The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Latihan Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azurah309, 2024-06-10 11:36:50

MODUL LATIHAN KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH RENDAH

Modul Latihan Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah

Kandungan Modul kata aluan 2 ketua pengarah kesihatan kementerian kesihatan malaysia kata aluan 3 ketua pengarah pelajaran kementerian pelajaran malaysia pengenalan 4 panduan menggunakan 7 modul ikrar dan lagu 9 doktor muda SKOP 1 10 doktor muda SKOP 2 26 amalan kebersihan diri dan penjagaan kesihatan mata SKOP 3 40 amalan kebersihan persekitaran SKOP 4 48 amalan kesihatan pergigian SKOP 5 54 minda sihat SKOP 6 72 mencegah penyakit semasa SKOP 7 86 rawatan pertolongan cemas dan rawatan ringan SKOP 8 106 amalan makan yang sihat dan selamat SKOP 9 124 cara hidup yang sihat SKOP 10 140 persediaan ke alam remaja SKOP 11 146 kenali ubat anda SKOP 12 156 nilai-nilai murni file Dr. Muda new 2012.indd 1 15/12/2012 2:47:17 AM


MODUL LATIHAN KELAB DOKTOR MUDA (Edisi 4) Modul Latihan Kelab Doktor Muda (Edisi 4) ini merupakan penambahbaikan kepada Modul Latihan Kelab Doktor Muda (Edisi 3) yang diterbitkan pada tahun 2007. Penambahbaikan dibuat bagi kandungan modul, penambahan maklumat baru serta penambahan bahan bantu mengajar. © Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia file Dr. Muda new 2012.indd 2 15/12/2012 2:47:18 AM


Program Doktor Muda melalui penubuhan Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah merupakan antara usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memperkenal dan menggalakkan amalan kesihatan yang baik dalam kalangan murid sekolah. Program yang berpusat di sekolah ini bermatlamat untuk melahirkan murid yang sihat, cergas dan cerdas. Program yang mula diperkenalkan pada tahun 1989 terus berkembang. Pengiktirafan Program Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti kokurikulum oleh Kementerian Pelajaran Malaysia amat berharga untuk merealisasikan hasrat Negara melahirkan masyarakat yang sihat. Modul Latihan Kelab Doktor Muda edisi empat merupakan penambahbaikan terhadap isi kandungan yang dibuat selaras dengan keperluan semasa dan mengambil kira kehendak keluarga dan masyarakat. Selain daripada itu ia dibuat berdasarkan maklumbalas daripada guru. Penambahan yang dibuat adalah terhadap skop sediada di samping menambah skop baru iaitu Kenali Ubat Anda dan Nilai-Nilai Murni. Saya berharap agar guru menggunakan modul ini dengan cara yang berkesan dan dapat mencapai matlamat. Dengan cara ini kita yakin bahawa Kelab Doktor Muda dapat menarik minat penyertaan murid ke arah mencapai matlamat yang digariskan. Doktor Muda, Rakan Kesihatan Anda. Sekian, Terima Kasih. DATO’ SRI DR. HASAN B. ABDUL RAHMAN Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia 2 KATA ALUAN KETUA PENGARAH KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA file Dr. Muda new 2012.indd 3 12/20/12 2:33 PM


Tahniah, diucapkan kepada Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia atas usaha menerbitkan Modul Latihan Kelab Doktor Muda Edisi Empat. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa menyokong usaha menerapkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan dalam kalangan murid sekolah rendah. Usaha tersebut akan dapat meningkatkan taraf kesihatan diri mereka, rakan sebaya, warga sekolah dan ahli keluarga. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengiktiraf Kelab Doktor Muda sebagai aktiviti kokurikulum pada tahun 2006 sebagai usaha utama menekankan aspek kesihatan. Pengiktirafan ini akan menggalakkan lebih banyak sekolah menubuhkannya. Dengan menjadikan Kelab Doktor Muda sebagai aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah rendah, diharapkan lebih ramai murid dan warga sekolah untuk sentiasa membudayakan amalan hidup sihat. Di samping itu, program ini berupaya membantu mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2035 yang menggariskan sistem pendidikan yang komited untuk membangunkan murid secara menyeluruh. Kurikulum sekolah yang digubal merupakan satu usaha berterusan bagi membangunkan anak-anak secara menyeluruh, merangkumi pelbagai dimensi iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program dan inisiatif yang membangunkan komponen bukan akademik dilaksanakan di luar bilik darjah menerusi aktiviti kokurikulum. Saya yakin program seperti ini mampu melahirkan modul insan yang berilmu, berkemahiran, berakhlak mulia, sihat dan berketrampilan. Harapan saya Program Doktor Muda ini dapat terus berkembang dan menjadi contoh kepada aktiviti kokurikulum lain. SELAMAT MAJU JAYA Y. BHG. TAN SRI ABD. GHAFAR B. MAHMUD Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia KATA ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 3 file Dr. Muda new 2012.indd 4 12/20/12 2:33 PM


Program Doktor Muda adalah satu program mempromosikan kesihatan murid sekolah rendah melalui konsep empowerment. Program yang berpusat di sekolah (schoolbased programme) ini bermatlamat melahirkan sekumpulan murid yang mementing dan mengutamakan kesihatan serta berperanan sebagai agen mempromosikan kesihatan yang baik untuk rakan-rakan sebaya, masyarakat sekolah serta ahli keluarga. Doktor Muda adalah sekumpulan murid yang dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Murid ini kemudian dilatih dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam beberapa aspek kesihatan yang relevan berdasarkan kepada Modul Latihan Kelab Doktor Muda. Seterusnya murid ini akan bertindak sebagai pembimbing rakan sebaya atau agen perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan. Program ini yang berlandaskan kepada konsep dan strategi promosi kesihatan adalah sejajar dengan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) yang telah dilaksanakan. Sehubungan itu program ini amat sesuai dan bertepatan sekali sebagai salah satu pakej di bawah PBSS. Program ini juga merupakan perkongsian bijak (smart partnership) antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan sokongan agensi lain. Ini selaras dengan kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia yang menekankan kepada konsep persepakatan dalam perkhidmatan kesihatan. Program Doktor Muda yang berkonsepkan “Dari Pelajar, Untuk Pelajar, Kepada Pelajar” merupakan satu pendekatan proaktif yang perlu dilaksanakan di sekolah rendah yang mempunyai masalah kesihatan tertentu bagi mencapai hasrat melahirkan murid yang sihat, cergas dan cerdas kerana murid adalah aset yang penting serta pewaris masa depan negara. Pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang baik penting untuk membantu individu dan masyarakat mencapai status kesihatan yang optimum. Aspek ini perlu dipupuk di peringkat awal kanak-kanak lagi umpama pepatah Melayu “Jika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya”. PENGENALAN 4 4 file Dr. Muda new 2012.indd 5 15/12/2012 2:47:19 AM


OBJEKTIF Objektif program ini adalah untuk memperkasa murid-murid sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran kesihatan supaya mereka dapat meningkatkan taraf kesihatan diri dan rakan-rakan mereka serta untuk : • Membolehkan murid membantu diri sendiri, rakan dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat. • Membolehkan murid menjadi pembimbing dan contoh (role model) ke arah amalan hidup sihat. • Membolehkan murid membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah. • Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan murid. • Menggalakkan ibu bapa / penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan murid. • Meningkatkan usahasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pelajaran dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik dalam kalangan murid. STRATEGI Sehubungan itu bagi mencapai objektif yang telah ditentukan, beberapa strategi program telah digariskan iaitu : • Menggunakan konsep perkongsian bijak antara Jabatan Kesihatan, Jabatan Pelajaran dengan sokongan pihak sekolah, ibu bapa / penjaga, agensi kerajaan lain, sektor swasta dan badan-badan bukan kerajaan. • Membentuk jawatankuasa di peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah dan Sekolah untuk tujuan penyelarasan aktiviti. • Memilih murid berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. • Meningkatkan pengetahuan dan membina kemahiran kesihatan murid yang dipilih melalui latihan yang fleksibel menggunakan modul yang disediakan. • Melaksanakan program secara berpusat di sekolah (school-based) secara berperingkat berdasarkan sumber sedia ada. • Menggunakan pendekatan Pembimbing Rakan Sebaya dalam aktiviti pendidikan yang dilaksanakan oleh murid terpilih. 5 file Dr. Muda new 2012.indd 6 15/12/2012 2:47:19 AM


LATIHAN Latihan dilaksanakan bagi tujuan meningkatkan pengetahuan dan membina kemahiran Doktor Muda untuk membolehkan mereka melaksanakan aktiviti. Latihan dijalankan di sekolah dan dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada guru-guru dan anggota kesihatan yang telah diberi latihan terlebih dahulu. AKTIVITI Aktiviti yang dijalankan oleh Doktor Muda adalah sejajar dengan peranan penting yang dimainkan dalam membantu mempromosikan kesihatan di sekolah, antaranya adalah: • Membimbing ke arah cara hidup sihat. • Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat. • Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti perkhidmatan kesihatan yang dijalankan di sekolah. • Pemberitahuan masalah kesihatan. • Merawat kecederaan ringan. • Mencatat aktiviti yang dijalankan ke dalam buku laporan. • Menyertai / membantu kempen-kempen serta sambutan Hari-Hari Khas Kesihatan di sekolah. • Menyertai dan melibatkan diri dalam Konvensyen Doktor Muda. • Menyertai lawatan ke kemudahan-kemudahan kesihatan. • Menganjurkan aktiviti berbentuk pertandingan seperti kuiz, melukis, mengarang dan berpidato yang boleh meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang kesihatan dalam kalangan pelajar. • Menganjurkan kempen-kempen kesihatan. 6 file Dr. Muda new 2012.indd 7 15/12/2012 2:47:20 AM


PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL TUJUAN Modul ini disediakan untuk melatih pembimbing / fasilitator Kelab Doktor Muda. Mereka terdiri daripada anggota kesihatan, guru dan pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri. KANDUNGAN MODUL • Modul ini mengandungi 12 skop yang meliputi aspek-aspek kesihatan yang relevan dengan kesihatan murid di sekolah rendah. • Setiap unit disediakan mengikut tajuk-tajuk kecil yang seragam iaitu terdiri daripada Pengenalan, Objektif, Isi Penting, Kandungan, Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran, Sumber serta Penilaian. • Penyusunanskopadalahberdasarkankepadakeutamaan/ kepentingankesihatan pelajar. • Unit-unit dalam skop perlu diberi keutamaan dalam latihan Doktor Muda oleh fasilitator. Langkah-langkah Menggunakan Modul • Fasilitator perlu membaca dengan teliti setiap unit modul. • Fasilitatorperlu memberiperhatian kepadasetiapobjektif yangdisenaraikandalam setiap unit. Objektif tersebut merupakan hasil yang seharusnya dicapai pada akhir sesi pengajaran. • Isi penting untuk setiap unit turut disenaraikan bagi mencapai objektif. Bagi mendapatkan maklumat lanjut isi penting, fasilitator boleh merujuk kepada kandungan yang disediakan. • Seboleh-bolehnya setiap fasilitator perlu mengikuti aktiviti pengajaran yang telah disenaraikan. • Sesetengah aktiviti pengajaran memerlukan fasilitator membuat perancangan awal. • Strategi pengajaran yang akan digunakan perlulah sesuai dengan kebolehan dan kemampuan murid. • Tumpuan hendaklah diberikan untuk membolehkan murid memahami konsep dan membentuk kemahiran yang diperlukan. 7 file Dr. Muda new 2012.indd 8 15/12/2012 2:47:20 AM


KRITERIA PEMBIMBING / FASILITATOR • Fasilitator perlulah mewujudkan keadaan yang kondusif semasa mengendalikan sesi pengajaran. • Fasilitator perlu mahir tentang tajuk serta isi kandungan setiap unit yang hendak disampaikan. • Fasilitator perlu menyampaikan mesej dengan tepat dan ringkas serta menggunakan bahasa yang mudah difahami. • Fasilitator perlu menarik minat Doktor Muda tentang topik yang disampaikan. 8 file Dr. Muda new 2012.indd 9 15/12/2012 2:47:20 AM


Kami Doktor Muda berikrar Bahawasanya kami akan sentiasa Melaksanakan peranan dengan efektif Berdisiplin dan berakhlak mulia Berusaha menimba ilmu Menjaga kesihatan diri Membina hubungan secara positif Menjauhkan diri dari sikap negatif Menghormati insan lain dan Mengamalkan prinsip rukun negara Puan Noor Aini Hj. Zakaria Guru Kaunseling SMK Bukit Rangin 25150 Kuantan PAHANG IKRAR DOKTOR MUDA Kamilah Doktor Muda Memberi khidmat menabur jasa Bantu rakan semua Jaga kesihatan hidup bermakna Mari rakan semua Berkongsi ilmu menjana minda Otak cergas kesihatan terjaga Sejahtera hidup selamanya Korus Usah buang masa lagi Bersamalah kita berpadu usaha Kesihatan diri fokus utama Hubungan mesra hidup ceria Harga diri terpelihara Maju bangsa maju negara Jangan leka, berubah segera Cergas ke arah jaya (Ulang Korus) Baris Akhir : Diri cemerlang hidup sempurna Lirik & Melodi : Puan Noor Aini Hj. Zakaria Guru Kaunseling SMK Bukit Rangin 25150 Kuantan PAHANG LAGU DOKTOR MUDA 9 file Dr. Muda new 2012.indd 10 15/12/2012 2:47:21 AM


SKOP 1 Unit 1 : Saya Doktor Muda Unit 2 : Mengenali Kemudahan Kesihatan Unit 3 : Menyampaikan Mesej Kepada Rakan dan Keluarga DOKTOR MUDA UNIT 1 : SAYA DOKTOR MUDA PENGENALAN Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada definisi, peranan, aktiviti dan merekod aktiviti Doktor Muda. Penglibatan guru dan Doktor Muda secara aktif sangat penting bagi menentukan kejayaan program ini. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menerangkan definisi Doktor Muda. 2. Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab Doktor Muda. 3. Menyenaraikan aktiviti Doktor Muda. 4. Mengetahui cara mencatat aktiviti dalam Buku Catatan Aktiviti Harian dan Buku Catatan Aktiviti Doktor Muda Sekolah ISI PENTING 1. Definisi Doktor Muda. 2. Peranan dan tanggungjawab Doktor Muda. 3. Aktiviti Doktor Muda. 4. Keperluan dan kepentingan mencatat aktiviti dalam buku catatan. KANDUNGAN 1. Definisi Doktor Muda Doktor Muda adalah murid yang dipilih oleh guru berdasarkan ciri-ciri tertentu dan kemudiannya diberi latihan dari segi pengetahuan dan kemahiran berdasarkan Modul Latihan Kelab Doktor Muda. Mereka bertindak sebagai agen perubahan pengetahuan, sikap dan tingkah laku kesihatan untuk diri sendiri, rakan, keluarga dan masyarakat dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan. 10 SKOP 1 file Dr. Muda new 2012.indd 11 15/12/2012 2:47:22 AM


2. Peranan dan Tanggungjawab Doktor Muda • Mempromosikan amalan kesihatan yang baik dalam kalangan rakan, anggota keluarga dan masyarakat. • Mendorong rakan supaya menjaga kebersihan diri, bersikap positif dan bertingkahlaku sihat. • Menjalankan pemeriksaan kebersihan diri dalam kalangan semua murid. • Bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran sekolah. • Membantu anggota kesihatan menjalankan aktiviti kesihatan. 3. Aktiviti Doktor Muda 3.1 Di Sekolah • Pemeriksaan kebersihan rambut dan telinga. • Pemeriksaan kuku jari dan kaki. • Pengukuran tinggi. • Penimbangan berat badan. • Pemeriksaan ketajaman penglihatan (Carta Snellen). • Pemeriksaan gigi. • Pemeriksaan kebersihan pakaian sekolah. • Memeriksa dan memastikan kotak pertolongan cemas sentiasa lengkap. • Menyampaikan mesej kesihatan kepada rakan (Contoh: memberi ceramah, nasihat individu, kerja berkumpulan, demonstrasi, pameran). • Melaporkan kejadian demam, muntah, cirit-birit, luka dan masalah kesihatan murid kepada guru kesihatan. • Menjaga kebersihan sekolah dan kawasan sekitar bersama murid lain (contohnya: kantin, tandas, bilik darjah dan padang). • Mengesan dan memberi bantuan awal masalah kesihatan atau kecederaan ringan seperti luka atau calar. • Menghadiri sesi perjumpaan bersama anggota kesihatan dan ibu bapa. 3.2 Di Rumah dan Komuniti • Menyampaikan mesej kesihatan kepada rakan (Contoh: memberi nasihat individu, bercerita, kerja berkumpulan, demonstrasi dan pameran). • Membantu ahli keluarga dan masyarakat menjalankan aktiviti gotongroyong. • Menggalakkan ahli keluarga dan masyarakat menjaga kebersihan diri dan persekitaran. • Memaklumkan / melaporkan kejadian demam, muntah, cirit-birit dan masalah kesihatan ahli keluarga dan masyarakat kepada anggota kesihatan berhampiran. 11 file Dr. Muda new 2012.indd 12 15/12/2012 2:47:23 AM


SKOP 1 4. Keperluan dan Kepentingan Mencatat Aktiviti dalam Buku Catatan. 4.1 Keperluan : • Buku Catatan Aktiviti Harian perlu dibekalkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri kepada setiap Doktor Muda. • Buku Catatan Aktiviti Doktor Muda Sekolah dibekalkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri kepada setiap Sekolah Doktor Muda dan perlu ditempatkan di Bilik Doktor Muda atau disimpan oleh guru penasihat. 4.2 Kepentingan : • Guru dapat mengenal pasti masalah kesihatan dan menilai tahap kebersihan diri murid. • Merupakan salah satu instrumen pemarkahan Penilaian Kompetensi Doktor Muda. • Rasional pemilihan Tokoh Doktor Muda. • Memudahkan guru penasihat membuat pemantauan aktiviti Kelab Doktor Muda. • Memastikan agihan tugas adil dan sama-rata dalam kalangan Doktor Muda. • Boleh menilai sekolah yang aktif dan tidak aktif dalam aktiviti Doktor Muda. • Boleh mencatat rumusan tahap kebersihan persekitaran sekolah. • Boleh menjelaskan peranan ahli Kelab Doktor Muda di sekolah. • Sebagai platform / ruang Doktor Muda memberi cadangan untuk meningkatkan lagi kesihatan murid, kebersihan bilik darjah dan sekolah. 4.3Kandungan : a. Buku Catatan Aktiviti Harian - Jenis aktiviti - Tarikh - Tempat aktiviti dilaksanakan - Bilangan rakan sebaya terlibat - Cadangan / Tindakan daripada aktiviti - Pengesahan guru penasihat dan tandatangan ibubaapa / penjaga b. Buku Catatan Aktiviti Doktor Muda Sekolah - Jenis aktiviti - Tarikh - Tempat aktiviti dilaksanakan - Bilangan rakan sebaya terlibat - Cadangan / Tindakan daripada aktiviti - Pengesahan guru penasihat 12 file Dr. Muda new 2012.indd 13 15/12/2012 2:47:23 AM


c. Cara Mencatat: i. Buku Catatan Aktiviti Harian Doktor Muda perlu mencatat setiap aktiviti yang dilaksanakan (termasuk aktiviti di bilik darjah) mengikut jenis aktiviti setiap kali dijalankan. Doktor Muda perlu mendapatkan pengesahan daripada guru penasihat bagi setiap aktiviti yang dijalankan pada penghujung bulan. Doktor Muda boleh menggunakan buku catatan aktiviti harian yang sama bagi mencatat tingkah laku sihat dan tidak sihat yang diamalkan oleh ahli keluarga dan masyarakat. ii. Buku Catatan Aktiviti Doktor Muda Sekolah Doktor Muda perlu mencatat setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah mengikut jenis aktiviti setiap kali selepas aktiviti dijalankan. Doktor Muda perlu mendapatkan pengesahan daripada guru yang berada di kawasan di mana aktiviti dijalankan atau mendapatkan pengesahan dari guru Penasihat Kelab Doktor Muda. 13 file Dr. Muda new 2012.indd 14 15/12/2012 2:47:24 AM


SKOP 1 14 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : TAYANGAN VIDEO ‘SAYA DOKTOR MUDA’ A. Cara Pelaksanaan 1. Guru akan menayangkan video Saya Doktor Muda. 2. Guru memilih beberapa orang pelajar untuk menerangkan semula kandungan video yang ditayangkan. 3. Guru menerangkan kembali maksud, peranan dan tugas Doktor Muda. B. Sumber • Video Saya Doktor Muda C. Masa • 30 Minit D. Penilaian • Soal Jawab AKTIVITI 2 : BUKU CATATAN DOKTOR MUDA A. Cara Pelaksanaan 1. Guru mengedarkan Buku Catatan Aktiviti Harian dan Buku Catatan Aktiviti Doktor Muda Sekolah kepada semua Doktor Muda. 2. Guru menerangkan cara mengisi kedua-dua buku tersebut dengan betul. 3. Doktor Muda menulis satu contoh aktiviti dalam Buku Catatan Aktiviti Harian dan Buku Catatan Aktiviti Doktor Muda Sekolah. B. Sumber • Buku Catatan Aktiviti Harian • Buku Catatan Aktiviti Doktor Muda Sekolah. C. Masa • 20 Minit D. Penilaian • Soal Jawab file Dr. Muda new 2012.indd 15 15/12/2012 2:47:25 AM


15 UNIT 2 : MENGENALI KEMUDAHAN KESIHATAN PENGENALAN Unit ini memberi pendedahan kepada Doktor Muda tentang kemudahan dan fungsi perkhidmatan perubatan, kesihatan, pergigian dan farmasi. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menerangkan perbezaan di antara kemudahan dan perkhidmatan perubatan (Hospital), kesihatan, pergigian dan farmasi. 2. Menyenaraikan perkhidmatan yang disediakan : • Hospital • Kesihatan o Pejabat Kesihatan Daerah o Klinik Kesihatan o Klinik Desa o Klinik 1 Malaysia o Klinik Bergerak o Klinik Bergerak 1 Malaysia • Pergigian • Farmasi ISI PENTING 1. Peranan dan perkhidmatan : a. Hospital b. Kesihatan o Pejabat Kesihatan Daerah o Klinik Kesihatan o Klinik Desa o Klinik 1 Malaysia o Klinik Bergerak o Klinik Bergerak 1 Malaysia c. Pergigian d. Farmasi KANDUNGAN 1. Peranan dan Perkhidmatan Perubatan (Hospital) Perkhidmatan perubatan menyediakan rawatan dan pemulihan kepada pesakit mengikut skop rawatan. Hospital diketuai oleh seorang Pengarah. file Dr. Muda new 2012.indd 16 15/12/2012 2:47:25 AM


SKOP 1 Antara perkhidmatan yang disediakan di hospital ialah: a. Rawatan Pesakit Luar : • Kecemasan dan Trauma (Emergency Department). • Klinik Pakar (Antaranya: Perubatan, Pediatrik, Pembedahan, Ortopedik Pergigian, Perbidanan & Sakit Puan, Mata, Telinga, Hidung serta Tekak, dan Psikiatri) b. Rawatan Pesakit Dalam Wad • Perubatan • Pembedahan • Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) • Perbidanan dan Sakit Puan (O&G @ Obstetric and Gyneacology) • Ortopedik (Tulang) • Telinga, Hidung dan Tekak (Otorinolaringology). • Mata (Ophthalmology) • Psikiatrik dan Kesihatan Mental. • Rawatan Rapi (ICU @ Intensive Care Unit) • Rawatan Jantung (CCU @ Cardiac Care Unit) • Rawatan Rapi Neonatal (NICU @ Neonatal Intensive Care Unit) c. Dewan Bedah d. Pendidikan Pesakit e. Farmasi f. Patologi (Makmal Perubatan) g. Radiologi (x-ray) h. Tabung Darah i. Fisioterapi dan Rawatan Cara Kerja j. Kerja Sosial Perubatan k. Dietetik l. Hemodialisis m. Pengurusan 2. Peranan dan Perkhidmatan Kesihatan 2.1 Pejabat Kesihatan Daerah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) diketuai oleh Pegawai Kesihatan Daerah dan berperanan untuk melaksanakan program kesihatan seperti berikut: a. Menyediakan perkhidmatan perubatan, pergigian dan farmasi. b. Menjalankan perkhidmatan promosi kesihatan. c. Mencegah dan mengawal penyakit. d. Menjaga kesihatan masyarakat. Perkhidmatan yang terdapat di PKD ialah: o Pembangunan Kesihatan Keluarga o Kesihatan Primer (Pesakit Luar) o Pemakanan 16 file Dr. Muda new 2012.indd 17 15/12/2012 2:47:26 AM


o Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC @ Communicable Disease Control) o Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) o Keselamatan dan Kualiti Makanan (KMM) o Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS) o Kawalan Mutu Air Minum (KMAM) o Kawalan Penyakit Bawaan Vektor (KPBV) o Promosi Kesihatan o Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekitar (BAKAS) o Inspektorat dan Perundangan (UIP) o Farmasi o Pengurusan 2.2 Klinik Kesihatan Klinik Kesihatan ialah salah satu fasiliti kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang menjadi titik permulaan (first point of contact) masyarakat untuk memperolehi perkhidmatan penjagaan kesihatan asas. Di bawah Klinik Kesihatan terdapat beberapa Klinik Desa. Klinik Kesihatan diketuai oleh Pegawai Pentadbir Perubatan. Perkhidmatan Dan Aktiviti Klinik Kesihatan Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif meliputi aspek promosi, pencegahan, rawatan dan pemulihan (rehabilitasi) bagi semua peringkat umur dari dalam kandungan hingga akhir hayat . 17 KLINIK KESIHATAN Perkhidmatan Sokongan Am dan Klinikal Kesihatan Antenatal & Postnatal Kawalan Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit Kesihatan Kanak-kanak Klinik 1Malaysia Kem Kesihatan BAKAS & VEKTOR Harm Reduction Depo Tahanan Sementara Klinik PLKN Bergerak Kesihatan Sekolah Kesihatan Mental Dalam Komuniti Pra Hospital Ambulans & Kecemasan Kesihatan Pekerjaan Warga Sihat Remaja Dewasa Warga Emas Lawatan & Jagaan Di Rumah Kesihatan Pergigian Rawatan & Prosedur Pendidikan Kesihatan Rehabilitasi Kaunseling Pemakanan dan Dietetik Notifikasi Dokumentasi Saringan dan intervensi risiko Rawatan Tindak Susul Rujukan Aktiviti-aktiviti Perkhidmatan Pengimejan Diagnostik Farmasi Pentadbiran Patalogi file Dr. Muda new 2012.indd 18 15/12/2012 2:47:27 AM


SKOP 1 2.3 Klinik Desa Klinik Desa diwujudkan untuk menyedia perkhidmatan kesihatan kepada penduduk berkaitan penjagaan kesihatan ibu dan anak, rawatan pesakit luar dan lawatan ke rumah. Klinik Desa menempatkan jururawat masyarakat (JM) dan juga Penolong Pegawai Perubatan. Perkhidmatan dan Aktiviti : o Perkhidmatan rawatan ringan o Perkhidmatan penjagaan ibu mengandung (Ante natal) o Perkhidmatan penjagaan selepas bersalin (Post natal) o Perkhidmatan imunisasi 2.4 Klinik Bergerak / Klinik Bergerak 1 Malaysia (KB1M) Klinik Bergerak 1 Malaysia diwujudkan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kawasan luar bandar yang jauh daripada kemudahan kesihatan statik sedia ada seperti di kawasan ladang, kampung tradisional dan penempatan orang asli. Perkhidmatan dan Aktiviti : o Rawatan pesakit luar termasuk rawatan kecemasan o Penjagaan kesihatan ibu dan anak (antenatal, postnatal, imunisasi, perancang keluarga) o Saringan dan intervensi risiko kesihatan o Rawatan susulan kes penyakit akut (jika perlu) dan penyakit kronik o Rujukan kes (jika perlu) o Melakukan prosedur rawatan ringan o Notifikasi (makluman) penyakit berjangkit o Ujian makmal asas o Farmasi 2.5 Klinik 1 Malaysia Klinik 1 Malaysia merupakan satu premis kesihatan yang ditempatkan berdekatan dengan kawasan perumahan di bandar yang terpilih dan mudah dikunjungi oleh penduduk setempat. Ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan dan membantu meningkatkan tahap kesihatan rakyat. Klinik 1 Malaysia diwujudkan di kawasan bandar bertujuan untuk meringankan beban masyarakat bandar mendapat rawatan, khususnya mereka yang berpendapatan rendah. 18 file Dr. Muda new 2012.indd 19 15/12/2012 2:47:28 AM


Perkhidmatan dan Aktiviti : • Perkhidmatan rawatan ringan (contoh: demam, selsema, batuk dan penyakitpenyakit ringan yang lain). • Rawatan susulan kes penyakit kronik yang stabil dan terkawal (contoh: diabetes, darah tinggi dan asma). • Melakukan prosedur rawatan ringan (mencuci luka dan membuka jahitan). • Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit (contoh: denggi, kolera, keracunan makanan dan sebagainya). • Menstabilkan pesakit sebelum dirujuk ke hospital berdekatan bagi kes kecemasan. • Memberi khidmat nasihat dan pendidikan kepada pesakit. 2.6 Peranan dan Perkhidmatan Pergigian Perkhidmatan pergigian bertujuan meningkatkan tahap kesihatan oral melalui perkhidmatan pencegahan, promosi, kuratif dan rehabilitatif. Perkhidmatan ini boleh diperolehi di Klinik Pergigian Besar, Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan, Klinik Pergigian Sekolah, Klinik Pergigian Bergerak, Pasukan Pra-sekolah dan Klinik Pergigian Pakar. Perkhidmatan dan Aktiviti : a. Perkhidmatan kesihatan pergigian asas : • Pemfluoridan bekalan air • Promosi kesihatan pergigian • Program-program untuk murid sekolah, murid prasekolah dan ibu mengandung • Perkhidmatan pesakit luar b. Penjagaan kesihatan pergigian pakar : • Ortodontik • Periodontik • Pembedahan mulut • Pediatrik Pergigian • Perubatan / patologi mulut c. Perkhidmatan rawatan pergigian yang disediakan di klinik pergigian: • Tampalan gigi • Cabutan gigi • Penskaleran dan penggilapan • Rawatan endodontik (salur akar gigi) • Sealan fisur • Pembuatan dentur (gigi palsu) • Rujukan untuk rawatan pakar seperti rawatan ortodontik, periodontik dan pembedahan mulut 19 file Dr. Muda new 2012.indd 20 15/12/2012 2:47:28 AM


SKOP 1 2.7 Fungsi, Peranan dan Perkhidmatan Farmasi Perkhidmatan farmasi terdapat di hospital dan klinik kesihatan. Peranan utama perkhidmatan farmasi ialah memberikan perkhidmatan pembekalan / pengagihan ubat-ubatan serta kaunseling kepada pesakit dan pelanggan. Pegawai yang memberi perkhidmatan farmasi dikenali sebagai Pegawai Farmasi. Perkhidmatan dan aktiviti: a. Farmasi Pesakit Luar • Pegawai Farmasi akan memeriksa kesesuaian ubat pesakit sebelum dibekalkan kepada pesakit. b. Kaunseling Ubat-ubatan • Pegawai Farmasi akan memberitahu pesakit berkenaan fungsi ubat, cara pengambilan dan cara penyimpanan ubat yang betul. c. Stor Ubat • Pegawai Farmasi akan menguruskan perolehan dan pembekalan ubat ubatan di hospital dan klinik kesihatan. d. Bekalan Wad Farmasi • Pegawai Farmasi akan membekalkan ubat yang bersesuaian kepada pesakit yang berada di dalam wad. e. Farmasi Klinikal • Pegawai Farmasi akan memberi cadangan / maklumat ubat kepada doktor semasa doktor merawat pesakit di dalam wad. f. Pendidikan Pengguna • Pegawai Farmasi akan memberi pendidikan penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti kepada orang awam. 20 file Dr. Muda new 2012.indd 21 15/12/2012 2:47:29 AM


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : KENALI KEMUDAHAN KESIHATAN A. Cara Pelaksanaan 1. Guru akan menayangkan Video ‘Kenali Kemudahan Kesihatan’. 2. Sesi soal jawab antara guru dan murid. 3. Doktor Muda membuat rumusan mengenai perkhidmatan kesihatan yang disediakan. B. Sumber • Video Kenali Kemudahan Kesihatan C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Soal Jawab AKTIVITI 2 : LAWATAN SAMBIL BELAJAR A. Cara Pelaksanaan 1. Guru menganjurkan lawatan ke Klinik Kesihatan, Klinik 1 Malaysia, Klinik Bergerak, Klinik Desa, Klinik Pergigian dan Hospital. 2. Doktor Muda perlu menyediakan catatan / laporan ringkas mengenai lawatan di atas. B. Masa • 3 jam C. Penilaian • Soal Jawab 21 file Dr. Muda new 2012.indd 22 15/12/2012 2:47:30 AM


SKOP 1 22 UNIT 3 : MENYAMPAIKAN MESEJ KEPADA RAKAN DAN KELUARGA PENGENALAN Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada kebolehan dan kemahiran menyampaikan mesej kepada orang lain. Kemahiran ini perlu ada pada Doktor Muda. Dengan kebolehan dan kemahiran tersebut, Doktor Muda akan mempunyai keyakinan untuk menyampaikan mesej secara berkesan. Secara tidak langsung mereka yang menerima maklumat tersebut akan memberi tumpuan untuk mendengar dan cuba memahami serta mengikuti apa yang disampaikan. Kebolehan dan kemahiran ini akan meningkatkan lagi kredibiliti Doktor Muda dalam menjalankan aktiviti. Terdapat pelbagai cara menyampaikan mesej kepada rakan dan keluarga antaranya ceramah, nasihat individu, demonstrasi, perbincangan kumpulan kecil, bercerita, sketsa dan madah berhemah (Choral Speaking). OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menjelaskan cara berceramah yang berkesan. 2. Memahami petua komunikasi yang berkesan. 3. Menyenaraikan cara meningkatkan kredibiliti semasa menyampaikan ceramah kepada rakan dan keluarga. 4. Mengenal pasti ruang dan peluang untuk mendidik rakan sebaya. ISI PENTING 1. Cara penyampaian ceramah yang berkesan : • Membuat persiapan tajuk • Membuat persediaan diri • Adab semasa berucap 2. Petua komunikasi berkesan. 3. Cara meningkatkan kredibiliti penceramah semasa berceramah. 4. Ruang dan peluang untuk mendidik rakan sebaya. KANDUNGAN 1. Cara penyampaian ceramah yang berkesan a. Sebelum Berucap • Membuat persiapan tajuk - Memahami tajuk atau topik yang akan disampaikan. - Mencari bahan rujukan ceramah. - Menyediakan rangka ucapan. - Menyediakan beberapa contoh yang berkaitan bagi menjelaskan mesej. file Dr. Muda new 2012.indd 23 15/12/2012 2:47:30 AM


- Menghubung kaitkan pertalian antara isi penting. - Menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai seperti gambar, carta selak atau poster. • Membuat persiapan diri - Pakai pakaian seragam Doktor Muda atau berpakaian kemas dan bersih. - Senyum dan kelihatan bersedia. - Sentiasa tenang. - Berlatih berucap beberapa kali sebelum memberi ceramah sebenar. - Berlatih menggunakan alat bantu. - Meneliti cara berucap yang dilakukan oleh orang lain yang mahir berucap. b. Adab Semasa Berucap - Wujudkan kemesraan dengan audien. - Mulakan dengan bertanya soalan berkait dengan tajuk ceramah atau cerita pendek. - Terangkan kaitan tajuk ceramah dengan kesihatan kita. - Beri pujian kepada audien kerana sudi mendengar ceramah. - Bercakap dengan sopan santun. - Suara mestilah jelas dan terang. - Berdiri dengan yakin. - Memandang kepada audien. - Tidak terlalu kerap melihat nota. - Tidak mengkritik audien. - Layan semua pertanyaan dengan adil. - Jawab semua soalan dengan memuaskan. - Ringkaskan idea sebelum berhenti. - Tegaskan tindakan yang perlu diambil. 2. Petua Komunikasi Berkesan - A - Accurate (Tepat) Maklumat atau mesej mestilah betul, tepat dan boleh dipercayai. - B - Brief (Ringkas) Maklumat yang hendak disampaikan mestilah ringkas, padat dan difahami oleh audien. - C - Clear (Jelas) Gunakan suara, perkataan, alat, gambar dan contoh yang jelas. - D - Direct (Secara Langsung) Maklumat yang ingin disampaikan mestilah mempunyai ciri berterus terang (direct to the point) dan tidak berbelit-belit. 23 file Dr. Muda new 2012.indd 24 15/12/2012 2:47:31 AM


SKOP 1 - E - Easy (Mudah) Kaedah penyampaian maklumat mestilah mudah dan tidak mengelirukan. - F - Fast (Lancar) Penyampaian maklumat mestilah lancar, tidak tersekat-sekat dari segi tutur kata dan bahasa. - G - Good Taste (Sedap Didengar) Penyampaian maklumat mestilah menggunakan bahasa yang bagus, bersopan dan sedap didengar. Elakkan mengutuk dan memperbodohkan audien. 3. Cara-cara Meningkatkan Kredibiliti Semasa Menyampaikan Ucapan atau Ceramah • Mempunyai sikap dinamik iaitu bertenaga, aktif dan penuh minat semasa menyampaikan ucapan atau ceramah. • Konsisten - mengambil pendirian yang sama sepanjang ucapan. • Keramahan - lemah-lembut dan menekankan persamaan beliau dengan audien; tidak bongkak. • Kejujuran - bercakap benar. • Keikhlasan - tidak berpura-pura. • Memberi penekanan kepada mesej - memberi penekanan pentingnya mesej atau maklumat tersebut. • Mengambil berat terhadap audien - layan dan jawab setiap soalan dengan memuaskan. • Kredibiliti mesej yang dipercayai dan tidak menimbulkan keraguan. • Berpengetahuan dalam topik yang diperkatakan. • Daya tarikan peribadi - menarik, berpakaian kemas dan mampu mempamerkan keramahan. 4. Ruang dan Peluang Untuk Mendidik Rakan Sebaya • Perhimpunan awal pagi • Program kelas angkat • Radio sekolah • Di kantin • Di tandas • Perjumpaan kokurikulum • Perkhemahan / lawatan / riadah • Semasa melihat rakan sebaya mengamalkan tingkah laku negatif 24 file Dr. Muda new 2012.indd 25 15/12/2012 2:47:32 AM


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : PENGUCAPAN AWAM A. Cara Pelaksanaan 1. Guru menerangkan cara menyampaikan ceramah atau syarahan secara berkesan. 2. Guru membahagikan Doktor Muda kepada beberapa kumpulan. 3. Guru memberi tajuk ceramah yang berkaitan dengan Modul Doktor Muda kepada setiap kumpulan. 4. Guru meminta setiap kumpulan berbincang mengenai tajuk tersebut dan membuat persediaan untuk menyampaikan ceramah. 5. Guru memilih seorang wakil setiap kumpulan untuk menyampaikan ceramah berpandukan kepada tajuk yang diberikan. 6. Guru akan memberikan markah kepada Doktor Muda berdasarkan isi, bahasa, kelancaran, gaya, intonasi dan susunan ceramah menggunakan Borang Penilaian dan Ulasan Pengucapan Awam seperti Lampiran 1.3. 7. Doktor Muda diberi peluang memberi maklum balas berkaitan ceramah yang diberikan. 8. Guru membuat ulasan terhadap pencapaian penceramah dan kumpulan masing-masing berpandukan Borang Penilaian dan Ulasan Pengucapan Awam (Lampiran 1.3). B. Sumber • Borang Penilaian dan Ulasan Pengucapan Awam (Lampiran 1.3) C. Masa • 1 jam D. Penilaian • Soal Jawab 25 file Dr. Muda new 2012.indd 26 15/12/2012 2:47:32 AM


Unit 1 : Menjamin Kebersihan Tangan Unit 2 : Menjaga Kebersihan Badan Dan Rambut Unit 3 : Menjaga Kebersihan Kuku Unit 4 : Menjaga Kesihatan Mata AMALAN KEBERSIHAN DIRI DAN PENJAGAAN KESIHATAN MATA UNIT 1 : MENJAMIN KEBERSIHAN TANGAN PENGENALAN Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada amalan mencuci tangan sebelum dan selepas makan, sebelum menyedia atau menghidang makanan dan selepas ke tandas bagi mencegah penyakit dan masalah kesihatan seperti kolera, demam kepialu, hepatitis A, disentri, cirit-birit, keracunan makanan, jangkitan cacing dan selesema daripada merebak. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menerangkan bila perlu mencuci tangan. 2. Menunjukkan 7 langkah mencuci tangan dengan betul. 3. Menyenaraikan penyakit-penyakit bawaan makanan dan air. ISI PENTING 1. Masa-masa yang perlu untuk mencuci tangan. 2. 7 langkah mencuci tangan. 3. Kepentingan menjaga kebersihan tangan. KANDUNGAN Mencuci tangan merupakan amalan yang mudah tetapi sangat penting untuk kebersihan dan kesihatan. Amalan ini boleh membantu mencegah pelbagai jenis penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan. Ini kerana tangan yang kotor membawa kuman pada kulit, celah jari dan di bawah kuku. 1. Keperluan Untuk Mencuci Tangan Doktor Muda dinasihatkan supaya mencuci tangan dalam situasi tertentu seperti berikut : • Selepas ke tandas. • Sebelum dan selepas makan. • Selepas menyentuh sampah atau kotoran. • Sebelum menyedia dan menghidang makanan. 26 SKOP 2 SKOP 2 file Dr. Muda new 2012.indd 27 15/12/2012 2:47:33 AM


2. Langkah Mencuci Tangan Untuk memastikan tangan betul-betul bersih dan tidak mengandungi kuman yang berbahaya, ikutilah langkah-langkah berikut : i. Basuh tangan dengan sabun dan air secukupnya. ii. Gosok kedua-dua tapak tangan dengan menggunakan jari. iii. Gosok setiap jari dan celah jari. iv. Gosok kuku di tapak tangan. v. Gosok bahagian belakang kedua-dua tangan. vi. Basuh dengan air bersih secukupnya. vii. Keringkan tangan dengan kain bersih. 3. Kepentingan Menjaga Kebersihan Tangan Tangan yang kotor boleh memindahkan kuman dan telur cacing kepada makanan dan minuman. Akibatnya, seseorang itu boleh menghidap penyakit seperti keracunan makanan, kolera, disentri, demam kepialu (Tifoid) dan selesema. Selain itu, tangan kotor juga boleh menyebabkan penyakit seperti penyakit kulit dan kudis buta. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : ‘ 7 LANGKAH MENCUCI TANGAN’ A. Cara Pelaksanaan 1. Guruakanmenayangkanvideo7LangkahMencuci Tanganmengenai kepentingan mencuci tangan dengan betul. 2. Guru memilih beberapa orang murid untuk menerangkan semula kandungan video yang ditayangkan. 3. Doktor Muda menerangkan kembali faedah mencuci tangan dengan betul. B. Sumber • Video 7 Langkah Mencuci Tangan C. Masa • 20 Minit D. Penilaian • Soal Jawab 27 file Dr. Muda new 2012.indd 28 15/12/2012 2:47:34 AM


SKOP 2 28 AKTIVITI 2 : DEMONSTRASI MENCUCI TANGAN A. Cara Pelaksanaan 1. Guru mendemonstrasikan 7 langkah mencuci tangan sambil diikuti oleh semua murid. 2. Guru memilih beberapa orang murid untuk mendemonstrasikan semula 7 langkah mencuci tangan secara betul. 3. Doktor Muda menerangkan kembali faedah mencuci tangan dengan betul. B. Sumber • Poster 7 Langkah Mencuci Tangan C. Masa • 20 Minit D. Penilaian • Soal Jawab AKTIVITI 3 : TUJUH SERANGKAI A. Cara Pelaksanaan 1. Aktiviti ini berbentuk pertandingan. 2. Doktor Muda dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bilangan ahli. Setiap kumpulan terdiri daripada 20 orang Doktor Muda. 3. Tujuh (7) orang dari setiap kumpulan bertanggungjawab untuk memegang kad gambar cara membasuh tangan (satu kad untuk seorang murid). 4. Masa satu (1) minit diberikan kepada murid yang memegang kad gambar untuk berdiri di hadapan kelas mengikut urutan 7 langkah mencuci tangan dari kiri ke kanan (ahli kumpulan diminta untuk membuat keputusan bersama bagi membantu murid berdiri mengikut urutan kad yang betul). 5. Doktor Muda juga bertanggungjawab untuk menjaga masa bagi menentukan pemenang bagi aktiviti ini. 6. Kumpulan terawal yang berjaya menyusun 7 langkah mencuci tangan dengan betul dalam masa satu (1) minit dikira sebagai pemenang. 7. Doktor Muda juga perlu membimbing kumpulan yang gagal menyusun kad gambar secara betul. 8. Doktor Muda menerangkan semula cara-cara 7 langkah mencuci tangan. 9. Di akhir sesi, Doktor Muda dikehendaki menyusun kembali kad untuk simpanan. B. Sumber Kad 7 Langkah Mencuci Tangan C. Masa • 20 Minit D. Penilaian • Soal Jawab file Dr. Muda new 2012.indd 29 15/12/2012 2:47:35 AM


29 UNIT 2 : MENJAGA KEBERSIHAN BADAN DAN RAMBUT PENGENALAN Unit ini menekankan kebersihan badan dan rambut sebagai salah satu amalan asas penjagaan kebersihan diri. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menyenaraikan penyakit berkaitan dengan kurang penjagaan kebersihan badan dan rambut. 2. Menyenaraikan amalan penting menjaga kebersihan badan dan rambut. ISI PENTING 1. Penyakit-penyakit berkaitan dengan kurang penjagaan kebersihan badan dan rambut. 2. Amalan penjagaan kebersihan badan dan rambut • Mandi • Membasuh rambut • Menukar pakaian KANDUNGAN 1. Penyakit-penyakit Berkaitan dengan Kurang Penjagaan Kebersihan Badan dan Rambut : • Jangkitan kutu. • Kudis buta. • Penyakit-penyakit kulit seperti kurap dan panau. 2. Amalan Penjagaan Kebersihan Badan dan Rambut • Mandi Mandi setiap hari adalah penting untuk membersihkan badan daripada peluh, kotoran dan kuman. Mandilah dengan menggunakan air bersih dan sabun. Gosok setiap bahagian badan untuk menanggalkan kotoran dan daki. Selepas mandi, keringkan badan dengan tuala yang bersih dan pakailah pakaian yang bersih. Elakkan berkongsi tuala bagi mencegah jangkitan kulit. Basuh tuala sekurang-kurangnya seminggu sekali. • Membasuh rambut Kebersihan rambut perlu dijaga supaya kelihatan bersih, sihat dan kemas. Rambut yang kotor boleh menjadi tempat pembiakan kuman dan kutu. Rambut perlu dicuci dengan syampu rambut semasa mandi dan dibilas dengan air yang bersih. Keringkan rambut. Elakkan berkongsi sikat rambut untuk mencegah jangkitan kutu. • Menukar pakaian Pakaian perlu ditukar setiap hari demi kebersihan dan imej diri. Pakaian yang kotor dan berbau busuk menggalakkan pembiakan pelbagai jenis kuman yang boleh menyebabkan penyakit kulit. Tukarlah pakaian sekiranya kotor. file Dr. Muda new 2012.indd 30 15/12/2012 2:47:35 AM


SKOP 2 30 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : PEMERIKSAAN KEBERSIHAN DIRI RAKAN SEBAYA A. Cara Pelaksanaan 1. Guru menjelaskan peranan yang harus dimainkan oleh Doktor Muda berkaitan pemeriksaan kebersihan badan dan rambut. 2. Guru mengarahkan Doktor Muda untuk memilih pasangan masing-masing. 3. Doktor Muda diminta menjalankan pemeriksaan kebersihan badan dan rambut rakan sebaya secara bergilir berdasarkan Senarai Semak Kebersihan Diri seperti Lampiran 2.2. 4. Guru memilih pasangan Doktor Muda ke hadapan kelas. Doktor Muda diminta membaca hasil pemeriksaan ke atas rakan sebaya kepada kelas berdasarkan Senarai Semak Kebersihan Diri. 5. Doktor Muda diminta untuk menerangkan langkah yang boleh diambil untuk menjaga kebersihan badan dan rambut. 6. Doktor Muda membuat ulasan dan menerangkan kepentingan menjaga kebersihan badan dan rambut. B. Sumber • Senarai Semak kebersihan badan dan rambut (Lampiran 2.2) C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Soal Jawab file Dr. Muda new 2012.indd 31 15/12/2012 2:47:36 AM


31 UNIT 3 : MENJAGA KEBERSIHAN KUKU PENGENALAN Amalan memotong kuku tangan dan kuku kaki membantu mencegah kuman dan cacing daripada membiak di bawah kuku serta mencegah keracunan makanan dan jangkitan cacing. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menjelaskan kepentingan memotong kuku. 2. Menyatakan cara memotong kuku tangan dan kuku kaki dengan betul. ISI PENTING 1. Kepentingan memotong kuku. 2. Cara memotong kuku. KANDUNGAN 1. Kepentingan Memotong Kuku Kuku tangan dan kuku kaki yang panjang boleh mengumpul kotoran dan menjadi tempat pembiakan kuman. Penyakit yang berkaitan dengan kuku yang kotor : • Jangkitan cacing • Jangkitan kuku • Penyakit kulit • Keracunan makanan 2. Cara Memotong Kuku Gunakan pengetip kuku yang tajam untuk memotong kuku tangan dan kuku kaki. Berhati-hati semasa memotong kuku untuk mengelakkan kecederaan pada jari. Potonglah kuku supaya sentiasa pendek dan bersih. Potong kuku sekurangkurangnya seminggu sekali. Elakkan tabiat menggigit kuku dan memotong kuku menggunakan pisau. file Dr. Muda new 2012.indd 32 15/12/2012 2:47:36 AM


SKOP 2 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : PEMERIKSAAN KEBERSIHAN KUKU A. Cara Pelaksanaan 1. Guru akan menerangkan cara menjalankan pemeriksaan kebersihan kuku rakan sebaya kepada Doktor Muda. 2. Guru meminta Doktor Muda memilih pasangan masing-masing. 3. Guru meminta Doktor Muda memeriksa kuku tangan dan kuku kaki pasangan secara bergilir. 4. Doktor Muda diminta untuk menerangkan langkah yang boleh diambil untuk menjaga kebersihan kuku. 5. Doktor Muda membuat ulasan serta menerangkan cara dan kepentingan menjaga kebersihan kuku. B. Masa • 30 minit C. Penilaian • Soal Jawab • Demonstrasi AKTIVITI 2 : MEMOTONG KUKU SECARA BETUL A. Cara Pelaksanaan 1. Guru meminta Doktor Muda untuk membawa pengetip kuku bagi sesi latihan ini. 2. GurumemintaDoktorMudauntukmemeriksakukupasangandanmengenal pasti rakan yang mempunyai kuku yang panjang. 3. Guru menunjukkan cara memotong kuku yang betul. 4. Semua Doktor Muda diminta menunjukkan cara memotong kuku dengan betul. 5. Doktor Muda menghuraikan keburukan kuku panjang. B. Sumber • Pengetip Kuku C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Soal Jawab 32 file Dr. Muda new 2012.indd 33 15/12/2012 2:47:37 AM


33 UNIT 4 : MENJAGA KESIHATAN MATA PENGENALAN Unit ini menerangkan kepada Doktor Muda tentang kepentingan menjaga kesihatan mata dan cara memeriksa ketajaman penglihatan dengan menggunakan Carta Snellen. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menyenaraikan kepentingan menjaga kesihatan mata. 2. Menyenaraikan tujuan pemeriksaan penglihatan. 3. Membuat pemeriksaan penglihatan menggunakan Carta Snellen dengan betul. 4. Mencatat aktiviti ke dalam Buku Rekod Kesihatan. ISI PENTING 1. Kepentingan menjaga kesihatan mata. 2. Tujuan pemeriksaan penglihatan. 3. Panduan pemeriksaan ketajaman penglihatan menggunakan Carta Snellen. 4. Cara membuat catatan pemeriksaan mata dalam buku rekod kesihatan murid. KANDUNGAN 1. Kepentingan Menjaga Kesihatan Mata Mata sering terdedah kepada udara yang tercemar, bakteria, udara kering,angin, alat solek dan pelbagai faktor lain. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan mata anda berisiko untuk mendapat jangkitan, alahan, kecederaan dan kelesuan mata. a. Panduan Penjagaan Kesihatan Mata i. Semasa menonton TV : o Dengan jarak lebih daripada 2 meter. o Jika anda mendapati diri anda perlu menonton TV secara dekat, anda perlu menjalani ujian penglihatan. o Jangan menonton TV secara berbaring. o Ambil masa untuk rehatkan mata anda. Alihkan pandangan dari skrin dan pandanglah objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit. o Lakukan pergerakan badan selepas 2 jam menonton TV. Lakukan aktiviti regangan dan meluruskan badan. Kedudukan semasa menonton TV yang baik membantu menghalang kesakitan di bahagian otot leher dan belakang badan. Ia dapat merehatkan mata dan badan anda. o Jangan menonton TV dalam keadaan gelap. file Dr. Muda new 2012.indd 34 15/12/2012 2:47:38 AM


SKOP 2 ii. Semasa membaca : o Memegang bahan yang dibaca pada jarak 33cm hingga 40cm. o Pastikan pencahayaan yang mencukupi. o Jangan membaca sambil berbaring. o Ambil masa untuk rehatkan mata anda. Alihkan pandangan dari bahan bacaan dan pandanglah objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit. o Lakukan pergerakan badan selepas 2 jam membaca. Lakukan aktiviti regangan dan meluruskan badan. Kedudukan semasa membaca yang baik membantu menghalang kesakitan di bahagian otot leher dan belakang badan. Ia dapat merehatkan mata dan badan anda. iii. Semasa menggunakan komputer : o Ambil masa untuk rehatkan mata anda. Alihkan pandangan dari skrin dan pandanglah objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit. o Lakukan pergerakan di kawasan sekeliling sekurang-kurangnya 2 jam selepas menggunakan komputer. Ia dapat merehatkan mata dan badan anda. o Anda digalakkan untuk menggunakan ubat titis air mata tiruan sekiranya anda menggunakan komputer dalam jangka masa yang lama. o Lakukan aktiviti regangan dan meluruskan badan. Kedudukan semasa menggunakan komputer yang baik membantu menghalang kesakitan di bahagian otot leher dan belakang badan. o Jika anda memakai cermin mata atau kanta lekap pastikan cahaya mencukupi bagi membantu anda menggunakan komputer. iv. Lebihkan makanan yang mengandungi vitamin A seperti lobak merah, bayam, tomato, buah-buahan dan minum banyak air. v. Jangan memandang tepat ke arah matahari kerana boleh menyebabkan kerosakan mata. o Pakai cermin mata gelap setiap kali anda keluar jika matahari terik. vi. Dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai masalah berikut : o Mata merah. o Kesakitan yang teruk pada mata. o Penglihatan kabur. o Benda asing di dalam mata. o Kecederaan pada mata. vii. Elakkan : o Menggosok mata dengan tangan atau benda kasar. o Penggunaan sebarang ubat mata tanpa arahan. o Terdedah kepada wap panas, tempat berdebu dan benda-benda yang berbahaya. 34 file Dr. Muda new 2012.indd 35 15/12/2012 2:47:38 AM


35 b. Panduan Senaman mata i. Duduk di atas kerusi dengan selesa Gosok kedua-dua tapak tangan sehingga panas. Tutup kedua belah mata dan tekapkan tangan di mata. Elakkan daripada menekan mata. Jangan tutup hidung. Pastikan tiada cahaya masuk di celah-celah jari. Fokus dan bayangkan anda berada di bilik yang gelap. Tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan sambil menggambarkan perkara yang indah dan menggembirakan. Selepas tidak nampak apa-apa, turunkan tangan anda. Ulang langkah tersebut selama 3 minit atau lebih. ii. Tutup mata anda dengan rapat selama 3 - 5 saat. Buka semula mata selama 3 - 5 saat. Ulang selama 7 - 8 kali. iii. Urut mata anda Gunakan2helaitualadanrendamsehelaidalamairpanasdansehelaidalam air sejuk. Tekap tuala pada kedua kelopak mata, kening dan pipi secara perlahan-lahan. Lakukan secara selang seli (2 kali) dan diakhiri dengan tuala sejuk. Tutup mata dan urut secara bulatan selama 1 - 2 minit menggunakan jari. Pastikan mengurut mata secara lembut dan menggunakan tangan yang bersih. iv. Tekan kelopak mata atas menggunakan 3 jari selama 1 - 2 saat dan ulang sebanyak 5 kali. v. Duduk dan bertenang. Pusing anak mata mengikut arah jam dan lawan jam. Ulang sebanyak 5 kali dan kelip mata di antara pusingan tersebut. vi. Fokus pada objek sejauh 50 meter selama 10-15 saat Kemudian, secara perlahan-lahan fokuskan semula pandangan anda pada objek yang berhampiran ( kurang daripada 10 meter) tanpa menggerakkan kepala anda selama 10-15 saat. Ulang semula langkah ini sebanyak 5 kali. Anda digalakkan melakukan aktiviti ini di tepi tingkap. vii. Luruskan tangan sambil memegang pensel. Pandang pensel tersebut dan gerakkan tangan perlahan-lahan ke hidung. Ulang sebanyak 10 kali. viii. Pandang dinding di hadapan anda dan bayangkan menulis sesuatu menggunakan mata tanpa menggerakkan kepala. Anda akan dapati ianya sukar di peringkat awal, tetapi sekiranya diamalkan ia akan menyeronokkan. Lebih besar huruf yang ditulis, kesannya akan lebih baik. ix. Pergerakan kepala Tutup sebelah mata kiri dan gerakkan kepala dengan perlahan-lahan, membentuk angka 8. Ulangi langkah yang sama pada mata kanan. Ulangi langkah tersebut selama 2 - 3 minit. file Dr. Muda new 2012.indd 36 15/12/2012 2:47:39 AM


SKOP 2 x. Pandang mata ke atas dan ke bawah. Lakukan sebanyak 8 kali. Pandang ke kiri dan ke kanan sebanyak 8 kali. Jangan paksa mata anda melakukan pergerakan tersebut melebihi kemampuan kerana ia akan merosakkan pandangan . xi. Akhiri senaman mata anda dengan menekap mata menggunakan tapak tangan. 2. Tujuan Pemeriksaan Penglihatan • Untuk mengenal pasti ketajaman penglihatan. • Untuk mengesan masalah penglihatan pada peringkat awal. • Untuk rujukan dan rawatan susulan. • Untuk memudahkan guru membuat susunan kedudukan murid di dalam kelas ketika sesi pembelajaran. • Untuk memastikan pelajaran tidak terjejas akibat daripada masalah penglihatan. 3. Panduan Pemeriksaan Ketajaman Penglihatan Menggunakan Carta Snellen a. Gantungkan Carta Snellen di dinding. Pastikan huruf bersaiz paling kecil berada pada paras mata murid. b. Murid hendaklah berdiri 6 meter di atas garisan dari Carta Snellen dengan kedua-kedua tapak kaki di atas garisan. c. Bagi murid yang tidak boleh membaca, gunakan Snellen huruf E. Murid diminta menyatakan huruf yang dilihat dengan menggunakan kad berbentuk ‘E’ berwarna hitam. d. Bagi murid yang boleh membaca, gunakan Snellen ‘huruf’ T. e. Untuk memeriksa mata kiri, murid diminta menutup mata kanan dengan alat penutup mata. f. Jangan ada sebarang tekanan ke atas mata yang ditutup. Kedua-dua belah mata hendaklah terbuka semasa ujian dijalankan walaupun sebelah mata ditutup dengan alat penutup mata. g. Biarkan murid memandang tepat kepada carta terlebih dahulu dan tentukan murid memahami pelbagai kedudukan ‘E’ atau huruf. h. Doktor Muda hendaklah menunjukkan satu demi satu dari barisan atas hingga ke bawah sekali, tetapi huruf-huruf itu perlu ditunjukkan secara tidak mengikut urutan untuk menghindari murid daripada menghafal. 36 file Dr. Muda new 2012.indd 37 15/12/2012 2:47:40 AM


i. Doktor muda meneruskan pemeriksaan dengan menunjukkan huruf satu demi satu daripada huruf yang paling besar kepada huruf yang kecil (Carta E saiz 60 hingga 6 dan Carta T saiz 60 hingga 5) sehingga baris terakhir murid dapat membaca dan melihat dengan tepat. j. Doktor Muda yang lain perlu merekod keputusan ke dalam buku rekod. (Contoh : Buku Rekod Kesihatan Murid) k. Ulangi pemeriksaan mata kanan sama seperti pada mata kiri. Jika penglihatan bagi mata didapati pada aras 6/9 atau ke atas bagi mana-mana satu mata, maka pemeriksaan kedua-dua mata yang terbuka mestilah dijalankan. Ulang semula langkah e. Jika murid tersebut masih mendapat bacaan yang sama, Doktor Muda perlu merujuk murid tersebut kepada guru penasihat/guru kelas. Jika murid bercermin mata, murid perlulah diperiksa dengan memakai cermin mata. 37 Contoh Carta Snellen file Dr. Muda new 2012.indd 38 15/12/2012 2:47:40 AM


SKOP 2 4. Panduan membuat catatan pemeriksaan mata dalam buku rekod kesihatan murid (Rujuk Gambarajah Carta Snellen). • Sekiranya murid dapat melihat huruf T bersaiz 60, maka bacaan yang ditulis ialah 6/60. ‘6’ merujuk kepada jarak 6 meter di antara Carta snellen dengan kedudukan murid. ‘60’ merujuk kepada huruf bersaiz 60. • Sekiranya murid dapat melihat huruf H bersaiz 6, maka bacaan yang ditulis ialah 6/6. ‘6’ merujuk kepada jarak 6 meter di antara Carta snellan dengan kedudukan murid. ‘6’ merujuk kepada huruf bersaiz 6. • Sekiranya murid dapat melihat huruf T bersaiz 5, maka bacaan yang ditulis ialah 6/5. ‘6’ merujuk kepada jarak 6 meter di antara Carta snellan dengan kedudukan murid. ‘5’ merujuk kepada huruf bersaiz 5. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : SENAMAN MATA A. Cara Pelaksanaan 1. Guru memberi penerangan tentang kepentingan dan panduan penjagaan kesihatan mata. 2. Guru memilih 11 pasangan Doktor Muda untuk menjalankan aktiviti senaman mata. Salah seorang daripada setiap pasangan akan membaca arahan dan seorang lagi akan melakukan aktiviti. 3. Ulang aktiviti di atas dengan menukar peranan masing-masing. 4. Setiap pasangan Doktor Muda perlu memberi maklum balas. 5. Doktor Muda akan membuat rumusan terhadap aktiviti yang dijalankan. B. Sumber • Poster Senaman Mata C. Masa • 20 minit D. Penilaian • Soal Jawab 38 file Dr. Muda new 2012.indd 39 15/12/2012 2:47:41 AM


39 AKTIVITI 2 : MENGUJI KETAJAMAN PENGLIHATAN A. Cara Pelaksanaan 1. Guru memberi penerangan tentang panduan penggunaan Carta Snellen. 2. Guru membuat demonstrasi cara menggunakan Carta Snellen (minta seorang Doktor Muda sebagai subjek). Tunjukkan kaedah yang betul. 3. Guru menjelaskan cara mencatat hasil pemeriksaan mata yang menggunakan Carta Snellen. 4. Doktor Muda seterusnya melakukan demonstrasi cara penggunaan Carta Snellen dengan betul kepada rakan mereka dan merekodkan hasil pemeriksaan. 5. Doktor Muda membuat rumusan tujuan pemeriksaan mata dilakukan selepas tamat aktiviti. B. Sumber • Carta Snellen C. Masa • 45 minit D. Penilaian • Soal Jawab file Dr. Muda new 2012.indd 40 15/12/2012 2:47:42 AM


UNIT 1 : PERSEKITARAN BERSIH (SEKOLAH / RUMAH) UNIT 2 : PENGGUNAAN TANDAS SEMPURNA 40 SKOP 3 UNIT 1 : PERSEKITARAN BERSIH (SEKOLAH / RUMAH) PENGENALAN Unit ini menerangkan tentang kepentingan amalan kebersihan persekitaran di sekolah dan rumah bagi mencegah penyakit yang terjadi akibat daripada persekitaran yang tidak bersih. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menerangkan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran. 2. Menyenaraikan penyakit yang terjadi akibat daripada persekitaran yang tidak bersih. 3. Menyatakan amalan kebersihan persekitaran di sekolah dan rumah. 4. Menyatakan cara pelupusan sampah yang sempurna. ISI PENTING 1. Kepentingan persekitaran yang bersih. 2. Penyakit berjangkit yang berpunca daripada persekitaran yang tidak bersih. 3. Amalan penjagaan kebersihan persekitaran di sekolah dan rumah. 4. Cara pelupusan sampah yang sempurna. KANDUNGAN 1. Kepentingan Kebersihan Persekitaran • Mencegah penyakit berjangkit. • Mencegah daripada bau busuk . • Menjadikan persekitaran sentiasa ceria dan selesa. 2. Penyakit Berjangkit yang Terjadi Akibat Persekitaran yang Tidak Bersih • Demam Denggi • Chikungunya • Taun (Kolera) • Keracunan Makanan • Demam Kepialu (Tifoid) • Leptospirosis (Kencing Tikus) AMALAN KEBERSIHAN PERSEKITARAN SKOP 3 file Dr. Muda new 2012.indd 41 15/12/2012 2:47:43 AM


41 3. Amalan Penjagaan Kebersihan Persekitaran di Sekolah dan Rumah • Buang sampah ke dalam tong sampah. • Tidak membuang sampah merata-rata. 4. Cara Pelupusan Sampah yang Sempurna • Menanam • Kitar Semula AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : “XPLO-School” A. Cara Pelaksanaan 1. Doktor Muda dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk membuat pemeriksaan kebersihan berpandukan kepada Senarai Semak XPLO-School seperti di Lampiran 3.1. 3. Setiap kumpulan perlu membuat laporan kepada guru menggunakan Senarai Semak XPLO-School seperti di Lampiran 3.1. 4. Guru membuat semakan jawapan kumpulan dan memberi ulasan kepada jawapan yang diberikan. B. Sumber • Senarai Semak XPLO-School (Lampiran 3.1) • Pensel • Pemadam C. Masa • 45 minit D. Penilaian • Semakan jawapan aktiviti • Soal jawab AKTIVITI 2 : TEKA SILANG KATA PERSEKITARAN A. Cara Pelaksanaan 1. Teka Silang kata adalah seperti Lampiran 3.1(A) dan 3.1(B). Guru boleh memilih untuk menggunakan salah satu daripada teka silang kata ini atau membentuk teka silang kata baru mengikut kreativiti guru bagi tajuk persekitaran bersih. 2. Guru memilih seorang Doktor Muda untuk mengetuai aktiviti ini. 3. Semua Doktor Muda diberi helaian teka silang kata. file Dr. Muda new 2012.indd 42 15/12/2012 2:47:44 AM


SKOP 3 42 4. Doktor Muda yang dipilih membacakan pembayang teka silang kata yang diberikan kepada Doktor Muda yang lain. 5. Doktor Muda bertukar-tukar helaian teka silang kata yang telah dijawab dengan rakan. 6. Doktor Muda yang dipilih akan memberikan jawapan yang betul dan meminta semua Doktor Muda memeriksa jawapan rakan masing-masing. 7. Setelah permainan tamat, Doktor Muda yang dipilih akan memberikan ulasan mengenai mesej kesihatan yang terdapat dalam permainan ini dengan bimbingan guru. B. Sumber • Helaian Teka Silang kata • Pensel • Pemadam C. Masa • 20 Minit D. Penilaian • Semakan jawapan aktiviti • Soal jawab AKTIVITI 3 : TEKA KATA PERSEKITARAN A. Cara Pelaksanaan 1. Teka Kata adalah seperti Lampiran 3.1(C), 3.1(D) dan 3.1(E). Guru boleh memilih untuk menggunakan salah satu daripada teka kata ini atau membentuk Teka Kata baru mengikut kreativiti guru bagi tajuk persekitaran bersih. 2. Guru memilih seorang Doktor Muda untuk mengetuai aktiviti ini. 3. Semua Doktor Muda diberi helaian teka kata. 4. Doktor Muda yang dipilih membacakan perkataan tersembunyi kepada Doktor Muda yang lain. 5. Doktor Muda bertukar-tukar helaian teka kata yang telah dijawab dengan rakan. 6. Doktor Muda yang dipilih akan memberitahu jawapan yang betul dan meminta semua Doktor Muda memeriksa jawapan rakan masing-masing. 7. Setelah permainan tamat, Doktor Muda yang dipilih akan memberikan ulasan mengenai mesej kesihatan yang terdapat dalam permainan ini dengan bimbingan guru. file Dr. Muda new 2012.indd 43 15/12/2012 2:47:45 AM


43 B. Sumber • Helaian Teka Kata • Pensel • Pemadam C. Masa • 20 minit D. Penilaian • Semakan jawapan aktiviti • Soal jawab AKTIVITI 4 : RIANG RIA DOKTOR MUDA A. Cara Pelaksanaan 1. Doktor Muda dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan empat (4) orang bagi setiap kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberikan bahan permainan ‘Riang Ria Doktor Muda’. 3. Doktor Muda akan bermain permainan tersebut dalam kumpulan masingmasing mengikut panduan berikut : a. Seramai empat orang pemain diperlukan untuk permainan ini. b. Setiap peserta perlu membaling dadu untuk menentukan giliran masingmasing. Peserta yang mendapat mata tertinggi dikira sebagai peserta pertama. c. Peserta pertama akan memulakan permainan dengan membuat balingan dadu. Sekiranya peserta mendapat enam mata pada balingannya, peserta perlu membuat balingan sekali lagi. Begitulah seterusnya. d. Tangga menunjukkan peserta akan naik manakala ular menunjukkan peserta akan turun. e. Peserta juga perlu mengikuti arahan yang terdapat dalam petak sama ada ‘undur’ atau ‘maju’ ke petak yang diarahkan. f. Peserta pertama yang sampai ke petak 100 dikira sebagai pemenang. 4. Setelah permainan tamat, Doktor Muda yang dipilih akan memberikan ulasan mengenai mesej kesihatan yang terdapat dalam permainan ini dengan bimbingan guru. B. Sumber • Permainan Riang Ria Doktor Muda file Dr. Muda new 2012.indd 44 15/12/2012 2:47:46 AM


SKOP 3 44 C. Masa • 20 minit D. Penilaian • Soal jawab AKTIVITI 5 : OPS KANTIN A. Cara Pelaksanaan 1. Guru menerangkan kepentingan penjagaan kebersihan kantin kepada Doktor Muda. 2. Doktor Muda dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. 3. Guru mengedarkan Senarai Semak ‘Ops Kantin’ kepada Doktor Muda Lampiran 3.1(F). 4. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk membuat pemeriksaan kantin dengan menggunakan Senarai Semak ‘Ops Kantin’ yang diberi. 5. Setelah pemeriksaan, kumpulan perlu melaporkan hasil pemeriksaan mereka. 6. Doktor Muda membuat ulasan mengenai laporan yang disediakan oleh setiap kumpulan dengan bimbingan guru. B. Sumber • Senarai Semak ‘Ops Kantin’ Lampiran 3.1(F) C. Masa • 30 Mini D. Penilaian • Semakan jawapan pada Senarai Semak ‘Ops Kantin’. • Soal jawab file Dr. Muda new 2012.indd 45 15/12/2012 2:47:46 AM


45 UNIT 2 : PENGGUNAAN TANDAS SEMPURNA PENGENALAN Unit ini menjelaskan kepada Doktor Muda tentang amalan penggunaan tandas dengan betul dan sempurna yang merupakan kemudahan asas. Penggunaan tandas yang sempurna boleh mencegah penyakit berjangkit seperti taun (Kolera), demam kepialu (Tifoid), Hepatitis A, cirit-birit dan jangkitan cacing. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Mengetahui kepentingan penggunaan tandas dari aspek kesihatan dan perspektif agama. 2. Menyatakan cara penggunaan dan penjagaan tandas yang betul dan sempurna. ISI PENTING 1. Kepentingan penggunaan tandas. 2. Amalan semasa menggunakan tandas. 3. Panduan penggunaan dan penjagaan tandas. 4. Tempat pembuangan najis yang tidak selamat dan selamat. KANDUNGAN 1. Kepentingan Tandas a. Aspek kesihatan • Mencegah penyakit berjangkit seperti taun (Kolera), demam kepialu (Tifoid), Hepatitis A, cirit-birit dan jangkitan cacing. • Mencegah pembiakan vektor pembawa penyakit. • Menghindarkan daripada pencemaran najis. • Meningkatkan tahap kebersihan persekitaran sekolah dan rumah. b. Perspektif agama • Kebersihan itu adalah tuntutan agama. • Suci daripada najis adalah penting untuk kesempurnaan ibadat. • Dilarang membuang najis di merata tempat seperti di aliran air (sungai, tali air, alur air), bawah pokok, tepi jalan serta tempat lapang. file Dr. Muda new 2012.indd 46 15/12/2012 2:47:47 AM


SKOP 3 46 2. Amalan Semasa Menggunakan Tandas a. Aspek kesihatan • Kebersihan tandas hendaklah sentiasa dijaga. • Menggunakan selipar yang sesuai ketika ke tandas. • Membasuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas. b. Aspek agama Islam • Membaca doa sebelum memasuki tandas. • Mendahulukan dengan kaki kiri apabila memasuki tandas. • Menutup kepala dengan kain ketika sedang berhajat. • Mendahulukan kaki kanan apabila keluar dari tandas. • Membaca doa ketika keluar tandas. Doa Masuk dan Keluar Tandas 3. Panduan Penggunaan Tandas • Menggunakan tandas dengan betul mengikut jenis tandas yang digunakan (tandas duduk dan tandas cangkung). • Pam tandas selepas digunakan. • Membasuh tangan menggunakan sabun. Doa Keluar Tandas Ertinya : Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkan aku dan menyihatkan diriku Ertinya : Dengan nama Allah, Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan-syaitan Doa Masuk Tandas file Dr. Muda new 2012.indd 47 15/12/2012 2:47:48 AM


47 • Bilas sehingga bersih dan sempurna. • Mengeringkan tangan menggunakan tisu / tuala / pengering. • Membuang tisu / tuala wanita ke dalam tong yang disediakan. 4. Panduan Penjagaan Tandas • Sediakan air bersih yang mencukupi. • Sediakan selipar yang sesuai ketika ke tandas. • Memastikan lantai tandas dalam keadaan kering dan bersih. • Gunakan peralatan mencuci tandas (contohnya berus, bahan pencuci, sabun bersama bekasnya) bagi menjaga kebersihan tandas. • Pembersihan tandas mesti dijalankan secara berjadual. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : OPS! BERSIH DAN WANGI A. Cara Pelaksanaan 1. Guru menerangkan kepentingan penjagaan kebersihan tandas kepada Doktor Muda. 2. Doktor Muda dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. 3. Guru mengedarkan Senarai Semak ‘Ops! Bersih dan Wangi’ kepada Doktor Muda Lampiran 3.2. 4. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk membuat pemeriksaan tandas dengan menggunakan Senarai Semak “Ops! Bersih dan Wangi” yang diberi. 5. Setelah pemeriksaan, kumpulan perlu melaporkan hasil pemeriksaan mereka. 6. Doktor Muda membuat ulasan mengenai laporan yang disediakan oleh setiap kumpulan dengan dibimbing oleh guru. B. Sumber • Senarai Semak ‘Ops! Bersih dan Wangi’ (Lampiran 3.2) C. Masa • 40 minit D. Penilaian • Semakan jawapan pada Senarai Semak ‘Ops! Bersih dan Wangi’. • Soal jawab file Dr. Muda new 2012.indd 48 15/12/2012 2:47:48 AM


SKOP 3 UNIT 1 : KESIHATAN PERGIGIAN AMALAN KESIHATAN PERGIGIAN UNIT 1 : KESIHATAN PERGIGIAN PENGENALAN Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada kesedaran kesihatan pergigian dan langkah-langkah bagi mengekalkan kesihatan pergigian sepanjang hayat. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menerangkan tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian. 2. Menyenaraikan masalah kesihatan pergigian. 3. Menyatakan amalan yang baik dan tidak baik untuk kesihatan pergigian. 4. Menunjukkan cara memberus gigi yang betul. 5. Memilih dan menjaga berus gigi yang betul. 6. Menunjukkan cara menggunakan flos gigi dengan betul. ISI PENTING 1. Kepentingan penjagaan kesihatan pergigian. 2. Masalah kesihatan pergigian. 3. Amalan yang baik dan tidak baik untuk kesihatan pergigian. 4. Cara memberus gigi dengan berkesan. 5. Cara memilih dan menjaga berus gigi yang betul. 6. Cara menggunakan flos gigi dengan betul. KANDUNGAN 1. Kepentingan Penjagaan Kesihatan Pergigian Gigidangusiperludikekalkandalam keadaan sihatsepanjanghayat untuk pengunyahan makanan dan pertuturan yang jelas. Ia dapat menambah keyakinan dan kecantikan paras rupa. Manusia mempunyai dua peringkat perkembangan gigi iaitu gigi susu dan gigi kekal. Gigi susu berjumlah 20 batang. Gigi susu akan digantikan secara berperingkat dengan gigi kekal yang berjumlah 32 batang. 2. Masalah Kesihatan Pergigian Masalah kesihatan pergigian yang sering berlaku ialah : i. Karies gigi • Gigi yang berlubang atau rosak. 48 SKOP 4 SKOP 4 file Dr. Muda new 2012.indd 49 15/12/2012 2:47:50 AM


Click to View FlipBook Version