The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhanani2903, 2021-06-27 04:04:02

MODUL SEJARAH SEM 2 2019 (2)

MODUL SEJARAH SEM 2 2019 (2)

JAWATAN KUASA PEMIKIR SEJARAH STPM
PULAU PINANG 2019

MODUL SUKSES SEJARAH 940/2 (PENGGAL 2)
SEJARAH ISLAM (500 -1918)

PENYELARAS : PUAN NADIYAH BINTI JAMAIN BAKERI
(SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PULAU PINANG)

JU PULAU PINANG : PN HAJJAH SAKINAH BINTI SALLEH

(Dari kiri (duduk) En. Syaiful Sazwan, En. Azman, En. Hasbullah, En. Azahar, En. Sharul
Nizam, Pn. Halijah, Pn. Zainon, Pn. Sakinah, Pn. Noor Aishah, En. Sokri, En. Yee Teik
Huat, En. Shanmuganathan (bertukar), En. Kesavan, En. Yeoh Hup Theam.
Dari kiri (berdiri) Pn. Fuzaiti, Pn. Siti Hajar, Pn. Aniza, Pn. Faridah, Pn. Ainon Rosmanira,
Pn. Vimala, Pn. Maizatul Fadzillah, Pn. Nor Aini, Pn. Noridah, Pn. Saadiah, Pn. Sofiah, Pn.
Shalini, Pn. Norizan, Pn. Balqis, Pn. Zati Masturah, Pn. Chan Eit Fong, Pn. Annie Wong Yun
Fui, Pn. Suriyani, Pn. Fauziah, Pn. Noorhayati, Pn. Rafidah.

1

TEMA 1 MASYARAKAT,
PEMERINTAHAN,
PERTAHANAN DAN
PERHUBUNGAN LUAR

TEMA 2 PEMBANGUNAN DAN
PENEROKAAN

TEMA 3 NASIONALISME DAN
PEMBENTUKAN NEGARA

BANGSA

2

TEMA 1 : MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN
PERHUBUNGAN LUAR

BIL TAJUK NAMA GURU
1 HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT JAHILIYAH SEBELUM Pn. Zainon
KEDATANGAN ISLAM. Pn. Suriyani
2 MASYARAKAT ARAB JAHILIYAH BUKANLAH SATU BANGSA YANG Pn. Fauziah
TIDAK BERTAMADUN. JELASKAN PERNYATAAN TERSEBUT.
3 SEJAUH MANAKAH AGAMA WATHANI MERUPAKAN AGAMA UTAMA Tn.Hj. Sokri
MASYARAKAT ARAB JAHILIYAH. BINCANGKAN. Pn. Noraini
4 NABI MUHAMMAD SAW TELAH MENGHADAPI TENTANGAN YANG Tn.Hj. Sokri
HEBAT SEMASA PEMBINAAN MASYARAKAT ISLAM DI MAKKAH.
ULAS PERNYATAAN TERSEBUT. Pn. Noraini
5 BINCANGKAN PEMBINAAN MASYARAKAT ISLAM PADA ZAMAN Pn. Alina
NABI MUHAMMAD SAW Pn. Alina
6 GOLONGAN MUHAJIRIN DAN ANSAR MEMBERI SUMBANGAN YANG Pn. Annie
BESAR PADA ZAMAN PEMERINTAHAN NABI MUHAMMAD SAW DI
MADINAH. BINCANGKAN PERNYATAAN TERSEBUT. Pn. Saadiah
7 BINCANGKAN STRUKTUR PEMERINTAHAN PADA ZAMAN NABI Pn. Halijah
MUHAMMAD SAW DI MADINAH Pn. Fauziah
8 NABI MUHAMMAD SAW. BUKAN SAHAJA SEORANG RASUL TETAPI Pn. Annie
SEBAGAI NEGARAWAN YANG UNGGUL Pn. Saadiah
9 BINCANGKAN SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ DALAM
SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
10 NILAIKAN SUMBANGAN UMAR AL KHATTAB DALAM BIDANG
POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL.
11 BINCANGKAN STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ISLAM
MADINAH PADA ZAMAN KHULAFAH AL-RASYIDIN PADA ABAD KE-7
MASIHI
12 HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM DI ANDALUSIA PADA
ABAD KE-13 MASIHI
13 HURAIKAN KONSEP JIHAD DAN JENIS-JENISNYA.
14 HURAIKAN ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN PADA ZAMAN
NABI MUHAMMAD SAW
15 BINCANGKAN SISTEM KETENTERAAN YANG DILAKSANAKAN PADA
ZAMAN KHALIFAH AL RASYIDIN PADA ABAD KE-7 MASIHI

3

16 NILAIKAN SUMBANGAN SULTAN MUHAMMAD AL FATEH DALAM Pn. Shakinah
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN ISLAM PADA ABAD KE-15 MASIHI Pn. Noridah

17 BINCANGKAN PELAKSANAAN NAUNGAN MELALUI JIZYAH PADA Pn. Maizatul
ZAMAN KHALIFAH AL RASYIDIN PADA ABAD KE-7 MASIHI Pn. Maizatul

18 BINCANGKAN PELAKSANAAN NAUNGAN MELALUI JIZYAH ZAMAN En. Syaiful
KHALIFAH UMAYYAH PADA ABAD KE-7M HINGGA ABAD KE-8 Sazwan
MASIHI

19 HURAIKAN PERJANJIAN-PERJANJIAN YANG DIMETRAI PADA
ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH DARI ABAD KE-9 MASIHI HINGGA
ABAD KE-13 MASIHI

20 HURAIKAN PERJANJIAN-PERJANJIAN YANG DIMETRAI PADA
ZAMAN KHALIFAH UTHMANIYAH ABAD KE-17 MASIHI HINGGA
ABAD KE-19 MASIHI

4

TEMA 1 : MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN

PERHUBUNGAN LUAR

SOALAN 1 : HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH SEBELUM

KEDATANGAN ISLAM

Pendahuluan

1. Perkataan jahiliah berasal daripada bahasa Arab ,iaitu jahala dan terbitan jahlun atau

jahalatun yang bermaksud tidak mengetahui, bodoh dan sesat serta tidak mempunyai ilmu

pengetahuan. Masyarakat jahiliah merujuk kepada masyarakat yang hidup pada zaman

sebelum kedatangan Islam. Zaman Jahiliah bermula setelah runtuhnya Empangan Maarib

dalam kerajaan Saba’ pada sekitar tahun 300M dan berakhir setelah turunnya al Quran.

2. Menurut sejarawan Islam zaman Jahiliah ialah zaman yang penuh dengan kegelapan

,kebodohan dan kejahilan dalam ilmu pengetahuan. Sebahagian sejarawan yang lain

mendefinisikan zaman jahiliah sebagai zaman yang tidak mempunyai peraturan hidup dan

tidak mempunyai agama yang sah di sisi Tuhan.

Isi-Isi Penting:

1. Dari aspek politik

 Masyarakat jahiliah adalah masyarakat yang jauh ketinggalan dari struktur politik dan tidak

terdapat pentadbiran/ kerajaan yang tetap dan jelas berbanding Rom dan Parsi pada

masa itu.Namun kedudukan politik mereka telah tergugat akibat penjajahan asing.

Contohnya kerajaan Hirah dan Ghassan di utara telah dijajah oleh kerajaan Rom dan

Parsi.Manakala Yaman di selatan dikuasai oleh Habsyah. Himyar di yang terletak di

selatan, walaupun dijajah ,anak-anak tempatan diberi jawatan tetap tetapi statusnya

hanya boneka kepada Parsi.

 Masyarakat jahiliah juga tidak mempunyai struktur politik yang sistematik. Masyarakat

jahiliah hidup berasaskan kabilah. Setiap kabilah diketuai oleh seorang syeikh iaitu

individu yang sangat dihormati. Walaupun mempunyai ketua tetapi setiap keputusan

bergantung kepada ketetapan bersama. Kabilah-kabilah ini kental dengan semangat

asabiyah iaitu sikap kesukuan dan bermegah dengan kabilahnya. Semangat asabiyah ini

kerap menimbulkan persengketaan, perebutan kuasa dan peperangan antara

kabilah.Perebutan kuasa antara kabilah juga berlaku bagi mendapatkan kuasa mentadbir.

Contohnya kuasa mentadbir Jabatan Haji, perdagangan dan ketenteraman kawasan.

 Ketua-ketua suku membentuk Majlis Mala’ ( Majlis ketua-ketua suku ). Kecelaruan politik

masyarakat Makkah berlaku apabila golongan bangsawan lebih cenderung untuk bergiat

aktif dalam perdagangan untuk mencari kekayaan.

5

 Tegasnya dari aspek politik memperlihatkan masyarakat jahiliah telah mencapai ciri-ciri
tamadun.

2. Dari aspek sosial
 Struktur sosial masyarakat Arab agak mudah, yang terdiri daripada golongan bangsawan

dan hamba. Golongan bangsawan wujud di bandar. Mereka hidup berpuak-puak
berdasarkan pertalian darah dan semangat assyabiah yang sangat menebal serta
berasaskan sistem kabilah. Setiap puaknya melantik seorang syeikh kabilah dalam
kalangan mereka. Manakala hamba pula dibeli untuk dikerah bekerja.
 Semangat assyabiah menyuburkan ciri-ciri jahiliah dan tingkah laku mereka kasar
terhadap kabilah/puak yang lain.Peperangan mudah berlaku walaupun disebabkan oleh
perkara-perkara kecil. Contohnya peperangan Al Basus .Peperangan dilakukan untuk
menguji kekuatan dan mengejar nama. Lazimnya mereka yang kalah akan dijadikan
hamba abdi.
 Masyarakat Arab Badwi mengamalkan hidup secara berpindah-randah dari satu tempat
ke satu tempat dengan tujuan untuk mencari sumber air, tanah yang subur dan aspek
keselamatan
 Masyarakat jahiliah sangat rendah moralnya. Kaum wanita dipandang rendah dan tidak
diberikan tempat dan kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat. Kaum wanita
dianggap sebagai pembawa sial dan hanya dijadikan sebagai pemuas nafsu. Amalan
menanam bayi perempuan hidup-hidup menjadi kebiasaan.sebahagian kabilah Arab.
Contohnya kabilah Bani Asad dan Bani Tamim .
 Golongan hamba pula dianggap golongan bawahan, dipandang hina dan dijadikan
sebagai barang dagangan. Walaubagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi
anak perempuan mereka. Contohnya Darun Nadwah telah dibina dan dijadikan tempat
keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan mereka telah dewasa apabila sampai
tempoh akil baliqh.
 Tegasnya situasi sosial ini berlaku kerana masyarakat Arab berada dalam kegelapan
daripada petunjuk agama dan mengalami keruntuhan akhlak yang mendorong mereka
melakukan kemaksiatan dan kemungkaran.
3. Dalam bidang ekonomi
 Masyarakat Arab jahiliah menjalankan kegiatan pertanian. Aktiviti pertanian terhad,
hanya tertumpu di kawasan subur yang mempunyai oasis seperti di Yaman. Kegiatan
pertanian banyak dilakukan oleh masyarakat Arab Badwi yang kebanyakannya tinggal di
kawasan luar bandar
 Penternakan merupakan kegiatan utama kaum Badwi iaitu menternak secara nomad.
Antara binatang ternak seperti unta, kambing dan biri2. Mereka sering berpindah randah

6

untuk mencari kawasan rumput dan air bagi binatang ternakan mereka. Binatang ternakan
juga menjadi status kekayaan.
 Perdagangan menjadi sumber utama. Ketika Mekah dipimpin oleh Abdul Manaf, Orang
Arab menjalankan aktiviti perdagangan di kota Makkah, Hirah dan Ghassan. Aktiviti
perdagangan berlaku antara selatan dengan utara – perdagangan dua musim iaitu musim
sejuk di Yaman dan musim panas di Syam dan pada musim haji tertumpu di Makkah.
Terdapat rombongan perdagangan dalam bentuk kumpulan yang dikenali sebagai
kafilah.Perjanjian perdagangan juga dijalankan antara Byzantine dan Parsi serta kabilah
di Yaman dan Syam. Perdagangan dijalankan dalam sistem barter. Barang dagangan
utama ialah bijiran, wangi-wangian, rempah ratus, gaharu, berhala dan sebagainya.
Perdagangan dijalankan secara sistem barter. Amalan riba dan penipuan berlaku secara
meluas.
 Rompakan menjadi pekerjaan utama dan satu pekerjaan yang mulia dalam masyarakat
jahiliah.Puak Badwi melakukan rompakan ke atas kafilah2 perdagangan kaum
bangsawan Quraisy. Yang melalui kawasan mereka.
 Tegasnya terdapat pelbagai kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat Arab
jahiliah.Walau bagaimanapun, kegiatan pertanian dan penternakan masyarakat Arab
Badwi, sukar berkembang pesat kerana cara hidup mereka yang berpindah-randah dari
satu tempat ke satu tempat yang lain.
4. Dari aspek agama dan kepercayaan
 Masyarakat jahiliah mengamalkan pelbagai jenis agama dan kepercayaan. Kepelbagaian
ini berlaku kerana adanya pengaruh asing di samping menaruh harapan yang tinggi
terhadap alam sekitar yang dipercayai dapat mengawal dan membantu kehidupan
seharian mereka.
 Sebahagian besar daripada masyarakat jahiliah mengamalkan agama Wathani iaitu
menyembah berhala. Berhala dianggap perantara bagi menghubungkan mereka dengan
Allah dan amalan tradisi nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan. Oleh itu
mereka mencipta berhala-berhala daripada kayu dan batu dan di letakkan di sekeliling
Kaabah.Antara berhala yang terkenal ialah al-Uzza, al-Lata dan al-Manat yang dianggap
mempunyai kuasa. Masyarakat jahiliah turut menganut agama lain seperti Majusi (
menyembah api ), Hanif ( Agama Nabi Ibrahim AS ) , Nasrani (Kristian), agama Yahudi,
meyembah berhala. serta mengamalkan kepercayaan karut atau khurafat seperti memuja
kubur, pokok bukit dan amalan tradisi nenek moyang.
 Masyarakat Arab jahiliah juga mengamalkan kepercayaan animisme yang menyembah
bulan, matahari, pokok dan batu. Contohnya masyarakat Petra dan Palmyra menyembah
matahari, masyarakat Ma’in memuja bulan dan masyarakat Najran menyembah pokok.

7

 Jelaslah bahawa agama dominan dalam kalangan masyarakat arab jahiliah ialah agama
wathani atau penyembahan berhala. Namun pengaruh asing secara langsung telah
mendorong tersebarnya pelbagai agama di Semenanjung Tanah Arab.Di samping
kepercayaan yang berunsur tahyui, karut, percaya kuasa sihir, azimat dan menilik nasib.

5. Dari aspek ilmu pengetahuan dan intelektual
 Kebanyakan masyarakat jahiliah dianggap masyarakat yang tidak memiliki ilmu

pengetahuan tinggi dan buta huruf berbanding masyarakat Rom dan Parsi pada masa
itu.Walaupun terdapat dalam kalangan mereka terdiri daripada saudagar tetapi pedagang
Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti perdagangan yang lebih menguntungkan.
 Masyarakat jahiliah juga tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi . Penyebaran ilmu
pengetahuan amat terbatas.Akibatnya kebanyakan orang Arab buta huruf, tidak tahu
menulis dan membaca.Perkembangan ilmu yang ada hanya berbentuk lisan kerana
mereka tidak boleh mencatat dalam bentuk penulisan.
 Walaupun perkembangan ilmu pengetahuan agak terbatas tetapi tetapi perkembangan
ilmu masih berlaku melalui aktiviti perdagangan dan kesusasteraan.
 Dalam bidang kesusasteraan terdapat syair, sajak, dan khuttubah yang diperdengarkan
terutamanya di pasar Ukkaz, majinnah dan sebagainya.
 Jadi jelaslah disebabkan faktor saling membenci, sering bertelagah antara kabilah,
berperang menyebabkan ruang untuk menimba pengetahuan menjadi terbatas. Dengan
itu ciri-ciri kejahilan sangat ketara dalam kalangan mereka.
Kesimpulan:
 Secara umumnya, zaman jahiliah merupakan zaman kegelapan dalam masyarakat di
Semenanjung Tanah Arab. Hal ini ditandai kemunduran yang dialami oleh masyarakat
Arab sama ada dari segi sosial, politik, agama, ekonomi dan ilmu pengetahuan.
 Kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah dalam sosial dan ekonomi penuh dengan kejahilan
dan kesesatan. Oleh itu, Allah Taala telah melantik Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Nabi
dan Rasul untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh bumi Arab dan seluruh dunia.

KE TEMA 1 MUKA DEPAN

TEMA : MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN

PERHUBUNGAN LUAR

SOALAN 2 : MASYARAKAT ARAB JAHILIYAH BUKANLAH SATU BANGSA YANG

TIDAK BERTAMADUN. JELASKAN PERNYATAAN TERSEBUT

Pendahuluan

1. Masyarakat di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam disebut sebagai masyarakat

jahiliah. Perkataan jahiliah berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud

8

bodoh dan sesat. Masyarakat jahiliah adalah masyarakat yang wujud pada zaman
sebelum Nabi Muhammad S.A.W. diangkat menjadi rasul oleh Allah S.W.T..
2. Kehidupan masyarakat jahiliah ini dijelaskan dalam ayat-ayat al-Quran, antaranya surah
al-Maidah dan surah al-Jumaat. Firman Allah S.W.T dalam surah-surah tersebut bahawa
ciri-ciri jahiliah yang ada ialah tidak terdapatnya nabi, rasul atau kitab suci untuk dijadikan
panduan, tidak wujud tamadun dan akal fikiran tidak digunakan secara waras, masyarakat
mempunyai akhlak yang sangat rendah dan mereka tidak tunduk kepada syariat Islam
malah kitab-kitab terdahulu tidak diguna pakai.
3. Namun, masyarakat Arab Jahiliah tidak bodoh dan jahil dalam semua bidang kerana
dalam kalangan meraka terdapat golongan pentadbir, ahli perdagangan, penyair, dan ahli
falsafah yang terkenal. Zaman jahiliah ini telah berlangsung dalam tempoh masa tiga
abad.
Isi- isi utama
Lahir beberapa buah kerajaan pada zaman jahiliah yang kuat dan berpengaruh
 Sebelum kelahiran Islam telah lahir beberapa buah kerajaan pada zaman jahiliah yang
kuat dan berpengaruh. Antaranya ialah Kerajaan Ma’in, Kerajaan Saba’, Kerajaan
Nabaetan, dan Kerajaan Ghassan. Kerajaan-kerajaan ini telah mencapai beberapa
kemajuan penting dalam pelbagai bidang.
 Misalnya, Kerajaan Saba’ mempunyai system pemerintahan yang diketuai oleh raja
dengan gelaran al-Makrab dan Malik al-Saba’. Kerajaan ini telah mencapai puncak
keagungan seni binanya. Banyak empangan, terusan, dan banggunan indah yang telah
dibina pada masa itu. Begitu juga kejayaan yang dicapai di bawah pentadbiran Kerajaan
Himyar, Ghassan dan lain-lain lagi. Di Semenanjung Arab sendiri lahir keraajaan Kota
Makkah dan Madinah yang kuat dan berpengaruh. Di bawah pentadbiran puak Quraisy,
Kota Makkah terus aman dan maju. Malahan, Makkah menjadi tumpuan golongan
pedagang dan penyair.
 Tegasnya , kewujudan kerajaan kuat dan berpengaruh meletakkan masyarakat Arab
jahiliyah dalam ketamadunannya yang tersendiri.
Kejayaan tinggi dalam bidang ekonomi
 Masyarakat Arab Jahiliah juga telah mencapai kejayaan tinggi dalam bidang ekonomi.
Misalnya, di selatan semenanjung Arab telah mencapai taraf kemajuan tinggi dalam
bidang pertanian. Di sini terdapat banyak empangan dan terusan.
 Daerah ini banyak menghasilkan rempah ratus, buah-buahan dan bahan makanan yang
bermutu tinggi. Rempah ratus keluaran daerah ini amat terkenal dan diperlukan di Eropah.
 Penduduk-penduduk di kota pula terkenal dalam bidang perdagangan. Mereka
menjalankan kegiatan perdagangan antara Afrika, Arab Utara (Syria dan Palestin), India,

9

Alam Melayu, Cina dan Eropah. Makkah pula merupakan kota perdagangan yang penting
dan dikunjungi pedagang luar negeri. Tambahan pula, Pasar Ukaz yang terkenal juga
terletak di Makkah.
 Selain itu, terdapat juga kegiatan ekonomi lain yang diusahakan oleh masyarakat jahiliah
seperti menenun kain, mengukir berhala, dan membuat senjata. Penduduk-penduduk
desa yang terdiri daripada orang Badwi pula menjalankan perusahaan menternak
kambing.
 Mereka sentiasa berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain mengikut
peredaan musim bagi mencari rumput sebagai makanan ternakan mereka.
 Jelaslah bahawa, kejayaan yang tinggi dalam bidang ekonomi menjadikan masyarakat
Arab Jahiliyah sebagai bangsa yang maju.
Hubungan dengan negara-negara luar
Orang-orang Arab mempunyai hubungan dengan negara-negara luar khasnya kerajaan
Rom, Parsi dan kerajaan Habsyah di Afrika.
 Hasil dari hubungan ini mereka telah dipengaruhi oleh tamadun Rom dan Parsi khususnya
dalam bidang seni bina, jambatan dan lain-lain. Kerajaan-kerajaan Arab yang lahir
sebelum Islam juga banyak meniru pentadbiran Rom dan Parsi. Mereka juga terpaksa
tunduk atau menyebelahi salah satu kuasa tersebut untuk keselamatan negaranya sendiri.
 Jelaslah bahawa, hubngan luar memberi ilham untuk masyarakat Arab Jahiliyah dalam
aspek pentadbirannya.
Kemahiran yang mendalam dalam bidang Kesusasteraan
 Masyarakat Arab jahiliah juga mempunyai kemahiran yang mendalam dalam bidang
kesusasteraan seperti bersyair, bersajak dan ghazal.
 Ramai tokoh sastera yang terdapaat pada zaman tersebut. Antaranya ialah Imru al-Qais
dan Tahafa. Karya bermutu yang dihasilkan para sasterawan biasanya akan digantung di
pintu Kaabah untuk tatapan umum.
 Kebanyakan ungkapan kata yang digunakan dalam kesusasteraaan adalah berkaitan
dengan kecantikan wanita, kelazatan arak, dan perkara-perkara yang menyeronokkan.
 Selain itu wujud juga ilmu pengetahuan tentang sejarah, geografi dan ekonomi serta
perubatan dalam kalangan masyarakat jahiliah. Dari sini lahirlah tokoh-tokoh perubatan
alam kalangan orang Arab, antaranya al-Harith bin Khaldah al-Thaqafi dan Nadar bin al-
Harith.
 Jelaslah bahawa, ramai tokoh pelbagai bidang ilmu muncul pada zaman Arab Jahiliyah.
Kesimpulan
 Dari huraian yang telah dinyatakan, adalah jelas bahawa masyarakat Arab Jahiliah
sememangnya bersikap sombong, bongkak dan jahil dalam bidang keagamaan dan

10

kemanusiaan tetapi mereka masih mempunyai taraf ketamadunan yang tinggi di bidang
pentadbiran, ekonomi dan perhubungan luar

KE TEMA 1 MUKA DEPAN

TEMA 1 : MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN

PERHUBUNGAN LUAR

SOALAN 3 : SEJAUHMANAKAH AGAMA WATHANI MERUPAKAN AGAMA UTAMA

MASYARAKAT ARAB JAHILIAH. BINCANGKAN

Pendahuluan

 Zaman jahiliah ialah zaman sebelum kedatangan Islam dan pada masa itu manusia

berada dalam kesesatan kerana tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab sebagai

panduan.

 Namun begitu, masyarakat Arab jahiliah masih mempunyai kepercayaan yang tersendiri

dan kepercayaan dan agama yang dianuti mereka mengikut tinggalan nenek moyang.

 Pada masa itu, masyarakat Arab menganuti dua jenis agama iaitu agama samawi (agama

langit) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi dan mempunyai kitab dan agama ardhi

(ciptaan) yang direka oleh manusia.

 Agama wathani (menyembah berhala) merupakan agama ardhi dan dianuti oleh majoriti

masyarakat Arab yang tinggal di Semenanjung Tanah Arab pada masa itu.

Isi- isi utama

1. Agama wathani merupakan agama utama yang dianuti oleh masyarakat Arab

Jahiliah

 Agama ini merupakan agama yang dominan dan diperkenalkan oleh Umar bin Luhai yang

telah sembuh daripada penyakit selepas mandi di sungai Syam yang penduduknya

menyembah berhala. Penduduk Makkah menyembah berhala untuk mendapat restu

seperti yang diterima oleh penduduk Syam.

 Berhala-berhala tersebut diperbuat daripada kayu, batu, gangsa, perak, emas, gandum

dan juga buah tamar.

 Berhala diukir dengan pelbagai rupa seperti singa, lembu jantan, kuda, burung helang

yang melambangkan kekuatan, keberanian, ketangkasan dan ketajaman penglihatan.

Ada juga berhala yang menyerupai lelaki dan prempuan.

 Mereka percaya berhala-berhala tersebut memberi manfaat kepada mereka dan setiap

suku menempatkan satu berhala di keliling Kaabah bagi mewakili sukunya. Terdapat lebih

daripada 360 berhala di sekeliling Kaabah yang disembah oleh orang Arab Jahiliah.

11

 Terdapat beberapa berhala yang mendapat penghormatan tertinggi dan dipuja dan
menjadi ketua kepada berhala-berhala yang lain seperti al-Uzza, al-Manat dan al-Lata.

 Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawa agama wathani merupakan agama yang
paling ramai pengikutnya di Tanah Arab walaupun ada dalam kalangan mereka menyedari
bahawa berhala yang disembah tidak mendatangkan apa-apa manfaat.

2. Walaupun agama Wathani merupakan agama utama yang dianuti oleh masyarakat
Arab, masih terdapat agama lain yang turut dianuti oleh mereka seperti agama
Majusi

 Agama Majusi berasal dari Parsi yang diasaskaan oleh Zarathusra.
 Agama ini tidak mempunyai kitab suci dan tidak mengakui nabi yang diutuskan oleh Allah

SWT sebaliknya mempercayai nabi-nabi palsu.
 Agama ini mempunyai tiga mazhab iaitu Zarwaniyah, Kayumarthiah dan Zaradushtiah.
 Penganut agama ini menyembah cahaya dan kuasa yang mengeluarkan cahaya seperti

api, bulan, bintang dan juga matahari. Cahaya amat penting dalam kehidupan seharian
penganut agama ini kerana dianggap memberi rahmat kepada mereka.
 Mereka percaya bahawa terdapat dua Tuhan, iaitu Tuhan Kebaikan (Cahaya) dan Tuhan
Kejahatan (Kegelapan)
 Api dinyalakan di setiap rumah untuk memastikan kebaikan sentiasa mendampingi
mereka.
 Para pendeta Majusi akan menyembah matahari empat kali sehari.
 Agama ini juga banyak mengandungi cerita khayalan dan turut menghalalkan
perkahwinan antara ibu dengan anak serta adik-beradik.
 Tegasnya, masyarakat jahiliah masih tetap menganuti agama Majusi ini walaupun tiada
nabi dan kitab suci sebagai panduan.
3. Selain itu, agama Kristian juga turut dianuti oleh masyarakat Arab jahiliah pada
masa itu.
 Agama ini mula bertapak di kota Makkah pada abad ke-4 Masihi apabila kerajaan Rom
meluaskan pengaruh dan kuasanya di Yaman.
 Antara penganut terawal agama ini ialah penduduk di selatan Tanah Arab , iaitu kaum
Taghlih, Ghassan dan Qudhah yang merupakan penduduk Yaman.
 Penganut agama ini terdiri daripada kaum Bani Israel dan agama ini mempunyai kitab
suci iaitu kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s sebagai panduan.
 Penganut agama ini masih mempercayai kewujudan dan kebesaran Allah.
 Namun, kitab Injil ini telah diubah isi kandungannya oleh segelintir penganutnya atas
tujuan peribadi sehingga menyebabkan agama Kristian ini telah terpesong daripada
konsep asalnya.

12

 Mereka yang masih mengamalkan ajaran asal agama ini digelar Ahl al Kitab.
 Sesungguhnya, agama Kristian yang dianuti oleh masyarakar jahiliah tidak begitu sesat

jika dibandingkan dengan agama Wathani kerana mereka masih mempercayai kewujudan
dan kebesaran Allah SWT.
4. Agama Hanif juga antara agama yang dianuti oleh masyarakat jahiliah selain agama
Wathani.
 Agama ini diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan penganutnya digelar Hunafa. Agama ini
tidak mempunyai kitab dan mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa.
 Penganut agama ini terdiri daripada sebahagian kecil masyarakat Arab jahiliah yang gagal
mencari hakikat sebenar tentang ketuhanan.
 Penganut agama ini tidak mengamalkan mana-mana agama dan kepercayaan yang
diamalkan oleh masyarakat jahiliah yang lain dan juga amalan nenek moyang mereka
sejak turun temurun.
 Mereka juga meninggalkan amalan tradisi jahiliah seperti minum arak, berjudi, makan
bangkai dan sebagainya
 Antara tokoh yang menganuti agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammas
s.a.w sendiri.
 Jelaslah bahawa penganut agama ini menentang segala agama dan kepercayaan yang
menjadi amalan masyarakat jahiliah sebelum Islam.
5. Selain itu, ada juga dalam kalangan masyrakat Arab Jahiliah yang menganut agama
Yahudi.
 Penganut asal agama ini ialah Bani Israel yang tinggal di bahagian utara tanah Arab
 Penganut agama ini mempunyai kitab suci iaitu Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa
a.s. Namun isi kandungan asal kitab ini telah diubah oleh orang Yahudi untuk memenuhi
kepentingan mereka.
 Agama Yahudi yang berasal dari Palestin ini mula bertapak di Madinah apabila
masyarakat Palestin memasuki dan mendiami Hijaj dan Yaman.
 Kekayaan yang berjaya dimiliki oleh mereka telah menarik minat orang Arab untuk
menganut agama Yahudi.
 Di Madinah, agama Yahudi ini dianuti oleh bani Nadhir, Qunaiqa’ dan Quraizah
 Sememangnya agama Yahudi ini telah terpesong daripada ajaran asalnya demi
memenuhi kepentingan penganutnya.
Kesimpulan
 Kesimpulannya, agama Wathani merupakan agama yang dianuti oleh sebahagian besar
masyarakat Arab jahiliah.

13

 Namun begitu, masih terdapat agama-agama lain yang dianuti oleh masarakat Arab pada
masa itu walaupun jumlah penganutnya tidak ramai,

 Islam telah membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat Arab jahiliah terutamanya
dari segi agama dan kepercayaan mereka.

KE TEMA 1 MUKA DEPAN

TEMA 1 : MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN

PERHUBUNGAN LUAR

SOALAN 4 :NABI MUHAMMAD SAW TELAH MENGHADAPI TENTANGAN YANG

HEBAT SEMASA PEMBINAAN MASYARAKAT ISLAM DI MAKKAH.

ULASKAN PERNYATAAN TERSEBUT

Pendahuluan

1. Sejak permulaan Islam lagi Rasulullah SAW telah berusaha membina masyarakat Arab

dengan memperbetulkan akidah mereka supaya beriman kepada Allah SWT.

2. Di Makkah, usaha pembinaan masyarakat Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w. berlangsung

selama 13 tahun melalui aktiviti dakwah.

3. Setelah berdakwah secara sulit selama tiga tahun, hanya beberapa orang sahaja

memeluk Islam termasuk isteri baginda, Siti Khadijah. Dakwah secara terbuka hanya

dijalankan setelah baginda menerima wahyu agar berbuat demikian.

4. Pembinaan masyarakat Islam di Makkah menerima tentangan yang hebat daripada Arab

Quraisy, namun baginda bertindak dengan sabar dan penuh bijaksana.

Isi- isi utama

A Sebab-sebab Penentangan

1. Tidak mahu tunduk di bawah Bani Hasyim

 Dalam politik orang Arab di kota Mekah, perebutan kuasa sudah menjadi teras politik

mereka. Hal ini dapat dibuktikan dan pentadbiran kota Mekah yang pada mulanya dikuasai

oleh Puak Amaliqah, kemudian oleh puak Jurhum dari Yaman, diikuti oleh puak Khuzaah

yang menguasai Mekah selama tiga kurun dan akhirnya puak Quraisy di bawah pimpinan

Qusay bin Kilab. Muhammad adalah dari kaum Quraisy yang berketurunan Bani Hasyim.

Bani-bani lain dari kaum Quraisy terutamanya Bani Umayyah mahu kuasa pentadbiran

Mekah berada di tangan mereka.

 Menerima ajaran Islam seolah-olah mereka tunduk di bawah Bani Hasyim. Keunggulan

peribadi Muhammad yang terkenal sebagai seorang yang amanah dan mempunyai budi

pekerti yang tinggi membimbangkan bani-bani lain.

14

 Sekiranya Muhammad berjaya menjadi pemimpin, mereka bimbang kuasa kepimpinan
tersebut akan dipegang oleh Bani Hasyim dan ini menyebabkan bani lain tidak lagi
berpeluang meletakkan diri mereka sebagai pemimpin. Tanggapan ini timbul akibat dari
kekeliruan orang Musyirikin tentang konsep kenabian dan kepimpinan.

2. Bimbang kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan, pusat ibadat dan pusat
kebudayaan akan terjejas

 Sejak penguasaan Bani Khuzaah lagi, ramai orang berkunjung ke Mekah termasuk
pedagang kerana daya tarikan kepada orang yang mengerjakan haji iaitu menyediakan
makanan dan kemudahan. Dasar ini diteruskan oleh kaum Quraisy dengan
penambahbaikan corak pemerintahan.

 Kaum Quraisy menjadikan kabilah Quriasy sebagai kabilah yang disegani. Kota Mekah
telah menjadi pusat ibadat, kebudayaan, perdagangan dan keamanan sehingga digelar
sebagai ‘jantung hati Semenanjung Tanah Arab’. Mereka percaya Mekah menjadi maju
disebabkan adanya patung-patung berhala yang diletakkan di sekeliling Kaabah.

 Sekiranya patung-patung ini dibuang kerana Islam menolak penyembahan berhala,
mereka bimbang orang ramai tidak lagi mengunjungi Mekah.

3. Anggapan semua manusia adalah sama
 Pembinaan ummat menurut islam tidak tertumpu kepada ciri luaran sahaja seperti kaum,

negeri, warna kulit, bahasa dan sempadan sahaja, tetapi terbuka untuk semua bangsa
dan semua golongan.
 Ajaran Islam mengganggap semua manusia adalah sama tanpa mengira bangsa atau
pangkat. Perbezaaan seseorang bergantung kepada ketaqwaannya. Kaum Quraisy tidak
dapat meletakkan taraf mereka sama dengan golongan hamba.Golongan musyirikin juga
menentang konsep persaudaraan Islam. Mereka turut menentang segala amalan sosial
yang dianjurkan oleh Islam seharian kerana ia bertentangan dengan kehidupan biasa
mereka.
 Tegasnya, penghapusan darjat dan kelas ini menjadi penghalang kepada mereka
menerima Islam.
B Cara Nabi Muhammad SAW berhadapan dengan tentangan Quraisy bersabar dan
tidak bertindak balas.
 Di peringkat awal, Nabi meminta orang Islam supaya bersabar menghadapi tindakan dari
orang musyirikin. Mereka diminta jangan bertindak balas bagi mengelakkan
pertelingkahan yang lebih besar. Lagipun belum ada wahyu yang membenarkan orang-
orang Islam bertindak balas.

15

 Mereka juga disarankan saling bantu-membantu untuk mengurangkan penderitaan yang
dihadapi. Misalnya terhadap pemulauan/boikot ke atas keluarga Bani Hasyim, Nabi telah
mengarahkan supaya umat Islam berkumpul di Lembah abu Talib.

 Tegasnya, kesabaran yang terbit dari keimanan yang tebal menyebabkan umat Islam
mampu bertahan walaupun diseksa dengan hebat.

Membebaskan Hamba
 Kaum Quraisy sukar untuk menggannggu Nabi Muhammad SAW, serangan mereka

ditujukan kepada golongan hamba dan lemah sahaja. Oleh itu Nabi Muhammad SAW
menggalakkan orang Islam yang berharta untuk membebaskan hamba yang diseksa oleh
tuan-tuan mereka.
 Antara sahabat yang menyahut seruan ini ialah Abu Bakar as-Siddiq yang telah menebus
dan membebaskan Bilal bin Rabah daru tuannya Umayyah bin Khalaf.
 Dengan pembebasan ini, golongan hamba tidak terus diseksa secara berpanjangan.
Berlindung di bawah orang yang berpengaruh (konsep jiwar)
 Bagi mengelakkan peyeksaan orang musyirikin Mekah, Nabi dan orang-orang Islam telah
mendapatkan perlindungan dari orang yang berpengaruh dalam masyarakat Quraisy.
 Nabi sendiri misalnya telah diberikan perlindungan oleh bapa saudaranya Abu
Talib. Para hamba yang telah dibeli dan dimerdekakan diberi perlindungan di bawah
orang-orang yang mempunyai kedudukan. Menerusi undang-undang tetamu atau Jiran
(qanun al - Jiran ) orang-orang Islam ketika itu terjamin keselamatan mereka.
 Kaum Quraisy hanya dapat melancarkan serangan saraf dan menabur dakyah-dakyah
jahat terhadap ajaran Islam.
Berhijrah ke Habsyah
 Apabila orang musyirikin menunjukkan penentangan yang semakin hebat, maka Nabi
mengarahkan orang-orang Islam supaya berhijrah ke Habsyah. Al-Najasyi yang
memerintah Habsyah ialah seorang pemerintah yang baik dan sanggup melindungi orang
Islam. Penghijrahan ke Habsyah dilakukan sebanyak 2 kali. Kali pertama berlaku pada
tahun ke-6 selepas kerasulan Nabi.
 Penghijrahan ini diketuai oleh Uthman bin Affan. Seramai 10 lelaki dan 5 perempuan
terlibat. Pada tahun berikutnya, seramai 83 lelaki dan 18 perempuan yang diketuai oleh
Jaafar Abu Talib telah berhijrah ke Habsyah. Penghijrahan ini turut disertai oleh
Sadina Uthman bersama isterinya Ruqaiyah puteri Rasullah, Abu Huzaifah dan
isteri, Zubir bin Al- Awwam, Mus’ab bin Umair, Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi.
 Masyarakat Islam terjamin keselamatan mereka apabila Raja Habsyah telah menolak
untuk menghantar kembali mereka ke Mekah walaupun diminta oleh kaum Quraisy
berbuat demikian.

16

Menyampaikan dakwah ke Taif setelah dakwah di Mekah menerima tentangan
 Sebelum berlakunya Perjanjian Aqabah, Nabi dan anak angkatnya Zald Bin Harithah telah

pergi ke Taif untuk berdakwah kepada Bani Thaqif tetapi penduduk Taif mempunyai
hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah. Oleh itu, mereka menolak mentah-
mentah dakwah yang disampaikan. Malah mereka mengupah kanak-kanak untuk
mencederakan Nabi.
 Kegagalan ini menyebabkan usaha Nabi Muhammad SAW tidak dapat menyebarkan
Islam dan tempat baru di Taif.
Berhijrah ke Yathrib
 Nabi berusaha menemui orang-orang luar yang datang ke Mekah pada musim Haji.
Hasilnya, pada tahun 11 selepas kerasulan Nabi, Perjanjian Aqabah I telah berjaya
diadakan. Hal ini diikuti pada tahun berikutnya dengan Perjanjian Aqabah II. Melalui Bai'at
Aqabah II, Nabi dan orang Islam dijemput ke Yathrib (Madinah).
 Hijrah ke Yathrib Pada tahun ke-13 selepas kerasulan Nabi, Nabi bersama orang Islam
telah berhijrah ke Yathrib bagi mengelakkan tindakan yang lebih keras dilakukan oleh
orang musyirikin Mekah. Hijrah ini dilakukan secara bersembunyi. Dengan hijrah ini,
peluang bagi orang musyirikin untuk menghalang usaha penyebaran Islam gagal.
Kesimpulan
1. Berkat kesabaran dan strategi yang dilakukan oleh Rasulullah berbekalkan wahyu Allah,
masyarakat Islam berjaya diselamatkan.
2. Masyarakat Islam semakin bertambah besar bilangannya setelah Nabi Muhammad SAW
berhijrah ke Madinah.

KE TEMA 1 MUKA DEPAN

TEMA 1 : MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN

PERHUBUNGAN LUAR

SOALAN 5 : BINCANGKAN PEMBINAAN MASYARAKAT ISLAM PADA ZAMAN

NABI MUHAMMAD SAW

Pendahuluan

1. Nabi Muhammad SAW diutus bagi menyampaikan risalah kepada seluruh umat manusia

tentang ajaran Islam.

2. Melalui penyebaran agama Islam , pembinaan masyarakat Islam berlaku di Makkah dan

Madinah.

17

3. Usaha pembinaan masyarakat Islam di Makkah memakan masa selama 13 tahun dan di
Madinah setelah berlaku peristiwa Hijrah .

Isi- isi utama
Pembentukan masyarakat Islam di Makkah secara sulit.
 Nabi Muhammad saw berusaha membina masyarakat Islam Makkah melalui aktiviti

dakwah. Dakwah Islam ini dijalankan menerusi dua peringkat , peringkat pertama secara
sulit dan kedua secara terang-terangan .
 Setelah tiga tahun berdakwah secara sulit muncul golongan yang pertama memeluk Islam
yang dikenali sebagai As Sabiqun al Awwalun. Antaranya ialah Siti Khadijah binti
Khuwailid, Ali bin Abu Talib , Zaid bin Harithah , Saidina Abu Bakar Al Siddiq , Saidina
Uthman b. Affan, Zubair Al Awwam , Abdul Rahman bin Auf dan Saad bin Abu Waqas..
 Penyebaran dakwah secara sulit telah dilakukan dengan hati-hati melalui individu-individu
tertentu. Selain Abu Bakar al Siddiq, Al Arqam bin Abi Al Arqam juga telah memainkan
peranan dalam penyebaran Islam .
 Beliau telah menghadiahkan rumahnya yang terletak di Bukit Safa di Makkah untuk
dijadikan markas dakwah Islamiyah yang pertama selepas rumah Nabi Muhammad saw.
 Nabi Muhammad bermesyuarat di situ bagi membincangkan kedudukan dan cara-cara
untuk menyebarkan Islam secara berkesan.
 Tegasnya , Nabi Muhammad saw telah berjaya membentuk masyarakat Islam yang benar-
benar beriman dan dapat membantu menyebarkan dakwah Islam .
Perkembangan masyarakat Islam secara dakwah terang-terangan
 Penyebaran Islam diperingkat ini berikutan daripada wahyu ( ayat 94 Surah Al Hijr) yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad saw.
 Strategi dakwah yang digunakan oleh baginda di peringkat permulaan ialah dengan
menyampaikan Islam kepada kaum kerabat terdekat terlebih dahulu . Kemudian diluaskan
kepada masyarakat Quraisy Makkah .
 Pada peringkat ini , bilangan masyarakat Islam telah meningkat dengan adanya bantuan
para sahabat seperti Saidina Abu Bakar Al Siddiq dan Saidina Uthman b. Affan .
 Kebanyakan orang Quraisy menolak seruan Nabi Muhammad . Mereka tidak sanggup
meninggalkan agama yang diwarisi daripada nenek moyang mereka yang telah sebati
dengan jiwa mereka.
 Tegasnya , meskipun kaum Musyirikin Makkah menolak agama Islam , Nabi Muhammad
saw masih meneruskan usaha menyebarkan dakwah Islam dengan bantuan golongan As
Sabiqun al Awwalaun

18

Pembentukan Masyarakat Islam di Habsyah
 Orang yang pertama menentang dakwah secara terang-terangan ialah bapa saudara Nabi

Muhammad saw iaitu Abu Lahab . Pelbagai usaha dilakukan untuk menyekat dakwah
sehingga ada yang meninggal dunia dan cacat anggota namun tidak berjaya.
 Pada peringkat ini, mereka menyeksa golongan yang lemah dan bernaung di bawah
ketua-ketua termasuk golongan hamba ,fakir miskin dan wanita. Contoh Bilal bin Rabah ,
Amar bin Yasir
 Nabi Muhammad saw menasihatkan para sahabatnya supaya pergi ke Habsyah
melihatkan semakin ramai orang Islam ditindas,. Tindakan ini bukan untuk mengelakkan
penyeksaan kaum Quraisy tetapi bertujuan menyebarkan agama Islam kerana pemerintah
Habsyah merupakan raja yang adil .
 Bilangan orang Islam berhijrah ke Habsyah pada peringkat awal adalah seramai 12 orang
lelaki dan 4 perempuan. Bilangan ini meningkat kepada 83 orang tidak termasuk wanita
dan kanak-kanak. Penghijrahan ini bukan sahaja telah dapat mengelakkan umat Islam
dari terus ditindas tetapi juga membawa cahaya Islam ke Benua Afrika. Apabila kaum
Musyrikin Quraisy mengetahui tentang pemergian umat Islam ke Habsyah , mereka telah
menghantar wakil untuk berjumpa dengan Raja Habsyah bagi menuntut agar umat Islam
dihantar pulang ke Makkah. Namun Raja Habsyah telah menolak tuntutan tersebut.
 Akhirnya Umar AlKhatab memeluk Islam dan tindakan ini merupakan satu tamparan
kepada kaum musyirikin Quraisy. Pengislaman Umar Ibn Khattab juga telah memberikan
erti yang besar kepada syiar Islam yang mana beliau telah berjaya menarik 40 orang Arab
menganut Islam.
 Ekoran daripada tindakan itu ,Abu Jahal dan sahabatnya memulaukan Bani Hasyim dan
Bani Mutalib . Penentangan ini tidak melemahkan Nabi Muhamad saw dalam
menyebarkan dakwah Islam .
 Nabi Muhamad saw telah meneruskan usaha dakwah ke Taif namun usaha ini gagal.
 Tegasnya , meskipun penentangan dilakukan terhadap umat Islam di Makkah , Nabi
Muhammad saw masih meneruskan penyebaran dakwah Islam ke luar kota Makkah
seperti ke Yathrib.
Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua merintis kepada pembentukan masyarakat
Islam Madinah
 Usaha penyebaran Islam di Madinah dan seterusnya membentuk masyarakat Islam d
Madinah berlaku akibat daripada Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah
Kedua.
 Pada tahun ke 11kerasulan Nabi Muhammad saw, baginda telah mengadakan pertemuan
di Aqabah dengan beberapa orang Khazraj untuk menyeru mereka ke jalan Allah.

19

 Pada tahun berikutnya seramai 10 orang Khazraj dan dua orang Ansar telah mengadakan
perjanjian dengan Nabi Muhammad yang dikenali dengan Perjanjian Aqabah Pertama.

 Mereka berjanji untuk tidak menyekutukan Allah , tidak berzina dan tidak berbohong serta
tidak menderhaka. Ekoran daripada perjanjian ini, Nabi Muhammad saw telah menghantar
Mus’ab bin Umair ke Madinah untuk mengajar AlQuran dan selok-belok Islam.

 Pada tahun berikutnya Mus’ab bin Umair telah pulang ke Kota Makkah bersama 73 orang
Islam dari Madinah yang terdiri daripada puak Aus dan Khazraj dan termeterai Perjanjian
Aqabah Kedua. Nabi Muhammad saw telah melantik sembilan orang Khazraj dan tiga
orang daripada Aus sebagai penyebar agama Islam di Madinah.

 Tegasnya Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua telah merintis kepada pembinaan
masyarakat Islam di Yathrib (Madinah)

Pembentukan masyarakat Islam di Madinah.
 Nabi Muhammad saw membentuk masyarakat Islam Madinah dengan

mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar . Orang Islam yang berhijrah dari
Makkah dikenali sebagai Muhajirin .
 Orang Arab Madinah yang memeluk Islam melalui Perjanjian Aqabah Pertama pada tahun
621M dan Perjanjian Aqabah Kedua pada tahun 622 M yang dikenali sebagai Ansar yang
terdiri daripada kaum Aus dan Khazraj.
 Nabi Muhammad saw juga menyatukan kaum Aus dan Khazraj yang selama ini
bermusuhan.
 Walaupun orang Muhajirin dan Ansar menganut dan mengamalkan budaya hidup yang
berbeza , penyatuan kedua-dua golongan ini dapat dilakukan dan semua masalah dapat
diatasi kerana mereka berpegang kepada kekuatan akidah terhadap keesaan Allah swt .
 Golongan Ansar telah melakukan pengorbanan yang besar dari aspek tenaga dan harta
benda dalam usaha menegakkan agama Islam di Kota Madinah.
 Keutuhan dan perkembangan masyarakat Islam di Madinah telah melemahkan
masyarakat Yahudi Madinah.
 Namun begitu , masyarakat Yahudi terus berusaha untuk melemah dan menghancurkan
kekebalan dan keutuhan masyarakat Islam dengan pelbagai tipu muslihat tetapi
semuanya gagal.
 Tegasnya, usaha penyatuan orang Muhajirin dan Ansar telah membentuk asas yang
kukuh bagi pembentukan penduduk negara Islam Madinah.
Kesimpulan
 Pembentukan masyarakat Islam di Makkah dan Madinah telah memberi kesan yang besar
terhadap usaha-usaha penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab .

20

Walaupun selepas kewafatan Nabi Muhammad saw, usaha pembentukan masyarakat Islam
diteruskan hingga ke seluruh dunia oleh Khalifah AlRasyidin dan pemimpin-pemimpin Zaman
Bani Umayyah , Bani Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah.

KE TEMA 1 MUKA DEPAN

TEMA 1 : MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN

PERHUBUNGAN LUAR

SOALAN 6 : GOLONGAN MUHAJIRIN DAN ANSAR MEMBERI SUMBANGAN YANG

BESAR PADA ZAMAN PEMERINTAHAN NABI MUHAMMAD S.A.W DI

MADINAH. BINCANGKAN PERNYATAAN TERSEBUT

Pendahuluan

1. Setelah Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah, dua golongan yang banyak

membantu Rasullulah membangunkan Madinah sebagai kota Islam ialah golongan

Muhajirin dan Ansar.

2. Golongan Muhajirin merupakan penduduk Mekah yang telah berhijrah ke Madinah kerana

menjaga kemaslahatan umat Islam awal dari ditindas oleh kaum Quraisy. Manakala

golongan Ansar adalah penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku aus dan

Khazraj. Golongan inilah yang telah menunjukkan kesediaan menerima dan

mempertahankan Islam serta mempelawa Rasulullah dan Muhajirin ke Madinah selepas

perjanjian Aqabah 1 dan 2.

3. Kedua-dua golongan ini telah berjaya memastikan pengekalan dan kelangsungan ajaran

Islam diamalkan, khususnya di Madinah dengan sumbangan yang tidak ternilai harganya.

Isi- isi utama

A Sumbangan Golongan Muhajirin

Membantu Nabi Muhammad dalam hal keagamaan dan pentadbiran.

 Golongan Muhajirin memberi sumbangan besar dalam mengembangkan dakwah Islam di

Madinah. Mereka bersama sahabat Nabi Muhammad yang lain dapat menjalan kegiatan

dakwah dengan terbuka dan mendaulatkan Islam di Madinah. Umat Islam berjaya

mendirikan Masjid di tengah-tengah kota Madinah dan dapat melakukan amal ibadat

secara terbuka yang tidak dapat dilakukan sewaktu mereka berada di Mekah.

 Contohnya selepas peristiwa Aqabah 1, Nabi Muhammad mengutus Mus’ab bin Umair

sebagai guru agama dan pendakwah untuk membantu penduduk Madinah untuk

mendalami Islam. Misi Mus’ab ke Madinah telah mencapai kejayaan yang besar.

21

 Golongan Muhajirin juga membantu Nabi Muhammad s.a.w. dalam mentadbir Negara
Islam Madinah yang baru didirikan. Mereka menjadi orang kanan baginda dalam
pentadbiran dan pemerintahan seperti Abu Bakar dan Umar al-Khattab. Mereka juga
membantu baginda menyelesaikan segala masalah politik, sosial dan pentadbiran yang
timbul.

 Kesetiaan dan taat mereka telah membantu Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan sebuah
kerajaan Islam di Madinah dengan jayanya.

Mengukuhkan ketenteraan Islam
 Setelah berhijrah ke Madinah golongan Muhajirin telah menjadi sebahagian besar

daripada tokoh-tokoh pahlawan terbilang yang menjadi tunggak kekuatan tentera Islam
dalam menghadapi serangan musuh. Tokoh-tokoh tersebut seperti Umar al Khattab,
Hamzah b Abdul Muttalib, Ali b Abi Talib dan lain-lain.
 Sebanyak 74 ekspedisi ketenteraan berlaku di zaman Nabi Muhammad s.a.w semasa
memerintah Madinah. Pembentukan angkatan tentera Islam adalah bertujuan untuk
mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman terutamanya dari kaum
musyrikin.
 Pembentukan angkatan tentera Islam telah membolehkan umat Islam Madinah
menghadapi serangan orang Musyrikin dalam beberapa siri peperangan menghadapi
serangan orang Musyrikin Mekah dalam beberapa siri peperangan seperti Perang Badar,
Uhud dan Khandak.
B. Sumbangan Golongan Ansar
Membantu menyebarkan agama Islam
 Golongan Ansar juga bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di
Madinah.Proses ini bermula selepas peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2 pada tahun ke-
11, 12 dan 13 Kerasulan.
 Nabi Muhammad telah melantik 12 Naqib (9 Khazraj dan 3 Aus) untuk membimbing umat
Islam di Madinah bagi membantu menyebarkan agama Islam dengan lebih meluas di
Madinah. Merekalah yang bertanggungjawab menyebarkan agama Islam dan
menyampaikan berita tentang Nabi dan kaum Muslimin di Makkah kepada penduduk
Madinah.
 Hasil usaha para naqib ( ketua ) yang gigih ini menyebabkan agama Islam cepat tersebar.
Membantu golongan Muhajirin
 Golongan Ansar sanggup menerima dan mambantu golongan Muhajirin yang datang ke
Madinah dalam keadaan sehelai sepinggang. Mereka menyumbangkan pelbagai bantian
sosio-ekonomi seperti tempat tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk berniaga
malah sanggup menceraikan isteri mereka untuk golongan Muhajirin.

22

 Contohnya kesediaan Abu Ayyub al-Ansari RA. yang telah menjadikan rumahnya sebagai
tempat untuk Rasulullah s.a.w. bermalam. Sehinggalah terbinanya Masjid Quba’ dan
Masjid an-Nabawi, orang-orang Ansar pernah mencadangkan kepada Rasulullah agar
membahagikan pokok kurma mereka kepada golongan Muhajirin. Namun Nabi
Muhammad s.a.w. menyarankan agar pokok kurma itu diusahakan oleh golongan Ansar
dan mereka boleh membahagikan hasilnya kepada golongan Muhajirin dengan alasan
bahawa tenaga golongan Muhajirin lebih diperlukan untuk dakwah dan jihad. Seterusnya
sirah juga turut memaparkan betapa besarnya pengorbanan yang ditunjukkan oleh Sa’d
bin al-Rabi’ dari golongan Ansar yang sanggup menawarkan salah seorang isterinya
kepada Abd Rahman bin’Auf dari golongan Muhajirin.

 Hubungan ini berjaya menautkan kasih sayang dan persahabatan antara mereka yang
menyebabkan negara Madinah kekal aman dan sejahtera.

Menyumbang harta benda dan buah fikiran
 Golongan Ansar adalah penduduk asal Madinah. Mereka turut meyumbangkan harta

benda dan buah fikiran bagi menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam.
 Buktinya Sa’ad al-Ruba’i telah menawarkan separuh hartanya iaitu rumah, harta dan

ahlinya dengan saksama kepada saudaranya iaitu Abdul Rahman bin Auf. Sebaliknya
Abdul Rahman bin Auf berterima kasih dan meminta Sa’ad al-Ruba’i membawa beliau ke
pasar Madinah untuk beliau bekerja di sana. Rumah Anas bin Malik juga telah dijadikan
tempat persaudaraan antara golongan Muhajirin dan Ansar dan jumlah yang terlibat
dengan peristiwa ini adalah seramai 90 orang.
 Golongan Ansar juga merelakan harta ghanimah yang diperoleh dari kemenangan Perang
Hunian. Walaupun secara hakikatnya mereka tidak berpuas hati dengan pembahagian
tersebut yang lebih memihak kepada Abu Sufyan bin Harb ra, Suhail bin Amru ra, Hakim
bin Hizam ra, Safwan bin Umaiyah ra, ‘Uyainah bin Hashan al-Fazzari ra, Al-Aqra’ bin
Habis ra, Muawiyyah bin Abu Sufyan ra dan Qais bin Adiy ra. dari kaum Hawazin, Ghatfan
dan Tamim. Namun atas kebijaksanaan dan pandangan jauh Rasulullah iaitu ingin
menjinakkan hati kaum tersebut dengan Islam, mereka menerimanya dengan hati terbuka.
Kesimpulan
 Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya mengasaskan sistem pemerintahan Islam di Madinah
selain dapat menyebarkan Islam keseluruhan dunia dengan sumbangan yang telah diberikan
oleh golongan Muhajirin dan Ansar.
 Antara sebab berlakunya kegemilangan tamadun Islam adalah disebabkan adanya kesatuan
dan kerjasama sesama Islam itu sendiri.

KE TEMA 1 MUKA DEPAN

23

TEMA 1 :MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN

PERHUBUNGAN LUAR

SOALAN 7 : BINCANGKAN STUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NABI

MUHAMAD S.A.W DI MADINAH

Pendahuluan

1. Perpindahan Nabi Muhammad SAW bersama orang Islam Makkah ke Yathrib membawa

kepada perkembangan Islam di Madinah dan kemunculan Madinah sebagai sebuah

kerajaan Islam

2. Pemerintahan Islam yang diwujudkan pada 622M di Madinah adalah bersifat negara kota.

3. Nabi Muhammad SAW memegang jawatan sebagai ketua negara. Baginda mengamalkan

kepimpinan menyeluruh dalam perkara berkaitan agama dan pemerintahan seperti

memelihara agama Islam, memimpin umat Islam, memantapkan pemerintahan,

mengukuhkan sistem ekonomi, menegakkan keadilan, memperluaskan wilayah Islam dan

membanteras gerakan menentang Islam.

Isi- isi utama

Al Quran dan Hadis sebagai dasar pemerintahan

 Dasar Piagam Madinah telah menetapkan bahawa Al Quran dan Hadis adalah

sumber rujukan tertinggi. (Contoh)

 Segala undang-undang dan peraturan Islam adalah berdasarkan undang-undang

yang terdapat dalam Al-Quran.

 Ini bermakna segala sumber peraturan sebelum ini adalah undang-undang lama setiap

kaum. Contohnya hukum adat setiap kabilah sebelum Islam telah dihapuskan dan diganti

dengan hukum Islam.

 Jelaslah dengan menjadikan Al Quran dan hadis sebagai rujukan utama telah membantu

urusan pemerintahan dan pentadbiran Islam di Madinah.

2. Nabi Muhammad S.A.W menjadi pemimpin tertinggi negara.

 Rasulullah SAW mengetuai sendiri kuasa eksekutif (perlaksanaan), kehakiman, dan
legislatif (tasyri‟i-penggubalan undang- undang).

 Sebagai ketua negara atau ketua pemerintah, Rasulullah SAW juga bertindak sebagai

ketua agama, ketua hakim, ketua tentera,dan pemimpin masyarakat.

 Tegasnya, semua tugas berkaitan negara menjadi tanggungjawab baginda dan tugas

tersebut dilaksanakan dengan telus.

3. Menggubal Piagam Madinah

 Nabi Muhammad S.A.W telah membuat perjanjian dengan seluruh penduduk Madinah

untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah dengan memperkenalkan Piagam

Madinah.

24

 Sahifah al-Madinah atau Piagam Madinah menjadi sistem perundangan dan teras
pentadbiran baginda.

 Perlembagaan yang mengandungi 47 fasal ini menyentuh tentang tanggungjawab orang
Islam dan bukan Islam yang mendiami kota Madinah.

 Perlembagaan ini juga menyebabkan wujud sistem pemerintahan yang bersistematik dan
berkesan dengan mengamalkan sistem berbentuk teokrasi dan demokrasi Islam.

 Sebagai contoh 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat
Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin. 24 fasal yang berbaki
membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.

 Kesannya, Piagam Madinah telah berjaya membawa keamanan dan kemakmuran kepada
negara Islam yang berpusat di Madinah.

4. Beberapa jawatan diwujudkan untuk membantu ketua negara
 Nabi Muhammad SAW telah melantik pembantu untuk membantu baginda dalam hal

ehwal pemerintahan.
 Di bawah kepemimpinan baginda, pentadbiran dibantu oleh Abu Bakar al Siddiq dan Umar

bin al-Khattab sebagai Menteri Kanan.
 Terdapat seorang Hakim Mahkamah yang diketuai oleh Abdullah bin Naufal.
 Selain itu baginda juga dibantu oleh 11 ahli Majlis Perwakilan, di antaranya Hamzah bin

Abdul Mutalib, Ali bin Abu Talib dan Uthman bin Affan serta Jaafar bin Abu Talib.
 Selain itu terdapat 3 pegawai eksekutif tertinggi iaitu Abu Ubaidah al Jarrah sebagai

Bendahari, Harith bin Auf al-Marj sebagai Setiausaha Negara dan Zaid bin Thabit sebagai
Jurubahasa.
 Seterusnya Setiausaha-Setiausaha dalam pelbagai portfolio antaranya Dalam Negeri,
Luar Negeri, Kesihatan, Pertahanan, Ekonomi dan sebagainya.
 Akhir sekali baginda melantik 14 Gabenor Wilayah untuk menjalankan pentadbiran di
setiap wilayah, antaranya Yaman, Najran, Tihamah, Bahrain, Oman dan sebagainya.
 Tegasnya, pegawai-pegawai yang dilantik oleh Nabi Muhamad saw telah memantapkan
pentadbiran sebuah negara Islam.
5. Menubuhkan Majlis Syura.
 Baginda akan merujuk kepada majlis Syura apabila membuat sesuatu keputusan
berkaitan negara dibincangkan.
 Majlis Syura berperanan dalam menggubal dasar pemerintahan negara yang berteraskan
al-Quran dan al-Sunnah . Majlis tersebut dianggotai oleh sebilangan sahabat terkanan
yang memiliki kepakaran dalam bidang tertentu.
 Baginda mengamalkan prinsip musyawarah semasa melakukan pengadilan terhadap
tawanan Yahudi Bani Quraizah semasa perang. Baginda tidak menunjukkan permusuhan

25

dengan kaum Yahudi sebaliknya mengadakan perundingan dan memulangkan harta
benda yang ditawan daripada pihak musuh semasa perang.
 Baginda juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara
golongan Ansar dan Muhajirin serta mendamaikan permusuhan antara suku Aus dan
Khazraj penduduk asal Madinah.
 Tegasnya, Majlis Syura telah berjaya menyelesaikan banyak masalah yang timbul
sewaktu pemerintahan negara Islam Madinah
6. Membina angkatan tentera Islam.
 Sebanyak 74 ekspedisi ketenteraan berlaku semasa baginda memerintah Madinah.
Pembentukan angkatan tentera Islam adalah untuk mempertahankan kesucian agama
Islam daripada ancaman musuh Islam terutamanya daripada kaum musyrikin.
 Pembentukan angkatan tentera ini membolehkan umat Islam Madinah menghadapi
beberapa siri serangan orang musyrikin Makkah.
 Antara peperangan yang berlaku adalah seperti perang Badar, perang Uhud dan perang
Khandak. Ekspedisi ketenteraan pada zaman Nabi Muhammad SAW terbahagi kepada
dua, iaitu. Ekspedisi yang disertai oleh Nabi Muhammad SAW yang dipanggil ‘ghazwah’.
Ekspedisi ketenteraan yang tidak disertai oleh Nabi Muhammad yang dikenali sebagai
‘sariyah’.
 Kesannya, angkatan tentera Islam telah berjaya menjulang nama kerajaan Islam Madinah
dengan kemenangan-kemenangan yang diperolehi
7. Meningkatkan fungsi institusi masjid
 Masjid telah dibina dan menjadi institusi terpenting bukan sahaja sebagai pusat ibadat
malah menjadi pusat pemerintahan serta penyebaran ilmu, kebudayaan dan pertemuan
umat Islam dalam menyelesaikan sebarang masalah rakyat. Sebagai contoh, masjid
Nabawi yang menjadi tempat ibadat dan tempat pentadbiran Rasulullah SAW.
 Hal ini menunjukkan bahawa dalam pentadbiran di kota Madinah, agama dan politik tidak
dipisahkan.
8. Pengasas dasar ekonomi Islam
 Dasar ekonomi Islam menggantikan ekonomi jahiliyah. Larangan riba, menipu timbangan,
mewajibkan zakat dan menggalakkan umat Islam mencari rezeki yang halal dan menjauhi
yang haram.
 Dalam bidang pertanian orang Islam digalakkan mengusahakan tanah terbiar, menebus
tanah yang tergadai daripada orang Yahudi.
 Dalam bidang perdagangan mereka digalakkan memecah monopoli perdagangan orang
Yahudi.

26

 Tegasnya, Nabi Muhammad SAW akhirnya berjaya menukar sistem ekonomi jahiliyah
kepada sistem ekonomi Islam sewaktu pemerintahannya di Madinah.

Kesimpulan
 Kebijaksanaan pemerintahan Nabi Muhammad SAW telah berjaya membina masyarakat

yang bersatu padu di samping dapat mewujudkan kestabilan politik dan membina Negara
Islam yang kukuh, makmur dan berdaulat
 Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang Nabi dan Rasul telah meletakkan
asas pemerintahan mengikut pengurusan dan pentadbiran Islam yang sebenar
sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT.

KE TEMA 1 MUKA DEPAN

TEMA 1 : MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN

PERHUBUNGAN LUAR

SOALAN 8 : NABI MUHAMMAD SAW BUKAN SAHAJA SEORANG RASUL TETAPI

SEBAGAI NEGARAWAN YANG UNGGUL. BINCANGKAN.

Pendahuluan

1. Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada tahun 570M.

2. Baginda telah menerima wahyu pertama pada usia 40 tahun, melalui surah al- Alaq

3. Baginda ialah seorang Nabi, Rasul dan pemimpin masyarakat dan negara

4. Baginda mempunyai kebolehan dalam semua perkara selain berkemahiran sebagai

pendakwah malah berkemahiran dalam perang, perangka strategi, ketua hakim, pendidik,

penasihat dan perancang ekonomi.

Isi- isi utama

Sebagai Nabi dan Rasul

 Baginda diakui sebagai nabi dan rasul melalui tiga cara iaitu menerusi kitab suci al-

Quran,Taurat, Injil dan Zabur, kedua melalui sifat-sifat kenabian seperti menerima wahyu

dan memiliki sifat mulia seperti Siddiq, Amanah, Tabliqh, dan Fatanah serta melalui bukti-

bukti sejarah. Selain kitab suci, tanda-tanda kenabian baginda sudah diperlihatkan

sewaktu baginda masih kanak-kanak lagi. Dada baginda dibedah oleh malaikat Jibrail

untuk dibersihkan. Selama 13 tahun baginda di Mekah, baginda lebih dikenali sebagai

seorang nabi dan rasul yang membawa agama Islam.

 Ada yang menyokong dan ada pula yang menentang dakwah baginda. Semasa

menyebarkan agama Islam, Nabi SAW telah menunjukkan sifat sabar, lemah lembut,

toleransi tetapi tegas.Teras ajaran adalah berpaksikan aspek aqidah, syariat dan akhlak.

27

Baginda berakhlak menurut akhlak al-Quran sehingga menjadi insan yang paling
sempurna dan menjadi ikutan seluruh umat manusia.
 Sebagai pemimpin agama, baginda telah menentukan beberapa bidang bagi menjamin
kesejahteraan masyarakat. Bidang-bidang tersebut adalah seperti ibadat
(solat,puasa,zakat dan lain-lain),nikah kahwin, jenayah dan Ketatanegaraan serta
hubungan antarabangsa
NABI MUHAMMAD SEBAGAI PEMIMPIN POLITIK
 Baginda dikenali sebagai pemimpin politik kerana berjaya mengasaskan perlembagaan
bertulis pertama iaitu Piagam Madinah yang bersumberkan wahyu.
 Contohnya, dibuktikan apabila baginda menggunakan musyawarah dalam pemerintahan
 Sistem perundangan Islam juga diperkenalkan terutamanya undang-undang sivil
 Bukti baginda sebagai pemimpin politik boleh dilihat apabila baginda menjalinkan
hubungan diplomatik dengan Rom dan Parsi
NABI MUHAMMAD SEBAGAI PEMIMPIN MASYARAKAT
 Peristiwa Hajar al- Aswad, baginda sebagai ketua masyarakat telah Berjaya
menyelesaikan masalah persengketan antara kaum di Madunah
 Baginda menghormati agama dan adat resam kaum lain, contohnya dengan memberi
kepercayaan kepada ketua kaum bagi menguruskan hal penting yang berkaitan dengan
kaum
 Contohnya, boleh dilihat apabila baginda berjaya menyelesaikan masalah antara kaum
Aus dan Khazraj dan di antara orang Arab dengan Yahudi di Madinah melalui konsep
Ummah
NABI MUHAMMAD SEBAGAI KETUA HAKIM
 Baginda menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama
 Contohnya, ketegasan baginda dalam melaksanakan hukuman potong tangan terhadap
pencuri
 Ketegasan baginda dalam hukuman dibuktikan lagi apabila kaum Yahudi diusir keluar dari
Madinah atas kesalahan melanggar Piagam Madinah

NABI MUHAMMAD SEBAGAI PERANCANG EKONOMI
 Baginda memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi jahiliah
 Baginda menjalankan beberapa projek ekonomi contohnya projek pertanian dan

perdagangan
 Sistem ekonomi baru ini memastikan tidak berlaku penindasan, penipuan dan riba dan

seterusnya melahirkan usahawan yang berjaya seperti Abd Rahman Auf

28

NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI PEMIMPIN TENTERA
 Baginda dianggap sebagai penglima tentera dan ahli strategi kerana berjaya merangka

taktik dan strategi perang serta sikap keadilan baginda semasa perang
 Contohnya, baginda membahagikan harta rampasan perang secara adil dan tidak

menceroboh terhadap musuh yang lari
 Mutu kepimpinan Nabi telah membawa kejayaan apabila tentera Islam menang dalam

perang Badar, Khandak dan berjaya membuka semula Kota Makkah
Kesimpulan

Kepimpinan Nabi Muhammad dalam bidang politik, ekonomi dan sosial menjadi asas
pembentukan kepada negara Islam
Baginda merupakan negarawan yang unggul, bijak serta berkebolehan dalam memerintah
negara Islam berpandukan wahyu

KE TEMA 1 MUKA DEPAN

TEMA 1 : MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN

PERHUBUNGAN LUAR

SOALAN 9 : BINCANGKAN SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ DALAM

PEMERINTAHAN ISLAM

Pendahuluan

1. Dilahirkan pada 682M / 63H di Madinah yang berketurunan Bani Umayyahyang

mempunyai pertalian darah keturunan Khalifah Umat al-Kattab

2. Menjadi pemerintah yang kelapan

3. Baginda juga terkenal dengan sifatnya iaitu warak, patuh pada ajaran Islam kerana telah

menghafal Al-Quran sejak kecil lagi

Isi- isi utama

PENTADBIRAN BERASASKAN AL-QURAN DAN HADIS

 Dasar pemerintahan beliau menggunakan undang-undang Islam iaitu Al-Quran dan

Sunnah

 Beliau sangat mementingkan keadilan sama ada orang Arab atau bukan Arab

 Hal ini boleh dilihat apabila rakyat hidup dengan aman dan damai serta tiada persengketan

antara kaum sewaktu pemerintahannya

PENGAMALAN SYURA DALAM PENTADBIRAN

 Khalifah Umar mengadakan mesyuarat sebelum membuat keputusan, teliti dalam

menguruskan perjalanan pentadbiran agar tidak terpesong dari ajaran al-Quran dan Hadis

29

 Keputusan dibuat melalui mesyuarat yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan
kerajaan

 Pemerintahan Khalifah Umar telah membawa kewibawaan syura dalam pentadbiran
PELANTIKAN GABENOR DAN PEGAWAI KERAJAAN

 Khalifah Umar telah menghapuskan segala bentuk kezaliman dengan mengambil semua
harta rampasan perang yang dikuasai oleh Bani Umayah dan dijadikan hak milik kerajaan

 Contohnya, dia memecat pegawai dan kakitangan kerajaan yang memerintah tidak
mengikut al-Quran dan Hadis iaitu Usman bin Zaid al-Tabiki, gabenor Mesir, gabenor
Afrika Utara

 Pelantikan gabenor yang berkaliber telah meningkatkan mutu pemerintahan kerajaan
MENGEMASKINI DASAR LUAR NEGARA DAN POLISI PELUASAN WILAYAH

 Beliau mengarahkan supaya semua kegiatan peperangan dan penaklukan dihentikan
 Contohnya tentera yang mengepung kota Constanniople dan tentera yang berada di

Byzantine telah diarahkan balik
 Tujuannnya adalah untuk mewujudkan keamanan serta memberi peluang kepada tentera

kerajan berehat dan pulang ke pangkuan keluarga menyumbang kepada keamanan
dalam empayar Bani Umayah
PEMBAHARUAN EKONOMI
 Cukai tanah, tanah yang diperolehi melalui penaklukan akan menjadi hak milik bersama
orang Islam. Hasil tanaman akan dikenakan cukai oleh kerajaan
 Perbezaan antara cukai Jizyah dengan Kharaj : individu perlu membayar kedua-dua cukai
tetapi pada zaman pemerintahan Khalifah Umar orang bukan Islam kena bayar cukai
Jizyah manakala cukai Kharaj pula dikenakan kepada sesiapa yang memiliki tanah
 Khalifah Umar juga memansuhkan semua jenis perayaan, upacara rasmi kerajaan, hadiah
serta perbelanjaan lain yang membazir
PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN
 Mengarahkan agar masjid dijadikan sebagai pusat penyebaran ilmu, sering mengadakan
pertemuan dengan golongan ilmuan bagi mendapatkan pandangan mereka
 Contohnya, khalifah Umar telah menghantar 10 pakar perundangan Islam ke Afrika Utara
bagi mengajar ilmu Islam
 Beliau juga mengarahkan ahli bijak pandai menterjemah ilmu dari bahasa Greek, Siryani
dan Latin ke dalam bahasa Arab
 Bantuan biasiswa juga diberikan kepada pelajar yang ingin menyambung pelajaran
mereka
Kesimpulan
3. Khalifah Umar Abdul Aziz telah meninggal dunia pada 101 Hujrah/ Februari 720M

30

4. Walaupun pemerintahnya tidak lama, beliau dianggap setaraf dengan Khulafa al-Rasyidin

KE TEMA 1 MUKA DEPAN

TEMA 1 : MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN

PERHUBUNGAN LUAR

SOALAN 10 : NILAIKAN SUMBANGAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB DALAM

BIDANG POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL

Pendahuluan

1. Khalifah Umar al-Khattab adalah dari Bani Adi, salah satu kabilah Quraisy berpengaruh

dan dipandang mulia.

2. Umar al-Khattab merupakan Khalifah al-Rasyidin kedua dan memerintah selama kira-kira

10 tahun iaitu di antara 13 hingga 23H. Beliau adalah khalifah pertama yang digelar Amirul

Mukminin.

3. Sepanjang pemerintahannya, Khalifah Umar al- Khattab telah memberikan sumbangan

besar dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Isi- isi Utama

A. Sumbangan politik

1. Memantapkan fungsi majlis syura

 Bagi memastikan segala polisi dan dasar pentadbiran negara berjalan lancar, Khalifah

Umar telah memperkasakan peranan Majlis Syura yang merupakan badan perundingan

tertinggi negara. Majlis Syura ini terdiri dua bahagian iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis

Syura Am. Sebelum ini, majlis syura hanya terdiri dari satu bahagian sahaja dan terbuka

kepada semua rakyat.

 Ahli Majlis Syura Tertinggi ini terdiri daripada khalifah dan sahabat-sahabat terkanan dan

berpengalaman seperti Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf dan Saad bin Abi Waqqas.

Majlis Syura ini bertanggungjawab menentukan dasar dalam dan luar negara.

 Semua perkara yang berkaitan politik, ekonomi dan sosial dibincangkan dalam kedua-dua

majlis syura berkenaan.

 Melalui amalan syura ini, Khalifah Umar membuka seluas-luasnya peluang dan

kebebasan kepada semua rakyat untuk mengemukakan usul dan pandangan demi

kebaikan dan keutuhan ummah dan negara.

 Sebuah Majlis Perlantikan Khalifah telah dibentuk untuk menggelakkan berlakunya

perebutan kuasa apabila beliau meninggal dunia kelak. Majlis ini dianggotai oleh Ali bin

Abi Talib, Uthman bin al-Affan, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin

al-Awwam dan Saad bin Abi Waqqas.

31

2. Memantapkan sistem pentadbiran wilayah
 Era pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, negara Islam mencakupi wilayah yang luas
meliputi dari sempadan negara China di sebelah timur hingga ke Eropah di sebelah barat.
 Untuk melicinkan pentadbiran, Khalifah Umar membahagikan negara Islam kepada
beberapa wilayah termasuk Makkah, Madinah, Syam, Jazirah, Basrah, Kufah, Mesir dan
Palestin. Beberapa wilayah kemudiannya ditambah seperti Fars, Khuzistan, Kirman dan
lain-Iain. Madinah menjadi pusat pentadbiran bagi seluruh empayar Islam.
 Di setiap wilayah dilantik beberapa pegawai tinggi kerajaan untuk melaksanakan
pentadbiran dan undang-undang negara. Para pegawai terdiri daripada seorang gabenor
(wali), Ketua Setiausaha (Khatib), dan dibantu oleh para pegawai di beberapa buah
jabatan tertentu seperti Jabatan Setiausaha Tentera (Khatib al- Diwan), Jabatan
Percukaian (Sahibul Kharaj), Pegawai Polis (Sahibul Andath), Pegawai
Perbendaharaan Negara (Sahib Baitulmal) dan seorang hakim (kadi). Antara pegawai
kerajaan terkemuka adalah Muawiyyah bin Abi Sufyan, gabenor Syam yang berpusat di
Damsyik dan Amr bin al-As, gabenor Mesir yang berpusat di Fustat.

3. Dasar pelantikan pegawai kerajaan
 Pada era pemerintahan Khalifah Umar, pelantikan para pegawai termasuk gabenor
melalui surat perintah yang menyenaraikan semua tugas dan kuasa mereka.

 Sebelum seseorang pegawai itu dihantar ke wilayah-wilayah berkenaan, rakyat terlebih
dahulu dimaklumkan tentang kuasa dan tugas- tugas pegawai tersebut supaya tidak
timbul kekeliruan semasa mereka menjalankan tugas.

 Sebelum pelantikan, harta pegawai akan direkod sebagai langkah pencegahan
penyalahgunaan kuasa. Sebarang tambahan harta yang meragukan akan disiasat.

 Setiap pegawai membuat ikrar untuk hidup sederhana termasuk tidak menggunakan kuda
Turki yang cantik, tidak memakai pakaian mahal, tidak menggunakan khidmat penjaga
pintu dan sebagainya.

 Setiap pegawai yang dilantik diberi gaji tetapi ada di antara mereka yang tidak mahu
menerimanya kerana sifat taqwa seperti Hakim bin Kazim.

 Pada musim haji, para pegawai kerajaan diminta hadir ke Kota Makkah untuk mendengar
 taklimat dari khalifah, menyampaikan laporan pentadbiran wilayah masing-masing,

mengkaji
 semula keputusan-keputusan yang telah dibuat dan mendengar aduan-aduan dari orang

awam.
4. Reformasi pentadbiran ketenteraan

 Khalifah Umar merupakan pemerintah Islam pertama memberikan gaji tetap kepada
tentera.

32

 Diwan Tentera (Daftar Tentera) diperkenalkan urituk menentukan skim gaji dan elaun
tentera.

 Tentera dari kalangan Muhajirin dan Ansar menerima sebanyak 3000 hingga 5000 dirham
setahun, golongan Ahl al-Ayyam menerima sebanyak 3000 dirham setahun, peserta-
peserta

 Perang Yarmuk dan Qadisyah menerima sebanyak 2000 dirham setahun dan pendatang
baharu menerima 1500 hingga 2000 dirham setahun.

 Tentera Islam dibahagikan kepada dua bahagian iaitu tentera tetap dan tentera sukarela
(simpanan). Semua anggota tentera telah dicatat dan disenaraikan dalam Daftar Tentera.

 Perubahan ketara dalam bidang ketenteraan ialah dari segi pengambilan tentera. Pada
zaman Khalifah Abu Bakar, bilangan tentera dalam perang pembukaan wilayah tidak
begitu ramai dan terhad kepada golongan yang tidak pernah murtad. Tetapi pada zaman
Khalifah Umar,bilangan tentera Islam semakin ramai disebabkan perubahan dasar iaitu
mengambil bekas murtad sebagai tentera. Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan
kedudukan tentera Islam bagi menghadapi musuh. la juga untuk menyatupadukan umat
Islam tanpa mengira asal usul dan latar belakang diri mereka bagi menyebarkan ajaran
Islam.

 Tentera diwajibkan menjalani latihan ketenteraan seperti menunggang kuda dan berjalan
kaki tanpa memakai kasut.

 Tentera-tentera tetap tidak dibenarkan melibatkan diri dalam kegiatan pertanian di wilayah
jajahan. Tujuannya bagi menanamkan semangat perjuangan pada setiap masa dan
menggelakkan tanggapan serong penduduk tempatan terhadap tentera Islam.

 Khalifah Umar telah mengadakan pakaian seragam tentera untuk membezakan mereka
dengan orang awam. Jabatan Penyiasatan Jenayah Tentera atau Jabatan Perisikan
Tentera diwujudkan bagi mengawal tindak tanduk tentera daripada melakukan jenayah
dan penyelewengan serta memantau pergerakan tentera musuh.

 Beliau telah mengadakan satu bentuk kawalan keselamatan rapi dalam negara yang
dikenali sebagai Nizam al-Hisbah.

 Markas-markas tentera telah ditubuhkan di bandar-bandar utama seperti Madinah, Kufah,
Basrah dan Fustat. Khalifah Umar memerintahkan Abdullah bin Qusay untuk membina
kubu-kubu pertahanan di sempadan negara musuh demi keselamatan kerajaan Islam.

5. Reformasi pentadbiran tanah
 Khalifah Umar telah memperbaharui undang- undang pentadbiran tanah apabila wilayah
Islam semakin luas. Antaranya, tanah awam di Iraq yang dikuasai oleh tentera Islam
termasuk tanah kepunyaan
 Institusi agama majusi, tanah hutan, kawasan sungai dan tanah yang tidak bertuan

33

dijadikan hak kerajaan tempatan dan segala hasil yang dikutip akan digunakan untuk
membiayai prasarana awam.
 Tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduk Iraq tidak akan dirampas tetapi dikenakan cukai
berpatutan oleh kerajaan Islam. Namun tanah- tanah milik pemerintah Rom di Mesir dan
Syria telah dirampas dan diagih kepada para petani. Khalifah Umar telah melantik
Huzaifah al- Yamani dan Uthman bin Hanif untuk mengukur keluasan tanah pertanian
yang ditinggalkan oleh Kisra (maharaja Parsi) di Iraq. Luas tanah berkenaan adalah 600
km panjang dan 384 km lebar.
 Khalifah Umar tidak membenarkan tentera Islam memiliki tanah yang ditakluki kerana
kebanyakan tentera tidak biasa dengan kerja-kerja pertanian Sekiranya tentera bekerja
sebagai petani. Keadaan ini akan menjejaskan keselamatan negara. Dasar ini berbeza
dengan zaman sebelumnya di mana tentera sememangnya berhak menerima 4/5
daripada harta rampasan perang termasuk tanah.
 Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera Islam telah dikategorikan kepada dua jenis iaitu
pertama, tanah dhimmah yang ditadbir oleh pemilik-pemilik asal dan kedua tanah sawafi
yang ditadbir oleh pemegang-pemegang amanah yang dilantik daripada golongan Ahl-
Ayyam iaitu golongan peneroka.
 Tanah-tanah ini tidak boleh dibeli atau dipindahmilik bagi mengelakkan perpecahan umat
Islam.
 Khalifah Umar memperkenalkan cukai tanah (kharaj). Kadar cukai yang dikenakan tidak
tetap iaitu bergantung pada jenis tanaman dan kesuburan tanah.
6. Reformasi bidang kehakiman dan keadilan
 Khalifah Umar telah mengetatkan kelayakan dan syarat-syarat pelantikan seseorang
hakim (kadi), antaranya seseorang itu diwajibkan memiliki ketinggian ilmu dan dihormati
oleh masyarakat.
 Gaji hakim telah dinaikkan bagi mengelakkan kecenderungan penyalahgunaan kuasa dan
hukuman. Antaranya hakim Syuraih dibayar sebanyak 500 dirham sebulan.
 Para hakim tidak dibenarkan melibatkan diri dalam perniagaan atau membeli belah seperti
orang awam di pasar-pasar untuk menjaga kredibiliti. Jabatan Kehakiman telah dipisahkan
dari badan eksekutif dan mempunyai mahkamah keadilan, hakim-hakim khas untuk
menguruskan perbicaraan dan peraturan-peraturan tertentu dalam bidang kehakiman.
 Khalifah Umar membentuk Diwan al-lfta' (Majlis Fatwa) yang dianggotai oleh tokoh-tokoh
sahabat yang berwibawa dalam soal perundangan. Fungsi majlis ini membantu khalifah
menafsir ayat-ayat al-Quran atau hadis yang sukar difahami serta memikirkan hukum-
hukum yang tidak terdapat dalam al-Quran dan sunnah.

34

B. Sumbangan ekonomi

1. Memantapkan pengurusan baitumal

 Dalam bidang ekonomi, Khalifah Umar al- Khattab telah memantapkan fungsi baitulmal
(perbendaharaan negara) secara sistematik berikutan harta kerajaan semakin
bertambah seiring dengan pertambahan wilayah Islam.

 Pada zaman nabi dan Khalifah Abu Bakar, harta negara terus diagihkan kepada mereka
yang berhak menerimanya tetapi pada zaman Khalifah Umar, harta-harta negara yang
begitu banyak tidak dapat diagihkan dengan segera dan terpaksa disimpan di baitulmal.

 Sebuah buku kira-kira negara disediakan di baitulmal untuk merekod segala sumber dan
perbelanjaan negara.

 Sumber-sumber kewangan negara berpunca daripada pendapatan bayaran zakat,
ghanimah, fay', jizyah, kharaj, usyur dan harta peninggalan yang tidak mempunyai waris.

 Antara perbelanjaan negara yang diuruskan oleh baitulmal ialah bayaran gaji tentera,
pegawai kerajaan, elaun sara hidup untuk isteri-isteri nabi dan kebajikan masyarakat.

 2. Memantapkan sistem percukaian

 Demi memastikan perkembangan ekonomi negara dan pendapatan kerajaan meningkat,
Khalifah Umar telah memperkenalkan kadar dan sistem pungutan cukai baharu.

 Cukai dikenakan mengikut kualiti tanah dan jenis tanaman. Ladang-ladang pertanian yang
mempunyai tanah yang lebih subur dikenakan cukai lebih tinggi.

 Cukai hasil tanaman anggur adalah lima kali ganda daripada cukai tanaman gandum.
Cukai tanaman gandum dua kali ganda daripada cukai tanaman barli.

 Khalifah Umar sentiasa memantau pelaksanaan pungutan cukai termasuk para pegawai
kerajaan yang berkaitan. Kesannya, sistem pungutan cukai menjadi cekap dan
perbendaharaan negara meningkat.

 Khalifah Umar turut memajukan sektor pertanian negara. Rakyat digalakkan membuka
tanah-tanah pertanian baharu dan pelbagai bantuan kerajaan diberikan kepada para
petani.

 Hak milik ke atas tanah-tanah pertanian diserahkan kepada sesiapa sahaja yang ingin
mengusahakannya. Hak milik akan ditarik balik sekiranya petani gagal mengusaha atau
menunjukkan hasil sepatutnya dalam tempoh tiga tahun. Tanah-tanah berkenaan akan
diberikan kepada mereka yang benar-benar mahu mengusahakannya.

 Cukai sebanyak 10 peratus juga dikenakan ke atas tanah kepunyaan orang Islam dan
bukan Islam di Semenanjung Tanah Arab, tanah orang kafir zimmi yang dibeli oleh orang
Islam dan tanah yang baru diterokai oleh orang Islam.

 Beberapa projek pengairan telah dilaksanakan di seluruh wilayah Islam termasuk Mesir

35

dan Iraq untuk meningkatkan hasil pertanian.
3. Memajukan bidang perdagangan
 Dalam sektor perdagangan, Khalifah Umar telah menetapkan beberapa undang-undang

dan peraturan di pasar-pasar dan pusat perdagangan.
 Undang-undang ini dikuatkuasa bagi mengelakkan berlakunya penindasan oleh golongan

saudagar.
 Untuk memastikan tiada penyelewangan dan penipuan dalam sektor perniagaan, Khalifah

Umar telah melantik al-Muhtasib (pegawai penyiasat pemasaran) di pasar-pasar.
 Khalifah Umar turut memperkenalkan sistem mata wang bagi memudahkan urusan

perdagangan.
Sumbangan sosial
1. Reformasi struktur organisasi sosial
 Khalifah Umar memperkenalkan struktur organisasi sosial agar dapat mewujudkan

masyarakat yang tersusun dan harmoni.
 Antaranya, penduduk di setiap wilayah yang dikuasai tentera Islam telah disusun mengikut

sistem unit yang terdiri daripada tujuh unit suku iaitu suku Kinanah dan sekutunya Jadilah.
Bani Amr bin Qais Ailan, Buda' dan sekutunya, Madhij dan sekutunya, Tamim dan
sekutunya serta lyad dan sekutunya.
 Setiap unit sosial ini mempunyai perkampungan dan ketua masing-masing serta dibayar
elaun mengikut kadar yang telah ditetapkan.
2. Pemberian pencen
 Khalifah Umar memberikan pencen tahunan berdasarkan sumbangan dan jasa seseorang
itu terhadap Islam.
 Golongan Muhajirin dan Ansar yang menyertai Perang Badar diberikan pencen tahunan
5000 dirham, yang tidak menyertai Perang Badar diberi 4000 dirham manakala isteri-isteri
nabi diberi 12,000 dirham.
 Usamah bin Zaid diberi pencen tahunan 4000 dirham, Hassan dan Hussain diberi 5000
dirham manakala anak-anak Muhajirin dan Ansar 2000 dirham.
 Semua orang Islam yang berjasa mendapat bahagian pencen masing-masing.
 Pada zaman Khalifah Abu Bakar, pencen diberi sama rata tanpa mengira kedudukan dan
sumbangan seseorang.
3. Pengenalan takwim Islam
 Khalifah Umar merupakan pemimpin Islam pertama memperkenalkan takwim Islam
berdasarkan tahun Hijrah iaitu bermula pada 1 Muharam. Pembentukan takwim Islam ini
dibuat pada tahun 17H.
 Tujuannya bagi memudahkan urusan pentadbiran negara termasuk merekod kedatangan

36

perwakilan luar negara, melicinkan urusan pembayaran gaji, pencen dan zakat.
4. Perkembangan pendidikan
 Khalifah Umar mengambil berat tentang kemajuan dalam bidang pendidikan berdasarkan

ajaran al-Quran dan hadis.
 Pendidikan Islam dan kelas-kelas al-Quran diadakan di seluruh wilayah Islam.
 Ramai guru-guru agama dihantar ke wilayah- wilayah Islam untuk mengajar ilmu agama

khususnya tauhid.
 Khalifah Umar melaksanakan pengumpulan al-Quran bagi menyambung usaha yang telah

dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar.
5. Penubuhan bandar-bandar baharu
 Khalifah Umar membina bandar-bandar tentera (imasalih) seperti bandar Kufah, Basrah,

Damsyik dan Fustat. Bandar-bandar ini dijadikan pusat tentera dan didirikan markas-
markas tentera.
 Apabila selesai menjalankan ekspedisi, sebahagian tentera Islam tidak perlu lagi ke
Madinah kerana terlalu jauh. Penubuhan bandar tentera ini bertujuan mengawal
sempadan wilayah-wilayah yang telah dikuasai.
 Di tengah-tengah bandar didirikan masjid-masjid sebagai pusat ibadah dan pusat
penyatuan masyarakat Islam. Dari bandar-bandar tentera itulah kemudiannya agama dan
kebudayaan Islam disebar dan dikembangkan ke seluruh tanah jajahan Islam.
6. Kemajuan prasarana dan kebajikan
 Kemudahan prasarana awam turut disediakan. Khalifah Umar telah membina beberapa
buah terusan seperti Terusan Abu Musa al-Asy'ari di Iraq sepanjang 14.4km yang dibina
untuk membekalkan air minuman kepada setiap rumah di sepanjang Sungai Dajlah
(Tigris) hingga ke Basrah.
 Terusan Amir al-Mukmimin sepanjang 110km dibina di Mesir dan merupakan terusan
terbesar yang menyambungkan Sungai Nil dengan Laut Merah. Terusan yang bermula
dari Fustat ke Laut Merah ini digunakan untuk tujuan pengangkutan dan mengairi kawasan
pertanian.
 Terusan Ma'qal juga digali dari Sungai Dajlah di bawah seliaan Ma'qal, seorang sahabat
nabi.
 Jalanraya telah diperbaiki bagi melancarkan lagi sistem pengangkutan dan perhubungan.
 Sistem pos dipertingkatkan untuk kemudahan rakyat mengirim surat antara wilayah.
Melalui perkhidmatan pos ini, pekerja pos bukan hanya menguruskan penghantaran surat-
surat rasmi kerajaan, bahkan mereka juga bertanggungjawab menghantar surat-surat
daripada orang awam.
 Khalifah Umar membina penjara yang lebih baik di kota-kota besar untuk menghukum dan

37

mendidik pesalah serta menjaga kebajikan mereka.
 Beliau turut membina dan menyediakan rumah- rumah tumpangan dan rumah

persinggahan untuk golongan miskin dan pengembara.
 Dalam aspek kebajikan, setiap tahun Khalifah Umar memerintahkan para pegawai beliau

di peringkat wilayah untuk menghantar senarai nama golongan fakir miskin yang
memerlukan bantuan untuk tindakan lanjut.
7. Menjamin hak-hak golongan zimmi
 Sebelum Islam menguasai Syria (Syam), penganut Kristian walaupun seagama dengan
orang-orang Rom Byzantin yang menguasai Syria tidak berhak memiliki tanah. Mereka
dianggap sebagai barang dagangan yang boleh ditukarkan untuk memiliki tanah.
 Setelah Khalifah Umar menguasai Syria, kedudukan mereka berubah di mana mereka
diberi hak sebagai rakyat yang sama taraf dengan rakyat lainnya berdasarkan perjanjian
yang dipersetujui bersama.
 Orang bukan Islam yang tinggal dalam wilayah yang dikuasai kerajaan Islam ini dan tidak
menentang pemerintahan Islam digelar orang zimmi. Contoh perjanjian yang dibuat oleh
Khalifah Umar ialah Perjanjian Jerussalem dengan penduduk Ailiya'.
8. Menguatkuasakan larangan sahabat keluar dari Hijaz
 Bagi menjaga kemurnian ajaran Islam, Khalifah Umar mengadakan peraturan baharu iaitu
tidak membenarkan para sahabat Nabi berhijrah ke luar Hijaz kerana bimbang
dipengaruhi pemikiran dan budaya asing.
 Dengan sebab itulah, apabila selesai sahaja ekspedisi, para sahabat yang terdiri daripada
kaum Muhajirin dan Ansar diarah pulang semula ke Hijaz.
 Namun, larangan ini dimansuhkan oleh Khalifah Uthman berikutan perubahan masyarakat
pada masa itu.
Kesimpulan
 Khalifah Umar merupakan seorang pemimpin yang berwibawa, tegas, cekap dan
berpandangan jauh.
 Pembaharuan dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan sosial adalah mengikut keperluan
semasa dan telah memberi impak positif terhadap umat dan negara Islam.
Kejayaan beliau ini adalah hasil kecekapan dan kebijaksanaannya mengendalikan
pentadbiran negara di samping kestabilan dan keamanan yang diwarisi dari Khalifah Abu
Bakar.
 Khalifah Umar telah menyediakan sebuah negara yang kukuh kepada penggantinya untuk
meneruskan kegemilangan negara Islam.

KE TEMA 1 MUKA DEPAN

38

TEMA 1 : MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN

PERHUBUNGAN LUAR

SOALAN 11 : BINCANGKAN STRUKTUR PENTADBIRAN PUSAT DAN WILAYAH

PADA ZAMAN KERAJAAN KHULAFA AL-RASYIDIN PADA ABAD KE-7

MASIHI.

Pendahuluan

1. Kerajaan Khulafa al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632M apabila Abu Bakar

al-Siddiq dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah pertama.

2. Kerajaan ini diperintah oleh empat orang sahabat. Nabi Muhamad SAW, iaitu Khalifah

Abu Bakar al-Siddiq, Khalifah Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin

Abi Talib.

3. Gelaran Khulafa al-Rasyidin digunakan kerana mereka meneruskan dasar kepimpinan

Nabi Muhamad SAW.

Isi-Isi utama

A. Struktur pentadbiran pusat

1. Institusi khalifah

 Institusi khalifah bermula serentak dengan pelantikan Abu Bakar al-Siddiq menggantikan

Nabi Muhamad SAW sebagai ketua negara Islam Madinah yang baharu. Pelantikannya

melalui proses musyawarah dan baiah serta tidak berdasarkan keturunan.

 Khalifah merupakan individu yang paling berkuasa, Khalifah bebas dari sebarang kawalan

dalam bentuk perlembagaan atau badan politik. Namun, kekuasaannya tidak bersifat

mutlak dan autokrasi kerana al-Quran dan Sunnah merupakan panduan yang

membimbing dan mengawal segala tindakannya.

 Khalifah boleh membuat ijtihad seandainya ada perkara penting yang perlu diputuskan

yang tidak terdapat di dalam al-Quran dan hadis.

 Selain berperanan sebagai ketua eksekutif dan kehakiman, khalifah juga merupakan

panglima tertinggi angkatan tentera Islam.

 Khalifah juga mengetuai pentadbiran keagamaan seperti menjadi imam dalam solat

berjemaah dan membaca khutbah Jumaat dan sebagainya.

 Khalifah juga bertanggungjawab menyelia dan menguruskan pungutan hasil dalam

negara, pembangunan infrastruktur seperti pembinaan tali air dan sebagainya.

 Khulafa al-Rasyidin mengendalikan pemerintahan pusat berdasarkan tiga sumber utama

iaitu al-Quran, sunnah dan ijmak.

2. Majlis Syura

 Majlis Syura merupakan badan perundangan yang dianggotai oleh sahabat-sahabat Nabi

Muhammad SAW. Ia menjadi tempat rujukan kepada Khulafa al-Rasyidin dalam urusan

39

pentadbiran negara dan juga sebelum sesuatu keputusan dan tindakan penting
dilaksanakan seperti pemilihan gabenor, panglima-panglima tentera dan serangan-
serangan ke atas pasukan musuh.
 Sesuatu dasar diputuskan melalui kaedah syura, iaitu keputusan yang dibuat berdasarkan
suara majoriti (warisan pemerintahan zaman Nabi Muhammad SAW). Semasa
pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi dan
berfungsi secara formal. Anggotanya dilantik daripada kalangan para sahabat yang
berpengalaman dan berperanan sebagai badan penasihat khalifah. Bilangan ahli majlis
syura tidak ditentukan dan bergantung kepada keperluan semasa.
3. Ibu Pejabat
 Tidak wujud sebarang pejabat khusus pada zaman Khulafa Al-Rasyidin dalam
melaksanakan pemerintahan dan petadbiran negara Islam Madinah. Setiap khalifah
melakukan penyeliaan secara lansung di dalam segala urusan negara.
 Madinah menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran negara manakala Masjid Nabawi
menjadi ibu pejabat perbincangan dan penggubalan dasar pemeritahan dan pentadbiran
negara seperti mana zaman Nabi Muhammad SAW. Amalan syura diguna pakai untuk
membincangkan pelbagai perkara penting melibatkan urusan dalam dan luar negara.
4. Dasar Pentadbiran
 Khulafa al-Rasyidin mengendalikan pentabiran pusat berdasarkan tiga sumber rujukan
utama iaitu al-Quran, sunnah dan ijmak (kesepakatan hukum).
5. Pentadbiran Cukai
 Sumber pendapatan negara Islam di zaman Khulafa al-Rasyidin adalah sama seperti di
zaman Nabi Muhammad SAW iaitu zakat, jizyah, kharaj, ghanimah dan fay.
 Hasil pendapatan zaman khalifah Abu Bakar dibahagi-bahagikan kepada golongan yang
berhak menerimanya.
 Pada zaman khalifah Umar al-Khattab,pendapatan negara Islam bertambah dalam kadar
yang amat pesat sehingga tidak dapat dihabiskan walaupun setelah dibahagikan kepada
golongan yang berhak menerimanya.
 Justeru, satu sistem pemungutan hasil diperlukan untuk mengemaskini pentadbiran hasil
pentadbiran negara.
 Sejak itu khalifah Umar memberi perhatian khusus dan serius di dalam pentadbiran
pemungutan cukai berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan oleh Nabi Muhammad
SAW dan Abu Bakar. Jenis cukai baharu juga diperkenalkan oleh Umar seperti Usyur.
6. Baitul Mal
 Pada zaman Nabi Muhammad SAW dan khalifah Abu Bakar, sumber pendapatan negara
dalam bentuk zakat. Jizyah dan sebagainya tidak disimpan lama, malah terus diagih

40

kepada tentera Islam dan golongan yang berhak. Pendapatan negara dibelanjakan
sepenuhnya tanpa ada lebihan. Inilah faktor terpenting mengapa institusi kewangan dalam
bentuk Baitul Mal tidak timbul di zaman mereka.
 Di peringkat pusat, ibu pejabat baitulmal telah didirikan secara rasmi pada zaman khalifah
Umar al-Khattab kerana kepesatan pendapatan negara ekoran peluasan wilayah jajahan
Islam. Sumber pendapatan yang amat banyak ini tidak dapat diagihkan serta merta dan
sepenuhnya.
 Bagi melicinkan pentadbiran kewangan, panglima Khalid al-Walid mencadangkan kepada
khalifah Umar agar menubuhkan sebuah institusi kewangan negara yang
bertanggungjawab menguruskan harta negara. Pada ketika itu, perbendaharaan negara
ini dikenali sebagai ‘Diwan’ atau ‘Khazanah’ yang kemudiannya dikenali sebagai Baitul
Mal.
 Segala sumber pendapatan dan laporan kewangan daripada tanah jajahan akan dihantar
melalui gabenor setiap wilayah kepada khalifah di Madinah setiap tahun.
 Sejak itulah, Baitul Mal berfungsi sebagai agen kerajaan yang menguruskan harta negara
dan membelanjakannya untuk kepentingan rakyat dan negara selaras dengan akidah,
syariah dan akhlak Islam.
B. Struktur Pentadbiran Wilayah
1. Pembahagian Wilayah
 Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, negara Islam dibahagikan kepada
lapan wilayah untuk memudah dan melicinkan pentadbiran. Wilayah berkenaan adalah
Makkah, Madinah, Syria, Jazirah ( Mesopotamia), Basrah, Kufah, Mesir dan Palestin.
Setiap wilayah ini diketuai oleh seorang gabenor yang menjalankan tugas yang sama
sepertimana yang dilakukan oleh khalifah di Madinah.
2. Pelantikan Pegawai
 Pegawai-pegawai pelbagai jabatan juga dilantik di setiap wilayah tersebut di bawah
penyeliaan gabenor. Setiap pegawai yang dilantik diberikan senarai tugas dan
tanggungjawab serta batas-batas kuasa masing-masing. Harta mereka disenaraikan oleh
gabenor untuk mengelakkan kekeliruan, pentindihan kuasa, penyelewengan kuasa,
rasuah dan sebagainya. Jika setelah memegang jawatan itu dalam jangka masa tertentu
didapati harta mereka luar biasa banyaknya, maka harta itu akan dirampas oleh khalifah.
Contohnya, khalifah Umar pernah merampas harta Abu Hurairah dan Amru al-As.
 Antara pegawai yang dilantik di peringkat wilayah untuk membantu gabenor ialah Amil
yang bertugas memungut hasil negara, Kadi sebagai hakim dan pengurus pentadbiran
kehakiman serta menguruskan urusan wakaf seperti masjid, madrasah dan sebagainya.
Jawatan lain seperti Kitab al-Diwan (setiausaha) dan Sahib Baitulmal (Pegawai

41

Perbendaharaan Negara) Pegawai Kewangan Wilayah, Setiausaha Tentera, Pegawai
Cukai (Sahib al-Kharaj) dan Pegawai Polis (Sahib al-Syurtah).
 Di peringkat awal zaman Khulafah al-Rasyidin, para gabenor menyandang jawatan hakim
kerana tugas pentadbiran tidak pernah dipisahkan bagi melaksanakan keadilan. Namun,
pada zaman khalifah Umar, beliau melakukan pemisahan antara jawatan pentadbiran dan
kehakiman kerana bertambah luasnya wilayah-wilayah Islam yang menyebabkan
bertambahnya beban tugas dalam kadar di luar kemampuan seseorang gabenor.
3. Pentadbiran Baitulmal Wilayah
 Di setiap wilayah didirikan cawangan baitulmal bagi memudahkan urusan pungutan hasil
dan perbelanjaan kerajaan.
Kesimpulan
1. Sistem pentadbiran yang dipraktikkan pada zaman Khulafa ‘al-Rasyidin adalah sistem
yang dikemaskinikan daripada sistem pentadbiran zaman Nabi Muhammad SAW.
2. Struktur pentadbiran semakin sistematik apabila Khalifah Umar al-Khattab menerajui
pemerintahn negara Islam Madinah.
3. Negara Islam berada di puncak keamanan, kesejahteraan dan keadilan di zaman
pemerintahan Khulafa al- Rasyidin.

KE TEMA 1 MUKA DEPAN

TEMA 1 : MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN

PERHUBUNGAN LUAR

SOALAN 12 : HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM DI ANDALUSIA PADA

ABAD KE 13 MASIHI

Pendahuluan

1. Pada abad ke-13 M menyaksikan kemunculan kerajaan Nasriyyah yang merupakan

kemunculan kerajaan Islam terakhir yang memerintah Andalusia (635-897 H/1238-1492

M.

2. Kerajaan ini dikenali dengan nama Bani Nasr atau Bani al-Ahmar. Sebelum kemunculan

kerajaan ini, Andalusia menjadi rebutan dalam kalangan pemerintahan Islam. Antaranya

ialah Abu Jamil Zayyan bin Maddanish dengan Abu Abd Allah Muhammad bin Yusuf bin

Hud al-Judhami atau juga dikenali sebagai Ibn Hud.

3. Sebelum pengasasan kerajaan Nasriyyah, Andalusia berada di bawah pemerintahan

kerajaan al-Muwahhidun. Kerajaan al-Muwahhidun telah memerintah Andalusia sehingga

kerajaan ini dikalahkan oleh tentera-tentera kristian pada tahun 1212 M.

42

Isi- isi utama
1. Pemerintahan kerajaan al-Muwahhidun
 Pemerintahan kerajaan al-Muwahhidun telah berjaya menguasai beberapa buah wilayah

di Sepanyol seperti Granada dan Toledo. Namun demikian ketika pemerintahan
Muhammad al-Nasir, kerajaan ini menjadi lemah. Pemerintah yang terakhir iaitu al-
Mustansir tidak berupaya mengembalikan semula kedaulatan wilayah-wilayah kerajaan
al-Muwahhidun yang ditawan oleh tentera Kristian.
 Pentadbiran kerajaan ini di peringkat pusat dan wilayah diperintah berasaskan sumber
perundangan daripada mazhab Maliki. Pemimpin al-Muwahhidun menggunakan gelaran
yang mempunyai unsur-unsur Syiah seperti al-Mahdi, al-Nasir dan al-Mansur. Walau
bagaimanpun, penggunaan gelaran ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan
bangsa Arab yang mengharapkan kewujudan sistem demokrasi Islam.
 Tegasnya, pentadbiran kerajaan al-Muwahhidun yang berpaksikan kepada mazhab Maliki
secara tidak langsung telah melemahkan golongan yang tidak berpegang terhadap
fahaman Syiah.
Perjanjian damai
 Bagi mewujudkan suasana iklim politik yang stabil, pemimpin kerajaan al-Muwahhidun
pernah mengadakan perjanjian damai dengan pihak Kristian.
 Perjanjian damai telah diadakan antara kerajaan Muwahhidun dengan Raja Leon dan
Castile. Namun perjanjian damai ini hanya berkekalan selama 10 tahun sahaja.
Akhirnya, semasa pemerintahan al-Nasir baginda terpaksa melepaskan wilayah
kekuasaan Islam kepada tentera Kristian.
2. Murcia sebagai pusat pemerintahan
 Abu Abd Allah Muhammad bin Yusuf bin Hud al-Judhami atau Ibn Hud berusaha
menerajui pemerintahan Andalusia dengan menjadikan Murcia sebagai pusat
pemerintahannya.
Pada tahun 1228 M, Ibn Hud yang dikenali juga dengan gelaran Amir al-Mukminin Sayf
al-Dawlah al-mutawakkil ‘Ala Allah berjaya menawan Murcia daripada wakil kerajaan al-
Muwahhidun.
 Kejayaan ini membolehkan Ibn Hud bertapak di Cardova, Seville, Granada, Almeria,
Ceuta Algeciras, Jaen, Merida dan Badajoz.
 Tegasnya, dengan adanya pusat pemerintahan di Murcia kedudukan Ibn Hud sebagai
pemimpin di Andalusia semakin kukuh.
3. Melaksanakan syariah Islam
 Ibn Hud bertekad melaksanakan Syariah Islamiyah di setiap kawasan yang dikuasai.
Beliau juga telah memaklumkan kepada khalifah kerajaan Abbasiyah di Baghdad tentang

43

kejayaan penguasaannya terhadap bandar-bandar tersebut. Walaubagaimanapun,
cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Ibn Hud amat getir.
 Akibat tekanan dan serangan daripada tentera-tentera Kristian, beliau mengalami
kekalahan termasuk di Cordova.
 Akhirnya, kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh Ibn Hud telah melemahkan
pemerintahannya.
4. Saingan daripada Ibn al-Ahmar
 Kerajaan al-Muwahhidun juga terpaksa hadapi saingan daripada Muhammad bin Yusuf
bin Nasr atau dikenali Ibn al-Ahmar yang kemudiannya berjaya mengambil alih
pemerintahan Andalusia dan membentuk kerajaan Nasriyyah. Sebagaimana Ibn Hud, Ibn
al-Ahmar juga berusaha mendapatkan pengikhtirafan daripada kerajaan Abbasiyah di
Baghdad bagi menubuhkan kerajaan Nasriyyah.
 Implikasinya pada tahun 1231 M, Ibn al-Ahmar berjaya memperluaskan kuasa
pemerintahannya dengan menduduki wilayah-wilayah seperti Carmona, Cordova, dan
Seville. Beliau juga turut menjalinkan kerjasama dengan pemimpin di Seville, iaitu al-Bajji
bagi menjatuhkan Ibn Hud yang menjadi pemimpin kerajaan al-Muwahhidun.
 Tegasnya, kejatuhan Ibn Hud telah memberi laluan kepada Ibn al-Ahmar untuk meluaskan
jajahan takluknya di Andalusia.
5. Mengamalkan pentadbiran yang zalim
 Ibn al-Ahmar terlibat secara langsung di Granada bermula pada tahun 1238 M, iaitu
apabila beliau berjaya menguasai kota tersebut daripada bekas gabenor Ibn Hud yang
mengamalkan pentadbiran yang zalim. Di sebabkan kezaliman itu, penduduk Granada
bersedia memberikan kesetiaan kepada Ibn Al-ahmar
 Pada tahun 1246 M, Ibn al-Ahmar telah menandatangani perjanjian dengan pihak Kristian.
Menurut perjanjian tersebut, Ibn al-Ahmar sanggup membayar ufti dan bersetuju
menyerahkan wilayah Jaen, Arjona, Porcuna, Priego, Higuera dan La Frontera kepada
Castille yang ketika itu berkhidmat dibawah pemerintahan Ferdinand III.
 Tegasnya, kesanggupan Ibn al-Ahmar menandatangani perjanjian damai dengan pihak
Kristian adalah bagi menyelamatkan kedudukannya sebagai pemerintah tunggal di
Granada dan bagi menjamin penerusan pemerintahan kerajaan Nasriyyah berkekalan di
Andalusia.
KESIMPULAN
 Sepanjang penguasaan Ibn al-Ahmar, beliau telah berjaya menguasai Granada dan
wilayah- wilayah di sekitarnya. Namun disebabkan tentangan-tentangan tentera
Kristian,kekuasaan beliau hanya terhad di Granada. Pemerintahan kerajaan Nasriyyah

44

diteruskan oleh 21 orang sultan berikutnya sehinggalah kerajaan ini berakhir pada tahun
1492 M.

KE TEMA 1 MUKA DEPAN

TEMA 1 : MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN

PERHUBUNGAN LUAR

SOALAN 13 : HURAIKAN KONSEP JIHAD DAN JENIS-JENISNYA.

Pendahuluan

 Perkataan jihad banyak kali disebut di dalam al-Quran sama ada secara bersendirian

ataupun dikaitkan dengan peperangan.

 Jihad dalam Islam bukan sekadar suatu perjuangan, tetapi jihad ialah perjuangan di jalan

Allah swt.

 Sehubungan itu, jihad sering dikaitkan dengan perjuangan membela agama, bangsa dan

tanah air.

 Selain itu, jihad merupakan sebahagian daripada tuntutan agama sama ada fardu ain

atau fardu kifayah.

 Sesungguhnya jihad terdiri daripada pelbagai jenis dan setiap satunya mempunayi

kepentingan yang tersendiri.

Isi- isi utama

A Konsep jihad

 Dari segi bahasa, jihad bermaksud kesulitan atau beban atau kesungguhan dan

keupayaan terakhir

 Perkataan jihad berasal daripada bahasa Arab al-Jahdu dan al-Jihad yang bermaksud

berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau

menolak sesuatu yang dibenci.

 Dari segi syarak pula, jihad bermaksud berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh

untuk mencapai matlamat yang diingini dalam menegakkan agama Allah swt.

 Sehubungan itu, dalam erti kata yang lebih luas, jihad boleh dimaksudkan dengan

perjuangan pada jalan Allah seperti berjuang dalam peperangan, berjuang menentang

hawa nafsu, berjuang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran dan lain-lain

perjuangan yang berlandaskan pada jalan Allah.

 Sesungguhnya, tujuan utama jihad dalam Islam adalah untuk mendapatkan keredhaan

Allah swt.

45

B Jenis-jenis jihad
1. Jihad nyawa dan tenaga
 Jihad nyawa dan tenaga merupakan jihad yang paling utama, iaitu melalui pengorbanan

jiwa dan raga untuk agama Islam.
 Jihad sebegini lazim dilihat dalam medan peperangan menentang golongan yang kufur

kepada Allah swt dan mereka yang menentang Islam. Umat Islam yang terkorban adalah
syahid.
 Antara contoh para sahabat yang telah berkorban jiwa dan raga dalam memperjuangkan
agama Allah ialah Saidina Hamzah yang telah syahid di medan Perang Uhud.
 Jelaslah, Islam dapat dipertahahankan dan disebarkan melalui jihad nyawa dan juga
tenaga.
2. Jihad harta benda
 Pengorbanan wang dan harta juga termasuk dalam jihad iaitu jihad fi sabilillah.
 Bagi mereka yang mempunyai kekayaan, harta yang dimiliki boleh disumbangkan untuk
menyokong usaha jihad di medan peperangan seperti membantu dari segi kewangan.
 Sebagai contohnya, Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab dan Saidina
Uthman bin Affan telah menyerahkan sebahagian besar daripada harta mereka untuk
menegakkan syiar Islam.
 Sememangnya semua orang berpeluang untuk berjihad di jalan Allah dan kekayaan yang
dimiliki menjadi salah satu cara untuk berjihad.
3. Jihad melawan hawa nafsu
 Jihad melawan hawa nafsu merupakan jihad yang paling tinggi darjatnya di sisi Islam.
 Melalui jihad ini, seluruh tenaga disalurkan agar menuruti jalan (manhaj) yang digariskan
oleh Allah SWT.
 Perjuangan melawan hawa nafsu dalam setiap diri individu muslim merupakan fardu ain
dan jihad ini menuntut kepada jihad yang berpanjangan.
 Selain itu, mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu juga tergolong dalam
dalam jihad melawan hawa nafsu, iaitu berusaha tunduk dan patuh untuk beramal dengan
ajaran Islam, menyebarkan dakwah Islamiah serta sabar dengan segala ujian dan cabaran
yang diterima.
 Sesungguhnya, jihad melawan hawa nafsu dapat memastikan setiap muslim sentiasa
patuh pada perintah Allah swt dan jihad ini merupakan jihad dalam diri setiap individu.
4. Jihad menghapuskan kemungkaran dan kezaliman serta menegakkan kebenaran.
 Umat Islam juga digalakkan untuk menentang kemungkaran dan kezaliman yang
dilakukan sama ada oleh orang Islam ataupun orang kafir.

46

 Sehubungan itu, segala kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah ditentang
sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun dengan hati.

 Nabi Muhammad pernah berkata bahawa jihad yang paling utama ialah menyatakan
perkataan yang hak di hadapan seorang penguasa yang zalim.

 Jelaslah bahawa menghapuskan kemungkaran dan kezaliman serta menegakkan
keadilan merupakan jihad yang dituntut oleh Islam untuk menjamin kesejahteraan
masyarakat.

5. Jihad menentang golongan munafik
 Jihad dalam kategori ini bermaksud jihad menentang golongan yang berselindung di

sebalik agama Islam. Umat Islam perlu menentang golongan ini.
 Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan berkenaan golongan munafik seperti

dalam surah al-Munafiqun. Ayat ini boleh dijadikan panduan untuk berhadapan dengan
golongan ini.
 Surah at-Taubah ayat 73 juga menyeru umat Islam agar berjihad terhadap orang kafir dan
munafik.
 Selain itu, kebanyakan ayat Madaniyyah turut mendedahkan mengenai golongan munafik.
Hal ini demikian kerana dakwah Islam di Madinah banyak terdedah kepada ancaman
golongan munafik.
 Sesungguhnya, jihad ini dapat memastikan musuh-musuh Islam dapat dihapuskan dan
kesucian Islam terus terpelihara.
6. Jihad menentang syaitan
 Syaitan merupakan musuh manusia yang sebenar-benarnya. Banyak ayat al-Quran yang
menjelaskan permusuhan antara syaitan dengan manusia seperti kisah Nabi Adam dan
iblis yang menceritakan permusuhan dan dendam iblis kepada manusa.
 Surah al-Fatir ayat 6 membuktikan bahawa syaitan ialah musuh manusia. “Sesungguhnya
syaitan itu seteru bagimu maka jadikan dia atau layanilah sebagai seteru”.
 Sehubungan itu, jihad menentang syaitan tergolong sebagai jihad dalam kategori fardu
ain kerana setiap manusia yang beragama Islam mestilah sentiasa berjihad menentang
hawa nafsu dan syaitan kerana kedua-duanya menjadi musuh dalam diri setiap individu.
 Jelaslah, jihad menentang syaitan merupakan jihad yang penting untuk memastikan umat
Islam tidak terpengaruh dengan hasutan syaitan dan menjadi hamba yang taat kepada
perintah Allah swt.
7. Jihad menuntut ilmu
 Selain berjuang di medan perang, umat Islam juga disyariatkan berjuang dalam keilmuan
untuk memastikan umat Islam tidak ketinggalan dalam setiap bidang kehidupan.

47

 Umat Islam digalakkan untuk mempelajari ilmu-ilmu yang bermanfaat sama ada ilmu fardu
ain seperti fekah dan tauhid atau fardu kifayah seperti sains, perubatan dan juga
kejuruteraan.

 Penguasaan ilmu pengetahuan yang tinggi bertujuan untuk memastikan umat Islam tidak
bergantung kepada orang bukan Islam. Malah fardu kifayah boleh menjadi wajib
sekiranya tidak ada orang Islam yang mempelajari atau menguasainya.

 Sesungguhnya, setiap umat Islam bertanggungjawab untuk menuntut ilmu supaya tidak
dipandang hina oleh orang bukan Islam.

Kesimpulan
 Jihad merupakan sesuatu yang amat luas dan perlu ditafsirkan secara tepat.
 Jihad dalam bentuk zahir dan batin perlu dilakukan secara ikhlas dan bersungguh-

sungguh semata-mata kerana Allah swt, bukan untuk kepentingan sendiri, tetapi untuk
kepentingan sejagat dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.Jihad merupakan prinsip
Islam yang agung kerana jihad dapat memelihara kebesaran, kemuliaan J dan kedaulatan
Islam, negara dan juga umatnya.

KE TEMA 1 MUKA DEPAN

TEMA 1 : MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN

PERHUBUNGAN LUAR

SOALAN 14 : HURAIKAN ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN PADA ZAMAN NABI

MUHAMMAD SAW

Pendahuluan

 Islam tidak menggalakkan peperangan, namun peperangan adalah pilihan terakhir dan

terpaksa diharungi demi mempertahankan kesucian agama, maruah diri dan negara,

menegakkan hukum Allah, menjamin kesejaahteraan umat manusia sejagat dan

memberikan pengajaran kepada seteru-seteru Islam.

 Strategi peperangan bukanlah perkara yang objektif, malah merupakan satu perkara

subjektif dan relatif kerana ia banyak ditentukan oleh keadaan persekitaran, latar belakang

musuh yang berkaitan dengan kekuatan, persenjataan dan taktik musuh itu sendiri. Dalam

erti kata lain, strategi peperangan banyak bergantung kepada keadaan muka bumi dan

musuh yang dihadapi.

 Pada zaman Nabi Muhammad saw, peperangan dibahagikan kepada dua iaitu sariyah

(tindakan menyekat rombongan dagang kafir atau musuh- musuh Islam) dan ghazwah

(peperangan secara besar-besaran).

48

 Nabi Muhammad saw telah menyumbangkan banyak strategi peperangan yang mana ia
merupakan sebahagian dari ketamadunan Islam.

 Antara peperangan yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad saw adalah Perang
Badar, Perang Uhud dan Perang Khandaq.

 Terdapat pelbagai etika dan strategi peperangan yang dipraktikkan sepanjang era
pemerintahan Nabi Muhammad saw.

Isi-isi utama
A. Etika peperangan
 Tawaran kepada pihak musuh sebelum berperang
 Tentera Islam dikehendaki menawarkan kepada pihak musuh sama ada memeluk Islam

atau membayar jizyah sebagai simbol kepatuhan terhadap pemerintahan kerajaan Islam.
 Peperangan akan berlaku seandainya pihak musuh masih berkeras dan memulakan

serangan ke atas umat Islam.
 Larangan memerangi golongan lemah
 Tentera Islam dilarang bertindak atau memerangi golongan kafir yang lemah, antaranya

wanita, kanak-kanak, orang tua, paderi dan pendeta.
 Namun, seandainya golongan ini memainkan peranan penting seperti penggerak atau

pencetus perang, tindakan keras sewajarnya boleh dilakukan.
 Larangan merosakkan harta benda awam
 Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda penduduk dan kemudahan awam kecuali

dalam keadaan darurat.
 Perbuatan memusnahkan harta benda musuh termasuk membakar rumah penduduk,

rumah ibadat dan kebun-kebun tidak dibenarkan kerana ia bukan sahaja melibatkan
kepentingan awam, malah menyebabkan berlakunya pembaziran, menjejaskan matlamat
peperangan dan sebagainya.
 Keadaan ini membuktikan bahawa Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan.
 Mengutamakan perdamaian dan mematuhi perjanjian damai
 Peperangan hendaklah dihentikan seandainya pihak musuh memohon perdamaian,
contohnya ketika Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam berhasrat melancarkan
serangan ke atas kota Makkah, pihak musuh telah memohon perdamaian sehingga
termeterainya Perjanjian Hudaibiah.
 Malahan, tentera Islam diwajibkan mematuhi segala perjanjian damai yang telah
dipersetujui.
● Akur dan patuh kepada arahan ketua
∙ Tentera Islam diwajibkan akur dengan arahan ketua demi mengelakkan berlakunya
sesuatu yang tidak dijangkakan.

49

 Tentera Islam juga tidak boleh lari atau meninggalkan medan perang melainkan dengan
keizinan ketua.

 Contohnya, kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud berpunca daripada kesilapan
tentera pemanah Islam yang tidak mematuhi arahan Nabi Muhammad SAW.

● Layanan baik terhadap tawanan perang
 Tentera Islam dikehendaki melayan dengan baik musuh yang ditawan. Tentera Islam

dilarang menyeksa atau membunuh tawanan perang sewenang-wenangnya.
 Islam menetapkan etika peperangan iaitu tidak boleh memerangi orang yang sudah

menyerah, kafir zimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku
taat setia kepada pemerintah Islam. Tindakan ini merupakan salah satu kaedah
berdakwah yang diajar oleh nabi.
 Umpamanya, tindakan Nabi Muhammad SAW yang memberikan pengampunan kepada
tawanan ketika peristiwa pembukaan kota Makkah dan layanan adil terhadap tawanan
Perang Badar tahun 2H.
 Tentera Islam juga dilarang melakukan perbuatan yang boleh mengaibkan musuh seperti
mencincang mayat.
B. Strategi peperangan
1. Memilih dan menguasai tempat strategik
 Sebelum berlaku peperangan, Nabi Muhammad SAW mengkaji keadaan di mana
peperangan akan berlaku.
 Biasanya peperangan di zaman nabi akan memakan masa yang berhari-hari. Oleh kerana
itu, nabi lebih mementingkan sumber air. Dengan ini nabi memilih wadi yang berair
sebagai tempat perkhemahan sebelum berlakunya peperangan.
 Dalam Perang Badar tahun 2H, tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Quraisy
Makkah kerana kebijaksanaan mereka menguasai tempat strategik. Tentera Islam
menguasai punca air yang menyebabkan tentera musuh terputus bekalan air sehingga
memaksa mereka menceroboh benteng tentera Islam yang berakhir dengan kekalahan
mereka.
 Dalam Perang Uhud, nabi menempatkan tentera pemanah di atas Bukit Uhud untuk
menghujani panah bagi mengucar-ngacirkan pihak musuh.
 Bukit yang berada di situ mestilah terlebih dahulu dikuasai dan diduduki oleh pasukan
pemanah untuk memberi perlindungan yang berkesan kepada tentera pejalan kaki dan
berkuda yang bertempur di lereng bukit.
2. Taktik menunggu
 Tentera Islam akan menunggu kehadiran pihak musuh di medan peperangan dan
apabila musuh datang, mereka akan bertindak menyerang secara spontan.
 Nabi Muhammad SAW menggunakan taktik ini dalam Perang Badar.

50


Click to View FlipBook Version