The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Novel Seram - Pengalaman sebenar Penulis

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PakcikMan, 2023-04-08 06:25:14

Bisa - PCM -JILID 2

Novel Seram - Pengalaman sebenar Penulis

43 “Budak ini sudah jadi salah seorang dari orang-orang kami. Hari ini hari perkahwinannya. Jadi aku mahu kamu pulang ke dunia kamu dan jangan datang lagi ke sini”, jerkah lelaki itu. Aki Lela memejamkan mata. Tiba-tiba Aki Lela mengeluarkan kerisnya dan menikam ke tanah. Tanah yang aku pijak bergegar kuat. Aku hanya memerhati ke arah Aki Lela jika terdapat isyarat untuk aku lakukan sesuatu. Aki Lela menikam sekali lagi ke tanah. Gegaran makin kuat. Aki Lela menikam untuk kali ketiga ke tanah dan kali ini keluar asap bewarna putih dari dalam tanah tempat Aki Lela menikam kerisnya. Aku pandang ke arah Aki Lela. Mata Aki Lela menunjukkan isyarat untuk aku merampas budak tersebut. Dengan pantas aku merentap tangan budak itu dari lelaki tersebut. Aku pegang tangan budak itu sekuat hati. Peliknya budak itu seperti buta. Aki Lela pula pegang tangan aku dengan kuat. “Pegang tangan budak tu kuat-kuat”, jerit Aki Lela. Kami bergerak seperti di atas angin, laju dan tak jejak ke tanah. Tibatiba sebatang kayu panjang tepat mengena tangan aku yang memegang tangan budak tersebut. Pegangan aku terlepas. Budak itu terjatuh ke tanah. Aku rentap tangan Aki Lela yg memegang tangan aku kerana aku tak sampai hati membiarkan budak itu tertinggal. Aki Lela semakin jauh meninggalkan aku.


44 56 Aku cepat-cepat mendapatkan budak yang terlepas dari tangan aku tadi. Apa pun yang terjadi aku perlu selamatkan dia terlebih dahulu. Keselamatan aku tak penting. Budak itu meraba raba seperti orang buta. Aku pegang bahunya. “Jangan takut, aku manusia biasa”, kata aku untuk menenangkannya walaupun hati aku sendiri tak tenang. Kini semuanya terserah kepada usaha aku untuk keluar dari tempat ini. “Siapa nama kau?” tanya aku. “Budin”, jawabnya. Aku membaca sesuatu dan tumbuk ke tanah tapi tiada apa-apa yang terjadi. Niat aku untuk balik semula ke dunia sebenar, senang sedikit berbanding berada di dunia asing ini. Tiba-tiba dari jauh kelihatan beberapa lelaki dewasa menuju ke arah kami. Mereka berjalan dengan agak laju. Aku membaca semula ayat yang di ajar Aki Lela dan sekali lagi aku menumbuk ke tanah tapi tetap tiada apa-apa yang terjadi. Aku berdiri mengadap Budin. Aku membaca sesuatu dan aku hembuskan ke kelopak matanya dan kemudian aku menepuk bahunya dua kali, Budin hilang dari pandangan. Lelaki-lelaki itu semua sampai di tempat aku. Aku tak boleh buat apa-apa lagi kerana mereka ramai dan keris aku ada pada Aki Lela. Aku menyerah tapi bersyukur kerana aku yakin Budin kini kembali ke dunia manusia dan berharap ada yang berjaya menemuinya. Aku di bawa ke suatu tempat yang serba terang dan putih. Penglihatan aku jadi kurang jelas kerana cahaya dan warna yang ada, semuanya jadi kabur. Aku terdengar suara orang bercakap-cakap tapi bahasa yang aku tak faham. Di sini apa yang aku belajar seolah-olah tak boleh digunakan untuk diri aku sendiri. Tiba-tiba datang lelaki berbaju putih, lelaki yang pertama aku dan Aki Lela berjumpa di dunia asing ini. “Kamu bukan sebarangan budak. Ada sesuatu dalam diri kamu yang tak sama dengan manusia lain yang pernah kami bawa ke sini. Kamu yang datang sendiri ke dunia kami”, katanya dengan lembut seperti memujuk. “Saya minta maaf. Saya hanya menjalankan kewajiban saya sebagai manusia membantu orang dalam kesusahan”, jawab aku yang cuba bertenang dan bersabar.


45 Masa ini pesanan Aki Lela sangat-sangat aku ingat kerana aku tahu hanya kesabaran yang dapat menyelamatkan aku dengan izin Allah. Orang yang sabar adalah orang yang bijaksana. “Aku berbesar hati jika kamu bersetuju terus tinggal di sini. Banyak manfaat yang kami akan dapat”, katanya lagi. “Maafkan saya tuan. Saya hanya manusia biasa. Apa yang ada adalah anugerah Allah, seperti tuan juga yang dapat anugerah dari Allah di dunia tuan ni”, balas aku yang cuba menggunakan nama Allah, nama yang akan melembutkan hati semua makhluk yang beriman kepadaNya. Aku berdoa semoga aku dilepaskan dari dunia yang asing ini. “Kamu nikmatilah hidup di sini yang aman damai. Kamu akan gembira di sini”, pujuknya lagi. Aku hanya mendiamkan diri. Gerak hati aku lelaki ini tak boleh membaca isi hati aku seperti Aki Lela. Semoga Aki Lela selamat di dunia sana. Aku kini menerima ketentuan yang ditakdirkan untuk aku. Aku diberi kebebasan untuk berjalan di dunia yang asing ini tetapi memang aku tak boleh guna apa yang aku belajar untuk menyelamatkan diri aku. Di sini aku hanya boleh guna apa yang aku belajar hanya pada orang lain. Aku memerhati apa yang ada di sini. Orang-orang di sini memandang aku dengan pandangan yang tajam. Aku masih berharap aku mampu keluar dari dunia asing ini dan aku yakin Aki Lela akan berjaya menemui aku dengan izin Allah. Di sini hampir semuanya kelihatan berwarna putih kecuali pokok-pokok dan rumput-rumput. Pemandangan yang amat cantik. Aku tak pasti waktu di sini kerana semuanya kelihatan sama. Tiba-tiba aku terdengar suatu bisikan di telinga aku. “Datang ke tempat batu bertindih, aku tunggu kau di situ”, suara Aki Lela. Batu bertindih? Mana aku nak cari tempat tu?” aku bercakap sendiri. Aku pejamkan mata. Aku cuba sedaya upaya menggunakan gerak hati aku tetapi kosong. Aku membaca surah An Nas tiga kali. Aku sapukan ke muka aku. Aku berjalan menyusuri lorong di perkampungan ini. Aku hanya mengikut langkah kaki aku. Akhirnya aku sampai di satu taman yang cantik. Pokok-pokok bunganya memang menarik sangat-sangat berbanding dunia manusia. Aku berjalan mengelilingi taman ini. Langkah aku terhenti apabila mata aku terpandang dua biji batu besar yang bertindih antara satu sama lain. Ada aliran air seperti air terjun tapi perlahan. Aku menghampiri batu tersebut. Aku dapat merasakan ada seseorang seperti sedang memerhatikan aku. Tiba-tiba dari


46 jauh aku nampak lelaki yang berbicara dengan aku sebelum ini sedang berjalan ke arah aku bersama beberapa orang lelaki. Aku cuba bertenang. “Baca ayat yang aku ajar tentang mata”, aku terdengar lagi bisikan. Aku membaca ayat tersebut. Mata aku tertumpu pada sebatang pokok bunga kecil yang tumbuh di tepi batu bertindih. Aku cepat-cepat berjalan menghampiri pokok itu sebelum lelaki itu menghampiri aku. Mereka mula kelihatan bergerak makin laju ke arah aku. Aku mencabut pokok bunga itu dengan sekali rentap. Suasana jadi gelap tiba-tiba. Ada seseorang menepuk bahu aku dua kali. Tiba-tiba telinga aku mendengar bunyi air terjun dan pandangan aku jadi sedikit cerah. Aku berada di tempat aku mula-mula masuk ke dunia asing ini bersama Aki Lela. Aku nampak Aki Lela di hadapan aku. Aku memeluk Aki Lela erat-erat. Air mata aku bergenang. “Cepat Man, kita keluar dari sini”, kata Aki Lela. Kami berjalan dengan laju. Di belakang kami kedengaran bunyi tapak kaki orang berlari. Tiba-tiba Aki Lela berhenti dan berpaling ke belakang bila kami sampai di satu kawasan yg agak rata dan lapang. “Kita lawan, ini dunia kita. Kita dah cuba mengelak tapi mereka yang berdegil”, kata Aki Lela sambil menghulurkan keris aku. Aku berdiri di sebelah Aki Lela, menunggu apa yang mengejar kami dari belakang. Hati aku berdebar, peluh mula menitik. Tiba-tiba muncul dua makhluk berpakaian hitam bersaiz manusia di hadapan kami. Di tangan mereka terdapat kayu yang tajam seakan tombak pendek. “Kau ke belakang”, arah Aki Lela sambil menolak aku ke belakangnya. Makhluk itu menyerang kami. Aku beranjak jauh sedikit ke belakang. Aki Lela sedia dengan keris di tangannya. Bertungkus lumus jugak aku tengok Aki Lela bertarung tetapi aku yakin Aki Lela akan berjaya. Beberapa kali makhluk itu jatuh dan bangun semula. Aki Lela masih belum menggunakan kerisnya sepenuhnya, seperti masih mengelak pertumpahan darah. Serangan makhluk itu makin menggila. Pergerakan Aki Lela juga mula berlainan. Tindakannya mula agak keras. Aku dapat rasakan Aki Lela tak mahu berlembut lagi. Akhirnya salah satu dari makhluk itu berjaya ditikam Aki Lela. Tubuh makhluk itu berasap dan hilang dari pandangan. Tinggal lagi satu. Makhluk itu menyerang dengan garang. Aki Lela melompat tinggi mengelak satu serangan dan berjaya menikam di bahagian belakang makhluk itu. Makhluk itu berasap dan hilang dari pandangan. Akhirnya semuanya selesai. Aku menghampiri Aki Lela.


47 Tiba-tiba kami tercampak ke tanah. Aki Lela bangun dengan pantas. Aku pula bangun perlahan-lahan. Mulut aku berdarah. Siapa yang menyebab kan kami tercampak tadi? Aku perhati sekeliling tapi tak nampak sesiapa. “Jaga-jaga Man”, jerit Aki Lela. Aku tak tahu nak buat apa sebab aku tak nampak sesiapa. Satu gumpalan angin menyerang kami dengan tiba-tiba. Aki Lela melompat ke tepi tetapi aku terpelanting lagi. Kali ini aku terasa amat sakit di kepala. Mata aku berpinar. Aki Lela bingkas mendekati aku dan menepuk sekali di belakang aku. Aku terbatuk batuk. “Kau berdiri jauh, tunggu di pangkal pokok tu”, bisik Aki Lela sambil menunjukkan ke arah sebatang pokok. Aku bergerak perlahan sambil Aki Lela mendepani aku. Aku duduk bersandar di pangkal pokok. Aki Lela bergerak semula ke tengah kawasan yang lapang tadi. Aki Lela memejam mata sambil membaca sesuatu dan kemudian menikam kerisnya ke tanah. Satu gumpalan angin keluar dari tanah yang ditikam Aki Lela. Tiba-tiba entah dari mana satu susuk tubuh yang agak tinggi dan berpakaian hitam terpelanting ke tanah. Makhluk itu bingkas bangun semula dan berdiri di hadapan Aki Lela. “Kembalikan budak itu kepada kami”, jeritnya. Ini suara lelaki yang berbicara dengan aku dalam dunia asing tersebut. “Aku minta maaf, itu cucu aku”, jawab Aki Lela dengan suara lembut. “Kalau begitu, kembalikan budak yang sebelum itu”, katanya lagi. Aku gembira kerana dari situ aku tahu Budin dah selamat. “Biarkanlah kami semua dalam dunia kami dan aku biarkan kamu dalam dunia kamu”, jawab Aki Lela. Lelaki itu berpaling ke arah aku. Tiba-tiba entah dari mana muncul satu susuk tubuh berpakaian hitam menuju ke arah aku. Aku bingkas bangun. Lelaki itu cuba menangkap aku. Aku melompat ke tepi sambil melepaskan satu sepakan tepat ke perutnya. Dia terundur ke belakang. Aku tak pasti apa yang berlaku antara Aki Lela dan lelaki yang tinggi itu. Aku tumpukan perhatian aku kepada lelaki di hadapan aku. Aku tak mahu tertangkap lagi. Dia menyerang aku lagi. Aku melompat tinggi dan menyepaknya di kepala. Dia jatuh ke tanah. Aku melompat sekali lagi dan cuba menikamnya. Dia mengelak dan berjaya menjatuhkan aku.Dia berjaya memegang sebelah tangan aku. Aku tarik tangan makhluk yang memegang tangan aku dan dengan tangannya sendiri aku tumbuk perutnya. Dia menunduk memegang perutnya. Aku


48 berpusing ke belakangnya sewaktu dia sedang menunduk dan menikamnya di belakang. Dia tersembam, tubuhnya berasap dan hilang. Aku berpusing melihat Aki Lela. Aki Lela sedang bertarung dengan makhluk yang tinggi itu. Beberapa kali juga Aki Lela terundur ke belakang. Makhluk itu seperti bersedia untuk satu serangan lagi. Makhluk itu melompat tinggi ke arah Aki Lela. Aki Lela juga melompat serentak. Mereka bertembung di udara. Kaki Aki Lela lebih cepat dan tepat, kakinya hinggap di dada makhluk itu. Makhluk itu terpelanting ke belakang dan jatuh terlentang. Aki Lela dengan pantas menerkam dan mengacukan kerisnya di dada makhluk itu. “Aku tak mahu benda ini berpanjangan, kembalilah kamu ke dunia kamu dan jangan ganggu kami lagi”, kata Aki Lela dengan nada perlahan. “Manusia yang mula mengganggu tempat kami”, balasnya. “Jangan kerana tindakan manusia lain tapi manusia lain yang tanggung akibatnya. Aku tak mahu bermusuh dengan kamu”, kata Aki Lela lagi. “Baiklah, aku pulang ke tempat aku tapi aku tak boleh berjanji untuk tidak mengganggu manusia lagi selagi ada yg mengganggu kampung kami”, katanya lagi. Dia bangun dengan perlahan sambil memandang aku dengan pandangan yang tajam. Dia melangkah ke arah hutan di belakangnya dan hilang dari pandangan. Aku menghampiri Aki Lela. “Aki, kenapa mereka semua berpakaian hitam tapi kat sana semuanya putih?” tanya aku. “Ini bukan dunia mereka. Dunia kita kotor, dunia mereka bersih”, terang Aki Lela. Aku memeluk Aki Lela. Aki Lela mencium kepala aku. “Mari kita keluar dari hutan ni, dah sehari kau hilang”, kata Aki Lela lagi. “Sehari, aki? Man rasa sekejap aje”, aku terkejut. “Kat dunia sana masa bergerak perlahan, tak sama dengan dunia kita”, terang Aki Lela lagi sambil kami mula bergerak mencari jalan keluar. Akhirnya kami sampai di kaki bukit tempat lapang mula-mula masa kami sampai dahulu. Sarjan datang mendekati kami. “Alhamdulillah, tok dan Man selamat”, katanya. Aku hanya tersenyum. “Alhamdulillah”, jawab Aki Lela. Kami duduk berehat sebentar. “Aki, macam mana dengan budak Budin tu?” tanya aku.


49 Aki Lela mengusap kepala aku. “Alhamdulillah, budak tu selamat. Tindakan berani kau menyelamatkan dia. Kalau kau tak buat begitu, kita mungkin tak dapat selamatkan dia. Kau gadaikan kehidupan kau untuk orang lain. Kau boleh hilang sampai bila-bila kat dunia tu tapi anugerah Allah telah menyelamatkan kau”, cerita Aki Lela. “Macam mana aki cari Man?” banyak persoalan yang bermain di fikiran aku. “Gerak hati aku membawa aku ke air terjun tu. Sebenarnya bila aku dengan kau ada berdekatan antara satu sama lain, baru aku boleh berbisik dengan gerak hati kau”, terang Aki Lela. “Dekat sana, Man tak boleh langsung guna apa yang Aki Lela ajar”, kata aku lagi. “Dekat situ, ilmu dunia akan terbatas. Hanya ilmu yang tertentu sahaja boleh digunakan tapi hanya sedikit sahaja”, terang Aki Lela lagi. Baru aku faham. Selepas berehat, sarjan menghantar kami pulang. Kami sampai di rumah dah lewat malam. Kak Nurul dan Kak Ayu menyambut aku dengan gembira. “Selamat pun adik kita”, kata Kak Ayu. “Alhamdulillah, panjang lagi umur Man”, jawab aku. Aki Lela menuju ke biliknya. “Kak, Man lapar lah”, kata aku sambil tersengih. “Aloh, kasihan. Sekejap, akak sediakan makanan”, kata Kak Nurul sambil menuju ke dapur bersama Kak Ayu. Aku turun ke telaga membersihkan badan. Siap berpakaian, aku baring sebentar di atas tikar. Enaknya dapat berbaring sementara menunggu makanan siap disediakan. Tak lama kemudian terdengar suara Kak Ayu memanggil ke dapur. Aku menuju ke dapur. Di situ Aki Lela juga sudah ada. “Aki, masa aki tak ada tadi ada orang datang cari aki. Nurul cakap suruh dia datang semula esok”, kata Kak Nurul. Aki Lela hanya mendiamkan diri. 57 “Aki, masa aki tak ada tadi ada orang datang cari aki. Nurul cakap suruh dia datang semula esok”, kata Kak Nurul. Aki Lela hanya mendiamkan diri. Tak lama selepas itu, Aki Lela masuk ke biliknya. Aku pula cepat-cepat masuk ke bilik aku kerana letih sangat. Aku baru


50 sahaja hendak baring di atas tikar tiba-tiba terdengar Aki Lela memanggil aku. Aku kuatkan semangat aku untuk bangun. Semua ini untuk kebaikan aku juga nanti, pujuk hati aku. Aku duduk bersila di hadapan Aki Lela. “Qiyaamuhu Binafsihi maksudnya berdiri sendiri atau maksud yang lebih tepat, tak bergantung kepada apa sahaja jenis makhluk termasuk malaikat. Allah berkuasa untuk mentadbir seluruh alam ini dengan diriNya sendiri.Apa yang malaikat buat adalah untuk menunjukkan kekuasaanNya yang tiada tolok bandingnya. Bila ada makhluk lain yang menjalankan titah perintahNya, di situ secara langsung membuktikan Allah Maha Berkuasa mengarahkan apa sahaja untuk menyempurnakan kehendakNya. Jangan dipanjangkan lagi sebab tak perlu nak susahkan otak kita untuk berfikir lebih jauh”, terang Aki Lela. “Jadi itulah maksudnya bila kita katakan Allah itu Esa?” tanya aku. “Pandai. Esa itu adalah tunggal bukan satu sebab selepas satu, ada dua, tiga. Bila sebut Esa, maknanya dah tak ada lagi nombor selepas itu”, terang Aki Lela lagi. “Dah, kau pergi tidur. Aku tahu kau letih. Cuma aku mahu sebelum kau tidur, kau dapat tambah sesuatu”, kata Aki Lela lagi. Aku bersalam dan masuk ke bilik aku. Sekejap sahaja aku letakkan kepala atas bantal, aku dah hanyut dibuai mimpi. Pagi itu selepas bersarapan, aku dan Aki Lela berehat seketika di bangsal. “Ada orang nak datang sekejap lagi”, tiba-tiba Aki Lela bersuara dan memang betul kerana tak lama kemudian datang sebuah kereta menuju ke rumah Aki Lela. Kereta diberhentikan di sebelah bangsal. Turun seorang lelaki muda dan menuju ke arah kami. “Asssalamualaikum, ni Tok Lela ke?” tanya pemuda itu. “Waalaikumusalam wbt, ya saya. Kenapa Nak?” tanya Aki Lela. “Saya Jamal dari kampung Ulat Daun. Saya datang ni ada hajat. Semalam saya datang tapi tok tak ada”, terang dia lagi. “Hajat apa tu Jamal?” tanya Aki Lela. “Begini tok, aki saya sebelah ayah meninggal dunia dua malam lepas di Perlis. Jadi keluarga pada mulanya nak kebumikan di sana sahaja tapi masa nak kebumi tu banyak sangat halangan. Katanya, arwah aki saya dah pesan suruh kebumikan di kampung Ulat Daun jika dia meninggal. Oleh sebab jauh sangat, ayah nak kebumikan di sana sahaja tapi memang tak boleh. Dari mula nak mandi sampailah nak bawak ke perkuburan, ada sahaja benda pelik-pelik. Nak tak nak, ayah terpaksa buat keputusan bawak balik ke sini. Takut semua yang


51 berlaku ada kena-mengena dengan amanat arwah” terangnya lagi panjang lebar. “Jenazah tak sampai lagi kan?” tanya Aki Lela. Jamal terdiam. “Memang tak sampai lagi. Saya datang semalam cuma nak bertanya, boleh tak tok tolong datang ke rumah jika jenazah dah sampai sebab keluarga saya tak sedap hati”, tambahnya lagi. “Beginilah. Jika jenazah dah sampai, datang ambil saya. Tak kisahlah pukul berapa pun. Kita cuba selesaikan secepat mungkin. Tak baik melambatkan pengkebumian”, jawab Aki Lela yang tak pernah menolak permintaan orang. “Terima kasih tok, nanti bila jenazah dah sampai saya datang ambil tok. Saya minta diri dulu”, kata Jamal. Dia bersalam dan pergi meninggalkan rumah Aki Lela. “Aki kenal ke abang Jamal tadi?” tanya aku. “Tak pernah nampak tapi gerak hati aku macam ada sesuatu yang tak kena tapi bila dah berjanji, kita kena tunaikan. Orang yang tak menunaikan janji bila berjanji adalah munafik”, terang Aki Lela. “Ada yang tak kena?” otak aku ligat berfikir. “Jangan sesakkan otak kau, bila sampai masanya kita akan tahu”, kata Aki Lela lagi. Siang itu tak banyak sangat aktiviti yang aku lakukan, mungkin Aki Lela nak bagi aku berehat. Aku menanti nanti Jamal datang ke rumah Aki Lela tapi sehingga asar masih belum nampak batang hidungnya. Mungkin jenazah belum sampai agaknya. Sambil menanti, aku baring-baring di bangsal. Bila bosan, aku berlatih bersilat. Bila lapar, aku cari makanan di dapur. Hanya selepas solat maghrib, baru terdengar deruan enjin kereta masuk ke kawasan rumah Aki Lela, mungkin Jamal yang datang. Aku bangun membuka pintu dan memang betul tekaan aku bila melihat Jamal turun dari kereta. “Aki Lela ada?” kata Jamal tapi mukanya nampak macam pucat. “Ada, sekejap saya panggil”, jawab aku. Hati aku tiba-tiba jadi tak tenteram. Belum sempat aku panggil Aki Lela, Aki Lela sudah muncul di belakang aku. “Mari man”, kata Aki Lela. Aku pun turun mengikut Aki Lela dan menaiki kereta Jamal. Sepanjang jalan Jamal hanya diam seribu bahasa. Aki Lela pula seperti membaca sesuatu. Hati aku jadi keluh kesah. Ada sesuatu yang tak kena. Bulu roma aku mula tegak


52 berdiri. Aku hanya memerhatikan tindak tanduk Jamal. Kepalanya hanya tegak memandang jalan. Akhirnya kami sampai di rumah yang Jamal katakan. Sebuah rumah kayu yang agak usang. Aki Lela turun dan diikuti oleh aku. Jamal masih di dalam kereta. Hanya ada seorang perempuan yang agak berusia bersama seorang budak kecil menyambut kami di muka pintu tapi tanpa suara apa-apa. Mana orang lain? Hati aku makin berdebar. Aki Lela menjeling ke arah aku dan memberi isyarat mata. Aku faham, itu tanda menyuruh aku berhati-hati. Kami naik ke rumah. Aku nampak di tengah ruang tamu satu jasad sedang terbaring kaku. Aki Lela mendekati jenazah tersebut. Aku duduk bersebelahan perempuan itu dan anaknya. Aki Lela hanya duduk berlipat lutut mengadap jasad yang bertutup itu. Aki Lela memejam matanya dan membaca sesuatu. Perlahan-lahan Aki Lela membuka kain yang menutup jasad tersebut. Serentak dengan itu, perempuan dan anaknya itu memalingkan mukanya ke arah aku. Aku terundur ke belakang. Mata perempuan dan anaknya itu hanya kelihatan mata putih. Muka mereka dipenuhi darah. Aku cuba bangun tapi tiba-tiba tangan perempuan itu memegang lengan aku dengan kuat. Aku cuba merentap tangan aku tapi tak berjaya. Aku membaca sesuatu dan kemudian rentap tangan aku sekuat hati hingga terlepas. Aku melompat ke arah Aki Lela. Aku perhatikan ke arah jasad yang terbaring. Ya Allah, jasad Jamal. Aku jadi keliru. Baru tadi aku tengok Jamal. Siapa perempuan dan budak kecil itu? Aki Lela menutup semula jasad Jamal. Aki Lela berpusing mengadap perempuan dua beranak itu. Aki Lela membaca sesuatu dan kemudian menepuk ke lantai. Lantai bergegar.Perempuan dua beranak itu terbang dan melekat di dinding. Aku jadi buntu. Perempuan itu terbang dari dinding ke dinding sementara budak kecil itu hanya terlekat di dinding. “Jangan lalai”, jerit Aki Lela. Aku membaca sesuatu dan mara ke arah budak kecil itu. Tiba-tiba budak kecil itu menerkam ke arah aku. Aku tak sempat mengelak, kakinya mengepit pinggang aku dan tangannya memaut leher aku. Aku membaca sesuatu sambil menolak mukanya sekuat hati. Habis sahaja ayat yang aku baca, aku hembus ke mukanya yang mengerikan itu. Dia menjerit dan melepaskan kaki dan tangannya dari badan aku. Dia memegang kepalanya. Melihat budak kecil itu menjerit dan memegang kepala, perempuan tersebut berpaling ke arah aku. Pandangannya menakutkan. Lehernya digerakkan ke kanan dan ke kiri. Tiba-tiba dia terbang menerkam ke


53 arah aku dengan laju. “Allah Hu Ahad, Allahuakbar”, aku mengangkat kedua telapak tangan aku seperti menahannya, dia tercampak ke belakang dan tergantung melekat ke dinding. Aki Lela membaca sesuatu dan melontarkan kerisnya tepat ke tubuh perempuan itu. Perempuan itu menjerit kuat dan tidak dapat bergerak lagi. Apabila perempuan tersebut menjerit dan tidak lagi boleh bergerak, budak kecil itu terbang ke arah perempuan tersebut. Dia kini memeluk perempuan itu dengan kuat. Tak lama kemudian kedua dua susuk tubuh itu hilang. Aku memandang ke arah jasad yang terbaring di tengah ruang tamu, aku nampak kain yang menyelimuti jasad itu rata ke lantai. Aku mendekati kain itu dan menyelak kain itu untuk buat kepastian. Ya Allah, memang jasad itu sudah tiada lagi. Aki Lela menggosok kepala aku. “Sekejap lagi kau akan tahu”, kata Aki Lela. Aku menggaru kepala. “Mari kita bergerak”, kata Aki Lela lagi. Kami turun ke tanah. Aku perhati ke arah rumah yang kami tinggalkan. Sekali lagi aku terkejut. Rumah yang kami tinggalkan seperti rumah yang betul-betul usang. Atap dan dinding banyak yang berlubang. “Ini kerja iblis”, terang Aki Lela. Kami berjalan menyusur jalan yg kecil dan sunyi. Aku akui malam ini aku tertipu. Aku pasti Aki Lela mengetahui perkara yang sebenar tapi Aki Lela cuba menguji aku. Dari jauh, aku ternampak cahaya samar-samar. Makin lama cahaya itu semakin jelas. Ia datang dari sebuah rumah. Di rumah itu kelihatan beberapa orang lelaki yang sedang berdiri di tanah. Terdapat sebuah lori yang agak besar di letakkan di hadapan rumah. “Assalamualaikum wbt”, kata Aki Lela. “Waalaikumusalam, jemput naik. Jenazah ada kat atas”, beritahu salah seorang dari lelaki yang berada di tanah. Kami naik ke rumah. Terdapat empat jasad yang sedang terbaring di ruang tamu. Ya Allah, semoga Kau mencucuri rahmatMu ke atas roh mereka ini. Aku mengekori Aki Lela menuju ke arah jasad-jasad yang sedang terbaring itu. Kami duduk berlipat lutut. Aki Lela membuka selimut yang menutup jasad yang pertama. Jasad seorang lelaki tua tetapi jasadnya amat menyedihkan. Tubuhnya kurus kering. Matanya tak tertutup rapat. Aki Lela menyelimutkannya semula dan beralih ke jasad yang kedua. Kali ini aku hampir terundur ke belakang kerana terkejut. Ini jasad Jamal. Bila dia meninggal? Siapa yang ambil kami selepas maghrib tadi? Aku keliru. Betul kata Aki Lela, ini kerja iblis. Aki Lela menutup jasad Jamal dan membuka jasad yang


54 ketiga. Ya Allah, ini jasad perempuan yang menyerang kami di rumah usang tadi. Matanya separuh tertutup. Mulutnya pun tak boleh ditutup sepenuhnya. Aki Lela menutup jasad tersebut dan membuka jasad yang keempat. Sekali lagi aku terkejut, ini jasad budak yang menyerang aku tadi. Apa sebenarnya yang telah berlaku? Kami turun ke tanah. Aku mengekori Aki Lela berjumpa dengan salah seorang yang seusia dengan Aki Lela. “Lama tak jumpa kamu Mat”, kata orang tua itu. Aki Lela hanya tersenyum. “Apa yang terjadi kat atas tu?” tanya Aki Lela. Aku tahu Aki Lela bertanya hanya untuk aku mengetahui perkara yang sebenarnya. “Orang tua tu Tokki kepada Jamal, dia meninggal di Perlis. Jenazahnya baru sampai menjelang maghrib tadi. Jamal, isteri dan anaknya pula mayatnya baru ditemui selepas maghrib dekat tali air hujung kampung. Kereta dia terbabas, mereka semua lemas”, cerita orang tua itu lagi. “Kenapa tak dikebumikan lagi?” tanya Aki Lela lagi. “Aku dengar Jamal ada berjumpa dengan seseorang untuk menguruskan jasad tokki dia tapi kami semua tak pasti siapa yang Jamal jumpa. Jadi kami sedang menunggu orang tu”, kata orang tua itu lagi. Aku ternganga mendengar cerita orang tua tersebut. Baru aku faham hujung pangkalnya. “Saya rasa elok kita sempurnakan semua jenazah tu, tak elok dilambat lambatkan”, kata Aki Lela tanpa menceritakan perkara yang sebenar. “Aku pun rasa begitu. Sekejap, aku jumpa dengan tuan rumah”, kata orang tua itu lagi. Orang tua itu naik ke rumah dan tak lama kemudian turun semula. “Tuan rumah bersetuju kita menguruskan semua jenazah tu. Liang pun dah siap katanya”, kata orang tua itu lagi. Selepas semua jenazah di letakkan di atas lori, kami bergerak ke tanah perkuburan. Aku dan Aki Lela duduk di belakang lori, permintaan dari Aki Lela sendiri. “Kenapa Aki nak duduk dekat belakang lori aje, Aki kan dah tua dan orang yang dihormati?” tanya aku. Aki Lela hanya tersenyum.


55 “Kita kena selalu rendahkan diri kita supaya kita tak lupa dari mana kita datang dan ke mana kita akan kembali. Seburuk-buruk tempat adalah terkurung dalam ‘istana’ riak dan ujub”, terang Aki Lela lagi. Aku mengangguk tanda setuju sangat dengan kata-katanya. Kami tiba di tanah perkuburan. Beberapa orang lelaki cuba mengangkat jasad lelaki tua tetapi tak terangkat. Aki Lela pandang sekeliling ke arah pokok-pokok yang tinggi. Tibatiba sebatang dahan pokok melayang ke arah kami semua. Aki Lela berdiri tegak.


56 58 Aki Lela seolah menahannya dengan tapak tangan dan menguisnya ke tepi. Dahan itu tercampak jauh dari orang-orang yang ada. Orang-orang yang sedang cuba mengangkat jenazah tersebut semuanya dalam keadaan terkejut. Orang tua yang kami jumpa sebelum itu juga kelihatan terkejut melihat tindakan Aki Lela. “Tak apa, boleh angkat jenazah ni”, kata Aki Lela. Orang-orang yang ada mula mengangkat semula. Aku nampak mereka bersusah payah cuba mengangkat jenazah tersebut seperti mengangkat sesuatu yang berat. “Man, tolong tengok keliling”, pesan Aki Lela. Aki Lela turun dari lori dan membantu mengangkat jenazah itu. Bila Aki Lela memegang papan keranda, barulah aku lihat mereka semua agak mudah mengusung jenazah menuju ke liang. Mata aku liar melihat sekeliling. Tibatiba aku ternampak di atas dahan yang tinggi, sepasang mata berwarna merah sedang memerhatikan ke arah kami semua. Aku berundur sedikit ke belakang, membiarkan semua orang memasuki kawasan perkuburan. Aku genggam pasir yang bercampur dengan tanah dan baca sesuatu. Kemudian aku lontar ke arah makhluk tersebut tapi mata itu masih tetap di situ. Aki Lela tiba-tiba berada di belakang aku. “Dia mengikut tuan dia, jika tak diselesaikan akan menyusahkan orang kampung kat sini”, terang Aki Lela. Aki Lela mendekati seseorang dan bercakap sesuatu dan kemudian datang dekat aku semula. “Mari kita pergi jauh sedikit dari sini. Jenazah itu mereka semua akan sempurnakan. Kita ada kerja”, kata Aki Lela. Aki Lela memejamkan mata seketika dan menumbuk perlahan ke tanah. Kami bergerak ke arah hutan melalui bawah pokok tempat mata hitam itu berada. Aku tahu Aki Lela tak mahu lembaga itu mengganggu urusan pengebumian. Pergerakan kami seperti diekori sesuatu dari atas pokok. Kami bergerak lebih laju. Hati aku berzikir sendiri seperti tahu apa yang aku perlukan. Peluh menitik-nitik kerana lajunya kami bergerak. Makin lama makin jauh kami berjalan kerana aku tahu Aki Lela tak mahu sesiapa terganggu jika terdengar atau terlihat sesuatu yang menakutkan. Tiba-tiba langkah kami terhenti. Di


57 hadapan kami berdiri lembaga yang menyerupai pakcik tua yang telah kami hantar ke perkuburan. Mukanya cengkung dan tubuhnya kurus kering. Dia tidak memandang kami dengan tepat tapi menjeling dengan jelingan yang menakutkan. “Tinggalkan tuan kamu dan berpindah ke hutan yang jauh dari manusia”, jerkah Aki Lela. Lembaga itu ketawa sambil menunjukkan giginya yang tajam. “Dia sudah berjanji dengan aku, dia akan menjadi tuan aku hidup dan mati”, jawabnya dengan suara yang bergetar. “Tak ada apa lagi yang kau dapat sebab tuan kamu sudah mati. Lepaskan janji dia antara kamu”, jerkah Aki Lela lagi. “Sehingga aku mendapat tuan yang baru, aku akan selalu bersamanya”, jawab dia lagi. Aki Lela tidak berkata apa-apa lagi. Aki Lela membaca sesuatu dan menumbuk ke tanah. Lembaga itu melompat ke atas dahan. “Kau sahaja menjadi tuan aku”, jeritnya dari atas dahan. “Aku tak berkawan dengan iblis. Cukuplah Allah untuk aku”, jerit Aki Lela sambil mengeluarkan kerisnya. Aki Lela menikam keris ke tanah. Satu gumpalan angin terkeluar dari tikaman itu. Lembaga itu melompat lagi ke dahan yang lain tapi rendah. “Kau tak akan berjaya kalahkan aku”, ketawa lembaga itu. Aki Lela berdiri tegak, aku terus berzikir di belakangnya. “Kau tunggu di sini, jaga diri kau. Ikut apa yg aku ajar”, bisik Aki Lela sambil menghulurkan keris aku. Tiba-tiba Aki Lela berpusing dan berjalan ikut jalan kami masuk tadi. Sekejap sahaja Aki Lela hilang dari pandangan. Aku menarik nafas panjang-panjang. Aku kini bersendirian. Aku tak pasti ke mana Aki Lela pergi tapi aku yakin Aki Lela sedang berbuat sesuatu. Melihat budak kecil seperti aku bersendirian, lembaga itu turun ke tanah. Dia kini hanya lebih kurang 10 langkah dari aku. Aku baca sesuatu dan hentak kaki aku ke tanah. Lembaga itu terundur ke belakang. “Kau juga seperti orang tua tadi tapi kau bukan lawan aku”, ketawa lembaga itu dengan penuh sombong. Aku cuba bertenang. Aku baca lagi ayat-ayat yang aku belajar. Tiba-tiba dia melompat tinggi menerkam ke arah aku. Aku elak ke kiri dan menyepak di perutnya. Dia berpaling dan menjeling tajam. Dia menyerang lagi dan lagi


58 sekali aku mengelak sambil menyepak di belakangnya. Aku berusaha melengahkan masa menanti Aki Lela kembali. Aku hunus keris aku. Aku tak akan tunggu Aki Lela lagi jika terpaksa. Dia menyerang lagi tapi kali ini lebih ganas. Tangannya merayau ke kanan dan ke kiri cuba melakukan aku. Aku terpaksa berundur sedikit sambil mengintai jika ada ruang untuk aku menyerang kembali tapi pergerakannya kali ini agak tangkas. Jika salah langkah, aku akan tewas. Aku perlu berhati-hati. Jurusnya memang bagus. Tiba-tiba satu pukulan belakang tangan tepat mengenai muka aku. Aku jatuh terlentang. Kepala aku terasa pening dan bergegar tapi aku cepat-cepat bangun kerana tak mahu lembaga itu berada di atas badan aku kerana jika itu berlaku, tamatlah riwayat aku. Aku tarik nafas panjang-panjang. Lembaga itu tersenyum mengejek. Sabar itu tanda orang bijaksana, bisik hati aku sendiri. Aku baca sesuatu dan kini aku yang memulakan serangan. Lembaga itu menangkis setiap serangan aku. Aku tersilap langkah, satu sepakan hinggap di kepala aku sekali lagi. Aku jatuh terguling. Pandangan aku jadi kabur. Lembaga itu menerkam ke arah aku. Tiba-tiba aku nampak sekali imbas satu kelibat laju melintasi tubuh aku menerpa lembaga itu. Aku mengesot sedikit ke belakang. Aku nampak samar-samar seperti kelibat Aki Lela sedang bertarung dengan lembaga itu. Bila dah jauh sedikit, aku duduk berlunjur. Aku letakkan dua tangan aku ke kanan dan kiri kepala aku sambil membaca sesuatu. Semakin lama aku menekan kepala aku semakin kuat. Mata aku sudah mula boleh melihat seperti biasa. Pening kepala pun tak aku rasa lagi. Aku nampak dengan jelas Aki Lela bertarung dengan lembaga itu. Lembaga itu berundur ke belakang bila melihat Aki Lela mengatasi pergerakannya. Lembaga itu seperti cuba hendak melarikan diri. Aki Lela genggam sesuatu dari poket seluarnya lalu membaca mentera dan melontarkannya ke arah lembaga tersebut. Lembaga itu menjerit dengan kuat dan pergerakannya bagai terkunci. Dia jadi seperti terlekat di tanah. Aki Lela mara ke arah lembaga itu. Lembaga itu meronta-ronta cuba melepaskan diri. Aki Lela membaca sesuatu dan menikam di bahagian belakang lembaga tersebut. Satu jeritan kuat memecah kesunyian dalam hutan. Lembaga itu tiba-tiba terbakar. Aki Lela berundur sedikit. Aku berjalan mendapatkan Aki Lela. “Kita berasal dari tanah dan ke dalam tanah juga kita akan kembali. Aku guna tanah tempat tuannya dikebumikan sebagai pelemahnya. “Alhamdulillah”, terang Aki Lela.


59 Lama kelamaan api semakin besar membakar lembaga itu dan akhirnya lembaga itu hangus sama sekali. Aki Lela mengumpul abu yang ada dan menanamnya. Selepas itu, Aki Lela memegang kepala aku sambil membaca sesuatu. Dihembusnya ubun-ubun aku. “Jangan risau, kau tak apa-apa. Adat berlawan, terkena sepak terajang tu adalah perkara biasa. Itu akan menguatkan luaran dan dalaman kau”, pujuk Aki Lela. “Mari kita pergi ke kubur semula, mungkin mereka semua dah selesai”, kata Aki Lela. Kami mula bergerak keluar dari hutan. Bila kami sampai di kawasan kubur, semua orang sudah tiada. Kami menghampiri tanah yang baru dikambus. Terdapat empat tanda baru. Kami berhenti di tanah yang paling tepi sekali. Mungkin ini kubur lelaki yang berusia itu. Aki Lela memejamkan mata.Mata aku liar memandang sekeliling. Tiba-tiba aku terasa sesuatu memegang kaki aku dengan kuat. Aku rentap dengan kuat untuk melepaskan pegangan itu. Aku hampir terjatuh. Bila aku pandang ke bawah, tiada apa-apa yang kelihatan. Aki Lela membuka matanya. “Ada lagi yang belum selesai”, kata Aki Lela. Tiba-tiba tanah kubur milik orang tua itu mula mendap sedikit demi sedikit. Kami berundur ke belakang. Asap mula keluar dari kubur tersebut. Semakin lama semakin tebal asap yang keluar. Aki Lela membaca sesuatu dan menumbuk ke tanah. Tanah keliling bergegar dan tanah yang mendap itu kelihatan tertimbus sedikit tetapi asap masih keluar dari dalam tanah. Tak lama kemudian, tanah itu mendap semula dan asap semakin tebal. Tiba-tiba satu tangan yang hanya tinggal tulang muncul di permukaan tanah. Kemudian lengan mula kelihatan. Aki Lela maju ke hadapan. Dia membaca sesuatu dan menikam kerisnya ke atas tanah kubur milik orang tua itu. Tanah di sekeliling kubur itu runtuh. Tangan itu tertimbus semula ke dalam tanah. “Mayat tak diterima tanah”, kata Aki Lela. Aku mula faham bila dikaitkan dengan lembaga yang kami temui di hutan tadi. Air mata Aki Lela bergenang. “Kenapa aki macam sedih?” tanya aku. “Aku sedih bila mengenangkan manusia sanggup buat apa sahaja demi kepentingan diri untuk mengejar kesenangan dunia semata mata. Alangkah baiknya jika sikap macam tu digunakan untuk keredhaan Allah. Jangan diingat kononnya bila bersahabat dengan iblis kita akan lambat mati, mati itu pasti.


60 Tak kira masa atau tempat. Ilmu bukan untuk panjang umur tapi untuk membantu kita bila mati. Ingat Man, selangkah kita mensyirikkan Allah, kita dah membuka jalan ke arah neraka. Buat sesuatu mesti kerana Allah kerana niat kita akan diredhai Allah. Jangan buat sesuatu kerana malu kepada manusia terutama solat. Jangan solat kerana malu kepada manusia. Kita cara tak sedar meletakkan manusia di tempat Allah, satu-satunya zat yang wajib kita sembah dan bersujud”, kata Aki Lela sambil mengesat air matanya. Aku peluk Aki Lela. Aku sayang kepadanya, insan yang selalu mengingatkan aku betapa pentingnya meletakkan Allah di tempat yang sewajarnya. “Jika di tanya di mana kita kepada Allah, kenapa doa kita tak dimakbulkannya, tanyalah diri kita sendiri, di mana kita letakkan Allah dalam hati kita. Sekejapsekejap ke, ada masa yang tertentu ke. Jika kita mahu Allah sentiasa mengingati kita, cintai dan rinduilah Dia setiap masa. Sebab itu berzikir itu penting, berzikir itu adalah mengingatiNya”, terang Aki Lela lagi. Aki Lela mengusap kepala aku. “Mari kita balik. Jika tanah menerimanya, dia akan kekal di situ. Jika tanah menolaknya, dia akan kembali lagi. Rohnya terseksa. Semoga Allah mengampuninya”, kata Aki Lela lagi. Sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain walaupun tak dikenalinya. Kami berjalan menuju ke jalan besar. “Aki, kita nak berjalan sampai rumah?” tanya aku. Aki Lela tersenyum. “Apa salahnya. Aku yang dah tua ni larat aje, kau tu budak-budak lagi takkan tak larat”, jawab Aki Lela sambil tersenyum. “Jauh lah aki”, kata aku mengada-ngada. “InshaAllah, sekejap lagi kita naik kereta”, kata Aki Lela lagi. “Aki ni, mana kita ada kereta. Tadi kan kita naik kereta ghaib arwah Jamal”, jawab aku sambil ketawa. Aki Lela tersengih. Tak lama kemudian sebuah kereta berhenti di sebelah kami. “Pakcik nak pergi mana?” tanya pemuda pemandu kereta. “Pakcik dan cucu pakcik ni nak balik ke kampung Merchang”, jawab Aki Lela. “Kebetulan, saya pun nak menuju ke arah sana. Naiklah”, pelawa pemuda itu.


61 Kami pun menaiki kereta tersebut. Aki Lela menjeling ke arah aku sambil tersenyum mengejek. Aku jeling semula. Bau wangi yang semerbak dalam kereta ini. Kereta mula bergerak. Aku memandang ke luar cermin. Entah masa bila aku tertidur. Aku hanya sedar bila sampai di rumah Aki Lela. Aku turun dalam keadaan mamai. Aku lihat kereta itu pergi dan pada pandangan aku lampu kereta itu menyala seketika menyuluh jalan dan selepas itu lampu itu terus hilang dari pandangan seperti hilang begitu sahaja. Aku abaikan sebab mungkin aku dalam keadaan mamai. Aku naik ke rumah dan kemudian turun ke telaga. Selepas makan mengalas perut, aku masuk ke bilik Aki Lela. Tanpa disuruh, aku memicit betis Aki Lela. Aki Lela hanya tersenyum. “Sifat Allah yang keenam, Wahdinayah. Esa atau tunggal. Tidak beranak dan tidak diperanakkan seperti yang tertulis dalam surah Al Ikhlas. Maksudnya Allah itu bersendirian dalam zatNya. Dia tak memerlukan teman dan tak memerlukan pembantu kerana Dia adalah Maha Sempurna sesuai dengan KeagunganNya. Malaikat hanya menyempurnakan apa yang diperintahkanNya”, terang Aki Lela. “Kenapa Allah menciptakan makhluk termasuk manusia, aki?” tanya aku. “Untuk membuktikan KewujudanNya, KekuasaanNya dan memuji zatNya”, terang Aki Lela lagi. Tiba-tiba Aki Lela terdiam. Dia bangun dan berlunjur. Kepalanya bergerak ke kanan dan ke kiri. Matanya dipejamkan. Aku mendiamkan diri. “Pergi tidur Man, esok kita ada kerja”, kata Aki Lela. Aku tak berani nak bertanya tapi yang pasti esok ada sesuatu yang menanti. Aku masuk ke bilik aku. Sebentar sahaja aku tertidur. Entah pukul berapa aku tersedar bila terasa ‘sesuatu’ memegang hujung kaki aku. Terasa ‘sesuatu’ menggosok-gosok kaki aku. Aku angkat sedikit kepala aku. Aku terkejut kerana di hujung kaki aku sedang menunduk satu lembaga yang mengerikan. Hidung dan pipinya rompong berlubang. Giginya tajam. Biji matanya seperti terkeluar memandang aku. Tiba-tiba ada sesuatu yang membelai rambut aku. Aku menggoyang-goyang kepala aku untuk melepaskan diri. Kaki aku, aku tolak dan tarik untuk melepaskan pegangan. Geli-geleman aku bila tangan di atas kepala aku mengusap usap pipi aku. Tangan dan mulut aku bagai terkunci. Lembaga yang berada di hujung kaki aku mula memanjat naik ke badan melalui kaki aku. Lidahnya menyentuh kaki aku. Aku makin tak keruan. Peluh aku mula menitik.


62 59 Kenapa mulut aku bagai terkunci? Aku tak mampu nak sebut apa-apa di mulut aku. Aku terus meronta dan meronta. Inilah kuasa Allah, bila dikunci sahaja mulut, kita dah tak boleh mengucapkan apa sahaja biar setinggi mana sekali pun ilmu yang kita ada. Aku pejamkan mata. Aku hanya mampu membaca ayat-ayat yang aku belajar di dalam hati. Aku sudah tak peduli lembaga itu lagi. Aku cuba menggerakkan tangan tapi tak berjaya. Aku dapat rasa lembaga di atas kepala aku mula mencekik leher aku. Aku mula sesak nafas. Aku cuba membuka mata tapi penglihatan aku kabur. Pap! Tiba-tiba aku terasa satu tepukan di bahu kanan aku. Aku terbatuk-batuk. Aku buka mata aku luas-luas. Di sebelah kanan aku berdiri Aki Lela. Tak lama kemudian muncul Kak Nurul dan Kak Ayu di hujung kaki aku. Aku memandang Aki Lela dengan sayu. Lembaga-lembaga tadi tak tahu ghaib ke mana. Aku pasti aku bukan bermimpi. “Pakaian kau ada terkena tanah di tanah kubur tadi. ‘Benda’ itu ikut kau balik. Walaupun aku dah ‘pagar’ rumah ni, kotoran yang melekat pada pakaian kau seperti memberi kebenaran untuk ‘mereka’ masuk ke rumah. Pergi tanam pakaian kau tu”, terang Aki Lela. Aku bangun perlahan-lahan dan mengambil pakaian aku di lantai lalu turun ke tanah. Selepas tanam pakaian tersebut, aku mandi sekali lagi. Aku berehat sebentar di ruang tamu. Aki Lela sudah masuk ke biliknya. Kak Nurul datang menghampiri aku. “Akak dengar suara Man tadi tapi tak jelas apa yang Man sebut, tak berbutir langsung”, kata Kak Nurul. Aku pelik sebab dalam hati aku hanya menyebut nama Allah. Rasanya aku dah cuba menjerit tapi kenapa sebutan aku tak jelas. “Man, mari sini”, terdengar Aki Lela memanggil aku. Cepat-cepat aku masuk ke biliknya dan bersila di hadapannya. “Aku tahu hati kau ingatkan Allah dan cuba menjerit menyebut namaNya tapi bila keluar di mulut sebutan jadi lain. Itu tandanya hati kau belum cukup-cukup bersih. Masih ada ruang untuk dunia dalam hati kau. Masih ada rasa was-was. Penyerahan diri kau belum betul-betul sampai. Ini tandanya Allah nak tunjuk bahawa setinggi mana ilmu yang kita ada, belum menjanjikan kehebatan. Ilmu kita tak akan dapat mengatasi kehendak Allah. Hati kau masih lalai ketika solat.


63 Dirikanlah solat untuk mengingati Aku, itu pesan Allah. Bukan mengerjakan solat tapi hati dan fikiran melayang-layang. Allah jentik hati kau untuk berusaha perbaiki kelemahan diri”, terang Aki Lela. Aku mengangguk perlahan-lahan. Aku akui kelemahan dan kesilapan aku. Sifat riak dan ujub masih ada dalam diri aku. “Orang yang mengaku kesalahan diri sendiri lebih baik dari memuji diri sendiri. Ramai sebenarnya merasakan diri sendiri lebih baik daripada orang lain bila melihat kelebihan yang ada pada diri. Mereka tak tahu sebenarnya kelebihan yang mereka ada hanyalah sekadar lebih sifat riak dan ujub. Beristighfar banyak-banyak, pulangkan sifat memuji diri sendiri itu kepada Allah sebab hanya Allah yang layak memuji diriNya sendiri”, terang Aki Lela lagi. Aku tertunduk malu. Air mata aku bergenang. Ampunkan aku Ya Allah. “Dah, pergi masuk tidur. Baca ayat suci dulu sebelum tidur. ‘Benda’ tu tak akan datang lagi tapi kita kena selesaikan sesuatu esok”, kata Aki Lela lagi. Aku bangun bersalam dengan Aki Lela dan masuk ke bilik aku. Selepas membaca ayat-ayat yang sepatutnya, aku terlena. Pagi itu selepas balik dari tebing sungai, kami berehat di bangsal. “Aki, malam tadi aki cakap kita ada kerja hari ni. Kita nak pergi mana?” tanya aku separuh berani. “Sekejap lagi kau akan tahu”, jawab Aki Lela. Memang benar, tak lama kemudian datang sebuah kereta ke kawasan rumah Aki Lela. Dari kereta itu turun seorang lelaki yang agak berusia. “Assalamualaikum”, lelaki itu memberi salam. Aki Lela bangun dari tempat duduknya. “Waalaikumusalam wbt”, jawab Aki Lela sambil bersalam. “Abang, saya Mamat. Pak saudara kepada arwah Jamal”, katanya lagi. “Ada apa yang boleh saya bantu tuan?” tanya Aki Lela. “Begini tuan, saya tak tahu benar atau tak. Saya rasa arwah anak saudara saya tu mungkin ada membela ‘sesuatu’ atau ada pendamping, sekali dengan arwah isterinya. Malam tadi ada ‘sesuatu’ yang mengganggu di rumah ayahnya”, kata Pakcik Mamat. Aki Lela diam seketika sambil memandang ke tanah. “Ganggu macam mana tu?” tanya Aki Lela.


64 “Lewat malam tadi adik perempuannya menjeri-jerit bagi tahu abangnya si Jamal balik ke rumah dengan isteri serta anaknya. Kecoh satu rumah”, cerita pakcik Mamat lagi. “Beginilah, boleh bawa saya ke tempat mereka kemalangan semalam?” tanya Aki Lela. “Boleh. Nak pergi sekarang ke?” tanya Pakcik Mamat semula. “Ya, saya naik ke rumah sekejap”, jawab Aki Lela sambil berjalan naik ke rumah. Tak lama kemudian, Aki Lela turun semula. “Saya bawak cucu saya ni”, Aki Lela meminta izin. “Boleh, tak ada masalah”, jawab Pakcik Mamat. Kami bergerak pergi. Tidak lama kemudian, kami sampai di tali air tempat arwah Jamal sekeluarga kemalangan. Keretanya masih ada di dalam tali air. Hanya bahagian bonet kereta sahaja yang jelas kelihatan. Aku nampak muka Pakcik Mamat berkerut seperti terkejut dan memikirkan sesuatu. “Kenapa tuan?” tanya Aki Lela. “Semalam selepas kemalangan, saya ada lalu sini. Saya nampak ada anak patung pada cermin belakang tu tapi kenapa sekarang tak ada?” jawabnya seperti kehairanan. “Anak patung tu arwah anaknya yang punya, sayang sangat arwah tu pada patungnya”, cerita Pakcik Mamat lagi. “Mungkin ada orang yang mengambilnya”, kata Aki Lela menyedapkan hati Pakcik Mamat. “Tak mungkin, siapa yang sanggup nak berenang semata-mata nak ambik anak patung buruk!” kata Pakcik Mamat masih tak puas hati. Aki Lela mendiamkan diri, mungkin tak mahu memanjangkan cerita. “Ada tak barang-barang yang pelik peninggalan mereka semua ni?” tanya Aki Lela. Pakcik Mamat diam seketika seperti mengingati sesuatu. “Seingat saya, mereka selalu bawa satu beg hitam kecil ke mana sahaja mereka pergi tapi bukan beg duit. Pernah bila datang ke rumah saya, saya nampak isterinya memegang beg tu erat-erat takut orang lain ambik nak tengok”, ceritanya lagi. “Beginilah. Kalau tuan boleh cari dan jumpa beg tu, tuan ambil saya di rumah. Kita selesaikan hal ni dengan izin Allah”, kata Aki Lela. “Baiklah”, jawabnya.


65 Pakcik Mamat menghantar kami pulang. Petang itu, aku tak nampak bayang Pakcik Mamat. Mungkin beg hitam itu belum ditemui lagi. Bagi menghilangkan bosan, aku berlatih silat dengan Aki Lela. Lama tak bertarung dan seperti biasa banyak kali aku ‘mencium’ tanah. Aki Lela tersenyum melihat aku. Sakit tapi seronok. Kadang-kadang kami bergelak ketawa. Kami di gelanggang silat hingga menjelang maghrib. Selepas makan malam, aku baru sahaja nak masuk ke bilik tiba-tiba terdengar bunyi enjin kereta. Aku yakin ini pasti kereta Pakcik Mamat. Aku membuka pintu dan memang benar tekaan aku. Pakcik Mamat turun dari kereta. “Atuk ada?” tanyanya. “Ada, sekejap Man panggil”, jawab aku sambil masuk memanggil Aki Lela. Aki Lela keluar dengan pakaian dan peralatan lengkap. Aku cepatcepat masuk ke bilik dan tukar pakaian. “Cepat Man”, suara Aki Lela dari tanah. Maknanya beg hitam itu dah dijumpai. “Akak, tutup pintu”, jerit aku. Aku cepat-cepat turun. Kami mula bergerak. Tak jauh sangat rumah ayah arwah Jamal ni, hanya di sebelah kampung Merchang sahaja. Cuma jalanraya yang menjadikannya nampak seperti jauh. Kami sampai di rumah ayah arwah Jamal. Rumahnya sederhana besar tapi ada taman kecil di tanah. Aki Lela melangkah naik ke rumah. “Aki, Man tunggu di bawah aje lah. Berangin sikit bawah ni”, kata aku. “Jangan usik barang orang”, pesan Aki Lela. Aku menuju ke pangkin di taman itu. Aku baru berjalan beberapa langkah tibatiba aku ternampak sepasang orang dewasa bersama anak mereka sedang duduk di pangkin yang terlindung. Muka mereka terlindung seperti sedang menikmati makanan bercahayakan api pelita. Aku menuju ke arah mereka, takut dikata menceroboh taman orang. Aku ternampak satu anak patung yang buruk di tanah. Aku mengambilnya. Mungkin kepunyaan budak yang sedang makan, kata hati aku. “Maaf abang, ini anak patung anak abang ke?” tanya aku Mereka berpaling ke arah aku. Aku terkejut besar. Mata aku terbeliak. Ini keluarga arwah Jamal. Muka mereka pucat seperti orang yang berendam lama dalam air. Keliling kelopak mata mereka berwarna hitam seperti bercelak.


66 Muka Jamal berdarah di dahi, muka isterinya berlubang di pipi kiri dan muka anak mereka terbelah di mulut. Aku berdiri kaku kerana terkejut. Mereka bangun perlahan-lahan. Aku cuba berundur tapi tak bergerak. Aku membaca ayat yang aku belajar. Mereka bertiga kini berdiri di hadapan aku. Tiba-tiba datang keberanian dalam diri aku. Kenapa aku perlu takut pada mereka, mereka hanya tipu daya iblis. Aku baca satu ayat panjang. Aku berdiri tegak mengadap mereka. Semakin lama mereka semakin hampir. Aku menumbuk ke tanah. Tiba-tiba ketiga-tiga bayangan itu hilang. Aku toleh ke belakang, aku nampak Aki Lela sudah berada di tanah dan sedang memerhatikan aku. Dia hanya tersenyum. Aku tunduk tersengihsengih seperti kerang busuk. Aki Lela sedang memegang satu beg kecil berwarna hitam. “Mari kita ke hutan di belakang sana, InshaAllah kita selesaikan malam ni juga”, kata Aki Lela. Kami mula bergerak dengan pantas. Aku mula terasa seram sejuk. Mungkin aku akan terjumpa lagi dengan tiga sekeluarga tadi. Kami mula melangkah ke hutan. Bunyi yang pelik-pelik mula kedengaran. Bunyi anjing menyalak juga mula bersahut-sahutan. Makin lama kami masuk semakin jauh. Mungkin Aki Lela mahu membuang benda-benda khurafat begini jauh dari manusia. Tibatiba Aki Lela berhenti. “Pegang keris kau ni, kita dah makin hampir”, bisik Aki Lela. Peluh aku dah menitik, bukan kerana penat tapi tertanya-tanya apa yang bakal menanti kami. Kami berhenti di satu kawasan berpaya. Kelihatan cerah apabila permukaan paya disinari cahaya bulan. Aki Lela berdiri tegak mengadap paya sambil membaca sesuatu. Aki Lela mengeluarkan satu benda seperti gigi binatang dari beg hitam kepunyaan arwah Jamal. Mata aku menjadi seperti silau bila melihat gigi tersebut. Aki Lela mencampak gigi itu ke dalam paya. Tiba-tiba air paya nampak seperti beralun. Semakin lama semakin tinggi. Dari atas paya terapung satu lembaga yang serupa seperti yang datang ke bilik aku. Tiba-tiba amarah menjelma dalam hati aku. ”Sabar Man”, pujuk hati aku sendiri. Aku tarik nafas dan lepaskan kemudian aku berselawat. Aki Lela membaca sesuatu dan kemudian menikam kerisnya ke tanah. Satu gumpalan angin terlihat di tanah. Tiba-tiba air paya di hadapan kami bergulung-gulung kecil. Lembaga itu mula menjerit nyaring. Tersentuh sahaja gulungan air ke bahagian bawah lembaga itu, air berpusar naik seperti membelit lembaga itu.


67 Jeritan itu semakin kuat. Sesekali ternampak separuh badan lembaga itu cuba keluar dari pusaran air yang membelit tubuhnya. Aki Lela meneruskan menteranya. Kali pertama aku melihat kelebihan Aki Lela menggunakan air paya. Semakin lama lembaga itu semakin tenggelam dan akhirnya lenyap ke dalam paya. Alhamdulillah, selesai satu. Aki Lela mengeluarkan satu benda seperti gincu bibir berwarna merah dari dalam beg hitam tersebut. Aki Lela memegang dan membaca sesuatu. Habis membaca mentera, Aki Lela melontarnya ke tengah paya. Gincu itu terapung di permukaan dan tidak tenggelam seperti yang aku sangkakan. Tiba-tiba gincu itu berpusing dengan laju sehingga menghasilkan pusaran air kecil tapi agak laju. Aku jadi terpukau dengan pusaran air itu. Tiba-tiba aku terasa seperti ada tangan mencuit bahu kanan aku. Aku berpaling dan terkejut hingga jatuh terduduk. Di hadapan aku berdiri seorang budak kecil sambil memegang anak patung. Mulutnya terbelah agak panjang. Darahnya menitiknitik. Aku berundur dan cuba untuk bangun tapi aku terlupa di belakang aku ada paya. Aku tergelincir ke dalam paya. Aku terus tenggelam. Kaki aku seperti dibelit sesuatu. Aku meronta-ronta untuk melepaskan diri tapi aku makin tenggelam ke dasar. Aku dapat merasakan kaki aku sampai ke dasar paya. Nafas aku semakin pendek.


68 60 Aku cuba melonjak ke permukaan tapi selut di dasar paya terasa amat lembut dan menyedut kaki aku. Aku dah tak mampu berbuat apa-apa lagi, hanya menyerahkan diri pada yang Esa. Perlahan-lahan aku dapat rasakan nafas aku mula terhenti. Wajah ayah dan mak aku terbayang di ruang mata. Air paya yang hitam serta cuaca malam yang gelap, menggelapkan pandangan mata aku. Aku berdiri tegak di dasar paya, menunggu ajal datang menjemput. Tibatiba aku merasakan ada sesuatu yang mencengkam kepala aku dengan kuat. Kaki aku terlepas dari selut dasar paya. Kepala aku kini melepasi permukaan paya. Aku terbatuk-batuk dan dapat bernafas semula. Ada tangan yang menarik aku dengan kuat menuju ke tebing paya. Aku terbaring terlentang tercungap-cungap apabila sampai di tebing. Aku muntah mengeluarkan air berwarna hitam. Aku nampak Aki Lela sedang berlipat lutut di tepi aku sambil membalikkan tubuh aku supaya terlungkup. Aki Lela menekan nekan belakang belikat aku. Aku terus muntah mengeluarkan air yang banyak. “Terima kasih aki”, kata aku perlahan. Aki Lela bingkas bangun semula. Aku hanya mampu melihat dengan ekor mata. Aku nampak Aki Lela berdiri tegak semula mengadap ke arah paya. Aku angkat sedikit kepala aku ke arah paya untuk melihat. Di atas paya, sedang terapung lembaga putih berambut panjang. Tiba-tiba aku rasa tanah yang sedang aku baring bergegar. Aku yakin Aki Lela sedang menumbuk ke tanah atau sedang menikam kerisnya ke tanah. Lembaga itu mula menjerit nyaring. Tiba-tiba aku rasa kaki aku ditarik semula ke arah paya. Aku cuba melepaskan diri tapi tenaga aku cukup lemah. Kaki aku sudah mencecah air paya. “Wala hawla wala quwwata illa billah”, dengan sisa tenaga yang aku ada, aku merentap kaki aku sekuat hati. Aku mengangkat kaki aku ke atas dan memusingkannya ke belakang. Aku kini berdiri tegak tapi dalam keadaan terhuyung-hayang. Di hadapan aku di dalam paya, budak kecil yang terbelah mulut itu sedang berdiri memandang aku. Separuh badannya tenggelam di dalam paya dan paras pinggang ke atas pula timbul di permukaan paya. Aku membaca ayat-ayat yang aku pelajari. “Allahuakbar”, aku menumbuk ke tanah. Air paya di hadapan aku menjadi seperti berombak dan menyelubungi budak kecil itu. Budak itu masih tercegat


69 di dalam paya ketika ombak tiada. Tiba-tiba Aki Lela berdiri di hadapan aku. Dia membaca sesuatu dan meletakkan tangan kanannya ke dalam air paya. Budak itu meronta-ronta seperti ada sesuatu sedang menariknya ke dasar paya. Agak lama juga budak itu cuba melepaskan diri tapi gagal. Perlahanlahan tubuhnya tenggelam. Matanya sayu memandang ke arah kami dan akhirnya dia hilang ke dasar paya. Aku terduduk keletihan. Aki Lela berpusing dan memegang ubun-ubun aku sambil membacakan sesuatu. Selesai membaca, dia menghembuskannya ke ubun-ubun aku. Aki Lela duduk berlunjur di tepi aku. Dia menggosok kepala aku dengan tangan kanannya sambil tersemyum. “Sedap minum air paya?” tanya dia bergurau. Aku masamkan muka. Tapi aku lihat pakaian Aki Lela kering, padahal tadi Aki Lela berada di dalam paya bersama aku. Pakaian aku basah kuyup. “Ajal kau belum sampai. Ini juga pengajaran untuk kau, jangan mudah mengalah. Selagi ajal belum sampai, berusahalah. Selepas berusaha baru bertawakal”, pesan Aki Lela. “Mari kita balik, Alhamdulillah rasanya semua dah selesai tapi tak tahulah jika ada keluarganya yang lain bela jugak ‘benda’ macam ni”, kata Aki Lela. Aku bangun perlahan-lahan dan kami bergerak keluar dari hutan menuju ke rumah keluarga Pakcik Mamat. Lega rasanya bila ternampak rumah keluarga Pakcik Mamat. Penat dan lelah waktu lemas tadi masih belum hilang tapi ketika kami menghampiri perkarangan rumah, terdengar suara perempuan menjerit-jerit. Pakcik Mamat turun ke tanah tergesa-gesa bila nampak kami datang. “Tolong tengokkan abang, saya dah tak tahu nak buat apa. Tak lama selepas abang keluar dari rumah tadi, anak saudara saya tu menjerit-jerit”, katanya dengan kelam kabut. Kami naik ke rumah bersama Pakcik Mamat, mujur pakaian aku yang agak nipis membuatkannya cepat kering. Seorang perempuan muda sedang di pegang tiga orang lelaki sambil meronta-ronta dan menjerit-jerit. Bila perempuan itu ternampak sahaja muka kami, dia memandang dengan tajam. “Apa kamu dah buat pada abang aku?” jeritnya tiba-tiba. Aki Lela menghampiri perempuan itu dan meletakkan tangan kanan ke ubunubun perempuan itu. Aki Lela membaca sesuatu. Perlahan-lahan perempuan itu diam dan memejam mata.


70 “Izinkan saya dan cucu saya berehat sebentar dibawah. Sekejap lagi kami naik semula”, kata Aki Lela seperti tahu aku masih terasa letih. “Silakan abang, nanti saya suruh orang buatkan air”, jawab Pakcik Mamat. Kami turun lalu berehat di taman kecil. Aku baring di pangkin panjang. “Kita rehat sekejap, nanti kita selesaikan hal ni”, kata Aki Lela. Tak lama kemudian, Pakcik Mamat turun membawa air kopi O dan biskut kering. Enaknya bila dapat air kopi O panas dan biskut kering. Badan terasa segar sedikit bila dapat berehat sekejap. Tak lama kemudian, kami naik semula ke rumah. “Boleh saya masuk ke biliknya? Saya nak cari sesuatu”, kata Aki Lela kepada ahli keluarga perempuan itu. “Boleh, tu bilik dia”, jawab salah seorang ahli keluarganya. Aki Lela dan aku masuk ke bilik perempuan tersebut. “Apa kita nak cari ni aki?” tanya aku. “Cari benda yang nampak pelik. Keluarga ni ramai yang guna benda tak elok”, bisik Aki Lela. Aku tidak melihat apa-apa yang pelik pada pandangan mata aku. “Mari Man, aku dah jumpa”, kata Aki Lela sambil memegang sebatang sanggul rambut yang berbunga di hujungnya. Kami menuju ke arah perempuan yang terbaring di ruang tamu. Tiba-tiba perempuan itu membuka matanya. “Pulangkan barang aku!” jeritnya sambil menerkam ke arah kami. Serentak kami mengelak. Perempuan itu jatuh tersembam ke lantai.Dia bangun dan cuba menyerang Aki Lela semula. Aki Lela mengelak dan menjatuhkan perempuan itu ke lantai. Aki Lela mengunci pergerakan perempuan itu. Semua ahli keluarga yang ada di dalam rumah itu cepat-cepat turun ke tanah kerana takut. Aki Lela memegang kepala perempuan itu dan membaca sesuatu. Perempuan itu tak sedarkan diri. Aki Lela menuju ke muka pintu. “Tolong angkat dan letak dia atas tilam. Kami keluar sekejap. Jangan takut, dia tak akan bangun buat sementara”, kata Aki Lela kepada ahli keluarga perempuan itu yang berada di tanah. “Ikut aku, kita pergi ke paya tadi”, kata Aki Lela. Kami bergerak semula ke dalam hutan menuju ke paya. Aki Lela memegang lengan aku dengan kuat. Pergerakan kami jadi pantas. Tak lama kemudian, kami sampai di tepi paya. Aki Lela memegang sanggul rambut dan mula


71 membaca sesuatu. Aku bergerak ke belakang Aki Lela. Aki Lela melontar sanggul tersebut ke dalam paya. Sanggul itu terapung di atas permukaan paya dalam keadaan tegak. Tiba-tiba sanggul itu naik tinggi dan berasap. Aku cuba bertenang. Dari celah asap itu tiba-tiba muncul wanita yang amat cantik. Sanggul itu tercucuk di rambutnya. “Pulang ke tempat asalmu”, jerit Aki Lela. “Sekarang aku perintahkan kamu pulang. Jangan paksa aku berkeras”, kata Aki Lela lagi. Wanita itu mengilai panjang. “Dia adalah aku dan aku adalah dia”, jawab wanita itu. Mungkin perempuan yang berada di ruang tamu tadi yang membela lembaga ini, kata hati aku. Aki Lela mula membaca sesuatu. Aku juga mengikut apa yang Aki Lela baca. Tiba-tiba aku terasa angin yang kuat menerpa ke muka aku. Lama kelamaan angin semakin kuat diikuti ngilaian yang semakin nyaring. Tubuh aku terhuyung-hayang menahan tiupan angin. Tiba-tiba Aki Lela menikam kerisnya ke tanah. Angin berhenti serta merta. Aki Lela mengangkat kerisnya dan sekali lagi menikam ke tanah. Kali ini satu gumpalan angin terhasil dari tikaman tersebut dan menerpa ke arah lembaga yang cantik itu. Tubuhnya melayang ke belakang. Dia berpusing sekali dan sewaktu mukanya berhadapan dengan kami semula, mukanya sudah berubah menjadi satu lembaga yang menyeramkan. Matanya tertonjol keluar. Dia turun ke dalam paya. Tubuhnya kini separuh di permukaan dan separuh di dalam paya. Dia bergerak perlahan-lahan untuk menghampiri kami. Aki Lela maju ke hadapan, aku kaku tak bergerak. Kini antara Aki Lela dan lembaga itu hanya dipisahkan dalam dua langkah. Entah kenapa Aki Lela masuk ke dalam paya. Aku jadi tak menentu. Kini Aki Lela berhadapan dengan lembaga itu, terlalu dekat. Lembaga itu berundur ke belakang dan Aki Lela mara ke hadapan hingga ke tengah paya. Kini mereka hanya kelihatan di bahagian dada ke atas. Ya Allah, apa aku nak buat ni! jerit hati aku. Apa yang tak kena dengan Aki Lela? Tiba-tiba kedua-duanya tenggelam ke dalam paya. Aku makin tak keruan. Aku mula melangkah masuk ke dalam paya tapi pergerakan aku terhenti apabila teringat pesan Aki Lela. Aku berundur semula. Aku duduk bersila di tebing paya. Aku dah tak hiraukan selut yang hitam. Fikiran aku hanya memikirkan Aki Lela. Aku cuba bertenang dan


72 meyakinkan diri bahawa Aki Lela akan selamat. Aku membaca ayat-ayat yang aku pelajari. Aku pejamkan mata. Pandangan mata aku seperti merawang masuk ke dalam paya cuba mencari sesuatu tetapi semuanya gelap dan sunyi. Pandangan mata aku terus mengintai sekeliling di dalam paya tetapi tiada langsung kesan Aki Lela atau lembaga itu. Aku buka mata. Aku pandang sekeliling aku, aku bersendirian. “Aki, mana aki ni?” bisik aku dalam hati. Air mata aku dah mula bergenang memikirkan keselamatan Aki Lela. Aku berperang dengan hati aku sendiri samada nak masuk ke dalam paya atau menunggu Aki Lela di tebing paya. Kerisauan aku memuncak. Aku bangun dan berdiri mengadap paya. Aku baca sesuatu dengan airmata yang mula menitik. Aku melangkah semula memasuki paya. Apa nak jadi, jadi lah. Apa yang penting aku mesti cari Aki Lela. Langkah demi langkah aku masuk ke dalam paya. Kaki aku semakin susah untuk bergerak kerana selut yang tebal di dasar paya. Pakaian aku sudah basah lencun. Aku berhenti bila air paya mencapai paras leher aku. Aku membaca ayat-ayat dan menyelam. Gelap gelita. Aku timbul semula di permukaan.


73 61 Aku timbul semula di permukaan dengan tercungap cungap. Aku tak nampak apa-apa kerana semuanya gelap di dalam paya. Aku bergerak balik ke tebing dengan susah payah dan hati yang sedih. Ke mana Aki Lela pergi? Semangat aku hilang. Bila sampai di tebing, aku terbaring dalam keadaan terlentang memandang langit dan pokok-pokok. Pandangan dan hati aku kosong. Aku tak hiraukan pakaian aku yang basah lencun. Air mata aku mengalir masuk ke telinga. Apa yang harus aku buat? Malam ini selagi Aki Lela tak muncul semula, aku rela tidur di tepi paya ini. Aku tak hiraukan nyamuk-nyamuk yang menggigit. Aku hanya risaukan Aki Lela. Ya Allah, Kau selamatkanlah Aki Lela. “Selagi belum ajal, kita tak akan mati walau seteruk mana musibah yang kita lalui. Bersangka baik kepada Allah, maka yang terbaik akan datang kepada kita walau itu mungkin bukan kehendak kita”, nasihat Aki Lela terngiang-ngiang di ingatan aku. Aku bangun berlunjur perlahan-lahan sambil memegang lutut aku. Aku tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan. Aku cuba bertenang dan berfikir. Mata aku memandang sayu ke arah paya. Tiba-tiba aku terdengar seperti kocakan air yang perlahan. Aku amati dengan mata dan telinga tetapi tiada apa-apa. Aku bangun dan mundar-mandir di tebing paya di hadapan aku. Hati aku seperti tergerak untuk terus berjalan menyusuri paya. Tiba-tiba aku nampak seperti kesan tapak kaki pada selut paya. Aku ikut kesan tapak kaki itu hingga sampai ke satu pangkal pokok yang besar. Ya Allah, aku nampak Aki Lela sedang duduk berlunjur tapi pakaiannya tetap kering. Aku duduk berlipat lutut di sebelahnya. “Aki pergi mana?” tanya aku risau. “Aku masuk ke dunia ‘benda’ tadi tu”, jawabnya perlahan. “Kenapa aki tak bawak Man sekali?” tanya aku lagi. “Dunia tu bahaya. Belum sampai masanya untuk kau lagi. Aku sendiri pun susah nak lepas”, kata Aki Lela lagi. “Man risaukan aki, sampai dalam paya Man cari aki”, kata aku lagi. Aki Lela mengusap kepala aku. “Aku tahu kau sayangkan aku. Kalau aku pun, aku akan buat benda yang sama. Cuma, dalam keadaan macam tu fikiran kita kena tenang. Fikir


74 mana yang elok untuk kita pilih. Seperti yang selalu aku pesan, bersabar itu membolehkan kita berfikir dengan elok. Tengok keadaan dan baru ambil tindakan yang sesuai dengan kemampuan kita”, terang Aki Lela dengan lemah lembut. Aku peluk Aki Lela. Dia mencium kepala aku. “Macam mana dengan ‘benda’ tu?” tanya aku semula. “Dah selesai. Kali ini InshaAllah untuk keluarga tu dah tak ada gangguan lagi”, katanya. “Alhamdulillah”, jawab aku. “Mari kita balik”, kata Aki Lela sambil bangun perlahan-lahan. Kami mula bergerak keluar dari hutan. Lama juga kami ambil masa untuk menuju ke rumah keluarga Pakcik Mamat kerana Aki Lela bergerak agak perlahan. Mungkin dia kepenatan. Akhirnya kami sampai juga di rumah Pakcik Mamat. Masih ramai ahli keluarganya yang belum tidur. Pakcik Mamat menghampiri kami apabila lihat kami duduk di taman kecil. “Alhamdulillah abang, anak saudara saya dah nampak okey. Dia minta makan tadi. Cakapnya pun dah lemah lembut. Terima kasih banyak abang”, kata Pakcik Mamat kepada Aki Lela. “Alhamdulillah, cuma saya nak nasihat sebagai seorang saudara seagama. Maafkan saya jika saya terkasar bahasa. Tuan kena ambil ini sebagai iktibar. Bersahabat dengan iblis bukan menyenangkan tapi menyusahkan, lebih-lebih lagi bila nak mati dan dah mati. Ingat, yang kita bawa masa mati bukan harta benda dan sahabat handai yang berpuluh-puluh tapi amal yang kita buat yang diterima Allah. Amal yang riak juga hanya sia-sia. Itu aje pesan saya. Sekali lagi saya mohon maaf”, kata Aki Lela dengan lemah lembut. Pakcik Mamat diam seketika. “Terima kasih abang. Keluarga ni memang suka bersahabat dengan ‘benda’ yang karut-marut ni. InshaAllah saya akan pastikan semua ini tak akan berlaku lagi”, jawab Pakcik Mamat. “Kalau abang nak balik sekarang, saya akan hantarkan”, tambah Pakcik Mamat lagi. “Elok jugak tu”, jawab Aki Lela sambil bangun. Tak lama kemudian kami bergerak pulang. Aku banyak termenung di dalam kereta. Macam-macam perkara bermain di fikiran aku. Besar tanggungjawab jika aku tetap pilih jalan ini. Kalau aku bersedia, adakah keluarga aku bersedia?


75 Kalau aku tak mampu diganggu, macam mana keluarga aku? Aku kena buat pilihan yang tepat. Aki Lela sesekali memandang aku. Akhirnya kami sampai di rumah. Aku mengambil tuala dan terus ke telaga. Habis berselut pakaian aku. Aku tinggalkan pakaian aku di telaga kerana serik terbawa balik tanah selut dari kubur. Walaupun dah lewat, Kak Nurul dan Kak Ayu tetap menyediakan makanan untuk kami. Selepas makan, aku, Kak Nurul dan Kak Ayu berbual di ruang tamu. Aki Lela mungkin sedang berehat di dalam biliknya. Asyik sangat kakak aku berdua itu mendengar cerita aku. Kadangkadang mereka ketawa dan ada masanya mereka menangis. “Man, mari sini”, seperti biasa Aki Lela memanggil aku. Aku cepat-cepat menuju ke biliknya. “Aku tahu kau penat tapi semua ini untuk kekuatan diri kau. Aku mahu kau bersedia”, kata Aki Lela. “Ya aki, Man tahu”, jawab aku. “Qudrat maksudnya berkuasa. Allah Maha Berkuasa untuk berbuat apa sahaja. Kun Fayakun, semua kejadian adalah dalam pengetahuan dan kekuasaanNya. Jika seseorang atau sesuatu benda mempunyai kuasa atau kehebatan, mereka tak akan mampu melawan Kekuasaan dan Kehebatan Allah.Sehelai daun yang gugur sekali pun adalah dalam Pengetahuan dan KekuasaanNya”, terang Aki Lela lagi. “Macam mana aki, tentang hantu atau jembalang yang mengganggu manusia, kadang-kadang kuasa mereka tak terjangkau oleh akal kita?” tanya aku. Aki Lela tersenyum. “Memang pada hakikatnya mereka mempunyai keupayaan yang melebihi manusia biasa tapi semua itu adalah tipu daya iblis. Jika kita menganggap mereka kuat, maka kuatlah mereka. Bila itikad kita meyakini Kekuasaan Allah, maka lemahlah mereka”, terangnya lagi. Aku mengangguk tanda faham. Malam itu banyak Aki Lela mengupas tentang sifat Qudrat Allah. Sesungguhnya tak terjangkau dengan akal bila memikirkan Kekuasaan Allah. Walaupun Allah berkuasa menghapuskan makhluk yang ingkar kepada perintahNya, demi Zatnya Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang, semuanya masih diberi peluang untuk bertaubat. Maka, selagi hayat di kandung badan, rebutlah peluang bertaubat sebelum terlambat. Jangan menanti tua kerana mati tidak memilih usia. Dua hari kami hanya berehat di rumah. Aku hanya menghabiskan masa siang dan malam mendalami ilmu dalaman tapi semuanya menggunakan ayat-ayat


76 suci Al-Quran. Sekurang kurangnya dapatlah Aki Lela merehatkan badannya dan dapatlah dua tiga orang yg belajar dengan Aki Lela menghadiri kuliah mereka. Hari yang kedua, selepas zohor ada seorang pemuda datang menaiki motosikal ke rumah Aki Lela sewaktu aku dan Aki Lela berehat di bangsal. “Assalamualaikum Aki Lela”, kata pemuda tersebut sambil bersalam dan mencium tangan dengan Aki Lela. “Waalaikumusalam wbt, kamu Johari. Bila balik?” tanya Aki Lela. “Malam tadi sampai rumah. Cuti empat hari”, jawab Johari. “Aki sihat?” tanya dia semula. “Alhamdulillah tapi kamu yang tak sihat kan?” kata Aki Lela. “Aki memang hebat. Tak perlu diberitahu, aki dah tahu”, jawab Johari. “Sebenarnya tak elok bila kau sakit macam tu, kau balik ke rumah. Boleh beri kesan tak baik kepada keluarga kamu”, terang Aki Lela lagi. Johari tunduk dan diam seketika. “Beginilah, malam ni kamu datang ke rumah aku. Datang sorang aje”, kata Aki Lela. “Itulah sebenarnya hajat saya. Semenjak saya kerja sebagai warden penjara, boleh dikatakan selalu saya diganggu rasa sakit-sakit badan, nampak ‘bendabenda’ menakutkan dan selalu nak marah dan tengking isteri saya. Kalau boleh, saya nak Aki Lela tolong ubatkan”, pinta Johari. “Kamu datang lepas maghrib nanti. InshaAllah nanti aku usahakan”, jawab Aki Lela. “Kalau macam tu, lepas maghrib nanti saya datang” ,kata Johari. Selepas bersalaman, Johari pun bergerak pulang. “Aki, siapa Abang Johari tu? tanya aku. “Dia tu dulu, selalu datang sini nak belajar silat tapi semenjak dah kerja jauh ni memang jarang sangat datang”, terang Aki Lela. “Ooo jadi dia hebat bersilat?” tanya aku. “Hebat kau lagi”, jawab Aki Lela. Aku tersipu sipu malu. “Dah, jangan nak riak dan ujub. Pujian tu kadang-kadang boleh menjadikan kita bertambah baik tapi kebanyakannya menjadikan kita ke arah yang kurang baik. Berhati-hati dengan pujian yang merosakkan”, tegas Aki Lela. Malam itu seperti yang dijanjikan, Johari tiba di rumah Aki Lela selepas isyak. Dia datang berseorangan. “Maaf aki, ada hal sikit tadi”, kata Johari.


77 Selepas berbual seketika di ruang tamu, Aki Lela menyuruh Johari duduk berlunjur di tengah ruang tamu. Kak Nurul dan Kak Ayu masuk ke bilik mereka. “Aku kena bertegas dengan kamu. Kamu tahu apa yang aku paling benci, menyekutukan Allah. Kamu tanggalkan rantai yang ada di leher kamu sekarang. Hanya Allah Yang Maha Melindungi”, kata Aki Lela dengan tegas kepada Johari. Johari terkejut dan terus membuka rantainya yang menggunakan loket seperti tulisan Siam dan meletakkannya di hadapan Aki Lela. Aki Lela meletakkan rantai itu di dalam bekas botol plastik menggunakan kerisnya. “Macam mana aki tahu? Saya guna tu selepas dinasihatkan seorang banduan”, tanya Johari serba salah. “Bagaimana aku tahu tak penting tapi yang penting selepas ini kamu taubat nasuha dan jangan ulangi lagi”, kata Aki Lela dengan nada yang lebih keras. “Kamu ada asas agama, tak kan kamu tak boleh membezakan mana yang elok, mana yang tak elok”, tambah Aki Lela lagi. Johari hanya mendiamkan diri. “Man, kau duduk di sebelah kanan”, arah Aki Lela. Aku duduk bersila seperti yang diarahkan. Aki Lela duduk berlipat lutut rapat di sebelah kiri badan Johari. Mata Aki Lela menginsyaratkan aku untuk mula berzikir. Aki Lela menyuruh Johari minum segelas air putih yang sudah tersedia. Selepas itu, Aki Lela menyentuh ubun-ubun Johari sambil membaca sesuatu. Tak lama kemudian, Johari terbaring dan kelihatan seperti orang yang tidur lena. Aki Lela kemudian meletakkan jari telunjuk dan jari hantunya di hujung bahu Johari dan perlahan lahan jarinya itu seolah olah membelah tangan Johari hingga ke hujung tapak tangan. Tangan Johari bergerak seperti terkena renjatan eletrik. Dahinya juga nampak berkerut dan berpeluh tapi matanya masih terpejam. Mulut aku terus berzikir tapi mata aku tetap memerhati apa yang Aki Lela buat. Selesai di sebelah tangan kanan, Aki Lela beralih ke tangan sebelah kiri Johari pula dengan cara yang sama. Kali ini tangan Johari terangkat angkat agak tinggi. Tiba-tiba semerbak bau busuk menusuk hidung aku. Bulu roma aku mula tegak berdiri. Aki Lela tetap meneruskan pengubatannya. Semakin lama bau busuk semakin kuat. Tiba-tiba aku terasa seperti ada sesuatu di belakang aku. Hembusan nafasnya bagai terasa di telinga aku. Aku terus berzikir tapi peluh mula menitik. Ekor mata aku cuba mencari tetapi tiada apa-apa yg kelihatan. Perut Johari pula mula bergerak-gerak turun naik dengan cepat


78 seperti orang sedang berlari. Kini, Aki Lela beralih pula kepada tubuh Johari bermula pada leher. Bila jari Aki Lela sampai di bahagian perut, perut Johari seperti berombak. Aki Lela menekan jarinya dengan agak kuat di bahagian tersebut dan memusing musingkan jarinya. Tubuh Johari mula melentik-lentik. Nafasnya mula berbunyi dengan kuat. Tiba-tiba mulut Johari bergerak-gerak seperti membaca sesuatu. Muka aku seperti ditiup sesuatu. Penglihatan aku jadi kabur. Kepala aku bergoyang seperti dipusingkan sesuatu. “Baca ayat pendinding diri”, aku terdengar bisikan di telinga. Aku seperti tersedar dari lamunan. Aku mula membaca ayat tersebut. Aku letak tapak tangan di kelopak mata, penglihatan aku pulih semula. Aki Lela beralih ke bahagian kaki Johari, kanan dan kiri. Seperti tadi, kaki Johari seperti direnjat elektrik. Tiba-tiba Johari bangun dan berdiri tegak. Aki Lela dengan cepat menuju ke belakang Johari dan menepuk belakangnya dengan tapak tangan. Johari jatuh ke lantai tak sedarkan diri semula. “Cepat Man, kita ke tanah”, jerit Aki Lela. Kami bergegas turun ke tanah. Sampai di tanah, mata aku melilau melihat sekeliling. Pandangan aku terhenti bila memandang ke arah pangkal sebatang pokok. Di situ kelihatan susuk tubuh seorang wanita berpakaian seperti pakaian tradisi Siam. Mukanya putih melepak dan bersanggul tinggi. Jarijarinya berkuku panjang dan lentik. Kakinya lebih panjang dari badannya. Badannya sedang meliuk lentuk seperti sedang menari. Sambil menari lembut, matanya kadang-kadang memandang tajam ke arah kami dengan kerambit tajam berkilat dipegang kemas di tangan kanannya. Dia maju perlahan lahan ke arah kami. Aki Lela bercakap sesuatu dengannya menggunakan bahasa siam. Kadang-kadang perbualan mereka seperti panas bila aku nampak mata lembaga siam itu terbeliak. Aki Lela memandang ke arah aku dan memberi isyarat kepada aku dengan kepalanya supaya berundur. Aku berundur agak jauh tapi bersedia dengan rela hati untuk membantu jika diperlukan. Aki Lela menghunuskan kerisnya dan membaca sesuatu. Aki Lela menikam kerisnya ke tanah. Satu gumpalan angin kelihatan terkeluar dari tanah yang ditikam itu. Tanah yang aku pijak rasa bergegar.Lembaga siam itu terundur jauh ke belakang. Lembaga siam itu kelihatan marah dan menunjukkan giginya yang menyeramkan sambil mengeluarkan bunyi yang pelik. Dia menyerang ke arah Aki Lela dengan kerambit di tangan. Hampir sahaja kerambit itu mengenai muka Aki Lela. Aki Lela berundur sedikit.Lembaga siam


79 itu menyerang lagi. Kali ini Aki Lela melompat agak tinggi ke belakang. Tibatiba Aki Lela menyerang secara mengejut. Tiga langkah pelik yang Aki Lela keluarkan dan yg keempat kerisnya berjaya menikam dada lembaga siam tersebut. Lembaga siam itu menjerit kuat. Dia memandang ke arah dadanya dan mengangkat kepalanya memandang Aki Lela dengan penuh kemarahan. Lembaga itu menyerang sekali lagi dengan satu gerakan yang laju. Aki Lela hanya berdiri tegak sambil membaca sesuatu. Hampir sahaja kerambit itu mengenai dada Aki Lela, Aki Lela mengelak dan menikam kerisnya tepat ke kepala lembaga siam itu. Lembaga siam itu menjerit dengan amat kuat dan serta merta tubuhnya hilang dari pandangan. Aki Lela membaca sesuatu sekali lagi dan menikam kerisnya ke tanah.Tanah yang aku pijak terasa bergegar sekali lagi. Entah dari mana, aku terdengar sekali lagi jeritan yang amat-amat kuat dan selepas itu terus senyap. “Mari kita tengok Johari”, kata Aki Lela sambil kami bergegas naik ke rumah. Setibanya kami di atas rumah, aku ternampak Johari sedang bercangkung dengan kaki kirinya ke hadapan dan kaki kanannya selari dengan badan. Matanya tajam melihat kami. Aki Lela berdiri tegak dan membaca sesuatu. Tiba-tiba Johari menerkam ke arah Aki Lela. Belum sempat Johari menyentuh tubuh Aki Lela, Johari terpelanting ke belakang dan terperosok ke dinding.Dia bangun semula.Kali ini dia menerkam ke arah aku. Aki Lela dengan pantas menyepak ke arah perut Johari. Johari sekali lagi terperosok ke dinding. Sekali lagi dia bangun dengan cepat.Kali ini dia memanjat ke dinding. Badannya seperti melekat dengan kuat. Dia mula berbunyi seperti seekor babi.


80 62 Kali ini dia memanjat ke dinding. Badannya seperti melekat dengan kuat. Dia mula berbunyi seperti seekor babi. Matanya sekejap memandang ke arah Aki Lela dan sekejap beralih memandang ke arah aku. Aku bersedia sebab aku yakin dia pasti memilih aku, sasaran paling lemah. Betul sangkaan aku, tibatiba dia menerkam ke arah aku. Aki Lela dengan cepat melompat dan menyepak perutnya. Dia jatuh tersembam ke lantai. Aki Lela melompat sekali lagi dan kini berada di atas belakang Johari. Aki Lela mengunci pergerakkan Johari. Dia menepuk belakang Johari dengan kuat. Johari meronta- ronta dan sekali lagi Aki Lela menepuk belakangnya. Johari semakin lemah. Rontaannya semakin perlahan. Aki Lela meletakkan tangannya di ubun-ubun Johari dan membaca sesuatu. Akhirnya Johari tak sedarkan diri. “Mari Man, kita pusingkan badan dia”, kata Aki Lela. Kami membalikkan tubuh Johari. Aki Lela terus membaca sesuatu dan menekan jarinya ke perut Johari. Dahi Johari berkerut. “Kita biarkan dia sedar sendiri”, kata Aki Lela. Kami bersandar pada dinding. “Ingat Man, jangan sesekali kau bergantung selain Allah. Berapa banyak nikmat yang Allah berikan terutama udara yang kita bernafas tetapi tergamaknya kita mencari benda yg lain untuk jadi pelindung. Allah tak rugi apa-apa jika kita memohon pertolongan selain dariNya tetapi kitalah yg rugi dunia dan akhirat. Sekuat mana pun kita jika bersahabat dengan iblis, iblis juga akan musnah di hari kiamat. Hanya Allah yang kekal selama lamanya”, nasihat Aki Lela. Air mata Aki Lela nampak bergenang. Aku tahu Aki Lela amat sedih bila ada orang dia kenal, menyekutukan Allah. “Bukan hak kita untuk menghakimi mereka yang ingkar tapi dari segi hukum, taubat mereka tidak diterima. Semoga demi Zat Allah Yang Maha Pengampun, mereka semua mendapat keampunan Allah”, tambah Aki Lela lagi. “Kau tunggu di sini, aku nak ke tanah”, kata Aki Lela sambil membawa botol berisi rantai dan loket kepunyaan Johari. Mungkin Aki Lela mahu aku menunggu Johari, risau jika Johari buat hal lagi. Lama juga aku menunggu Aki Lela naik semula ke atas rumah. Johari juga masih tak sedarkan diri. Setelah


81 lama menanti, akhirnya Aki Lela naik ke rumah dengan tangan kosong, tiada lagi botol di tangannya. Aku malas nak bertanya apa yang Aki Lela buat dengan rantai dan loket itu. Tak lama kemudian, Johari tersedar. Dia pandang kanan dan kiri. Ternampak sahaja Aki Lela, dia bangun dan memeluk Aki Lela. Air matanya bergenang. “Saya janji saya tak akan buat lagi. Saya telah menyekutukan Allah. Besarnya dosa saya”, kata Johari sambil menangis. “Bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Cukuplah Allah sebagai pelindung. Jangan tertipu dengan tipu daya iblis”, nasihat Aki Lela. Johari melepaskan pelukannya tapi masih tersedu-sedu. Johari memandang ke arah aku sambil tersenyum. Aku hanya mengangguk. Selepas berehat seketika, Johari bersiap untuk pulang ke rumahnya. “Ingat pesan aku, kamu ada asas agama jadi sepatutnya kamu tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh kamu lakukan sebagai seorang Islam. Apa yang sudah berlaku, jadikan iktibar. Tak ada kekuatan kecuali Allah Yang Maha Berkuasa”, nasihat Aki Lela. “Saya berjanji aki, saya tak akan ulangi kesilapan saya lagi. Sebelum ni, saya nak banduan-banduan tu takut dengan saya dan saya boleh mempertahankan diri saya jika terjadi apa-apa”, jawab Johari. “Ayat-ayat suci Al Quran tu sendiri mengandungi bermacam-macam ilmu. Carilah disitu”, terang Aki Lela lagi. “Baiklah aki”, jawab Johari sambil bersalam dengan Aki Lela dan aku. Johari kemudiannya bergerak pulang. “Kemahuan manusia selalu terarah ke arah kehebatan tetapi selalu juga menggunakan jalan yang salah. Jadi hebat itu tak salah tapi cara hendak menjadi hebat itu yang salah. Apa pun tujuan kita, ia tak boleh menghalalkan cara yang digunakan”, kata Aki Lela sambil melihat Johari hilang dari pandangan. Aku tahu, Aki Lela menujukan nasihat itu kepada aku. Malam itu aku tidur dengan lena. Aki Lela tidak memanggil aku seperti biasa. Aku tersedar ketika menjelang subuh. Selepas bersarapan lempeng kelapa, kami menuju ke sungai seperti biasa membawa seekor ayam yang sudah disembelih untuk santapan Putih. Kali ini Aki Lela hanya memerhati sahaja apa yang aku buat. Aki Lela hanya duduk di batang pokok yang tumbang. Putih mengangkat kepalanya tinggi seperti mencari cari Aki Lela bila Aki Lela memanggil namanya dari belakang aku.


82 “Aku di sinilah Putih. Kamu dah ada Man, mana nak ingat aku dah”, kata Aki Lela sambil tersenyum. Putih menggeleng-gelengkan kepalanya dan kemudian menyelam tapi timbul semula. “Kalau aku dah tak ada, kamu datanglah ke sini lagi. Man akan jaga kamu”, kata Aki Lela lagi. Aku menjeling ke arah Aki Lela. Aku nampak air mata Aki Lela bergenang. Aku tahu Aki Lela sayang sangat akan Putih. “Kamu jangan kacau manusia cari rezeki. Rezeki kamu bukan manusia. Rezeki manusia ada di sungai ni. Sama-sama cari rezeki, saling hormatmenghormati”, pesan Aki Lela pada Putih. Aku rasa Putih memahami kerana habis sahaja Aki Lela berkata, Putih menyelam lalu hilang. “Bila aku dah tak ada nanti, kau tolong jaga Putih untuk aku jika kau ada kesempatan. Kasihan dia”, pesan Aki Lela lagi. Aku sayu mendengar kata-kata Aki Lela. Ingatannya kepada kematian tak pernah hilang. “Sehebat mana sekalipun kita, kita tak akan dapat menangguhkan kematian kita walaupun sesaat. Gunalah ilmu kebal sekalipun, kematian pasti datang. Yang kita dapat hanyalah menyediakan diri untuk berhadapan dengan kematian. Rasullullah sendiri terasa peritnya di saat sakaratul maut, inikan pula kita hanya manusia biasa. Saat kematian, kehebatan semua hilang”, pesan Aki Lela lagi. Aku cukup sayu dan terkesan dengan kata-kata Aki Lela kali ini. Aki Lela mengusap kepala aku dan kemudian mencium ubun-ubun aku. Aku peluk Aki Lela dengan air mata berlinangan. Aku tahu, tak lama lagi sekolah akan dibuka semula. Aku perlu pulang dan aku tak dapat bersama dengan Aki Lela lagi, mungkin untuk sementara dan mungkin juga untuk selamanya. Kami bergurau senda sewaktu berjalan pulang. “Aki, dukung Man kat belakang aki boleh tak?” tanya aku. “Cepat naik”, jawab Aki Lela. Aku cepat-cepat naik ke belakang Aki Lela. Aki Lela mengendong aku sampai ke rumah. Kebahagiaan yang terlalu susah dan tak mungkin berulang lagi. Sampai di bangsal, Kak Nurul dan Kak Ayu ketawa melihat aku digendong Aki Lela. Aki Lela menundukkan badannya dan aku yang lalai jatuh tersembam ke tanah. Kami semua ketawa.


83 “Kenapa aki buang Man macam ni?” tanya aku sambil ketawa. “Geli, ‘burung’ kau tu kena belakang aku” jawab Aki Lela selamba. Kami semua ketawa lagi. Selepassolat asar, aku dan Aki Lela hanya berehat di bangsal. Tiba-tiba dari jauh aku ternampak sebuah motosikal menuju ke rumah Aki Lela. Semakin lama motosikal itu semakin menghampiri kami. Seorang yang agak berusia seperti Aki Lela turun dari motosikal. “Assalamulaikum Mat”, kata orang tua itu kepada Aki Lela yang bangun menyambutnya. “Waalaikumusalam wbt Tok Ketua”, jawab Aki Lela sambil bersalam. Aku turut bersalam dengannya. Mungkin ini ketua kampung, kata hati aku. “Ada hal apa ni Tok Ketua?” tanya Aki Lela. “Begini Mat, dah dua hari orang kampung tak nampak Bidan Pisah. Si Kiah nak bersalin semalam, laki dia pergilah ke rumah Bidan Pisah tapi tak ada orang. Sunyi aje kawasan rumah dia. Aku pun dah pergi pagi tadi tapi tak ada jugak. Aku nak mintak tolong kamu tengokkan. Kamu, bab macam ni handal orangnya. Selepas kamu pergi, kalau tak ada jugak, baru kita buat repot polis”, terang Tok Ketua. “InshaAllah tok, nanti saya pergi sendiri je dengan cucu saya ni”, jawab Aki Lela. “Baguslah kalau macam tu. Aku balik dulu”, kata Tok Ketua. Selepas bersalam Tok Ketua pun bergerak pergi. Aki Lela termenung seketika seperti memikirkan sesuatu. Matanya dipejamkan. Selepas membuka matanya kembali, Aki Lela menarik nafas panjang. “Kita pergi selepas maghrib nanti. Kalau ikut jalan hutan, tak jauh sangat rumah dia. Cuma aku nak pesan awal-awal, firasat aku rasa tak sedap. Kita kena berhati-hati”, kata Aki Lela. Aku mengangguk. Petang itu kami ke kebun kecil Aki Lela mencabut ubi. Menjelang maghrib, kami naik ke rumah. Selepas menikmati makan malam, kami mula bersiap untuk ke rumah Bidan Pisah. “Nurul, aki ada urusan. Mungkin balik lambat. Kamu dan Ayu pastikan tingkap dan pintu ditutup dan dikunci. Ingat pesan yang selalu aki beritahu”, pesan Aki Lela kepada Kak Nurul dan Kak Ayu. “Ya aki”, jawab Kak Nurul. Kami mula bergerak melalui hutan di tepi rumah Aki Lela tapi kali ini kami menyusuri ke sebelah timur. Kami bergerak dengan langkah yang pantas. Aku


84 dah tak hiraukan lagi bunyi-bunyi pelik yang aku dengar. Alah bisa tegal biasa. Setelah lama berjalan, kami sampai di muka hutan. Aki Lela berhenti seketika sambil memandang ke arah langit. Dia membaca sesuatu. Dia hembuskan ke kanan dan ke kiri. “Kita dah nak sampai. Hati-hati dengan tipu daya iblis”, pesanan biasa Aki Lela bila gerak hatinya lebih terarah ke benda-benda syirik. Kami melangkah semula. Aku baca ayat-ayat yang aku belajar dan kemudian mula berzikir. Bulu roma aku tegak berdiri, perkara normal untuk aku bila ada sesuatu yang tak kena. Kami menghampiri sebuah rumah kecil yang buruk. Suasana sekitar memang menyeramkan, lebih-lebih lagi terdapat dua batang pokok yang tinggi dan rimbun di belakang rumah. Tiba-tiba, ‘berdentum’ bunyi tingkap hadapan terbuka sendiri. Dari situ aku nampak gelap-gelita di dalam rumah. Tak ada orang rasanya, bisik hati aku. “Hati-hati, semua ada kat dalam tu”, bisik Aki Lela. Aku tak faham bila Aki Lela kata semua ada. Tiba-tiba satu lagi tingkap hadapan terbuka perlahan lahan seperti ada orang yang membukanya dari dalam. Dari tingkap itu aku nampak dua biji mata berwarna merah menyala seperti biji saga. Perlahan lahan mata itu hilang seperti bergerak ke dalam rumah. Tiba-tiba pintu hadapan pula terbuka luas. Kali ini jelas suasana yang cukup gelap di dalam rumah. Aki Lela mencuit bahu aku supaya kami bergerak ke depan. Aku mula berpeluh.Kami berdiri di hadapan pintu sambil memasang semula lampu suluh di kepala. Kami membaca sesuatu dan mula melangkah masuk berhati hati. Kriukk..! Bunyi lantai pertama yang kami pijak. Angin sejuk terasa di muka aku. Tiba-tiba ada sesuatu yang bergerak dari dinding ke dinding. Lampu suluh yang ada di kepala aku menyuluh ikut pergerakan kepala aku.Suasana sunyi sekali. Aki Lela menyalakan pelita yg dijumpai di ruang tengah.Cahaya pelita menerangi ruang tengah yang kecil. Sekali lagi ada bunyi sesuatu benda yang bergerak dari dinding ke dinding yang lain tapi tak kelihatan dengan mata kasar. Aki Lela membaca sesuatu dan menggosok tapak tangannya ke kelopak mata aku. Aku terundur ke belakang kerana di hadapan aku sedang berdiri satu lembaga yang hampir sahaja tinggal tulang tapi mempunyai tangan yang agak panjang. Rupanya apa yang aku dengar tadi adalah pergerakan tangannya yang mencakar dari dinding ke dinding. Matanya tepat memandang aku. Aku bersedia sambil membaca ayat-ayat yang aku belajar.Aki Lela bergerak


85 sendirian ke arah dapur, meninggalkan aku berhadapan dengan lembaga itu. “Ingat apa yang kau belajar”, terdengar suara Aki Lela di telinga aku. “Aduhh, Aki Lela ni nak uji aku pulak”, kata hati aku. Aku tenangkan diri sambil menarik nafas yang panjang. Aku tepuk ke lantai, lantai yang aku tepuk patah. “Reputlah pulak”, kata hati aku lagi. Aku baca ayat yang lain. Tiba-tiba lembaga di hadapan aku berbunyi pelik. Dia mula membongkok seperti orang tua. Dia bergerak ke kanan dan ke kiri seperti orang yang patah pinggang. Tiba-tiba dia menerkam ke arah aku. Aku hanya mampu menahannya dengan kedua dua tapak tangan aku. Dia tercampak ke dinding. Bunyi dinding pecah jelas kedengaran. Lembaga itu kini berdiri tegak. Tangannya yang panjang hampir mencapai atap rumah. Aki Lela muncul di sebelah aku. Aki Lela membaca sesuatu dan menghembusnya perlahan lahan ke arah lembaga itu. Lembaga itu mula jadi tak keruan dan berbunyi seperti kucing mengiau tapi agak garau. Dia menerkam ke arah kami tapi hampir sahaja dia menyentuh kami, tangannya terhenti bergerak. Rupanya keris Aki Lela sudah terpacak di dadanya. Dia meraung dengan kuat, kemudian melanggar dinding di belakangnya sehingga pecah dan terus hilang. Kami bergerak ke arah dapur semula. Ya Allah! Bila kami tiba di dapur ternampak jelas di hadapan aku satu lembaga berwarna hitam sedang melapah satu jasad wanita yang terbaring kaku. Aku termuntah.


86 63 Lembaga itu merenung ka arah kami dengan tajam. Mulutnya berlumuran darah sehingga menitis nitis ke lantai. Aki Lela membaca sesuatu dan menikam kerisnya ke lantai. Lembaga itu menjerit dan hilang ke belakang rumah melalui pintu dapur yang terbuka. Kami menghampiri jasad yang terbaring. Jasad seorang wanita yang berusia. “Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un, mungkin ini Bidan Pisah”, kata hati aku. Tubuhnya penuh dengan kesan gigitan dan berlubang lubang. Matanya hampir tersembul keluar dari kelopak mata seperti mati dalam keadaan menahan sakit yang amat. Kakinya hilang sebelah. “Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya.Ini Bidan Pisah”, kata Aki Lela. “Mari kita ke belakang”, kata Aki Lela lagi. Kami keluar ke belakang melalui pintu dapur. Aku melilau melihat sekeliling. Puas aku mencari kedua dua lembaga yamg menghilangkan diri dari rumah Bidan Pisah. Mata aku terhenti bila memandang ke arah pokok, bukan kerana ada lembaga di situ tapi gerak hati aku merasakan ada sesuatu di bawah rumah. Aku toleh perlahan- lahan ke arah bawah rumah yang gelap. Dua pasang mata berwarna merah sedang memandang ke arah aku dan Aki Lela. “Bawah rumah tu aki”, bisik aku kepada Aki Lela. “Aku tahu. hati-hati”, jawab Aki Lela perlahan sambil menghulurkan keris kepada aku. Kami berdua berpusing mengadap ke arah lembaga tersebut. Dua lembaga itu menyerang serentak ke arah kami, yang berkaki panjang menyerang Aki Lela dan yang berbulu hitam menyerang aku. Aku tidak s empat membaca apa-apa kecuali mengelak. Lembaga itu terlajak. Aku baca ayat yang aku pelajari. Lembaga itu menyerang sekali lagi. Aku menikam keris ke tanah, lembaga itu terundur ke belakang. Dia semakin marah. Kali ini lembaga itu melompat, satu, dua dan yang ketiga betul-betul di hadapan aku. Aku membaringkan badan aku sambil keris tertegak ke atas. Lembaga itu menjerit dan jatuh tersembam ke tanah terguling guling. Aku bangun semula dengan pantas mengadap ke arahnya. Aku menjeling sekejap ke arah Aki Lela tapi tak sempat memandang lama kerana aku tak boleh leka.


87 Lembaga itu menyerang semula. “Allahuakbar”, jerit aku serentak menikam keris ke tanah. Satu gumpalan angin keluar dari tanah yang aku tikam. Lembaga itu sekali lagi terpelanting ke belakang. Dia bangun dan melompat masuk ke rumah melalui pintu dapur. Terdengar bunyi yang bising di dalam dapur. Tiba-tiba lembaga itu keluar semula sambil mendukung di atas bahu jasad Bidan Pisah menuju ke hutan di belakang rumah. Aku terus mengejar kerana tidak mahu jasad Bidan Pisah terus jadi mangsa lembaga itu. Pokok-pokok kecil habis dilanggar oleh lembaga itu. Aku tak pasti sama ada Aki Lela nampak atau tidak tindakan aku mengejar lembaga itu. Lembaga itu terus berlari dan entah berapa kali muka aku dipukul dahan-dahan kecil yang melantun kembali selepas dilanggar lembaga itu. Tiba-tiba aku tak nampak lagi di mana lembaga tersebut. Aku berhenti dan bergerak perlahan-lahan sambil mencari jejak jika ada. Aku ternampak kesan titisan darah pada daun-daun dan lantai hutan. Aku mengikut jejak itu dengan berhati hati. Semakin lama aku semakin jauh masuk ke dalam hutan. Pokokpokok kecil yang ada di lantai hutan menyukarkan pergerakan aku. Mata dan telinga aku cuba mengesan sebarang pergerakan atau bunyi.Aku sampai di satu kawasan yang lapang tapi tanahnya berbusut merata-rata. “Aku kat mana dah ni?” bisik hati aku. Aku seperti hilang arah. “Aku boleh cari jalan keluar nanti, sekarang aku kena cari jasad Bidan Pisah dulu”, kata hati aku memujuk. Aku perhati ke lantai hutan jika terdapat kesan darah. Suasana jadi sunyi sepi. Mata aku meliar kerana risau ada serangan mengejut. Berpusing- pusing aku melihat sekeliling. Gerak hati aku jadi tepu. Aku cuba untuk bertenang dan menarik nafas panjang. Aku membaca ayat-ayat yang aku pelajari.Tiba-tiba terasa telinga kanan aku berdesing dengan kuat. Aku berjaga-jaga.Aku perhati sekeliling tapi masih tiada apa-apa. Tiba-tiba aku terasa ada sesuatu yang menitik di tangan aku. Aku pandang ke atas, lembaga itu sedang terjun ke arah aku dengan kepala dulu. Aku melompat jauh ke tepi. Kini kami berhadapan antara satu sama lain dalam jarak lebih kurang hanya 5 langkah. Aku membaca lagi ayat-ayat. Aku kini bersendirian dan aku perlu yakin pada diri sendiri. Kalau ikutkan, aku bukan tandingannya sebab tubuh aku yang kecil dibandingkan dengan tubuhnya tapi tubuh bukan ukuran kejayaan. Hati aku mula berzikir. Hanya kepada Allah aku berserah diri.


88 Lembaga itu menyerang aku dengan kukunya yang tajam, jika terkena perut memang boleh terburai. Aku terpaksa berundur sedikit demi sedikit. “Kenapalah manusia sanggup membela jembalang seperti ini?” kata hati aku. Susah untuk aku melepaskan diri dari serangannya dengan keadaan tanah yang berselirat dengan akar pokok. Kalau aku terjatuh, memang aku menempah maut. Keris pada tangan aku genggam erat-erat. Lembaga itu melibas tangan kanannya, aku menunduk dan menikam ke kaki kirinya. Dia menjerit dengan kuat. Aku melompat sedikit ke belakang untuk mendapatkan ruang yang selesa. Aku membaca sesuatu dan menikam keris ke tanah. Lembaga itu terguling ke belakang. Aku mara pula sedikit kerana ini adalah peluang baik untuk aku menyerang. “A’udzu bi kalimati tammati syarri maa kholaq, Allahuakbar”, aku menjerit sambil menyerang. Aku tetapkan sasaran aku ke dadanya tapi kali ini dia hanya berdiri tegak. Hampir sahaja keris aku menyentuh dadanya, aku terpelanting ke belakang. Aku cepat-cepat bangun semula walau terasa pening. “Asy hadu alla ilaha illa anta, a’udzu bika min syarri nafsii wa min syarrisy syaythooni wa syirkihi”, aku menunggu serangannya. Dia menerkam ke arah aku. Aku tak bergerak walau seinci. Aku yakin kepada kekuasaan Allah dengan sepenuh hati dan hanya kepadaNya aku bertawakal, wa tawakkal ‘alal hayyil ladzii laa yamuutu. Aku hunuskan keris aku ke hadapan dan lembaga itu tak sempat mengelak. Keris aku tepat ke dadanya. Lembaga itu menggelupur, tubuhnya mula berasap. Aku beranjak ke belakang. Tiba-tiba tubuhnya mula terbakar. Suasana jadi terang benderang dan bising dengan jeritannya. Bau hangit menusuk ke hidung aku. Aku terduduk berlipat lutut. Syukur Ya Allah. Akhirnya tubuh lembaga itu hangus sepenuhnya. Aku bangun perlahan-lahan. Aku perlu mencari jasad Bidan Pisah. Bukan hak aku untuk menghukumnya tapi aku merasakan aku bertanggungjawab mencari jasadnya. Aku teringat lembaga itu mula-mula menyerang aku dari atas pokok. Aku menyuluh ke arah pokok-pokok yang besar. Akhirnya aku ternampak jasad tersebut pada dahan yang lebar pada sebatang pokok yang tak berapa tinggi. Aku mencari akar pokok yang kukuh dan panjang. Bersusah payah aku memanjat pokok tersebut untuk menurunkan jasad Bidan Pisah. Dengan izin Allah, dengan segala kudrat yang aku ada, aku berjaya menurunkan jasad tersebut ke tanah. Aku cari daun yang lebar untuk mengalas dan menutup jasad itu. Aku bacakan Al Fatihah sekali dan Al Ikhlas


89 sebelas kali sebagai sedekah untuk arwah. Aku bersandar pada pangkal pokok kerana keletihan. “Bagaimana aku nak bawa jasad ini keluar dari hutan?” tanya aku sendiri. “Ke mana arah jalan keluar dari hutan ni?” aku masih bertanya pada diri sendiri. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menunggu hari cerah jika Aki Lela tidak menemui aku. Itu sahaja keputusan yang terbaik aku fikir. Aku tak hiraukan jasad yang ada di sebelah aku atau bunyi-bunyi yang aku dengar.Aku pejamkan mata untuk berehat seketika. Tiba-tiba ada seorang wanita berusia berdiri di hadapan aku. Mukanya jelas kelihatan tetapi aku tak pernah mengenalinya. Tubuhnya berlubang-lubang dan penuh darah. Kakinya tiada sebelah. “Ini Bidan Pisah”, kata aku. Dia memandang aku penuh sayu. Air matanya menitik. Aku berdiri di hadapannya. “Anak, terima kasih kerana tolong makcik. Makcik banyak berdosa tetapi Allah tetap menunjukkan kebaikanNya dengan menghantar orang mencari jasad makcik. Makcik telah berdosa besar hanya kerana ingin jadi hebat dan dipuji orang. Kalaulah makcik boleh hidup semula, makcik tak akan buat semua ini. Sekali lagi makcik mohon pertolongan, sempurnakanlah jasad makcik. Makcik dah cukup terseksa”, kata Bidan Pisah. “InshaAllah makcik”, jawab aku. “Ingat nak, jangan ikut jejak makcik. Makcik lupa bahawa makcik akan mati”, katanya lagi. Dia menghulurkan tangannya tapi tubuhnya makin ke belakang dan akhirnya hilang. Aku tersedar dari tidur. Suasana masih gelap. Aku memandang ke arah jasad Bidan Pisah. Hati aku sayu. “Ya Allah, aku mohon perlindunganMu dari kejahatan syaitan dan syiriknya. Kurniakanlah kepada aku ilmu yang bermanfaat, yang dapat membantu aku, ayah dan ibuku baik di dunia mahu pun di akhirat”, aku berdoa di dalam hati. Tiba-tiba aku ternampak cahaya yang samar-samar serta terdengar suara sayup-sayup memanggil nama aku. Aku gosok mata aku, aku cubit peha aku kerana takut cuma bermimpi. Bila terasa sakit dicubit, aku tahu aku tak bermimpi. Aku bangun dan cuba amati betul-betul kerana aku tak mahu


90 semua itu adalah tipu daya iblis. Semakin lama semakin dekat cahaya itu dan suara memanggil nama aku juga semakin jelas. “Saya di sini”, jerit aku. Aku nampak beberapa cahaya suluhan lampu suluh mendekati aku. “Aki..!” aku terus menjerit bila ternampak Aki Lela bersama beberapa orang lelaki dewasa. Aku berlari dan memeluk Aki Lela. Aki Lela mengusap kepala aku dan mencium ubun-ubun aku. “Alhamdulillah, kau selamat”, kata Aki Lela. “Aki, Man dah dapat jasad Bidan Pisah. Tu jasad dia”, kata aku sambil menunjukkan ke arah jasad Bidan Pisah yang aku tutup dengan daun. Aki Lela dan orang yang ada di situ menuju ke arah jasad yang terbujur kaku. Aki Lela membuka daun yang menutup jasad tersebut sambil membaca sesuatu. “Kita buatkan pengusung dan bawak jasad ni balik”, kata Aki Lela. Semua lelaki yang ada bergerak untuk membuat pengusung. “Siapa dia orang tu semua, aki?” tanya aku. “Orang kampung. Dia orang semua tu datang ke rumah Bidan Pisah bersama Tok Ketua. Kebetulan aku baru aje nak bergerak mencari kau. Tok Ketua ada menunggu di luar sana”, jawab Aki Lela. “Macam mana dengan iblis lagi seekor tu aki?” tanya aku lagi. “Alhamdulillah, semua dah selesai”, jawab Aki Lela lagi. “Man minta maaf sebab berlari mengejar makhluk yang bawak lari jasad Bidan Pisah tadi”, kata aku sambil mencium tangan Aki Lela. “Aku faham niat kau. Dah, semua dah selamat. Sekejap lagi kita balik”, katanya lagi. Akhirnya pengusung dapat disiapkan dan kami mula bergerak keluar dari hutan. Selepas beberapa lama berjalan, akhirnya kami semua tiba di tempat Tok Ketua yang sedang menunggu bersama empat orang lelaki sebaya Aki Lela. “Astaghfirullahalazim”, suara Tok Ketua bila melihat jasad Bidan Pisah. “Mat, jasad ni kita kena serahkan kepada pihak polis dulu. Salah kalau kita memandai-mandai”, terang Tok Ketua. “Ikutlah mana yang elok”, jawab Aki Lela. “Polis mungkin akan panggil kamu dan cucu kamu untuk bagi keterangan”, kata Tok Ketua lagi.


91 “Tolong jangan libatkan cucu saya. Biar saya seorang aje yang bagi keterangan”, bidas Aki Lela. “Baiklah, kamu baliklah rumah dulu. Jasad ni pandailah aku aturkan nak letak di mana buat sementara”, kata Tok Ketua lagi. Aku dan Aki Lela bergerak pulang tapi kali ini ikut jalan jauh. “Sampai hati Tok Ketua biarkan kami berjalan kaki balik ke rumah”, bisik hati aku. “Tak baik macam tu Man. Apa yang kita buat, kita serahkan kepada Allah. Ikhlaskan hati. Semua yang kita buat datangnya dari anugerah dan pertolongan Allah. Bersihkan hati, InshaAllah lebih banyak anugerah yang Allah akan kurniakan”, pesan Aki Lela sambil memegang bahu aku.


92 64 Sepanjang jalan aku dan Aki Lela berbual. “Begitulah perangai manusia, selalu minta pertolongan selain Allah sedangkan ilmu Allah ni luas. Dalam Al Quran itu sendiri ada rahsia yang boleh kita gali dan guna. Sehebat mana sekalipun kita, fikirlah sampai masanya kita pasti akan mati”, terang Aki Lela sebagai peringatan untuk aku. “Kenapa sampai lebih daripada satu arwah bela benda tu?” tanya aku. “Manusia ni dilahirkan dengan sikap yang tak pernah puas. Di situ sebenarnya dari segi akal, kita dah boleh tahu ‘benda-benda’ tu tak ada kehebatan pun. Kalau benda-benda tu hebat sangat, tak perlu sampai dua tiga. Sakit datang dari Allah dan hanya Allah yang akan menyembuhkannya”, terang Aki Lela lagi. Selepas lama berjalan akhirnya kami tiba di rumah. Aku terus naik ke rumah dan menuju ke telaga. Siap menunaikan kewajipan, Kak Nurul tetap menyediakan minuman untuk kami biarpun dah lewat malam. Seperti biasa, sebelum tidur Aki Lela akan mengajar seketika. “Iradat bermaksud kehendak atau kemahuan. Apa sahaja yang Allah berkehendak, semuanya akan terjadi sama ada cepat atau lambat mengikut apa yang dirancang oleh Allah SWT. Apa sahaja yang Allah kehendaki semudah arahanNya kun fa yakun, maka terjadilah. Allah Maha Bijaksana, setiap kehendakNya tersimpan rahmat dan rahsia yang hanya Dia sahaja yang mengetahui. Maka bersyukur dan bersabar menerima setiap ketentuanNya. Jangan sesekali mengeluh tapi kita dibenarkan mengadu kepadaNya dengan berdoa mengharapkan kasih sayangNya. Allah sangat suka bila hamba-hambaNya mengadu kepadaNya”, terang Aki Lela. Banyak perkara tentang kehidupan yang Aki Lela sentuh. Walaupun penat tetapi Aki Lela pandai menghilangkan rasa mengantuk dengan gurau sendanya. Entah pukul berapa aku masuk tidur pada malam itu. Pagi itu selepas bersarapan, kami menuju ke sungai memancing udang. Memang rezeki kami murah pagi itu, berbelas ekor udang yang kami dapat. Selepas memancing, kami bergerak pulang. Tatkala menghampiri kawasan rumah, kelihatan sebuah kenderaan jenama Land Rover kepunyaan pihak polis berada


Bisa - PCM -JILID 2

Enter your Authorization ID to access.

Enter
Click to View FlipBook Version