The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhanani2903, 2021-06-27 04:04:02

MODUL SEJARAH SEM 2 2019 (2)

MODUL SEJARAH SEM 2 2019 (2)

 Apabila al-Ghazali mengetahui masyarakat melakukan kesalahan dalam bidang
tasawuf, beliau melemparkan kritikan yang bertujuan membetulkan kesalahan dan
menghalang daripada penyelewengan yang berlaku sehingga mencemarkan
kemurnian Islam.

 Karya termasyhur al-Ghazali dalam bidang tasawwuf ialah Ihya’ Ulumuddin yang
telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lain seperti Melayu, Parsi, Urdu,
Inggeris dan Perancis. Kitab ini telah menjadi sumber rujukan para ulama di rantau
Alam Melayu. Kehadiran kitab Ihya’ Ulumuddin ini memberikan implikasi besar
dalam pengajian tasawwuf.

 Sumbangan ini adalah cukup besar dalam bidang tasawuf kerana al-Ghazali telah
memurnikan semula ilmu tasawuf daripada kesesatan dan bidaah.

4. Sumbangan Al-Ghazali dalam bidang Ilmu Sains Politik
 Al-Ghazali turut memberi sumbangan dalam bidang sains politik. Beliau banyak

belajar ilmu sains polituk daripada Imam Juwaini yang menjadi imam di Masjidil
Haram, Makkah dan di Masjid Nabawi di Madinah. Penulisannya dalam bidang
politik dibahagi kepada dua teori kenegaraan dan pemerintahan.
 Antara penulisannya dalam bidang politik ialah Mustaz-hiri, Al-Munqiz Minad
Dhalal dan Al-Iqtisad fil’-Itiqad. Karyanya yang bertajuk Al-Iqtisad fil’-Itiqad banyak
membincangkan soal kepimpinan bagi sesebuah negara Islam.
 Selain itu beliau juga menyatakan cara memperbaiki urusan politik dalam karyanya
berjudul al-Tik al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk iaitu dengan memberi pengertian
permasalahan, menasihati pemimpin, menegur dengan bahasa yang keras dan
menegah dengan kekerasan sekirannya belum berjaya.
 Oleh itu, daripada karya-karya politik beliau telah membantu pemimpin-pemimpin
Islam mencontohi idea tersebut.
Kesimpulan
1. Al-Ghazali memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ilmu
pengetahuan khususnya ilmu falsafah dan ilmu kalam.
2. Beliau berjaya menyelamatkan akidah umat Islam daripada terus diseleweng oleh
fahaman falsafah ketuhanan Yunani yang boleh menyebabkan akidah umat Islam
terpesong secara halus.

101

3. Hasil daripada hujahan beliau juga membawa kembali umat Islam kembali kepada
al-Quran dan sunnah. Akhir sekali, hasil karya beliau masih digunakan oleh para
ilmuan hingga hari ini.

KE TEMA 2 KE MUKA DEPAN

TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN
SOALAN 10 : BINCANGKAN SUMBANGAN IBNU BATTUTAH DALAM
PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA.
Pendahuluan
 Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdullah al-Lawati. Dilahirkan pd tahun

730 Hijrah (1304 Masihi) di Tanjah, Maghribi. Bapa dan datuknya terdiri daripada
ulama.Beliau menerima pendidikan agama Islam sejak kecil
 Sumbangan terpenting dalam bidang pelayaran melalui karya Tuhfat al-Nazar
 Pengembaraan beliau meliputi 4 peringkat iaitu:-

o peringkat 1 : merentasi Afrika Utara ke Makkah
o peringkat 2 : dari Makkah ke selatan Iraq (Baghdad) dan balik semula ke

Makkah,
o peringkat 3 : dari Makkah menuju ke Yaman, Oman, Bahrain, Syria, Sudan

dan Turki
o peringkat 4 : dari Makkah ke selatan Rusia, India, Jawa, Sumatera, China dan

Andalusia
 Sarjana Barat menggelarkan Ibnu Battutah sebagai The Prince of Muslim

Travelers
Isi- isi utama
1. Hasil karya menjadi sumber sejarah abad pertengahan
 Beliau seorang tokoh pengembara dan sejarawan Islam yang terkenal pada abad

pertengahan. Terkenal dalam kalangan masyarakat antarabangsa
 Hasil pelayaran beliau banyak memberikan pendedahan kepada masyarakat

dunia dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, agama dan
kebudayaan
 Di India : beliau memfokuskan tentang:

102

o Kepelbagaian kepercayaan masyarakat Hindu seperti adat suttee (adat
membakar diri oleh balu-balu yang beragama Hindu)

o Kepentingan Sg Ganges kepada masyarakat di India untuk upacara
penyucian diri

 Dari aspek yang lain : beliau mengupas isu kedudukan dan perkembangan agama
Islam di beberapa negara di Asia Tenggara, China dan lain-lain

2. Gambaran umum tentang negara Islam
 Beliau banyak membuat catatan sejarah negara India semasa pemerintahan

Muhammad Tughliq (era Kesultanan Delhi), Anatolia, Afrika Timur dan Barat serta
negara Maldives.
 Catatan pengembaraan beliau juga menyentuh kota-kota terkenal seperti
Iskandariah, Damsyik, Makkah, Konstantinople, Syiraz dan Isfahan.
 Beliau turut mencatat sejarah perkembangan tempat yang dilawati di Makkah
seperti Masjidil Haram, Kaabah, makam para imam.Hasil pelayaran ini
memberikan gambaran perkembangan yang berlaku di negara-negara Islam.
3. Kepentingan karya al-Rihlah
 Beliau telah merekodkan pengembaraannya dalam kitab Tuhfat al-Nazar. Kitab ini
lebih dikenali sebagai al-Rihlah Ibnu Battutah.
 Hasil catatan beliau telah mendapat perhatian dan menjadi rujukan oleh sarjana
sejarah di seluruh dunia.
 Karya ini diterjemah ke dalam pelbagai bahasa asing seperti bahasa Inggeris,
Perancis, Belanda, Jerman dan sebagainya.
 Karya beliau yang diterjemah dalam bahasa Inggeris oleh Profesor H.A.R. Gibb
dikenali sebagai The Travels of Ibn Battutah.
4. Motivasi kepada pelayar lain
 Kejayaan beliau dalam pelayaran telah menjadi dorongan kepada pelayar Islam
yang lain untuk mengikut jejak langkahnya
 Hasilnya : muncul beberapa tokoh baharu seperti Ibnu Hawqal dan Sulayman al-
Mahri
 Contoh : pada tahun 947 – 973 Masihi : Ibnu Hawqal telah belayar ke Afrika Utara,
Sepanyol, selatan Sahara, negara-negara Arab, Armenia, Azerbaijan dan Sicily
5. Sumbangan dalam bidang geografi
 Sumbangan beliau juga meningkatkan pengetahuan dalam disiplin ilmu geografi

103

 Beliau gemar mencatat keadaan geografi kawasan yang dilawati
 Antara catatan beliau yang penting ialah keadaan iklim khatulistiwa yang tidak

sepanas iklim di Afrika utara
 Catatan ini dapat mempengaruhi saudagar ketika memilih pangkalan pelabuhan

untuk disinggahi oleh mereka
6. Sumbangan dalam bidang sejarah
 Beliau banyak menulis kisah pensejarahan sesebuah negara yang dilawati
 Ketika sampai di negara tersebut : beliau berjumpa dengan pemerintah, wazir dan

pegawai tinggi
 Dalam catatan beliau : banyak dimasukkan fakta yang sahih dan tepat serta

disokong dengan sumber-sumber lain yang berkaitan
 Di kota Konstantinople : beliau mencatat keindahan kota itu yang dilengkapi

dengan pasar, jalan raya yang dibina daripada batu, kewujudan gereja besar
seperti st sophies
 Di Pasai, Sumatera pula beliau gambarkan sebagai kawasan yang amat subur dan
dipenuhi dengan pokok kelapa, cengkih dan gaharu
Kesimpulan
 Kejayaan beliau selama 28 tahun yang merentasi sejauh 120 000 km telah
meletakkan beliau sebaris dengan ahli pelayaran yang terkemuka seperti Marco
Polo. Yang paling penting ialah catatan beliau telah menjadi sumber rujukan
ilmuwan yang berikutnya. Sumbangan beliau telah membantu mencorakkan
perkembangan intelektual sejagat

KE TEMA 2 KE MUKA DEPAN

TEMA 2: PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN
SOALAN 11 : AL MASUDI TELAH MEMBERIKAN SUMBANGAN YANG BESAR
DALAM BIDANG GEOGRAFI DAN PELAYARAN HASIL DARIPADA
PENJELAJAHAN DAN PENYELIDIKAN YANG DILAKUKAN. BINCANGKAN.
Pendahuluan
1. Nama sebenar al-Masudi ialah Abu Hassan ‘Ali bin Husyn bin ‘Ali al-Masudi. Beliau

dilahirkan di Baghdad, Iraq pada tahun 895 M. / 283 H dan dan berketurunan Arab

104

iaitu keturunan Abdullah bin Mas’udi. Meninggal dunia di Fustat, Mesir pada
tahun 956 M./ 345 H.
2. Al-Masudi merupakan seorang pengembara yang menjelajah ke Parsi, India, Sri
Lanka, China, Zanzibar, Lautan Kaspian, Syria dan Oman. Tujuan pelayaran
beliau adalah untuk mendapatkan pengalaman dan mencari ilmu pengetahuan.
3. Pelayaran yang dilalui oleh Al-Masudi ini membolehkan Al Masudi menghasilkan
karya agung yang membawa kepada perkembangan tamadun manusia. Oleh itu
terdapat beberapa sumbangan al Masudi dalam bidang geografi dan pelayaran.
Isi- Isi Utama
Sumbangan Dalam Bidang Geografi
1. Menyokong Teori Determinisme Alam Sekitar
 Al Masudi telah menyokong teori Determinisme Alam Sekitar iaitu satu tanggapan
bahawa faktor persekitaran iaitu iklim yang dipengaruhi oleh planet mempunyai
pengaruh yang rapat dengan sikap manusia.
 Al-Masudi telah mengemukakan pendekatan yang begitu inovatif. Beliau bukan
sahaja mencatat fakta-fakta geografi fizikal dan kemanusiaan dalam karyanya
tetapi juga menggunakan fakta-fakta tersebut untuk menyokong teori tersebut..
 Menurut al-Masudi, iklim yang dipengaruhi oleh planet mempunyai perkaitan rapat
dengan sikap dan kehidupan manusia. Misalnya, al Masudi berpendapat bahawa
iklim pertama dipengaruhi oleh Venus, iklim kedua dipengaruhi oleh Jupiter dan
iklim ketiga oleh bulan.
 Justeru matahari dan bulan dapat menentukan jalan hidup orang dari utara dan
menyebabkan mereka berbakat dalam peperangan sedangkan manusia di selatan
bersifat lebih sederhana dan tafakur. Serta dalam keadaan aman.
 Al -Masudi juga membahagikan dunia kepada dua bahagian iaitu bahagian barat
bagi kawasan garis lintang tinggi dan bahagian timur garis lintang pertengahan.
 Oleh itu, penduduk di kawasan garis lintang tinggi dipengaruhi oleh bulan maka
pendudukanya dikatakan panjang umur.
 Seterusnya, alam sekitar fizikal seperti topografi juga menentukan penghidupan
manusia. Al-Masudi menyatakan bahawa sifat-sifat perwatakan dan gaya hidup
orang Badwi adalah berkaitan dengan persekitaran padang pasir yang
memerlukan ketegasan, kearifan dan kecergasan tubuh badan.

105

 Menurut beliau lagi, pengaruh iklum juga penting. Misalnya kulit orang Turki yang
tinggal di India tidak serupa dengan kulit orang Turki yang tinggal di Turki sendiri.

 Tegasnya teori ini sangat penting pada zaman al Masudi.
2. Menghasilkan Ensiklopedia Geografi
 Al- Masudi juga menyumbangkan hasil karya agungnya Muruj al Dhahab Wa-

Maadin al Jawhar yang boleh dianggap sebagai sebuah ensiklopedia Geografi.
Catatan-catatan yang terdapat dalam buku ini telah memberikan sumbangan
besar kepada perkembangan bidang Geografi dan telah berjaya menggabungkan
disiplin Geografi dengan Sejarah dan menjadikan karya ini sangat menarik selain
lebih relevan dan subjektif.
 Al- Masudi juga memberikan beberapa gambaran tentang gempa bumi, perairan
Laut Mati dan tajuk-tajuk geologi yang lain. Kajian beliau tentang kincir air di
Sijistan merupakan suatu penemuan baru orang Islam.
 Al- Masudi turut menghuraikan tentang gempa bumi yang berlaku di Iskandariah,
Mesir pada tahun 955M yang telah menumbangkan menara Iskandariah di Mesir
dalam Kitab Muruj al Dhahab Ini. Malah beliau juga mengaitkan fenomena alam
semula jadi dengan kehidupan manusia dan juga kepentingan pengaruh iklim.
 Karya al-Masudi ini telah menjadi rujukan penting dalam kalangan penuntut-
penuntut akademi di Eropah.
3. Kajian Geografi Kawasan-Gambaran Persekitaran India
 Dalam geografi kawasan, melalui karya-karyanya beliau cuba menerangkan
secara terperinci mengenai India iaitu kawasan-kawasan Makran, Sind dan pantai
barat benua kecil India iaitu kajian yang setanding dengan apa yang dihasilkan
oleh geografi yang lain seperti Ibn Khurdazbih, Istakhri dan Maqdisi.
 Beliau juga telah membuat kajian tentang tanah fay. Tanah fay ialah tanah yang
diperoleh olh orang Islam tanpa peperangan dan mengkaji perbezaan aspek
wilayahnya.
 Malahan beliau pernah mengkaji flora dan fauna yang terdapat di India iaitu
berhampiran tepi Laut Combay. Antara bahan kajian beliau ialah gajah, burung
kakak tua, burung merak, buah oren, kelapa dan lain-lain.
 Kejayan ini menjadikan al Masudi setanding dengan ahli geografi yang lain.
Sumbangan Dalam Bidang Pelayaran
1. Menyelesaikan Masalah Kalangan Pelaut

106

 Sumbangan al-Masudi dalam bidang pelayaran adalah hasil daripada pengamatan
dan penyelidikan beliau. Al-Masudi telah dapat menyelesaikan beberapa masalah
yang timbul dalam kalangan pelaut dan ahli pelayaran yang keliru tentang nama-
nama sungai yang mereka lalui semasa pelayaran.

 Kebanyakannya dicatat dalam karyanya seperti Muruj al Dhahab dan Akhbar al
Zaman. Antara sumbangannya adalah:

 Beliau telah memberi gambaran yang jelas tentang laluan dari Teluk Parsi ke Laut
China. Sungai yang pertama disebut ialah Bahr al-Fars atau Khasybah al-Basrah.
Di pantai Larwi, terletak bandar-bandar lama seperti Cemur, Subarh, Thana dan
Khambayat, Lautan Hargind, kemudian Kalah, Laut Struff (Sungai Campa) dan
Laut China yang mereka namai Tinji (Cinji).

 Secara terperincinya sungai yang pertama disebut adalah Laut Parsi (bahr al Farsi),
Larwi adalah Laut Semenanjung Arab, Herkin adalah Laut Hindi, Kalah
kemungkinan Teluk Benggala atau Kedah.

 Beliau juga menjelaskan keadaan, lokasi serta aktiviti perdagangan bagi
masyarakat dan pedagang di India setelah beliau tiba pada tahun 303H. Menurut
beliau terdapat 10 ribu orang Arab dan keturunan campuran mereka di Cemur iaitu
pelabuhan Gujerat. Mereka menetap di Khambayat. Mereka membawa susu, nila
dari Bahroach dan menjual tilam di Madsar, Mesir.

 Al Masudi juga telah membetulkan kefahaman dalam kalangan para pelaut. Ini
disebabkan pelaut-pelaut menytakan bahawa setiap laut wujud secara berasingan
berjaya menerangkan kepada ahli pelaut yang mengatakan setiap laut itu
berasingan. Beliau telah membetulkan kesilapan ini dan menyatakan setiap laut
adalah bersambungan seperti Lautan Hindi, Laut China dan Laut Parsi.

 Beliau juga membetulakn kefahaman pelaut bangsa Arab yang menganggap
bahawa Laut Kaspia dan Laut Hitam bersambung. Hasil soal selidiknya dan
bertanya kepada para pelaut mendapati Laut Kaspia dna Laut Hitam adalah tidak
bersambungan.

2. Gambaran Laluan dari Teluk Parsi ke Laut China melalui Karya Muruj Al-
Dhahab.
 Beliau juga berjaya menyelesaikan kekeliruan yang dihadapi oleh pelaut Arab

tentang dua laluan laut dari Eropah ke Sepanyol iaitu Britain dan Ireland melalui

107

lautan Atlantik dan dari Rusia melalui Laut Hitam, Dardeneller dan Laut
Mediterranean.
 Beliau juga telah memperbetulkan tanggapan orang Arab bahawa Laut Kaspia dan
Laut Hitam bersambungan. Hasil kajian yang beliau lakukan mendapati bahawa
laut Kaspia tidak bersambung dengan laut Hitam.
 Al-Masudi dalam karya Muruj al-Dhahab ini juga menerangkan tentang keadaan
muka bumi dan jarak dari benua Eropah hingga ke negeri China. Pada pandangan
beliau, jarak antara dua lokasi ini adalah setengah lingkungan bumi.
 Dalam karya tersebut, beliau menceritakan berkenaan lima remaja yang sombong
yang telah menyeberangi Laut Gelap. Sebahagian mereka selamat dan
sebahagian lagi binasa. Cerita ini menggambarkan bahawa umat Islam telah
sampai ke Amerika beberapa abad sebelum Colombus.
 Penemuan-penemuan ini sebenarnya telah memberikan maklumat yang berguna
kepada pelaut-pelaut yang melakukan pelayaran dan mengelakkan kekeliruan.
Semua ini dapat dijelaskan melalui kitab Muruj al Dhahab.
Kesimpulan
1. Dalam pengembaraannya, Al Masudi banyak membuat penemuan, pemerhatian
dan penyelidikan terutamanya kedudukan laut.
2. Manakala dalam bidang geografi pula, beliau turut menyumbang beberapa
pendapat dan pandangan yang bernas tentang beberapa teori iaitu hasil
pemerhatian dan kajiannya terhadap faktor persekitaran dan keadaan masyarakat
yang hidup di bawah pengaruh faktor fizikal tersebut.
3. Selain ilmu geografi, beliau juga dikenali oleh masyarakat Arab sebagai ‘Herodotus
dan Plinius’ kerana membuat revolusi dalam ilmu sejarah.

KE TEMA 2 KE MUKA DEPAN

TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN
SOALAN 12 : HURAIKAN CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM DI ANDALUSIA PADA

ABAD KE-13 MASIHI
Pendahuluan
1. Abad ke-13 Masihi menyaksikan kemunculan Kerajaan Nasriyyah atau Bani al-

Ahmar. Kerajaan ini merupakan kerajaan terakhir yang wujud di Andalus.

108

2. Kerajaan Nasriyyah terkenal dengan sumbangannya yang membanggakan
khususnya berkaitan dengan pembinaan dan perkembangan seni bina. Kemajuan
seni bina dan seni ukir bukan sahaja berkembang di Granada, malah turut
berkembang di kawasan-kawasan lain yang diduduki oleh orang Islam di Andalus.

3. Kerajaan ini telah meninggalkan satu seni bina agung iaitu Alhambra yang masih
tetap menjadi The Artistic Genius of Muslim Spain.. Seni bina Islam di Andalusia
merangkumi beberapa ciri yang unik.

Isi- isi utama
1. Antara ciri seni bina Islam di Andalus ialah kategori seni bina.
 Hal ini kerana hasil seni bina yang terdapat di Andalus pada tempoh masa ini

terbahagi kepada dua jenis iaitu kesenian yang lahir di Granada dikenali sebagai
“kesenian Granada”, manakala kesenian di luar Granada dipanggil “kesenian
Mudejar”. Kesenian di luar Granada telah dilahirkan bersama-sama oleh orang-
orang Islam dan bukan Islam pada abad ke-13 dan ke-14 Masihi.
 Contohnya, Alcazar di Seville dan Gereja Toledo.
 Kesannya, bangunan bersejarah yang didirikan tetap mempunyai ciri-ciri seni bina
Islam.
2. Selain itu, kebiasaannya bangunan-bangunan yang didirikan mempunyai
ruangan khas yang mempunyai fungsi tersendiri.
 Hal ini disebabkan, di istana terdapat ruang duta, ruang persalinan permaisuri,
ruang persiraman diraja dan lain-lain yang menjanjikan kelebihan dan
keterasingan yang tersendiri dari segi keindahannya.
 Misalnya, istana Alhambra mengandungi beberapa buah bilik yang berukuran
sederhana, dua buah dewan besar serta mempunyai halaman yang dihiasi dengan
kolam air pancut dan taman.
 Tegasnya, hal ini dapat menjamin keselesaan kepada raja dan kerabat diraja yang
mendiami istana berkenaan.
3. Seterusnya, bangunan di Granada, Andalus mempunyai nilai keindahan.
 Hal ini jelas dapat dilihat dengan terukirnya tulisan-tulisan atau kaligrafi yang
mengandungi ayat-ayat al-Quran, puji-pujian, gelaran pemerintah (amir) dan
sebagainya. Begitu juga terdapatnya sebuah syair yang menyentuh kemurnian
agama Islam.

109

 Umpamanya, di pintu Masjid al-Mulk, tertera sepotong tulisan Arab (Azza Maulana
al-Sultan-Abdillah), manakala bahagian dinding masjid dihiasi ukiran berselang-
seli dengan ayat-ayat tulisan Arab. Mihrab masjid pula dipenuhi hiasan yang
berwarna emas termasuk struktur mihrab itu sendiri yang bertatahkan permata
zamrud.

 Jelaslah bahawa seni bina Islam terkenal dengan keindahannya yang tersendiri.
4. Di samping itu, salah satu ciri seni bina Islam ialah pembinaan menara.
 Pembinaan menara yang tinggi adalah bertujuan memudahkan muazzin

melaungkan azan untuk memanggil orang ramai menunaikan solat berjemaah di
masjid.
 Selain itu,terdapat juga dua buah menara yang tinggi dan berkilau telah dibina di
atas banjaran Sierra Nevada. Pembinaan menara ini bertujuan untuk melihat
keindahan Granada dengan taman-taman bunga dan pohon buah-buahan yang
subur menghijau.
 Implikasinya, pembinaan menara bukan sahaja untuk memudahkan tugas
muazzin dan melihat keindahan taman-taman, sebaliknya turut dapat memantau
sebarang pergerakan mencurigakan sebagai langkah keselamatan.
5. Seni bina Islam amat mementingkan teknik pencahayaan.
 Hal ini kerana teknik pencahayaan yang baik akan menyebabkan bahagian dalam
bangunan lebih terdedah kepada pancaran cahaya yang tidak terik. Teknik ini
membolehkan bangunan yang dibina kelihatan cerah, hening dan tenang. Tempat
terbuka atau taman dalam bangunan pula diwujudkan agar dapat membekalkan
oksigen yang segar dan menapis udara kotor serta dapat memberi ketenangan
jiwa.
 Sebagai contoh, istana Alhambra telah dibina dan dilengkapi dengan ciri-ciri
tersebut.
 Tuntasnya, teknik pencahayaan memainkan peranan yang penting dalam
menghasilkan binaan yang mengagumkan.
Kesimpulan
1. Kesimpulannya, keupayaan orang Islam menghasilkan pelbagai bangunan yang
indah dan mempunyai nilai estetika bermula dengan rumah kediaman diikuti
dengan istana serta masjid.

110

2. Hal ini menggambarkan bahawa pemerintahan kerajaan Nasriyyah pada tempoh
masa tersebut tidak mengabaikan bidang kesenian.

3. Perkembangan seni bina Islam pada ketika ini menunjukkan bahawa berlakunya
perkembangan dalam tamadun Islam dan membuktikan kejayaan umat Islam pada
masa lampau.

KE TEMA 2 KE MUKA DEPAN

TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN
SOALAN 13 : HURAIKAN CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM DI INDIA PADA ZAMAN
KEKUASAAN KERAJAAN MUGHAL.
Pendahuluan
1. Seni bina ialah, bidang seni untuk mendirikan bangunan,reka bentuk dan reka

letak yang dibina oleh manusia. Seni bina Islam merupakan satu daripada cabang
kebudayaan dan kesenian Islam.
2. Seni bina ini juga merupakan hasil usaha dan kreativiti orang Islam untuk
memenuhi keperluan rohani dan jasmani. Zaman kekuasaan Kerajaan Mughal
memperlihatkan perkembangan seni bina yang menggabungkan seni bina Arab
dengan seni bina tempatan dan Parsi.
3. Terdapat pelbagai ciri seni bina Islam di India pada zaman kekuasaan Kerajaan
Mughal.
Isi- isi utama
1. Pengaruh luaran dalam seni bina tempatan
 Dipengaruhi oleh budaya dan persekitaran,agama dan cuaca
 Turut dipengaruhi seni bina Arab,Turki dan Parsi
 Contohnya Masjid Lapan Mutiara yang terdapat di Agra.Menaranya dihiasi dengan
kaligrafi Arab.Manakala kubahnya merupakan gabungan kubah gaya Parsi dan
tempatan dengan bentuk baharu berupa bunga teratai dengan puncak yang
meruncing
 Kubah utama Taj Mahal pula direka oleh Ismail Khan dari Turki
 Tegasnya,gabungan pengaruh tersebut telah menjadikan seni bina pada masjid
khususnya kelihatan indah dan unik.

111

2. Motif corak hiasan
 Corak hiasan bermotifkan ukiran dan kaligrafi ayat-ayat al-Quran di istana dan

masjid
 Ukiran pada seni bina ini bermotifkan dakwah
 Kebanyakan corak hiasan seni bina Islam di India mencerminkan simbolik antara

alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan yang dibentuk berdasarkan
jambangan bunga dan bentuk geometri
 Contohnya;ayat-ayat al-Quran yang menjadi hiasan utama pada dinding Taj Mahal
terdiri daripada Surah Yasin,Surah Zumar,Surah al-Mulk dan Surah al-Ikhlas.Huruf
khat Thuluth menjadi seni huruf utama yang digunakan.
 Hampir keseluruhan Masjid Jamek pula dihiasi dengan kaligrafi al-Quran terutama
pada mimbar di mihrab
 Kesan daripada keindahan tersebut dapat memukau setiap pengunjung dan
mewujudkan suasana yang harmoni serta tenang.
3. Bahan binaan
 Bahan binaan terdiri daripada batu dan kayu sebagai sumber asas
 Kebanyakan bahan binaan adalah mahal dan berkualiti seperti batu marmar dan
batu-batuan merah
 Batu-bata dijadikan asas binaan bangunan-bangunan yang terdiri daripada
pelbagai saiz
 Susunan bangunannya pula selari mengikut grid-grid tertentu
 Perhiasan pada permukaan dinding bangunan dihiasi dengan lukisan mozek dan
bahan seramik serta lukisan-lukisan daripada teknik stucco
 Contohnya; bumbung,kubah dan menara Taj Mahal diperbuat daripada marmar
berwarna putih serta seni mozek yang indah.Sebanyak 43 jenis batu permata
termasuk berlian,jed,kristal,topaz dan nilam digunakan
 Contoh lain; istana Fatehpur Sikri yang didirikan oleh Maharaja Akbar dibina
daripada batu merah yang disusun dengan saiz yang agak besar
 Penggunaan bahan-bahan binaan tersebut dapat menjamin keindahan yang
menakjubkan serta kukuh sehingga berabad-abad lamanya.
4. Kompleks pelbagai guna
 Pembinaan istana dan masjid dalam sebuah kompleks yang mengandungi
pelbagai kemudahan

112

 Contohnya;Kompleks Fatehpur Sikri iaitu merupakan sebuah bandar.Kompleks ini
mengandungi istana,pentadbiran dan perbendaharaan,bangunan
sekolah,kawasan permainan, masjid, gerbang, tempat persinggahan
musafir,dewan,rumah-rumah pekerja,hospital dan bilik rekod

 Contoh lain;Kota Agra yang mengandungi pelbagai kemudahan termasuk masjid
dan istana serta istana Taj Mahal yang terdapat bahagian makam,dewan,taman
rekreasi,masjid dan menara tinjau

 Jelaslah bahawa seni bina Islam bukan sahaja unik dan istimewa tetapi juga
menyediakan pelbagai kemudahan .

5. Ciri keselamatan
 Seni bina Islam juga menitik beratkan ciri keselamatan
 Terdapat pintu gerbang yang terpisah oleh sebuah lorong dan kawasan lapang

yang memisahkan pintu gerbang kedua dengan bangunan istana.
Contohnya;istana di Fatehpur Sikri. Manakala istana Taj Mahal pula mempunyai
menara tinjau .
 Tegasnya;ciri-ciri keselamatan juga diberi keutamaan untuk mengelakkan
sebarang ancaman.
6. Menara tinggi yang dihiasi indah
 Bangunan masjid zaman kekuasaan Mughal turut dilengkapi dengan menara-
menara yang dihiasi indah
 Contohnya;Menara Qutubminar yang mencecah 70 meter tinggi dan terdiri
daripada lima tingkat
 Selain itu terdapat empat menara yang mempunyai ketinggian lebih kurang 46
meter menghiasi setiap penjuru Taj Mahal
 Masjid Jamek pula mempunyai dua menara setinggi 40 meter dan terdapat tiga
pintu gerbang utama
 Tegasnya; pembinaan menara yang tinggi menambah keindahan dan
keunikannya.
7. Pancutan air
 Unsur pancutan air dalam seni bina taman bunga di India membuktikan adanya
pengaruh tamadun Islam khasnya Arab
 Kebanyakan bangunan istana Kesultanan Mughal dihiasi taman-taman bunga
yang indah dihiasi pancutan air

113

 Contohnya;pada zaman pemerintahan Syah Jehan banyak taman-taman bunga
didirikan seperti Taman Bunga Shalamah di Lahore,Taman Dara Shikoh di
Kashmir dan Taman Shalamar Bagh di Delhi. Taj Mahal pula didirikan di hujung
sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkuk awan yang
menawan. Seni bina di India mementingkan keindahan sesuai dengan Islam yang
suka akan keindahan dan kebersihan.

8. Berkonsepkan Masjid
 Setiap masjid mempunyai kubah berbentuk bawang dan bunga teratai yang

puncaknya meruncing. Contohnya; kubah Istana Taj Mahal berbentuk octagon
yang diapit oleh empat menara meruncing
 Masjid Jamek Delhi pula mempunyai tiga kubah yang dihiasi marmar hitam dan
putih.Bahagian atasnya berhiaskan emas
 Kubu Kota Merah dilengkapi pembinaan dua buah kubah
 Manakala Makam Humayun mempunyai kubah dan mihrab yang berkonsepkan
masjid.
 Jelaslah bahawa binaan yang berkonsepkan masjid seperti kubah dan mihrab itu
dibina kerana masjid dan tamadun Islam mempunyai ikatan yang sangat kuat.
Kesimpulan
1. Terdapat pelbagai ciri seni bina Islam di India zaman kekuasaan Mughal. Seni
bina pada zaman tersebut mengadunkan seni bina tempatan dengan Arab,Parsi
dan Turki.
2. Sumbangan kerajaan Mughal sangat besar dalam bidang kebudayaan khususnya
dari aspek seni bina. Kehebatan seni bina Mughal di India terbukti apabila
bangunan Taj Mahal dan Kota Merah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh
Unesco.

KE TEMA 2 KE MUKA DEPAN

114

TEMA 3: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

NO. SOALAN NAMA
GURU
1. Sejauh manakah faktor politik mempengaruhi kejatuhan Kerajaan Turki Kesavan
Uthmaniyah pada awal abad ke-20.
Shalini
2. Analisiskan faktor yang perluasan kuasa barat terhadap Wilayah Turki
Uthmaniyah pada abad ke-18 hingga ke-20. Virmala

3. Nilaikan Peranan Ahmad Urabi dalam gerakan penentangan terhadap Rudiana
campurtangan British di Mesir pada abad ke-19 Masihi.
Kesavan
4. Bincangkan reaksi masyarakat di Algeria terhadap penjajahan kuasa barat
dari abad ke-18 hingga abad ke-20 Masihi. Mr. Yeoh

5. Bincangkan peranan Rashid Reda dalam kemunculan gerakan nasionalisme Zati
pada akhir abad ke-20 Masihi. Masturah
Azman
6. Jelaskan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke-19
hingga awal abad ke-20 Masihi. Azman

7. Bincangkan faktor kemunculan gerakan gerakan nasionalisme di Mesir pada Saraswathy
abad ke-19 hingga abad ke-20 Masihi.
Ainon
8. Bincangkan faktor penglilbatan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Rosmanira
Pertama.

9. Huraikan proses penglibatan Turki Uthmaniyah semasa berlakunya Perang
Dunia Pertama.

10. Jelaskan faktor- faktor pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke-20
Masihi.

11. Jelaskan faktor politik yang membawa kepada pembentukan negara bangsa
Turki pada abad ke-20.

115

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
SOALAN 1:SEJAUH MANAKAH FAKTOR POLITIK MEMPENGARUHI
KEJATUHAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH PADA AWAL ABAD KE 20.
Pendahuluan
1. Kerajaan Turki Uthmaniyyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul bin Sulaiman Shah

pada 1281 dan mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan
Sulaiman al- Qanuni atau lebih dikenali sebagai Sulaiman “Yang Agung” kerana
kehebatan dan kemasyurannya.
2. Namun selepas kemangkatan baginda,Turki Uthamaniyyah mulai mengalami
kemerosotan. Faktor politik merupakan faktor utama yang menyebabkan
kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah pada awal abad ke20.
Isi-isi utama
1. Faktor Kelemahan Pemerintah. (Politik)
 Faktor politik merupakan perkara pokok yang menyebabkan empayar Turki
Uthmaniyah mengalami kemerosotan. Faktor politik ini termasuk kelemahan
kepimpinan dan pentadbiran yang menyumbang kepada kemerosotan dan
kehancuran kerajaan Turki Uthmaniyah. Sebagai contoh tiada pelan peralihan
kuasa (succesion plan). Ini kerana tiada mekanisme dalam pelantikan pengganti
khalifah yang layak untuk meneruskan pemerintahan di mana kebanyakkan
mereka mewariskan kepimpinan kepada anak-beranak atau ahli keluarga.
 Perebutan jawatan juga sering terjadi kerana tiada pelan peralihan kuasa yang
disepakati dan ini menjejaskan keutuhan pemerintahan Turki Uthmaniyah.
Kelemahan kepimpinan ini juga menyebabkan kerajaan dikuasai oleh isteri atau
ibu sultan (harem) atau kelompok tertentu dalam istana.
 Jelaslah bahawa kelemahan pemerintahan telah menyebabkan kemerosoton
kerajaan Turki Uthmaniyyah kerana telah muncul golongan yang berani mengkritik
amalan autokrasi institusi Sultan (khalifah) seperti Golongan Uthmani Muda yang
mendesak pelaksanaan sistem parlimen yang lebih menepati sistem syura.
2. Kelemahan dalam sistem ketenteraan (Politik)
 Pembubaran pasukan elit tentera Janissari oleh Sultan Mahmud II pada awal abad
ke-19M telah memberi impak negatif berpanjangan kepada kerajaan Turki
Uthmaniyah. Tentera Janissari merupakan tunjang kekuatan Turki Uthmaniyah
dan kuasa yang dapat mengimbangi kekuasaan mutlak sultan.

116

 Satu lagi bukti kelemahan ialah pemodenan militer tidak diseimbangi dengan
peningkatan disiplin, ilmu dan teknologi ketenteraan menyebabkan kerajaan Turki
Uthmaniyah tidak mampu berhadapan dengan persenjataan Barat yang lebih maju
di medan perang.

 Jelaslah bahawa kelemahan dalam sistem ketenteraan telah membawa kepada
kemunculan pegawai-pegawai muda tentera yang memainkan peranan penting
dalam komplot rampasan kuasa untuk menggulingkan institusi kesultanan Turki
Uthmaniyah termasuklah Mustafa Kamal Attaturk.

3. Peranan Turki Muda (Faktor Lain)
 Kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyah awal abad ke-20M membawa kepada

kemunculan gerakan Uthmani Muda, Turki Muda dan gerakan sekular. Era
kebangkitan golongan Uthmani Muda, khalifah masih mampu bertahan. Namun
pada era rejim Turki Muda, mereka berjaya mendominasi pentadbiran kerajaan
dan ketenteraan. Mereka berusaha memodenkan bidang pentadbiran kerajaan
dan membubarkan institusi kesultanan Turki Uthmaniyah.
 Jelaslah bahawa sekularisme yang menjadi prinsip utama dalam proses
pemodenan Turki dan seterusnya melemahkan pengaruh Islam yang dinaungi
oleh khalifah dan akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan Turki
Uthmaniyyah.
4. Kemerosotan Ekonomi Kerajaan Uthmaniyyah. (Ekonomi)
 Selain faktor politik yang menjadi penyebab utama, faktor kemerosotan ekonomi
juga menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Buktinya,
pada penghujung era kerajaan Turki Uthmaniyah, mereka terpaksa menanggung
beban hutang yang dipinjam dari bank-bank riba Eropah. Contohnya, pada era
pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876-1909M) kerajaan Turki Uthmaniyah
berhutang sebanyak 200 juta pound sterling.
 Malahan korupsi, pemborosan dan kekalahan berterusan di medan perang
semakin menjejaskan dana kerajaan Turki Uthmaniyah. Pendapatan negara
semakin berkurang sementara perbelanjaan semakin besar terutamanya untuk
membiayai peperangan.
 Kebergantungna Kerajaan Turki Uthmaniyah kepada Barat bagi mendapatkan
bekalan makanan, peralatan dan modal perbelanjaan bagi tujuan pembangunan

117

negara melemahkan kerajaan Turki Uthmaniyyah dan akhirnya menjadi faktor
kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah pada aawl abad ke-20M.
5. Pengaruh Luar
 Kebangkitan dan persaingan kuasa barat untuk menguasai wilayah Turki
Uthmaniyyah turut menjadi faktor mempercepatkan kejatuhan dan kehancuran
empayar Turki Uthmaniyah. Sebagai contoh, gerakan Renainsans telah
melahirkan perubahan besar dalam sejarah dunia Islam iaitu kebangkitan Eropah
dan kemunduran dunia Islam khususnya empayar Turki Uthmaniyah. Kemajuan
dari aspek ilmu pengetahuan dan teknologi mendorong berlakunya imperialisme
Barat ke dunia Islam yang sedang melalui fasa kelemahan.
 Peperangan yang berlaku antara Turki Utmaniyyah dengan kuasa barat seperti
Rusia ditamatkan dengan beberapa siri perjanjian juga menampakkan lagi
kelemahan dan kemorosotan kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam mempertahankan
wilayahnya.
 Jelaslah bahawa pengaruh luar nyata menjadi punca penting kepada kejatuhan
kerajaan Turki Uthmaniyah terutamanya dengan kebangkitan semula Eropah
selepas zaman Gelap.
Kesimpulan
1. Kelemahan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial Turki uthmaniyyah
menyebabkan empayar ini berakhir pada 1924 dengan tertubuhnya republik Turki.
2. Jawatan khalifah juga dihapuskan dan diganti dengan jawatan Presiden.
3. Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah juga memberi kesan yang buruk bukan
sahaja kepada Turki Uthmaniyyah bahkan terhadap seluruh umat Islam.

KE TEMA 3 KE MUKA DEPAN

TEMA 3: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
SOALAN 2: ANALISISKAN FAKTOR PELUASAN KUASA BARAT TERHADAP
WILAYAH UTHMANIYAH DARI ABAD KE-18 HINGGA 20 MASIHI
Pendahuluan
1. Kerajaan Uthmaniyah yang diasaskan oleh Uthman Ertuhgrul pada tahun 1289

merupakan empayar Islam terbesar yang memerintah lebih 600 tahun.

118

2. Akhir abad ke-17 Masihi kerajaan Uthmaniyah berhadapan dengan pelbagai
masalah dalaman dan luaran termasuk kelemahan pemerintah, masalah birokrasi,
ketenteraan, kemerosotan ekonomi dan pemberontakan.

3. Pada abad ke-19 Masihi, empayar Uthmaniyah mula memasuki fasa kemerosotan
apabila terpaksa menghadapi pencaturan politik kuasa-kuasa Barat.

4. Akhir abad ke-20M, seluruh dunia Islam berada dalam kekuasaan dan pengaruh
Barat termasuk wilayah-wilayah kekuasaan empayar Uthmaniyah.

5. Gerakan peluasan kuasa Barat ini bagi memenuhi kepentingan politik, ekonomi
dan social mereka berdasarkan semangat god, gold and glory.

Isi- isi utama
A. Faktor politik

1. Persaingan kuasa-kuasa barat
 Dasar imperialisme mencetuskan persaingan kuasa-kuasa Barat seperti Britain,

Perancis, Rusia dan sebagainya untuk meluaskan tanah jajahan khasnya di
wilayah-wilayah Islam. Mereka juga sanggup mengadakan pakatan bagi
merealisasikan misi menguasai dunia Islam. Persaingan ini mempercepatkan
kemaraan kuasa-kuasa Barat ke atas wilayah-wilayah yang berada di dalam
empayar Uthmaniyah.
 Kuasa-kuasa Barat bercita-cita meluaskan empayar masing-masing bagi
meningkatkan imej sebagai kuasa utama dunia. Kejayaan menguasai kerajaan
Uthmaniyah yang dianggap kuasa Islam terkuat ketika itu akan menyerlah imej dan
kehebatan kuasa barat.
2. Perubahan dasar perhubungan antarabangsa
 Berlaku perubahan dalam hubungan antarabangsa barat iaitu dari dasar
persahabatan dan dasar perlindungan kepada dasar campur tangan ekoran
pergolakan politik dalam wilayah Uthmaniyah. Sebelum ini pihak Barat
mengamalkan dasar berkecuali dan dasar perlindungan bagi menjaga
kepentingan perdagangan mereka. Situasi politik yang tidak stabil akibat
pemberontakan member alasan kepada kuasa Barat mencampuri urusan
pentadbiran dan pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.

119

3. Dasar pecah dan perintah
 Polisi luar terpenting yang diamalkan oleh kuasa-kuasa Barat untuk menguasai

wilayah Uthmaniyah ialah dasar pecah dan perintah. Impaknya, bangsa-bangsa
Islam yang berada dalam empayar Uthmaniyah seperti Turki, Arab, Mesir,
Armenia, Kurdis dan lain-lain mula membina jenama kebangsaan mereka sendiri.
 Kuasa-kuasa Barat menjalankan konspirasi memusnahkan empayar Turki dengan
menggunakan fahaman nasionalisme dan berpuak-puak sehingga mereka berjaya
menggugat kestabilan politik empayar Uthmaniyah. Dasar ini akhirnya
melemahkan kesatuan ummah yang sejak sekian lama dinaungi oleh khalifah
Uthmaniyah dan memudahkan kuasa Barat menghancurkan kekuatan empayar
Uthmaniyah yang dianggap ancaman utama kepada pengaruh Kristian Eropah.
4. Konflik sempadan Uthmaniyah dan Rusia
 Konflik sempadan antara Rusia, Austria-Hungary dengan wilayah Uthmnaiyah
merupakan faktor peluasasn kuasa Barat berkenaan ke atas empayar Islam
Uthmaniyah.
 Peluasan kuasa Rusia terhadap kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1877-1878
berpunca daripada keazaman Rusia untuk mendapatkan semua wilayah-
wilayahnya yang terlepas dalam Perang Crimea.
 Kejayaan Rusia dalam perang seterusnya menyebabkan Uthmaniyah kehilangan
banyak wilayahnya termasuk Serbia, Montenegro dan Caucasus.
5. Kelemahan pemerintah Uthmaniyah
 Kelemahan kepimpinan dan pentadbiran menyumbang kepada kemerosotan dan
kehancuran kerajaan Uthmaniyah.
 Kebergantungan sistem birokrasi kepada kemampuan seorang sultan dalam
mengendalikan pemerintahan menjadikan institusi politik ini tidak memenuhi
tuntutan semasa. Ini juga membuka peluang dan ruang kepada golongan elit politik
untuk kepentingan peribadi.
 Kelemahan kepimpinan ini juga menyebabkan kerajaan dikuasai oleh isteri atau
ibu sultan (harem) atau kelompok tertentu dalam istana
 Kelemahan kepimpinan semakin terserlah apabila ketidakmampuan khalifah dan
kerajaan Uthmaniyah dalam menghadapi kemaraan imperialisme Barat.
Kelemahan kerajaan semakin nyata apabila terpaksa tunduk kepada tekanan

120

kuasa barat seperti melaksanakan tanzimat mengikut acuan Barat dalam pelbagai
bidang termasuk pentadbiran dan social.
 Wilayah kekuasaan yang sangat luas merangkumi wilayah di Asia, Afrika dan
Eropah merumitkan lagi keadaan, ditambah dengan sistem pemerintahan yang
lemah dan tidak teratur. Wilayah yang luas ini didiami oleh pelbagai bangsa dan
kerajaan memerlukan kecekapan pentadbiran.
B. Faktor ekonomi
1. Revolusi perindustrian
 Kepentingan ekonomi merupakan salah satu faktor penting gerakan peluasan
kuasa-kuasa Barat ke atas wilayah Islam Uthmaniyah
 Perkembangan revolusi industry di Eropah pada abad ke-18M meningkatkan lagi
tekanan terhadap keperluan memiliki tanah jajahan yang mempunyai kekayaan
hasil buminya. Para pelabur Eropah turut menyokong gerakan peluasan kuasa ini
bagi memenuhi keperluan kilang-kilang.
 Memiliki tanah jajahan juga dapat meluaskan pasaran produk industry kuasa-
kuasa Barat.
2. Keperluan bahan mentah
 Menjelang abad ke-18M, kuasa Barat memerlukan bahan mentah. Britain
memerlukan arang batu untuk menggerakkan enjin, lokomotif dan kapal laut
berkuasa wap.
 Para pemodal Eropah telah menanam modal di wilayah-wilayah Uthmaniyah
termasuk di Afrika Utara dengan membuka ladang, lombong, mengimport buruh
dan sebagainya. Pemodal Perancis pula berjaya menguasai Algeria, wilayah
Uthmaniyah yang kaya-raya dengan sumber bumi.
 Penemuan minyak mentah di wilayah Uthmaniyah, khasnya di Iraq dan Iran
menambahkan lagi minat kuasa-kuasa Barat untuk meluaskan tanah jajahan.
Mereka menggunakan pelbagai helah untuk mendapatkan konsesi cari gali
minyak. Kepentingan minyak dalam revolusi perindustrian mencetuskan konflik
antara negara-negara Eropah dalam usaha menguasai wilayah Turki Uthmaniyah.
 Tindakan Jerman memasuki era perlumbaan merebut harta kekayaan kerajaan
Turki Uthmaniyah membimbangkan kuasa-kuasa Barat lain. Awal abad ke-20M,
persaingan menguasai sumber minyak semakin ketara apabila banyak kawasan
petroleum ditemui di Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain.

121

3. Kepentingam Terusan Suez
 Kepentingan Terusan Suez menyebabkan kuasa-kuasa Barat menggiatkan usaha

untuk menguasai wilayah Uthmaniyah, khasnya Mesir.
 Menguasai Terusan Suez bermakna menguasai jalan perdagangan dua hala

terpenting dunia dan secara langsung dapat menambahkan kekayaan negara.
Terusan Suez menjadi pilihan para pedagang Asia dan Barat kerana ia
menjimatkan masa dan kos perdagangan tanpa perlu mengelilingi benua Afrika.
 British amat berminat menguasai Terusan Suez kerana sebilangan besar kapalnya
melalui terusan ini, khasnya menuju ke India. Justeru, British telah membeli saham
kompeni Terusan Suez.
4. Mengembangkan sistem ekonomi kapitalis
 Gerakan imperialisme Barat ke atas wilayah Uthmaniyah merupakan percubaan
bangsa Eropah untuk menerapkan sistem ekonomi kapitalis yang akhirnya
menjadikan kebergantungan ekonomi umat Islam kekal berada dalam cengkaman
mereka.
 Buktinya, krisis kewangan dan ekonomi Mesir yang berpunca daripada usaha
pembangunan Terusan Suez, Empangan Aswan dan industry gula menyebabkan
kerajaan Uthmaniyah mengalami konflik hutang yang meruncing. British
mengambil kesempatan dengan menawarkan pinjaman yang akhirnya berjaya
menguasai ekonomi Mesir.
C. Faktor sosial
1. Agama
 Sentimen keagamaan memainkan peranan utama dalam gerakan peluasan kuasa
Barat ke atas wilayah Uthmaniyah.
 Buktinya, peranan dan restu pihak gereja dan tokoh-tokoh agama Kristian di
sebalik misi penjelajahan dan penjajahan kuasa Barat.
 Mereka menganggap misi peluasan kuasa ke atas tanah jajahan merupakan suatu
tugas suci dan agung dalam usaha menjayakan gerakan kristianisasi. Matlamat
agama ini menyebabkan golongan gereja sanggup mengenepikan kekejaman,
penindasan dan kezaliman dalam misi penjajahan yang dilakukan oleh kuasa-
kuasa Barat ke atas dunia Islam.

122

2. Permasalahan Timur dan modenisasi
 Kuasa-kuasa barat menggunakan alasan ‘Permasalahan Barat’ (The Eastern

Question) dan konsep modenisasi untuk menghalalkan campur tangan mereka
dalam hal ehwal politik dan sosial antarabangsa.
 British dan Belanda menggunakan slogan beban orang putih dan takdir tuhan
manakala Perancis menggunakan slogan ‘tugas menyebarkan tamadun’.
 Kuasa-kuasa Eropah ini mendakwa mereka lebih maju dan berkewajipan untuk
mentamadunkan penduduk dunia, khasnya di wilayah-wilayah Islam. Mereka
memburukkan Islam sebagai agama yang menghalang kemajuan.
3. Kegagalan tanzimat dan isu Balkan
 Dasar tanzimat yang dilakukan oleh pemerintah Uthmaniyah membuktikan kuasa-
kuasa barat berjaya memainkan isu-isu penindasan terhadap penganut Kristian di
wilayah-wilayah Balkan untuk menghalalkan campur tangan mereka dalam bidang
sosio-politik.
 Kegagalan Tanzimat dan isu Balkan melemahkan Kerajaan Turki Uthmaniyyah
dan akhirnya memudahkan perluasan kuasa barat ke atas wilayah Turki
Uthmaniyyah.
4. Gerakan sekularisasi
 Dasar imperialisme merupakan sebahagian perancangan kuasa Barat untuk
menjajah minda dan pemikiran umat Islam Uthmaniyah dengan penerapan dasar-
dasar sekular dalam bidang pendidikan dan komunikasi.
 Mereka menyebarkan nilai-nilai Barat ke dalam masyarakat pribumi, khasnya
golongan elit tempatan. Kuasa-kuasa Barat memuji golongan berpengaruh yang
menerima konsep hidup moden khasnya tokoh-tokoh sekular Turki Uthmaniyah
seperti Mustafa Kamal Attaturk, Midhat Pasha, Zia Gokalp dan sebagainya.
 Pihak Barat Berjaya memasukkan jarum-jarum pemikiran secara halus dan
perlahan-lahan atas nama tamadun, kemajuan, modenisasi dan seumpamanya
sehingga tanpa disedari rakyat pribumi terpengaruh dengan cara hidup asing dan
melupakan identitinya sendiri.
Kesimpulan
10. Perluasan kuasa barat ke atas wilayah Turki berlaku melalui pelbagai cara seperti
peperangan dan perjanjian, meghasut wilayah Turki supaya membebaskan diri
daripada naungan Turki Uthmaniyyah dan sebagainya.

123

11. Kemunck kepada perluasan kuasa barat ke atas wilayah Turki Uthmaniyyah ialah
apabila Kerajaan Turki Uthmaniyah terlibat dalam Perang Dunia Pertama.

12. Kekalahan Turki Uthmaniyyah dalam PD1 menyebabkan kuasa-kuasa Barat
membahagikan wilayah Uthmaniyah sesama mereka.

13. Kelemahan dan kemerosotan kerajaan Uthmaniyah membawa kepada perluasan
kuasa barat dan akhirnya membawa kepada penubuhan negara bangsa Turki
yang menamatkan sistem pemerintahan khalifah Islamiah.

14. Kejatuhan empayer Turki Uthmaniyyah menamatkan system pemerintahan
khalifah yang diasaskan sejak zaman khulafa al-rasyidin.

KE TEMA 3 KE MUKA DEPAN

TEMA 3: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
SOALAN 3: NILAIKAN PERANAN AHMAD URABI DALAM GERAKAN
PENENTANGANN TERHADAP CAMPUR TANGAN KUASA ASING DI MESIR
PADA ABAD KE-19 MASIHI.
Pendahuluan
1. Mesir merupakan wilayah empayer Turki Uthmaniyyah sejak abad ke-16.
2. Perancis berjaya menakluki Mesir pada tahun 1798 hingga 1801. Pendudukan

Perancis meninggalkan kesan kepada pemikiran pendudukan Mesir kerana
Perancis memperkenalkan tamadun barat.
3. Namun Turki Uthmaniyyah dengan bantuan British berjaya menghalau Perancis
keluar dari Mesir pada tahun 1881. Bermulalah penguasan Turki Uthmaniyyah dan
British secara tidak langsung ke atas Mesir mulai tahun 1801 hingga 1882. Turki
Uthmaniyyah melantik wakilnya di Mesir dengan persetujuan British.
4. Pemberontakan Kolonel Ahmad Urabi pada tahun 1881-1882, mempunyai makna
yang besar dalam sejarah Mesir kerana gerakan ini bersifat kebangsaan.
5. Gerakan ini juga menandakan berakhirnya penguasaan kerajaan Uthmaniyah
terhadap Mesir dan bermulanya penguasaan British sepenuhnya.
6. Pada awal perjuangan, Gerakan Ahmad Urabi merupakan gerakan anti kuasa
asing iaitu Perancis, British dan Turki. Namun, akhirnya gerakan ini menuntut
perubahan dalam pentadbiran dan pemerintahan Mesir.

124

Isi-isi utama
1. Memimpin gerakan pemberontakan dalam kalangan tentera tempatan Mesir
 Pemberontakan terhadap pentadbiran British di Mesir telah dimulakan oleh

golongan tentera yang dipimpin oleh Kolonel Ahmad Urabi.
 Pemberontakan ini merupakan gerakan yang benar-benar bersifat Mesir kerana ia

dipimpin oleh para pemimpin yang berketurunan Mesir asli. Mereka berjuang bagi
mempertahankan kepentingan Mesir di bawah pengaruh tempatan.
 Golongan Turki-Circassia dan mereka yang rapat dengan pihak istana memiliki
taraf istimewa dalam bidang pentadbiran dan ketenteraan sejak zaman
penguasaan Turki Uthmaniyah ke atas Mesir.
 Dominasi golongan ini telah menimbulkan ketegangan dengan golongan tentera
fellahin (tentera tempatan Mesir) yang mendapati diri mereka tidak diberikan
peluang yang sama dalam urusan kenaikan pangkat. Era kemelesetan ekonomi
menyaksikan saiz tentera Mesir dihadkan. Ramai tentera fellahin diberhentikan
perkhidmatannya manakala tentera Turki-Circassia dikekalkan.
 Kekalahan dalam pertempuran di Ethiopia pada tahun 1870-an turut menimbulkan
kegelisahan dan tidak puas hati tentera Mesir. Kegagalan ini melemahkan jiwa dan
menimbulkan perasaan marah terhadap pemerintah Mesir berikutan wujudnya
kepincangan dalam kerajaan.
 Situasi ini menyebabkan para anggota tentera Mesir yang majoritinya golongan
fellahin telah bergabung dengan tiga kolonel iaitu Ahmad Urabi, Ali Fahmi dan
Sami al-Barudi.
2. Memimpin gerakan penentangan golongan awam fellahin
 Sebelum meletusnya Pemberontakan Urabi 1881-1882, di Mesir telah muncul dua
golongan penentang terhadap penguasaan asing.
 Pertama, penentang golongan awam yang terdiri daripada para bangsawan,
pegawai kerajaan, ulama dan tuan tanah daripada keturunan fellahin. Kedua,
kumpulan pegawai tentera Mesir berketurunan fellahin.
 Golongan tuan tanah fellahin menerima tekanan dari peminjam wang
berketurunan Lebanon Kristian. Kadar faedah pinjaman riba yang tinggi
mengakibatkan golongan ini gagal membayar hutang dan tanah mereka dirampas
tanpa tolak ansur. Selain itu, golongan ini turut menanggung beban cukai yang

125

tinggi dalam bidang pertanian oleh pihak pemerintah bagi memuaskan kehendak
pemodal asing yang menagih hutang kerajaan sebanyak £100 juta.
 Ahmad Urabi berjanji untuk mengurangkan bebanan cukai yang ditanggung
golongan fellahin dan menghukum peminjam wang.
 Keadaan yang serba menindas ini menyebabkan golongan fellahin ini menyokong
pemberontakan Ahmad Urabi.
3. Menubuhkan pakatan sulit dalam tentera Mesir
 Kolonel Ahmad Urabi bersama Kolonel Ali Fahmi dan Kolonel Sami al-Barudi
menubuhkan pakatan sulit dalam tentera tempatan Mesir.
 Objektif utama pakatan sulit ini ialah berjuang menentang kepimpinan Turki-
Circassia yang membolot jawatan-jawatan tinggi dalam tentera Mesir.
 Pakatan sulit tentera pimpinan Ahmad Urabi ini juga bertujuan mengatasi
keruntuhan akhlak dalam masyarakat Mesir, diskrimiansi sosial dan kemelesetan
ekonomi akibat kepincangan dalam pemerintahan Mesir.
4. Menubuhkan Parti Kebangsaan
 Kolonel Ahmad Urabi dengan galakan Khedif Ismail telah menubuhkan al-Hizb al-
Watani (Parti Kebangsaan).
 Antara perjuangan parti ini adalah cuba menghapuskan pengaruh asing dalam
pentadbiran Mesir, menjamin agar hutang piutang asing dibayar dengan syarat
harta rakyat Mesir tidak dirampas dan menyeru agar kuasa khedif (wakil kerajaan
Uthmaniyah di Mesir) dipulihkan kembali serta segala pendapatan daripada
perkhidmatan keretapi Mesir dipulangkan kepada kerajaan Mesir sendiri.
 Namun segala usaha ini gagal, apabila pihak British dan Perancis telah
mengenakan tekanan balas hingga menyebabkan Khalifah Uthmaniyah bersetuju
untuk melucutkan jawatan Khedif Ismail dan menggantikan dengan anaknya
Khedif Taufiq (boneka British) pada tahun 1879.
 Di sebalik kegagalan ini, golongan yang tertindas serta petani yang dikenakan
cukai yang membebankan mula menyokong langkah pihak tentera pimpinan
Ahmad Urabi untuk menghalang campur tangan asing dan menentang
pemerintahan autokratik Khedif Taufiq di Mesir.

126

5. Pemberontakan Urabi 1881-1882

 Kemuncak konflik antara rakyat tempatan dan pihak British serta Khedif Taufiq

akhirnya membawa kepada meletusnya Pemberontakan Urabi pada tahun 1881

hingga 1882.

 Penghujung tahun 1881, Ahmad Urabi dan para penyokongnya telah merampas

kuasa dari Khedif Taufiq. Situasi ini memaksa Khedif Taufiq meminta perlindungan

British.

 Rusuhan berlaku di hilir Mesir dan beberapa orang Kristian telah dibunuh.

 Bagi memulihkan kembali keamanan dan menguasai Terusan Suez yang

strategik, maka British memutuskan untuk menceroboh Mesir secara langsung

pada tahun 1882.

 Akhirnya, pada bulan Julai 1882, British telah menghantar armada tentera

pimpinan Laksamana Seymour bagi memaksa pihak pemberontak agar

membubarkan pertahanan mereka di Iskandariah.

 Apabila tuntutan ini ditolak, maka tentera British mulai membedil bandar

Iskandariah dan seterusnya menakluki Port Sa'id, Ismaliah dan bandar Suez.

 Kolonel Ahmad Urabi berserta tenteranya bertahan di kawasan Tel al-Kabir.

Namun keadaan tentera Mesir yang daif dari segi senjata dan kelemahan taktik

pertempuran menyebabkan tentera British dengan mudah menewaskan mereka.

 Mesir telah menjadi tanah jajahan British, Taufiq telah kembali bersemayam

sebagai Khedif Mesir.

 Gerakan Ahmad Urabi menjadi tonggak kepada kebangkitan nasionalisme dan

pelopor kebangkitan semangat nasionalisme rakyat tempatan Mesir.

Kesimpulan

1. Ahmad Urabi telah menyerah diri dan mengakui kekalahannya kepada pihak

British pada 14 Disember 1882 dan telah dibuang negeri ke Ceylon (Sri Lanka).

2. Dengan kekalahan ini, bermulalah era baru dalam sistem pemerintahan di Mesir

di mana Mesir dikuasai sepenuhnya oleh British sehingga kemerdekaan Mesir

pada tahun 1922.

3. Meskipun Ahmad Urabi telah ditangkap oleh British, namun cita-citanya terus

diperjuangkan oleh tokoh nasionalisme Mesir selepasnya terutama dari lulusan

sekolah undang-undang seperti Mustafa Kamil dan Muhammad Farid. .

KE TEMA 3 KE MUKA DEPAN

127

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
SOALAN 4 : BINCANGKAN REAKSI MASYARAKAT DI ALGERIA TERHADAP
PENJAJAHAN KUASA BARAT DARI ABAD KE-18 HINGGA ABAD KE-20 MASIHI.
Pendahuluan:
1. Sebelum penjajahan Perancis, Algeria merupakan sebahagian daripada empayar

Turki Uthmaniah dan kelemahan pemerintahan telah membuka ruang kepada
kuasa Perancis untuk campur tangan di Algeria.
2. Pada akhir abad ke-18, Perancis terlibat secara aktif dalam ekonomi Algeria.
Campurtangan Perancis bermula apabila pemerintah Algeria, Husain Dey
menuntut hutang daripada tentera Perancis yang masih tertunggak untuk
pembelian gandum.
Isi utama:
1. Gerakan Husain Dey (1818-1830)
 Husain Dey merupakan pemerintah Algeria terakhir yang dilantik oleh Kerajaan
Uthmaniah. Beliau berhasrat menuntut hutang dari Perancis, namun pihak
Perancis enggan membayarnya.
 Tindakan Husain Dey yang tidak mahu memberikan penghormatan kepada
bendera Perancis menyebabkan Perancis menggiatkan lagi usaha untuk
menguasai Algeria.
 Ketua tentera Perancis iaitu Bertrand Clauzel talah membawa masuk ramai
peneroka Eropah ke Algeria. Mereka telah menduduki kota kota Algeria, membuka
ladang-ladang dan merampas tanah penduduk tempatan. Mereka turut
menceroboh masjid dan perkuburan umat Islam.
 Tindakan Perancis menyebabkan Husain Dey memimpin gerakan penentangan,
namun menemui kegagalan.
2. Gerakan Ahmed Bey, pemimpin kawasan Constantine
 Di bahagian Timur Constantine, Ahmad Bey melancarkan gerakan penentangan
terhadap penjajahan Perancis. Perancis kehilangan hampir seribu tenteranya
apabila Clauzel cuba menakluki Constantine yang dikuasai Amad Bey.
 Apabila angkatan laut Perancis berjaya menyekat angkatan Uthmaniyah, yang
cuba membantu Ahmad Bey pada 1837, beliau terpaksa menyerah kalah.
 Namun, Ahmad Bey enggan masih enggan mengiktiraf kekuasaan Perancis di
Constantine kerana mengjangkakan bahawa Perancis akan membiarkan

128

pemerintah tempatan memerintah di sana. Namun situasi tidak berlaku seperti
yang diharapkan.
3. Gerakan Syeikh Abdul Qadir al-Jazairi, Gabenor Mascara (1830-an-1840-an)
 Masyarat islam berhimpun di masjid Maskar (Mascara) untuk bermesyuarat bagi
melancarkan gerakan jihad bagi menentang Perancis.
 Mereka memilih Syeikh Abdul Qadir sebagai ketua mujahidin. Dengan ini beliau
telah mengeluarkan fatwa kewajipan jihad mempertahankan negara dari
penjajahan Perancis dan mengisyitiharkan Algeria sebagai negara Islam.
 Dalam tempoh dua tahun, Sheikh Abdul Qadir berjaya menyatukan pelbagai puak
dan melakukan gerakan penentangan terhadap Perancis.
 Beliau menggunakan taktik perang gerila dan hampir sedekad iaitu sehingga 1845,
beliau berjaya mengalahkan Perancis.
 Dalam gerakan penentangan di wilayah barat Algeria, beribu umat Islam dibunuh
dalam penentangan tersebut. Akhirnya, beliau dikalahkan oleh Perancis dan
menyerah diri pada 1847.
4. Gerakan Abu Ma’zi
 Beliau berjaya menggerakkan rakyat tempatan Algeria termasuk penduduk
Kristian dan Yahudi menentang Perancis di wilayah Selatan Oran. Abu Ma’zi
kemudiannya telah bergabung dengan Syeikh Abdul Qadir yang akhirnya telah
melantik beliau sebagai gabenor di wilayah berkenaan.
 Abu Ma’zi dan Syeikh Abdul Qadir berjaya menewaskan perancis dalam
pertempuran di Sidi Ibrahim pada tahun 1845.
 Situasi ini membimbangkan Perancis. Marshall Begeaud, gabenor jeneral
Perancis di Algeria telah merekrut 10,000 tentera dan berjaya menewaskan
pasukan Abu Ma’zi pada Disember 1847.
5. Gerakan Kabylia
 Penduduk Algeria di kawasan Kabylia ditindas dalam bidang ekonomi khususnya
dalam soal undang-undang tanah. Mereka melihat kedudukan ekonomi semakin
terancam oleh peneroka Eropah yang menguasai tanah secara kekerasan.
 Penjajah Perancis juga merampas tanah penduduk pribumi yang subur, malah
merampas tanah habus (tanah warisan) yang tidak boleh dipindah milik. Hampir
satu pertiga umat Islam di Algeria telah menyertai gerakan penentang secara
besar-besaran.

129

 Menjelang 1872, gerakan penentangan berakhir tetapi menyebabkan penduduk
tempat jatuh miskin apabila Perancis menuntut ganti rugi dan merampas tanah
kaum pribumi.

 Perancis menggunakan hasil ganti rugi untuk memperluaskan penjajahan dan
bukannya membayar pampasan kepada peneroka Eropah yang menjadi sasaran
dalam kebangkitan rakyat Algeria.

6. Gerakan moderat Islam (Algeria Muda)
 Era 1890-an, satu pergerakan moderat Islam yang berkaitan dengan isu-isu

masyarakat,pendidikan, politik dan ekonomi muncul di bandar Tlemcen dan Bone.
 Pada tahun 1900, mereka menghantar satu memorandum kepda kerajaan

Perancis memohon untuk mendapatkan hak mengundi dan melantik perwakilan
rakyat tempatan dalam pentadbiran Algeria.
 Mereka dikenali sebagai Jeunes Algeriens (Algeria Muda). mereka menumpukan
perhatian kepada menghubungkan budaya Perancis dan Islam. Namun,
pergerakan ini kurang berjaya dalam membangkitkan semangat rakyat menentang
Perancis.
Kesimpulan:
1. 1.Kezaliman pihak penjajah dan dasar pembaratan kerajaan telah membangkitkan
gerakan penentangan rakyat Mesir dan Algeria
2. Jihad yang berterusan menentang penjajahan Perancis telah berlaku di seluruh
Algeria sehingga telah mengorbankan banyak nyawa dan digelar sebagai ‘Negara
Sejuta Syuhada’. gerakan demi gerakan yang dilakukanoleh rakyat Algeria
sehingga akhirnya Perancis terpaksa akur dan memberikan kemerdekaan kepada
Algeria pada 5 Julai 1962.

KE TEMA 3 KE MUKA DEPAN

130

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

SOALAN 5 : BINCANGKAN PERANAN RASYID RIDA DALAM

KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME PADA AKHIR ABAD KE 19 HINGGA

AWAL ABAD KE 20

Pendahuluan

1. Rasyid Rida merupakan tokoh reformis Islam yang gigih memperjuangkan

perpaduan penduduk Islam Mesir. Nama sebenar beliau ialah Muhamad Rashid bin

Ali Rida bin Muhamad Shams al Din bin Muhamad Baha al Din bin Munla Ali Khalifah.

Beliau berasal dari Syria.

2. Pembentukan idealisme Rashid dipengaruhi oleh pemikiran imam Al Ghazali.

Beliau mengikuti perkembangan Islah di Mesir melalui akhbar al Urwah al Wuthqa ,

karya Jamaluddin al Afghani dan Muhamad Abduh.

3. Pada tahun 1897, Rasyid Rida meninggalkan Syria dan pergi ke Mesir untuk

bekerjasama dengan Muhammad Abduh untuk menyemarakkan lagi kebangkitan

umat Islam di Mesir.

4. Rasyid Rida telah menggunakan pendekatan agama, pendidikan, politik serta

bahasa dan kesusasteraan serta kewartawanan bagi membangkitkan semangat

nasionalisme penduduk Mesir.

B. ISI-ISI PENTING

1. Bidang keagamaan

 Rasyid Rida berpendapat kemunduran dan kelemahan umat Islam di Mesir

disebabkan kebekuan ulamanya dan kezaliman pemimpinnya. Kecenderungan

taklid dan jumud sering menimbulkan pepecahan. Selain itu, unsur-sunsur bidaah

banyak menghalang kemajuan umat Islam. Beliau menentang sekeras-kerasnya

ajaran syeikh-syeikh tarekat yang menolak kepentingan duniawi.

 Rasyid Rida juga berpendapat hukum-hukum fekah yang berkaitan hidup

bermasyarakat , sungguhpun berdasarkan AlQuran dan hadis tidak boleh

dianggap mutlak dan tidak boleh berubah. Umat Islam perlu memahami ajaran

Islam dan konsep ummah sebagaimana yang berlaku pada zaman Nabi Muhamad

saw. Rasyid Rida menganjurkan toleransi bermazhab.

 Sikap taklid dan jumud perlu dihapuskan dan digantikan dengan konsep

dinamisme dan progresif. Hal ini kerana semangat dinamik dan progresif ini

merupakan teras kemajuan negara dan ia dapat direalisasikan dalam perjuangan

131

jihad. Semangat jihad hasil dari kesedaran pengertian perjuangan agama Islam
yang sebenar telah menyemarakkan semangat nasionalisme Mesir.
2. Bidang pendidikan dan keilmuan
 Beliau berpendapat umat Islam wajar mempelajari teknologi moden . Mempelajari
ilmu Barat bererti mengambil kembali ilmu pengetahuan yang dikembangkan pada
zaman Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah. Rasyid Rida telah mendokong
program Muhammad Abduh memasukkan ilmu-ilmu sekular ke dalam intituisi
pendidikan Islam.
 Beliau juga telah menubuhkan Madrasah Al Dakwah Wal Irsyad. Ia bertujuan
menyaingi sekolah missionari Kristian kerana ramai umat Islam di Mesir
menghantar anak mereka ke sekolah missionari untuk mempelajari teknologi
moden.
 Tegasnya , Rasyid Rida berpendapat pendidikan ilmu dunia dan teknologi perlu
untuk dimanfaat bagi kemajuan dan perpaduan umat Islam.
3. Bidang politik
 Menurut Rasyid Rida, hukum dan undang-undang tidak dapat dijalankan tanpa
kekuasaan dari pemerintah. Oleh itu, kesatuan umat memerlukan suatu bentuk
negara. Negara yang dianjurkan olehnya adalah negara dalam bentuk
kekhalifahan.
 Ketua negara ialah khalifah. Khalifah mesti mempunyai kekuasaan legislatif dan
harus mempunyai sifat mujtahid. Rasyid Rida ingin menghidupkan kembali sistem
khalifah di zaman moden .
 Beliau telah menganjurkan muktamar di Kaherah , Mesir pada tahun 1926 bagi
menghidupkan kembali sistem pemerintahan khilafah. Muktamar ini dihadiri oleh
wakil-wakil dari negara Islam . Namun demikian , muktamar ini menemui
kegagalan kerana ketiadaan kesepakatan antara perwakilan.
 Tegasnya, Rasyid Rida telah menggunakan pendekatan penyatuan umat Islam
dibawah pemerintahan sistem khalifah .
4. Melalui bahasa dan kesusateraan.
 Rasyid Rida merupakan pendukung modenisasi Islam yang cuba menegakkan
warisan dan keperibadian Arab terutamanya Bahasa Arab Mesir iaitu lanjah
Misriyah. Beliau meminta agar bahasa tersebut digunakan sebagai bahasa rasmi
dalam urusan kerajaan menggantikan Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis.

132

Dengan cara ini, ia dapat mengikis rasa hormat kepada penjajah. Dalam bidang
kesusasteraan , Rasyid Rida merupakan seorang penulis yang prolifik dan
berpengaruh dengan reformasi Islah, Pan-Arabisme, Pan Islamisme dan
nasionalisme Arab.
 Penulisanya adalah refleksi daripada pemikiran Islah dan tajdid yang sebati
dalam dirinya . Beliau juga banyak menghuraikan idea dan gagasan Islah
Syeikh Muhammad Abduh dalam majalah Al Manar Hasil karyanya al-Hikmah
as-Syar’iah fi Muhakamat al-Dadiriyah wa al Rifa’iyah menjelaskan tentang
kekeliruan yang dilakukan oleh pengamal tasawuf, sikap orang bukan Islam dan
sebagainya. Karya al Azhar dan al Manar mengandungi sejarah penubuhan
universiti al-Azhar , perkembangan dan misinya serta bantahan ulama al Azhar
yang menentang pendapatnya. Majalah Al Manar membincangkan tentang
persoalan pembaharuan Islam.
 Jelasnya Rasyid Rida merupakan seorang Nasionalis yang menggunakan
bahasa dan kesusasteraan melalui penulisan untuk menyemarakan gerakan
nasionalisme di Mesir.
5. Bidang kewartawanan
 Surat khabar ataupun bidang kewartawanan turut meniup semangat
nasionalisme dalam kalangan penduduk Mesir yang rata-rata beragama Islam
ketika itu. Penulisan Rasyid Rida melalui akhbar Salafiya banyak membuka
minda rakyat Mesir pada waktu itu. Penulisannya banyak menyentuh soal
modenisasi Islam.
 Tegasnya, Rasyid Rida menyemarakkan semangat nasionalisme dalam
penulisan beliau. Beliau menyalahkan dan menganggap penjajah yang
membuatkan umat islam mundur.
Kesimpulan
1. Sebagai kesimpulan, Rasyid Rida telah berusaha mewujudkan perpaduan melalui
kesedaran tentang kelemahan rakyat Mesir. Kelemahan dapat diatasi dengan
mengintegrasikan pendidikan agama dan pendidikan moden.
2. Secara tidak langsung , ia membentuk jati diri rakyat Mesir agar tidak
terpengaruh dengan idea Barat yang tidak selari dengan syariat Islam .

KE TEMA 3 KE MUKA DEPAN

133

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

SOALAN 6 : TERANGKAN FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN

NASIONALISME DI SYRIA PADA AWAL ABAD KE-20 MASIHI.

A. Pendahuluan

 Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918, menyaksikan

kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah yang menaungi negara-negara Arab Islam.

 Kuasa imperialis Barat mula mengambil alih peranan empayar Turki Uthmaniyah.

 Di Syria, Perancis telah diberi mandat untuk menjaga hal ehwal negara tersebut.

 Walaupun Perancis dikatakan ingin memberi kemerdekaan kepada Syria, namun

mereka telah menjajah negara tersebut selama tujuh tahun.

 Pada tahun 1927, Perancis telah menganjurkan pilihan raya di Syria yang

dimenangi oleh Parti Blok Nasional.

 Namun, Syria masih berada di bawah penguasaan Perancis tanpa mendapat

kemerdekaan penuh.

B. Isi

1. Pengaruh Agama

 Atas kesedaran agama, timbul keinginan untuk menyatukan kesemua negara dan

bangsa Arab sehingga mewujudkan penggerak-penggerak nasionalis di Syria.

 Kedudukan Palestin yang bersempadan di bahagian barat daya Syria

menyebabkan penduduk Syria sangat mengambil berat perihal saudara Islam

mereka di Palestin.

 Gerakan Yahudi yang ingin menempatkan penduduk mereka di kawasan orang

Palestin jelas kelihatan apabila golongan Turki Muda yang memerintah Turki

dikuasai oleh pertubuhan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang didalangi oleh orang

Yahudi.

 Keadaan ini menyemarakkan lagi semangat penduduk tempatan di Syria

menentang penjajah.

2. Peranan Bahasa dan Kesusasteraan

 Perancis cuba menonjolkan bahawa mereka merupakan kuasa yang

memperjuangkan hak dan kepentingan golongan minoriti.

 Mereka memperjuangkan bahasa golongan minoriti.

 Dengan alasan tersebut, mereka mengamalkan pemerintahan dasar pecah dan

perintah di Syria.

134

 Antara kesan ketara dasar berkenaan termasuklah perjuangan bahasa sukuan
oleh golongan minoriti.

 Bangsa Kurdi, menginginkan bahasa mereka diiktiraf sebagai bahasa rasmi di
kawasan yang didiami oleh puak Kurdish.

 Di Alexandretta, perkara yang sama turut berlaku apabila penduduk kawasan
tersebut yang majoritinya berbangsa Turki diberi pengecualian untuk
menggunakan bahasa Turki.
Pengaruh Kewartawanan

 Al-Manar merupakan majalah bulanan yang membahaskan idealisme
pembaharuan dan tajdid di Kaherah.

 Majalah tersebut dipelopori oleh Rasyid Rida yang dilajirkan di Syria.
 Majalah ini mengungkapkan tradisi pemikiran yang segar berasaskan idea-idea

pembaharuan yang dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh
dalam al-‘Urwa al-Wuthqa.
 Fokusnya ke arah pembaharuan dan dakwah Islamiah.
 Akhbar lain turut membicarakan keburukan dan kegawatan dunia Islam ketika itu.
 Al-Manar menggerakkan perbincangan tentang dakwah, idealisme, dan islah,
menerangkan dasar-dasar Pan-Islamisme, meneroka persoalan yang berkait
dengan ajaran akidah dan hukum, membincangkan fahaman modenisme,
sekularisme, nasionalisme, dan mempelopori dialog dan pertukaran idea antara
budaya, dan meneropong pemikiran baharu berkait dengan falsafah agama dan
budaya, serta menangani isu-isu sosial dan peradaban.
 Al-Manar pertama kali diterbitkan pada 17 Mac 1898 sebagai majalah mingguan
yang memuatkan lapan halaman, menyiarkan berita mutakhir, disamping artikel
utama yang ditulis oleh ketua editor, iaitu Rasyid Rida sendiri.
3 Peranan Pendidikan
 Sebuah akademi telah ditubuhkan di Syria bagi mengumpul ahli linguistik dari
seluruh pelusuk Tanah Arab untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran.
 Tumpuan akademi Bahasa ini adalah untuk menyesuaikan bahasa masing-masing
dengan keadaan masyarakat Arab yang mengamalkan pelbagai budaya.
 Walaupun secara poltiknya mereka berbeza, namun mereka bersatu di bawah satu
perkara, iaitu bahasa Arab.

135

 Antara tokoh terkenal yang menyokong usaha menubuhkan sebuah negara Arab
merdeka di Syria termasuklah Abu Khaldun Sati al-Husri.

 Beliau dilahirkan di Aleppo dan pada masa mudanya, beliau bekerja sebagai
pegawai pendidikan Turki Uthmaniyah.

 Di Damsyik dan Beirut, beberapa buah universiti yang dibina menjadi medan
perdebatan golongan terpelajar tempatan.

4. Peranan Golongan Intelektual
 Rasyid Rida merupakan intelektual muslim dari Syria yang mengembangakan

gagasan modenisme Islam yanag awalnya dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani
dan Muhammad Abduh.
 Rasyid Rida mengkaji kelemahan masyarakat Islam ketika itu, dibandingkan
dengan masyarakat kolonial Barat.
 Beliau berpendapat bahawa kelemahan ini dapat diatasi apabila masyarakat Islam
kembali kepada prinsip-prinsip dasar Islam dan melakukan ijtihad dalam
mengahadapi kehidupan moden.
 Penulisan beliau banyak menyumbang kepada gerakan nasionalisme dalam
kalangan umat Islam ketika itu termasuk di Syria.
 Beliau berhijrah dari Syria ke Mesir pada tahun 1897 untuk menuntut ilmu.
5. Pengaruh Luar
 Syria pada awal abad ke-20 masih berada di bawah pemerintahan empayar Turki
Uthmaniyah.
 Oleh kerana dasar Pan-Islamisme menjadi dasar kerajaan Turki Uthmaniyah,
maka dasar ini telah menyemarakkan semangat penduduk tempatan menangkis
ancaman pihak Barat.
 Shakib Arslan melalui tulisannya menyeru penduduk Syria supaya bersatu di
bawah kerajaan Turki Uthmaniyah dan menolak konspirasi Barat yang mahu
penduduk Syria menentang penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah.
 Shaik Arslan yang berasal dari Lubnan menggesa penduduk Syria bangun secara
sukarela menentang pihak British semasa Perang Dunia Pertama iaitu pada tahun
1916.

136

C. Kesimpulan
 Beberapa faktor tersebut telah menyumbang kepada kemunculan semangat

nasionaslisme masyarakat tempatan di Syria pada abad ke-20.
 Penindasan dilakukan oleh penjajah ke atas masyarakat tempatan di Syria telah

menyedarkan golongan nasionalis untuk bangkit menentang ketidakadilan
penjajah Perancis.

KE TEMA 3 KE MUKA DEPAN

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

SOALAN 7 :BINCANGKAN FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN-

GERAKAN NASIONALISME DI MESIR PADA ABAD KE 19 HINGGA ABAD KE 20

MASIHI

Pendahuluan
1. Nasionalisme – bermaksud perasaan cinta akan negara, taat setia kepada tanah

air dan membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan kuasa asing

2. Berjuang membentuk nasib dan masa depan negara mengikut identiti sendiri

3. Pentadbiran ala Barat yg diperkenalkan oleh British dan penindasan pemimpin

Mesir yang menjadi tali barut british tidak disenangi oleh ulama dan penduduk

Mesir yang majoritinya beragama Islam.

4. Lebih membimbangkan lagi apabila ramai golongan elit Mesir terpengaruh dengan

ideologi sekularisasi dan modenanisasi Barat yang mengancam syiar Islam dan

identiti nasional.

Isi- isi utama

1. Pengaruh Agama

 British yang cuba membaratkan dan menjauhkan ajaran Islam dalam kehidupan

masyarakat Mesir.

 Gerakan nasionalisme berpaksikan agama dicetuskan oleh Gerakan Pemulihan

Islam (Gerakan Islah) yg bermula di Mesir sejak tahun 1850. Gerakan ini dipimpin

oleh Syeikh Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh

 Antara matlamat gerakan ini ialah memperjuangkan penyatuan umat Islam melalui

konsep Pan Islamisme dan membebaskan negara Islam dari pengaruh penjajahan

dan idealisme Barat Kristian yang boleh merosakkan pemikiran Islam. Gerakan

137

ini menggunakan sentimen agama dengan menyedarkan masyarakat untuk
berjihad dengan membersihkan diri daripada amalan yang bercanggah dengan
nilai Islam sebenar yang bersifat progresif, dinamisme dan komprehensif.
 Para ulama menyeru masyarakat Mesir berjihad melawan penjajah Barat dari
sudut politik, ekonomi dan keilmuan melalui semangat Islam.
2. Bahasa dan Kesasteraan
 Peristiwa pembunuhan hakim Boutrus Ghali al-Qibti pada tahun 1910 telah
mencetuskan semangat nasionalisme rakyat. Pembunuhan ini berkait rapat
dengan keengganan beliau mendesak Parlimen Mesir menambahkan konsesi
Terusan Suez kepada British. Kematian beliau diabadikan oleh penyajak Ahmad
Shawqi dan Hafiz Ibrahim yang diterbitkan dalam al-Muayyad dan al-Liwa.
 Sajak-sajak ini telah menjadi pemangkin semangat nasionalisme dalam kalangan
penduduk tempatan. Begitu juga Hafez Ibrahim juga mula menggunakan puisi
bertemakan antikolonialisme dalam bahasa dialek Arab Mesir bagi menangani
cabaran yang dihadapi oleh negara dalam era moden.
 Peranan bahasa dan kesusteraan menjadi pembakar semangat dan menimbulkan
kesedaran dalam kalangan penggerak nasionalisme di Mesir
3. Pengaruh kewartawanan dan media massa
 Pengaruh kewartawanan melalui penerbitan akhbar telah membangkitkan
semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk Mesir. Rakyat Mesir mula
mengenali akhbar pada zaman penjajahan Perancis.
 Pada akhir abad ke 19M, dua buah akhbar diterbitkan seperti al-Muqtataf dan al-
Muqattam oleh Faris Nimr, Yaaqub Sarruf dan Shahin Makarious (golongan
Kristian Arab). Muqattam menjadi akhbar harian berpengaruh di Mesir, namun ia
dilihat pro barat walaupun kandungannya menggalakkan perkembangan ilmu
moden dan idea saintifik dalam kalangan masyarakat.
 Contoh yang lain ialah Bishara Taqla dan Salim Taqla menerbitkan akhbar al-
Ahram pada tahun 1875. Selain itu pada awal abad ke-20M, penerbitan akhbar
semakin rancak berikutan kemunculan parti-parti politik dan perkembangan
gerakan nasionaliosme.
 Rashid Rida yang menulis dalam akhbar Salafiya yang telah banyak membuka
minda rakyat Mesir. Beliau merupakan orang kanan kepada Muhammad Abduh
dan banyak menulis persoalan yang menyentuh soal modenisasi Islam. Rashid

138

Rida telah menyemai dan menyemarakkan semangat nasionalisme dalam
penulisan beliau dengan mengkritik dan menganggap penjajah adalah penyebab
kepada kemunduran umat Islam.
 Jelaslah bahawa dengan kerancakan dalam penerbitan akhbar telah
mempercapatkan penerimaan masyarakat terhadap gerakan nasionalisme Mesir.
4. Peranan Golongan Intelektual
 Golongan intelektual yang menyemai dan membangkitkan semangat nasionalisme
di Mesir terbahagi kepada tiga golongan iaitu golongan berpendidikan Barat,
golongan agama dan golongan elit tentera.
 Tokoh intelektual berpendidikan Barat seperti Mustafa Kamil Pasha yang pakar
undang-undang menyokong gerakan nasionalisme secular seperti yang berlaku di
dunia Barat dan cuba meraih sokongan golongan intelektual daripada keturunan
Qibti, Harapan dan tujuan beliau adalah untuk menuntut kemerdekaan daripada
British dan menubuhkan sebuah kerajaan berparlimen ala-Barat di Mesir.
 Tokoh agama pula seperti Sheikh Hassan al-Banna telah mempelopori
kebangkitan golongan intelektual Islam menentang British melalui penubuhan
Ikhwanul Muslimin. Beliau berusaha melakukan gerakan Islah. Hassan al-Banna
memperjuangkan idea Islah yang berinspirasikan dari Sayid Jamaluddin al
Afghani. Perjuangan Islah Hassan al-Banna bersifat sederhana meliputi aspek
akidah integrasi ilmu dan kecekapan pentadbiran.
 Manakala kumpulan intelektual tentera Mesir berketurunan Fellahin turut terlibat
dalam gerakan nasionalisme menentang British dan pemerintahan Khedif yang
bersekongkol dengan penjajah.
 Jelaslah bahawa golongan intelektual memainkan peranan yang besar dalam
mempengaruhi gerakan nasionalisme di Mesir dengan menyemai semangat
nasionalime dalm kalangan penduduk di Mesir.
5. Penindasan kerajaan dan penjajah British
 Gerakan nasionalisme turut berpunca dari pergolakan politik di Mesir.
 Pihak istana telah bersekongkol dengan penjajah British demi mengekalkan kuasa
manakala Parti Wafd pula terlibat dengan korupsi dan mengutamakan golongan
bangsawan dalam pemerintahan negara. Ini menyebabkan rakyat Mesir semakin
menderita.

139

 Gerakan nasionalisme menyeru rakyat Mesir menggulingkan pemerintah beraja
Mesir bersifat pro-Barat, boneka dan autokratik. Reaksi gerakan nasionalisme ini
Berjaya memberi inspirasi kepada masyarakat untuk berani bersuara dan bangun
menentang raja-raja Mesir yang sanggup menggadaikan negara. Sebagai contoh
penindasan ialah British telah mengabaikan pendidikan kepada rakyat Mesir.
Ekonomi juga dikuasai oleh pihak kolonial.

 Oleh kerana rakyat tempatan telah ditindas dalam banyak hal, maka ini telah
membawa kepada kemunculan semangat nasionalisme.

6. Peranan golongan tentera
 Kumpulan tentera berketurunan Fellahin turut terlibat dalam gerakan nasionalisme

menentang British dan pemerintahan Khedif yang bersekongkol dengan penjajah
British.
 Gerakan pimpinan Kolonel Ahmed Urabi ini berjuang menuntut kemerdekaan
Mesir dari penjajah British. Perjuangan Urabi dipengaruhi oleh gerakan Islah yang
dibawa oleh Syeikh Muhammad Abduh, dan ianya dikenali sebagai
Pemberontakan Urabi 1881-1882. Urabi telah menubuhkan sebuah pertubuhan
sulit dalam tentera Mesir bagi mengatasi masalah diskriminasi social, kemeleseten
ekonomi dan keruntuhan akhlak rakyat Mesir. Beliau juga telah menubuhkan
sebuah parti iaitu Parti Kebangsaan.
 Pada peringkat awal perjuangan, gerakan ini adalah sebuah gerakan anti orang
asing iaitu Perancis, British dan Turki, akan tetapi pada peringkat seterusnya
gerakan ini menuntut perubahan dalam pentadbiran dan pemerintahan.
 Pasukan Urabi telah diserang dan dikalahkan oleh British kerana beliau dikatakan
mengancam pendudukan British di Mesir. Walaupun beliau ditangkap, namun
perjuangannya menjadi inspirasi dan diteruskan oleh tokoh nasionalisme Mesir
selepasnya.
Kesimpulan
1. Kemunculan semangat nasionalisme Mesir berkait rapat dengan kesedaran
masyarakat tentang pelbagai kepincangan yang berlaku dalam negara.
2. Faktor agama, golongan intelektual dan pendidikan telah memberi sumbangan
paling menonjol terhadap gerakan nasionalisme di Mesir

KE TEMA 3 KE MUKA DEPAN

140

TEMA 3: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
SOALAN 8 : BINCANGKAN FAKTOR PENGLIBATAN KERAJAAN TURKI
UTHMANIYAH DALAM PERANG DUNIA PERTAMA
Pendahuluan
1. Perang Dunia Pertama tahun 1914-1918 melibatkan dua pihak, iaitu Kuasa bersekutu

yang dianggotai oleh Britain, Perancis dan Rusia, manakala Kuasa Pusat ialah
Jerman, Turki Uthmaniyah dan Austria.
2. Pada peringkat awal, kerajaan Turki Uthmaniyah memilih dasar berkecuali tetapi
kemudiannya berpihak kepada Kuasa Pusat setelah meletusnya peperangan.
Penglibatan kerajaan Turki uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama melibatkan
beberapa faktor yang komplek dan saling berkait.
Isi – isi Utama
1. Permusuhan tradisi antara kerajaan Uthmaniyah dengan Rusia
 Permusuhan Uthmaniyah dengan Rusia bermula sejak Rusia diperintah oleh
Maharaja Ivan III (1462-1505) lagi. Permusuhan dan persaingan antara kedua-dua
kuasa juga berlarutan sehingga zaman pemerintahan Tzar Peter The Great dan Tzar
Nicholas I.
 Tzar Peter The Great menyeru negara-negara Eropah bersatu mengusir
Uthmaniyah dari bumi Eropah.
 Tzar Nicholas I berazam membahagi-bahagikan wilayah Uthmaniyah. Beliau juga
menggelarkan Uthmaniyah sebagai The Sick Man of Europe. Dalam
perbincangannya dengan diplomat British, beliau menyarankan agar ‘manusia sakit’
itu dibahagikan dengan cara yang rapi sebelum menumui ajalnya.
 Perjanjian Berlin 1878 mengakibatkan Uthmaniyah kehilangan sepertiga wilayahnya
dan 20 peratus penduduknya terutama di benua Eropah.
 Penglibatan Rusia dalam Perang Dunia Pertama menyebabkan Uthmaniyah
melibatkan diri di Blok Jerman kerana ingin mempertahankan wilayahnya dan ingin
membalas dendam terhadap Rusia.
2. Persahabatan antara kerajaan Uthmaniyah dengan Jerman
 Persahabatan Uthmaniyah dengan Jerman semakin erat seiring dengan pengurangan
pengaruh British dalam kerajaan Uthmanuyah. Hubungan yang erat ini jelas kelihatan
apabila Kaiser Wilhelm II, sahabat kepada Sultan Abdul Hamid II telah beberapa kali

141

mengunjungi Istanbul dan pada tahun 1898, beliau menyatakan bahawa dirinya
merupakan sahabat kepada Sultan Abdul Hamid II dan 300 juta umat Islam sedunia.
 Kerajaan Uthmaniyah juga menaruh kepercayaan kepada Jerman kerana Jerman
tidak pernah menjajah negara umat Islam.
 Hubungan Jerman-Uthmaniyah semakin rapat ketika Enver Pasha yang pernah
menyandang jawatan Atase Militer di kedutaan Besar Uthmaniyah di Berlin, dilantik
menjadi Menteri Perang Uthmaniyah. Beliau kemudiannya meminta bantuan Jerman
dalam melaksanakan reformasi ketenteraan Uthmaniyah.
 Persahabatan erat antara Uthmaniyah dan Jerman telah mengheret Uthmaniyah turut
serta menyebelahinya dalam Perang Dunia Pertama.
3. Keinginan Uthmaniyah menguasai kembali wilayahnya
 Selepas zaman Sultan Sulaiman al-Qanuni, Uthmaniyah mulai lemah dan sedikit-demi
sedikit kawasan kekuasaannya dikuasai oleh imperialis Barat.
 Penduduk Balkan beransur-ansur mendapatkan kemerdekaannya. Sebagai
contohnya Yunani memperolehi kemerdekaannya pada 1830,diikuti Romania,
Bulgaria, Serbia dan Montenegro. Rusia turut membantu negara rantau Balkan
mendapatkan kemerdekaan daripada Uthmaniyah.
 Pada tahun 1908, semasa krisis rampasan kuasa pihak CUP terhadap Sultan Abdul
Hamid II, Austria, Serbia dan Rusia telah menguasai wilayah Balkan.
 Uthmaniyah juga telah kehilangan semua kawasannya di Balkan selepas kalah dalam
Perang Balkan I melalui Perjanjian London.
 CUP ingin mengheret Uthmaniyah ke dalam kancah Perang Dunia Pertama dengan
harapan akan memperoleh kembali wilayahnya yang telah merdeka atau dikuasai oleh
kuasa lain
 Keinginan CUP mendapatkan kembali wilyah-wilayahnya yang merdeka dan dikuasai
oleh kuasa asing di rantau Balkan telah mengheretnya ke kancah perang.
4. Munculnya Uthmani Muda dan Turki Muda
 Pada awal abad ke-20, kerajaan Uthmaniyah telah memberi peluang luas kepada
golongan Uthmani Muda dan Turki Muda untuk mengkritik dasar dan polisi kerajaan.
Kesannya telah berlaku revolusi Turki Muda 1908.
 CUP (Turki Muda) mengadakan rampasan kuasa terhadap Sultan Abdul Hamid II dan
berjaya menguasai pemerintahan. Pemerintahan CUP dikendalikan oleh tiga pasha
iaitu Ismail Anwar Pasha selaku Menteri Perang, Muhammad Talaat pasha selaku

142

Menteri Dalam Negeri dan Ahmad Jamal Pasha selaku Menteri Angkatan Laut. Ketiga
–tiga pasha ini bertanggungjawab melibatkan kerajaan Uthmaniyah dalam Perang
Dunia Pertama.
 Jelaslah tiga orang (CUP)pemimpin tertinggi Persatuan Perpaduan dan Kemajuan di
atas telah bertanggungjwab membawa Turki menyebelahi Jerman menentang pihak
Bersekutu dalam Perang Dunia Pertama.
5. Berkembangnya Gagasan Pan Turkisme (Pan-Turanisme)

 Pan Turkisme merupakan gagasan yang menginginkan penyatuan seluruh bangsa
Turki dalam empayar Uthmaniyah dengan warga Turki di Asia Tengah.Gagasan ini
bergema dalam kerajaan Uthmaniyah ketika kerajaan Uthmaniyah kalah dalam Perang
Balkan Pertama (1912-1913).

 CUP ingin menggunakan gagasan ini untuk membebaskan penduduk berbangsa Turki
di Asia Tengah (Wilayah Caucasus) daripada penguasaan Rusia.

 Gagasan ini juga digunakan untuk mengimbangi pengaruh ideology Pan –Slavia
yang digerakkan oleh Rusia bagi mempengaruhi penduduk Kristian Balkan khasnya
Serbia untuk mendapatkan kemerdekaan daripada Uthmaniyah.

 Jelaslah gagasan Pan Turkisme telah menaikkan semangat bangsa Turki untuk
mengatasi pihak lawannya.

Kesimpulan
1. Penglibatan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama membawa kepada kekalahan

kerajaan Islam tersebut. Golongan Turki muda memainkan peranan penting dalam
penglibatan Uthmaniyah dalam perang tersebut.
2. Pada bulan Oktober 1918, Kerajaan Uthmaniyah dan British menandatangani
perjanjian Versailles bagi menamatkan perang. Tentera pakatan Eropah berjaya
menduduki Istanbul dan akhirnya membawa kepada kehancuran kerajaan
Uthmaniyah.

KE TEMA 3 KE MUKA DEPAN

143

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

SOALAN 9 : HURAIKAN PROSES PENGLIBATAN TURKI UTHMANIYYAH

DALAM PERANG DUNIA PERTAMA

Pendahuluan

1. Perang Dunia Pertama ( 1914-1918) berlaku di antara dua pihak iaitu Jerman,

Austria Hungary dan Turki Uthmaniyah yang dikenali sebagai Triple Alliance

(Perikatan Tiga Kuasa) dengan Rusia, Britain dan Perancis yang dikenali sebagai

Triple Entente

( Pakatan Tiga Kuasa) yang kemudiannya disertai Itali pada tahun 1907.

2. Semasa meletus Perang Dunia Pertama, Turki Uthmaniyah diperintah oleh Sultan

Abdul Hamid 11. Namun , kuasa sebenar kerajaan Turki Uthmaniyah dipegang

oleh tiga serangkai pemimpin Turki Muda, iaitu Enver Pasha (Menteri
Peperangan), Said Halim Pasha (Perdana Menteri) dan Tal’at Pasha (Menteri

Dalam Negeri).

Isi-isi utama

1. Krisis ketenteraan dengan Rusia di Laut Hitam
• Pada 28 Oktober 1914, Rusia mengganggu armada Turki Uthmaniyah pimpinan

Admiral Jerman, Wilhelm Souchon menjalani latihan ketenteraan di Laut Hitam,

utara Turki dan ini mencetuskan konflik ketenteraan antara kedua negara.
• Pasukan armada Turki Uthmaniyah kemudiannya bertindak menyerang kapal

perang Rusia iaitu Pruz dan Kubanetz.
• Menteri Perang Turki, Enver Pasha memaklumkan kepada Perdana Menteri, Said

Halim Pasha mengenai serangan oleh Rusia diketuai oleh komander yang

berkhidmat di Istanbul dan menyifatkan serangan tersebut merupakan

perancangan perang yang telah lama diatur.
• Rentetan peristiwa yang melibatkan konflik tentera antara Turki Uthmaniyah-Rusia

di Laut Hitam ini menjadi asas penglibatan secara rasmi Turki Uthmaniyah dalam

Perang Dunia Pertama.

2. Peperangan dengan Rusia di Caucasus
• Peperangan dengan Rusia bermula dengan percubaan tentera Turki Uthmaniyah

menguasai wilayah Caucasus, timur Turki dan mengalahkan Azerbaijan serta

terus mara ke Iran yang ketika itu bersifat zon bebas (bukan wilayah Uthmaniyah)

dan berkecuali iaitu tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam Perang Dunia

Pertama.

144

• Pada akhir tahun 1914, tentera Rusia pimpinan Jeneral lllarion Vorontsov Dashkov
dan Nicolai Yudenich berjaya menguasai semula wilayah Caucasus dan berjaya
memasuki wilayah timur Turki Uthmaniyah seperti Erzurum, Erzinjan dan Van.

• Faktor kekalahan tentera Turki Uthmaniyah kerana terpaksa berperang ketika
musim salji. Sebahagian besar tentera terkorban akibat cuaca dingin dan
kehausan. Tentera Turki Uthmaniyah tidak dilengkapi dengan pakaian tentera
musim dingin berbanding dengan tentera Rusia yang memilikinya dan telah biasa
berperang pada musim dingin.

• Pada awal Januari 1915, tentera Turki Uthmaniyah menyerang kawasan utara
Persia yang berada di bawah pengaruh Rusia dan berjaya menguasai Tabriz.
Namun pada 30 Januari 1915, tentera Rusia berjaya menguasainya semula.

• Setelah menewaskan Turki Uthmaniyah di wilayah Caucasus, Rusia bersiap sedia
untuk melakukan serangan ke atas Istanbul, ibu kota Turki Uthmaniyah. Namun
Revolusi Bolshevik 1917 telah menghentikan semua operasi ketenteraan Rusia di
wilayah Caucasus. Kesemua 500 ribu tentera Rusia dipanggil pulang bagi
memadamkan gerakan penentangan oleh sebahagian tentera Rusia yang masih
setia kepada maharaja Tsar Nicholas II.

3. Peperangan dengan British di Mesopotamia, Iraq
• Pada November 1914, tentera British telahpun berada di selatan Iraq untuk

menjaga dan mengawal telaga minyak di Sulaimaniyah, Iran (bukan wilayah Turki
Uthmaniyah). Pada awal abad ke-20M, minyak mula menggantikan arang batu
sebagai sumber utama tenaga industri.
• Tujuan utama pihak British menduduki Iraq adalah urituk menguasai wilayah
Basrah, Iraq dan akhirnya akan bergabung dengan tentera Rusia yang datang dari
wilayah Caucasus. Gabungan tentera British dan Rusia diharap dapat memutus
dan menutup jalan perhubungan penting tentera Turki Uthmaniyah.
• Pada peringkat awal, tentera Turki Uthmaniyah berjaya mengalahkan British pada
bulan April 1916 di bandar lama Ctesiphon, berdekatan Baghdad.
• Pada Mac 1917, Baghdad ibu kota Iraq telah dikuasai oleh tentera British dan
Rusia dari kerajaan Turki Uthmaniyah.
4. Peperangan dengan British di Semenanjung Sinai, Mesir
• Pada Februari 1915, tentera Turki Uthmaniyah cuba melintasi Terusan Suez, Mesir
tetapi digagalkan oleh tentera British.

145

• British yang menguasai Mesir sejak tahun 1882 telah menambahkan jumlah askar
di Terusan Suez dengan membawa masuk tentera yang kalah di medan Gallipoli.

• Pada tahun 1916, tentera British cuba melintasi Semenanjung Sinai untuk
menguasai Palestin dan Syria.

• Pada bulan Mei 1917, tentera Turki Uthmaniyah dengan bantuan tentera Jerman
menyerang tentera British di Palestin tetapi gagal apabila Komander British,
Allenby berjaya menguasai Jerusalem, Palestin pada 9 Disember 1917.

• Kejayaan British ini membawa kepada penjajahan secara langsung kuasa Barat
ke atas bumi Palestin yang sebelum ini merupakan wilayah penguasaan Turki
Uthmaniyah (1517-1918).

• Syria turut dikuasai oleh tentera British pada bulan September 1918.
5. Peperangan dengan British di Dardanelles dan Gallipoli, Turki
• Pada Mac 1915, armada British dan Perancis cuba menguasai Selat Darnanelles,

Turki namun digagalkan oleh tentera Turki Uthmaniyah.
• Pada April 1915, tentera British dengan bantuan 50,000 tentera New Zealand,

Australia dan Perancis mendarat di wilayah Gallipoli untuk menawan Istanbul,
pusat pentadbiran Turki Uthmaniyah tetapi digagalkan oleh tentera Turki
Uthmaniyah di bawah pemerintahan Komander Jerman.
• Pada Januari 1916, pakatan tentera keempat-empat negara Barat berkenaan
mengaku kalah dan terpaksa meninggalkan wilayah Gallipoli.
• Peperangan Gallipoli membawa kepada kebangkitan pengaruh Mustafa Kamal
Attaturk sebagai ketua tentera Turki Uthmaniyah.
6. Peperangan dengan pemimpin Arab di Hijaz
• Tentera Turki Uthmaniyah ditentang oleh tali barut British iaitu Sharif Husain,
gabenor Makkah dan Madinah yang mengetuai kelompok nasionalisme Arab.
Beliau memainkan sentiment kemuliaan keturunannya dari Arab Bani Hashim
(keturunan Nabi Muhammad SAW) dan mendakwa layak menjadi penguasa umat
Islam sejagat. Anaknya, Faisal Sharif yang memimpin tentera Arab telah berjaya
menghalau tentera Turki Uthmaniyah dari Semenanjung Tanah Arab (Hijaz).
Namun, dengan tipu muslihat British, Sharif Husain tidak mendapat balasan seperti
dijanjikan. Akhirnya British melantik Sharif Husain sebagi penguasa Jordan.
• Di Damsyik, Faisal Sharif membentuk sebuah pentadbiran kerajaan Arab dengan
mendapat pengesahan dan bantuan dari British.

146

• Turki Uthmaniyah turut ditentang oleh tali barut British iaitu keluarga Saud pada
bulan Disember 1915. British mengisytiharkan Ibn Saud sebagai pemimpin Arab
di Najd (tengah Arabia). British membiarkan Ibn Saud menguasai kawasan Tanah
Arab dan sekaligus menghalau kuasa Turki Uthmaniyah. Keluarga Saud telah
bertindak menyerang Bani Rashid, sekutu kerajaan Turki Uthmaniyah.

• Sebelum Perang Dunia Pertama, seluruh bumi Arabia di bawah penguasaan Turki
Uthmaniyyah kecuali Aden dan Teluk Parsi.

• Sharif Husain berjanji akan membantu British menghadapi tentera Turki
Uthmaniyah dan akhirnya beliau mengisytiharkan perang pada bulan Jun 1916.

• Perjuangan ketenteraan bangsa Arab selama dua tahun berakhir apabila kerajaan
Turki Uthmaniyah meminta diadakan perdamaian pada 30 Oktober 1918.

7. Peperangan dengan British, Perancis dan Itali di Utara Afrika
• Tentera Turki Uthmaniyah berhadapan dengan British, Perancis dan Itali yang

cuba menguasai Libya di Utara Afrika. British akhirnya berjaya menguasai Libya
untuk diserahkan kepada Itali sebagai memenuhi janji Pakatan Berikat sekiranya
Itali menyertai blok mereka menghadapi Jerman dalam Perang Dunia Pertama.
• Tentera Turki Uthmaniyah juga berhadapan dengan Perancis di Maghribi, Tunisia
dan Algeria yang akhirnya dikuasai oleh negara Barat berkenaan.
Kesimpulan
1. Pada Oktober 1918. Kerajaan Turki Uthmaniyah dan British memeterai Perjanjian
Versailles bagi menamatkan Perang. Tentera pakatan Eropah Berjaya menduduki
Istanbul dan akhirnya membawa kepada keruntuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.
2. Kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama turut memberi impak
negative terhadap dunia Islam terutama apabila berhadapan dengan kuasa
imperialism Barat.

KE TEMA 3 KE MUKA DEPAN

147

TEMA 3: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
SOALAN 10 : JELASKAN FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

TURKI PADA ABAD KE-20 MASIHI.
Pendahuluan
1. Konsep Negara bangsa ialah sebuah Negara yang berdaulat dan bebas dengan

penduduknya mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama
berasaskan Bahasa, adat dan tradisi yang sama, mempunyai pemerintah yang
tersendiri, sempadan wilayah dan hak untuk mengubal undang-undang sendiri.
2. Konsep Negara bangsa menjadi matlamat utama gerakan nasionalisme pada akhir
abad ke-19 M dan awal abad ke-20M kerana bangsa, anggota masyarakat
beridentitikan diri mereka dengan Negara dan menumpahkan kesetiaan mereka
kapadanya.
3. Akibat daripada pengaruh Barat, pelbagai idea baru telah mempengaruhi pemikiran
rakyat. Situasi ini turut membawa kepada usaha pembentukan Negara bangsa dalam
empayar Turki Uthmaniyah yang akhirnya menumbangkan kerajaan tersebut pada
tahun 1924.
Isi – isi Utama
1. Gerakan nasionalisme Turki
 Dasar imperialisme barat membawa impak kepada pemikiran rakyat Uthmaniyah.
Muncul semangat nasionalisme dan sekularisme.
 Revolusi Perancis turut mempengaruhi gerakan pembentukan negara bangsa Turki
ekoran timbul fahaman mengenai persamaan status dan kemerdekaan dengan
kalangan penduduk bukan islam dalam wilayah Turki Uthmaniyah.
 Berlaku perubahan melibatkan pembangunan sosial dan politik dalam usaha
membentuk identiti kebangsaan yang baharu. Norma hidup masyarakat yang cuba
diterapkan oleh kerajaan republik Turki ialah memisahkan Islam daripada amalan
dalam kehidupan masyarakat Turki moden.
 Sekularisme menjadi prinsip paling utama dalam proses pemodenan Turki dan
seterusnya melemahkan pengaruh Islam.
 Gerakan modenisasi negara melalui Pan-Turanisme menyebabkan darah Turki tidak
hanya menjadi identiti bangsa bahkan juga identiti politik.

148

2. Tekanan dan hasutan kuasa-kuasa Barat
 Walaupun kuasa-kuasa imperialis Barat seperti British, Perancis dan Rusia bersaing

antara satu sama lain untuk menguasai khazanah empayar Uthmaniyah, namun
mereka sentiasa bersatu untuk menghancurkan kerajaan Islam ini.
 Kuasa-kuasa Barat ini menghasut penduduk bukan Islam (Ahl al-Dhimmah) dalam
wilayah Uthmaniyah agar bangun memberontak untuk menuntut persamaaan hak,
keadilan dan kebebsan. Hasutan ini bertujuan melemahkan pentadbiran dalaman
kerajaan Uthmaniyah. Walaupun program pembaharuan ( tanzimat) dilaksanakan
bagi memenuhi kehendak Barat, namun penduduk Ahl al-Dhimmah tetap
mengkhianati kerajaan Uthmaniyah apabila mereka bersekongkol dengan kuasa
Barat
 Tindakan kuasa-kuasa Barat dan ketidaksetiaan penduduk minoriti yang
memberontak dan menuntut autonomi mendorong pemimpin nasionalis Turki
berusaha menguatkan pembentukan Negara bangsa Turki melalui dasar Turkifikasi,
Pan Islamisme dan sebagainya.

3. Agenda penguasaan ekonomi oleh kuasa Barat
 Pendapatan Negara semakin berkurangan berikutan cukai tidak sampai ke kerajaan

pusat di Istanbul. Sebahagian gabenor dan pegawai kerajaan mula tidak amanah
apabila Turki Uthmaniyah mengalami zaman kelemahan.
 Kerajaan bergantung kepada cukai untuk memperkasakan pasukan tentera dan
mempertahankan wilayah Negara terutama dalam menghadapi konflik di Balkan dan
kemaraan kuasa imperialisme Barat khasnya Rusia, British dan Perancis.
 Peningkatan hutang berasaskan riba kerajaan Turki Uthmaniyah kepada bank-bank
Barat bagi membiayai perbelanjaan menghadapi konflik berpanjangan di Balkan,
program tanzimat, pembinaan terusan Suez, Perang Dunia Pertama dan lain-lain
akhirnya membawa padah kepada ekonomi Negara. Kesan langsungnya ialah Negara
menghadapi zaman muflis. Kesan tidak langsung ialah peningkatan cukai terhadap
rakyat. Muslihat Barat ini menyerlahkan lagi agenda mereka untuk menguasai
ekonomi Turki Uthmaniyah.
 Penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyah dengan sistem ekonomi kapitalis Barat bereti
menyerahkan badan dan nyawa Negara Islam itu kepada kuasa Barat apabila
berlakunya kesulitan.

149

 Berlaku tekanan kepada kerajaan dan rakyat yang akhirnya membawa kesedaran
kebangsaan di kalangan pemimpin dan rakyat Turki.

4. Perkembangan sistem pendidikan dan kemunculan cendekiawan berpendidikan
Barat

 Pada zaman Sultan Abdul Hamid II, sistem pendidikan diberi keutamaan agar
kemajuan empayar Uthmaniyah setaraf dengan negara Eropah.

 Banyah sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi didirikan untuk
memajukan pemikiran rakyat.

 Kerajaan Turki menghantar ramai pelajar ke Eropah telah melahirkan golongan
cendekiawan berpendidikan Barat seperti gologan Uthmani Muda dan Turki Muda.

 Pada awal abad ke-20M, idea-idea baharu dari Barat seperti nasionalisme, negara
bangsa dan sekularisme mula meresap secara perlahan-lahan dalam kalangan cerdik
pandai Turki.

 Konsep Negara bangsa merupakan kesan daripada fahaman kebangsaan moden
yang diperjuangkan oleh golongan terpelajar yang akhirnya membawa kepada
keruntuhan empayar Uthmaniyah dan penubuhan Negara bangsa Turki.

5. Kemajuan sistem komunikasi dan perhubungan
 Khalifah Uthmaniyah turut memberi perhatian serius dalam bidang pengangkutan dan

telekomunikasi. Kemudahan landasan keretapi dan sistem telegraf disediakan di
seluruh empayar.
 Dalam bidang pengangkutan, Sultan Abdul Hamid II telah melancarkan projek
landasan kereta api Hijaz yang dimulakan pada tahun 1901 dan Berjaya disiapkan
pada tahun 1908. Projek sepanjang 1327 batu ini telah menghubungkan Bandar
Istanbul dengan kota Madinah. Projek landasan keretapi Hijaz mempunyai kaitan
dengan dasar Pan-Islamisme.
 Dalam bidang telekomunikasi, talian telegraf sepanjang 30,000km telah dibina di
seluruh pelusuk Negara. Stesen-setesen telegraf telah dibina di seluruh bandar di
Turki dan Wilayah penguasaan serta bandar-bandar lain seperti Makkah, Madinah,
Damsyik, Tripoli Barat dan India. Untuk melaksanakan projek ini, sultan telah
menubuhkan Kementerian telegraf yang bertanggungjawab menjayakannya.

150


Click to View FlipBook Version