3.7 RENJATAN ELEKTRIK Renjatan elektrik ialah kejutan elektrik yang menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri. Renjatan elektrik juga boleh menyebabkan kematian kepada mangsa atau mereka yang cuba membantu. Langkah yang perlu diambil : • Matikan suis atau suis utama dan pastikan elektrik sudah terputus. • Menggunakan penebat untuk menyelamatkan mangsa : a. Gunakan galah yang panjang dan kering b. Kerusi kayu c. Tikar getah d. Kain sal (tuala yang kering) e. Plastik tebal f. Tali atau tali nylon yang kering 3.8 SENGATAN Satu gigitan yang menghasilkan kesan-kesan reaksi setempat dalam masa beberapa jam antara gerak balas badan berasa gatal, sakit, dan bengkak kemerahan. Langkah yang perlu diambil : a. Kenal pasti serangga yang telah menyengat mangsa. b. Alihkan mangsa ke tempat yang lebih selamat. c. Tenangkan mangsa. d. Laporkan kepada guru. 3.9 KERACUNAN MAKANAN Keracunan makanan pada seseorang berlaku akibat memakan makanan yang tercemar. Makanan dikatakan tercemar jika ia mengandungi sesuatu benda atau bahan yang tidak seharusnya berada di dalamnya. Tanda-tanda dan gejala keracunan a. Loya dan muntah b. Memulas dan sakit perut c. Kadangkala demam dan dehidrasi d. Cirit birit Langkah yang perlu diambil : a. Tenangkan murid b. Rujuk kepada guru 99 file Dr. Muda new 2012.indd 100 15/12/2012 2:49:10 AM
SKOP 7 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : KOTAK KECEMASAN A. Cara Pelaksanaan 1. Guru akan menerangkan kepada Doktor Muda mengenai kandungan dan kegunaan kotak pertolongan cemas. 2. Guru mengedarkan kertas aktiviti kotak pertolongan cemas (Lampiran 7.1). 3. Guru kemudian mengarahkan Doktor Muda memadankan gambar dan kegunaan peralatan pertolongan cemas. 4. Guru meminta Doktor Muda bertukar kertas aktiviti yang telah dijawab dengan rakan untuk disemak bersama-sama. B. Sumber • Carta selak kotak pertolongan cemas • Lembaran kerja Kotak Pertolongan Cemas ( Lampiran 7.1) C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Semakan jawapan lembaran kerja Kotak Pertolongan Cemas AKTIVITI 2 : TAYANGAN VIDEO ‘TEKNIK PERTOLONGAN CEMAS’ A. Cara Pelaksanaan 1. Guru akan menayangkan kepada Doktor Muda mengenai video ‘Teknik Pertolongan Cemas’. 2. Guru mengedarkan kertas aktiviti Teknik Pengendalian CPR (Lampiran 7.1(A)). 3. Guru kemudian meminta Doktor Muda memadankan ruang A dengan ruang B dengan betul. 4. Guru meminta Doktor Muda bertukar kertas aktiviti yang telah dijawab dengan rakan untuk disemak bersama-sama. B. Sumber • Video Teknik Pertolongan Cemas C. Masa • 30 Minit D. Penilaian • Soal Jawab 100 file Dr. Muda new 2012.indd 101 15/12/2012 2:49:11 AM
AKTIVITI 3 : TERCEKIK A. Cara Pelaksanaan 1. Guru akan menayangkan kepada Doktor Muda mengenai video ‘Teknik Rawatan Tercekik’. 2. Guru mengedarkan kertas aktiviti Teknik Rawatan Tercekik (Lampiran 7.1(B)). 3. Guru kemudian meminta Doktor Muda menomborkan langkah-langkah Teknik Rawatan Tercekik mengikut turutan yang betul. 4. Guru meminta Doktor Muda bertukar kertas aktiviti yang telah dijawab dengan rakan untuk disemak bersama-sama. B. Sumber • Video Teknik Rawatan Tercekik • Lembaran kerja Teknik Rawatan Tercekik (Lampiran 7.1(B)) C. Masa • 30 Minit D. Penilaian • Semakan jawapan lembaran kerja Teknik Rawatan Tercekik AKTIVITI 4 : MAIN PERANAN ‘PATAH JARI’ A. Cara Pelaksanaan 1. Guru membahagikan Doktor Muda kepada beberapa kumpulan. 2. Guru memberikan senario ”Patah Jari” (Lampiran 7.1(C)) kepada setiap kumpulan Doktor Muda. 3. Guru membincangkan senario berkenaan bersama Doktor Muda dengan merujuk kepada kad peranan (Lampiran 7.1(D)). 4. Doktor Muda diminta melakonkan senario tersebut. 5. Guru akan membuat pemerhatian terhadap main peranan yang dijalankan. 6. Guru merumuskan tindakan yang harus diambil untuk merawat jari yang patah dengan teknik dan alatan yang betul. Peringatan : • Pilih pelakon secara sukarela. Sekiranya tiada, Guru menggunakan budi bicara untuk memilih pelakon. • Pelakon watak diingatkan mengenai peranan sementara yang mereka lakonkan dan tidak terbawa-bawa dengan watak tersebut (melalui proses ”role” dan ”de-role”). • Pastikan pemerhati mengambil bahagian dalam perbincangan. 101 file Dr. Muda new 2012.indd 102 15/12/2012 2:49:12 AM
SKOP 7 B. Sumber • Senario ”Patah Jari” (Lampiran 7.1(C)) • Kad Peranan (Lampiran 7.1(D)) C. Masa • 45 Minit D. Penilaian • Soal Jawab AKTIVITI 5 : PENDARAHAN HIDUNG A. Cara Pelaksanaan 1. Guru akan menunjukkan teknik rawatan pendarahan hidung yang betul kepada Doktor Muda. 2. Guru memilih beberapa orang Doktor Muda untuk mendemonstrasikan semula teknik rawatan pendarahan hidung . 3. Guru mengadakan sesi soal jawab untuk menguji kefahaman Doktor Muda. B. Sumber • Carta selak • Kotak pertolongan cemas • Ketulan air batu • Tuala muka C. Masa • 30 Minit D. Penilaian • Soal jawab 102 file Dr. Muda new 2012.indd 103 15/12/2012 2:49:12 AM
103 UNIT 2 : RAWATAN RINGAN PENGENALAN Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada kepentingan kemahiran memberi rawatan ringan kepada kes-kes seperti demam dan kecederaan ringan. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menyatakan kepentingan mengendalikan rawatan ringan. 2. Mengenal pasti jenis-jenis penyakit dan kecederaan ringan. 3. Mempunyai kemahiran merawat penyakit dan kecederaan ringan. ISI PENTING 1. Kepentingan mengendalikan rawatan ringan. 2. Jenis-jenis penyakit dan kecederaan ringan. 3. Kemahiran asas dalam mengendalikan rawatan ringan. KANDUNGAN 1. Kepentingan Mengendalikan Rawatan Ringan Kepentingan rawatan ringan untuk : a. Mengelakkan jangkitan berlaku bagi kes luka dan pendarahan. b. Mengurangkan kesakitan dan mengelakkan daripada menjadi lebih teruk seperti kes demam. 2. Jenis-jenis Penyakit dan Kecederaan Ringan • Penyakit ringan seperti demam, pening, batuk dan selesema. • Kecedaraan ringan adalah seperti : o Terguris; luka lurus dan bersih, cedera akibat benda tajam seperti kaca dan pisau. o Melecet; luka dipermukaan kulit akibat pergeseran. o Calar; luka permukaan kulit seperti terjatuh. o Lebam; Kapilari pecah seperti terkepit, tumbukan. o Tercucuk; Luka kecil seperti duri, selumbar dan “thumbtack”. o Melecur ringan; Minuman panas atau sup panas. file Dr. Muda new 2012.indd 104 15/12/2012 2:49:13 AM
SKOP 7 3. Kemahiran Asas dalam Mengendalikan Rawatan Ringan A. Merawat Luka Ringan Abrasion wound / luka calar • Tenangkan murid. • Maklumkan kepada guru. • Berhentikan pendarahan dengan gauze yang bersih. • Bersihkan luka dari sebarang benda asing contoh : kaca, pasir, minyak dan lain-lain. • Beri tekanan tempat tercedera, tinggikan dari jantung, balut luka dengan kain steril / bersih. 104 Teknik Pengendalian Ilustrasi Teknik Penerangan file Dr. Muda new 2012.indd 105 15/12/2012 2:49:14 AM
B. Merawat Demam AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : LUKA RINGAN A. Cara Pelaksanaan 1. Guru akan menunjukkan teknik rawatan luka ringan yang betul kepada Doktor Muda. 2. Guru memilih beberapa Doktor Muda untuk mendemonstrasikan semula teknik rawatan luka ringan. 3. Guru mengadakan sesi soal jawab untuk menguji kefahaman Doktor Muda. B. Sumber • Carta selak • Kotak pertolongan cemas C. Masa • 30 Minit D. Penilaian • Soal jawab 105 Teknik Pengendalian Ilustrasi Teknik Penerangan Rawatan Demam • Maklumkan kepada guru. • Minum banyak air. • Catatkan bacaan suhu setiap 2 jam dan jika perlu catatkan perubahan gejala. • Basahkan bahagian kepala dengan tuala lembab. • Rujuk ke Klinik / Hospital berdekatan. file Dr. Muda new 2012.indd 106 15/12/2012 2:49:17 AM
SKOP 8 UNIT 1 : MAKAN SECARA SIHAT UNIT 2 : MENGUTAMAKAN SARAPAN PAGI UNIT 3 : MEMILIH PREMIS MAKANAN YANG BERSIH DAN SELAMAT UNIT 4 : PILIH MAKANAN YANG BERSIH DAN SELAMAT ”LIHAT, HIDU, RASA” Bagi unit 1 dan 2, guru penasihat boleh menggunakan Pakej Cabaran Sihat Doktor Muda Sekolah Rendah untuk memantapkan kedua-dua unit ini. Sekiranya pihak sekolah ingin melaksanakan projek inovasi berkaitan pemakanan sihat, sila rujuk ’Pakej Cabaran Sihat Doktor Muda Sekolah Rendah’. AMALAN MAKAN YANG SIHAT DAN SELAMAT 106 SKOP 8 UNIT 1 : MAKAN SECARA SIHAT PENGENALAN Unit ini mendedahkan Doktor Muda mengenai pemakanan sihat bagi menjaga kesihatan. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menyatakan konsep dan amalan makan secara sihat serta kepentingannya berdasarkan piramid makanan. 2. Menyenaraikan masalah-masalah berkaitan pemakanan. 3. Menyatakan keburukan snek yang tidak sihat. 4. Memahami label makanan. ISI PENTING 1. Amalan makan secara sihat berdasarkan Piramid Makanan. 2. Masalah pemakanan. 3. Baca dan fahami label makanan. 4. Keburukan snek tidak sihat. KANDUNGAN 1. Amalan Makan Secara Sihat Berdasarkan Piramid Makanan Makanan dikelompokkan mengikut kandungan nutrien makanan utama dan fungsinya seperti berikut : i. Karbohidrat untuk memberi tenaga kepada tubuh. ii. Protein untuk membina sel-sel dalam tubuh dalam membantu tumbesaran iii. Vitamin dan mineral untuk menjauhkan penyakit. iv. Serat penting untuk sistem penghadaman dan mencegah sembelit. file Dr. Muda new 2012.indd 107 15/12/2012 2:49:18 AM
Pengambilan makanan harian perlulah berdasarkan gabungan pelbagai makanan dalam Piramid Makanan Malaysia. Setiap aras kumpulan makanan membekalkan beberapa jenis nutrien makanan tertentu sahaja. Makanan dari aras bawah Piramid Makanan perlulah diambil dengan secukupnya berbanding dengan hanya sedikit sahaja makanan dari aras paling atas. Kandungan nutrien dalam setiap aras adalah berbeza dan tidak boleh digantikan dengan kumpulan yang lain. Bagi memastikan badan kita mendapat semua nutrien yang diperlukan, murid perlu mempelbagaikan pengambilan makanan mengikut 5 kumpulan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia untuk hidangan harian. Prinsip Makan Secara Sihat a. Makan pelbagai jenis makanan. • Tiada makanan yang dapat membekalkan semua jenis nutrien yang diperlukan. • Pilihlah makanan harian daripada gabungan pelbagai makanan berpandukan Piramid Makanan Malaysia. • Makanlah secara teratur mengikut waktu. Piramid Makanan Malaysia 107 file Dr. Muda new 2012.indd 108 15/12/2012 2:49:19 AM
SKOP 8 108 b. Utamakan makanan bijirin dan produk bijirin. • Sumber tenaga yang utama haruslah diambil berasaskan nasi, mee, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian. • Pilihlah produk bijirin penuh (wholemeal) kerana ia tinggi kandungan serat. c. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. • Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber vitamin, mineral dan serat yang baik. • Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu dimakan pada setiap kali waktu makan. d. Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol. • Kurangkan pengambilan makanan bergoreng. • Pilih makanan yang mengandungi rendah lemak. • Pilih makanan yang rendah kolesterol. e. Pilih makanan yang mengandungi kurang garam. • Kurangkan makan makanan segera. • Kurangkan makanan yang diproses (sosej, nugget, burger). • Makanlah makanan daripada bahan semula jadi atau yang disediakan segar. • Kurangkan pengambilan makanan ringan. • Pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam akan meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi. f. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman. • Kurangkan pengambilan gula-gula dan coklat. • Kurangkan pengambilan makanan bersalut gula dan berkrim seperti donut dan kek. • Kurangkan minum minuman manis dan berkarbonat. • Pengambilan gula yang berlebihan dikaitkan dengan peningkatan berat badan, obesiti, diabetis, karies gigi, penyakit kardiovaskular dan kanser. g. Banyakkan minum air kosong. • Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air kosong sehari. 2. Masalah Pemakanan a. Berlebihan berat badan dan obesiti. Pengambilan makanan secara sihat dan seimbang adalah penting dalam pertumbuhan murid. Berlebihan berat badan dan obesiti akan berlaku disebabkan pengambilan makanan yang berlebihan terutamanya makanan tinggi lemak dan gula seperti makanan segera, makanan ringan, minuman berkarbonat dan gaya hidup tidak aktif. Jika tidak diberi perhatian, ia akan mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi. file Dr. Muda new 2012.indd 109 15/12/2012 2:49:20 AM
109 b. Kesan kekurangan zat makanan. Makanan berkhasiat mengandungi pelbagai nutrien yang baik untuk kesihatan. Ia diperlukan bagi mencegah penyakit tertentu dan membantu tumbesaran murid. Jadual berikut menunjukkan senarai nutrien makanan dan kesan kekurangannya. Zat Makanan Sumber Makanan Kesan Kekurangan Iodin Makanan laut seperti ikan dan kerang. • Goiter (Beguk) Zat Besi Hati, Buah pinggang, daging dan telur. • Anemia (Pucat atau kurang darah) Kalsium Susu, keju, ikan sardin dan ikan bilis. • Osteoporosis (tulang) rapuh atau mudah patah) Vitamin A Hati, ikan, hasil tenusu, telur, mentega, margerin dan sayur-sayuran berwarna kuning dan berdaun hijau tua. • Rabun malam • Kerosakan pada selaput mata (kornea) • Kebutaan Vitamin B Roti, bijirin, ubi kentang, sayuran, kekacang dan hati. • Gangguan sistem saraf • Kurang selera makan • Gementar Vitamin C Betik, nenas, jambu batu, limau, mangga, sayuran. • Skurvi (Penyakit gusi) • Kebutaan Vitamin D Minyak ikan, hati, telur, hasil tenusu dan sinar matahari yang mengandungi ultraviolet. • Pembentukan gigi kurang kuat • Pembesaran tulang terhalang Vitamin K Hati, sayuran berdaun hijau, keju, mentega dan daging. • Darah lambat beku • Pendarahan dalam badan file Dr. Muda new 2012.indd 110 15/12/2012 2:49:21 AM
SKOP 8 3. Keburukan Snek Tidak Sihat Snek ialah makanan yang diambil di antara waktu makan utama seperti sewaktu minum pagi dan minum petang. Snek boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu snek sihat dan snek tidak sihat. Snek yang sihat adalah makanan yang kurang kandungan gula, garam dan lemak seperti buah-buahan, salad, roti, kacang rebus, jagung rebus dan biskut kraker. Snek yang tidak sihat adalah makanan yang tinggi kandungan gula, garam dan lemak seperti gula-gula, donat, coklat, makanan ringan, asam, jeruk, minuman berkarbonat dan aiskrim. Keburukan snek tidak sihat adalah : • Tidak berkhasiat. • Mengurangkan selera makan. • Menyebabkan kegemukan. • Kandungan gula yang banyak boleh menyebabkan kerosakan gigi dan diabetes. • Kandungan garam yang tinggi boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi. 4. Baca dan Fahami Label Makanan a) Makanan yang siap dibungkus untuk jualan perlu mempunyai label. b) Label makanan merupakan tanda berupa tulisan / gambar pada pembungkus makanan sebagai keterangan atau penjelasan tentang sesuatu makanan. c) Label makanan memberi maklumat seperti : Nama Produk Nama sebenar makanan. Contoh : roti. Tarikh Luput Tempoh hayat sesuatu makanan selamat untuk dimakan. Contoh : ”GUNA SEBELUM” atau ”TARIKH LUPUT” Bahan Ramuan Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat makanan tersebut. Contoh ramuan : tepung, gula, serbuk penaik, telur. Ramuan disenaraikan secara menurun daripada paling banyak hingga paling sedikit. 110 Label Makanan Keterangan file Dr. Muda new 2012.indd 111 15/12/2012 2:49:22 AM
Label Makanan Keterangan Nama dan alamat Maklumat syarikat / kilang yang pengeluar mengeluarkan/membungkus atau mengedar makanan. Cara penyimpanan Panduan untuk menyimpan makanan sebelum atau selepas dibuka. Maklumat pemakanan Maklumat nutrisi makanan. Contoh : Saiz hidangan: 50 g Hidangan bagi setiap bungkusan : 10 *Per 100 g Per 175 ml 2 keping (50 g) Tenaga 252 kcal 151 kcal Karbohidrat 58.2 g 29.1 g Lemak 2.8 g 1.4 g Protein 10.0 g 5.0 g Kalsium 300 g 150 g Vitamin C 1.2 mg 0.6 mg *untuk perbandingan produk, guru diminta untuk membaca di ruang ”per 100 g” d) Panduan : • Belilah makanan berbungkus yang berlabel. • Jangan beli atau makan makanan yang melewati tarikh luput. • Baca dengan teliti dan patuhi cara penyimpanan makanan. • Elakkan membeli makanan dengan bungkusan yang telah rosak. • Teliti senarai ramuan. Jika gula atau garam merupakan ramuan pertama, ini menunjukkan makanan tersebut tinggi kandungan gula atau garam. • Fahami dan bandingkan maklumat pemakanan sebelum membeli produk. • Pilih makanan yang rendah lemak, gula dan garam. 111 file Dr. Muda new 2012.indd 112 15/12/2012 2:49:22 AM
SKOP 8 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : PIRAMID MAKANAN MALAYSIA A. Cara Pelaksanaan 1. Guru membahagikan Doktor Muda kepada beberapa kumpulan kecil. 2. Guru memberikan ’Piramid Makanan Malaysia’ kepada setiap kumpulan. 3. Setiap kumpulan diminta untuk membentuk piramid makanan daripada kepingan puzzle tersebut. 4. Setiap kumpulan diminta menyenaraikan jenis makanan mengikut aras setiap piramid. 5. Wakil kumpulan diminta membentangkan jenis makanan mengikut aras yang dikenal pasti. 6. Doktor Muda membuat rumusan tentang kepentingan piramid makanan. B. Sumber • ’Puzzle Piramid Makanan’ C. Masa • 1 Jam D. Penilaian • Soal Jawab AKTIVITI 2 : SANDWICH SIHAT A. Cara Pelaksanaan 1. Guru mengedarkan gambar-gambar makanan kepada setiap Doktor Muda. 2. DoktorMudadimintamemakai /menggantungkansandwichsihat(gambar makanan) yang diberikan untuk digantung pada badan masing-masing. 3. Guru memberi penerangan permainan : • Doktor Muda diminta berkumpul bersama-sama. • Doktor Muda yang berkenaan diminta bergerak ke sudut tertentu mengikut arahan guru. • Guru memberikan arahan mengikut : - Kumpulan protein - Kumpulan karbohidrat - Kumpulan lemak • Guru memberikan arahan mengikut : - Aras piramid makanan 4. Doktor Muda diminta untuk memberikan ulasan tentang kepentingan piramid makanan. 112 file Dr. Muda new 2012.indd 113 15/12/2012 2:49:23 AM
B. Sumber • Gambar Sandwich Sihat C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Soal Jawab AKTIVITI 3 : HEALTHY SHOPPING A. Cara Pelaksanaan 1. Guru meminta Doktor Muda membawa bungkusan makanan berlabel (kotak, plastik atau tin). 2. Guru memberi petunjuk kepada Doktor Muda untuk mendapatkan maklumat seperti di bawah: i. Dapatkan tarikh luput ii. Makanan yang paling rendah kandungan gula. iii. Makanan yang paling rendah kandungan garam iv. Makanan yang paling rendah kandungan lemak v. Makanan yang paling rendah kandungan kalori vi. Makanan yang paling tinggi serat vii. Dapatkan nama selain garam viii. Dapatkan nama selain gula ix. Dapatkan makanan yang mempunyai akuan pemakanan (Nutrition claim) 3. Doktor Muda diberi masa 30 minit untuk menyelesaikan tugasan tersebut. 4. Doktor Muda diminta untuk memberi penerangan dan rumusan tentang pemahaman label makanan. B. Sumber • Bungkusan makanan berlabel C. Masa • 45 minit D. Penilaian • Soal Jawab 113 file Dr. Muda new 2012.indd 114 15/12/2012 2:49:24 AM
SKOP 8 AKTIVITI 4 : KENALI SAYA (BACA LABEL) A. Cara Pelaksanaan 1. Guru meminta Doktor Muda membawa makanan atau minuman berbungkus / berkaling (tin) kegemaran yang mempunyai label makanan ke sesi perjumpaan kelab. 2. Pada sesi perjumpaan, guru menunjukkan cara membaca kandungan gula pada label. 3. Guru menunjukkan jumlah sukatan sebenar gula berpandukan kepada label. 4. Guru cuba membuat satu demonstrasi untuk menunjukkan manisnya gula dengan cara berikut : • Menunjukkan satu tin minuman berkarbonat 235 ml • Guru menunjukkan bacaan gula pada label sebanyak 40 gram • Guru menunjukkan sukatan sebenar gula 40 gram = 8 sudu teh (1 sudu teh = 5 gram) • Guru menyediakan satu gelas air kosong 230 ml • Guru membancuh sukatan 8 sudu teh gula ke dalam gelas berkenaan • Guru meminta Doktor Muda merasa air tersebut 5. Guru meminta Doktor Muda membuat beberapa kumpulan kecil. 6. Setiap kumpulan perlu mengulangi langkah-langkah dalam perkara 4. 7. Doktor Muda membuat ulasan tentang kandungan gula dalam makanan dan bahaya pengambilan gula berlebihan. B. Sumber Makanan dan minuman berbungkus / berkaling yang berlabel • Gula • Sudu teh • Gelas C. Masa • 1 jam D. Penilaian • Soal Jawab 114 file Dr. Muda new 2012.indd 115 15/12/2012 2:49:24 AM
115 UNIT 2 : MENGUTAMAKAN SARAPAN PAGI PENGENALAN Unit ini mendedahkan kepada Doktor Muda tentang kepentingan mengutamakan sarapan pagi sebelum ke sekolah. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menyatakan kebaikan mengambil sarapan. 2. Menyatakan keburukan tidak mengambil sarapan. ISI PENTING 1. Definisi sarapan. 2. Kebaikan sarapan. 3. Keburukan tidak mengambil sarapan. KANDUNGAN 1. Definisi Sarapan Sarapan adalah makanan pertama yang diambil pada waktu pagi. Sarapan hendaklah diambil sebelum sesi kelas bermula sama ada di rumah atau di kantin sekolah. 2. Kebaikan Sarapan • Menyumbang kepada pengambilan tenaga dan nutrien harian. • Lebih bertenaga dan fokus di dalam kelas. • Meningkatkan prestasi pelajaran. • Meningkatkan daya ingatan. • Dapat mengeratkan hubungan seisi keluarga jika sarapan diambil bersama sebelum ke sekolah. 3. Keburukan Tidak Mengambil Sarapan • Kurang bertenaga dan kurang tumpuan di dalam kelas. • Mudah letih dan mengantuk di dalam bilik darjah. • Kurang cergas dalam kelas. file Dr. Muda new 2012.indd 116 15/12/2012 2:49:25 AM
SKOP 8 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : SARAPAN SAYA A. Cara Pelaksanaan 1. Doktor Muda mengemukakan soalan kepada rakan-rakan ’Siapa yang mengambil sarapan?’ 2. Guru membahagikan Doktor Muda kepada dua kumpulan iaitu kumpulan 1 dan kumpulan 2. Setiap kumpulan diberikan Lampiran 8.1, Sarapan Yang Sesuai. 3. Guru meminta kumpulan berbincang dan menyenaraikan : • Kumpulan 1 - kebaikan mengambil sarapan • Kumpulan 2 - keburukan tidak mengambil sarapan 4. Setiap kumpulan diminta menulis hasil perbincangan masing-masing di atas kad manila. 5. Doktor Muda menampal hasil kerja kumpulan di papan hitam. 6. Doktor Muda diminta memberi ulasan kepada hasil kerja kumpulan. 7. Doktor Muda meminta semua rakan-rakan menyenaraikan dan membaca jenis sarapan yang sesuai dan berkhasiat. 8. Doktor Muda diminta untuk membuat rumusan tentang kepentingan mengambil sarapan. B. Sumber • Kad Manila • Pensel • Pemadam • Pita pelekat C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Soal Jawab AKTIVITI 2 : SAMPUL AJAIB A. Cara Pelaksanaan 1. Sebelum menjalankan permainan sampul ajaib, guru dikehendaki menyediakan bahan-bahan seperti mana Lampiran 8.2. 2. Guru membahagikan Doktor Muda kepada dua kumpulan. 3. Guru memberi penerangan permainan : • Doktor Muda diminta berkumpul bersama-sama. • Doktor Muda yang berkenaan diminta bergerak ke sudut tertentu mengikut arahan guru. • Guru memberikan arahan mengikut : - Kumpulan protein - Kumpulan karbohidrat - Kumpulan lemak 116 file Dr. Muda new 2012.indd 117 15/12/2012 2:49:26 AM
B. Sumber • Sampul Ajaib (Lampiran 8.2) C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Soal Jawab AKTIVITI 3 : DIARI SARAPAN SAYA A. Cara Pelaksanaan 1. Guru memberikan kad Diari Sarapan Saya. Seperti dalam Lampiran 8.2(A). 2. Doktor Muda perlu menulis sarapan yang telah diambil seminggu sebelum sesi perjumpaan. 3. Guru akan mencatat bilangan Doktor Muda yang mengambil sarapan dan yang tidak mengambil sarapan. 4. Doktor Muda membuat ulasan tentang kebaikan dan kepentingan mengambil sarapan. 5. Guru mengesyorkan jenis-jenis sarapan yang sesuai seperti di Lampiran 8.2.(A). B. Sumber • Kad Diari Sarapan Saya (Lampiran 8.2 (A)) C. Masa • 30 - 40 minit D. Penilaian • Soal Jawab 117 file Dr. Muda new 2012.indd 118 15/12/2012 2:49:26 AM
SKOP 8 118 UNIT 3 : MEMILIH PREMIS MAKANAN YANG BERSIH DAN SELAMAT PENGENALAN Unit ini mendedahkan Doktor Muda mengenai kepentingan memilih premis makanan yang bersih dan selamat serta menerangkan kesan serta akibat makan di premis yang kotor. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menyenaraikan ciri-ciri premis makanan yang bersih. 2. Mengenal pasti ciri-ciri pengendalian makanan yang bersih. 3. Menerangkan faedah makan di premis yang bersih. 4. Menyenaraikan penyakit yang sering berlaku sekiranya memilih makanan di premis yang tidak bersih. ISI PENTING 1. Ciri-ciri premis makanan yang bersih. a. Ciri-ciri pengendali makanan yang bersih b. Ciri-ciri pengendalian makanan yang bersih 2. Faedah-faedah makan di premis yang bersih. 3. Senarai semak premis makanan yang bersih. KANDUNGAN 1. Ciri-ciri Premis Makanan yang Bersih Sekiranya makan di luar, pastikan premis makanan tersebut bersih. Ciri-ciri kedai makan yang bersih adalah : • Persekitarannya bersih, lantai bersih, jauh dari jalan raya, tiada lalat dan tiada binatang berkeliaran. • Mempunyai peredaran udara yang sesuai. • Mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air yang bersih (air paip), mempunyai saliran atau longkang, tong sampah bertutup, bekalan elektrik dan tandas. • Membuang sisa makanan ke dalam beg plastik dan diikat dengan sempurna. • Mempunyai perabot seperti meja dan kerusi yang dijaga bersih. • Makanan yang telah dimasak mesti ditutup. • Mempunyai tempat menyimpan makanan mentah yang sempurna. • Menggunakan peralatan yang bersih. • Premis makanan mempamerkan Sijil Latihan Pengendali Makanan. • Premis makanan mempamerkan penggredan premis bersih : o Gred A - Paling Bersih o Gred B - Baik o Gred C - Memuaskan 2. Ciri-ciri Pengendali dan Pengendalian Makanan yang Bersih Selain memilih gerai makanan, pengguna juga perlu memastikan orang yang menjual makanan (pengendali) mengamalkan pengendalian makanan yang bersih. Antara amalan tersebut termasuklah : file Dr. Muda new 2012.indd 119 15/12/2012 2:49:27 AM
• Berada dalam keadaan sihat, mempunyai sijil kesihatan dan menjalani pemeriksaan kesihatan. • Pengendali makanan yang bersih, memakai apron dan penutup kepala. Apron hendaklah tidak berpoket dan berwarna cerah. • Menggunakan sudu atau penyepit makanan dan tidak memegang makanan dengan tangan. • Tidak meludah merata-rata atau bersin ke arah makanan. • Berkuku pendek. • Tidak merokok semasa mengendali makanan. • Tidak menindih makanan semasa menghidang makanan kepada pelanggan. • Menggunakan tuala khusus yang berbeza untuk mengelap tangan, meja dan pinggan mangkuk. • Tidakmenggunakanbekas yangtelah retakatau sumbinguntukmenghidangkan makanan. • Membasuh tangan selepas ke tandasdan sebelum menyediakan makanan serta selepas mengendalikan makanan mentah seperti ayam, ikan dan sebagainya. • Tidak memakai barang kemas seperti cincin, gelang dan jam tangan semasa mengendalikan makanan. • Pengendali makanan hendaklah memakai kasut (tidak memakai selipar). 3. Faedah Makan di Premis yang Bersih • Mengelakkan penyakit-penyakit bawaan air dan makanan seperti cirit-birit, Hepatitis A, Tifoid, keracunan makanan dan kolera (taun). 4. Senarai Semak Premis Makanan yang Bersih a. Keadaan makanan : • Dalam keadaan baik. b. Perlindungan : • Makanan ditutup dengan baik. • Mengambil makanan dengan menggunakan penyepit. c. Peralatan : • Baik dan bersih. • Dibasuh dengan air bersih (digalakkan menggunakan air panas). • Guna bahan cucian pinggan mangkuk. • Disimpan dengan baik. d. Tuala pengelap : • Menggunakan tuala khusus yang berbeza untuk mengelap tangan, meja dan pinggan mangkuk. e. Longkang : • Bersih. • Mengalir dengan baik. f. Tempat basuh tangan / sinki : • Bersih. • Mempunyai sabun. • Sesuai kedudukannya. • Diselenggara dengan baik. 119 file Dr. Muda new 2012.indd 120 15/12/2012 2:49:28 AM
SKOP 8 g. Tong sampah : • Mencukupi. • Keadaan baik. • Bersih. • Berpenutup. h. Bangunan : • Lantai bersih. • Tingkap bersih. • Siling bersih. • Struktur bersih. i. Kebersihan seluruh premis terjaga. j. Tempoh masa antara penyediaan dan penggunaan makanan tidak melebihi 2 jam. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : DI MANA SAYA A. Cara Pelaksanaan 1. Guru mengedarkan Lembaran Kerja Di Mana Saya?, seperti Lampiran 8.3, kepada semua Doktor Muda. 2. Guru mengarahkan Doktor Muda mencari dan menanda objek tersembunyi pada ’Lembaran Kerja Di Mana Saya?’. 3. Doktor Muda diminta menyenaraikan objek yang menggambarkan ciri-ciri gerai bersih dan tidak bersih. 4. Doktor Muda diminta untuk membentangkan hasil kerja kepada guru. 5. Doktor Muda diminta membuat ulasan mengenai kepentingan setiap objek tersembunyi dalam Lembaran Kerja Di Mana Saya. Objek-objek tersembunyi : • Paip air • Lalat • Bakul sampah • Apron • Tudung saji • Tikus • Lipas • Penyepit makanan • Sudu • Sabun • Tisu / Pencuci tangan • Tanda ’Larangan Merokok’ B. Sumber • Lembaran Kerja Di Mana Saya? (Lampiran 8.3) C. Masa • 20 minit D. Penilaian • Soal Jawab 120 file Dr. Muda new 2012.indd 121 15/12/2012 2:49:28 AM
121 UNIT 4 : PILIH MAKANAN YANG BERSIH DAN SELAMAT ”LIHAT, HIDU, RASA” PENGENALAN Unit ini memberi panduan kepada Doktor Muda menggunakan deria semasa memilih makanan untuk mengelakkan membeli makanan yang telah rosak atau basi. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menyenaraikan tiga deria utama iaitu lihat, hidu dan rasa. 2. Mengenal pasti ciri-ciri makanan yang bersih dan selamat. 3. Menerangkan faedah penggunaan deria dalam memilih makanan bersih dan selamat. ISI PENTING 1. Memperkenalkan tiga deria utama dalam mengenal pasti makanan yang rosak atau basi. 2. Perkara yang perlu diberi perhatian semasa memilih makanan. 3. Menggunakan deria lihat, hidu dan rasa dalam memilih makanan. 4. Kesan mengambil makanan yang rosak dan basi. 5. Tindakan yang perlu diambil oleh murid. KANDUNGAN 1. Perkara yang Perlu diberi Perhatian Semasa Memilih Makanan. Keracunan makanan boleh berlaku sekiranya murid memakan makanan yang rosak atau basi. Oleh itu, murid perlu memilih makanan : o Panas dan segar (makanan hendaklah tidak melebihi 4 jam selepas dimasak). o Tidak terdedah (tidak dihinggapi lalat atau serangga). o Tidak berbau masam dan tidak busuk. o Tidak berlendir. o Tidak berubah warna. o Tidak berasa masam. o Makanan yang dibungkus dengan bahan yang bersih. o Makanan yang diambil dengan peralatan yang bersih. 2. Tiga Deria Utama dalam Mengenal Pasti Makanan yang Rosak atau Basi. Penggunaan deria amat penting untuk menghantar maklumat dan rangsangan kepada otak. Otak menganalisa maklumat dan membolehkan badan bertindak balas. Tiga anggota utama iaitu mata, hidung dan lidah boleh digunakan untuk memilih makanan yang bersih dan selamat melalui deria lihat, hidu dan rasa. file Dr. Muda new 2012.indd 122 15/12/2012 2:49:29 AM
SKOP 8 122 Deria Makanan Berbungkus / Berkaling (tin) Makanan Tidak Berbungkus Lihat (Rupa fizikal makanan) • Tidak tamat tarikh luput • Tidak berkulat • Tidak kemek • Tidak gelembung • Tidak bocor • Tidak berkarat • Tidak koyak • Tidak membungkus dan menutup makanan dengan surat khabar • Tidak berlendir • Tidak berbuih • Tidak berubah warna • Tiada bendasing • Tidak dihinggapi serangga seperti lalat • Tidak disentuh/diambil dengan menggunakan tangan • Tidak menggunakan bekas makanan yang retak atau sumbing • Bekas makanan tidak bertindih secara langsung dengan makanan • Tidak terdedah • Tidak berkulat Hidu • Tidak berbau masam • Tidak berbau busuk • Tidak berbau masam • Tidak berbau busuk Rasa • Tidak berasa basi • Tidak berasa basi 3. Kesan Mengambil Makanan yang Rosak dan Basi Boleh menyebabkan keracunan makanan dengan tanda-tanda seperti berikut: • Loya dan muntah • Memulas dan sakit perut • Cirit-birit • Demam dan kesejukan • Pening kepala 4. Tindakan yang Perlu Diambil oleh Murid Sekiranya murid mendapati makanan tersebut telah rosak atau basi, JANGAN MAKAN MAKANAN TERSEBUT! Tindakan Segera yang perlu diambil ialah : a. Murid perlu memaklumkan kepada guru bertugas atau guru kesihatan jika; • Makanan yang dimakan atau makanan yang dihidang didapati rosak atau basi. • Makanan yang berbungkus / berkaling rosak atau telah tamat tarikh luput. file Dr. Muda new 2012.indd 123 15/12/2012 2:49:30 AM
123 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : PANDANGLAH, LIHATLAH A. Cara Pelaksanaan 1. Guru mengedarkan permainan Kad Rupa Saya. 2. Guru mengarahkan Doktor Muda untuk memilih gambar makanan yang tidak selamat untuk dimakan. 3. Doktor Muda diminta untuk memaklumkan kepada kelas gambar yang dipilih dan menyatakan sebab-sebab yang terdapat dalam gambar dipilih. Doktor Muda diminta untuk membentangkan hasil kerja kepada guru. 4. Doktor Muda diminta membuat ulasan berdasarkan penggunaan deria lihat, hidu dan rasa dalam memilih makanan yang bersih dan selamat. B. Sumber • Kad Rupa Saya C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Soal Jawab file Dr. Muda new 2012.indd 124 15/12/2012 2:49:30 AM
SKOP 8 128 SKOP 9 CARA HIDUP YANG SIHAT UNIT 1 : MARI BERSENAM UNIT 2 : MENGEKALKAN BERAT BADAN UNGGUL UNIT 3 : JANGAN MULA MEROKOK UNIT 1 : MARI BERSENAM PENGENALAN Unit ini mendedahkan Doktor Muda mengenai kepentingan bersenam dengan cara yang betul, selamat dan berkesan. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menyenaraikan faedah-faedah bersenam. 2. Menyatakan cara-cara bersenam dengan betul. 3. Melakukan senaman dengan betul, selamat dan berkesan. ISI PENTING 1. Faedah-faedah bersenam. 2. Prinsip Senaman (F.I.T.T). 3. Langkah berjaga-jaga sebelum, semasa dan selepas bersenam. KANDUNGAN 1. Faedah-faedah Bersenam • Menjadi cergas dan cerdas. • Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan peredaran darah. • Mengawal berat badan. • Meningkatkan stamina. • Menguatkan otot, tulang dan sendi. • Meningkatkan kelenturan dan kecekapan gerakan badan. • Mengurangkan stres. • Membantu mendapatkan tidur yang nyenyak. • Memperbaiki postur badan. • Menjadi lebih ceria dan meningkatkan ketrampilan diri. Bagi unit 1 dan 2, guru penasihat boleh menggunakan Pakej Cabaran Sihat Doktor Muda Sekolah Rendah untuk memantapkan kedua-dua unit ini. Sekiranya pihak sekolah ingin melaksanakan projek inovasi berkaitan dengan aktiviti kecergasan dan pemakanan sihat, sila rujuk ’Pakej Cabaran Sihat Doktor Muda Sekolah Rendah’. SKOP 9 124 file Dr. Muda new 2012.indd 125 15/12/2012 2:49:34 AM
125 2. Prinsip Senaman Untuk mendapatkan faedah senaman, ia perlu dilakukan berdasarkan prinsip F.I.T.T. a. Frequency (kekerapan melakukan senaman) • Disyorkan kekerapan senaman sekurang-kurangnya 5 kali seminggu. • Jika tidak pernah bersenam sebelumnya atau sudah lama tidak bersenam, mulakan senaman dua hingga tiga kali seminggu pada minggu permulaan. • Tingkatkan kekerapan melakukan senaman secara berperingkat mengikut kemampuan. b. Intensity (tahap senaman) • Secara umumnya senaman boleh dibahagikan kepada 3 jenis tahap iaitu : Tahap Senaman Jenis Senaman Senaman Tahap Rendah Berjalan Senaman Tahap Sederahana Berbasikal, joging, senamrobik, berenang Senaman Tahap Tinggi Lompat tali, bermain bola sepak, bola jaring, badminton • Lakukan senaman dengan bersungguh-sungguh tetapi jangan sampai memudaratkan badan iaitu sehingga rasa semput atau sukar bernafas. c. Time (tempoh senaman) • Disyorkan senaman selama sekurang-kurangnya 30 minit dan secara berterusan. • Jika tidak pernah bersenam sebelumnya atau sudah lama tidak bersenam, mulakan senaman beberapa minit sahaja pada minggu permulaan. • Tingkatkan tempoh melakukan senaman secara berperingkat mengikut kemampuan. d. Type (jenis senaman) • Murid boleh melakukan apa jua senaman yang diminati dan mengikut kemampuan. Umpamanya berbasikal, joging, senamrobik, lompat tali, bermain permainan rakyat, bermain bola sepak, badminton atau ping pong. file Dr. Muda new 2012.indd 126 15/12/2012 2:49:35 AM
126 SKOP 9 3. Langkah Bersenam dengan Betul • Sebelum bersenam murid perlu melakukan regangan awal untuk memastikan tubuh badan bersedia. Ia juga membantu mengurangkan risiko kecederaan dan meningkatkan kecekapan tubuh. Lakukan regangan ke atas semua otototot utama bermula daripada kepala hingga ke hujung kaki. • Selepas itu lakukanlah apa jua senaman yang diminati untuk sekurangkurangnya 30 minit setiap sesi. • Setelah tamat sesi senaman, jangan lupa lakukan sesi menyejukkan badan atau cool down. Hentikan senaman secara perlahan-lahan iaitu setelah selesai bersenam dan jangan terus duduk. Ia bertujuan untuk menstabilkan kembali kadar denyutan jantung dan mengelakkan badan mengalami ketidak selesaan seperti sakit di bahagian sendi, kekejangan dan loya. • Selepas bersenam, minum air kosong secukupnya untuk menggantikan cecair yang hilang sewaktu bersenam. 4. Langkah Keselamatan Sebelum dan Semasa Bersenam • Jika murid mempunyai masalah kesihatan seperti asma, masalah jantung, buah pinggang atau lain-lain penyakit, dapatkan nasihat doktor sebelum bersenam. • Mulakan senaman secara perlahan pada permulaan dan tingkatkan kekerapan mengikut keupayaan apabila murid telah bersedia. • Pastikan warm-up dan cool-down dilakukan sebelum dan selepas bersenam. • Pakailah kasut yang sesuai untuk bersenam. • Pakaian mestilah longgar dan selesa. • Jangan bersenam selepas makan. Tunggu sehingga 2 jam selepas makan. Ini kerana dalam tempoh 2 jam selepas makan, proses penghadaman masih berlaku. Murid berkemungkinan akan mengalami semput, sakit perut atau muntah. • Janganbersenamdibawahcuacayangterlalupanas.Iabolehmengakibatkan murid mendapat kejutan panas (heat stroke, pitam atau tidak sedarkan diri). Bersenamlah semasa cuaca redup atau di tempat yang teduh. • Jangan lakukan senaman semasabadan tidak sihat. Jumpalahdoktordengan segera. • Lakukan senaman dengan penuh keseronokan. Murid akan berasa cergas dan lebih sihat. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : BERSENAM SECARA BETUL A. Cara Pelaksanaan Fasa Memanaskan Badan 1. Guru membahagikan Doktor Muda kepada beberapa kumpulan (10 orang setiap kumpulan). 2. Guruakan meminta Doktor Mudauntuk membuatsatubulatandan melakukan lari setempat / lari kapal terbang / lari ulang alik / lari rama-rama dan pelbagai aktiviti regangan selama 3 - 5 minit. file Dr. Muda new 2012.indd 127 15/12/2012 2:49:35 AM
127 Fasa Regangan 1. Guru menunjuk cara dan diikuti oleh murid melakukan aktiviti-aktiviti regangan mengikut Panduan Melakukan Regangan (Lampiran 9.1) selama 5 minit. Fasa Aerobik 1. Guru membahagikan Doktor Muda kepada beberapa kumpulan (10 orang setiap kumpulan). 2. Setiap Doktor Muda diberi satu belon yang belum ditiup. 3. Doktor Muda dikehendaki meniup belon masing-masing sehingga sebesar bola sepak dan belon itu hendaklah diikat. 4. Kepit belon dengan menggunakan kedua belah lutut dan berjalan ke hadapan selama 1 minit. 5. Kemudian, Doktor Muda diarahkan menghadap rakan masing-masing dengan jarak 2 meter. 6. Doktor Muda diminta membalingkan belon dengan kedua-dua belah tangan kepada rakan masing-masing sebanyak 5 kali secara bergilir-gilir selama 3 minit. 7. Selepas itu, Doktor Muda dikehendaki melambung belon ke atas sambil bergerak ke arah dalam bulatan dan keluar balik tanpa berpusing ke belakang bersama belon. Ulang 2 hingga 3 kali. 8. Doktor Muda berlari mengelilingi padang atau kelas sambil melontar belon ke atas selama 2 minit. 9. Guru jugameminta Doktor Mudamenimbangbelondenganmenggunakan kaki selama 2 minit. 10. Akhir sekali, guru menyuruh Doktor Muda mendapatkan pasangan masingmasing. Doktor Muda akan mengikat belon ke arah luar kaki dan cuba pecahkan belon pasangan masing-masing. 11. Selain aktiviti ini, guru boleh melakukan aktiviti tersebut seperti : • Lari zig-zag • Lari ambil bola • Lari berganti-ganti • Gelung rotan • Lompat tali • Merangkak dalam gelung rotan B. Sumber • Panduan Melakukan Regangan (Lampiran 9.1) • Belon, wisel, tali skip dan gelung rotan • Jam randik C. Masa • 1 jam D. Penilaian • Soal Jawab file Dr. Muda new 2012.indd 128 15/12/2012 2:49:36 AM
SKOP 9 128 UNIT 2 : MENGEKALKAN BERAT BADAN UNGGUL PENGENALAN Unit ini menerangkan kepada Doktor Muda tentang cara mengukur tinggi dan menimbang berat badan dengan betul. Ia mendedahkan Doktor Muda mengenai status berat badan melalui kaedah pengiraan Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index). Seterusnya Doktor Muda dapat mengawal berat badan melalui pemantauan status (BMI) secara berkala. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Mengukur tinggi dengan betul. 2. Menimbang berat badan dengan betul. 3. Menyatakan cara-cara mengukur Indeks Jisim Tubuh. 4. Menjelaskan kepentingan berat badan unggul. 5. Menyenaraikan langkah untuk mencapai berat badan unggul. 6. Membantu guru menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut untuk dicatat ke dalam Buku Rekod Kesihatan. ISI PENTING 1. Panduan mengukur tinggi. 2. Panduan mengukur berat badan. 3. Panduan pengiraan dan interpretasi Indeks Jisim Tubuh. 4. Kepentingan memiliki berat badan unggul. 5. Cara mengekalkan berat badan unggul. KANDUNGAN 1. Panduan Mengukur Ketinggian • Pastikan alat pengukur dalam keadaan baik. • Pastikan murid berdiri tegak, tanpa kasut, kaki dirapatkan dan tumit mencecah dinding. Lutut rapat dan ditegakkan. • Catatkan ukuran tinggi dalam meter (m) pada satu angka perpuluhan. 2. Panduan Menimbang Berat Badan • Pastikan alat timbang dalam keadaan baik. • Pastikan jarum penimbang berada pada bacaan ‘0’ sebelum membuat timbangan. • Pastikan tiada barang-barang berat dalam poket murid. • Pastikanmuridberdiritegakdiatasalattimbangtanpakasut,tidakberpegang pada apa-apa dan murid mesti berdiri diam semasa ukuran diambil. • Berat badan dicatat dalam unit kilogram (kg) kepada satu angka perpuluhan. file Dr. Muda new 2012.indd 129 15/12/2012 2:49:37 AM
129 3. Panduan Pengiraan dan Interpretasi Indeks Jisim Tubuh (BMI) BMI ialah satu ukuran saintifik untuk menentukan sama ada berat badan bersesuaian mengikut ketinggian. Mencapai dan mengekalkan Indeks Jisim Tubuh yang sesuai mengikut umur adalah baik untuk kesihatan. Pengukuran nilai BMI dilakukan mengikut formula berikut : Formula BMI = Berat (Kg) Tinggi (m) x Tinggi (m) Umur (Tahun) BMI - untuk umur, Lelaki (Sumber : 2007 WHO) < -3 SD (Susut Teruk) > -3 SD - < -2 SD (Susut) > -2 SD - < 1 SD (Berat badan normal) > 1 SD - < 2 SD (Berlebihan berat badan) > 2 SD (Obes) 7 < 12.3 12.3 - 13.0 13.1 - 17.0 17.1 - 19.0 > 19.0 8 < 12.4 12.4 - 13.2 13.3 - 17.4 17.5 - 19.7 > 19.7 9 < 12.6 12.6 - 13.4 13.5 - 17.9 18.0 - 20.5 > 20.5 10 < 12.8 12.8 - 13.6 13.7 - 18.5 18.6 - 21.4 > 21.4 11 < 13.1 13.1 - 14.0 14.1 - 19.2 19.3 - 22.5 > 22.5 12 < 13.4 13.4 - 14.4 14.5 - 19.9 20.0 - 23.6 23.6 Umur (Tahun) BMI - untuk umur, Perempuan (Sumber : 2007 WHO) < -3 SD (Susut Teruk) > -3 SD - < -2 SD (Susut) > -2 SD - < 1 SD (Berat badan normal) > 1 SD - < 2 SD (Berlebihan berat badan) > 2 SD (Obes) 7 < 11.8 11.8 - 12.6 12.7 - 17.3 17.4 - 19.8 > 19.8 8 < 11.9 11.9 - 12.8 12.9 - 17.7 17.8 - 20.6 > 20.6 9 < 12.1 12.1 - 13.0 13.1 - 18.3 18.4 - 21.5 > 21.5 10 < 12.4 12.4 - 13.4 13.5 - 19.0 19.1 - 22.6 > 22.6 11 < 12.7 12.7 - 13.8 13.9 - 19.0 20.0 - 23.7 > 23.7 12 < 13.2 13.2 - 14.3 14.4 - 20.8 20.9 - 25.0 > 25.0 Bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas IJT yang unggul (ideal) adalah antara 18.5 - 25.0. 4. Kepentingan Memiliki Berat Badan Unggul • Mengurangkanrisikobeberapapenyakit kronik sepertisakitjantung,diabetes dan tekanan darah tinggi. • Kelihatan lebih cantik dan kemas. • Lebih aktif dan cergas. • Rasa lebih yakin dan mempunyai harga diri yang tinggi. file Dr. Muda new 2012.indd 130 15/12/2012 2:49:38 AM
SKOP 9 130 5. Cara Mengekalkan Berat Badan Unggul Sekiranya murid mempunyai berat badan berlebihan atau obes, maka murid perlu mengawal berat badan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan senaman yang teratur. (Guru boleh merujuk Pakej Cabaran Sihat Doktor Muda Sekolah Rendah) 5.1 Mengamalkan pemakanan yang sihat • Makan pelbagai jenis makanan daripada kumpulan bijirin dan produk bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu berpandukan Piramid Makanan Malaysia. • Utamakan makanan tinggi kandungan serat (fiber) seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh (wholemeal). • Kurangkan makan makanan yang tinggi kandungan lemak. • Kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman. • Makan mengikut keperluan. • Makan mengikut masa yang tetap. • Elakkan snek yang tidak berkhasiat. 5.2 Mengamalkan senaman yang cukup dan teratur mengikut Prinsip F.I.T.T. F: Frekuensi (kekerapan). Bersenamlah sekurang-kurangnya 5 hingga 6 kali seminggu. Contoh senaman adalah berjalan pantas, joging, berbasikal, senamrobik dan bersukan. I: Intensiti ialah tahap keupayaan murid untuk bersenam. Sekiranya murid mengalami kesukaran untuk bernafas semasa bersenam, ini bermakna dia telah melakukan senaman melebihi had keupayaan. Mulakanlah senaman secara perlahan-lahan dan tingkatkan tahap mengikut keupayaan murid. T: Tempoh ialah masa atau berapa lama masa yang diperlukan untuk bersenam. Luangkan masa sekurang-kurangnya 60 minit untuk bersenam bagi mendapatkan berat badan unggul. T: Type (Jenis). Jenis senaman yang dilakukan yang memerlukan pergerakan dan mengikut minat murid seperti beriadah, bersukan, bermain permainan rakyat dan sebagainya. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : TIMBANGAN SIHAT A. Cara Pelaksanaan 1. Guru memberi penerangan tentang pentingnya mengambil ukuran berat badan serta ukuran tinggi bagi memantau pertumbuhan tubuh badan. Seterusnya, guru membuat demonstrasi cara mengukur ketinggian dan berat badan dengan betul. file Dr. Muda new 2012.indd 131 15/12/2012 2:49:39 AM
131 2. Guru membahagikan Doktor Muda kepada 2 kumpulan. • Kumpulan 1 - mengambil ukuran ketinggian • Kumpulan 2 - mengambil ukuran berat badan 3. Setelah selesai, Doktor Muda perlu menukar aktiviti pengukuran mengikut kumpulan sehingga murid faham dan cekap. 4. Dengan bimbingan guru, Doktor Muda akan membuat rumusan terhadap sesi ini. B. Sumber • Alat ukur tinggi • Alat penimbang berat badan C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Doktor Muda boleh mengambil ukuran berat badan dengan betul • Doktor Muda boleh mengambil ukuran ketinggian dengan betul • Soal Jawab AKTIVITI 2 : CARA MENGUKUR INDEKS JISIM TUBUH (BMI) A. Cara Pelaksanaan 1. Guru meminta Doktor Muda mendapatkan bacaan ukuran tinggi dan berat badan masing-masing. 2. Guru memberi formula Indeks Jisim Tubuh (BMI) dan meminta Doktor Muda mengira BMI masing-masing berdasarkan formula yang diberikan. 3. Guru memperkenalkan Carta Pertumbuhan WHO bagi mendapatkan klasifikasi berat badan murid. 4. Guru menerangkan kepentingan berat badan unggul kepada Doktor Muda. 5. Dengan bimbingan guru, Doktor Muda menerangkan kaedah mengekalkan berat badan unggul. B. Sumber • Carta Pertumbuhan WHO 2007 (Lelaki dan Perempuan) • Jadual Klasifikasi Berat Badan C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Doktor Muda boleh membuat pengiraan BMI dengan betul • Doktor Muda boleh membuat intepretasi BMI dengan betul • Soal Jawab file Dr. Muda new 2012.indd 132 15/12/2012 2:49:39 AM
SKOP 9 132 UNIT 3 : JANGAN MULA MEROKOK PENGENALAN Unit ini mendedahkan Doktor Muda tentang bahaya merokok dan juga faedah tidak merokok agar mereka tidak mula merokok. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menyenaraikan bahan kimia berbahaya di dalam asap rokok. 2. Menyatakan bahaya merokok kepada kesihatan. 3. Menerangkan bahaya merokok kepada perokok pasif. 4. Menyenaraikan kebaikan tidak merokok. ISI PENTING 1. Fakta mengenai tembakau. 2. Fakta mengenai rokok – Pahit Tetapi Benar. 3. Mengapa seseorang itu merokok. 4. Bahan-bahan kimia dalam asap rokok. 5. Penyakit-penyakit akibat merokok. 6. Kesan-kesan lain yang dikaitkan dengan merokok. 7. Kesan merokok kepada remaja. 8. Risiko kepada perokok pasif. 9. Faedah tidak merokok. 10. Faedah tidak merokok bagi remaja. 11. Denda merokok. 12. Kawasan-kawasan larangan merokok. 13. Hak murid sebagai orang yang tidak merokok. 14. Tanggungjawab murid. KANDUNGAN 1. Fakta Mengenai Tembakau • Nama lain tembakau adalah nicotina tobacum. • Diperkenalkan oleh Puak Indian Amerika Utara. • Dibawa oleh Christopher Columbus ke Eropah pada kurun ke-16. • Sejak itu, penggunaan tembakau menular ke seluruh dunia. • Kini Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan terdapat 1.1 billion perokok di seluruh dunia (47% lelaki dan 12% wanita). • Di Malaysia : 46.4% lelaki dan 1.6% wanita berusia 18 tahun ke atas didapati merokok. 2. Fakta Mengenai Rokok - Pahit Tetapi Benar • Merokok merupakan penyebab utama gangguan kesihatan serta kematian sebelum masa dan ini boleh dielakkan. • Merokok menyebabkan : - 25% daripada penyakit jantung koronari - 75% daripada penyakit saluran pernafasan kronik - 90% daripada kesemua kes barah paru-paru file Dr. Muda new 2012.indd 133 15/12/2012 2:49:40 AM
133 • 50% daripada perokok seumur hidup dijangka akan meninggal dunia akibat diserang penyakit berkaitan dengan merokok. • Merokok menyebabkan komplikasi semasa mengandung, terencatnya pertumbuhan anak di dalam kandungan, kesulitan lain semasa mengandung, bersalin dan berpantang serta menyebabkan penyakit salur pernafasan kanakkanak. • Merokok menggandakan risiko maut akibat serangan sakit jantung sebanyak 10 - 15 kali ganda berbanding bukan perokok dan pada usia yang lebih muda. • Lebih 85% dari perokok dewasa mula merokok ketika usia remaja. 3. Mengapa Seseorang Itu Merokok? Antara sebab-sebab seseorang itu merokok adalah : • Menonjolkan imej yang anggun dan hebat. • Melambangkan kedewasaan. • Ingin mencuba. • Mengikut tingkah laku ibu bapa. • Pengaruh rakan sebaya. • Pengaruh iklan. • Berkemampuan untuk membeli. • Mudah memperolehi bekalan rokok. 4. Bahan Kimia dalam Asap Rokok Tahukah anda? Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap rokok yang boleh membahayakan kesihatan kita. • Aceton (penanggal cat) • Methanol (bahan api roket) • Naphthalene (ubat gegat) • Toluene (bahan pelarut) • Cadmium (bahan bateri kereta) • Vinylchlorida (bahan pembuat PVC) • Toluidine (pelarut industri) • Ammonia (pencuci lantai) • Hidrogen Sianida (racun yang digunakan dalam bilik gas) • Arsenik (racun anai-anai atau semut) • Phenol (pembersih) • Butane (cecair pemetik api) • DDT (racun makhluk perosak) • Pyrene • Benzopyrene • Urethane • Nickel • Polonium • Nikotin (racun serangga dan asap) - menyebabkan ketagihan - meningkatkan tekanan darah - meningkatkan kadar denyutan jantung - mengecutkan saluran darah • Karbon Monoksida (gas ekzos kereta) - boleh membawa maut - menyebabkan kekurangan oksigen kepada otak, penglihatan dan otot-otot (tidak dapat berfungsi dengan baik) file Dr. Muda new 2012.indd 134 15/12/2012 2:49:41 AM
SKOP 9 134 - mengurangkan fungsi pembersihan oleh paru-paru dan menyebabkan bahan kimia daripada asap rokok melekat di sepanjang saluran pernafasan (ini boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru-paru) - kesan jangka masa panjang : saluran pernafasan membengkak dan jumlah udara yang disedut berkurangan • Tar (minyak tar jalan) - melekat di sepanjang saluran pernafasan (seperti jelaga di sepanjang terowong asap) - bahan karsinogenik (bahan yang boleh menyebabkan kanser atau barah) 5. Penyakit-penyakit Akibat Merokok • Pelbagai jenis kanser - paru-paru - tekak - mulut - pankreas - pundi kencing - buah pinggang - rahim - esofagus - gaster (perut) • Penyakit jantung • Darah tinggi • Strok atau angin ahmar • Penyempitan saluran darah • Ulser perut atau gastrik • Bronkitis kronik atau Emfisima • Penyakit lelah bertambah teruk • Buta • Memendekkan hayat seseorang 6. Kesan-kesan Lain yang Dikaitkan dengan Merokok • Nafas berbau busuk • Gigi rosak atau kuning • Cepat beruban atau kulit cepat berkedut • Kurang stamina atau mudah letih • Bibir menjadi hitam • Nampak selekeh dan pengotor • Badan dan pakaian berbau busuk • Kesuburan atau kelakian menurun • Membazir wang • Menyebabkan kebakaran 7. Kesan Merokok Kepada Remaja • Menyebabkan kelihatan selekeh dan tidak sopan. • Mendorong ke arah amalan buruk yang lain seperti menghidu gam, menagih dadah dan minum minuman yang memabukkan. • Tidak dapat menyelesaikan masalah sebaliknya menambah masalah. • Menyebabkan pelbagai jenis penyakit. • Dilabelkan sebagai remaja bermasalah dan nakal. • Menyebabkan ketagihan yang sukar dipulihkan. • Boleh dikenakan tindakan disiplin. file Dr. Muda new 2012.indd 135 15/12/2012 2:49:41 AM
135 8. Risiko Kepada Perokok Pasif • Risiko kepada kanak-kanak - lebih mudah mendapat lelah. - mudah mendapat jangkitan paru-paru. - pertumbuhan paru-paru terganggu. - mudah menjadi perokok apabila dewasa. - lebih terdedah kepada kanser. • Risiko kepada wanita - melahirkan bayi yang kurang berat badan atau menyebabkan rencatan tumbesaran bayi dalam rahim. - melahirkan bayi yang tidak cukup bulan. - menyebabkan keguguran atau bayi mati dalam rahim. - lebih terdedah kepada kanser. - mengurangkan kesuburan. - putus haid awal. 9. Faedah Tidak Merokok • Jangka hayat lebih panjang dan lebih sihat. • Mencegah penyakit. • Menghindari racun. • Meningkatkan kecergasan dan stamina. • Nafas lebih segar. • Gigi lebih putih. • Kulit lebih sihat. • Meningkatkan deria rasa dan bau. • Rambut dan pakaian tidak berbau busuk. • Berasa lebih segar dan segak. • Lebih keyakinan diri. • Melindungi orang lain. • Menjadi teladan yang baik. • Menjimatkan wang. • Melindungi alam sekitar. 10. Faedah Tidak Merokok Pada Remaja • Lebih segak. • Lebih matang. • Berketrampilan. • Berkeyakinan diri yang tinggi. • Perawakan yang menarik. • Kecemerlangan akademik. • Lebih cergas dan berstamina. • Sihat dan terhindar daripada pelbagai risiko penyakit. • Sentiasa disenangi orang lain. • Lebih wang saku dan berjimat cermat. • Sentiasa ceria. file Dr. Muda new 2012.indd 136 15/12/2012 2:49:42 AM
SKOP 9 136 11. Denda Merokok AMARAN! • Jika anda merokok di kawasan yang dilarang merokok, anda boleh dikenakan kompaun minimum RM250.00 sehingga maksimum RM5,000.00. • Sekiranya kompaun tidak dijelaskan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh dikeluarkan, anda boleh didakwa di mahkamah! • Jika sabit kesalahan, anda boleh dijatuhi hukuman denda sehingga RM10,000.00 atau penjara kurang 2 tahun! 12. Kawasan-kawasan Larangan Merokok • Sekolah • Hospital atau klinik • Tadika • Institusi Pengajian Tinggi • Premis kerajaan • Kaunter awam • Kompleks sukan atau stadium • Dewan • Lif awam • Tempat makan berhawa dingin • Kenderaan awam • Hentian Pengangkutan Awam • Stesen minyak • Kompleks membeli-belah • Panggung wayang • Lapangan terbang • Rumah ibadat 13. Hak Murid Sebagai Orang yang Tidak Merokok • Memberitahu orang lain bahawa anda tidak suka asap rokok. • Membantah dengan baik apabila orang lain merokok di hadapan anda. • Memberitahu orang lain tentang bahaya merokok. • Memberitahu orang lain tentang kawasan larangan merokok. 14. Tanggungjawab Murid • Jangan cuba mula merokok kerana ini tabiat yang boleh menyebabkan ketagihan. • Berhenti serta-merta jika sudah merokok. • Elakkan diri daripada pengaruh kawan untuk merokok. • Katakan ‘tidak’ kepada sebarang pelawaan merokok. • Berikanmaklumat kepadasesiapasahajayangmerokokdi kawasan‘larangan merokok’ kerana itu adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. • Berikan nasihat dan galakan kepada rakan-rakan yang merokok supaya berhenti merokok. • Laporkan kepada guru disiplin murid yang didapati merokok di sekolah atau di luar sekolah. • Jangan belikan rokok untuk orang lain termasuk ibu bapa sendiri. • Sebarkan maklumat tentang bahaya merokok kepada rakan sebaya. file Dr. Muda new 2012.indd 137 15/12/2012 2:49:43 AM
137 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : POSTER TAK NAK MEROKOK A. Cara Pelaksanaan 1. Guru mengarahkan Doktor Muda melukis poster atau lukisan bertemakan ’Tak Nak Merokok!’. 2. Tempoh masa selama 2 minggu diberikan kepada Doktor muda untuk menyerahkan hasil kerja mereka. 3. Pada tarikh penghantaran lukisan, guru memilih beberapa orang Doktor Muda untuk memberikan penjelasan tentang visual lukisan mereka. 4. Doktor Muda diminta membuat rumusan bagi setiap poster yang dihasilkan. 5. Poster yang terbaik akan dipamerkan di papan kenyataan sekolah. B. Sumber • Kertas Lukisan • Cat Air • Pensel Warna C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Soal Jawab AKTIVITI 2 : KATAKAN…TAK NAK MEROKOK! A. Cara Pelaksanaan 1. Guru mengedarkan Lembaran Kerja ’Katakan..Tak Nak Merokok!’, seperti di Lampiran 9.3(A), kepada Doktor Muda. 2. Masa selama 15 minit diberikan kepada Doktor Muda untuk menulis jawapan masing-masing. 3. Doktor Muda diminta untuk menyimpan lembaran ’Katakan..Tak Nak Merokok!’ masing-masing sehingga tamat sesi latihan berkenaan. 4. Guru menayangkan video Tak Nak Merokok. 5. Doktor Muda diminta memberi ulasan berpandukan Lampiran 9.3(B) ’Merokok Adalah Amalan Yang Mesti Dielakkan’. 6. Guru dan Doktor Muda membincangkan jawapan bagi soalan-soalan di dalam Lembaran ’Katakan..Tak Nak Merokok!’ bersama Doktor Muda. 7. Doktor Muda akan merumuskan sesi dengan menggunakan Lampiran 9.3(C) ’Merokok...Renungkan’. file Dr. Muda new 2012.indd 138 15/12/2012 2:49:43 AM
SKOP 9 138 B. Sumber • Lembaran Kerja ’Katakan..Tak Nak Merokok!’ (Lampiran 9.3(A)) • Helaian Merokok Adalah Amalan Yang Mesti Dielakkan (Lampiran 9.3(B)) • Helaian ’Merokok ...Renungkan’. (Lampiran 9.3(C)) • Video Tak Nak Merokok C. Masa • 1 jam D. Penilaian • Soal Jawab AKTIVITI 3 : TEKA SILANG KATA TAK NAK MEROKOK A. Cara Pelaksanaan 1. Guru mengedarkan Lembaran Kerja Teka Silang Kata Tak Nak Merokok, seperti di Lampiran 9.3(D) , kepada Doktor Muda. 2. Masa selama 15 minit diberikan kepada Doktor Muda untuk menjawab. 3. Doktor Muda tidak dibenarkan berbincang dan merujuk nota. 4. Jawapan hendaklah diberi dengan mengisi petak-petak kosong dalam teka silang kata tersebut. 5. Setelah tamat masa yang ditetapkan, guru mengarahkan Doktor Muda bertukar-tukar kertas jawapan sesama mereka. B. Sumber • Lembaran Kerja Teka Silang kata Tak Nak Rokok (Lampiran 9.3(D)) C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Soal Jawab AKTIVITI 4 : MAIN PERANAN ‘MEROKOK MEMBAWA PADAH YANG BURUK’ A. Cara Pelaksanaan 1. Guru membahagikan Doktor Muda kepada beberapa kumpulan. 2. Guru memberikan senario ”Merokok Membawa Padah Yang Buruk’ (Lampiran 9.3(E)) kepada setiap kumpulan Doktor Muda. 3. Guru membincangkan senario berkenaan bersama Doktor Muda dengan merujuk kepada kad peranan (Lampiran 9.3(F)). 4. Doktor Muda diminta melakonkan senario tersebut. file Dr. Muda new 2012.indd 139 15/12/2012 2:49:44 AM
139 5. Guru akan membuat pemerhatian terhadap main peranan yang dijalankan. 6. Guru meminta Doktor Muda merumuskanbahawaamalan merokok membawa padah yang buruk. Peringatan : • Pilih pelakon secara sukarela. Sekiranya tiada, guru menggunakan budi bicara untuk memilih pelakon. • Pelakon watak diingatkan mengenai peranan sementara yang mereka lakonkan dan tidak terbawa-bawa dengan watak tersebut (melalui proses ”role” dan ”de-role”). • Pastikan pemerhati mengambil bahagian dalam perbincangan. B. Sumber • Senario ”Merokok Membawa Padah Yang Buruk” (Lampiran 9.3(E)). • Kad Peranan (Lampiran 9.3(F)). C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Soal Jawab AKTIVITI 5 : TUBUH SEORANG PEROKOK A. Cara Pelaksanaan 1. Guru mengedarkan lembaran kerja Tubuh Seorang Perokok seperti di Lampiran 9.3(G). 2. Doktor Muda diminta untuk mengisi penyakit-penyakit akibat merokok di ruang kosong yang disediakan. 3. Guru meminta Doktor Muda membentangkan jawapan kepada kumpulan. 4. Wakil Doktor Muda memberikan jawapan yang betul kepada kumpulan serta menerangkan kesan buruk akibat merokok. B. Sumber • Lembaran Kerja Tubuh Seorang Perokok (Lampiran 9.3(G)) C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Soal Jawab file Dr. Muda new 2012.indd 140 15/12/2012 2:49:45 AM
SKOP 9 146 UNIT 1 : MENGENALI ALAM REMAJA UNIT 1 : MENGENALI ALAM REMAJA PENGENALAN Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada perubahan awal remaja untuk persiapan diri dari segi fizikal, mental, sosial dan emosi untuk diri dan untuk membimbing rakanrakan sebaya. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Memahami peringkat tumbesaran dan perkembangan individu. 2. Mengenal pasti perubahan fizikal, dan mental yang dialami semasa perubahan ke alam remaja. 3. Mengamalkan cara-cara penjagaan kebersihan alat sulit. ISI PENTING 1. Definisi remaja. 2. Perubahan kedewasaan 2.1 Perubahan remaja dari aspek fizikal. 2.2 Anatomi sistem reproduktif. 2.3 Perubahan remaja dan aspek psikososial. 3. Amalan kebersihan alat sulit. KANDUNGAN 1. Definisi Remaja • Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. • Remaja bermula dari usia 10 hingga 19 tahun. • Tempoh berbeza mengikut individu. PERSEDIAAN KE ALAM REMAJA SKOP 10 SKOP 10 140 file Dr. Muda new 2012.indd 141 15/12/2012 2:49:46 AM
2. Perubahan Kedewasaan 2.1 Perubahan remaja dari aspek fizikal. 141 2 tahun 6 tahun 10 -12 tahun TAHAP PERTUMBUHAN MANUSIA 20 - 22 tahun 30-34 tahun Bayi 2 Tahun 5 Tahun 15 Tahun Dewasa file Dr. Muda new 2012.indd 142 15/12/2012 2:49:47 AM
SKOP 9 142 SKOP 10 Gambarajah Sistem Reproduktif Lelaki Gambarajah Sistem Reproduktif Perempuan Ovari polisistik Ovari normal Ovari Uterus Vulva Faraj Serviks Endometrium Tiup falopio Pundi kencing Vas deferens Tulang pubis Zakar Kepala zakar Kerandut testis Testis Prostat Vesikel semen Saluran epididimis file Dr. Muda new 2012.indd 143 15/12/2012 2:49:52 AM
143 2.2 Anatomi sistem reproduktif. Perkembangan psikososial ialah proses sepanjang hayat, tetapi apa yang dipelajari semasa 5 tahun pertama akan membentuk perkembangan ini. Perkembangan ini boleh dibahagikan kepada : • Kognitif ( proses mental ) - memahami , membuat perkiraan, membuat pertimbangan menyelaras fungsi motor,persepsi dan sebagainya. • Emosi - perkembangan pantas sewaktu pra-sekolah, tugasan ini termasuk : o Mengenal pasti kepentingan dan jenis-jenis emosi. o Belajar mengawal emosi. o Memahami kesan emosi terhadap tingkahlaku. • Sosial - Dipengaruhi oleh suasana persekitaran dan bentuk pergantungan kepada ibubapa atau penjaga utama. • Moral - Melibatkan isu-isu betul atau salah. 3. Amalan Kebersihan Alat Sulit Lelaki : • Masalah alat sulit o Masalah sukar kencing dan kencing tak lawas. o Buah zakar - Hernia atau angin pasang. Kejadian apabila otot yang menyokong buah zakar menjadi lemah. o Masalah jangkitan kulat pada sekeliling kemaluan (penis). o Kecederaan pada alat sulit - bengkak dan sakit semasa kencing. • Kebersihan pakaian dalam o Disarankan memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kain kapas. o Mesti ditukar setiap hari untuk mengelakkan dari berbau dan jangkitan kuman dan kulat. • Kepentingan untuk bersunat o Memudahkan penjagaan kebersihan. o Mengelakkan jangkitan kutu dan kulat. o Mengelakkan masalah buang air kecil. o Mengelakkan kecederaan. Contoh terlekat pada zip seluar. Peringatan : Dinasihat untuk mendapat khidmat berkhatan di klinik atau hospital Perempuan : • Masalah alat sulit o Jangkitan kulat, bakteria - menyebabkan gatal, sakit dan berbau. o Keradangan (merah dan bengkak). o Lendir. o Kecederaan (contoh semasa bersukan). file Dr. Muda new 2012.indd 144 15/12/2012 2:49:52 AM
SKOP 10 144 • Kebersihan pakaian dalam o Disarankan memakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kain kapas. o Mesti ditukar setiap hari untuk mengelakkan daripada berbau dan jangkitan kuman dan kulat. o Ketika masa haid tukar lebih kerap pakaian dalam. • Penjagaan semasa haid o Kerap tukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar kerana darah merupakan medium yang sesuai untuk kuman membiak. o Tukar seluar dalam jika dicemari darah. o Jika sakit sebelum atau semasa haid maklum kepada guru untuk rujukan ke klinik. o Tuala wanita yang telah digunakan, hendaklah dilupus dengan sempurna. • Dibungkus dengan baik menggunakan kertas pembalut tuala wanita atau surat khabar. • Buang dalam tong khas untuk tuala itu atau ke dalam tong sampah. (Peringatan : Jangan membuang tuala wanita ke dalam lubang tandas kerana lubang tandas akan tersumbat dan rosak.) Peringatan : Dinasihat untuk mendapat khidmat berkhatan di klinik atau hospital. • Penjagaan payu dara o Perubahan ketara tumbesaran payu dara. o Pakai coli yang sesuai mengikut saiz payu dara. o Menjaga kebersihan. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : ALAMI ALAM REMAJA A. Cara Pelaksanaan 1. Murid lelaki dan perempuan hendaklah diasingkan dalam menjalani aktiviti ini. 2. Guru membahagikan Doktor Muda ke dalam kumpulan kecil 5 hingga 7 orang. 3. Mereka diminta membincangkan peringkat tumbesaran atau perkembangan yang dialami oleh individu. Berikan masa kira-kira 10 minit. 4. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka dan diikuti soal jawab. 5. Guru memberikan penerangan secara berperingkat-peringkat tentang peringkat tumbesaran atau perkembangan individu. file Dr. Muda new 2012.indd 145 15/12/2012 2:49:53 AM
145 6. Guru meminta Doktor Muda secara bergilir-gilir menulis perubahan yang berlaku pada diri mereka sebelum berumur 10 tahun dan selepas atas kertas sebak (mahjong). 7. Guru kemudian mengkategorikan perubahan tersebut kepada fizikal atau emosi (psikologikal). 8. Guru seterusnya menerangkan perubahan fizikal dan psikologi masa remaja. 9. Guru menerangkan cara-cara menghadapi perubahan tersebut. B. Sumber • Kertas sebak (Kertas Mahjong) • Marker pen • Gambar sistem reproduktif lelaki dan perempuan • Set buku kecil ‘Rahsia Remaja’ C. Masa • 45 minit D. Penilaian • Soal Jawab file Dr. Muda new 2012.indd 146 15/12/2012 2:49:54 AM
146 KENALI UBAT ANDA SKOP 11 UNIT 1 : APAKAH ITU UBAT UNIT 2 : AMALAN 5B UNIT 3 : CARA PENYIMPANAN UBAT YANG BETUL UNIT 1 : APAKAH ITU UBAT PENGENALAN Unit ini membolehkan Doktor Muda memahami ubat dan jenis-jenis ubat yang sering digunakan. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menerangkan apa itu ubat. 2. Membezakan jenis-jenis ubat dan cara penggunaannya. ISI PENTING 1. Pengenalan ubat. 2. Jenis-jenis ubat yang sering digunakan dan cara penggunaannya. KANDUNGAN 1. Pengenalan ubat • Ubat ialah bahan kimia untuk merawat, mengawal dan mencegah penyakit. • Ubat untuk merawat, contohnya ubat batuk, ubat selsema dan antibiotik. • Ubat untuk mengawal penyakit, contohnya ubat diabetes dan ubat asma. • Ubat untuk mencegah penyakit, contohnya vaksin dan vitamin. • Penggunaan yang betul akan membawa manfaat kepada kita tetapi penyalahgunaan ubat akan membawa kesan mudarat. Berhati-hati semasa mengambil ubat. • Ubat yang dipasarkan perlulah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya selamat, berkualiti dan berkesan. SKOP 11 146 file Dr. Muda new 2012.indd 147 15/12/2012 2:49:55 AM
147 2. Antara Jenis-jenis Ubat yang Sering digunakan dan Cara Penggunaannya Nombor Jenis Ubat Cara Penggunaannya 1. Tablet Untuk dimakan / ditelan 2. Kapsul Untuk dimakan / ditelan 3. Ubat minum Untuk diminum 4. Ubat sapu Untuk disapu (pada kulit) 5. Ubat titis Untuk dititis (pada mata / telinga / hidung) 6. Ubat sedut (Inhaler) Untuk disedut (oleh pesakit asma) 7. Supositori Untuk dimasukkan ke dalam dubur AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : KENALI UBAT ANDA A. Cara Pelaksanaan 1. Guru menjelaskan jenis-jenis ubat dan cara penggunaannya. 2. Guru membahagikan Doktor Muda kepada 4 kumpulan. 3. Setiap kumpulan diberikan satu set kepingan gambar jenis ubat dan kad cara penggunaan ubat. 4. Doktor Muda diminta menyusun kepingan gambar untuk membentuk tujuh gambar. Seterusnya, mereka hendaklah memadankan gambar tersebut dengan kad cara penggunaan dengan tepat dalam masa 10 minit. 5. Kumpulan yang paling cepat melengkapkan ketujuh-tujuh set tersebut dengan betul dianggap sebagai pemenang. 6. Dengan bimbingan guru, Doktor Muda menjelaskan jenis-jenis ubat dan cara penggunaan setiap jenis ubat. B. Sumber • Kepingan gambar jenis ubat : tablet, kapsul, ubat minum, ubat sapu, ubat titis,ubat sedut(Inhaler) dan supositori • Kad cara penggunaan ubat C. Masa • 20 minit D. Penilaian • Soal Jawab file Dr. Muda new 2012.indd 148 15/12/2012 2:49:56 AM
148 SKOP 11 AKTIVITI 2: SATU, DUA, PUSING! A. Cara Pelaksanaan 1. Guru membahagikan Doktor Muda kepada 2 kumpulan dan duduk dalam bulatan. 2. Setiap kumpulan diberikan satu set kad gambar ubat sebanyak 42 keping. Set tersebut mempunyai 7 jenis ubat yang berbeza dan terdapat 6 keping kad yang sama bagi setiap jenis. 3. Sebelum memulakan permainan, kad tersebut dicampur secara rawak dan dibahagi secara rawak kepada ahli kumpulan. 4. Untuk memulakan permainan, seorang ahli dalam setiap kumpulan akan memilih satu kad yang tidak diingini. Kad tersebut hendaklah diserahkan kepada kawan di sebelah kanan sambil menyebut “1, 2, pusing !” 5. Langkah ini akan disambung oleh ahli seterusnya sehingga salah seorang ahli dalam kumpulan berjaya mengumpul 6 keping kad bercorak ubat sama. 6. Apabila seseorang ahli kumpulan berjaya mengumpul 6 keping kad bercorak ubat sama, ahli kumpulan tersebut hendaklah meletakkan keenam-enam kadnya di tengah-tengah bulatan sambil menyebut nama ubat serta cara penggunaan ubat tersebut. Ahli kumpulan yang paling pantas berbuat demikian dengan betul dianggap sebagai pemenang. 7. Guru meminta beberapa Doktor Muda menyebut nama ubat dan cara penggunaan ubat tersebut. *Peraturan Utama : - Setiap kumpulan terdiri daripada 7 orang murid. - Kad setiap ahli haruslah dilindungi dan tidak boleh dilihat oleh ahliahli lain dalam kumpulan. - Kad yang diserahkan kepada kawan di sebelah kanan hendaklah ditutup dan hanya boleh diketahui oleh pemberi dan penerima kad sahaja. B. Sumber • Kad gambar ubat C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Soal Jawab file Dr. Muda new 2012.indd 149 15/12/2012 2:49:57 AM