The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Novel Seram - Pengalaman sebenar Penulis

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PakcikMan, 2023-04-08 06:25:14

Bisa - PCM -JILID 2

Novel Seram - Pengalaman sebenar Penulis

193 Aku tersenyum melihat dia. “Syukur, Mak Kecik dah sedar”, kata aku. “Mak Kecik nak kuatkan silang pintu bilik tu tapi tiba-tiba Mak Kecik tak sedar apa-apa”, cerita Mak Kecik. “Mak Kecik pengsan aje tadi”, aku bagi alasan, malas nak cerita lebih-lebih. “Mak Kecik minum air ni”, kata aku sambil menghulurkannya air. Mak Kecik duduk berlunjur. “Bayang ni tak selesai lagi. Aku kena cari lagi nanti”, bisik hati aku. Aku kemaskan tempat tidur untuk Mak Kecik dan kemudian turun ke telaga untuk membersihkan diri. Joni berlari-lari mengikut aku. Sambil berjalan aku masih memikirkan tentang bayang itu. “Dia pasti akan datang semula, ada yang belum selesai antara aku dengan dia. Aku telah mengganggu keberadaan dia”, aku bercakap sendirian. Aku tidak menyesal kerana aku yakin aku sudah membuat perkara yang betul. Aku tak mahu lagi ada ‘benda-benda’ khurafat di dalam keluarga aku dan aku tak pasti samada tok aku dapat mengetahui kejadian ini atau tidak tapi yang pasti aku tak peduli lagi dan aku harus bersedia. Selepas membersihkan badan, aku naik ke rumah dan solat isyak. Mak Kecik sudah tertidur. Aku duduk seperti antara dua sujud selepas selesai solat tiba-tiba aku terasa bagai ada ‘sesuatu’ yang berbicara dengan aku. Aku pejamkan mata sambil mendengar bisikannya. “Cabaran sebenar untuk diri kau sudah bermula. Kau kena berdiri atas kaki sendiri. Bersabar dalam setiap tindakan akan menjadikan kau bijaksana”, kata bisikan itu. “Aki?” tanya aku dalam hati. Aki Lela bagai tersenyum di kelopak mata aku yang terpejam. “Sifat Allah yang ke 13 adalah Kalam bermaksud perbicaraan atau firman atau menyampaikan melalui kitabNya kepada Rasul dan Nabi. Perlu diingat, apa yang disampaikan Allah bukan menggunakan pancaindera seperti makhluk. Ambil contoh wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Al Quran. ”, katanya lagi. “Aki, Man perlukan pertolongan aki”,kata aku seperti berbicara dengannya. “Setiap bayang ada tuannya. Tuan empunya bayang akan cari kau”, katanya dan tiba-tiba dia hilang. Aku membuka mata sambil beristighfar. Hebatnya ilmu Allah, tak terjangkau oleh akal. Lama aku duduk seperti itu.


194 83 “Di mana tok dapat ‘benda’ ni? Kenapa tok ambik bela ‘benda’ ni sedangkan arwah Aki Salleh bukan sebarangan orang?” aku tertanya sendiri. Banyak soalan ‘kenapa’ yang aku tak dapat jawapannya. Aku tahu hubungan aku dengan tok akan renggang selepas ini tapi aku hanya mahu menyelamatkan tok dari hidup yang tak sepatutnya jika benar dia membela ‘benda’ ini. Kasih sayang aku kepadanya tidak bermakna aku harus membenarkan tok terus begini. Aku baring atas tikar solat, aku sedih dengan apa yang bakal aku lalui tapi aku terpaksa. Semoga Allah memberikan pentunjukNya. Aku terlena di atas tikar dan tersedar ketika Mak Kecik mengejutkan aku untuk solat subuh. Selepas sarapan,tiada lagi aktiviti permainan seperti sebelum ini. Aku sudah mula kena berfikir ke arah yang lebih matang. “Mak Kecik, Man masuk hutan kejap cari kayu api”, jerit aku dari tanah. “Jangan jauh sangat”, sayup saja aku dengar suara Mak Kecik dari dapur. Aku mengambil parang dan masuk ke hutan bertemankan Joni. Tak susah pun nak cari kayu api di hutan tebal ini, cuma malas atau rajin sahaja. Joni beberapa kali pergi jauh dari aku. “Joni, jangan jauh”, jerit aku. Sekejap sahaja dia datang semula dan sekejap sahaja dia hilang lagi. Tiba-tiba Joni menyalak dengan kuat dari dalam perut hutan. Aku tinggalkan kayu api yang siap dipotong dan bergegas menuju ke arah suara Joni. “Mana pulak si Joni ni?” bebel hati aku. Sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan aku mencari punca Joni menyalak. “Mana kamu ni?” jerit aku lagi. Aku terdengar lagi Joni menyalak tak henti-henti. Kali ini aku pejamkan mata. Aku membaca sesuatu dan menghentak kaki aku ke lantai hutan. Dengan mata yang terpejam, aku seolah-olah melihat Joni sedang menyalak ke arah ‘sesuatu’ di tepi akar pokok yang besar. Aku membuka mata dan cepat-cepat berlari ke arahnya. Di hadapan aku ada sebatang pokok yang besar yang pada anggaran aku dalam sepuluh kali pelukan aku. Akarnya sahaja hampir separuh tinggi aku dari paras tanah. Di celah batang pokok di atas tanah tersebut, terdapat satu lubang yang besar dan gelap dari dalam.


195 Joni masih menyalak tanpa henti. “Mungkin babi atau binatang liar”, bisik hati aku. Lubang itu memang muat-muat sahaja untuk aku. “Nak masuk ke tak nak”, hati aku berbelah bagi. “Nak masuk buat apa kalau setakat binatang liar aje”, hati aku masih tertanyatanya. “Mari Joni, lupakan ‘benda’ tu”, kata aku pada Joni. Tapi Joni seperti enggan beranjak. Puas aku memujuknya tapi dia tetap berdegil. “Yelah, aku pergi tengok”, akhirnya aku yang mengalah. Aku mula melangkah masuk ke muka lubang pokok tapi kemudiannya berhenti. “Gelap, mana nampak apa-apa”, kata hati aku. Aku melangkah keluar semula. “Mari kita balik dulu, ambil lampu suluh”, kata aku pada Joni. Akhirnya aku pulang sendirian sambil memikul kayu api. Sampai di rumah, aku letakkan kayu di tempat membelah dan naik ke rumah untuk mengambil lampu suluh. “Kau nak ke mana pulak tu?” tanya Mak Kecik. “Nak cari kayu lagi lah”, jawab aku sambil menyembunyikan lampu suluh di dalam baju aku dan terus menuju ke hutan. Aku tak dengar lagi suara Joni menyalak. “Ke mana pulak lah si Joni ni?” tanya hati aku. Aku terus menuju ke tempat tadi tapi Joni tiada. Aku perhati tapak kaki yang ada di hadapan lubang pokok tersebut. Ada kesan tapak kaki Joni menuju masuk ke dalam lubang pokok. “Kenapa Joni tak menyalak lagi?” hati aku mula risau. Memang cari penyakit si Joni ini. “Bismillahirrahmanirrahim”, aku mula melangkah masuk dengan merendahkan diri sedikit kerana pintu masuk agak rendah. Aku nyalakan lampu suluh dan menyuluh ke dalam. Banyak ruang yang terlindung dan tersorok rupanya di dalam ini. Sampai di bahagian dalam, aku boleh berdiri seperti biasa. Ada bermacam-macam kesan tapak kaki binatang termasuk Joni tapi di mana Joni? Dari luar tak nampak luas lubang pokok ini tapi dari dalam, seperti berada dalam gua. Aku menyuluh sekeliling sambil melangkah perlahan.Gerak hati aku terasa seperti ada sesuatu yang sedang memerhati.


196 Aku membaca sesuatu untuk menenangkan hati. Tiba-tiba terasa angin kuat menyentuh muka aku. Aku mula berpeluh. Ada petanda tak elok. Aku pula terlupa untuk membawa keris aku sekali semasa mengambil lampu suluh. Aku buat keputusan untuk keluar semula dari lubang itu kerana hati aku rasa tak tenang.Baru sahaja aku nak melangkah keluar bila aku terasa ada sesuatu memegang sebelah kaki kiri aku, kuat dan pejal. Cepat-cepat aku menghentak kaki kanan aku ke kaki kiri aku untuk melepaskan diri.Pegangan itu terlepas. Separuh berlari aku keluar dari lubang. Melangkah keluar sahaja kaki aku dari lubang, aku menoleh ke belakang. Satu tangan seperti sedang cuba menyambar aku dari belakang hingga tangan itu terkeluar dari lubang pokok. Bila tangan itu terkena cahaya luar, cepat-cepat tangan itu di tarik semula. Aku berpusing dan berdiri mengadap lubang tersebut. Ada mata yang sedang memerhatikan aku dari dalam. “Benda apa lagi lah ni, merata-rata ada”, bentak hati aku. Aku teringatkan Joni. Aku berlari balik ke rumah untuk mengambil keris aku. “Apa kena dengan kau ni?” jerit Mak Kecik bila nampak aku tergesa-gesa naik ke rumah dan turun semula. “Ada hal sikit”, jerit aku sambil berlari semula ke hutan. Letih juga berlari ke hulu ke hilir, bukan dekat-dekat antara rumah tok dengan pokok besar itu. Tiba di pokok besar, aku membaca lagi satu ayat serta memeluk tubuh aku kuat-kuat dan kemudian melurutkan ke seluruh tubuh aku. Tempat yang sempit akan menyukarkan aku tapi aku perlu selamatkan Joni. Aku membaca lagi satu ayat dan tekap tapak tangan aku ke batang pokok tempat jalan masuk, tujuannya untuk menolak jika ada ‘sesuatu’ yang menanti di pintu masuk. Aku mula melangkah masuk berhati-hati dengan keris tergenggam erat. Bila sebahagian tubuh aku dilindungi cahaya di dalam batang pokok, tiba-tiba aku terasa tubuh aku ditarik dengan kuat. Aku pacakkan keris aku di luar batang pokok sekuat hati aku. Tarikan berhenti. Aku undur semula ke belakang. “Macam lembaga bayang hitam”, bisik hati aku. Otak aku ligat memikirkan cara untuk berhadapan dengan lembaga di dalam pokok. Aku mula mengutip pelepah kelapa yang ada di kawasan berdekatan. Aku hanya perlu cahaya untuk tahu di mana ia berada. Di tempat sempit seperti itu, ia mempunyai kelebihan kerana ia hanya menunggu aku masuk. Aku berjaya membuat tiga jamung. Allah, mancis pula ada di rumah. Sekali lagi


197 aku berlari balik ke rumah untuk dapatkan mancis. “Apa kena dengan kau ni, balik pastu keluar lagi. Kau jangan macam-macam”, jerkah Mak Kecik. “Nak buat mainan”, jawab aku sambil terus berlari ke hutan lagi bersama mancis dan pelita, dah seperti orang gila. Semakin lambat aku bertindak, semakin tipis nasib Joni. Itu sahaja yang ada dalam otak aku. Aku lepaskan penat apabila tiba di pokok besar. Termengah-mengah aku jadinya. Aku menarik nafas panjang dan lepaskan.Aku nyalakan jamung dan campakkan ke dalam batang pokok. Asap berkepulkepul keluar dari dalam. Aku membuka baju dan menutup muka aku sebagai pelindung asap. Aku nyalakan pelita dan meluru masuk ke dalam lubang. Asap memenuhi ruang. Aku padamkan jamung dengan memijaknya. Kini lubang hanya diterangi api pelita. Asap jamung beransur hilang tapi nafas masih sesak kerana asap. Pada dinding lubang kelihatan bayang yang sama seperti dalam bilik larangan. Sah, ini lembaga yang sama. Aku baca sesuatu dan tikam keris aku ke lantai pokok.Terasa bergegar batang pokok seperti nak tumbang. Bayang itu mula bergerak menggunakan dinding pokok. Aku berpusing-pusing mengekori pergerakannya. Sedang ia bergerak, aku letakkan tapak kaki tepat ke bahagian kepalanya dan menikam bahagian lehernya.Tangan aku terasa kebas namun keris aku tercacak tepat. “Bismikallahumma”, aku letak kedua tapak tangan aku ke atas bayang hitam. Bayang itu cuba meronta dan sekali lagi aku baca ayat yang sama lalu menekan sekali lagi. Dia meronta dengan kuat dan sekali lagi aku membaca ayat yang sama lalu menekan sekali lagi sekuat hati. Rontaannya semakin lemah dan akhirnya bayang itu jatuh ke lantai pokok. Ajaibnya, keris aku masih terlekat pada tubuhnya. Bayang itu perlahan lahan bertukar menjadi satu susuk tubuh berbulu lebat. Aku menyuluh ke serata ceruk pokok untuk mencari Joni. Akhirnya aku terjumpa Joni sedang terbaring seperti tertidur di satu ceruk. Aku membuka baju yang menutup muka dan menarik Joni keluar dari lubang dan letakkannya di tempat yang selamat. Aku masuk semula ke dalam lubang kerana keris aku masih terlekat pada tubuh berbulu itu. Lembaga itu tidak bergerak. Aku terpaksa mencabut keris aku. Cabut sahaja keris, lembaga hitam itu mula bergerak dan akhirnya dia berkeadaan seperti seekor anjing yang sedang berdiri. Dia merenung aku dengan tajam. Dia menerkam ke arah aku tapi aku sempat mengelak. Boleh runtuh semangat bila melihatnya, matanya merah menyala, giginya bertaring tajam dengan air


198 liurnya meleleh. Dia bergerak ke arah aku perlahan-lahan. Aku juga bergerak perlahan-lahan untuk berada di muka lubang, ia akan memudahkan aku untuk keluar jika keadaan memaksa. Lubang yang sempit begini memberi kelebihan kepadanya sedangkan aku jadi sukar untuk membuka langkah silat. Dia menerkam lagi dan hampir menyambar kaki kiri aku tapi kaki kanan aku sempat menyepaknya. Dia tersungkur ke lantai pokok. Aku dengan pantas keluar dari lubang. Lembaga itu mengekori aku hingga ke luar. Terkena sahaja cahaya di luar, tubuhnya tiba-tiba berasap dan ia berpatah balik ke dalam lubang. Hanya matanya yang merah menyala kelihatan dari lubang melihat ke arah aku. Aku tidak mempedulikannya kerana aku tahu ia tak akan berani keluar pada siang hari. Aku mendapatkan Joni. Aku menggenggam tanah sambil membaca sesuatu dan merenjisnya ke arah muka Joni. Joni mula bergerak dan akhirnya mengangkat kepalanya memandang sekeliling. Aku tersenyum melihat Joni. “Mari kita balik, kau ni degil macam aku jugak”, bebel aku. Aku melangkah pulang diikuti joni dari belakang. Tiba di kawasan rumah tok, aku berehat seketika di bawah Pokok Jambu Keling. Terasa penat sangat. Joni berpusing-pusing mengelilingi aku. “Duduklah, pening aku tengok kau berpusing”, jerkah aku. Joni seperti memahami lalu duduk berhampiran kaki aku. “Esok dah nak sekolah, aku nak kena pergi rumah mak sekejap. ‘Benda’ tu pasti datang cari aku malam ni. Nak tunggu ke nak tidur rumah mak. Kalau dia kacau kat rumah mak, lagi susah”, aku berbicara sendiri. Aku cuma risaukan Mak Kecik. Tak ada dia, tak mungkin mak aku izinkan aku tidur di sini seorang diri. Pening juga memikirkan cara untuk aku seorang sahaja yang tidur di sini. Takut memang ada sedikit tapi aku tak boleh biarkan ‘benda’ itu berada lagi di rumah tok. Selagi tok belum balik, ini adalah peluang yang terbaik yang aku ada. Selepas zohor, aku mengajak Mak Kecik pergi ke rumah mak aku. “Macam mana tidur rumah tok malam tadi?” tanya mak. “Okey aje, lena”, jawab aku sebelum Mak Kecik yang menjawab. “Malam ni tidur sini saja lah, esok kau dah nak sekolah”, kata mak. Aku diam. Mak Kecik melihat ke arah aku. “Ikutlah mana-mana pun tapi nanti Man nak kena ambil barang kat rumah tok”, jawab aku sengaja memberi alasan. “Petang sikit nanti, pergilah ambik”, kata mak lagi.


199 “Iye lah, nanti Man pergi sorang je ambik barang”, cepat-cepat aku menjawab sambil turun ke tanah bermain dengan Abang Long dan adik aku (baru sahaja meninggal dunia tahun ini 2020). Lama tak bermain bersama mereka berdua. Biasanya kami bermain lawan-lawan dan biasanya aku sengaja pura-pura kalah. Selepas mandi menjelang lewat petang,aku bersiap untuk ke rumah tok. “Kenapa ayah tak balik lagi?” tanya aku kat Mak. “Ayah kau ke Singapura katanya. Mungkin subuh nanti baru sampai rumah”, jawab mak. “Man pergi rumah tok dulu. Nak tengok juga tingkap pintu takut ada yang tak tutup. Man lambat sikit balik sini”, kata aku dengan harapan mak benarkan. “Berani ke kau pergi sorang? Bawaklah abang long temankan”, kata mak lagi. “Eh, tak payahlah. Man dah biasa”, jawab aku lalu pantas turun dari rumah dan menuju ke rumah tok. Joni menyambut aku bila aku sampai di rumah tok. Aku mengambil kunci di tempat biasa dan naik ke rumah. Tiba-tiba terasa seram sejuk, bagai ada yang memerhatikan aku. Aku naik ke rumah, nyalakan pelita dan pastikan semua tingkap ditutup. Aku membuka pintu bilik larangan seluas-luasnya. Aku bersedia menghadapi lembaga hitam buat sekian kalinya. Aku menunaikan solat maghrib bersendirian bila masuk waktu. Aku tak hiraukan apabila terasa ada ‘sesuatu’ yang bernafas di telinga aku. Sesekali ada sentuhan di bahu aku. Selesai solat, aku duduk seperti antara dua sujud untuk berwirid dan berdoa. Tiba-tiba bulu roma aku tegak berdiri. Peluh aku mula menitik. “Kau memang berani. Kau telah ganggu hak aku”, terdengar satu suara di tengah rumah. Aku membaca ayat 3 kul diikuti ayat Kursi. Berdentum bunyi pintu dan seluruh dinding rumah bergegar dengan kuat. Aku tumbuk ke lantai, semua bunyi tibatiba senyap. Aku bangun dan mengadap ke arah bilik larangan. “Aku tahu kau ada di dalam. Aku minta kau keluar dari rumah ini buat selama-lamanya. Jangan ganggu lagi tok aku”, kata aku. Berdentum bunyi pintu bilik larangan terbuka dan tertutup. Api pelita menarinari bagai ditiup angin. Bunyi gegaran bergerak dari satu penjuru ke satu penjuru tanpa henti. Joni mula menyalak dengan kuat dan bersahut-sahutan. Kini bunyi atap zink pula berlaga-laga bagai ditiup angin yang kuat. Aku menarik nafas panjang. Aku membaca sesuatu dan membuat bulatan sebagai persediaan. Ini bukan sebarangan. Pertahanan diri perlu disediakan. Tiba-tiba bayang hitam mengelilingi bulatan yang aku buat. Semakin lama semakin laju


200 diikuti bunyi ketawa yang menggerunkan. Aku duduk bersila sambil memejamkan mata. “Aki, Man tak tahu Man berjaya atau tak. Jika terjadi apa-apa, aki tolong bantu tok keluar dari masalah ini”, kata aku di dalam hati. Tiba-tiba kepala aku bagai tersentak dan tersentap dengan kuat. Leher aku menjadi keras dan tak boleh berpusing walau pun sedikit. Hanya ekor mata aku cuba melilau melihat sekeliling. Aku tahu bayang hitam berada di belakang aku. Ternampak bayang tangannya seperti cuba untuk mendekati aku. “Macam mana dia boleh melepasi bulatan yang aku buat?” aku sedikit risau. Aku membaca lagi ayat-ayat yang aku belajar. Memang lembaga bayang hitam ini bukan sebarangan. Ada sesuatu dalam rumah ini yang membolehkannya melepasi bulatan. Tiba-tiba aku terasa ‘sesuatu’ menyentuh leher aku, ‘sesuatu’ yang lembut tapi berbulu. Semakin lama sentuhan itu semakin kuat mencengkam leher aku. Aku cuba bertenang. Aku genggam keris aku dan menusuk ke lantai dengan kuat. Satu gumpalan angin keluar dari bulatan menuju ke semua arah. Cengkaman di leher aku terlepas. Bunyi ‘benda’ terlanggar dinding di belakang aku juga jelas kedengaran. Aku cuba berpusing tapi kali ini kepala aku bagai dipegang kanan dan kiri. Perlahanlahan tubuh aku terangkat menggunakan kepala aku sebagai pengangkat. Kaki aku mula tak jejak ke lantai. “Bismillahi tawakkaltu Alallah hiwalakuwatailla billah, Allahuakbar”, aku menjerit sekuat hati sambil aku memegang ‘benda’ yang memegang kepala aku kanan dan kiri. Aku menekan sekuat hati hingga kepala aku terasa panas. Aku terdengar satu suara mendengus perlahan dan tiba-tiba ‘benda’ itu melepaskan pegangan kepala aku. Aku terjatuh ke lantai dan dengan cepat berguling menjarakkan diri. Aku berpusing ke belakang mengadap lembaga di belakang aku. Kali ini lembaga itu bukan lagi bayang hitam tetapi satu susuk tegap, tinggi, berbulu hitam dan muka yang amat menggerunkan. Tiba-tiba rasa gerun menguasai aku. Aku bagai dikuasai rasa takut, terasa seperti mahu melarikan diri. “Wadmum ilaika jana haka minar rahbi”, ‘sesuatu’ meniup satu doa di telinga aku. Aku mengulangi doa tersebut berulang kali hingga rasa takut aku hilang. Aku membuka kuda-kuda dan bersedia dengan keris tergenggam erat di tangan.


201 “Laa ila ha illallah, hanya Allah yang aku sembah”, lafaz aku. Inilah zikir yang paling utama di saat genting.Aku serahkan segalanya kepada Allah Yang Maha Berkuasa,Zat Yang Menentukan hidup dan mati aku. Aku melompat tinggi melepasi bahu lembaga hitam tersebut sambil keris aku menetak dengan kuat. Aku mendarat di lantai dengan kaki kanan berlunjur ke tepi dan kaki kiri berlipat lutut. “Man...ooo Man..”, telinga aku menangkap suaramak aku di tanah.


202 84 “Kenapa mak datang sini?” bentak hati aku. Aku menyerang sekali lagi dengan harapan dapat menyelesaikannya secepat mungkin tapi itu adalah kesilapan aku paling besar bila aku hilang tumpuan. Lembaga hitam dapat memegang kaki aku bila aku cuba menyepaknya. Aku kini tergantung kepala ke bawah. Lembaga itu menghayun aku sekuat hati hingga aku terperosok ke dinding dengan kuat sekali. Aku terbaring di lantai sambil mengerang sakit. Aku cuba bangun tapi tubuh aku terasa sakit sangat. “Ya Allah, Kau selamatkanlah mak aku yang ada di tanah. Biarlah aku yang jadi galang gantinya”, doa aku dalam hati. Keselamatan mak aku lebih penting dari diri aku. Aku gagahkan untuk berdiri. “Man...ooo Man, kau kat mana nak?” aku terdengar lagi suara mak aku. Lembaga itu berpaling ke arah suara mak aku. “Allah Hu Ahad”, sehabis tenaga aku berdiri mengadap ke arah lembaga. “Allah hu la ilaha illa huwa al hayyul qayyum”, aku serahkan segalanya kepadaMu Ya Allah. Aku mara menghampiri lembaga tersebut untuk menghalangnya mengganggu mak aku. Genggaman keris aku tak sekuat mana tapi aku perlu lakukan sesuatu. Lembaga itu menyerang aku. Aku hanya mampu mengelak ke tepi sambil menghayun keris. Satu tikaman tepat ke tubuhnya tapi aku tahu ia tak cukup memberi kesan. Dia berpaling semula ke arah aku dan tangannya yang panjang berjaya menampar aku. Aku rebah sekali lagi. Aku berpaling dan melihat lembaga itu seperti cuba untuk turun ke tanah. Dengan sisa tenaga yang ada, aku cuba menyepaknya tapi sekali lagi hayunan tangannya menyebabkan aku terpelanting. Darah membasahi mulut aku. Mata aku mula berpinar. Kepala terasa berpusing. Aku antara sedar dan tidak. Hanya mata aku nampak penuh risau bila lembaga itu menuju ke tanah. Tiba-tiba lembaga itu terpelanting ke dalam rumah. Muka aku terasa satu angin yang nyaman. Lembaga itu sekali lagi terguling dan akhirnya hilang melalui tingkap yang dirempuh kuat. “Siapa yang membantu aku?” Aku gagahkan diri menuju ke dapur dan membasuh darah yang membasahi mulut aku.


203 “Kejap mak, baru lepas solat”, jerit aku dari dalam rumah. Aku tak mahu mak aku risau. Selepas memastikan semuanya sudah dibersihkan, aku turun ke tanah selepas mengunci pintu. “Kenapa kau tak menyahut tadi?” tanya Mak yang datang bersama Abang Long. “Solat”, ringkas sahaja aku jawab. “Mak kan dah pesan bawak Abang Long kau buat teman”, bebel mak aku. Aku mengekori mak dari belakang sambil menjinjing beg. Tiba di rumah Mak Kecik memandang aku semacam. “Tak habis-habis dengan degil dia. Suka buat susah hati orang saja”, bebel Mak Kecik pulak. Malam itu aku hanya mendengar bebelan mak dan Mak Kecik. Aku mengambil bantal dan baring jauh terlindung di ceruk dinding tapi fikiran jauh melayang. Setakat bebelan itu, tak menjadi masalah untuk aku tapi aku memikirkan bagaimana untuk aku selesaikan masalah bayang hitam dan siapa yang membantu aku tadi. “Mungkin Aki Lela, mungkin Ayah Abu”, telahan aku sendiri. Hati aku bagai di tarik-tarik untuk pergi semula ke rumah tok selepas semua sudah tidur. “Kalau mak tahu, habis aku”, risau aku. Buatnya dia datang lagi cari aku kat rumah tok, boleh mendatangkan bahaya untuknya. Aku terlelap. Tiba-tiba aku terdengar bisikan halus di telinga, “Aku sudah lama tahu tapi aku hanya menunggu keturunan kau sendiri yang menyelesaikannya. Aku kenal dan rapat sangat dengan arwah aki kau, jadi aku selalu berdoa semoga satu hari nanti ada keturunannya yang akan mewarisi ilmu sepertinya. Sekarang ini adalah tanggungjawab kau. Betulkan mana yang salah biarpun terpaksa berkorban nyawa. Allah akan membuka jalan dan akan selalu melindungi kau. Ingat apa yang telah kau belajar. Tok kau amat terkesan bila arwah aki kau meninggal, dia salah pertimbangan. Selesaikan apa yang kau dah mulakan.” Aku terjaga dan beristighfar. Persoalan aku selama ini semakin hampir terjawab. Aku mengangkat kepala sedikit untuk melihat jika semua sudah tidur. Aku bangun perlahan lahan. Sah, semua sedang lena. Aku mengambil


204 barang-barang keperluan aku dan turun perlahan-lahan. Suasana cukup sunyi. Aku nekad untuk ke rumah tok aku. Apa nak jadi, jadilah. Sepanjang jalan semua rumah yang aku tempuh sudah gelap gelita dan sunyi sepi. Hanya sesekali terdengar anjing menyalak tapi sekejap sahaja. Akhirnya aku tiba di perkarangan rumah tok. Aku mula berpeluh. Berdebar tapi bersemangat. Takut, tapi aku lebih takut kesudahan hidup tok aku jika aku membiarkan perkara ini berterusan. Terasa seperti sesuatu sedang menunggu ketibaan aku. Aku baca surah Al fatihah, ayat 3 kul dan diikuti ayat Kursi. ”Innalillahiwainnailaihirojiun”, aku serahkan hidup dan mati aku kepada Allah. Aku lilit kepala aku dengan kain pelikat dan selitkan lampu suluh yang terikat kemas. Aku buka pintu perlahan-lahan. “Bismillah, rabbanaa afrigh’ alayna sabran watawaffana muslimin”, aku melangkah naik. Bulu roma tegak berdiri. Aku genggam erat-erat keris di tangan. Aku nyalakan empat pelita dan letakkan di empat penjuru. Langkah aku tiba-tiba terhenti. Di hadapan pintu bilik larangan berdiri satu susuk tubuh seiras tok aku. “Ya Allah, apa aku nak buat ni?” aku jadi keliru. “Allahhumma arinal haqqa haqqa, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah, Allahuakbar”, aku menyerang tok aku. Tok berundur sedikit bila melihat aku mula menyerang. Aku menghayun keris aku seperti mana aku diajar tapi tok berjaya mengelak. “Ya hayyu ya qayyum birahmatika astaghees”, aku menyerang lagi tapi kali ini gerakan tangan dan kaki aku makin laju. Satu sepakan tepat ke tubuh tok hingga dia tersandar ke dinding. Matanya merah menyala merenung aku tanda marah sangat. Aku melompat untuk menyerang lagi. Satu sepakan lagi hampir mengenai perutnya tapi kali ini aku yang tercampak ke belakang seperti ada sesuatu yang menarik aku. Aku terperosok di dinding tapi cepat-cepat aku bangun dalam keadaan bersedia. Aku tak hiraukan rasa sakit. Kali ini tok menyerang aku bagai harimau lapar. Mencakar sana sini tapi aku masih berjaya mengelak. Satu gerakan yang salah darinya memberi peluang untuk aku menikam dadanya. Keris aku terpacak tepat. Tok menjerit dengan kuat dan berundur ke belakang. Tubuhnya mula terhuyung-hayang dan akhirnya rebah ke lantai. Peliknya, tiada perasaan sedih yang muncul pada hati aku. Hati aku menjadi keras. Aku berjalan menuju ke arah tok yang sedang terbaring. Aku mengangkat keris aku dan kali ini aku


205 menikam tepat di kepalanya. Kepalanya bergoyang ke kanan dan kiri sambil suara jeritannya kedengaran. Akhirnya rontaan itu terhenti. Mata tok seperti sayu melihat aku. Air matanya bergenang. “Jangan tertipu dengan tipu daya iblis”, tiba-tiba aku teringat pesan Aki Lela. Aku terus berundur dua tapak ke belakang. Perlahan-lahan wajah tok berubah kepada wajah lembaga hitam berbulu lebat. “Kau memang cari nahas, sebelum ini tiada siapa yang berani kacau belaan aku. Aku beri ‘benda’ ini selepas tok kau yang minta tolong dengan aku. Rupanya keturunan dia sendiri yang membunuhnya”, aku terdengar satu suara tapi tak tahu dari mana. Lantai yang aku pijak mula bergegar. Lembaga hitam itu hilang dari pandangan. Kali ini seluruh rumah terasa gegaran yang kuat seolah-olah bagai nak runtuh. Aku dengan pantas turun ke tanah. Di halaman rumah berdiri seorang lelaki yang rendah dan bertubuh gempal. “Akhirnya kita bertemu. Jadi inilah cucu Salleh yang hebat. Sudah diberi ‘sesuatu’ untuk pelindung tapi kau dah musnahkannya”, kata lelaki itu dalam loghat orang asli. “Kami orang beragama, kami tak perlukan pelindung selain Allah”, jawab aku tegas. “Tapi tok kau tak berfikir seperti kau”, jerkah dia lagi. “Satu sahaja yang aku nak tahu, siapa kau?” tanya aku. Lelaki itu ketawa. “Orang panggil aku, Atet Bayang”, jawabnya. “Itu sahaja aku nak tahu”, jerit aku. Aku membaca satu ayat dan menghentak kaki aku ke tanah. Atet terundur ke belakang hampir jatuh. “Hebat ilmu kau untuk budak sekecil kau. Memang benar kau ada darah Salleh”, katanya sambil berpeluk tubuh. Tiba-tiba dari mulut Atet keluar asap hitam berkepul-kepul. Atet terlindung di sebalik asap tersebut. Penglihatan aku juga jadi terhad, ditambah lagi cuaca malam tanpa cahaya bulan. Lampu suluh aku halakan tepat ke arah asap hitam. “Aki, jika Man tewas kali ini, aki tolong selesaikan tugas Man”, bisik aku dalam hati. Aku mula membuka langkah silat yang aku belajar. Musuh masih terlindung tapi aku perlu bersedia. Kini asap hitam itu berbentuk seperti satu susuk tubuh


206 sebesar manusia biasa tapi tanpa muka. Hanya tangan dan kakinya kelihatan bergerak-gerak. “Jangan menganggap musuh kau kuat kerana ia akan melemahkan semangat kau sendiri. Percaya dan yakin dengan ilmu anugerah Allah”, pesanan Aki Lela muncul di ingatan aku. “Faka Safna anka ghita aka fabasarukal yauma hadid, demi sifat Allah Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat, Allahuakbar”, aku melompat tinggi sambil keris terhunus di tangan. Tangan lembaga asap cuba menangkap tangan aku tapi keris aku lebih pantas menghiris tangannya.Ia menjerit seperti kesakitan. Kini lembaga itu bergerak seperti asap pula tapi tanpa tubuh. Tubuhnya kini hanya kepulan asap hitam yang mengelirukan. “Apa yang aku nak lawan ni?” bisik hati aku. Asap itu mula menuju ke arah aku. Aku membaca surah Al Kafirun dan kemudian hembus sekuat hati aku ke arah asap hitam yang menuju ke arah aku. Asap itu kelihatan melentuk riuk bila terkena hembusan aku. Asap itu terus bergerak ke arah aku, semakin lama semakin tebal. Aku ambil keputusan untuk buat bulatan sebagai langkah berjaga-jaga. Akhirnya aku diselubungi asap hitam yang tebal. Bermacam-macam rupa muncul dari celah-celah asap dan cuba menyentuh tubuh aku tapi buat seketika aku masih selamat berada dalam bulatan. Aku berpusing melihat sekeliling. Ada wajah yang bertaring seperti kepala babi dan ada wajah seperti kepala anjing dengan taring yang dipenuhi darah. Aku kini terkepung di tengah-tengah. Asap semakin tebal sehinggakan aku tak nampak apa-apa lagi di sebalik asap. Asap itu mula berpusing-pusing semakin lama semakin laju. ”Hasbunallah wanikmal wakil”, aku pejamkan mata sambil berdiri. Aku membaca lagi satu ayat, berlutut dan menikam keris ke tanah sekuat hati. Aku membuka mata dan lihat asap hitam mula bergerak tak mengikut pusingan seperti tadi lagi. Asap mula berpusing bertembung antara satu sama lain dan menghasilkan bunyi yang kuat seperti melanggar dinding yang pejal. Tak lama kemudian asap hitam itu hilang dan aku nampak Atet Bayang masih berdiri berpeluk tubuh di hadapan aku. “Belum pernah lagi ada orang berjaya lepas dari ilmu aku. Boleh tahan jugak kau budak kecil. Siapa guru kau?” kata Atet.


207 “Aki Karim, Aki Lela dan Ayah Abu”, sengaja aku petik tiga nama itu untuk menimbulkan gerun kepadanya jika dia mengenali salah seorang dari mereka bertiga sambil mara ke arahnya. Muka Atet berubah, tak tahu nama yang mana satu menjadikannya cuak. “Mat Lela guru kau?” suaranya terkejut. Aku tidak menjawab kerana aku yakin nama Aki Lela berjaya membuatkan hatinya goyang. Atet memejamkan mata membaca sesuatu sambil kedua dua tangannya di depakan ke tepi. Aku membaca ayat Kursi sekali lagi sebagai persediaan. Tiba-tiba dari hujung tangan Atet keluar lagi sekali asap hitam dan terus memeluk tubuh aku yang sudah keluar dari bulatan. Aku alpa. Pelukan itu semakin kuat dan padat seperti seekor ular sawa membelit mangsanya. Aku bernafas menggunakan zikir nafas, perlahan dan cuba bertenang. Hu Allah..Hu Allah..itu sahaja yang terbit di hati dan mulut aku. Aku terasa seolaholah tubuh aku membesar dan melonggarkan belitan tangan Atet. Aku nampak Atet mula resah gelisah. Tubuhnya mula terhuyung-hayang. Sekali rentap, asap hitam yang membelit aku bagai terputus. Tubuh aku kini bebas. Aku melompat ke arah Atet dan melepaskan satu sepakan tepat ke perutnya tapi tubuhnya tidak berganjak walau seinci. Malahan tubuh aku yang terpelanting ke belakang. Aku bernasib baik berjaya mendarat dalam keadaan berdiri dan terus bersedia dengan kuda-kuda. Atet ketawa besar dengan sombongnya, sikap yang membuatkan iblis dilaknat Allah hingga kiamat. Tibatiba Atet berhenti ketawa. Matanya terbeliak memandang ke arah aku. Air mukanya berubah sama sekali. “Mat Lela?” katanya terkejut. Aku berpusing ke belakang dan ternampak Aki Lela sedang berdiri dua langkah dari aku. Aku sendiri tak tahu dari mana Aki Lela datang. “Ya, aku. Lama kita tak berjumpa”, kata Aki Lela kepada Atet sambil berdiri di sebelah aku. Aki Lela mengusap kepala aku. “Ini anak murid aku dan cucu aku. Sakit dia maka sakitlah aku”, jerkah Aki Lela lagi. Atet semakin menggelabah. Aki Lela mula membuka tarian silatnya. Aku nampak Atet cuba berundur sedikit demi sedikit. Aki Lela mula menyerang. Riuh rendah bunyi suara Atet memecah kesunyian malam cuba mengelak serangan Aki Lela. Satu sepakan tepat ke muka Atet hingga dia jatuh


208 tersungkur ke tanah. Dia bangun semula dan sekali lagi dia rebah bila pukulan belakang tangan Aki Lela menghentak kepalanya. Kali ini ternampak amat susah untuk dia bangun semula. Tiba-tiba aku terdengar suara riuh rendah dari hujung jalan masuk ke rumah tok aku. Banyak cahaya lampu yang sedang menuju ke tempat kami sedang bertarung. Aku agak itu mungkin orang kampung yang mendengar bunyi bising dari kawasan rumah tok. “Aduhhh..orang kampung tak boleh nampak aku kat sini”, aku mengeluh. Mata aku asyik memandang ke arah cahaya lampu tersebut dan bila aku berpaling ke arah Aki Lela dan Atet, mereka berdua sudah tiada. Aku cepatcepat menyembunyikan diri di semak tepi Pokok Kuini tapi masih berdekatan dengan halaman rumah tok. Dari tempat aku bersembunyi, aku nampak dalam enam atau tujuh orang lelaki sedang menyuluh merata-rata seperti mencari sesuatu. Aku membaringkan diri dengan harapan mereka tak jumpa aku. Akan kecoh satu kampung dan mak aku akan tahu aku datang ke rumah tok tengahtengah malam. Mereka menyuluh ke arah pintu tengah dan aku bernasib baik menutup pintu tersebut walaupun tak dikunci. Aku mula risau kerana sudah terlalu lama keluar dari rumah secara senyap-senyap. Agak lama juga orangorang kampung berada di halaman rumah tok. Tiba-tiba aku terasa sesuatu merayap di kaki aku.


209 85 Aku tak boleh bergerak kerana jika aku bergerak, orang kampung yang ada pasti akan tahu. Aku menahan nafas dengan rasa gementar kerana aku tak tahu apa yang merayap di kaki aku. Semakin lama ia semakin naik ke peha aku dan kemudian di atas perut aku. Aku mengangkat sedikit kepala aku untuk melihat. Dari samar-samar cahaya, aku nampak seekor lipan tanah merah menyala yang besar. Aku mula berpeluh. “Cepatlah balik”, bebel hati aku kepada orang kampung yang ada. Kalau disengat, rasanya boleh pengsan. “Wa a’uzu bika an aamu tala difa”, Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari mati disengat binatang berbisa. Aku hanya mampu bertawakal. Suara orang kampung masih terdengar di halaman rumah tok. Tiba-tiba aku terasa nak bersin. Aku cuba bertahan sedaya mungkin. Tubuh aku bergerak sedikit bila aku bersin tanpa membuka mulut. Satu sengatan terasa di peha aku. Tak lama kemudian bisanya mula menjalar di seluruh tubuh aku. Air mata aku mula menitis. Aku menggeletar menahan bisa sengatan. Aku tak pasti samada lipan itu masih ada di atas tubuh aku atau tidak kerana tubuh aku mula terasa kebas. Aku gagahkan diri mengangkat sedikit kepala aku untuk melihat orang kampung. Tiada lagi cahaya lampu suluh dan suara. Aku mengangkat sedikit tubuh aku. Sekali lagi aku dapat merasakan satu lagi sengatan. Aku terus berdiri sambil mengibas-ngibas pakaian aku. Bisa tak terkata. Aku gagahkan diri mencari tanah atau selut yang lembab untuk ditampal kepada tempat sengatan. Mata aku mula berpinar, kepala aku terasa berpusing. Aku berharap aku tak pengsan. Aku letak ibu jari tangan ke lelangit dan menekan ibu jari tersebut ke tempat yang di sengat. Aku gagahkan diri mencari Pokok Keladi yang aku tahu ada tumbuh berhampiran Pokok Jambu Keling. Aku potong batang keladi yang sudah besar dan sapukan getahnya ke tempat sengatan. Aku melangkah lagi mencari tanah yang lembab. Aku sapu tanah tersebut pada tempat-tempat yang disengat. Aku mula bergerak ke rumah mak aku perlahan-lahan kerana aku terasa semakin lemah dan aku juga risau jika orang kampung masih berkumpul di mana-mana. Aku berjalan sekejap dan bersembunyi sekejap untuk memastikan tiada sesiapa yang nampak aku. Akhirnya aku tiba di kawasan rumah mak aku. Aku ke telaga


210 untuk membersihkan kaki dan tangan. Aku tak pasti pukul berapa dan aku juga tak pasti ayah aku sudah ada di rumah atau belum. Aku membuka baju aku dan letak di telaga. Tubuh masih terasa lemah dan sakit. Aku tolak pintu perlahan- lahan. “Kau pergi mana?” tiba-tiba mak aku muncul di dapur. “Eh mak, Man pergi buang air”, jawab aku sepontan. “Seluar kotor tu kenapa?” tanya mak lagi. Aku tengok seluar aku. “Kena tanah lah ni, mana nampak sangat gelap-gelap ni”, jawab aku lagi. “Janganlah mak perasan apa-apa”, doa aku dalam hati. Aku menahan rasa menggeletar kerana sakit. “Pergi tukar seluar tu sebelum tidur”, kata mak. Lega bila mak cakap macam itu. Aku tukar pakaian dan baring di tempat aku. Aku terlupa tanya mak tentang ayah. Aku masih belum mampu tidur kerana bisa masih terasa. Aku bangun dan duduk berlunjur. Aku baca sesuatu dan letak tapak tangan aku di tempat yang terkena sengat. Tubuh aku masih berpeluh. “Macam mana nak sekolah ni?” tanya aku dalam hati. Aku tak tahu pukul berapa aku terlelap. “Bangun Man, sekolah”, suara mak mengejutkan aku. Aku tak larat nak bangun. “Mak cakap bangun, bangun lah..”, jerit Mak. “Man demam lah mak”, kata aku perlahan. Mak datang dekat aku dan letakkan tangannya ke dahi aku. “Baru hari pertama sekolah, dah demam”, bebel mak sambil ke dapur. Aku gagahkan diri untuk bangun tunaikan solat. Selepas solat, aku sambung baring atas tikar. Aku hanya bangun bila dengar suara Mak Kecik ajak balik ke rumah tok. Aku membasuh muka, makan apa yang ada dan bergerak ke rumah tok. Tiba di rumah tok, aku dengan pantas mengambil kunci rumah dan berpurapura membuka kunci rumah kerana aku tahu rumah tok tak berkunci. Aku masuk dan terus menuju ke tengah rumah. Allah, satu tingkap tak bertutup. Cepat-cepat aku pura-pura membuka tingkap yang memang sudah terbuka. Ini gara-gara di rempuh lembaga berbulu malam tadi. Pintu bilik larangan tertutup rapat. Nasib baik Mak Kecik sibuk mengemas dapur. “Malam ni kita tidur sini”, terdengar suara jeritan Mak Kecik dari dapur.


211 “Iye lah”, balas aku. Aku turun ke tanah dan menuju ke arah semak tempat aku disengat lipan. Aku menguis semak-semak di situ. Terbeliak biji mata aku bila ternampak bangkai seekor lipan tanah yang besar. “Macam mana boleh mati?” tanya hati aku. Apa-apa pun aku bersyukur kerana terselamat dari kesan sengatan. Aku mengorek tanah dan tanam lipan tersebut. Aku berjalan ke arah lambur rumah. “Mak Kecik, Man balik rumah mak sekejap ambil pakaian dengan barang sekolah”, jerit aku dari tanah. “Jangan lambat”, jawab Mak Kecik sayup dari dapur. Aku bergerak ke rumah mak sambil teringat tentang Aki Lela dan Atet. Cepat benar mereka hilang. “Atet mungkin datang semula, dia tak akan puas hati dengan aku”, fikir aku. Akhirnya aku tiba di rumah mak. “Mak, orang tidur rumah tok. Esok orang pergi sekolah dari sana aje”, kata aku pada mak. “Man dah ada duit?” tanya mak. “Ada, cukup rasanya untuk bayar yuran”, jawab aku teringatkan duit yang Aki Lela dan Ayah Abu bagi sebelum aku balik ke sini. “Man pergi rumah tok dulu”, kata aku sambil peluk dan cium mak. “Duk elok-elok. Jaga Mak Kecik tu, kau tu anak jantan”, pesan mak. “Iye lah mak, Man pergi dulu”, jawab aku sambil bergerak semula ke rumah tok. Abang Long aku dan adik mesti sudah bersekolah hari ini. Abang Long aku sudah darjah lima dan adik baru masuk darjah satu. Aku sahaja selalu sibuk mengalahkan Ketua Kampung. Tiba di rumah, Joni menyalak menghampiri aku. “Diamlah, bising...”, jerkah aku pada Joni tapi joni tetap menyalak. “Ada apa kau ni?” tanya aku. Aku tiba-tiba rasa tak sedap hati. Aku berlari untuk naik ke rumah. “Mak Kecik..Mak Kecik”, panggil aku tapi tak ada jawapan. Aku mencari di dapur dan tengah rumah namun tiada kelibat Mak Kecik. Aku turun ke tanah menuju ke telaga tapi di situ juga Mak Kecik tiada. “Ke mana Mak Kecik ni? Rumah tak bertutup”, aku mula risau.


212 Aku menuju ke tangga rumah untuk melihat sebarang kesan jika ada tapi tanah di halaman rumah tok agak keras jika tak hujan. Aku naik ke rumah menuju ke dapur. Pinggan mangkuk dalam keadaan tersusun. Aku duduk di lambur sambil termenung. “Apa aku nak buat ni?” aku jadi buntu. Aku mengambil keputusan untuk menunggu sehingga petang, mungkin Mak Kecik ada pergi ke mana mana tapi terlupa menutup pintu. Tiba-tiba aku terfikir untuk mencari tudung yang biasa Mak Kecik letakkan semasa ada di rumah. Tudung itu elok sahaja tersangkut di dinding. Hati aku semakin berdebar-debar. Ada sesuatu yang tak elok telah berlaku kepada Mak Kecik. Aku duduk semula di lambur cuba menenangkan diri kerana hanya ketenangan akan membolehkan kita berfikir dengan waras dan bijak. “Aku balik rumah mak sekejap sahaja. Maknanya jika orang berniat buruk, orang itu mesti sudah sedia memerhati pergerakan kami. Tak mungkin orang ini melarikan Mak Kecik ikut jalan biasa. Jalan paling baik dan tiada orang adalah melalui hutan”, aku selusuri tempoh masa aku tinggalkan Mak Kecik. Aku bergegas bangun untuk mendapatkan kelengkapan aku. Aku mengambil keputusan untuk masuk ke hutan. Aku tutup semua tingkap dan kunci pintu rumah lalu bergerak laju ke arah hutan. Aku yakin jika ada orang melarikan Mak Kecik, pasti belum jauh lagi. Aku mula berlari dan kadang-kadang berhenti melihat jejak yang baru. Tiada kesan yang pelik tapi kata hati aku yakin ada ‘sesuatu’ yang menggunakan hutan ini. Tiba-tiba aku ternampak satu benda kecil berwarna kuning tersangkut di dahan pokok kecil. “Ini pengikat rambut Mak Kecik”, aku semakin berdebar. Aku teliti kesan tapak kaki yang ada di kawasan tersebut. Tapak kaki itu menuju ke arah barat hutan. Tapaknya kelihatan tenggelam, menandakan orang ini tengah memikul beban yang berat seperti sedang mendukung seseorang. Aku melajukan pergerakan aku. Walau di tengah hari, di dalam hutan ini cuaca adalah redup. Aku berhenti di satu tempat, aku jadi keliru. Kesan tapak kaki hilang. Aku pusing di sekeliling kawasan untuk mencari sebarang tanda tapi tiada. Aku semakin cemas tapi cuba bertenang. Aku pejamkan mata. “Ya Allah, aku mohon pertolonganMu”, aku berdoa dalam hati. Kemudian aku berbisik perlahan.


213 “Aki, Man ada masalah. Jika Man tak pulang ke rumah, aki tolong beritahu mak Man. Mak Kecik dalam bahaya”, aku berpesan melalui hati seperti yang diajar. Semoga Allah membantu hambaNya ini. Selepas berhenti solat, aku bergerak ke arah timur pula mengikut gerak hati aku yang pertama. Aku seperti berlari. Setakat pokok-pokok kecil, aku langgar sahaja. Semakin lama, aku semakin jauh ke dalam hutan. “Ini bukan jalan ke rumah arwah Aki Karim”, aku berkata dalam hati. Hari semakin petang tapi kelibat seseorang belum aku jumpa. Aku berhenti berehat di bawah sebatang pokok yang besar sambil mengesat keringat. Aku terduduk dalam keadaan mengangkat kedua lutut dengan tangan aku di letakkan atas lutut. Tangan aku guna untuk menongkat dagu. Aku lesu, sedih dan mati akal. Air mata aku menitis risaukan Mak Kecik. “La Ilaha Illa anta subhanaka inni kuntu minadzolimin”, doa aku dalam hati. Aku terlelap seketika tanpa aku sedar. Aku bermimpi seperti ditunjukkan satu jalan di dalam hutan. Ada tanda yang jelas kelihatan dalam mimpi aku. “Kau mulakan langkah ke kanan dan kau akan jumpa satu petunjuk”, bagai ada satu suara memberikan arahan. Aku terjaga tiba-tiba. Aku pandang sekeliling tapi aku masih berseorangan. Aku bingkas bangun dan bergerak ke arah kanan. Aku hanya mengikut gerak hati. Tiba-tiba dari jauh aku ternampak kesan pokok-pokok kecil seperti dipijak. Di atas tanah juga jelas kelihatan kesan tapak kaki yang agak baru kerana kesan itu masih lembab. Aku melajukan langkah aku. Aku dapat rasakan aku sudah tidak jauh dari sasaran aku. Suasana semakin gelap. Aku rasakan kali ini perjalanan aku amat jauh sekali meredah hutan tebal ini. Tibatiba aku berhenti bergerak. Dari celah-celah daun, aku ternampak sebuah pondok kecil. “Pondok siapa di tengah hutan tebal ni?” tanya aku dalam hati. Aku bergerak perlahan. Suasana semakin gelap. Aku susur melalui sebelah kiri kerana di situ agak terlindung. Buat seketika aku hanya mampu mengintai sahaja. Aku perlu pastikan siapa tuan empunya pondok itu dan adakah Mak Kecik turut berada di dalamnya. Aku bergerak berhati-hati. Aku perlukan bukti jika aku perlu bertindak. Agak lama aku hanya mampu menunggu di dalam semak. Pondok itu mula diterangi api pelita. Tiba-tiba keluar seorang lelaki dari dalam pondok untuk menyalakan pelita buluh di luar pondok. Menyala sahaja


214 pelita buluh, aku dapat mengenali wajah lelaki itu dengan jelas. Atet rupanya. Lehernya berpusing melihat sekeliling seolah- olah menghidu sesuatu. Aku berharap Atet tak tahu kehadiran aku. Sekarang aku perlu pastikan Mak Kecik aku berada di dalam pondok. Aku bergerak menghampiri pondoknya ketika Atet masuk ke dalam. Aku kini berada betul-betul di tepi dinding. Dari celah lubang dinding, aku mencari jika ada kelibat Mak Kecik. Cahaya pelita yang samar menyukarkan pandangan. “Mana Atet?” aku tertanya tanya dalam hati. Aku melihat lagi dari celah dinding. Jika Mak Kecik tiada, aku akan tinggalkan kawasan ini, itu keputusan aku. Aku tak mahu bertarung dengan Atet tanpa sebab yang kukuh. Di satu penjuru, aku ternampak satu susuk tubuh yang sedang terikat tangan dan ditutup mukanya. Aku cuba mengingati pakaian terakhir yang Mak Kecik pakai tengah hari tadi. Baju kuning dan seluar hitam, sama dengan orang yang terikat. Sah, itu Mak Kecik aku. Api kemarahan aku mula meluap-luap. Aku baru nak melangkah tiba-tiba aku terasa ada satu pergerakan dari belakang aku. Aku mengelak serta merta apabila ada kaki yang cuba menyepak aku. Atet berdiri tak jauh dari aku. “Kau lagi budak kecil. Memang hebat ilmu kau tapi sayang kali ini guru kau tak ada untuk menolong kau”, ketawa Atet. “Kau lepaskan mak saudara aku sekarang sebelum aku amuk”, kemarahan aku semakin memuncak. Atet ketawa. “Mak saudara kau tu kena ganti tempat belaan aku yang kau dah bunuh. Aku akan bunuh dia dan nanti aku puja semula”, kata Atet. “Kau memang celaka”, jerit aku. Aku memang marah bila mendengar kata-katanya. “Kemarahan akan menjadikan kau lalai dan hilang pertimbangan”, aku teringat pesan Aki Lela. Aku beristighfar. “A’uzubilla himinasyaitonirrajim, Allahhumagfirli zanbi wazhab ghaizha qalbi wa ajirni minassyaitonnirrojin”, aku menarik nafas panjang dan lepaskan. Atet sedang bermain dengan emosi aku. Aku menyerang Atet dengan hatihati, dia bukan sebarangan orang. Kami berbalas tumbukan dan sepakan tapi setakat ini belum mengenai sasaran. Atet keluarkan satu senjata pelik dari belakangnya. Parang yang mempunyai mata di dua belah dan bermata seperti


215 gergaji. Aku perlu berhati-hati tapi aku tak takut. Aku hanya nekad untuk selamatkan Mak Kecik aku. Itu sahaja yang aku ingat. Atet menyerang aku membabi buta. Parangnya bersimpang siur di hadapan aku. Mata aku tak berkelip melihat hayunan parangnya. Mulut Atet tak berhenti-henti membaca jampi serampah dan aku hanya berdoa mohon perlindungan dengan Allah. Satu sepakan Atet hampir kena perut aku tapi aku sempat menepis kakinya. Atet berdiri tegak. Tangannya didepakan dan kali ini dari hujung tangannya keluar kuku-kuku yang panjang dan tajam. Dia menyerang aku sekali lagi.Jika tubuh aku terkena parang atau kukunya, memang aku tak ada harapan lagi untuk menyelamatkan Mak Kecik. Aku terpaksa berundur sedikit untuk mengelak serangannya. Atet semakin menampakan kemarahannya. Mungkin sikapnya yang memandang rendah terhadap aku mula memakan dirinya. Orang yang tak sabar akan melakukan kesilapan, itulah yang aku sematkan dalam fikiran aku. Aku bertahan sedaya mungkin sambil menunggu peluang untuk bertindak balas. Sekali-sekala belakang tangan aku berjaya menampar mukanya tapi tidak memberi kesan. Akhirnya aku yang tersilap langkah. Satu cakaran kukunya berjaya lukakan bahu kiri aku hingga menerbitkan rasa pedih dan sakit seolah- olah ada bisa dikukunya itu. Aku berundur dua tiga langkah sambil menjeling ke arah bahu aku. Darah mula menitis. Lengan pendek yang aku pakai menampakan luka yang panjang. Aku genggam tanah dan menampalnya ke bahu aku tapi mata aku tak lari dari memandang ke arah Atet. Atet ketawa. “Sekejap lagi kepala kau akan pening, mata kau akan jadi hampir buta. Kau tak akan mampu berdiri lagi”, kata Atet. “Dia cuba nak matikan semangat aku”, bisik hati aku. “Nampaknya Mat Lela akan kehilangan cucu kesayangan dia”, Atet ketawa lagi. Tak lama kemudian, memang benar kepala aku mula menjadi pening dan penglihatan aku semakin kelabu. Aku gagahkan diri untuk berdiri. Aku membaca surah Al Fiil dan bila sampai di ayat, “Faja alahum ka asfim makkum”, aku ulang tiga kali sambil meniup ke pada luka aku. “Ya Allah, semoga dihilangkan bisa racun ini”, doa aku dalam hati. Aku semakin lemah dan dengan pandangan yang semakin kabur, aku nampak Atet melompat tinggi ke arah aku.


Bisa - PCM -JILID 2

Enter your Authorization ID to access.

Enter
Click to View FlipBook Version