The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Latihan Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azurah309, 2024-06-10 11:36:50

MODUL LATIHAN KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH RENDAH

Modul Latihan Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah

49 ii. Penyakit gusi / periodontol • Gusi yang mudahberdarah, merahdanbengkak. Plakadalah selaputbakteria yang melekat pada permukaan gigi. Ia mengandungi berbagai jenis bakteria. Bakteria dalam plak boleh menyebabkan karies gigi dan penyakit gusi. iii. Gigi tidak teratur (maloklusi) • Keadaan gigi yang tidak tersusun. • Disebabkan oleh beberapa faktor seperti : - Kehilangan gigi susu terlalu awal. - Keturunan. - Tabiat buruk seperti menghisap jari dan menggigit pensel atau objek lain. • Akibatnya : - Gigi sukar digosok dengan berkesan. - Masalah mengunyah dengan sempurna. - Penampilan diri terjejas. - Makanan mudah terperangkap di celahan gigi. iv. Mulut berbau 3. Amalan Yang Baik Dan Tidak Baik Untuk Kesihatan Pergigian a. Amalan yang baik untuk kesihatan pergigian • Memberus gigi dengan sempurna setiap hari dengan ubat gigi berfluorida dan berus gigi yang sesuai. • Mengamalkan pemakanan yang sihat. • Mengurangkan kekerapan pengambilan makanan atau minuman manis / bergula. • Mendapatkan pemeriksaan oral sekurang-kurangnya sekali setahun. • Berus gigi setiap hari selepas makan dan sebelum tidur malam. • Berkumur selepas makan. • Gunakan flos gigi untuk membersihkan celahan gigi. • Kurangkan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi gula. b. Amalan yang tidak baik untuk kesihatan pergigian • Mengambil makanan snek atau minuman manis di antara masa makan utama dengan kerap. • Tidak memberus gigi di waktu malam sebelum tidur. • Tabiat menghisap jari. • Tabiat merokok. 4. Cara Memberus Gigi Dengan Berkesan Berikut adalah cara memberus gigi dengan berkesan untuk mengeluarkan plak dari semua permukaan gigi i. Berus setiap permukaan gigi di rahang atas dan bawah. ii. Berus permukaan luar dan dalam di bahagian belakang gigi atas. iii. Berus bahagian luar dan dalam di bahagian hadapan gigi atas. iv.Berus permukaan mengunyah gigi atas. v. Ulangi langkah ii-iv bagi gigi bawah. vi.Bersihkan permukaan atas lidah dengan berus gigi. file Dr. Muda new 2012.indd 50 15/12/2012 2:47:51 AM


SKOP 4 50 5. Panduan Pemilihan dan Penjagaan Berus Gigi dan Ubat Gigi i. Guna berus gigi yang lembut. ii. Pilih saiz berus gigi yang sesuai dengan mulut. iii. Ganti berus gigi yang rosak. iv. Pastikan berus gigi diletak di tempat yang sesuai. v. Elakkan berkongsi berus gigi. vi. Guna ubat gigi berfluorida. 6. Cara Penggunaan Flos Gigi dengan Betul Menggunakan flos dapat membantu menjaga kebersihan gigi. Ia dapat mengeluarkan sisa makanan dan plak gigi yang melekat di antara gigi yang tidak boleh dibersihkan ketika memberus gigi. a. Kekerapan menggunakan flos gigi • Sekurang-kurangnya sekali sehari terutama sebelum tidur. b. Panduan menggunakan flos gigi • Lilitkan sepanjang 18 inci flos di jari hantu dan pegang bahagian 1 inci dengan tegang. • Arahkan flos dengan lembut di celah gigi anda. Gerakkan ke atas dan ke bawah beberapa kali dan lengkokkan keliling gigi dan tepi garisan gusi. • Gunakan flos untuk membersih gigi belakang yang akhir. • Buka flos yang bersih dari lilitan jari dan teruskan membersih gigi. c. Perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunakan flos • Anda mesti menggunakan cara pergerakan yang betul. Teknik yang salah akan menyebabkan kecederaan pada gusi. • Anda mungkin mengalami kesakitan atau pendarahan di bahagian gusi ketika mula menggunakan flos. Jika pendarahan masih berlaku selepas seminggu menggunakan flos, berjumpalah dengan doktor pergigian. Cara Penggunaan Flos Gigi file Dr. Muda new 2012.indd 51 15/12/2012 2:47:52 AM


51 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : PERBINCANGAN KUMPULAN A. Cara Pelaksanaan 1. Guru memberi penerangan berkaitan dengan masalah pergigian kepada Doktor Muda. 2. Guru mengemukakan soalan berikut : • Apakah masalah oral yang sering terjadi? • Apakah punca yang menyebabkan masalah tersebut? 3. Guru terangkan masalah pergigian seperti berikut : • Karies gigi • Penyakit gusi/periodontal • Gigi yang tidak teratur (maloklusi) 4. Guru meminta murid menyenaraikan amalan yang baik dan tidak baik untuk kesihatan oral. 5. Doktor Muda menerangkan amalan yang baik dan tidak baik untuk kesihatan gigi dan gusi. B. Sumber • Modul Doktor Muda C. Masa • 1 jam D. Penilaian • Soal jawab AKTIVITI 2 : DEMONSTRASI MEMBERUS GIGI (Doktor Muda dikehendaki membawa berus gigi sendiri untuk menjalankan aktiviti ini). A. Cara Pelaksanaan 1. Anggota kesihatan / guru menunjukkan cara memberus gigi dengan betul menggunakan model gigi. 2. Doktor Muda menunjukkan semula cara memberus gigi dengan betul menggunakan model gigi. 3. Doktor Muda dikehendaki menggosok gigi sendiri sambil dipantau oleh anggota kesihatan / guru. 4. Doktor Muda memberi ulasan tentang kepentingan memberus gigi dengan cara yang betul. file Dr. Muda new 2012.indd 52 15/12/2012 2:47:53 AM


SKOP 4 52 B. Sumber • Model gigi • Berus Gigi • Ubat gigi • Air C. Masa • 45 minit D. Penilaian • Demonstrasi semula oleh Doktor Muda • Soal Jawab AKTIVITI 3 : LATIHAN MENGGUNAKAN FLOS GIGI A. Cara Pelaksanaan 1. Anggota kesihatan / guru menunjukkan cara menggunakan flos gigi dengan betul. 2. Doktor Muda menunjukkan semula cara menggunakan flos gigi dengan betul. 3. Doktor Muda memberi ulasan tentang kepentingan memflos gigi dengan cara yang betul. B. Sumber • Flos Gigi • Air C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Demonstrasi semula oleh Doktor Muda • Soal jawab file Dr. Muda new 2012.indd 53 15/12/2012 2:47:53 AM


53 AKTIVITI 4 : KILAUAN SIHAT A. Cara Pelaksanaan 1. Aktiviti ini berbentuk pertandingan. 2. Doktor Muda dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bilangan ahli. 3. Guru mengedarkan kad kilauan sihat kepada setiap kumpulan. 4. Setiap kumpulan dikehendaki menyusun kad gambar mengikut urutan yang betul dalam masa 1 minit. 5. Guru bertanggungjawab untuk menjaga masa bagi menentukan pemenang bagi aktiviti ini. 6. Kumpulan terawal yang berjaya menyusun 8 langkah memberus gigi dengan betul dalam masa satu (1) minit dikira sebagai pemenang. 7. Guru perlu membimbing kumpulan yang gagal menyusun kad gambar secara betul. 8. Guru meminta Doktor Muda menerangkan semula 8 langkah memberus gigi yang betul. 9. Doktor Muda dikehendaki menyusun kembali kad untuk simpanan dan memberi ulasan. B. Sumber • Kad Kilauan Sihat C. Masa • 1 jam D. Penilaian • Soal Jawab file Dr. Muda new 2012.indd 54 15/12/2012 2:47:54 AM


SKOP 4 UNIT 1 : HARGA DIRI UNIT 2 : MARI BERKAWAN UNIT 3 : TEGAS DIRI UNIT 4 : PEMIKIRAN POSITIF UNTUK HIDUP SIHAT UNIT 5 : BIJAK MENANGANI STRES UNIT 1 : HARGA DIRI PENGENALAN Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada kepentingan harga diri sebagai elemen asas kemahiran kesihatan mental. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menyatakan definisi harga diri. 2. Menerangkan cara-cara membina harga diri. ISI PENTING 1. Definisi harga diri. 2. Nilai-nilai dalam harga diri. 3. Tip-tip untuk membina harga diri. KANDUNGAN 1. Definisi Harga Diri Harga diri ialah satu cara murid menilai diri, menghormati diri dan merasakan diri sebagai seorang yang berguna. Ini bermakna murid akan menyayangi diri, di samping bertanggungjawab dan menghormati orang lain. Sesuatu perlakuan yang baik yang dilakukan biasanya akan menerima pujian dan ganjaran yang sewajarnya. Ini dapat meningkatkan kepercayaan pada kebolehan diri sendiri dan cara meletakkan diri sendiri dalam sesuatu situasi. Harga diri menolong murid untuk maju, meningkatkan diri, menilai dan menerima diri sendiri, mencuba sesuatu yang baru, berinteraksi secara positif dengan orang lain dan rasa selesa dengan diri sendiri. Murid juga akan menjadi lebih tegas dan mampu berhadapan dengan tekanan daripada orang lain. Minda SIHAT SKOP 5 SKOP 5 54 file Dr. Muda new 2012.indd 55 15/12/2012 2:47:55 AM


2. Nilai-nilai Dalam Harga Diri Nilai-nilai positif adalah nilai-nilai yang mulia di sisi agama dan masyarakat manakala nilai-nilai negatif adalah nilai-nilai yang tidak baik di sisi agama dan masyarakat. 3. Tip-tip Untuk Membina Harga Diri • Terima hakikat kekuatan dan kelemahan diri. • Kembangkan potensi dan bakat diri. • Sentiasa memperbaiki kelemahan diri. • Belajar menerima pujian secara positif. • Belajar memberi pujian kepada orang lain. • Sentiasa berfikiran positif. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : CERMIN DIRI A. Cara Pelaksanaan 1. Guru menerangkan maksud harga diri, kekuatan diri dan kelemahan diri dengan memberikan contoh. 2. Guru mengedarkan penanda buku ‘Cermin Diri’ (Lampiran 5.1) kepada semua Doktor Muda. 3. Guru meminta Doktor Muda mengisi 3 kekuatan diri dan 3 kelemahan diri masing-masing pada penanda buku ‘Cermin Diri’. 4. Doktor Muda diminta untuk menyatakan kekuatan dan kelemahan diri masing-masing. 5. Doktor Muda membuat ulasan bagi setiap kekuatan dan kelemahan diri dengan menggalakkan rakan-rakan membuat perubahan diri. 6. Guru meminta Doktor Muda menggunakan penanda buku ‘Cermin Diri’ sepanjang masa. B. Sumber • Penanda buku ‘Cermin Diri’ (Lampiran 5.1) • Pensel / Pen • Pemadam C. Masa • 1 jam D. Penilaian • Soal jawab 55 file Dr. Muda new 2012.indd 56 15/12/2012 2:47:56 AM


SKOP 5 56 AKTIVITI 2 : BULATAN DIRI A. Cara Pelaksanaan 1. Guru menerangkan bahawa setiap individu mempunyai keutamaan dalam hidup masing-masing. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja Bulatan Diri kepada semua Doktor Muda. 3. Doktor Muda diminta untuk membuat pembahagian bulatan di Bahagian A mengikut 5 keutamaan masing-masing. Keutamaan yang paling tinggi perlu mempunyai ruang yang lebih besar. Contoh adalah seperti pada Lampiran 5.1.(A). 4. Setelah selesai, Doktor Muda diminta untuk mengisi aktiviti yang dilakukan dalam satu hari pada hari Sabtu (atau bukan hari persekolahan) di Bahagian B. 5. Guru akan meminta Doktor Muda untuk membentangkan pada kumpulan. 6. Doktor Muda diminta untuk memberikan ulasan berdasarkan kepada keutamaan (Bahagian A) berbanding aktiviti harian (Bahagian B) yang dijalankan. B. Sumber • Lembaran Kerja Bulatan Diri (Lampiran 5.1.(A)) • Pensel / Pen • Pemadam C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Soal Jawab file Dr. Muda new 2012.indd 57 15/12/2012 2:47:57 AM


57 UNIT 2 : MARI BERKAWAN PENGENALAN Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada kepentingan berkawan sebagai salah satu elemen kesihatan mental. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menerangkan definisi berkawan. 2. Menyatakan kepentingan berkawan. 3. Menyenaraikan tip-tip menjalinkan persahabatan. 4. Menyenaraikan prinsip-prinsip persahabatan. ISI PENTING 1. Definisi berkawan. 2. Kepentingan berkawan. 3. Tip-tip menjalinkan persahabatan. 4. Prinsip-prinsip persahabatan. KANDUNGAN 1. Definisi Berkawan • Proses membina persahabatan secara positif. 2. Kepentingan Berkawan • Menjadikan hidup kita lebih ceria, bermakna, gembira dan seronok dalam pelbagai situasi kehidupan. • Dapat berkongsi suka-duka dalam kehidupan. 3. Tip-tip Menjalinkan Persahabatan • Ucapkan salam persahabatan. (“Assalamualaikum / Hai..selamat pagi semua!”) • Perkenalkan diri. (“Saya Ali, boleh kita berkawan?”) • Tanya nama mereka. Berbual dengan mereka. (Awak ni ….?” / “Hai Zailan, saya gembira mengenali awak.”) • Bermain bersama semasa waktu rehat dan selepas sekolah. • Berkongsi makanan dengan kawan. (“Cuba rasa snek yang saya bawa dari rumah, sedap tau.”) • Kenali diri rakan dengan lebih rapat. (“Di manakah awak tinggal sekarang?”, “Bolehkah saya datang ke rumah awak ?”) • Ketahui hobi rakan anda. (“Apakah hobi awak?” kemudian nyatakan hobi anda.) file Dr. Muda new 2012.indd 58 15/12/2012 2:47:57 AM


SKOP 5 4. Prinsip-prinsip Persahabatan a. Belajar mendengar • Kadangkala murid perlu memberi peluang kepada kawan untuk bercakap. Apabila seseorang bercakap, pandanglah muka mereka. Sebelum menjawab, tunggu sehingga kawan habis bercakap. b. Belajar berkongsi dan menyayangi kawan • Apabila ternampak kawan menangis, murid boleh bertanya, “Kenapa menangis? Bolehkah saya tolong?”. c. Bantu kawan • Jika kawan terjatuh, bantulah dia. • Sekiranya luka, bawalah dia berjumpa dengan guru atau sesiapa yang dapat membantunya. d. Apabila bermain bersama-sama • Bersikap lemah-lembut. • Ikut giliran. • Jangan terlalu kasar. • Beri sokongan moral. • Jangan cederakan orang lain. e. Jika kawan dibuli • Minta bantuan daripada guru atau sesiapa yang dapat membantunya. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : FACEBOOK A. Cara Pelaksanaan 1. Guru mengumpulkan semua ahli Doktor Muda 2. Guru mengedarkan kertas yang mengandungi klu berkenaan kawan. Contoh seperti di Lampiran 5.2. 3. Doktor Muda diminta menulis nama kawan yang sepadan dengan klu yang diberi. 4. Doktor Muda memperkenalkan rakan-rakan yang tersenarai dalam borang jawapan. 5. Doktor Muda membuat ulasan berkaitan cara-cara untuk berkomunikasi dalam persahabatan. B. Sumber • Kertas Klu (Lampiran 5.2) • Pensel / Pen • Pemadam 58 file Dr. Muda new 2012.indd 59 15/12/2012 2:47:58 AM


59 C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Soal jawab AKTIVITI 2 : LAKONAN PRINSIP PERSAHABATAN A. Cara Pelaksanaan 1. Guru membahagikan Doktor Muda kepada beberapa kumpulan untuk melakonkan satu senario berkaitan dengan prinsip persahabatan. 2. Guru menerangkan cara lakonan kepada Doktor Muda yang dipilih. Dua sesi lakonan iaitu:- Lakonan I - Komunikasi Berkesan Lakonan II - Komunikasi Tidak Berkesan 3. Guru memberikan watak dan skrip lakonan kepada Doktor Muda yang dipilih berpandukan Skrip Lakonan seperti Lampiran 5.2(A) dan 5.2(B). 4. Guru memberikan sedikit masa kepada Doktor Muda untuk membuat persiapan. 5. Doktor Muda diminta memberi perhatian kepada sesi lakonan dan cuba mengenal pasti perkara-perkara yang boleh menjejas dan membina persahabatan. 6. Sebelum lakonan dimulakan, guru menerangkan senario lakonan kepada semua Doktor Muda. 7. Doktor Muda yang tidak berlakon diminta untuk mengenal pasti perkaraperkara yang boleh menjejas dan membina persahabatan dalam lakonan. 8. Lakonan dijalankan. 9. Doktor Muda yang tidak berlakon diminta menyatakan perkara-perkara yang boleh menjejas dan membina persahabatan yang dikenal pasti oleh mereka dalam sesi lakonan. 10. Doktor Muda yang berlakon diminta untuk menyatakan perasaan mengenai perkara-perkara yang boleh menjejas dan membina persahabatan yang dilalui oleh mereka dalam sesi lakonan. 11. Doktor Muda memberi ulasan mengenai komunikasi yang boleh menjejas dan membina persahabatan kepada Doktor Muda berpandukan Panduan Ulasan Lakonan Prinsip Persahabatan seperti Lampiran 5.2(C). file Dr. Muda new 2012.indd 60 15/12/2012 2:47:59 AM


SKOP 5 B. Sumber • Skrip Lakonan (Lampiran 5.2(A)) • Panduan Ulasan Lakonan Prinsip Persahabatan (Lampiran 5.2(C)) C. Masa • 1 jam D. Penilaian • Soal Jawab 60 file Dr. Muda new 2012.indd 61 15/12/2012 2:47:59 AM


UNIT 3 : TEGAS DIRI PENGENALAN Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada aspek kepentingan tegas diri sebagai salah satu amalan kesihatan mental yang baik. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menerangkan definisi tegas diri. 2. Menyenaraikan faedah tegas diri. ISI PENTING 1. Definisi tegas diri. 2. Faedah mempunyai tegas diri. 3. Ciri-ciri tegas diri. KANDUNGAN 1. Definisi Tegas Diri • Keupayaan untuk menyuarakan perkara yang difikir, dirasa dan diperlukan secara jujur dan berterus-terang. • Menghormati hak dan perasaan orang lain. • Mempunyai ketegasan diri tidak akan mencabar hak orang lain. 2. Faedah Mempunyai Ketegasan Diri • Dapat memberi pendapat diri dengan jelas dan berkesan. • Dapat mengawal perasaan dan keadaan. • Boleh menyatakan “Tidak” tanpa rasa bersalah. • Berasa lebih yakin pada diri sendiri. • Berani membuat keputusan. • Mudah menjalinkan persahabatan dengan orang lain. • Dapat meminta bantuan apabila diperlukan. • Lebih dihormati oleh orang lain. • Menghormati perasaan dan hak orang lain. 3. Ciri-ciri Tegas Diri • Boleh mengawal perasaan diri apabila dicabar oleh pembuli. • Lebih yakin akan diri dan mudah menjalinkan hubungan persahabatan. • Berupaya menyuarakan sesuatu yang difikirkan atau diperlukan dengan jujur dan berkesan. 61 file Dr. Muda new 2012.indd 62 15/12/2012 2:48:00 AM


SKOP 5 62 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : PERBINCANGAN KUMPULAN A. Cara Pelaksanaan 1. Guru memberikan penerangan tentang Tegas Diri berpandukan Modul Doktor Muda. 2. Doktor Muda diminta berbincang mengenai senario 1 seperti berikut : Senario 1 : Adila diugut atau dibuli oleh kanak-kanak lain. Bagaimanakah tindak balas Adila? 3. Doktor Muda diminta memberikan pandangan masing-masing. Antara jawapan Senario 1 : • Adila menangis. • Adila melaporkan masalah kepada guru, ibu bapa atau ketua kelas. • Adila menjadi agresif dan marah atau menumbuk pembuli. 4. Doktor Muda diminta membuat rumusan dengan menyatakan bentuk tindakan yang seharusnya dilakukan oleh Adila. 5. Guru akan mengajak Doktor Muda berbincang mengenai senario 2 seperti berikut : Senario 2 : Ahmad sedang menyiapkan kerja latihan yang diberikan oleh guru kelasnya. Tanpa disedari, seorang rakan sekelas telah mengambil pembarisnya (tanpa meminta izin daripada Ahmad). Bagaimana Ahmad akan bertindak? 6. Doktor Muda diminta memberikan pandangan masing-masing. Antara jawapan Senario 2 : • Tegur rakan dan meminta pembaris semula. • Menangis kerana kehilangan pembaris. • Mengambil balik pembaris dan menasihati rakan meminta kebenaran terlebih dahulu. 7. Doktor Muda diminta membuat rumusan dengan menyatakan bentuk tindakan yang seharusnya dilakukan oleh Ahmad. B. Sumber • Modul Doktor Muda C. Masa • 1 jam D. Penilaian • Soal jawab file Dr. Muda new 2012.indd 63 15/12/2012 2:48:01 AM


UNIT 4 : PEMIKIRAN POSITIF UNTUK HIDUP SIHAT PENGENALAN Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada kepentingan berfikiran positif sebagai salah satu elemen kesihatan mental. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menyatakan definisi pemikiran positif. 2. Menyenaraikan kebaikan pemikiran positif. 3. Membezakan antara pemikiran positif dan negatif. ISI PENTING 1. Definisi pemikiran positif. 2. Kebaikan pemikiran positif. 3. Perbezaan pemikiran positif dan pemikiran negatif. 4. Bicara diri positif (Positive self-talk). KANDUNGAN 1. Definisi Pemikiran Positif Kebolehanberfikirdanbertindak secararasionaldalammenghadapisebarang situasi. 2. Kebaikan Pemikiran Positif • Kebolehan mengawal situasi dengan baik. Ini membolehkan murid menangani situasi untuk mencapai hasil positif. Murid mungkin telah lama mengamalkannya dari semasa ke semasa tanpa disedari. Apa yang perlu dilakukan kini ialah mempertingkatkan kemahiran ini. • Pemikiran positif berkait rapat dengan harga diri. Secara tidak langsung berfikir secara positif dapat meningkatkan harga diri. • Berfikiran positif dan menjauhi fikiran negatif merupakan satu strategi daya tindak balas yang baik dalam menangani tekanan dengan lebih berkesan. 63 file Dr. Muda new 2012.indd 64 15/12/2012 2:48:02 AM


SKOP 5 64 3. Perbezaan Antara Pemikiran Positif Dan Negatif Pelbagai situasi atau kejadian boleh dilihat secara positif atau negatif oleh individu. Berikut diberikan beberapa contoh pemikiran positif dan negatif akibat daripada tindak balas tentang satu situasi yang sama 4. Bicara Diri Positif (Positive self-talk) Strategi untuk mengubah suai dan memperbaiki cara pemikiran. Ini melibatkan komunikasi intra personal (dalaman) bagi menenangkan diri supaya lebih mudah menerima keadaan. Berkata positif pada diri sendiri adalah satu cara mengatasi situasi yang menekan. Bicara diri yang positif adalah penting dalam membina imej diri yang positif dan juga harga diri. • “Saya boleh” … bukannya … “Saya tidak boleh”. • “Saya penyayang dan mudah disayangi” … bukannya … “Tiada siapa yang sayangkan saya”. • “Saya boleh menjadi johan” … bukannya … “Saya selalu tidak berjaya”. • “Saya bagus” … bukannya … “Saya memang tidak berguna”. Situasi Pemikiran Negatif Pemikiran Positif Faedah Pemikiran Positif Pada setiap hari Selasa anda telah ditugaskan untuk balik lewat kerana menolong pelajar yang lemah dalam Matematik. • Mengapa saya yang dipilih? • Saya ada hal lain yang lebih penting. • Sudah tentu saya akan lebih memahami konsep dan prinsip matematik apabila saya menerang dan mengajarnya kepada orang lain. • Pengetahuan matematik akan lebih mantap. • Membantu orang lain adalah perkara murni yang amat digalakkan. Anda gagal dalam BM. • Saya memang lemah dalam BM. • Bagaimana saya akan lulus UPSR saya? • Tidak mengapa. Saya akan berusaha. • Setiap hari saya akan menulis karangan dan membuat lebih latihan. • Sekali gagal tidak bermakna gagal selamanya. • Usaha yang berterusan akan membuahkan kejayaan. Rakan karib anda tidak memberi perhatian apabila anda cuba berbual dengannya pagi ini. • Tak guna! Apa salah saya? • Dia tak patut buat saya begini. • Kawan saya ada masalah. Saya harus siasat apa masalah dia dan cuba tolong kalau boleh. • Setiap individu saling memerlukan satu sama lain. • Persahabatan amat penting dalam hidup individu. file Dr. Muda new 2012.indd 65 15/12/2012 2:48:03 AM


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : MENGENALI PERASAAN A. Cara Pelaksanaan 1. Guru mengedarkan Lembaran Kerja ‘Wajah Saya’, seperti di Lampiran 5.4(A), kepada Doktor Muda. 2. Doktor Muda diminta melukiskan wajah mengikut arahan dalam lembaran kerja tersebut. 3. Guru bertanyakan soalan kepada Doktor Muda : 3.1 Apakah pilihan anda? Menjadi seorang yang gembira, sedih atau marah? Jawapan : Murid bebas membuat pilihan 3.2 Pada pandangan anda, siapakah yang boleh membawa kegembiraan? Jawapan : Murid bebas memberikan jawapan. 4. Guru membuat ulasan bagi soalan 3.2 seperti berikut : Tuhan (beribadat dan bersyukur) Ibu bapa (menghargai, menghormati) Adik beradik (menghargai, menghormati) Kawan (sokongan, tempat mengadu) Guru (sokongan, pujian, galakan) Diri sendiri (harga diri, sayang diri sendiri) 5. Guru seterusnya bertanyakan soalan seterusnya: 5.1 Bagaimanakah anda boleh membawa kegembiraan kepada diri anda? 6. Doktor Muda diminta membuat ulasan bagisoalan 5.1 berlandaskan ‘Berfikiran positif dan bertindak positif’. 7. Doktor Muda menerangkan panduan mengenali perasaan dan berfikiran positif (Lampiran 5.4(B)). 8. Doktor Muda seterusnya memberikan rumusan keseluruhan. Murid mempelajari jenis emosi yang dialami (marah, sedih, kecewa dan gembira). Murid diberi pilihan (diberi kuasa) untuk memilih perasaan mereka. Seterusnya mereka berupaya membuat pilihan yang wajar. B. Sumber • Modul Doktor Muda C. Masa • 1 jam D. Penilaian • Soal jawab 65 file Dr. Muda new 2012.indd 66 15/12/2012 2:48:06 AM


SKOP 5 AKTIVITI 2 : SUKA-SUKA A. Cara Pelaksanaan 1. Guru mengedarkan lembaran kerja Suka - Suka kepada Doktor Muda. 2. Doktor Muda diminta untuk menyenaraikan 3 perkara yang disukai dan 3 perkara yang tidak disukai serta sebab-sebabnya di dalam lembaran kerja tersebut. Contoh seperti di (Lampiran 5.4.(c)). 3. Guru mengumpul semua lembaran kerja daripada Doktor Muda. 4. Doktor Muda diminta menyemak hasil kerja rakan-rakan dan memilih beberapa hasil kerja yang berbentuk pemikiran negatif untuk dibentangkan kepada kelas. 5. Doktor Muda membentangkan hasil kerja kepada kelas dan mendedahkan nama murid yang menulis hasil kerja tersebut. 6. Doktor Muda diminta membuat ulasan berdasarkan hasil kerja yang berfikiran negatif kepada positif. B. Sumber • Lembaran Kerja ‘Suka-Suka’ (Lampiran 5.4.(c)) C. Masa • 1 jam D. Penilaian • Soal jawab 66 file Dr. Muda new 2012.indd 67 15/12/2012 2:48:06 AM


67 UNIT 5 : BIJAK MENANGANI STRES PENGENALAN Unit ini menerangkan kepada Doktor Muda tentang kepentingan menangani stres secara bijak. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Mendefinisikan stres. 2. Menyenaraikan punca-punca stres. 3. Menyenaraikan tanda-tanda stres. 4. Menyatakan kesan-kesan stres. ISI PENTING 1. Definisi stres. 2. Punca-punca stres. 3. Tanda-tanda stres. 4. Penawar stres. KANDUNGAN 1. Definisi Stres Stres adalah tindak balas fizikal (badan), emosi (perasaan) dan mental kepada perubahan. Stres berlaku apabila kita berasa risau atau tidak selesa. 2. Punca Stres • Diri sendiri (contoh : ketakutan, tidak dapat menyiapkan kerja sekolah, tidak cemerlang dalam peperiksaan). • Keluarga (contoh : ibu bapa kerap bergaduh, tidak mampu memenuhi harapan ibu bapa, tiada orang untuk berbicara). • Sekolah saya(contoh : cikgu marah, kawan tidak mahubercakapdanberkawan, dibuli oleh kawan sekolah). • Persekitaran (contoh : jiran, tiada taman rekreasi). 3. Tanda-tanda Stres • Jantung berdegup kencang • Sukar bernafas • Cepat marah • Tidak gembira • Tiada selera makan • Tidak cukup tidur • Hilang minat • Ingin membalingkan sesuatu • Cuba mengasingkan diri file Dr. Muda new 2012.indd 68 15/12/2012 2:48:07 AM


SKOP 5 4. Penawar Stres • Beribadat • Bersiar-siar • Membaca buku/majalah yang sesuai • Bersenam • Hobi • Mendengar muzik • Berbincang dengan keluarga / guru / kawan • Cuba tenteramkan diri AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : TANGANI STRES SECARA BIJAK A. Cara Pelaksanaan 1. Guru mengemukakan pertanyaan kepada Doktor Muda ’Apakah yang dimaksudkan dengan stres?’ 2. Guru menerangkan maksud stres. 3. Guru mengemukakan pertanyaan kepada Doktor Muda ’Apakah puncapunca stres?’ 4. Doktor Muda diminta menerangkan punca-punca stres. 5. Guru mengemukakan pertanyaan kepada Doktor Muda ’Apakah tandatanda stres?’ 6. Doktor Muda diminta menerangkan tanda-tanda stres. 7. Guru mengedarkan Lembaran Kerja Adakah Anda Stres ? seperti di Lampiran 5.5(A) dan meminta Doktor Muda mengisi Lembaran Kerja. 8. Guru meminta maklum balas dan berbincang. 9. Guru mengedarkan Lembaran Kerja Tanda-tanda Utama Stres Anda seperti di Lampiran 5.5(B) dan meminta Doktor Muda mengisi Lembaran Kerja. 10. Guru meminta maklum balas dan berbincang. 11. Guru mengedarkan Lembaran Kerja Penawar Stres seperti di Lampiran 5.5(C) dan meminta Doktor Muda mengisi Lembaran Kerja. 12. Guru meminta maklum balas dan berbincang. 13. Guru mengedarkan Lembaran Kerja Penawar Utama Stres Anda seperti di Lampiran 5.5(D) dan meminta Doktor Muda mengisi Lembaran Kerja. 14. Guru meminta maklum balas dan berbincang. 15. Doktor Muda diminta membuat rumusan keseluruhan sesi pembelajaran. 68 file Dr. Muda new 2012.indd 69 15/12/2012 2:48:08 AM


B. Sumber • Lembaran Kerja Adakah Anda Stres ? (Lampiran 5.5(A)) • Lembaran Kerja Tanda-tanda Utama Stres Anda (Lampiran 5.5(B)) • Lembaran Kerja Penawar Stres (Lampiran 5.5(C)) • Lembaran Kerja Penawar Utama Stres Anda (Lampiran 5.5(D)) C. Masa • 1 jam D. Penilaian • Doktor Muda boleh membuat pengukuran ini dengan betul. • Soal Jawab AKTIVITI 2 : API DAN AIR A. Cara Pelaksanaan 1. Guru akan mengedarkan Lembaran Kerja Api dan Air, seperti di Lampiran 5.5(E), kepada Doktor Muda. 2. Guru meminta Doktor Muda mengisi Lembaran Kerja Api dan Air. 3. Setiap Doktor Muda diminta untuk memberitahu kelas : • Tiga punca utama kemarahan. • Tiga tanda-tanda kemarahan diri. • Tiga cara penawar kemarahan diri. 4. Doktor Muda seterusnya menyerahkan Lembaran Kerja Api dan Air kepada guru. 5. Doktor Muda diminta memberi ulasan kepada setiap maklumbalas yang diberikan oleh rakan-rakan. B. Sumber • Lembaran Kerja Api dan Air (Lampiran 5.5(E)) C. Masa • 1 jam D. Penilaian • Soal Jawab 69 file Dr. Muda new 2012.indd 70 15/12/2012 2:48:09 AM


SKOP 5 AKTIVITI 3 : PENAWAR MARAH SAYA A. Cara Pelaksanaan 1. Guru mengarahkan semua Doktor Muda supaya berdiri. 2. Guru seterusnya mengajar ‘Teknik Pernafasan’ bagi mengawal kemarahan seperti berikut: • Berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan di sisi. • Pejamkan mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan. • Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung sedalam-dalamnya dengan kiraan 10. • Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung. Terapkan perasaan lega setiap hembusan nafas. • Ulangi langkah-langkah di atas sebanyak 5 kali sehingga anda merasa tenang dan relaks. • Akhirnya buka mata anda perlahan-lahan. 3. Guru meminta Doktor Muda memberi maklum balas tentang perasaan mereka selepas aktiviti tersebut. Doktor Muda diminta menjelaskan penggunaan ‘Teknik Pernafasan’ sebagai penawar kemarahan. B. Sumber • Tiada C. Masa • 15 minit D. Penilaian • Soal Jawab AKTIVITI 4 : SPA DIRI ANDA A. Cara Pelaksanaan 1. Guru mengarahkan Doktor Muda duduk secara berpasangan mengikut jantina. 2. Guru seterusnya mengajar teknik urutan bagi melegakan stres seperti berikut; • Minta pasangan anda duduk dengan selesa, pejamkan mata dan fikirkan tentang sesuatu yang menenangkan. Berdiri di belakangnya dan letakkan tangan di atas bahunya. (Tanggalkan cermin mata jika ada.) • Ibu jari diletakkan di bahagian tengkuk dan urut dengan perlahan hingga ke bahu dan kembali ke tengkuk. Ulang 3 kali. • Gunakan kedua-dua tangan dan urut bahu hingga ke bahagian atas lengan. Ulang 3 kali. • Urut dengan ibu jari bermula dari bahagian bawah tengkuk mengarah ke luar menjauhi tulang belakang. Ulang 3 kali. • Letakkan kembali tangan di bahagian bahu pasangan. 70 file Dr. Muda new 2012.indd 71 15/12/2012 2:48:10 AM


• Urut dengan ibu jari bahagian bawah tengkuk menggunaan teknik memutar. • Gunakan jari-jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi dan terus ke bahagian tepi dengan menggunakan teknik memutar. Ulang 3 kali. • Letakkan kembali tangan di bahagian bahu pasangan. 3. Guru meminta Doktor Muda memberi maklum balastentang rasa stres mereka selepas aktiviti urutan. 4. Guru boleh mengulangi aktiviti Spa Diri Anda mengikut kesesuaian masa. B. Sumber • Risalah Minda Sihat C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Soal Jawab 71 file Dr. Muda new 2012.indd 72 15/12/2012 2:48:13 AM


SKOP 6 UNIT 1 : MENCEGAH DEMAM DENGGI UNIT 2 : MENCEGAH CHIKUNGUNYA UNIT 3 : MENCEGAH DEMAM MALARIA UNIT 4 : MENCEGAH PENYAKIT LEPTOSPIROSIS mencegah penyakit semasa UNIT 1 : MENCEGAH DEMAM DENGGI PENGENALAN Unit ini memberi penjelasan kepada Doktor Muda mengenai Demam Denggi. Penyakit bawaan vektor ini sangat berbahaya dan murid sekolah adalah antara golongan yang berisiko tinggi. Pengetahuan tentang pencegahan Demam Denggi sangat mustahak kepada murid bagi mendorong mereka mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tindakan ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, dalam dan luar rumah serta persekitaran mereka. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Mengenali nyamuk Aedes dan kitaran hidupnya. 2. Mengenali tempat pembiakan nyamuk Aedes. 3. Mengetahui cara menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes. 4. Menyatakan tanda Demam Denggi 5. Mengetahui cara mencegah jangkitan Demam Denggi. ISI PENTING 1. Apa itu Demam Denggi? 2. Mengenali nyamuk Aedes dan kitaran hidupnya. 3. Mengenali tempat pembiakan nyamuk Aedes. 4. Tanda Demam Denggi. 5. Mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. 6. Langkah pencegahan jangkitan Demam Denggi. KANDUNGAN 1. Apa Itu Demam Denggi? Demam Denggi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus Denggi. Orang yang sihat boleh menghidap penyakit ini melalui gigitan nyamuk Aedes yang mengandungi virus Denggi. Penyakit ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut. Tiada ubat atau vaksin untuk merawat penyakit ini. Cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit ini ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. 2. Mengenali Nyamuk Aedes • Nyamuk Aedes dikenali dengan belang hitam putih di badan dan kakinya. • Nyamuk Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan awal senja. SKOP 6 72 file Dr. Muda new 2012.indd 73 15/12/2012 2:48:14 AM


• Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih di sekolah, di dalam dan luar rumah serta persekitarannya. • Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi dewasa mengambil masa lebih kurang 1 minggu. 3. Mengenali Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes a. Tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekolah: • Alas pasu bunga • Pam tandas • Kolam hiasan • Bahan buangan yang menakung air • Pokok hiasan yang menakung air secara semula jadi b. Tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam rumah: • Di dalam kolah bilik mandi • Tempat simpanan air terbuka • Bekas perangkap semut • Bekas menakung air peti sejuk • Pasu jambangan bunga • Alas pasu bunga • Kolam hiasan c. Tempat pembiakan nyamuk Aedes di luar rumah: • Tayar terpakai / buruk • Tempurung kelapa • Botol • Saluran air hujan • Tin kosong • Bekas pembungkus makanan dan minuman (polystrena) • Di celah kelopak pohon keladi • Di celah kelopak pokok pisang • Mangkuk tadahan susu getah 4. Tanda Demam Denggi • Demam kuat yang mengejut. • Sakit teruk pada tulang, otot, sendi dan biji mata. • Sakit kepala. • Ruam merah di kulit. • Hilang selera makan. • Kekeringan bibir. • Muntah. • Sakit perut. • Pendarahan di bawah kulit, hidung dan gusi. 73 file Dr. Muda new 2012.indd 74 15/12/2012 2:48:15 AM


SKOP 6 5. Mencari dan Memusnahkan Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes. • Memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes dengan melupuskan semua bekas kosong yang boleh menakung air. • Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti abate ke dalam semua bekas simpanan air tiga bulan sekali. • Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur. • Tukar air jambangan bunga setiap minggu dengan membasuh dan memberus sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru. • Buang air dalam alas pasu bunga dan berus hingga bersih setiap minggu. • Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung). 6. Langkah Pencegahan Jangkitan Demam Denggi • Tidur menggunakan kelambu. • Gunakan ubat nyamuk atau racun serangga pembunuh nyamuk. • Gunakan jaring nyamuk di jendela rumah. • Gotong royong mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. • Segera mendapatkan rawatan di klinik / hospital sekiranya mempunyai tanda jangkitan. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : TAYANGAN VIDEO ‘DEMAM DENGGI’ A. Cara Pelaksanaan 1. Guru akan menayangkan video Hapuskan Aedes mengenai mencegah Demam Denggi kepada Doktor Muda. 2. Guru memilih beberapa orang Doktor Muda untuk menerangkan semula kandungan video yang ditayang 3. Dengan bimbingan guru, Doktor Muda juga diminta untuk menerangkan kembali kepentingan mencegah Demam Denggi. B. Sumber • Video Hapuskan Aedes C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Soal Jawab 74 file Dr. Muda new 2012.indd 75 15/12/2012 2:48:16 AM


75 AKTIVITI 2 : OPS! CARI A. Cara Pelaksanaan 1. Guru mengedarkan Lembaran Kerja “Ops Cari”, seperti di Lampiran 6.1(A), kepada Doktor Muda. 2. Doktor Muda diberi masa selama 20 minit untuk mencari tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam lembaran tersebut. 3. Setelah tamat 20 minit, guru akan memberikan jawapan kepada Doktor Muda. Doktor Muda akan menyemak jawapan mereka untuk mengetahui bilangan tempat pembiakan nyamuk Aedes yang mereka temui dalam lembaran tersebut. 4. Dengan bimbingan guru, Doktor Muda diminta untuk memberi ulasan mengenai lembaran kerja tersebut dan berbincang mengenai tempat pembiakan nyamuk Aedes. B. Sumber • Lembaran Kerja “Ops! Cari” Lampiran 6.1(A) C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Soal jawab AKTIVITI 3 : TEKA KATA DENGGI A. Cara Pelaksanaan 1. Semua Doktor Muda diberi Lembaran Kerja Teka Kata Denggi seperti di lampiran 6.1(B), 6.1(C) dan 6.1(D). 2. Guru menerangkan cara permainan kepada Doktor Muda. 3. Tempoh masa selama 10 minit diberikan kepada Doktor Muda untuk menyelesaikan Teka Kata Denggi. 4. Guru mengarahkan Doktor Muda bertukar Lembaran Kerja Teka Kata dengan rakan. 5. Guru seterusnya memberikan jawapan yang betul dan meminta semua Doktor Muda memeriksa jawapan. 6. Bagi setiap jawapan yang diberikan, guru perlu memberikan ulasan. file Dr. Muda new 2012.indd 76 15/12/2012 2:48:19 AM


SKOP 6 76 B. Sumber • Lembaran Kerja Teka Kata Denggi (Lampiran 6.1(B), 6.1(C) dan 6.1(D)). C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Soal jawab AKTIVITI 4 : CARI DAN MUSNAH A. Cara Pelaksanaan 1. Guru membahagikan Doktor Muda kepada beberapa kumpulan kecil. 2. Guru memberi penerangan mengenai aktiviti ini di mana Doktor Muda perlu mencari tempat pembiakan nyamuk dan memusnahkannya. 3. Guru mengagihkan setiap kumpulan Doktor Muda ke tempat tertentu seperti kantin, padang sekolah, taman sekolah, tandas dan kawasan persekitaran sekolah. 4. Masa selama 30 minit diberikan kepada setiap kumpulan untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. 5. Pada akhir sesi, Doktor Muda diminta memberikan ulasan dan berbincang mengenai tempat pembiakan nyamuk Aedes. B. Sumber • Buku Nota • Pen C. Masa • 1 jam D. Penilaian • Soal jawab file Dr. Muda new 2012.indd 77 15/12/2012 2:48:19 AM


77 UNIT 2 : MENCEGAH CHIKUNGUNYA PENGENALAN Unit ini memberi penjelasan kepada Doktor Muda mengenai Chikungunya. Penyakit bawaan vektor ini berbahaya dan murid sekolah adalah antara golongan yang berisiko. Penyebab dan cara jangkitan Chikungunya adalah sama seperti Demam Denggi. Oleh itu, pengetahuan tentang pencegahan Demam Denggi sangat mustahak kepada murid bagi mendorong mereka mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tindakan ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, dalam dan luar rumah serta persekitaran mereka. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Mengenali nyamuk Aedes dan kitaran hidupnya. 2. Mengenali tempat pembiakan nyamuk Aedes. 3. Mengetahui cara menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes. 4. Menyatakan tanda Chikungunya. 5. Mengetahui cara mencegah jangkitan Chikungunya. ISI PENTING 1. Apa itu Chikungunya? 2. Mengenali nyamuk Aedes dan kitaran hidupnya. 3. Mengenali tempat pembiakan nyamuk Aedes. 4. Tanda Chikungunya. 5. Mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. 6. Langkah pencegahan jangkitan Chikungunya. KANDUNGAN 1. Apa Itu Chikungunya? Penyakit Chikungunya disebabkan oleh Virus Chikungunya yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Penyakit ini berbahaya dan boleh mengakibatkan sakit sendi yang teruk terutama di hujung jari, pergelangan tangan dan buku lali. Cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit ini ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. 2. Mengenali Nyamuk Aedes • Nyamuk Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih di badan dan kaki. • Nyamuk Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan awal senja. file Dr. Muda new 2012.indd 78 15/12/2012 2:48:20 AM


SKOP 6 78 • Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah. • Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi dewasa mengambil masa lebih kurang 1 minggu. 3. Mengenali Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes a. Tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekolah : • Alas pasu bunga • Pam tandas • Kolam hiasan • Bahan buangan yang menakung air • Pokok hiasan yang menakung air secara semula jadi b. Tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam rumah : • Di dalam kolah bilik mandi • Tempat simpanan air terbuka • Bekas menakung air peti sejuk • Pasu jambangan bunga • Alas pasu bunga • Kolam hiasan c. Tempat pembiakan nyamuk Aedes di luar rumah : • Tayar terpakai / buruk • Tempurung kelapa • Botol • Saluran air hujan • Tin kosong • Bekas pembungkus makanan dan minuman (polystrena) • Di celah kelopak pohon keladi • Di celah kelopak pokok pisang • Mangkuk tadahan susu getah 4. Tanda Chikungunya • Demam panas • Sakit sendi • Rasa ngilu pada tulang • Ruam pada tangan, kaki dan badan • Pening kepala • Loya dan muntah 5. Mencari dan Memusnahkan Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes • Memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes dengan melupuskan semua bekas kosong yang boleh menakung air. file Dr. Muda new 2012.indd 79 15/12/2012 2:48:21 AM


79 • Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti abate ke dalam semua bekas simpanan air tiga bulan sekali. • Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur. • Tukar air jambangan bunga setiap minggu dengan membasuh dan memberus sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru. • Buang air dalam alas pasu bunga dan berus hingga bersih setiap minggu. • Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung). 6. Langkah Mencegah Jangkitan Chikungunya • Tidur menggunakan kelambu. • Gunakan ubat nyamuk atau racun serangga pembunuh nyamuk. • Gunakan jaring nyamuk di jendela rumah. • Gotong-royong mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. • Segera mendapatkan rawatan di klinik / hospital sekiranya mempunyai tanda jangkitan. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : TAYANGAN VIDEO ‘CHIKUNGUNYA’ A. Cara Pelaksanaan 1. Guru akan menayangkan video Chikungunya mengenai pencegahan Chikungunya kepada Doktor Muda. 2. Guru memilih beberapa orang Doktor Muda untuk menerangkan semula kandungan video yang ditayang. 3. Guru menerangkan kembali faedah mencegah Chikungunya. B. Sumber • Video Chikungunya C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Soal jawab file Dr. Muda new 2012.indd 80 15/12/2012 2:48:21 AM


SKOP 6 80 UNIT 3 : MENCEGAH DEMAM MALARIA PENGENALAN Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada aspek pencegahan dan kawalan Demam Malaria. Pengetahuan tentang pencegahan Demam Malaria juga mustahak kepada murid bagi mengelak jangkitan penyakit ini melalui tindakan yang disarankan. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menyatakan penyakit Demam Malaria. 2. Menyatakan cara jangkitan Demam Malaria. 3. Menyatakan tanda Demam Malaria. 4. Mengetahui cara rawatan Demam Malaria. 5. Menyatakan cara mencegah Demam Malaria. ISI PENTING 1. Apa itu Demam Malaria? 2. Cara Jangkitan. 3. Tanda Demam Malaria. 4. Rawatan Demam Malaria. 5. Kesan Demam Malaria. 6. Langkah Pencegahan Demam Malaria. KANDUNGAN 1. Apa Itu Demam Malaria? Malaria adalah sejenis penyakit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat awal. Penyakit ini juga dikenali sebagai Demam Kura atau Demam Ketar. Ianya disebabkan oleh sejenis parasit yang dikenali sebagai Plasmodium yang dibawa oleh nyamuk Tiruk (Anopheles). Nyamuk Tiruk membiak di kawasan air jernih yang terdedah kepada cahaya matahari seperti sawah, aliran air kaki bukit, aliran air tepi semak dan paya. Nyamuk Tiruk biasanya menggigit manusia pada waktu malam. 2. Cara Jangkitan Nyamuk Tiruk (Anopheles) yang mempunyai parasit Malaria di dalam badannya apabila menggigit orang yang sihat akan memindahkan parasit tersebut kepada orang itu. file Dr. Muda new 2012.indd 81 15/12/2012 2:48:22 AM


81 3. Tanda Demam Malaria • Mengalami demam. • Rasa sejuk dan menggigil. • Badan berpeluh dan pesakit seolah-olah merasa sihat. • Demam boleh berlaku setiap hari, selang sehari atau selang dua hari. • Merasa lesu, tidak bermaya dan pucat. 4. Rawatan Demam Malaria Jika seseorang itu disahkan menghidap Demam Malaria, dia akan diberi ubat Malaria. Ubat ini perlu dihabiskan mengikut arahan doktor. Jika tidak pesakit tidak akan sembuh sepenuhnya. Pesakit mungkin boleh dijangkiti semula kerana tidak semua parasit Malaria mati. 5. Kesan Demam Malaria Parasit Malaria yang memasuki badan manusia akan hidup di dalam sel darah mereka. Parasit ini akan menyerang sel darah merah dan menjangkiti otak, buah pinggang, paru-paru serta limpa pesakit. Jika tidak dirawat atau tidak mendapat rawatan sepenuhnya, pesakit Malaria akan mengalami : • Kekurangan darah terutama dalam kalangan kanak-kanak dan ibu mengandung. • Kegagalan fungsi buah pinggang. • Jangkitan bahagian otak. • Kematian. 6. Langkah Pencegahan Demam Malaria Demam Malaria boleh dicegah melalui : • Tidur di dalam kelambu berubat. • Menggunakan ubat nyamuk atau racun serangga pembunuh nyamuk. • Menggunakan jaring nyamuk di jendela rumah. • Segera mendapatkan rawatan di klinik / hospital sekiranya mempunyai tanda jangkitan. file Dr. Muda new 2012.indd 82 15/12/2012 2:48:23 AM


SKOP 6 82 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : TAYANGAN VIDEO ’DEMAM MALARIA’ A. Cara Pelaksanaan 1. Guru akan menayangkan video Demam Malaria mengenai cara mencegah Demam Malaria. 2. Guru memilih beberapa Doktor Muda untuk menerangkan semula isi kandungan video yang ditayangkan. 3. Doktor Muda diminta menerangkan kembali kepentingan mencegah Demam Malaria. B. Sumber • Video Demam Malaria C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Soal jawab file Dr. Muda new 2012.indd 83 15/12/2012 2:48:23 AM


83 UNIT 4 : MENCEGAH PENYAKIT LEPTOSPIROSIS PENGENALAN Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada aspek pencegahan dan kawalan Leptospirosis. Pengetahuan tentang pencegahan Leptospirosis juga mustahak kepada murid bagi mengelak jangkitan penyakit ini melalui tindakan yang disarankan. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Mengetahui penyakit Leptospirosis. 2. Mengetahui cara jangkitan penyakit Leptospirosis. 3. Memahami tanda jangkitan. 4. Menyatakan langkah pencegahan penyakit Leptospirosis. ISI PENTING 1. Apa itu Penyakit Leptospirosis? 2. Mengenali cara jangkitan Penyakit Leptospirosis. 3. Tanda Penyakit Leptospirosis. 4. Langkah pencegahan Penyakit Leptospirosis. KANDUNGAN 1. Apa Itu Penyakit Leptospirosis? Penyakit Leptospirosis disebabkan oleh Bakteria Leptospira. Bakteria ini boleh terdapat dalam air kencing haiwan mamalia yang terjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, kuda dan babi. 2. Cara Jangkitan Penyakit Leptospirosis • Manusia boleh dijangkiti sekiranya terdedah / kontak secara langsung dengan air / air banjir yang tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit. • Manusia juga boleh dijangkiti sekiranya mengambil makanan / minuman yang tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit. • Tempoh inkubasi adalah selama 2 - 30 hari. file Dr. Muda new 2012.indd 84 15/12/2012 2:48:24 AM


SKOP 6 3. Tanda Penyakit Leptospirosis • Demam • Sakit kepala • Loya dan muntah • Sakit otot • Kemerahan pada mata • Sakit pada abdomen • Batuk • Sakit pada betis 4. Langkah Pencegahan • Menjaga kebersihan persekitaran rumah, tempat perkelahan dan taman permainan. • Tutup dan tudung makanan untuk menghindari daripada haiwan. • Mencuci tangan dengan air dan sabun sebelum menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas. • Mencuci tangan, kaki, serta anggota badan dengan sabun selepas bekerja di kebun, membersih sampah dan kawasan rumah selepas banjir. • Cuci dan balut luka dengan sempurna. • Jangan bermain air dan lopak air terutama selepas banjir. • Segera mendapatkan rawatan di klinik / hospital sekiranya mempunyai tanda jangkitan. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : TAYANGAN VIDEO PENYAKIT ‘LEPTOSPIROSIS’ A. Cara Pelaksanaan 1. Guru akan menayangkan video Leptospirosis mengenai mencegah Penyakit Leptospirosis. 2. Guru memilih beberapa Doktor Muda untuk menerangkan semula isi kandungan video yang ditayangkan. 3. Doktor Muda diminta untuk menerangkan kembali kepentingan mencegah Penyakit Leptospirosis. B. Sumber • Video Leptospirosis C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Soal Jawab 84 file Dr. Muda new 2012.indd 85 15/12/2012 2:48:25 AM


85 AKTIVITI 2 : TEKA KATA LEPTOSPIROSIS A. Cara Pelaksanaan 1. Guru boleh melaksanakan Teka Kata Leptospirosis seperti di lampiran 6.4. 2. Semua Doktor Muda diberi helaian Teka Kata. 3. Guru menerangkan cara permainan kepada Doktor Muda. 4. Tempoh masa selama 20 minit diberikan kepada Doktor Muda untuk menyelesaikan Teka Kata Leptospirosis. 5. Guru mengarahkan Doktor Muda bertukar helaian Teka Kata dengan rakan. 6. Doktor Muda seterusnya diminta memberikan jawapan yang betul dan meminta rakan memeriksa jawapan rakan yang lain. 7. Bagi setiap jawapan yang diberikan, guru perlu memberi ulasan. B. Sumber • Helaian Teka Kata (Lampiran 6.4) • Pensel • Pemadam C. Masa • 30 minit D. Penilaian • Semakan jawapan aktiviti • Soal jawab file Dr. Muda new 2012.indd 86 15/12/2012 2:48:25 AM


SKOP 6 88 UNIT 1 : PERTOLONGAN CEMAS UNIT 2 : RAWATAN RINGAN SKOP 7 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS DAN RAWATAN RINGAN UNIT 1: PERTOLONGAN CEMAS PENGENALAN Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada kepentingan kemahiran memberi pertolongan cemas kepada kes-kes kecemasan sebelum pesakit mendapat rawatan selanjutnya. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menyatakan kepentingan pertolongan cemas. 2. Mengendalikan kotak pertolongan cemas seperti : • Memastikan semua keperluan mencukupi. • Mengenalpasti kegunaan setiap bahan yang ada dalam kotak. • Memastikan pemeriksaan kotak secara berkala. 3. Mengenalpasti kes-kes kecemasan di sekolah. 4. Mempunyai kemahiran asas untuk mengendalikan rawatan kecemasan. ISI PENTING 1. Definisi dan kepentingan pertolongan cemas (Basic Life Support). 2. Kandungan dan kegunaan kotak pertolongan cemas. 3. Jenis-jenis kes kecemasan. 4. Kemahiran asas dalam mengendalikan kes-kes kecemasan. KANDUNGAN 1. Definisi Pertolongan Cemas (Basic Life Support) Rawatan awal yang diberikan kepada kes-kes kecemasan bagi mengelakkan komplikasi sebelum kes tersebut dirujuk untuk rawatan selanjutnya. Kepentingan rawatan pertolongan cemas adalah untuk : a. Mengurangkan pendarahan. b. Mengelakkan komplikasi seperti : • Pengsan • Jangkitan kuman • Gangguan pernafasan • Kematian SKOP 7 86 file Dr. Muda new 2012.indd 87 15/12/2012 2:48:27 AM


87 Kandungan Gambar Kegunaan Bila perlu ditukar Dressing set • Tray • Gauze • Swab • Forsep • Sarung tangan pakai buang • Beg plastik (pakai buang) Set pencuci luka pakai buang Pakai Buang Tourniquet Menyekat aliran darah Bila kurang elastik atau kotor Thermometer scan Memeriksa suhu badan Pastikan bateri sentiasa ditukar Pita pelekat Pelekat Apabila pelekat tidak berfungsi Kain anduh Penyokong kepatahan tulang Apabila bertukar warna Roll bandage Pembalut luka Apabila bertukar warna 2. Kandungan Kotak Pertolongan Cemas file Dr. Muda new 2012.indd 88 15/12/2012 2:48:28 AM


SKOP 7 Kandungan Gambar Kegunaan Bila perlu ditukar Crepe bandage Pembalut luka elastik Bila kurang elastik atau bertukar warna Splint kayu Penyokong kepatahan Apabila kayu rosak Gunting Memotong Tumpul atau berkarat Minyak angin Melegakan kesakitan / pening Luput Tarikh Antiseptik Mencuci luka Luput tarikh Flavine Lotion Lotion pembasmi kuman Luput tarikh Krim antiseptik Krim pembasmi kuman Luput tarikh Kandungan Kotak Pertolongan Cemas (sambungan) Antiseptic Cream 88 file Dr. Muda new 2012.indd 89 15/12/2012 2:48:30 AM


89 3. Jenis-Jenis Kes Kecemasaan dan Kemahiran Asas dalam Mengendalikan Kes-Kes Kecemasan. 3.1 KEMAHIRAN TEKNIK MEMULIHKAN PERNAFASAN DAN JANTUNG (CARDIO PULMONARY RESUSCITATION - CPR) Satu teknik untuk memulihkan pernafasan dan fungsi jantung. Kepentingan mempelajari CPR • Memberi pengetahuan dan kemahiran asas mengenai pengendalian rawatan pemulihan pernafasan dan jantung yang betul. • Memberi keyakinan kepada murid sekiranya berlaku kes-kes kecemasan. • Memberi bantuan awal sebelum ketibaan paramedik. • Mengelakkan komplikasi dan kematian akibat respon lambat. Teknik Pengendalian CPR yang betul • DRCAB Teknik Pengendalian Ilustrasi Teknik Penerangan Danger (Bahaya) Kenal pasti mangsa dan diri anda berada dalam keadaan selamat untuk memberi bantuan. Response (Tindak balas Mangsa) Tentukan mangsa sedar atau tidak dengan menepuk bahunya. Tanya Encik / Cik kenapa? Beberapa kali dengan suara yang lantang. Sekiranya tiada tindak balas daripada mangsa, minta bantuan untuk memanggil pasukan bantuan. Kenal pasti sama ada mangsa dalam keadaan lemas atau pengsan. PERIKSA KAWASAN ALIHKAN BAHAYA / KAWASAN file Dr. Muda new 2012.indd 90 15/12/2012 2:48:32 AM


SKOP 7 90 Teknik Pengendalian CPR yang betul (sambungan) Teknik Pengendalian Ilustrasi Teknik Penerangan Circulation (Pemeriksaan nadi) Letakkan 2 jari ke kotak suara di bawah dagu mangsa tarik 2 cm ke kanan atau kiri. Rasa nadi selama 5 saat. Sekiranya tiada nadi mulakan tekanan pada bahagian dada. Chest Compression Letakkan dua jari di sempadan bawah tulang rusuk . Ikut sempadan tulang rusuk hingga ke tulang dada (sternum notch). Letakkan tumit tapak tangan yang satu lagi ke bahagian dada kemudian letakkan tapak tangan yang kedua ke atas tangan yang pertama tadi. Tekan terus ke bawah dengan mempastikan kedua-dua siku lurus dan kedua bahu selari dengan tangan anda. Gunakan tekanan dari bahu ke bawah. Jangan tekan tulang rusuk mangsa. Tekan sebanyak 30 kali dengan kedalaman 1 ½ - 2 inci (pada kadar 80 -100 kali seminit). file Dr. Muda new 2012.indd 91 15/12/2012 2:48:39 AM


91 Teknik Pengendalian CPR yang betul (sambungan) Teknik Pengendalian Ilustrasi Teknik Penerangan 30 tekanan dada dan 2 hembusan merupakan 1 pusingan. Bila selesai 5 pusingan(kira-kira 2 minit) periksa nadi karotid sekali lagi. Sekiranya ada nadi, periksa pernafasan (Look, Listen, Feel) jika tida pernafasan beri hembusan pernafasan setiap 5 saat. Airway (Saluran pernafasan) Kemudian tentukan sama ada mangsa bernafas atau tidak dengan : • Lihat pergerakan dada (Look) • Dengar bunyi pernafasan (Listen) • Rasa hembusan pernafasan (Feel) Breathing (Bernafas) Sekiranya mangsa didapati tidak bernafas beri bantuan pernafasan sebanyak dua kali dengan cara berikut : Picit hidung mangsa dengan ibu jari telunjuk sambil mendongakkan kepala. Buka mulut, tarik nafas panjang dan lekapkan mulut anda ke mulut mangsa. Hembuskan 2 kali pernafasan (1½ - 2 saat ). file Dr. Muda new 2012.indd 92 15/12/2012 2:48:47 AM


SKOP 7 92 Teknik Pengendalian CPR yang betul (sambungan) Teknik Pengendalian Ilustrasi Teknik Penerangan Circulation (Pemeriksaan nadi) Letakkan 2 jari ke kotak suara di bawah dagu mangsa tarik 2 cm ke kanan atau kiri. Rasa nadi selama 5 saat. Sekiranya tiada nadi mulakan tekanan pada bahagian dada. Jika tiada nadi dan pernafasan ulangi semula sebanyak 5 pusingan berikutnya. Posisi pemulihan Jika mangsa boleh bernafas letakkan pada posisi pemulihan (recovery position). Jangka masa melakukan CPR • Mangsa pulih iaitu ada nadi dan pernafasan. • Anda penat dan tidak berdaya lagi melakukannya dengan sempurna. • Tempat anda diambil oleh orang yang ada kemahiran CPR. • Bantuan perubatan yang sempurna tiba. file Dr. Muda new 2012.indd 93 15/12/2012 2:48:52 AM


93 3.2 TERCEKIK Satu teknik untuk memberi rawatan awal akibat tercekik apabila saluran pernafasan disekat oleh bendasing. Kepentingan mempelajari rawatan tercekik • Memberi pengetahuan dan kemahiran asas mengenai pengendalian apabila tercekik. • Memberi keyakinan kepada murid sekiranya berlaku kes tercekik. • Membantu memberi rawatan awal sebelum dihantar ke klinik atau hospital. Rawatan tercekik Minta bantuan kecemasan. Pastikan mangsa berada di tempat yang selamat sebelum memberi bantuan kecemasan. Cuba berinteraksi dengan mangsa, apa yang telah berlaku atau kenal pasti tanda-tanda tercekik. Mangsa selalunya tidak boleh bercakap, batuk atau bernafas. Jangan ganggu jika mangsa cuba untuk mengeluarkan bahan dari dalam mulut. Teknik Pengendalian Ilustrasi Teknik Penerangan file Dr. Muda new 2012.indd 94 15/12/2012 2:48:55 AM


SKOP 7 94 Rawatan tercekik Berdiri di belakang mangsa. Peluk mangsa dengan erat. Genggam tangan dengan tangan kanan dan letakkan tangan tersebut di atas perut mangsa. Lapik tangan kiri di bawah genggaman tangan kanan. Tolak ke dalam dan ke atas dengan kuat. Ulang tolakkan tersebut sehingga mangsa boleh bernafas semula. Teknik Pengendalian Ilustrasi Teknik Penerangan file Dr. Muda new 2012.indd 95 15/12/2012 2:49:01 AM


95 3.3 KEPATAHAN Satu teknik untuk memberi rawatan awal akibat kecederaan yang menyebabkan kepatahan jari. Kepentingan mempelajari rawatan patah jari • Memberi pengetahuan dan kemahiran asas mengenai pengendalian rawatan patah jari. • Memberi keyakinan kepada murid sekiranya berlaku kes patah jari. • Membantu memberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital. Tanda-tanda patah • Sakit • Hilang fungsi • Kecacatan • Bengkak PENGENDALIAN RAWATAN KEPATAHAN JARI Kepatahan jari • Tenangkan murid. Maklumkan kepada guru. • Bawa murid ke tempat yang selamat. • Kenal pasti jari dan bahagian jari yang patah. • Hentikan pendarahan sekiranya berlaku pendarahan di tempat yang patah. • Gunakan kayu splint di bahagian jari yang patah. Teknik Pengendalian Ilustrasi Teknik Penerangan file Dr. Muda new 2012.indd 96 15/12/2012 2:49:01 AM


SKOP 7 96 Kepatahan jari • Pakaikan anduh di bahagian lengan jari yang patah bagi tujuan sokongan. • Maklumkan kepada guru untuk rujuk ke klinik. 3.4 PENDARAHAN HIDUNG Hidung berdarah (Epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah. Kepentingan mempelajari rawatan pendarahan hidung • Memberi pengetahuan dan kemahiran asas mengenai pengendalian rawatan pendarahan hidung. • Memberi keyakinan kepada murid sekiranya berlaku kes pendarahan hidung. • Membantu memberi rawatan awal. Teknik Pengendalian Ilustrasi Teknik Penerangan Pendarahan Hidung • Tenangkan murid. Maklumkan kepada guru. • Dudukkan mangsa dengan kepala tunduk ke bawah. • Picit bahagian batang hidung dan suruh mangsa bernafas dari mulut. • Tuamkan kening mangsa dengan ais. • Maklumkan kepada guru untuk rujuk ke klinik sekiranya pendarahan tidak berhenti. Teknik Pengendalian Ilustrasi Teknik Penerangan file Dr. Muda new 2012.indd 97 15/12/2012 2:49:07 AM


Serangan asma • Maklumkan kepada guru. • Tenangkan pesakit dan bantu pesakit duduk. • Letakkan pesakit pada kedudukan selesa dengan tubuhnya ke depan sedikit. • Benarkan pesakit mendapatkan ubat sekiranya ada. • Rujuk ke Klinik / Hospital berdekatan. 3.5 ASMA / LELAH Satu teknik untuk memberi rawatan awal serangan asma akibat ada sejarah penyakit asma, perubahan cuaca dan alahan terhadap debu dan habuk. Kepentingan mempelajari rawatan serangan asma • Memberi pengetahuan dan kemahiran asas mengenai pengendalian rawatan serangan asma. • Memberi keyakinan kepada murid sekiranya berlaku kes serangan asma. • Membantu memberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital. 97 Teknik Pengendalian Ilustrasi Teknik Penerangan file Dr. Muda new 2012.indd 98 15/12/2012 2:49:07 AM


SKOP 7 98 Merasa hendak pengsan • Maklumkan kepada guru. • Duduk dengan kepala diletakkan di antara dua lututnya. • Boleh meneguk sedikit air supaya cepat pulih. • Baringkan mangsa dengan cermat. • Jika muka kelihatan pucat, tinggikan kakinya supaya darah di anggota bawah dapat turun ke jantung dan seterusnya ke bahagian kepala. • Longgarkan pakaian seperti stoking, tudung, tali leher, butang di kolar atau baju kurung, tali pinggang. • Pastikan udara bersih tidak terhalang. • Jika pesakit tidak bernafas bantuan pernafasan perlu diberikan terlebih dahulu. • Rujuk ke Klinik / Hospital berdekatan. 3.6 PENGSAN Satu teknik merawat pening dan pengsan akibat tidak mengambil sarapan pagi, demam, cuaca yang terlalu panas dan ruang yang sesak. Seseorang itu boleh pengsan apabila darah tidak sampai kebahagian otak secukupnya. Kepentingan mempelajari rawatan pening dan pengsan • Memberi pengetahuan dan kemahiran asas mengenai pengendalian rawatan pening dan pengsan. • Memberi keyakinan kepada murid sekiranya berlaku kes pendarahan hidung. • Membantu memberi rawatan awal. Pengsan Teknik Pengendalian Ilustrasi Teknik Penerangan file Dr. Muda new 2012.indd 99 15/12/2012 2:49:10 AM


Click to View FlipBook Version