tulang. Aku berundur sedikit ke belakang. Akhirnya keseluruhan lembaga dari dalam tanah itu tegak berdiri di hadapan kami. Tubuhnya tinggi dari manusia biasa. Muka dan tubuhnya cengkung serta kurus kering, hanya tinggal kulit sahaja yang menutupi tulang-tulangnya. Tangan dan kakinya panjang. Dia menerkam ke arah kami. Kami semua melompat serentak. Lembaga itu terlajak dan berpusing semula. Aki Lela membaca sesuatu dan melompat tinggi bersama kerisnya. Satu tikaman tepat ke kepala lembaga itu. Keris Aki Lela terlekat di kepala lembaga itu. Lembaga itu menggoyangkan kepalanya dan keris itu tercabut dan terpelanting. Dengan pantas Aki Lela mengambil semula kerisnya. Ayah Abu membaca sesuatu dan mara berhadapan dengan lembaga tersebut serta mendepakan kedua dua tapak tangannya. Lembaga itu terundur ke belakang dan hampir jatuh. Sepantas kilat Ayah Abu melompat dan menetaknya di leher hingga memisahkan kepala dari tubuh lembaga itu. Kepala lembaga itu tergolek ke tanah tapi tubuhnya masih tegak berdiri sambil tangannya mencakar-cakar tak tentu arah. Aki Lela sekali lagi menikam kepala lembaga yang tergolek itu. “Man, baca dan tikam dadanya”, jerit Ayah Abu. Aku membaca sesuatu dan melompat tinggi bersama keris yang dipegang erat. Tikaman aku tepat ke dadanya dan lembaga itu mula menggelepar dan
138 berasap. Tak lama kemudian tubuh dan kepala lembaga itu hilang. Ayah Abu mengusap kepala aku sambil tersenyum melihat ke arah Aki Lela. “Jangan lupa untuk bersyukur atas segala pertolonganNya”, kata Aki Lela. Aku baru nak melangkah keluar dari bilik tersebut tiba-tiba Ayah Abu memegang bahu aku sambil membuat isyarat kepalanya menunjuk ke arah katil. Kami bertiga berdiri mengadap katil tersebut. Aki Lela memegang lengan aku sambil membaca sesuatu serentak dengan Ayah Abu. Tiba-tiba pandangan mata aku jadi kelabu. Mata aku berpinar. Aku nampak dengan jelas Sidek sedang terbaring mengiring di atas katil yang ternampak seperti kosong tadi. Perutnya sudah siap berbalut. Matanya terpejam, mungkin tertidur atau pengsan. Ayah Abu berjalan mendekatinya dan memegang kedua tangannya. Sidek membuka mata seperti terkejut dan cuba melarikan diri tapi sudah terlambat. Dia meronta-ronta tapi pegangan Ayah Abu seperti mengunci pergerakannya. Tiba-tiba Ayah Abu tercampak kerana dilanggar ‘sesuatu’. Sidek bangun dan cuba melarikan diri. Aki Lela melepaskan pegangan lengan aku. Aku dah tak nampak lagi mereka bertiga, apa yang aku nampak hanya katil yang kosong. Aku meraba-raba berhampiran katil tapi hampa. Tiba-tiba Aki Lela dan Ayah Abu muncul semula di sebelah aku. Ayah Abu membaca sesuatu dan menyapu tangan kirinya menggunakan tangan kanannya dan kemudian menepuknya sebanyak tiga kali. “Dia lari lagi. Ada lagi ‘benda’ belaannya yang kita belum hapuskan”, kata Ayah Abu. Ada kesan tanah pada pakaian Ayah Abu, mungkin semasa dia terjatuh ketika dilanggar sesuatu tadi. Kami keluar dari rumah dan menuju ke belakang. Kami ikut jalan kecil tersebut hingga sampai ke tebing sungai. Ayah Abu memejamkan matanya dan membaca sesuatu. “Dia lari ikut sungai ni”,kata Ayah Abu. “Abu, kau bawak Man ke tempat sampan kita tadi, aku kejar dari sini”, kata Aki Lela. Aku tak bertanya lalu bergerak mengikuti Ayah Abu. Pasti Aki Lela ada caranya yang tersendiri untuk menyeberangi sungai. Ayah Abu memegang lengan aku dan kami bergerak seperti tak jejak ke tanah walhal aku dapat merasakan tapak kaki aku memijak tanah, cuma terasa badan ringan sekali. Sekejap sahaja kami sampai di tempat sampan diikat sebelum ini. Selepas membuka ikatan, Ayah Abu sekali lagi memegang lengan aku dan kami melompat ke atas sampan.
139 “Alhamdulillah”, atas semua kurniaanNya. Ayah Abu duduk di belakang dan mendayung sampan. Setiap hayunan dayung terasa laju sedangkan aku nampak Ayah Abu hanya mendayung secara santai, tanpa gopoh gapah. Hanya dalam 50 kali zikir La Ilaha Illallah di dalam hati, kami sampai di seberang. Aki Lela sudah menanti kami di situ. “Dengan apa Aki Lela menyeberang sungai ini?” tanya hati aku. “Aku berenang aje”, kata Aki Lela sambil tersenyum. Aku tahu Aki Lela hanya berlawak kerana pakaiannya kering. Aku abaikan. “Sidek ikut arah ni”, kata Aki Lela kepada Ayah Abu. “Elok benarlah, pucuk dicita ulam mendatang. Dia menuju ke arah rumah kamu”, balas Ayah Abu. Kami bergerak menuju rumah Aki Lela tapi mengunakan jalan yang lain untuk memerangkap Sidek. Akhirnya kami sampai di rumah dan bersembunyi. Dari samar-samar malam, ternampak kelibat orang berjalan dengan laju sambil terbongkok-bongkok. Tiba sahaja susuk tubuh itu di hadapan kami, serentak kami bertiga mengepungnya. Sidek terkejut dengan tindakan kami. Dia yang masih menekan perutnya dengan sebelah tangan cuba melarikan diri tapi dengan mudah dijatuhkan ke tanah oleh Ayah Abu. “Cukuplah kau melarikan diri. Atas dunia ni kau mungkin dapat melepaskan diri tapi kau tak akan mampu melepaskan diri dari mati”, seperti biasa Ayah Abu menasihati musuhnya. “Kenapa kau ganggu aku?” jerkah Sidek. “Sebab kau menyesatkan ramai orang”, jawab Ayah Abu. “Kau tak akan berjaya menangkap aku”, jerit Sidek sambil melempar satu botol kecil hingga pecah. Dari botol itu keluar asap yang tebal dan dari asap itu muncul satu lembaga tinggi bertanduk. “Kamu bunuh mereka semua”, arah Sidek kepada lembaga tersebut. 73 Aki Lela dan Ayah Abu hanya paras bahu dibandingkan dengan lembaga itu dan aku hanya lebih sedikit dari paras pinggang. Tubuh lembaga itu juga tegap dan besar. “Man, kamu tengok Sidek. Jangan biar dia lepas”, bisik Ayah Abu.
140 Aku mengangguk. Sidek masih berada di belakang lembaga belaannya. Aki Lela dan Ayah Abu bergabung tenaga. Aku beranjak ke tepi sedikit untuk mengelak pertarungan dan juga untuk melihat kelibat Sidek. Ayah Abu melompat tinggi dan melepaskan sepakan tepat ke dagu lembaga itu tapi tak memberi kesan. Aki Lela menujukan tumbukannya ke bahagian bawah lembaga itu tetapi juga tak memberi kesan. Sidek tersenyum mengejek. Ayah Abu membaca sesuatu dan menetak lengan lembaga itu dengan parangnya. Walaupun tak dapat melukai tapi lembaga itu menjerit kuat. Giliran Aki Lela pula menikam kerisnya ke peha lembaga tersebut. Seperti Ayah Abu, keris Aki Lela juga tidak berjaya menembusi tubuh lembaga itu tetapi lembaga itu tetap menjerit kesakitan. Ini bermakna, tikaman itu mungkin tak melukakan pada pandangan kasar tapi bahagian dalaman lembaga itu seperti luka. Lembaga itu menggoyangkan kakinya yang dalam kesakitan menyebabkan Aki Lela tercampak tapi Aki Lela sempat berdiri semula. Lembaga itu bertambah marah. Dia menyerang Aki Lela. Besar tak semestinya satu kelebihan, begitulah nasib lembaga itu. Aki Lela yang lebih kecil, lebih pantas dan tangkas geraknya. Tubuh yang besar melembabkan pergerakan lembaga itu. Kalaulah tak kerana kebal, aku yakin dari awal tadi lagi lembaga ini sudah tewas. Lembaga itu semakin terdesak bila diserang serentak oleh Aki Lela dan Ayah Abu. Terpesona aku melihat gerakan dua insan istimewa itu sehingga aku tak perasan kelibat Sidek sudah tiada. Aku kelam-kabut bila Sidek tiada lagi di tempatnya tadi.Aku tinggalkan pertarungan dan menuju ke arah hutan mengikut jejak Sidek. Aku pasti Sidek menuju ke arah hutan kerana itu sahaja laluan yang selamat untuk dia. Aku kena pastikan Sidek tak pergi jauh kalau tidak mahu dibebel oleh Ayah Abu. Aku bergerak dengan laju meredah hutan. Mata aku melilau memerhati sekeliling kerana tak mahu terjerat dengan tipu helah Sidek. Gerak hati aku dapat merasakan dia sedang memerhatikan aku. Aku berhati-hati. Tiba-tiba aku ternampak pokok-pokok kecil bergoyang-goyang di sebelah kanan aku. Seimbas lalu aku nampak seseorang seperti sedang berlari. Aku mula mengejar. Aku yakin Sidek sudah tak berani untuk bertarung kerana luka di perutnya. Akhirnya aku berjaya memintas Sidek. Dia berpusing melihat aku. “Kamu lepaskan aku pergi”, rayunya. Aku tak peduli apa yang dia cakapkan. “Baik kau duduk di sini, jangan cuba lari lagi”, balas aku.
141 Sidek tidak mengendahkan arahan aku dan terus bergerak. Aku melompat dan cuba menjatuhkannya tapi dia berjaya mengelak. “Kamu budak hingusan, ini bukan lagi dunia kamu”, jeritnya sambil melemparkan sesuatu ke tanah. Dari lemparannya itu muncul asap dan dari asap itu muncul lembaga seperti monyet. “Aku ingat nak simpan ‘benda’ ni untuk kemudian hari tapi sebab kau dah tikam aku, aku ‘hadiahkan’ untuk kau”, ejek Sidek. Monyet itu mengelilingi aku dengan laju. Mungkin lembaga inilah yang bergerak laju dan melanggar Ayah Abu. Aku akui memang aku keliru dengan kelajuan monyet ini bergerak. Bila-bila masa aku boleh dilanggarnya. “Allah!” aku menjerit apabila dilanggar monyet itu dengan laju. Aku terguling ke tanah. Aku pegang mulut aku, berdarah. Aku sapu darah dengan tangan aku. Aku berdiri semula. Aku tak pasti bagaimana harus menghadapi lembaga seperti ini. Kalau dia berdiri di hadapan, memang perkara biasa tapi bila berpusing mengelilingi dengan laju sudah menjadi luar biasa untuk aku. “Kekuatan bukan sekadar pada tenaga tapi juga kepada pemikiran. Berfikir ikut keadaan dan bukan ikut perasaan”, aku teringat pesan Aki Lela. Aku keluarkan keris aku dan kini aku yang buat bulatan walaupun kecil, cukupcukup untuk diri aku. Aku duduk bersila seperti orang bertapa.Aku baca sesuatu. Lembaga monyet itu masih tak berhenti mengelilingi aku. Tiba-tiba dia cuba melanggar aku tapi tubuhnya terpelanting apabila cuba melintasi bulatan yang aku buat. Dia menjerit seperti monyet sedang berkelahi. Kali ini dia tak berpusing lagi. Dia berdiri dan memandang aku. Aku bangun dan berdiri tegak di dalam bulatan. Dia menerkam ke arah aku tapi sekali lagi terpelanting. Bunyi suaranya yang marah semakin kuat. Aku menunggu dengan sabar tindakan darinya tapi dia hanya tegak berdiri. Mungkin dia tahu dia tak mampu cederakan aku ketika aku di dalam bulatan. Aku langkahkan keluar sebelah kaki aku sebagai umpan.Lembaga seperti ini bukan ada akal untuk berfikir. Betul tekaan aku. Tiba-tiba dia menerkam sekali lagi. Kali ini aku sudah bersedia. Aku mengelak dengan membengkokkan badan aku ke belakang sambil keris bersedia di tangan kanan. Tikaman aku tepat ke perutnya dan monyet itu jatuh terguling dan menggelepar. Aku melompat ke arahnya dan satu lagi tikaman tepat ke dadanya. Monyet itu sudah tidak bergerak lagi, kaku
142 tak bernyawa. Aku memandang ke arah tempat Sidek berdiri tadi tapi dia dah hilang lagi. Pengecut hangit. Bela bermacam-macam tapi pengecut.Aku tak tahu apa terjadi pada Aki Lela dan Ayah Abu. Aku buat pilihan untuk mencari Sidek. “Orang yang dalam ketakutan akan mudah melakukan kesilapan”, aku teringat pesan Aki Lela. Bila kita dalam ketakutan dan tidak bertenang, kita akan mudah melakukan kesilapan kerana tak boleh berfikir dengan baik. Aku bergerak semula untuk menjejak Sidek. Aku teringat semula katanya semasa lembaga monyet tadi muncul, monyet itu seperti yang terakhir dia ada. Aku tetap perlu berhati -hati walaupun Sidek sudah semakin lemah. Entah berapa jauh aku berjalan malam ini, aku pun dah tak mampu mengira. Tiba-tiba telinga aku berdesing kuat. Bulu roma aku tegak berdiri, isyarat biasa untuk kehadiran sesuatu yang tak dijangka. Aku beristighfar banyak kali kerana hati aku berdebar-debar. Allahu..tiba-tiba di hadapan aku terdapat seekor ular tedung berwarna hitam yang aku agak sama besar dengan betis aku. Panjangnya aku agak hampir 15 kaki. Kepalanya kembang dan tinggi memandang aku. Aku tak tahu jika ini juga belaan Sidek atau memang datang sendiri dari dalam hutan. Aku tak tahu apa yang patut aku buat. Mata aku tak lepas dari memandangnya kerana aku tak mahu jadi mangsanya. Apabila aku bergerak selangkah, kepala ular itu bergerak sedikit. Bila aku berundur, ular itu maju sedikit ke hadapan. Kelibat Sidek tak kelihatan. Aku genggam erat keris di tangan. Tiba-tiba ular itu menyerang aku. Dia cuba mematuk aku tapi aku melompat tinggi dan berdiri di atas sebatang pokok yang tumbang. Dia menyerang lagi dan lagi sekali aku melompat untuk mengelak. Ular ini bukan ular biasa kerana biasanya ular akan lari bila bertembung dengan manusia. Aku membaca sesuatu dan menusuk keris aku ke tanah. Tanah bergegar dan ular itu terpelanting. Aku tak membuang masa melompat dan menyerang ular tersebut. Aku libas keris aku ke kepalanya tapi tidak kena sasaran. Ular itu mengangkat kepalanya lebih tinggi. Tiba-tiba ia seperti terbang ke arah aku dengan laju. Kepalanya laju menuju ke arah aku. Aku mengiringkan keris aku selari dengan mulutnya. Mulutnya tepat ke arah keris aku. Aku menahan sekuat hati sambil berdoa tindakan aku akan berjaya. Mulut ular itu terbelah memanjang akibat lajunya ia terbang ke arah aku. Akhirnya ular itu jatuh terkulai ke tanah. Aku terduduk keletihan. Tugas aku belum selesai. Sidek belum aku temui. Aku tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan. Aku bergerak